FIKIH PERBANDINGAN
PENDAHULUAN
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Segala puji bagi Allah di mana pemikiran para ulama tenggelam di dalam makrifahNya para cendikiawan dan sasterawan tercengang di dalam mencapai zatNya di mana lidah mereka lemah untuk menggambarkan jenis sifatNya. Tidak seorangpun daripada mereka dapat mencapai hakikatNya selain daripada sifat dan nama sahaja, kerana tidak sesuatupun di bumi dan di langit menyerupaiNya. Dialah yang mengangkat darjat para ulama ke puncak yang tinggi dan menjadikan mereka pewaris para Nabi dan melebihkan tinta mereka daripada darah para syahid.
Aku memujiNya dengan sepenuh pujian yang tidak terbilang dan berkesudahan. Salawat dan salam ke atas penghulu para Nabi Muhammad s.'a.w. dan keluarganya yang disucikan, salawat yang memenuhi seluruh pelusuk bumi dan langit. Ammo ba'd: Sesungguhnya Allah S.W.T. telah melarang di dalam kitabNya yang mulia dari menyembunyikan penerangan dan hukumanNya. Dan melarang dari menyembunyikan dalil-dalil dan keteranganNya. Dia berfirman di dalam Surah al-Baqarah 2:159 "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang Kami telah menurunkannya daripada keterangan-keterangan dan petunjuk selepas Kami mener-angkannya kepada manusia di dalam kitab, mereka itulah dilaknati Allah dan dilaknati pula oleh orang-orang yang melaknati mereka ".
Dan firmanNya Surah al-Baqarah 2:174-175 "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenamya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada had kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksayang amatpedih. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!".
Dan sabda Rasul s.'a.w. "Sesiapa yang mengetahui suatu ilmu kemudian menyembunyikannya, maka Allah akan membelenggukan-nya di hari kiamat dengan belenggu api neraka ". (Ibn Majah, Sunan, 1, him. 96).
Lantaran itu ianya menjadi kewajipan ke atas setiap mujtahid dan orang yang arif menzahir dan mendedahkan kebenaran agama dan menunjukkan orang yang sesat supaya ia tidak termasuk di kalangan orang yang dilaknati di dalam ayat-ayat dan hadis tersebut. Se-bagaimana sabdanya s."a.w. "Apabila lahirlah bid^ahpada ummat-ku, maka orang yang alim hendaklah menzahirkan keilmuannya. Maka sesiapa yang tidak melakukannya, maka di atasnya laknat Allah". (Muntakhab Kanz al-'Ummal, IV, him. 49).
Oleh kerana pemuda-pemudi kita di zaman ini kebanyakannya digodai syaitan sehingga mereka mengingkari kebanyakan daru-riyyat dan salah di dalam perkara-perkara al-Mahsusat, maka mem-beri penerangan kepada mereka tentang kesalahan mereka adalah wajib supaya orang lain tidak mengikuti mereka. Demi inginkan penulisan yang ringkas, maka kami menamakan buku ini dengan nama Nahj al-Haq wa Kasyf al-Sidq (Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya.
Dan tujuan utama kami menulis buku ini adalah kerana takutkan Allah S.W.T. serta mengharapkan pahala dariNya kerana ingin terlepas dari siksaanNya yang pedih dengan menyembunyikan kebenaran dan tidak memberi "pertunjuk" kepada orang ramai. Dan buku ini aku hadiahkan kepada Sultan Uljaitu Khuda Bandah Muhammad dan aku jadikan pahala buku ini untuknya.
Akhir sekali salawat dan salam ke atas Muhammad dan keluar-ganya yang suci.
Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy