HIMPUNAN FATWA SYARI'AH MAZHAB IMAMIAH ITHNA A'SYARIYAH

9. SHOLAT
Sholat wajib ada enam: sholat lima waktu, sholat ayat, sholat tawaf, sholat mayit, sholat lantaran nazar, janji atau mengambil upah dan sholat anak lelaki yang paling besar sebagai kodho' untuk ayahnya yang telah meninggal.
Sholat lima waktu adalah sebagai berikut:
1. Sholat subuh dua rekaat
2. Sholat Zohor empat rekaat.
3. Sholat Asar empat rekaat.
4. Sholat Maghrib tiga rekaat.
5. Sholat Isya' empat rekaat.
Hal-hal wajib yang mesti diperhatikan sebelum sembahyang adalah:
1. Masuk waktu
2. Menghadap kiblat.
3. Menutup aurat.
4. Tempat sholat
5. Kesucian badan dan pakaian.
6. Suci dari hadas dengan wudhu', mandi atau tayammum.


PERINCIANNYA: WAKTU SHOLAT:
Subuh bermula dari terbitnya fajar shodiq sehinggalah terbitnya matahari.
- Zohor dan Asar bermula dari tergelincirnya matahari sehinggalah terbenamnya.
- Maghrib dan Isya* bermula dari hilangnya megah merah bagian timur sehinggalah ke tengah malam bagi mereka yang tak berhalangan; dan sehingga fajarshodiq bagi mereka yang berhalangan scperti tcrtidur atau lupa aiau suci dari haid selepas tengah malam dan lain-lainnya.


KIBLAT:
Wajib menghadap kiblat di dalam perkara-perkara berikut:
- Sholat dalam seluruh jenisnya melainkan sholat sunnat yang dilakukan dalam perjalanan ( jika menghadap kiblat tidak memungkinkan)
- Menyembelih binatang sembelihan.
- Mayit yang sedangnaza'. Wajib bagi orang yang ada disekitar untuk menghadapkannya ke arah kiblat; atau bahkan jika si mayit sendiri mampu menghadap kiblat maka ianya ihtiyat wajib melakukanya sendiri.
- Menguburkan mayit sepcrti yang telah dijelaskan di atas. (Haram menghadap kiblat atau membelakanginya dalam keadaan buang hajat.)


MENUTUP AURAT :
- Wajib menutup aurat di dalam sholat dan bagian-bagiannya seperi sholat ihtiyat dan sholat qodho' untuk bagian-bagian yang terlupa, walau tidak ada orang yang melihat di sekitar atau bersembahyang di tempat yang gelap.
- Aurat laki-laki adalah qubul dan dubur (depan dan belakang) sementara aurat perempuan seluruh badannya kecuali muka dan kedua telapak tangan dan kedua telapak kaki.
- Syarat-syarat pakaian orang yang sholat adalah:
1. Mubah, maka tidak akan sah sholat dengan mengenakan pakaian yang tidak mubah (seperti bukan milik sendiri dan tidak dapat izin dari si pemiliknya); walau ianya menutupi seluruh aurat.
2. Suci. Tidak akan sah sholat dengan pakaian yang bernajis kecuali beberapa perkara yang telah disebutkan di atas.
3. Bukan terbuat dari jenis benda yang tidak halal dimakan samada dari binatang yang mengalir darahnya atau tidak.
4. Bukan dari bagian bangkai .
5. Tidak memakai emas (bagi laki-laki.)
6. Tidak memakai sutera (bagi laki-laki.)


TEMPAT SHOLAT :
Syarat-syaratnya adalah:
1. Mubah. Maka tidak boleh sholat di tempat yang tidak diizinkan secara syarcat.
2. Mantap. Maka tidak diperkenankan sholat di tempat yang tidak mantap dan bergerak-gerak.
3. Tempat sujud (dahi) mestilah suci.
4. Laki-laki tidak boleh berada di sisi wanita atau di belakang wanita kurang dari sejengkal.
5. Tidak sembahyang membelakangi kuburan para maksum (Nabi atau Imam as.) jika itu menyebabkab mereka seakan tidak dihormati.


KESUCIAN BADAN PAKAIAN DAN DARI HADAS :
* Badan wajib suci dari segala najis kecuali beberapa hal yang telah disebutkan di atas.
* Pakaian juga wajib suci kecuali beberapa perkara yang telah disebutkan di atas.
* Suci dari hadas samada dengan wudhu', atau mandi atau duaduanya sekali atau tayammum.
* Wudhu' hanya dapat mensucikan hadas kecil saja.
* Mandi dapat mensucikan janabah dan hadas besar lainnya. Nampaknya satu mandi dapat memadai mandi-mandi wajib yang lain, atau mandi-mandi yang sunnat, melainkan mandi untuk istihadhoh-sedang.
* Istihadhoh Sedang akan suci dengan mandi (di waktu subuh) dan wudhu' sekali. Mandi wajib selain janabah (ihtiyat sunnat) juga disertai wudhu'.
* Tayammum dapat menggantikan mandi dan wudhu' jika memang berhalangan menggunkan air.


AZAN DAN IQOMAH
lanya sunnat muakkad di dalam solat lima waktu. Caranya adalah:
1. AZAN: Allahu akbar 4 kali, asyhaduallaailaaillallah 2 kali, asyhadu anna muhammadan rasulullah 2 kali, asyhadu anna 'aliyyan waliyullah (tidak wajib) 2 kali, hayya 'ala shshalah 2 kali, hayya 'alal falaah 2 kali, hayya 'ala khairil 'amal 2 kali, allahu akbar 2 kali, lailahaillallah 2 kali. 2. IQAMAT: Allahu akbar 2 kali, asyhaduallaailaaillallah 2 kali, asyhadu anna muhammadan rasulullah 2 kali, asyhadu anna 'aliyyan waliyullah (tidak wajib) 2 kali, hayya 'ala shshalah 2 kali, hayya 'alal falaah 2 kali, hayya 'ala khairil 'amal 2 kali, allahu akbar 2 kali, lailahaillallah 1 kali. Yang wajib di dalam sholat adalah:
1. Niat
2. Takbiratul-ihrom
3. Berdiri
4. Membaca (al-Fatehah dan surah lain secara sempurna)
5. Menyebut zikir (dalam ruku' dan sujud dsb)
6. Ruku'
7. Sujud
8. Duduk tasyahhud
9. Salam
10. Tertib
11. Berturut-turut.
Lima (5) rukun: yang akan membatalkan sholat jika dikurangi dengan sengaja atau lupa. lanya adalah:
1. Niat
2. Berdiri ketika takbiratul-ihrom dan selepas ruku'.
3. Melakukan takbiratul-ihrom ( Menyebut Allahu-Akbar ketika ingin memula sholat)
4. Ruku'
5. Sujud.


PERINCIANNYA:
NIAT: adalah wajib di dalam sholat. la adalah suatu tujuan untuk melakukan sesuatu kerana Allah swt la juga tidak wajib dilafazkan , dan juga tidak wajib disebutkan "wajib" atau "sunnat". Cukup hanya dengan kemauan hati dan tujuan ingin melakukan sesuatu dengan menentukan sholat apa yang akan dilakukan.
BERDIRI: wajib berdiri di dalam sholat ketika takbiratul-ihrom, membaca surah, membaca tasbih ( untuk rekaat ketiga atau keempat), sebelum dan sesudah ruku'.
* Mereka yang mampu berdiri maka wajib berdiri tegak lurus, mantap dan berdiri di atas dua kaki, tanpa bersandar pada sesuatu.
* Mereka yang tidak mampu berdiri tegak secara sempurna , wajib berdiri sedapat mungkin.
* Mereka yang tidak mampu berdiri , maka wajib baginya sholat dengan duduk. Dan jika itu tidak mungkin, maka sholat sambil berbaring di atas sisi sebelah kanan menghadapkan muka ke arah kiblat; dan jika itu tidak mungkin, maka berbaring di atas sisi kiri sambil menghadapkan muka ke arah kiblat; dan jika itu pun tidak mungkin maka berbaring melentang dengan menjulurkan kedua kakinya menghadap kiblat.
TAKBIRATUL-IHROM :Ianya rukun yang wajib dilakukan di awal sholat. Caranya adalah menyebut Allahu - Akbar dengan betul dalam keadaan berdiri mantap .
MEMBACA: Wajib membaca al-Fatehah di dalam rekaat pertama dan kedua dari setiap sholat wajib, dan ( ihtiyat- wajib ) membaca surah sempuma lain selepasnya.
* Tidak boleh membaca surah-surah al-Azaim (yang mengand-ungi ayat-ayat wajib sujud seperti surat al-A'laq) di dalam sholat-sholat fardhu. Demikian juga surah-surah yang panjang jika waktunya sempit.
* Surah al-Fil dan al-Ilaf adalah satu surah; juga surah adh-Dhuha dan Alam Nasyrah.
* Di dalam rekaat ketiga dan keempat boleh pilih antara membaca surah al-Fatehah saja atau membaca Tasbih berikut satu kali:

سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله و الله اکبر

Wajibnya satu kali namun ihtiyat sunnatnya tiga kali.
* Wajib melakukan setiap rukun sholat secara berurut dan menjaga ketertiban serta bacaan arab yang benar.
* Laki-laki wajib menjaharkan (memperdengarkan ) suaranya di dalam bacaan rekaat pertama dan kedua untuk sholat subuh, maghrib dan isya'; sementara ia memperlahankan suara bacaannnya di dalam rekaat ketiga dan keempat dan di dalam sholat zohor dan asar.
* Sunnat membaca Basmalah (Bismillah...) dengan jahar di dalam rekaat pertama dan kedua untuk sholat zohor dan asar; begitu juga sunnat membaca dengan jahar bacaan surah di dalam dua rekaat pertama sholat zohor pada hari Juma't. Takbirtakbir sunnat seperti takbir untuk qunut, ruku', sujud, tasyahhud dan salam boleh dibaca dengan jahar atau pun per-lahan.
Bagi perempuan, mereka wajib memperlahankan suaranya di tempat-tempat yang wajib perlahan, sementara ia boleh memilih antara membaca secara perlahan atau jahar untuk tempat yang wajib jahar bagi laki-laki.
RUKU* : Waktu ruku' ialah selepas membaca surah al-Fatehah dan surah sempurna lainnya di rekaat pertama dan kedua dan selepas membaca Tasbih di rekaat ketiga dan terakhir. lanya hanya satu kali pada setiap rekaat.
* Cara ruku': ialah menundukkan kepala sehinggalah jari-jari tangan menyentuh kedua lutut kaki.
* Wajib membaca zikir dan mantap ketika membacanya, kemudian berdiri i'tidal sehingga berdiri secara sempurna dan mantap.
* Di dalam ruku' boleh dibaca samada Subhanallah 3 kali atau Subhanarobbiyal a'dhimi wabihamdihi 1 kali. Dalam keadaan waktu yang sempit cukup hanya membacanya sekali saja.
SUJUD: Waktu sujud ialah selepas berdiri i'tidal di setiap rekaat.
* Sujud adalah dua kali di setiap rekaat dan dipisahkan dengan satu duduk antara dua sujud.
* Cara sujud: menunduk sehingga kepala menyentuh bumi dan meletakkan tujuh anggota sujud di atasnya.
* Tujuh anggota sujud adalah: dahi, dua telapak tangan, dua lutut dan dua ibu jari kaki.
* Membaca di dalam sujud wajib dilakukan dalam keadaan mantap; dan tempat sujud hendaklah sama rata dengan tempat berdiri. Jika ianya berbeda dengan lebih tinggi atau rendah maka perbezaannya tidaklah lebih dari sekedar empat jari yang tertutup.
* Bacaan sujud boleh dipilih antara membaca tasbih Subhana Rabbiyal A 'la Wabihamdihi sekali atau tiga kali; atau Subhanallah saja sebanyak tiga kali.
* Dahi mesti menyentuh tanah atau apa saja yang berasal dari tanah melainkan makanan atau pakaian. Tidak boleh sujud di atas bahan-bahan tambang, makanan dan kapas; dan boleh di atas kertas.
* Tempat meletakkan dahi mestilah suci dan selainnya tidak disyaratkan.
TASYAHHUD : waktu tasyahhud (duduk tahiyat) adalah selepas sujud kedua di rekaat kedua pada setiap sholat, dan juga selepas sujud kedua di rekaat ketiga pada sholat maghrib; dan selepas sujud kedua di rekaat keempat pada sholat zohor, asar dan isya'.
* Wajib di dalam tasyahhud duduk dengan mantap dan membaca bacaannya.
* Bacaan tasyahhud adalah:

اشهد ان لااله الاالله و حده لاشريک له واشهد ان محمدا عبده ورسوله اللهم صل علي محمد و آل محمد

SALAM : waktu salam adalah di akhir setiap sholat.
* Wajib melakukannya dengan tamakninah dalam keadaan duduk.
* Bacaan salam yang sunnat adalah:

السلام عليک ايهاالنبي ورحمه الله وبرکاته

* Bacaan salam yang wajib adalah:

السلام علينا وعلي عباد الله الصالحين

السلام عليکم و رحمه الله و برکاته

TERTIB: wajib tertib di dalam melakukan kewajibankewajiban sholat seperti berikut: l.Niat 2. Takbiratul-ihrom dalam keadaan bcrdiri 3. Membaca surah al-Fatehah dan surah lain 4. Ruku' dan membaca bacaannya dengan tamakninah, kemudian berdiri i'tidal 5. Sujud dan membaca bacaannya dengan tamakninah, kemudian uduk antara dua ujud, lalu sujud kedua. Kemudian duduk semula sejenak, lalu berdiri untuk rekaat kedua.
Dl DALAM REKAAT KEDUA: 6. Berdiri dan membaca al-Fatehah kemudian surah. Lalu disunnatkan membaca doa qunut, walau yang sangat pendek dan mudah sckali pun. Kemudian ruku' dan membaca zikir ruku' dengan tamakninah. Kemudian berdiri i'tidal lalu sujud dua kali dan tasyahhud. Jika itu sholat dua rekaat seperti sholat subuh maka ia terus salam selepas tasyahhud dan sempurnalah sholatnya; jika ianya sholat tiga rekaat atau empat rekaat maka jangan membaca salam dan meneruskan rekaat berikutnya.
REKAAT KETIGA: 7. Berdiri untuk rekaat ketiga dan membaca Tasbih atau surah al-Fatehah dalam keadaan berdiri. Kemudian ruku', i'tidal sujud dan tasyahhud sehinggalah salam .(jika itu sholat tiga rekaat seperti maghrib. ) Jika ianya sholat empat rekaat seperti zohor, asar dan isya', maka ia berdiri semula.
REKAAT KEEMPAT : 8. Berdiri dan melakukan seperti pada rekaat ketiga di atas sehinggalah salam .Lalu sempurnalah sembahyangnya.
BERTURUT-TURUT :wajib melakukan semua rukun sholat secara berurut tanpa dipisahkan satu rukun dengan rukun lainnya dalam masa yang agak lama sehingga boleh menghilangkan gambaran sholat.


SHALAT AKAN BATAL KERANA:
1. Tidak lengkapnya syarat mukaddimah sholat seperti yang disebutkan di atas.
2. Berlaku hadas kecil atau hadas besar.
3. Sengaja bercakap walau dengan satu huruf, termasuk mengucapkan salam kepada seseorang. Namun menjawab salam orang yang memberi salam adalah wajib , dengan syarat mengucapkannya sama seperti apa yang diucapkan oleh orang tersebuL
4. Berlakunya berbagai keraguan seperti yang akan kami sebutkan kelak.
5. Makan dan minum.
6. Sengaj'a mcnangis kcrana urusan dunia.
7. Sengaja mengucapkan aamin selepas al-Fatehah dalam keadaan bukan taqiyah atau tujuan do'a.
8. Tertawa terbahak-bahak; tidak mengapa kalau hanya sekedar tersenyum.
9. Berscdekap dalam keadaan bukan taqiyah.
10. Melakukan perbuatan yang boleh menghilangkan bentuk sholat, seperti bertepuk atau bersiul dan lain sebagainya.
11. Memalingkan badan ke arah kanan atau kiri atau bclakang; juga mema-lingkan wajah ke belakang secara sengaja.


HUKUM RAGU-RAGU ( SYAK) DALAM SHOLAT.
1. Syak yang akan membatalkan sholat ada lapan.
2. Syak yang boleh dibiarkan ada enam.
3. Syak yang sholat akan sah dengannya ada sembilan.


SYAK YANG MEMBATALKAN SHOLAT
1. Syak dalam sholat dua rekaat seperti sholat subuh dan sholat qasar .
2. Syak dalam sholat tiga rekaat seperti maghrib.
3. Syak antara rekaat pertama dan lainnya di dalam sholat yang empat rekaat.
4. Syak (dalam sholat empat rekaat )antara dua rekaat dan lebih tetapi sebelum menyelesaikan sujud kedua dari rekaat kedua.
5. Syak( dalam sholat empat rekaat )antara 2 dan 5, atau 2 dan lebih dari 5.
6. Syak antara 3 dan 6; atau 3 dan lebih dari enam.
7. Syak antara 4 dan 6 atau lebih dari enam.
8. Syak di dalam bilangan rekaat yang dia tidak tahu berapa rekaat telah dia lakukan.


SYAK YANG TIDAK PERLU DIPERHATIKAN
1. Syak terhadap sesuatu yang telah berlalu. Seperti syak apakah ianya telah melakukan Takbiratul-Ihrom sedangkan kini dia tengah membaca surah al-Fatehah; atau syak pada bacaan surah al-Fatehah sedangkan kini dia sedang membaca surah lain; atau syak pada ayat awal sedangkan kini dia sedang membaca ayat terakhir; atau syak pada bacaan sedangkan kini dia sedang ruku'; atau syak pada ruku' sedangkan kini dia tengah sujud; atau syak pada sujud sedangkan kini dia tengah duduk tasyahhud, atau berdiri atau salam; atau syak pada tasyahhud sedangkan kini dia tengah berdiri atau salam dsb. Namun jika ia syak pada salam, maka ucapkanlah salam sekali lagi selagi ianya belum melakukan perkara-perkara yang membatalkan sholat. Bahkan jika ianya syak apakah yang dilakukannya tadi adalah sah atau tidak, maka katakanlah yang ianya sah dan tidak perlu mengulangi sholatnya lagi.
2. Syak selepas salam terakhir.
3. Syak selepas keluar waktu.
4. Syak dalam sholat jemaah samada imam atau makmum selagi salah satu dari mereka dapat mengingatkannya.
5. Syak dalam sholat sunnat. Dia dapat mengambil yang banyak atau yang sedikit selagi itu tidak akan membatalkan sholat.


SYAK-SYAK YANG BENAR :
hanya berlaku dalam sholat yang empat rekaat saja seperi zohor, asar dan isya'.
* Syak antara dua dan tiga selepas sujud kedua di rekaat kedua, maka hukumnya anggap saja itu rekaat ketiga dan kemudian meneruskan sholatnya sehingga akhir. Selepas salam dia berdiri semula dan melakukan sholat ihtiyat satu rekaat.
* Syak antara dua dan empat selepas sujud kedua di rekaat kedua. Hukumnya adalah: anggap yang itu adalah rekaat keempat kemudian selesaikan shalat schingga salam; lalu berdiri semula dan sembahyang ihtiyat dua rckaat.
* Syak antara tiga dan empat maka hukumnya adalah mengangap yang itu rekaat keempat, lalu selesaikan sholatnya sehingga akhir dan sholat ihtiyat selepasnya satu rekaat berdiri atau dua rekaat duduk.
* Syak antara empat dan lima selepas sujud kedua, maka hukumnya adalah menggangap yang itu rekaat keempat lalu sempurnakan sholat sehingga akhir. Kemudian sujud selepasnya dua sujud sahwi.
* Syak antara 4 dan 5 ketika berdiri. Maka hukumnya dia terus duduk semula dan menjadikannya seperti syak antara 3 dan 4. Kemudian dia teruskan sholatnya sehingga akhir dan berdiri semula untuk sholat ihtiyat satu rekaat berdiri atau dua rekaat duduk.
* Syak antara 3 dan 5 dalam keadaan berdiri, maka hukumnya dia terus duduk semula dan menjadikannya seakan syak antara 2 dan 4. Dia teruskan sholatnya sehingga sempurna lalu berdiri semula untuk melakukan sholat ihtiyat dua rekaat berdiri.
* Syak antara 3,4 dan 5 ketika berdiri. Hukumnya adalah ia terus duduk semula dan melakukan seakan syak antara 2, 3 dan 4. Yakni dia akhiri sholatnya lalu melakukan semula sholat ihtiyat dcngan dua rekaat berdiri dan dua rekaat duduk.
* Syak antara 5 dan 6 ketika berdiri. Hukumnya dia terus duduk semula dan menganggap yang seakan ia syak antara 4 dan 5. Dia selesaikan sholatnya sehingga sempuma lalu sujud sahwi selepas sholat sebanyak dua kali.
* Dalam gambaran empat yang terakhir, maka lebih baik (ihtiyat sunnat) dia lakukan juga sujud sahwi lantaran berdiri-lebih yang ia batalkan .
* Cara sujud sahwi dan sholat ihtiyat akan diterangkan kemudian.
* Mereka yang syak di dalam rekaat akan dapat menghilangkan syaknya ini jika ianya menduga lebih berat salah satu dari rekaat yang ia ragui. (Contoh: jika ia lebih berat menduga yang rekaat ketiga adalah rekaat yang benar di dalam syak antara tiga dan empat, maka ia mesti mengambil rekaat ketiga dan meninggal-kan amalan syak antara rekaat ketiga dan keempat.)


CARA SUJUD SAHWI :
lanya dua sujud dcngan niat Taqorrub Ilallah (kerana Allah semata-mata). Disyaratkan sujud pada benda yang dibolehkan sujud di atasnya. Tidak wajib takbir. Dia hanya terus sujud dan membaca di waktu sujudnya doa' berikut:

بسم الله وباالله السلام عليک ايهاالنبي و رحمه الله وبرکاته

Kemudian duduk antara dua sujud, lalu sujud semula seperti pertama tadi, dan baca tasyahhud kemudiannya seperti biasa.


SEBAB SUJUD SAHWI ADALAH:
1. Bcrbicara di dalam sholat tanpa sengaja.
2. Membaca salam bukan pada tempatnya.
3. Lupa membaca tasyahhud.
4. Syak antara 4 dan 5.
5. Lupa satu sujud. (ihtiyat wajib sujud sahwi)
6. Berdiri pada waktu sepatutnya duduk; dan duduk pada waktu sepatutnya berdiri. (ihtiyat wajib)
7. Sunat sujud sahwi pada setiap tambahan atau kekurangan yang berlaku pada sholat dengan tidak disengaja.


MENGKODHO' BAGIAN-BAGIAN YANG TERLUPA
* Jika terlupa satu sujud, lalu ingat selepas ruku' kemudiannya, maka wajib mengkodho' sujud itu semula selepas sholat, dan sebelum sujud sahwi.
* Jika terlupa membaca tasyahhud, lalu ingat selepas ruku' kemudiannya, maka (ihtiyat wajib) dia kodho' semula tasyahhudnya selepas sholat dan sebelum sujud sahwi.
* Mengkodho' bagian-bagian yang terlupa ini wajib diniatkan sebagai ganti dari yang terlupa tadi dan mesti memenuhi syarat-syaratnya secara sempurna.
* Antara masa mengkodho' bagian yang terlupa dengan sholat yang baru selesai tidak boleh dipisahkan oleh sesuatu yang membatalkan sholat. Jika itu berlaku maka ia wajib mengulangi sholatnya semula.


CARA SHOLAT IHTIYAT
Sholat ihtlyat untuk satu rekaat. Pertama niat kerana Allah semata-mata. Kemudian takbiratul-Ihrom dan membaca al-Fatehah saja dengan suara perlahan, termasuk basmalahnya. Kemudian ruku', sujud, tasyahhud dan salam. Untuk Dua rekaat: serupa dengan sholat subuh namun hanya membaca al-Fatehah saja secara perlahan tanpa surah lain. Niat hendaklah kerana Allah semata-mata tanpa perlu dilafazkan. Untuk Dua rekaat duduk: niat, takbiratul-ihrom, membaca al-Fatehah saja, ruku' sehinggalah wajah mendekati dua lutut, duduk semula sujud dan seterusnya sehinggalah akhir. Perhatian: Antara sholat ihtiyat dengan sholat sebelumnya mestilah tidak dipisahkan oleh waktu yang panjang atau sesuatu amalan yang membatalkan sholat. Kalau tidak, maka ia wajib mengulangi sholatnya dari mula pertama lagi.


SHOLAT MUSAFIR
Wajib bagi musafir mengqasarkan (mempersingkatkan ) sholatnya yang empat rekaat kepada dua rekaat, dengan syarat-syarat berikut:
1. Dia bermaksud menempuh jarak sejauh lapan (8) farsakh, (lebih kurang 44 km) pergi saja, atau kembali saja atau pulang pergi sekali.
2. Tidak berniat membatalkan perjalanan sebelum sampainya ke tempat tujuan atau ragu-ragu atau membatalkan perjalanan langsung. Jika ini berlaku maka sholatnya mestilah tamam atau disempurnakan sehingga empat.
3. Sebelum sampai ke jarak yang ditentukan di atas, musafir tidaklah berlalu dari kampung halamannya; atau dia berniat untuk tinggal sepuluh hari disana atau lebih ; atau bcrada di pcrjalanan sclama tiga puluh hari dalam keadaan ragu-ragu. Jika itu terjadi maka dia mcsti sempurnakan sholatnya.
4. Musafir (berpergian jauh) bukanlah sebagai kerja tetapnya, seperti pemandu, nakhoda, peniaga yang berkeliling jauh, atau pekerja yang seringkali berkeliling seperti tukang kayu, tukang batu dsb. Atau orang yang kerjanya senantiasa di dalam perjalanan seperti seseorang yang kebanyakan masanya berangkat jauh dari negerinya, seperti peniaga. Mereka wajib menyempurnakan sholatnya dan tidak kosor.
5. Bukan sejenis yang berpindah-pindah tempat seperti golongan badwi. Mereka wajib menyempurnakan sholatnya lantaran sepanjang hayatnya ia tidak pernah bermustautin di tempat tertentu.
6. Tidak berniat melakukan perjalanan yang bermaksiat seperti ingin mencuri, berzina, membunuh, minum arak atau membantu orang zalim dsb.
7. Bukan perjalanan memburu tanpa maksud tujuan. Walaupun ianya tidak haram, namun ia wajib menyempurnakan sholatnya ketika pergi dan qasar ketika pulang jika itu melebih 8 farsakh.
CATATAN: Musafir boleh melakukan tamam atau qasar di empat tempat berikut: Kota Mekah, Kota Madinah, Masjid Kufah dan Haram Imam Husain.


SHOLAT KODHO'
* Wajib mengkodho' (mengulangi) sholat lima waktu yang tertinggal lantaran sengaja, lupa, jahil , tertidur, tidak menunaikannya dengan betul atau lain sebagainya.
* Mereka yang tidak wajib kodho' sholat-sholat yang tertinggal adalah: anak kecil , orang kafir asli yang baru memeluk Islam, orang gila yang sedar, wanita yang haid dan nifas yang menyita semua waktu sholatnya dan mereka yang pingsan di dalam seluruh waktu sholatnya.
* Jika anakbaligh atau oranggilasembuh, atau si pingsan sedar, atau orang kafir masuk Islam scdangkan waktu sholat masih ada walau untuk sekedar satu rekaat maka wajib bagi mereka menunaikan sholat tersebut . Jika tidak dilakukan maka wajib bagi mereka mengkodho'nya.
* Seorang muslim yang murtad atau mabuk wajib mengkodho' sholatnya yang tertinggal.
* Boleh melakukan sholat kodho' bila-bila masa saja, malam siang, dalam keadaan musafir atau pun tidak.
* Anak lelaki yang paling besar wajib mengkodho' sholat ayahnya yang tertinggal lantaran keuzuran yang syar'i.
* Mereka yang mempunyai kewajiban bayar sholat kodho' boleh melakukan sholat sunnat.
* Sholat kodho' tidak wajib dilakukan dengan segera.
* Sholat kodho' boleh dilakukan dengan berjemaah.
* Wajib mengkodho' sholat sempurna (tamam) yang tertinggal secara tamam pula (yakni empat rekaat) walau kini ia dalam perjalanan; dan wajib kodho' sholat qasar yang tertinggal sccara qasar pula walau kini ia dalam keadaan tamam.
* Jika bilangan sholat yang tertinggal cukup banyak, maka kodho'nya tidak wajib dilakukan secara tertib melainkan yang asalnya sememangnya tertib, seperi zohor dan asar, maghrib dan isya' dalam satu hari. Contoh: Jika dalam satu hari seseorang meninggalkan sholat zohor dan asar, atau maghrib dan isya', maka ia wajib mendahulukan zohor sebelum asar, atau maghrib sebelum isya' di dalam mengkodho'nya. Tetapi jika ia meninggalkan sholat zohor di suatu hari, lalu esoknya ia meninggalkan asar, maka ia boleh melakukan mana-mana sholat untuk mengkodho'nya. Atau dalam hari yang sama ia meninggalkan sholat subuh, zohor dan asar, maka ia tidak wajib mendahulukan subuh sebelum zohor dan asar; walau di dalam zohor dan asar itu sendiri ia wajib mendahulukan zohor sebelum asar. Begitulah seterusnya.
* Wajib mengkodho' sholat-sholat wajib selain lima waktu jika itu tertinggal, seperti sholat ayat, lantaran nazar dsb.
* Boleh mengambil upah untuk sholat atau ibadat-ibadat lain sebagai garni kepada mayit yang tclah meninggal. Dan kewajiban mcreka akan terangkat lantaran ibadah yang dilakukan oleh orang upahan ini, sarnada diupah oleh washi (yang diwasiatkan) si mayit, atau walinya, warisnya atau orang lain.


SHOLAT AYAT
Sholat Ayat ( kerana munculnya tanda-tanda kebesaran Allah swt) adalah wajib kerana: gerhana matahari, gerhana bulan, gempa bumi, segala sesuatu yang menakutkan yang terjadi dilangit dan di bumi, scperi angin kuning, halilintar yangkuat, angin ribut dsb.


CARA SHOLAT AYAT
Ianya dua rekaat, dan setiap rekaat ada lima ruku'; seperti berikut:
1. Takbir (Allahu Akbar), baca al-Fatehah dan surah; ruku'dan bangun dari ruku'. Lalu ...
2. Membaca al-Fatehah dan surah semula, kemudian ruku' dan bangun kembali.
3. Membaca al-Fatehah dan surah, kemudian ruku' dan bangun dari ruku'.
4. Membaca al-Fatehah dan surah, kemudian ruku' dan bangun dari ruku'.
5. Membaca al-Fatehah dan surah, kemudian ruku' dan bangun, lalu sujud dua kali dan berdiri kembali untuk rekaat kedua.


REKAAT KEDUA
6. Membaca al-Fatehah dan surah, kemudianruku' dan bangun
7. Membaca lagi al-Fatehah dan surah, lalu ruku' dan bangun.
8. Membaca al-Fatehah dan surah, lalu ruku' dan bangun.
9. Membaca al-Fatehah dan surah lalu ruku' dan bangun.
10. Membaca al-Fatehah dan surah lalu ruku' dan bangun i'tidal ,sujud dua kali, tasyahhud dan salam .
* Dibolehkan membagi satu surah yang sempurna kepada lima bagian, dan setiap satu bagian untuk satu ruku' sehinggalah sempuma lima ruku'. Contoh: Surah al-Ikhlas dapat dibaca sehingga lima bagian. Pertama dibaca Basmalahnya, kemu-dian ruku', lalu dibaca Qul Huallahu Ahad, kemudian ruku'; kemudian Allahus Somad dan ruku'; Lam yalid walam Yulad , kemudian ruku', walam yakun lahukufuan Ahad kemudian ruku'.
* Waktu sholat gerhana adalah dari mula terjadinya gerhana sehinggalah ia terang kembali secara sempurna; dan waktu sholat ayat selain gerhana adalah sesegera mungkin setelah berlakunya sesuatu; jika tidak maka ihtiyat wajib meng-kodho'nya.
* Sunnat membaca do'a qunut di dalam ruku' yang kedua dan keempat di rekaat pertama; dan di ruku' kedua, keempat dan sebelum ruku' terakhir dari rekaat kedua, selepas membaca surah dan sebelum ruku'. Boleh juga berqunut hanya di ruku' yang kelima dan kesepuluh saja; atau pada ruku' yang paling akhir dari rekaat kedua saja.
* Sunnat sholat ini dilakukan berjemaah dan imam mem-bacanya secara jahar seperti sholat lima waktu lainnya.


SHOLAT SUNNAT
Antara lain:
Sholat hari raya. lanya wajib di zaman kchadiran imam yang maksum dan sunnat di zaman ghaibnya imam. la boleh dilakukan dengan berjemaah atau secara sendiri; dan caranya adalah: 1. Niat untuk bersembahyang hari raya, samada A'idul-fitri atau A'idil-adha. Kemudian takbiratul-ihram, baca al-Fatehah dan surah sempuma lainnya. Sebelum ruku' ucapkan takbir, lalu baca do'a berikut. Ulangi sehingga lima kali.

اللهم اهل کبرياء والعظمه واهل الجود والجبروت واهل العفو والرحمه واهل التقوي والمغفره اسئلک بحق هذا اليوم الذي جعلته للمسلمين عيدا ولمحمد صلي الله عليه وآله ذخرا و

شرفا و مزيدا ان تصلي علي محمد و آل محمد و ان تدخلني في کل خير ادخلت فيه محمدا و آل محمد و ان تخرجني من کل شر اخرجت منه محمدا و آل محمد صلواتک عليه و عليهم اللهم اني

اسئلک خيرا ما سئلک منه عبادک الصالحون و اعوذ بک مما استعاذ منه عبادک الصالحون


Rekaat kedua: setelah membaca Fatehah dan surah yang lain, juga membaca do'a serupa sebanyak empat kali. Lalu ruku' sehinggalah sempurna shalat hari raya. Sholat al-Wahsyah:
ialah sholat yang dilakukan untuk mayit yang baru meninggal. Waktunya adalah malam pertama ketika mayit dikebumikan. Caranya adalah dua rekaat.: rekaat pertama dibaca selepas al- Fatehah ayat al-Kursi dan di rekaat kedua selepas al-Fatehah surah al-Qodr ( Inna anzalna...) sepuluh kali. Selepas salam baca do'a berikut:

اللهم صل علي محمد و آل محمد وابعث ثوابها الي قبر فلان بن فلان

Sholat hari pertama dari awal bulan baru.' Caranya: dua rekaat. Rekaat pertama dibaca selepas al-Fatehah surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali; dan di rekaat kedua selepas al-Fatehah dibaca surah al-Qodr 30 kali. Kemudian bersedekah selepas sholat, karena ianya akan dapat "menjamin" keselamatannya di sepanjang bulan yang akan dilaluinya Insya Allah.

SHOLAT AL-GHUFAILAH: dua rekaat di antara sholat maghrib dan isya'.
Caranya: rekaat pertama selepas membaca al-Fatehah dibaca ayat berikut:

وذالنون اذ ذهب مغاضبا فظن ان لن نقدر عليه فنادي في الظلمات ان لااله الا انت سبحانک ان کنت من الظالمين فاستجبنا له ونجيناه من الغم و کذالک ننجي المومنين

Dan direkaat kedua selepas membaca al-Fatehah, dibaca ayat:


وعنده مفاتح الغيب لايعلمها الاهو ويعلم ما في البر والبحر وما تسقط من ورقه الا يعلمها ولا حبه في ظلمات الارض ولا رطب ولا يابس الا في کتاب مبين

Kemudian qunut dan membaca do 'a berikut:

اللهم اني اسئلک بمفاتح الغيب التي لايعلمها الا انت ان تصلي علي محمد وآل محمد و ان تفعل بي کذا و کذا اللهم انت ولي نعمتي والقادر علي طلبتي تعلم حاجتي فاسئلک بحق محمد و

آله عليه و عليهم السلام لما قضيتها لي.



10. PUASA
Wajib puasa bagi mereka yang mempunyai syarat berikut:
1. Baligh: bagi laki-laki genap umur 15 tahun mengikut kiraan tahun hijriyah, atau bermimpi; dan bagi perempuan genap berumur 9 tahun.
2. Akal: tidak wajib puasa bagi mereka yang hilang akalnya seperi orang gila , pingsan dsb.
3. Tidak membahayakannya, seperti sakit atau khawatir sakitnya akan berlarutan dsb. Jika sakitnya sembuh di tahun yang sama maka ia wajib mengkodho* puasanya.
4. Tidak pingsan.
5. Tidak haid (bagi wanita) walau itu sejenak. Dan wajib baginya mengkodho'nya.
6. Tidak nifas (bagi wanita) walau sejenak. Dan wajib baginya mengkodho'.
7. Tidak musafir. Seandainya ia musafir sebelum masuk waktu zohor.maka puasanya tidak akan sah dan wajib kodho'. Tetapi seandainya ia jahil akan hukum puasa bagi musafir, lalu ia puasa, kemudian selepas maghrib ia tahu yang berpuasa dalam keadaan musafir adalah tidak sah, maka puasanya akan dianggap sah. Demikian juga hukum qasar dalam sholat.


HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA ADALAH :
1. Makan.
2. Minum.
3. Masturbasi.
4. Berjima', samada qubul atau dubur, yang melakukan dan yang dilakukan, pasangan yang hidup atau yang mati, hatta binatang sekali pun .
5. Sengaja bcrada dalam keadaan janabah sehingga terbitnya fajar pada puasa Ramadhon atau puasa kodho' Ramadhon. Demikian juga wanita yang sengaja berada dalam keadaan belum bersuci dari haid atau nifas pada puasa Ramadhon, padahal sepatutnya 30 ia telah bersih dan suci. Wanita yang istihadhoh- ringan dan sedang sah bcrpuasa Ramadhon; sementara yang istihadhohberat mesti mandi di tengah hari (sebelum sholat zohor dan asar) dan mandi di malam hari (sebelum sholat maghrib dan isya')
6. Memasukkan debu yang banyak, samada yang halal seperti gandum atau yang haram seperi tanah, atau (secara ihtiyat wajib) debu yang sedikit ke dalam kerongkongnya. Demikian juga asap.
7. Memasukkan suntikan ke dalam dubur dengan benda cair, dan tidak mengapa jika itu benda padat.
8. Tenggelam dalam air.
9. Sengaja muntah walau untuk kesehatan.
10. Berdusta terhadap Allah, Rasul dan para Imam as. ( Bahkan ihtiyat wajibnya juga terhadap para nabi dan para washi as.) samada di dalam perkara agama atau perkara dunia.
* Jika semua itu dilakukan dengan sengaja maka ia akan membatalkan puasa, samada ia jahil atau ia tahu akan hukumnya; melainkan jika ia terlupa. Berbeza dengan seseorang yang berada dalam keadaan berjanabah sehingga terbitnya fajar. Seandainya ia tahu bahwa ia janabah, kemudian ia lupa mandi (sebelum subuh) maka wajib baginya mengkodho' puasanya.
* Tidur tidak akan membatalkan puasa, walau ia tidur sepanjang hari jika memang ia telah berniat puasa di malam hari sebelumnya.
* Waktu niat bcrsamaan dengan terbitnya fajar; namun ia boleh dilakukan di waktu malam , bahkan satu niat sebelum masuknya bulan puasa akan dapat memadai satu bulan puasa penuh.
* Tidak mengapa menelan air ludah walau ianya dikumpulkan di mulut; begitu juga menelan lendir yang turun dari kepala atau yang naik dari dada selagi ianya belum sampai ke ruang mulut.
* Datangnya haid atau nifas (bagi wanita) di tengah hari walau hanya sebentar adalah membatalkan puasa.
* Syarat sahnya puasa sunnat adalah jika orang tersebut telah membayar semua puasa wajib yang ditinggalkannya sebelumnya.
* syarat sahnya puasa adalah niat kerana Allah dan ikhlas semata-mata kerana-Nya dan tidak tersirat sikap riya'.
* Tidak mengapa menggunakan tetesan (ubat) di mata dan telinga; demikian juga injeksi (suntikan) jarum samada pada otot atau ke dalam urat; juga tidak mengapa mencabut gigi.
* Sesiapa yang sengaja membatalkan puasa di bulan Ramadhon maka ia wajib mengkodho'nya dan membayar kaffarah. Kaffarahnya adalah: membebaskan hamba sahaya atau puasa dua bulan berturut-turut, atau memberikan enam puluh orang miskin makanan, selagi ia tahu yang perbuatannya adalah membatalkan puasa. Seandainya ia tidak tahu yang itu membatalkan puasa tetapi ia tahu itu adalah perbuatan yang haram seperti masturbasi misalnya, maka ia juga akan membatalkan puasa dan wajib kaffarah. Dan seandainya seseorang membatalkan puasanya dengan sesuatu yang haram maka ia wajib bayar ketiga-tiga kaffarah dengan kodho' sekali.
* Puasa yang tertinggal samada disengaja atau kerana perjalanan jauh atau haid atau nifas atau sakit yang tidak berlarutan hingga melangkahi tahun berikutnya , semua itu wajib dikodho'. Tetapi jika sakit berlarutan hingga melangkahi tahun puasa berikutnya maka tidak wajib kodho', dan hanya membayar fidyah satu mud makanan untuk setiap hari yang 31 batal.
* Membayar fidyah wajib bagi golongan-golongan bcrikut:
1. Orang tua laki-laki dan perempuan . Orang yang tcrkena penyakit sering haus jika memang berhalangan atau susah untuk berpuasa. Wanita yang hamil tua. Ibu yang kurang-susu tetapi menyusui anak yang khawatir jika berpuasa akan dapat membahayakan bayinya. Ibu ini wajib membayar kodho' puasanya (jika telah terangkat halangan-halangan terscbut). Jika bahaya hanya dikhawatirkan kepada si ibu saja tanpa anak bayi maka ia wajib bayar kodho' saja tanpa fidyah. Orang yang terkena penyakit sering dahaga juga sebaiknya mengkodho* puasanya jika ia mampu. Tidak demikian halnya dengan orang tua laki-laki dan percmpuan. Mereka tidak wajib membayar kodho' puasanya.
2. Orang yang sakit sepanjang tahun, dikira dari puasa tahun ini sehinggalah tahun puasa berikutnya.
3. Orang yang memperlambatkan mengkodho' puasanya sehinggalah ia melangkahi satu tahun sedangkan ia mampu membayarnya di tahun tersebut.
* Fidyah yang wajib dibayar adalah sebanyak satu mud makanan,atau lebih kurang 3/4 kg . lanya wajib diberikan kepada golongan fakir miskin; dan tidak dapat diganti dengan hanya memberikan harga makanan saja atau memberinya makanan sehingga kenyang telapi kurang dari satu mud.
* Wajib bagi anak laki-laki yang paling besar mengkodho' puasa ayahnya yang tertinggal disebabkan halangan tertentu jika memang ia wajib dikodho'.


PUASA DAN MUSAFIR
* Tidak akan sah puasa orang musafir jika memang syarat -syarat perjalanan yang wajib mengqasarkan sholatnya ada padanya.
* Boleh bermusafir pada bulan Ramadhon walau itu kerana ingin lari dari berpuasa, tetapi hukumnya makruh.
* Seorang musafir boleh makan, minum bahkan berjima' pada tengah hari bulan Ramadhon, tetapi hukumnya makruh. Sebaikbaiknya ia tinggalkan semua itu terutama jima'.
* Dibolehkan seorang musafir berbuka puasa setelah ia melampaui batas izin qasar sholatnya, seperti ia tidak lagi dapat mendengar suara azan negerinya atau tidak dapat melihat penduduk negerinya lagi.


CATATAN PENTING :
Bagi mereka yang musafir, pulang dan pergi, di lengah hari bulan puasa.
1. Jika ia musafir sebelum tiba waktu zohor dan sejak semalam telah bcrniat ingin musafir, maka hukumnya ia batal puasa ( setelah melampaui batas qasar) dan wajib kodho'.
2. Jika musafir sebelum tiba waktu zohor tetapi tidak berniat ingin musafir sejak semalam, maka hukumnya wajib meneruskan puasanya dan (ihtiyat wajib) mengkodho'nya semula kemudian.
3. Jika musafir selepas waktu zohor maka hukumnya wajib meneruskan puasanya dan itu sah.
4. Jika ia kembali ke watan ( tempat tinggalnya) sebelum tiba waktu zohor atau pergi ke tempat dimana ia ingin bermukim disana sclama sepuluh hari atau lebih sebelum waktu zohor, sedangkan ia belum membatalkan puasanya maka ia wajib 32 meneruskan puasanya dan ianya sah. Tetapi jika ia telah membatalkan puasanya di perjalanan maka ia wajib mengkodho'nya di kemudian hari.
5. Jika kembali ke watan selepas waktu zohor atau pergi ke tempat dimana ia ingin tinggal di sana selama sepuluh hari atau lebih , selepas waktu zohor, maka ia wajib mengkodho' puasa di kemudian hari; samada ia batalkan puasanya atau pun tidak.


ANAK BULAN
* Anak bulan (hilal) dapat dipastikan ada dengan melihat sendiri , atau dapat berita yang meyakinkan ,atau suara orang ramai yang meyakinkan ,atau telah sempurnanya 30 hari bulan Sya'ban atau Ramadhon ,atau dengan kesaksian oleh dua orang saksi yang adil. Ianya tidak dapat dipercaya dengan kesaksian wanita, atau satu orang yang adil walau dengan bersumpah, atau ramalan ahli falak, atau ia terbenam selepas hilangnya megah merah, atau nampak besar, atau lambat terbe-namnya atau kesaksian dua orang adil yang tidak melihat anak bulan. Seandainya ia lihat yang hilal tersebut muncul dengan agak bcsar maka dihukumkan yang hari sebelumnya adalah bagian dari bulan ini.
* jika anak bulan telah ditetapkan di suatu negeri maka negeri yang lain mesti mengikuti ketetapan tersebut.


ZAKAT FITROH
* Wajib bagi mereka yang baligh, berakal, merdeka, dan mampu untuk mengeluarkan zakat fitroh untuk dirinya, segenap "keluarganya" samada yang dekat atau yang jauh, muslim atau pun kafir, yang besar dan kecil, hatta bayi yang masih menyusu, dan tetamu yang datang sebelum terbitnya anak bulan jika berada di rumahnya pada malam awal Syawal tersebut.
* Yang dikatakan "keluarga" adalah mereka yang disebutkan di atas saja.
* Sesiapa yang dijemput untuk berbuka pada malam awal syawal tersebut maka ia tidak dibilang sebagai "keluarga" dan tidak wajib bagi tuan rumah untuk mengeluarkan zakat fitroh untuknya.
*Waktu mengeluarkan zakat fitroh adalah malam hari raya A'idul-fitri sehinggalah zohor esoknya. ( Ihtiyat atau sebaiknya dikeluarkan atau disisihkan sebelum sholat hari raya bagi mereka yang sholat)
* Jenis zakat fitroh yang dikeluarkan adalah sejenis makanan pokok seperti gandum, tepung, kurma , kismis ,beras dan lain sebagainya kalau itu memang sejenis makanan pokok negerinya.
* Boleh memberi wang dengan harga yang senilai sebagai ganti dari makanan tersebut.
* Kadar zakat fitroh yang wajib dikeluarkan lebih kurang sebanyak 3 kg.
* la wajib dikeluarkan kepada golongan yang akan kami sebutkan kcmudian.
* Wajib di dalam zakat fitroh ini berniat kerana Allah swt. sebagaimana di dalam zakat-zakat yang lain.
* Sesiapa yang ditanggung zakat fitrohnya oleh orang lain, maka 33 ia tidak lagi wajib mengeluarkannya, walau ia sendiri seorang kaya.
* Ihtiyat wajib tidak diberikan kepada seorang yang fakir kurang dari 3 kg, melainkan jika memang ada orang lain yang memerlukan. Dan boleh diberikan kepada satu orang lebih dari 3kg.
* Orang yang mengeluarkan zakat ini boleh langsung memberikannya kepada orang fakir, walau lebih utama ia berikan kepada seorang faqih (yang kemudian akan dibagikannya kepada orang yang ia ketahui sangat mustahak)
* Boleh ia berikan kepada orang mustahak negeri lain selagi di negerinya tidak ada orang yang memerlukannya; tetapi jika ada maka ihtiyat wajib tidak ia keluarkan dari negerinya. Namun bagi mereka yang berada bukan di negerinya, maka ia boleh memberikannya kepada orang mustahak sekitar.
* Fakir yang tidak mempunyai tanggungan juga disunnatkan untuk mengeluarkan zakat fitroh.