HIMPUNAN FATWA SYARI'AH MAZHAB IMAMIAH ITHNA A'SYARIYAH
11. ZAKAT
Wajib zakat bagi seseorang yang baligh, berakal, merdeka dan memiliki nisob serta- berkuasa untuk menggunakan hak miliknya.
9 BENDA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
ZAKAT MAKANAN:
1. Biji Gandum
2. Tepung gandum.
3. Korma atau tamar.
4. Buah anggur.
SYARAT-SYARATNYA:
1. Harta itu mcmang milik scndiri ketika kewajiban zakat tiba.
2. Mencapai kepada had (batas) nisob, yakni 847 kg. ketika kering.
KADAR ZAKAT
1. Jika ianya disiram hujan atau sejenisnya maka zakatnya 1/10.
2. Jika disiram dcngan menggunakan alat maka zakatnya setengah dari 1/10.
3. Dan jika disiram oleh kedua-duanya maka zakatnya 2/3 dari I/10.
Jenis zakat di atas dibayar hanya sekali saja, dan haul atau memilikinya selama setahun tidak menjadi syaratnya.
ZAKAT TERNAK :
1. Kambing.
2. Lembu (sapi).
3. Unta.
SYARAT-SYARATNYA :
1. Haul atau memilikinya selama setahun.
2. Tidak dipakai untuk kerja.
3. Mencari makan dengan sendirinya sepanjang tahun.
4. Mencapai batas nisob (had wajib zakat)
Perinciannya sebagai berikut:
Nisob kambing: 40 ekor kambing, zakatnya 1 ekor kambing.
34
121 ekor kambing, zakatnya 2 ekor kambing.
201 ekor kambing, zakatnya 3 ekor kambing.
301 ekor kambing, zakatnya 4 ekor kambing,
Dan jika mencapai 400 ekor kambing, maka setiap 100 ekor zakatnya 1 kambing.
Nisob lembu: 30 ekor lembu, zakatnya 1 anak lembu yang berumur mendekati 2 tahun.
40 ekor lembu, zakatnya 1 ekor anak lembu yang berumur mendekati 3 tahun.
Lebih dari 40 ekor, maka nisobnya (kiraannya) akan dikira dari setiap pertambahan sehingga 30 atau 40 ekor berikutnya.
DUA LOGAM:
1. Emas
2. Perak.
SYARAT-SYARATNYA:
1. la mesti berupa koin yang digunakan dalam jual beli. Emas atau perak sebagai perhiasan atau yang dibentuk seperti balakbalak tidak wajib dizakat
2. Haul, atau pemilikan selama setahun.
3. Mencapai batas nisob.
Nisob emas: ialah 15 mistqol = 20 dinar= 69.12 grm; dan zakatnya sebanyak 1/4 dari 1/10; atau 1/2 dari 3/4 mistqol; atau 1/2 dinar ; atau sebanyak 1.728 grm. Dan setiap tambahan 3 mistqol atau 4 dinar atau 13.824 grm, maka zakatnya sebanyak 1/2 dari 3/4 mistqol atau 1/10 dinar atau 0.3402 grm. Nisob perak: ialah 105 mistqol atau 200 dirham atau seberat484 grm; dan zakatnya sebanyak 1/4 dari 1/10 mistqol atau 5 dirham atau seberat 12.1 grm. Dan setiap tambahan 21 mistqol atau 40 dirham atau seberat 92.8 grm, maka zakatnya 1/4 dari 1/10 mistqol atau 1 dirham atau seberat 2.420 grm. Rumusan dalam zakat logam ini ialah 1/4 dari 1/10. (Nilai dalam grm dikutip dari buku Zubdah al-Ahkam fatwa al-Marhum Imam Khomeini)
PENERIMA ZAKAT
Ada lapan golongan yang menerima zakat:
1. Fakir
2. Miskin.
3. Yang Mengutip zakat (a'milin alaiha)
4. Orang muallaf
5. Hamba sahaya
6. Orang yang berhutang
7. Ibnu Sabil (orang perjalanan yang memerlukan)
8. Orang yang berjuang fi sabilillah atau semua usaha di jalan kebaikan dan kebajikan.
SYARAT-SYARATNYA:
1. Beriman
2. Bukan dari ahli maksiat.
3. Bukan keturunan Hashimi jika yang memberinya bukan
*Hashimi.
4. Bukan di bawah tanggungan nafkah.
* Harta zakat boleh dipindah dari satu kota ke kota yang lain.
* Sunnat memberikan orang terpandang (seperti ulama yang fakir) dengan kadar yang agak lebih, juga sunnat mendahulukan keluarga yang mustahak; dan mendahulukan orang yang tidak meminta dari orang yang meminta; dan memberikan binatang35 zakat kepada orang yang suka "berhias".
* Wajib diberitahu kepada si fakir bahwa harta yang diberikan adalah harta zakat.
* Jika si fakir berhutang padanya maka hutang tersebut boleh dikira sebagai (bayaran) zakat kepadanya.
* Tidak boleh mengundur-undur pembayaran zakat tanpa alasan yang islami.
* Sesiapa yang dapat bekerja atau belajar suatu kemahiran lalu ia dapat mcncukupi keperluannya satu tahun, maka ia tidak boleh mengambil zakat; melainkan di beberapa masalah yang akan disebutkan.
* Orang yang mempunyai harta modal, namun keuntungannya tidak mencukupi keperluannya satu tahun , maka ia boleh menerima zakat.
* Sunnat berzakat di dalam biji-bijian yang tumbuh, seperti betas, kacang, jagung, adas, bijen dsb. Demikian juga di dalam harta perniagaan dan kuda betina. Tidak sunnat untuk kuda jantan, baghol, keledai dan sayur-sayuran seperti timun, buncis, semangka dsb.
* Boleh mengeluarkan wang sebagai ganti dari nilai zakat.
* Di dalam mengeluarkan zakat mestilah berniat kerana Allah semata-mata, kerana ia adalah ibadat kepada Allah swt.
* Anak keturunan Hashimi boleh menerima zakat dari sesama mereka.
* Keturunan Hashimi adalah mereka yang secara syareat mempunyai nasab dari sebelah ayah kepada Hashim datuknya Nabi saw. Ini dapat dipercaya dengan pengetahuan atau kesaksian dua orang yang adil atau pengetahuan orang ramai yang boleh dipercaya; bukan sekedar dakwaan semata-mata.
* Yang diharamkan keturunan Hashimi untuk menerima zakat dari selain Hashimi adalah zakat harta dan zakat Fitrah. Selainnya mereka boleh menerima seperti sedekah sunnat atau sedekah wajib selain zakat, seperti harta yang dibayar untuk kaffarah, harta yang tidak diketahui pemiliknya, sedekah yang dinazarkan atau yang diwasiatkan dsb.
* Harta zakat tidak boleh diberikan kepada kedua orang tua dan ayah bunda mereka; juga tidak boleh diberikan kepada anakanak dan cucu-cicit , samada laki-laki atau perempuan; Juga tidak kepada istri yang da-im (bukan sementara), jika wajib nafakahnya tidak gugur; juga tidak kepada wanita yang dimiliki seperti hamba sahaya wanita. Ini lantaran wajib nafkah mereka ada di tangan si pemberi. Tetapi biaya-biaya yang tidak wajib bagi si "wali" untuk memberinya seperti membayar hutang mereka atau nafakah istri hamba sahayanya, maka ia boleh memberinya zakat. Demikian juga si istri boleh member! zakat kepada suaminya walau itu untuk membiayai nafkahnya kemudian.
* Pemberi zakat boleh mewakilkan orang lain untuk menyampaikannya; dan si penerima zakat juga boleh mewakilkan orang lain untuk menerimanya.
* Kerbau dan lembu adalah satu jenis (yang wajib dizakatkan jika memenuhi syarat); demikian juga antara kambing kibas dan kambing gunung, samada jantan atau betina.
36
12. KHUMUS
Khumus adalah harta yang wajib dibayar oleh seorang mukallaf yang telah baligh dan berakal sebanyak 1/5 atau 20% dari keuntungan yang didapatnya.
LIMA BENDA WAJIB KHUMUS
1. Harta pampasan perang yang dapat dibawa oleh orang Islam di dalam peperangannya dengan orang kafir, samada peperangan ghozwah demi menyera Islam atau kerana mem-pertahankan negerinya.
2. Barang tambang, sepeni emas, perak, garam, minyak daa sebagainya yang berasal dari perut bumi. Syaratnya adalah: a) Mencapai nisob, yakni jika harganya mencapai nilai mistqol dari emas koin, sebelum dikurangkan dari btaya pengeluaran. Jika memang demikian maka khumusnya dikeluarkan sctclah dipotong semua pengeluaran dan sebagainya. b) Sekali dikeluarkan. Yakni Jika dikeluarkan secara bertahap maka tidak wajib khumus walau jumlah kesemua mencapai nisob. Jika sekumpulan orang Islam sama-sama mengeluarkannya, maka nisobnya dikira dari setiap hak bahagian masing-masing.
3. Harta karun yang terpendam, Syaratnya amara lain Nisob.
4. Segala sesuatu yang dikeluarkan dari dasar laut atau sungat yang besar, samada dengan menyelam atau dengan menggunakan alat teknologi, seperti mutiara dan sebagainya; bukan binatangbinatang laut seperti ikan.
5. Tanah yang dibeli oleh kafir zimmi daripada orang muslim, bahkan setiap perpindahan harta dari muslim kepada kafir zimmi.
6. Harta yang bercampur dengan haram tetapi tidak diketahui kadar peratus haramnya dan pemiliknya. Ini dapat dibersihkan dengan mengeiuarkan khumus.
7. Kelebihan dari keperluan pokok, seperti keuntungan dari bcmiaga, bekerja dsb. kecuali harta wans, mahar atau mas kahwin yang dhniliki oleh perempuan dan harta yang didapati oleh lelaki daripada talak khuiu .
MASALAH-MASALAH KHUMUS
* Setiap muslim mesti menentukan awal tahun khumusnya kepada mujtahidnya (marja'nya) atau wakilnya.
* Perbelanjaan yang tidak dianggap scbagai keuntungan sehingga tidak wajib bayar khumus ada dua kategori:
1. Biaya untuk mencari keuntungan itu sendiri, seperti biaya sewa kedai, biaya tanaman, hewan, membayar upah, transport, sekretari, penjaga, pajak, konsumsi harian dan lain sebagainya.
2. Biaya hidup untuk dirinya, keluarganya dan unisan mmah tangga yang sesuai dengan kedudukannya, daripada makanan atau pakaian, tetamunya, hadiah-hadiah yang diberi, biaya perjalanannya, ziarah-ziarah yang dilakukannya, membayar hutang , denda, biaya transport, buku bacaannya, biaya rumah tangga, perkahwinan dan lain sebagainya yang ia perlukan untuk menghidupi dirinya dan keluarganya.
* Segala yang baki dari biaya hidupnya wajib dikeluarkan khumusnya samada wang alau barang-barang lain seperti gandum, beras, gula, minyak sapi bahan bakar dsb.
* Jika ia membeli barang untuk keperluan hidupnya dari baki harta (wang) yang telah dikhumuskan , lalu harga barang lersebut naik 37 nilainya setelah satu lahun, maka ia tidak wajib membayar khumus kembali di lahun kemudian ( untuk barang yang dibelinya ini)
* Harta yang telah dikhumuskan tak terkena wajib khumus lagi.
* Jika keuntungan didapati secara berangsur; pada tahun pertama dibelinya sebidang tanah, dan pada tahun kedua dibelinya bahan bangunan, serta pada tahun ketiga dibangunnya sebuah rumah; maka apa yang dibelinya selama ini tidak termasuk sebagai biaya hidupnya di tahun tersebut hingga tak perlu membayar khumus. Justru ia mesti membayar khumus daripada bahan-bahan yang ia beli tersebut.
* Jika dari keuntungan satu tahun dibelikannya sebuah rumah untuk dihuni sendiri, maka pada tahun itu keuntungannya tidak dikenakan khumus. Demikian juga Jika ia berhutang , lalu dibelikannya sebuah rumah , samada dihuninya rumah itu pada tahun itu juga atau tahun berikutnya sebclum masa penentuan keuntungan; atau dihuninya pada tahun dimana ia mempunyai keuntungan sehinggaia lunasi semua hutang-piutangnya, atau ia akan lunasi hutang-hutang itu di tahun-tahun akan datang; semua itu tidak perlu ia bayar khumusnya. Demikian juga hukum orang yang membeli perabot rumah atau menyiapkan harta untuk kahwin dan lain sebagainya sebagai keperluan pokok hidup.
* Setelah tibanya waktu khumus maka haram ia menggunakan atau memperniagakan harta yang semestinya dikhumuskan itu sehinggalah ia keluarkan khumusnya. Telapi jika ia perniagakan juga maka secara zohir mu'amalahnya dianggap sah, kalau kawan perniagaannya adalah seorang yang mukmin, dan harta khumusnya diganti. Begitu juga jika ia berikan harta yang semestinya dikhumuskan, kepada seorang mukmin. maka hadiah tersebut dianggap sah, namun kewajiban khumusnya masih- akan tetap ada pada dirinya.
* Jika ahli wans mengetahui bahwa harta warisan yang ditinggalkan oleh si almarhum belum dikeluarkan khumusnya, maka (ihtiyat) wajib bagi ahli waris untuk mengeluarkannya. Dan jika diketahui bahwa almarhum telah menyia-nyiakan barang yang semestinya dikhumuskan , maka ahli waris wajib mengeluarkannya dari harta peninggalannya yang ada; sebagaimana hukum hutang.
* Jika tiba waktu khumus, lalu tidak dikeluarkannya; kemudian dibayarnya secara berangsur daripada keuntungan tahun berikutnya, maka apa yang dibayarnya itu tidak akan dikira sebagai biaya keperluannya, selagi keun tungan tahun lalu itu masih ada. Bahkan wajib baginya membayar khumus.
* Kewajiban khumus berlaku pada barang yang diwajibkan itu sendiri, tetapi si pembayar boleh mengeluarkan barang itu sendiri atau nilai barang yang berupa wang.
* Kewajiban khumus berlaku pada setiap keuntungan yang didapati, walau ia boleh diundurkan pembayarannya sehingga ke awal tahun perniagaannya.
* Jika orang yang mustahak menerima khumus mempunyai hutang kepada seseorang yang wajib mengeluarkannya, sedangkan ia ingin mengiranya sebagai khumus, maka (ihtiyat) wajib ia minta izin dari Hakim Syar'i.
* Berkongsi usaha dengan orang yang tidak mengeluarkan khumus dibenarkan, dan ia cukup mengeluarkan khumus dari bagiannya saja jika ada keuntungan.
PENERIMA KHUMUS
Harta-khumus dibagi kepada dua saham:
1. Saham Imam maksum as., yang kembali kepada marja' -taklid atau wakilnya, samada dengan membayarkannya terus atau minta izin darinya (untuk kegunaan amal-amal Islami)
2. Saham keturunan syed-syed; yang diberikan kepada mereka yang berketurunan dari ayahnya kepada Hashimi seperti yang telah kita sentuh di atas. Dengan syarat ia seorang mukmin (bermazhab Syi'ah Imamiah Ithna A'syariah), fakir dan beragama.
* Tidak diizinkan memberikan khumus kepada orang yang berada di bawah tanggungan-hidupnya.
13. HAJI
la adalah bagian dari rukun agama. Menginkari kewajibannya berarti menginkari hukum Allah dan ini akan menyebabkan kekufuran.
Allah berfirman di dalam surah Ali-Imron ayat 97:
" Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah."
Syaikh al-Kulaini meriwayatkan dengan jalur yang muktabar dari Abi Abdillah as. yang berkata: " Sesiapa yang mati sedangkan ia (mampu dan) belum melakukan haji tanpa ada suatu halangan samada terkena sakit sehingga menghilangkan kekuatan atau larangan penguasa, maka matinya (bagaikan matinya) yahudi atau nasrani. (al-Kafi j. 4 Bab Haji H. 268)
* Haji Islam adalah wajib sekali seumur hidup bagi seorang muslim yang mukallaf, baligh, bcrakal, merdeka dan berkemampuan.
* Bagi mereka yang bukan penduduk Mekah wajib menunaikan Haji Tamattu'. Caranya adalah Umrah Tamattu' dahulu, baru kemudian haji Tamattu'.
CARA UMROH TAMATTU' ADALAH:
1 .Ihrom
2. Thowaf.
3. Sembahyang Thowaf.
4. Sa-'i antara Sofa dan Marwah
5. Taqsir atau menggunting.
CARA HAJI TAMATTU' ADALAH;
1. Ihrom di Mekah
2. Berada di Arafah sejak tergelincirnya matahari pada hah kesembilan Zul Hijjah sehingga terbenamnya matahari.
3. Berada di Muzdalifah pada hari 10 Zul Hijah dari fajar sehinggalah terbitnya matahari. Kemudian berangkat ke Mina dan...
4. Melempar Jumrah al-Aqobah di Mina pada hari ke 10 Zul Hijah.
5. Menyembelih korban di Mina pada hari ke 10 Zul Hijah.
6. Mencukur atau memotong rambut. Bagi laki-laki yang pertama kali pergi haji tamattu' wajib mencukur rambutnya sehingga botak; dan bagi kali kedua atau seterusnya boleh mencukur atau menggunting saja di Mina pada hari yang sama.
7. Tawaf Haji ketika kembali ke Mekah.
8. Sholat Tawaf.
9. Melakukan Sa-'i antara Sofa dan Marwah.
10. Tawaf Nisa'.
11. Sholat Tawaf Nisa'.
12. Bermalam di Mina pada malam 11,12 (dan 13 pada beberapa masalah).
13. Melempar tigajamarah pada hari 11 dan 12 (dan hari 13 pada beberapa masalah) Semua ini telah kami jelaskan dengan terperinci di Buku Manasik Haji.
14. JIHAD
Jihad ada dua macam: jihad menentang nafsu dan jihad badani. la juga mempunyai syarat-syarat tersendiri.
1. Jihad Menentang nafsu yakni menghiasi jiwa dengan sifat-sifat yang baik dan membuang jauh-jauh sifat yang keji. Disebutkan di dalam riwayat bahwa Nabi pernah mengutus kaum muslimin pergi ke suatu peperangan. Ketika mereka pulang beliau bersabda: Selamat datang wahai kaum yang telah menunaikan Jihad yang kecil dan masih sedang menunggunya jihad yang besar. Ditanya: hai Rasulullah apa itu jihad yang besar. Sabda baginda: Itulah jihad melawan nafsu. ( al-Kafi J. 5 Bab al-Jihad h. 12) 2. Jihad Badani. la terbagi kepada dua bagian: pertahanan dan menyerang. Pertahanan ialah jika diserang oleh kaum kafir maka orang muslim wajib mempertahankan diri mereka, tanah air dan segala sesuatu yang dimiliki . Menyerang ialah berjihad untuk menegakkan kalimat Islam, dengan izin Imam as. atau wakilnya. Allah berfirman di dalam al-Quran surah at-Taubah ayat 29: " Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah)..." Sabda Nabi saw.: " Sesiapa yang meninggalkan jihad maka Allah akan timpakan kepadanya rasa hina dan fakir di dalam hidup serta kehilangan agama. (al-Kafi jil 5 hal. 2 bab Jihad) Bersabda baginda: " Jibril telah memberitahuku suatu perkara yang sangat menggembirakanku. Katanya: Hai Muhammad, sesiapa yang berjihad dari kalangan ummatmu di jalan Allah, lalu ia terkena hujan atau sakit kepala jmaka Allah akan tuliskan untuknya pahala orang yang mati syahid. (ibid) Di dalam sebuah hadis disebutkan:" Jihad perempuan adalah berlaku baik terhadap suaminya."
* Berjihad menentang kafir adalah wajib kifayah: yakni jika ada orang mampu mengambil alih tugas itu maka yang lainnyatidak wajib menjalankannya; kalau tidak, maka seluruh orang Islam wajib memikul tanggung-jawabnya. Andainya tiada satu orang pun mau mengambil tugas itu, maka semua mereka akan berdosa dan mendapatkan murka dari Allah swt.
* Haram melakukan jihad-menyerang di bulan-bulan yang haram seperti, bulan Rajab, Zul Kaedah, Zul Hijjah dan Muharram.
* Wajib berhijrah dari negeri kufur bagi mereka yang tidak mampu menunjukkan syiar Islam di sana.
* Sunnat menjaga perbatasan negeri-negeri Islam sebagai langkah pertahanan atas negerinya.
15. AMAR MA'RUF DAN NAHI MUNKAR
Firman Allah dalam surah Ali-Imron ayat 104: " Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." Dan di dalam ayat 110: " Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah." Bersabda Nabi saw. : " Jika ummatku menyia-nyiakan amar ma'ruf dan nahi munkar bermakna mereka bersedia untuk menerima bencana dari Allah swt. (al-Kafi bab Jihad hal. 59) Berkata Amir al-Mukminin Ali as :" Jangan tinggalkan amar ma'ruf dan nahi munkar, kerana (dengan meninggalkannya) kelak orang-orang yang jahat di antara kalian akan menguasai kalian; lalu kalian berdo'adan Allah tidak mengabulkannya." (lih Nahjul Balaghoh di dalam wasiat Imam Ali kepada Hasan dan Husain) Berkata Imam al-Baqir dan as-Shodiq as: " Celaka bagi suatu kaum yang tidak menegakkan amar ma'ruf dan mencegah dari yang munkar." Berkata Imam al-Baqir as: " Sejahat-jahat kaum adalah mereka yang menyia-nyiakan amar ma'ruf dan nahi munkar."
* Amar ma'ruf dan nahi munkar adalah di antara wajib kifayah yang paling agung. Ma'ruf bermakna seluruh kewajiban yang ada di dalam syareat Allah swt. dan munkar adalah segala larangan yang ada di dalam syareat Allah swt.
* Sunnat menyuruh perkara-perkara yang hukumnya sunnat sementara ia juga sunnat mencegah perkara-perkara yang hukumnya makruh. Syarat-syarat amar ma'ruf dan nahi munkar adalah:
1. Mengetahui perkara yang ma'ruf dan perkara yang munkar.
2. Ada kemungkinan orang yang disuruh atau dilarang akan menerima tegoran tersebut.
3. Orang berkenaan tidak ada alasan kenapa melakukan yang munkar atau melanggar yang ma'ruf.
4. Orang berkenaan sengaja bersungguh-sungguh dan terusmenerus meninggalkan yang ma'ruf dan melakukan yang munkar.
5. Tidak akan membahayakan orang yang menegur, atau keluarganya atau harlanya atau kaum muslimin yang lain.
* Kewajiban ini tidak hanya pada alim-ulama saja tetapi juga wajib bagi setiap muslim dan muslimah, samada ustaz atau bukan ustaz, yang adilnya atau juga yang fasik, yang memerintah atau yang diperintah, yang kaya atau yang miskin.
PERINGKAT-PERINGKATNYA
1. Menginkari perkara munkar dengan had, yakni dengan cara menunjukkan sikap tidak suka atau memalingkan pandangan atau lain sebagainya.
2. Penginkaran dengan lidah atau kaia-kata dengan mcnaschaii atau menegur.
3. Penginkaran dengan langan samada dengan memukul atau lain sebagainya, jika dua cara scbelumnya tidak memberikan apa-apa kesan.
BILANGAN SEBAGIAN YANG MA'RUF
1. Bertawakkal pada Allah.
2. Berpegang teguh'pada tali Allah.
3. Bersangka baik pada Allah.
4. Bersabar ketika menerima musibah dan bersabar dari larangan-larangan Allah.
5. Menahan nafsu(a/-j"j5ra/i).BerkataImamal-Baqir as: "Tidak ada suatu ibadat yang lebih utama dari menahan (nafsu) perut dan kemaluan."
6. Al-Halim. Berkata Imam Redho as: " Seseorang tidak akan menjadi ahli ibadat sehinggalah ia terlebih dahulu menjadi seorang yang halim"
7. Rendah diri. Bersabda Nabi saw : '' Sesiapa yang berendah din kerana Allah maka Allah akan mengangkatnya; dan siapa yang bersikap sombong maka Allah akan menjatuhkannya."
8. Berlaku adil terhadap manusia.
9. Memerhatikan kesalahan-kesalahan diri, bukan kesalahan orang-orang lain.
10. Menuntun diri pada perbuatan yang baik.
11. Bersikap zuhud (sederhana) terhadap dunia dan tidak berlebih-lebihan.
BILANGAN SEBAHAGIAN YANG MUNKAR
1. Marah. Bersabda Nabi saw: " Marah akan merusakkan iman". Dan dari Abi Abdillah as yang berkata: " Marah adalah kunci segala kejahatan"
2. Hasad dengki. Berkata Imam al-Baqir dan as-Shodiq as: " Sesungguhnya dengki akan mcmakan iman seseorang seperti api memakan kayu" Suatu hari Nabi saw bersabda kepada sahabat-sahabatnya: " Penyakit yang telah menjangkiti ummat-ummat terdahulu adalah penyakit hasad dengki. lanya bukan penyakit yang meruntuhkan rambut, tetapi meruntuhkan agama. Untuk selamat dari jangkitannya, maka jagalah tangan dan lidah; dan jangan menjadi seseorang yang mengumpat saudara seimannya."
3. Berlaku zalim. Berkata Imam Shodiq as :" Sesiapa yang berlaku zalim maka ia akan dibalas, samada dirinya, hartanya atauanaknya." Berkata beliau: " Orang yang zalim tidak akan mendapatkan apa-apa kebaikan dari tindakannya. Dan sesungguhnya orang yang dizalimi mengambil agama orang yang zalim lebih banyak dari hartanya yang diambil oleh si zalim."
4. Orang yang dilakuti kerana kejahatannya. Bersabda Nabi saw: " Sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang dihormati kerana dilakuti kejahatannya." Berkata Imam Shodiq as :" Sesiapa yang lidahnya ditakuti oleh manusia maka dia di neraka" Beliau berkata lagi: " Sesungguhnya makhluq yang paling dibenci oleh Allah adalah seorang hamba yang ditakuti lidahnya oleh manusia lain."
SENARAI SEBAHAGIAN DOSA-DOSA BESAR
1. Syirik pada Allah.
2. Putus asa pada rahmat Allah.
3. Inkar pada hukum -hukum Allah.
4. Lari dari berjihad.
5. Sumpah palsu.
6. Inkar perjanjian.
7. Meninggalkan kewajiban.
8. Meremehkan hukum wajib haji.
9. Memerangi wali-wali Allah.
10. Selalu melakukan dosa-dosa kecil.
11. Menganggap ringan perbuatan dosa.
12. Membantu orang-orang yang zalim.
13. Wila' (setia) kepada orang yang zalim.
14. Bekerja sama dengan orang zalim.
15. Bersaksi palsu.
16. Menyembunyikan kesaksian.
17. Menipu kaum muslimin.
18. Bersikap riya'.
19. Derhaka pada orang tua.
20. Menuduh zina pada wanita yang tidak berdosa .
21. Berzina.
22. Liwat.
23. Mengajak orang berbuat zina.
24. Berjudi.
25. Bersenang lenang dengan benda-benda yang melalaikan.
26. Bersikap sombong.
27. Berlaku mubazir.
28. Berpoya-poya bukan pada tempatnya.
29. Mengumpat.
30. Menuduh orang.
31. Mencaci orang mukmin.
32. Menghina orang mukmin.
33. Berbohong pada Allah, para nabi dan washi as. , bahkan semua jenis bohong.
34. Mengadu-domba antara orang-orang mukmin yang menyebabkan mereka berpecah.
35. Membunuh orang tanpa dosa.
36. Memutuskan tali silatur-rahmi.
37. Makan riba.
38. Makan harta anak yatim secara zalim.
39. Makan bangkai.
40. Makan binatang sembelihan tanpa nama Allah.
41. Makan daging babi.
42. Minum arak.
43. Minum darah.
44. Menipu dalam timbangan .
45. Menahan hak orang lain tanpa alasan.
46. Mencuri.
47.Sihir.
48. Makan harga barang yang haram seperti: makan harga bangkai, arak dan segala sesuatu yang memabukkan; catur, anjing bukan buru, hasil dari musik, zina, dukun, raswah di pengadilan walau untuk kebenaran, gaji para penguasa yang zalim dsb yang tidak sempat kami muatkan di sini.
16. TAWALLI DAN TABBAARI
Wajib bagi setiap muslim, laki-laki dan perempuan me-wila' (menjadikan wall) dan cinta pada Allah, para rasul, nabi dan washinya serta Siddiqoh Fatimah az-Zahra' as.; sementara wajib bagi mereka juga melakukan tabarri (lidak mewila') pada musuh-musuhnya. Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 57: " Hai orangorang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu orang-orang yang mcmbuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan (yaitu ) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang yang kafir. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman." Lihat firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 13; surah at-Taubah ayat 23; dan surah al-Maidah ayat 56. Dalam surah as-Syura ayat 23 Allah berfirman: " Katakanlah (hai Muhammad): Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kcrabat(ku)." Ketika ayat ini turun, sahabat bertanya kepada Nabi saw tentang siapa mereka yang diwajibkan oleh Allah untuk dicintai. Baginda bersabda: Mereka adalah Ali, Fatimah dan kedua putranya. " Ketika turunnya ayat berikut: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal sholch , mereka adalah sebaik-baik makhluk" (S:98:7) Nabi bersabda kepada Ali: " Mereka adalah engkau dan syiah-syiahmu, yang kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rela dan direlai oleh Allah; sementara musuh-musuhmu akan datang dalam keadaan dimurkai dan susah hati." Rasulullah saw bersabda: " Sesiapa yang mati dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka kelak ia mati dalam keadaan syahid. Sesiapa yang mati dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka ia mati dalam keadaan terampuni (dosa-dosanya) Sesiapa yang mati dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka ia mati dalam keadaan bertaubat. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka ia mati dalam keadaan beriman dan sempurna imannya. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka kelak malaekat maut akan memberinya kabar gembira tentang syurga, kemudian Munkar dan Nakir. Dan sesiapa yang mad dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka ia akan diarak ke syurga sebagaimana pengantin perempuan diarak masuk ke rumah suaminya. Sesiapa yang mati dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka kelak dua pintu di kuburannya akan dibuka sehingga ke syurga. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka kelak Allah akan jadikan kuburannya sebagai tempat ziarah para malaekat rahmat. Sesiapa yang mati dalam keadaan cinta pada keluarga Muhammad maka kelak ia mati dalam keadaan (ikut) sunnah dan jamaah. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan benci pada keluarga Muhammad maka kelak pada hari kiamat dia akan datang dengan tulisan yang melekat pada tengah dahinya : (inilah orang) yang putus asa daripada rahmat Allah. Sesiapa yang mati dalam keadaan benci pada keluarga Muhammad maka ia mati dalam keadaan kafir. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan benci pada keluarga Muhammad maka ia kelak tidak akan mencium bau syurga.
17. AKIKAH
Akikah adalah perkara sunnat, bukan wajib seperti yang dipahami oleh sebagian orang . lanya memiliki berbagai hukum sunnat dan makruh. Dalam sebagian riwayat dikatakan bahwa akikah adalah apa saja yang berasal dari daging kambing; dan yang terbaik adalah berasal dari kambing yang gemuk.
* Sunnat di dalam akikah menggunakan kambing yang gemuk yangtidak cacat,sebagaimanajugasunnatuntuk anak lakilaki diakekahkan kambing yang jantan sementara untuk anak perempuan disembelihkan kambing yang betina.
* Sunnat membaca do'a berikut ketika menyembelih untuk akikah:
بسم الله وبالله اللهم عقيقه عن فلان بن فلان لحمها بلحمه و ىمها بىمه وعظمها بعظمه اللهم اجعلها وقاء لآل محمد وآله السلام
* Sunnat dipotong bagian bawah badan kambing korban (seperti paha ) dan diberikan sesukunya pada bidan yang mclahirkannya, semcntara bakinya diberikan pada fakir miskin.
* Yang afdhol ianya dimasak dengan air dan garam dan dibuat sedikit walimah; lalu memanggil sepuluh fakir miskin atau lebih untuk mcnikmatinya.
* Makruh bagi sang ayah atau keluarga ayahnya makan daging akikah ini; sebagaimana si ibu juga makruh (secara ihliyat) memakannya.
* Sesiapa yang belum diakikahkan di masa kecil, ia boleh melakukan akikah sendiri di masa besamya.
* Jika seseorang telah mengakikahkannya, maka ia tidak perlu melakukan akikah semula untuk dirinya
* Sedekah tidak mcmadai dari melakukan akikah.
* Ihtiyat sunnat ia sedekahkan kulit kambing akikah tersebut atau harganya.
* Boleh melakukan akikah kepada seseorang yang telah mati.
18. KORBAN
Korban adalah pcrkara sunnat muakkad. la boleh dilakukan berkongsi antara dua orang atau lebih untuk satu binatang korban; sebagaimana ia juga boleh diniatkan sebagai sedckah untuk orang yang masih hidup atau orang yang telah mati, atau anak yang kecil; bukan yang masih dalam kandungan.
WAKTU BERKORBAN: Selepas terbitnya matahari pada hari raya korban (Hari raya A'idil Adha) dan selepas menunaikan sholat hari raya itu sendiri; sementara bagi mereka yang tidak sembahyang hari raya, korban dilakukan selepas matahari sudah agak naik . Waktu korban adalah tiga hari, sementara bagi mereka yang berada di Mina waktunya sampai empat hari. Dan korban- wajib yang dilakukan di Mina telah memadai dari melakukan korban sunnat.
* Jenis binalang korban adalah: kambing, lembu dan unta. Yang paling utama adalah jenis kambing kibas yang gemuk dan bertanduk.
* Di dalam korban-sunnat tidak diperlukan syarat-syarat yang wajib dipenuhi di dalam korban-wajib di Mina, samada umur kambing, cacat tidaknya dsb.
* Daging korban sunnat dimakan dan dibagi kepada fakir miskin.
* Kulit binatang korban boleh diberikan kepada penyembelihnya sebagai upah sembelih; dan yang afdholnya ia diberikan sebagai sedekah kepadanya.
* Jika binatang korban tidak didapati, maka sunnat nilai atau harga korban tersebut yang disedekahkan.