AMALI AL-SADUQ

AMALI AL-SADUQ0%

AMALI AL-SADUQ pengarang:
Kategori: Kajian
Halaman: 12

  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 12 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 21579 / Download: 499
Ukuran Ukuran Ukuran
AMALI AL-SADUQ

AMALI AL-SADUQ

pengarang:
Indonesia
AMALI AL-SADUQ AMALI AL-SADUQ




-Majlis (ke 93) mengenai

Kepercayaan Dan Amalan Syiah Imam Dua Belas)

Oleh Syeikh Al-Saduq

wafat 381 Hijrah 1995

Diterjemahkan dari buku aslinya Amali al-Saduq

-Majlis ke 93 Karya Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain Babuih al-Qummi

Cetakan Bahasa Arab: Beirut, 1980
____________________________________________
____________________________________________

Hak terjemahan dilindungi undang-undang

All rights reserved
_____________________________________________

Cetakan Pertama: Februari, 1995
_____________________________________________

1
AMALI AL-SADUQ

KANDUNGAN
PRAKATA 3

KANDUNGAN 5

MAJLIS 8

BAHAGIAN PERTAMA 8

Tarikh majlis, pendahuluan kepada majlis, tauhid dan kerasulan, imamah dan definisi kemaksuman, rukun Islam, bilangan para imam dan lain-lain.

1. Tarikh majlis 8

2. Pendahuluan kepada majlis, ringkasan kepercayaan dan amalan Syiah Imam Dua Belas 8

3. Tauhid dan kerasulan 9

4. Imamah dan definisi Kemaksuman 9

5. Rukun Islam 11

6. Bilangan para imam 12

7. Ketaatan kepada para imam 12

8. Definisi Islam dan iman 13

9. Alam barzakh dan alam akhirat 13

10. Haudh, Arasy dan lain-lain 13

11. Sembahyang fardu 13

12. Sembahyang sunat 14

13. Fardu sembahyang 15

14. Qunut 15

15. Takbiratu l-Ihram 15

16. Surah al-A‘aazim 16

17. Bacaan 17

18. Dua syahadah 17

19. Dua salam 18

20. Wirid atau tasbih Fatimah a.s 18

BAHAGIAN KEDUA 19

Takfir, bacaan Amin, sujud, sembahyang di atas rambut dan bulu, sembahyang yang diberhentikan, sembahyang yang boleh diberhentikan, tidak ada sujud sahwi di dalam sembahyang sunat dan lain-lain.

21. Takfir, bacaan Amin dan lain-lain 19

22. Sujud 20

23. Sembahyang di atas rambut dan bulu 20

24. Sembahyang yang diberhentikan-terbatal 21

25. Sembahyang yang tidak boleh diberhentikan-tidak terbatal 21

26. Tidak ada sujud sahwi di dalam sembahyang sunat 21

27. Sujud sahwi adalah pada sembahyang fardu sahaja. Dan syak pada bilangan rakaat 22

28. Syarat-syarat menjadi imam sembahyang 23

29. Mereka yang tidak wajib sembahyang Jumaat 24

30. Pahala sembahyang berjemaah 24

31. Sembahyang fardu dalam musafir 24

32. Had musafir 24

33. Orang yang wajib melakukan sembahyang genap dan berpuasa 25

34. Bahagian-bahagian sembahyang 25

35. Air 26

36. Sukatan air 26

37. Perkara yang membatalkan wuduk 26

38. Sapu (al-Mashu) 26

39.Tayammum 27

40. Perkara yang membatalkan tayammum 27

41. Mandi 28

42. Peluh junub 29

43. Haid 30

44. Nifas 30

45. Zakat 30

BAHAGIAN KETIGA 31

Khumus, puasa sunat, puasa Ramadan, penyaksian wanita, Sembahyang sunat pada bulan Ramadan, bermuzakarah tentang ilmu, zakat fitrah, haji, sempada atau had dan lain-lain.

46. Khumus 31

47. Puasa sunat 31

48. Puasa Ramadan 32

49. Penyaksian wanita 32

50. Sembahyang sunat pada bulan Ramadan 32

51. Bermuzakarah tentang ilmu 33

52. Zakat fitrah 33

53. Haji 34

54. Sempadan atau had haji 34

55. Ihram dan miqat 34

56. Fardu haji 35

57. Nikah 36

58. Talak 37

59. Wasiat 37

60. Pusaka 3

61. Syarat-syarat Syiah Imam Dua Belas 38

62. Penamat 40

LAMPIRAN A, B, C, D, E 41

BiBLIOFRAFI 63

INDEKS 65



2
AMALI AL-SADUQ

PRAKATA
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Segala puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang terpilih.

Amma ba‘du. Buku Amali Al-Saduq atau sebutan ringkasnya Al- Amali, adalah karya Syeikh al-Jalil al-Aqdam Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain Babuaih al-Qummi yang dikenali dengan Syeikh al-Saduq. Di samping Syeikh al-Saduq, muridnya Syeikh al-Mufid telah menulis nama buku yang sama.

Kemudian ia diikuti oleh Syeikh al-Tusi, Ibn Syeikh, al-Murtada dan lain-lain. Buku ini dikenali juga dengan nama Al-Majalis. Ia mengandungi 97 majlis kesemuanya. Dicetak oleh Mua’ssasa al-A‘lami li-al-Mat‘bu‘at di Beirut (cetakan ke 5), 1980 setebal 544 halaman dengan kata-kata aluan oleh Syeikh Husain al-A‘lami. Justeru majlis ke 93 daripada buku ini diterjemahkan daripada halaman 509 hingga 520.

Majlis ini berlaku pada hari Jumaat 12 hb Sya‘ban tahun 368 Hijrah. Beliau diminta oleh para hadirin pada majlis itu supaya mengimlakkan kepada mereka kepercayaan dan amalan mazhab Syiah Imam Dua Belas secara ringkas dan padat.

Menyahuti permintaan tersebut, Syeikh al-Saduq telah mengimlakkan kepada mereka secara ringakas tentang kepercayaan dan amalan Syiah Imam Dua Belas. Memandangkan kesukarannya, beliau berjanji untuk memberi penjelasannya apabila beliau pulang ke Nisabur(Khurasan).

Beliau dilahirkan di Qum sekitar tahun 306 Hijrah. Bapanya Ali bin al-Husain Babuih al-Qummi adalah seorang ulama yang masyhur pada zamannya. Imam al-Hasan al-Askari a.s telah menulis surat kepada bapa Syeikh al-Saduq melalui seorang safirnya. Di dalam surat itu beliau a.s berdoa kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan kepadanya (Ali) seorang anak lelaki yang saleh (Syeikh al-Saduq) dengan rahmatNya.

Syeikh al-Saduq telah berpindah ke Ray (Tehran) pada tahun 338 Hijrah dan menetap di sana sehingga tahun 352 Hijrah. Pada tahun 354 Hijrah beliau berhijrah ke Kufah dan menuntut ilmu di sana. Beliau telah mengerjakan haji pada tahun 355 Hijrah. Pada tahun 367 dan 368 Hijrah beliau menziarahi Masyhad sebanyak dua kali.

Karyanya adalah melebihi dua ratus buah di dalam berbagai ilmu Islam. Antaranya: Man la yahdhuruhu al-Faqih, ‘Ilal al-Syara‘, Ma‘ani al-Akhbar, Masyikhah al-Faqih, Thawab al-A’mal wa ‘Iqab al-A‘mal, ‘Uyun Akhbar al-Ridha, Ikmal al-Din wa Tamam al-Ni‘mat, al-Khisal, Tauhid, al-Amali atau al-Majalis dan lain-lain.

Murid-muridnya pula terdiri daripada para ulama yang terkenal seperti Syeikh al-Mufid Muhammad bin Muhammad bin Nu‘man al-Tala‘kabari, al-Sayyid al-Murtadha ‘Alam al-Huda, bapa kepada al-Najjasyi Ali bin Ahmad bin al-Abbas, Muhammad bin Talhah al-Na‘ali Syeikh al-Khatib Baghdadi, saudaranya Abu Abdullah bin al-Husain bin Musa bin Babuaih al-Qummi dan Abu Ali al-Syaibani al-Qummi, pengarang Tarikh Qum.

Syeikh al-Saduq wafat di Ray (Tehran) pada tahun 381 Hijrah ketika berusia 70 tahun lebih. Beliau disemadikan berdekatan dengan makam Sayyid Abd al-Azim al-Husni di Ray di Bustan Tagharliyah dan dibina di atasnya kubah yang tinggi. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat-Nya yang berkekalan ke atasnya.

Penterjemahan yang sedikit ini adalah khusus untuk mereka yang berpegang kepada mazhab Syiah Imam Dua Belas SAHAJA. Semoga mereka dapat memahami ajaran para Imam Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w dengan mudah dan mengamalkannya untuk diri mereka sendiri.

Penterjemah:

8 hb. Februari, 1995.


3
AMALI AL-SADUQ

BAHAGIAN PERTAMA
Bismi l-lahir Rahmani r-Rahim


Majlis Ke 93

Tarikh majlis, pendahuluan kepada majlis, tauhid dan kerasulan, imamah dan definisi kemaksuman, rukun Islam, bilangan para imam dan lain-lain.

1. Tarikh majlis
Pada hari Juma’at 12 Sya‘ban tahun 368 Hijrah.


2. Pendahuluan kepada majlis, ringkasan kepercayaan dan amalan Syiah Imam Dua Belas
Pada hari ini ahli majlis dan beberapa orang syeikh telah berkumpul di hadapan syeikh fakih Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Musa bin Babuih al-Qummi, lantas mereka memintanya supaya mengimlakkan kepada mereka kepercayaan1 dan amalan mazhab Syiah Imam Dua Belas secara ringkas dan padat2.


A. Kepercayaan (akidah):

3. Tauhid dan kerasulan
Maka beliau berkata: Syiah3 Imam Dua Belas mengakui (ikrar) ketauhidan Allah swt4, menafikan penyerupaan [sesuatu] dengan-Nya (tasybih) dan menolak [sesuatu] yang tidak layak bagi-Nya (tanzih).

Mengakui para nabi Allah, para rasul-Nya, hujah-hujah-Nya5, para malaikat-Nya dan kita–kitab-Nya. Mengakui bahawa Muhammad s.a.w adalah penghulu segala nabi dan rasul. Beliau s.a.w adalah lebih baik daripada para malaikat yang hampir kepada Tuhan. Beliau s.a.w adalah pemutus segala nabi (khatam al-Anbiya’), tiada nabi selepasnya sehingga hari Kiamat.


4. Imamah dan definisi kemaksuman 6
Sesungguhnya semua para nabi dan para rasul serta para imam a.s adalah lebih mulia daripada para malaikat. Mereka adalah maksum7, suci dari segala kekotoran, tidak terfikir tentang dosa kecil mahupun dosa besar apatah lagi melakukannya. Mereka adalah pengaman (aman) untuk penghuni bumi sebagaimana bintang-bintang pengaman untuk penghuni langit 8.


5. Rukun Islam
Sesungguhnya tiang-tiang (al-Da‘aim) atau rukun-rukun di mana Islam tertegap di atasnya adalah lima: Sembahyang, zakat, puasa, haji dan wilayah kepada Nabi s.a.w dan para imam a.s selepasnya9.


6. Bilangan para Imam
Mereka adalah dua belas imam10. Pertama adalah Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib, kemudian al-Hasan dan al-Husain, kemudian Ali bin al-Husain, kemudian al-Baqir Muhammad bin Ali, kemudian al-Sadiq Ja‘far bin Muhammad, kemudian al-Kazim Musa bin Ja‘far, kemudian al-Ridha Ali bin Musa, kemudian al-Jawad Muhammad bin Ali, kemudian al-Hadi Ali bin Muhammad, kemudian al-Askari al-Hasan bin Ali, kemudian al-Hujjah bin al-Hasan bin Ali11. Mengakui bahawa mereka adalah Uli al-Amri yang diperintahkan oleh Allah supaya mentaati mereka, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4): 59

“Wahai orang-orang yang beriman Taatlah Allah, taatilah Rasul-Nya dan Uli al-Amri daripada kamu” 12


7. Ketaatan kepada para imam
Sesungguhnya mentaati mereka adalah mentaati Allah13, mendurhakai mereka adalah mendurhakai Allah, mewalikan mereka adalah mewalikan Allah, musuh mereka adalah musuh Allah a.w. Kasih sayang kepada zuriat Nabi s.a.w 14, jika mereka di atas landasan bapabapa mereka yang suci, adalah wajib di atas tengkuk hamba-hamba-Nya sehingga hari Kiamat.

Iaitu akan [mendapat] pahala sebagaimana firman Alah di dalam Surah al-Syu‘ara‘ 42:43 “Katakanlah sesungguhnya aku tidak meminta sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan (al-Qurba)” Dan sesiapa yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanat) akan kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”


8. Definisi Islam dan iman
Islam adalah mengakui (ikrar) dua syahadat. Iman adalah mengakui dengan lidah, menyimpul dengan hati dan beramal dengan anggota, iman tidak berlaku melainkan sedemikian. Sesiapa yang mengucap dua kalimat syahadat, maka terpeliharalah hartanya dan darahnya serta hisabnya adalah di atas Allah 15.


9. Alam barzakh dan alam akhirat
Mengakui tentang persoalan kubur ketika mayat dikapan, Mungkar dan Nakir serta azab kubur. Mengakui tentang kejadian syurga dan neraka, mikraj Nabi s.a.w ke langit ke tujuh dan daripadanya ke Sidrat al-Muntaha, daripadanya ke hijab-hijab cahaya (hujub al-Nur), munajatmunajat Allah kepadanya. Sesungguhnya beliau s.a.w telah naik ke langit dengan badan dan rohnya secara benar dan bukan secara mimpi.

Kerana Allah Maha Suci dari dikaitkan tempat kepada-Nya, tetapi beliau s.a.w dinaikkan ke langit kerana menghormati dan membesarkan makamnya, memperlihatkan kepadanya kekuasaan-Nya di langit sebagaimana Dia memperlihatkan kekuasaan-Nya di bumi. Beliau s.a.w melihat padanya kebesaran Allah a.w untuk memberitahu kepada umatnya apa yang telah dilihatnya tentang tanda-tanda [kebesaran Allah] di langit.


10. Haudh, Arasy dan lain-lain
Mengakui tentang al-Haudh (kolam susu), syafaat bagi mereka yang melakukan dosa-dosa besar. Mengakui tentang al-Sirat, al-Mizan, al-Lauh, al-Qalam, Arasy dan al-Kursi.


B. Amalan (fekah amali):

11. Sembahyang fardu
Mengakui bahawa sembahyang adalah tiang agama (‘amud al-Din). Iaitu amalan hamba yang pertama dihisab pada hari Kiamat; perkara pertama seorang hamba akan disoal selepas makrifat. Sekiranya ia diterima, maka perkara lain akan diterima. Sekiranya ia ditolak, maka perkara lain akan ditolak16.

Sembahyang fardu17 di dalam sehari semalam adalah lima sembahyang. Iaitu tujuh belas rakaat. Zuhur empat rakaat, Asar empat rakaat, Maghrib tiga rakaat, Isyak empat rakaat dan Subuh (al-Ghudat) dua rakaat.


12. Sembahyang sunat
Adapun sembahyang sunat (al-Nafilah ) adalah seperti sembahyang fardu18, bilangan rakaatnya adalah tiga puluh empat. Lapan rakaat sebelum zuhur dan lapan rakaat selepasnya; sebelum Asar. Empat rakaat selepas Maghrib. Dua rakaat sembahyang duduk selepas Isyak akhir dikira satu rakaat iaitu witir bagi mereka yang tidak mengerjakan witir pada akhir malam.

Sembahyang malam adalah lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam. Sembahyang al-Syafa‘ adalah dua rakaat dengan satu salam, semabahyang Witir adalah satu rakaat dengan satu salam dan sembahyang al-Ghudat (pagi) dua rakaat. Lantaran itu, jumlah sembahyang fardu dan sunat sehari semalam adalah lima puluh satu rakaat. Azan dan Iqamat adalah dua dua 19 (matnna mathna).


13. Fardu sembahyang
Fardu sembahyang20 adalah tujuh: Waktu21, kebersihan, tawajjuh, kiblat, rukuk, sujud dan doa22.


14. Qunut
Qunut pada setiap sembahyang fardu dan sunat adalah pada rakaat kedua sebelum rukuk dan selepas bacaan23. Bacaan qunut memadai dengan “Rabbi ghfir wa r-ham wa tajawaz ‘amma ta ‘lamu inna-ka anta al-A‘azzu wa l-Akramu” bererti” Wahai Tuhanku, ampunilah dan rahmatilah serta maafilah apa yang Engkau ketahui sesungguhnya Engkau adalah lebih Mulia dan dihormati”. Qunut memadai dengan bacaan tiga tasbih. Dan digalakkan menyebut para imam a.s di dalam qunut dan membaca selawat ke atas mereka secara ringkas.


15. Takbiratu l-Ihram
Takbiratu l-Ihram adalah satu kali, tetapi tujuh kali adalah lebih baik dan wajib dinyaringkan bacaan Bismillahi r-Rahmani r-Rahim di dalam sembahyang ketika pembukaan Surah al-Fatihah dan pembukaan Surah selepasnya. Ia adalah sebahagian daripada ayat al-Qur’an yang paling hampir kepada nama Allah al-A‘zam seperti mata hitam dengan mata putih. Disunatkan mengangkat dua tangan pada setiap takbir di dalam sembahyang iaitu sebagai perhiasan sembahyang (zain li-al-Salat).

Bacaan 24pada dua rakaat pertama sembahyang fardu25 adalah Surah al-Hamdu (al-Fatihah) dan satu surah yang bukan al-‘Azaaim yang dilakukan sujud padanya.


16. Surah al-‘Azaaim
Iaitu Surah Sajdah, Luqman, Hamm Sajdah, al-Najm, Surah Iqra’ Bismi Rabbi-ka26. Bukan Li-iilafi quraisyin dan Alam tara kaifa, wa al-Dhuha dan Alam Nasyrah merupakan satu surah27, kerana Li iila dan Alam Nasyrah adalah satu surah. Wa al-Dhuha dan Alam Nasyrah adalah satu surah. Lanataran itu, ia tidak boleh dipisahkan salah satu daripadanya di dalam sembahyang fardu.

Sesiapa yang mahu membacanya di dalam sembahyang fardu, maka hendaklah dia membaca Li iilafi dan Alam tara kaifa di dalam satu rakaat, wa al-Dhuha dan Alam Nasyrah di dalam satu rakaat, ia tidak boleh dipisahkan di antara dua [surah] di dalam sembahyang fardu. Adapun di dalam sembahyang sunat, maka ia boleh dipisahkannya; seorang boleh membaca apa yang dia mahu. Tidak mengapa membaca al-‘Azaaim di dalam sembahyang sunat.


17. Bacaan
Wajib dibaca di dalam sembahyang Zuhur pada hari Jumaat 28 Surah al-Jumaat dan Surah al-Munafiqun. Itulah sunnah Nabi s.a.w. Tiga tasbih di dalam rukuk dan sujud, lima adalah lebih baik (ahsan) dan tujuh adalah lebih afdal.

Satu tasbih yang lengkap memadai di dalam rukuk dan sujud bagi pesakit dan orang yang mahu cepat (al-Musta‘jil). Sesiapa yang membaca kurang daripada tiga tasbih di dalam rukuk dan sujudnya dan dia pula bukan pesakit atau orang yang mahu cepat [tanpa sebab), maka dia telah mengurangkan satu pertiga [pahala] sembahyangnya.

Sesiapa yang telah mengurangkan dua tasbih, maka dia telah mengurangkan dua pertiga sembahyangnya. Sesiapa yang tidak membaca tasbih di dalam rukuk dan sujudnya, maka tiada sembahyang baginya melainkan dia melakukan tahlil, atau takbir atau berselawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak bilangan tasbih, maka ia memadai29.


18. Dua syahadah
Dua syahadah di dalam tasyahhud 30adalah memadai dan apa yang lebih adalah ta‘abbudiyyun. Salam di dalam sembahyang memadai satu kali dalam keadaan mengadap kiblat dan hendaklah dia cenderung ke arah kanannya dengan matanya.


19. Dua salam
Sesiapa yang berada bersama ahli khilaf31, hendaklah dia memberi dua salam; satu salam kearah kanannya dan satu salam ke arah kirinya sebagaimana mereka melakukannya kerana taqiyyah.


20. Wirid atau tasbih Fatimah A.S
Musalli hendaklah bertasbih dengan tasbih Fatimah32 al-Zahra’ a.s selepas setiap sembahyang fardu iaitu 34 takbir, 33 tamhid dan 33 tasbih. Sesiapa yang melakukannya sebelum menggerakkan kakinya dari tempat sembahyang, maka Allah mengampuni dosanya.

Kemudian dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan para Imam a.s, berdoa untuk dirinya dengan apa yang dia suka dan sujud syukur selepas selesai dari berdoa dengan berkata padanya: Syukran li-llah (bersyukur kepada Allah) sebanyak tiga kali dan tidak meninggalkannya melainkan kerana taqiyyah iaitu ada mukhalif 33 di sisinya.


4
AMALI AL-SADUQ

Catatan Kaki:
1. Setiap mukallaf yang tidak sampai tahaf mujtahid atau muhtat wajib bertaklid kepada seorang marja‘ (taklid) di dalam ilmu fiqh yang tidak ada hukumnya di dalam al-Qur’an dan Hadis, tetapi dia tidak boleh bertaklid di dalam ilmu akidah. Ini bererti dia mesti mempelajari tentang ketuhanan, kenabian-imamah dan ma‘ad (Akhirat).

2. Syeikh al-Saduq, Amali al-Saduq, hlm. 509-520.

3. Rasulullah s.a.w telah memuji Ali a.s dan Syiahnya apabila turun Surah al-Bayyinah 98:7 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk” Beliau s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Mereka itu adalah anda dan Syiah anda” Ibn Hajar al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, 128.

4. Asas-asas akidah Islam adalah tiga perkara: Tauhid, kenabian dan Ma‘ad (hari Akhirat). Mana-mana mazhab yang mengakui tiga perkara ini termasuk di dalam mazhab Islam.

5. Dua belas Imam a.s.

6. Manusia maksum menurut mazhab Syiah Imam Dua Belas adalah empat belas orang. Rasulullah s.a.w, Fatimah al-Zahra’ a.s dan dua belas para imam a.s. Oleh itu, bilangan Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w adalah tiga belas orang.

Sementara para sahabat tidak termasuk di dalam Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w. Mereka wajib berselawat ke atas Muhammad s.a.w dan kelurganya sebagaimana dituntut oleh al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Para sahabat ada yang menyokong Ahlul Bait Rasulullah s.a.w dan ada yang memusuhi mereka terutamanya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Justeru sahabat ada yang adil dan ada yang zalim. Adapun sahabat yang zalim mereka tidak boleh menjadi pemimpin (imam) sebagaimana janji Allah s.w.t di dalam Surah al-Baqarah (2):124: “Janji-Ku ini tidak mengenai orang yang zalim”.

Apatah lagi Abu Bakr dan Umar cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra’ a.s sekalipun Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka a.s tidak memberi baiah kepada Abu Bakr yang merampas jawatan khalifah daripada Imam Ali.a.s.

Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Ummal, vii, hlm.219, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 153. Fatimah a.s tidak bercakap dengan Abu Bakr dan Umar sehingga beliau a.s wafat dan berwasiat kepada suaminya supaya tidak membenarkan Abu Bakr dan Umar melakukan sembahyang jenazah ke atasnya kerana beliau menyifatkan mereka berdua sebagai musuh Allah, Rasul-Nya dan Ahlu l-Baitnya, lihat umpamanya, al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.159-62, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm 14-16, Abu al-Fida, Tarikh, I, hlm. 159.

Umar juga mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w “sedang meracau” ketika beliau s.a.w meminta dibawa kepadanya pensil dan kertas supaya beliau menulis perkara-perkara yang tidak akan menyesatkan umat selama-lamanya. Muslim, Sahih, iii, hlm.69, al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika Umar telah mengesyaki Nabi s.a.w dan kaum muslimin sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan sepanjang hayatnya. Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12, 14.

Sikap Umar terhadap sunnah Rasulullah s.a.w amat menyedihkan sekali, dia berkata: “Cukuplah kitab Allah sahaja” (hasbu-na kitabu llah) Al-Bukhari, Sahih, I, hlm.36.

Sementara Abu Bakr melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan sunnah Nabi s.a.w. Abu Bakar berkata: “Janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun (syai’an) daripada Rasulullah”.

Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I, hlm.3. Uthman pula berkata: “Sesiapapun tidak boleh menulis hadis yang tidak ditulis pada masa Abu Bakr dan Umar”, al-Darimi, al-Sunan, I, hlm.132, Ibn Sa‘d, Tabaqat, ii, hlm. 354.

Pengikut-pengikut mereka bertiga dikenali dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama’ah dan sekarang pula dikenali dengan Wahabi atau Salafiah yang merupakan Khawarij di zaman ini. Mereka mengutamakan kekerasan daripada hikmah.

Oleh itu, mereka bukanlah Ahlu Sunnah Nabi s.a.w, malah mereka adalah Ahlu Sunnah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang memerangi atau memusuhi Imam Ali dan kelurganya a.s serta pengikut-pengikut mereka.

Imam Ja‘far al-Sadiq berkata:“Malah perang terhadap Ali a.s adalah lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah s.a.w. (bal harbu Ali a.s syarrun min harbi Rasulullah s.a.w) sesungguhnya perang terhadap Rasulullah (s.a.w) dilakukan oleh mereka yang tidak mengakui Islam (inna harb rasulillah s.a.w lam yuqirru bi al-Islam) dan sesungguhnya perang terhadap Ali a.s dilakukan oleh mereka yang telah mengakui Islam, kemudian mereka mengingkarinya” (inna harb ‘Ali a.s aqarruu bi al-Islam thumma jahaduu-hu), al-Kulaini, Raudhat al-Kafi, viii, hlm. 209 (hadis no.353).

7. Jawatan Imamah adalah kesinambungan jawatan Nubuwwah (kenabian). Di dalam erti kata yang lain, Imamah adalah batin Nubuwwah. Nabi s.a.w telah melantik Ali a.s di beberapa tempat, antaranya dan yang terakhir adalah di Ghadir al-Khum selepas Haji Wida’.

Beliau s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya, cintailah orang yang mencintainya, tolonglah orang yang menolongnya, bencilah orang yang membencinya, tinggallah orang yang meninggalkannya dan penuhilah kebenaran bersamanya di mana saja dia berada”.

Kemudian sebelas imam daripada zuriatnya. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 126, dihadiri oleh lebih 100 ribu para sahabat. Ia diriwayatkan oleh 110 sahabat di dalam buku-buku Ahlu al-Sunnah wa al-Jama‘ah, lihat umpamanya, al-Amini, Al-Ghadir, I, hlm.14-156. Ia adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikannya.

Kerana penafian wasiat perlantikan Rasulullah s.a.w akan penggantinya memberi implikasi pemerintahan selepasnya adalah pemerintahan sekular kerana tidak wujud kesinambungannya daripada Rasulullah s.a.w.

Dalam erti kata yang lain, Nabi s.a.w tidak berwasiat atau melantik penggantinya sebagaimana didakwa oleh musuh-musuh Ahlu Bait Rasulullah s.a.w.

Sedangkankan ia adalah perintah Allah s.w.t yang telah dilakukan oleh para nabi sebelum beliau s.a.w. Justeru setiap nabi a.s ada wasi atau penggantinya, maka wasi bagi Rasulullah s.a.w adalah Ali a.s kemudian sebelas imam daripada zuriatnya (Rasulullah s.a.w).

Jawatan Imamah pada umumnya adalah lebih tinggi daripada jawatan Nubywwah (kenabian) selain daripada jawatan kenabian Muhammad s.a.w. Kerana beliau s.a.w adalah lebih mulia daripada semua para nabi dan para rasul a.s.

Para imam dua belas adalah wasi-wasi atau pengganti-pengganti kepada Rasulullah s.a.w. Justeru mereka adalah lebih mulia daripada semua nabi dan rasul selain daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Di dalam erti kata yang lain bahawa Timbalan perdana Menteri itu adalah lebih tinggi kedudukannya daripada para menteri dan lebih rendah daripada Perdana Menteri.

Lantaran itu, Imam Ja‘far al-Sadiq a.s ketika menjelaskan kedudukan imam di dalam Surah al-Baqarah (2): 124 “Sesungguhnya Aku Allah akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia” Ibrahim berkata:” (Dan aku mohon juga) dari keturunanku” Allah berfirman: “Janji-Ku ini tidak mengenai orang yang zalim” Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba, sebelum Dia mengambilnya sebagai nabi.

Sesungguhnya Dia mengambilnya menjadi nabi sebelum Dia mengambilnya menjadi rasul. Dia mengambilnya menjadi rasul sebelum dia menjadi khalil dan beliau menjadi khalil sebelum beliau menjadi imam.

Manakala Allah menghimpunkan semua perkara tersebut, iaitu kenabian, kerasulan dan kekhalilan, Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam kepada seluruh manusia.

Ibrahim berkata: Dari keturunanku” Allah berfirman: Janji-Ku tidak mengenai orang yang zalim” Di riwayatkan bahawa nabi Isa a.s akan menjadi makmum kepada Imam al-Mahdi a.s di akhir zaman Lihat umpamanya al-Qunduzi al-Hanfi, Yanabi‘ al-Mawaddah, 445.Ini bererti Imam Muhammad al-Mahdi, iaitu imam kedua belas a.s itu adalah lebih mulia daripada nabi Isa. a.s. sedangkan nabi Isa a.s di kalangan rasul yang bertaraf “Uli al-‘Azam”. Uli al-Amri yang diperintahkan supaya ditaati itu, mestilah mereka yang maksum seperti Nabi s.a.w, tetapi kedudukan mereka adalah lebih rendah daripada kedudukannya s.a.w.

8. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 444.

9. Ayat al-Wilayah atau ayat 55 daripada Surah al-Maidah (5) ‘‘Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan memberi zakat dalam keadaan rukuk” telah diturunkan kepada Amir al-Mukminin Ali a.s ketika beliau a.s memberi sedekah cincinnya kepada si miskin di dalam keadaan beliau a.s sedang mengerjakan sembahyang (rukuk) di Masjid Rasulullah s.a.w. Lihat al-Suyuti, Al-Durr al-Manthur, ii, hlm.293.

10. Muslim, Sahih, ii, hlm. 79 daripada Nabi s.a.w bersabda: Agama sentiasa teguh sehingga hari Kiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy”. Al-Bukhari, Sahih, iv, hlm.120 (Kitab al-Ahkam) meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi s.a.w bersabda: Selepasku adalah dua belas amir, semuanya daripada Quraisy”.

11. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 444 (bab 7).

12. Ibid.

13. Ibid

14. Mereka terdiri daripada keturunan Ahlu l-Bait a.s yang tidak menentang ajaran Imam Dua Belas a.s.

15. Mengucap dua kalimah syahadat adalah petanda seorang itu muslim.

16. Penerimaan sembahyang adalah bergantung kepada pengakuan wilayah Imam Dua Belas. Kerana Rasulullah s.a.w bersabda:: Agama sentiasa teguh sehingga hari Kiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy”. Muslim, Sahih, ii, hlm. 79, al-Bukhari, Sahih, iv, hlm.120
(Kitab al-Ahkam). Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia tidak mengetahui imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata wa lam ya‘raf imaama zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan).

17. Sembahyang mayat adalah fardu kifayah. Ia mengandungi lima takbir. Niat sembahyang ke atas mayat qurbatan ila Allah, kemudian mulakan takbir yang pertama. Kemudian membaca syahadataini, kemudian takbir yang kedua.

Kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya, kemudian takbir kali yang ketiga. Kemudian berdoa kepada mukminin (Allahumma ighfir lil-Mukminin wa l-Mukminat), kemudian takbir yang keempat (Allahumma ighfir lihadha al-Mayyit). Kemudian takbir kali yang ke lima dan menamatkannya. Umar apabila dia menjadi khalifah, dia mengubah sunnah Rasulullah s.a.w dengan mengurangkan takbir sembahyang mayat daripada lima kepada empat takbir, lihat umpamanya, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137, Ibn Hanbal, al-Musnad, 111, hlm. 370.

18. Sembahyang dua Hari Raya puasa dan haji adalah dua rakaat sunnat pada zaman ghaibah Imam al-Mahdi a.s. Dibaca pada rakaat pertama Surah al-Fatihah dan satu surah selepasnya dengan lima takbir dan lima qunut. Dan pada rakaat kedua adalah empat takbir dan empat qunut.. Tetapi khalifah Umar tidak mengetahui apakah bacaan Rasulullah s.a.w di dalam sembahyang hari raya, Muslim, Sahih, 1, hlm.242, Malik, al-Muwatta’, I, hlm.147, Ibn Majah, Sunan, I, hlm. 388. Sepatutnya dia mengetahui surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w.

19. Perkataan “Hayya ‘ala khairi l-‘Amal” selepas “Hayya ‘ala l-Falah”. Beginilah azan dan iqamat Rasulullah s.a.w, tetapi Umar, apabila dia menjadi khalifah, membuangnya, al-Halabi, al-Sirah, ii, 110. inilah perbezaan antara sunnah Umar dan sunnah Rasulullah s.a.w. Di dalam erti kata yang lain perbezaan antara Ahlu Sunnah Umar dan Ahlu Sunnah Rasulullah s.a.w.

20. Rukun sembahyang adalah lima: Niat, takbirau l-Ihram, berdiri (al-Qiyam), rukuk, dan sujud.

21. Waktu Zuhur dan Asar adalah bersyarikat (musytarak), iaitu dari gelincirnya matahari sehingga jatuhnya matahari. Waktu Maghrib dan Isyak adalah bersyarikat, iaitu apabila jatuhnya matahari (hilangnya warna merah di langit iaitu sepuluh minit selepas masuk waktu Maghrib mengikut mazhab Syafi‘i dan inilah waktu berbuka puasa) sehingga terbitnya fajar al-Sadiq.

Sementara waktu Subuh adalah bersendirian; apabila terbitnya fajar al-Sadiq sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Isra’ (17): 78 “Dirikanlah sembahyang dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula sembahyang ) subuh dan sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat)”

22. Doa adalah otak kepada ibadat (al-Du ‘a’ mukh al- ‘ibadah)

23. Surah al-Baqarah (2):238 “Berdirilah untuk Allah (dalam sembahyangmu) di dalam keadaan berqunut”

24. Bacaan Surah al-Fatihah dan surah selepasnya wajib dinyaringkan di dalam sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh. Sementara di dalam sembahyang Zuhur dan Asar wajib diperlahankannya. Imam hanya membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan nyaring di dalam sembahyang Zuhur dan Isyak pada permulaan Surah.

25. Makmun tidak membaca apa-apa pada rakaat yang pertama dan kedua. Kerana imam sembahyang yang menanggung bacaannya.

26. Wajib dilakukan sujud apabila surah-surah ini dibaca.

27. Hanya mashaf Uthman yang memisahkannya. Lantaran itu, tidak hairanlah jika al-Bukhari di dalam Sahihnya, vi, hlm 210 menyatakan bahawa Surah al-Lai 92:3 telah ditambah perkataan “Ma khalaqa”.

Oleh itu, ayat asalnya ialah “Wa al-Zakari wa al-Untha” tanpa “Ma khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Darda’, kemudian ia dicatat oleh Muslim, di dalam Sahih, 1, hlm.565, al-Turmudhi, di dalam Sahih, v, hlm.191. Sementara al-Suyuti, di dalam al-Itqan, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama al-Khal‘ dan al-Hafd telah ditulis di dalam mashaf Ubayy bin Ka‘ab dan Mashaf Ibn Abbas.

Sesungguhnya Ali a.s telah mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdullah al-Ghafiqi. Umar dan Abu Musa al-Asy‘ari juga telah membacanya. Al-Suyuti, di dalam al-Itqan, iii, hlm.82 juga meriwayatkan bahawa ‘Aisyah menyatakan Surah al-Ahzab 33: 56 pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca “wa ‘ala al-Lazina yusalluna al-Sufuf al-Uwal” selepas “ Inna llaha wa mala’ikata-hu yusalluna ‘ala al-Nabi ‘Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf.

Al-Suyut, di dalam al-Itqan, iii, hlm.41 mencatatkan riwayat daripada Abdullah bin Umar daripada bapanya Umar bin al-Khattab, dia berkata: Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur’an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur’an itu? Sesungguhynya sebahagian al-Qur’an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur’an mana yang ada” Ini bererti sebahagian al-Qur’an telah hilang.

28. Sembahyang Jumaat.

29. Musalli diberi pilihan untuk membaca Surah al-Fatihah atau tasbih, tahmid tahlil dan takbir (Subhanallah wa l-Hamdulillah wa la-ilaha illa –llah wa llahu akbar}, kemudian selawat ke atas Muhammad s.a.w dan keluarganya (Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad) pada rakaat ketiga dan keempat.

30. Tidak ada pergerakan mana-mana jari tangan ketika tasyahhud.

31. Selain daripada pengikut Syiah Imam Dua Belas.

32. Dinamakan tasbih Fatimah a.s kerana bapanya Rasulullah s.a.w telah menghadiahkannya kepadanya.

33. Orang yang selain daripada Syiah Imam Dua Belas.

5
AMALI AL-SADUQ

BAHAGIAN KEDUA

Takfir, bacaan amin, sujud, sembahyang di atas rambut dan bulu, sembahyang yang diberhentikan, sembahyang yang boleh diberhentikan, tidak ada sujud sahwi di dalam sembahyang sunat dan lain-lain.

21. Takfir, bacaan amin dan lain-lain
Tidak boleh melakukan takfir34 ketika sembahyang, tidak boleh berkata: Amin35 selepas bacaan al-Fatihah.


22. Sujud
Tidak boleh sujud kecuali di atas tanah (al-Ardh) atau apa yang ditumbuhkan oleh bumi36 kecuali apa yang dimakan atau dipakai.


23. Sembahyang di atas rambut dan bulu
Tidak mengapa melakukan sembahyang di atas rambut dan bulu binatang yang dimakan37 dagingnya. Adapun binatang yang tidak dimakan dagingnya, maka tidak boleh dilakukan sembahyang di atas rambut dan bulunya melainkan secara rakhsah seperti melakukan sembahyang di atas baja daripada tahi binatang, acid dioksida dan lainlain.

Adalah lebih baik dia tidak melakukan sembahyang di atasnya. Tetapi sesiapa yang melakukan sembahyang di atasnya, maka sembahyangnya harus (jazat). Adapun melakukan sembahyang di atas bulu serigala, maka tidak diberi rakhsah padanya melainkan pada keadaan taqiyyah dan darurat.


24. Sembahyang yang diberhentikan-terbatal
Adapun sembahyang38 yang diberhentikan-terbatal antaranya adalah kerana terkeluar angin; apabila ia keluar dari orang yang sedang melakukan sembahyang atau selain daripadanya yang membatalkan wuduk atau dia teringat bahawa dia tidak mempunyai wuduk atau dia mendapati kesakitan [pada anggotanya] atau pukulan39 yang dia tidak mampu menanggungnya atau pendarahan yang banyak daripada hidungnya atau dia berpaling sehingga dia melihat orang di belakangnya.


25. Sembahyang yang tidak boleh diberhentikan-tidak terbatal
Jika sesuatu yang melintasi di hadapannya sama ada ia seekor anjing, seorang perempuan, seekor keldai atau lain-lain, maka sembahyangnya tidak boleh diberhentikan.


26. Tidak ada sujud sahwi di dalam sembahyang sunat
Tidak ada sujud sahwi di dalam sembahyang sunat (al-Nafilah). Justeru sesiapa yang terlupa atau terlalai di dalam sembahyang sunat, maka dia tidak perlu mengulanginya.


27. Sujud sahwi adalah pada sembahyang fardu sahaja. Dan Syak pada bilangan rakaat.
Sesungguhnya sujud sahwi40adalah pada sembahyang fardu sahaja. Lantaran itu, sesiapa yang terlupa (saha) pada dua rakaat yang pertama, maka hendaklah dia mengulangi sembahyangnya. Sesiapa yang mengesyaki pada sembahyang Maghrib, maka hendaklah dia mengulanginya. Sesiapa yang mengesyaki sembahyang Subuh, maka hendaklah dia mengulanginya.

Sesiapa yang mengesyaki pada rakaat yang kedua atau rakaat ketiga atau rakaat keempat, maka hendaklah dia menetapkan rakaat yang lebih banyak. Apabila dia memberi salam, maka dia menyempurnakan kekurangan yang disangkakannya41.

Tidak wajib dua sujud sahwi ke atas musalli melainkan apabila dia berdiri ketika duduk atau dia duduk ketika berdiri atau dia meninggalkan tasyahhud atau dia tidak menyedari sama ada dia telah menambah atau mengurangkan sembahyangnya.

Kedua-duanya [dilakukan] selepas salam tentang tambah dan kurang dan dibaca di dalamnya: Bismillah wa billah, al-Salamu‘alai-ka ayyuha al-Nabiyyu wa rahmatu llahi wa barakatuh‘ bererti: Dengan nama Allah dan dengan Allah, salam ke atas engkau wahai Nabi, rahmat Allah dan berkat-Nya” Adapun sajdah al-‘Azaaim dibaca: La–ilaha illa llaha haqqan haqqan la ilaha illa llaha imanan wa tasdiqan, la ilaha illa llaha ‘ubudiyyatan wa riqqan sajad-tu la-ka ya Rabb ta‘abbudan wa riqqan la mustankifan wa la mustakbiran bal ana ‘abdun dhalilun khaif mustajir”. Ertinya: Tiada tuhan melainkan Allah, memang benar, memeng benar, tiada tuhan melainkan Allah, satu keimanan dan satu kebenaran, tiada tuhan melainkan Allah, sepenuh ibadat dan perhambaan, tanpa kemegahan dan besar hati, malah aku adalah seorang hamba yang hina dan sentiasa takut” Dia membaca takbir apabila dia mengangkat kepalanya.

Sembahyang seorang hamba tidak diterima melainkan dia menghadapiNya dengan sepenuh hatinya. Mungkin sembyangnya (al-Salat) 42diterima ¼ atau 1/3 atau ½ atau kurang daripada itu atau lebih banyak daripada itu, tetapi Allah menyempurnakannya dengan sembahyang sunat. 28. Syarat menjadi imam sembahyang Orang yang paling layak menjadi imam di dalam sembahyang jema’ah43 adalah orang yang paling pandai membaca al-Qur’an.

Sekiranya mereka sama di dalam pembacaan al-Qur’an, maka didahulukan orang yang awal hijrah. Sekiranya mereka adalah sama dari segi hijrah, maka yang paling tua didahulukan. Sekiranya mereka di dalam umur adalah sama, maka yang berseri muka di kalangan mereka didahulukan.

Pemilik masjid adalah paling layak di masjidnya. Sesiapa yang melakukan sembahyang bersama orang ramai sedangkan pada mereka seorang yang lebih alim daripadanya, maka urusan mereka terkebawah hingga hari kiamat. Sembahyang berjema’ah pada hari Jumaat44 adalah fardu yang wajib45 dan pada hari-hari yang lain adalah sunat.

Sesiapa yang meninggalkannya kerana tidak menyukainya dan tidak menyukai jemaah muslimin tanpa sebab, maka tidak ada sembahyang baginya.


29. Mereka yang tidak wajib sembahyang Jumaat
Sembahyang Jumaat46 boleh dikecualikan kepada sembilan orang; kanak-kanak, orang tua, orang gila, musafir, hamba lelaki, perempuan, orang yang sakit, orang yang buta dan orang yang [tinggal] sejauah dua farsakh ( 22 km).


30. Pahala sembahyang berjemaah
Sembahyang berjemaah47 itu lebih baik (afdal) dua puluh lima kali ganda pahala di syurga daripada sembahyang berseorangan.


31. Sembahyang fardu dalam musafir
Sembahyang fardu di dalam musafir adalah dua rakaat melainkan sembahyang Maghrib kerana Rasulullah s.a.w telah meninggalkannya di dalam keadaan sedemikian pada masa musafir dan tidak musafir (hadar). Semua jenis sembahyang sunat siang hari (nawaafil al-Nahar) tidak dilakukan pada masa musafir, tetapi semua jenis sembahyang sunat malam (nawaafil al-Lail) di dalam musafir tidak ditinggalkan.

Tidak harus (yajuzu) mengerjakan sembahyang malam (salat al-Lail) pada awal malam melainkan dalam musafir. Jika dia mahu, maka adalah lebih baik dia melakukannya pada awal malam.


32. Had musafir
Had musafir yang wajib dilakukan sembahyang qasar dan berbuka puasa adalah lapan farsakh (44 km pergi dan balik). Jika seorang lelaki musafir sejauh empat farsakh (22 km) dan tidak mahu kembali pada hari itu, maka dia boleh membuat pilihan sama ada dia mahu melakukan sembahyang genap atau qasar. Tetapi jika dia mahu pulang pada hari itu juga, maka dia wajib melakukan sembahyang qasar48.

Sesiapa yang musafirnya adalah kerana maksiat, maka wajiblah ke atasnya melakukan sembahyang genap dan berpuasa di dalam musafir. Orang yang melakukan sembahyang genap dalam musafir adalah seperti orang yang melakukan sembahyang qasar semasa hadar.


33. Orang yang wajib melakukan sembahyang genap dan berpuasa
Orang yang wajib melakukan sembahyang genap dan berpuasa (al-Tamam fi al-Salat wa al-Saum) di dalam musafir adalah seperti pemandu kenderaan, pembawa barang, penternak dan nelayan kerana itu adalah pekerjaan mereka dan jika pendapatan mereka pula lumayan.

Tetapi jika pendapatan seseorang itu sekadar mencukupi untuk menanggung keluarganya, maka wajib di atasnya melakukan sembahyang qasar dan iftar (berbuka puasa).

Kerana tiada kebaikan bagi seseorang berpuasa di dalam musafir secara sukarela (tatawwu‘an). Dan tidak harus bagi yang melakukan iftar di dalam musafir pada bulan Ramadan melakukan persetubuhan (an yujaami‘)49.


34. Bahagian-bahagian sembahyang
Sembahyang itu terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Kebersihan

2. Rukuk

3. Sujud

Tiada sembahyang50 melainkan dengan kebersihan (tahuur). Wuduk adalah satu kali. Sesiapa yang melakukan wuduk sebanyak dua kali, maka ia adalah harus, tetapi ia tidak diberi pahala.


35. Air
Air semuanya suci (taahir) sehingga dia mengetahui bahawa ianya adalah kotor. Tidak ada perkara yang akan merosakkan air sekiranya ia mengalir. Tidak mengapa berwuduk dengan air mawar atau menggunakannya untuk mandi junub51.

Adapun air yang terkena cahaya matahari, maka ia adalah makruh berwuduk dengannya, membasuh atau menggunakannya untuk mandi junub kerana ia akan membawa kepada kanser.


36. Sukatan Air
Sukatan air adalah apabila ia cukup satu karr : Seribu dua ratus kati mengikut ukuran Madinah. Atau tiga jengkal panjang, tiga jengkal lebar dan tiga jengkal dalam. Air telaga adalah bersih selama tidak ada sesuatu yang boleh mengotorinya. Begitu juga air laut adalah bersih.


37. Perkara yang membatalkan wuduk
Tidak ada perkara yang membatalkan wuduk melainkan apa yang terkeluar dari dua jalan; air kencing, birak, angin, air mani dan tidur lena52.


38. Sapu (al-Mashu)
Tidak harus menyapu 53(al-Mashu) di atas serban begitu juga di atas songkok. Tidak harus menyapu di atas khuffain (kasut) dan dua sarung kaki (al-Jaurabain) melainkan mempertahankan diri daripada musuh atau daripada salji yang ditakuti di atas dua kaki, lalu dikira khuffain itu sebagai balutan kemudian disapu ke atas kedua-duanya. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah daripada Nabi s.a.w bahawa beliau s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling berdukacita pada hari Kiamat adalah orang yang melihat wuduknya di atas kulit orang lain.


39. Tayammum
Sesiapa yang tidak mendapati air, maka hendaklah dia bertayammum 54sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4) :43 “Maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu” Apabila seorang mahu bertayammum, maka hendaklah dia memukul dua tangannya ke bumi satu kali kemudian dia menepuknya (nafada) lalu disapukan dengannya akan mukanya.

Kemudian dia memukul dengan tangan kirinya, lalu dia menyapukan tangan kanannya daripada siku ke hujung jarinya. Kemudian dia memukul dengan tangan kanannya ke bumi, lalu dia menyapukan dengannya akan tangan kirinya dari siku ke hujung jari. Diriwayatkan bahwa seorang lelaki boleh menyapu dahinya dan dua keningnya serta menyapu ke atas belakang tangannya. Inilah pendapat shedikh-syeikh kami.


40. Perkara yang membatalkan tayammum
Apa yang membatalkan wuduk, maka ia juga membatalkan taya mmum. Melihat air membatalkan tayammum. Sesiapa yang bertayammum dan bersembahyang kemudian dia mendapati air pada waktu sembahyang atau waktu sembahyang telah tiada lagi, maka dia tidak perlu mengulanginya lagi. Kerana tayammum adalah salah satu perkara bersih yang dibenarkan.

Lantaran itu, dia hendaklah berwuduk untuk melakukan sembahyang yang lain. Tidak mengapa jika seorang itu bersembahyang dengan satu wuduk untuk sembahyang malam dan siang selama dia tidak berhadas. Begitu juga dengan tayammum selama dia tidak berhadas atau mendapati air.


41. Mandi
Mandi ada 17 jenis. Mandi pada malam 17 Ramadan, mandi pada malam 19 Ramadan, mandi pada malam 23 Ramadan, mandi pada malam dua hari raya, mandi ketika mahu memasuki dua Haram, mandi ketika ihram, mandi ziarah55, mandi memasuki Ka‘bah, mandi hari Tarwiah, mandi hari Arafat, mandi mayat56, mandi bagi mereka yang memandikan mayat, mengapannya57 atau menyentuhinya selepas ia menjadi sejuk58. Mandi hari Jumaat59, mandi Kusuf (gerhana matahari) apabila ia nampak terbakar sedangkan dia tidak mengetahuinya.

Mandi junub60 adalah fardu. Demikian juga mandi haid kerana Imam Ja‘far al-Sadiq a.s berkata: Mandi junub dan mandi haid adalah satu. Setiap mandi hendaklah dilakukan wuduk pada awalnya selain daripada mandi junub kerana ia adalah fardu. Apabila dua fardu berhimpun, maka yang lebih besarnya memadai daripada yang kecilnya.

Sesiapa yang hendak mandi junub, maka hendaklah dia bekerja keras membuang kencing bagi megeluarkan saki baki maninya, kemudian dia membasuh kedua tangannya tiga kali sebelum dia memasukkannya ke dalam bekas atau baldi. Kemudian dia melakukan istinja’ dan membersihkan kemaluannya. Kemudian dia meletakkan di atas kepalanya tiga takungan air tapak tangannya.

Dan mengusap rambutnya dengan anak-anak jarinya sehingga air sampai ke pangkal rambutnya. Kemudian dia mengambil baldi atau bekas dengan tangannya, menyiramkannya di atas kepalanya dan badannya sebanyak dua kali. Kemudian menggosok ke seluruh badannya dengan tangannya.

Kemudian mengusapkan dua telinganya dengan dua anak jarinya. Setiap tempat yang terkena air, maka ia dikira bersih. Jika dia menyelamkan dirinya ke dalam air kerana mandi junub dengan satu kali selam, maka ia adalah memadai. Jika dia berdiri di dalam hujan sehingga ia membasahi semua badannya, maka ia adalah memadai.

Sesiapa yang ingin berkumur dan memasukkan air ke dalam kedua lubang hidungnya ketika mandi junub, maka dia boleh berbuat sedemikian, ia bukanlah wajib. Kerana mandi (al-Ghasl) adalah mengikut zahirnya dan bukan batinnya. Tetapi jika dia mahu makan atau minum sebelum mandi junub, maka hendaklah dia membasuh kedua belah tangannya, berkumur dan mengihisap air ke dalam kedua lubang hidungnya -sekiranya dia makan atau minum sebelum mandi junubkerana dikhuatiri terkena kanser.


42. Peluh junub
Apabila peluh junubnya terkena pada kainnya, sekiranya junubnya itu daripada yang halal, maka halallah sembahyang dengannya. Sekiranya peluh junubnya daripada yang haram (zina)61, maka haramlah sembahyang dengannya.


43. Haid.
Sekurang-kurang haid adalah tiga hari dan yang paling banyak adalah sepuluh hari. Sekurang-kurang masa suci adalah sepuluh hari dan yang paling banyaknya adalah tanpa had.


44. Nifas.
Sekurang-kurang darah nifas yang dilarang mengerjakan sembahyang adalah lapan belas hari atau satu atau dua hari selepas itu melainkan ia bersih sebelumnya.


45. Zakat.
Zakat adalah wajib di atas sembilan perkara. Biji-bijian gandum (hantah), gandum (al-Sya‘ir), kurma, anggur kering (zabib), unta, lembu, kambing atau biri-biri, emas dan perak. Rasulullah s.a.w telah memaafkan zakat selain daripada perkara tersebut 62.

Tidak boleh dibayar zakat melainkan kepada ahli wilayah. Dan tidak diberi kepada ahli wilayah seperti dua ibu bapa, anak, suami, isteri, hamba yang dimiliki dan setiap orang yang terpaksa ditanggung olehnya.


6
AMALI AL-SADUQ

Catatan Kaki:
34. Takfir adalah meletakkan salah satu tangannya di atas yang lain di aras pusat. atau dada. Ia membatalkan sembahyang. Lantaran itu, kedua-dua tangannya hendaklah lurus ke sisi. Begitu juga dilakukan kepada kedua-dua tangan mayat ketika dikapan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Takfir membatalkan sembahyang melainkan ia dilakukan kerana taqiyyah.

Ada riwayat menyatakan Khalifah Umar telah menggalakkan supaya dilakukan takfir. Dan ia menyalahi perbuatan Rasulullah s.a.w yang meluruskan kedua-dua tangnanya ketika sembahyang bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dirikanlah sembahyanh....Dari segi logiknya “berdiri” adalah tegap dengan tangan lurus .

Imam Malik dan pengikutpengikutnya juga meluruskan tangan mereka ketika sembahyang. Kerana mereka mematuhi Rasulullah s.a.w. Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 74. meriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata: Tidak ada suatupun yang aku ketahui di zaman Nabi s.a.w lebih baik daripada sembahyang (al-Salat). Kemudian dia berkata: Tidakkah kalian telah menghilangkan sesuatu padanya? Al-Zuhri berkata: Aku berjumpa Anas bin Malik di Damsyiq ketika itu dia sedang menangis. Aku bertanya kepadanya: Apakah yang menyebabkan anda menangis? Dia menjawab: Aku tidak mengetahui sesuatupun selain daripada sembahyang itupun telah dihilangkan” Ini bererti sebahagian bacaan dan perbuatan di dalam sembahyang telah diubah..

35. Perkataan “Amin” bukanlah sebahagian daripada Surah al-Fatihah. Ini tidak menghalang membaca Amin ketika berdoa.

36. Boleh sujud di atas kertas, tikar mengkuang, batu marmar, atas simen dan lantai kayu. Sujud di atas tanah (turbah) membuat seseorang itu lebih terasa rendah diri kerana tanah adalah asal kejadiannya. Ada riwayat yang menyatakan bahawa Mu‘awiyah orang pertama yang menggunakan hamparan (carpet) di masjid di dalam pemerintahannya yang zalim.

37. Haram dimakan ikan yang tidak bersisik seperti belut (eel), sotong, ikan keli dan seumpamanya. Para nabi dan para wasi tidak memakannya. Ada riwayat yang menyatakan bahawa ikan yang bersisik mewalikan Imam Ali a.s sementara ikan yang tidak bersisik tidak mewalikan Imam Ali. a.s. Al-Asbagh bin Nubatah daripada Zaid bin al-Syahham meriwayatkan bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi oleh beberapa orang munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang berkata bahawa al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia) dan ia adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, mereka berkata: Tunjukkan kepada kami buktinya?

Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian beliau menyeru: Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku dikalangan mereka yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s) ke atasnya, tetapi dia enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha).

Sesungguhnya mereka yang datang bersama-sama anda akan ditukar bentuk mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar bentuk kami (musikh-na) dan mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi. Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda supaya mereka yang datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, kami adalah berasal daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami telah bertengkar dan menderhaka.

Kami telah dibentang wilayah anda, tetapi kami menolaknya dan kami pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu melakukan kefasadan sehingga seorang lelaki (Ali a.s) datang kepada kami dan anda lebih mengetahui dengannya daripada kami. Maka beliau telah melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami berhimpun di satu tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata tempat, kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya.

Kemudian beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan berkata: Jadilah kamu bentuk yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa Allah, lantas ditukar bentuk kami dengan jenis yang bermacam-macam (tanpa sisik). Kemudian beliau berkata: Wahai daratan, jadilah sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan bumi sehingga mereka wujud di mana-mana” Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar Amir al-Mu’minin, hlm. 77. Ini adalah kekeramatan Amir al-Mukmin Ali a.s.

38. Sembahyang ayat adalah disebabkan oleh al-kusuf (gerhana matahari) atau al-Khusuf (gerhana bulan) atau (al-Zalzalah) gempa bumi adalah wajib apabila berlaku salah satu daripada perkara tersebut. Sembahyang ayat adalah dua rakaat. Pada setiap rakaat adalah lima rukuk. Seorang itu berniat: sahaja aku mengerjakan sembahyang ayat dua rakaat qurbatan kepada Allah. Kemudian dia bertakbir, lalu membaca Surahn al-Fatihah dan surah yang lain. Kemudian dia rukuk. Kemudian dia mengangkat kepalanya, lalu dia membaca Surah al-Fatihah dan satu surah yang lain. Jumlahnya sebanyak lima kali pada setiap rakaat.

Rukuk lima kali, kemudian dia mengangkat kepalanya dan turun kepada sujud dan sujud sebanayak dua kali. Kemudian dia berdiri, dan melakukan sebagaimana dia telah melakukannya pada rakaat pertama. Kemudian dia bertasyahhud dan memberi salam.

39. Dipukul ketika sembahyang.

40. Wajib niat pada sujud sahwi, kemudian meletakkan dahinya ke atas tanah sambil berkata: Bismillah, wa bi l-Lah, al-salamu‘alai-ka ayyuha al-Nabiyyu wa rahmatu l-Lahi wa barakatuh”. Kemudian duduk, kemudian sujud kali kedua, kemudian tasyahhud dan salam.

41. Wajib dilakukan sembahyang ihtiyat satu rakaat (salat al-Ihtiyat) apabila berlaku kecacatan di dalam sembahyang seperti dia berpaling ke arah bahunya. Ia mengandungi niat, takbiratu l-Ihram, bacaan Fatihah sahaja, rukuk, sujud, tasyahhud dan salam.

42. Antara nama Imam Ali a.s adalah al-Salat (sembahyang). Justeru sembahyang tidak akan diterima oleh Allah s..w.t tanpa mewalikannya dan sebelas para imam as selepasnya. Begitu juga nama seperti al-Saum (puasa), al-Zakat, al-Hajj adalah nama para imam. a.s. Penerimaan ibadat tersebut terhenti di atas wilayah dan kecintaan kepada mereka. Lantaran itu, Imam Ali a.s berkata: Setiap nasibi (penentang Ahlu l-Bait a.s) sekalipun kuat beribadat, maka amalannya adalah sia-sia; tidak memanfaatkannya, al-Kulaini, Raudhat al-Kafi, viii, hlm.181, hadis no.259.

43. Seorang Syiah Imam Dua Belas, suci kelahirannya (bukan anak zina), berakal dan baligh.

44. Khalifah Uthman adalah orang pertama memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Ia adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.136.

45. Wajib apabila mencukupi syarat-syaratnya. Sah sembahyang Jumaat di belakang imam sunni kerana taqiyyah.

46. Sembahyang Jumaat boleh dilakukan oleh lima orang lelaki di mana salah seorang daripada mereka adalah imamnya apabila cukup syarat-syaratnya. Dan Dua khutbah adalah wajib.

47. Makmun tidak membaca apa-apa bacaan pada rakaat pertama dan kedua. Jika didapati selepas sembahyang bahawa imam sembahyang itu seorang yang fasik atau pelaku bidaah, maka sembahyang makmun secara berjemaah itu adalah sah.

48. Khalifah Uthman dan ‘Aisyah telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w tentang sembahyang kerana mereka mengerjakan sembahyang empat rakaat di Mina sedangkan Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang dua rakaat (qasar) di Mina. Al-Bukhari, Sahih, ii,154, Muslim, Sahih, I, hlm.260.

49. Khalifah Umar telah menyetubuhi seorang hamba perempuan pada siang hari bulan Ramadan. Al-Dar al-Qutni di dalam Sunannya kitab al-Siyam, bab al- Qublah li al-Sa’im (Perbahasan mengenai puasa dan bab kucupan bagi orang yang berpuasa) telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Sa‘id bin al- Musayyab bahawa Umar telah datang kepada para sahabatnya dan berkata: Apakah pendapat kamu tentang perkara yang aku telah melakukannya hari ini? Pada mulanya aku berpuasa, tiba-tiba seorang hamba wanita melintasiku, dia mempersonakanku, maka akupun menyetubuhinya” Orang ramai (sahabat) menjadi riuh dengan kelakuannya itu sedangkan Ali a.s berdiam sahaja. Lalu Umar bertanyan kepada Ali: Apa pendapat anda? Beliau a.s menjawab: Anda telah melakukan perkara yang halal, tetapi pada siang hari Ramadan. Lalu Umar berkata: Fatwa anda adalah lebih baik daripada fatwa mereka”. Ibn Sa‘d, Tabaqat, ii, bhg. ii, hlm. 102.

50. Wajib ke atas musalli menutup aurat semasa sembahyang. Aurat lelaki ketika sembahyang: Zakar (al-Qadib), buah zakarnya dan dubur. Ini bererti seluar pendek yang menutup ketiga-tiga bahagian itu adalah memadai. Dan aurat perempuan: Semua tubuhnya selain daripada muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki.

51. Khalifah Uthman telah memberi fatwa bahawa tidak wajib mandi junub bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani, Muslim, Sahih, I, hlm. 142. Fatwanya itu adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w: Apabila bertemu dua khatan, maka wajiblah mandi junub” Ahmad bin Hanbal, al- Musnad, I, hlm.16.

52. Menyentuhi perempuan tidak membatalkan wuduk. Kerana apa yang dimaksudkan di dalam Surah al-Nisa’ (4):43“Laamastum al-Nisa’” adalah “menyetubuhi perempuan” bukan menyentuhi perempuan.Jika menyentuhi kucing atau lembu tidak membatalkan wuduk, kenapa menyentuhi manusia pula membatalkan wuduk? Begitu juga menyentuhi kemaluan tidak membatalkan wuduk kerana ia adalah sebahagian daripada anggotanya seperti telinga, tangan dan lain-lain. Pembatalan wuduk apabila menyentuhi perempuan dan menyentuhi kemaluan adalah sunnah khalifah Umar, bukan sunnah Rasulullah s.a.w.

53. Wajib menyapu dua kaki (rijlain) dan tidak memadai membasuh keduaduanya. sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Maidah ((5): 6 ‘‘Dan sapulah kepalamu dan (sapulah) kakimu”. Membasuh dua kaki adalah bertentangan dengan ayat tersebut. Kesahihan ini terserlah apabila tayammum dilakukan ke atas dua tempat basuh; muka dan tangan.

54. Khalifah Umar mengatakan tidak wajib sembahyang bagi orang yang berjunub ketika tidak ada air, Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm.200. Lantaran itu, fatwanya itu adalah menyalahi firman Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w. Patut dibezakan antara sunah Umar dan sunnah Rasulullah s.a.w. Di dalam ertikata yang lain, perbezaan antara Ahlu Sunnah Umar dan Ahlu Sunnah Rasulullah s.a.w. Syiah Imam Dua Belas mentaati sunnah Rasulullah s.a.w. dan menolak sunnah Umar. Oleh itu, Syiah Imam Dua Belas adalah Ahlu Sunnah Rasulullah s.a.w.

55. Ziarah Rasulullah s.a.w dan Ahlu l-Baitnya a.s.

56. Cara memandi mayat adalah dengan menghilangkan segala kekotoran daripada badannya, kemudian dimandikannya sebanyak tiga kali. Pertama dengan air bidara. Kedua dengan air kapur barus. Ketiga dengan air bersih (al-Khalis). Dimulai dari kepala, tengkuk kemudian bahagian kanan, kemudian bahagian kiri. Tidak memadai dengan menyelamkannya ke dalam air.

57. Pengapanannya adalah dengan tiga potongan kain: Pertama al-Mi’zar; kain yang menutupkan mayat antara pusat dan lutut. Kedua al-Qamis; baju atau kain yang menutupi mayat antara dua bahu dan separuh betis. Ketiga al-Izar; kain sarung yang menutup seluruh badannya.

58. Tahnit dilakukan selepas mayat dimandikan. Disapu dengan kapur atau turbah di atas tujuh anggota sujud mayat (dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kepala ibu jarinya).

59. Diriwayatkan daripada Imam Ja‘far al-Sadiq a.s bahawa Amir al-Mukminin Ali a.s sedang memberi khutbah di atas mimbar masjid Kufah di kelilingi oleh orang ramai, tiba-tiba seekor ular datang di hadapan orang ramai dan mereka di dalam ketakutan. Amir al-Mukminin a.s berkata: Berikan laluan kepadanya, lalu ia menjalar sehingga menaiki mimbar masjid, orang ramai sedang melihat kepadanya.

Kemudian ular itu mencium kaki Amir al-Mukminin a.s dan beliau a.s mulai menggerakkan kakinya di atasnya (ular). Lalu ular itu mengeluarkan tiga hembusan, kemudian ia turun dan pergi. Amir al-Mukminin a.s tidak menghentikan khutbahnya. Kemudian mereka bertanyakan kepadanya tentang perkara tersebut. Beliau a.s berkata: Ular itu adalah seorang lelaki daripada Jin.

Dia memeberitahuku bahawa anak lelakinya telah dibunuh oleh seorang lelaki daripada Ansar, namanya Jabir bin Sami‘ di Khaffan, Kufah sedangkan anak lelakinya itu tidak membuat jahat kepadanya. Dia meminta bayaran darah anak lelakinya. Lantas seorang lelaki di kalangan orang ramai datang kepadanya sambil berkata: Akulah lelaki yang telah membunuh ular itu pada tempat tersebut.

Semenjak membunuhnya, aku tidak boleh tinggal di tempat itu lagi kerana jeritan dan laungan, lalu aku melarikan diri ke masjid ini, aku berada pada malam ketujuh di sini. Amir al-Mukminin a.s berkata: Ambillah unta anda dan lakulah penyembelihan ke atasnya di tempat anda membunuh ular itu, lakukanlah, ia tidak akan membahayakan anda. Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar Amir al-Mu’minin, hlm. 76-77. Ini adalah kekeramatan Amir al-Mukminin Ali a.s.

60. Wajib mandi junub sebelum masuk waktu Subuh pada bulan Ramadan. Jika tidak, maka ia membatalkan puasa.

61. Onani (istimna’) adalah haram. Mani adalah najis seperti mayat. Sementara mazi adalah bersih.

62. Mereka yang berhak menerima zakat adalah lapan jenis sebagaiman firman Allah di dalam Surah al-Tubah (9): 60 “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Khalifah Umar telah memberhentikan pemberian zakat kepada muallaf.. Perbuatannya itu adalah menyalahi perintah Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137.

7
AMALI AL-SADUQ

BAHAGIAN KETIGA

Khumus, puasa sunat, puasa Ramadan, penyaksian wanita, Sembahyang sunat pada bulan Ramadan, bermuzakarah tentang ilmu, zakat fitrah, haji, sempadan atau had haji dan lain-lain.

46. Khumus.
Khumus 63 adalah wajib pada setiap sesuatu yang cukup nilainya satu dinar dari barang simpanan (kunuuz), galian (ma‘aadin), barang yang didapati dari selaman di laut atau sungai (al-Ghaus) dan barang rampasan (al-Ghaniimah) iaitu untuk Allah a.w, Rasul-Nya a.s, kerabatnya yang kaya, fakir, anak yatim, orang miskin dan orang yang musafir yang terdiri daripada ahli agama64.


47. Puasa sunat.
Puasa sunat adalah tiga hari pada setiap bulan. Hari Khamis pada awal bulan, hari Rabu pada pertengahan bulan dan hari Khamis pada akhirnya.


48. Puasa Ramadan.
Puasa Ramadan65 adalah fardu iaitu secara rukyah (melihat anak bulan) bukan secara pendapat atau sangkaan. (laisa bi al-Ra’yi wa la bi al-Tazanni). Lantaran itu, sesiapa yang berpuasa sebelum rukyah, maka dia menyalahi mazhab Syiah Imam Dua Belas.


49. Penyaksian wanita.
Tidak diterima penyaksian wanita tentang talak dan rukyah.


50. Sembahyang sunat pada bulan Ramadan.
Sembahyang pada bulan Ramadan adalah seperti sembahyang pada bulan-bulan selain daripadanya. Sesiapa yang mahu menambahnya, maka hendaklah dia bersembahyang pada setiap malam sebanyak dua puluh rakaat66. Lapan rakaat antara Maghrib dan Isyak akhir. Dua belas rakaat selepas Isyak akhir sehingga berlalunya dua puluh malam bulan Ramadan.

Kemudian dia bersembahyang pada setiap malam sebanayak tiga puluh rakaat di mana lapan rakaat daripadanya antara Maghrib dan Isyak. Dan dua puluh dua rakaat adalah selepas Isyak akhir. Dibaca pada setiap rakaat daripadanya Surah al-Hamdu dan surah yang senang ( ma tayassara min al-Qur’an) melainkan pada malam kedua puluh satu dan pada malam kedua puluh tiga kerana keistimewaan menghayati kedua-dua malam tersebut.

Seorang itu hendaklah bersembahyang pada setiap malam tersebut seratus rakaat, dibaca di dalam setiap rakaat Surah al-Hamdu satu kali dan Surah al-Ikhlas sepuluh kali.


51. Bermuzakarah tentang ilmu
Sesiapa yang menghayati dua malam ini dengan bermuzakarah tentang ilmu adalah lebih baik. Pada malam hari raya puasa, hendaklah dia bersembahyang Maghrib tiga rakaat, kemudian dia sujud dan berkata pada sujudnya: Ya dha al-Taul, ya dha al-Haul, Ya Mustafa Muhammad wa nasiru-hu, salli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad wa ighfirli kulla dhanbin adhnabtu-hu wa nasitu-hu wa huwa ‘anda-ka fi kitabin mubin. Kemudian dia berkata: Aku bertaubat kepada Allah a.w (Atubu ila Llahi a.w). Dia bertakbir selepas Maghrib dan Isyak akhir.

Sembahyang subuh, sembahyang hari raya67, Zuhur dan Asar sebagaimana dia bertakbir pada hari-hari Tasyriq 68 dan berkata: Allahu Akbar, Allahu Akbar la ila ha illah wa llahu akbar wa li llahi al-Hamdu Allahu akbar ‘ala ma hadaa-na wa al-Hamdulli llah ‘ala ma ablaa-na. Dan dia tidak boleh berkata padanya: wa riziq-na min bahimati al-An‘aam, kerana itu adalah untuk hari-hari Tasyriq sahaja.


52. Zakat fitrah.
Zakat fitrah 69adalah wajib ke atas lelaki mengeluarkannya untuk dirinya dan mereka yang di bawah tanggungannya; kecil dan besar, merdeka, hamba, lelaki dan perempuan pada kadar satu gantang70 kurma, satu gantang gandum dan yang paling baik adalah kurma. Satu gantang adalah empat cupak. Dan satu cupak nilainya adalah 292 dirham setengah. Tidak mengapa jika dia membayar nilainya sama ada emas atau mata wang. Tidak mengapa dia membayarnya untuk dirinya atau tanggungannya kepada seseorang.

Dia tidak boleh membayar kadar zakat seorang untuk dua orang. Tidak mengapa jika dia membayar zakat fitrah pada hari pertama bulan Ramadan sehingga akhirnya iaiatu zakat sehingga dia mengerjakan sembahyang hari raya. Jika dia mengeluarkannya selepas sembahyang hari raya, maka ia adalah sedekah.

Waktu yang paling baik adalah pada akhir hari Ramadan. Sesiapa yang mempunyai hamba muslim atau zimmi, maka hendaklah dia membayar fitrah untuknya. Sesiapa yang mendapat anak pada hari raya sebelum gelincirnya matahari, maka hendaklah dia membayar fitrah untuknya. Tetapi jika dia mendapat anak selepas gelincir matahari, maka tidak wajib fitrah ke atasnya. Demikian juga apabila seorang memeluk Islam sebelum gelincir matahari dan selepasnya.


53. Haji.
Haji adalah di atas tiga cara: Qarin, mufrad dan mutamatti‘ dengan umrah71 sehingga haji72. Tidak harus bagi penduduk Makkah dan sekitarnya melakukan haji tamattu‘ dengan umrah sehingga haji. Mereka hanya dibenarkan supaya melakukan qiran dan ifrad. Ia adalah bagi mereka yang bukan tinggal di sekitar masjid al-Haram.


54. Sempadan atau had haji
Sempadan atau had untuk penduduk Makkah dan sekitarnya adalah 48 batu. Justeru mereka yang terkeluar daripada had ini, maka dia tidak boleh melakukan haji melainkan haji tamattu‘ 73dengan umrah74 sehingga haji. Allah tidak menerima daripada mereka selain daripada haji tamattu‘.


55. Ihram dan miqat
Awal ihram adalah al-Musallakh, pertengahannya adalah Ghumrah dan akhirnya ‘Araq, tetapi awalnya adalah lebih baik. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menjelaskan miqat bagi penduduk Iraq adalah al-Aqiq, bagi penduduk Taif adalah Qarn al-Manazil dan miqat bagi penduduk Yaman adalah Ulamlil, bagi penduduk Syam adalah al-Mahi‘ah iaitu al-Juhfah. Miqat bagi penduduk Madinah adalah Dhu al-Halifah iaitu masjid al-Syajarah. Tidak harus melakukan ihram sebelum sampai miqat dan tidak harus melambat-lambatkannya dari miqat melainkan kerana sebab tertentu atau taqiyyah.


56. Fardu haji.
Fardu haji75 adalah tujuh. Ihram, talbiyah yang empat iaitu “Labbaika llahumma Labbaik labbaika la syarika laka labbaik. Inna al-Hamda wa al-Ni‘mata laka wa al-Mulka la syaraika-laka” Adapun talbiah selain daripada itu adalah sunnat. Hendaklah dia memperbanyakkan ucapan talbiah seperti labbaika dha al-Ma‘aarij kerana ia adalah talbiah Nabi s.a.w. Tawaf 76di keliling Ka‘bah adalah fardu. Dua rakaat di sisi maqam Ibrahim77 adalah fardu. Sa‘yu antara al-Safa dan al-Marwah adalah fardu. Wuquf di Arafah juga adalah fardu. Wuquf di al-Masy‘ar adalah fardu78.

Tamattu‘ Hadyu79 adalah fardu dan selain daripada itu adalah sunnat. Sesiapa yang telah mendapati hari al-Tarwiah ketika gelincir matahari sehingga malam, maka dia mendapat haji tamattu‘ atau haji mut‘ah. Sesiapa yang mendapati hari raya haji (al-Nahr) di Muzdalifah dan bersamanya lima orang, maka dia telah mendapat haji.

Tidak boleh dikorbankan80 unta melainkan genap lima tahun dan masuk pada tahun keenam. Tetapi ia memadai bagi lembu dan biri-biri apabila genap satu tahun dan masuk pada tahun kedua. Dan memadai bagi kambing berumur enam bulan. Tidak harus dikorbankan binatang yang cacat. Memadai satu ekor lembu betina untuk lima orang jika mereka sekeluarga. Satu ekor lembu jantan untuk seorang, satu ekor unta betina untuk tujuh orang dan satu unta jantan untuk sepuluh orang.

Seekor biri-biri untuk seorang lelaki dan untuk keluarganya. Kemudian dijadikan sembelihan Adha itu kepada tiga bahagian. Satu pertiga dimakan, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi untuk disedekahkan81.

Tidak harus berpuasa pada hari-hari Tasyriq, kerana ia adalah hari untuk makan dan minum. Ia telah menjadi sunnah bahawa makan pada hari raya haji adalah selepas kembali daripada sembahyang dan pada hari raya puasa sebelum keluar sembahyang. Takbir pada hari-hari Tasyriq adalah di mina selepas sembahyang Zuhur pada hari raya haji sehingga pagi hari keempat. Di tempat-tempat lain, takbir selepas sembahyang Zuhur pada hari raya haji sehingga pagi pada hari ketiga.


57. Nikah.
Dihalalkan kemaluan (al-Furuj) dengan tiga cara. Nikah yang dapat mewariskan pusaka (nikah bi-mirath)82, nikah tanpa mewariskan pusaka (nikah b-ila mirath)83 dan nikah dengan hamba 84(nikah bi-milk al-Yamin). Tidak ada wilayah bagi seseorang ke atas seorang perempuan selain daripada bapanya selama dia masih dara (bikran). Jika ia adalah janda, maka tidak ada seseorang pun mempunyai wilayah ke atasnya. Bapanya tidak boleh mengahwinkannya atau orang lain melainkan dengan orang yang diredainya dengan maskahwin yang ditetapkan olehnya.


58. Talak.
Tidak jatuh talak melainkan menurut Kitab dan Sunnah85. Tidak ada yamin (sumpah) di dalam talak86, memerdekakan hamba dan tidak ada talak sebelum nikah. Tidak ada kemerdekaan sebelum milik. Tidak ada kemerdekaan (hamba) melainkan kerana mengharapkan pahala-Nya.


59. Wasiat.
Wasiat tidak harus melainkan satu pertiga87. Sesiapa yang berwasiat lebih daripada satu pertiga, maka kembalikannya kepada satu pertiga. Adalah patut bagi seorang muslim supaya dia berwasiat kepada kerabatnya yang tidak mewarisi hartanya sedikit atau banyak. Sesiapa yang tidak melakukan sedemikian, maka dia telah menamatkan amalannya dengan maksiyat.


60. Pusaka.
Saham pusaka tidak berlaku kepada enam. Seorang kafir tidak mewarisi seorang muslim88. Anak mula‘anah tidak diwarisi oleh bapanya dan mereka di pihak bapanya, tetapi ia diwarisi oleh ibunya89. Jika ia tidak mempunyai ibu, maka bapa saudara sebelah ibunya dan kerabatnya di sebelah ibunya. Apabila seorang lelaki yang melakukan mula‘anah itu mengakui anaknya selepas mula‘anah, maka anaknya dikaitkan kepadanya.

Sementara perempuannya tidak dikembalikan kepadanya. Jika bapanya meninggal dunia, maka anak lelakinya mewarisinya. Jika anaknya meninggal dunia, maka bapanya tidak mewarisinya90.


C. Kemuliaan akhlak (makarim a l-Akhlaq):

61. Syarat-Syarat Syiah Imam Dua Belas
Di antara syarat-syarat Syiah Imam Dua Belas ke atas pengikutpengikutnya adalah yakin, ikhlas, tawakal, reda, penyerahan, warak, ijtihad, zuhud, ibadah. Mengakui sesuatu kebenaran, kesetiaan, menunaikan amanah sama ada kepada yang baik atau yang jahat sekalipun kepada pembunuh al-Husain a.s, berbuat baik kepada dua ibu bapa, menggunakan maruah dan kesabaran.

Berani, menjauhkan perkara-perkara yang haram, menghapuskan tamak terhadap apa yang dimiliki oleh orang ramai. Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang dari kemungkaran91.

Jihad pada jalan Allah dengan jiwa dan harta menurut syaratsyaratnya. Membantu ikhwan, membalas budi baik seseorang, bersyukur kepada nikmat-Nya, memuji kepada pelaku kebaikan, bersifat qana‘ah. Mengadakan silaturahim92, berbuat baik kepada moyang dan ibu-ibu, berjiran dengan baik. Insaf, menabur kasih, bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Menjauhi penjahat-penjahat93, bergaul dengan orang ramai dengan baik. Memberi salam kepada orang ramai serta yakin bahawa salam Allah tidak boleh didapati oleh mereka yang zalim.

Menghormati muslim yang lebih tua (beruban), kasihan belas kepada mereka yang kecil. Menghormati mereka yang dimuliakan oleh satu-satu kaum, tawaduk, khusyuk, banyak menyebut nama Allah a.w, membaca al- Qur’an, berdoa, menanggung kesusahan, mengadakan pergaulan diplomasi (mujamalah), melakukan taqiyyah, mengadakan persahabatan yang baik, menahan kemarahan, berlembut ke atas fakir-miskin, berkongsi di dalam kehidupan mereka.

Bertakwa kepada Allah baik secara rahsia atau secara terang-terangan, berlembut kepada wanita dan hamba sahaya. Menjaga lidah melainkan daripada kebaikan. Melakukan sangkaan yang baik kepada Allah s.w.t, menyesal di atas dosa.

Lakukan kemurahan, megakui kekurangan diri, perlakukan segala kemulian akhlak untuk agama dan dunia serta menjauhkan kecelaannya secara halus dan kasar. Menjauhi kemarahan, kemurkaan, kemarahan asabiyah, ego, paksaan, menghina orang ramai, kemegahan, keajaiban, percakapan yang sia-sia, melakukan kezaliman, memutuskan silaturahim.

Hasad, memetingkan diri, tamak, mencabul, kejahilan, pembohongan, khianat, kefasikan, kejahatan, sumpah palsu, menyembunyikan penyaksian, penyaksian palsu, mengumpat, pembohongan, caci-mencaci, kelicikan dan penipuan, tipu muslihat, mungkir janji, pembunuhan tanpa kebenaran, kekerasan hati, persahabatan yang sejuk, kenifakan, riyak, zina.

Liwat, riba, lari daripada peperangan94, terasa asing selepas hijrah, menderhakai dua ibu bapa, menipu orang ramai, memakan harta anak yatim secara zalim. Menuduh wanita yang telah berkahwin (muhsanah) dengan tuduhan zina.


62. Penamat
Inilah ringkasan apa yang telah disepakati di mana aku telah menerangkannya dengan cepat mengenai mazhab Syiah95 Imam Dua Belas. Aku akan menerangkannya jika Allah mempermudahkan aku kembali ke tempat tujuku Nisabur insya’ Allah. La haula wala quwwata illa bi-llahi al- ‘Aliyyi al-‘Azim. Wa sallahu ‘ala Muhammad wa ali-hi wa sallam kathiran

8
AMALI AL-SADUQ

Catatan Kaki:
63. Khumus adalah cukai 20% daripada pendapatan individu. Hukumnya adalah wajib apabila cukup syarat-syaratnya. Memadai dengan berkata: Sahaja aku memberi harta ini sebagai khumus kerana bertaqarrub kepada Allah swt.

64. Mereka yang berhak menerima khumus adalah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Anfal (8): 41 “maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil”. Ringkasnya Khumus dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama saham Imam (umum) dan kedua saham sadaat.(keturunan sayyid sahaja). Khalifah Abu Bakr dan Umar tidak memberi khumus kepada kerabat Rasulullah s.a.w. Perbuatann itu adalah menyalahi ayat tersebut, lihat Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, 1, hlm.248, al- Zamakhsyari, al-Kasysyaf, ii, hlm. 127.

65. Imam Ja‘far al-Sadiq a.s berkata: Apabila tiba bulan Ramadan, bacalah pada setiap malam Surah al-Qadr (97):1-5 ‘‘Inna anzal-na” seribu kali. Apabila masuk malam kedua puluh tiga, perkuatkan hati anda, bukalah dua telinga anda untuk mendengar perkara-perkara yang ajaib. Seorang lelaki bertanya kepadanya: Bagaimana aku mengetahui malam Lailatu l-Qadar setiap tahun, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w? Beliau a.s berkata: Apabila tiba bulan Ramadan, bacalah Surah al-Dukhan pada setiap malam satu kali dan apabila tiba malam kedua puluh tiga, anda akan membenarkan apa yang anda tanyakan.

Diriwayatkan daripada Abu Abdullah a.s bahawa pagi Lailatu l-Qadar adalah seperti malam Lailatu l-Qadar, beramallah dengan gigih, Syeikh al- Saduq, Amali al-Saduq, hlm.520. Mengikut riwayat para Imam Ahlu l-Bait a.s bahawa malam Lailatu l-Qadar adalah pada malam ke 19, ke 21 dan ke 23. Tetapi malam ke 23 ditekankan.

66. Sembahyang Terawih adalah bidaah. Umar adalah orang pertama yang menciptakan sembahyang Terawih, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137.

67. Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mendahulukan khutbah hari raya di dalam sembahyang hari raya. Ianya bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang tidak melakukan sedemikian. Al-Suyuti, Tarikh al- Khulafa’, hlm.136.

68. Hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

69. Khalifah Umar telah mengubah 1/3 saiz gantang Rasulullah s.a.w kepada saiz yang lebih kecil iaitu saiz yang ada sekarang. Oleh itu, jika nilai zakat fitrah yang dikeluarkan oleh mazhab Syafi‘i RP 4.000 segantang, maka ia ditambah RP 2000 lagi . Jadi jumlahnya RP 6000 segantang.

71. Khalifah Umar tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah, kemudian dia berkata: Tanyalah Ali, Muhibb al-Tabari, Riyad al-Nadirah, ii, hlm.195.

72. Haji tamattu‘ atau haji mut‘ah adalah lebih baik daripada haji qiran dan ifrad. Dan orang yang melakukan haji tamattu‘ apabila dia melakukan ihram dengan haji, maka wajib ke atasnya al-damm (penyembelihan).Tetapi khalifah Umar adalah orang pertama yang mengharamkan haji tamattu’, al-Suyuti, Tarikh al- Khulafa’, hlm.137.

73. Atau haji mut‘ah..

74. Umrah adalah wajib menurut firman Allah didalam Surah al-Baqarah (2): “Sempernalah haji dan umrah kerana Allah” Kerana kedua-duanya adalah fardu.

75. Wujud muhrim bukanlah menjadi syarat wajibnya haji ke atas wanita dan juga bukan menjadi syarat untuk mengerjakan haji bagi wanita.

76. Tawaf al-Nisa’ adalah tujuh kali (ihtiyat )

77. Khalifah Umar adalah orang pertama yang memindahkan maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan oleh Rasulullah s..a.w iaitu berdekatan dengan Ka‘bah ke tempat yang ada sekarang iaitu tempat di masa Jahiliyah, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137.

78. Khalifah Umar telah melarang memakai bauan bagi orang yang mengerjakan haji sebelum mereka melakukan tawaf ifadah. Perbuatannya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah s.a.w di mana ‘Aisyah berkata: Aku telah meletakkan bauan ke atas Rasulullah s.a.w sebelum beliau s.a.w mengerjakan tawaf ifadah, Muslim, Sahih, I, hlm. 173, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.56.

79. Penyembelihan binatang (al-Damm).

80. Khalifah Abu Bakr dan Umar tidak pernah melakukan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum muslimin akan menganggapnya wajib. Tindakkan itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang menggalakkannya. Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, ix, hlm.265, al-Syafi‘i, al-Umm, ii, hlm.189.

81. Haram daging binatang buruan ke atas orang yang mengerjakan haji 82 Nikah daim (Nikah biasa).

83. Nikah mut‘ah. Allah berfirman di dam Surah al-Nisa’ (4): 24 “Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (mut‘ah) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajiban” Ahli Tafsir seperti al-Tabari, al-Suyuti, al- Zamakhsyari dan lain-lain berkata bahawa ayat ini dimaksudkan dengan nikah mut‘ah.

Dan ia tidak dimansuhkan oleh Surah al-Mu’minun (23): 6 dan Surah al-Ma ‘aari (70): 30“Kecuali terhadap isteri-isteri mereka” Kerana kedua-dua ayat tersebut telah diturunkan di Makkah sementara Surah al-Nisa’ (4): 24 mengenai nikah mut‘ah telah diturunkan di Madinah. Al-Suyuti berkata: Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut‘ah, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137.

Imam Ali a.s berkata: Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut‘ah nescaya tidak seorangpun berzina melainkan orang yang celaka”. Lihat al-Tabari, al- Tafsir, v, hlm.9, Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, iii, hlm.200.

84. Haram bernikah dengan anak zina oleh bapanya, tetapi Imam Syafi‘I menghalalkannya. Oleh itu, ia menyalahi firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4): 23 ‘‘Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yangn perempuan”

85. Talak yang diharamkan adalah talak yang dilakukan ke atas isteri pada masa haid atau pada masa suci yang dicampuri, maka ianya tidak jatuh. Dan talak tiga sekali gus jatuh satu sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 229 “Talak ( yang dapat dirujukkan) dua kali” jika ia disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil firman-Nya di dalam Surah al-Talaq (65):2“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di kalangan kamu” Tetapi khalifah Umar telah mengubah hukum Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w dengan menyatakan bahawa talak tiga sekali gus jatuh tiga.

Sedangkan talak pada masa Raulullah dan khalifah Abu Bakr adalah tiga kali, dan memerlukan dua saksi lelaki yang adil sebagaimana difirmankan oleh Allah, tetapi Umar menghukum sebaliknya. Ahmad bin Hanbai, al-Musnad, I, 314, Muslim, Sahih, I, hlm.574. Ahlu al-Sunnah wa al-Jama‘ah, Wahabi atau Salafi mematuhi sunnah Umar. Justeru mereka bukanlah Ahlu sunnah Nabi s.a.w, malah mereka adalah Ahlu Sunnah Umar.

86. Eddah wafat adalah empat bulan sepuluh hari.

87. Wasiat tentang agama adalah wajib sebagaimana harta. Lantaran itu, Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Ali a.s sebagai penggantinya.

88. Muslim mewarisi orang kafir. ‘Aul (asabah) adalah tidak sah. Umar adalah orang yang yang pertama menciptakan ‘Aul di dalam pembahagian pusaka, al- Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137. Dan Saham kerabat Rasulullah s.a.w tidak luput dengan kematian Rasulullah s.a.w.

89. Khalifah Umar tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab, Malik, al- Mawata’, ii, hlm.12. Sunnahnya adalah menyalahi firman Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang tidak membezakan seseorang melainkan dengan takwa, al-Haithami, Majm‘ al-Zawaid, iii, hlm.266.

90. Khalifah Umar tidak mengetahui ilmu faraid. Dia berkata: Sesiapa yang mahu bertanya tentang ilmu faraid, maka hendaklah dia bertanya kepada Zaid bin Thabit. Dan sesiapa yang mahu harta, maka hendaklah dia memohon kepada aku kerana aku adalah penjaganya”, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 271, Abu ‘Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223.

91. Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin Mas‘ud sehingga patah tulang rusuknya. Abdullah bin Mas‘ud memberitahu ‘Ammar supaya Uthman tidak melakukan sembahyang jenazah ke atasnya, beliau berkata: Aku memohon kepada Allah supaya mengambil hak aku ke atas anda” Ibn al-Athir, Usd al- Ghabah,iii, hlm 259, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 157.

92. Khalifah Uthman telah menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya. Oleh itu, fatwanya itu menyalahi firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4): 23 “Diharamkan atas kamu (mengahwini)ibu-ibumu, anak-anakmu, yang perempuan…dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara” Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm. 72, al- Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 359, Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, iii, hlm. 193.

93. Khalifah Uthman tidak melaksanakan hukum hudud ke atas seorang sahabat yang bernama al-Walid bin ‘Uqbah kerana meminum arak; dia mengerjakan sembahyang Subuh empat rakaat dalam keadaan mabuk, al-Tabari, Tarikh, v, hlm. 60. Perbuatannya itu adalah menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya yang mengenakan hukum had ke atas peminum arak.

94. Abu Bakr dan Umar telah lari dari medan perang Uhud dan Hunain di zaman Rasulullah s.a.w. Sepatutnya mereka mempunyai sifat keberanian melawan musuh. Perbuatan itu menyalahi ayat-ayat jihad di dalam al-Qur’an dan sunnah Nabi s.a.w. Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.37, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Ummal, vi, hlm.394, al-Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm. 37.

Mereka juga telah mengundurkan diri daripada tentera Usamah bin Zaid, sedangkan Nabi s.a.w bersabda: Perlengkapkanlah tentera Usamah, Allah melaknati orang yang mengundurkan diri dari tentera Usamah”, al-Syahrastani, al-Milal wa al-Milal, I, hlm.21, Ibn Sa‘d, al-Tabaqat, ii, hlm.249 dan lain-lain.

95 Imam Ja‘far al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki mencintai kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (inna al-Rajula layuhibbu- kum wa-maa yadrii maa taquuluun), maka Allah akan memasukkannya ke syurga (fa-yadkhulu-hu llahu ‘azza wa-jalla al-Jannata). Dan sesungguhnya seorang lelaki memarahi kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (wa inna al-Rajula la-yabghadhu-kum wa maa yadrii maa taquuluun), maka Allah memasukkannya ke neraka (fa-yadkhulu-hu llahu al-Nar).

Sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu akan dipenuhi buku catatan amalnya tanpa amal (wa inna al-Rajula min-kum la-tamla‘a sahifatu-hu min ghairi ‘amalin), aku (perawi)) berkata: Bagaimana ia berlaku? Beliau a.s berkata: Dia melalui mereka (nasibi) yang mengumpatkan kita, maka apabila mereka melihatnya, mereka berkata sesama mereka: Tahan diri anda, kerana lelaki ini adalah daripada Syi‘ah mereka atau seorang lelaki daripada Syi‘ah kita melalui mereka, maka mereka mengumpatkannya dan bercakap-cakap mengenainya, justeru Allah akan menulis untuknya kebaikan-kebaikan sehingga memenuhi buku catatan amalnya tanpa dia melakukan sebarang amalan (hatta yamla‘ sahifatu-hu min ghairi ‘amalin). Al-Kulaini, Raudhah al-Kafi, viii, hlm. 261 (hadis no. 495).

Ini bererti dia mendapat pahala kerana berpegang kepada mazhab Ahlu l-bait a.s dan kerana umpatan mereka terhadapnya. Ia bukan bererti Syi‘ah tidak perlu mengerjakan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya.

9
AMALI AL-SADUQ

LAMPIRAN A

Perbuatan Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang meyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w dengan sengaja:
Ali a.s berkata di dalam khutbahnya96:"Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja (muta‘ammidin li-khilafi-hi). Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau97. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifahkhalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt).

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Taraawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak.

Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar).

Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 “ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.”.

Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al- Hasyar (59): 7 “Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia.

Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya” bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.

Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa98”


LAMPIRAN B

Kelebihan Syi‘ah.
Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu ‘Umair, daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam berkata: Aku telah keluar sehingga berada di antara kubur Rasulullah s.a.w dan mimbarnya. Tiba-tiba beliau a.s berada bersama-sama Syi‘ah, lalu memberi salam kepada mereka.

Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya, demi Tuhan, aku mengasihi roh-roh kamu, justeru tolonglah aku dengan warak dan ijtihad. Ketahuilah bahawa wilayah kami tidak boleh dicapai melainkan dengan warak dan ijtihad.

Sesiapa di kalangan kamu mengimamkan seseorang, maka hendaklah dia beramal dengan amalannya. Kamu adalah Syi‘ah Allah, kamu adalah penolong-penolong Allah (antum syi‘atu l-Lah wa antum Ansaru l-Lah), kamu adalah orang terdahulu yang pertama di dunia dan orang terdahulu yang terakhir di akhirat ke syurga.

Kami telah menjaminkan kamu syurga dengan jaminan Allah dan jaminan Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan, tiada roh memasuki syurga yang lebih banyak daripada roh-roh kamu. Lantaran itu, berlumba-lumbalah bagi mendapatkan kelebihan darjatnya.

Kamu adalah baik (tayyibun) dan perempuan-perempuan kamu adalah baik (tayyibat). Setiap mukminat adalah bidadari (haura’) dan setiap mukmin adalah siddiq. Amir al-Mukminin a.s berkata kepada Qanbar: Wahai Qanbar, bergembiralah, dan beritahulah mengenai kegembiraan ini, demi Tuhan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mati di dalam keadaan beliau s.a.w memarahi umatnya selain daripada Syi‘ah (maata rasulullah s.a.w wa huwa ‘ala ummati-hi sakhitun illa ‘ala al- Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kekuatannya, maka kekuatan Islam adalah Syi‘ah (alaa wa inna li-kulli sya’in ‘izzan wa ‘izzu l-Islam al- Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya, maka tiang Islam adalah Syi‘ah (alaa wa inna li-kulli syai’in da‘amatan wa-da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya, maka puncak Islam adalah Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-dhirwatu l-Islam al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan Islam adalah Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in syarafan wa-syarafu l-Islam al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya, maka tuan kepada semua majlis adalah majlis Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-sayyidu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada imamnya, maka imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha al-Syi‘ah ).

Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya aku tidak melihatnya dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya Allah tidak memberi nikmat kepada golongan yang menentang kamu (ahli khilafi-kum). Mereka tidak mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

Setiap nasibi sekalipun dia bekerja keras (kullu nasibin mujtahidin), maka amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-hu habaa’an).

Syi‘ah kami bercakap dengan cahaya Allah a.w. Adapun mereka yang menyalahi Syi‘ah bercakap dengan kesalahan (tafallutin). Demi Tuhan, tidak seorang di kalangan Syi‘ah kami yang tidur melainkan Allah mengangkatkan rohnya ke langit, lalu memberkatinya. Dan jika ajalnya tiba, maka Dia akan meletakkanya di gedung rahmat-Nya; di taman syurga-Nya; di bayang ‘Arasy-Nya.

Dan jika ajalnya belum tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk mengembalikannya kepada jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka yang mengerjakan haji dan umrah di kalangan kamu adalah tetamu istimewa Allah a.w. Sesungguhnya golongan fakir kamu adalah ahli kekayaan dan golongan kaya kamu adalah ahli qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya99.


LAMPIRAN C

Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka.
Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Sahal bin Ziad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya berkata: Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Abu Basir datang. Beliau kelihatan resah dengan nafas yang tinggi.

Apabila beliau duduk, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, apakah keresahan ini? Maka beliau berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, wahai anak lelaki Rasulullah, umurku telah tua, tulangku menjadi reput dan ajalku semakin hampir, tetapi aku masih tidak mengetahui mengenai apa yang akan berlaku kepadaku di akhirat kelak.

Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, anda yang berkata sedemikian? Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kenapa aku tidak boleh berkata sedemikian? Maka beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa Allah memuliakan pemudapemuda (al-Syabaab) daripada kamu dan malu kepada golongan tua (al- Kuhul)?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bagaimana Dia memuliakan pemuda-pemuda di kalangan kita dan Dia malu kepada golongan tua? Beliau a.s. berkata: Dia memuliakan pemuda-pemuda daripada kamu supaya Dia tidak menyeksa mereka dan Dia malu kepada golongan tua daripada kamu supaya Dia tidak menghisabkan mereka.

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, adakah ini khusus untuk kita atau untuk semua ahli tauhid? Beliau a.s berkata: Tidak, demi Tuhan ia khusus untuk kamu dan bukan untuk orang lain. Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kami telah melakukan perkara yang buruk, belakang kami telah pecah, hati kami telah mati, penguasa-penguasa telah menghalalkan darah kami di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh para ulama mereka100.

Beliau a.s. berkata: al-Rafidhah? Abu Basir berkata: Ya. Beliau a.s. berkata: Bukan mereka yang telah menamakan kamu dengannya, malah Allah yang telah menamakan kamu dengan nama tersebut. Tidakkah kamu mengetahui, wahai Abu Muhammad, bahawa bersama Fir‘aun adalah tujuh puluh lelaki daripada Bani Israel yang beragama dengan agamanya.

Ketika ternyata bagi mereka kesesatan Fir‘aun dan hidayat Musa, maka mereka Rafadhuu (menolak) Fir‘aun. Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam kem Musa dan dikenali sebagai orang yang kuat beribadat dan berijtihad. Mereka telah menolak Fir‘aun. Maka Allah telah mewahyukan kepada Musa supaya menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat.

Sesungguhnya aku telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama ini sehingga Dia menamakan kamu dengannya. Wahai Abu Muhammad, mereka telah menolak kebaikan dan kamu menolak kejahatan. Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan Syi‘ah, tetapi kamu telah menjadi Syi‘ah Ahlu l-Bait Nabi kamu. Maka kamu telah berpegang kepada apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah dipilihkan oleh Allah.

Maka bergembiralah dan berikan khabar gembira ini kepada mereka. Kamu, demi Tuhan, dirahmati, diterima kebaikan kamu, diampuni kejahatan kamu. Siapa yang tidak berjumpa dengan Allah seperti kamu, maka Allah tidak akan menerima amalan baiknya dan tidak memaafkan kejahatannya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya meluruhkan dosa-dosa daripada belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pohon pada masa luruhnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syura (42):5 “Para malaikat bertasbih dan memuji Tuhan mereka dan memohon ampun bagi golongan yang ada di bumi” Istighfaruu-hum.

Permohonan ampun oleh para malaikat adalah untuk kamu bukan untuk alam ini. Adakah aku telah menggembirakan kamu, wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Ahzab (33):23 “Di antara golongan mukmin itu ada golongan yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur,dan di antara mereka ada yang menunggununggu, dan mereka sedikit pun tidak mengubah(janjinya)” Demi Allah, sesungguhnya Dia tidak maksudkan selain daripada kamu, kerana kamu telah menyempurnakan perjanjian kamu (mithaqakum) mengenai wilayah kami dan kamu tidak menukarkan kami dengan orang selain daripada kami.

Jika kamu tidak berbuat sedemikian, nescaya Allah akan menghina kamu sebagaimana Dia telah menghina orang lain selain daripada kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-A‘raaf (7):102 “Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji, sesungguhnya kami mendapati kebanyakan mereka golongan yang fasiq”.

Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Zukhruf (43): 67 “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali golongan yang bertakwa” Makhluk, demi Tuhan, besok menjadi musuh selain daripada kami dan Syi‘ah kami.

Allah tidak maksudkan dengan al- Muttaqiin selain daripada kami dan selain daripada Syi‘ah kami. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beliau a.s berkata: Allah telah mengumpulkan kami, wali kami dan musuh kami di dalam satu ayat di dalam Kitab-Nya Surah al-Zumar (39):9 “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku.

Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, demi Tuhan, Dia tidak mengecualikan seorang di kalangan para wasi dan pengikut mereka selain daripada Amir al-Mukminin a.s, dan Syi‘ahnya. Allah berfirman di dalam Surah al-Dukhaan (44) :41-2 “Iaitu hari seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikit pun dan mereka tidak akan dapat pertolongan, kecuali golongan yang diberi rahmat oleh Allah.

Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan dengan “rahmat” selain daripada Amir al-Mukminin a.s dan Syi‘ahnya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku.

Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya, maka Dia telah mewajibkan keampunan untuk kamu. Dia berfirman dalam Surah al-Zumar (39):53 “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya” Demi Tuhan, Dia tidak maksudkannya selain daripada kamu. Adakah aku telah mengembirakan kamu, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut dan melindungi kamu daripada syaitan yang dilaknati di dalam Kitab- Nya Surah al-Hijr (15): 42 dan Surah al-Israa’(17): 65 “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka”

Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kita dan selain daripada Syi‘ah kita (ma‘anna ghaira-na wa ghaira syi‘ati-na). Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Nisa’ (4): 69 “Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama dengan golongan yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqin, golongan yang mati syahid dan golongan soleh.

Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya” Muhammad s.a.w adalah al-Nabiyyin, kami adalah al-Siddiqin dan al-Syuhada’, dan kamu adalah al-Salihun. Kamu dinamakan dengan al- Salihin sebagaimana Allah telah menamakan kamu. Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku.

Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Sad (38):62 “Dan (golongan derhaka) berkata: Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan jahat” Kamu yang akan dicari di neraka berada di syurga, demi Tuhan, kamu dihormati. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, tiada satu ayatpun yang membawa kepada syurga dan menyebut ahlinya dengan kebaikan melainkan ia adalah untuk kita dan Syi‘ah kita.

Tiada satu ayatpun yang menyebut ahlinya dengan kejahatan dan membawanya ke neraka melainkan ia adalah untuk musuh kita (hiya fi ‘aduwwi-na) dan orang yang menyalahi kita (man khaalafa-na). Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, bukan di atas millah (agama) Ibrahim selain daripada kita dan Syi‘ah kita, sementara orang lain terlepas daripadanya. Wahai Abu Muhammad, adakah aku telah menggembirakan anda? Di dalam riwayat yang lain, Abu Basir berkata: Cukuplah101.


10
AMALI AL-SADUQ

LAMPIRAN D

Penciptaan Syi‘ah Dan keilmuan Imam Ali a.s
Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Khalaf bin Hammad, daripada Sa‘d bin Tarif al-Iskaf, daripada al-Asbagh bin Nabatah bahawa Amir al-Mukminin a.s telah menaiki mimbar, lalu beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, kemudian berkata: Sesungguhnya Syiah kita adalah dari tanah yang tersimpan(tinah makhdhunah) sebelum Allah mencipta Adam dua ribu tahun (qabla an yakhluqa Adam bi-alfai ‘am), ia tidak dipisahkan oleh perkara yang ganjil (la yasyudhdh min-ha syadhdhun), dan tidak dimasuki padanya oleh sesuatu (wala yadkhulu fi-ha dakhilun), sesungguhnya aku mengenali mereka ketika aku melihat mereka (wa inni la-a‘rifu-hum hina anzuru ilaihim), kerana Rasulullah s.a.w telah meludahkan pada mataku ketika aku menghidapi penyakit mata (lamma tafila fi ‘aini wa kuntu armadu), dan beliau bersabda: Wahai Tuhanku, hilangkanlah daripadanya kepanasan dan kesejukan, perlihatkanlah kepadanya sahabatnya daripada musuhnya”. Justeru aku tidak lagi menghidapi penyakit mata, kepanasan, dan kesejukan. Aku mengetahui sahabat aku daripada musuh aku (a’rifu sadiqi min ‘aduwwi)102.

Lantas seorang lelaki berdiri di kalangan orang ramai, kemudian berkata: Demi Allah, wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda (bi-wilayati-ka), dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta).

Demi Allah, aku tidak mengetahui nama anda di kalangan nama-nama Syiah (fa-wallah ma a‘rifu isma-ka fi al-Asma’) dan muka anda di kalangan muka-muka syi‘ah (wa la wajha-ka fi al-Wujuh), tanah anda bukan dari tanah Syiah (wa inna tinata-ka la-min ghairi tilka al-Tinati).

Kemudian lelaki itu terus duduk, sesungguhnya Allah telah mendedahkan keburukannya dan menampakkannya kepada orang ramai, kemudian seorang lelaki yang lain berkata: Wahai Amir al- Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), tanah anda adalah dari tanah tersebut, dan di atas wilayah kami diambil perjanjian anda (wa ‘ala wilayati-na ukhidha mithaqu-ka). Sesungguhnya roh anda adalah dari Roh-roh mukminin, maka ambillah pakaian untuk kefakiran (fa-itakhidh li-al-Faqri jilbaban). Demi Yang diri aku di tangan-Nya sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Kefakiran itu adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir dari puncak lembah ke bawahnya (al-Faqru asra‘u ila muhibbi-na min al-Saili min a‘la al-Wadi ila asfali-hi)103.

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Husain bin ‘Alwan al-Kalbi, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s, maka seorang lelaki telah datang kepadanya, dan terus memberi salam kepadanya, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku, demi Allah, benar-benar mencintai anda kerana Allah, aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan, dan aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada wilayah anda secara terang-terangan.

Di tangan Amir al-Mukminin sebatang kayu (‘ud). Beliau telah menundukkan kepalanya (ta’taa ra’sa-hu), kemudian beliau menggariskan di tanah dengan kayu tersebut beberapa ketika, kemudian beliau mengangkat kepalanya kepadanya sambil berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis, dan setiap hadis seribu bab, dan sesungguhnya roh-roh mukminin bertemu di udara (taltaqi fi al-Hawa’), lalu roh-roh tadi membaui (fa-tasyammu) dan mengenali di antara satu sama lain, dan apa yang ia kenali, akan bertaut, dan apa yang ia mengingkarinya, maka ia akan bertentangan (fa-ma ta‘arafa min-ha i’talafa wa ma tanakara min-ha ikhtalafa).

Demi Allah, anda telah berbohong (kadhab-ta), aku tidak mengenali muka anda di kalangan muka-muka Syiah, dan nama anda di kalangan nama-nama Syiah, kemudian seorang lelaki lain telah datang kepadanya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan.

Beliau berkata: Beliau telah menggaris pada tanah kali kedua dengan sebatang kayu, kemudian beliau mengangkat kepalanya (rafa‘a ra’sa-hu) dan berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), sesungguhnya tanah kita tanah yang tersimpan (inna tinata-na tinatun makhdhunatun) di mana Allah telah mengambil perjanjiannya (mithaqaha ) dari salbi Adam yang tidak dipisahkan oleh sesuatu yang ganjil, dan tidak dimasuki oleh sesuatu selain daripadanya, pergilah, dan ambillah pakaian untuk kefakiran.

Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali bin Abu Talib, demi Allah, kefakiran adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir kepada perut lembah (butnu al-Wadi)104.

‘Ubad bin Sulaiman, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya Sulaiman al-Dailami, daripada Harun bin al-Jaham, daripada Sa‘d bin Tarif al-Khaffaf, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s pada suatu hari duduk di Masjid, dan para sahabatnya di sekelilingnya, seorang lelaki di kalangan Syiahnya telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya Allah mengetahui bahawa aku berpegang kepada agama- Nya dengan mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai anda secara terang-terangan, aku mewalikan anda secara rahsia sebagaimana aku mewalikan anda secara terang-terangan.

Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), maka ambillah pakaian untuk kefakiran, kerana kefakiran adalah lebih cepat kepada Syiah kami daripada banjir kepada perut wadi.

Beliau berkata: Lelaki itu pulang di dalam keadaan menangis gembira kerana kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Anda memang benar, beliau berkata: Di sana seorang lelaki di kalangan khawarij, dan seorang sahabatnya yang dekat dengan Amir al-Mukminin a.s, maka salah seorang daripada mereka berdua berkata: Demi Allah, aku tidak melihat seperti hari ini bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya aku mencintai anda, maka beliau berkata: Anda memang benar (sadaq-ta).

Sahabatnya pula berkata kepadanya: Aku tidak mengingkarinya, tetapi adakah di sana peluang apabila dikatakan kepadanya: Aku mencintai anda bahawa beliau akan berkata: Anda memang benar? Adakah anda mengetahui bahawa aku mencintainya?

Beliau berkata: Tidak, beliau berkata: Aku akan berdiri, dan berkata kepadanya sebagaimana telah dikatakan oleh lelaki itu, maka beliau akan menjawab kepada aku sebagaimana beliau telah menjawab kepadanya.

Beliau berkata: Ya, maka lelaki itu berdiri, maka beliau telah berkata kepadanya sebagaimana dikatakan oleh lelaki yang pertama. Beliau telah melihat kepadanya dengan penuh perhatian, kemudian beliau berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta), tidak, demi Allah, anda tidak mencintai aku, dan aku pula tidak mencintai anda (la wallahi, ma tuhibbuni wala uhibbu-ka) .

Beliau berkata: Lelaki khawarij itu telah menangis, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, anda telah memalukan aku dengan perkara ini sedangkan Allah telah mengetahui sebaliknya.

Lantaran itu, hulurkan tangan anda, nescaya aku memberi baiah kepada anda. Ali berkata: Di atas apa? Beliau berkata: Di atas apa yang telah dilakukan oleh Zuraiq105, dan Habtar 106. Maka beliau berkata kepadanya: Aku tampar anda, Allah telah melaknati mereka berdua (la‘ana l-Lahu al- Ithnaini), demi Allah, seolah-olah aku melihat anda telah dibunuh di atas kesesatan, dan anda dipijak oleh binatang-binatang Iraq, dan kaum anda tidak akan mengenali anda, beliau berkata: Tidak lama selepas itu, ahli Nahrawan keluar bagi menentangnya, dan lelaki itu telah keluar bersama-sama mereka dan dibunuh107.


LAMPIRAN E

Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Abdullah Bin Salam
Daripada Ibn Abbas bahawa sesungguhnya apabila Allah mengutus Muhammad s.a.w, maka Dia telah memerintahkannya supaya menyeru makhluk kepada syahadah tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Orang ramai segera menyahut seruannya, lantas baginda s.a.w. memberi peringatan kepada mereka. Jibrail menyuruh baginda s.a.w. supaya menulis surat kepada Ahlu l-Kitab iaitu Yahudi dan Nasrani. Jibrail melakukan imlak ke atas suratnya.

Penulisnya pada masa itu ialah Sa‘d bin Abu Waqqas, maka baginda s.a.w. telah mengutus surat kepada Yahudi Khaibar108: Bismillahi r-Rahmani-r-Rahim daripada Muhammad bin Abdullah al- Ummiyyu, Rasulullah kepada Yahudi Khaibar.

Amma ba‘d. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya bumi adalah milik Allah. Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Balasan yang baik bagi mereka yang bertakwa. Tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Beliau menghantar surat itu kepada Yahudi Khaibar.

Setelah suratnya sampai kepada mereka, maka surat itu dibawa kepada ketua mereka bernama Abdullah bin Salam: Ini adalah surat Muhammad kepada kita, anda bacalah kepada kami, lalu Abdullah membacanya dan berkata kepada mereka: Apakah yang kamu dapati di dalam surat ini? Mereka berkata: Kami dapati bukti (alamat)nya di dalam Taurat.

Jika inilah Muhammad yang diberitahu oleh Musa, Daud dan Isa a.s, maka dia akan membekukan Taurat, menghalalkan kepada kita apa yang telah diharamkan ke atas kita sebelumnya, sekiranya kita tetap di atas agama kita adalah lebih baik bagi kita. Abdullah bin Salam berkata: Wahai kaum! Kamu telah memilih dunia ke atas akhirat dan azab ke atas rahmat?

Mereka menjawab: Tidak. Abdullah berkata: Kenapa kamu tidak mengikuti pendakwah Allah? Mereka berkata: Wahai Ibn Salam! Kami tidak mengetahui bahawa Muhammad itu benar tentang apa yang dikatakannya. Abdullah berkata: Jika begitu, kita akan bertanya kepadanya tentang Pencipta dan makhluk-Nya, nasikh dan mansuh.

Sekiranya dia seorang nabi, maka dia akan menerangkan kepada kita sebagaimana dilakukan oleh para nabi sebelumnya. Mereka berkata: Wahai Ibn Salam! Pergilah anda kepada Muhammad sehingga anda menentang percakapannya dan anda lihat bagaimana dia memberi jawapan kepada anda. Abdullah berkata: Kamu adalah kaum yang jahil.

Sekiranya inilah Muhammad yang telah diberitahu kepada kita oleh Musa, Daud dan Isa ibn Maryam, maka dia adalah penutup para nab. Jika manusia dan jin berkumpul untuk memberi jawapan walaupun satu kalimat atau satu ayat kepada Muhammad, nescaya mereka tidak mampu dengan izin Allah. Mereka berkata: Anda memang benar wahai Ibn Salam, lantaran itu apakah muslihatnya?

Abdullah berkata: Aku akan mengguna Taurat, aku akan membawa Taurat kepadanya, aku akan menyalin seribu empat masalah daripadanya. Setelah itu Abdullah bin Salam berjumpa dengan Nabi s.a.w pada hari Isnin selepas solat subuh. Abdullah berkata: Salam ke atas anda wahai Muhammad!. Nabi s.a.w bersabda: Ke atas mereka yang mengikut pertunjuk, rahmat Allah dan berkat-Nya. Siapakah anda?

Abdullah menjawab: Aku ialah Abdullah bin Salam daripada ketua-ketua Bani Israel di kalangan mereka yang telah membaca Taurat dan aku adalah wakil kaum Yahudi kepada anda. Bersamaku beberapa ayat daripada Taurat supaya anda menerangkan kepada kami dan kami melihat anda daripada mereka yang baik-baik.

Nabi s.a.w bersabda: Segala puji bagi Allah di atas nikmat-Nya wahai Ibn salam! Adakah anda datang kepada kami sebagai seorang yang bertanya atau sebagai seorang yang degil? Abdullah menjawab: Sebagai seorang yang bertanya wahai Muhammad!. Baginda s.a.w. bersabda: Adakah di atas kesesatan atau di atas pertunjuk? Abdullah menjawab: Malah di atas pertunjuk wahai Muhammad!.

Maka Nabi s.a.w bersabda: Bertanyalah apa yang anda kehendaki. Abdullah berkata: Aku sedar wahai Muhammad! Beritahu kepada aku tentang anda, adakah anda seorang nabi atau seorang rasul? Baginda s.a.w. bersabda: Aku adalah nabi dan rasul sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Mukmin(40):78 “Di antara mereka ada yang kami ceritakan kepada mu dan di antara mereka (pula) ada yang kami tidak ceritakan kepada mu”.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu kepadaku: adakah Allah telah bercakap kepada anda sebelumnya? Baginda s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah bercakap kepadanya melainkan secara wahyu atau di sebalik tabir. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: adakah anda menyeru kepada agama anda atau kepada agama Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Malah tidak ada agama bagi aku selain daripada agama Allah.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: kepada siapakah anda dakwahkan? Baginda s.a.w. bersabda: Kepada Islam dan Iman kepada Allah. Abdullah berkata: Apakah Islam?

Baginda s.a.w. bersabda: Syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya, sesungguhnya Kiamat akan berlaku tanpa syak. Sesungguhnya Allah akan membangkitkan mereka yang berada di dalam kubur. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!: Beritahu aku berapakah agama bagi Allah Tuhan semesta alam?

Baginda s.a.w. bersabda: Satu agama, Allah adalah satu, tiada sekutu bagi-Nya. Abdullah berkata: Apakah agama Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Islam. Abdullah berkata: Adakah para nabi sebelum anda beragama dengannya? Baginda s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Bagaimana dengan syariat-syariat? Baginda s.a.w. bersabda: Syariat adalah bermacam-macam sebagaimana telah berlalu kepada mereka yang terdahulu. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!: Beritahu aku tentang syurga adakah mereka memasukinya dengan Islam atau Iman atau amal?

Baginda s.a.w. bersabda: Di antara mereka ada yang memasukinya dengan ketiga-tiganya iaitu bagi seorang muslim, mukmin dan beramal. maka dia memasuki syurga dengan tiga amalan atau dia seorang Nasrani atau seorang Yahudi, maka dia menjadi muslim beriman dengan Allah, membuang kekafiran daripada hatinya, lalu dia meninggal dunia di tempatnya tanpa meninggal mana-mana amalan, maka dia adalah daripada penghuni syurga itu adalah iman tanpa amalan.

Bagi seseorang Yahudi atau Nasrani yang bersedekah atau melakukan infak kepada selain daripada zat Allah, maka dia adalah di atas kekafiran dan kesesatan, menjadi penyembah makhluk bukan khalik.

Jika dia meninggal dunia di atas agamanya, maka dia adalah di atas amalannya di neraka pada hari Kiamat, kerana Allah tidak akan menerima melainkan daripada mereka yang bertakwa. Abdulah berkata:

Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku adakah kitab diturunkan ke atas anda? Baginda s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Kitab yang mana satu? Baginda s.a.w. bersabda: Furqan.

Abdullah berkata: Kenapa Tuhan anda menamakannya dengan Furqan? Baginda s.a.w. bersabda: Kerana ia mempunyai ayat-ayat dan surahsurah yang berasingan diturunkan bukan secara alwah (loh-loh) dan mashaf berbanding dengan Taurat, Injil dan Zabur yang diturunkan sebahagiannya di alwah dan kertas-kertas. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: manakah permulaan al-Qur’an? Baginda s.a.w. bersabda: Permulaan al-Qur’an adalah Bismillahi r-Rahmani r-Rahim.

Abdullah berkata: Apakah tafsir huruf Abjad Hawwaz? Baginda s.a.w. bersabda: Al-Alif adalah aalaa’ Allah (nikmat Allah). Al-Ba’ adalah bahaa’ Allah (cahaya Allah). Al-Jim adalah jamalu l-Lah (kecantikan Allah). Al-Daal adalah dinu l-Lah (agama Allah). Al-Haa’ adalah al- Hawiyah (neraka). Al-Wau adalah wailun li-ahli al-Nar (celakalah bagi penghuni neraka). Adapun al-Zai adalah zawiyah fi al-Nar (sudut neraka).

Abdullah berkata: Beritahu aku tentang empat perkara yang Allah telah menjadikan mereka dengan tangannya? Baginda s.a.w. bersabda: Allah telah menjadikan syurga Adan dengan tangan-Nya, menanam pokok Tuba di syurga dengan tangan-Nya, menjadikan Adam a.s dengan tangan-Nya dan menulis Taurat dengan tangan-Nya.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Siapakah yang telah memberitahu anda semua ini? Baginda s.a.w. bersabda: Jibrail. Abdullah berkata: Jibrail daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Mikail. Abdullah berkata: Mikail daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Israfil. Abdullah berkata: Israfil daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Lauh Mahfuz. Abdullah berkata: Lauh daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada al-Qalam. Abdullah berkata: Al-Qalam daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Tuhan semesta alam. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad.

Abdullah berkata: Beritahu aku tentang Jibrail: adakah ia daripada jenis wanita atau lelaki. Baginda s.a.w. bersabda: Daripada jenis lelaki, bukan daripada jenis wanita. Abdullah berkata: Apakah makanan dan minumannya? Baginda s.a.w. bersabda: Makanannya adalah tasbih dan minumannya adalah tahlil. Abdullah berkata: Anda memang benar.

Abdullah berkata: Beritahu aku berapakah panjangnya? Baginda s.a.w. bersabda: Ia seperti malaikat lain. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ia mempunyai lapan puluh perwatakan. Kisah Ja‘dah dan Hilal adalah di depannya, bersinar cahayanya di kalangan malaikat seperti sinaran cahaya di malam yang gelap.

Ia mempunyai dua puluh empat sayap kehijauan yang disaluti permata delima dan dihiasi pula dengan mutiara serta di atasnya kalung. Lapisannya adalah rahmat, butang bajunya adalah kekeramatan, belakangnya adalah ketenangan, bulunya adalah kekuningan, dahi yang terang berhidung mancung, berjanggut, berpendirian segak, tidak makan dan minum, tidak jemu dan lupa. Dia melaksanakan perintah Allah sehingga hari Kiamat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!

Abdullah berkata: Apakah satu, apakah dua, apakah tiga, apakah empat, apakah lima, apakah enam, apakah tujuh, apakah lapan, apakah sembilan, apakah sepuluh, apakah sebelas, apakah dua belas, apakah tiga belas, apakah empat belas, apakah lima belas, apakah enam belas, apakah tujuh belas, apakah lapan belas, apakah sembilan belas, apakah dua puluh, apakah dua puluh satu, apakah dua puluh dua, apakah dua puluh tiga, apakah dua puluh empat, apakah dua puluh lima, apakah dua puluh enam, apakah dua puluh tujuh, apakah dua puluh lapan, apakah dua puluh sembilan, apakah tiga puluh, apakah empat puluh, apakah lima puluh, apakah enam puluh, apakah tujuh puluh, apakah lapan puluh, apakah sembilan puluh sembilan, dan apakah seratus?

Baginda s.a.w. bersabda: Ya, wahai Ibn Salam! Adapun satu, maka ia adalah Allah Yang Satu, Perkasa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada teman wanita dan tiada mempunyai anak, menghidupkan dan mematikan. Pada tangan-Nya kebaikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

Adapun dua, maka ia adalah Adam dan Hawa, sepasang suami isteri di syurga iaitu sebelum mereka berdua dikeluarkan daripadanya. Adapun tiga, maka ia adalah Jibrail, Mikail dan Israfil. Mereka adalah ketua-ketua malaikat dan mereka di bawah perintah Tuhan semesta alam. Adapun empat, maka ia adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.

Adapun lima, maka ia telah diturunkan ke atas aku dan umat aku lima solat yang tidak diturunkan kepada mereka sebelum aku dan tidak difardukan ke atas umat selepas aku kerana tiada nabi selepas aku.

Adapun enam, adalah Allah telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari. Adapun tujuh, tujuh langit yang kukuh seperti firman-Nya Surah al-Naba’ (78):12 “Dan kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh”. Adapun lapan ialah firman-Nya Surah al-Haqah (69):17 “Dan pada hari itu lapan malaikat membawa Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka”.

Adapun sembilan firman-Nya di dalam Surah al-Isra’ (11):101 “Sesungguhnya kami telah memberi kepada Musa sembilan ayat (mukjizat) yang nyata”.

Adapun sepuluh ialah firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2):196)“Itulah sepuluh (hari) yang sempurna”. Adapun sebelas adalah kata-kata Yusuf kepada bapanya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Yusuf ((12):4 “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada bapanya:

Wahai bapaku sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang”.

Adapun dua belas, setiap tahun adalah dua belas bulan, iaitu juga kata-kata Yusuf dalam Surah Yusuf (12):4 “matahari dan bulan ku lihat semuanya sujud kepadaku” Adapun tiga belas, maka ia adalah saudara-saudara Yusuf.

Matahari dan bulan adalah ibu dan bapa. Empat belas adalah empat belas lampu daripada cahaya yang tergantung di antara ‘Arasy dan Kerusi, panjang setiap lampu sama dengan perjalanan seratus tahun. Lima belas adalah al-Furqan yang diturunkan dalam masa lima belas hari secara mufassalat selain pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Qur’an sebagai pertunjuk kepada manusia.

Enam belas adalah enam belas saf malaikat berlingkar di sekeliling ‘Arasy sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Zumar(39): 79 “berlingkar di sekeliling Arasy” Tujuh belas adalah tujuh belas ialah nama-nama Allah yang tertulis di antara syurga dan neraka. Tanpanya, maka neraka membakar mereka yang berada di langit dan di bumi. Lapan belas adalah lapan belas hijab daripada cahaya yang tergantung di antara Kerusi dan hijabhijab.

Tanpanya bukit-bukit yang tinggi akan menjadi cair, manusia dan Jin akan terbakar akibat cahaya Allah. Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad!. Baginda s.a.w. bersabda: Sembilan belas adalah Saqar sebagaimana firman-Nya Surah al-Muddathir (74):28-30 “Saqar itu tidak meninggal dan tidak membiarkan. Pembakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)”

Dua puluh adalah kerana Zabur diturunkan kepada Daud dalam masa dua puluh hari selain daripada bulan Ramadhan109. Firman-Nya di dalam Surah al-Isra’ (17): 55 “Dan kami berikan Zabur kepada Daud” Dua puluh satu adalah hari kelahiran Sulaiman bin Daud. Bukitbukit bertasbih bersamanya. Dua puluh dua adalah hari pengampunan kepada Daud, dan hari Allah melembutkan besi untuknya bagi membuat baju besi.

Dua puluh tiga adalah hari kelahiran Isa bin Maryam dan hari turunnya hidangan dari langit110. Dua puluh empat adalah hari Allah bercakap-cakap dengan Musa. Dua puluh lima adalah hari Allah membelah laut untuk Musa dan Bani Israel. Dua puluh enam Allah menurunkan Taurat kepada Musa. Dua puluh tujuh adalah hari ikan paus memuntahkan Yunus dari perutnya.

Dua puluh lapan Allah mengembalikan penglihatan Ya‘qub. Dua puluh sembilan Allah mengangkat Idris ke tempat yang tinggi. Tiga puluh adalah firman-Nya di dalam Surah al-A‘raf (7):142 “dan telah kami janjikan kepada Musa tiga puluh malam dan kami sempurnakan jumlah itu dengan sepuluh,maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam”

Lima puluh adalah lima puluh hari bersamaan lima puluh ribu tahun. Enam puluh adalah kerana bumi mempunyai enam puluh jenis. Tujuh puluh adalah kerana Musa telah memilih tujuh puluh orang lelaki. Lapan puluh adalah kerana peminum arak disebat lapan puluh kali selepas ia diharamkan. Sembilan puluh sembilan adalah firman-Nya Surah al-Sad (38):23 “Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing”

Seratus adalah firman-Nya Surah al-Nur(24): 2 “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari kedua-duanya seratus sebatan” Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Adam: bagaimana dia diciptakan dan daripada apakah diciptakannya?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya, sesungguhnya Allah s.w.t dengan segala pujian terhadap-Nya, Maha Suci nama-nama-Nya dan tiada tuhan selain daripada-Nya yang telah menciptakan Adam daripada tanah. Tanah yang berasasl daripada buih dan buih dari ombak. Manakala ombak berasal dari laut dan laut dari kegelapan. Kegelapan daripada cahaya dan cahaya daripada huruf dan huruf daripada ayat. Ayat daripada bentuk dan bentuk daripada delima dan delima dari kun dan kun dari tiada sesuatu (la syai’).

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapakah malaikat bagi seorang hamba Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Setiap orang hamba mempunyai dua malaikat. Satu malaikat di kanannya dan satu malaikat di kirinya. Pada kanannya menulis kebaikan sementara pada kirinya menulis kejahatan. Abdullah berkata:

Di manakah tempat duduk dua malaikat, apakah al-Qalam mereka berdua, bekas dakwat mereka berdua dan lauh mereka berdua? Rasulullah s.a.w. bersabda: Tempat duduk mereka berdua adalah di atas kedua bahunya, al-Qalam mereka berdua adalah lidahnya, bekas dakwat mereka berdua adalah kerongkongnya.

Dakwat mereka berdua adalah air liurnya. Lauh mereka berdua adalah hatinya. Mereka menulis amalan-amalan seseorang hamba sehingga kematiannya. Allah berfirman Surah al-Isra’ (17):14 “Bacalah kitabmu dan cukuplah dirimu pada waktu itu sebagai penghisab terhadapmu” 111.


11
AMALI AL-SADUQ

LAMPIRAN F

Pimpinan Imam Dua Belas A.S
Abu Ja‘far Muhammad bin Ahmad al-‘Alawi berkata: Ahmad bin Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu aku daripada bapanya daripada datuknya Ibrahim bin Hasyim daripada Hammad bin Isa daripada bapanya daripada al-Sadiq a.s berkata: Salman al-Farisirahmatu l-Lahi ‘alai-hi-berkata: Aku telah melihat al-Husain bin Ali a.s di bilik Nabi s.a.w di dalam keadaan beliau s.a.w sedang mengucup dua matanya, dan dua bibir mulutnya sambil bersabda: Anda adalah sayyid bin sayyid bapa kepada sayyid-sayyid, anda adalah Hujjah bin hujjah bapa kepada hujjah-hujjah, anda adalah imam bin imam, dan bapa kepada sembilan imam daripada keturunan anda, dan yang kesembilan mereka adalah qaim mereka (anta sayyid bin sayyid abu sadah, anta hujjah ibn hujjah abu hujajin, anta al-Imam ibn al-Imam abu al-Aimmah al-Tis‘ah min salbi-ka, tasi ‘u-hum qaimu-hum ) 112

Beliau berkata: Abu al-Hasan Muhammad bin Ma‘qal al-Qarmisini telah memberitahu kami, berkata: Muhammad bin Abdullah al-Misri telah memberitahu kami, berkata: Ibrahim bin Mahzam telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s daripada bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

Dua belas orang daripada keluarga aku adalah mereka yang telah dikurniakan Allah kefahamanku, dan ilmuku, mereka telah diciptakan daripada tanahku (tinat-i). Maka neraka wail bagi mereka yang mengingkari hak mereka selepasku, mereka yang memutuskan pada mereka perhubungan aku (silat-i), Allah tidak akan memberi mereka syafaat aku .

Abu al-Hasan Muhammad bin Ma‘qal telah memberitahu kami berkata: Muhammad bin ‘Asim telah memberitahu kami, berkata: Ali bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Marzuq daripada ‘Amir al-Sarraj daripada Sufyan al-Thauri daripada Qais bin Muslim daripada Tariq bin Syihab berkata:

Aku telah mendengar Huzaifah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika keluarnya al-Qaim seorang penyeru dari langit menyeru: Wahai manusia, diputuskan daripada kamu masa penguasa-penguasa zalim, dan urusan pemerintahan akan dipimpin oleh sebaik-baik umat Muhammad s.a.w. Justeru sertailah beliau di Makkah, kemudian al-Nujaba’ (mereka cerdik) dari Mesir, dan al-Abdal (perkasa) dari Syamdan al- ‘Asaib (cekal) dari Iraq.

Di waktu malam seperti rahib, dan di waktu siang seperti singa jantan. Hati mereka seperti besi. Maka mereka akan memberi baiah kepadanya di antara Rukn dan Maqam, Umar bin al-Hasin berkata:

Wahai Rasulullah s.a.w, beritahukan kami tentang lelaki ini? Beliau s.a.w bersabda: Beliau adalah seorang lelaki daripada anak al-Husain seolah-olah beliau di kalangan lelaki Syanwah di Yaman, memakai dua kain daripada kapas, namanya sepertilah nama aku, dan pada masa itu, burung-burung akan menetas di sangkar-sangkarnya, dan ikan-ikan paus di laut-lautnya, sungai-sungai akan mengalirkan air yang banyak, mengeluarkan mata air, bumi akan menjadi subur, pendapatan yang berganda, kemudian Jibrail akan berjalan di hadapannya, dan di belakangnya Israfil. Bumi akan dipenuhi keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman .

Beliau berkata: Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalasi daripada al-Mundhir bin Muhammad daripada al-Nasr bin al-Sanadi daripada Abu Daud Sulaiman bin Sufyan al-Mustariq daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Malik bin al- Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah.

Sa‘d bin Abdullah berkata: Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab al-Kufi telah memberitahu kami, berkata: Al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal telah memberitahu kami daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Malik al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapati beliau sedang mengetukkan tanah dengan kayu (yankutu).

Aku berkata : Wahai Amir al-Mukminin, aku melihat anda sedang berfikir mengetukkan tanah, adakah kehendak anda sendiri melakukannya? Beliau berkata: Tidak, demi Tuhan, aku tidak menghendakinya, mahu pun dunia ini walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang maulud (anak kelahiran) daripada zuriat kesebelas daripada anak lelaki aku iaitu al-Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman, akan dipenuhi kehairanan dan ghaib, akan sesat sebahagian kaum dan akan mendapat hidayat sebahagian yang lain, aku berkata: Adakah ini akan terjadi? Beliau berkata: Ya, sebagaimana ia dijadikan.

Maka di manakah kedudukan anda di dalam perkara ini wahai Asbagh? Mereka itu adalah pilihan umat ini bersamasama pilihan terbaik keluarga ini, aku berkata: Apakah akan berlaku selepas itu? Beliau berkata: Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, kerana bagi Allah iradat, permulaan dan matlamat yang banyak113 .


BIBLIOGRAFI
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.

al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.

al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.

____________, Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.

al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.

Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.

Al-Hafiz Raja bal-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar

Amir al-Mu’minin, Beirut, 1992.

al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.

al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.

Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.

Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.

Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.

Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.

al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.

al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.

Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.

al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.

Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.

Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.

____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.

Al-Kulaini, Raudhat al-Kafi, Beirut, 1985 H.

Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.

al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.

Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.

Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.

____________, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo, 1389 H.

Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,

Beirut, 1967.

Muslim, Sahih, Cairo, 1967.

al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.

al-Nasa’i, al-Khasaa’is, Beirut, 1959.

____________, al-Sunan, Cairo, 1958.

al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H,

al-Qurtubi, al-Jaami‘ li Ahkaam al-Qur’an, Cairo, 1381 H

al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.

Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.

al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.

al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.

Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.

____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368

_________, al-Itqaan fi ‘Ulum al-Qur’an, Cairo, 1387

Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958

al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382

____________, Jaami al-Turmudhi‘, Cairo, 1380

al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.

Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1956.


Catatan Kaki:
96. Lihat Raudhat al-Kafi, Beirut, 1985, viii, hlm. 51-51 (hadis no.21).

97. Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda.

Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.

98. Al-Kulaini, Raudhat al-Kafi, viii, hlm. 51-52 (hadis no.21).

99. Al-Kulaini, Raudhat al-Kafi, viii, hlm.180-181, hadis no.259.

100. Penguasa menindas kami, mengusir kami, memenjarakan kami dan membunuh kami dengan pertolongan ulama mereka yang jahat.

101. Al-Kulaini, Raudhat al-Kafi, viii, hlm.28-31, hadis. No.6.

102. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 310-312.

103. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 304

104. Ibid xiv, 426

105. Abu Bakr

106. ‘Umar

107. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 310-312., al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix,

108. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 42-48.

109. Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 157

110. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iv, 91

111. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 42-48

112. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm 207-209.

113. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm 207-209.



12