Khutbah Rasul SAW di Ghadir Khum

Khutbah Rasul SAW di Ghadir Khum0%

Khutbah Rasul SAW di Ghadir Khum pengarang:
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Imamah

Khutbah Rasul SAW di Ghadir Khum

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

pengarang: Allamah Tabarsi
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Pengunjung: 4052
Download: 3122

Komentar:

Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 3 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 4052 / Download: 3122
Ukuran Ukuran Ukuran
Khutbah Rasul SAW di Ghadir Khum

Khutbah Rasul SAW di Ghadir Khum

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM

Pengenalan.

Khutbah atau Hadis Nabi (s.`a.w.) di Ghadir Khum yang terletak

sejauh tiga batu dari Juhfah berhampiran Rabigh selepas beliau

kembali mengerjakan haji terakhir pada 18hb. Dhul-Hijjah tahun

10 Hijrah, telah diriwayatkan oleh para ulama Islam di setiap

peringkat, kerana ia merupakan khutbah Nabi (s.`a.w.) terakhir

yang memusatkan kepada konsep imamah (kepemimpinan) selepas

beliau, di hadapan lebih seratus ribu para sahabat-nya[1] .

Di hari itu Jibrail `a.s memerintahkan Nabi (s.`a.w.) supaya

mengisytiharkan kepada para sahabatnya bahawa `Ali adalah

imam/khalifah selepas beliau. Pada mulanya beliau keberatan

untuk mengisytiharkannya kerana khuatir kebanyakan para

sahabatnya akan menentangnya.

Beliau sendiri menerangkan kedudukan umatnya pada masa

itu sebagaimana beliau bersabda: Aku telah memohon maaf kepada

Jibrail lantaran aku tidak menyampaikannya kepada kalian,

kerana aku mengetahui betapa sedikitnya orang yang bertakwa[2] ,

betapa ramainya orang yang munafik[3] , bersandarkan Islam yang

disifatkan oleh Allah A.W di dalam kitab-Nya "Mereka mengucap

dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka" (Surah

al-Fath 48: 11)[4] . Malah mereka melontar kata-kata kesat terhadap

Rasulullah (s.`a.w.) dan menyakiti hati beliau. Peristiwa tersebut

masih segar di dalam ingatan Rasulullah (s.`a.w.). Justeru itu beliau

bersabda: "Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama

merekaatau menunjukkan mereka kepada kalian"[5] .

Ini menunjukkan bahawa orang-orang yang dimaksudkan oleh

Rasulullah (s.`a.w.) masih ada di hadapannya. Tetapi beliau tidak

mahu melakukannya kerana ia tidak diizinkan oleh Allah A.W. Di

hari itu cuaca panas terik, sekiranya daging dicampak ke tanah

nescaya ia akan masak. Nabi (s.`a.w.) memerintahkan mereka

supaya menyusun batu seperti mimbar.

Kemudian diteduhi kain di atasnya.Manakala mereka

berhimpun, beliau memberi khutbahnya yang paling bersejarah

dengan menguatkan suaranya supaya dapat didengari oleh lebih

seratus ribu kaum muslimin. Selepas memuji Allah A.W., beliau

mengisytiharkan kepada umatnya ketika itu tentang kematiannya

seraya bersabda: "Aku telah dipanggil dan hampir aku

menyahutinya dan denyutan jantung hatiku kian memuncak di

hadapan kalian". Kemudian beliau mengangkat tangan `Ali `a.s

sehingga orang ramai melihat keputihan ketiak

Rasulullah(s.`a.w.) sambil bersabda: "Wahai manusia! Tidakkah aku

lebih aula daripada diri kalian?

Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Wahai

Tuhanku, siapa yang aku telah menjadi maulanya, maka ini `Ali

maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah orang yang mewalikannya dan

musuhilah orang yang memusuhinya"[6] .

Justeru itu, khutbah/hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir

Khum dan lain-lain merupakan penjelasan kepada konsep imamah di dalam al-Qur’an itu sendiri. Di dalam al-Qur'an konsep imamah[7]

terbahagi kepada dua. Pertama, konsep imamah yang membawa

manusia ke syurga di mana imamahnya (kepemimpinannya) adalah

sejajar dengan al-Qur'an. Di antaranya telah diterangkan di dalam

surah al-Anbiya' 21: 73 "Kami telah menjadikan mereka para imam

(pemimpin-pemimpin) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami,

dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan,

mendirikan solat, menunaikan zakat dan hanya kepada Kamilah

mereka selalu menyembah".

FirmanNya di dalam Surah al-Baqarah 2: 124 "Sesungguhnya

Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia. Dan Ibrahim

berkata:(Dan saya mohon jawatan imam itu) dari keturunanku. Dia

berfirman: Janjiku (ini) tidak termasuk orang yang zalim". Justeru itu

orang yang zalim tidak sah menjadi imam (pemimpin) menurut al-

Qur'an.

Dan firmanNya di dalam Surah Yunus 10: 35 "Maka apakah orang

yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah

orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali apabila diberi

petunjuk? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu

mengambil keputusan? Ini bererti para pemimpin selepas Rasulullah (s.`a.w.) mestilah terdiri dari mereka yang tidak

melampaui perintah Allah dan Rasul-Nya, kerana mereka merupakan

Uli l-Amr yang wajib ditaati oleh umat sebagaimana firmanNya Surah

al-Nisa' 4: 59 "Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr di

kalangan kamu". Kedua: Imamah yang menyeru manusia kepada

neraka. Di antaranya sebagaimana diterangkan di dalam surah al-

Qasas 28: 41 "Dan Kami jadikan mereka para imam (pemimpinpemimpin)

yang menyeru(manusia) ke neraka dan pada hari kiamat

mereka tidak akan dibantu".

Dan firmanNya Surah al-Ahzab 33: 67 "Dan mereka berkata:

Ya,Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpinpemimpin

dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan

kami dari jalan yang benar".Kedua-dua konsep imamah tersebut

telah dijelaskan oleh Rasulullah(s.`a.w.) di dalam khutbahnya di

Ghadir Khum dan ditempat-tempat lain. Justeru itu beliau tidak

mengabaikannya[8] kerana kepemimpinan (imamah) adalah asas bagi

kesempurnaan agama Islam.

Terjemahan Teks Hujah

Di sini akan diperturunkan teks khutbah/hadis Ghadir

Khum sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Mansur Ahmad b. `Ali b.

Abi Talib al-Tabarsi[9] , ulama Mazhab Ja`fari abad keenam hijrah di

mana sanadnya bersambung dengan Imam Muhammad al-Baqir b.

Imam Zain al-`Abidin b. Imam Husain b. Imam `Ali b. Abi Talib `a.s.

Untuk membuktikan kesahihannya, penulis cuba membuat

rujukan kepada buku-buku karangan para ulama Ahl al-Sunnah

seperti Sahih al-Bukhari, Sunan al-Nasa'i, Musnad Ibn Hanbal, Tarikh

al-Tabari,Yanabi` al-Mawaddah, Kanz al-`Ummal, Tarikh al-Khulafa',

al-Durral-Manthur, al-Isabah, Tarikh Baghdad, Kifayah al-Talib,

Manaqibal-Khawarizmi, Tafsir al-Kabir, Ruh al-Ma`ani, Nur al-Absar,

Usdal-Ghabah, al-Isti`ab dan lain-lain.

Justeru itu khutbah/hadis al-Ghadir telah dicatat oleh para ulama

Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka meskipun kadangkala

terdapat sedikit perbezaan dari segi lafaz, tetapi ia memberi

pengertian yang sama. Kebanyakan mereka mencatatnya secara

terputus, panjang, pendek dan dimasukkan di dalam bab-bab yang

berasingan sehingga ia dilihat sebagai tiada kaitan dengan khutbah

al-Ghadir. Ini berkemungkinan kuasa politik semasa tidak

membenarkan mereka berbuat demikian[10] .

Lantaran itu bahagian-bahagian hadis yang dipisahkan itu,

kelihatan seolah-olah tiada kaitan dengan khutbah di Ghadir Khum

tentang perlantikan `Ali `a.s sebagai imam atau khalifah selepas Rasulullah (s.`a.w.) Walau bagaimanapun teks penuh khutbah al-

Ghadir yang dikemukakan oleh al-`Allamah al-Tabarsi, akan memberi

wawasan baru kepada pengkaji-pengkaji tanpa prejudis dan

irihati.

Al-Tabarsi menulis: Al-Sayyid Abu Ja`far Mahdi b. Abi Harb al-

Husaini al-Mar`asyi r.a telah memberitahu kami dia berkata: al-

Syaikh Abu `Ali al-Hasan b. al-Syaikh al-Sa`id Abi Ja`far

Muhammad b. al-Hasan al-Tusi r.a, telah memberitahuku dia

berkata: al-Syaikh al-Sa`id al-Walid Abu Ja`far q.r telah

memberitahuku dia berkata: Jama`ah daripada Abi Muhammad

Harun b. Musa al-Tala`kbari telah memberitahu kami, dia berkata:

Abu `Ali Muhammad b. Hammam telah memberitahu kami, dan

berkata: `Ali al-Suri telah memberitahu kami, dia berkata: Abu

Muhammad al-`Alawi daripada anak lelaki al-Aftas di kalangan

hamba Allah yang salih telah memberitahu kami dia berkata:

Muhammad b. Musa al-Hamdani telah memberitahu kami, dia

berkata: Muhammad b. Khalid al-Tayalasi telah memberitahu kami,

dia berkata: Saif b. `Umairah dan Salih b. Uqbah telah memberitahu

kami daripada Qais b. Sam`an daripada `Alqamah b. Muhammad al-

Hadrami daripada Abu Ja`far b. Muhammad b. `Ali Zain al-`Abidin b.

Husain b. `Ali b. Abi Talib daripada Rasulullah s.`a.w.

Beliau bersabda: "Segala puji bagi Allah, Yang Maha Tinggi

dalam kesatuan-Nya, berdekatan dalam keesaan-Nya, mulia dalam

pemerintahan-Nya, besar dalam kekuasaanNya, keilmuanNya yang

menyeluruh sedangkan Dia "berada" di `ArasyNya. Menundukkan

seluruh makhluk dengan kekuasaan dan hujahNya yang mulia

sehingga Dia sentiasa dipuji,Dialah pencipta langit, penjadi sesuatu

dengan rapi. Dialah Penguasa bumi dan langit, Maha Tinggi Maha

suci Tuhan para malaikat dan ruh, Maha Pemurah kepada semua

orang yang tidak mensyukuriNya, Maha Mengetahui di atas segala

yang dijadikanNya. Memerhati setiap mata, tetapi mata (mata) tidak

dapat melihatNya. Mulia, Pemaaf dan menyenangkan, rahmatNya

meliputi setiap sesuatu, mengurniakan nikmatNya ke atas

mereka. Tidak cepat membalas dendam dan tidak segera

mengenakan azab ke atas mereka. Dia memahami segala rahsia, Dia

mengetahui segala bisikan hati, tidak dapat diselindungi oleh

perkara-perkara yang tersembunyi.

Tidak dikelirukan oleh perkara yang halus, mengetahui setiap

sesuatu, memenangi setiap sesuatu, menguasai di atas segalagalanya.

Tidak sesuatu pun menyerupaiNya, Dia mencipta sesuatu

ketika ia (sesuatu) tidak ada. Sentiasa melakukan keadilan, tiada

Tuhan melainkan Dia yang Maha Mulia lagi bijaksana, sekali-kali

penglihatan tidak mencapaiNya, sedangkan Dia mencapai

penglihatan. Dia bertimbang rasa dan bijaksana, tiada seorang pun

dapat mengaitkan sifatNya secara "penentuan" dan tiada seorang pun

mendapati bagaimanakah Dia secara rahsia atau terang-terangan

melainkan mengikut apa yang telah ditunjuk oleh Dia ke atas diriNya.

Aku naik saksi sesungguhnya Allah memenuhi masa dengan

segala kekudusanNya, Dialah yang menutupi cahayaNya selamalama,

Dia melaksanakan urusanNya tanpa mesyuarat. Tanpa

bersamaNya sekutu di dalam sesuatu nilaian dan tidak ada

kecacatan di dalam pentadbiranNya. Dia telah menggambarkan apa

yang direkakanNya tanpa contoh, Dia telah mencipta apa yang

diciptakanNya dengan mudah tanpa pertolongan orang lain dan

bersih dari tipudaya.

Dia menciptanya kemudian ia terus "jadi", Dialah Tuhan yang

tiada Tuhan melainkan Dia yang rapi dan elok pembuatannya.

KeadilanNya adalah lebih mulia dan tidak pernah dizalimi di mana

segala perkara kembali kepadaNya. Aku naik saksi bahawa

segalanya tunduk kepada kekuasaanNya serta mentaatiNya kerana

kehebatanNya memiliki segala milik. Dialah yang membuat

cakerawala bergerak, Dialah yang menundukkan bulan dan

matahari, semuanya berjalan menurut masa yang ditentukan.

"Dialah yang menutupkan malam ke atas siang dan menutupkan

siang ke atas malam" (Surah az-Zumar 39:5) "yang mengikutinya

dengan cepat". (Surah al-A`raf 7:54) Penentang setiap penguasa yang

degil dan pembinasa setiap syaitan yang menceroboh, tiada

bersamaNya lawan dan teman, satu (ahad) menjadi tempat tumpuan.

Tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun

menyerupaiNya, Tuhan yang satu dan Tuhan yang mulia,

melakukan sesuatu yang dikehendakiNya. Dia mengetahui lantas

menghitung sesuatu, mematikan dan menghidupkan, pemberi dan

pencegah rezeki, "ketawa" dan "menangis", menghalang dan

memberi. BagiNya kekuasaan dan baginya kepujian, di tanganNya

segala kebaikan, Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Memasukkan

waktu malam ke dalam waktu siang dan memasukkan siang ke

dalam waktu malam.

Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Mengetahui lagi

pengampun, Dialah penerima doa, pengurnia segala pemberian dan

penghitung segala jiwa. Tuhan syurga dan manusia, Dia tidak

menghadapi sebarang kesulitan, tidak menolak laungan orang yang

memohon pertolongan, tidak dimetrikan oleh keluhan orang yang

berhajat. Pelindung bagi orang-orang yang salih, pemberi taufiq

kepada orang-orang yangbahagia.

Dialah maula kepada segala alam yang berhak dari setiap

makhlukNya bersyukur dan memuji-Nya. Aku memuji-Nya di dalam

kesenangan dan kesusahan, kesulitan dan kelapangan. Aku

beriman denganNya, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya dan para

rasul-Nya. Aku mendengar suruhanNya, aku mematuhi dan

bersegera menurut keridaan-Nya. Aku menyerahkan diriku kepada

qada'-Nya kerana cintakan ketaatan-Nya dan takutkan balasan-Nya,

kerana Dialah Allah yang tidak menjamin keselamatan jika

dilakukan apa yang dibenciNya. Dan Dia pula tidak teragak-agak mengenakan balasan-Nya. Aku berikrar dengan diriku sendiri untuk

beribadah kepadaNya dan aku naik saksi tentang ketuhanan-Nya.

Aku akan melaksanakan apa yang diwahyukan kepadaku dengan

penuh waspada.

Jika aku tidak melaksanakannya lantas aku akan binasa

sehingga tiada seorangpun dapat mempertahankanku dari azabNya

sekalipun besar ujianNya, tiada Tuhan melainkan Dia. Kerana Dia

telah memberitahuku sesungguhnya jika aku tidak menyampaikan

apa yang diturunkan kepadaku nescaya aku tidak menyampaikan

risalahNya. Lantaran itu Dia memberi jaminan melindungiku

dengan `ismah, Dia Allah adalah mencukupi (bagiku). Kemudian

Dia menurunkan wahyu kepadaku[11] .

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani.

Wahai Rasul ! sampailah apa yang telah diturunkan kepada kamu

mengenai `Ali - [jawatan Khalifah adalah untuk `Ali bin Abi Talib].

Dan jika kamu tidak menyampaikannya bererti kamu tidak

menyampaikan risalah-Nya, "Dan Allah menjaga kamu dari

manusia".(Surah al-Maidah 5:67) Wahai manusia! Aku tidak

mengabaikan tanggungjawabku di dalam menyampaikan apa yang

telah diturunkan oleh Allah kepadaku. Akulah orang yang

menerangkan kepada kalian. Sebab turunnya ayat "Wahai Rasul,

sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada

Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan, bererti kamu tidak

menyampaikan amanat-Nya" (Surah al-Maidah 5:67).

Sesungguhnya Jibra'il telah turun kepadaku sebanyak tiga

kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku;

supaya aku terus melaksanakannya. Aku pun mengisytiharkannya

kepada semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang

berkulit hitam bahawa sesungguhnya `Ali bin Abi Talib a.s adalah

saudaraku, wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana

kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musa

selain dari kenabian kerana tiada nabi selepasku[12] . Beliaulah wali

kalian di sisi Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah

menurunkan ke atasku satu ayat mengenai wilayah `Ali

"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang

yangberiman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam

keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5:55). `Ali bin Abi Talib telah

mendirikan solat dan menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk, kerana melakukan ibadat kepada Allah pada setiap masa[13] . Aku

telah memohon maaf kepada Jibra'il lantaran aku tidak

menyampaikannya kepada kalian. Wahai manusia, kerana aku

mengetahui betapa sedikitnya orang yang bertakwa, betapa

ramainya orang yang munafik, pengkhianat dan tipudaya orang

bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya

"Mereka mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam

hati mereka"(Surah al-Fath 48:11).

Dan betapa banyak mereka telah menyakiti hatiku sehingga

mereka menamakanku uzunun (iaitu mendengar/mempercayai apa

saja yang diperkatakan kepadanya). Mereka menyangka aku

sedemikian rupa kerana selalu "bergaul" dengan-Nya dan sehingga

Allah menurunkannya di dalam al-Qur'an "Di antara mereka ada

yang menyakiti Nabi dan menyatakan: Nabi mempercayai semua

yang didengarnya. Katakanlah: Ia mempercayai semua yang baik

bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang

mukmin" (Surah al-Taubah 9:61).

Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama mereka

atau menunjukkan mereka kepada kalian. Tetapi aku tidak mahu

melakukannya, kerana Allah tidak merestuiku melainkan

menyampaikan apa yang diturunkan kepadaku. Kemudian beliau

(s.`a.w.) membaca"Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah

diturunkan oleh Tuhan kamu - tentang `Ali - dan jika kamu tidak

melakukan bererti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah

menjaga kamu dari manusia"

(Surah al-Maidah 5: 67). Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya

Allah telah melantik `Ali untuk kalian sebagai wali, dan imam yang

wajib ditaati ke atas Muhajirin, Ansar dan Tabi`in; sebagaimana

wajib ditaati oleh penghuni padang pasir, bandar, Arab bukan Arab,

merdeka, hamba kecil besar, berkulit putih dan hitam. Malah ke

atas setiap orang yang mentauhidkan Allah S.W.T. Terkutuk bagi

orang yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya,

mukmin orang yang membenarkannya. Allah mengampuninya dan

orang yang mengambil ilmu daripadanya dan mentaatinya[14] .

Wahai manusia! Ini merupakan tempat yang terakhir aku

berdiri di hadapan kalian. Lantaran itu dengarlah, taatilah dan

ikutilah perintah Tuhan kalian. Sesungguhnya Allah `Azza

waJalla adalah maula kalian dan Tuhan kalian kemudian

selepasNya Muhammad (s.`a.w.) adalah wali kalian yang sedang

berpidato di hadapan kalian. Kemudian selepasku `Ali adalah wali

kalian dan imam kalian dengan perintah Tuhan kalian. Kemudian imamah adalah pada zuriatku daripada anaknya sehingga di hari

kalian berjumpa Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada suatu perkara pun

yang halal melainkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidak

ada suatu perkara pun yang haram melainkan apa yang telah

diharamkan oleh Allah. Dialah yang menerangkan kepadaku halal

dan haram di dalamkitabNya. Kemudian aku menerangkan halal

dan haramnya kepada `Ali[15] . Wahai manusia! Tidak ada suatu ilmu

pun melainkan Allah telah menyampaikanya kepadaku. Dan setiap

ilmu yang aku mengetahuinya, aku menyimpannya pada imam

mubin (`Ali a.s) dan tidak ada suatu ilmu pun melainkan aku

mengajarnya kepada `Ali. Dan beliaulah imam mubin.

Wahai manusia! Janganlah kalian menyimpang

daripadanya, janganlah kalian lari daripadanya, janganlah kalian

angkuh dengan menentang wilayahnya. Kerana beliaulah yang

menunjuk kepada kebenaran dan beramal dengannya. Beliaulah

yang menghilangkan kebatilan dan melarangnya. Janganlah kalian

menghiraukan celaan orang yang mencela. Beliaulah orang pertama

beriman kepada Allah dan Rasulnya. Beliaulah yang mengorbankan

dirinya sendiri untuk Rasulnya. Beliaulah bersama Rasulullah.

Dan tidak ada seorang pun menyembah Allah bersama Rasulnya di

kalangan lelaki selain daripadanya[16] .

Wahai manusia! Hormatilah beliau kerana Allah telah

mengurniakan kelebihan kepadanya. Terimalah beliau kerana Allah

telah melantiknya untuk kalian. Wahai manusia! Sesungguhnya

beliau adalah imam daripada Allah. Allah sekali-kali tidak akan

menerima taubat seorang yang mengingkari wilayahnya. Dan Allah

sekali-kali tidak akan mengampuninya. Sudah pasti Allah akan

melakukan hal demikian ini terhadap orang yang menyalahi

perintah-Nya mengenainya. Dan Dia akan menyiksanya dengan

siksaan pedih yang berpanjangan. Lantaran itu kalian berhatihatilah

supaya kalian tidak menyalahinya. Justeru itu kalian akan dibakar di neraka di mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu disediakan kepada orang-orang yang ingkar[17] .

Wahai manusia! Dengan akulah demi Allah, para nabi dan

rasul yang terdahulu diberi khabar gembira. Aku adalah penamat

para nabi dan Rasul. Akulah juga hujah ke atas semua makhluk di

bumi dan di langit. Sesiapa yang mengsyakinya dia adalah kafir

sebagaimana kafir jahiliyah. Dan sesiapa yang mengsyaki sabdaku ini, bererti dia mengsyaki kesemuanya. Orang yang mengsyakinya

adalah neraka sebagai balasannya[18] .

Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mengurniakan

kelebihan ini ke atasku sebagai ihsanNya. Tiada Tuhan melainkan

Dia. Segala puji untukNya daripadaku buat selama-lamanya. Wahai

manusia! Hormatilah `Ali kerana beliau sebaik-baikmanusia

selepasku di kalangan lelaki dan perempuan. Dengan kamilah

Allah telah menurunkan rezeki dan mengekalkan makhluk (buat

seketika). Terkutuk, terkutuk. Dimurkai, dimurkai orang yang

menolak sabdaku ini dan tidak mempersetujuinya. Sesungguh-nya

Jibra'il telah memberitahuku mengenainya daripada Allah S.W.T.

dan berkata: Sesiapa yang memusuhi `Ali dan tidak menjadikannya

wali, maka laknat dan kemurkaanKu ke atasnya. Seseorang itu

hendaklah memikirkan apa yang telah dikemukakan untuk hari

esok dan bertakwalah kepada Allah supaya beliau tidak menyalahi-

Nya kerana dikhuatiri kaki akan tergelincir selepas ia tegak.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh kalian[19] .

Wahai manusia! Sesungguhnya beliaulah janb-Allah yang

disebutkan di dalam kitab-Nya "Supaya jangan ada orang yang

mengatakan amat besar penyesalan atas kelalaianku terhadap

janb-Allah"(Surah al-Zumar 39:56). Wahai manusia! Pelajarilah al-

Qur'an dan fahamilah ayat-ayatnya. Perhatikanlah ayat-ayat

Muhkamahnya dan janganlah kalian mengikuti ayat-ayat

Mutasyabihahnya. Demi Tuhan, tidak akan menerangkan kepada

kalian tentang halangan-halangannya dan tidak akan menerangkan

kepada kalian penafsiran-penafsirannya melainkan orang yang

aku memegang tangannya sekarang.

Dan aku memberitahu kalian sesungguhnya sesiapa yang

aku maulanya, maka ini `Ali adalah maulanya, iaitu `Ali bin Abi Talib

A.S, saudaraku, wasiku. Dan wilayahnya adalah daripada Allah

S.W.T. yang telah menurunkannya ke atasku[20] .

Wahai manusia! Sesungguhnya `Ali dan orang yang baik

daripada anak cucuku merupakan thiqal al-Asghar (harta paling

kecil yang bernilai) dan al-Qur'an adalah thiqal al-Akbar (harta paling

besar yang bernilai). Setiap orang menceritakan tentang sahabatnya dan bersatu dengannya. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga dikembalikan Haud kepadaku. Mereka itulah pemegang amanah Allah pada makhluk dan para bijak pandai di bumi-Nya. Sesungguhnya aku telah menunaikannya.

Sesungguhnya aku telah menyampaikannya dan aku

memperdengarkannya kepada kalian. Sesungguhnya aku telah

menerangkannya bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman dan sabdaku itu adalah daripada Allah.

Sesungguhnya tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada

saudaraku ini. Dan tidak seorang pun layak untuk melaksanakannya selepasku selain daripadanya. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke bahu `Ali kemudian mengangkatnya[21] . Wahai

manusia! Ini adalah `Ali saudaraku, wasiku, penjaga ilmuku,

khalifahku ke atas umatku dan di atas tafsir kitab Allah Azza Wa

Jalla. Penyeru kepadanya dan beramal dengan apa yang diredaiNya,

memerangi musuh-musuhNya, setia mentaatiNya dan pencegah

dari mendurhakaiNya.

Beliaulah khalifah Rasulullah, Amiru l-Mukminin, Imam

petunjuk, penentang Nakithin (Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al-Siffin) dan Mariqin (Ashab al-Nahrawan)[22] . Aku berkata: Sabdaku tidak boleh ditukar ganti kerana ia adalah perintah Tuhanku. Aku berkata: Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikan `Ali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Laknatilah orang yang mengingkarinya, murkailah orang yang mengingkari haknya. Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkaulah yang telah menurunkan ke atasku bahawa Imamah selepasku adalah untuk `Ali sebagai wali Engkau sebaik saja peneranganku mengenainya dan perlantikanku terhadapnya[23] .

Dengan itu Engkau telah menyempurnakan untuk hambahambaMu agama mereka. Dan engkau telah menyempurnakan ke

atas mereka nikmatMu dan Engkau telah meredai bagi mereka

Islam sebagai agama. Maka Engkau berfirman: "Barangsiapa

mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan

diterima agama itu daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang

yang rugi" (Surah Ali `Imran 3:85).

Wahai Tuhanku! Aku mempersaksikan Engkau dan

cukuplahEngkau sebagai saksi sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. telah

menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s). Siapa

yang tidak berimamkannya dan orang yang menggantikan

tempatnya yang terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya

sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalanamalan

mereka dan dalam nerakalah mereka kekal[24] di dalamnya.

Siksaan mereka tidak akan diringankan dan mereka pula tidakakan

dilayani[25] .

Wahai manusia! Ini ialah `Ali orang yang paling kuat di

kalangan kalian yang membantuku, orang yang paling berhak di

kalangan kalian denganku. Beliau adalah orang yang paling akrab di

kalangan kalian kepadaku dan orang yang paling mulia di sisiku dan

Allah A.W. Kami meredhainya. Tidak terdapat ayat mengenai

keredhaan melainkan ia turun pada `Ali. Allah tidak berfirman

dengan "Wahai orang-orang yang beriman" melainkan Dia

memulakan dengan `Ali. Tidak terdapat ayat pujian di dalam al-

Qur'an melainkan padanya. Dan Dia tidak memberi penyaksian

syurga tentang Hal Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan untuknya.

Dia tidak menurunkannya selain daripadanya. Dan Dia tidak

memuji dengannya (ayat) selain daripadanya (`Ali a.s)[26] .

Wahai manusia! Beliau adalah pembantu agama Allah,

penyokong Rasulullah. Beliau adalah seorang yang bertakwa, bersih

dan petunjuk. Nabi kalian adalah sebaik-baik nabi dan wasi kalian

adalah sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi.

Wahai manusia! Zuriat setiap nabi adalah dari sulbinya, tetapi

zuriatku dari sulbi `Ali[27] .

Wahai manusia! Sesungguhnya Iblis telah mengeluarkan

Adam dari syurga disebabkan hasad dengkinya. Lantaran itu

janganlah kalian melakukan hasad dengki terhadapnya (`Ali) nescaya

amalan-amalan kalian akan terbatal.

Dan kaki-kaki kalian akan tergelincir. Sesungguhnya Adam

diturunkan ke dunia disebabkan "satu kesalahan" sahaja

sedangkan beliau adalah pilihan Allah A.W. Bagaimana dengan

kalian, sedangkan di kalangan kalian adalah musuh-musuh Allah.

Sesungguhnya orang yang celaka sahaja yang memarahi `Ali. Dan

orang yang bertakwa sahaja yang mewalikan `Ali. Hanya orang mukmin sahaja yang beriman dengan `Ali. Dan pada `Alilah

diturunkan Surah wa l-Asr[28] .

Wahai manusia! Sesungguhnya aku memohon kepada Allah

menjadi saksi bahawa aku telah menyampaikan risalahku kepada

kalian. Rasul hanya menyampaikan risalahNya yang terang. Wahai

manusia! Bertakwalah kalian kepada Allah dengan sepenuhnya.

Dan janganlah kalian mati melainkan kalian muslimun. Wahai

manusia! Berimanlah kalian dengan Allah, RasulNya dan al-Nur

(cahaya) yang diturunkan bersamanya sebelum kebenaran

dipadamkan. Justeru itu kita menolaknya ke belakang.

Wahai manusia! al-Nur (cahaya) daripada Allah A.W., adalah

padaku kemudian pada `Ali kemudian pada keturunannya

sehinggalah datangnya al-Qa'im al-Mahdi yang akan menuntut hak

Allah dan hak kami (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah

menjadikan kami hujah ke atas orang-orang yang cuai, ingkar,

penentang, pengkhianat, pelaku dosa dan orang yang zalim dari

sekalian alam[29] .

Wahai manusia! Aku memberi peringatan kepada kalian,

sesungguhnya aku adalah Rasulullah sebagaimana telah berlalu

para rasul sebelumku. Sekiranya aku mati atau dibunuh "kamu

kembali ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke

belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah

sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang

yang bersyukur" (Surah Ali `Imran 3:144). Sesungguhnya `Alilah

yang disifatkan dengan kesabaran dan kesyukuran kemudian

selepasnya cucu cicitku dan zuriatnya. Wahai manusia! Janganlah

kalian berangan-angan untuk menentang Allah dengan "Islam"

kalian, maka Dia akan memarahi kalian dan mengenakan kalian

dengan azab di sisi-Nya. Sesungguhnya Dia sedang menunggu

kalian.

Wahai manusia! Akan berlaku selepasku para imam yang

akan menyeru manusia ke neraka dan di hari kiamat mereka tidak

akan dibantu[30] .. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah dan aku

bersih daripada mereka. Wahai manusia! Sesungguhnya

pembantu-pembantu mereka, pengikut-pengikut mereka dan

penyokong-penyokong mereka akan berada di neraka yang paling

terkebawah. Dan ia adalah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang takabbur. Sesungguhnya "mereka" adalah

"pemilik-pemilik" mushaf. Lantaran itu hendaklah kalian melihat

pada mushaf tersebut.

Beliau bersabda: Urusan mushaf hanya diambil berat oleh golongan

yang sedikit sahaja. Wahai manusia! Sesungguhnya aku

tinggalkannya (Sahifah) sebagai imamah dan wirathah pada keturunanku sehingga hari kiamat. Sesungguhnya aku telah

menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Engkau untuk

disampaikannya sebagai hujah di atas setiap yang hadir, ghaib dan

ke atas setiap orang yang menyaksikannya atau tidak, sama ada

telah dilahirkan ataupun tidak. Justeru itu hendaklah orang yang

hadir menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, dan bapa

kepada anaknya sehingga hari kiamat kerana mereka (selain

daripada Ahl al-Bait A.S) akan menjadikannya (imamah) sebagai

hak milik dan barang rampasan. Sesungguhnya Allah melaknati

perampas-perampasnya. "Kami akan memperhatikan sepenuhnya

kepadamu wahai manusia dan jin. Maka kepada kamu dilepaskan

nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat

menyelamatkan diri (daripadanya)". (Surah ar-Rahman 55: 31, 35)

Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. tidak akan

meninggalkan kalian sebelumnya sehingga keburukan dan kebaikan

dapat dibezakan. Dan Allah tidak mahu memberitahu kalian

perkara-perkara yang ghaib. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak

ada satu bandar pun melainkan Allahlah yang membinasakannya

disebabkan pembohongan penduduknya. Demikianlah Dia

membinasakan bandar-bandar yang zalim. Sebagaimana telah

disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam kitabNya. Ini adalah `Ali

imam kalian dan wali kalian. Beliau di antara janji-janji Allah dan

Allah membenarkan apa yang dijanjikannya[31] .

Wahai manusia! Sesungguhnya telah sesat sebelum kalian

kebanyakan orang-orang yang terdahulu. Demi Allah, Dia telah

membinasakan orang-orang yang terdahulu dan Dialah yang akan

membinasakan orang-orang yang terkemudian. Allah berfirman:

"Bukankah Kami telah membinasakan orang-orang yang dahulu?

Lalu Kami iringi (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab)

orang-orang yang datang kemudian. Demikianlah Kami berbuat

terhadap orang-orang yang berdosa. Kecelakaan besarlah pada hari

itu bagi orang-orang yang mendustakan" (Surah al-Mursalat 77: 16-

19).

Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku dan

melarangku. Sesungguhnya aku telah memerintahkan `Ali dan melarangnya. Ilmu suruhan dan larangan adalah daripada Allah

A.W. Justeru itu dengarlah kalian kepada larangannya, nescaya

kalian terselamat. Taatlah kalian kepadanya nescaya kalian

mendapat petunjuk. Berhentilah kerana larangannya, nescaya

kalian akan mendapat petunjuk. Ikutilah kehendaknya dan

janganlah kalian mengikuti jalan-jalan kalian selain dari jalannya[32] .

Wahai manusia! Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia

memerintahkan kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku

kemudian anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi

petunjuk kepada kebenaran dan dengannyalah mereka

memperjuangkan kebenaran[33] .

Kemudian Rasulullah s.`a.w. membaca : al-Hamdu li Llahi

Rabbi l-`Alamin sehingga ke akhirnya. Dan beliau bersabda:

Kepada akulah turunnya Surah al-Fatihah dan juga kepada mereka

secara umum dan khusus. Mereka itulah para wali Allah, mereka

tidak takut dan mereka pula tidak berdukcita. Sesungguhnya parti

Allah sahajalah yang mendapat kemenangan. Sesungguhnya

musuh-musuh`Ali adalah terdiri daripada orang-orang yang

melakukan perpecahan, nifaq, penentang-penentang, saudarasaudara

syaitan yang berkongsi penentangan dan tipu

daya.Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang

telahdisebutkan oleh Allah di dalam kitabNya, firmanNya: "Kamu

tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan

hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang

menentang Allah dan Rasul-Nya" (Surah al-Mujadalah 58: 22).

sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telah

disifatkan oleh Allah A.W. di dalam kitabNya. FirmanNya: "Orangorang

yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka

dengan kezaliman, itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan

mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah al-

An`am 6:82). Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang

telah disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya. FirmanNya: "Orangorang

yang akan memasuki syurga dengan aman" disambut oleh para

malaikat dengan aman. Berbahagialah kamu, maka masuklah syurga

selama-lamanya[34] . Sesungguhnya para wali mereka ialah orangorang

yang telah difirmankan oleh Allah A.W., firmanNya "Mereka

memasuki syurga tanpa hisab"[35] .

. Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang

akan dibakar di neraka sa`ir[36] . Sesungguhnya musuh-musuh

mereka ialah orang-orang yang mendengar tepikan neraka

jahannam dan nyalanya[37] .

.Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang

telah difirmankan oleh Allah A.W. FirmanNya "Setiap umat masuk

(neraka) dia mengutuk kawannya". (Surah al-A`raf 7: 38).

Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang

telahdisebutkan oleh Allah di dalam kitabNya. FirmanNya "Setiap

kali dilemparkan ke dalamnya satu kumpulan, penjaga-penjaganya

bertanya kepada mereka: Apakah belum pernah datang kepada

kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab:

Benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi

peringatan, maka kami mendustakannya dan kami mengatakan Allah

tidak menyuruh sesuatupun. Kamu tidak lain hanyalah di dalam

kesesatan yang besar" (Surah al-Mulk 67: 8-9). Sesungguhnya para

wali mereka ialah "Orang-orang yang takut akan Tuhan mereka

dengan perkara yang ghaib bagi mereka keampunan dan pahala yang

besar" (Surah al-Mulk 67: 12). Wahai manusia! Dua perkara di

antara neraka dan syurga. Musuh kita ialah orang yang telah dicela

dan dilaknat oleh Allah. Wali kita ialah orang yang telah dipuji dan

dikasihi oleh Allah. Wahai manusia! Sesungguhnya aku memberi

peringatan dan `Ali memberi petunjuk (Hadi)[38] .

Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah nabi dan `Ali

adalah wasiku. Sesungguhnya penamat para imam ialah al-Mahdi,

dan beliau dari kalangan kami[39] .

Sesungguhnya beliaulah orang yang mempertahankan agama.

Sesungguhnya beliaulah penuntut bela daripada orang-orang yang

zalim. Sesungguhnya beliaulah pembuka benteng-benteng dan

perosak-nya[40] .

Sesungguhnya beliaulah orang yang memerangi setiap kabilah

yang syirik. Sesungguhnya beliaulah orang yang dapat mengesan

setiap penentang para wali Allah. Sesungguhnya beliaulah pembantu

agama Allah. Sesungguhnya beliaulah pencedok di lautan yang

dalam. Sesungguhnya beliau mengetahui setiap orang yang

mempunyai kelebihan dan setiap orang yang jahil. Sesungguhnya

beliau adalah sebaik-baik pilihan Tuhan. Sesungguhnya beliaulah

pewaris setiap ilmu secara menyeluruh. Sesungguhnya beliaulah diberitahu tentang Tuhannya dan diberi peringatan tentang

imannya[41] .

Sesungguhnya beliau adalah seorang yang bijak dan

tegas.Sesungguhnya setiap sesuatu diserahkan kepadanya.

Sesungguhnya beliau telah diberi khabar gembira kepada orangorang

yang terdahulu. Sesungguhnya beliaulah hujah dan tidak ada

hujah selepasnya. Tidak ada kebenaran melainkan bersamanya.

Tidak ada nur (cahaya) melainkan di sisinya. Tidak ada orang yang

dapat mengalahkannya dan tidak akan dibantu orang yang

menentangnya. Sesungguhnya beliaulah wali Allah di bumiNya,

hukumNya pada makhlukNya dan orang kepercayaanNya di dalam

semua keadaan. Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah

menerangkannya kepada kalian dan memahamkan kalian. Ini `Ali

akan memahamkan kalian selepasku[42] .

Sesungguhnya manakala selesai ucapanku, aku menyeru

kalian supaya melakukan bai`ah kepadaku sebagai tanda membai`ah

`Ali dan memberi pengakuan kepadanya, kemudian memberi bai`ah

kepadan selepasku. Sesungguhnya aku telah membai`ah kepada

Allah, dan `Ali telah memberi bai`ah kepadaku. Aku

memerintahkan kalian supaya melakukan bai`ah kepadanya

daripada Allah A.W. FirmanNya "Barang siapa yang melanggar

janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa diri

sendiri" (Surah al-Fath 48: 10).Wahai manusia! Sesungguhnya Haji,

Safa, Marwah dan `Umrah adalah di antara syi`ar-syi`ar Allah.

"Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah,

maka tidak ada dosa baginya" (Surah al-Baqarah 2: 158). Wahai

manusia! Tunaikan haji di Baitullah ketika mampu dan janganlah

kalian meninggalkannya melainkan tanpa kemampuan.

Wahai manusia! Setiap mukmin yang berdiri di Mauqif

dosanya yang lalu akan diampuni Tuhan. Dan apabila selesai

hajinya, amalan (baru)nya dimulakan. Wahai manusia! Orang-orang

yang menunaikan haji bersifat tolong menolong. Dan perbelanjaan

mereka akan digantikan kerana Allah tidak akan menghilangkan

pahala orang-orang yang melakukan kebaikan. Wahai manusia!

tunailah haji dengan sempurna dan memahami (hikmah)nya. Dan

janganlah kalian pulang melainkan dengan taubat dan meninggalkan

segala dosa. Wahai manusia! Dirikanlah solat dan tunaikanlah

zakat sebagaimana Allah menyuruh kalian melakukannya.

Jika masa berpanjangan, kalian mengabaikannya atau

melupai-nya maka `Ali adalah wali kalian dan orang yang dapat

menjelaskannya kepada kalian kerana Allah telah melantiknya

selepask Dan sesiapa yang Allah A.W. memilihnya untuk

menggantikan tempaku, akan memberitahu kalian persoalanpersoalan

yang dikemukakan oleh kalian dan beliau akan

menerangkan kepada kalian apa yang kalian tidak mengetahuinya[43] .

Sesungguhnya halal dan haram adalah tidak terkira

banyaknya. Akulah yang menyuruh melakukan perkara-perkara

yang halal dan akulah yang melarang melakukan perkara-perkara

yang haram. Di satu peringkat aku diperintahkan supaya

mengambil bai`ah daripadakalian. Dan bai`ah kalian adalah dengan

menerima apa yang aku bawa dari sisi Allah A.W. mengenai

kepemimpinan `Ali Amiru l-Mukminin dan para imam selepasnya, di

mana mereka adalah daripadaku dan daripadanya. Dan di

kalangan mereka itulah Imam Mahdi yang akan memenuhi dunia ini

dengan kebenaran sehinggalah hari kiamat[44] .

Wahai manusia! Setiap yang halal aku telah menerangkannya

kepada kalian. Begitu juga setiap yang haram aku telah melarang

kalian dari melakukannya. Aku tidak akan bertolak ansur mengenainya dan aku tidak akan menukarkannya. Lantaran itu kalian

hendaklah sentiasa mengingatinya, menjaganya, memberi nasihat

dengannya. Jangan sekali-kali menukarkannya atau

mengubahnya pula. Sesungguhnya aku ingin perbaharui katakataku:

Dirilah solat, tunailah zakat, suruhlah mengerja kebaikan

dan tegahlah kemungkaran. Sesungguhnya punca "menyuruh"

kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah berakhir kepada

kata-kataku dan kalian sampaikanlah kata-kataku ini kepada orang

yang tidak hadir dan suruhlah dia menerimanya dan menegahnya

dari menyalahinya. Kerana ia adalah perintah daripada Allah A.W

dan daripadaku.

Tidak ada amr ma`ruf dan nahyi munkar melainkan bersama

imam yang maksum. Wahai manusia! Al-Qur'an[45] telah

memperkenalkan kalian bahawa para imam selepas `Ali ialah anakanaknya.

Dan aku telah memperkenalkan kalian bahawa dia (`Ali)

adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya sehingga Allah

berfirman di dalam kitabnya[46] .

"Dan dia menjadikan kalimat Tauhid itu kalimat yang kekal pada

keturunannya" (Surah az-Zukhruf 43: 28) Dan aku berkata: Kalian

tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kalian berpegang

kepada kedua-duanya[47] .

Wahai manusia! Bertakwalah, bertakwalah! Berwaspadalah

tentang kiamat, sebagaimana firman Allah A.W. "Sesungguhnya

kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang amat

besar" (Surah al-Hajj 22: 1). Ingatlah mati, hisab, mizan, dan

perhitungan di hadapan Allah Tuhan sekalian alam, pahala dan

siksa. Sesiapa yang melakukan kebaikan akan diberi pahala dan

sesiapa yang melakukan kejahatan, tidak ada bahagian syurga

baginya.

Wahai manusia! Sesungguhnya kalian yang ramai ini

hendaklah memberi bai`ah kepadaku dengan tapak tangan yang

satu. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya

mengambil pengakuan daripada kalian tentang perlantikan `Ali

sebagai imam/pemimpin mukminin. Dan para imam yang datang

selepasnya adalah daripadaku dan daripadanya sebagaimana aku

telah memberitahu kalian. Sesungguhnya zuriatku adalah dari

sulbinya. Justeru itu katakanlah: Kami mendengar, mentaati,

meridai, mematuhi apa yang telah disampaikan oleh anda daripada

Tuhan kami dan Tuhan anda tentang Ali dan para imam selepasnya

adalah dari sulbinya. Kami memberi bai`ah kepada anda mengenai

imamah `Ali dengan hati kami, diri kami, lidah kami dan tangan

kami.

Di atas pengakuan inilah kami hidup, kami mati kami

dibangkitkan kembali. Kami tidak akan mengubah dan

menukarnya. Kami tidak melakukan syak wasangka, kami tidak

akan memungkiri janji, kami mentaati Allah, mentaati anda dan `Ali

Amiru l-Mukminin dan para imam yang terdiri dari anak cucunya

yang anda telah menyebutkannya daripada zuriat anda dari

sulbinya. Selepasnya Hassan dan Husain di mana kedua-duanya

aku telah memberitahu kalian tentang kedudukan kedua-duanya

di sisiku dan kedudukan kedua-duanya di sisi Allah A.W[48] .

Sesungguhnya aku telah melaksanakannya kepada kalian.

Sesungguhnya kedua-duanya adalah imam selepas bapa mereka

berdua `Ali. Dan aku adalah bapa kedua-dua mereka sebelumnya.

Katakanlah: Kami mentaati Allah tentang perkara tersebut (imamah),

kami mentaati anda, `Ali, Hasan, Husain dan para imam yang

disebutkan oleh anda dengan perjanjian yang kukuh dan ikhlas

untuk Amiru l-Mukminin dari hati kami, jiwa kami, dan lidah

kami, dengan "berjabat tangan" kami dengan orang yang melakukan kepada kedua-duanya (Nabi dan `Ali A.S) dengan tangannya dan

mengakui kedua-duanya dengan lidahnya. Kami tidak akan

mengubah pendirian kami selama-lamanya, Allah menjadi saksi

terhadap kami. Dan cukuplah Allah menjadi saksi dan anda (Nabi

s.`a.w.) juga menjadi saksi kepada kami. Malah setiap orang yang

taat secara zahir danbatin, yang terdiri dari para Malaikat, bala

tenteraNya, hamba-hambaNya. Dan Allah yang Maha Besar menjadi

saksi[49] .

Wahai manusia! Apa pendapat kalian sesungguhnya Allah

mengetahui setiap suara yang tersembunyi. Maka sesiapa

yangmemilih petunjuk adalah untuk dirinya. Dan siapa yang

sesat,sesungguh-nya dia memilih kesesatan itu. Dan siapa yang

memberibai`ah kepada Allah, "tangan" Allah (kekuasaan Allah) di

atas tangan-tangan mereka. Wahai manusia! Bertakwalah kalian

kepada Allah dan berilah bai`ah kepada `Ali Amir al-Mukminin,

Hasan, Husain dan para imam yang lain.

Mereka merupakan kalimat yang baik selama-lamanya. Allah

akan membinasakan orang yang mungkir janji dan akan memberi

rahmat kepada orang yang menepati janji. "Barang siapa yang

melanggar janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji itu akan

menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48: 10). Wahai manusia!

Katakanlah sebagaimana aku telah katakan kepada kalian dan

ucaplah salam bahagia kepada `Ali bagi memimpin kaum mukminin.

Katalah "Kami mendengar, kami taat, keampunan kamu wahai

Tuhan dipinta dan kepada kamulah tempat kembali" (Surah al-

Baqarah 2: 285). Dan katakanlah "Segala puji bagi Allah yang telah

menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan

mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kamipetunjuk" (Surah

al-A`raf 7: 43).

Wahai manusia! Sesungguhnya kelebihan `Ali b. Abi Talib A.S

adalah di sisi Allah A.W. Sesungguhnya Dia telah menurunkan

kelebihannya di dalam al-Qur'an tidak terhitung banyaknya di satu

peringkat. Lantaran itu siapa di kalangan kalian yang

mengetahuinya, hendaklah mereka membenarkannya. Wahai

manusia! Siapa yang mentaati Allah, RasulNya, `Ali dan para imam

yang aku telah menyebutkan nama-nama mereka kesemuanya,

maka ia akan mendapat kejayaan yang besar[50] . Wahai manusia!

Orang yang terdahulu memberi bai`ah kepada-nya, mematuhinya,

menerimanya sebagai pemimpin mukminin, maka merekalah orang

yang mendapat kejayaan di syurga. Wahai manusia! Katakanlah

bahawa Allah tidak akan meridai kata-kata penentangan kalian.

Sekiranya kalian mengingkari malah jika seluruh penghuni bumi ini mengingkarinya, tidak akan sekali-kali memberi sebarang

kemudaratan kepada Allah S.W.T.

Seterusnya al-Tabarsi menulis: Lalu orang ramai menyeru

Rasulullah (s.`a.w.) sambil berkata: Kami mendengar dan kami

mentaati perintah Allah dan RasulNya dengan hati kami, lidah kami

dan tangan kami. Mereka datang berpusu-pusu kepada Rasulullah

(s.`a.w.) dan `Ali a.s. Lalu mereka berjabat tangan

denganRasulullah (s.`a.w.) dan `Ali a.s. Orang pertama berjabat

tangan dengan Rasulullah (s.`a.w.) ialah Abu Bakr, kedua `Umar,

ketiga `Uthman, keempat Talhah, kelima Zubair, orang-orang

Muhajirin, Ansar dan orang ramai menurut martabat mereka

sehingga solat Maghrib dan Isyak dilakukan secara jamak dan

berjamaah. Mereka meneruskan bai`ah dan berjabat tangan

sebanyak tiga kali. Rasulullah (s.`a.w.) bersabda, setiap kali mereka

melakukan bai`ah kepadanya; Segala puji bagi Allah yang telah

mengurniakan kelebihan kepada kami di atas sekalian alam[51] .

Ulasan

Konsep Imamah (kepemimpinan) yang ditekankan oleh Rasulullah

(s.`a.w.) di dalam khutbah Ghadir Khum adalah melalui nas Allah

S.W.T. Dan bukan melalui perlantikan atau pemilihan[52] .

Ia memusatkan kepada dua belas imam yang didahului oleh

Amir al-Mukminin `Ali bin Abi Talib dan sebelas anak cucunya di

mana mereka adalah dari keturunan Rasulullah (s.`a.w.) sendiri

melalui Fatimah a.s. Lantaran itu beliau (s.`a.w.) bersabda "Zuriat

setiap nabi adalah dari sulbinya, tetapi zuriatku dari sulbi `Ali"[53] .

Lantaran itu beliau bersabda "Sesungguhnya Allah telah melantik

`Ali untuk kalian sebagai wali, imam yang wajib ditaati"[54] .

Kemudian beliau bersabda "Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia

memerintahkan kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku.

Kemudian anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi

petunjuk kepada kebenaran[55] .

Sebenarnya konsep dua belas imam selepas kewafatan

Rasulullah (s.`a.w.) telah diriwayatkan tidak terkira banyaknya

oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka di

samping para ulama Syi`ah. Umpamanya al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam Sahihnya[56] dengan perkataan "dua belas

amir".

Al-Bukhari meriwayatkannya daripada Jabir b. Samurah bahawa Nabi (s.`a.w.)

bersabda "selepasku dua belas amir". Muslim di dalam Sahih[57] misalnya

meriwayatkannya daripada Jabir b. Samurah sehingga dia berkata: Aku bersama

bapaku berjumpa Nabi (s.`a.w.). Aku dengar Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Urusan ini

tidak akan selesai hingga berlaku kepada mereka dua belas khalifah"[58] Al-Turmudhi

di dalam Sunannya meriwayatkannya dengan lafaz amir bukan khalifah. Ahmad b.

Hanbal di dalam Musnadnya[59] meriwayatkannya daripada Sya`bi daripada Masruq

berkata: Kami berada di sisi `Abd Allah b. Mas`ud yang sedang memperdengarkan

bacaan al-Qur'an kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya

kepadanya: Wahai Abu `Abd Rahman! Adakah anda telah bertanya

Rasulullah (s.`a.w.) berapakah umat ini memiliki khalifah? `Abd

Allah b. Mas`ud menjawab: Tiada seorangpun bertanya kepadaku

mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda.

Kemudian dia berkata: Ya!

Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah (s.`a.w.)

mengenai-nya. Maka beliau (s.`a.w.) bersabda: "Dua belas

(Khalifah) seperti bilangan naqib Bani Isra'il". Al-Muttaqi al-Hindi di

dalam Kanz al-`Ummal[60] meriwayatkan bahawa Nabi (s.`a.w.) bersabda:

"Selepasku akan diikuti oleh dua belas khalifah". Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam

Yanabi` al-Mawaddah[61] meriwayatkan bahawa Jabir b. `Abdullah berkata:

Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Jabir! Sesungguhnya para wasiku dan para

imam selepasku pertamanya `Ali kemudian Hasan kemudian Husain kemudian

`Ali b. Husain. Kemudian Muhammad b. `Ali al-Baqir. Anda akan menemuinya

wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya, maka sampailah salamku kepadanya.

Kemudian Ja`far b. Muhammad, kemudian Musa b. Ja`far, kemudian `Ali b. Musa,

kemudian Muhammad b. `Ali, kemudian `Ali b. Muhammad, kemudian Hasan b.

`Ali. Kemudian al-Qa'im namanya sama dengan namaku dan kunyahnya adalah

kunyahku, anak Hasan b. `Ali. Dengan beliaulah Allah akan "membuka" seluruh

pelusuk bumi di Timur dan di Barat,dialah yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan

percaya kepada imamahnya melainkan orang yang diuji hatinya oleh Allah SWT".

Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh

mengambil faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab: "Ya!

Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya

mereka mengambil cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya,

seperti orang ramai mengambil faedah dari matahari sekalipun

ianya ditutupi awan". Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah

yang tersembunyi. Justeru itu rahsiakanlah mengenainya

melainkan kepada orang yang ahli.

Demikianlah dikemukakan secara ringkas konsep imam dua

belas menurut riwayat para ulama Ahl al-Sunnah di dalam bukubukumereka

di mana ia adalah sejajar dengan khutbah Ghadir

Khum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa `Ali a.s sendiri telah

mengemukakan khutbah/hadis Ghadir Khum sebagai hujah

kekhilafahan beliau selepas Rasulullah (s.`a.w.). Al-Khawarizmi di

dalam Manaqibnya[62] meriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin `Ali

telah menuntut jawatan khalifah dengan mengemukakan beberapa

soalan munasyadah kepada Ahli Syura pada tahun 23 H.

Beliau bertanya: Aku menyeru kalian dengan nama Allah,

adakah di kalangan kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepada-nya: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah

maulanya Wahai Tuhan, hormatilah orang yang mewalikannya,

tentangilah orang yang bermusuhan dengannya. Tolonglah orang

yang menolong-nya. Orang yang hadir hendaklah

menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir selain

daripadaku? Mereka menjawab: Tidak ada orang lain selain

daripada anda. Sulaim b. Qais al-Hilali seorang tabi` meriwayatkan

bahawa beliau melihat Amir al-Mukminin `Ali a.s di Masjid Madinah

di zaman pemerintahan Khalifah `Uthman b. `Affan dan dua ratus

lebih para sahabat sedang bercakap-cakap dan bermuzakarah

tentang ilmu dan kezuhudan. Mereka menyebut kelebihan Quraisy

tentang orang yang pertama memeluk Islam dan berhijrah dengan

sabda-sabda Rasulullah (s.`a.w.) tentang mereka. `Ali hanya

berdiam diri kemudian beliau bertanya kepada mereka: Aku menyeru

kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui tentang sebab

turunnya "Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada

Allah, taat kamu kepada Rasulullah dan Uli al-Amr daripada kamu"

(Surah al-Nisa' 4:59).

Orang ramai menjawab: Wahai Rasulullah adakah ia

diturunkan secara khusus untuk sebahagian mukminin? Atau ia

umum kepada semua mukminin? Justeru itu Allah A.W

memerintahkan nabiNya supaya memberitahu mereka tentang Uli al-

Amr mereka, dan menafsirkan kepada mereka tentang al-Wilayah

sebagaimana beliau menafsirkan kepada mereka solat mereka,

zakat mereka dan haji mereka. Dan beliaulah yang melantik

aku untuk menjadi imam/khalifah kepada mereka selepas Ghadir

Khum. Kemudian beliau memberi khutbahnya dan bersabda: "Wahai

manusia! Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku dengan

satu misi yang mencemaskan kerana aku menyangka orang ramai

akan membohongiku.

Justeru itu aku berjanji pada diriku sendiri supaya aku tidak

menyampaikannya atau Dia menyiksaku[63] . Kemudian beliau memerintahku supaya solat dilakukan secara jamak dan

berjamaah.Kemudian beliau berkhutbah: Wahai manusia adakah

kalian mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula

mukminin dan aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri?

Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Dia bersabda: Berdirilah

wahai `Ali, maka aku (`Ali)pun berdiri. Kemudian beliau

bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah

maulanya. Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikannya.

Tentang orang yang bermusuhan dengannya. Maka Salman berdiri

dan bertanya: Wahai Rasulullah taat kepada Uli al-Amr seperti siapa?

Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Ketaatan kepada Uli al-Amr sepertilah

mentaatiku. Kemudian turun ayat "Hari ini aku menyempurnaka

agama kamu".

Maka Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Allah akbar, dengan ini

sempurnalah kenabianku dan lengkaplah agama Allah dengan

wilayah `Ali selepasku. Lantas Abu Bakr dan `Umar bertanya:

Adakah ayat tersebut khusus untuk `Ali `a.s? Beliau menjawab: Ya

ianya untuk `Ali dan para wasiku sehinggalah hari kiamat. Abu Bakr

dan `Umar meminta penjelasan lagi. Wahai Rasulullah,

terangkanlah kepada kami. `Ali adalah saudaraku, wazirku,

pewarisku, wasiku, khalifahku pada umatku dan wali setiap

mukmin selepasku. Kemudian anak lelakiku Hasan, kemudian

Husain kemudian sembilan daripada anak lelakiku Husain satu

selepas satu. Al-Qur'an bersama mereka dan mereka bersama al-

Qur'an. Mereka tidak akan berpisah daripadanya dan ia (al-Qur'an)

tidak akan memisahkan mereka sehingga mereka dikembalikan

kepadaku di Haud. Lalu para sahabat menjawab: Wahai Tuhanku

sesungguhnya kami telah mendengar demikian itu dan kami naik

saksi di atas apa yang diucapkan oleh anda (`Ali)[64] .

`Ali a.s juga telah mengulangi khutbah/hadis nabi di Ghadir

Khum semasa beliau mula menjadi khalifah di Rahbah di Kufah

pada tahun35 H. Ahmad b. Hanbal meriwayatkan bahawa `Ali a.s

berkata: Aku menyeru kerana Allah bagi setiap orang yang

mendengar Rasulullah (s.`a.w.) bersabda di hari al-Ghadir supaya

berdiri dan memper saksikan apa yang telah didengarinya. Dan

tidak boleh berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi s.`a.w.)

dengan matanya dan mendengar dengan kedua-dua telinganya.

Lantas tiga puluh sahabat berdiri termasuk dua belas orang yang

telah mengambil bahagian di dalam peperangan Badar. Mereka telah

menyaksikan bahawa beliau (s.`a.w.) telah memegang `Ali dengan

tangannya dan bersabda kepada orang ramai, di antaranya:

Tidakkah anda mengetahui bahawa sesungguhnya aku lebih aula

dengan mukminin daripada mereka sendiri?

Mereka menjawab: Ya. Kemudian beliau (s.`a.w.) bersabda

lagi: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah

maulanya[65] .

. adalah diriwayatkan bahawa terdapat para sahabat seperti

Anas b. Malik dan lain-lain yang enggan memberi penyaksian

tersebut di mana `Ali a.s berkata kepadanya: Kenapa anda tidak

berdiri bersama sahabat-sahabat Rasulullah (s.`a.w.) yang lain

untuk memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari

daripadanya di hari itu?

Dia menjawab: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah tua dan

pelupa pula. Lantas `Ali a.s berkata: Jika anda berbohong, nescaya

Allah akan mengenakan anda dengan penyakit keputihan kulit

yang tidak dapat ditutupi serban. Dia tetap dengan pendiriannya

sehingga mukanya dihinggapi keputihan kanser. Selepas itu dia

berkata: Aku ditimpa penyakit ini disebabkan berkat doa hamba yang

salih[66] .

Para Saksi

Di sini diperturunkan sebahagian dari para sahabat yang

melihat sendiri Rasulullah (s.`a.w.) dan mendengar khutbah beliau

(s.`a.w.) di Ghadir Khum. Kemudian memberi penyaksian mereka di

hadapan Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib di Rahbah seperti

berikut:

1. Abu Zainab b. `Auf al-Ansari.

2. Abu `Umrah b. `Amru b. Muhsin al-Ansari.

3. Abu Fadalah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam

peperanganSiffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s dan terlibat di

dalam Peperangan Badr.

4. Abu Qudamah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperangan

al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.

5. Abu Laila al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperangan al-

Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.

6. Abu Hurairah al-Dusi.

7. Abu al-Haitham Ibn al-Taihan. Beliau mati syahid di

dalapeperangan al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s. dan

terlibat dalam Peperangan Badr.

8. Thabit b. al-Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani.

9. Hubsyi b. Janadah al-Saluli.

10. Abu Ayyub Khalid al-Ansari. Beliau terlibat dalam peperangan

Badr.

11. Khuzaimah b. Thabit al-Ansari, Dhu al-Syahadataini. Beliau

mati syahid di dalam peperangan al-Siffin dan terlibat di dalam

peperangan Badr.

12. Abu Syurah Khuwailid `Amru al-Khuza`i. Wafat ketika berusia 68

tahun.

13. Zaid/Yazid b. Syarahil al-Ansari.

14. Sahal b. Hanif al-Ansari al-Ausi. Wafat ketika berusia 38 tahun

dan terlibat di dalam peperangan Badr.

15. Abu Sa`id Sa`d b. Malik al-Khudri al-Ansari.

16. Abu `Abbas Sahl b. Sa`d al-Ansari. Wafat ketika berusia 91

tahun.

17. Amir b. Laila al-Ghaffari.

18. `Abd al-Rahman b. Rabb al-Ansari.

19. `Abdullah b. Thabit al-Ansari. Khadam Rasulullah (s.`a.w.).

20. `Ubaid b. `Azib al-Ansari.

21. Abu Tarif `Adi b. Hatim.

22. `Uqbah b. `Amir al-Jahani. Beliau wafat ketika berusia 68

tahun. Dan di kalangan orang yang mati di pihak Mu`awiah.

23. Nahiyah b. `Amr al-Khuza`i.

24. Nu`man b. `Ajalan al-Ansari[67] .

`Ali juga mengulangi khutbah/hadis Ghadir Khum pada hari

Peperangan Jamal tahun 36 H. Beliau bertanya Talhah: Aku menyer

anda, adakah anda mendengar Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Siapa

yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali maulanya. Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikannya dan tentangilah

orang yang memusuhinya? Talhah menjawab: Ya. `Ali berkata:

Kenapa anda memerangiku? Talhah menjawab: Aku tidak ingat.

Beliau berkata: Talhah telah pergi darinya[68]

Amir al-Mukminin mengulang kembali khutbah/hadis Ghadir

Khum di Kufah pada tahun 36-37 H. di mana sekumpulan lelaki

mengulangi kembali hadis Ghadir al-Khum di hadapan Amir al-

Mukminin `Ali[69] ,. Begitu juga Fatimah al-Zahra, Hasan, Husain dan

sembilan para imam Ahl al-Bait Rasulullah (s.`a.w.) berhujah dengan

hadis al-Ghadir dan lain-lain, seperti hadis al-Thaqalain, al-Safinah,

al-Manzilah, al-Tair, al-Dar, Madinah al-`Ilm dan lain-lain.

Semuanya menjelaskan kekdudukan kelebihan para imam dua belas.

Adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa Amir al-

Mukminin `Ali mempunyai keilmuan yang tinggi dan diakui oleh

Rasulullah (s.`a.w.). Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Aku adalah

bandar ilmu, `Ali adalah pintunya"[70] .

Ketinggian ilmu dan bahasa yang diucapkan oleh Amir al-

Mukminin `Ali b. Abi Talib terserlah di dalam ucapan-ucapan

beliu[71]

di mana pada suatu hari beliau diminta oleh sebahagian para

sahabatnya supaya memberitahu mereka tentang keilmuannya.

Amir al-Mukminin menjawab: Sesungguhnya ucapanku sukar dan

menyukarkan (Sa`bun wa Mustas`abun) di mana ia tidak akan

difahami melainkan oleh orang yang alim (al-`Alimun ). Tetapi

mereka mendesak beliau supaya memberi suatu ucapan kata-kata

hikmah kepada mereka. Lalu beliau menjemput mereka ke

rumahnya, kemudian beliau berucap: Akulah yang telah tinggi

(`Alautu), maka akulah yang memaksa, (Qahartu); akulah yang

menghidupkan (Uhyi) dan mematikan (Umitu), akulah yang pertama

(al-Awwal) dan terakhir (al-Akhir), Zahir (al-Zahir) dan batin (al-Batin). Lantas mereka memarahi beliau dan berkata: Beliau

telahkafir (kafara) lalu mereka berdiri untuk keluar dari rumahnya.

`Ali a.s berkata kepada pintu: Wahai pintu, peganglah mereka.

Maka pintu itu tertutup dengan sendiri. Beliau berkata: Tidakkah

aku telah berkata kepada kalian bahawa ucapanku sukar dan

menyukarkan, di mana ia tidak dapat difahami melainkan oleh orang

yang alim? Datang kemari, aku akan menjelaskannya kepada kalian.

Adapun ucapanku: Akulah yang telah tinggi (`Alautu), maka

akulah yang telah memaksa (Qahartu), maka akulah yang telah

meninggikan (Alautu) kalian dengan pedangku ini. Maka aku

memaksa (Qahartu) kalian sehingga kalian beriman kepada Allah

dan Rasul-Nya. Adapun ucapanku: Akulah yang menghidupkan (Uhyi) dan mematikan (Umitu), maka akulah yang menghidupkan

(Uhyi) Sunnah dan mematikan (Umitu) bid`ah. Adapun ucapanku:

Akulah yang pertama (al-Awwal), maka akulah orang yang pertama

(al-Awwal) beriman kepada Allah dan memeluk Islam.

Adapun ucapanku: Akulah orang yang terakhir (al-Akhir), maka

akulah orang yang terakhir (al-Akhir) mengenakan pakaian ke atas

Nabi (s.`a.w.) dan mengkafankannya. Adapun ucapanku: Akulah

zahir (al-Zahir) dan batin (al-Batin), maka di sisi akulah ilmu zahir

dan batin. Kemudian para sahabatnya mengeluh seraya berkata:

Anda telah menyelamatkan kami semoga Allah menyelamatkan

anda[72] .

Jikalaulah sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin `Ali a.s

sukar untuk memahami ucapan-ucapan beliau, orang-orang di

zaman kita ini lebih sukar untuk memahaminya. Justeru itu

mereka melontarkan kata-kata kafir kepada Syi`ah Amir al-

Mukminin `Ali a.s pula dengan alasan Amir al-Mukminin `Ali tidak

berkata demikian. Hanya Syi`ah `Ali sahaja yang mengaitkan

ucapan tersebut Perbezaannya yang pertama (sebahagian para

sahabat `Ali a.s) mengkafirkan `Ali sendiri kerana ucapannya.

Sementara orang-orang Islam tertentu di zaman ini, menafikan katakata

itu dikaitkan kepada `Ali a.s. Sebaliknya menyatakan

bahawa ucapan tersebut hanya direka-reka oleh Syi`ah (`Ali).

Lantas mereka mengkafirkan Syi`ah. Jikalaulah mereka benarbenar

mengetahui bahawa ucapan tersebut datangnya daripada

`Ali a.s sendiri, kemungkinan mereka akan melakukan perkara

yang sama sebagaimana yang telah dilakukan oleh sebahagian para

sahabat `Ali terhadap beliau sendiri kerana mereka bukanlah terdiri

daripada orang yang mempunyai ilmu yang tinggi, malah mereka

hanya dapat memahami sesuatu secara mendatar. Meskipun

begitu mereka adalah sahabat Amir al-Mukminin `Ali dan

kemungkinan di kalangan mereka adalah sahabat Rasulullah

(s.`a.w.) sendiri.

Para Perawi khutbah Rasul saw.

Di sini diperturunkan nama-nama perawi khutbah/hadis

Ghadir Khum di kalangan para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) tentang

perlantikan `Ali sebagai khalifah secara langsung selepas Rasulullah

(s.`a.w.) sebagaimana sabdanya: "Siapa yang menjadikan aku

maulanya, maka `Ali adalah maulanya". Dan nama-nama perawi

tersebut telah diriwayatkan oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam

buku-buku mereka seperti berikut:

1. Abu Hurairah al-Dausi (w. 57/58/59 H). Diriwayatkan oleh al-

Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, VII, hlm. 290. Al-

Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 130. Ibn Hajr di dalam

Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 327.

2. Abu Laila Al-Ansari (w. 37 H). Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi,

di dalam Manaqibnya, hlm. 35. Al-Suyuti di dalam Tarikh al-

Khulafa', hlm. 14.

3. Abu Zainab bin `Auf al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir

di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Ibn Hajr di dalam al-Isabah,

III, hlm. 408.

4. Abu Fadhalah al-Ansari, sahabat Nabi (s.`a.w.) di dalam

peperangan Badr. Di antara orang yang memberi penyaksian

kepada `Ali a.s dengan hadis al-Ghadir di hari Rahbah.

Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III,

hlm. 307.

5. Abu Qudamah al-Ansari. Di antara orang yang menyahut seruan

`Ali a.s di hari Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd

al-Ghabah, V, hlm. 276.

6. Abu `Umrah bin `Umru bin Muhsin al-Ansri. Diriwayatkan oleh

Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Di antara

yang menjadi saksi kepada `Ali a.s di hari Rahbah dengan hadis al-

Ghadir.

7. Abu l-Haitham bin al-Taihan meninggal dunia di dalam peperangan al-Siffin tahun 37 H. Diriwayatkan oleh al-Qadhi d dalam

Tarikh Ali Muhammad, hlm. 62.

8. Abu Rafi` al-Qibti, hamba Rasulullah (s.`a.w.). Diriwayakan oleh

al-Khawarizmi di dalam Maqtal dan Abu Bakr al-Ja`abi di dalam

Nakhbnya.

9. Abu Dhuwaib Khuwailid atau Khalid bin Khalid bin Muhrith al-

Hazali wafat di dalam pemerintahan Khalifah `Uthman.

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah, al-

Khawrizmi di dalam Maqtal.

10. Abu Bakr bin Abi Qahafah al-Taimi (w. 13 H). Diriwayatka oleh

Ibn Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wlayah, Abu

Bakr al-Ja`abi di dalam al-Nakhb, al-Mansur al-Razi di dalam

kitabnya Hadith al-Ghadir, Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam

Asna al-Matalib, hlm. 3 di antara perawi-perawi hadis al-Ghadir.

11. Usamah bin Zaid bin al-Harithah al-Kalbi (w. 54 H).

Diriwayatkan di dalam Hadith al-Wilayah dan Nakhb al-Manaqib.

12. `Ubayy bin Ka`ab al-Ansari al-Khazraji (w. 30/32 H).

Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`bi dengan sanad-sanadnya di

dalam Nakhb al-Manaqib.

13. As`ad bin Zararah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-

Jazari di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4.

14. Asma` binti `Umais al-Khath`amiyyah. Diriwayatkan oleh

Ibn`Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah

5. Umm Salmah isteri Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh al-

Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40.

16. Umm Hani` binti Abi Talib. Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-

Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40 dan Ibn `Uqdah di

dalam Hadith al-Wilayah dengan sanad-sanadnya.

17. Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari al-Khazraji hamba

Rasulullah (s.`a.w.) (w. 93 H). Diriwayatkan oleh al-Khatib al-

Baghdadi di dalam Tarikhnya, VII, hlm. 377; Ibn Qutaibah di dalam

al-Ma`arif, hlm. 291; al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm.114.

18. Al-Barra' bin `Azib al-Ansari al-Ausi (w. 72 H). Diriwayatkan oleh

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV, hlm. 281,Ibn Majah di

dalam Sunan, I, hlm. 28-29.

19. Baridah bin al-Hasib Abu Sahl al-Aslami (w. 63 H).

Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 110; al--

Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.

20. Abu Sa`id Thabit bin Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani.

Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,

III, hlm. 307.

21. Jabir bin Samurah bin Janadah Abu Sulaiman al-Sawa`i (w.

70H). Diriwayatkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-

`Ummal, VI, hlm. 398.

22. Jabir bin `Abdullah al-Ansari (w. 73/74/78 H). Diriwayatkan

oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam al-Isti`ab, II, hlm. 473; Ibn Hajr di

dalam Tahdhib al-Tahdhib, V, hlm. 337.

23. Jabalah bin `Amru al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah

dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

24. Jubair bin Mut`am bin `Adi al-Qurasyi al-Naufali (w.

57/58/59H). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam

Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 31, 336.

25. Jarir bin `Abdullah bin Jabir al-Bajali (w. 51/54 H). Diriwayatkan

oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id , IX,hlm. 106.

26. Abu Dhar Jundab Janadah al-Ghaffari (w. 31 H). Diriwayatkan

oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah; Syamsuddin al-Jazari

al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4.

27. Abu Junaidah Janda` bin `Amru bin Mazin al-Ansari. Diriwayatkan

oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm.308.

28. Hubbah bin Juwain Abu Qudamah al-`Arani (w. 76-79 H).

Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX,hlm.

103; al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, VIII, hlm.

276.

29. Hubsyi bin Janadah al-Jaluli. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di

dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; V, hlm. 203; Ibn Kathir di

dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211.

30. Habib bin Badil bin Waraqa` al-Khaza`i. Diriwayatkan oleh Ibn

al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn Hajr di dalam al-

Isabah, I, hlm. 304.

31. Huzaifah bin Usyad Abu Sarihah al-Ghaffari (w. 40/42

H).diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi, di dalam Yanabi` al-

Mawaddah, hlm. 38.

32. Huzaifah bin al-Yamani (w. 36 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin

al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 40.

33. Hasan bin Thabit. Salah seorang penyair al-Ghadir pada abad

pertama hijrah.

34. Imam Mujtaba Hasan bin `Ali a.s. Diriwayatkan oleh

Ibn`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan Abu Bakr al-Ja`abi di

dalam al-Nakhb.

35. Imam Husain bin `Ali a.s. Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di

dalam Hilyah al-Auliya', IX, hlm. 9.

36. Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari (w. 50/51/52 H).

Diriwayatkan oleh Muhibbuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh al-

Nadhirah, I, hlm. 169; Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,V, hlm. 6

dan lain-lain.

37. Abu Sulaiman Khalid bin al-Walid al-Mughirah al-Makhzumi

(w.21/22 H). Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-

Nakhb.

38. Khuzaimah bin Thabit al-Ansari Dhu al-Syahadataini (w. 37H).

Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,III, hlm. 307

dan lain-lain.

39. Abu Syuraih Khuwailid Ibn `Umru al-Khaza`i (w. 68 H). Di

antara orang yang menyaksikan Amiru l-Mukminin dengan hadith

al-Ghadir.

40. Rifalah bin `Abd al-Mundhir al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn

`Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

41. Zubair bin al-`Awwam al-Qurasyi (w. 36 H). Diriwayatkan oleh

Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib,

hlm. 3.

42. Zaid bin Arqam al-Ansari al-Khazraji (w. 66/68 H).

Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV,

hlm.368 dan lain-lain.

43. Abu Sa`id Zaid bin Thabit (w. 45/48 H). Diriwayatkan oleh

Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib,hlm. 4 dan

lain-lain.

44. Zaid Yazid bin Syarahil al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-

Athir di dalam Usd al-Ghabah, II, hlm. 233; Ibn Hajr di dalam al-

Isabah, I, hlm. 567 dan lain-lain.

45. Zaid bin `Abdullah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah

dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

46. Abu Ishak Sa`d bin Abi Waqqas (w. 54/56/58 H). Diriwayatkan

oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak , III, hlm. 116 dan lain-lain.

47. Sa`d bin Janadah al-`Aufi bapa kepada `Atiyyah al-`Aufi.

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah , dan lainlain.

48. Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji (w. 14/15 H).

Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam Nakhb.

49. Abu Sa`id Sa`d bin Malik al-Ansari al-Khudri (w. 63/64/65H).

Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 8; Ibn

Kathir di dalam Tafsirnya, II, hlm. 14 dan lain-lain.

50. Sa`id bin Zaid al-Qurasyi `Adwi (w. 50/51 H). Diriwayatkan oleh

Ibn al-Maghazili di dalam Manaqibnya.

51. Sa`id bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn

`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

52. Abu `Abdullah Salman al-Farisi (w. 36/37 H). Diriwayatkan

oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4

dan lain-lain.

53. Abu Muslim Salmah bin `Umru bin al-Akwa` al-Islami (w. 74H).

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya didalam

Hadith al-Wilayah.

54. Abu Sulaiman Samurah bin Jundab al-Fazari (w. 58/59/60

H).Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna

l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.

55. Sahal bin Hanif al-Ansari al-Awsi (w. 38 H). Diriwayatkan oleh

Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan

lain-lain.

56. Abu `Abbas Sahal bin Sa`d al-Ansari al-Khazraji al-Sa`idi (w.

91 H). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-

Mawaddah, hlm. 38 dan lain-lain.

57. Abu Imamah al-Sadiq Ibn `Ajalan al-Bahili (w. 86 H).

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

58. Dhamirah al-Asadi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam

Hadith al-Wilayah.

59. Talhah bin `Ubaidillah al-Tamimi wafat pada tahun 35 Hijrah di

dalam Perang Jamal. Diriwayatkan oleh al-Mas`udi di dalam Muruj

al-Dhahab, II, hlm. 11; al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm.

171 dan lain-lain.

60. `Amir bin `Umair al-Namiri. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr di

dalam al-Isabah, II, hlm. 255.

61. `Amir bin Laila bin Dhumrah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di

dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 92 dan lain-lain.

62. `Amir bin Laila al-Ghaffari. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam

al-Isabah, II, hlm. 257 dan lain-lain.

63. Abu Tufail `Amir bin Wathilah. Diriwayatkan oleh Ahmad bin

Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 118; al-Turmudhi di dalam

Sahihnya, II, hlm. 298 dan lain-lain.

64. `Aisyah binti Abu Bakr bin Abi Qahafah, isteri Nabi

(s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

65. `Abbas bin `Abdu l-Muttalib bin Hasyim bapa saudara Nabi

(s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

66. `Abdu al-Rahman bin `Abd Rabb al-Ansari. Diriwayatkan oleh

Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; Ibn Hajr di dalam

al-Isabah, II, hlm. 408 dan lain-lain.

67. Abu Muhammad bin `Abdu al-Rahman bin Auf al-Qurasyi al

Zuhri (w. 31 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-

Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 dan lain-lain.

68. `Abdu al-Rahman bin Ya`mur al-Daili. Diriwayatkan oleh Ibn

`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

69. `Abdullah bin Abi `Abd al-Asad al-Makhzumi. Diriwayatkan

oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

70. `Abdullah bin Badil bin Warqa' Sayyid Khuza`ah. Diriwayatkan

oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

71. `Abdullah bin Basyir al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di

dalam Hadith al-Wilayah.

72. `Abdullah bin Thabit al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di

dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 67.

?73. `Abdullah bin Ja`far bin Abi Talib al-Hasyim (w. 80 H).

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

74. `Abdullah bin Hantab al-Qurasyi al-Makhzumi. Diriwayatkan

oleh al-Suyuti di dalam Ihya' al-Mayyit.

75. `Abdullah bin Rabi`ah. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di

dalam Maqtalnya.

76. `Abdullah bin `Abbas (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-Nasa`I di

dalam al-Khasa`is, hlm. 7 dan lain-lain.

77. `Abdullah bin Ubayy Aufa `Alqamah al-Aslami (w. 86/87 H).

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

78. Abu `Abd al-Rahman `Abdullah bin `Umar bin al-Khattab al-

`Adawi (w. 72/73 H). Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma`

al-Zawa'id, IX, hlm. 106 dan lain-lain.

79. Abu `Abdu al-Rahman `Abdullah bin Mas`ud al-Hazali (w.

32/33H). Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam al-Durr al-

Manthur, II, hlm. 298 dan lain-lain.

80. `Abdullah bin Yamil. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd

al-Ghabah, III, hlm. 274; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 382

dan lain-lain.

81. `Uthman bin `Affan (w. 35 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah

di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

82. `Ubaid bin `Azib al-Ansari, saudara al-Bara' bin `Azib. Di antara

orang yang membuat penyaksian kepada `Ali a.s di Rahbah.

Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm.

307.

83. Abu Tarif `Adi bin Hatim (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-

Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38 dan lainlain.

84. `Atiyyah bin Basr al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di

dalam Hadith al-Wilayah.

85. `Uqbah bin `Amir al-Jauhani. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di

dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68.

86. Amiru l-Mukminin `Ali bin Abi Talib a.s. Diriwayatkan oleh

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 152; al-Haithami di

dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107; al-Suyuti di dalam Tarikh al-

Khulafa', hlm. 114; Ibn Hajr di dalam Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm.

337; Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211 dan

lain-lain.

87. Abu Yaqzan `Ammar bin Yasir (w. 37 H). Diriwayatkan oleh

Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib,hlm. 4 dan

lain-lain.

88. `Ammarah al-Khazraji al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Haithami

di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107 dan lain-lain.

89. `Umar bin Abi Salmah bin `Abd al-Asad al-Makhzumi (w. 83 H).

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

90. `Umar bin al-Khattab (w. 23 H). Diriwayatkan oleh Muhibbuddin

al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 161; Ibn Kathir di

dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 349 dan lain-lain.

91. Abu Najid `Umran bin Hasin al-Khuza`i (w. 52 H). Diriwayatkan

oleh syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4

dan lain-lain.

92. `Amru bin al-Humq al-Khuza`i al-Kufi (w. 50 H). Diriwayatkan

oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

93. `Amru bin Syarhabil. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di

dalam Maqtalnya.

94. `Amru bin al-`Asi. Diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah di dalam al-

Imamah wa al-Siyasah, hlm. 93 dan lain-lain.

95. `Amru bin Murrah al-Juhani Abu Talhah atau Abu Maryam. Diriwayatkan

oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal, VI, hlm.

154 dan lain-lain.

96. Al-Siddiqah Fatimah binti Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn

`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

97. Fatimah binti Hamzah bin `Abdu l-Muttalib. Diriwayatkan oleh

Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

98. Qais bin Thabit bin Syamas al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-

Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn Hajr di dalam al-

Isabah, I, hlm. 305 dan lain-lain.

99. Qais bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji. Diriwayatkan

oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

100. Abu Muhammad Ka`ab bin `Ajrah al-Ansari al-Madani (w. 51

H).Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

101. Abu Sulaiman Malik bin al-Huwairath al-Laithi (w. 84 H).

Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114

dan lain-lain.

102. Al-Miqdad bin `Amru al-Kindi al-Zuhri (w. 33 H). Diriwayatkan

oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

103. Najiah bin `Amru al-Khuza`i. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di

dalam Usd al-Ghabah, V, hlm. 6; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, III,

hlm. 542 dan lain-lain.

104. Abu Barzah Fadhlah bin `Utbah al-Aslami (w. 65 H).

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

105. Na'mar bin `Ajalan al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di

dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68 dan lain-lain.

106. Hasyim al-Mirqal Ibn `Utbah bin Abi Waqqas al-Zuhri (w. 37H).

Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 366;

Ibn Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm. 305.

107. Abu Wasmah Wahsyiy bin Harb al-Habsyi al-Hamsi.

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

108. Wahab bin Hamzah. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi pada

Fasal Keempat di dalam Maqtalnya.

109. Abu Juhaifah Wahab bin `Abdullah al-Suwa'i (w. 74 H).

Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

110. Abu Murazim Ya'li bin Murrah bin Wahab al-Thaqafi.

Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah , II, hlm.233;

Ibn Hajr di dalam al-Isabah , III, hlm. 542[73] .

Demikianlah dikemukakan kepada kalian 110 perawi-perawi

hadis al-Ghadir di kalangan para sahabat mengenai perlantikan

`Ali `a.s sebagai imam/khalifah secara langsung selepas Rasulullah

(s.`a.w.), oleh ulama kita Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka.

Oleh itu ianya sudah mencapai ke peringkat kemutawatirannya.

Kemudian diikuti pula oleh 84 perawi-perawi dari golongan para

Tabi`in yang meriwayatkan hadis al-Ghadir serta 360 perawi-perawi

di kalangan para ulama Sunnah yang meriwayatkan hadis tersebut

di dalam buku-buku mereka. Malah terdapat 26 pengarang dari

kalangan para ulama Ahl al-Sunnah yang mengarang buku-buku

tentang hadis al-Ghadi[74] .

Kesimpulan

Khutbah /Hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir Khum pada

18hb. Dhu l-Hijjah tahun 10 Hijrah telah memusatkan

kepemimpinan umat kepada dua belas imam/khalifah.

Kemungkinan "keadaan tertentu" tidak membenarkan ia

didedahkan secara menyeluruh kepada umum dengan berbagaibagai

alasan. Meskipun begitu setiap individu "bebas" mempunyai

pendapatnya yang tersendiri bagi menerima atau menolak manamana

hadis yang kurang sesuai dengan fahamannya dengan

alasan akademik yang mendalam. Meskipun begitu, dia akan

dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.