KELIMA: HADIS AL-MAWADDAH
Hadith ini telah kita huraikan ketika mentafsirkan ayat almawaddah dan telah kami sebutkan sebahagian daripada perawi-perawi dan sanad-sanadnya, di sini kita sebutkan sekali lagi dan lebih berfaedah kiranya kita sebutkan sebahagian dariapda apa yang datang daripada Nabi s. ‘a.w mengenai kasih sayang dan kemesraan baginda kepada ahli baitnya iaitu berdasarkan kepada beberapa riwayat dan hadith-hadith lain.
Imam Ahmad al-Tabrani dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.d berkata, ketika turun ayat
انما یرید الله لیذهب عنکم الرجس أهل البیت و یطهرکم تطهیرا
Sahabat-sahabat bertanya: ya Rasulullah siapakah kerabat kamu yang wajib ke atas kami memberikan kasih sayang kepada mereka, Rasul Allah s. ‘a.w. menjawab; ‘All, Fãtimah dan kedua-dua anaknya.
Al-Bazzãr dan al-Tabrani meriwayatkan bahawa al-Hasan bin ‘All r.d. pada suatu hari berkhutbah:
من عرفتی فقد عرفنی و من لم یعرفنی فأنا الحسن بن محمد (ص) أنا ابن البشیر أنا ابن المنذر أنا ابن البیت الذین افترض الله مودتهم علی کل مسلم و انزل فیهم قل لا اسألکم علیه آجرا إلا المودة فی القربی و من یفترق حسنة نزدله فیها حسنا فاقتراف الحسنات مودتنا اهل البیت
Ertinya: “Barangsiapa yang kenal aku sesungguhnya telah mengenali aku dan sesiapa yang tidak kenal aku maka akulah al-Hasan bin Muhammad s. ‘a.w, aku anak orang yang membawa khabar gembira (al-basyir) dan aku juga anak kepada yang memberi amaran (an-nadhir), aku adalah anak Ahl al-Bayt yang Allah fardhukan kasih sayang kepada mereka ke atas tiap-tiap muslimin dan (Allah) menurunkan kepada mereka.”
قل لا اسألکم علیه آجرا إلا المودة فی القربی و من یفترق حسنة نزدله فیها
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak meminta kepada kamu suatu upah melainkan kasih sayang kepada kaum keluarga dan siapa yang melakukan kebaikan akan kami tambahkan baginya kebaikan.” Oleh itu melakukan kebajikan-kebajikan ialah dengan berkasih mesra kepada keluarga nabi.
Al-Imam Abu Hasan al-Baghawi meriwayatkan dalam tafsirnya yang dihubungkan dengan sanadnya kepada Ibn ‘Abbas r.a. dia berkata: ketika Allah turunkan ayat:
قل لا اسألکم علیه آجرا إلا المودة فی القربی
Mereka bertanya: wahai Rasulullah, siapakah mereka yang Allah perintahkan kami untuk memberikan kasih sayangnya, Muhammad, s. ‘a.w menjawab: “Ali, Fatimah dan keduadua anaknya.”
Al-Sadi meriwayatkan daripada Abi Malik daripada Ibn ‘Abbas mengenai firman Allah Ta’ala:
من یفترق حسنة نزدله فیها
Berkata (al-mawaddah) kasih sayang ialah kepada al-Muhammad s. ‘a.w.
Hadis-hadis mengenai kemesraan dan kasih sayang serta ketaatan dan iltizam kepada Ahi al-Bayt tidak boleh dimuatkan kesemuanya dalam kitab ini, kami hanya piih sebahagian daripadanya dan semua hadis itu bagaikan matahari yang terang (terdapat) dalam kitab-kitab hadis dan riwayat.
Bagi tujuan menambah perbendaharaan pembaca dan memperkukuh pengetahuan tentang Ahl al-Bayt dan menguatkan hubungan antara pembaca dan Ahl al-Bayt, dan menjadikannya bergantung dan berjalan mengikut manhãj mereka serta mengharapkan syafaat mereka, kami sebutkan di sini sebahagian daripada hadis mengenai mereka.
Al-Tabrani menyebutkan dalam al-Awsat daripada Ibn Hajar berkata: perkataan terakhir yang diucapkan Rasulullah s.’a.w
اخلفونی فی أهل بیتی
Ertinya, “jadikanlah pengganti sesudahku pada ahl al-baytku.”
Al-Tabrani menyebutkan dalam al-Aswat daripada Jabir bin Abdullah r.d. berkata; aku mendengar Rasulullah s. ‘a.w berkhutbah dengan sabdanya.”
ایها الناس من ابغضنا أهل البت حشره الله تعالی یوم القیامه یهودیا
Ertinya:
“Wahai manusia sesiapa yang bencikan kami Ahl al-Bayt, Allah himpunkannya pada hari kiamat sebagai seorang Yahudi.”
Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasa’i meriwayatkan daripada Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s. ‘a.w:
اذکر کم الله فی أهل بیتی
Ertinya:
“Aku ingatkan kamu mengenai Allah dalam ahli baitku.” Al-Khatib dalam tarikhnya menyebutkan daripada ‘Ali Radiya Allah ‘Anhu berkata, telah bersabda Rasulullah s. ‘a.w:
شفاعتی لأمتی من أحب أهل بیتی
Ertinya:
“Syafa’atku adalah kepada umatku yang mencintai ahli baitku.”
Begitulah banyaknya riwayat dan hadith mengenai kasih sayang kepada ahl al-bayt dan kewajipan mematuhi mereka dan mengikut petunjuk mereka dan berpegang teguh kepada kecintaan terhadap mereka.
Beberapa riwayat lain, sebagaimana yang telah kami jelaskan bahawa hadith-hadith dan riwayat-riwayat yang datang dari Rasulullah mengenai ahl al-baitnya adalah banyak dan tidak dapat menyebutkannya satu persatu di sini. Ulama dan ahli al-hadith telah menyebutkannya dalam beberapa kitab atau fasal-fasal dalam kitab-kitab hadith atau menyebutkan dalam manaqib-manaqib yang tertentu dalam tafsir dan kitab-kitab riwayat, kita sebutkan di sini antaranya:
نحن أهل البیت لا یقاس بنا أحد
Ertinya:
“Kami adalah Ahl al-Bayt yang tidak boleh seorang pun menandingi kami.”
Hadith ini menjelaskan kedudukan Ahl al-Bayt yang tinggi dan sikap mereka yang tidak ada tolok bandingnya supaya umat dapat mengetahui kedudukan mereka dan seterusnya berpegang teguh dan iltizam dengan metodologi mereka sereta untuk membandingkan mereka dengan orang lain.
Dalam hadith yang lain, Rasulullah s. ‘a.w menceritakan ahli baitnya dengan sabdanya:
أنا اهل بیت اختار الله لنا الآخرة علی الدنیا و أن أهل بیتی سیلقون بعدی اثرة وشدة و تطریدا فی البلاد حتی یأتی قوم من هاهتا – و اشار بیده نحو المشرق – أصحاب رایات سود فیسألون الحق فلا یعطونه فیقاتلون فینتصرون، و یعطون ما شاوؤا فلا یقبلونه حتی یدفعوها إلی رجل من أهل بیتی یملؤها عدلا کما ملئت ظلما فمن ادرک ذلک فلیأتهم و لو حبوا علی الثلج
Ertinya:
“Aku adalah Ahl al-Bayt yang telah Allah pilihkan akhirat bagi kami mengatasi dunia dan bahawa ahli baitku akan menghadapi egoism, kesempitan dan dibuang daripada negerinya, sesudahku sehinggalah datang satu kaum dari sini (menudingkan jarinya ke arah timur) yang mempunyai bendera-bendera hitam lalu mereka meminta hak tetapi tidak diberikannya, mereka berperang lalu dapat kemenangan, mereka diberi apa-apa sahaja yang dikehendaki tetapi mereka tidak menerimanya sehingga diserahkan kepada seorang daripada keluargaku yang memenuhkan (dunia) dengan keadilan sepertimana penuhnya kezaliman (sebelumnya), dan barangsiapa yang menemui (masa itu) maka hendaklah mereka temui walaupun dengan merangkak atas salji.”
Al-Dailami meriwayatkan daripada Abi Sa’id r. ‘a dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s. ‘a.w.
اشد غضب الله علی من اذانی فی عترتی
Ertinya:
“Bersangatan kemurkaan Allah kepada orang yang menyakiti aku mengenai keluargaku.” Daripada ‘Ali r.d berkata: Telah bersabda Rasulullah s. ‘a.w.
ادبوا اولادکم علی ثلاث خصال. حب نبیکم و حب اهل بیته و علی قرأة القرآن فإن حملة القرآن فی ظل الله یوم لا ظل إلا ظله مع انبیائه و أصفیائه
Ertinya:
“Didiklah anak-anak kamu dalam tiga perkara: kasihkan nabi kamu, kasihkan ahli baitnya dan membaca al-Qur’an. Sesungguhnya menanggung al-Qur’an itu mendapat perlindungan Allah di hari-hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah bersamasama dengan para nabi dan orang-orang pilihannya.”
A1-Tabrãni meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbãs berkata: bersabda Rasulullah s. a.w:
لا تزول قدما عبد حتی یسأل عن اربع عمره فیما افناه و عن جسده فیما ابلاه و عن ماله فیم انفقه و من این اکتسبه و عن محبتنا أهل البیت
Ertinya:
“Tidak tergelincir kedua kaki seorang sehinggalah ditanya mengenai empat perkara iaitu, umurnya ke mana dihabiskan, mengenai tubuh badannya ke mana dikerjakan, hartanya ke mana dibelanjakan dan dari mana diperolehi dan mengenai kasih sayang kami kepada Ahi a!Bayt.”
Dalam satu riwayat, Rasulullah s. ‘a.w. menunjukkan umatnya kepada ahli baitnya dengan menjelaskan maqam mereka dan mengarahkan mereka supaya menumpukm pandangan kepada mereka, apabila fitnah bertambah-tambah dan pendapat bertentangan.
Ahil al-Bayt disebut berdampingan dengan kitab Allah kerana mereka itu adalah para ulama yang mahir tentang kandungan al-Qur’an dan yang mengetahui hakikat dan kandungannya.
Al-Tabrani mcngeluarkan daripada al-Muttaãlib bin Abdullah bin Hantab daripada bapanya, ia berkata; Rasullullah s. ‘a.w. telah mula berkhutbah di Juhfah dengan sabdanya: Tidakkah aku lebih muli3 daripada din kamu sendiri, mereka menjawab, betul ya Rasulullab, make sesungguhnya aku meminta dua perkara; mengenai a!Qur’an dan ahli baitku.