Ke-10
10. Khalifah Abu Bakar telah melantik Umar menjadi khalifah selepasnya secara wasiat, walhal dia sendiri menolak wasiat Nabi SAWA. Beliau bersabda:"Ali adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan khalifah selepasku" dan sabdanya:"Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Ali adalah maulanya."Dan penyerahan jawatan khalifah kepada Umar adalah menyalahi prinsip syura yang diagung-agungkan oleh Ahlul Sunnah. Justeru itu Abu Bakar adalah orang yang pertama merosakkan sistem syura dan memansuhkannya. Pertama, dia menggunakan "syura terhad" bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi khalifah tanpa menjemput Bani Hasyim untuk menyertainya. Kedua, apabila kedudukannya menjadi kuat, dia melantik Umar untuk menjadi khalifah selepasnya tanpa syura dengan alasan bahawa Umar adalah orang yang paling baik baginya untuk memegang jawatan khalifah selepasnya.
Ke-11
11. Khalifah Abu Bakar telah meragui jawatan khalifahnya. Dia berkata:"Sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA, adalah orang-orang Ansar mempunyai hak yang sama di dalam jawatan khalifah?" Ini adalah keraguan tentang kesahihan atau kebatilannya. Dialah orang yang menentang orang-orang Ansar manakala mereka mengatakan bahawa Amir mestilah dari golongan Quraisy." Sekiranya apa yang diriwayatkan olehnya itu benar, bagaimana dia meragui"nya" pula. Dan jikalau tidak, dia telah menentang orang-orang Ansar dengan "hujah palsu."[Al-Ya'qubi, Tarikh al-Ya'qubi,II,hlm.127; Ibn Qutaibah, alImamah wa al-Siyasah,I,hlm.18,19;al-Masudi, Muruj al-Dhahab,II,hlm.302]
Ke-12
12. Khalifah Abu Bakar berkata:"Pecatlah aku kerana aku bukanlah orang yang baik di kalangan kalian."Di dalam riwayat lain,"Ali di kalangan kalian."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.14;al-Muttaqi al-Hindi,Kanz alUmmal,III,hlm.132] Jikalau kata-katanya benar, bererti dia tidak layak untuk menjadi khalifah Rasulullah SAWA, berdasarkan pengakuannya sendiri.
Ke-13
13. Khalifah Abu Bakar menamakan dirinya "Khalifah Rasulullah".[Ibn Qutaibah,al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.13];al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',hlm.78] Penamaannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW kerana beliau tidak menamakannya dan melantiknya, malah beliau menamakan Ali dan melantiknya. Beliau bersabda:"Siapa yang aku menjadi maulanya maka Ali adalah maulanya."Dan hadith-hadith yang lain tentang perlantikan Ali AS sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW.
Ke-14
14. Khalifah Abu Bakar tidak pernah dilantik oleh Nabi SAWA untuk menjalankan mana-mana pekerjaan, malah beliau melantik orang lain. Hanya pada satu masa beliau melantiknya untuk membawa Surah Bara'ah, tetapi beliau mengambil kembali tugas itu dan kemudian meminta Ali AS untuk melaksanakannya.[Al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba,hlm.61;al-Turmudhi, Sahih,II,hlm.461;Ibn Hajar, al-Isabah,II,hlm.509]
Ke-15
15. Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui pengertian al-Abb iaitu firmanNya di dalam Surah 'Abasa (80):31:"Dan buah-buahan (Fakihatun) serta rumputrumputan (abban)."Dia berkata:"Langit mana aku akan junjung dan bumi mana aku akan pijak, jika aku berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang aku tidak mengetahui?"[al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-Ummal,I,hlm.274]
Ke-16
16. Khalifah Abu Bakar telah mengetahui dia akan melakukan bid'ah-bid'ah selepas Rasulullah SAWA. Malik bin Anas di dalam a-Muwatta bab "jihad syuhada fi sabilillah' telah meriwayatkan daripada hamba Umar bin Ubaidillah bahawa dia menyampaikannya kepadanya bahawa Rasulullah SAWA berkata kepada para syahid di Uhud:"Aku menjadi saksi kepada mereka semua."Abu Bakar berkata:"Tidakkah kami wahai Rasulullah SAWA saudara-saudara mereka. Kami telah masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami telah berjihad di jalan Allah sebagaimana mereka berjihad?" Rasulullah SAWA menjawab:"Ya! Tetapi aku tidak mengetahui bid'ah mana yang kalian akan lakukan selepasku."Abu Bakar pun menangis, dan dia terus menangis.
Bid'ah-bid'ah yang dilakukan oleh para sahabat memang telah diakui oleh mereka sendiri, di antaranya al-Bara' bin Azib. Al-Bukhari di dalam Sahihnya "Kitabb bad' al-Khalq fi bab Ghuzwah al-Hudaibiyyah" telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Ala bin al-Musayyab daripada bapanya bahawa dia berkata:"Aku berjumpa al-Barra bin Azib maka aku berkata kepadanya: Alangkah beruntungnya anda kerana bersahabat dengan Nabi SAW dan anda telah membai'ah kepadanya di bawah pokok. Maka dia menjawab: Wahai anak saudaraku. Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang kami telah lakukan (Ahdathna) selepasnya."[Al-Bukhari, Sahih,III, hlm.32]
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada orang-orang Ansar:"Sesungguhnya kalian akan menyaksikan sifat tamak yang dahsyat selepasku. Oleh itu bersabarlah sehingga kalian bertemu Allah dan RasulNya di Haudh."Anas berkata:"Kami tidak sabar."[Al-Bukhari, Sahih,III, hlm.135]
Ibn Sa'd juga telah meriwayatkan di dalam Tabaqatnya, VIII, hlm. 51, dengan sanadnya dari Ismail bin Qais bahawa dia berkata:"Aisyah ketika wafatnya berkata:Sesungguhnya aku telah melakukan bid'ah-bid'ah (Ahdathtu) selepas Rasulullah SAW, maka kebumikanlah aku bersama-sama isteri Nabi SAW." Apa yang dimaksudkan olehnya ialah "Jangan kalian mengkebumikan aku bersama Rasulullah SAW kerana aku telah melakukan bid'ah-bid'ah selepasnya.
Lantaran itu khalifah Abu Bakar, al-Barra bin Azib, Anas bin Malik dan Aisyah telah memberi pengakuan masing-masing bahawa mereka telah melakukan bid'ah-bid'ah dengan mengubah Sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
Ke-17
17. Khalifah Abu Bakar digodai syaitan. Dia berkata:"Syaitan menggodaku, sekiranya aku betul maka bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng, maka betulkan aku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I, hlm. 6; al-Muttaqi alHindi, Kanz al-Ummal,III, hlm. 126; Ibn Hajr, al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 7; Nur al-Absar, hlm. 53]
Ke-18
18. Khalifah Abu Bakar menyesal menjadi seorang manusia, malah dia ingin menjadi pokok dimakan oleh binatang kemudian mengeluarkannya. Abu Bakar berkata:"Ketika dia melihat seekor burung hingap di atas suatu pokok, di berkata:Beruntunglah engkau wahai burung. Engkau makan buah-buahan dan hinggap di pokok tanpa hisab dan balasan. Tetapi aku lebih suka jika aku ini sebatang pokok yang tumbuh di tepi jalan. Kemudian datang seekor unta lalu memakanku. Kemudian aku dikeluarkan pula dan tidak menjadi seorang manusia."[al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah,I,hlm. 134; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah,III,hlm. 130]
Kata-kata khalifah Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman Allah SWT di dalam Surah al-Tin (95):4:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia di dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika Abu Bakar seorang wali Allah kenapa dia harus takut kepada hari hisab?Sedangkan Allah telah memberi khabar gembira kepada wali-walinya di dalam Surah Yunus(10):62-64,"Ingatlah, sesungguhnya wal-wali Allah ini tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Ke-19
19. Khalifah Abu Bakar ketika sakit menyesal kerana mencerobohi rumah Fatimah AH. Dia berkata:"Sepatutnya akut tidak mencerobohi rumah Fatimah sekalipun beliau mengisytiharkan perang terhadapku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm. 18-19; al-Tabari, Tarikh,IV, hlm. 52;Ibn Abd Rabbih,Iqd alFarid,II,hlm.254]
Ke-20
20. Khalifah Abu Bakar telah menjatuhkan air muka Rasulullah SAW di hadapan musyrikin yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAW supaya mengembalikan hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikun berkata:"Hamba-hamba kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama tetapi mereka lari dari milik kami dan harta kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang membuat perjanjian damai dengan anda."Tetapi Rasulullah tidak mahu menyerahkan kepada mereka hamba-hamba tersebut kerana khuatir mereka akan menyiksa hamba-hamba tersebut dan beliau tidak mahu juga mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Rasulullah SAW bertanya kepada Abu Bakar dengan harapan dia menolak permintaan mereka. Sebaliknya Abu Bakar berkata:"Benar kata-kata mereka itu. Lantas berubah muka Rasulullah SAW kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki Allah dan RasulNya.[al-Nasa'i, al-Khasa'is,hlm. 11; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I,hlm. 155]
Sepatutunya khalifah Abu Bakar dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW tetapi dia tidak dapat memahaminya, malah dia memihak kepada musyrikun berdasarkan ijtihadnya.
Ke-21
21. Khalifah Abu Bakar tidak membunuh Dhu al-Thadyah sedangkan Rasulullah SAW telah memerintahkan Abu Bakar supaya membunuh Dhu alThadyah. Abu Bakar mendapati lelaki itu sedang mengerjakan solat. Lalu dia berkata kepada Rasulullah SAW : "Subhanallah! Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang mengerjakan solat?"
Sepatutnya dia membunuh lelaki itu tanpa mengira keadaan kerana Rasulullah SAW telah memerintahkannya. Tetapi dia tidak membunuhnya, malah dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.
Ke-22
22. Khalifah Abu Bakar mengatakan bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Seorang nenek bertanya kepada Abu Bakar tentang pusakanya. Abu Bakar menjawab:"Tidak ada saham untuk anda di dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu kembalilah."Lalu al-Mughirah bin Syu''bah berkata:"Aku berada di sisi Rasulullah SAW bahawa beliau memberikannya (nenek) seperenam saham."Abu Bakar berkata:"Adalah orang lain bersama anda?" Muhammad bin Muslimah al-Ansari bangun dan berkata sebagaimana al-Mughirah. Maka Abu Bakar memberikannya seperenam.[Malik, al-Muwatta,I,hlm. 335; Ahmad bin Hanbal, alMusnad,IV,hlm.224;Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid,II, hlm.334]
Ke-23
23. Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui hukum had ke atas pencuri yang kudung satu tangan dan satu kakinya. Daripada Safiyyah binti Abi Ubaid,"Seorang lelaki kudung satu tangan dan satu kakinya telah mencuri pada masa pemerintahan Abu Bakar. Lalu Abu Bakar mahu memotong kakinya dan bukan tangannya supaya dia dapat bermunafaat dengan tangannya. Maka Umar berkata:"Demi yang diriku di tanganNya, anda mesti memotong tangannya yang satu itu."Lalu Abu Bakar memerintahkan supaya tangannya dipotong."[alBaihaqi, Sunan,VIII,hlm.273-4]
Ke-24
24. Khalifah Abu Bakar berpendapat bahawa seorang khalifah bukan semestinya orang yang paling alim (afdhal).[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I,hlm. 16; al-Baqillani, al-Tamhid,hlm. 195; al-Halabi, Sirah Nabawiyyah,III, hlm.386] Ijtihadnya adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-Zumar (39):9:"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orangorang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" dan firmanNya di dalam Surah Yunuss (10):35:"Maka apakah orang-orang yang menunjuki jalan kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang-orang yang tidka dapat memberi petujuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimana kamu mengambil keputusan?"
Ke-25
25. Khalifah Abu Bakar tidak pernah melakukan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum Muslimin akan menganggapnya wajib. Tindakannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang menggalakkannya.[AlBaihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX,hlm. 265; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm.189]
Ke-2 6
26. Khalifah Abu Bakar mengatakan maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi, kemudian Dia menyeksanya di atas perbuatan maksiatnya. Seorang lelaki bertanya kepadanya:"Adakah anda fikir zina juga qadarNya? Lelaki itu bertanya lagi:"Allah mentakdirkannya ke atasku kemudian menyiksa aku?" Khalifah Abu Bakar menjawab:"Ya. Demi Tuhan sekiranya aku dapati seseorang masih berada di sisiku, nescaya aku menyuruhnya memukul hidung anda."[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm.65]
Oleh itu ijtihad Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman-firman Tuhan di antaranya:
a. FirmanNya di dalam Surah al-Insan (76):3:"Sesungguhnya kami telah menunjukkinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir."
b. FirmanNya di dalam Surah al-Balad (90):10:"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan."
b. FirmanNya di dalam Surah al-Naml (27):40:"Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.
Ke-27
27. Khalifah Abu Bakar berkata:"Jika pendapatku betul, maka ianya daripada Allah dan jika ianya salah maka ia adalah daripada aku dan daripada syaitan."[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 223; al-Tabari, Tafsir, VI hlm. 30; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.260] Kata-kata Abu Bakar menunjukkan bahawa dia sendiri tidak yakin kepada pendapatnya. Dan dia memerlukan bimbingan orang lain untuk menentukan kesalahannya.
Ke-28
28, Khalifah Abu Bakar mengetahui bahawa dia tidak terlepas dari kilauan dunia, lantaran itu dia menangis. Al-Hakim di dalam Mustadrak, IV, hlm. 309 meriwayatkan dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam, dia berkata:"Kami pada suatu masa telah berada bersama Abu Bakar, dia meminta minuman, lalu diberikan air dan madu. Manakala dia mendekatkannya ke mulutnya dia menangis sehingga membuatkan sahabat-sahabatnya menangis. Akhirnya merekapun berhenti menangis, tetapi dia terus menangis. Kemudian dia kembali dan menangis lagi sehingga mereka menyangka bahawa mereka tidak mampu lagi menyelesaikan masalahnya. Dia berkata:kemudian dia menyapu dua matanya. Mereka berkata:Wahai khalifah Rasulullah! Apakah yang sedang ditolak oleh anda? Beliau menjawab:"Dunia ini (di hadapanku) telah "memperlihatkan"nya kepadaku, maka aku berkata kepadanya:Pergilah dariku maka ianya pergi kemudian dia kembali lagi dan berkata:Sekiranya anda terlepas dariku, orang selepas anda tidak akan terlepas dariku." Hadith ini diriwayatkan juga oleh ak-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, X,hlm. 268 dan Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', I, hlm.30]