Ke-22
22. Khalifah Umar telah mengharamkan haji tamattu'. Ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW yang tidak pernah mengharamkannya [Ibn Kathir, Tafsir,I,hlm. 233; al-Bukhari, Sahih, VII, hlm. 33]
Ke-23
23. Khalifah Umar tidak melaksanakan hukum had ke atas Mughirah bin Syu'bah yang dituduh berzina dengan Umm Jamil isteri kepada Hajaj bin Atiq bin al-Harith bin Wahab al-Jusyami dengan berkata:"Aku sedang melihat muka seorang lelaki di mana Allah tidak akan mencemarkan lelaki Muslim dengannya." Maka saksi tersebut tidak memberikan penyaksiannya yang tepat kerana mengikut kehendak Umar.
Di dalam riwayat yang lain Umar memberi isyarat kepada saksi yang keempat supaya tidak memberika keterangan yang tepat. Keempat orang saksi tersebut telah memberi penyaksian yang tepat semasa mereka di Basrah. Tetapi Umar mengadakan pengadilan yang kedua di Madinah. Apabila saja saksi yang keempat tidak memberikan penyaksian yang tepat sebagaimana diberikannya di Basrah, maka Umar pun melakukan had ke atas tiga saksi tersebut. Seorang saksi bernama Abu Bakar berkata:"Demi Allah, Mughirah telah melakukannya. Umar ingin mengenakan had ke atasnya kali kedua."Ali AS berkata:"Jika anda melakukannya maka rejamlah al-Mughirah bin Syu'bah tetapi dia enggan melakukannya."[Al-Hakim, Mustadrak, III, hlm. 448; Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 452; Ibn Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 407; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 88]
Ke-24
24. Khalifah Umar mengintai satu kumpulan rumah mereka di waktu malam dengan memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam. Kelakuannya itu adalah menyalahi firmanNya di dalam Surah al-Hujurat (49):12:"Dan janganlah kamu mengintai-intai atau mencari-cari kesalahan orang lain."Dan firmanNya di dalam Surah al-Baqarah (2):189:"Dan masukilah rumah-rumah itu melalui pintupintunya." Dan firmanNya di dalam Surah al-Nur (24):27:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya." Lantaran itu tindakannya adalah bertentangan dengan ayat-ayat tersebut.[al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,VI, hlm.93; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm. 334]
Ke-25
25. Khalifah Umar telah memerintahkan supaya di rejam seorang wanita gila (yang berzina). Maka Ali AS memperingatkannya dan berkata:"Qalam diangkat daripada orang gila sehingga dia sembuh."Umar pun berkata:"Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar."[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, III, hlm. 39; alTabari, Dhakhair al-Uqba, hlm. 80]
Ke-26
26. Khalifah Umar tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab.[Malik, alMuwatta,II, hlm.12] Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW yang tidak membezakan seseorang melainkan dengan taqwa dan ianya juga mengandungi sifat asabiyah sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Hujurat (49):10:"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara." Dan Nabi SAW bersabda:"Tidak ada kelebihan orang Arab ke atas bukan Arab melainkan dengan taqwa."[Al-Haithami, Majma' al-Zawa'id, III, hlm. 226]
Ke-27
27. Khalifah Umar tidak pernah mengadakan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum Muslimin akan menganggapnya wajib.[al-Baihaqi, al-Sunan alKubra,IX, hlm. 265; Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 189] Tindakannya adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkan amalan tersebut. Dan kaum Muslimin sehingga hari ini mengetahui ianya adalah sunat.
Ke-28
28. Khalifah Umar mengakui bahawa dia tidak mengetahui tentang al-Qur'an, hukum halal-haram dan masalah pusaka. Dia berkata:"Siapa yang ingin bertanya tentang al-Qur'an, maka hendaklah dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab. Sesiapa yang ingin mengetahui halal dan haram, maka hendakah dia bertanya kepada Muadh bin Jabal. Sesiapa yang ingin mengetahui tentang ilmu faraidh, hendaklah dia bertanya kepada Zaid bin Thabit. Dan siapa yang ingin meminta harta maka hendaklah dia datang kepadaku kerana akulah penjaganya.[alHakim, al-Mustadrak, III, hlm. 271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223; alBaihaqi, al-Sunan, VI, hlm. 210] Ketiga-tiga ilmu tersebut dikuasai oleh orang lain. Dia hanya penjaga harta.
Ke-29
29. Khalifah Umar melarang kaum Muslimin memakan daging dua hari berturutturut. Dan dia telah memukul seorang lelaki yang melakukannya dengan cemeti. [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 161; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 68] Tindakan khalifah Umar adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-A'raf (7):32;"Katakanlah:Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapakah pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?"
Ke-30
30. Khalifah Umar menakut-nakutkan dan menggertak seorang wanita supaya membuat pengakuan tentang perzinaannya. Lalu wanita tersebut membuat pengakuannya. Maka khalifah Umar memerintahkan supaya ia direjam. Lalu Ali AS bertanya kepadanya:"Tidakkah anda mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidak dikenakan hukum had ke atas orang yang membuat pengakuan selepas ujian (bala') sama ada ia diikat, ditahan atau diugut? Oleh itu lepaskanlah dia."Maka Umar berkata:"Wanita-wanita tidak terdaya untuk melahirkan seorang seperti Ali. Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah Umar."[Fakhruddin al-Razi, al-Araba'ain, hlm. 466; al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 48; al-Tabari Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 80]
Ke-31
31. Khalifah Umar tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah. Kemudian dia berkata:"Tanyalah Ali."[al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 89; alMuhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 195]
Ke-32
32. Khalifah Umar telah memerintahkan supaya perpustakaan-perpustakaan di Iran dan Iskandariah dibakar atau dicampakkan buku-bukunya ke laut. Ditanya kenapa dia memerintahkannya. Dia menjawab:"Allah telah memberikan kepada kita hidayah yang lebih baik daripada itu."
Perpustakaan-perpustakaan tersebut mengandungi banyak buku-buku ilmiah di dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu hisab, falak, hikmah, kedoktoran, dan lain-lain. Tetapi khalifah Umar tidak menghargainya.[Ibn alNadim, al-Fihrist, hlm. 334; Ibn Khaldun, Tarikh, I, hlm. 32; Ibn al-Jauzi, Sirah alUmar, hlm. 107]
Ke-33
33. Khalifah Umar memerintahkan supaya dipotong pokok bai'ah Ridhwan, kerana kaum Muslimin mengerjakan solat di bawah pokok tersebut bagi mengambil berkat. Apabila berita ini sampai kepada Umar dia memerintahkan supaya ianya dipotong.[Ibn Sa'd, Tabaqat al-Kubra, hlm.608; Ibn Jauzi, Sirah Umar, hlm. 107]Sepatutnya khalifah Umar menjaga pokok tersebut dengan baik sebagai satu peninggalan sejarah yang berharga.
Ke-34
34. Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengenakan zakat kuda. Ijtihadnya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW : "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba." [al-Baladhuri, Ansab alAsyraf,V,hlm.26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal; al-Musnad, I, hlm. 62; al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa', I, hlm. 137]
Ke-35
35. Khalifah Umar tidak mengetahui hukum orang yang syak tentang rakaat solatnya bagaimana hendak dilakukannya. Dia bertanya kepada seorang budak: "Apabila seorang itu syak bilangan solatnya, apakah ia harus lakukan?" Sepatutnya dia telah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenainya. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190; al-Baihaqi, Sunan, II, hlm. 332]
Ke-36
36. Khalifah Umar mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi orang yang mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah. Ijtihadnya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW di mana Aisyah berkata: "Aku meletakkan bauan ke atas Rasulullah SAW sebelum beliau mengerjakan tawaf ifadhah". [Malik, al-Muwatta', I, hlm. 285; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 173; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 58; Muslim, Sahih, I, hlm. 330]
Ke-37
37. Khalifah Umar tidak mengetahui faedah Hajr al-Aswad. Dia berkata: "Hajr alAswad tidak memberi sebarang faedah dan kemudharatan." Sekiranya dia tidak melihat Rasulullah SAW mengucupnya, nescaya dia tidak mengucupnya. Katakata Khalifah Umar tersebut adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW, beliau bersabda: "Hajr al-Aswad diturunkan dari Syurga warnanya putih seperti susu. Tetapi ianya bertukar menjadi hitam disebabkan dosa manusia." Dan sabdanya lagi: "Demi Allah. Dia akan membangkitkannya di Hari Kiamat, ianya mempunyai dua mata dan satu lidah yang akan bercakap dan memberi penyaksian kepada orang yang telah mengucupnya". [al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 180; al-Nasa'i, Sahih, II, hlm. 37; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 3]
Ke-38
38. Khalifah Umar tidak memberi khums kepada kerabat Rasulullah SAW. Ijtihad beliau adalah menyalahi firmanNya dalam Surah al-Anfal 18:4 dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah SAW. [al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 127; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 248]
Ke-39
39. Khalifah Umar berkata bahawa memukul isteri tidak akan dikenakan dosa. Dia mengaitkan kata-kata ini dengan Rasulullah SAW. [Ahmad bin Hanbal, alMusnad, I, hlm. 20], sebenarnya ianya bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah an-Nahl 16:90: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan".
Ke-40
40. Khalifah Umar melarang hadis "khabar gembira" bahawa setiap orang yang mengucapkan dua kalimah syahadat dengan yakin, akan masuk syurga. Kerana dia khuatir kaum Muslim hanya mengucap dua kalimah syahadat kemudian meninggalkan amalan lain. Dia berkata kepada Rasulullah SAW , "Adakah anda mengutuskan Abu Hurairah dengan khabar tersebut?" Rasulullah menjawab:"Ya". Umar berkata kepada Rasulullah SAW : "Janganlah anda melakukannya". [Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 38; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 108]. Sepatutnya dia tidak melarang Rasulullah SAW untuk melakukannya.
Ke-41
41. Khalifah Umar tidak mengetahui apakah bacaan Rasulullah SAW di dalam solat Hari Raya. [Muslim, Sahih, I, hlm, 242; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 180; Malik, al-Muwatta', I, hlm. 147; Ibn Majah, Sunan, I, hlm. 388; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 106; al-Nisa'i, Sahih, III, hlm. 184]. Sepatutnya dia mengetahui surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah SAW di dalam solat Hari Raya.
Ke-42
42. Khalifah Umar melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rajab. Dia berkata: "Apa itu bulan Rajab? Bulan Rajab hanya bulan yang dimuliakan oleh orang-orang Jahiliyah. Dan apabila datang agama Islam, ianya ditinggalkan. Sebenarnya Khalifah Umar tidak mengetahui kelebihan bulan Rajab. Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulllah SAW yang menggalakkan setiap Muslim supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, termasuk bulan Rajab. [al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 215; Muslim, Sahih, I, hlm. 318; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 326; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 381]
Ke-43
43. Khalifah Umar tidak membunuh Dzu al-Thadyah (ketua Khawarij) sedangkan Rasulullah SAW telah memerintahkannya supaya membunuhnya. Dia berkata:"Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang sujud?" Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi:"Siapa lagi yang akan membunuhnya?"Ali menjawab:"Aku."Rasulullah SAW bersabda:"Sekiranya anda mendapatinya."Ali pun pergi tetapi tidak mendapatinya. Rasulullah SAW bersabda:"Sekiranya lelaki itu dibunuh, tidak akan ada dua lelaki yang berselisih faham."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,III, hlm. 15]Sepatutnya Khalifah Umar membunuhnya tanpa mengambil kira keadaannya kerana Rasulullah SAW telah memerintahkannya. Tetapi dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.
Ke-44
44. Khalifah Umar tidak boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi. Dia bertanya kepada seorang lelaki:"Bagaimana keadaan anda?"Lelaki itu menjawab:"Aku adalah di kalangan orang yang mencintai fitnah, membenci alHaqq dan memberi penyaksian kepada orang yang tidak dilihat."Lalu dia memerintahkan supaya lelaki itu ditahan. Maka Ali AS menyuruh supaya ianya dilepaskan seraya berkata:"Apa yang diucapkan oleh lelaki itu adalah benar."Umar berkata:"Bagaimana anda dapat mengatakan ianya benar?"Ali AS menjawab:"Dia mencintai harta dan anak sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Anfal(8):28:"Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai fitnah."Dan dia membenci kematian maka ia adalah al-haqq. Dan dia memberi penyaksian bahawa Muhammad adalah Rasulullah sekalipun dia tidak melihatnya."Kemudian Umar memerintahkan supaya ia dilepaskan.[Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, hlm. 46]
Ke-45
45. Khalifah Umar telah menjatuhkan airmuka Rasulullah SAWA di hadapan Musyrikin yang datang berjumpa Rasulullah SAW supaya mengembalikan hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikin berkata:"Hamba-hamba kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama, tetapi mereka lari dari menjadi milik kami dan harta kami. Justeru itu kembalilah mereka kepada kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang membuat perjanjian damai dengan anda."Walau bagaimanapun Rasulullah SAW tidak mahu menyerahkan hamba-hamba tersebut kepada mereka kerana khuatir mereka akan menyiksa hamba-hamba tersebut. Tetapi beliau tidak mahu mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar.Maka Umar menjawab:"Benar kata-kata mereka itu wahai Rasulullah. Mereka itu adalah jiran kita dan mereka telah membuat perjanjian damai dengan kita."Maka muka Rasulullah SAW berubah kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW.[Ahmad bin Hanbal, alMusnad, I, hlm. 155;al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 11]
Ke-47
46. Khalifah Umar menjadikan mahr wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk Baitul Mal. Kemudian dia memisahkan pasangan tersebut dan berkata""Nikah adalah haram, mahr adalah haram dan kedua-duanya tidak boleh berkahwin lagi."Ali berkata:"Sekiranya lelaki itu tidak mengetahuinya, wanita tersebut berhak mengambil mahrnya dan dipisahkan pasangan tersebut. Dan apabila tamat iddahnya dia menjadi peminangnya. Didalam ertikata yang lain dia hendaklah menyempurnakan iddahnya yang pertama kemudian menyempurnakan pula iddahnya yang kedua."Lalu Umar berkata:"Kembalikan" "kejahilan" kepada Sunnah.[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 441; alTabari, Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 81] Persoalan yang timbul ialah kenapakah dia menjadikan mahr hal Baitul Mal dan bukan hak wanita tersebut dan kenapakah dia mengharamkan wanita tersebut ke atas lelaki tersebut? Manakah ayat atau Sunnah yang membolehkan khalifah Umar melakukan sedemikian? Oleh itu ijtihadnya adalah menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.
Ke-47
47. Khalifah Umar mempelajari Surah al-Baqarah selama dua belas tahun. Dan apabila dia selesai mempelajarinya (khatam), dia menyembelih beberapa ekor unta.[al-Qurtubi, Ahkam al-Qur'an, I, hlm. 34; al-Durr al-Manthur, I, hlm. 21] Oleh itu untuk mempelajari kesemua al-Qur'an dia memerlukan kepada masa yang lebih lama. Ini sebelum khalifah Umar menjadi seorang yang pelupa, kadangkala dia melupai bilangan raka'at sembahyang, lalu dia menyuruh seorang lelaki berdiri di hadapannya bagi memberikan isyarat kepadanya supaya dia berdiri ataupun rukuk, kemudian dia melakukannya.[Ibn Jauzi, Sirah Umar b. Khattab, hlm. 135; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 110]
Ke-48
48. Khalifah Umar telah menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh. Dia berkata:"Sekiranya kalian mendapati budak lelaki yang mencuri itu setinggi enam jengkal (sittah asyar) genap, maka kalian potonglah tangannnya. Jika tidak tinggallah dia."
Di riwayatkan daripada Sulaiman bin Yasar,"Sesungguhnya Umar mendatangi seorang budak lelaki yang telah mencuri, lalu dia mengukur budak tersebut, tetapi ianya tidak mencukupi enam jengkal tepat lalu ditinggalkannya."[al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-Ummal,I, hlm. 116]
Oleh itu ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW yang menetapkan baligh melalui ihtilam (mimpi) dan tumbuh bulu di kemaluan.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, V, hlm. 54-55]
Ke-49
49. Khalifah Umar menyesali menjadi seorang manusia. Dia berkata:"Alangkah beruntungnya jika aku menjadi seekor kambing keluargaku. Mereka menggemukkan aku seperti yang mereka suka. Kemudian aku menjadi makanan kepada orang yang menyukainya. Mereka menghiris sebahagian dariku dan memanggang sebahagian yang lain. Kemudian mereka memakan aku dan mereka mengeluarkan aku sebagai najis dan aku tidak menjadi manusia lagi."[alMuttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 345; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm. 131; Abu Nu'im, Hilyah al-Auliya', I, hlm. 52]
Sepatutnya khalifah Umar tidak mengeluarkan kata-kata tersebut kerana ianya bertentangan dengan Surah al-Tin (95):4:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika dia benar seorang wali Allah kenapa dia menyesal menjadi manusia, sedangkan Allah telah memberi jaminan di dalam Surah Yunus (10):62:"Ingatlah, sesungguhnya walil-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."
Ke-50
50. Khalifah Umar telah menhentikan pemberian zakat kepada muallaf.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 137 dan lain-lain] Tindakan ini adalah bertentangan dengan al-Qur'an Surah al-Taubah (4):60,"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang faqir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya...."