Ke-82
82. Khalifah Umar telah meludah surat persetujuan khalifah Abu Bakar tentang penanaman tanah terbiar oleh Uyainah bin Hasin dan al-Aqra' bin Habis kerana tidak bersetuju dengan rancangan tersebut. Kemudian memadamkannya pula. Akhirnya khalifah Abu Bakar mengakui bahawa kuasa yang sebenar berada di tangan Umar.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajr, alIsabah, V, hlm. 56]
Ke-83
83. Khalifah Umar mengatakan bahawa menjadi kerabat Rasulullah SAW tidak ada guna dan tidak terlepas dari Allah SWT. Lalu Rasulullah SAW memarahinya. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa apabila wafatnya anak lelaki Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW menangis dengan suara yang kuat. Maka Nabi SAW pun datang dan bertanya:"Wahai ibu saudaraku! Apakah yang membuatkan anda menangis? Dia menjawab:"Anak lelakiku telah mati."Rasulullah SAW bersabda:"Wahai ibu saudaraku! Sesiapa yang mati walaupun seorang anak di dalam Islam, dan dia bersabar, Allah akan membina sebuah rumah di syurga." Kemudian dia keluar dan berjumpa Umar. Maka Umar berkata kepadanya:"Kekerabatan anda dengan Rasulullah SAW tidak akan terlepas dari Allah SWT." Lalu Safiyyah menangis lagi. Dan ianya didengari oleh Nabi SAW. Nabi SAW memarahinya (Umar). Kemudian Nabi SAW memerintahkan supaya dilakukan azan dan Nabi SAW lalu berkhutbah:"Apakah gerangan orang-orang yang menyangkakan bahawa kerabatku tidak ada guna?" Beliau bersabda lagi,"Setiap nasab terputus pada hari Kiamat melainkan nasab keturunanku kerana ianya terjalin di dunia dan di akhirat."[al-Haithami, Majma' alZawa'id] Lantaran itu ijtihad Umar itu menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.
Ke-84
84. Khalifah Umar menyanyi dan sahabatnya menyuruhnya menyanyi. Harith bin Abdullah bin Abbas daripada bapanya berkata bahawa dia berjalan bersama Umar di suatu jalan di Makkah di dalam masa pemerintahannya, bersamanya Muhajirin dan Ansar. Umar menyanyikan satu nyanyian, lalu seorang lelaki dari Iraq berkata kepadanya:"Teruskan nyanyian itu wahai Amirul Mukminin."Maka Umarpun menjadi malu kemudian memecutkan untanya dengan laju.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VII, hlm. 336; al-Baihaqi, al-Sunan,V, hlm. 69]
Ke-85
85. Khalifah Umar pada masa jahiliyyah dikenali dengan Umair,"penternak kambing". Khalid bin Du'laj meriwayatkan daripada Qatadah bahawa dia berkata suatu hari Umar keluar bersama al-Jarud al-Abdi dari masjid, tiba-tiba dia terserempak dengan seorang wanita di tengah jalan. Lalu Umar memberi salam kepadanya. Maka dia pun menjawab salamnya dan berkata:"Wahai Umar! Pada masa dahulu anda dinamakan Umair di pasar Ukkaz menternak kambing dengan tongkat anda. Kemudian beberapa hari sahaja berlalu anda menamakan Umar pula kemudian beberapa hari sahaja berlalu sehingga anda menamakan Amirul Mukminin. Lantaran itu bertaqwalah kepada Allah wahai Umar."[Ibn Abd Birr, alIsti'ab, II, hlm. 723; Ibn Hajr, al-Isabah, VIII (1), hlm. 69]
Ke-86
86. Khalifah Umar dan Abu Bakar telah bertengkar sehingga meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah SAW. Abu Bakar berkata:"Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra' bin Habis bagi mengetuai kaumnya." Umar berkata:"Wahai Rasulullah! Janganlah anda melantiknya sehingga mereka menengking dan meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah SAW." Lalu diturunkan ayat di dalam Surah al-Hujurat (49):2, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada Rasulullah SAW mengenai.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 6; al-Tahawi, Musykil al-Athar, I, hlm. 14-42]
Ke-87
87. Khalifah Umar telah memukul dengan cemeti seorang lelaki bernama Sabigh sehingga berdarah di belakangnya kerana dia bertanya tentang huruf-huruf alQur'an (Mutasyabih al-Qur'an). Beberapa hari kemudian dia berkata kepada khalifah Umar:"Jika anda mahu membunuhku, bunuhlah dengan baik. Dan jika anda mahu mengubatiku, aku sekarang sudah sembuh." Kemudian Umar menulis surat kepada Abu Musa al-Asy'ari supaya tidak membenarkan orang ramai bergaul dengannya. Tindakan itu menyulitkan kehidupannya. Lalu Abu Musa al-Asy'ari menulis surat kepada khalifah Umar supaya membenarkan orang ramai bergaul dengannya kerana dia sudah bertaubat. Kemudian khalifah Umar membenarkannya.[al-Darimi,al-Sunan, I, hlm. 54; Ibn Asakir, Tarikh, VI, hlm. 384; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 109]
Ke-88
88. Khalifah Umar tidak mengetahui ilmu Qira'at al-Qur'an. Diriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia berkata:"Ubayy meriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia berkata:"Ubayy membaca ayat 107 di dalam Surah al-Maidah,"Mani Iladhina Istahaqqa 'Alaihim al-Aulayyan." Umar berkata kepada Ubayy:"Anda telah berbohong."Ubayy menjawab:"Anda lebih banyak berbohong."Seorang lelaki berkata kepada Ubayy:"Anda membohongi Amirul Mukminin?"Dia menjawab:"Aku lebih memuliakan Amirul Mukminin daripada anda. tetapi aku membohonginya kerana membenarkan Kitab Allah dan aku tidak membenarkan Amirul Mukminin untuk membohongi Kitab Allah. Umar menjawab:"Ya, betul."[alMuttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm, 285; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 344]
Ke-89
89. Khalifah Umar pernah tidak membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama. Manakala rakaat kedua dia membaca Surah al-Fatihah dua kali. Apabila dia selesai sembahyang dan salam dia sujud dua sujud sahwi.[Ibn Hajar, Fath alBari, III, hlm. 69;al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, II,hlm. 382] Ibrahim al-Nakh'i berkata:"Umar bin al-Khattab sembahyang Maghrib tanpa membaca sesuatupun sehingga dia memberi salam. Apabila selesai dia bertanya:Adakah anda tidak membaca sesuatupun? Umar menjawab:Aku menyediakan tentera ke Syam....Maka Umarpun mengulangi sembayangnya dan orang lainpun mengulanginya."Daripada Sya'bi bahawa Abu Musa al-Asy'ari berkata kepada Umar,"Wahai Amirul Mukminin! Adakah anda membaca di dalam hati anda sesuatu."Dia menjawab:"Tidak."Maka dia menyuruh diazan dan diiqamatkan, lalu Umar mengulangi sembahyang dan merekapun mengulanginya.[al-Muttaqi alHindi, Kanz al-Ummal, IV, hlm. 213; al-Baihaqi,al-Sunan, II, hlm. 342]
Ke-90
90. Khalifah Umar telah menyetubuhi seorang hamba (nya) pada siang hari bulan Ramadhan. Al-Daral-Qutni di dalam Sunannya Kitab al-Siyam, bab alQublah Li s-Siam (Perbahasan Mengenai Puasa dan Bab Kucupan Bagi Orang yang Berpuasa) telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Sa'id bin alMusayyab bahawa Umar telah datang kepada para sahabatnya dan berkata:"Apakah pendapat kalian tentang perkara yang aku telah melakukannya hari ini? Pada mulanya aku berpuasa, tiba-tiba seorang hamba wanita melintasiku, dia mempersonakanku, maka aku pun menyetubuhinya."Orang ramai menjadi riuh dengan kelakuannya itu sedangkan Ali AS berdiam sahaja. Lalu Umar bertanya kepada Ali AS:"Apa pendapat anda?" Beliau menjawab:"Anda telah melakukan perkara yang halal tetapi pada siang hari Ramadhan."Lalu Umar berkata:"Fatwa anda adalah lebih baik dari fatwa mereka."[Ibn Sa'd, Tabaqat, II, Bhg.II, hlm. 102]
Persoalannya:"Sekiranya khalifah Umar mengetahui hukumnya, apakah yang mendorongnya bertanya kepada para sahabatnya dan kemudian kepada Ali AS? Sekiranya dia tidak mengetahuinya, apakah yang menyebabkan dia berani melakukannya sebelum dia mengetahui halalnya dengan bertanyakan hukumnya?"
Ke-91
91. Khalifah Umar ketika sembahyang bersama Nabi SAWA telah menyeru Badwi penjual susu supaya berhenti di tempatnya. Al-Haithami di dalam Majma' al-Zawa'id, II, hlm. 62, meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW sedang sembahyang tiba-tiba seorang Badwi datang dengan susunya. Kemudian Nabi SAW memberikan isyarat kepadanya, tetapi dia (Badwi) tidak memahaminya.Lalu Umar memanggilnya:"Wahai Badwi! Berhentilah di situ." Apabila Nabi SAW memberi salam, beliau bertanya:"Siapakah yang bercakap tadi?" Orang ramai menjawab:"Umar." Lalu Nabi SAW bersabda:"Ilmu fiqh mana yang diikutinya! (sehingga dia boleh bercakap di dalam sembahyang)."
Ke-92
92. Khalifah Umar tidak mengetahui pengertian al-Abb di dalam Surah Abasa (80):32...."dan buah-buahan serta rumput-rumputan (Abban)." Sepatutnya dia mengetahui pengertian tersebut.[al-Hakim,al-Mustadrak, II, hlm. 514]
Ke-90
93. Khalifah Umar tidak dapat memahami pengertian al-Haraj di dalam Surah alHajj (22): 78,"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan."Lalu dia bertanya kepada seorang lelaki dari Bani.
Madlaj:"Apakah pengertian al-Haraj (suatu kesempitan)?Lelaki itu menjawab:"alDhaiq (kesempitan)."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 257]
Ke-94
94. Khalifah Umar telah menyiram satu pokok kurma tetapi ianya tidak berbuah sementara Nabi SAW menyiram pokok-pokok kurma yang banyak, kesemuanya berbuah. al-Baihaqi di dalam Sunannya,IX, hlm. 321 telah meriwayatkan sanadnya daripada Abdullah bin Baridah daripada bapanya bahawa Salman al-Farisi berkata:"Rasulullah SAW menyiram pokok-pokok kurma selain satu pokok yang disiramkan oleh Umar. Kesemua pokok yang disiramkan oleh Nabi SAW pada tahun itu berbuah, hanya satu pokok yang disiramkan oleh Umar yang tidak berbuah. Maka Rasulullah SAW bertanya:"Siapakah yang menyiramkan pokok kurma yang tidak berbuah itu?Mereka menjawab:"Umar."Lalu Rasulullah SAW menyiramkan pokok tersebut dan mengeluarkan buah pada akhir tahunnya."
Ke-95
95. Khalifah Umar kurang mampu memahami ungkapan seorang wanita yang merayu kepada Umar mengenai suaminya. Dia berkata:"Sesungguhnya suamiku berpuasa di siang hari dan beribadat di waktu malam." Umar tidak memahami ungkapan tersebut, malah dia berkata:"Anda mempunyai suami yang baik."Lalu seorang lelaki di majlis itu memberitahukan kepadanya maksud ungkapannya,"Dia merayu mengenai suaminya yang tidak menidurinya."Kemudian Umar meminta lelaki tersebut supaya memberi hukuman di antara mereka berdua.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 96 dan lain-lain]
Ke-96
96. Khalifah Umar tidak memahami pengertian "kezaliman" di dalam Surah alAn'am (6):82,"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman."Dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab tentang pengertian tersebut. Ubayy bin Ka'ab berkata:"Maksud kezaliman di dalam ayat tersebut ialah Syirk. Tidakkah anda pernah mendengar ucapan Luqman kepada anak lelakinya di dalam firmanNya Surah Luqman (31):13,"Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya Syirk itu adalah benar-benar kezaliman yang besar."[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 305]
Ke-97
97. Khalifah Umar memukul seorang lelaki sehingga terjatuh serbannya kerana bertanya kepadanya tentang al-Jiwar al-Kannas (Surah al-Takwir (81):16:"(Bintang) yang beredar dan terbenam".) Sebenarnya lelaki tersebut ingin mengetahui maksud al-Jiwar al-Kannas, tetapi khalifah Umar sendiri tidak memahaminya lalu memukulnya sehingga terjatuh serbannya.
Sepatutnya khalifah Umar bertanya pula kepada Ali AS nescaya dia akan memberi jawapan yang memuaskan.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 229]
Ke-98
98. Khalifah Umar telah menjalankan pemerintahannya agak kasar dan aggresif dan menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang sedang hamil, gugur kandungannya kerana takutkan Umar. Tetapi aneh sekali di dalam peperangan dia merupakan seorang yang selalu melarikan diri.[alBukhari, Sahih, III, hlm. 46; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 37] Talhah berkata kepada Abu Bakar:"Kenapa anda melantik ke atas kami seorang yang kasar?[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 26] Tindakannya itu telah menambahkan kemarahan orang ramai. Lantaran itu ianya bertentangan dengan Rasulullah SAW yang telah menjalankan pemerintahannya dengan lembut dan berbudi pekerti yang tinggi dan bersifat defensif.
Ke-99
99. Khalifah Umar telah membantah Nabi SAW supaya tidak melakukan sembahyang ke atas jenazah Abdullah bin Ubayy dan menarik beliau dengan kuat. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, bab al-Jana'iz, bab al-Kafbn Fi al-Qamis telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abdullah bin Umar bahawa apabila Abdullah bin Ubayy meninggal dunia, anak lelakinya berjumpa Nabi SAW dan meminta baju Rasulullah SAW untuk dikapankan bersama bapanya. Lantas Rasulullah SAW memberikan kepadanya. Apabila Rasulullah SAW mahu mengerjakan sembahyang ke atasnya, "Umarpun menariknya dengan kuat dan berkata:"Tidakkah Allah telah melarang anda dari mengerjakan sembahyang ke atas Munafiqin?" Beliau menjawab:"Aku diberi pilihan di antara dua perkara tersebut."Maka Nabi SAW meneruskan sembahyangnya.[alTurmudhi Sahih, II, hlm. 185]
Ke-100
100. Khalifah Umar telah meninggikan suaranya terhadap Rasulullah SAW. Muslim di dalam Sahihnya, Bab Waqt al-Isya' wa ta'khiruha meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ibn Syihab daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah berkata:"Pada suatu malam Rasulullah SAW telah melambatkan sembahyang 'Isya'(atmah), lalu beliau tidak keluar dari rumahnya sehingga Umar melaung:Wanita-wanita dan kanak-kanak telah tidur! Lantas Rasulullah SAW bersabda kepada orang-orang di masjid ketika beliau keluar.....Sehingga Ibn Syihab memberitahukan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Janganlah kalian mendesak Rasul supaya menyegerakan sembahyang."Ini berlaku apabila Umar melaungkan kepada beliau supaya mengerjakan sembahyang dengan segera."
Ke-101
101. Khalifah Umar membelakangi perintah Rasulullah SAW sebaliknya mematuhi permintaan ketua Musyrikin, Abu Sufian. Rasulullah SAW melarang para sahabatnya menjawab pertanyaan Abu Sufyan di dalam Perang Uhud kerana khuatir kaum Musyrikin mengetahui bahawa beliau masih hidup dan menyerang balas dengan cepat. Abu Sufyan ingin mendapatkan kepastian tersebut. Lalu dia bertanya:"Adakah Muhammad masih hidup?"Rasulullah SAW bersabda:"Janganlah kalian menjawab pertanyaannya."Kemudian dia bertanya kepada Umar secara khusus:"Wahai Umar, aku merayu kepada anda supaya anda memberitahukan kepadaku, adakah kami telah membunuh Muhammad?"Lantas Umar menjawab:"Tidak! Beliau sedang mendengar percakapan anda."[Ibn Jarir, Ibn al-Athir di dalam Tarikh-tarikh mereka bab "Peperangan Uhud"]
Sepatutnya khalifah Umar mematuhi perintah Rasulullah SAW dengan tidak membocorkan maklumat tersebut. Lantaran itu ijtihadnya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.
Ke-102
102. Khalifah Umar telah memanggil seorang wanita yang hamil kerana ingin bertanya kepadanya sesuatu. Tetapi disebabkan ketakutannya kepada khalifah Umar kandungannya menjadi gugur. Dia meminta fatwa para sahabat mengenainya. Mereka berkata:"Anda tidak wajib membayar apa-apapun kepadanya."Lalu Ali berkata:"Sekiranya mereka ingin menjaga hati anda, bererti mereka telah menipu anda. Dan sekiranya ini adalah ijtihad mereka, maka mereka telah bersalah. Oleh itu anda bersalah dan wajib memerdekakan seorang hamba."[Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 58]
Ke-103
103. Khalifah Umar mencaci Abu Hurairah kemudian memukulnya sehingga berdarah dan berkata:"Semasa aku melantik anda ke Bahrain anda tidak mempunyai apa-apapun, meskipun sepasang kasut. Kini anda mempunyai ternakan kuda dan dinar yang banyak."Umar berkata lagi,"Wahai musuh Allah dan musuh kitabNya! Anda telah mencuri harta Allah! [Ibn Abd Rabbih, al-Aqd alFariq, I, hlm. 26] Khalifah Umar memandang Abu Hurairah sebagai seorang yang tidak boleh diharapkan, dan tidak mempunyai amanah lalu memukulnya sehingga berdarah.
Perhatikanlah bagaimana sikap khalifah Umar terhadap Abu Hurairah. Kenapa kita Ahlul Sunnah memarahi Syi'ah kerana menolak Abu Hurairah? Sepatutnya kita lebih memarahi khalifah Umar kerana sikap dan perbuatannya terhadap Abu Hurairah.
Ke-103
104. Khalifah Umar mengkritik (lamiza) Nabi SAW dan cara beliau membahagibahagikan harta sadaqah. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 20 meriwayatkan daripada Salman bin Rabi'ah, dia berkata:"Aku mendengar Umar berkata:Rasulullah SAW membahagi-bahagikan sesuatu, maka aku berkata:Wahai Rasulullah, Ahlul s-Suffah adalah lebih berhak daripada mereka. Dia berkata:Rasulullah SAW bersabda:"Anda bertanya kepadaku tentang perkara-perkara yang keji dan anda menyangka aku seorang yang bakhil sedangkan aku bukanlah seorang yang bakhil."Aku berkata:Beliau meneruskan pembahagian tersebut menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya."Diriwayatkan daripada Abu Musa bahawa Umar telah bertanya kepada Rasulullah perkara-perkara yang dibenci oleh Rasulullah, lantas beliau marah sehingga Umar melihat mukanya berubah. Al-Bukhari juga telah meriwayatkannya di dalam Sahihnya, I, hlm. 19, bab al-'Ilm, dan bab al-Ghadhab fi al-Mau'izah wa al-Ta'lim idha Ra'a ma yakrahu.
Ke-105
105. Khalifah Umar telah memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat dirinya sendiri atau membiarkan dirinya diikat kerana dia telah menampar seorang lelaki dari Zararah yang telah memijak kainnya ketika dia sedang melakukan tawaf. Apabila tiba waktu malam, Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang keluar dari Makkah menuju Istanbul. Kemudian mengisytiharkan menganuti ugama Kristian kerana menentang tindakan Umar. Walau bagaimanpun Jabalah berdukacita di atas apa yang berlaku kerana perasaan kasih kepada Islam masih wujud di hatinya tetapi kemarahan kepada tindakan Umar tetap membara.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, I, hlm. 187] Lantaran itu tindakan Umar yang terburu-buru tanpa kebijaksanaan telah membuat Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang meninggalkan ugama Islam dan memeluk ugama Kristian.
Ke-106
106.Khalifah Umar mengakui kekurangan ilmunya terutamannya jika dibandingkan dengan Ali AS. Pengakuan-pengakuannya telah dicatat di dalam buku-buku Ahlul Sunnah. Di antaranya Umar berkata:
a)"Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
b)"Wahai Tuhanku! Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abul-Hassan tidak ada."
c)"Wanita telah lemah melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
d)"Anak lelaki al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi Talib."
e)"Kembalikan percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
f)"Aku memohon perlindungan dengan Allah dari sebarang permasalahan di mana Abu l-Hassan tidak ada."[Lihat umpamanya al-Tabari, Dhakai'r al-Uqba, hlm. 81; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288]
Pengakuan-pengakuan Umar di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Ali adalah lebih alim dan lebih mulia daripada Umar. Dan pengakuannya tidak boleh difahami sebagai tawadhuknya. Kerana pengakuan tersebut dilakukan selepas permasalahan hukum tidak dapat diselesaikan olehnya. Malah Umar juga mengakui bahawa orang ramai lebih alim daripadanya:
a)"Setiap orang itu lebih alim daripada Umar."
b)"Orang ramai lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar ."
c)"Setiap orang lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di khemah-khemah."
d)"Setiap orang lebih mengetahui daripada anda wahai Umar."
e)"Setiap orang lebih mengetahui daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di rumah-rumah."
Ke-107
107. Khalifah Umar tidak dapat menjawab soalan-solana yang dikemukakan kepadanya oleh Raja Rome. Kemudian dia meminta Ali AS supaya menjawabnya. Ibn Musayyab berkata:"Raja Rome menulis surat kepada khalifah Umar supaya memberikan jawapan kepada beberapa soalan yang dikemukakannya. Amma Ba'd.Sesungguhnya aku bertanya kepada anda beberapa soalan, oleh itu beritahukan kepadaku jawapannya:
1. Apakah perkara yang tidak dijadikan Allah?
2. Apakah perkara yang tidak diketahui Allah?
3. Apakah perkara yang tidak ada di sisi Allah?
4. Apakah perkara yang semuanya mulut?
5. Apakah perkara yang semuanya kaki?
6. Apakah perkara yang semuanya mata?
7. Apakah perkara yang semuanya sayap?
8. Siapakah lelaki yang tida ada keluarga?
9. Apakah perkara yang tidak dikandung oleh rahim?
10. Apakah perkara yang bernafas tetapi tidak ada roh?
11. Apakah yang dikatakan oleh suara loceng gereja?
12. Apakah perkara yang terangkat sekali sahaja?
13. Apakah pokok di mana orang yang berjalan dibayangannya selama seratus tahun belum dapat melintasinya dan apakah seumpamannya di dunia ini?
14. Apakah tempat yang tidak pernah terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja?
15. Apakah pokok yang tumbuh tanpa air?
16. Beritahukan kepadaku tentang Ahli Syurga; mereka makan, minum tanpa kencing dan berak dan apakah seumpama mereka di dunia ini?
17. Di antara hiasan di syurga ialah mangkuk-mangkuk yang cantik dan setiap mangkuk mempunyai berbagai-bagai warna yang tidak bercampur di antara satu sama lain, apakah seumpamannya di dunia ini?
18. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita yang keluar dari buah epal di syurga tanpa sebarang kekurangan?
19. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita di dunia untuk dua orang lelaki dan di akhirat hanya untuk seorang lelaki sahaja?
20. Beritahukan kepadaku tentang anak-anak kunci syurga apakah ia?
Ali AS membaca surat tersebut dan menjawabnya serta merta.'Bismi llahi rRahman r-Rahim. Amma ba'd. Sesungguhnya aku telah membaca surat andaa wahai Raja Rome dan aku menyeru anda dengan pertolongan Allah, keberkatanNya dan keberkatan Nabi kami Muhammad SAW.
1. Adapun perkara yang tidak "dijadikan" Allah ialah al-Qur'an kerana ia adalah kalamNya dan sifatNya begitu juga kitab-kitabNya yang lain. Allah SWT adalah qadim dan "sifat-sifat"Nya juga qadim.
2. Adapun perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda,"Dia mempunyai anak lelaki, teman wanita dan rakan kongsi."Allah tidak sekali-kali mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertaNya."[Surah al-Mukminun (23):91] dan "Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan."[Surah al-Ikhlas(112):3]
3. Adapun perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hambaNya."[Surah Fussilat(41):46]
4. Adapun perkara yang semuanya mulut ialah api. Api menjilat apa yang dicampakkan kepadanya.
5. Adapun perkara yang semuanya kaki ialah air.
6. Adapun perkara yang semuanya mata ialah matahari.
7. Adapun perkara yang semuanya sayap ialah angin.
8. Adapun lelaki yang tidak ada keluarga ialah Adam AS.
9. Adapun perkara yang tidak dikandung oleh rahim ialah tongkat Musa, berbiri Ibrahim, Adam dan Hawa.
10. Adapun perkara yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh ialah "Subuh apabila fajarnya mulai menyingsing [Surah al-Takwir(81):18]
11. Adapun apa yang dikatakan oleh loceng gereja:Taqqan, taqqan, haqqan, haqqan, mahlan, mahlan, 'adlan, 'adlan, sidqan,sidqan, sesungguhnya dunia telah memperdaya dan mempesonakan kita. Dunia berlalu abad demi abad. Setiap hari yang berlalu, melemahkan kedudukan kita. Sesungguhnya kematian memberitahukan kita bahawa sesungguhnya kita sedang berada di dalam suatu perjalanan. Lantaran itu tempatkanlah kami di mana-mana.
12. Adapun perkara yang terangkat sekali sahaja ialah bukit Tursina manakala Banu Isra'il menderhaka kepada Tuhan. Jarak di antaranya dengan Baitul Maqdis adalah beberapa hari perjalanan. Allah SWT telah mencabutkan satu bahagian kecil darinya dan dijadikannya dua sayap dari cahaya. Lalu Dia mengangkatnya di atas mereka sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-'Araf (7): 171:"Dan (ingatlah) ketika kami mengangkat bukit ke atas mereka, seakanakan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka."Dan Dia berfirman kepada Bani Isra'il sekiranya mereka tidak beriman Dia akan menjatuhkannya ke atas mereka dan manakala mereka beriman, Dia kembalikannya di tempatnya yang asal.
13. Adapun pokok di mana orang yang berjalan di bayangannya selama seratus tahun belum dapat melintasinya ialah Pokok Tuba iaitu di Sidrah al-Muntaha di langit yang ketujuh. Di situlah berakhirnya amalan manusia, ianya dari pokokpokok syurga. Tidak ada istana atau rumah di syurga melainkan ianya ditutupi oleh dahan-dahannya, seumpamanya di dunia ini ialah matahari, puncanya satu dan cahayanya di setiap tempat.
14. Adapun tempat yang tidak terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja ialah tanah laut di mana Allah membelahkan laut untuk Nabi Musa AS. Lalu air melambung tinggi seperti bukit dan tanah itu menjadi kering kerana terkena cahaya matahari ke atasnya kemudian air laut kembali ke tempatnya.
15. Adapun pokok yang tumbuh tanpa air ialah Pokok Yunus. Ianya merupakan satu mukjizat baginya sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Saffat (37): 146:"Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok dari jenis labu."
16. Adapun makanan ahli syurga seumpama mereka di dunia ini ialah janin di perut ibunya, menghisap makanan dari pusat ibunya, tanpa kencing dan berak.
17. Adapun warna-warna yang bermacam-macam di satu mangkuk seumpamanya di dunia ini ialah sebiji telur yang mempunyai dua warna; putih dan kuning dan kedua-duanya tidak akan bercampur.
18. Adapun hamba wanita yang keluar dari epal seumpamanya di dunia ini ialah ulat yang keluar dari epal dan tidak berubah.
19. Adapun hamba wanita yang dimiliki oleh dua lelaki ialah seperti satu pokok kurma yang dimiliki di dunia ini oleh Mukmin sepertiku dan oleh orang kafir seperti anda. Dan ianya menjadi milikku sahaja di akhirat kerana ia berada di syurga sedangkan anda tidak memasukinya.
20. Adapun anak-anak kunci syurga ialah Lailaha illa llah Muhammadan Rasulullah.
Ibn al-Musayyab berkata:"Apabila raja Rome membacanya dia berkata:"Percakapan seperti ini tidak dapat diucapkan melainkan oleh seorang yang datang dari "rumah kenabian."[al-Hafiz al-'Asimi di dalam Zain al-Fata, di dalam penerangannya mengenai Surah Hal Ata, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 87]