• Mulai
  • Sebelumnya
  • 5 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 21154 / Download: 750
Ukuran Ukuran Ukuran
Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya

Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya

pengarang:
Indonesia
Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya


Diterjemahkan dari buku aslinya Masyaariq
Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin

-Enam khutbah Amir al-Mukmin
tentang rahsia dirinya
karya: al-Hafiiz Rajab al-Barsi


Cetakan Bahasa Arab: Beirut, 1992

Hak terjemahan dilindungi undang-undang
All rights reserved
Cetakan pertama: September, 1994

1
Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya

MUKADIMAH
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang terpilih.
Amma ba'du. Buku Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, adalah karangan al-Hafiz Rajab al-Barsi yang berdasarkan kepada sebuah manuskrip bertarikh 1270 Hijrah tanpa nama penulis khatnya. Ia telah dicetak di muassasah al-A'lami, Beirut pada tahun 1992 setebal 224 halaman.
Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya adalah terjemahan daripada buku Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin dari halaman 160 hingga172. Tujuan terjemahan ini adalah untuk mendedahkan secara langsung khutbah Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib tentang rahsia dirinya yang jarang diketahui umum. Tetapi serpihan ucapan beliau secara ringkas boleh di dapati di dalam buku-buku karangan Syiah secara khusus dan buku-buku Ahl al-Sunnah wa al-Jamaa'ah secara umum meskipun sedikit.
Di dalam keenam-enam khutbahnya, Amir al-Mukminin a.s telah memaparkan hakikat dirinya, wilayahnya, asal kejadiannya, hubungannya dengan Rasulullah s.a.w dari satu segi dan hubungannya dengan keluarganya dari segi yang lain pula.
Beliau a.s telah melakukan berbagai keajaiban yang sukar difahami oleh minda biasa. Beliau a.s telah berada di alam cahaya dan alam roh atau alam atom sebelum wujud di alam nyata. Kewujudannya yang aneh di mana-mana, di abad-abad yang silam dan mendatang dengan segala keajaiban yang dilakukannya amat membingunkan.
Tetapi kehebatan dan keajaiban dirinya itu, kurnian Allah dengan kemulian Rasulullah s.a.w, tidak ditunjulkan dengan sepenuhnya ketika menghadapi hari-hari di zaman Rasulullah s.a.w. Kerana beliau a.s mahu bertarung menghadapi musuh-musuhnya dengan kekuatan manusia biasa. Memakan makanan yang dimakan oleh orang-orang miskin dan memakai pakaian yang dipakai oleh mereka.
Beliau a.s berkata: "Urusan kami adalah sulit dan menyulitkan, ianya diketahui dan diperakui oleh tiga golongan: Malaikat Muqarrab, Nabi Mursal dan mukmin cerdik yang telah diuji imannya oleh Allah"
"Jika aku memberitahu kepada kamu apa yang aku telah mendengarnya daripada lisan Abu al-Qasim s.a.w, nescaya kamu akan keluar dari sisiku dan berkata: Sesungguhnya Ali adalah pendusta yang paling besar".
"Jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya (bidaah) dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syiahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku"
Sepanjang khutbahnya, beliau a.s mengakui bahawa beliau a.s., Rasulullah s.a.w dan para imam selepasnya berasal daripada cahaya, di samping itu, mengakui bahawa beliau a.s adalah seorang hamba yang menerima rezeki daripada Tuhan. Justeru mereka adalah manusia-malaikat atau manusia berjiwa malaikat yang rapat dengan malaikat sebagaimana beliau a.s berkata: Akulah tempat turunnya para malaikat yang mempunyai kedudukan yang bermacam-macam" dan "Akulah di mana para malaikat mendatangi hamparanku" Beliau a.s menentang munafiqin yang mendakwa dirinya mempunyai sifat-sifat ketuhanan. Beliau a.s melakanati mereka sekeras-kerasnya.
Oleh itu pembaca mestilah memahami bahawa setiap kelebihan yang ditunjulkan olehnya tidak mengatasi kelebihan Rasulullah s.a.w. Kerana Imam Ali dan sebelas para imam a.s selepasnya adalah dibawah kenabian Muhammad s.a.w.
Ungkapannya mempunyai maknanya yang tersendiri, umpamanya apabila beliau mengatakan bahawa beliaulah yang awal dan akhir, maka beliau maksudkan bahawa beliaulah orang yang pertama Islam dan beliaulah orang yang akhir menyempurnakan jenazah Rasulullah s.a.w.
Terjemahan buku ini adalah khusus untuk pengikut mazhab Syiah Imam Dua Belas atau mazhab Ja'fari yang berfikiran luas sahaja. Adapun pengikut mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaa'ah diharamkan sama sekali dari membacanya, memilikinya menyimpannya, menyentuhinya atau membuat isyarat kepadanya di dalam semua keadaan.

Penterjemah:

Dr. Ayyub Hasanuddien


17hb. September, 1994.




KANDUNGAN
MUKADIMAH 3


KHUTBAH PERTAMA 6

KHUTBAH KEDUA 22

KHUTBAH KETIGA 24

KHUTBAH KEEMPAT 27

KHUTBAH KELIMA 39

KHUTBAH KEENAM 55

BIBLIOGRAFI 65

INDEKS 67

2
Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya

KHUTBAH PERTAMA
Pendahuluan, sesiapa yang pada zahirnya mengakui wilayahku lebih banyak daripada batinya, akan ringanlah timbangannya, sesungguhnya seorang mukmin tidak sempurna imannya sehingga dia mengetahuiku secara Nuraaniyyah dan lain-lain.

Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi dan Abu Dhar daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau a.s berkata:

"Sesiapa yang pada zahirnya mengakui wilayahku lebih banyak daripada batinya, maka ringanlah timbangannya (man kaana zahiru-hu fii wilaayati akthar min baatini-hi khaffat mawaazinu-hu), wahai Salman, sesungguhnya seorang mukmin tidak sempurna imannya sehingga dia mengetahuiku secara Nuraaniyyah (cahaya) (ya Salman, la yakmulu al-mu'min imana-hu hatta ya'rifa-ni bi-al-Nuraaniyyah) dan apabila dia mengetahuiku sedemikian, maka dia adalah mukmin (wa idha 'arafa-ni bi-dhaalika fa-huha mu'min), Allah telah menguji hatinya dengan keimanan (imtahanaa llahu qalba-hu li l-Iman), lapang dadanya kepada Islam (wa syaraha sadru-hu li l-Islam) dan dia menjadi arif tentang agamanya, terbuka mata hatinya (wa saara 'aarifan bi-diini-hi mustabsiran).
Sesiapa yang mengabaikan perkara tersebut, maka dia adalah seorang yang syak dan was-was (wa man qassara 'an dhaalika fa-huwa syakkin murtaabin). Wahai Salman dan wahai Jundub! Sesungguhnya makrifat tentang diriku secara Nuraaniyyah (pencahayaan) adalah makrifat Allah (inna ma'rifati bi al-Nuraaniyyati ma'rifatu llah). Dan makrifat Allah adalah makrifatku (wa ma'rifatu llahi ma'rifati). Ia adalah agama yang murni (al-Diin al-Khaalis) sebagaimana Allah berfirman di dalam Surah al-Bayyinah (8):5:"Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mendirikan sembahyang (yuqiimuu al-Salaat) dan menunaikan zakat (wa yu'tuuna al-Zakaat); dan yang demikian itulah agama yang lurus" Adapun firman-Nya "al-Diin al-Hunafaa'" iaitu ikrar dengan kenabian Muhammad s.a.w (wa huwa al-Iqraar bi-nubuwwati Muhammad (s.a.w), ia adalah agama yang lurus (wa huwa al-Diin al-Haniif).

Firman-Nya "yuqiimuu al-Salaat" ertinya "mereka mendirikan sembahyang" iaitu mengakui wilayahku (wilaayati), sesiapa yang mewalikan aku, maka sesungguhnya dia telah mendirikan sembahyang [dari segi makna-nya] (fa-man waalaani fa-qad aqaama al-Salaat), iaitu sulit dan menyulitkan (wa huwa su'bun mustas'abun). "wa yu'tuuna al-Zakaat" mereka menunaikan zakat iaitu mengakui para imam (huwa al-Iqraar bi- al-Aimmati). Itulah agama Allah yang lurus (dhaalika diinu llah al-Qayyim). Al-Qur'an telah menjadi saksi bahawa agama yang lurus adalah ikhlas dengan tauhid (syahida al-Qur'an inna al-Diin al-Qayyim al-ikhlasu bi-al-Tauhiid), mengakui kenabian dan wilayah (wa al-Iqraar bi-al-Nubuwwati wa al-Aimmati).

Lantaran itu, sesiapa yang mengakui semuanya, maka sesungguhnya dia telah melaksanakan agamanya (fa-man jaa'a bi hadha fa-qad ataa bi-al-Diin).

Wahai Salman, wahai Jundub, mukmin yang diuji yang tidak dibentangkan ke atasnya sesuatu perkara mengenai kami melainkan Allah melapangkan dadanya untuk menerimanya (al-Mu'min al-Mumtahanu al-Ladhi lam yarid 'ali-hi sya'un min amri-na illa syarraha llahu sadra-hu li-qabuli-hi), dia tidak syak dan was-was (la yasyukku wa-lam yartaabu). Sesiapa yang berkata: Kenapa dan bagaimana, maka dia telah menjadi kafir (wa man qaala lima wa kaifa fa-qad kafara).
Justeru mereka telah menerima urusan Allah (fa-sallamu llaha amra-hu), maka kamilah urusan Allah (fa-nahnu amru llah), wahai Salman, wahai Jundub, sesungguhnya Allah telah menjadikan aku penyimpan amanah-Nya ke atas makhluk-Nya (inna llaha ja'ala-ni amiina-hu 'alaa khalqi-hi), khalifah-Nya di bumi-Nya, negara-Nya dan hamba-hamba-Nya (khalifata-hu fii ardhi-hi wa biladi-hi wa 'ibadi-hi). Dia telah kurniakan kepadaku apa yang tidak dapat diceritakan oleh orang biasa (wa a'taani ma lam yasif-hu al-Waasifuun) dan orang-orang yang arif (wa la ya'rifu-hu al-'Arifun). Apabila kamu mengetahui aku sedemikian, maka kamu adalah mukminun (fa-idhaa 'araftumuu-ni ha-kadha fa-antum mu'minuun).

Wahai Salman, Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2):45 "(wa ista'iinuu bi- al-Sabri wa al-Salaati), maka al-Sabr "kesabaran" adalah Muhammad (fa-al-Sabr Muhammadun) dan al-Salaat "sembahyang" adalah wilayahkku (al-Salaat wilaayati).

Lantaran itu, Dia berfirman "wa inna-ha la-kabiiratun" Ertinya: "Sesungguhnya ia adalah berat" dan Dia tidak berfirman: Inna-huma "sesungguhnya kedua-duanya". Kemudian Dia berfirman: Illaa 'alaa al-Khaasyi'iin "kecuali mereka yang khusyuk". Dia telah mengecualikan ahli wilayahku (fa-stathnaa ahla wilaayati al-Ladhiina istabsaruu bi-nuuri hidaayati).

Wahai Salman, kami adalah rahsia Allah yang tidak disembunyikan (nahnu sirru llahi al-Ladhi la yukhfaa) dan cahaya-Nya yang tidak terpadam (wa nuuru-hu al-Ladhi la yutfaa).

Nikmat-Nya yang tidak dapat dibalas (wa ni'matu-hu al-Ladhi la tujzaa). Awal kami adalah Muhammad, pertengahan kami adalah Muhammad dan akhir kami adalah Muhammad (awwalu-naa Muhammad wa ausatu-naa Muhammad wa aakhiru-naa Muhammad). Sesiapa yang telah mengetahui kami, maka dia telah menyempurnakan agama yang lurus (fa-man 'arafa-naa fa-qad istakmala al-Diina al-Qayyim). Wahai Salman, wahai Jundub, aku dan Muhammad pada masa dahulu adalah satu cahaya , kami bertasbih sebelum orang lain bertasbih (kuntu wa Muhammad nuuran nusabbi-hu qabla al-Musabbihaat).

Kami bercahaya sebelum makhluk (wa nasyriq qabla al-Makhluqaat), maka Allah telah membahagikan cahaya itu kepada dua: Nabi Mustafa dan Wasi Murtadha (fa-qassama llhu bi-dhaalika al-Nuura nisfaini: Nabiyyun Mustafa wa wasiyyun murtadha), maka Allah a.w berfirman kepada yang separuh (al-Nasf): Jadilah kamu Muhammad (kun Muhammadan) dan kepada yang separuh lagi (al-Nasf): Jadilah kamu Ali (kun 'Aliyyan).

Lantaran itu, Nabi s.a.w bersabda: Aku adalah daripada Ali dan Ali adalah daripadaku dan tidak akan menunaikan daripadaku kecuali aku atau Ali (anaa min 'Ali wa 'Ali min-ni, wa la yuaddu 'an-ni illaa anaa au 'Ali) .
Wahai Salman, wahai Jundub, Muhammadlah yang bercakap (wa kaana Muhammad al-Naatiq) dan akulah yang berdiam diri (anaa al-Saamit). Setiap zaman pasti ada yang berdiam diri dan ada yang bercakap (wa la budda fii kulli zamaan min saamitin wa naatiqin), maka Muhammad adalah sahabat pengumpulan [semua perkara] (fa-Muhammadun saahib al-Jam') dan aku adalah sahabat pengusiran [di mahsyar] (wa anaa saahib al-Hasyr), Muhammad adalah pemberi peringatan (wa Muhammad al-Mundhir), aku adalah yang memberi pertunjuk (wa anaa al-Haadi).

Muhammad adalah sahabat syurga (wa Muhammad saahib al-Jannat), aku adalah sahabat raj'ah (wa anaa saahib al-Raj'ati), Muhammad adalah sahabat al-Haudh (wa Muhammad saahib al-Haudh), aku adalah sahabat bendera (wa anaa saahib al-Liwaa'), Muhammad adalah sahabat semua kunci (wa Muhammad saahib al-Mafaatih).

Aku adalah sahabat syurga dan neraka (wa anaa saahib al-Jannati wa al-Naari), Muhammad adalah sahabat wahyu (wa Muhammad saahib al-Wahyi), aku adalah sahabat ilham (wa anaa saahib al-Ilhaam), Muhammad adalah sahabat segala dalil (wa Muhammad saahib al-Dalalaat), aku adalah sahabat mukjizat (wa anaa saahib al-Mu'jizaat).

Muhammad adalah pemutus para nabi (Muhammad khaatam al-Nabiyyiin), aku adalah pemutus para wasi (wa anaa khaatam al-Wasiyyiin), Muhammad adalah sahabat dakwah (Muhammad saahib al-Da'wah), aku adalah sahabat pedang dan kekuatan (wa anaa saahib al-Saif wa al-Satwati), Muhammad adalah Nabi yang mulia (Muhammad al-Nabiyyu al-Kariim), aku adalah al-Sirat al-Mustaqiim (wa anaa al-Siraat al-Mustaqiim), Muhammad adalah al-Ra'uuf al-Rahiim (wa Muhammad al-Ra'uuf al-Rahiim), aku adalah al-'Aliyyu al-'Aziim (wa anaa al-'Aliyyu al-'Aziim).

Wahai Salman, Allah berfirman di dalam Surah al-Mu'min (40): 15 ''Yang Mengutus Roh dengan perintah-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya (yulqi al-Ruuha min amri-hi 'ala man yasya' min 'ibadi-hi), Dia tidak memberi roh ini kecuali kepada orang yang diserahkan kepadanya urusan dan qadar (wa la ya'ti hadha al-Ruuh illa man fuwwidha ilai-hi al-Amr wa al-Qadar), aku menghidupkan orang yang telah mati (anaa uhyii al-Mauata), aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi (wa a'lamu ma fii al-Samawaat wa al-Ardh), akulah kitab yang terang (wa anaa al-Kitaab al-Mubiin), Wahai Sulaiman, Muhammad adalah pendiri hujah (Muhammad muqiim al-Hujjati), aku adalah hujah kebenaran ke atas makhluk (wa anaa hujjat al-Haq 'ala al-Khalqi).

Dan dengan roh itu ia dinaikkan ke langit (wa bi-dhaalika al-Ruh 'urija bi-hi ila al-Samaa'), akulah yang telah membawa Nuh ke dalam Bahteranya (anaa hamal-tu Nuhan fii al-Safiinati), aku adalah sahabat Yunus di dalam perut ikan paus (anaa saahib Yunus fii butni al-Hut), akulah yang telah berdialog dengan Musa di lautan (anaa haawar-tu Musa fii al-Bahri), aku telah membinasakan kurun-kurun yang pertama (wa ahlak-tu al-Quruun al-Uulaa), aku telah dikurniakan ilmu para nabi dan para wasi (u'ti-tu 'ilm al-Anbiyaa' wa al-Ausiyaa') dan kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Dengan akulah tamatnya kenabian Muhammad (bii-tammat nubuwwatu Muhammadin).

Akulah yang telah mengalirkan sungai-sungai dan lautan (anaa ajrai-tu al-Anhaar wa al-Bihaar), akulah yang telah memancarkan mata air di bumi (wa fajjar-tu al-Ardha 'uyuunan). Akulah yang sayu kepada dunia kerana wajahnya (anaa ka'bu al-Dunya li-waj-hi-ha). Aku adalah azab hari kegelapan (anaa 'azab yauma al-Zulmati), akulah al-Khidir guru Musa (anaa al-Khidir mu'allimu Musa), akulah guru Daud (anaa mu'allimu Daud), akulah Dhu l-Qarnain (anaa dhu l-Qarnain), akulah yang telah menolak ikannya dengan izin Allah (anaa al-Ladhi dafa'-tu samka-ha bi-izni llahi), akulah yang telah menjelajahi bumi-Nya (anaa dahau-tu ardha-ha). Akulah yang menyeru dari tempat yang jauh (anaa al-Naadi min makaanin ba'iid).

Akulah binatang yang melata dari bumi (anaa daabbatu l-Ardh) . Aku sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w): Anda, wahai Ali, Dhu l-Qarnainnya, dan kedua-duanya, dan bagi anda yang akhir dan yang pertama (anta ya 'Ali Dhu Qarnai-ha, wa kullan tarafai-ha, wa laka al-Aakhiratu wa al-Uula). Wahai Salman, sesungguhnya mayat kami apabila ia mati, tidak mati (inna maita-tanaa idha maata lam yamut), orang yang terbunuh di kalangan kami, tidak dibunuh (wa maqtula-na lam yuqtal). Dan yang ghaib kami apabila dia ghaib, tidak ghaib (wa gha'iba-na idha ghaaba lam yaghib).

Kami tidak beranak dan tidak diperanakkan di dalam perut (wa la nalidu wa la nuuladu fii al-Butuun). Tiada seorangpun boleh dikiaskan dengan kami (wa la yuqaasu bi-na ahadun mina al-Naasi). Aku telah bercakap di atas lidah Isa di dalam buaian (anaa takallam-tu 'ala lisaan 'Isa fii al-Mahdi). Aku adalah Nuh (anaa Nuh), akulah Ibrahim (anaa Ibrahim), akulah sahabat unta betina (anaa saahib al-Naaqati), akulah sahabat gempa bumi (anaa saahib al-Raajifati), akulah sahabat gegaran (anaa saahib zalzalati), akulah Lauh Mahfuz (anaa al-Lauh al-Mahfuz), kepadakulah berakhirnya ilmu apa yang ada padanya (ilayya intaha, ilmu ma fii-hi). Aku bertukar kepada bermacam-macam bentuk menurut kehendak Allah (anaa anqalibu fii al-Suwar kaifa Syaa Allah), sesiapa yang telah melihat mereka, maka dia telah melihat aku (man r'aa-hum fa-qad ra'aa-ni). Dan sesiapa yang telah melihat aku, maka dia telah melihat mereka (wa man ra'aa-ni fa-qad ra'aa-hum) .

Kami pada hakikatnya, cahaya Allah yang tidak hilang dan tidak berubah (wa nahnu fii al-Haqiqati nuuru llahi al-Ladhi la yazuulu wa la yataghayyaru). Wahai Salman, dengan kamilah telah mulianya setiap yang diutus (bi-na syarafa kullu mab'uuth). Lantaran itu, janganlah mendakwa kami sebagai tuhan-tuhan (fa-la tad'uu-na arbaaban) dan katalah kepada kami apa yang kamu mahu [selain daripada itu] (wa quuluu fii-naa ma syi'tum) . Disebabkan kami seorang itu binasa dan dengan kami dia berjaya (fa-fiiina halaka wa bi-na najaa). Wahai Salman, sesiapa yang beriman dengan apa yang aku telah katakan dan aku telah jelaskan, maka dia adalah mukmin (man aamina bi-ma qul-tu wa syarah-tu, fa-huwa mu'min), maka Allah telah menguji hatinya untuk keimanan (imtahanaa llhu qalba-hu li l-Imaan) dan meredainya (wa radhia 'an-hu).

Sesiapa yang syak dan was-was, maka dia adalah Naasibi (wa man syakka wa irtaaba fa-huwa naasibun) sekalipun dia mendakwa wilayahku, maka dia adalah seorang pendusta (wa in idda'a wilaayati fa-huwa kaadhibun). Wahai Salman, aku dan pembimbing-pembimbing daripada Ahlu l-Baitku adalah rahsia Allah yang tersembunyi (anaa wa al-Hudaat min ahli baitii sirru llahi al-Maknuun) dan para wali-Nya yang hampir kepada-Nya (wa auliyaa'u-hu al-Muqarrabuun), semua kami adalah satu (kullu-na waahidun), rahsia kami adalah satu (waahidun). Lantaran itu, janganlah kamu memisah atau membezakan antara kami, nescaya kamu binasa (fa-la tufarriquu fii-naa fa-tahlikuu).

Sesungguhnya kami zahir pada setiap zaman menurut kehendak Yang Maha Pemurah (fa-innaa nazharu fii kulli zamaan bi-ma syaa al-Rahmaan). Oleh itu, neraka wail, neraka wail bagi mereka yang mengingkari apa yang aku telah katakan (fa-al-Wail kulla al-Wail li-man ankara ma qultu), tidak akan mengingkarinya melainkan mereka yang bodoh (wa la yunkiru-hu illa ahlu l-Ghabaawati) dan mereka yang telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan menjadikan penglihatan mereka tertutup (wa man khatama 'ala qalbi-hi wa sam'i-hi wa ja'ala 'ala basari-hi ghisyaawati).

Wahai Salman, aku adalah bapa setiap mukmin dan mukminat (anaa abu kulli mu'min wa mu'minati), wahai Salman, akulah malapetaka yang amat besar (anaa al-Tammatu al-Kubraa), akulah yang mendatangi apabila ia datang (anaa al-Aazifatu idha izifat), akulah yang pasti terjadi (anaa al-Haaqatu) , akulah yang menggentarkan hati (anaa al-Qaari'atu), akulah hari pembalasan (anaa al-Ghaasyiatu), akulah laungan (anaa al-Sarkhatu), akulah ujian yang diturunkan (anaa al-Mihnatu al-Nazilatu). Kamilah tanda-tanda, dalil-dalil, hijab-hijab dan wajah Allah (wa nahnu al-Aayaat wa al-Dalalaat wa al-Hujub wa wajhu llahi).

Akulah apabila namaku ditulis di 'Arasy, maka ia menjadi tetap (anaa kutiba ismi 'ala al- 'Arasy fa-istaqarra), [akulah apabila namaku ditulis] di langit, maka ia berdiri kuat (wa 'ala al-Samaawaat fa-qaamat).

[Akulah apabila namaku ditulis] di bumi, maka ia terhampar (wa 'ala al-Ardh fa-farasyat), [akulah apabila namaku ditulis] di atas angin, maka ia bertiup (wa 'ala al-Raihi fa-dharrat), [akulah apabila namaku ditulis] di atas kilat, maka ia berkilau (wa 'ala al-Barqi fa-lami'a) [akulah apabila namaku ditulis] di atas wadi, maka ia mengalir (wa 'ala al-Waadi fa-hami'a), [akulah apabila namaku ditulis] di atas cahaya, maka ia terputus (wa 'ala al-Nuuri fa-quti'a), [akulah apabila namaku ditulis] di atas awan, maka ia menitiskan air (wa 'ala al-Syihaab fa-dami'a), [akulah apabila namaku ditulis] di atas petir, maka ia tunduk (wa 'ala al-Ra'di fakhasyi'a).
[Akulah apabila namaku ditulis] di atas malam, maka ia menjadi gelap dan menggelapkan (wa 'ala al-Laili fa-dujaa wa azlama), [akulah apabila namaku ditulis] di atas siang, maka ia menjadi cerah dan tersenyum (wa 'ala al-Nahaar fa-anaaara wa tabassama)".



KHUTBAH KEDUA
Pujian kepada Allah, akulah di sisi Muhammad, 'Arasy adalah 'Arasy Allah ke atas semua makhluk, akulah pintu maqam, dan hujah musuh. [Akulah] binatang yang melata di bumi, [akulah] sahabat semasa, pintar di dalam hukuman, bahtera kejayaan dan lain-lain.

"Segala puji bagi Allah Penentu masa, Pemilik segala perkara di mana kami adalah daripada kejadian-Nya sebelum penciptaan penetapan. Daripada-Nya kami telah bermula dan kepada-Nya kami kembali kecuali masa, maka pada kamilah dibahagikan batasan-batasannya, untuk kami diambil janji-janji-Nya, kepada kami dikembalikan penyaksian-penyaksian-Nya. Apabila berpusingnya beribu-ribu pusingan, maka berpanjanganlah malam dan siang, tiada alamat si alim tanpa orang awam, [akulah] nama yang tersergam ([anaa] al-Ismu al-Adhkham), [akulah] alim tanpa diajari ([anaa] al-'aalim ghaira al-Mu'allam).

Akulah di sisinya (anaa al-Janbu) Iaitu aku di sisi Muhammad (wa al-Jaanib Muhammadun), 'Arasy adalah 'Arasy Allah ke atas semua makhluk (al-'Arsy 'arsyu llahi 'ala al-Khalaa'iq), akulah pintu maqam (anaa baabu l-Maqaam) dan hujah musuh (wa hujatu al-Khisaam). [Akulah] binatang yang melata di bumi (wa daabbatu l-Ardh), [akulah] sahabat semasa (wa sahib al-'Asri), pintar di dalam hukuman (wa-faslu al-Qadhaa'), bahtera kejayaan (wa safiiinatu al-Najaati), tidak bertiang untuk menguatkan bumi (lam taqum al-Da'aim bi-takhawwumi al-Aqtaar), tidak ada sarung pedang atau sarung neraca yang tersembunyi melainkan di atas tanggungjawab kami (wa la aghmidata qistasy al-Sajaaf illa'ala kawaahil umuuri-na).

Akulah lautan ilmu (anaa bahru al-'Almi), akulah hujah hijab (wa nahnu hujjatu al-Hijaab). Apabila falak beredar, dan ia dibunuh, mati atau binasa (fa-idha istadaara al-Fulku, wa qutila maata au halaka), tetapi aku adalah penghujung tali yang kukuh (illa an tarafayy hablu al-Matiin), kepada penetapan air yang ditentukan (ila qaraar al-Maa' al-Mu 'ayyan), kepada kemudahan penetapan (ila basiid al-Tamkiin), kepada sebalik keputihan cina (ila waraa' baidhaa' al-Siin), kepada kemusnahan kubur orang-orang Taaliqaan (ila masaari' qubuur al-Taaliqaani), kepada bintang-bintang keluarga Yaasiin (ila nujuum yaa siin) dan para sahabat al-Siin (Muhammad) di kalangan mereka yang tinggi di seluruh Alam (wa ashaab al-Siin min al-'Illiyyin al-'Aalamiin).

Dia telah menyembunyikan rahsia Tawaasiin (katama asraar al-Tawaasiin), kepada padang pasir yang berdebu (ila al-Baidaa' al-Ghabraa') kepada perbatasan tanah ini (ila had hadha al-Tharaa). Akulah penjaga agama (anaa dayyanu al-Diin), aku akan menunggang awan (la-arkabanna al-Sahhab), aku akan memeggalkan kepala (la- adhribanna al-Riqaab), aku akan memusnahkan gigi geraham satu per satu (wa la-uhdimanna urman hijran hijran). Aku akan duduk di atas batu untukku di Dimasyq (wa la-ajlisu 'ala hajar li bi-Dimasyq), aku akan menawarkan Arab tawaran kematian (wa la-asumanna al-'Arab sauma al-Manaayaa). Ada orang bertanya kepadanya: Bilakah ini berlaku? (fa-qiila mataa hadha?) Maka beliau a.s berkata: Apabila aku mati dan aku menjadi tanah (idha muttu wa sirtu ila al-Turaab)".





KHUTBAH KETIGA
Khutbah Amir al-Mukminin a.s selepas pulang dari memerangi Khawarij: Akulah orang yang pertama Islam, akulah orang yang pertama mukmin, akulah musalli yang pertama, akulah orang yang pertama berpuasa, akulah orang yang pertama berjuang, akulah tali Allah yang kukuh dan lain-lain.


"Akulah orang yang pertama Islam (anaa awwalu al-Muslimin), akulah orang yang pertama mukmin (anaa awwalu al-Mu'minin), akulah musalli yang pertama (anaa awwalu al-Musalliin), akulah orang yang pertama berpuasa (anaa awwalu al-Saa'imiin), akulah orang yang pertama berjuang (anaa awwalu al-Mujaahidiin), akulah tali Allah yang kukuh (anaa hablu llah al-Matiin), aku adalah pedang Rasul Tuhan sekalian alam (anaa rasul rabb al-'Aalamiin) .

Akulah al-Siddiq yang paling besar (anna al-Siddiq al-Akbar), akulah al-Faaruuq yang paling besar (anaa al-Faaruuq al-Akbar), akulah pintu bandar ilmu (anaa bab madiinatu al-'Ilmi), akulah ketua kesabaran (anaa ra'su al-Hilmi), akulah bendera petunjuk (anaa raayatu al-Hudaa), akulah mufti keadilan (anaa mufti al-'Adli), akulah lampu agama (anaa siraaju al-Diin), akulah Amir al-Mukminin (anaa Amir al-Mu'minin), akulah Imam kepada mereka yang bertakwa (anaa imam al-Muttaqiin). Akulah penghulu para wasi (anaa sayyidu al-Wasiyyiin), akulah ketua agama (anaa ya'suub al-Diin). Akulah bintang yang terang (anaa syihaab al-Thaaqib), akulah azab Allah yang pedih (anaa 'azabu llah al-Waasib). Akulah lautan yang tidak kering (anaa al-Bahru al-Ladhi la yanzifu).

Akulah kemuliaan yang tidak dapat digambarkan (anaa al-Syarafu al-Ladhi la yuusafu), akulah pembunuh musyrikin (anaa qaatil al-Musyrikiin), akulah pemusnah orang-orang kafir (anaa mubiidu al-Kaafiiriin), akulah pertolongan mukminin (anaa ghauthu al-Mu'minin), akulah ketua yang berseri mukanya (anaa qaaid al-Gharr al-Muhajjaliin), akulah gusi-gusi neraka Jahanam yang memotong (anaa adhraasu Jahannam al-Qaati'ah).

Akulah kisarannya yang berpusing (anaa rihaa-ha al-Daa'iratu), akulah yang menarik ahlinya kepadanya (anaa saaqa ahlu-ha ilai-ha). Akulah yang mencampakkan bahan bakarnya ke atasnya (anaa mulaqqi hatabi-ha 'alai-ha). Namaku pada mashaf adalah 'Aliyan (inna ismi fii al-Suhufii 'Aaliyan), di dalam Taurat adalah Bariyya (wa fii al-Taurati Bariyya) , di sisi Arab adalah Ali (wa 'inda al-'Arab 'Aliyyan).

Sesungguhnya bagiku beberapa nama di dalam al-Qur'an yang diketahuinya oleh mereka yang mengetahuinya (wa inna lii asmaa'an fii al-Qur'an 'arafa-ha man 'arafa-ha). Akulah al-Sadiq yang Allah telah memerintahkan kamu supaya mematuhinya (anaa al-Sadiq al-Ladhi amara-kumu llahu bi-itbaa'i-hi), maka Dia berfirman di dalam Surah al-Taubat (9): 119 "kuunuu ma'a al-Saadiqiin" Ertinya " Hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" Akulah mukmin yang saleh di dalam firman-Nya (anaa saalih al-Mu'minin) . Akulah muazzin di dunia dan di akhirat (anaa al-Muazzin fii al-Dunya wa al-Akhirat), akulah pemberi sedekah di dalam keadaan rukuk (anaa al-Mutasaddiq raaki'an), akulah seorang pemuda anak kepada seorang pemuda saudara kepada pemuda (anaa al-Fataa ibnu al-Fataa akhu al-Fataa).

Akulah yang dipuji fa-hal ataa (anaa al-Mamduuh fa-hal ataa), akulah wajah Allah (anaa wajhu llahi), akulah janbu llah (anaa janbu llahi), akulah ilmu Allah. Di sisiku ilmu apa yang telah berlaku dan ilmu apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat (inna 'indii 'ilmun ma kaana wa ma yakuunu ila yaumi al-Qiyaamati), tiada seorangpun yang mendakwa sedemikian dan tiada seorangpun yang boleh menghalangku daripadanya (la yadda'i dhaalika ahadan wa al yadfii'uni 'an-hu ahadun), Allah telah menjadikan hatiku bercahaya (ja'ala llahu qalbii mudhiian) dan amalanku diredai (wa 'amalii raadhiyyan). Tuhanku telah mengajarku hikmah dan memberi makan kepadaku dengannya (laqqanani rabbii al-Hikmata wa ghazaa-ni bi-ha).

Aku tidak pernah melakukan syirik kepada Allah semenjak aku diciptakan (lam usyrik bi llahi mundhu khuliq-tu), aku tidak pernah berdukacita semenjak aku dibebankan dengan tugas (wa lam ajza'u mundhu hummil-tu). Aku telah membunuh pembesar-pembesar Arab dan penglima-penglima berkudanya (qatal-tu sanaadiid al-'Arab wa fursaa-na-ha), aku telah membinasakan pahlawan-pahlawan dan penglima-penglimanya (wa afnai-tu layutha-ha wa syaj'aana-ha). Wahai manusia, tanyalah kepadaku tentang ilmu yang tersimpan dan hikmat yang dikumpulkan (ayyuha al-Naasu, saluuni min 'ilmin makhzuun wa hikmatin majmuu'atin)" .



KHUTBAH KEEMPAT
Khutbah al-Iftikhaar: Pendahuluan, Aku adalah saudara Rasulullah dan pewaris ilmunya, tempat menyimpan hikmahnya, sahabat rahsianya, Allah tidak menurunkan meskipun satu huruf di dalam satu kitab daripada kitab-kitab-Nya melainkan ia untukku dan lain-lain.

Al-Asbagh bin Nubatah meriwayatkan bahawa Amir al-Mukmin a.s berkhutbah: "Aku adalah saudara Rasulullah dan pewaris ilmunya (anaa akhu rasulillah wa waarith 'ilmi-hi), tempat menyimpan hikmahnya (ma'dan hikami-hi), sahabat rahsianya (saahib sirri-hi), Allah tidak menurunkan meskipun satu huruf di dalam mana-mana kitab-Nya melainkan ia untukku (ma anzala llahu hurfan fii kitab min kutubi-hi illa wa qad sara ilayya).

Dan ilmuku bertambah tentang apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi sehingga hari Kiamat (zaada li 'ilmu ma kaana wa ma yakuunu ilaa yaum al-Qiyaamat), aku dikurniakan ilmu nasab dan ilmu sebab (u'tiitu 'ilmu al-Ansaab wa al-Asbaab), aku dikurniakan seribu kunci di mana setiap kunci dapat membuka seribu bab (u'ititu alfa miftaah yaftahu kullu miftaah alfa bab), aku dibantu dengan ilmu kadar (mudid-tu bi-'ilmi al-Qadr), sesungguhnya perkara itu akan berlaku kepada para wasiku selepasku (inna dhaalika yajrii fii al-Ausiyaa' min ba'di), apa yang berlaku malam dan siang sehingga Allah mewariskan bumi ini dan mereka di atasnya sebaik-baik pewaris (wa ma jaraa al-Lail wa al-Nahaar hatta yaritha llahu al-Ardha wa man 'alai-ha, wa huwa khair al-Waarithiin) .

Aku dikurniakan al-Sirat , al-Mizan, al-Liwa' (bendera) dan Kauthar (u'tiitu al-Sirat wa al-mizan, wa al-Liwa' wa al-Kauthar), aku didahulukan ke atas Bani Adam pada hari Qiyamat (anaa al-Muqaddam 'ala Bani Adam yaum al-Qiyamat), aku menghisab makhluk (anaa al-Muhasib li-l-Khalq), akulah yang menentukan kedudukan mereka (anaa munazzilu-hum manaazilu-hum), akulah azab ahli neraka (anaa 'azab ahl al-Naar), semua itu adalah kelebihan Allah ke atasku (ila kulli dhaalika fadhlun min Allah 'Alayya), sesiapa yang mengingkari bahawa bagiku pusingan selepas pusingan, kembali selepas raj'ah atau hadis di mana aku telah berada pada masa yang lama (wa man ankara anna li fii al-Ardh karratan ba'da karratin wa 'audan ba'da raj'ah, hadiithan kama kuntu qadiiman), maka sesungguhnya dia telah menentang kami (fa-qad radda 'alai-na), sesiapa yang menentang kami, maka sesungguhnya dia telah menentang Allah (man radda 'alai-na fa-qad radda 'alaa llahi).

Akulah sahabat segala dakwah (anaa saahib al-Da'awaat), akulah sahabat segala sembahyang (anaa saahib al-Salawaat), akulah sahabat segala dendam kasumat (anaa saahib al-Naqamaat), akulah sahabat segala dalil (anaa saahib al-Dalalaat), akulah sahabat segala bukti yang pelik (anaa saahib al-aayaat al-'Ajibaat), akulah yang alim tentang rahsia di daratan (anaa 'aalim asraar al-Bariyyaat), aku adalah tanduk daripada besi (anaa qarnun min hadiid) dan aku sentiasa seperti besi (anaa abadan hadiid), aku adalah tempat turunnya para malaikat yang bermacam kedudukan (anaa manzil al-malaikati manaazila-hum).

Akulah yang mengambil perjanjian ke atas roh-roh pada azali (anaa aakhiz al-'Ahdi 'alaa al-Arwaah fii al-Azal), akulah yang menyeru kepada mereka: Tidakkah aku ini tuan kamu dengan perintah Yang Maha Perkasa (anaa al-Munaadi lahum alas-tu bi-rabbi-kum bi-amri qayyuum lam yazal), aku adalah kalimat Allah yang bertutur kepada makhluk-Nya (anaa kalimat Allah al-Naatiqatu fii khalqi-hi). Akulah yang mengambil perjanjian ke atas semua makhluk tentang sembahyang (anaa aakhiz al-'Ahdi 'alaa jamii' al-Khala'iq fii al-Salawaat), akulah pembantu kepada janda-janda dan anak-anak yatim (anaa ghauth al-Aramil wa al-Yatama), akulah pintu bandar ilmu (anaa bab madinat al-'ilm), aku adalah gua kesabaran (anaa kuhf al-Hilm).

Akulah wakil Allah secara umum (anaa 'ammat Allah al-Qa'imat), aku adalah sahabat bendera kepujian (anaa saahib liwa' al-Hamd), aku adalah sahabat dermawan selepas dermawan, jika aku memberitahu kepada kamu, nescaya kamu mengingkarinya (anaa saahib al-Hibaat ba'd al-Hibaat lau akhbar-tu-kum la-kafartum), akulah pembunuh mereka yang zalim (anaa qatil al-Jababirat), aku adalah simpanan di dunia dan di akhirat (anaa al-Zakhirat fii al-Dunya wa al-Aakhirat), aku adalah penghulu kepada mukminin (anaa sayyid al-Mu'minin), aku adalah bendera bagi mereka yang dapat pertunjuk (anaa 'alam al-Muhtadiin), aku adalah sahabat (golongan] kanan (anaa saahib al-Yamin), aku adalah keyakinan (anaa al-Yaqiin), aku adalah imam para muttaqin (anaa imam al-Muttaqiin). Aku adalah pendahulu kepada agama (anaa al-Sabiq ilaa al-Diin).

Aku adalah tali Allah yang kukuh (anaa habl Allah al-Matiin), akulah yang memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan dengan pedangku ini (anaa al-Ladhi amla'u-ha 'adlan kama muliat zulman wa jauran bi-saifii hadha), aku adalah sahabat Jibril (anaa saahib Jibril ), aku adalah pengikut Mika'il (anaa tabi' Mikail ), aku adalah pokok pertunjuk (anaa syajarat al-Hudaa), aku adalah bendera takwa (anaa 'alam al-taqiyyu), aku adalah penghimpun makhluk kepada Allah dengan kalimat di mana dengannyalah berhimpunnya makhluk (anaa haasyir al-Khalq ilaa Allah bi l-Kalamat al-Lati yajma' al-Khalaa'iq).

Akulah yang mengeluarkan manusia (anaa munsyi' al-Anaam), akulah yang mengetahui segala hukum (anaa jami' al-Ahkaam), akulah sahabat tongkat yang indah dan unta yang merah (anaa saahib al-Qadhib al-Azhar wa al-Jamaal al-Ahmar), akulah pintu keyakinan (anaa bab al-Yaqiin), aku adalah pemerintah mukminin (anaa amir al-Mukminin), akulah sahabat Khidir (anaa saahib Khidir), akulah sahabat keputihan (anaa saahib al-Baidha'), akulah sahabat yang wangi (anaa sihib al-Faiha') akulah pembunuh musuh-musuh yang setara (anaa qatil al-Aqran), aku adalah pembinasa kepada mereka yang berani (anaa mubid al-Syaj'aan), aku adalah sahabat kurun-kurun yang pertama (anaa saahib al-Quruun al-Uulaa).

Aku adalah al-Siddiq yang paling besar (anaa al-Siddiq al-Akbar), aku adalah al-Faaruuq yang paling besar (anaa al-Faaruaq al-A'zam), aku adalah orang yang bercakap dengan wahyu (anaa mutakallim bi l-Wahyi), aku adalah sahabat bintang-bintang (anaa saahib al-Nujum) dan aku adalah pentadbirnya dengan perintah Tuhanku dan keilmuan Allah yang telah memberi keistimewaan kepadaku dengannya (anaa mudabbiru-ha bi-amri rabbi wa 'ilm Allah al-Ladhi khassani bi-hi), aku adalah sahabat bendera-bendera kuning (anaa saahib al-Raayaat al-Sufr). Akulah sahabat bendera-bendera merah (anaa saahib al-Raayaat al-Ahmar).

Aku adalah orang yang ghaib yang dinanti-nantikan kerana perkara yang besar (anaa al-Ghaib al-Muntazar li-amri al-'Azim), akulah pemberi (anaa al-Mu'ti), akulah yang menghulur bantuan ( anaa al-Mubdhil), aku adalah pemegang tanganku untuk penerimaan (anaa al-Qabidh yadayya 'ala al-Qabdh), aku adalah orang yang menceritakan tentang diriku (anaa al-Wasif li-nafsi), aku adalah orang yang merenung kepada agama Tuhanku (anaa al-Nazir li-din rabbi), aku adalah penjaga kepada sepupuku (anaa al-Hami li-ibn 'ammi), aku dimasukkan ke dalam kain kapan (anaa mudarrajat al-Akfan).

Aku adalah wali Kepada Yang Maha Pemurah (anaa wali al-Rahman), aku adalah sahabat Khidir dan Harun (anaa saahib al-Khidir wa Harun), aku adalah sahabat Musa dan Yusyu' bin Nun (anaa saahib Musa wa Yusyu' bin Nun), aku adalah sahabat syurga (anaa saahib al-Jannati), aku adalah sahabat titisan dan hujan (anaa saahib al-Qatar wa al-Matar), aku adalah sahabat gegaran dan gerhana bulan (anaa saahib al-Zilzal wa al-Khusuf), aku adalah orang yang menakutkan beribu-ribu [orang] (anaa urawwi'u al-Uluf), aku pembunuh kafir-kafir (anaa qatil al-Kuffar), aku adalah imam kepada mereka yang baik (anaa imam al-Abraa).

Aku adalah Bait Makmur (anaa al-Bait al-Ma'muur), aku adalah langit yang diangkat (anaa al-Suqf al-Marfu'), aku adalah lautan yang bergelumbang (anaa al-Bahr al-Masjuu), aku adalah batin Haram (anaa batin al-Haram), aku adalah tiang-tiang kepada semua umat (anaa da'aaim al-Umam), aku adalah sahabat kepada perkara yang besar (anaa saahib al-Amr al-'Azim), adakah orang yang bertutur denganku ?hal min natiqin yunatiqu-ni), aku adalah neraka (anaa al-Naar), sekiranya aku tidak mendengar kalam Allah dan sabda Rasulullah (s.a.w), nescaya aku meletakkan pedangku pada kamu dan membunuh kamu dengan mereka yang akhir kamu (laula inni asma'u kalama-llah wa qaula rasulillah (s.a.w) la-wadha'-tu saifii hadha fii-kum wa qataltu-kum 'an akhiri-kum).

Akulah bulan Ramadhan (anaa syahr Ramadhan), akulah Lailatu l-Qadar (anaa lailatu -l-Qadar), akulah Ummu al-Kitab (anaa ummu al-Kitab), aku adalah orang yang paling fasih bercakap (anaa afsal al-Khitab), akulah Surah al-Hamdu (anaa surah al-Hamdu), akulah sahabat sembahyang pada masa tempatan dan masa musafiir (anaa saahib al-Salat fii al-Hadhar wa al-Safar), malah kamilah sembahyang, puasa, malam-malam, hari-hari, bulan-bulan, dan tahun-tahun (bal nahnu al-Salat wa al-Siyaam wa al-Layaali wa al-Ayyaam wa al-Syuhuur wa al-A'waam).

Aku adalah sahabat pengusiran [di mahsyar] dan penyembelihan (anaa saahib al-Hasyar wa al-Nahr), akulah orang yang meringankan beban ke atas umat Muhammad (s.a.w) (anaa al-Wadhi''an ummati Muhammad al-Wazar), akulah pintu sujud (anaa bab al-Sujud), aku adalah seorang hamba (anaa al-'Abid) dan aku adalah seorang makhluk (anaa al-Makhluq). Aku adalah saksi (anaa al-Syahiid), aku disaksikan (anaa al-Masyhuud), aku adalah sahabat pakaian hijau (anaa saahib al-Sundus al-Akhdhar), aku disebut di langit dan di bumi (anaa al-Mazkuur fii al-Samawaat wa al-Ardh), aku adalah orang yang bersama Rasulullah di langit (anaa al-Madhi ma'a Rasulullah fii al-Samawaat).

Aku adalah sahabat al-Kitab dan busur panah (anaa saahib al-Kitab wa al-Qaus) . Aku adalah sahabat Syit bin Adam (anaa saahib Syit bin Adam), akulah sahabat Musa Warim (anaa saahib Musa Warim), aku dijadikan contoh (anaa bi tudhrabu al-Amthal), akulah langit yang hijau (anaa al-Sama' al-Khadhr), akulah sahabat dunia yang berdebu (anaa saahib al-Dunya al-Ghubara'), akulah sahabat hujan selepas putus asa (anaa saahib al-Ghaith ba'da al-Qunut), inilah aku siapakah orang sepertiku! (ha anaa dha fa-man dha mith-li!), akulah sahabat petir yang paling besar (anaa saahib al-Ra'du al-Akbar), akulah sahabat lautan yang paling keruh (anaa saahib al-Bahr al-Akdaar), akulah yang bercakap dengan matahari (anaa mukallim al-Syams), akulah petir ke atas musuh-musuh (anaa al-Saa'iqat 'ala al-A'daa').

Akulah pertolongan bagi sesiapa yang mentaati dari persembunyian dan Allah adalah Tuhanku tiada tuhan selain daripadaNya (anaa ghauth man ata'a min al-Wara wa llahu rabbi la ilaha ghaira-hu), sesungguhnya bagi kebatilan itu ada pusingan dan bagi kebenaran pula ada pusingannya (inna li-l-Batil jaulat wa li-l-Haqq daulat).

Akulah pemerhati dari dekat, justeru tunggulah fitnah Bani Umayyah dan kerajaan Kisra (anaa za'in 'an qarib fa-rtaqibu al-fiitnata al-Amawiyyata wa al-Daulata al-Kisrawiyyata), kemudian Bani 'Abbas menerima dengan kegembiraan dan keburukan (thumma tuqbalu Bani 'Abbas bi-l-Farah wa al-Ba'si), membina bandar dikenali dengan al-Zaura' antara Dajlah, Dujail dan al-Furat (wa tabni madinatan yuqalu al-Zaura' baina Dajlah wa Dujail wa al-Furat), dilaknati mereka yang tinggal di dalamnya (mal'un man sakanaa-ha) daripadanya akan keluar tiinah (tanah) penguasa-penguasa zalim (min-ha takhruju tiinatu al-Jabbaariin).
Kota-kota dibina dengan megah (tu'la fii-ha al-Qusuur), tirai-tirai dilabuhkan (wa tasbulu al-Sutur), mereka bermegah dengan kelicikan dan kejahatan (wa yata'allauna bi-l-Makr wa al-Fujur). Bani 'Abbas memusingkan empat puluh dua raja menurut bilangan tahun pemerintahan (fa-yatadawilu-ha Bani 'Abbas ithnain wa arba'iin malikan 'ala 'adadi sini al-Maliki), kemudian berlakulah fitnah yang mengelirukan (thumma al-Fiitnat al-Ghubara') dan kalung merah berada di tengkuk al-Qaim. Sesungguhnya terdapat sepuluh alamat menunjukkan kedatanganku. Pertamanya pertukaran bendera di Kufah, masjid-masjid tidak berfungsi, tidak ada orang mengerjakan haji, berlakunya gerhana bulan, ledakan di Khurasan, naiknya cekerwala al-Mudhnib, bintang-bintang kelihatan berganding sama, berlaku riuh-rendah, pembunuhan dan rampasan.

Itulah sepuluh alamat, dan daripada satu alamat kepada satu alamat berlaku perkara yang ajaib. Apabila berakhirnya alamat-alamat tersebut, datanglah al-Qaim kami dan berkata: Wahai manusia, bersihkan Tuhan kamu [daripada sifat-sifat makhluk] dan janganlah memberi isyarat kepada-Nya. Sesiapa yang menghadkan Pencipta, maka sesungguhnya dia telah mengingkari kitab yang sedang bercakap, kemudian dia berkata: Alangkah beruntungnya mereka yang mewalikan aku, lalu terbunuh kerana aku, diusir kerana aku (tuubaa li-ahli wilaayati al-Ladhiina yuqtaluun fiiyya au yutraduun min ajlii). Mereka adalah penyimpan [rahsia] Allah di bumi-Nya (hum khuzzaanu llahi fii ardhi-hi). Mereka tidak takut pada hari ketakutan yang paling besar ( la yafza 'uun yauma al-Faz'i al-Akbar). Akulah cahaya Allah yang tidak dapat dipadamkan (anaa nuru llahi al-Ladhi la yutfaa). Dan akulah rahsia-Nya yang tidak dapat disembunyikannya (anaa al-Sirr al-Ladhi la yukhfaa)" .


3
Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya

KHUTBAH KELIMA
Khutbah al-Tatnajiyyah: Pendahuluan, membersihkan Allah daripada sifat makhluk, kembalilah kepada Syiahku dan dan laksanakanlah baiah kepadaku, jagalah agama dengan keyakinan yang baik. Berpeganglah dengan wasiat Nabi kamu yang mana itulah kejayaan kamu dan lain-lain.


Khutbah al-Tatnajiyyah diucapkan oleh Amir al-Mukminin a.s antara Kufah dan Madinah. Beliau a.s berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menembusi dan melintasi udara, menggantungkan harapan dan mencerahkan cahaya. Dia telah menghidupkan orang mati dan mematikan orang yang hidup. Aku memujiNya dengan pujian yang tinggi, maka ia menjulang tinggi. Ia telah terang, lalu bercahaya. Pujian yang naik kelangit menyampaikan misinya dan datang di udara dengan sederhana pula. Dia telah menciptakan langit tanpa tiang dan menghiaskannya dengan cekerwala-cekerwala yang bersinar-sinar.

Memegang di udara awan-awan yang gelap, menciptakan lautan-lautan dan gunung-gunung di atas tamparan arus yang halus. Dia telah menembusi gelumbangnya, lalu ombak-ombaknya memukul pantai. Aku memujiNya dan bagiNya segala kepujian. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Dia dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Dia telah memilihnya dari puncak kemuliaan dan mengutusnya pada Arab. Dia telah mengutusnya sebagai petunjuk dan penyelesaian yang penuh hikmat, maka beliau telah mendirikan dalil-dalil, mengakhiri risalah di mana dengannyalah beliau menyedarkan muslimin.

Menzahirkan dengannya agama, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya yang suci. Wahai manusia, kembalilah kepada Syiahku dan dan laksanakanlah baiah kepadaku (ayyuha al-Naasu, aniibuu ilaa syii-'atii wa al-tazimuu bai'ati), jagalah agama dengan keyakinan yang baik (wa waazibuu 'alaa al-Diin bi-husni al-Yaqiin). Berpeganglah dengan wasiat Nabi kamu yang mana itulah kejayaan kamu (wa tamassakuu bi-wasiyyi nabiyyi-kum al-Ladhi bi-hi najaatu-kum).

Dengan mencintainya, maka pada hari Pengusiran adalah kejayaan kamu (wa bi-hubbi-hi yauma al-Hasyri manjaatu-kum). Akulah harapan dan apa yang diharapkan (anaa al-Amalu wa al-Ma'muul), akulah yang berdiri di atas al-Tatnajaini (naa al-Waaqifu 'ala al-Tatnajaini), akulah yang merenung kepada dua masyriq dan dua maghrib (anaa al-Naaziru ilaa al-Masyriqaini wa al-Maghribaini). Aku telah melihat rahmat Allah dan Firdaus dengan penglihatan mata (ra'ai-tu rahmata llaha ra'ya al-'Aini), aku telah melihat bumi bertautan seperti bertautnya kain yang tidak lengkap (wa rai-tu al-Ardh multafatan ka iltifaaf al-Thaub al-Qusuur).
Sesungguhnya aku telah melihat matahari ketika jatuhnya seperti seekor burung yang kembali kepada sangkarnya (wa laqad raai-tu al-Syamsa 'inda ghuruubi-ha wa hiya ka al-Taair al-Munsarifu ilaa wakri-hi), aku telah mengetahui keajaiban makhluk Allah apa yang tidak diketahuinya melainkan Allah (wa laqad 'alim-tu min 'ajaa'ib khalqi llahi ma la ya 'lamu-hu illa llahu). Aku telah mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku (wa 'araf-tu ma kaana wa ma yakuunu) dan apa yang telah berlaku terdahulu pada alam atom pertama bersama Adam yang pertama (wa ma kaana fii al-Dhar al-Awwali ma'a man taqaddama min Adam al-Awwal).
Sesungguhnya ia didedahkan kepadaku, maka aku mengetahuinya (wa laqad kusyifa li, fa-'araf-tu). Tuhanku telah mengajarku, maka aku telah mempelajarinya (wa 'allamanii rabbii fa-ta'allam-tu), lantaran itu janganlah kamu membuat bising, sekiranya aku tidak takut bahawa kamu akan berkata bahawa aku telah gila atau aku telah menjadi murtad , nescaya aku memberitahu kepada kamu tentang apa yang telah berlaku kepada mereka dan apa yang akan berlaku kepada kamu (wa la tadhujjuu wa la tartajjuu fa-laula khaufii 'alai-kum an taquuluu junna au irtadda la-akhbar-tu-kum bi-ma kaanuu wa ma antum fii-hi) dan apa yang kamu akan menghadapinya sehingga hari Kiamat (wa ma talqauna-hu ilaa yaum al-Qiyaamati).

Ilmu yang dikurniakan kepadaku, maka aku mengetahuinya ('ilmu u 'aza ilayya fa-'alim-tu), sesungguhnya Dia telah menyembunyikan ilmu-Nya daripada semua para nabi kecuali sahabat syariat kamu ini s.a.w (wa laqad satara 'ilma-hu 'an jamii' al-Nabiyyin illaa saahib syari'ati-kum hadhi-hi salawaatu llahi 'alai-hi wa aali-hi), maka beliau a.s telah mengajar kepadaku ilmunya ('allama-ni ilma-hu) dan aku telah mengajar kepadanya ilmuku (wa 'allam-tu-hu 'ilmi).

Hanya kami adalah peringatan yang pertama (illaa wa innaa al-Nazaru al-Uulaa), kami adalah peringatan yang pertama dan yang terakhir ( wa nahnu nazaru al-Aakhiratu wa al-Uulaa), peringatan setiap zaman dan masa (wa nadharu kulli zamaan wa awaan), dengan kami binasalah mereka yang binasa (bi-naaa halaka man halaka) dan dengan kami berjayalah mereka yang berjaya (bi-na najaa man najaa). Demi Yang Memecahkan biji-bijian dan Membersihkan jiwa. (fa-walladhi falaqa al-Habbata wa bari'a al-Nasamata). Dan Yang Tunggal dengan kekuasaan dan kebesaran (wa tafarrada bi al-Jabaruut wa al-'azamati), sesungguhnya angin, udara dan burung telah dipermudahkan untukku (la-qad sukhkhirat li al-Riyaah wa al-Hawaa' wa al-Tair).
Aku telah dibentangkan dunia, tetapi aku menolaknya (wa 'uridh-tu 'alayya al-Dunya fa- a'radh-tu 'an-ha). Akulah yang berdukacita dengan dunia kerana wajahnya, maka ia menunduk (anaa kaab al-Dunya li-wajhi-ha fa-hanaa). Sesungguhnya aku telah mengetahui apa yang ada di atas al-Firdaus yang tinggi (wa laqad 'alim-tu ma fauqa al-Firdaus al-A'laa), apa yang ada di bawah [bumi] ketujuh yang terkebawah (wa ma tahta al-Saabi'ah al-Suflaa), apa yang ada di langit yang tinggi (wa ma fii al-Samaawaat al-'uulaa), apa yang antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah (wa ma baina-huma wa ma tahta al-Tharaa). Semuanya menerusi keilmuan yang menyeluruh, bukan ilmu berita. Aku bersumpah dengan Tuhan 'Arasy Yang Maha Besar, jika aku mahu, nescaya aku telah memberitahu kepada kamu tentang bapa-bapa kamu dan mereka yang terdahulu kamu di mana mereka telah berada, daripada siapakah mereka, dan di manakah mereka sekarang dan apakah mereka telah jadi (law syi'-tu akhbar-tukum bi-aaba'i-kum wa aslaafii-kum aina kaanuu wa mimman kaanuu wa aina -hum al-Aana wa ma saaru ilai-hi).

Berapa ramaikah di kalangan kamu yang telah memakan daging saudaranya (fa-kam man akala min-kum lahma akhii-hi), meminum dengan kepala bapanya (wa syaarib bi-ra'si abii-hi) sedangkan dia merinduinya dan mengharapkannya (wa huwa yasytaa-qu-huwa yartajii-hi). Apakah idea ini! Apabila apa yang terlindung itu didedahkan (haihaata, haihaata, idhaa kusyifa al-Mastuur), didapati apa yang tersirat di hati, diketahui, di manakah hati kecil (wa hussila ma fii al-Suduur wa 'ulima aina al-Dhamiir). Demi Allah, kamu telah melalui beberapa pusingan, kamu telah mengulangi bebrapa kali, berapa jauh antara satu pusingan dengan pusingan yang lain berlaku satu tanda atau beberapa tanda (wa ayyamu llahi, karar-tum karraat, wa kam baina karratin wa karratin min aayatin wa aayaat), antara yang terbunuh dan mayat, (ma baina maqtuul wa mayyitin), sebahagian di hujung kaki burung, sebahagian di perut binatang buas (fa-ba'dhu fii hawaasil al-Tuyuur wa ba'dhu fii butuun al-Wahsyi).

Manusia antara yang lalu dan masa depan, antara yang pergi dan yang pulang (wa al-Naasu baina maadhin wa zaajin, wa raa'ih wa ghaadin), jika didedahkan kepada kamu apa yang telah berlaku daripadaku pada masa dahulu yang pertama (wa lau kusyifa la-kum ma kaana min-ni fii al-Qadiim al-Awwal) dan apa yang akan berlaku daripadaku pada akhirat, nescaya kamu melihat keajaiban-keajaiban yang besar (la-raai-tum 'ajaaib musta'zamaat), perkara-perkara yang mengagumkan (umuuran musta'jabaat) dan perbuatan-perbuatan serta keganjilan-keganjilan (wa sanaai' wa ihaataat). Akulah sahabat penciptaan pertama sebelum Nuh yang pertama ( anaa saahib al-Khalq al-Awwal qabla Nuh al-Awwal).

Jika kamu mengetahui keajaiban-keajaiban yang aku telah lakukan antara Adam dan Nuh dan umat-umat yang aku telah membinasakanya (wa lau 'alim-tum ma kaana baina Adam wa Nuh min 'ajaaib astana'-tu-ha), maka mereka berhak berkata: Sejahat-jahat apa yang mereka telah melakukannya. Akulah sahabat taufan yang pertama (anaa saahib al-Taufaan al-Awwal), akulah sahabat taufan kedua (anaa saahib al-Taufaan al-Thaani), akulah sahabat banjir besar (anaa saahib sail al-'Uram), akulah sahabat rahsia-rahsia yang tersembunyi (anaa saahib asraar al-Maknuunaat), akulah sahabat 'Aad dan syurga-syurga (anaa saahib 'Aad wa al-Jannaat), akulah sahabat Thamud dan bencana-bencana (anaa saahib Thamuud wa al-Aayaat), akulah pemusnahnya (ana mudammiru-ha), akulah penggegarnya (anaa muzalzilu-ha), akulah tempat kembalinya (anaa marji'u-ha), akulah pembinasanya (anaa muhliku-ha). Akulah pentadbirnya (anaa mudabbiru-ha), akulah yang mematikannya (anaa mumitu-ha). Akulah yang menghidupkannya (anaa muhyii-ha).

Akulah yang pertama (anaa al-Awwal), akulah yang akhir (anaa al-Aakhir), akulah yang zahir (anaa al-Zaahir), akulah yang batin (anaa al-Baatin), akulah bersama al-Kur sebelum al-Kur (anaa ma'a al-Kur qabla al-Kur), akulah bersama al-Daur sebelum al-Daur (anaa ma'a al-Daur qabala al-Daur), akulah bersama al-Qalam sebelum al-Qalam (anaa ma'a al-Qalam qabla al-Qalam).

Akulah bersama Loh sebelum Loh (anaa ma'a al-Lauh qabla al-Lauh), akulah sahabat azali yang pertama (anaa saahib al-Azaliyyati al-Awaliyyati), akulah sahabat Jaabliqa dan Jaabarsa (anaa saahib Jaabliqa wa Jaabarsa), akulah sahabat al-Rufuf dan Bahram (anaa saahib al-Rufuf dan Bahram), akulah pentadbir alam yang pertama ketika tiada langit kamu ini dan tiada bumi kamu ini (anaa mudabbiru al-'Aalam al-Awwal hiina samaa'i-kum hadhihi wa la ghubaraa'iu-kum), lantas Ibn Suwairimah datang kepadanya dan berkata: Anda, anda wahai Amir al-Mukminin? (fa-qaama ilai-hi Ibn Suwairimah fa-qaala: Anta, anta ya Amir al-Mu'minin?) Maka beliau a.s berkata: Aku, aku, tiada tuhan melainkan Allah Tuhanku dan Tuhan semua makhluk (anaa, anaa, la ilaha illa llah rabbii wa rabbu al-Khala'iq ajma'iin).
Bagi-Nya penciptaan dan urusan (la-hu al-Khalqu wa al-Amru) Yang Mentadbir semua perkara dengan hikmah-Nya (al-Ladhi dabbara al-Amuur bi-hikmati-hi). Langit dan bumi berdiri dengan kekuasaan-Nya (wa qaamat al-Samaawaat wa al-Ardh bi-qudrati-hi). Seolah-olah aku dengan seorang yang lemah kamu berkata: Kamu sedang mendengar kepada dakwaan Ibn Abu Talib tentang dirinya? (ka-innii bi-dha'ifii-kum yaquulu alaa tasma'uun ilaa ma yadda'i-hi Ibn Abu Talib fii nafsi-hi). Kelmarin tentera Syam telah menyerbu ke atasnya, tetapi beliau tidak menentang mereka! (wa bi-l-amsi takfahara 'alai-hi 'asaakir ahli al-Syam fa-la yakhruju ilai-hi).

Demi Dia Yang Membangkitkan Muhammad dan Ibrahim, aku akan membunuh tentera Syam dengan kamu beberapa pembunuhan (wa baa'ith Muhammad wa Ibrahim, la-uqtulanna ahla al-Syam bi-kum qatalaat wa ayyu qatalaat).

Demi hakku dan kebesaranku, aku akan membunuh tentera Syam dengan kamu beberapa pembunuhan (wa haqqi wa 'azamati la uqtulanna ahla al-Syam bi-kum qatalaat wa ayuu qatalaat).

Aku akan membunuh tentera al-Siffiin setiap pembunuhan dengan tujuh puluh pembunuhan (wa la-uqtulanna ahla al-Siffiin bi-kulli qatlatin sab'iina qatlatin) dan aku akan mengembalikan kepada setiap muslim kehidupan yang baru (wa la-aruddanna ilaa kulli muslim hayaatan jadiidatan), aku akan menyerahkan kepadanya sahabatnya dan pembunuhnya (wa la-uslimanna ila-hi saahiba-hu wa qaatili-hi) sehingga sembuh dendam di hatiku daripadanya (ila an yasfiii ghalil sadri min-hu). Aku akan membunuh dengan 'Ammar bin Yasir dan dengan Uwais al-Qarni seribu pembunuhan (la-aqtulanna bi-'Ammar bin Yasin wa bi-Uwais al-Qarni alfa qatiil) lebih baik dikatakan: Tidak, bagaimana, di mana, bila, ketika mana dan sehingga bila (aula yuqaal la wa kaifa wa aina wa mataa wa annaa wa hattaa).

Bagaimana apabila kamu melihat sahabat Syam dikerat dengan gergaji (fa-kaifa idha raai-tum saahib al-Syam yunsyaru bi al-Manaasyir), dan dipotong dengan pembaris (wa yuqta'u bi al-Masaatir). Kemudian aku akan merasainya dengan azab yang pedih (thumma la uziiqanna-hu aliim al-'Iqaab), berilah khabar gembira, maka kepada akulah kembalinya urusan penciptaan besok dengan perintah Tuhanku (fa-ibsyiruu, fa-ilayya yuraddu amru al-Khalqi ghadaan bi-amri rabbii). Justeru janganlah diperbesarkan apa yang aku telah katakan (fa la yusta'zamu ma qul-tu). Sesungguhnya kami dikurniakan ilmu al-Manaaya dan ilmu al-Balaayaa (Fa innaa u'tii-naa 'ilmu al-Manaayaa wa al-Balaayaa), takwil dan tanzil (al-Ta'wiil wa tanziil), kefasihan bercakap ( wa faslu al-Khitaab), ilmu al-Nawaazil , peristiwa dan bala (wa 'Ilmu al-Nawaazil wa al-Waqaa'i' wa al-Balaayaa), sesuatupun tidak akan menjadi asing daripada kami (fa la yaghrubu 'anaa syai'un).

Seolah-olah aku telah memberi isyarat kepada al-Husain (a.s) (ka anni bi-hadha wa asyaara ila al-Husain (a.s). Cahayanya telah memberontak antara dua matanya (thaara nuuru-hu baina 'ainai-hi), maka beliau telah mengadakannya pada waktunya dengan masa yang panjang di mana ia akan menggoncangkannya dan menelankannya (fa-ahdhara-hu li-waqti-hi bi-hiinin tawiil yuzalzilu-ha wa yakhsifu-ha) dan mukminun memberontak bersamanya pada setiap tempat (wa thaara ma'a-hu al-Mu'minun fii kulli makaan). Demi Allah, jika aku mahu, nescaya aku menamakan mereka seorang demi seorang dengan nama-nama mereka, nama bapa-bapa mereka. Mereka menurun kepada sulbi lelaki dan rahim perempuan (wa aimu llahi, lau syi'-tu sammia-tu-hum rajulan-rajulan bi asmaa'i-him wa asmaa'i aabaa'i-him fa-hum yatanaasaluun min aslaabi al-Rijaal wa arhaami al-Nisaa') kepada hari yang tertentu (ila yaumin ma'luum).

Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Jabir, kamu bersama kebenaran dan bersamanyalah kamu akan berada (antum ma'a al-Haq wa ma'a-hu takuunuun), dan padanyalah kamu akan mati (wa fii-hi tamuutuun), wahai Jabir, apabila loceng dibunyikan (idha saaha al-Naaqus), apabila mimpi ngeri berlaku (wa kubisa al-Kaabis) dan kerbau bercakap (wa takallama al-Jaamus), maka ketika itu, beberapa keajaiban berlaku (fa-'inda dhaalika 'ajaaib wa ayyu 'ajaaib), apabila api menyala dengan penglihatanku (idha anaarat al-Naaru bi-basari) dan zahirlah bendera Bani Uthman di wadi Saudaa' (wa zaharat al-Raayatu al-Uthmaaniyyatu bi-waadi saudaa'). Basrah bergolak dan sebahagian menguasai sebahagian yang lain (wa idhtarabat al-Basratu wa ghalaba ba'dhu-hum ba'dhan).

Setiap golongan menyerang golongan yang lain secara kebudakan (wa sabaa kullu qaumin ila qaumin), bergeraknya tentera Khurasan, diikuti Syu'aib bin Salih al-Tamimi daripada Bani Taaliqaan (wa tubi'a Syu'aib bin Salih al-Tamimi daripada Bani Taaliqaan), diberi baiah kepada Sa'id al-Susi di Khuzistan (wa buyi'a li-Sa'id al-Susu bi Khuzistan), disimpulkan bendera kepada penguasa Kardaan (wa 'uqidat al-Raayatu li-'umaaliq Kardaan), Arab menguasai negeri al-Arman dan al-Saqlaab (wa taghallabat al-'Arab 'ala bilaad al-Arman wa al-Saqlaab), Harqal di Constantinople menyerah kepada Batriq Sinaan (wa adh'ana Harqal bi-Qastantinah li-Bataariqah Sinaan), maka tunggulah kezahiran orang yang bercakap kepada Musa dari pohon di al-Tuur (fa- tawaqqa'uu zuhuur mukallim Musa min al-Syajarati 'alaa al-Tuur), maka ia akan terserlah dengan jelas (fa-yazharu hadha zaahir maksyuuf, wa mu'aayin mausuuf).

Berapa banyak perkara-perkara ajaib yang aku telah meninggalkannya dan dalil-dalil yang aku telah menyembunyikannya (wa kam 'ajaa'ib tarak-tu-ha wa dalaa'il katam-tu-ha) kerana aku mendapatinya bersifat offensive (illa ajid la-ha hamlatan), akulah sahabat Iblis [yang berkaitan] dengan sujud (anaa saahib Iblis bi al-Sujuud), akulah penyiksanya dan tenteranya kerana takbur dan cemburu dengan perintah Allah (anaa mu'adhdhibu-hu wa junuudu-hu 'alaa al-Kibar wa al- Ghayyuur bi-amri llahi).

Akulah yang mengangkat Idris ke tempat yang tinggi (anaa raafii' Idris makaanan 'aliyyan), akulah yang bercakap dengan lidah Isa di dalam buaian ketika dia masih kanak-kanak (anaa mantiqu 'Isa fii al-Mahdi sabiyyan), akulah pembangun medan-medan dan pengasas bumi (anaa madiinun al-Mayaadiin wa waadhi' al-Ardh).

Akulah pembahaginya satu perlima satu perlima (anaa qaasimu-ha akhmaasan), maka aku telah menjadikan satu perlima daratan (fa-ja'al-tu khumusan barran), satu perlima gunung-ganang (wa khumusan jibaalan), satu perlima pembangunan (wa khumusan 'ammaran), satu perlima kemusnahan (wa khumusan kharaaban), aku telah melintasi laut merah dari al-Tarjiim (ana kharaq-tu al-Qulzum min al-Tarjiim), aku telah melintasi tanah yang tandus dari al-Hiim (wa kharaq-tu al-'Aqiim min al-Hiim), aku telah melintasi semuanya (wa kharaq-tu kullan min kullin), aku telah melintasi sebahagian dari sebahagian [yang lain pula] (wa kharaq-tu ba'dhan min ba'dhin).

Akulah Tairatha (anaa Tairatha), akulah Janbuutha (anaa Janbuutha), akulah al-Baarahluun (anaa al-Baarahluun), akulah 'Alliyuthuutha (anaa 'Aliyuthuutha), akulah yang berada di atas lautan di Nawaalim al-Zakhkhaar berdekatan al-Bayaar (anaa al-Mustariqqu 'ala al-Bihaar fii Nawaaliim al-Zakhkhaar 'inda al-Bayaar) sehingga dikeluarkan kuda dan tentera yang disediakan untukku (hatta yukhraja li ma a'adda li fii-hi min al-Khaili wa al-Rajuli). Lantaran itu, ambillah apa yang anda suka (fa-khudh ma ahbab-ta) dan tinggallah apa yang aku mahu (wa utruk ma arad-tu).

Kemudian aku menyerahkan kepada 'Ammar bin Yasir dua belas ribu orang (thumma usallimu ila 'Ammar bin Yasir ithna 'asyara alaf adham 'alaa adham) daripadanya pencinta Allah dan Rasul-Nya (min-ha muhibbu llahi wa rasuli-hi) bersama setiap orang dua belas platun (ma'a kulli waahid ithna 'asyara kutaibatin), tidak mengetahui bilangannya melainkan Allah (la ya'lamu 'adada-ha illaa llah), lantaran itu, beritahulah berita gembira ini (alaa fa-istabsyiruu), maka kamu adalah sebaik-baik saudara (fa-antum khair al-Ikhwaan).

Sesungguhnya kamu selepas beberapa ketika akan mengetahui dengannya sebahagian keterangan (illaa wa inna la-kum ba'da hiin tarafatan ta'lamuun bi-ha ba'dha al-Bayaan), akan terdedah kepada kamu perbuatan bukti ketika naiknya Bahraam dan Kiyawaan (wa tankasyifu la-kum sanaa'i' al-Burhaan 'inda tuluu'i Bahraam wa Kiyawaan), ketika detik-detik pertarungan ('inda daqaa'iq al-Iqtiraan), ketika tegangnya gerakan dan gegaran (fa-'inda ma tuwaatiru al-Hizzaatu wa al-Zilzaal), diterima cermin-cermin untuk melihat dari pantai Jihuun ke dataran Babil (wa tuqbalu murayaat min Syaatii' Jihuun ila baidaa' Babil).
Akulah yang menjulang "pencakar langit" dan menyimpulkan angin (anaa mubarriju al-Abraaj wa 'aaqid al-Riyaah), membuka kebebasan (wa mufattihu al-Afraaj), mengeluarkan pekikan (wa baasit al-'Ajaaj). Akulah sahabat al-Tuur (anaa saahib al-Tuur), akulah cahaya yang zahir itu (anaa dhaalika al-Nuur al-Zaahir), akulah bukti yang terang itu (anaa dhaalika al-Burhaan al-Baahir), sesungguhnya [ilmu yang] didedahkan kepada Musa adalah sedikit sekali (wa innama kusyifa li-Musa syaqsun min syaqsin al-Dhar min al-Mithqaal), semuanya itu adalah dengan ilmu daripada Allah Yang Maha Mulia (wa kullu dhaalika bi-'ilmin mina llahi dhi al-Jalaal).

Akulah sahabat syurga-syurga yang kekal (anaa saahib jannaat al-Khuluud). Akulah yang mengalirkan sungai-sungai daripada air arus (anaa mujrii al-Anhaar anhaaran min maa'in tayyar), sungai-sungai daripada susu (wa anhaaran min labanin), sungai-sungai daripada madu yang ditapis, sungai-sungai daripada arak yang memberi kelazatan kepada peminum-peminumnya (wa anhaaran min khamrin ladhdhatan li-sysyaaribiin).

Aku telah melindungi neraka Jahanam dan menjadikannya beberapa lapisan neraka Sa'ir dan Saqar (anaa hajab-tu jahannam wa ja'al-tu-ha tabaqaat al-Sa'ir wa Saqar) dan yang lain adalah 'Amqiyuus, aku telah menyediakannya untuk mereka yang zalim (wa ukhraa 'Amqiyuus a'adtuha li-al-Zaalimiin). Aku telah menyimpan semuanya di wadi Barhut (wa auda'tu dhaalika kullu-hu waadi Barhut) kekal padanya jibtu dan taghuut dan hamba-hamba mereka berdua (yukhladu fii-hi al-Jibtu wa al-Taghuut) serta mereka yang mengingkari Yang Mempunyai kerajaan [bumi] dan malakut (wa man kafara bi-dhii al-Mulk wa al-Malakut). Akulah yang membuat iklim-iklim dengan perintah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana (anaa saani' al-Aqaaliim bi-amri al'Aliim al-Hakiim).

Akulah kalimah di mana dengannya sempurnalah semua perkara dan semua masa (anaa al-Kalimat al-Lati bi-ha tammat al-Umuur wa daharat al-Duhuur).

Aku telah menjadikan iklim-iklim satu perempat satu perempat (anaa ja'al-tu al-Aqaaliim arba'an-arba'an), tujuh semenanjung (wa al-Jazaa'ir sab'an).
Iklim selatan adalah galian berkat (fa-iqliim al-Januub ma'dan al-Barakaat), iklim utara adalah galian kekuatan (wa iqliim al-Syimaal ma'dan al-Satawaat).
Iklim angin timur adalah galian gegaran (wa iqliim al-Saba ma'dan al-Zilzaal) dan iklim angin barat adalah galian kemusnahan (wa iqliim al-Dabuur ma'dan al-Halakaat). Hati-hati, bahawa bandar-bandar dan negeri-negeri kamu akan menerima kecelakaan daripada tughaat yang akan zahir, maka mereka akan mengubah dan menukarkan [sesuatu] apabila kekerasan dilakukan daripada kerajaan yang lemah (alaa wailun li-madaa'inu-kum wa amsaari-kum min tughaat yazharuuna fa-yughayyiruuna wa yubaddiluuna idha tamaalat al-Syadaa'id min daulat al-Khisyaan) raja perempuan [yang masih] budak atau [raja itu raja] perempuan (wa malikat al-Sibyaan, al-Niswaan), maka pada ketika itu semua pelusuk negara dipenuhi dengan penyeru-penyeru kepada kebatilan (fa-'inda dhaalika tartajju al-Aqtaar bi al-Du'aat ila kulli baatil), jauh sekali, tunggulah kedatangan kemenangan yang besar (haihaata, haihaata, tawaqqa'uu huluul al-Faraj al-'Aziim).

Kedatangannya berpuak-puak (wa iqbaalu-hu afwaajan afwaajan), apabila Allah menjadikan batu kelikir Najaf sebagai permata (idha ja'ala llahu hasbaa' al-Najaf jauhariyyan) dan Dia menjadikannya di bawah tapak kaki mukminin (wa ja'ala-hu tahta aqdaam al-Mu'minin) dijual dengannya untuk perselisihan dan munafiqin (wa tubaya'u li-l-Khilaaf wa l-Munaafiqiin), dibawa bersamanya yakut merah (wa yubtalu ma'a-hu al-Yaaquut al-Ahmar), mutiara yang bersih dan permata (wa khaalis al-Durr wa al-Jauhar), sesungguhnya itu adalah alamat yang paling terang (alaa wa inna dhaalika min abyan al-'Alaamaat) sehingga apabila ia berakhir, cahayanya akan dipercayai, terserlah cahayanya, zahir apa yang kamu mahu, kamu telah mencapai apa yang kamu kehendaki (hatta idha intahaa dhaalika suddiqa dhiyaa'u-hu wa sata'a bahaa'u-hu wa zahara ma turiduun).

Berapa banyak keajaiban-keajaiban yang besar dan perkara-perkara yang halus [aku telah melakukannya] (alaa wa-kam ilaa dhaalika min 'ajaaib jammatan, wa umuur mulimmah), wahai mereka yang seperti binatang-binatang ternakan (Ya asybaah al-A'thaam, wa bihaam al-An'aam), bagaimana [jika] kamu diserbu oleh bendera-bendera Bani Kinaam bersama Uthman bin 'Anbasah dari arah Syam yang dia mahu adalah dua ibu bapanya (kaifa takuunuuna idha dahamat-kum raayaatu li-Bani Kinaam ma'a 'Uthman bin 'Anbasah min 'araadh al-Syam yuriidu bi-ha abawai-hi) dan mengahwini dengannya seorang wanita Bani Umayyah (wa yuzawwiju bi-ha Umayyah), itu adalah satu kesalahan jika dia melihat kebenaran bersifat amawiy atau 'adwiy (haihaata, haihaata an yaraa al-Haqqa amawiyyun am 'adawyyun).

Kemudian beliau a.s menangis (thumma bakaa salawatu llahi 'alai-hi) dan berkata: Wahai umat-umat [manusia], sama ada ia telah menyaksikan bendera-bendera Bani 'Atbah bersama Bani Kinaam berjalan satu pertiga satu pertiga, menaiki gunung-gunung dengan ketakutan yang melampau (imam syaahad-ta raayaat Bani 'Atbah ma'a Bani Kinaam al-Saa'iriin athlaathan), kebengisan yang kuat (wa bu'sin 'atiid). Iaitu waktu di mana kamu dijanjikan dengannya. Aku akan mempertanggungjawabkan mereka kepada mereka yang cerdik (la ahmilanna-hum 'alaa al-Nujabaa'), dihadiri oleh "kapal" cekerwala.

Seolah-olah aku [mendengar] munafiqin berkata bahawa Ali telah bercakap tentang dirinya sendiri dengan sifat ketuhanan (ka-innii bi al-Munafiqin yaquluun nassa 'Ali 'alaa nafsi-hi bi al-Rabbaniyyati), Kamu saksikanlah dengan penyaksian di mana dia (Ali a.s) telah meminta kamu dengannya ketika berhajat kepadanya (fa-isyhaduu syahaadatan saala-kum bi-ha 'inda al-Haajjati ilai-ha):

Sesungguhnya Ali adalah cahaya yang diciptakan (inna 'Aliyyan nuurun makhluuq) dan seorang hamba yang diberi rezeki (wa 'abdun marzuuq). Sesiapa yang berkata selain daripada ini , maka di atasnya laknat Allah dan laknat semua mereka yang melaknatinya (wa man qaala ghaira hadha fa 'alai-hi laknat Allah wa laknatu al-Laa'iniin), kemudian beliau a.s turun dan berkata: Tahassan-tu bi dhii al-Mulk wa al-Malakuut, wa i'atasam-tu bi dhii al-'Izzati wa l-Jabaruut, wa imtana'-tu bi dhii al-Qudrati wa al-Malakuut, min kulli ma akhaafu wa ahdharu). Ertinya: Aku membentengi diriku dengan Yang Mempunyai kerajaan [bumi] dan malakut, aku berpegang dengan Yang Mempunyai kemulian dan kekuatan dan aku telah mencegah diriku dengan Yang Memiliki kekuasaan dan malakut daripada setiap ketakutan yang aku takuti dan aku khuatiri.

Wahai manusia, seorang daripada kamu tidak menyebut kalimat ini ketika bencana atau kesusahan melainkan Allah menghilangkannya daripadanya (ma dhakara ahadu-kum hadhihi al-Kalimaat 'inda al-Naazilati au syiddati illaa wa azaa'aha llahu 'an-hu), maka Jabir berkata kepadanya: Itu sahaja, wahai Amir al-Mukminin? Maka beliau a.s berkata: Ya, aku menambahkan padanya tiga belas nama, lalu beliau a.s memelukku, kemudian beliau a.s menaiki binatang tunggangannya dan pergi".





KHUTBAH KEENAM
Aku, di sisiku kunci-kunci kepada perkara yang ghaib, tidak mengetahuinya selepas Rasulullah s.a.w kecuali aku. Aku adalah Dhu l-Qarnain yang disebut di dalam mashaf yang pertama . Aku adalah sahabat cincin Sulaiman, aku mengendalikan hisab, aku yang memancarkan mata air dan lain-lain.

"Aku, di sisiku kunci-kunci kepada perkara yang ghaib (anaa 'indi mafaatih al-Ghaib), tidak mengetahuinya selepas Rasulullah s.a.w kecuali aku (la ya'lamu-ha ba'da Rasulillah illa anaa). Aku adalah Dhu l-Qarnain yang disebut di dalam mashaf yang pertama (anaa Dhu l-Qarnain al-Madhkuur fii al-Suhufii al-Uulaa). Aku adalah sahabat cincin Sulaiman (anaa saahib khaatam Sulaiman), aku mengendalikan hisab (anaa waliyyu al-Hisab), aku adalah sahabat al-Sirat dan al-Mauqif (anaa saahib al-Sirat wa al-Mauqif), pembahagi syurga dan neraka dengan perintah Tuhanku (qasim al-Jannat wa al-Naar bi-amri rabbi).

Aku adalah Adam yang pertama (anaa Adam al-Awwal), aku adalah Nuh yang pertama (anaa Nuh al-Awwal), aku adalah bukti kepada Yang Maha Perkasa (anaa ayat al-Jabbaar), aku adalah hakikat segala rahsia (anaa haqiqat al-Asrar), aku yang menumbuhkan daun-daun pokok (anaa muriqu l-Asyjar), aku yang membuahkan buah-buahan (anaa muni'u al-Thimar), aku yang memancarkan mata air (anaa mufajjir al-'Uyuun), aku yang mengalirkan sungai-sungai (anaa mujrii al-Anhaar), aku penyimpan ilmu (anaa khazin al-'ilm) akulah puncak kesabaran (anaa taur al-Hilm), akulah Amir al-Mukminin (anaa Amir al-Mu'minin), aku adalah 'ain al-Yaqiin (anaa 'ain al-Yaqiin), akulah hujah Allah di langit dan di bumi (anaa hujjat Allah fii al-Samawaat wa al-Ardh).

Akulah gempa bumi (anaa al-Raajifah), akulah petir (anaa al-Sa'iqah), akulah laungan dengan kebenaran (anaa al-Saihat bi l-Haq), akulah hari Kiamat bagi mereka yang membohonginya (anaa al-Saa'at li-man kadhdhaba bi-ha), akulah kitab yang tidak ada syak padanya (anaa dhaalika al-Kitab la raiba fii-hi), aku adalah nama-nama yang baik yang diperintahkan supaya diseru dengannya (anaa al-asmaa' al-Husnaa allati umira an yud'a bi-ha), aku adalah cahaya di mana petunjuk diambil daripadanya (anaa dhaalika al-Nur al-ladhi uqtabisa min-hu al-Hudaa), aku mempunyai berbagai-bagai rupa (anaa saahib al-Suwar), akulah yang mengeluarkan mereka dari kubur (anaa mukhrij man fii al-Kubuur).

Aku adalah sahabat hari Kebangkitan (anaa saahib yaum al-Nusyuur), aku adalah sahabat Nuh dan penyelamatnya (anaa saahib Nuh wa munji-hi), aku adalah sahabat Ayyub yang diuji dan akulah penyembuhnya (anaa saahib Ayyub al-Mubtalaa wa syafii-hi). Akulah yang mendirikan langit-langit dengan perintah Tuhanku (anaa aqum-tu al-Samawaat bi-amri rabbi), aku adalah sahabat Ibrahim (anaa saahib Ibrahim), aku adalah rahsia percakapan (anaa sirr al-Kalim), aku yang merenung kepada [alam] malakut (anaa al-Naazir fii al-Malakut).
Aku adalah perkara yang hidup yang tidak mati (anaa amr al-Hayy al-Ladhi la yamut), aku adalah wali kebenaran ke atas semua makhluk (anaa waliyy al-Haq 'alaa saa'ir al-Khalq), akulah di mana umat tidak dapat menukarkan aku (anaa al-Ladhi la yubaddil al-Qaum ladayya). Hisab makhluk adalah kepadaku (hisab al-Khalqi ilayya), akulah diserahkan urusan makhluk (anaa al-Mufawwadh ilayya amr al-Khalq), aku adalah khalifah Allah Maha Pencipta (anaa khalifu llah al-Khaaliq).

Aku adalah rahsia Tuhan di negara-Nya (anaa sirru -llah fii biladi-hi), hujah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya (hujjatu-hu 'alaa 'ibaadi-hi). Aku adalah urusan Allah dan roh-Nya (anaa amru llahi wa al-Ruuh) sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Isra' (17): 85 "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu adalah urusan Tuhanku" Aku telah menegapkan gunung-gunung yang tinggi (anaa arsaitu al-Jibaal al-saamikhaat), aku telah memancarkan mata air yang mengalir (fajjar-tu al-'Uyuun al-Jaariyat), akulah yang menjiruskan pokok-pokok (anaa ghaaris al-Asyjaar), mengeluarkan warna-warna dan buah-buahan (mukhrij al-Alwaan wa al-Thimaar), akulah yang menetapkan makanan harian (anaa muqaddir al-Aqwaat) .

Akulah yang membangkitkan orang-orang yang mati (anaa naasyir al-Amwaat), aku menurunkan hujan (anaa munadhdhil al-Qatar), akulah yang mencerahi matahari, bulan dan bintang (anaa munawwir al-Syams wa al-Qamar wa al-Nujum).

Akulah yang mendirikan Kiamat (anaa qaaim al-Qiyaamat), akulah orang yang wajib ditaati daripada Allah (anaa al-Wajib la-hu min Allah al-Ta'at), aku adalah rahsia Allah yang tersembunyi (anaa sirr Allah al-Makhzuun), aku mengetahui apa yang telah berlaku dan akan berlaku (anaa al-'Aalim bi-ma kaana wa ma yakun). Akulah sembahyang mukminin dan puasa mereka (anaa salawaat al-Mu'minin wa siyamu-hum), aku adalah maula mereka dan imam mereka (anaa maula-hum wa imammu-hum), aku adalah sahabat kebangkitan yang pertama dan yang terakhir (anaa saahib al-Nasyr al-Awwal wa al-Aakhir).

Aku adalah sahabat segala kelebihan dan segala kemegahan (anaa saahib al-Manaaqib wa al-Mafaakhir). Aku adalah sahabat cekerwala-cekerwala (anaa saahib al-Kawaakib), aku adalah azab Allah yang pedih (anaa 'azab Allah al-Waasib), aku adalah pembinasa kepada penguasa-penguasa yang pertama (anaa muhlik al-Jabaabirat al-Awwal), akulah yang meruntuhkan kerajaan-kerajaan (anaa muzil al-Duwal), aku adalah sahabat kepada gempa bumi dan gegaran (anaa saahib al-Zilzal wa al-Rajf), aku adalah sahabat gerhana bulan dan gerhana matahari (anaa saahib al-Kusuuf wa al-khusuuf).

Aku adalah pemusnah kepada semua Fir'aun dengan pedangku ini (anaa mudammir al-Faraa'inah bi-saifii hadha), akulah yang telah diperintahkan oleh Allah di alam bayangan (azillah) dan menyeru mereka supaya mentaatiku (anaa al-Ladhi aqaamani llahu fii al-Azillat wa da'a-hum ilaa ta'ati). Apabila aku menzahirkan diriku, mereka menentangku (fa-lamma zahartu ankaruu), maka Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 89 "maka setelah datang kepada mereka apa yang mereka ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya", akulah cahaya segala cahaya (anaa nuur al-Anwaar).

Akulah pembawa 'Arasy bersama orang-orang yang baik (anaa haamil al-'Arsy ma'a al-Abraar), aku adalah pemilik buku-buku yang terdahulu (anaa saahib al-Kutub al-Saalifah), aku adalah pintu Allah yang tidak dibuka bagi mereka yang membohonginya dan mereka tidak akan merasai syurga (anaa bab Allah al-Ladhi la yuftah li-man kadhdhaba bi-hi wa la yadhuqu al-Jannat). Akulah orang di mana para malaikat berhimpun di atas hamparanku (anaa al-Ladhi tazdahim al-Malaikatu 'alaa fiiraasyi), aku dikenali oleh hamba-hamba Allah di iklim-iklim dunia yang lain (ta'rifuni 'ibad aqaalim al-Dunya).

Akulah yang telah dikembalikan matahari dua kali dan ia telah memberi salam kepadaku dua kali (anaa ruddat li al-Syams marrataini wa sallamat 'alayya karrataini). Aku telah melakukan sembahyang bersama Rasulullah s.a.w ke arah dua kiblat (sallai-tu ma'a Rasulillah al-Qiblataini).

Aku telah memberi baiah dua kali (baya'-tu marrataini). Aku adalah sahabat Badar dan Hunain (anaa saahib Badr wa Hunain). Akulah Taur (akulah al-Taur). Akulah kitab yang terbentang (anaa al-Kitab al-Mastur), akulah lautan yang bergelombang (anaa al-Bahr al-Masjur), akulah Bait Makmur (anaa al-Bait al-Ma'mur). Akulah di mana Allah telah menyeru makhluk supaya mantaatiku (anaa al-Ladhi da'a llahu al-Khalaa'iq ilaa taa'ati), lantas ia mengingkarinya dan berdegil (kafarat wa asarrat), lalu ia ditukar bentuknya (fa-musikhat), tetapi umat yang menyahutinya telah berjaya (ajaabat ummatun fa-najat).
Aku mempunyai kunci-kunci syurga dan sumber-sumber cahaya sebagai penghormatan daripada Allah (anaa al-Ladhi bi-yadiy mafaatih al-Jinaan wa maqaaliid al-Niiraan, karamatan mina llah). Aku bersama Rasulullah s.a.w di bumi dan di langit (anaa ma'a Rasulillah fii al-Ardh wa fii al-Samaa').

Akulah al-Masih di mana tiada roh yang bergerak dan tiada nafas yang menghembus selain daripadaku (anaa al-Masih haithu la ruuh yataharrak wa la nafasin yatanaaffas ghairi). Akulah sahabat pada kurun-kurun yang pertama (anaa saahib al-Quruun al-Uulaa). Akulah yang diam (anaa al-Samit) dan Muhammad adalah yang bercakap (Muhammad al-Natiq). Akulah yang telah menyeberangi lautan bersama Musa (Anaa al-Ladhi jawaz-tu bi-Musa fii al-Bahr), aku telah menenggelamkan Fiir'aun dan tenteranya (aghraq-tu Fiir'aun wa junuda-hu), aku mengetahui teriakan binatang dan percakapan burung (anaa a'lamu hamaham al-Baha'im wa mantiq al-Tair).

Aku melintasi langit ketujuh dan bumi ketujuh pada sekelip mata sahaja (anaa al-ladhi ujawwizu al-Samawaat al-Sab'a wa al-Aradhin al-Sab' fii tarfata 'ain). Akulah yang bercakap di atas lidah Isa di dalam buaian (anaa al-Mutakallim 'ala lisan 'Isa fii al-Mahdi). Akulah di mana Isa akan melakukan sembahyang di belakangku (anaa al-Ladhi yusalli 'Isa khalfii). Akulah yang bertukar kepada bentuk rupa yang bermacam-macam mengikut kehendak Allah (anaa al-Ladhi inqalaba fii al-Suar kaifa syaa Allah), aku adalah lampu petunjuk (anaa misbah al-Huda). Aku adalah anak kunci takwa (anaa miftaah al-Taqwa), akulah yang akhir dan yang awal (anaa al-Akhirat wa al-Uulaa). Akulah yang melihat amalan hamba (anaa al-ladhi ara a'maal al-'ibaad).

Akulah penyimpan langit dan bumi dengan perintah Tuhanku (anaa khazin al-samawaat wa al-Ardh bi-amri llah), akulah yang melakukan keadilan (anaa al-Qaaim bi al-Qist), akulah penjaga agama (anaa dayyaana al-Diin), akulah di mana amalan tidak akan diterima kecuali dengan wilayahku (anaa al-ladhi la tuqbalu al-A'maal illaa bi-wilaayati), begitu juga kebaikan tidak ada manfaatnya kecuali dengan mencintaiku (la tanfa'u al-hasanaat illaa bi-hubbi). Aku mengetahui pusingan falak (anaa al-'Aalim bi-madar al-Falak al-Duwar), akulah sahabat timbangan dan titisan hujan serta bilangan pasir dengan izin Allah Yang Maha Perkasa (anaa saahib mikyaal wa qataraat al-Amtaar wa raml al-Qifar bi izni al-maalik al-Jabbaar).

Tetapi aku akan dibunuh dua kali dan akan dihidupkan dua kali dan aku akan zahir mengikut kehendakku (illa anaa al-Ladhi uqtalu marrataini wa uhyi marrataini wa azharu kaifa syi'-tu). Akulah yang menghisab makhluk sekalipun banyak (anaa muhsi al-Khala'iq wa in kathuru), aku menghisab mereka dengan perintah Allah (anaa muhasibu-hum bi-amri rabbi). Akulah yang mempunyai seribu kitab para nabi yang terdahulu (anaa al-Ladhi 'indi alfu kitab min kutub al-Anbiyaa') . Akulah di mana seribu umat telah menentang wilayahku, lalu mereka ditukar bentuk mereka (anaa al-Ladhi jahada wilaayati alfu ummatin fa-musikhuu). Akulah yang tersebut pada zaman dahulu dan akulah yang keluar pada akhir zaman (anaa al-Mazkur fii salifii al-Azman wa al-Khaarij fii akhir al-Zamaan).

Akulah pembahagi kepada penguasa-penguasa yang bertarung (anaa qaasim al-Jabbaariin fii al-Ghabiriin), pengeluar mereka dan penyiksa mereka pada masa yang lain pula (mukhriju-hum wa mu'adhdhibu-hum fii al-Aakhirin). Akulah yang bercakap dengan setiap lidah (anaa al-Mutakallim bi-kulli lisaan), akulah saksi kepada amalan hamba di timur dan di barat (anaa al-Syaahid li-A'maal al-Khala'iq fii al-Masyaariq wa al-Maghaarib). Akulah menantu Muhammad (anaa sahr Muhammad), akulah makna yang tidak bernama tanpa kesamaran (anaa al-Ma'na la yaqa' 'alai-hi ismun wa la syabahun), aku adalah pintu taubat (bab hittat) la haula wa la quwwata illa bi llahi al-'Aliyyu al-'Aziim".




BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 195
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________, Mizan al-I'tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
Al-Hafiz al-Rajab al-Barsi, Masyyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukmin, Beirut, 1992.
al-Haithami, Majma'al-Zawa'id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969
Ibn 'Abd Rabbih, 'Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
al-Kanji al-Syafi'i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1953
Ibn Hajr al-'Asqalani, al-Isabah fi Ma'rifah al-Sahabah, Beirut, 19
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa'iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________, al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi (terjemahan), Beirut, 1985 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.
Malik bin Anas, al-Muwatta', Tunis, 1972.
Al-Mufadhdhal Bin Umar al-Ja'fi, Kitab al-Hafti wa al-Azillah, edisi Arif Tamar, Beirut, 1960
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir al-'Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas ( terjemahan), tanpa tarikh, Qum.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa'i, al-Khasaa'is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, Baghdad, 13
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sulaim Bin Qais, Kitab Sulaim (terjemahan) Beirut, 1980.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi'i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa', Cairo, 1368
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382
____________, Jaami al-Turmudhi', Cairo, 1380


4
Enam khutbah Amir al-Mukminin tentang rahsia dirinya

DAFTAR ISI:
1. Daripada Ahmad bin Ahmad daripada Muhammad bin Sulaiman daripada Abu Ali Muhammad bin Mihraan berkata: Aku telah bertanya maulaaya Muhammad al-Baqir a.s, maka aku telah berkata: Beritahuku tentang mukmin yang terbuka mata hatinya (mustabsyir) daripada Syiah kamu apabila dia menyempurnakan makrifat adakah dia akan berzina? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan mencuri? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan meliwat? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan melakukan dosa? Beliau a.s berkata: Ya, kerana apabila dia melakukan dosa (idha adhnaba), maka dosa itu tidak dikaitkan (melekat) kepadanya (lam yalhaq-hu min al-Dhanbi syai'un). Aku berkata: Subhaana llah, bagaimana begitu? Al-Baqir a.s berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya mukmin adalah campuran semua umat (mizaaj al-Umam), lantaran itu, sesuatupun tidak mengaitkannya dengan dosanya (dosa tidak melekat padanya). Aku berkata: Sayyidi, terangkan kepadaku perkara itu, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, tentang umat-umat (al-Umam) dan campuran tertentu (al-Mizaaj al-Mu'ayyan) yang tersembunyi daripadaku? Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya anda! Adakah anda telah mendengar firman Allah di dalam kitab-Nya yang mulia Surah al-Najm (53): 32 "(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain daripada "al-Lamama". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin di dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa" Seorang sahabat al-Baqir a.s bernama Ibrahim telah bertanya al-Baqir a.s di majilis tersebut berkata: Maulaaya, kami mengagumi pertanyaan Muhammad bin Mihraan kepada anda, kami telah menjadikan diri kami tebusan anda, apakah makna al-Lumam? Al-Baqir a.s berkata: Adakah anda mengetahui, wahai Ibrahim, apakah al-Lumam itu? Dia berkata: Tidak, wahai maulaaya, beliau a.s berkata: Campuran [tiinah] mukmin yang tidak bercampur dengan salinan atau campuran [tiinah] kafir semasa di alam bayangan (azillah) dan alam roh (asybaah). Ibrahim berkata: Wahai maulaaya, berilah penjelasannya kepadaku, aku tidak mengetahuinya. Maka beliau a.s berkata: Wahai Ibrahim, adakah sesuatu yang menggerunkan di hati anda? Ibrahim berkata: Ya, al-Baqir a.s berkata: Apakah dia? Ibrahim berkata: Aku tidak mengetahuinya. Al-Baqir a.s berkata: Tidak ada sesuatupun yang mengotorinya iaitu Syiah kamu, ketahuilah bahawa seorang mukmin yang terbuka mata hatinya (al-Mu'min al-Mustabsyir) lagi arif tidak dikotori oleh amalannya yang buruk. Dia (perawi) berkata: Ibrahim telah menjadi bingung dan berkata: Subhaana llah wa bi-hamdi-hi. Al-Baqir a.s berkata: Aku telah mengetahui kebingungan anda mengenainya, lantaran itu, bertanyalah, wahai Ibrahim, mintalah penerangannya, nescaya anda akan memahaminya dan mintalah kesimpulannya, nescaya anda akan mengetahuinya. Ibrahim berkata: Wahai maulaaya, penjelasan anda kepadaku telah banyak membingunkan aku dan apakah aku akan berkata bahawa kami melihat di kalangan Syiah kamu dan pencinta-pencinta kamu secara jujur mencintai kamu, kadang kala mereka meminum arak, melakukan dosa-dosa besar, meringan-ringankan sembahyang, puasa, zakat, haji dan kebajikan, sedangkan anda, wahai maulaaya, menyangka bahawa sesungguhnya dia tidak dikaitkan dengan dosa. Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya anda! Wahai Ibrahim, tidakkah aku telah menyebutkannya kepada anda dan matlamatnya? Lantaran itu, fahamilah, akau tidak akan menambahnya lagi untuk anda. Maka sesungguhnya setiap pencinta kami mestilah mendirikan sembahyang pada waktunya, menunaikan zakat yang difardukan ke atasnya, gigih melakukan amalan yang baik dan mencintainya pula. Ibrahim berkata: Kenapa dan bagaimana perkara itu, wahai sayyidi? Beliau a.s berkata: Wahai Ibrahim, aku telah banyak menerangkannya kepada anda dan menjawab soalan-soalan anda, bagaimanakah kepercayaan anda dan apakah yang anda telah pelajari? Ibrahim berkata: Maulaaya, seorang pencinta kamu dan Syiah kamu menurut apa yang kamu ceritakan (ahadu muhibbii-kum wa syi'ati-kum 'alaa ma wasaf-tum bi-hi)), jika diberikan kepadanya apa yang ada antara timur dan barat yang merupakan emas dan perak (lau u'tiya ahadu-hum ma baina al-Masyriq wa al-Maghrib dhahaban wa fidhdhatan) supaya dia tidak mencintai kamu dan tidak mewalikan kamu('alaa an yazuula 'an mahabbati-kum wa wilaayati-kum), maka dia akan meneruskannya (fa-ma zaala) sekalipun hidungnya dipukul dengan pedang (wa lau dhuribat khiyaasyimu-hi bi al-Saif). Seorang Naasibi kepada kamu, mewalikan musuh kamu, menurut apa yang kamu ceritakan tentang amalan-amalan kebaikan yang dilakukan olehnya, (Naasibi), jika seorang daripada mereka diberikan emas dan perak (lau u'tiya ahadu-hum mil'a al-Ardh dhahaban wa fidhdhatan) supaya berhenti dari mewalikan tawaaghit (an yazuula 'an wilaayati al-Tawaaghiit), dia akan meneruskannya (ma zaala) sekalipun hidungnya dipukul dengan pedang (wa lau dhuribat khiyaasyimu-hu bi al-Saif). Lalu al-Baqir a.s tersenyum sambil berkata: Wahai Ibrahim, dari sinilah binasanya orang ramai (halakat al-'Aammatu) dan mereka yang buta mata (hati) sebagaimana diceritakan oleh Allah di dalam Surah al-Ghaasyiah (88):3-4 "bekerja keras lagi menentang (naasibah), memasuki api yang sangat panas" Dan firman-Nya di dalam Surah al-Furqaan (25):23 "Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan" (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 144-45)
2. Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak mengetahui anda [dengan sebenar] melainkan Allah dan aku (ma 'arafa-ka illaa llahu wa anaa) dan tidak mengetahui aku [dengan sebenar] melainkan Allah dan anda (wa ma 'arafa-ni illaa llahu wa anta) dan tidak mengetahui Allah [dengan sebenar] melainkan aku dan anda ( wa ma 'arafa llaha ilaa anaa wa anta).
3. Dia juga wajib melakukan sembahyang yang lima, malah dia wajib melakukan kesemuanya. Dan orang yang melakukan sembahyang yang lima tanpa mengakui wilayah Imam Ali dan keluarganya yang suci, maka sembahyangnya tergantung sehingga dia mengakui wilayah mereka. Lantaran itu Imam Ali a.s berkata: Akulah di mana amalan-amalan tidak akan diterima melainkan dengan wilayahku. Dan tidak ada manfaatnya kebaikan melainkan dengan mencintaiku.
4. Sulaim Bin Qais, Kitab Sulaim, hlm. 180 "Kata-kata Ali a.s. bahawa para wasinya adalah muhaddathun (bercakap dengan malaikat) dan nama-nama mereka" Sulaim berkata: Apabila Muhammad bin Abu Bakr dibunuh di Mesir, maka kamipun mengucapkan takziah kepada Amir al-Mukminin a.s. Aku telah memberitahunya apa yang telah diberitahu kepadaku oleh Muhammad. Aku juga memberitahunya apa yang telah diberitahu kepadaku oleh Abd al-Rahman bin Ghunim. Beliau berkata: Muhahammad memang benar rahima-hu -Llah. Beliau adalah seorang syahid yang diberikan rezeki. Wahai Sulaim! Sesungguhnya para wasiku adalah sebelas orang lelaki daripada anak lelakiku, semuanya adalah para imam Muhaddathun.Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Siapakah mereka? Beliau a.s. berkata: Anak lelakiku ini al-Hasan, kemudian anak lelakiku ini al-Husain, kemudian anak lelakiku ini. Beliau memegang tangan cucunya Ali bin al-Husain yang masih menyusu. Kemudian lapan daripada anak lelakinya seorang demi seorang. Merekalah yang Allah telah bersumpah dengan mereka di dalam firman-Nya Surah al-Balad (90): 3, "Demi bapa dan apa yang diperanakkan" . "Bapa" adalah Rasulullah (Saw.) dan aku. Sementara "apa yang diperanakkan" adalah sebelas para wasi.
5. Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid'ah-bid'ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang". Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa "Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya" Ini disebabkan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa'il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan "kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku)
6. Imam Ali a.s berkata: Urusan kami adalah sulit dan menyulitkan, ianya diketahui dan diperakui oleh tiga golongan: Malaikat Muqarrab, Nabi Mursal dan mukmin cerdik yang telah diuji imannya oleh Allah"
7. "Para nabi menyeru kepada wilayah Ali a.s". Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-'Abbas bin Ma'ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah al-Khzzaz, daripada Abu Hafs al- 'Abdi, daripada Abu Harun al-'Abdi, daripada Abu Sa'id al-Khudri berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w, dan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan Dia menyerunya kepada wilayah anda sama ada secara sukarela atau paksaan (ma ba'atha l-Lahu nabiyyan illa wa qad da'a-hu ila wilayati-ka ta'i'an au karihan) (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 387)
8. Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 197, al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 87-8
9. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 135-6, hadis no. 90.
10. Firman Allah di dalam Surah Ali Imraan (3):61 "anfusa-naa wa anfusa-kum" ertinya "diri kami dan diri kamu" iaitu sebagai isyarat kepada penyatuan mereka berdua di alam roh dan alam cahaya (wa huwa isyaratun ila ittihaadi-hima fii 'aalam al-Arwaah wa al-Anwaar). Begitu juga tentang firman-Nya di dalam Surah Ali Imraan (3):144 "fa-in maata au qutila" Ertinya "Sekiranya dia mati atau dibunuh" maksud di sini sekiranya dia (Muhammad) mati atau wasinya (Ali) dibunuh, kerana kedua-duanya adalah satu (al-Murad huna maata au qutila al-Wasiyyu, li- anna-huma syai'un wihidun), satu makna, satu cahaya, kedua-duanya telah bersatu pada makna dan sifat (ma'na wahid wa nuur wahid, ittahadaa bi-al-ma'na wa al-Sifat) disamakan dengan jasad dan penamaan (uqturifa bi al-Jasad wa al-Tasmiah), kedua-duanya adalah satu di alam roh (fa-huma syai'un wahid fii 'aalam al-Arwaah), "anda adalah rohku di sisiku" (anta ruuhii baina janbi). Demikian juga di alam jasad (wa kadha fii 'aalam al-Ajsaad): Anda adalah daripadaku dan aku adalah daripada anda, anda mewarisiku dan aku mewarisi anda (anta min-ni wa anaa min-ka, tarithu-ni wa arithu-ka), anda di sisiku sepertilah kedudukan roh dan jasad (anta min-ni bi-manzilati al-Ruah wa al-Jasad). Dan kepadanya diisyaratkan di dalam firman-Nya Surah al-Ahzab (33): 56 "salluu 'alai-hi wa sallimuu taslima) Ertinya: Berselawatlah kamu ke atas Muhammad (salluu 'ala Muhammad) dan ucaplah salam untuk Ali atas urusannya (wa sallimuu li-'Ali amra-hu). Maka Dia telah menghimpunkan kedua-duanya pada satu jasad dari segi mutu(fa-jama'a-huma fii jasadin wahidin jauhariyyin), membezakan antara kedua-duanya dengan penamaan dan sifat di dalam perkara tersebut (wa farraqa baina-huma bi-al-Tasmiah wa al-Sifaat fii al-Amr), maka Dia berfirman: Salluu 'alai-hi wa sallimuu taslima), maka dia berfirman: Salluu 'ala al-Nabiyyi wa sallimuu 'ala al-Wasiyyi), ertinya: Berselawatlah kamu ke atas Nabi dan berilah salam ke atas wasi. Justeru selawat kamu ke atas Nabi dengan kerasulannya tidak memanfaatkan kamu kecuali kamu menerima Ali dengan wilayahnya (la tanfa'u-kum salawatu-kum 'ala al-Nabiyyi bi-al-Risaalati illa bi-taslimi-kum 'ala Ali bi-al-Wilaayati).
11. Fungsi Ali a.s sebagai wasi adalah selepas kematian Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, dialah yang berdiam diri.
12. Firman Allah tentang raj'ah di dalam Surah al-Naml (27): 83 "Dan hari kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami sehingga mereka dibagi-bagi (dalam kelompok-kelompok" Raj'ah berlaku di dunia dan bukan di akhirat.
13. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya manusia bersepakat mencintai Ali, nescaya Allah tidak menjadikan neraka" (Muhammad Salih al-Hanafi, Kaukab al-Durriy, hlm.122).
14. Inilah maksud kata-kata Imam Ali a.s : Sesiapa yang telah melihatku, maka dia telah melihat mereka a.s dan sesiapa yang telah melihat mereka a.s , maka dia telah melihatku, kerana mereka adalah satu cahaya.
15. Dengan perlantikan Ali a.s sebagai penggantinya. Lantaran itu, al-Wilayah adalah batin al-Nubuwwah.
16. "Umpama Ilmu Ahlu l-Bait a.s" Diriwayatkan daripada Ishaq bin 'Ammar daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya umpama Ali bin Abu Talib a.s dan umpama kami selepasnya pada umat ini sepertilah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s, Nabi Musa a.s telah memohon untuk bercakap dengan Nabi Khidir a.s dan meminta persahabatan dengannya, kisah mereka berdua telah diceritakan oleh Allah di dalam Surah al-A'raf (7) :144 "bahawa Allah telah berkata kepada Musa wahai Musa sesungguhnya Aku telah memilih kamu dari manusia yang lain untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku telah berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk mereka yang bersyukur" Kemudian Dia berfirman di dalam Surah yang sama: 145 "Dan telah kami tuliskan untuk Musa pada Lauh-lauh segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu" Nabi Khidir a.s telah memiliki ilmu yang tidak ditulis di lauh-lauh (alwah) Musa, tetapi Musa a.s telah menyangka bahawa semua perkara yang beliau perlukan di dalam kenabiannya dan semua ilmu telah ditulis untuknya di lauh-lauh sebagaimana mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah ulama dan fuqaha', diberi semua kefahaman, dan ilmu di dalam agama yang diperlukan umat kepadanya. Mereka mengesahkan bahawa ia adalah daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka mempelajari dan menghafaznya. Sebenarnya bukan semua ilmu Rasulullah s.a.w mereka telah mempelajarinya dan bukan semuanya daripada Rasulullah s.a.w, malah mereka tidak mengetahuinya. Suatu perkara sama ada yang halal atau yang haram ditanya kepada mereka, tetapi mereka tidak mempunyai hadis Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut dan mereka pula menjadi malu apabila kejahilan dikaitkan kepada mereka, mereka tidak suka mereka ditanya, kerana mereka tidak dapat menjawabnya, lantas orang ramai menuntut ilmu dari galiannya. Justeru mereka telah mengguna pendapat (al-Ra'yu) dan kias di dalam agama Allah dan meninggalkan hadis Rasulullah s.a.w. Mereka mendekati Allah dengan berbagai bid'ah, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap bid'ah adalah sesat. Jika mereka bertanya sesuatu tentang agama Allah dan mereka tidak mengetahui hadis Rasulullah s.a.w, maka hendaklah mereka kembalikan kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w dan kepada Uli l-Amri daripada mereka, nescaya ali Muhammad akan memberitahu kepada mereka, tetapi permusuhan (al-'adawah) dan hasad telah menghalang mereka dari menuntut ilmu daripada kami, tetapi Nabi Musa a.s tidak pernah mempunyai perasaan hasad kepada Nabi Khidir a.s, beliau telah mengetahui keilmuan Nabi Khidir a.s, lalu beliau telah mengakuinya dan tidak berhasad dengki kepadanya sebagaimana umat ini telah berhasad dengki kepada kami selepas Rasulullah s.a.w akan keilmuan kami dan apa yang telah kami warisi daripada Rasulullah s.a.w. Mereka tidak gemar kepada keilmuan kami, tidak sebagaimana Musa a.s yang telah gemar kepada Khidir a.s, lalu menjalinkan persahabatan dengannya, mempelajari keilmuannya, manakala beliau telah bertanya Nabi Khidir a.s, maka beliau mengetahui bahawa Musa tidak mampu untuk meneruskan persahabatan dengannya dan tidak boleh menanggung keilmuannya, serta tidak boleh bersabar dengannya pada masa itu, Nabi Khidir a.s berkata kepadanya: Sesungguhnya anda tidak mampu bersabar bersama aku. Musa berkata kepadanya: Kenapa aku tidak bersabar? Maka Khidir berkata: Bagaimana anda boleh bersabar di atas perkara yang anda tidak mengetahui beritanya, Musa berkata kepadanya dengan rendah diri supaya Khidir menerimanya: Anda akan mendapati aku seorang yang bersabar dan aku tidak akan menderhaka anda walau sedikit. Khidir telah mengetahui bahawa Musa tidak bersabar di atas keilmuannya, begitulah, demi Tuhan, wahai Ishaq, keadaan kadi-kadi mereka, fuqaha' mereka dan kumpulan mereka hari ini, mereka tidak mampu menanggung, demi Tuhan, keilmuan kami, mereka tidak boleh menerimanya, mereka tidak mampu dan mereka tidak akan menerimanya, mereka tidak akan bersabar sebagaimana Musa tidak bersabar di atas keilmuan Khidir ketika beliau bersahabat dengannya dan melihat apa yang beliau telah melihat tentang keilmuannya. Demikianlah ia di sisi Musa merupakan perkara yang dibencinya (makruhan) dan ia di sisi Allah adalah suatu keredaan iaitu kebenaran, begitulah keadaan ilmu kami di sisi mereka jahil merupakan ilmu yang dibenci (makruhan) dan tidak diambil-kira sedangkan ia di sisi Allah adalah kebenaran (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 286-8).
17. Imam Ja'far a.s berkata: Apabila kami berada di sini, maka kami juga berada di sana dan apabila kami berada di sana, maka kami juga berada di sini (idhaa kunna ha-hunaa fa-nahnu hunaaka wa idh kunnaa hunaaka fa-nahnu ha-hunaa).
18. Manusia adalah binatang yang bercakap (insaan hayawaan al-Naatiq) di dalam ilmu logik. Ertinya akulah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
19. Surah al-Naml (27): 82 "Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi (daabbatu l-Ardh) yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat kami"
20. "Kelahiran para wasi dan para nabi". Al-Mufadhdhal berkata kepada Imam Ja'far al-Sadiq a.s: Beritahuku, wahai maulaaya, tentang kelahiran para wasi (miilaad al-Ausiyaa'), maka al-Sadiq a.s berkata: Ibu-ibu para wasi adalah tempat menyimpan rahsia (ummahaat al-Ausiyaa' mustaudi'a sirrin) dan perkara yang mulia daripada Allah (wa amrun jaliilun mina llahi). Keajaiban yang pertama bahawa ibu-ibu para wasi adalah lelaki bukan perempuan (inna umahaat al-Ausiyaa' zukuurun laa inaathan). Aku berkata: Wahai maulaaya, subhaana llah bagaimana begitu? Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya mereka adalah malaikat di dalam bentuk wanita, kemudian beliau a.s membaca Surah al-Zukhruf (43): 19 "Dan mereka menjadikan malaikat-malaikat itu hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah sebagai orang-orang perempuan. Apakah mereka menyaksikan penciptaan malaikat-malaikat itu? Kelak akan ditulis persaksian mereka dan mereka akan meminta pertanggungjawaban" Adakah anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, siapakah yang dimaksudkan dengannya? Aku berkata: Tidak, wahai maulaaya. Beliau a.s berkata: Dimaksudkan dengannya adalah Fatimah Adakah anda mengetahui siapakah Fatimah, wahai Mufadhdhal? Aku berkata: Maulaaya sahaja yang mengetahuinya, maka beliau a.s berkata: Anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya aku telah mengutamakan anda dengan soalan-soalan anda daripada orang lain, dan aku telah memberi isyarat kepada anda tentang ibu kami Fatimah (wa ramaz-tu laka bi-tarafi waalidati-na Fatimah, maka al-Mufadhdhal berkata: Segala puji bagi Allah yang telah kurniakan ke atasku tentang perkara ini dan bersyukur di atas semua nikmat-Nya zahir dan batin. Kemudian al-Sadiq a.s berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya orang ramai menyangka sebagaimana aku telah memberitahukan anda bahawa ibu-ibu para wasi melahirkan anak. Tidakkah anda telah membaca Surah al-Balad (90):4 "wa waalidin wa maa walada (Demi bapa dan apa yang diperanakkan)"? wahai Mufadhdhal, sesungguhnya ayat ini ada makna batinnya, adakah anda melihat [di dalam ayat itu] bapa dan anak (a taraa-hu waalidan wa mauluudan) atau bapa tanpa anak (waalid wa laa mauluud) dan bagaimana dia menjadi mauluudan (diperanakkan) sedangkan Allah berfirman: Maa walada (dia tidak beranak)? Aku berkata: Wahai maulaaya, ayat ini adakah khusus untuk para wasi sahaja atau untuk semua manusia? Al-Sadiq a.s berkata: Ayat ini untuk para wasi secara khusus sebagaimana aku menceritakannya kepada anda (al-Mufadhdhal Bin 'Umar al-Ja'fi, kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 76-77).
21. Diperanakkan dengan cara yang tersendiri. Imam Ja'far al-Sadiq a.s berkata: Allah menjadikan badan-badan para wasi atau para nabi sebagai tempat untuk para malaikat (inna llaha ansya'a abdaan al-Ausiyaa' afkhaadhan ilaa al-Mala'ikati) sehingga mereka sampai masa tertentu, ini berserta kesucian malaikat. Apabila Allah mahu menzahirkan seorang imam pada zahir bagi memberi pengajaran kepada makhluk ini, Dia mengutus roh dari sisi-Nya, lalu ia memasuki bayi (al-Mauluud) yang kadang-kadang bersih daripada kekotoran, dilahirkan [secara aneh] tanpa melalui rahim wanita, kerana kemasukan roh padanya untuk mendidik umat manusia dan menzahirkan kebenaran. Lantaran itu, kelahiran seorang imam dan kematiannya bukanlah satu kelahiran dan bukanlah pula satu kematian. Ia adalah seperti seorang lelaki yang memakai baju dan mencabutnya apabila dia kehendaki (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm.77-78). Begitu juga dengan keghaiban seorang imam dari satu alam, maka dia berada di alam yang lain pula.
22. Ini bererti khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman sebelumnya tidak boleh dibandingkan dengannya. Apatah lagi mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Imam Ali a.s berkata: "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan Rasulullah s.a.w dengan mengubah sunnah-sunnahnya. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syiahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w. Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt). Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam sembahyang jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa sembahyang, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan sembahyang kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan sembahyang jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali sembahyang-sembahyang fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa sembahyang sunat berjama'ah (Taraawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan sembahyang-sembahyang sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a'immah dhalalah wa al-Du'ati ila al-Nar). Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 "Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.". Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 "Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya" bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya. ia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa" Lihat Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985, viii, hlm. 51-51, hadis no.21.
23. Imam Ali a.s pada masa itu adalah Nuh. Lantaran itu, Imam Ja'far a.s berkata: Di kalangan kami adalah rasul-rasul daripada Allah kepada makhluk-Nya selama makhluk itu berhajat kepada kami. Apabila mereka tidak berhajat lagi kepada kami, maka Allah mengangkat kami kepada-Nya sehingga Dia menciptakan makhluk yang lain, maka kamilah orang yang pertama diutuskan kepada mereka, memberi petunjuk kepada mereka dan menjadi hujah-hujah ke atas mereka.
24. Imam Ali a.s pada masa itu adalah Ibrahim. Dan Imam al-Husain adalah Ismail dan Imam al-Hasan adalah Ishaq a.s
25. Dengan bermacam-macam nama mengikut kehendak Allah.
26. Para Imam a.s telah dijadikan daripada satu cahaya, kemudian dibahagi-bahagikan cahaya tersebut. Mereka adalah manusia berjiwa malaikat.
27. Mereka adalah satu.
28. Para Imam Dua Belas a.s adalah di bawah kenabian Muhammad s.a.w. Oleh itu, setiap kelebihan yang ada pada mereka, maka Nabi Muhammad s.a.w adalah melebihi kelebihan mereka di semua peringkat.
29. "Tiinah para imam dan tiinah mukmin" Imam al-Baqir a.s berkata: Allah telah menciptakan tanah yang baik, kemudian Dia memancarkan air yang tawar sedap padanya, lalu Dia membentangkan ke atasnya wilayah kami Ahlu l-Bait, maka ia menerimanya. Dia memasukkan air ke atasnya selama tujuh hari sehingga ia meresapi kedalamnya, lalu Dia mengambil tanah (tiinah) yang bersih daripadanya, kemudian Dia menjadikannya tanah para imam. Kemudian Dia membasuh tanah itu, lalu Dia menciptakan daripadanya Syiah kami dan pencinta-pencinta kami. Jika ditinggalkan tanah kamu, wahai Ibrahim, seperti tanah kami, nescaya kamu dan kami adalah sama (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 147)
30. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 344 "penciptaan Syiah" Imam Ali a.s berkata: Sesungguhnya Syiah kita adalah dari tanah yang tersimpan (tiinah makhdhunah) sebelum Allah mencipta Adam dua ribu tahun (qabla an yakhluqa Adam bi-alfai 'am), ia tidak dipisahkan oleh perkara yang ganjil (la yasyudhdh min-ha syadhdhun), dan tidak dimasuki padanya oleh sesuatu (wala yadkhulu fi-ha dakhilun), sesungguhnya aku mengenali mereka ketika aku melihat mereka (wa inni la-a'rifu-hum hina anzuru ilai-him).
31. Hari Kiamat.
32. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 236-7, hadis no. 255.
33. Menerima Ali a.s sebagai pengganti Rasulullah s.a.w yang dinaskan.
34. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm.277. "Wilayah Ali a.s" Imam Ja'afar al-Sadiq a.s berkata: Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan dengan khudhu' kepada Ali a.s, kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak "melihat" Allah melainkan dengan mentaati kami.

35. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm 162-163.
36. Sesiapa yang menaikinya berjaya dan sesiapa yang meninggalkannya akan binasa.
37. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 363, hadis no. 514.
38. Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm.163.
39. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm.163-166.
40. Rasulullah s.a.w bersabda: Akulah bandar ilmu, maka Ali adalah pintunya" (Al-Hakim al-Nisaburi, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, ii, hlm. 377, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- 'Ummaal, v, hlm. 30.
41. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 251.
42. Surah al-Tahrim (66):4.
43. Surah al-Maa'idah (5): 55.
44. Surah al-Insaan(76):1
45. Pengertiannya adalah di sisi Allah.
46. "Abu Bakr telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w selepas kematiannya". Daripada Muhammad bin Hammad daripada Abu Ali daripada Ahmad bin Musa daripada Ziad bin al-Mundhir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr di sebahagian jalan di Madinah, dan berkata kepadanya: Anda telah melakukan kezaliman (zalam-ta wa fa'al-ta). Abu Bakr berkata: Siapakah yang mengetahuinya? Beliau a.s berkata: Rasulullah s.a.w mengetahuinya. Abu Bakr berkata: Apakah hubunganku dengan rasul sehingga dia mengetahui keadaanku sedemikian. Jika beliau s.a.w. mendatangi aku di dalam tidurku dan memberitahuku keadaan itu, maka aku boleh mengakuinya. Beliau a.s. berkata: Aku akan membawa anda (udkhilu-ka) kepada Rasulullah s.a.w. Maka beliau membawanya ke dalam masjid Quba', tiba-tiba Rasulullah s.a.w berada di masjid Quba' dan berkata kepadanya: Jauhilah dari menzalimi Amir al-Mukminin. Beliau berkata: Maka beliau telah keluar dari sisinya, lalu beliau (Abu Bakr) bertemu dengan Umar dan memberitahu kepadanya perkara tersebut. Maka 'Umar berkata kepada Abu Bakr: Diam, tidakkah anda telah mengetahui sejak lama dahulu tentang sihir Bani Hasyim bin Abd al-Muttalib? (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 304-5)
47. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm. 165-166).
48 Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 345. "Pertambahan ilmu" Musa bin Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya Ja'far bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa bin Abdullah al-Asy'ari, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami hamba Abu Abdullah a.s, daripada bapanya Sulaiman, berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah mendengar anda berkata bukan sekali: Jika ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, beliau berkata: Adapun tentang halal dan haram, maka sesungguhnya Allah telah menerangkannya kepada Nabi-Nya dengan sempurna. Justeru seorang imam tidak ditambah ilmunya tentang halal, dan haram.
49. Sulaim Bin Qais, Kitab Sulaim, hlm. 72.
50. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 342-3
51. Rasulullah s.a.w bersabda: Hanya orang yang ditulis namanya oleh Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat" (Ibn Hajar al-Makki, al-Sawaa'iq al-Muhriqah, hlm. 78)
52. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 359-60 "Haud Kauthar". Al-Hasan bin Ahmad bin Salmah al-Lu'lu', daripada al-Hasan bin Ali bin Baqqah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s tentang al-Haudh, maka beliau berkata kepadaku: Ia adalah Haudh di antara penglihatanku kepada San'a' (haudh ma baina basari ila San'a'), adakah anda suka melihatnya? Aku berkata kepadanya: Ya, beliau berkata: Maka beliau telah mengambil tangan aku dan mengeluarkan aku di luar Madinah, kemudian beliau menendang tanah dengan kakinya (fa-dharaba bi-rijli-hi), maka aku telah melihat kepada sungai yang sedang berlari di sudutnya air putih, dan susu daripada salji. Di tengahnya khamr (arak) yang lebih baik daripada permata nilam, aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripada khamr di antara susu dan air, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah ia keluar dan di manakah tempat berlarinya air? Beliau berkata: Mata-mata air ini telah disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah sungai-sungai di Syurga, mata air daripada air, mata air daripada susu, mata air daripada khamr mengalir di sungai ini dan aku telah melihat di kedua-dua tepinya pohon-pohon padanya hamba-hamba perempuan (jawar) yang berjuntai dengan kepala-kepala mereka. Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripadanya, di tangan-tangan mereka bejana-bejana yang aku tidak pernah melihat secantik itu, bukan daripada bejana-bejana dunia. Maka beliau telah menghampiri salah seorang daripada mereka dan memberi isyarat kepadanya dengan tangannya supaya ia memberikan air kepadanya, maka aku melihat kepadanya, lalu ia condong ke hadapan untuk mencedok air dari sungai. Maka pohon itu condong ke hadapan, lalu ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (nawalat-hu fa-nawala-ni fa-syarab-tu), kemudian beliau memberinya kepadaku, lalu aku meminumnya. Kemudian beliau mengambilnya dan memberi isyarat kepadanya, maka pohon itu condong bersamanya (fa-malat al-Syajaratu ma'a-ha), lantas ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (Abu Abdullah a.s) dan beliau pula memberikannya kepada aku, maka aku meminumnya. Aku tidak pernah melihat minuman yang lebih lembut, dan lebih lazat daripadanya. Bauannya adalah mewangikan. Aku telah melihat kepada gelasnya, maka aku mendapati tiga warna di dalam minuman itu, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tidak pernah melihat perkara sebegini, maka beliau berkata: Ini adalah perkara yang paling sedikit yang disediakan oleh Allah kepada syiah kita (hadha min aqalli ma a'ada-hu l-Lahu li-syi'ati-na). Sesungguhnya mukmin apabila mati, maka rohnya akan sampai ke sungai ini, berehat di taman-tamannya, meminum airnya. Sementara musuh kita apabila mati, maka rohnya akan sampai ke lembah Barhut (wa inna 'aduwwana idha tuwaffia sarat ruhu-hu ila wadi barhut) dan dikekalkan azabnya, diberi makan zaqum, diberi minum air api neraka (hamim), maka pohonlah perlindungan dengan Allah dari dihantar ke lembah tersebut.
53. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm.191, hadis. No. 167.
54. "al-Qaim, al-Saffah dan al-Muntasir" 'Umar bin Thabit daripada Jabir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Demi Allah, seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait selepas kematiannya tiga ratus sembilan tahun, beliau berkata: Maka aku berkata: Bilakah ia akan berlaku? Beliau berkata: Maka beliau berkata: Selepas kematian al-Qaim. Aku telah berkata kepadanya: Berapa lama al-Qaim akan berada di dunianya sehingga beliau mati? Beliau berkata: Maka beliau berkata: Sembilan belas tahun dari hari pertamanya sehingga hari kematiannya, aku berkata: Adakah selepas kematiannya akan berlaku huru-hara? Beliau berkata: Ya, selama lima puluh tahun. Kemudian al-Muntasir akan keluar ke dunia menuntut darahnya dan darah para sahabatnya, maka beliau membunuh dan mengambil tawanan sehingga dikatakan kepadanya: Jika inilah dari zuriat para nabi, nescaya beliau tidak membunuh orang ramai seperti pembunuhan ini, orang ramai sama ada yang putih atau yang hitam mereka akan berkumpul kepadanya sehingga mereka membuatnya berlindung kepada Ka'bah dan apabila bala berlaku kepadanya, maka al-Muntasir dibunuh, kemudian al-Saffah keluar ke dunia di dalam keadaan marah, kerana pembunuhan al-Muntasir, maka beliau akan membunuh setiap musuh kami, adakah anda mengetahui siapakah al-Muntasir dan al-Saffah wahai Jabir? Al-Muntasir adalah al-Husain bin Ali dan al-Saffah adalah Ali bin Abu Talib a.s (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 285)
55. Sembahyang yang dilakukan tanpa mengakui wilayah Imam Dua Belas a.s tidak akan diterima. Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Yang telah Mengutus aku dengan kenabian, sekiranya seorang lelaki berjumpa dengan Allah (mati) bersama amalan tujuh puluh para nabi, kemudian dia tidak mengakui wilayah kami Ahlu l-Balt, maka Allah tidak akan menerima amal ibadatnya itu.
56. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 258, hadis no. 306.
57. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 342.
58. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 236 "Malaikat dan Imam Ali a.s" Daripada Abdullah bin Muhammad al-'Abasi berkata: Ahmad bin Salmah telah memberitahu aku daripada al-A'masy daripada Ziad bin Wahab daripada Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku telah mendatangi Fatimah a.s, maka aku berkata kepadanya: Di manakah suami anda? Beliau berkata: Jibrail a.s telah naik ke langit bersama-samanya. Aku berkata: Kenapa? Beliau berkata: Beberapa malaikat telah berselisih faham tentang sesuatu, maka mereka telah bertanya hukum daripada manusia, maka Allah telah mewahyukan kepada mereka supaya membuat pilihan. Lantas mereka memilih Ali bin Abu Talib a.s.
59. Al-Hakim al-Nisaburi, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, ii, hlm. 377.
60. Imam Ali a.s juga berkata: Akulah Khidir guru Musa.
61. Pada zahirnya seperti manusia biasa sebagai ujian kepada manusia. Oleh itu, beliau a.s berkata: Akulah seorang hamba dan seorang makhluk.
62. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 282, hadis no. 366.
63. Batin Ka'bah.
64. Dari segi pahala mencintainya seperti pahala membaca Surah al-Fatihah.
65. Surah al-Kahfi (18): 31.
66. Rasulullah s.a.w dan tiga belas orang Ahlu l-Baitnya adalah cahaya Allah yang tidak dapat dipadamkan.
67. "Busur panah" Umar telah memberitahu kepada Salman al-Farisi tentang busur panah Ali a.s. dan berkata: Ali telah mencampakkan busur panahnya ke tanah, maka ia bertukar menjadi seekor ular yang besar, lantaran itu, wahai Salman, aku sentiasa takut kepadanya sehingga hari ini. Salman al-Farisi menjadi hairan lalu berkata: Dengan keajaiban seperti ini kita telah mengenali Ali. Kemudian Umar berkata: Wahai Salman, sekiranya dua mataku tidak melihatnya, maka aku tidak mempercayainya, tetapi aku telah melihatnya sendiri. Umar berkata lagi: Aku berharap agar anda menolak Ali bin Abu Talib dan anda memilih persahabatan dengan kami (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 88).
68. "Tiinah taghut, Naasibi dan kafir" Imam al-Baqir a.s berkata: Allah telah menciptakan tanah, maka ia menjadi buruk lagi busuk (khabiithah wa muntinah), kemudian dipancarkan air ke atasnya, lalu dibentangkan ke atasnya wilayah Ahlu l-Bait, tetapi ia tidak menerimanya. Kemudian dimasukkan air ke atasnya selama tujuh tahun. Kemudian dikeluarkan air daripadanya. Kemudian diambil tanah itu dan dicampurkan dengan tanah kamu, lalu diciptakan tawaaghit dan pemimpin-pemimpin kafir. Beliau a.s berkata kepada Ibrahim: Jika tanah kamu ditinggalkan dan tidak dicampurkan dengan tanah mereka, nescaya mereka tidak mengucap dua kalimah syahadat atau melakukan sembahyang atau berpuasa atau mengeluarkan zakat atau mengerjakan haji atau melaksanakan amanah dan mereka tidak pula menyerupai bentuk kamu. Tidak ada perkara yang lebih besar ke atas mukmin dari melihat bentuk musuhnya seperti bentuknya. Ibrahim berkata: Wahai maulaaya, apakah Allah telah melakukan dengan tiinah? Imam al-Baqir a.s berkata: Dia telah mencampurkan kedua-duanya dengan air yang pertamanya bersih dan air keduanya masin, lalu menggaulkan kedua-duanya. Kemudian Dia mengambil daripada kedua-duanya satu genggam dan berfirman: Mereka akan ke syurga dan Aku tidak peduli. Kemudian Dia mengambil satu genggam yang lain dan berfirman: Mereka akan ke neraka dan Aku tidak peduli. Kemudian Dia mencampurkan daripada kudua-duanya pula dan meletakkan salinan mukmin (naskh al-Mu'min) dan tiinahnya di atas salinan kafir dan tiinahnya. Lantaran itu, apa yang dilakukan oleh seorang Syiah kami sama ada zina, liwat, khianat, meninggalkan sembahyang, puasa, haji atau jihad, maka ia adalah daripada salinan kafir. Dan apa yang dilakukan oleh oleh Naasibi terhadap kami daripada musuh-musuh kami sama ada sembahyang, puasa, haji, jihad dan amalan-amalan kebajikan adalah daripada salinan mukmin dan tiinahnya, kerana salinan mukmin adalah sembahyang, puasa, haji, jihad dan amalan-amalan kebajikan. Sementara salinan Naasibi terhadap Ahlu l-Bait dan para Imam adalah zina, liwat, minuman arak, melakukan dosa dan segala kekejian. Apabila dibentangkan amalan-amalan ini kepada Allah, Dia berfirman: Al-Naatiq (yang bercakap) mengetahuinya dan qadha'nya yang terdahulu, lalu berfirman: Aku Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dan Aku Adil, Aku tidak zalim. Aku tidak menzalimi hak-hak dan amalan-amalan, maka ia dikaitkan kepada bahannya yang asal, kerana ia adalah daripadanya. Dan dikaitkan amalan yang baik kepada salinan mukmin dan tiinahnya yang bersih, kerana ia daripadanya. Kemudian al-Baqir membaca Surah Yusuf (12): 79 "Berkata Yusuf: "Aku mohon perlindungan kepada Allah daripada menahan seorang, kecuali orang yang kami ketemukan harta benda kami padanya, jika kami berbuat demikian, maka benar-benarlah kami orang-orang yang zalim" Wahai Ibrahim, inilah, demi Tuhan, tafsirnya pada batin ilmu kami. Kemudian al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, beritahuku tentang matahari apabila cahayanya naik dilihat di seluruh negeri, ia terang daripada bulatannya atau ia tersembunyi daripadanya? Aku berkata: Wahai maulaaya, adapun ketika naiknya, maka ia terang, adapaun ketika jatuhnya, maka ia bersambung dengannya. Al-Baqir a.s berkata: Tidakkah apabila matahari jatuh, cahayanya bersambung dengan bulatannya? Ibrahim berkata: Ya, cahayanya kembali kepadanya. Al-Baqir a.s berkata: Begitulah setiap sesuatu kembali kepada jenisnya, salinannya dan asalnya. Apabila tiba hari Kiamat, amalan-amalan dibentangkan kepada Allah, maka Dia mencabut salinan Naasibi dan tiinahnya yang bercampur dengan tiinah mukmin dan mencabut daripada mukmin dosa-dosa dan bebanannya, lalu Dia memulangkannya kepada Naasibi kerana keburukan tiinahnya telah bercampur dengan tiinah mukmin. Dia akan memberi Naasibi segala dosa dan bebenan jika dosa dan bebenan itu daripada salinan Naasibi, bahannya dan unsurnya. Allah akan mencabut tiinah mukmin daripada Naasibi berserta sembahyangnya dan kebaikannya, lalu Dia memberinya kepada mukmin apabila amalannya daripada salinan mukmin, bahannya dan unsurya. Kamu fikir, wahai Ibrahim, di sini aku tidak memberitahu kepada anda secara zalim, permusuhan, kezaliman dan pembohongan. Ibrahim berkata: Aku pohon perlindungan daripada Allah, sesungguhnya Allah dengan hamba-hamba-Nya, amalan mereka, ilmu mereka, salinan mereka, bahan mereka, dan sesungguhnya ini, wahai maulaaya, adalah hukum pemutus pada hari Pembalasan. Maka al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, sesungguhnya hukum daripada-Nya adalah hukum pemutus dan hukuman yang adil. Demi Yang telah Membelah biji-bijian dan Melepaskan jiwa, aku tidak memberitahu kepada anda melainkan dengan kebenaran, aku tidak menceritakan kepada anda melainkan dengan ketelusan dan tidak dipersoalkan apa yang Dia buat sedangkan mereka dipersoalkan. Tuhan kamu tidak menzalimi seorangpun dan Tuhan tidak menzalimi hamba-hamba-Nya. Ibrahim berkata: Wahai maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah percaya dengan rahsia kamu, zahir kamu dan batin kamu, kemudian rahsia kamu yang tersembunyi, pada zahir anda dan batin anda, kemudian rahsia anda yang tersembunyi, demi Allah, wahai maulaaya, sesungguhnya aku hairan tentang apa yang telah sampai kepadaku daripada seorang di kalangan kamu, wahai maulaaya, al-Baqir a.s berkata: Apakah yang menghairankan anda? Ibrahim berkata: wahai anak lelaki Rasulullah, aku hairan dengan Allah, hikmat-Nya, ilmu-Nya bahawa Dia mengambil kebaikan semua Naasibi; musuh-musuh kamu, maka Dia memulangkannya kepada Syiah kamu. Dan Dia mengambil segala kejahatan Syiah kamu dan memulangkannya kepada musuh-musuh kamu. Al-Baqir a.s berkata: Ya, Demi Tuhan Yang telah Membelah biji-bijin dan Melepaskan jiwa, Dia telah menciptakan syurga dan menciptakan langit dan bumi, wahai Ibrahim, sesungguhnya aku tidak memberitahu kepada anda melainkan ianya terdapat di dalam al-Qur'an semuanya. Ibrahim berkata: Maulaaya, ini betul-betul di dalam al-Qur'an. Al-Baqir a.s berkata: Allah telah menjadikan kami di kalangan hamba-hamba-Nya, Amin. Ya, wahai Ibrahim, ini betul-betul ada di dalam al-Qur'an, anda suka aku membacanya kepada anda? Ibrahim berkata: Ya, demi Allah, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, kemudian beliau a.s membaca Surah al- 'Ankabut (29): 12 "Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang yang beriman: "ikutilah jalan kami dan nanti kami akan memikul dosa-dosamu" dan mereka (sendiri) sedikitpun tidak (sanggup) memikul dosa-dosa mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar orang pendusta" Mereka akan memikul dosa-dosa mereka di samping dosa-dosa orang lain dan Dia akan bertanya mereka pada hari Kiamat tentang apa yang mereka lakukan. Iaitu, wahai Ibrahim, mereka memikul dosa-dosa mereka berserta dosa-dosa mukminin, kerana dosa-dosa itu daripada salinan mereka, tabiat mereka, jenis mereka dan bahan mereka. Ibrahim berkata: Tambah lagi untukku, wahai maulaaya. Al-Baqir a.s berkata: Allah berfirman di dalam Surah al-Nahl (16): 25 "Mereka memikul dosa-dosa dengan sepenuhnya pada hari Kiamt dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu" Iaitu orang-orang yang menzalimi mereka tanpa ilmu. Wahai Ibrahim, anda tahu apa yang Dia telah berfirman kepada pencinta-pencinta kita dan Syiah kita? Ibrahim berkata: Tidak, wahai maulaaya. Al-Baqir a.s berkata: Merekalah orang-orang yang telah beriman" Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Dan Adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" Surah al-Furqaan (25):70. Sesungguhnya Allah menggantikan kejahatan Syiah kita dengan kebaikan pada hari Kiamat. Sesungguhnya aku bersumpah dengan Ibrahim, wajah Allah, kemulian Allah bahawa sesungguhnya ini adalah daripada keadilan-Nya pada makhluk-Nya, tanpa menolak qadha'-Nya dan mengubah hikmat-Nya (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 146-8)
69. Daripada Yahya bin 'Imraan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah Ja'far bin Muhammad: Wahai maulaaya, di manakah ghaibnya Sahib al-Amr (al-Qaim/Imam al-Mahdi)? Al-Sadiq a.s berkata: Di sebalik kawasan kamu ini? Aku berkata: Maulaaya, tidak ada sesuatupun di sekeliling kawasan kita ini. Kemudian al-Sadiq a.s tersenyum sambil berkata: Aku akan menceritakan perkara itu kepada anda dan aku tidak menegah anda daripadanya jika Allah kehendaki. Maka di sebalik kawasan anda ini terdapat bandar-bandar yang bermacam-macam di mana setiap bandar mempunyai dua belas ribu pintu dan di atas setiap pintu pada malam dan siang dua belas ribu lelaki yang menjaganya sehingga hari Kiamat. Aku berkata: Wahai maulaaya, berapakah bilangan bandar-bandar itu? Al-Sadiq a.s berkata: Tiga puluh sembilan kubah selain daripada kubah Adam. Aku berkata: Wahai maulaaya, mereka daripada anak-anak Adam (aulaad Adam)? Al-Sadiq a.s berkata: Mereka tidakpun mengetahui bahawa Allah telah menciptakan Adam. Aku berkata: Adakah mereka didahului oleh Iblis, wahai maulaaya, dengan bala tenteranya? Al-Sadiq a.s berkata: Mereka tidak mengetahui bahawa Allah telah menciptakan Iblis. Aku berkata: Wahai maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana al-Qaim mendatangi mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Al-Qaim datang dari dunia menurut kehendaknya atau menurut kehendak Allah untuk dia berada di kalangan mereka. Aku berkata: Wahai maulaaya, ghaibnya di mana dan pada bandar manakah dia diami? Al-Sadiq a.s berkata: Dia tinggal di mana saja Allah kehendaki. Aku berkata: Wahai maulaaya, adakah seorang di kalangan kamu akan datang kepada mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Ya, kamilah hujah-hujah Allah pada mereka dan ke atas mereka dan mereka pula memberikan khumus mereka kepada kami, mereka tidak menderhakai Allah sekalipun sekelip mata. Aku berkata: Wahai maulaaya, waktu manakah perjalanan kamu kepada mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Apabila kami berada di sini, maka kami berada di sana dan apabila kami berada di sana, maka kami berada di sini. Aku berkata: Wahai maulaaya, tanpa perpindahan dan tanpa musafir? Lantas al-Sadiq a.s tersenyum sambil berkata: Cinta anda kepada kami tidak membuat anda berkata pada kami menyalahi kebenaran, kami adalah hamba-hamba Allah yang dihormati, janganlah anda mendahuluiNya dengan perkataan sedangkan kami dengan perintah-Nyalah kami melakukan sesuatu dan kami takut kepadaNya tentang perkara-perkara yang ghaib. Subhana llah, Dia tidak memberikan kebaikan kepada kami kecuali dengan kepujian-Nya, kesyukuran-Nya. Kami mematuhiNya, penyimpan ilmu-Nya, tempat rahsia-Nya, tempat simpan ilmu-Nya, pewaris-pewaris para nabi-Nya dan para rasul-Nya dan kamilah hujah-hujah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya daripada makhluk-Nya. Dia telah memilih kami sedangkan kami tidak mampu ke atas diri kami sendiri untuk melakukan sebarang kemudaratan dan sebarang manfaat melainkan apa yang dikendaki Allah. Sesungguhnya apa yang aku telah menceritakan kepada anda itu adalah dengan kuasa Tuhan kami (bi-qudrati rabbi-na). Aku berkata: Wahai maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, dari manakah al-Qaim kamu akan keluar? Al-Sadiq a.s berkata: Dari Baitullah al Haram dan Jibrail adalah yang pertama memberi baiah kepadanya dengan tujuh puluh ribu malaikat bersamanya. Tidak ada malaikat di langit melainkan dia turun dan memberi baiah kepadanya (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm.131).
70. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mu'minin, hlm. 164-166.
71. Al-Tatnajaini adalah antara alam dunia dan alam akhirat atau antara timur dan barat.
72. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257, hadis no. 301 "kubah Adam". Daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada 'Ajalan Abu Salih berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka dia berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, inikah kubah Adam a.s? Beliau a.s berkata: Ya, bagi Allah kubah-kubah yang banyak. Sesungguhnya di sebalik maghrib (barat) kamu ini terdapat tiga puluh sembilan maghrib, bumi putih dipenuhi makhluk yang mana mereka mengambil daripada cahayanya. Mereka tidak pernah menderhakai Allah sekalipun sekelip mata, mereka tidak mengetahui sama ada Adam telah diciptakan ataupun tidak, tetapi mereka melepaskan diri mereka (yubri'uun) daripada polan (Abu Bakr) dan polan (Umar).
73. Hadis al-Hafti adalah hadis tentang tujuh Bani Adam (al-sab'ah Adamiyyiin). Menurut Imam Ja'far al-Sadiq a.s bahawa tujuh Adamiyyiin (umat manusia /Bani Adam) dan tujuh pusingan masa (adwaar) telah berlalu dan Kiamat telah berlaku kepada mereka dan kita adalah Adam kelapan. Mereka telah dihisab dan dimasukkan ke syurga dan neraka serta menerima nikmat atau azab sejajar dengan amalan mereka. Kemudian Allah mengeluarkan mereka ke tempat yang lain, kemudian bertukar bentuk mereka kepada apa yang dikehendaki Allah. Allah menjadikan ahli syurga malaikat ruhani. Dan Dia menjadikan ahli neraka al-Qasysyasy; termasuk binatang-binatang seperti pepijat, semut, babi, ikan tanpa sisik seperti belut, sotong dan lain-lain. Di dalam pengertian umum, al-Qasysyaas terbahagi kepada tujuh jenis: Burung, ikan, binatang berkaki empat yang haram dimakan (bahiimah), binatang buas (al-Sibaa'), binatang yang merayap (hawaam), batu dan tumbuh-tumbuhan. Tujuh puluh jenis ikan dan binatang bahaaim daratan dan ternakan dan tujuh puluh jenis binatang buas daratan dan ternakan sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-An'aam (6): 38 "Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu". Sementara para imam Ahlu l-Bait adalah para rasul-Nya kepada makhluk-Nya. Di dalam al-Qur'an terdapat tujuh ayat [untuk tujuh Adam] yang berlainan yang membicarakan tentang Musa dan Fir'aun. Setiap Adam ada Musa dan Fir'aunnya sehingga berlalunya tujuh Adam [dan seterusnya], maka Allah melakukan kepada mereka apa yang Dia kehendaki dan yang kelapan mereka adalah Adam kita. Daripada Ali bin Yusuf daripada Ibrahim bin Hisyam daripada Ismail bin 'Abd al-Aziz berkata: Aku berkata kepada Imam Ja'far al-Sadiq a.s: Maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Adam telah ada sebelum Adam bapa kita? Beliau a.s berkata: Ya, Adam sebelum Adam, beliau a.s menyebut sehingga dua puluh satu Adam sehingga setiap Adam tentang umurnya dan umur anak lelakinya. Muhammad bin Ismail berkata: Setiap Adam, wahai maulaaya, telah mengikut pusingan Muhammad, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain, Abu Bakr, Umar, Uthman dan kamu para Imam sendiri dan datuk kamu Muhammad sendiri dan Ahlu l-Bait sendiri, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, atau hanya nama-nama yang menyamai nama-nama kamu? Imam Ja'far al-Sadiq a.s berkata: Kami sendiri (nahnu bi-a'yuni-na), datuk kami Muhammad sendiri, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain sendiri, Abu Bakr, Umar, Uthman sendiri dan pengikut-pengikut mereka. Kemudian beliau a.s berpaling dan berkata: Wahai lelaki, sesungguhnya di kalangan kami rasul-rasul selama Allah ada "hajat" pada makhluk-Nya. Apabila Allah mulai membinasakan mereka, Dia mengangkat kami kepada-Nya. Jika Dia mulai menciptakan makhluk yang lain, kami Ahlu l-Bait dan para imam adalah rasul-rasul-Nya kepada mereka (Kitab al-Haft wa al-Aziilah, hlm. 116,118, 126-7).
74. Imam Ali a.s berkata: Jika aku memberitahu kepada kamu apa yang aku telah mendengarnya daripada lisan Abu al-Qasim s.a.w, nescaya kamu akan keluar dari sisiku dan berkata: Sesungguhnya Ali adalah pendusta yang paling besar". Ini bererti Nabi s.a.w lebih banyak mengetahui perkara-perkara yang ghaib daripada Imam Ali a.s. dan beliau s.a.w telah memberitahunya kepada Imam Ali a.s. Dan beliau a.s merahsiakannya daripada sebahagian mereka.
75. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 327-8, hadis no.454 "Tentang sebab Ali a.s merahsiakan urusannya dan kemurtadan orang ramai". Diriwayatkan daripada Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada beberapa orang sahabat, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Fudhail, daripada Zararah, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya orang ramai manakala mereka melakukan apa yang mereka telah melakukannya (lammaa sana'uu maa sana'uu) iaitu ketika mereka memberi baiah kepada Abu Bakr, Amir al-Mukminin a.s tidak menghalang dari menyeru untuk dirinya selain dari melihat kepada orang ramai dan khuatir mereka akan murtad daripada Islam, lalu mereka menyembah berhala dan tidak mengucap tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah (s.a.w). Beliau a.s lebih suka mengakui apa yang mereka telah melakukannya daripada mereka menjadi murtad daripada Islam seluruhnya (wa kaana al-ahabbu ilai-hi an yaqirra-hum 'alaa maa sana'uu min an yartadduu 'an jamii 'al-Islam). Sesungguhnya binasalah golongan yang telah melakukannya. Adapun orang yang yang tidak melakukannya, tetapi mengikut orang ramai tanpa ilmu dan tanpa permusuhan kepada Amir al-Mukminin a.s, maka ia tidak mengkafirkannya dan tidak mengeluarkannya daripada Islam. Justeru Ali a.s telah merahsiakan urusannya dan memberi baiah secara terpaksa disebabkan beliau a.s tidak mendapati penolong-penolong (lam yajid a'waanan).

76. "Penciptaan dunia, syurga dan neraka" Yahya bin Imraan meriwayatkan daripada Imam Ja'far al-Sadiq a.s bahawa dia berkata: Wahai maulaaya, aku ada beberapa soalan yang aku segan untuk bertanya anda kerana kehibatan dan kemulian anda, beliau a.s berkata: Allah memberi rahmat kepada anda, Allah telah memerintahkan kami supaya menjelaskan kepada kamu setiap kali kamu berhajat kepadanya, maka bertanyalah apa yang terlintas di hati anda. Dia berkata: Maulaaya, semenjak bilakah Allah telah menciptakan dunia dari mulanya sehingga ia berakhir? Beliau a.s berkata: Lima puluh ribu daur (pusingan masa) dan setiap daur adalah empat ratus ribu kur (hitungan masa). Setiap kur adalah empat ratus ribu tahun. Dia berkata: Wahai maulaaya, Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, perkara ini akan berakhir? Beliau a.s berkata: Ilmunya di sisi Allah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Luqman (31): 34 "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat". Beliau a.s berkata: Mereka melihatnya jauh, tetapi kami melihatnya dekat. Dia berkata: Wahai maulaaya, di manakan syurga? Beliau a.s berkata: Di sini (ha-huna), aku berkata: Maulaaya, di dunia, beliau a.s berkata: Ya, aku berkata kepadanya: Di manakah neraka? Beliau a.s berkata: Mengikut kehendak Allah sebagaimana Dia berfirman di dalam Surah Maryam (19):71 "Dan tidak ada seorangpun daripada kamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan" Aku berkata: Syurga di bumi? Beliau a.s berkata: Ya, maka aku menjadi syak, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Zumar (39): 74 "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat di dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itu adalah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal" Aku berkata: Wahai maulaaya, syurga dan neraka akan berakhir? Beliau a.s berkata: Ya, kerana Allah berfirman tentang syurga dan neraka di dalam Surah Hud (11): 107-108 "mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu mengehendaki (yang lain). Aku berkata: Apakah akan terjadi pada ahli syurga dan ahli neraka? Beliau a.s berkata: Ahli neraka akan menjadi qasyaasy, aku berkata: Maulaaya, apakah itu qasyaasy? Beliau a.s berkata: Pepijat, lalat, semut dan seumpamanya. Aku berkata: Wahai maulaaya, mereka berpindah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain? Beliau a.s berkata: Ya, mereka berpindah daripada satu kejadian kepada kejadian yang lain, maka ini adalah azab yang besar. Aku berkata: Wahai maulaaya, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, apakah akan terjadi kepada ahli syurga? Beliau a.s berkata: Malaikat, aku berkata: Malaikat yang sebenar? Beliau a.s berkata: Manusia ruhani. Aku berkata: Mereka tidak berpindah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain? Beliau a.s berkata: Tidak, aku berkata: Wahai maulaaya, apakah akan terjadi kepada wanita-wanita dan bidadari-bidadari dan di manakan tempat tinggalnya ahli syurga? Beliau a.s berkata: Allah akan kurniakan setiap mukmin satu syurga yang sesuai untuknya dan akan memberikan kepadanya istana-istana di syurga. Sementara wanita-wanita dan bidadari-bidadari akan kembali kepada pasangan mereka. Aku berkata: wahai maulaaya, di manakah Dia akan mengambil syurga-syurga untuk mereka di dunia dan di manakah tempatnya? Beliau a.s berkata: Antara tiang-tiang 'Arasy. Aku berkata: Wahai maulaaya, di manakah tiang-tiang 'Arasy itu? Beliau a.s berkata: Kursi panjangnya seratus ribu tiang, jarak perjalanan antara tiang kepada tiang yang lain adalah seratus ribu tahun. Begitu juga lebarnya, setiap Mauqif tujuh puluh ribu pelawat dan setiap kali mereka melawatinya dan kembali kepada tempat tinggal mereka, maka mereka bertambah kepada tujuh puluh kali ganda seumpamanya. Aku berkata: Wahai maulaaya, inilah kelebihan yang yang besar dan mulia (Kitab al-Haft wa al-Azillah, hlm. 132).
77. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 236 "Mukjizat Imam Ali a.s". Muhammad bin Ali telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ali bin Ibrahim bin Hasyim daripada bapanya daripada Ibn Abu Umair daripada Abban Ahmar berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Wahai Abban, bagaimana orang ramai mengingkari kata-kata Amir al-Mukminin a.s manakala beliau berkata: Jika aku mahu, nescaya aku mengangkat kaki aku ini bagi memukul dada Mu'awiyah bin Abu Sufyan di Syam, justeru aku membalikkannya dari katilnya" tetapi mereka tidak mengingkari pengambilan Asif; wasi Sulaiman, akan singgahsana Balqis dan membawanya kepada Sulaiman sebelum berkelip matanya, tidakkah Nabi kita sebaik-baik para nabi dan wasi kita sebaik-baik wasi? Kenapakah mereka tidak menjadikannya (Ali a.s) seperti wasi Sulaiman? Allah telah menghukum di antara kita dan mereka yang mengingkari hak kami, dan mengingkari kelebihan kami. Ahmad bin Abdullah daripada Abdullah bin Muhammad al-'Abasi berkata: Ahmad bin Salmah telah memberitahu aku daripada al-A'masy daripada Ziad bin Wahab daripada Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku telah mendatangi Fatimah a.s, maka aku berkata kepadanya: Di manakah suami anda? Beliau berkata: Jibrail a.s telah naik ke langit bersama-samanya. Aku berkata: Kenapa? Beliau berkata: Beberapa malaikat telah berselisih faham tentang sesuatu, maka mereka telah bertanya hukum daripada manusia, maka Allah telah mewahyukan kepada mereka supaya membuat pilihan. Lantas mereka memilih Ali bin Abu Talib a.s.
78. Mu'awiyah bin Abu Sufyan.
79. Ilmu tentang masa depan yang baik.
80. Ilmu tentang malapetaka yang akan berlaku.
80. Mu'awiyah bin Abu Sufyan.
80. Ilmu tentang masa depan yang baik.
81. Ilmu tentang turunnya bencana.
82. Khususnya mereka yang menentang Ahlu l-Bait a.s.
83. "Munajat" Imam Ali a.s. telah bermunajat dengan Tuhan pada hari Taif, hari 'Aqabah Tabuk dan hari Khaibar. Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada 'Umar bin Abban al-Kalbi, daripada Adim bin al-Hurr, daripada Hamraan bin A'yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Berita telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan tabaraka wa ta'ala telah bermunajat dengan Ali a.s (naja 'aliyyan), Maka beliau berkata: Ya, munajat telah berlaku di Taif di mana Jibrail telah turun di antara kedua (Kanat baina-huma munajat bi al-Taif nazala baina-huma Jibrail). Ibrahim bin Hasyim, daripada Yahya bin Abu Imran, daripada Yunus, daripada Hammad bin Uthman, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sessungguhnya Salamah bin Kuhail meriwayatkan tentang Ali perkara yang banyak, beliau berkata: Apakah ia? Aku berkata: Beliau telah memberitahu kepada aku bahawa Rasulullah s.a.w telah mengepung ahli Taif, dan sesungguhnya beliau telah bersendirian dengan Ali pada satu hari, maka seorang lelaki daripada para sahabatnya berkata: Aneh, apa yang berlaku kepada kami mengenainya, beliau s.a.w bermunajat dengan kanak-kanak ini semenjak hari ini (yunaji hadha al-Ghulama mundh al-Yaum), maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, sesungguhnya beliau sedang bermunajat dengan Tuhannya (ma ana bi- munaji-hi inna-ma yunaji rabba-hu). Maka Abu Abdullah a.s berkata: Ya, sesungguhnya ini adalah perkara-perkara (asyya') diketahui sebahagiannya akan sebahagian yang lain (al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, ix, hlm. 380). Ali bin Muhammad bin Ali bin Sa'd, daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisyaburi berkata: Abdullah ibn Muhammad al-Yamani telah memberitahu aku, daripada Muni', daripada Yunus, daripada Ali bin A'yan, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Rafi' berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s pada hari Khaibar, maka beliau telah meludah pada kedua-dua matanya (fa-tafala fi 'ainai-hi) seraya bersabda: Apabila anda membukanya, maka berdirilah di kalangan orang ramai, kerana Allah telah memerintahkan aku sedemikian, Abu Rafi' berkata: Maka Ali pun telah pergi dan aku bersamanya. Manakala beliau sampai di waktu pagi di Khaibar, maka beliau telah membukanya (iftata-ha) dan berdiri di kalangan orang ramai, lalu beliau telah memanjangkan wuquf di sana. Maka orang ramai berkata: Sesungguhnya Ali sedang bermunajat dengan Tuhannya (inna 'aliyyan yunaji rabba-hu). Manakala beliau tinggal selama satu jam, lalu diperintahkan supaya merampas bandar yang beliau telah membukanya. Maka aku telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Ali telah berdiri di kalangan orang ramai sebagaimana anda telah perintahkannya. Aku telah mendengar sebahagian daripada mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah bermunajat dengannya (inna Allah naja-hu), maka beliau bersabda: Sesungguhnya Allah telah bermunajat dengannya pada hari Taif, hari 'Aqabah Tabuk, dan hari Khaibar(Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, 366-7).
84. Imam Ali a.s berkata: Akulah Adam yang pertama dan akulah pintu sujud. Imam Ja'far al-Sadiq a.s berkata: Mereka yang tidak mengakui wilayah Ahlu l-Bait a.s sepertilah Iblis yang enggan sujud kepada Adam.
85. Nama-nama tokoh di abad-abad yang silam.
86. "Mukjizat" 'Umru bin Ali bin 'Umar bin Yazid daripada Ali bin Mitham al-Tammar, daripada mereka yang telah memberitahunya daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau bersama-sama para sahabatnya di Masjid Kufah, maka seorang lelaki telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku, sesungguhnya aku hairan dengan dunia ini di tangan mereka itu, dan tidak di tangan anda? Beliau berkata: Wahai polan, anda fikir kami mahu dunia, tetapi kami tidak diberikannya? Kemudian beliau memegang segenggam anak batu, maka tiba-tiba ia bertukar menjadi permata, lalu beliau berkata: Apakah ini? Aku berkata: Ini adalah permata yang bermutu. Beliau berkata: Jika kami menghendakinya, nescaya kami dapat, tetapi kami tidak menghendakinya. Kemudian beliau melontarnya, maka ia kembali menjadi anak batu (al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, ix, hlm. 570).
87. Menurut asabiah Bani Umayyah atau Bani 'Adi.
88. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 257, hadis no.303. "Melepaskan diri daripada kata-kata Abu al-Khattab kepada Abu Abdullah A.S: Wahai Ja'far labbaika". Daripada Salih, daripada Muhammad bin Auramah, daripada Ibn Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku dan al-Qasim adalah rakan kongsi, Najm bin Hatim dan Salih bin Sahl di Madinah, lalu kami berdialog mengenai ketuhanan (al-Rabubiyyah). Sebahagian kami berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah yang kamu lakukan dengan ini, kami adalah hampir kepadanya, tiada di kalangan kami taqiyyah, marilah kita pergi kepadanya. Demi Allah, kami belum sampai di pintu, beliau a.s telah keluar kepada kami tanpa kasut dan kain di atas bahunya. Setiap rambut di kepalanya berdiri sambil berkata: Tidak, tidak, wahai Mufadhdhal, wahai Qasim, wahai Najm, tidak, tidak, "Maha Suci Allah, malah mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya" Surah al-Anbiyaa' (21): 26-7.
89. Adapun hadis al-Qudsi tentang wilayah Ali a.s adalah: Wilaayatu 'Ali husnii fa-man dakhala husnii amina min 'adhaabii. Ertinya: Wilayah Ali adalah benteng-Ku, maka sesiapa yang memasuki benteng-Ku, dia aman daripada azab-Ku". Ia dibaca ketika kesusahan.
90. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis no. 167.
91. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi' al-Mawaadah, hlm. 251.
92. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm.366.
93. Imam Ali a.s juga berkata: Akulah Nuh pertama. Dan terdapat Nuh yang ramai di daur (pusingan masa) yang lain pula.
94. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 360-61 "Alam malakut" Daripada Muhammad bin al-Muthanna, daripada bapanya, daripada 'Uthman bin Zaid, daripada Jabir bin Zaid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-An'am (6): 75 "Dan demikainlah kami perlihatkan kepada Ibrahim keagungan langit dan bumi (malakutta al-Samawati wa-al-Ardh) agar Ibrahim termasuk mereka yang yakin". Beliau berkata: Aku telah menundukkan kepalaku ke tanah, lalu beliau mengangkat tangannya ke atas, kemudian berkata: Angkatkan kepala anda, maka aku mengangkat kepala aku dan aku melihat kepada atap telah tembus sehingga mata aku dapat melihat Kepada cahaya yang terang, lantas mata aku menjadi tercengang tanpanya, kemudian beliau berkata kepada aku: Ibrahim telah melihat keagungan langit dan bumi di dalam keadaan ini. Kemudian beliau berkata kepada aku: Tunduk, maka aku pun tunduk, kemudian beliau berkata: Angkatkan kepala anda, lantas aku mengangkatkan kepala aku, maka aku mendapati atap masih di dalam keadaan yang terdahulu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, dan berdiri, lalu mengeluarkan aku dari rumah yang aku berada di dalamnya dan memasukkan aku ke rumah yang lain, lalu beliau menukarkan pakaian yang dipakainya dan memakai pakaian lain, kemudian beliau berkata kepadaku: Pejamkan mata anda, maka aku pun memejamkan mataku. Beliau berkata: Janganlah anda membuka mata anda (la taftah 'ainai-ka), maka aku tunggu beberapa ketika, kemudian beliau berkata kepada aku: Anda mengetahui di manakah anda sekarang? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Anda di dalam kegelapan yang telah dilalui oleh Dhu al-Qar'nain (anta fi al-Zulmati al-Lati salaka-ha Dhu al-Qur'nain), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku membuka mata aku, maka aku dapat melihat anda? Beliau berkata kepada aku: Bukalah, sesungguhnya anda tidak akan melihat sesuatu, maka aku pun membuka mataku, tiba-tiba aku mendapati diri aku di dalam kegelapan, aku tidak dapat melihat tempat tapak kakiku berpijak. Kemudian beliau berjalan sedikit, lalu berdiri, maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui di manakah anda sekarang? Maka aku berkata: Aku tidak mengetahui, maka beliau berkata: Anda sedang berdiri di atas 'Ain al-Hayat (mata kehidupan) yang diminum oleh Khidir a.s, kami berjalan, maka kami pun keluar daripada alam itu kepada alam lain, lalu kami berjalan padanya. Maka kami telah melihatnya seperti keadaan alam kita ini dari segi binaannya, rumah-rumahnya, dan penghuni-penghuninya, kemudian kami keluar kepada alam ketiga, maka ia adalah seperti keadaan alam pertama, dan kedua sehingga kami sampai kepada lima alam (khamsati 'awalim), beliau berkata: Kemudian beliau berkata kepada aku: Ini adalah malakut al-Ardh yang tidak dilihat oleh Ibrahim a.s. Sesungguhnya beliau telah melihat malakut al-Samawat iaitu dua belas alam dan setiap alam adalah seperti keadaan yang anda telah melihatnya dan setiap kali berlalunya seorang imam (kullama madha minna imammun), maka beliau tinggal di salah satu alam-alam ini sehingga yang akhir mereka adalah al-Qaim pada alam kita di mana kita menjadi penghuninya. Kemudian beliau berkata kepada aku: Pejamkan mata anda, kemudian beliau mengambil tangan aku, maka tiba-tiba kami berada di rumah yang kami telah keluar darinya. Lalu beliau telah mencabutkan pakaian yang sedang dipakainya dan memakai pakaian sebelumnya dan kami kembali kepada majlisnya, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, berapa lama waktu telah berlalu? Maka beliau berkata: Tiga jam.
95. Imam Ali a.s berkata: Akulah seorang hamba dan seorang makhluk.
96. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis no. 167.
97. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 371 " penyerahan kuasa" Abu Abdullah a.s berkata: Apa yang Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah memberi kuasa (tafwidh ) kepada kami. Wahai Ibn Asyim, Allah berfirman di dalam Surah al-An'am (6):125 " Sesiapa yang Allah kehendaki memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam. Dan sesiapa yang Dikehendaki Allah kesesatannya Dia akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit " Adakah anda mengetahui apakah al-Haraj (sempit)? Aku berkata: Tidak, lalu beliau telah memasukkan anak-anak jari tangannya dengan kuat di mana sesuatu tidak akan keluar atau memasukinya. Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan berkata:Abu Abdullah a.s berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak memberi kuasa (fawwadha) kepada seorang daripada makhluk-Nya melainkan kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada para imam, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa' (4):105 "Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu " Iaitu berlaku kepada para wasi.
98. Perkataan al-Qut juga bererti ilmu hikmah.
99. Sulaim Bin Qais, Kitab Sulaim, hlm 36.
100. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257, hadis no. 301.
101. "Pertukaran bentuk kepada belut" Al-Asbagh bin Nubatah daripada Zaid bin al-Syahham meriwayatkan bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi oleh beberapa orang munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang berkata bahawa al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia) dan ia adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, mereka berkata: Tunjukkan kepada kami buktinya? Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian beliau menyeru: Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku dikalangan mereka yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s) ke atasnya, tetapi dia enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha). Sesungguhnya mereka yang datang bersama-sama anda akan ditukar bentuk mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar bentuk kami (musikh-na) dan mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi. Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda supaya mereka yang datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, kami adalah berasal daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami telah bertengkar dan menderhaka. Kami telah dibentang wilayah anda, tetapi kami menolaknya dan kami pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu melakukan kefasadan sehingga seorang lelaki (Ali a.s) datang kepada kami dan anda lebih mengetahui dengannya daripada kami. Maka beliau telah melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami berhimpun di satu tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata tempat, kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya. Kemudian beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan berkata: Jadilah kamu bentuk yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa Allah, lantas ditukar bentuk kami dengan jenis yang bermacam-macam (tanpa sisik). Kemudian beliau berkata: Wahai daratan, jadilah sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan bumi sehingga mereka wujud di mana-mana" (al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyaariq Anwaar al-Yaqii fi Asraa Amir al-Mu'minin, hlm. 77)
102. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 326-333, al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, xi, hlm. 67.
103. "Bumi dilipatkan untuk para imam". Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Yusuf bin 'Umairah, daripada Daud bin Furqad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan kami telah mengerjakan sembahyang 'atamah (satu pertiga malam) di Madinah dan beliau telah datang kepada kaum Musa di dalam satu urusan di mana mereka telah bertengkar mengenainya di kalangan mereka. Dan beliau kembali pada malamnya, lalu mengerjakan sembahyang al-Ghadat (pagi) di Madinah (Inna rajulan minna salla al-'Atamata bi al-Madinati wa ata qauma musa fi amrin fa-tasyajaru fi-hi fi-ma baina-hum wa 'ada min lailati-hi fa-salla al-Ghadata bi al-Madinati ) (Lihat al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, vii, hlm. 270). Ali bin Ismail bin Isa daripada Muhammad bin 'Umru bin Sa'id al-Zayyat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Jabir bin Yazid, berkata: Pada suatu hari aku telah duduk di sisi Abu Ja'far a.s, lalu beliau berpaling kepadaku, dan berkata: Wahai Jabir, adakah anda mempunyai keldai untuk anda naiki, anda dapat berjalan di antara timur dan barat di dalam satu malam? Aku berkata: Tidak, maka beliau berkata: Aku benar-benar mengetahui seorang lelaki di Madinah yang mempunyai keldai yang beliau naiki, lalu beliau datang ke timur dan barat di dalam satu malam (Inni la-a'rifu rajulan bi al-Madinati la-hu himarun yarkabu-hu fa-ya'ti al-Masyriqa wa al-Maghriba fi lailatin ). Abdullah bin 'Amir bin Sa'id, daripada al-Rabi', daripada Ja'far bin Basyir al-'Ajali, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada kami telah datang kepada kaum Musa di dalam suatu perkara di kalangan mereka, lalu beliau mendamaikan di antara mereka dan kembali (inna rajulan minna ata qauma musa fi syai'in kana baina-hum fa-aslaha baina-hum wa raja'a). Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama'ah, dan Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim ibn al-Harith, daripada Abu Basir, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesunggunya para wasi dilipatkan bumi untuk mereka dan mereka mengetahui apa yang ada di sisi para sahabat mereka (inna al-Ausiya' la-tutwa lahum al-Ard wa ya'lamuna ma 'anda ashabi-him ). Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu', daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Wahai Abu al-Fadhl, sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah diambil sebelum terbitnya matahari, dan sebelum tenggelamnya matahari kepada golongan yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-A'raf (7) :159 " Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan ", kerana pertengkaran yang berlaku di antara mereka. Lalu beliau telah mendamaikan di kalangan mereka (fa-aslaha baina-hum), dan kembali tanpa duduk (wa raja'a wa lam yaq'ud). Lantas beliau melalui air kamu, kemudian meminumnya (fa-marra bi-nutfi-kum fa-syariba min-hu), dan terus melalui di pintu anda, lalu mengetuk lingkaran pintu anda (wa marra 'ala babi-ka fa-daqqa 'alaika halqata babi-ka), kemudian beliau kembali ke rumahnya tanpa duduk (thumma raja'a ila manzili-hi wa lam yaq'ud) (al-Majlisi, Bihaar al-Anwaar, xi, hlm.68). Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami, daripada 'Umar bin Abban al-Kalbi, daripda Abban bin Taghlab berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka seorang lelaki daripada ulama ahli Yaman telah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Yamani! Adakah pada kamu para ulama? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Sesungguhnya beliau berjalan pada satu malam kadar perjalanan sebulan (inna-hu yasiru fi lailatin wihidatin masirata syahrin), menahan burung terbang dan menjejaki segala kesan. Beliau berkata kepadanya: Orang alim di Madinah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim Madinah ('ilmu 'alim al-Madinah)? Beliau berkata: Beliau berjalan satu pagi kadar perjalanan setahun (inna-hu yasiru fi sabahin wahidin masirarata sanatin) seperti matahari apabila diperintah, sesungguhnya matahari pada hari ini tidak diperintah, tetapi apabila diperintah, ia akan melintasi dua belas maghrib (idha umirat taqta' ithna 'asyara maghriban), dua belas masyrik, dua belas matahari, dua belas bulan, dua belas daratan, dan dua belas alam, beliau berkata: Apa yang ada lagi pada tangan orang Yaman itu, aku sendiri tidak mengerti apa yang dikatakan olehnya, lalu Abu Abdullah a.s telah menahan dirinya dari bercakap (Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 350-355).
104. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 363, hadis no. 514.
105. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm. 191, hadis. No. 167.
106. Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm. 315.
107. Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257-8, hadis no. 305 "Pertukaran bentuk kepada cicak" Daripada Salih, daripada al-Wasya', daripada Kiram, daripada Abdullah bin Talhah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai cicak (al-Wazagh), maka beliau a.s berkata: Kotor, pertukaran bentuk telah berlaku (rijsun wa huawa maskhun). Apabila anda membunuhnya, maka mandilah (hadas). Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya bapaku telah duduk di dalam bilik bersamanya seorang lelaki yang sedang bercakap kepadanya, tiba-tiba seekor cicak menjelir lidahnya, maka bapaku berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui apa yang dikatakan oleh cicak itu? Lelaki itu berkata: Aku tidak mengetahui apa yang dikatakan olehnya. Beliau a.s berkata: Cicak berkata: Demi Allah, jika kamu menyebut Uthman dengan cacian, nescaya aku akan mencaci Ali sehingga dia pergi dari sini. Bapaku berkata: Tidak mati seorangpun daripada Bani Umayyah melainkan ditukar bentuknya kepada cicak (laisa yamuutu min Bani Umayyati mayyitun illa musikha wazghan). Sesungguhnya Abd al-Malik bin Marwan di saat kematiannya ditukar kepada seekor cicak (musikha wazghan). Aku dan anaknya berada di sisinya. Manakala mereka kehilangannya, maka ia menjadi isu yang besar kepada mereka, mereka tidak mengetahui apa yang mereka akan melakukannya. Kemudian mereka bersetuju mengambil batang kurma, lalu mereka membuatnya seperti bentuk seorang lelaki. Mereka telah melakukannya. Mereka memakaikan batang kurma itu dengan baju besi. Kemudian mereka melipatkannya pada kapannya. Tiada seorangpun yang melihatnya melainkan aku dan anak lelakinya.
108. "Bercakap dengan ular" Diriwayatkan daripada Imam Ja'far al-Sadiq a.s bahawa Amir al-Mukminin Ali a.s sedang memberi khutbah di atas mimbar masjid Kufah di kelilingi oleh orang ramai, tiba-tiba seekor ular datang di hadapan orang ramai dan mereka di dalam ketakutan. Amir al-Mukminin a.s berkata: Berikan laluan kepadanya, lalu ia menjalar sehingga menaiki mimbar masjid, orang ramai sedang melihat kepadanya. Kemudian ular itu mencium kaki Amir al-Mukminin a.s dan beliau a.s mulai menggerakkan kakinya di atasnya (ular). Lalu ular itu mengeluarkan tiga hembusan, kemudian ia turun dan pergi. Amir al-Mukminin a.s tidak menghentikan khutbahnya. Kemudian mereka bertanyakan kepadanya tentang perkara tersebut. Beliau a.s berkata: Ular itu adalah seorang lelaki daripada Jin. Dia memberitahuku bahawa anak lelakinya telah dibunuh oleh seorang lelaki daripada Ansar, namanya Jabir bin Sami' di Khaffan, Kufah sedangkan anak lelakinya itu tidak membuat jahat kepadanya. Dia meminta bayaran darah anak lelakinya. Lantas seorang lelaki di kalangan orang ramai datang kepadanya sambil berkata: Akulah lelaki yang telah membunuh ular itu pada tempat tersebut. Semenjak membunuhnya, aku tidak boleh tinggal di tempat itu lagi kerana jeritan dan laungan, lalu aku melarikan diri ke masjid ini, aku berada pada malam ketujuh di sini. Amir al-Mukminin a.s berkata: Ambillah unta anda dan lakulah penyembelihan ke atasnya di tempat anda membunuh ular itu, lakukanlah, ia tidak akan membahayakan anda. Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mukminin, hlm. 76-77.

5