KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD0%

KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD pengarang:
Kategori: Dialog
Halaman: 6

KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

pengarang: Muqaatil bin 'Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri
Kategori:

Halaman: 6
Pengunjung: 12402
Download: 2423

Komentar:

Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 6 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 12402 / Download: 2423
Ukuran Ukuran Ukuran
KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

pengarang:
Indonesia
KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD





Diterjemahkan dari buku aslinya Kitab Muktamar Ulama' Baghdad
Karya: Muqaatil bin 'Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri

Cetakan Bahasa Arab: Qum, 1399 H
Hak terjemahan dilindungi undang-undang
All rights reserved
Cetakan Kedua: Julai, 1994
Edisi Bahasa Arab
Kitab Muktamar Ulama' Baghdad, cetakan ke 3, Qum, 1399 H

Edisi Bahasa Melayu
.
Copyright @

1
KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

PRAKATA
Bismillahir Rahmanir Rahim

Al-Hamdulillahi Rabbi l-'Alamin. Selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya yang suci serta para sahabat yang terpilih. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Kitab Muktamar Ulama' Baghdad adalah tulisan Thiqat al-Jalil Abi al-Hijaa' Syibl al-Daulat Muqaatil bin 'Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri. Beliau adalah di kalangan mereka yang telah menghadiri muktamar antara Ahl al-Sunnah dan Syi'ah di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada bulan Sya'ban (sebelum 12 haribulan Ramadan, 485 hijrah). Iaitu tarikh kematian Nizam al-Mulk. Kemungkinan muktamar ini telah diadakan pada bulan Sya'ban di tahun yang sama; iaitu 485 hijrah.
Muktamar ini adalah dibawah naungan Sultan Malik Syah Saljuqi dan diselenggarakan oleh wazirnya bernama Khawajah Nizam al-Mulk Abi al-Hasan al-Khurasaani. Kitab Muktamar Ulama' Baghdad ini dicetak oleh Hajjatu l-Islam Sayyid Hidatatullah al-Mustarhami al-Isfahani al-Jarquuni di Qum pada tahun 1399 H (cetakan ke 3/4). Manuskrip buku ini telah didapati di Maktabah Raja Mahmud Abad pada tahun 1300H dengan khat penulis: Muqaatil bin 'Atiyyah yang asalnya bermazhab Hanafi, kemudian bertukar kepada mazhab Syi'ah Imam Dua Belas.
Buku ini telah diberi kata pengantar oleh Ayatullah al-'Uzma Abi al-Mu'aali al-Sayyid Syihab al-Din al-Husaini al-Mar'asyi al-Najafi. Antaranya beliau berkata: Sekiranya Ahl al-Sunnah membacanya dengan insaf, nescaya mereka akan dapat manfaatnya"
Akhirnya beliau berkata:
"Aku berharap daripada saudara-saudaraku di kalangan Syi'ah keluarga Rasul s.a.w membacanya dan mengambil pencerahan daripada cahaya-cahayanya, mudah-mudahan Allah menjaga mereka daripada setiap penyakit, memberi taufik kepada mereka bagi mendapatkan ilmu agama dan hukum syarak"
Muqaatil berkata: "Sesungguhnya aku telah menghadiri muktamar dan dialog di Baghdad. Aku telah menulis setiap apa yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu di dalam buku ini.
Muktamar tersebut berlangsung selama tiga hari, diwakili oleh sepuluh orang ulama Ahl al-Sunnah dan sepuluh orang ulama Syi'ah yang pakar di dalam sejarah, hadis, tafsir dan debat. Nizam al-Mulik sebagai pengurusi muktamar. Ia telah berjalan mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama oleh Ahl al-Sunnah dan Syi'ah, dihadiri oleh Malik Syah, ketua-ketua tentera, para ulama dan lain-lain selama tiga hari berturut-turut.
Muktamar ini diadakan atas desakan Malik Syah yang tidak berpuas hati dengan seorang ulama sunni yang mengkafirkan seorang ulama Syi'ah bernama al-Husain bin Ali al-'Alawi, kerana baginya Sunnah dan Syi'ah adalah muslimun. Beliau adalah seorang yang mempunyai fikiran terbuka, ingin mengetahui kebenaran. Di samping itu, beliau menghabiskan masanya dengan permainan dan perburuan.
Di akhir muktamar, selepas berdialog, beliau mengisytiharkan diri nya sebagai seorang Syi'ah dengan meninggalkan mazhab moyangnya Ahl al-Sunnah (Hanafi). Kerana beliau yakin bahawa kebenaran adalah di pihak Syi'ah.
Pada muktamar yang sama, Nizam al-Mulk (bapa mentua penulis) mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Syi'ah, kerana kekuatan hujah dan dalil Syi'ah. Kemudian diikuti pula oleh para hadirin yang lain. Meskipun begitu, terdapat para ulama yang masih kekal dengan mazhab Ahl al-Sunnah kerana mengikuti moyang mereka yang terdahulu. Malik Syah dan Nizam al-Mulk yang berfikiran terbuka tidak memaksa mereka supaya mengikuti mazhab Syi'ah, kerana ia terserah kepada kehendak mereka.
Disebabkan kefanatikan dan kedengkian, golongan Ahl al-Sunnah telah merancang untuk membunuh mereka berdua, kerana mereka berdua, mengikut pandangan Ahl al-Sunnah, menjadi sebahagian faktor pertukaran mazhab beramai-ramai daripada mazhab Ahl al-Sunnah kepada mazhab Syi'ah Imam Dua Belas di Baghdad.
Akhirnya mereka telah berjaya membunuh Nizam al-Mulk pada 12 haribulan Ramadan 485 hijrah. Kemungkinan beberapa minggu selepas diadakan muktamar di Madrasah Nizamiyyah. Kemudian mereka membunuh pula Malik Syah Saljuqi. Mereka berdua telah dibunuh pada jalan Allah, kerana mengikuti kebenaran mazhab Syi'ah, mazhab Ahl al-Bait Rasulullah s.a.w. Semoga Roh mereka diberkati Allah. Terjemahan buku ini adalah khusus untuk mereka yang berpegang kepada mazhab Syi'ah Imam Dua Belas atau mazhab Ja'fari SAHAJA.

Penterjemah:

24 hb. Jun, 1994.




KANDUNGAN
PRAKATA 3

BAHAGIAN PERTAMA 9

Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi'ah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi'ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain.

Pendahuluan 9
Latar belakang Malik Syah dan Nizam al-Mulk 9
Sebab yang mencetuskan dialog 10
Dialog raja dengan wazirnya tentang Syi'ah 10
Cadangan bagi mengadakan dialog antara Sunnah dan Syi'ah 11
Keengganan Nizam al-Mulk untuk mengadakan dialog 11
Desakan raja Malik Syah supaya diadakan dialog 11
Demi kebenaran 11
Penawar dan penyelesaiannya 12
Kekhuatiran Nizam al-Mulik untuk mengadakan muktamar 12
Persedian dialog hanya lima belas hari 13
Syarat-syarat dialog 13
Pembukaan muktamar 13
Dialog tentang sahabat 14
Wazir mahu campur tangan 14
Al-'Abbasi cuba mendapat Sokongan Raja 15
Rasul Mencaci Abu Bakr dan Umar 15
Raja meminta penjelasan 16
Raja meminta pertukaran tajuk 16
Al-Qur'an 16
Raja meminta penjelasan 17

BAHAGIAN KEDUA 18

Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Penyelewengan al-Qur'an, Raja Meminta Pertukaran Tajuk, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.

Khalifah 18
Raja meminta penjelasan 19
Mengikuti mereka terdahulu 19
Khalifah Rasulullah 19
Raja meminta penjelasan 20
Raja meminta pertukaran tajuk 20
Penyelewengan al-Qur'an 20
Raja meminta pertukaran tajuk 21
Sifat Tuhan 22
Raja meminta penjelasan 22
Muhkamah dan mutasyaabihah 23
Raja meminta pertukaran tajuk 24
Penyelewengan dan kebatilan Ahl al-Sunnah 24
Raja meminta penjelasan 25
Rasulullah s.a.w syak pada kenabiannya 25
Raja meminta penjelas
Mencaci Rasulullah s.a.w 25
Raja mencelah 26
Khurafat-khurafat Ahl al-Sunnah 26
Raja meminta pertukaran tajuk 27
Mengaitkan perkara yang tidak layak 27
Raja mencelah 28
Raja meminta pertukaran tajuk 28
Syi'ah mengingkari iman mereka bertiga 29

BAHAGIAN KETIGA 32

Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-'Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-'Abbasi, Raja Meminta Penjelasan Dan Lain-Lain.

Dalil tidak berimannya Abu Bakr 32
Raja mencelah 32
Dalil tidak berimannya Umar 33
Raja meminta penjelasan 33
Al-'Abbasi cuba menghalang raja dari menukar mazhab 34
Saat-saat kesusahan menimpa al-'Abbasi 34
Dalil tidak berimannya Uthman 34
Raja meminta penjelasan 35
Menjadi khalifah dengan wasiat Umar 35
Hadis sepuluh orang dijamin syurga adalah palsu 36
Raja meminta penjelasan 37
Apakah syaitan memaafkan orang yang bercakap benar? 37
Al-'Alawi bersedia untuk membawa kitab-kitab rujukan 37
Raja meminta penjelasan 38
Mencaci sahabat 38
Kata-kata semua sahabat adil satu pembohongan 38
Bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka 38
Raja meminta pertukaran tajuk 39
Kesamaran Ahl al-Sunnah 39
Syi'ah mengikuti khalifah Rasulullah s.a.w 40
Sebab Ali a.s tidak layak menjadi khalifah 40
Orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul? 40

BAHAGIAN KEMPAT 42

Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut'ah, Raja Meminta Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.

Kelayakan Ali a.s menjadi khalifah 42
Raja meminta penjelasan 43
Penentangan Umar terhadap Rasulullah s.a.w 44
Raja meminta penjelasan 46
Raja mencelah 46
Raja tertarik tentang mut'ah 47
Raja meminta para hadirin turut berdialog 48
Raja meminta pertukaran tajuk 48
Pembukaan Umar 48
Raja memarahi pembukaan Umar dan seumpamanya 49
Raja meminta al-'Abbasi menjawab 49
Ikutilah khalifah Rasulullah s.a.w yang sah 49
Pembukaan Ali bin Abu Talib 50
Sebab-sebab kebencian kepada Abu Bakr 50
Raja meminta penjelasan 50
Jenayah Khalid bin al-Walid dan zinanya 51
Umar mahu membunuh Khalid, Abu Bakr menegahnya 51
Raja meminta penjelasan 52

BAHAGIAN KELIMA 53

Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-'Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syi'ah Dan Lain-Lain.

Ahl al-Sunnah merupa musuh-musuh Ali bin Abu Talib? 53
Abu Talib seorang mukmin 53
Raja meminta penjelasan 54
Perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib a.s 54
Raja meminta penjelasan 54
Al-'Abbasi mengakui Abu Bakr telah bersalah 55
Raja mencelah 55
Raja meminta penjelasan 56
Fatimah a.s memarahi Abu Bakr dan Umar 56
Raja meminta penjelasan 56
Raja menjadi hairan 57
Abu Bakr dan Umar merampas Fadak daripada Fatimah a.s 57
Raja mencelah 57
Rasul s.a.w melantik khalifah-khalifah selepasnya 58
Raja meminta penjelasan 58
Nama-nama Imam Dua Belas 58
Raja meminta penjelasan 59
Bagaimana manusia boleh kekal dalam masa yang begitu panjang? 59
Raja meminta penjelasan 59
Al-'Abbasi khuatir orang awam cenderung kepada Syi'ah 59
Raja meminta penjelasan 61
Para imam mazhab empat 61
Mazhab Ja'fari 61
Mati sebagai seorang jahiliyah 62
Raja meminta penjelasan 62
Kebenaran bersama Syi'ah 63
Raja mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi'ah 63
Wazir mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi'ah 64
Sebahagian mereka kekal di atas mazhab mereka 64
Rancangan jahat 64
Kematian Nizam al-Mulk dan Malik Syah Saljuqi 64
Sebuah qasidah 65
Aku menghadiri muktamar dan dan menulis buku ini 65
Bibliografi 66
Indeks 68


2
KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

BAHAGIAN PERTAMA
Bismillahir Rahmanir Rahim

Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi'ah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi'ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain.

Pendahuluan

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Muhammad yang berbangsa Arab diutuskan sebagai rahmat kepada semesta alam dan keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang setia.

Wa ba'du, dan selepas itu, maka ini adalah Kitab Muktamar Ulama' Baghdad sebagai hasil dialog di antara Sunnah dan Syi'ah yang telah dianjurkan oleh raja yang disegani Malik Syah Saljuqi di bawah penyeliaan seorang alim yang juga disegani wazir Nizam al-Mulk.

Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk

Sesungguhnya Malik Syah bukanlah seorang yang fanatik buta, mengikut bapa-bapa dan moyang-moyangnya dengan perasaan asabiah buta. Malah beliau adalah seorang pemuda yang mempunyai minda terbuka, cintakan ilmu dan para ulama. Pada masa yang sama beliau leka dengan permainan dan perburuan.
Wazirnya Nizam al-Mulk adalah seorang lelaki yang bijaksana dan zuhud, mempunyai kemahuan yang kuat, mencintai kebaikan dan ahlinya. Sentiasa ingin mengetahui hakikat sesuatu perkara. Beliau amat mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. Beliaulah yang telah mengasaskan Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Beliau telah memberi gaji bulanan kepada ahli ilmu. Dan beliau mengasihani golongan fakir dan miskin.

Sebab Yang Mencetuskan Dialog

Pada suatu hari seorang alim yang masyhur bernama al-Husain bin Ali al-'Alawi, seorang pemuka ulama Syi'ah telah datang kepada Malik Syah. Manakala beliau keluar dari sisi Malik Syah, seorang di kalangan hadirin telah memperolok-olokkannya dan menjeling kepadanya, maka Malik Syah berkata: Kenapa anda telah memperolok-olokkannya? Lelaki itu berkata: Tidakkah anda mengetahui, wahai raja, bahawa dia adalah di kalangan golongan kafir di mana Allah telah memurkai dan melaknati mereka? Raja berkata di dalam keadaan hairan, kenapa? Tidakkah dia seorang muslim?
Lelaki itu berkata: Tidak, dia adalah seorang Syi'ah!
Raja berkata: Apakah pengertian Syi'ah? Tidakkah Syi'ah satu golongan daripada golongan muslimin?
Lelaki itu berkata: Tidak, sesungguhnya mereka tidak mengakui khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman.
Raja berkata: Adakah di sana orang Islam yang tidak mengakui kepimpinan mereka bertiga?
Lelaki itu berkata: Ya, mereka itu adalah Syi'ah.
Raja berkata: Jika mereka tidak mengakui kepimpinan para sahabat tersebut, kenapa orang ramai menamakan mereka muslimin?
Lelaki itu berkata: Justeru itu, aku telah berkata kepada anda bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir…, maka raja berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wazir Nizam al-Mulk mesti datang bagi menjelaskan hal ini.

Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi'ah

Raja telah memerintahkan Nizam al-Mulik supaya datang kepadanya dan bertanya kepadanya tentang Syi'ah: Adakah mereka muslimun?
Nizam al-Mulk berkata: Ahl al-Sunnah berselisih pendapat, maka sebahagian mereka berkata bahawa Syi'ah adalah muslimun, kerana mereka mengucap "Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, mereka sembahyang dan mereka berpuasa. Sebahagian lain pula berkata bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir.
Raja berkata: Berapakah bilangan mereka? Nizam al-Mulk berkata: Aku tidak menghitung bilangan mereka dengan tepat, tetapi mereka mewakili separuh bilangan muslimin lebih kurang (taqriiban) .
Raja berkata: Adakah separuh muslimin kafir? (fa-hal nisfu muslimin kuffaar). Wazir berkata: Ahli ilmu menganggapkan mereka kafir, tetapi aku tidak mengkafirkan mereka.

Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi'ah

Raja berkata: Adakah anda, wahai wazir, boleh mengumpulkan para ulama Syi'ah dan Sunnah supaya kita dapat mengetahui hakikat sebenar?
Wazir berkata: Ini adalah satu perkara yang susah, aku khuatir keselamatan raja dan negaranya!.
Raja berkata: Kenapa?

Keengganan Nizam Al-Mulk Untuk Mengadakan Dialog

Wazir berkata: Kerana persoalan Syi'ah dan Sunnah bukanlah perkara yang mudah, malah ia adalah persoalan hak dan batil. Sesungguhnya darah telah banyak mengalir kerananya, banyak perpustakaan dibakar kerananya, wanita-wanita ditawan kerananya, kitab-kitab banyak dikarang kerananya dan telah berlaku peperangan kerananya.

Desakan Raja Malik Syah Supaya Diadakan Dialog

Raja yang muda itu merasa hairan tentang keadaan ini, lalu beliau berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wahai wazir, sesungguhnya anda mengetahui bahawa Allah telah mengurniakan kepada kita kerajaan yang besar, tentera yang ramai, maka kita wajib bersyukur kepada Allah di atas nikmat ini dan kesyukuran kita itu adalah dengan mengetahui hakikat sebenar; kita menunjuk orang yang sesat kepada jalan yang benar.

Demi Kebenaran

Pasti salah satu daripada dua golongan ini di atas kebenaran dan yang satu lagi di atas kebatilan, kita mesti mengetahui kebenaran, maka kita mengikutnya dan kita mesti mengetahui kebatilan, maka kita meninggalkannya. Justeru itu, anda hendaklah menyediakan, wahai wazir, muktamar seumpama ini dengan kehadiran para ulama Syi'ah dan Sunnah, kehadiran ketua-ketua tentera, penulis-penulis dan semua pembesar negara. Apabila kita melihat bahawa sesungguhnya kebenaran itu bersama Ahl al-Sunnah, maka kita masukkan Syi'ah kepada Ahl al-Sunnah dengan kekuatan.
Wazir berkata: Apabila Syi'ah tidak mahu memasuki mazhab Ahl al-Sunnah apakah anda akan melakukannya?
Raja berkata: Kita bunuh mereka!
Wazir berkata: Adakah boleh membunuh separuh bilangan muslimin?

Penawar Dan Penyelesaiannya?

Raja berkata: Apakah penawar dan penyelesaian?
Wazir berkata: Anda tinggalkan perkara ini.

Dialog di antara raja dan wazirnya yang bijaksana telah berakhir, tetapi raja telah menghabiskan masa satu malam berfikir dengan serius mengenainya tanpa tidur sehingga pagi. Bagaimana perkara yang penting ini tidak dipatuhi? Pada pagi hari raja telah memanggil Nizam al-Mulk dan berkata kepadanya: Baiklah kita memanggil ulama dua golongan itu, kita akan melihat sepanjang perbincangan di antara dua golongan itu, kebenaran di pihak mana. Apabila kebenaran bersama mazhab Ahl al-Sunnah, kita menyeru Syi'ah dengan hikmah, nasihat yang baik dan kita menggalakkan mereka dengan harta dan pangkat sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya kepada golongan yang dijinakkan hati mereka (muallaf). Dengan itu kita boleh berkhidmat kepada Islam dan kaum muslimin.

Kekhuatiran Nizam Al-Mulik Untuk Mengadakan Muktamar

Wazir berkata: Pendapat anda itu baik, tetapi sesungguhnya aku khuatir tentang muktamar ini!
Raja berkata: Kenapa khuatir?
Wazir berkata: Aku khuatir Syi'ah akan mengalahkan Ahl al-Sunnah dan hujah-hujah mereka mengatasi hujah-hujah kita, justeru itu, orang ramai akan terjatuh di dalam syak dan kesamaran!
Raja berkata: Adakah itu boleh terjadi?
Wazir berkata: Ya, kerana Syi'ah mempunyai dalil-dalil yang pemutus, hujah-hujah yang terserlah daripada al-Qur'an dan hadis-hadis yang membenarkan mazhab mereka dan kebenaran akidah mereka! .

Persedian Dialog Hanya Lima Belas Hari

Raja tidak berpuas hati dengan jawapan wazirnya, lalu berkata kepadanya: Tidak dapat dielakkan daripada mengadakan dialog di antara dua golongan itu supaya kebenaran terserlah kepada kita dan kita membezakannya dari kebatilan. Kemudian wazir meminta tangguh sebulan bagi melaksanakan perintahnya, tetapi raja yang muda itu tidak menerima penangguhan itu. Dan akhirnya beliau menentukan masa hanya lima belas hari sahaja.
Di dalam lima belas hari, wazir Nizam al-Mulk telah mengumpulkan sepuluh orang lelaki di kalangan ulama Ahl al-Sunnah yang besar, pakar di dalam bidang sejarah, fikah, hadis, Usul dan debat. Sebagaimana beliau mengumpulkan sepuluh orang ulama di kalangan Syi'ah yang besar.

Syarat-Syarat Dialog

Dialog adalah pada bulan Sya'ban di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad dan beliau telah menetapkan bahawa muktamar diadakan dengan syarat-syarat berikut:

Pertama: Perbincangan akan berterusan daripada waktu pagi sehingga petang dikecualikan pada masa sembahyang, makan dan rehat.
Kedua: Perbincangan mestilah bersandarkan kepada rujukan-rujukan yang dipercayai dan kitab-kitab yang muktabar, bukan secara dengar kata orang atau propaganda.
Ketiga: Perbincangan yang berlaku di muktamar ini hendaklah ditulis.

Pembukaan Muktamar

Pada hari yang ditetapkan, raja, wazirnya dan ketua-ketua tenteranya duduk dan para ulama Ahl al-Sunnah duduk di kanannya. Sementara para ulama Syi'ah duduk di kirinya. Wazir Nizam al-Mulk telah membuka muktamar dengan Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat kepada Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya. Kemudian beliau berkata: Dialog mestilah bersih, dan matlamatnya adalah untuk mencari kebenaran. Justeru itu, janganlah menyebut seorang sahabat Rasulullah s.a.w dengan cacian atau kejahatan.


Dialog Tentang Sahabat

Pembesar ulama Ahl al-Sunnah bernama Syeikh al-'Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak boleh berbincang dengan mazhab yang mencaci semua sahabat.
Pembesar ulama Syi'ah bernama al-Husain bin Ali dikenali dengan al-'Alawi berkata: Siapakah yang mengkafirkan semua sahabat?
Al-'Abbasi berkata: Kamu Syi'ahlah yang mengkafirkan semua sahabat (yukaffiruuna kulla al-Sahabat).
Al-'Alawi berkata: Kata-kata anda ini menyalahi kenyataan. Tidakkah di kalangan para sahabat itu adalah Ali a.s, al-'Abbas, Salman Ibn 'Abbas, al-Miqdad, Abu Dhar dan lain-lain, adakah kami Syi'ah mengkafirkan mereka?
Al-'Abbasi berkata: Aku maksudkan dengan semua sahabat itu adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan pengikut-pengikut mereka.
Al-'Alawi berkata: Anda telah bercanggah dengan diri anda sendiri, tidakkah ahli ilmu Mantiq menetapkan bahawa (mujibat juz'iyyah bertentangan dengan (saalibat Kulliyyah), anda berkata pada satu ketika bahawa Syi'ah mengkafirkan semua sahabat dan anda berkata pula bahawa Syi'ah mengkafirkan sebahagian sahabat.

Wazir Mahu Campur Tangan

Di sini Nizam al-Mulk mahu bercakap, tetapi seorang alim Syi'ah tidak membiarkannya, lalu berkata: Wahai wazir yang mulia, tiada seorang yang berhak bercakap melainkan apabila kami lemah dari menjawabnya. Jika tidak, ia akan bercampur-aduk dengan perbincangan dan mengeluarkan percakapan dari tempatnya, tanpa keputusan.
Kemudian seorang alim Syi'ah berkata: Ternyata, wahai al-'Abbasi, bahawa kata-kata anda bahawa Syi'ah mengkafirkan semua sahabat adalah pembohongan yang jelas.
Al-'Abbasi tidak dapat menjawabnya, maka mukanya kemerahan kerana malu, kemudian berkata: Tinggalkan kami daripada perkara ini, tetapi adakah kamu Syi'ah mencaci Abu Bakr, Umar dan Uthman?
Al-'Alawi berkata: Sesungguhnya di kalangan Syi'ah ada golongan yang mecaci mereka dan ada golongan yang tidak mencaci mereka.
Al-'Abbasi berkata: Dan anda, wahai al-'Alawi, daripada golongan mana?
Al-'Alawi berkata: Di kalangan mereka yang tidak mencaci sahabat, tetapi aku berpendapat bahawa sesungguhnya golongan yang mencaci sahabat mempunyai logik mereka. Dan cacian mereka kepada mereka bertiga tidak membawa kepada apa-apa; tidak kafir, tidak fasiq dan tidak pula berdosa kecil .
Al-'Abbasi berkata: Adakah anda telah mendengar, wahai raja, apa yang sedang dikatakan oleh lelaki ini?

Al-'Abbasi Cuba Mendapat Sokongan Raja

Al-'Alawi berkata: Wahai al-'Abbasi, sesungguhnya percakapan yang anda tujukan kepada raja itu adalah satu kesalahan, kerana raja mengumpulkan kita untuk berbincang dengan hujah dan dalil, bukan dengan hukuman senjata dan kekuatan.
Raja berkata: Apa yang dikatakan oleh al-'Alawi itu adalah betul, apakah jawapan anda, wahai al-'Abbasi?
Al-'Abbasi berkata: Jelas sekali bahawa barangsiapa yang mencaci sahabat adalah kafir.
Al-'Alawi berkata: Ia jelas di sisi anda dan bukan di sisiku, apakah dalil kekafiran orang yang mencaci sahabat berdasarkan ijtihad dan dalil, adakah anda mengakui bahawa orang yang dicaci oleh Rasul berhak dicaci?
Al-'Abbasi berkata: Aku mengakuinya.

Rasul Mencaci Abu Bakr Dan Umar

Al-'Alawi berkata: Maka Rasul telah mencaci Abu Bakr dan Umar.
Al-'Abbasi berkata: Di manakah beliau s.a.w telah mencaci mereka? Ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah.
Al-'Alawi berkata: Ahli sejarah di kalangan Ahl al-Sunnah telah menyebut bahawa Rasul telah menyediakan tentera di bawah pimpinan Usamah dan beliau s.a.w telah menjadikan Abu Bakr dan Umar di dalamnya dan bersabda: Allah melaknati orang yang mengundurkan diri daripada tentera Usamah" (La'ana llahu man takhallafa 'an jaisyi Usamah) Kemudian Abu Bakr dan Umar telah mengundurkan diri daripada tentera Usamah. Justeru itu, laknat Rasul meliputi mereka. Barangsiapa yang dilaknati Rasul, maka berhak bagi orang muslim melaknatinya pula.
Di sini al-'Abbasi menggelingkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang dikatakan oleh al-'Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli Tawaarikh telah menyebutnya .
Al-'Alawi berkata: Jika mencaci sahabat adalah haram, kenapakah kamu tidak mengkafirkan Mu'awiyah bin Abu Sufyan, kamu tidak menghukum kefasikannya dan kejahatannya, kerana dia telah mencaci Imam Ali bin Abu Talib a.s selama empat puluh tahun. Kemudian cacian kepadanya berterusan kepada tujuh puluh tahun?

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Potong percakapan ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.

Al-Qur'an

Al-'Abbasi berkata: Di antara bid'ah-bid'ah kamu Syi'ah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur'an!
Al-'Alawi berkata: Malah bid'ah-bid'ah kamu Ahl al-Sunnah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur'an. Dalilnya kamu berkata: Sesungguhnya al-Qur'an telah dikumpulkan oleh Uthman, adakah Rasul jahil apa yang dilakukan oleh Uthman; beliau s.a.w tidak mengumpulkan al-Qur'an sehingga Uthman datang dan mengumpulkannya, kemudian beliau berkata: Bagaimana al-Quran tidak dikumpulkan pada zaman Nabi sedangkan Nabi memerintahkan kaumnya dan para sahabatnya supaya mengkhatamkan al-Qur'an dan bersabda: Barangsiapa yang mengkhatamkan al-Qur'an baginya pahala" Adakah boleh Nabi s.a.w memerintahkan supaya al-Qur'an dikhatamkan sedangkan ia belum dikumpulkan, dan adakah kaum muslimin di dalam kesesatan sehingga Uthman menyelamatkan mereka?

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar kata-kata al-'Alawi bahawa al-Qur'an dikumpulkan oleh Uthman?
Wazir berkata: Demikianlah ahli Tafsir dan Tawaarikh menyebutnya .
Al-'Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya Syi'ah percaya bahawa al-Qur'an telah dikumpulkan pada masa Rasul sebagaimana kamu melihatnya sekarang, tanpa kurang meskipun satu huruf, tanpa penambahan meskipun satu huruf. Adapun Ahl al-Sunnah berkata: Sesungguhnya al-Qur'an telah ditambah dan dikurangkan, didahului dan dikemudiankan. Sesungguhnya Rasul tidak mengumpulkannya, tetapi Uthmanlah yang telah mengumpulkannya apabila beliau memegang jawatan khalifah.



BAHAGIAN KEDUA
Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Raja Meminta Pertukaran Tajuk, Penyelewengan al-Qur'an, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.

Khalifah

Al-'Abbasi berkata: (Dia telah mengambil peluang): Adakah anda telah mendengar, wahai raja, sesungguhnya lelaki ini tidak menamakan Uthman khalifah, dia menamakannya amir sahaja.
Al-'Alawi berkata: Ya, Uthman bukanlah seorang khalifah.
Raja berkata: Kenapa?
Al-'Alawi berkata: Sesungguhnya Syi'ah percaya kebatilan khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman!
Raja berkata: (Dengan hairan dan tanda tanya) kenapa?
Al-'Alawi berkata: Sesungguhnya Uthman telah dilantik melalui enam ahli majis syura yang ditetapkan oleh Umar. Semua ahli majlis syura yang enam tidak melantik Uthman, hanya beliau dilantik oleh tiga atau dua orang daripada mereka. Justeru itu, kesahihan Uthman bergantung kepada Umar. Dan Umar berkuasa melalui wasiat Abu Bakr. Justeru itu, kesahihan Umar bergantung kepada Abu Bakr. Abu Bakr berkuasa melalui perlantikan kumpulan yang kecil di bawah penguasaan pedang dan kekuatan. Lantaran itu, kesahihan khilafah Abu Bakr bergantung kepada senjata dan kekuatan. Lantaran itu, Umar berkata tentang haknya: Baiah orang ramai kepada Abu Bakr adalah sercara faltatan jahiliyah . Allah telah menjaga muslimin akan kejahatannya. Barangsiapa yang kembali kepadanya, maka kamu bunuhlah dia.
Abu Bakr sendiri berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu sedanagkan Ali di sisi kamu. Justeru itu, Syi'ah percaya bahawa khilafah mereka bertiga adalah batil daripada asasnya.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-'Alawi tentang kata-kata Abu Bakr dan Umar?
Wazir berkata: Ya, demikianlah apa yang disebutkan oleh ahli sejarah!

Mengikuti Mereka Terdahulu

Raja berkata: Kenapakah kita menghormati mereka bertiga?
Wazir berkata: Kerana mengikuti mereka terdahulu yang baik (al-Salaf al-Salih)!
Al-'Alawi berkata kepada raja: Wahai raja, katakanlah kepada wazir: Adakah kebenaran lebih berhak diikuti atau orang yang terdahulu (al-Salaf al-Salih)? Tidakkah mengikuti mereka terdahulu (Salaf) yang menyalahi kebenaran itu terkandung di dalam firman Allah dalam Surah al-Zukhruf (43): 23 "Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka"?!

Khalifah Rasulullah

Raja berkata: (Ditujukan kepada al-'Alawi) Jikalaulah mereka bertiga bukan khalifah Rasulullah, maka siapakah khalifah Rasulullah?
Al-'Alawi berkata: Khalifah Rasulullah adalah Imam Ali bin Abu Talib.
Raja berkata: Kenapa dia menjadi khalifah?
Al-'Alawi berkata: Kerana Rasul telah menentukannya sebagai khalifah selepasnya. Rasul telah memberi isyarat kepada khilafahnya pada tempat yang banyak. Di antaranya di satu tempat di antara Makkah dan Madinah bernama Ghadir Khum . Beliau s.a.w telah mengangkat tangan Ali dan bersabda kepada muslimin: Barangsiapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan dengannya, tolonglah orang yang menolongnya, hinalah orang yang menghinanya".
Kemudian beliau s.a.w turun dari mimbar dan berkata kepada kaum muslimin- Bilangan mereka melebihi seratus dua puluh ribu orang-Berilah salam kepada Ali untuk kepemimpinan muslimin" Mereka telah datang kepada Ali seorang demi seorang seraya berkata kepada Ali: Al-Salamu 'alaika ya Amir al-Mu'minin. Kemudian Abu Bakr dan Umar datang, lalu memberi salam kepada Ali a.s bagi kepemimpinan muslimin. Umar berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai Ibn Abi Talib, anda telah menjadi maulaku dan maula semua mukmin dan mukminat . Justeru itu, khalifah yang sah bagi Rasulullah adalah Ali bin Abu Talib.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-'Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah dan ahli tafsir telah menyebutnya.

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.

Penyelewengan Al-Qur'an

Al-'Abbasi berkata: Sesungguhnhya Syi'ah berkata tentang penyelewengan al-Qur'an (tahriif).
Al-'Alawi berkata: Malah ia masyhur di sisi kamu, wahai Ahl al-Sunnah, sesungguhnya kamu berkata tentang penyelewengan al-Qur'an!
Al-'Abbasi berkata: Ini adalah pembohongan yang jelas.
Al-'Alawi berkata: Tidakkah kamu meriwayatkan di dalam kitab-kitab kamu bahawa sesunggunya ayat tentang al-Gharaaniq telah turun ke atas Rasulullah, kemudian ia dimansuhkan dan dibuang daripada al-Qur'an?
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang didakwa oleh al-'Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah telah disebutkan oleh ahli Tafsir.
Raja berkata: Bagaimana dipegang atau dipercayai Qur'an yang diselewengkan?
Al-'Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya kami tidak berkata sedemikian. Sesungguhnya ini adalah pendapat Ahl al-Sunnah. Justeru itu, al-Qur'an di sisi kami boleh dipercayai, tetapi al-Qur'an di sisi Ahl al-Sunnah tidak boleh berpegang kepadanya!
Al-'Abbasi berkata: Beberapa hadis terdapat di dalam kitab-kitab kamu dan daripada para ulama kamu?
Al-'Alawi berkata: Hadis-hadis itu, pertamanya: Sedikit, kedua: Ia adalah mauduk dan dipalsukan di mana musuh-musuh Syi'ah telah menciptakannya untuk mencemarkan imej Syi'ah. Ketiga: Perawi-perawinya dan sanad-sanadnya tidak benar. Dan apa yang dipindahkan daripada ulama, maka ia tidak boleh dipegang. Sesungguhnya para ulama kami yang besar di mana kami berpegang kepada pendapat mereka, tidak berkata tentang penyelewengan al-Qur'an (tahriif). Mereka tidak menyebut ayat-ayat al-Qur'an tentang pujian kepada berhala-berhala sebagaimana kamu menyebutnya bahawa kamu berkata: Dia berfirman :

Itulah al-Gharaaniq yang tinggi
Daripadanyalah syafaat diharap-harapkan

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.

Sifat Tuhan

Al-'Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Allah perkara yang tidak layak dengan kebesaran-Nya.
Al-'Abbasi berkata: Seumpama apa?
Al-'Alawi berkata: Umpamanya mereka berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai jisim seperti manusia ketawa dan menangis, bagi-Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu kaki-Nya ke dalam neraka pada hari Kiamat , sesungguhnya Dia turun dari langit kepada langit dunia di atas seekor keldai kepunyaan-Nya!
Al-'Abbasi berkata: Apakah yang menghalangnya daripada perkara tersebut sedang al-Qur'an menjelaskannya di dalam Surah al-Fajr (89):22 "Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris", Firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68): 42 "Pada hari betis disingkapkan" dan firman Allah di dalam Surah al-Fath (48):10 "Tangan Allah di atas tangan mereka". Hadis telah menceritakan bahawa sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya pada neraka!
Al-'Alawi berkata: Adapun hadis tersebut adalah batil di sisi kami, satu pembohongan dan rekaan semata-mata, kerana Abu Hurairah dan orang seumpamanya telah membohongi Rasulullah (s.a.w) sehingga Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis dan mencegahnya .

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir-: Adakah benar bahawa Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis?
Wazir berkata: Ya, dia telah melarangnya sebagaimana di dalam kitab-kitab Tawaarikh.
Raja berkata: Bagaimana kita berpegang dengan hadis Abu Hurairah?
Wazir berkata: Kerana ulama telah berpegang kepada hadis-hadisnya.
Raja berkata: Jikalaulah begitu, ulama mesti lebih alim daripada Umar, kerana Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahklan hadis kerana pembohongannya terhadap Rasulullah, tetapi ulama mengambil hadis-hadisnya yang bohong?!
Al-'Abbasi berkata: Lihatlah, wahai al-'Alawi, sekiranya hadis-hadis tentang Allah tersebut tidak benar, tetapi apakah yang anda lakukan dengan ayat-ayat al-Qur'an tadi?

Muhkamah Dan Mutasyaabihah

Al-'Alawi berkata: Al-Qur'an ada ayat-ayat Muhkamaah yang merupakan Ummu al-Kitab dan ada ayat-ayat Mutasyaabihaah, ada zahir dan batin. Justeru itu, ayat Muhkamah yang zahir diamalkan menurut zahirnya. Adapun ayat Mutasyaabihah diturunkan di dalam bentuk majaaz dan kinaayah. Jikalau tidak, maka maknanya tidak sah pada akal dan syarak. Umpamanya apabila anda membawa pengertian firman Allah di dalam Surah al-Fajr (89):22 "Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris" di atas pengertian zahirnya, maka anda bertentangan dengan akal dan syarak, kerana akal dan syarak menghukum kewujudan Allah pada setiap tempat dan setiap tempat tidak sunyi daripada-Nya selama-lamanya. Ayat tersebut pada zahirnya menunjukkan Allah itu berjisim dan jisim baginya ruang dan tempat. Ini bererti jika Allah berada di langit, maka Dia tidak berada di bumi. Jika Dia berada di bumi, maka Dia tidak berada di langit, ini adalah tidak benar pada akal dan syarak.
Al-'Abbasi telah gementar di hadapan logik ini dan tercengang untuk menjawabnya. Kemudian dia berkata: Aku tidak boleh menerima percakapan ini dan wajib di atas kita mengambil pengertian zahir kesemua ayat al-Qur'an.
Al-'Alawi berkata: Apakah anda lakukan dengan ayat-ayat Mutasyaabihah? Anda tidak boleh mengambil pengertian semua ayat al-Quran secara zahir, jika tidak, sahabat anda yang sedang duduk di sisi anda bernama syeikh Ahmad Uthman (Seorang yang buta penglihatannya, di kalangan sepuluh wakil Ahli al-Sunnah) daripada ahli neraka?
Al-'Abbasi berkata: Kenapa?
Al-'Alawii berkata: Kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Israa' (17) 72 "Dan barangsiapa yang buta di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)", syeikh Ahmad adalah seorang buta di dunia, maka dia di akhirat akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan yang benar, adakah anda reda dengan perkara ini, wahai syeikh Ahmad?
Syeikh Ahmad berkata: Tidak sekali-kali, sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan orang yang buta (al-A'maa) di dalam ayat: Orang yang menyeleweng dari kebenaran.
Al-'Alawi berkata: Jikalaulah begitu keadaannya, maka tetaplah bahawa manusia tidak boleh beramal dengan semua ayat al-Qur'am secara zahir.

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Dari sini perdebatan sekitar zahir al-Qur'an telah berlaku dengan hangat. Al-'Alawi telah mengalahkan al-'Abbasi dengan dalil dan hujah sehingga raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan tukarlah kepada tajuk yang

Penyelewengan Dan Kebatilan Ahl Al-Sunnah

Al-'Alawi berkata: Di antara penyelewengan dan kebatilan kamu-Ahl al-Sunnah tentang Allah bahawa kamu berkata: Sesungguhnya Allah memaksa hamba-hamba-Nya untuk melakukan maksiat dan perkara-perkara yang haram, kemudian Dia menyeksa mereka kerananya?
Al-'Abbasi berkata: Ini adalah benar, kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa' (4): 88 "Barangsiapa yang disesatkan Allah" dan di dalam Surah al-Taubah (9): 93 "Dan Allah telah mengunci mati hati mereka".
Al-'Alawi berkata: Adapun kata-kata anda bahawa ia ada di dalam al-Qur'an, maka jawapannya: Sesungguhnya al-Qur'an ada majaaz dan ada kinayaat. Maka apa yang dimaksudkan dengan al-Dhalaal (kesesatan) bahawa Allah meninggalkan manusia yang celaka dan membiarkannya sehingga dia sesat iaitu sebagaimana kata-kata kita: Sesungguhnya kerajaan telah merosakkan orang ramai". Ini bererti kerajaan telah meninggalkan mereka dengan keadaan mereka tanpa mengambil berat tentang nasib mereka, ini adalah yang pertama dan kedua: Tidakkah anda mendengar firman Allah di dalam Surah al-A'raaf (7): 28 "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh perbuatan yang keji", firman-Nya di dalam Surah al-Insaan (76): 3 "Sesungguhnya Kami telah menunjukkannya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada yang kafir" dan firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90): 10 "Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan". Ketiga: Tidak harus pada akal bahawa Allah menyuruh kepada kemaksiatan, kemudian Dia menyeksa pelakunya. Ini adalah jauh sekali daripada orang awam melakukannya dan bagaimana dengan Allah Yang Maha Adil dan Maha Tinggi. Maha Suci Allah daripada apa yang dikatakan oleh musyrikin dan golongan yang zalim.
Raja berkata: Tidak, tidak, tidak mungkin Allah memaksa manusia melakukan kemaksiatan, kemudian menyeksanya, ini adalah satu kezaliman. Sesungguhnya Allah adalah bersih daripada kezaliman dan kejahatan. Allah berfirman di dalam Surah Ali Imraan (3): 182 "Sungguhnya Allah tidak menganiaya hamba-hamba-Nya", tetapi aku tidak fikir bahawa Ahl al-Sunnah berpegang kepada kata-kata al- 'Abbasi?

Raja meminta Penjelasan

Kemudian raja berpaling kepada wazir sambil berkata: Adakah Ahl al-Sunnah berpegang atau berpendapat sedemikian?
Wazir berkata: Ya, ia adalah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah berpegang sedemikian!
Raja berkata: Bagaimana mereka berkata dengan apa yang menyalahi akal?
Wazir berkata: Bagi mereka takwilan dan dalil-dalil.
Raja berkata: Sekalipun ada takwil dan dalil, maka ia tidak masuk akal dan aku tidak berpendapat selain daripada pendapat Sayyid al-'Alawi bahawa Allah tidak memaksa seseorang ke atas kekafiran dan kemaksiatan, kemudian menyeksanya di atas perkara tersebut.

Rasulullah S.A.W Syak Pada Kenabiannya

Al-'Alawi berkata: Kemudian sesungguhnya Ahl al-Sunnah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah mengesyaki pada kenabiannya sendiri.
Al-'Abbasi berkata: Ini adalah pembohongan yang nyata.
Al-'Alawi berkata: Tidakkah kamu melihat di dalam kitab-kitab kamu menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak terlambat Jibrail ke atasku sekali melainkan aku menyangka bahawa dia turun kepada Ibn al-Khattab" (Ma abta'a Jibrail 'alayya marratan illaa wa zanan-tu anna-hu nazala 'ala Ibn al-Khattab) sedangkan di sana terdapat beberapa ayat al-Qur'an yang menunjukkan bahawa Allah telah mengambil perjanjian daripada Nabi Muhammad s.a.w di atas kenabiannya?

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-'Alawi bahawa hadis ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam beberapa kitab Ahl al-Sunnah .
Raja berkata: Ini adalah kafir secara langsung (al-Kufr bi-'Aini-hi).

Mencaci Rasulullah S.A.W

Kemudian Ahl al-Sunnah mengatakan di dalam cacian mereka bahawa Rasulullah s.a.w telah membawa 'Aisyah di atas bahunya bagi membolehkannya melihat ahli musik, adakah ini layak dengan makam Rasulullah dan kedudukannya?
Al-'Abbasi berkata: Ia tidak memudaratkan [nya ] .
Al-'Alawi berkata: Adakah anda akan melakukannya sedangkan anda seorang lelaki biasa, adakah anda membawa isteri anda di atas bahu anda untuk membolehkannya melihat ahli musik??

Raja Mencelah

Raja berkata: Orang yang mempunyai sedikit malu dan cemburu tidak akan reda dengan perkara ini, bagaimana dengan Rasulullah yang menjadi cotoh "malu dan cemburu" serta keimanan. Adakah benar perkara ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam sebahagaian kitab-kitab Ahl al-Sunnah!
Raja berkata: Bagaimana kita beriman dengan seorang nabi yang mengesyaki pada kenabiannya sendiri?
Al 'Abbasi berkata: Riwayat ini mesti ditakwil?
Al-'Alawi berkata: Adakah riwayat ini layak ditakwil? Adakah anda mengetahui, wahai raja, bahawa Ahl al-Sunnah mempercayai khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan?
Al-'Abbasi berkata: Khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan yang mana anda maksudkan?

Khurafat-Khurafat Ahl Al-Sunnah

Al-'Alawi berkata: Aku telah menerangkan kepada anda bahawa kamu Ahl al-Sunnah berkata:

1. Sesungguhnya Allah adalah seperti manusia bagi-Nya tangan, kaki, pergerakan dan diam.
2. Sesungguhnya al-Qur'an telah diselewengkan dan padanya pertambahan dan kekurangan .
3. Sesungguhnya Rasul melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh manusia biasa seperti memikul 'Aisyah di atas bahunya.
4. Sesungguhnya Rasul telah mengesyaki kenabiannya sendiri.
5. Sesungguhnya mereka yang telah datang sebelum Ali bin Abu Talib telah bersandar kepada pedang dan kekuatan untuk menegakkan diri mereka dan tanpa sandaran yang sah bagi mereka.
6. Sesungguhnya kitab-kitab mereka meriwayatkan bahawa Abu Hurairah dan seumpamanya adalah terdiri di kalangan mereka yang memalsukan hadis-hadis, di kalangan dajal-dajal dan ahli kebatilan yang lain.

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan tukar kepada tajuk yang lain.

Mengaitkan Perkara Yang Tidak Layak

Al-'Alawi berkata: Kemudian bahawa sesungguhnya Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Rasulullah s.a.w perkara yang tidak layak walaupun kepada manusia biasa!
Al-'Abbasi berkata: Seperti apa?
Al-'Alawi berkata: Seperti mereka berkata: Sesungguhnya Surah 'Abasa (80): 1-2 "Dia bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya" telah diturunkan tentang Rasul !
Al-'Abbasi berkata: Apakah yang menghalangnya?
Al-'Alawi berkata: Yang menghalangnya adalah firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68): 4 "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung" dan firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa' (21): 107 "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainklan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" Adakah masuk akal bahawa Rasul yang disifatkan oleh Allah dengan akhlaknya yang agung dan menjadi rahmat kepada alam semesta melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan terhadap orang buta mukmin?

Raja Mencelah

Raja berkata: Adalah tidak masuk akal bahawa perbuatan ini keluar daripada Rasul kemanusiaan dan nabi rahmat. Jikalaulah begitu, wahai al-'Alawi, kepada siapakah ayat ini diturunkan?
Al-'Alawi berkata: Hadis-hadis sahih dari keluarga Rasulullah di mana al-Qur'an telah turun di rumah mereka berkata: Sesungguhnya ayat tersebut telah turun tentang Uthman bin 'Affan. Ia berlaku apabila Ibn Ummi Maktum berjumpa dengan Rasulullah, lantas Uthman menentangnya dan memalingkan belakangnya kepadanya.
Di sini Sayyid Jamal al-Din; seorang ulama Syi'ah yang hadir di dalam muktamar berkata: Telah berlaku kepadaku tentang kisah ini bersama Surah ini bahwa salah seorang ulama Nasara berkata kepadaku: Sesungguhnya Nabi kami adalah lebih baik daripada nabi kamu Muhammad (s.a.w). Aku berkata: Kenapa?
Dia berkata: Sesungguhnya nabi kamu mempunyai akhlak yang jahat bermasam muka kepada golongan yang buta dan memalingkan belakangnya kepada mereka. Sementara nabi kami Isa mempunyai akhlak yang baik menyembuhkan golongan yang buta dan berpenyakit sopak.
Aku berkata: Wahai Masihi, ketahuilah sesungguhnya kami adalah Syi'ah, kami berpendapat bahawa Surah telah turun tentang Uthman bin 'Affan dan bukan tentang Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya nabi Kami Muhammad s.a.w mempunyai akhlak yang baik, sifat yang terpuji sebagaimana Allah berfirman di dalam Surah al-Qalam (68): 4 "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung" dan firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa' (21): 107 "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam"
Orang Masihi itu berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar kata-kata ini daripada seorang khatib di Baghdad!
Al-'Alawi berkata: Apa yang masyhur di sisi kami bahwa sebahagian perawi yang jahat telah mengaitkan kisah ini kepada Rasulullah bagi melepaskan Uthman bin 'Affan. Justeru itu, mereka telah mengaitkan pembohongan kepada Allah dan Rasul sehingga mereka membersihkan khalifah-khalifah mereka!

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.

Syi'ah Mengingkari Iman Mereka Bertiga

Al-'Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi'ah mengingkari iman ketiga-tiga khalifah, pendapat ini tidak benar, kerana jikalaulah mereka tidak mukminin, kenapakah Rasulullah s.a.w telah menjalani hubungan perkahwinan dengan mereka (musaaharah)?
Al-'Alawi berkata: Syi'ah percaya sesungguhnya mereka bertiga tidak mukminin dari segi hati dan batin mereka (qalban wa baatinan) sekalipun mereka menzahirkan Islam secara lidah dan kezahiran . Rasul yang mulia telah menerima Islam setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadat sekalipun dia seorang munafik yang sebenar, tetapi beliau s.a.w telah memberi layanan kepada mereka dengan layanan muslimin. Lantaran itu, hubungan perkahwinan Nabi dengan mereka (musaaharah al-Nabi la-hum) dan hubungan mereka dengan Nabi adalah dari bab ini!


3
KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

BAHAGIAN KETIGA
Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-'Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-'Abbasi, Dalil Tidak berimannya Uthman Dan Lain-Lain.

Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr

Al-'Abbasi berkata: Apakah dalil tidak berimannya Abu Bakr?
Al-'Alawi berkata: Dali-dalil yang kuat tentangnya adalah banyak. Di antaranya: Dia telah mengkhianati Rasulullah pada tempat yang banyak. Di antaranya: Larinya dari tentera Usamah dan penderhakaannya terhadap perintah Rasul di dalam perkara tersebut. Al-Qur'an al-Karim telah menafikan keimanan daripada setiap orang yang menyalahi Rasul, Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa' (4): 65 "Maka demi Tuhanmu, (mereka pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya"
Abu Bakr telah menderhakai perintah Rasulullah (s.a.w) dan menyalahinya, maka dia termasuk di dalam ayat yang menafikan keimanan orang yang menyalahi Rasul.
Dan tambahan pula Bahawa Rasul (s.a.w) telah melaknati orang yang lari atau meninggalkan tentera Usamah. Kami telah menyebut terdahulu bahawa sesungguhnya Abu Bakr telah melarikan diri daripada tentera Usamah: Adakah Rasulullah melaknati mukmin?
Tentu sekali: Tidak.

Raja Mencelah

Raja berkata: Jika begitu, maka benarlah kata-kata al-'Alawi bahawa Abu Bakr bukan mukmin!
Wazir berkata: Ahl al-Sunnah mempunyai takwil tentang larinya Abu Bakr daripada tentera Usamah.
Raja berkata: Adakah takwil dapat menolak apa yang dilarang, jikalau kita membuka bab ini, nescaya setiap penjenayah akan menakwilkan bagi setiap jenayah yang dilakukannya?
Pencuri berkata: Aku telah mencuri kerana aku seorang fakir. Peminum arak berkata: Aku telah meminum arak kerana aku banyak berdukacita dan penzina berkata …peraturan akan menjadi cacat, orang ramai berani melakukan maksiat, tidak, tidak… takwil tidak akan memanfaatkan kita.
Muka al-'Abbasi bertukar menjadi merah, dia menjadi bingung, dia tidak tahu apa yang dikatakannya. Akhirnya…dia berkata: Apakah dalil tidak berimannya Umar?

Dalil Tidak Berimannya Umar

Al-'Alawi berkata: Dalil-dalil adalah banyak, di antaranya: Dia sendiri telah menerangkan bahawa dia bukan seorang mukmin!
Al-'Abbasi berkata: Di tempat mana?
Al-'Alawi berkata: Umar berkata: Aku tidak mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) seperti syak aku pada hari al-Hudaibiyyah (maa syakaktu fi nubuwwati Muhammad mithla syakki yauma al-Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki kenabian Nabi kita Muhammad s.a.w , tetapi syaknya pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih banyak, lebih mendalam dan lebih besar daripada syak-syak sebelumnya, wahai al-'Abbasi, katakanlah kepadaku dengan nama Tuhan anda: Adakah orang yang mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) dikira mukmin?
Al-'Abbasi diam dan menggelengkan kepalanya kerana malu.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-'Alawi bahawa Umar telah berkata sedemikian?
Wazir berkata: Demikianlah telah diceritakan oleh beberapa perawi!
Raja berkata: Sungguh hairan... hairan yang sangat, sesungguhnya aku menyangka Umar adalah golongan yang terdahulu memeluk Islam, imannya sebagai iman contoh, tetapi jelas sekarang bahawa asas keimanannya adalah syak dan subahat!

Al-'Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab

Al-'Abbasi berkata: Tunggu dahulu, wahai raja, kekalkan anda di atas akidah anda, janganlah anda ditipu oleh al-'Alawi; pombohong ini.
Raja telah menentang dengan mukanya kepada al-'Abbasi seraya berkata di dalam keadaan marah: Sesungguhnya wazir Nizam al-Mulk berkata: Bahawa al-'Alawi benar di dalam kata-katanya dan kata-kata Umar ada di dalam beberapa kitab dan ini si bodoh- Iaitu al-'Abbasi- berkata: bahawa al-'Alawi adalah pembohong. Tidakkah ini satu kedegilan yang nyata?
Suasana majlis tenang dan menakutkan. Raja telah marah dan tidak senang hati dengan kata-kata al-'Abbasi… al-'Abbasi dan para ulama Ahl al-Sunnah menunduk, wazir diam. Tetapi al-'Alawi mengangkat kepalanya melihat ke arah muka raja untuk melihat keputusan?

Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-'Abbasi

Saat-saat kesusahan menimpa al-'Abbasi, dia berangan-angan supaya bumi terbelah di bawahnya, lantaran itu dia hilang padanya atau malaikat maut datang untuk mengambil nyawanya dengan segera, kerana malu yang amat sangat dan suasana yang menyusahkan. Sesungguhnya terserlah kebatilan mazhabnya. Terserlah khurafat akidahnya di hadapan raja, wazirnya dan semua ulama dan ketua-ketua tentera…, tetapi apakah yang dia akan lakukannya? Sesungguhnya raja telah menjemputnya untuk soal-jawab bagi membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Lantaran itu, dia mengumpulkan segala kekuatannya dan mengangkat kepalanya seraya berkata: Bagaimana pendapat anda, wahai al-'Alawi, tentang Uthman tidak beriman di hatinya sedangkan Rasul telah mengahwinkannya dengan dua orang anak perempuannya? Ruqiyyah dan Ummi Kalthum?

Dalil Tidak Beriman-nya Uthman

Al-'Alawi berkata: Dalil-dalil tentang tidak berimannya Uthman adalah banyak dan mencukupi tentang perkara ini: Sesungguhnya muslimin-sahabat di kalangan mereka- telah berkumpul menentangnya, lalu mereka membunuhnya. Dan kamu berpendapat bahawa Nabi s.a.w bersabda: Umatku tidak berhimpun di atas kesalahan. Maka adakah muslimun- termasuk sahabat-berkumpul untuk membunuh seorang mukmin? 'Aisyah telah menyamakannya dengan Yahudi, merancang untuk membunuhnya dan berkata: Bunuhlah Na'lathan-nama seorang lelaki Yahudi, kerana dia telah kafir, bunuhlah Na'lathan, nescaya Allah membunuhnya .
Sesungguhnya Uthman telah memukul Abdullah bin Mas'ud, seorang sahabat yang mulia sehingga ditimpa penyakit hernia (burut) terlantar di atas hamparan kemudian mati.
Dia telah mengusir Abu Dhar al-Ghiffari, seorang sahabat yang mulia di mana Rasul bersabda: Langit dan bumi sukar mendapati orang yang lebih benar percakapannya daripada Abu Dhar". Dia telah mengusirnya dan menjauhkannya dari Madinah ke Syam sekali atau dua kali kemudian ke Rabdhah- Iaitu tanah kering di antara Makkah dan Madinah sehingga Abu Dhar mati kelaparan dan dahaga di Rabdhah sedangkan Uthman membahagi-bahagikan harta muslimin kepada kaum kerabatnya daripada Bani Umayyah dan Bani Marwan!

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-'Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebutnya.
Raja berkata: Bagaimana kaum muslimin mengambilnya sebagai khalifah?
Wazir berkata: Secara syura.
Al-'Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu!
Raja berkata: Apakah yang anda katakan, wahai al-'Alawi?

Menjadi Khalifah Dengan Wasiat Umar

Al 'Alawi berkata: Sesungguhnya wazir telah tersilap di dalam kata-katanya, sesungguhnya Uthman tidak dapat jawatan khalifah melainkan dengan wasiat daripada Umar dan undian tiga orang munafikin sahaja. Mereka adalah Talhah, Sa'd bin Abi Waqqas dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf. Adakah tiga munafikin ini mewakili semua kaum muslimin?
Kemudian ahli Tawaarikh telah menyebut bahawa mereka yang telah melantik Uthman telah berpaling tadah daripada Uthman manakala mereka melihat kezalimannya, pencabulannya terhadap para sahabat Rasulullah, mesyuaratnya tentang urusan kaum muslimin dengan Ka'ab al-Ahbar, seorang Yahudi dan pembahagian harta kaum muslimin kepada Bani Marwan. Justeru itu, tidak hairanlah jika mereka bertiga telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh Uthman!

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-'Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah telah menyebutnya!
Raja berkata: Bagaimana anda berkata Uthman dapat menjadi khalifah dengan syura?
Wazir berkata: Aku maksudkan dengan syura itu adalah mereka bertiga!
Raja berkata: Adakah pemilihan tiga orang itu membenarkan syura?
Wazir berkata: Sesungguhnya mereka bertiga itu telah dijanjikan oleh Rasulullah dengan syurga.

Hadis Sepuluh Orang Dijamin Syurga Adalah Palsu

Al-'Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang tidak benar, sesungguhnya hadis "sepuluh orang masuk syurga" adalah pembohongan dan rekaan terhadap Rasulullah (s.a.w)!
Al-'Abbasi berkata: Bagaimana anda berkata bahawa ia satu pembohongan sedangkan ia diriwayatkan oleh perawi-perawi yang dipercayai?
Al-'Alawi berkata: Banyak dalil-dalil yang menunjukkan pembohongan hadis ini dan kebatilannya. Aku akan menyebut tiga dalil sahaja untuk anda:
Pertama: Bagaimana Rasulullah menjamin seorang dengan syurga sedangkan dia telah menyakitinya, iaitu Talhah? Sesungguhnya sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah menyebut bahawa sesungguhnya Talhah berkata: Jika Muhammad mati, kami akan bernikah dengan isteri-isterinya selepasnya- atau aku akan mengahwini 'Aisyah. Lantaran itu, Rasulullah merasa terkilan dengan kata-kata Talhah, lalu Allah menurunkan Surah al-Ahzab (33): 53 "Dan tidak boleh menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah).
Kedua: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair telah memerangi Imam Ali bin Abu Talib a.s dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang hak Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya peperangan anda adalah peperanganku dan perdamaian anda adalah perdamaianku" . Dan beliau s.a.w bersabda: Barangsiapa yang mentaati Ali, maka sesungguhnya dia mentaati aku dan barangsiapa yang menderhakai Ali, maka dia menderhakai aku" . Beliau s.a.w bersabda: Ali adalah bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama Ali kedua-duanya tidak terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku". Beliau s.a.w bersabda: Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali yang mana kebenaran berpusing bersamanya di mana dia berpusing" . Adakah orang yang memerangi Rasulullah dan menderhakainya di syurga? Dan adakah orang yang memerangi kebenaran dan al-Qur'an itu seorang mukmin?
Ketiga: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair kedua-duanya telah merancang untuk membunuh Uthman, justeru itu, adakah mungkin Uthman, Talhah dan al-Zubair semuanya di syurga. Sebahagian mereka memerangi sebahagian yang lain sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda: Pembunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya di neraka"

Raja Meminta Penjelasan

Raja bertanya kepada Wazir dengan penuh kehairanan: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-'Alawi?
Wazir berdiam diri tanpa berkata apa-apa. Begitu juga al-'Abbasi dan kumpulannya berdiam diri tanpa bercakap apa-apa.

Apakah Syaitan Memaafkan Orang Yang Bercakap Benar?

Apakah yang mereka kata? Adakah mereka berkata benar? Adakah syaitan memaafkan orang yang mengakui kebenaran? Adakah nafsu ammarah yang meredai kejahatan sanggup tunduk kepada kebenaran dan kenyataan? Adakah anda terfikir bahawa mengakui kebenaran itu perkara yang mudah dan senang?
Tidak! Sesungguhnya ia adalah perkara yang sukar, kerana ia terpaksa mencabut asabiah jahiliyah dan menyalahi hawa nafsu sedangkan manusia adalah pengikut hawa nafsu dan kebatilan melainkan mukminin yang mana bilangan mereka amat sedikit.

Al 'Alawi Bersedia Untuk Membawa Kitab-kitab Rujukan

Al-'Alawi telah memecahkan tabir diam, maka dia berkata: Wahai raja, sesungguhnya wazir, al-'Abbasi dan ulama mengetahui kebenaran kata-kataku dan kenaran percakapanku serta hakikat hadisku. Sekiranya mereka mengingkari kata-kataku, maka sesungguhnya di Baghdad para ulama yang menyaksikan kebenaran kata-kataku. Sesungguhnya di dalam khazanah Madrasah ini kitab-kitab yang menyaksikan kebenaran kata-kataku, rujukan yang muktabar yang menerangkan kebenaran kata-kataku…. Sekiranya mereka mengakui kata-kataku, maka ini adalah apa yang dikehendaki. Jika tidak, maka aku bersedia sekarang, sekarang membawa kepada anda kitab-kitab, rujukan-rujukan dan saksi-saksi!

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-'Alawi itu benar bahawa kitab-kitab rujukan menunjukkan kebenaran kata-katanya dan kebenaran percakapannya?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Kenapakah anda berdiam diri pada permulaannya?

Mencaci Sahabat

Wazir berkata: Aku benci mencaci sahabat Rasulullah (s.a.w)!
Al-'Alawi berkata: Hairan! Anda benci perkara itu sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak membencinya, kerana Allah telah memperkenalkan sebahagian sahabat yang munafik dan memerintahkan Rasul-Nya supaya berjihad menentang mereka sebagaimana beliau s.a.w berjihad menentang golongan kafir dan Rasul sendiri telah melaknati sebahagian sahabatnya!

Kata-Kata Semua Sahabat Adil Satu Pembohongan

Wazir berkata: Tidakkah anda mendengar kata-kata ulama: Sesungguhnya semua sahabat adalah adil?
Al-'Alawi berkata: Aku telah mendengar kata-kata itu, tetapi aku mengetahui bahawa kata-kata itu adalah pembohongan dan rekaan, kerana bagaimana semua sahabat adil sedangkan Allah melaknati sebahagian mereka, Rasul melaknati sebahagian mereka, sahabat pula saling melaknati sesama mereka, memerangi sesama mereka, mencaci sesama mereka dan membunuh sesama mereka?

Bagaimana Kaum Muslimin Mengambil Mereka Sebagai Khalifah Dan Mengikuti Mereka?

Di sini al-'Abbasi mendapati pintu tertutup di hadapannya, lantas dia datang dari pintu yang lain pula dan berkata: Wahai raja, katakanlah kepada al-'Alawi bahawa jika ketiga-tiga khalifah itu tidak mukminin, bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka?
Al-'Alawi berkata: Pertama: Bukan semua kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah, hanya Ahl al-Sunnah sahaja.
Kedua: Sesungguhnya mereka yang percaya dengan khilafah mereka terbahagi kepada dua bahagian: Orang yang jahil dan orang yang degil (mu'aanid). Adapun orang yang jahil, maka dia tidak mengetahui keburukan mereka dan hakikat mereka, mereka menggambarkan mereka sebagai manusia yang baik dan mukminin. Adapun orang yang degil, maka dalil dan bukti tidak memanfaatkannya selama dia berkeras di atas kedegilannya. Allah berfirman di dalam Surah al-A raaf (7): 146 "Jika mereka melihat setiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya" Surah al-Baqarah (2): 6 "Sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu memberi peringatan, mereka tidak juga akan beriman"!
Ketiga: Sesungguhnya golongan yang telah memilih mereka sebagai khalifah telah tersilap di dalam pemilihan mereka sebagaimana golongan Nasara telah melakukan kesilapan, mereka berkata "Al-Masih itu putera Allah". Golongan Yahudi berkata: 'Uzair adalah putera Allah" Surah al-Taubah )9): 30. Manusia wajib mentaati Allah dan Rasul. Wajib mentaati kebenaran bukan mentaati manusia di atas kesalahan dan kebatilan. Allah berfirman: Taatilah Allah dan Rasul…Surah al-Nisaa' (4):59.

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bertukarlah kepada tajuk yang lain.

Kesamaran Ahl Al-Sunnah

Di antara kesamaran Ahl al-Sunnah dan kesalahan mereka bahawa mereka telah meninggalkan Ali bin Abu Talib (a.s.) dan mereka mengikut pendapat mereka yang terdahulu.
Al-'Abbasi berkata: Kenapa?
Al-'Alawi berkata: Kerana Ali bin Abu Talib telah dipilih oleh Rasul (s.a.w) sementara mereka bertiga tidak dipilih oleh Rasul. Kemudian dia berkata:
Wahai raja, sesungguhnya anda sekiranya anda memilih seseorang untuk menduduki tempat anda atau khilafah anda, adakah wajib bagi menteri-menteri dan anggota-anggota kerajaan mematuhi anda? Atau mereka berhak memecat khalifah anda dan memilih orang lain di tempat anda?
Raja berkata: Malah, wajib bagi mereka mematuhi khalifahku yang aku memilihnya sendiri, mereka wajib mematuhinya dan mentaati perintahku padanya.

Syi'ah Mengikuti Khalifah Rasulullah

Al-'Alawi berkata: Begitulah yang dilakukan oleh Syi'ah, sesungguhnya mereka telah mengikuti khalifah Rasulullah yang telah dipilih olehnya dengan perintah Allah iaitu Ali bin Abu Talib dan mereka meninggalkan orang selain daripadanya.

Sebab Ali Tidak layak Menjadi Khalifah?

Al-'Abbasi berkata: Tetapi Ali bin Abu Talib tidak layak menjadi khalifah disebabkan umurnya masih muda semantara Abu Bakr seorang yang tua . Di samping itu Ali bin Abu Talib telah membunuh ketua-ketua Arab dan menghancurkan penglima-penglima mereka . Justeru itu Arab tidak meredainya. Begitu juga Abu Bakr tidak meredainya!

Orang Ramai Lebih Alim Daripada Allah Dan Rasul?

Al-'Alawi berkata: Adakah anda mendengarnya, wahai raja bahawa al-'Abbasi berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul-Nya di dalam menentukan yang paling baik (al-Aslah), al-'Abbasi tidak mengambil iktibar firman Allah dan sabda Rasul-Nya di dalam pemilihan Ali bin Abu Talib, malah dia mengambil kata-kata orang ramai untuk kepentingan Abu Bakr. Ini bererti bahawa Allah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana tidak mengetahui apa yang paling layak dan paling baik sehingga datang golongan jahil, lalu mereka memilih orang yang paling layak? Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Ahzaab (33): 36 "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan. Akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka susungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata"?
Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Anfaal (8): 24 "Wahai golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu"?
Al-'Abbasi berkata: Tidak sekali, sesungguhnya aku tidak berkata bahawa manusia adalah lebih mengetahui daripada Allah dan Rasul-Nya.
Al-'Alawi berkata: Jikalau begitu, kata-kata anda tidak mempunyai makna. Jikalau Allah dan Rasul telah memilih seorang tertentu menjadi khalifah, maka wajib anda mematuhinya sama ada orang ramai meredainya ataupun tidak!
Al-'Abbasi berkata: Tetapi kelayakan Ali bin Abu Talib adalah sedikit?
Al-'Alawi berkata: Pertama: Makna kata-kata anda bahawa sesungguhnya Allah tidak mengetahui Ali bin Abu Talib dengan sebenarnya, maka Dia tidak mengetahui kelayakkannya adalah sedikit, justeru itu Dia telah melantiknya menjadi khalifah. Ini adalah kekufuran yang nyata.
Kedua: Sebenarnya kelayakan untuk menjadi khalifah adalah banyak pada Ali bin Abu Talib. Sementara orang lain tidak banyak kelayakan mereka!
Al-'Abbasi berkata: Apakah kelayakannya?




BAHAGIAN KEEMPAT
Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut'ah, Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.

Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah

Al-'Alawi berkata: Sesungguhnya kelayakannya adalah banyak, maka pertamanya adalah penentuan atau pilihan adalah daripada Allah dan Rasul-Nya.
Kedua: Ali bin Abu Talib adalah sahabat yang paling alim. Justeru itu, Rasulullah bersabda: Orang yang paling alim di dalam perundangan di kalangan kamu adalah Ali" Umar bin al-Khattab berkata: Ali adalah orang yang paling alim di kalangan kami di dalam bidang kehakiman " Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang menghendaki bandar atau hikmat, maka hendaklah dia mendatangi pintunya"
Ali a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah mengajar aku seribu bab ilmu di mana beliau s.a.w membuka untukku setiap pintu seribu bab" . Ini ternyata orang alim itu diutamakan daripada orang jahil. Allah berfirman di dalam Surah al-Zumar (39): 9 "Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang jahil"
Ketiga: Ali a.s tidak berhajat kepada orang lain sedangkan orang lain berhajat kepadanya . Tidakkah Abu Bakr berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik pada kamu dan Ali adalah pada kamu. Tidakkah Umar berkata lebih daripada tujuh puluh kali: Jikalau Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar" . " Mudah-mudahan Allah tidak mengekalkan aku dengan permasalahan di mana anda tidak ada padanya, wahai Abu al-Hasan" . "Jangan seorang daripada kamu mengeluarkan fatwa sedangkan Ali berada di masjid"
Keempat: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib tidak pernah menderhakai Allah dan beliau a.s tidak pernah menyembah selain daripada Allah, tidak pernah sujud kepada berhala sepanjang hidupnya sedangkan mereka bertiga telah menderhakai Allah dan menyembah selain daripada Allah dan sujud kepada berhala-berhala. Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 124 "Janjiku tidak akan dicapai oleh golongan yang zalim". Adalah jelas sekali bahawa penderhaka adalah seorang yang zalim, justeru itu, dia tidak layak untuk mendapat janji Allah iaitu kenabian dan khilafah.
Kelima: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib mempunyai fikiran yang sejahtera dan akal yang tinggi, pendapat yang tepat berteraskan Islam. Sementara orang lain mempuyai pendapat yang cetek berteraskan syaitan, Abu Bakr berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku. Sesungguhnya Umar telah menyalahi Rasulullah pada tempat yang banyak. Uthman mempunyai akal yang lemah, keluarganya memberi kesan sampingan yang buruk terhadapnya umpamanya: Marwan bin al-Hakam telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai Wazagh bin al-Wazagh (cicak anak lelaki cicak) . Rasulullah s.a.w telah melaknati Marwan dan keturunannya melainkan mukmin, maka bilangan mereka adalah sedikit. Begitu juga dengan Ka'ab al-Ahbar si Yahudi dan lain-lain!

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Abu Bakr berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku"?
Wazir berkata: Ini terdapat di dalam kitab-kitab sejarah .
Raja berkata: Adakah benar Umar telah menyalahi Rasulullah?
Wazir berkata: Kita akan meminta penjelasan daripada al-'Alawi apa yang dia masksudkan dengan kata-katanya?

Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W

Al-'Alawi berkata: Ya, para ulama Ahl al-Sunnah telah menyebutnya di dalam kitab-kitab muktabar mereka sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah (s.a.w) pada beberapa tempat, di antaranya:
Pertama: Ketika Nabi s.a.w mahu mengerjakan sembahyang ke atas Abdullah bin 'Ubayy, sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah dengan tentangan yang keras (qaasian) sehingga Rasulullah s.a.w terasa terkilan sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Tubat (9): 61 "Dan golongan yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih"
Kedua: Ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dipisahkan di antara 'Umrah tamattu' dan Haji tamattu' lalu mengharuskan suami menghampiri isterinya di antara 'umrah dan haji. Lalu 'Umar menentangnya dan berkata dengan kata-kata kesat: Adakah kami mengerjakan ihram sedangkan zakar-zakar kami masih mengeluarkan air mani" (a-nuhrimu wa mazaakiiru-naa taqturu maniyyan). Lantas Nabi (s.a.w) berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan beriman dengan perkara ini selama-lamanya". Dengan sabda ini bererti bahawa Nabi s.a.w mengetahui bahawa Umar adalah di kalangan mereka yang beriman dengan sebahagian [hukum] dan kafir dengan sebahagian [hukum].
Ketiga: Tentang nikah mut'ah bahawa Umar tidak mepecayainya. Apabila dia memerintah dan merampas kerusi khilafah, dia berkata: Dua mut'ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]" (Mut'ataani kaanataa 'ala 'ahdi Rasulillah wa ana uharrimu-huma wa u'aqibu 'alai-himaa) sedangkan al-Qur'an menyatakan di dalam Surah al-Nisaa' (4): 24 "Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya". Ahli tafsir menyebut bahawa ayat tersebut diturunkan tentang harusnya mut'ah. Dan inilah amalan kaum muslimin sehingga pada pemerintahan Umar. Manakala Umar telah mengharamkannya, perzinaan dan kejahatan di kalangan kaum muslimin semakin bertambah. Justeru itu, Umar telah menggantungkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, lalu perzinaan dan kejahatan meluas! Lantaran itu, dia termasuk di dalam firman Allah Surah al-Maa'idah (5): 44. 45, 47 "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang kafir" "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang zalim" Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang fasik"
Keempat: Di dalam peperangan al-Hudaibiyyah sebagaimana telah disebutkan bahawa Umar telah mengesyaki kenabian Muhammad s.a.w. Di tempat yang lain di mana Umar telah menyalahi Rasulullah dan menyakitinya dengan kata-katanya yang kesat terhadap Rasulullah!
Raja berkata: Pada hakikatnya aku juga tidak reda dengan nikah mut'ah!
Al-'Alawi berkata: Adakah anda mengakui bahawa ia adalah daripada perundangan Islam atau tidak?
Raja berkata: Aku tidak mengakuinya.
Al-'Alawi berkata: Apakah makna Surah al-Nisaa' (4): 24 "Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya"? Dan apakah makna kata-kata Umar: Dua mut'ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku akan menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]"? Tidakkah kata-kata Umar menunjukkan bahawa nikah mut'ah adalah harus dan berlaku pada masa Rasulullah, pada masa Abu Bakr dan sebahagian pada masa pemerintahan Umar. Kemudia dia melarangnya dan mengharamkannya?
Di samping dalil-dalil yang banyak, wahai raja, sesungguhnya Um ar sendiri telah melakukan mut'ah dengan wanita-wanita dan Abdullah bin al-Zubair adalah anak mut'ah!

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai Nizam al-Mulk?
Wazir berkata: Hujah al-'Alawi adalah kuat dan benar, tetapi disebabkan Umar telah melarangnya, maka wajib ke atas kita mengikutinya.
Al-'Alawi berkata: Adakah Allah dan Rasul lebih berhak diikuti atau Umar? Tidakkah anda membaca, wahai wazir, firman Allah di dalam Surah al-Hasyar (59):7 "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia", firman Allah di dalam Surah al-Nisaa ' (4): 59 "Taatilah Rasul…" firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33): 21 "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik bagi kamu" dan hadis yang masyhur: Halal Muhammad itu adalah halal sehingga hari Kiamat dan haram Muhammad itu adalah haram sehingga hari Kiamat"?

Raja Mencelah

Raja berkata: Aku percaya semua perundangan Islam, tetapi aku tidak faham, sebab dihalalkan mut'ah, adakah seorang daripada kamu mahu memberi anak perempuannya atau saudara perempuannya kepada seorang lelaki supaya dia melakukan nikah mut'ah dengannya selama satu jam atau beberapa ketika, tidakkah ini satu keburukan?
Al-'Alawi berkata: Apakah pendapat anda, wahai raja: Adakah manusia mahu mengahwinkan anak perempuannya atau saudara perempuannya dengan akad daim (nikah biasa) kepada seorang lelaki sedangkan dia mengetahui bahawa lelaki itu akan menceraikannya selepas satu jam atau beberapa ketika iaitu selepas berseronok dengannya?
Raja berkata: Aku tidak mahu.
Al-'Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengakui akad daim adalah benar, talak selepasnya juga adalah benar, maka tiada perbezaan di antara akad mut'ah (munqati') dan akad daim selain daripada mut'ah akan berakhir dengan masanya dan akad daim akan berakhir dengan talak atau di dalam erti kata yang lain: Akad mut'ah adalah seperti akad sewa-beli (al-Ijaarah) dan akad daim sepertilah akad milik di mana sewa akan berakhir dengan berakhirnya masa dan milik akan berakhir dengan jualan umpamanya!
Justeru itu, perundangan mut'ah adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat dari hajat-hajat badan sebagaimana juga perundangan nikah daim adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat daripada hajat-hajat badan.
Kemudian aku ingin bertanya anda, wahai raja, apakah pendapat anda tentang janda-janda atau ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak-anak-ketiadaan suami-suami mereka- dan tiada seorangpun yang datang melamar mereka? Tidakkah akad nikah mut'ah merupakan satu cara untuk menjaga mereka daripada kejahatan?
Tidakkah dengan mut'ah, mereka mendapat harta untuk perbelanjaan mereka dan anak-anak yatim mereka.
Apakah pendapat anda tentang pemuda-pemuda dan lelaki di mana keadaan tidak memaafkan mereka untuk berkahwin secara daim, tidakkah mut'ah merupakan satu penyelesaian untuk mereka bagi melepaskan daripada kekuatan seks yang ganas?! Bagi menjaga daripada kefasikan?
Tidakkah mut'ah itu lebih baik daripada zina, liwat dan onani?
Sesungguhnya aku percaya, wahai raja, sesungguhnya jenayah zina, liwat atau onani berlaku di kalangan kaum muslimin, kembali sebabnya kepada Umar. Umar bersyarikat di dalam dosanya, kerana dialah yang menghalangnya dan mencegah kaum muslimin daripadanya! Banyak berita yang menunjukkan bahawa zina telah meningkat di kalangan orang ramai semenjak Umar melarangnya!
Adapun kata-kata anda, wahai raja, sesungguhnya aku tidak mahu (La arghabu)…, sesungguhnya Islam tidak memaksa sesiapapun untuk melakukannya sebagaimana Islam tidak memaksa anda untuk mengahwinkan anak perempuan anda kepada lelaki yang mana anda mengetahui bahawa dia akan menceraikan anak perempuan anda selepas satu jam atau beberapa ketika daripada akad nikah. Tidak mahunya anda dan orang ramai di atas sesuatu perkara bukanlah dalil di atas pengharamannya, kerana hukum Allah adalah tetap, tidak berubah dengan hawa nafsu dan pendapat-pendapat!

Raja Tertarik Tentang Mut'ah

Raja berkata kepada wazir: Hujah al-'Alawi tentang harusnya mut'ah adalah kuat.
Wazir berkata: Tetapi para ulama telah mengikut pendapat Umar.
Al-'Alawi berkata: Pertama: Sesungguhnya mereka yang mengikut Umar adalah para ulama Ahl al-Sunnah sahaja bukan semua ulama.
Kedua: Hukum Allah dan Rasul-Nya lebih berhak diikuti atau pendapat Umar?
Ketiga: Sesungguhnya para ulama kamu bercanggah sesama sendiri tentang pendapat Umar dan perundangannya.
Wazir berkata: Bagaimana?
Al-'Alawi berkata: Kerana Umar berkata: Dua mut'ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya: Mut'ah haji dan mut'ah perempuan". Jikalaulah pendapat Umar itu betul, kenapakah para ulama kamu tidak mengikut pendapatnya tentang mut'ah haji? Sesungguhnya para ulama kamu telah menyalahi Umar dan berkata: Mut'ah haji adalah benar sekalipun Umar melarangnya!
Jikalaulah pendapat Umar itu batil, kenapakah para ulama kamu mengikut pendapatnya tentang pengharaman mut'ah dan mempersetujuinya pula?
Wazir diam dan tidak berkata apa-apa.

Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog

Raja berkata kepada para hadirin: Kenapakah kamu tidak menjawab al-'Alawi?
Salah seorang ulama Syi'ah bernama syeikh Hasan al-Qasimi berkata: Kemusykilan adalah ke atas Umar dan "pengikut-pengikutnya", justeru itu, mereka tidak berhak menjawab Sayyid al-'Alawi, wahai raja.

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Jikalau begitu, tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.

Pembukaan Umar

Al-'Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi'ah menyangka bahawa tiada kelebihan bagi Umar meskipun dia telah telah membuka beberapa negeri.
Al-'Alawi berkata: Di sisi kami beberapa jawapan:

Pertama: Para pemerintah dan raja-raja membuka negeri-negeri adalah kerana perluasan tanah jajahan mereka, adakah ini kelebihan?
Kedua: Jikalaulah kita menerima pembukaannya satu kelebihan, tetapi adakah pembukaannya itu dapat membenarkannya merampas khilafah Rasul? Pada hal Rasul tidak menjadikan khilafah untuknya. Sesungguhnya beliau s.a.w telah menjadikannya untuk Ali bin Abu Talib (a.s)… Apabila anda, wahai raja, melantik seorang khalifah untuk menduduki tempat anda, kemudian seorang datang dan merampas khilafah daripada khalifah anda dan menduduki tempatnya, kemudian dia membuka beberapa negeri dan melakukan amalan yang baik, adakah anda meredai pembukaannya atau anda memarahinya, kerana dia telah menggulingkan orang yang anda telah melantiknya dan menduduki tempat anda tanpa kebenaran anda?

Raja Memarahi Pembukaan Umar Dan seumpamanya

Raja berkata: Malah aku memarahinya dan pembukaannya tidak akan menghapuskan jenayahnya!
Al-'Alawi berkata: Begitulah pembukaan Umar adalah satu kesalahan dan mempunyai hasil yang negatif dan terbalik, kerana Rasul tidak menyerang sesiapapun, malah peperangannya merupakan peperangan pertahanan. Justeru itu, orang ramai mahu kepada Islam dan memasuki agama Allah berpuak-puak, kerana mereka mengetahui bahawa Islam adalah agama keamanan dan keselamatan. Adapun Umar, maka dia menyerang negeri-negeri dan memasukkan mereka ke dalam Islam dengan pedang dan kekuatan, bukan dengan agama logik dan peradaban. Justeru itu, ia menjadi sebab bertambahnya musuh-musuh Islam. Justeru itu, Pembukaan Umar telah mencemarkan imej Islam dan memberi hasil yang negatif dan terbalik.
Jikalaulah Abu Bakr, Umar dan Uthman tidak merampas khilafah daripada tuannya yang sah: Ali bin Abu Talib a.s dan Imam Ali menerima khilafah selepas Rasul secara langsung, nescaya beliau a.s akan mengikut sirah Rasul, melaksanakan manhajnya yang betul. Dan ini akan menyebabkan orang ramai memasuki Islam berpuak-puak dan Islam meluas sehingga di seluruh pelusuk bumi!
Tetapi: La haula wa la quwwata illa bi llahi al-'Aliyyi al-'Azim.
Di sini Sayyid al-'Alawi bernafas panjang dan mendalam, meluahkan perasaan hatinya, lalu memukul tangannya sendiri kerana dukacita di atas apa yang telah berlaku kepada Islam selepas kematian Rasulullah (s.a.w) disebabkan perampasan khilafah daripada tuannya yang sah: Imam Ali bin Abu Talib a.s.

Raja Meminta Al-'Abbasi Menjawab

Raja berkata kepada al-'Abbasi: Apakah jawapan anda kepada al-'Alawi?
Al-'Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak pernah mendengar percakapan seperti ini sebelumnya!

Ikutilah Khalifah Rasulullah Yang Sah

Al-'Alawi berkata: Sekarang anda telah mendengar percakapan ini dan terserlah kebenarannya. Oleh itu, tinggallah khalifah-khalifah anda dan ikutilah khalifah Rasulullah yang sah: Ali bin Abu Talib a.s. Kemudian al-'Alawi berkata: Hairan sekali urusan kamu, wahai golongan Ahl al-Sunnah, kamu melupai dan meninggalkan asal dan mengambil cabang.
Al-'Abbasi berkata: Bagaimana begitu?

Pembukaan Ali Bin Abu Talib

Al-'Alawi berkata: Kerana kamu menyebut pembukaan Umar, tetapi melupai pembukaan Ali bin Abu Talib!
Al-'Abbasi berkata: Apakah pembukaan Ali bin Abu Talib?
Al-'Alawi berkata: Kebanyakan pembukaan Rasul telah dicapai melalui tangan Imam Ali bin Abu Talib seperti Badr, Khaibar, Hunain , Uhud, al-Khandaq dan lain-lain. Jikalaulah pembukaan-pembukaan ini tidak ada; ia merupakan asas Islam, nescaya Umar tidak ada, nescaya tidak ada di sana Islam dan Iman. Buktinya sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda ketika Ali a.s bertarung dengan 'Umru bin 'Abd Wuddin pada hari al-Ahzab (al-Khandaq): Pertarungan iman secara keseluruhannya kepada syirik secara keseluruhannya, wahai Tuhanku, jika Engkau mahu bahawa Engkau tidak disembah, maka Engkau tidak disembah". Iaitu sekiranya Ali dibunuh, maka golongan musyrikin berani membunuhku dan membunuh semua kaum muslimin. Lantaran itu, tidak akan tinggal selepasnya Islam dan Iman. Beliau s.a.w bersabda: Pukulan Ali pada hari al-Khandaq adalah lebih baik daripada ibadat jin dan manusia" (Dharbatu 'Ali yauma al-Kahndaq afdhal min 'Ibadati al-Thaqalaini) . Justeru itu, bolehlah kami mengatakan bahawa Islam adalah bersifat Muhammadiyyun dari segi kewujudannya dan bersifat 'Alawiyyun dari segi kekekalannya. Sesungguhnya segala kelebihan kerana Allah dan Ali hanya dari segi kekekalannya!
Al-'Abbasi berkata: Jika kita katakan sahaja sebagaimana kata-kata kamu bahawa Umar adalah bersalah dan perampas; dia telah menukar, dan mengubah, itu betul, tetapi kenapa kamu membenci Abu Bakr?

Sebab-Sebab Kebencian Kepada Abu Bakr

Al-'Alawi berkata: Kami membencinya disebabkan oleh beberapa perkara: Pertama: Apa yang dia telah lakukan kepada Fatimah al-Zahraa' binti Rasulullah, penghulu wanita alam semesta.
Kedua: Dia telah membuang hukuman had ke atas penjenayah dan penzina : Khalid bin al-Walid.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata di dalam kehairanan: Adakah Khalid bin al-Walid seorang penjenayah?
Al-'Alawi berkata: Ya,
Raja berkata: Apakah jenayahnya?

Jenayah Khalid Bin Al-Walid Dan Zinanya

Al-'Alawi berkata: Jenayahnya bahawa dia dihantar kepada sahabat yang mulia; Malik bin Nuwairah di mana Rasulullah telah memberi berita gembira kepadanya bahawa dia daripada ahli syurga. Abu Bakr telah memerintahkan Khalid supaya membunuh Malik bin Nuwairah dan kaumnya. Malik di luar Madinah apabila dia melihat Khalid mendatanginya dengan beberapa orang tentera, lalu dia memerintahkan kaumnya supaya membawa senjata. Maka mereka pun membawa senjata.
Apabila Khalid sampai kepada mereka, dia berbohong kepada mereka dan bersumpah kepada mereka dengan nama Allah bahawa dia tidak bermaksud jahat kepada mereka seraya berkata: Sesungguhnya kami datang bukan untuk memerangi kamu, malah kami adalah tetamu kamu pada malam ini, maka Malik merasa yakin dengan kata-katanya manakala Khalid bersumpah dengan nama Allah. Kemudian Malik dan kaumnya meletakkan senjata dan pada masa itu telah masuk waktu untuk sembahyang, lalu Malik dan kaumnya berdiri untuk mengerjakan sembahyang. Tiba-tiba Khalid dan kumpulannya menyerang mereka, lalu mereka mengikat Malik dan kaumnya, kemudian penjenayah Khalid membunuh mereka . Kemudian Khalid tamak pada isteri Malik (manakala dia melihatnya cantik) dan berzina dengannya pada malam di mana suaminya dibunuh. Kemudian Khalid meletakkan kepala Malik dan kaumnya di tuku dapur masak. Dia memasak "makanan zina", lalu dia dan para sahabatnya memakan makanan tersebut!

Umar Mahu Membunuh Khalid, Abu Bakr Menegahnya

Apabila Khalid kembali ke Madinah, maka Umar mahu membunuh balas (kisas) Khalid kerana membunuh kaum muslimin dan ingin melakukan hukum hudud kerana perzinaannya dengan isteri Malik, tetapi Abu Bakr (mukmin!) menegah dengan kuat agar hukum hudud tidak dijalankan ke atas Khalid . Perbuatan Abu Bakr ini mensia-siakan darah kaum muslimin dan menghapuskan hukum hudud Allah!

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-'Alawi tentang hak Khalid dan Abu Bakr?
Wazir berkata: Ya, begitulah disebut oleh ahli sejarah .
Raja berkata: Kenapakah sebahagian kaum muslimin menamakan Khalid dengan Saifullah al-Maslul (pedang Allah yang terhunus)?
Al-'Alawi berkata: Dia adalah pedang syaitan yang lumpuh, tetapi disebabkan dia adalah musuh Ali bin Abu Talib dan bersama Umar di dalam pembakaran rumah Fatimah al-Zahraa' a.s, maka sebahagian Ahl al-Sunnah menamakannya dengan nama Saifullah (pedang Allah)!


4
KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

BAHAGIAN KELIMA
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-'Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syi'ah Dan Lain-Lain.

Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?

Raja berkata: Adakah Ahl al-Sunnah merupakan musuh-musuh Ali bin Abu Talib?
Al-'Alawi berkata: Jikalau mereka bukan musuh-musuh Ali, kenapa mereka telah memuji golongan yang telah merampas haknya dan berada di sekitar musuh-musuhnya (Ali a.s), mereka mengingkari kelebihan-kelebihannya dan manaaqibnya sehingga hasad dan permusuhan menguasai mereka dan mereka berkata: Sesungguhnya Abu Talib telah mati kafir. Sedangkan Abu Talib adalah seorang mukmin. Dialah yang telah menolong Islam di dalam keadaan yang getir dan memepertahankan Nabi di dalam risalahnya!

Abu Talib Seorang Mukmin

Raja berkata: Adakah Abu Talib seorang Islam?
Al-'Alawi berkata: Abu Talib tidak pernah manjadi seorang kafir sehingga dia memasuki Islam, malah dia adalah seorang mukmin yang menyembunyikan imannya. Apabila Rasulullah (s.a.w) diutuskan, maka Abu Talib telah menzahirkan islamnya di tangannya, maka dia adalah orang yang ketiga memeluk Islam. Pertama: Ali bin Abu Talib, kedua: Khadijah Binti Khuwailid; isteru Nabi s.a.w dan ketiga: Abu Talib (r.a).

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-'Alawi tentang hak Abu Talib?
Wazir berkata: Ya, demikianlah disebut oleh sebahagian ahli sejarah .
Raja berkata: Kenapakah ia telah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah bahawa Abu Talib mati kafir?

Perasaan Dengki Ahl Al-Sunnah Terhadap Ali Bin Abu Talib

Al-'Alawi berkata: Kerana Abu Talib adalah bapa kepada Amir al-Mukminin Ali a.s. Justeru itu, perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib membuatkan mereka berkata: Sesungguhnya bapanya mati kafir sebagaimana perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali membuatkan mereka membunuh dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain; penghulu pemuda Ahli syurga sehingga Ahl al-Sunnah yang telah menghadiri Karbalaa' untuk membunuh al-Husain berkata: Kami memerangi kamu kerana kemarahan kami kepada bapa anda dan apa yang dia telah lakukan kepada syeikh-syeikh kami pada hari Badr dan Hunain! (Nuqaatilu-ka bughdhan li-abii-ka wa maa fa'ala bi-asyyaakhi-naa yauma Badrin wa Hunain!)

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata ini diucapkan oleh pembunuh-pembunuh al-Husain?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebut bahawa mereka telah berkata ucapan ini kepada al-Husain!
Raja berkata kepada al-'Abbasi: Apakah jawapan anda tentang kisah Khalid bin al-Walid?
Al-'Abbasi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr melihat muslihat di dalam perkara ini!
Al-'Alawi berkata: Hairan! Maha Suci Allah! Manakah muslihat yang membawa Khalid bin al-Walid kepada pembunuhan golongan yang tidak berdosa, berzina dengan perempuan mereka, kemudian dia dilepaskan tanpa hukuman had dan sebarang pembalasan, malah diserahkan kepadanya kepimpinan tentera. Abu Bakr berkata padanya bahawa dia adalah pedang Allah yang terhunus. Adakah "pedang Allah" membunuh golongan kafir atau golongan mukminin? Dan adakah "pedang Allah" menjaga kehormatan kaum muslimin atau berzina dengan perempuan muslimin??

Al-'Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah

Al-'Abbasi berkata: Wahai al-'Alawi, sesungguhnya Abu Bakr telah bersalah (akhta'a), tetapi Umar telah dapat memahaminya!
Al-'Alawi berkata: Jika Umar memahami perkara tersebut, maka hendaklah dia mengenakan hukum had ke atas Khalid kerana berzina dan membunuhnya pula kerana dia telah membunuh mukminin yang tidak berdosa, tetapi Umar tidak melakukannya, maka Umar telah bersalah sebagaimana Abu Bakr telah bersalah sebelumnya.

Raja Mencelah

Raja berkata: Sesungguhnya anda, wahai al-'Alawi berkata pada awal percakapan bahawa Abu Bakr telah membuat jahat kepada Fatimah al-Zahraa' Binti Rasulullah (s.a.w), maka apakah jenis kejahatannya kepada Fatimah?
Al-'Alawi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr selepas dia mengambil baiah untuk dirinya daripada orang ramai dengan keganasan, pedang, ugutan dan kekuatan (al-Irhaab wa al-Saif wa al-Tahdiid wa al-Quwwati), dia mengutus Umar, Qunfudh, Khalid bin al-Walid, Abu 'Ubaidah dan kumpulan lain-Daripada munafikin- ke rumah Ali dan Fatimah (a.s). Umar telah mengumpulkan kayu api di pintu rumah Fatimah (pintu itu di mana Rasulullah pernah berdiri dan bersabda: Al-Salamu 'alaikum ya Ahla Bait al-Nubuwwah dan beliau s.a.w tidak memasukinya melainkan selepas meminta izin), lalu Umar membakar pintu dengan api .
Manakala Fatimah datang di balik pintu bagi menentang Umar dan kumpulannya, Umar telah menolak Fatimah di antara dinding dan pintu dengan keras sehingga janinnya gugur dan paku pintu mengenai dadanya, lalu Fatimah meraung: Wahai bapaku, wahai Rasulullah, lihatlah apa yang kami hadapi selepas anda [pergi] daripada Ibn al-Khattab dan Ibn Qahafah! Lalu Umar berpaling kepada mereka di sekelilingnya dan berkata: Pukullah Fatimah, lalu tongkat terkena kekasih Rasulullah dan anggotanya sehingga berdarah tubuhnya!
Kesan tolakan yang keras ini dan pertembungan yang keras meresapi tubuh Fatimah, lalu terjatuh sakit sehingga meninggal dunia selepas bapanya beberapa hari-Fatimah adalah syahid di rumah kenabian, Fatimah terbunuh dengan sebab Umar bin al-Khattab!

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang disebutkan oleh al- 'Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ya, sesungguhnya aku telah melihatnya di dalam kitab-kitab Tawaarikh apa yang disebutkan oleh al-'Alawi.
Al-'Alawi berkata: Inilah di antara sebab kebencian Syi'ah kepada Abu Bakr dan Umar!

Fatimah A.S Memarahi Abu Bakr Dan Umar

Al-'Alawi berkata lagi: Sebagai bukti kepada berlakunya jenayah daripada Abu Bakr dan Umar bahawa sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakr dan Umar. Sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut beberapa hadis tentang Fatimah: Sesungguhnya Allah reda dengan reda Fatimah dan memerahi kerana kemarahannya". Dan anda, wahai raja, mengetahui, apakah akibat orang yang dimarahi Allah!?

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah hadis ini benar? Adakah benar bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakr dan Umar?
Wazir berkata: Ya, ahli hadis dan ahli sejarah telah menyebutnya .
Al-'Alawi berkata: Sebagai bukti kebenaran kata-kataku: Sesungguhnya Fatimah telah berwasiat kepada Ali bin Abu Talib a.s supaya beliau a.s tidak memperlihatkan jenazahnya kepada Abu Bakr, Umar dan mereka yang telah menzaliminya. Justeru itu, mereka tidak mengerjakan sembahyang ke atasnya, mereka tidak hadir di upacara jenazahnya. Dan Ali pula menyembunyikan kuburnya sehingga mereka tidak datang di atas kuburnya. Kemudian Ali (a.s) telah melaksanakan wasiat-wasiatnya!

Raja Menjadi Hairan

Raja berkata: Ini adalah perkara yang pelik, adakah perkara ini telah keluar daripada Fatimah dan Ali?
Wazir berkata: Demikianlah ia telah disebut oleh ahli sejarah!

Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah

Al-'Alawi berkata: Abu Bakr dan Umar telah menyakiti Fatimah dengan perkara yang lain pula.
Al-'Abbasi berkata: Apakah perkara itu?
Al-'Alawi berkata: Iaitu mereka berdua telah merampas miliknya (Fadak).
Al-'Abbasi berkata: Apakah dalil bahawa mereka berdua telah merampas Fadak?
Al-'Alawi berkata: Tawaarikh telah menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) telah memberi Fadak kepada Fatimah. Fadak adalah miliknya pada masa Rasulullah. Apabila Rasulullah mati, Abu Bakr dan Umar mengeluarkan pekerja-pekerja Fatimah dari Fadak dengan paksaan, pedang dan kekerasan. Fatimah telah berhujah ke atas Abu Bakr dan Umar, tetapi mereka berdua tidak mendengar kata-katanya. Malah mereka berdua memarahinya dan menghalangnya . Justeru itu, beliau a.s tidak bercakap dengan mereka berdua sehingga beliau a.s mati di dalam keadaan memarahi mereka berdua!
Al-'Abbasi berkata: Tetapi Umar bin 'Abd al-'Aziz telah mengembalikan Fadak kepada anak-anak Fatimah pada masa pemerintahannya?
Al-'Alawi berkata: Apakah faedahnya? Sekiranya seorang manusia telah merampas daripada anda rumah anda dan mengusir anda, kemudian orang lain pula datang selepas anda mati, dan mengembalikan rumah anda kepada anak-anak anda, adakah tindakannya dapat menyapu dosa perampas yang pertama?

Raja Mencelah

Raja berkata: Terserlah daripada percakapan kamu berdua- Wahai al-'Abbas dan al-'Alawi- Semua bersetuju bahawa Abu Bakr dan Umar telah merampas Fadak?
Al-'Abbasi berkata: Ya, sejarah telah menyebutnya .
Raja berkata: Kenapakah mereka berdua telah melakukannya?
Al-'Alawi berkata: Kerana mereka berdua mahu merampas khilafah. Mereka berdua telah mengetahui bahawa Fadak jika masih berada di tangan Fatimah, nescaya beliau a.s membelanjakan dan membahagikan hasilnya yang banyak (Seratus dua pulu ribu dinar emas) kepada orang ramai. Justeru itu, orang ramai akan berhimpun di sekitar Ali a.s. Inilah apa yang dibenci oleh Abu Bakr dan Umar!
Raja berkata: Sekiranya kata-kata ini benar, maka urusan mereka adalah pelik! Apabila khilafah mereka bertiga terbatal, maka siapakah yang menjadi khalifah Rasul s.a.w?

Rasul Melantik Khalifah-Khalifah Selepasnya

Al-'Alawi berkata: Sesungguhnya Rasul sendiri telah melantik- dengan perintah daripada Allah- khalifah-khalifahnya selepasnya. Di dalam satu hadis Rasul bersabda: Khalifah-khalifah selepasku adalah dua belas orang seramai bilangan Nuqabaa' Bani Israel dan semuanya daripada Quraisy "

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah bersabda sedemikian?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Siapakah mereka yang dua belas itu?
Al-'Abbasi berkata: Empat daripada mereka adalah terkenal, mereka: Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali.
Raja berkata: Siapa lagi?
Al-'Abbasi berkata: Khilaf di kalangan para ulama.
Raja berkata: Namakan mereka.
Al-'Abbasi diam.

Nama-Nama Imam Dua Belas

Al-'Alawi berkata: Wahai raja, sekarang aku akan menyebut kepada anda nama-nama mereka menurut kitab-kitab ulama Ahl al-Sunnah, mereka adalah: Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali, Muhammad, Ja'far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Mahdi a.s.
Al-'Abbasi berkata: Dengarlah, wahai raja,: Sesungguhnya Syi'ah berkata: Bahawa al-Mahdi masih hidup di dunia semenjak tahun 255 hijrah dan adakah ini masuk akal? Dan mereka juga berkata: Dia akan zahir pada akhir zaman untuk memenuhi bumi dengan keadilan selepas ia dipenuhi dengan kezalaiman.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada al-'Alawi: Adakah benar kamu percaya sedemikian?
Al-'Alawi berkata: Ya, benar, kerana Rasul telah bersabda sedemikian. Ia telah diriwayatkan oleh Syi'ah dan Ahl al-Sunnah.

Bagaimana Manusia Boleh Kekal Dalam Masa Yang Panjang?

Raja berkata: Bagaimana mungkin manusia boleh kekal di dalam masa yang begini panjang?
Al-'Alawi berkata: Sekarang umur Imam al-Mahdi belum sampai seribu tahun . Allah berfirman tentang Nuh a.s di dalam Surah al- 'Ankabut (29): 14 "Maka dia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun" Adakah Allah lemah mengekalkan manusia sepanjang masa ini?
Tidakkah Allah di tangan-Nya kematian dan kehidupan Dia berkuasa di atas segala sesuatu? Kemudian Rasul telah bersabda sedemikian, maka ia adalah benar dan dipercayai.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada Wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah memberitahu tentang al-Mahdi sebagaimana dikatakan oleh al-'Alawi?
Wazir berkata: Ya .
Raja berkata kepada al-'Abbasi: Kenapa anda mengingkari hakikat-hakikat yang terdapat di sisi kita Ahl al-Sunnah?

Al-'Abbasi Khuatir Orang Awam Cenderung Kepada Syi'ah!

Al-'Abbasi berkata: Kerana khuatir tentang akidah orang awam akan bergoncang dan cenderung hati mereka kepada Syi'ah!
Al-'Alawi berkata: Jikalau begitu, anda wahai al-'Abbasi, termasuk di dalam firman Allah Surah al-Baqarah (2): 159 "Sesungguhnya golongan yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan pula oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati" Maka laknat daripada Allah meliputi anda…
Kemudian al-'Alawi berkata: Wahai raja, tanyalah al-'Abbasi ini: Adakah wajib di atas orang yang alim menjaga Kitab Allah dan sabda-sabda Rasul-Nya atau wajib di atasnya menjaga akidah golongan awam yang terpesong daripada Kitab dan Sunnah?
Al-'Abbasi berkata: Sesungguhnya aku menjaga akidah orang awam sehingga hati mereka tidak cenderung kepada Syi'ah, kerana Syi'ah adalah Ahli Bid'ah!
Al-'Alawi berkata: Sesungguhnya kitab-kitab muktabar memberitahu kami bahawa imam kamu; Umar adalah orang pertama yang memasukkan bid'ah di dalam Islam. Dia sendiri dengan jelas berkata: Sebaik-baik bid'ah adalah ini. Ini dirujukkan kepada kisah sembahyang Taraawih manakala dia memerintahkan orang ramai supaya melakukan sembahyang sunat secara berjemaah. Dia mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan sembahyang sunat dilakukan secara berjemaah. Justeru itu, bid'ah Umar adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan.
Kemudian: Tidakkah Umar telah melakukan bid'ah pada azan dengan membuang perkataan "Hayya 'alaa khairi al-'Amal" dan menambah perkataan "Al Salaat khairun mina al-Naum"?
Tidakkah Umar telah melakukan bid'ah dengan memansuhkan saham golongan muallaf menyalahi Allah dan Rasul-Nya?
Tidakkah Umar telah melakukan bid'ah dengan memansuhkan mut'ah haji menyalahi Allah dan Rasul?
Tidakkah Umar telah melakukan bid'ah dengan memansuhkan mut'ah perempuan menyalahi Allah dan Rasul-Nya?
Tidakkah Umar telah melakukan bid'ah dengan memansuhkan had zina ke atas penjenayah zina: Khalid bin al-Walid menyalahi Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan supaya dijalankan hukum had ke atas penzina dan pembunuh?
Dan lain-lain bid'ah kamu yang mengikut Umar.
Oleh itu, adakah kamu ahli bid'ah atau kami Syi'ah?

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-'Alawi tentang bid'ah-bid'ah Umar?
Wazir berkata: Ya, sekumpulan ulama telah menyebutnya di dalam kitab-kitab mereka!
Raja berkata: Bagaimana kita mengikut orang yang telah melakukan bid'ah pada agama?
Al-'Alawi berkata: Justeru itu, diharamkan mengikuti manusia seperti ini, kerana Rasul (s.a.w) bersabda: Setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan ke neraka" Maka mereka yang mengikuti Umar di dalam bid'ahnya- mereka mengetahuinya- maka mereka adalah daripada ahli neraka- secara putus-!

Para Imam Mazhab Empat

Al-'Abbasi berkata: Tetapi para Imam Ahl al-Sunnah telah mengakui perbuatan Umar.
Al-'Alawi berkata: Ini adalah bid'ah yang lain pula, wahai raja!
Raja berkata" Bagaimana begitu?
Al-'Alawi berkata: Kerana para imam mazhab: Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi'I dan Ahmad bin Hanbal, bukan hidup semasa Rasulullah (s.a.w), malah mereka datang dua ratus tahun -lebih kurang- selepasnya. Adakah kaum muslimin di antara masa Rasul dan masa mereka berempat berada di atas kebatilan dan kesesatan? Apakah pengukur bagi menghadkan mazhab-mazhab kepada mereka berempat dan tidak mengikut semua fakih? Adakah Rasul telah berwasiat mengenainya?
Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai 'Abbasi?
Al-'Abbasi berkata: Mereka itu lebih alim daripada selain daripada mereka!
Raja berkata: Adakah ilmu telah kering tanpa mereka?

Mazhab Ja'fari

Al-'Abbasi berkata: Tetapi Syi'ah juga mengikut mazhab (Ja'far al-Sadiq)?
Al-'Alawi berkata: Kami mengikut mazhab Ja'far, kerana mazhabnya adalah mazhab Rasulullah, kerana beliau adalah daripada Ahl al-Bait yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 "Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dosa daripada kamu Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" Jika tidak, kami mengikut setiap imam dua belas, tetapi disebabkan Imam al-Sadiq (a.s) dapat menyebarkan ilmu, tafsr, hadis yang mulia lebih banyak daripada para Imam yang lain (disebabkan wujud kebebasan pada masanya) sehingga majlis ilmunya dihadiri oleh lebih empat ribu pelajar sehingga Imam al-Sadiq a.s mampu memperbaharui lambang Islam selepas Bani Umayyah dan Bani 'Abbas menghapuskannya. Justeru itu, Syi'ah dinamakan dengan al-Ja'fariyyah dinisbahkan kepada Ja'far al-Sadiq a.s.
Raja berkata: Apakah jawapan anda, wahai 'Abbasi?
Al-'Abbasi berkata: Kami Ahl al-Sunnah biasanya mengikut para imam empat mazhab.!
Al-'Alawi berkata: Malah, sebahagian penguasa memaksa kamu supaya berpegang kepada mazhab empat . Kamu telah mengikut mereka secara membabi buta, tanpa hujah dan dalil!
Al-'Abbasi diam.

Mati Sebagai Seorang Jahiliyah

Al-'Alawi berkata: Wahai raja, sesungguhnya aku naik saksi bahwa sesungguhnya al-'Abbasi daripada ahli neraka, jika dia mati di dalam keadaan ini.
Raja berkata: Dari manakah anda mengetahui bahawa dia daripada ahli neraka?
Al-'Alawi berkata: Kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia tidak mengetahui imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah" (Man maata wa lam ya'raf imaama zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan). Lantaran itu, bertanyalah kepada al-'Abbasi, wahai raja, Siapakah imam zaman al-'Abbasi?
Al-'Abbasi berkata: Tidak ada hadis Rasulullah mengenainya.

Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah terdapat hadis daripada Rasulullah tentang perkara ini?
Wazir berkata: Ya, terdapat hadis Rasulullah tentangnya.
Raja berkata di dalam keadaan marah: Aku menyangka bahawa anda, wahai al-'Abbasi, seorang yang boleh dipercayai (thiqah), sekarang terserlah pembohongan anda!
Al-'Abbasi berkata: Sesungguhnya aku mengetahui imam zamanku!
Al-'Alawi berkata: Siapakah dia?
Al- 'Abbasi berkata: Raja!
Al-'Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, bahawa dia berbohong, dia hanya berkata sedemikian kerana mengambil hati anda!
Raja berkata: Ya, aku mengetahui bahawa dia berbohong, aku mengetahui diriku bahawa aku tidak layak menjadi imam zaman orang ramai, kerana aku tidak mengetahui apa-apapun. Aku hanya menghabiskan waktu-waktuku dengan memburu dan mengurus pejabat!
Kemudian raja berkata: Wahai al-'Alawi, siapakah imam zaman pada pendapat anda?
Al-'Alawi berkata: Imam zaman pada pendapatku dan akidahku adalah Imam al-Mahdi a.s sebagaimana di dalam hadis terdahulu daripada Rasulullah s.a.w. Justeru itu, barangsiapa mengetahuinya, dia akan mati sebagai seorang muslim dan dia adalah daripada ahli syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia mati sebagai seorang jahiliyah, dia di neraka bersama ahli jahiliyah.

Kebenaran Bersama Syi'ah

Di sini muka raja berseri dan terserlah kesan-kesan kegembiraannya pada mukanya dan berpaling kepada hadirin seraya berkata:
Ketahuilah, wahai jemaah, sesungguhnya aku terasa senang dan yakin daripada dialog ini (Selama tiga hari). Aku telah mengetahui dan aku telah yakin bahawa kebenaran adalah bersama Syi'ah pada setiap apa yang mereka katakan dan pada setiap apa yang mereka percayai. Sesungguhnya Ahl al-Sunnah adalah batil mazhab mereka, dan akidah mereka adalah menyeleweng.

Raja Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi'ah

Sesungguhnya aku adalah di kalangan mereka apabila kebenaran terserlah, tunduk kepadanya dan mengakuinya. Aku bukanlah daripada ahli kebatilan di dunia dan ahli neraka di akhirat. Justeru itu, sesungguhnya aku mengisytiharkan kepada kamu bahawa aku menjadi seorang Syi'ah (tasyayyu'). Oleh itu, barangsiapa yang suka bersamaku, maka hendaklah dia menjadi Syi'ah di atas keberkatan Allah dan keredaan-Nya, dia mengeluarkan dirinya daripada kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran!

Wazir Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi'ah

Wazir Nizam al-Mulk berkata: Aku telah mengetahui bahawa Syi'ah adalah benar. Sesungguhnya mazhab yang benar adalah mazhab Syi'ah Imam Dua Belas sahaja semenjak hari-hari persekolahanku. Justeru itu, aku mengisytiharkan bahawa aku juga menjadi seorang Syi'ah.
Demikianlah kebanyakan para ulama, menteri-menteri dan ketua-ketua tentera yang hadir pada muktamar itu (bilangan mereka hampir tujuh puluh orang) telah memasuki mazhab Syi'ah.
Berita tentang raja Malik Syah, wazir Nizam al-Mulk, menteri-menteri, ketua-ketua tentera dan penulis-penulis telah memasuki mazhab Syi'ah telah tersebar di seluruh negara, lalu sebilangan besar daripada orang ramai telah berpegang kepada mazhab Syi'ah dan Nizam al-Mulk- bapa kepada isteriku- telah memerintahkan supaya guru-guru mengajar mazhab Syi'ah di sekolah-sekolah Nizamiyyah di Baghdad!

Sebahagian Mereka Kekal Di Atas Mazhab Mereka

Tetapi sebahagian ulama yang berkeras di atas kebatilan, kekal di atas mazhab mereka yang terdahulu sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 74 "Seperti batu, bahkan lebih keras lagi"

Rancangan Jahat

Mereka mulai membuat rancangan-rancangan jahat bagi menentang Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Mereka menjadikan Nizam al-Mulk bertanggung jawab di atas perkara yang berlaku, kerana dia adalah akal yang mentadbir negara sehingga tangan yang berdosa dihulurkan kepadanya- daripada penentang-penentang Ahl al-Sunnah.

Kematian Nizam Al-Mulk Dan Malik Syah

Kemudian mereka membunuh Nizam al-Mulk pada 12 Ramadan tahun 485 hijrah. Dan selepas itu pula mereka membunuh Malik Syah Saljuqi .
Fa-innaa li-llah wa innaa ilai-hi raaji'uun. Sesungguhnya kedua-duanya telah dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan, maka ucapan tahniah kepada mereka berdua dan kepada setiap mereka yang dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan.

Sebuah Qasidah

Sesungguhnya aku telah menulis sebuah qasidah meratapi Nizam al-Mulk (bapa mentuaku) di antaranya:

Wazir Nizam al-Mulk adalah mutiara yang berharga
Diukir oleh Yang Maha Pemurah daripada kemuliaan
Hari-hari tidak mengetahui kemulian nilainya
Dikembalikannya kerana cemburu kepada kulitnya
Dia memilih mazhab kebenaran di dalam dialog
Melahirkan hakikat pada bukti yang terbuka
Agama tasyayyu' suatu kebenaran tanpa
kemegahan untuknya
Selain daripadanya adalah fata morgana penipu licik
Tetapi dengki terpendam mereka lakukan untuknya
Dia bermalam di bulan terang di bayangan yang redup
Ke atasnya seribu salam Allah yang mengikutinya
Mencucuri rohnya yang abadi

Aku Menghadiri Muktamar Dan Aku Menulis Buku Ini

Sesungguhnya aku telah menghadiri muktamar dan dialog. Sesungguhnya aku telah menulis setiap apa yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu di dalam buku ini.
Segala pujian kepada Allah sahaja, selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya yang baik dan para sahabatnya yang cerdik.
Aku telah menulis buku ini di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad.



Penulis:

Muqaatil bin 'Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri




BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________, Mizan al-I'tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma'al-Zawa'id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.
Ibn 'Abd al-Birr, al-Isti'ab fi Ma'rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn 'Abd Rabbih, 'Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi'i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.
Ibn 'Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-'Asqalani, al-Isabah fi Ma'rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa'iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.
Malik bin Anas, al-Muwatta', Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir al-'Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa'i, al-Khasaa'is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H,
al-Qurtubi, al-Jaami' li Ahkaam al-Qur'an, Cairo, 1381 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi'i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa', Cairo, 1368
_________, al-Itqaan fi 'Ulum al-Qur'an, Cairo, 1387
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382
____________, Jaami al-Turmudhi', Cairo, 1380
al-Ya'qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.

5
KITAB MUKTAMAR ULAMA' BAGHDAD

CATATAN KAKI:
1. Bilangan Syi'ah pada abad ke 5 hijrah hampir separuh bilangan keseluruhan kaum muslimin.
2. Nizam al-Mulk telah mengetahui kekuatan hujah Syi'ah dan kebenaran akidah mereka, tetapi tidak mahu mengikutinya.
3. Kemungkinan muktamar telah diadakan pada bulan Sya'ban tahun 485 hijrah.
4. Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid'ah-bid'ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang". Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa "Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya" Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa'il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan "kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku".
5. Melarikan diri.
6. Ibn Sa'd, Tabaqaat, bhg.2, ii, hlm.41, Ibn 'Asaakir, Tarikh, ii,hlm.391, Ibn al-Athir, al-Kaamil, ii,hlm.129, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Umaal,v, hlm.312.
7. Ibn al-Athir, al-Kamil, ix, hlm. 102, Ibn al-Jauzi, al-Muntazam, vii, hlm. 283.
8. Al-Baihaqi, al-Sunan, ii, hlm. 41, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Umaal, I, 281.
9. Ibid.
10. Ahli majlis syura: Sa'd bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin 'Auf, Talhah bin 'Ubaidillah, al-Zubair bin al 'Awwam dan Ali bin Abu Talib a.s. Umar telah memerintahkan 50 orang tentera supaya mengawal majlis syura dalam masa tiga hari dan berkata kepada mereka: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada Abd al-Rahman bin 'Auf, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24. Ini bererti jika Ali a.s menentang, maka beliau akan dibunuh. Peristiwa di majlis syura ini adalah sama dengan peristiwa di Saqifah Bani Sa'idah di mana-kedua-duanya menolak perlantikan Ali a.s sebagai khalifah. Renunglah kelicikan Umar!
11. Tergesa-gesa atau keterlanjuran. Lihat umpamanya, Tarikh al-Khulafaa', hlm. 67, al-Shahrastaani, al-Milal wa al-Nihal, 1, hlm. 23, Ibn Hajr, al-Sawaa'iq al-Muhriqah, hlm.8.
12. Ibid.
13. Seramai 110 orang sahabat yang menyaksikan perlantikan Ali a.s oleh Rasulullah s.a.w sebagai khalifah di Ghadir Khum tercatat nama-nama mereka di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah, lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm.14- 158.
14. Ibn Hanbal, al-Musnad, iv, hlm.281, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, viii, hlm 290, Ibn Hajr, al-Sawaa'iq al-Muhriqah, hlm. 107.
15. Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 menyatakan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an, iaitu "Laa targhabuu 'an aabaa'i-kum", tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang. Muslim, Sahih, ii, hlm.726 menyatakan bahawa Abu Musa al-Asy'ari membaca selepas (Surah al-Saf 61:2) " Fatauktabu syahaadatan fi a'naaqi-kum…, tetapi ia tidak dimasukkan di dalam al-Qur'an sekarang.
16. Lihat, umpamanya, al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, ii, hlm 320 tentang Surah al-Najm (53): 19-20 dan lain-lain.
17. "Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:"cukup, cukup" Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127, Muslim, Sahih, ii, hlm.482.
18. Ibn 'Abd al-Rabbih, al-'Add al-Fariid, I, 26, Ibn Kathir,Tarikh, viii, hlm 113,
19. Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah, iii, hlm.124.
20. Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu, tidak merendahkan kedudukannya mengikut al-'Abbasi.
21. Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 210 menyatakan bahwa (Surah al-Lail 92:3) telah ditambah perkataan "Maa khalaqa", Lantaran itu, ayat asalnya "Wa al-Dhakari wa al- Unthaa" tanpa "Maa khalaqa". Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Dardaa', kemudian ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm.565, al-Turmudhi, Sahih, v, v, hlm. 191. Al-Suyuti, al-Itqaan, ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa 'Aisyah menyatakan (Surah al-Ahzab33: 56) pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca " Wa 'ala al-Ladhiina yusalluna al-Sufuuf al-Uwal" selepas " Inna llaha wa malaikata-hu yusallaana 'Ala al-Nabiy" 'Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf"
22. Ahl al-Sunnah berpendapat ganti nama "Dia" di dalan ayat tersebut kembali kepada Rasulullah s.a.w dan bukan kepada Uthman bin 'Affan.
23. Ali a.s berkata di dalam khutbahnya: "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.
Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt).
Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a'immah dhalalah wa al-Du'ati ila al-Nar).
Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 " Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.". Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 "Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya" bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.
Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa" Lihat Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985, viii, hlm. 51-51 (hadis no.21).

24. Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12, 14.
25. Mereka berdua adalah anak Khadijah r.a, bukan anak salbi Rasulullah s.a.w.
26. Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah,ii, hlm.77.
27. Al-Ya'quubi, Tarikh, ii, hlm. 161, Ibn 'Abd al-Birr, al-Isti'aab, I, hlm.114.
28. Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib, hlm.72 al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabii' al-Mawaddah, hlm.130 dan lain-lain.
29. Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Umaal, hadis no.1213, v, hlm 132 dan lain-lain.
30. Ibn Hajr, al-Sawaa'iq al-Muhriqah, hlm.124.
31. Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.62, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al 'Umaal, vi, 392 dan lain-lain.
32. Umur Ali a.s ketika itu adalah 33 tahun sementara umur Abu Bakar adalah 59 tahun lebih kurang.
33. Jika umur menjadi ukuran, maka bapa Abu Bakr lebih layak daripadanya.
34. Ali a.s telah membunuh mereka kerana Islam.
35. Ibn Sa'd, Tabaqaat, vi, hlm.102
36. Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- 'Umaal, vi, hlm.152.
37. Al-Hakim , al-Mustadrak, iii, hlm 126-127.
38. Umar memerintahkan rejam wanita yang sedang hamil, kerana berzina. Tetapi Ali a.s membantahnya seraya berkata: Sekiranya anda mempunyai kuasa ke atasnya, tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya" Kemudian Umar berkata: "Setiap orang adalah lebih alim daripadaku", al-Tabari, Dhakha'ir al- 'Uqba, hlm. 81.
39. Al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm.358
40. Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib, hlm. 60.
41. Ibid.
42. Marwan bin al-Hakam.
43. Ibn Sa'd, Tabaqaat, bgh. 3, I,hlm.129, al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 440, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 6
44. Umar Juga diriwayatkan bahawa dia telah melakukan hubungan seks di luar tabi'i dengan isterinya (anal sex ). Pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tergesa-gesa sambil berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah binasa, Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah yang telah membinasakan anda? Umar menjawab: Semalam aku telah melakukan seks dengan isteriku melalui duburnya (Aku telah "meliwat" isteriku). Maka Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya. Kemudian turun firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 223 "Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok- tanammu itu di mana saja kamu kehendaki" Lihat al Turmudhi, Jaami' al-Turmudhi, ii, hlm 382 (bab Tafsir ayat al-Harth (2:223). Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 264 ayat al-Harth (2:223). Ini bererti Kelakuan seks Umar di luar tabi'i dengan isterinya melalui duburnya itu tidak membinasakannya, malah ia adalah mubaah.. Lantaran itu, tidak hairanlah, jika Imam Malik telah melakukan persetubuhan dengan isterinya melalui duburnya ("meliwat" isterinya). Pada suatu hari Sahil telah bertanya Imam Malik tentang persetubuhan dengan isteri melalui duburnya adakah ia dibenarkan? Imam Malik berkata: Aku baru saja membersihkan kemaluanku daripadanya (Aku telah meliwat isteriku dan aku baru saja membersihkan kotorannya dari kemaluanku). Lihat al-Qurtubi, Jaami' al-Ahkaam, I,352 ayat al-Harth (2:223).

45. Abu Bakr dan Umar telah lari di dalam peperangan Uhud, Hunain dan Khaibar, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.46, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 37, al-Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm. 37.
46. Al-Fakhr al-Razi, Nihayat al- 'Uquul, hlm. 104, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 32, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, iii, hlm. 19.
47. Ibn Hajr, al-Isaabh, iii, hlm. 335.
48. Ibn Hajr, al-Isaabah, iii, hlm. 336.
49. Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.241, Abu al-Fidaa', Tarikh, I, hlm. 158, Ibn Kathir, Tarikh, vi, hlm. 321 dan lain-lain.
50. Ibn Kathir, Tarikh, iii, hlm. 87, al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm. 623 dan lain-lain.
51. Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 198, Abu al-Fidaa', Tarikh, I, hlm.159, Ibn Qutaibah, al-Imaamah wa al-Siyasah,I, hlm. 12.
52. Umar telah menjalankan pemerintahannya secara kasar dan bersifat aggresif serta menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang sedang hamil telah gugur kandungannya kerana takutkan Umar, tetapi aneh sekali di dalam peperangan dia selalu melarikan diri, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 37. Talhah berkata kepada Abu Bakr: "Kenapa anda melantik ke atas kami seorang yang kasar?, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 26.
53. Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.153, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Umaal, vi, hlm.219 dan lain-lain.
54. Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah, v, hlm.86, al-Balaadhuri, Futuuh al-Buldaan, hlm. 44.
55. Al-Haithami, al-Majma', ix, hlm.39.
56. Ibn al-Jauzi, al-Tadhkirah, hlm. 378, al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi' al-Mawaddah, hlm. 442, Ibn Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 398, Muslim, Sahih, ii, hlm. 79 dan lain-lain.
57. Semasa dialog diadakan di Baghdad.
58. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi' al-Mawaddah, hlm. 491, Arjah al-Mataalib, hlm. 378 dan lain-lain.
59. Al-Halabi, al-Sirah, ii, hlm.110.
60. Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafaa', hlm.137.
61. Al-Bukhari, Sahih, vii, hlm.33, Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 233.
62. Ibid.
63. Ahl al-Sunnah adalah Ahl Bid'ah sementara Syi'ah adalah Ahl Sunnah Rasulullah s.a.w.
64. Penguasa Ahl al-Sunnah menindas Syi'ah yang mengamalkan ajaran al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sementara penguasa Syi'ah membenarkan Ahl al-Sunnah mengamalkan ajaran Abu Bakr dan Umar yang menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w., kerana ia adalah akidah mereka. Oleh itu, minoriti Syi'ah yang hidup di dalam negara majoriti Ahl al-Sunnah ditindas. Sementara minoriti Ahl al-Sunnah yang hidup di dalam negara majoriti Syi'ah dapat hidup dengan aman. Oleh itu, siapakah Ahli bid'ah?

65. Penguasa Ahl al-Sunnah memerintahkan supaya ajaran Syi'ah tidak diajar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti, malah ia mesti dipantau pada setiap masa. Di manakah kebebasan mengamalkan ajaran al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan siapkah ahli bid'ah?
66. Rancangan jahat mereka berterusan sehingga hari Kiamat.
67. Pembunuhan manusia yang tidak berdosa adalah satu dosa besar dan pelakunya kekal di neraka.


6