USUL AL-KAFI (KITABUL HUJJAH)

USUL AL-KAFI (KITABUL HUJJAH)0%

USUL AL-KAFI (KITABUL HUJJAH) pengarang:
Kategori: Hadits
Halaman: 29

  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 29 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 169133 / Download: 1175
Ukuran Ukuran Ukuran
USUL AL-KAFI (KITABUL HUJJAH)

USUL AL-KAFI (KITABUL HUJJAH)

pengarang:
Indonesia
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 109

Kutipan Dan Kumpulan Riwayat Tentang Wilayah (fi-hi natfun wa jawaami' min al-Riwayati fi al-Wilayah)
(746)-1. Muhammad bii Ya'qub al-Kulaini, daripada Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Bakir bin A'yan berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (mithaq) Syiah kita dengan wilayah ketika mereka di [alam] atom (dhar), dengan pengakuan kepada-Nya dengan ketuhanan dan kepada Muhammad dengan kenabian.

(747)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi', daripada Salih bin 'Uqbah, daripada Abdullah bin Muhammad al-Ja'far, daripada Abu Ja'far a.s dan 'Uqbah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk, lalu Dia telah menciptakan apa yang Dia suka. Di antara yang disukainya ialah menciptakan makhluk dari tanah (tiinah) syurga. Dan Dia telah menciptakan apa yang dibenci. Di antara yang dibencinya ialah menciptakan makhluk dari tanah neraka. Kemudian mengutus mereka di [alam] bayangan (al-Zalal). Maka aku telah berkata: Apakah itu bayangan? Beliau telah berkata: Tidakkan anda melihat kepada bayang anda pada matahari sesuatu (sya'un), tetapi ia bukanlah sesuatu.
Kemudian Allah telah mengutus pada mereka para nabi menyeru mereka kepada ikrar kepada Allah sebagaimana firman-Nya: "Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah" Kemudian Dia telah menyeru mereka kepada ikrar kepada para nabi, lalu sebahagian mereka telah melakukannya dan sebahagian mereka mengingkarinya. Kemudian Dia telah menyeru mereka kepada wilayah kami, maka sebahagian mereka mengakuinya dan sebahagian yang lain membencinya sebagaimana firman-Nya: "Mereka tidak hendak beriman kerana mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya" Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Pendustaan [mereka] yang berterusan.

(748)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Saif, daripada al-'Abbas bin 'Amir, daripada Ahamd bin Rizq al-Ghamsyaani, daripada Muhammad bin 'Abd al-Rahman, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Wilayah kami adalah wilayah Allah yang mana Dia tidak mengutus seorang nabi melainkan dengannya (wilayatu-na wilayatu llahi al-Lati lam yab'ath nabiyyan qat illa bi-ha).

(749)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin 'Abd al-Majid, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada 'Abd al-A'laa berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada seorang nabi yang telah datang melainkan beliau mengetahui hak kami dan kelebihan kami ke atas orang yang selain daripada kami (ma min nabiyyin jaa'a qat illa bi-ma'rifati haqqi-na wa tafdhiili-na 'ala man siwaa-na).

(750)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi', daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi al-Sabah al-Kinani, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Demi Allah, sesungguhnya di langit terdapat tujuh puluh saf daripada malaikat, jika semua penduduk bumi menghitung bilangan [malaikat] pada setiap saf, nescaya mereka tidak dapat menghitung mereka dan sesungguhnya mereka beragama dengan wilayah kami (inna-hum la-yadinuun bi-wilayati-na).

(751)-6. Muhammad, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Wilayah Ali tertulis di dalam semua mashaf para nabi dan Allah tidak sekali-kali mengutus seorang rasul melainkan dengan kenabian Muhammad dan wasiat (wilayah) Ali a.s.

(752)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur berkata: Yunus telah memberitahu kepadaku daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Fudhail bin Yasaar, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah melantik Ali a.s sebagai tanda ('alaman) di antara-Nya dan makhluk-Nya. Sesiapa yang mengetahuinya, maka beliau adalah mukmin dan sesiapa yang mengingkarinya, maka beliau adalah kafir. Sesiapa yang jahil dengannya, maka beliau adalah sesat. Sesiapa yang melantik bersamanya sesuatu [jawatan], maka beliau adalah seorang musyrik. Dan sesiapa yang datang dengan wilayahnya, maka beliau akan memasuki syurga.

(753)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali adalah satu pintu [Allah] yang dibukakan oleh Allah. Sesiapa yang memasukinya, maka beliau adalah seorang mukmin dan sesiapa yang keluar daripadanya, maka beliau adalah kafir. Sesiapa yang tidak memasukinya dan tidak keluar daripadanya, maka beliau adalah pada tingkatan yang difirmankan Allah: Mereka adalah mengikut kehendak Aku.

(754)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Bakir bin A'yan berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian Syiah kami dengan mewalikan kami ketika di [alam] atom supaya mereka berikrar kepada-Nya dengan ketuhanan-Nya dan kepada Muhammad dengan kenabiannya. Dan Allah telah membentangkannya ke atas umat Muhammad di dalam bentuk tanah ketika mereka di dalam bayangan. Dia telah menciptakan mereka daripada tanah yang diciptakan Adam dan Dia telah menciptakan roh-roh Syiah kami sebelum badan-badan mereka dua ribu tahun, lalu Dia membentangkan mereka ke atas-Nya . Memperkenalkan mereka kepada Rasulullah s.a.w dan memperkenalkan mereka kepada Ali dan kami mengetahui mereka dengan tutur bahasa percakapan mereka.


Bab 110

Mengetahui Para Wali Mereka Dan Penyerahan Kepada Mereka (fi ma'rifati-him auliyaa'a-hum wa al-Tafwidh ilai-him)
(755)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Salih bin Sahl, daripada Abu Abdillah a.s bahawa seorang lelaki telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s ketika beliau bersama para sahabatnya, lalu lelaki itu telah memberi salam kepadanya, kemudian beliau telah berkata kepadanya: Demi Allah, aku mencintai anda dan aku mewalikan anda, maka lelaki itu telah mengulanginya sebanayak tiga kali. Lalu Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Anda telah berbohong, anda tidaklah seperti anda katakan, sesungguhnya Allah telah menciptakan roh-roh sebelum badan-badan dua ribu tahun, kemudian Dia telah membentangkan pencinta-pincita kami kepada kami. Demi Allah, aku tidak melihat roh anda dikalangan mereka yang dibentangkan kepadaku, maka di manakah anda? Lelaki itu diam ketika itu dan tidak kembali lagi kepadanya. Di dalam riwayat yang lain, Abu Abdillah a.s telah berkata: Lelaki itu di neraka.

(756)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada 'Amru bin Maimun, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami mengetahui seseorang lelaki apabila kami melihatnya dengan hakikat keimanan dan hakikat nifak.

(757)-3. Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada 'Abis bin Hisyam, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau tentang seorang imam a.s [adakah] Allah telah memberi kuasa (fawwadha) kepadanya sebagaimana Dia telah memberi kuasa kepada Sulaiman bin Daud? Maka beliau telah berkata: Ya, hal yang sedemikin itu berlaku apabila seorang lelaki telah bertanya beliau tentang satu masalah, lalu beliau menjawabnya mengenainya dan seorang lelaki yang lain telah bertanya beliau tentang masalah yang sama, maka beliau telah menjawabnya dengan jawapan yang berbeza dengan jawapan yang pertama. Kemudian seorang lelaki lain pula telah bertanya beliau [masalah yang sama], maka beliau telah memberi jawapan yang berbeza dengan dua jawapan yang lalu, kemudian Dia telah berfirman: "Inilah anugerah Kami; maka berikanlah dengan tanggung jawab atau (berikanlah dengan kasihan belas) tanpa pertanggungan jawab"
Demikianlah bacaan Ali a.s. Aku telah berkata: Asalaha-ka llahu, ketika beliau a.s memberi jawapan kepada mereka, adakah imam mengetahui mereka? Beliau telah berkata: Subhana llah, tidakkah anda mendengar Allah telah berfirman: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda" Mereka itu adalah para imam "Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap" Beliau tidak keluar daripadanya selama-lamanya. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, sesungguhnya imam apabila beliau melihat kepada seseorang, beliau mengetahuinya, beliau mengetahui warnanya.
Jika beliau mendengar percakapannya di balik dinding, beliau mengetahuinya dan beliau mengetahui siapakah dia. Sesungguhnya Allah telah berfirman: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mengetahui" Mereka itu adalah para ulama. Justeru, beliau tidak mendengar sesuatu perkara yang dicakapkan melainkan beliau mengetahuinya, sama ada yang berjaya atau yang binasa. Lantaran itu, beliau memberi jawapan yang sesuai kepada mereka.



Bab-Bab Sejarah (abwaab al-Tarikh)

Bab 111

Kelahiran Nabi S.A.W Dan Kematian-Nya (maulid al-Nabi s.a.w wa wafati-hi)
Nabi s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabi' al-Awwal, tahun gajah pada hari Jumaat ketika gelincir matahari. Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w dilahirkan ketika naik fajar empat puluh tahun sebelum diutus menjadi rasul. Ibunya telah mengandungkannya di hari-hari Tasyriq di Jamrah al-Wusta, di rumah Abdullah bin 'Abd al-Muttalib dan melahirkannya di dataran Abi Talib di rumah Muhammad bin Yusuf di sudut yang jauh di sebelah kiri anda dan anda berada di rumahnya. Khaizaran akhirnya menukarkan rumah itu kepada masjid yang mana orang ramai melakukan sembahyang padanya.
Baginda s.a.w telah tinggal di Makkah selepas diutus selama tiga belas tahun, kemudian baginda s.a.w telah berpindah ke Madinah dan tinggal di sana selama sepuluh tahun. Kemudian baginda telah mati pada 12 Rabi' al-Awwal pada hari Isnin ketika berusian enam puluh tiga tahun. Bapanya Abdullah bin 'Abd al-Muttalib telah mati di Madinah di sisi bapa-bapa saudaranya di sebelah ibu ketika itu baginda s.a.w berusia dua bulan. Sementara ibunya Aminah binti Wahab bin 'Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib ketika baginda s.a.w berusia empat tahun. Kemudian 'Abd al-Muttalib telah mati ketika baginda s.a.w berusia lapan tahun. Baginda s.a.w telah bernikah dengan Khadijah ketika berusia dua puluh tahun lebih Hasil pernikahannya dengan Khadijah, baginda s.a.w telah dikurniakan al-Qasim, Ruqiyyah, Zainab dan Umm Kalthum sebelum diutus menjadi rasul (al-Mab'ath).
Selepas diutus menjadi rasul, baginda s.a.w dikurniakan al-Tayyib, al-Tahir dan Fatimah a.s. Diriwayatkan bahawa baginda s.a.w tidak mendapat cahaya mata selepas menjadi rasul melainkan Fatimah a.s dan al-Tayyib dan al-Tahir telah dilahirkan sebelum baginda s.a.w menjadi rasul. Khadijah telah mati ketika Rasulullah s.a.w keluar dari dataran Abi Talib iaitu setahun sebelum hijrah. Kemudian Abu Talib telah mati setahun selepas kematian Khadijah. Apabila kedua-dua mereka telah mati, maka Rasulullah s.a.w tidak suka tinggal di Makkah dan dikuasai oleh dukacita yang amat sangat, lalu baginda s.a.w telah mengadu kepada Jibrail a.s, maka Allah mewahyukan kepadanya: Keluarlah dari kampung yang penduduknya zalim. Tidak ada penolong untuk engkau selepas Abu Talib" dan Dia telah memerintahkannya supaya berhijrah.

(758)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abdullah bin Muhammad bin Akhi Ahmad al-Katib, daripada al-Husain bin Abdullah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah Rasulullah s.a.w penghulu anak Adam? Maka beliau telah berkata: Demi Allah, baginda s.a.w adalah penghulu makhluk Allah. Dan Allah tidak melepaskan makhluk yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w.

(759)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal, daripada Hammad, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah menyebut Rasulullah s.a.w, berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Allah tidak melepaskan jiwa yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w.

(760)-3. Ahamd bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa dan Muhammd bin Abdullah, daripada Ali bin Hadid, daripada Murazim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah berfirman: "Wahai Muhammad, Sesungguhnya Aku telah menciptakan engkau dan Ali satu cahaya iaitu satu roh tanpa badan sebelum Aku menciptakan langit-Ku, Arasy-Ku dan laut-Ku, maka ia sentiasa melakukan tahlil kepada-Ku dan memuji-Ku. Kemudian Aku telah mengumpulkan roh kamu berdua, lalu Aku menjadikan kedua-duanya satu roh. Lalu ia memujiKu, mentakdiskan Aku dan melakukan tahlil kepada-Ku. Kemudian aku telah membahagikannya kepada dua bahagian dan Aku telah membahagikan dua kepada dua, maka ia telah menjadi empat. Muhammad adalah satu, Ali satu, al-Hasan dan al-Husain dua". [Abu Abdillah a.s telah berkata:] Kemudian Dia telah menciptakan Fatimah daripada cahaya yang Dia telah memulakannya dengan roh tanpa badan, kemudian Dia telah menyapukan kami dengan [tangan] kanan-Nya, maka cahaya-Nya terpancar kepada kami.

(761)-4. Ahmad, daripada al-Husain, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah telah mewahyukan kepada Muhammad s.a.w: Sesungguhnya Aku telah menciptakan engkau ketika itu engkau tidak ada dan Aku telah meniupkan pada engkau daripada roh-Ku sebagai penghormatan daripada-Ku ketika Aku mewajibkan untukmu ketaatan di atas semua makhluk-Ku. Sesiapa yang mentaati engkau, maka beliau mentaatiKu. Sesiapa yang menderhakai engkau, maka beliau menderhakaiKu. Dan Aku telah mewajibkan sedemikian itu pada Ali dan keturunannya yang Aku telah memilih di kalangan mereka untuk diri-ku"

(762)-5. Al-Hasan bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Abi al-Fadhl Abdullah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far al-Thani a.s, maka aku telah menimbulkan perselisihan Syiah, lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah sentiasa Tunggal dengan keesaan-Nya, kemudian Dia telah menciptakan Muhammad, Ali dan Fatimah, maka mereka telah tinggal seribu abad, kemudian Dia telah menciptakan semua perkara, lalu Dia menyaksikan mereka akan penciptaan-Nya dan melakukan ketaatan mereka ke atasnya dan memberi kuasa urusannya kepada mereka.
Justeru, mereka menghalalkan apa yang mereka kehendaki dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki, mereka tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Dia telah berfirman: Wahai Muhammad, ini adalah satu agama yang mana sesiapa yang mendahuluinya, terkeluar daripada agamanya, sesiapa yang meninggalkannya, akan dihapuskan. Sesiapa yang berterusan mengamalkannya, mendapat kemenangan. Justeru, ambillah ia untuk anda, wahai Muhammad.

(763)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Salih bin Sahl, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sebahagian Quraisy telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Dengan apakah anda telah mendahului para nabi sedangkan anda diutus sebagai [nabi] yang terakhir dan penutup mereka? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku adalah orang pertama yang telah beriman kepada Tuhanku dan orang pertama yang telah menjawab ketika Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) para nabi "Allah telah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka: Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: Betul" Justeru, aku adalah nabi yang pertama yang telah berkata: Betul (balaa), maka aku telah mendahului mereka dengan ikrar[ku] kepada Allah.
(764)-7. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim, daripada Ali bin Hammad, daripada al-Mufadhdhal berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Bagaimana kamu ketika kami berada di [alam] bayangan (al-Azillah)? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, kami telah berada di sisi Tuhan kami ketika tidak ada seorangpun di sisi-Nya selain daripada kami, di bayangan yang hijau, kami bertasbih kepadaNya, mentakdiskanNya, bertahlil kepadaNya dan memuji-mujiNya, tidak ada malaikat yang muqarrab, tidak ada yang mempunyai roh selain daripada kami sehingga zahirlah bagiNya (badaa) untuk menciptakan sesuatu, lalu Dia telah menciptakan apa yang Dia kehendaki, bagaimana Dia kehendaki bagi menciptakan malaikat dan lain-lain, kemudian ilmu tentang perkara tersebut telah berakhir kepada kami.

(765)-8. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid berkata: Aku telah mendengar Yunus bin Ya'qub, daripada Sinan bin Tarif, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait yang pertama yang mana Allah telah mengangkat tinggi nama-nama kami. Sesungguhnya manakala Dia menciptakan langit dan bumi, maka Dia memerintahkan penyeru, lalu beliau telah menyeru: Asyhadu an la ilaha illa llah-tiga kali-Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah-tiga kali- Asyhadu anna 'Aliyyan Amir al-Mu'minin haqqan-sebanyak tiga kali-.

(766)-9. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah al-Saghir, daripada Muhammad bin Ibrahim al-Ja'fari, daripada Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Ali bin Abu Talib a.s, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah wujud sebelum wujudnya sesuatu, maka Dia telah menciptakan sesuatu dan tempat, Dia telah menciptakan cahaya segala cahaya yang mana segala cahaya terpancar daripada cahaya-Nya. Dia telah menciptakan segala cahaya daripada cahaya-Nya. Iaitu cahaya yang mana Muhammad dan Ali diciptakan daripadanya. Kedua-duanya merupakan cahaya yang awal kerana tidak ada sesuatu yang dijadikan sebelum cahaya mereka berdua. Kedua-duanya sentiasa berlalu di dalam keadaan suci di salbi-salbi yang suci (al-Aslaab al-Tahirah) sehingga kedua-duanya terpisah pada dua orang yang suci (tahiraini) iaitu pada Abdullah dan Abu Talib a.s.

(767)-10. Al-Husain [daripada Muhammad] bin Abdullah, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal, daripada Jabir ibn Yazid berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepadaku: Wahai Jabir, sesungguhnya ciptaan Allah yang pertama adalah Muhammad s.a.w dan keluarganya, penunjuk yang ditunjukkan, mereka merupakan asybaah nur (cahaya yang kabur) di hadapan Allah, aku telah berkata: Apakah itu al-Asybaah? Beliau telah berkata: Bayangan cahaya berbentuk cahaya halus tanpa roh (Zill al-Nur abdaan nuraaniyyah bi-la arwaah) dan ia diperkuatkan dengan roh yang satu; roh kudus (ruh al-Qudus), Maka dengannyalah dia menyembah Allah dan begitu juga keluarganya. Lantaran itu, Dia telah menciptakan mereka lemah lembut, alim, baik dan bersih. Mereka menyembah Allah dengan sembahyang, puasa, sujud, tasbih dan tahlil. Mereka melakukan sembahyang yang banyak, melakukan haji dan berpuasa.

(768)-11. Ali bin Muhammad dan lain-lain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi, daripada Malik bin Isma'il al-Nahdi, daripada 'Abd al-Salam bin Harith, daripada Salim bin Abi Hafsah al-'Ajali, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Ada tiga perkara pada Rasulullah s.a.w yang tidak ada pada orang lain selain daripadanya, tidak ada Fai' baginya, baginda s.a.w tidak melalui pada satu jalan selepas dua hari atau tiga hari melainkan baginda s.a.w mengetahui keadaan udaranya baik padanya dan baginda s.a.w tidak melalui pada batu atau pada satu pokok melainkan ia sujud kepadanya s.a.w.

(769)-12. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Rasulullah s.a.w diangkat ke langit, Jibrail telah membawanya kepada satu tempat, lalu meninggalkannya. Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya: Wahai Jibrail, anda meninggalkan aku di dalam keadaan ini? Maka Jibrail telah berkata: Majulah ke hadapan, demi Allah, sesungguhnya anda telah menjejak satu tempat yang tidak pernah dijejaki oleh manusia dan tidak ada manusia berjalan padanya sebelum anda.

(770)-13. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada Ali bin Abi Hamzah berkata: Abu Basir telah bertanya Abu Abdillah a.s dan aku telah hadir bersama, maka beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Berapa kalikah Rasulullah s.a.w diangkat ke langit? Beliau telah berkata: Dua kali, lalu Jibrail telah menghentikannya di tempatnya sambil berkata kepadanya: Tetapkan di tempat anda, wahai Muhammad, sesungguhnya anda telah berdiri di tempat yang tidak pernah berdiri padanya malaikat dan nabi, sesungguhnya Tuhan anda sedang berselawat (yusalli), maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Wahai Jibrail, bagaimana Dia berselawat?
Jibrail berkata: Allah telah berfirman: Sabbuhun qaddusun ana rabbu al-Malaikati wa al-Ruh, sabaqat rahmati ghadhabi (Maha Sucu Maha Kudus, Akulah Tuhan malaikat dan Ruh, rahmat-Ku mendahului kemarahan-Ku). Maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, keampunan Engkau, keampunan Engkau dipinta. Beliau telah berkata sebagaimana di firmankan oleh Allah: "Dia dekat dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi)" Maka Abu Basir telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah "ma qaba qausaini au adna"? Beliau a.s telah berkata: Dari bawahnya (ujung busur panah) hingga ke atasnya.
Maka beliau telah berkata: Di antara keduanya hijab yang bersinar lagi bergerak, aku tidak mengetahuinya melainkan beliau telah berkata: Permata warna hijau (jade), lalu baginda s.a.w telah melihat (seperti) menerusi lubang jarum sehingga dikehendaki Allah daripada cahaya kebesaran-Nya. Allah telah berfirman: Wahai Muhammad, lalu baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, baginda s.a.w telah bersabda: Labbai-ka ya rabbi, Dia telah berfirman: Siapakah di kalangan umat engkau selepas engkau? Baginda s.a.w telah bersabda: Allah lebih mengetahui, Dia telah berfirman: Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin, penghulu muslimin dan ketua muka-muka yang berseri. Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata kepada Abu Basir: Wahai Abu Muhammad, demi Allah, wilayah Ali tidak datang dari bumi, malah ia datang dari langit secara telus.

(771)-14. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Saif, daripada 'Amru bin Syamr, daripada Jabir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Ceritakan kepadaku tentang seorang nabi Allah a.s? Beliau telah berkata: Nabi Allah a.s [kulitnya] adalah putih kemerahan, dua matanya hitam lagi besar, bulu kening [nya] yang lebat, hujung jarinya [berkulit] kasar bagaikan emas diletakkan di atas tangannya, bahunya besar, apabila berpaling, beliau berpaling semuanya, daripada bahagian atas ke pusatnya bagaikan perak yang dibersihkan. Seolah-olah tengkuknya ke bahagian atas belakang bagaikan cerek perak, hampir hidungnya apabila beliau minum, memasuki air. Apabila beliau berjalan bagaikan berjalan di lereng bukit . Tidak ada seorang nabi Allah sepertinya sebelum dan selepasnya.

(772)-15. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Muhammad al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah telah memberi contoh tentang umatku pada tanah (al-Tiin) dan Dia telah mengajar kepadaku nama-nama mereka sebagaimana Dia telah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya. Maka pemilik-pemilik bendera telah melaluiku, maka aku memohon keampunan untuk Ali dan Syiahnya. Sesungguhnya Tuhanku telah berjanji kepadaku tentang Syiah Ali satu perkara, lalu ditanya: Wahai Rasulullah, apakah dia? Baginda s.a.w telah bersabda: Keampunan bagi mereka yang beriman di kalangan mereka, Dia tidak meninggalkan maupun dosa kecil atau dosa besar [mereka] dan bagi mereka penukaran kejahatan [mereka] kepada kebaikan.

(773)-16. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Yusuf, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah memberi khutbah kepada orang ramai, kemudian baginda s.a.w telah mengangkat tangan kanannya sambil menggenggamkan tapak tangannya dan bersabda: Adakah kamu mengetahui, wahai manusia, apakah dia di dalam tapak tanganku? Mereka telah berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui tentangnya.
Maka baginda s.a.w telah bersabda: Di dalamnya nama-nama Ahli syurga dan nama-nama bapa-bapa mereka serta kabilah-kabilah mereka sehingga hari Kiamat. Kemudian baginda s.a.w telah mengangkat tangan kirinya dan bersabda: Wahai manusia, adakah kamu mengetahui apakah dia di dalam tapak tanganku? Mereka telah berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui tentangnya, maka baginda s.a.w telah bersabda: Nama-nama ahli neraka dan nama-nama bapa-bapa mereka serta kabilah-kabilah mereka sehingga hari Kiamat, kemudian baginda s.a.w telah bersabda lagi: Hukuman Allah dan keadilan [-Nya], hukaman Allah dan keadilan[-Nya], satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'ir.

(774)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ishaq bin Ghalib, daripada Abu Abdillah a.s di dalam khutbah khusus yang mana beliau telah menyebut tentang keadaan Nabi s.a.w dan para iman a.s serta sifat-sifat mereka: Tuhan kita tidak menegah kerana kelembutan-Nya dan kasihan belas-Nya sekalipun besarnya jenayah dan kejinya perbuatan mereka dari melahirkan untuk mereka seorang nabi yang paling dikasihiNya dan yang paling mulia kepadaNya: Muhammad bin Abdullah a.s yang mana kelahirannya di dalam suasana mulia yang tidak bercampur-aduk keturunannya dan diketahui sifat-sifatnya oleh ahli ilmu.
Para nabi telah memberi berita gembira tentangnya di dalam kitab-kitab [mereka], begitu juga para ulama telah bercakap mengenainya, dikaji oleh para failasuf tentantg sifatnya, [nabi] yang terdidik, bukan orang bawahan, berketurunan [Bani] Hasyim yang tidak dapat ditandingi, lambangnya adalah malu dan tabiatnya adalah kemurahan, berakhlak dengan akhlak kenabian sehingga berakhir sebab-sebab penilaian Allah kepada waktunya yang ditetapkan (mati), berlaku qada' Allah yang berakhir dengan perintah-Nya, qada' yang ditetapkan itu akan berlaku.
Umat diberitahu berita gembira tentangnya, setiap orang bapa menolaknya kepada bapa yang lain, daripada salbi kepada salbi, tidak pernah bercampur-aduk pada keturunannya perzinaan dan tidak dikotori di dalam kelahirannya semenjak Adam sehinggalah kepada bapanya Abdullah, sebaik-baik kumpulan dan semulia-mulia keturunan dan kumpulan. Allah telah memilihnya dan meredainya dan mengurniakan kunci-kunci ilmu dan pancaran hikmat kepadanya. Dia telah mengutusnya sebagai rahmat kepada manusia dan "kesejukan" kepada negara. Allah telah menurunkan kepadanya Kitab yang mengandungi penerangan dan penjelasan. Al-Qur'an berbahasa Arab yang tidak bengkuk, mudah-mudahan mereka bertakwa.
Sesungguhnya Dia telah menerangkannya kepada manusia dan menggariskan panduan dengan ilmu, menerangkan fardu-fardu yang diwajibkan-Nya, batasan-batasan yang dikenakan kepada manusia serta [menjelaskan] perkara-perkara yang boleh didedahkan kepada mereka. Ini menunjukkan kepada kejayaan dan tanda-tanda yang menyeru kepada petunjuk-Nya. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan apa yang disampaikannya dan melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya serta menunaikan apa yang ditanggung dari bebanan kenabian dan bersabar kerana Tuhan-Nya. Berjuang pada jalan-Nya dan memberi nasihat kepada umatnya dengan menyeru mereka kepada kejayaan, menggalakkan mereka supaya memperingatiNya, menunjukkan mereka kepada jalan petunjuk dengan perancangan dan asas-asas [keagamaan] untuk mereka, menara yang dapat mengangkat ketinggian mereka supaya mereka tidak sesat selepasnya. Dia Maha Penyayang dan Pemurah.

(775)-18. Muhammad bin Yahya, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada sekumpulan sahabat kita, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Umayyah bin Ali al-Qaisi berkata: Darst bin Abu Mansur telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah bertanya Abu al-Hasan al-Awwal a.s: Adakah Rasulullah s.a.w telah berhujah dengan Abu Talib? Beliau telah berkata: Tidak, tetapi beliau adalah penyimpan wasit-wasiat, kemudian beliau memberikannya kepadanya s.a.w. Aku telah berkata: Adakah Abu Talib telah memberi kepadanya s.a.w wasiat-wasiat di atas alasan beliau telah berhujah dengannya? Maka beliau telah berkata: Jika Abu Talib telah berhujah dengannya, nesacaya beliau tidak memberi wasiat kepadanya. Maka aku telah berkata: Apakah keadaan Abu Talib? Beliau telah berkata: Abu Talib telah mengakui Nabi s.a.w dan apa yang dibawanya. Beliau telah memberi kepadanya s.a.w wasiat dan mati pada hari itu juga.

(776)-19. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Mansur bin al-'Abbas, daripada Ali bin Asbat, daripada Ya'qub bin Salim, daripada seorang lelaki, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka keluarganya a.s telah bermalam dengan malam yang panjang sehingga mereka telah menyangka bahawa tidak ada lagi langit yang membayangi mereka dan tidak ada lagi bumi yang dapat mereka jejak kerana Rasulullah s.a.w telah menimbulkan ketegangan di kalangan kerabat yang dekat dan yang jauh kerana Allah.
Tiba-tiba seorang pendatang telah mendatangi mereka, mereka tidak melihatnya, tetapi mereka mendengar percakapannya, maka beliau telah berkata: Al-Salamu 'alai-kum Ahl al-Bait wa rahmatu llahi wa barakatuh" Sesungguhnya bagi Allah takziah daripada setiap musibat dan kejayaan daripada setiap kebinasaan dan mendapat [sesuatu daripada] apa yang telah berlalu "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan mengutamakan kamu, membersihkan kamu dan menjadikan kamu Ahl Bait Nabi-Nya. Menyimpankan pada kamu ilmu-Nya, mewariskan kamu kitab-Nya, menjadikan kamu tabut ilmu-Nya dan tongkat[Nya]. Dia telah menjadikan kamu contoh daripada cahaya-Nya dan memelihara kamu daripada kesalahan dan menyelamatkan kamu dari fitnah, justeru, terimalah takziah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut daripada kamu rahmat-Nya dan tidak sekali-kali akan menghilangkan daripada kamu nikmat-Nya, maka kamu adalah Ahlu llah a.w yang mana dengan merekalah sempurnanya nikmat, berkumpulnya perpecahan, bersatunya kalimat dan kamu adalah para wali-Nya.
Justeru, sesiapa yang mewalikan kamu, maka beliau akan mendapat kemenangan dan sesiapa yang menzalimi hak kamu, maka beliau akan musnah. Kasih sayang kepada kamu adalah daripada Allah satu kewajipan di dalam kitab-Nya ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman. Kemudian Allah di atas kemenangan kamu jika Dia kehendaki, berkuasa. Justeru, bersabarlah di dalam semua perkara kerana semuanya kembali kepada Allah.
Sesungguhnya Allah telah menerima kamu daripada-Nya sebagai barang simpanan dan Dia mengucap selamt tinggal kepada kamu para wali-Nya yang beriman di bumi. Sesiapa yang menunaikan amanah-Nya, maka Allah akan memberi kepadanya pahala-Nya. Justeru, kamulah amanah yang tersimpan dan bagi kamu kasih sayang yang wajib dan ketaatan yang difardukan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mati dan baginda s.a.w telah menyempurnakan agama untuk kamu dan menerangkan kepada kamu jalan keluar, maka baginda s.a.w tidak meninggalkan satu hujahpun kepada orang jahil .
Lantaran itu, sesiapa yang jahil atau berpura-pura menjadi jahil atau ingkar atau terlupa atau sengaja melupainya, maka perhitungannya di atas Allah dan Allah di sebalik hajat-hajat kamu . Dan Allah mengucap selamat tinggal kepada kamu wa al-Salam. Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang mereka yang telah memberi takziah kepada mereka (Ahlu l-Bait a.s), maka beliau a.s telah berkata: Daripada Allah Ta 'aala.

(777)-20. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Isma'il bin 'Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w apabila dilihat pada malam yang gelap dilihat cahaya untuknya seolah-olah baginda s.a.w seperti bulan di belah dua.

(778)-21. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin 'Ubaidillah, daripada Abi Abdullah al-Husain al-Saghir, daripada Muhammad bin Ibrahim al-Ja'fari, daripada Ahamd bin Ali bin Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Ali bi Abu Talib, daripada Abu Abdillah a.s dan Ahamd bin Yahya, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ibn Fadhdhal, daripada sebahagian daripada lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Jibrail telah turun kepada Nabi s.a.w, lalu beliau telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan anda memberi salam kepada anda dan Dia telah berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengharamkan neraka di atas salbi yang telah menurunkan engkau dan perut yang telah mengandungkan engkau dan orang yang telah menjaga engkau. Lantaran itu, maka salbi adalah salbi bapa engkau Abdullah bin 'Abd al-Muttalib dan perut yang telah mengandungkan engkau adalah Aminah binti Wahab dan adapun orang yang menjaga engkau adalah Abu Talib.
Di dalam riwayat yang lain pula Ibn Fadhdhal dan Fatimah binti Asad.

(779)-22. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Jamil bin Darraj, daripada Zurarah bin A'yan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: 'Abd al-Muttalib akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai satu umat, di atasnya tanda para nabi dan [mempunyai] kehebatan raja-raja.

(780)-23. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Assam, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Muqrin, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya 'Abd al-Muttalib adalah orang yang pertama yang berkata tentang al-Badaa', beliau akan dibangkit pada hari Kiamat sebagai satu umat yang mempunyai kehebatan raja-raja dan tanda para nabi.

(781)-24. Sebahagian daripada sahabat kami, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada 'Abd al-Rahman bin al-Hajjaj [dan] Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: 'Abd al-Muttalib akan dibangkit sebagai satu umat, di atasnya cahaya raja-raja dan tanda para nabi kerana beliau adalah orang yang pertama yang berkata tentang al-Badaa', beliau telah berkata: 'Abd al-Muttalib telah menghantar Rasulullah s.a.w kepada pengembala-pengembala untanya yang disediakan untuknya. Lalu baginda s.a.w telah mengumpulkannya dan melambat-lambatkannya.
Kemudian 'Abd al-Muttalib telah berpegang di tepi pintu Ka'bah dan mulai berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan membinasakan hamba Engkau jika Engkau melakukannya, maka urusan adalah menurut apa yang zahir (badaa la-ka) kepada Engkau" Kemuduian Rasulullah s.a.w telah datang dengan untanya. [sedangkan] 'Abd al-Muttalib telah pergi pada setiap jalan dan pada setiap dataran untuk mencarinya dan beliau mulai melaung "Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan membinasakan hamba Engkau jika Engkau melakukannya, maka urusan adalah menurut apa yang zahir (badaa la-ka) kepada Engkau" Manakala beliau melihat Rasulullah s.a.w, maka beliau telah mengambilnya, lalu mengucupnya dan berkata: Wahai anak lelakiku, tidak, aku tidak akan mengarahkan anda pergi untuk sesuatu selepas ini, sesungguhnya aku khuatir anda akan dibunuh.

(782)-25. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammd bin Isa, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Muhammad bin Hamran, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Raja Habsyah telah mengarahkan [kelengkapan] kuda dan gajah untuk memusnahkan Baitullah (Ka'bah), mereka telah melalui unta milik 'Abd al-Muttalib, lalu mereka menariknya. Berita ini telah sampai kepada 'Abd al-Muttalib, lalu beliau telah datang kepada Raja Habsyah dan masuk dengan izin, maka beliau telah berkata: Ini adalah 'Abd al-Muttalib bin Hasyim. Raja telah berkata: Apakah yang beliau mahu?
Penterjemah telah berkata: Beliau telah datang kerana unta yang mereka telah menariknya (mengambilnya), beliau meminta anda mengembalikannya. Raja Habsyah telah berkata kepada para sahabatnya: Ini adalah ketua mereka dan pemimpin mereka, aku telah datang ke rumahnya (Baitullah) yang beliau sembah kepadanya untuk memusnahkannya sedangkan beliau meminta aku mengembalikan untanya. Jika beliau telah meminta aku supaya menahan diriku dari memusnahkannya, nescaya aku telah melakukannya. Pulangkan untanya. Maka 'Abd al-Muttalib telah berkata kepada penterjemahnya: Apakah Raja itu telah berkata kepada anda?
Maka beliau telah menceritakannya kepadanya, maka 'Abd al-Muttalib telah berkata: Aku adalah tuan unta ini dan bagi rumah ini (Baitullah) ada tuannya yang akan menghalangnya (menjaganya). Lalu dipulangkan untanya dan 'Abd al-Muttalib telah pulang ke rumahnya. Tiba-tiba beliau telah melalui seekor gajah di dalam kepulangannya, maka beliau telah berkata kepada gajah itu: Wahai Mahmud, lalu gajah itu menggerakkan kepalanya, maka beliau telah berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui kenapakah mereka telah datang dengan anda ke sini? Gajah itu telah berkata dengan kepalanya: Tidak, 'Abd al-Muttalib telah berkata: Mereka telah datang dengan anda supaya anda memusnahkan rumah Tuhan anda (Baitullah), adakah anda akan melakukannya? Gajah itu telah berkata dengan kepalanya: Tidak, lalu 'Abd al-Muttalib telah pulang ke rumahnya. Apabila tiba waktu pagi, mereka telah mendesak gajah untuk memasuki tanah Haram, tetapi ia enggan dan menentang mereka, lalu 'Abd al-Muttalib telah berkata kepada seorang hambanya ketika itu: Naiklah ke bukit, nescaya anda akan melihat sesuatu?
Maka hamba itu telah berkata: Aku sedang melihat benda hitam dari arah laut, lalu 'Abd al-Muttalib telah berkata kepadanya: Penglihatan anda dapat melihatnya dengan tepat? Maka beliau telah berkata kepadanya: Tidak, hampir-hampir aku dapat melihatnya. Manakala ia telah hampir, beliau telah berkata: Burung yang banyak dan aku tidak megetahuinya, setiap burung membawa di paruhnya anak batu kecil, maka 'Abd al-Muttalib telah berkata: Tuhan 'Abd al-Muttalib tidak mahu melainkan golongan itu . Apabila burung-burung itu berada di atas kepala mereka, maka anak batu itu dicampakkan ke atas mereka. Setiap anak batu itu telah jatuh di atas lelaki (tentera), lalu ia keluar dari duburnya dan membunuhnya. Tidak seorangpun daripada mereka terlepas melainkan seorang lelaki yang memberitahu kepada orang ramai. Manakala beliau telah memberitahu kepada mereka, lalu anak batu kecil dicampakkan ke atasnya, lantas membunuhnya.

(783)-26. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Rifaa'ah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: 'Abd al-Muttalib dibentangkan hamparan untuknya di perkarangan Ka'bah, tidak dihamparkan kepada seorangpun selain daripadanya dan baginya anak-anaknya yang berdiri di kepalanya, maka mereka melarang orang yang mendekatinya. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w telah datang ketika baginda masih kanak-kanak sehingga duduk di atas dua pahanya, lantas sebahagian mereka condong kepadanya untuk menjauhkannya daripadanya (datuknya), maka 'Abd al-Muttalib telah berkata kepadanya: Tinggallah anak lelakiku itu kerana malaikat telah datang kepadanya (da' ibni fa-inna al-Malak qad ataa-hu) .

(784)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi, daripada Ali bin al-Mu'alla, daripada saudaranya Muhammad, daripada Darst bin Abi Mansur, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w dilahirkan, maka baginda s.a.w telah tinggal beberapa hari tanpa susu. Lalu Abu Talib telah bertanggungjawab di dalam [pengurusan] penyusuannya, maka Allah telah menurunkan padanya susu, lalu baginda s.a.w telah menyusu daripadanya beberapa hari sehingga Abu Talib mendapatkan Halimah al-Sa'diyyah, lalu beliau telah memberinya s.a.w kepadanya [untuk disusukannya].

(785)-28. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama Abu Talib sepertilah Ashaab al-Kahfi, mereka telah menyembunyikan iman dan menzahirkan syirik, maka Allah telah memberi pahala kepada mereka sebanyak dua kali.

(786)-29. Al-Husain bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ishaq, daripada Bakr bin Muhammad al-Azdi, daripada Ishaq bin Ja'far, daripada bapanya a.s telah berkata: Dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka telah menyangka bahawa Abu Talib kafir? Beliau telah berkata: Mereka telah berbohong, bagaimana beliau seorang kafir sedangkan beliau telah berkata:

Tidakkah mereka mengetahui sesungguhnya kami
Telah mendapati Muhammad
Seorang Nabi seperti Musa ditulis pada awal kitab
Di dalam hadis yang lain, bagaimana Abu Talib seorang kafir sedangkan beliau telah berkata:

Sesungguhnya mereka telah mengetahui bahawa anak
lelaki kami bukanlah pembohong
Di sisi kami beliau tidak peduli kebatilan yang
Dikatakan kepadanya
Beliau meminta awan menurunkan hujan dengan mukanya
Penjaga kepada anak-anak yatim dan janda-janda
Yang mempunyai anak

(787)-30. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w di masjid Haram, memakai pakaian baru, lalu musyrikun telah mencampakkan uri (plasenta) unta betina ke atasnya, mereka telah memenuhkan pakaiannya dengannya sehingga dikehendaki Allah, kemudian baginda s.a.w telah pergi kepada Abu Talib, baginda telah berkata kepadanya: Wahai bapa saudaraku, bagaimana anda melihat maruahku pada mereka? Maka Abu Talib telah berkata kepadanya: Apakah yang telah berlaku kepada anda, wahai anak saudaraku?
Maka baginda s.a.w telah menceritakannya kepadanya, lalu Abu Talib telah memanggil Hamzah dan mengambil pedang seraya berkata kepada Hamzah: Ambillah uri itu, kemudian anda pergi kepada mereka dan Nabi s.a.w bersamanya, lalu beliau telah datang kepada Quraisy dan mereka di sekitar Ka'bah, kemudian beliau telah berkata kepada Hamzah: Lumurlah uri itu di atas misai-misai mereka, maka beliau telah melakukannya sehingga beliau telah datang kepada yang akhir mereka. Kemudian Abu Talib telah berpaling kepada Nabi s.a.w seraya berkata: Wahai anak saudaraku, ini adalah maruah anda pada kami.

(788)-31. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Asy'ari, daripada 'Abid bin Zurarah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Abu Talib telah mati, Jibrail telah turun ke atas Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, keluarlah dari Makkah kerana anda tidak ada penolong padanya. Quraisy telah memberontak menentang Nabi s.a.w, lalu baginda s.a.w telah keluar lari sehingga baginda s.a.w datang ke satu gunung di Makkah dikenali dengan al-Hujuun, maka baginda s.a.w telah berlindung di situ [seketika].

(789)-32. Ali bin Muhammad bin Abdullah dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Abdullah secara marfu', daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Adakah Abu Talib telah memasuki Islam dengan kiraan jumlah (hisab al-Jumal)? Beliau a.s telah berkata: [Malah] dengan setiap bahasa (bi-kulli lisaan ).

(790)-33. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada bapa mereka berdua, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Isma'il bin Abi Ziyad, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Talib telah memasuki Islam dengan kiraan jumlah dan beliau a.s telah menyimpulkan dengan tangannya [angka] enam puluh tiga.

(791)-34. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Husain bin 'Ulwan al-Kalbi, daripada Ali bin al-Hazawwara al-Ghanawi, daripada Asbagh bin Nubatah al-Hanzali berkata: Aku telah melihat Amir al-Mukminin a.s pada dari pembukaan Basrah dan beliau telah menunggang baghal betina Rasulullah s.a.w, [kemudian] beliau telah berkata: Wahai manusia, sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu sebaik-baik makhluk pada hari Allah akan mengumpulkan kamu, lalu Abu Ayyub al-Ansari bangun mendekatinya sambil berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin, beritahulah kepada kami, sesungguhnya anda menjadi saksi dan akan pergi, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya sebaik-baik makhluk pada hari Allah mengumpulkan mereka adalah tujuh orang daripada anak-anak 'Abd al-Muttalib.
Tidak seorangpun akan mengingkari kelebihan mereka melainkan seorang kafir dan tidak seorangpun yang akan menetangnya melainkan seorang yang degil. Kemudian 'Amamr bin Yasir-rahima-hu llahu-berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, namakan mereka supaya kami dapat mengetahui mereka, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya sebaik-baik makhluk pada hari Allah mengumpulkan mereka adalah para rasul dan sesungguhnya sebaik-baik para rasul adalah Muhammad s.a.w dan sesungguhnya sebaik-baik umat selepas nabinya adalah wasi nabinya sehingga beliau berjumpa dengan seorang nabi. Sesungguhnya sebaik-baik para wasi adalah wasi Muhammad s.a.w.
Sesungguhnya sebaik-baik makhluk selepas para wasi adalah para syahid. Sesungguhnya sebaik-baik para syahid adalah Hamzah bin 'Abd al-Muttalib dan Ja'far bin Abu Talib yang mempunyai dua sayap [boleh] berterbang di syurga, tidak ada di kalangan umat ini yang akan mempunyai dua sayap selain daripadanya, suatu yang dimuliakan Allah dengannya kepada Muhammad.
Dan Dia telah memuliakannya dengan dua "anak lelaki" al-Hasan dan al-Husain dan al-Mahdi a.s, Dia akan menjadikannya siapa yang Dia kehendaki di kalangan kami Ahlu l-Bait, kemudian beliau a.s telah membaca ayat ini: "Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya) mereka itu akan bersama-sama mereka yang di anugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi para Siddiqiin, para syahid dan mereka yang saleh. Dan mereka itulah juga teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui"

(792)-35. Muhammd bin al-Husain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Abi Maryam al-Ansari, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bagaimanakah sembahyang ke atas Nabi s.a.w? Beliau telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s telah memandikannya, mengapankannya dan menutupnya, maka beliau telah memasukkan sepuluh orang [ke bilik], lalu mereka berpusing di sekelilingnya [Rasulullah s.a.w], kemudian Amir al-Mukminin a.s telah berhenti di tengah-tengah mereka, lalu berkata: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai mereka yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucaplah salam kehormatan kepadanya" Maka orang ramai telah berkata sebagaimana beliau a.s telah berkata sehingga penduduk Madinah dan lain-lain berselawat ke atasnya.

(793)-36. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khttab, daripada Ali bin Saif, daripada Abi al-Mughra, daripada 'Uqbah bin Basyir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Nabi s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, tanamlah aku di tempat ini dan tinggilah kuburku dari bumi [sekadar] empat anak jari dan siramlah air di atasnya.

(794)-37. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-'Abbas telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, lalu berkata: Wahai Ali, sesungguhnya orang ramai telah berkumpul untuk mengapankan Rasulullah s.a.w di Baqi' dan seorang lelaki daripada mereka akan mengimamkan mereka, lantas Amir al-Mukminin a.s keluar kepada orang ramai dan berkata: Wahai manusia, sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah seorang imam sama ada hidup atau mati dan baginda s.a.w telah bersabda: "Aku akan ditanam di tempat aku mati padanya". Kemudian beliau a.s telah berdiri di pintu, lalu melakukan sembahyang jenazah ke atasnya, kemudian beliau a.s telah menyuruh orang ramai [seramai] sepuluh [orang], sepuluh [orang] untuk melakukan sembahyang jenazah ke atasnya, kemudian mereka telah keluar.

(795)-38. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Saif, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Nabi s.a.w telah mati, para malaikat, Muhajirin dan Ansar telah melakukan sembahyang ke atasnya secara berkumpulan. Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda pada masa sihatnya: Sesungguhnya diturunkan ayat ini ke atasku tentang selawat ke atasku selepas Allah mematikan aku "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai mereka yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucaplah salam kehormatan kepadanya"

(796)-39. Sebahagian daripada sahabat kami telah meriwayatkannya secara marfu', daripada Abdullah bin Sinan, daripada Daud bin Kathir al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah makna salam ke atas Rasulullah s.a.w? Maka beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah manakala Dia telah menciptakan Nabi-Nya, wasinya, anak perempuannya dan dua anak lelakinya dan semua para imam, Dia telah menciptakan Syiah mereka dan telah mengambil perjajian (al-Mithaq) ke atas mereka supaya mereka bersabar dan menasihat [orang lain] supaya bersabar dan menguatkan ikatan persaudaraan dan bertakwa kepada Allah.
Dia telah menjanjikan mereka bahawa Dia akan menyerahkan bumi yang diberkati kepada mereka dan Haram yang aman dan menurunkan kepada mereka Bait Ma'mur, menzahirkan atap yang diangkat kepada mereka, menyelamatkan mereka daripada musuh mereka dan [mereka akan dikurniakan] bumi yang akan ditukarkan oleh Allah untuk mereka dan akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada mereka". Beliau a.s telah berkata: Di sana tidak ada perbalahan untuk musuh mereka kerana mereka boleh memiliki apa yang mereka suka. Justeru, Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) ke atas para imam dan Syiah mereka. Bahawasanya "salam ke atasnya" adalah sebagai peringatan kepada perjanjian (al-Mithaq) yang sama dan pembaharuan untuknya ke atas Allah. Mudah-mudahan Allah mempercepatkan kesejahteran (al-Salam) untuk kamu dengan segala yang ada padanya.

(797)-40. Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, selawat ke atas Muhammad, pilihan Engkau, khalil Engkau dan pelaksana perintah Engkau".


Bab 112

Larangan Penyeliaan Di Atas Kubur Nabi S.A.W (al-Nahyu 'an al-Isyraaf 'ala Qabr al-Nabi s.a.w)
(798)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqiy, daripada Ja'far bin al-Muthanna al-Khatib berkata: Aku telah berada di Madinah dan atap masjid yang diletakkan di atas kubur telahpun jatuh sedangkan orang ramai naik dan turun dan kamu adalah satu kumpulan, maka aku telah berkata kepada para sahabat kita: Siapakah di kalangan kamu yang mempunyai temu janji dengan Abu Abdillah a.s pada malam ini? Mihran bin Abi Nasr telah berkata: Aku dan Isma'il bin 'Ammar al-Sairafi telah berkata: Aku, lalu kami telah berkata kepada mereka berdua: Kamu berdua tanyalah Abu Abdillah a.s tentang atap yang hendak diangkat [ke tempatnya dahulu] supaya kami seliakan di atas kubur Nabi s.a.w.
Manakala pada keesokan paginya, kami telah berjumpa dengan mereka berdua, kami semua telah berkumpul, maka Isma'il telah berkata: Sesungguhnya kami telah bertanya beliau untuk kamu sebagaimana kamu telah menyebutnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku tidak suka seorangpun daripada mereka menaiki di atasnya dan aku tidak menjaminnya bahawa beliau akan melihat sesuatu sehingga hilang penglihatannya atau beliau melihatnya sedang berdiri bersembahyang atau beliau melihatnya bersama isteri-isterinya a.s.



21
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 113

Kelahiran Amir Al-Mukminin A.S (maulid Amir al-Mu'minin a.s)
(799)-1. Amir al-Mukminin a.s telah dilahirkan tiga puluh tahun selepas tahun gajah. Beliau dibunuh pada 9hb Ramadan, malam Ahad pada tahun 40 H ketika berusia 63 tahun. Beliau telah tinggal selepas kematian Nabi s.a.w selama 30 tahun. Dan ibunya Fatimah binti Asad bin Hasyim bin 'Abd Manaf. Beliau a.s adalah Hasyimi pertama yang dilahirkan oleh seorang Hasyimi sebanyak dua kali (awwalu hasyimi walada-hu Hasyim marrataini).

(800)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya al-Farisi, daripada Abi Hanifah Muhammad bin Yahya, daripada al-Walid bin Abban, daripada Muhammad bin Abdullah bin Maskan, daripada bapanya berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Asad telah datang kepada Abu Talib untuk memberitahu berita gembira kepadanya tentang kelahiran Nabi s.a.w, maka Abu Talib berkata: Bersabarlah anda selama 30 tahun (sabtan), aku akan memberitahu kepada anda berita gembira seumpamanya melainkan kenabian dan beliau telah berkata: Al-Sabt ialah tiga puluh tahun. Dan masa di antara Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s adalah 30 tahun.

(801)-2. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada al-Sayyaari, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Asad adalah ibu kepada Amir al-Mukminin a.s. Beliau adalah perempuan pertama yang telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah dengan berjalan kaki. Beliau adalah orang yang paling baik dengan Rasulullah s.a.w, maka aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya manusia akan dihimpunkan pada hari Kiamat di dalam keadaan bertelanjang sebagaimana mereka dilahirkan.
Maka Fatimah binti Asad berkata: Penutupan auratnya[?], maka baginda s.a.w bersabda: Aku akan memohon kepada Allah supaya Dia menghantarkan selimut (pakaian) kepada anda. Dan beliau telah mendengarnya s.a.w menyebut tentang azab kubur, lalu beliau telah berkata: [Azabnya] berganda[?], maka Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Sesungguhnya aku akan memohon kepada Allah supaya Dia menjaga anda daripadanya. Pada suatu hari beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya aku mahu memerdekakan seorang hamba perempuanku ini, maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Jika anda melakukannya, nescaya Allah akan memerdekakan setiap anggota anda daripada api neraka. Manakala beliau telah sakit, beliau telah berwasiatkan kepada Rasulullah s.a.w dan menyuruhnya supaya memerdekakan seorang hamba lelakinya. Lidahnya telah menjadi kaku, lalu beliau mulai memberi isyarat kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w telah menerima wasiatnya.
Manakala baginda s.a.w sedang duduk, tiba-tiba Amir al-Mukminin a.s telah datang kepadanya di dalam keadaan menagis, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Apakah yang membuat anda menangis? Beliau telah berkata: Ibuku Fatimah telah mati, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Dan ibuku [juga], demi Allah, baginda s.a.w telah bangun dengan cepat sehingga baginda s.a.w telah masuk dan melihat kepadanya dan menangis. Kemudian baginda s.a.w telah menyuruh perempuan supaya memandikan jenazahnya dan Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu semua telah menyelesaikannya, maka janganlah kamu bercakap apa-apa sehingga kamu memberitahu kepadaku.
Apabila mereka telah menyelesaikannya, mereka telah memberitahu kepadanya tentangnya, lalu baginda s.a.w telah memberikan kepada mereka salah satu daripada dua bajunya (qamisnya) yang menutupi badannya dan baginda s.a.w telah menyuruh mereka supaya mengapankannya di dalamnya dan baginda s.a.w telah berkata kepada muslimin: Apabila kamu telah melihatku telah melakukan sesuatu yang aku tidak pernah melakukannya sebelum ini, maka bertanyalah aku kenapa aku telah melakukannya. Manakala mereka telah menyelesaikannya dari memadikannya dan mengapankannya, lalu baginda s.a.w telah masuk dan membawa jenazahnya di atas bahunya. Baginda s.a.w sentiasa di bawah jenazahnya sehingga baginda s.a.w sampai di kuburnya. Kemudian baginda s.a.w telah meletakkannya dan memasuki kuburnya dan mengiringkannya padanya. Kemudian baginda s.a.w telah berdiri, lalu mengambilnya di atas dua tangannya sehingga baginda s.a.w telah meletakkannya di kuburnya.
Kemudian baginda s.a.w telah menundukkan [kepalanya] di atasnya pada masa yang agak lama, menyerunya dan berkata kepadanya: Anak lelaki anda, anak lelaki anda [anak lelaki anda], kemudian baginda s.a.w telah keluar dan membetulkannya, kemudian baginda s.a.w telah menundukkan [kepalanya] di atas kuburnya, lalu mereka telah mendengarnya bersabda: Tiada tuhan melainkan Allah, wahai Tuhanku, sesungguhnya aku meninggalkannya kepada Engkau, kemudian baginda s.a.w telah pulang. Muslimin telah berkata kepadanya: Sesungguhnya kami telah melihat anda telah melakukan perkara-perkara yang anda tidak pernah melakukannya sebelum hari ini, maka baginda s.a.w bersabda: Pada hari ini aku telah kehilangan kebaikan Abu Talib, jika ada di sisinya sesuatu, nescaya ia akan memberi kesan kepada dirinya dan anak-anaknya.
Sesungguhnya aku telah menyebut hari Kiamat dan sesungguhnya manusia akan dihimpunkan di dalam keadaan bertelanjang, maka beliau (Fatimah binti Asad) berkata: Penutupan auratnya[?], maka aku telah memberi jaminan kepadanya supaya Allah menghantarkan kepadanya selimut. Dan aku telah menyebut azab kubur, maka beliau telah berkata: [Azabnya] berganda[?], maka aku telah memberi jaminan bahawa Allah akan menjaganya daripadanya.
Justeru, aku telah mengapankannya dengan bajuku(qamis) dan aku telah mengiringkannya di kuburnya, aku telah mengapankannya dan aku telah menundukkan [kepalaku] di atasnya. Kemudian aku telah membaca talkin kepadanya kerana beliau sedang ditanya tentang Tuhannya, maka beliau telah menjawabnya, beliau ditanya tentang Rasul-Nya, lalu beliau telah menjawabnya dan beliau ditanya tentang walinya dan imamnya, maka ia telah mengejutkannya, maka aku telah berkata: Anak lelaki anda, anak lelaki anda [anak lelaki anda].

(802)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Abban al-Kalbi, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Rasulullah s.a.w dilahirkan, didedahkan kepada Aminah "keputihan Farsi" dan istana-istana Syam, tiba-tiba Fatimah binti Asad, ibu Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada Abu Talib di dalam keadaan suka dan gembira, kemudian beliau telah memberitahu kepadanya apa yang dikatakan oleh Aminah, maka Abu Talib telah berkata kepadanya: Anda merasa pelik tentang perkara ini, sesungguhnya anda akan mengandung dan akan melahirkan wasinya dan wazirnya"

(803)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Barqiy, daripada Ahmad bin Zaid al-Nisaburi berkata: Umar bin Ibrahim al-Hasyimi telah memberitahu kepadaku, daripada 'Abd al-Malik bin Umar, daripada Usyad bin Safwan, sahabat Rasulullah s.a.w, berkata: Pada hari matinya Amir al-Mukminin a.s, tempat[nya] dipenuhi dengan tangisan, manusia merasa terharu seperti hari matinya Rasulullah s.a.w dan seorang lelaki telah datang di dalam keadaan menangis, cepat sambil berkata: Pada hari ini berakhirlah khilafah kenabian sehingga beliau telah berdiri di pintu rumah Amir al-Mukminin a.s, maka beliau berkata:

"Allah telah merahmati anda, wahai Abu al-Hasan, anda adalah orang yang pertama Islam dan yang paling ikhlas iman, yang paling kuat keyakinan, yang paling takut kepada Allah, yang paling mengambil berat, yang paling telus kepada Rasulullah s.a.w, yang paling aman ke atas sahabatnya, yang paling baik kelebihannya (manaqibnya), yang paling mulia daripada mereka yang terdahulu, yang paling tinggi darjat, yang paling hampir kepada Rasulullah s.a.w, yang paling menyerupai nya dari segi petunjuk, akhlak, kebaikan dan perbuatan, yang paling tinggi kedudukan, yang paling mulia ke atasnya. Allah akan memberi balasan kepada anda tentang Islam, Rasul-Nya dan muslimin dengan kebaikan.
Anda telah menjadi kuat ketika para sahabat anda telah lemah, anda terserlah ketika mereka terdiam, anda telah bangkit ketika mereka menjadi lemah, anda telah melakukan peraturan Rasulullah s.a.w ketika para sahabatnya bercadang untuk meninggalkannya. Justeru, andalah khalifahnya yang sebenar, anda tidak bertengkar dan menunduk kepada tekanan munafikin, kemarahan mereka yang kafir, kebencian mereka yang hasad dan kedengkian mereka yang fasik. Anda telah melaksanakan urusannya ketika mereka telah gagal. Anda telah bercakap ketika mereka di dalam keraguan dan anda telah pergi dengan cahaya Allah ketika mereka telah berhenti, lalu mereka telah mengikuti anda dan mendapat hidayah. Anda adalah yang paling rendah suara dan yang paling tinggi berdoa(qunut), yang paling kurang bercakap, yang paling tepat bercakap, yang paling besar pendapat, yang paling berani hati, yang paling kuat keyakinan, yang paling baik amalan, yang paling mengetahui tentang banyak perkara. Anda, demi Allah, madu kepada agama; pertama dan kedua: Pertama ketika orang ramai telah berpecah dan kedua ketika mereka telah gagal.
Anda bagi mukminin seperti bapa yang pemurah kerana mereka telah menjadi tanggungan anda, justeru, anda telah menanggung beban kelemahan mereka, anda telah menjaga apa yang mereka telah hilang, anda telah menjaga apa yang mereka telah cuai, anda telah memenatkan diri anda apabila mereka berkumpul, anda telah tinggi apabila mereka keciwa, anda telah bersabar apabila mereka telah gopoh. Anda telah dapat ketegangan apa yang mereka telah minta dan mereka telah dapat apa yang mereka tidak menjangkakannya. Anda ke atas mereka yang kafir merupakan azab dan rampasan, tetapi bagi mukminin sebagai tiang dan benteng, anda telah dikurniakan dengan nikmat-nikmat-Nya dan anda telah memenanginya, anda telah mendahului mereka yang terdahulu.
Anda telah pergi dengan kelebihannya, tidak mengurangkan hujah anda, tidak mengubah hati anda, tidak melemahkan mata hati anda, tidak mengecutkan diri anda dan menundukkannya. Anda seperti gunung yang tidak dapat digerakkan oleh taufan, anda sebagaimana beliau berkata: Orang ramai telah aman di dalam persahabatan dengan anda dan mendapat pertolongan anda, anda sebagaimana beliau telah berkata: Anda adalah lemah dari segi badan, tetapi kuat di dalam urusan Allah, merendah diri pada diri anda, besar di sisi Allah.
Besar di bumi, mulia di sisi mukminin, tidak ada seorangpun dapat mempersendakan anda di dalam semua perkara, orang yang lemah dan hina di sisi anda seorang yang kuat lagi mulia sehingga anda mengambil untuknya haknya, orang yang kuat dan mulia di sisi anda adalah lemah lagi hina sehingga anda mengambil hak daripadanya, orang yang dekat (kerabat) dan yang jauh di sisi anda tentang itu adalah sama, keadaan anda adalah kebenaran, ke ikhlasan dan kelembutan, kata-kata anda adalah hikmat lagi pemutus, urusan anda adalah lemah lembut dan cekal, pendapat anda adalah ilmu dan azam apa yang anda telah buat. Sesungguhnya anda telah melalui jalan [duri], anda telah mempermudahkan kesukaran, anda telah memadamkan api [fitnah].
Dengan anda agama telah menjadi sederhana dan Islam telah menjadi kuat dengan anda, maka telah zahirlah urusan Allah sekalipun dibenci oleh mereka yang kafir. Islam dan muslimin telah mantap dengan anda, anda telah mendahului apa yang terdahulu. Anda telah mengurangkan kepenatan orang selepas anda mengalami kepenatan yang kuat. Anda menahan tangisan, bencana anda amat besar di langit, musibat anda memusnahkan manusia, maka sesungguhnya kita daripada Allah dan kepadanyalah kita kembali, kita meredai qada' Allah, demi Allah, muslimin sekali-kali tidak akan ditimpa musibat seperti anda selama-lamanya. Anda bagi mukminin seperti gua dan benteng, gunung yang kuat dan bagi mereka yang kafir adalah kekasaran dan kemarahan, maka Allah telah menyambungkan anda dengan Nabi-Nya dan Dia tidak mengaramkan kami daripada pahala anda, Dia tidak menyesatkan kami selepas anda". Mereka terdiam sehingga percakapannya berakhir dan para sahabat Rasulullah s.a.w telah menangis, kemudian mereka telah mencarinya, tetapi mereka tidak menemuinya.

(804)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Safwan al-Jamal berkata: Aku, 'Amir dan Abdullah bin Jaza'ah al-Azdi telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, berkata: 'Amir telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah Amir al-Mukminin a.s telah disemadikan di al-Rahbah? Beliau a.s telah berkata: Tidak, beliau berkata: Di manakah beliau telah di semadikan? Beliau a.s telah berkata: Manakala beliau a.s mati, maka al-Hasan a.s telah membawanya, kemudian beliau dibawa ke Kufah berhampiran dengan Najaf, di kiri al-Ghariyy dan di kanan al-Hirah, lalu disemadikan dicelah tanah tinggi yang berwarna putih. Beliau telah berkata: Selepas itu aku telah pergi di tempat itu, tetapi aku telah menjadi keliru lokasi sebenarnya, kemudian aku telah memberitahu kepadanya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Anda telah mendapati tempatnya-sebanyak tiga kali-.

(805)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Umar bin Yazid telah datang kepadaku dan berkata: Naiklah, lalu akupun naik [binatang tunggangan] bersamanya, kami telah pergi sehingga ke rumah Hafs al-Kinasi, maka aku telah meminta supaya beliau keluar, lalu beliau telah menunggang bersama kami, kemudian kami telah pergi sehingga kami telah sampai ke al-Ghariy, maka kami telah berakhir di sebuah kubur, maka beliau telah berkata: Turunlah, ini adalah kubur Amir al-Mukminin a.s, kami telah berkata: Dari manakah anda telah mengetahuinya? Maka beliau telah berkata: Aku telah datang bersama Abu Abdillah a.s di al-Hirah beberapa kali dan beliau a.s telah memberitahu kepadaku bahawa ia adalah kuburnya.

(806)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Isa Syalqan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s mempunyai khu'ulah pada Bani Makhzum. Dan seorang pemuda daripada mereka telah mendatanginya dan berkata: Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya saudaraku telah mati dan aku telah berdukacita ke atasnya dengan kuat, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Anda mahu melihatnya? Beliau telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Perlihatlah kepadaku kuburnya.
Beliau telah berkata: Beliau a.s telah keluar dan bersamanya burdah Rasulullah s.a.w yang dipakainya. Manakala beliau a.s telah sampai ke kubur, maka dua bibir mulutnya bergerak membaca sesuatu, kemudian beliau a.s telah menendang kuburnya dengan kakinya, lantas keluarlah dia dari kuburnya bercakap di dalam bahasa Farsi, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Tidakkah anda telah mati dan anda seorang Arab? Beliau berkata: Ya, tetapi kami telah mati di atas sunnah polan dan polan, kemudian lidah kami telah bertukar [kepada bahasa Farsi].

(807)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s mati, maka al-Hasan bin Ali a.s telah berada di masjid Kufah, maka beliau telah memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, kemudian beliau telah berkata: Wahai manusia, sesungguhnya telah mati pada malam ini seorang lelaki yang tidak didahuluinya oleh mereka yang dahulu dan tidak mendapatinya oleh mereka yang mutakhir.
Sesungguhnya beliaulah pembawa bendera Rasulullah s.a.w, di kanannya Jibrail, di kirinya Mikail, beliau tidak kembali sehingga Allah memberi kemenangan untuknya. Demi Allah, beliau tidak meninggalkan yang putih dan yang merah melainkan 700 dirham, baki daripada pemberiannya. Dengan wang itu, beliau mahu membeli seorang hamba lelaki untuk keluarganya. Demi Allah, beliau telah mati pada malam matinya wasi Musa, Yusyu' bin Nun dan pada malam Isa bin Maryam diangkat ke langit dan pada malam turunya al-Qur'an.

(808)-9. Ali bin Muhammad secara marfu' berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Amir al-Muminin a.s dimandikan jenazahnya, mereka dipanggil dari sudut rumah, "jika kamu telah mengambil di depan katil, maka yang akhirnya telah memadai. Dan jika kamu telah mengambil yang akhirnya, maka yang di depannya telah memadai untuk kamu" .

(809)-10. Abdullah bin Ja'far dan Sa'd bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudara lelakinya Ali bin Mihziyar, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Fatimah binti Muhammad telah dilahirkan 5 tahun selepas Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul dan beliau mati ketika berusia 18 tahun 75 hari.

(810-11. Sa'd bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah Bakir, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah mendengarnya berkata: Apabila Amir al-Mukminin a.s mati, maka al-Hasan, al-Husain dan dua orang lelaki yang lain telah mengeluarkannya sehingga mereka keluar dari Kufah. Mereka telah meninggalkan sumpah mereka, kemudian mereka telah melalui al-Jabanah sehingga mereka sampai ke al-Ghariy, lalu mereka mengembumikannya dan menyamakan kuburnya, kemudian mereka pulang.


Bab 114

Kelahiran Al-Zahra' Fatimah A.S (maulid al-Zahraa' Fatimah a.s)
Fatimah a.s suaminya adalah Ali a.s, dilahirkan 5 tahun selepas Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul. Fatimah a.s telah mati ketika berusia 18 tahun dan 75 hari. Dan beliau telah tinggal 75 hari selepas [kematian] bapanya.

(811)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Abi 'Ubaidah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s telah tinggal selepas Rasulullah s.a.w selama 75 hari. Beliau telah berdukcita di atas kematian bapanya. Jibrail telah mendatanginya dan memberi takziah di atas kematian bapanya, memperbaiki [keadaan] dirinya, menceritakan kepadanya tentang keadaan bapanya, tempatnya, memberitahu kepadanya apa yang akan berlaku selepasnya pada zuriatnya dan Ali a.s menulis semuanya.

(812)-2. Muhammad bin Yahya, daripada al-'Umarkiy, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudaranya, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s adalah Siddiqah dan Syahidah, sesungguhnya anak-anak perempuan para nabi tidak ada haid.

(813)-3. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-secara marfu' dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar al-Syaibani berkata: Al-Qasim bin Muhammad bin al-Razi telah memberitahu kepadaku, berkata: Ali bin Muhammad al-Haramzani, daripada Abi Abdillah al-Husain bin Ali a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s mati, maka Amir al-Mukminin a.s telah mengembumikannya secara rahsia dan meratakan kuburnya .
Kemudian beliau telah berdiri dan mengadap mukanya kepada kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: " Al Salamu 'alaika ya Rasulallah daripadaku dan al-Salamu 'alaika daripada anak perempuan anda, pelawat anda di tempat anda dan Allah telah memilih untuknya supaya cepat bersama anda. Katakan, wahai Rasulullah, tentang pilihan anda ini, [betapa kuatnya] kesabaranku dan maafilah daripada penghulu wanita syurga kekasaranku, sesungguhnya bagiku di dalam kesedihan dengan sunnah anda ketika perpisahan anda, masih mempunyai tempat untuk memberi takziah. Sesungguhnya aku telah menyandarkan anda pada lahad kubur anda dan diri anda antara bahagian atas dadaku (nahri) dan dadaku (sadri). Ya, pada kitab Allah bagiku sebaik-baik penerimaan.
Inna li-llah wa inna ila-hi raaji'uun. Barang simpanan dikembalikan, diambil sebagai gadaian dan al-Zahra' telah diambil dengan cepat. Alangkah buruknya masa sekarang [kerana kematiannya] dan masa dahulu [kerana kematian anda], wahai Rasulullah, adapun dukacitaku adalah berkekalan, adapun malamku tanpa tidur dan merana, [beliau] tidak hilang daripada hatiku atau Allah memilih untukku negeri yang anda sedang berada (kematian). Dukacita yang kuat [seperti] nanah tanpa darah, alangkah cepatnya perpisahan di antara kita dan kepada Allah aku mengadu. Anak perempuan anda akan menceritakan kepada anda dengan kemenangan umat anda di atas kezaliman [kelak], maka bertanyalah kepadanya dan mintalah penjelasan daripadanya.
Berapa banyak dendam kasumat di dadanya, tetapi ia tidak tersibar dan beliau akan berkata: "Dan Allah akan menetapkan hukumnya di antara kita dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya" Salam daripada orang yang mengucap selamat tinggal tanpa jemu. Jika aku pulang, bukan kerana jemu dan jika aku tinggal, bukan kerana sangkaan jahat dengan janji Allah kepada mereka yang bersabar. Sesungguhnya kesabaran itu cantik. Jika tidak kerana kemenangan pihak penguasa, nescaya aku telah menjadikannya maqam dan tinggal beriktikaf [di sisinya] pada masa yang lebih lama dan menanggung penderitaan di atas bencana yang mulia. Dengan mata Allah, anak perempuan anda dikapan secara rahsia, dirampas haknya dan dihalang pusakanya sedangkan masa belum lama [daripada kematian anda] dan Dia tidak menciptakan daripada anda anak lelaki (yang hidup). Dan kepada Allah, wahai Rasulullah, sebaik baik ucapan takziah, selawat dan salam kepada anda dan di atasnya (Fatimah) salam dan keredaan".

(814)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammd bin Isa, daripada Ahamd bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada 'Abd al-Rahman bin Salim, daripada al-Mufadhdhal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Siapakah yang telah memandikan [jenazah Fatimah? Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin-seolah-olah aku telah membesar-besarkan kata-katanya-, maka beliau telah berkata: Seolah-olah anda tidak senang hati dengan apa yang aku telah ceritakan kepada anda? Aku telah berkata: Ia memang begitu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata: Janganlah anda merasa tertekan kerana Fatimah adalah siddiqah, lantaran itu, ianya akan dimandikan [jenazahnya] oleh siddiq, tidakkah anda telah mengetahui bahawa Maryam tidak dimandikan [jenazah]nya melainkan oleh Isa.

(815)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada Abdullah bin Muhammad al-Ju'fi, daripada Abu Ja'far dan Abu Abdillah a.s, mereka berdua telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s-manakala telah berlakulah urusan mereka-telah mengambil baju Umar, lalu menariknya kepadanya, kemudian telah berkata: Demi Allah, wahai Ibn al-Khattab, jikalaulah aku tidak benci bahawa bala akan menimpa orang yang tidak bersalah, nescaya anda mengetahui bahawa aku akan bersumpah ke atas Allah [untuk anda], kemudian aku akan mendapatiNya cepat menerima [doaku].

(816)-6. Dengan sanad-sanad ini, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada Yazid bin 'Abd al-Malik, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s dilahirkan, Allah telah mewahyukan kepada malaikat supaya lidah Muhammad menamakannya Fatimah, lalu baginda s.a.w telah menamakannya Fatimah, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah membiasakan anda dengan ilmu dan aku telah menjauhkan anda daripada darah haid. Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya Dia telah membiasakannya dengan ilmu dan manjauhkannya daripada darah haid di dalam perjanjian (al-Mithaq)

(817)-7. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Nabi s.a.w telah bersabda kepada Fatimah a.s: Wahai Fatimah, berdirilah dan keluarkan mangkuk (al-Sahfah) itu, lalu beliau berdiri dan mengeluarkan mangkuk yang mengandungi bubur daging (tharid) Maka Nabi s.a.w, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain telah memakannya selama tiga belas hari. Kemudian Umm Aiman telah melihat kepada al-Husain bersamanya ada sesuatu, maka beliau telah berkata kepadanya: Dari manakah anda mendapatinya? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kami memakannya selama beberapa hari.
Kemudian Umm Aiman telah datang kepada Fatimah a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Fatimah, apabila ada sesuatu di sisi Umm Aiman, maka ia adalah untuk Fatimah dan anak-anaknya dan apabila ada sesuatu di sisi Fatimah, maka ia bukannya untuk Umm Aiman? Lantas Fatimah telah mengeluarkannya untuknya, lalu Umm Aiman telah memakannya dan [makanan] di dalam mangkuk itupun telah habis. Maka Nabi s.a.w telah bersabda kepadanya: Jikalaulah anda tidak memberi makan kepadanya, nescaya anda dan zuriat anda boleh memakannya sehingga hari Kiamat. Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Mangkuk (al-Sahfah) di sisi kami, akan dikeluarkan oleh Qaim kita a.s pada zamannya.

(818)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Ali, daripada Ali bin Ja'far berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sebaik saja Rasulullah s.a.w duduk, tiba-tiba malaikat yang mempunyai dua puluh empat muka telah datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Kekasihku Jibrail, aku tidak pernah melihat anda di dalam bentuk ini, malaikat itu telah berkata: Aku bukanlah Jibrail, wahai Muhammad, Allah telah menghantar aku supaya aku mengahwinkan cahaya daripada cahaya (uzawwiju al-Nur min al-Nur), baginda s.a.w telah bersabda: Siapa daripada siapa? Beliau telah berkata: Fatimah daripada Ali. Beliau telah berkata: Manakala malaikat itu telah berpaling, tiba-tiba di antara dua bahunya[tertulis] Muhammad Rasulullah, Ali adalah wasinya. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Semenjak bilakah ia ditulis di antara dua bahu anda? Maka beliau telah berkata: Dua puluh dua ribu tahun sebelum Allah menciptakan Adam.

(819)-9. Ali bin Muhammad dan orang lain, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang kubur Fatimah a.s, maka beliau telah berkata: Beliau telah dikebumikan di rumahnya, manakala Bani Umayyah telah menambahkan Masjid, maka ia termasuk di dalam Masjid.

(820)-10. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada al-Khaibari, daripada Yunus bin Zubyaan, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Jikalaulah Allah tidak menciptakan Amir al-Mukminin a.s untuk Fatimah, nescaya tidak ada orang yang layak (kufwun) untuknya di muka bumi daripada Adam dan selain daripadanya.


Bab 115

Kelahiran Al-Hasan Bin Ali A.S (maulid al-Hasan bin Ali a.s)
Al-Hasan bin Ali a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan pada tahun Badr tahun kedua hijrah. Ada riwayat yang menyatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun ketiga hijrah. Beliau telah mati pada akhir bulan Safar pada tahun 49 hijrah ketika berusia 47 tahun dan beberapa bulan. Ibunya Fatimah binti Rasulullah s.a.w.

(821)-1. Muhammad bin Yahya, daripada al-Husain bin Ishaq, daripada Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Abdullah bin Sinan, daripada orang yang telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila kematian telah menghampiri al-Hasan a.s, beliau telah menangis, maka dikatakan kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, kenapa anda menangis sedangkan kedudukan anda daripada Rasulullah s.a.w? Dan baginda s.a.w telah bersabda bermacam-macam kepada anda; anda telah melakukan haji sebanyak dua puluh kali dengan berjalan kaki, anda telah membahagi-bahagikan harta anda sebanyak tiga kali sehingga kasut dengan kasut? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku menangis kerana dua perkara: Permulaan perjalanan [ke alam Barzakh] dan perpisahan dengan orang yang dikasihi.

(822)-2. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali [bin Mihziyar], daripada al-Hasan bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah mati ketika berusia 47 tahun pada tahun 50 Hijrah, beliau telah hidup selama 40 tahun selepas [kematian]Rasulullah s.a.w.

(823)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Sesungguhnya Ja'dah binti As 'ath bin Qais al-Kindi telah meracuni al-Hasan bin Ali a.s dan seorang hamba perempuannya (al-Hasan a.s). Hamba perempuannya telah terhidu racun, sementara al-Hasan a.s telah termakan racun dan ia telah meresap kedalam perutnya, lalu beliau mati.

(824)-4. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada al-Qasim al-Nahdi, daripada Isma'il bin Mihran, daripada al-Kinasi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah keluar kerana mengerjakan umrah bersama seorang lelaki daripada anak-anak al-Zubair yang telah percaya tentang imamahnya. Mereka telah bermalam di satu tempat di bawah pohon kurma yang kering, kemungkinan ia telah kering kerana kekurangan air. Lalu beliau telah membentangkan hamparan untuk al-Hasan a.s dan satu hamparan untuk anak lelaki al-Zubair di bawah pohon kurma yang lain.
Anak lelaki al-Zubair telah berkata dan mengangkat kepalanya: Jikalaulah pohon kurma ini ada buah yang segar (al-Ratab), nescaya kita boleh memakannya, maka al-Hasan a.s telah berkata kepadanya: Adakah anda ingin makan kurma segar? Anak lelaki al-Zubair telah berkata: Ya, lantas beliau a.s telah mengangkat tangannya ke langit dan berdoa dengan kata-kata yang aku tidak dapat memahaminya, lalu pohon kurma itu menjadi hijau, kemudian telah bertukar kepada keadaannya, maka ia telah mengeluarkan daun dan buah kurma yang segar. Al-Jammal telah berkata: [Ini] sihir, demi Allah, maka al-Hasan a.s telah berkata: Celaka anda, ini bukanlah sihir, tetapi doa seorang anak lelaki Nabi dimakbulkan. Beliau telah berkata: Kemudian mereka telah memanjat pohon kurma itu, lalu mereka memotong (mengambil) apa yang ada padanya dan ia telah cukup untuk mereka.

(825)-5. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ibn Abi Umar, daripada beberapa orang lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya bagi Allah dua bandar, salah satunya di timur dan yang satu lagi di barat, di atas kedua-duanya dinding daripada besi dan di atas setiap satu daripadanya beribu-ribu gelanggang tinju dan padanya beribu-ribu bahasa, setiap bahasa bercakap berlainan dengan bahasa sahabatnya. Aku mengetahui semua bahasa-bahasa itu dan apa yang ada pada kedua-duanya dan di antara kedua-duanya dan Hujjah yang ada di atas kedua-duanya selain daripadaku dan selain daripada al-Husain saudaraku.

(826)-6. Al-Husain bin Muhammd dan Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin al-Nu'man, daripada Sundal, daripada Abi Usamah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah keluar ke Makkah selama setahun dengan berjalan kaki, lalu dua kakinya telah menjadi bengkak, maka sebahagian hambanya telah berkata kepadanya: Jika anda menunggang [binatang], nescaya bengkak ini akan berkurangan. Maka beliau a.s telah berkata: Apabila kita sampai di rumah ini, seorang yang berkulit hitam akan menjemput anda dan bersamanya minyak, maka belilah daripadanya dan janganlah anda bertawar-tawaran dengannya.
Maka hambanya berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, kami telah datang ke sebuah rumah padanya seorang yang menjual ubatnya, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Ya, rumah itu di hadapan anda, bukan rumah tadi, lalu mereka berdua telah berjalan [sejauh] satu batu, tiba-tiba beliau adalah yang berkulit hitam (al-Aswad). Maka al-Hasan a.s telah berkata kepada hambanya: Ambillah minyak daripadanya dan bayarlah harganya, maka lelaki hitam itu telah berkata: Kepada siapa anda maksudkan minyak ini?
Maka beliau telah berkata: Kepada al-Hasan bin Ali, lantas beliau berkata: Pergilah bersamaku kepadanya, lalu beliau telah pergi dan berjumpa dengannya, maka beliau telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, aku tidak mengetahui bahawa anda berhajat kepada ini, aku tidak mengambil harganya. Sesungguhnya aku adalah maula anda, tetapi berdoalah kepada Allah supaya mengurniakan kepadaku seorang anak lelaki yang sempurna yang akan mencintai kamu Ahlu l-Bait, sesungguhnya aku telah meninggalkan isteriku yang sedang sakit bersalin, maka beliau a.s telah berkata: Pulanglah ke rumah anda, maka Allah telah mengurniakan kepada anda seorang anak lelaki yang sempurna dan beliau adalah daripada Syiah kita.


Bab 116

Kelahiran Al-Husain Bin Ali A.S (maulid al-Husain bin 'Ali a.s)
Al-Husain bin Ali a.s telah dilahirkan pada tahun ke tiga hijrah dan mati pada [hari Isnain10 hb] Muharram tahun 61 hijrah ketika berusia 57 tahun dan beberapa bulan. Beliau telah dibunuh oleh 'Ubaidillah bin Ziyad yang dilaknati Allah di dalam pemerintahan Yazid bin Mu'awiyah di dalam perjalanan ke Kufah. Beliau telah dibunuh oleh Umar bin Sa'd yang dilaknati Allah di Karbala' ketika menunggang kuda perangnya pada hari Isnain 10 Muharram dan ibunya Fatimah binti Rasulullah s.a.w.

(827)-1. Sa'd dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain bin Ali a.s telah mati pada hari 'Asyura' (kesepuluh Muharram) ketika berusia 57 tahun.

(828)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamad bin Muhammad, daripada al-Hakam, daripada 'Abd al-Rahman al- 'Arzami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Di antara al-Hasan dan al-Husain a.s satu kali suci (tuhrun) dan di antara mereka berdua dari segi kelahiran ialah 6 bulan 10 hari.

(829)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa' dan al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh, daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s telah mengandungkan al-Husain, Jibrail telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s akan melahirkan seorang kanak-kanak yang akan dibunuh oleh umat anda selepas anda [mati]. Manakala Fatimah a.s telah mengandungkan al-Husain a.s, beliau tidak sukakan kandungannya dan kelahirannya . Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak didapati di dunia ini seorang ibu yang akan melahirkan anak yang tidak disukainya, beliau tidak menyukainya apabila beliau telah mengetahui bahawa anaknya akan dibunuh, beliau telah berkata: Dan padanyalah telah turun ayat: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik (husnan) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga bulan"

(830)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ali bin Isma'il, daripada Muhammad bin 'Amru al-Zayyaat, daripada seorang lelaki daripada sahabat kami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memberi berita gembira kepada anda dengan seorang bayi yang akan dilahirkan oleh Fatimah a.s, tetapi umat anda akan membunuhnya selepas anda [mati]. Maka beliau telah naik [ke langit], kemudian beliau a.s telah berkata kepadanya seumpamanya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Jibrail, di atas Tuhanku salam, aku tidak berhajat kepada bayi yang akan dibunuh oleh umatku selepasku, lalu Jibrail a.s telah naik ke langit.
Kemudian beliau telah turun, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan anda memberi salam kepada anda dan memberi berita gembira kepada anda bahawa sesungguhnya Dia menjadikan pada zuriatnya imamah, wilayah dan wasiat. Maka baginda s.a.w telah bersabda: Aku telah reda, kemudian baginda s.a.w telah datang kepada Fatimah a.s [bersabda]: Sesungguhnya Allah telah memberi berita gembira kepadaku dengan seorang bayi yang akan dilahirkan oleh anda, umatku akan membunuhnya selepasku, lalu Fatimah a.s telah memberitahu kepadanya: Aku tidak berhajat kepada bayi yang akan dilahirkan olehku, akan dibunuh oleh umat anda selepas anda [mati].
Kemudian baginda s.a.w telah memberitahu kepadanya bahawa Allah telah menjadikan pada zuriatnya imamah, wilayah dan wasiat, lalu beliau telah memberitahu kepadanya: Sesungguhnya aku telah reda "Ibunya mengandungkannya dengan susah payah (kebencian), melahirkannya dengan susah payah (kebencian). Mengandungkannya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa: Ya, Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi) kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk mereka yang berserah"
Jikalaulah baginda s.a.w tidak berkata: "berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi) kebaikan kepada anak cucuku" nescaya zuriatnya telah menjadi para imam semuanya. Al-Husain a.s tidak pernah menerima [air] susu Fatimah a.s dan juga perempuan lain. Nabi s.a.w telah mendatanginya dan meletakkan ibu jarinya s.a.w pada mulutnya, lalu beliau menghisap daripadanya untuk bekalan [selama] dua atau tiga hari. Lalu daging al-Husain a.s telah tumbuh daripada daging Rasulullah s.a.w dan darahnya. Tidak pernah dilahirkan [bayi yang berumur] enam bulan melainkan Isa bin Maryam a.s dan al-Husain bin Ali a.s.
Di dalam riwayat yang lain, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa sesungguhnya al-Husain a.s telah dibawa kepada Nabi s.a.w, lalu baginda s.a.w telah memberi (menghulurkan) lidahnya kepada al-Husain a.s, lalu beliau telah menghisapnya, maka beliau telah memadai dengannya dan beliau tidak menyusu daripada perempuan.

(831)-5. Ali bin Muhammad secara marfu', daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. Kemudian ia berkata: Sesungguhnya aku sakit" Beliau telah berkata: Beliau telah mengira, lalu beliau telah melihat apa yang akan berlaku kepada al-Husain a.s, maka beliau telah berkata: Aku sakit di atas apa yang akan berlaku kepada al-Husain a.s.

(832)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Ali bin Asbaat, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Muhammad bin Hamraan berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala urusan al-Husaian a.s belum berlaku, malaikat telah gempar dan mengadu kepada Allah dengan tangisan dan berkata: Akan dilakukan ini kepada al-Husain pilihan Engkau dan anak lelaki Nabi Engkau? Dia berfirman: Maka Allah telah mendirikan untuk mereka bayangan al-Qaim a.s dan Dia berfirman: Dengan ini (al-Qaim a.s) Aku membalas dendam dengan ini (al-Husain a.s).

(833)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin 'Umairah, daripada 'Abd al-Malik bin A'yan, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala kemenangan telah turun kepada al-Husain bin Ali a.s sehingga di antara langit dan bumi, kemudian diberi pilihan: Kemenangan atau pertemuan dengan Allah (mati), maka beliau a.s telah memilih pertemuan dengan Allah.

(834)-8. Al-Husain bin Muhammad telah berkata: Abu Kuraib dan Abu Sa'id al-Asyajj telah memberitahu kepadaku, berkata: Abdullah bin Idris telah memberitahu kepada kami, daripada bapanya Idris bin Abdullah al-Awadi, berkata: Manakala al-Husain a.s telah dibunuh, mereka ingin memijaknya dengan kuda, lalu Fidhdhah berkata kepada Zainab: Wahai sayyidati, sesungguhnya Safinah telah pecah di lautan, lalu beliau telah keluar ke sebuah pulau, tiba-tiba beliau terserempak dengan Asad , lalu beliau telah berkata: Wahai al-Harith , aku adalah hamba (maula) Rasulullah s.a.w.
Lalu beliau telah bercakap dengan tidak jelas di hadapannya sehingga beliau telah menunjukkan jalan kepadanya sedang al-Asad menunggu di satu sudut, biarlah aku pergi kepadanya dan aku akan memberitahu kepadanya apakah mereka akan buat besok. Beliau telah berkata: Beliau telah pergi kepadanya: Wahai Abu al-Harith, lalu beliau mengangkat kepalanya, kemudian berliau telah berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang akan dilakukan kepada Abu Abdillah a.s besok? Mereka ingin kuda memijak belakangnya. Beliau telah berkata: Lalu beliau telah berjalan sehingga beliau meletakkan dua tangannya di atas tubuh al-Husain a.s, maka kuda telah maju ke depan, manakala mereka melihat kepadanya, lalu Umar bin Sa'd yang dilaknati Allah berkata kepada mereka: Fitnah, janganlah kamu menggalakkannya, maka pulanglah, kemudian mereka telah pulang.

(835)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Yunus, daripada Musqalah al-Tahhan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila al-Husain a.s dibunuh, isterinya dari Bani Kilab (al-Kalbiyyah) telah mengadakan majlis ratapan, lalu beliau menangis dan perempuan-perempuan yang lain dan khadam-khadam telah turut menangis sehingga air mata mereka telah kering. Kemudian beliau (isteri) telah pergi, tiba-tiba beliau telah melihat seorang hamba perempuan daripada hamba-hambanya sedang menangis dan air matanya masih berlinang, lalu beliau telah memanggilnya dan berkata kepadanya: Kenapa anda di kalangan kami air mata anda masih berlinang? Beliau telah berkata: Apabila aku ditimpa kepenatan, aku meminum minumam suwaiq Beliau a.s telah berkata: Kemudian beliau (hamba perempuan) telah menyuruh dengan makanan dan minuman suwaiq, lalu beliau telah memakannya dan meminumnya dan berkata: Sesungguhnya kami mahu sedemikian adalah bagi menguatkan [diri kami] untuk menangis ke atas al-Husain a.s.
Beliau a.s telah berkata: Dihadiahkan kepada al-Kalbiyyah sapu tangan wangi untuk membantunya di majlis ratapan (ma'tam) al-Husain a.s. Apabila beliau telah melihat kepada sapu tangan wangi itu, maka beliau telah berkata: Apakah ini? Mereka telah berkata: Hadiah yang diberikan kepadanya oleh polan untuk membantu anda di majlis ratapan al-Husain a.s, lalu beliau telah berkata: Kami bukanlah di dalam [majlis] perkahwinan, apakah kita akan buat dengannya? Kemudian beliau telah menyuruh mereka supaya dikeluarkan dari rumah. Manakala mereka dikeluarkan dari rumah, kami tidak merasa apa-apa (bau-bauan) seolah-olah kami telah berterbang di antara langit dan bumi dan tidak nampak kesan mereka selepas mereka keluar dari rumah.


CATATAN KAKI:
1. Surah al-Ra'd (13): 38
2. Pada tarikh dan masa tertentu kerana tarikh dan masa kemunculannya adalah pada ilmu Allah.
3. Pahala pertama kerana membenarkannya dan pahala kedua kerana percaya kepada konsep al-Bada' iaitu Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki.
4. Surah al- 'Ankabut (29): 2
5. Surah al-Israa' (17): 71
6. Surah al-Israa' (17): 71
7. Surah al-Zumar (39): 60
8. Surah al-Zumar (39): 60
9. Mereka yang berpendapat bahawa Abu Bakr dan Umar telah menjadi khalifah kerana nasib mereka sahaja adalah termasuk mereka yang tidak dirahmati Allah pada hari Kiamat.
10. Surah al-A'raaf (7): 28
11. Surah al-A'raaf (7): 33
12. Surah al-Baqarah (2): 165
13. Abu Bakr
14. Umar
15. Surah al-Baqarah (2): 165-167
16. Abu Bakr dan Umar
17. Surah a-Qasas (28): 50
18. Mereka yang mewalikan imam yang zalim
19. Mereka yang mewalikan imam yang adil daripada Allah
20. Surah al-Baqarah (2): 257
21. Ibid
22. Ibid
23. Hadis kudsi
24. Perbezaan di antara dua bab bahawa di dalam bab pertama menyatakan bahawa orang yang tidak mengenali imam, tidak layak mendapat keampunan dan rahmat. Sementara bab kedua (ini) menyatakan bahawa orang yang tidak mengenali imamnya mati seperti orang jahiliyah.
25. Imam a.s adalah pintu Allah
26. Surah Yusuf (12): 58
27. Surah al-Taubah (9): 122
28. Surah al-Taubah (9): 122
29. Surah al-Nisaa' (4): 100
30. Surah al-Anfaal (8): 75
31. Bukan Quraisy
32. Surah al-Baqarah (2): 132
33. Surah al-Taubah (9): 122
34. Sa'id telah meratap di atas kematian Abu al-Hasan Musa al-Kazim a.s [berjalan] dari Baghdad ke Madinah.
35. Umm Farwah adalah salah seorang isteri al-Kazim a.s. Kemungkinan al-Ridha a.s telah menjadi wakil bapanya di dalam menceraikannya. Hukum syariat mengikut zahirnya sahaja bukan batinnya. Sebagaimana 'Aisyah telah di ceraikan oleh Amir al-Mukminin a.s sebagai wakil daripada Rasulullah .s.a.w selepas kematiannya iaitu sebelum berlakunya peperangan Jamal. Justeru, beliau tidak lagi bergelar Umm al-Mukminin pada batinnya dan ini membolehkan kaum muslimin memeranginya di peperangan Jamal. Kerana sifat keibuannya telah hilang daripadanya apabila beliau cuba memerangi Amir al-Mukminin Ali a.s.
36. Surah Maryam (19): 30-31
37. Surah Maryam (19): 12
38. Surah Maryam (19):13
39. Surah Yusuf( 12): 22
40. Surah al-Ahqaf( 46): 15
41. Surah Yusuf (12): 108
42. Imam al-Ridha a.s telah memandikan jenazah bapanya Musa a.s.
43. Iaitu wasinya telah memandikan jenazahnya di al-Taih.
44. Termasuk para malaikat a.s.
45. Pada malam berlakunya jimak
46. Malaikat
47. Surah al-An'aam (6): 115
48. Surah Ali Imraan (3): 18
49. Surah al-Qadar (97): 4
50. Surah al-An'aam (6): 115
51. Ibid
52. Ibid
53. Surah al-An'aam (6): 115
54. Boleh bercakap dengan malaikat.
55. Tanah yang bermutu tinggi di syurga
56. Surah al-Mutaffifiin (83): 18-21
57. Tanah yang tidak bermutu di neraka
58. Surah al-Mutaffiffin (83): 7-9
59. Surah al-Nisaa' (4): 65
60. Perkataan taslim bererti: Penyerahan diri, merendah diri atau penerimaan sepenuhnya.
61. Surah Hud (11): 23
62. Surah al-Syuura (42): 23
63. Surah al-Mu'minun (23): 1
64. Surah al-Nisaa' (4): 64-65
65. Abu Bakr dan Umar serta kumpulan mereka.
66. Surah al-Nisaa' (4): 65
67. Surah al-Zumar (39): 18
68. Tidak mengetahui maksud asal perintah mendatangi Ka'bah dan tawaf.
69. Surah Ibrahim (14): 37
70. Surah Taha (20): 82
71. Tanah yang lembab digunakan sebagai ramuan untuk mengecap surat.
72. Cincin digunakan untuk mengecap surat
73. Di dalam keadaannya.
74. Roh Kudus akan memberitahu kepada para imam a.s tentangnya.
75. Surah al-Baqarah (2): 8
76. Surah al-Zukhruf (43): 44
77. Tidak asli.
78. Tetapi Salman tidak termasuk di kalangan empat belas manusian suci.
79. Imam Dua Belas
80. Meletakkan tanggungjawab
81. Keadaan sebenar dapat dilihat di akhirat kelak tanpa hijab.
82. Surah al-Syu'araa' (26): 193. Kematiannya hampir tiba
83. Memusnahkan mereka
84. Di Iran
85. Di Iraq
86. Surah al-Taubah (9): 60
87. Tidak pada perkara maksiat
88. Surah al-A'raaf (7): 128
89. Dengan membayar khumus
90. Surah al-A'raaf (7): 32
91. Para imam a.s tidak mahu menipu umat Islam dengan politik kotor, kesenangan dunia hanya sementara sahaja.
92. Pakaian biasa seperti jubah
93. Pakaian yang bermutu dipakai oleh orang kaya
94. Surah al-Rahmaan (55): 10-11
95. Surah al-Rahmaan): 19-22
96. Surah al-Dhuha ( 93): 11
97. Makna baqiyyatu llah ialah sisa Allah, tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah Imam Mahdi a.s.
98. Surah Huud (11): 86
99. Surah Yusuf (12): 65
100. Surah al- A'raaf (7): 172
101. Surah al-Syu'araa' (26): 193-195
102. Surah al-Ahzab (33): 72
103. Surah al-An'aam (6): 82
104. Wilayah Abu Bakr
105. Wilayah Umar
106. Surah al-Taghaabun (64): 2
107. Di alam atom atau alam roh
108. Surah al-Insaan (76): 7
109. Surah al-Ma'idah 95): 66
110. Surah al-Syuura ( 42): 23
111. Surah al-Ahzab (33): 71. Muslim, Sahih, ii, hlm 726 meriwyatkan bahawa Abu Musa al-Asy'ari telah membaca selepas Surah al-Saf (61):2 "fatuktabu syahadatan fi a'naaqi-kum…, tetapi ianya tidak dimasukkan di dalam al-Qur'an sekarang.
112. Iaitu dengan makna ini ia diturunkan. Al-Suyuti, al-Itqan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama al-Khal' dan al-Hafd telah ditulis di dalam mashaf Ubayy bin Ka'ab dan mashaf Ibn 'Abbas. Sesungguhnya Ali a.s telah mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdillah al-Ghafiqi, tetapi ianya tidak ada di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
113. Surah al-Ahzab (33): 53
114. Surah al-Ahzab (33): 69
115. Surah Taha (20): 123
116. Surah al-Balad (90):1-3
117. Surah al-Anfaal(8): 41
118. Surah al-A'raaf (7): 181
119. Surah Ali 'Imran (3): 7
120. Abu Bakr
121. Umar
122. Surah Ali 'Imran (3):7
123. Surah al-Taubah (9): 16
124. Surah al-Anfaal (8): 61
125. Surah al-Insyiqaaq (84): 19
126. Abu Bakr
127. Umar
128. Uthman
129. Surah al-Qasas (28): 51
130. Surah al-Baqarah (2): 136
131. Surah al-Baqarah (2): 137
132. Surah Ali 'Imran (3): 68
133. Surah al-An'aam (6): 19
134. Surah Taha (20_:115
135. Surah al-Zukhruf (43): 43
136. Surah al-Baqarah (2): 90
137. Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 192 mencatatkan bahawa di sana terdapat ayat yang tertinggal selepas surah al-Ahzab (33): 25 iaitu "Bi 'Ali bin Abi Talib" Justeru, ayat yang mesti dibaca ialah "Kafa llahu l-Mu'minin al-Qital Bi 'Ali bin Abi Talib"
138. Surah al-Baqarah (2): 23
139. Surah al-Nisaa' (4): 47
140. Surah al-Nisaa' (4): 66
141. Surah al-Baqarah (2): 208
142. Abu Bakr, Umar dan Uthman
143. Surah al-A'laa (88): 16-19
144. Surah al-Baqarah (2): 87
145. Surah al-Syuura (42): 13
146. Surah al-A 'raaf (7): 43
147. Surah al-Nabaa' (78): 1-2
148. Surah al-Kahfi (18): 44
149. Surah al-Ruum (30): 30
150. Surah al-Anbiyaa' (21): 47
151. Apa yang dimaksudkan dengan al-Mawaaziin (timbangan) ialah para nabi dan para wasi a.s.
152. Surah Yunus (10): 15
153. Surah al-Mudaththir ( 74): 42-43
154. Surah al-Waaqi'ah (56): 10-11
155. Surah al-Jin (72): 16
156. Surah Fussilat (41): 30
157. Surah al-Saba' (34): 46
158. Surah al-Nisaa' (4): 137
159. Surah Ali 'Imran (3): 90
160. Abu Bakr
161. Umar
162. Uthman
163. Surah Muhammad (47): 25
164. Abu Bakr, Umar dan Uthman.
165. Surah Muhammad (47): 26
166. Abu Bakr dan Umar
167. Termasuk golongan Khawarij, Salafi, Wahabi dan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama'ah.
168. Surah al-Zukhruf ( 43): 79-80
169. Surah al-Hajj (22): 25
170. Abu Bakr, Umar, Khalid bin Walid, Salim Maula Huzaifah dan Sa'd bin Abi Waqqas. Mereka dikenali dengan "Ashab al-Khamsah" Lima sahabat yang telah membuat perjanjian di hadapan Ka'bah bahawa apabila Muhammad s.a.w mati, mereka akan menghalang Ali a.s dari menjadi khalifah. Lihat Kitab Sulaim, hlm.87.
171. Surah al-Mulk (67): 29
172. Surah al-Nisaa' (4): 135
173. Surah Fussilat (41): 27
174. Surah al-Mu'min (40): 12
175. Surah al-Ma'aarij ( 70): 1-2
176. Al-Suyuti, al-Itqan, iii, hlm. 82, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 180 meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa beliau telah berkata: "Surah al-Ahzab (33) di baca pada zaman Rasulullah s.a.w sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa Uthman menulis mashaf, ianya tinggal 73 ayat sahaja. Ini bererti 127 ayat telah dihilangkan.
177. Surah al-Dhaariyaat (51): 8-9
178. Surah al-Balad (90): 11-13
179. Surah Yunus (10): 2
180. Surah al-Hajj (22): 19
181. Surah al-Kahf (18): 44
182. Surah al-Baqarah (2): 138
183. Perjanjian di alam roh
184. Surah Nuh (71): 28
185. Surah al-Ahzab (33): 33
186. Surah Yunus (10): 58
187. Surah al-Dukhaan (44): 40-42
188. Surah al-Haaqqah ( 69): 12
189. Surah al-Baqarah (2): 59
190. Surah al-Nisaa' (4): 167. Perkataan kafaruu (mereka telah kafir) sebeum perkataan zalamuu, tidak ada di dalam teks asal. Justeru, tidak hairanlah jika Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394, al-Turmudhi, Sahih, v, hlm. 191 menyatakan bahawa Surah al-Dhaariyaat (51): 58 telah diubah dari teks asalnya inni ana al-Razzaq kepada inna llaha huwa al-Razzaq iaitu teks sekarang.
191. Surah al-Nisaa' (4): 170
192. Surah al-Nisaa' (4): 66
193. Surah al-An'aam (6): 19
194. Surah al-Taubah (9): 105
195. Al-Ma'munuun ialah mereka yang diamanahkan lagi maksum (para imam a.s).
196. Surah al-Hijr (15): 41 Abu Abdillah a.s membacanya dengan perkataan "'Ali" bukan 'alayya sementara teks sekarang tertulis 'alayya ertinya ke atasku.
197. Surah al-Israa' (17): 89
198. Surah al-Kahf (18): 29
199. Surah al-Jin (72): 18
200. Surah Yusuf (12): 108
201. Surah al-Dhaariyaat (51): 35-36
202. Surah al-Mulk ( 67): 27
203. Surah al-Buruuj (85): 3
204. Surah al-A'raaf 97): 44
205. Surah al-Hajj (22): 24
206. Surah al-Hujuraat (49): 7
207. Abu Bakr
208. Umar
209. Uthman
210. Surah al-Ahqaaf (46): 4
211. Abu Bakr
212. Umar
213. Uthman, Mu'awiyah dan keturunannya.
214. Surah Taha (20): 116
215. Surah al-Taghaabun (64): 2
216. Surah al-Taghaabun ( 64): 12
217. Surah al-Hajj (22): 45
218. Surah al-Zumar ( 39): 65
219. Surah al-Zumar ( 39): 66
220. Surah al-Nahl (16): 83
221. Surah al-Ma'idah (5): 55
222. Surah al-Nahl (16): 83
223. Surah al-Furqaan (25): 63
224. Surah Luqman (31): 14
225. Umar bin al-Khattab. Hantamah adalah ibu Umar bin al-Khattab.
226. Abu Bakr
227. Surah Luqman 931): 15
228. Ibu bapa yang menyeru anak mereka kepada perkara mungkar mesti ditentang secara baik.
229. Surah Ibrahim (14): 24
230. Surah al-An 'aam (6): 158
231. Surah al-Baqarah (2): 81
232. Surah Huud (11): 118-119
233. Surah al-A'raaf (7): 156
234. Yang menentang Ahlu l-Bait a.s
235. Surah al-A'raaf (7): 157
236. Abu Bakr, Umar dan Uthman
237. Surah al-Zumar (39): 54
238. Surah Yunus (10): 64
239. Surah Ali 'Imran (3):162-163
240. Surah Faathir (35): 10
241. Surah al-Hadiid (57): 28
242. Surah Yunus (10): 54
243. Surah al-Balad (90): 11
244. Surah al-Balad (90): 13. Iaitu memerdekakan hamba.
245. Surah al-Baqarah (2): 40
246. Surah Maryam (19): 73
247. Definisi mukminin: Mereka yang mengakui Amir al-Mukminin a.s dan para wasi a.s selepasnya.
248. Surah Maryam (19): 74
249. Surah Maryam (19): 75
250. Surah Maryam (19): 76
251. Surah Maryam (19): 87
252. Surah Maryam (19): 96
253. Surah Maryam (19): 97
254. Surah Yaasiin (36): 6
255. Surah Yaasiin (36): 7
256. Surah Yaasiin (36): 9
257. Surah Yaasiin (36): 10
258. Al-Suyuti, Durr al-Manthur, v, hlm. 192 mencatat bahawa terdapat ayat yang tertinggal selepas Surah al-Ahzab (33): 25, iaitu "Bi 'Ali bin Abi Talib" Justeru, ayat yang dibaca dahulu ialah: "Kafa llahu al-Mu'minin al-Qital bi 'Ali bin Abi Talib"
259. Surah Yaasiin(36): 11
260. Surah al-Taghaabun (64): 8
261. Tanzil bererti apa yang telah diturunkan (wahyu).
262. Surah al-Munaafiquun (63): 3
263. Surah al-Munaafiqiin (63): 1
264. Surah al-Munaafiqiin ( 63): 3
265. Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 menacatatkan riwayat daripada 'Aisyah bahawa beliau telah berkata: "Ayat al-Radha'ah (penyusuan) sebanyak sepuluh kali telah diturunkan oleh Allah dan ianya ditulis dalam mashaf di bawah katilku, tetapi manakala Rasulullah s.a.w mati dan kami sibuk dengan kematiannya, maka ianya telah hilang"
266. Surah al-Munaafiqiin (63): 5
267. Surah al-Munaafiqiin (63): 6
268. Surah al-Mulk ( 67): 22
269. Surah al-Haaqqah ( 69): 40
270. Surah al-Haaqqah (69): 41
271. Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an, iaitu "La targhabuu 'an aabaa'i-kum", tetapi ianya tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
272. Surah al-Haaqqah (69): 48- 52
273. Surah al-Jin (72):13
274. Surah al-Jin (72): 23-24
275. Surah al-Muzzammil (73): 10-11
276. Surah al-Muddaththir (74): 31
277. Surah al-Muddaththir (74): 35
278. Surah al-Muddaththir (74): 37
279. Surah al-Muddaththir (74): 39
280. Surah al-Muddaththir (74)" 43
281. Surah al-Muddaththir (74): 49
282. Surah al-Muddaththir ( 74): 54
283. Suraj al-Insaan (76): 7
284. Perjanjian di alam roh.
285. Surah al-Insaan (76): 23
286. Surah al-Insaan (76): 29
287. Surah al-Insaan 976): 31
288. Surah al-Baqarah (2): 57
289. Surah al-Baqarah (2): 57
290. Surah al-Mursalaat (77): 15-18
300. Surah al-Mursalaat (77): 41
301. Surah al-Naba' (78): 38
302. Surah al-Mutaffifiin (83): 7
303. Surah al-Mutaffiffin (83(: 17
304. Surah Taha (20): 124-127
305. Surah al-Syuura ( 42): 19-20
306. Surah al- Zukhruf (43): 87
307. Surah Yunus (10): 74
308. "Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?"
309. Surah al-Saad ( 38): 39
310. Ali a.s telah membaca a'ti (berikanlah), bukan amsik (tahanlah) sebagaimana ditulis di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
311. Surah al-Hijr (15): 75
312. Surah al-Hijr (15): 76
313. Surah al-Ruum (30): 22
314. Kebanyakan sejarawan berpendapat bahawa baginda s.a.w telah bernikah dengan Khadijah ketika berusia dua puluh lima tahun dan baginda s.a.w telah dilahirkan pada 17 hb Rabi' al-Awwal pada tahun gajah dan mati pada 28 hb Safar tahun 11 hijrah.
315. Bererti tidak ada manusia yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w. Justeru, para imam a.s tidak melebihi kedudukannya di dalam semua perkara.
316. Ali dan para imam a.s.
317. Surah al-A'raaf ( 7): 172
318. Jika tidak, baginda s.a.w melalui jalan lain.
319. Surah al-Najm ( 53): 9
320. Mancung
321. Berhati-hati
322. Selain daripada Syiah Ali
323. Surah Ali 'Imran (3): 185
324. Untuk menentangnya s.a.w
325. Allah mengetahui dalih-dalih kamu dan mencampakkan kamu ke neraka.
326. Raja Habsyah dan tenteranya.
327. Cucuku
328. Ini menunjukkan bahawa 'Abd al-Muttalib adalah seorang yang berkedudukan tinggi di sisi Allah meskipun beliau bukanlah seorang nabi yang diketahui.
329. Surah al-Nisaa' (4): 69-70
330. Surah al-Ahzab (33): 56
331. Seorang Imam a.s disembahyangkan oleh seorang Imam a.s. Rasulullah s.a.w adalah seorang nabi dan seorang imam.
332. Surah al-Ahzab (33): 56
333. Di langit yang dikunjungi oleh para malaikat.
334. Hadis ini dikira mursal kerana Ja'far bin al-Muthanna adalah daripada sahabat al-Ridha a.s dan beliau tidak sempat berjumpa dengan Abu Abdillah a.s. Lantaran itu, hadis ini dikira majhul atau mursal. Justeru, penyeliaan kubur Nabi s.a.w atau para imam a.s adalah tidak dilarang, malah digalakkan.
335. Kekayaan negeri Farsi
336. Abu Talib telah mengetahui bahawa anak lelakinya Ali a.s akan menjadi wasi Rasulullah s.a.w.
337. Pertalian bapa saudara sebelah ibu.
338. Kemungkinan suara daripada malaikat.
339. Kubur al-Jabanah
340. Supaya kuburnya tidak diketahui oleh musuh-musuhnya yang diketui oleh Abu bakr, Umar dan pengikut-pengikut mereka berdua.
341. Surah al-A'raaf (7): 87
342. Perjanjian di alam roh.
343. Bubur daging
344. Isteri al-Hasan a.s
345. Menurut kiraan manusia biasa, tetapi Fatimah a.s tidak mempunyai darah haid seperti Maryam ibu nabi Isa a.s. Justeru, mereka berdua dipanggil al-Batul.
346. Sebelum berita imamah kepada zuriatnya melalui (al-Husain) a.s.
347. Surah al-Ahqaaf (46):15 Di dalam mashaf Uthman dibaca ihsaanan sementara Abu Abdillah a.s membaca husnan.
348. Surah al-Ahqaaf ( 46):15
349. Surah al-Safaat (37): 88-89
350. Safinah adalah gelaran hamba Rasulullah s.a.w, dipanggil Abu Dujaanah, namanya Qais.
351. Al-Asad adalah Abu Harith
352. Asad
353. Daripada tumbuhan-tumbuhan.

22
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 117

Kelahiran Ali Bin Al-Husain A.S (maulid 'Ali bin al-Husain a.s)
Ali bin al-Husain a.s telah dilahirkan pada tahun 38 hijrah dan mati pada tahun 95 hijrah ketika berusia 57 tahun. Ibunya Salamah atau Syahrubanuwaih binti Yazdajir bin Syahriyar bin Syiruwaih bin Kisra Abruiz. Yazdajir adalah raja Farsi yang terakhir.

(836)-1. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani-rahima-hu llah-dan Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada 'Abd al-Rahman bin Abdullah al-Khaza'i, daripada Nasr bin Mazahim, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala anak perempuan Yazdajir dikemukakan kepada Umar, beliau telah memuliakannya sebagai puteri Madinah, masjid dihiasi dengan cahayanya manakala beliau masuk. Manakala Umar telah melihat kepadanya, maka beliau telah menutup mukanya dan berkata: "uf biruj bada hurmuz" Maka Umar telah berkata: Adakah beliau ini mencela aku, Umar mahu menentangnya. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Umar: Ia bukan untuk anda, berilah pilihan kepadanya supaya memilih seorang lelaki di kalangan muslimin dan hitunglah beliau daripada fa'i-nya. Maka Umar telah memberi pilihan kepadanya, lalu beliau telah datang dan meletakkan tangannya di atas kepala al-Husain a.s. Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Apakah nama anda?
Maka beliau telah berkata: Jihan Syah, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Malah Syahrubanuwaih, kemudian beliau a.s telah berkata kepada al-Husain a.s: Wahai Abu Abdillah, beliau akan melahirkan untuk anda sebaik-baik penduduk bumi, maka beliau telah melahirkan Ali bin al-Husain a.s dan dikatakan kepada Ali bin al-Husain a.s: Anak lelaki kepada dua orang yang terpilih, maka pilihan Allah daripada Arab adalah Hasyim dan daripada bukan Arab adalah orang Farsi. Diriwayatkan bahawa Abu al-Aswad al-Di'li telah berkata mengenainya:

Dan sesungguhnya seorang budak
Di antara Kisra dan Hasyim
Adalah lebih mulia daripada orang
Yang digantung tangkal di atasnya

(837)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain a.s telah memiliki seekor unta betina, beliau telah menaikinya sebanyak dua puluh dua kali haji dan beliau tidak pernah memukulnya, beliau telah berkata: Unta betina itu telah datang selepas kematiannya dan kami tidak menyedari kedatangannya melainkan [selepas] sebahagian daripada khadam dan hamba kami berkata: Sesungguhnya unta betina itu telah keluar dan datang ke kubur Ali bin al-Husain a.s, lalu melutut di atasnya dan menggosok kuburnya dengan tengkuknya di dalam keadaan mulutnya berbuih, maka aku telah berkata: Dapatkannya, dapatkannya dan bawalah ia kepadaku sebelum mereka mengetahuinya atau melihatnya, beliau telah berkata: Unta betina itu tidak pernah melihat kuburnya [sebelum ini].

(838)-3. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Isa, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila bapaku Ali bin al-Husain a.s telah mati, maka unta betinanya telah datang sehingga ia telah memukul kuburnya dengan tengkuknya dan berguling di atasnya, maka aku telah menyuruh supaya ia dikembalikan kepada kandangnya. Sesungguhnya bapaku telah menaikinya untuk mengerjakan haji dan umrah dan beliau tidak pernah memukulnya.
"Ibn Babwaih"

(839)-4. Al-Husain bin Muhammad bin 'Amir, daripada Ahamd bin Ishaq bin Sa'd, daripada Sa'dan bin Muslim, daripada Abi 'Ammarah, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala pada malam dijanjikan padanya Ali bin al-Husain a.s, maka beliau telah berkata kepada Muhammad a.s: Wahai anak lelakiku, carilah [air] wuduk untukku, beliau telah berkata: Maka akupun telah berdiri dan aku telah membawa [air] wuduk kepadanya. Beliau berkata: Aku tidak mahu ini kerana padanya sesuatu yang telah mati.
Beliau telah berkata: Maka akupun telah keluar dan aku telah datang dengan lampu, tiba-tiba padanya seekor tikus telah mati, maka aku telah membawa kepadanya air wuduk yang lain. Maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, inilah malam yang aku telah dijanjikan dengannya, lalu beliau telah berpesan tentang unta betinanya supaya beliau menjaganya dan disediakan untuknya makanan kering, maka aku telah melakukannya padanya. Beliau telah berkata: Tidak berapa lama selepas itu, ia telah keluar sehingga mendatangi kubur[nya].
Lalu ia telah memukulnya dengan tengkuknya dan dua matanya berlinang, lalu didatangi Muhammad bin Ali dan dikatakan kepadanya: Sesungguhnya unta betina telah keluar, lalu beliau telah datang kepadanya dan berkata: Diam sekarang! Berdirilah semoga Allah telah memberkati anda, tetapi ia tidak melakukannya. Maka beliau telah berkata: Jika Ali bin al-Husain a.s keluar menaikinya ke Makkah, maka beliau telah menggantungkan tongkat di atasnya, tetapi beliau tidak memukulnya sehingga ia memasuki Madinah, beliau telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah keluar pada waktu malam yang gelap, lalu beliau telah membawa guni padanya dinar dan dirham sehingga beliau mendatangi pintu ke pintu, maka beliau telah mengetuknya, kemudian memberi[nya] kepada orang yang keluar kepadanya.

(840)-5. Muhammad bin Ahmad, daripada bapa saudaranya Abdullah bin al-Salt, daripada al-Hasan bin Ali binti Ilyas, daripada Abu al-Hasan a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Ali bin al-Husain a.s manakala hampir mati, beliau telah menutup matanya, kemudian beliau telah membuka dua matanya dan membaca "Idha waqa'at al-Waaqi'atu" dan "Inna fatah-na la-ka" Kemudian beliau telah berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami menempati tempat di dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki, maka syurga itu sebaik-baik balasan bagi mereka yang beramal" Kemudian beliau telah mati pada ketika itu juga tanpa berkata apa-apa.

(841)-6. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah mati ketika berusia 57 tahun pada tahun 95 hijrah, beliau telah hidup selepas [kematian] al-Husain a.s selama 35 tahun.


Bab 118

Kelahiran Abu Ja'far Muhammad Bin 'Ali A.S (maulid Abi Ja'far Muhammad bin 'Ali a.s
Abu Ja'far a.s telah dilahirkan pada tahun 57 hijrah dan mati pada tahun 114 hijrah ketika berusia 57 tahun. Dikebumikan di al-Baqi' di Madinah pada kubur yang dikebumikan bapanya Ali bin al-Husain a.s., ibunya Umm Abdillah binti al-Hasan bin Ali bin Abu Talib a.s dan di atas zuriat mereka yang mendapat petunjuk.

(842)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Salih bin Mazid, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Abi al-Sabah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Ibuku telah duduk di sisi dinding, tiba-tiba dinding itu telah pecah, maka kami telah mendengar satu gegaran yang kuat, maka ibuku telah menggali dengan tangannya: Tidak, demi hak al-Mustafa, Allah tidak membenarkan anda terjatuh, lalu ia tinggal tergantung di udara sehingga beliau dapat melintasinya, lalu bapaku telah bersedekah kerananya seratus dinar, maka Abu al-Sabah telah berkata: Abu Abdillah a.s telah menyebut neneknya, ibu kepada bapanya pada suatu hari, maka beliau telah berkata: Neneknya adalah siddiqah dan tidak terdapat pada keluarga al-Hasan seorang perempuan sepertinya.
Muhammad bin al-Hasan, daripada Abdullah bin Ahmad tentang riwayat yang sama.

(843)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah al-Ansari adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang terakhir. Beliau adalah seorang lelaki yang menghabiskan masanya kepada kami Ahlu l-Bait. Beliau telah duduk pada masjid Rasulullah s.a.w memakai serban hitam, beliau telah menyeru: Wahai Baqir al-'Ilm, wahai Baqir al-'Ilm sehingga penduduk Madinah telah berkata: Jabir sedang meracau, maka beliau pula telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak meracau, tetapi aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapati seorang lelaki daripadaku, namanya adalah namaku dan tabiatnya seperti tabiatku.
Mencintai ilmu, maka inilah yang membawa aku berkata sedemikian, beliau telah berkata: Manakala Jabir telah berada pada suatu hari di sebahagian jalan di Madinah, tiba-tiba beliau telah melalui satu jalan yang mana padanya Muhammad bin Ali, manakala beliau telah melihat kepadanya, maka beliau telah berkata: Wahai budak, datanglah kepadaku, lalu beliau datang, kemudian beliau telah berkata kepadanya: Pusing, maka beliau telah berpusing, kemudian beliau telah berkata: Tabiat Rasulullah s.a.w, demi jiwaku di tangan-Nya, wahai budak, apakah nama anda? Beliau telah berkata: Namaku adalah Muhammad bin Ali bin al-Husain, maka beliau mulai mengucup kepalanya dan berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku, bapa anda Rasulullah s.a.w telah memberi salam kepada anda dan beliau berkata [kembali] sedemikian.
Beliau telah berkata: Muhammad bin Ali bin al-Husain telah pulang kepada bapanya di dalam keadaan tercengang, kemudian beliau telah memberitahu berita tersebut. Maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai anak lelakiku, Jabirlah yang telah melakukannya, beliau telah berkata: Ya, beliau telah berkata: Tinggal saja di rumah, wahai anak lelakiku, Jabir telah mendatangi budak ini pada dua tepi siang (pagi dan petang), beliau adalah sahabat Nabi s.a.w yang terakhir. Tidak lama selepas itu, Ali bin al-Husain a.s telah datang kepadanya dengan penuh kehormatan kerana persahabatannya dengan Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata: Ali bin al-Husain a.s mulai memberitahu kepada mereka tentang Allah, maka penduduk Madinah telah berkata: Kami tidak pernah melihat seorang yang lebih berani daripada ini.
Manakala beliau telah melihat apa yang mereka katakan, maka beliau telah memberitahu kepada mereka tentang Rasulullah s.a.w. maka penduduk Madinah telah berkata: kami tidak pernah melihat seorang yang paling berbohong daripada [lelaki] ini memberitahu kepada kami daripada orang yang beliau tidak pernah melihatnya. Manakala beliau melihat apa yang mereka katakan, lalu beliau a.s telah memberitahu kepada mereka [hadis-hadis] daripada Jabir bin Abdullah, maka beliau telah berkata: Mereka telah memperakuinya dan Jabir bin Abdullah telah mendatanginya dan belajar daripadanya.

(844)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Muthanna al-Hannaat, daripada Abu Basir berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s, maka aku telah berkata: Kamu adalah pewaris Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah pewaris para nabi, beliau telah mengetahui setiap apa yang mereka telah mengetahuinya? Beliau telah berkata kepadaku: Ya, justeru, kamu mampu menghidupkan orang yang telah mati dan menyembuhkan orang yang buta dan sopak?
Beliau telah berkata: Ya, dengan izin Allah, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Dekatkan kepadaku, wahai Abu Muhammad, maka aku telah mendekatinya, lalu beliau telah menyapukan di atas mukaku dan di atas mataku, lalu aku telah melihat matahari, langit, bumi, rumah-rumah dan setiap sesuatu di rumah, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mahu begini, bagi anda apa yang dimiliki manusia dan di atas anda apa [yang akan berlaku] di atas mereka pada hari Kiamat atau anda kembali sebagaimana anda dahulu dan bagi anda adalah syurga? Aku berkata: Aku kembali sebagaimana aku dahulu, lalu beliau telah menyapu di atas mataku, maka aku telah kembali sebagaimana aku dahulu, beliau telah berkata: Maka aku telah memberitahu kepada Ibn Abi 'Umair tentang perkara ini, maka beliau telah berkata: Aku naik saksi bahawa ini adalah benar sebagaimana siang hari adalah benar.

(845)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahamd, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ali, daripada 'Asim bin Hamid, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berada bersamanya pada suatu hari, tiba-tiba sepasang burung telah hinggap di atas dinding dan mengeluarkan suara mereka berdua, lalu Abu Ja'far a.s telah menjawab percakapan mereka berdua beberapa ketika, kemudian kedua-duanya telah terbang, manakala mereka berdua telah terbang di atas dinding, burung jantan telah mengeluarkan suaranya ke atas burung betina beberapa ketika.
Kemudian mereka telah terbang lagi, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah burung ini? Beliau telah berkata: Wahai Ibn Muslim, setiap sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah sama ada burung atau binatang atau sesuatu yang mempunyai roh, maka ia adalah lebih mendengar kepada kami dan lebih patuh daripada manusia bahawa sesungguhnya burung ini telah menyangka buruk terhadap pasangan betinanya, lalu burung betina telah bersumpah kepadanya bahawa ia tidak melakukannya dan berkata: Adakah anda meredai Muhammad bin Ali? Maka mereka berdua telah meredaiku, maka aku telah memberitahu kepadanya bahawa ia (burung jantan) adalah zalim kepada burung betina, kemudian ia telah mempercayainya (burung betina).

(846)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbaat, daripada Salih bin Hamzah, daripada bapanya, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, berkata: Manakala Abu Ja'far a.s telah dibawa ke Syam kepada Hisyam bin 'Abd al-Malik, beliau telah berada di pintunya, berkata kepada para sahabatnya dan mereka yang telah hadir di kalangan Bani Umayyah: Apabila kamu telah melihat aku telah mencela Muhammad bin Ali, kemudian kamu telah melihat aku telah berdiam diri, maka hendaklah setiap lelaki daripada kamu datang kepadanya dan mencelanya, kemudian beliau menyuruh supaya diberi kebenaran kepadanya.
Manakala Abu Ja'far a.s telah datang, maka beliau telah berkata: Al-Salamu 'alaikum, lalu beliau telah memberi salam kepada mereka secara umum, kemudian beliau telah duduk, maka Hisyam bertambah cemas kerana beliau tidak memberi salam kepadanya sebagai seorang khalifah dan beliau telah duduk tanpa kebenaran. Maka Hisyam mulai mencelanya dan berkata apa yang beliau akan katakan kepadanya: Wahai Muhammad bin Ali, masih ada seorang lelaki di kalangan kamu yang telah memecah-belahkan perpaduan muslimin, mendakwa untuk dirinya dan menyangka bahawa beliau adalah seorang imam yang bodoh dan sedikit ilmu, beliau telah mencelanya apa yang beliau mahu mencelanya.
Manakala beliau telah diam, maka seorang selepas seorang daripada mereka telah datang kepadanya dan mencelanya sehinga selesailah yang akhir mereka. Manakala mereka semuanya telah diam, maka beliau telah bangun berdiri, kemudian berkata: Wahai manusia, di mana kamu sekarang dan di mana kamu dikehendaki, dengan kamilah [orang] yang awal kamu dapat petunjuk dan dengan kamilah [orang] yang akhir kamu akan berakhir. Jika bagi kamu kerajaan yang cepat, maka bagi kami kerajaan yang ditangguhkan dan tidak ada selepas kerajaan kami kerajaan yang lain kerana kami adalah ahli yang berkesudahan baik sebagaimana Allah berfirman: "Dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertakwa" Kemudian Hisyam telah memerintahkan supaya beliau ditahan. Manakala beliau ditahan, semua orang telah mengambil ilmu daripadanya dan merasa kasih sayang kepadanya.
Justeru, ketua penjara telah datang kepada Hisyam dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku khuatir ke atas anda daripada penduduk Syam bahawa mereka akan menghalang di antara anda dan majlis anda ini, kemudian beliau telah menceritakan kepadanya tentang beritanya. Lalu beliau telah memerintahkan supaya beliau a.s dan para sahabatnya dibawa ke Madinah. Hisyam telah memerintahkan supaya mereka tidak dibenarkan ke pasar-pasar dan menghalang di antara mereka dan makanan dan minuman, maka mereka telah berjalan selama tiga hari tanpa makanan dan minuman sehingga mereka sampai ke Madyan. Lalu ditutup pintu bandar kepada mereka. Para sahabatnya telah mengadu kelaparan dan dahaga, beliau telah berkata: Beliau telah menaiki gunung untuk menyelia mereka, maka beliau telah berkata dengan suaranya yang tinggi: Wahai penduduk bandar yang zalim ahlinya, akulah baqiyyatu llah, Allah berfirman: "Baqiyyatu llah adalah lebih baik jika kamu benar-benar beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu" Beliau telah berkata: Pada mereka seorang syeikh yang telah datang kepada mereka dan berkata: Wahai kaum, ini, demi Allah, adalah dakwah nabi Syu'aib, demi Allah, jika kamu tidak keluar kepada lelaki ini di pasar-pasar, nescaya kamu akan diambil dari atas kamu dan dari bawah kaki kamu, lantaran itu, percayalah kepadaku pada kali ini dan patuhilah aku dan bohongilah aku pada apa yang kamu mulakan, sesungguhnya aku adalah penasihat kepada kamu.
Beliau telah berkata: Maka mereka telah bersegera keluar kepada Muhammad bin Ali dan para sahabatnya di pasar-pasar. Maka berita syeikh itu telah sampai kepada Hisyam bin 'Abd al-Malik, lalu beliau telah mengutus kepadanya dan mempertanggungjawabkannya dan tidak pula diketahui apa yang telah dilakukan kepadanya.

(847)-6. Sa'ad bin Abdullah dan al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Muhammad bin Ali al-Baqir telah mati ketika berumur 57 tahun pada tahun 114 hijrah dan telah hidup selama 19 tahun dan beberapa bulan selepas Ali bin al-Husain a.s.


Bab 119

Kelahiran Abu Abdillah Ja'far Bin Muhammad A.S (maulid Abi Abdillah Ja'far bin Muhammad a.s)
Abu Abdillah a.s telah dilahirkan pada tahun 83 hijrah dan telah mati pada tahun 148 hijrah ketika berusia 65 tahun, dikebumikan di al-Baqi' pada kubur dikebumikan bapanya, datuknya dan al-Hasan bin Ali a.s. Ibunya Umm Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr dan ibu Umm Farwah adalah Asmaa' binti 'Abd al-Rahman bin Abu Bakr.

(848)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Ibrahim bin al-Hasan, berkata: Wahab bin Hafs telah memberitahu kepadaku, daripada Ishaq bin Jarir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sa'id bin al-Musayyab, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr dan Abu Khalid al-Kabili adalah daripada mereka yang dipercayai oleh Ali bin al-Husain a.s, berkata: Ibuku adalah di kalangan orang yang telah beriman, bertakwa, baik dan Allah mencintai mereka yang berbuat baik, berkata: Ibuku telah berkata: Bapaku telah berkata: Wahai Umm Farwah, sesungguhnya aku berdoa kepada Allah untuk pendosa-pendosa Syiah kita pada satu hari dan satu malam sebanyak seribu kali. Sesungguhnya kami apabila bala menimpa kami, kami bersabar di atas apa yang kami mengetahui tentang pahalanya sedangkan mereka bersabar di atas apa yang mereka tidak mengetahuinya.

(849)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Sulaiman bin Sama'ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Ja'far al-Mansur telah mengarahkan Abu al-Hasan bin Zaid, walinya di al-Haramain supaya membakar rumah Ja'far bin Muhammad, lalu beliau telah mencampakkan api di rumah Abu Abdillah a.s, maka api telah membakar pintu di al-Dahliz. Abu Abdillah a.s telah keluar melangkah [kepada] api dan berjalan padanya sambil berkata: Aku adalah anak lelaki daripada tanah (Adam) dan aku adalah anak lelaki Ibrahim Khalilu llah a.s.

(850)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Barqiy, daripada bapanya, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Rafid hamba Yazid bin 'Amru bin Hubairah berkata: Ali bin Hubairah telah memarahiku dan bersumpah untuk membunuhku, lalu aku telah melarikan diri daripadanya dan aku telah berlindung dengan Abu Abdillah a.s, maka aku telah memberitahu kepadanya beritaku, maka beliau telah berkata kepadaku: Pulanglah dan sampaikan salamku kepadanya dan katalah kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengupah di atas anda hamba anda Rafid, justeru, janganlah anda melakukan kejahatan kepadanya, aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, [beliau[ seorang Syam yang buruk pendapatnya, maka beliau telah berkata: Pergilah kepadanya sebagaimana aku katakan kepada anda.
Maka akupun telah pergi, manakala aku telah berada di sebahagian wadi, seorang badwi telah menyambutku, maka beliau telah berkata: Ke manakah anda sedang pergi, sesungguhnya aku sedang melihat kepada muka [anda] yang akan dibunuh, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluarkan tangan anda, maka akupun telah melakukannya. Maka beliau telah berkata: Tangan [anda] yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata: Tunjukkanlah tubuh anda? Maka akupun telah melakukannya, beliau telah berkata: Tubuh [anda] yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunjukkanlah kaki anda, maka akupun telah menunjukkan kakiku, kemudian beliau telah berkata: Kaki yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunjukkanlah tubuh anda?
Maka aku telah melakukannya, maka beliau telah berkata: Tubuh yang akan dibunuh. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluarkan lidah anda, maka aku telah melakukannya. Maka beliau berkata kepadaku: Pergilah, kerana anda tidak akan diperlakukan apa-apa. Sesungguhnya pada lidah anda ada utusan (risalah). jika anda telah mendatangi gunung-gunung yang kuat dengannya, nescaya ia mematuhi anda. Beliau telah berkata: Maka aku telah datang sehingga aku telah berdiri di pintu Ibn Hubairah, lalu aku telah meminta izin, manakala aku telah datang kepadanya, beliau telah berkata: Wahai budak, kain alas meja dan pedang, kemudian beliau telah memerintahku [dibelenggu].
Lalu aku dibelenggu dan diikat kepalaku dan tukang pedang telah berdiri di hadapanku untuk memenggal kepalaku, maka aku telah berkata: Wahai Amir, janganlah anda melakukan kekerasan kepadaku, sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan kerelaan hatiku dan di sini satu perkara aku akan menyebutnya kepada anda, kemuliaan anda dan keadaan anda, maka beliau telah berkata: Katakanlah, maka aku telah berkata: Tinggallah aku [dengan anda sahaja], lalu beliau telah memerintahkan mereka yang hadir [supaya keluar], maka merekapun telah keluar, aku telah berkata kepadanya: Ja'far bin Muhammad telah mengirim salamnya kepada anda dan beliau telah berkata kepada anda: Aku telah mengupah di atas anda hamba anda Rafid, justeru, janganlah anda melakukan kejahatan kepadanya. Maka beliau telah berkata: Allah, sesungguhnya Ja'far [bin Muhammad] telah berkata kepada anda kata-kata ini dan beliau telah mengirim salamnya kepadaku?
Maka aku telah bersumpah untuknya, lalu beliau telah menjawabnya kepadaku sebanyak tiga kali, kemudian beliau telah merombak belengguku, kemudian beliau telah berkata: Aku tidak berpuas hati sehingga anda membuat kepadaku apa yang aku telah buat kepada anda, aku telah berkata: Tanganku tidak mahu melakukannya dan jiwaku tidak tenang dengannya, maka beliau telah berkata: Demi Allah, tidak akan memuaskan hatiku melainkan dengan itu, maka akupun telah melakukannya kepadanya sebagaimana beliau telah melakukannya kepadaku dan aku telah melepaskannya, kemudian beliau telah memberi cincinnya (copnya) dan berkata: Segala urusan aku di tangan anda, maka uruslah padanya apa yang anda mahu.

(851)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin 'Abd al-'Aziz, daripada al-Khubairi, daripada Yunus bin Zubyan, Mufadhdhal bin Umar, Abi Salmah al-Sarraj dan al-Husain bin Thuwair bin Abi Fakhitah, mereka telah berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau telah berkata: Di sisi kami khazanah bumi dan kunci-kuncinya, jika aku mahu, nescaya aku boleh menekankan salah satu kakiku dan berkata: Keluarlah emas yang ada di sisi anda, nescaya ia keluar, beliau telah berkata: Kemudian beliau telah menggali dengan salah satu kakinya dan melangkah ke bumi dengan satu langkah, lalu bumi itu terbuka.
Kemudian beliau telah menggali dengan tangannya: Maka beliau telah mengeluarkan satu keping emas ukuran satu jengkal, kemudian beliau telah berkata: Lihatlah kepadanya baik-baik, lalu kami telah melihatnya, tiba-tiba ia adalah kepingan-kepingan yang banyak yang bersinar-sinar, maka sebahagian daripada kami berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, kamu diberikan apa yang diberikan sedangkan Syiah kamu masih berhajat? Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kami dan Syiah kami dunia dan akhirat dan akan memasukkan mereka syurga-syurga Na'im dan akan memasukkan musuh kita ke neraka.

(852)-5. Al-Hasan bin Muhammad, daripada al-Mu'alla bin Muhammad, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mempunyai seorang jiran yang mengikuti seorang sultan, lalu beliau telah mendapat harta yang banyak. Maka beliau telah menyediakan penyanyi-penyanyi, mengumpulkan semua orang kepadanya, meminum arak dan menyakitiku, lalu aku telah mengadu kepadanya bukan sekali, tetapi beliau tidak menghentikannya, apabila aku bertegas terhadapnya, beliau telah berkata kepadaku: "Aku adalah seorang yang diuji sedangkan anda seorang yang belum diuji. Jika anda membentangkan aku kepada sahabat anda, aku telah berharap bahawa Allah akan menyelamatkan aku dengan anda".
Kata-katanya telah terlekat di hatiku, manakala aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, aku telah menyebut keadaannya kepadanya, maka beliau telah berkata kepadaku: Apabila anda kembali ke Kufah, beliau akan datang kepada anda, maka katakanlah kepadanya: Ja'far bin Muhammad telah berkata kepada anda: Tinggallah apa yang anda di atasnya dan aku menjamin untuk anda di atas Allah syurga, beliau telah berkata: Beliau telah menangis, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Allah, Abu Abdillah a.s telah berkata ini kepada anda? Beliau telah berkata: Maka aku telah bersumpah untuknya bahawa sesungguhnya beliau a.s telah berkata kepadaku apa yang aku telah katakan. Beliau telah berkata kepadaku: Hasbu-ka, dan beliau telah pergi. Selepas beberapa hari, beliau telah mengutus kepadaku dan menyeruku, tiba-tiba beliau di belakang rumahnya di dalam keadaan bertelanjang.
Maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, tidak, demi Allah, tidak ada sesuatu yang telah tinggal di rumahku melainkan aku telah mengeluarkannya dan aku sebagaimana anda lihat, beliau telah berkata: Maka akupun telah pergi kepada saudara-saudara kami, lalu aku telah mengumpulkan untuknya pakaiannya. Kemudian beberapa hari selepas itu, beliau telah mengutus kepadaku [menyatakan]: "Sesungguhnya aku sakit, maka datanglah kepadaku", kemudian aku telah datang kepadanya dan aku merawatinya sehingga beliau mati. Aku telah berada di sisinya sedang beliau memuji dirinya. Maka beliau telah pengsan seketika, kemudian beliau telah sedar dan berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, sahabat anda telah menunaikannya untuk kami, kemudian beliau telah mati-rahmat Allah ke atasnya-manakala aku telah mengerjakan haji, aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, aku telah meminta izin daripadanya.
Manakala aku telah masuk, beliau telah mula berkata kepadaku: Sesiapa yang telah memasuki rumah[ku] dan salah satu kaki[nya] di dataran [rumahku] dan yang satu lagi di rumahnya di Dihliz: Wahai Abu Basir! Sesungguhnya kami telah menunaikan [kebaikan] untuk sahabat anda.

(853)-6. Abu Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad bin al-Asy'ath berkata: Beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui sebab kemasukan kami di dalam urusan ini dan keilmuan kami dengannya? Dan tidak ada di sisi kami sebutan daripadanya dan tidak ada keilmuan sesuatu di sisi manusia, beliau telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Apakah itu?
Beliau telah berkata: Sesungguhnya Abu Ja'far-iaitu Abu al-Dawaaniq-telah berkata kepada Abu Muhammad bin Asy'ath: Wahai Muhammad, carilah untukku seorang lelaki yang berakal yang akan menunaikan [sesuatu] untukku, maka bapaku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah dapat mencarinya untuk anda, ini polan Ibn Muhajir, bapa saudaraku, beliau telah berkata: Datanglah bersamanya kepadaku, beliau telah berkata: Maka aku telah mendatanginya dengan bapa saudaraku, lalu Abu Ja'far al-Dawaaniq telah berkata kepadanya: Wahai Ibn Muhajir, ambillah harta ini dan pergilah ke Madinah, pergilah kepada Abdullah bin al-Hasan bin al-Hasan dan beberapa orang keluarganya antara mereka adalah Ja'far bin Muhammad, maka katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya aku adalah seorang perantau dari penduduk Khurasan dan Syiah kamu telah mengemukakan kepada kamu harta ini dan berilah kepada setiap orang daripada mereka di atas syarat tertentu.
Maka apabila mereka telah menerima harta itu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku adalah seorang utusan dan aku suka rancangan kamu bersamaku dengan penerimaan kamu akan harta tersebut. Maka beliau telah mengambil harta itu dan pergi ke Madinah. Kemudian beliau telah pulang kepada Abu al-Dawaaniq dan Muhammad bin al-Asy'ath di sisinya, maka Abu al-Dawaaniq telah berkata kepadanya: Apakah berita anda? Beliau telah berkata: Aku telah datang kepada mereka dan ini adalah rancangan mereka dengan menerima harta itu kecuali Ja'far bin Muhammad.
Sesungguhnya aku telah datang kepadanya ketika beliau sedang melakukan sembahyang di masjid Rasul s.a.w, maka aku telah duduk di belakangnya dan aku telah berkata sehingga beliau berpaling, maka aku telah menyebut kepadanya apa yang aku telah menyebutnya kepada para sahabatnya, lalu beliau telah pulang dengan segera, kemudian beliau telah berpaling kepadaku dan berkata: Wahai ini [lelaki], bertakwalah kepada Allah, janganlah anda menipu keluarga Muhammad kerana mereka hampir masa dengan Bani Marwan dan semua mereka berhajat, maka aku telah berkata: Apakah itu?
Aslaha-ka llahu, beliau telah berkata: Maka beliau telah merendahkan kepalanya daripadaku dan menceritakan kepadaku semua yang telah berlaku di antara aku dan anda sehingga seolah-olah beliau adalah orang ketiga kita, beliau telah berkata: Abu Ja'far (al-Dawaaniq) telah berkata kepadanya: Wahai Ibn Muhajir! Ketahuilah bahawa tidak ada daripada Ahlu-Bait Nabi s.a.w melainkan padanya muhaddath dan sesungguhnya Ja'far bin Muhammad adalah muhaddah kita pada hari ini, dan bukti ini adalah sebab kata-kata kita di dalam perkara ini.

(854)-7. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Sa'id, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah Ja'far bin Muhammad a.s telah mati ketika berusia 65 tahun pada tahun 148 hijrah dan beliau telah hidup selepas Abu Ja'far a.s selama 34 tahun.

(855)-8. Sa'd bin Abdullah, dariapda Abu Ja'far Muhammad bin Umar bin Sa'id, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Abu al-Hasan al-Awwal a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Aku telah mengapan bapaku dengan dua helai kain dari Syata



23
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 120

Kelahiran Abu Al-Hasan Musa Bin Ja'far A.S (maulid Abi al-Hasan Musa bin Ja'far a.s)
Abu al-Hasan Musa a.s telah dilahirkan di al-Abwaa' pada tahun 128 hijrah dan sebahagian mereka berkata: Pada tahun 129 hijrah dan mati pada bulan Rajab pada tahun 183 hijrah ketika berusia 54 atau 55 tahun. Beliau telah mati di di Baghdad di dalam tahanan al-Sindi bin Syahik. Harun telah membawanya dari Madinah pada 10 hb Syawwal tahun 179 hijrah. Harun telah datang ke Madinah ketika pulang daripada Umrah pada bulan Ramadan, kemudian Harun telah pergi melakukan haji dan membawanya bersamanya. Kemudian beliau telah pulang mengikut jalan Basrah, lalu menahannya di sisi Isa bin Ja'far. Kemudian beliau telah dibawa ke Baghdad dan ditahan di sisi al-Sindi bin Syahik. Kemudian beliau a.s telah mati di dalam tahanannya dan dikebumikan di Baghdad di kubur Quraisy. Ibunya seorang Umm al-Walad, dikenali dengan nama Hamidah.

(856)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin al-Sindi al-Qummi, berkata: Isa bin 'Abd al-Rahman telah memberitahu kepada kami, daripada bapanya, berkata: Ibn 'Akasyah bin Muhsin al-Asadi telah datang kepada Abu Ja'far a.s ketika Abu Abdillah a.s sedang berdiri di sisinya, maka beliau telah mengemukakan anggur kepadanya, maka beliau telah berkata: Satu biji satu biji dimakan oleh syeikh yang tua dan kanak-kanak, tiga dan empat biji dimakan oleh orang yang menyangka bahawa ia tidak dapat mengenyangkannya dan semuanya dua biji, dua biji disunatkan, lalu beliau telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Apakah sebab anda tidak mengahwinkan Abu Abdillah a.s sedangkan beliau boleh kahwin? Beliau berkata: Di antara dua tangannya terdapat wang yang telah dicapkan, maka beliau telah berkata: Peniaga hamba daripada penduduk Barbar akan datang dan akan bermalam di rumah Maimun, justeru, kita akan membeli [hamba] untuknya dengan wang ini (surrah). Maka beliau telah berkata: Kemudian beliau telah datang untuk tujuan itu, pada suatu hari, kami telah datang kepada Abu Ja'far a.s, lalu beliau telah berkata: Sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu tentang peniaga hamba yang aku telah menyebutnya kepada kamu, telah datang. Lantaran itu, pergilah dan belilah dengan mata wang ini seorang hamba perempuan daripadanya.
Beliau telah berkata: Maka kami telah datang kepada peniaga hamba itu, maka beliau telah berkata: Aku telah menjual apa yang ada di sisiku kecuali dua orang hamba perempuan yang sakit, salah satu daripadanya adalah menyerupai yang lain, kami telah berkata: Maka beliau telah mengeluarkan mereka berdua sehingga kami melihat kepada mereka berdua, maka kami telah berkata: Berapakah anda akan menjual kepada kami yang serupa ini, beliau telah berkata: Tujuh puluh dinar, kami telah berkata: Lebih baik, beliau telah berkata: Aku tidak akan mengurangkannya daripada tujuh puluh dinar.
Kami telah berkata kepadanya: Kami akan membelinya daripada anda dengan mata wang ini mengikut apa yang ada dan kami tidak mengetahui jumlah yang ada di dalamnya dan di sisinya seorang lelaki yang berambut putih dan berjanggut putih, berkata: Pecahkan dan timbanglah, maka peniaga hamba itu telah berkata: Janganlah anda memecahkannya kerana jika satu biji telah kurang daripada tujuh puluh dinar, aku tidak akan menjualkannya kepada kamu, maka syeikh itu telah berkata: Dekatkan diri kamu, maka kami telah mendekatinya dan memecahkan kepingan wang, lalu kami telah menimbang dinar, tiba-tiba jumlahnya adalah tujuh puluh dinar, tidak lebih dan tidak kurang, lantas kami telah mengambil hamba perempuan itu, kemudian kami telah membawanya kepada Abu Ja'far a.s dan Ja'far sedang berdiri di sisinya, maka kami telah memberitahu kepada Abu Ja'far a.s apa yang telah berlaku, lalu beliau telah memuji Allah, kemudian beliau telah berkata: Apakah nama anda?
Beliau telah berkata: Hamidah, maka beliau telah berkata: Hamidah di dunia dan Mahmudah di akhirat, beritahulah kepadaku sama ada anda seorang dara atau janda? Beliau telah berkata: Seorang dara, beliau telah berkata: Bagaimana tidak berlaku sesuatu di tangan peniaga-peniaga hamba melainkan mereka merosakkannya, beliau telah berkata: Peniaga itu telah datang kepadaku dan telah cuba untuk melakukan hubungan seks denganku, tiba-tiba seorang lelaki yang berambut putih dan berjanggut putih menguasainya pada setiap kali beliau mahu mengadakan bubungan seks denganku dengan menamparnya sehingga beliau bangun daripadaku. Beliau telah melakukan kepadaku beberapa kali dan syeikh itu juga telah melakukannya kepadanya beberapa kali. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ja'far, ambillah Hamidah kepada anda, maka beliau telah melahirkan sebaik-baik penduduk bumi Musa bin Ja'far a.s.

(857)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin Ahmad, daripada Ali bin al-Husain, daripada Ibn Sinan, daripada Sabiq bin al-Walid, daripada al-Mu'alla bin Khanis bahawa Abu Abdillah a.s telah berkata: Hamidah telah dibersihkan daripada segala kekotoran seperti kepingan emas, malaikat sentiasa menjaganya sehingga beliau dibawa kepadaku sebagai kehormatan daripada Allah kepadaku dan al-Hujjah selepasku.

(858)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu Qatadah al-Qummi, daripada Abu Khalid al-Zubali, berkata: Manakala Abu al-Hasan Musa a.s dikemukan kepada [khalifah] al-Mahdi, beliau telah bermalam di Zubalah, lalu aku telah bercerita kepadanya tentangnya, beliau telah melihatku di dalam keadaan dukacita, lalu beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Khalid, kenapa aku melihat anda berdukacita? Maka aku telah berkata: Bagaimana aku tidak berdukacita sedangkan anda akan dibawa kepada taaghiyah ini dan aku tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada anda, maka beliau telah berkata: Tidak ada keburukan apabila bulan tertentu atau pada hari tertentu, lalu beliau telah menunaikan [janjinya] kepadaku pada awal malam, justeru, aku tidak ada sebarang niat jahat melainkan menghitung bulan-bulan dan hari-hari sehingga tiba hari itu, maka aku telah menunaikannya.
Aku sentiasa berada di sisinya sehingga mata hari hampir terbenam dan syaitan telah melakukan waswas di dadaku dan aku telah takut untuk mengesyaki kata-katanya. Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, aku telah melihat kepada [beberapa orang] hitam telah datang dari sudut Iraq, maka aku telah menyambut mereka, tiba-tiba Abu al-Hasan a.s sedang menunggang seekor baghal betina, maka beliau telah berkata: Eh, wahai Abu Khalid, aku telah berkata: Labbai-ka, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Janganlah anda syak, syaitan mahu anda telah syak, maka aku telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah melepaskan anda daripada mereka, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya aku akan pulang kepada mereka, aku tidak dapat melepaskan diriku daripada mereka.

(859)-4. Ahmad bin Mihran dan Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Rasyid, daripada Ya'qub bin Ja'far bin Ibrahim berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan bin Musa a.s, tiba-tiba seorang lelaki Nasrani telah datang kepadanya dan kami bersamanya di al-'Uriadh , maka lelaki Nasrani itu telah berkata kepadanya: Aku telah datang kepada anda dari negeri yang jauh, perjalanan yang sukar dan aku telah memohon kepada Tuhanku selama tiga puluh tahun supaya Dia menunjukkan kepadaku sebaik-baik agama, sebaik-baik hamba-Nya dan yang paling alim mereka, maka seorang telah datang kepadaku di dalam tidur, lalu beliau telah menceritakan kepadaku tentang seorang lelaki di Damascus.
Maka aku telah pergi sehingga aku telah mendatanginya dan bercakap dengannya, beliau telah berkata: Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang agamaku dan orang lain pula adalah lebih mengetahui daripadaku, maka aku telah berkata: Tunjuklah kepadaku orang yang lebih mengetahui daripada anda kerana aku tidak akan membesar-besarkan perjalanan[ku] dan kesukaran tidak akan menjauhkan aku. Sesungguhnya aku telah membaca Injil semuanya, mazmur Daud, empat bahagian Taurat dan aku telah membaca zahir al-Qur'an sehingga aku telah mengikuti semuanya, maka orang alim itu telah berkata kepadaku: Jika anda mahu ilmu orang Nasrani, maka aku adalah orang yang paling mengetahui di kalangan Arab dan bukan Arab, jika anda mahu ilmu orang Yahudi, maka Bati' bin Syarhabil al-Samiri adalah orang yang paling alim tentangnya pada hari ini.
Jika anda mahu ilmu Islam, ilmu Injil, ilmu Taurat, ilmu Zabur, kitab Hud, setiap apa yang telah diturunkan kepada nabi daripada para nabi pada masa anda dan bukan pada masa anda dan berita yang telah diturunkan daripada langit, maka ia sama ada telah diketahui oleh seseorang atau tidak diketahui oleh seseorang, padanya penerangan kepada setiap sesuatu, penawar kepada seluruh alam, roh kepada orang yang beristerihat kepadanya, renungan kepada orang yang Allah menghendakinya kebaikan, teman kepada kebenaran, maka beliau akan menunjukkan anda kepadanya, justeru, anda datanglah kepadanya sekalipun anda berjalan kaki. Dan jika anda tidak mampu, maka anda merangkak kepadanya, jika anda tidak mampu, maka pergilah kepadanya dengan punggung anda (isti-ka).
Jika anda tidak mampu, maka dengan muka anda, maka aku telah berkata: Tidak, aku mampu berjalan dari segi badan dan harta, beliau telah berkata: Pergilah segera sehingga anda datang ke Yathrib, maka aku telah berkata: Aku tidak mengetahui Yathrib, beliau telah berkata: Pergilah sehingga anda datang ke Madinah Nabi s.a.w yang telah diutus kepada Arab, beliau adalah seorang nabi yang berbangsa Arab, Hasyimi. Apabila anda memasukinya, tanyalah tentang Ghanam bin Malik bin al-Najjar iaitu di sisi pintu masjidnya dan tunjukkanlah suasana Nasrani [anda] dan pakaiannya kerana walinya berkasar di atas mereka dan khalifah lebih kasar lagi.
Kemudian anda bertanya Bani 'Amru bin Mabzul dan beliau berada di Baqi' al-Zubair, kemudian anda bertanya tentang Musa bin Ja'far dan di manakah rumahnya dan di manakah beliau? Musafir atau tidak, jika beliau di dalam musafir, maka datanglah kepadanya kerana musafirnya adalah lebih dekat daripada anda pergi kepadanya, kemudian beritahulah kepadanya bahawa Matran 'Ulya al-Ghutah yang telah menunjukkan aku kepada anda dan beliau memberi salam kepada anda atau beliau akan memberi salam kepada anda.
Sesungguhnya aku telah banyak bermunajat kepada Tuhanku supaya Dia menjadikan Islamku di tangan anda, maka beliau telah menceritakan kepadanya kisah ini ketika beliau a.s sedang berdiri di atas tongkatnya. Kemudian beliau telah berkata: Jika anda membenarkan aku, wahai sayyidi, nescaya aku akan meletakkan tanganku di dadaku (kaffar-tu la-ka) dan akupun telah duduk. Maka beliau telah berkata: Aku telah membenarkan anda duduk, tetapi aku tidak membenarkan anda meletakkan tangan anda di dada (an tukaffir), lalu beliau telah duduk, kemudian beliau telah mencampakkan jubah dan penutup kepalanya.
Kemudian beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku bercakap? Beliau telah berkata: Ya, anda tidak datang melainkan untuknya, maka orang Nasrani itu telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku akan bertanya anda-aslaha-ka llahu-beliau telah berkata: Kembalikan salam kepada sahabatku atau anda tidak menjawab salam? Abu al-Hasan a.s telah berkata: Di atas sahabat anda supaya Allah memberi kepadanya petunjuk, adapun [jawapan] salam itu ialah apabila beliau memeluk agama kami, maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Sesungguhnya aku akan bertanya anda-aslaha-ka llahu-beliau telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang kitab Allah yang telah diturunkan ke atas Muhammad dan Dia telah bercakap kepadanya.
Kemudian ceritalah sebagaimana Dia telah menceritakannya, maka Dia telah berfirman: "Haa miim. Demi Kitab (al-Qur'an) yang menjelaskan (al-Kitab al-Mubin), sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam (lailatin) yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah" Apakah tafsirnya pada batin? Beliau telah berkata: Adapun Haa miin, maka ia adalah Muhammad s.a.w iaitu pada kitab Hud yang diturunkan kepadanya, iaitu kurang beberapa huruf . Adapun "al-Kitab al-Mubin" maka ia adalah Amir al-Mukminin Ali a.s. Adapun "al-Lailah" , maka ia adalah Fatimah a.s.
Adapun firman-Nya "fi-ha yufraqu kullu amrin hakim" Kebaikan yang banyak keluar daripadanya, maka beliau adalah seorang lelaki yang bijaksana, seorang lelaki yang bijaksana dan seorang lelaki yang bijaksana. Maka lelaki itu telah berkata: Ceritalah kepadaku yang pertama dan yang akhir daripada lelaki tersebut, maka beliau berkata: Sifat-sifat hampir sama, tetapi yang ketiga mereka akan menceritakan kepada anda apa yang akan keluar daripada keturunannya dan sesungguhnya di sisi kamu terdapat di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas kamu, sekiranya kamu tidak menukarkannya atau mengubahnya, tetapi kamu telah mengingkarinya dan pada masa dahulu kamu telah melakukannya.
Maka lelaki Nasrani itu berkata kepadanya: Sesungguhnya aku tidak akan menyembunyikan daripada anda apa yang aku telah mengetahuinya dan aku tidak akan membohongi anda, anda mengetahui apa yang aku katakan tentang kebenaran atau pembohongan. Demi Allah, Dia telah memberi kelebihan-Nya kepada anda, Dia telah membahagi-bahagikan kepada anda nikmat-nikamt-Nya yang tidak terlintas di hati, tidak dapat ditutup oleh mereka yang ingin menutupnya dan tidak dapat dibohongi tentangnya oleh mereka yang telah berbohong. Justeru kata-kata aku kepada anda itu adalah benar sebagaimana aku telah menyebutnya, maka ia juga sebagaimana anda telah menyebutnya.
Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Aku akan memberitahu kepada anda berita segera yang tidak diketahui melainkan oleh bilangan yag sedikit di kalangan mereka yang telah membaca kitab-kitab [terdahulu], lantaran itu, beritahulah kepadaku apakah nama ibu Maryam dan pada hari apakah Maryam ditiupkan roh kepadanya dan pada jam berapakah di siang hari, pada hari apakah Maryam telah melahirkan Isa a.s dan jam berapa pada siangnya?
Maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Aku tidak mengetahu[nya], maka Abu Ibrahim a.s telah berkata: Adapun nama ibu Maryam adalah Martha dan di dalam bahasa Arabnya bernama Waahibah. Adapun hari Maryam telah mengandungkan Isa a.s adalah Jumaat ketika gelincir matahari iaitu pada hari al-Ruh al-Amin telah turun dan tidak ada hari yang lebih baik daripadanya di sisi umat Islam. Allah telah membesar-besarkannya begitu juga Muhammad s.a.w, lalu Dia telah memerintahkan supaya baginda s.a.w menjadikannya hari perayaan pada hari Jumaat. Adapun hari Maryam telah melahirkannya adalah pada hari selasa pada 4.30 petang.
Dan adakah anda mengetahui sungai yang mana Maryam telah melahirkan Isa a.s? Lelaki Nasrani telah berkata: Tidak, beliau telah berkata: Furat di sana terdapat pohon-pohon kurma. Adapun hari yang mana Maryam telah menutup lidahnya tentangnya dan Qaidus telah menyeru anaknya dan pengikut-pengikutnya, lalu mereka telah menolongnya (Isa a.s) dan mengeluarkan keluarga 'Imran supaya mereka melihat kepada Maryam, maka mereka telah berkata kepadanya bahawa Allah tidak menceritakan tentang anda dan kami di dalam Kitab-Nya, adakah anda telah memahaminya? Beliau telah berkata: Ya, aku telah membaca pada hari ini tentang peristiwa itu, beliau a.s telah berkata: Jika begitu, janganlah anda berdiri dari tempat duduk anda sehingga Allah memberi petunjuk kepada anda, maka lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah nama ibuku di dalam bahasa Siryaniyyah dan bahasa Arab?
Beliau telah berkata: Nama ibu anda di dalam bahasa Siryaniyyah adalah 'Unqaaliyyah dan 'Unquurah adalah nama nenek anda sebelah bapa anda. Adapun nama ibu anda di dalam bahasa Arab adalah Mayyah. Adapun nama bapa anda adalah 'Abd al-Masih iaitu Abdullah di dalam bahasa Arab dan tidak ada hamba ('abd) bagi al-Masih. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Anda telah berkata benar dan anda telah melakukan kebaikan, maka apakah nama datukku? Beliau telah berkata: Nama datuk anda adalah Jibrail iaitu 'Abd al-Rahman yang mana aku telah menamakannya di dalam majlisku ini. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Adakah beliau seorang muslim? Abu Ibrahim a.s telah berkata: Ya, beliau telah mati syahid, tentera-tentera daripada penduduk Syam telah datang kepadanya, lalu membunuhnya secara tipu-daya. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah namaku sebelum nama keluarga[ku]?
Beliau telah berkata: Nama anda adalah 'Abd al-Salib, lelaki Nasrani itu telah berkata: Apakah anda akan menamakan aku? Beliau telah berkata: Aku akan menamakan anda Abdullah. Lelaki Nasrani itu telah berkata: Sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah Yang Maha Besar dan aku telah naik saksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagiNya, Tunggal dan tempat tumpuan. Dia tidak sebagaimana diceritakan oleh Nasrani dan Yahudi dan Dia tidak ada jenis-jenis syirik. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya, Dia telah menghantarnya dengan kebenaran, justeru, baginda s.a.w telah menerangkannya kepada keluarganya sekalipun ditentang oleh Ahli al-Batil.
Sesungguhnya baginda s.a.w adalah Rasulullah s.a.w kepada semua manusia, kepada yang berkulit merah, hitam dan semuanya bersyarikat padanya. Justeru, orang yang berfikir telah menerimanya dan telah mendapat petunjuk sementara ahli al-Batil menentangnya dan mereka telah sesat di atas dakwaan mereka. Dan aku naik saksi bahawa wali-Nya telah bercakap dengan bijaksana-Nya. Sesungguhnya orang yang sebelumnya daripada para nabi a.s telah bercakap dengan hikmah yang menyampaikan, mereka telah tolong-menolong di dalam mentaati Allah, mereka telah meninggalkan kebatilan dan ahlinya, kekotoran dan ahlinya, mereka telah meninggalkan jalan kesesatan dan Allah telah menolong mereka untuk mentaatiNya dan Dia telah menjaga mereka dari maksiat, maka mereka adalah para wali Allah dan penolong agama-Nya, mereka menggalakkan kebaikan dan menyuruh dengannya, aku telah beriman dengan yang kecil dan yang besar mereka dan orang yang aku telah sebut dan tidak sebutkan mereka, aku telah beriman kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Kemudian lelaki Nasrani itu telah memotong tali pinggangnya dan salibnya di tengkuknya daripada emas.
Kemudian beliau telah berkata: Perintahlah aku sehingga aku memberi sedekahku pada bila-bila masa anda menyuruhku, maka beliau telah berkata: Di sini saudara lelaki untuk anda. Beliau dahulu seperti (agama) anda, beliau seorang daripada golongan anda daripada Qais bin Tha'labah, beliau di dalam nikmat [Islam] seperti anda, anda menyamainya dan aku tidak berniat untuk menjauhkan hak Islam daripada kamu berdua, maka beliau telah berkata: Demi Allah-aslaha-ka llahu-sesungguhnya aku adalah seorang yang kaya dan aku telah meninggalkan tiga ratus cukai di antara kuda jantan dan kuda betina.
Aku telah meninggalkan seribu unta, maka hak anda padanya lebih banyak daripada hakku, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Anda adalah maula Allah dan rasul-Nya dan anda pada had keturunan anda di atas keadaan anda, maka Islamnya telah baik. Beliau telah mengahwini seorang perempuan daripada Bani Fihr dan maharnya telah diberikan oleh Abu Ibrahim a.s kepada perempuan itu sebanyak lima puluh dinar daripada sedekah Ali bin Abu Talib a.s. Beliau telah berkhidmat kepadanya a.s sehingga dikeluarkan Abu Ibrahim a.s [ke Baghdad], maka beliau (Abdullah) telah mati dua puluh lapan hari selepas itu.
(860)-5. Ali bin Ibrahim dan Ahamd bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Rasyid, daripada Ya'qub bin Ja'far berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ibrahim a.s dan seorang rahib lelaki daripada penduduk Najran al-Yaman telah datang kepadanya dan bersamanya seorang rahib perempuan (rahibah), lalu al-Fadhl bin Sawar telah meminta izin untuk mereka berdua, maka beliau telah berkata kepadanya: Besok, bawa datanglah mereka berdua di sisi perigi Umm Khair, beliau telah berkata: Pada keesokannya kami telah datang, lalu kami telah mendapati mereka juga telah datang.
Kemudian diperintahkan [supaya berada] di Khasfah Biwari, kemudian beliau telah duduk dan mereka juga telah duduk. Lalu rahib perempuan telah mula bertanya kepadanya beberapa masalah, semuanya dijawab oleh Abu Ibrahim a.s. Kemudian beliau a.s telah bertanya rahib perempuan tentang beberapa perkara, tetapi semuanya tidak dapat dijawab olehnya. Kemudian beliau telah memeluk Islam. Kemudian rahib lelaki mulai bertanya kepadanya, maka beliau a.s telah menjawab semuanya, maka rahib lelaki telah berkata: Aku pernah kuat di dalam agamaku dan aku tidak membiarkan seorangpun orang Nasara di bumi mencapai tahapku dari segi ilmu.
Dan aku telah mendengar seorang lelaki di India, apabila beliau mahu melakukan haji di Bait al-Maqdis [perjalanannya] di dalam satu hari satu malam, kemudian beliau kembali ke rumahnya di India, maka aku telah bertanya tentangnya, di bumi manakah beliau? Maka dikatakan kepadaku: Di Sibzaan Dan aku telah bertanya orang yang telah memberitahu kepadaku, maka beliau telah berkata: Iaitu ilmu yang didapati oleh Aasif sahabat Sulaiman apabila beliau telah membawa singgahsana Saba' sebagaimana telah disebut oleh Allah di dalam kitab kamu dan juga di dalam kitab-kitab kami. Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Berapakah bagi Allah nama yang tidak disebut? Rahib lelaki telah berkata: Nama-nama[Nya] adalah banyak, adapun yang pasti daripadanya adalah tujuh.
Maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku apa yang anda ingat? Maka rahib lelaki telah berkata: Tidak, Allah yang telah menurunkan Taurat ke atas Musa dan menjadikan Isa sebagai iktibar kepada semua alam dan fitnah bagi [menguji] kesyukuran mereka yang mempunyai akal. Dia telah menjadikan Muhammad sebagai keberkatan dan rahmat, Dia telah menjadikan Ali a.s sebagai iktibar dan renungan, Dia telah menjadikan para wasi daripada keturunannya dan keturunan Muhammad, aku tidak mengetahui[nya].
Jika aku telah mengetahuinya, nescaya aku tidak berhujah tentangnya kepada percakapan anda dan aku tidak datang kepada anda dan bertanya anda, maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Kembalilah kepada cerita lelaki India, maka rahib lelaki telah berkata kepadanya: Aku tidak mengetahui nama-namanya dan aku tidak mengetahui hakikatnya dan penjelasannya, aku tidak mengetahui apakah ia dan bagaimana, maka aku telah pergi sehingga aku telah sampai ke Sibzaan di India, maka aku telah bertanya [orang ramai] tentang lelaki itu, maka dikatakan kepadaku: Sesungguhnya beliau telah membina sebuah biara di atas sebuah gunung, maka beliau tidak keluar dan tidak dilihat melainkan pada setiap tahun dua kali.
[Penduduk] India telah menyangka bahawa Allah telah memancarkan mata air di dalam biaranya, menanamkan tanaman untuknya tanpa usahanya, membajak untuknya tanpa usahanya, maka aku telah sampai ke pintunya, lalu aku telah berada di pintu selama tiga hari, aku tidak mengetuk pintu. Manakala pada hari keempat, Allah telah membuka pintu dan seekor lembu betina telah datang membawa kayu api, menarik hasil tanaman, hampir [air] susunya terkeluar, lalu aku telah menolak pintunya, maka ia telah terbuka, maka aku telah mengikutinya dan aku telah masuk, tiba-tiba aku mendapati seorang lelaki sedang berdiri melihat ke langit, lalu beliau menangis dan beliau melihat ke bumi, lalu beliau menangis dan beliau melihat kepada gunung ganang, lalu beliau menangis, maka aku telah berkata: Subhana llah, alangkah sedikit orang seperti anda pada masa kita ini!
Maka beliau telah berkata kepadaku: Demi Allah, aku hanya satu kebaikan (hasanatun) daripada kebaikan-kebaikan (hasanaat) seorang lelaki yang anda telah meninggalkannya di belakang anda, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah diberitahu bahawa di sisi anda satu nama daripada nama-nama Allah yang mana anda sampai dengannya pada setiap hari dan malam di Bait al-Maqdis dan anda kembali ke rumah anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui Bait al-Muqaddas? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui melainkan Bait al-Maqdis di Syam? Beliau telah berkata: Ia bukan Bait al-Maqdis, tetapi Bait al-Muqaddas iaitu Bait Aali Muhammad s.a.w, maka aku telah berkata kepadanya: Adapun apa yang aku telah mendengarnya sehingga hari aku ini adalah Bait al-Maqdis.
Maka beliau telah berkata kepadaku: Itu adalah mihrab para nabi (mahaarib al-Anbiyaa'), atau dipanggil: Kawasan mihrab (haziirah al-Mahaarib), sehingga telah datang masa (fitrah) di antara Muhammad dan Isa s.a.w dan bala telah mendekati golongan syirik dan dendam kasumat telah mengambil peranan syaitan, maka mereka telah mengubah dan menukarnya dan mereka telah memindahkan nama-nama tersebut sebagaimana firman Allah t.w-batin adalah untuk keluarga Muhammad begitu juga zahirnya-: "Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya Allah tidak menurunkannya untuk (menyembah)nya"
Aku telah berkata kepadanya: Aku telah datang kepada anda dari negeri yang jauh, aku telah mengharumi lautan, dukacita, kesusahan, ketakutan, aku pada waktu pagi dan petang berputus asa melainkan aku dapat memenuhi hajatku, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku tidak melihat ibu anda telah mengandungkan anda melainkan malaikat telah datang kepadanya dan aku tidak mengetahui bahawa bapa anda ketika mahu bersetubuh dengan ibu anda melainkan beliau telah mandi dan datang kepadanya ketika ibu anda di dalam keadaan suci. Kemudian beliau telah mengakhiri untuknya dengan kebaikan, [berkata]: Kembalilah ke negeri anda dan pergilah sehingga anda berada di Madinah Muhammad s.a.w yang dipanggil Tayyibah dan namanya pada masa Jahiliyah adalah Yathrib.
Kemudian pergilah ke satu tempat yang dipanggil al-Baqi', kemudian tanyalah tentang rumah yang dipanggil: Dar Marwan, maka tinggallah di situ selama tiga hari, kemudian tanyalah tentang syeikh yang hitam (aswad) yang berada di pintunya bekerja di al-Biwari, berlembutlah dengan syeikh itu dan katakan kepadanya: Teman sebilik anda telah bermalam di sudut rumah yang ada kayu-kayu kecil di empat penjuru, telah mengutusku, kemudian tanyalah beliau tentang polan bin polan, tanyalah beliau tentang kelabnya dan tanyalah beliau bilakah beliau datang padanya dan anda akan dapat melihatnya.
Atau beliau akan menceritakannya kepada anda, maka anda akan mengenalinya dengan sifatnya atau aku akan menceritakannya kepada anda, aku telah berkata: Apabila aku bertemu dengannya apakah yang aku akan buat? Beliau telah berkata: Tanyalah beliau apa yang telah berlaku dan akan berlaku dan tanyalah beliau tentang tanda-tanda agama orang yang telah lalu dan orang yang ada sekarang, maka Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya sahabat anda yang anda telah berjumpa dengannya telah memberi nasihat kepada anda. Rahib lelaki telah bertanya: Siapakah namanya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Mutammim bin Fairuz, beliau adalah daripada anak-anak Farsi, daripada orang yang telah beriman kepada Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagiNya.
Beliau telah menyembahNya dengan ikhlas dan yakin, beliau telah lari daripada kaumnya kerana takutkan mereka. Justeru, Allah memberi hikmat kepadanya dan menunjukkannya kepada jalan kebijaksanaan dan telah menjadikannya daripada mereka yang bertakwa, Dia telah memperkenalkan di antaranya dan hamba-hamba-Nya yang ikhlas, beliau menzirahi Makkah pada setiap tahun mengerjakan haji dan mengerjakan umrah pada setiap awal bulan, beliau datang dari tempatnya di India ke Makkah, sebagai satu kelebihan daripada Allah dan pertolongan[Nya]. Demikianlah Allah memberi ganjaran kepada mereka yang bersyukur. Kemudian rahib lelaki itu telah bertanya kepadanya soalan-soalan yang banyak. Semuanya dijawabnya.
Dan beliau a.s telah bertanya kepada rahib lelaki itu, tetapi beliau tidak dapat menjawabnya, lalu beliau telah menceritakannya kepadanya, kemudian rahib lelaki telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang lapan huruf yang telah turun di bumi empat daripadanya dan tinggal di udara empat, kepada siapakah empat huruf di udara itu diturunkan dan siapakah yang mentafsirkannya? Beliau telah berkata: Itu adalah [untuk] Qaim kami, Allah akan menurunkannya kepadanya, maka beliau akan mentafsirkannya dan Dia akan menurunkan kepadanya apa yang tidak diturunkan kepada siddiqiin, para rasul dan mereka yang mendapat petunjuk.
Kemudian rahib lelaki telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang dua huruf daripada empat huruf yang [diturunkan] di bumi, apakah ia? Beliau telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda empat semuanya, adapun yang pertamanya: Tiada tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, tiada sekutu bagiNya lagi kekal dan kedua: Muhammad Rasulullah s.a.w seorang yang ikhlas, ketiga: Kamilah Ahlu l-Bait, keempat: Syiah kami adalah daripada kami dan kami adalah daripada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah adalah daripada Allah dengan sebab, maka rahib lelaki berkata kepadanya: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.
Dan sesungguhnya apa yang telah didatangkannya dari sisi Allah adalah benar dan sesungguhnya kamu adalah pilihan Allah daripada makhluk-Nya dan sesungguhnya Syiah kamu adalah disucikan [diampun], ditukarkan [kejahatan mereka kepada kebaikan] dan bagi mereka ganjaran daripada Allah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Kemudian Abu Ibrahim a.s telah menyeru dengan jubah, baju [sederhana], baju besar dan songkok, lalu beliau telah memberikannya kepadanya dan beliau telah melakukan sembahyang Zuhur dan berkata kepadanya: Berkhatanlah, maka beliau telah berkata: Aku telah berkhatan ketika berusia tujuh tahun.

(861)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin al-Mughirah, berkata: Seorang hamba lelaki yang soleh telah melalui seorang perempuan di Mina yang sedang menangis dan kanak-kanak di sekelilingnya turut menangis sama, [rupa-rupanya] seekor lembu betina miliknya telah mati, maka beliau telah mendekatinya, kemudian beliau berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda menangis, wahai hamba perempuan Allah? Beliau telah berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya kami mempunyai kanak-kanak yatim dan aku mempunya seekor lembu betina yang menjadi sumber rezeki kami dan sumber rezeki kanak-kanak, ia telah mati dan telah terputus denganku dan anak-anakku, tidak ada jalan lain lagi bagi kami.
Maka beliau telah berkata: Wahai hamba perempuan Allah, adakah anda mahu jika aku menghidupkannya untuk anda? Maka beliau telah diilhamkan supaya berkata: Ya, wahai hamba Allah, lalu beliau telah menjauhinya dan melakukan sembahyang dua rakaat, kemudian beliau telah mengangkat tangannya mengucap tahniah dan telah menggerakkan dua bibir mulutnya, kemudian beliau telah berdiri dan mengeluarkan suara ke arah lembu, lalu menendangnya dengan kakinya, lantas lembu betina itu bangun, manakala perempuan itu telah melihat kepada lembu betina itu, beliau telah meraung dan berkata: Isa bin Maryam dan Tuhan Ka'bah, kemudian beliau telah bergaul dengan oramg ramai dan menjadi sebahagian daripada mereka dan telah pergi a.s.

(862)-7. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-daripada Muhammad bin ali, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Ishaq bin 'Ammar berkata: Aku telah mendengar seorang lelaki soleh sedang meratapi seorang lelaki, maka aku telah berkata kepada diriku: Sesungguhnya beliau mengetahui bila lelaki daripada Syiahnya akan mati? Maka beliau telah berpaling kepadaku separuh marah, maka beliau telah berkata: Wahai Ishaq, sesungguhnya Rusyaid al-Hajari mengetahui ilmu manaya dan ilmu balaya dan imam a.s adalah lebih mengetahui dengannya.
Kemudian beliau telah berkata: Wahai Ishaq, buatlah apa yang anda mahu kerana umur anda sudah fana dan sesungguhnya anda akan mati dalam masa dua tahun dan saudara-saudara anda [akan mati] tidak lama selepas anda sehingga berpecah kalimat mereka dan sebahagian mereka akan mengkhianati sebahagian yang lain sehingga musuh mereka bergembira, maka ini ialah pada diri anda, maka aku telah berkata: Sesungguhnya aku memohon ampun daripada Allah apa yang terlintas di hatiku, tidak lama selepas majlis ini, beliau telah mati. Apa yang beliau telah lakukan ke atas mereka hanya sedikit sahaja sehingga anak-anak lelaki 'Ammar telah mengambil harta orang ramai, akhirnya mereka telah menjadi muflis.

(863)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajali, daripada Ali bin Ja'far berkata: Muhammad bin Isma'il telah datang kepadaku. Sesungguhnya kami telah mengerjakan umrah pada bulan Rajab dan kami pada waktu itu telah berada di Makkah, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya aku mahu pergi ke Baghdad dan aku mahu memberi ucapan selamat jalan kepada bapa saudaraku Abu al-Hasan-Iaitu Musa bin Ja'far a.s, aku mahu anda pergi bersamaku kepadanya, maka aku telah keluar bersamanya kepada saudaraku yang berada di rumahnya di al-Hubah, itu adalah selepas Maghrib, maka aku telah mengetuk pintu, lalu saudaraku telah menjawab kepadaku, maka beliau telah berkata: Siapakah ini?
Maka aku telah berkata: Ali, maka beliau telah berkata: Beliaulah ini, keluar-beliau lambat mengambil wuduk-maka aku telah berkata: Cepatlah, beliau telah berkata: Aku cepat, lalu beliau telah keluar memakai kain sarung yang berwarna merah yang mana beliau telah mengikatnya di tenguknya sehingga beliau telah duduk di depan pintu, maka Ali bin Ja'far telah berkata: Aku telah memeluknya, aku telah mengucup kepalanya dan aku telah berkata: Sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan satu urusan jika anda melihatnya betul, maka Allah akan memberi taufik kepadanya dan jika tidak sedemikian, alangkah banyaknya langkah yang kita mesti lalui, beliau telah berkata: Apakah dia?
Aku telah berkata: Ini anak saudara anda mahu mengucapkan selamat jalan kepada anda dan beliau akan pergi ke Baghdad, maka beliau telah berkata kepadaku: Panggilah beliau, lalu aku telah memanggilnya dan beliau telah berada jauh, maka beliau telah mendekatinya, lalu mengucup kepalanya sambil berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah menjawab kepadanya: Sesiapa yang menghendaki kejahatan kepada anda, maka Allah akan melakukannya untuknya dan beliau mulai berdoa ke atas orang yang menghendaki kejahatan kepadanya.
Kemudian beliau telah kembali, lalu beliau telah mengucup kepalanya, maka beliau telah berkata: Wahai bapa saudaraku, maka beliau telah berkata: Berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya anda bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah berkata: Sesiapa yang menghendaki kejahatan kepada anda, maka Allah akan melakukannya kepadanya, kemudian beliau telah kembali, lalu mengucup kepalanya, kemudian berkata: Wahai bapa saudaraku, berilah nasihat kepadaku, maka beliau telah berkata: Aku menasihati anda supaya bertakwa kepada Allah pada darahku, maka beliau telah berdoa ke atas orang yang menghendaki kejahatan kepadanya, kemudian beliau telah menjauhinya dan aku telah pergi bersamanya, maka saudaraku telah berkata kepadaku: Wahai Ali, tinggallah di tempat anda, maka aku telah berdiri di tempatku, lantas beliau telah memasuki rumahnya. Kemudian beliau telah memanggilku, akupun telah datang kepadanya, lalu beliau telah mengambil dompet yang berisi 100 dinar dan memberikannya kepadaku.
Beliau telah berkata: Katakan kepada anak saudara anda supaya beliau menggunakannya di dalam musafir, Ali telah berkata: Aku telah mengambilnya dan aku memasukkannya pada tepi pakaianku, kemudian beliau telah memberi kepadaku 100 dinar lagi dan beliau telah berkata: Berilah juga kepadanya, kemudian beliau telah memberi kepadaku dompet yang lain dan berkata: Berilah juga kepadanya, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apabila anda takut daripadanya seperti anda sebutkan, kenapa anda meminta tolong daripadanya untuk diri anda? Maka beliau telah berkata: Apabila aku telah menghubunginya, maka beliau telah memutuskan [perhubungan] denganku, Allah akan memutuskan ajalnya.
Kemudian beliau telah mengambil bantal kulit, padanya 3000 dirham dan berkata: Berilah ini juga kepadanya, beliau telah berkata: Maka aku telah keluar kepadanya, maka aku telah memberi kepadanya 100 dinar yang pertama, maka beliau telah bergembira dengannya sehingga aku telah menyangka bahawa beliau akan pulang dan tidak akan pergi, kemudian aku telah memberi kepadanya 3000 dirham, maka beliaupun pergi sehingga beliau telah datang kepada Harun dan memberi salam kepadanya dengan khilafah, lalu beliau telah berkata: Aku tidak menyangka di bumi ada dua khalifah sehigga aku telah melihat bapa saudaraku Musa bin Ja'far telah memberi salam kepadanya dengan khilafah, maka Harun telah menghantar kepadanya 100.000 dirham, maka Allah telah melontarnya dengan penyembelihan, tetapi beliau a.s tidak melihat kepada dirham dan menyentuhnya.

(864)-9. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, berkata: Musa bin Ja'far a.s telah mati ketika berusia 54 tahun pada tahun 183 hijrah dan telah hidup selepas Ja'far a.s selama 35 tahun.


Bab 121

Kelahiran Abu Al-Hasan Al-Ridha A.S (maulid Abi al-Hasan al-Ridha a.s)
Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah dilahirkan pada tahun 148 hijrah dam mati pada bulan Safar tahun 203 hijrah ketika berusia 55 tahun. Tarikh kematiannya adalah berbeza, tetapi tarikh inilah yang aku maksudkan. Beliau telah mati di Tus di sebuah kampung bernama Sanaabad daripada Nuqaan di atas misi dakwah dan dikebumikan di sana. Al-Makmun telah mengarahkannya supaya berpindah daripada Madinah ke Marv mengikut jalan Basrah dan Farsi. Apabila al-Makmun telah keluar, beliau telah memintanya supaya datang ke Baghdad bersamanya. Beliau a.s telah mati di kampung ini (Sanaabad) . Ibunya Umm walad dipanggil: Umm al-Baniin.

(865)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Ahmar berkata: Abu al-Hasan al-Awwal telah berkata kepadaku: Adakah anda telah mengetahui seseorang daripada penduduk al-Maghrib telah datang? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Ya, seorang lelaki telah datang, maka datanglah bersama kami. Lalu beliau telah menunggang [binatang] dan akupun telah menunggang bersamanya sehingga kami telah berakhir kepada lelaki itu, tiba-tiba beliau adalah lelaki daripada penduduk Madinah bersamanya seorang hamba lelaki. Maka aku telah berkata kepadanya: Bentangkan kepada kami, lalu beliau telah membentangkan kepada kami tujuh orang hamba perempuan.
Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku tidak berhajat pada mereka, kemudian beliau telah berkata: Bentangkan kepada kami, maka beliau telah berkata: Tidak ada di sisiku melainkan seorang hamba perempuan yang sakit, maka beliau telah berkata kepadanya: Tidak mengapa jika anda membentangkannya kepada kami, maka beliau enggan melakukannya, lalu beliau a.s. pulang. Kemudian besoknya beliau telah menghantar aku, maka beliau a.s telah berkata: Katakan kepadanya: Berapakah harga anda yang tertinggi padanya, maka apabila beliau menyebut harganya, maka katakan kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengambilnya. Kemudian aku telah mendatanginya, maka beliau telah berkata: Aku tidak mahu mengurangkan harganya daripada…, maka aku telah berkata: Aku telah mengambilnya. Maka beliau telah berkata: Beliau adalah milik anda, tetapi beritahulah kepadaku siapakah lelaki yang telah berada bersama anda kelmarin? Maka aku telah berkata: Seorang lelaki daripada Bani Hasyim, beliau telah berkata: Bani Hasyim yang mana? Maka aku telah berkata: Tidak ada di sisiku lebih banyak daripada ini, maka beliau telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda tentang hamba perempuan ini. Sesungguhnya aku telah membelinya dari pendalaman Maghrib, tiba-tiba seorang perempuan daripada ahli al-Kitab telah berjumpa dengan aku dan berkata: Siapakah hamba perempuan bersama anda?
Aku telah berkata: Aku sendiri telah membelinya, maka beliau telah berkata: Tidak sepatutnya hamba perempuan ini bersama lelaki seperti anda, sesungguhnya hamba perempuan ini sepatutnya berada di sisi sebaik-baik penduduk bumi, maka tidak lama kemudian, beliau telah berada di sisinya sehingga beliau telah melahirkan daripadanya seorang budak yang tidak pernah dilahirkan di timur dan di barat seumpamanya, beliau telah berkata: Aku telah membawanya kepadanya, tidak lama kemudian beliau telah melahirkan al-Ridha a.s.

(866)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Safwan bin Yahya berkata: Apabila Abu Ibrahim a.s telah mati dan Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah bercakap [tentang imamah], kami telah khuatir ke atasnya tentang urusan itu, maka dikatakan kepadanya: Sesungguhnya anda telah menzahirkan perkara yang besar dan sesungguhnya kami khuatir di atas anda akan taghut ini, maka beliau telah berkata: Hendalah beliau meningkatkan usahanya, justeru tidak ada jalan baginya ke atasku.

(867)-3. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Mansur, daripada saudaranya berkata: Aku telah datang kepada al-Ridha a.s di sebuah rumah di waktu malam, lalu beliau telah mengangkat tangannya seolah-olah di dalam rumahnya ada sepuluh lampu dan seorang lelaki telah meminta izin daripadanya atasnya, lantas beliau telah meletakkan tanganya, kemudian beliau a.s telah memberi izin kepadanya.

(868)-4. Ali bin Muhammad, daripada Ibn Jumhur, daripada Ibrahim bin Abdullah, daripada Ahmad bin Abdullah, daripada al-Ghifari berkata: Seorang lelaki daripada keluarga Abi Rafi' maula Rasulullah s.a.w dipanggil: Tais 'Alayya Haqqun telah membuat tuntutan kepadaku dan memaksa aku, tetapi orang ramai telah menolongnya. Manakala aku telah melihat perkara itu, akupun telah mengerjakan sembahyang Subuh di masjid Rasulullah s.a.w, kemudian aku terus menghala kepada al-Ridha a.s yang sedang berada di al-'Uraidh. Manakala aku telah menghampiri pintunya, tiba-tiba beliau telah menaiki keldai memakai baju berwarna merah. Manakala aku telah melihat kepadanya, maka aku merasa malu kepadanya. Apabila beliau sampai kepadaku, beliau telah berdiri dan melihat kepadaku, maka aku telah memberi salam kepadanya-itu adalah pada bulan Ramadan-maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya hamba anda Tais 'Alayya Haqqan telah membuatku menjadi masyhur dan aku telah menyangka pada diriku bahawa beliau menyuruhnya menahanku, demi Allah, aku tidak berkata kepadanya: Berapakah haknya ke atasku dan aku tidak menamakan sesuatu kepadanya, beliau telah menyuruhku duduk sehingga beliau pulang, aku di dalam keadaan sedemikian sehingga aku telah melakukan sembahyang Maghrib dan aku masih berpuasa.
Aku telah merasa cemas dan aku ingin pulang, tiba-tiba beliau telah pulang dan di sekelilingnya orang ramai yang telah bertanya kepadanya ketika beliau memberi sedekah kepada mereka. Lalu beliau telah pergi dan memasuki rumahnya. Kemudian beliau telah keluar dan menyeruku, maka akupun telah datang kepadanya dan masuk ke rumah bersamanya. Beliau telah duduk, maka akupun duduk bersamanya, maka aku mulai bercakap kepadanya mengenai Ibn al-Musayyab, gabenor Madinah dan banyak aku telah bercakap mengenainya. Manakala aku telah selesai bercakap mengenainya, beliau telah berkata: Aku tidak fikir anda telah berbuka puasa?
Maka aku telah berkata: Tidak, lalu beliau telah menyeru untukku dengan makanan, maka beliau telah meletakkannya di depanku dan menyuruh budak itu supaya makan bersamaku. Apabila kami selesai makan, beliau telah berkata kepadaku: Angkatlah bantal itu dan ambillah apa yang ada di bawahnya, maka akupun telah mengangkatnya, tiba-tiba ada wang dinar, maka aku telah mengambilnya dan aku telah meletakkannya di dalam gengamanku dan beliau telah menyuruh empat orang daripada hamba-hambanya supaya bersamaku sehingga mereka menghantarku ke rumahku, maka aku telah bertanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kumpulan Ibn al-Musayyab sedang merayau-rayau aku tidak suka beliau berjumpa denganku dan bersama-samaku hamba-hamba anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Tepat sekali kata-kata anda, Mudah-mudahan Allah menunjukkan anda kepada kecerdikan, lalu beliau telah menyuruh mereka pulang setelah aku menolak mereka.
Manakala aku telah menghampiri rumahku, aku merasa sunyi kerana menolak mereka, maka aku telah memasuki rumahku dan aku menyeru dengan lampu dan aku telah melihat wang dinar sebanyak 48 dinar dan hak lelaki itu ke atasku adalah 28 dinar dan padanya satu dinar yang cantik, ia mengangungkan aku, lalu aku telah mengambilnya dan aku telah menghampiri lampu itu, tiba-tiba di atasnya ukiran yang terang: Hak lelaki itu adalah 28 dinar dan apa yang lebih adalah hak anda, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahui hartanya ke atasku dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam yang telah memuliakan walinya.

(869)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa beliau a.s telah keluar dari Madinah pada tahun yang mana Harun telah mengerjakan haji, ingin mengerjakan haji, lalu berakhir di gunung di kiri jalan-jika anda menuju ke Makkah-dipanggil: Paari', maka Abu al-Hasan a.s telah melihat kepadanya: Wahai Paari', musnahkannya, nescaya beliau akan mengonyakkanya. Kami tidak mengetahui maknanya, apabila beliau a.s telah pergi, Harun telah sampai dan bermalam di tempat itu, Ja'far bin Yahya telah menaiki gunung itu, maka Harun telah menyuruhnya supaya membina untuknya satu "tempat beristirahat". Manakala Harun telah pulang dari Makkah, beliau telah menaiki gunung itu, lalu beliau telah menyuruh supaya tempat berihat itu dimusnahkan, manakala beliau pulang ke Iraq, maka ia telah dimusnahkannya.

(870)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim, daripada Ibrahim bin Musa berkata: Aku telah menggesa Abu al-Hasan a.s pada suatu perkara yang aku minta daripadanya, beliau telah menjanjikan aku, maka beliau telah keluar pada suatu hari untuk menjemput gabenor Madinah dan aku telah berada bersamanya, kemudian beliau telah mendekati istana polan, lalu beliau telah turun di bawah pohon-pohon dan aku telah turun bersamanya dan tidak ada bersama kami orang yang ketiga, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, hari raya ini Dia telah meneduhkan kita, demi Allah, aku tidak memiliki walaupun satu dirham, lalu beliau a.s telah mengguriskan bumi dengan tongkatnya, kemudian beliau telah memukul dengan tangannya, lalu beliau telah mengambil satu keping emas, kemudian beliau telah berkata: Manfaatkanlah dengannya dan rahsialah apa yang anda telah melihatnya.

(871)-7. Ali bin Ibrahim, daripada Yasir al-Khadim dan al-Rayyaan bin al-Salt, berkata: Manakala urusan pemecatan telah selesai, maka urusan (khilafah) telah tetap kepada al-Makmun, maka beliau telah menulis kepada al-Ridha a.s memintanya supaya datang ke Khurasan, maka Abu al-Hasana a.s telah memberi alasan yang bermacam-macam . Al-Makmun sentiasa menulis kepadanya tentangnya sehingga beliau mengetahui bahawa tiada sebab baginya untuk menolaknya. Maka beliau telah keluar dan Abu Ja'far a.s pada ketika itu berumur tujuh tahun, lalu al-Makmun telah menulis kepadanya: Janganlah anda mengambil jalan gunung dan Qum, ambillah jalan Basrah, al-Ahwaz dan Faris sehingga sampai di Marv, maka al-Makmun telah membentangkan kepadanya urusan khilafah.
Maka Abu al-Hasan a.s telah enggan, beliau telah berkata: Menjadi pengganti? Maka beliau a.s telah berkata: Di atas syarat-syarat yang aku akan bertanya anda tentangnya, maka al-Makmun telah berkata kepadanya: Tanyalah apa yang anda mahu, maka al-Ridha a.s telah menulis kepadanya: Sesungguhnya aku menjadi pengganti anda dengan [syarat] aku tidak menyuruh dan melarang, aku tidak memberi fatwa, aku tidak menghukum, aku tidak dilantik, aku tidak dijauhkan, aku tidak mengubah sesuatu daripada apa yang ada sekarang dan anda memaafkan aku daripada semuanya, maka al-Makmun telah menjawab semuanya, beliau telah berkata: Yasir telah memberitahu kepadaku berkata: Manakala tiba hari raya, al-Makmun telah mengutus kepada al-Ridha a.s memintanya supaya menghadiri [sembahyang] hari raya, bersembahyang dan memberi khutbah.
Maka al-Ridha a.s telah mengutus kepadanya: Sesungguhnya anda telah mengetahui syarat-syarat di antara anda dan aku di dalam perkara ini, lalu al-Makmun telah mengutus kepadanya: Sesungguhnya aku mahu sedemikian supaya hati orang ramai menjadi tenang dan mereka mengetahui kelebihan anda, maka beliau a.s sentiasa menjawab percakapannya tentang perkara itu, tetapi al-Makmun masih mendesaknya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, jika anda memaafkan aku tentang perkara itu, maka ia adalah perkara yang aku paling suka, jika anda tidak memaafkan aku, aku keluar sebagaimana Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s telah keluar. Maka al-Makmun telah berkata: Keluarlah sebagaimana anda kehendaki. Al-Makmun telah memerintahkan ketua-ketua tentera dan orang ramai supaya datang ke pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s.
Beliau telah berkata: Yasir telah memberitahu kepadaku bahawa orang ramai yang terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah duduk di jalan-jalan dan di atas bumbung-bumbung kerana Abu al-Hasan a.s. Sementara ketua-ketua tentera telah berkumpul di pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s. Manakala matahari telah naik, beliau a.s telah bangun, lalu beliau mandi dan memakai serban putih daripada kapas, meletak sebahagiannya di atas dadanya dan sebahagian yang lain di atas dua ketiaknya, lalu mengangkatnya. Kemudian beliau telah berkata kepada pengikut-pengikutnya: Buatlah sebagaimana aku telah membuatnya, kemudian beliau telah mengambil tongkatnya, kemudian beliau telah keluar dan kami telah berada di hadapannya. Beliau telah mengangkat seluarnya kepada separuh betis, manakala beliau telah berjalan, maka kamipun telah berjalan di hadapannya, beliau telah mengangkat kepalanya ke langit dan bertakbir sebanyak empat kali. Kami telah berkhayal seolah-olah langit dan dinding-dinding menjawabnya.
Sementara ketua-ketua tentera dan orang ramai telah bersedia dan mereka telah memakai senjata dan telah berhias dengan pakaian yang paling cantik. Manakala kami telah melihat kepada mereka dengan gambaran ini, al-Ridha a.s telah muncul dan berdiri di pintu seketika, kemudian beliau telah berkata: Allah akbar, Allah akbar, Allah akbar, [Allah akbar] di atas apa yang Dia telah tunjukkan kita, Allah akbar di atas apa yang Dia telah memberi rezeki kepada kita daripada binatang-binatang ternakan dan segala puji bagi Allah di atas apa yang Dia telah menguji kita" Kami telah mengangkat suara kami-Yasir telah berkata: Marv telah bergoncang dengan tangisan, riuh dan laungan manakala mereka telah melihat Abu al-Hasan a.s. Begitu juga dengan ketua-ketua tentera terjatuh dari kuda-kuda mereka apabila mereka melihat Abu al-Hasan a.s berjalan dan berhenti pada setiap sepuluh langkah dan bertakbir sebanyak tiga kali. Yasir telah berkata: Kami telah berkhayal bahawa langit dan gunung-gunung menjawabnya, justeru, Marv telah menjadi riuh daripada tangisan.
Berita ini telah sampai kepada al-Makmun, maka al-Fadhl bin Sahal Dhu al-Riyasatain telah berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, jika al-Ridha a.s telah sampai ke musalla dengan jalan ini, orang ramai akan tertarik kepadanya, pendapat[ku] bahawa anda memintanya supaya beliau pulang, maka al-Makmun telah mengutus kepadanya supaya beliau pulang, maka Abu al-Hasan a.s telah menyeru untuk kasutnya (khuff), lalu beliau telah memakainya, menunggang [binatang tunggangannya] dan pulang.

(872)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Yasir berkata: Manakala al-Makmun telah keluar dari Khurasan ke Baghdad dan al-Fadhl Dhu al-Riyasatain telah keluar dan kami telah keluar bersama Abu al-Hasan a.s, sepucuk surat telah sampai kepada al-Fadhl bin bin Sahl Dhi al-Riyasatain daripada saudaranya al-Hasan bin Sahl ketika kami telah berada di sebuah rumah: Aku telah melihat kepada penukaran tahun mengikut hisab bintang-bintang, maka aku telah mendapati padanya bahawa anda akan merasai pada bulan tertentu pada hari Rabu kepanasan besi dan kepanasan api, aku melihat anda, Amir al-Mukminin dan al-Ridha memasuki bilik mandi (al-Hammam) pada hari ini (Rabu), anda akan mengambil darah padanya (tahtajimu) dan darah akan terkena pada dua tangan anda"
Untuk menghilangkan dukacitanya daripadanya, maka Dhu al-Riyasatain telah menulis kepada al-Makmun tentang perkara itu dan telah memintanya supaya bertanya kepada Abu al-Hasan mengenainya, lalu al-Makmun telah menulis kepada Abu al-Hasan bertanya kepadanya tentangnya. Maka Abu al-Hasan telah menulis kepadanya: Aku tidak akan memasuki bilik mandi dan aku tidak melihat anda dan al-Fadhl memasuki bilik mandi besok, maka beliau telah mengulanginya sebanyak dua kali. Maka Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadanya, wahai Amir al-Mukminin, aku tidak akan memasuki bilik mandi besok kerana aku telah melihat Rasulullah s.a.w pada malam ini di dalam tidur, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, janganlah anda memasuki bilik mandi besok".
Aku tidak fikir anda dan al-Fadhl akan memasukinya besok. Al-Makmun telah menulis surat kepadanya, anda telah benar, wahai sayyidi, dan Rasulullah s.a.w telah benar, aku tidak akan memasuki bilik mandi besok dan al-Fadhl lebih mengetahuinya. Yasir telah berkata: Apabila waktu petang tiba dan matahari telah terbenam, al-Ridha a.s telah berkata kepada kami: Katakan kami berlidung dengan Allah daripada kejahatan yang akan berlaku pada malam ini, maka kami sentiasa berkata sedemikain.
Manakala al-Ridha a.s telah mengerjakan sembahyang Subuh, beliau telah berkata kepadaku: Naiklah di atas bumbung, maka dengarlah, adakah anda telah mendengar sesuatu? Apabila aku telah menaikinya, aku telah mendengar suara bising yang kuat, tiba-tiba kami dapati al-Makmun telah masuk dari pintu kepada rumahnya daripada rumah Abu al-Hasan seraya berkata: Wahai sayyidi, Wahai Abu al-Hasan, Allah memberi ganjaran kepada anda tentang al-Fadhl, sesungguhnya beliau telah enggan, tetapi beliau telah memasuki bilik mandi, tiba-tiba satu kumpulan telah memasukinya dengan pedang-pedang, lalu mereka telah membunuhnya dan tiga orang di kalangan mereka telah memasukinya.
Salah seorang daripada mereka adalah anak saudaranya al-Fadhl Ibn Dhi al-Qalamain. Beliau telah berkata: Tentera dan ketua-ketua tentera serta pengawal-pengawal al-Fadhl telah berada di pintu al-Makmun, mereka telah berkata: Inilah yang telah membunuhnya-Mereka maksudkan al-Makmun-kami akan menuntut darahnya dan mereka telah datang di pintu untuk membakar pintu [rumah]. Lalu al-Makmun telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Wahai sayyidi, anda melihat, anda keluar kepada mereka dan menyuraikan mereka, Yasir berkata: Abu al-Hasan telah menaiki (binatang) dan beliau telah berkata kepadaku: Naiklah, maka aku telah menaikinya. Manakala kami telah keluar dari pintu rumah, beliau telah melihat kepada orang ramai, maka beliau telah berkata kepada mereka: Bersurailah, bersurailah. Yasir telah berkata: Beliau telah berhadapan dengan orang ramai, lalu mereka telah mematuhinya dan beliau tidak menunjukkan kepada seseorang melainkan beliau telah menunggang dengan cepat dan melalui [mereka].

(873)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Musafir, daripada al-Wasyaa', daripada Musafir berkata: Manakala Harun bin al-Musayyab ingin mengenakan Muhammad bin Ja'far, Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata kepadaku: Pergilah dan katakan kepadanya: Janganlah anda keluar besok kerana jika anda keluar besok, anda akan dikalahkan dan para sahabat anda akan dibunuh dan jika beliau bertanya kepada anda dari manakah anda telah mengetahui [perkara] ini, maka katakan kepadanya: Aku telah melihatnya di dalam mimpi: Beliau telah berkata: Maka aku telah datang kepadanya, lalu aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan dirku tebusan anda, janganlah anda keluar besok kerana jika anda keluar, anda akan dikalahkan dan para sahabat anda akan dibunuh, maka beliau telah berkata kepadaku: Dari manakah anda telah mengetahui [perkara] ini?
Aku telah berkata: Aku telah melihat[nya] di dalam mimpi, maka beliau telah berkata: Seorang itu telah tidur, tetapi beliau tidak membasuh punggungnya, kemudian beliau telah keluar, lalu beliau dikalahkan dan para sahabatnya dibunuh, beliau telah berkata: Musafir telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s di Mina, tiba-tiba Yahya bin Khalid telah datang dengan menutup kepalanya daripada debu, maka beliau telah berkata: Kasihan! Mereka tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka pada tahun ini, kemudian beliau telah berkata: Yang paling pelik sekali adalah Harun, Musafir telah berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui makna hadis ini sehingga aku telah mengapankannya bersamanya.

(874)-10. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ali bin Muhammad al-Qasaani berkata: Sebahagian daripada para sahabat kami telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah membawa harta yang disangsikan kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka aku tidak melihatnya bergembira dengannya, beliau telah berkata: Aku telah berdukacita kerananya dan aku telah berkata kepada diriku: Aku telah membawa harta ini kepadanya dan beliau tidak bergembira dengannya, maka beliau telah berkata: Wahai budak, [bawalah] bekas dan air, beliau telah berkata: Maka beliau telah duduk di atas kerusi dan berkata kepada budak itu: Curahlah air ke atas[tangan]ku, beliau telah berkata: Maka beliau telah mulai mengalirkan air di antara anak-anak jarinya di dalam bekas, kemudian beliau telah berpaling kepadaku: Siapa yang di dalam keadaan begini, beliau tidak peduli kepada orang yang anda telah membawanya kepadanya.

(875)-11. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Ali bin Musa a.s telah mati ketika berusia 49 tahun dan beberapa bulan pada tahun 202 hijrah. Beliau telah hidup selama 19 tahun 10/11 bulan selepas Musa bin Ja'far a.s.



24
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 122

Kelahiran Abu Ja'far Muhammad Bin Ali al-Thani A.S (maulid Abi Ja'far Muhammad bin 'Ali al-Thani a.s)
Beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan tahun 195 hijrah dan mati pada tahun 220 hijrah pada akhir bulan Dhu al-Qa'idah ketika berusia 25 tahun 2 bulan 18 hari dan dikebumikan di al-Kazimiyyah, Baghdad di sisi datuknya Musa a.s. [Khalifah] Al-Muktasim telah memintanya supaya datang ke Baghdad pada awal tahun kematiannya. Ibunya adalah Umm walad dipanggil: Sabikah Nubiyyah atau Khaizaran. Dan diriwayatkan bahawa ibunya adalah daripada keluarga Mariah, ibu Ibrahim anak lelaki Rasulullah s.a.w.

(876)-1. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Ali bin Khalid-Muhammad telah berkata: Beliau adalah seorang yang bermazhab Zaidiyyah-berkata: Aku telah berada di al- 'Askar, maka berita telah sampai kepadaku bahawa di sana seorang lelaki ditahan, dibawa dari Syam di dalam keadaan [tangannya] bergari dan mereka telah berkata: Sesungguhnya beliau (lelaki) telah membuat ramalan (tanabba'a). Ali bin Khalid telah berkata: Aku telah datang ke pintu [penjara], aku telah melintasi dua penjaga pintu dan halangan-halangan sehingga aku telah sampai kepadanya, tiba-tiba aku telah mendapatinya seorang lelaki yang mempunyai fahaman yang baik.
Maka aku telah berkata: Apakah ini, apakah kisah anda dan apakah urusan anda? Beliau telah berkata: Aku telah berada di Syam, aku beribadat kepada Allah pada satu tempat dipanggil: Tempat kepala al-Husain. Manakala aku di dalam ibadatku, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepadaku dan berkata: Berdirilah bersama kami, maka akupun telah berdiri bersamanya, manakala aku berada bersamanya, tiba-tiba aku berada di masjid Kufah, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui masjid ini?
Maka aku telah berkata: Ya, ini adalah masjid Kufah, beliau berkata: Maka beliau telah melakukan sembahyang dan aku telah melakukan sembahyang bersamanya. Manakala aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di masjid Rasulullah s.a.w di Madinah, beliau telah memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, maka aku juga telah memberi salam kepadanya, beliau telah melakukan sembahyang, maka aku telah melakukan sembahyang bersamanya dan beliau telah berselawat kepada Rasulullah s.aw. Manakala aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di Makkah, maka aku sentiasa berada bersamanya sehingga beliau telah menunaikan manasik haji dan aku telah melakukan manasik hajiku bersamanya ketika aku telah berada bersamanya, tiba-tiba aku telah berada di tempat di manaka aku telah beribadat padanya di Syam dan lelaki itupun telah pergi.
Manakala pada tahun berikutnya, tiba-tiba aku telah berada bersamanya, beliau telah melakukan perbuatan yang sama pada tahun lepas. Manakala kami telah selesai daripada manasik kami, beliau telah memulangkan aku di Syam, beliau telah berdukacita kerana meninggalkan aku, aku telah berkata kepadanya: Aku telah bertanya anda dengan kebenaran yang telah membuat anda berkuasa di atas apa yang aku telah melihat kepadanya melainkan anda memberitahu kepadaku siapakah anda?
Maka beliau telah berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin Musa, beliau telah berkata: Berita [ini] telah tersebar sehingga sampai kepada Muhammad bin 'Abd al-Malik al-Zayyaat, maka beliau telah mengutus kepadaku, lalu mengambilku dan menggari[tangan]ku dengan besi dan membawaku ke Iraq, beliau berkata: Maka aku telah berkata kepadanya: Angkatlah kisah kepada Muhammad bin 'Abd al-Malik, maka beliau telah melakukannya, beliau telah menyebut kisahnya yang telah berlaku kepadanya dan [aku berkata]: Katakan kepada orang yang telah mengeluarkan anda dari Syam ke Kufah, dari Kufah ke Madinah dan dari Madinah ke Makkah dan telah mengembalikan anda dari Makkah ke Syam supaya mengeluarkan anda dari tempat ini.
Ali bin Khalid telah berkata: perkara itu telah mendukacitakan aku dan aku telah berlembut kepadanya dan aku telah menyuruhnya supaya bersabar, berkata: Kemudian aku telah datang kepadanya pada waktu pagi, tiba-tiba aku telah mendapati tentera, ketua keselamatan, ketua penjara dan orang ramai, maka aku telah berkata: Apakah ini? Mereka telah berkata: Lelaki yang telah dibawa dari Syam yang telah melakukan ramalan, telah hilang semalam, tidak diketahui sama ada beliau telah ditelan bumi atau diculik oleh burung.

(877)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari berkata: Seorang syeikh daripada sahabat kami yang bernama: Abdullah bin Razin berkata: Aku telah tinggal berhampiran dengan Madinah Rasulullah s.a.w- Abu Ja'far a.s telah datang setiap hari apabila gelincirnya matahari ke masjid Rasulullah s.a.w, lalu beliau telah turun di dataran [masjid] dan pergi kepada [makam] Rasulullah s.a.w dan memberi salam kepadanya serta kembali ke rumah Fatimah a.s, lalu beliau menanggalkan dua kasutnya, berdiri dan bersembahyang, kemudian syaitan telah menggodaku dan berkata: Apabila beliau turun, maka pergilah sehingga anda mengambil tanah yang dipijak olehnya, maka aku telah duduk pada hari itu menunggunya untuk melakukannya. Manakala tiba waktu gelincirnya matahari, maka beliau a.s datang dengan menaiki keldainya, maka beliau tidak turun di tempat yang beliau pernah turun padanya sehingga beliau telah turun di atas satu batu besar di pintu masjid, kemudian beliau telah masuk [masjid] dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, beliau berkata: Kemudian beliau telah kembali ke tempat yang mana beliau pernah melakukan sembahyang padanya.
Maka beliau telah melakukan sedemikian selama beberapa hari, maka aku telah berkata: Apabila beliau telah menanggalkan dua kasutnya, aku telah datang, maka aku akan mengambil satu batu kecil yang beliau telah memijaknya dengan dua tapak kakinya. Manakala keesokannya, beliau telah datang ketika gelincir matahari, lalu beliau telah turun di atas batu besar, kemudian beliau telah masuk dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w, kemudian beliau telah datang ke tempat yang mana beliau telah melakukan sembahyang padanya, lalu melakukan sembahyang tanpa menanggalkan dua kasutnya. Beliau telah melakukannya selama beberapa hari, maka aku telah berkata kepada diriku: Beliau tidak bersedia untukku di sini, tetapi aku akan pergi ke pintu bilik mandi wap (hammam/spa), maka apabila beliau memasuki bilik mandi wap, aku akan mengambil tanah yang dipijak olehnya, maka aku telah bertanya tentang bilik mandi wap yang beliau a.s memasukinya, maka dikatakan kepadaku: Beliau a.s memasuki bilik mandi wap di al-Baqi' milik seorang lelaki daripada keluarga Talhah, justeru, aku telah mengetahui hari yang mana beliau memasuki bilik mandi wap.
Maka aku telah pergi ke pintu bilik mandi wap itu dan aku telah duduk di sisi anak lelaki Talhah, aku bercakap kepadanya sementara aku menunggu kedatangannya a.s, maka lelaki daripada keluarga Talhah itu berkata: Jika anda mahu memasuki bilik mandi wap, maka berdirilah dan masuklah kerana ia tidak akan disediakan untuk anda selepas satu jam, aku telah berkata: Kenapa? Kerana Ibn al-Ridha ingin memasuki bilik mandi wap, aku telah berkata: Siapakah Ibn al-Ridha? Beliau berkata: Seorang lelaki daripada keluarga Muhammad, beliau adalah seorang yang baik dan warak. Aku telah berkata kepadanya: Tidak boleh orang lain memasuki bilik mandi wap selain daripadanya? Beliau berkata: Kami mengosongkan bilik mandi wap untuknya apabila beliau datang.
Beliau berkata: Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba beliau a.s telah datang dan bersamanya dua orang budak, di hadapannya seorang budak bersamanya tikar sehingga beliau telah memasukkannya ke tempat penyembelihan binatang, lalu beliau telah membentangkannya dan melaksanakannya. Beliau telah memberi salam dan memasuki bilik dengan keldainya dan memasuki tempat penyembelihan binatang, lalu beliau telah turun di atas tikar itu, maka aku telah berkata kepada anak lelaki Talhah: Inilah[ lelaki] yang anda telah ceritakan tentang kebaikan dan kewarakannya?! Maka beliau telah berkata: Ya, inilah [lelaki] itu, tidak, demi Allah, beliau tidak melakukannya melainkan pada hari ini, maka aku telah berkata pada diriku: Ini adalah daripada amalan jenayah yang aku telah melakukannya, kemudian aku telah berkata: Aku akan menunggunya sehingga beliau keluar, mudah-mudahan aku akan dapat apa yang aku mahu apabila beliau telah keluar.
Manakala beliau telah keluar dan memakai pakaian, beliau telah menyeru dengan keldai, lalu dimasukkannya ke tempat penyembelihan dan beliau telah menunggang keldai dari atas tikar dan beliau a.s telah keluar, maka aku telah berkata kepada diriku: Demi Allah, aku telah menyakitinya, aku tidak akan melakukannya selama-lamanya. Manakala tiba waktu gelincirnya matahari pada hari itu, beliau telah datang di atas keldanya sehingga beliau telah turun di tempat yang beliau telah turun padanya di dataran masjid, maka beliau telah masuk dan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w dan beliau telah datang pada tempat yang beliau telah melakukan sembahyang padanya di rumah Fatimah a.s dan beliau telah menanggalkan dua kasutnya dan mula melakukan sembahyang.

(878)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat berkata: Beliau a.s telah keluar kepadaku, maka aku telah melihat kepada kepalanya dan dua kakinya bertujuan untuk menceritakan bentuk badannya kepada para sahabat kita di Mesir, manakala aku di dalam keadaan sedemikian, beliau telah duduk dan berkata kepadaku: Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah berhujah tentang imamah sebagaimana Dia telah berhujah tentang kenabian, maka Dia berfirman: "Dan Kami berikan kepadanya hikmah ketika beliau masih kanak-kanak" Dia berfirman: "Dan tatkala beliau cukup dewasa" "Sehingga apabila beliau telah dewasa dan umurnya empat puluh tahun" Justeru, hikmah boleh diberikan kepada kanak-kanak dan dewasa yang umurnya empat puluh tahun.

(879)-4. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada para sahabat kami, daripada Muhammad bin al-Rayyaan berkata: Al-Makmun telah melakukan tipu muslihat kepada Abu Ja'far a.s, tetapi beliau tidak berjaya. Manakala al-Makmun ingin mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya, beliau telah memberi kepadaku 200 hamba perempuan yang paling cantik dan setiap orang daripada mereka [memegang] mangkuk yang penuh dengan permata-permata bagi menyambut Abu Ja'far a.s apabila beliau duduk di tempat mereka yang terpilih. Tetapi beliau a.s tidakpun berpaling kepada hamba-hamba permpuan itu. Seorang lelaki yang bernama Makhaariq, mempunyai suara merdu dan pemain gambus, berjanggut panjang, maka al-Makmun telah memanggilnya, lalu beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, jika ada sesuatu tentang urusan dunia, maka aku akan melakukannya untuk anda, lalu beliau telah duduk di hadapan Abu Ja'far a.s, kemudian Makhaariq telah bertepik, lalu semua penghuni rumah telah berkumpul, kemudian beliau telah mula bermain dengan gambusnya, menyanyi selama satu jam, sementara Abu Ja'far a.s tidak berpaling kepadanya, tidak ke kanan dan tidak ke kiri.
Kemudian beliau a.s. telah mengangkatkan kepalanya kepadanya dan berkata: Bertakwalah kepada Allah, wahai si janggut panjang! Beliau berkata: Pemetik gambusnya telah terjatuh dengan tangannya terkulai, maka beliau tidak dapat memanfaatkan kedua-dua tangannya sehingga beliau telah mati. Beliau berkata: Al-Makmun telah bertanya beliau tentang keadaannya, beliau berkata: Apabila Abu Ja'far telah meraung kepadaku, maka aku telah takut yang mana aku tidak akan sembuh daripadanya selama-lamanya.

(880)-5. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Daud bin al-Qasim al-Ja'fari berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s dan bersamaku tiga keratan kain dan aku telah menjadi keliru, maka aku telah berdukacita, lalu beliau telah mengambil salah satu daripadanya dan berkata: Ini adalah keratan Ziyad bin Syabib, kemudian beliau telah mengambil keratan yang kedua, maka beliau telah berkata: Ini adalah keratan polan, maka aku telah bergembira, lalu beliau telah melihat kepadaku dan tersenyum, beliau berkata: Beliau a.s telah memberi kepadaku 300 dinar dan menyuruhku membawanya kepada keluarga bapa saudaraku dan beliau berkata: Adapun beliau akan berkata kepada anda: Tunjuklah kepadaku seorang pembeli yang akan membeli dengannya barang-barang untukku.
Maka beliau telah menunjukkannya ke atasnya, beliau berkata: Maka aku telah mendatanginya dengan dinar-dinar, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Hasyim, tunjuklah aku kepada pembeli yang akan membeli barang-barang untukku, maka aku telah berkata: Ya. Beliau telah berkata: Jammal telah bercakap kepadaku supaya aku bercakap kepadanya a.s tentang urusannya. Maka aku telah masuk untuk bercakap kepadanya, maka aku telah mendapatinya sedang makan dan bersamanya beberapa orang, justeru, aku tidak dapat bercakap dengannya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Hasyim, makanlah dan beliau telah meletakkannya di hadapanku, kemudian beliau berkata:-Mulai daripadanya tanpa masalah-Wahai budak, lihatlah kepada Jammal yang telah datang kepada kita bersama Abu Hasyim, maka bawalah beliau bersama anda, beliau berkata: Pada suatu hari, aku telah masuk bersamanya ke kebun, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku merasa ketagih untuk memakan tanah, maka beliau a.s telah berdoa kepada Allah untukku, lalu beliau telah diam, kemudian beliau telah berkata kepadaku selepas tiga hari- mulai daripadanya-: Wahai Abu Hasyim, sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada anda keinginan untuk memakan tanah, Abu Hasyim berkata: Tidak ada suatu yang paling memarahkan aku daripadanya pada hari itu.

(881)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Hamzah al-Hasyimi, daripada Ali bin Muhammad atau Muhammad bin Ali al-Hasyimi berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s pada pagi hari majlis perkahwinannya dengan anak perempuan al-Makmun. Aku telah mengambil ubat semenjak malam, maka aku adalah orang pertama yang telah datang kepadanya, aku telah dahaga, tetapi aku tidak suka menyeru untuk air, maka Abu Ja'far a.s telah melihat kepada mukaku, maka beliau telah berkata: Aku menyangka anda dahaga? Maka aku telah berkata: Ya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai budak atau hamba perempuan, ambillah air, maka aku telah berkata kepada diriku pada masa mereka mendatanginya dengan air yang mereka meracuninya, lalu aku telah berdukacita dengannya.
Maka budak itu telah datang dan bersamanya air, maka beliau a.s telah tersenyum pada mukaku, kemudian beliau telah berkata: Wahai budak, ambillah air untukku, lalu beliau telah mengambil air, lalu beliau telah meminumnya, kemudian beliau telah memberinya kepadaku, lalu aku telah meminumnya. Kemudian aku telah dahaga kembali dan aku tidak suka menyeru untuk air, maka beliau a.s telah melakukan sebagaimana beliau a.s telah melakukannya pada kali yang pertama. Manakala budak itu datang dan bersamanya bekas, aku telah berkata pada diriku sebagaimana aku telah berkata pada kali yang pertama, maka beliau a.s telah mengambil bekas, kemudian beliau a.s telah meminumnya, kemudian beliau telah memberinya kepadaku dan beliau tersenyum.
Muhammad bin Hamzah telah berkata: Maka beliau telah berkata kepadaku: Ini adalah seorang Hasyimi, maka aku tidak menolaknya.

(882)-7. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya berkata: Satu kumpulan daripda Syiah telah meminta izin daripada Abu Ja'far a.s, lalu beliau telah membenarkan mereka masuk, lalu mereka telah memasuki rumahnya, kemudian mereka telah bertanya kepadanya di dalam satu majlis 30.000 masalah , maka beliau a.s telah menjawab kesemuanya.

(883)-8. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Da'bal bin Ali bahawa beliau telah datang kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s dan beliau telah menyuruh sesuatu untuknya, lalu beliau a.s. telah mengambilnya tanpa memuji Allah, maka beliau telah berkata kepadanya: Kenapa anda tidak memuji Allah? Beliau berkata: Kemudian aku telah datang selepas itu kepada Abu Ja'far a.s dan beliau telah menyuruh untukku sesuatu, maka aku telah berkata: Al-Hamdulillah, maka beliau telah berkata kepadaku: Anda telah beradab .

(884)-9. Al-Husain bin Ali, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, telah berlaku satu peristiwa yang menggembirakan "keluarga kejayaan" , maka aku telah berkata: Umar telah mati, maka beliau telah berkata: Al-Hamdulillah sehingga aku telah menghitungnya sebanyak 24 kali, kemudian aku telah berkata: Umar telah mati, maka beliau telah berkata: Al-Hamdulillah, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, jika aku telah mengetahui bahawa ini menggembirakan anda, nescaya aku telah datang untuk menghitungnya kepada anda, beliau berkata: Wahai Muhammad, adakah anda mengetahui apakah beliau telah berkata?
Beliau telah berkata: Allah telah melaknati Muhammad bin Ali bapaku? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Beliau telah bercakap kepadanya tentang sesuatu, maka beliau berkata: Aku menyangka anda mabuk, maka bapaku berkata: Wahai Tuhanku, jika anda mengetahui bahawa aku telah berpuasa kepada Engkau sampai ke petang, maka rasailah beliau dengan rasa peperangan dan kehinaan tawanan, demi Allah, hari-hari telah berlalu sehingga beliau diperangi, kemudian beliau telah diambil sebagai tawanan dan kemudian beliau telah mati- Allah tidak merahmatinya-sesungguhnya Allah telah mengambil pemerintahan daripadanya meskipun Dia sentiasa memberinya kepada para wali-Nya daripada musuh-musuh-Nya.

(885)-10. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Abi Hasyim al-Ja'fari berkata: Aku telah melakukan sembahyang bersama Abu Ja'far a.s di masjid al-Musayyab dan beliau telah bersembahyang dengan kami pada tempat kiblat yang sama dan beliau telah menyebut bahawa pohon sidrah di masjid telah kering, tidak ada daun di atasnya, lalu beliau telah menyeru dengan air dan bersedia berada di bawah pohon sidrah, maka pohon sidrah itu telah hidup, daunnya telah tumbuh dan berbunga pada tahun itu juga.

(886)-11. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal dan 'Amru bin Uthman, daripada seorang lelaki dari penduduk Madinah, daripada al-Mutrafi berkata: Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah mati dan bagiku di atasnya 4000 dirham, maka aku telah berkata pada diriku: Hartaku telah hilang, lalu Abu Ja'far a.s telah mengutus kepadaku "apabila besok, datanglah kepadaku dan bersama anda alat penimbang", maka aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s, lalu beliau telah berkata kepadaku: Abu al-Hasan telah mati dan bagi anda di atasnya 4000 dirham? Maka aku telah berkata: Ya, lalu beliau telah mengangkat tikar sembahyang[nya], tiba-tiba di bawahnya wang dinar yang banyak, lalu beliau telah membayarnya kepadaku.

(887)-12. Sa'd bin Abdullah dan al-Humairi, daripada Ibrahim bin Mihyar, daripada saudaranya Ali, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Muhammad bin Ali telah mati ketika berusia 25 tahun, 3 bulan dan 12 hari. Beliau telah mati pada hari Selasa 7hb Dhu al-Hijjah pada tahun 220 hijrah. Beliau telah hidup selepas bapanya selama 19 tahun kurang 25 hari.


Bab 123

Kelahiran Abu al-Hasan Ali Bin Muhammad A.S [Dan Al-Ridhwaan] (maulid Abi al-Hasan 'Ali bin Muhammad a.s [wa al-Ridhwaan]
Beliau a.s telah dilahirkan pada 15 hb Dhu al-Hijjah, tahun 212 hijrah. Dan diriwayatkan bahawa beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Rajab tahun 214 hijrah dan telah mati pada 4 hb Jamadi al-Akhir tahun 254 hijrah. Dan diriwayatkan bahawa beliau a.s telah mati pada bulan Rajab tahun 254 hijrah ketika berusia 41 tahun 6 bulan. Dan diriwayatkan juga bahawa beliau telah mati ketika berumur 40 tahun. Al-Mutawakkil telah memintanya supaya datang bersama Yahya bin Hartumah bin A'yan dari Madinah ke Sarra man ra'a. Beliau a.s. telah mati dan dikebumikan di rumahnya di Sarra man ra'a. Ibunya bernama Samaanah.

(888)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Khairan al-Asbaati berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s di Madinah, maka beliau telah berkata kepadaku: Apakah berita al-Wathiq di sisi anda? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, anda telah meninggalkannya di dalam keadaan sihat, aku adalah orang yang paling dekat dengan masanya, masaku dengannya adalah 10 hari, maka beliau telah berkata kepadaku: Penduduk Madinah berkata: Beliau telah mati. Manakala beliau telah berkata kepadaku: Manusia (al-Naas) aku telah mengetahui bahawa beliau adalah orangnya, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Apakah Ja'far telah buat?
Anda telah meninggalkannya di dalam keadaan yang paling buruk di penjara, maka beliau telah berkata: Beliau adalah sahib al-Amr, apakah Ibn al-Zayyat telah buat? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, orang ramai adalah bersamanya dan urusan adalah urusannya, maka beliau telah berkata: Perkara buruk telah diramalkan untuknya. Kemudian beliau telah diam. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Semua takdir Allah dan hukum-Nya [telah berlaku] dan akan berlaku, wahai Khairan, al-Wathiq telah mati, al-Mutawakkil telah menguasai Ja'far dan Ibn al-Zayaat telah dibunuh. Maka aku telah berkata: Bilakah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Selepas anda keluar [dari penjara] enam hari.

(889)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Salih bin Sa'id berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, di dalam semua perkara mereka mahu memadamkan cahaya anda dan memandang rendah kepada anda sehingga mereka telah menurunkan anda di tempat yang buruk dan melarat? Maka beliau telah berkata: Di sini anda, wahai Ibn Sa'd , kemudian beliau telah menunjukkan dengan tangannya dan berkata: Lihatlah, maka aku telah melihatnya, tiba-tiba aku berada di beberapa taman yang cantik dan segar, padanya perempuan-perempuan yang baik dan kanak-kanak seolah-olah mutiara yang tersembunyi, burung-burung, kijang-kijang dan sungai-sungai yang mengalir, penglihatanku telah terpesona dan mataku telah bergembira, maka beliau telah berkata: Disebabkan kami telah berada [di sana] maka bagi kami persediaan, kami bukanlah di tempat yang melarat.

(890)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ishaq al-Jallaab berkata: Aku telah membeli untuk Abu al-Hasan a.s kambing-kambing yang banyak, lalu beliau telah menyeruku, maka beliau telah memasukkan aku dari anjung rumahnya ke tempat yang luas yang aku tidak mengetahuinya, maka aku mulai membahagi-bahagikan kambing itu kepada mereka yang beliau telah menyuruhku melakukannya. Maka beliau telah mengutus kepada Abu Ja'far dan kepada ibunya serta selain daripada mereka berdua.
Kemudian aku telah meminta izin daripadanya untuk pulang ke Baghdad kepada bapaku pada hari al-Tarwiyah, maka beliau telah menulis kepadaku: Anda bermalam besok di sisi kami, kemudian anda pulang, beliau telah berkata: Maka akupun telah bermalam di sisinya dan aku telah bermalam pada malam raya haji di serambinya. Manakala waktu sahur, beliau telah datang kepadaku, maka beliau telah berkata: Wahai Ishaq, bagunlah, beliau telah berkata: Akupun telah bangun, maka aku telah membuka dua mataku, maka aku tiba-tiba berada di pintu [rumah]ku di Baghdad, beliau telah berkata: Maka aku telah masuk kepada bapaku dan para sahabatku, maka aku telah berkata kepada mereka bahawa aku telah berada di al-Askar dan aku telah keluar ke Baghdad untuk berhari raya.

(902)-4. Ali bin Muhammad, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Tahiri berkata: Al-Mutawakkil telah menghidapi penyakit tumor dan hampir mati, maka tidak ada seorangpun yang berani menyentuhnya dengan besi. Maka ibunya telah bernazar jika al-Mutawakkil disembuhkan beliau akan membawa kepada Abu al-Hasan Ali bin Muhammad harta yang banyak daripada hartanya, lalu al-Fath bin Khaaqaan telah berkata kepadanya: Jika anda mengutus kepada lelaki itu dan anda telah memintanya, kemungkinan beliau dapat menyembuhkan anda daripadanya, lalu beliau telah mengutus kepadanya dan menceritakan kepadanya penyakitnya.
Maka utusan itu telah pulang kepadanya supaya diambil minyak daripada kambing betina, dipanaskan dengan air mawar, lalu diletakkan di atasnya. Manakala utusan itu telah pulang, beliau telah memberitahu kepada mereka, maka mereka mulai mempersenda-sendakan kata-katanya, maka al-Fath telah berkata kepadanya: Beliau, demi Allah, lebih mengetahui apa yang beliau telah katakan. Kemudian minyak daripada kambing betina itu dibawa kepadanya dan dilakukan sebagaimana dikatakan dan diletakkan di atasnya, kemudian al-Mutawakkil tertidur dan menjadi tenang. Kemudian beliau membuka [dua matanya] dan telah keluar daripadanya apa yang ada di dalam tubuhnya, lalu ibunya telah bergembira dengan kesihatannya.
Kemudian ibunya telah membawa kepadanya 10, 000 dinar di bawah capnya. Kemudian al-Mutawakkil telah memandang remeh tentang kesihatanya, lalu al-Batha'i al-'Alawi telah datang kepadanya bahawa harta yang akan dibawa kepadanya itu adalah bersama senjata, maka beliau telah berkata kepada Sa'id al-Hajib: Seranglah beliau pada waktu malam dan ambillah harta dan senjata yang anda dapati di sisinya dan bawalah ia kepadaku, Ibrahim bin Muhammad telah berkata: Sa'id al-Hajib telah berkata kepadaku: Aku telah pergi ke rumahnya pada waktu malam dan bersamaku beberapa anak tangga, maka aku telah menaiki bumbung. Manakala aku telah turun di atas beberapa anak tangga di dalam gelap, aku tidak mengetahui bagaimana aku akan sampai ke rumah, maka beliau telah menyeruku, wahai Sa'id, tetaplah di tempat anda sehingga mereka akan membawa lilin untuk anda.
Maka aku telah turun, tiba-tiba aku telah mendapatinya: Memakai jubah dan songkok daripada bulu, sementara sejadah di atas tikar [sembahyang] di hadapannya. Maka aku tidak syak bahawa beliau telah melakukan sembahyang, maka beliau telah berkata kepadaku: Jangan tinggalkan rumah, lalu aku telah memasukinya, maka aku tidak mendapati padanya sesuatupun, kemudian aku telah mendapati wang dinar yang banyak di rumahnya yang telah dicapkan dengan cap ibu al-Mutawakkil dan satu bungkusan yang telah dicapkan. Beliau telah berkata kepadaku: Di bawah tikar sembahyang, maka aku telah mengangkatnya, maka aku telah mendapati pedang di dalam bekas yang tidak ditutup, lalu aku telah mengambilnya dan pergi kepadanya. Manakala beliau telah melihat kepada cap ibunya di atas wang dinar, maka beliau telah mengutus kepadanya.
Maka ibunya telah keluar kepadanya, sebahagian pengawal peribadinya telah memberitahu kepadaku bahawa ibunya telah berkata kepadanya: Aku telah bernazar supaya anda sembuh manakala aku telah putus asa tentang anda, jika anda sembuh, aku akan membawa kepadanya 10, 000 ribu dinar, maka aku telah membawanya kepadanya dan inilah capku di atas bungkusan dan beliau telah membuka bungkusan yang lain, tiba-tiba padanya 400 dinar, lalu beliau telah meletakkan di dalan bungkusan yang lain pula dan beliau telah menyuruhku supaya membawanya kepadanya dan aku telah memulangkan pedang, dua bungkusan dan aku telah berkata kepadanya: Wahai sayyidi, Ali memang mulia, maka beliau telah berkata kepadaku: "Dan mereka yang zalim itu kelak akan mengetahui tempat mana mereka akan kembali"

(891)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad al-Naufali berkata: Muhamamad bin al-Faraj telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadanya: Wahai Muhammad, tumpukan urusan anda dan berhati-hatilah, beliau berkata: Maka aku menumpukan pada urusanku dan aku tidak mengetahui apa yang beliau telah tulis kepadaku sehingga utusan telah datang kepadaku membawaku dari Mesir di dalam keadaan [tanganku] digari dan beliau telah memukulku. Aku telah berada di penjara selama 8 tahun, kemudian surat telah dihantar kepadaku di penjara: Wahai Muhammad, janganlah anda turun di sudut barat, maka aku telah membaca surat itu dan aku telah berkata: Beliau a.s menulis kepadaku dengan [kata-kata] ini sedangkan aku di penjara, sesungguhnyanya ini suatu keajaiban, tidak lama kemudian aku dibebaskan dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Beliau telah berkata: Muhammad bin al-Faraj telah menulis kepadanya bertanya beliau tentang barang-barangnya, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: Ia akan dikembalikan kepada anda dan tidak memudaratkan anda jika ia tidak dikembalikan kepada anda. Manakala Muhammad bin al-Faraj dijemput ke al-'Askar, beliau a.s telah menulis untuk mengembalikan barang-barangnya dan beliau telah mati sebelum itu. Beliau telah berkata: Ahmad bin al-Khatib telah menulis kepada Muhammad bin al-Faraj memintanya pergi ke al-'Askar, lalu beliau telah menulis kepada Abu al-Hasan a.s meminta pendapatnya, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: Keluarlah kerana padanya kejayaan anda jika Allah kehendaki, lalu beliaupun telah keluar, tidak lama selepas itu, beliau telah mati.

(892)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada seorang lelaki, daripada Ahmad bin Muhammad berkata: Abu Ya'qub telah memberitahu kepadaku berkata: Aku telah melihatnya-iaitu Muhammad-sebelum kematiannya di al-'Askar di waktu Isyak. Dan sesungguhnya beliau telah menyambut Abu al-Hasan a.s, lalu beliau telah melihat kepadanya dan beliau telah mengetahui kesakitanya, maka aku telah melawatnya selepas beberapa hari daripada kesakitannya dan beliau berada di dalam keadaan tenat, maka beliau telah memberitahu kepadaku bahawa kain [kapan] telah dikirimkan kepadanya, maka beliau telah mengambilnya dan meletakkannya di bawah kepalanya, beliau telah berkata: Maka beliau [akan] dikapankan padanya. Ahmad telah berkata: Abu Ya'qub telah berkata: Aku telah melihat Abu al-Hasan a.s bersama Ibn al-Khadhib, maka Ibn al-Khadhib telah berkata kepadanya: Berjalanlah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata kepadanya: Anda lebih dahulu, maka beliau tidak tinggal melainkan empat hari sehingga diletakkan kayu (dahaq) di betis Ibn al-khadhib , kemudian beliau a.s telah meratap, beliau telah berkata: Diriwayatkan daripadanya ketika Ibn al-Khadhib mendesaknya di rumah yang beliau memintanya daripadanya, maka beliau a.s telah mengutus kepadanya: Aku akan menyediakan untuk anda daripada Allah satu tempat [disyurga] yang kekal, kemudian Allah telah mengambilnya pada hari-hari itu.

(893)-7. Muhammad bin Yahya, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah mengambil satu salinan surat al-Mutawakkil kepada Abu al-Hasan al-Thalith a.s daripada Yahya bin Harthumah pada tahun 243 hijrah dan inilah salinanya:

Bismi llahi r-Rahmani r-Rahim, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Amir al-Mukminin mengetahui keupayaan anda, menjaga kekerabatan anda yang wajib bagi hak anda, menilai urusan-urusan anda dan keluarga anda, semoga Allah memperbaiki hal anda dan keluarga anda, menguatkan kemuliaan anda dan kemuliaan mereka, keamanan anda dan keamanan mereka kerana ingin mendapatklan keredaan Tuhan-Nya dan menunaikan fardu ke atas anda dan mereka. Sesungguhnya Amir al-Mukminin telah menukarkan Abdullah bin Muhammad dari pentadbiran perang dan sembahyang di Madinah al-Rasul s.a.w kerana kejahilannya- sebagaimana anda katakan tentang hak anda- dan beliau telah memandang rendah kepada keupayaan anda apabila beliau telah melemparkan tuduhannya terhadap anda sedangkan Amir al-Mukminin telah mengetahui betapa anda bebas daripada tuduhan itu.
Khususnya kebenaran niat anda di dalam menggagalkan percubaannya, sesungguhnya anda bukan tandingannya. Justeru, Amir al-Mukminin telah melantik Muhammad bin al-Fadl untuk menggantikan tempatnya bagi memuliakan anda, menghormati anda dan menyempurnakan urusan anda dan pendapat anda, mendekatkan diri kepada Allah dan kepada Amir al-Mukminin. Dan Amir al-Mukminin rindu kepada anda, ingin mengadakan perjanjian dengan anda dan melihat kepada anda. Jika anda ada kelapangan untuk melawatnya atau sesiapa yang anda cinta daripada keluarga anda, anda datanglah apabila anda mahu, anda bermalamlah apabila anda mahu, anda berjalan mengikut kehendak anda dan jika anda suka Yahya bin Harthumah, maula Amir al-Mukminin dan mereka yang bersamanya yang mengikut anda, biarlah mereka datang bersama anda, berjalan dengan anda dan urusan itu adalah terletak kepada anda sehingga anda datang kepada Amir al-Mukminin. Tidak ada seorangpun daripada saudara-saudaranya dan anak-anaknya secara khusus yang lebih lembut kedudukan daripadanya, aku melihat kepada mereka dengan kasihan belas dan kepada mereka aku lebih tenang, jika Allah kehendaki, selamat sejahtera di atas anda, rahmat-Nya dan berkat-Nya. Ditulis oleh Ibrahim bin al-'Abbas, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya.

(894)-8. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani berkata: Abu al-Taib al-Muthanna telah berkata: Aduhai dukacitanya kamu, urusan Ibn al-Ridha telah merisaukan aku, beliau telah enggan minun [arak] bersamaku atau menemaniku minum arak atau aku akan mendapatinya peluang seperti ini, maka mereka telah berkata kepadanya: Jika anda tidak mendapatinya, maka ini adalah saudaranya Musa seorang penagih arak dan pemain gambus, beliau makan, mabuk dan bercinta. Beliau berkata: Utuslah kepadanya dan bawalah beliau [ ke sini] sehingga kita memberitahu kepada orang ramai bahawa beliaulah Ibn al-Ridha Maka beliau telah menulis kepadanya dan beliau dijemput dengan kehormatan dan didatangi oleh Bani Hasyim, ketua-ketua tentera dan orang ramai, jika beliau bersetuju, beliau akan diberikan tanah, akan dibina padanya rumah yang dapat menarik peminum-peminum arak dan penyanyi-penyanyi kepadanya.
Beliau akan berhubung dengannya dan membuat baik kepadanya dan beliau akan menjadikannya kedudukan yang tinggi sehingga beliau sendiri akan melawatnya di tempat itu. Manakala Musa telah menerimanya, Abu al-Hasan a.s telah bertemu dengannya pada satu jambatan Wasif iaitu tempat bertemu mereka yang datang, lalu beliau a.s telah memberi salam kepadanya (Musa), maka beliau telah menjawab salamnya. Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Sesungguhnya lelaki ini telah membawa anda untuk mencabuli kehormatan anda dan menghina anda, justeru, janganlah anda mengakui bahawa anda telah meminum nabidh, maka Musa telah berkata kepadanya: Jika beliau telah menyeruku untuk minum, bagaimana aku akan buat? Beliau a.s telah berkata: Janganlah anda merendah-rendahkan kemampuan anda dan janganlah anda melakukannya kerana beliau mahu mencabuli kehormatan anda, tetapi beliau enggan mematuhinya, maka beliau a.s telah mengulanginya kepadanya. Manakala beliau telah melihat bahawa Musa tidak menjawabnya, beliau telah berkata: Sesungguhnya majlis ini tidak akan mengumpulkan anda dan al-Mutawakkil selama-lamanya. Maka beliau telah tinggal selama tiga tahun, beliau bangun setiap pagi, maka dikatakan kepadanya: Hari ini penuh dengan kegembiraan, lalu beliau pergi, maka dikatakan: Beliau telah mabuk dan beliau telah bangun pagi, maka dikatakan kepadanya: Minuman [nabidh] adalah penawar. Beliau sentiasa di dalam keadaan sedemikian selama tiga tahun sehingga al-Mutawakkil dibunuh, tetapi beliau tidak berkumpul bersamanya ketika minum arak.

(895)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Muhammad bin Ali berkata: Zaid bin Ali bin al-Husain bin Zaid telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah sakit, maka seorang doktor telah masuk kepadaku pada waktu malam, lalu beliau telah menceritakan kepadaku tentang ubat yang aku perlu mengambilnya pada waktu malam dan siang, maka aku tidak boleh melakukannya. Doktor belum keluar dari pintu sehingga datang kepadaku pertolongan dengan satu bekas yang mempunyai ubat yang sama, maka beliau telah berkata kepadaku: Abu al-Hasan a.s memberi salam kepada anda dan berkata kepada anda: Ambillah ubat ini selama satu hari, maka aku telah mengambilnya dan aku telah meminumnya, maka aku telah sembuh, Muhammad bin Ali telah berkata: Zaid bin Ali telah berkata: Pengkritik daripada golongan pelampau enggan menerima hadis ini.



25
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 124

Kelahiran Abu Muhammad Al-Hasan Bin Ali A.S (maulid Abi Muhammad al-Hasan bin Ali a.s)
Beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan dan menurut naskhah yang lain pada bulan Rabi' al-Akhir tahun 232 hijrah. Dan beliau telah mati pada hari Jumaat 8hb Rabi' al-Awwal tahun 260 hijrah ketika berusia 28 tahun dan dikebumikan di rumahnya berhampiran makam bapanya di Sarra man ra'a. Dan ibunya adalah Umm walad bernama Hudith atau Susan.

(896)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari dan Muhammad bin Yahya dan lain-lain telah berkata: Ahmad bin 'Ubaidillah bin Khaaqaan di dalam tugasan tentang barang-barang yang hilang dan Kharaj di Qum, pada suatu hari sebutan tentang al-'Alawiyyah dan mazhab-mazhab mereka telah berlaku di majlisnya, beliau adalah seorang yang amat cemburu, maka beliau telah berkata: Aku tidak pernah melihat dan aku tidak pernah mengetahui di Sarra man ra'a seorang lelaki daripada golongan al-'Alawiyyah seperti al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin al-Ridha dari segi petunjuknya, ketenangannya, kewarakannya, kemuliaannya dan kehormatannya di sisi ahlu-Baitnya dan Bani Hasyim serta keutamaan mereka yang tua terhadapnya, begitu juga dengan ketua-ketua tentera, para menteri dan manusia secara umum.
Sesungguhnya aku pada suatu hari telah berdiri di hadapan bapaku iaitu pada hari majlisnya untuk orang ramai, tiba-tiba pengawal-pengawalnya telah datang kepadanya, maka mereka telah berkata: Abu Muhammad Ibn al-Ridha di pintu, maka beliau telah berkata dengan suara yang tinggi: Izinkan untuknya masuk, maka aku telah menjadi hairan tentang apa yang aku telah mendengar daripada mereka bahawa mereka telah membesar-besarkan seorang lelaki di hadapan bapaku yang mana keadaan sedemikian tidak dilakukan melainkan kepada seorang khalifah atau penggantinya atau seorang sultan.
Maka seorang lelaki yang berkulit hitam manis, berpendirian tegap, cantik mukanya, baik [bentuk] badannya, muda usianya, baginya kehormatan dan kehebatan telah muncul. Manakala bapaku telah melihat kepadanya, beliau telah berdiri dan berjalan kepadanya beberapa langkah, aku tidak pernah mengetahui bapaku telah melakukannya seperti ini kepada seorang daripada Bani Hasyim dan ketua-ketua tentera. Manakala beliau telah mendekatinya, beliau telah memeluknya dan mengucup mukanya, dadanya dan mengambil tangannya dan menjemputnya duduk di hadapannya. Kemudian beliau mulai bercakap dengannya dan aku menjadi hairan tentang apa yang aku sedang melihat daripadanya, tiba-tiba seorang pengawalnya telah masuk dan berkata: Al-Muwaffaq telah datang.
Al-Muwaffaq apabila beliau datang kepada bapaku, pengawal-pengawal dan ketua-ketua tentera datang, lalu mereka berdiri di antara majlis bapaku dan pintu rumah berbaris sehingga al-Muwaffaq masuk dan keluar, maka bapaku sentiasa berhadapan dengan Abu Muhammad bercakap kepadanya sehingga beliau telah melihat kepada budak-budaknya, maka pada ketika itu beliau telah berkata: Allah telah menjadi diriku tebusan anda, kemudian beliau telah berkata kepada pengawal-pengawalnya, ambillah beliau [pergi] di balik pembarisan orang ramai sehingga beliau tidak dilihat oleh ini-iaitu al-Muwaffaq, lalu beliau telah berdiri dan bapaku juga telah berdiri dan memeluknya, kemudian beliau telah pergi, maka aku telah berkata kepada pengawal-pengawal bapaku dan budak-budaknya: Aduhai dukacitanya kamu, siapakah lelaki yang kamu sedang membesar-besarkanya di hadapan bapaku dan bapaku telah melakukan perkara yang sama, maka mereka telah berkata: Ini adalah seorang 'Alawi yang bernama al-Hasan bin Ali yang dikenali dengan Ibn al-Ridha, maka aku telah bertambah hairan dan aku semenjak hari itu sentiasa risau memikirkan tentang urusannya dan urusan bapaku serta apa yang aku telah melihat padanya sehinggalah malam tiba, biasanya beliau melakukan sembahyang al-'Atmah, kemudian beliau duduk, merenung tentang mesyuarat atau plot termasuk apa yang akan dikemukakan kepada sultan.
Manakala beliau telah melakukan sembahyang, beliau telah duduk, akupun telah datang dan duduk di hadapannya, tiada seorangpun di sisinya, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Ahmad, adakah anda ada hajat? Aku telah berkata: Ya, wahai bapaku, jika anda izin kepadaku untuk bertanya anda tentangnya? Maka beliau telah berkata: Aku telah izin anda, wahai anak lelakiku, bertanyalah apa yang anda mahu, maka aku telah berkata: Wahai bapaku, siapakah lelaki yang aku telah melihat anda di waktu pagi, anda telah melayaninya dengan kehormatan dan kemuliaan serta anda telah menebuskannya dengan diri anda dan dua ibu bapa anda?
Maka beliau telah berkata: Itu adalah imam al-Rafidhah , itulah al-Hasan bin Ali dikenali dengan Ibn al-Ridha, maka aku telah diam beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Jika imamah telah hilang daripada khalifah-khalifah Bani 'Abbas, maka tidak ada seorangpun yang telah berhak di kalangan Bani Hasyim selain daripadanya. Sesungguhnya beliau berhak imamah kerana kelebihannya, kewarakannya, petunjuknya, zuhudnya, ibadatnya, baik akhlaknya dan kebaikannya. Jika anda telah melihat bapanya, nescaya anda telah melihatnya seorang lelaki yang mulia, cerdik dan disegani, maka aku bertambah risau memikirkannya kerana kemarahan[ku] kepada bapaku dan apa yang aku telah mendengar daripadanya dan apa yang aku telah meminta penjelasan daripadanya tentang perbuatannya dan kata-katanya padanya, maka aku tidak ada hemah selepas itu melainkan bertanya tentang khabarnya dan membincangkan tentang urusannya.
Maka aku tidak bertanya seorang daripada Bani Hasyim, ketua-ketua tentera, penulis-penulis, fakih-fakih dan semua manusia melainkan aku telah mendapatinya di sisinya kehormatan dan tempat yang tinggi, kata-kata yang cantik dan keutamaannya daripada keluarganya dan syeikh-syeikhnya, maka nilainya besar di sisiku jika aku tidak melihatnya sebagai seorang wali dan bukan sebagai seorang musuh melainkan beliau bercakap baik tentangnya dan memujinya, maka sebahagian daripada al-Asy'ariyyin yang hadir di majlisnya telah berkata: Wahai Abu Bakr, apa khabar dengan saudaranya Ja'far? Maka beliau telah berkata: Siapakah Ja'far sehingga anda bertanya tentang khabarnya? Atau disertai al-Hasan dengan Ja'far yang dikenali sebagai seorang yang fasik, jahat, tidak sopan dan peminum arak (mu'lan al-Fisq faajir maajin syirriib li-al-Khumuur) aku telah mendapati orang ramai begitu sensitif dengannya seolah-olah kehormatan mereka dicabuli. Apa yang telah mengagumkan aku tentangnya telah berlaku kepada sultan dan para sahabatnya ketika kematian al-Hasan bin Ali, aku tidak menyangka ia akan berlaku sedemikian.
Manakala al-Hasan bin Ali jatuh sakit, beliau telah mengutus kepada bapaku bahawa Ibn al-Ridha telah jatuh sakit, maka beliau telah menunggang (datang) pada masa itu juga, maka beliau telah bersegera ke rumah Khalifah, kemudian beliau telah pulang dengan cepat, bersamanya lima orang daripada khadam Amir al-Mukminin semuanya dipercayai dan orang istimewanya di kalangan mereka adalah Nahrir , lalu beliau telah memerintahkan mereka supaya mengawasi rumah Abu al-Hasan dan mengetahui khabarnya, keadaannya dan mengutus kepada beberapa orang doktor. Beliau telah memerintahkan mereka supaya datang kepadanya dan merawatnya pada waktu siang dan malam.
Manakala dua atau tiga hari telah berlalu, beliau telah diberitahu bahawa beliau telah menjadi lemah, lalu beliau telah memerintahkan doktor-doktor terus berada di rumahnya dan beliau telah mengutus kepada ketua kadi supaya menghadiri majlisnya dan memerintahkannya supaya memilih sepuluh orang di kalangan para sahabatnya yang dipercayai dari segi agama, amanah dan kewarakan, lalu beliau telah menghadirkan mereka, maka beliau telah mengutus mereka ke rumah Abu al-Hasan dan memerintahkan mereka mengubatnya siang dan malam, mereka sentiasa berada di sana sehingga beliau a.s telah mati. Justeru, Sarra man ra'a telah menjadi bising dan sultan telah mengutus ke rumahnya orang yang memeriksanya dan beliau telah memeriksa semua bilik-biliknya dan mereka telah mencari kesan anak lelakinya. Mereka telah datang dengan perempuan-perempuan yang mengetahui tentang kehamilan.
Lalu mereka telah datang kepada hamba-hamba perempuannya, melihat kepada mereka, maka sebahagian daripada mereka telah menyebut bahawa di sana terdapat seorang hamba perempuan yang sedang hamil, lalu diletakkannya di sebuah bilik, maka Nahrir telah mewakilkan seorang khadam [untuk mengawasinya], sementara para sahabatnya dan perempuan-perempuan lain bersama mereka, kemudian mereka telah bersiap untuk penyempurnaan jenazahnya, maka kedai-kedai ditutup, Bani Hasyim, ketua-ketua tentera, bapaku dan semua orang telah datang kepada jenazahnya. Sarra man ra'a pada hari itu seperti Kiamat, manakala mereka selesai dari menyempurnakan [jenazah] nya, sultan telah mengutus kepada Abu Isa bin al-Mutawakkil, maka beliau telah menyuruhnya supaya melakukan sembahyang ke atasnya.
Manakala jenazahnya diletakkan untuk disembahyangkan, maka Abu Isa telah mendekatinya, lalu beliau telah membuka [tutup] mukanya, kemudian beliau telah membentangkannya kepada Bani Hasyim di kalangan al-'Alawiyyah dan al-'Abbasiyyah, ketua-ketua tentera, penulis-penulis, kadi-kadi dan pendakwa-pendakwa dan berkata: Ini adalah al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin al-Ridha telah mati di atas hamparannya, maka telah hadirlah mereka yang telah hadir di kalangan khadam-khadam Amir al-Mukminin dan mereka yang dipercayainya polan dan polan dan di kalangan kadi-kadi polan dan polan, di kalangan doktor-doktor adalah polan dan polan, kemudian beliau telah menutup mukanya dan memerintahkan supaya beliau dibawa ke tengah rumahnya dan dikebumikannya berhampiran makam bapanya. Manakala beliau telah dikebumikan, sultan dan orang ramai telah mula mencari anak lelakinya.
Pemeriksaan yang rapi telah dilakukan di beberapa rumah dan di tempat-tempat yang lain, mereka telah berhenti dari membahagi-bahagikan harta pusakanya dan mereka yang diwakilkan supaya sentiasa menjaga hamba perempuan yang disyaki hamil itu diteruskan sehingga terbukti kebatilan kehamilannya. Manakala terbukti kebatilan kemahilan daripada mereka, hartanya dibahagi-bahagikan di kalangan ibunya, saudaranya Ja'far. Manakala ibunya telah mendakwa wasiatnya dan ia telah diputuskan di sisi kadi dan sultan mencari kesan anak lelakinya. Ja'far telah datang selepas itu kepada bapaku, maka beliau telah berkata: Jadilah aku martabat saudartaku, nescaya aku akan memberikan kepada anda pada setiap tahun 20, 000 dinar.
Lalu bapaku telah menakut-nakutkannya dan berkata kepadanya: Wahai si bodoh, sultan telah menghunus pedangnya kepada mereka yang telah menyangka bahawa bapa anda dan saudara anda sebagai imam bertujuan menolak mereka daripada perkara itu, maka beliau tidak bersedia untuk itu. Jika anda di sisi Syiah bapa anda atau saudara anda sebagai seorang imam, maka anda tidak perlu kepada sultan untuk mengangkat anda kepada martabat mereka berdua dan tidak kepada sultan jika anda tidak mempunyai kedudukan ini di sisi mereka bagi mencapainaya.
Bapaku telah menghinanya, melemahkannya dan memerintahkan supaya beliau dihalang daripadanya, maka beliau tidak membenarkannya datang kepadanya sehingga bapaku telah mati dan kami telah keluar di dalam keadaan sedemikian sedangkan sultan sedang mencari kesan anak lelaki al-Hasan bin Ali.
(897)-2. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Musa bin Ja'far berkata: Abu Muhammad a.s telah menulis kepada Abu al-Qasim Ishaq bin Ja'far al-Zubairi 20 hari sebelum kematian al-Mu'taz: Tinggallah di rumah anda sehingga berlakulah peristiwa. Manakala Buraihah telah dibunuh, beliau telah menulis kepadanya sesungguhnya peristiwa telah berlaku, justeru, apakah yang anda akan menyuruhku? Maka beliau telah menulis: Peristiwa ini bukanlah peristiwa yang akhir kerana urusan al-Mu'taz adalah peristiwa yang telah berlaku.
Dan daripadanya: Beliau telah menulis kepada seorang lelaki yang lain bahawa Ibn Muhammad bin Daud Abdullah akan dibunuh sepuluh hari sebelum pembunuhannya, manakala pada hari kesepuluh beliau dibunuh.

(898)-3. Ali bin Muhammad [daripada Muhammad] bin Ibrahim yang dikenali dengan Ibn al-Kurdi, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim bin Musa bin Ja'far berkata: Urusan kami telah menjadi buntu, maka bapaku telah berkata kepadaku: Datanglah bersama kami kepada lelaki ini iaitu Abu Muhammad, sesungguhnyanya beliau telah menceritakannya sebagai samaahah, maka aku telah berkata: Adakah anda mengenalinya? Beliau telah berkata: Aku tidak mengenalinya dan aku tidak pernah melihatnya, beliau telah berkata: Maka kami telah menuju kepadanya, maka bapaku telah berkata kepadaku di dalam perjalanannya: Kita memerlukan beliau supaya memberi kepada kita 500 dirham, 200 dirham untuk pakaian, 200 dirham untuk membayar hutang dan 100 dirham untuk perbelanjaan.
Maka aku telah berkata kepada diriku: Mudah-mudahan beliau akan memberi kepadaku 300 dirham, 100 dirham aku akan membeli keldai, 100 dirham untuk perbelanjaan dan 100 dirham untuk pakaian dan aku akan keluar ke gunung, beliau telah berkata: Manakala kami telah sampai di pintu [rumah]nya, maka budaknya telah keluar kepada kami, maka beliau telah berkata: Ali bin Ibrahim dan Muhammad anak lelakinya sedang masuk. Manakala kami telah masuk dan memberi salam, beliau telah berkata kepada bapaku: Wahai Ali, apakah yang membuat anda lewat datang kepada kami sehingga waktu ini?
Maka beliau telah berkata: Wahai sayyidi, aku telah malu untuk berjumpa dengan anda di dalam keadaan ini, manakala kami telah keluar dari sisinya, maka budaknya telah datang kepada kami dengan dompet, maka beliau telah berkata: Inilah 300 dirham, jadilah 100 dirham untuk harga keldai, 100 dirham untuk pakaian dan 100 dirham untuk perbelanjaan dan janganlah anda keluar ke gunung, pergilah ke al-Sauraa', lalu beliau telah pergi ke al-Sauraa' dan berkahwin dengan seorang perempuan, maka pendapatannya pada hari ini 1000 dinar dan beliau berkata untuk mewakafkannya, maka Muhammad bin Ibrahim telah berkata: Maka aku telah berkata kepadanya: Aduhai dukacitanya anda, adakah anda mahu perkara yang lebih jelas daripada ini?, maka beliau telah berkata: Ini adalah perkara yang kami telah melakukannya.

(899)-4. Ali bin Muhammad, daripada Abu Ali Muhammad bin Ali bin Ibrahim berkata: Ahmad bin al-Harith al-Qazwini telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada bersama bapaku di Sarra man ra'a. Bapaku telah cuba melatih seekor baghal di kandang Abu Muhammad, berkata: Di sisi al-Musta'in ada seekor baghal cantik dan sombong yang tidak pernah dilihat seumpamanya, ia telah menegah belakangnya dari tali kekang dan pelana, pelatihnya telah gagal melatihnya, beliau tidak dapat menunggangnya, maka sebahagian sahabatnya telah berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, kenapa anda tidak mengutus kepada al-Hasan bin al-Ridha supaya beliau datang, sama ada beliau dapat menunggangnya atau membunuhnya. Justeru anda boleh berehat daripadanya, beliau telah berkata: Kemudian beliau telah mengutus kepada Abu Muhammad dan bapaku telah pergi bersamanya, maka bapaku telah berkata: Apabila Abu Muhammad telah memasuki rumah [al-Musta'in], aku telah berada bersamanya.
Lalu Abu Muhammad telah melihat kepada baghal yang sedang berdiri di hadapan rumah itu, maka beliau telah berpaling kepadanya, lalu beliau telah meletakkan tangannya di atas punggungnya, beliau telah berkata: Maka aku telah melihat kepada baghal, maka ia telah berpeluh sehingga peluhnya mengalir daripadanya, kemudian beliau telah berjalan kepada al-Musta'in, lalu beliau telah memberi salam kepadanya, maka beliau telah menyambutnya dan mendekatinya, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, ikatlah tali kengkang baghal ini, maka Abu Muhammad telah berkata kepada bapaku: Ikatlah ia, wahai budak, maka al-Musta'in telah berkata: Anda ikatlah, lalu beliau telah meletakkan jubahnya.
Kemudian beliau telah berdiri, kemudian beliau telah pulang kepada tempat duduknya dan terus duduk, maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, ikatlah pelana [di atasnya], maka beliau telah berkata kepada bapaku: Wahai budak, ikatlah, maka beliau telah berkata: Anda ikatlah, maka beliau telah berdiri pada kali yang kedua, lalu beliau telah mengikatkan pelananya dan kembali, maka beliau telah berkata kepadanya: Anda mahu menunggangnya? Maka beliau telah berkata: Ya, lalu beliau telah menunggangnya tanpa dihalang ke atasnya dengan baik, kemudian beliau telah kembali dan turun, maka al-Musta'in telah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, bagaimana anda telah melihatnya?
Beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku tidak pernah melihat seekor baghal secantik ini dan ia tidak layak melainkan untuk Amir al-Mukminin, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Amir al-Mukminin telah membawa anda ke atasnya, maka Abu Muhammad telah berkata kepada bapaku: Wahai budak, ambillah, maka bapaku telah mengambilnya, kemudian beliau telah memandunya.

(900)-5. Ali, daripada Abi Ahamad bin Rasyid, daripada Abu Hasyim al-Ja'fari berkata: Aku telah mengadu satu hajat kepada Abu Muhammad a.s, maka beliau telah memecahkan tanah dengan tongkatnya, beliau telah berkata: Beliau telah menutupnya dengan sapu tangan dan mengeluarkan 500 dirham, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Hasyim, ambillah dan maafkan kami.

(901)-6. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdullah bin Salih, daripada bapanya, daripada Abi Ali al-Mutahhar bahawa beliau telah menulis kepadanya di al-Qadisiyyah memberitahu kepadanya tentang kepulangan orang ramai dan beliau takutkan dahaga, maka beliau a.s telah menulius kepadanya: Pergilah, tidak ada ketakutan di atas kamu, jika Allah kehendaki, maka mereka telah pergi dengan selamat dan segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

(902)-7. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al-Husain bin al-Fadhl al-Yamani berkata: Orang ramai telah datang di [rumah] al-Ja'fari daripada keluarga Ja'far bertujuan menentangnya, maka beliau telah mengadu kepada Abu Muhammad tentang perkara itu, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: "kamu akan dapat menghalang mereka jika Allah kehendaki, lalu beliau telah keluar kepada mereka dengan bilangan seramai 1000 orang sahaja sedangkan bilangan mereka melebihi 20 ribu orang, tetapi beliau dapat mengalahkan mereka.

(903)-8. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il al- 'Alawi berkata: Abu Muhammad telah ditahan di sisi Ali bin Narmisy seorang yang paling kuat menentang keluarga Abu Talib dan dikatakan kepadanya: Buatlah apa saja terhadapnya a.s , maka beliau a.s telah berada di sisinya satu hari sehingga beliau meletakkan dua pipinya untuknya dan beliau tidak mengangkat penglihatannya kepadanya melainkan menghormatinya, maka beliau telah keluar dari sisinya sebagai seorang yang paling baik fikirannya dan yang paling baik kata-katanya terhadapnya.

904)-9. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin Abi Abdullah, daripada Ishaq bin Muhammad al-Nakha'i berkata: Sufyan bin Muhammad al-Dhiba'i berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad bertanya kepadanya tentang al-Waliijah di dalam firman-Nya: "Dan tidak mengambil menjadi teman setia (waliijah) selain Allah, Rasul-Nya dan mukminin" Aku telah berkata pada diriku, siapakah anda fikir mukminin di sini? Maka beliau telah memberi jawapan bahawa al-Waliijah (teman setia) yang dilakukan tanpa wali al-Amr, justeru, siapakah mereka pada tempat ini? Mereka itu adalah para imam yang beriman kepada Allah, lalu Dia menerima amanah mereka.

(905)-10. Ishaq telah berkata: Abu Hasyim al-Ja'fari telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mengadu kepada Abu Muhammad tentang kesempitan tahanan dan kesusahan hidup, maka beliau telah menulis kepadaku: "Anda akan melakukan sembahyang zuhur pada hari ini di rumah anda", maka aku dikeluarkan pada waktu zuhur, lalu aku telah melakukan sembahyang [zuhur] di rumahku sebagaimana beliau a.s telah katakan. Aku di dalam kesempitan hidup, maka aku telah mahu meminta daripadanya beberapa dinar secara bertulis, tetapi aku telah malu, manakala aku telah sampai ke rumahku, beliau telah mengemukakan kepadaku 100 dinar dan beliau telah menulis kepadaku: Apabila anda berhajat, maka janganlah anda malu dan mintalah, sesungguhnya anda akan melihat apa yang anda suka, jika Allah kehendaki.

(906)-11. Ishaq, daripada Ahmad bin Muhammad bin al-Aqra' berkata: Abu Hamzah Nusair al-Khadim berkata: Aku telah mendengar Abu Muhammad bukan sekali becakap dengan budak-budaknya dengan bahasa mereka: Bahasa Turki, Rom dan Slav, maka aku telah menjadi hairan dengannya dan aku telah berkata: [Lelaki] ini telah dilahirkan di Madinah, beliau tidak menzahirkan kepada seorangpun sehingga kematian Abu al-Hasan a.s dan tidak ada seorangpun yang telah melihatnya, maka bagaimana ini berlaku? Aku telah bercakap kepada diriku sendiri sedemikian, tiba-tiba beliau telah datang kepadaku dan berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah telah menerangkan Hujjah-Nya kepada semua makhluk dengan setiap sesuatu dan memberikan kepadanya [ilmu] bahasa-bahasa, ilmu keturunan, ajal-ajal dan peristiwa-peristiwa. Jika tidak, nescaya tidak ada perbezaan di antara al-Hujjah dan bukan Hujjah.

(907)-12. Ishaq, daripada al-Aqra' berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad bertanya kepadanya tentang seorang imam a.s adakah beliau bermimpi? Aku telah berkata kepada diriku selepas beliau telah menerangkannya di dalam surat: Mimpi (al-Ihtilaam) adalah kerjaya syaitan, sesungguhnya Allah telah melindungi para wali-Nya daripadanya, kemudian beliau a.s telah menjawab bahawa keadaan para imam [a.s] di dalam tidur mereka sepertilah di dalam keadaan jaga mereka, tidur tidak dapat mengubah mereka sesuatupun. Dan sesungguhnya Allah telah melindungi para wali-Nya daripada gangguan syaitan sebagaimana diri anda telah bercakap kepada anda.

(908)-13. Ishaq telah berkata: Al-Hasan bin Zarif telah memberitahu kepadaku, berkata: Dua masalah telah bergelombang di dadaku, aku telah mahu menulis surat kepada Abu Muhammad tentang kedua-duanya. Maka aku telah menulis kepadanya tentang al-Qaim a.s di manakah majlis yang beliau gunakan untuk menghukum di kalangan manusia? Dan aku mahu bertanya kepadanya tentang sesuatu mengenai demam panas, maka aku telah terlupa tentangnya, maka jawapannya telah datang, aku telah bertanya tentang al-Qaim, adakah beliau menghukum manusia dengan ilmunya seperti hukuman Daud a.s tanpa bertanya saksi.
Dan aku telah mahu anda bertanya tentang demam panas, tetapi aku telah terlupa, maka Abu Muhammad telah berkata: Tulislah pada kertas dan gantunglah ia kepada orang yang demam, sesungguhnya beliau akan sembuh, jika Allah kehendaki: " Wahai api jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim" Maka kamipun telah menggantungkannya kepadanya menurut apa yang telah disebut oleh Abu Muhammad, maka beliaupun telah sembuh.

(909)-14. Ishaq telah berkata: Isma'il bin Muhammad bin Ali bin Isma'il bin Ali bin Abdullah bin 'Abbas bin 'Abd al-Muttalib telah memberitahu kepadaku: Aku telah duduk untuk Abu Muhammad a.s di atas belakang jalan, manakala beliau telah melaluiku, maka aku telah mengadu hajatku kepadanya dan aku telah bersumpah kepadanya bahawa aku tidak mempunyai wang walaupun satu dirham, tanpa makanan pagi dan makanan malam, maka beliau telah berkata: Anda bersumpah dengan sumpah palsu.
Sesungguhnya anda telah menanam (menyembunyikan) 200 dirham dan kata-kataku bukanlah menolak anda daripada pemberianku, berilah kepadanya, wahai budak apa yang ada bersama anda, lalu budaknya telah memberi kepadaku 100 dinar. Kemudian beliau telah datang kepadaku dan berkata: Anda mengharamkannya sedangkan anda lebih berhajat kepadanya iaitu dinar-dinar yang aku telah menanamnya dan beliau a.s telah benar sebagaimana kata-katanya bahawa aku telah menanam 200 dinar dan aku telah berkata: Ia menjadi asas dan gua kepada kami apabila berlaku kecemasan, aku akan membelanjakannya, maka pintu rezeki telah tertutup untukku, justeru, aku telah membuka untuk mendapatkannya, tiba-tiba seorang anak lelakiku telah mengetahui tempatnya, lalu beliau telah mengambilnya dan melarikan diri, tetapi aku tidak mampu untuk mendapatkannya kembali.

(910)-15. Ishaq telah berkata: Ali bin Zaid bin Ali bin al-Husain bin Ali telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku memiliki seekor kuda yang aku kagum, pada suatu hari aku telah datang kepada Abu Muhammad, maka beliau telah berkata kepadaku: Apakah kuda anda telah buat? Maka aku telah berkata: Ia ada di sisiku, di pintu anda dan aku telah turun daripadanya, maka beliau telah berkata kepadaku: Tukarlah ia sebelum petang, jika anda mampu mendapatkan seorang pembeli dan janganlah anda menangguhkannya, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami, lalu percakapan [kami] telah terputus. Aku mulai berfikir dan pulang ke rumahku, lalu aku telah memberitahu berita itu kepada saudaraku, maka beliau telah berkata: Aku tidak mengerti apa yang aku kata di dalam perkara ini. Kemudian aku telah memberitahu kepada orang ramai untuk menjualnya.
Waktu petang telah tiba, lalu seorang lelaki telah datang kepada kami dan kamipun telah melakukan sembahyang al-'Atmah, lalu beliau telah berkata: Wahai maulaya, kuda anda telah mati, maka aku telah sedih dan aku telah mengetahui bahawa beliau a.s telah maksudkan ini (kematian) dengan kata-katanya, beliau telah berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad selepas beberapa hari dan aku telah berkata kepada diriku: Mudah-mudahan beliau telah meninggalkan seekor binatang untukku kerana aku telah sedih dengan kata-katanya. Manakala aku telah duduk, beliau telah berkata: Ya, kami telah meninggalkan seekor binatang untuk anda, wahai budak, berilah Barzuni al-Kumait kepadanya, ini adalah lebih baik daripada kuda anda, lebih rajin dan lebih panjang umurnya.

(911)-16. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Hasan bin Syammun telah memberitahu kepadaku, berkata: Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s ketika [khalifah] al-Muhtadi telah mula membunuh al-Mawaali : Wahai sayyidi, segala puji bagi Allah yang telah membuatnya sibuk tentang kita. Sesungguhnya telah sampai berita kepadaku bahawa beliau mengugut anda dan berkata: Demi Allah, aku akan mengusir mereka daripada muka bumi ini, maka Abu Muhammad telah menulis dengan khatnya: Itu akan memendekkan umurnya, hitung lima hari dari sekarang dan beliau akan dibunuh pada hari keenam selepas kehinaan akan berlaku kepadanya, maka telah berlakulah sebagaimana dikatakan olehnya.

(912)-17. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Hasan al-Syammun telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya berdoa kepada Allah untukku daripada sakit mata kerana salah satu daripada mataku telah hilang penglihatan dan yang satu lagi juga hampir hilang penglihatannya. Maka beliau telah menulis kepadaku: Mudah-mudahan Allah mempetahankan mata anda, maka ia telah pulih, lalu beliau telah menandatangani pada akhir surat: Mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada anda dan memperelokkan pahala anda. Maka aku telah menjadi sedih dan aku tidak mengetahui seorangpun daripada keluargaku telah mati. Manakala beberapa hari selepas itu, berita kematian anak lelakiku Tayyib telah sampai kepadaku, maka aku baru mengetahui bahawa takziah adalah untuknya.

(913)-18. Ishaq telah berkata: Umar bin Abi Muslim telah memberitahu kepadaku, berkata: Seorang lelaki daripada Mesir bernama Saif bin al-Laith telah datang kepada kami di Sarra man ra'a, beliau mahu bertemu dengan [khalifah] al-Muhtadi tentang tanahnya yang telah dirampas oleh Syafi' al-Khadim dan telah mengeluarkannya daripadanya, lalu kami telah menunjukkannya supaya menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya mempermudahkan urusannya, maka Abu Muhammad a.s telah menulis kepadanya: Tidak mengapa, tanah anda akan dipulangkan kepada anda, justeru, janganlah anda datang kepada sultan (al-Muhtadi) dan berjumpalah dengan wakil yang memegang tanah itu dan buatlah beliau supaya takut kepada Sultan Yang lebih Besar (Allah) Tuhan sekalian alam.
Maka beliau telah berjumpa dengannya dan wakil itu telah berkata kepadanya: Beliau a.s telah menulis kepadaku ketika anda keluar dari Mesir "supaya aku mencari anda dan memulangkan tanah itu kepada anda", beliau telah memulangkannya melalui hukum kadi Ibn Abi Syawarib dan penyaksian saksi dan beliau tidak berhujah untuk datang kepada al-Muhtadi, maka jadilah tanah itu untuknya dan tidak ada berita selepasnya. Beliau telah berkata: Saif bin al-Laith telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah meninggalkan seorang anak lelakiku yang sedang sakit di Mesir ketika aku keluar daripadanya dan seorang anak lelakiku yang lebih tua daripadanya, beliau adalah wasiku dan harapanku ke atas keluargaku dan hartaku, maka aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya berdoa untuk anak lelakiku yang sedang sakit: Maka beliau telah menulis kepadaku: "Sesungguhnya anak lelaki anda yang sakit itu telah disembuhkan dan anak yang tua anda, wasi anda dan harapan anda telah mati. Justeru bersyukurlah kepada Allah dan janganlah anda bersedih, justeru, pahala anda akan menurun. Maka berita telah sampai kepadaku bahawa anak lelakiku telah sembuh daripada penyakitnya dan anak lelakiku yang tua telah mati pada hari aku telah menerima jawapan Abu Muhammad a.s.

(914)-19. Ishaq telah berkata: Yahya al-Qusyairi daripada kampung Qair telah memberitahu kepadaku, berkata: Abu Muhammad telah mempunyai seorang wakil yang beliau telah tinggal di sebuah bilik di rumahnya bersama seorang khadam yang berkulit putih, maka wakil itu mahu khadam itu supaya membawa nabidh (air anggur) kepadanya, tetapi beliau telah enggan, kemudian beliau telah membawanya kepadanya, jarak di antaranya dan Abu Muhammad adalah tiga pintu yang tertutup, maka wakil itu telah memberitahu kepadaku, berkata: Sesungguhnya aku sedar, tiba-tiba aku berada di pintu-pintu yang dibuka sehingga beliau a.s telah datang sendiri, lalu beliau telah berdiri di pintu bilik, kemudian beliau telah berkata: Wahai mereka! Bertakwalah kepada Allah, takutlah kepada Allah. Manakala tiba waktu pagi, beliau a.s telah memerintahkan penjualan khadam dan mengeluarkan aku dari rumah[nya].

(915)-20. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Rabi' al-Sya'i telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berdialog dengan seorang lelaki yang berpegang kepada aliran al-Thanawiyyah di al-Ahwaz, kemudian aku telah datang ke Sarra man ra'a, sesungguhnya kata-katanya telah tergantung di hatiku dan aku sedang duduk di pintu Ahmad al-Khatib, tiba-tiba Abu Muhammad a.s telah datang daripada al-Dar al-'Ammah pada hari perarakan, lalu beliau telah melihat kepadaku dan menunjukkan dengan jari telunjuknya kepada seorang demi seorang, maka aku telah terjatuh tidak sedarkan diri.

(916)-21. Ishaq, daripada Abu Hasyim al-Ja'fari berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepada Abu Muhammad, aku mahu bertanya kepadanya tentang apakah yang aku akan ukirkan pada cincinku untuk mendapat berkat, lalu aku telah duduk dan aku telah terlupa tujuan kedatanganku. Manakala aku telah mengucap selamat tinggal dan aku telah bangun, beliau telah melontarkan kepadaku sebentuk cincin, maka beliau a.s telah berkata: Anda telah mahu [cincin] perak, maka aku telah memberikan kepada anda sebentuk cincin, anda akan mendapat keuntungan yang banyak, Allah telah memberi tahniah kepada anda, wahai Abu Hasyim, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku naik saksi bahawa anda adalah wali Allah dan imamku yang aku menyembah Allah dengan ketaatannya, lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah telah mengampuni dosa anda, wahai Abu Hasyim".

(917)-22. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Qasim Abu al- 'Iina' al-Hasyimi maula 'Abd al-Samad bin Ali 'Ataqah telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad a.s ketika aku sedang dahaga, aku di sisinya, aku menghormatinya untuk menyeru dengan air, maka beliau a.s telah berkata: Wahai budak, berilah minuman kepadanya dan kadangkala aku telah bercakap kepada diriku untuk bangun, maka aku memikir tentang itu, lalu beliau berkata: Wahai budak, [bawalah] binatang tunggangannya.
'
(918)-23. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Musa bin Ja'far bin Muhammad bin Ali bin 'Abd al-Ghaffar telah berkata: Beberapa orang pegawai Bani 'Abbas, antaranya Salih bin Ali dan lain-lain daripada penyeleweng-penyeleweng ketika Abu Muhammad a.s ditahan, telah datang kepada Salih bin Wasif, maka Salih telah berkata kepada mereka: Apa [lagi] yang aku boleh buat, anda telah mewakilkan dua orang yang paling jahat untuk menahannya, mereka berdua telah menukarkan ibadat, sembahyang, puasa kepada perkara yang besar, maka aku telah berkata kepada mereka berdua: Apakah yang ada padanya (Abu Muhammad a.s)? Mereka berdua telah berkata: Apa pendapat anda tentang seorang lelaki yang berpuasa pada siang hari dan bangun [beribadat] pada waktu malam, beliau tidak bercakap dan tidak sibuk dengan [urusan dunia] dan apabila kami telah melihat kepadanya, anggota kami merasa gementar dan apa yang kami tidak memilikinya daripada diri kami memasuki kami. Manakala mereka telah mendengar sedemikian, merekapun telah pulang di dalam keadaan dukacita.

(919)-24. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin al-Husain berkata: Muhammad bin al-Hasan al-Makfuf telah memberitahu kepadaku, berkata: Beberapa sahabat kami telah memberitahu kepadaku daripada sebahagian Nasrani yang bekerja sebagai "pembuang darah" di al-'Askar bahawa Abu Muhammad a.s telah mengutus kepadaku pada suatu hari pada waktu sembahyang zuhur, maka beliau telah berkata kepadaku: Titiskan darah ini, beliau berkata: Beliau telah mengambil darah daripadaku, aku tidak memahaminya tentang darah yang dititiskan, maka aku telah berkata kepada diriku: [Pertama] Aku tidak pernah melihat satu perkara yang lebih pelik daripada ini, beliau telah menyuruhku supaya menitis [darah] pada waktu zuhur dan ia bukanlah waktunya dan kedua: Darah yang aku tidak memahaminya. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunggulah dan tinggallah di rumah anda. Manakala waktu petang sudah tiba, beliau telah menyeruku dan berkata kepadaku: Lepaslah darah, maka aku telah melepaskannya, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tahanlah, maka aku telah menahannya. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tinggallah di rumah anda.
Manakala pada pertengahan malam, beliau telah mengutus kepadaku dan berkata kepadaku: Darah telah dititiskan, beliau telah berkata: Aku telah menjadi hairan daripada yang pertama, tetapi aku tidak suka bertanya kepadanya, beliau telah berkata: Anda telah menitiskan darah, maka darah putih telah keluar seperti garam, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tahanlah, maka aku telah manahannya (darah). Kemudiaan beliau telah berkata: Tinggallah di rumah, manakala aku telah bangun pagi, beliau telah menyuruh Qaharmanah supaya memberi kepadaku tiga dinar, maka aku telah mengambilnya dan aku telah keluar sehingga aku telah datang kepada Ibn Bakhtisyu' seorang Nasrani, maka aku telah menceritakan kisahnya kepadanya.
Maka beliau telah berkata kepadaku: Demi Allah, aku tidak faham apa yang anda katakan dan aku tidak mengetahui sesuatupun tentang ilmu kedoktoran dan aku tidak membacanya pada kitab dan aku tidak mengetahui pada masa kita ini orang yang lebih alim tentang agama Nasrani selain seorang Farsi, maka datanglah kepadanya, beliau telah berkata: Maka aku telah menaiki sampan ke Basrah dan aku telah datang ke al-Ahwaz, kemudian aku telah sampai ke Farsi kepada sahabatku, maka aku telah memberitahu kepadanya berita itu, beliau telah berkata: Tunggulah aku beberapa hari, maka aku telah menunggunya, kemudian aku telah datang kepadanya untuk mendapat kepastian, maka beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya apa yang anda ceritakan tentang lelaki ini, maka al-Masih telah melakukannya pada masanya satu kali.

(920)-25. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami berkata: Muhammad bin Hajr telah menulis kepada Abu Muhammad a.s mengadu tentang 'Abd al-'Aziz bin Dulaf dan Yazid bin Abdullah, maka beliau telah menulis kepadanya: Adapun 'Abd al-'Aziz, maka aku telah melakukan apa yang sepatutnya, adapun Yazid, sesungguhnya bagi anda dan beliau mempunyai kedudukan di hadapan Allah, maka 'Abd al-'Aziz telah mati dan Yazid pula telah membunuh Muhammad bin Hajr .
(921)-26. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami, berkata: Abu Muhammad a.s telah menyerah diri kepada Nahrir , beliau telah menyusahkannya dan menyakitinya, beliau telah berkata: Isterinya telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, bertakwalah kepada Allah, anda tidak mengetahui siapa di dalam kedudukan anda dan anda tidak mengetahui kebaikannya dan beliau telah berkata lagi: Sesungguhnya aku khuatir anda daripadanya, maka beliau telah berkata: Aku akan mencampakkannya di kalangan binatang-binatang buas, kemudian beliau telah melakukannya, kemudian beliau telah melihat Abu Muhammad a.s sedang bersembahyang sedangkan binatang-binatang buas itu berada di sekitarnya .

(922)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ishaq berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad, maka aku telah meminta beliau supaya menulis, justeru, aku dapat melihat kepada khatnya, maka aku akan mengetahuinya apabila ia tiba, maka beliau telah berkata: Ya, kemudian beliau telah berkata: Wahai Ahmad, sesungguhnya khat akan berbeza di atas anda di antara pensil yang tebal dan pensil yang nipis, maka janganlah anda syak kepadanya. Kemudian beliau telah menyeru dengan dakwat.
Lalu beliau telah menulis dan beliau mulai memanjangkan tempat mengalirnya dakwat, maka aku telah berkata kepada diriku ketika beliau sedang menulis : Aku telah berangan-angan bahawa beliau akan memberi pensil yang beliau telah menggunakannya di dalam khatnya, manakala beliau telah selesai daripada menulis, beliau mulai bercakap denganku ketika beliau menyapu dakwat di pensil dengan sapu tangan beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Ambillah, wahai Muhammad, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sungguhnya aku akan mendapat sesuatu yang terlintas di hatiku dan aku telah mahu bertanya bapa anda, tetapi aku tidak berkesempatan untuk bertanya beliau.
Maka beliau telah berkata: Apakah itu, wahai Ahmad? Maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, diriwayatkan kepada kami daripada bapa-bapa anda bahawa sesungguhnya tidur para nabi adalah di atas tulang punggung mereka, tidur mukminin di atas iman mereka, tidur munafikin di atas tabiat mereka [yang mewah] dan tidur syaitan di atas muka-muka mereka. Maka beliau a.s telah berkata: Begitulah yang berlaku, maka aku telah berkata: Aku telah berusaha untuk tidur di sebelah kananku, maka aku tidak boleh tidur di atasnya, lalu beliau telah diam beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Hampirilah aku, maka aku telah menghampirinya, lalu beliau telah berkata: Masukkan tangan anda di bawah pakaian anda, maka aku telah memasukkannya, lalu beliau telah mengeluarkan tangannya di bawah pakaiannya dan memasukkannya di bawah pakaianku, kemudian beliau telah menyapu dengan tangan kanannya di sebelah kiriku dan tangan kirinya di sebelah kananku sebanyak tiga kali, maka Ahmad telah berkata: Aku tidak mampu lagi tidur di sebelah kiriku semenjak beliau a.s telah melakukannya kepadaku.



26
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 125

Kelahiran Sahib Al-Zaman A.S (maulid al-Sahib a.s)
Beliau a.s telah dilahirkan pada 15hb Sya'ban tahun 255 hijrah.

(923)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad berkata: [Kata-kata] Telah keluar daripada Abu Muhammad a.s ketika al-Zubairi dibunuh: Ini adalah balasan orang yang telah berdusta kepada Allah tentang para wali-Nya, beliau telah menyangka beliau akan membunuhku dan aku pula tidak mempunyai zuriat, bagaimana beliau telah melihat kepada kekuasaan Allah. Seorang anak lelaki dilahirkan untuknya dinamakan "m h m d" pada tahun 256 hijrah.

(924)-2. Ali bin Muhammad berkata: Muhammad dan al-Hasan bin Ali bin Ibrahim , telah memberitahu kepadaku pada tahun 279 hijrah berkata: Muhammad bin Ali bin 'Abd al-Rahman al-'Abdi telah memberitahu kepadaku-daripada 'Abd Qais-daripada al-Dhau' bin Ali al- 'Ajali, daripada seorang lelaki daripada Farsi yang beliau telah menamakannya, beliau telah berkata: Aku telah datang ke Sarra man ra'a dan aku telah pergi ke pintu [rumah] Abu Muhammad a.s, lalu beliau telah menyeruku tanpa aku meminta izin [daripadnya], manakala aku telah masuk dan memberi salam, beliau telah berkata kepadaku: Wahai bapa polan, apakah keadaan anda?
Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Duduklah, wahai polan, kemudian beliau telah bertanyaku tentang sekumpulan lelaki dan perempuan daripada keluargaku, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Apakah yang membuat anda datang ke sini? Aku telah berkata: Kerana ingin berkhidmat kepada anda, maka beliau telah berkata: Tinggallah di rumah[ku], beliau telah berkata: Aku telah tinggal di rumah bersama khadam-khadam, kemudian aku telah membeli barang-barang keperluan mereka dari pasar dan aku telah masuk kepadanya tanpa izin apabila beliau berada di rumah untuk lelaki, maka aku telah datang kepadanya ketika beliau berada di rumah [khadam] lelaki, lalu aku telah mendengar pergerakan di rumah itu, maka beliau telah menyeruku: Tetapkan tempat anda, janganlah bergerak, maka aku tidak keluar dan aku tidak masuk, lalu seorang hamba perempuan telah datang kepadaku bersamanya sesuatu yang ditutup, kemudian beliau a.s telah menyeruku: Masuklah, maka aku telah masuk dan beliau telah menyeru seorang hamba perempuan.
Maka beliau telah kembali, lalu beliau a.s telah berkata kepadanya: Dedahlah apa yang ada pada anda, lalu beliau telah mendedahkannya seorang kanak-kanak yang putih, elok mukanya dan beliau telah mendedahkan perutnya. Maka beliau mendapati rambut[nya] tumbuh dari bahagian dada kepada pusatnya [berwarna] hijau bukan hitam, maka beliau telah berkata: Inilah sahabat anda (imam anda), kemudian beliau a.s telah menyuruhnya untuk membawanya. Maka aku tidak melihatnya sehingga Abu Muhammad a.s telah mati, lalu Dhau' bin Ali berkata: Maka aku telah berkata kepada seorang Farsi: Berapakah anda menilai umurnya? Beliau telah berkata: Dua tahun, al-'Abdi telah berkata: Aku telah berkata kepada al-Dhau': Berapakah anda menilai umurnya? Beliau telah berkata: Empat belas tahun, Abu Ali dan Abu Abdillah [berkata]: Kami menilai umurnya dua puluh satu tahun .

(925)-3. Ali bin Muhammad dan daripada lebih seorang daripada para sahabat kita di Qum, daripada Muhammad al-'Aamiri, daripada Abu Sa'id Ghanim al-Hindi telah berkata: Aku telah berada di sebuah bandar di India, dikenali dengan Kasymir, di pendalaman dan beberapa orang sahabatku sedang duduk di atas kerusi-kerusi di sebelah kanan raja, seramai empat puluh orang kesemuanya membaca empat kitab: Taurat, Injil, Zabur dan Mashaf Ibrahim, kami mengehukum di kalangan manusia dan mengajar agama kepada mereka dan kami memberi fatwa kepada mereka tentang halal dan haram mereka, orang ramai menjadi takut kepada kami begitu juga raja.
Lalu kami telah menyebut Rasulullah s.a.w, maka kami telah berkata: Nabi ini disebut di dalam kitab-kitab, tetapi urusannya tersembunyi kepada kita. Justeru, wajib ke atas kita mengkajinya dan menjejaki kesannya. Lalu kami bersepakat supaya aku keluar dan akupun telah keluar dan bersamaku harta yang banyak, maka aku telah berjalan selama dua belas bulan sehingga aku telah menghampiri Kabul, lalu satu kumpulan dari Turki telah merampas hartaku dan aku telah mengalami luka-luka yang banyak dan aku dibawa ke bandar Kabul, lalu rajanya telah menyelamatkan aku, manakala beliau telah mengetahui beritaku di bandar Balkh yang dikuasai oleh Daud bin al-'Abbas bin Abi Aswad, maka beritaku telah sampai kepadanya bahawa aku telah keluar di dalam keadaan murtad dari India, aku telah belajar bahasa Farsi, aku telah berhujah dengan para fakih dan mutakallimun, maka Daud bin al-'Abbas telah mengutus kepadaku dan menjemputku ke majlisnya, beliau telah mengumpulkan para fakih, lalu mereka telah mengadakan dialog denganku, maka aku telah memberitahu kepada mereka bahawa aku telah keluar dari negeriku mencari nabi ini yang mana aku telah mendapatinya di dalam kitab-kitab, maka beliau telah berkata kepadaku: Siapakah dia dan apakah namanya?
Maka aku telah berkata: Muhammad, maka beliau telah berkata: Beliau adalah nabi kami yang mana anda sedang mencarinya, maka aku telah bertanya mereka tentang syariatnya, maka mereka telah menceritakannya kepadaku. Aku telah memberitahu kepada mereka: Aku mengetahui bahawa Muhammad itu adalah seorang nabi, tetapi aku tidak mengetahui [nabi] ini yang kamu ceritakan ataupun tidak, justeru, beritahulah kepadaku tempatnya supaya aku pergi kepadanya, maka aku akan bertanya kepadanya tentang alamat-alamat dan dalil-dalil di sisiku. Jika beliaulah sahabatku yang aku sedang mencarinya, maka aku telah beriman kepadanya, maka mereka telah berkata: Baginda s.a.w telah mati, maka aku telah berkata: Siapakah wasinya dan khalifahnya, maka mereka telah berkata: Abu Bakr, aku telah berkata: Berilah namanya kepadaku kerana ini adalah nama gelarannya?
Mereka telah berkata: Abdullah bin Uthman dan mereka telah menisbahkannya kepada Quraisy, aku telah berkata: Sebutlah kepadaku nasab Muhammad, maka mereka telah menyebutnya kepadaku dan aku telah berkata: Ini bukanlah sahabatku yang aku telah mencarinya, sahabat yang aku sedang mencarinya adalah khalifahnya, saudaranya pada agamanya, sepupunya pada nasab, suami anak anak perempuannya dan bapa anak-anaknya, tidak ada zuriat bagi nabi ini selain daripada anak lelaki ini yang menjadi khalifahnya. Maka mereka telah melompat kepadaku dan berkata: Wahai Amir, sesungguhnya lelaki ini telah keluar dari syirik kepada kafir, ini [lelaki] adalah halal darahnya.
Maka aku telah berkata kepada mereka: Wahai kalian, aku adalah seorang lelaki yang berpegang kepada agama, aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku melihat apa yang lebih kuat daripadanya. Sesungguhnya aku telah mendapati sifat lelaki ini di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah ke atas para nabi-Nya. Sesungguhnya aku telah keluar dari negeri India dan kemuliaan yang aku miliki adalah untuk mencarinya. Manakala aku telah mengkaji tentang urusan sahabat kamu yang kamu telah menyebutnya, beliau bukanlah seorang nabi yang anda ceritakannya, lalu mereka telah menahanku, kemudian seorang pekerja diutuskan kepada seorang lelaki yang dikenali dengan nama al-Husain bin Asykib, maka beliau telah menyerunya dan berkata kepadanya: Berhujahlah dengan lelaki India ini, lalu al-Husain telah berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu di sisi anda para fakih dan para ulama, mereka adalah lebih alim dan lebih baik untuk berhujah dengannya, lalu beliau telah berkata: Berhujahlah dengannya sebagaimana aku katakan kepada anda dan berlembutlah dengannya, maka al-Husain bin Asykib telah berkata kepadaku selepas aku berbincang dengannya: Sesungguhnya sahabat anda yang anda sedang mencarinya adalah nabi yang telah diceritakan oleh mereka dan ia bukanlah tentang urusan khalifah sebagaimana mereka telah katakannya, nabi ini adalah Muhammad bin Abdullah bin 'Abd al-Muttalib dan wasinya adalah Ali bin Abu Talib bin 'Abd al-Muttalib iaitu suami Fatimah binti Muhammad dan bapa al-Hasan dan al-Husain, dua anak lelaki Muhammad s.a.w.
Ghanim Abu Sa'id telah berkata: Maka aku telah berkata: Allahu akbar, inilah [lelaki] yang aku telah mencarinya, lalu aku telah berpaling kepada Daud bin al-'Abbas dan aku telah berkata kepadanya: Wahai Amir, aku telah dapat apa yang aku telah mencarinya dan aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, beliau telah berkata: Beliau telah membuat baik kepadaku dan berhubung denganku, maka beliau telah berkata: Aku telah pergi kepada al-Husain sehingga aku telah bertanya kepadanya dan beliau telah mengajarku apa yang aku telah berhajat kepadanya seperti sembahyang, puasa dan segala fardu.
Maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya kita telah membaca pada kitab-kitab kita bahawa Muhammad adalah penutup para nabi, tiada nabi selepasnya, kemudian kepada wasi selepas wasi, sentiasa urusan Allah berlalu pada keturunan mereka sehingga berakhirnya dunia, justeru, siapakah wasi kepada wasi Muhammad? Beliau telah berkata: Al-Hasan, kemudian al-Husain adalah dua anak lelaki Muhammad s.a.w, kemudian urusan wasiat berterusan sehingga berakhir kepada Sahib al-Zaman a.s, kemudian beliau telah menceritakan kepadaku apa yang telah berlaku, aku tidak mempunyai cita-cita melainkan mencari "kejayaan".
Maka beliau telah sampai di Qum dan tinggal bersama para sahabat kami pada tahun 264 hijrah dan keluar bersama mereka ke Baghdad dan bersamanya juga seorang kawan dari penduduk al-Sind, sahabat semazhab dengannya pada masa dahulu, beliau telah berkata: Ghanim telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mengingkari sebahagian akhlak kawanku, maka aku telah meninggalkannya dan aku telah keluar dan aku telah berjalan ke [masjid] al-'Abbasiyyah, aku sedang bersedia untuk bersembahyang dan aku bersembahyang dan aku sedang memikir niatku untuk mencarinya, tiba-tiba seorang telah datang kepadaku dan berkata: Anda adalah polan?
Namanya di dalam bahasa Hindi, maka aku telah berkata: Ya, maka beliau telah berkata: Datanglah kepada maula anda, maka aku telah datang bersamanya, maka beliau sentiasa melalui beberapa jalan sehingga aku telah mendatangi sebuah rumah dan sebuah taman, tiba-tiba beliau a.s sedang duduk, maka beliau a.s telah berkata: Selamat datang (marhaban), wahai polan-di dalam bahasa Hindi-Apa khabar anda? Dan bagaimana anda telah meninggalkan polan dan polan? Sehingga beliau telah menghitung empat puluh orang semuanya, maka beliau telah bertanya kepadaku seorang selepas seorang. Kemudian beliau telah menceritakan kepadaku apa yang telah berlaku di antara kami, semuanya di dalam bahasa Hindi, kemudian beliau telah berkata: Anda telah mahu melakukan haji bersama ahli Qum?
Aku telah berkata: Ya, wahai sayyidi, maka beliau telah berkata: Janganlah anda melakukan haji bersama mereka dan pulanglah pada tahun anda ini ke Kabul, kemudian beliau telah mencampakkan satu dompet di hadapannya kepadaku. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Jadilah ia perbelanjaan anda dan janganlah anda memasuki Baghdad [dan bertemu dengan] polan yang mana beliau telah menamakannya, janganlah anda memberitahu sesuatu kepadanya dan kembalilah kepada kami di dalam perjalanan pulang anda ke negeri [India]. Dan kami telah melaksanakannya. Kemudian kami telah diberitahu bahawa para sahabat kami telah pulang dari al-'Aqabah dan pergi ke Khurasan, manakala beliau telah berada di Kabul, beliau telah pergi haji dan mengirim kepada kami hadiah melalui Khurasan, lalu beliau telah menetap di sana beberapa ketika, kemudian beliau telah mati rahimahu llah.

(926)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sa'ad bin Abdullah berkata: Sesungguhnya al-Hasan bin al-Nadhar, Abu Saddam dan satu kumpulan [yang lain] telah bercakap selepas kematian Abu Muhammad a.s tentang apa yang ada pada tangan para wakil dan mereka telah berhasrat untuk mengkajinya, lalu al-Hasan bin al-Nadhar telah datang kepada Abu Saddam dan berkata: Sesungguhnya aku ingin melakukan haji, maka Abu Saddam telah berkata kepadanya: Tangguhlah pada tahun ini, maka al-Hasan bin al-Nadhar telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku takut [melihat] di dalam mimpiku, [aku] pasti keluar dan beliau telah berwasiat kepada Ahmad bin Ya'la bin Hammad tentang harta dan menyuruhnya supaya tidak mengeluarkan sesuatu melainkan dari tangannya kepada tangannya selepas kezahirannya.
Maka al-Hasan telah berkata: Manakala aku telah sampai di Baghdad, aku telah menyewa sebuah rumah, maka aku telah bermalam padanya, lalu seorang telah datang kepadaku dengan pakaian dan wang dinar dan beliau telah meninggalkannya di sisiku, maka aku telah berkata kepadanya: Apakah ini? Beliau telah berkata: Ia sebagaimana anda melihatnya, kemudian wakil yang lain telah melakukan perkara yang sama dan datang lagi wakil yang lain pula sehingga mereka telah menyerang rumah[ku], kemudian Ahmad bin Ishaq telah datang kepadaku dengan segala apa yang ada bersamanya, maka aku telah hairan dan berfikir [tentangnya], tiba-tiba cebisan surat [Sahib al-Zaman a.s] telah sampai kepadaku: "Apabila berlalunya siang hari, maka bawalah apa yang ada bersama anda"
Maka aku telah mengembara dan membawa apa yang ada bersamaku dan di jalan terdapat seorang miskin yang merompak seramai enam puluh lelaki, maka aku telah melintasinya dan Allah telah menyelamatkan aku daripadanya, kemudian aku telah sampai di al-'Askar dan akupun turun, maka cebisan surat [Sahib al-Zaman a.s] telah datang kepadaku dan berkata: Bawalah apa yang ada bersama anda, lalu aku telah meletakkannya di dalam satu bakul. Manakala aku telah sampai di al-Dihliz, tiba-tiba seorang yang berkulit hitam sedang berdiri, maka beliau telah berkata: Adakah anda al-Hasan bin al-Nadhar?
Aku telah berkata: Ya, maka beliau telah berkata: Masuklah, maka aku telah memasuki rumahnya dan aku telah memasuki sebuah rumah [yang lain] dan aku telah meletakkan bakul itu, tiba-tiba aku dapati di sudut rumah ada roti yang banyak, kemudian beliau telah memberi kepada setiap pembawa dua keeping roti dan mereka dikeluarkan dan rumah ditutup dan aku diseru padanya: Wahai al-Hasan bin al-Nadhar, aku memuji Allah di atas apa yang Dia kurniakan dan janganlah anda menjadi syak kerana syaitan telah mahu anda menjadi syak dan beliau telah mengeluarkan kepadaku dua helai kain dan dikatakan: Ambillah, anda akan memerlukan kepadanya, lalu aku telah mengambilnya dan akupun keluar. Sa'd telah berkata: Al-Hasan bin al-Nadhar telah pulang dan mati pada bulan Ramadan dan dikapankan di dalam dua helai pakaian.

(927)-5. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Hamawaih al-Suwaidawi, daripada Muhammad bin Ibrahim bin Mihziyar berkata: Aku telah menjadi syak selepas kematian Abu Muhammad a.s dan harta yang banyak telah dikumpulkan di sisi bapaku, maka beliau telah membawanya menaiki kapal dan aku telah keluar bersamanya dengan tertib, maka aku telah dijangkiti demam yang teruk, maka beliau telah berkata: Wahai anakku, kembalilah, maka ia adalah maut dan berkata kepadaku: Bertakwalah kepada Allah pada harta ini dan beliau telah berwasiat kepadaku dan beliau telah mati. Maka aku telah berkata kepada diriku: Bapaku tidak mungkin berwasiat sesuatu yang tidak betul, aku akan membawa harta ini ke Iraq, aku akan membeli sebuah rumah di tepi sungai dan aku tidak akan menceritakannya kepada sesiapapun dan jika perkara ini jelas sebagaiman pada masa Abu Muhammad a.s, aku akan melaksanakannya dan jika tidak, aku akan membelanjakannya untuk makan-minumku.
Kemudian aku telah datang ke Iraq dan aku telah membeli sebuah rumah di tepi sungai dan aku telah tinggal beberapa hari. Tiba-tiba aku didatangi oleh utusan: Wahai Muhammad, bersama anda jumlah wang tertentu sehingga beliau telah menceritakan kepadaku semua yang ada bersamaku yang aku sendiri tidak mengetahuinya, maka aku telah menyerahkannya kepada utusan itu dan aku telah tinggal beberapa hari tanpa mengangkat kepalaku dan aku telah berdukacita. Maka beliau a.s telah datang kepadaku: Kami telah meletakkan anda pada kedudukan bapa anda, justeru pujilah Allah.

(928))-6. Muhammad bin Abi Abdillah, daripada Abi Abdillah al-Nasaa'i berkata: Aku telah menyampaikan beberapa perkara kepada Marzabani al-Harithi antaranya gelang emas, maka beliau telah mengembalikan kepadaku gelang itu, lalu aku disuruh memecahkannya, maka akupun telah memecahkannya, tiba-tiba di tengahnya terdapat beberapa karat besi dan tembaga, maka aku telah mengeluarkannya dan aku telah membersihkan emas, maka beliau telah menerimanya.

(829)-7. Ali bin Muhammad, daripada al-Fadhl al-Khazzaz al-Mada'ini maula Khadijah binti Muhammad Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya sekumpulan penduduk Madinah di kalangan al-Talibiyyin telah bercakap benar, justeru segala tugasan diberikan kepada mereka pada masa tertentu. Manakala Abu Muhammad a.s telah mati, sebahagian daripada mereka berkata bahawa Abu Muhammad a.s mempunyai seorang anak lelaki, justeru tugasan diberikan kepada mereka. Sementara sebahagian yang lain pula berkata beliau a.s tidak mempunyai anak lelaki. Oleh itu, mereka tidak lagi ditulis di dalam senarai dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

(930)-8. Ali bin Muhammad berkata: Seorang lelaki daripada ahli al-Sawad telah menyampaikan harta[nya], lalu ia dipulangkan kepadanya dan dikatakan kepadanya: Keluarlah hak sepupu anda daripadanya iaitu 400 dirham. Lelaki itu masih menyimpan harta peninggalan untuk sepupunya, padanya "syarikat" yang beliau telah tahan ke atas mereka, maka beliau telah melihat, tiba-tiba untuk sepupunya adalah 400 dirham daripada harta itu, lalu beliau telah mengeluarkannya dan menghabiskan bakinya [untuk dirinya], maka beliau telah menerimanya.
(931)-9. Al-Qasim bin al-'Alaa' berkata: Aku telah mendapat beberapa orang anak lelaki, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] dan meminta doa, maka beliau a.s tidak menulis kepadaku untuk mereka, maka mereka telah mati semuanya. Manakala al-Hasan, anak lelakiku telah dilahirkan, aku telah menulis [kepadanya a.s] dan meminta doa, lalu doaku dimakbulkan, dan beliau [masih] hidup dan segala puji bagi Allah.

(932)-10. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdillah bin Salih berkata: Pada suatu tahun aku telah keluar ke Baghdad, maka aku telah meminta izin [daripada Sahib al-Zaman a.s] untuk keluar, tetapi beliau tidak mengizinkan aku, lalu aku telah tinggal selama 22 hari dan satu kafilah telah keluar ke Nahrawan, maka aku telah diizinkan keluar pada hari Rabu dan dikatakan kepadaku: Keluarlah pada hari Rabu, maka aku telah keluar dalam keadaan berputus asa tentang kafilah yang aku akan mengikutinya. Lalu aku telah sampai di Nahrawan dan kafilah itu telah bermukim [di sana]. Sebaik saja aku telah memberi makan sesuatu kepada untaku, kafilah itu telah pergi, lalu akupun telah pergi dan sesungguhnya beliau a.s telah berdoa untuk keselamatanku, maka aku tidak bertemu dengan kejahatan dan segala puji bagi Allah.

(933)-11. Ali, daripada al-Nadhar bin Sabah al-Bajali, daripada Muhammad bin Yusuf al-Syasyi berkata: Fistula telah keluar di punggungku, lalu aku telah memperlihatkannya kepada beberapa orang doktor dan aku telah membelanjakan wang yang banyak kerananya, maka mereka telah berkata: Kami tidak mengetahui ubat untuknya, lalu aku telah menulis cebisan surat [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta doa , maka beliau a.s telah menulis kepadaku: Mudah-maudahan Allah memberikan anda kesihatan dan menjadikan anda bersama kami di dunia dan di akhirat. Maka beliau telah berkata: Aku telah sembuh sebelum hari Jumaat lagi seperti keadaan dahulu, lalu aku telah menyeru seorang doktor di kalangan sahabat kami dan aku telah memperlihatkannya kepadanya, maka beliau telah berkata: Kami tidak mengetahui ubat untuk [penyakit] ini.

(934)-12. Ali, daripada Ali bin al-Husain al-Yamani berkata: Aku telah berada di Baghdad, maka satu kafilah untuk mereka dari Yaman telah bersedia [untuk berlepas], maka aku mahu keluar bersamanya, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman] meminta izin tentang perkara itu. Maka beliau telah keluar (menjawab): "Janganlah anda keluar bersama mereka, tidak ada kebaikan jika anda keluar bersama mereka dan tinggallah di Kufah", maka aku telah tinggal di Kufah dan kafilah itu telah keluar, lalu [golongan] Hanzalah telah keluar di hadapan mereka, melintasi mereka dan aku telah meminta izin [daripadanya a.s] untuk pergi melalui jalan laut.
Maka beliau tidak membenarkan aku, maka aku telah bertanya [beliau] tentang pelayar-pelayar yang telah keluar pada tahun itu di lautan, maka tidak ada seorangpun yang terselamat. Satu kumpulan daripada India bernama al-Bawarih telah merampasnya. Aku telah melawat al-'Askar, aku telah datang di jalannya serta tempat ghaibnya (imam), aku tidak bercakap kepada sesiapapun, malah aku tidak kenal sesiapapun dan aku melakukan sembahyang di masjid selepas aku selesai daripada ziarah , tiba-tiba seorang khadam telah datang kepadaku, maka beliau telah berkata kepadaku: Berdirilah, maka aku telah berkata kepadanya: Jika begitu, ke mana?
Beliau telah berkata kepadaku: Ke rumah, aku telah berkata: Siapalah aku, mungkin anda diutus kepada orang lain. Maka beliau telah berkata: Tidak, aku tidak diutus melainkan untuk anda. Anda adalah Ali bin al-Husain, utusan Ja'far bin Ibrahim, maka beliau telah datang bersamaku sehingga beliau menempatkan aku di rumah al-Husain bin Ahmad. Kemudian beliau telah bercakap kepadanya sesuatu. Aku tidak mengetahui apa yang beliau telah berkata kepadanya: Sehingga beliau telah membawa kepadaku apa yang aku perlukan kepadanya. Aku telah duduk padanya selama tiga hari dan aku telah meminta izin daripadanya untuk melakukan ziarah dari dalam [masjid]. Beliau telah izin untukku, lalu aku telah melakukan ziarah pada waktu malam.

(935)-13. Al-Hasan bin al-Fadhl bin Zaid al-Yamani berkata: Bapaku telah menulis surat [kepada Sahib al-Zaman a.s] dengan khatnya, maka beliau telah mendapat jawapannya, kemudian aku telah menulis surat [kepadanya a.s] dengan khatku, maka aku telah mendapat jawapannya, kemudian beliau telah menulis [kepadanya a.s] dengan khat seorang lelaki yang fakih di kalangan para sahabat kami, maka beliau tidak mendapat jawapannya.
Maka kami telah merenung, lalu kami telah mendapati lelaki itu telah bertukar menjadi seorang yang berfahaman Qaramitah, al-Hasan bin al-Fadhl telah berkata: Maka aku telah melawat Iraq melalui Tus dan aku telah berazam bahawa aku tidak akan keluar melainkan mendapat keterangan tentang urusanku dan kejayaan daripada hajat-hajatku. Jika aku pergi haji, aku akan tinggal di sana meminta sedekah, beliau telah berkata: Di dalam keadaan sedemikian, dadaku telah menjadi sesak di Maqam Ibrahim dan aku khuatir bahawa haji akan terlepas daripaku, berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepada Muhammad bin Ahmad untuk mengetahui pendapatnya.
Maka beliau telah berkata kepadaku: Pergilah di masjid tertentu dan seorang lelaki akan berjumpa dengan anda di sana, maka aku telah pergi kepadanya, lalu seorang lelaki telah datang kepadaku, manakala beliau telah melihat kepadaku, beliau telah tersenyum dan berkata: Janganlah anda berdukacita kerana anda akan melakukan haji pada tahun ini dan anda akan pulang kepada keluarga anda dan dan anak lelaki anda dengan selamat. Maka aku telah tenang, hatiku telah menjadi senang dan aku berkata: Inilah kebenarannya, segala puji bagi Allah.
Beliau telah berkata: Kemudian aku telah datang ke al-'Askar, lalu satu dompet dikeluarkan untukku padanya wang dinar dan satu kain, maka aku telah berdukacita dan aku telah berkata kepada diriku: Balasanku di sisi mereka ini sahaja dan aku telah menggunakan kejahilanku, lalu aku telah menolaknya dan aku telah menulis di satu cebisan kertas (ruq'ah), orang yang telah menerimanya daripadaku[tadi] tidak memberi apa-apa isyarat kepadaku dan beliau tidak pula bercakap sekalipun satu huruf. Kemudian aku telah menyesal selepas itu dengan penyesalan yang kuat dan aku telah berkata kepada diriku: Aku telah kafir dengan penolakkanku ke atas maulaku (Sahib al-Zaman a.s) dan aku telah menulis ruq'ah meminta maaf tentang perbuatanku, aku dipenuhi dosa, aku memohon istighfar daripada perkara itu dan aku telah melaksanakannya.
Aku benar-benar telah menyesal dan aku sedang memikir pada diriku dan aku berkata: Jika wang dinar itu dikembalikan kepadaku, aku tidak akan membuka ikatannya dan aku tidak akan melakukan sesuatu sehingga aku membawanya kepada bapaku kerana beliau lebih mengetahui daripadaku untuk melakukan apa yang beliau kehendaki, maka beliau telah keluar kepada utusan yang telah membawa dompet kepadaku, kemungkinan kami telah melakukan perkara yang sama kepada hamba-hamba kami, kemungkinan mereka telah bertanya kami perkara itu untuk mendapatkan berkat dan beliau telah keluar kepadaku: Anda telah salah kerana menolak kebaikan kami, maka apabila anda telah memohon maaf, maka Allah akan memaafkan anda. Adapun niat anda bahawa anda tidak akan melakukan sesuatu padanya dan anda tidak akan membelanjakannya di dalam perjalanan anda, maka kami telah memalingkannya daripada anda.
Adapun kain, maka ia adalah suatu kepastian bahawa anda akan melakukan ihram padanya. Beliau telah berkata: Aku telah menulis [kepadanya] di dalam dua makna dan aku telah mahu menulis [kepadanya] pada makna yang ketiga, tetapi aku tidak melakukannya kerana khuatir beliau akan membencinya, maka beliau a.s telah menjawab dalam dua makna dan makna ketiga yang aku telah melipatkannya dan segala puji bagi Allah, beliau telah berkata: Aku telah bersetuju dengan Ja'far bin Ibrahim al-Nisaburi di Nisabur bahawa aku akan menunggang bersamanya dan menemaninya.
Manakala aku telah sampai di Baghdad, aku telah meniggalkannya dan aku telah pergi mencari 'Adil, maka Ibn al-Wajna telah berjumpa denganku selepas aku telah datang kepadanya dan aku telah memintanya supaya menyewakan [rumah] untukku, maka aku telah mendapatinya di dalam keadaan benci, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku mencari anda dan dikatakan kepadaku: Sesungguhnya beliau menemani anda, maka perelokanlah pergaulannya dan carilah 'Adil untuknya dan sewalah [rumah] untuknya.

(936)-14. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin 'Abd al-Hamid berkata: Aku telah syak tentang urusan Hajiz , maka aku telah mengumpulkan sesuatu (wang), kemudian aku telah pergi ke al-'Askar, lalu beliau a.s telah datang kepadaku: "Tidak ada pada kami syak dan [tidak ada syak] pada orang yang mewakili kami dengan urusan kami. Justeru kembalilah apa yang ada pada anda kepada Hajiz bin Yazid.

(937)-15. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Salih berkata: Manakala bapaku telah mati, maka urusan telah bertukar kepadaku, bapaku memiliki bil-bil pertukaran wang (suftajah) daripada orang yang berhutang, maka aku telah menulis kepadanya [a.s] memberitahu kepadanya, maka beliau a.s telah menulis: Mintalah daripada mereka dan kemukalah mereka kepada pengadilan, lalu orang ramai telah menyelesaikannya kecuali seorang lelaki yang mempunyai satu bil (suftajah) yang bernilai 400 dinar. Maka aku telah datang kepadanya memintanya [daripadanya], tetapi anak lelakinya telah memandang rendah kepadaku dan memperbodoh-bodohkan aku, lalu aku telah mengadu kepada bapanya, maka beliau telah berkata: Tentang apa?
Lantas aku telah memegang janggutnya dan mengambil kakinya, lalu menariknya ke tengah rumahnya, kemudian aku telah menendangnya beberapa kali. Anak lelakinya telah keluar meminta tolong daripada penduduk Baghdad sambil berkata: Seorang ahli Qum rafidhi, telah membunuh bapaku, lalu orang ramai telah berkumpul di sekelilingku, maka aku telah menunggang binatangku dan aku telah berkata: Alangkan baiknya kamu penduduk Baghdad, kamu cenderung kepada orang yang zalim kepada orang asing yang dizalimi, aku adalah seorang lelaki daripada penduduk Hamadan di kalangan Ahl al-Sunnah, tetapi lelaki ini mengaitkan aku dengan ahli Qum dan Rafidhah untuk menghilangkan hakku dan hartaku, beliau telah berkata: Mereka telah cenderung kepadanya dan mereka telah mahu memasuki kedainya sehingga aku telah menenangkan mereka dan bapanya telah berjanji kepadaku untuk membayar hartaku sehingga aku telah mengeluarkan mereka daripadanya.

(938)-16. Ali, daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin al-Hasan dan al-'Alaa' bin Rizqillah, daripada Badr Ghulam Ahmad bin al-Hasan berkata: Aku telah menaiki sebuah gunung dan aku tidak berkata tentang imamah, [tetapi] aku mencintai mereka secara keseluruhan sehingga Yazid bin Abdullah telah mati. Maka beliau telah berwasiat pada masa sakitnya supaya diberikan kudanya, pedangnya dan tali pinggangnya kepada maula-nya . Maka aku khuatir jika aku tidak memberinya kepada Iz Kutkin , beliau akan menghinaku, justeru, aku telah menilai harga kuda, pedang dan tali pinggangnya sebanyak 700 dinar di dalam diriku, aku tidak memberitahunya kepada sesiapapun, tiba-tiba surat telah datang kepadaku dari Iraq : Kemukakan 700 dinar untuk kami daripada anda daripada harga kuda, pedang dan tali pinggang.

(939)-17. Ali, daripada orang yang telah menceritakannya kepadanya, berkata: Seorang anak lelaki telah dilahirkan untukku, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta izin untuk mencucinya pada hari ke tujuh, maka beliau telah menjawab: Janganlah anda melakukannya, lalu beliau telah mati pada hari ke tujuh atau kelapan. Kemudian aku telah menulis [kepadanya] tentang kematiannya, maka beliau a.s telah menjawab: "Anda akan digantikan [anak] yang lain dan yang lainnya, namalah Ahmad dan selepas Ahamad Ja'far", maka ia telah berlaku sebagaimana kata-katanya, beliau telah berkata: Aku telah bersedia untuk pergi haji dan aku telah mengucap selamat tinggal kepada orang ramai dan aku ketika ingin keluar, beliau telah menjawab: "Kami tidak suka perkara itu, tetapi ia terserah kepada anda"
Beliau telah berkata: Dadaku telah menjadi sesak dan aku telah berdukacita, kemudian aku telah menulis [kepadanya a.s] bahawa aku tetap mendengar dan mematuhinya a.s hanya aku berdukacita kerana kelewatan hajiku, maka beliau a.s telah menulis: "Janganlah dada anda menyusahkan anda, sesungguhnya anda akan pergi haji dari Qabul jika Allah kehendaki, beliau telah berkata: Manakala di Qabul, aku telah menulis [kepadanya] meminta izin, maka beliau telah memberi izin, lalu aku telah menulis [kepadanya] bahawa aku telah menggandingkan Muhammad bin al-'Abbas dan aku percaya dengan agamanya dan amalannya, maka beliau a.s telah menjawab: Al-Asadi adalah gandingan anda, jika beliau datang, maka janganlah anda menolaknya, lalu al-Asadi telah datang, maka aku telah berganding dengannya.

(940)-18. Al-Hasan bin Ali al-'Alawi telah berkata: Mirdas bin Ali telah menyimpan harta al-Majruh dan harta Tamim bin Hanzalah, maka beliau a.s telah menulis kepada Mirdas: "Pulangkan harta Tamim dan harta Syirazi".

(941)-19. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Isa al-'Uraidhi Abi Muhammad berkata: Apabila Abu Muhammad a.s telah mati, seorang lelaki telah membawa harta dari Mesir ke Makkah, lalu berlakulah perselisihan pendapat tentangnya, maka sebahagian manusia telah berkata: Sesungguhnya Abu Muhammad a.s telah mati tanpa pengganti dan [jika ada] penggantinya adalah Ja'far dan sebahagian yang lain pula berkata: Abu Muhammad a.s telah mati dan meninggalkan pengganti, lalu beliau telah mengutus seorang lelaki dipanggil Abu Talib, maka beliau telah pergi ke al-'Askar dan bersamanya surat, maka beliau telah menyokong Ja'far dan beliau telah ditanya tentang bukti, maka beliau telah berkata: Beliau tidak bersedia pada masa ini, lalu beliau telah pergi ke pintu [rumah] dan memberi surat kepada para sahabat kami, lalu beliau telah keluar kepadanya: Semoga Allah memberi pahala kepada sahabat anda, maka beliau telah mati dan berwasiat dengan harta yang ada bersamanya kepada orang yang dipercayai untuk melakukan apa yang beliau suka dan suratnya dijawab.

(942)-20. Ali bin Muhammad telah berkata: Seorang lelaki dari penduduk Aabah telah membawa sesuatu untuk disampaikan kepadanya a.s dan beliau telah terlupa satu pedang di Aabah, lalu beliau telah melaksanakan apa yang ada padanya, kemudian beliau a.s telah menulis kepadanya: "Apakah berita pedang yang anda telah melupainya?"

(943)-21. Al-Hasan bin Khafif, daripada bapanya: Beliau a.s telah mengutus seorang khadam ke Madinah Rasulullah s.a.w dan bersama nya ada dua orang khadam, Khafif telah menulis kepadaku supaya beliau keluar bersama mereka, lalu beliau telah keluar bersama mereka. Manakala mereka telah sampai di Kufah, seorang daripada dua khadam telah meminum minuman yang memabukkan. Justeru mereka tidak keluar dari Kufah sehingga sampai surat dari al-'Askar menolak khadam yang telah minum minuman yang memabukkan dan memecatnya dari perkhidmatan[nya].

(944)-22. Ali bin Muhammad, daripada [Ahmad bin] Abi Ali bin Ghiyath, daripada Ahmad bin al-Hasan berkata: Yazid bin Abdullah telah berwasiat seekor binatang, sebilah pedang dan harta [untuk Sahib al-Zaman a.s], beliau telah melaksanakan harga binatang dan dan lain-lain, tetapi beliau tidak mengirim pedang, lalu beliau a.s telah menulis: "Di antara apa yang anda telah kirimkan kepada mereka adalah pedang, tetapi ia belum lagi sampai-atau sebagaimana beliau a.s telah katakan".

(945)-23. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin Syazan al-Nisaburi berkata: 500 dirham kurang 20 dirham telah terkumpul di sisiku, tetapi aku tidak mahu mengirim 500 dirham kurang 20 dirham, lalu aku telah menambah 20 dirham wangku sendiri dan aku telah mengirimnya kepada al-Asadi, tetapi aku tidak menulis tentang wang aku padanya, maka beliau a.s telah menulis: "500 dirham telah sampai dan 20 dirham daripadanya adalah wang anda".

(946)-24. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari telah berkata: Surat Abu Muhammad a.s telah sampai untuk pengurusan ke atas al-Junaid; seorang penglima perang, Abi al-Hasan dan lain-lain. Manakala Abu Muhammad a.s telah mati, surat dari Sahib al-Zaman a.s telah sampai kepada Abi al-Hasan dan sahabatnya, tetapi beliau a.s tidak mengirim surat mengenai al-Junaid, beliau telah berkata: Aku telah berdukacita di atas perkara itu, lalu surat takziah [daripada Sahib al-Zaman a.s] untuk al-Junaid telah sampai selepas itu.

(947)-25. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Salih berkata: Aku telah memiliki seorang hamba perempuan yang aku tertarik kepadanya, lalu aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta supaya hamba perempuanku melahirkan anak, maka beliau a.s telah menjawab: Buatlah beliau hamil (istaulid-ha), Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, maka aku telah menyetubuhinya, kemudian beliau telah hamil, kemudian beliau telah gugur, lalu mati.

(948)-26. Ali bin Muhammad telah berkata: Ibn al-'Ajami telah menjadikan 1/3 hartanya untuk Sahib al-Zaman a.s dan beliau telah menulisnya sebelum beliau mengeluarkan 1/3, beliau telah memberinya kepada anak lelakinya al-Miqdam, tidak seorangpun telah mengetahuinya, lalu beliau a.s telah menulis kepadanya: Di manakah harta yang anda telah berikan kepada Abi al-Miqdam?"

(949)-27. Ali bin Muhammad, daripada Abi 'Uqail Isa bin Nasr berkata: Ali bin Ziyad al-Saimari telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta kain kapan, lalu beliau a.s telah menulis kepadanya: Sesungguhnya anda akan memerlukannya [ketika umur anda genap] lapan puluh tahun, maka beliau telah mati [ketika berusia] lapan puluh tahun dan beliau a.s telah mengirim kain kapan kepadanya beberapa hari sebelum kematiannya.

(950)-28. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Harun bin 'Imran al-Hamdani berkata: Di atasku 500 dinar untuk [diberikan kepada Sahib al-Zaman a.s] sedangkan aku di dalam kesusahan, kemudian aku telah berkata kepada diriku: Aku memiliki beberapa buah kedai yang aku telah membelinya dengan [harga] 530 dinar. Sesungguhnya aku telah menjadikannya 500 dinar untuk Sahib al-Zaman a.s dan aku tidak pernah bercakap tentangnya, maka beliau a.s telah menulis kepada Muhammad bin Ja'far: Terimalah kedai-kedai itu daripada Muhammad bin Harun dengan 500 dinar untuk kami di atasnya.

(952)-29. Ali bin Muhammad telah berkata: Ja'far telah mejual seorang kanak-kanak Ja'fariyyah yang mereka didik di rumahnya, maka beliau telah mengutus seorang 'Alawi supaya memberitahu kepada seorang pembeli tentang beritanya, maka pembeli itu telah berkata: Jiwaku telah menjadi baik untuk menjualnya dan aku tidak akan mengurangkan harganya walaupun sedikit. Justeru ambillah, kemudian al-'Alawi telah pergi, lalu beliau telah memberitahu kepada penduduknya tentang berita itu, kemudian mereka telah mengutus kepada pembeli sebanyak 41 dinar dan mereka telah menyuruhnya supaya memberinya (kanak-kanak) kepada pemiliknya.

(953)-30. Al-Husain bin al-Hasan al-'Alawi berkata: Seorang lelaki kawan kepada Ruz Hasani dan serorang lagi bersamanya berkata kepadanya: Lelaki ini memungut harta dan baginya wakil-wakil dan mereka telah menamakan semua wakil di seluruh negeri dan ia berakhir kepada 'Ubaidillah bin Sulaiman, seorang wazir. Justeru, wazir berhasrat untuk menangkap mereka, maka sultan telah berkata: Carilah di mana lelaki ini [berada] kerana ini perkara yang berat, maka 'Ubaidillah bin Sulaiman telah berkata: Kami akan menangkap wakil-wakil[nya], maka sultan telah berkata: Tidak, tetapi sembunyikan untuk mereka satu kumpulan yang tidak mengetahui tentang harta. Justeru sesiapa yang ditangkap memiliki sesuatu di kalangan mereka, maka beliau akan ditangkap, beliau telah berkata: Lalu beliau telah keluar kepada semua wakil supaya mereka tidak mengambil sesuatu daripada seseorangpun dan mereka hendaklah mencegah daripada perkara itu dan berpura-pura tidak mengetahui urusan itu, kemudian seorang lelaki yang tidak dikenali telah menyamar kepada Muhammad bin Ahmad, maka beliau telah berkata: Bersamaku harta, aku ingin menyampaikannya kepadanya a.s,
Maka Muhammad telah berkata kepadanya: Anda telah silap, aku tidak mengetahui sesuatupun tentang perkara ini, tetapi beliau masih berlembut kepadanya dan Muhammad telah berpura-pura tidak mengetahuinya. Kemudian mereka telah mengutus mata-mata, tetapi beliau telah menegah para wakil [dari memungut harta] manakala beliau telah datang kepada mereka.

(954)-31. Ali bin Muhammad telah berkata: Beliau a.s telah melarang lawatan ke kubur-kubur Quraisy dan Hirah. Manakala selepas beberapa bulan, wazir al-Baqita'i telah menyeru, maka beliau telah berkata: Campaklah (tangkaplah) Bani al-Furat dan al-Barsiyyin dan katalah kepada mereka: Janganlah mereka melawat kubur-kubur Quraisy, sesungguhnya khalifah telah memerintahkkan supaya ditangkap pelawat-pelawatnya.



27
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 126

Hadis-Hadis Tentang Dua Belas Para Imam Dan Nas-Nas Ke Atas Mereka A.S (ma jaa'a fi al-Ithna 'asyara wa al-Nas 'alai-him,a.s)
(955)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqi, daripada Abi Hasyim Daud bin al-Qasim al-Ja'fari, daripada Abi Ja'far al-Thani a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah datang dan bersamanya al-Hasan bin Ali a.s yang berpegang di atas tangan Salman, lalu beliau telah memasuki Masjid Haram, maka beliau telah duduk, tiba-tiba seorang lelaki yang mempunyai pendirian dan pakaian yang elok telah datang, lalu beliau telah memberi salam kepada Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s telah menjawab salamnya, kemudian beliau telah duduk dan beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku akan bertanya anda tiga masalah, jika anda memberitahu kepadaku tentangnya, aku mengetahui bahawa mereka telah mengabaikan urusan anda dan mereka tidak aman di dunia dan di akhirat, tetapi jika anda tidak dapat menjawabnya, maka anda dan mereka adalah sama saja.
Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Tanyalah aku apa yang terlintas di hati anda, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang seorang lelaki apabila beliau telah tidur di manakah pergi rohnya dan bagaimana beliau [boleh] mengingati dan melupai? Dan tentang seorang lelaki, bagaimana anak lelakinya menyerupai bapa-bapa saudaranya sama ada di sebelah ibu ataupun di sebelah bapa? Lalu Amir al-Mukminin a.s telah berpaling kepada al-Hasan, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, berilah jawapan kepadanya, beliau telah berkata: Maka al-Hasan a.s telah memberi jawapan kepadanya , lantas lelaki itu berkata: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku sentiasa menyaksikannya dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah Rasul-Nya dan aku sentiasa menyaksikannya.
Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah wasi Rasulullah s.a.w dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya-beliau telah menunjuk kepada Amir al-Mukminin a.s-dan aku sentiasa menyaksikannya. Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah wasinya dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya-beliau telah menunjukkan kepada al-Hasan a.s-dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya al-Husain bin Ali adalah wasi saudaranya dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya selepasnya. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin al-Husain adalah al-Qaim bagi urusan al-Husain selepasnya dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin al-Husain.
Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ja'far bin Muhammad adalah al-Qaim bagi urusan Muhammad dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Musa adalah al-Qaim bagi urusan Ja'far bin Muhammad. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin Musa adalah al-Qaim bagi urusan Musa bin Ja'far. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin Musa. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin Muhammad adalah al-Qaim bagi urusan Muhammad bin Ali. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya al-Hasan bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin Muhammad dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya seorang lelaki daripada anak al-Hasan, tidak diberikan nama dan gelarannya sehingga urusannya terserlah.
Lalu beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman dan salam ke atas anda, wahai Amir al-Mukminin, rahmat Allah dan berkat-Nya, kemudian beliau telah berdiri dan pergi, lalu Amir al-Mukminin telah berkata: Wahai Abu Muhammad, ikutlah beliau dan lihatlah ke manaka beliau tuju, lalu al-Hasan bin Ali a.s telah keluar dan berkata: Beliau hanya telah meletakkan kakinya di luar masjid, maka aku tidak mengetahui di manakah beliau telah pergi di bumi Allah, maka aku telah kembali kepada Amir al-Mukminin a.s, lalu aku telah memberitahu kepadanya, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, adakah anda mengetahuinya? Aku telah berkata: Allah, Rasul-Nya dan Amir al-Mukminin lebih mengetahuinya, beliau telah berkata: Beliau adalah Khidir a.s.

(956)-2. Muhammad bin Yahya telah memberitahu kepadaku, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ahmad bin Abi Abdillah, daripada Abi Hasyim seumpamanya. Muhammad bin Yahya telah berkata: Aku telah berkata kepada Muhammad bin al-Hasan: Wahai Abu Ja'far, aku telah suka berita ini telah datang bukan daripada pihak Ahmad bin Abi Abdillah, berkata: Sesungguhnya beliau telah memberitahu kepadaku sepuluh tahun sebelum "kekusutannya".

(957)-3. Muhammad bin Yahya dan Muhammad bin Abdullah, daripada Abdullah bin Ja'far, daripada al-Hasan bin Zarif dan Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad, daripada Bakr bin Salih, daripada 'Abd al-Rahman bin Salim, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Bapaku Muhammad telah berkata kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari: Sesungguhnya aku ada hajat dengan anda, apabila anda ada masa aku akan bersama-sama anda dan aku akan bertanya kepada anda mengenainya? Jabir telah berkata kepadanya: Pada bila-bila masa anda kehendaki, wahai sayyidi, bapa aku telah berada beberapa hari bersama-samanya.
Beliau telah berkata kepada Jabir: Beritahulah kepada aku tentang Lauh yang anda telah melihatnya pada tangan ibu aku Fatimah a.s dan apa yang telah diberitahu kepada anda oleh ibu aku, dan apa yang tertulis di Lauh ini? Jabir telah berkata: Aku naik saksi dengan Allah bahawa aku telah memasuki rumah Fatimah a.s pada masa hidup Rasulullah s.a.w, aku telah memberi tahniah kepadanya di atas kelahiran al-Husain a.s, aku telah melihat di tangannya Lauh berwarna hijau. Aku telah menyangkanya zamrud. Aku telah melihat padanya surat berwarna putih seperti cahaya matahari, maka aku telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku apakah Lauh ini? Beliau telah berkata: Ini adalah Lauh yang mana Allah telah menghadiahkannya kepada Rasulullah s.a.w.
Di dalamnya terdapat nama bapa aku, nama aku, nama Ali, nama dua anak lelaki aku dan nama-nama para wasi daripada anak-anak aku. Maka bapa aku telah memberikannya kepada aku untuk menggembirakan aku dengannya, Jabir telah berkata: Ibu anda telah memberikannya kepada aku, maka aku telah membacanya, dan membuat salinannya, bapa aku a.s telah berkata: Adakah anda, wahai Jabir, akan membentangkannya kepada aku? Beliau telah berkata: Ya, lalu bapa aku berjalan bersama-samanya menuju ke rumah Jabir, kemudian bapa aku telah mengeluarkan dari genggamnya mashaf dari kulit nipis sambil berkata: Wahai Jabir, lihatlah pada surat (kitab) anda supaya aku membacanya kepada anda, lantas beliau telah melihat kepada suratnya, lalu bapa aku telah membaca kepadanya, ia tidak menyalahi walaupun satu huruf, Jabir telah berkata: Aku naik saksi dengan Allah sesungguhnya aku telah melihatnya seperti di Lauh tertulis:


Bismillahi r-Rahmani r-Rahim


Surat (kitab) ini adalah daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui untuk Muhammad Nabi-Nya, Duta-Nya, Hijab-Nya, Penunjuk-Nya. Diturunkan oleh al-Ruh al-Amin dari sisi Tuhan semesta alam, hormatilah, wahai Muhammad, akan nama-nama-Ku, bersyukurlah kepada nikmat-nikmat-Ku dan janganlah Engkau mengingkarinya, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Pemusnah para penguasa, Pembantu mereka yang dizalimi.
Pemilik hari Kiamat, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Sesiapa yang telah berharap selain dari kelebihan-Ku, atau beliau takut selain dari keadilan-Ku, nescaya Aku akan menyeksanya dengan penyeksaan yang belum pernah Aku melakukannya kepada sesiapapun di seluruh semesta. Maka kepada-Akulah engkau sembah, dan kepada Akulah engkau bertawakal. Aku tidak mengutus seorang nabi melainkan aku menyempurnakan hari-harinya, dan tamat masanya melainkan Aku menjadikan untuknya seorang wasi.
Sesungguhnya Aku telah melebihkan engkau ke atas para nabi dan Aku telah melebihkan wasi engkau ke atas para wasi. Aku menghormati engkau dengan dua orang anak lelaki engkau selepasnya; al-Hasan dan al-Husain, Aku telah menjadikan al-Hasan galian ilmu-Ku selepas tamat masa bapanya. Aku telah menjadikan al-Husain penyimpan wahyu-Ku, Aku memuliakannya dengan kesyahidan. Dan Aku menamatkannya dengan kebahagiaan. Justeru, beliau adalah sebaik-baik mereka yang telah mati syahid dan yang paling tinggi darjat di kalangan para syahid di sisi-Ku. Aku telah menjadikan kalimat-Ku yang sempurna bersama-nya dan hujah Aku yang kukuh di sisinya.
Dengan 'itrahnya, Aku memberi pahala dan menyeksa, awal mereka adalah Ali sayyid al-'Abidin dan perhiasan kepada para wali-Ku yang lalu dan anak lelakinya seperti datuknya yang terpuji Muhammad al-Baqir kerana ilmu-Ku, dan galian hikmah-Ku dan akan membinasakan mereka yang tidak mempunyai pendirian tentang Ja'far; penentang kepadanya adalah seperti penentang kepada-Ku. Kata-kata yang tepat bagi-Ku bahawa Aku akan menghormati kedudukan Ja'far. Aku akan menggembirakannya di kalangan penyokong-penyokong dan pembantu-pembantunya dan para walinya.
Dan selepasnya adalah Musa. Fitnah yang buta dan halus akan berlaku, kerana rancangan jahat tidak terputus dan hujah-Ku tidak juga tersembunyi. Sesungguhnya para wali-Ku akan meminum gelas yang sempurna. Sesiapa yang telah menentang seorang daripada mereka, maka sesungguhnya beliau telah mengingkari nikmat-Ku dan telah mengubah ayat daripada kitab-Ku dan telah berbohong ke atas-Ku, neraka wail bagi pembohong-pembohong yang menentang selepas Musa, hamba-Ku, kekasih-Ku, dan pilihan-Ku, kerana pembohong kepada salah seorang daripada mereka adalah pembohong kepada semua para wali-Ku. Ali adalah wali-Ku dan pembantu-Ku.
Siapa yang Aku meletakkan ke atasnya tanggungan kenabian atau Aku mengujinya dengan kekuatan tersebut, akan dibunuh oleh jin yang sombong, di kapankan di bandar yang telah dibina oleh hamba yang soleh (Dhu l-Qurnain) di sisi sejahat-jahat makhluk-Ku. Aku akan menggembirakannya dengan Muhammad anak lelakinya, khalifahnya selepasnya, dan pewaris ilmu-nya. Lantaran itu, beliau adalah galian ilmu-Ku, dan tempat simpan ilmu-Ku, dan Hujjah-Ku di atas makhluk-Ku. Aku telah menjadikan syurga tempat tinggalnya.
Aku telah memberi syafaat kepadanya bagi membolehkannya menyelamatkan tujuh puluh ribu keluarganya yang layak untuk ke neraka. Aku telah menamatkan kebahagiaan anak lelakinya Ali, wali-Ku dan penolong-Ku, dan saksi kepada makhluk-Ku, pemegang amanah wahyu-Ku. Aku akan mengeluarkan daripadanya seorang pendakwah kepada jalan-Ku dan penyimpan kepada ilmu-Ku al-Hasan, kemudian Aku menyempurnakannya selepasnya anak lelakinya (al-Mahdi) sebagai rahmat kepada alam semesta.
Di atasnya kesempurnaan Musa, kehebatan Isa dan kesabaran Ayyub. Para wali-Ku akan dihina pada zamannya, kepala-kepala mereka menunduk sebagaimana dilakukan oleh orang- orang Turki dan Dailam, mereka akan dibunuh, dibakar, mereka menjadi takut, bumi dimerahi dengan darah-darah mereka, penderitaan dan tangisan berlaku kepada perempuan-perempuan mereka, mereka itu adalah para wali-Ku yang sebenar, dengan mereka Aku menolak segala bala dan fitnah yang buta, dengan mereka Aku menahan gegeran dan dengan mereka Aku menolak bencana, ke atas mereka itu adalah selawat dan rahmat daripada Tuhan mereka dan merekalah yang mendapat hidayat.
Abd al-Rahman bin Salim berkata: Abu Basir berkata: Sekiranya anda tidak mendengar hadis selain daripada hadis ini, nescaya ia memadai bagi anda, lantaran itu, jagalah hadis ini melainkan untuk ahlinya.

(958)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abban bin Abi 'Iyaysy, daripada Sulaim bin Qais dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Umar bin Abu Udhinah dan Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Umar bin Udhinah, daripada [Abban] bin Abi 'Iyyasy, daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Abdullah bin Ja'far al-Tayyar berkata: Kami telah berada di sisi Mu'awiyah, aku, al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin al-'Abbas, Umar bin Umm Salmah dan Usamah bin Zaid, maka telah berlaku di antara aku dan Mu'awiyah percakapan, lalu aku telah berkata kepada Mu'awiyah: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah lebih baik (aula) dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, kemudian saudaraku Ali bin Abu Talib adalah lebih baik (aula) dengan mukminin daripada diri mereka sendiri.
Apabila Ali mati syahid, maka al-Hasan bin Ali adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, kemudian anak lelakiku al-Husain selepasnya adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. Apabila beliau mati syahid, maka anak lelakinya Ali bin al-Husain adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri dan anda akan mendapatinya, wahai Ali , kemudian anak lelakinya Muhammad bin Ali adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. Dan anda akan mendapatinya, wahai Husain, kemudian sembilan daripada anak-anak lelaki al-Husain akan menyempurnakan dua belas imam, Abdullah bin Ja'far telah berkata: Aku telah menyaksikan al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin 'Abbas, Umar bin Umm Salmah dan Usamah bin Zaid, maka mereka telah memberi penyaksian kepadaku di sisi Mu'awiyah, Sulaim telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar sedemikian daripada Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad dan mereka telah menyebut bahawa mereka telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.

(959)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Hanan bin al-Sarraj, daripada Daud bin Sulaiman al-Kasa'i, daripada Abi Tufail berkata: Aku telah menyaksikan jenazah Abu Bakr pada hari beliau telah mati dan aku telah menyaksikan Umar ketika beliau dibaiah dan Ali sedang duduk di satu sudut, tiba-tiba seorang kanak-kanak Yahudi yang cantik mukanya, memakai pakaian yang cantik, beliau adalah daripada keturunan Harun sehingga beliau telah berdiri di hadapan Umar, maka beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah anda orang yang paling mengetahui [daripada] umat ini dengan kitab mereka dan urusan nabi mereka?
Beliau telah berkata: Umar telah menggerakkan kepalanya, maka beliau telah berkata: Kepada anda aku maksudkan dan beliau telah mengulangi kata-katanya kepadanya, maka Umar telah berkata kepadanya: Kenapa anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah datang kepada anda di dalam keadaan murtad untuk diriku, syak pada agamaku, maka beliau telah berkata: Waspada dengan pemuda ini, beliau telah berkata: Siapakah pemuda ini? Beliau telah berkata: Ini adalah Ali bin Abu Talib, sepupu Rasulullah s.a.w dan suami Fatimah binti Rasulullah s.a.w, ini adalah Abu al-Hasan dan al-Husain dua anak lelaki Rasulullah s.a.w, lantas Yahudi telah datang kepada Ali a.s dan berkata: Adakah ini anda [Ali?].
Beliau telah berkata: Ya, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku mahu bertanya anda tentang tiga, tiga dan satu. Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah tersenyum dan berkata: Wahai Haruniyyun, apakah yang telah menghalang anda dari berkata tujuh? Beliau telah berkata: Aku akan bertanya anda tentang tiga, jika anda telah menjawabnya kepadaku, aku akan bertanya anda selepasnya dan jika anda tidak mengetahuinya, aku akan mengetahui bahawa tidak ada orang yang alim pada kamu, Ali a.s telah berkata: Aku bertanya anda dengan [nama] Tuhan yang anda sembah, jika aku dapat menjawab apa yang anda mahu, anda akan meninggalkan agama anda dan anda akan memasuki agamaku? Beliau telah berkata: Aku tidak datang melainkan untuk itu, beliau telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku titisan darah yang pertama tumpah di muka bumi ini?
Mata yang pertama telah mengalir di muka bumi? Perkara yang pertama telah bergerak di muka bumi? Maka Amir al-Mukminin a.s telah menjawabnya dan berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku tentang tiga yang akhir, beritahulah kepadaku tentang Muhammad dan berapakah imam yang adil beliau miliki? Di syurga manakah beliau akan memasukinya? Siapakah yang akan tinggal bersamanya di syurga? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Haruniyyun, sesungguhnya bagi Muhammad adalah dua belas imam yang adil, tidak akan memudaratkan oleh kehinaan orang yang telah menghinanya, tidak takut kepada mereka yang menentangnya dan sesungguhnya mereka di dalam agama adalah lebih teguh daripada gunung di bumi dan tempat tinggal Muhammad di syurganya bersama dua belas imam yang adil, maka beliau telah berkata: Anda telah berkata benar, demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia, sungguhnya aku mendapatinya di dalam kitab bapaku Harun, beliau telah menulisnya dengan tangannya dan imlak Musa, bapa saudaraku a.s. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang satu (al-Wahidah)? Beritahulah kepadaku tentang wasi Muhammad berapa lamakah beliau hidup selepasnya? Adakah beliau akan mati (biasa) atau akan dibunuh?
Beliau a.s telah berkata: Wahai Haruniyyun, beliau akan hidup selama tiga puluh tahun selepasnya, tidak lebih walaupun satu hari dan tidak kurang walaupun satu hari. Kemudian beliau akan dipukul [dengan] satu pukulan di sini-iaitu di kepalanya-lalu ia akan berlumuran dengan darah daripada sini, beliau telah berkata: Harunniyyun telah melaung dan memutuskan benang tebalnya di pakaiannya dan berkata: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah yang Satu, tida sekutu bagiNya dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya dan sesungguhnya anda adalah wasinya, sewajarnya anda melebihi [orang lain] dan tidak [boleh] ditandingi dan anda wajar dihormati dan bukan diperkecil-kecilkan, beliau telah berkata: Kemudian Ali a.s telah pergi bersamanya ke rumahnya, maka beliau a.s telah mengajarnya petanda-petanda agama.

(960)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abu Sa'id al-'Usfuri, daripada Umar bin Thabit, daripada Abu Hamzah telah berkata: Aku telah mendengar Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan Muhammad, Ali dan sebelas daripada anak-anaknya daripada cahaya kebesaran-Nya, lalu Dia telah mendirikan bentuk-bentuk yang kurang jelas (asybaah) pada ruang cahaya-Nya, mereka bertasybih kepada Allah dan mentakdiskanNya. Mereka adalah para Imam daripada anak-anak Rasulullah s.a.w.

(961)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hasysyab, daripada Ibn Sama'ah, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ibn Udhinah, daripada Zurarah telah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Dua belas imam daripada keluarga Muhammad a.s semuanya muhaddath daripada anak-anak Rasulullah s.a.w dan daripada anak-anak Ali a.s. Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah dua bapa (al-Waalidaani) , maka Ali bin Rasyid, saudara Ali bin al-Husain sebelah ibunya telah mengingkarinya, lalu Abu Ja'far a.s telah melaung dan berkata: Adapun anak lelaki ibu anda bukanlah salah seorang daripada mereka.

(962)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Mas'adah bin Ziyad, daripada Abi Abdullah dan Abi Sa'id al-Khudri telah berkata: Aku telah hadir ketika Abu Bakr telah mati dan Umar dilantik, tiba-tiba seorang pembesar Yahudi Yathrib dan yang paling alim mereka telah datang sehingga dibawa kepada Umar, lalu beliau telah berkata kepadanya: Wahai Umar, sesungguhnya aku telah datang kepada anda kerana mahu Islam, jika anda dapat menjawab apa yang aku akan bertanya anda tentangnya, maka anda adalah orang yang paling alim di kalangan para sahabat Muhammad dengan Kitab dan Sunnah dan semua yang aku mahu bertanya tentangnya.
Umar telah berkata kepadanya: Aku bukanlah begitu, tetapi aku akan menunjukkan kepada anda orang yang paling alim pada umat kita dengan Kitab dan Sunnah dan semua yang anda akan bertanya tentangnya, maka beliaulah-Umar telah menunjukkan kepada Ali a.s-maka Yahudi itu telah berkata kepadanya: Wahai Umar, jika inilah yang anda katakan, apakah kedudukan anda dan baiah orang ramai [kepada anda] kerana beliau (Ali) adalah orang yang paling alim di kalangan kamu! Lalu Umar telah menentangnya, kemudian Yahudi itu telah datang kepada Ali a.s dan berkata: Anda sebagaimana telah dikatakan oleh Umar? Maka beliau a.s telah berkata: Apakah yang telah dikatakan oleh Umar? Lalu beliau telah memberitahu kepadanya, beliau telah berkata: Jika anda sebagaimana telah dikatakan olehnya, aku akan bertanya anda beberapa perkara yang aku ingin mengetahuinya dan aku akan memeluk Islam.
Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Ya, aku adalah sebagaimana dikatakan oleh Umar, tanyalah apa yang terlintas dihati anda, aku akan memberitahu tentangnya kepada anda, jika Allah kehendaki. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang tiga, tiga dan satu, maka Ali a.s telah berkata kepadanya: Wahai Yahudi, kenapakah anda tidak berkata tentang tujuh, lalu Yahudi itu telah berkata: Sesungguhnya anda, jika anda telah memberitahu kepadaku tentang tiga, aku akan bertanya anda yang bakinya, jika tidak, anda akan menegah. Jika anda dapat menjawab tujuh perkara ini kepadaku, maka anda adalah penduduk bumi yang paling alim dan yang paling baik (aula) di kalangan manusia, maka beliau a.s telah berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati anda, wahai Yahudi, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku batu yang pertama diletakkan di atas muka bumi? Dan pokok yang pertama disiram di muka bumi? Dan mata yang pertama yang mengalir di muka bumi? Lalu Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu kepadanya tentangnya , kemudian Yahudi telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang umat ini berapa baginya imam petunjuk? Dan beritahulah kepadaku tentang nabi kamu Muhammad, di manakan kedudukannya di syurga?
Dan beritahulah kepadaku siapakah bersamanya di syurga? Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya bagi umat ini dua belas imam petunjuk daripada zuriat nabinya dan mereka daripadaku . Adapun kedudukan nabi kami di syurga adalah di syurga Adan yang lebih baik dan lebih mulia. Adapun mereka yang bersamanya pada kedudukannya di dalamnya adalah dua belas orang daripada zuriatnya , ibu mereka, datuk perempuan mereka, ibu kepada ibu mereka dan hamba-hamba perempuan mereka, tidak ada seorangpun yang akan tinggal bersama mereka padanya.

(963)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Aku telah datang kepada Fatimah a.s dan di hadapannya loh (lauh) yang mangandungi nama-nama para wasi daripada [suaminya dan] anak-anaknya, maka aku telah menghitung dua belas [orang] dan yang akhir mereka adalah al-Qaim a.s, tiga daripada mereka adalah Muhammad dan empat daripada mereka adalah Ali.

(964)-10. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad s.a.w kepada jin dan manusia dan telah menjadikan selepasnya dua belas wasi di antara mereka ada yang telah berlalu dan di antara mereka ada yang masih hidup dan setiap wasi selepas Muhammad s.a.w telah berlaku mengikut sunnah para wasi Isa dan mereka adalah dua belas orang dan Amir al-Mukminin adalah di atas sunnah al-Masih.

(965)-11. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Abi Abdullah dan Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad, daripad al-Hasan bin al-'Abbas bin al-Jarisy, daripada Abu Ja'far al-Thani a.s bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Ibn 'Abbas: Sesungguhnya lailatu l-Qadr (malam kuasa) adalah pada setiap tahun dan sesungguhnya urusan setahun akan turun pada malam itu, justeru, urusan itu adalah [untuk] para wali selepas Rasulullah s.a.w, maka Ibn 'Abbas telah berkata: Siapakah mereka? Beliau a.s telah berkata: Aku dan sebelas daripada salbiku adalah para imam muhaddathun.

(966)-12. Dan dengan sanad-sanad ini, beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabat: Berimanlah kepada lailatu l-Qadr, sesungguhnya ia akan berlaku kepada Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya seramai sebelas orang selepasku".

(967)-13. Dan dengan sanad-sanad ini bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Abu Bakr pada suatu hari "Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang telah gugur di jalan Allah itu mati bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan-nya mendapat rezeki" Dan aku naik saksi bahawa Muhammad s.a.w adalah Rasulullah s.a.w telah mati syahid, demi Allah, baginda s.a.w akan mendatangi anda, maka yakinlah apabila baginda s.a.w datang kepada anda kerana syaitan tidak akan menyerupainya, Ali telah mengambil tangan Abu Bakr, lalu beliau a.s telah memperlihatkan Nabi s.a.w kepadanya, lantas baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Abu Bakr, Berimanlah kepada Ali dan sebelas orang daripada anak-anaknya, sesungguhnya mereka adalah sepertiku kecuali kenabian dan bertaubatlah kepada Allah daripada apa yang ada pada tangan anda (khilafah) kerana ia bukanlah hak anda padanya, beliau telah berkata: Kemudian baginda s.a.w telah pergi dan tidak dapat dilihat lagi.

(968)-14. Abu Ali al-Asy'ari, daripada al-Hasan bin 'Ubaidillah, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Sama'ah, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ibn Udhinah, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Dua belas imam daripada keluarga Muhammad semua mereka adalah muhaddath daripada anak-anak Rasulullah s.a.w dan anak-anak Ali bin Abu Talib a.s. Justeru, Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah dua bapa (al-Waalidaani).

(969)-15. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Sa'id bin Ghazwan, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Akan berlaku sembilan para imam selepas al-Husain bin Ali dan yang ke sembilan mereka adalah Qaim mereka.
(970)-16. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wisyaa', daripada Abban, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Kami adalah dua belas imam, daripada mereka adalah al-Hasan, al-Husain dan dan para imam daripada anak-anak al-Husain a.s.

(971)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abi Sa'id al-'Usfuri, daripada 'Amru bin Thabit, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.aw telah bersabda: Sesungguhnya aku dan dua belas (sebelas) daripada anak-anakku dan anda, wahai Ali, Zarr al-Ardh iaitu tunjang bumi dan gunungnya, dengan kami Allah menguatkan bumi dari musnah bersama penghuninya. Apabila dua belas (sebelas) daripada anak-anakku pergi, bumi akan musnah dengan penghuninya dan mereka tidak akan dilihat lagi.

(972)-18. Dan dengan sanad-sanand ini, daripada Abu Sa'id secara marfu', daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Daripada anak-anakku [dan Ali a.s] dua belas orang cerdik, muhaddathun, mufahhamun , akhir mereka adalah al-Qaim dengan kebenaran yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman".
(973)-19. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Asamm, daripada Karram berkata: Aku telah bersumpah di antara aku dan diriku bahawa aku tidak akan memakan makanan di siang hari selama-lamanya sehingga datangnya Qaim keluarga Muhammad, maka aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, lalu aku telah berkata kepadanya: Seorang lelaki Syiah kamu telah bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak akan memakan makanan di siang hari selama-lamanya sehingga datangnya Qaim keluarga Muhammad?
Beliau a.s telah berkata: Maka berpuasalah, jika begitu, wahai Karram, tetapi janganlah anda berpuasa pada hari raya puasa dan hari raya haji, pada tiga hari tasyriq, ketika anda musafir atau sakit kerana al-Husain a.s manakala dibunuh, langit, bumi, mereka di atasnya dan para malaikat telah menangis, maka mereka telah berkata: Wahai Tuhanku, izinlah kami bagi membinasakan makhluk sehingga kami memperbaharui mereka dari mula kerana mereka telah menghalalkan kehormatan Engkau, mereka telah membunuh orang pilihan Engkau, lalu Allah telah mewahyukan kepada mereka: Wahai para malaikat-Ku, wahai langit-Ku, wahai bumi-Ku, bawalah bertenang", kemudian Dia telah mendedahkan hijab[Nya], lalu Muhammad s.a.w telah meninggalkan dua belas wasi untuknya dan beliau telah mengambil tangan polan al-Qaim di kalangan mereka, Dia telah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, wahai langit-Ku, wahai bumi-Ku dengan ini, Aku menang [untuk ini]- Dia telah berfirman sebanyak tiga kali-.

(974)-20. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abi Talib, daripada Uthman bin Isa, daripada Sama'ah bin Mihran berkata: Aku, Abu Basir dan Muhammad bin 'Imran maula Abu Ja'far a.s telah berada di rumahnya di Makkah, maka Muhammad bin 'Imran telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami adalah dua belas muhaddathan, lalu Abu Basir telah berkata kepadanya: Adakah anda telah mendengar daripada Abu Abdillah a.s? Maka beliau telah bersumpah kepadanya satu kali atau dua kali bahawa beliau telah mendengarnya? Maka Abu Basir telah berkata: Tetapi aku telah mendengarnya daripada Abu Ja'far a.s.


Bab 127

Apabila Sesuatu Dikatakan Kepada Seseorang, Tetapi Ia tidak terjadi Padanya, Maka Ia terjadi Pada Anaknya(Atau Cucunya Kerana Beliaulah Dikatakan Kepadanya (fi anna-hu idha qiila fi al-Rujul syai'un fa-lam yakun fi-hi wa kana fi waladi-hi au walad waladi-hi fa-inna-hu huwa alladhi qila fi-hi
(975)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'aab, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada 'Imran: "Sesungguhnya Aku memberi kepada engkau seorang lelaki yang sempurna, berkat, akan menyembuhkan orang yang buta dan orang yang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah dan menjadikannya seorang rasul kepada Bani Israel", maka 'Imran telah memberitahu kepada isterinya Hanah, ibu Maryam.
Manakala beliau telah hamil, beliau telah menyangka kandungannya adalah lelaki, "Manakala beliau telah melahirkannya, beliau telah berkata: Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang anak perempuan dan anak lelaki tidaklah sama dengan anak perempuan", iaitu anak perempuan tidak boleh menjadi seorang rasul, tetapi Allah telah berfirman: "Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu" , manakala Allah telah mengurniakan Isa kepada Maryam, maka beliaulah Allah telah memberi berita gembira kepada 'Imran dan telah menjanjikannya dengannya. Justeru, apabila kami telah berkata sesuatu kepada lelaki daripada kami, maka ia akan berlaku kepada anaknya atau cucunya, lantaran itu, janganlah kamu mengingkarinya.

(976)-2. Muhammad bin Isma'il, daripada al-Fadhl bin Syazaan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila kami telah berkata sesuatu kepada seseorang, jika ia tidak berlaku padanya, maka [ia akan berlaku] pada anaknya atau pada cucunya. Oleh itu, janganlah kamu mengingkarinya kerana Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.

(977)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh, daripada Abi Khadijah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kadangkala seorang itu dinilai dengan keadilan atau kezaliman serta kaitannya dengannya sekalipun beliau tidak melakukannya kerana ia terletak kepada anak lelakinya atau cucu selepasnya [yang akan melakukannya], justeru, beliau [dan anaknya atau cucunya] adalah orang yang sama (fa-huwa huwa).


Bab 128

Sesungguhnya Para Imam A.S Semuanya Melaksanakan Perintah Allah Ta'ala, Penunjuk Kepada-Nya (inna al-Aimmata a.s kulla-hum qaa'imuun bi-amri llahi ta'ala haaduun ilai-hi)
(978)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Zaid Abi al-Hasan, daripada al-Hakam bin Abi Nu'aim berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s ketika beliau berada di Madinah, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah bernazar di antara al-Rukn wa al-Maqam, jika aku berjumpa dengan anda, aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga aku mengetahui bahawa anda adalah Qaim keluarga Muhammad ataupun tidak, maka beliau tidak menjawab sesuatu kepadaku, lalu aku telah tinggal selama tiga puluh hari, kemudian beliau telah menyambutku di jalan, lalu berkata: Dan sesungguhnya anda masih ada di sini, maka aku telah berkata: Ya, aku telah memberitahu kepada anda tentang nazarku.
Anda tidak menyuruhku atau melarangku dari sesuatu dan anda tidak menjawab kepadaku dengan sesuatu? Maka beliau telah berkata: Datanglah di rumahku pada petang besok, maka akupun telah datang, beliau a.s telah berkata: Tanyalah tentang hajat anda, maka aku telah berkata: Aku telah bernazar, berpuasa atau bersedekah di antara al-Rukn wa al-Maqam, jika aku berjumpa dengan anda, aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga aku mengetahui bahawa adakah anda Qaim keluarga Muhammad ataupun tidak, jika anda menahan diriku dari menolong anda, nescaya aku akan pergi ke tempat lain di bumi ini untuk mencari kehidupan.
Lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, semua kita adalah Qaim dengan urusan Allah, aku telah berkata: Anda adalah al-Mahdi? Beliau telah berkata: Semua kita (al-Mahdi) menunjuk kepada Allah, aku telah berkata: Maka anda adalah pemilik pedang? Beliau telah berkata: Semua kita pemilik pedang dan pewaris pedang, aku telah berkata: Andalah pembunuh musuh-musuh Allah, para wali Allah menjadi kuat dengan anda dan agama Allah akan terserlah? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, bagaimana aku [Mahdi] sedangkan aku telah sampai empat puluh lima tahun? Sesungguhnya sahabat urusan ini (sahib hadha al-Amr) lebih hampir masanya dengan susu (hari Kiamat) daripadaku dan lebih ringan di atas belakang bintang (berperang).

(979)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah ditanya tentang al-Qaim, maka beliau telah berkata: Semua kita adalah Qaim dengan urusan Allah, satu selepas satu sehingga pemilik pedang datang. Apabila pemilik pedang datang, maka beliau datang dengan urusan yang berbeza daripada urusan yang lalu.

(980)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Suatu hari Kami menyeru tiap umat dengan pemimpinnya" Beliau a.s telah berkata: Imam di hadapan mereka adalah al-Qaim pada zaman-nya.


Bab 129

Perhubungan [Dengan] Imam A.S (silat al-Imam a.s)
(981)-1. Al-Husain bin Muhammad bin 'Amir dengan sanad-sanadnya secara marfu' berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah menyangka bahawa imam a.s berhajat kepada apa yang ada di tangan orang ramai, maka beliau adalah kafir , sesungguhnya orang ramai memerlukan imam a.s untuk menerima mereka, Allah telah berfirman: "Dan ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka"

(982)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Isa bin Sulaiman al-Nuhas, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada al-Khaibari dan Yunus bin Zubyaan berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada suatu perkara yang paling dicintai Allah dari mengeluarkan dirham-dirham kepada imam a.s dan sesungguhnya Allah akan menjadikan untuknya satu dirham di syurga seperti bukit Uhud, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam kitab-Nya: "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Dia akan melipatgandakan pembayaran kepadanya" Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ia adalah perhubungan [dengan] imam a.s secara khusus .

(983)-3. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Abi Talhah, daripada Mu'adh, pemilik pakaian telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak meminta [daripada] makhluk-Nya apa yang ada di tangan mereka sebagai pinjaman kerana Dia berhajat kepadanya; [tetapi] apa saja hak Allah, maka ia adalah untuk wali-Nya.

(984)-4. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi al-Mughra, daripada Ishaq bin 'Ammar, daripada Abi Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah bertanya tentang firman Allah: "Siapakah mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan pinjaman itu untuknya dan beliau akan memperoleh pahala yang banyak" Beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan tentang perhubungan [dengan] imam a.s.

(985)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Miyyaah, daripada bapanya telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Miyyaah, satu dirham yang disampaikan kepada imam a.s itu, adalah lebih berat timbangannya dari bukit Uhud.

(986)-6. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada sebahagian lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Satu dirham yang disampaikan kepada imam a.s adalah lebih baik daripada 200 ribu dirham [yang disampaikan] selain daripadanya daripada jalan-jalan kebaikan.

(987)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku mengambil dirham daripada salah seorang daripada kamu, sesungguhnya bagiku adalah untuk orang yang banyak harta di Madinah, [tetapi] aku tidak mahu semuanya itu kecuali untuk mereka membersihkan [diri mereka] .



28
USUL AL-KAFI KITABUL HUJJAH

Bab 130

Al-Fa', Anfaal, Tafsir Khumus, Dan Batasannya Serta Apa Yang Wajib Padanya (al-Fa' wa al-Anfaal wa tafsir al-Khums wa hududi-hi wa ma yajibu fi-hi)
Sesungguhnya Allah telah menjadikan dunia semuanya untuk khalifahnya sebagaimana Dia berfirman kepada malaikat-Nya: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" Semua dunia adalah untuk Adam dan selepasnya [untuk] anak-anaknya yang baik dan pengganti-penggantinya, Justeru, apa yang dapat dikalahkan ke atasnya oleh musuh-musuh mereka, kemudian dikembalikan kepada "mereka" dengan peperangan atau kemenangan dinamakan fai' iaitu diberikan kepada mereka dengan kemenangan dan peperangan dan hukumnya sebagaimana firman Allah: "Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil" Maka ia adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, maka ini adalah fai' yang dikembalikan. Sesungguhnya ianya dikembalikan daripada tangan orang lain, lalu diambil daripada mereka dengan pedang.
Adapun apa yang dikembalikan kepada mereka tanpa mengerahkan seekor kudapun atau seekor untapun, maka ia adalah al-Anfaal, iaitu untuk Allah dan Rasul-Nya secara khusus, tidak ada seorangpun yang berkongsi padanya kerana dijadikan perkongsian di dalam sesuatu yang diperangi bersama ke atasnya. Justeru, dijadikan bagi orang yang berperang -daripada rampasan perang- empat saham, maka bagi Rasul satu saham dan [saham] untuk Rasul s.a.w dibahagikan kepada enam bahagian, tiga untuknya dan tiga untuk anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil. Adapun al-Anfaal, maka ini bukanlah caranya kerana ia adalah untuk Rasul s.a.w secara khusus, begitu juga Fadak adalah untuk Rasulullah s.a.w secara khusus kerana Rasulullah s.a.w telah membukanya bersama Amir al-Mukminin a.s dan tidak ada seorangpun bersamanya [di dalam pembukaannya], justeru, nama fai' telah hilang daripadanya dan digantikan dengan nama al-Anfaal.
Begitu juga harta selain daripada tanah milik (aajaam), galian-galian, lautan dan padang pasir, maka ia adalah khusus untuk imam a.s. Jika satu kumpulan mengerjakannya dengan izin imam a.s, maka bagi mereka 4/5 dan bagi imam 1/5. Dan sesiapa yang berkerja padanya tanpa izin imam a.s, maka imam a.s akan mengambil kesemuanya, tidak ada hak bagi orang lain padanya. Demikian juga sesiapa yang telah memajukan sesuatu atau mengadakan terusan air atau berkerja di tanah kharab tanpa izin daripada pemilik tanah, maka tidak ada baginya hak ke atasnya, jika beliau mahu, beliau boleh mengambilnya daripadanya kesemuanya, jika beliau mahu, beliau boleh meninggalkannya pada tangannya .

(988)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abban bin Abi 'Iyyas, daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Kamilah, demi Allah, mereka yang dimaksudkan oleh Allah dengan kaum kerabat (dhi al-Qurba) yang mana Allah telah menyertai mereka dengan diri-Nya dan nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah berfirman: "Apa saja fai' yang diberikan kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota, maka ia adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil" Untuk kami secara khusus dan Dia tidak menjadikan kami saham di dalam sedekah, Allah telah memuliakan Nabi-Nya dan memuliakan kami [dari] memakan kotoran yang ada di tangan manusia (sedekah).

(989)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Abban, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah: "Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul" Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah kerabat Rasulullah s.a.w, khumus adalah untuk Allah, Rasul dan kami.

(990)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Anfaal adalah apa yang tidak dikerahkan kuda dan unta atau satu kaum telah berdamai atau mereka telah memberi[nya] dengan tangan mereka. Dan setiap bumi yang terbiar (khirbah) dan perut-perut wadi, maka ia adalah untuk Rasulullah s.a.w dan ia adalah untuk imam a.s selepasnya, beliau boleh melakukan apa yang beliau kehendaki.

(991)-4. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada al-'Abd al-Salih a.s telah berkata: Khumus adalah daripada lima perkara: Sebarang keuntungan atau laba yang diperolehi, [hasil] penyelaman, barang simpanan, galian-galian dan galian garam. Diambil [khumus] dari lima jenis ini, kemudian diberikan kepada orang yang telah dijadikan Allah untuknya dan dibahagikan kepada 4/5 di antara orang yang mendapatinya . Kemudian dibahagikan khumus di kalangan mereka di atas enam saham: Saham untuk Allah, saham untuk Rasulullah, saham kerabat, saham anak-anak yatim, saham mereka yang miskin dan saham ibnussabil.
Maka saham Allah dan saham Rasulullah adalah untuk uli al-Amr selepas Rasulullah s.a.w secara warisan, maka baginya tiga saham: Dua saham warisan dan satu saham yang dibahagikan untuknya daripada Allah dan baginya separuh khumus untuk penyempurnaan dan separuh khumus yang baki [dibahagikan] di antara keluarganya. Maka satu saham untuk anak-anak yatim mereka, satu saham untuk mereka yang miskin mereka dan satu saham untuk ibnussabil mereka, dibahagikan di kalangan mereka menurut Kitab dan Sunnah . Dan jika terdapat lebihan, maka ia adalah untuk wali dan jika ia berkurangan dari hajat mereka, maka wali membelanjakannya kepada orang di sisinya menurut kadar keperluan mereka kerana beliau memiliki lebihan [bahagian] daripada mereka.
Sesungguhnya Allah telah menjadikan khumus ini secara khusus untuk mereka dan bukan untuk mereka yang miskin lain dan ibnussabil lain sebagai gantian kepada mereka dari sedekah manusia, sebagai penghormatan daripada Allah untuk mereka kerana kekerabatan mereka dengan Rasulullh s.a.w dan kemuliaan daripada Allah untuk mereka daripada kekotoran [dosa] manusia (ausaakh al-Naas). Justeru, Dia telah menjadikan khumus untuk mereka secara khusus bagi mengelakkan mereka dari kehinaan dan kemiskinan. Tidak mengapa sedekah [berlaku] di kalangan mereka. Dan mereka yang mana Allah telah menjadikan khumus untuk mereka adalah kaum kerabat Nabi s.a.w yang telah disebutkan oleh Allah: "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
Mereka adalah Bani 'Abd al-Muttalib sendiri, lelaki dan perempuan daripada mereka, tidak termasuk seorangpun di kalangan mereka ahlu buyuutaat Quraisy dan Arab di dalam khumus ini, begitu juga mawaali-mereka. Kadangkala dihalalkan sedekah orang ramai kepada mawaali mereka, mereka dan orang ramai adalah sama. Sesiapa yang ibunya daripada Bani Hasyim dan bapanya daripada Quraisy, maka sedekah adalah halal baginya dan khumus bukanlah untuknya kerana Allah berfirman: "Panggillah mereka dengan [nama] bapa-bapa mereka" Dan bagi imam a.s harta yang bersih: Beliau a.s mengambil daripada harta-harta ini yang bersih lagi elok, binatang yang baik, barang-barang menurut apa yang beliau suka atau kehendaki kerana ia adalah untuknya sebelum dibahagikan dan sebelum dikeluarkan khumus dan beliau hendaklah menunaikan semua yang mewakilinya seperti memberi kepada muallaf dan lain-lain.
Jika ada lagi bakinya, maka khumus dikeluarkan daripadanya, kemudian beliau membahagikannya di kalangan keluarganya dan yang bakinya kepada orang selepasnya. Jika bakinya tidak ada selepas pembahagian, maka tidak ada sesuatu untuk mereka dan tidak ada sesuatu bagi mereka yang berperang dan tidak ada sesuatu bagi mereka yang telah menang ke atasnya (musuh) melainkan yang meliputi askar. Tidak ada bahagian bagi Arab (A'raab) jika mereka berperang bersama wali kerana Rasulullah s.a.w telah berdamai dengan Arab supaya baginda s.a.w meninggalkan mereka di rumah-rumah mereka dan mereka tidak berhijrah dengan alasan jika Rasulullah s.a.w diserbu oleh musuhnya, baginda s.a.w dapat melepaskan mereka [menentang musuhnya], justeru baginda s.a.w telah berperang dengan mereka dan mereka tidak ada bahagian di dalam ghanimah kerana sunnahnya berlaku sedemikian kepada mereka dan pada selain daripada mereka.
Adapun tanah-tanah yang diambil secara kekerasan dengan [kerahan] kuda dan tentera, maka ia di tinggalkan pada tangan orang yang memajukannya dan menghidupkannya dan wali menilainya di atas kemampuan mereka dan kepentingan mereka sama ada1/2 atau 1/3 atau 2/3 menurut kadar kepentingan mereka dan beliau tidak akan memudaratkan mereka. Apabila dikeluarkan hasilnya, maka dikeluarkan 1/10 daripada semuanya, jika ia menggunakan air hujan atau air yang mengalir. Dan separuh 1/10, jika baldi atau penyiram yang besar digunakan. Kemudian wali mengambilnya dan mengajukannya kepada pihak yang ditetapkan oleh Allah di atas lapan saham: Fakir, miskin, amil, muallaf, hamba, mereka yang berhutang, untuk jalan Allah dan ibnussabil. Dibahagikan secara sederhana di kalangan mereka menurut kadar yang mereka perlukan, jika ada lebihan, maka ia dikembalikan kepada wali.
Dan jika ia kurang dan tidak mencukupi untuk hajat mereka, maka wali hendaklah menolong mereka menurut kadar yang terdaya bagi memenuhi hajat mereka dan diambil baki daripada 1/10 dan dibahagikan di antara wali dan kongsi-kongsinya yang terdiri daripada pekerja-pekerja tanah, lalu diberikan kepada mereka bahagian mereka menurut perjanjian dan diambil bakinya sebagai bayaran kepada pembantu-pembantunya di atas agama Allah dan memperkukuhkan agama Islam melalui jihad di dalam berbagai-bagai bidang untuk kepentingan umum dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri sedikit ataupun banyak.
Dan baginya selepas khumus adalah al-Anfaal. Al-Anfaal adalah setiap bumi khirbah yang telah diabaikan oleh ahlinya dan setiap tanah yang tidak dikerah ke atasnya kuda atau unta, tetapi mereka telah membuat perdamaian dan mereka telah memberikan[nya] dengan tangan mereka [kepada wali], tanpa berperang. Baginya puncak-puncak gunung, perut-perut wadi, harta-harta selain daripada tanah (aajaam) dan setiap bumi yang mati tanpa pemiliknya. Dan baginya harta-harta peribadi kepunyaan raja-raja (sawaafi al-Muluak), apa yang dimiliki oleh mereka tanpa rampasan kerana barang rampasan mesti dipulangkan, beliau adalah pewaris bagi orang yang tidak ada waris, menanggung [makanan] orang yang tidak mampu.
Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan sesuatu daripada jenis-jenis harta melainkan Dia telah membahagi-bahagikanya dan telah memberi setiap orang yang mempunyai hak akan haknya secara khusus dan umum, fakir-fakir, mereka yang miskin dan setiap jenis manusia, maka beliau telah berkata: Jika diperlakukan keadilan pada manusia, nescaya mereka telah menjadi kaya", kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya keadilan adalah lebih manis daripada susu dan tidak akan melakukan keadilan melainkan orang yang layak untuk keadilan.
Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah membahagi-bahagikan sedekah penduduk padang pasir di tempat mereka dan sedekah penduduk bandar di tempat mereka dan baginda s.a.w tidak membahagi-bahagikan di antara mereka dengan sama di atas lapan saham sehingga baginda s.a.w memberi kepada penduduk setiap saham akan harganya, tetapi baginda s.a.w membahagikannya di atas kadar orang yang hadir daripada lapan jenis menurut kadar yang dinilai olehnya. Tidak ada masa yang tertentu atau temujanji. Sesungguhnya baginda s.a.w telah melakukan sedemikian menurut kadar yang dilihatnya sehingga baginda s.a.w melaksanakan hajat setiap kumpulan daripada mereka. Jika terdapat lebihan harta itu, maka mereka telah membentangkannya kepada orang lain dan al-Anfaal kepada wali.
Dan setiap tanah yang dibuka pada masa Nabi s.a.w sehingga ke akhir abad sama ada dibuka oleh ahli kezaliman atau ahli keadilan kerana dhimmah Rasulullah s.a.aw pada mereka yang terdahulu dan terkemudian adalah satu kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda: Muslimun adalah saudara, darah mereka dibela dan yang paling rendah di kalangan mereka berjalan dengan dhimmah mereka". Dan tidak ada zakat pada harta khumus kerana mereka yang fakir telah menjadikan rezeki mereka pada harta orang ramai, maka ia di atas lapan saham, justeru, tidak ada seorangpun daripada mereka tinggal, Dia telah menjadikan fakir-fakir sebagai kerabat Rasulullah s.a.w separuh khumus, maka Dia telah memperkayakan mereka dengannya daripada sedekah orang ramai, sedekah Nabi s.a.w dan wali al-Amr.
Justeru, tidak ada fakir yang tinggal dan tidak ada fakir di dalam kerabat Rasulullah s.a.w melainkan beliau telah menjadi kaya, maka tidak ada fakir lagi. Justeru, tidak ada zakat ke atas harta Nabi s.a.w dan wali kerana tidak ada fakir yang berhajat, tetapi mereka masih mempunyai cara-cara yang harus dipatuhi.

(992)-5. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada seorang daripada sahabat kami [bernama] al-Sayyaari, daripada Ali bin Asbat berkata: Manakala Abu al-Hasan Musa a.s telah datang kepada[khalifah] al-Mahdi, beliau telah melihatnya mengembalikan harta-harta yang di rampas (al-Mazalim), lantas beliau a.s telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, kenapakah harta kami (Fadak) tidak dikembalikan? Maka beliau telah berkata kepadanya: Apakah itu, wahai Abu al-Hasan? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah manakala Dia telah membuka Fadak melalui Nabi-Nya s.a.w dan memeritahkannya tanpa dikerahkan kuda dan unta ke atasnya, lalu Dia telah menurunkan di atas nabi-Nya s.a.w: "Dan berilah kepada keluarga yang terdekat akan haknya" Rasulullah s.a.w tidak mengetahui siapakah mereka, lalu baginda s.a.w telah merujukkannya kepada Jibrail dan Jibrail pula telah merujukkannya kepada Allah, maka Allah telah mewahyukan kepadanya: Barilah Fadak kepada Fatimah a.s"
Kemudian baginda s.a.w telah memanggil Fatimah a.s dan bersabda kepadanya: Wahai Fatimah, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya memberikannya kepada anda Fadak, maka beliau a.s telah berkata: Aku telah menerimanya , wahai Rasulullah daripada Allah dan daripada anda (min Allah wa-min-ka). Maka para wakilnya sentiasa berada padanya pada masa hidup Rasulullah s.a.w. Manakala Abu Bakr dilantik, beliau telah mengeluarkan para wakilnya daripadanya, lalu Fatimah a.s telah datang kepadanya dan memintanya supaya mengembalikannya (Fadak) kepadanya, maka Abu Bakr telah berkata kepadanya: Bawalah kepadaku orang yang berkulit hitam atau berkulit merah yang akan memberi saksi untuk anda tentangnya, lalu beliau a.s telah datang dengan Amir al-Mukminin a.s dan Umm Aiman, kemudian mereka berdua telah menjadi saksi untuknya.
Lalu Abu Bakr telah menulis kepada Fatimah a.s supaya meninggalkan bantahan[nya], lalu beliau a.s telah keluar dan surat bersamanya, tiba-tiba beliau a.s telah terserempak dengan Umar, lalu Umar telah berkata: Apakah bersama anda, wahai anak perempuan Muhammad? Beliau a.s telah berkata: Surat yang telah ditulis oleh Ibn Abi Qahafah , Umar telah berkata: Perlihatlah kepadaku, tetapi Fatimah a.s telah enggan, lalu Umar telah merampasnya daripada tangannya dan melihat padanya, kemudian beliau telah meludahkan padanya (tafila fi-hi), memadamkannya dan mengoyakkannya . Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Ini juga bapa anda tidak mengerahkan kuda dan unta?
Lantaran itu, letaklah tali di tengkuk-tengkuk kami" Maka al-Mahdi telah berkata kepadanya: Wahai Abu al-Hasan, berilah sempadannya kepadaku, maka beliau a.s telah berkata: Di antara sempadannya adalah bukit Uhud sehingga ke 'Uraisy di Mesir dan sempadan Saif al-Bahr daripada Daumah al-Jandal, maka beliau telah berkata kepadanya: Semua ini? Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin, ini semuanya, sesungguhnya semuanya ini tidak dikerahkan oleh Rasulullah s.a.w di atas penduduknya dengan kuda dan unta , maka [khalifah] al-Mahdi telah berkata: [ini] banyak dan aku akan melihat padanya .

(993)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Al-Anfaal adalah [daripada] al Nafal dan Surah al-Anfaal adalah untuk menghancurkan kesombongan.

(994)-7. Ahmad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada al-Ridha a.s telah berkata: Beliau ditanya tentang firman Allah: "Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul" Maka dikatakan kepadanya: Apa yang dimiliki oleh Allah maka ia untuk siapa? Beliau telah berkata: Untuk Rasulullah s.a.w dan apa yang dimiliki oleh Rasulullah sa.w adalah untuk imam a.s, lalu dikatakan kepadanya: Apakah yang anda lihat jika satu jenis bertambah dan jenis yang lain pula berkurangan? Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepada imam a.s, tidakkah anda telah melihat kepada Rasulullah s.a.w bagaimana baginda s.a.w buat? Tidakkah baginda s.a.w telah memberi[nya] menurut apa yang dilihat oleh baginda s.a.w. Begitulah halnya dengan imam a.s.

(995)-8. Ali bin Ibrahim, bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Jamil bin Darraj, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s bahawa beliau a.s ditanya tentang galian emas, perak, besi, plumbum (logam) dan tembaga kuning. Maka beliau a.s telah berkata: Di atasnya khumus.

(996)-9. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Jamil, daripada Zurarah berkata: Imam (a.s) membelanja, mengambil lebihan (nafal) dan memberi apa yang beliau kehendaki sebelum jatuhnya anak panah . Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerangi satu kaum, tetapi baginda s.a.w tidak menjadikan untuk mereka bahagian fai' dan jika baginda s.a.w kehendaki, baginda s.a.w membahagikannya di kalangan mereka.

(997)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Abd al-Samad bin Basyir, daripada Hakim Mu'azzin Ibn Isa berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul" Maka Abu Abdillah a.s telah berkata dengan dua sikunya di atas dua lututnya, kemudian beliau telah menunjukkan dengan tangannya, kemudian beliau telah berkata: Ia, demi Allah, [adalah] kegunaan dari hari ke hari, tetapi bapaku telah menjadikan Syiahnya di dalam kelapangan supaya mereka dapat membersihkan diri mereka.

(998)-11. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada al-Hasan bin 'Uthman, daripada Sama'ah berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang khumus, maka beliau telah berkata: Pada setiap apa yang memberi faedah kepada manusia sama ada sedikit atau banyak.

(999)-12. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa bin Yazid berkata: Aku telah menulis: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ajarlah aku apakah faedah dan hadnya menurut pendapat anda- Semoga Allah memanjangkan umur anda-anda hendaklah memberi penerangan kepadaku supaya aku tidak tinggal di atas haram, tidak ada sembahyang dan puasa untukku, maka beliau a.s telah menulis: Faedah adalah apa yang mendatangkan manfaat kepada anda di dalam perniagaan daripada keuntungannya dan tanaman selepas hutang atau hadiah.

(1000)-13. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah menulis kepada Abu Ja'far a.s tentang khumus, adakah aku mengeluarkannya selepas perbelanjaan makan atau sebelumnya? Maka beliau telah menulis: Selepas perbelanjaan makan.

(1001)-14. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesuatu yang diperangi di atas syahadah tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah s.a.w, sesungguhnya bagi kami khumusnya dan tidak halal bagi seorangpun membeli sesuatu daripada khumus sehingga hak kami sampai kepada kami (la yahillu li-ahadin an yasytariya min al-Khums syai'an hatta yasila ilai-na haqqu-na).

(1002)-15. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada 'Abd al-'Aziz bin Nafi' berkata: Kami telah meminta izin daripada Abu Abdillah a.s dan kami telah mengutus kepadanya, lalu beliau telah mengutus kepada kami: Masuklah kamu berdua, maka aku dan seorang lelaki bersamaku telah masuk, lalu aku telah berkata kepada lelaki itu: Aku mahu anda meminta izin [ Abu Abdillah a.s] tentang satu masalah , maka beliau telah berkata: Ya, lalu beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya bapaku adalah di kalangan tawanan Bani Umayyah.
Sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa Bani Umayyah tidak [berhak] mengharam dan menghalalkan [sesuatu], sesungguhnya apa yang mereka telah lakukan sedikit atau banyak adalah untuk kamu. Manakala aku mengingati perkara itu, sesuatu telah mengganggu fikiranku, lalu beliau telah berkata kepadanya: Kamipun telah berdiri dan keluar, lalu kami telah mendahului al-Mu'tab kepada beberapa orang yang sedang menunggu izin Abu Abdillah a.s, maka beliau telah berkata kepada mereka: 'Abd Al-'Aziz bin Nafi' telah menang dengan sesuatu, tidak ada seorangpun yang telah menang seumpamanya, dikatakan kepadanya: Apakah itu? Maka beliau telah menjelaskannya kepada mereka.
Kemudian dua orang telah datang kepada Abu Abdillah a.s, salah seorang daripada mereka berdua telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya bapaku adalah di kalangan tawanan Bani Umayyah dan aku telah mengetahui bahawa Bani Umayyah tidak mengharam dan menghalalkan [sesuatu] sesungguhnya apa yang mereka miliki sedikit atau banyak adalah untuk kamu, aku ingin anda menyelesaikan perkara ini, maka beliau a.s telah berkata: [Penyelesaian] itu kepada kami? Itu bukan untuk kami, kami bukanlah untuk menghalal atau mengharamkan [sesuatu]
Kemudian dua lelaki itu telah keluar dan Abu Abdillah a.s telah menjadi marah dan tidak ada seorangpun yang dapat berjumpa dengannya pada malam itu melainkan beliau telah memulakannya, lalu beliau a.s telah berkata: Tidakkah kamu hairan dengan polan mendatangiku, lalu beliau meminta halal daripadaku tentang apa yang telah dilakukan oleh Bani Umayyah, seolah-olah beliau melihat itu adalah hak kami!? Justeru, tidak ada seorangpun yang telah dapat berjumpa dengan Abu Abdillah a.s pada malam itu melainkan dua lelaki yang pertama itu kerana mereka berdua telah dapat[bertanya] apa yang mereka mahu.

(1003)-16. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Dhuraisy al-Kinasi berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Dari manakah zina telah masuk kepada manusia? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui[nya], aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau a.s telah berkata: Tidak menerima khumus kami Ahlu l-Bait melainkan Syaih kami yang paling baik (syi'atu-na al-Atyabiin), sesungguhnya ia dihalalkan untuk mereka kerana kelahiran mereka" (fa-inna-hu muhallalun la-hum li-miilaadi-him).

(1004)-17. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Syu'aib, daripada Abi Sabah telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Kami adalah satu kaum yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami , bagi kami al-Anfaal dan bagi kami harta yang bersih".

(1005)-18. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Rifa'ah, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s tentang seorang lelaki yang akan mati, tidak ada pewaris dan tuan, beliau a.s telah berkata: Beliau adalah daripada ahli ayat ini: "Mereka akan bertanya engkau tentang al-Anfaal" .

(1006)-19. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s tentang harta simpanan (al-Kanz) , berapakah padanya? Beliau a.s telah berkata: Khumus (1/5); dan tentang galian-galian berapakah padanya? Beliau a.s telah berkata: Khumus (1/5), begitu juga dengan logam, tembaga kuning dan besi. Dan setiap daripada galian diambil [khumus] daripadanya sebagaimana diambil [khumus] daripada emas dan perak.

(1007)-20. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Sabah al-Azraq, daripada Muhammad bin Muslim, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s telah berkata: Orang yang paling mengambil berat pada hari Kiamat adalah pemilik khumus (Sahib al-Khums), lalu beliau berkata: Wahai Tuhan, khumusku; dan sesungguhnya kami telah [memberikannya] dengan kebaikan [hati] kami kepada Syiah kami kerana kebaikan dan kebersihan kelahiran mereka"

(1008)-21. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu al-Hasan a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang hasil yang keluar dari lautan seperti mutiara, yaqut, jed, galian-galian emas dan perak? Beliau a.s telah berkata: Apabila harganya satu dinar, maka padanya khumus.

(1009)-22. Muhammad bin al-Husain dan Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ali bin Mihziyar berkata: Aku telah menulis kepadanya: Wahai sayyidi, seorang lelaki telah diberikan kepadanya harta untuk melakukan haji, adakah wajib ke atasnya memberi khumus daripada harta itu atau lebihan [daripada harta itu] di tangannya selepas melakukan haji? Maka beliau a.s telah menulis: Tidak wajib ke atasnya khumus [daripada harta itu].

(1010)-23. Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Husain bin 'Abd Rabbi-hi berkata: Al-Ridha a.s telah memberi wang kepada bapaku, lalu bapaku telah menulis kepadanya: Adakah wajib khumus di atas wang yang anda telah berikan kepadaku? Maka beliau a.s telah menulis: Tidak wajib khumus di atas wang yang telah diberikan oleh pemilik khumus kepada anda.

(1011)-24. Sahal, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Hamdani berkata: Aku telah menulis kepada Abu al-Hasan a.s : Sementara Ali bin Mihziyar telah membaca kepadaku surat bapa anda tentang apa yang telah diwajibkan ke atas pemilik-pemilik tanah sebanyak separuh 1/6 selepas perbelanjaan makan dan tidak wajib bagi orang yang tidak memajukan tanahnya dengan perbelanjaannya separuh 1/6 dan tidak selain daripada itu, maka ia telah berbeza di pihak kami sebelum ini tentangnya, maka mereka telah berkata: Wajib khumus di atas hartanah selepas perbelanjaan, iaitu perbelanjaan hartanah dan kharajnya dan bukan perbelanjaan seseorang dan tanggungannya, lalu beliau a.s telah menulis: "Selepas perbelanjaannya dan perbelanjaan tanggungannya dan [selepas] kharaj sultan".

(1012)-25. Sahal, daripada Ahamd bin al-Muthanna berkata: Muhammad bin Zaid al-Tabari telah memberitahu kepadaku, berkata: Seorang lelaki daripada peniaga-peniaga Farsi dari kalangan bekas-bekas hamba Abu al-Hasan a.s meminta izin daripadanya tentang khumus, maka beliau telah menulis kepadanya:
"Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, sesungguhnya Allah Maha Luas dan Maha Mulia telah menjamin amalan dengan pahala, kesusahan dengan kesenangan, mana-mana harta [adalah] tidak halal melainkan menurut cara yang dihalalkan oleh Allah dan sesungguhnya khumus telah menolong kami di atas agama kami, di atas tanggungan kami dan hamba-hamba kami. Justeru, janganlah kamu menjauhkannya [daripada kami] dan janganlah kamu mengharamkan diri kamu doa kami menurut kemampuan kamu kerana pengeluarannya (khumus) adalah anak kunci rezeki kamu, menghilangkan dosa-dosa kamu dan persediaan untuk kamu pada hari kamu berhajat [di akhirat kelak]. Seorang muslim akan menunaikan untuk Allah apa yang beliau telah janjikan kepadaNya dan bukan seorang muslim yang hanya menjawab dengan lidahnya dan menyalahi hatinya, wa al-Salam".

(1013)-26. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Zaid berkata: Satu kumpulan dari Khurasan telah datang kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka mereka telah memintanya supaya menyelesaikan khumus untuk mereka , maka beliau telah berkata: Aku tidak akan tertipu dengannya, kamu telah menunjukkan kasih sayang dengan lidah kamu kepada kami sedangkan kamu menjauhkan daripada kami hak yang Allah telah menjadikannya untuk kami, iaitu khumus, kami tidak akan menjadikan seorangpun daripada kamu [terlepas] di dalam penyelesaian [khumus] .

(1014)-27. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far al-Thani a.s, tiba-tiba Salih bin Muhammad bin Sahal telah datang kepadanya. Beliau telah mengurus wakaf di Qum, maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai sayyidi, jadilah 10, 000 [dinar] untukku di dalam penyelesaian (tanpa membayarnya) kerana aku telah membelanjakannya, maka beliau a.s telah berkata: Anda di dalam penyelesaian (anda tidak perlu membayarnya). Manakala Salih telah keluar, Abu Ja'far a.s telah berkata: Seorang daripada mereka melompat di atas harta-harta hak keluarga Muhammad, yatim-yatim mereka, miskin-miskin mereka, fakir-fakir mereka, ibnussabi-ibnussabil mereka, lalu beliau mengambilnya, kemudian beliau datang dan berkata: Jadilah aku di dalam penyelesaian (tidak perlu membayarnya), adakah anda melihat bahawa aku berkata: Aku tidak akan menuntutnya, demi Allah, pada hari Kiamat kelak, Allah akan bertanya mereka tentangnya dengan soalan yang cepat.

(1015)-28. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang 'anbar (ambergris) dan penyelaman mutiara, maka beliau a.s telah berkata: Wajib di atasnya khumus.


CATATAN KAKI:
1. Sepatutnya Umar tidak melihat kepada mukanya seperti diperintahkan oleh Allah.
2. Bahasa Farsi yang menunjukkan doa kepada bapanya Hurmuz memberitahunya bahawa beliau ditawan, ramai lelaki telah melihatnya dan beliau mengingkari perbuatan Umar kepadanya kerana telah melihat mukanya.
3. Menggunakannya bagi mengerjakan haji.
4. Hadis ini adalah menurut catatan al-Saduq Muhammad bin Babwaih.
5. Malam kematiannya.
6. Surah al-Waaqi'ah (56).
7. Surah al-Fath (48).
8. Surah al-Zumar (39):74
9. Surah al-A'raaf (7): 128
10. Surah Huud (11): 86
11. Digunakan ketika kepala dipenggal.
12. Nama kampung di Mesir.
13. Hamba
14. Khalifah Bani 'Abbas
15. Orang zalim
16. Wadi di Madinah
17. Ghutah adalah tempat yang mempunyai air dan pohon-pohon. Ghutah Dimasyq adalah di Damascus.
18. Surah al-Dukhaan (44):1-4
19. Miim dan daal
20. Malam
21. Kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas para nabi a.s
22. Musa bin Ja'far a.s
23. Dikeluarkan ke Baghdad dengan perintah khalifah.
24. Lelaki yang asalnya beragama Kristian, kemudian memeluk Islam.
25. Atau Sindaan
26. Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s
27. Abu Ibrahim a.s
28. Surah al-Najm (53): 23
29. Ilmu manaya adalah ilmu tentang kematian dan ilmu balaya adalah ilmu tentang bala yang akan berlaku kepada manusia.
30. Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s
31. Di Masyhad, Iran.
32. Hamba perempuan yang telah melahirkan anak daripada pemiliknya
33. Pemecatan saudara al-Makmun bernama al-Amin.
34. Untuk tidak datang kepadanya.
35. Di dalam manuskrip yang lain "darah akan terkena badan anda"
36. Surah Maryam (19): 13
37. Surah Yusuf (12): 22
38. Surah al-Ahqaaf 946): 15
39. Menurut anggapan mereka sahaja. Ini menunjukkan banyak masalah yang dikemukan kepadanya.
40. Tidak ada jawapan yang diberikan olehnya.
41. Memuji-Nya sebagai satu adab keagamaan.
42. Pencinta Ahlu l-Bait a.s
43. Tanpa condong dari dinding
44. Ini adalah menyalahi apa yang telah disebut oleh pengarang buku ini pada awal bab.
45. Ini sahaja kadar pengetahuan anda tentang kami, anda menyangka bahawa perkara ini akan mengurangkan kekuasaan kami.
46. Abu al-Hasan a.s
47. Surah al-Syu'araa' (26): 227
48. Kayu digunakan untuk pesalah yang akan dihukum
49. Yang ketiga
50. Al-Mutawakkil maksudkan dengan Ibn al-Ridha adalah Abu al-Hasan al-Thalith
52. Supaya orang ramai menyangka bahawa beliaulah Abu al-Hasan a.s
53. Golongan 'Alawiyyah.
54. Saudara khalifah al-Mu'tamad, seorang ketua turus angkatan tenteranya.
55. Imam Syiah
56. Khadam khalifah yang istimewa dan seorang yang jahat.
57. Perkara-perkara yang jahat terhadapnya
58. Merendah diri kepadanya a.s
59. Surah al-Taubah (9): 16
60. Surah al-Anbiyaa' (21): 69
61. Bekas hamba
62. Rumah khilafah
63. Fasaadah. Di dalam Islam dikenali sebagai al-Hijaamah (berbekam).
64. Pembuangan darah (berbekam).
65. Ketepatan "ramalan" Abu Muhammad a.s.
66. Khadam khalifah dan penjaga binatang buas dan anjing khalifah.
67. Tidak mengganggunya.
68. Mim haa' mim daal (Muhammad)
69. Anak lelaki Musa bin Ja'far a.s
70. Pada masa yang berbeza.
71. Iaitu tugasan daripada Abu Muhammad a.s
72. Menulis cebisan surat kepada Sahib al-Zaman a.s dengan menggantungkannya atau meletakkannya di mana-mana
73. Kabilah daripada Bani Tamim
74. Sahib al-Zaman a.s
75. Tidak menghantarnya kepadanya a.s.
76. Iaitu tentang perwakilannya untuk Sahib al-Zaman a.s.
77. Di antara Baghdad dan Azbaijan
78. Tidak mempercayai tentang imamah.
79. Sahib al-Zaman a.s
80. Seorang berbangsa Turki daripada pengikut Bani 'Abbas.
81. Surat daripada Sahib al-Zaman a.s.
82. Syirazi
83. Pedang untuk diberikan kepadanya a.s.
84. Sahib al-Zaman a.s
85. Iaitu 480 dirham sahaja.
86. Dikenali dengan Ja'far al-Kadhdhab.
87. Dengan harga 41 dinar.
88. Untuk Khumus Sahib al-Zaman a.s.
89. Al-Baras adalah antara Kufah dan al-Hillah.
90. Tiga jawapan al-Hasan a.s kepada lelaki yang telah bertanya itu tidak dicatat oleh syeikh al-Kuliani di dalam Kitab al-Hujjah. Walaubagaimanapun lelaki itu, nampaknya, telah mendapat jawapan yang memuaskan. Justeru beliau telah percaya kepada Allah, Rasul-Nya dan para wasi a.s.
91. Kerana celaannya kepada Ahmad bin Khalid al-Barqi.
92. Al-Husain telah mati syahid pada tahun 40 hijrah, sementara Ali bin al-Husain telah dilahirkan pada tahun 38 hijrah.
93. Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Aku dan anda adalah dua bapa umat ini, justeru, Allah melaknati orang yang menderhakai kita"
94. Syeikh al-Kulaini hanya membentangkan jawapan Amir al-Mukminin a.s kepada Yahudi tentang Imam Dua Belas selepas Rasulullah s.a.w.
95. Daripada zuriat Rasulullah s.a.w dan Ali a.s
96. Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah satu cahaya yang dibahagi dua.
97. Tiga daripada anak-anak lelaki dan bukan daripada semua anak.
98. Surah Ali Imran (3): 169.
99. Boleh memahami setiap sesuatu.
100. Surah Ali 'Imran (3): 36
101. Surah al-Israa' (17): 71
102. Kerana beliau tidak mengetahui kelebihan imam a.s, imam menuntut zakat dan khumus adalah dengan perintah Allah, bukan di atas keperluannya. Dan kafir di sini bererti kafir nikmat, bukan kafir yang terkeluar daripada Islam.
103. Surah al-Taubah (9): 103
104. Surah al-Baqarah (2): 245
105. Segala ibadat mesti ada kaitan dengan para imam a.s selepas Rasulullah s.a.w.
106. Surah al-Hadiid): 57
107. Dengan memberi zakat dan khumus.
108. Surah al-Baqarah (2): 30
109. Surah al-Anfaal (8): 41
110. Dari awal bab sehingga ke sini adalah pendapat al-Kulaini rahimahu llah.
111. Surah al-Hasyr ( 59):7
112. Surah al-Anfaal (8): 41
113. Di dalam ghanimah (man qaata 'alai-hi)
114. Daripada Rasulullah s.a.w.
115. Saham kerabat.
116. Menurut riwayat yang lain: "Menurut kemudahan dan kesenangan mereka"
117. Surah al-Syu'araa' (26): 214
118. Surah al-Ahzab (33): 5
119. Mazlamatu-na la turaddu
120. Surah al-Israa' (17): 26
121. Abu Bakr
122. Perbuatan Umar sedemikian dianggap tidak bertamadun.
123. Ini bererti: Ini juga milik bapa anda tanpa peperangan? Suatu penghinaan kepada Fatimah a.s.
124. Kata-kata Umar kepada Fatimah a.s: Letaklah tali di tengkuk-tengkuk kami" adalah suatu penghinaan kepada Fatimah a.s dan bapanya Rasulullah s.a.w.
125. Sempadan Fadak
126. Tanpa peperangan.
127. Aku akan mengkajinya.
128. Surah al-Anfaal (8): 41
129. Jenis (kumpulan) yang menerima khumus.
130. Sebelum berlakunya peperangan.
131. Surah al-Anfaal (8): 41
132. Tentang Yazid
133. Hamba Abu Abdillah a.s
134. Beliau a.s telah berkata sedemikian kerana taqiyyah.
135. Yang baik, bukan anak zina.
136. Kepada umat Muhammad s.a.w
137. Surah al-Anfaal (8): 1
138. Harta yang tersimpan di dalam tanah.
139. Di dalam riwayat yang lain untuk "Membersihkan [jiwa] anak-anak mereka".
140. Abu al-Hasan a.s yang ketiga.
141. Tidak mengeluarkan khumus.
142. Terlepas daripada khumus yang cukup syaratnya.
143. Benda seperti lilin yang terdapat di dalam perut ikan paus. (jenis bauan).


BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma'al-Zawa'id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.
Ibn 'Abd al-Birr, al-Isti'ab fi Ma'rifah al-Sahabah, Cairo, 1365
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi'i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Kulaini, Usul al-Kafi, Beirut 1380 H.
__________ , Raudhat al-Kafi, Beirut, 1405 H.
Ibn al-Nadim, al-Fihris , Baghdad, 1391H..
Ibn Hajr al-'Asqalani, al-Isabah fi Ma'rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa'iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.
Malik bin Anas, al-Muwatta', Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir al-'Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa'i, al-Khasaa'is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, Baghdad, 1395
al-Saduq , al-Amali , al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar, al-Najaf , 1391 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi'i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa', Cairo, 1368
_________, al-Itqaan fi 'Ulum al-Qur'an, Cairo, 1387
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382
____________, Jaami al-Turmudhi', Cairo, 1380.




INDEKS
A
D

Abban,79, 233, 242, 304, 317, 322,330
dhalul,160
Abdullah bin 'Abbas,84
dhimmah,28
Abdullah bin Abu Ya'fur, 315
Dimasyq,155,280
33, 41,74, 88, 98, 100, 112,119,132, 156,
Daud al-Raqiy,59,64,65,254
299, 213, 256, 389, 390, 397, 409, 432
Abu Bakr, 22 ,30 ,33, 82,83,93,148,202
Abu Basir,18, 23, 24,79,97,121,219,233
F
Abu Ja'far al-Baqir, 34, 80, 247,250,267
Abu Hamzah al-Thumali,308,3311,313,
al-Fadhl bin Ibrahim,100
314.316, 318, 322, 323,347,349, 368
al-Fadhl bin Rabi',70
Abu Hanifah,105,121,128,129,153,209
al-Fadhl bin Syadhan,409
Abu al-Hasan Musa, 21 ,38, 65,70,71,72,
al-Fadhl bin Yunus,384
104,218, 234, 267,315,320,348,361, 384
al-Farazdaq,162,202,211
Abu al-Hasan al-Ridha, 30,32,36,101,
farsi,18,178, 295, 306, 382
103,104,118, 238, 297,306,36
Fadak,202,203,211
Ahlu l-Bait,17, 23, 25,48,72, 81,82,100,
106,122,130,142,147,160,210256,265,
281,283,285
G
Ali bin Abu Talib,9,17,22,31,44,68,73,7
88, 93, 95, 96,113,138,142,154,179,241
gabenor,17,176,193,286,297
Al-Asbagh bin Nabatah,308,311,312,335,
342, 343

B
H

Baiah, 22, 28, 82 , 87,117,166,199,200,207,
214,218
Habtar,345
Baligh,117,298
Hamraan bin A'yan,216,249
Bani Hasyim,17,88,117,166,199,200,207,
297,307,315,327,341,360
214,218
Harun al-Rasyid,65,70,112

al-Hasan bin Ali,304,311,321
C
al-Husain bin Ali,103,210,228,

240,246,256,282,309,336,354
Celaan,213,239,247,384
385
Cinta,306,307,323,334,334,343,368,385
Hudhaifah,19
I
N

Ibn Di'bin,162,163,163,171,174
Najmah,217,218
Imamah,109,286,295

J
P

Jabir bin Abdullah,16,73,74,220,231
penyelewengan,17,70
244,330
Jammaz, 309
Q

K
al-Qaim,21,31,35,187,188,229

281,282,296,359,362,370,373
Khalid bin al-Walid,205,206
Karbala',87,96,196,241 R
Kathir al-Nuwa,144,238,326
334,353
Rusyaid al-Hajari,17,20,87,91
Khidir,159,261,284,285,296
317,359
S
Kufah,221,222,227,246,281
297,312,333,335,355,373
Salman al-Farisi,16,17,21,23,25
Khuzaimah bin Thabit,75,76
73,75,113,206,215,228,237,244

L
T

Luqman,107,110,270,375,385
taqiyyah,32
Laknat,42,66,86,90,100,109,123,
Turki,233,280,288
134

U
M

Umar bin al-Khattab,94,129,176
Madinah,27,63,74,81,94,99,102,
Ummu Salamah,130,135,136
183,206,281
Uthman bin 'Affan,144
Makkah,60,99,103,116,117,132,
135,140,198,290,304,324,355
W
Malik bin al-Harith bin al-Asytar al-Nakh'i,
93,95,157
wasiat,40,46,102,149,190,321
al-Makmun,114,115,116,117
mashaf,30,55,195,196,231,238,291,303,313 Z
al-Miqdad bin al-Aswad,16,17,18,21,23,25,
113,238,244
Zaid bin Sauhan, 87,92,95
al-Mirzaban bin Imran,82,103
Zakaria bin Adam,101,103
Mitham bin Yahya al-Tammar,17,73,87,88
Zurarah bin A'yan, 83, 222, 297
Muhammad bin Abu Bakr,17, 20,73,82,
Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, 21
Zuraiq, 34

29