DIALOG SUNNI-SHIA

DIALOG SUNNI-SHIA0%

DIALOG SUNNI-SHIA pengarang:
Kategori: Dialog
Halaman: 30

DIALOG SUNNI-SHIA

pengarang: Sayyid Abdul-Husain Syarafuddin Al-Musawi
Kategori:

Halaman: 30
Pengunjung: 77163
Download: 3078

Komentar:

DIALOG SUNNI-SHIA
Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 30 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 77163 / Download: 3078
Ukuran Ukuran Ukuran
DIALOG SUNNI-SHIA

DIALOG SUNNI-SHIA

pengarang:
Indonesia
DIALOG SUNNI-SHIA

ALI DAN FATIMA ADALAH RUJUKAN PADA AYAT KESUCIAN.
Hafiz: Telah pasti Ali dan Fatima adalah lebih rapat kepada nabi Allah, kerana mereka dibawah jagaan dan didikan baginga semenjak lahir.

Shirazi: Maka kamu hendaklah mengakui bahawa Ali dan Fatima pastinya mengikut amaran itu dengan patuh dan tidak boleh, dari apa yang dikatakan nabi, membuat tuntutan yang palsu. Dan bagi pihak Abu Bakr hendaklah menerima tuntutan Fatima, oleh kerana kedudukan keduanya adalah lebih tinggi dari Jabir [sebagaimana yang kamu telah akui]. Malahan kedudukan mereka lebih tinggi dari semua para sahabat. Merekalah yang berhak pada ‘Ayat kesucian’ dan juga yang ma’sum. Ayat itu mewahyukan kesucian mereka berlima: Muhammad, Ali, Fatima, Hasan dan Husain. Bahkan ulama kamu telah mengesahkan kebenaran mereka yang suci ini.

Dengan mengenai Amirul-Mukminin, saya telah mengatakan kepada kamu bahawa nabi memanggil beliau, ‘Yang palin benar di dalam seluruh ummah,’ dan Allah telah memanggil beliau yang benar di dalam al-Quran. Untuk kebenaran pada diri Fatima Zahra, terdapat banyak juga hadith yang sedemikian. Diantaranya terdapat satu yang disampaikan oleh Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid II, ms 42, dari A’yesha, yang berkata: ‘Saya tidak pernah melihat sesiapa yang lebih benar dari Fatima melainkan bapanya.’

Hafiz: Kenyataan kamu bahawa ayat itu diwahyukan di dalam memuji lima orang tidak dapat diterima. Selama di dalam perbincangan ini kamu telah menunjukkan pengetahuan yang mendalam di dalam buku-buku kami. Kini kamu hendaklah menerima dalam hal ini kamu telah tersalah, oleh kerana pengulas seperti Qazi Baidhawi dan Zamakhshari percaya bahawa ayat suci ini telah diwahyukan di dalam memuji para isteri nabi. Dan jika ada terdapat rekod yang mengatakan ianya diwahyukan pada memuji lima orang itu, ianya pasti yang lemah. Sebabnya adalah, bahawa ayat itu dengan sendirinya membuktikan pertentangan kepada maksud kamu. Kontek bagi ‘ayat kesucian’ adalah berkaitan dengan para isteri nabi dan bahagian yang ditengah tidak boleh dikeluarkan dari kontek asal.

MEMBUKTIKAN BAHAWA AYAT KESUCIAN BUKAN PADA MEMUJI PARA ISTERI NABI.
Shirazi: Tuntutan yang diketengahkan oleh kamu boleh disangkal dari banyak pandangan. Kamu katakan bahagian yang tengah yang mengikuti bahagian yang hadapan adalah berkenaan para isteri nabi, dan makanya ahli bayt diketepikan dari ayat yang suci itu. Jawapan saya adalah, seperti mana yang kerap berlaku di dalam perbincangan kita, kita mengalihkan pandangan dari satu orang kepada yang lain kemudian kita kembali kepada orang yang pertama semula. Terdapat banyak contoh yang sebegini di dalam penulisan orang-orang Arab terkenal dan juga puisi mereka. Di dalam al-Quran sendiri terdapat banyak contoh yang sedemikian. Bahkan jika kamu teliti bahagian yang dipersoalkan, al-Ahzab, setelah mengatakan kepada para isteri nabi, penumpuan telah beralih kepada yang beriman. Kemudian kepada para isteri diperkatakan semula. Masa tidak mengizinkan saya untuk menyatakan penghuraian mengenai penerangannya dengan lebih lanjut lagi.

Kedua, jika ayat ini adalah mengenai para isteri nabi, gantinama yang digunakan di dalamnya hendaklah perempuan. Disebabkan gantinama yang digunakan adalah lelaki, kita telah tahu bahawa rujukkannya bukanlah kepada isteri nabi, tetapi kepada keturunan nabi.

Nawab: Jika Fatima juga termasuk di dalam kumpulan itu mengapa gantinama perempuan tidak digunakan?

Shirazi: [Memandang kepada para ulama] Tuan yang dihormati: kamu tahu bahawa di dalam ayat ini, walaupun Fatima adalah seorang dari yang dirujuk, gantinama lelaki digunakan kerana ianya adalah gantinama dipengaruhi. Iaitu di dalam dua kumpulan lelaki dan wanita, kumpulan lelaki lebih diberatkan. Di dalam ayat ini pada menggunakan gantinama lelaki dengan sendirinya telah membuktikan bahawa kenyataan ini bukanlah lemah, tetapi dengan segala kekuatan. Selain itu pada melihat ramainya ahli lelaki, gantinamanya hendaklah di dalam lelaki kerana di dalam lima yang suci hanya terdapat seorang wanita dan empat lelaki. Jika ayat ini untuk para isteri nabi, menggunakan gantinama lelaki untuk wanita pastinya salah sama sekali. Selain dari itu, rumusan yang dibuat dari hadith yang sahih di dalam buku kamu adalah ayat itu diwahyukan pada memuji keturunan nabi dan bukan merujuk kepada para isteri.

Walaupun Ibn Hajar seorang fanatik yang keterlaluan telah berkata di dalam Sawaiq-e-Muhriqa bahawa kebanyakkan pengulas percaya bahawa ayat itu telah diwahyukan pada memuji Ali, Fatima, Hasan dan Husain.

ISTERI NABI TIDAK TERJUMLAH DI DALAM AHLI BAYT.
Kita ketepikan sebentar penghujahan, para isteri nabi tidak termasuk di dalam ahli bayt.

Ianya telah disampaikan di dalam sahih Muslim dan Jam’u’l-Usul bahawa Hasan Ibn Samra tanya Zaid Ibn Arqam sama ada para isteri nabi terjumlah di dalam ahli bayt. Zaid berkata: ‘Demi Allah, tidak. Seorang isteri bersama dengan suaminya untuk waktu tertentu, tetapi apabila dia diceraikan, dia pulang kepada keluarga bapanya, bersama dengan keluarga ibunya, dan terputus terus dari suaminya. Ahli bayt adalah ahli keluarga nabi yang mana sedekah diharamkan. Mereka tidak akan berpisah dengan ahli bayt walau kemana mereka pergi.’

Selain dari pandangan yang jelas dari diantara shia 12 Imam mengenai keturunan yang suci, terdapat banyak hadith yang merekodkan di dalam buku kamu, yang menolak anggapan bahawa para isteri nabi termasuk di dalam ahli bayt.

BANYAK HADITH MENGENAI ‘AYAT KESUCIAN’ ADALAH PUJIAN KEPADA LIMA YANG SUCI.
Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan; Imam Fakhru’d-d Razi di dalam Tafsir-e-Kabir, jilid VI, ms 783; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid V, ms 199 dan Khasa’isu’l-Kubra, jilid II, ms 264; Nishapuri di dalam Tafsir, jilid III; Imam Abdu’r-Razzaq ar-Ra’sani di dalam Tafsir Rumuzu’l-Kunuz; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 208; Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, jilid IV, ms 204 dan 206; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra, jilid II, ms 188; Muslim Bin Hajjaj di dalam Sahih, jilid II, ms 133 dan jilid VII, ms 140; Nabhani di dalam Sharafu’l-Mu’ayyid, Edisi Beirut , ms 10; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 100, dengan enam hadith sahih dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 33, dengan pengesahan Sahih Muslim menyebut dari penyampaian Ummu’l-Mu’minin A’yesha; 10 sebutan dari Tirmidhi, Hakim Ala’u’d-Dowlat Semnani, Baihaqi, Tibrani, Muhammad Bin Jarir, Ahmad Bin Hanbal, Ibn Abi Shaiba, Ibn Munzir, Ibn Sa’d, Hafiz Zarandi, dan Hafiz Ibn Mardawiyya sebagaimana yang disampaikan oleh Ummu’l-Mu’minin Umme Salma, Umar Bin Abi Salma, (yang telah dibesarkan oleh nabi), Anas Bin Malik, Sa’d Bin Abi Waqqas, Wathila Ibn Asqa’, dan Abu Sa’id Khudri berkata bahawa ‘ayat kesucian’ telah diwahyukan pada memuji lima yang suci. Bahkan Ibn Hajar Makki, walaupun menentang shia di dalam banyak segi telah mengakui akan maksudnya yang sebenar dalam tujuh cara. Dia berkata di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa bahawa ayat ini telah diwahyukan pada memuji Muhammad, Ali, Fatima, Hasan, dan Husain dan hanya pesonaliti itu sahaja yang dirujuk oleh ayat itu.

Seyyed Abu Bakr Bin Shahabu’d-din Alawi di dalam Kitab-e-Rashqatu’s-Sa’adi min Bahr-e-Faza’il Bani Nabiu’l-Hadi (dicetak oleh A’lamiyya Press, Egypt, 1303 H.), bab 1, ms 14-19, menyampaikan dari Tirmidhi, Ibn Jarir, Ibn Munzir, Hakim, Ibn Mardawiyya, Baihaqi, Ibn Abi Hatim, Tibrani, Ahmad Bin Hanbal, Ibn Kathir, Muslim Bin Hajjaj, Ibn Abi Shaiba, dan Samhudi pada asas penyelidikkan dan kerja ulama kamu, bahawa ayat suci ini diwahyukan pada memuji lima yang suci itu.

Di dalam Jam’i-Bainu’s-Sihahu’s-Sitta, Mauta dari Imam Malik Bin Anas, Sahih dari Bukhari aan Muslim, Sunan dari Abu Dawud dan Sijistani, dan Tirmidhi, Jam’u’l-Usul dan buku-buku yang lain, ulama dan ahli sejarah kamu secara umum mengesahkan bahawa ayat ini telah diwahyukan pada memuji lima yang suci. Dan menurut dari golongan kamu, hadith ini telah disampaikan tanpa terputus.

HADITH DARI UMME SALMA MENGENAI ‘HARRIRA’ [BUBUR MANIS] DARI FATIMA DAN WAHYU ‘AYAT KESUCIAN’
Banyak penyampai hadith telah merakamkan insiden mengenai harrira. Diantara mereka adalah Imam Tha’labi di dalam Tafsir, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, dan Ibn Athir di dalam Jam’u’l-Usul, menyebutnya dari sahih Tirmidhi dan Muslim: kesemuanya menyampaikan dari isteri nabi, Ummu’l-Mu’minin Umme Salma yang berkata: ‘Nabi berada dirumah saya apabila Fatima membawa semangkuk harrira untuk baginda. Pada ketika itu dia sedang duduk dianjung dimana dia selalu tidur. Dia mempunyai selimut Khaibari bersama dengannya. Saya sedang solat didalam bilik saya. Nabi menyuruh Fatima memanggil suami dan anak-anaknya. Sebentar kemudian Ali, Hasan dan Husain masuk dan semuanya berkongsi harrira tersebut. Jibril muncul dan mengwahyukan ayat suci ini kepada nabi: ‘Allah hanya hendak menjauhkan kekotoran daripada kamu . Wahai ahli bayt dan untuk mensucikan kamu dengan kesucian yang sempurna.’ [33:33]

Kemudian nabi menutup mereka semua dengan selimut, mengangkat tangannya kearah langit, dan berkata: ‘Wahai Allah, ini adalah ahli keturunan saya. Jauhkanlah dari mereka semua kekotoran dan sucikanlah mereka dengan kesucian yang sempurna.’ Umme Salma berkata bahawa dia bergerak kehadapan dan berhasrat untuk masuk kedalam selimut dengan berkata: ‘Wahai nabi Allah, bolehkah saya masuk bersama dengan mereka?’ Nabi menjawb: ‘Tidak, tinggallah ditempatmu, kamu adalah yang mulia.’ Ini bererti dia tidak boleh dijumlahkan diantara ahli bayt dan sampai ketahap kedudukan itu, tetapi akhir baginya adalah baik.

Imam Fakhru’d-din Razi di dalamTafsir; menambah bahawa nabi berkata: ‘Semua dosa telah terjauh dari kamu’ dan kamu telah diberikan pakaian rahmat.’ Ya amat pelik dengan ulama kamu yang zalim adalah, mereka yang telah menulis di dalam buku-buku yang sahih bahawa Ali dan Fatima adalah terjumlah di dalam ‘ayat kesucian’ [dan kekotoran yang amat keji adalah berdusta]. Malah mereka monalak Imamnya Ali [wazir] dan enggan untuk menerima keterangan beliau pada menyokong Fatima mengenai tuntutnya kepada Fadak. Tidak dapat difahami atas kriteria apa mereka yang mengatakan adil, telah bentuk cara pada mengadili.

FADAK TELAH DIAMBIL ATAS SEBAB POLITIK.
Sekarang marilah kita kembali kepada tujuan kita yang mula. Adakah wajar untuk menolak kenyataan Ali Dan Fatima dan menghalang mereka dari hak sendiri, tetapi menerima tuntutan Jabir tanpa teragak-agak walaupun dia hanya seorang muslim biasa.

Hafiz: Tidak boleh diterima langsung bahawa khalifa nabi, yang begitu akrab dengan nabi, sanggup merampas Fadak. Sebenarnya Fadak tidak ada apa gunanya kepada khalifa, yang memilikki keseluruh baitul-mal muslim dibawah kawalannya.

Shirazi: Memang nampak jelas dia tidak memerlukannya. Tetapi kumpulan politik diketika itu menganggapnya perlu untuk menghancurkan keluarga nabi. Mereka menjadikan jiwa-jiwa yang suci ini dengan berbagai-bagai kerisauan, penderitaan dan kemiskinan, maka jiwa yang suci ini tidak akan memikirkan tentang kedudukan khalifa. Manusia dunia ini telah melakukan apa sahaja yang boleh untuk menjadikan diri mereka kaya dengan harta dunia.

Ahli politik ini sedar bahawa jika keluarga suci ini mempunyai kuasa diatas harta dunia, manusia pastinya akan cenderung kepada mereka. Pertimbangan politik telah membuatkan mereka merampas Fadak dan menutup segala punca pencarian kewangan keluarga suci itu.

KHUM DITEGAH.
Diantara perkara yang dihalang kepada mereka adalah khum, yang mana telah banyak ditekankan di dalam al-Quran. Oleh kerana Allah telah melarang sedekah kepada nabi dan keturunannya, pintu khum telah dibukakan untuk mereka. Dia berkata di dalam al-Quran surah 8 [Anfal]: ‘Dan ketahuilah bahawa apa sahaja keuntungan yang kamu dapati, satu perlima darinya adalah hak Allah dan juga rasul dan kepada saudara terdekat dan juga yang bermusafir.’ [8:41]

Keperluan ini telah diadakan supaya keturunan nabi dapat hidup dalam aman dan tidak memerlukan bantuan dari ummah. Tetapi setelah wafatnya nabi, mereka telah dihalang dari hak-hak mereka juga. Khalifa Abu Bakr menafikan hak ahli bayt ini dan mengatakan bahawa khum hendaklah digunakan untuk peralatan perang. Maka keluarga nabi telah dijadikan tidak berdaya dari segala sudut.

Imam Shafi’i Muhammad Bin Idris memberitahu mengenai perkara itu di dalam kitabnya Kitabu’l-Umm, ms 69: ‘Keturunan nabi yang mana Allah telah memperuntukkan sebahagian khum sebagai ganti sedekah, tidak boleh diberikan apa-apa bahagian, besar atau kecil, dari pemberian yang wajib. Ini semua telah dilarang kepada mereka, ahli bayt untuk menerimanya. Orang yang sengaja memberikan pemberian yang wajib kepada ahli bayt, tidak akan diterima dari mereka tanggong jawab mereka. Dengan menafikan hak mereka kepada khum, sedekah yang telah terlarang kepada mereka tidak juga dibolehkan.

Sehingga kepada masa khalifa Umar bin Khattab, keturunan nabi telah dihalang dari tutntutan hak mereka sebenar dengan alasan bahawa jumlah khum sangatlah besar maka tidaklah boleh diberikan kepada saudara terdekat nabi. Ianya telah diputuskan bahawa wang itu untuk digunakan pada keperluan tentera. Mereka telah dinafikan hak mereka sehingga kehari ini.

Hafiz: Imam Shafii berkata bahawa khum hendaklah dibahagikan kepada lima bahagian; satu bahagian kepada nabi, yang mana digunakan untuk perbelanjaan dan keperluan muslim, bahagian kedua adalah kepada saudara terdekat dan bagi yang tiga bahagian lagi adalah untuk anak yatim, yang memerlukan dan musafir.

Shirazi: Pengulas secara umum setuju bahawa di masa hidupnya nabi ayat itu talah diwahyukan untuk menolong kepada saudara terdekat dan juga keturunan nabi. Khum telah digunakan untuk perbelanjaan mereka. Menurut perundangan shia, dengan mematuhi kepada amalan yang amalkan oleh keturunan nabi dan juga para Imam yang suci serta mematuhi kepada pengertian ayat al-Quran yang disebutkan diatas, khum dibahagikan kepada enam bahagian. Tiga bahagian diperuntukkan kepada Allah, Nabi dan keluarga yang terdekatnya iaitu kepada Imam, dan beliau di dalam era ghaib, kepada wakilnya, seorang mujtahid. Dia adalah adil dan pakar perundangan islam, yang membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan muslim, menurut pertimbangannya sendiri. Tiga bahagian lagi adalah peruntukkan anak yatim, yang memerlukan, dan pengikut lkhlas nabi. Tetapi setelah wafatnya nabi, hak ini telah dinafikan kepada keturunannya. Ulama kamu yang terkenal seperti Jalalu’d-din Suyuti, di dalam Durru’l-Mansur, jilid III; Tabari, Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l- Bayan, Jarullah Zamakhshari di dalam Kashshaf, Qushachi di dalam Sharh-e-Tajrid, Nisa’i di dalam Kitab-e-Alfiy, dan yang lain, semua mengesahkan fakta bahawa bida’ah telah diperkenalkan oleh ahli politik yang licik [pintar belit] setelah wafatnya nabi.

Hafiz: Kamu fikir bahawa mujtahid mempunyai hak pada menjalankan perundangan ini. Tidakkah khalifa Abu Bakr dan Umar menggunakan pertimbangannya dan cuba menolong muslim?

KHALIFA TIDAK BOLEH MENGELUARKAN PERINTAH YANG BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN YANG TERANG DARI ALLAH DAN JUGA PADA AMALAN NABI.
Shirazi: Sudah pasti mujtahid mempunyai hak membuat keputusan, tetapi dia tidak boleh memutarkan perintah yang jelas. Adakah kamu memihak kepada pendapat khalifa Abu Bakr dan Umar, dari apa yang dikatakan oleh ayat al-Quran yang dikatakan tadi dan juga kepada amalan nabi? Sila berlaku adillah dan beritahu kepada kami sama ada mereka mempunyai motif tertentu disebalik ini semua. Orang yang mempunyai minda yang waras akan mengakui bahawa ini semua bukan suatu perkara biasa, tetapi tujuan mereka adalah hendak membuat keluarga nabi Muhammad lumpuh tidak berdaya [secara ekonomi].

ALLAH TELAH MENJADIKAN ALI SAKSI NABI.
Selain dari semua ini, Allah telah mengistiharkan Ali sabagai saksi nabi. Dia berkata di dalam al-Quran, ‘Adalah dia kemudian telah mendapat bukti yang jelas dari tuhannya, dan penyaksian darinya….. petunjuk dan rahmat?’ [11:17]

Hafiz: Sejauh yang saya tahu ‘yang mendapat bukti yang nyata dari tuhannya’ bererti nabi dan ‘saksi’ bererti al-Quran. Mengapa kamu katakan bahawa saksi disini bererti Ali?

Shirazi: Saya tidak menyatakan pendapat saya mengenai al-Quran. Apa yang kami tahu adalah dari keturunan nabi bahawa saksi disini bererti Ali. Para ulama dan juga pengulas mempunyai pandangan yang sama. Ulama kamu yang ternama telah merakamkan lebih kurang 30 hadith untuk menyokong perkara ini. Sebagai contoh Imam Abu Ishaq Tha’labi menyatakan 3 hadith di dalam Tafsir; Jalalu’d-din Suyuti menyatakan di dalam Durru’l-Mansur dari Ibn Mardawiyya, Ibn Abi Hatim, dan Abu Nu’aim; Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini mengatakan di dalam Fara’idu’s-Simtain dari tiga punca; Sulayman Balkhi Hanafi menyatakan di dalam Yanabiu’l-Mawadda dari Tha’labi, Hamwaini, Khawarizmi, Abu Nu’aim, Waqidi dan Ibn Abdullah Ansari dan lainnya; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani mengatakan dari punca berlainan; Ibn Maghazili Faqih Shafi’i, Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, Ibn Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (lihat bukunya Kifayatu’t-Talib, bab 62) dan yang lainnya dari ulama kamu yang menyampaikan dengan sedikit perbezaan pada perkataan; ‘saksi’ di dalam ayat itu bererti Ali Ibn Abi Talib. Khatib Khawarizmi writes in his Manaqib bahawa orang bertanya Ibn Abbas apa yang dimaksudkan dengan ‘saksi’ Dia berkata, ‘Itu merujuk kepada Ali, yang menjadi saksi pada nabi.’Maka menurut dari kenyataan ini, semuanya dari buku ulama kamu yang boleh dipercayai, adalah wajib bagi ummah menerima keterangan Ali. Allah sendiri telah mengatakan dia sebagai saksi kepada nabi. Sebagaimana nabi mengakui kualiti tertentu pada diri Khazima bin Thabit, dengan mengatakan bahawa keterangan dia bersamaan dengan dua saksi muslim dan memberikan dia dengan gelaran Dhu’sh-Shahadatain, Allah yang maha besar yang menyatakan ayat ini telah meninggikan kedudukan Ali dan telah memperkenalkan dia sebagai saksi untuk nabi. Saya hairan atas dasar apa yang terdapat di dalam agama, yang membolehkan manusia itu menolak keterangan Ali.

Bolehkah kamu menerima keputusan mereka bahawa, Ali Ibn Abi Talib, yang paling menolak kepada kekayaan dunia dan yang mana perangai dan peribadi telah diakui oleh kawan dan musuh sama sahaja, adalah manusia yang tamakkan dunia? Bahkan perkataan yang lebih keji telah digunakan kepadanya, yang mana saya tidak dapat sebutkan. Kesemuanya telah dirakamkan di dalam buku-buku kamu.

Maka dengan menggunakan perkataan ‘faedah peribadinya terlibat dalam kes ini’ mereka cuba untuk meyakinkan manusia bahawa ada kemungkinan untuk Ali memberikan keterangan yang palsu untuk faedah isteri dan anak-anaknya. Semoga Allah mengampunkan kata-kata saya. Bagaimana anehnya, walaupun Allah telah mengenalkan dia sebagai saksi yang dipercayai, manusia yang icik ini telah menolak keterangannya.

PENDERITAAN MENTAL ALI.
Walaupun al-Quran telah memperkatakan kebenaran Ali, dia terus menderita dari tuduhan-tuduhan ahli politik. Dia berkata di dalam syarahan Shiqshiqayya nya: ‘Saya menahan derita yang amat sangat. Ianya seolah saya telah ditikam dimata dan dicekik dileher.’ Perkataan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Imam telah menderita. Dia berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa anak Abu Talib lebih suka mati dari bayi yang sedang menyusu pada susuan ibunya.’ Apabila yang terkutuk Abdur-Rahman Ibn Muljim Muradi memukul kepalanya dengan pedang beracun, dia berkata: ‘Dengan Tuhan Kabah, saya telah berjaya.’

Tuan sekelian, apa yang berlaku telahpun berlaku. Tetapi sekarang, adalah tidak wajar ulama yang terpelajar seperti kamu telah menyebabkan lebih banyak masalah kepada orang yang dicintai oleh Allah dan nabinya dengan membuat salah faham diantara manusia yang tidak tahu. Kamu semua tahu bahawa menyakiti Ali Ibn Abi Talib adalah sama seperti menyakiti nabi Allah.

HADITH MENGUTUK MEREKA YANG MENYAKITI ALI.
Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, Imam tha’labi di dalam Tafsir dan Sheikhu’l-Islam Hamwaini di dalam Fara’id telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata: ‘Sesiapa yang menganiaya Ali, menganiya saya. Wahai manusia sesiapa yang menganiya Ali akan dibangkitkan pada hari keadilan sebagai yahudi atau kristian.’

Ibn Hajar Makki pada ms 78 pada bahagian II, bab 9, hadith 16 dari Sa’d Ibn Abi Waqqas dan Muhaddad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 68, berkata dengan pengesahan yang baik bahawa nabi berkata: ‘Sesiapa yang menganiya Ali sesungguhnya dia telah menganiya saya.’

Saya teringat satu lagi hadith. Izinkan saya menyampaikannya. Untuk menyampaikan hadith nabi dan mendengarkan padanya adalah ibadah. Hadith ini telah dirakamkan oleh Bukhari di dalam Sahih; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Manazala Mina’l-Qur’an fi Ali’; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dan Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib telah menyampaikannya. Hakim Abu’l-Qasim Haskani juga menyampaikannya dari Hakam Abu Abdullah Hafiz, dia dari Ahmad Bin Muhammad Bin Abi Dawud Hafiz, dia dari Ali Bin Ahmad Ajali, dia dari ‘Ibad Bin Yaqub, dia dari Artat Bin Habib, dia dari Abu Khalid Wasti, dia dari Zaid Bin Ali, dia dari bapanya Ali Bin Husain, dia dari bapanya, Husain Ibn Ali, dia dari bapanya Ali Ibn Ali Talib; setiap dari penyampai itu berkata bahawa nabi berkata sedang dia baginda memegang sehelai dari janggutnya: ‘Wahai Ali, sesiapa yang menyakiti sehelai dari rambut kamu, sesungguhnya telah menyakiti saya, sesiapa yang menyakiti saya telah menyakiti Allah, dan sesiapa yang menyakiti Allah adalah dikutuk oleh Allah.’

Seyyed Abu Bakr Bin Shahabu’d-din Alawi di dalam Rashfatu’s-Sa’adi min Bahr-e-Faza’il Bani Nabiu’l-Hadi, (dicetak oleh A’lamiyya Press, Egypt, 1303 H.) bab IV, ms 60, menyampai dari Kabir oleh Tabrani, Sahih oleh Bin Habban, dan Hakim, pada pengesahan Amiru’l-Mu’minin, bahawa nabi Allah berkata: ‘Semuga Allah mengutuk keatas sesiapa yang menyedihkan saya mengenai dengan keturunan saya.’

ALI TELAH DISAKITI DAN DIHINA.
Tuan-tuan pertimbangkanlah apa yang telah terjadi. Keterangan Ali telah ditolak dihadapan umum. Harta Fatima telah dirampas. Fatima merasakan pukulan yang begitu hebat keatas dirinya sehingga beliau meninggalkan dunia ini di dalam usia yang begitu muda, penuh dengan kemarahan.

Hafiz: Ya pada mulanya Fatima marah, tetapi akhirnya apabila dia melihat keputusan khalifa adalah betul, dia sudah tidak marah lagi. Akhirnya dia meninggalkan dunia ini dengan penuh kepuasan dan ridha.

FATIMA KEKAL MARAH KEPADA ABU BAKR DAN UMAR SEHINGGA DIA MENINGGAL DUNIA.
Shirazi: Jika apa yang kamu katakan adalah benar, mengapa ulama terkenal kamu menulis yang sebaliknya? Sebagai contoh, dua ulama yang paling dipercayai, Bukhari and Muslim, menulis di dalam Sahih mereka bahawa Fatima mengenepikan Abu Bakr kerana dia marah. Disebabkan oleh kemarahannya dia tidak berkata-kata kepada Abu Bakr disepanjang baki hidupnya. Apabila dia meninggal, suaminya Ali, mengkebumikannya dimalam hari. Dia tidak membenarkan Abu Bakr melakukan solat jenazah untuknya.

Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i telah merakamkan kenyataan yang sama di dalam Kifaya, bab 99. Juga Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Dinawari di dalam bukunya Imama wa’s-Siyasa, ms 14, menulis bahawa Fatima, ketika sakit diranjang, berkata kepada Abu Bakr dan Umar: ‘Biar Allah menjadi saksi saya bahawa kamu berdua telah membuat saya marah. Apabila berjumpa dengan nabi Allah, saya pastinya akan mengadu mengenai kamu.’ Buku yang sama juga merakamkan: ‘Fatima marah dengan Abu Bakr dan enggan berjumpa dengannya untuk sepanjang baki hidupnya.’

Selain itu terdapat banyak lagi rakaman seperti demikian di dalam buku sahih kamu.

KESEDIHAN FATIMA ADALAH KESEDIHAN ALLAH DAN JUGA NABI.
Terdapat haduth yang terkenal yang telah disampaikan oleh ulama kamu seperti Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Sulayman Qanduzi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, menyatakan dari Tirmidhi, Hakim dan lainnya dengan sedikit perbezaan kepada perkataan, bahawa nabi telah berulang kali berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya, dia adalah cahaya mata saya, dia adalah buah hati saya, dia adalah belahan jiwa saya. Sesiapa yang menyedihkannya telah menyedihkan saya; sesiapa yang menyedihkan saya telah menyedihkan Allah; sesiapa yang membuat dia marah telah membuat saya marah; sesiapa yang telah menyakiti dia telah menyakiti saya.’

Ibn Hajar Asqalani, di dalam al-Isaba fi tamyiz as-Sahaba, menyebut dari Sahihs oleh Bukhari dan Muslim bahawa nabi Allah telah berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; apa yang menyakiti dia menyakiti saya; apa yang meninggikan tahap keruhaniannya meninggikan keruhanian saya.’

Muhammad Bin Talha Shafi’i idi dalam Matalibu’s-Su’ul; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid II, ms 40, dan Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Sesungguhnya Fatima, anak perempuan saya, adalah sebahagian dari badan saya; apa yang membuat dia suka, membuat saya suka; apa yang menyakitinya telah menyakiti saya.’ Abu’l-Qasim Husain Bin Muhammad (Raghib Ispahani) menyampaikan di dalam Mahadhiratu’l-Ubada, jilid II, ms 204, bahawa nabi Allah telah berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; makanya sesiapa yang membuat dia marah, telah membuat saya marah.’

Hafiz Abu Musa Bin Muthanna Basri (mati pada 252 H.) di dalam bukunya Mu’ajam; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 35; Abu Ya’la Musili di dalam Sunan; Tibrani di dalam Mu’ajam; Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid VII, ms 154; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Faza’ilu’s-Sahaba; Hafiz Ibn Asakir di dalam Ta’rikh-e-Shami; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 175; Muhibu’d-din Tabari di dalam Dhakha’ir, ms 39, Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq, ms 105 dan Abu Irfanu’s-Subban di dalam As’afu’r-Raghibin, ms 171, telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata kepada anak perempuannya: ‘Wahai Fatima, sesungguhnya, jika kamu marah, Allah juga akan menjadi marah; jika kamu gembira Allah juga turut gembira.’

Muhammad Bin Isma’il Bukhari di dalam Sahih, di dalam bab Manaqib Qarabat-e-Rasulullah, ms 71, menyebut dari Miswar Bin Makhrama yang mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari badan saya; maka sesiapa yang membuat Fatima marah, telah membuat saya marah.’ Terdapat banyak hadith yang sedemikian di dalam buku sahih kamu, seperti sahih Bukhari; sahih Muslim; Sunan oleh Abu Dawud; Tirmidhi; Musnad oleh Imam Hanbal; Sawa’iq-e-Ibn Hajar; dan Sheikh Sulayman Balkhi’s Yanabiu’l-Mawadda. Bagaimana kamu boleh selaraskan hadith ini semua yang merakamkan bahawa Fatima tidak meninggalkan dunia marah dengan terhadap mereka?

PERTUDUHAN MENGENAI NIAT ALI HENDAK MENGAHWINI ANAK PEREMPUAN ABU JAHL.
Sheikh: Hadith ini adalah betul, tetapi ianya juga dinyatakan oleh Ali bahawa, apabila dia berhasrat untuk mengahwini anak perempuan Abu Jahl, nabi Allah menjadi marah dengannya dan berkata: ‘Sesiapa yang menyedihkan Fatima menyedihkan saya, dan sesiapa yang menyedihkan saya adalah yang terkutuk oleh Allah.’

Shirazi: Kita hendaklah menerima atau menolak sesuatu perkara dengan menggunakan minda yang waras dan kebijaksanaan. Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Maka berikan khabar gembira kepada hamba-hambaKu, mereka yang mendengarkan perkataan, yang mengikuti yang terbaik darinya, mereka adalah yang mendapat petunjuk dari Allah, dan mereka adalah orang yang mengerti.’ [39:19]

Kenyataan itu telah disampaikan oleh orang yang terdahulu kamu. Hari ini kamu menyokong kata-kata mereka tanpa mempertimbangkan kewibawaan mereka. Saya terpaksa memberikan kepada kamu jawapan yang ringkas. Pertama, ulama kamu sendiri telah mengakui fakta bahawa Ali terjumlah di dalam ‘ayat kesucian’ dan adalah sempurna sucinya. Kedua, di dalam ayat Mubahila, Allah telah memanggil dia ‘diri’ kepada nabi, sebagaimana kita telah bincangkan dimalam-malam yang lalu. Kami telah tunjukkan juga bahawa dia adalah ‘pintu bagi kota ilmu nabi Allah’ dan benar-benar memahami perintah dan perundangan al-Quran. Dia mengetahui bahawa Allah telah berkata di dalam surah al-Ahzab: ‘Dan adalah tidak wajar bagi kamu yang kamu harus menyusahkan rasul Allah.’ [33:53]

Oleh kerana itu semua adalah benar, maka bagaimana Ali boleh melakukan atau mengatakan sesuatu yang akan menyusahkan nabi? Dan bagaimana pula sesaorang boleh memikirkan sesuatu yang begitu tinggi kemuliaannya; dan nabi akan merasa susah hati dengan peribadi yang begitu mulia dan dicintai oleh Allah? Dan bolehkah nabi merasa marah dengan satu amalan yang diizinkan oleh Allah, sebagaimana Dia telah katakan di dalam al-Quran: ‘..maka kahwinlah wanita yang kelihatan baik kepada kamu, dua, tiga atau empat? [4:3]

Arahan kepada nikah itu mempunyai erti yang umum dan ia ditujukan kepada semua ummah begitu juga kepada nabi dan juga wazir. Dan jika kita katakan Amirul-Mukminin mempunyai hasrat tersebut, ianya dibolehkan. Nabi Allah tidak akan marah kepada segala amalan yang dibolehkan, dan tidak juga dia menggunakan kata-kata yang sedemikian. Setiap orang yang waras, setelah mempertimbangkannya dengan teliti, akan mengetahui bahawa laporan ini adalah satu dari yang dipalsukan oleh Bani Umayya. Ulama kamu sendiri mengakui fakta ini.

PEMALSUAN HADITH SEMASA ERA MUAWIYA.
Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali menyebutkan satu laporan dari ketua dan juga gurunya, Abu Ja’far Iskafi Baghdadi, di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 358, bahawa Mu’awiya Bin Abu Sufyan telah membentuk satu kumpulan para sahabat dan juga Tabi’in pada tujuan memalsukan hadith di dalam mengutuk Ali. Tujuan itu adalah untuk menjadikan dia sasaran bagi kebencian manusia supaya mereka akan menjauhi dia. Diantara mereka adalah Abu Huraira, Amr Bin As, Mughira Bin Shaiba, Urwa Bin Zubair, seorang dari tabi’in juga bersama mereka. Abu Ja’far Iskaf juga telah merujuk kepada beberapa hadith yang telah dipalsukan. Berkata mengenai Abu Huraira, dia berkata bahawa dialah orangnya yang menyampaikan hadith yang bertujuan pada menunjukkan bahawa Ali berhasrat untuk mengambil anak perempuan Abu Jahl untuk dikahwini semasa hidupnya nabi. Ini telah membuat nabi marah, dan dia berkata dari atas mimbar, ‘Kawan Allah dan musuh Allah tidak boleh bersama. Fatima adalah sebahagian dari diri saya. Sesiapa yang menyedihkannya, menyedihkan saya. Dia yang hendak mengahwini anak perempuan Abu Jahl hendaklah berpisah dengan anak perempuan saya.’

Selepas itu, Abu Jafar berkata bahawa hadith itu dikenali sebagai Karabisi; oleh kerana semua hadith yang tidak berasas dipanggil Karabisi [penjual kain secara lisan] Ibn Abil-Hadid berkata bahawa hadith itu telah disampaikan di dalam kedua sahih Bukhari dan Muslim dari Miswar bin Makhrama az-Zahr. Dan Seyyed Murtaza Alamul-Huda, seorang dari ulama shia yang terkenal, berkata di dalam bukunya Tanzia’u’l-Anbia wa’l-A’imma bahawa kenyataan itu telah disampaikan oleh Husain Karabisi, yang amat terkenal memusuhi ahli bayt. Dia tergolong di dalam Nawasib dan seorang musuh terkuat bagi keluarga suci. Kenyataannya tidak dapat diterima. Menurut dari hadith yang direkodkan di dalam buku sahih kamu, musuh Ali adalah munafiq. Munafiq, menurut al-Quran adalah ahli neraka; maka laporannya tidak membawa erti.

Selain itu, hadith mengutuk manusia yang menganggu Fatima, tidak saja di dalam lingkungan kenyataan Karabisi atau hadith palsu Abu Huraira mengenai anak perempuan Abu Jahl. Terdapat banyak hadith pada tajuk ini. Diantaranya yang disampaikan oleh Parsa Dari Bukhara di dalam Faslu’l-Khitab; satu oleh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad dan oleh Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawadda XIII dari Mawaddatu’l-Qurba, pada pengesahan Salman Muhammadi, bahawa nabi berkata: ‘Fatima cinta amatlah berguna kepada kita diratusan tempat, yang paling senang diantaranya adalah kematian, kuburan, mizan [timbangan], sirat [jambatan], dan dipersoalkan. Maka jika anak perempuan saya, Fatima, senang dengan sesaorang, saya juga akan merasa senang dengannya. Jika saya merasa senang dengannya, Allah juga akan senang dengannya. Jika anak perempuan saya tidak suka kepadanya, saya juga tidak suka kepadanya. Jika saya tidak suka kepadanya Allah juga tidak suka kepadanya. Malang bagi mereka yang menyusahkan Fatima dengan suaminya. Malang bagi mereka yang menyusahkan Ali, Fatima dan shia mereka.’

Saya tanya kepada kamu apakah rumusannya yang kamu dapati daripada hadith-hadith ini dan juga hadith yang dirakamkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Fatima kekal marah dengan Abu Bakr dan Umar sehingga dia meninggal dunia.

SLAH FAHAM MENGENAI KEMARAHAN FATIMA ADALAH TIDAK BERIMAN.
Hafiz: Hadith itu sudah pastinya benar dan telah dirakamkan secara khusus di dalam buku sahih kami. Yang sebenarnya saya juga meragui kenyataan Karabisi yang Ali berhasrat mengahwini anak perempuan Abu Jahl. Saya tidak mempercayainya, dan kini saya rasa berterima kasih yang kamu telah menyelesaikan masaalah itu untuk saya.

Kedua, di dalam hadith ini ‘kemarahan’ bererti kemarahan agama dan bukan kemarahan untuk dunia. Kemarahan dia mengenai Abu Bakr dan Umar, yang telah dirakamkan di dalam semua buku yang dipercayai, bukanlah pada agama. Iaitu, Fatima tidak merasa marah dengan Abu Bakr dan Umar kerana mereka melanggar mana-mana perundangan Agama. Ya benar jika sesiapa yang menjadikan dia marah dalam hal agama, maka dia akan mendapat kutukan dari nabi.

Tetapi yang sebenarnya Fatima marah timbul dari pertukaran keadaan, yang mana setiap manusia sensitif, yang gagal untuk mendapatkan maksud tujuannya. Oleh kerana Fatima telah membuat tuntutan kepada Fadak dan khalifa tidak menerima tuntutannya, dia pastinya menerima kesan darinya dan merasa marah pada ketika itu. Tetapi kemudian perasaan tidak senang itu hilang dari ingatannya, dan dia berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh khalifa. Bukti pada kepuasan hatinya adalah dengan dia berdiam diri. Dan apabila Ali menjadi khalifa, walaupun dia mempunyai kuasa penuh, telah tidak mengambil semula Fadak dibawah kawalannya. Ini juga membuktikan bahawa dia amat berpuas hati dengan keputusan khalifa yang terdahulu.

FATIMA ADALAH BEBAS DARI IKATAN DUNIA.
Shirazi: Pertama kamu katakan kemarahan Fatima bukan disebabkan agama tetapi keduniaan. Kamu telah menyatakan pandangan ini tanpa mengkaji dengan tiliti. Menurut dari prinsip utama ayat al-Quran dan juga hadith nabi, tidak ada orang yang benar-benar beriman yang pernah menunjukkan kemarahan yang sedemikian [untuk dunia], jangan dikatakan Fatima, yang mana kesuciannya telah dibuktikan dari ‘ayat kesucian’; ‘ayat Mubahila’ dan juga surah Hal Ata dari al-Quran [76:1]

Terdapat banyak hadith di dalam buku kamu dan juga buku kami yang sahih bahawa Fatima menduduki kedudukan yang tertinggi di dalam iman dan bahawa nabi dengan jelas mengatakan mengenainya: ‘Sesungguhnya Allah telah memenuhi anak perempuan saya, Fatima dengan iman dari kepala hingga kekaki.’

KEMARAHAN FATIMA DIGERAKKAN OLEH AGAMA.
Mana-mana yang beriman, lelaki dan wanita, yang tujuan mereka adalah untuk mengakui yang benar, tidak akan menunjukkan sebarang kemarahan apabila hakim mengeluarkan perintah yang adil. Dan tidak juga orang beriman yang sedemikian akan memendam kemarahan dan kebenciannya sehingga dia mati, dan mempastikan di dalam wasiatnya bahawa tidak ada daripada mereka yang mempunyai kaitan dengan arahan tersebut yang dibenarkan bersama di dalam mendirikan solat jenazah untuknya.

Lebih-lebih lagi Fatima, yang mana kemuliaannya Allah sendiri telah memberikan keterangan, pasti tidak akan membuat tuntutan yang palsu, supaya hakim dapat menolak tuntutannya.

Kedua; jika kemarahan Fatima hanyalah ‘kemarahan dunia’ sebagaimana yang kamu katakan, atau kekeciwaan kerana tuntutannya dotolak, kemarahannya tidak lama tentu akan hilang, terutama setelah penyesalan yang ditunjukkan oleh mereka yang bertanggong jawab terhadap kemarahannya. Pasti tidak ada kebencian di dalam hatinya. Nabi telah berkata: ‘Satu dari tanda orang yang beriman adalah dia tidak mempunyai kebencian yang diasaskan dari sentimen dunia, terhadap sesiapapun.’ Juga nabi telah berkata: ‘Jika seorang yang beriman telah melakukan kesalahan, orang beriman yang tersinggong tidak sepatutnya merasa permusuhan dengannya lebih dari 3 hari.’ Maka Fatima Zahra yang suci lagi benar, yang menurut dari keterangan Allah, telah dipenuhi dengan iman dari kepala hingga ke kaki, tidak akan membenci terhadap sesiapa. Maka dari sini kita akan dapati bahawa kemarahan Fatima adalah khusus pada agama. Apabila dia melihat bahawa perintah yang dijatuhkan kepada dirinya bertentangan dengan perintah Allah dan juga bapanya, dia menjadi marah dengan kebencian disebabkan oleh agama dan itu adalah kemarahannya, yang menyebabkan juga kemarahan Allah dan nabiNya.

BERDIAMNYA FATIMA TIDAK BERERTI DIA BERPUAS HATI.
Ketiga; kamu katakan bahawa diamnya Fatima bererti bahawa dia telah berpuas hati di dalam keputusan tersebut. Disini sekali lagi kamu telah salah. Berdiam diri tidak bererti tanda setuju. Terkadang kala tekanan dari yang berkuasa membuat kita terpaksa terima.

Fatima bukan sahaja bersedih, tetapi meninggalkan dunia ini dengan marah. Kedua Bukhari dan Muslim menulis: ‘ Fatima marah dengan Abu Bakr. Dia menjauhkan diri darinya dan tidak berkata-kata dengannya disepanjang baki hidupnya.’

ALI TIDAK BEBAS UNTUK BERTINDAK SEMASA DIA MENJADI KHALIFA.
Kempat kamu katakan bahawa Ali tidak, semasa menjadi khalifa, mengambil semula Fadak dan kembalikan kepada keturnan Fatima, ini menunjukkan persetujuannya di dalam keputusan khalifa yng lalu. Disini juga kamu telah salah. Imam yang suci tidak bebas untuk bertindak semasa dirinya menjadi khalifa untuk menghapuskan bida’ah yang telah diadakan dan mengembalikan kebenaran. Apabila dia mengambil langkah untuk melakukannya, serta merta dia mendapat tentangan.

Jika dia mengembalikan Fadak kepada keturunan Fatima, musuhnya, terutama Muawiya dan pengikutnya, akan mengatakan bahawa Ali telah bertindak menyalahi amalan Abu Bakr dan Umar. Selain itu, untuk meluluskan sesuatu perintah yang sedemikian, penguasaan dan kebebasan diperlukan ada pada khalifa. Tetapi manusia tidak memberikan beliau kuasa yang sedemikian. Dia tidak boleh memulakan sesuatu yang menyalahi pendapat dan amalan khalifa yang dahulu. Ketiadaan kuasa pada Ali dapat dilihat dari dua contoh ini.

Oleh kerana khalifa yang terdahulu telah pindahkan mimbar dari tempat asalnya dimana telah diletakkan oleh nabi. Imam Ali cuba untuk memindahkannya semula ketempat asal. Tetapi manusia menentang beliau dan tidak mahu menerima apa sahaja yang berlainan dari amalan Abu Bakr dan Umar, walaupun jika ianya bertentangan dengan amalan nabi.

Begitu juga apabila Imam yang suci menghalang manusia dari mengerjakan solat tarawih berjamaah, mereka bangun menentang beliau dan mengatakan bahawa beliau cuba menukarkan cara khalifa Umar.

Nawab: Tuan yang dihormati! Apa dia tarawih yang Ali halang dari dilakukan secara jamaah?

Shirazi: Secara lisan tarawih adalah jamaa’ bagi tarawia, yang bererti ‘duduk’. Kemudian di menjadi kepada maksud ‘duduk untuk rehat’ selepas empat rakaat dari solat pada malam bulan ramadhan. Kemudian ianya menjadi empat rakaat solat yang digalakkan [sunnah]. Adalah jelas dari perundangan Islam bahawa solat wajib sahaja dilakukan secara berjamaah, sedangkan solat sunnah di dalam berjamaah adalah ditegah [haram]. Nabi sendiri berkata: ‘Sesungguhnya, mendirikan solat sunnah dengan berjamaah pada malam Ramadhan adalah bidaa’. Solat Namaz-e-Chasht [solat duha] adalah berdosa. Wahai manusia janganlah melakukan solat sunnah ramadhan dengan berjamaah, dan janganlah lakukan sunnah duha. Yang pasti, lakukan solat sunnah yang kecil yang mengikut peraturan adalah lebih baik dari sesuatu yang besar tetapi bida’ah. Hendaklah kamu ketahui bahawa setiap bida’ah adalah yang menyalahi dan yang menyalahi membawa kepada neraka.

Satu malam semasa khalifanya di dalam tahun 14 Hijrah. Umar masuk kedalam masjid. Dia lihat manusia telah berkumpul di dalamnya. Dia bertanya mengapa mereka berkumpul. Manusia berkata bahawa mereka berkumpul untuk mendirikan solat sunnah. Umar berkata: ‘Itu adalah satu bida’ah, tetapi ianya adalah bida’ah yang baik.’

Bukhari menyatakan di dalam Sahih dari Abdu’r-Rahman Bin Abdu’l-Qari bahawa apabila khalifa melihat manusia mendirikan solat perseorangan, dia mengatakan kepada mereka solat berjema’ah adalah lebih utama. Dia mengarahkan Ubayy bin Ka’b untuk memandu solat jama’ah tersebut. Apabila dia sampai di masjid pada malam esoknya, dia melihat manusia melakukan solat berjama’ah di dalam mematuhi arahannya. Dia berkata: ‘Betapa baiknya bida’ah ini.’

Ianya telah menjadi kebiasaan sehingga kepada masa Amirul-Mukminin. Dia menghalangnya, dengan berkata oleh kerana tidak dilakukan pada masa nabi, maka ianya adalah haram, sepatutnya tidak dibenarkan untuk dilakukan.

Apabila Imam pergi ke Kufa, penduduk Kufa meminta dia melantik sesaorang untuk memandu di dalam solat sunnah dimalam bulan Ramadhan. Imam menghalang mereka dari melakukannya secara berjama’ah. Walaupun begitu mereka, oleh kerana telah terbiasa dengannya, mereka terus tidak mengikuti arahan Imam. Sebaik sahaja Imam pergi dari tempat itu, mereka berkumpul dan melantik seorang untuk memandu solat secara berjama’ah. Apabila berita itu sampai kepada Imam yang suci dia memanggil anaknya yang tua Imam Hasan dan disuruhnya membawa pedang dan menghalang manusia dari mendirikan solat sunnah secara berjama’ah. Apabila manusia melihat ini, mereka berkata dengan kuat: ‘Wahai Ali! Hasan telah datang dan dia menghalang kami dari mengerjakan solat.’

Miskipun mereka mengetahui bahawa amalan solat sunnah berjama’ah tidak berlaku dimasa nabi, mereka masih tidak mengikut arahan Ali yang menepati dengan arahan nabi.

Jadi bagaimana Ali dapat memulangkan Fadak kepada keturunan Fatima? Jika dia telah melakukan yang sedemikian dan katakan ianya telah dirampas secara tidak sah, manusia akan mengatakan bahawa Ali Ibn Abi Talib telah cenderung kepada dunia dan telah merampas harta Muslim untuk diberikan kepada keturunannya. Maka, pada fikirannya adalah lebih baik bersabar. Oleh kerana penuntut asal sudah tiada lagi didunia, dia menangguhkan tuntutan kepadanya, supaya apabila Imam petunjuk yang terakhir datang, dia bolehlah memulangkan semula apa yang hak kepada pemilik sebenarnya.

Di dalam keadaan yang sedemikian diamnya Imam tidak bererti bahawa dia berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Jika dia menganggap tindakan khalifa yang lalu adalah adil, dia tidak akan berhujah kesnya depan mereka. Juga, dia tidak mengatakan kemarahan dan sakit hatinya, dan meminta Allah menjadi saksinya.

Telah dirakamkan di dalan Nahjul-Balagha bahawa Ali di dalam suratnya kepada gabenor Basra, Uthman bin Hunaif Ansari telah menulis: ‘Diantara perkara tersebut yang mana langit telah tebarkan bayangannya adalah Fadak, yang menjadi milik kami. Tetapi satu kumpulan telah menunjukkan perasaan tamak mereka; maka Fatima dan keturunannya telah menarik diri dari meneruskan tuntutan. Dan hakim yang terbaik adalah Allah.’

Kamu katakan Fatima telah merasa puas dengan keputusan pada hari terakhirnya didunia dan telah mengampunkan mereka yang bertanggong jawab kepadanya. Saya takut kamu tersilap juga disini. Sebagaimana telah dibuktikan dengan tiada keraguan terdahulu melalui hadith yang dipercayai bahawa wanita malang ini kekal di dalam kemarahan sehingga dia meninggal.

ABU BAKR DAN UMAR CUBA MENZIARAHI FATIMA UNTUK MENERANGKAN TETAPI SIA-SIA.
Untuk membuktikan pandangan saya ini saya hendak menyampaikan laporan saya. Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Dinawari (mati pada tahun 276 H.) di dalam Ta’rikh-e-Khilafa’i’r-Rashidin, yang dikenali sebagai Al-Imama wa’s-Siyasa, jilid I, ms 14 dan yang lainnya dari ulama kamu, seperti Ibn Abi’l-Hadid, telah menulis di dalam bukunya: ‘Umar meminta Abu Bakr pergi bersamanya untuk menziarah Fatima. Mereka pasti telah membuat dia marah. [Sebahagian laporan mengatakan bahawa Abu Bakr yang mengajak Umar pergi untuk berjumpa Fatima. Ini lebih diterima]

Secara ringkas, kedua mereka pergi kepintu rumah Fatima, tetapi dia tidak mengizinkan mereka untuk berjumpa dengannya. Apabila mereka meminta Ali untuk campur tangan, dia diam membisu, tetapi dia mengizinkan mereka masuk. Apabila mereka masuk dan memberi salam kepadanya, dia palingkan mukanya kearah tembuk. Abu Bakr berkata: ‘Wahai sebahagian dari hati nabi, demi Allah, saya lebih menghargai perhubungan nabi dengan kamu lebih dari perhubungan saya dengan anak perempuan saya Aisha. Dengan itu biarlah saya mati sebaik sahaja nabi mati. Saya tahu kedudukan kamu lebih tinggi dari semua yang lain. Jika saya telah menghalang kamu dari hak kamu kepada warisan, itu adalah kerana nabi, yang saya sendiri dengar mengatakan: ‘Kami para nabi tidak meninggalkan sebarang warisan. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.’

Fatima kemudian berkata kepada Amirul-Mukminin bahawa dia mengingatkan mereka akan hadith nabi dan meminta mereka mengatakan dengan nama Allah jika mereka tidak mendengar nabi berkata: ‘Kesenangan Fatima adalah kesenangan saya, kemarahan Fatima adalah kemarahan saya. Maka sesiapa yang mencintai anak perempuan saya Fatima, mencintai saya; sesiapa yang menyenangkan Fatima menyenangkan saya. Sesiapa yang menyakiti Fatima menyakiti saya.’

Kedua mereka berkata: ‘Ya kami mendengar kata-kata itu dari nabi Allah.’ Kemudian Fatima berkata:

‘Saya meminta Allah dan malaikatnya menjadi saksi bahawa kedua kamu telah menyakiti saya dan tidak melayani saya dengan secara adil. Apabila saya bertemu dengan nabi saya pasti akan mengadu kepadanya mengenai kamu berdua.’

ABU BAKAR SEDAR AKAN SERIUSNYA KEMARAHAN FATIMA.
Abu Bakar telah terganggu dengan kata-kata itu, mula menangis dan berkata: ‘Saya berlindung dengan Allah dari kemarahan nabi.’ Fatima mula menangis dan berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya pasti akan memintakan kutukan keatas kamu di dalam setiap doa saya.’

Setelah mendengar ini Abu Bakr keluar dengan menangis. Manusia mengelilingi dan cuba menenangkannya. Kepada mereka dia berkata: ‘Malang bagi kamu semua. Lepaskanlah saya dari semua ini. Demi Allah, setelah apa yang saya lihat dan dengar dari Fatima, saya tidak mahu mana-mana muslim menderita beban bai’ah kepada saya.’

Kenyataan itu, telah disampaikan oleh ulama kamu yang terkenal, itu telah menunjukkan bahawa Fatima yang malang telah tinggal kekal di dalam kemarahan dengan Abu Bakr dan Umar sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.

FATIMA TELAH DIKEBUMIKAN DIWAKTU MALAM, SUATU BUKTI KEKALNYA KEMARAHAN DENGAN ABU BAKR DAN UMAR
Bukti yang paling nyata di dalam peristiwa ini adalah dia membuatkan wasiat kepada suaminya, Amirul-Mukminin Ali: ‘Tidak ada dari mereka yang menzalimi saya dan merampas hak saya, yang dibenarkan dari bersama mendirikan solat untuk jenazah saya. Mereka pastinya musuh saya dan juga nabi. Jangan membiarkan mereka atau sekutu mereka mendirikan solat jenazah untuk saya. Kebumikan saya diwaktu malam apabila semuanya sedang tidur.’

Bukhari menulis di dalam sahihnya bahawa Ali mematuhi dengan wasiat Fatima, dan kebumikannya dimalam hari dengan secara rahsia. Manusia cuba mencari tempat Fatima dikebumikan, tetapi tidak berhasil. Ianya telah diterima ramai bahawa Fatima, menurut wasiatnya, telah dikebumikan diwaktu malam. Nabi telah meninggalkan seorang anak perempuan untuk menjadi ingatan. Ulama kamu bersetuju bahawa nabi berkata: ‘Fatima adalah sebahagian dari tubuh saya. Dia ada warisan dan amanah saya. Hormatilah dia sebagaimana kamu menghormati saya. Jangan lakukan apa-apa untuk membuat dia marah terhadap kamu. Jika dia marah kepada kamu, saya juga akan marah kepada kamu.’

Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’i menulis di dalam Mawaddatu’l-Qurba bahawa nabi berkata: ‘Mereka yang menyedihkan Fatima akan dihadapi oleh saya dengan tegas dihari pengadilan, kesenangan Fatima adalah kesenangan saya, dan kemarahan Fatima adalah kemarahan saya. Malang bagi mereka yang membuat Fatima marah.’

Bagaimana trajiknya dengan segala kenyataan ini, ummah bukan sahaja mengabaikan dia malah merampas haknya yang sah dan menyebabkan dia menderita yang amat sangat. Walaupun dengan usia yang begitu muda, dia mengatakan: ‘Saya telah ditimpakan dengan banyak bencana, bahawa jika hari telah ditimpakan dengan bencana yang sedemikian, maka ianya akan bertukar menjadi malam.’

21
DIALOG SUNNI-SHIA

SESSI 9
Jumaat malam, 2hb Sha’ban 1345 Hijrah

Sheikh: Kamu selalu menyalahkan tindakan sunni, tetapi tidak memperdulikan cara shia. Kamu secara tidak adil telah membela mereka, walaupun tindakkan mereka menghinakan.

Shirazi: Saya telah terbiasa mempertahankan kebenaran. Imam kami, Amirul Mukminin, menegaskan kepada anak-anaknya, terutama Hasan dan Husain, dengan perkataan ini: ‘Selalu berkata benar, dan lakukan amalan dengan cahaya sinaran hari kemudian. Bermusuhlah dengan yang zalim dan tolong kepada yang lemah.’

Jika saya mendapati kesalahan dengan pihak lawan atau membela shia, saya hanya melakukkan yang demikian pada menyokong kebenaran. Apa yang saya utarakan, berasas kepada hujah yang munasabah. Saya akan dengarkan tuduhan kamu mengenai salah laku shia.

SHIA MENUDUH AISHA BERSEKEDUDUKAN DAN JAWAPANNYA.
Sheikh: Perkara terburuk yang shia bersalah padanya adalah mereka menuduh Ummul-Mukminin Aisha berzina. Fakta yang sebenarnya adalah dia mendapat kehormatan pada melakukan persetubuhan dengan nabi Allah dan bahawa dia adalah isteri yang dicintai. Mereka tidak menyedari akan padahnya terhadap tuduhan yang sebegitu hina. Tidakkah mereka membaca surah an-Nur dari al-Quran? Allah berkata: ‘Wanita jahat adalah untuk lelaki jahat dan lelaki jahat adalah untuk wanita jahat. Wanita baik untuk lelaki baik, dan lelaki baik untuk wanita baik.’ [24:26]

Shirazi: Pertama, tuduhan terhadap shia yang mengatakan Ummul-Mukminin Aisha ada melakukan perbuatan sumbang dan penzinaan adalah dusta semata-mata. Tidak pernah perkara yang sedemikian diperkatakan oleh shia. Tuduhan ini telah disebarkan secara hasad berabad dahulu lamanya oleh Nawasib dan Khawarij, supaya mereka dapat memulakan kekacauan. Mereka mengatakannya dari shia apa yang mereka sendiri telah katakan. Malangnya yang lain dengan tiada membuat penyiasatan, menyerang shia sebagaimana yang kamu telah lakukan sekarang. Jika kamu telah mempelajari buku-buku shia, kamu tidak akan terjumpa dimana-mana, bahawa Ummul-Mukminin Aisha telah dituduh melakukan zina.

AISHA TERLEPAS DARI TUDUHAN BERZINA.
Jika kamu membaca sejarah shia dan ulasannya, kamu akan lihat bagaimana mereka telah membela Ummul-Mukminin Aisha dari tuduhan zina. Yang sebenarnya laporan itu telah dibuat oleh sekumpulan orang muda hipokrit semasa hidupnya nabi. Sebahagian dari mereka yang terlibat adalah Mista bin Uthatha, Hasan bin Thabit dan Abdullah bin Ubayy. Mengenai terlepasnya Aisha dari tuduhan palsu para hipokrit, tujuh ayat telah diwahyukan di dalam al-Quran. Shia percaya bahawa untuk membuat tuduhan zina atau melakukan perbuatan sumbang terhadap mana-mana muslim adalah haram, tidak perlu disebut terhadap isteri nabi, sama ada dia Aisha atau Hafsa.

SUAMI DAN ISTERI TIDAK SEMESTINYA BERKONGSI SAMA TARAF KEDUDUKAN.
Kedua; ayat suci yang kamu telah bacakan tidak bermaksud seperti apa yang kamu sangkakan. Ia tidak semestinya begitu bahawa jika suaminya adalah orang yang beriman dan berhak kepada syurga maka isterinya juga akan sama. Terdapat banyak peristiwa yang membuktikan pasangan mereka mendapat tempat ditahap kedudukan yang berlainan.

Allah berkata di surah Tahrim [larangan]: ‘Allah telah memberikan contoh kepada mereka yang tidak beriman, isteri Nuh dan isteri Lut: Mereka berdua adalah dibawah hambaKu yang beriman, tetapi mereka itu tidak jujur kepadanya, maka mereka tidak mendapat apa-apa dari Allah, dan telah dikatakan kepada mereka: ‘Masuklah kedalam api bersama mereka yang masuk.’ Dan Allah telah memberi contoh kepada mereka yang beriman, isteri Firaun apabila dia berkata: ‘Tuhan ku, dirikanlah untuk ku sebuah rumah dari Kamu di dalam taman dan selamatkan aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari manusia yang zalim.’ [66:10-11]

Sheikh: Adalah aneh bahawa dengan sekejap masa telah terdapat ketidak samaan di dalam kenyataan kamu.

Shirazi: Sila terangkan apa yang kamu lihat bertentangan.

Sheikh: Pada satu ketika kamu kata menuduh sesiapa berzina adalah haram tetapi dikala lain kamu katakan bahawa isteri Nuh dan Lut adalah tidak jujur kepada suaminya. Tidakkah dua ayat ini bertentangan diantara satu dengan lain? Tidaklah orangnya seperti kamu untuk menuduh isteri nabi melakukan zina dan tidak beriman?

Shirazi: Saya pasti yang kamu sedang menggunakan cara untuk mengelirukan. Kamu tahu sebenarnya apa erti ‘tidak percaya’ yang dirujuk di dalam al-Quran terdahulu.

MAKSUD KEPADA TIDAK MEMPUNYAI KEPERCAYAAN OLEH ISTERI NUH DAN LUT.
Adalah pelik terhadap kamu yang telah salah ertikan tidak jujur bermaksud zina, walaupun terdapat jurang yang besar diantara duanya. Isteri para nabi adalah bebas dari zina. Disini perbincangannya adalah mengenai kepercayaan mereka. Pertama jika isteri nabi bertindak menyalahi arahan suaminya, dia pastinya tidak jujur Kedua bukan kami yang mengatakan mereka telah terbukti tidak jujur. Al-Quran sendiri yang mengatakan: Mereka tidak jujur kepada suami mereka,’ dan tidak jujur bukannya berzina. Sebagaimana saya telah katakan terdahulu, isteri para nabi bebas dari yang ini. Maka maksud tidak jujur adalah engkar.

Isteri nabi Nuh selalu menentang suaminya, dan kerap memalukannya dikhalayak ramai. Dia berkata: ‘suami saya gila. Oleh kerana saya selalu bersama dengannya siang dan malam, saya tahu keadaan sebenarnya. Janganlah tertipu olehnya.’ Isteri nabi Lut selalu memberitahu manusia tentang orang yang menjadi tetamu rumahnya. Dia selalu melakukan perbuatan yang keji dengan menyebarkan rahsia rumah mereka kepada para musuh.

TIDAK JUJURNYA ISTERI TIDAK MENUNJUKKAN TIDAK SUCI.
Menurut pengulas al-Quran dan juga menurut dari kenyataan mereka yang ma’sum, pengertian surah an-Nur dimana kamu menunjukkan tujuan maksud kamu bahawa wanita jahat untuk lelaki jahat dan lelaki jahat tertarik kepada wanita jahat. Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik tertarik kepada mereka. Di dalam bab yang sama di dalam ayat selanjutnya Allah berkata: ‘Yang berzina lelaki tidak akan mengawini melainkan penzina wanita atau yang kafir dan bagi penzina wanita, tiada siapa yang akan mengahwininya melaiankan penzina lelaki atau yang kafir. [24:3]

Secara ringkas ayat al-Quran ‘wanita jahat untuk lelaki jahat…’ tidak menunjukkan bukti pada maksud kamu.

RUJUKAN TERHADAP PERANGAI AISHA.
Kritikan terhadap Aisha tidak disebabkan prejudis. Ianya adalah disebabkan tingkahlakunya yang salah. Dia melakukan kesalahan yang mana isteri-isteri nabi lain, termasuk Hafsa anak perempuan Umar, tidak lakukan. Lebih-lebih lagi shia mengkritik dia di dalam lingkungan terhad yang dibuat dari ulasan ulama kamu, kami mengatakan bahawa wanita ini telah melakukan kesalahan yang serius.

Sheikh: Adakah wajar seorang yang terkenal seperti kamu membuat tuduhan yang sedemikian terhadap Ummul-Mukminin?

Shirazi: Kesemua isteri nabi melainkan Ummul-Mukminin Khadijah, kedudukan mereka semua adalah sama. Umme Salma, Suda, Aisha, Hafsa, Maimuna dan yang lainnya pada pandangan kami semuanya Ummul-Mukminin. Tetapi kelakuan Aisha dan perkataannya adalah nyata berbeza dari wanita-wanita lainnya. Sekali lagi saya katakan ini bukan sahaja pandangan saya, tetapi ulama terkenal kamu telah menulis bahawa kelakuannya adalah keji. Perbuatan baik dan buruk manusia tidak dapat disembunyikan untuk selamanya. Akhirnya kebenaran akan memperlihatkan dirinya.

Sheikh: Sebenarnya, kerana dia menentang Ali, kamu mencari kesalahan dia dari perkara yang remeh.

Shirazi: Kami tidak mencari kesalahan pada perkara remeh. Penentangan Aisha kepada Amirul-Mukminin, Imam Hasan, Imam Husain dan ahli bayt adalah isu yang lain. Tetapi kejinya sejarah hidupnya telah diasaskan dari semenjak di zaman hidup nabi lagi. Dia selalu menyakiti dan menyusahkan hati nabi.

Sheikh: Adalah aneh bahawa kamu menganggap Ummul-Mukminin Aisha, isteri yang amat dicintai oleh nabi, yang paling bermoral, dengan mengatakan bahawa dia telah menyakiti hati nabi. Bagaimana kami dapat menerima kenyataan kamu apabila Ummul-Mukminin sendiri tentunya telah membaca al-Quran dan ayatnya adalah: ‘Sesungguhnya [bagi mereka] yang mengata sesuatu yang buruk mengenai Allah dan RasulNya, Allah telah mengutuk mereka di dalam dunia ini dan juga diakhirat, dan Dia telah menyediakan untuk mereka siksaan yang sangat memalukan.’ [33:57]

Jadi adakah mungkin untuk dia menyakiti hati nabi supaya dia mendapat kutukan dari Allah? Ini sudah pastinya satu penghinaan dari pihak shia.

Shirazi: Ini bukannya satu penipuan! Mengenai ayat suci itu, saya bersetuju bahawa bukan sahaja Ummul-Mukminin Aisha yang telah membacanya, tetapi bapanya juga Abu Bakr dan para sahabat terkenal yang lain juga telah membacanya. Dengan keterangan yang telah dirakamkan dan juga hadith, yang telah saya katakan dimalam yang lalu, banyak kebenaran dapat didedahkan kepada kita semua dengan syarat kita berlaku adil.

AISHA MENYUSAHKAN HATI NABI.
Kebenaran fakta bahawa Aisha menyusahkan nabi tidak hanya disampaikan oleh ulama shia, tetapi oleh ulama kamu yang terkenal juga. Imam Ghazali di dalam bukunya ‘Ihya’u’l-Ulum, jilid II, bab 3, Kitab-e-Adabu’n-Nika, ms 135, telah mengatakan banyak hadith yang telah mengutuk perangai Aisha. Diantaranya adalah pertengkarannya dengan nabi dan Abu Bakr campur tangan. Peristiwa ini juga disampaikan oleh Mulla Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-Ummal, jilid VII, ms 116; Abu Yala di dalam Musnad dan Abu’sh-Sheikh di dalam Kitab-e-Amthal. Mereka menulis bahawa apabila Abu Bakr pergi berjumpa anak perempuannya, dia mendapati bahawa terdapat pertengkaran diantara Aisha dan nabi. Keputusan terpulang kepada Abu Bakr. Aisha telah mengunakan bahasa yang keji di dalam kenyataannya. Di dalam percakapannya, dia meminta nabi untuk berlaku adil di dalam tindakkannya. Kenyataan yang keji ini telah membuat Abu Bakr begitu marah, dia menampar anaknya dengan kuat sehingga darah mengalir kepada bajunya.

Imam Ghazali juga di dalam bab perkahwinan; dan yang lainnya juga ada mengatakan bahawa suatu ketika apabila Abu Bakr sampai kerumah anaknya, dia dapati nabi tidak senang hati dengan Aisha. Dia meminta mereka nyatakan kepadanya apakah yang menyebabkan pertelingkahan tersebut supaya dia boleh tolong menyelesaikannya. Nabi bertanya kepada Aisha jika dia mahu menyatakannya dahulu. Dia menjawab, ‘Kamu boleh mulakan tetapi kamu hendaklah mengatakan yang benar.’ Di dalam ayatnya yang kedua dia menambah, ‘Kamu adalah orangnya yang benar-benar fikir bahawa diri kamu adalah nabi.’

Kenyataan ini menunjukkan bahawa Aisha tidak percaya bahawa nabi adalah nabi sebenar yang telah dilantik oleh tuhan. Kenyataan penghinaan yang sedemikiantelah disampaikan di dalam buku kamu dengan banyaknya. Inilah punca sedih yang amat sangat terhadap nabi.

TIDAK ADA KETERANGAN YANG SEDEMIKIAN MENGENAI ISTERI NABI YANG LAIN.
Kamu akan dapati bahawa ulama dan ahli sejarah dari kedua golongan tidak ada yang merakamkan perkara sedemikian mengenai isteri nabi yang lainnya. Mereka tidak dikatakan mempunyai sifat yang demikian walaupun Hafsa, anak perempuan Umar. Hanya perangai Aisha sahaja yang membuat dia tidak dihormati. Kami hanya sampaikan apa yang ulama kamu telah tulis mengenainya tidak lebih dari itu. Tidakkah kamu membaca buku Imam Ghazali, buku-buku sejarah Tabari, Mas’udi dan Ibn A’tham Kufi dan lainnya yang mengatakan, bahawa semua ulama terkenal kamu telah mengatakan dia sebagai engkar kepada nabi. Masih lagi kamu komplain kerana saya mengkritik perangai Ummul-Mukminin. Bolehkah terdapat tanda yang lebih jelas pada perangai sesaorang dari melanggar arahan yang deberikan oleh Allah dan nabinya dan penentangan terhadap khalifa nabi?

Di dalam ssurah al-Ahzab, Allah telah berkata kepada para isteri nabi: ‘Dan tetap tinggal dirumah kamu, dan jangan menunjukkan perhiasan sebagaimana yang dilakukan dimasa jahiliah.’ [33:33]

Sudah pasti para isteri nabi yang lain patuh kepada arahan ini dan tidak pernah meninggalkan rumah tanpa keperluan yang mendesak. Bahkan A’mash telah mengatakan fakta ini.

UMMUL-MUKMININ SUDA TIDAK KELUAR WALAUPUN UNTUK HAJJ ATAU UMRA.
Telah dinyatakan di dalam sahih dan buku yang lain dari ahli sejarah dan hadith kamu, bahawa manusia bertanya Suda, isteri nabi, mengapa dia tidak mengerjakan haji atau umra. Dia menjawab: ‘Adalah wajib bagi saya untuk mengerjakan haji dan umra satu kali dan tidak lebih. Dan Dia berkata: ‘Dan tinggallah dirumah kamu.’ Kerana taat kepada arahan ini, saya tidak akan keluar dari rumah, bahkan niat saya adalah saya akan cuba sedaya mungkin untuk tidak keluar dari bilik yang mana nabi Allah telah meletakkan saya sehingga saya meninggal dunia.’ Dan itulah yang dilakukan olehnya dan hanya jasad dia sahaja yang dikeluarkan dari bilik itu.

Suda, Aisha dan Umme Salma adalah isteri nabi dan juga ibu orang mukmin. Yang pasti mereka berbeza diantara satu dengan yang lainnya disebabkan tingkah laku mereka.

Menurut Ummah, Aisha dan Hafsa adalah layak dihormati, bukan kerana mereka adalah anak perempuan Abu Bakr dan Umar; walaupun kamu menghormatinya disebabkan itu, tetapi kerana mereka adalah isteri nabi. Tetapi isteri nabi dapat kehormatan apabila mereka itu taat, sebagaimana dengan jelas telah dinyatakan di dalam al-Quran. ‘Wahai para isteri nabi kamu tidaklah seperti wanita-wanita lain.’ [33:32]

AISHA KELUAR BERPERANG MENENTANG ALI.
Maka Suda adalah yang wara’, isteri nabi Allah yang patuh. Aisha adalah isteri yang degil, yang berpakat dengan Talha dan Zubair menentang Ali dan pergi ke Basra. Disana Uthman bin Hanafi; seorang sahabat nabi yang akrab dan juga gabenor Basra yang dilantik oleh Ali, telah ditawan. Rambut dan janggutnya dicabut, dia telah disiksa dan dihalau keluar. Lebih dari 100 orang yang tidak bersalah dan tidak berdaya telah dibunuh. Ibn Athir, Mas’udi, Muhammad Bin Jarir Tabari, Ibn Abi’l-Hadid, dan yang lainnya telah menulis dengan mendalam mengenai kejadian itu.

Setelah kekejaman itu, dia menaikki unta yang bernama Askar; berpakaian kulit singa, dan berbaju besi dia memasukki kemedan perang seperti seorang askar. Disebabkan dari pemberontakkannya ribuan muslim telah terkorban. Adakah hasutan dari pihak dirinya bukan melanggar perintah Allah dan nabiNya?

KEMULIAAN ALI TIDAK DAPAT DIKIRA.
Dan apa yang lebih memeranjatkan adalah dia mengambil pendirian ini terhadap Ali Ibn Abi Talib, yang mana kemuliaan dan kebajikannya yang terlalu banyak telah dirakamkan oleh ulama kamu yang terkenal sehinggakan boleh dikata mustahil untuk menjumlahkan semuanya. Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Masnad, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir, Katib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Muhammad Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dan Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V, disampaikan dari khalifa kedua, Umar Bin Khattab dan Abdullah Ibn Abbas bahawa nabi berkata kepada Ali: ‘jika lautan itu dakwat, semua pokok adalah pen, dan semua manusia adalah penulis dan semua jinn menyimpan rekod, walaupun begitu, wahai Abu Hasan! Kemuliaan dan kebaktian kamu tidak dapat ditulis.’

Apabila nabi mengatakan bahawa ‘semua manusia dan jinn bersatu tidak dapat menjumlahkan kemuliaannya,’ bagaimana boleh kita, dengan kebolehan yang terhad, memberikan jumlah kemuliaan baginya?

Selain dari ulama shia, ulama kamu juga, walau bagaimana fanatik sekalipun mereka, telah memenuhi buku mereka dengan hanya sebahagian dari jumlah kemuliaan yang ada.

HADITH PADA MEMUJI KEMULIAAN ALI.
Kamu perlu mempelajari Siha-e-sitta kamu, enam buku hadith. Selain dari ini, ianya juga telah dicatitkan di dalam Mir Seyyed Ali Hamadani’s Mawaddatu’l-Qurba; Tabrani’s Mu’ajam Kabir; Muhammad Bin Talha Shafi’i’s Matalibu’s-Su’ul; Imam Ahmad Bin Hanbal’s Musnad dan Faza’il; Hamidi’s Bainu’s-Sahihain; Khawarizmi’s Manaqib; Ibn Abi’l-Hadid’s Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 449; Ibn Sabbagh Maliki’s Fusulu’l-Muhimma, terutama ms 124, dari Hafiz Abdu’l-Aziz Bin Al’Akhzaru’l-Janabiz, yang menulis di dalam bukunya Ma’alimu’l-‘Atratu’n-Nabawiyya bahawa Fatima zahra berkata pada malam Arafa bapanya, nabi Allah, datang kepadanya dan berkata: ‘Allah yang maha Besar telah membanggakan kamu di hadapan malaikat dan telah mengampunkan dosa kamu terutama Ali. Saya, nabi Allah, mengatakan tanpa mempertimbangkan kepada cinta yang berkaitan dengan kekeluargaan bahawa sesungguhnya manusia yang bertuah dan bahagia adalah mereka yang berkawan dengan Ali, semasa hayatnya dan juga selepas matinya. Manusia yang paling terkutuk dari yang terkutuk adalah mereka yang memusuhi Ali, semasa hidup dan setelah matinya.’

Juga di dalam buku yang diatas dengan lebih khusus yang mana saya fikir, saya telah merujuk kepadanya pada malam yang lalu, dari Umar bin Khattab, yang berkata bahawa nabi berkata kepada Ali: ‘Seorang pendusta adalah mereka yang fikir dia mencintai saya sedangkan dia adalah musuh kamu. Wahai Ali! Dia yang menjadi kawan kamu adalah kawan saya. Jika sesaorang menjadi kawan saya , Allah adalah kawannya. Jika Allah adalah kawan sesaorang, Dia akan menerimanya masuk kesyurga. Dia yang memusuhi kamu, adalah musuhku. Jika sesaorang itu musuh ku, Allah adalah juga musuhnya dan Dia akan melontarnya kedalam neraka.’

SAHABAT DENGAN ALI ADALAH KEIMANAN DAN MENENTANG KEPADANYA ADALAH KAFIR DAN HIPOKRIT.
Ianya juga disampaikan dari Kitabu’l-Al oleh Ibn Khalawayh, disampaikan dari Abu Sa’id Khadiri, bahawa nabi berkata kepada Ali: ‘Wahai Ali bersahabat dengan kamu adalah keimanan dan menentang kamu adalah hipokrit. Manusia yang pertama masuk syurga adalah sahabat kamu, dan manusia pertama yang di masukkan keneraka adalah musuh kamu.’

Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda III, dan Hamwaini di dalam Fara’id, menyampaikan bahawa nabi berkata sedang berada diantara para sahabat: ‘Tiada siapa yang mencintai Ali melainkan dia seorang yang beriman, dan tiada siapa yang bermusuh dengannya melainkan dia seorang yang kafir!.’ Pada ketika yang lain dia berkata: ‘Wahai Ali! Hanya yang beriman mencintai kamu, dan hanya yang hipokrit memusuhi kamu.'

ALI ‘MANUSIA YANG TERBAIK’ KATA NABI DISAMPAIKAN OLEH AISHA.
Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ms 119, bab 62, disampaikan dari Ta’rikh-e-Damishqi, Muhadith-e-Sham, dan Muhadith-e-Iraq, menyebutnya dari Hudhaifa dan Jabir bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah manusia yang terbaik; sesiapa yang enggan menerima hakikat ini adalah kafir.’

Ianya juga telah disampaikan oleh Ata bahawa manusia telah bertanya kepada Aisha mengenai Ali dan dia berkata: ‘Dia adalah manusia yang terbaik. Tidak ada siapa melainkan yang kafir mempunyai keraguan terhadapnya.

Dia berkata bahawa Hafiz ibn Asakir di dalam Tarikh, suatu kerja yang mengandungi 100 jilid tiga jilid darinya adalah penulisan pada memuji Ali, telah menyatakan hadith itu yang disampaikan oleh Aisha.

Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 17, Ibn Sabbagh Makki di dalam Fusulu’l-Muhimma, menyampaikan dari Tirmidhi dan Nisa’i bahawa Abu Sa’id Khudri berkata: ‘Semasa hidupnya nabi kami mengenali hipokrit dengan bencinya terhadap Ali.’

Telah disampaikan di dalam Fusulu’l-Muhimma bahawa nabi berkata kepada Amirul-Mukminin Ali: ‘Wahai Ali Untuk memerangi kamu adalah memerangi saya; darah kamu adalah darah saya. Saya memerangi mereka yang memerangi kamu; hanya mereka yang sah mencintai kamu, dan hanya mereka yang hipokrit yang memusuhi kamu.’

Sheikh: Hadith yang sedemikian tidaklah begitu unik untuk Ali; ianya telah juga dikatakan mengenai khalifa yang lainnya.

Shirazi: Sila sebutkan hadith yang lain sebagai contoh.

Sheikh: Abdu’r-Rahman Ibn Malik Maghulmenyampaikan dari puncanya yang Jabir berkata bahawa nabi telah berkata: ‘Orang yang beriman tidak mempunyai permusuhan terhadap Abu Bakr dan Umar; dan hipokrrit tidak mempunyai cinta terhadap mereka.’

Shirazi: Saya amat terperanjat untuk mendengarkan perkara yang begitu dari kamu. Telahkah kamu lupa perjanjian yang kita persetujui bersama pada malam pertama yang kita tidak akan menyampaikan hadith yang dipersoalkan. Kamu tidak seharusnya menyampaikan hadith yang telah dipalsukan, yang mana penyampainya akan pendusta dan pemalsu. Nyatakan hadith yang sahih.

Sheikh: Tindakan kamu menunjukkan bahawa kamu telah memutuskan jika kamu mendengar mana-mana hadith dari kami, kamu akan menolaknya.

Shirazi: Bukan saya sahaja yang menolaknya. Bahkan ulama kamu yang terkenal telah menolaknya. Rujuk kepada Mizanu’l-I’tidal oleh Dhahabi dan Ta’rikh oleh Khatib-e-Baghdadi, jilid X, ms 236. Kamu akan jumpa bahawa kebanyakkan dari pengulas yang terkenal telah menulis mengenai kerekter Abdur-Rahman bin Malik dengan berkata: ‘Sesungguhnya dia adalah seorang penipu yang hina dan pemalsu hadith yang tiada siapa meragui mengenainya.’

Sila beritahu kami hadith satu pihak yang disampaikan oleh pendusta dan pemalsu, bolehkah dibandingkan dengan hadith yang disampaikan oleh ulama terkenal kamu yang telahpun saya sebutkan dahulu. Saya telah menasihatkan kamu supaya merujuk Jami’u’l-Kabir, oleh Suyuti, jilid VI, ms 390, Riyazu’n-Nazara, jilid IX, ms 215, oleh Muhibu’d-din; Jami’i Tirmidhi, jilid II, ms 299; Isti’ab, jilid III, ms 46, oleh Ibn Abdu’l-Barr; Hilyatu’l-Auliya, jilid VI, ms 295, oleh Hafiz Abu Nu’aim Matalibu’s-Su’ul, ms 17, oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i; Fusulu’l-Muhimma, ms 126, oleh Ibn Sabbagh Maliki. Kamu akan dapati setiap mereka menyampaikan dengan sedikit perbezaan pada perkataan dari Abu-dh-Dharr Ghifari yang berkata: ‘Semasa hidupnya nabi kami pernah mengenali hipokrit dengan 3 tanda: Menafikan Allah dan nabinya, gagal mendirikan solat, dan kebencian terhadap Ali Ibn Abi Talib.’ Ianya disampaikan dari Abi Sa’id Khudri bahawa Abu’dh-Dharr Ghifari berkata: ‘Kami biasa mengenali hipokrit dengan kebenciannya terhadap Ali dan di masa nabi kami tidak mempunyai tanda-tanda lain untuk mengenali hipokrit melainkan bahawa mereka bermusuh dengan Ali.’

PENGARANG YANG MENYAMPAIKAN HADITH NABI MENGENAI HIPOKRIT YANG BENCIKAN ALI.
Sebagai tambahan, berikut adalah pengarang yang menyampaikan hadith mengenai hipokrit yang bencikan Ali: Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad, jilid I, ms 95, 138; Ibn Abdu’l-Barr di dalam Isti’ab, jilid III, ms 37; Ahmad Khatib Baghdadi di dalam Ta’rikh-e-Baghdad, jilid XIV, ms 426; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 264; Imam Nisa’i di dalam Sunan, jilid VIII, ms 117 dan Khasa’isu’l-Alawi, ms 27; Hamwaini di dalam Fara’id, bab 22; Ibn Hajar di dalam Isaba, jilid II, ms 509; Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid IV, ms 185; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 15; Suyuti di dalam Jami’u’l-Kabir, ms 152, 408; Muhammad Ibn Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 17; Tirmidhi di dalam Jami’i, jilid II, ms 13, semuanya telah mengatakan di dalam buku mereka dengan sedikit perbezaan perkataan dari Umme Salma atau Ibn Abbas bahawa nabi berkata: ‘Wahai Ali, seorang hipokrit bukanlah kawan kamu dan yang beriman bukanlah musuh kamu. Hanya yang beriman mencintai kamu, dan hanya yang hipokrit membenci kamu. Hipokrit tidak mencintai Ali, dan yang beriman tidak membenci Ali.’

Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 367, mengatakan dari Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi, ketua Mutazilite, bahawa dia berkata: ‘Semua hadith itu telah dikatakan hadith yang betul dan tidak ada keraguan kepadanya di dalam kesahihan dari mereka yang mengatakan bahawa nabi berkata kepada Ali: ‘Tiada siapa yang bermusuhan dengan kamu melainkan yang hipokrit. Tiada siapa yang menjadi sahabat kamu melainkan yang beriman.’

Juga di dalam jilid IV dari bukunya pada ms 264, dia menyampaikan syarahan Amirul-Mukminin, yang mana Imam suci berkata: ‘Jika saya pukulkan pedang ini pada muka yang beriman supaya dia memusuhi saya, dia tidak akan membenci saya; tetapi jika saya berikan seluruh dunia ini kepada si hipokrit supaya dia mencintai saya, dia tidak akan mencintai saya. Dan ini bersamaan dengan yang dikatakan oleh nabi: ‘Hanya yang beriman mencintai kamu, hanya hipokrit yang memusuhi kamu.’

Terdapat banyak hadith yang seperti ini di dalam buku kamu yang sahih. Saya telah mengatakan hanya sebahagian darinya.

Tidakkah pemberontakkan Aisha terhadap penguasaan Ali adalah juga pemberontakkan terhadap nabi sendiri? Adakah peperangan ini atau hasutannya terhadap manusia supaya menentang Ali adalah disebabkan persahabatan atau disebabkan permusuhan? Pastinya disebabkan oleh permusuhan. Di dalam semua hadith yang saya telah sampaikan, nabi berkata, satu dari tanda kafir adalah berperang menentang Ali. Apakah pendapat kamu pendirian yang diambil Ummul-Mukminin Aisha di dalam berperang dengan Ali dengan hadith ini? Saya baru teringat bahawa Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda 3, dia telah menyampaikan dari Aisha sendiri bahawa nabi berkata: ‘Allah telah bersumpah dengan perkataan Dia kepada saya bahawa sesiapa yang memberontak menentang Ali adalah kafir dan tempatnya adalah neraka.’

Adalah pelik bahawa apabila manusia bertanya kepada dia mengapa dia memberontak menentang Ali setelah mendengar itu semua dari nabi, dia sekadar menjawab: ‘Saya terlupa hadith tersebut pada hari peperangan unta. Saya tidak mengingatnya sehingga saya tiba di Basra.’

Sheikh: Tetapi bagaimana kamu boleh mencari kesalahan Ummul-Mukminin, apabila kamu sendiri diketahui bahawa untuk terlupa tidak lain hanyalah manusia.

Shirazi: Walaupun jika saya mengakui bahawa dia terlupa hadith itu pada hari peperangan unta, tidakkah dia telah mengingatnya apabila dia hendak kembali dari ke Makah dan semua sahabatnya termasuk para isteri nabi yang taat mengingatkan dia bahawa dia tidak harus melakukan tindakkan jenayah yang sedemikian, oleh kerana menentang Ali adalah penentangan kepada nabi.

Ahli sejarah kamu yang telah merakamkan peperangan unta telah menarik perhatian kepada fakta bahawa nabi telah berkata: ‘Wahai Aisha! Takutlah pada laluan yang mana anjing Haw’ab menyalak kepada kamu.’ Apabila dia pada perjalanannya menuju Basra, telah sampai ditempat air Bani Kilab, anjing mengelilingi untanya dan menyalak. Dia bertanya manusia apakah tempat itu. Dia diberitahu bahawa itu adalah Haw’ab. Kemudian dia teringat apa yang nabi telah katakan. Mengapa dia terus berjalan memasukki perengkap Talha dan Zubair? Mengapa dia meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Basra dimana dia menimbulkan kekacauan yang hebat? Bolehkah kamu katakan dia terlupa ini juga, atau dia sengaja menjalani laluan itu.

Dia dengan sengaja melanggar perintah Allah dan juga nabi serta berkomplot dengan Talha dan Zubair, pergi berperang menentang khalifa dan juga wazir nabi, walaupun dia sendiri telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata: ‘Mereka yang memerangi Ali adalah kafir.’

Tidakkah ini membuat nabi menjadi sedih bahawa sebaik sahaja Amirul-Mukminin memegang tampuk pemerintahan khalifa, kekacauan telah diadakan dan mereka yang berkomplot telah bersedia untuk berperang menentangnya. Saya telah memberitahu kapada kamu terdahulu dengan punca yang sahih bahawa nabi berkata: ‘Dia yang menyedihkan Ali, sesungguhnya telah menyedihkan saya. Dia yang menyedihkan saya, sesungguhnya telah menyedihkan Allah. Wahai manusia! Dia yang menyedihkan Allah akan dibangkitkan sebagai yahudi atau nasrani pada hari dibangkitkan.’

PEMBUNUHAN TERHADAP SAHABAT DAN ORANG BERIMAN YANG TIDAK BERDOSA DI BASRA DENGAN ARAHAN AISHA.
Rakaman ini boleh di dapati di dalam buku sahih kamu. Maka mengapa kamu harus mencari kesalahan shia? Tanggong jawab terhadap darah orang beriman yang tidak berdosa, penyiksaan dan pembuangan terhadap Uthman bin Hunaif, dan pembunuhan terhadap lebih dari 100 orang termasuk penjaga perbendaharaan yang tidak bersenjata yang tidak ada kena mengena dengan peperangan – 40 darinya telah dibunuh di dalam masjid – bertaburan dengan arahan mereka yang menghasut kepada peperangan. Allama Mas’udi di dalam Muruju’z-Dhahib, jilid II, ms.7, telah menulis mengenainya dengan perkataan yang berikut: ‘Selain dari mereka yang luka, 70 dari penjaga baitul-mal yang tidak bersenjata telah dijatuhkan hukum mati. Dari 70 ini, 50 telah dipenggal kepalanya di dalam penjara. Manusia ini adalah yang pertama diantara muslim yang telah disiksa sehingga mati.’

Diantara para ulama dan ahli sejarah kamu, Ibn Jarir dan Ibn Athir telah memberikan peristiwa ini dengan lebih khusus.

SHIA MENGATAKAN MENGENAI AISHA SAMA DENGAN APA YANG DITUNJUKKAN OLEH SEJARAH.
Mungkin kamu harus membuang rakaman ini dari buku sahih kamu. Malahan, pada percetakkan semula dari buku-buku ini, sebahagian dari ulama kamu telah menukarkan sebahagian dari maklumat yang tidak dipersetujuinya dan di dalam kes yang yang lain telah dikeluarkan terus sama sekali. Kamu sama ada menolak apa yang ditulis oleh ulama dan ahli sejarah kamu, atau kamu berhenti dari menghina shia. Mereka hanya mengatakan apa yang tertulis di dalam buku kamu yang sahih.’

TIDAK ADA BUKTI YANG AISHA TELAH BERTAUBAT.
Sheikh: Apa yang kamu katakan itu adalah benar, tetapi Ummul-Mukminin Aisha hanyalah manusia biasa, dia bukannya ma’sum. Setelah terpesong, dia telah melakukan kesalahan. Adalah disebabkan oleh kelurusannya maka dia telah terjebak di dalam perangkap dua sahabat yang terkenal, tetapi kemudian dia bertaubat diatas pemberontakkannya. Allah mengampunkannya untuk itu.

Shirazi: Pertama kamu telah mengakui sebahagian dari para sahabat yang terkenal adalah keji, walaupun mereka adalah diantara yang hadir ‘dibawah pokok’ pada Bai’atul-Rizwan. Pada malam-malam yang lalu kami berhujah bahawa para sahabat adalah umpama bintang, dan jika kita mengikuti mana-mana diantara mereka, kita akan dapat petunjuk sebenar. Kamu kini mengaku bahawa itu adalah tidak benar. Kedua kamu katakan bahawa Ummul-Mukminin Aisha bertaubat diatas tindakkannya. Itu hanyalah kenyataan yang kosong. Sedangkan pemberontakkan, peperangan dan pembunuhan terhadap muslim yang tidak berdosa telah diterima oleh semua sebulat suara, tetapi tidak terdapat apa-apa bukti pada taubatnya dia.

AISHA MENGHALANG PENGKEBUMIAN IMAM HASAN DEKAT DENGAN NABI [DATUKNYA]
.Benar, fakta mengatakan bahawa Ummul-Mukminin Aisha selalu resah. Dia telah lakukan banyak kesalahan yang jahil. Tetapi kamu katakan bahawa dia telah bertaubat dari segala kesalahannya, dan merasa malu, duduk menyendiri di dalam rumahnya. Jika itu adalah benar, mengapa dia malayani jasad cucu nabi dengan cara yang tidak bermarwah?

Kita telah bincangkan bagaimana dia telah melukai hati nabi, dan bagaimana dia menceburi diri di dalam peperangan dengan menaikki unta menentang penggantinya [nabi]. Tetapi kemudian, kali ini dengan menunggang keldai, dia menahan jenazah cucu nabi yang tua dari bergerak maju untuk dikebumikan bersebelahan datuknya, nabi Allah. Ulama kamu yang terkenal dan juga ahli sejarah, termasuk Yusuf Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma, ms 122; Allama Mas’udi, pengarang buku Muruju’z-Dhahab, di dalam Isbatu’l-Wasiyya, ms 136; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 18, menyatakan dari Abu’l-Faraj dan Yahya Bin Hasan, pengarang buku Kitabu’n-Nasab; Muhammad Khwawind Shah di dalam Rauzatu’s-Safa, dan ramai yang lain telah menulis bahawa apabila jenazah Imam Hasan telah dibawa ke Madina, Aisha telah menunggang keldai dengan diiringgi oleh sekumpulan Bani Umayya dan hamba-hamba mereka, menahan kumpulam itu besama jasad Imam Hasan. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengizinkan Imam Hasan dikebumikan bersebelahan dengan datuknya, nabi Allah. Menurut dari kenyataan Mas’udi, Ibn Abbas berkata: ‘Adalah pelik bagi diri kamu, Aisha! Tidakkah pada hari peperangan Jamal, bahawa engkau telah memasukki medan peperangan dengan menunggang unta itu mencukupi bagi diri kamu? Sekarang haruskah juga manusia perlu ingat di dalam ingatan mereka pada hari baghl [keldai]? Menunggang keldai, kamu telah menahan perarakan yang membawa jenazah cucu nabi. Satu hari kamu menunggang unta, dihari yang lain menunggang keldai, kamu telah menggoyak hancurkan kehormatan nabi Allah. Adakah kamu berazam untuk menghancurkan cahaya Allah? Tetapi pastinya Allah akan sempurnakan cahayanya walau bagaimana bencinya mereka yang kafir; sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali.’

Sebahagian penulis telah menulis bahawa Ibn Abbas berkata kepadanya: ‘Satu ketika kamu menunggang unta dan dikala yang lain keldai. Jika kamu hidup lebih lama, kamu akan juga menunggang gajah [iaitu kamu akan berperang menentang Allah] Walaupun dari satu perlapan kamu hanya miliki bahagian satu persembilan, kini kamu telah mengambil kesemuanya.’

Bani Hashim mengeluarkan pedang untuk mengusir mereka. Tetapi Imam Husain campur tangan dan berkata bahawa abangnya telah memberitahu bahawa dia tidak mahu walau setitik darah tumpah disebabkan perarakkan jenazah. Maka jenazah Imam Hasan telah dibawa kembali ke Baqi’ dan dikebumikan disana.

AISHA SUJUD DIATAS SYAHIDNYA AMIRUL-MUKMININ.
Jika Aisha bertaubat diatas pemberontakkannya menentang Amirul-Mukminin, mengapa dia melakukan sujud syukur apabila dia mendengar berita syahidnya Imam yang suci? Abu’l-Faraj Ispahani, pengarang buku Aghani, menulis mengenai Imam yang suci di dalam Maqatilu’t-Talibin, berkata: ‘Apabila Aisha mendengar berita syahidnya Amirul-Mukminin Ali, dia melakukan sujud syukur.’ Kemudian baru dia bertanya maklumat mengenai siapa yang telah membunuh Ali. Dia diberitahu bahawa Abdur-Rahman Ibn Muljim dari Bani Murad. Terus sahaja dia menyatakan syair berikut ini, ‘Jika Ali telah berlalu dari saya, berita kematiannya telah dibawakan oleh seorang hamba, yang tidak mempunyai debu di dalam mulutnya.’

Zainab, anak perempuan Umme Salma, hadir pada masa itu. Dia bertanya kepada Aisha, adakah wajar untuk dirinya menunjukkan kegembiraan dan mengucapkan kata-kata tersebut mengenai Ali. Itu adalah satu perbuatan yang keji. Aisha menjawab bahawa dia telah hilang ingatan dan telah mengucapkan kata-kata itu disebabkan kealpaan. ‘Jika perkara begitu belaku kepada aku lagi, aku akan mengulangi perbuatan yang sama, kamu boleh mengingatkan aku, supaya aku dapat menahan dari melakukannya.’

Fakta ini menunjukkan dengan jelas bahawa Aisha tidak bertaubat dikemudian hidupnya sebagaimana yang kamu telah katakan.

KENYATAAN AISHA YANG BERTENTANGAN MENGENAI UTHMAN.
Pada saat ini saya teringat perkara yang lain. Kamu bantah shia kerana mengkritik khalifa Uthman diatas kesalahannya, kesalahan yang ulama kamu sendiri telah rekodkan di dalam buku mereka.

Sepatutnya, kamu tidak harus melihat dengan berpihak kepada Ummul-Mukminin Aisha, begitu juga ulama atau ahli sejarah, seperti Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 77; Mas’udi di dalam Kitab-e-Akhiru’z-Zaman dan Ausat; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-umma, ms 36; Ibn Jarir, Ibn Asakir, dan lainnya telah menulis bahawa Ummul-Mukminin Aisha selalu memburukkan Uthman, sehingga dia mengatakan: ‘Bunuh Na’thal [orang tua nyanyuk] Semoga Allah membunuhnya, kerana dia telah menjadi kafir.’ Tetapi sebaik sahaja Uthman terbunuh, dia, disebabkan penentangannya terhadap Ali, mula berkata: ‘Uthman telah terbunuh sebagai orang yang dizalimi. Demi Allah, saya akan membela kematiannya. Maka bangunlah dan bantu saya.’

Ibn Abil-Hadid menulis: ‘Sebenarnya Aaisha adalah musuh ketat Uthman, sehinggakan dia menggantung pakaian nabi dirumahnya dan akan memberitahu manusia yang berkunjung kesana: ‘Ini adalah pakaian nabi Allah. Ianya belumpun menjadi pudar, tetapi Uthman telah menjadikan sunnahnya tua dan pudar.’

Ibn Abil-Hadid menulis bahawa, apabila Aisha mendengar di Makah berita pembunuhan Uthman, dia berkata, ‘Semoga Allah menolak dia dari RahmatNya. Dia melakukan amalan yang buruk. Dan Allah tidak menindas makhluknya.’ Iaitu, jika Dia menghukum sesaorang adalah disebabkan kesalahan tindakkannya.

Kamu mendengar kenyataan ini dari Aisha mengenai Uthman tetapi kamu tidak mengabaikannya. Tetapi jika perkataan yang sama digunakan oleh shia, kamu terus sahaja mengatakan kami kafir.

Kita hendaklah mengambil pandangan yang tidak berpihak. Fakta yang jelas dan diketahui umum bahawa Ummul-Mukminin Aisha dengan keras menentang Amirul-Mukminin. Apabila dia mendengar bahawa muslim telah memberikan bai’ah kepada Imam yang suci dia berkata, ‘Jatuhnya langit kebumi adalah lebih baik dari menjadikan Ali khalifa. Uthman telah dibunuh sebagai yang telah dizalimi.’

Pastinya kenyataan yang tidak seimbang ini telah menunjukkan minda yang tidak stabil.

ALLAH MAHA PEMURAH TETAPI DARAH MUSLIM YANG TIDAK BERDOSA TETAP AKAN DITANYA.
Sheikh: Ketidak seimbangan Ummul-Mukminin Aisha pastinya telah disampaikan oleh semua, tetapi dua perkara telah diterima dan dibuktikan. Pertama, bahawa dia telah terpedaya dan bahawa untuk seketika waktu dia tidak ingat akan wazirnya Ali. Dia sendiri telah mengatakan bahawa dia telah terlupa dan hanya ingat apabila tiba di Basra. Kedua, dia telah bertaubat dari tindakkannya. Pasti Allah, setelah mengampunkannya, akan memberikan kepadanya kedudukan yang tinggi disyurga.

Shirazi: Saya tidak akan ulangi apa yang saya telah katakan mengenai persoalan taubat. Darah orang islam yang telah dibunuh dengan tanpa sebab, cercaan dan penghinaan yang telah ditujukan kepada mereka, rampasan terhadap harta akan berlalu sahaja tanpa disoal. Adalah benar ditempat yang boleh dimaafkan, Allah maha pengampun, tetapi ditempat seperti penghormatan Dia amat tegas. Selain dari itu Aisha sendiri mengaku sehingga disaat akhir kematiannya bahawa dia bertanggong jawab diatas bencana yang dahsyat dan ngeri itu. Sebagaimana ulama kamu telah katakan, dia di dalam wasiatnya telah berkata bahawa dia tidak boleh ditanam disebelah nabi. Dia tahu bahawa dia telah menganjur banyak kekacauan setelah wafatnya nabi. Hakim di dalam Mustadrak; Ibn Qutayba di dalam Ma’arif, Muhammad Bin Yusuf Zarandi di dalam Kitab-e-A’lam bi siratu’n-Nabi dan Ibnu’l-Bayya Nishapuri dan yang lainnya telah mengatakan bahawa Aisha mewasiatkan Abdullah bin Zubair dengan perkataan ini: ‘Tanamkan aku disebelah kakak aku di Baqi. Aku telah membawa bid’ah dan perubahan selepas nabi Allah.’

AISHA TIDAK BOLEH MENGATAKAN DIA HILANG INGATAN KERANA DIA TELAH DIINGATKAN OLEH UMME SALMA.
Kamu katakan bahawa dia teringat kepada kemuliaan di Basra dan telah terlupa apa yang nabi telah larang dia dari melakukan. Itu idak benar. Kamu harus merujuk kepada buku sahih dari kalangan ulama kamu yang terkenal. Sebagai contoh rujuk kepada Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 77, oleh Ibn Abi’l-Hadid.

Ibn Abi’l-Hadid mengatakan dari Ta’rikh-e-Abi Makhnaf Lut Bin Yahya Azadi bahawa Umme Salma juga berada di Makah, apabila dia mendengar bahawa Aisha berhasrat hendak membela diatas kematian Uthman dan akan pergi ke Basra. Dia amat terperanjat dengan perkara ini dan mula mengatakan tentang kemuliaan Ali disetiap perjumpaan. Aisha pergi berjumpa Umme Salma dengan harapan supaya dia mendapat sokongan darinya sebelum dia pergi ke Basra.

Umme Salma kata kepadanya: ‘Sehingga semalam kamu selalu menghina Uthman dan memanggilnya sibodoh nyanyuk, dan sekarang kamu telah berpaling menentang Ali untuk menuntut pembelaan terhadap pembunuhan Uthman. Tidakkah kamu sedar akan kemuliaan Ali? Jika kamu terlupa aku akan mengingatkan kepada kamu.’

‘Ingat pada hari, aku datang kebilik kamu bersama dengan nabi Allah? Kemudian Ali masuk dan mula bercakap bersendirian dengan nabi. Apabila percakapan itu berterusan untuk beberapa waktu, kamu bangun dan hendak memarahi nabi. Aku menghalang kamu dari melakukannya, tetapi engaku tidak mempedulikan nasihat aku. Kamu berkata kepada Ali dengan marah, ‘Dari setiap 9 hari, satu hari untuk aku, dan pada hari itu juga engkau datang dan sibukkan dirinya dengan bercakap.’

Dengan itu nabi menjadi sengguh marah dengan kamu sehingga mukanya menjadi merah dan baginda berkata: ‘Kembalilah! Saya bersumpah dengan Allah bahawa sesiapa yang mempunyai sebarang permusuhan dengan Ali, sama ada dia dari kalangan rumah saya atau sebaliknya, adalah terkecauli dari iman. Dan dengan merasa malu kamu berpatah balik.’

Aisha berkata. ‘Ya saya ingat.’

Umme Salma berkata: ‘Kamu mungkin ingat bahawa satu hari sedang kamu basuh kepala nabi, dan saya sedang menyediakan ‘hais’ [sejenis makanan]. Nabi mengangkat kepalanya dan berkata: ‘Siapa diantara kamu yang berdosa; yang akan menunggang unta, dan kepadanya anjing Haw’ab akan menyalak, dan akan jatuh kepala dahulu pada titian Sirat?’ Saya kemudian meninggalkan hais dan berkata: ‘Wahai nabi Allah, saya berlindung dengan Allah dan nabiNya dari tindakkan yang sedemikian. Selepas itu nabi, menggosok belakang kamu, ‘Jauhkanlah; bahawasanya kamu yang akan melakukan ini.’

Aisha berkata. ‘Ya saya ingat.’

Umme Salma berkata lagi: ‘Saya ingatkan kamu bahawa satu ketika dalam perjalanan, kamu dan aku bersama nabi. Satu hari Ali sedang membaiki kasut nabi, dan kita berdua sedang duduk dibawah naungan pokok. Pada ketika itu bapa kamu, Abu Bakr dan Umar datang meminta izin. Kamu dan aku pergi dibelakang tirai. Mereka duduk dan setelah bercakap-cakap seketika berkata, ‘Wahai nabi Allah! Kami tidak tahu nilai persahabatan kamu. Maka kami meminta supaya kamu memberitahu kami siapa yang akan menjadi pengganti dan juga khalifa, supaya selepas kamu dia akan menjadi petunjuk kami.’

Nabi berkata kepada mereka: ‘Saya tahu tempat, kedudukan dan tahapnya, tetapi jika saya perkenalkan dia, terus sahaja kamu akan menolaknya, sebagaimana Bani Israel menolak Harun.’ Mereka berdua diam dan pergi. Setelah mereka pergi kita keluar, saya berkata kepada nabi, ‘Siapa yang akan menjadi khalifa kepada mereka?’ Nabi berkata, ‘Dia sedang membaiki kasut saya.’ Kita lihat tidak ada sesiapa disana melainkan Ali. Kemudian saya berkata: ‘Wahai nabi Allah! Saya tidak dapati sesiapa melainkan Ali.’ Dia berkata, ‘Ali yang sama itu khalifa saya.’

Aisha berkata. ‘Ya saya ingat.’

Umme Salma kemudian berkata: ‘Oleh kerana kamu tahu hadith ini semua, kemana kamu hendak pergi?’ Dia menjawab, ‘Saya hendak membuat keamanan diantara manusia.’

Telah jelas, bahawa Ummul-Mukminin Aisha tidaklah terpedaya oleh yang lain. Dia sendiri telah menyebabkan masalah yang besar dan setelah mengetahui semua itu, dia dengan sengaja telah bangun memberontak walaupun umme Salma telah mengingatkannya kepada hadith-hadith nabi. Walaupun setelah mengakui kedudukan dan ketinggian Amirul-Mukminin, dia pergi juga menuju Basra dan mengadakan bencana disana, yang keputusannya dengan membunuh ramai muslim.

22
DIALOG SUNNI-SHIA

HADITH MEMBAIKI KASUT ADALAH BUKTI YANG AMAT JELAS TERHADAP IMAMI DAN KHALIFANYA ALI.
Hadith membaiki kasut adalah bukti yang amat jelas terhadap Imam dan khalifanya Ali.

Shia membuat carian dan pertanyan kepada peristiwa yang telah lalu 1 400 tahun dahulu. Dengan pengetahuan ayat-ayat al-Quran dan buku-buku sahih dari kedua golongan ulama, mereka telah membuat rumusan yang adil. Kami percaya bahawa, walaupun pada sejarah Ali telah diberikan kedudukan keempat, satu kedudukan yang kelihatan rendah, tetapi ianya tidak memberi kesan kepada kecemerlangannya tidak juga memperkecilkan pentingnya hadith yang membuktikan hak dia yang sebenar sebagai pengganti nabi.

Kami juga mengakui bahawa fakta yang telah dirakamkan oleh sejarah bahawa Abu Bakr [melalui cara politik] telah dilantik khalifa di Saqifa dengan ketiadaan Ali, Bani Hashim dan sahabat nabi yang terkenal lainnya, walaupun dengan bantahan kaum Ansar Khazraj. Selepas itu adalah melalui diktator perseorangan maka Umar dan Uthman memenuhi kerusi khalifa. Tetapi terdapat perbezaan. Mereka ini adalah khalifa ummah; penyokong mereka telah menjadikan mereka khalifa. Sebaliknya Amirul-Mukminin Ali adalah khalifa nabi dan telah dilantik oleh Allah dan nabi untuk menjadi wazir.

Sheikh: Ini sesuatu tidak baik dari kamu. Tidak ada perbezaan diantara mereka. Manusia sama yang telah membuat keputusan untuk memberikan kedudukan khalifa kepada tiga orang khalifa: Abu Bakr, Umar, Uthman juga menyerahkannya kepada Ali.

CARA PERLANTIKKAN YANG BERBEZA DARI TIGA KHALIFA PERTAMA ADALAH BUKTI KEPADA TIDAK SAHNYA KHALIFA MEREKA.
Shirazi: Terdapat banyak perbezaan yang jelas dalam cara melantik khalifa. Pertama, kamu merujuk kepada ijma. Adalah perlu untuk mengulangi tujuan maksud saya. Saya telah buktikan pada malam yang terdahulu isu ijma tidak berasas. Tidak terdapat keputusan sebulat suara mengenai kedudukan khalifa setiap mereka.

BUKTI YANG LAIN PADA TIDAK SAHNYA IJMA.
Kedua, jika kamu bergantung kepada ijma sebagai asas kepada khalifa dan menganggapnya dibolehkan dari pihak Allah dan juga nabi maka apabila khalifa mati, ummah hendaklah berkumpul semula untuk melantik khalifa lagi. Sesiapa yang dilantik dengan sebulat suara boleh menjadi khalifa ummah [ya bukannya khalifa nabi Allah] Dan prosedur ini hendaklah diikuti sepanjang zaman.

Kamu hendaklah mengakui bahawa ijma yang sedemikian tidak pernah diadakan. Walaupun ijma yang tidak sempurna, yang mana Bani Hashim dan Ansar tidak hadir, tidak diadakan untuk sesiapa melainkan [katakanlah] Abu Bakr bin Abi Qahafa. Khalifa Umar, menurut pendapat ahli sejarah islam, telah diasaskan pada keputusan seorang Abu Bakr bin Qahafa. Jika ijma diperlukan kepada perlantikan khalifa, mengapa ianya tidak diadakan masa melantik khalifa Umar, dan kenapa pendapat ijma tidak didapatkan selepas itu?

Sheikh: Telah nyata bahawa apabila Abu Bakr telah dijadikan khalifa melalui ijma, keputusan bagi khalifa untuk melantik penggantinya adalah sah. Tidak ada perlunya pada memanggil ijma. Bahkan keputusan khalifa pada melantik khalifa selepasnya adalah pada asasnya telah mencukupi. Hak ini telah diberikan kepada khalifa bahawa dia hendaklah melantik khalifa selepasnya supaya manusia tidak dijadikan di dalam kekacauan dan kebingungan. Apabila khalifa yang diterima Abu Bakr melantik melalui persetujuan umum Umar sebagai khalifa selepasnya, dia menjadi khalifa nabi yang sah.

NABI MELANTIK ALI DIKETEPIKAN DAN ABU BAKR MELANTIK UMAR DISOKONG.
Shirazi: Kami percaya bahawa khalifa yang diterima mempunyai hak melantik penggantinya. Adalah tanggong jawabnya tidak meninggalkan ummah binggung dan tanpa petunjuk, dan keputusannya mencukupi kepada perlantikkan khalifa. Tetapi jika kamu percayakan ini, mengapa kamu menafikan nabi akan haknya? Dan mengapa kamu mengabaikan semua petunjuk yang jelas yang nabi telah tekankan berkali-kali dan menyampaikan diberbagai keadaan, menamakan Ali sebagai penggantinya, dan semuanya ada tertulis di dalam buku-buku sahih kamu. Kamu hanya melincung ketepi apabila isu ini ditimbulkan dan ketengahkan penterjemahan yang tidak berkaitan sebagaimana yang dilakukan Ibn Abil-Hadid apabila menolak hadith dari Umme Salma diatas dasar yang tidak munasabah.

Lebih lagi atas dasar apa kamu katakan bahawa khalifa pertama yang dilantik oleh ijma, mempunyai hak untuk melantik penggantinya. Adakah nabi meninggalkan sebarang arahan untuk itu? Tidak. Kamu juga mengatakan apabila khalifa pertama memantapkan kedudukannya melalui ijma, tidak ada perlunya melantik lain khalifa melalui ijma. Khalifa yang sama mempunyai kuasa dari ummah untuk melantik khalifa selepasnya.

BANTAHAN TERHADAP BADAN PERUNDINGAN.
Jika begitu, mengapa prisip itu digunakan untuk khalifa Umar sahaja? Untuk khalifa Uthman prinsip ini telah tidak diikuti. Sepatutnya dia melantik khalifa selepasnya, Umar kini telah meninggalkan persoalan yang perlu diputuskan oleh badan perundingan yang mengandungi enam ahli. Saya tidak tahu apakah yang kamu anggap sebagai prinsip dimana pemilihan khalifa telah diasaskan. Kamu sedia maklum jika ada perbezaan asas di dalam penghujahan, isu yang sebenar menjadi batal.

Jika pendirian kamu bahawa asas khalifa adalah ijma maka keseluruh ummah hendaklah membuat keputusan [tidak perlulah disebut fakta sebenar bahawa ijma tidak pernah diadakan untuk khalifa Abu Bakr] jadi mengapa ijma yang sedemikian tidak diadakan untuk khalifa Umar? Jika kamu menganggap ijma adalah perlu hanya kepada khalifa pertama, dan pada perlantikkan khalifa seterusnya keputusan khalifa yang ada telah mencukupi, jadi mengapa prinsip ini tidak diikuti di dalam kes Uthman? Mengapa khalifa Umar meninggalkan prinsip yang diadakah oleh Abu Bakr? Mengapa dia meninggalkan pemilihan khalifa kepada Majlis-e-Shura? Khalifa Umar sesuka hati memilih kommiti yang dengannya perlu ada badan perwakilan bagi ummah [supaya dengannya ada sedikit perwakilan dan pandangan dari yang ramai]

BANTAHAN TERHADAP ABDUR-RAHMAN BIN AUF SEBAGAI PEMUTUSKATA.
Perkara yang paling aneh adalah bahawa kesemua hak ahli kommiti telah dijadikan dibawah Abdur-Rahman bin Auf. Kami tidak tahu atas dasar apa Abdur-Rahman bin Auf dipilih. Adakah atas agama, reputasi, pengetahuan atau kejayaan? Yang kami pasti dia adalah kerabat terdekat Uthman dan tidak akan menyokong sesiapa melainkan dia. Ianya telah diputuskan bahawa Abdur-Rahman adalah benar, dan apabila dia memberikan bai’ah kepada sesiapa yang lain hendaklah ikut.

MENURUT NABI, ALI HENDAKLAH DIIKUTI DI DALAM MERUJUK KEPADA SEMUA YANG LAIN.
Apabila kita pertimbangkan perkara ini dengan tiliti, kami dapati ini adalah arahan diktator yang menyamar dengan nama shura. Bahkan hari ini kita lihat bahawa prinsip demokrasi sepenuhnya bertentangan dengan prinsip itu. Tetapi nabi berulang kali berkata: ‘Ali berputar sekeliling kebenaran dan kebenaran berputar keliling Ali.’ Nabi juga berkata: ‘Ali adalah ‘Faruq’ pemisah bagi ummah yang membahagikan diantara benar dan salah.’ Hakim di dalam Mustadrak, Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilya; Tabrani di dalam Ausat; Ibn Asakir di dalam Ta’rikh; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra; Hamwaini di dalam Fara’id; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Suyuti di dalam Durru’l-Mansur menyampaikan dari Ibn Abbas, Salman, Abu Dharr dan Hudhaifa bahawa nabi berkata: ‘Sejurus selepas saya, kekacauan akan berlaku. Pada ketika itu adalah perlu untuk kamu berdamping dengan Ali Ibn Abi Talib, oleh kerana dia adalah orang pertama yang berjabat tangan dengan saya dihari pengadilan. Dia adalah yang paling benar dan ‘Faruq’ bagi ummah; dia membahagikan diantara yang benar dengan yang salah, dia adalah ketua bagi yang beriman.

Menurut hadith dari Ammar Yasir [yang mana saya telah rujuk dahulu dengan mendalam puncanya] nabi telah berkata: ‘Jika semua orang pergi kesatu arah dan Ali pergi kearah berlainan, kamu hendaklah mengikut Ali dan tinggalkan yang lain. Wahai Ammar! Ali tidak akan menyesatkan kamu dan tidak akan membawa kamu kepada kemusnahan. Wahai Ammar! Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya, dan patuh kepada saya adalah patuh kepada Allah.’

KEKEJAMAN YANG AMAT SANGAT TELAH DILAKUKAN OLEH UMAR KEPADA AMIRUL-MUKMININ.
Walaupun begitu, khalifa Umar, telah melanggar arahan nabi, menjadikan Ali dibawah Abdur-Rahman bin Auf di dalam shura. Adakah penguasaan itu betul dengan merendahkan sahabat yang terkenal? Tuan yang dihormati! Berlaku adillah! Selidiklah kejadian sejarah di era ini seperti Isti’ab, Isaba dan Hilyatu’l-Auliya. Kemudian bandingkan Ali dengan Abdur-Rahman, dan lihatlah siapa yang lebih berhak kepada undian veto dia atau Amirul-Mukminin. Kamu akan dapati melalui komplot politik hak Ali telah dirampas.

Lebih-lebih lagi, jika cara pemilihan yang diguna pakai khalifa Umar adalah wajar diikuti, iaitu Majlis-e-Shura adalah perlu untuk melantik khalifa, mengapa ianya tidak dilakukan apabila Amirul-Mukminin dijadi khalifa?

Adalah pelik bahawa untuk kedudukan bagi keempat khalifa [Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali] empat cara yang belainan telah diguna pakai.Sekarang cara yang mana pada asasnya adalah betul dan cara mana yang salah? Jika kamu kata kesemuanya adalah betul, maka kamu kena akui kamu tidak punya prinsip asas pada perlantikkan kedudukan khalifa.

Sheikh: Mungkin kenyataan kamu betul. Kamu katakan kami perlu selidikki persoalan ini. Kami dapati bahawa kedudukan khalifa Ali juga meragukan keadaannya, oleh kerana ijma yang sama yang melantik khalifa terdahulu Abu Bakr, Umar dan Uthman, ijma itu juga yang melantik Ali.

Shirazi: Apa yang kamu katakan mungkin boleh dipertikaikan jika ianya bukan dari kenyataan nabi. Yang sebenarnya khalifa Ali tidak bergantung kepada ijma ummah. Ianya adalah perlantikkan Allah.

KHALIFA ALI ADALAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH.
Imam yang suci mengambil kedudukan khalifa adalah umpama mengambil haknya yang sah. Jika hak sesaorang telah dirampas, dia boleh mengambilnya kembali pada bila-bila masa yang dia berkesempatan melakukannya. Begitulah, apabila tidak ada rintangan dan keadaan menghendakkinya, Imam yang suci mengambil haknya.

Jika kamu telah lupa maksud yang saya telah sampaikan dahulu, kamu boleh merujuk surat khabar yang melaporkan maklumat yang saya telah bentangkan mengenai isu ini. Kami telah buktikan bahawa Ali menduduki kedudukan khalifa berasaskan ayat al-Quran dan juga hadith nabi.

Kamu tidak dapat menyebutkan satu hadith yang diterima oleh kedua golongan yang mana nabi berkata bahawa Abu Bakr, Umar atau Uthman adalah penggantinya. Sudah tentu selain dari hadith dari buku shia, terdapat juga hadith yang banyak dari nabi yang telah dirakamkan oleh buku sahih kamu, yang menunjukkan bahawa nabi secara khusus melantik Ali sebagai penggantinya.

Sheikh: Terdapat juga hadith yang menunjukkan bahawa nabi berkata Abu Bakr adalah juga khalifanya

Shirazi: Nampaknya kamu telah terlupa pada hujah saya terdahulu yang menolak penerimaan hadith tersebut. Saya akan, bagaimana pun menjawab sekali lagi malam ini. Sheikh Mujaddidu’din Firuzabadi, pengarang Qamusu’l-Lughat berkata di dalam Kitab-e-Safaru’s-Sa’adat: ‘Apa sahaja yang telah dikatakan pada memuji Abu Bakr adalah berasaskan pada cerita rekaan dimana minda yang waras tidak dapat menerimannya sebagai benar,’

Jika kamu teliti masalah kedudukan khalifa, kamu akan dapati bahawa tidak terdapat ijma yang sebenar untuk mana-mana khalifa empat yang pertama [Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali] atau untuk mana-mana khalifa Umayya dan Abbasid. Ummah tidak pernah berkumpul dan tidak juga diwakil berkumpul yang memberikan undian mereka.Tetapi jika dikatakan secara perbandingan, kita dapati khalifa Ali telah disokong oleh apa yang dikatakan hampir kepada ijma.

Ahli sejarah dan ulama kamu menulis bahawa untuk khalifa Abu Bakr pada mulanya hanya Umar dan Abu Ubaida Jarra, penggali kubur, yang hadir. Kemudian beberapa orang dari kaum Aus memberikan bai’ah kepadanya oleh sebab mereka ditentang oleh kaum Khazraj yang telah melantik Sa’d bin Ubaida sebagai calon. Kemudian yang lain melalui kekerasan, [sebagaimana saya telah nyatakan secara mendalam dahulu] ada kumpulan yang digerakkan oleh pertimbangan politik telah memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Pihak Ansar yang mengikuti Sa’d bin Ubaida tidak mengiktiraf khalifa sehingga saat terakhir.

Kemudian khalifa Umar yang telah dilantik hanya dengan cadangan Abu Bakr, dan tidak ada kena mengena dengan ijma. Uthman yang berikutnya menjadi khalifa melalui keputusan Majlis-e-shura yang telah ditubuhkan secara paksa oleh khalifa Umar.

Pada masa khalifa Ali kebanyakkan perwakilan dari kebanyakan negeri islam, dengan tidak secara langsung berada di Madina kerana hendak mencari penyelesian terhadap masalah mereka, telah mendesak Ali supaya menjadi khalifa.

Nawab: Adakah perwakilan dari negara islam berkumpul di Madina untuk tujuan malantik khalifa mereka?

Shirazi: Tidak, khalifa Uthman masih khalifa. Perwakilah dari kebanyakkan negara islam, suku kaum dan puak berkumpul di Madina untuk mengadu mengenai orang kenama Umayya, gabenor, pegawai kerajaan, orang kenamaan istana seperti Marwan dan lainnya. Keputusan dari ijma ini bahawa Uthman yang berkeras dengan polisi penindasannya telah dibunuh.

Selepas kejadian ini bahawa penduduk Madina bertemu dengan Ali dan dengan desakan membawa dia ke masjid, dimana manusia memberikan bai’ah kepadanya. Ijam yang begini terbuka telah tidak berlaku pada mana-mana khalifa yang tiga terdahulu. Penduduk Madina dan ketua negara telah memberikan bai’ah kepada orang perseorangan dan mengiktirafnya sebagai khalifa mereka.

ASAS SEBENAR KHALIFA ALI BUKAN IJMA TETAPI PENGISTIHARAN NABI.
Walaupun ijma telah diadakan untuk Amirul-Mukminin, kami tidak menganggap itu sebagai asas khalifanya. Untuk mengesahkan kedudukan khalifanya kami bergantung pada al-Quran dan juga perintah nabi. Itu adalah amalan para nabi bahawa mereka sendiri, dengan mematuhi perintah Allah, telah melantik pengganti mereka dan juga khalifa.

Kamu katakan tidak ada perbezaan diantara Amirul-Mukminin, dan khalifa yang lain. Dan bahkan terdapat banyak petunjuk bahawa adanya perbezaan yang besar diantara Ali dengan khalifa yang lain.

ALI LEBIH CEMERLANG DARI KHALIFA YANG LAIN.
Ciri pertama yang menjadikan Amirul-Mukminin lebih berwibawa dari khalifa yang lainnya adalah dia dilantik sebagai pengganti nabi oleh Allah dan rasulNya. Yang lainnya dilantik oleh sekumpulan kecil manusia. Sudah pasti khalifa yang dilantik oleh Allah dan rasulNya adalah lebih cemerlang dari mereka yang telah dilantik oleh manusia. Sifat Amirul-Mukminin yang terpuji adalah paling berpengetahuan, mulia dan wara’. Semua ulama dari ummah [melainkan sebilangan kecil Khariji dan Nasibi, dan pengikut Abu bakr] semuanya sependapat di dalam pandangan mereka bahawa selepas nabi, Ali mendahului semua yang lain di dalam pengetahuan, kemuliaan, keadilan, kebangsawanan dan kewara’an.

Di dalam menyokong fakta ini, saya telah menyebutkan dahulu beberapa hadith dan ayat al-Quran. Sekarang saya teringat beberapa hadith lagi dengan maksud ini.

HADITH NABI MENGENAI KECEMERLANGAN ALI.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Abu’l-Mu’ayyid Muwaffaq Ibn Ahmad Khawarizmi di dalam bab keempat Manaqib; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Hafiz Abu Bakr Baihaqi Shafi’i di dalam Sunan, dan ramai lagi telah menyampaikan dari nabi dengan perbezaan perkataan dan versinya sedikit, bahawa dia berlata: ‘Ali diantara kamu adalah yang paling terpelajar, yang paling mulia dan yang pengadil yang terbaik. Sesiapa yang menolak kenyataannya, amalannya atau pendapatnya, sebenarnya telah menolak saya. Sesiapa yang menolak saya, telah menolak Allah, dan dia di dalam lingkungan yang kafir.’ Labih lagi, Ibn Abil-Hadid ulama kamu yang terkenal telah menulis dibeberapa tempat di dalam Sharh-Nahjul-Balagha bahawa cemerlangnya Amirul-Mukminin Ali telah diakui oleh ramai para sahabat dan pengikut. Sheikh dari Baghdada juga mengakuinya.

Sila beritahu kami apa yang kamu pertimbangkan di dalam kemuliaan sesaorang yang menjadikan dia lebih cemerlang dari yang lain?

Sheikh: Sebenarnya terdapat banyak kemuliaan dan kualiti yang terpuji yang boleh dikatakan cemerlang dari yang lain, tetapi pendapat saya kualiti yang paling menyinar selepas percaya kepada Allah dan nabiNya adalah [1] keturunan yang suci [2] pengetahuan [3] wara’

Shirazi: Allah merahmati kamu! Saya akan hadkan perbincangan pada tiga tujuan ini.

Sebenarnya setiap sahabat, sama ada dia khalifa atau tidak, mempunyai kualiti baik tertentu. Tetapi mereka yang memilikki semua kemuliaan ini sudah pastinya lebih cemerlang dari yang lain semua. Jika saya buktikan ketiga ciri-ciri ini terdapat pada Amirul-Mukminin yang melebihi dari yang lain, maka kamu hendaklah mengakui orang yang suci ini adalah lebih berhak kepada tuntutan khalifa. Dan jika dia dihalang dari kedudukan tersebut, itu adalah disebabkan oleh helah politik.

KETURUNAN ALI YANG SUCI.
Di dalam perkara keturunan dengan pengecualian nabi, tiada siapa yang boleh dibandingkan dengan Ali. Bahkan sebahagian dari ulama yang fanatik seperti Ala’u’d-din Mulla Ali Bin Muhammad Ushji, Abu Uthman Amr Bin Bahr Jahiz Nasibi, dan Sa’idu’d-din Mas’ud Bin Umar Taftazani telah berkata: ‘Kami amat kagum pada perkataan Ali yang mengatakan, ‘Kami adalah ahli bayt nabi. Tiada siapa dapat dibandingkan dengan kami.’

Juga di dalam syarahan kedua Nahjul-Balagha Imam yang suci selepas menerima kedudukan khalifa berkata: ‘Tiada siapa dari ummah ini boleh dibandingkan dengan kelurga Muhammad. Bagaimana mungkin mereka [ummah] yang menerima rahmat, pengetahuan dan kebajikan dari mereka [ahli bayt] sama dengan mereka [ahli bayt]? Mereka adalah pengasas bagi agama dan tiang bagi keimanan. Mereka [ummah] yang menyimpang dari jalan yang benar berpaling kepada mereka [ahli bayt], dan mereka [ummah] yang tertinggal dibelakang, cepatlah maju untuk berdampingan dengan mereka [ahli bayt] Hanya mereka sahaja yang mempunyai hak yang khusus pada Imami dan wazir. Hanya untuk mereka sahaja yang nabi membuat wasiat. Mereka adalah pewaris nabi yang sebenar. Sekarang hak sebenar telah dipulangkan kepada penuntut hak yang sah dan telah sampai ditempat yang dimana ianya telah dipindahkan.’

Kenyataan Amirul-Mukminin mengenai tuntutannya pada kedudukan khalifa adalah bukti yang terbaik menunjukkan haknya pada kedudukan itu.

Tetapi kata-kata ini tidak dinyatakan oleh Amirul-Mukminin sahaja. Bahkan penentangnya juga telah mengakui perkara yang sama. Saya telah tunjukkan pada malam yang lalu bahawa Mir Seyyed Ali Hamdani mengatakan di dalam Mawaddatu’l-Qurba Mawadda 7, dari Abi Wa’il, yang mengatakan bahawa Abdullah Bin Umar berkata, ‘Di dalam menunjukkan para sahabat nabi, kami sebutkan nama Abu Bakr, Umar dan Uthman. Seorang bertanya dimana nama Ali. Kami katakan, ‘Ali tergolong di dalam ahli bayt nabi, dan tiada siapa yang boleh dibandingkan dengan dia; dia adalah bersama dengan nabi Allah pada kedudukan.’

Juga dia mengatakan dari Ahmad Bin Muhammad Kurgi Baghdadi, yang berkata bahawa Abdullah Bin Ahmad Hanbal berkata mengenai sahabat yang layak dipuji, dia namakan Abu Bakr, Umar dan Uthman. Dia kemudian ditanya apakah pendapatnya mengenai Ali Ibn Abi Talib. Ahmad bin Hanbal berkata, ‘Dia tergolong di dalam ahli bayt. Yang lain tidak boleh dibandingkan dengan dia.’

Mengenai keturuan Ali, ianya mempunyai dua aspek, satu dari cahaya dan satu lagi bagi jasad. Maka dalam aspek ini Ali mempunyai kedudukan yang unik selepas nabi Allah.

KEJADIAN ALI DARI CAHAYA DAN PENYATUANNYA DENGAN NABI.
Dari sudut pandangan cahaya, Amirul-Mukminin menduduki tempat yang pertama, sebagaimana banyak dari ulama kamu telah katakan. Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Mir Seyyed Ali Hamdani Faqih Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib dan Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul Fi Manaqib-e-alu’r-Rasul menyampaikan dai nabi yang berkata, ‘Saya dan Ali Ibn Abi Talib adalah dari cahaya yang sama di hadrat Allah 14 000 tahun sebelum kajadian Adam. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia meletakkan cahaya ini pada tempat peranakkan Adam. Kami tinggal kekal bersama sebagai satu cahaya sehingga kami dipisahkan ditempat peranakan Abul-Muttalib. Kemudian saya dianugerahkan dengan kenabian dan Ali dengan khalifa.’

Mir Seyyed Ali Hamdani Faqih Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda VII, menyebutkan perkara ini. ‘Ali dan nabi adalah dari cahaya yang sama. Ali telah dianugerahkan dengan kualiti yang mana tidak diberikan kepada semua manusia yang lain di dalam dunia ini.’

Diantara hadith yang telah dirakamkan di dalam Mawadda ini, terdapat kenyataan dari khalifa ketiga Uthman bin Affan, yang berkata bahawa nabi telah berkata, ‘Saya dan Ali telah dijadikan dari satu cahaya 4 000 tahun sebelum di jadikan Adam. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia memasukkan cahaya ini ditempat peranakan Adam. Kami tinggal sebagai satu cahaya sehingga kami dipisahkan ditempat peranakan Abdul-Muttalib. Kemudian saya dianugerahkan dengan kenabian dan Ali dengan wazir.’

Di dalam hadith yang lain dia menulis bahawa nabi, kepada Ali dia berkata, ‘Maka kenabian dan kerasulan datang kepada saya. Wazir dan Imami datang kepada kamu, Ali.’

Hadith yang sama telah disampaikan oleh Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 450 (dicetak di Egypt) dari pengarang buku Kitab-e-Firdaus. Juga Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bahagian I, menyatakan dari Jam’u’l-Fawa’id, Manaqib oleh Ibn Maghazili Shafi’i, Firdaus oleh Dailami, Fara’idu’s-Simtain oleh Hamwaini dan Manaqib oleh Khawarizmi, dengan sedikit perbezaan pada perkataan tetapi tidak pada maksud, bahawa nabi Muhammad dan Ali telah dijadikan dari cahaya ribuan tahun sebelum kejadian cakrawala dan kedua mereka adalah dari satu cahaya sehingga mereka dipisahkan dari satu sama lain pada tempat peranakan Abdul-Muttalib. Satu bahagian pada tempat peranakan Abdullah dan melaluinya nabi telah dilahirkan. Yang satu lagi telah ditempatkan ditempat peranakan Abu Talib dan melaluinya Ali dilahirkan. Muhammad telah dipilih sebagai nabi dan Ali sebagai wazir, sebagaimana telah dinyatakan oleh nabi sendiri.

Abu’l-Mu’ayyid Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi dan ramai yang lain lagi telah nyatakan dari punca yang dipercayai bahawa nabi telah berkata, ‘Saya dan Ali telah dilahirkan dari satu cahaya,. Kami tinggal bersama sehingga kami sampai ketempat peranakan Abdul-Muttalib dimana kami berpisah.’

KETURUNAN ALI SECARA FISIKAL.
Dari segi keturunan Ali secara fisikal, bukti yang jelas keturunan dia yang paling tinggi dan suci dari segi kedudukan dari sebelah bapa dan juga dipihak ibu. Kesemua mereka yang terdahulu sehingga ke Adam adalah penyembah tuhan yang satu Cahaya ini tidak pernah sampai kepada mana-mana tempat peranakan yang tidak suci. Tidak ada dari sahabat yang lain dapat mengatakan yang sedemikian. Jalinan keturunan Ali adalah seperti berikut: (1) Ali Bin (2) Abu Talib Bin (3) Abdu’l-Muttalib (4) Hashim (5) Abd-e-Manaf (6) Qusai (7) Kilab (8) Murra (9) Ka’b (10) Luwai (11) Ghalib (12) Fehr (13) Malik (14) Nazr (15) Kinana (16) Khazima (17) Madreka (18) Ilyas (19) Muzar (20) Nizar (21) Ma’d (22) Adnan (23) Awwad (24) Al-Yasa’ (25) Al-Hamis (26) Bunt (27) Sulayman (28) Haml (29) Qidar (30) Isma’il (31) Ibrahim Khalil-Ullah (32) Ta’rikh (33) Tahur (34) Sharu (35) Abraghu (36) Taligh (37) Abir (38) Shale’ (39) Arfakhad (40) Sam (41) Noah (42) Lumuk (43) Mutu Shalkh (44) Akhnukh (45) Yarad (46) Mahla’il (47) Qinan (48) Anush (49) Seth (50) Adam Abu’l-Bashir.

Melainkan nabi, tiada yang lain mempunyai keturunan yang begitu mulia.

AZAR BUKAN BAPA IBRAHIM.
Sheikh: Kamu telah katakan bahawa kesemua keturunan Ali adalah penyembah tuhan yang satu, saya fikir awak sudah salah. Sebahagian dari keturunannya adalah penyembah berhala. Sebagai contoh bapa Ibrahim Khalillulah, Azar, penyembah berhala. Al-Quran dengan jelas berkata: ‘Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar: Adakah kamu mengambil berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya saya lihat kamu dan orang-orang kamu di dalam kesesatan yang nyata.’

Shirazi: Kamu hanya mengulangi apa orang yang terdahulu dari kamu telah katakan, walaupun kamu tahu bahawa pakar dari segi sains keturunan semuanya bersetuju bahawa bapa Ibrahim adalah Tarukh, bukannya Azar.

Sheikh: Tetapi itu adalah ijtihad [hujah berasaskan pertimbangan minda sendiri] berhadapan dengan kenyataan tuhan. Kamu mengemukakan pandangan pakar kaji keturunan di dalam menentang al-Quran, yang dengan jelas telah mengatakan bahawa bapa Ibrahim adalah Azar, penyembah berhala.

Shirazi: Saya tidak pernah berhujah menentang perundangan tuhan. Tujuan saya untuk mengetahui penterjemahan al-Quran yang sebenarnya. Untuk mencapai kepada maksud tujuan itu saya mencari petunjuk dari mereka yang sama dengan al-Quran sebagai punca petunjuk; ahli bayt nabi. Perkataan yang digunakan di dalam al-Quran mempunyai maksud umum, kerana di dalam pengertian umum walaupun bapa saudara dan saudara sebelah ibu juga dipanggil ‘bapa’.

Terdapat dua pandangan mengenai Azar. Pertama bahawa dia adalah bapa saudara Ibrahim dan kedua adalah, selain dari bapa saudara, setelah bapa Ibrahim, Tarukh, meninggal dunia dia telah mengahwini ibu Ibrahim. Maka Ibrahim biasa memanggilnya bapa, kerana dia telah menjadi suami kepada ibunya.

Sheikh: kita tidak boleh mengenepikan maksud al-Quran yang jelas, melainkan kita jumpa maksud yang lain di dalam al-Quran itu sendiri, yang menunjukkan dengan jelas bahawa bapa saudara atau suami ibu dipanggil juga ‘bapa’. Jika kamu gagal untuk membukti keterangan yang begitu [dan pastinya kamu akan gagal] maka kenyataan kamu tidak boleh diterima.

Shirazi: Terdapat ada ketika di dalam al-Quran dimana perkataan telah digunakan yang tujuan maksudnya adalah umum. Sebagai contoh, ayat 133 Surah 2, Baqara, dari al-Quran telah menyokong maksud saya. Ianya merakamkan soal jawab nabi Yaqub dengan anak-anaknya, pada saat kematiannya. Ianya berbunyi, 'Apabila dia berkata kepada anaknya: Siapa yang akan kamu patuhi selepas aku? Mereka berkata: Kami akan patuh kepada tuhan kamu dan tuhan bapa kamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, tuhan yang esa, dan kepada Dia kami menyerah.’ [2:133]

Di dalam ayat ini pembutian pada kenyataan saya adalah perkataan Ismail. Menurut al-Quran, bapa nabi Yaqub adalah Ishak dan Ismail adalah bapa saudaranya, tetapi, menurut amalan umum, dia biasa memanggilnya bapa. Oleh kerana anak Yaqub juga menurut amalan biasa, memanggil bapa saudara mereka bapa, maka mereka menggunakan perkataan yang sama ketika menjawab kepada bapanya. Tuhan menyampaikan soal jawab mereka seperti mana ianya berlaku. Begitu juga Ibrahim biasa memanggil bapa saudaranya dan juga suami ibunya ‘bapa’, walaupun, menurut bukti yang kukuh dari sejarah dan pakar keturunan, telah diakui sebagai fakta bahawa bapa Ibrahim bukan Azar tetapi Tarukh.

BAPA DAN IBU NABI BUKANLAH MUSYIRIK TETAPI MEREKA ADALAH YANG BERIMAN.
Bukti kedua pada fakta bahawa keturunan nabi bukanlah musyirik dan kafir adalah ayat 219 dari surah 26 as-Shu’ara yang berbunyi, ‘dan kamu berpusing semula dan berpusing semula diantara mereka yang sujudkan diri mereka kepada Allah.’ [26:219]

Mengenai maksud pengertian ayat suci ini Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, dan banyak yang lain lagi dari ulama kamu, telah menyampaikan dari ibn Abbas, yang berkata: ‘Allah pindahkan benih kejadian nabi yang suci dari Adam kepada para nabi berikutnya, dari satu kepada yang lain, kesemuanya adalah yang beriman, sehingga dia dijadikan dari bapanya melalui pernikahan yang halal dan bukannya haram.’

Terdapat juga hadith yang diketahui ramai yang mana semua ulama kamu telah sebutkan. Bahkan Imam Thalabi, yang dikenali sebagai Imam hadith, menulis di dalam ulasannya dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, disampaikan dari Ibn Abbas, bahawa nabi telah berkata, ‘Allah menhantar saya kedunia melalui Adam dan dipindahkan kepada Ibrahim. Dia terus memindahkan saya dari tempat peranakan yang mulia dan yang suci sehinggalah dia menjadikan saya dari bapa dan ibu saya, yang tidak pernah berjumpa secara haram.’

Di dalam hadith yang lain dia dikatakan telah berkata, ‘Allah tidak pernah mencampurkan kepada saya sebarang benih yang jahil.’

Di dalam bab yang sama Sulayman Balkhi menyampaikan dari Ibkaru’l-Afkar oleh Sheikh Salahu’d-din Bin Zainu’d-din Bin Ahmad yang di kenali sebagai Ibnu’s-Sala Halbi dan dari Sharh-e-Kibrit-e-Ahmar oleh Sheikh Abdu’l-Qadir telah menyampaikan dari Ala’u’d-Dowlat Semnani, hadith yang mendalam dari Jabir Ibn Abdullah bahawa nabi telah ditanya apa yang Allah jadikan dahulu [yang mula-mula]. Nabi menjawab soalan itu dengan khusus, yang mana saya tidak dapat mengatakannya pada ketika ini. Pada penghujung hadith itu nabi berkata: ‘Begitulah Allah berterusan memindahkan cahaya saya dari yang suci kepada yang suci sehingga dia meletakkan saya kepada bapa saya, Abdullah bin Abdul-Muttalib. Dari sana Dia membawa saya kepada tempat peranakan ibu saya, Amina. Kemudian Dia menjadikan saya hadir didunia ini dan menganugerahkan kepada saya gelaran Sayidul-Mursalin [ketua para rasul] dan Khatamu’n-Nabiyyin [penutup para nabi]

Kenyataan nabi bahawa dia berterusan dipindahkan dari yang suci kepada yang suci, membuktikan bahawa tiada dari datuknya yang terdahulu dari kalangan yang kafir. Menurut dari al-Quran yang mengatakan, ‘Sesungguhnya kafir adalah yang kotor.’ [9:28] setiap musyirik dan kafir adalah kotor. Dia mengatakan bahawa dia telah dipindahkan dari tempat peranakan yang suci ketempat peranakan yang suci, oleh kerana penyembah berhala kotor, maka tidak ada dari keturunannya yang menyembah berhala.

Di dalam bab yang sama dari Yanabiu’l-Mawadda satu hadith dari Ibn Abbas telah disampaikan melalui Kabir bahawa nabi berkata, ‘Saya tidak dilahir melalui cara perkahwinan yang tidak sah pada zaman jahiliah. Saya telah dilahirkan melalui cara islam dengan ada pernikahan.’

Tiidakkah kamu membaca syarahan 105 Nahjul-Balagha? Amirul-Mukminin berkata mengenai datuk-datuk nabi yang terdahulu, ‘Allah menyediakan untuk mereka [para nabi] tempat yang terbaik [tempat peranakan ibu mereka yang suci]. Dia memindahkan mereka dari tempat yang terhormat dan suci ketempat terhormat dan suci. Apabila bapa dari salah seorang mereka meninggal dunia anak dia mengambila alih dengan agama Allah, sehingga Allah maha besar menjadikan Muhammad nabi dan rasulNya. Maka Dia telah menjadikan punca kejadian nabi tempat yang paling tinggidan suci. Jalinan keturunan nabi termasuk mereka yang berkedudukan tinggi.’

Secara ringkas keturunan nabi, semenjak dari nabi Adam, kesemuanya adalah yang beriman dan menyembah tuhan yang Esa. Bolehlah dikatakan bahawa mereka dari ahli bayt nabi lebih mengetahui status kedudukan keluarga mereka dari orang lain.

DATUK-DATUK ALI YANG TERDAHULU SAMA BEBAS DARI KAFIR.
Apabila telah terbukti bahawa keturunan nabi adalah yang beriman dan penyembah tuhan yang satu, maka sama jugalah dengan keturunan Ali yang juga menyembah Allah. Saya telah buktikan melalui buku kamu bahawa Muhammad dan Ali adalah dari satu cahaya, dan selalu tinggal bersama di dalam tempat yang suci sehinggalah mereka dipisahkan di dalam tubuh Abdul-Muttalib. Setiap orang yang waras akan mengakui bahawa manusia yang terbilang personalitinya adalah penuntut kedudukan khalifa yang sebenar.

SALAH FAHAM MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB DAN PENJELASANNYA.
Sheikh: Saya terima fakta bahawa Tarukh adalah bapa Ibrahim, dan kamu telah buktikan kesucian keturunan nabi. Tetapi tidak mungkin untuk mencari keterangan yang sedemikian di dalam kes Ali. Walaupun jika kita mengakui bahawa semua dari keturunannya sehingga Abdul-Muttalib adalah yang beriman, bapanya Abu Talib, pastinya telah meninggalkan dunia ini sebagai kafir.

Shirazi: Saya mengaku terdapat perbezaan pendapat diantara ummah mengenai keimanan Abu Talib. Tetapi kami hendak kaatakan, ‘Wahai Allah! Kutuklah sizalim pertama yang menunjukkan kekejaman kepada nabi dan kutuklah keturunannya. Semoga kutukan Allah diatas dia yang memalsukan hadith yang akhirnya Nasibi dan Khariji mula mengatakan bahawa Abu Talib meninggalkan dunia sebagai orang kafir.’

Ulama shia secara umum dan semua ahli keluarga nabi percaya di dalam keimanan Abu Talib. Juga ramai dari ilmuan dan ulama kamu yang berfikiran saksama, seperti Ibn Abi’l-Hadid, Jalalu’d-din Suyuti, Abu’l-Qasim Balkhi, Abu Ja’far Askafi, guru mereka dari golongan Mu’tazali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’I – semuanya bersetuju bahawa Abu Talib adalah muslim.

IJMA SHIA MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB.
Shia yakin bahawa Abu Talib, semenjak dari mula lagi percaya kepada nabi Allah. Shia mengikuti ahli bayt yang suci, mengakui dengan satu kepercayaan ‘Abu Talib tidak pernah menyembah berhala; dia adalah salah seorang dari keturunan Ibrahim.’ Pandangan yang sama juga telah dinyatakan di dalam buku sahih ulama kamu.

Sebagai contoh, Ibn Athir berkata di dalam Jam’u’l-usul:, ‘Menurut dari ahli bayt, diantara semua bapa saudara nabi, hanya Hamza, Abbas dan Abu Talib menerima islam.

Persetujuan umum ahli bayt mengenai sesuatu maksud hendaklah dianggap muktamad. Hadith-e-Thalaqain dan hadith yang lain yang telah saya rujuk pada malam yang lalu dengan jelas membuktikan bahawa nabi telah membuat kenyataan yang jelas mengenai ma’sumnya keluarga baginda. Mereka adalah seiring dengan al-Quran dan satu dari Thaqalain [perkara yang berat] yang nabi telah tinggalkan sebagai punca petunjuk kebenaran untuk manusia. Adalah perlu bagi setiap muslim untuk patuh kepada mereka supaya mereka tidak akan tersesat.

Kedua, menurut dari kata-kata ‘Ahli sesabuah rumah lebih mengetahui mengenai ahli keluarga mereka,’ keluarga yang suci ini, lebih mengetahui mengenai keimanan datuk mereka dari Mughira bin Sha’ba, seorang Bani Umayya, Khariji dan Nasibi atau manusia jahil yang lainnya.

Adalah amat memeranjatkan bahawa ulama kamu tidak menerima kenyataan dari ahli bayt nabi, termasuk pemimpin bagi yang wara’, Amirul-Mukminin, yang mana keikhlasan dan kebenarannya telah diakui oleh Allah dan nabiNya. Kesemuanya mengatakan bahawa Abu Talib meninggal sebagai seorang yang beriman. Kamu tidak mempercayainya, tetapi kamu menerima perkataan dari seorang yang telah disahkan pendusta dan keji, Mughira, sebahagian Amawi, Khariji dan Nasibi.

Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, seorang dari ulama kamu yang terkenal, berkata di dalam Shahr-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 310: ‘Terdapat berbagai pendapat mengenai islamnya Abu Talib. Golongan Imamiya dan kebanyakkan dari Zaidiyya berkata bahawa dia meninggalkan dunia ini sebagai muslim. Selain dari semua ulama shia, sebahagian dari ulama kita yang utama, seperti Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi berpegang pada pendapat bahawa Abu Talib memeluk islam, tetapi dia tidak nyatakan kepercayaannya, supaya dia dapat memberikan sepenuh sokongan kepada nabi dan disebabkan oleh pengaruhnya, pihak penentang mungkin tidak menyekat usaha nabi.’

SALAH PENGERTIAN MENGENAI PEMALSUAN HADITH ZUHZAH DIPERJELASKAN.
Sheikh : Nampaknya kamu tidak tahu dengan ‘Hadith Zuhzah’ yang mengatakan, ‘Abu Talib di dalam api neraka’

Shirazi: Itu adalah hadith palsu yang direka pada masa Muawiya bin Abi Sufyan oleh musuh nabi. Kemudian Bani Umayya dan pengikutnya telah meneruskan usaha itu untuk memalsukan hadith menentang Ali Ibn Abi Talib dan menyebarkannya kepada manusia. Mereka tidak mahu menjadikan keimanan Abu Talib menjadi terserlah seperti Hamza dan juga Abbas. Pamalsu hadith Zuhzah adalah juga Mughira, seorang yang keji dan juga musuh Amirul-Mukminin.

Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 159-163; Mas’udi di dalam Muruju’z-Dhahab, dan ulama lain menulis bahawa Mughira telah melakukan penzinaan di Basra. Apabila saksi dibawakan kehadapan khalifa Umar, 3 dari mereka mengaku terhadapnya, tetapi yang keempat telah diajari untuk mengatakan sehingga kesaksiannya diragukan. Makanya yang 3 orang telah dijatuhkan hukuman dan Mughira telah dibebaskan.

Pengarang hadith itu adalah seorang penzina dan pemabuk, yang mana perundangan agama hampir dijatuhkan keatasnya. Dia telah menciptakan hadith itu kerana bencinya dia kepada Amirul-Mukminin dan untuk mengambil hati Muawiya. Kemudian Muawiya dan pengikutnya telah memperkukuhkan hadith palsu ini dengan pengakuan bahawa ‘Abu Talib di dalam neraka.’

Lebih-lebih lagi mereka yang ada kaitan dengan penyampaian hadith itu seperti Abdu’l-Malik Bin Umar, Abdu’l-Aziz Rawandi dan Sufyan Thawri, adalah penyampai yang lemah dan tidak boleh diterima. Fakta ini telah disahkan oleh ilmuan dan pengulas kamu yang mashur, Zahl, yang telah menyatakan di dalam bukunya Mizanu’l-I’tidal, jilid II. Jadi bagaimana sesaorang boleh bergantung kepada hadith yang sebegini, yang telah disampaikan oleh seorang yang terkenal pemalsu dan pemyampai yang lemah?

23
DIALOG SUNNI-SHIA

BUKTI TERHADAP IMAN ABU TALIB.
Terdapat banyak keterangan yang membuktikan keimanan Abu Talib.

[1] Nabi berkata di dalam hadith [cantuman dua jari], ‘Saya dan penyokong anak yatim bersama di dalam syurga seperti jari ini.’

Ibn Abi’l-Hadid juga menyampaikan hadith ini di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 312, di mana dia berkata bahawa adalah nyata kenyataan nabi tidak bermaksud semua penyokong anak yatim, oleh kerana kebanyakkan penyokong anak yatim adalah yang keji. Maka disini nabi maksudkan Abu Talib, dan datuknya yang mashur, Abdul-Muttalib, yang telah memelihara nabi. Nabi telah dikenali di Makah sebagai anak yatim Abu Talib kerana setelah kematian Abdul-Muttalib, nabi, dari usia 8 tahun telah dipelihara oleh Abu Talib.

[2] Terdapat hadith yang terkenal yang telah disampaikan oleh shia dan sunni dengan cara yang berlainan. Sebahagian dari mereka berkata bahawa nabi telah berkata: ‘Jibril datang kepada saya dan memberikan khabar gembira dengan perkataan begini, ‘Allah dengan pastinya telah kecualikan dari api neraka tempat peranakan dimana kamu telah dikeluarkan, tempuni yang menggandungi kamu, susuan yang menyusukan kamu dan peha yang memangku kamu.’ Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan Qazi Shukani di dalam Hadith-e-Qudsi telah mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Jibril datang kepada saya dan berkata ‘Allah sampaikan salam kepada kamu dan berkata sesungguhnya Dia telah kecualikan dari api neraka tempat peranakkan yang melindungi kamu, tempuni yang menanggong berat kamu dan pangkuan yang menyokong kamu.’

Laporan tersebut dan juga hadith dengan jelas membuktikan keimanan penyokong nabi, terutama Abdul-Muttalib, Abu Talib dan isterinya Fatima bint Asad, dan juga bapa nabi, Abdullah, dan ibunya, Amina bint Wahhab, dan ibu susuannya, Halima.

SYAIR IBN ABIL-HADID PADA MEMUJI ABU TALIB.
[3] Ilmuan terkenal kamu, Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, mengubah syair yang berikut di dalam memuji Abu Talib. Mereka merakamkan di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 318, ‘Tanpa Abu Talib dan anaknya Ali ibn Abu Talib, islam tidak mempunyai kecemerlangan atau kekuatan. Abu Talib melindungi nabi di Makah serta menyokongnya, dan Ali pula di Madina. Abi Talib, dari arahan bapanya Abdul-Muttalib, terus menjaga nabi dan Ali serta menyempurnakan tugas tersebut.

Apabila Abu Talib meninggal dunia dengan kehendak Allah, ini tidak menyebabkan sebarang kerugian kerana dia telah tinggalkan Ali sebagai kenanggannya. Abu Talib telah memulakan perkhidmatan yang gemilang untuk Allah dan Ali telah menyempurnakannya kerana Allah.

Kemuliaan Abu Talib tidak dapat dirosakkan oleh kenyataan yang jahil dari seaorang, atau oleh mereka yang ingin melenyapkan kemuliaannya [musuhnya], ianya tidak ubah seperti sesaorang yang mengatakan hari siang yang terang benderang itu malam yang gelap gelita, dengan mengatakan gelap, tidak ada kesannya pada cahaya siang.’

SYAIR ABU TALIB MEMBUKTIKAN KEISLAMANNYA.
[4] Syair Abu Talib yang digubahnya sendiri pada memuji nabi adalah bukti yang nyata terhadap keimanannya. Sebahagian dari syair itu telah dirakamkan oleh Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 316. Lebih lagi ulama kamu seperti Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi, telah menulisnya sebagai bukti untuk keimanan Abu Talib.

Abu Talib menulis, ‘Saya meminta pelindungan dari Allah, terhadap mereka yang membenci kami atau mengatakan yang buruk mengenai kami, dari mereka yang keji yang mencaci kami dan dari mereka yang mengaitkan perkara kepada agama yang kami telah jauhi.’

Saya bersumpah dengan rumah Allah bahawa dia berdusta yang mengatakan bahawa saya akan meninggalkan Muhammad, walaupun kami lagi memerangi musuhnya dengan pedang dan tombak.

Kami sesungguhnya akan menolong dia sehingga kami dapat menghancurkan musuhnya. Kami akan memberikan kepadanya pengorbanan yang akan melupakan kami kepada isteri dan anak-anak kami.

Cahaya dia adalah yang melalui kegemilangan cahaya wajahnya kami mendapat ribuan rahmat dari Allah.

Dia datang memberikan bantuan kepada yang yatim; dia adalah tempat perlindungan para janda. Yang tidak berkemampuan dari Bani Hashim datang kepadanya meminta bantuan dan telah dicurahi degan beberapa rahmat.

Saya bersumpah dengan diri saya bahawa saya mempunyai kecintaan yang amat kepada Ahmad. Saya cintakan dia seumpama sahabat yang lkhlas.

Saya dapati diri saya sesuai untuk dijadikan korban untuk dirinya, maka saya membantunya seolah dia adalah permata bagi manusia seluruh dunia, kutukan terhadap musuh dan rahmat bagi ummah.

Semuga yang menjadi alam ini menyokong dia dengan pertolonganNya dan juga agamaNya, yang mana adalah jalan Allah, dan tidak terdapat padanya amalan yang salah.’

Terdapat syair khas dari Abu Talib yang Ibn Abil-Hadid rakamkan di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid III, ms 312, dan yang lainnya, telah disampaikan sebagai bukti kepada kepercayaannya. Di dalam syair itu dia berkata, ‘Manusia itu mengharap kami untuk menentang islam dengan pedang dan tombak; mereka fikir kami akan membunuh Muhammad. Tetapi muka kami belum lagi diwarnakan darah dengan pertolongan mereka. Saya bersumpah dengan rumah Allah bahawa kamu telah mengatakan kepada ku pendustaan; semoga kamu ditimpa bencana. Hatim dan Zamzam mungkim diisi sehingga penuh dengan kepala terpotong. Kazaliman telah dilakukan kepada Muhammad, yang telah dihantar oleh Allah untuk memberi petunjuk kepada manusia. Dia telah diberkan kitab, yang telah diwahyukan oleh tuhan langit.’

Selain dari keterangan yang jelas, yang telah membuktikan iman Abu Talib, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 315, menyebutkan syair yang berikut: ‘Kamu menjadi saksi terdapa adanya Allah! Saksikanlah bahawa sesungguhnya saya mengikuti agama nabi Allah, bernama, Ahmad. Yang lain mungkin sesat di dalam agama mereka, tetapi saya adalah seorang yang mendapat petunjuk.’

Tuan-tuan berlaku adillah, dan katakan kepada kami jika penulis syair itu boleh dikatakan seorang yang kafir.

Shekh: Syair itu tidak boleh diterima atas dua sebab. Pertama, tidak ada rantaian berterusan mengenainya. Kedua, tidak terdapat dimana-mana yang boleh dilihat bahawa Abu Talib mengesahkan Islam. Menyampaikan beberapa syairnya tidak dapat dirumuskan sebagai bukti bahawa dia adalah Islam.

Shirazi: Bantahan kamu terhadap rantaian berterusan penyampai amatlah pelik. Bila mana kamu berhasrat, kamu menerima laporan solo sebagai boleh dipercayai dan jika kamu tidak berhajat, kamu menggunakan senjata kurangnya rantaian penyampai.

Jika kamu fikirkan sejenak, jika syair ini tidak disampaikan sacara berterusan oleh individu tertentu, walau pun begitu, tetapi jika ambil secara keseluruhan, ianya telah membuktikan bahawa Abu Talib percaya terhadap kerasulan nabi. Terdapat banyak perkara yang semacam ini dimana rantaian penyampainya ditentukan dengan cara yang sama seperti diatas. Sebagai contoh pertemporan Amirul-Mukminin dan juga contoh pada keberaniannya bergantung pada penyampai yang solo. Tetapi jika diambil secara keseluruhan, laporan itu membentuk satu rupa berterusan, yang telah dapat memberikan kepada kita pengetahuan yang diperlukan terhadap keberaniannya. Kemurahan Hatim dan keadilan Nushirwan telah diketahui dengan cara yang sama.

Oleh kerana kamu terlalu suka dengan rantaian berterusan penyampai, sila beritahu kami bagaimana kamu buktikan bahawa hadith Zuhza telah disampaikan dengan jayanya.

PENGESAHAN KEPERCAYAAN ABU TALIB KEPADA ALLAH PADA SAAT KEMATIANNYA.
Terhadap bantahan kamu kedua, jawapan saya amat mudah. Adakah perlu untuk menyatakan pengesahan sesaorang terhadap ke Esaan Allah, kerasulan nabi, hari kebangkitan dan seterusnya dalam bentuk prosa. Tetapi jika sesaorang menyatakan kepercayaannya dalam bentuk syair, tidakkah ianya mencukupi, ‘Kamu yang percaya kepada Allah, bersaksilah bahawa sesungguhnya saya mengikuti agama nabi Allah, Ahmad.’ Ia mempunyai kesan yang sama seperti dia telah katakan dalam bentuk prosa.

Selain itu, dia mengesahkan kepercayaannya pada saat kematian dalam bentuk prosa juga. Seyyed Muhammad Rasuli Bazranji, Hafiz Abu Nu’aim, dan Baihaqi telah menyampaikan bahawa sekumpulan ketua Quraish, termasuk Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayya datang kepada Abu Talib apabila dia akan meninggal dunia. Pada ketika itu nabi berkata kepada bapa saudaranya Abu Talib, '‘Katakan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah,’ supaya saya boleh menjadi saksi dihadapan Allah.’ Dikala itu juga Abu Jahl dan Abi Umayya berkata, ‘Abu Talib! Adakah kamu akan berpaling dari kepercayaan Abdul-Muttalib?’ Mereka mengulangi kata-kata tersebut berulang kali sehingga Abu Talib berkata, ‘Kamu seharusnya mengetahui bahawa Abu Talib mengikuti kepercayaan Abdul-Muttalib.’ Keputusannya mereka semua pergi dengan merasa senang. Apabila tanda-tanda kematian kelihatan pada Abu Talib, sudaranya Abbas, yang sedang duduk pada penjuru katil, melihat bibirnya bergerak-gerak. Apabila dia cuba mendengarkan apa yang dikata Abu Talib, dia mendengar Abu Talib berkata, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah,’ Abbas berkata kepada nabi, ‘Anak saudaraku! Saya bersumpah dengan tuhan bahawa saudara saya Abu Talib telah mengatakan apa yang engkau arahkan supaya dia katakan.’ Oleh kerana Abbas pada masa itu belum memeluk islam, dia tidak menyebutkan kata-kata itu.

Kami telah buktikan pada mulanya bahawa keturunan nabi semuanya yang beriman di dalam ke Esaan Allah. Kamu harus tahu bahawa adalah mustahak untuk Abu Talib mengatakan dia mengikuti kepercayaan Abdul-Muttalib. Dia telah memuaskan orang-orang itu, dan yang sebenarnya dia mengesahkan kepercayaannya di dalam ke Esaan Allah kerana Abdul-Muttalib mengikuti kepercayaan nabi Ibrahim. Lebih-lebih lagi dia mengucapkan kata-kata ‘tidak ada tuhan melainkan Allah’ Jika kamu mempelajari fakta sejarah mengenai Abu Talib, kamu pasti akan mengakui bahawa dia adalah seorang yang beriman.

PERTUKARAN NABI BERSAMA DENGAN ABU TALIB PADA PENGISTIHARAN KERASULANNYA.
Pada hari pengistiharan kerasulannya, nabi bersama dengan bapa saudaranya Abbas pergi kepada Abu Talib dan berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengarah saya untuk menyampaikan perintahNya; sesungguhnya Dia telah menajadikan saya rasulNya; maka bagaimana kamu melayani saya?’

Abu Talib adalah pemimpin Bani Quraish, ketua Bani Hashim, dan manusia yang paling dihormati pada pandangan masyarakat penduduk Makah. Dia telah membesarkan nabi. Jika dia seorang yang kafir, pada ketika itu juga dia telah menentangnya. Dan jika dengan pembuktian itu tidak mencukupi; nabi yang telah datang kepada dia untuk meminta pertolongan di dalam menyebarkan kerasulannya, Abu Talib setelah melihat bahawa itu adalah bertentangan dengan agamanya, tentu telah memperingatkan nabi atau sekurang-kurangnya menghalau nabi keluar dari tempatnya. Penolakkan sedemikian tentu telah menghalang nabi dari tugasnya yang besar. Agama Abu Talib [jika dikatakan kafir] tentu telah terselamat, dan pasti dia mendapat kepujian dari sekutunya. Abu Talib boleh memarahi nabi sebagaimana Azar telah lakukan kepada anak saudaranya Ibrahim.

PENGISTIHARAN KERASULAN IBRAHIM DAN PERBUALANNYA DENGAN AZAR.
Di dalam al-Quran, Allah maha besar memberitahu bagaimana Ibraham Khalilu’r-Rahman telah ditinggikan sebagai nabi Allah. Dia berkata kepada bapa saudaranya, Azar, ‘Wahai bapaku! Sesungguhnya pengetahuan telah sampai kepada saya yang tidak sampai kepada kamu; maka ikutilah saya, saya akan memandu kamu kejalan yang benar,’ [19:43] ‘Dia berkata, ‘Engkau tidak suka tuhan aku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, Saya akan pasti memarahi kamu; tinggalkanlah aku untuk waktu yang lama.’ [19:46]

ABU TALIB MEMBERITAHU NABI SOKONGANNYA YANG PENUH DAN JUGA MEMBACAKAN SYAIR PADA MEMUJI ISLAM.
Tetapi sebaliknya, apabila nabi meminta pertolongan dia, Abu Talib berkata, ‘Wahai anak saudaraku! Teruskanlah dengan misi kamu. Sesungguhnya kamu adalah tinggi di dalam kedudukan, terkuat di dalam kaum dan yang paling suci di dalam jalinan keturunan keluarga. Saya bersumpah dengan Allah bahawa lidah yang mengatakan sesuatu yang buruk kepada kamu akan dijawab oleh saya dengan pedang yang tajam. Demi Allah, keseluruh kaum Arab akan berlutut dihadapan kamu, sebagaimana binatang berlutut dihadapan tuannya.

Lebih lagi dia mengubah ayat-ayat yang berikut, merujuk kepada misi nabi. Ini telah dirakamkan oleh Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-Nahjul-Balagha, jilid III, ms 306, dan Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira nya ms 5:-

Saya bersumpah dengan Allah bahawa manusia itu dengan pengikutnya tidak akan sampai kepada kamu, sehingga aku menghantar mereka semua kekuburannya.

Maka teruskanlah melaksanakan tugas kamu. Saya berikan khabar gembira mengenai kejayaan kamu. Sejukkanlah mata kamu dengannya.

Kamu telah memanggilku kepada agama mu. Aku percaya bahawa kamu telah memandu aku kejalan yang benar; kamu pastinya yang paling benar dan yang paling dipercayai.

Kamu telah membawa kepada kami agama yang aku tahu amat baik dari segala agama

Jika aku tidak takut pada ancaman dan tindakkan balasan, kamu akan dapati aku menyokong kamu dengan secara terangan.

Syair ini menunjukkan bahawa Abu Talib mengesahkan Muhammad sebagai rasul Allah. Terdapat banyak lagi syair sedemikian yang Ibn Abil-Hadid rakamkan di dalam sharh-nahjul-balagha dan ramai ulama yang lain telah tuliskan di dalam buku mereka.

ABU TALIB ADALAH PENYOKONG DAN PENJAGA NABI.
Kebanyakkan dari ulama kamu telah merakamkan fakta ini. Kamu boleh merujuk Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi’s Yanabiu’l-Mawadda, bab 52, yang mana dia menyampaikan dari Abu Uthman Amr Bin Bahr Jahiz bahawa, menulis mengenai Abu Talib, dia berkata, ‘Abu Talib adalah penyokong nabi dan rasul. Dia menulis banyak syair pada memuji nabi. Dia adalah pemimpin Quraish.’

Bukti yang nyata ini menunjukkan keilhlasan kepercayaan Abu Talib. Telah pasti Bani Umayya menggalakkan manusia mengutuk pemimpin bagi yang beriman, Amirul-Mukminin, dan juga cucu nabi, Hasan dan Husain. Mereka juga mengadakan hadith yang mengutuk Imam yang suci dan memalsukan laporan bahawa bapanya meninggal dunia sebagai seorang kafir. Pemberita itu adalah yang terkutuk Mughira bin Sha’ba, seorang yang memusuhi Ali dan bersahabat dengan Muawiya. Khariji dan Nasibi menyebarkan pandangan itu bahawa Abu Talib adalah seorang kafir. Orang awam telah dibawa kepada mempercayai bahawa itu adalah pandangan yang benar. Adalah amat pelik bahawa kamu menganggap Abu Sufyan, Muawiya dan Yazid [semoga kutukan Allah keatas mereka] orang yang beriman dan muslim, walaupun terdapat pertunjuk yang banyak pada yang sebaliknya. Dan bahkan mereka telah mengatakan Abu Talib kafir walaupun terdapat bukti yang nyata yang menunjukkan dia adalah yang kuat beriman.

TIDAK WAJAR MEMANGGIL MUAWIYA ‘KHALU’L-MU’MININ’.
Sheikh: Adakah wajar untuk kamu memanggil Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman], Muawiya bin Abu Sufyan ‘kafir’ dan selalu mengutuknya.Bolehkan kamu memberitahu kami apakah bukti bahawa Muawiya bin Abu Sufyan dan Yazid adalah kafir dan berhak dikutuk. Dua manusia yang terkenal ini adalah diantara para khalifa. Bahkan Muawiya adalah keduanya Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman], dan juga Katib-e-Wahi [penulis wahyu].

Shirazi: Bolehkan kamu mengatakan bagaimana Muawiya menerima gelaran Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]?

Sheikh: Oleh kerana adik perempuan Muawiya, Umme Habiba, adalah isteri nabi dan Ummul-Mukminin [ibu yang beriman] maka abangnya Muawiya Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]

Shirazi: Pada pendapat kamu kedudukan Ummul-Mukminin Aisha lebih tinggi atau Umme Habiba, adik perempuan Muawiya?

Sheikh: Walaupun mereka berdua Ummul-Mukminin, pastinya Aisha lebih cemerlang dari Umme Habiba.

Shirazi: Menurut dari kriteria kamu, semua saudara dari isteri nabi adalah Khalu’l-Mu’minin [bapa saudara yang beriman]. Maka kenapa kamu tidak memanggil Muhammad bin Abi Bakr Khalu’l-Mu’minin? Menurut kamu bapanya lebih tinggi dari Muawiya, dan kakaknya lebih tinggi dari adik perempuan Muawiya. Tidak! Muawiya sebagai Khalu’l-Mu’minin tidak punya sebarang asas kebenaran.

MUAWIYA MENGATAKAN TAKBIR PADA KESYAHIDAN IMAM HASAN.
Abu’l-Faraj Ispahani di dalam Maqatilu’t-Talibin, Ibn Abdu’l-Bar di dalam Isti’ab, Mas’udi di dalam Isbatu’l-Wasiyya, dan banyak lagi ulama telah menyampaikan bahawa Asma Ju’da, dengan arahan dan janji dari Muawiya, memberi racun kepada Abu Muhammad Hasan Ibn Ali. Ibn Abdu’l-Bar dan Muhammad Bin Jarir Tabari telah juga mengatakan bahawa apabila Muawiya telah diberitahu atas wafatnya Imam yang suci, dia melaungkan takbir [Allah mana besar] Ya pastinya manusia terkutuk seperti ini akan dipanggil Khalu’l-Mu’minin menurut kamu!!!

MUHAMMAD BIN ABI BAKR TELAH DIBUNUH DAHAGA DAN DIBAKAR MENJADI ABU KERANA CINTAKAN AHLI BAYT.
Tetapi lihatlah kepada Muhammad ibn Abi Bakr, yang telah dibesarkan oleh Amirul-Mukminin dan seorang dari sahabat karib ahli bayt yang suci.

Berkata mengenai keluarga yang suci ini, dia berkata, ‘Wahai keturunan Fatima! Kamu adalah tempat keselamatan untuk saya dan juga petunjuk. Adalah melalui kamu pada hari pengadilan, yang amalan baik saya akan nampak dan menjadi lebih bererti. Oleh kerana cinta saya untuk kamu ikhlas, saya tidak memperduli jika orang yang disebelah saya menyalak.’

Walaupun dia adalah anak dari khalifa pertama, Abu Bakr, dan saudara kepada Ummul-Mukminin Aisha, dia tidak digelar Khalu’l-Mu’minin. Dia telah dizalimi dan dihalang dari warisan bapanya!!

Apabila Amr bin As dan Muawiya bin Khadij menawan Mesir, bekalan air kepada Muhammad bin Abu Bakr telah dipotong. Apabila dia hampir mati dengan kehausan, dia telah dibunuh. Dia kemudian dibungkus dengan kulit keldai dan bungkusan itu telah dibalingkan kedalam api. Apabila Muawiya mengetahui perkara ini, dia merasa amat gembira.

Mendengar kepada fakta ini, kamu tidak bertanya mengapa manusia terkutuk ini membuat anak Abu Bakr, Khalu’l-Mu’minin, Muhammad bin Abu Bakr; dengan begitu kejam. Tetapi apabila Muawiya dikutuk, kamu terus menjadi marah. Maka kamu telah lihat penentangan terhadap keturunan nabi, dan ianya berterusan sehingga kehari ini.

Oleh kerana Muhammad bin Abu Bakr adalah seorang dari sahabat keurunan nabi, kamu tidak memanggilnya Khalu’l-Mu’minin, atau menyesali diatas pembunuhannya. Dan oleh kerana Muawiya adalah musuh ketat ahli bayt keturunan nabi, kamu mengelarkan dia Khalu’l-Mu’minin. Allah selamatkan kami fanatik yang buta tuli!!

MUAWIYA BUKAN PENULIS WAHYU TETAPI HANYA PENULIS SURAT.
Kedua, Muawiya bukanlah penulis wahyu. Dia memeluk islam pada tahun kesepuluh Hijrah apabila wahyu telah selesai diturunkan. Yang sebenarnya dia adalah penulis surat. Dia telah menyebabkan kesusahan yang amat sangat kepada nabi. Pada tahun kelapan Hijrah apabila Makah ditawan dan Abu Sufyan memeluk islam, Muawiya menulis banyak surat kepada bapanya, memarahinya kerana dia telah menerima islam. Apabila keseluruh semenanjung Arab dan sekitarnya tuduk kepada pengaruh islam, Muawiya sendiri telah terpaksa memeluk islam. Dengan melakukan itu dia telah kehilangan semua yang dibanggakannya. Kemudian Abbas meminta nabi memberikan kepada Muawiya sedikit kedudukan supaya tidak merasa terhina. Memandangkan kepada sokongan bapa saudaranya, nabi melantik Muawiya sebagai penulis surat.

BUKTI TERHADAP KAFIRNYA MUAWIYA.
Ketiga, terdapat banyak ayat di dalam al-Quran dan hadith membuktikan bahawa dia adalah kafir dan berhak kepada kutukan.

Sheikh: Saya hendak mendengar ayat-ayat al-Quran dan hadith itu.

Shirazi: Hanya sebahagian yang akan saya myatakan. Jika saya hendak mengatakan semuanya, ia akan membentuk sebuah buku. Muslim di dalam Sahih nya, mengatakan Muawiya adalah penulis nabi. Mada’ini berkata, ‘Sa’id bin Thabit adalah penulis wahyu dan Muawiya biasanya menulis surat untuk nabi kepada Arab yang lain.’

KETERANGAN DARI SURAH AL-QURAN DAN HADITH, MUAWIYA DAN YAZID ADALAH TERKUTUK.
[1] Sila rujuk kepada ayat 60 Surah 17 Bani Israel. Pengulas dari ulama kamu, seperti Tha’labi, Imam Fakhru’d-din Razi, dan yang lainnya berkata bahawa nabi melihat di dalam mimpinya bahawa Bani Umayya, seperti monyet, naik dan turun dari mimbarnya. Kemudiannya Jibril membawa ayat yang suci ini, ‘Dan apabila Kami katakan kepada kamu: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi manusia. Dan Kami tidak menjadikan penglihatan yang Kami tunjukkan kepada kamu melainkan sebagai percubaan untuk manusia dan pokok yang terkutuk di dalam al-Quran juga. Dan Kami menjadikan mereka ketakutan, tetapi ianya hanya menambahkan kepada kedurhakaan mereka.'’[17:60]

Allah maha besar telah memanggil Bani Umayya, yang pemimpinnya adalah Abu Sufyan dan Muawiya, ‘pokok terkutuk’ di dalam al-Quran. Muawiya, yang menjadi dahan yang kuat pada pokok ini, pastinya terkutuk.

[2] Lagi Allah maha besar berkata, ‘Tetapi jika kamu berkuasa, kamu pastinya membuat kerosakkan dibumi dan memutuskan perhubungan persaudaraan. Mereka itulah yang Allah telah kutuk maka Dia telah menjadikan dia pekak dan buta matanya.’ [47:22-23]

Di dalam ayat ini mereka yang melakukan kerosakkan dibumi dan memutuskan tali persaudaraan telah dikutuk oleh Allah. Siapakah yang lebih merosakan dari Muawiya, yang mana khalifanya adalah terkenal dengan amalan kezaliman. Selain itu dia telah memutuskan ikatan persaudaraan.

[3] Juga Allah berkata di dalam al-Quran, ‘Sesungguhnya mereka yang mengatakan perkara yang jahat mengenai Allah dan rasulNya, Allah telah mengutuk mereka di dalam dunia ini dan juga diakhirat, dan dia telah menyediakan untuknya siksaan yang menghinakan.’ [33:57]

Pastinya menyakitkan Amirul-Mukminin dan kedua cucu nabi Hasan dan Husain begitu juga Ammar-e-Yasir dan sahabat terkenal yang lain adalah umpama menyakitkan nabi sendiri juga. Oleh kerana Muawiya telah menyakiti manusia yang wara’ ini, dia, menurut dari ayat al-Quran yang jelas, pastinya terkutuk didunia ini dan juga diakhirat.

[4] Di dalam surah Mukminun Allah berkata, ‘Pada hari dimana alasan mereka tidak memberikan faedah kepada mereka yang keji dan untuk mereka adalah kutukan dan untuk mereka tempat tinggal yang jahat.’ [40:52]

[5] Di dalam surah Hud, Dia berkata, ‘Sekarang sesungguhnya kutukan Allah kepada mereka yang zalim.’ [11:18]

[6] Di dalam surah al-Araf [Tempat yang ditinggikan] Allah berkata, ‘Kemudian yang memanggil akan panggil kepada mereka bahawa kutukan Allah keatas mereka yang zalim.’ [7:44]

Begitu juga banyak ayat lain yang diwahyukan mengenai mereka yang zalim. Telah jelas, bagi setiap mereka yang zalim dikutuk. Saya tidak fikir ada diantara kamu yang akan menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Muawiya. Maka jelaslah pada fakta bahawa dia adalah zalim, cukuplah pada menerima kutukkan dari Allah, dari segala bukti yang nyata kita juga boleh mengutuk mereka yang menerima kutukkan dari Allah.

[7] Di dalam surah an-Nisa Allah berkata, ‘Dan sesiapa yang membunuh orang beriman dengan sengaja, hukuman baginya adalah neraka; dia akan tinggal di dalamnya, dan Allah akan hantar siksaan kepadanya dan mengutuknya dan menyediakan untuknya siksaan yang amat pedih.’ [4:93]

PEMBUNUHAN TERHADAP ORANG BERIMAN YANG TERKENAL SEPERTI IMAM HASAN, AMMAR HAJAR BIN ADI MALIK ASHTAR DAN MUHAMMAD BIN ABI BAKR ATAS ARAHAN MUAWIYA..
Ayat al-Quran dengan jelas mengatakan bahawa jika sesaorang membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, dia berhak menerima kutukkan dan tempat tinggalnya adalah neraka. Tidakkah Muawiya bersekutu di dalam pembunuhan orang yang beriman? Tidakkah dia yang mengarahkan terhadap pembunuhan Hajar Ibn Adi dan tujuh orang sahabatnya? Tidakkah dia yang mengarahkan supaya Abdur-Rahman bin Hasan Al-Ghanzi ditanam hidup-hidup?

Ibn Asakir dan Yaqub Bin Sufyan di dalam buku sejarah mereka; Baihaqi di dalam Dala’il; Ibn Abdu’l-Bar di dalam Isti’ab; dan Ibn Athir di dalam Kamil telah mengatakan bahawa Hajar Bin Adi, salah seorang sahabat yang terkenal, dan bersama tujuh orang sahabatnya telah dibunuh dengan kejam oleh Muawiya. Kesalahan mereka, kerana enggan mengutuk Ali.

Imam Hasan adalah cucu nabi yang pertama. Tidakkah dia terjumlah di dalam Ashab-e-Kisa [mereka yang dibawah selimut]? Bukankah dia salah seorang dari ketua remaja disyurga dan yang beriman, yang mempunyai kedudukan tertinggi? Menurut dari kenyataan Mas’udi, Ibn Abdu’l-Bar, Abu’l-Faraj Ispahani, Tabaqa oleh Muhammad Bin Sa’d, Tadhkira oleh Sibt Ibn Jauzi, dan ulama sunni yang lain, Muawiya menghantar racun kepada Asma’ Ju’da dan menjanjkan kepada dia bahawa jika dia membunuh Hasan Ibn Ali, Muawiya akan memberi kepadanya 100 000 dirham dan akan mengahwinkannya dengan anaknya Yazid. Adakah kamu teragak-agak untuk memanggil Muawiya terkutuk? Tidakkah fakta yang sebenar, bahawa di dalam peperangan Siffin sahabat nabi yang agung Ammar Yasir, telah syahid atas arahan Muawiya? Kesemua ulama kamu mengatakan dengan satu kenyataan bahawa nabi telah berkata kepada Ammar Yasir, ‘Tidak beberapa lama lagi kamu akan dibunuh oleh sekumpulan penentang yang sesat.’

Adakah kamu masih ragu bahawa ribuan muslim beriman telah dibunuh oleh pegawai Muawiya? Tidakkah perwira yang gagah dan ikhlas telah diracun oleh arahan Muawiya? Bolehkan kamu nafikan bahawa pegawai tertinggi Muawiya, Amr bin As dan Muawiya bin Khadij, secara kejam mensyahidkan gabenor Imam Amirul-Mukminin, yang wara’ Muhammad bin Abi Bakr? Tidak puas dengan itu mereka masukkan badannya kedalam kulit keldai dan membakarnya. Jika saya hendak berikan kepada kamu secara khusus mereka yang beriman yang telah dibunuh oleh Muawiya dan pegawainya, ianya memerlukan bukan satu malam malah beberapa malam.

PEMBUNUHAN 30 000 ORANG YANG BERIMAN OLEH BUSR BIN ARTAT DENGAN ARAHAN MUAWIYA.
Kekejaman yang paling besar adalah Busr bin Artat telah membunuh ribuan orang yang beriman atas perintah Muawiya. Abu’l-Faraj Ispahani dan Allama Samhudi di dalam Ta’rikhu’l-Medina, Ibn Khallikan, Ibn Asakir dan Tabari di dalam sejarah mereka; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, dan ramai lain dari ulama kamu telah menulis bahawa Muawiya mengarahkan Busr menyerang San’a dan Yaman dari Madina dan Makah. Dia berikan arahan yang sama kepada Zuhak bin Qais Al-Fahri dan yang lain. Abu’l-Faraj mengatakannya dengan perkataan ini, ‘Sesiapa sahaja dari sahabat dan shia Ali yang dijumpai hendaklah dibunuh, walaupun wanita dan kanak-kanak, jangan dibiarkan hidup.’ Dengan arahan yang tegas ini, mereka keluat dengan tenaga askar 3 000 orang dan menyerang Madina, San’a, Yaman, Ta’if dan Najran. Apabila mereka sampai ke Yaman, gabenornya, Ubaidullah Ibn Abbas telah keluar dari kota. Mereka memasukki rumahnya dan membunuh kedua-dua anaknya, Sulayman dan Dawud diatas pangkuan ibunya.

Ibn Abi’l-Hadid menulis di dalamSharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 121, bahawa di dalam serangan ini 30 000 telah terbunuh, tidak termasuk yang mati terbakar.

Adakah tuan-tuan masih ragu yang Muawiya berhak pada kutukan?

MUAWIYA MENGARAHKAN SUPAYA ALI DIKUTUK.
Diantara bukti yang jelas bahawa Muawiya adalah kafir dan berhak kutukkan adalah secara umum penolakkannya terhadap Amirul-Mukminin dan arahannya kepada manusia untuk membaca kutukkan terhadap Imam di dalam qunut [doa di dalam solat] mereka. Fakta ini telah disahkan oleh kita berdua shia dan sunni. Bahkan ahli sejarah bangsa lain telah merakamkan bahawa amalan yang hina itu telah diarahkan secara terbuka, dan ramai yang telah terbunuh kerana tidak menyebutkan kutukan tersebut. Amalan ini telah diberhentikan oleh khalifa Umayya, Umar bin Abdil-Aziz.

Mereka yang mengutuk adik nabi, suami Fatima, Amirul-Mukminin Ali Ibn Abi Talib, dan yang mengarahkan orang lain melakukan pastinya dikutuk. Fakta ini telah dirakamkan oleh semua ulama terkenal di dalam buku sahih mereka, Sebagai contoh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, Imam Tha’labi dan Imam Fakhru’d-in Razi di dalam Tafsir (ulasan), Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Dailami di dalam Firdaus, Muslim Bin Hajjaj di dalam Sahih, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Hakim di dalam Mustadrak, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Abraham Hamwaini di dalam Fara’id, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Imamu’l-haram di dalam Dhakha’iru’l-Uquba, Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, dan ulama yang lainnya telah menyampaikan dengan sedikit perbezaan perkataan, mengatakan bahawa nabi telah berkata, ‘Sesiapa yang menghina Ali, sebenarnya menghina saya; yang menghina saya sebenarnya telah menghina Allah.’

Dailami di dalam Firdaus, Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata, ‘Sesiapa yang menyakiti Ali, sebenarnya telah menyakiti saya, dan kutukan Allah keatas mereka yang telah menyakiti saya.’ Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq menyebut satu hadith mengenai akibat terhadap sesaorang yang mengutuk terhadap mana-mana dari keturunan nabi. Dia mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Jika sesiapa mengutuk ahli bayt saya, semoga kutukkan Allah diatasnya.’

Dari itu Muawiya pastinya terkutuk. Sebagaimana yang disampaikan oleh Ibn Athir di dalam Kamil, Muawiya biasa mengutuk Ali, cucu-cucu nabi, Hasan dan Husain dan juga Abbas dan Malik Ashtar di dalam qunut solat harian.

Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan di dalam Musnad dan beberapa punca bahawa nabi Allah berkata, ‘Jika sesiapa melukakan Ali dia akan dilayani sebagai yahudi atau kristian pada hari pengadilan.’ Pastinya kamu semua telah tahu bahawa adalah satu dari hukum islam bahawa memanggil Allah dan nabi dengan nama yang hina membawa kepada kafir.

Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bahagian X, mengatakan bahawa satu ketika Abdullah Ibn Abbas and Sa’id Ibn Jabir melihat pada pinggir telaga zamzam sekumpulan orang Syria menghina Ali. Mereka pergi mendapatkannya dan berkata, ‘Siapa diantara kamu yang menghina nabi Allah?’ Orang Syria menjawa, ‘Tiada siapa diantara kami yang menghina nabi Allah.’ Kemudian mereka berkata, ‘Baik, siapa diantara kamu yang menghina Ali?’ Orang Syria berkata, ‘Ya, kami telah menghina Ali,’

Kemudian Abdullah dan Sa’id berkata, ‘Kamu harus menjadi saksi bahawa kami mendengat nabi berkata kepada Ali, ‘Sesiapa yang menghina kamu, sesungguhnya telah menghina saya; sesiapa yang menghina saya telah menghina Allah. Jika sesiapa yang menghina Allah, Dia akan menlontarkan mereka kedalam neraka.’

PARA SAHABAT NABI DITAHAP YANG BERBEZA PADA PEMAHAMAN.
Sheikh: Adakah wajar bagi orang yang berkaliber seperti kamu, mengutuk sahabat nabi yang terhormat? Tidakkah terdapat fakta bahawa Allah telah mewahyukan beberapa ayat pada memuji sahabat nabi dan berikan berita gembira dengan penyampaiannya. Dan khalu’I-Mukminin Muawiya, yang pastinya sahabat yang terhormat, berhak pada pujian yang dikandongi oleh ayat tersebut. Tidakkah menghina para sahabat bersamaan dengan menghina Allah dan nabi?

Shirazi: Mungkin kamu telah terlupa pada apa yang saya telah katakan dimalam yang lalu. Tiada siapa menafikan terdapat ayat yang diwahyukan pada memuji para sahabat. Tetapi jika kamu faham pengertian sahabat atau kawan, kamu akan mengakui bahawa ayat yang diwahyukan pada memuji sahabat bukanlah ditujukan secara umum. Kita tidak boleh menganggap bahawa kesemuanya adalah suci.

Tuan yang dihormati! Kamu tentu faham bahawa ‘sahabat’ secara lisan bererti ikatan dua insan. Maka ia boleh bererti tinggal bersama atau sebagaimana yang difahami secara umum, menolong atau memberikan bantuan kepada yang lain. Menurut bahasa Arab, al-Quran dan hadith, sahabat nabi merujuk kepada yang menghabiskan masa hidupnya bersama dengan nabi, sama ada dia muslim ataupun kafir. Maka interpretasi kamu bahawa semua para sahabat berhak syurga adalah salah. Itu bertentangan dengan minda yang sihat dan juga hadith.

DALAM AYAT AL-QURAN ’SAHAB’ DAN ‘SAHABA’, BERETI RAKAN TIDAK MEMPUNYAI PENGERTIAN PENGHORMATAN.
Saya akan berikan lagi ayat al-Quran sebagai tambahan dan hadith sahih dari ulama sunni supaya kamu jangan tersalah faham mengenai perkataan ‘sahabat’. Perkataan ini telah digunakan untuk semua sahabat, sama ada mereka muslim ataupun kafir.

[1] Di dalam surah Najm [bintang], Allah berkata kepada yang kafir, ‘Sahabat kamu tidak membuat salah, dan tidak juga sesat.’ [53:2]

[2] Di dalam surah Saba [Sheba] Allah berkata, ‘Katakan, aku menyuruh kamu pada satu perkara, bahawa kamu bangun untuk Allah secara berpasangan atau sendirian, kemudian fikirkan; sahabat kamu tidak dirasuk.’ [34:46]

[3] Di dalam surah Kahf [Gua] Allah berkata, ‘dan berkata ia kepada sahabatnya sedang ia berselisih dengan dia: Saya punyai harta yang lebih dari kamu dan lebih ramai pengikut.. ‘ [18:34]

[4] di dalam surah yang sama, Allah berkata, ‘Sahabatnya berkata kepada dia sedang ia berselisih dengan dia: Adakah kamu percaya kepada Dia, yang menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitik mani, kemudian Dia menjadikan kamu manusia yang sempurna.’ [18:37]

[5] Di dalam surah al-A’raf [tempat yang ditinggikan], Allah berkata, ‘Tidakkah mereka bayangkan bahawa sahabat mereka bukannya gila? Dia hanya sekadar memberi peringatan.’ [7:184]

[6] Di dalam surah An’am [ternakkan], Allah berkata, ‘Katakan: haruskan kita memanggil selain dari Allah, yang tidak memberi faedah kepada kami amhupun menganiaya kami, dan haruskan kami berpatah kebelakang setelah Allah membimbing kami, seperti mereka yang syaitan telah membuat mereka jatuh kebinggongan didunia. Dia mempunyai sahabat yang mengajak kepada jalan yang benar [berkata], ‘Marilah kepada kami’ Katakan sesungguhnya petunjuk Allah, adalah petunjuk yang benar, dan kita diarah supaya menyerah kepada tuhan alam ini.’ [6:71]

[7] Di dalam surah Yusuf, dia berkata, ‘[Yusuf berkata kepad dua orang sahabatnya yang kafir] Wahai sahabat aku di penjara berdua! Adakah banyak tuhan lebih baik dari Allah, yang satu, yang berkuasa?’ [12:39]

Ini adalah beberapa ayat yang saya telah sampaikan sebagai contoh. Adalah jelas bahawa perkataan ‘sahaba’, ‘sahib’ ‘musahib’ dan ‘ashab’ tidak mempunyai kaitan khusus kepada muslim. Ianya digunakan kepada muslim dan bukan muslim sama sahaja. Sebagaimana saya telah katakan, sesaorang yang mempunyai hubungan sosial dengan seorang yang lain dipanggil musahib atau ashab. Sahabat nabi dirujuk kepada mereka yang mempunyai hubungan sosial dengan diri baginda.

Sudah pasti diantara para sahabat nabi dan diantara mereka yang duduk-duduk dalam kumpulannya, terdapat segala jenis manusia, baik dan jahat, yang beriman dan juga hipokrit. Ayat yang diwahyukan pada memuji para sahabat tidak boleh dikatakan untuk mereka semua. Ianya hanya merujuk kepada sahabat yang baik. Adalah benar bahawa tidak ada nabi yang terdahulu mampunyai sahabat yang terkenal seperti yang ada kepada nabi kita. Sebagai contoh sahabat pada Badr, Uhud dan Hunain yang telah berdiri teguh dengan berlalunya dugaan masa. Mereka telah menolong nabi dan teguh dengan keputusan.

Tetapi diantara sahabatnya terdapat beberapa orang yang berperangai buruk, musuh kepada nabi dan ahli baytnya, manusia seperti Abdullah bin Ubayy, Abu Sifyan, Hakam bin As, Abu Huraira, Thalabi, Yazid bin Sufyan, Walid Bin Aqaba, Habib Bin Musailima, Samra Bin Jundab, Amr Bin As, Busr Bin Artat (seorang zalim yang hauskan darah manusia), Mughira Bin Sha’ba, Mu’awiya Bin Abi Sufyan, and Dhu’s-Sadiyya. Manusia ini, semasa hidup nabi dan juga setelah nabi wafat, telah memyebabkan bencana yang besar kepada manusia. Seorang yang seperti itu adalah Muawiya, yang nabi telah kutuk masa hidup baginda. Setelah wafatnya nabi, apabila Muawiya mempunyai peluang, dia bangun memberontak dengan nama mencari pembalasan terhadap pembunuhan Uthman dan telah menyebabkan pertumpahan darah yang banyak diantara muslim. Di dalam pembunuhan ini ramai dari sahabat nabi yang terhormat, seperti Ammar Yasir telah terbunuh syahid. Nabi sendiri telah meramalkan akan syahidnya. Saya telah sampaikan hadith mengenai kejadian itu.

AL-QURAN YANG SUCI MEMUJI SAHABAT YANG BAIK DAN JUGA MENGUTUK SAHABAT YANG JAHAT.
Terdapat banyak ayat dari al-Quran dan hadith yang memuji sahabat yang terkenal dan wara serta beriman. Dan terdapat juga banyak ayat dan hadith yang mengutuk para sahabat yang keji.

Sheikh: Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa sahabat nabi menyebabkan kekacauan umum?

Shirazi: Ini bukan sahaja kata-kata saya. Allah di dalam sura ahli Imran berkata: ‘Jika dia [Muhammad] mati atau terbunuh, adakah kamu akan berpaling semula?’ [3:144]

Selain dari itu dan ayat yang lain dari al-Quran, Ulama kamu, termasuk Bukhari, Muslim, Ibn Asakir, Yaqub Bin Sufyan, Ahmad Bin Hanbal, Abdu’l-Bar, dan lainnya telah merakamkan laporan dan hadith mengenai kutukan terhadap sebahagian sahabat. Saya akan merujuk hanya dua hadith. Bukhari menyatakan dari Sahl Ibn Sa’d dan Abdullah Ibn Mas’ud bahawa nabi Allah berkata, ‘Saya akan menunggu kamu dipancutan Kauthar. Apabila sekumpulan dari kamu telah sesat dari jalan saya. Saya akan berkata, ‘Wahai Allah! Mereka semua adalah sahabat saya!’ Kemudian jawapan dariNya akan sampai kepada saya, ‘Kamu tidak tahu apakah perubahan yang mereka telah adakan selepas kamu.’

Dan lagi Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Tabrani di dalam Kabir, dan Abu Nasr Sakhri di dalam Ibana menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata, ‘Saya hendak menyelamatkan kamu dari siksaan neraka. Saya meminta kamu takutlah kepada neraka dan janganlah membuat perubahan pada agama Allah. Apabila saya mati dan berpisah dengan kamu, saya akan berada dipancutan Kauthar. Sesiapa yang sampai kepada saya disana selamat. Dan pada penghujung masa apabila saya dapati ramai dari manusia di dalam siksaan tuhan, saya akan berkata, ‘Wahai Allah! Ini adalah manusia dari ummah saya,’ Jawapannya akan sampai, ‘Sesungguhnya, mereka ini kebali kebelakang sesudah kamu.’ Menurut dari kenyataan Tabrani di dalam Kabir, jawapannya adalah, ’Kamu tidak tahu apakah perubahan yang mereka adakan selepas kamu. Mereka menerima agama mereka yang terdahulu.’

ABU TALIB SEORANG YANG KUAT BERIMAN.
Kamu menekankan bahawa Muawiya dan Yazid adalah muslim walaupun banyak kesalahan mereka telah dirakamkan di dalam buku kamu. Sebahagian dari ulama sunni menulis sebuah buku mengenai kutukan terhadap mereka, tetapi kamu masih berkeras mengatakan bahawa mereka berhak dipuji dan bahawa Abu Talib yang beriman tulus kamu katakan kafir.

Memang dapat dilihat kata-kata begini adalah hasil dari kebencian terhadap Amirul-Mukminin Ali. Kamu cuba membantah hujah yang membuktikan kekafiran dan hipokritnya Muawiya dan Yazid. Dan bahkan kamu menolak kenyataan Abu Talib secara terbuka mengenai imannya kepada Allah dan nabi.

BUKTI TAMBAHAN TERHADAP IMAN ABU TALIB.
Bukankah ianya satu fakta bahawa ahli bayt nabi telah mengatakan bahawa Abu Talib adalah seorang yang beriman dan dia mati sebagai yang beriman? Tidakkah Asbagh Bin Nabuta, seorang yang dipercayai, telah menyampaikan dari Amirul-Mukminin bahawa dia berkata, ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa bapa saya, Abu Talib, datuk saya Abdul-Muttalib Hashim dan Abdul-Munaf tidak pernah menyembah berhala.’

Adakah wajar bahawa kamu menolak kenyataan Ali dan ahli bayt yang suci dan memberikan kepujian kepada kenyataan yang terkutuk Mughira, Amawis, Khariji, Nasibi dan musuh-musuh lain Amirul-mukminin.

JAFAR TAYYAR MEMELUK ISLAM ATAS ARAHAN BAPANYA.
Lebih-lebih lagi ramai ulama kamu, termasuk Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha telah menulis bahawa satu hari Abu Talib datang ke masjid dan melihat nabi sedang sembahyang. Ali sedang sembahyang pada sebelah kanan baginda. Abu Talib mengarahkan anaknya Jafar, yang bersama dengannya dan belum lagi memeluk islam, ‘berdirilah disebelah sepupu kamu dan lakukan sembahyang bersamanya’ Jafar pergi berdiri kesebelah kiri nabi dan mula bersembahyang. Pada ketika itu Abu Talib mengubah syair ini, ‘Sesungguhnya Ali dan Jafar adalah kekuatan saya dan penghibur di dalam kesusahan dan kekeciwaan. Wahai Ali dan Jafar! Janganlah tinggalkan berdampingan dengan sepupu kamu dan anak saudara ku, tetapi bantulah dia. Saya bersumpah, saya tidak akan meninggalkan nabi. Bolehkah sesiapa meninggalkan kumpulan nabi yang begitu mulia?’

Maka itu adalah pandangan semua ulama kamu bahawa Jafar memeluk islam dan melakukan sembahyang dengan nabi adalah arahan dari Abu Talib.

NABI MENANGIS DENGAN KEMATIAN ABU TALIB DAN MENDOAKAN RAHMAT ALLAH PADANYA.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Ibn Jauzi di dalam Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma mengatakan dari Tabaqat-e-Muhammad Ibn Sa’d, yang menyampaikan dari Waqidi dan Allama Seyyed Muhammad Bin Seyyed Rasul Barzanji di dalam Kitabu’l-Islam Fi’l-‘am-o-Aba’-e-Seyyedu’l-An’am, kenyataan dari Ibn Sa’d dan Ibn Asakir, yang menyampaikan dari punca yang sahih dari Muhammad Bin Ishaq bahawa Ali berkata, ‘Apabila Abu Talib meninggal dan saya memberitahu nabi Allah mengenainya, baginda menangis. Kemudian dia berkata kepada saya, ‘Pergi dan mandikan jasadnya di dalam persediaan untuk pengkebumian, balut dirinya dengan kafan dan kebumikan dia. Semoga Allah merahmatinya dan keampunan keatasnya!’

Adakah dibolehkan oleh islam untuk melakukan upacara pengkebumian kepada kafir? Adakah dibenarkan kepada kita untuk mengatakan bahawa nabi mendoakan kerahmatan Allah keatas orang kafir dan musyirik? Nabi tidak meninggalkan rumahnya untuk beberapa hari dan berterusan mendoakan untuk keamanan abadi Abu Talib.

24
DIALOG SUNNI-SHIA

SAJAK ALI UNTUK BAPANYA ABU TALIB.
Jika kamu merujuk Tadhkira oleh Sibt Ibn Jauzi, ms.6 kamu akan lihat apa yang Amirul-Mukminin kata di dalam sajak pujiannya kepada bapanya, ‘Wahai Abu Talib, kamu adalah syurga bagi mereka yang mencari perlindungan, hujan rahmat bagi tanah yang gersang, cahaya yang menembusi kegelapan. Kematian kamu telah meruntuhkan tiang keselamatan. Sekarang yang Memberi Manfaat telah berikan rahmatNya keatas kamu. Allah telah mengambil kamu kepadaNya, kamu adalah bapa saudara yang terbaik kepada nabi.’

Bolehkah dipercayai bahawa seorang yang telah dipenuhi dengan keimanan akan menulis sajak pujian kepada seorang yang mati di dalam kekafiran?

ABU TALIB MENYEMBUNYIKAN KEIMANANNYA SEDANG HAMZA DAN ABBAS MENGISTIHARKANNYA.
Sheikh: Jika Abu Talib seorang yang beriman, mengapa dia tidak mengatakan kepercayaannya sebagaimana saudaranya, Hamza dab Abbas telah lakukan?

Shirazi: Terdapat perbezaan yang besar diantara Abbas, Hamza dan Abu Talib. Hamza tidak tahu takut dan perkasa bahawa semua penduduk Makah takut kepadanya. Dia memeluk Islam telah membuktikan pertolongan yang besar kepada nabi.

Abbas bagaimana pun tidak menyatakan islamnya begitu sahaja. Ibn Abdu’l-Bar menulis di dalam Isti’ab bahawa Abbas memeluk islam sedang dia berada di Makah, tetapi dia menyembunyikan kepercayaannya dari manusia ramai. Apabila nabi berhijarah dari Makah, Abbas juga berhajat untuk bersama dengannya. Tetapi nabi menulis kepadanya bahawa peninggalannya di Makah adalah penting bagi dirinya [nabi]. Maka dia tinggal di Makah dan selalu menghantar berita kepada nabi dari sana. Para musyirik membawa dia bersama mereka di dalam peperangan Badr. Apabila orang kafir dikalahkan, dia dibawa sebagai tawanan. Pada hari penaklukan Khaibar akhirnya dia dibenarkan untuk menyatakan keimanannya.

Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 56, ms 226 mengatakan dari Dhakha’iru’l-Uquba oleh Imamu’l-Haram Abu Ja’far Ahmad Bin Abdullah Tabari Shafi’i, yang menyampaikan dari Faza’il oleh Abu’l-Qasim Ilahi bahawa ahli ilmuan tahu bahawa Abbas telah memeluk islam semenjak dari mula lagi tetapi dia telah merahsiakannya. Di dalam peperangan Badr apabila dia telah datang bersama musyirik, nabi berkata kepada muslim, ‘Sesiapa yang melihat Abbas janganlah membunuhnya kerana dia terpaksa mengikut mereka yang kafir. Dia telah bersedia untuk hijrah, tetapi saya menulis kepadanya bahawa dia harus tinggal disana dan memberikan saya maklumat mengenai mereka yang kafir.’ Pada hari Abu Rafii memberitahu nabi bahawa Abbas menyatakan penerimaannya kepada islam, nabi telah membebaskan Abu Rafii.

MENGAPA ABU TALIB MENYEMBUNYIKAN KEIMANANNYA.
Jika Abu Talib menyatakan keimanannya, semua kaum Quraish dan kesemua kaum Arab akan bersatu menentang Bani Hashim. Abu Talib memahami perlunya dia menyembunyikan keislamannya. Dia berpura patuh kepada Quraish supaya dapat melindungi aktivitinya daripada musuh.

Selagi Abu Talib masih hidup keadaan yang sama berterusan, dan nabi dilindungi. Tetapi dengan kematian Abu Talib Jibril mencul dihadapan nabi dan berkata, ‘Sekarang kamu hendaklah meninggalkan Makah. Selepas Abu Talib kamu tidak mempunyai penolong disini.’

Sheikh: Adakah islam Abu Talib diketahui semasa nabi Allah, dan adakah kommuniti percaya kepadanya?

Shirazi: Ya, ianya diketahui umum dan mereka menyebutkan namanya dengan penuh hormat.

KEIMANAN ABU TALIB DIKETAHI UMUM SEMASA HIDUP NABI.
Sheikh: Bagaimana mungkin bahawa semasa hidupnya nabi perkara ini selalu disebutkan dan menjadi pengetahuan umum kepada semua, tetapi selepas 30 tahun, pandangan yang berbeza telah menjadi peganggan disebabkan oleh hadith yang palsu?

Shirazi: Ini bukanlah satu perkara yang unik. Kerap sesuatu yang diterima pada masa nabi, telah bertukar sepenuhnya dari yang asal disebabkan hadith yang dipalsukan. Perundangan dan amalan agama yang dipaksakan semasa hidup nabi telah ditinggalkan sama sekali selang beberapa tahun disebabkan oleh pengaruh manusia.

PERKAHWINAN MUT’A DAN HAJJ NISA ADALAH HALAL SEHINGGA KEMASA ABU BAKR TETAPI TELAH DIHARAMKAN OLEH UMAR.
Sheikh: Sila nyatakan satu contoh bagi perubahan yang sedemikian.

Shirazi: Ada banyak contoh; dua mencukupi untuk menunjukkan maksud saya. Saya akan bincangkan mut’a dan hajj nisa. Kedua golongan setuju dua amalan ini adalah biasa semasa hidupnya nabi. Lebih lagi ianya telah diamalkan semasa khalifa Abu Bakr dan juga sebahagian masa khalifa Umar. Tetapi khalifa Umar telah memusingkan sepenuhnya peraturan al-Quran. Dia berkata, ‘Dua mut’a telah diamalkan semasa hayat nabi. Sekarang saya menjadikan keduanya haram dan akan menghukum mereka yang didapati melakukan amalan itu.’

Apa yang halal oleh Allah kini telah diharamkan. Perintah Umar telah tersebar luas dan dengan membuta tuli telah dipatuhi sehingga perundangan yang asal kini telah lenyap. Sehingga hari ini saudara sunni menganggap mut’a adalah bid’ah dari shia.

Jika kehendak Umar boleh memutarkan perintah Allah dan juga fakta sejarah yang mut’a telah diamalkan, kini bolehkan kamu percaya bahawa keimanan Abu Talib yang telah diketahui umum boleh dinafikan?

Sheikh: Adakah kamu katakan bahawa jutaan muslim telah melanggar perintah al-Quran dan juga sunnah nabi? Ingat seluruh dunia memanggil kami sunni iaitu pengikut sunnah. Shia dipanggil Rafizi iaitu yang menyimpang dari sunnah nabi.

SUNNI SEBENARNYA RAFIZI DAN SHIA ADALAH SUNNI.
Shirazi: Keadaan sebenarnya shia adalah sunni, iaitu mereka mengikuti al-Quran dan juga sunnah nabi. Kamu adalah Rafizi kerana kamu melanggar perintah al-Quran dan arahan nabi.

Sheikh: Ini adalah aneh! Kamu telah menukarkan jutaan muslim kepada Rafizi. Bolehkan kamu kemukan hujah pada menyokong maksud ini?

Shirazi: Saya telah pun memberitahu kamu pada malam yang lalu bahawa nabi mengarahkan kita supaya selepas baginda kita hendaklah mengikuti al-Quran dan keturunannya. Tetapi kamu dengan sengaja meninggalkan keturunan nabi dan mengikuti yang lain. Kamu menolak amalan nabi. Kamu meninggalkan manusia suci itu dengan arahan dari dua sheikh kamu dan kemudian kamu memanggil pengikut sunnah nabi Rafizi.

Diantara perintah lain yang jelas di dalam al-Quran yang mengatakan, ‘Dan ketahuilah bahawa apa sahaja yang menguntungkan kamu, sa perlima darinya adalah untuk Allah dan rasul dan juga kerabat terdekat dan anak-anak yatim dan yang memerlukan dan yang bermusafir.’ [8:4] Rasul patuhi perintah ini dan memberikan khums [1/5] dari kekayaan yang diperolehi dari pihak musuh kepada yang beriman dan kerabatnya. Tetapi kamu menentang amalan ini.

Mut’a adalah satu lagi insiden pada maksud itu. Mengikut dari perintah Allah dan telah disahkan oleh nabi dan para sahabatnya. Amalan ini telah berterusan dimasa khalifa Abu Bakr dan juga sebahagian dari masa khalifa Umar. Tetapi dengan perintah Umar kamu semua telah menjadikan ianya haram apa yang Allah telah halalkan. Lebih-lebih lagi kamu telah menolak sunnah nabi. Dan bahkan kamu mengelar diri kamu sunni dan mengatakan kami Rafizi.

Kahlifa Umar sendiri tidak memberikan sebarang alasan atas sebab apa dia melanggar arahan tuhan. Ulama sunni telah cuba dengan sedaya upaya hendak membuktikan bahawa keputusan Umar adalah benar.

HUJAH PADA HALALNYA MUT’A.
Sheikh: Bolehkan kamu buktikan akan halalnya mut’a? Bolehkan kamu buktikan khalifa Umar melanggar perintah Quran dan juga sunna nabi?

Shirazi: Bukti yang paling kuat telah diberikan oleh al-Quran. Di dalam surah an-Nisa Allah berkata: ‘…Maka kepada mereka yang kamu dapat manfaat [dari mut’a] berilah mahar bagi mereka sebagaimana yang dijanjikan…’[4:24]

Pastinya perintah al-Quran adalah wajib selama-lamanya melainkan jika ianya dibatalkan oleh al-Quran itu sendiri. Oleh kerana ianya tidak dibatalkan, arahan itu kekal sampai bila-bila.

Sheikh: Bagaimana ayat itu tidak dikaitkan kepada perkahwinan yang kekal? Itu adalah ayat yang sama yang memberikan arahan mengenai membayar semula mahar.

Shirazi: Kamu telah keliru pada tujuan utama. Ulama kamu yang terkenal seperti Tabari di dalam Tafsir-e-Kabir, bahagian V dan Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Mafatihu’l-Ghaib, bahagian III, telah mengesahkan bahawa ayat itu merujuk kepada mut’a.

Selain dari terjemahannya yang jelas dari ulama dan pengulas kamu, kamu juga sedar bahawa keseluruh surah an-Nisa, terdapat beberapa bentuk ikatan dan perkahwinan telah disebutkan: nikah [perkahwinan kekal], mut’a [perkahwinan semtara], dan perkahwinan dengan mulik-e-Yamin [orang suruhan]. Untuk perkahwinan kekal, al-Quran mengatakan di dalam surah an-Nisa: ‘Kemudian kahwinilah wanita yang kelihatan baik kepada kamu, dua dan tiga dan empat; tetapi jika kamu khuatir bahawa diri kamu tidak dapat berlaku adil [diantara mereka], maka hanya satu atau apa yang dimilikki oleh tangan kanan kamu.’ [4:3]

Mengenai Mulk-e-Yamin Allah berkata: Dan sesiapa diantara kamu yang tidak mempunyai kelayakkan untuk berkahwin dengan wanita merdeka, maka [dia boleh berkahwin] kepada yang tangan kanan kamu miliki diantara wanita yang beriman; dan Allah mengetahui keiman kamu: sebagaimana kamu saling berhubung; maka kahwinilah mereka dengan izin tuan mereka dan berikanlah mahar mereka dengan adil.’ [4:25]

Arahan pada ayat 4 dari surah an-Nisa yang bererti bahawa, ‘…yang pada mereka kamu dapat manfaat [dari mut’a] berilah kepada mereka maharnya sebagaimana yang didpersetujui…’ adalah untuk mut’a atau perkahwinan sementara. Ianya tidak boleh kepada perkahwinan kekal, jika tidak, ia akan bererti bahawa di dalam bab yang sama arahan mengenai perkahwinan tetap telah diulangi dua kali, ini telah menyalahi undang-undang, dan jika ianya untuk mut’a, maka ini adalah bukti bahawa ia kekal dan dari arahan yang berbeza.

Kedua, bukan sahaja shia tetapi semua muslim bersetuju bahawa mut’a telah diamalkan semasa permulaan islam. Para sahabat yang terkenal telah mengamalkannya di masa hidup nabi. Jika ayat itu dirujuk pada perkahwinan kekal maka yang mana ayat mut’a? Sebagai bukti inilah dia ayat mengenai mut’a, yang pengulas kamu telah menerimanya. Tidak ada ayat di dalam al-Quran yang membatalkan perintah itu.

AHLI SUNNA DENGAN HALALNYA MUT’A.
Telah dikatakan di dalam Sahih oleh Bukhari dan Musnad oleh Imam Ibn Hanbal dari Abu Raja pada pengesahan dari Imran Ibn Hasin bahawa ‘ … ayat mut’a telah diwahyukan di dalam kitab Allah. Maka kami mengamalkan menurut sebagaimana yang diperintahkan pada masa nabi. Tidak ada ayat yang diturunkan untuk menjadikan ianya haram, dan tidak juga nabi melarangnya.’ Satu orang telah memutuskan untuk mengubah perundangan itu. Bukhari mengatakan bahawa orang itu adalah Umar.

Muslim di dalam Sahihnya, bahagian satu, di dalam bab Nikatul-Mut’a berkata, ‘Hasan Halwa’i mengatakan kepada kami bahawa dia telah diberitahu oleh Abdur-Razzaq, yang telah diberitahu oleh Ibn Jarih, yang telah diberitahu oleh Ata bahawa Jabir Ibn Abdullah Ansari datang ke Makah untuk melakukan umrah dan mereka datang menemuinya pada tempat kediamannya. Manusia tanya banyak soalan kepadanya. Apabila mereka sampai kepada soalan mut’a dia berkata, ‘Ya, kami biasa mengamalkan mut’a semasa hidup nabi dan juga semasa khalifa Abu Bakr dan Umar.’ Juga di dalam buku yang sama bahagian I, di dalam bab al-mut’a Bil-Hajj wal-Umra, ianya telah disampaikan dengan pengesahan Abi Nazara bahawa dia berkata, ‘Saya berada bersama dengan Jabir Ibn Abdullah Ansari apabila sesaorang datang dan berkata, ‘Terdapat perbezaan pendapat diantara Ibn Abbas dan Ibn Zubair mengenai dua mut’a, Mut’atu’n-Nisa and Mut’atu’l-Hajj.’ Maka Jabir berkata, ‘Kami telah melakukan keduanya pada masa hidupnya nabi. Kemudian Umar melarangnya, kami tidak dapat melakukan.’

Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, bahagian I, ms 25, menyampaikan dari Abu Nazara yang mengatakan dengan cara yang lain. Juga keduanya menyampaikan kenyataan yang lain dari Jabir bahawa dia berkata, ‘Dimasa hidupnya nabi dan Abu Bakr, kami biasa mengamalkan mut’a dengan beberapa genggam kurma dan tepong sehinggalah Umar mengharamkannya di dalam insiden Amr bin Harith.’

Hamidi di dalam bukunya Jam’-e-Bainu’s-Sahihain, menyampaikan dari Abdullah Ibn Abbas bahawa dia berkata, ‘Kami biasa mengamalkan mut’a semasa hidupnya nabi. Apabila Umar menjadi khalifa, dia berkata bahawa, ‘Allah yang berkuasa telah menjadikan halal apa yang dihajatiNya untuk nabiNya. Sekarang nabi telah mati, dan al-Quran mengambil tempatnya. Maka apabila kamu memulakan hajj atau umra, kamu hendaklah menyelesaikan semuanya sebagaimana Allah mengarahkan kamu. Kamu hendaklah bertaubat atau menahan diri dari mut’a. Bawakan kepada aku orang yang melakukan mut’a supaya akau akan merejamnya dengan batu.’

Terdapat banyak laporan yang sedemikian di dalam buku kamu yang boleh dipercayai, yang menunjukkan bahawa mut’a adalah halal semasa hidupnya nabi. Para sahabat mengamalkannya sehinggalah Umar mengharamkannya.

Selain dari kenyataan itu, sebahagian dari para sahabat, seperti Ubayy Ibn Ka’b, Ibn Abbas, Abdullah Ibn Mas’ud, Sa’id Ibn Jabir and Sa’d telah membaca ayat mut’a dengan cara ini, ‘Dan dengan mereka yang kamu telah bermut’a sehinggalah sampai waktu yang telah ditetapkan.’

Jarullah Zamakhshari menyatakan di dalam Kashshaf dari Ibn Abbas dan juga Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir-e-Kabir dan Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Mafatihu’l-Ghaib, jilid III, menulis mengenai ayat suci itu dan Imam Nuwi di dalam Sharh-e-Muslim, bab I, Nikatu’l-Mut’a mengatakan dari Nazari bahawa Qazi Ayaz mengatakan bahawa “Abdullah Bin Mas’ud, seorang penulis wahyu, biasa membacakan ayat itu dengan cara yang sama, iaitu, ‘sehingga kepada waktu yang ditetapkan.’

Imam Fakhru’d-din Razi, setelah menyebutkan kenyataan oleh Ubayy Ibn Ka’b dan Ibn Abbas, berkata, ‘Ummah tidak menolak cara bacaan tersebut dengan cara itu, maka apa yang saya telah katakan telah diterima melalu ijma.’ Dan lagi pada muka surat sebelahnya dia berhujah dengan cara yang sama, ‘Pembacaan itu dengan jelas membuktikan bahawa mut’a terdapat dalam perundangan agama. Kami tidak mempunyai pendapat yang lain bahawa mut’a telah dibenarkan dimasa hidupnya nabi.’

PERINTAH KEBENARAN PADA MUT’A TIDAK DIBATALKAN.
Sheikh: Bolehkan kamu buktikan bahawa ianya halal semasa nabi tetapi tidak dibatalkan kemudian?

Shirazi: Terdapat banyak bukti bahawa ianya tidak dibatalkan. Hujah yang paling meyakinkan adalah mut’a telah dibenarkan pada masa hidupnya nabi sehingga kepertengahan masa khalifa Umar.

Kenyataan khalifa Umar telah disampaikan secara umum oleh ulama kamu. Mereka telah menulis bahawa dia telah naik kemimbar dan berkata, ‘Pada masa nabi dua mut’a telah dibenarkan. Saya jadikan keduanya haram, dan jika sesiapa yang melakukan, saya akan menghukumnya.’

Sheikh: Apa yang kamu katakan adalah benar, tetapi maksud saya adalah terdapat banyak arahan yang pada mulanya dimasa nabi dibenarkan tetapi ianya dibatalkan kemudian. Mut’a juga dibenarkan pada mulanya, tetapi kemudian ianya dilarang.

Shiarzi: Oleh kerana dasar pada agama adalah al-Quran, jika semua perundangan yang terdapat di dalam al-Quran dan ianya di batalakn, maka pembatalan perundangan itu juga terdapat di dalam al-Quran. Sekarang beritahu kami dimana di dalam al-Quran yang arahan ini telah dibatalkan.

Sheikh: Di dalam surah 23 Mukminin, ayat 6 membatalkan arahan ini. Ianya mengatakan, ‘Melainkan terhadap isterinya, atau yang dimiliki tangan kanannya, sesungguhnya mereka tidak dipersalahkan.’ [23:6]

Ayat itu mengatakan dua syarat untuk perhubunga kelamin: perkahwinan atau perhubungan dengan hamba. Maka ayat ini membuktikan bahawa perundangan pada mut’a telah dibatalkan.

Shirazi: Ayat itu tidak membuktikan apa-apa bahawa mut’a telah dibatalkan; malah mengesahkannya. Wanita yang bersatu secara mut’a adalah isteri yang sebenar bagi lelaki. Jika dia bukan isteri sebenar, Allah tidak akan mengarahkannya supaya membayar mahar. Lebih lagi surah Mukminin telah diwahyukan sedang nabi berada di Makah, surah an-Nisa sedang baginda berada di Madina. Pastinya surah dari Makah mendahului surah dari Madina. Bolehkah surah A membatalkan surah B, jika surah A datang sebelum surah B?

PARA SAHABAT YANG TERKENAL DAN IMAM MALIK MENEKANKAN BAHAWA PERUNDANGAN MUT’A TIDAK DIBATALKAN.
Abdullah Ibn Abbas, Abdullah Ibn Mas’ud, Jabir Ibn Abdullah Ansari, Salama Ibn Akwa’, Abu’dh-Dharr Ghifari, Subra Bin Ma’bad, Akwa’ Bin Abdullah Al-Aslami dan Imran Bin Hasin telah menyatakan bahawa perundangan mut’a tidak dimansuhkan. Lebih-lebih lagi para ulama kamu yang terkanal juga berpendapat bahawa ianya tidak dimansuhkan. Sebagai contoh Jarullah Zamakhshari, di dalam Tafsir-e-Kashshaf mengenai kenyataan Abdullah Ibn Abbas bahawa ayat mut’a adalah salah satu dari perundangan yang jelas di dalam al-Quran, dimana sebutannya tidak diulangi. Imam Malik bin Anas juga mengatakan bahawa mut’a adalah halal dan ianya tidak dimansuhkan.

Mulla Sa’idu’d-din Taftazani di dalam Sharh-e-Maqasid, Burhanu’d-din Hanafi di dalam Hidaya, Ibn Hajar Asqalani idi dalam Fathu’l-Bari dan lainnya juga telah mengatakan kenyataan itu dan keputusan Malik yang mengatakan, “mut’a adalah halal. Ianya dibolehkan agama. Ianya halal, sebagaimana disahkan oleh Ibn Abbas, telah diketahui oleh semua dan kebanyakkan dari para sahabatnya dari Yaman hingga ke Makah telah mengamaikannya. Ditempat yang lain dia berkata, ‘Mut’a adalah halal oleh kerana ianya telah dibenarkan, dan halal dan bolehnya disahkan dan tidak pernah dibatalkan.’ Kamu boleh lihat sehingga Malik meninggal tidak terdapat keterangan yang perundangan itu telah dimansuhkan.

Lebih lagi pengulas kamu seperti Zamakhshari, Baghawi, dan Imam Tha’labi telah menerima pendapat Ibn Abbas dan para sahabat terkenal yang lain dan percaya akan halalnya mut’a.

SEMUA SYARAT PERKAHWINAN TELAH DIPENUHI OLEH MUT’A.
Sheikh: Oleh kerana tidak ada peruntukan untuk wanita yang bersatu dengan cara mut’a, seperti warisan, cerai, selepas cerai [iddah] dan saraan, sebagaimana yang diperuntukkan pada seorang isteri, maka dia tidak boleh menjadi isteri sebenar.

Shirazi: Wanita yang bersatu dengan seorang lelaki secara mut’a, telah dipelihara oleh semua syarat sebagaimana seorang isteri, melainkan apa yang telah nafikan secara munasabah. Mut’a adalah umpama nikah, yang memberikan hak kepada seorang wanita sebagai isteri. Untuk kesenangan bagi ummah dan untuk menyelamatkan mereka dari tidak berperaturan, sebahagian dari syarat dan adat telah diketepikan. Sebagaimana pada syarat, pertama, tidak pernah dibuktikan bahawa warisan adalah syarat yang perlu bagi perkahwinan. Ramai wanita, walaupun menjadi isteri, tidak menerima warisan dari pihak suaminya. Sebagai contoh isteri yang tidak taat atau mereka yang membunuh tidak mendapat pusaka.

Kedua, tidak dinyatakan dengan terang bahawa wanita yang bersatu secara mut’a telah dinafikan haknya pada warisan. Pakar perundangan telah berbeza pendapat mengenainya, dan perbezaan yang demikian terdapat juga diantara kamu.

Ketiga, pandangan imamiya secara keseluruhan bahawa wanita yang bersatu secara mut’a juga memerhatikan waktu iddahnya. Waktu terpendek baginya telah ditetapkan 45 hari. Jika suaminya meninggal dunia maka iddah yang biasa bagi wanita begini adalah 4 bulan 10 hari, sama ada dia pernah bersama dengan suaminya ataupun tidak, atau sama ada dia telah melewati umur haidnya ataupun tidak.

Keempat, hak pada saraan, bukan juga syarat mutlak bagi perkahwinan. Terdapat ramai wanita yang tidak diberikan saraan, seperti mereka yang tidak taat atau yang membunuh suami mereka.

Kelima, tammatnya tempoh yang telah depersetujui, dengan sendirinya adalah penceraian mereka. Begitu juga dengan persetujuan suaminya, dia boleh diceraikan sebelum sampai waktu yang telah ditetapkan.

Maka tidak ada satu pun syarat yang kamu katakan mempunyai apa-apa kesanperbezaan. Seorang ulama shia yang terkenal, Allama Jamalu’d-Din Hilli (Hasan Bin Yusuf Bin Ali Bin Mutahhar), telah memberikan secara mendalam hujah yang sama pada menjawab pandangan yang sama dari ulama kamu. Saya telah merujuk kepadanya secara ringkas. Sesiapa yang berhajat untuk mempelajarinya secara mendalam, bolehlah merujuk kepada Allama Hilli’s Mabahithat-e-Sunniyya wa Ma’rifat-e-Nussairiyya.

ADAKAH ARAHAN AL-QURAN UNTUK MUT’A TELAH DIMANSUHKAN OLEH NABI.
Sheikh: Selain dari ayat al-Quran terdapat juga banyak hadith yang mengatakan bahawa perundangan mengenai mut’a telah dibatalkan semasa nabi.

Shirazi: Sila katakan mengenai arahan pembatalan.

Sheikh: Ianya telah disampaikan dengan sedikit perbezaan. Sebahagian dari penyampai berkata bahawa ianya telah dikatakan pada hari penaklukkan Khaibar; sebahagian mengatakan pada hari penaklukkan Makah, sebahagian yang lain mengatakan pada haji terakhir; dan sebahagian lagi pada hari Tabuk. Yang lain lagi berpendapat bahawa arahan pada pembatalan telah disampaikan pada peristiwa Umratul-Qaza [haji selamat tinggal]

HUJAH MENGENAI PEMBATALANNYA SEMASA HAYAT NABI.
Shirazi: Panyampaian yang bertentangan itu dengan jelas membuktikan bahawa tidak ada arahan pembatalan yang sedemikian. Dan bagaimana kenyataan itu boleh dipercayai, yang sebaliknya, terdapat banyak hadith yang mengatakan di dalam Sahih-e-Sitta, Jam’-e-Bainu’s-Sahihain, Jam’-e-Bainu’s-Sahih-e-Sitta, Musnad dsb dari sahabat yang terkenal yang membuktikan bahawa ayat itu tidak dibatalkan sehingga khalifa Umar.

Hujah yang paling jelas bahawa ulama kamu sendiri telah mengatakan kenyataan khalifa Umar yang berkata, ‘Saya jadikan kedua-dua mut’a yang telah dilakukan pada masa hayat nabi, haram.’ Jika terdapat mana-mana ayat atau arahan dari nabi, tentu khalifa berkata, ‘Menurut dari arahan nabi dan disokong ayat al-Quran, jika sesiapa melakukan larangan yeng telah diadakan pada perundangan, saya akan menghukum dia.’ Kenyataan yang sedemikian lebih menekankan kepada manusia. Tetapi dia hanya sekadar mengatakan: ‘Dua mut’a yang dibenarkan pada masa nabi, saya menjadikannya haram.’

Jika sekiranya apa yang kamu katakan adalah benar dan ayat mut’a telah dimansuhkan, mengapa anak murid nabi seperti Abdullah Ibn Abbas, Imran Bin Hashim dan para sahabat yang lain tidak bertindak keatasnya. Ahli hadith dan juga ahli sejarah kamu, termasuk Bukhari dan Muslim telah merakamkan fakta itu. Semua ini dengan jelas telah membuktikan bahawa dari semenjak masa nabi hingga kepada masa khalifa Umar para sahabat mengikuti arahan perundangan.

BOLEHKAN KHALIFA UMAR MEMBATALKAN MUT’A.
Maka adalah jelas bahawa mut’a akan terus halal sehingga bila-bila. Abu Isa Muhammad Bin Sawratu’t-Tirmidhi di dalam buku Sunan, yang telah dianggap sebagai satu dari enam buku Sahih oleh kamu, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam, bahagian II, ms 95, dan Ibn Athir di dalam Jam’u’l-Usul telah menyampaikan bahawa seorang Syria telah bertanya Abdullah bin Umar bin Khattab, apa pendapatnya mengenai mut’a-e-nisa. Dia berkata, ‘Sudah pasti ianya halal.’ Orang itu berkata lagi, ‘Tetapi bapa kamu, khalifa, melarang manusia dari melakukannya.’ Dia berkata, ‘Ia telah diarahkan oleh nabi; maka ia telah dilarang oleh bapa saya; arahannya tidak boleh melebihi arahan nabi. Saya adalah pengikut arahan nabi.’

Dari laporan yang telah disampaikan, mungkin manusia kemudiannya telah memalsukan hadith supaya dapat menyokong kenyataan khalifa Umar. Perkara ini amat jelas untuk meminta penjelasan tambahan. Fakta yang sebenar kamu tidak punya keterangan yang sebenar pada haramnya mut’a selain dari kenyataan khalifa Umar.

Sheikh: Kenyataan khalifa itu sendiri adalah hujah yang kukuh untuk semua muslim dan mereka perlulah patuh kepadanya. Jika dia tidak mendengar dari nabi, tentu dia tidak mengatakan begitu.

Shirazi: Adakah kenyataan khalifa sungguh berkuasa bahawa muslim mesti patuh padanya? Saya tidak pernah melihat satu pun hadith di dalam buku kamu, yang mana nabi berkata bahawa kenyataan Umar bin Khattab adalah punca agama yang telah disahkan atau muslim mesti patuh padanya. Tetapi sebaliknya buku kamu penuh dengan hadith yang dipercayai yang mengatakan kita hendaklah mengikuti keturunannya, terutama Ali. Saya telah merujuk kepada hadith tersebut pada malam yang lalu. Ahli bayt nabi telah mengatakan perundangan mut’a tidak dibatalkan.

Kamu mengatakan bahawa jika Umar tidak mendengarkan arahan pembatalan dari nabi, dia tentu tidak mengatakan apa yang telah dilakukan, tetapi ini dengan mudah dapat dibantah. Pertama, jika dia pernah mendengar pembatalan pada hukum mut’a dari nabi, dia tentu telah mengatakan mengenainya pada masa hidupnya nabi sehinggalah pada masanya. Ini telah menjadi sesuatu yang perlu kerana dia melihat sendiri para sahabat mengamalkannya, dan telah menjadi tugas dia untuk mengingatkan manusia bahawa amalan mut’a telah dimansuhkan. Mengapa dia tidak menjalankan tugasnya dan menghalang kekejian?

Kedua, amalan mut’a adalah sesuatu kebiasaan bagi ummah, dengan arahan dari nabi sahaja amalan itu boleh dibatalkan. Tentu tidak ada kelewatan pada melaksanakan kes ini. Bolehkah diterima oleh akal jika arahan untuk ummah telah disebarkan, dan kemudiannya dibatalkan, bolehkah nabi tidak mengatakan kepada sesiapa pun melainkan Umar? Dan bolehkah diterima akal yang Umar tidak memberitahu sesiapa mengenainya sehingga kepertengahan masa khalifanya? Di dalam masa itu semua ummah yang melakukan amalan tersebut, yang telah dibatalkan, tidakkah tanggong jawab itu terletak kepada Umar?

Kamu katakan bahawa larangan pada ‘pembatalan dan amalan tidak beragama’ yang diamalkan tidak boleh diberitahu kepada yang lain dan makanya ummah terus melakukan amalan tersebut. Bolehkan sesiapa selain dari nabi sendiri dipertanggong jawabkan kerana tidak menyampaikan larangan yang diarahkan, hanya memberitahu kapada Umar mengenainya? Tidakkah itu kafir namanya untuk mengatakan bahawa nabi cuai pada menjalankan tugasnya dan bahawa ummah kerana tidak mengetahui terus mengamalkan amalan yang telah dilarang lama dahulu?

Ketiga, jika arahan mut’a telah dibatalkan semasa nabi dan Umar telah mendengarnya dari nabi, Umar boleh mengatakan pada ketika dia mengharamkan bahawa dia sendiri telah mendengar dari nabi yang berkata bahawa amalan mut'a telah di larang. Pastinya jika dia telah merujuk kepada kenyataan nabi, ummah tentu terpengaruh dengannya. Tetapi dia hanya mengatakan, ‘semasa nabi dua mut’a telah dibenarkan, tetapi saya menjadikannya haram. Sekarang saya akan merejam mereka yang melakukannya.’ Tidakkah itu tugas nabi untuk mengatakan sesuatu itu halal atau haram? Atau adakah ianya hak khalifa yang telah dilantik oleh manusia?

Saya tidak faham atas dasar apa Umar mengistiharkan haram apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Betapa anehnya nabi tidak pernah menjadikan sesuatu perkara itu halal atau haram. Bilamana baginda mengatakan sebarang perintah, baginda akan berkata Allah telah mengarahkanya untuk menyampaikan kepada manusia. Betapa beraninya Umar apabila dia berkata, ‘Dua mut’a yang dibolehkan semasa nabi. Saya menjadikan keduanya haram. Saya akan menghukum sesiapa yang melakukannya.’

PERINTAH ALLAH ATAU NABI TIDAK BOLEH DIBATALKAN OLEH KHALIGFA.
Sheikh: Pastinya kamu menyedari bahawa sebahagian dari ulama kami yang berpengetahuan tinggi percaya bahawa nabi adalah mujtahid di dalam perkara perundangan agama, seorang mujtahid lain, dari pengetahuan yang dia dapati, boleh mengenepikan perintah mereka yang terdahulu. Atas dasar ini bahawa Umar berkata, ‘Saya jadikan kedua itu haram.’

Shirazi: Di dalam percubaan untuk membetulkan sesuatu yang salah, kamu telah mengelirukan ramai yang lain. Adakah ijtihad mempunyai sebarang erti pada penentangan terhadap arahan al-Quran. Tidakkah kenyataan kamu itu amat pelik dan menentang ayat al-Quran?

Allah maha perkasa berkata di dalam surah Yunus, ‘Katakan: Adakah wajar bagi saya bahawa saya harus menukarkannya sendiri. Saya tidak mengikut tetapi apa yang telah diwahyukan kepada saya.’ [10:15]

Jika benar bahawa nabi tidak boleh membuat perubahan kepada perundangan agama melainkan dia diperintahkan oleh Allah untuk melakukannya, bagaimana Umar boleh; dia yang tidak punya pengetahuan mengenai wahyu, mempunyai kuasa pada mengharamkan apa yang Allah telah halalkan?

Di dalam surah Najm [bintang] Allah berkata, ‘Tidak dia berkata dari kehendaknya. Itu tidak lain tetapi wahyu yang telah disampaikan.’ [53:3-4]

Di dalam surah Ahqaf Allah berkata, ‘Katakan: Saya bukanlah rasul yang pertama, dan saya tidak tahu apa yang akan dilakukan kepada saya atau dengan kamu. Saya tidak tahu apa-apa selain dari apa yang telah disampaikan kepada saya.’[46:9]

Patuh kepada nabi adalah wajib. Tidak ada sesiapa, Umar atau sesiapa sahaja mempunyai hak pada mencampuri dengan arahan tuhan di dalam menjadikan ianya haram apa yang Allah halalkan.

KEBAIKAN BUKAN ALASAN UNTUK MEMBATALKAN.
Sheikh: Umar pastinya memikirkan kebaikan dan menganggapnya sebagai yang terbaik untuk manusia pada membatalkan arahan itu. Kita dapati hari ini bahawa sebahagian dari manusia mengambil wanita pada mut’a hanya sekadar untuk kepuasan dalam satu jam, satu bulan, atau satu tahun. Kemudian, tanpa memikirkan sama ada wanita itu mengandung atau tidak, dia akan ditinggalkan.

Shirazi: Itu sesuatu yang tidak munasabah. Apa ada kena mengena arahan agama dengan keinginan manusia pada melakukan maksiat? Jika kami mengikuti cara hujah kamu, mungkin perkahwinan tetap juga perlu dijadikan haram. Lagipun ramai manusia sekarang berkahwin dengan perempuan kenamaan kerana wang atau kecantikkan, dan kemudiannya meninggalkan mereka, tanpa memberikan sebarang saraan hidup. Oleh kerana menusia melakukan semua ini, adakah pada pendapat kamu perkahwinan tetap juga dibatalkan?

Tidak. Kita harus mengalakkan manusia supaya jujur dan berikan kepada mereka arahan agama. Jika seorang yang beriman tidak mempunyai kemampuan pada dirinya untuk memikul tanggong jawab memilikki isteri yang tetap, dan dia berhajat pada menjauhkan diri dari perbuatan maksiat, dia boleh dengan mengikuti etika agama, mengambil wanita secara mut’a. Begitu juga dia perlu tahu syarat-syarat bagi mut’a kerana dia tahu setiap arahan mempunayai syarat yang tertentu. Pada ketika persefahaman bersama, dia kena memberikan mahar untuk wanita tersebut yang mencukupi bagi keperluannya semasa iddah, iaitu 45 hari, selepas berakhirnya tempuh mut’a.

Kedua, selepas penceraian, dia perlu menjaga wanita tersebut selama waktu iddah. Jika dia mengandong, dia perlu pada menjada si ibu supaya dia boleh mengambil tanggong jawab pada sianak apabila ianya telah dilahirkan. Jika manusia tidak menghormati syarat ini, dia tidak mematuhi sahnya arahan pada perundangan dan telah melangarnya.

Kebajikkan ummah lebih diketahui oleh Allah dan nabi dari Umar. Dan mereka tidak melarang mut’a. Jika mereka tidak melarangnya, tidak ada khalifa atau Imam, atau siapa sahaja dari manusia, bahkan mereka yang dilantik oleh tuhan sekali pun, dapat dari dirinya sendiri menjadikan sesuatu itu haram apa yang Allah telah halalkan. Maka kamu katakan itu adalah untuk kepentingan ummah maka manusia perlu meninggalkan mut’a, tidak dapat diterima.

Mut’a bukanlah penyebab bagi tersebarnya sesuatu yang tidak beragama, bahkan menegahnya telah menyebabkan tersebarnya kekejian. Mereka yang muda yang tidak mampu pada perkahwinan tetap, jika mereka tidak dapat mengawal keinginan diri mereka, mereka akan terjebak di dalam perhubungan haram. Dan telah pasti dengan tersebarnya penzinaan akan merosakkan keperibadian keseluruh ummah.

Imam Tha’labi dan Tabari di dalam Tafsir dan Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad, menulis dengan berkaitan ayat mut’a, menyampaikan dari Amirul-Mukminin Ali bahawa dia berkata, ‘Jika Umar tidak menghalang kepada mut’a, tidak ada siapa, melaikan yang manusia yang malang, akan melakukan zina.’

Juga Ibn Jarih dan Amr Bin Dinar menyatakan dari Abdullah Ibn Abbas yang berkata: ‘Mut’a adalah rahmat dari Allah, yang telah diberkan kepada ummah Muhammad. Jika Umar tidak mengharamkannya, tidak ada siapa melainkan yang malang yang akan melakukan zina.’

Maka menurut dari pandangan para sahabat nabi itu, penyebab dari banyaknya berlaku penzinaan adalah sebab larangan mut’a, dari jika ianya diamalkan. Bahkan fakta yang sebenar semua arahan dan larangan tuhan yang telah disampaikan kepada ummah melalui nabi adalah bertujuan untuk kebajikan seluruh manusia. Mereka berterusan mendapati faedah darinya sehingga kehari ini.

KEIMANAN ABU TALIB TELAH DIKETAHUI UMUM PADA MASA HAYAT NABI.
Tajuk perbincangan kita bukanlah ini, tetapi saya mahu menghilangkan keraguan kamu mengenai apa yang telah diketahui secara umum dimasa hidupnya nabi, boleh dilenyapkan melalui pemalsuan hadith. Begitu juga tidak ada pengesahan di dalam bantahan kamu mengenai keimanan Abu Talib. Kepercayaan dia semasa hidupnya nabi juga telah diketahui umum dan dipandangan dengan hormat. Tetapi dengan memalsukan hadith, sebahagian manusia telah menyebarkan sesuatu yang bertentangan. Manusia yang jahil dengan membuta tuli telah mengikuti orang yang terdahulu dengan menerima hadith yang palsu itu.

Secara ringkas apa yang saya telah katakan membuktikan bahawa Ali termasuk di dalam kekeluargaan yang gemilang yang tiada siapa dari kalangan sahabat yang terkenal boleh menandinginya.

TEMPAT LAHIR ALI ADALAH KABAH.
Satu lagi petunjuk khas pada kemuliaan Ali adalah tempat lahirnya. Tidak ada siapa dari Adam seterusnya melalui semua nabi, yang mempunyai kelebihan yang demikian. Dari semua makhluk, Ali sahaja telah dilahirkan di dalam kawaan kabah. Disaat kelahiran Isa, ibu dia yang suci telah disuruh meninggalkan kabah. Suatu suara berkata kepadanya, ‘Wahai Mariam! Tinggalkan Baitul-Muqaddas, oleh kerana ianya adalah tempat beribadah bukan tempat melahirkan anak.’

Tetapi apabila waktu kalahiran Ali tiba, ibunya, Fatima bint Asad, telah disuruh memasukki Kabah. Dan ini bukan kejadian secara tidak langsung, seumpama seorang wanita yang berada dimasjid dan kemudiannya dia telah melahirkan anak. Dia telah disuruh untuk memasukki Kabah, yang mana pintunya terkunci. Sebahagian dari orang yang tidak mengerti memikirkan bahawa Fatima bint Asad berada dimasjid apabila dia merasa sakit untuk melahirkan, tidak dapat keluar, dan terus malahirkan anak. Fakta yang sebenar adalah yang sebaliknya. Itu adalah bulan kelahiran bagi Fatima bint Asad. Dia pergi ke Masjidul-Haram, di mana dia merasa sakit untuk melahirkan. Dia berdoa kepada Allah di dalam kawasan Kabah, berkata, ‘Wahai Allah! Saya berdoa kepada Mu dengan nama kehormatan Mu dan maha besar, permudahkan aku pada kalahiran ini.’ Pada ketika itu tembuk Kabah yang tertutup, terbuka.

Laporan yang lain mengatakan bahawa satu suara terdengar berkata, ‘Wahai Fatima masuklah kedalam Rumah.’ Fatima masuk kedalam Rumah Allah di hadapan manusia ramai yang duduk disitu, dan tembuknya tertutup kembali seperti sedia kala. Manusia semua menjadi hairan. Abbas juga ada disana. Apabila dia melihat apa yang terjadi, dia terus memberitahu Abu Talib, kerana dia mempunyai kunci pada pintu Kabah. Dia terus bergegas kesana dan mencuba sedaya upaya untuk membuka pintu tersebut, tetapi gagal pintu tidak boleh dibuka. Selama 3 hari Fatima bint Asad berada di dalam Kabah, tanpa sebarang makanan apa juga. Kejadian aneh itu menjadi buah mulut orang tempatan. Akhirnya pada hari ketiga, laluan yang mana dia masuk terbuka semula, dan Fatima keluar. Manusia melihat pada tangannya ada seorang bayi yang comel. Kedua golongan sependapat bahawa tidak ada siapa mempunyai kemuliaan sedemikian.

Hakim di dalam Mustadrak dan Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l- Muhimma, Fasl I, ms 14, berkata, ‘Tidak ada sesiapa sebelum Ali yang dilahirkan di dalam Kabah. Ini adalah kemuliaan yang diberkan kepada Ali pada menunjukkan tingginya darjat dan kehormatan beliau.

ASAL NAMA ALI ADA DI DALAM ALAM GHAIB.
Satu lagi petunjuk terhadap kemuliaan khas Ali adalah namanya berasal dari alam ghaib.

Sheikh: Kamu telah mengatakan sesuatu terpuji. Itu bermakna Abu Talib adalah nabi yang telah namakan Ali melalui ilham ilahi. Kenyataan kamu adalah sesuatu yang direka oleh shia di dalam melampaunya cinta terhadap Ali. Tetapi adalah ganjil untuk mengatakan bahawa Allah mengarahkan bahawa kanak-kanak itu diberikan nama Ali. Ali adalah nama yang biasa yang mana kedua ibu bapa, dengan kehendak mereka telah cadangkan. Ianya tidak ada kena mengena dengan dunia ghaib.

Shirazi: Apa yang saya katakan tidak ada kepujian padanya. Keanehan kamu adalah disebabkan oleh kurang pengetahuan mengenai kemuliaan wilaya [wazir]

Pertama, kamu fikir bahawa bayi itu telah diberkan nama setelah kelahirannya, walaupun yang sebenarnya tidaklah begitu. Di dalam semua kitab Allah, nama Muhammad dan Ali telah disebutkan. Allah yang maha berkuasa telah menamakan mereka ribuan tahun sebelum mereka dijadikan. Nama itu telah dituliskan dilangit, pada pintu syurga dan pada arsh [syurga tertinggi]. Ia tidak ada kena mengena dengan masa Abu Talib.

Sheikh: Pastinya kenyataan ini adalah sebagai contoh terhadap cinta yang melampau untuk Ali. Kamu telah meninggikannya terlampau tinggi bahawa kamu katakan namanya telah ditulis lama sebelum kejadian alam. Keputusan dari kenyataan ini adalah ahli perundangan kamu menyuruh nama Ali disebutkan selepas nama Muhammad di dalam azan.

Shirazi: Tidak begitu tuan; kenyataan saya tidak ada kene mengena dengan cinta yang meluap-luap. Dan bukan saya yang telah menulis nama itu dusyurga. Allah perintahkan nama Ali ditulis bersama namaNya dan juga nama nabi.

Sheikh: Silakan tuan beri rujukan pada mana-mana hadith.

SELEPAS NAMA ALLAH DAN NAMA NABI, NAMA ALI DITULIS DIARSH.
Shirazi: Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir, Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i, di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, Hafiz Abu Nu’aim, di dalam Hilyatu’l-Auliya, dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ms 238, bab 56, hadith 52, di sampaikan dari Dhakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Tabari Shafi’i pada pengesahan Abu Huraira [dengan sedikit perbezaan pada perkataan] bahawa nabi berkata, ‘Telah ditulis di Arsh bahawa ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, yang tidak ada sekutu baginya, dan Muhammad adalah hambaKu dan nabi, yang Aku tolong melalui Ali bin Abi Talib.’

Juga di dalam Jalalu’d-din Suyuti’s Khasa’isu’l-Kubra, jilid I, ms 10 dan Tafsir-e-Durr-e-Mansur, permulaan pada bab Isra’il, ianya disampaikan dari Ibn Adi dan Ibn Asakir, yang menyampaikan Ana’s Ibn Malik, bahawa nabi Allah berkata bahawa dia telah melihat tertulis pada Arsh, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah; Muhammad adalah nabi Allah; Aku telah memberinya penyokong melalui Ali.’

Di dalam Yanabiu’l-Mawadda ia telah disampaikan dari Dhakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Tabari, menurut dari laporan oleh Sirat-e-Mullah, bahawa nabi Allah berkata, ‘Pada malam miraj, apabila aku dibawa kesyurga tertinggi, saya melihat tertulis disana pada sebelah kanan Arsh:

Muhammad nabi Allah. Aku telah memberinya pertolongan dan sokongan melalui Ali.’

Telah disampaikan di dalam Yanabi, Hadith 19, dari Kitabu’s-Sabi’in oleh Imamu’l-Haram Tabari, menyebutnya dari Manaqib oleh Faqih Wasti Ibn Maghazili Shafi’i, dan juga Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i menulis di dalam Mawadda VI dari Mawaddatu’l-Qurba dua hadith; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Ibn Shirwaih di dalam Firdaus, dan Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib menyebutnya dari Jabir Bin Abdullah Ansari bahawa nabi berkata, ‘Telah tertulis dipintu syurga bahawa, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah nabi Allah, dan Ali adalah wali [wazir] Allah dan adik nabi Allah.’ Ini telah ditulis 2 000 tahun sebelum kejadian langit dan juga alam ini.’

Saya teringat satu lagi hadith, Mir Seyyed Ali Faqih Shafi’i menulis di dalam Mawadda VIII daro Mawaddatu’l-Qurba bahawa nabi berkata kepada Ali, ‘Saya telah melihat nama kamu bersama nama saya diempat tempat:

[1] Pada malam Miraj, apabila saya sampai Baitul-Muqaddas, saya lihat tertulis pada batu: ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah nabi Allah yang Aku berikan sokongan melalui wazirnya Ali.’

[2] Apabila saya sampai Sidratul-Muntaha, saya melihat perkataan: ‘Sesungguhnya Aku adalah Allah; Tidak ada tuhan melainkan Aku, yang Esa; dan Muhammad diantara semua kejadian Ku yang paling Aku cintai. Dan Aku berikan dia sokongan melalui wazirnya Ali.’

[3] Apabila saya tiba di Arsh Allah yang maha Besar, saya melihat disana tertulis pada tiangnya: ‘Sesungguhnya Aku adalah Allah, dan tidak ada tuhan melainkan Aku: dari semua kejadian Ku, Muhammad adalah yang tercinta. Aku telah menyokongnya melalui Ali.’

[4] Apabila saya sampai disyurga, saya melihat pada pintunya: Tidak ada tuhan melainkan Aku, dari semua kejadian Ku, Muhammad adalah yang tercinta. Aku telah menyokongnya melalui Ali.’

Imam Tha’labi di dalam Tafsir Kashfu’l-Bayan dan Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 24, menyampaikan dari Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, Muhammad Bin Jarir di dalam Tafsir dan Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, menyampaikan dari Ibn Abbas dan Abu Huraira bahawa ayat 64 dari Sura Anfal yang berbunyi, ‘Dia yang telah memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan yang beriman.’ [8:62]

Kemudian mereka berkata bahawa nabi berkata, ‘Saya melihat tertulis pada Arsh, ‘Bahawa Tidak ada tuhan melainkan Allah, yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya; dan Muhammad adalah hambaNya dan nabi; Aku memperkuatkan dia dengan Ali Ibn Abi Talib.’

Kemudian mereka menyampaikan hadith lain yang sama maksudnya dari Kitab-e-Sifa dan Manaqib. Punca bagi nama Muhammad dan Ali adalah Allah sendiri.

PERKATAAN YANG DIGUNAKAN OLEH ADAM PADA PENERIMAAN TAUBATNYA ADALAH LIMA NAMA YANG SUCI.
Juga Tha’labi di dalam Tafsir Kashfu’l-Bayan dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabi, bab 24, menyampaikan dari Faqih Wasti Ibn Maghazili Shafi’I adalah pada ulasan ayat 37 dari surah 2 al-Quran yang berbunyi, ‘Kemudian Adam menerima beberapa perkataan dari tuhannya, maka Dia berpaling kepadanya dengan penuh rahmat. Sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha penyayang.’ [2:37]

Sa’id Ibn Jabir mengatakan dari Ibn Abbas yang berkata, ‘Nabi telah ditanyakan mengenai perkataan itu, yang mana nabi Adam telah pelajari dan yang mana telah membawa kepada penerimaan taubatnya. Nabi berkata, ‘Dia meminta kepada Allah dengan nama Muhammad, Ali, Fatima, Hasan dan Husain. Maka Allah menerima taubatnya dan mengampunkannya.’

WAHYU DAN ILHAM DIBERIKAN KEPADA MANUSIA SELAIN DARI NABI, BAHKAN KEPADA BINATANG.
Di dalam pengertian pemberian wahyu dan nabi kepada Abu Talib, kamu sekali lagi telah tersalah. Wahyu dan ilham mempunyai peringkat, yang bukan hanya khusus untuk nabi sahaja. Kata-kata tersebut merujuk kepada kebolehan untuk memahami pengetahuan yang tersembunyi secara terus. Pengetahuan ini telah diberikan kepada manusia tertentu begitu juga kepada binatang. Adakah lebah itu nabi yang mana Allah telah memberikan wahyu? Ayat dari al-Quran di dalam surah Nahi [semut] dengan jelas mengatakan: ‘dan tuhan Mu sampaikan kepada lebah, berkata, ‘Buatlah sarang di pergunungan dan dipokok-pokok dan di dalam mana yang mereka binakan.’ [16:68]

Adakah kamu fikir bahawa Nukhabuz [atau sebahagian dari pengulas mengatakan, Yukhabuz], ibu kepada nabi Musa adalah nabi? Di dalam surah Qasas dengan jelas telah dinyatakan bahawa telah diberikan dua arahan, dua larangan, dua maklumat dan dua khabar gembira melalaui wahyu, Allah berkata, ‘Dan kami sampaikan kepada ibu Musa, berkata, ‘Susukanlah dia; apabila kamu kuatir akan dia, hanyukan dia disungai dan jangan takut atau bersedih; sesungguhnya Kami akan membawa dia kembali kepada kamu dan menjadikan dia seorang dari rasul.’ [28:7]

Selain dari Fakta ini, tidaklah perlu untuk petunjuk bagi manusia bahawa semua arahan dan perintah Allah harus disampaikan melalui wahyu. Kadang kala Dia memandu manusia dengan suatu suara. Ini telah berulang kali terjadi dan al-Quran menjadi saksi bagi fakta ini. Di dalam surah Mariam, Dia mengatakan bagaimana dia memandu Mariam: ‘Kemudian [satu suara] memanggil kepadanya dari bawah dirinya: Janganlah bersusah, sesungguhnya tuhan Mu telah menjadikan anak sungai mengalir dibawah kamu. Goyanglah pada kamu pokok palma; ia akan menjatuhkan kurma masak yang segar. Maka makan dan minumlah dan sejukkan mata kamu. Kemudian jika kamu lihat manusia, katakan: Sesunggunya saya telah bersumpah dengan ilahi, supaya saya tidak akan berkata kepada mana-mana manusia hari ini.’ [19:24-25]

25
DIALOG SUNNI-SHIA

PETUNJUK DARI ALLAH ABU TALIB MENAMAKAN ANAKNYA ALI.
Dengan cara yang sama bahawa lebah, ibu Musa dan ibu Isa telah diarahkan oleh Allah, walaupun tiada siapa dari mereka adalah nabi. Abu Talib juga telah diarahkan pada memberikan nama anaknya.

Lebih lagi, tidak ada siapa yang berkata bahawa Abu Talib adalah nabi atau wahyu telah disampaikan kepadanya. Satu suara dari langit dan papan tulis mengandungi arahan pada menamakan anaknya. Ulama kamu telah menuliskan fakta ini dalam buku mereka.

Sheikh: Mana ada ulama kami menuliskan itu?

Shirazi: Terdapat banyak buku mengenainya.

PENYAMPAIAN PAPAN TULIS KEPADA ABU TALIB.
Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’i, di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda VIII, dari kenyataan Abbas Ibn Abdu’l-Muttalib, yang mana Sulayman Balkhi Hanafi juga menyebut di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 56, dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib menyampaikan dengan seidkit perbezaan pada perkataan, bahawa apabila Ali telah dilahirkan, ibunya Fatima bint Asad menamakan dia mengikuti bapanya, Asad. Abu Talib tidak bersetuju dengannya dan berkata, ‘Wahai Fatima! Marilah kita pergi kepada bukit Qubais dan berdoa kepada Allah [sebahagian penyampai mengatakan bahawa dia berkata mereka harus pergi ke Masjidil-Haram] Dia mungkin memberitahu kita nama anak ini.’ Dikala itu malam hari apabila mereka sampai kebukit Qubais [atau masjidil-Haram] dan mulakan doa mereka. Abu Talib berdoa: Wahai pencipta bagi malam yang gelap ini dan bulan yang terang, berilah tahu kami kehendak Engkau akan nama bayi ini.’

Pada masa itu satu suara datang dari langit, apabila Abu Talib mengangkat kepalanya, dia melihat papan tulis seperti permata hijau, dengan empat baris padanya. Dia mengambil papan tulis itu dan mendakapnya. Apabila dia membacanya ayat yang ditulis padanya: Aku telah anugerahkan kehormatan yang khusus bagi kamu berdua dengan memberikan anak yang suci. Dia telah diberikan nama Ali dari pihak tuhannya. Ianya dipetik dari ‘Ala’ [yang tinggi]

Ganji Shafi’i menulis di dalam Kifayatu’t-Talib bahawa satu suara datang sebagai jawapan kepada Abu Talib yang membacakan dua rangkap ini: Wahai manusia dari rumah nabi yang ditinggikan! Aku telah anugerahkan kepada kamu anak yang suci. Sesungguhnya dia telah diberikan nama Ali dari pihak tuhannya. Nama ini telah dipetik dari nama Allah sendiri Al-Ali.’

Abu Talib amat gembira dan tunduk sujud kepada Allah. Sebagai tanda syukur diatas kejadian yang agung itu, dia korbankan 10 unta. Dia gantungkan papan tulis itu pada Masjidul-Haram. Dengannya Bani Hashim akan menunjukkan kebanggaan mereka dihadapan Quraish. Papan itu tinggal tergantung disitu sehingga ianya hilang pada masa peperangan diantara Abdullah bin Zubair dan Hajjaj.

Kenyataan ini juga menyokong hadith yang telah dikatakan dahulu yang mana telah mengatakan bahawa Abu Talib semenjak mula lagi telah beriman. Dia meminta kepada tuhan maha besar untuk menamakan anaknya. Apabila dia melihat pemberian Allah yang melimpah, dia tunduk sujud dihadapan Nya. Adakah ini perbuatan orang kafir?

NAMA ALI BUKAN DARI SEBAHAGIAN AZAN ATAU IQAMA.
Kamu telah katakan bahawa ahli fiqh shia menekankan nama Ali dianggap perlu di dalam azan dan iqama. Yang sebenarnya tidak terdapat seorang pun ahli perundangan shia yang mengatakan bahawa nama Ali adalah sebahagian dari azan atau iqama. Di dalam semua buku fiqh shia, perkataan yang mengatakan bahawa naik saksi wazirnya Amirul-Mukminin bukan sebahagian dari azan atau iqama. Untuk mengatakan itu di dalam azan dan iqama dengan sengaja adalah haram. Jika pada permulaan solat, niatnya pada nama Imam yang suci adalah sebahagian dari solat, perbuatannya adalah salah. Tetapi menyebutnya setelah menyebut nama nabi, pada menyebut nama Ali, tanpa tujuan yang tertentu, tetapi hanya sekadar menghormatinya adalah digalakkan. Allah telah menyebutkan namanya disetiap tempat selepas nama nabi sebagaimana saya telah katakan terdahulu.

Sekarang kita samapai kepada tujuan kita yang utama: tidak seorang pun dari sahabat yang terkenal mempunyai jalinan keturunan yang suci seperti Ali.

WARA’NYA ALI.
Wara’nya Ali, tidak ada siapa yang boleh dibandingkan dengannya. Keduanya musuh dan kawan bersetuju mengenainya, selepas nabi tidak ada siapa yang sewara’ Ali.

Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Muhammad Ibn Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, mengatakan dari Umar Ibn Abdu’l-Aziz bahawa Imam yang suci yang lebih utama di dalam wara dari segala makhluk. Dia berkata, ‘Kami tidak tahu sesiapa dari ummah selepas nabi yang lebih alim dan wara dari Ali Ibn Abi Talib.’

Mullah Ali Qushachi, dari segala sikap fanatiknya, menulis bahawa makhluk umpama hilang pedoman untuk memahami akan mulianya Ali. Di dalam Sharh-e-Tajrid dia berkata, ‘Manusia amat kagum apabila mereka mendengar amalan di dalam hidup Ali.’

KENYATAAN ABDULLAH BIN RAFII.
Abdullah bin Rafii berkata bahawa pada masa bulan puasa, dia pergi kepada Amirul-Mukminin. Dia lihat beg yang tertutup dibawakan kepadanya. Apabila Ali membukanya, di dalamnya terdapat tepung yang tidak ditapis. Imam mengambil genggam penuh dari tepung itu, memaknnya, minum sedikit air, dan mengucapkan kesyukuran kepada Allah. Abdullah bin Rafii berkata, ‘Wahai Abul-Hasan! Mengapa kamu tutup mulut beg tersebut? Imam menjawab, ‘Supaya anak saya yang cinta kepada saya, tidak mencampurkan minyak zaitun atau gula dengan tepung tersebut, yang akan membuat diri Ali selesa dengan rasa tersebut.’

Maka Ali biasa menjauhkan dirinya dari makanan yang sedap dan lazat supaya dia tidak terpengaruh dengannya. Sulayman Balkhi Hanafi telah juga menyebutkan hadith ini di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 51, dari Ahnaf bin Qais.

KENYATAAN SUWAID BIN GHAFLA.
Lebih lagi Sheikh, di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, dan Tabari di dalam Ta’rikh telah mengatakan dari Suwaid Bin Ghafla bahawa dia berkata, ‘Satu hari saya dapat penghormatan menziarah Amirul-Mukminin. Saya lihat dihadapannya satu cawan susu yang amat masam yang saya dapat terbau akan masamnya. Pada tangan Imam terdapat roti kering. Ianya terlalu kering sehingga amat susah untuk dipatahkan. Imam mematahkannya dengan letakkan pada lututnya, setelah melembutkannya dengan susu masam, dia memakannya. Dia meminta saya makan bersamanya. Saya memberitahunya saya sedang puasa. Imam berkata, ‘Saya telah mendengar dari sahabat saya nabi Allah, bahawa jika seorang sedang berpuasa dan berhajat kepada sebahagian makanan, tetapi tidak memakannya kerana Allah, kemudian Allah memberikan kepadanya makanan dari syurga.’

Suwaid meneruskan, ‘Melihat keadaan Ali, saya amat kagum. Saya bertanya kepada orang suruhan Imam, Fizza, yang berdiri hampir dengan saya, mengapa dia tidak takut kepada Allah, iaitu, mengapa dia memasak roti barli tanpa membuang hampasnya. Fizza berkata dengan bersumpah bahawa Ali sendiri yang mengarahkan dia supaya jangan membuang hampasnya.

Imam bertanya kepada saya apa yang saya katakan kepada Fizza. Saya memberitahunya bahawa saya bertanya Fizza kenapa dia tidak menapis tepung. Ali berkata, ‘Semoga bapa dan ibu saya dikorbankan untuk nabi! Nabi tidak pernah membuang hampasnya; dia tidak pernah memuaskankan kelaparannya dengan roti gandum untuk tiga hari berturut-turut. Saya mengikuti amalan nabi suci.’

ALI MENAHAN DIRI DARI MEMAKAN HALWA.
Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi dan Ibn Maghazili Faqih Shafi’i menulis di dalam Manaqib bahawa satu hari dimasa khalifa Ali, sedikit halwa telah dibawa kepadanya. Dia mengambil sedikit, menciumnya, dan berkata: ‘Betapa memikat dan harum bau manisannya! Tetapi Ali tidak tahu apa rasanya. Saya belum pernah makan halwa.’ Penyampai berkata kepadanya, ‘Wahai Ali adakah halwa haram bagi kamu?’ Imam berkata, “Apa yang Allah telah jadikan halal tidak boleh menjadi haram. Tetapi bolehkan saya memuaskan perut saya sedang ramai lagi yang kelaparan di dalam negeri? Haruskah saya tidur dengan perut yang kenyang sedang ramai diHijaz yang mati kelaparan? Bagaimana saya boleh merasa selesa dengan nama saya Amirul-Mukminin? Mengapa saya tidak bersama dengan mereka yang kelaparan dan menderita?

Juga Khawarizmi mengatakan dari Abi bin Thabit bahawa satu hari ‘faluda’ [sejenis sirap yang lazat] telah di bawa kepada Ali, tetapi dia menahan dirinya dari kehendak meminum sirap itu.

Ini adalah sebahagian contoh dari amalannya mengenai makan dan minum. Dia makan roti barli yang keras kadang kala dengan cuka atau garam dengan sedikit minyak sayuran atau susu. Tidak pernah terdapat dua jenis makanan dimejanya.

Di dalam tahun 40 Hijrah pada malam 19 Ramadhan, apabila Abdur-Rahman ibn Muljim Muradi melukainya dengan luka yang membawa maut, dia adalah tetamu dirumah anak perempuannya, Umme Kalthum, untuk membuka puasa. Apabila roti, susu dan garam telah diletakkan diatas meja, Ali yang sangat sayang kepada anak perempuannya, Umme Kalthum, dengan marah berkata, ‘Saya tidak pernah melihat anak perempuan yang tidak mempunyai belas kasihan kepada ayahnya.’ Umme Kalthum berkata, ‘Ayah apa salah saya?’ Kemudian dia mengarahkan supaya susu dibawa pergi. Bagaimana pun dia memakan beberapa suap roti dengan garam dan berkata, ‘Kita akan dipersoalkan bagi setiap yang halal; bagi yang haram kita akan dihukum.’

PAKAIAN ALI.
Pakaian Ali amat mudah. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, dan yang lain lagi dari ulama kamu telah menulis bahawa, ‘Pakaiannya adalah dari kain kasar, dibeli dengan harga 5 dirham.’ Dia menampal pakaiannya. Panampalnya adalah dari kulit atau daun palma. Kasutnya juga diperbuat dari daun palma. Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, telah menulis bahawa Ali mempunyai banyak tampalan pada pakaiannya sehingga pada masa khalifanya, sepupu beliau Abdullah ibn Abbas, melihatnya dan merasa sedih. Ali berkata, ‘Saya mempunyai banyak tampalan pada pakaian saya yang saya merasa malu dengannya. Apa yang Ali boleh buat dengan kesenangan dunia itu? Bagaimana saya boleh merasa puas dengan kesenangan yang akan menghilang dan keriangan yang tidak kekal?

Seorang lagi yang membantah dengan apa yang Ali pakai berkata, ‘Mengapa kamu menampal pakaian walaupun ketika kamu menjadi khalifa dan berkuasa? Ia membuat musuh memandang rendah kepada kamu.’ Ali berkata, ‘Ini lah cara berpakaian yang menahan kehendak nafsu, membuang rasa bongkak di dalam diri manusia, dan yang diguna pakai oleh mereka yang beriman.’

Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khawarizmi di dalam Manaqib, Ibn Athir di dalam Kamil, dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda telah menyampaikan bahawa Ali dan orang suruhannya mempunyai pakaian yang sama. Dia membeli dua pakaian yang sama dan harga yang sama. Satu dia pakai sendiri yang satu lagi diberikan kepada orang suruhannya, Qanbar.

Inilah cara Ali dengan pakaian dan makanan. Dia sendiri makan roti barli kering dan memberikan roti yang dibuat dari gandum, gula, madu dan kurma kepada pemita sedekah dan anak yatim. Dia memakai pakaian bertampal dia memberikan pakaian yang cantik kepada janda dan anak yatim.

PERBUALAN ZURAR DENGAN MUAWIYA MENGENAI ALI.
Terdapat banyak contoh penolakkan Ali terhadap dunia. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 84, Sheikh Abdullah Bin Amir Shabrawi Shafi’i di dalam Kitabu’l-I’ttihad Bin Hubbi’l-Ashraf, ms 8; Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 33; Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di daam Fusulu’l-Muhimma, ms 128; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 51; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma pada penghujung bab 5; dan banyak lagi dari ulama kamu yang terkenal dan juga ahli sejarah telah merakamkan dengan mendalam perbualan Muawiya dengan Zurar. Pada penghujung perbualannya dengan Muawiya, Zurar memuji Ali dengan perkataan ini, ‘Pada beberapa keadaan saya melihat Ali pada malam hari apabila bintang bertaburan dilangit, memegang janggutnya dan mengerang seperti orang yang dipatuk ular, menangis dengan kesakitan, berkata, ‘Wahai dunia Perdayalah orang lain, jangan diriku. Adakah engkau mendakap aku dan engkau mencintai aku? Ini tidak mungkin. Aku telah mentalakan engkau tiga kali, selepasnya itu untuk kembali semula tidak mungkin. Waktu kamu amat pendek, ketakutan yang kamu bawa amat besar, dan kesukaan yang kamu bawa adalah menghinakan. Semoga Allah menyelamatkan kami dari bekalan yang sedikit dalam perjalanan, dan jauhnya tempat yang hendak dituju, dan berbagai dugaan yang akan ditempuh.’ Kemudian Muawiya mula menangis dan berkata, ‘Semoga Allah mencurahkan rahmat keatas Abul-Hasan. Demi Allah, dia memangnya begitu.’ Muawiya juga berkata, ‘Wanita tidak dapat melahirkan orang seperti Ali Ibn Abi Talib.’

PEBGESAHAN NABI TERHADAP ZUHUDNYA ALI.
Nabi sendiri mengesahkan kelebihan zuhudnya Ali. Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 46, mengatakan dari Ammar Yasir, yang berkata, dia mendengar dari nabi bahawa baginda berkata kepada Ali, ‘Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada kamu kemuliaan yang mana Dia tidak pernah memberikan kepada sesiapa yang Dia cintai. Dan itu adalah kezuhudan kamu pada dunia ini. Dia telah menjadikan kamu yang mana kamu tidak akan mengambil faedah dari dunia ini, dan tidak juga boleh membuat kamu condong kepadanya. Dia memberikan kepada kamu kecintaan kepada yang miskin dan yang memerlukan. Maka mereka merasa senang dengan Imami kamu, dan saya juga merasa senang kerana meeka mengikuti kamu. Rahmat bagi mereka yang berbaik dan mengiktiraf kamu; malang bagi mereka yang memusuhi kamu. Mereka yang mencintai dan mengesahkan kamu akan menjadi tetangga kamu disyurga dan akan mejadi sahabat ditempat kamu. Mereka yang telah menentang kamu akan dikatakan sebagai pendusta oleh Allah, pada hari pengadilan dan akan diberkan hak mereka pada penyiksaan.’

ALLAH DAN NABI MEMANGGIL ALI IMAMU’L-MUTTAQIN [KETUA BAGI YANG ZUHUD]
Dia telah sampai kedudukan zuhud yang tertinggi sehingga kawan dan musuh memanggilnya Imamu’l-Muttaqin. Yang sebenarnya manusia pertama memanggilnya dengan gelaran itu adalah nabi sendiri.

Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 450; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 54, mengatakan dari Anas bin Malik bahawa satu hari nabi meminta Ali membawa air padanya untuk berwudu. Apabila Ali telah membawa air, nabi mengambil wudu dan mendirikan solat dua rakaat. Kemudian baginda berkata kepadanya, ‘Wahai Anas, orang yang akan memasuki pintu ini adalah ketua bagi mereka yang zuhud, pemimpin bagi muslim, penyelamat bagi yang beriman, dan penamat bagi pengganti, yang akan memimpin manusia yang bermuka dan tangan bercahaya disyurga.’

Anas berkata, ‘saya berdoa kepada Allah di dalam hati, supaya Dia menghantar seorang Ansar melalui pintu itu, tetapi saya rahsiakan doa saya. Pada ketika itu saya melihat Ali melalui pintu itu. Nabi bertanya siapakah dia. Saya menjawab bahawa dia adalah Ali Ibn Abi Talib. Kemudian nabi dengan gembira pergi menyambutnya. Dia memeluknya dan menyapu peluh dari mukanya. Ali berkata, ‘Wahai nabi, kamu telah memperlakukan kepada saya yang kamu tidak lakukan sebelum ini!’ Nabi berkata, ‘Mengapa saya tidak harus melakukannya, apabila kamulah orangnya yang akan menyampaikan kerasulan saya kepada ummah, akan membuat mereka mendengarkan suara saya, dan akan menerangkan kepada mereka mengenai perkara yang mereka berbeza pendapat padanya.’

Juga Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, dan Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatu’l-Auliya menulis bahawa satu hari Ali datang kepada nabi. Nabi berkata kepadanya, ‘Selamat datang, pemimpin muslim dan ketua mereka yang zuhud,’ Ali berkata, ‘Saya bersyukur kepada Allah diatas rahmat yang dikurniakan keatas saya, dan saya meminta dengan penuh kasih sayangNya.’ Muhammad Bin Talha Shafi’I juga mengatakan hadith itu pada penghujung seksen IV, bahagian I, dari bukunya Matalibu’s-Su’ul dan dengannya telah membuktikan bahawa Ali adalah Imam bagi semua yang zuhud.

Hakim, di dalam Mustadrak, bahagian III, ms 38; Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam Sahih, mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Allah menyampaikan kepada saya mengenai Ali berkaitan dengan 3 perkara, [1] Dia adalah ketua dan pemimpin muslim; [2] dia adalah ketua yang zuhud; [3] dia adalah petunjuk yang akan memimpin manusia dengan wajah dan tangan bercahaya [disyurga]

Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i mengatakan di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 45, pada pengesahan Abdullah Bin Asad Bin Zurara bahawa nabi berkata, ‘Pada malan Miraj, apabila saya dinaikkan kelangit; saya telah diizinkan masuk kedalam istana mutiara, yang lantainya dari emas berkilauan. Kemudian wahyu disampaikan kepada saya, dan saya diberitahu 3 perkara mengenai Ali: [1] Dia pastinya ketua dan pemimpin muslim; [2] dia adalah Imam dan ketua mereka yang zuhud; [3] dia adalah petunjuk yang akan memandu manusia dengan wajah dan tangan bercahaya [disyurga]

Imam Ahmad bin Hanbal menulis di dalam Musnad bahawa satu hari nabi berkata kepada Ali:

‘Wahai Ali untuk memandang kepada wajah kamu adalah ibadah; sesungguhnya kamu adalah ketua bagi mereka yang zuhud dan pemimpin bagi yang beriman. Sesiapa yang berkawan dengan kamu adalah kawan saya; dan sesiapa kawan saya adalah pastinya kawan Allah. Sesiapa yang membenci kamu, benci kepada saya. Dia yang benci kepada saya sesungguhnya telah benci kepada Allah.’

Maka mencukupi kedudukan yang tinggi Ali ini bahawa nabi telah menekankan bahawa Ali melebihi semua para sahabat di dalam kezuhudan. Dia sahaja yang diberikan panggilan Imamu’l-Muttaqin, dan nabi kerap memanggilnya dengan gelaran tersebut.

SEBAGAI IMAMU’L MUTTAQIN ALI TINDAK MEMENTINGKAN DIRI ATAU MAHU BERKUASA.
Sheikh: Seorang tidak boleh mengatakan terlalu banyak pujian kepada Ali. Ya, Muawiya mengatakan perkara yang benar: Wanita dunia tidak boleh melahirkan orang seperti Ali.

Shirazi: Sekarang jelaslah diantara sahabat yang terkenal Ali adalah ketua yang zuhud. Saya baru sahaja teringat. Jika kamu izinkan, saya akan tanya kamu satu perkara.

Sheikh: Ya, silakan.

Shirazi: Setelah mengakui bahawa diantara para sahabat yang terkenal Ali mempunyai kemuliaan tertentu, menjadi ketua yang zuhud, adakah kamu fikir yang dia mementingkan diri atau mahukan kuasa?

Sheikh: Adalah mustahil untuk memikirkan perkara yang sedemikian kepadanya. Kamu telah menunjukkan fakta yang telah diketahui umum bahawa Ali telah berikan talak tiga kepada dunia. Setelah membuktikan bencinya terhadap dunia, bagaimana dia boleh tertarik kepadanya. Selain itu, kedudukan dia amat tinggi adalah mustahil untuk melayani anggapan yang palsu terhadapnya.

Shirazi: Maka turutan dari itu, bahawa semua tindakkan yang begitu wara’ adalah khusus untuk Allah. Dia tidak pernah berganjak walau seinci dari jalan yang benar.

Sheikh: Ya telah pasti dan kami tidak menafikan perkara ini mengenai Ali.

KEENGGANAN ALI MEMBERIKAN BAI’AH KEPADA ABU BAKR MEMBUKTIKAN CARA MELANTIK KHALIFA ADALAH SALAH.
Shirazi: Apabila nabi wafat, Ali menurut dari wasiat nabi, melakukan upacara pengkebumian. Sebahagian manusia berkumpul di Saqifa-e-Bani Sa’ida, memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Kemudian, apabila Ali dipanggil, mengapa dia menolak bai’ah?

Jika cara Abu Bakr dilantik menjadi khalifa adalah betul, dan persoalan ijma telah dibuktikan adalah adil, maka Ali yang begitu zuhud dan wara’ tentu tidak akan menyimpang dari kebenaran. Kamu masih ingat hadith yang saya rujuk pada malam yang lalu, yang mana nabi berkata, ‘Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali.' Jika peraturan Saqifa diasaskan pada keadilan dan perlantikan Abu Bakr adalah sah, Imam pasti menyambut mereka dan mengiktiraf Abu Bakr sebagai khalifa yang sah. Tetapi sebenarnya dia dengan tegas menentang pilihan itu. Penentangan Ali pastinya berasaskan kepada satu atau dua perkara. Sama ada Ali menentang jalan yang betul, dan melanggar arahan nabi, atau dia mengaggap ijma sebagai satu tipu muslihat.

Pada kemungkinan pertama, itu adalah diluar persoalan untuk memikirkan bahawa Ali akan menafikan kebenaran. Menurut nabi, Ali bersama kebenaran dan kebenaran berputar kelilingnya. Lebih-lebih lagi tiada siapa pernah mengatakan Ali tertarik kepada kekuasaan dunia. Dia telah mentalakkan dunia 3 kali. Dia tidak berhajat kepada menguasai politik. Ianya adalah syarat kedua yang membuat dia menolak pada mengiktiraf khalifa Abu Bakr. Dia tahu itu telah menyalahi kehendak Allah dan juga nabi.

Sheikh: Adalah pelik bagi kamu yang mengatakan bahawa Ali tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Rujukan dari buku sejarah kamu dan juga kami membuktikan bahawa Ali memberikan bai’ah kepada khalifa Abu Bakr dan tidak menentang ijma.

Shirazi: Kamu telah lupa segala perbincangan kita yang lalu dimana saya telah berikan dengan mendalam kenyataan ulama kamu? Bahkan Bukhari dan Muslim masing-masing telah menulis di dalam Sahih mereka bahawa Ali tidak memberikan bai’ah pada masa itu. Ulama kamu secara umum telah mengaku bahawa pada hari pertama, apabila Imam yang suci telah dipaksa dan dengan cara menghina telah diseret keluar dari rumahnya kemasjid [sebagaimana telah dikatakan dahulu] dia tidak memberikan bai’ah tetapi telah pulang kerumah. Ibrahim Bin Sa’d Saqafi (mati 283 H.), Ibn Abi’l-Hadid Tabari, dan lainnya telah menulis bahawa Ali memberikan bai’ah selepas enam bulan [iaitu selepas kematian Fatima]. Walaupun jika kita mengaku, dalam pergertian katakanlah, bahawa Imam memberikan bai'ah, mengapa dia tunggu sehingga 6 bulan baru melakukannya?

Sheikh: Tentu dia mempunyai sebab pada melakukannya. Dia sahaja yang mengetahuinya. Tetapi mengapa kita harus risau mengenai perbalahan yang berlaku diantara mereka yang terdahulu? Mengapa kita harus mencungkil kedalam perbezaan mereka selepas 1 300 tahun? [ketawa yang mengamatkan dari penonton]

Shirazi: Apabila kamu tidak dapat mencari jawapan yang munasabah untuk membuktikan maksud kamu, kamu bergantung kepada jawapan yang sedemikian. Tetapi dihadapan manusia yang berfikiran waras, perkara itu amat jelas pada memerlukan sebarang pembuktian.

Dari kenyataan kamu bahawa kita tidak perlu mencampuri di dalam perbezaan orang yang terdahulu, pastinya kamu betul, sehingga kini urusan mereka tidak punya apa-apa kaitan kepada kita. Tetapi di dalam keadaan kita sekarang kamu telah tersilap, kerana menjadi tanggong jawab bagi setiap muslim untuk mempunyai keimanan yang berasaskan kepada jelasnya penghuraian, bukan dari ikutan tanpa difikirkan. Di dalam membuat penyelidikan mengenai agama, kita mempelajari sejarah islam yang sama. Kita dapati bahawa, setelah wafatnya nabi, dua golongan muncul. Maka kita perlu pada penyelidikkan supaya kita faham mana diantara dua golongan yang mendapat petunjuk yang sebenar. Pastinya kita jangan mengikut mereka yang terdahulu dengan membuta tuli.

Sheikh: Pastinya maksud kamu adalah khalifa Abu Bakr tidak adil. Tetapi jika Abu Bakr bukan khalifa yang sebenar, dan itu adalah hak Ali, mengapa dia tidak menggunakan kekuatannya yang khas dan keberaniannya pada menegakkan keadilan? Dia biasa menghadiri solat dan juga memberikan nasihat yang berguna kepada khalifa yang terkenal di dalam perkara yang penting.

DIAMNYA NABI.
Shirazi: Pertama, nabi dan penggantinya bertindak menurut kehendak Allah yang perkasa. Sebab itu kami tidak dapat mengatakan sebarang bantahan kenapa mereka tidak memulakan peperangan; atau mengapa mereka berdiam diri dihadapan musuh atau mengapa mereka menderita kekalahan.

Jika kamu menkaji fakta sejarah mengenai kehidupan nabi dan penggantinya, kamu akan dapati banyak kejadian yang sama berlaku. AL-Quran telah menyatakan sebahagian dari peristiwa itu. Di dalam surah al-Qamar, al-Quran menyampaikan apa yang nabi Nuh katakan apabila manusia menolaknya, ‘sesungguhnya saya telah ditewaskan [oleh manusia ini] maka berikanlah pertolongan.’[54:10]

Di dalam surah Mariam, al-Quran memberitahu kita diamnya Ibrahim apabila dia meminta pertolongan bapa saudaranya Azar dan mendapat jawapan yang mengeciwakan, ‘Dan saya akan jauhkan diri dari kamu dan apa yang kamu serukan selain dari Allah, dan saya akan menyeru kepada tuhanku.’ [19:48]

Seperti mana Ibrahim yang telah menjauhkan diri dari manusia apabila dia tidak mendapat sokongan dari bapa saudaranya Azar, Ali juga telah menjauhkan diri dari manusia, dan pergi menyendiri.

Sheikh: Saya fikir menyendiri itu menunjukkan pada hati. Iaitu, dia menjauhi mereka tetapi bukan dari segi fisikal.

Shirazi: Jika kamu teliti ulasan dari kedua golongan, kamu akan dapati bahawa menyendirinya dari manusia adalah fisikal, bukan hanya fisikologi. Saya nyatakan bahawa Imam Fakhru’d-din Razi kata di dalam Tafsir-e-Kabir, jilid V, ms 809: ‘Menyendiri dari sesuatu bererti menjauhkan diri daripadanya. Maksud Ibrahim adalah untuk menjauhkan diri dari pada mereka, dari keduanya fisikal dan juga dari pandangan agama.’

Rakaman peristiwa mengatakan bahawa selepas penolakkan itu Ibrahim berpindah dari Babylon ke Kuhistan di Fars dan hidup menyendiri dikawasan pergunungan selama 7 tahun. Dia kembali ke Babylon dan sekali lagi menyampaikan pengkhabaran Allah secara terbuka dan memecahkan berhala mereka. Dengan perbuatan itu, manusia mencampakkan dia kedalam api. Allah telah menjadikan api itu sejuk dan selamat untuknya, dan dengan itu kenabiannya diperkukuhkan. Di dalam surah Qasas, cerita mengenai Musa melarikan diri kerana takut akan keselamatan dirinya telah disampaikan seperti yang berikutnya:

‘Maka dia melarikan diri, ketakutan, berhati-hati dan dia berkata, ‘Tuhan ku selamatkanlah aku dari manusia yang zalim.’ [28:21]

Di dalam surah A’raf, al-Quran mengatakan rayuan Harun apabila Musa meninggalkannya bertanggong jawab diatas Bani Israil. Manusia terus menyembah anak lembu emas, dan Harun tidak punya siapa yang menyokongnya; tinggal berdiam diri. Al-Quran berkata, ‘Dan dia [Musa] menarik kepala saudaranya, mengheret dia kepadanya. Dia [Harun] berkata, ‘Anak kepada ibu ku Sesungguhnya manusia menganggap aku lemah dan hampir sahaja membunuh ku.’ [7:150]

KEADAAN ALI SAMA SEPERTI HARUN.
Maka menurut dari al-Quran Harun tidak mengeluarkan pedang menentang manusia. Dia berdiam diri apabila mereka menerima anak lembu emas Samiri sebagai objek sembahan kerana dia [Harun] sedar bahawa dia telah dikalahkan. Begitu juga, Ali, yang mana nabi telah menyatakan sebagai Harun [sebagaimana kami telah bincangkan secara mendalam dahulu], telah juga berdiam diri bersabar dan menanggong, apabila ditinggalkan sendirian. Imam yang suci telah dibawa ke masjid dengan paksa dan pedang yang tidak bersarung diletakkan dikepalanya, dan dipaksa memberikan bai’ah. Kemudian dia pergi kepusara nabi dan mengulangi kata-kata sama yang Allah telah sampaikan melalui lidah Harun. Harun telah berkata kepada Musa, ‘Sesungguhnya manusia telah menganggap saya lemah dan hampir sahaja membunuh saya.’

PENERIMAAN NABI.
Contoh bagi maksud tujuan ini adalah nabi Muhammad adalah amat jelas. Kita harus memikirkan mengapa dia kekal diam selama 13 tahun dihadapan aktivi permusuhan dari musuh-musuhnya di Makah sehingga akhirnya dia terpaksa meninggalkan kota asalnya dimalam hari yang gelap. Sebabnya adalah dia tidak punya penolong. Bahkan dimasa dia berkuasa, dia tidak dapat menolak sebahagian dari bid’ah.

Sheikh: Bagaimana boleh begitu, kamu katakan nabi gagal membasmikan bid’ah?

NABI TIDAK DAPAT MEMBUAT PERUBAHAN YANG MEMDADAK KERANA TAKUTKAN MANUSIA.
Shirazi: Telah disampaikan oleh Hamidi di dalam Jam’i Bainu’s-Sahihain dan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad dari Ummu’l-Mu’minin A’yesha, bahawa nabi telah berkata kepadanya, ‘Jika manusia ini tidak berada dekat dengan kekafiran dan kejahilan, dan jika saya tidak takut bahawa ia akan menghancurkan keimanan mereka, saya akan mengarahkan rumah Kabah diruntuhkan dan apa sahaja yang telah dikeluarkan digantikan semula. Setelah meratakan, saya akan bina dua pintu menghadap timur dan barat sebagaimana ianya dimasa nabi Ibrahim, dan saya telah membinanya semula pada tapak yang didirikan oleh Ibrahim.’

Pastinya jika nabi sendiri tidak dapat menentang bid’ah terbesar, Ali hanyalah sekadar memerhati pada prinsip yang sama apabila dia berhadapan dengan pertarungan yang sama.

Ahli fiqh yang terkenal Wasiti Ibn Maghazili Shafi’i, dan Khatib Khawarizmi mengatakan di dalam Manaqib mereka bahawa nabi berkata kepada Ali, ‘Ummah mempunyai dendam yang mendalam terhadap kamu. Sejurus wafatnya saya, mereka akan memperdaya kamu dan menunjukkan apa yang ada di dalam hati mereka. Saya mengarahkan kamu supaya bersabar dan mengawal diri pada ketika itu supaya Allah dapat memberikan ganjaranNya kepada kamu dengan gantian yang lebih baik.’

SELEPAS WAFATNYA NABI KESABARAN ALI ADALAH KERANA ALLAH.
Kedua, Amirul-Mukminin tidak pernah mementingkan diri tetapi selalu ingat kepada Allah. Tumpuannya hanya kepada Allah sepenuhnya. Dia menyerahkan diri dan ahlinya kepada kehendak Allah. Maka, kesabaran dan penanggongan penderitaan untuk mendapatkan haknya adalah semata-mata kerana Allah, supaya tidak ada perpecahan diantara muslim dan bahawa manusia akan kembali kepada jahiliah. Apabila harta Fatima telah dirampas darinya, dia pulang kerumah, sedih dan keciwa. Dia berkata kepada Ali, ‘Kamu telah mengecut seperti uri. Kamu telah bersara dari dunia seperti manusia yang tertuduh dan yang telah patah sayapnya. Sekarang sayap kamu yang lemah tidak dapat membantu kamu. Itu Ibn Qahafa [Abu Bakr] dengan paksaan telah merampas dari saya pemberian bapa saya dan juga nafkah untuk anak-anak saya. Malahan manusia itu telah menghina saya dengan niat yang jahat dan bermusuhan kepada saya.’ Dia berkata dengan pajang lebar.

Imam mendengarkan sehingga Fatima berhenti. Kemudian dia memberikan jawapan ringkas yang sungguh menyakinkan. Dia berkata, ‘Wahai Fatima! Di dalam perkara agama dan menyampaikan yang benar, saya tidak pernah menyembunyikan diri. Tidakkah kamu kehendakki agama yang suci ini terselamat dan nama bapa kamu disebutkan disetiap masjid sehingga akhir zaman?’ Fatima berkata, ‘Ya itulah yang paling saya hajati.’ Ali berkata, ‘Dari itu kamu hendaklah bersabar. Bapa kamu telah memberi arahannya kepada saya mengenai situasi ini, dan saya tahu saya perlu menanggongnya. Jika tidak, saya punya kekuatan pada menundukkan musuh dan merampas semula hak kamu dari mereka. Tetapi kamu harus tahu bahawa dalam perkara itu agama akan hancur. Maka kerana Allah dan keselamatan agamanya, bersabarlah. Balasannya diakhirat untuk kamu lebih baik dari hak kamu yang telah dirampas.’

Atas sebab ini Amirul-Mukminin menjadikan kesabaran kebiasaannya. Dia menerima kesabaran dan diam untuk keselamatan islam. Di dalam kebanyakkan syarahannya dia merujuk kepada maksud ini.

KENYATAAN ALI TENTANG KEBAIKKAN DIAMNYA SETELAH WAFATNYA NABI.
Ibrahim Bin Muhammad Saqafi, seorang ulama sunni yang dipercayai, Ibn Abi’l-Hadid, dan Ali Ibn Muhammad Hamadani mengatakan bahawa apabila Talha dan Zubair memutuskan bai’ah mereka dan meninggalkan Madina menuju ke Basra, Ali menyuruh manusia berkumpul di masjid. Kemudian setelah memuji Allah, dia berkata, ‘Setelah wafatnya nabi, kami katakan bahawa kami adalah ahli bayt, penggantinya, dan orang yang berhak kepada warisannya. Tiada siapa melainkan kami yang boleh menuntut hak memerintah selepas baginda. Tetapi segolongan hipokrit telah merampas hak memerintah dari kami dan menyerahkannya kepada musuh-musuh kami. Demi Allah hati dan mata kami menangis untuknya. Demi Allah kami amat sedih dan keciwa. Saya bersumpah dengan Allah bahawa jika saya tidak takutkan ummah muslim akan hancur, kami telah terbalikkan khalifa. Mereka telah menduduki kekuasaan hingga keakhirnya. Sekarang Allah telah kembalikan kedudukan khalifa kepada saya. Dan kedua mereka [Talha dan Zubair] juga memberikan bai’ah kepada saya. Sekarang mereka telah menuju ke Basra bertujuan untuk membuat kekacauan diantara manusia.’

Diantara ulama kamu yang terkenal, Ibn Abi’l-Hadid dan Kalbi, telah mengatakan bahawa pada masa dia hendak pergi menuju Basra, Ali berkata kepada manusia. Dia berkata, ‘Apabila nabi Allah wafat, Quraish telah menolak kami dan mengenepikan hak kami yang mana kami lah yang lebih layak dari mereka yang lainnya. Maka pada fikiran saya adalah lebih baik bersabar pada ketika itu, daripada membiarkan muslim hancur dan darah mereka ditumpahkan, kerana mereka baru sahaja memeluk islam.

Diamnya dan menahan diri dari mencabar khalifa Abu Bakr dan Umar bukanlah bererti Ali bersetuju dengan mereka. Itu hanyalah kerana dia mahu mengelakkan dari terjadinya perpecahan yang dahsyat diantara manusia dan untuk menyelamatkan agama dari kehancuran. Maka setelah enam bulan berdiam diri dan menolak, kemudian sebagaimana dikatakan oleh ulama kamu, dia berikan bai’ah dan kerja sama dengan mereka. Di dalam surat yang dihantarkan kepada penduduk Mesir melalui Malik Ashtar; dia dengan jelas menulis bahawa diamnya dia adalah untuk mengekalkan agama.

Tek asal surat Ali, yang mana Ibn Abil-Hadid telah rakamkan di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, jilid IV, ms 164, adalah seperti berikut:

SURAT AMIRUL-MUKMININ KEPADA PENDUDUK MESIR MENERANGKAN DIAMNYA DIA APABILA DITOLAK DARI KEDUDUKAN KHALIFA.
‘Allah yang maha besar menghantar Muhammad sebagai saksi dari para nabi untuk mengingatkan manusia. Maka apabila nabi wafat manusia berselisih diantara mereka, siapa yang akan menggantinya. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak pernah ingat atau percaya, tidak juga ada tanda yang sekecilnya, bahawa orang Arab akan merampas hak bagi pengganti dari ahli bayt dan memberikannya kepada orang lain selepas baginda. Tidak dapat dibayangkan bahawa selepas wafatnya nabi, walaupun terdapat arahan yang nyata, mereka sanggup mengenepikan hak saya.

Saya merasa amat sedih bahawa manusia berlari kepada orang tertentu [Abu Bakr] dan memberikan bai’ah kepadanya. Maka saya menarik diri; sehingga saya melihat bahawa sekumpulan manusia telah menyimpang dari islam dan bertujuan untuk menghancurkannya. Kemudian saya takut, jika saya tidak menolong islam dan juga muslim, islam akan mengalami kehancuran yang lebih menyakitkan saya dari rampasan terhadap hak saya. Yang pastinya kuasa politik tidak dapat bertahan lama. Ia akan pecah seperti juga awan. Atas dasar inilah saya bangun supaya jahiliah menjadi lemah dan islam menjadi kukuh.’

SYARAHAN AMIRUL-MUKMININ SETELAH SYAHIDNYA MUHAMMAD BIN ABU BAKR.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 35, menyampaikan dari Kitabu’l-Gharat oleh Ibrahim Ibn Sa’d Bin Hilal Saqafi, yang menyampaikan dari Abdu’r-Rahman Bin Jundab, yang menyampaikan dari bapanya bahawa apabila pihak musuh menduduki Mesir dan Muhammad bin Abu Bakr telah syahid, Amirul-Mukminin memberi syarahan yang mana dia menyatakan perasaan keciwanya terhadap atitiut manusia muslim setelah wafatnya nabi. Dia menuliskan catitan itu di dalam suratnya kepada penduduk Mesir. Imam suci berkata, ‘Seorang berkata kepada saya Wahai anak Abu Talib! Bagaimana tamaknya kamu terhadap kedudukan khalifa.’

Saya katakan kepadanya, ‘Kamu lebih tamak dari saya, dan kamu terlalu jauh dari kedudukannya. Siapakah yang lebih tamak diantara kita? Adakah saya yang meminta hak saya, yang mana Allah dan nabiNya telah menjadikan saya penuntut yang sah, atau kamu, yang telah menghalang saya dari hak itu, dan telah mengadakan halangan diantara saya dengan hak saya?

Mereka semua terdiam dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Sesungguhnya Allah tidak akan menolong mereka yang zalim.’

Kenyataan ini dan syarahan yang lain oleh Imam Ali menunjukkan bahawa sebab mengapa Imam tidak menentang musuhnya, tetapi berdiam diri dan memberikan bai’ah selepas enam bulan, bukanlah kerana dia setuju dengan mereka di dalam keputusan mereka mengenai khalifa. Ianya disebabkan dia takut islam akan musnah dan muslim akan terbahagi.

Jika Ali telah bangun mempertahankan haknya, sebahagian manusia tentu telah menyokongnya [ramai yang menyuruhnya tampil kehadapan] dan peperangan saudara telah bermula.

Nabi baru sahaja wafat. Muslim masih lagi dekat dengan era jahiliah, dan akar keimanan belum lagi kuat tertanam. Yahudi, kristian, penyembah berhala, dan hipokrit musuh yang paling bahaya, tentu telah mendapat peluang menghancurkan islam. Seterusnya islam akan musnah.

Amirul-Mukminin faham perkara ini. Lebih-lebih lagi nabi telah memberitahunya bahawa asas bagi islam tidak akan hancur dan agama adalah umpama matahari, yang dapat dilindungi untuk sekita oleh awan kejahilan dan permusuhan tetapi akhirnya akan muncul semula, menyinarkan cahayanya dimana-mana.

Secara ringkas, dia menuntut haknya selama 6 bulan dan membuktikan kebenaran tuntutannya di dalam beberapa perjumpaan dan perhimpunan, tetapi tidak memberikan bai’ah. Walaupun dia tidak memilih untuk berperang, dia terus menuntut haknya melalui hujah dan bantahan.

SYARAHAN SHIQSHIQAYYA JUGA MENERANGKAN DIAMNYA ALI.
Imam yang suci memulakan syarahan Shiqshiqayya dengan maksud yang sama. ‘Demi Allah! Anak Abu Qahafa memakaikan diri dia dengannya [khalifa] walaupun dia pasti tahu bahawa hubungan saya dengannya adalah sama seperti kedudukan paksi pada kinci air. Limpahan air mengalir dari saya dan tiada siapa yang sampai ketinggian pengetahuan saya. Saya menjauhkan diri saya kedudukan khalifa. Kemudian saya pertimbangkan sama ada saya harus mengambil hak saya dengan kekerasan atau secara tenang menahan kegelapan, dimana yang dewasa menjadi lemah, yang muda menjadi tua, dan yang beriman beramal dibawah tekanan sehingga dia bertemu Allah. Saya dapati menahan itu lebih jalan yang lebih bijak untuk diamalkan. Maka saya bersabar walaupun terdapat tusukan dimata dan tercekik dikerongkongan. Saya perhatikan rampasan terhadap warisan saya, sehingga yang pertama telah melalui jalannya. Tetapi dia menyerahkan khalifa kepada Ibn Kattab selepasnya.’

Syarahan ini penuh dengan emosi yang kuat dari Ali. Tetapi setakat ini cukup untuk membuktikan pandangan kami.

KERAGUAN TERHADAP SYARAHAN SHIQSHIQAYYA
Sheikh: Pertama syarahan tidak membutikan tidak senangnya Imam. Kedua, syarahan ini bukan mengenai Ali. Yang sebenarnya itu adalah kerja Seyyed Sharif Razi, yang telah memasukkan di dalam syarahan Ali. Yang sebenarnya Ali tidak ada aduan terhadap khalifa. Bahkan dia amat senang dengan mereka.

Shirazi: Kenyataan kamu itu berasaskan dari kebencian yang melampau. Apa yang Ali katakan dan adukan telah dinyatakan terlebih dahulu. Kedukaan Imam bukannya tertakluk pada syarahan yang itu sahaja. Kamu katakan bahawa pengarang syarahan itu adalah seorang ilmuan yang wara’; Seyyed Raziu’d-din, adalah salah. Ulama kamu seperti Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Ibn Abi’l-Hadid, Sheikh Muhammad Abduh, Mufti of Egypt, dan Sheikh Muhammad Khizari (di dalam Muhazirat-e-Ta’rikhu’l-Uma’imu’l-Islamiyya, ms 127, telah mengatakan bahawa syarahan itu adalah Ali. Ulama kamu yang telah mengulas mengenainya. Sebahagian dari ulama fanatik kamu yang datang kemudian telah cuba untuk mengadakan keraguan mengenai kesahihannya, tetapi tiada seorang dari lebih 40 ulama terkenal dari sunni dan shia, yang telah menulis ulasan pada nahjul-Balagha, ada mengatakan perkara yang sedemikian.

SEYYED RAZI.
Ilmuan yang agung lagi wara’ seyyed Raziu’d-din, akan menegah dari dikatakan satu dari syarahannya kepada Ali. Lebih-lebih lagi, ahli bahasa Arab dan sasteranya, yang telah menyelidikki syarah nahjul-Balagha, telah membuat keputusan, pada sudut caranya yang tinggi dan pemikiran yang cemerlang, kerja itu bukan tiruan.

Ulama kamu yang terkenal seperti Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Bin Abi’l-Hadid Mu’tazali dan Sheikh Muhammad Abduh, telah mengakui bahawa syarahan Ali yang dalam dan cantik pengetahuannya hanya rendah martabatnya di dalam kemuliaan hanya pada kata-kata Allah dan juga nabi.

Ibn Abi’l-Hadid menyampaikan dari Musaddiq Bin Shabbib sebagai berkata bahawa Ibn Khashshab yang terkenal berkata, ‘Adalah mustahil untuk Razi atau sesiapa sahaja untuk menghasilkan komposisi yang sedemikian rupa. Kami telah mengkaji kerja-kerja Razi; ianya tidak dapat dibandingkan dengan penulisan syarahan Imam.’

SYARAHAN SHIQSHIQAYYA TELAH DIRAKAMKAN LAMA SEBELUM SEYYED RAZI DILAHIRKAN.
Mengenepikan semua aspek yang lain pada persoalan, ramai ilmuan, ahli hadith dan ahli sejarah [keduanya sunni dan shia] telah merakamkan adanya syarah ini sebelum lahirnya ilmuan yang agung Seyyed Razi dan juga bapanya Abu Ahmad Naqibu’t-Talibin.

Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-e Nahjul-Balagha menulis bahawa dia dapati syarah ini di dalam buku Sheikhnya, Abu’l-Qasim Balkhi Imam-e-Mu’tazila, yang hidup dimasa Muqtadir B’illah Abbasi. Yang pastinya Seyyed Razi telah dilahirkan lama selepasnya. Dia juga menulis bahawa dia melihat syarah ini di dalam Kitabul-Insaf, dari seorang guru yang terkenal, Abu Ja’far Bin Qubba, seorang dari anak murid Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi, yang telah meninggal dunia sebelum kelahiran Seyyed Razi.

Juga Sheikh Abu Abdullah Bin Ahmad, yang dikenali sebagai Ibn Khashshab, dikatakan sebagai berkata, ‘Saya telah melihat syarah ini di dalam buku yang ditulis 200 tahun sebelum lahirnya Seyyed Razi. Saya juga telah lihat syarah ini di dalam kerja-kerja penulis ilmuan yang telah menulisnya sebelum kelahiran bapa Seyyed Razi, Abu Ahmad Naqibu’t-Talibin.

Dan kamu katakan bahawa Ali merasa senang dengan penentangnya. Ini pastinya telah mengabaikan kenyataan yang tidak terkira banyaknya dari ulama kamu, yang telah saya nyatakan terdahulu. Saya akan mengatakan satu contoh lagi.

Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 561, merakamkan Ali sebagai berkata, ‘Saya tinggal bersama nabi dari mula sehingga wafatnya. Nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir di dada saya. Adalah saya yang memandikan badannya dengan pertolongan malaikat, melakukan solat jenazah, dan kebumikan baginda. Maka tidak ada sesiapa yang lebih dekat, atau yang yang lebih berhak kepada penggantnya selain saya.’

Pada penghujung syarahan dia merujuk kepada penentangnya di dalam perkataan ini, ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang Esa, bahawa saya dijalan yang benar dan bahawa penentang saya dijalan yang salah.’

Tetapi kamu katakan bahawa penentangnya dijalan yang benar. Saya harap kamu dapat melihat kepada ayat al-Quran yang mengatakan, ‘Mereka berhasrat untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tidak membiarkan bahkan Dia menyempurnakan cahayaNya, walaupun yang kafir membencinya.’ [9:32]

26
DIALOG SUNNI-SHIA

SESSI 10
Sabtu Malam, 3hb Sha’ban 1345 Hijrah

PENILAIAN TERHADAP PENGETAHUAN UMAR MENGENAI PERUNDANGAN ISLAM
Nawab: Pagi ini anak saya, Abdul-Aziz, seorang pelajar di kolej Islamiyya, mengatakan kepada kami bahawa gurunya memberitahu semua murid dikelas bahawa khalifa Umar bin Khattab adalah seorang ahli perundangan yang agung pada masanya di Madina. Dia mempunyai pengetahuan mengenai ayat-ayat al-Quran dan penghuraiannya yang cukup. Dia lebih terbilang dari semua para ahli perundangan, seperti Ali Ibn Abi Talib, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Abbas, Akrama dan Zaid Ibn Thabit. Bahkan Ali Ibn Abi Talib, dengan pengetahuan ilmu fiqhnya yang luas, apabila dia bertemu dengan masalah yang susah, merujuk kepada Umar mengenai hak bagi orang islam. Khalifa selalu menyelesaikan masalah yang susah untuk Ali. Semua dari kami mengakui fakta ini kerana ulama kami berkata bahawa khalifa Umar menduduki tempat yang unik di dalam pembelajaran dan pengetahuan. Saya meminta kamu menerangkan maksud ini supaya kita semua, termasuk anak saya boleh memahami fakta yang sebenar.

Shirazi: Adalah aneh seorang guru berkata yang sedemikian. Bahkan ulama kamu tidak mengatakan begitu. Jika beberapa orang yang fanatik seperti Ibn Hazm Zahiri, mengatakan begitu, mereka tentunya telah ditentang dengan keras oleh ulama kamu. Lebih-lebih lagi kebijaksanaan sebegini tidak dituntut sendiri oleh khalifa Umar. Tidak ada seorang pun ulama kamu telah merakamkan fakta ini di dalam buku mereka.

Ahli sejarah yang ada menulis apa-apa mengenai khalifa Umar bin Khattab telah memberikan ulasan terhadap keperibadiannya yang licik [pintar belit], hati batunya, dan tipu daya politiknya; tetapi mereka tidak mengulas diatas pembelajarannya.

PENGETAHUAN UMAR MENGENAI PERUNDANGAN ISLAM ADALAH LEMAH.
Fakta sebenar, buku dari kedua golongan penuh dengan peristiwa yang jelas menunjukkan bahawa Umar tidak cukup pengetahuan di dalam pembelajaran dan juga perundangan. Apabila dia menghadapi masalah yang susah, dia akan merujuk kepada Amirul-Mukminin Ali, Abdullah bin Mas’ud dan ahli perundangan lain di Madina.

Ibn Abil-Hadid menyebut nama Abdullah bin Mas’ud secara khususnya, diantara ahli perundangan Madina dan berkata bahawa Umar menekan bahawa Abdullah hendaklah sentiasa berada dengannya supaya apabila ada masalah kepadanya akan dirujuk di dalam perkara perundangan.

Sheikh: [Dengan marah] Dimana ada ditulis bahawa Umar adalah jahil mengenai masalah agama dan juga perundangan?

Shirazi: Saya tidak mengatakan bahawa khalifa Umar benar-benar jahil. Saya katakan dia tidak begitu pandai di dalam masalah perundangan dan pembelajaran. Saya boleh bukti apa yang saya katakan.

Sheikh: Bagaimana kamu membuktikan bahawa khalifa Umar mempunyai pengetahuan yang lemah di dalam perkara fiqh dan perundangan agama?

Shirazi: Terdapat banyak hadithdi dalam buku sahih kamu. Selain dari itu, terdapat pengakuan Umar sendiri yang dibuatnya di beberapa keadaan.

SEORANG WANITA MEMBUAT UMAR TERDIAM PADA MAKSUD PERUNDANGAN AGAMA.
Jalalu’d-din Suyuti di dalam Tafsir-e-Durru’l-Mansur, jilid II, ms 133; Ibn Kathir di dalam Ulasan, jilid I, ms 468; Jarullah Zamakhshari di dalam Tafsir-e-Kashshaf, jilid I, ms 357; Fazil Nishapuri di dalam Tafsir-Gharibu’l Qur’an, jilid I, dengan berkaitan Surah an-Nisa (wanita) dari al-Quran; Qartabi di dalam Tafsir, jilid V, ms 99; Ibn Maja’ Qazwini di dalam Sunan, jilid I; Asadi di dalam Hashiyya-e-Sunan, jilid I, ms 583; Baihaqi di dalam Sunan, jilid VII,ms 233; Qastalani di dalam Irshadu’s-Sari-Sharh-e-Sahih Bukhari, jilid VIII, ms 57; Muttaqi Hindi di dalam Kanzu’l-‘Ummal, jilid VIII, ms 298; Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid II, ms 177; Abu Bakr Baglani di dalam Tamhid, ms 199; Ajluni di dalam Kashfu’l-Khufa’, jilid I, ms .270; Qazi Shukani di dalam Futuhu’l-Qadir, jilid I, ms 407; Dhahabi di dalam Takhlis-e-Mustadrak; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 61 dan jilid VII, ms 96; Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain; Faqih Wasiti Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib; Ibn Athir di dalam Nihaya, dan yang lainnya telah menyampaikan dengan sedikit perbezaan pada perkataan bahawa pada satu hari khalifa Umar semasa memberi syarahannya kepada menusia, berkata: ‘Jika sesiapa berkahwin dan menentukan maharnya dengan melebihi dari 400 dirham untuk isterinya, saya akan kenakan hukuman tertentu pada dia dan akan memasukkan jumlah selebihnya kedalam baitul-mal.’

Seorang wanita dari para hadirin berteriak, ‘Umar! Adakah apa yang engkau kata lebih diterima atau perntah Allah? Tidakkah Allah maha besar telah berkata: ‘Dan jika kamu berhajat untuk seorang isteri sebagai ganti yang lain dan kamu telah berikan yang seorang emas yang banyak, maka janganlah ambil apa-apa darinya.’ [4:20]

Setelah mendengar ayat tersebut dan bantahan dari wanita tersebut, Umar berkata: ‘Kamu mempunyai pengetahuan yang lebih, dalam hal fiqh dan pemasalahan dari Umar, kesemua kamu, bahkan termasuk hukum wanita memakai purdah yang tinggal dirumah.’

Kemudian Umar sekali lagi naik kemimbar dan berkta: ‘Walaupun saya telah melarang kamu memberi lebih dari 400 dirham sebagai mahar kepada isteri kamu, saya sekarang membenarkan kamu memberi seberapa banyak yang kamu suka.Tidak ada kesalahan padanya.’

Hadith ini menunjukkan bahawa khalifa Umar tidak begitu mahir di dalam al-Quran dan perundangannya. Jika tidak dia tidak akan mengatakan sesuatu yang telah jelas salahnya yang mana dia boleh disenyapkan oleh seorang wanita yang kurang arif.

Sheikh: Tidak bukannya begitu. Fakta sebenar bahawa khalifa hendak memaksa manusia menurunkan mahar dengan mengikut sunnah. Walaupun islam mengizinkan kita memberikan jumlah yang banyak, adalah lebih baik jika kita mengawal darinya supaya yang miskin tidak perlu menderita. Ianya atas sebab ini dia katakan bahawa jumlah mahar janganlah melebihi jumlah yang ditetapkan untuk para isteri nabi.

RAMPASAN TERHADAP MANA-MANA BAHAGIAN DARI MAHAR ADALAH HARAM.
Shirazi: Itu adalah alasan yang tempang yang mana Umar sediri tidak tahu mengenainya, jika tidak dia tentu tidak mengaku kesalahannya sendiri, dan tidak akan berkata: ‘Engkau adalah ahli fiqh yang lebih baik dari Umar, kesemua kamu, termasuk para isteri.’ Jika tidak dia pasti telah katakan apa yang kamu telah katakan

Selain itu, semua orang tahu bahawa tindakkan yang salah tidak boleh dibentuk sebagai cara untuk mendapatkan keputusan yang dihajati dan dibolehkan. Pastinya harta seorang wanita, yang telah dimilikkinya, menurut dari perundangan al-Quran, tidak boleh dirampas secara halal darinya dan meletakkannya di dalam baitul-mal.

Selain dari semua pertimbangan itu, adalah haram [salah] untuk menjatuhkan hukuman agama kepada sesaorang yang tidak melakukan kesalahan. Paling tidaknya saya tidak pernah melihat keputusan yang sedemikian pada mana-mana kod perundangan, kamu terpaksa menerima bahawa kenyataan guru itu adalah salah.

PENAFIAN UMAR TERHADAP WAFATNYA NABI MEMBUKTIKAN BAHAWA DIA JAHIL PADA BEBERAPA AYAT DARI AL-QURAN.
Malangnya Umar mempunyai tabiat cepat marah, dan dengan itu dapat dia menakutkan manusia dengan berkata, ‘Saya akan menghukum kamu!’

Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain; Tabari di dalam Tarikh dan ulama yang lain telah menyampaikan bahawa apabila nabi telah wafat, Umar pergi kepada Abu Bakr dan memberitahunya bahawa dia takut, mungkin nabi tidak mati. Mungkin dia hanya berpura-pura berlakon mati supaya dia dapat mengenali sahabat dan juga musuhnya, atau mungkin dia telah ghaib, seperti Musa dan akan kembali semula dan menghukum mereka yang tidak taat dan engkar kepadanya.

Umar terus berkata, ‘Maka jika sesiapa mengatakan nabi telah mati, saya akan menghukum mereka,’ Apabila Abu Bakr mendengar, dia juga tidak pasti mengenainya, dan manusia juga ragu-ragu dan perbezaan timbul diantara mereka. Apabila Ali mengetahui mengenainya, dia keluar dihadapan orang ramai dan berkata, ‘Manusia! Mengapa kamu membuat gempar yang tidak berfaedah ini? Apa kamu telah lupa akan ayat al-Quran yang mana Allah berkata kepada nabi, ‘Sesungguhnya kamu akan mati dan begitu juga manusia daripada ummah [39:30] Maka menurut dari ayat ini nabi telah meninggalkan dunia ini.’ Hujah dari Ali meyakinkan manusia bahawa nabi dengan sebenarnya telah wafat. Kemudian Umar berkata, ‘Ianya seakan saya tidak pernah mendengar ayat tersebut.’

Ibn Athir di dalam Kamil dan Nihaya; Zamakhshari di dalam Asasu’l-Balagha; Shahrastani di dalam Milal wa’n-Nihal, (Muqaddama IV), dan banyak lagi dari ulama kamu telah menulis bahawa Umar telah menjerit, ‘Nabi tidak mati,’ apabila Abu Bakr sampai kepadanya dan berkata, ‘Tidakkah Allah telah berkata, ‘Sesungguhnya kamu akan mati dan juga manusia dari ummah kamu,’ Juga Dia berkata, ‘Jika dia mati atau terbunuh, adakah kamu akan berpaling semula?’ [3:144] Umar kemudian menjadi terdiam dan berkata, ‘Ianya seakan saya tidak pernah mendengar ayat tersebut. Sekarang saya percaya bahawa nabi telah mati.’

UMAR MEMERINTAHKAN SUPAYA DIREJAM LIMA ORANG DAN ALI MENGHALANG.
Hamidi menyampaikan di dalam Jam-e-Bainu’s-Sahihain bahawa semasa pemerintahan Umar, lima orang telah ditangkap atas tuduhan zina dan dibawa kepada Umar. Telah dibuktikan bahawa lima orang telah melakukan zina dengan wanita tertentu. Umar serta merta memerintahkan supaya mereka direjam hingga mati. Pada ketika itu Ali masuk kedalam masjid dan setelah mendengar apa yang Umar telah perintahkan berkata kepadanya, ‘Disini kamu telah memerintahkan yang bertentangan dengan perintah Allah.’

Umar berkata, ‘Kesemua zina telah dibuktikan. Mati dengan direjam telah ditulis sebagai hukuman terhadap kesalahan itu.’

Ali berkata, ‘Di dalam perkara zina, terdapat beberapa perbezaan kaedah pada perbezaan kes. Begitu jugalah dalam kes sekarang, perbezaan hukuman hendaklan dijatuhkan.’

Umar menyuruh dia mengkhususkan setiap perintah Allah dan nabi di dalam kes tersebut, kerana Umar telah mendengar nabi berkata pada beberapa peristiwa, ‘Ali adalah yang paling terpelajar dan hakim yang paling adil.’

Ali memerintahkan kelima-lima orang itu dibawa kepadanya. Dia memerintahkan orang yang pertama dipenggalkan kepalanya. Dia memerintahkan orang yang keduanya direjam hingga mati. Dia memerintahkan orang yang ketiga diberikan 100 sebatan, yang keempat 50 sebatan dan yang kelima 25 sebatan.

Umar hairan dan binggung, berkata, ‘Abul-Hasan, bagaimana kamu memberikan keputusan kes ini dengan lima cara yang berlainan?’

Imam yang suci berkata, ‘Orang yang pertama adalah orang kafir yang dibawah perlindungan islam. Dia melakukan zina dengan wanita islam. Oleh kerana dia telah kehilangan perlindungan islam; maka dia telah diberikan hukuman bunuh. Orang kedua mempunyai isteri, maka dia direjam hingga mati. Yang ketiga dia belum beristeri, maka dia diperintahkan dengan hukuman 100 sebatan. Keempat seorang hamba yang hanya layak didenda dengan setengah orang merdeka maka dihukum 50 sebatan. Dan yang kelima adalah seorang jahil, maka diberikan hukuman yang ringan iaitu 25 sebatan.’

Kemudian Umar berkata, ‘Jika Ali tidak ada disana, Umar pasti akan binasa, Wahai Abu’l-Hasan! Saya harap saya sudah tidak ada lagi apabila kamu tidak ada diantara kami.’

UMAR MENGHUKUM WANITA MENGANDUNG DIREJAM SEHINGGA MATI DAN CAMPUR TANGAN ALI.
Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib Fi Manaqib-e-Amiru’l-Mu’minin Ali Bin Abi Talib; Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad; Bukhari di dalam Sahih; Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain; Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, chapter IV, ms 75, dari Khawarizmi’s Manaqib; Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Arba’in, ms 466; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms p.196; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, ms 48; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 113; dan Imamu’l-Haram di dalam Dhakha’iru’l-Uqba, ms 80, mengatakan laporan yang berikut.

Seorang wanita mengandung telah dibawa kepada Umar bin khattab. Setelah disoal, dia mengaku bahawa dia telah bersalah melakukan perhubungan sumbang, dan khalifa memerintahkan dia direjam sehingga mati. Kemudian Ali berkata, ‘Arahan kamu boleh dilaksanakan kepada wanita ini, tetapi kamu tidak punya kuasa terhadap anak dia.’

Umar membebaskan wanita itu dan berkata, ‘Wanita tidak berkemampuan melahirkan orang seperti Ali: Jika Ali tidak ada disini, Umar pasti akan binasa.’ Dia teruskan berkata, ‘Semoga Allah tidak memanjangkan umur saya untuk menghadapi masalah yang susah dimana Ali tidak ada untuk menyelesaikannya.’

UMAR MENGARAHKAN WANITA YANG TIDAK SIUMAN DIREJAM DAN CAMPURTANGAN ALI.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Shafi’i di dalam Dhakha’iru’l-Mawadda, chapter II, ms 75, dari Hasan Basri; Ibn Hajar di dalam Fathu’l-Bari, jilid XII, ms 101; Abu Dawud di dalam Sunan, jilid II, ms 227; Munadi di dalam Faizu’l-Qadir, jilid IV, ms 257; Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid II, ms 59; Qastalani di dalam Irshadu’s-Sari, jilid X, ms 9; Baihaqi di dalam Sunan, jilid VIII, ms 164; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms 196; Khatib Khawarizmi di dalam Munaqab, ms 48; Muhammad Ibn Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Imamu’l-Haram di dalam Dhakha’iru’l-‘Uqba, ms 80; Ibn Maja di dalam Sunan, jilid II, ms 227; Bukhari di dalam Sahih, Bab la yarjumu’l-majnun wa’l-majnuna dan kebanyakkan dari ulama kamu telah merakamkan insiden yang berikut:-

Satu hari seorang tidak siuman telah dibawa dihadapan khalifa Umar bin Khattab. Dia telah melakukan penzinaan dan mengaku kesalahannya. Umar mengarahkan supaya dia direjam. Amirul-mukminin ada disitu. Dia berkata kepada Umar, ‘Apa yang engkau telah lakukan? Saya telah mendengar nabi berkata bahawa 3 jenis manusia yang bebas dari dipertanggong jawabkan pada undang-undang, orang yang tidur sehingga dia bangun, orang gila sehingga dia sembuh, dan kanak-kanak sehingga sempurna akalnya.’ Mendengar ini, Umar membebaskan wanita itu.

Ibnus-Saman di dalam bukunya Kitabul-Muwafiqa telah merakamkan banyak kes yang sedemikian. Terdapat beberapa keadaan yang merakamkan lebih kuran 100 pendapat yang salah dan meleset.

PENGETAHUAN ALI DAN KEMULIAANNYA.
Nuru’d-din Bin Sabbagh Malaki di dalam Fusulu’l-Muhimma, chapter 3, ms 17, menulis mengenai Ali berkata, ‘Bab ini mengandungi perkara berkaitan dengan pengetahuan Ali. Satu dari aspeknya adalah pengetahuan perundangan fiqh yang mana telah diasaskan amalan halal dan haram manusia. Ali memahami perundangannya dengan mendalam. Masalahnya yang komplek, adalah mudah bagi Ali, dan dia benar-benar faham akan interpretasinya. Atas sebab inilah nabi berkata bahawa Ali adalah orang yang paling berhak di dalam ummah pada menghuraikan persoalan perundangan.

Imam Abu Muhammad Husain bin Mas’ud Baghawi di dalam bukunya Masabih mengatakan dari Anas bahawa apabila nabi melantik setiap orang dari sahabat kepada satu-satu kedudukan, baginda melantik Ali kepada kedudukan hakim dan berkata, ‘Ali adalah hakim yang terbaik diantara kamu semua [sahabat dan juga ummah]

Sudah pasti jika kamu bendingkan kata-kata guru kolej yang jahil dengan hadith dari ulama kamu, kamu akan dapati apa yang dia katakan tidaklah berasas. Guru ini mengatakan lebih dari apa yang dilakukan oleh pemimpin. Umar sendiri mengakui kelemahannya dari Ali.

Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imamu’l-Haram Ahmad Makki Shafi’i di dalam Dhakha’iru’l-Uqba, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, chapter 56, dan Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms 195, mengatakan bahawa Muawiya sebagai berkata, ‘Apabila Umar bin Khattab menghadapi masalah yang susah, dia meminta pertolongan Ali,’ Abul-Hajjaj balawi di dalam bukunya Alif-Ba, jilid I, ms 222, menulis bahawa apabila Muawiya mendengar berita syahidnya Ali, dia berkata, ‘Dengan kematian Ali, perundangan dan pengetahuan telah runtuh.’

Dia juga menyebut Sa’id bin Musayyab sebagai berkata bahawa Muawiya berkata, ‘Umar selalu berdoa mencari perlindungan dari kesusahan dimana Ali tidak ada untuk menolongnya.’

Abu Abdullah Muhammad bin Ali al-Hakim al-Tirmidhi di dalam ulasannya pada Risalat-e-Fathul-Mubin menulis: ‘Para sahabat nabi merujuk kepada Ali di dalam perkara berkaitan perundangan al-quran dan menerima kepurusannya. Umar bin Khattab telah berkata dibeberapa keadaan, ‘Jika Ali tidak ada disitu, Umar pasti telah binasa,’ Nabi Allah juga berkata, ‘Manusia yang paling terpelajar diantara kamu dari ummah saya adalah Ali IbnAbi Talib.’

Apa yang telah dirakamkan di dalam hadith dan kenyataan sejarah membuktikan bahawa Umar telah mempunyai pengetahuan umum dan juga pengetahuan perundangan yang dia juga kerap membuat salah pada mengenai masalah yang biasa. Para sahabat yang bersama dengannya kerap mengingatkan dia mengenai kelemahannya.

Sheikh: Kamu telah bertindak kurang sopan dengan mengatakan begitu kepada Umar, Adakah mungkin seorang khalifa boleh tersalah di dalam perkara agama?

Shirazi: Tidak sopan ini bukan dari pihak saya. Ulama kamu telah mendedahkan perkara sebenar mengenainya.

Sheikh: Jika kamu boleh, sila jelaskan kepada kami dengan segala punca yang betul supaya kebenaran dengan jelas dapat dilihat

Shirazi: Terdapat banyak peristiwanya. Lebih kurang 100 darinya terdapat di dalam buku kamu, tetapi saya akan katakan satu darinya sebagai contoh.

KEJAHILAN UMAR MENGENAI TAYAMMUM.
Muslim Ibn Hajjaj di dalam Sahih, bab Tayammum; Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, jilid IV, ms 265, 319; Baihaqi di dalam Sunan, jilid I, ms 209; Abi Dawud di dalam Sunan , jilid I, ms 53; Ibn Maja di dalam Sunan, jilid I, ms 200; Imam Nisa’i di dalam his Sunan, jilid I, ms 59-61, dan yang lain dari ulama kamu yang terkenal telah mengatakan dengan berbeza cara dan perkataan, menyatakan bahawa semasa khalifa Umar, seorang datang kepadanya dan berkata, ‘Adalah perlu bagi saya melakukan mandi, tetapi tidak terdapat air. Apa yang perlu saya lakukan dalam keadaan ini/

Umar berkata, ‘Jika kamu tidak dapat air untuk mandi, kamu tidak perlu melakukan solat.’

Pada ketika itu Ammar-e-Yasir, seorang sahabat nabi hadir. Dia berkata, ‘Umar! Adakah kamu lupa bahawa pada satu perjalanan, engkau dan saya perlu kepada mandi. Oleh kerana air tidak boleh didapati engkau telah tidak solat, tetapi saya fikirkan satu cara bertayammum sebagai ganti mandi, iaitu debu hendaklah disapukan kepada seluruh badan. Maka saya sapukan debu pada badan saya dan mendirikan solat. Apabila kita pergi kepada nabi. Dia berkata dengan tersenyum: ‘Untuk Tayammum hanya ini telah mencukupi, bahawa kedua tapak tangan diletakkan dibumi serentak dan tapak tangan disapukan pada dahi kebawah; kemudian belakang tangan kanan disapukan dengan tapak tangan kiri, belakang tangan kiri disapukan dengan tapak tangan kanan.’ Sekarang mengapa kamu katakan kepada orang itu supaya jangan solat?

Apabila Umar tidak dapat memberikan jawapan dia berkata, ‘Ammar, takutlah kepada Allah.’

Kemudian Ammar berkata, ‘Adakah kamu mengizinkan saya menyampaikan hadith ini?’ Umar berkata, ‘Saya serahkan kepada kamu untuk melakukan sesuka hati kamu.’

Dengan jelas dari hadith itu, yang mana ulama kamu telah sampaikan, kamu pastinya akan mengakui bahawa apa yang dikatakan oleh guru itu adalah palsu. Bolehkah sesaorang yang arif di dalam perundangan fiqh dan kerap berada bersama nabi dan telah mendengar dari nabi sendiri bagaimana Yayammum perlu dilakukan apabila air tidak boleh didapati, telah memberitahu muslim bahawa jika dia tidak dapat air maka dia hendak menahan diri dari melakukan solat? Ini tersangat pelik oleh kerana al-Quran memberitahu kita bahawa di dalam situasi begitu kita perlulah lakukan tayammum.’

Amalan Tayammum diantara muslim adalah perkara yang telah diketahui umum bahkan muslim yang tidak pandai membaca tahu mengenainya, di dalam keadaan tertentu ia menggantikan wudu dan mandi wajib. Sekarang apa yang perlu kita katakan mengenai sahabat nabi dan juga khalifa? Tidakah dia sepatutnya mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini?

Saya tidak katakan dalam hal ini bahawa khalifa Umar dengan sengaja menukarkan perundangan Allah. Tetapi sebanyak ini tentunya telah pasti: dia lemah di dalam kebolehan mengekalkan maklumat, dan susah baginya untuk mengingatperundangan. Dan itu adalah sebabnya, sebagaimana ulama kamu telah menulis, dia kerap berkata kepada ahli perundangan semasanya Abdullah Ibn Mas’ud: kamu hendaklah selalu berada bersama saya supaya sesiapa yang bertanya kepada saya, kamu boleh menjawab kepadanya.’

Sekarang tuan-tuan! Kamu hendaklah membuat pertimbangan apakah bezanya diantara sesaorang yang pengetahuannya amat cetek sehingga dia tidak dapat memhami masalah yang mudah dengan seorang yang serta merta memahami masalah yang susah.

Sheikh: Siapakah yang boleh jadi begitu, selain dari nabi?

Shirazi: Pastinya, sesudah nabi tiada siapa diantara para sahabat yang mempunyai pengetahuan yang sebegitu melainkan ‘pintu pengetahuan ‘ nabi, Ali, yang mana nabi sendiri telah berkata, ‘Ali adalah yang paling terpelajar diantara kamu semua.’

SEMUA PENGETAHUAN AMATLAH JELAS KEPADA ALI.
Abu’l-Mu’ayyid Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi berkata di dalam Manaqib bahawa satu hari Umar berkata kepada Ali Ibn Abi Talib dengan sedikit kehairanan, ‘Bagaimana setiap soalan yang ditanyakan kepada kamu, kamu memberikan jawapannya dengan tidak teragak-agak?’

Imam yang suci membuka tapak tangannya dan berkata, ‘Berapa jari yang kamu nampak?’

Umar terus berkata, ‘Lima.’

Ali berkata, ‘Mengapa kamu tidak memikirkan mengenainya dahulu?’

Umar berkata, ‘Tidak ada apa yang hendak difikirkan, oleh kerana kesemua lima jari ada dihadapan mata saya.

Kemudian Ali berkata, ‘Begitulah, semua masalah dan isu pengetahuan adalah jelas kelihatan pada saya. Saya berikan jawapannya tanpa banyak berfikir.’

Sekarang tuan-tuan! Bukankah disebabkan oleh perjudis guru itu telah mengatakan yang bukan-bukan dan telah mengelirukan anak muda yang kurang pengetahuan. Adakah manusia yang memilikki ilmu yang begitu mendalam dan ‘pintu pengetahuan’ nabi, akan merujuk kepada Umar untuk menyelesaikan masalahnya yang susah?

MUAWIYA MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN ALI.
Saya baru teringat satu hadith. Saya sampaikan kepada kamu sebagai bukti tambahan pada maksud kami. Ibn Hajar Makki, seorang ilmuan yang fanatik telah menulis di dalam bukunya Sawa’iq-e-Muhriqa, bab II, Maqsad V, ms 110, dibawah ayat 14, bahawa Imam Ahmad Bin Hanbal telah menyampaikan dan juga Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, mereka telah merakamkan bahawa seorang Arab bertanya kepada Muawiya. Muawiya berkata, ‘Tanyalah kepada Ali mengenainya, oleh kerana dialah yang paling bijak.’ Orang Arab itu berkata, ‘Saya lebih suka jawapan kamu dari jawapan Ali.’

Muawiya berkata, ‘Kamu telah mengatakan sesuatu yang buruk: Kamu telah menolak seorang yang nabi sendiri telah latih dan yang kepadanya nabi telah berkata, ‘Kamu mempunyai hubungan yang sama dengan saya seperti Harun dengan Musa, melainkan bahawa tidak ada nabi selepas saya. Lebih-lebih lagi apabila Umar bergelut dengan masalah yang susah, dia bertanya kepada Ali mengenainya dan dapatkan pendapatnya.’

Ini mengingatkan saya pada kata-kata, ‘Kemuliaan itu adalah sesuatu yang mana musuh juga menjadi saksi kepadanya.’

PENGAKUAN UMAR TERHADAP KEJAHILANNYA TERHADAP MASALAH YANG SUSAH DAN KENYATAANNYA BAHAWA JIKA ALI TIDAK MENOLONGNYA, KESUSAHANNYA TENTU TIDAK DAPAT DISELESAIKAN.
Di dalam menambahkan lagi sokongan terhadap kelebihan Ali dari Umar, saya sebutkan apa yang ulama kamu telah katakan. Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib; Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan ramai yang lain telah menulis bahawa pada 70 peristiwa dimana Umar mengatakan, ‘Jika Ali tidak ada disini tentu Umar telah binasa.’

Nuru’d-din Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma mengatakan bahawa suatu ketika seorang telah dibawa kepada Umar. Dia telah ditanya di hadapan perhimpunan manusia, ‘Bagaimana kamu mulakan pagi kamu?’ Dia berkata, ‘Saya bagun pagi dalam keadaan begini: Saya cintakan godaan dan benci kepada yang benar. Saya mengaku kepada kebenaran kristian dan yahudi, percaya kepada apa yang saya tidak lihat dan kepada apa yang belum dijadikan.’

Umar memerintahkan supaya Ali dibawakan kepadanya. Apabila perkara itu dibentangkan kepada Amirul-Mukminin, dia berkata, ‘Apa orang itu katakan adalah benar. Dia kata dia cintakan godaan. Maksudnya dengan itu adalah harta dan anak. Allah kata di dalam al-Quran, ‘Dan kamu tahu bahawa harta dan anak adalah godaan.’ [8:28] Dengan benci kepada yang benar, maksudnya mati. Al-Quran berkata, ‘Dan ketakutan pada kematian akan datang dengan sebenar.’ [50:19]

Dengan mengesahkan kebenaran yahudi dan kristian, dia bermaksud apa yang Allah katakan, ‘Yahudi mengatakan bahawa kristian bukan dijalan yang benar dan kristian mengatakan bahawa yahudi bukan dijalan yang benar.’ [2:113] Iaitu, kedua golongan telah saling mendustakan satu sama lain. Maka orang Arab itu berkata dia bersetuju dengan mereka berdua, atau dengan lain perkataan dia menolak kedua mereka.

Dia katakan bahawa dia percaya pada apa yang dia tidak lihat, bererti bahawa dia percaya kepada Allah yang maha berkuasa.

Apabila dia katakan bahawa dia percaya pada apa yang belum dijadikan, iaitu, bukan sekarang, dia merujuk kepada hari pengadilan, yang mana belum dijadikan lagi.’

Kemudian Umar berkata, ‘Saya meminta perlindungan Allah dari situasi yang susah dimana Ali tiada untuk menolang saya.’

Kisah ini juga telah disampaikan dengan lebih mendalam dan dalam bentuk yang lain, oleh penulis seperti Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 57, dari Hudhaifa Bin Al-Yaman, yang menyebutnya dari khalifa Umar.

Beberapa insiden yang sama terjadi dimasa khalifa Abu Bakr dan Umar, yang mana kedua mereka tidak mampu memberikan jawapan yang betul. Adalah Ali yang memberikan jawapannya. Terutama apabila Yahudi, Kristian dan pakar sains atheis datang dan berbincang perkara yang rimit, adalah Ali yang menyelesaikannya.

Menurut dari ulama kamu seperti Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam Sahih nya; Nishapuri di dalam Tafsir; Ibn Maghazili Faqih Shafi’i di dalam Manaqib; Muhammad Bin Talhadi dalam Matalibu’s-Su’ul, bab 4, ms 13 dan 18; Hafiz Ibn Hajar Asqalani (mati 852 H.) di dalam Tahdhibu’t-Tahdhib (di cetak di Hyderabad Daccan), ms 338; Qazi Fazlullah Ruzbahan Shirazi di dalam Ibta’lu’l-Batil; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, jilid II, ms 39; Ibn Kathir di dalam Ta’rikh, jilid VII, ms 369; Ibn Qutayba Dinawari (mati 276 H.) di dalam Ta’wil-e-Mukhtalafu’l-Hadith (di cetak di Egypt), ms 201-202; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (mati 658 H.) di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 57; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 66; Seyyed Mu’min Shablanji di dalam Nuru’l-Absar, ms 73; Nuru’d-din Ali Bin Abdullah Samhudi (mati 911 H.) di dalam Jawahiru’l-Iqdain; Al-Hajj Ahmad Afindi di dalam Hidayatu’l-Murtab, ms 146 dan 153; Muhammad Bin Ali As-Sabban di dalam Ishafu’r-Raghibin, ms 52; Yusuf Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Ummal, bab 6, ms 37; Ibn Abi’l-Hadid (mati 655 H.) di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I; Mulla Ali Qushachi di dalam Sharh-e-Tajrid, ms 407; Akhtabu’l-Khutaba Khawarizmi di dalam Manaqib, ms 48 dan 60; bahkan si fanatik Ibn Hajar Makki (mati 973 H.) di dalam Sawa’iq Muhriqa, ms 78; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid II, ms 509 dan Allama Ibn Qayyim Jauzia di dalam Turuqu’l-Hikmiyya, ms 47 dan 53, mereka telah merakamkan banyak kes yang menunjukkan bahawa Umar merujuk masalah yang sukar dan komplek, terutama masalah yang susah dari Raja Rom, kepada Amirul-Mukminin.

Umar selalu merujuk kepada Ali kes untuk diselesaikan, dan apabila mendengarkan keputusannya, dia berulang kali mengatakan, ‘Saya meminta perlindungan Allah dari keadaan yang susah dimana Ali tidak ada untuk menolong saya.’ Kadang kala dia berkata, ‘Jika Ali tidak ada disana, tentu Umar akan binasa.’

Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib dan Hamidi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sahihain telah menulis bahawa khalifa mengambil perundingan dengan Ali di dalam semua perkara dan bahawa dia adalah yang utama di dalam menentukan keputusan persoalan agama dan juga dunia. Khalifa dengan teliti mendengarkan kenyataan dan arahannya dan kemudian bertindak keatasnya.

ALI TIDAK SESUAI UNTUK KEDUDUKAN KHALIFA.
Pengetahuan adalah kriteria yang terbaik untuk keutamaan. Al-Quran dengan jelas telah berkata, ‘Kemudian dia yang memberi petunjuk kepada kebenaran yang lebih berhak diikuti, atau dia yang dirinya tidak dijalan yang lurus melainkan jika dia ditunjukkan? Kemudian apa kenanya dengan kamu: bagaimana kamu pertimbangkan?’ [10:35]

Iaitu, dia yang mempunyai kualiti terbaik pada petunjuk hendaklah menjadi pemimpin tertinggi untuk manusia, bukanlah mereka yang jahil di dalam perkara petunjuk dan yang dirinya sendiri perlukan petunjuk dari yang lain

Ayat ini adalah bukti yang paling sah bahawa manusia yang utama tidak boleh dijadikan orang bawahan mereka yang jahil. Persoalan khalifa, Imami dan penggantian nabi jatuh pada prinsip yang sama. Ini telah dijelaskan lagi dengan ayat yang lain, ‘Katakan, ‘Adakah mereka yang tahu sama dengan mereka yang tidak tahu [jahil]?’ [39:9]

DARI SEMUA STANDARD ALI ADALAH YANG PALING LAYAK UNTUK KEDUDUKAN KHALIFA.
Sheikh: Kami tentunya setuju bahawa Ali memilikki semua kualiti yang terbaik yang kamu telah nyatakan. Tiada siapa melainkan Khariji yang fanatik telah menafikan fakta itu. Tetapi sebanyak ini juga diakui:

Seyyed Ali sendiri secara suka rela menerima khalifa yang bertiga dan mengakui kelebihan dan hak mereka pada mendahului beliau. Maka apa perlunya kita risau, setelah 1 300 tahun pada keputusan yang mereka telah buat dan kini kita bergelut diantara kita, pada mengapa ummah melantik Abu Bakr, Umar dan Uthman.

Maka apakah salahnya jika kita aman dan bersaudara diantara kita dan mengaku apa yang sejarah telah rakamkan dan apa yang ulama kamu secara umum telah terima; selepas nabi, Abu Bakr; Umar dan Uthman berturutan menduduki khalifa. Kita harus hidup bersama sebagai saudara dan sama-sama mengakui Ali lebih utama dalam pengetahuan dan tindakkan, serta pertalian khususnya dengan nabi. Dengan cara yang sama dimana empat mazhab telah bersatu, shia juga perlu berkerja sama dengan kami.

Kami tidak pernah menafikan kelebihan kerekter dan pengetahuan Ali, tetapi kamu hendaklah mengakui bahawa di dalam perbandingan umur, ketajaman politik, sabar dan tenang, di dalam berhadapan dengan pihak musuh, Abu Bakr pastinya lebih utama dari Ali. Adalah dengan sebab ini, melalui keputusan sebulat suara ummah, dia menduduki tempat khalifa. Ali adalah muda pada ketika itu dan tidak punya kemampuan untuk memikul tanggong jawab khalifa. Bahkan 25 tahun kemudian, apabila dia menduduki kerusi khalifa, banyak kekacauan telah berlaku, disebabkan kerana dia bukanlah ahli politik yang berkemampuan.

BAI’AH ALI KEPADA KHALIFA TELAH DIPAKSAKAN.
Shirazi: Pertama kamu katakan Amirul-Mukminin secara suka rela memberikan bai’ah kepada ketiga-tiga khalifa. Saya teringat satu cerita yang wajar pada perbincangan ini. Pada masa dahulu jalan raya Iran amat merbahaya, dan jamaah ke tempat suci menhadapi kesukaran di dalam perjalanan mereka. Satu khafilah telah jatuh ketangan perompak yang mencuri barangan mereka. Apabila mereka sedang membahagikan barangan tersebut diantara mereka, pakaian kafan telah jatuh ketangan seorang perompak tua. Dia berkata, ‘Tuan-tuan jamaah! Kain kafan siapakah ini?’ Seorang jamaah berkata, ‘Kafan itu kepunyaan saya.’ Perompak itu berkata, ‘ Aku tidak punya kain kafan, maka tolonglah berikan kepada saya supaya ianya menjadi halal kepada saya.’ Si Jamaah berkata, ‘Semua harta saya adalah milik kamu, tetapi pulangkanlah kain kafan itu, oleh kerana saya telah tua dan telah bersusah payah menyediakannya untuk diri saya diakhirat kelak. Itulah saja harta saya yang amat saya hargai.’

Perompak berkeras juga pada permintaannya, tetapi jamaah mengatakan yang sama, bahawa dia tidak akan melepaskan haknya kepada sesiapa pun. Perompak mengeluarkan pedangnya mula menghayunkan kepada kepala dan muka si jamaah dan berkata dia akan terus memukulnya sehingga dia menyerahkan kain kafan itu dan mengatakan, ‘Ianaya halal.’

Si jamaah tua telah dipukul berterusan sehingga dia menjerit, ‘Tuan, ianya halal, halal; lebih halal dari susu ibu kamu sendiri!!’

Saya harap kamu semua dapat memaafkan saya. Tetapi saya sebenarnya hendak mengambil perhatian kamu kepada apa yang saya hendak terangkan. Mungkin kamu telah terlupa pada apa yang saya telah buktikan di malam yang lalu. Saya telah bacakan rakaman hadith sahih yang mana Ibn Abi’l-Hadid, Jauhari, Tabari, Baladhuri, Ibn Qutayba, Mas’udi, dan yang lainnya dari ulama kamu yang telah mengesahkan bahawa mereka telah mengancam untuk membakar rumah Ali, dia telah diheret kemasjid dan dipaksakan dengan pedang dilehernya, ‘Berikan bai’ah, jika tidak engkau akan dipenggal.’

Adakah ini contoh bai’ah sukarela?

TIDAK PERLUNYA ADA IKUTAN YANG MEMBUTA TULI DI DALAM BERAGAMA.
Kedua, saya telah katakan dahulu kita tidak perlu ada ikutan yang membuta tuli di dalam beragama. Kamu katakan, oleh kerana sejarah telah mengatakan empat khalifa telah menjadi pemerintah, kita hendaklah mengikuti jejak orang yang terdahulu dari kita di dalam keimanan mereka. Tetapi akal fikiran [minda] dan hadith memberitahu kita bahawa keimanan hendaklah berasaskan pada keterangan.

Saya ulangkan sekali lagi bahawa ahli sejarah kamu dan juga kami telah menulis, selepas wafatnya nabi, ummah telah berpecah kepada dua golongan. Satu golongan mengatakan bahawa Abu Bakr hendaklah diikuti dan satu golongan lagi percaya bahawa Ali lah yang perlu diikuti. Nabi berkata, ‘Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya; dan melawan kepada Ali bererti melawan kepada saya.’ Makanya patuh kepada Ali adalah, menurut dari arahan nabi, wajib. Maka adalah tanggong jawab setiap individu dari kedua golongan untuk mendengar hujah dari kedua pihak dan memilih laluan yang sebenar.

KEIMANAN HENDAKLAH DIASASKAN PADA KETERANGAN DAN PENYELIDIKKAN YANG IKHLAS.
Keimanan saya kepada Allah berdasarkan dari kebijaksanaan. Saya telah pelajari buku-buku dari berbagai golongan dan juga agama. Saya menerima fakta bahawa Muhammad adalah nabi yang terakhir berasaskan dari keterangan dan bukan ikutan secara buta dari orang tua saya yang terdahulu. Begitu juga saya telah pelajari ratusan buku dari kedua-dua golongan, terutama dari golongan sunni yang mana terdapat hujah yang jelas pada membuktikan Imami dan khalifa Amirul-Mukminin. Sebaliknya kamu semua hanya memandang sekali imbas pada ayat-ayat dan hadith yang memuji Ali dan kemudian kamu membuat interpretasi yang bukan-bukan darinya.

Ketiga, kamu katakan bahawa kita harus menerima susunan sejarah khalifa: Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Hazat Ali. Tetapi ini adalah karut. Keutamaan manusia dari binatang adalah disebabkan pengetahuan dan kebijaksanaan. Maka kami tidak boleh mengikut mereka yang terdahulu secara buta.

Menurut dari ulama kamu yang terkenal, keutamaan Ali dalam pengetahuan telah diakui. Maka hak diatas keuatamaannya sebagai khalifa hendaklah juga diakui. Oleh kerana dia adalah ‘Pinti pengetahuan’ nabi, menyimpang darinya bererti menyimpang dari petunjuk.

Kami mengakui bahawa selepas wafatnya nabi, Abu Bakr adalah khalifa selama 2 tahun 3 bulan, dan diikuti oleh Umar selama 10 tahun, dan Uthman untuk 12 tahun. Tetapi fakta ini tidak menghapuskan kedudukan yang betul pada keterangan dan juga hadith. Sejarah tidak dapat menolak ‘pintu pengetahuan’ nabi dari haknya.

Firdaus Dailami, Abu Nu’aim Ispahani, Muhammad Bin Ishaq Muttalabi, pengarang buku Maghazi, Hakim, Hamwaini, Khatib Khawarizmi dan Ibn Maghazili menyampaikan sama ada dari Ibn Abbas, atau Sa’id Khadiri, atau Ibn Mas’ud, kesemuanya mengatakan bahawa nabi telah berkata, ‘Mereka akan ditanyakan mengenai wilaya [wazir] Ali Ibn Abi Talib.’

NABI ARAH PATUH KEPADA ALI.
‘Dan apa sahaja yang rasul berikan kepada kamu, terimalah, dan dari apa sahaja yang dilarang kamu, jauhilah.’ [59:7]

Makanya kita wajiblah patuh kepada arahan nabi.

Apabila kita lihat pada arahan nabi kita dapati [sebagaimana yang dirakamkan di dalam buku kamu yang boleh dipercayai] bahawa diantara semua dari ummahnya nabi hanya mengatakan Ali sahaja pintu pengetahuannya dan telah memerintahkan kita supaya mengikutinya. Bahkan dia katakan bahawa patuh kepada Ali adalah sama seperti patuh kepadanya.

Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imamu’l-Haram di dalam Dhakha’iru’l-‘Uquba; Khawarizmi di dalam Manaqib; Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib dan ulama lainnya telah mengatakan bahawa nabi Allah berkata, ‘Ansar! Haruskan saya tunjukkan orangnya yang kamu harus patuh dan yang tidak akan membiarkan kamu sesat?’ Mereka berkata, ‘Ya, biarlah kami mengenalinya.’ Nabi berkata, ‘Dia adalah Ali. Jadilah sahabatnya, hormatilah dia, dan ikutilah dia. Sesungguhnya dia adalah bersama al-Quran dan al-Quran bersama dengannya. Sesungguhnya dia akan memandu kamu kejalan yang betul dan tidak akan membiarkan kamu binasa. Apa sahaja yang saya katakan kepada kamu telah dikatakan oleh Jibril kepada saya.’

Juga sebagaimana telah dirakamkan oleh ulama kamu, nabi berkata kepada Ammar-e-Yasir, ‘Jika semua manusia disatu pihak, dan Ali dipihak yang lain, kamu hendaklah memilih dipihak Ali dan tinggalkan yang lain.

Juga pada peristiwa dan tempat yang lain, nabi berulang kali mengatakan, ‘Dia yang taat kepada Ali sesungguhnya telah taat kepada saya. Dia yang taat kepada saya, sebenarnya telah taat kepada Allah.

TIDAK TERDAPAT HADITH YANG MENGATAKAN KHALIFA YANG LAIN SEBAGAI ‘PETUNJUK KEPADA UMMAH’ ATAU ’PINTU PENGETAHUAN’
Tidak ada satu pun hadith di dalam buku kamu yang mana nabi berkata, ‘Selepas saya petunjuk kepada jalan yang benar, atau ‘pintu pengetahuan saya’ atau ‘pengganti saya dan khalifa’ adalah Abu Bakr, Umar, atau Uthman.’ Bolehkah kamu menyatakan hadith sedemikian yang tidak dipalsukan oleh kumpulan Bakari atau Amawi?’

Tetapi kamu meminta kami memberikan tempat keempat ‘pintu pengetahuan nabi’, ‘pengganti dan khalifa’ nabi, ini adalah sebutan dari nabi sendiri; dan mengikuti mereka yang mana tidak terdapat sebarang arahan apa jua pun. Jika kami mengikuti nasihat kamu, tidakkah kami melanggar perintah Allah dan juga arahan nabiNya?’

ULAMA SUNNI TIDAK MAHU BERKERJA SAMA DENGAN KAMI.
Keempat, kamu katakan bahawa sama seperti empat mazhab yang lain [Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali] kami juga hendaklah bersatu dengan kamu. Tetapi kamu yang memanggil shia, Rafizi, musyirik dan kafir. Pastinya musyirik dan beriman tidak boleh bersatu. Bagaimana pun kami telah bersedia untuk berkerja sama dengan saudara sunni kami. Yang pasti syaratnya adalah kita semua sama bebas pada mengembangkan kepercayaan agama kita.

Sebagaimana pengikut empat mazhab yang lain bebas di dalam mengamalkan amalan mereka, pengikut keturunan nabi juga hendaklah diberikan kebebasan yang serupa. Kami lihat bahawa diantara empat mazhab kamu terdapat perbezaan yang serius sehingga sebahagian dari mereka mengatakan yang lain kafir dan berdosa. Namun kamu menganggap mereka muslim dan memberikan kebebasan untuk beramal. Tetapi telah memanggil shia musyirik dan kafir, kamu menolak mereka dari golongan muslim dan menghalang mereka dari kebebasan untuk mengamalkan agama mereka. Bagaimana kami boleh mengharapan perpaduan dan kerja sama?

SUJUD PADA DEBU OLEH SHIA DIBANTAH OLEH YANG LAIN TANPA SEBAB.
Ambil sebagai contoh, kami sujud pada debu. Betapa kecuhnya kamu buat mengenai debu dan turba, tanah liat yang kecil dari tanah Karbala. Yang mana kami letakkan dahi apabila bersujud. Kamu menekankan bahawa itu adalah berhala dan mengatakan kami menyembah berhala, walaupun kami sujud pada debu dengan keizinan Allah dan nabiNya. Ayat al-Quran menyuruh kita melakukan sujud, dan sujud bererti meletakkan dahi pada bumi. Ya pastinya terdapat perbezaan diantara kamu dan kami terhadap benda dimana kita sujud.

Sheikh: Jadi mengapa kamu tidak lakukan sujud sebagaimana semua muslim yang lain lakukan supaya tidak ada perbezaan dan salah faham ini boleh dihapuskan.

Shirazi: Pertama, sila terangkan kepada kami mengapa Shafii berbeza dengan banyaknya dari Maliki dan Hanbali, mengenai perkara amalan dan asas keimanan. Kadang kala mereka mengatakan bahawa yang lainnya berdosa atau kafir. Bukankah lebih baik untuk mereka jika mereka duduk bersama dan mencapai kepada satu kepercayaan bersama, supaya tidak akan ada lagi perbezaan.

Sheikh: Tedapat perbezaan pada ahli perundangan, tetapi sesiapa sahaja dari kami yang mengikuti mana-mana ahli perundangan – Imam Shafii, Imam Azam, Imam Malik atau Imam Ahmad bin Hanbal – akan mendapat balasan dari Allah.

PERBEZAAN DIANTARA EMPAT MAZHAB DIKETEPIKAN TETAPI SHIA TIDAK DAPAT DITANGANI.
Shirazi: Demi Allah berlaku adillah. Kamu tidak mempunyai sebarang sebab pada mengikuti empat mazhab ini melainkan bahawa sebahagian dari mereka adalah orang yang terpelajar. Kamu secara buta mengikuti mereka. Kamu telah dicucuk hidung, dan masih lagi kamu mengatakan bahawa tindakan kamu akan diberikan ganjaran walaupun pada asasnya terdapat banyak perbezaan, begitu juga dengan perkara yang bersangkutan dengan amalan kamu. Kami mengikuti arahan dari keturunan nabi, yang mana, menurut nabi sendiri dan juga dari ulama kamu, mereka adalah yang paling terpelajar dan kamu katakan kami kafir. Kamu harus mengakui bahawa permusuhan ini bukannya disebab dari perbezaan pandangan. Penyebabnya adalah kami mencintai keluarga nabi, dan penentang kami mempunyai perasaan dendam terhadap mereka.

Pada kepercayaan asas dan juga pada perkara amalan terdapat banyak perbezaan – diantara empat mazhab kamu. Kebanyakkan dari keputusan Imam dan ahli perundangan kamu bertentangan dengan arahan yang jelas yang didapati di dalam al-Quran. Tetapi kamu tidak mengeluarkan sepatah perkataan mengenai mereka yang mengeluarkan keputusan tersebut dan kepada mereka yang mengamalkannya. Bahkan apabila shia sujud pada debu, menurut dari perintah al-Quran, kamu mengatakan mereka kafir.

KEPUTUSAN MAZHAB SUNNI BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN AL-QURAN.
Sheikh: Dimana ahli fiqh sunni dan kempat Imam memberikan keputusan yang bertentangan dengan al-Quran?

Shirazi: Mereka kerap memberikan arahan yang bertentangan dengan perundangan al-Quran dan dari pandanagan ramai ummah. Ulama kamu telah menulis beberapa buku pada perbezaan diantara empat mazhab. Saya mengesyorkan kamu supaya membaca buku yang terkenal Masa’ilu’l-Khalif fi’l-fiqh oleh Sheikhu’t-Ta’ifa Abu Ja’far Muhammad Ibn Hasan Ibn Ali Tusi, yang telah merakamkan semua perbezaan ahli fiqh islamdari bab Tahira [kesucian] hingga ke bab Diyat [ganti rugi]

Saya akan tunjukkan satu dari banyak contoh perundangan diluluskan yang bertentangan dengan al-Quran.

Sheikh: Ya, berikan kami contohnya.

JIKA TIADA AIR, MANDI DAN WUDU HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA TAYAMMUM.
Tuan-tuan budiman tentu sedar bahawa cara membersihkan adalah sesuatu yang perlu di dalam islam. Bergantung kepada keadaan, mencuci seluruh badan [ghusi, mandi] atau sebahagiannya [wudu]

‘Apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka dan tangan sehingga ke siku.’ [5:6]

Dengan sebab itu, kita hendaklah melakukan wudu dengan air yang bersih. Apabila kita tidak mendapat air, kita hendaklah melakukan Taymmum, menurut dari ayat, ‘Dan [jika] kamu tidak menjumpai air, maka ambilah tanah yang bersih dan sapulah muka dan tangan.’ [4:43]

Kita hendaklah melakukan Tayammum dengan tanah yang bersih. Di dalam kes pertama air adalah perlu. Di dalam kes kedua air tidak boleh di dapati, atau jika terdapat sebab halangan yang lain, lagi sama ada kita di dalam perjalanan atau berada dirumah, kita hendaklah melakukan Tayammum, menyapu muka dan tangan dengan debu yang bersih, sebagai ganti wudu. Pada maksud ini semua ahli fiqh islam bersetuju, sama ada shia, Maliki, Shafii atau Hanbali.

KEPUTUSAN ABU HANIFA BAHAWA JIKA TIADA AIR KITA BOLEH LAKUKAN MANDI DAN WUDU DENGAN NABIZ [SYRAP KURMA]
Tetapi Imam agung kamu, Abu Hanifa [yang mana kebanyakkan dari keputusannya bergantung pada pendapat, ijtihad] menekankan bahawa sedang kita di dalam perjalanan dan jika kita tidak menjumpai air; kita hendaklah melakukan mandi dan wudu dengan nabiz. Tetapi semua orang tahu bahawa nabiz adalah sirap kurma, dan adalah haram melakukan wudu dengan air yang telah bertukar.

Arahan al-Quran bahawa perlu untuk melakukan wudu untuk solat dengan air bersih. Jika air tidak boleh di dapati, kita hendaklah lakukan Tayammum. Imam Azam Abu Hanifa berkata kita boleh lakukan mandi dan wudu dengan menggunakan nabiz. Ini dengan nyata telah melanggar arahan Quran. Sebaliknya Bukhari di dalam sahihnya telah menulis, ‘Adalah haram untuk melakukan wudu dengan nabiz atau benda yang memabukkan.’

Hafiz: Saya mengikut mazhab Shafii, dan bersetuju sepenuhnya dengan kamu pada maksud itu, kita hendaklah lakukan Tayammum, dan ianya tidak dibolehkan untuk melakukan wudu dengan nabiz. Keputusan itu telah dikatakan kepada Imam Abu Hanifa pada asas sokongan ramai.

Shirazi: Kamu telah tahu fakta sebenar makanya kamu membuat alasan itu. Keputusan Abu Hanifa ini telah disampaikan secara turutan. Saya sebutkan dari Fakhru’d-din Razi, yang mengatakan di dalam ulasannya Mafatihu’l-Ghaib, jilid III, ms 553, mengenai ayat Tayammum, masalah V, Shafii berkata bahawa ‘Wudu menggunakan nabiz adalah haram, dan Abu Hanifa katakan ianya dibolehkan jika sedang di dalam perjalanan.’ Juga Ibn Rushd telah merakamkan keputusan Abu Hanifa ini di dalam bukunya Hidayatu’l-Mujtahid.

Sheikh: Bagaimana kamu katakan bahawa keputusan ini bertentangan dengan al-Quran? Sebahagian hadith dengan jelas membuktikan ianya adalah dari amalan nabi.

Shirazi: Bolehkan kamu nyatakan hadith yang menyokong tujuan kamu itu?

Sheikh: Di dalam Hadith yang mana Abi Zaid, hamba Amr bin Harith, mengatakan dari Abdullah bin Mas’ud, nabi berkata kepadanya, pada malam jinn [lailatul-jinn – pada malam apabila nabi mengambil bai’ah dari jinn], ‘Adakah kamu sedikit air? Dia [Abu Zaid] berkata, ‘Tidak, hanya terdapat sedikit nabiz.’ Nabi berkata, ‘Kurma itu bersih, dan air juga bersih.’ Mengatakan yang demikian dia melakukan wudu.

Terdapat hadith yang lain yang mana Abbas Bin Walid Bin Sabihu’l-Halal Damishqi mengatakan dari Marwan Bin Muhammad Tahiri Damishqi yang mengatakan dari Abdullah Bin Lahi’a, yang mengatakan dari Abdullah Bin Mas’ud, yang berkata, ‘Nabi berkata kepada saya pada Lailatuj-jinn, ‘Adakah air bersama kamu?’ Saya katakan,’Tidak, tetapi terdapat nabiz di dalam baldi.’ Kemudian nabi berkata, ‘Kurma itu bersih, dan air itu bersih. Tuangkan kepada saya.’ Maka saya tuangkan kepadanya, dan dia melakukan wudu dengannya.’

Pastinya, amalan nabi adalah satu contoh yang perlu diikuti. Tidak ada doktorin atau hujah yang lebih utama dari amalannya. Atas sebab itu Imam-e-Azam yang meluluskan halalnya.

Shirazi; Mungkin ada lebih baiknya jika kamu terus diam. Sekarang saudara sunni kita telah tahu bahawa ketua mereka telah tersalah. Mereka telah meluluskan sesuatu keputusan hanya dengan asas spekulasi, ijtihad.

Pertama sekali, biar kita selidikki siapakah yang menyampaikan hadith tersebut.

Pertama, Abu Zaid, hamba Amr bin Harith, seorang yang tidak dikenali, dan menurut ahli hadith, dia adalah yang ditolak sebagaimana yang disampaikan oleh Tirmidhi dan lainnya. Dhahabi di dalam Mizanu’l-I’tidal berkata, ‘Orang ini tidak dikenali oleh kami dan hadith itu, yang disampaikan dari Abdullah bin Mas’ud, tidak betul.’ Hakim berkata, ‘Tidak ada hadith lain yang disampaikan oleh orang yang tidak dikenali ini.’

Bukhari juga mengambarkan dia sebagai penyampai hadith yang tidak boleh dipercayai. Atas sebab ini ulama terkenal, seperti Qastalani dan Sheikh Zakariyya Ansari, menulis di dalam ulasan mereka pada Sahih Bukhari bahawa wudu adalah haram dengan nabiz atau yang memabukkan.’ Mereka menunjukan bahawa hadith diatas adalah lemah.

Hadith kedua tidak juga boleh diterima. Pertama, tidak ada ilmuan melainkan Ibn Maja, menyampaikannya dengan cara itu.

Kedua, ulama terkenal tidak memasukkannya di dalam sunan mereka kerana rantaian penyampaiannya rosak.

Dhahabi di dalam Mizanu’l-I’tiqad telah mengatakan beberapa kenyataan menunjukkan bahawa Abbas bin Walid tidak boleh dipercayai. Maka pengkeritik dan pengulas telah menolak dia sama sekali. Untuk Marwan bin Muhammad Tahiri, dia tergolong kepada kumpulan yang sesat Marhaba. Ibn Hazm dan Dhahabi telah membuktikan bahawa dia adalah penyampai hadith yang tidak boleh dipercayai.

Begitu juga Abdullah Bin Lahi’a telah juga ditolak oleh ulama dan pengulas terkenal.

Makanya apabila rantaian penyampai hadith berkeadaan begitu tercela yang mana ulama kamu sediri menolaknya, hadith itu telah hilang nilainya.

Ketiga, pada asas hadith itu sendiri, yang mana ulama kamu telah sampaikan dari Abdullah bin Mas’ud, tiada siapa bersama nabi pada Lailatuj-jinn. Abu Dawud di dalam Sunan, pada bab Wuzu’ dan Tirmidhi di dalam Sahih, mengatakan dari Al-Qama bahawa Abdullah Bin Mas’ud telah ditanya, ‘siapa diantara kamu bersama dengan nabi pada lailatuj-jin?’ Dia berkata, ‘Tidak ada sesiapa dari kami yang bersama dengan dia.’

Keempat, lailatuj-jinn berlaku di Makah sebelum hijrah, sedang semua pengulas mengatakan bahawa ayat Tayammum telah diwahyukan di Madina. Maka ini dengan sendirinya membatalkan arahan yang terdahulu. Atas sebab ini maka ahli fiqh kamu seperti Imam Shafii, Imam Malik dan yang lainnya mengistiharkan haram.

Aneh sungguh bahawa Sheikh mengutarakan hadith yang lemah untuk sahkan, bertentangan dengan al-Quran dan cuba membuktikan kenyataan Abu Hanifa sebagai betul.

27
DIALOG SUNNI-SHIA

MEMBASUH KAKI DI DALAM WUDU ADALAH BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN AL-QURAN.
Selain dari menerima perundangan wudu yang dinyatakan diatas, selepas membasuh muka dan tangan, sebahagian kepala dan kaki sampai kebuku lali hendaklah disapu. Ayat al-Quran dengan jelas mengatakan, ‘Dan sapulah sebahagian dari kepala dan sebahagian dari kaki hingga kebuku lali.’ Tetapi semua ahli fiqh kamu menekankan bahawa kaki hendaklah dibasuh, bertentangan dengan arahan al-Quran. Terdapat perbezaan diantara basuh dan sapu.

Sheikh: Terdapat beberapa hadith yang menunjukkan bahawa kaki dibasuh.

Shrazi: Pertama, hanya hadith yang selaras dengan al-Quran sahaja diterima.

Yang pasti, membatalkan ayat al-Quran yang jelas dengan penyampai solo hadith tidak boleh diterima. Ayat yang suci itu dengan jelas mengarahkan sapu bukan basuh pada kaki. Jika kamu fikirkan dengan lebih teliti kamu akan dapati bahawa keseluruh ayat membawa kepada tujuan yang sama. Ia bermula dengan arahan ‘Basuh muka dan tangan’ Kata penghubung ‘dan’ menunjukkan bahawa selepas membasuh muka, kita juga hendaklah membasuh tangan. Begitu juga, di dalam arahan yang kedua: ‘dan sapulah sebahagian kepala dan sebahagian kaki,’ sapu kepala dan sapu kaki telah disambung oleh penghubung kata ‘dan’ Ini dengan jelas menunjukkan selepas menyapu kepala, kaki hendaklah juga disapu. Tidak perlulah diterangkan bahawa basuh tidak boleh digantikan dengan sapu. Maka samalah seperti membasuh muka dan tangan adalah perlu [wajib], sapu kepala dan kaki juga wajib. Tidak boleh diterima satu sapu dan satu lagi basuh. Jika tidak, kata penghubung 'dan’ tidak mempunyai sebarang erti.

Lebih-lebih lagi, selain dari maksud yang jelas, perundangan islam tidak mengandungi arahan yang kasar dan keras. Membasuh kaki lebih rumit dari menyapunya. Arahan agama bertujuan untuk membuat perbuatan wudu mudah, sebagaimana bunyi ayat yang mengatakannya.

Imam Fakhru’d-din Razi, pengulas sunni yang terkenal, telah membuat huraian secara mendalam mengenai WAJIBNYA pada menyapu kaki di dalam wudu. Kamu akan mendapat faedah dari mempelajarinya.

MENYAPU DIATAS SETOKIN MELANGGAR ARAHAN YANG JELAS AL-QURAN.
Bahkan lebih pelik dari membasuh adalah menyapu pada setokin. Terdapat perbezaan diantara ahli fiqh sunni, sama ada ianya boleh dilakukan dimasa perjalanan atau dirumah. Arahan ini bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh al-Quran bahawa kita hendaklah menyapu kaki dan bukanya setokin. Arahan ini juga menentang pada arahan yang lalu, iaitu basuh kaki. Jika menyapu kaki haram, mengapa menyapu pada setokin dibolehkan?

Sheikh: Terdapat banyak hadith yang menunjukkan bahawa nabi menyapu setokin. Dengan sebab itu ahli fiqh menganggapnya sebagai bukti sahnya dilakukan begitu.

Shirazi: Saya telah berulang kali mengatakan bahawa, menurut dari perintah nabi, hadith yang dikatakan datang dari dirinya yang tidak selaras dengan al-Quran hendaklah ditolak sama sekali. Pemalsu dan pemain politik telah memalsukan banyak hadith. Dengan sebab itu ulama kamu yang terkenal telah menolak hadith tersebut.

Selain dari fakta bahawa hadith ini bertentangan dengan arahan al-Quran yang terang, ianya juga bertentangan sesamanya. Ulama terkenal kamu telah menerima fakta ini. Sebagai contoh, yang agung, Ibn Rushd Andalusi, di dalam Badayatu’l-Mujtahid wa Nihayatu’l-Muqtasid, jilid I, ms 15 dan 16, mengatakan mengenai perbezaan ini, ‘Sebab mengapa ia berbeza adalah laporan mengenainya bertentangan sesama sendiri.’ Di tempat yang lain dia berkata, ‘Sebab mengapa ia berbeza adalah laporan mengenainya tidak selaras.’

(pertama dikatakan basuh, tidak boleh sapu; kemudian dibolehkan sapu tetapi diatas setokin; tidakkah ini bertentangan)

Maka untuk mengasaskan hujah pada kenyataan yang dengan sendirinya bertentangan dan dengan jelas juga menentang arahan al-Quran adalah tidak logik. Kamu tahu bahawa diantara hadith yang bertentangan sesama sendiri, hanyalah hadith yang selaras dengan al-Quran sahaja yang diterima. Jika mana-mana hadith menentang al-Quran ianya hendaklah ditolak terus.

MENYAPU DIATAS SERBAN ADALAH MENENTANG ARAHAN AL-QURAN.
Ayat itu dengan jelas mengatakan, ‘Dan sapu sebahagian kepala’ [setelah basuh muka dan tangan]. Berdasarkan kepada perintah al-Quran, ahli fiqh shia, mengikut Imam mereka, menekankan bahawa kepala itu sendiri yang hendak disapu ketika melakukan wudu. Ahli fiqh Shafii, Maliki dan Hanafi juga bersetuju. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq, Thawri, dan Quza’I telah berkata bahawa menyapu serban adalah dibolehkan. Ini telah disampaikan oleh Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir. Semua manusia yang waras tahu sapu serban dan sapu kepala adalah berbeza.

SHIA SAHAJA YANG DIPERSALAHKAN DIATAS SEGALA PERBEZAAN.
Terdapat perbezaan yang lebih serius diantara ahli fiqh kamu dari empat mazhab. Walaupun kebanyakkan darinya dengan jelas tidak selaras dengan perintah al-Quran, kamu tidak mencari kesalahan yang lain. Setiap mereka boleh berpegang pada pandangan masing-masing.

Kamu tidak mengelar Abu Hanifa dan pengikutnya Hanafi musyirik, apabila mereka membolehkan wudu dilakukan dengan nabiz, tidak juga kamu kutuk perundangan yang diciptakan sendiri yang bertentangan al-Quran. Tetapi kamu membantah shia, yang mengikut keturunan nabi. Bahkan kamu mengelar pengikut keturunan yang paling mulia ini sebagai Rafizi dan musyirik. Kamu telah berulangkali mengatakan pada malam yang lalu amalan shia membuktikan mereka adalah kafir.

Kamu bertanya mengapa kami mendirikan solat seperti muslim lain. Kami mendirikan solat yang sama seperti kamu dan muslim lain lakukan: 2 rakaat subuh, 4 rakaat zuhur, 4 rakaat asar, 3 rakaat maghrib dan 4 rakaat isyak.

Kepada perbezaan pada perkara amalan terdapat dengan banyaknya diantara semua golongan di dalam islam. Sebagai contoh, terdapat perbezaan yang jelas diantara Abu’l-Hasan Ash’ari dan Wasil Bin Ata di dalam asas dan perkara amalan. Juga keempat Imam kamu (Abu Hanifa, Malik, Shafi’i, and Ahmad Hanbal) dan ahli fiqh agung yang lain seperti Hasan, Dawud, Kathir, Abu Sur, Quza’i, Sufyan Thawri, Hasan Basri dan Qasim Bin Salam, dsb mempunyai perbezaan diantara mereka. Dengan cara yang sama, arahan dari Imam yang suci dan ahli bayt berbeza dengan ahli fiqh kamu. Jika penterjemahan ahli fiqh dan perbezaan pendapat boleh dikritik, mengapa kritikkan yang serupa tidak boleh dilakukan kepada mazhab yang berbeza diantara sunni?

MENURUT ULAMA SUNNI SUJUD PADA NAJIS DAN KOTORAN YANG KERING DIBOLEHKAN.
Ramai ulama sunni menerima penterjemahan perundangan yang bertentangan dengan arahan yang jelas dari al-Quran, dan bahkan mereka berikan terjemahan yang lemah pada perundangan yang jelas. Ahli perundangan kami berikan pendapat yang sebaliknya. Kamu masih tidak mengatakan amalan mereka sebagai kafir. Tetapi pada amalan kami pada sujud, kami melaungkan bantahan, dengan mengatakan shia menyembah berhala, sedang kamu abaikan kenyataan ulama kamu bahawa sujud pada najis yang kering dibolehkan.

SUJUD PADA ALAS LANTAI SELAIN DARI BUMI ADALAH MENYALAHI ARAHAN AL-QURAN.
Keputusan dari ahli fiqh shia, mengikuti Imam yang suci, adalah dengan jelas mematuhi arahan al-Quran. Sebagai contoh, ulama kamu menganggap bulu, kapas, sutera dan alas lantai yang lain sama dengan bumi. Tetapi dengan jelas benda itu bukan bumi. Tetapi shia, di dalam mematuhi Imam mereka dari ahli bayt nabi yang berkata, ‘Sujud adalah haram diatas yang lain, selain bumi atau apa-apa yang tumbuh dari bumi dan tidak digunakan untuk makan atau pakai.’ Atas sebab ini kamu katakan mereka kafir. Sebaliknya kamu tidak mengatakan sujud pada najis kering kafir. Dan amat jelas sujud pada bumi [sebagaimana diarahkan oleh Allah] dan sujud pada alas lantai adalah berbeza.

Sheikh: Kamu melakukan sujud pada sekeping tanah yang diambil dari Karbala. Kamu menyimpan tanah kecil itu. Ianya adalah seripa berhala, dan kamu menganggap sujud diatasnya wajib. Yang pastinya amalan yang sedimian adalah bertentangan dengan amalan muslim lainnya.

Shirazi: Telah menjadi tabiat kamu yang kedua mengikuti mereka yang terdahulu dengan secara buta, walaupun ianya tidak sesuai bagi manusia yang adil seperti kamu untuk mengatakan tanah suci dari karbala adalah seperti berhala.

Tuan yang dihormati! Kritikan terhadap mana-mana kepercayaan hendaklah berdasarkan pada pembuktian. Jika kamu merujuk pada buku-buku perundangan agama shia, kamu akan dapat jawapan dari kritikan kamu, dan kamu tidak akan diselewengkan oleh saudara sunni dengan bantahan palsu.

SHIA TIDAK MENGANGGAP SUJUD PADA TANAH KARBALA SEBAGAI WAJIB.
Jika kamu boleh menunjukkan kepada kami satu ulasan hadith atau kenyataan yang menunjukkan sujud pada tanah Karbala adalah wajib, kami kan terima semua kenyataan kamu sebagai betul. Yang sebenarnya, di dalam semua buku amalan agama kami, terdapat petunjuk yang jelas, menurut pada arahan al-Quran, sujud hendaklah dilakukan pada bumi yang bersih. Ini termasuk tanah, batu, pasir, rumput, pastikan ianya bukan mineral. Lebih lagi sujud boleh dilakukan pada benda yang tumbuh dari bumi, melainkan ianya tidak digunakan sebagai makanan atau pakaian.

Sheikh: Jadi mengapa kamu setiasa menyimpan seketul tanah dari Karbala bersama kamu dan melakukan sujud diatasnya pada waktu solat?

SHIA MENYIMPAN SEKEPING TANAH UNTUK SUJUD DIWAKTU SOLAT.
Shirazi: Sujud pada bumi yang bersih adalah wajib. Solat wajib biasanya dilakukan di dalam rumah yang telah dihiasi dengan perabot dan karpet. Walaupun jika karpet dialihkan, simen dibawahnya mengandung bahan galian yang mana sujud diatasnya tidak dibolehkan.

Sheikh: Apa yang kami nampak adalah semua shia mempunyai sekeping tanah dari karbala dan menganggap sujud diatasnya sebagai wajib.

MENGAPA KAMI SUJUD DIATAS TANAH KARBALA.
Shirazi: Adalah benar kami sujud diatas tanah karbala, tetapi kami tidak menganggapnya sebagai wajib. Menurut dari arahan yang terdapat di dalam buku kami, kami menganggap sujud perlu pada bumi yang bersih. Bagaimana pun menurut dari ahli bayt, sujud pada tanah karbala yang suci adalah digalakkan.

Adalah amat sedih sebahagian menusia secara keji mengatakan shia menyembah Husain. Mereka menyokong pandangan mereka dengan mununjukkan bahawa shia sujud pada tanah karbala. Yang sebenarnya kami tidak pernah menyembah Husain, Ali atau Muhammad. Kami menyembah Allah, dan dengan mengikut perintah Allah kami sujud pada bumi yang bersih. Sujud kami bukan untuk Husain. Tetapi mengikut dari arahan Imam yang ma’sum dari keturunan nabi, sujud pada tanah suci karbala mendapat ganjaran yang lebih, tetapi ianya bukanlah wajib.

Sheikh: Bagaimana kamu boleh mengatakan tanah karbala mempunyai kualiti berbeza yang mana ia dapat keutamaan dari tanah yang lain.

CIRI-CIRI TANAH KARBALA.
Shirazi: Pertama, fakta sebenar bahawa lain kawasan mempunyai ciri-ciri tanah yang berlainan. Setiap bahagian bumi mempunyai kualitinya tersendiri yang hanya diketahui oleh pakar tanah. Bukan ahli tidak tahu perkara ini.

Kedua, ciri utama tanah karbala telah diketahui sebelum masa para Imam. Ianya adalah satu objek yang menarik perhatian pada masa hayat nabi, sebagaimana telah dirakamkan di dalam buku sahih ulama kamu.

Di dalam Khasa’isu’l-Kubra, oleh Jalalu’d-din Suyuti, beberapa hadith dari Ummu’l-Mu’minin Ummi Salma, Ummu’l-Mu’minin A’yesha, Ummu’l-Fazl, Ibn Abbas, dan Anas Bin Malik dsb mengenai tanah karbala telah disampaikan oleh ulama danj uga penyampai kamu yang terkenal dan dipercayai, seperti Abu Nu’aim Ispahani, Baihaqi, dan Hakim.

Satu laporan mengatakan: Saya melihat Husain dipangkuan nabi, datuknya, yang mempunyai sekeping tanah merah ditangannya. Nabi sedang mencium tanah itu dan menangis. Saya tanyakan apakah tanah itu. Nabi berkata: Jibril telah memberitahu saya bahawa anak saya, Husain ini akan dibunuh di Iraq. Dia telah bawakan tanah ini padaku dari tempatnya. Saya sedang tangisi penderitaan yang akan ditanggong oleh Husain

Kemudian nabi menyerahkan tanah itu kepada Umme Salma dan berkata kepadanya, ‘Apabila kamu lihat tanah ini bertukar menjadi darah, kamu tahu bahawa Husain saya ini telah dibunuh.’

Umme Salma menyimpan tanah itu di dalam botol dan selalu melihat padanya, sehingga pada hari Ashura, 61 Hijrah, ianya telah bertukar menjadi darah. Maka tahulah dia bahawa Husain bin Ali telah syahid.

Telah dirakamkan oleh ulama kamu dan juga shia bahawa nabi dan para Imam memberikan pandangan yang khusus pada tanah karbala. Setelah syahidnya Imam Husain, Imam Seyyedu’s-Sajidin Zainu’l-Abidin Ali Bin Husain menggambil sebahagiannya, dan mengistiharkan ianya adalah tanah yang suci, dan menyimpannya di dalam bag. Imam yang suci melakukan sujud padanya dam membuat tasbih darinya dan menyebut nama Allah dengannya.

Selepas beliau, semua Imam yang berikutnya menganggap tanah karbala sebagai suci dan membuat tasbih darinya dan sekeping kecil untuk sujud diatasnya. Mereka mempelawa shia untuk sujud padanya, dengan kefahaman bahawa ianya bukanlah wajib, tetapi dengan pandangan untuk mendapat ganjaran yang lebih. Imam yang suci menekankan bahawa sujud kepada Allah hanyalah diatas tanah yang suci, dan lebih digalakkan jika ianya tanah karbala.

Seorang ulama, Abu Ja’far Muhammad Bin Hasan Tusi, mengatakan di dalam Misbahu’l-Mutahajjid bahawa Imam Ja’far as-Sadiq menyimpan sekeping tanah dari pusara Imam Husain di dalam kain kuning yang dibukanya pada wahtu solat dan melakukan sujud diatasnya.

Shia telah sekian lama menyimpan tanah ini bersama mereka. Kemudian ditakuti ianya akan bertaburan telah menjadikannya di dalam kepingan, yang dipanggil kini Mohr. Kami menganggap ianya adalah tanah yang suci, maka waktu solat kami sujud diatasnya tetapi bukanlah sebagai amalan yang wajib. Jika tidak mempunyai tanah yang suci bersama kami, kami sujud diatas tanah yang bersih, atau batu yang bersih. Dengan cara ini amalan yang wajib telah dilaksanakan.

Kami amat terperanjat pada tabiat ulama kamu, yang tidak mencari kesalahan pada keputusan yang dibuat dari empat mazhab perundangan. Iaitu, jika Imam Azam berkata, jika tidak ada air wudu hendaklah dilakukan dengan nabiz, Shafii, Maliki dan Hanbali tidak membantah. Jika Imam Ahmad bin Hanbal percaya Allah dapat dilihat dan dibolehkan untuk menyapu air pada serban diwaktu wudu, ulama dari mazhab yang lain tidak mengkritik dia. Begitu juga mereka tidak mengutuk keputusan perundangan unik yang lain, seperti menyatakan perkahwin kanak-kanak lelaki yang di dalam perjalanan, sujud diatas najis [tahi] yang kering atau benda najis yang lain atau bersetubuh dengan ibu dengan menggunakan sarongan kain.

Tetapi apabila kami katakan bahawa keturunan nabi telah mengatakan sujud pada tanah karbala adalah lebih baik, kamu menjerit mengatakan shia adalah kafir.

UMUR YANG TUA BUKANLAH KRITERIA UNTUK KHALIFA.
Sekarang saya akan menjawab maksud kamu, yang mengatakan umur yang lebih dan ijma. Kamu katakan, kerana umur Abu Bakr berhak pada keutamaan. Walaupun setelah 10 malam saya telah patahkan hujah kamu mengenai ijma dan keutamaan pada umur, kamu masih menimbulkannya lagi seolah-olah ianya tidak pernah diperkatakan. Walau bagaimana saya tidak akan meninggalkannya tanpa dijawab.

ALI DILANTIK UNTUK MENYAMPAIKAN SURAH BARA’A AL-QURAN.
Kamu telah berhujah bahawa Abu Bakr berhak keutamaan kerana umur dan tajam politiknya. Tetapi bagaimana sebahagian manusia boleh berpendirian bahawa untuk tujuan yang mulia dan berkebajikan adalah perlu pada orang yang tua dan tajam politiknya, tetapi Allah dan nabi tidak memahami perkara ini. Untuk menyampaikan 40 ayat pertama dari surah Bara’a kepada manusia, nabi memberhentikan Abu Bakr dan menghantarkan Ali yang muda mengantikan tempatnya.

Nawab: Tuan yang dihormati! Tolong jangan tinggalkan maksud perkara ini dalam keadaan yang kurang jelas. Berilah kami tahu atas sebab apa Abu Bakr ditolak dan Ali dilantik pada tempatnya. Apabila saya tanyakan mereka ini [menunjuk pada para ulama] mengenainya, mereka berikan jawapan yang tidak jelas, dengan mengatakan yang perkata itu tidak mustahak. Harap tolong jelaskan perkara itu.

Shirazi: Ummah muslim, termasuk ulama dan ahli sejarah dari kedua golongan [shia dan sunni] mengesahkan fakta bahawa pada permulaan surah Bara’a diwahyukan, pada mengutuk penyembah berhala, nabi memanggil Abu Bakr dan berikan kepadanya ayat-ayat itu, mengarahkannya untuk membawa ke Makah dan membacanya kepada menusia di Makah semasa musim haji.

Abu Bakr baru sahaja memulakan perjalanan apabila Jibril timbul dan berkata: ‘Nabi Allah! Allah sampaikan kesejahteraanNya kepada kamu dan berkata bahawa perkara berkaitan al-Quran hendaklah disampaikan oleh nabi sendiri atau oleh sesaorang yang darinya.’

Dengan sebab itu, nabi memanggil Ali dan berkata kepadanya: ‘Kejar Abu Bakr dan ambil ayat Bara’a dari dia dan bacakannya kepada penyembah berhala di Makah.’

Ali terus berangkat. Dia bertemu dengan Abu Bakr di Dhu’l-Halifa dan menyampaikan pengkhabaran nabi. Dia mengambil Ayat itu dari Abu Bakr dan ketika sampai di Makah, membacakannya diperhimpunan manusia.

Nawab: dakah kejadian ini dirakamkan di dalam buku Sahih kami?

Shirazi: Saya baru sahaja katakan bahawa seluruh ummah sebulat suara pada maksud ini. Saya akan berikan sebahagian rujukan supaya apabila kamu memikirkan perkara ini, kamu akan tahu bahawa ini adalah satu kejadian yang sangat bererti.

Berikut ini adalah penulis terkenal yang telah merakamkan perkara ini dalam buku mereka dan secara umum telah mengesahkan kebenarannya.

Bukhari in Sahih, bahagian IV dan V; Abdi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sihahi’s-Sitta, bahagian II; Baihaqi di dalam Sunan, ms 9 dan 224; Tirmidhi di dalam Jam’i, jilid II, ms 135; Abu Dawud di dalam Sunan; Khawarizmi di dalam Manaqib; Shukani di dalam Tafsir, jilid II, ms 319; Ibn Maghazili di dalam Faqih-e-Shafi’i pada Faza’il; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 17; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 18; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, ms 147 dan Dhakha’iru’l-Uquba, ms 69; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma, ms 22, Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i (seorang dari para Imam Siha Sitta ) di dalam Khasa’isu’l-Alawi, ms 14 (telah menyampaikan enam hadith bagi tujuan maksud ini ); Ibn Kathir di dalam Ta’rikh-e-Kabir, jilid V, ms 38 dan jilid VII, ms 357; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isanaba, jilid II, ms 509; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid III, ms 208 (di dalam ulasan pada ayat pertama surah Bara’a); Tabari di dalam Jam’u’l-Bayan, jilid X, ms 41, (di dalam ulasan surah Bara’a); Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-bayan; Ibn Kathir di dalam Tafsir, jild II, ms 333; Alusi di dalam Ruha’l-Ma’ani, jilid III, ms 268; yang fanatik, Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq, ms.19; Haithami di dalam Majma’u’z-Zawa’id, jilid VII, ms 29; Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ms 125, bab 62 (menyampaikan dari Abi Bakr dan Hafiz Abi Nu’aim dan dari Musnad oleh Hafiz Damishqi sebagaimana disampaikan oleh Abi Nu’aim di dalam cara yang lain); Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, jilid I, ms 3 dan 151, jilid III, ms 283, dan jilid IV, ms 164-165; Hakim di dalam Mustadrak, jilid II, Kitab Maghazi, ms 51 dan di dalam jilid II pada buku yang sama, ms 331; Mulla Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-‘Ummal, jilid I, ms 246 sampai 249 dan Faza’il-i-Ali jilid VI, ms 154.

SEBAB PADA PERLANTIKKAN ALI.
Seyyed Abdul-Hayy: Mengapa nabi, yang tindakkannya adalah dari Allah, tidak menberikan kepada Ali dari mula lagi?

Shirazi: Oleh kerana tidak ada sebab pada fakta itu telah dirakamkan, kami tidak tahu. Tetapi pada pendapat saya adalah, petukaran tersebut bertujuan untuk menunjukkan betapa utamanya Ali. Jika umur Abu Bakr dan kebolehannya di dalam politik telah membuktikan keutamaannya, dia tidak akan dipanggil balik dari missi tersebut. Tetapi fakta telah menunjukkan bahawa untuk menyampaikan pengkhabaran nabi adalah kerja nabi atau khalifanya.

IKUT BERSAMA MELAPORKAN DENGAN ABU BAKR.
Seyyed: Menurut dari sebahagian laporan, Abu Huraira berkata bahawa Ali telah diarahkan untuk pergi ke Makah bersama dengan Abu Bakr untu mengajar manusia cara mengerjakan haji. Ali yang akan membacakan ayat Bara’a kepada manusia. Menyampaikan pengkhabaran nabi dengan cara ini menunjukkan mereka dikedudukan yang sama.

Shirazi: Pertama itu adalah laporan palsu yang disampaikan oleh pengikut Abu Bakr. Yang lain tidak ada yang menyampaikannya. Kedua, seluruh ummah bersetuju bahawa Abu Bakr dipanggil balik dan digantikkan dengan Ali. Fakta ini telah disampaikan secara turutan di dalam buku sahih dari kedua golongan.

Pastinya, ijma dari seluruh ummah adalah kita patut bergantung pada yang kerap disampaikan, dan hadith yang sahih. Jika terdapat berlain langsung dari dari hadith yang sahih, kita hendaklah menolaknya. Pandangan ini dipersetujui oleh mereka yang berprinsip dan juga ahli penyampai hadith. Perlantikkan Ali, kepulangan Abu Bakr adalah suatu keadaan yang memilukan, nabi menenteramkannya dan memuaskannya dengan menyatakan itu adalah kehendak Allah – ini semua adalah fakta yang diperakui umum.

BUKTI LAIN YANG MENUNJUKKAN UMUR BUKANLAH KRITERIA UNTUK KHALIFA.
Terdapat satu lagi bukti bahawa hak dan keutamaan tidak punya kaitan pada umur. Hak pada keutamaan didapati dari kebijaksanaan dan wara’. Sesiapa yang utama di dalam pengetahuan dan wara berhak pada keutamaan. Nabi berkata, ‘Semua manusia adalah mati, tetapi manusia belajar adalah yang hidup.’

Dengan sebab itu nabi memberikan Ali tempat pertama diantara para sahabat dan berkata, ‘Ali adalah pintu pengetahuan.’ Dengan itu pintu pengetahuan nabi pastinya jauh melebihi dari yang lain.

Yang pastinya para sahabat nabi yang lain, yang tinggal kekal taat kepadanya adalah semuanya mulia. Kami tidak pernah menafikan kemuliaan para sahabat, tetapi kemuliaan mereka tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan pintu pengetahuan nabi.

NABI MENGHANTAR ALI KE YAMAN.
Ulama kamu telah menulis dengan mendalam mengenai Ali dihantar ke Yaman untuk memberikan petunjuk kepada manusia.

Imam Abdu’r-Rahman Nisa’I telah merakamkan enam hadith mengenai maksud ini di dalam bukunya Khasa’isu’l-Alawi. Juga Abu’l-Qasim Husain Bin Muhammad Raghib Ispahani, di dalam Mahadhiratu’l-Udaba, jilid II, ms 212 dan lainnya, telah mengatakan bahawa apabila nabi menghantar Ali ke Yaman, Ali merayu bahawa dia muda dan merasa keberatan ditempatkan pada kedudukan diatas mereka yang lebih berumur dari suku kaum semua. Nabi menjawab: ‘Pasti Allah akan memandu hati kamu dan memberikan kekuatan pada lidah kamu.’

Jika umur adalah keperluan untuk keutamaan, mengapa nabi dengan terdapat ramainya para sahabat terkemuka yang lebih tua seperti Abu Bakr, telah menghantar Ali ke Yaman untuk memandu manusai disana?

SELEPAS NABI ALI ADALAH PETUNJUK BAGI UMMAH.
Berkata kepada nabi Muhammad, Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Kamu hanyalah yang memberikan peringatan [terdapat] seorang petunjuk bagi setiap manusia.’ [13:7]

Imam Tha’labi, di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan; Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir; Muhammad Bin Yusuf f GanJi Shafi’i, di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dari Ta’rikh-e-Ibn Asakir; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda pada penghujung bab 26 dari Tha’labi, Hamwaini, Hakim, Abu’l-Qasim Haskani, Ibn Sabbagh Maliki, Mir Seyyed Ali Hamdani dan Manaqib oleh Khawarizmi, mengatakan dari pengesahan Ibn Abbas, Amiru’l-Mu’minin dan Abu Buraid Aslami di dalam lain perkataa, telah menyampaikan 11 hadith yang maksud utamanya adalah, apabila ayat yang diatas telah diwahyukan, nabi meletakkan tangannya didada, berkata, ‘Saya adalah yang memberikan peringatan.’ Kemudian meletakkan tangannya pada dada Ali, dia berkata, ‘Selepas saya kamu adalah petunjuk bagi ummah. Mereka yang mendapat pimpinan dari kamu adalah yang terpimpin.’

KONSPIRASI PIHAK MUSUH.
Kamu juga mengatakan bahawa walaupun selepas 25 tahun, apabila dia menjadi khalifa, disebabkan oleh kurang pengalaman di dalam politik bahawa kekacauan dan pertumpahan darah berlaku. Saya tidak begitu pasti apa yang kamu maksudkan dengan politik. Jika politik bererti penipuan, berkomplot dan mencampuradukkan benar dengan yang salah [sebagaimana yang dilakukan oleh manusia di dalam setiap zaman untuk mendapatkan kuasa] saya mengakui Ali boleh dikeluarkan dari politik yang sedemikian. Kepada saya politik bererti keadilan dan melaksanakan hak bagi yang berkuasa.

ALI BENCI PADA POLITIK YANG KEJI.
Ali yang mana telah dipenuhi dengan keadilan, telah menjauhkan dirinya dari politik yang keji. Sebagaimana yang saya katakan dahulu apabila Amiul-Mukminin menduduki kedudukan khalifa, dia serta merta menggantikan semua pegawai yang terdahulu. Abdullah Ibn Abbas [sepupunya] dan juga yang lain berkata: ‘Adalah lebih baik jika kamu menangguhkan arahan itu untuk beberapa hari, supaya pegawai dan gabenor dagi daerah menerima khalifa kamu. Kemudian bolehlah kamu menggantikan mereka.’

Imam yang suci berkata: ‘Kamu telah memberikan kepada saya nasihat mengenai politik dalam perkara ini. Tetapi kamu tidak faham jika saya ikut dengan apa yang kamu katakan ‘politk’ dan membenarkan pemimpin yang kejam pada tempatnya, walaupun hanya untuk waktu yang singkat, saya akan dipertanggong jawabkan oleh Allah pada jangka waktu tersebut. Pada masa disoal, saya kena bertanggong jawab untuk itu. Ini tidak boleh didapati dari Ali.’

Di dalam untuk mengembalikan keadilan Ali serta merta menggantaikan pemerintah yang zalim. Tindakkan ini telah membawa kepada penentangan Muawiya, Talha, Zubair dan lainnya yang mengadakan pemberontakkan dan menyebabkan kekacauan dan pertumpahan darah di dalam negara.

Tuan yang dihormati, kamu telah tersalah faham kepada isu sebenar. Oleh kerana kamu tidak menyelidikki kedalam perkara sebenar, kamu telah dipesongkan oleh propaganda yang mengatakan bahawa pemberontakkan semasa khalifa Ali adalah disebabkan kurang pengetahuannya di dalam politik. Sebenarnya terdapat faktor lain dalam dalam peristiwa itu.

PEMBERONTAKKAN SEMASA KHALIFA AMIRUL-MUKMININ DISEBABKAN PERMUSUHAN TERHADAP DIRINYA.
Pertama, selama 25 tahun manusia telah digalakkan pada menentang Ali. Dengan itu telah terdapat kesukaran untuk mereka pada menerima wazirnya atau khalifanya atau mengakui kedudukan kemuliaannya yang tinggi. Sebagai contoh terhadap penentangan ini yang berlaku pada hari pertama khalifanya. Seorang kenamaan memasukki pintu masjid dan melihat Imam diatas mimbar, telah melaungkan, ‘Semoga mata itu menjadi buta yang melihat Ali diatas mimbar selain dari Umar!’

Kedua, tidak mungkin bagi manusia [mencintai] dunia untuk menerima keadilan Ali, terutama mereka yang telah terlibat di dalam kebebasan melakukan apa sahaja dimasa pemerintahan Uthman. Maka mereka bangun menentangnya, supaya sesaorang yang boleh memuaskan kehendak mereka mendapat kekuasaan. Kemahuan mereka telah dipuaskan semasa khalifa Muawiya. Dengan sebab itu, Talha dan Zubair yang pada mulanya memberikan bai’ah kepada Ali, tetapi apabila pemintaan mereka kepada kuasa telah ditolak, mereka memutuskan bai’ah dan secara terang menentang Imam di dalam peperangan unta.

AISHA YANG BERTANGGONG JAWAB SEPENUHNYA TERHADAP PEMBERONTAKKAN MENENTANG ALI
Ketiga, sejarah telah memberitahu kita siapa penghasut sebenar yang menyebabkan kekacauan berlaku dari permulaan khalifa. Adakah dia selain dari Ummul-Mukminin Aisha? Tidakkah Aisha yang, menurut kenyataan hadith dari kedua golongan sunni dan shia, menunggang unta [menentang perintah Allah dan nabi, supaya tinggal di dalam rumah] sampai ke Basra dan menghasut kepada peperangan yang besar?

Kamu mengatakan bahawa peperangan yang membawa padah kepada kedua-dua pihak adalah disebabkan oleh kurang pengalaman politik. Itu adalah kenyataan yang benar-benar telah terpesong. Jika Aisha tidak memberontak menentang Ali tiada siapa yang berani bangun menentang Ali, lagi pun nabi telah berkata: “Menentang Ali adalah sama seperti menentang saya.’ Aisha menghasut manusia menentang Ali.

PEPERANGAN ALI DI DALAM PEPERANGAN JAMAL, SIFFIN DAN NAHRWAN ADALAH UMPAMA PEPERANGAN NABI MENENTANG KAFIR.
Peperangan Ali menentang musuh dan hipokrit di Basra, Siffin dan Nahrwan adalah umpama peperangan nabi menentang orang kafir.

Sheikh: Bagaimana peperangan menentang muslim sama seperti peperngan dengan orang kafir?

Shirazi: Ulama kamu yang terkenal, seperti Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira; Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Muhammad Bin Talha Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 37, dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 67, telah mengatakan bahawa nabi meramalkan peperangan Ali menentang ‘Nakisin’ ‘Qasitin’ dan ‘Mariqin’ diantara mereka yang mana ‘Nakisin’ bererti Talha, Zubair dan sahabat meeka; ‘Qasitin’ bererti Muawiya dan pengikutnya; dan ‘Mariqin’ bererti khariji [puak] dari Nahrwan. Kesemua mereka adalah pemberontak yang pembunuhan terhadap mereka dibolehkan dan nabi arahkan hukuman yang sama untuk mereka apabila baginda meramalkan peperangan tersebut.

Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 37, telah menyampaikan satu hadith dari Sa’id Bin Jabir, yang menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata kepada Umm Salma: ‘Ini adalah Ali Ibn Abi Talib. Dagingnya adalah daging saya, darahnya adalah darah saya, dan dia pada saya adalah umpama Harun kepada Musa melainkan tidak ada nabi selepas saya. Umm Salma, Ali ini adalah ketua bagi yang beriman, ketua bagi muslim, dan tempat menyimpan pengetahuan saya, pengganti saya dan pintu pengetahuan. Dia adalah adik saya didunia dan juga diakhirat, dia bersama dengan saya ditempat yang tertinggi; dia akan berperang dengan ‘Nakisin’, ‘Qasitin’ dan ‘Mariqin’.’

Selepas menyatakan hadith itu, Muhammad Yusuf berkata bahawa hadith itu membuktikan bahawa nabi telah memberitahu Ali mengenai peperangan terhadap tiga kumpulan tersebut dan bahawa baginda telah mengarahkan Ali untuk berperang menentang mereka.

Makhnaf Bin Salim telah dikatakan sebagai berkata bahawa apabila Abu Ayyub Ansari [seorang sahabat nabi yang terkenal] hendak pergi bersama tentera untuk berperang, dia berkata: ‘Abu Ayyub! Betapa anehnya kamu! Kamu adalah orang yang sama berperang menentang musyirik disebelah pihak nabi, tetapi sekarang kamu telah cenderung untuk memerangi muslim!’ Kemudian Abu Ayyub berkata: ‘Nabi telah mengarahkan saya untuk memerangi tiga kumpulan itu: mereka adalah Nakisin, Qasitin dan Mariqin.’

Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, Hadith 155, mengatakan dari Abu Sa’id Khadiri dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabi, ms 59,(bab II) dari Jam’u’l-Fawa’id berkata bahawa Abu Sa’id berkata: ‘Kami sedang duduk bersama para sahabat, menunggu kedatangan nabi. Apabila nabi datang kepada kami, kami lihat bahawa pengikat kasutnya telah pecah. Dia berikan kasutnya kepada Ali, yang mula membaikkinya. Kemudian nabi berkata: ‘Sesungguhnya terdapat seorang dari kamu yang akan berperang pada mempertahankan penterjemahan al-Quran sebagaimana saya telah berperang [terhadap yang kafir].’

Kemudian Abu Bakr berkata: ‘Sayalah orangnya?’

Nabi berkata: ‘Tidak!’

Kemudian Umar berkata: ‘Adakah saya?’

Nabi berkata: ‘Tidak! Orang itu adalah dia yang sedang membaiki kasut saya.’

Hadith ini menunjukkan bahawa peperangan Ali adalah untuk penterjemahan al-Quran dengan betul. Maka dari itu, kekecuhan umum yang berlaku pada khalifa Ali bukan disebabkan lemahnya politik Amirul-Mukminin tetapi disebabkan permusuhan dan dendam musuh.

SELEPAS NABI ALI ADALAH NEGARAWAN YANG ULUNG.
Tuan-tuan tentuan akan dapat penjelasan dari menyelidikki arahan yang dihantar Ali kepada gabenor, pegawai tentera dan pegawai awamnya. Sebagai contoh, arahan dan pesanan yang dihantarnya kepada Malik Ashtar dan Muhammad bin Abu Bakr untuk pentadbiran Mesir, kepada Uthman bin Hunaif dan Abdullah bin Abbas untuk Basra dan Quthan bin Abbas untuk pentadbiran Makah, adalah satu contoh pentadbiran awam dan juga keadilan sosial yang cemerlang. Dokumen itu adalah sebahagian dari Nahjul-Balagha.

ALI MEMPUNYAI PENGETAHUAN PADA DUNIA GHAIB.
Ini adalah fakta yang telah diperakui oleh keduanya, pengikut dan juga musuh Ali. Imam yang suci adalah Imamu’l-Muttaqin [ketua bagi yang zuhud]. Dia mempunyai pengetahuan sepenuhnya mengenai pengertian al-Quran. Lebih-lebih lagi dia mempunyai pengetahuan dunia ghaib.

Sheikh: Saya tidak berapa faham dengan kenyataan kamu yang pelik mengenai Ali mempunyai pengetahuan dunia ghaib. Sila jelaskan.

Shirazi: Tidak ada apa yang pelik mengenainya. Untuk memahami dunia yang ghaib adalah pada memahami rahsia alam ini, yang mana telah diketahui melalui anugerah ilahi oleh semua nabi dan wazirnya. Setiap mereka diberikan sebanyak mungkin pengetahuan alam ghaib yang Allah anggap perlu bagi mereka untuk menyampaikan pengkhabarannya. Selepas nabi, Amirul-Mukminin telah dianugerahkan dengan pengetahuan itu.

Sheikh: Saya tidak menyangka kamu akan berpegang pada pandangan shia yang fanatik. Pujian itu terlalu melampau sehingga yang dipuji itu sendiri tidak mahu menerimanya. Untuk mempunyai pengetahuan pada yang ghaib; itu adalah sifat khusus bagi Allah sahaja, tidak ada makhlukNya yang boleh mempunyai apa-apa kaitan dengannya.

Shirazi: Mempercayai bahawa para nabi yang agung, wazir mereka, dan hamba-hamba Allah yang mulia mempunyai pengetahuan dunia ghaib tidak ada kena mengena dengan kefanatikan. Bahkan itu adalah salah satu dari kemuliaan mereka, yang menunjukkan penyerahan mereka kepada Allah. Kami punya bukti yang jelas dari hadith dan juga al-Quran.

ADAKAH PENGETAHUAN PADA YANG GHAIB TERHAD KEPADA ALLAH?
Sheikh: Al-Quran bertentangan dengan kenyataan kamu.

Shirazi: Boleh kamu bacakan ayat yang bertentangan dengan kenyataan saya?

Sheikh: Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyokong pandangan saya. Sebagai contoh, al-Quran berkata: ‘Dan bersamaNya adalah kunci khazanah ghaib – tiada siapa yang tahu melainkan Dia; dan Dia mengetahui apa yang ada dibumi dan dilaut; dan tidak jatuh sehelai daun melainkan Dia mengetahuinya, dan begitu juga bijian didalam gelap perut bumi, tidak juga yang hijau dan yang kering tetapi [semuanya terdapat] di dalam buku yang jelas.’ [6:59]

Ini adalah bukti yang paling jelas bahawa tidak ada siapa melainkan Allah sahaja yang mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Jika sesiapa percaya pada sesaorang yang mempunyai pengetahuan pada yang ghaib, dia telah menjadikan makhlukNya sekutu di dalam sifat Allah.

Kamu mengatakan bahawa Ali tahu akan yang ghaib. Ini bererti, selain dari kamu menjadikan dia sekutu di dalam sifat Allah, kamu telah membuat kedudukan dia lebih tinggi dari nabi sendiri. Nabi berulang kali mengatakan: ‘Saya adalah manusia seperti kamu. Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib.’ Nabi dengan jelas menerangkan kurang pengetahuannya pada yang ghaib.

Adakah kamu baca ayat al-Quran, yang berkata: ‘Katakan: Saya hanyalah manusia seperti kamu; telah diwahyukan kepada saya bahawa tuhan kamu adalah tuhan yang satu.’ [18:110]

Iaitu, perbezaannya diantara kamu dan saya adalah wahyu disampaikan dari Allah kepada saya.

Ditempat yang lain Allah berkata: ‘Katakan, Saya tidak mengawal sebarang faedah atau melarat untuk jiwa saya melainkan sebagaimana yang Allah ridhai; dan jika saya tahu yang ghaib saya akan mendapati banyak kebaikkan dan tidak ada kejahatan yang dapat menyentuh saya; saya tidak lain hanya memberi peringatan dan pembawa berita baik kepada mereka yang beriman.’ [7:188]

Dan lagi: ‘Dan saya tidak katakan kepada kamu bahawa bersama saya ada khazanah Allah dan saya tidak tahu pada yang ghaib.’ [11:31]

Dan Allah berkata lagi: ‘Katakan ‘Tidak ada siapa yang dilangit atau yang dibumi mengetahui yang ghaib melainkan Allah: Dan mereka tidak tahu bila mereka akan dibangkitkan.’ [2:65]

Nabi sendiri mengaku bahawa dia tidak tahu yang ghaib dan bahawa pengetahuan itu khusus untuk Allah. Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa Ali mempunyai pengetahuan yang sedemikian?

Kepercayaan kamu adalah cuba untuk meninggikan keutamaan Ali dari nabi. Tidakkah al-Quran telah berkata: ‘Tidak juga Allah akan menjadikan kamu tahu pada yang ghaib…’ [3:179] Atas dasar apa yang kamu percaya bahawa sesaorang selain Allah punyai pengetahuan pada yang ghaib?

Shirazi: Pendahuluan bagi kenyataan kamu adalah betul. Tetapi rumusan yang kamu dapati daripadanya adalah salah. Kamu telah katakan bahawa yang mengetahui pada perkara yang ghaib adalah Allah, bahawa kunci pada yang ghaib adalah bersama Allah; dan menurut dari ayat terakhir surah al-Kahfi, nabi terakhir, semua para nabi yang lain, para wazir, dan para Imam yang suci adalah sama dengan manusia yang lain. Di dalam bentuk fisikal, mereka telah dijadikan sama seperti yang lain. Kesemua perkara itu adalah benar, dan golongan shia menerima semuanya. Dan juga ayat yang kamu telah bacakan adalah benar dalam kontek yang asal.

Tetapi perkataan ‘nabi’ dari surah Hud merujuk kepada nabi Nuh. Ayat 50 surah al-An’am merujuk kepada nabi kita yang mulia. Apabila musyirik bertanya kepada baginda mengapa tidak terdapat tanda yang dia memilikki harta ilahi atau pengetahuan yang ghaib, ayat itu telah diwahyukan: ‘Katakan, ‘saya tidak mengatakan kepada kamu ‘Saya ada mempunyai khazanah tuhan tidak juga pengetahuan yang ghaib, tidak juga saya mengatakan saya adalah malaikat; saya tidak mengikuti selain dari apa yang diwahyukan kepada saya.’ [6:50]

Ayat ini adalah jawapan terhadap anggapan yang jahil bahawa tindakkan nabi telah dipengaruhi oleh pertimbangan keduniaan. Bagi pengetahuan pada yang ghaib, kami percaya bahawa para nabi dan wazir mereka mempunyai pengetahuan itu. Saya tidak sekutukan mereka dengan sifat ketuhanan. Tetapi pemberian itu adalah sebahagian dari wahyu dan ilham yang akan menghilangkan tirai kejahilan dari pandangan mereka dan menampakkan kepada mereka kebenaran yang sebenar. Saya akan terangkan ini dengan lebih jelas lagi.

28
DIALOG SUNNI-SHIA

PENGETAHUAN ADA DUA JENIS DHATI [TERSENDIRI] DAN ARZI [YANG DIPEROLEHI]
Kami shia Imami mempercayai bahawa pengetahuan ada dua jenis: Dhati dan Arzi.

Dhati, atau pengetahuan yang tersendiri, adalah khusus bagi Allah. Kita boleh mengesahkan tetapi tidak dapat memahami kebenaran sebenarnya. Dalam bagaimana cara sekalipun kami akan cuba untuk menerangkannya, pengetahuan tersendiri adalah diluar kefahaman manusia.

Arzi, pengetahuan yang diperolehi, adalah yang terdapat pada diri manusia, sama ada dia nabi atau tidak. Dia akan mendapat faedah darinya kemudian. Pengetahuan ini juga ada dua jenis: Tahsili dan Ladunni. Tahsili adalah pengetahuan yang didapati dari belajar dan pengalaman. Jika seorang pelajar mengikuti norma yang sama pada pembelajaran, sebagai contoh, dia pergi kesekolah dan belajar dari seorang guru. Jika Allah hajati, dia akan mendapat ilmu menurut dari hasil usahanya dan juga pada masa yang dia habiskan untuk belajar.

Ladunni merujuk kepada pengetahuan yang manusia terima terus dari Allah. Dia tidak mempelajari melalui huruf dan perkataan tetapi menerima terus dari yang maha kaya. Allah kata di dalam al-Quran: ‘Dan mereka yang Kami telah ajari pengetahuan dari Diri Kami.’ [18:65]

Shia tidak mengatakan bahawa pengetahuan yang ghaib telah ada pada diri nabi atau Imam yang suci atau bahawa mereka memahami yang ghaib seperti mana yang diketahui Allah. Apa yang kami katakan adalah Allah tidak menghadkan. Dia boleh memberikan pengetahuan dan kuasa kepada siapa sahaja yang dua ridhai. Kadang kala dia memberikan pengetahuan kepada sesaorang melalui guru dan ada masanya terus dari diriNya. Pengetahuan yang diberikan secara terus inilah yang dikatakan pengetahuan yang ghaib.

Sheikh: Kenyataan kamu yang pertama adalah betul, tetapi kehendak ilahi tidak akan membenarkan kepada perkara yang diluar kebiasaan seperti memberikan manusia pengetahuan ghaib secara terus, iaitu, tanpa berguru.

Shirazi: Tidak, kamu dan sahabat kamu telah silap. Yang sebenarnya, kamu kerap, dengan tanpa disedari kamu telah bertentangan dengan kebanyakkan dari ulama kamu yang terkenal. Allah telah menganugerahkan keatas semua para nabiNya dan juga pengganti nabi pengetahuan yang ghaib. Apa sahaja yang diperlukan untuk mereka pada melaksanakan missi mereka.

Sheikh: Dihadapan ayat-ayat al-Quran ini, yang dengan jelas telah menolak pendapat bahawa manusia punya pengetahuan pada yang ghaib, apakah bukti yang kamu ada pada menyokong pendapat kamu?

Shirazi: Kami tidak menentang ayat al-Quran. Setiap ayat al-Quran telah diwahyukan untuk tujuan yang tertentu, iaitu, menurut kepada keadaan kadang kala positif dan kadang kala negatif. Maka itulah sebabnya dikatakan bahawa diantara ayat al-Quran satu ayat memperkukuhkan ayat yang lain. Oleh kerana musyirik meminta keajaipan dari nabi, ayat negatif yang diatas telah diwahyukan. Di dalam membuktikan objek yang sebenar, ayat positif telah juga diwahyukan supaya kedudukan yang sebenar menjadi jelas.

PEMBUKTIAN AL-QURAN BAHAWA NABI MEMPUNYAI PENGETAHUAN PADA YANG GHAIB.
Sheikh: Itu adalah pelik. Kamu katakan terdapat keterangan yang positi di dalam al-Quran bahawa nabi mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Sila sebutkan ayat tersebut.

Shirazi: Janganlah merasa terperanjat. Kamu telah mengetahuinya.

Allah berkata: ‘Yang mengetahui pada yang ghaib! Maka Dia tidak mendedahkan rahsiaNya kepada sesiapa melainkan kepada orang yang Dia telah pilih sebagai rasul; sesungguhnya dia telah menjadikan pemelihara berbaris dihadapan dan dibelakangnya, supaya Dia boleh mengetahui bahawa mereka sebenarnya telah menyampaikan pengkhabaran tuhanNya, dan Dia meliputi apa yang bersama mereka, dan Dia merakamkan jumlah tiap-tiap sesuatu.’ [72:26-28]

Ayat ini menunjukkan bahawa rasul Allah yang telah diberikan dengan pengetahuan yang ghaib adalah terkecuali.

Kedua, ayat dari surah keluarga Imran, bahagian yang mana kamu bacakan, membuktikan tujuan saya. Keseluruh ayat dibaca seperti berikut: ‘Tidak juga Allah akan menunjukkan kepada kamu pada yang ghaib, tetapi Allah memilih dari para rasul yang mana diridhaiNya; maka berimanlah kepada Allah dan rasulNya; dan jika kamu percaya dan menahan [dari kajahatan], maka kamu akan mendapat ganjaran yang besar.’ [3:179]

Kedua ayat ini dengan jelas menunjukkan pesuruh Allah telah diberikan pengetahuan pada yang ghaib. Jika tiada siapa malainkan Allah yang memilikki pengetahuan tersebut, rangkap ‘memilih para rasul yang mana diridhaiNya’ tidak mempunyai sebarang erti.

Allah berkata di dalam surah Hud: ‘Ini adalah kenyataan berkaitan pada yang ghaib yang kami wahyukan kepada kamu; kamu tidak mengetahuinya – tidak juga kamu atau orang-orang kamu – sebelum itu; maka bersabarlah; sesungguhnya akhiranya adalah bagi mereka yang menjaga diri [dari kejahatan].’ [11:49]

Di dalam as-syura Dia berkata: ‘Dan makanya Kami wahyukan kepada kamu kitab yang diilhamkan dengan perintah Kami. Kamu tidak tahu apa kitab itu, tidak juga apa iman itu, tetapi Kami jadikan cahaya , memberi petunjuk dengannya siapa yang kami senangi dari hamba-hamba Kami.’ [42:52]

Jika pengetahuan yang ghaib tidak terdapat didunia ini, bagaimana nabi menerangkan perkara yang tidak diketahui dan memberitahu manusia mengenai kehidupan persendirian mereka? Tidakkah terdapat di dalam al-Quran apa Isa katakan kepada Bani Israel? ‘Dan saya akan nyatakan kepada kamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di dalam rumah kamu.’ [3:49]

Jika saya bacakan semua ayat al-quran yang menyokong fakta ini ia akan memakan masa yang lama. Setakat ini saya rasa telah mencukupi.

Sheikh: Kenyataan yang sedemikian telah menggalakkan tukang sihir, pembaca tapak tangan, ilmu bintang, bertenong nasib dan lainnya yang menipu manusia dan memenuhkan kocek mereka dengan wang.

KENYATAAN PADA PENGETAHUAN YANG GHAIB MELALUI CARA YANG LAIN ADALAH PENIPU.
Shirazi: Kepercayaan kepada kebenaran tidak membawa kepada yang buruk. Adalah kejahilan manusia yang menjadikan mereka mangsa. Jika muslim mengikuti yang mempunyai pengetahuan, menurut arahan yang diberikan nabi, secara khusus, jika mereka tidak meninggalkan pintu pengetahuan semenjak mula lagi, mereka tentu tidak akan menjadi mangsa kepada manusia durjana. Al-Quran dengan jelas telah mengatakan: ‘Sesiapa yang Dia pilih dari para nabi.’ Perkataan ‘nabi’ dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat hamba pilihan Allah yang menerima pengetahuan yang ghaib terus dariNya, tanpa mempelajari dari cara yang biasa.

Jika sesaorang yang bukan nabi atau imam mangatakan dia boleh meramalkan yang ghaib melalui kaji bintang, tapak tangan, menenong nasib, dia adalah penipu. Muslim sebenar yang mengikuti al-Quran tidak pernah percaya kepada manusia seperti itu, tidak juga mereka menjadi mangsa diatas tipu helah mereka. Muslim sebenar tahu mereka tidak perlu mengikuti sesiapa melainkan al-Quran dan pembawanya serta penterjemahnya al-Quran iaitu nabi dan keturunannya, yang dikatakan sama dengan al-Quran.

Secara ringkas, jika sesiapa selain dari nabi dan keturunannya yang suci mengatakan bahawa dia mempunyai pengetahuan pada yang ghaib dan mengatakan bahawa dia boleh meramalkan kejadian yang akan datang dia pastinya pendusta, dengan apa juga yang dia gunakan.

WAZIR NABI JUGA MEMPUNYAI PENGETAHUAN PADA YANG GHAIB.
Sheikh: Oleh kerana nabi menerima wahyu ilahi, mereka mempunyai, dari kenyataan kamu pengetahuan pada yang ghaib. Tetapi adakah Ali nabi? Atau adakah dia sekutu di dalam urusan kerasulan yang mana dia mengetahui perkara yang ghaib?

Shirazi: Pertama, mengapa kamu memutarkan kata-kata kami dengan menggunakan perkataan ‘menurut dari kenyataan kamu’ Sebaliknya, mengapa kamu tidak menggunakan perkataan ‘menurut dari kenyataan Allah’? Saya tidak mengatakan sesuatu dari kehendak saya sendiri. Saya menyebutkan apa yang terkandung di dalam al-Quran, dan berdasarkan pada kenyataan penterjemah al-Quran iaitu nabi, saya hanya menyataan pengertiannya yang betul.

Saya telah nyatakan kepada kamu, pada asas keterangan ayat al-Quran, bahawa nabi dan rasul adalah orang yang mulia dan mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Ulama kamu yang terkenal telah menerima fakta ini, dan telah menyampaikan keterangan pada ketika nabi mempunyai pengetahuan yang ghaib.

Ibn Abi’l-Hadid Mutazali di dalah Sharh-Nahjul-Balagha, jilid I, ms 67 [dicetak di Mesir] mengatakan sebuah hadith dari nabi bahawa dia berkata kepada Ali, ‘Selepas saya kamu akan berperang menentang Nakisin, Qasitin dan Mariqin.’ Dia mengatakan, ini adalah satu bukti kenabian terhadap nabi kerana dia dengan jelas meramalkan masa yang akan datang yang tidak diketahui. Peristiwa yang diramalkan berlaku lebih kurang 30 tahun kemudian, sama seperti yang diramalkan.

Kedua, shia tidak mengatakan bahawa Amirul-Mukminin atau Imam yang suci nabi. Kami percaya bahawa Muhammad adalah nabi Allah yang terakhir. Tidak ada sesiapa yang bersekutu dengannya di dalam kenabian. Kami percaya jika sesiapa yang mempunyai kepercayaan yang bertentangan dengan ini dia adalah kafir. Kami juga percaya di dalam anugerah ilahi terhadap Imamnya Ali dan menganggap kesebelas dari keturunannya sebagai Imam yang suci dan pengganti khalifa yang sebenar bagi nabi. Kami percaya bahawa Allah telah memberikan kepada mereka pengetahuan pada yang ghaib melalui nabi.

Kami percaya bahawa penglihatan manusia biasa telah terhijab, maka mereka hanya dapat melihat pada yang zahir sahaja. Perkara yang sama ini juga berlaku kepada para nabi dan wazir mereka, melainkan bahawa, menurut pada keadaan dan masa, Allah yang maha berkuasa akan menghapuskan hijab dan menunjukkan keterangan yang diperlukan kepada mereka dari dunia yang ghaib. Dan apabila pengetahuan pada yang ghaib tidak diperlukan, hijab memisahkan mereka juga dari dunia ghaib itu.

Makanya nabi pernah berkata: ‘Jika saya tahu pada yang ghaib, saya akan dapat banyak faedah.’ Iaitu, dengan jelas, dia tidak mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Dia hanya mengetahui apabila, dengan rahmat Allah, hijab telah diangkatkan.

Sheikh: Bagaimana dan dimana nabi memberitahu kepada manusia keterangan mengenai yang ghaib?

Shirazi: Pada keterangan ayat al-Quran, yang mana saya telah rujuk, tidakkah kamu menganggap Muhammad nabi yang akhir, yang Murtaza [pilihan] dan nabi Allah yang sebenar?

Sheikah: Soalan yang pelik. Sudah tentu nabi adalah yang pilihan dan yang terakhir.

Shirazi: Maka menurut dari ayat yang suci: ‘Yang Mengetahui pada yang ghaib! Maka Dia tidak mendedahkan rahsianya kepada sesiapa melainkan kepadanya yang mana Dia telah pilih sebagai rasulNya,’ [72:26] Nabi mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Ayat ini dengan jelas mengatakan bahawa Allah berikan pengetahuan yang ghaib kepada nabi pilihanNya.

Sheikh: Katakanlah bahawa nabi mempunyai pengetahuan pada yang ghaib, bagaimana ini boleh dikaitkan bahawa Ali mempunyai pengetahuan ini juga?

Shirazi: Sekali lagi jika kamu meneliti hadith yang sahih dan juga sunna nabi, kamu kan memahami fakta yang berkaitan kepadanya dan banyak isu yang lain lagi.

Sheikh: Jika kebijaksanaan kami adalah terhad, kamu yang mempunyai, dengan kemuliaan Allah, fikiran yang luas dan lidah yang fasih. Sila sampaikan hadith yang membuktikan bahawa Ali mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Jika pengetahuan pada yang ghaib adalah perlu kepada pengganti nabi, maka tidak ada pengecualian pada syarat itu. Semua para pengganti, terutama khalifa yang agung, seharusnya telah memilikki pengetahuan pada yang ghaib, walaupun kami lihat bahawa tidak ada siapa dari khalifa yang mengatakan pernah mempunyainya. Bahkan seperti nabi, mereka mengatakan ketidak mampuan mereka untuk mengetahui. Mengapa kamu menjadikan Ali terkecuali?

Shirazi: Pertama, Saya telah mengatakan kepada kamu bahawa nabi tidak mempunyai kuasa tersendiri pada mengetahui yang ghaib. Apabila dia mengatakan: ‘Jika saya tahu yang ghaib, sesungguhnya saya akan dapat banyak faedah,’ dia maksudkan bahawa pengetahuan kepada yang ghaib tidak ada di dalam dirinya, sebagaimana ianya berada di dalam diri Allah. Apabila Allah mengangkatkan hijab dari nabi, barulah dia mengetahui pada kebenaran yang tersembunyi [pada yang ghaib]

IMAM YANG SUCI ADALAH KHALIFA YANG SEBENAR DAN MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG GHAIB.
Kedua, kamu katakan bahawa jika Ali mempunyai pengetahuan pada yang ghaib, khalifa yang lain seharusnya memilikkinya juga. Kami bersetuju dengan kamu. Kami juga katakan bahawa khalifa nabi seharusnya memilikki pengetahuan pada keduanya zahir dan yang ghaib. Fakta yang sebenarnya, kemampuandan kebolehan khalifa dan ciri-ciri yang ada padanya hendaklah menyerupai seakan yang dimilikki nabi di dalam semua perkara, melainkan peranan kanabian dan kerasulan itu sendiri yang termasuk kemampuan pada menerima wahyu secara terus. Sudah tentu kamu memanggil mereka semua khalifa nabi yang hanya dilantik oleh sebilangan kecil manusia, walaupun sebenarnya nabi telah mengutuk mereka ; eg, Muawiya.

Tetapi kami katakan bahawa khalifa dan pengganti nabi adalah mereka yang telah dilantik sebagai khalifa oleh nabi sendiri, sebagaimana nabi yang terdahulu telah melantik pengganti mereka. Maka khalifa dan pengganti yang dilantik nabi dengan arahan dari Allah mempunyai kesempurnaan kualiti yang dimilikki oleh nabi, dan dengan sebab yang demikian mereka mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. 12 khalifa tersebut yang nama mereka telah dirakamkan di dalam hadith kamu. Mereka adalah keluarga nabi dan termasuk Ali dan 11 dari keturunannya. Dan pada fakta, bahawa mereka yang lain tidak ditauliahkan sebagai khalifa sebagaimana telah ditunjukkan oleh kenyataan kamu sendiri, yang disahkan oleh ulama kamu yang agung, bahawa mereka kerap menyatakan kejahilan mereka pada perkara yang umum tidak perlulah disebutkan pada perkara yang ghaib.

PINTU PADA PENGETAHUAN.
Ketiga, kamu tanyakan hadith apa yang membuktikan bahawa Amirul-Mukminin, Ali mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Yang sebenarnya terdapat banyak hadith yang menyokong fakta ini. Satu darinya dipanggil ‘Hadith Madina’ Ianya hampir berterusan penyampainya oleh kedua golongan [sunni dan shia] bahawa nabi berkata pada banyak keadaan mengenai Ali bahawa dia adalah ‘Pintu kepada pengetahuannya’ Ini adalah kata-katanya: ‘Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin mencari ilmu hendaklah datang melalui pintunya.’

Sheikh: Hadith itu tidak sahih menurut ulama kami. Walaupun jika terdapat hadith yang sedemikian, pasti ianya adalah penyampai solo atau hadith yang lemah.

Shirazi: Amat malang bahawa kamu mengatakan hadith yang kuat ini penyampai solo atau hadith yang lemah. Ulama kamu yang terkenal telah mengesahkannya. Kamu seharusnya merujuk Jam’u’l-Jawami’y oleh Suyuti; Tahdhibu’l-Ansar oleh Muhammad Bin Jarir Tabari; Tadhkiratu’l-Abrar oleh Seyyed Muhammad Bukhari; Mustadrak oleh Hakim Nishapuri; Naqdu’s-Sahili oleh Firuzabadi; Kanzu’l-‘Ummal oleh Ali Muttaqi Hindi, Kifayatu’t-Talib oleh Ganji Shafi’i; dan Tadhkiratu’l-Muzu’a oleh Jamalu’d-din Hindi.

Mereka menulis; ‘Jika sesiapa menolak hadith ini, dia pastinya telah salah.’ Juga di dalam Rauzatu’l-Nadiya oleh Amir Muhammad Yamani, Bahru’l-Asanid oleh Hafiz Abu Muhammad Samarqandi, dan Matalibu’s-Su’ul oleh Muhammad Bin Talha Shafi’I, mereka telah mengesahkan kesahihan hadith ini.

Hadith ini telah disampai di dalam berbagai cara dan dari berbagai punca. Kebanyakkan dari para sahabat dan pengikut telah menyampaikannya, termasuk Ali, Abu Muhammad Hasan Bin Ali, cucu nabi yang tua, Abdullah Ibn Abbas, Jabir Ibn Abdullah Ansari, Abdullah Ibn Mas’ud, Hudhaifa Bin al-Yaman, Abdullah Ibn Umar, Anas Bin Malik, and Amr Bin As.

Diantara tabi’in [generasi kedua selepas sahabat] yang berikut ini telah menyampaikan hadith tersebut: Imam Zainu’l-Abidin, Imam Muhammad Baqir, Asbagh Bin Nabuta, Jarir Azzabi, Harith Bin Abdullah Hamdani Kufi, Sa’d Bin Ta’rifu’l-Hanzali Kufi, Sa’id Bin Jabir Asadi Kufi, Salma Bin Kuhail Hazarmi Kufi, Sulayman Bin Mihran A’mash Kufi, Asim Bin Hamza Saluli Kufi, Abdullah Bin Uthman Bin Khisam al-Qari al-Makki, Abdu’r-Rahman Bin Uthman, Abdullah Bin Asila al-Muradi, Abu Abdullah Sanabahi, and Mujahid Bin Jabir Abu’l Hajjaj al-Makhzumi al-Makki.

Selain ulama shia, yang dengan sebulat suara telah berpegang pada hadith itu, ramai dari ahli hadith kamu yang terkenal dan juga ahli sejarah telah menyampaikannya. Saya telah melihat lebih kurang 200 rujukan dari ulama kamu yang telah menyampaikan hadith yang suci ini. Saya akan menyatakan sebahagian dari ulama yang terkenal itu dengan buku mereka.

ULAMA SUNNI YANG TELAH MENYAMPAIKAN HADITH ‘KOTA ILMU PENGETAHUAN’
(1) Abad keiga pengulas dan ahli sejarah Muhammad Bin Jarir Tabari (m 310 H.): Tahdhibu’l-Athar.

(2) Hakim Nishapuri (m. 405 H.): Mustadrak, v.III, pp. 126,128,226.

(3) Abu ‘Isa Muhammad Bin Tirmidhi (m 289 H.): Sahih

(4) Jalalu’d-din Suyuti (m 911 H.): Jam’u’l-Jawami’y dan Jam’u’s-Saghir, v.I, p. 374.

(5) Abu’l-Qasim Sulayman Bin Ahmad Tabrani (m 491 H.): Kabir dan Ausat.

(6) Hafiz Abu Muhammad Hasan Samarqandi (m 491 H.): Bahru’l-Asanid.

(7) Hafiz Abu Nu’aim Ahmad Bin Abdullah Ispahani (m 410 H.): Ma’rifatu’l-Sahaba.

(8) Hafiz Abu Amr Yusuf Bin Abdullah Bin Abdu’l-Bar Qartabi (m 463 H.): Isti’ab, v.II, p. 461.

(9) Abu’l-Hasan Faqih Shafi’i Ali Bin Muhammad Bin Tayyib al-Jalabi Ibn Maghazili (m 483 H.): Manaqib.

(10) Abu Shuja’ Shirwaih Hamadani Dailami (m 509 H.): Firdausu’l-Akhbar.

(11) Abu’l-Mu’ayyid Khatib Khawarizmi (m 568 H.): Manaqib, p.49 and Maqtalu’l-Husain, v.I, p.43.

(12) Abu’l-Qasim Bin Asakir Ali Bin Hasan Damishqi (m 572 H.): Ta’rikh-e-Kabir.

(13) Abu’l-Hujjaj Yusuf Bin Muhammad Andalusi (m 605 H.): Alif-Bas, v.I, p. 222.

(14) Abu’l-Hasan Ali Bin Muhammad Bin Athir Jazari (m 630 H.): Asadu’l-Ghaiba, v. IV, p.22.

(15) Muhibu’d-din Ahmad Bin Abdullah Tabari Shafi’i (m 694 H.): Riyazu’l-Nuzra, v.I, p.129 dan hakha’iru’l-Uquba, p.77.

(16) Shamsu’D-Din Muhammad Bin Ahmad Dhahabi Shafi’i (m 748 H.): Tadhkiratu’l-Huffaz, vol.IV, p.28.

(17) Badru’d-Din Muhammad Zarkashi Misri (m 749 H.): Faizu’l-Qadir, vol.III, p.47.

(18) Hafiz Ali Bin Abi Bakr Haithami (m 807 H.): Majma’u’z-Zawa’id, Vol.IX, p.114.

(19) Kamalu’d-Din Muhammad Bin Musa Damiri (m 808 H.): Hayatu’l-Haiwan, vol. I, p.55.

(20) Shamsu’d-Din Muhammad Bin Muhammad Jazari (m 833 H.): Asnu’l-Matalib, p.14.

(21) Shahabu’d-Din Bin Hajar Ahmad Bin Ali Asqalani (m 852 H.): Tahdhibu’l-Tahdhib, vol.vii, p.337.

(22) Badru’d-Din Mahmud Bin Ahmad Aini Hanafi (m 855 H.): Umdatu’l-Qari, vol vii, p.631.

(23) Ali Bin Hisamu’d-Din Muttaqi Hindi (m 975 H.): Kanzu’l-Ummal, vol. vi, p.156.

(24) Abu’r-Ra’uf Al-Munawi Shafi’i (m 1031 H.): Faizu’l-Qadir, Sharh-e-Jami’u’l-Saghir, vol. iv, p.46.

(25) Hafiz Ali Bin Ahmad Azizi Shafi’i (m 1070): Siraju’l-Munir Jam’u’s-Saghir, vol. III, p.63.

(26) Muhammad Bin Yusuf Shami (m 942 H.): Subulu’l-Huda wa’l-Rishad fi Asma’i Khairu’l-Ibad.

(27) Muhammad Bin Yaqub Firuzabadi (m 817 H.): Naqdu’s-Sahih.

(28) Imam Ahmad Bin Hanbal (m 241 H.): Mujaladab-e-Munaqab, Musnad.

(29) Abu Salim Muhammad Bin Talha Shafi’i (m 652 H.): Matalibu-s-Su’ul, p.22.

(30) Sheikhu’l-Islam Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini (m 722 H.): Fara’idu’s-Simtain.

(31) Shahabu’d-Din Dowlat Abadi (m 849 H.): Hidayatu’s-Su’ada.

(32) Allama Samhudi Seyyed Nuru’d-Din Shafi’i (m 911 H.): Jawahiru’l-Iqdain.

(33) Qazi Fazl Bin Ruzbahan Shirazi: Ibta’lu’l-Batil.

(34) Nuru’d-Din Bin Sabbagh Maliki (m 855 H.): Fusulu’l-Muhimma, p.18.

(35) Shahabu’d-Din Bin Hajar Makki (musuh ketat dan fanatik, m 974 H.): Sawa’iq-e-Muhriqa.

(36) Jamalu’d-Din Ata’ullah Muhadith-e-Shirazi (m 1000 H.): Arba’in.

(37) Ali Qari Harawi (m 1014 H.): Mirqat Sharh-e-Mishkat.

(38) Muhammad Bin Ali as-Subban (m 1205 H.): Is’afu’l-Raghibin, p.156.

(39) Qazi Muhammad Bin Sukani (m 1250 H): Fawa’idu’l-Majmu’a fi’l-AHadithi’l-Muzu’a.

(40) Shahabu’d-din Seyyed Mahmud Alusi Baghdadi (m 1270 H.): Tafsir-e-Ruhu’l-Ma’ani.

(41) Imam Al-Ghazali: ‘Ihya’u’l-Ulum.

(42) Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih-e-Shafi’i: Mawaddatu’l-Qurba.

(43) Abu Muhammad Ahmad Bin Muhammad Asimi: Zainu’l-Fata (ulasan pada Sura ‘Hal Ata’).

(44) Shamsu’d-Din Muhammad Bin abdu’r-Rahman Sakhawi (m 902 H.): Maqasidu’l-Hasana.

(45) Sulayman Balkhi Hanafi (m 1293 H.): Yanabiu’l-Mawadda, Ch. xiv.

(46) Yusuf Sibt Ibn Jauzi: Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma.

(47) Sadru’d-Din Seyyed Husain Fuzi Harawi: Nuzahatu’l-Arwah.

(48) Kamalu’d-Din Husain Meibudi: Sharh-e-Diwan.

(49) Haiz Abu Bakr Ahmad Bin Ali Khatib Baghdadi (m 463 H.): Ta’rikh, vol. II, p.377, vol. iv, p. 348, dan vol. vii, p.173.

(50) Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (m 658 H.): Kifayatu’t-Talib, penghujung pada bab 58. Selepas menyebutkan yiga hadith yang sahih dari nabi, dia berkata: ‘Secara ringkas, para sahabat yang berpengetahuan tinggi, generasi yang kemudian daripadanya, dan keturunan nabi telah mengakui kemuliaan, luas pengetahuan dan saksamanya keputusan Ali. Pada menentukan kepastian, Abu Bakr, Umar dan Uthman dan para sahabat yang lain merujuk kepada dia mengenai perkara agama dan mengikuti nasihatnya di dalam urusan pentadbiran. Mereka mengakui bahawa dialah tertinggi di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan. Dan Hadith ini tidak melampaui pada penganggaran terhadap dirinya oleh kerana keduduknya disisi Allah dan nabi dan juga yang beriman adalah lebih tinggi dari itu; Imam Ahmad Bin Muhammad Bin Al-Siddiqi Maghribi di dalam pengesahan pada hadith itu telah menulis sebuah buku; Fathu’l-Mulku’l-Ali bi Sihat-e-Hadith-e-Bab-e-Madinatu’l-Ilm, (dicetak oleh Ilamiyyah Press, Egypt, 1354 A.H.) Jika kamu tidak puas dengan yang ini, saya boleh berikan lebih banyak lagi rujukan.

UNTUK MENYAMPAIKAN KEMULIAAN ALI ADALAH IBADAH.
Seyyed Adi’l -Akhtar: Seorang ulama, penulis dan pemimpin sunni; Saya kerap melihat di dalam hadith bahawa nabi telah berkata bahawa pada mengatakan kemuliaan Ali adalah ibadah. Ulama yang agung, Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i, menulis di dalam Mawaddatu’l-Qurba bahawa nabi berkata malaikat melihat dengan perhatian yang khusus pada perhimpunan yang mana kemuliaan dan kehormatan Ali diperkatakan. Mereka memintakan rahmat Allah bagi manusia tersebut. Lebih-lebih lagi pada menyatakan hadith itu sendiri adalah ibadah. Maka saya minta bahawa kamu menyampaikan lebih banyak hadith supaya perhimpunan ini menjadi pusat bagi kesempurnaan berdoa.

HADITH ‘SAYA ADALAH RUMAH KEBIJAKSANAAN’
Shirazi: Terdapat hadith yang mungkin telah disampaikan secara turutan. Ahli hadith dari kedua golongan telah menyampaikannya. Di antara ulama kamu yang telah menyampaikan adalah Imam Ahmad Bin Hanbal (Manaqib, Musnad, Hakim (Mustadrak, Mulla Ali Muttaqi (Kanzu’l-Ummal, part VI, p.401, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani (Hilyatu’l-Auliya, v.I, p.64, Muhammad Bin Sabban Misri (Is’afu’r-Raghibin, Ibn Maghazili Faqih Shafi’i (Manaqib), Jalalu’d-Din Suyuti (Jam’u-s-Saghir, Jam’u’l-Jawami’y and La’aliu’l-Masnu’a, Abu ‘Isa Tirmidhi (Sahih, v.II, p.214, Muhammad Bin Talha Shafi’i (Matalibu’s-Su’ul, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi (Yanabiu’l-Mawadda), Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (Kifayatu’t-Talib, Sibt Ibn Jauzi (Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma), Ibn Hajar Makki (Sawa’iq Muhriqa, ch.9, Fasl 2, p.75, Muhibu’d-Din Tabari (Riyazu’n-Nuzra), Sheikhu’l-Islam Hamwaini (Fara’idu’s-Simtain), Ibn Sabbagh Maliki (Fusulu’l-Muhimma), Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali (Sharh-e-Nahju’l-Balagha), dan ramai yang lain lagi. Mereka mengesahkan sahihnya hadith ini dan telah menyatakan nabi sebagai berkata: ‘Saya adalah rumah kebijaksanaan dan Ali adalah pintunya; maka jika sesiapa yang berhajat menambah pengetahuan, dia hendaklah datang melalui pintu.’

Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i telah mengkhususkan bab 21 kepada hadith ini. Setelah memberikan punca dan rujukannya, dia memberikan ulasannya sendiri mengenainya. Dia kata hadith ini tinggi kedudukannya. Iaitu Allah, punca kebijaksanaan dan pengetahuan bagi segala sesuatu, dan yang telah mengajarkan amalan bermakruf dan menjauhkan yang mungkar kepada nabi, yang kemudian telah memberikan hadian ini kepada Ali. Makanya nabi berkata: ‘Ali adalah pintu bagi kebijaksanaan saya. Iaitu, jika kamu berhajat untuk mendapat faedah dari kebijaksanaan saya, kamu hendaklah berpaling kepada Ali, supaya kebenaran dapat didedahkan kepada kamu.’

Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Ibn Asakir di dalam Ta’rikh (menulis dari Sheikhnya sendiri), Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikhu’l-Islam Hamwaini di dalam Fara’id, Dailami di dalam Firdaus, Muhammad Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ch.58, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.XIV, dan yang lainnya dari ulama kamu telah menyatakan dari Ibn Abbas dan Jabir Ibn Abdullah Ansari bahawa nabi, memegang Ali pada tangannya berkata: ‘Ini adalah Ali – ketua dan pemimpin yang mulia dan pembunuh bagi yang kafir. Sesiapa yang menolong dia adalah yang mendapat sokongan, dan sesiapa yang meninggalkan dia, adalah dia sendiri telah ditinggalkan.’ Kemudian nabi meninggikan suaranya berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Maka jika sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, dia hendaklah memasuki melalui pintunya.’

Juga Shafii mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Tidak ada sesiapa yang memasukki kedalam rumah melainkan melalui pintunya.’

Pengarang Manaqib-e-Fakhira mengatakan dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Maka jika sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agama, dia hendaklah memasuki melalui pintunya.’ Kemudia dia berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Dia berdusta yang memikirkan bahawa dia boleh sampai kepada saya melalui cara yang lain selain dari melalui kamu.’

Ibn ‘Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Abu Ishaq Ibrahim Bin Sa’da’d-din Muhammad Hamwaini di dalam Fara’idu’s-Simtain dari Ibn Abbas, yang agung Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dari Amr Bin As, Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Shafi’i di dalam Dhakha’iru’l-Uquba, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Mir Seyyed Ali Hamdani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, dan bahkan fanatik terbesar, Ibn Hajar di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, ch.IX, Fasl 11, p.75, Hadith 9 oleh Bazaz dari hadith 40 bahawa dia telah merakamkan mengenai kemuliaan Ali, Tabrani di dalam Ausat dari Jabir Ibn Abdullah Ansari, Ibn Adi dari Abdullah Ibn Umar Hakim dan Tirmidhi dari Ali telah mengatakan bahawa nabi Allah berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang mencari pengetahuan hendaklah datang melalui pintunya.

Kemudian mereka mengatakan mengenai hadith yang sama: manusia yang jahil keberatan untuk menerima hadith ini dan sebahagian dari mereka telah mengatakan ini adalah hadith palsu. Tetapi apabila Hakim [pengarang Mustadrak], yang mana kenyataannya kamu anggap sebagai berpengaruh, mendengar perkara seperti itu dia berkata: ‘Sesungguhnya itu adalah hadith yang benar.’

PENJELASAN PADA HADITH ‘PINTU PENGETAHUAN’
Pengarang Abaqatu’l-Anwar, Allama Seyyed Hamid Husain Dihlawi Sahib, telah menyusun dua jilid yang menunjukkan punca dan kebenaran hadith ini. Setiap jilid adalah sebesar jilid sahih Bukhari.

Saya tidak ingat berapa banyak punca yang dia telah menyebutnya dari ulama sunni yang terkenal untuk membuktikan bahawa penyampai hadith ini tidak terputus pada rantaian penyampainya, tetapi sebanyak ini yang saya ingat: apabila saya sedang membacanya, saya doakan untuk manusia terkenal ini, yang begitu terpelajar dan telah bersusah payah pada menyusun buku itu. Buku itu membuktikan bahawa Ali mempunyai kedudukan yang unik diantara para sahabat nabi.

Sekarang, hanya kerana Allah, berlaku adillah. Adakah wajar untuk menutup pintu pengetahuan yang mana nabi telah bukakan untuk ummahnya? Adakah wajar pada manusia untuk membuka pintu kepada sesaorang yang mereka pilih, yang tidak punya kaitan pada aras kedudukan pengetahuan Ali?

Sheikh: Kita telah bincang dengan memuaskan pada fakta bahawa hadith itu secara umum diterima oleh ulama kami. Walaupun sebahagian dari penyampai telah mengatakan bahawa ianya adalah lemah, penyampai solo, sedang yang lain mengatakan ianya disampaikan secara turutan. Tetapi apa ada kaitannya dengan ‘pengetahuan pada yang ghaib’ yang mana Ali dikatakan telah memilikkinya?

ALI MEMPUNYAI PENGETAHUAN PADA YANG GHAIB.
Shirazi: Tidakkah kamu telah mengaku terdahulu bahawa nabi yang terakhir adalah manusia paling sempurna yang telah dijadikan? Dan tidakkah al-Quran berkata bahawa Allah tidak mendedahkan rahsianya kepada sesiapa, ‘Melainkan kepada seorang nabi yang Dia pilih?’ Allah mengangkat hijab darinya, dan memberinya pengetahuan pada yang ghaib. Maka selain dari pengetahuan pada perkara yang lainnya dia juga mempunyai pengetahuan pada yang ghaib.

Apabila nabi mengatakan: ‘Saya adalah kota ilmu pengetahuan dan Ali adalah pintunya,’ semua pengetahuan kota boleh didapati melalui pintu bagi pengetahuan. Pengetahuan yang sedemikian termasuklah pengetahuan pada yang ghaib.

ALI MENGETAHUI PENGERTIAN YANG ZAHIR DAN JUGA YANG TERSEMBUNYI AL-QURAN.
Diantara yang lain Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, v.I, p.65, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ch.74, dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch 14, p.74, dari Faslu’l-Khitab menyebutkan Abdullah Ibn Mas’ud, penulis wahyu sebagai berkata: ‘Sesungguhnya al-Quran telah diwahyukan pada tujuh huruf, setiap huruf mempunyai maksud yang terang dan yang tersembunyi. Sesungguhnya Ali memahami keduanya yang jelas dan yang tersembunyi dari al-Quran.’

NABI MEMBUKA 1 000 BAB PENGETAHUAN DI DALAM HATI ALI.
Ulama terkenal kamu telah mengakui di dalam buku sahih mereka bahawa Ali mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Selepas nabi dialah murtaza [yang dipilih] diantara semua ummah.

Abu Hamid Ghazali, di dalam bukunya Bayan-e-Ilmu’l-Ladunni telah mengatakan yang Ali sebagai berkata: ‘Nabi meletakkan lidahnya di dalam mulut saya. Dari air ludah nabi, 1 000 bab pengetahuan telah disampaikan kepada saya, dan dari setiap bab, 1 000 bab yang lain telah disampaikan kepada saya.’

Pemimpin kamu yang terkenal, Sulayman Balkhi Hanafi, di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.XIV, p.77 mengatakan dari Asbagh Ibn Nabuta, yang mengatakan dari Amirul-Mukminin sebagai berkata: ‘Sesungguhnya nabi telah mengajarkan kepada saya 1 000 bab pengetahuan, setiap bab yang mana telah membuka 1 000 bab yang lain, menjadikan semuanya sejuta. Makanya saya mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan berlaku sehingga kehari pengadilan.’

Di dalam bab yang sama dia megatakan dari Ibn Maghazili pada pengesahan Maghazili sendiri dari Abus-Sabba, yang menyampaikan dari Ibn Abbas, yang mengatakan nabi sebagai berkata: ‘Pada malam Miraj, apabila saya berada pada Allah, Dia berkata kepada ku dengan keyakinan. Apa sahaja yang saya pelajari, saya ajarkan kepada Ali. Dia adalah pintu bagi pengetahuan saya. Penulis terkenal, Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi, menyampaikan yang sama dari nabi dengan cara begini: ‘Jibril membawa kepada ku permaidani dari syurga, saya duduk padanya sehingga saya sampai kehadirat tuhan ku. Kemudian dia berkata kepada ku dan memberitahu ku perkara yang rahsia. Apa sahaja yang saya pelajari telah disampaikan oleh saya kepada Ali. Dia adalah pintu pada pengetahuan saya.’ Kemudian nabi memanggil Ali dan berkata: ‘Ali untuk bersama dengan kamu adalah untuk bersama dengan saya, yang menentang kamu samalah yang menentang saya. Kamu adalah pengetahuan yang menyambungkan saya dan ummah saya.’

Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, Mulla Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-Ummal, v.VI, p.392, dan Abu Ya’la mengatakan dari Ibn Lahi’a, yang mengatakan dari Hayy Bin Abd Maghafiri, yang mengatakan dari Abdu’r-Rahman, yang mengatakan dari Abdullah Bin Umar, yang menyampaikan bahawa nabi yang berada diranjang kematian berkata: '‘Bawakan adik saya kepada saya.’

Apabila Abu Bakr datang kepadanya, nabi memalingkan mukanya. Sekali lagi dia berkata: ‘Bawakan adik saya kepada saya.’ Kemudian Uthman datang, nabi memalingkan mukanya juga. Sebahagian yang lain mengatakan bahawa selepas Abu Bakr, Umar datang dan kemudian Uthman.

Selepas itu bagaimana pun Ali dipanggil masuk. Nabi menutupnya dengan selimut dan merihatkan kepalan baginda kepada beliau. Apabila Ali keluar, manusia bertanya kepadanya: ‘Ali apakah nabi memberitahu kamu?

Imam berkata: ‘Nabi mengajarkan kepada saya 1 000 bab pengetahuan dan setiap bab mengandungi 1 000 bab yang lain.’

Hafiz Abu Nu’aim Ahmad Bin Abdullah Ispahani (m.430 H.) di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, v.I, p.65, menulis mengenai kemuliaan Ali, Muhammad Jazari di dalam Asnu’l-Matalib, p.14, dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ch. 48, telah mengatakan dengan punca yang dipercayai dari Ahmad Bin Imran Bin Salma Bin Abdullah bahawa dia berkata: ‘Kami sedang berada di dalam kumpulan nabi apabila dia ditanya mengenai Ali Ibn Abi Talib. Nabi berkata: ‘Kebijaksanaan telah dibahagikan kepada 10 bahagian; darinya 9 telah diberikan kepada Ali dan yang satu telah dibahagikan kepada seluruh ummah.’

Juga Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib, Mullah Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-Ummal, v. VI, pp. 156 dan 401 dari kebanyakkan ulama yang terkenal, Ibn Maghazili Faqih Shafi’i di dalam Faza’il dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda dengan pengesahan yang sama dari penulis wahyu, Abdullah Bin Mas’ud, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, p. 14, dan ramai lagi yang mengatakan dari Hulays Bin ‘alqama bahawa apabila nabi ditanya mengenai Ali dia berkata: ‘Kebijaksanaan telah dibahagikan kepada 10 bahagian, yang mana 9 darinya telah berikan kepada Ali, dan seluruh ummah menerima satu bahagian. Dari satu bahagian itu pun bahagian Ali adalah yang terbesar.’

Juga di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.14, ianya telah dikatakan dari Sharh-e-Risala Fathu’l-Mubin oleh Abu Abdullah Muhammad Bin Ali al-Hakim Tirmidhi bahawa Abdullah Bin Abbas mengatakan hadith yang berikut: ‘Pengetahuan ada 10 bahagian, 9 bahagian khas untuk Ali, dan selebihnya adalah untuk seluruh umah. Dari satu bahagian itu, Ali telah diberikan bahagian yang terbesar.’

Juga Muttaqi Hindi di dalam Kanzu’l-Ummal, v.VI, p.153, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, p. 49 dan Maqtalu’l-Husain, v.I, p.43, Dailami di dalam Firdausu’l-Akhbar, dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.III, mengatakan nabi sebagai berkata: ‘Selepas saya diantara seluruh ummah yang paling terpelajar dan yang paling bijak adalah Ali Ibn Abi Talib.’

MENGAMANAHKAN PENGETAHUAN NABI KEPADA ALI.
Kami tidak katakan bahawa Ali Ibn Abi Talib dan 11 dari keturunannya, para Imam, menerima pengetahuan terus dari Allah melalui wahyu sebagaimana nabi terima. Tetapi kami percaya bahawa nabi Allah yang terakhir adalah pusat bagi rahmat Allah. Apa sahaja rahmat yang diberikan kepada makhluk datangnya dari Allah melalui nabiNya.

Maka semua pengetahuan, termasuk peristiwa penting yang telah lalu dan yang akan datang, telah diberitahu kepada mereka semasa hidupnya nabi. Sebahagian pengetahuan telah diamanahkan kepada mereka oleh nabi apabila baginda hendak meninggalkan dunia ini.

Ulama kamu telah menyebutkan satu hadith dari Ummul-Mukminin Aisha mengenai maksud ini. Pada penghujungnya dia berkata: ‘Nabi memanggil Ali dan memeluknya dan menutup kepalanya dengan selimut. Saya meletak kepala saya kehadapan dan cuba hendak mendengar kepada mereka, tetapi saya tidak dapat memahami apa-apa. Apabila Ali mengangkat kepalanya, dahinya dipenuhi dengan peluh. Manusia berkata kepadanya, ‘Ali apa yang nabi katakan kepada kamu dalam waktu yang panjang?’

Kemudian Ali berkata: ‘Sesungguhnya, nabi mengajarkan kepada saya 1 000 bab pengetahuan, setiap darinya membuka 1 000 bab yang lain.’

Semasa permulaan kenabiannya [sebagaimana saya telah katakan pada malam yang terdahulu], nabi memberikan jamuan kepada 40 orang dari saudara terdekatnya dirumah Abu Talib. Selepas dia mengistiharkan kenabiannya, Ali adalah yang pertama untuk mengatakan kepercayaannya. Nabi memeluknya dan meletakkan air ludah baginda kemulutnya. Ali kemudian mengatakan tentang kejadian itu, ‘sejurus selepas itu, pancutan air telah keluar dari dada saya.’ Ulama kamu yang mashor telah mengatakan, sedang dia menyampaikan syarahan, Imam telah menunjukkan pada tujuan yang sama. Dia berkata: ‘Tanyakan kepada saya apa yang kamu tidak faham sebelum saya mati. Dada saya adalah tempat simpan ilmu yang tidak terhad.’

Kemudian menunjukkan kepada perutnya dia berkata: ‘Ini adalah gudang pengetahuan; ini adalah air ludah nabi; ini adalah apa yang nabi telah mengenyangkan saya seperti bijirin.

Disepanjang usia dewasanya nabi memberikan pengetahuan dan rahmatnya kepada Ali di dalam banyak cara. Apa saja ilmu yang Allah berikan kepada nabi, nabi letakkannya kedalam dada Ali.

JAFR-E-JAMI’A DAN KANDUNGANNYA.
Satu daripada punca rahmat ilahi yang Ali terima dari nabi datang melalui Jafr-e-Jami’a, sebuah buku yang mengandunggi rahsia alam. Ulama kamu mengakui bahawa buku ini adalah pengetahuan yang khas, ianya adalah diantara rahmat tertentu pada Ali dan para Imam.

Hujjatu’l-Islam Abu Hamid Ghazali menulis bahawa ‘terdapat sebuah buku dari ilahi dan ketua yang zuhud, Ali Ibn Abi Talib. Tajuknya adalah Jafr-e-Jam’u’d-Dunya wa’l-Akhira. Ianya mengandungi semua sains, yang jelas, yang terselindung, perkara yang ghaib, zat bagi sesuatu benda dan kesannya, zat pada nama dan hurufnya, yang mana tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Ali dan 11 keturunannya. Yang sebenarnya mereka telah mewarisi dari bapa mereka.’

Begitu juga Sulayman Balkhi di dalam bukunya Yanabiu’l-Mawadda, p.403, memberikan dengan mendalam ulasan mengenainya dari Muhammad Bin Talha Shafi’i’s Durru’l-Munazzam. Dia kata bahawa Jafr-e-Jami’a mengandunggi kunci pengetahuan, ianya mengandunggi 1 700 muka surat dan kepunyaan Imam Ali Ibn Abi Talib secara khusus.

Juga telah dikatakan di dalam Ta’rikh-e-Nigaristan dari Sharh-e-Mawaqif bahawa Jafr dan Jami’a adalah dua buku milik Ali secara khusus. Ia memberitahu, melalui pengetahuan huruf, semua kejadian sehingga akhirnya dunia ini. Keturunannya juga meramalkan mengikuti pada asas buku tersebut.

Nawab: Sila berikan kami leterangan yang lebih lanjut mengenai buku Jafr.

Shirazi: Pada tahun ke 10 Hijrah, apabila nabi pulang dari haji yang terakhir, Jibril datang kepadanya dan memberitahu kematiannya. Kemudian nabi mengangkat tangannya dan berkata: Wahai Tuhan Kamu telah berjanji kepada ku dan Kamu tidak pernah mungkir dari kata-kata Mu.’

Jawapan dari Allah sampai: ‘Bawalah Ali bersama kamu, dan duduk di gunung Uhud dengan belakang kamu di kiblat, panggilan kepada binatang liar. Mereka akan menjawap panggilan kamu. Diantaranya adalah kambing merah, dengan tanduk yang besar. Arahkan Ali menyembeli dan mengkulitinya, kemudian terbalikkan. Kamu akan dapati warnanya chokolat. Kemudian Jibril akan datang dengan pena dan dakwat, yang berbeza dengan dakwat dunia. Suruh Ali menulis apa yang dikatakan oleh Jibril. Tulisan dan kulit itu akan tinggal dalam keadaan serupa dan tidak akan hancur. Ianya akan kekal selamat. Bila-bila masa ianya dibuka, kamu akan dapatinya segar.

Nabi pergi kegunung Uhud dan patuh dengan arahan ilahi. Jibril datang dan meletakkan pena dan dakwat dihadapan nabi, yang mengarahkan Ali untuk bersedia menulis.

Jibril mengatakan semua kejadian yang penting dunia kepada nabi dan baginda mengarahkan Ali untuk merakamkannya pada kulit. Dia juga menulis pada kulit tangan dan juga kaki.

Dia menulis segala yang telah berlaku atau yang akan berlaku sehingga kehari pengadilan. Dia menulis nama-nama bayinya yang belum lahir dan keturunannya dan nama sahabat dan juga musuh mereka. Dia juga menulis apa sahaja yang akan berlaku kepada mereka sehingga kehari pengadilan. Kemudian nabi memberikan buku dan pengetahuan Jafr kepada Ali dan menjadikannya sebagai warisan pada Imami. Setiap Imam secara giliran akan menyerahkan kepada penggantinya.

Ini adalah buku yang sama mengenainya Abu Hamid ghazali berkata: ‘Jafr-e-Jami’a adalah sebuah buku milik Ali dan sebelas dari keturunan secara khusus. Ianya mengandungi segala-galanya.’

Nawab: Bagaimana mungkin segala kejadian didunia dirakamkan pada kulit kambing?

Shirazi: Pertama, haduth mengatakan bahawa itu bukanlah kambing biasa. Ianya adalah besar dan telah dijadikan untuk tujuan ini.

Kedua, apa yang ditulis bukanlah penulisan buku biasa, Ianya ditulis dengan huruf rahsia dan tanda-tanda.

Saya telah katakan kepada kamu bahawa pengarang Ta’rikh-e-Nigaristan telah mengatakan dari Sharh-e-Mawaqif bahawa Jafr dan Jami’a mengandung huruf, melaluinya keterangan telah disampaikan.

Kemudian nabi Allah menyerahkan kunci rahsia itu kepada Ali yang dengan arahan nabi, menyerahkannya kepada penggantinya, Imam yang suci.

Hanya mereka yang mempunyai kunci itu boleh membaca rahsia di dalam buku itu. Jika tidak, tiada siapa yang dapat mengetahui apa-apa pada yang ghaib. Katakanlah raja memberikan kod rahsia kepada menterinya, atau pentadbir, yang dia hantar kedaerah yang lain. Jika kunci pemahaman kod tinggal pada raja atau menteri, maka tiada siapa dapat memahami apa yang ditulis. Dengan cara yang sama, tidak ada siapa melainkan Ali dan 11 keturunannya yang boleh memahami buku Jafr-e-Jami’a.

Satu hari Amirul-Mukminin berikan buku itu kepada anaknya Muhammad Hanifiyya di hadapan semua anak-anaknya yang lain, tetapi dia tidak boleh memahami apa-apa di dalamnya walaupun dia adalah yang terpelajar dan bijak.

Kebanyakkan dari arahan yang diberikan oleh yang ma’sum, atau keterangan yang mereka nyatakan, adalah dari buku yang sama. Manusia yang suci ini faham akan rahsia semua perkara dan boleh mengatakan apa yang akan mereka deritai, keturunan mereka dan juga shia mereka, dari buku yang sama. Fakta ini telah dirakamkan dengan mendalam di dalam buku hadith.

IMAM REZA MERAMALKAN KEMATIANNYA.
Perjanjian secara mendalam diantara Khalifa Mamun ar-Rashid Abbasi dan Imam Reza telah dirakamkan di dalam Sharh-e-Mawaqif. Setelah berutus selama 6 bulan dan dengan ancaman dari Mamun, Imam Reza telah dipaksa untuk menerima menjadi pengganti khalifa. Perjanjian telah dituliskan dan Mamun menanda tangani, perjanjian yang mengatakan bahawa selepas Mamun mati khalifa akan berpindah kepada Imam Reza.

Apabila dokumen diletakkan dihadapan Imam Reza, dia menuliskan catitan yang berikut mengenainya: ‘Saya, Ali Bin Musa Bin Jafar, dengan ini mengatakan bahawa hamba yang beriman [Mamun ar-Rashid], [Semoga dia berdiri teguh pada yang benar dan semoga Allah memandunya kejalan yang betul] telah mengiktiraf hak kami, yang mana lainnya tidak lakukan; maka dia telah menyambungkan pertalian yang telah dipisahkan; dia memberikan keamanan dan kepuasan kepada mereka yang ditindas dengan kekejaman, bahkan dia mengembalikan semangat mereka apabila ianya hampir musnah; dia menjadikan mereka senang dan bersyukur apabila mereka setelah menjalani kehidupan yang menderita, supaya dia boleh mendapat rahmat Allah dan sesungguhnya Allah akan memberikan kepadanya ganjaran yang baik, kepada mereka yang bersyukur kepadaNya dan Dia tidak mengabaikan ganjaran bagi mereka yang benar. Sesungguhnya dia telah menjadi saya penggantinya dan telah menletakkan pada saya kebesaran emirate jika saya dapat hidup selepas dia.’

Pada penhujungnya, Imam yang suci menulis: ‘Tetapi Jafr-e-Jami’a mengatakan yang sebaliknya, [iaitu saya tidak akan selamat] dan saya sendiri tidak tahu bagaimana kamu dan saya akan diperlakukan. Hanya Allah, yang memerintah, yang perintahNya adalah benar, dan Hakim yang teragung.’

Sa’d Bin Mas’ud Bin Umar Taftazani di dalam bukunya Sharh-e-Maqasidu’t-Talibin fi-ilm-e-Usulu’d-din, merujuk kepada perkataan yang dituliskan oleh Imam, ‘Jafr wa Jami’a’ di dalam perjanjian, mengulas dengan mendalam bahawa maksud Imam menurut dari Jafr dan Jami’a, Mamun tidak akan memeggang pada janji dan dunia melihat apa yang terjadi. Bahawa keturunan nabi yang dicintai telah syahid kerana diracun. Maka kebenaran terhadap pengetahuan Imam yang suci telah terbukti, dan ianya telah diketahui oleh setiap manusia bahawa keluarga yang suci lagi mulia ini tahu semua perkara yang jelas dan tersembunyi.

29
DIALOG SUNNI-SHIA

JIBRIL MEMBAWA BUKU TERTUTUP UNTUK WASI [PENGGANTI] NABI.
Satu dari hadiah ilahi kepada Ali melalui nabi adalah buku penamat yang dibawa oleh Jibril. Ulama dan ahli sejarah yang agung, Allama Abu’l-Hasan Ali Bin al-Husain Mas’ud, yang dihormati oleh sunni dan shia menulis di dalam bukunya Isbatu’l-Wasiyya: ‘Jibril dan malaikat yang diamanahkan membawa dari Allah buku yang tertutup kepada nabi dan berkata kepadanya: ‘Semua yang hadir disini bersama kamu melainkan wasi kamu, hendaklah tinggalkan tempat ini supaya saya boleh memberikan kitab-e-wasiyya [buku pesanan terakhir]

Kemudian nabi mengarahkan semua yang hadir supaya beredar melainkan Amirul-Mukminin, Fatima, Hasan dan Husain. Jibril berkata: ‘Wahai nabi! Allah sampaikan salamNya kepada kamu dan mengatakan bahawa dokumen ini yang mana Dia telah menjanjikan kepada kamu dan telah menjadikan malaikatNya saksi kepadanya dan bahawa Dia sendiri adalah saksi kepadanya.’

Kemudian nabi mula menggigil dan berkata: ‘Salam adalah kepunyaaNya, dan salam adalah dariNya, dan salam kembali kepadaNya.’

Mengambil buku itu dari Jibril dia membacanya dan berikan kepada Ali. Nabi berkata: ‘Ini adalah janji dan amanah dari tuhan ku. Sesungguhnya saya telah melaksanakan tugas saya dan telah menyampaikan pesanan Allah.’

Amirul-Mukminin berkata: ‘Semoga ibu dan bapa ku berkorban nyawa untuk kamu! Saya menjadi saksi kepada kebenaran pesanan ini. Telinga, mata, daging dan darah saya menjadi saksi kepadanya.’

Nabi berkata kepada Ali: ‘Ini adalah wasiat saya dari pihak Allah. Terimalah dan menjadi penjamin padanya dihadapan Allah. Adalah bagi saya pada mejalankan tugas saya.’ Ali berkata: ‘Saya akan menjadi penjamin kepadanya, dan adalah bagi Allah pada menolong saya.’

Di dalam buku itu Amirul-Mukminin telah disuruh memenuhi janji yang berikut:

Bersahabat dengan sahabat Allah; bermusuh dengan musuh Allah. Bersabar terhadap penindasan;supaya dengan sabar menanggong dan menahan kemarahan apabila haknya dirampas, apabila dihina dan apabila dia diserang dengan secara keji.

Amirul-Mukminin berkata: Saya terima, dan saya berpuas hati dengannya. Jika yang keji ditunjukkan kepada saya, jika hadith ditolak, jika arahan al-Quran telah diputar belitkan, jika Kabah diratakan, dan jika janggut saya dimerahi dengan darah dari kepala saya, walaupun begitu saya akan tabah dan sabar.’

Selepas itu Jibril, Mikail dan malaikat muqarrabin yang lain telah menyatakan kesaksian mereka terhadap Amiru’l-Mu’minin. Begitu juga, Hasan, Husain, dan Fatima telah diamanahkan dengan tanggong jawab yang sama. Keadaan dan masalah yang akan mereka hadapi telah diberitahukan kepada setiap mereka dengan terperinchi. Selepas itu kenyataan dan penyaksian telah ditutup dengan mohor emas mentah dan diberikan kepada Ali. Buku itu mengandongi hadith Allah, hadith nabi, penentangan mereka yang menentang dan penukaran terhadap perintah ilahi dan segala kejadian dan bencana yang berlaku selepas nabi.

Dan inilah yang Allah katakan: ‘Dan segalanya Kami telah simpan pada Imam yang nyata [petunjuk, ie Ali].’ [36:12]

Secara ringkas, nabi sampaikan pengetahuannya kepada Ali dan keturunannya, Imam yang ma’sum. Jika tidak begitu, nabi tidak akan memanggil Ali ‘pintu pengetahuan’ dan tidak akan berkata: ‘Jika kamu hendak mengambil faedah dari pengetahuan saya, pergilah kepada pintunya; Ali.’

Jika Imam yang suci tidak mempunyai semua pengetahuan nabi, dia tidak akan mengatakan dihadapan semua sahabat dan juga musuh” ‘Tanyalah kepada saya apa sahaja yang kamu kehendakki sebelum saya mati dan meninggalkan kamu.’

Tidak ada siapa melainkan Ali yang pernah mengatakan begini untuk dirinya. Apabila mereka yang lain mengatakan mempunyai pengetahuan telah disoal mengenai fakta yang nyata dan yang tersembunyi, mereka akhirnya mendapat malu.

Hafiz Ibn Abdu’l-Barr Maghribi Andalusi di dalam bukunya Isti’ab fi Ma’rifati’l-Ashab berkata, “Sesiapa yang mengucapkan perkataan ‘Tanyalah saya sebelum saya mati dan meninggalkan kamu’ adalah penipu, melainkan Ali Bin Abi Talib.” Abdu’l-Abbas Ahmad Ibn Khallikan Shafi’i di dalam Wafaya dan Katib-e-Baghdadi di dalam Ta’rikh, jilid 13, p.163, mengatakan bahawa satu hari Maqatil Bin Sulayman, seorang ulama terkenal, mashor dengan kebolehannya menjawab soalan susah dengan cepat, mengatakan dihadapan perhimpunan manusia: “Tanyalah saya mengenai apa sahaja yang dibawah langit.”

Seorang bertanyakan kepada dia: “Bilakah nabi Adam mengerjakan haji? Siapa memotong rambutnya apabila dia selesai?” Maqatil menjadi binggung dan terus membisu.

Seorang lagi bertanya kepada dia: “Adakah semut mengambil makanannya melalui perut atau melalui cara lain? Jika melalui perut, dimanakah perut dan ususnya?”

Maqatil sekali lagi terdiam. Dia berkata: “Allah telah meletakkan soalan itu di dalam hati kamu supaya saya mendapat malu dengan kebanggaan, pada pengetahuan yang saya milikki.’

Hanya mereka yang sempurna kemampuannya untuk menjawab semua soalan boleh mengatakan yang sedemikian. Di dalam seluruh ummah, tiada siapa melainkan Ali Ibn Abi Talib yang mempunyai kedudukan begitu.

Oleh kerana dia adalah “pintu pengetahuan” nabi, dia mempunyai segala pengetahuan mengenai perkara yang jelas dan tersembunyi sebagaimana yang diketahui nabi. Makanya, dia boleh mengatakan, ‘tanyalah saya’ dan memberikan jawapan yang tepat dan memuaskan kepada semua soalan. Diantara para sahabat juga tidak ada seorang pun melainkan Ali, yang mengatakan yang sedemikian.

Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib, yang agung Khwaja Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Baghawi di dalam Mu’jim, Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra, jilid II, p.198, dan Ibn Hajar di dalam Sawa’iq, p.76 telah mengatakan dari Sa’id Bin Musayya sebagai berkata bahawa tidak ada seorang sahabat, melainkan Ali Ibn Abi Talib, pernah berkata: “Tanyalah saya apa sahaja yang kamu suka.”

KENYATAAN ALI PADA ‘SALUNI’ TANYALAH SAYA DAN LAPORAN DARI SUNNI.
Ramai dari ulama kamu yang terkenal, seperti Ibn Kathir di dalam Tafsir, jilid IV, Ibn Abdu’l-Barr di dalam Isti’ab, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Muhyi’d-din Khawarizmi di dalam Manaqib, Imam Ahmad di dalam Musnad, Hamwaini di dalam Fara’id, Ibn Talha di dalam Durru’l-Manzum, Mir Seyyed Ali Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, dan beberapa ulama lain dari sunni telah menyampaikan dengan sedikit perbezaan para perkataan dari Amir Bin Wathila, Ibn Abbas, Abi Sa’id al-Buhturi, Anas Bin Malik, dan Abdullah Bin Mas’ud bahawa Amiru’l Mu’minin menyatakan dari atas mimbar: “Wahai manusia! Tanyalah kepada saya apa sahaja yang kamu suka, sebelum saya mati. Sesungguhnya, hati saya adalah gudang segala pengetahuan. Tanyalah saya, kerana saya mempunyai pengetahuan pada apa yang berlaku terdahulu dan apa yang akan terjadi kemudian.’

Abi Dawud di dalam Sunan, p.356, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, v.I, p.278, Bukhari di dalam Sahih, v.I, p.46 and v.X, p.241, telah mengatakan dengan pengesahan bahawa Ali berkata: “Kamu boleh tanya kepada saya apa yang kamu suka; saya memahami segala duduk perkara yang kamu tanyakan mengenainya.’

ALI MENGATAKAN DIA BOLEH MENGAHAKIMI MENURUT TAURAT DAN JUGA INJIL.
Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi, di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.XIV, p.74 mengatakan dari Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi dan Sheikhu’l-Islam Hamwaini mengatakan dari Abu Sa’id Buhturi bahawa dia (Abu Sa’id) berkata: “Saya melihat Ali diatas mimbar, dia menggenakan pakaian, pedang dan serban nabi. Dia membuka dadanya dan berkata: ‘Tanyalah saya apa sahaja yang kamu suka, sebelum saya mati, kerana dada saya mengandungi banyak kebijaksanaan. Ini perut saya, adalah gudang pengetahuan. Ini air ludah nabi; dan inilah yang nabi berikan kepada saya sebagai bijiran. Saya bersumpah dengan Allah bahawa jika karpet dibentangkan dan saya duduk diatasnya, sesungguhnya, saya boleh mengarahkan pengikut Taurat, mengikut perundangan Taurat. Saya akan mengarahkan pengikut injil menurut perundangan injil, sehingga keduanya taurat dan injil dijadikan boleh berkata-kata dan menjadi saksi pada yang berikut: Ali telah mengatakan yang sebenar dan keputusan yang dia telah berikan adalah menurut pada apa yang telah diwahyukan kepadanya. Apabila kamu membaca buku itu kamu tidak memmahaminya sebanyak itu.’

PENGETAHUAN ALI MENGENAI AYAT-AYAT AL-QURAN.
Sheikhu’l-Islam Hamwaini di dalam Fara’id dan Mu’ayyidu’d-din Khawarizmi di dalam Manaqib mengatakan bahawa Imam mengatakan perkataan itu dari atas mimbar: “Tanyalah saya mengenai apa yang kamu tidak mengerti sebelum saya mati. Saya bersumpah dengan Allah yang membelah bijiran dan menjadikan manusia bahawa jika kamu tanyakan mengenai mana-mana ayat al-Quran, kitab Allah, saya akan memberitahu kamu mengenainya – bila ia diwahyukan, diwaktu siang atau malam, pada tempat perhentian atau di dalam perjalanan, pada tanah lapang atau dibukit, mengenai apa ianya diwahyukan, pada yang beriman atau terhadap yang hipokrit, apa yang Allah maksudkan dengannya, dan sama ada ayat itu umum atau khusus.’ Dengan itu Ibn Kawwa, seorang Khariji, bangun dan berkata: Beritahu kami apa Allah maksudkan dengan berkata, “Mereka yang mengesahkan keimanan dan melakukan amalan yang baik adalah manusia yang terbaik.’

Imam yang suci berkata: “Ayat itu merujuk kepada kami dan pengikut kami, yang mana wajah tangan dan kaki mereka berkilauan pada hari pengadilan. Mereka akan dikenali pada dahi mereka.’

Imam Ahmad Ibn Hanbal didalam Musnad dan Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.XIV, p.74, mengatakan dari Ibn Abbas bahawa Ali mengatakan perkataan ini dari atas mimbar: “Tanyalah saya mengenai apa yang kamu tidak tahu sebelum saya mati. Tidak ada ayat al-Quran yang saya tidak tahu lebih dari mereka yang lain. Saya tahu bagaimana dan bila ianya diwahyukan. Tanyalah saya mengenai sebarang kekacauan, kerana tidak ada kekacauan yang saya tidak tahu siapa penyebabnya dan siapa yang terbunuh di dalamnya.’

Ibn Sa’d di dalam Tabaqa, Abu Abdullah Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ch.52, dan Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya,v.I, p.68, mengatakan dari rujukan yang sahih bahawa Amiru’l-Mu’minin berkata: “Demi tuhan ku, tidak ada ayat yang diwahyukan, tetapi saya tahu mengenai siapa ianya diwahyukan, dan dimana ia diwahyukan. Sesungguhnya, Allah telah menganugerahkan kepada saya hati yang bijak dan lidah yang fasih,’

Di dalam buku yang sama telah dikatakan bahawa Amiru’l-Mu’minin berkata: “Tanyalah saya mengenai kitab Allah. Tidak ada satu ayat yang mana saya tidak tahu sama ada ianya diwahyukan di bukit atau ditanah lapang.’

PENGETAHUAN ALI MENGENAI MANUSIA YANG MENDAPAT PETUNJUK ATAU YANG SESAT.
Khawarizmi mengatakan di dalam Manaqib dari A’mash, yang mengatakan bahawa Ubaya Bin Raba’i berkata: “Ali selalu mengatakan: ‘Tanyalah saya mengenai apa yang kamu tidak faham sebelum saya mati. Saya bersumpah dengan tuhan saya bahawa tidak ada padang yang hijau, atau padang pasir, atau sekumpulan manusia yang menyesatkan ratusan manusia atau memberi petunjuk pada ratusan manusia, melainkan saya mengetahuinya. Saya lebih mengetahui dari sesiapa sahaja, siapakah yang memberi petunjuk dan siapa yang menghasut mereka kepada kejahatan sehingga kepada kehari pengadilan.’

Jalalu’d-din Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, p.124, Badru’d-din Hanafi di dalam Umdatu’l-Qari, Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra, v.II, p.198, Suyuti di dalam Tafsir-e-Itqan, v.II, p.319, dan Ibn Hajar Asqalani di dalam Fathu’l-Bari, v.VIII, p.485 dan juga di dalam Tahdhibu’t-Tahdhib, v.VII, p.338, mengatakan bahawa Ali berkata: “Tanyalah saya apa sahaja yang kamu suka, dan saya bersumpah dengan Allah bahawa saya akan memberitahu kamu semua perkara yang akan berlaku sehingga kepada hari pengadilan. Jika kamu tanyakan mengenai kitab Allah, saya bersumpah dengan tuhan saya bahawa tidak terdapat satu ayat yang saya tidak tahu dengan sempurna. Saya tahu jika ayat itu diwahyukan pada malam atau pada siang hari, pada dataran atau pada bukit.’

Bolehkah sesiapa selain dari dia yang mempunyai pengetahuan pada yang ghaib, boleh mengatakan yang sedemikian dihadapan kawan dan musuh.

RAMALAN BAHAWA SINAN BIN ANAS ADALAH PEMBUNUH IMAM HUSAIN.
Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali telah merakamkan kenyataan yang sama di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, v.I, p.208 dari Ibn Hilal Saqafi’s Gharat. Dia berkata bahawa seorang telah bangun dan berkata: “Beri tahu saya mengenai rambut dan janggut saya.”

Imam yang suci berkata: “Wahai kawan, nabi telah memberitahu saya bahawa terdapat seorang malaikat pada akar setiap rambut kamu diatas kepala yang mengutuk kamu. Terdapat syaitan disetiap akar janggut kamu, yang menyesatkan kamu. Terdapat seekor anak lembu di dalam rumah kamu yang akan membunuh anak nabi.’

Orang itu adalah Anas Nakh’iy, yang mana anaknya, Sinan, adalah seorang bayi pada masa ramalan tersebut dibuat. Dalam tahun 61 H. Sinan sampai ke Karbala dan adalah seorang dari pembunuh Imam Husain.

Sebahagian penyampai mengatakan bahawa orang yang bertanyakan soalan itu adalah Sa’d Bin Abi Waqas dan bahawa anaknya yang terkutuk Umar Bin Sa’d, seorang pemimpin tentera Yazid, tokoh utama di dalam trajidi Karbala. Ada kemungkinan juga kedua mereka telah bertanya soalan itu pada dua perjumpaan yang berlainan.

Laporan itu bagaimana pun menunjukkan bahawa Imam yang suci mengambil perhatian kepada fakta bahawa dia tahu perkara yang ghaib.

MERAMALKAN PEMBAWA BENDERA HABIB BIN AMMAR
Ulama kamu yang terkenal, seperti Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, v.I, p.208 telah mengatakan bahawa semasa dia menjadi khalifa, Amiru’l-Mu’minin sedang duduk di masjid Kufa bersama dengan sahabatnya apabila seorang berkata bahawa Khalid Ibn Uwaita telah mati di Wadiyu’l-Qurba. Imam said: “Dia tidak mati, dan tidak juga dia akan mati, sehingga dia menjadi pemimpin tentera yang sesat, pembawa benderanya adalah Habib Bin Ammar.”

Seorang muda berdiri di dalam perhimpunan itu dan berkata: “Saya adalah Habib Ibn Ammar dan adalah seorang kawan kamu yang benar dan ikhlas.”

Ali berkata, “Saya tidak pernah berbohong dan tidak mungkin melakukannya. Saya sebagaimana adanya, melihat Khalid, sebagai pemimpin tentera yang sesat, dan kamu adalah pembawa benderanya. Kamu akan memasukki masjid dari sana [menunjukkan kepada Babul-Fil], dan bendera akan terkoyak oleh pintu masjid.’ Tahun berlalu. Semasa pemerintahan Yazid yang zalim Ubaidullah Bin Ziyad menjadi gabenor Kufa dan menghantar tentera yang kuat untuk memerangi Imam Husain. Satu hari ramai diantara mereka yang mendengar ramalan Amiru’l-Mu’minin mengenai, Khalid dan Habib Ibn Ammar, sedang duduk di dalam masjid apabila mereka terdengar bisingnya bunyi tentera dan slogan mereka. Manusia melihat bahawa Khalid Ibn Uwaita, pemimpin tentera yang sesat sedang menuju ke Karbala untuk memerangi anak nabi, memasukki masjid melalui Babu’l-Fil yang sama untuk menunjukkan kegagahan mereka. Habib Ibn Ammar sedang membawa panji-panjinya. Apabila Habib masuk ke dalam masjid, benderanya terkoyak disebabkan oleh pintu masjid. Pada si hipokrit telah ditunjukkan berapa dalamnya pengetahuan Ali dan betapa benarnya ramalan beliau. Tidakkah tanda-tanda dan ramalan membuktikan bahawa Ali mempunyai pengetahuan yang ghaib?

Jika kamu pelajari Nahju’l-Balagha dengan teliti, iaitu susunan syarahan dan kenyataan Ali, kamu akan dapati bahawa terdapat dengan jelas ramalan mengenai bencana dan kekacauan, peristiwa mengenai raja yang agung, pemberontakkan oleh manusia Zanj, penaklukkan oleh, pemerintahan Genghis Khan’s, keadaan mengenai khalifa yang zalim dan penindasan mereka terhadap shia.

Ibn Abi’l-Hadid membincangkan fakta ini di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, v.I, p.208-211. Ulama terkenal Balkhi Hanafi, di dalam Yanabiu’l-Mawadda, juga membincangkan bagaimana Ali kerap menunjukan betapa dalamnya pengetahuan beliau di dalam syarahan dan ramalan.

MERAMALKAN KEZALIMAN MUAWIYA.
Imam juga meramalkan bahawa Mu’awiya akan menawan warga Kufa dan mengarahkan mereka supaya menolak beliau (Ali). Sebagai contoh, Imam berkata: “Sejurus selepas saya seorang dengan leher yang besar dan berperut buncit akan menundukkan kamu. Dia akan makan apa sahaja yang didapatinya, jika dia tidak mendapatnya, dia akan paksakan padanya. Maka kamu hendaklah membunuhnya. Tetapi kamu tidak pernah akan membunuhnya. Sesungguhnya, dia akan memerintahkan kamu untuk memanggil saya dengan nama yang keji dan menjauhkan diri dari saya. Maka saya izinkan kamu menghina saya kerana itu hanya ucapan, yang mana untuk saya adalah punca kesucian dan untuk kamu adalah keselamatan dari bencana orang itu. Tetapi oleh kerana menjauhi dan kebencian adalah dari hati, kamu tidak perlulah membenci dia untuk saya. Saya telah dilahirkan di dalam islam dan ke Esaan Allah dan saya telah menjadi orang yang pertama di dalam keimanan dan hjrah.

Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, dan ulama terkenal kamu yang lain mengesahkan fakta bahawa orang yang dirujukan itu adalah Muawiya Bin Abu Sufyan. Apabila kedudukannya telah kukuh dia mengarahkan manusia pada menghina dan mencerca Ali. Amalan yang hina ini kekal selama 80 tahun, dan Imam yang suci dihina di setiap masjid, dan juga pada khutbah Jumaat.

Ketika Umar Bin Abdu’l-Aziz Amawi menjadi khalifa dia melarang amalan yang hina itu.

Ali meramalkan amalan yang keji ini adalah satu lagi bukti pada menunjukan bahawa dia milikki pengetahuan pada yang ghaib. Ali meramalkan banyak peristiwa yang disah kemudian setelah beberapa tahun berlalu.

MERAMALKAN PEMBUNUHAN DHU’TH-THADIYYA
Sebelum peperangan Nahrwan, Imam yang suci meramalkan pembunuhan terhadap Kharijis dan khususnya bagi Tazmala, yang dikenali sebagai “Dhu’th-Thadiyya”. Dia meramalkan juga bahawa kaum Kharijis tidak sampai 10 orang yang akan selamat dan bahawa pada pihak muslim tidak lebih dari 10 orang yang akan terbunuh. Ibn Abi’l-Hadid dan ulama agung, Balkhi, dan lainnya telah mengatakan bahawa apa yang Imam katakan menjadi kenyataan. Ibn Abi’l-Hadid, di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, v.I, p.425 menulis, “Ini adalah satu dari laporan yang disampaikan hampir berterusan. Ianya telah diketahui umum dan disebarkan secara meluas. Ianya dianggap sebagai salah satu dari keajaipan Imam.’

Maka kamu lihat, besarnya perbezaan diantara Ali dan khalifa lainnya. Jika dia tidak mempunyai pengetahuan pada yang ghaib, bagaimana dia dapat meramalkan kejadian yang akan berlaku bertahun-tahun kemudian.? Sebagai contoh, dia meramalkan Mitham Tammar akan dibunuh oleh Ubaidullah Bin Ziyad, Juwairiyya’s dan Rashid Hajari di bunuh oleh Ziyad, dan Amr Bin Humuq di bunuh oleh kawan-kawan Mu’awiya. Dia meramalkan syahidnya anak dia, Imam Husain kepada manusia ramai juga.

RAMALAN TERHADAP SYAHIDNYA DIA SENDIRI DAN MENGENAI IBN MULJIM
Dia juga meramalkan kesyahidannya. Dia mengatakan pembunuhnya adalah Abdu’r-Rahman Ibn Muljim Muradi, walaupun orang terkutuk itu mengatakan keihlasan dan juga penyokongnya. Ibn Kathir menulis di dalam Usudu’l-Ghaiba, c.IV, p.25 dan yang lain juga telah mengatakan bahawa Ibn Muljim datang kepada Imam yang suci, dia membaca beberapa ayat pada memuji Amiru’l Mu’minin di hadapan ramai para sahabat beliau. Dia berkata “Kamu adalah petunjuk yang sebenar, bebas dari segala kesalahan dan keraguan. Kamu adalah pemurah dan baik hati dan anak kepada yang berhati singa dan keturunan pahlawan, yang amat terkenal dengan keberanian semenjak dari mula. Wahai pengganti nabi! Allah telah berikan kepada kamu kedudukan ini dan menganugerahkan keatas kamu kemuliaan dan kehormatan yang terkandung di dalam al-Qutan.”

Para sahabat amat mengkagumi kepada kepujian dan cinta yang mendalamnya. Kemudian Imam menjawab dengan ayat ini: “Saya nasihatkan kamu untuk mencintai saya dngan hati yang terbuka walaupun saya tahu kamu adalah seorang dari musuh saya.”

Ibn Hajar berkata di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, p.82, Imam, menjawab dengan perkataan ini kepada Ibn Muljim, berkata: “Saya mahukan dia untuk hidup, tetapi dia mahu membunuh saya. Persahabatan secara zahir ini adalah kepunyaan kaum Murad.”

Abdu’r-Rahman berkata: “Mungkin kamu telah mendengar nama saya dan tidak suka kepada saya.”

Imam berkata: “Tidak, bukanlah begitu, saya tahu dengan tiada keraguan bahawa kamu adalah pembunuh, dan tidak lama lagi kamu akan mengotori janggut saya yang putih dengan darah dari kepala saya.”

Ibn Muljim berkata, “Jika begitu, kamu boleh membunuh aku.” Para sahabatnya juga mahukan bahawa Ibn Muljim hendaklah dibunuh.

Tetapi Imam berkata: “Itu tidak mungkin. Agama saya tidak membenarkan pembalasan sebelum kesalahan dilakukan. Saya tahu dengan pasti bahawa kamu adalah pembunuh saya, tetapi arahan agama untuk bertindak diatas perlakuan yang nyata dan sah. Oleh kerana kamu belum melakukan tindakkan yang keji itu, saya tidak boleh menjatuhkan hukuman diatas kamu.”

Thomas Carlyle seorang pensyarah dari England menulis di dalam rangkaian syarahannya, “Wahai Wira,” bahawa Ali Bin Abi Talib telah dibunuh kerana keadilannya. Iaitu, jika dia telah bertindak sebelum perlaksanaan perbuatan yang keji, dia pastinya telah terselamat. Ini adalah perkara yang biasa berlaku pada raja-raja dunia ini yang akan terus membunuh sesiapa sahaja – walaupun kerabat terdekat – yang mereka sangka menjadi musuhnya.

Peristiwa itu adalah satu lagi bukti pada fakta bahawa tiada siapa mempunyai pengetahuan pada yang ghaib melainkan nabi atau Imam yang ma’sum (telah terpilahara dari melakukan kesalahan ). Jika dia tidak ma’sum, dia mungkin, setelah mengetahui apa sebenar yang akan berlaku, boleh menyebabkan kekacauan. Tetapi nabi atau Imam adalah ma’sum, walaupun setelah mengetahui pembunuhnya, tidak mengambil tindakkan sebelum perlaksanaan perbuatan yang keji itu. Tidakkah contoh itu mencukupi untuk membuktikan bahawa Imam yang suci mengetahui kejadian yang akan datang.

KEUTAMAAN ALI.
Sheikh Sulayman Balkhi mengatakan pada permulaan Yanabiu’l-Mawadda perkataan oleh Amiru’l-Mu’minin yang telah diambil dari Ibn Talha Shafi’i’s Durru’l-Munazzam. Imam berkata: “Sesungguhnya saya mempunyai pengetahuan yang sempurna pada mula kejadian, dan saya dikatakan sebagai memyembunyi perngetahuan mengenai yang akhir. Saya adalah pembentang pada segala pengetahuan yang tersembunyi dan yang juga tidak dapar dihuraikan. Saya mempunyai bersama saya rekod segala yang telah berlaku dahulu dan sekarang. Sesungguhnya saya mengetahui semua perkara besar dan kecil, dan pengetahuan saya merangkumi segala alam.

Imam juga berkata: “Saya boleh membebani 70 unta dengan ulasan surah al-Fatiha.”

Nabi telah berkata: “Saya adalah kota ilmu pengetahuan dan Ali adalah pintunya. Juga Allah berkata bahawa kita hendaklah memasukki rumah melalui pintunya. Maka sesiapa yang berhajat untuk mencari pengetahuan hendaklah datang melalui pintunya.”

Selain dari fakta itu, kenyataan yang dua itu telah mencukupi untuk membuktikan keutamaan Ali kepada yang lain. Dia seharusnya terus menggantikan nabi sebagai ketua muslim. Apabila fakta bahawa Ali adalah yang paling berpengetahuan dari semua, adalah ganjil dan pelik untuk menganggap bahawa manusia yang jahil mempunyai hak pada mengetuai dia yang bijaksana.

ALLAH TENTU TIDAK BERHASRAT YANG UTAMA DIKETUAI OLEH MEREKA YANG LEBIH RENDAH.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam bukunya mengenai syarahan yang pertama berkata: “Seorang yang berkedudukan rendak telah diberikan keutamaan pada mereka yang berkedudukan tinggi” Kenyataan itu adalah pengakuan terhadap keutamaan Imam, tetapi kefanatikkannya telah membuat dia menambah, “Allah berhasrat bahawa yang lebih jahil mengetuai orang yang bijaksana.”

Kenyataan itu amat malang, datangnya dari seorang seperti Ibn Abi’l-Hadid. Semua orang yang mempunyai fikiran yang waras tidak akan menerimanya. Kenyataannya bertentangan dengan keadilan Allah. Sesungguhnya Allah maha adil lagi maha bijaksana. Dia pastinya tidak memberikan keutamaan manusia yang jahil dan membiarkannya mengetuai orang yang lebih berkelayakkan.

Allah berkata di dalam al-Qur’an, “Katakan: Adakah mereka yang mengetahui dan mereka yang tidak mengetahui itu sama?” (39:9)

Dia berkata lagi: “Adakah dia yang menunjukkan kepada kebenaran yang lebih berhak diikuti, atau dia yang sesat, melainkan jika dia ditunjukki.”

Ibn Abi’l-Hadid dengan jelas mengaku bahawa Ali adalah orangnya yang lebih berhak kepada kedudukan khalifa. Dia berkata di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, v.I. p.4: “Sesungguhnya Ali lebih utama dari segala manusia selepas nabi Allah. Mengenai dengan kedudukan khalifa, dialah yang lebih berhak dari semua Muslim.”

“KOTA ILMU PENGETAHUAN” MEMBUKTIKAN HAK ALI PADA KHALIFA PERTAMA
Lebih-lebih lagi, kenyataan nabi dengan jelas pada penghujung hadith itu telah mengesahkan keutamaan Ali : “Sesiapa yang berhajat untuk mencari pengetahuan hendaklah datang melalui pintunya. Pintu disini pastinya Ali.

Maka pintu petunjuk yang mana nabi mengarahkan kita pada mencarinya lebih berharga atau dia yang telah dipilih oleh manusia? Jawapannya adalah jelas. Arahan nabi hendaklah diikuti. Kedua, nabi telah adakan kriteria untuk keutamaan dan kecemerlangan, iaitu mempunyai pengetahuan yang tinggi.

Sheikh: Jika Ali mempunyai hak kepada keutamaan oleh kerana pengetahuannya, nabi Allah tentu telah nyatakan begitu supaya ummah akan tahu bahawa patuh kepadanya adalah wajib. Tetapi tidak ada kenyataan yang sedemikian rupa yang dijumpai.

Shirazi: Saya amat terharu untuk mendengarkan kenyataan yang sedemikian dari kami. Kamu mempunyai kecenderungan pada menolak apa sahaja – walaupun kebenaran yang nyata – apabila ianya bertentangan dengan pandangan peribadi kamu. Saudara yang dihormati, saya telah menyatakan kenyataa itu untuk selama 10 malam. Para hadirin dan surat khabar tempatan menjadi saksi kepada fakta kenyataan itu. Tetapi kamu masih mengatakan bahawa kamu tidak melihat sebarang kenyataan yang jelas dari nabi. Walaupun buku sahih kamu telah dipenuhi dengan kenyataan yang jelas pada isu itu.

Biar saya tanya kepada kamu ini: Adakah ummah memerlukan kepada pengetahuan nabi dan sirat (hadith dan juga peraturan)?

Sheikh: Itu adalah fakta yang diketahui. Semua para sahabat dan juga ummah memerlukan kepada petunjuk, pengetahuan dan peraturan nabi sehingga ke hari pengadilan.

Shirazi: Semoga Allah merahmati kamu! Jika tidak ada hadith yang lain melainkan Hadith of Medina, bahkan ini sahaja telah mencukupi untuk membuktikan maksud saya. Nabi dengan jelas mengatakan: “Saya adalah kota pengetahuan dan Ali adalah pintunya, sesiapa yang berhajat mencari pengetahuan hendaklah datang kepada pintunya.”

MENURUT NABI, ALI MELEBIHI YANG LAIN DI DALAM PENGETAHUAN.
Kenyataan apakah yang boleh lebih menjelaskan dari hadith itu, yang mana nabi berkata bahawa “Sesiapa yang berhajat hendak mendapat faedah dari pengetahuan saya hendaklah datang kepada pintu, iaitu Ali, kerana dia adalah pintu pengetahuan!” Sekarang subuh hampir tiba. Untuk sepanjang malam saya telah membincangkan secara bersemangat tajuk itu dan telah mengambil masa kamu semua. Tetapi pada masa ini kamu telah meredakan semangat saya. Sama seperti mereka dari kamu yang terdahulu, kamu tidak mahu mendengar, dan berterusan menolak hujah-hujah yang munasabah, kamu telah menafikan kebenaran yang jelas.

Kenyataan apakan yang boleh menjadi lebih utama dari kenyataan pada pengetahuan? Adakah manusia yang mempunyai minda yang waras boleh menolak orang yang bijak dan memilih kepada mereka yang jahil? Pastinya tidak. Maka, kamu kenalah terima maksud saya, ini bukan sahaja maksud saya tetapi juga prinsip yang diterima oleh semua mereka yang mempunyai akal: oleh kerana Ali lebih utama di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan diantara seluruh ummah, patuh kepadanya adalah wajib. Disebabkan itu, menurut pada apa yang telah saya katakan, ulama kamu yang terkenal, seperti Imam Ahmad Bin Hanbal (Musnad), Khawarizmi (munaqab), dan bahkan sifanatik Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq telah mengatakan bahawa nabi telah berkata: “Di dalam ummah saya Ali Bin Abi Talib lebih tinggi dari semua di dalam pengetahuan.”

Tidak terdapat seorang sahabat pun yang boleh dibandingkan dengan Ali di dalam pengetahuan. Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Munaqab, Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, Hamwaini di dalam Fara’id dan Sheikh Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.XIV, mengatakan dari Kalbi bahawa ulama terkanal di dalam ummah, Abdullah Ibn Abbas, berkata: “Pengetahuan nabi adalah dari pengetahuan Allah; pengetahuan Ali adalah dari pengetahuan nabi. Pengetahuan saya dan pengetahuan semua para sahabat, dibandingkan dengan pengetahuan Ali, adalah umpama setitik dari tujuh lautan.”

Di dalam Nahju’l-Balagha, syarahan 108, Ali berkata: “kami (Imam yang ma’sum) adalah pokok pada nabi, tempat simpanan yang selamat bagi pengkhabaran ilahi, tempat turunnya para malaikat, lombong pengetahuan dan punca kebijaksanaan.”

Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, v.II, p.236 mengulas pada syarahan itu, berkata: “Sifat itu dengan jelas dimilikki oleh Imam yang suci, oleh kerana nabi Allah telah berkata: ‘“Saya adalah kota pengetahuan dan Ali adalah pintunya, sesiapa yang berhajat mencari pengetahuan hendaklah datang kepada pintunya.’

Juga nabi berkata: ‘Ali adalah yang paling saksama diantara kamu.’”

Ibn Abi’l-Hadid terus berkata: “Keupaya mempertimbangkan sesuatu memerlukan pada berbagai pengetahuan. Standard bagi pengetahuannya amat tinggi yang mana tidak ada siapa yang setanding dengannya. Malah tidak ada siapa yang hampir padanya. Maka dia bolehlah mengatakan: ‘Kami adalah lombong pengetahuan dan punca kebijaksanaan.’ Maka dengan itu, selepas nabi tiada siapa yang mempunyai hak yang utama pada mengatakan yang sedemikian pada dirinya.

Ibn Abdu’l-Barr di dalam Isti’ab, v.III, p.38, Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, p.23, dan Qazi Aiji di dalam Mawaqif, p.276 telah mengatakan nabi sebagai berkata: “Ali adalah yang paling saksama diantara kamu.’

Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, p.115, Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatu’l-Auliya, v.I. p.65, Muhammad Jazari di dalam Asniu’l-Matalib, p.14, Muhammad Bin Sa’d di dalam Tabaqa, p.459, Ibn Kathir di dalam Ta’rikh-e-Kabir, v. VII, p. 359, dan Ibn Abdu’l-Barr di dalam Isti’ab, v.IV, p.38, mengatakan dari Umar Ibn Khattab sebagai berkata: “Ali adalah yang paling saksama diantara kami.’

Telah dikatakan di dalam Yanabiu’l-Mawadda bahawa Ibn Talha, pengarang Durru’l-Munazzam berkata: ‘Kamu harus mengetahui bahawa semua rahsia dan keajaipan kitab Allah terkandung dl-dalam al-Quran. Apa sahaja yang terkandung di dalam al-Quran terdapat pada surah al-Fatiha. Apa sahaja yang terkandung di dalam surah al-Fatiha terdapat di dalam ayat ‘Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.’ [Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani]. Apa sahaja di dalam ayat itu, ‘Bismillah ar-Rahman ar-Rahim’ ada di dalam ‘Ba’ pada ‘Bismillah’. Apa sahaja di dalam ‘Ba’ pada ‘Bismillah’ ada terdapat di dalam titik di dawah ‘Ba’ pada ‘Bismillah.’ Ali berkata: ‘Saya adalah titik itu dibawah huruf ‘Ba’ pada ‘Bismillah’.

Juga Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, mengatakan dari Ibn Abbas sebagai berkata: ‘Pada satu malam bulan terang selepas solat Isyak, Ali, memimpin tangan saya dan membawa saya keperkuburan Baqi’ serta berkata: ‘Abdullah! Baca.’ Saya membaca ayat ‘Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.’ Imam yang suci terus memberitahu saya rahsia dan keajaipan ‘Ba’ pada ‘Bismillah’ sehingga subuh.

Kedua golongan semuanya telah setuju mengenai pengetahuannya pada yang ghaib dan dia yang menjadi pewaris pada pengetahuan nabi, Ali meduduki tempat yang unik diantara para sahabat nabi.

Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khatib-e-Khawarizmi di dalam Manaqib, dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda telah mengatakan dari Ibn Talha Halbi’s Durru’l-Munazzam bahawa Ali berkata: ‘Tanyalah saya mengenai yang ghaib dan keajaipan yang tidak diketahui, kerana sesungguhnya saya adalah pewaris pengetahuan nabi dan pesuruh Allah.’

Juga Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda mengatakan bahawa Ali mengistiharkan dari mimbar: ‘Tanyalah saya apa yang kamu tidak tahu sebelum saya mati. Tanyalah saya mengenai laluan yang ada pada langit kerana sesungguhnya, saya lebih tahu mengenai laluan itu dari jalan yang ada dibumi.

Ali menyatakan ini lama sebelum teleskop dicipta. Manusia pernah bertanyakan mengenai hidupan dilangit dan dia menjawab pertanyaan mereka.

KETERANGAN ZON ANGKASA LEPAS BERSAMAAN DENGAN ASTRONOMI SAINS SEKARANG.
Ulama terkenal dan ahli hadith Sheikh Ali Ibn Ibrahim Qummi, diabad 3 Hijrah, di dalam ulasannya pada surah Saffat [37], ulama Sheikh Fakhru’d-Din Ibn Tarih Najafi, terkenal dengan wara’ nya di dalam bukunya Kitabu’l-Lughat Ma’rafat-e-Majma’u’l-Bahrain, yang telah disusun 300 tahun dahulu, dan Allama Mullah Muhammad Baqir Majlisi, di dalam Biharu’l-Anwar, v.XIV, mengatakan bahawa Ali berkata: ‘Bintang dilangit telah dihuni dengan kota sebagaimana dunia, ‘ sekarang dengan kerana Allah, berlaku adillah. Pada masa itu tidak ada pengetahuan mengenai astronomi moden. Dunia menerima tieori Ptolemaic iaitu bumi adalah pusat angkasa. Jika sesaorang mengatakan sesuatu yang baharu mengenai cakrawala dan telah dibuktikan sebagai benar ribuan tahun kemudian, tidakkah kamu katakan dia mempunyai pengetahuan pada yang ghaib?

ALI MENGUASAI SEMUA SAINS.
Yang sebenarnya selepas nabi, Ali yang paling berpengetahuan di dalam filosifi, nahu, fiqh, astronomi, astrologi, jafr [ilahiyah], matematik, sastera, rhetoric, dan di dalam penyusunan kamus.Di dalam semua sains dia telah memberikan banyak sumbangan yang bererti, yang mana pakar pada bidang tersebut telah dapat mengguna pakai sebagai asas pada penyelidikkan seterusnya.

Sebagai contoh, dia memberitahu Abu’l-Aswadu’d-Du’ali [seorang penulis yang secara umum dikatakan sebagai pencipta tanda bunyi pada tulisan Arab] bahawa tedapa tiga bahagian pada percakapan: kata nama, kata kerja dan sendi nama. Juga dia membentangkan kepada prinsip nahu dan sintek kepada bahasa Arab, begitu juga secara mendalam pada sebutan dan vacabulari. Dengan membetulkan sebutan pada penulisan, dia telah menyelamatkan al-Quran dari salah penterjemahan dimasa yang akan datang.

PENERIMAAN IBN ABI’L-HADID TERHADAP KEUTAMAAN PENGETAHUAN ALI.
Di dalam kata penghantar Sharh-e-Nahju’l-Balagha oleh Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, kamu akan dapati ulama ini mengaku dan memuji kemuliaan Ali di dalam semua bidang pengetahuan.

Dia berkata: ‘Apa yang boleh saya katakan mengenai orang ini yang mana mempunyai segala sifat kemuliaan, yang menjadi model yang sempurna bagi setiap ummah untuk diikuti, yang dengannya semua orang berhajat hendak dikenali? Dia adalah punca keutamaan bagi segala kemuliaan. Selepas dia, sesiapa yang menerima kehormatan telah mendapat faedah darinya, kerana dia mengikuti jejak langkahnya.’

Ibn Abi’l-Hadid berkata bahawa pengetahuan ahli fiqh yang qgung Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Shafi’i, dan Imam Hanbal diambil dari pengetahuan Ali. Dia berkata: ‘Para sahabat yang bijak di dalam fiqh telah belajar dari Ali.’

Saya tidak mahu mengambil masa kamu lagi dengan menyebutkan dari ulama yang agung. Tetapi saya menyuruh kamu membaca kata penghantar di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha. Kami akan dapati bagaimana ahli sejarah dan ulama itu telah mengakui kemuliaan Ali. Dia berkata: ‘Kes Ali adalah unik. Disepanjang hidupnya dia tidak pernah mengatakan perkataan ‘Saya tidak tahu.’ Dia mempunyai pengetahuan mengenai semua.’

Pada akhirnya penulis berkata: ‘Fakta ini boleh dianggap sebagai keajaipan Imam yang yang suci. Pengetahuan yang sedemikian diluar pencapaian manusia dan pehamannya.’

TAHNIAH MALAIKAT KEPADA KELAHIRAN IMAM HUSAIN.
Manusia datang menemui nabi dan mengucapkan tahniah pada kelahiran Imam Husain. Seorang dari mereka berkata: ‘Wahai nabi! Kami telah sesuatu yang luar biasa pada Ali.’ Nabi bertanya: ‘Apa yang kamu lihat.’ Orang itu berkata: ‘Apabila kami datang untuk menggucapkan tahniah, kami telah ditahan dan diberitahu bahawa 120 000 malaikat telah datang dari langit dan sedang bersama dengan kamu. Kami amat hairan bagaimana Ali boleh tahu ini, dan bagaimana dia dapat mengira mereka.’

Nabi tersenyum dan bertanya kepada Ali bagaimana dia tahu seramai itu malaikat telah datang kepada baginda. Imam berkata: ‘Semoga bapa dan ibu saya mengorbankan nyawa mereka untuk kamu! Setiap malaikat yang datang kepada baginda dan memberi salam kepada kamu berkata di dalam bahasa yang berlainan. Pada pengiraan, saya dapati bahawa mereka telah bertutur di dalam 120 000 bahasa, maka saya tahu bahawa 120 000 telah datang kepada kamu.’

Nabi berkata: ‘Wahai Abul-Hasan! Semoga Allah menambahkan lagi pengetahuan dan rendah hati kamu. Kemudian berpaling menghadapi manusia nabi berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan dan Ali adalah pintunya. Tidak ada kejadian dan petanda yang lebih besar dan dia nya sendiri. Dia adalah Imam bagi manusia, makhluk terbaik, kepercayaan Allah dan tempat simpan ilmuNya. Dia adalah ‘manusia yang mengetahui’, diantara perkataan yang Allah menggunakan sebagai rujukkan: Maka bertanyalah kepada manusia yang mengetahui jika kamu tidak tahu.’ [16:43] Saya adalah perbendaharaan pengetahuan dan Ali adalah kuncinya. Maka sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan harta hendak pergi kepada kuncinya.’

Jika kamu boleh tunjukkan seorang dari sahabat atau kerabat nabi yang boleh menentang kemuliaan Ali, saya pasti akan menundukkan kepala saya kepadanya. Tetapi jika kamu tidak boleh, maka telah menjadi tanggong jawab agama kamu pada pada mendampinggi pada yang benar tanpa memperdulikan kepada apa yang difikirkan oleh dunia. [Kemudian mengangkat tangan kelangit dan berdoa kepada Allah] Wahai Allah! Jadi saksilah kepada saya bahawa saya dengan jelas telah menunjukkan kepada jalan kebenaran dan telah melaksanakan tugas agama saya.’

NAWAB SAHIB MENERIMA SHIAH.
Nawab: Tuan yang dihormati, beberapa malam yang lalu, kita telah mendengarkan banyak perbincangan pada sessi ini. Sebahagian dari kami akan membincangkan maksud-maksud hujah tersebut diantara kami setiap hari. Saya bersyukur kepada Allah kerana Dia telah menunjukkan kepada kami jalanNya. Semua maklumat yang palsu dari penentang telah menyesatkan kami. Sekarang jelaslah bahawa shia 12 Imam adalah petunjuk yang sebenar.

Kedua golongan, yang menghadiri perjumpaan ini dan ramai lagi dari penduduk kota yang mengikuti perdebatan ini melalui surat-surat khabar telah ditunjukkan kepada kebenaran mengenai islam. Ya, pastinya semua mereka tidak dapat mengatakan kepercayaan mereka secara umum oleh kerana perhubungan peribadi mereka dengan penentang, tetapi mereka telah mengatakan kepada kami secara individu bahawa mereka telah menerima shia.

Tetapi sebahagian dari kami tidak takut kepada sesiapa untuk menyatakan pada malam-malam tersebut yang kamu mahu menyatakan pertukaran kepercayaan kami. Tetapi tidak terdapat peluang untuk mengatakannya. Kami telah mendengarkan hujah-hujah kamu yang sungguh menyakinkan dan kini kepercayaan kami bertambah kuat.

Izinkan kami untuk membuka tirai. Biarlah nama kami dirakamkan sebagai shia dari pemimpin kami Amirul-Mukminin dan 12 Imam. Silalah katakan kepada pengikut shia bahawa kami adalah dari golongan mereka. Jadi saksilah pada hari pengadilan di hadapan mahkamah keadilan ilahi dan di hadapan datuk kamu yang mulia bahawa kami mempunyai kepercayaan yang penuh di dalam 12 Imam sebagai pengganti dan wazir nabi Allah.

Shirazi: Saya amat gembira bahawa sebahagian dari kamu telah mengakui kebenaran. Menurut dari hadith yang dirakamkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-su’ul, oleh Ibn Maghazili di dalam Faza’il, oleh Khawarizmi di dalam Manaqib, oleh Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan ramai yang lain, nabi telah menunjukkan kita kepada jalan ini. Dia berkata: ‘Jalan Ali adalah jalan yang benar.’ Saya berharap semoga saudara islam saya yang lain akan juga melepaskan kefanatikkan mereka.

Nawab: Saya amat berterima kasih diatas kemurahan dan penterjemahan kamu terhadap fakta. Tetapi masih terdapat satu lagi titik persoalan yang menganggu kami. Ianya berkenaan dengan 12 Imam dan nama-nama mereka. Di dalam 10 malam yang lepas, Amirul-Mukminin, Ali telah menjadi tumpuan perbincangan. Pertama beritahu kami ayat al-Quran yang membuktikan Imami yang 12. Kedua, adakah nama 12 itu dirakamkan di dalam buku kami?

Shirazi: Itu adalah soalan yang wajar dan saya amat gembira untuk menjawabnya. Tetapi kini hari telah hampir subuh, dan jawapan saya tidak boleh disingkatkan.

Esok adalah hari ulang tahun cucu nabi Imam Husain dan keluarga Qizilbash telah mengaturkan untuk menyambutnya di Risaldar Imambara. Mungkin saya akan menjawab soalan kamu pada ketika itu.

Nawab: Saya sangat bersetuju dengan kamu. Sekarang saya akan memperkenalkan kepada saudara orang-orang yang telah mendapat rahmat dari pertemuan ini, memperolehi cahaya keimanan.

Enam Orang Sunni Mengisytiharkan Keimanan Mereka Kepada Fahaman Syi’ah

Nawab: Malam ini satu penyaksian “La illaha llallah Muhammadur Rasulullah”, maka saudara-saudara kita ini telah bersedia untuk mengisytiharkan keimanan mereka kepada Khalifah dan Imamah Ali AS dan sebelas keturunannya:

1) Diri saya sendiri, Abdul Qayyuun.

2) Syed Ahmad Ali Shah, Sahib.

3) Seth Ghulam Imamain, Sahib.

4) Sardar Ghulam Haider Sahib.

5) Abdul Ahad Khan Sahib.

6) Abdul Samad Khan, Sahib.

30