• Mulai
  • Sebelumnya
  • 15 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 16006 / Download: 528
Ukuran Ukuran Ukuran
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

pengarang:
Indonesia
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM



Terbitan oleh: PEERMAHOMED EBRAHIM TRUST,

363, Sirajuddaula Road,

Bahadurabad, Housing Society,

Karachi – 5.

11 Zul Qa‘idah 1393H.

8 Disember 1973M.

Diterjemahkan daripada buku aslinya Husniyah

Cetakan Bahasa Inggeris: Karachi, 12 Mei 1977

Hak terjemahan dilindungi undang-undang

All rights reserved

Cetakan Pertama: Jun, 1994

Edisi Bahasa Inggeris

Husniyah, Karachi, Pakistan 1994

Edisi Bahasa Melayu Copyright @

1
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

KANDUNGAN
1.Mukaddimah

2.Introduksi

3.Saudagar Baghdad yang kaya menjadi miskin

4.Rancangan untuk mengatasi keadaan kegawatan

5.Tuanpunya Husniyah bersetuju dengan tawarannya

6.Husniyah dipersembahkan ke hadapan Harun al-Rasyid

7.Husniyah diberitahu tentang perjanjian itu

8.Nasihat Menteri (Wazir)

9.Ulama berkumpul di balai istana

10.Ibrahim bin Khalid – Tokoh terkemuka dari Basrah

11.Diskusi polemik bermula

12.Jawapan Husniyah secara spontan kepada 80 pertanyaan

13.Persoalan Penggantian khalifah

14.Peristiwa melibatkan Nabi Khaidir as dan Musa as

15.Hadis Nabi saw

16.Nafs al-Rasul (Diri Rasulullah saw)

17.Perselisihan pendapat Abbas dengan Ali as

18.Benarkah Nabi saw menamakan pengganti baginda saw?

19.Perbuatan yang ditetapkan Allah swt tidak perlu mendapat kebenaran-Nya

20. Taqdir tanpa kebenaran-Nya adalah falsafah palsu

21. Taqdir dan Kitab suci

22. Kitab-kitab samawi, petunjuk, balasan baik dan buruk semuanya sia-sia

23. Persoalan Taqdir merupakan suatu kajian yang rosak

24. Bertindaklah mengikut anjuran akal dan kebijaksanaan

25. Hujah-hujah adalah berdasarkan hadis-hadis Nabi saw

26. Manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadap perbuatannya

27. Tiada sesuatu kecuali kebaikan daripada Allah swt

28. Aliran pemikiran al-Jabariyyah dihidupkan kembali

29. Kemaksuman para nabi Allah swt

30. Orang-orang yang benar

31. Pengenalan fizikal dan akhlak pengganti Nabi saw

32. Adam as dan Hawa

33. Kejahilan agama para khalifah Bani Umaiyyah

34. Bid‘ah bertujuan melindungi perbuatan salah

35. Keistimewaan Abu Bakr?

36. Perintah daripada Allah swt

37. Ali as pada malam Nabi saw berhijrah

38. Abu Bakr mengingkari perintah

39. Abu Bakr menemani Nabi saw: Kenapa?

40. Persahabatan diperjelaskan

41. Kebimbangan Abu Bakr dalam gua

42. Allah swt bersama-sama orang-orang kafir

43. Ketenangan (sakinah) bukanlah untuk Abu Bakr

44. Ketenangan untuk golongan mu’min

45. Ayat pujian kepada Ali as pada malam Isra’ Nabi saw

46. Adakah Kalam Allah itu qadim, abadi, azali?

47. Kebenaran tentang hadis

48. Kategori perawi hadis

49. Kumpulan pertama

50. Kumpulan kedua

51. Kumpulan ketiga

52. Kumpulan keempat

53. Ali as mengetahui wahyu yang diturunkan kepada Nabi saw

54. Kepercayaan (akidah) kedua-dua kumpulan

55. Gelaran Ali as

56. Keistimewaan Ahl al-Bayt as

57. Konsep Imamah (Kepimpinan)

58. Ghadir Khumm

59. Ali as merupakan Wali

60. Kejadian yang berlaku pada masa kewafatan Nabi saw

61. Khutbah Ali as

62. Perancangan untuk memecat Abu Bakr

63. Tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap Sayyidah (Fatimah ) as

64. Pendidikan Husniyah

65. Adakah penglihatan dapat melihat Allah swt?

66. Mut‘ah

67. Fatimah as bahagian daripada diri Rasulullah saw

68. Perampasan harta Fadak

69. Warisan Kenabian

70. Balasan azab yang pedih kepada orang-orang yang menimbulkan kemarahan Allah dan Rasul-Nya

71. Teguran berbentuk cemuhan Khalifah terhadap cubaan membunuh Husniyah

72. Kebesaran diri

73. Tangisan dan ratapan oleh ulama jadi-jadian pada hari 10 Zul-Hijjah berkenaan sembelihan kambing

74. Penghinaan umat Islam terhadap ratapan mengenai peristiwa korban berdarah di Karbala’

75. Pemilihan Ali as sebagai Amir

76. Penyampaian Surah Bara’ah (al-Taubah)

2
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

PRAKATA

1- MUKADDIMAH
“Husniyah” seorang hamba perempuan memperolehi pengetahuan agamanya daripada “Harem” al-Imam Ja‘far al-Sadiq as. Beliau merancang membebaskan diri daripada keadaan tuannya yang berada dalam kesulitan dengan menawarkan diri dalam perdebatan mengenai persoalan-persoalan agama dengan menentang para tokoh ulama dan agamawan yang terkemuka di seluruh empayar Khalifah Abbasiyyah – Harun al-Rasyid.

Dengan demikian, Husniyah merupakan sebuah kitab mengandungi diskusi polemik yang dicetuskan oleh hamba perempuan di istana Khalifah Harun al-Rasyid di kota Baghdad. Kitab yang dirujuk ini berasal daripada sebuah kitab Arab yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Parsi dan seterusn ya ke bah asa Urdu.

Pada ketika setiap tokoh ulama setempat kaku dan kelu membisu disebabkan penghujahannya yang mantap dan penyampaian kata-kata yang begitu menyakinkan, Khalifah Harun al-Rasyid memanggil tokoh ulama Basrah – Ibrahim bin Khalid, selain merupakan tokoh ulama terkenal yang mengajar 400 orang ulama di sebuah akademi agama di Basrah.

Beliau tanpa berlengah membalas 80 pertanyaan, menyangkal kepercayaan-kepercayaannya (Ibrahim bin Khalid) dan menyebabkan lidahnya kaku kelu tanpa dapat berkata-kata dengan penghujahan dan keterangannya yang bernas dan rasional.

Dia kemudian menanyakannya (Husniyah) beberapa soalan lagi selepas beliau dibenarkan membuat pertanyaan.

Perkara-perkara yang dibincangkan dalam perdebatan tersebut adalah mengenai pengganti, khalifah, kemaksuman para nabi Allah (‘Ismah), kewujudan fizikal Allah (tajsim) dan melihat Allah dengan mata zahir (ru’yah), rampasan harta Fadak, taqdir, Mut‘ah, kebenaran mengenai hadis-hadis (ahadis), korban kambing pada 10 Dhu al-Hijjah dan peristiwa berdarah di Karbala’, penyampaian surah Bara’ah, falsafah ulama jadi-jadian dan isu-isu lain yang berkaitan.

Pada akhirnya, kami mengucapkan terima kasih kepada penterjemah kerana telah menterjemahkan kitab Urdu dalam gaya b ahasa Inggeris yang baik dan mudah tetapi pada masa yang sama mengekalkan keaslian kitab tersebut.

PEERMAHOMED EBRAHIM TRUST,

363, Sirajuddaula Road,

Bahadurabad, Housing Society,

Karachi – 5.

11 Zul-Qa‘idah 1393H.

8 Disember 1973M.





2. Introduksi
Ini merupakan sebuah cerita agama yang sangat menarik dan begitu memberangsangkan mengenai seorang hamba perempuan yang sangat kuat dan begitu meninggalkan kesan, iaitu Husniyah gadis rupawan yang tiada tolok bandingnya semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid al-Abbasi. Beliau diperkukuhkan dengan pengetahuan yang sangat cemerlang dan gemilang, diperolehi daripada persekitaran keruhanian di Harem al-Imam Ja‘far al-Sadiq as, penyerlahan keagamaannya di hadapan khalifah telah mengundang pujian dan penghormatan yang tidak dapat dibayangkan dalam kedua-dua aspek, keindahan pengucapan dan juga ked alaman ilmu pengetahuannya.

Dilaporkan oleh al-‘Allamah Syaikh Abu al-Fath al-Razi al-Makki – seorang pengkaji terkemuka, episod bersejarah ini pada dasarnya merupakan salah sebuah contoh kecemerlangan yang diambil daripada sejar ah Islam.



3. Saudagar Baghdad yang kaya menjadi miskin
Pada suatu masa, tinggal seorang pedagang yang kaya-raya semasa zaman Khalifah (Bani Abbasiyyah) Harun al-Rasyid. Salah seorang di antara personaliti (tokoh) di Baghdad pada masa itu, pedagang tersebut terkenal kerana pengabdian beliau yang begitu kuat kepada Ahl al-Bayt as, menghabiskan hampir seluruh masanya dengan menyertai al-Imam Musa al-Kazim as dan al-Imam Ja‘far al-Sadiq as. Apabila al-Imam Musa al-Kazim as mati syahid, pedagang tersebut telah kehilangan semua harta yang dimilikinya disebabkan permusuhan agama, sehinggakan beliau pada ketika itu menghadapi penderitaan yang amat nyata. Seperti dijelaskan sebelumnya, beliau tidak mempunyai sesuatu kecuali seorang hamba perempuan yang dibelinya ketika beliau (hamba perempuan) itu berusia lima (5) tahun. Selepas mendapat pendidikan dan latihan asas di maktabah (sekolah rendah), beliau dimasukkan ke Harem al-Imam Ja‘far al-Sadiq as pada ketika usianya mencecah sepuluh (10) tahun, dan dari saat itu sehingga mencapai usia matang iaitu 20 tahun, beliau menghabiskan masanya dengan mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agama, juga sastera dan sains. Dikurniai kejelitaan dan ciri-ciri kewanitaan yang tiada tolok bandingnya, beliau dianugerahkan nama HUSNIYAH – yang menggambarkan kegadisan, keremajaan, kewanitaan yang sungguh menarik sehingga menyebabkannya menjadi idaman.



4. Rancangan untuk mengatasi keadaan kegawatan
Pada suatu hari, ketika beliau tertekan dengan keadaan yang amat menyiksakan, pedagang itu menyatakan situasinya yang begitu membebankan itu kepada Husniyah. Husniyah! Beliau berkata kepadanya, kamu tidak lebih sebagai seorang anak lelaki kepadaku, dan tidak ada orang lain kecuali engkau yang dapat aku harapkan. Hanya keranamu aku sanggup menghadapi segala pancaroba untuk memberikan pendidikan dan latihan, dan akibat daripada pendidikan dan latihan itu menyebabkan kamu pada hari ini mencapai kedudukan yang sangat tinggi dalam bidang kesusasteraan dan keagamaan. Kini, ketika aku berada dalam keadaan yang sebaliknya, aku ingin agar kamu dapat membantuku dengan kebijaksanaanmu itu untuk merencanakan sesuatu agar aku dapat membebaskan dan melepaskan diri daripada penderitaan kemiskinan dan kelaparan yang kini sedang aku hadapi.

Moga-moga hidupku dapat kukorbankan untukmu, wahai Khwaja, jawab Husniyah, aku mempunyai suatu cadangan untuk dipertimbangkan, sekiranya kamu mengizinkanku berbuat demikian. Beritahukanlah apa dia, kata Khwaja, pedagang itu.

Aku meminta agar kamu membawaku kepada Harun al-Rasyid, kata Husniyah, dan beritahukanlah kepadanya bahwa kamu ingin menjualkanku. Pada ketika dia menanyakan hargaku, jelaskan kepadanya bahwa ia bernilai 1 (satu) lakh dinar emas. Apabila Khalifah menanyakan ciri-ciri keistimewaan yang ada padaku, kamu beritahu kepadanya bahwa aku mampu men guasai dan memenangi perlawanan dengan para cendikiawan dan ilmuan yang bergabung ten aga sesama mereka dalam seluruh empayar kekuasaannya bagi menentangku dalam suatu perdebatan mengenai persoalan agama dan aspek-aspek berkaitan syariah Ilahi. Hadapkanlah cabaran kepadanya bahwa aku tidak akan dapat dikalahkan dalam perdebatan umum tersebut.

Tidak, sanggah Khwaja. Demi Allah, aku tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan seumpama itu. Aku takut akan Khalifah, khuatir dengan tarikan kejelitaanmu nanti, dia akan merampasmu daripada tanganku buat selama-lamanya. Tentu sekali tidak, aku tidak sanggup kehilanganmu.

Jangan rasa gusar dan bimbang, jamin gadis itu dengan penuh keyakinan sambil menambah: Percayalah kepadaku, wahai tuan, selama aku masih hidup, pengabdianku hanyalah kepada p ara junjungan dan pimpinan Ahl al-Bayt as akan tetap berpanjangan sehinggakan tiada kuasa di dunia ini akan dapat merampasku daripadamu. Justeru bangkitlah. Percayalah dan yakinlah kepada Allah swt, segala-galanya akan berjalan dengan baik.



5. Tuanpunya Husniyah bersetuju dengan tawarannya
Dengan berbekalkan keyakinan diri dan perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap Husniyah, pedagang itu tidak mempunyai pilihan selain bersetuju dengan tawaran tersebut. Justeru, pedagang tersebut telah menghubungi Yahya ibn Khalid al-Barmaki, menteri Khalifah Harun al-Rasyid, dan membincangkan tawaran dan cabaran Husniyah dengannya. Dengan penuh minat terhadap cadangan yang cukup unik dan luarbiasa, menteri itu telah meminta Khwaja memperlihatkan gadis itu kepadanya.

Walaupun keberatan berbuat demikian, Khwaja menyahutinya dan menunjukkan Husniyah kepada Wazir (menteri) sebagai suatu langkah permulaan. Kejelitaan, keanggunan wajah, kepetahan dan kelancaran bicaranya cukup memukau dan mengejutkan Yahya yang kelihatan sesuatu yang berada di luar jangkaannya. Beliau (Husniyah) benar-benar merupakan hadiah yang dicemburui dan sangat diinginkan!

Justeru, dengan semangat yang terbina dalam diri mengenai prospek memperolehi permata sepertinya, beliau tanpa berlengah terus menemui Khalifah dan menceritakan semua cerita itu kepadanya. Terpegun dan terpesona dengan cerita Wazirnya, Harun al-Rasyid telah mengeluarkan arahan agar hamba perempuan itu dibawa ke hadapannya. Lantaran itu, Husniyah dibawa dan diperlihatkan ke istana.



6. Husniyah dipersembahkan ke hadapan Harun al-Rasyid
Berselindung di sebalik burqa dan berhijab seluruhnya, Husniyah melangkah maju ke hadapan Khalifah Harun al-Rasyid, mengucapkan salam dengan penuh tertib, dan mendeklamasikan beberapa baris syair den gan suaranya yang lunak dan lemak merdu sambil memujinya. Khalifah, yang begitu terpesona dan terpukau dengan perlakuan dan pengucapannya, bertindak dengan lebih bersemangat dengan memintanya memperlihatkan wajahnya. Lalu Husniyah memenuhinya!

Beliau berdiri di situ dengan wajahnya yang didedahkan, memancarkan kejelitaan dan kewanitaannya yang begitu mengasyikkan. Dengan perasaan seperti dirasuk kerana keanggunan Husniyah, Khalifah bangkit berdiri dan memerintahkan Khwaja, pedagang tadi dibawa ke hadapannya. Para pengawal istana segera berbuat demikian.

Berapa banyak wan g yang kamu kehendaki sebagai bayaran kepada hamba wanitamu itu? Tanya Harun al-Rasyid. Siapakah pula namanya?

Namanya Husniyah, jawab pedagang tadi sambil menambah: Dan satu lakh dinar emas sebagai bayaran yang saya minta?

Terkejut dengan tawaran harga tersebut, Khalifah men gemukakan soalan seterusnya: Kenapa kamu meminta bayaran yang begitu tinggi? Apakah yang begitu menarik tentang dirinya?

Perkara yang menarik tentang diri gadis ini, jelas Khwaja, adalah sekiranya semua tokoh ilmuan, cendikiawan dan agamawanmu yang ada pada masa ini bertanding untuk menentangnya dalam perdebatan mengenai pelbagai persoalan agama, beliau (Husniyah) akan muncul sebagai pemenangnya.

Sekiranya dia gagal dan tewas, aku akan memancung lehermu di tempat pemancungan, ancam Khalifah, sambil mengatakan, dan aku akan memiliki gadis itu.

Sehubungan dengan itu juga, aku akan menghadiahkanmu satu lakh dinar emas, dan kamu akan mendapat gadis itu kembali. Jamin Harun al-Rasyid, yang kelihatan begitu yakin dengan perjanjian itu.

Pedagang tersebut merasa sedikit gementar, tetapi katanya, baiklah, tetapi berikanlah sedikit masa untuk saya berbincang dengannya sekali lagi. Khalifah tidak membantah.



7. Husniyah diberitahu tentang perjanjian itu
Justeru, pedagang itu menuju ke arah gadis itu dan memberitahunya tentang perjanjian yang dipersetujui dengan Khalifah.

Usah bimbang, Khwaja, gadis itu memberikan jaminan kepadanya dengan begitu yakin. Demi keikhlasanku kepada Nabi Muhamad saw dan Ahl al-Bayt baginda saw, aku tidak akan dikalahkan dalam perdebatan itu nanti.

Justeru, pedagang itu kembali kepada Khalifah Harun al-Rasyid dan mengesahkan syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui sebelumnya.



8. Nasihat Menteri (Wazir)
Kemudian berlangsunglah sesi soal-jawab dalam suasana yang diharapkan di hadapan khalayak ramai.

Harun: Apakah agamamu, dan apakah pula rujukan yang kamu ikuti dalam hidup ini? Husniyah: Agamaku ialah agama yan g disampaikan oleh Nabi Muhammad saw dan dalam hidupku, aku mengikuti petunjuk menerusi ajaran Ahl al-Bayt baginda saw. Harun: Siapakah pengganti – Khalifah kepada Nabi saw? Husniyah: Pertama sekali, kumpulkan semua sekali para ilmuan d an cendikiawanmu, wahai Khalifah. Di hadapan mereka nanti, aku akan sampaikan apa yang aku ingin katakan, dan sekiran ya sesiapa di antara mereka mempunyai sebarang soalan tentang ketulusan kepercayaan agamaku, aku akan menyakinkan mer eka dengan jawapanku.

Kini, Khalifah Harun al-Rasyid menyedari bahwa Husniyah mengikuti ajaran Ahl al-Bayt as (iaitu dia seorang Syi‘ah). Lalu, dia memanggil wazirnya, sambil kemudian berkata: Hamba perempuan ini bukan mengikuti mazhab kita. Sekiranya kamu bersetuju, aku akan menghukumnya.

Jangan, nasihat Wazir itu, gadis ini telah mendakwa sesuatu yang sangat unik. Justeru, sekiranya ulama kita (ahli agama) dapat menundukkannya dengan hujah-hujah ilmiah mereka, dan sekiranya gadis itu tidak dapat membuktikan hakikat kebenaran agama yang dianutinya, maka pasti dia akan dijatuhi hukuman mati. Sebaliknya, sekiranya ulama kita sendiri tidak berupaya menandingi kehandalan dan kekuatan hujah, ilmu dan kebijaksanaannya, wajarlah kamu selaku Khalifah, memelihara, melindungi dan menjamin keselamatannya. Ini kerana hamba perempuan, yang dapat mengalahkan semua ulama dan agamawan den gan hujah-hujah ilmiah yang tinggi, sebenarnya layak dan berhak memperolehinya. Untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang tokoh ilmuan dan cendikiawan merupakan sesuatu yang memalukan kepada seseorang yang menduduki jawatan Khalifah.

Khalifah Harun al-Rasyid merasa berpuas hati dengan hujah dan nasihat wazirnya, lalu mengarahkannya mengeluarkan perintah yang meminta agar semua ulama Baghdad menghadirkan diri mereka ke istana untuk tujuan tersebut.



9. Ulama berkumpul di balai Istana
Pada masa peristiwa bersejarah ini diceritakan, Abu Yusuf merupakan tokoh ulama yang paling terkemuka di kota Baghdad. Seorang lagi, al-Syafi‘i juga turut berada di kota Baghdad, tetapi sebenarnya kedua-duanya saling bermusuhan di antara satu sama lain.

Namun demikian, semua ulama akhirnya berkumpul di istana Khalifah, dan Husniyah, berkelubung di sebalik burqa, datang dan duduk di ten gah-tengah khalayak ulama tersebut. Soalan pertama yang mereka tanyakan kepadan ya adalah tentang mazhabnya. Sebagai jawapan, beliau menjelaskan bahwa beliau merupakan pengikut setia Ahl al-Bayt as.

Barulah kemudian diikuti perdebatan dan soaljawab, dan beliau dengan penuh kemampuan dan tanpa takut mengutarakan hujah-hujahnya. Keampuhan hujahnya, dan keberkesanan kata-katanya menyebabkan sesiapa sahaja yang berada di situ kelu dan kaku membisu menghadapi serangannya yang cukup ilmiah. Bagi Harun al-Rasyid, dia benar-benar terpegun dan terpaku mendengar hujah dan terpesona dengan kebijaksanaan Husniyah menyampaikan hujah-hujah al-Qur’an dan tafsirnya, juga petikan-petikan hadis Nabi saw. Beliau benar-benar menakjubkan.



10. Ibrahim bin Khalid al-Awfi - Tokoh Ulama Basrah
Akhirnya, apabila dia menyedari hakikat bahwa tiada seorang tokoh pun yang mampu berhadapan dengan kecemerlangan hamba wanita itu dari segi keilmuan, Khalifah memberikan isyarat kepada seorang badwi dan menyerahkan sepucuk surat kepadanya, sambil mengarahkannya menuju ke kota Basrah dan membawa Ibrahim bin Khalid al-Awfi, seorang tokoh ilmuan yang mengajar 400 orang murid selain beliau juga merupakan ulama di akademi agama di kota Basrah.

Ketika utusan badwi melihat seorang tokoh pentadbir Basrah, yang mengetahui kandungan surat itu lalu dengan segera mencari Ibrahim bin Khalid, dan menghantarkannya ke ko ta Baghdad dengan menunggang unta yang telah tersedia.

Sewaktu kedatangan Ibrahim bin Khalid di kota Baghdad, Khalifah Harun al-Rasyid memanggil suatu sesi melibatkan semua tokoh ulama tempatan. Pegawai-pegawai kerajaan, pembesar negara dan kerabat di raja dari luar dijemput ke istana untuk melihat dan menden gar laporan perdebatan yang sedang berlangsung di bawah kendalian Ibrahim bin Khalid, yang duduk di kerusi bersalut emas, yang menunjukkan kehebatan, kepentingan dan kebesaran keilmuannya.

Kemudian, dengan Ibrahim bin Khalid menduduki kerusi presiden yang dipenuhi hiasan mewah, Husniyah dipanggil masuk. Tempat yang disediakan untuknya adalah di antara barisan yang diduduki golongan hamba dan bawahan yang lain. Namun demikian, pada masa dia memasuki dewan itu, dia dengan keizinan Khalifah, mengucapkan salam dan selamat dan sebelum sesiapa memerintahkannnya duduk di tempat yang disediakan untuknya, dia sendiri terus menuju ke tempat Ibrahim bin Khalid sedang duduk lalu duduk di sebelahnya.



11. Diskusi polemik bermula
Khalifah menoleh ke arah Husniyah, dan dengan lirikan dan kerdipan matanya, dia mengisyaratkannya supaya memulakan perdebatan. Selepas memahami maksud kerdipan mata itu, beliau mulai bertindak, dengan memilih tidak lain dan tidak bukan Ibrahim itu sendiri sebagai sasaran awal!

Sekarang lihatlah, wahai Ibrahim, beliau memulai, aku tahu kamu merupakan penulis kepada beratus-ratus buah kitab yang cukup popular di kalangan ulama. Aku juga tahu bahwa kamu seorang yang suka membanggakan diri sendiri untuk dikenali sebagai musuh Ali bin Abi Talib as.

Ibrahim tidak dapat menahan marah mendengarkan kata-kata Husniyah yang tidak sopan. Dengan segera, dia menyerang.

Kamu menghinaku, katanya. Seraya berpaling ke arah para hadirin, dia berkata, sia-sia sahaja kamu mengadakan perdebatan dengan hamba wanita ini. Tiada gunanya berbuat demikian. Sebenarnya, bercakap dengannya pun telah menjatuhkan maruahku, dan merupakan suatu penghinaan kepada para ulama.

Yahya al-Barmaki, wazir Khalifah, yang ketawa melihat reaksi pura-pura Ibrahim mengungkapkan, sudah menjadi tradisi orang bijak pandai dan agamawan bahwa seseorang itu sudah sepatutn ya memberikan perhatian kepada apa yang akan dikatakan dan bukannya kepada orang yang berkata. Adalah tidak wajar bagi seorang yang berpengetahuan merasa resah dan gelisah.

Insya-Allah, terus Husniyah yang tidak terganggu, aku akan menyebabkan kamu mengosongkan kerusi presiden itu. Dengan berkata demikian, beliau ingin memulakan kata-katanya.

Tunggu! Protes Ibrahim, aku akan memulakannya dahulu dengan menanyakan soalan kepadamu kerana aku datang dari jauh. Ibrahim tahu bahwa wanita itu ingin mengambil peluang untuk menarik Khalifah Harun al-Rasyid kepada pegangan Ahl al-Bayt as.

Baiklah, Husniyah tidak membantah, kamulah yang mulakan. Tanyakanlah kepadaku apa sah aja yang kamu pilih.



12. Jawapan Husniyah secara spontan kepada 80 pertanyaan
Oleh itu, Ibrahim memulakan upacara dengan pertanyaannya, dan Husniyah mengemukakan jawapan yang bersahaja dengan gaya yang sopan dan lancar untuk memenuhi kehendakn ya kepada 80 pertanyaan. Adalah tidak begitu sesuai untuk mengemukakan semua persoalan dan jawapannya di sini kerana dengan berbuat demikian ia akan memerlukan banyak halaman dan juga, adalah tidak wajar membiarkan para pembaca merasa tidak selesa. Cukuplah dikatakan bahwa Husniyah membalas setiap soalan Ibrahim, dan menyangkal hujah Ibrahim.

Para hadirin dikejutkan dengan keindahan dan kefasihan berhujah Husniyah. Beliau benar-benar menggembirakan mereka dengan kejituan ilmu pengetahuan dan pendidikannya, dan beliau juga turut dapat menarik sokongan mereka.

Pada akhir perdebatan panjang yang silih berganti dengan soalan dan jawapan, beliau berkata, sekarang, wahai Ibrahim, perbincangan dan perdebatan kita telah berlangsung agak lama. Aku bimbang Khalifah akan merasa tidak senang dengan masa yang agak panjang. Justeru, sekarang sekiran ya kamu izinkan, biarlah aku bertanya kepadamu beberapa soalan.

Nanti dahulu, tegas Ibrahim, aku masih ada 3 persoalan untuk dipertanyakan. Sekiranya kamu dapat memuaskan hatiku dengan jawapan-jawapannya, aku akan berhenti dan memberikan peluang kepadamu.

Baiklah. Aku terima. Tanyakanlah. Jawab gadis itu dengan penuh yakin.



13. Persoalan Penggantian Khalifah
Siapakah pengganti Khalifah Rasulullah saw? soal Ibrahim.

Dialah orang yang menerima dan menganuti Islam sebelum orang lain berbuat demikian. Kata Husniyah, dengan nada bersahaja.

Siapakah dia? Tanya Ibrahim.

Dialah yang menjadi menantu dan sepupu Rasulullah saw, tegas gadis itu dengan tenang, seumpama mengatakan 2 tambah 2 menjadi empat.

Khalifah Harun al-Rasyid, yang sedang mendengar pertikaman lidah dengan penuh minat, tidak dapat mengawal diri dengan penjelasan dan keterangan Husniyah yang begitu bersahaja. Melihat rupa Khalifah yang kelihatan agak marah, Ibrahim makin memberanikan diri untuk bertanya.

Apakah bukti yang kamu ada untuk membuktikan Ali as sebagai orang yang pertama menerima dan menganuti Islam? Aku tetap mempertahankan bahwa Abu Bakr al-Siddiq orang yang pertama, dan aku berkata demikian kerana Abu Bakr seorang lelaki berusia 40 tahun yang matang ketika Rasulullah saw mengumumkan seruan dan dakwah kepada Islam, sedangkan Ali as masih lagi seorang kanak-kanak, yang masih belum cukup umur untuk diambilkira kesalahan dan tingkahlakunya.



14. Peristiwa Melibatkan Nabi Musa as dan Nabi Khaidir as
Sekarang dengarlah, wahai Ibrahim, balas Husniyah. Adakah kamu akan menerima dan mengakui kesucian Imamah Amir al-Mu’minin Ali ibn Abi Talib as dan hak penggantiannya kepada Rasulullah (saw), sekiranya aku berjaya membuktikan bahwa seorang kanak-kanak juga layak diakui untuk mendapat balasan baik atau buruk?

Setuju, Ibrahim menjawab, dengan menambah, aku akan mengakuinya, dengan syarat kamu dapat menyakinkanku dengan hujah dan alasan yang kukuh dan munasabah.

Baiklah, sambung gadis itu, apakah yang akan kamu katakan tentang peristiwa Nabi Musa as dan Khaidir as, ketika Khaidir as membunuh seorang kanak-kanak lelaki? Inilah yang disebutkan al-Qur’an mengenai kejadiannya dengan begitu jelas dan terang:

“Maka berjalanlah kedua-duanya sehingga tatkala kedua-duanya berjumpa dengan seorang pemuda, maka Khaidir membu nuhnya. Musa berkata: Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.” (QS. Al-Kahfi [18]: 74)

Kemudian, apabila Musa as membantah pembunuhan kanak-kanak lelaki itu, dengan meminta alasan daripada Khaidir as di atas tindakannya berbuat demikian, Khaidir as pun menjelaskan:

“Dan adapun anak muda itu, maka kedua-dua orang tuanya adalah orang-orang mu’min, dan kami khuatir bahwa dia akan mendorong kedua-dua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.” (QS. Al-Kahfi [18]: 80)

Sekarang beritahukanlah kepadaku, wahai Ibrahim, adakah wajar bagi Khaidir as membunuh kanak-kanak itu, atau adakah Khaidir as seorang yang zalim? Sekiranya kamu mengatakan bahwa Khaidir as seorang yang zalim, lalu wajarkah Allah swt memuji dan membenarkan tindakan dan perbuatan orang-orang yang zalim. Tetapi sebaliknya Allah swt telah memuji Khaidir as di dalam al-Qur’an, dan kamu juga turut bersetuju bahwa Khaidir as merupakan nabi agung yang diutus Allah swt, bukankah begitu?

Ibrahim hanya mampu mengerlipkan mata dan menundukkan kepalanya sambil berdiam diri. Jelas sekali, dia mengaku kalah dengan kiasan Husniyah yang mantap itu.

Ayuhlah wahai Ibrahim, ujar Husniyah dengan gembiranya, kenapakah kamu mendiamkan diri? Kenapakah kamu tidak berkata apa-apa kecuali menundukkan kepala sahaja. Sikap berdiam diri bererti kamu tidak mengetahui sesuatu melainkan ia menunjukkan sikap berprasangka buruk dan berniat jahat.

Beliau berhenti sejenak, dan kemudian memer hati lawannya itu sekali lagi. Serangan sudah benar-benar bermula!

Dengan nama Allah, Tuhan Penguasa sekalian alam, beritahukanlah kepadaku dengan sebenarnya, wahai Ibrahim, sekiranya kamu pern ah membaca hadis Nabi saw yang aku akan sampaikan di sini. Beritahukanlah kepadaku sama ada kamu pernah atau tidak pernah mendengar hadis ini diriwayatkan daripada sumber yang dipercayai.

3
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

15. Hadis Nabi saw
Lantas, sambil berpaling ke arah sekumpulan ulama di kalangan para hadirin, beliau menambah: Aku mohon perhatian dan pen yaksian tuan-tuan yang arif tentang apa yang hendak aku katakan.

Baiklah Husniyah, beritahukanlah kepada kami tentang hadis itu dan apa yang dikehendaki, kata Ibrahim.

Telah diriwayatkan, Husniyah memulai, oleh Mujahid yang mendengarnya daripada Abu ‘Imran, yang mendengarnya pula daripada Abu Sa‘id al-Khudri yang menyebutkannya seperti berikut:

Pada suatu ketika sedang kami duduk bersama-sama Rasulullah saw, Salman al-Farisi, Abu Dhar al-Ghiffari, Miqdad bin Aswad, ‘Ammar bin Yasir, Huzaifah al-Yamani dan Abu Tufail Amri datang. Kesedihan dan kegusaran jelas terpampang di wajah mereka. Mereka memberitahu Nabi saw: Kami telah mendengar beberapa perkara mengenai sepupumu daripada beberapa orang yang berniat jahat yang menyebabkan kami bersedih hati? Nabi saw bertanya perkara yang mereka dengar tentang sepupunya, Ali ibn Abi Talib as. Mereka pun membalas: Mereka bertanya tentang apakah keistimewaan dan kemuliaan (Ali) jika dibandingkan dengan yang lain dalam persoalan keutamaan dan keterdahuluan memeluk Islam, sedangkan pada hakikatnya dia hanyalah seorang anak kecil pada ketika itu? Nabi saw menjawab: Aku akan hapuskan penyebab kesedihanmu dan menggembirakan hatimu. Demi Allah swt yang men gutuskanku dengan kenabian, aku akan ceritakan kepadamu suatu peristiwa yang Allah swt wahyukan kepadaku, dan yang mun gkin kamu sendiri sudah pernah membaca d alam kitab-kitab terdahulu.

Apabila Nabi Ibrahim as dilahirkan, baginda dipinggirkan daripada kerajaan bersama-sama dengan ibunya, oleh Namrud. Kira-kira pada masa matahari terbenam, ibunya membalut kulit kayu ke tubuhnya dan membawa anak itu, Ibr ahim as ke tepi sungai, lalu dia meninggalkannya di situ. Tidak berapa lama selepas ditinggalkan, Ibrahim as bangun dan menyapu muka dan kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya. Kemudian baginda as membaca kalimah dan mencuci muka dan tangannya dengan kain yang digunakan ibunya untuk membalutnya. Ketika ibunya melihat peristiwa yang menakjubkan ini, dia begitu berwaspada.

Akibatnya dalam konteks ini, Allah swt dalam kitab-Nya berfirman: “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan di bumi, dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk or ang-orang yang yakin”. (QS. Al-An‘am [6]: 75. Lihat dalam surah yang sama, ayat-ayat 74 hingga 83).

Ketika malam menjadi gelap, Ibrahim as yang masih kanak-kanak melihat sebuah bintang lalu dia berkata: Ah! Inilah Tuhanku? Namun begitu, tatkala bintang itu tenggelam, baginda as berkata: Aku tidak suka kepada sesuatu yang tenggelam. Kemudian tatkala baginda as melihat bulan terbit, baginda as berkata: Inilah Tuhanku. Begitu pun, setelah bulan itu terbenam, baginda as berkata: Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat. Kemudian tatkala baginda as melihat matahari terbit, baginda as berkata: Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar, maka tatkala matahari itu telah terbenam, baginda as berkata: Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan (perhatikan pengakuan seorang kanak-kanak).

Nabi Isa as mulai berbicara dengan ibunya, dan ketika itu, baginda as hanya berusia 3 hari, baginda as memetik hujahnya daripada al-Qur’an bahwa inilah yang disebutkan kitab suci mengenainya. Pada ketika sekumpulan manusia bertan yakan Maryam dengan soalan-soalan tentang bagaimana beliau melahirkan anak tanpa bapa:

“Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan buaian? Berkata Isa: Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberikanku al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) salat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup”. (QS. Maryam [19]: 29 – 31.

Justeru, Allah swt memberkati Isa as dengan kenabian dan Kitab ketika baginda as masih lagi seorang bayi yang baru dilahirkan, kami selalu memuji-muji Allah swt sehingga akhirnya Dia (Allah) memindahkan kami daripada Adam as menerusi sulbi yang suci dan rahim yang suci juga, dan segala puji-pujian bagi Allah swt yang kami selalu bacakan sepanjang peringkat perpindahan fizikal kami dalam sulbi bapa-bapa dan rahim ibu-ibu kami jelas dapat didengari telinga bapa-bapa dan ibu-ibu yang memindahkan kami secara silih berganti, zaman berzaman. Proses pemindahan ini berterusan sehingga Nur itu dibahagi dua pada diri ‘Abd al-Muttalib, dengan sebahagian berada pada Abdullah, dan sebahagian lagi berada pada Abu Talib. Keistimewaan wujud itu tetap akan bersinar daripada kedua-dua sumber tersebut walaupun apabila mereka berada di kalangan manusia biasa sekalipun, dan akhirnya kami dikandung oleh ibu masing-masing. (Lihat: Al-Khwarizmi, al-Manaqib, h.12; Ibn Syahrasyub, Manaq ib, I, h.154; Sibt ibn al-Jawzi, Tadhkirah Khawwas al-Ummah, h.2; al-Mas‘udi, Muruj al-Dhahab, I, h.48 -56; al-Syarif al-Radi, Nahj al-Balaghah, (Khutbah no.1), h.47; Ibn al-Maghazili, Manaqib, h.49; al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, h.408).

Ketika Ali as dikandung ibunya, malaikat Jibril as datang kepadaku dengan wahyu Ilahi sambil mengatakan: Wahai kekasih Allah! Allah swt mengutuskan rahmat-Nya kepadamu, dan telah membahagiakanmu dengan kelahiran Ali as, dan di sini Allah swt memberitahumu bahwa masanya telah tiba untuk mengisytiharkan kenabianmu, dan untuk menerima wahyu Ilahi, dan bahwa (Allah) telah memperkuatkanmu dengan kuasa dan kekuatan saudara dan pembantumu, Ali bin Abi Talib as, yang akan menambahkan kemuliaan kekuatan, kestabilan dan kekekalan namamu, dan mengabadikan jaluran susurgalur keturunanmu.

Ketika Ali as dilahirkan, ibunya Fatimah binti Asad menempatkannya di atas lenganku, dan aku membuaikannya di ribaanku. Bayi itu, Ali as pada masa tersebut meletakkan jari telunjuk ke telinganya sambil mengakui kenabianku, dan memohonku membacakan sesuatu. Kemudian demi Allah, Ali as mulai membacakan ayat-ayat yang diwahyukan Allah, bermula daripada Nabi Adam as dan berakhir dengan Nabi Syith as. Beliau membaca ayat-ayat itu mulai daripada awal hingga ke akhir dengan lengkap dan betul hinggakan sekiranya Adam as dan Syith as ada pada masa itu, mereka pasti mengakui bahwa ingatan Ali (as) jauh lebih tepat daripada mereka sendiri.

Ali as kemudian membaca kitab Tawrat Nabi Musa as, kitab Injil Nabi Isa as dan kitab Zabur Nabi Dawud as dengan begitu tertib dan sekiranya nabi-nabi tersebut yang telah diwahyukan kitab-kitab itu kepada mereka masih hidup lagi, sudah tentulah mereka sendiri secara saksama turut mengakui bahwa Ali as mempunyai ilmu pengetahuan yang mengatasi semuanya sekali. Akhirnya, Ali as membaca al-Qur’an yang Allah swt wahyukan kepadaku, dan bacaan dan hafalannya persis sepertiku juga.

Selepas itu, berlangsung perbualan di antaraku dengan Ali as sama seperti nabi-nabi terdahulu berbicara dengan para pengganti mereka. Dialog itu pun berakhir, dan Ali as kemudian kembali semula kepada keadaan semulajadinya sebagai seorang bayi, lalu aku serahkannya kembali kepada ibunya.

Setelah selesai mengulangi perkara-perkara penting dalam peristiwa itu seperti yang dijelaskan Rasulullah saw, Husniyah memberitahu para hadirin yang terpinga-pinga pada akhirnya bahwa Nabi saw, berpaling ke arah para sahabatnya yang merasa runsing dan sedih tentang kata-kata cacian terhadap Ali as oleh beberapa orang yang jahat, dengan mengatakan:

Wahai sahabat-sahabatku, kata-kata musuhku tidak patut menyebabkan kamu bersedih. Apa yang dikatakan orang kafir dan munafiq tidak ada ertinya sama sekali. Akulah nabi yang paling mulia daripada sekalian nabi dan rasul Allah, dan begitu juga dengan penggantiku, Ali merupakan pengganti yang terbaik daripada sekalian pengganti.

Mendengar Rasullah saw berkata demikian, Husniyah lalu menyambung ceritanya, Salman al-Farisi dan sahabat-sahabat yang lain merasa berpuas hati dan gembira, lalu bangkit untuk beredar dengan mengucapkan salawat ke atas Muhammad saw dan Ahl al-Bayt baginda saw. Pada waktu mereka beredar, mereka mengatakan sesuatu tentang diri mereka: Sesungguhnya kami merupakan orang-orang yang berjaya dan beruntung.

Nabi terdengar perkara itu dan berkata: Sesungguhnya kamu memang orang-orang yang benar. Syurga hanya disediakan (kepada orang-orang yang seperti) kamu semua, dan neraka pula disediakan untuk para musuh dan penentang Ali as, mawla sekalian manusia.

Sampai ke saat Husniyah menyampaikan kata-katanya dengan begitu lancar, Khalifah Harun dan kebanyakan ulama yang hadir begitu muram dan sugul, dan kelihatan menangis dengan perasaan yang tidak tertahan-tahan. Ibrahim bin Khalid, ulama besar itu kaku dengan lidahnya kelu tidak terkata. Menyedari sikap berdiam diri dan berputus asa, hamba wanita itu berpaling kepada para hadirin, dan mengucapkan kata-kata yang ditujukan secara khusus kepada para ulama, al-Syafi‘i dan juga tokoh-tokoh dengan nama-nama yang besar, lalu beliau berkata:

Dengan nama Allah, aku merayu kepada kamu semua agar bercakap benar tanpa sebarang pemalsuan. Sekarang, beritahukanlah kepadaku dengan jujur sekiranya kamu pernah membaca riwayat yang sahih, yang aku petik tadi. Beritahukanlah kepadaku sama ada ia ben ar atau palsu.



16. Nafs al-Rasul (Diri Rasulullah (s. a.w))
Semua ulama yang hadir dalam perdebatan itu mengakui dan bersetuju tentang kesahihan riwayat itu sambil mengatakan: Ya, memang benar. Inilah hadis yang tiada seorang pun dapat menyangkal kesahihannya.

Adakah kamu juga yakin kebenarannya, wahai Ibrahim, beliau bertanya sambil berpaling ke arahnya, bahwa Nabi Muhammad saw merupakan nabi yang termulia daripada sekalian nabi yang diutuskan Allah swt?

Ya, aku yakin kebenarannya, jawabnya.

Justeru, katanya, kamu tertakluk kepada persetujuan bahwa Allah swt telah menggelarkan Amir al-Mu’minin Ali as yang disebutkan sebagai Nafs-Rasulullah (diri Rasullullah saw sendiri). Kenyataan ini diperlihatkan dalam ayat al-Qur’an berikut:

“Maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-an ak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami (anfusana) dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah (bersumpah maut) kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta”. (QS. Ali ‘Imran [3]: 61)

Sekiranya kamu mempunyai sebarang bantahan mengenai ayat yang aku petik, lanjut Husniyah, sewajarnyalah kamu mengatakannya sekarang juga agar aku dapat memuaskan hatimu di hadapan khalayak para pentafsir al-Qur’an dan al-Hadis yang ada di sini.

Moga-moga dijauhi Allah, jawab Ibrahim, bagaimana dapat aku menafikan apa yang telah disebutkan dalam al-Qur’an!

Justeru, gadis itu bingkas bertindak, wahai musuh Allah dan Rasul-Nya! Penentang yang tidak membela agama! Wahai seteru ketat kepada kaum kerabat Rasulullah saw. Dengan semua kepercayaan dan keyakinanmu tentang kesahihan al-Qur’an dan al-Hadis yang mengesahkan bahwa Ali al-Murtada ialah Nafs yang juga saudara kepada Rasulullah saw, yang merupakan nabi yang termulia daripada sekalian nabi, kenapakah kamu enggan mengakui Amir al-Mu’minin Ali as ialah orang yang terawal menganuti Islam mendahului orang-orang lain?

Kenapakah kamu tidak mahu mengakui bahwa beliau as merupakan manusia yang terbaik dan terkemuka daripada sekalian pengganti nabi-nabi terdahulu, seperti Ibrahim as, keturunannya, dan Isa as yang berbicara dan mengisytiharkan pegangan merek a kepada keesaan Allah swt walaupun masih baru dilahirkan? Kenapakah kamu begitu berat untuk mengakui bahwa Ali as memiliki keimanan yang sepenuhnya kepada Allah swt sejak dari awal kelahirannya? Mengapakah kamu tidak mengakui bahwa beliau as telah mengisytiharkan keimanannya dalam Islam seawal beliau as dilahirkan? Kenapakah kamu enggan menerimanya sedangkan kamu sendiri mengetahui bahwa beliaulah saudara Rasulullah saw, anak kepada bapa saudaranya.

Seperti yang kamu ketahui, disebabkan peranan Ali as, Islam memperolehi kekuatan dan kestabilan. Kamu juga mengetahui bahwa Allah swt merujuk kepada Ali as dengan gelaran wali (pengganti). Kamu turut mengetahui bahwa Rasulullah saw men ganggap sekali pukulan Ali as dalam peperangan al-Ahzab (al-Khandaq) adalah lebih besar dan lebih utama daripada ibadat dan ketaatan manusia dan jin semuanya. Tambahan lagi, hadis yang kupetik ini bersumber daripada para ulama mazhab kamu sendiri, dan ia dipetik pula daripada kitab-kitab kamu juga. Inilah yang dikatakan:

Seseorang yang ingin menyaksikan keilmuan dan kebijaksanaan Adam, kezuhudan Nuh, kesabaran Ibrahim dan kemuliaan Musa dan kesungguhan ‘Isa hendaklah melihat kepada Ali.

Jika ia sememangnya demikian, sambung Husniyah sambil menghadap ke arah Ibrahim, dan berdasarkan kenyataan itu, yang kamu sendiri turut memberikan sumbangan kepadanya, bahwa Ali as mengatasi semua nabi dan rasul kecuali Muhammad saw dan tokoh kedua selepas Nabi saw hanyalah Ali as yang termulia.

Jadi, bagaimanakah dan kenapakah kamu sanggup mengatakan pengakuan beriman seorang kanak-kanak tidak dapat diterima sebagai sah? Kenapakah kamu tidak dapat menerima kebenaran bahawa Ali as orang yang pertama memeluk Islam, dianugerahi Imamah dan menjadi pengganti Nabi saw seawal beliau as masih lagi seorang kanak-kanak, dan apa lagi? Tawrat, Injil dan Zabur Nabi Dawud as, juga al-Qur’an telah pun berada dalam pemikirannya semenjak lahir lagi! Selain d ari itu, semua orang Islam, tanpa mengira anutan dan aliran, percaya kepada kebenaran kata-kata Rasulullah saw:

“Tidak pernah sekalipun Ali melakukan kekufuran terhadap Allah.”

“Abu Bakr pula?” sambung wanita itu dengan kepetahan dan kefasihan yang tidak tergugat terus mengatakan, “Dia telah berhenti menyembah berhala, Lata dan ‘Uzza, dan kemudian berubah memeluk Islam pada usianya 40 tahun. Namun, selepas itu pun, dia tidaklah sepenuhnya membela Rasulullah saw, bahkan beberapa kali mengingkari baginda saw. Namun demikian, dengan segala kekurangan dan kelemahan pada diri Abu Bakr, kamu masih menganggapnya sebagai seorang muslim! Sebaliknya, kamu mengingkari Ali as, yang mempunyai akhlak dan keturunannya yang suci, padahal Allah swt sendiri menjadi saksinya? Betapa jahatnya permusuhan yang kamu tunjukkan terhadap kaum kerabat Rasulullah saw.”

Ibrahim bin Khalid tercengang dan terpaku dengan kejituan dan keampuhan pembentangan hujah Husniyah.

“Aku mengaku aku sudah kalah dalam perdebatan ini”, dia bersungut, dengan kepalanya tertunduk ke bawah disebabkan ketewasan yang tidak tertanggung ditumpaskan oleh Husniyah, hamba wanita itu.



17. Pertelingkahan Abbas dengan Ali as
Tetapi, dia mencelah selepas terhenti sebentar, Aku ada soalan untuk ditanyakan kepadamu. Apakah yang kamu dapat katakan tentang pertelingkahan di antara Abbas (bapa saudara Nabi Muhammad saw) dengan Ali as. Kedua-duan ya mendakwa hak mer eka sebagai pewaris Nabi saw, dengan setiap seorang mengatakan bahwa dia lebih berhak terhadap hak tersebut. Mereka, lalu merujuk pertelingkahan itu kepada Abu Bakr untuk mendapatkan keputusan. Sekarang, sudah diketahui umum bahwa apabila terdapat dua pihak yang bertelagah terhadap sesu atu perkara, satu pihak pasti benar, manakala yang lain salah.

Ini suatu strategi licik yang direncanakan oleh Ibrahim. Dia menjangkak an bahwa sekiran ya Husniyah men gatakan bahwa Abbas di pihak yang salah dalam tuntutan kepada penggantian selepas Rasulullah saw, dia sudah pasti dihukum mati oleh Khalifah Harun al-Rasyid, kerana Harun sendiri adalah khalifah Abbasiyyah yang kelima daripada generasi keturunannya! Sebaliknya, sekiranya dia mengatakan Ali as di pihak yang salah dalam dakwaannya, ia merupakan suatu yang memalukan kepada kepercayaan agaman ya dan menggambarkan keadaan yang sebaliknya terhadap pegangan agama yang dianutinya. Dia sudah tentu gagal mencapai matlamat yan g ditempatkannya pada kedudukan yang sangat tinggi!

Duhai demikianlah yang Ibrahim fikirkan.

Jawapan kepada persoalanmu, balas Husniyah, tanpa terganggu dengan soalan berhelah Ibrahim itu, boleh ditemui dalam al-Qur’an itu sendiri.

Apa dan di mana ayat itu dalam al-Qur’an?, tanyanya dengan terkejut.

Dengarlah, jelas gadis itu kepada Ibrahim. Inilah yang Allah swt sendiri firmankan kepada Rasulullah saw dalam al-Qur’an:

“Dan adakah sampai kepadamu berita orang-orang yang berperkara ketika mereka memanjat pagar? Ketika mereka masuk (menemui) Dawud lalu dia terkejut kerana (kedatangan) mereka. Mereka berkata: Janganlah kamu merasa takut, (kami) adalah dua orang yang berperkara yang salah seorang daripada kami berbuat zalim kepada yang lain, maka berilah keputusan antara kami dengan adil dan janganlah kamu menyimpang daripada kebenaran dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus. Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja. Maka dia berkata: Serahkanlah kambingmu itu kepadaku dan dia mengalahkan aku dalam perdebatan. Dawud berkata: Sesungguhnya dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu. Dan sesungguhnya kebanyakan daripada orang-orang yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh dan amat sedikitlah mereka ini. Dan Dawud mengetahui bahwa Kami mengujinya, maka dia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat”. (QS. Ash-Shad [38]: 21 – 24)

Berdasarkan tafsiran al-Qur’an, kedua-dua orang yang mendekati Dawud as dengan pertelingkahan mereka, tidak lain dan tidak bukan merupakan malaikat Jibril as dan Mika’il as yang diutuskan Allah swt.

Berhenti sebentar untuk menarik nafas, dan menghadap Ibrahim secara langsung, beliau bertanya: Sekarang beritahu kepadaku, wahai Ibrahim siapakah yang benar, Jibril as atau Mika’il as?

Kedua-dua Jibril as dan Mika’il as, Ibrahim mengagak sambil menambahkan: Oleh kerana Dawud as yang bersalah, kedua-dua orang malaikat Jibril as dan Mika’il as telah pergi kepadanya untuk memaklumkan dan memberikan peringatan kepadanya.

Allah Maha Besar! Jelas Husniyah, Ali dan Abbas, kedua-duanya adalah di pihak yang benar, manakala Abu Bakr pula di pihak yang salah. Seperti kisah malaikat itu, kedua-dua orang tersebut pergi kepada Abu Bakr untuk memberitahu kesalahannya dengan menuntut hak mereka masing-masing. Abbas menuntut hak warisan Nabi saw itu menjadi miliknya kerana beliau ialah bapa saudara Nabi saw.

Demikian juga, Ali as turut menuntut hak penggantian kepada Nabi saw, kerana beliau as ialah anak bapa saudaranya, di samping menantu dan saudara baginda, tuntutan yang mengukuhkan semua tindakan dengan mengambil kira bahwa Fatimah as, anak perempuan Rasulullah saw merupakan isterinya yang bernaung di bawah bumbungnya, manakala al-Hasan dan al-Husayn as, ketua pemuda ahli syurga merupakan anak-anaknya. Bahkan, Ali as mengukuhkan hujahnya dengan memetik ayat al-Qur’an yang menyebutkan Allah swt telah menggambarkan Ali as sebagai diri (nafs) Rasulullah saw. Perhatikanlah, wahai Ibrahim bahwa apabila Abu Bakr mendengar Ali as menyebutkan semuan yaitu, dia berkata:

“Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda bahwa Ali, pewaris dan pembantuku dan hakim yang terbaik dalam agamaku.”

Apabila Abbas mendengar pengakuan Abu Bakr itu, kata Husniyah, ia terkejut dan bertanya kepada Abu Bakr tentang kenapa, ketika dia sendiri pernah mendengar Rasulullah saw mengatakan Ali as sebagai penggantiku, dia sendiri sanggup menentang Ali as dan mengambilalih jawatan khalifah, yang bererti merampas hak Ali as yang sah dan mengundang kemurkaan Allah dan Rasul-Nya.

Ketika Abu Bakr mendengarnya daripada Abbas, dia menyedari bahwa kedua-dua orang tersebut, iaitu Ali as dan Abbas datang kepadanya untuk menyindirnya, dengan berpura-pura menuntut hak warisan Rasulullah saw untuk tujuan tersebut:

Akulah yang sebenarnya mereka pertelagahkan dan pertikaikan, kata Abu Bakr sambil marah-marah kerana terperangkap d alam kedua-dua perkara.

Dan kemudian, selepas membebel beberapa patah perkataan, Abu Bakr pun berlalu.

Husniyah lalu membuat kesimpulannya mengenai perkara tersebut, dan berpaling kepada Ibrahim untuk mendapatkan tindakbalasnya, sekiranya dia ada sebarang tindakan. Namun hujah dan petikannya yang mantap dan jitu menyebabkannya terkaku dan membisu. Tiada apa lagi yang dapat diucapkannya dalam perkara itu, kecuali mengalah dengan berkata: “Aku menyerah kalah dalam perkara ini juga.”

Tetapi, dia menambah dengan cepat, beritahukanlah kepadaku, siapakah yang lebih utama di antara kedua-dua, Abbas dan Ali as?

Kamu sepatutnya turut bertanya sama ada Hamzah [seorang lagi bapa saudara Nabi saw] lebih mulia daripada Nabi Muhammad saw, marah gadis itu, kenapakah kamu sentiasa mengulanginya tanpa jemu-jemu mengenai Abbas dan Ali as? Aku tidak nampak apa-apa pun di sini. Sekiranya Abbas lebih mulia dari segi kedudukannya, ia turut memberikan kelebihan dan keutamaan kepada Ali as dengan mempunyai seorang bapa saudara yang mulia, sebaliknya sekiranya Ali as pula lebih utama, ia juga memberikan kemuliaan kepada Abbas kerana mempunyai anak saudara semulia dan sehebat Ali as.

Kata-kata yang sedemikian fasih, disertai kebijaksanaan berhujah yang tidak mampu ditandingi, yang dikemukakan oleh Husniyah sungguh menakjubkan. Khalifah Harun bukan sahaja kehairanan dengan penyampaian hujah dan kata-kata yang begitu mengkagumkan bahkan dia sendiri sebenarnya merasakan kumpulan ulamanya turut sama terpukau dengan pengetahuan dan keilmuan Husniyah yang begitu dicemburui.

Aku hairan, kata Khalifah, melihat dengan hina terhadap Ibrahim, aku benar-benar hairan dan terkejut dengan kecetekan dan ketandusan ilmumu, melihat kepada kedudukan dan reputasi yang kamu nikmati sebagai seo rang ulama terkenal!

Aku telah menjawab, wahai Khalifah, hamba wanita itu mencelah, lapan puluh (80) soalan sekarang. Sekiranya kamu benarkan, bolehkah aku sekarang menanyakan soalan? Sekiranya Ibrahim dapat memberikan jawapan yang memuaskan hatiku, aku akan menyerahkan kemenangan itu kepadanya.

Khalifah bersedia membenarkannya bertanya soalan yan g dikehendakinya.



18. Benarkah Nabi saw menamakan pengganti baginda saw?
Sekarang, beritahukanlah wahai Ibrahim, katanya, beritahu kepadaku sama ada Nabi saw pernah atau tidak pernah menamakan pengganti baginda saw sebelum kewafatan baginda saw.

Tidak! Baginda saw tidak pernah, jawab Ibrahim.

Lantas, adakah ia merupakan kesalahan Nabi saw ataupun adakah ia sesuatu yang jujur – telah diperhitungkan dan disengajakan? Husniyah menujukan soalannya dengan cepat seumpama singa betina yang melompat ke arah mangsanya.

Juga tolonglah beritahu , katanya, Adakah perdebatan khalifah di tempat yang tersembunyi di Saqifah [balai Bani Sa‘idah] sebagai berniat baik, atau adakah ia mempunyai maksud yang jahat? Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah Nabi saw yang bersalah, atau adakah sahabat-sahabatnya?

Ibrahim berada dalam keadaan serba-salah! Husniyah menyungkurkannya tersembam!

Ini kerana sekiranya Ibrahim mengatakan Nabi saw yang bersalah, sudah pasti seluruh binaan atau dasar Islam akan dianggap rosak atau cacat. Sebaliknya, sekiranya dia mengatakan bahwa khalifah telah bertindak salah, sudah pasti dia menyokong dakwaan dan tuntutan yang dikehendaki Husniyah. Dengan demikian, dia telah merendahkan kepercayaan agamanya sendiri, dan ini boleh mengakibatkan dia dihukum mati oleh khalifah.

Justeru, Ibrahim bertindak berdiam diri memikirkan nasibnya dan meramalkan kekalahannya di tangan hamba wanita yang luar biasa. Para hadirin semuanya benar-benar yakin bahwa Ibrahim, tokoh ulama besar telah menyerah kalah kepada Husniyah. Mereka semua mulai mencaci dan menyindirnya, dengan mengatakan bahwa ulama sepertinya pun boleh dikalahkan oleh seorang wanita dan hamba yang boleh dibeli pula.

Melihatkan keadaan Ibrahim yang dimalukan oleh Husniyah, dan menyedari bahwa maruah dan reputasi tokoh ulama kerajaann ya berad a dalam keadaan bahaya, baginda berpaling ke arah menterinya, Yahya al-Barmaki dan memanggilnya datang kepadanya.

Pernah suatu ketika, aku diberitahu berlaku suatu perdebatan yang panjang, bisiknya kepada menterinya, Di antara para ulama Baghdad dan ulama tertentu daripada Bani Hasyim dan tokoh-tokoh ulama fiqh terkenal yang lain mengenai persoalan al-Qada’ dan al-Qadr (al-taqdir) yang berhubung dengan persoalan baik dan buruk sesuatu perbuatan manusia. Tanyak anlah kepada Ibrahim sekiranya dia boleh membincangkan persoalan ini. Sungguh kasihan! Dia telah dilemahkan dengan begitu ter uk oleh hamba wanita itu dalam persoalan-persoalan agama yang berkaitan. Mun gkin, tajuk yang aku cadangkan ini dapat melepaskannya daripada keadaan yang sungguh memalukan yang ditimpakan oleh Husniyah.

Khalifah Harun al-Rasyid sendiri begitu berminat dengan persoalan al-taq dir (al-Qada’ dan al-Qadr) dan balasan pahala dan azab, kerana perkara tersebut melibatkan perbuatan seseorang manusia. Biarpun ban yak orang telah menjelaskannya tentang perkara tersebut, dia masih tidak begitu berpuas hati. Oleh itu, alasan utamanya dalam pemilihan tajuk khusus itu adalah untuk memuaskan hatinya sendiri. Dia sendiri den gan begitu bersemangat ingin mengetahui apak ah wanita yang luarbiasa dengan ilmu pengetahuann ya itu ingin katakan mengenainya.

Sebagai jawapan kepada permintaan Khalifah Harun, Yahya al-Barmaki, menteri itu menanyakan Ibrahim tentang pemikirannya berkenaan dengan persoalan tersebut.

Apakah yang boleh kamu katakan, dia bertanyakan Ibrahim, Tentang persoalan baik dan buruk, perbuatan manusia yang mendatangkan keburukan ataupun kebaikan, dan ciri-ciri zalim dan dosa yang ada dalam diri manusia. Adakah kamu menyifatkan perbuatan salah dan dosa kepada ketentuan dan kehendak Allah swt atau adakah kamu mempercayai bahwa semuanya adalah disebabkan kebebasan dan pilihan manusia? Bani Hasyim dan para pengikut mereka percaya bahwa orang-orang yang salih dan taat setia akan diberikan ganjaran kebaikan oleh Allah swt manakala orang-orang yang melakukan kebu rukan akan memperolehi balasan azab. Sekarang, beritahukanlah kepada kami, apakah kepercayaanmu mengenainya?
swt tidak perlu mendapat



19. Perbuatan yang ditaqdirkan (ditetapkan) Allah kebenaran-Nya
Aku percaya, balas Ibrahim, Bahawa semua perbuatan manusia, baik atau buruk, manfaat atau mudarat adalah selari dan selaras dengan apa yang telah ditetapkan Allah swt kepada setiap orang. Namun begitu, ia bukanlah ber maksud semua perbuatan mendapat kebenaran dan perkenan daripada Allah swt. Sebagai contoh, Adam as dan syaitan, kedua-duan ya diciptakan oleh Allah swt, walaupun saling berlawanan di antara satu dengan yang lain.

Allah swt juga pencipta air, tanah dan api. Faktor-faktor yang berlawanan seperti hidup dan mati, syurga dan neraka, sihat dan sakit, beragama atau tidak beragama, cinta dan benci semuanya adalah contoh-contoh kekuasaan Allah swt dalam penciptaan. Nabi Ibrahim as juga merupakan ciptaan Allah swt, begitu juga penzalim Namrud.

Musa (as) juga diciptakan Allah swt, tetapi Allah swt jualah yang menjadi pencipta musuh utamanya, Fir‘aun dan menterinya, Haman. Demikian juga, Nabi Muhammad saw dan musuh sepanjang hayatnya, Abu Jahal, kedua-duanya diciptakan oleh Allah swt sendiri. Orang kafir dan juga muslim merupakan ciptaan Allah swt. Semua ciptaan yang berlawanan jenisnya adalah akibat ketentuan Allah swt.



20. Taqdir tanpa kebenaran-Nya adalah falsafah palsu
Ketika Husniyah terdengar kata-kata yang tidak masuk akal sama sekali, beliau tidak dapat berdiam diri daripada bertindak balas terhadap ken yataan yang sangat dangkal dan lemah itu.

Kamu sepatutnya malu kepada dirimu sendiri, wahai Ibrahim, beliau memecahkan kesunyian dengan suaranya yang lantang, Takutilah Allah swt, dan janganlah libatkan semua muslimin dengan kata-katamu yang sangat dangkal dan lemah, yang mengandungi unsur-unsur pendustaan terhadap Allah swt. Takutilah Allah swt, wahai Ibrahim kerana kamu sedang mengalah kepada syaitan dan utusannya. Cubalah berfikir dengan waras. Dengarlah, bukanlah susah sangat untuk menyakinkanmu dan orang-orang yang lain yang telah mendahuluimu dengan kepercayaan dangkal ini. Pada hakikatnya, ia suatu kerja yang sangat senang.

Berhenti sejenak sambil menghela nafasnya, Husniyah meneruskan kata-katanya: Pertama sekali, kamu mengatakan bahwa perbuatan baik dan buruk yang dilakukan seseorang manusia adalah akibat daripada ketentuan Allah swt terhadapnya, dan kamu juga mengatakan Allah swt tidak memperkenankan semua perbuatan yang dilakukan seseorang.

Sekarang, kedua-dua kenyataanmu itu jelas sekali bertentangan kerana kedua-duanya tidak dapat berjalan serentak. Bagaimana mungkin seseorang membatalkan sesuatu, dan pada masa yang sama tidak pula membenarkannya dilak ukan? Perkara tersebut adalah mustahil sama sekali, kecuali sekiranya seseorang yang membatalkannya melakukan demikian kerana terpaksa, takut ataupun bertujuan untuk menipu. Tidaklah perlu dikatakan bahwa Allah Tuhan Maha Agung terlepas sama sekali daripada sifat-sifat buruk seperti paksaan, takut dan penipuan.

Apa yang kamu katakan wahai Ibrahim, adalah bohong semata-mata. Pada hakikatnya, teori-teori seumpama itu diwujudkan untuk kepentingan tertentu agar perbuatan nenek-moyang mereka yang boleh dipersoalkan itu dapat ditutup dengan selamat, ataupun dapat dilemahkan dengan teori falsafah yang tidak masuk akal. Aku amat terkejut dengan pegangan agamamu yang menyifatkan baik dan buruk kepada kehendak Allah swt. Kamu sepatutnya malu kepada dirimu sendiri kerana mengemukakan kenyataan dangkal ini sebagai kepercayaanmu.

Ibrahim yang mendengar kata-kata Husniyah dengan penuh teliti, menyampuk Husniyah dalam persoalan itu.

Husniyah, katanya, Kamu tidak mempercayai kata-kata Allah swt pada ketika kamu mengatakan apa yang kamu katakan sebentar tadi.




4
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

21. Taqdir dan Kitab Suci
Tidak! Beliau menafikannya, Sebaliknya, aku tegaskan bahwa aku sememangnya menyakini kebenaran segala sesuatu yang Allah swt firmankan dalam al-Qur’an. Aku telah meneliti keseluruhan kandungan kitab suci al-Qur’an bersama-sama dengan catatan dan penjelasan mengenai persoalan-persoalan yang sukar, dan dalam tugas ini, orang yang mengajark anku itu tidak lain dan tidak bukan merupakan kaum kerabat dan keturunan para penerima wahyu Allah swt.

Baiklah, kata Ibrahim, Apa yang dapat kamu katakan tentang ayat-ayat al-Qur’an, dengan Allah swt berfirman [dengan maksud]:

“(Wahai Nabi) katakan: Segala sesuatu telah ditentukan Allah, Dialah pencipta segala sesuatu”.

Demikian juga, dalam ayat lain Allah swt berfirman [yang bermaksud] :

“Dia menyesatkan orang-orang yang Dia kehendaki, dan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus”.

Dalam ayat yang lain pula, Allah swt berfirman [yang bermaksud]:

Dan kalau Kami menghendaki nescaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya”. (QS. As-Sajdah [32]: 13)

Dalam ayat seterusnya pula, Allah swt berfirman [dengan maksud] :

“Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutupi. Dan bagi mereka siksa yang amat berat”. (QS. al-Baqarah [2]: 7)

Sekarang beritahu kepadaku, wahai Husniyah apa pula peganganmu kepada ayat-ayat Allah itu?

Dengarlah, wahai Ibrahim, jawab wanita itu dengan nada yang menyakinkan, ayat terakhir yang bermula dengan “Allah telah mengunci mati hati mereka”, dan berakhir dengan “Orang-orang yang beriman”, yang kamu petik untuk menyokong hujahmu, merupakan keterangan berbentuk kiasan dan ibarat seperti kebanyakan ayat al-Qur’an yang lain, dan dengan demikian, pengertiannya hendaklah diberikan dalam bentuk yang dapat diterima akal.

Berhubung dengan ayat pertama yang kamu petik menyebutkan, “Segala sesuatu telah ditetapkan Allah” sekiranya kamu mengkaji pengertian bahasanya, sudah tentulah ia memberi maksud segala sesuatu dan semua perbuatan yang wujud merupakan atas permintaan Allah swt, dan bahkan agama kita ini juga adalah daripada perbuatan syaitan. Kamu sepatutnya memahami bahwa perkataan “semua” dan “segala sesuatu” yang dinyatakan dalam al-Qur’an merujuk kepada maksud “tertentu”. Ambillah contoh ayat berikut:

“Dan letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap (kulli) bukit”. (QS. al-Baqarah [2]: 260)

Adalah mustahil menyatakan bahwa kata sifat [adjektif] “kulli” (tiap-tiap) sebagai bermaksud “Setiap cebisan daging binatang” yang dirujuk dalam teks [al-Qur’an] hendaklah ditabur ke atas “tiap-tiap bukit di dunia ini”. Jelaslah, perkataan “kulli” (tiap-tiap) di sini merujuk kepada “bukit-bukit tertentu”. Setiap orang yan g mempunyai akal yang waras men getahui dengan penuh yakin bahwa bukit atau gunung Alwin dan Caucasus tidak berada pada tempat tersebut ketika ayat ini diwahyukan!

Wanita itu membentangkan hujahnya.

Demikianlah juga, sambungnya lagi, dalam ayat berhubung dengan kisah Balqis, Allah swt berfirman (yang bermaksud): “Dan dia dianugerahi segala sesuatu (kulli) serta mempunyai singgahsana yang besar”. (QS. An- Naml [27]: 23)

Di sini juga, perkataan kulli (segala sesuatu) bukanlah bermaksud segala-galanya di dunia ini. Ia secara khusus merujuk hanya kepada sesuatu yang “tertentu” atau “beberapa”. Sekiranya seseorang memberikan pengertian kulli (segala sesuatu) dalam teks [al-Qur’an] dengan pengertian bahasa, sudah tentulah ia bermaksud orang yang dirujuk itu memiliki setiap atau semua tanaman di dunia, dan semua orang yang berakal waras mengetahui bahwa brinjal dan turnip (sejenis tumbuh-tumbuhan) tidak tumbuh di tempat ayat itu diwahyukan! Oleh itu, maksud sebenar yang dikehendaki dengan perkataan “semua” dan “segala-gala” merujuk kepada perkara-perkara yang secara semulajadi, sesuatu perlakuan yang tidak dikehendaki atau buruk, tidaklah boleh dikatakan sebagai Allah swt menghendaki kita untuk mengenali-Nya (dengan perkara itu).

Semua kebaikan daripada-Nya adalah baik dan benar. Segala keindahan dan kecantikan seperti langit, bumi, langit tinggi dan ‘arasy Allah, lauh mahfuz dan qalam yang dengannya, segala ketetapan ditintakan, manusia dan malaikat, fenomena sebab dan akibat, dan segala sesuatu yang indah – maka Allah ialah Penciptanya, manakala keburukan seperti sesat, zalim, dosa dan lain-lain tidak boleh disifatkan kepada Allah swt sama sekali.

Berhenti sejenak sambil mengimbas kembali, Husniyah meneruskan kata-katanya lagi: Sekarang aku akan mengemukakan ayat yan g kamu petik, yang menyebutkan bahwa: “Dia (Allah) menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang benar”. Sekarang, kamu wajib mengetahui bahwa setiap ayat boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara, tetapi pada asasnya, hanya terdapat dua bentuk kandungan ayatnya.

Pertama: Ayat mengandungi unsur petunjuk.

Kedua: Ayat mengandungi unsur keindahan.

Ini merupakan dua bentuk kandungan perutusan (mesej) untuk semua, sama ad a orang mu’min atau orang kafir. Justeru, ketah uilah wahai Ibrahim, semua bentuk petunjuk dan jaminan rahmat yang Allah perintahkan kepada kaum muslimin, juga sama-sama mengandungi unsur kebaikan kepada buk an muslimin. Perutusan nabi oleh Allah swt sebagai pemberi petunjuk kepada manusia, dan kurniaan-Nya meliputi aspek-aspek jasmani, pemikiran dan kekuatan akal kepada makhluk manusia – ia sebenarnya bermaksud untuk semua orang, muslim dan kafir.

Kalau bukan demikian, orang bukan muslim dan kafir akan dapat berhujah pada Hari Kiamat dengan mengatakan: Wahai Tuhan, apalah salahnya sekiranya kami melakukan dosa dalam kehidupan ini, kerana Kamulah yang mengunci mati hati, mata dan telinga kami, dan Kamulah juga yang menafikan kami akan kemampuan menerima kebenaran dan mendapat petunjuk dengannya. Justeru, para pelaku dosa akan mempunyai hujah dan alasan yang kukuh terhadap Allah swt, tetapi Allah swt telah menjelaskan kedudukan persoalan ini dengan firman-Nya [yang bermaksud]:

“(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. An-Nisa’ [4]: 165)

Dalam ayat yang lain pula, Allah swt berfirman lagi [bermaksud]:

“Katakanlah: Allah mempunyai hujah yang jelas lagi kuat (al-hujjah al-balighah), maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya”. (QS. Al-An’am [6]: 149)

Lantaran itu, kamu dapat memperhatikan wahai Ibrahim bahwa di mana-mana sahaja kalimah “petunjuk” disebutkan dalam al-Qur’an, ia ditentukan dengan peruntukan tertentu, dan kalimah ini digunakan dengan pengertian “rahmat Allah” atau “kebaikan”, agar ia tidak menjadi suatu kewajiban ke atas Allah swt untuk memberikan petunjuk kepada para pelaku dosa dan kejahatan ke jalan syurga. Namun begitu, sekiranya Allah swt ingin melakukan demikian, Dia swt boleh mengenepikan dosa mereka, dan memberikan pertolongan kepada mereka sebagai suatu bentuk rahmat dengan petunjuk-Nya yang dap at membawa pelaku dosa ke syurga.

Tiada perkar a yang ditinggalkan Husniyah dalam pembentangan hujahnya yang sungguh kuat dan man tap men genai dalil-dalil al-Qur’an yang dikemukakan oleh Ibrahim. Satu demi satu, beliau mematahkan tafsiran-tafsiran salah yang disampaikan lawannya.

Dengan berpindah kepada ayat lain yang dipetik oleh Ibrahim untuk memperkukuhkan tentangann ya terhadap persoalan taqdir Ilahi, beliau (Husniyah) meneruskan kata-katanya: Kamu pasti sedar, wahai Ibrahim, bahwa kalimah Idlal sebagaimana ia disebutkan dalam ayat yang kamu rujuk itu, dan pengertian “menyesatkan”, membawa lebih daripada satu pengertian, dan digunakan pada pelbagai tempat dengan pelbagai pengertian. Kalimah ini sebenarn ya bermaksud “pemusnahan” dan apabila kalimah ini dihubungkan k epada Tuhan, ia bermaksud “pemusnahan” dan “azab”. Sebagai contoh, ayat berikut yang menyebutkan:

“Dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki”. (QS. Ibrahim [14]: 27)

Sekarang sekiranya seseorang mengambil kalimah Idlal sebagai bermaksud “menyesatkan”, atau menyimpangkan, ia tidak langsung dapat diterima akal untuk mengatakan: “Allah swt akan menyesatkan orang-orang yang zalim dan penindas kerana mereka telah disesatkan”. Sudah pasti ia tidak wajar diterima sama sekali, kerana para penzalim dan penindas tidak lain dan tidak bukan terdiri daripada mereka yang telah pun sesat daripada jalan kebaikan.

Ketahuilah wahai Ibrahim, bahwa kalimah “menyesatkan” yang kamu kaitkan kepada Allah swt, digunakan oleh Allah swt sendiri sebagai merujuk kepada syaitan. Contohnya, ayat ini:

“Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu!” (QS. Yasin [36]: 62)

Perkataan ini -“menyesatkan”– turut sama digunakan merujuk kepada Fir‘aun dalam ayat al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan Fir‘aun telah menyesatkan kaumnya dan tidak memberi petunjuk”. (QS. Taha [20]: 79)

Oleh itu, sekiranya Allah swt yang menyesatkan atau tidak memberikan petunjuk kepada makhluk-Nya, kenapakah Dia swt pula yang memperlihatkan orang lain sebagai orang-orang yang menyesatkan orang lain? Penentanganmu wahai Ibrahim, dengan mengatakan Allah swt menyesatkan orang-orang kafir tidak boleh dipertahankan sama sekali. Pada hakikatnya, ia merupakan suatu pendustaan yang disengajakan dan suatu bantahan terhadap Allah swt, yang boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur, kerana inilah yang Allah swt firmankan mengenai orang-orang yang mengadakan pendustaan:

“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta”. (QS. an-Nahl [16]: 105)

Justeru, adalah amatlah penting, sambung Husniyah lagi yang menunjukkan kepakarannya dalam persoalan ini, Seseorang itu hendaklah mentafsirkan ayat-ayat seumpama itu sebagai bermaksud: “Allah swt menyesatkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dalam bentuk positif, menghubungkan Allah swt dengan mengemukakan keterangan yang terkandung dalam kalimah-kalimah itu, dan apabila unsur rahmat Allah swt berkurangan, dan apabila Allah swt menyifatkan kesesatan seseorang manusia itu kepada manusia sendiri, ia hend aklah difahami dengan maksud bahwa manusia diazabkan dengan kesesatan oleh Allah swt kerana mereka menyesatkan diri mereka dengan perbuatan mereka sendiri. Oleh yang demikian, kamu dapat lihat bahwa “kesesatan” merupakan hasil usaha dan perbuatan manusia itu sendiri, dan ia tidak langsung berkaitan dengan Allah swt dalam apa jua caranya”.

Seterusnya, dengan merujuk kepada ayat lain yang dipetik oleh Ibrahim, beliau menerangkan bahwa: Ayat al-Qur’an yang menyebutkan: “Allah telah menutup hati-hati mereka” dan lain-lain yang kamu petik dengan begitu bersemangat itu, sebenarnya adalah ibarat atau kiasan, dan ia sebenarnya bermaksud bahwa orang-orang yang tetap kekal dalam kekufuran kepada Allah swt, seumpama mereka yang telah menganggap diri mereka tidak mampu mengikuti jalan yan g lurus. Halangan atau tutupan jasmani atau fizikal semata-mata daripada perbu atan melihat, tidaklah boleh dikatakan sebagai faktor penghalang. Kalau berlaku demikian, sudah tentu Allah swt tidak akan mengatakan:

“Bahkan sebenarnya Allah telah mengunci mati hati mereka kerana kekafirannya, kerana itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil daripada mereka”. (QS. an-Nisa’ [4]: 155)

Selanjutnya, menghadapi tentangan Ibrahim dengan alasan atau hujah yang dapat diterima akal, Husniyah memberitahunya:

Dengarlah, wahai Ibrahim, Kepercayaanmu dalam persoalan taqdir menyebabkan perutusan para nabi tidak bererti apa-apa dan memalukan. Berdasarkan kepercayaanmu, Allah swt sepatutnya telah memberitahu Rasul-Nya: “Janganlah kamu menyeru si-polan dan si-polan memeluk Islam, kerana mereka tidak akan berbuat demikian, kerana Aku swt sendiri tidak ingin mereka mengikuti jalan yang lurus, dan Aku swt sendiri telah mengunci mati hati dan telinga mereka agar seruan atau ajakanmu kepada mereka hanya sampai kepada telinga-telinga yang pekak! Itulah yang ditunjukkan oleh kepercayaanmu.

Hal-hal sebenarnya, wahai Ibrahim, sambung gadis itu lagi, Allah swt Tuhan yang meluaskan petunjuk-Nya kepada muslim dan bukan muslim dengan cara yang sama. Namun begitu, suatu perkara yang tidak dapat dinafikan, dan al-Qur’an sendiri mengukuhkannya dengan kata-kata berikut:

“Sesungguhnya Kami telah menunjukinya (termasuk orang-or ang kafir) jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir”. (QS. al-Insan [76]: 3)

Oleh kerana itu, apabila Allah swt sendiri mengatakan demikian, bagaimana mungkin mana-mana orang lain boleh membantah bahwa Allah swt tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang kafir?

Khalifah Harun al-Rasyid mendengar pembentangan Husniyah d engan penuh teliti. Seperti yang telah disebutkan dahulu, Khalifah secara peribadi berminat dengan persoalan taqdir yang sehingga kini masih tidak begitu difahaminya. Dengan itu, dia merasa begitu tertarik sekali dengan penjelasan wanita itu mengenai persoalan tersebut, dan takjub dengan penampilan hujah logik dan penuh bergaya yang disampai olehnya itu. Walaupun dia mengikuti aliran mazhab yang berbeza daripada Husniyah, dia tidak dapat melepaskan diri daripada menyanjungi keindahan, kekuatan dan kemunasabahan hujah wanita itu dalam persoalan tersebut. Perasaan gembira dan pen ghargaan terbayang jelas di wajah Khalifah kepada para hadirin yang kelihatan terpaku dan kaku dengan gaya penyampaian Husniyah yang begitu menyakinkan.

Ibrahim sedang berfikir dalam keadaan berputus asa untuk melawannya.

Apa yang kamu dapat katakan, dia pada akhirnya dapat mengucapkan, Tentang apa Nabi Ibrahim as beritahu kepada orang-orang kafir? Inilah yan g ditemui dalam al-Qur’an:

“Ibrahim berkata: Apakah kamu menyembah patung-patung yang kamu pahat itu? Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu”. (QS. ash-Shaaffat [37]: 95-96)

Husniyah ketawa tidak tertahan-tahan mendengar kata-kata lawannya itu. Demi Allah! Katanya sambil cuba mengawal dirinya: Ternyata kamu belum benar-benar percaya firman Allah (al-Qur’ an) dengan sepenuh nya. Kamu merosakkan kandungannya untuk memenuhi matlamat dan keinginanmu.

Tetapi, Ibrahim mencelah, Kebanyakan tafsiran al-Qur’an termasuk para tabi‘in Nabi saw berpendapat – dan pendapat mereka tidak dapat disangkal– bahwa Allah swt telah menciptakanmu dan semua perbuatanmu adalah ciptaan-Nya.

Begitupun, wahai Ibrahim, jelas Husniyah dengan tenang: Kenyataanmu telah dinafikan oleh Allah swt kerana Dia swt sendiri berfirman (dengan maksudnya):

“Apakah kamu menyembah patung-patung yang kamu pahat itu? Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu”. (QS. ash-Shaaffat [37]: 95-96)

Justeru, sekiranya ia bermaksud bahwa itulah Allah swt, Tuhan Pencipta mereka yang mempengaruhi perbuatan mereka, lantaran itu ayat ini bermaksud mengesahkan atau membenarkan perbuatan orang-orang kafir, dan dengan itu Allah swt telah terlepas pandang perbuatan mereka. Sebaliknya, keterangan seperti itu adalah jelas bercanggah sama sekali dengan kepentingan wahyu Ilahi, kerana ia menunjukkan bahagian pertama ayat itu tidak selaras dengan bahagian kedua ayat tersebut.

Pada hakikatnya, apa yang dapat difahami daripada ayat itu adalah kedua-duanya, iaitu para penyembah berhala dan juga bahan yang membolehkan patung itu diciptakan adalah makhluq (ciptaan) Allah. Oleh kerana, mencipta bahan atau benda itu adalah perbuatan Allah swt, maka perbuatan memahat patung daripada bahan atau benda tersebut adalah daripada perbuatan orang-orang kafir. Seandain ya Allah swt mencipta patung-patung, Dia swt tidak akan mengaitkan manusia dengan perbuatan mereka menghasilkannya.

Walaupun demikian, disebabkan Allah swt menghubungkan manusia dengan perbuatan menghasilkan ciptaan (patung), berikutnya adalah perbuatan manusia, dan bukannya Allah, yang melakukannya den gan kehendak dan keinginannya sendiri kerana dari pandangan agama mahupun logik akal, sesuatu perbuatan tidak dapat tidak dikaitkan dengan orang yang membuatnya. Dalam persoalan ini, orang-orang kafir merupakan orang-orang yang membabitkan diri dalam perbuatan untuk menghasilkan patung-patung tersebut.



22. Kitab-kitab samawi, petunjuk, balasan baik dan buruk semuanya sia-sia
Husniyah mara ke hadapan dengan hujah-hujahnya yang menggigit dan menggugat. Tanpa mengenal penat lelah, beliau menghancurkan pelbagai sumber teori lawannya sehingga hancur berkecai dan berderai.

Wahai Ibrahim, beliau meneruskan, dengan apa yang kamu percaya mengenai persoalan taqdir, kamu membayangkan bahwa Allah swt menginginkan orang-orang kafir melibatkan diri dalam perbuatan dosa, dan Dia swt tidak mahu mereka mentaati-Nya! Betapa buruknya kepercayaan tersebut, kamu sengaja mengada-adakan dakwaan yang kerananya, kamu mempercayai Allah swt melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sopan!

Kamu juga mengatakan bahwa perbuatan-perbuatan tidak baik, dosa dan kesalahan yang berlaku dalam alam ini semuanya ditakdirkan oleh Allah swt untuk berlaku. Ia sampai ke tahap mengatakan bahwa Allah swt Tuhan yang zalim daripada sekaliannya, kerana Dia swt akan menghukum orang-orang kafir kerana kekufuran mereka terhadap-Nya – kufur, yang sekiranya berdasarkan kata-katamu, Allah swt sendiri telah takdirkan untuk mereka! Iaitu kekufuran kepada Allah swt yang diciptakan oleh Allah swt dalam hati orang kafir yang tidak diberikan sebarang kuasa atau pilihan untuk memperbaikinya, akan dihukum dengan kemurkaan Allah swt kerana kegagalannya memperbetulkannya sendiri kepada suatu keadaan yang lain daripada keadaannya yang asal!

Contohnya, seorang berkulit hitam tentu akan dihukum oleh Allah swt kerana mempunyai warna kulit hitam! Seorang yang tinggi akan dipertan ggun gjawabkan kerana ketinggiannya itu! Seorang yang pendek akan dipertanggungjawab kerana kependekannya! Atau Dia swt mengazabkan seorang kanak-kanak kerana membasahkan pakaiannya dengan air selepas (Dia) membenamkannya dalam air dengan tangannya terikat! Kenyataan tersebut sememangnya suatu kedangkalan yang amat nyata!

Dengarlah wahai Ibrahim, sekiranya Allah swt telah menciptakan kufur kepada orang-orang kafir, dosa kepada para pendosa dan zalim kepada para penzalim, pada akhirnya dakwah yang diserukan oleh para nabi dan rasul tentulah boleh dipersoalkan kerana sekiranya Nabi saw memperingatkan orang kafir dengan sabda baginda:

Aku mengajakmu beriman kepada Allah swt, kerana Dia (Allah) telah mengutuskanku untuk memperbetulkan oran g ramai dan memimpin mereka ke jalan yang benar. Dia ak an menjawab:

Seandainya Allah swt telah mengutuskanmu untuk menunjukkanku jalan yang benar, lalu jadikan iman dalam diriku, ataupun sematkanlah diriku dengan kekuatan untuk beriman. Seandainya kamu tidak dapat melakukannya, lalu kenapakah kamu menggangguku? Aku tidak boleh beriman kerana aku tidak mempunyai kekuasaan untuk melakukannya. Aku telah diciptakan sebagai seorang kafir.

Justeru, matlamat perutusan para nabi oleh Allah swt akan terhenti tanpa sebarang erti sama sekali. Tiada apa yang dapat dikatakan oleh Nabi saw sebagai jawapan kepada orang kafir itu! Tidakkah kamu melihat wahai Ibrahim, bahwa adalah mustahil bagi orang kafir beriman kepada Allah swt sekiranya Dia (Allah) mengharapkannya melakukan demikian selepas Dia (Allah) sendiri telah menanamkan sifat kufur dalam hatinya. Dengan segala alasan dan sebab, ia melayakkan seseorang untuk mendapat kutukan. Untuk menjelaskan hujah ini, sekiranya kamu meminta seseorang supaya terbang ke udara, dia sudah pasti tidak akan dap at melakukannya. Seperti yang dikatakan dalam al-Qur ’an:

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (QS. al-Baqarah [2]: 286)

Di tempat yang lain pula, Allah swt berfirman (bermaksud):

“Allah telah memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah”. (QS. an-Nisa’ [4]: 28)

Pada tempat yang lain pula, Allah swt berfirman lagi (bermaksud):

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”. (QS. al-Baqarah [2]: 185)

Dengarlah, wahai Ibrahim, adalah tidak masuk akal Allah swt sendiri yang telah menciptakan kufur dalam hati orang kafir, meminta orang kafir supaya menerangkan kenapa dan mengapa dia terus menjadi orang kafir! Mustahil sama sekali bagi Allah swt sebagai Tuhan Pencipta kebaikan dan keburukan, meminta pelaku keburukan, seperti yang kita temui dalam al-Qur’an, sebagai orang yang menyimpangkannya daripada jalan yang benar ke jalan yang sesat. Oleh yang demikian, dengan membiarkan orang seperti itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal apatah lagi bagi Allah swt menyerunya kepada Diri-Nya tetapi kemudian bertanya pula:

“Bagaimanakah kamu sampai menjadi kafir”. (QS. Ali ‘Imran [3]: 101)

Justeru, adalah jelas bahwa seandainya Allah swt telah menanamkan sifat kufur dalam diri seorang kafir, lalu orang seperti itu sepatutnya dianggap seorang yang taat dan patuh kepada Allah swt kerana berdasarkan kepercayaanmu, disebabkan Allah swt merupakan pencipta kekufuran, Dia wajib menaunginya.

Lantaran itu, berasaskan logikmu itu juga, seseorang yang kufur kepada Allah swt menjadi seorang hamba yang taat kepada-Nya, dan nabi pula menjadi seorang yang jahat dan berdosa kerana seorang nabi menyeru orang kafir untuk menghindarkan kekufuran mereka dan mengajak mereka ke jalan yang benar, dan perhatikanlah juga wahai Ibrahim, bahwa berdasarkan kepercayaanmu tentang persoalan taqdir ini, keseluruhan syariah Islam dianggap tidak berfungsi dan tidak memberi sebarang erti kerana perbuatan buruk seperti berzina, meliwat, mencuri, meminum arak, membunuh, berjudi dan amalan-amalan buruk yang lain – semuanya adalah akibat daripada taqdir (Allah).

Oleh kerana itu, ketua negara dan pelaksana hukum-hukum agama tidak mempunyai hak untuk menghalangi atau menghukumi orang-orang yang melibatkan diri dalam perbuatan seperti itu, kerana itulah apa yang Allah swt telah taqdirkan kepada mereka! Berikutan dengan kepercayaanmu dalam persoalan ini juga, Allah swt adalah penyanjung kepada para pelanggar akhlak kerana itu adalah kehendak-Nya dan (Dia) sendiri telah taqdirkan (tetapkan), dan kerana itu, Dia swt sendiri juga yang harus menjadi penghukum.

Husniyah berhenti sejenak pada peringkat ini, seolah-olah sedang berusaha mengulangi persoalan yang menarik perhatiannya, dan ia tidak mengambil masa yang lama untuknya berbuat demikian.

Biarkanku berikan gambaran hujahku di sini. Dia menyambung kembali seraya menghadap kepada Ibrahim, Diriwayatkan oleh Abu al-Masy‘asyqar bahwa seorang pencuri dibawa ke hadapan Abdullah bin al-Abbas yang memerintahkan salah satu tangannya dipotong kerana kesalahan jenayah yang dilakukannya. Salah seorang yang hadir dalam mahkamah itu memprotes keputusan hukum Khalifah itu dengan berkata: “Moga-moga Allah swt melindungi! Aku menganggapkannya sebagai keputusan yang salah”. Protes orang itu menyebabkan kemarahan Abdullah bin al-Abbas.

Sekiranya keputusanku itu salah, tegur Abdullah, Keteranganmu itu lebih buruk daripada itu.

Akibatnya, orang yang memprotes dihalau keluar dari mahkamah dan diperintah supaya dipukul dan diminta bertaubat di atas apa yang dikatakannya itu.

Husniyah, sesungguhnya telah memilih contoh yang paling tepat untuk menjelaskan hujahnya, kerana Abdullah bin al- Abbas merupakan salah seorang nenek moyang Khalifah Harun al-Rasyid! Justeru, penerangannya dapat menggembira dan merangsang Khalifah Harun al-Rasyid dengan begitu mendalam. Hamba wanita itu jelas sekali memperolehi matanya dengan begitu jelas dan cekap sekali!

Kini dengarlah wahai Ibrahim, beliau meneruskan ucapannya, Dengarlah baik-baik, sekiranya faktor-faktor seperti keingkaran kepada Allah swt dan perbuatan dosa itu adalah dengan kehendak Allah swt, sebagaimana kamu mempercayainya, justeru tiadalah perbezaan di antara kamu dengan orang yang berkelakuan baik terhadap kami (para pengikut Ahl al-Bait) sepanjang hayatnya dan orang yang pada sepanjang kehidupannya menjadi seorang penzalim dengan melakukan segala bentuk perbuatan zalim dan aniaya terhadap kami.

Dengan demikian, atas alasan ini, tidak ada kebaikan menghargai seseorang yang berbuat atau bertindak baik terhadap kami. Bahkan sebenarnya, tiadalah kebaikan memuji orang tersebut sedangkan di pihak yang lain, tidaklah wajar melaknati orang jahat kerana apabila pelaku kebaikan atau kejahatan tidak mempunyai pilihannya sendiri dalam perbuatan yang mereka lakukan, sama ada baik atau jahat, pada kebiasaannya, dia tidak layak untuk dipuji atau dicela atau dikeji – mungkin dalam kes seumpama itu – disebabkan tabiat tingkahlakunya itu.

Kamu tentu bersetuju, seseorang tidak memuji Peter kerana perbuatan Pan. Justeru, disebabkan “Baik” atau “Buruk” – yang merupakan ciri penilaian sesuatu perbuatan yang berpunca pada diri kita, ekoran daripada itu, kekuatan dalam semua perbuatan kita berada pada diri kita. Atas dasar teori ini, seluruh rangkaian para nabi oleh Allah swt, kitab-kitab yang diwahyukan kepada mereka, ganjaran syurga dan neraka – semua perbuatan Allah itu tidaklah berer ti apa-apa.




23. Persoalan Taqdir merupakan suatu kajian yang rosak
Pada peringkat ini, dengan memacu hujahnya dengan begitu ilmiah, Husniyah memanaskan suasana sedikit, dan dengan suara yang agak keras, beliau memberitahu Ibrahim:

Dengarlah wahai Ibrahim! Syaitanlah yang mengutarakan k epercayaann ya itu di hadapan Allah swt menerusi kata-kata:

“Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (QS. Al-Hijr [15]: 39)

Dan kamu? Oleh kerana kamu termasuk dalam kelompok orang yang diistilahkan sebagai “Penyerang”, kamu sedang menganjurkan seruan syaitan, dan menggabungkan diri dengan kepercayaan yang didakyahkan oleh Bani Umaiyyah dan para pengikut mereka dengan mendapat ganjaran daripada mereka, Bani Umaiyyah pula mendapat ilham itu daripada syaitan dalam usaha menukarkan agama kerana mendapatkan habuan duniawi. Kamu juga turut menuruti jejak langkah mereka dengan cara yang sama!

Kata-kata Husniyah terlalu menyengat dan memeritkan. Ibrahim dan ulama Baghdad bertindakbalas terhadap kata-kata yang pedas dan panas dengan mencetuskan suasana hingar-bingar dalam perhimpunan itu, membantah dengan kuat sambil mengatakan: Berapa lama lagi hai hamba wanita untuk kamu terus mencela Islam? Mereka merasa amat marah sehingga mereka bersepakat mengundi untuk meminta Khalifah Harun al-Rasyid menghukum pancung dengan serta merta.

Tetapi Khalifah Harun al-Rasyid berfikir sebaliknya!

Menyedari kemarahan dan tindakan mereka yang tidak tenteram, Khalifah marah.

Kamu sepatutnya malu kepada dirimu, wahai Ibrahim, dia memberitahu para ulama terkemuka itu, Kamu sebenarnya yang sepatutnya merasa malu kerana kamu hanya terpaku dan mengalah dengan hujah-hujah hamba wanita yang begitu meyakinkan ini. Kamu tidak ada apa-apa untuk dikatakan bagi menjawab pertanyaannya. Kamu juga yakin dengan kata-katanya, tetapi masih lagi, kamu ingin bertindak keras terhadapnya? Kamu ingin agar dia dihukum pancung, biarpun hampa dengan kekalahan tersebut?

Seandainya ia tidak dapat menggembirakan Khalifah, tegas Husniyah, aku akan meneruskan hujah-hujah dan kata-kataku selama seminggu lagi.

Dengan jaminan dan galakan khalifah, Husniyah meneruskan pidatonya kembali.

Wahai Ibrahim, beliau meneruskan, sekiranya seseorang tidak bebas berbuat atau bertindak, iaitu sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kebebasan dan pilihan sendiri, maka semua perbuatan manusia yang dilakukan secara sedar dan sengaja seperti gerak, makan, minum dan perbuatan-perbuatan yang lain menjadi perbuatan tanpa sedar dan tidak sengaja seumpama denyut nadi – perbuatan yang tidak dikawal oleh keinginan. Perbezaan antara perbuatan secara sengaja dan tidak sengaja dapat dilihat dengan jelas. Mana-mana orang yang berfikiran waras akan memberitahumu bahwa kita boleh mengawal perbuatan secara sedar atau sukarela, tetapi kita pasti tidak boleh terbang ke langit. Hujah-hujah daripada perbuatan tidak sengaja dan sengaja ini diperlihatkan dengan jelas oleh Syaikh Behlol dalam suatu perdebatan, dengan (beliau) menyakinkan lawannya dengan begitu baik. Syaikh Behlol memberitahu orang yang mempercayai bahwa manusia tidak mempunyai kebebasan kehendak, bahwa berdasarkan teorinya itu, seekor keledai kelihatan lebih bijak berbanding dengannya! Behlol menjelaskan sindirannya itu menerusi keterangan iaitu sekiranya seekor keledai dibawa ke sebuah sungai dan disebat supaya ia menyeberanginya, tindakannya yang pertama adalah menolak. Tetapi, sekiranya ia disebat lagi, ia akan menyeberanginya. Namun demikian, sekiranya keldai itu dibawa ke sebuah sungai yang besar, yang menyebabkan binatang itu sendiri dari segi fizikalnya tidak mampu menyeberanginya, ia tidak akan menyeberanginya sama sekali, biarpun ia disebat sehingga mati. Dengan itu, Syaikh Behlol menekankan bah awa seekor keldai sekalipun tahu perbezaan di antara apa yang ia mampu dan yang ia tidak mampu buat, sedangkan lawannya itu, walaupun seorang manusia yang dikurniai kecerdikan yang tinggi, tidak pula dapat mengetahui di mana dia mampu dan di mana pula dia tidak mampu menggunakan keb ebasannya itu!

Khalifah Harun dan wazirnya, Yahya begitu juga para pegawai kerajaan tertawa besar mendengarkan hujah dan keterangan Husniyah yang berseloroh itu, manakala Ibrahim yang merasa malu, hanya menundukkan kepalanya menden gar kebenaran yang terkandung dalam jenaka gadis tersebut.

Itulah yang terbaik dapat dilakukannya dalam k eadaan tersebut!

Bagaiman apun, sambil menyambung kata-katanya itu, Husniyah meneruskan hujah-hujahnya.

Dengarlah, wahai Ibrahim, beliau menegaskan, sekiranya seorang manusia tidak bebas melakukan perbuatannya, dan seandainya semua perbuatan disifatkan kepada Allah swt semata-mata, lalu hukuman terhadap seseorang tentulah tidak bererti apa-apa, kerana kamu mengatakan, Allah swt Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun, dengan demikian mengaitkan Diri-Nya sebagai berkuasa menimpakan azab dan hukuman. Oleh itu, Allah swt sewajarnya membiarkannya bebas! Ini kerana, menurut teorimu, apabila perbuatan buruk seseorang manusia lakukan bukanlah daripada perbuatan dirinya sendiri sebaliknya daripada Allah swt, bagaimana mungkin Allah swt Yang Maha Pemurah dapat menghukum manusia di atas perbuatan yang dilakukan atas kehendak-Nya sendiri? swt Mustahil sama sekali!



24. Bertindaklah mengikut anjuran akal dan kebijaksanaan
Dalam ajaran agama, wahai Ibrahim, seseorang manusia wajib menguruskan dan mengendalikan kehidupannya mengikut kesesuaian akal dan kebijaksanaan, agar dia dapat melayakkan dirinya menerima penghargaan di dunia ini, sementara pada masa yang sama, menjamin keselamatann ya di hari Akhirat kelak. Sekiranya Allah swt berkehendak memberikan kekuasaan mutlak membuat keputusan kepada manusia, dengan sejumlah kehendak dan kebebasan dianugerahkan kepadanya, maka hendaklah melaksanakan kebebasan sebagai seorang hamba Allah yang benar dan taat, menjauhi kekufuran terhadap-Nya dan mengelakkan diri daripada perbuatan salah. Namun begitu, sekiranya manusia, biarpun diberikan pilihan baik ataupun buruk, tidak beriman kepada Allah swt, sudah pasti Allah swt tidak akan rugi satu apa pun.




5
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

25. Hujah-hujah adalah berdasarkan hadis-hadis Nabi saw
Hai Ibrahim, sekiranya kamu berkeinginan, aku masih boleh mengemukakan hujah-hujah logik semata-mata. Tetapi, semuan ya itu mungkin akan mengganggu para hadirin yang tidak merasa begitu senang. Bagaimanapun, aku akan memetik beberapa hujah berdasarkan hadis-hadis sahih daripada Nabi saw yang bersumberkan tokoh-tokoh yang diakui – daripada kedua-dua, mazhabmu dan mazhab kami – yang menyebutkan:

(1) Abdullah bin Umar telah memetik Nabi saw sebagai bersabda:

“Al-Qadariyyah adalah kaum Majusi di kalangan para pengikutku. Justeru, janganlah menziarahi mereka, ketika mereka sakit; janganlah bersalat jenazah kepada mereka, ketika mereka mati; janganlah mengucapkan kepada mereka salam sejahtera ketika kamu bertemu dengan mereka.”

Pada waktu itu seseorang bertanya tentang siapakah Majusi tersebut, Nabi saw menjawab:

“Mereka merupakan orang-orang yang melakukan perbuatan buruk dan menyifatkan perbuatan buruk mereka itu kep ada kehendak Allah swt, dengan berkata bahwa mereka melakukan apa yang mereka telah ditaqdirkan oleh Allah swt untuk melakukannya!”

(2) Abdullah bin al-Abbas memetik Nabi saw sebagai bersabda:

“Tidak ada seorang jua pun akan dilaknat dengan begitu berat pada hari Pengadilan nanti sebagaimana seorang yang menghubungkan Allah swt dengan perbuatan buruk yang dia sendiri lakukan, dengan berkata bahwa apa yang dia lakukan itu telah ditaqdirkan oleh Allah swt.”

(3) Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Nabi (s.‘a. w) bersabda:

Akan muncul sekumpulan orang yang men gikuti jalan syaitan. Namun, pada ketika ia berlaku nanti, kamu hendaklah melaknati mereka.

(Nabi saw mengulangi perkataan-perkataan itu “Kamu hendaklah melaknati mereka” diulangi sebanyak tiga (3) kali.)



26. Manusia itu sendiri bertanggungjawab atas perbuatannya
Husniyah berhenti sejenak di situ, untuk cuba mengingatinya kembali. Kemudian, menyambungkan kata-katanya:

Dengarlah, wahai Ibrahim. Kamu mendasarkan kepercayaan atau akidah yang sesat dan men yimpang d alam persoalan taqdir semata-mata berdasarkan beberapa ayat al-Qur’an yang bersifat kiasan, ibarat dan simbolik dengan maksudnya yang sebenar telah diputarbelitkan untuk memenuhi tujuan dan keperluan tertentu. Sebagai akibatnya, kamu tidak memberikan perhatian kepada banyak ayat al-Qur’an lain yang menunjukkan Allah swt dengan jelas mengisytiharkan dan memaklumkan bahwa manusia itu sendiri sebagai makhluk yang bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya, dan dalam hal yang sama, Allah swt mencela orang-orang yang berkata bahwa mereka menjadi kafir semata-mata kerana Allah swt berkehendakkan mereka menjadi seperti itu. Sebagai misalan, inilah yang Allah swt firmankan (dengan maksud):

“Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan: Jika Allah menghendaki, nescaya kami dan bapa-bapa kami tidak mempersekutukan-Nya dan tidak (pula) kami mengharamkan barang sesuatu apa pun”. (QS. An-Nisa’ [6]: 148)

Wahai Ibrahim, walaupun perkataan-perkataan tersebut merupakan celaan terhadap orang-orang kafir, ia pada masa yang sama boleh merujuk kepada kamu juga, kerana kamu dan orang-orang kafir adalah sama sahaja dari segi akidah atau kepercayaan mengenai persoalan taqdir! Ia merupakan pukulan dan hentaman secara langsung, tetapi wanita tersebut masih meneruskann ya tanpa rasa takut.

Pada tempat yang lain dalam al-Qur’an, sambungnya lagi, Allah swt berfirman (bermaksud):

“Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu”. (QS. An-Nisa’ [4]: 123)

Sekali lagi firman-Nya [bermaksud]: “Pada hari ini, tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya”. (QS. Ghafir [40]: 17)

Seterusnya: “Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun”. (QS. Al-Kahfi [18]: 49)

Ayat yang lain lagi: “Dan Kami (Allah ) tiada menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”. (QS. An-Nahl [16]: 118)

Sekali lagi: “Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya”. (QS. An-Najm [53]: 39)

Ayat yang lain pula menyebutkan: “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir pada waktu menyaksikan hari yang besar”. (QS. Maryam [19]: 37 dan Adh-Dhariyat [51]: 60)

Selanjutnya: “Masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”. (QS. An-Nahl [16]: 32)

Seterusnya sekali lagi: “Barangsiapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)”. (QS. Al-An‘am [6]: 160)

Seterusnya: “Ia mendapat pahala (daripada kebaikan) yang diusah akannya dan ia mendapat siksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya”. (QS. Al-Baqarah [2]: 286)

Dan lagi: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya”. (QS. Al-Muddaththir [74]: 38)

Dan lagi: “Barang siapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri, dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba(-Nya)”. (QS. Fussilat [41]: 46 dan al-Jathiyah [45]: 15)

Kemudian seterusnya: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah”. (QS. An-Nisa’ [4]: 40)

Sekali lagi: “Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba(-Nya)”. (QS. Fussilat [41]: 46)

Dan lagi: “Dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya”. (QS. Az-Zumar [39]: 7)

Dan lagi: “Apa sahaja ni‘mat yang kamu peroleh adalah daripada Allah, dan apa sahaja bencana yang menimpamu, maka daripada (kesalahan) dirimu sendiri”. (QS. An-Nisa’ [4]: 79)

Oleh yang demikian, terbukti daripada ayat-ayat al-Qur’an tersebut dan juga ayat-ayat yang lain bahwa Allah swt hanya boleh dihubungkan dengan kebaikan, sedangkan keburukan pula dikaitkan dengan manusia sendiri, ataupun kepada syaitan yang secara lan gsung telah mengakui sendiri kenyataan tersebut ketika dia memberitahu Allah swt:

“Pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”. (QS. Al-Hijr [15]: 39-40)

Justeru, sekiranya Allah swt dihubungkan dengan keburukan, tentulah tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal bagi-Nya [Allah] melaknati iblis atau syaitan, kerana Dia swt sendiri mengatakan:

“Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan”. (QS. Ash-Shad [38]: 78)

Wahai Ibrahim, lihatlah bagaimana Adam as menyifatkan kesalahan pertamanya kepada dirinya sendiri, ketika dia as memberitahu Allah swt:

“Kedua-duanya berkata: Ya Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”. (QS. Al-A‘raf [7]: 23)

Lihatlah pula apakah yang Musa as katakan: “Musa mendoakan: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri kerana itu ampunilah aku”. (QS. Al-Qashash [28]: 16)

Dan inilah bagaimana Nabi Yunus as merayu kepada Allah swt: “Bahwa tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”. (QS. Al-Anbiya’ [21]: 87)

Husniyah, hamba wanita yang sangat istimewa dan tiada tandingan dari segi kejelitaannya, sedang memperlihatkan k ehebatan pidato dan kepetahan lidahnya. Para hadirin, terpaku dengan kelancaran dan kekuatan hujahnya, penuh kehairanan melihat kehebatan wanita itu menggugat ketokohan ulama yang dikatakan terbaik dalam kerajaan empayar Khalifah Harun al-Rasyid.



27. Tiada sesuatu kecuali kebaikan daripada Allah swt
Kamu mesti sedar, wahai Ibrahim, beliau memberitahunya, bahkan semua nabi mengakui hakikat bahwa apa sahaja kesalahan mereka berkaitan dengan diri mereka sendiri, sementara semua kebaikan yang mereka lakukan, dihubungkan pula kepada Allah. Lalu, sekarang, wahai Ibrahim, persoalan mengenai kebaikan dan keburukan sudah menjadi amat jelas.

Ibrahim selaku tokoh ulama pula tidak duduk diam. Menyedari bahwa semua perkataan yang digunakan oleh Husniyah berkaitan dengan nabi dan pengakuan mereka boleh dimanfaatkan untuk dieksploitasi, dia terus menggun akan peluang tersebut.

Itulah dia, Husniyah! Dia berteriak, seolah-olah seperti dia telah berjaya menangkapnya. Kamu dengan kata-katamu itu, telah membuktikan kepalsuan kepercayaan agamamu sendiri! Ini kerana menurut keyakinan agamamu, semua nabi adalah ma‘sumun (terpelihara daripada dosa). Tolong jelaskan kepadaku kenapakah semua nabi terpaksa bertaubat atas salahlaku mereka sedangkan menurut kepercayaanmu, mereka semua dipercayai ma‘sumun.

Ibrahim berfikir bahwa dia telah menyatakan sesuatu secara bijaksana! Namun dia sedar akan kebenaran beberapa ketika kemudian semasa Yahya, menteri Khalifah tergelak besar.

Sekarang kamu sudah kalah pusingan pertama dalam perdebatan itu, dia perhati sambil ketawa, kamu sedang berusaha melindungi dirimu dengan memulakan kontroversi lain – iaitu sifat peribadi para nabi!

Hampir kebanyakan orang yang hadir di istana, turut serta bersama-sama dengan wazir (menteri) tersebut mentertawakan Ibrahim, tokoh ulama itu.

Husniyah, pemidato yang memang cekap, bersedia menerima pertanyaan Ibrahim yang tidak munasabah itu dengan penuh kesabaran. Dia cukup sedar bahwa Ibrahim sekarang ni terlalu kecewa, dan seperti semua orang yang kecewa, dia akan mencari jalan lain untuk melepaskan diri.



28. Aliran pemikiran al-Jabariyyah dihidupkan semula
Wahai Ibrahim, katanya, nadanya menenggelamkan kejengkelannya, hujah yang kamu timbulkan itu bertentangan dengan etika perdebatan ilmiah dan kurang sesuai pada peringkat ini. Namun aku beri jaminan kepadamu bahwa aku akan memenuhi kehendakmu dalam persoalan ini, tetapi hanya selepas aku habiskan topik tentang taqdir ini. Justeru, berbalik kepada persoalan tadi, sewajarnya aku memberitahumu bahwa hampir semua orang kafir Quraisy pada asalnya adalah daripada mazhab Jabariyyah –sebuah mazhab yang mempercayai bahwa manusia tidak mempunyai kebebasan, dan dalam setiap sesuatu yang dilakukan seseorang, baik atau jahat, dia tidak mempunyai pilihannya sendiri.

Dengan kemunculan Islam, mazhab ini telah pupus, dan hanya muncul kembali selepas Nabi Muhammad saw dan selepas Amir al-Mu’minin Ali as mati syahid. Kemudian, selepas kematian Mu‘awiyah dan Yazid, semua khalifah daripada dinasti (bani) mereka kembali menghidupkan doktrin itu dengan kepercayaan seperti mazhab Jabariyyah, sebilangan besar umat Islam mendokong konsep tersebut, dan kini, kamu sendiri turut sama mengikuti jejak langkah mereka, Sehubungan dengan ini, biarlah aku petik kata-kata Umar ibn al-Khattab:

Semasa menyampaikan khutbahnya, katanya: Tiada seorangpun boleh memberikan petunjuk kepada seseorang yang Engkau (Allah) tidak berikan petunjuk, dan tiada seorangpun boleh menyesatkan seseorang yang (Allah) telah berikan petunjuk. Seorang Majusi yang hadir di situ, menolak kata-kata Umar dengan berkata: Allah Maha Adil daripada perbuatan menyesatkan seseorang?

Peristiwa tersebut menyebabkan kemarahan Umar yang membalas, aku akan potong tengkukmu, kalau sekiranya aku tidak beriltizam kepadamu dengan perjanjian tertentu yang termeterai di antara kita.

Oleh yang demikian, sementara kamu mendakwa mematuhi kalam Allah swt, kamu sebenarnya bertindak menentang arahan al-Qur’an dan Hadis Nabi saw. Aku berani katakan dengan nama Allah swt bahwa bukan Nabi saw, dan tidak ada mana-mana seorangpun Ahl al-Bait as dan para sahabat baginda percaya dengan doktrin taqdir ini.

Belum pun sempat Husniyah selesai menamatkan kata-katanya, kedengaran ketawa yang kuat dan gegak-gempita oleh para hadirin. Setiap seorang memuji kelancaran lidah dan kedalaman pengetahuan yang diperlihatkan oleh hamba wanita itu yang begitu menarik dengan cara yang cukup menyakinkan.

Ibrahim yang terkaku dan tampak kerdil sekali pada kali ini tidak dapat berkata-kata.

Wahai Husniyah, dia berusaha untuk berkata, semua yang kamu katakan berdasarkan ajaran al-Qur’an, tanpa ragu-ragu lagi adalah benar. Aku terima kebenarannya. Bagaimanapun, aku tetap ingin mengatakan bahwa oleh kerana majoriti (kebanyakan) sahabat yang terkemuka berpegang kepada kepercayaan bahwa manusia tidak bebas, bagaimanakah seseorang itu dapat didakwa sebagai musyrik atau kafir dengan mempercayai demikian?

Bagaimana mungkin tuduhan syirik atau kufur dapat disamakan? Husniyah mencelah dengan segera, Tuhan boleh, dengan pasti membalas seseorang dengan kemurkaan-Nya kerana menafikan kewujudan-Nya, tetapi itu bukanlah alasannya. Untuk memahaminya, marilah aku tunjukkan perbandingannya. Andaikan seorang raja melantik seseorang sebagai gabenor sesebuah kota, dan gabenor itu bertindak dengan penuh kejam, membunuh kaum muslimin dan merampas kediaman mereka.

Sekiranya raja, yang memiliki kuasa mengambil balik segala sesuatu yang gabenor itu rampas daripada orang lain, mengambil tindakan dan menghukum mati gabenor itu, bagaimana mungkin dapat dikatakan bahwa tingkahlaku gabenor dalam mana-mana keadaan ter sebut menunjukkan dia tidak percaya kepada kewujudan raja? Tidak, wahai Ibrahim! Dengan mengatakan sahabat yang tertentu mempercayai doktrin taqdir itu, kamu secara terang-terangan telah menodai kesucian kedua-dua sumber, Kalam Allah swt dan hadis Nabi saw! Kamu pula telah terkeluar daripada perbahasan dengan mempersoalkan kemaksuman para nabi?



29. Kemaksuman para nabi Allah swt
Getaran suaranya jelas menunjukkan kemarahannya terhadap kecaman dan sindiran Ibrahim terhadap para nabi dan kemaksuman mereka. Ia merupakan persoalan yang cukup membangkitkan dan merangsangkan semangat untuk memberikan penjelasan men genainya. Namun begitu, sebagai salah seorang pengikut Nabi Muhammad saw dan kaum kerabat baginda (as), hamba perempuan yang mempunyai bakat intelektual yang luarbiasa, masih dapat menahan dan mengawal perasaannya dan meneru skan perbahasannya dengan ketajaman dan kepetahan bicaranya.

Katanya: Aku berpegang teguh kepada pegangan dan kepercayaanku bahwa semua nabi terpelihara daripada segala bentuk dosa dan salah. Pada hakikatnya, para nabi dan pengganti mereka wajib terus berada dalam kebaikan d ari mula mereka lahir hingga selesai perutusan mereka. Ini kerana mereka merupakan para pemegang amanah dan rahasia Allah swt. Sejauh manakah benarnya untuk kamu mengatakan bahwa seseorang nabi atau penggantinya dipengaruhi iblis atau syaitan, kerana sebagaimana yang kamu ketahui, syaitan tidak mempunyai pengaruh ke atas para nabi dan wasi. Sekiranya bukan demikian, nescaya seluruh binaan kenabian yang bermatlamat untuk memperkukuhkan ketaatan dan kepatuhan kep ada Allah swt akan dianggap rosak dan tidak kukuh.

Adalah wajar bagi para nabi dan penggantinya mengajak para pengikut mereka mencapai kecemerlangan dalam semua perkara. Perkara yang sememangnya penting adalah bahawa mereka terselamat daripada segala bentuk dosa, zahir mahupun batin.

Secara mutlak, keturunan dan nenek-moyang mereka yang terdahulu tidak pernah sama sekali dapat dipertikaikan (kesucian mereka), supaya anak cucu mereka tidak mengalami sebarang bentuk penghinaan dari segi salasilah keturunan mereka.

Seseorang juga perlu sedar bahwa kaum muslimin secara umumnya mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai kedudukan dan pemikiran para nabi dan para pengganti mereka oleh orang yang memilih mereka. Sebahagian kaum muslimin, menerusi keistimewaan yang diwarisi, tidaklah memerlukan perantaraan suatu keajaiban (mu‘jizat) untuk memahami sesuatu tujuan.

Namun, bagi kebanyakan orang awam, perkara luarbiasa (mu‘jizat) adalah sangat penting, kerana hanya apabila mereka melihat mu‘jizat, barulah mereka mengakui kebenaran para nabi dan pengganti mereka, dan tunduk akur sebagai para pengikut mereka. Mu‘jizat dalam konteks ini bermaksud sesuatu perbuatan dan penunjukan oleh para nabi yang mengatasi segala bentuk kebolehan luarbiasa yang manusia biasa mampu lakukan, dan yang bersesuaian dengan dakwaan kenabian, dan ketahuilah wahai Ibrahim bahwa Dialah Allah swt, dan hanya Dia swt sahaja yang mempunyai segala maklumat mengenai makhluk manusia – asal-usul, matlamat dan destinasi mereka dari awal hingga akhir, dan manusia, menurut sifat semulajadinya merupakan makhluk yang gemar menyelidik, berusaha untuk memenuhi sifat ingin tahu tentang segala ciptaan Allah swt menerusi akal dan pemikiran yang dibantu dengan bukti-bukti bertulis.

Namun demikian, di samping segala kemampuan akal dan pemahamannya, manusia masih gagal mencapai pengetahuan yang sepenuhnya mengenai alam pada masa akan datang, kecuali dia menemui (sesuatu) dalam kitab-kitab yang tertulis. Namun demikian, ia juga tidak ban yak dapat membantunya kerana kepelbagaian tafsiran mereka, kecuali terdapat orang-orang tertentu yang dapat memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara tersebut dalam konteksnya yang sebenar.

Justeru, rahmat Allah swt menetapkan bahwa terdapat hanya seorang yang ma‘sum (terpelihara daripada dosa) dengan perkataan dan perbuatannya boleh dipertanggungjawabkan, agar matlamat ketuhanan dapat dibawa dan didakwahkan oleh seseorang yang ditugaskan untuk melakukannya sendiri, dan selepasnya daripadanya, oleh seseorang yang dilantik olehnya.



30. Orang-orang yang benar
Menerusi perantaraan logik dan ilmu agama yang diterima daripada kitab suci, Husniyah secara beransur-ansur mara ke hadapan kepada kesimpulan yang ingin disasarkannya. Beliau berhenti sejenak pada peringkat ini, seolah-olah untuk menganggarkan impak (kesan)nya terhadap para pendengar, beliau kemudiannya, memalingkan dirinya menghadap Ibrahim, dan dengan nada lemah lembut meneruskan persoalan kemaksuman para nabi dan apa yang dimaksudkan sebenarnya dengannya sekali lagi.

Kamu tentu bersetuju, hai Ibrahim, beliau berkata kepadanya, biasa bagi seseorang manusia yang tidak ma‘sum melakukan kesalahan. Oleh itu, sekiranya para nabi dan rasul Allah swt juga turut tidak ma‘sum seperti manusia biasa yang lain, mereka juga terpaksa bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan, dan oleh kerana berbohong adalah suatu dosa, mereka mungkin cenderung melibatkan diri dalam perbuatan tersebut, dan dengan sebab itu, ia akan meletakkan diri mereka dalam keadaan tidak boleh dipercayai. Para pengikut nabi tersebut tentulah tidak mempunyai keyakinan yang pasti terhadap nasihat dan petunjuk yang diberikan.

Justeru, kesucian akhlak dan kemaksuman seseorang Imam (yang dipilih oleh Nabi [saw]) mestilah memenuhi syarat-syarat berkaitan dengan sifat semulajadi tertentu. Sebagai contoh, kedua-dua orang ibu bapa seseorang Imam hendaklah mempunyai silsilah keturunan yang suci dan bersih. Mereka tidak sepatutn ya terdiri daripada kedua-dua ibu bapa yang mempunyai kedudukan sosial bertaraf rendah seumpama tukang gunting ataupun tukang sapu.

Seorang nabi atau Imam wajib bersih daripada unsur-unsur kelemahan manusia seperti jahil, dengki, cuai, berfikiran tidak matang, tamak dan sebagainya. Mereka sepatutnya tidak terdiri daripad pesakit kusta atau menderitai kesakitan dan kecacatan jasmani seperti pekak dan sebagain ya. Mereka juga tidak boleh terdiri daripada manusia yang berdusta dan terlibat dalam perlakuan yang tidak sihat dan tidak bermoral. Berkata dusta atau berbohong, seperti yang kamu sendiri sedari, hai Ibrahim, merupakan perlakuan yang sangat dibenci. Inilah yang diperkatakan oleh Allah swt dalam al-Qur’an:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar”. (QS. At-Taubah [9]: 119)

Husniyah sedang memacu dirinya dengan pengajaran dalam bidang yang benar-benar dikuasainya dengan lagak seorang Profesor yang menyampaikan kuliah dalam kelasnya. Setiap hujah yang dibahaskan, setiap penjelasan yang dibentangkan, setiap contoh yang dikemukakan, setiap idea yang didedahkan, pada hakikatnya semua yang beliau katakan memenuhi logik yang disokong nas-nas daripada sumber Ilahi. Kenapa tidak? Beliau telah mengecapi kedahagaan ilmu dan hikmat daripada sumbernya, tidak lain dan tidak bukan ketokohan Imam al-Natiq [Imam yang berkata-kata] , dengan harem [kediaman]nya membolehkan kewanitaannya berkembang mekar dalam acuan keagamaan.

Pada peringkat ini dalam kehidupan sebagai perawan, ketika beliau menentang sekumpulan ulama yang bermusuhan di istana Khalifah Harun al-Rasyid, beliau terpaksa mempertaruhkan dua perkara: Pertama, mempertahankan dan memperlihatkan kebaikan ajaran agama oleh Ahl al-Bait as yang dianutinya dan semua yang terkandung dalam Islam – suatu misi yang begitu bernilai kepadanya sama seperti nyawanya juga. Satu lagi hadiah yang dip ertaruh kan adalah maruah dan kehormatan dirinya sendiri, kerana sekiranya beliau gagal dalam tugas yang sedan g dilaksanakan ini, beliau akan dijualbeli atau direbuti para pembida yang paling tinggi.

Tugasnya, dengan sebab itu, menjadi sangat sukar dan sulit. Namun demikian, sebagai seorang Mu’minah, beliau melaluinya dengan penuh keyakinan diri berdasarkan akidah dan kepercayaan yang jitu. Suatu kenyataan yang pasti adalah beliau sekarang sedang membicarakan persoalan kemaksuman [nabi] dan syarat serta ciri yang wajib ada pada seorang Imam yang menjadi asas, dasar dan tunjang konsep Imamah. Dengan sebab itu, Husniyah begitu bersemangat tinggi untuk membincangkan persoalan pokok ini.

Lantaran itu, selepas memetik ayat al-Qur’an mengenai para pendusta, dan berhenti sejenak untuk menyusun kata-katanya, beliau meneruskan u capann ya kembali.



31. Pengenalan fizikal dan akhlak pengganti Nabi saw
Kamu tentu bersetuju, wahai Ibrahim, katanya, bahwa pengganti Nabi saw pada dasarnya mestilah merupakan seseorang seperti Nabi saw sendiri, yang mengatasi semua orang yang lain dari segi keilmuan, kebijaksanaan, kezuhudan, kemaksuman, keperibadian, kemurahan, keberanian – dari kedua-dua aspek, moral dan fizikal. Secara ringkasnya, beliau mestilah melebihi atau mengatasi semua manusia lain dan wahai Ibrahim, kamu sepatutnya tahu bahwa Imam (pengganti Nabi) yang terpilih dan yang memimpin orang lain tetapi kemudian dilucutkan kedudukannya oleh rakyat tidak pernah boleh dikatakan pada dasarnya sebagai seorang yang berkemampuan menduduki jawatan tersebut.

Imam – khususnya Imam yang sebenar – merupakan seorang yang terpilih dan dilantik untuk tujuan tersebut oleh Allah swt – supaya dia dapat mengarahkan ketaatan dan keyakinan rakyat, dan memberikan petunjuk kepada mereka untuk menuju kebenaran. Oleh yang demikian, lihatlah bahwa Imam wajib bersifat ma‘sum kerana sekiranya dia tidak ma‘sum sama seperti yang lain, besar kemungkinan dia akan melakukan kezaliman seperti orang lain juga, dan sudah pasti kamu sendiri bersetuju, bahwa dia tidak mungkin dapat menyempurn akan matlamat Allah swt, dan kamu sendiri benar-benar tahu seperti saya juga bahwa apa yang Allah swt firmankan tentang Imamah-Nya dan orang yang zalim:

“Janji Allah tidak termasuk orang yang zalim”. (QS. al-Baqarah [2]: 124)

Firman (Allah) tersebut yang berkaitan dengan kezaliman manusia khususnya khilafah Allah swt seumpama setitik noda. Para hadirin tunduk akur dengan sikap terus terang Husniyah walaupun hanya seorang hamba perempuan. Pengaruh kata-kata tersebut kepada Khalifah Harun al-Rashid dapat diperhatikan begitu mengesankan, dan kebenaran kata-kata Husniyah yang begitu mantap dan logik, memperkukuhkan keterangan ayat-ayat al-Qur’an mengenai persoalan itu, membuatkan Khalifah bertindakbalas dengan memperlihatkan sikap mendiamkan diri, perasaan kecewa yang mendalam berhubung pelaksanaan perintah al-Qur ’an itu terhadap dirin ya sendiri.

Ini kerana, dalam konteks perintah Allah swt, ia dengan jelas menerangkan salah satu syarat Khilafah (Imamah) itu, Khalifah Harun al-Rashid sendiri cukup sedar bahwa dia menguasai Khilafah kaum muslimin tanpa sebarang hak yang sah untuk berbuat demikian, kerana dia hanya melakukan penerusan sebagai lanjutan daripada para khalifah yang tidak pernah sama sekali memiliki mana-mana mandat Ilahi mahupun hak keistimewaan dari segi moral dan juga aspek sosio-politik yang sahih. Dengan segera, beliau sedar akan kebenaran yang tidak digemari bahwa dia sama sekali tidak mempunyai sebarang kelebihan dan kebaikan sebagai seorang khalifah yang sah sebagaimana yang digambarkan dalam al-Qur ’an.

Yahya bin Khalid, menterinya turut sama merasa tersinggung, walaupun mungkin tidaklah sama seperti tuannya.

Bagaimana dengan kamu, wahai Ibrahim? Beliau bertanyakan ulama tersebut, Adakah kamu telah mati? Mengapakah kamu tidak turun daripada kerusimu dan ikutserta menganuti kepercayaan agama Husniyah? Itulah cara yang paling baik untuk menerima kekalahan!

Pada ketika Ibrahim mendengar kata-kata menteri tersebut, dan apabila menyedari dia dikritik hebat dari segenap arah d an penjuru, dia cuba melakukan usaha lain untuk melepaskan dirinya daripada keadaan yang memalukan itu.




6
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

32. Adam as dan Hawa
Tunggu dahulu, rayunya, dan seraya memandang sinis kepada Husniyah, dia bertanya, Bagaimanakah kamu dapat meneran gkan perbuatan dan tingkahlaku Adam as dan Hawa selepas Allah swt dengan jelas memberitahu mereka:

“Dan Kami berfirman: Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim”. (QS. al-Baqarah [2]: 35)

Dan, Husniyah, kita semua tahu dengan pasti bahwa Adam as telah melanggar perintah Allah swt dan makan buah daripada pokok larangan tersebut. Oleh yang demikian, Adam as dianggap seorang yang zalim.

Husniyah, tidak terasa terganggu dengan persoalan penting yang dihadapkan oleh lawannya, men gambil mudah sahaja p ersoalan itu, bahkan beliau telah mendahuluinya.

Sekarang, lihat sini, Ibrahim, balasnya, Kamu wajar mengetahui bahwa apa yang Allah swt telah beritahu Adam as dalam ayat ini bukanlah dalam bentuk larangan haram. Ia hanyalah nasihat berbentuk peringatan. Wahai Ibrahim, larangan adalah sesuatu yang sekiranya dilanggar akan mengakibatkan seseorang itu terpaksa menerima siksaan dan azab neraka pada Hari Kiamat kelak. Nasihat berbentuk peringatan tidak mempunyai akibat seperti ini. Justeru, sekiranya Adam as tidak melanggar perintah makan buah daripada pokok yang telah ditetapkan itu, tentulah baginda as wajar mendapat rahmat Allah swt yang lebih banyak, namun disebabkan baginda as makan buah itu, perbuatannya bukanlah sampai ke tahap tidak mentaati perintah Allah swt, kerana ia hanyalah semata-mata nasihat yang bersifat peringatan yang dilanggarinya. Oleh yang demikian, baginda as sendiri telah kehilangan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang Allah swt sediakan., tetapi ia bukanlah bermaksud baginda as berdosa atau zalim.

Sekiranya itulah keadaannya, sampuk Ibrahim, Adam as bukanlah seorang penzalim, tetapi Allah swt dengan jelas mengatakan bahwa baginda as “termasuk salah seorang yang zalim”, sebagaimana dijelaskan menerusi keterangan ayat itu.

Kamu nampaknya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan zalimin, jelas wanita itu, Zalimin bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang sewajarnya. Begitu juga, tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, juga merujuk kepada zalimin. Sekiranya digunakan kepada perbuatan, ia bermaksud melakukan sesuatu pada tempat yang tidak sepatutnya dilakukan, dan tidak melakukannya pada tempat yang sepatutnya dilakukan. Justeru, perkataan itu sebenarnya bermaksud “perbuatan yang tidak kena pada tempatnya”. Oleh itu, melakukan sesuatu yang tidak dikehendaki pada sesuatu tempat atau tidak menjauhkan diri daripada melakukannya, turut dikatakan zalim sebagaimana dimaksudkan dalam ayat al-Qur’ an yang menyebutkan:

“Kedua-dua buah kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikitpun, dan Kami alirkan sungai di celah-celah kedua-dua kebun itu”. (QS. al-Kahfi [18]: 33)

Dan demikianlah, wahai Ibrahim, maksud sebenar keterangan al-Qur’an iaitu bahwa, Dia termasuk salah seorang yang zalim. Dengan kata-kata lain, ia bermaksud bahwa disebabkan kehendak dan keinginannya, Adam as telah melepaskan peluangnya untuk memperolehi kelebihan dan keistimewaan anugerah Allah swt. Tidak ada unsur maksiat atau keingkaran di sini.

Kenapa pula, sergah Ibrahim tanpa sabar-sabar, Kedua-dua Adam as dan Hawa mengakui kesalahan mereka dengan mengatakan:

“Katakanlah: Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”. (QS. al-A‘raf [7]: 33)

Sekarang ini, wahai Husniyah, apa pula yang boleh kamu katakan? Tidakkah kata-kata Adam as dan Hawa merupakan pengakuan tentang perbuatan salah mereka?

Kenapalah kamu tidak faham-faham? balas Husniyah, terhadap ketidaksabaran Ibrahim, Dengarlah, wahai Ibrahim, apa yang Adam as dan Hawa katakan merupakan pengakuan yang seolah-olah menunjukkan bahwa mereka melakukan kesalahan ke atas diri sendiri. Permohonan taubat mereka kepada Allah swt dan keampunan bukanlah sama sekali memperlihatkan dosa mereka, kerana perkataan zalim yang digunakan di sini, memberikan pengertian menderitai kehilangan (sesuatu) untuk diri mereka – iaitu untuk memperolehi limpah rahmat Allah swt yang banyak. Tambahan lagi, memohon limpah rahmat dan keampunan Allah swt itu dengan sendirinya merupakan suatu permohonan yang melayakkannya memperolehi keberkatan. Oleh itu, kamu tidak boleh menggunakan permohonan taubat dan ampun an Adam as dan Hawa kepada Allah swt sebagai hujah untuk membuktikan bah awa merek a telah berdosa terhadap Allah swt. Tidak, tuan. Tidak sama sekali walau dalam apa cara sekalipun. Mari kita lihat apa yang Nabi (saw) katakan tentang diri baginda sendiri: “Aku bertaubat dan memohon keampunan Allah 70 kali sehari.”

Sekarang, adakah itu (moga-moga Allah swt jauhi) bermaksud bahwa Nabi Muhammad saw melakukan 70 dosa setiap hari? Dan seperkara lagi yang kamu perlu ketahui adalah bahwa semua nabi dan pengganti nabi menganggapkan ibadah mereka sebagai tidak memadai, biarpun pada hakikatnya ibadah mereka kepada Allah swt sentiasa kekal dan berterusan. Tiada satu perintah agama yang mereka abaikan. Bahkan, manusia istimewa ini menganggapkannya sebagai dosa sekiranya mereka mengabaikannya. Biarpun mereka terpelihara daripada dosa (ma‘sum) dan tidak pernah melakukan dosa, namun mereka masih beranggapan diri mereka sebagai berdosa. Ia memperlihatkan sifat kerendahan diri mereka yang begitu luhur, dan ia bukanlah kerana mereka benar-benar melakukannya. Oleh itu, permohonan taubat dan ampunan mereka kepada Allah swt tidak boleh dilihat sebagai pengakuan dosa dan salah.

Kalau begitu, kata Ibrahim, Adam as tidaklah boleh digambarkan sebagai orang yang berdosa, sedangkan Allah swt dengan jelas menyebutkannya demikian, seperti dilihat dalam ayat ini: “Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah dia”. (QS. Taha [20]: 121)

Sekarang, lihat, Husniyah mencelah, kamu telah menyesatkan dirimu sendiri, wahai Ibrahim! Kebanyakan ayat al-Qur’an adalah setara dalam kata-katanya seperti yang digambarkan oleh Nabi saw dan para Imam. Oleh itu, ayat-ayat ini tidak patut ditafsir secara zahir bagi membawa pengertiannya yang sebenar. Kata dasar ‘isyan yang kamu sebutkan bermaksud keingk aran, bukanlah sebenarn ya bermaksud seperti itu, apa yang sebenarnya adalah kebencian kepad a sesuatu yang diharuskan. Justeru, sementara ada beberapa perkara yang tidak disukai perbuatan-perbuatan wajib terdapat perbuatan-perbuatan lain yang tidaklah begitu mengikat, yang menyebabkan seseorang tidak begitu suka, dan dalam kes berikut, ‘isyan bukanlah mengakib atkan balasan azab atau siksaan. Selanjutnya, perkataan Arab, fa-ghawa dalam ayat tersebut, diambil daripada kata dasar “hawa-i-yyat”, tidak digunakan dalam bentuk literal (bahasa)nya dengan maksud: “Sesat. Apa yang ingin ditegaskan adalah: nasib malang. Dengan kata-kata lain, apa yang dimaksudkan adalah Adam as dan Hawa tidak suka kepada apa yang mereka dinasihatkan. Perkataan ini, ghawa-i-iyat merupakan perkataan yang lumrah ditemui dalam syair Arab dengan maksud (konotasi) yang sama.

Husniyah – seorang perawan yang masih muda belia dengan sebegitu berani memaparkan kehebatan intelektual dengan gaya yang menakjubkan dan kefasihan, suatu perlakuan yang dapat difahami setiap orang tentang apa yang cuba disasarkannya, tetapi tidak begitu bagi Ibrahim! Tokoh pemikir seumpama sebatang kayu dalam lumpur, dia tidak mudah beralah, sekurang-kurang bukan sekarang.

Beritahu kepadaku, wahai Husniyah, dia menokok-tambah, sekiranya perlakuan Adam as dan Hawa bukanlah sebenarnya suatu dosa, k enapak ah pula mereka ditelanjangkan dan dik eluarkan daripada kediaman mereka di syurga? Kenapakah mereka dicampakkan ke dunia?

Dengarlah, kata Husniyah, matlamat penciptaan Adam as adalah untuk menjadi khalifah Allah swt di bumi. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada firman Allah swt: “Sesungguhnya Aku (Allah) akan menjadikan kamu Khalifah di muka bumi”. (QS. Al-Baqarah [2]: 30)

Justeru, walaupun sekiranya Adam as tidak melakukan perbuatan memakan buah daripada pokok yang ditentukan, Allah swt pasti akan menurunkannya ke bumi. Perbuatan Adam as memakan buah itu hanya mempercepatkan sesuatu yang tidak dapat dielakkannya, kalau sebaliknya berlaku, baginda as mungkin akan berada di syurga dan menikmati nikmat dalam jangka masa yang lebih lama. Namun demikian, kelebihan ini tidak diperolehi Adam as kerana mengabaikan peringatan Allah swt seperti disebutkan sebelumnya. Walaupun begitu, tidak ada unsur balasan dosa atau azab dengan penurunannya ke bumi oleh Allah swt. Sekiranya Adam as berdosa walau sekecil mana sekalipun, Allah as pasti tidak akan memilih baginda as yang berdosa, untuk menjadi wakil dan Khalifah Allah swt di bumi, suatu hal yang sangat jelas apabila para malaikat dengan sifat mereka telah membuat protes yang lantang di hadapan Allah swt terhadap manusia yang dilantik-Nya sebagai Khalifah. Namun, Allah swt telah menolak rayuan mereka dan mendahulukan Adam as ke atas sekalian malaikat yang semuanya ma‘sumun. Ekoran dari itu, kedudukan manusia berketurunan Adam as lebih utama dan penting berbanding kedudukan malaikat.

Sekarang, beralih kepada persoalan Adam as dan Hawa dicampakkan dari syurga, dan dalam keadaan bertelanjang, aku berikan jaminan kepadamu wahai Ibrahim, bahwa ia bukanlah sama sekali diakibatkan oleh dosa yang dilakukan kedua-duanya. Bahkan sebaliknya, ia adalah dengan ketentuan Allah swt yang bersebab - seperti Allah swt menimpakan kemiskinan dan kesakitan kepada seseorang manusia dengan sesuatu perkara. Seseorang tidak boleh mengandaikan penundukan seperti itu sebagai suatu pembalasan bersifat hukuman.

Ibrahim masih tidak mahu mengalah, Bagaimana pula kamu menilai peristiwa Nabi Nuh as yang mengundang kemurkaan Allah swt kerana kemusnahan umatnya, dan doanya yang dibalas, menyebabkan pen ghinaan kaumnya dengan tenggelam (kaumnya) secara beramai-ramai, tetapi apabila semua urusan tersebut selesai, Nuh as bertaubat atas perbuatannya. Taubatnya sedemikian berat sehin ggakan dia meratap tangis selama 500 tahun, hingga bagind a as dikenali dengan nama Nuh yang dari segi bahasanya bermaksud “orang yang meratap”.

Ketika Husniyah mendengar cerita Ibrahim, dia tertawa sebaik mendengar putarbelit tersebut.

Wahai Ibrahim, katanya, Beritamu tidak selari dengan cerita sebenar dalam al-Qur’an. Inilah yang al-Qur’an sebutkan:

“Mereka berkata: Hai Nuh, sesungguhn ya kamu telah berb antah dengan kami, dan kamu memperpanjang bantahanmu terhadap k ami, maka datangkanlah kep ada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar”. (QS. Hud [11]: 32)

Justeru, kamu lihat bahwa balasan azab atau siksaan adalah sesuatu yang mereka sendiri kehendaki, dan lima (5) abad selepas insiden (kejadian) itu, Nabi Nuh as dikatakan demikian. Berhubung dengan persoalan taubat, terdapat dua faktor yang tidak boleh diketepikan.

Pertama: Sekiranya para pengikut Nuh as adalah golongan muslim, dan baginda as mendoakan mereka ditenggelamkan, perbuatan seumpama itu, dengan sendirinya sudah pasti sesuatu perilaku yang bercanggah sama sekali dengan anjuran agama sedangkan beliau selaku seorang nabi besar sewajarnya merendahkan diri bermohon kepada Allah swt supaya mengubahkan kembali dunia ini, yang tentunya membunuh beribu-ribu orang muslim.

Kedua: Sekiranya para pengikut Nabi Nuh as merupakan kaum bukan muslim, persoalan taubatnya kerana pemusnahan golongan kafir yang merupakan golongan penentang Allah swt tidak timbul. Lihatlah, apa yang al-Qur’an katakan mengenai Nuh as d an Adam as: “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing)”. (QS. Ali ‘Imran [3]: 33)

Kemuliaan ini merupakan bukti paling jelas mengenai kemaksuman (keterpeliharaan) Nuh as, dan ia membuktikan bahwa nabi dan rasul tidak pernah sama sekali melakukan kesalahan dan dosa.



33. Kejahilan Para Khalifah Bani Umaiyyah
Dan, wahai Ibrahim, sambung Husniyah, mengubah nada suara dengan lebih tegas mengenai apa yang ingin dikatakannya. Kebenaran agama itu tidaklah boleh diperkuatkan menerusi penggunaan kata-kata yang kelihatan seolah-olah benar. Aku sudah biasa dan lali mendengar ucapan yang kabur seperti itu daripada seseorang selain daripadamu. Bani Umaiyyah dan para pendokong dan penyokong mereka, sebagai contoh. Mereka dan orang-orang yang terdahulu daripada mereka, biarpun sebenarnya tidak layak sama sekali terhadap jawatan Khilafah dan Imamah, telah merampas jawatan ini menerusi penggunaan kekerasan dan pemaksaan. Lebih dari itu, mereka bertindak dengan cara yang sangat kejam, zalim dan tidak berdasarkan Islam.

Mereka begitu jahil tentang urusan agama dan begitu lemah dalam memahami perintah al-Qur’an. Bolehlah dibayangkan kejahatan dan keburukan mereka ap abila sebahagian daripada mereka biasa mengimamkan (menjadi imam) salat jamaah dalam keadaan mabuk. Memang banyak contoh mengenainya, apabila manusia-manusia seperti ini, mengimamkan salat subuh dalam keadaan mabuk, menunaikan salat itu empat (4) rakaat, walaupun sepatutnya dua (2) rakaat. Sekiranya aku menghitung perbuatan-perbuatan mereka yang amat memalukan itu, dibimbangi aku mungkin menyentuh perasaan para hadirin yang ada di sini. Bagaimanapun, aku terpaksa menambahkan di sini bahwa perbuatan-perbuatan tersebut sangat menyesatkan biarpun nasihat dan kutukan oleh kaum kerabat Rasulullah saw, seperti juga oleh tokoh-tokoh terkemuka dari kalangan sahabat.



34. Bid‘ah bertujuan melindungi perbuatan salah
Mereka inilah orang-orang yang dalam usaha untuk melindungi salahlaku mereka dan para pengikut mereka, telah melakukan bid‘ah dan teori yang disalahfahami bahwa Nabi saw, para nabi dan rasul yang lain melakukan perbuatan salah dan dosa sebagaimana manusia yang lain, iaitu teori seperti yang telah aku tunjukkan dan buktikan menerusi ayat-ayat al- Qur’an yang dengan jelas berlawanan dengan fakta dan kebenaran.

Golongan manusia ini percaya kepada al-Qur’an tetapi hanya secara zahir semata-mata. Selanjutnya, dalam usaha untuk mentafsirkan kandungan al-Qur’an supaya kelihatan sahih, mereka mengada-adakan pemalsuan dan menghubungkannya dengan hadis-hadis palsu. Mereka, dalam zaman tersebut yang tidak berpendidikan dan tidak pula mempunyai kemampuan intelektual yang mencukupi untuk berhujah dalam persoalan itu, mempercayai apa sahaja yang disampaikan dan diikuti mereka.

Dalam keadaan jahil, mereka tidak mungkin mampu membezakan faktor-faktor perasaan seperti tamak di satu sisi, dan akal manusia dan kehendak Ilahi di sisi yang lain, dan bahkan ada yang lain pula menginginkan habuan kedudukan dan kuasa duniawi yang bersifat sementara untuk kekal abadi dalam kebahagiaan di hari Akhirat. Justeru, manusia-manusia seperti inilah yang membayangkan dan mempropagandak an (mendakyahkan) kepercayaan agama yang ganjil dengan cara mengabaikan kepercayaan agama yang sebenarn ya, dengan demikian (mereka) mengikuti jejak langkah nenek-moyang mereka, seperti digambarkan dalam al-Qur’an menerusi kata-kata berikut:

“Bahkan mereka berkata: Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka”. (QS. az-Zukhruf [43]: 22)

Dan wahai Ibrahim, inilah cara bagaimana Allah swt memberikan jawaban kepada mereka, dan ia turut merujuk kepad a dirimu sendiri:

“Ibrahim berkata: Sesungguhnya kamu dan bapa-bapamu berada dalam kesesatan yang nyata”. (QS. al-Anbiya’ [21]: 54)

Masih ada lagi manusia-manusia lain yang berpuashati dengan apa yang diajarkan guru-guru mereka kepada mereka, tanpa perlu mencari kebenaran mereka sendiri dengan cara yang baik dan benar. Mereka jahil akan kepentingan memberikan perhatian terhadap kepercayaan agama yang disampaikan guru-guru secara prinsipnya dan bagaimana pula mereka mengawal diri mereka dalam praktik. Penilaian seseorang seperti ini mungkin dapat membantu mereka meminjam konsep agama yang benar. Setiap orang mendakwa “mereka di jalan yang benar”, tetapi Allah swt berfirman:

“Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing)”. (QS al-Mu’minun [23]: 53)

Sekarang, wahai Ibrahim, daripada pelbagai kepercayaan (akidah) itu hanya ada satu yang benar. Tidak mungkin ada lebih darip ada satu. Patut juga aku sebutkan Nabi saw sehubungan dengan ini, telah memperkatakannya menerusi hadis baginda saw:

“Umatku (muslim) akan berpecah kepada 73 puak (firqah), hanya satu puak (firqah) yang ak an berjaya, dan yang lain akan binasa. Salah satu kumpulan sahabat Nabi yang hadir dalam peristiwa itu bertanya kepada baginda tentang kumpulan yang berjaya (al-firqah al-najiyah). Nabi menjawab: Mereka yang berjaya – adalah kumpulan yang terdiri daripadaku dan Ahl al-Baytku, termasuk juga mereka yang menjadi para pengikutnya”.

Nabi saw juga bersabda dalam peristiwa ini: “Ahl al-Baytku seumpama bahtera Nabi Nuh. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang memusuhinya (iaitu Ahl al-Bayt) akan tenggelam dan binasa”.

Dan tolong perhatikan, wahai Ibrahim iaitu kedua-dua buah hadis yang aku petik itu adalah sahih di sisi umat Islam. Pada hakikatnya, tidak pernah ada keraguan tentang apa yang Nabi saw sabdakan mengenai mazhab atau puak yang mengikuti perintah baginda saw akan mencapai kejayaan. Alasannya mudah sahaja. Terdapat pelbagai perbezaan mengenai perkara-perkara pokok dalam agama daripada pandangan mazhab-mazhab atau puak-puak hinggakan tiada sebuah mazhab atau puak yang benar-benar dapat mendakwa ia satu-satunya mazhab atau puak yang selamat dan berjaya, kecuali mazhab atau puak yang mengikuti jejak langkah Nabi saw dan Ahl al-Bait baginda saw.

Husniyah kelihatan begitu sedih ketika beliau memperlihatkan dirinya dalam persoalan tersebut, kerana apa yang dikatakannya nanti sebenarnya daripada perasaan peribadinya sendiri.

Aku sememangnya tidak takut mati, dan tidak peduli akan kehidupan duniawi yang sementara ini. Hakikatnya, aku sentiasa berdoa kepada Allah swt untuk mati pada jalan-Nya. Oleh itu, aku terpaksa berterus-terang tentang apa yang ingin kukatakan, agar khalifah yang ada dapat tahu akan kebenaran.

Husniyah sudah bersedia menghadapi keadaan tersebut!

Sekarang dengarlah, wahai Ibrahim, sambungnya dalam keadaan tegang tetapi berterus-terang. Kamu kata, sebagaimana golongan terdahulu daripadamu lakukan, bahwa semua baik dan jahat daripada Allah swt, telah ditakdirkan oleh Allah swt, dan bahwa manusia tiada pilihan dalam perkara itu. Dengan berlindung di sebalik doktrin yang tidak masuk dan tidak munasabah ini, kamu cuba menyembun yikan kezaliman di luar batasan para pencipta teori-teori ini terhadap Ahl al-Bait secara terus-menerus. Penindasan melampaui batas yang ditimpakan ke atas mereka as adalah terlalu besar dan terlalu ban yak untuk din yatakan di sini, tetapi aku akan memperingatkan kembali beberapa kejahatan tersebut di sini. Inilah di antaranya:

• Perampasan Imamah dan Khilafah.

• Perampasan harta fadak, milik peribadi yang dianugerahkan kepada Sayyidah Fatimah al-Zahra’ as oleh bapanya, Rasulullah saw sendiri.

• Tindakan kekerasan terhadap anak per empuan R asulullah saw d an beberapa orang sahabat terk emuka tertentu.

• Meracuni Imam al-Hasan as, cucunda k esayangan Rasulullah saw dan anak Ali as.

• Pembunuhan Imam al-Husayn as, yang syahid di Karbala’ bersama-sama dengan 70 orang.

• Penafian hak khumus (1/5) kepada k aum ker abat Rasulullah saw.

• Tindakan memerangi Ali as, sepupu, menantu dan pengganti Rasulullah saw.

• Pembuangan (daerah) Abu Zar al-Ghiffari.

• Penyeksaan jasmani terhadap Abdullah ibn Mas‘ud dan pembakaran al-Qur’an yang disimpannya.

• Pembunuhan ‘Ammar bin Yasir dan beberapa orang sahabat lain.

• Tindakan mengebom (lontaran batu) Ka‘b ah.

• Pembunuhan beramai-ramai kaum muslimin di kota Madinah.

• Pembunuhan ramai kaum kerabat Rasulullah saw

Senarai tersebut boleh diperpanjangkan lagi. Tidak ada penghujung kepada kezaliman, kejahatan dan bid‘ah itu. Dengan memperhatikan semua tindakan dan perbuatan sangat jahat dan kejam menyebabkan beberapa orang sahabat, para pengikut Ahl al-Bayt as dan tokoh-tokoh tertentu yang dibebaskan daripada perhambaan oleh Rasulullah saw, mereka mengutuk dan melaknat para pelakunya secara terbuka mahupun secara tersembunyi. Mereka inilah yang sentiasa mengingatkan para penzalim dan penindas akan perintah Allah swt, akan perintah Rasulullah saw dan pembalasan Hari Kiamat. Namun, para pelaku dosa dan salah tadi, dalam usaha mereka menyelamatkan diri daripada kutukan dan laknat kaum muslimin dan dalam usaha untuk menyembunyikan sifat semulajadi dua orang Shaikhain (merujuk kepada dua orang Khalifah, Abu Bakr dan Umar), juga para kh alifah Bani Umaiyyah yang lain mengambil sikap memalsukan perbuatan dan amalan baru (bid‘ah) seperti taqdir, menetapkan syarat bahwa manusia bukanlah pelaku sebenar akan perbu atann ya sendiri. Mereka menyebarkan kepercayaan bahwa semua perbuatan adalah daripada ketentuan dan kehendak Allah swt, dan Dia (Allah) telah mentakdirkan (menetapkan) setiap perbuatan manusia. Atas dasar akidah atau teori yang disalahfahami ini, mereka meletakkan kesalahan d an dosa kepada nabi dan rasul, dan menuduh mereka dengan pelbagai kepalsuan dalam apa sahaja yang mer eka kehendaki.

Dan kamu, wahai Ibrahim, merupakan salah seorang pengikut kumpulan sesat dan salah itu, dan bertindak sebagai wakil mereka untuk menyebarluaskannya. Sekiranya aku, atau sesiapa yang lain mengatakan bahwa kemaksuman (‘ismah) adalah pra-syarat Nubuwwah (kenabian) atau Imamah (Kepemimpinan), ia adalah kerana terdapat alasan dan hujah yang cukup kuat dan sahih mengenainya, dari segi logik akal mahupun dalil wahyu. Lihatlah bagaimana Allah swt firmankan mengenai persoalan ini:

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “(Dan saya mohon juga) daripada keturunanku”. “Allah berfirman: “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim”. (QS. al-Baqarah [2]: 124)

Justeru, kamu dapat lihat bahwa Allah swt telah menolak orang yang zalim (atau pelaku kejahatan) dalam persoalan Imamah, dan ingatlah, terdapat dua bentuk pelaku dosa dan penjahat:

Pertama: Orang-orang yang melakukan dosa dan salah kepada diri mereka sendiri, Kedua: Orang-orang yang melakuk an dosa dan salah kepada orang lain.

Orang-orang yang tidak termasuk dalam kedua-dua kelompok atau golongan tersebut merupakan manusia yang ma‘sum (terp elihara daripada dosa dan salah). Oleh yang demikian, kemaksuman (‘ismah atau ma‘sum) merupakan syarat awal kepada Imamah, dan Allah swt telah berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu dia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhn ya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. (QS. Luqman [31]: 13)

Justeru, seseorang itu layak menjadi murtad dan orang yang bertaubat tidak patut sama sekali menduduki jawatan Imam. Namun, kamu mengutuk orang-orang yang percaya kepada ajar an-ajaran al-Qur’an sebagai Rafidi dan menganggapkan mereka wajar dihukum dan dibunuh, dengan cara tersebut (kamu) telah menuruti jejak langkah Mu‘awiyah. Biarpun kamu mengatakan bahwa kamu mengikuti Sunnah Nabi saw dan menamakan dirimu semua sebagai Sunni (pengikut Sunnah) – Nabi Muhammad saw. Kamu dengan secara sedar, telah memasukkan para nabi di kalangan golongan kafir dan pelaku dosa dan salah, dan mereka yang tidak menuruti kepercayaanmu pula, kamu memanggil mereka sebagai kafir!

Suara Husniyah ketika mengungkapkan kata-kata tersebut tersekat-sekat diganggu emosi yang tercetus daripada hubungan eratnya dengan Ahl al-Bait as. Beliau kini bersuara pada tingkat kefasihan pengucapan yang tertinggi, dengan menyerang unsur-unsur anti-agama, mengukuhkan penghujahan mengenai kemaksuman dan keistimewaan Ahl al-Bait as. Hujahnya yang ampuh dan mantap, disertai gaya percakapan dan gaya pengucapan yang memikat, memukau Khalifah dan para pegawainya sehingga terpaku kaku dengan menundukkan kepala berhadapan dengan pernyataan kebenaran yang diungkapkan gadis tersebut. Tiada seorang ilmuan mampu berkata-kata u ntuk menjawab hujah gadis itu.



35. Keistimewaan Abu Bakr
Kelihatan Ibrahim yang merasa terhina cuba memecahkan kesunyian itu.

Kamu memang berbicara dengan begitu petah dan handal sekali, katanya menambah, dan kamu juga turut melakukan ejekan yang begitu berat terhadap kebesaran para sahabat dan pengikut mereka dengan membuat cacian pedas terhadap mereka. Kamu wajar mengetahui bahwa kami semua sedar akan penghormatan tinggi terhadap Rasulullah saw dan Ahl al-Bait baginda saw merupakan suatu kewajiban kepada sekalian umat muslim.

Kami tidak berbeza dengan kamu dalam persoalan ini. Namun, kamu juga patut sedar bahwa cinta dan hormat kepada para sahabat, dan kepada para khalifah yang menjadi penggantinya, juga menjadi kewajiban ke atas kita semua, kerana kemuliaan para khalifah mendapat pengakuan dan pengiktirafan ijma‘ ulama bagi kebanyakan kaum muslimin. Secara khusus kepada Abu Bakr, yang Allah swt anggapkan sebagai sahabat Rasulullah saw dalam sepotong ayat mengenai peristiwa Rasulullah saw menyelamatkan diri di gua ketika penghijrahan ke kota Madinah dari kota Makkah. Inilah apa yang diungkapk an ayat al-Ghar yang menyebutkan:

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada dalam gua, pada waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah, dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. at-Taubah [9]: 40)

Sekarang, beritahu kepadaku, wahai Husniyah, adakah ayat ini membuktikan keistimewaan Abu Bakr atau tidak?

Tidak sama sekali, jawab gadis itu, Ayat yang dirujuk ini tidak pernah menganugerahi sebarang keistimewaan kepada Abu Bakr. Sebaliknya ia memperlihatkan kelemahan imannya kepada Nabi saw. Bagaimanapun, beritahu kepadaku, wahai Ibrahim, tentang kebesaran dan keistimewaan yang kamu perkatakan itu.

Kitab suci al-Qur’an telah membicarakan persoalan itu, jawab Ibrahim, Inilah yang disebutkan ayat yang kesembilan daripada surah al-Nisa’ (4) yang dipetik tadi.

Pertama: Persahabatan Abu Bakr bersama-sama dengan Nabi saw sendiri menjelaskan penentanganku. Sekiranya ada orang lain yang boleh dianggap sahabat Rasulullah saw yang sebenar, tentulah Nabi saw membawanya bersama-sama dalam peristiwa itu.

Kedua: Allah swt merujuk kepada Abu Bakr sebagai “sahabat Nabi”.

Ketiga: Kedua-dua, Allah swt dan Nabi saw memberikan jaminan bahwa dia tidak berada dalam bahaya atau berdukacita. Pada hakikatnya, Allah swt telah mententeramkannya dengan firman-Nya: “Allah bersama-sama dengan kita”, cukup terang dan jelas seperti yang dapat dilihat daripada gantinama “kita”, yang merujuk kepada bentuk jamak. Oleh itu, wahai Husniyah, kamu lihatlah bagaimana ayat al-Qur’an ini menunjukkan keistimewaan dan keutamaan Abu Bakr. Sekarang, aku telah jelaskan perkara itu. Aku pasti minda kamu tidak lagi merasa ragu-ragu terhadap keistimewaan dan keutamaan Abu Bakr.



36. Perintah daripada Allah swt
Husniyah tergelak ketawa melihat cara Ibrahim mengambil mudah penyelesaian masalah itu.

Sekarang dengarlah apa yang aku akan katakan mengenainya, beritahu Husniyah kepada Ibrahim. Ayat ini tidak memberikan petunjuk tentang sebarang keutamaan apa pun. Tiada seorang pun yang berfikiran waras dapat mempercayainya. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam ayat yang dirujuk itu tidak pernah membuktikan keutamaan sesiapa. Kamu ternyata salah dalam dakwaan pertamamu bahwa Nabi saw lebih mendahulukan atau mengutamakan untuk membawa Abu Bakr bersama-sama dengannya kerana Abu Bakr, sahabat Nabi saw yang lebih utama. Aku katakan demikian mengikut kategori, dan sesiapa yang melindungi kepercayaan seperti itu adalah bersalah kerana melakukan sesuatu yang tidak benar sama sekali.

Sekarang, marilah aku jelaskan seluruh cerita itu dalam gambarannya yang sebenar. Kenyataannya adalah malaikat Jibril as telah datang kepada Nabi saw dan mewahyukan: Beberapa orang kafir akan datang kepadamu dengan niat untuk membunuhmu. Oleh itu, berilah peringatan kepada sahabatmu agar tidak meninggalkan rumah mereka dan keluar pada malam itu. Ini per intah Allah saw yang menyuruhmu saw meminta saudaramu, Ali as untuk tidur di katilmu. Orang yang menyintaimu lebih daripada dia menyintai nyawanya sendiri, itulah Ali bin Abi Talib as. Selepas berbuat demikian, kamu teruslah menuju ke sebuah gua yang ditentukan dengan beberapa ketentuan atau syarat.

Ketika malam menjelang, Nabi saw memanggil sahabat-sahabat baginda dan memberitahu mereka: Sesiapapun di kalangan sahabatku tidak boleh keluar daripada rumah mereka malam ini. Ini peringatan daripada Allah swt. Tatkala mendengar perkara ini, semua sahabat balik ke rumah mereka masing-masing.



37. Ali as pada malam Nabi saw berhijrah
Nabi saw kemudian berpaling kepada Ali as dan berkata: Aku telah diperintahkan oleh Allah swt agar menyuruhmu tidur di katilku sebagai menggantikan tempatku supaya aku boleh keluar dari kota Mekah dan pergi ke gua tertentu, dengan selamat daripada bahaya yang dihadapkan oleh golongan kafir.

Apabila Ali as terdengar kata-kata tersebut, beliau as merasa sangat gembira. Dengan penuh kasih sayang, beliau as memberitahu Nabi saw bahwa beliau as bersedia mempertaruhkan nyawanya kerana baginda saw dan Allah swt, biarpun sekiranya beliau as mempunyai seribu nyawa. Walaupun usianya masih muda, beliau as tidak pernah sama sekali merasa runsing mengenai perkara yang bakal terjadi.

Nabi saw begitu terharu dan tersentuh dengan tindakbalas oleh Ali as dan terus memeluknya dengan penuh kasih sayang, dan mengusapnya dengan air mata yang berlinangan, mengucapkan selamat tinggal sambil mengatakan: Aku memohon perlindungan Allah swt ke atasmu. Moga-moga Allah swt memeliharamu.



38. Abu Bakr mengingkari perintah
Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Ali as, Nabi saw menyuruhnya tidur di tempatnya dan meninggalkannya. Belum pun sempat baginda saw menuju ke arah jalan tersebut, baginda saw merasa seseorang mengekori jejak langkahnya. Nabi saw kemudian berhenti berjalan dalam kegelapan malam itu. Ketika orang yang mengikutinya semakin dekat dengannya, baginda saw mengenalinya dan dialah Abu Bakr.

Tidakkah kamu tahu perintah Allah swt, yang melarang sesiapapun meninggalkan rumah mereka? Kenapakah kamu mengingkari perintah ini? Tegur Nabi saw.

Aku risau akan keselamatanmu, jawab Abu Bakr. Aku tidak mungkin membiarkanmu dalam bahaya, sedangkan aku pula selamat berada di dalam rumahku.

Nabi saw sekarang benar-benar bimbang, kerana baginda saw tidak diperintahkan oleh Allah swt pergi ke gua dengan berteman. Pada ketika baginda saw berfikir tentang apa yang perlu dilakukan, malaikat Jibril as datang kepadanya dan berkata:

Demi Allah, wahai Nabi! Sekiran ya kamu membiarkannya (Abu Bakr) bersendirian di sini, golongan k afir akan pasti menangk ap dan membunuhnya.

Dengan demikian, Nabi saw dalam keadaan terpaksa, membawa Abu Bakr bersama-sama dengan baginda saw ke gua. Jelaslah kepadamu, wahai Ibrahim, bahwa dengan mengikuti Nabi saw ke gua, Abu Bakr telah bertindak menentang perintah Allah swt. Apa yang aku katakan ini dibuktikan oleh Ijma‘ ulama mengenainya, iaitu Nabi saw membawa Abu Bakr bersama-sama dengannya secara terpaksa, kalau tidak, dia akan dibunuh oleh orang-orang kafir dan Nabi saw tidak mahu melihat ia berlaku.



39. Abu Bakr menemani Nabi saw: Kenapa?
Dan ingatlah, wahai Ibrahim, bahwa Allah swt telahpun memaklumkan Nabi saw tentang peranan Abu Bakr dan teman-temannya yang akan dilakukan mereka selepas kewafatan baginda saw. Tambahan pula, melihat kepada kedudukan Abu Bakr yang tidak boleh dipercayai, Nabi saw beranggapan adalah patut membawanya bersama-sama. Dalam hal ini, Nabi saw diberikan petunjuk oleh ayat al-Qur’an yang men yebutkan:

“Mereka mengatakan sesuatu dengan mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka”. (QS. Ali ‘Imran [3]: 167)



40. Persahabatan diperjelaskan
Dan wahai Ibrahim, ini bukanlah satu-satun ya ayat yang meramalkan perpecahan pada masa hadapan. Terdapat beberapa ayat lain. Justeru, kamu dapat lihat wahai Ibrahim, Nabi Muhammad saw tidak memerlukan sesiapa sebagai teman atau sekutu. Baginda saw sendiri telah ditemani Allah swt, dan berkaitan den gan persahabatan ini pula, malaikat Jibril as sendiri merup akan temannya selama-lamanya. Ini dibuktikan oleh ayat ini:

“Dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya”. (QS. at-Taubah (9): 40.

Dan mengenai kenyataanmu bahwa Allah swt telah menganggap Abu Bakr sebagai Sahib al-Rasul, kamu patut faham bahwa perkara ini, iaitu Sahib tidak mempunyai sebarang keutamaan atau keistimewaan dalam bahasa Arab. Maksud yang terbaik bagi perkataan itu adalah “sahabat atau teman” dan Abu Bakr secara bersendirian menyertai Nabi saw tidak mengurniakan sebarang keistimewaan kepadanya, khususnya kerana keadaannya bersama-sama Nabi saw tidak dapat menghalangi sebarang keburukan daripada menimpanya.

Abu Bakr tidak pernah berjuang menentang musuh-musuh Islam dan tidak pula pernah berkerjasama dengan Nabi saw menentang mereka. Sekiranya dia telah melakukannya, tentulah kenyataan tersebut disebut dalam sejarah, sebagaimana usaha orang-orang yang lain juga. Namun, kita dapati tiada kekuatan mengenai Abu Bakr yang seumpama itu tercatat dalam lipatan sejarah. Aku juga patut memberitahumu, wahai Ibrahim bahwa orang kafir juga turut disebutkan sebagai Sahib Mu’ min dalam al-Qur’an. Contohnya seperti berikut:

“Kawannya (yang mu’min) berkata kepadanya sedang dia bercakap-cakap dengannya: “Apakah kamu kafir dengan (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian daripada setitis air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang lelaki yang sempurna”. (QS. al-Kahfi [18]: 37)

Dalam ayat ini pula, perkataan Sahib disebutkan:

“Kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras”. (QS. Saba’ [34]: 46)

Dan di tempat yan g lain pula, kamu akan dapati ayat ini:

“Teman mereka (Muhammad) tidak berpenyakit gila. Dia (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan”. (QS. al-A‘raf [7]: 184)

Demikianlah juga, dalam kisah yang berkaitan dengan Nabi Yusuf as, disebutkan bahwa ketika dua orang kafir meninggalkan penjara yang juga dihuni Nabi Yusuf as, Nabi Yusuf as menggelarkan mereka sebagai: “Wahai sahabat sepenjaraku”. (QS. Yusuf [12]: 39, 41). Terdapat beberapa ayat al-Qu r’an lain, didapati perkataan Sahib itu digunakan dengan maksud tidak lain daripada pengertian teman, kawan atau sahabat.

Aku, sesungguhnya terkejut, wahai Ibrahim kerana kamu mendasarkan hujahmu kepada perkataan yang begitu lemah seperti sahib. Sekiranya perkataan ini mempunyai kepentingan yang begitu besar, sudah tentu sahabat yang kafir bersama-sama dengan Nabi Yusuf as dalam penjara, patut dilihat sebagai mempunyai keistimewaan yang besar, dan begitulah juga dengan anjing yang menemani para sahabat nabi di gua (dalam kejadian yang lain), sahabat Nabi Nuh as merupakan seorang wanita kafir, dan baginda as membenarkannya menyertain ya. Demikianlah juga, Nabi Lut as mempunyai wanita kafir sebagai isteri yang tentunya menikmati keistimewaan bersama-sama dengan Nabi as. Dengarlah, bahkan seekor keldai turut dirujuk sebagai Sahib (sahabat), sebagaimana dapat dilihat dengan jelas daripada kata-kata Arab yang popular yang menyebutkan demikian.

Dengan memperhatikan semua kenyataan itu, kebesaran atau keutamaan yang mana satukah ingin disifatkan kepada Abu Bakr?

Husniyah sedang cuba mematahkan semua hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim, satu demi satu. Apa sahaja yan g beliau sebutkan disokong dengan fakta sejarah dan juga ayat-ayat al- Qur’an.



41. Kebimbangan Abu Bakr dalam gua
Sekarang, aku akan menjawab dakwaanmu yang ketiga, kata Husniyah. Kamu mengatakan Nabi saw begitu prihatin dengan kegusaran atau kerisauan yang dihadapi Abu Bakr, dan pula Nabi saw mententeramkannya. Sekarang, dengarlah wahai Ibrahim, keadaan perasaan gementar Abu Bakr semasa bersama-sama dengan Nabi saw adalah akibat daripada kelemahan iman dan sifatnya yang sememangnya penakut. Sekarang, aku ingin bertanya: Adakah sifat gementar Abu Bakr itu suatu sifat orang bertaqwa, atau adakah dia memang bersalah kerana merasa takut dan bimbang ketika bersama-sama dengan Nabi saw?

Ibrahim tidak mengucap kan sesuatu sebagai jawaban kepada pertanyaan gadis itu. Dia sendiri takut akan bentuk pertanyaan yang dihadapkan kepadanya oleh Husniyah.

Lihatlah, wahai Ibrahim, sambung Husniyah, Sekiranya perasaan gementar dan takut Abu Bakr sebagai perbuatan atau sifat taqwa kepada Allah swt, tentulah kamu sepatutnya tahu bahwa Nabi saw telah mempersalahkannya dengan kata-kata baginda saw: Kita memohon perlindungan Allah swt daripada keadaan seperti itu. Bagaimana mungkin mana-mana nabi akan menegah seseorang daripada sifat ketaqwaan kepada Allah swt? Di satu pihak lagi, sekiranya Abu Bakr memang benar-benar bersalah dengan perasaan ketakutannya itu ketika bersama-sama dengan Nabi saw, kamu sepatutnya menerima kenyataan bahwa ketakutan Abu Bakr itu adalah disebabkan kekurangan imannya. Oleh yang demikian, bagaimana mungkin kelemahan dan keraguan dilihat sebagai unsur-unsur keistimewaan. Selain dari itu, kamu juga sepatutnya mengakui bahwa Rasulullah saw merupakan penyeru dan penyuruh kepada ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah swt. Baginda saw bukanlah seorang yang menggalakkan, apatah lagi menghargai sesuatu yang salah. Baginda saw tidak mungkin sama sekali akan menegah seseorang daripada bertaqwa kepada Allah swt.

Marilah aku jelaskan kepadamu, wahai Ibrahim, iaitu ketakutan Abu Bakr memperlihatkan kekurangan sifat kesabarannya. Ia turut membuktikan bahwa dia tidak mempercayai ajaran tentang taqdir. Ia juga menunjukkan bahwa dia tidak mempunyai keyakinan terhadap apa yang Rasulullah saw telah beritahu kepadanya. Ini dapat dilihat dengan jelas, daripada keterangan bahwa Rasulullah saw telahpun memberikan arahan kepadanya tentang arah dan tempat yang baginda saw akan tujui kerana apabila baginda saw memberitahunya bahwa baginda saw akan pergi ke sebuah gua sebagaimana perintah Allah swt, dan mereka sepenuhnya selamat daripada sebarang malapetaka di sana.

Apa yang aku tanyakan, adalah kewajaran dalam kata-katamu bahwa Abu Bakr begitu “dekat dan hampir” kepada Nabi saw semata-mata kerana dia, kebetulan berada bersama-sama dengan Nabi saw di gua, sedangkan Abu Bakr sendiri mulai merasa gementar dan tidak sabar, mengetahui sepenuhnya bahwa Nabi saw telah pergi ke gua yang ditetapkan itu dengan perintah Allah swt, dan dengan sebab itu, baginda saw sebenarnya selamat daripada musuh-musuhnya? Perlakuan takut dan suara rungutan Abu Bakr sudah pasti membahayakan Rasulullah saw.

Jelaslah, tingkah laku Abu Bakr dalam gua boleh diandaikan sebagai suatu pemberitahuan kepada musuh-musuh mengenai kedudukan Rasulullah saw. Namun, Allah swt mengeluarkan perintah sebaliknya. Allah swt merupakan pelindung Rasulullah saw. Tolonglah faham, wahai Ibrahim, sekiranya Abu Bakr mempunyai keimanan yang penuh terhadap Rasulullah saw, Allah swt tentulah tidak akan menyebabkannya digigit ular di dalam gua itu. Bahkan sebaliknya Allah swt akan memeliharanya seperti dia menjaga Nabi saw daripada para musuh yang kafir itu, biarpun kenyataannya sekumpulan besar pencari telah melakukan pengeledahan di sekeliling gua itu, dan turut sama mengesan jejak tapak kaki Nabi saw d i atas tanah di kawasan itu, yang membawa mereka terus ke muka gua tersebut.




7
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

42. Allah swt bersama-sama dengan orang-orang kafir
Keutamaan lain yang kamu sebutkan mengenai Abu Bakr adalah seperti kata-kata Nabi saw kepadanya: “Allah bersama-sama dengan kita”, yang memperlihatkan bahwa gantinama “kita” termasuklah Nabi saw dan Abu Bakr, walaupun sebenarnya itu bukanlah hakikatnya. Walau bagaimanapun, biarpun sekiranya Abu Bakr turut dimasukkan dalam perkataan tersebut, apakah pentingnya keistimewaan itu kepadan ya? Dengan hanya semata-mata dihitung sebagai seorang tokoh tidaklah bererti apa-apa, kerana sud ah jelas daripada ayat al-Qur’ an ini:

“Tiada pembicaraan rahasia di antara tiga orang, melainkan Allah Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (QS. al-Mujadalah [58]: 7)

Ayat ini dipakai kepada semua, termasuk orang kafir, yahudi, muslim yang hakiki dan juga murtad. Namun demikian, apakah keistimewaan khusus boleh Abu Bakr dakwa daripada keterangan ini? Tidak, wahai Ibrahim. Marilah aku tunjukkan suatu kiasan tentang sebu ah masjid – sebuah tempat 1000 kali lebih suci daripada sebuah gua. Nabi saw dalam seluruh gamb aran, berkumpul di masjid, bersama-sama dengan semua yang lain termasuk muslim, murtad dan bahkan orang kafir. Apakah keistimewaan yang bakal diperolehi seseorang terutama bagi yang b erada bersama-sama baginda saw di masjid?

Biarlah aku terangkan kepadamu dengan lebih jelas. Ambillah contoh, seseorang membawa binatang-binatang seperti kuda, unta dan keldai. Disebabkan takut tertinggal dan dirompak, dia bermohon perlindungan di beberapa tempat atau di sesuatu lembah bersama-sama dengan binatang peliharaannya itu, dengan berkata: “Tuhan bersama-sama dengan kita dan akan melindungi kita di sini”. Bagaimanakah binatang-binatang yang menyertainya di situ mendapat keistimewaan untuk diri mereka?

Khalifah Harun kelihatan begitu terpegun dengan kenyataan yang menarik dan mudah yang diperlihatkan oleh Husniyah untuk menundukkan lawannya. Dia ketawa dengan kuat mendengar penerangan gadis itu yang begitu mudah, biarpun ternyata dia merupakan seorang yang sangat prejudis dan berprasangka buruk terutama apabila ia melibatkan Ahl al-Bait as. Bahkan, dia mempunyai perasaan permusuhan yang mendalam terhadap mereka, tetapi Allah swt telah melembutkan hatinya terhadap Husniyah, hamba perempuan itu sehinggakan sekiranya kalaulah dia tidak bimbang akan orang ramai, sudah tentu dia bersegera turun daripada kerusinya dan mencium tangan dan kaki gadis itu sebagai tanda penghormatan kerana kehebatan pemikiran dan kefasihan kata-katanya.



43. Ketenangan (sakinah) bukanlah untuk Abu Bakr
Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya (sakinah) kepada (Muhammad), dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak lihat.

Oleh yang demikian, perhatikanlah bahwa ketika menerima wahyu Ilahi dalam bentuk pujian dengan sendirinya merupakan suatu keistimewaan yang sangat besar, apatah lagi dalam bentuk mufrad (bilangan tunggal) ditujukan secara khusus kepada Nabi Muhammad saw seorang sahaja. Sebagai lawannya, gantinama “kita” yang digunakan dalam ayat terdahulu dalam bentuk jamak (bilangan ramai), gantinama ini tidak memberikan pen gertian yang besar dan penting, tetapi ayat yang aku baru sahaja petik, berbentuk gantinama mufrad (tunggal) mengukuhkan kenyataan bahwa bukan Abu Bakr yang dimaksudkan seben arnya. Sekir anya demikian, tentulah ayat itu berbu nyi seperti ini:

“Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya (sakinah) kepada (Muhammad)”. (QS. at-Taubah [9]: 40)



44. Ketenangan untuk golongan Mu’minin
Cara penyampaian adalah dalam bentuk jamak bukannya dalam bentuk mufrad (tunggal) dalam kata-kata tersebut, dan ingatlah juga, wahai Ibrahim, bahwa Allah swt dalam kitab-Nya telah menyebutkan bahwa Dia swt mewahyukan ayat ketenangan (sakinah) seperti itu kepada Nabi saw dalam dua kejadian atau peristiwa.

Pertama: Ayat ini berhubung dengan peristiwa di gua, dan Kedua: Dalam peristiwa Perang Hunayn ketika golongan tentera muslim kalah, yang mengakibatkan Abu Bakr, Umar, Usman dan majoriti sahabat melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka, dengan membiarkan Nabi saw yang kemudian dikepung tentera musuh. Semuanya mengambil langkah seribu, kecuali Amir al-Mu’minin Ali as dan 73 orang sahabat yang mempunyai keimanan yang teguh dan kukuh. Merekalah yang teguh bertahan di pusat kawalan masing-masing dengan penuh keberanian, dan terus menahan asakan musuh dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Dalam peristiwa inilah, Allah swt telah mewahyukan ayat ketenangan (sakinah) seumpama ini kepada Nabi saw:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu’minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunayn, iaitu di waktu kamu menjadi congkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan (sakinah) kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman”. (QS. at-Taubah [9]: 25-26)

?engan memperh atikan ayat ini, jelaslah bahwa ketenangan Ilahi dimaksudkan hanya kepada golon gan mu’min (sebenarnya) dan bukan kepada yang lain. Kamu lupa, wahai Ibrahim, bah awa ayat keten angan (sakinah) diwah yukan sebagai penghormatan kepada golongan mu’minin yang tetap bertahan di sisi Nabi saw pada hari Perang Hunayn, sedan gkan dalam peristiwa di gua, tiada seorang mu’min pun bersama-sama dengan Nabi saw. kecuali Abu Bakr seorang sahaja. Oleh yang demikian, apa yang dikatakan dalam ayat itu adalah semata-mata ini:

“Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya (sakinah) kepada (Muhammad)”. (QS. at-Taubah [9]: 40)

Tidak ada sesuatupun yang disebutkan mengenai Abu Bakr. Sekiranya dia termasuk dalam wahyu Ilahi itu, ayat itu tentulah berakhir dengan ‘alay-hima (kepada mereka berdua) dalam bentuk jamak. Justeru, kamu dapat perhatikan bahwa ayat al-Ghar (ayat mengenai gua) tidak memberikan manfaat dan kebaikan apa pun kepada Abu Bakr.



45. Ayat Pujian kepada Ali as pada malam Isra’ Rasulullah saw
Wahai Ibrahim, kamu begitu menyanjung tinggi Abu Bakr sehingga sanggup menolak keimanannya. Pernyataan pujian dan penghormatanmu yang lain, dengan menyifatkan kebaikan yang begitu besar kepada tokoh-tokoh yang dipertikaikan, mengangkatkan kedudukan bahkan orang kafir dan tokoh-tokoh sebelum mereka, sebaliknya kamu melupakan Ali as yang telah mempertaruhkan nyawanya demi kerana Rasulullah saw dengan tidur di atas katil baginda saw pada malam yang penuh tragedi semasa penghijrahan ke kota Madinah. Bahkan Allah swt begitu menyanjung tinggi pengorbanan yang dilakukan Ali as sehingga Dia swt berfirman kepada para malaikat, dengan keterangan: “Wahai para malaikatku! Aku jadikan kamu semua bersaudara di antara satu dengan yang lain. Adakah sesiapa di antara kamu yang bersedia mengorbankan nyawanya kepada saudaranya yang lain”.

Tiada seorang pun para malaikat membalas pertanyaan Allah swt. Justeru kemudian Allah swt mengarahkan mereka pergi dan lihat sendiri bagaimana Ali ibn Abi Talib as sedang menggadaikan nyawanya demi saudaranya (Nabi saw). Berikutan dengan itu, para malaikat mulai turun ke bumi dalam kumpulan, dan memperolehi penghormatan dengan melihat Ali as dan menyampaikan salam mereka dan rahmat Allah swt ke atasnya. Malaikat Jibril dan Mika’il – dua malaikat yang terkenal diwakilkan oleh Allah swt memerhatikan Ali as, seorang berdiri di kepala di hadapan katil manakala seorang lagi di belakang.

Dikatakan oleh Abdullah bin Abbas bahwa Isma‘il as telah bersetuju dengan rela hati untuk disembelih oleh Ibr ahim as, biarpun kenyataannya bahwa baginda as sendiri seorang nabi. Isma‘il as turut mengetahui bahwa baginda as tidak pernah melakukan kesalahan untuk melayakkannya disembelih. Begitulah juga, Amir al-Mu’minin Ali as juga bersedia mempertaruhkan nyawanya terhadap orang-orang kafir, yang tidak beriman dan yang sentiasa mencari kesempatan untuk mendatangkan mudarat atau bahaya kepada Nabi saw. Demikian juga, mereka turut merupakan musuh utama Ali as. Dalam keadaan persekitaran seperti inilah, Ali as menyokong dan mendokong Nabi saw dengan menggadaikan nyawanya, dan ayat ini diwahyukan kepada Nabi saw sebagai pujian kepada Ali as pada malam Rasulullah saw diisra’kan:

“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya”. (QS. Al-Baqarah [2]: 207)

Semua peristiwa ini direkodkan dalam kitab-kitab yang diterima dan diakui sahih oleh mazhabmu sendiri, wahai Ibrahim. Kenapakah kamu tidak mahu mengakui kenyataan tersebut? Semua kitab sejarah membicarakan perkara yang sama tentang malam penghijrahan Nabi saw. Mereka semuanya memberitahu kita bagaimana Ali as mengambil tempat di katil Nabi saw pada malam itu dalam usaha untuk membantu baginda saw dengan menggadaikan nyawanya sendiri, tentang bagaimana beliau as menggantikan tempat Nabi saw di atas katil itu, tentang bagaimana beliau as bertindak sebagai pembantunya menjaga urusan rumah tangga Rasulullah saw selepas Rasulullah saw berada di kota Madinah, tentang bagaimana beliau as berjaya membawa kaum wanita dan peralatan rumah bersama-sama dengannya dari kota Makkah ke kota Madinah, tentang para musuh memintas jalannya dalam perjalanan bertujuan dengan niat membunuhnya, tentang para musuh yang tidak berani mendatangkan ancaman bahaya kepada mereka, dan tentang bagaimana beliau as akhirnya men giringi setiap orang kepada Rasulullah saw dengan selamat dan sejahtera.

Sekiranya ada orang lain yang boleh dikatakan seorang Muhajir, sudah tentulah dia memperolehi semua kebaikan yang aku kemukakan sebentar tadi. Oleh itu, apabila Ali as menggantikan diri baginda Muhammad saw di atas katilnya, dan turut bertindak sebagai wakil baginda saw membawa surah Bara’ah, kenapakah Ali as tidak boleh menjadi khalifah dan wakil Nabi saw selepas baginda saw? Kamu sepatutnya sedar, wahai Ibrahim, bahwa Abu Bakr bersama-sama dengan Nabi saw di gua, dan kerana dia bersama-sama Nabi saw, dia telah dapat pergi ke kota Madinah dengan selamat. “Dia tidak diajak bersama Nabi saw”. Kamu tidak sewajarnya mengatakan orang sepertinya sebagai Muhajir, kerana inilah kenyataan yang Allah swt sebutkan tentang Muhajir yang sebenar:

“Barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nesaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksud), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah, dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS. an-Nisa’ [4]: 100)

Khalifah Harun al-Rashid, yang mendengar pembicaraan Husniyah dengan perhatian yang teliti dan rapi sehingga sampai ke peringkat ini, kelihatan begitu yakin tentang keampuhan hujah gadis tersebut. Hakikatnya, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan kagumnya itu. Dia memanggil menterinya, Yahya ke sisinya dan berkata: Gadis ini nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kebenaran Imamah Ali ibn Abi Talib as. Alangkah baiknya, sekiranya dia termasuk dalam mazhab kita! Aku pasti merasa gembira mengambilnya sebagai isteriku.

Walau apapun mazhabnya, balas Yahya, Tanpa ragu-ragu lagi, beliau memang layak mendapat penghormatan dan penghargaan.



46. Adakah Kalam Allah qadim, azali, abadi
Khalifah kemudian berpaling kepada Ibrahim, sambil berkata: Sekarang, barulah aku benar-benar tahu akan kebenaran tentang persoalan taqdir dan ayat berkaitan gua itu.

Kini, aku ingin bertanya apa yang dapat kamu katakan mengenai al-Qur’an. Adakah ia hadis (baru wujud) ataupun qadim (telah wujud sejak azali)? Aku bertanya demikian kerana aku mahu men enangkan jiwaku mengenai persoalan ini.

Ibrahim duduk, sambil menundukkan kepalanya akur dengan kekalahan yang ditimpakan oleh gadis itu kepadanya.

Kenapakah kamu tidak bercakap? kata Yahya, yang menyedari kebisuan Ibrahim yang terus berpanjangan.

Baiklah, mulai Ibrahim dengan panjang lebar, Kepercayaanku adalah bahwa al-Qur’an telah wujud dari sejak azali lagi kerana, ia diwahyukan tanpa tulisan dan tanpa bunyi yang didengari (kecuali oleh Nabi saw). Kalam merupakan salah satu sifat Allah swt yang sentiasa bersama-sama den gan-Nya, manakala sifat-sifat Allah pula qadim (kekal abadi). Justeru, kedudukan perkataan al-Qur’an itu merupakan suatu testimoni atau petunjuk mengenai kedudukannya sebagai Kalam Allah. Dengan demikian, kami percaya bahwa Allah swt mempunyai al-Qur’an sejak azali sebelum diciptakan makhluk-makhluk yang lain.

Kata-kata Ibrahim itu sama sekali tidak menyakinkan Khalifah. Khalifah Harun al-Rashid sebaliknya berpaling daripada Ibrahim dengan perasaan kecewa yang diperlihatkannya secara spontan, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada seseorang tokoh pemikir besar.

Dan apa pula yang dapat kamu katakan mengenai persoalan ini, wahai Husniyah? Tanya Khalifah kepada gadis itu.

Husniyah, bersiap-sedia terhadap semua persoalan, memberikan isyarat dengan menghadap ke arah Ibr ahim, dan mulai mengemukakan keterangannya tentang isu tersebut.

Seperti yang kamu ketahui wahai Ibrahim, katanya, Orang-orang kristian mempertahankan 3 unsur wujud (oknum), yang dengan jelas ditolak oleh Allah swt dalam firman-Nya:

“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain daripada Tuhan Yang Maha Esa”. (QS. al-Ma’idah [5]: 73)

Doktrin atau ajaran Triniti sebagaimana ia dikenali, mengandungi tiga dasar – (Bapa, Anak dan Ruh al-Qudus). Masing-masing mewakili Tuhan, Jesus dan Malaikat Jibril. Golongan kristian mengatakan bahwa sekiranya ketiga-tiganya tidak diakui dan diterima sebagai qadim, lalu konsep ketuhanan itu adalah dusta, sedangkan kamu pula para pengikut al-Asy‘ari mempercayai bahwa terdapat sembilan (9) dasar, prinsip, teras dan akidah yang asasi, iaitu:

1. Wujud.

2. Qudrah.

3. Iradah.

4. ‘Ilm.

5. Kalam.

6. Sama‘.

7. Basar.

8. Hakim.

9. Hayat.

Kamu menganggap semuanya sebagai wujud yang bersifat qadim. Kepercayaanmu terbukti tiga (3) kali ganda lebih tidak bertuhan menurut keterangan al-Qur’an, dan kamu melebihi dan mengatasi golongan kristian dengan enam (6) sifat tambahan lain dalam akidah yang menyeleweng itu, dan wahai Ibrahim, bagaimanakah mungkin Tuhan dikatakan suatu wujud (entiti) yang sedemikian rupa? Aku katakan demikian kerana dalam pandangan Ahl al-Bait as dan semua orang yang bijaksana, kata-kata yang tertulis dalam kitab-kitab hanyalah merupakan suatu penyusunan kata-kata. Kami percaya bahwa Allah Maha Kuasa, dan Dia swt boleh menjadikan sesuatu kalimah itu tertulis ataupun pengucapan lisan untuk menjamin seseorang ataupun sesiapa dari kalangan manusia.

Dengan kepercayaan seperti inilah, Allah swt disebutkan sebagai (Tuhan Yang Maha Berkata-kata) Mutakallim. Adalah suatu yang diterima umum bahwa Kalam adalah sesuatu yang terdiri daripada perkataan dan bunyi, bermula dan berakhir dengan perkataan tertentu kerana sesuatu yang ada mula dan akhir, tidak lain dan tidak bukan adalah suatu wujud yang baru. Tambahan pula, semua bentuk tegahan, larangan dan hukum adalah perkembangan yang datang kemudian, kerana ad alah tidak mungkin kebenaran atau tegahan terhadap sesuatu yang tidak pernah wujud terdahulu diberikan. Seseorang tidak dapat menerima atau menolak sesuatu yang tidak pernah wujud. Dalam persoalan al-Qur’an, ia merupakan mu‘jizat Nabi Muhammad saw, baginda saw merupakan tanda dan alamatnya. Justeru, bagaimana mungkin mu‘jizat yang baginda saw perolehi dalam hidupnya merupakan sesuatu yang qadim? Inilah yang dijelaskan Allah swt ketika Dia swt berfirman:

“Maka hendaklah mereka mendatangkan kalimat yang semisal al-Qur’an itu jika mereka orang-orang yang benar”. (QS. ath-Thur [52]: 34)

Di sini, kalimah hadis dalam teks Arab bermaksud “baru”, dan sesuatu yang baru muncul tidak boleh dikatakan qadim dan azali. Hadis merupakan lawan kepada perkataan qadim yang bermaksud “sedia ada”. Demikianlah juga pada tempat yang lain, Allah swt berfirman:

“Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Qur’an pun yang baru (diturunkan) daripada Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main”. (QS. al-Anbiya’ [21]: 2)

Di sini, perkataan Arab iaitu zikr merujuk kepada al-Qur’an, seperti dijelaskan dalam ayat ini:

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”. (QS. al-Hijr [15]: 9)

Sebagaimana aku telah sebutkan, dua keadaan atau bentuk wujud, iaitu yang asal (sedia ada) dan yang baru adalah dua kalimah yang saling bertentangan, dan dengan sebab itu, kedua-duanya tidak boleh wujud bersama-sama pada satu masa yang sama. Sekiranya al-Qur’an dianggap qadim (sedia ada), justeru semua silsilah kenabian, wali dan orang-orang yang salih, juga semua para pelaku dosa, kafir dan juga munafiq di dalam al-Qur’an secar a serentak adalah qadim (sedia ada).

Husniyah berhenti sekejap seolah-olah sedang cuba mengingati sesuatu yang Ibrahim telah sebutkan.

Dan, ya, beliau memulainya kembali, setelah teringat semula hujah itu, Kamu mengatakan bahwa Allah swt telah mengeluarkan perintah dan larangan bahkan sebelum Dia swt ciptakan segala sesuatu. Bagaimanakah pula dapat kamu jelaskan ayat-ayat ini yang Allah swt firmankan:

“Wahai orang-orang yang beriman!”

“Wahai orang-orang yang memelihara!”

“Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah!”

“Wahai orang-orang yang beriman, jan ganlah kamu masuk rumah Nabi!”

Marilah aku kiaskan atau bandingkan perkara ini untukmu, hai Ibrahim. Sekiranya seseorang duduk bersendirian di rumahnya dan mula menjerit: Wahai Salim dan Ghanim, berdirilah; wahai Qabil dan Maqbol, duduklah; dan seseorang lalu bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia sedang panggil, lalu orang itu tadi berkata: Aku berniat untuk membeli beberapa orang hamba selepas 30 tahun. Aku akan menamakan mereka sebagai Salim, Ghanim, Qabil dan Maqbol. Aku akan memanggil mereka dengan nama-nama tersebut supaya mereka datang kepadaku! Sekarang, sesiapa sahaja yang berfikiran waras dan siuman akan mengatakan bahwa orang itu tadi yang memanggil orang-orang yang masih belum wujud itu supaya datang kepadanya terdiri daripada sama ada orang bodoh atau orang gila. Justeru itu, hai Ibrahim, bagaimana mungkin kamu atau seseorang [seumpama kamu] menyifatkan perbuatan yang bodoh dan gila kepada Tuhan?

Husniyah, dengan perumpamaan dan gambaran yang cukup jelas telah sekali lagi mencelikkan mata mereka – kali ini dengan begitu hebat hingga Khalifah Harun al-Rashid memerintahkan para pengawal istana membawa sedulang penuh emas dan menaburkannya ke atas gadis yang cukup luarbiasa sebagai suatu bentuk pujian dan penghormatan di atas kehebatan daya intelektualnya. Sesiapa sahaja yang hadir di situ termasuk para anggota kenamaan dan bangsawan negara, menghujani pelbagai bentuk penghargaan mereka terhadap Husniyah. Kebanyakan raja dan pemerintah negara bersekutu yang hadir ke kota Baghdad semata-mata bertujuan untuk mendengar perdebatan ini merupakan para penyanjung Ahl al-Bait as, tetapi kerana takut kepada Khalifah Harun al-Rashid yang berketurunan Bani Abbas, mereka tidak berani menyatakan kecenderungan mazhab mereka. Jauh di dalam lubuk hati mereka, bagaimanapun, mereka berdoa dan mengharapkan cabaran Husniyah menghasilkan natijah dan keputusan yang memberangsangkan. Setiap orang yang berada dalam perhimpunan atau majlis itu begitu kagum dengan kehandalan dan kehebatan, ketegasan dan kefasihan berpidato gadis itu.

Bagi para sarjana dan pemikir mazhab yang lain, kebanyakannya terduduk diam kaku membisu kerana tewas dan kecundang dengan kepala mereka tunduk ke bawah sebagai tanda kalah, khususnya Ibrahim yang duduk di singgahsana emas di raja dengan tanda suram dan mengalah yang kelihatan jelas pada wajahnya.

Menyedari kesan ucapannya kepada Khalifah dan para hadirin sekalian, Husniyah meneruskan kata-katanya:

Wahai Ibrahim, dia membuka semula, Kamu merupakan tokoh yang paling terkemuka pada masa kini, dan aku hanya seorang hamba perempuan, tidak berdaya dan berseorangan, yang ditangkap dan diculik oleh orang-orang kafir dan dibeli dengan sejumlah bayar an oleh tuan aku, Khawaja yang hadir dalam majlis ini. Beliaulah yang memberikanku pendidikan selepas membeliku, dan menunjukkan jalan Islam yang lurus kepadaku. Begitulah aku bernasib baik mendapat kemuliaan menganuti Islam yang sebenar d an dapat mengenali Allah swt, memahami Nabi (saw) dan juga Imamku.

Aku, bagaimanapun masih mempunyai beberapa persoalan tertentu dalam benak fikiranku agar aku mendapat penjelasan daripadamu bukan dengan maksud menghina ataupun mengujimu, tetapi semata-mata untuk mententeramkan jiwaku. Lantaran itu, tolonglah penuhi sifat in gin tahuku ini agar aku terus dapat menyanjungimu dan pada akhirnya dapat berkhidmat kepadamu. Oleh itu, wahai Ibrahim beritahukanlah kepadaku apakah yang kamu fikirkan tentang perkara ini: Ketika seorang bayi dilahirkan, dia (lelaki atau perempuan) bukanlah seorang Yahudi atau Nasrani, Muslim atau kafir, bukan juga Syi‘ah atau Sunni. Oleh itu, kedua-dua ibu bapanyalah yang mendidik dan membentuk anak-anak mereka menjadi Muslim, Mulhid, Yahudi ataupun Majusi, dan kamu juga sepatutnya tahu bahwa seseorang yang mempunyai kepercayaan (keimanan) yang p alsu tidak mungkin dapat mengelakkan diri daripada dua k edudukan secara pilihan sama ada:

Pertama: Dia membayangkan kepercayaannya (keimanan) sebagai benar dan berpegang kuat dengannya. Kedua: Dengan mengetahui kepercayaann ya (keimanan) itu salah, dia menyembunyikan kepalsuannya dengan cara penipuan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikuti kepercayaannya den gan penuh ketaqwaan.

Tempat yang ditetapkan kepada kedua-duanya adalah neraka. Justeru, hari ini aku akan bertanya kepadamu beberapa persoalan, dan kamu mesti menjawabnya tanpa takut dan tanpa memihak, dan ingatlah bahwa dengan rahmat Allah swt, aku telah beriman sepenuhnya kepada agama Nabi saw dan para Imam as seperti yang telah aku sebutkan terdahulu. Aku benar-benar faham apa itu al-Sirat (titian menyeberangi neraka, lebarnya selebar rerambut, dan tajamnya setajam mata pedang), Haud al-Kauthar (sebuah telaga di syurga), Nar dan Jannah (syurga dan neraka). Aku juga benar-benar faham apa yang dimaksudkan mu’min dan kafir. Bagaimanapun, aku bingung tentang beberapa perkara yang menyebabkan perbezaan pendapat. Oleh itu, aku berusaha mencari kebenaran tentang persoalan tersebut. Aku, dengan jayanya telah membalas dan menjawab tidak kurang daripada 80 soalan daripada pihakmu. Aku harap kamu akan mampu melenyapkan segala keraguanku, agar aku dapat membuat kesimpulan mengenainya.




8
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

47. Kebenaran tentang hadis
Sebagaimana kamu ketahui, hai Ibrahim selepas pengakuan tentang Allah, Nabi dan Imam, Salat, Saum, Khums dan Zakat, Hajj, Jihad, Amr bi’l-Ma‘ruf membentuk asas dan dasar Islam. Berikutan dengan itu, aku bersalat dan berpuasa sebaik yang mungkin, dan aku berharap dengan perhatian khusus oleh Khalifah pada masa ini, aku dapat mengeluarkan sejumlah sumbangan sadaqah kepada orang tertentu. Kemudian, dengan rahmat Allah swt, aku dapat melaksanakan kewajiban menunaikan hajj di kota Makkah, dan jihad yang merupakan salah satu ibadah yang dituntut, menjadi kewajiban ke atasku. Sekiran ya seseorang berniat untuk menghina kepercayaan agamaku, aku mesti menentangnya.

Kamu juga tahu bahwa Jihad yang bermaksud berperang menentang musuh dengan senjata dan peralatan perang, tidak terpakai kepadaku kerana aku seorang wanita. Aku tidak perlu menghunuskan pedang atau tombak untuk tujuan tersebut. Lidah dengan kekuatan bicara memadai bagiku untuk mempertahankan kebenaran. Aku ingin memberitahumu, wahai Ibrahim, bahwa aku bersedia menerima tugasan yang diserahkan kepadaku dengan segala kesukaran seperti mengadakan perjalanan ke kota Makkah untuk menunaikan haji, memberikan sadaqah kepada orang miskin, berpuasa pada musim panas yang penuh cubaan, berwudu’ dengan air dalam musim sejuk, dan bersalat lima kali setiap hari tepat pada masanya.

Aku telah mengambil tanggungjawab ini bagi diriku dan semuanya adalah demi mengetahui kebenaran tentang pengganti Allah swt dan agama. Apa yang aku tidak tahu adalah bagaimana dan dengan kaedah apakah aku dapat melakukannya dengan penuh ketaatan. Aku bukanlah seorang yang terpelajar untuk membezakan yang benar dan yang sebaliknya. Aku tidaklah begitu prihatin tentang rumah Allah. Aku bukanlah seorang yang secara peribadinya mengetahui sekiranya Rasulullah saw menerima wahyu. Aku tidaklah begitu yakin tentang kesucian perwatakan dan kebenaran Rasulullah saw.

Oleh itu, aku rasa adalah sia-sia melakukan semua perbuatan yang bersusah payah berkenaan salat, puasa, sadaqah, mengadakan perjalanan ke tanah Arab dan sebagainya. Apakah kebaikan yang boleh aku rasai dengan perintah-perintah itu sedangkan pada hakikatnya orang-orang selepas Nabi saw telah merampas kesucian Khilafah (pemerintahan) sebagaimana diisyaratkan oleh baginda saw, membunuh beribu-ribu orang lelaki, wanita dan kanak-kanak, merampas harta benda mereka dan menimpakan pelbagai bentuk perbuatan melampaui batas terhadap ahli keluarga dan kaum kerabat Nabi saw tetapi terlepas daripada hukuman dalam proses tersebut, juga pada masa yang sama mendakwa merekalah toko h-tokoh yang terkemuka dalam Islam, dan dihormati seluruh kaum muslimin.

Bukan itu sahaja, merekabahkan dianggap sebagai para wakil Nabi saw hari ini. Aku tidak tahu sesuatu tentang perbezaan dan kepercayaan seperti ini. Oleh yang demikian, berhati-hatilah kerana orang alim seperti kamulah yang Allah saw nanti akan pertanggungjawabkan kerana tidak mengilmukan makhluk-Nya tentang perkara-perkara penting tersebut. Pada hari ini, kamu merupakan seorang tokoh yang paling disegani pada pandangan orang ramai di kalangan mazhab Sunni, dan kamu jugalah pemimpin agama dan pemberi petunjuk kepada sekalian orang.

Sekarang, tolonglah beritahu kepadaku sekiranya ia memang wajar dan dapat diterima akal atau tidak untuk melaknat dan mengutuk orang-orang yang kerana kepentingan harta benda dan sosial bersifat duniawi telah mengambil sikap prejudis (prasangka), buruk dan permusuhan serta bertindak berlawanan dengan perintah Allah swt dan Rasul-Nya untuk mencapai motif-motif peribadi?

Ibrahim, ulama terkenal pada masa itu kelu lidah mendengar kata-kata wanita yang tulus dan tanpa gentar. Dia duduk di sana di atas kerusi yang hebat dengan kepala tunduk malu ke bawah. Para penonton juga dalam keadaan terpaku sambil mereka memandang kosong ke arah Khalifah Harun al-Rasyid, yang juga turut duduk di dalam keadaan yang termangu-mangu.

Jawablah kepadaku, mohon Husniyah dengan nada mendesak. Beritahukanlah kepadaku jika seseorang berusaha mencari kebenaran tentang ahadis (hadis-hadis Nabi Muhammad saw), adakah pencarian kebenaran itu digerakkan oleh keinginan [hati] untuk mencapai kebahagiaan dan hidayah Allah swt atau adakah ia diilhamkan kerana ganjaran wang dan menjamin keterikutan untuk kepentingan seseorang, ataupun adakah ia untuk kedua-dua tujuan itu sekaligus? Ibrahim tidak dapat mencari kata-kata untuk membalasnya sebagai jawapan kepada soalan terbuka daripada gadis itu. Dia merasa sangat gusar dengan kesan yang tersembunyi daripada soalan Husniyah hingga dia fikir adalah lebih baik baginya mendiamkan diri sahaja, tetapi gadis itu tidak mengenal belas kasihan. Beliau terus bertanya:

Beritahukanlah kepadaku, wahai Ibrahim, dia memaksa Ibrahim lagi, Sekiranya aku mempunyai kesukaran dan kesilapan tertentu tentang agama, ke manakah harus aku pergi, dan kepada siapakah harus aku dekati untuk menjelaskannya? Hari ini, aku melihat ramai ulama dan cendekiawan hadir dalam pertemuan ini. Sebahagian mereka telah datang ke sini dari tempat yang jauh seperti ‘Iraq, Syria, Makkah dan Yathrib. Namun begitu, aku merasa sungguh menyesal untuk mengatakan bahwa tiada seorang pun yang sanggup tampil ke hadapan untuk menjawab soalan-soalanku.

Namun, tiada seorang pun bertindak, dan suasana diam dan senyap sunyi itu menimbulkan persekitaran dan atmosfera yang gelisah. Abu Yusuf, seorang Qadi terkenal dari Baghdad mempertaruhkan diri untuk memecahkan kesunyian yang berpanjangan itu.

Wahai Husniyah, katanya, Persoalan-persoalanmu bukanlah didorong oleh sebarang unsur mencari penyelesaian atau pencerahan ilmu, bahkan lebih dari itu, ia penuh dengan celaan dan kritikan. Bagaimanapun, tanyalah aku apa yang kamu ingin tahu?

Terima kasih, kata Husniyah sambil meneruskan apa yang hendak dikatakan: Aku terdengar beberapa buah hadis Nabi saw, aku sendiri telah pelajari tafsir an al-Qur’an, sumber-sumber yang dikaitkan kepada Amir al-Mu’minin Ali as, Imam al-Hasan as, Imam al-Husayn as, Salman, Abu Dhar, Miqdad dan ‘Ammar bin Yasir. Terdapat beberapa sumber berautoriti yang bercakap menentang mereka. Kamu juga menentang mereka, dan menyifatkan kepalsuan kepada mereka. Kamu turut mengutuk dan mencela mereka yang mengikuti golongan tersebut. Begitu banyak hadis yang dipetik mazhab kamu sendiri dilaporkan oleh tok oh-tokoh seperti Mu‘awiyah, ‘Amru ibn ‘As, Anas bin Malik, ‘A’isyah dan seumpama mereka.

Sekarang, seperti yang kamu sedia ketahui, seorang manusia biasa terdiri daripada campuran semua jenis. Sebahagian adalah benar, sebahagian tidak, sebahagian pendusta, sebahagian luarbiasa, sebahagian biasa-biasa sahaja. Sebahagian mempunyai personaliti yang pelbagai ragam. Sebahagian mempunyai ingatan yang kuat manakala sebahagian yang lain pula ragu-ragu. Kepelbagaian tabii dua kategori manusia (satu bahagian dikepalai Ali as dan yang lain oleh Mu‘awiyah dan lain-lain) begitu jelas kelihatan antara satu dengan yan g lain. Ia tidak memerlukan sebarang komen.

Justeru sekarang, dalam keadaan ini, tolonglah beritahu kepadaku yang mana satukah di antara kedua-dua kumpulan tersebut berdusta dan membohongi Rasulullah saw? Siapakah yang mensahihkan dan mengesahkan hadis-hadis itu sebagai dalil dan menggunapakainya? Siapakah yang mentafsirkan kandungan al-Qur’an menurut taakulan atau penerimaan ini? Jawapannya tidaklah terlalu jauh dan sukar untuk dicari, kerana Nabi Muhammad saw telah bersabda:



48. Kategori perawi hadis
Hadis-hadis daripadaku diriwayatkan oleh empat jenis manusia. Tiada yang kelima dalam kategori ini. Lantas, orang ramai bertanya kepada Nabi saw tentang empat jenis atau kategori itu dan baginda saw menjawab dengan bersabda:



49. Kumpulan Pertama
Kategori pertama diwakili oleh orang-orang munafik yang berpura-pura beriman dalam Islam dan memperlihatkan dirinya sebagai seorang muslim, tetapi pada hakikatnya dia tidak mempedulikan Allah swt, dia sedikit pun tidak mempunyai sikap teragak-agak menghina Allah swt dan Rasul-Nya saw. Justeru, sekiranya seseorang berada di khalayak umat Islam dan dengan sengaja pula membuat tuduhan terhadapku, dia bukanlah seseorang yan g boleh dipercayai sama sekali.

Bagaimanapun, sebahagian manusia mempertahankan bahawa orang yang disebutkan itu, merujuk kepada kategori yang telah dinyatakan, mempunyai kemuliaan kerana dia turut bersama-sama Rasulullah saw. Dia pernah melihat Rasulullah saw dan telah mendengar Nabi saw mengucapkan sesuatu. Oleh itu, mereka mengatakan bahwa apa yang dikatakannya hendaklah diterima dan dipercayai, dengan menolak dan mengenepikan sejarah latar belakangnya. Mereka kelihatan jahil mengenai sikap dan perwatak an berpura-pura orang tersebut, sebagaimana yang digambarkan dalam al-Qur’an men genai kaum munafiqun:

“Apabila kamu melihat mereka gementar jasadmu, dan sekiranya mereka berkata-kata, kamu mendengar perkataan mereka”. (QS. al-Munafiqun [63]: 4)

Justeru, kamu dapat perhatikan bahwa Nabi saw sendiri bahkan tidak begitu mengenali golongan munafik. Bagaimana mungkin orang lain boleh melakukannya? Oleh itu, wahai Ibrahim, apa yang berlaku adalah orang ramai menerima apa yan g dia katakan, tanpa men genali dirin ya tentang siapa sebenarnya dirinya. Dia dihormati sebagai pemerintah kaum muslimin, dan orang ramai taat kepadanya seolah -olah mereka mentaati seorang raja yang sah. Namun begitu, orang yang Allah swt lindungi tidak akan menerima dirinya dalam keadaann ya seperti itu ataupun mentaatinya.



50. Kumpulan Kedua
Bagaimanapun, ini merupakan salah satu daripada empat kumpulan manusia yang disebutkan di atas. Kumpulan kedua para perawi hadis merupakan orang-orang yang mendengar Nabi saw mengucapkan sesuatu perkara dan menghafalnya. Seterusnya, dia berbuat salah ketika mengeluarkan atau men yampaikan hadis itu atau terlupa sebahagian atau pun seluruhnya ker ana sesiapa pun jua kecuali orang yang ma‘sum boleh terlupa dan tersalah. Orang-orang seperti itu bukanlah secara sengaja tersalah menghaf az hadis Nabi saw. Dia hanya mengungkapkann ya daripada ingatan dengan cara yang salah. Sekiranya seseorang memberitahu orang lain tentang hadis berkenaan yan g dia tersalah hafaz dan mengatakan bahwa dia sendiri telah mendengarnya daripada Nabi saw secara peribadi, dan turut melakukannya seperti itu, apabila umat Islam mendapat tahu bahwa hadis ini diriwayatkan secara tersalah, mereka hendaklah tidak mempercayainya sebagai benar, bahkan para perawi yang lain, tidak sepatutnya memetiknya.



51. Kumpulan Ketiga
Dan kini, wahai Ibrahim, dengarlah mengenai kumpulan ketiga. Kumpulan ini digambarkan menerusi seseorang yang secara peribadi telah mendengar Nabi saw melarang sesuatu perkara dengan baik. Namun, Nabi saw akhirnya telah membatalkan apa yang telah dilarangnya itu, dan orang tersebut tidak hadir di situ tatkala Nabi saw membatalkan perintah tersebut. Justeru itu, orang ini telah mendengar sebahagian hadis yang melarang (sesuatu), tetapi tertinggal sebahagian lagi daripada persoalan sama, yang telah men ghapusk an perintah pertama. Justeru, sekiranya seseorang itu mengetahui pembatalan Nabi saw terhadap perintah terdahulu, sudah tentulah dia tidak menceritakan hadis itu sama sekali. Begitu juga, sekiranya umat Islam mengetahui bahwa hadis tersebut telah dibatalkan, dihapuskan atau dinasakhkan, mereka pasti tidak akan menerimanya.



52. Kumpulan Keempat
Dan dalam kumpulan keempat, mengenai seseorang yang tidak pernah salah meriwayatkan hadis kerana takut akan Allah swt dan kerana penghormatannya kepada Nabi saw. Dia tidak pernah salah atau terlupa mengenai mana-mana bahagian hadis yang dia riwayatkan. Dia menceritakannya dengan kata-kata dan dalam bentuk yang sama sebagaimana dia mendengar Nabi saw bersabda. Dia tidak pernah membuangkan atau menambahkan sesuatu daripada dirinya. Dialah seorang yang dapat membezakan apa yang benar dan sebaliknya, kerana terdapat beberapa kesamaran atau kekaburan dalam al-Qur’an yang Allah swt sebutkan mengenainya:

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (QS. Al-Hasyr [59]: 7)

Oleh itu, beritahulah kepadaku, wahai Ibrahim, apakah yang perlu seseorang lakukan sekiranya dia berada dalam keraguan tentang maksud sebenar sesuatu perintah Allah swt dan Nabi saw? Beritahukanlah kepadaku sekarang, yang mana satukah kumpulan itu yang harus aku ikuti? Kebenaran tafsiran siapakah yang harus aku terima sebagai sahih? Patutkah seseorang mengikuti orang-orang tertentu yang kesucian keturunan dan perwatakan mereka telah Allah swt sendiri jelaskan dalam ayat ini:

“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu, hai Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (QS. Al-Ahzab [33]: 33)

Dan mentaati petunjuk salah seorang yang berada di sisi Nabi saw sejak dari awal kenabian baginda saw hingga ke akhir hayat baginda saw, atau adakah lebih baik mengikuti apa yang orang awam (biasa) katakan?

Husniyah membuat permulaan terhadap hujah-hujah yang bersifat kritis dan tidak memihak. Dengan meninggikan suaranya untuk menegaskan apa yang dia ingin katakan, dia menyambung penghujahannya:

Kamu tentu tahu, wahai Ibrahim bah awa tiada seorang sahabat Nabi saw pun yang berani mencelah d an mempersoalkan Nabi saw dengan pertanyaan akan sesuatu. Mereka juga tidak dapat mendorong diri mereka untuk mendapatkan maklumat tentang setiap sesuatu kerana Allah swt telah melarang mereka berbuat demikian kerana alasan dan sebab yang dijelaskan dalam ayat ini:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakannya pada waktu al-Qur’an itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” (QS. Al-Ma’idah [5]: 101)

Sebaik sahaja ayat ini diwahyukan, para sahabat telah berhenti menanyakan persoalan-persoalan untuk mencari maklumat daripada Nabi saw, walaupun dalam hati, mereka berharap agar ada seseorang badwi akan datang dan mengemukakan pelbagai persoalan kepada Nabi saw supaya mereka dapat mendengar jawapan baginda saw dan memuaskan perasaan ingin tahu mereka.

Diriwayatkan oleh tuan dan waliku, al-Imam Ja‘far al-Sadiq as yang mendengarnya daripada moyangnya, Ali bin al-Husayn as, yang men dengarnya pula daripada bapanya bahwa Amir al-Mu’minin Ali ibn Abi Talib as memberitahu Salman al-Farisi:



53. Ali as Mengetahui Wahyu Yang Diturunkan kepada Nabi saw
“Wahai Salman! Aku biasa bersama-sama Nabi saw bersendirian sekali setiap malam, ketika aku selalunya berbicara tentang perkara-perkara rahasia dengan baginda saw dan mengetahui rahasia daripada baginda saw. Begitu juga, sekali dalam setiap hari aku akan berada bersama-sama dengan baginda saw secara bersendirian, pada ketika aku biasanya menjawab apa sahaja yang baginda saw tanyakan. Semua sahabat Nabi saw mengetahui pertemuan berasingan ini, dan mereka juga tahu bahwa tiada seorang pun kecuali aku dapat menemuinya seperti itu. Nabi saw juga tidak menganggap seseorang yang lain sebagai pemegang amanah atau kepercayaan kecuali aku; dan tidak ada seorang pun selain aku berani berkongsi khalwah Nabi saw, yang begitu kerap sek ali berlaku di rumahku.”

“Ketika aku biasanya pergi kepada baginda saw dalam beberapa keadaan sewaktu baginda saw berada di salah sebuah rumah baginda saw, baginda saw selalunya meminta para isteri baginda saw meninggalkan kami bersendirian tanpa ada sesiapa di sisi kami. Dalam keadaan seperti itu, aku biasanya menanyakan baginda saw persoalan yang tiada seorang pun kecuali Nabi saw yang mampu menjawabnya; dan baginda saw pasti menjawab pertanyaanku dengan cara yang sangat sopan dan penuh kasih sayang. Malaikat Jibril as biasanya berbicara dengan Nabi saw dengan kehadiranku; dan tiada sesuatu pun yang Nabi saw rahasiakan daripadaku.

Aku akan mendengar semua yang baginda saw katakan. Ini merupakan suatu keistimewaan yang tidak dimiliki mana-mana sahabat sekalipun. Hanya aku seorang sahaja yang diberikan kemuliaan ini. Ketika aku menghabiskan semua pertanyaanku, Nabi saw pula memulakan sesuatu yang baru daripadanya pula. Oleh itu, tiada satupun wahyu yang rahasianya tidak aku ketahui, dan tidak pula ada rahasia dalam apa keadaan sekalipun yan g aku tidak sedari. Dengan demikian, Nabi saw memberitahuku semua perkhabaran dan larangan, baik dan buruk, kebaikan dan kejahatan dan segala sesuatu yang lepas dan yang akan datang.

Baginda saw menjelaskan segala- galan ya kepadaku dan menuliskan segala sesuatu yang baginda saw ketahui. Perkara ini aku pelihara dalam bentuk tulisan. Baginda saw turut memberikan penjelasan kepadaku dengan penerangan yang terperinci dan membuat pengkelasan semua perkara yang baginda saw sampaikan kepadaku, dan mendedahkan implikasinya secara zahir mahupun yang tersembunyi. Aku menghafaznya secara berkekalan.



54. Kepercayaan [Akidah] dua buah kumpulan
Kini, wahai Ibrahim, lanjut Husniyah lagi, Aku telah banyak berbicara mengenai hadis dan para perawinya, sekarang aku ingin bertanya dan juga memberitahumu sesuatu tentang kepercayaan agama (akidah) kedua-dua buah kumpulan yang telah aku gambarkan, agar dapat diketahui umum mana satu kumpulan itu benar dan yang mana pula salah.

Untuk memulakannya, kamu sewajarnya tahu bahwa Ahl al-Bait as dan para pengikut mereka (golongan Syi‘ah) percaya bahwa Allah Maha Mengetahui secara mutlak, Maha Adil dan Maha Suci. Mereka percaya bahwa Allah swt merupakan Tuhan Pencipta langit dan bumi dan segala sesuatu di dalam dan di antara kedua-duanya. Penciptaan asal manusia daripada segumpal tanah; proses hubungan jantina meneruskan bangsa manusia yang dikurniai kekuatan ruh dan jasad, tubuh dan anggota, dan peruntukan rezeki daripada makanan, minuman, pakaian dan institusi perkahwinan, semuanya itu amat penting dalam kehidupan dan perekonomian seseorang manusia; anugerah akal yang sangat istimewa dan kekuatan fizikal atau jasmani amat penting dalam proses men genali Allah swt dan melakukan ketaatan dan ibadat kepada-Nya; mengetahui perutusan nubuwwah para nabi, kemaksuman mereka, para wakil dan pengganti mereka; penurunan wahyu suci, pelaksanaan undang-undang syariah, takrifan baik dan buruk; kebaikan salat dan ketaatan; syurga dan neraka, balasan baik dan balasan jahat; dan penilaian kehidupan yang kekal abadi di Hari Kiamat – kesemuanya adalah manifestasi Maha Besar Allah swt untuk disebutkan sebagai contoh.

Golongan Syi‘ah juga percaya bahwa perbuatan atau amalan jahat tidak boleh disifatkan kepada Allah swt, dan bahwa setiap sesuatu yang Dia swt lakukan mempunyai hikmah, maslahah [kepentingan] dan rahmat di dalamnya. Mereka juga percaya bahwa Allah swt bukanlah Tuhan yang zalim, dan bahwa Dia swt tidak pernah memaksakan seseorang pun menderita kesakitan yang tidak mampu ditanggungnya. Kesakitan adalah sesuatu yang berada dalam kekuasaan dan kemampuan diri seseorang untuk dielakkan. Ia bukanlah dipaksakan ke atas seseorang kecuali oleh orang-orang yang zalim. Mereka juga percaya bahwa Allah swt membalas kebaikan kepada pelaku kebaikan, dan menghukum azab kepada pelaku dosa; dan bahwa perintah dan larangan-Nya swt merupakan sesuatu yang akan diberitahu kelak kerana adalah mustahil sekiranya terdapat peraturan mengenai sesuatu yang tidak wujud sama sekali, dan Dia (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu yang manusia tidak berkuasa.

Golongan Syi‘ah turut percaya bahwa Allah swt tidak membenarkan kekufuran dan keingkaran seseorang terhadap-Nya. Kekufuran dan perbuatan buruk seseorang bukanlah dikehendaki Allah swt; Dia swt tidak pernah sedikit pun melakukan pemaksaan. Sekiranya seseorang benar dan ikhlas mentaati-Nya, Dia swt akan memberikan ganjaran kepada manusia melebihi kadar ketaatan yang dia layak perolehi.

Mereka juga percaya bahwa tiada mata manusia dapat melihat Allah swt dalam bentuk terang-terangan (fizikal); mereka menganggap persepsi atau pendapat seperti itu mustahil sama sekali. Golongan Syi‘ah juga percaya bahwa semua nabi dan rasul merupakan manusia yang ma‘sum dan bebas daripada segala bentuk dosa dan salah, besar atau kecil; dan bahwa mereka mempunyai akal yang tidak pernah salah. Mereka juga berpegang teguh dengan kepercayaan (akidah) bahwa semua nabi, rasul dan para pengganti mereka dipilih dan dilantik oleh Allah swt; dan tidak ada seorang nabi pun pernah melantik wakil atau pengganti mereka tanpa persetujuan Allah (SWT). Begitu juga tidak pernah ada mana-mana bangsa daripada mana-mana mazhab atau aliran bagi memilih pengganti kepada par a nabi merek a sendiri. Mereka ju ga percaya bahwa tiada nabi yang wafat tanpa menetapkan pewarisnya sebagaimana yang diperintahkan Allah swt. Mereka juga b erpegang dengan penuh keyakin an akan kepercayaan berikut:

• Bahwa semua pengganti nabi dan rasul merupakan manusia yang ma‘sum terpelihara dan bebas daripada kesalahan manusiawi;

• Bahwa Nabi kita, Muhammad saw merupakan Nabi teragung dan paling mulia daripada sekalian nabi dan rasul;

• Bahwa pengganti (baginda saw) yang ditetapkan Allah swt adalah Ali (bin Abi Talib) al-Murtada as. Ayat-ayat al-Qur’an menjadi saksi ken yataan ini. Nabi saw telah mengisytiharkan Ali ibn Abi Talib as sebagai Khalifah dan Imam selepas baginda saw, sebagaimana diperintahkan Allah swt untuk melakukannya di Ghadir Khum, mempertahankan persetujuan semua pengikutnya:

• Bahwa terdapat dua b elas (Khalifah) Pengganti Nabi, semuanya ma‘sumun, dan bebas daripada kesalahan manusia, sebagaiman a dibuktikan dalam al-Qur’an;

• Bahwa semua Imam tersebut memperlihatkan mu‘jizat, dan merupakan orang-orang yang dirujuki ayat-ayat al-Qu r’an, dan kerana itu, kebijaksanaan dan keilmuan mereka adalah berasaskan wahyu ketuhanan, melepasi semua batasan ilmu sastera dan sains;

• Bahwa tiada seorang pun, sama ada lawan atau kawan mereka, dapat menyangkal kesucian akhlak, perwatakan dan keturunan, keilmuan dan kebijaksanaan mereka, kemurahan dan kedermawanan, keberanian dan pencapaian keluarbiasaan, ketaqwaan dan kekerabatan dengan Nabi saw; dan maqam mereka merupakan pusat kebajikan bagi orang-orang yang memerlukan;

• Bahwa para pendokong Ahl al-Bayt adalah orang-orang yang benar dan terjamin keselamatan mereka, seperti yang dijelaskan oleh Allah swt;

• Bahwa lawan -lawan mereka adalah orang-oran g yang dilaknati dan kafir;

• Bahwa Imam merupakan seseorang yang ma‘sum secara mutlak dan diisytiharkan demikian oleh Allah swt sendiri. Terdapat banyak kitab dan bahkan keterangan kitab suci menjelaskan perkara ini, berdasarkan logika yang murni;

• Bahwa sebarang tafsiran kandungan al-Qur’an yang bercanggah dengan ruh perintah al-Qur’an adalah terbatal dan tidak boleh dengan demikian diterimapakai;

• Bahwa Syi‘ah tidak pernah menerima tafsiran al-Qur’an yang dikemukakan oleh seseorang yang ingkar kepada Allah swt dan yang jahat;

• Bahwa mereka sentiasa mengekalkan kebersihan tubuh badan mereka dan tidak mengambil wudu’ atau mandi tanpa men gucapkan niat kerana sesuatu tujuan.

Dengan mengatakan demikian, Husniyah memalingkan perhatiannya kepada Abu Yusuf yang merupakan seorang pelajar yang terkenal dan murid kepada tokoh ulama Sunni terkemuka, Abu Hanifah al-Nu‘man al-Kufi.

Kami tidak melakukan wudu’ dengan air yang najis, dia memberitahunya, dan juga, kami tidak membasuh muka kami dengan kedua-dua belah tangan, kerana Nabi saw telah memberikan penjelasan menerusi kata-katanya, bahwa tangan kanan adalah untuk membersihkan muka dan tangan, manakala tangan kiri adalah bertujuan membasuh bahagian sulit pada badan. Kami tidak melakukan isyarat secara simbolik dengan membasuh tengkok dan telinga semasa wudu’ (mash). Kami menganggap perbuatan itu sebagai bid‘ah, dan tidak pernah mengakui kesahihan salat tanpa mengucapkan niat untuk tujuan itu; kami juga tidak meninggalkan kata-kata pembuka “Bismillah”. Sebelu m membaca surah al-Fatihah, dan kami tidak pernah membaca terjemahan sur ah al-Fatihah dalam bahasa Parsi dan kerana mengulangi bacaan itu, kami tidak pernah mengatakan “bersetuju dengan apa yang dikatakan” (seperti sebelumnya).

Kami melakukan gerak tubuh badan yang lain seperti sujud, ruku‘, Qiyam dan Qu‘ud dalam bentuk yang telah ditetapkan oleh Nabi saw, Ahl al-Bayt as baginda dan beberapa orang sahabat yang terkemuka.

Dan dengarlah, wahai Ibrahim, lanjut gadis itu ketika gelak ketawa telah mulai reda, Kami tidak pernah menganggap makan daging arnab itu halal kerana ia binatang yang mempunyai haid. Demikianlah juga kami tidak pernah menganggap kulit anjing dan bahagian-bahagian anggota sulit yang lain itu tidak najis. Kami menganggap arak (khamr) itu haram, begitu juga semua jenis permainan seperti catur dan bentuk-bentuk perjudian yang lain, kerana ia telah dinyatakan dalam wahyu Ilahi dengan jelas samalah seperti yang diarahkan oleh Nabi saw send iri. Begitu juga persetubuhan sejenis adalah haram, kedua-dua pelaku dalam perbuatan itu layak dijatuhi hukuman mati. Demikianlah juga dengan muzik daripada sebarang bentuk peralatan. Kami juga tidak melakukan salat yang diimamkan oleh seseorang yang mempunyai akhlak yang tidak mentaati Allah swt; kami tidak mengiktiraf seseorang seperti itu sebagai berkelayakan untuk memimpin salat jama‘ah. Kami berimamkan seseorang yang adil dan berkelayakan untuk tujuan tersebut. Kami tidak membatalkan kesucian mut‘ah al-hajj dan mut‘ah al-nisa’ hanya semata-mata kerana “seseorang” itu membatalkan atau menolaknya (Di sini ia merujuk kepada Umar ibn al-Khattab) yang telah membatalkan perintah Allah swt tersebut).

Kini, Husniyah berpaling ke arah Syafi‘i dan berkata: Kami tidak mengiktiraf kesahihah perkahwinan seseorang dengan anak perempuannya sendiri yang lahir daripada cara yang tidak halal, dan kami juga tidak berpegang kepada pendapat bahwa seseorang anak boleh berada dalam rahim ibunya selama empat (4) tahun.

Syafi‘i merasa begitu marah dengan ken yataan Husniyah yang lantang itu, kerana berdasarkan keputusan mazhabnya, semua kehend ak memang boleh diterima.

Dan, sambung Husniyah lagi, para ulama Syi‘ah tidak pernah mengesahkan perbuatan seseorang lelaki mengahwini ibu atau adik perempuannya sendiri, kerana dengan berbuat demikian melayakkannya dihukum. Mereka juga tidak mengatakan bahwa adalah dibenarkan kepada seseorang menutupi kemaluannya dengan sekeping kain dan melakukan hubungan jenis (seks) dengan ibu atau adik perempuannya pada ketika dalam musafir ke Ka‘bah. Begitulah juga, mereka tidak pernah mempercayai bahwa perbuatan homoseks tidak akan dihukum, dan juga mereka tidak melakukan perbuatan Qiyas (memperbandingkan sesuatu), kerana mereka kekal dengan pendapat bahwa orang yang pertama melakukann ya adalah syaitan yang mengatakan:

“Allah berfirman: Apakah yang men gh alangimu untuk bersujud (kepada Adam) pad a waktu Aku men yuruhmu? Jawab iblis: Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya daripada api sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah”. (QS. al-A‘raf [7]: 12)

Dan seseorang lain yang bertindak berdasarkan qiyas adalah Abu Hanifah, dan kamu sendiri, juga, wahai Abu Yusuf; kami tidak pernah percaya bahwa keselamatan kami dan para Imam k ami, dipengaruhi atau ditentukan dengan iradat Allah swt. Sebaliknya, kami percaya bahwa mazhab kami telah diberikan jaminan keselamatannya. Kami penuh percaya bahwa para Imam kami adalah ma`sumun, dan akan memberikan syafaat kepada orang-orang yang ikhlas kepada mereka. Seperti yang diperintahkan Allah swt dan diarahkan oleh Rasulullah saw, kami anggap lawan-lawan kami sebagai orang-orang yang jahat dan yang dilaknat. Kami tidak percaya kepada hak menumpahkan darah orang lain atau merampas harta orang lain untuk kepentin gan diri sendiri. Kami memakai cincin di jari tangan kanan, sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah saw; dan kami tidak akan b erputus asa untuk bertindak selari dan selaras dengan perintah Rasulullah saw han ya kerana permusuhan orang lain dalam perkara tersebut, dan kami mengucapkan salawat dan salam kepada Rasulullah saw dan para Imam as! Kami tidak mengatakan bahwa dengan melakukan perbuatan tersebut kerana menghormati Ahl al-Bayt as adalah salah. Kami tidak mengikuti jejak langkah Mu`awiyah dan Yazid. Kami percaya kepada kebenaran kalam Allah swt yang membicarakan perihal mengucapkan salawat dan salam kepada junjun gan Rasulullah saw:

“Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohon ampunan untukmu) supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang), dan adalah Dia Maha Penyayan g kepad a orang-orang yang beriman”. (QS. Al-Ahzab [33]: 43.

9
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

55. Gelaran Ali as
Kami menyebutkan Ali ibn Abi Talib as sebagai Amir al-Mu`minin, dan seperti yang diperintahk an Allah swt dan diarahkan oleh Rasulullah saw, kami mengekalkan gelaran ini secara khusus dan hanya satu-satunya k epada Ali as, ini merupakan gelaran yang digunakan oleh setiap orang pada masa hayat Rasulullah saw sebagai penghormatan kepada Ali ibn Abi Talib as. Tiada seorang pun merujuk kepada seseorang yang lain dengan gelaran tersebut. Kami juga p ercaya dengan teguh kepada ayat al-Qur’an ini yang menjelaskan:

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah)”. (QS. Al-Ma’idah [5]: 55.

Pada zaman Nabi Muhammad saw, semua orang biasan ya merujuk kepada Ali as sebagai Wali-Allah dan Wali al-Mu ’minin dan biasan ya mereka mengucapkan salam sebagai penghormatan kepadanya; melaknati musuh-musuhnya dalam kedua-dua keadaan, terang mahupun tersembunyi. Kami juga percaya bahwa kaum muslimin keseluruhannya bersepakat secara ijma‘ mengenai kemaksuman dan kesucian kaum kerabat dan akhlak para Imam as, dan tiada seorang pun mend apati sebarang kekurangan apa pun pada diri mereka.

Pekumpulan manusia dalam masyarakat berpegang kepada pendapat umum bahwa lawan-lawan kepada para Imam as adalah kafir, kerana lawan-lawan merekalah yang telah merampas hak para Imam as. Kami juga menegaskan bahwa kami mengikuti secara amali segala suruhan Rasulullah saw dan Ahl al-Baytnya as; dan kami percaya bahwa kebanyak an pemerhatian dan adat berkaitan agama yang biasa dilakukan lawan-lawan kami hanyalah semata-mata perbuatan yang harus, tetapi dikaitkan sebagai “sunnah” Nabi saw dengan cara yang salah. Semuanya tuduhan yang palsu dan disengajakan, khususnya amalan-amalan yang selalu dipakai semasa pemerintahan ketiga-tiga orang khalifah yang pertama. Tarawih dan lain-lain (salat sunat malam sepanjang bulan Ramadan) adalah contoh -contohnya.

Pernyataan Husniyah yang tajam dan pedas cukup mengganggu perasaan para ulama Baghdad yang mulai membuat jeritan tanda protes. Syafi‘i secara khusus, begitu marah k erana tikaman kata-kata oleh gadis itu h inggakan dia mengambil botol dakwat yang ada berhampiran dengan tangann ya dan membalingkann ya ke arah beliau dengan cara yang ganas. Para hadirin dan Khalifah Harun al-Rasyid, bagaimanapun hanya tertawa melihat perlakuan Syafi‘i yan g tidak sopan.

Sekarang, dengarlah wahai Syafi‘i, kata Khalifah, ia hanyalah seorang hamba perempuan. Aku telah memberikan kebenaran kepadanya untuk berkata-kata dan berbuat ap a-apa yang dia suka. Sekiranya engkau mempunyai k ebolehan yang diperlukan untuk berbuat demikian, kamu boleh membalas kembali den gan hujah-hujah yang menyakinkan berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kata-kata seumpama itu oleh Khalifah Harun al-Rasyid telah memberikan dorongan kepada Husniyah, dan dia memulai serangan tajam itu sekali lagi.

Dengarlah wahai Syafi‘i, beliau memulakan, kamu tidak layak mendapat kemuliaan duduk di kalangan cendekiawan! Kamu telah ditakdirkan mendapat malu, kerana kamu tinggal di dalam rahim ibumu selama 4 tahun berdasarkan keterangan kamu sendiri, dan dilahirkan 4 tahun selepas kematian bapamu! Dan kamu begitu biadap untuk menyampaikan keputusan mengen ai perkara itu! Sekiranya itulah sifat semulajadi keturunanmu, tidaklah menghairankan sekiranya kamu begitu memusuhi Ahl al-Bayt as, dan ketahuilah juga, wahai Syafi‘i, adalah jelas kepada semua bahwa kamu seorang yang murtad.

Aku berkata begitu kerana kamu pad a asalnya adalah daripada mazhab Ahl al-Bayt as, dan dihitung termasuk dalam kalangan para pengikut mereka yang setia. Pada masa-masa tersebut, kamu biasan ya menulis tulisan yang mempersendakan Abu Hanifah kerana dia merupakan lawan Ahl al-Bayt as. Susunan syairmu yang ditulis semasa tempoh itu dan komen-komen yang penuh senda dan menyakitkan hati kerana kesalahannya dalam tafsiran dan hujah akal. Majoriti mereka yang hadir tahu mengenai perkara tersebut, dan kini, hanya kerana keb esaran dan kepentingan dun iawi untuk diri sendiri, kamu telah menjual harga diri dan mengambil kerjaya membuat tafsiran semula kepada hukum Islam. Kamu berkeinginan menjadi pemimpin agama ke atas orang lain; dan untuk tujuan ini kamu telah bersama-sama musuhmu, Abu Hanifah.

Kamu sepatutnya tahu, wahai Syafi‘i bahwa Nabi Nuh as biarpun berusia panjang dan taat beribadat, Nabi Ibrahim as dengan segala keistimewaan anugerah Allah swt, Nabi Musa as dengan kemuliaannya dapat berbicara dengan Tuhan; Zulqarnayn dan Sulaiman as dengan segala kebesaran atas seluruh empayar; Nabi Dawud as den gan seluruh kebesaran dan kekuasaan; dan Nabi ‘Isa as biarpun dengan darjah kemuliaan dan keistimewaan – semua nabi besar adalah merendah diri di hadapan Rasulullah, Muhammad saw dan melihat baginda saw sebagai nabi contoh dan teladan d alam kata-kata berikut:

“Ya Allah jadikanlah aku salah seorang ummah Muhammad saw.”



56. Keistimewaan Ahl al-Bayt as
Allah swt menyebutkan kemaksuman mereka: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu, hai Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (QS. Al-Ahzab [33]: 33)

Mengenai mereka sebagai wakil yang dilantik oleh Allah swt: “Maka di antara mereka (orang-orang yang dengki itu), ada orang-orang yang beriman kepadan ya, dan di antara mereka ada orang-orang yang menghalangi (manusia) daripada beriman kepadanya. Dan cukuplah (bagi mereka) Jahannam yang menyala-nyala apinya”. (QS. An-Nisa’ [4]: 55)

Mengenai kedudukan mereka sebagai Shadiq (orang-orang yang benar): “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang benar”. (QS. At-Taubah [9]: 119)

Mengenai kemuliaan mereka: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an, dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”. (QS. At-Taubah [9]: 111)

Mengenai sifat pemurah mereka: “Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan”. (QS. Al-Insan [76]: 8)

Nabi Muhammad saw bersabda: “Seseorang yang ingin melihat Adam as dalam ilmunya, Nuh as dalam pengekangan dirinya, Ibrahim as dalam kesabaran, Musa as dalam kehormatannya dan ‘Isa as dalam khidmatnya, dia hendaklah melihat Ali bin Abi Talib as.”

Justeru, apabila sepupu Nabi Muhammad saw merupakan seseorang yang Rasulullah saw sendiri telah menempatkannya pada kedudukan yang setara dengan semua nabi lain yang mengukuhkan Islam pada kedudukannya, aku rasa hairan, wahai Syafi‘i, tentang apakah yang membuatkanmu berpaling dengan mengenepikan mereka dan mencari jalan yang sesat.

Syafi‘i duduk d engan terhina dan kecewa kerana Husniyah terus menghentamnya dengan kata-katanya yang benar tetapi men yakitk an. Dia tidak langsung mampu berkata-kata untuk men gucapkan sesuatu bagi menjawabnya. Husniyah, dengan itu, berpaling kembali kepada Ibrahim.

Wahai Ibrahim, kata Husniyah kepadanya, jejak Abu Bakr merampas hak khalifah, semua sahabat besar Rasulullah saw, kecuali Ali as, dengan hujahnya yang kuat berusaha menyakinkan dan mengutuknya kerana perampasan tersebut dan membuktikan dia tidak berkelayakan dan tidak boleh dipercayai. Dia selalu diperkecil-kecilkan, dan dia tidak mampu berkata-kata walaupun sepatah untuk mempertahankan diri. Dari saat itu sehingga ke hari ini, tiada penganut Islam mempunyai keberanian untuk bangkit dan mendedahkan kebenaran mengenai agama kita atau menuduh para musuh kepada kaum kerabat Rasulullah saw kerana besarn ya bilangan musuh yang menentang kebenaran. Tiada seorang jua pun penganut yang benar itu mempunyai kekuatan atau peluang melakukan demikian dalam keadaan seperti aku hari ini yang diberikan keistimewaan atas sifat pemurah Khalifah yang ada.

Seluruh hadirin duduk diam dan murung, memandang kosong ke lantai. Dalam hati-hati mereka, mereka merasa terhentam dan terhina dengan sikap dan tingkah laku yang kurang sopan para pemimpin agama mereka, sebagaimana digambarkan secara jujur oleh Husniyah.

Beritahu kepadaku, wahai Ibrahim, lanjut gadis itu lagi, sama ada perlu atau tidak mempunyai seseorang sebagai Imam (Pemimpin) pada ketika Rasulullah saw meninggalkan dunia ini, Imam ini dengan kedudukannya sebagai seseorang yang dianugerahi pertalian kerohanian dengan nabi yang telah meninggalkannya, yang dapat meneruskan matlamatnya sehingga ketibaan yang lain? Kalau tidak, tentulah institusi kenabian itu menjadi sia-sia, dan proses memberikan petunjuk Ilahi akan terhenti. Aku merayu kepadamu dengan nama Allah, wahai Ibrahim, untuk menjawab persoalan ini: Terdapat 124 000 orang nabi, termasuk 4 orang rasul. Adakah semua nabi dan rasul Allah wafat tanpa menamakan pengganti mereka?

Tidak, jawab Ibrahim, semuanya menamakan para pengganti mereka masing-masing.

Bagus. Kini beritahukanlah kepadaku, adakah pemilihan para pengganti mereka itu berdasarkan perintah dan kehendak Allah swt, atau adakah pada nabi melakukannya menu rut kehendak dan pilihan mereka sendiri?

Pemilihan tersebut adalah selari dengan perintah Allah swt, jawab Ibrahim.

Kemudian, wahai Ibrahim, apakah alasan kuat yang kamu ada untuk mempercayai bahwa dalam kes Nabi Muhammad saw, Allah swt tidak berbuat demikian bagi memastikan penerusan matlamat tersebut? Bagaimana mungkin Nabi saw yang mengajarkan (umatnya) supaya meninggalkan wasiat kepada para pengikut baginda, meninggalkan dunia ini tanpa memilih para penggantinya sendiri bagi tujuan penerusan misi (tujuan) itu? Anehnya, k enapalah kamu semua begitu dangkal!

Aku ingin tanyakanmu, wahai Ibrahim: Bukankah sepatutnya seorang nabi menjadi seseorang yang memikul beban dan tanggungjawab yang diamanahkan Allah swt kepadanya, yang tiada sesuatu elemen atau unsur lain mampu menjayakannya dengan baik? Bukankah sepatutnya dia menjadi seseorang yang diterangkan dalam ayat al-Qur’an ini:

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu, dan mereka khu atir akan mengkhianatin ya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”. (QS. Al-Ahzab [33]: 72)

Atau adakah patut dia menjadi orang yang tidak ma‘sum (berdosa), boleh berbuat salah dan berkata-kata dengan sia-sia? Adakah patut dia merupakan seseorang yang berdusta dan menjebakkan diri dalam kerja-kerja penuh khayal? Adakah patut dia menjadi penyebab kesusahan orang lain bagi memuaskan keinginan hatinya dan membenarkan perbuatan salah laku ini? Adakah patut dia menjadi seseorang yang memaksa orang lain menjadi saksi bagi membenarkan tindakan bersifat peribadi, membenarkan mereka berbuat apa yang mereka suka selepas mencapai sasarannya?



57. Konsep Imamah (Kepimpinan)
Beritahukanlah kepadaku, Ibrahim, apakah sebenarnya Imamah itu? Apakah kepentingannya? Apakah pengertian Imamah yang Nabi Ibrahim as sedang laksanakan ketika baginda as berkata: Aku akan melantikmu sebagai Imam kepada seluruh manusia? Pada tempat yang lain, katanya: Dan lantiklah Imam yang bertaqwa dan kemudian:

“Mereka itulah orang-orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya”. (QS. Al-Furqan [25]: 75)

Ditambahkan: “Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat, mereka tidak akan ditolong”. (QS. Al-Qashash [28]: 41)

Jadi, ketahuilah wahai Ibrahim, bahwa Imamah mempunyai dua pengertian: Pertama: Berkaitan dengan kepimpinan yang baik, dan kedua, kepimpinan yang membawa (manusia) ke neraka. Sekarang, bagaimanakah Imam kepada orang-oran g yang baik dapat diketahui? Apakah sifat atau kualitinya? Adakah Imamah dan Nubuwwah dapat dibandingkan? Adakah Imamah berasal daripada Allah atau bukan? Patutkah atau tidak keturunan Nabi dan Imam daripada Nabi Ibrahim as?

Jelaslah, keturunan seseorang Imam seperti itu sudah semestinya daripada keturunan yang mulia. Dia mestilah merupakan seseorang yang mempunyai nenek moyang bukan penyembah berhala. Dia juga mestilah lahir bebas daripada keburukan jasmani. Dia hendaklah seorang yang mempunyai keimanan yang teguh, dan disertai sifat-sifat seperti bijaksana, mampu mengawal diri, memiliki ilmu Ilahi dan syariah. Dia hendaklah orang yang dikurniai akhlak yang cemerlang dan mempunyai ilmu dunia dan akhirat. Dia juga hendaklah bijaksana dalam urusan perancangan politik. Dia mestilah mempunyai sifat ketahanan dan kesabaran dalam semua keadaan pancaroba, dan memiliki sifat semulajadi. Dia mestilah bergantung penuh kepada kekuatan peribadi dan ketaqwaannya, dan mengelakkan diri daripada syak wasangka. Dia juga mestilah berjiwa penyayang, pemurah dan berani, dan memiliki ciri-ciri akhlak yang tidak boleh dipersoalkan, bijaksana dan ma‘sum (terpelihara daripada salah dan dosa). Dia juga mestilah memimpin diri dengan golongan mu’min yang hakiki dan orang-orang yang saleh dalam keadaan yang lemah-lembut dan ramah-tamah.

Apa sahaja yang dia peruntukkan bagi mencapai kesenangan Ilahi mestilah bukanlah apa yang dia sebenarnya miliki sebagai harta milik peribadinya. Dia juga mestilah mempunyai pemerhatian yang mendalam akan ilmu mengenai perintah al-Qur’an dan kesan-kesannya. Dia mestilah mempunyai jiwa yang lembut terhadap orang-orang miskin dan yang tidak berada. Dia mestilah mempunyai ilmu yang luas tentang perkara lepas dan akan datang, agar dia dapat memberitahu orang ramai dengan sewajarnya. Dia mestilah mempunyai hati yang suci kepada Allah swt dan Nabinya. Seseorang Imam hendaklah seseorang yang diwahyukan dalam beberapa ayat al-Qur’an. Dia juga mestilah orang yang dipuji Nabi Muhammad saw, puji-pujian itu diketahui semua mazhab dan terkandung dalam kitab-kitab golongan yang tidak bersetuju juga. Dia juga mestilah orang yang dapat menghapuskan musuh-musuh yang gagah perkasa di medan perang dalam pelbagai peperangan yang disertai sepanjang kehidupan Nabi Muhammad saw dan yang dengan hanya sekali pukulan di medan perang telah dihuraikan oleh Rasulullah saw adalah sama nilainya dengan seluruh kebajikan yang dilakukan oleh manusia dan malaikat sekaligus. Dia juga mestilah orang yang Rasulullah saw memanggilnya ‘epal kedua-dua mataku.

Oleh yang demikian, beritahulah wahai Ibrahim, sekiranya orang yang mempunyai ciri tersebut layak menduduki Imamah, ataukah orang yang membuang berhala pada usia 40 tahun, tetap melakukan sembahan kepada berhala yang diperbuat daripada batu? Adakah patut dia merupakan seseorang yang sememangnya tidak berdaya di atas mimbar tidak dapat berkata-kata terhadap pendapat seorang wanita dan hanya mampu berkata seperti ini sebagai balasan: Setiap kamu lebih alim daripadaku bahkan termasuklah kaum wanita dalam rumah ini, Dan sebagaimana yang dilaporkan oleh pelbagai pihak, sentiasa mengulang-ulang perkataan “Lucutkanlah aku”?

Adakah patut dia merupakan seseorang yang bagi Umar ibn al-Khattab, Abu ‘Ubaydah al-Jarrah, Salim, hamba milik Abu Hanifah, Asad bin Khuzayrah, Bashir bin Sa‘d, Khalid bin al-Walid dan beberapa orang lagi, berjaya membolehkan ketaatan diberikan kepada Khilafah? Adakah patut dia merupakan seseorang yang menghabiskan seluruh masanya membiakkan unta, menjual pakaian dan jahitan, dan orang yang bersama-sama bapanya biasa memanggil orang ramai setiap hari ke dapur Abdullah bin Jaz‘an agar mereka dapat makan di tempat itu, dan meninggalk an sisa-sisa makanan bagi dirinya dan ayahnya untuk dimakan? Adakah patut dia merupakan orang yang walaupun dia seorang khalifah, dapat melakukan tugasannya sebagai tukang jahit yang kebanyakan manusia biasanya memandang rendah? Aku ingin bertanya kepadamu, wahai Ibrahim adakah wajar melebihkan seseorang itu dengan seseorang yang ma‘sum dalam kaum kerabat Rasulullah (s aw)? Adakah patut dan wajar memanggil orang seperti itu khalifah Nabi, hanya kerana beberapa orang berfikir bahwa dia seorang khalifah yang baik, yang Allah swt patut melantiknya kerana sebab-sebab itu, walaupun kenyataannya bahwa dia tidak memiliki keupayaan dan syarat yang dikehendaki untuk jawatan itu?

Husniyah menarik nafas panjang-panjang. Dia telah bercakap untuk beberapa ketika kini, memukau para hadirin dengan kekuatan hujah dan kefasihan kata-katanya.

Beritahukanlah kep adaku, wahai Ibrahim. Sambungnya lagi sambil menatap tajam ke arahnya, beritahukanlah kepadaku siapakah dalam dua kumpulan yang aku huraikan itu, lebih layak menjadi khalifah dan Imam bagi Rasulullah saw?



58. Ghadir Khumm
Sekarang, dengarlah wahai Husniyah, balas Ibrahim, kami tidak persoalkan keistimewaan kaum kerabat Rasulullah saw. Kami terima sebagai benar semua yang kamu sebutkan sebagai penghormatan kepada status dan kebesaran Ali. Kami bahkan mengatakan bahwa beliau lebih daripada apa yang kamu gambarkan mengenainya, dan bahwa pemikiran manusia tidak mampu memahami entiti sebenarnya. Namun begitu, Abu Bakr menikmati kesepakatan (ijma’) kaum muslimin, dan kamu sepatutnya tahu bahwa Nabi saw mengatakan bahwa Ijma’ u mat ini tidak boleh salah. Dengan kata-kata lain, apa sahaja p erkara yang diputuskan oleh Ijma’ ummah tidak boleh salah.

Sekarang, tunggu sebentar, gadis itu mencelah, Aku menyerumu den gan nama Penciptamu agar memberitahuku perkara sebenar bukankah suatu hakikat bahwa kitab-kitab kamu sendiri mencatatkan bahwa Rasulullah saw menerima wahyu tersebut dalam peristiwa haji yang terakhir, apabila baginda saw diberhentikan di Ghadir Khumm sebagaimana diperintahkan Allah swt, ayat al-Qu r’an berikut:

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu, dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan amanat- Nya. Allah memelihara kamu daripada (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (QS. Al-Ma’idah [5]: 67)

Dan sewaktu perasaan kagum akan wahyu Ilahi ini, bukanlah ayat, dan yakinlah Allah swt akan memeliharamu daripada angkara manusia diwahyukan kepadanya? Bukankah Nabi saw kemudian menaikkan Ali as ke mimbar yang dibuat daripada pelana kuda dan mengisytiharkan:

“Ali as merupakan Imam [pemimpin] bagi orang yang menjadikan aku Imam [pemimpin].”

Bukankah selepas perisytiharan ayat ini, ayat al-Qur’an yang terakhir diwahyukan?: “Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah kuredhai Islam itu jadi agama bagimu”. (QS. Al-Ma’idah [5]: 3)

Sekarang, beritahukanlah kepadaku wahai Ibrahim, beritahulah dengan sebenarn ya dengan sumpah atas nama Allah swt sama ada kamu tahu kenyataan al-Qur’an ini.

Ibrahim mend apati dirinya terp erangkap, dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan sebagai jawaban, dia melihat ke arah al- Syafi’i, Abu Yusuf dan para ulama lain yang juga tidak mempunyai sesuatu untuk membantunya. Dia lalu berfikir bahwa adalah lebih baik menundukkan kepala atas kekalahan yang tidak terkira banyaknya sebagai tanda mengaku kalah.

Husniyah, dengan tenang bersama-sama kemenangannya itu lalu berpaling ke arah para ulama dengan hormat: Sekarang, wahai tuan-tuan, katanya kepada mereka, Aku mohon tuan-tuan agar berlaku jujur dan sedar akan diri sendiri, sedar akan Allah swt dan Rasul-Nya, sedar akan kekuasaan khalifahmu sendiri, dan katakanlah apa yang kamu ingin katakan mengenai sesuatu yang kamu baru sahaja dengari daripadaku.

Disebabkan cabaran terhadap imej khalifah, Abu Yusuf pun mengatakan, Kamu memang benar, wahai Husniyah. Ayat yang kamu petik diterima umum majoriti tokoh-tokoh besar al-Qur’an bahwa ia diwahyukan sebagai puji-pujian terhadap Ali bin Abi Talib as, dan aku juga patut mengatakan bahwa perisytiharan Nabi saw bahwa “Sesiapa yang aku ini merupakan mawla [mereka], Ali as juga merupakan mawla mereka” adalah turut diakui umum sebagai hadis yang sahih dan tiada mana-mana pihak dapat menyangkal kejadian dan peristiwa berkenaan di Ghadir Khum.




10
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

59. ’Ali as merupakan Wali
Dengan mengangguk tanda akur, Husniyah kemudian berpaling ke arah Abu Yusuf yang duduk dengan gaya yang senang hati, Kamu, wahai Abu Yusuf, dia menghala ke arahnya, Apa yang kamu dapat katakan dengan ayat al-Qur’an ini:

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)”. (QS. Al-Ma’idah [5]: 55)

Beritahulah dengan sumpah, kepada siapakah kemuliaan yang diungkapkan dalam ayat [al-Qur’an] ini?

Menurut persepakatan umum, ayat ini ditujukan kepada kemuliaan Ali bin Abi Talib as, balas Abu Yusuf.

Apakah pula yang dapat kamu katakan tentang “ayat al-Mubahalah” (ayat al-Qur’an) yang mengatakan:

“Maka [katakanlah kepadanya]: “Marilah kita memanggil anak-anak kamu dan kamu, isteri-isteri kamu dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta”. (QS. Ali ‘Imran [3]: 61)

Ingatlah, wahai Abu Yusuf, laknat dan kemurkaan Allah swt akan ditimpakan ke atasmu sekiranya kamu cuba menyembunyikan kebenaran bahwa tiada orang lain kecuali Ali, al-Hasan dan al-Husayn dari kalangan lelaki, Fatimah [anak perempuan Rasulullah saw] dari kalangan wanita yang menyertai Rasulullah saw dalam peristiwa yang dirujuk dalam ayat tersebut. Bukankah ini kebenarannya?

Memang benar, balas Abu Yusuf, Mereka berempat menyertai Rasulullah saw.

Kamu juga akan bersetuju bahwa Allah swt merujuk kepada Ali as sebagai Nafs (bahagian daripada diri) Rasulullah saw – dan kemuliaan ini tiada yang lain kecuali Ali as yang menikmatinya, hadap Husniyah.

Tiada dua pendapat dalam hal ini, akui Abu Yusuf, dengan menambah, Tiada seorang pun dapat menafikannya.

Kini, tiba giliran Khalifah pula. Dia [Husniyah] berpaling menghadap Harun al-Rasyid, dan menanyakannya dengan katanya: Khalifah yang dimuliakan. Aku mohon kamu atas nama Nabi Muhammad saw menjadi saksi kepada semua bahwa semua ulama ini telah meletakkan jawatan di istanamu. Kemudian, berpusing sekali lagi k earah kumpulan ulama, dia mengatakan kepada mereka: Aku mohon satu soalan lagi, dan aku juga mohon kamu menjawabnya dengan jujur. Oleh kerana kamu tahu Rasulullah saw pada saat-saat akhir hidupnya mengucapkan [kata-kata] kepada para sahabat yang hadir dan meminta mereka menyediakannya dengan kertas dan pena, sambil berkata: Berikanlah kepadaku kertas dan dakwat agar aku dapat tuliskan wasiat supaya kamu tidak tersesat selepas ketiadaanku. Sekarang, tolong beritahu kepadaku, siapakah orang yang menghalangi Rasulullah saw atas permintaannya itu, menghasut para sahabat yang lain dengan mengh alangi mereka daripada menyediakan kertas dan pena?

Ini merupakan suatu episod yang diketahui umum dalam sejarah, jelas Abu Yusuf, Dialah Umar ibn al-Khattab yang menghalangi kertas dan pena diberikan kepada Rasulullah saw, tetapi dia melakukannya dengan fahaman bahwa menyediakan semua itu pada saat-saat yang agak genting akan menyebabkan kesukaran kepada baginda saw dan menimbulkan mudarat. Justeru, di sebalik menyediakan peralatan menulis, [dia iaitu Umar] mengatakan memadailah bagi kita, kitab Allah swt.

Husniyah ketawa dengan nada yan g agak nyaring mendengar jawapan ini.

Sekarang dengarlah, wahai Ibrahim dan Abu Yusuf, dia memberitahu mereka, Kamu mengingkari perintah Allah swt dengan menafikan peristiwa dan perisytiharan Rasulullah saw di Ghadir Khum, dan kamu menghubungkan sesuatu seperti gangguan mental [meracau] kepada Rasulullah saw. Ini dengan jelas bermaksud bahwa kamu tidaklah benar-benar percaya kepada firman Allah swt yang mengatakan:

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemahuan hawa nafsunya, Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”. (QS. An-Najm [53]: 3-4)

Wahai Ibrahim, kamu semestinya sedar tentang kata-kata Rasulullah saw: “Aku lebih utama dan lebih patut didahulukan kepada kamu (muslim) daripada ibu bapa terhadap anak-anak mereka.”

Kasih sayang dan perhatian baginda saw kepada ummah baginda saw begitu meluas hingga baginda saw mendidik para sahabat dengan mendalam tentang cara membersihkan diri selepas membuang air kecil. Bolehkah seseorang membayangkan bahwa seseorang yang mempunyai perhatian yang sedemikian besar kepada para pengikutnya membiarkan persoalan yang sangat penting mengenai pelantikan penggantinya begitu sahaja? Sesiapa yang percaya sedemikian sudah pasti mengenepikan syafaat Rasulullah saw.

Malang sungguh kamu, wahai Ibrahim, tidak mengakui kelemahanmu, dengan mengekalkan pendapat bahwa Abu Bakr, sebagai Khalifah, merupakan hasil keputusan sebulat suara [ijmak] ummah. Sila beritahuku, bolehkah mana-mana pendapat [biarpun sekiranya ia ijmak], yang bercanggah dengan perintah al-Qur’an, diterima sebagai sahih?

Tidak, balas Ibrahim.

Lalu, bagaimana pula kamu dapat mempercayainya dengan sungguh-sungguh akan keputusan umum manusia yang salah? Hadap Husniyah.

Khalifah Harun tidak dapat menahan diri untuk ketawa den gan terdiamnya Ibrahim untuk menjawab soalan ini.

Baiklah, Ibrahim, sambung gadis itu, aku benarkan kamu melupakan[nya] buat sementara waktu, perintah al-Qur’an dan bahkan kata-kata Rasulullah saw dalam hal ini. Bercakap atas dasar logik semata-mata, beritahulah kepadaku den gan jujur benarkah ijmak mengenai pelantikan Abu Bakr merupakan persepakatan ummah, atau adakah ijmak ini melibatkan sebilangan kecil sahaja?

Husniyah sekali lagi menyungkurkannya. Dia kelihatan terperangkap di antara syaitan dan lautan yang dalam kerana kalau sekiranya dia mengatakan bahwa Abu Bakr ditabalkan sebagai Khalifah hasil keputusan ijmak ummah, ia sama sekali menafikan fakta sejarah, begitulah juga ?jmakbukan hanya terbatas kepada seluruh warga Makkah, tetapi hanya terdiri daripada beberapa orang daripada beberapa tempat di kota, dan mereka pula dikenali umum sebagai musuh kaum kerabat Rasulullah saw.

Baiklah..., Ibrahim cuba menyelamatkan dirinya. Ia merupakan sekumpulan orang yang terkemuka yang secara sepakat bersetuju bahwa Abu Bakr merupakan sahabat yang terbaik bagi menduduki [jawatan] kekhalifahan.

Benarkah begitu? Tanya gadis itu, aku tanyakah kamu wahai Ibrahim dan kamu juga Abu Yusuf, Syafi’i dan semua ilmuan di kota Baghdad, agar berlaku jujur dan beritahuku siapakah yang paling mulia di kalangan sahabat Rasulullah saw? Kepada siapakah kemuliaan dan kebesaran Rasulullah saw yang baginda agungkan? Siapakah dia dari kalangan Ahl al-Bayt as dan Bani Hasyim yang mempunyai status dan kedudukan yang tinggi mengatasi para sahabat… bahkan semua sahabat?

Murtada Ali, Abbas, al-Hasan, al-Husayn, Talhah, Abdullah, Mas’ud, Salman al-Farisi, Abu Dhar al-Ghiffari, al-Miqdad al-Aswad, ‘Ammar Yasir, Jabir bin Abdullah al-Ansari dan lain-lain, mereka membalasnya.

Terima kasih, akui Husniyah dengan baik sambil berpaling ke arah Harun al-Rasyid, dia berkata: Wahai Khalifah, saya mohon kepadamu dengan kemuliaan jawatan yang kamu pegang, mohonlah agar para ulama dalam istanamu memberitahu kita semua, adakah Ali (a.s), Abbas atau mana-mana tokoh terkemuka dari kalangan Bani Hasyim telah memberikan sumpah taat setia atau bai’ah kepada Abu Bakr sebagai Khalifah.

Khalifah Harun al-Rasyid dengan kerana itu menghadapkan soalan itu kepada mereka, dan semuanya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membalas soalan itu kecuali menundukkan kepala dan berdiam diri. Namun demikian, al-Syafi’i menegakkan kepala dan menyeru, Kenapakah kamu kelihatan bingung? Kenapakah kamu tidak mengemukakan apa yang kamu tahu daripada al-Qur’an dan al-Sunnah?

Apa yang kelihatan adalah terdapat pertentangan pendapat di antara Ahl al-Bayt as [kaum kerabat Rasulullah saw] dengan para sahabat baginda..., kata Abu Yusuf, sebagai menyahut seruan al-Syafi’i.



60. Kejadian yang berlaku pada masa kewafatan Nabi saw
Aku tahu apa yang sebenarnya terjadi, jelas Husniyah dengan nada yang menyakinkan. Sekiranya kamu boleh mempercayaiku. Aku akan buktikan apa yang aku katakan berdasarkan kepada tulisan ulama dan hadis yang dipetik oleh para ulama dan mufassir daripada mazhabmu sendiri.

Sila teruskan, perintah Khalifah.

Baik, sekarang dengarlah, terus Husniyah, sementara Ali bin Abi Talib as, Fadl bin Abbas bersama-sama dengan sekumpulan daripada Bani Hasyim dan beberapa sahabat yang lain sedangkan sibuk dalam upacara pemakaman Rasulullah saw, kebanyakan sahabat yang lain mengambil sikap menarik diri daripada upacara itu, sebaliknya berkumpul di Saqifah Bani Sa‘idah. Mereka mulai bertengkar sesama mereka tentang orang yang layak menjadi Khalifah. Apabila kaum Ansar mendapat tahu tentang perhimpunan ini, mereka turut sampai ke tempat itu dan menyertai perbalahan yang sedang berlaku ketika itu. Kemudian, mereka bertanya Abu Bakr agar membentangkan tangannya untuk membolehkan bai’ah taat setia diberikan kepadanya sebagai khalifah. Kemudian mereka mengubahkan keputusan lalu meminta Salem Ghulam Abu Huzaifah supaya menerima jawatan khalifah, dan pada masa yang lain pula mendesak Abu Ubaidah menerimanya pula. Akibat daripada perbuatan ragu-ragu dan tidak tetap pendirian, situasi atau keadaan menjadi bertambah tegang.

Pada ketika kaum Ansar menyedari keadaan semakin gawat dan genting, mereka mencadangkan dua orang khalifah dilantik – seorang daripada kalangan mereka dan seorang lagi daripada kumpulan lain. Dengan yang demikian, mereka mencadangkan kepada Sa’d bin Ubadah atas alasan dia yang paling tua di kalangan mereka (kaum Ansar), dia sewajarnya menerima perlantikan itu. Sa’d bagaimanapun, menolak tawaran tersebut, tetapi ketika mereka mendesakkannya menerima tanggungjawab itu, dia akur kepada mereka.

Pada ketika ini, Qais bin Sa’ad (anak Sa’d bin Ubadah), menyedari bapanya telah menerima jawatan khalifah, telah menghunuskan pedangnya dan mara ke hadapan dengan mencabarnya supaya membela dan mengesahkan perbuatannya menerima kekhalifahan itu, dengan mengesampingkan dan mengenepikan hak Ali as terhadapnya. Dia memperingatkan bapanya telah sabda Rasulullah saw dalam peristiwa Ghadir Khumm ketika Ali as dilantik (oleh Nabi saw sendiri) sebagai Imam (Khalifah), mengangkat tangan Ali as dalam keadaan tanpa perancangan di khalayak ramai yang besar. Dia juga turut memperingkatkan bapanya bahwa Ali as telah ditabalkan sebagai khalifah, dan orang lain juga, turut sama berbuat demikian, dan bahkan memberikan ucapan tahniah kepadanya. Qais kemudian mencela bapanya, Sa’d bin Ubadah, yang tidak amanah itu dengan kata-katanya, sebaik sahaja kewafatan Rasulullah saw. Qais bahkan mengancam membunuh bapanya sekiranya dia menerima jawatan khalifah itu. Sa’d bin Ubadah merasa tersentuh hati dan sedih terhadap celaan langsung oleh anaknya lalu mengubahkan fikirannya. Selepas itu, tiada seorang pun dari kalangan Ansar mara ke hadapan.

Bagaimanapun, Umar turut hadir dalam peristiwa itu. Dia berdiri tegak, dengan berkata bahwa seperti “Dua bilah pedang tidak boleh dimasukkan dalam sarungya, begitu juga tidak akan berlaku dua orang khalifah serentak”. Dengan berkata demikian, dia menghunuskan pedangnya sambil memegangnya atas kepala Abu Bakr sebagai isyarat secara simbolik perisytiharan khilafah tersebut. Ketika ini, Abu ‘Ubaidah melangkah ke hadapan dan membai’ah Abu Bakr, lalu diikuti para sahabat bersendirian mahupun berpasangan, melakukan tanggungjawab tersebut sehingga sampai kepada bilangan 20, dan berakhir pada angka itu. Menyedari ketika itu, Umar al-Khattab, mengacu-acukan pedangnya ke tengkok para sahabat lain yang menyisihkan diri, menyeret mereka satu persatu dan memaksa mereka memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Ia berlaku secara berterusan selama tiga hari.

Pada hari keempat, Abu Bakr pergi ke maqam Rasulullah saw dengan niat mengorek jenazah Rasulullah saw keluar bagi membolehkan salat dilakukan kepada baginda saw. Sewaktu Ali as mendapat tahu tindakannya itu, dia bersegera ke tempat tersebut dengan belantan yang berpaku pada kedua-dua bahagian hujungnya, dan berkawal di maqam itu. Beliau bersumpah bahwa beliau akan sama ada membunuh orang yang cuba mengorek keluar jasad Rasulullah saw atau beliau sendiri terbunuh. Bagaimanapun, Mu’awiyah campur tangan mententeramkan Abu Bakr. Dia memberitahu Abu Bakr bahwa dia (Mu’awiyah) telah diramalkan oleh Rasulullah saw bahwa “Apabila kamu melihat saudaraku (Ali as) dengan muka yang merah dan memegang kayu belantan berpaku pada kedua-dua hujungnya, janganlah ada seorang pun berhadapan mencabarnya, kerana sekiranya semua orang dari Timur dan Barat berpakat menentangnya, mereka tidak akan mampun mengatasinya. Sebaliknya, beliau (Ali as) pula yang akan membunuh mereka semuanya”.

Ketika Abu Bakr mendengar Mu’awiyah menyebutkan kata-kata Rasulullah saw, dia merasa gementar dan gerun lalu membatalkan idea untuk mengorek keluar jasad Nabi saw. Dia kemudian kembali dari tempat dan masuk ke dalam masjid Nabi saw dalam masa yang agak panjang, untuk membuat pertimbangan dengan Ali as dan para sahabat terkemuka, dan kelompok Bani Hashim. Ali as, cuba menyakinkan perhimpunan itu dengan hujah dan bukti. Beliau as mengkritik mereka kerana kegagalan mereka menghadirkan diri pada upacara pemakaman jenazah Rasulullah saw; tentang ketidakhadiran mereka dalam upacara salat ke atas jenazah Rasulullah saw; tentang perhimpunan mereka di Saqifah dan memulakan perbalahan sesama sendiri mengenai persoalan penggantian khilafah, yang berdasarkan wahyu dan nas yang dikemukakan Rasulullah saw sendiri, sebagai haknya; dan tentang Abu Bakr yang diusulkan menjadi khalifah oleh hanya beberapa orang sahaja.

Pada ketika Ali as sedang bercakap, Uthman bin Affan, diiringi Abd al-Rahman bin Auf dan sekumpulan Bani Umaiyyah datang ke tempat itu. Pada masa itu, Umar dan Abu ‘Ubaidah berdiri dan menggamit (tangan) kepada suku Bani Umaiyyah dan Bani Zehra agar maju ke hadapan dan membai’ah Abu Bakr. Puak dan suku ini terus akur kepadanya. Inilah kumpulan manusia yang pada masa hayat Rasulullah saw dikenali dengan sikap kebencian dan permusuhan mereka terhadap Ali as.

Dengan demikian, Umar membawa sekumpulan orang bersama-samanya dan berbaris di hadapan Ali as dan Bani Hasyim, dan mulai memanggil orang ramai ke hadapan dan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr sebagai khalifah. Sebahagian besar daripada mereka patuh. Di peringkat ini, Zubayr bingkas berdiri, dan mencabar perhimpunan dengan pedang terhunus, serta mencela Umar yang tidak mengendahkan kehadiran Ali as selaku saudara Rasulullah saw. Dia mencelanya kerana menghasut Abbas, Abdullah dan anggota suku Bani Hasyim dan para sahabat terkemuka yang lain ke arah menyebelahi Ibn Quhafah. Zubayr bertanyakan Umar tentang haknya untuk campurtangan dalam sesuatu perkara ketika kaum kerabat Nabi saw berada di situ dan mereka memenuhi segala tuntutan terhadap al-Imamah dan al-Khilafah. Zubayr berkeinginan pada masa itu untuk menghayunkan pedangnya ke kepala Umar dan menghabiskannya pada masa itu juga dan selamanya.



61. Khutbah Ali as
Salman bin Salim datang dari belakang dan merampas pedang daripada tangan Zubayr, dan Umar lalu merampas dan mematahkannya. Pada saat itu, Bani Hashim menghunuskan pedang masing-masing dan bersiap sedia untuk berperang. Namun, Amir al-Mu’minin as menghalangi mereka, mententeramkan mereka dengan nada yang lembut bahwa Allah swt tidak membenarkan perkara tersebut justeru… sarungkanlah kembali pedang ke sarungnya. Kita tidak mempunyai pilihan kecuali bersabar dan menahan diri. Apabila Amir al-Mu’minin as menyedari beberapa orang munafiqin memberikan bai’ah mereka dengan sukarela, dan sebahagian dengan paksaan, beliau menghadapkan dirinya kepada Abu Bakr dan hadirin dan menyampaikan kata-katanya:

Wahai manusia! Kamu semua telah mengingkari Nabi saw dan bertindak berlawanan dengan perintah Allah swt. Aku berdasarkan hak yang ada, lebih berhak terhadap tugas ini berbanding Abu Bakr, kerana aku mendahuluinya dari segi keterdahuluan dalam Iman; akulah pengganti dan pembantu Nabi saw; dan aku paling mengetahui al-Qur’an dan sunnah Nabi saw berbanding dengan kamu semua. Akulah yang paling berani, paling mulia, paling berilmu dan paling bertaqwa di kalangan kamu semua. Khilafah ini milikku dengan sesungguhnya. Takutilah Allah swt dan berikanlah hak aku itu…

Pada saat itu Umar bangkit dan menyatakan: Wahai Ali! Walaupun sekiranya terpaksa menggadaikan nyawaku, aku tidak akan memperhambakan diri kepadamu, dan tidak akan membiarkanmu pergi kecuali kamu memberikan bai’ah kepada Khalifah, sama ada kamu melakukannya dengan rela hati atau tidak ataupun terpaksa. Terhadap perkara ini, Amir al-Mu’minin as membalas kembali dengan kata-kata:

Beritahulah dirimu dan kawan-kawanmu bahwa mereka berada pada jalan yang salah. Aku tidak peduli sesiapa pun, dan kamu wahai Umar, aku anggap tidak lebih seperti sebahagian daripada mayat. Sekiranya aku hanya diikat dengan perintah Allah swt sebelumnya untuk tidak menggunakan pedang kecuali untuk memerangi tiga golongan manusia, iaitu orang zalim, munafiqin dan orang yang menyalahi janjinya, aku berikrar demi Allah swt bahwa aku tidak akan membiarkan hidup walaupun seorang kafir sekalipun di atas muka bumi ini. Aku juga tidak akan membiarkan mana-mana musuh Nabi saw mahupun mana-mana orang yang menafikan penggantianku terhadap Nabi Muhammad saw. Oleh yang demikian, aku hanya mampu mengadu kepada Allah (AWJ) atas kesedihanku ini, dan kamu wahai Umar, kalaulah bukan kerana halangan daripada Allah swt ke atas diriku, aku bersumpah demi Allah (AWJ) bahwa aku pasti akan membunuh kamu semua secara serentak, dan menamatkan kamu semua sekaligus dan untuk selama-laman ya…

Abu Bakr dan Abu Ubaidah kemudian bingkas bangun dan berkata: Hai saudara Nabi! Kami bukannya tidak mengetahui kekerabatanmu dengan Nabi saw, tetapi kamu masih terlalu mentah, dan ketika Abu ‘Ubaidah menambah: Hai Ali! Abu Bakr lebih tua daripadamu dan justeru itu, dia mampu memikul tanggungjawab tersebut. Apabila tiba masa dengan izin Allah, kamu meningkat usia lebih tua, kamu boleh mengambil khilafah itu kembali. Buat masa ini, berdiam dirilah dan jan ganlah membuat sebarang kekacauan, dan juga, kamu mesti sedar bahwa kaum Arab tidak menerima baik dirimu.

Untuk itu Amir al-Mu’minin as membalas dengan mengatakan: Wahai golongan Muhajirin dan Ansar! Bertaqwalah kepada Allah swt, dan janganlah lupa, dan berpatah kembali kepada iltizam yang kamu semua telah lakukan kepada Nabi saw dalam hal penggantian ini. Janganlah kamu merampas hak kaum kerabat Nabi saw. Demi Allah, kamu mengetahui bahwa kami merupakan Ahl al-Bayt Nabi saw dan memang berhak terhadap Khilafah. Allah swt telah menetapkan jawatan ini secara khusus kepada kami.

Ketika ini Basyir bin Sa’d al-Ansari berkata: Hai Ali, sekiranya kaum Ansar mendengarkan kata-katamu itu lebih dahulu sebelum mereka mengangkat sumpah dan bai’ah kepada Abu Bakr, tiada seorang pun akan melakukan sesuatu terhadapmu.

Demi Allah, aku memang tahu tiada seorang pun akan berbuat demikian, balas Ali as, seraya menambah: Sekarang, aku tidak tahu apa yang kamu semua akan jawab di hadapan Allah swt dengan tindakan yan g kamu lakukan dengan cara ini. Aku mohon dengan nama Allah swt sesiapa yang mendengar Nabi saw bersabda di Ghadir:

Barangsiapa yang aku ini merupakan Mawlanya, Ali merupakan Mawlanya juga. Ya Allah! Berbuat baiklah kepada oran g yang berbuat baik kepadanya (Ali as) dan musuhilah orang yang memusuhinya (Ali as), bangkit berdiri dan mengatakan sesuatu sekiranya ia benar atau tidak.

Sehubungan ini, diriwayatkan oleh Zayd bin Arqam, yang merupakan salah seorang lawan Amir al-Mu’minin as, bahwa terdapat 12 orang Nabi saw bangkit, sebagaimana dikehendaki Ali as, dan semua 12 orang sahabat itu merupakan orang-orang yang telah mengangkat sumpah dan bai’ah kepada Abu Bakr. Sewaktu memperhatikan, Umar merasa terganggu dan mulai mencela perhimpunan itu, jika tidak semua orang akan menukarkan bai’ah mereka dengan menyebelahi Ali as. Sebagai akibat daripada celaan Umar, perhimpunan itu berpecah, dan semuanya kembali ke rumah masing-masing.




11
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

62. Perancangan untuk memecat Abu Bakr
Hari berikutnya, semua 12 orang sahabat Nabi saw berjumpa sesama mereka dan sama-sama bersetuju membuat keputusan bahwa ketika Abu Bakr menaiki singgahsana khalifah, mereka akan mengheretnya turun, tetapi beberapa orang di antara sahabat menasihatkan agar mereka tidak melakukan sesuatu tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat Amir al-Mu’minin Ali as dalam perkara itu. Oleh itu, merek a pergi menemuinya dan bertanya kenapa beliau menyerahkan hak khilafahnya.

Sebagai jawapan, Ali as memetik sabda Nabi saw yang lumrah diketahui umum:

Ali as bersama-sama kebenaran, d an kebenaran bersama-sama dengannya.

Mereka kemudiann ya mendedahkan rancangan mereka kepada beliau untuk mengheret Abu Bakr semasa dia menduduki kerusi Nabi saw, dan meminta pandangannya tentang perkara itu. Semua 12 orang sahabat tersebut terdiri daripada:

Muhajirin:

1. Salman al-Farisi

2. Khalid bin Sa’d bin al-‘As

3. Abu Zar al-Ghiffari

4. Miqdad bin Aswad al-Kindi

5. Ammar bin Yasir

6. Buraidah al-Aslam

Ansar:

1. Abu Hasym Taihan

2. Suhal bin Hanif

3. Othman bin Hanif

4. Khuzaymah bin Thabit

5. Ubay bin Ka’b

6. Abu Ayyub al-Ansari

Semasa para sahabat tersebut memberitahu Ali as mengenai rancangan mereka, Ali as mengatakan:

Sekiranya kamu melakukan apa yang kamu rancangkan, aku boleh berikan jaminan bahwa mereka semuanya akan keluar memerangimu; dan bahkan Bani Hasyim tidak akan menyokongmu dalam perkara ini. Dalam hal ini, aku sendiri akan mengambil tindakanku, tetapi Nabi saw menasihatiku supaya bersabar. Baginda saw sendiri mengilhamkanku bahwa selepas kewafatannya, para pengikutnya akan bertindak kejam terhadapku, dan bahwa mereka akan memandang hina bai’ah yang mereka lakukan. Nabi saw turut memberitahuku bahwa aku kepada diri baginda seumpama Harun as kepada Musa as. Hanya apabila Bani Israil berpaling daripada Harun as dan mulai menyembah anak lembu, justeru demikianlah, Nabi saw meramalkan, para sahabat baginda berkelakuan terhadapku dan memesongkan bai’ah mereka kepada seseorang yang lain.

Pada ketika ini, aku bermohon kepada Nabi saw untuk menasihatiku tentang apa yang patut aku lakukan sekiranya ia benar-benar berlaku. Sebagai jawapan, baginda saw menasihatiku agar bersabar dan tidak terbabit dalam perang, kerana tindakan seumpama itu hanya akan mendatangkan bahaya kepada Islam. Nabi saw menasihatiku agar mengawal diri dan menahan diri dengan bersabar, kerana itulah yang dikehendaki Allah swt sehingga kita menemui satu dengan yang lain di Hari Akhirat, dan apabila Nabi saw meninggalkan dunia ini, aku sibuk menguruskan upacara pengebumian baginda, dan ketika aku selesai dengan tugas tersebut, aku lihat kaum sudah terlibat dalam perbalahan proses penggantian [khilafah], dan aku buat apa yang aku mampu untuk meyakinkan kaum Muhajirin dan Ansar tentang keikhlasanku. Kamu sekarang bolehlah, dengan ini, kembali dan beritahu Abu Bakr dan kumpulannya apa yang kamu dengari Nabi saw katakan.

Mendengar Amir al-Mu’minin as, semua 12 orang sahabat Nabi saw menuju ke masjid dan duduk di keliling mimbar Nabi saw. Hari itu hari Jumaat, dan apabila Abu Bakr menaiki mimbar untuk berkhutbah, semua 12 orang tersebut yang merupakan orang yang setia kepada Nabi saw dan Ali as memulakan puji-pujian kepada Nabi saw dan Ali as menerusi lisan mereka yang fasih, memuji kebesaran dan kemuliaan mereka berdua, yang dengan tindakan tersebut telah memperlekehkan dan memalukan Abu Bakr dengan cukup hebat. Mereka semua kemudian menanamkan perasaan takut akan Allah swt dalam diri Abu Bakr, yang apabila mendengar hujah-hujah mereka, tidak mampu berkata-kata. Dia tidak dapat berkata apa-apa sebagai jawapan, kecuali bersungut: “Kamu semua menjadikanku Khalifah, dan aku bukanlah yang terbaik berbanding kamu...”

Turunlah kamu daripada mimbar itu, jerit Umar semasa dia mendengar Abu Bakr menyebutkan kata-kata itu, kamu tidak mampu memberikan jawapan dengan baik. Mendengarkan ini, Abu Bakr berlalu pergi dengan diam ke rumahnya, dan selama 3 hari dia tidak keluar.

Pada hari keempat, Khalid bin Walid dan Salim mawla Abu Huzaifah, memasuki kota Madinah dengan tentera seramai 300 setiap satu. Dengan itu, golongan hipokrit [munafiq] tanah Arab beransur-ansur bersatu di kota Madinah, hati-hati mereka penuh dengan kebencian dan permusuhan terhadap Ali as. Golongan munafiqin ini merupakan orang-orang yang berpura-pura memeluk Islam dan itu pun dengan hunusan pedang. Perhimpunan secara beransur-ansur itu akhirnya mulai membentuk suatu ketumbukan tentera yang besar.

Dengan kerahan mereka mara ke arah masjid Nabi saw dengan pedang terhunus untuk menyerang, dikepalai Umar. Amir al-Mu’minin Ali as pada masa itu berada di dalam masjid Nabi saw, duduk bersama-sama dengan sahabat-sahabat karibnya.

Demi Allah, jerit Umar pada saat dia melangkah masuk ke masjid. Sekiranya hari ini sesiapa sahaja (Ali) dan rakan-rakan karibnya berani untuk mengatakan sesuatu, aku akan memotong kepala rakannya.

Hai engkau anak budak hitam, Khalid bin Sa’d menjerit terhadap Umar, Adakah engkau mengancam kami dengan kekuatan tentera engkau? Adakah kamu ingin menghairankan kami dengan jumlah tenteramu yang besar? Demi Allah, pedang kami lebih tajam daripada pedang kamu. Biarpun kami sedikit dari segi bilangan, tetapi lebih daripada mencukupi untuk kamu, kerana Ali ibn Abi Talib as, wakil Allah swt berada bersama-sama kami. Kami mendiamkan diri sekarang kerana taat kepada Imam kami yang menghendaki kami berbuat demikian, kalau tidak pedang kami mencukupi untuk mengajarmu dengan memperlihatkan kekuatan itu... Menyedari tempo Khalid bin Sa’d yang agak laju menaikkan kemarahannya, Ali as mengarahkannya bertenang. Dia dengan itu mengambil tempat duduknya semula.

Salman al-Farisi kemudian berdiri dan bersumpah dengan lancar bahwa beliau sendiri pernah terdengar Nabi saw bersabda:

“Akan ada suatu masa ketika sekumpulan anjing dihukum ke neraka akan menyerang saudaraku dan anak bapa saudaraku sementara beliau pula sedang duduk di masjidku, dengan niat membunuh rakan-rakannya di sana.”

“Aku dengan ini tidak ragu-ragu lagi, bahwa anjing-anjing yang menghuni neraka tidak lain tidak bukan adalah kamu semua.” Keadaan ini menyemarakkan kemarahan Umar al-Khattab hinggakan dia menghunuskan pedangnya dan berhasrat membunuh Salman. Namun, Ali as melompat dari tempat duduknya, dan menangkapkan leher baju Umar, merentapnya ke arah dirinya. Umar dengan segera tersungkur ke tanah dan pedang terjatuh daripada genggamannya. Topinya juga melayang daripada kepalanya, dan dia terbaring di atas tanah, malu dan merasa ganjil pada saat dan ketika dia dikalahkan di hadapan orang ramai. Abu Bakr dan rakan-rakannya, bagaimanapun, membantu membangunkannya. Ketika dia duduk, Ali as mengucapkan kata-kata ini kepadanya:

“Wahai anak budak hitam! Kalau bukanlah kerana perintah Allah swt dan perjanjianku dengan Nabi saw, kamu tentu melihat kelemahan kami lebih walaupun kurang dari segi bilangannya.”

Amir al-Mu’minin kemudian bangkit dan menyanjungi para sahabatnya kerana kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi.

Husniyah berhenti sejenak di peringkat ini untuk sekejap. Dia telah bercak ap tidak berhenti-henti begitu lama, memperbetulkan gaya dan nada bercakap selayaknya bagi seorang yang berkeahlian dalam bidang itu. Para hadirin, yang telah ditawan dengan kefasihan dan kebijaksanaan berhujah kini memperhatikan gadis yang secara luar biasa menawan hati dengan gaya keintelektualan, perawakan dan kewanitaannya.

Ya, aku telah mengatakan, sambung Husniyah selepas merehatkan paru-parunya dengan menarik nafas yang dalam beberapa kali, bahwa dengan teknik yang berbeza, Umar berarak dalam kota Madinah sambil memimpin kumpulan tenteranya. Sesiapa yang dia dapati mengelakkan diri daripada memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, dia akan memaksanya untuk mengaku taat setia. Orang ramai biasanya menyembunyikan diri mereka dalam rumah daripada penglihatannya, tetapi dia akan menghalau mereka keluar dan memaksa mereka untuk memberikan kesetiaan kepada Abu Bakr. Dia bahkan sanggup membunuh orang sekiranya mereka menentang kezalimannya.



63. Tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap Sayyidah (Fatimah) as
Keterlibatan dalam pemaksaan dan penunjukan kuasa berlangsung selama 3 bulan, dan akhirnya satu hari dia pergi untuk mengambil Amir al-Mu’minin as. Apa yang terjadi seterusnya telah diketahui umum dalam sejarah. Semua orang mengetahui keganasan yang Umar kenakan ke atas Sayyidah Nisa’, Fatimah al-Zahra’ di rumahnya sendiri. Kita semua tahu bagaimana beliau as didera dengan keganasan fizikal atau jasmani. Ia juga fakta yang telah lumrah diketahui bahwa Sa’d bin ‘Ubadah dengan 10,000 orang daripada Bani Khazraj, Qays bin Sa’d dan Malik bin Nuwayrah bersama 10,000 orang yang lain, enggan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Kita juga tahu bagaimana Khalid bin al-Walid diutuskan dengan gerakan tentera terhadap semuanya, dan bagaimana dia membunuh Malik bin Nuwayrah ketika bersalat, dan bagaimana dia merampas harta milik peribadi Malik dan menawan anak-anak dan kaum wanita.

Husniyah kemudian menyambung: Sekarang beritahuku, hai Ibrahim, bagaimana boleh seseorang mengatakan bahwa perlantikan Abu Bakr sebagai Khalifah sebagai akibat daripada ijmak dan persepakatan pendapat golongan terhormat yang menyebelahinya? Demi Allah, takutlah kamu kepada-Nya dan hentikanlah pendapatmu yang salah, yang kamu tuduhkan kepada Allah swt dan Nabi-Nya.

Sekiranya kerana perdebatan ini kita mengandaikannya benar bahwa ijmak menyebelahi Abu Bakr, nanti kita pasti terpaksa mengakui prinsip yang sama dalam pengiktirafan Yazid dan semua pemerintah Bani Umaiyyah, kerana dari segi bilangan, bilangan manusia yang memberikan bai’ah kepada Yazid dan para penggantinya melepasi bilangan Abu Bakr dengan perbezaan peratusan yang lebih banyak. Namun kemudian, tiada seorang pun akan percaya orang yang seperti itu sebenar-benarnya seorang Muslim, yang menganggap Yazid dan lain-lain sebagai Imam mereka, kerana mereka merupakan orang-orang yang memotong kepala cucu Rasulullah saw, menawan kaum-kerabat baginda saw dan membariskan mereka di jalanan di atas belakang unta tanpa pelana, dan terus-menerus menghina Ahl al-Bayt as.

Beritahu kepadaku, hai Ibrahim, kenapa ijmak yang sama tidak diiktiraf oleh kaum muslimin dalam peristiwa berkaitan pembunuhan Usman, yang melibatkan keinginan dan kehendak semua kelompok manusia? Kaum muslimin, dari seluruh kota telah menulis banyak surat, memujuk orang ramai mengenepikan Usman. Seramai hampir 5 000 orang dari Mesir dengan pelbagai komplain dan aduan terhadap sikap keterlaluan Khalifah. Pendapat mereka adalah sepakat dan serentak ketika mereka membunuh Usman dengan cara yang menjijikkan dan menariknya dengan keras di jalan-jalan kota Madinah selama beberapa hari, mengikat kakinya dengan tali dan menghelanya seperti bangkai binatang. Seluruh kumpulan Muslim biasanya mengepungnya dan memukul kepalanya, menghitung kekejaman yang dilakukannya terhadap mereka secara serentak…

Beritahulah kepadaku dengan jujur, wahai Ibrahim, patutkah kita menggelarkannya “Khalifah” dan “Khalifah al-Rasul” kepada seseorang yang Allah swt tentukan sebagai Khalifah, dan banyaknya ayat al-Qur’an dan al-Hadis yang cukup jelas? Sesuatu yang sangat menghairankan kamu mengatakan dalam ajaran agamamu bahwa Nabi Muhammad saw tidak menamakan seseorang sebagai pengganti baginda saw, sedangkan kenyataannya Abu Bakr dijadikan Khalifah oleh Umar, kamu katakan tanpa rasa bersalah bahwa Abu Bakr merupakan ?halifah yang dengan demikian dilantik oleh Allah swt.

Pada kenyataannya Abu Bakr boleh sebenarnya dianggap sebagai “Khalifah kepada Umar”. Oleh kerana Umar bin al-Khattab, Khalid bin al-Walid dan munafiqin daripada Bani Umaiyyah yang lain memusuhi Ali as, mereka menciptakan segala kejahatan dan membunuh beribu-ribu kaum Mu’minin dan menyesatkan beribu-ribu orang mengikuti jalan ke neraka jahanam.

Wai Ibrahim, bolehkah kamu memberikan suatu contoh kekejaman dan kezaliman ( yang diarahkan terhadap Ahl al-Bayt Nabi saw) dalam mana-mana bangsa lain dengan kaum kerabat Nabi saw dijadikan bahan ketawa, penderaan dan kematian? Bolehkah kamu memetik satu contoh sahaja dalam sejarah su atu tindakan d an perbuatan yang pelik seperti perlantikan Sa’d bin ‘Ubadah sebagai Khalifah pada masa yang sama, penggantiann ya pada masa lain dengan Abu Bakr, seperti perlakuan perlantikan Usman menjadi Khalifah, hanya keran a memenuhi cita-cita peribadi mereka? Prinsip tidak ada ertinya bagi manusia-manusia ini. Mereka melakukannya sebagaimana ia menyenangkan mereka untuk melakukan apa sahaja bersesuaian dengan mereka.

Terdapat dua kumpulan , semua kaum muslimin tahu yang berperang antara satu dengan yang lain.

Pertama: Ali bin Abi Talib as, Imam al-Hasan as, Imam al-Husayn as, Sayyidah Nisa’ Fatimah al-Zahra’ as, Salman al-Farisi, Abbas Abdullah bin Mas‘ud, Abu Zar al-Ghiffari, Miqdad Aswad, ‘Ammar bin Yasir, Usman bin Maz’un, Muhammad bin Abu Bakr, Huzayfah al-Yamani, Ubay bin Ka’b, Khalid bin Sa’id al-‘As, Jabir bin Abdullah al-Ansari, Abu Dajjanah al-Ansari, Sa’id bin ‘Ubadah al-Ansari, Qays bin Sa’d al-Ansari, Abu Ababa, Abu Hashim, Maytham al-Tammar, Malik Asytar al-Nakha’i, Fadl bin Abbas, Abu al-Walid, Abu Sa’id al-Khudri, Sulayman bin Nasr, Sahl bin Hanif dan Adi bin Hatim.

Mereka semua merupakan orang-orang yang tetap teguh beriman kepada Nabi saw sejak penerimaan Islam, dan kekal menuruti baginda saw hingga ke akhir hayat mereka. Mereka mengekalkan kesetiaan dan ketaatan kepada Nabi saw hingga ke akhir, dan tahu serta faham perkataan dan perbuatan Nabi saw lebih baik daripada mana-mana yang lain. Nabi saw juga memuji mereka dalam kata-kata dan bahkan memasukkan sebahagian daripada mereka dalam kaum kerabat baginda, memanggil mereka sebagai “pal mataku”, dan Allah swt bahkan memerintahkan orang-orang yang disebutkan sebagai orang yang patut dicintai dan dihormati, yang hampir termasuk dalam takrifan Ahl al-Bayt as.

Tiada seorang pun, sambung Husniyah selepas berhenti sejenak, Aku ingin menarik perhatianmu kepada ayat al-Qur ’an:

“Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang d alam kekeluargaan”. (QS. Asy-Syura [42]: 23)

Dengan demikian hai Ibrahim, kamu patut tahu bahwa sebagaimana diperintahkan Allah swt, kata-kata Nabi saw adalah wahyu yang benar, jelas dan muktamad. Justeru, apa sahaja mereka, yang saya namakan sebentar tadi, telah katakan tentang arahan/perintah Nabi saw dalam perkara berhubung dengan kewajiban taat, pemerhatian secara pilihan, dan amalan-amalan wajib lain merupakan perkara-perkara untuk diikuti yang ditetapkan dalam agama. Allah swt mempertaruhkan kesahihan dan ketulusan dalam pengucapan orang-orang yang disebutkan tadi berbanding Dia swt lakukan terhadap orang-orang seperti Abu Bakr, Umar, Usman, A’isyah, Hafsah, Anas bin Malik, Sa’d bin Sa’id, Amr al-‘As, Abu Hurayrah, Abu Ubaidah, Barir bin Ghalib, Khalid bin al-Walid, Salem mawla Abu Huzayfah, Sa’d bin Abi Waqqas, Talhah bin ‘Ubaydillah, Abdullah bin Amir, Mu’awiyah, Yazid, Umar Sa’d, ‘Ubaydullah bin Ziyad, Marwan bin al-Hakam dan lain-lain.

Mereka dan lain-lain daripada keturunan Bani Umaiyyah merupakan orang-orang yang kamu ikuti. Sekarang, beritahu kepadaku dengan jujur, hai Ibrahim, mana satukah di antara dua kumpulan itu yang wajar diikuti? Mana satukah di antara kedua-duanya yang beramanah, sama ada kumpulan yang aku sebutkan terdahulu atau yang terkemudian? Aku tanyakan perk ara itu sekarang untuk kamu katakan mana satu di antara dua kumpulan manusia itu kamu fikir benar dan mana satu pula salah berdasarkan kenyataan bahwa sejak kewafatan baginda saw, kedua-dua kumpulan tersebut telah bermusuhan di antara satu dengan yang lain – suatu kenyataan yang diketahui setiap Muslim.

Ibrahim kini berada dalam dilema. Dia benar-benar dalam kebingungan. Gadis itu telah membuatkannya tersungkur sekali lagi. Menyedari Ibrahim dalam keadaan bingung, Khalifah Harun al-Rasyid merasa tidak sabar dengan sikap tokoh tersebut yang tidak mampu berkata sepatah pun.

Kenapa kamu tidak menjawab? tanya Khalifah dalam nada marah. Sikap berdiam diri kamu itu menunjukkan bahwa kamu sebenarnya tidaklah mematuhi ajaran agama yang diajari Nabi saw. Hari ini, kamu menganggap dirimu sebagai seorang tokoh ulama Islam, sedangkan hakikatnya kamu sendiri tidak mampu mengemukakan jawaban yang munasabah kepada cabaran yang dihadapkan oleh hamba perempuan ini. Itu pun dalam keadaan kamu sendiri masih mempunyai beberapa tokoh ulama yang berfikir sama seperti kamu, dan boleh diminta bantuan sekiranya kamu mungkin perlukan bantuan mereka.

Ibrahim kini benar-benar dalam kesusahan. Sekiranya dia mengatakan bahwa jalan yang diikuti Ahl al-Bayt as itu sesat, dia seolah-olah membuktikan ketidakpercayaannya sendiri kepada Islam, kerana untuk mengatakannya akan menafikan perintah al-Qur’an dan hadis Nabi saw. Juga, dia takut bahwa sekiranya dia mengatakan sesuatu perkara, para hadirin yang menghadiri debat di dewan Khalifah Harun al-Rasyid tentunya akan membunuhnya. Sekiranya di sisi yang lain, dia mengatakan bahwa jalan yang diikuti Abu Bakr dan Umar, dan para pengikut mereka itu salah, tentulah dia mengatakan sesuatu yang berlawanan dengan kepercayaan yang dipeganginya, dengan demikian membatalkan kepercayaan yang diyakininya yang nanti juga akan menyebabkannya dibunuh.



64. Pendidikan Husniyah
Apabila Khalifah Harun al-Rasyid menyedari keadaan Ibrahim yang tidak bermaya, dia berpaling ke arah Husniyah dengan pandangan yan g bercampur antara hairan dan kagum.

Siapakah yang mengajarmu, wahai Husniyah, dia bertanya kepada gadis tersebut, Dari mana kamu mempelajari semua khazanah ilmu ini?

Kamu pasti tahu, hai Khalifah, balas gadis itu, bahwa aku masih seorang anak gadis berusia lima tahun ketika pemilikku, Khwaja membeliku. Beliaulah yang menghantarkanku ke harem Imam Ja’far al-Sadiq as, agar dengan menjadi seorang hamba yang patuh kepada Imam, aku dapat pelajari asas-asas penyucian jasmani dan akhlak serta ibadat yang sebenar di bawah seliaannya. Dengan peredaran zaman dan masa, aku mempelajari perkara-perkara asas tentang penyucian diri, salat dan puasa, dan menghabiskan masaku di sana. Suatu hari ditakdirkan bahwa Imam Ja’f ar as berjalan dalam harem dan meminta air untuk berwudu’. Nasib baik, seorang hamba yang ditugaskan untuk melakukan tugas tersebut tiada pada masa tersebut. Aku bersegera maju ke arahnya den gan membawa air.

Dengan cara itulah Imam terlihat diriku buat pertama kali. “Siapakah kamu?”, tanya Imam. “Aku seorang hamba perempuan kepada Khwaja, aku akur, sambil menambah bahwa aku telah mengabdikan diri di akademinya selama bertahun-tahun.

“Adakah kamu mendirikan salat?”, Dia bertanya. “Ya, tuan.” Aku balas. “Adakah kamu telah memiliki pengetahuan asas tentang penyucian dan kebersihan diri.” Beliau bertanya lagi.

Ya, tuan, aku memberitahu Imam.

Demikianlah aku terus menjawab pertanyaan beliau, dan Imam sungguh gembira dengan jawabanku.

Beliau kemudian bertanya lebih lanjut kepada petugas di akademi tentang diriku, dan mengutuskan sesuatu kepada tuanku, Khwaja (yang turut berada di sini), supaya datang kepadanya. Apabila Khwaja datang, Imam memberitahunya bahwa beliau benar-benar yakin dengan kekuatan dan kemampuan pemikiranku. Imam bahkan mengingini agar Khwaja menjualkanku kepadanya. Khwaja membalas dengan penuh hormat dengan mengatakan bahwa dia sendiri seorang hamba kepadanya dan aku akan terus berbakti dan berkhidmat kepada Imam. Bermula dari hari itu dan seterusnya, aku diberikan penghormatan menjadi hamba yang menjalankan tugas khas kepada Imam, dan aku mencapai usia baligh semasa berkhidmat kepadanya, menimba ilmu dan hikmah menerusi pengajarannya.

Dari saat itu, aku benar-benar takjub dengan kehebatan beliau hinggakan aku tidak berani menanyakannya dengan pelbagai persoalan secara langsung, tetapi aku dapat mencapai cahaya ilmu menerusi anaknya yang juga tidak tolok bandingnya dari segi kesempurnaan ilmu. Menerusi perhatiannya yang menyeluruh aku dapat membina kecintaanku kepada pembacaan dan pengajian, dan untuk memenuhi dahaga ilmu, aku mulai membaca dan menghadam kitab tentang tafsir al-Qur’an dan hadis Nabi Muhammad saw.

Aku biasanya bertanyakan Imam dan memohon keberkatan daripadanya dalam pelbagai persoalan yang sukar, yang tidak mampu dijelaskan oleh ulama Islam. Dengan itu, aku mencapai suatu peringkat yang aku sendiri anggap diriku sebagai seorang yang berada dalam kedudukan berkemampuan mengutarakan pendapatku dalam perkara-perkara yang rumit. Dengan berlatarbelakangkan keadaan ini, aku terbabit dalam perdebatan tanpa mengalami kekalahan sebelum hadir ke perhimpunan di dewan anda pada hari ini tentang kenyataan yang sebenar-benarnya mengenai Imam Ahl al-Bayt as.

Khalifah Harun al-Rasyid menden gar keterangan Husniyah dengan penuh perhatian.




12
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

65. Adakah penglihatan dapat melihat Allah?
Beritahuku, kata Khalifah, Apakah ilmu yang kamu perolehi daripada Imam Ja’far al-Sadiq as tentang persoalan Tuhan kelihatan dalam bentuk jisim?

Aku boleh beritahumu bahwa, balas gadis itu, dengan penuh yakin seperti selalunya. Inilah yang Allah swt katakan mengenai perkara tersebut, seperti ilmu yang ada kepada pengajarku yang terhormat:

“Mata tidak dapat melihat-Nya, tetapi Dia melihat mata-mata yang melihat-Nya...”. (QS. Al-An‘am [6]: 103)

Sekiranya Tuhan tidak wujud dalam bentuk jisim, bagaimanakah nabi yang mulia seperti Musa as memohon kepada Allah swt agar memperlihatkan diri-Nya? Tanya Ibrahim, yang kelihatan mulai sedar kembali daripada kebisuannya itu selepas Husniyah menenggelamkannya beberapa ketika sebelumnya. Beritahu kami, tambahnya, Adakah ini permohonan Musa as kerana kejahilannya, atau adakah menjadi kesalahan baginya untuk bertanya? dan perhatikanlah, kedua-dua perkara iaitu kejahilan dan ketidakmaksuman kepada para nabi tidak mempunyai tempat dalam mazhab kamu.
Ibrahim fikir bahwa dengan pertanyaan yang sedemikian rumit ini, dia telah berjaya mengalahkan gadis tersebut yang telah beberapa kali menjatuhkannya, tetapi Husniyah memang tidak mampu dikalahkan.

Dengarlah, dia beritahunya, Permohonan Nabi Musa as meminta Allah swt memperlihatkan diri-Nya bukanlah kerana kejahilannya dan bukan pula suatu kesalahan kepadanya membuat permohonan kepada Allah swt sebagaimana dia telah lakukan. Hakikatnya adalah bahwa Musa as dipaksa oleh sekumpulan orang supaya melakukannya, hingga dia terpaksa menyeru Allah swt untuk memuaskan keinginan mereka secara langsung. Oleh kerana kamu telah menanyakanku persoalan ini, aku akan menceritakan seluruh jalan cerita itu dalam konteksnya yang sebenar.

Suatu hari ketika Musa as menuju ke Gunung Sinai untuk tujuan bertafakur di sana seperti biasa, beliau membawa tujuh puluh orang (70) yang terpilih bersama-samanya, sebagaimana dilaporkan al-Qur’an dalam ayat ini:

“Dan Musa memilih tujuh puluh orang daripada kaumnya untuk (memohon taubat kepada Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan. Maka ketika mereka digoncang gempa bumi, Musa berkata: “Ya Tuhanku, kalau Engkau kehendaki, tentulah Engkau membinasakan mereka dan aku sebelum ini. Apakah Engkau membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang kurang akal di antara kami? Itu hanyalah cubaan daripada Engkau, Engkau sesatkan dengan cubaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah Yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkaulah Pemberi ampuan yang sebaik-baiknya”. (QS. Al-A‘raf [7]: 155)

Orang-orang tersebut meminta Musa as berdoa kepada Allah swt – Maha Melihat lagi Maha Mendengar – bahwa Dia (Allah) berbicara sesuatu yang mereka boleh secara langsung mendengar suara-Nya swt. Akibat cabaran itu, Musa as lalu berdoa kepada Allah swt, memohon-Nya mengucapkan Kalam-Nya agar mereka semuanya dapat mendengarn ya dengan telinga mereka. Tuhan membalas permohonannya dan men gutarakan Kalam-Nya swt kepad a mereka. Selepas perbicaraan itu, Musa as bertan ya kepada mereka sekiranya mereka berpuas hati dapat mendengar suara Allah swt. Mereka bersetuju bahwa mereka telah menden gar suara itu, tetapi tidak puashati mereka tidak yakin sama ada suara itu suara Tuhan atau suara syaitan. Mereka mendesak bahwa mereka tidak mempercayain ya kecuali mereka melihat Allah swt dengan mata mereka sendiri, dengan kata-kata:

“Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang, kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya”. (QS. Al- Baqarah [2]: 55)

Dan kemudian diikuti kilat dari langit, yang membakar hangus mereka. Ini merupakan suatu hukuman kepada mereka kerana sikap keterlaluan dan melampaui batas memohon Allah swt supaya memperlihatkan diri-Nya di hadapan mereka. Kemudian, sebagaimana diberitahu al-Qur’an, Musa as berkata:

“Apakah Engkau membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang kurang akal di antara kami?” (QS. Al-A‘raf [7]: 155)

Justeru, wahai Ibrahim, kamu lihatlah bahwa sekiranya mereka semuanya benar, diri Allah akan benar-benar diperlihatkan, dan mereka sudah tentu tidak akan dimusnahkan oleh kilat sebagaimana telah berlaku. Sekiranya Musa dalam apa-apa keadaan memang berkeinginan terhadap permohonan manusia supaya Tuhan sendiri kelihatan dalam bentuk jisim atau sekiranya dia sendiri percaya Tuhan berjisim, atau sekiranya dia sendiri berkeinginan melihat Diri-Nya swt dalam bentuk jisim, dia sendiri turut sama disambar kilat yang menimpa orang-or ang tersebut.

Tunggu sekejap, ganggu Ibrahim, Kamu kata bahwa Musa as telah memohon Allah swt untuk memperlihatkan Diri-Nya swt dalam bentuk jisim kerana dia dipaksa oleh kaumnya berbuat demikian. Sekiranya benar, kenapa pula dia mengatakan: Aku kembali bertaubat kepadamu, selepas kaumnya itu hancur musnah akibat sambaran kilat tersebut?

Aku akan beritahumu kenapa, jawab gadis itu dalam nada suara yang jelas dan yakin, Musa as membuat permohonan kepada Allah swt sebelum memperolehi keizinan. Walaupun ia bukanlah dosa besar, dan bukan pula dosa kecil untuk mendapatkan keizinan lebih dahulu, baginda as rasa adalah lebih baik sekiranya baginda as melakukannya. Itulah alasan, selain ia merupakan akhlak nabi, dia memohon keampunan Allah swt biarpun baginda as sebenarnya tidak pern ah melakukan kesalahan. Persoalan tentang kesalahan tidak timbul, kerana semua nabi adalah ma’sum dan mulia di sisi Allah swt.

Kamu juga patut tahu, wahai Ibrahim bahwa Allah swt telah memberitahu Musa as bahwa dia as tidak akan sekali-kali dapat melihat Allah swt (Lan tarani – kamu tidak akan sekali-kali dap at melihat-Ku), kalimah “tidak akan sekali-kali” [lan] menunjukkan bahwa ia merupakan penafian tanpa batasan atau had dari segi masa dan ruang. Justeru, apabila para nabi as sendiri dengan keakraban mereka dan kebolehan berbicara dan dekat dengan Allah swt, tidak mampu melihat Allah swt, persoalan men genai orang lain dapat melihat Allah swt tidak timbul sama sekali.

Kamu juga wajar faham wahai Ibrahim, bahwa terdapat tiga perkara asasi berkaitan dengan kemampuan mata untuk melihat, iaitu:

(i) Sesuatu objek mestilah mempunyai kebolehan u ntuk dilihat.

(ii) Sesuatu objek mestilah mempunyai bentuk tertentu untuk dilihat.

(iii) Tidak boleh ada penghalang dalam bentuk apa sekalipun antara sesuatu yang hendak melihat dengan objek yang hendak dilihat.
13
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

67. Fatimah as bahagian daripada diri Rasulullah saw
Lalu kini, sambung Husniyah, Oleh kerana perdebatanku ini memakan masa yang lama, hinggakan aku merasa bersalah terhadap Khalifah dan para pegawainya, bolehkah aku wahai Ibrahim, menanyakanmu satu soalan? Debat ini akan dapat dibuat kesimpulan dengan jawaban balas daripadamu. Aku sangat mengharapk an kamu berterus terang dan mengatakan sama ada atau tidak hadis Nabi saw ini sahih kepadamu dan kepada mazhabmu:

Fatimah adalah bahagian daripada diriku. Sesiapa sahaja menyakitinya bererti menyakitiku, dan sesiapa sahaja menyakitiku bererti menyakiti Allah.

Benar, setuju Ibrahim. Hadith itu benar dan sahih. Seluruh kaum muslimin bersepakat tentang kesahihannya sebagai hadis Nabi saw. Tiada seorang pun dapat menafikannya.



68. Perampasan Harta Fadak
Terima kasih, akui Husniyah, kini, beritahuku atas nama Allah swt, Tuhan Pencipta alam, sama ada atau tidak Abu Bakr dan Umar telah merampas tanah Fadak dengan kekerasan dan cara yang kejam?

Ya, balas Ibrahim, mereka telah merampas hartanya berdasarkan hadis Nabi saw, yang diriwayatkan oleh Abu Bakr, katanya:

“Kami para nabi, kami tidak mewarisi, dan apa sahaja yang kami tinggalkan, ia merupakan sadaqah.”

Sekarang, wahai Ibrahim, tegas Husniyah, Abu Sa’id al-Khudri, yang merupakan tokoh hadis yang terkemuka dan terkenal di kalangan mazhabmu, meriwayatkan bahwa apabila ayat: “Berikanlah kepada kaum kerabat akan haknya” (QS. Al-Isra’ [17]: 26) diwahyukan, Nabi saw memanggil Fatimah ke sisinya dan berkata: Wahai anakku Fatimah, Allah Maha Mengetahui bahwa bapamu tidak mempunyai sebarang harta duniawi kecuali tanah di Fadak. Pada hari berkenaan, baginda saw menghadiahkan tanah Fadak kepadanya agar tiada seorang pun boleh membuat tuntutan terhadapnya. Selama tiga tahun, Fatimah kekal sebagai pemilik sahnya sepanjang hayat Rasulullah saw dan berterusan menerima daripadanya.

Dan apabila Fatimah memprotes dan menuntut kembali hartanya, Abu Bakr memintanya mengemukakan saksi bagi menyokong harta tersebut. Namun, apabila Amir al-Mu’minin Ali as, Imam al-Hasan as dan Imam al-Husayn as memberikan keterangan akan penyaksian mereka bahwa Nabi saw telah menganugerahkan Fadak kepada anak perempuan baginda saw, Fatimah al-Zahra’ as, Abu Bakr berkata: Ali, suamimu dan telah memberikan keterangan bagi menyokongmu untuk kepentingan peribadinya. Dengan itu, penyaksiannya tidak boleh dipercayai. Demikianlah juga, penyaksian Imam al-Hasan as dan Imam al-Husayn as tidak boleh dianggap boleh diterima kerana alasan yang sama, biarpun sabda Nabi saw: Ali bersama-sama dengan kebenaran, dan kebenaran sentiasa bersama-sama dengannya, diakui sebagai perisytiharan Nabi saw yang sah dan sahih. Biarpun begitu, penyaksian Ali as tidak diterima atas dasar bahwa apa sahaja beliau as katakan, beliau as katakan dalam usahanya untuk mendapat kepentingan peribadi, biarpun sebenarnya Abu Bakr sendiri yang mencipta hadis palsu mengenai warisan kenabian. Ini merupakan suatu penindasan secara sengaja Abu Bakr terhadap kaum kerabat Rasulullah saw. Dia mengenepikan penyaksian Umm Aiman, mengatakan bahwa mereka tidak boleh menerima bukti seorang wanita. Justeru, dia merampas tanah kebun itu, termasuk Fadak dan semua rumah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw dan mempergunakannya dengan sesuka hatinya, dengan rayuan atau permohonan bahwa Fadak merupakan waqf yang digunakan sepanjang hayat Rasulullah saw bagi tujuan perbelanjaan peribadi Fatimah as.

Beritahuku wahai Ibrahim, sejauh mana wajar atau bermoralnya seseorang yang mendakwa dirinya sebagai seorang Muslim untuk merampas sesuatu yang merupakan sumber pendapatan bagi anak perempuan kesayangan Rasulullah saw, yang berdasarkan keterangan Abu Bakr sendiri, telah menganugerahkannya bagi kegunaan Fatimah as untuk perbelanjaan peribadi sepanjang hayat baginda saw? Aku mungkin mengambil kesempatan ini mengucapkan sepatah dua kata mengenai hadis palsu ini berhubung dengan pewarisan oleh para pengganti semua nabi. Tiada seorang pun, kecuali Abu Bakr dan anak perempuannya, A’isyah, yang mendengar Nabi saw bersabda bahwa para nabi tidak meninggalkan warisan. Nabi saw tidak pernah memberitahu seorang pun di seluruh tanah Arab mengenai apa yang dikatakan hadis ini, termasuk para sahabat yang rapat dan bahkan kaum kerabat baginda saw bahwa kaum kerabat baginda saw sendiri tidak layak mewarisi sesuatu yang ditinggalkannya!

Wahai Ibrahim, sememangnya sesuatu itu boleh diterima akal untuk mengatakan bahwa adalah biasa dan penting bahwa ahli keluarga dan sahabat sewajarnya mengetahui kenyatan tersebut; dan Nabi saw sendiri tentu telah memberitahu merek a bahwa apa sahaja yang baginda saw tinggalkan merupakan sadaqah, agar Ahl al-Bayt baginda saw tidak wajar membuat tuntutan kepada harta baginda saw yang dimaksudkan kepada sadaqah, kerana suatu perkara yang sudah lumrah dan diketahui umum bahwa Bani Hasyim diharamkan menerima sadaqah. Berdasarkan hadis palsu Abu Bakr itu, ia bermaksud bahwa Ahl al-Bayt Nabi saw telah membuat dakwaan terhadap sesuatu yang diharamkan dan dengan demikian, ia merujuk kepad a Nabi saw telah gagal berlaku adil dalam tugas kenabiannya; dan juga ayat al-Qur’an menyebutkan: “Pada hari ini, Aku sempurnakan untukmu agamamu” merupakan sesuatu yang janggal dan salah!

Pada hakikatnya, sekiranya demi hujah seseorang yang mempercayai Abu Bakr, ia bermaksud bahwa Nabi saw telah melakukan kesalahan yang besar sehinggakan baginda saw sendiri dikatakan gagal memberitahu Ahl al-Bayt baginda saw bahwa mereka tidak mempunyai sebarang hak ke atas hartanya dan apa sahaja yang baginda saw tinggalkan berupa sadaqah yang diharamkan kepada mereka.

Wahai Ibrahim, bagaimanakah kamu menetapkan kepercayaan agamamu yang salah, yang kamu lindungi hanya semata-mata kerana membenarkan apa sahaja kata-kata Abu Bakr dalam persoalan berkaitan warisan kenabian? Bagaimana mungkin kamu menyifatkan kezaliman dan keputusan salah kepada Nabi saw yang kamu sendiri percaya sebagai nabi kamu yang terbaik daripada seluruh alam ini? Dengan menerima buat sementara waktu bahwa Nabi saw telah memberitahu Ahl al-Bayt baginda saw bahwa mereka tidak layak mewarisi harta baginda saw selepas kewafatannya dan ia diharamkan bagi mereka; dan mereka mendakwa harta baginda saw biarpun terdapat perintah, akhlak seperti ini kepada Ahl al-Bayt as dengan jelas bermaksud bahwa mereka telah bertindak dengan cara yang salah dan tidak mengikut agama. Namun hakikatnya bah awa Allah swt sendiri telah mengesahkan dan menjamin kema’suman, kesucian akhlak dan perbuatan mereka dalam ayat yang mengatakan:

“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa d aripada kamu, hai Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. (QS. al-Ahzab [33]: 33)

Para ulama semua mazhab berijmak dalam mempercayai bahwa Ahl al-Bayt as merupakan penghuni syurga; dan menurut kepercayaan kamu sendiri, mereka merupakan Saqi Kauthar (pembekal air mata air [kauthar] dalam syurga). Justeru, ia membuktikan bahwa Abu Bakr telah memalsukan hadis itu dan menuduh pembohongan kepada Allah swt dan Rasul-Nya saw, perbuatan yang mengakibatkan kufur dalam pandangan semua kaum muslimin. Samalah juga, adalah kufur menolak penyaksian diberikan Fatimah al-Zahra’ as, Ali as, al-Hasan as, al-Husayn as. Sesiapa sahaja walaupun dengan kecerdikan yang sangat sedikit sekalipun akan mengatakan bahwa ia terdedah kepada kekufuran dan kezaliman sekiranya menyifatkan perbuatan salah laku kepada Ahl al-Bayt Rasulullah saw.

Para hadirin duduk terdiam dan terpaku dengan penghujahan Husniyah yang fasih dan berat dan kelancaran pengucapannya. Secara khusus, Ibr ahim, Abu Yusuf, Syafi’i, manakala para ulama lain terkaku dan terdiam tanpa dapat berkata-kata. Khalifah Harun al-Rashid juga turut merasa malu dengan perbuatannya yang hina.

Beritahuku, wahai Ibrahim, Husniyah meneruskan serangannya, beritahuku sama ada Abu Bakr telah bertindak mengikut syariah atau membelakangi syariah ketika dia meminta penyaksian [saksi] daripada Fatimah al-Zahra’ as terhadap tuntutannya mengenai Fadak, yang dia telah rampas, telah dianugerahkan kepadan ya oleh bapanya sendiri, Rasulullah saw, semasa hayat baginda saw?

Ibrahim lebih suka mendiamkan diri, kalau tidak dia akan mengungkapkan sesuatu yang tidak serius dan mengecewakan.

Kamu sepatutnya tahu, lanjut gadis itu lagi, Bahawa Fatimah al-Zahra merupakan pemilik yang sah kepada harta Rasulullah saw, dan pemilik sebenarnya, dan Abu Bakr merupakan penuduh, berdasarkan kepada “Kami para nabi tidak mewarisi, dan apa sahaja yang kami tinggalkan berupa sadaqah”. Adalah menjadi kewajiban Abu Bakr mengemukakan bukti untuk menyokong dan mendokong hadisnya itu. Dengan demikian beritahuku, wahai Ibrahim, demi Allah, sama ada perbuatan Abu Bakr den gan meminta penyaksian [saksi] daripada Fatimah as, yan g merupakan pewaris yang sah, berdasarkan kepada kejahilan ataupun kepada kezaliman. Jawablah soalanku sekarang juga, atau kosongkanlah kerusi berhias yang kamu duduki itu sekarang.

Cabaran langsung dan terbuka oleh Husniyah merupakan pukulan terakhir kepada semua ulama, kerana para pimpinan terkenal seperti Ibrahim, Syafi’i dan Abu Yusuf terduduk kaku tidak bermaya. Mereka lebih suka mendiamkan diri tanpa berkata sesuatu, sekiranya mereka dapat menolongn ya. Para penonton tertawa melihat mereka dalam keadaan sangat menyedihkan, biarpun tiada seorang jua mampu berkata sesuatu kerana takut menghina Khalifah Harun al-Rashid.

Menurut para sejarawan, Khalifah Harun al-Rashid mempunyai seorang saudara sepupu bernama Khalid bin ‘Isa. Pemuda ini sangat muda remaja, dan dikenali umum kerana kecintaan dan pengab adiannya kepada Ahl al-Bayt Rasulullah saw. Dia tidak pernah berdalih; dan Khalifah Harun al-Rashid mengetahui hal ini. Khalifah juga turut mengasihi Khalid, yang dia sendiri tidak pernah bertanya tentang perbuatannya. Khalid diberikan kebebasan melakukan sesuatu yang dia sukai dan bagaiman a cara dia sukai.

Dilaporkan bahwa pemuda remaja ini, Khalid, sedang duduk berhampiran Husniyah sepanjang perdebatan bersejarah ini; dan bila sahaja gadis itu mendapat kemenangan mengatasi Ibrahim dan para ulama lain, dia mengugurkan atau menaburkan sejumlah wang dinar (emas) di kepalanya sebagai penghargaan atas kehebatan keilmuannya, dan bergembira dengan keluarbiasaannya. Dia akan tertawa dan jengkel terhadap Ibrahim kerana ketidakmampuannya menghadapi gadis itu. Khalid duduk di sana den gan salah satu tangannya menghunus pedang, untuk melindungi gadis itu sekiranya seseorang cuba mencederakan atau membahayakann ya. Dengan isyarat dan tanda galakan yang ditunjukkan, dia memberikan semangat dan galakan kepada gadis itu dengan penghujahannya.

Pada masa ini, Husniyah berpaling ke arah Khalifah Harun al-Rashid dan ulama, dan mengucapkan sesuatu kepada mereka, menyambung kembali persoalan berkaitan perampasan Fadak.

Pada hari ketika Amir al-Mu’minin Ali as mengemukakn buktinya dalam persoalan Fadak manakala Abu Bakr menolak penyaksiannya, Ali as berkata: Andaikata dua orang datang kepadamu kerana bertengkar, kedua-dua mendakwa hak pemilikan mereka terhadap harta tertentu, dan setiap seorang mengatakan bahwa ia adalah miliknya, kerana dia memilikinya; dan bahwa seorang yang lain dengan cara yang salah telah memiliki harta tersebut. Bolehkah kamu, di hadapan perilaku salah pihak tertuduh disahkan, dan kamu yakin bahwa pihak tertuduh (responden) itu adalah perampas, merampas hartanya dan memberikannya kepada pendakwa atau pengadu? Kepada pertanyaan itu, Abu Bakr berkata bahwa dia tidak akan melakukan perkara seperti itu. Amir al-Mu’minin as kemudian bertanya sekiranya dia akan meminta penyaksian daripada pendakwa atau daripada pihak tertuduh. Abu Bakr menjawab bahwa dia tentu akan meminta bukti daripada pendakwa (atau plaintif ), kerana Nabi saw bersabda: Adalah menjadi tanggungjawab pendakwa men gemukakan bukti. Amir al-Mu’minin as kemudian bertanya: ‘Seterusnya kenapakah kamu bertindak menyalahi hukum Nabi saw (dalam persoalan berkaitan kedudukan yang sama dan berkaitan anak-anak serta anak perempuan Rasulullah saw? Pada ketika ini, Abu Bakr bertanya Amir al-Mu’minin as, bagaimana pula dengan hal ini? Amir al-Mu’minin as membalas: kerana Fatimah al-Zahra’ as merupakan pihak tertuduh (responden) dalam kes yang berfakta itu, dan dia sesungguhnya pemilik harta itu yang sebenar. Seseorang yang mendakwa bahwa tiada pewarisan bagi para nabi hendaklah mengembalikan pemilikan tanah Fadak itu semula kepada Fatimah al-Zahra’ as dan para pengganti Nabi saw dalam keadaan yang sama seperti ketika hayat Rasulullah saw sehingga suatu masa sebagai hak pendakwa itu diperkukuhkan menerusi pembuktian tentang kesahihan dalam perselisihan bahwa para nabi tidak mempunyai warisan, dan untuk ini, seorang saksi perlu dikemukakan bagi membuktikan ia diharamkan menerima sadaqah; dan dengan demikian seseorang boleh datang hanya dari kalangan Bani Hasyim kerana mereka diharamkan daripada menerima sebarang bentuk sadaqah, sed angkan kaum muslimin yang lain boleh menerima sadaqah.

Oleh itu, sesiapa yang mendakwa Fadak sebagai hartanya, tetapi tidak mampu mengemukakan saksi yang dikehendaki, hendaklah membuktikan dengan sumpah yang Fatimah al-Zahra’ telah menyakinkan kenyataannya bahwa Rasulullah saw telah menganugerahkan tanah Fadak kepadanya sebagai harta milik peribadin ya. Kamu sewajarnya tahu, wahai Abu Bakr, bahwa Allah swt telah mengisytiharkan Fatimah al-Zahra’ as sebagai wanita ma‘sumah (tidak berdosa). Bagaimanakah mungkin baginya melakukan kesalahan yang sangat besar dengan mendakwa sesuatu bukan haknya sebagai miliknya?



69. Warisan kenabian
Abu Bakr tidak mampu membalas sepatah katapun. Lidahnya kelu membisu seraya tertunduk malu, samalah wahai Ibrahim, seperti yang kamu lakukan pada masa ini. Kamu tidak mampu menjawab pertanyaanku dan tidak juga mahu mengakui kesalahan kepercayaanmu itu. Yakinlah, wahai Ibrahim, bahwa hadis yang dipetik oleh Abu Bakr, yang menafikan warisan kenabian, adalah palsu, tidak sahih dan rekaan semata-mata kerana al-Qur’an d engan jelas mengatakan:

“Allah telah menetapkan dalam pembahagian harta, lelaki hendaklah mewarisi dua bahagian”. (QS. an-Nisa’ [4]: 11)

Allah telah menerangkan kata-kata tersebut kepada Nabi Muhammad saw dan mereka telah diterimapakai. Selain itu, terdapat banyak lagi ayat lain dalam al-Qur’an, di dalamnya dengan jelas diperintahkan bahwa para nabi as layak memberikan harta mereka menerusi warisan. Sebagai contoh ayat ini:

“Dan Sulaiman mewarisi Dawud”. (QS. al-A‘raf [7]: 16)

Demikianlah juga, diceritakan dalam al-Qur’an bahwa Nabi Zakaria as memohon kurniaan Allah swt akan seorang anak yang akan mewarisi hartanya dan harta Nabi Ya’qub as. Inilah yat yang aku rujuk:

“Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Kau, seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya‘qub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai”. (QS. Maryam [19]: 5 dan 6)

Justeru adalah jelas bahwa para nabi as layak menganuger ahkan harta mereka kepada para pewaris mereka. Justeru dengan demikian membuktikan bahwa hadis dipetik yang mengatakan para nabi as tidak mewarisi adalah bertentangan sama sekali secara positif dengan keteran gan al-Qur’an. Ia juga jelas bahwa orang yang mencipta hadis ini dan menyifatkannya kepada nabi, tidak mampu memahami al-Qur’an dan kandungannya. Sekiranya dia benar-ben ar memahami al-Qur’an, tentulah dia tidak akan mengatakan sesuatu yang dia telah katakan. Sekiranya Abu Bakr telah men gatakan hadis yang diungkapkan sendiri sebegini:

Aku salah seorang daripada para nabi, tiada yang akan mewarisiku apa sahaja yang aku tinggalkan menjadi sadaqah kepada k aum muslimin.

Nanti kepalsuannya tidaklah kelihatan berlawanan dengan keterangan al-Qur’an. Namun sebagaimana adanya, Allah swt telah membutakan inderanya agar para pencari kebenaran menyedari kepalsuan pencipta hadis palsu ini.

Pada peringkat ini, salah seorang ulama dari Baghdad yang juga merupakan murid kepada Abu Hanifah, bangkit untuk membantah Husniyah terh adap hujah itu, kerana seperti sebelumnya, Ibrahim tidak mampu melakukannya sendiri.

Kamu sepatut tahu, wahai Husniyah, katanya, Apa yang Nabi Sulaiman as dapat daripada Nabi Dawud as menerusi perwarisan adalah hikmah dan ilmu, dan juga kenabian. Baginda as tidak mewarisi sebarang kekayaan material atau hartanah.

Aku tidaklah merasa hairan, komen Husniyah, Kamu mengulangi perkar a sama yang tidak masuk akal yang orang-orang sebelummu telah perlihatkan. Apa yang kamu katakan han yalah semata-mata berdasarkan kejahilan dan prasangka. Kenapakah kamu lupa bahwa Sulaiman as telah menjadi nabi sementara Dawud as masih hidup. Ini jelas kelihatan darip ada ayat yan g menyebutkan:

“Dan (ingatlah kisah) Dawud dan Sulaiman pada waktu kedua-duanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat), dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Dawud dan Kami-lah yang melakukannya”. (QS. al-Anbiya’ [21]: 78-79)

Kamu patut sedar, wahai tuan, warisan akan sesuatu tertentu itu akan berkuatkuasa selepas kematian pemiliknya, agar apa yang simati tinggalkan boleh diagihkan di kalangan para pewarisnya. Sekiranya kenabian boleh diwarisi, seluruh generasi keturunan Ad am as pasti menjadi nabi, walaupun ia tidak pernah berlaku.

Dari kalangan keturunan Adam as, hanya Nab i Syith as sahaja ditugask an oleh Allah swt sebagai nabi. Justeru, kamu lihat bahwa kenabian bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi oleh anak daripada bapanya sebagai suatu hak. Kenabian, kamu perlu faham, adalah perkara yan g hanyalah Allah swt sahaja memberikannya dengan Iradah -Nya menerusi wah yu Ilahi. Sekiranya kamu mengatakan bahwa apa yang Nabi Zakaria as pohon kepada Allah swt adalah seorang pewaris kenabiannya, kamu sebenarn ya mencemari kesucian kenabian itu sendiri. Hal yang demikian itu melayakkan kamu kufur sekiranya kamu mengatakan demikian.

Bagaimana kamu berkata begitu? sergah Ibrahim.

Ini kerana, balas gadis itu dengan nada biasa, Apa yang Nabi Zakaria as katakan dalam doanya kepada Allah swt adalah seperti berikut:

“Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Kau, seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya‘qub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai”. (QS. Maryam [19]: 5 dan 6)

Dalam bahasa biasa, doa Nabi Zakaria as adalah seperti ini:

Aku bimbang selepas kewafatanku, para penggantiku akan memudaratkan agama yang aku sampaik an. Isteriku mandul. Oleh yang demikian, berkatilah aku, wahai Allah, Tuhanku, dengan seorang anak yang dap at mewarisi hartaku, seperti keturunan Ya’qub as, dan berk atilah dia, wahai Tuhan, dengan pilihan-Mu yang diberkati.

Semua tafsir al-Qur’an bersepakat bahwa kalimah “mawali” dalam teks bermaksud “anak-anak kepada saudara” di sini. Sekiranya ia untuk pewaris kepada kenabian yang Nabi Zakaria as pohonkan, tentulah baginda as katakan: “Berkatilah aku, ya Tuhan, dengan seorang anak yang akan menggantikanku sebagai pewaris kenabianku, agar anak-anak kepada saudaraku tidak akan menjadi para nabi selepasku. Bagaimanapu n sesuatu tentulah memberi maksud bahwa Nabi Zakaria as tidak berpuas hati dengan keadaan yang Allah swt telah tempatkannya itu, dan baginda as mer asa irihati kepada anak-anak kepada saudara, dan dengan demikian, akan menjadikan Zakaria (as) seorang yang berdosa, dan moga-moga Allah swt jauhi, bahkan seorang kafir.

Lalu, wahai Ibrahim, berdasarkan logik dan juga bukti daripada kitab, terbukti para nabi mempunyai hak warisan terhadap harta mereka kepada para pewaris mereka. Dengan demikian, “hadis” yang diriwayatkan oleh Abu Bakr, yang mengatakan para nabi tidak mempunyai hak pewarisan, dengan jelas suatu kenyataan palsu yang berlawanan dengan al-Qur’an itu sendiri. Ketika ayat ini menyebutkan: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)”. (QS. Az-Zumar [39]: 30) diwahyukan, Nabi saw menaiki mimbar dan bersabda:

Wahai manusia, selepas aku tiada lagi, terdapat beberapa orang sahabat akan dengan sengaja mengaitkan sesuatu kepadaku dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi mereka. Mereka akan memalsukan hadis dan mengaitkan kesahihannya kepadaku untuk menyesuaikan matlamat mereka. Oleh itu, berhati-hatilah, dan janganlah kamu bertindak atas dasar hadis sedemikian yang berlawanan dengan perintah al-Qur’an. Ikutilah hanya hadis yang selari dengan ajaran al-Qur ’an.

Kamu sepatutnya tahu wahai Ibrahim, selepas kewafatan Nabi saw, Amir al-Mu’minin Ali as telah menggunakan barang peninggalan baginda saw seperti kaldai, pedang, unta, serban dan lain-lain. Perisai Nabi saw pernah digadaikan; dan Ali as telah mendapatkannya kembali dan menggunakannya secara peribadi. Semua benda tersebut merupakan sebahagian daripada harta milik Nabi saw yang ditinggalkan. Tiada seorang pun membantah hak Ali as menggunakannya. Semuanya disebutkan dalam kitab-kitab kamu sendiri. Tiada seorang jua pun mara ke hadapan dan memberitahu Ali as bahwa beliau as tidak mempunyai hak untuk memilikinya atas dasar para nabi tidak meninggalkan warisan.

Berdasarkan hadith diceritakan Abu Bakr, semua benda itu juga hendaklah diambil kembali daripada Ali as. Sekiranya k amu kata bahwa mereka telah meminta Ali as mengembalikan semuanya, dan beliau as enggan melakukannya; dan mereka pula sudah letih memintanya memulangkan kembali semua perkara tersebut. Aku bersumpah bahwa Ali as bukanlah orang yang menggunakannya untuk diri sendiri yang dilarang oleh hukum agama, atau bahkan berfikir melakukan sesuatu yang dilarang. Dan sekiranya kamu katakan adalah tidak benar bahwa Nabi saw telah mengurniakan benda-benda tersebut kepada Ali as sementara baginda saw masih hidup lagi. Dengan sebab yang dikemukakan itu tanpa ragu-ragu lagi membuktikan Ali as telah mewarisi perkara tersebut darip ada Nabi saw sebagai pengganti baginda saw...

Khalifah Harun al-Rasyid yang sedang mengikuti kata-kata Husniyah dengan penuh perhatian, melihat seluruh barisan ulama yang diundang melibatkan diri dalam debat terkaku kelu dan duduk dengan tunduk ke bawah. Dia kini sedar bahwa ulama tumpas secara men yeluruh di tangan gadis yang pengetahuan tentang kebenarannya jelas mengatasi mereka. Mereka pula gagal dalam peristiwa itu secara berturut-turut untuk mengalahkan hujah Husniyah untuk membuktikan sifat dusta kepercayaan agama mereka.

Wahai Ibrahim, isytihar Khalifah Harun al-Rasyid, dan wahai kamu para ulama, kamu semua ditumpaskan sama sekali. Tiada sepatah perkataan yang mampu kamu katakan sebagai mempertahankan diri. Husniyah telah memecahkan dongengan kepercayaan mazhab kamu. Sifat berdiam dirimu itu merupakan testimoni [bukti] kekalahanmu di tangan gadis ini. Daripada matamu terkebil-kebil dalam diam, mengapakah kamu semua tidak menukarkan diri kamu dengan mengikuti mazhab Husniyah?

Husniyah dengan cepat-cepat mengambil peluang daripada keadaan itu untuk mengatakan keyakinan dan kepercayaann ya dengan lebih lanjut.

Dengarlah, dia melontarkan suaranya, Dengarlah, wahai Ibrahim dan para ulama sekalian seluruh kitab sejarah menyatakan, bahwa seluruh kaum muslimin mempercayainya sebagai benar, bahwa ketika Abu Bakr menolak bukti yang dikemukakan saksi-saksi Fatimah as, beliau as memberitahu Khalifah bahwa sekiranya dia sendiri boleh mewarisi harta bapanya, apalah salah sekiranya beliau as sendiri melakukan perkara yang sama berkaitan dengan harta bapanya. Justeru, beliau as menuduh Abu Bakr merampas haknya dan membuktikan hujah secara menyeluruh. Kemudian beliau as balik ke rumah, meratap sedih; dan bersumpah demi Allah, beliau as akan mengadu pada Hari Akhirat nanti kepada bapanya, Nabi saw, mengenai kezaliman Abu Bakr itu. Akhirnya, apabila beliau as meninggal dunia, beliau berhasrat dalam wasiatnya agar dimakamkan pada waktu malam, dan Abu Bakr, Umar dan para penyokong mereka tidak akan dibenarkan sama sekali menyertai salat jenazah ke atas jenazahnya. Wasiat Fatimah al-Zahra’ as dituruti dan dilaksanakan oleh Amir al-Mu’minin Ali as. Beliau as dimakamkan pada waktu malam di suatu tempat berhampiran mimbar Nabi saw, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Di antara mimbar dan makamku adalah taman daripada taman-taman syurga.”

Semua jejak perkuburannya dihapuskan, agar tiada seorang pun dapat menentukan tempatnya yang sebenarnya. Pada keesokan harinya, sekumpulan orang terdiri daripada Abu Bakr, Umar, Aus dan beberapa orang Ansar datang kepada Ali as di kediamannya dan menyampaikan takziahnya seperti biasa. Mereka juga turut bertanya tentang upacara pengebumian dan pemakaman Fatimah as secara terperinci, dan Ali as memberitahu mereka bahwa beliau as telah mengebumikannya pada waktu malam. Ali as kemudian memberikan penerangan kepada mereka bahwa itulah Fatimah ma’sumah as inginkan dalam wasiatnya dan beliau as tidak boleh melakukan sesuatu yang berlawanan dengan keinginannya, kerana perbuatan seumpama itu boleh mendukacitakan ruh si mati. Beliau kemudian mengulangi sabda Nabi saw bahwa ‘Fatimah merupakan bahagian daripada diriku; sesiapa yang menyakitinya menyakitiku; dan sesiapa menyakitiku menyakiti Allah.’

Dengan demikian, Ali as memberitahu mereka, beliau as tidak akan mungkin menyakiti Nabi saw dan menerima kemurkaan Allah swt. Umar benar-benar merasa malu mendengarkann ya dan berkata dia akan ke makamnya, mengeluarkan jenazahnya dan bersalat jenazah ke atasnya. Bagaimanapun, walaupun pelbagai usah a dilakukan, dia tidak dapat mengesani makam itu.

14
HUSNIYAH: SUATU POLEMIK PEMIKIRAN ISLAM

70. Balasan azab yang pedih kepada orang-orang yang menimbulkan kemarahan Allah dan Rasul-Nya
Dan wahai Ibrahim, sambung Husniyah sejurus mengambil nafas, Aku tidak perlu mengulangimu bahwa seluruh kaum muslimin bersepakat mengenai kebenaran riwayat yang aku berikan tadi. Tiada seorang jua pun yang dapat menyangkal kesahihannya. Justeru, hakikat bahwa kaum Muhajirin dan Ansar terpaksa menebus kemuliaan melibatkan diri dalam upacara pengebumiannya menunjukkan tahap kedukacitaan Fatimah al-Zahra’ as atas sikap dan perangai yang dikenakan ke atas beliau as dengan tidak menerima kenyataan bersumpah oleh su aminya, Ali as dan anak-anaknya, Imam al-Hasan as dan al-Husain as sebagai saksi-saksinya d alam perkara Fadak tersebut. Oleh yang demikian, berdasarkan sabda Nabi saw:

“Allah murka atas kemurkaanmu dan gembira dengan kegembiraanmu.”

Kemarahan Fatimah al-Zahra’ as adalah kemarahan Allah swt, dan inilah yang Allah swt katakan tentang para penzalim:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknati mereka di dunia dan akhirat dan Dia telah menyediakan bagi mereka azab yang sangat pedih”. (QS. al-Ahzab [33]: 57)

Dan ketahuilah, wahai Ibrahim, tidak ada sebarang keraguan bahwa musuh-musuh Ahl al-Bait as merupakan orang-orang zalim yang akan ditimpakan laknat para malaikat dan kemurkaan Allah.



71. Teguran berbentuk cemuhan Khalifah terhadap cubaan membunuh Husniyah
Kata-kata dan ucapan Husniyah yang bersemangat jatuh bagai dentuman meriam yang kuat ke atas Ibrahim, Abu Yusuf, Syafi’i dan ulama lain. Sakit dan marah dengan kebenaran kata-kata Husniyah yang sangat p ahit dan menyakitkan hati menyebabkan mereka menerkam ke arahnya dalam cubaan membunuhnya pada masa itu juga. Gadis tersebut, dikejutkan den gan serangan yang mengejutkan terhadapnya, mempertahankan dirinya dengan menggenggam janggut Ibrahim dengan kuat, dan cengkamannya yang sangat kuat itu tidak dapat dilonggarkan.

Khalifah Harun al-Rasyid sedang memperh atikan peristiwa itu dengan perhatian yang berat. Den gan memberikan perhatian yang berat terhadap situasi itu, Perdana Menterinya, Yahya bin Khalid, dengan segera berganjak ke sisi Khalifah.

Wahai Khalifah, katanya, Kamu pada hari ini menduduki kedudukan Nabi saw. Husniyah hanyalah seorang hamba dan gadis, tetapi mampu mendiamkan lidah sekalian ulama yang terkemuka dalam pemerintahanmu. Kamu lihat sendiri di hadapanmu betapa kejamn ya mereka berkelakuan terhadap gadis itu dengan niat buruk di hadapanmu sendiri.

Semua pegawai istana juga turut membuat bantahan kepada Harun al-Rasyid kerana tindakan dan perbuatan yang k eras dan kejam terhadap gadis tersebut. Khalifah Harun al-Rasyid yang mulai tenang, menjerit kepada khalayak ramai dan memberikan peringatan keras kepada para pesalah atas perbu atan mereka yang tidak beradab.

Dan kemudian seseoran g bangun. Dengan pedang terhunus di tangannya!

Inilah Khalid bin ‘Isa, saudara sepupu Khalif ah Harun al-Rasyid, yang seperti disebutkan terdahulu merupakan penyokong kuat Ahl al-Bait Nabi Muhammad saw. Dengan mengangkat pedangnya di tangan, beliau menghala ke arah Ibrahim dan mengancam memenggal kepalanya.

Memahami isyarat tersebut, semua orang kembali ke tempat masing-masing.

Kamu patut malu dengan diri sendiri, beliau mencela Ibrahim, Kamu memperlihatkan dirimu sebagai tokoh ulama zaman ini, namun demikian kamu ditumpaskan hanya oleh seorang gadis hamba ini. Tidakkah kamu merasa malu ditertawakan oleh setiap orang di sini? Bukan sahaja tidak merasa malu, bahkan kamu dengan biadapn ya cuba membunuhnya?

Peringatan berupa celaan oleh Khalifah menggalakkan setiap orang yang lain melontarkan penghinaan terhadap Ibrahim dan para ulama lain yang kelihatan alim dengan kedudukan mereka.

Bagi Husniyah pula, beliau mengekalkan ketenangan dan mempertahankan maruah diri biarpun berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Beliau bukanlah seorang yang mudah melatah dan mengalah untuk mengatakan apa yang hend ak dikatakannya.

Wahai ulama jadi-jadian, kamu semua daripada keturunan yang tidak ketahuan asal-usulnya, beliau menghambati mereka. Dan wahai kamu semua musuh kaum kerabat Nabi Muhammad saw? Takutilah Allah swt ...Ingatlah akan Hari Pembalasan... Janganlah kamu mengejar habuan duniawi dengan melakukan permusuhan terhadap Nabi Muhammad (saw) dan Ahl al-Bait baginda saw... Jauhilah diri kamu semua daripada mengungkapkan sesuatu den gan bahasa yang kesat... Hentikanlah perbuatan mengata bahwa si-polan dan si-polan menjadi khalifah lantaran persetujuan si-polan dan si-polan... atau si-polan dan si-polan menjadi Amir menerusi sumber si-polan dan si-p olan.... Elakkanlah diri daripada mengatakan sesuatu yang tidak munasabah dalam perkara seperti kenabian (Nubuwwah), kepemimpinan (Imamah), Kemaksuman (‘Ismah) dan kesucian para nabi dan para pengganti mereka yang merupakan pilihan Allah swt. Kenapakah kamu semua tidak sedar dan tidak pula insaf akan apa yang akan berlaku pada Hari Kebangkitan nanti apabila semua yang kamu katakan atau lakukan pasti akan dicatat untuk pembalasan?

Kenapakah kamu semua sudah tidak takutkan Allah swt lagi? Kenapakah kamu tidak sedar bahwa kamu telah melumpuhkan orang lain daripada mengakui Allah swt, Nabi-Nya Muhammad saw dan para Imam-Nya as. Kamu, bahkan kejahilanmu sendiri sangat menjengkelkan jika dibandingkan dengan yang lain. Besarnya hasil tulisanmu dan banyaknya hadis palsu yang kamu catatkan berhubung dengan Ahl al-Bait Nabi saw diambil daripada musuh-musuh Ahl al-Bait as, dan daripada golongan murtad, bahkan termasuk wanita dan anak-anak.

Cerita-cerita tersebut boleh diumpamakan sebagai dongengan, yang suka didengari kaum wanita dan anak-anak, dan seterusnya membangkitkan mereka dan menjadi sebutan mereka menerusi dakyah bahwa mereka mengumpulkannya daripada tokoh ulama terkemuka atau polan dan polan yang merupakan tokoh hadis atau tokoh mufassir polan dan polan, atau polan dan polan wali yang bermimpi tentang sesuatu perkara yang dikatakan oleh Nabi saw sewaktu tidur!

Orang jahil menganggap perkara-perkara yang para ulama kamu sampaikan kepada mereka semata- mata atas dasar tahyul dan ramalan. Sedemikian berakar umbinya pemikiran orang ramai sehingga amat sukar untuk menggerakkan mereka kembali kepada kewarasan. Kamu juga telah mencipta kejahatan menerusi tindakan mencari salah dan mencela orang lain di tengah-tengah khalayak ramai; dan bentuk kejahilan seperti ini telah berleluasa sejak zaman berzaman, sehingga melahirkan suatu generasi penuh kejahilan dan ketahyulan. Sebahagian mungkin menganggapn ya sebagai hak istimewa mereka untuk memusuhi Ahl al-Bait Nabi saw dan para pendokong mereka, golongan Syi’ah. Mereka merasakan ia sebagai hak yang mer eka warisi untuk menentang dan terus menentang golongan Syi’ah dan mazhab mereka.

Dengan kumpulan manusia yang berserabut dan sesat jalan tanpa petunjuk dan panduan ini, bahkan para penindas, penzalim, yang tidak beradab dan yang menghabiskan hidup mereka dengan meminum arak dan menyembah berhala mengatasi kaum kerabat Nabi Muhammad saw dan keturunannya. Bahkan kumpulan manusia seperti para penenun dan penyembelih memetik sumber satu sama lain sebagai rujukan! Dan kini, semua perkara ini telah sampai ke suatu tahap hinggakan orang-orang jahil dan sesat ini tidak lagi men gakui dan menerima riwayat yang dik emukakan oleh tokoh-tokoh terkemuka seperti Amir al-Mu’minin Ali as, Imam al-Hasan as, Imam al-Husain as dan para Imam as lain, yang kemaksuman dan kesucian mereka tidak dipertikaikan sama sekali.

Sebaliknya, mereka bergantung kepada riwayat oleh A’isyah, Anas bin Malik, Abu Hurairah, Amr ibn al-‘As, Mu’awiyah dan ramai lagi. Apa yang para ulama jadi-jadian ini agung-agungkan dan sebarkan merupakan cerita pen gembaraan dan peperangan Rustam dan Isfandiyar, dengan niat mereka bertujuan untuk mewujudkan tabir penghadang atau penghalang tentang keberanian dan kehebatan Ali as, dan dengan itu, secara beransur-ansur menyebabkan orang ramai terlupa pencapaian beliau as yang tiada tandingannya.

Begitu pun, mereka mendakwa mereka mencintai dan menghormati Ahl al-Bait Nabi Muhammad (saw)! Beritahukanlah kepadaku wahai Ibrahim dan Syafi’i, apakah kebesaran yang dipunyai Siddiq Akbar (Abu Bakr) dan Faruq A’zam (Umar)? Silalah beritahuku tentang mereka, agar aku tahu sesuatu mengenai gahn ya ketulusan, kebenaran, kebesaran diri, kesabaran, ibadat, kebajikan, kelembutan dan keb eranian mereka. Silalah beritahuku di mana dan dalam peperangan manakah kedua-dua tokohmu yang handal itu terlibat, siapakah pula yang merek a tumpaskan, apakah pula persoalan-persoalan rumit yang telah mereka selesaikan menerusi hikmah dan kebijaksanaan mereka itu, dan tolonglah khabarkan kepadaku apakah pula keajaiban yang mereka perlihatkan.



72. Kebesaran diri
Wahai Ibrahim, sila terangkan persoalan kebesaran diri. Apakah yang dikatakan kehebatan itu. Apakah pula maksud ayat “Upah daripada Allah swt”? (Al-Qur’an, surah Ali ‘Imran (3): 195). Bagaiman akah pula kemuliaan Ilahi dicapai. Wahai Ibrahim dan para ulama Baghdad, takutilah Allah (swt) dan hentikanlah kekalutanmu itu, dan ketahuilah kepercayaan agamamu itu semata-mata berasaskan prasangka, penindasan, hak yang ditindas dari mula pelantikan Khalifah pertamamu itu di Saqifah.

Kamu tidak pernah memberikan sebarang peluang kepada kaum kerab at Nabi saw atau para pengikut agama yang benar, ulama Syi’ah dan para Mu’minin untuk membincangkan dan mengemukakan Islam dalam bentukn ya yang asal pada mana-mana peringkat, walaupun merekalah sebenarnya golongan yang benar-benar beriman dan mengabadikan diri sebagai pengikut jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw d an Ahl al-Bait baginda (saw).

Sebaliknya, kamu memerintahkan mereka dibunuh dan mengajak orang ramai membunuh mereka. Hanya kerana kamu takut orang-orang yang benar mengutukmu, memperlihatkan kesalahan akan kepercayaan agamamu dan mendedahkan kezaliman dan kepalsuan ajaran agamamu, kamu menganggap mereka kafir (dalam Islam) dan menghukumkan kematian bagi mereka dalam keadaan memalukan.

Ketahuilah, hai Ibrahim, setiap orang benar-b enar tahu bahwa kamu semua merupakan para musuh Ahl al-Bait as, dan para Imam kamu pula merupakan para pembunuh Ahl al-Bait as; bahkan juga musuh kepada Nabi saw. Kamu semua manusia yang biasan ya mengakui akan kasih sayang terhadap baginda saw, sedangkan jauh di lubuk hatimu, terpendam k ebencian terhadap baginda saw, yang pada hakikatnya dijelaskan kepada baginda (saw) oleh Allah swt.

Sekalipun begitu, kamu membalas dendam daripada Ahl al-Bait baginda saw selepas baginda saw tidak ada lagi. Sekarang, bahkan hari ini kamu masih mengikuti jejak langkah para pendahulumu. Kamu telah membinasakan keturunan Nabi saw, para pendokong Ahl al-Bait as, dan walaupun demikian, sungguh mengejutkan biarpun catatan kekejaman yang tidak dapat dinafikan, kamu masih mendakwa dirimu sebagai Muslim, yang patuh kepada ajaran agama Nabi Muhammad saw. Demi Allah, aku yakinkan kamu bahwa Nabi saw sebenarnya amat jijik dengan kamu sekalian...

Kami juga, sampuk para ulama tersebut dengan satu nada, ketika Husniyah cuba habiskan, Kami juga turut merasa jijik dan benci terhadap golongan yang memusuhi Ahl al-Bait Nabi saw.

Bohong, sergah Husniyah, Aku bersumpah kamu sekalian berkata dusta. Hakikatnya, hatimu semua dipenuhi kebencian dan permusuhan yang mendalam terhadap Ahl al-Bait Nabi saw dan para pendokong mereka, dan aku akan buktikan sekarang juga di hadapan Khalifah.

Husniyah berhenti sejen ak, dalam persediaan untuk mengulang-ulang hujah awal bagi memulakan pembentangannya. Ia merupakan suatu tuduhan yang berat yang dibawa olehnya terhadap para ulama dan para pengikut mereka umumnya. Suasana dalam dewan gamat dan gelisah. Semua telinga ditumpukan kepada apa yang akan disampaikan olehnya.



73. Ratapan dan rintihan oleh ulama jadi-jadian pada 10 Zul-Hijjah berkenaan sembelihan kambing
Pertama sekali, lanjut Husniyah dengan gaya bercakap yang fasih, memecahkan kesunyian, Biarkanlah aku petik amalan ibadat yang kamu semua terlibat dalam perayaan Id al-Adh a. Pada hari ini, setiap orang dalam mazhabmu, termasuk para ulama, ketua, cendekiawan dan golongan kenamaan, berkumpul di bawah mimbar. Khatib dalam perhimpunan tersebut menaiki mimbar dan menyampaikan khutbah Id, menceritakan kisah Nabi Ibrahim as membawa Nabi Isma‘il as, untuk menyembelihnya sebagaimana diperintahkan Allah swt dalam mimpi baginda as. Apabila khatib mengisahkannya kembali dengan gerak-gerik dan olahan kata-kata, kamu semua mulai meratap tangis dan merintih dengan tindakannya itu, dan apabila khatib sampai ke kemuncak cerita den gan memberitahu bagaimana Ibrahim as memegang dan menghunuskan pisau di tan gannya untuk men yembelih tengkok Isma‘il as, kamu semua meratapinya dengan kuat dan menghantuk kan kepala ke tanah, seolah-olah benar-benar terseksa. Air mata mula mengalir deras, hinggakan mata kamu semua kemerahan, tersedu-sedu, walaupun hakikatnya, seperti semua orang tahu, tiada setitis darah Isma‘il as pun ditumpahkan, tiada satu pun yang dilukai, dan baginda as tidak mengalami kesakitan anggota dalam seluruh peristiwa berkenaa. Apa yang pada akhirnya disembelih hanyalah seekor qibasy.

Pari hari itu, sehingga kini, beribu-ribu ekor qibasy (kambing) disembelih sebagai korban setiap tahun di merata-rata pelusuk dunia, dan semua ratapan, semestinya dapat difahami, hanyalah kerana seekor qibasy (kambing) yang telah disembelih sebagai kiasan kepada sebuah korban kira-kira 1400 tahun dahulu. Namun begitu, tidak ada seorang pun mencelamu kerana menan gisi peristiwa qibasy (kambing) tersebut.



74. Penghinaan umat Islam terhadap ratapan mengenai peristiwa korban berdarah di Karbala’
Tetapi apa yang berlaku ketika golongan Syi’ah dan para pendokong Nabi Muhammad saw dan Ahl al-Bait baginda saw melakukan perkara yang sama sebagai peringatan terhadap kesyahidan cucunda Rasulullah saw, permata hati Amir al-Mu’minin as dan anak kesayan gan Fatimah as iaitu Imam al-Hasan as dan Imam al-Husain as, yang mati syahid dibunuh dengan kejam di padang Karbala’? Kami meratapi peristiwa 10 Muharram, bukannya kerana qibasy (kambing), tetapi kerana darah manusia suci, Imam al-Husain as yang ditumpahkan, yang tiada tolok bandingnya dalam semua perkara; dengan datuk dan keturunannya tidak ada tandingan dan bandingan; bapanya bukan calang-calang orang, tidak tandingan, manakala anaknya juga tiada saingan. Sekumpulan penzalim telah memeranginya, memenggal kepalanya dan mencacakkannya di hujung tombak. Para penindas tersebut kemudian menangkap kaum wanitanya. Mereka telah menyembelih seramai 72 orang para pengikutnya yang setia, dan meninggalkan jasad itu menjadi habuan binatang buas.

Namun, apabila seorang muslim meratapi dan menangisi peristiwa berdarah ini, kamu semua mencelanya dengan memanggilnya Rafidi! Silalah beritahuku, wahai Ibrahim, apakah falsafah di sebalik teka-teki ini? Kamu menangisi pen yembelihan seekor qibasy (kambing) yang berlaku 4000 tahun yang lampau, dan tiada seorang pun memperkatakannya. Namun begitu, apabila orang lain meratapi penyembelihan manusia suci secara sewenang-wenangnya, yang berlaku hampir 200 tahun yang lalu, kamu semua tidak berkenan dengannya, biarpun hakikatnya sembelihan itu bukanlah seekor kambing sebaliknya merupakan darah daging Rasulullah saw yang juga jantung hati baginda saw?

Dengan berkata demikian, Husniyah yang kini digenangi perasaan penuh cinta dan kasih sayang, memukul kepalanya dengan tapak tangannya. Perasaan taat setia yang amat mendalam yang ingin dilepaskan menyebabkannya melemparkan tudung kepala dan meratap tangis penuh hiba. Airmatanya bercucuran tidak terkawal lagi dan gerak tangannya mengalunkan irama hatinya yan g amat sedih, dilenggokkan dengan sifat kewanitaannya, ditunjukkan akan perbuatan senda gurau yang biasanya anak kecil Imam al-Husain as terima daripada datuknya, Nabi Muhammad saw; tentang bagaimana Imam as yang masih kecil menendang-nendang Nabi saw dengan penuh kemanjaan, menenggek dan menunggang bahu baginda saw agar merangkak cepat-cepat; tentan g bagaimana bahagianya rasa hati baginda saw dengan perintah cucunda baginda saw yang masih sangat kecil semasa melakonkan watak penunggang dengan kudanya; tentang bagaimana baginda saw biasanya bertepuk tangan memuji kecekapan tunggangan cucundanya; tentang bagaimana baginda saw dengan penuh kasih dan sayang mencium anak kecil itu; tentang bagaimana tengkok sucinya as itu kemudiannya disembelih dengan kejam; dan tentang bagaimana jasadnya as yang sudah mati diinjak-injakkan dengan kuda.

Dengan menghitung kembali satu persatu peristiwa yang masih segar kepada para hadirin, dan dengan pandangan tajam ke arah Ibrahim, beliau berkata, Semua kejahatan dan kezaliman terhadap Ahl al-Bait as tidak lain dan tidak bukan diabadikan oleh ahli-ahli agamamu yang terdahulu. Dengan nada perasaan penuh taat setia, Husniyah ketika menghuraikan peristiwa sedih itu satu persatu, terus memukul kepalanya dengan tapak tangannya. Setiap orang dalam dewan mula menangis kini, termasuk Khalifah Harun al-R asyid sendiri juga. Seluruh d ewan digemakan dengan ratap tangis.

Khalifah Harun al-Rasyid dengan cepat menyedari potensi keadaan seumpama itu, sebagaimana adanya. Lalu, sebagai langkah berjaga-jaga, dia bertindak segera. Dia memerintahkan jubah kemuliaan dan emas permata yang berharga dihadiahkan kepada Husniyah, sebagai penamat kepada p erdebatan yang panjang dan cukup bersejarah.



75. Pemilihan Ali as sebagai Amir
Namun, gadis itu, Husniyah inginkan suatu tamparan lagi!

Maafkan aku, katanya yang dihadapkan kepada Khalifah Harun al-Rasyid, Sebelum kita tamatkan hari ini, aku ingin membuat permohonan kepada Khalifah untuk membenarkanku menghadapkan satu soalan lagi. Tolong berikanku sedikit masa lagi, agar aku boleh menutup perbahasan ini dengannya. Tolonglah tuan, benarkanlah?

Ya, silakanlah, benar Khalifah.

Aku bertanya kepadamu, kata Husniyah seraya berpaling menghadap lingkungan para ulama, Wahai Ib rahim, dan kamu juga, Syafi‘i, Abu Yusuf dan para ulama yang lain, beritahu kanku dengan bersumpah kiranya kamu pernah membaca dalam mana-mana kitab bahwa Nabi saw pernah mengangkat status dan kedudukan seseorang mengatasi Ali as selama hayat baginda saw ataupun baginda saw pernah melantik sesiapa selain Ali as sebagai Amir?

Tidak, baginda saw tidak pernah, kata mereka serentak.



76. Penyampaian Surah Bara’ah (al-Tawbah)
Lalu, bagaimanakah kamu menetapkan pelantikan seseorang sebagai Amir dari kalangan orang biasa, mengatasi Ali as? Kamu semua semestinya sudah tahu wahai hadirin sekalian, bahwa apabila Nabi saw mengutuskan Abu Bakr membawa surah Bara’ah bersama-samanya ke kota Mekah untuk disampaikan kepada para penduduk di sana, Allah swt telah mewah yukan Nabi saw bahwa Abu Bakr hendaklah dipanggil balik dan sebaliknya, Ali as hend aklah ditugaskan membawa kandungan wahyu tersebut kepada para penduduk kota Mekah. Inilah wahyu yang dimaksudkan:

“Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana sahaja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan salat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS. At-Taubah [9]: 5)

Justeru, Nabi saw telah mengutuskan Ali as dengan arahan supaya mengejar dan memintasnya (Abu Bakr) dan mengambil balik tugas membawa surah tersebut ke kota Makkah secara bersendirian, dan meminta Abu Bakr pulang ke kota Mekah dengan sekumpulan kecil yang dibawa bersama-saman ya. Pada saat itu, Abu Bakr merasa sungguh malu dan terhina sehingga tidak sanggup balik ke Madinah.

Justeru, dia meminta Ali as berusaha memohon pelepasan daripada Nabi saw untuk membolehkannya menunaikan haji. Oleh itu, Ali as pergi secara bersendirian membawa surah itu bersama-samanya as ke kota Makkah, dan menyampaikannya k epada para penduduk itu.

Terdapat keadaan dan perintah lain yang seumpama itu dalam surah ini yang Ali as bawakan kepada para penduduk kota Mak kah. Ingatlah, wahai tuan-tuan sekalian bahwa tiada perbezaan pendapat di kalangan pelbagai aliran pemikiran tentang peristiwa bersejarah ini. Aku dengan ini, ingin menanyakan kamu semua: Bagaimanakah seseorang dapat mengagakkan atau menjangkakan seseorang seperti itu mempun yai syarat yang mencukupi untuk menjadi khalifah dan pen gganti Nabi saw sedangkan dia sendiri tidak dianggap layak oleh Allah swt, dan terpaksa dipintas di pertengahan jalan kerana tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi dari segi kemampuan intelektual untuk menyampaikan wahyu Ilahi dan menjelaskann ya pula kepada para penduduk kota Makkah.

Terdapat hujah atau alasan tersembunyi yang boleh seseorang perhatikan dalam konteks ini, dan ini, ketika malaikat Jibrail as membawa wahyu ini (surah Bara’ah) kepada Nabi saw (Jibrail as) tidak memberitahu oran g tertentu yang ditugaskan membawanya ke kota Makkah, membacakan dan menjelaskannya kepada para penduduk di sana. Wahyu Ilahi (dari segi kelayakannya) adalah bahwa Allah swt sengaja menangguhkan atau merahasiakan pengenalan atau identiti orang yang akan membawakann ya kepada penduduk kota Makkah. Allah swt dengan secara terang-terangan menghendaki Nabi saw menghantar Abu Bakr secara tersalah tetapi mempunyai kepentingan yang besar, agar akhirnya digantikan Abu Bakr dengan Ali as, supaya ketidakcekapan dan ketidakmampu an Abu Bakr dapat ditekankan. Justeru, bukankah itu kehendak Allah swt yang bertujuan mendedahkan kekurangan atau kelemahan Abu Bak r. Oleh itu, perasaan malu terpaksa dirasai sebagai kehendak Allah swt adalah bukti yang dapat disimpulkan daripada kesalahan penggantian kepada Nabi saw. Begitu mendalam kesedaran diri Abu Bakr mengen ai kelemahan dan ketidaklayakan dirin ya untuk tugas itu, sehingga dia tidak pulang ke kota Madinah selepas wahyu yang merendah-rendahkannya itu.

Kini, wahai Ibr ahim, beritahukanlah kepadaku dengan sebenarnya, sama ada ia disebutkan dalam kitab-kitab yang kamu sendiri menjadikannya sumber kepercayaanmu atau tidak?

Ya, Jawab Ibrahim dengan lemah longlai. Tiada yang dapat menafikannya. Terima kasih, Akui gadis itu. Kini, ada satu lagi. Tentu kamu masih ingat ketika Nabi saw menyerahkan pemerintahan tenteranya kepada Usamah bin Zayd pada ketika Nabi saw berada di atas katil dalam keadaan nazak, dengan sabdanya saw:

Laknat Allah ke atas orang-orang yang menentang pelantikan Usamah bin Zayd sebagai panglima tentera dan enggan menyertainya dalam ekspedisi tenteranya.

Namun, Umar dan Abu Bakr tidak mempedulikan amaran tegas Nabi saw walaupun hakikatnya bahwa Ali as, Fadl bin Abbas dan Nabi saw sendiri mengingatkan mereka secara berulang-ulang kali tentang peringatan keras itu. Kenapa? Kedua-duanya bimbang sekiranya mereka berdua mematuhi arahan Nabi saw dan mengikuti tentera Usamah, Nabi saw yang ber ada dalam keadaan nazak akan menjadikan Ali as sebagai pen gganti dan khalifahnya semasa ketiadaan mereka.

Usamah bin Zayd, dengan perintah Nabi saw, men gutuskan orangnya beberapa kali untuk bertolak dan memanggil kedua-duanya tetapi mereka membalas jemputan itu secara tidak sopan, dan terus ingkar dengan sengaja sehingga akhirnya Nabi saw menghembuskan nafas terakhirnya, namun kewafatan Nabi saw itu sendiri tidak dapat menghalangi mereka daripada bertindak buruk dan biadab. Sepatutnya mereka menghadiri pemakaman Nabi saw, namun kedua-duan ya segera menuju ke Saqifah di pinggir Madinah, ketika merek a mulai bermusuhan dengan beberapa puak untuk merebutkan jawatan khilafah.

Sewaktu Usamah bin Zayd, panglima tentera yang baru dilantik oleh Nabi saw mendapat maklumat bahwa Abu Bakr dan Umar hadir di Saqifah, dia telah mengutuskan utusann ya kepada mereka dengan kata-k ata bahwa oleh kerana mereka merupakan an ggota bawahannya, mereka berdua tidak sepatutnya berada di sana mengambil bahagian dalam kuasa politik, kerana anggota tentera tidak mempunyai kaitan dengan perebutan takhta khilafah. Seperti yang kamu sedia ketahui, diakui bahwa sebaik sahaja Nabi saw wafat, kedua-duan ya seperti yang lain juga, berada di bawah Usamah dalam semua urusan pentadbiran. Sekiranya kedua-duanya ben ar-benar memiliki kualiti yang melayakkan mereka sebagai pengganti Nabi saw, kedudukan tentu akan menjadi sebaliknya, iaitu Usamah bin Zayd pasti menjadi anggota bawah an mereka.

Kenyataan ini disokong fakta bahwa mereka berdua telah mengingkari arahan Nabi saw dan seperti yang termaktub dalam kitab-kitabmu, pasti melayakkan mereka dilaknati dan dimurkai Allah swt sepanjang masa!!!

Cara gadis luar biasa itu mempertahankan hujahnya sampai ke tahap menghukum itu tidak memberikan ruang dan peluang kepada para ulama untuk mencabar kebenaran hujahnya yang mantap itu.

Tiada apa lagi bagi Ibrahim atau ulama besar lain dapat lakukan dengan keilmuan dan kepintaran mereka itu sebagai jawaban balas. Kepintaran mereka kini memaksa mereka mendiamkan diri dan terpaku dengan kebenaran bahwa Husniyah secara terang-terangan telah mendedahkannya dalam bentuk yang begitu bergaya dan sungguh menyakinkan.

Dalam diam yang berpanjangan itu, Husniyah berdiri dengan penuh bangga, puas hati, penuh hormat dengan sifat kewanitaannya yang penuh kesopanan.

Beliau telah menang! Beliau telah menyampaikan keben aran! Beliau telah berjaya!

Namun demikian, seperti pemenang lain yang berjiwa mulia, beliau merendahkan diri atas kejayaan ini. Keremajaan dan seri wajahnya dicerminkan menerusi kejayaan tersebut.

Justeru, dia berdiri memerhati perhimpunan para tokoh cendikiawan zaman itu. Beliau telah berjaya memperlekehkan mereka dengan kefasihan tutur kata, dengan keluasan ilmu, pen guasaan kitab dan yang paling utama, dengan pengakuan penuh ketegasan dalam hatinya yang dibajai pen gabadian yang jelas kepada wahyu yang disampaikan Nabi Muhammad saw d an Ahl al-Bayt baginda saw.

Menyedari bahwa tiada apa lagi yang dapat dikemukakan mana-mana pihak dalam dewan yang kaku kelu dengan kepala-kepala tertunduk lesu, beliau membuat keputusan bahwa inilah masa yang paling sesuai untuk mendedahkann ya. Lalu, beliau dengan penuh keyakinan melihat ke arah Khalifah Harun al-Rasyid:

Segala puji-pujian kepada Allah Maha Pemurah, beliau mula memecahkan kesunyian. Bersyukur kepada-Nya swt kerana memberikan kemuliaan yang penuh keberkatan dengan diberikan peluang menerusi kebaikan dan keizinan Khalifah untuk menyatakan diriku. Aku terhutang budi kepada Khalifah kerana memberikan peluang kepada seorang gadis yang kerdil sepertiku untuk menjelaskan kesucian dan kebesaran kurniaan Allah swt kepada Ahl al-Bayt Nabi saw.

Aku patuh kep ada Khalifah kerana men yediak an peluang ini kepadaku untuk mendedahkan akidah salah dan perasaan permusuhan dan prejudis musuh-musuh Ahl al-Bayt Nabi saw dalam hati mereka, dan yang aku telah simpulkan dengan sokongan data dan fakta, hujah d an rujukan-rujukan yang diterima semua, ju ga sumber-sumber rujukan itu sendiri.

Hakikatnya, aku sendiri bahkan merasa begitu berbangga bahwa tiada seorang pengikut kepada Ahl al-Bayt as yang selama ini pernah berpeluang secara bebas dan adil untuk menjelaskan kebenaran ini.

Demi Allah, aku berkata demikian kerana kalaulah bukan kerana firasatku bahwa ia boleh menyebabkan perasaan tidak senang Khalifah, pastilah aku meneruskannya lebih lanjut dengan hujah-hujah yang kuat untuk mengukuhkan kebenaran dan k esucian serta keb esaran Ahl al-Bayt Nabi saw.

Aku mampu mengemukakan rujukan yang tidak terhitung ban yaknya untuk menyokong kemuliaan Ahl al-Bayt as. Yahya bin Salah, Perdan a Menteri Khalifah yang melihat seluruh perjalanan ini bangun berdiri memerhati Ibrahim den gan pandangan penuh menjengkelkan.

Tahniah, Husniyah! Beliau berkata kepadanya sambil melihat ke arahnya dengan penuh penghargaan. Kamu telah berjaya dan dengan begitu berani mengesahkan kebenaran kepercayaan agamamu. Sesungguhnya kamu telah mendedah kan agama dan kedudukannya yang sebenar dengan sempurna.

Akhirnya, raja-raja, kenalan dan para k ehormat yang datang dari jauh yang menghadiri majlis debat yang bersejarah itu bangun sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada seorang gadis yang sangat unik dan istimewa. Husniyah telah berjaya. Setiap seorang daripada mereka memuji dirin ya dan mendoakan kesejahteraannya.

Penghargaan bukanlah hanya secara lisan bahkan den gan sebenarnya, kerana seramai 400 tetamu kehormat telah mengisytiharkan diri mereka mengikuti aliran mazhab Husniyah! Ia bukanlah kerja yan g dilakuk an dengan bertangguh.

Ia serentak!

Ia berlaku pada masa itu juga!

Khalifah Harun al-Rasyid bahkan begitu terharu dengan kebenaran hakiki, yang difokuskan Husniyah dengan begitu menyakinkan sekali, hinggakan dia membuat keputusan di sana sini bahwa dia tidak akan sekali-kali menodai Sa‘ adat (keturunan Nabi Muhammad saw) dalam hidupnya. Dia tetap bersikap jujur dengan resolusinya!

Kemudian Khalifah memerintahkan jubah kemuliaan dihadiahkan kepada Husniyah, sebagaimana dipersetujui pada permulaan debat, dia membayar 1 lakh mithqal (duit emas) kepada tuan punyanya, Khwaja, sebagai tambahan kepada kalung kemuliaan tersebut.

Kemudian Khalifah Harun al-Rasyid telah memanggil Husniyah dengan sopan datang ke sisinya, dan dengan diam-diam membisikkan (kata-kata) ke telin ganya, bahwa demi kebaikannya, dia hendaklah menin ggalkan kota Baghdad dan berpindah ke tempat lain menurut pilihannya, kerana dia benar-b enar faham bahwa pihak yang kalah dan unsur-unsur tidak wajar akan cuba mengancamnya, atau bahkan dahagakan darahnya.

Sebagai tindakbalas, Husniyah dan tuannya, Kh awaja mencium kaki Khalifah dan meninggalkan istana, dengan penuh kegembiraan akan pencapaian mereka. Khalid bin ‘Isa, saudara sepupu Khalifah, yang merupakan pengikut setia Ahl al-Bayt as dan beberapa orang pengikut yan g lain turut menyatakan kegembiraan mereka di atas kejayaan yang Husniyah telah capai. Mereka menghadiahi ucapan tahniah secara langsung kepadanya dalam bentuk puji-pujian, juga hadiah tunai.

Ibrahim, yang dikalahkan dan dimalukan, lalu ban gun dengan lemah longlai daripada kerusi presiden yang dia duduki sepanjang debat itu, dan keluar dari istana disertai tokoh-tokoh sezamannya, Abu Yusuf dan Syafi‘i. Mereka memperlihatkan wajah-wajah muram, dengan setiap orang menjadikan mereka bahan ketawa. Tindakan mencela dan mempermain-mainkan mereka oleh saudara sepupu Khalifah, memburukkan keadaan mereka.

Akhirnya, Husniyah dan pemilik atau tuann ya, Khwaja, disertai beber apa orang penyanjung mereka, meninggalkan tempat itu untuk menuju ke kota Nabi Muhammad saw bagi mengabadik an diri mereka demi kepentingan dan kebaikan para Imam as dan keturunan Ahl al-Bayt Nabi (saw) dan menjalani kehidupan dengan aman dan bahagia selamanya.



BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.

Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.

Al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.

Al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.

Al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.

Al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.

--------------, Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.

Al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.

Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.

Al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.

Al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.

Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.

Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.

Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.

Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.

Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.

Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.

Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.

Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghd ad, 1959.

Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.

Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.

--------------------------, Fath al-Bari, Cairo, 1965.

--------------------------, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.

Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.

Al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.

Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.

Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.

-------------, al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.

Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985 H.

Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.

Al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.

Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.

Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.

------------------------------, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo, 1389 H.

Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab, Beirut, 1967.

Muslim, Sahih, Cairo, 1967.

Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad , 1374 H.

Al-Nasa’i, al-Khasaa’is, Beirut, 1959.

------------, al-Sunan, Cairo, 1958.

Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.

Al-Qurtubi, al-Jaami‘ li Ahkaam al-Qur’an, Cairo, 1381 H

Al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.

Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.

Al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.

Al-Syarif al-R adhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.

Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.

------------, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368.

------------, al-Itqaan fi ‘Ulum al-Qur’an, Cairo, 1387.

Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958.

Al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382

----------------, Jaami al-Turmudhi‘, Cairo, 1380

Al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.

15