• Mulai
  • Sebelumnya
  • 7 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: / Download:
Ukuran Ukuran Ukuran
KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM

KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM

Indonesia
KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM


MENURUT CATATAN AL-ALLAMAH AL-TABARSI

1
KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM

DAFTAR ISI
Pengenalan...

Terjemahan Teks Hujah...

Sambungan Khutbah....



Pengenalan.
Khutbah atau Hadis Nabi (s.`a.w.) di Ghadir Khum yang terletak sejauh tiga batu dari Juhfah berhampiran Rabigh selepas beliau kembali mengerjakan haji terakhir pada 18hb. Dhul-Hijjah tahun 10 Hijrah, telah diriwayatkan oleh para ulama Islam di setiap peringkat, kerana ia merupakan khutbah Nabi (s.`a.w.) terakhir yang memusatkan kepada konsep imamah (kepemimpinan) selepas beliau, di hadapan lebih seratus ribu para sahabat-nya1.

Di hari itu Jibrail `a.s memerintahkan Nabi (s.`a.w.) supaya mengisytiharkan kepada para sahabatnya bahawa `Ali adalah imam/khalifah selepas beliau. Pada mulanya beliau keberatan untuk mengisytiharkannya kerana khuatir kebanyakan para sahabatnya akan menentangnya.
Beliau sendiri menerangkan kedudukan umatnya pada masa itu sebagaimana beliau bersabda: Aku telah memohon maaf kepada Jibrail lantaran aku tidak menyampaikannya kepada kalian, kerana aku mengetahui betapa sedikitnya orang yang bertakwa2, betapa ramainya orang yang munafik3, bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah A.W di dalam kitab-Nya "Mereka mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka" (Surah al-Fath 48: 11)4. Malah mereka melontar kata-kata kesat terhadap Rasulullah (s.`a.w.) dan menyakiti hati beliau. Peristiwa tersebut masih segar di dalam ingatan Rasulullah (s.`a.w.). Justeru itu beliau bersabda: "Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama merekaatau menunjukkan mereka kepada kalian"5.

Ini menunjukkan bahawa orang-orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) masih ada di hadapannya. Tetapi beliau tidak mahu melakukannya kerana ia tidak diizinkan oleh Allah A.W. Di hari itu cuaca panas terik, sekiranya daging dicampak ke tanah nescaya ia akan masak. Nabi (s.`a.w.) memerintahkan mereka supaya menyusun batu seperti mimbar. Kemudian diteduhi kain di atasnya.Manakala mereka
berhimpun, beliau memberi khutbahnya yang paling bersejarah dengan menguatkan suaranya supaya dapat didengari oleh lebih seratus ribu kaum muslimin. Selepas memuji Allah A.W., beliau mengisytiharkan kepada umatnya ketika itu tentang kematiannya seraya bersabda: "Aku telah dipanggil dan hampir aku menyahutinya dan denyutan jantung hatiku kian memuncak di hadapan kalian". Kemudian beliau mengangkat tangan `Ali `a.s sehingga orang ramai melihat keputihan ketiak Rasulullah(s.`a.w.) sambil bersabda: "Wahai manusia! Tidakkah aku lebih aula daripada diri kalian? Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Wahai Tuhanku, siapa yang aku telah menjadi maulanya, maka ini `Ali maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya"6.

Justeru itu, khutbah/hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir Khum dan lain-lain merupakan penjelasan kepada konsep imamah di dalam al-Qur'an itu sendiri. Di dalam al-Qur'an konsep imamah7 terbahagi kepada dua. Pertama, konsep imamah yang membawa manusia ke syurga di mana imamahnya (kepemimpinannya) adalah sejajar dengan al-Qur'an. Di antaranya telah diterangkan di dalam surah al-Anbiya' 21: 73 "Kami telah menjadikan mereka para imam (pemimpin-pemimpin) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah".

FirmanNya di dalam Surah al-Baqarah 2: 124 "Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia. Dan Ibrahim berkata:(Dan saya mohon jawatan imam itu) dari keturunanku. Dia berfirman: Janjiku (ini) tidak termasuk orang yang zalim". Justeru itu orang yang zalim tidak sah menjadi imam (pemimpin) menurut al-Qur'an. Dan firmanNya di dalam Surah Yunus 10: 35 "Maka apakah orangyang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali apabila diberi petunjuk? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? Ini bererti para pemimpin selepas Rasulullah (s.`a.w.) mestilah terdiri dari mereka yang tidak melampaui perintah Allah dan Rasul-Nya, kerana mereka merupakan Uli l-Amr yang wajib ditaati oleh umat sebagaimana firmanNya Surah al-Nisa' 4: 59 "Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr dikalangan kamu". Kedua: Imamah yang menyeru manusia kepada neraka. Di antaranya sebagaimana diterangkan di dalam surah al-Qasas 28: 41 "Dan Kami jadikan mereka para imam (pemimpin-pemimpin) yang menyeru(manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan dibantu".

Dan firmanNya Surah al-Ahzab 33: 67 "Dan mereka berkata: Ya,Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar".Kedua-dua konsep imamah tersebut telah dijelaskan oleh Rasulullah(s.`a.w.) di dalam khutbahnya di Ghadir Khum dan ditempat-tempat lain. Justeru itu beliau tidak mengabaikannya8 kerana kepemimpinan (imamah) adalah asas bagi kesempurnaan agama Islam.

2
KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM

Terjemahan Teks Hujah
Di sini akan diperturunkan teks khutbah/hadis Ghadir Khum sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Mansur Ahmad b. `Ali b. Abi Talib al-Tabarsi9, ulama Mazhab Ja`fari abad keenam hijrah di mana sanadnya bersambung dengan Imam Muhammad al-Baqir b. Imam Zain al-`Abidin b. Imam Husain b. Imam `Ali b. Abi Talib `a.s. Untuk membuktikan kesahihannya, penulis cuba membuat rujukan kepada buku-buku karangan para ulama Ahl al-Sunnah seperti Sahih al-Bukhari, Sunan al-Nasa'i, Musnad Ibn Hanbal, Tarikh al-Tabari,Yanabi` al-Mawaddah, Kanz al-`Ummal, Tarikh al-Khulafa', al-Durral-Manthur, al-Isabah, Tarikh Baghdad, Kifayah al-Talib, Manaqibal-Khawarizmi, Tafsir al-Kabir, Ruh al-Ma`ani, Nur al-Absar, Usdal-Ghabah, al-Isti`ab dan lain-lain.

Justeru itu khutbah/hadis al-Ghadir telah dicatat oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka meskipun kadangkala terdapat sedikit perbezaan dari segi lafaz, tetapi ia memberi pengertian yang sama. Kebanyakan mereka mencatatnya secara terputus, panjang, pendek dan dimasukkan di dalam bab-bab yang berasingan sehingga ia dilihat sebagai tiada kaitan dengan khutbah al-Ghadir. Ini berkemungkinan kuasa politik semasa tidak membenarkan mereka berbuat demikian10.

Lantaran itu bahagian-bahagian hadis yang dipisahkan itu, kelihatan seolah-olah tiada kaitan dengan khutbah di Ghadir Khum tentang perlantikan `Ali `a.s sebagai imam atau khalifah selepas Rasulullah (s.`a.w.) Walau bagaimanapun teks penuh khutbah al-Ghadir yang dikemukakan oleh al-`Allamah al-Tabarsi, akan memberi wawasan baru kepada pengkaji-pengkaji tanpa prejudis dan irihati.

Al-Tabarsi menulis: Al-Sayyid Abu Ja`far Mahdi b. Abi Harb al-Husaini al-Mar`asyi r.a telah memberitahu kami dia berkata: al-Syaikh Abu `Ali al-Hasan b. al-Syaikh al-Sa`id Abi Ja`far Muhammad b. al-Hasan al-Tusi r.a, telah memberitahuku dia berkata: al-Syaikh al-Sa`id al-Walid Abu Ja`far q.r telah memberitahuku dia berkata: Jama`ah daripada Abi Muhammad Harun b. Musa al-Tala`kbari telah memberitahu kami, dia berkata: Abu `Ali Muhammad b. Hammam telah memberitahu kami, dan berkata: `Ali al-Suri telah memberitahu kami, dia berkata: Abu Muhammad al-`Alawi daripada anak lelaki al-Aftas di kalangan hamba Allah yang salih telah memberitahu kami dia berkata: Muhammad b. Musa al-Hamdani telah memberitahu kami, dia berkata: Muhammad b. Khalid al-Tayalasi telah memberitahu kami, dia berkata: Saif b. `Umairah dan Salih b.Uqbah telah memberitahu kami daripada Qais b. Sam`an daripada `Alqamah b. Muhammad al-Hadrami daripada Abu Ja`far b. Muhammad b. `Ali Zainal-`Abidin b. Husain b. `Ali b. Abi Talib daripada Rasulullah s.`a.w. Beliau bersabda: "Segala puji bagi Allah, Yang Maha Tinggi dalam kesatuan-Nya, berdekatan dalam keesaan-Nya, mulia dalam pemerintahan-Nya, besar dalam kekuasaanNya, keilmuanNya yang menyeluruh sedangkan Dia "berada" di `ArasyNya. Menundukkan seluruh makhluk dengan kekuasaan dan hujahNya yang mulia sehingga Dia sentiasa dipuji,Dialah pencipta langit, penjadi sesuatu dengan rapi. Dialah Penguasa bumi dan langit, Maha Tinggi Maha suci Tuhan para malaikat dan ruh, Maha Pemurah kepada semua orang yang tidak mensyukuriNya, Maha Mengetahui di atas segala yang dijadikanNya. Memerhati setiap mata, tetapi mata(mata) tidak dapat melihatNya. Mulia, Pemaaf dan menyenangkan, rahmatNya meliputi setiap sesuatu, mengurniakan nikmatNya ke atas mereka. Tidak cepat membalas dendam dan tidak segera mengenakan azab ke atas mereka. Dia memahami segala rahsia, Dia mengetahui segala bisikan hati, tidak dapat diselindungi oleh perkara-perkara yang tersembunyi.

Tidak dikelirukan oleh perkara yang halus, mengetahui setiap sesuatu, memenangi setiap sesuatu, menguasai di atas segala-galanya. Tidaksesuatu pun menyerupaiNya, Dia mencipta sesuatu ketika ia (sesuatu) tidak ada. Sentiasa melakukan keadilan, tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Mulia lagi bijaksana, sekali-kali penglihatan tidak mencapaiNya, sedangkan Dia mencapai penglihatan. Dia bertimbang rasa dan bijaksana, tiada seorang pun dapat mengaitkan sifatNya secara "penentuan" dan tiada seorang pun mendapati bagaimanakah Dia secara rahsia atau terang-terangan melainkan mengikut apa yang telah ditunjuk oleh Dia ke atas diriNya.

Aku naik saksi sesungguhnya Allah memenuhi masa dengan segala kekudusanNya, Dialah yang menutupi cahayaNya selama-lama, Dia melaksanakan urusanNya tanpa mesyuarat. Tanpa bersamaNya sekutu di dalam sesuatu nilaian dan tidak ada kecacatan di dalam pentadbiranNya. Dia telah menggambarkan apa yang direkakanNya tanpa contoh, Dia telah mencipta apa yang diciptakanNya dengan mudah tanpa pertolongan orang lain dan bersih dari tipudaya.

Dia menciptanya kemudian ia terus "jadi", Dialah Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dia yang rapi dan elok pembuatannya. KeadilanNya adalah lebih mulia dan tidak pernah dizalimi di mana segala perkara kembali kepadaNya. Aku naik saksi bahawa segalanya tunduk kepada kekuasaanNya serta mentaatiNya kerana kehebatanNya memiliki segala milik. Dialah yang membuat cakerawala bergerak, Dialah yang menundukkan bulan dan matahari, semuanya berjalan menurut masa yang ditentukan.

"Dialah yang menutupkan malam ke atas siang dan menutupkan siang ke atas malam" (Surah az-Zumar 39:5) "yang mengikutinya dengan cepat". (Surah al-A`raf 7:54) Penentang setiap penguasa yang degil dan pembinasa setiap syaitan yang menceroboh, tiada bersamaNya lawan dan teman, satu (ahad) menjadi tempat tumpuan. Tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun menyerupaiNya, Tuhan yang satu dan Tuhan yang mulia, melakukan sesuatu yang dikehendakiNya. Dia mengetahui lantas menghitung sesuatu, mematikan dan menghidupkan, pemberi dan pencegah rezeki, "ketawa" dan "menangis", menghalang dan memberi. BagiNya kekuasaan dan baginya kepujian, di tanganNya segala kebaikan, Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan memasukkan siang ke dalam waktu malam.

Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Mengetahui lagi pengampun, Dialah penerima doa, pengurnia segala pemberian dan penghitung segala jiwa. Tuhan syurga dan manusia, Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan, tidak menolak laungan orang yang memohon pertolongan, tidak dimetrikan oleh keluhan orang yang berhajat. Pelindung bagi orang-orang yang salih, pemberi taufiq kepada orang-orang yangbahagia.

Dialah maula kepada segala alam yang berhak dari setiap makhlukNya bersyukur dan memuji-Nya. Aku memuji-Nya di dalam kesenangan dan kesusahan, kesulitan dan kelapangan. Aku beriman denganNya, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya dan para rasul-Nya. Aku mendengar suruhanNya, aku mematuhi dan bersegera menurut keridaan-Nya. Aku menyerahkan diriku kepada qada'-Nya kerana cintakan ketaatan-Nya dan takutkan balasan-Nya, kerana Dialah Allah yang tidak menjamin keselamatan jika dilakukan apa yang dibenciNya. Dan Dia pula tidak teragak-agak mengenakan balasan-Nya. Aku berikrar dengan diriku sendiri untuk beribadah kepadaNya dan aku naik saksi tentang ketuhanan-Nya. Aku akan melaksanakan apa yang diwahyukan kepadaku dengan penuh waspada.

Jika aku tidak melaksanakannya lantas aku akan binasa sehingga tiada seorangpun dapat mempertahankanku dari azabNya sekalipun besar ujianNya, tiada Tuhan melainkan Dia. Kerana Dia telah memberitahuku sesungguhnya jika aku tidak menyampaikan apa yang diturunkan kepadakunescaya aku tidak menyampaikan risalahNya. Lantaran itu Dia memberi jaminan melindungiku dengan `ismah, Dia Allah adalah mencukupi (bagiku). Kemudian Dia menurunkan wahyu kepadaku11.

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Wahai Rasul ! sampailah apa yang telah diturunkan kepada kamu mengenai `Ali - [jawatan Khalifah adalah untuk `Ali bin Abi Talib]. Dan jika kamu tidak menyampaikannya bererti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya, "Dan Allah menjaga kamu dari manusia".(Surah al-Maidah 5:67) Wahai manusia! Aku tidak mengabaikan tanggungjawabku di dalam menyampaikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadaku. Akulah orang yang menerangkan kepada kalian. Sebab turunnya ayat "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya" (Surah al-Maidah 5:67).

Sesungguhnya Jibra'il telah turun kepadaku sebanyak tiga kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku terus melaksanakannya. Aku pun mengisytiharkannya kepada semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang berkulit hitam bahawa sesungguhnya `Ali bin Abi Talib a.s adalah saudaraku, wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musa selain dari kenabian kerana tiada nabi selepasku12. Beliaulah wali kalian di sisi Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menurunkan ke atasku satu ayat mengenai wilayah `Ali "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yangberiman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5:55). `Ali bin Abi Talib telah mendirikan solat dan menunaikanzakat di dalam keadaan rukuk, kerana melakukan ibadat kepada Allah pada setiap masa13. Aku telah memohon maaf kepada Jibra'il lantaran aku tidak menyampaikannya kepada kalian. Wahai manusia, kerana aku mengetahui betapa sedikitnya orang yang bertakwa, betapa ramainya orang yang munafik, pengkhianat dan tipudaya orang bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya "Mereka mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka"(Surah al-Fath 48:11).

Dan betapa banyak mereka telah menyakiti hatiku sehingga mereka menamakanku uzunun (iaitu mendengar/mempercayai apa saja yang diperkatakan kepadanya). Mereka menyangka aku sedemikian rupa kerana selalu "bergaul" dengan-Nya dan sehingga Allah menurunkannya di dalam al-Qur'an "Di antara mereka ada yang menyakiti Nabi dan menyatakan: Nabi mempercayai semua yang didengarnya. Katakanlah: Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin" (Surah al-Taubah 9:61).

Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama mereka atau menunjukkan mereka kepada kalian. Tetapi aku tidak mahu melakukannya, kerana Allah tidak merestuiku melainkan menyampaikan apa yang diturunkan kepadaku. Kemudian beliau (s.`a.w.) membaca"Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu - tentang `Ali - dan jika kamu tidak melakukan bererti kamu tidak menyampaikanrisalah-Nya. Dan Allah menjaga kamu dari manusia" (Surah al-Maidah 5: 67). Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah melantik `Ali untuk kalian sebagai wali, dan imam yang wajib ditaati ke atas Muhajirin, Ansar dan Tabi`in; sebagaimana wajib ditaati oleh penghuni padang pasir, bandar, Arab bukan Arab, merdeka, hamba kecil besar, berkulit putih dan hitam. Malah ke atas setiap orang yang mentauhidkan Allah S.W.T. Terkutuk bagi orang yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya, mukmin orang yang membenarkannya. Allah mengampuninya dan orang yang mengambil ilmu daripadanya dan mentaatinya14.

Wahai manusia! Ini merupakan tempat yang terakhir aku berdiri di hadapan kalian. Lantaran itu dengarlah, taatilah dan ikutilah perintah Tuhan kalian. Sesungguhnya Allah `Azza waJalla adalah maula kalian dan Tuhan kalian kemudian selepasNya Muhammad (s.`a.w.) adalah wali kalian yang sedang berpidato di hadapan kalian. Kemudian selepasku `Ali adalah wali kalian dan imam kalian dengan perintah Tuhan kalian. Kemudian imamah adalah pada zuriatku daripada anaknya sehingga di hari kalian berjumpa Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada suatu perkara pun yanghalal melainkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidak ada suatu perkara pun yang haram melainkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Dialah yang menerangkan kepadaku halal dan haram di dalamkitabNya. Kemudian aku menerangkan halal dan haramnya kepada `Ali15.Wahai manusia! Tidak ada suatu ilmu pun melainkan Allah telah menyampaikanya kepadaku. Dan setiap ilmu yang aku mengetahuinya, aku menyimpannya pada imam mubin (`Ali a.s) dan tidak ada suatu ilmu pun melainkan aku mengajarnya kepada `Ali. Dan beliaulah imam mubin.

Wahai manusia! Janganlah kalian menyimpang daripadanya, janganlah kalian lari daripadanya, janganlah kalian angkuh dengan menentang wilayahnya. Kerana beliaulah yang menunjuk kepada kebenaran dan beramal dengannya. Beliaulah yang menghilangkan kebatilan dan melarangnya. Janganlah kalian menghiraukan celaan orang yang mencela. Beliaulah orang pertama beriman kepada Allah dan Rasulnya. Beliaulahyang mengorbankan dirinya sendiri untuk Rasulnya. Beliaulah bersama Rasulullah. Dan tidak ada seorang pun menyembah Allah bersamaRasulnya di kalangan lelaki selain daripadanya16.

Wahai manusia! Hormatilah beliau kerana Allah telah mengurniakan kelebihan kepadanya. Terimalah beliau kerana Allah telah melantiknya untuk kalian. Wahai manusia! Sesungguhnya beliau adalah imam daripada Allah. Allah sekali-kali tidak akan menerima taubat seorang yang mengingkari wilayahnya. Dan Allah sekali-kali tidak akan mengampuninya. Sudah pasti Allah akan melakukan hal demikian ini terhadap orang yang menyalahi perintah-Nya mengenainya. Dan Dia akan menyiksanya dengan siksaan pedih yang berpanjangan. Lantaran itu kalian berhati-hatilah supaya kalian tidak menyalahinya. Justeru itu kalian akan dibakar di neraka di mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu disediakan kepada orang-orang yang ingkar17.

Wahai manusia! Dengan akulah demi Allah, para nabi dan rasul yang terdahulu diberi khabar gembira. Aku adalah penamat para nabi dan Rasul. Akulah juga hujah ke atas semua makhluk di bumi dan di langit. Sesiapa yang mengsyakinya dia adalah kafir sebagaimana kafir jahiliyah. Dan sesiapa yang mengsyaki sabdaku ini, bererti dia mengsyaki kesemuanya. Orang yang mengsyakinya adalah neraka sebagai balasannya18.

Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kelebihan ini ke atasku sebagai ihsanNya. Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji untukNya daripadaku buat selama-lamanya. Wahai manusia! Hormatilah `Ali kerana beliau sebaik-baikmanusia selepasku di kalangan lelaki dan perempuan. Dengan kamilah Allah telah menurunkan rezeki dan mengekalkan makhluk (buat seketika). Terkutuk, terkutuk. Dimurkai, dimurkai orang yang menolak sabdaku ini dan tidak mempersetujuinya. Sesungguh-nya Jibra'il telah memberitahuku mengenainya daripada AllahS.W.T. dan berkata: Sesiapa yang memusuhi `Ali dan tidak menjadikannya wali, maka laknat dan kemurkaanKu ke atasnya. Seseorang itu hendaklah memikirkan apa yang telah dikemukakan untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah supaya beliau tidak menyalahi-Nya kerana dikhuatiri kaki akan tergelincir selepas ia tegak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh kalian19.

Wahai manusia! Sesungguhnya beliaulah janb-Allah yang disebutkan di dalam kitab-Nya "Supaya jangan ada orang yang mengatakan amat besar penyesalan atas kelalaianku terhadap janb-Allah"(Surah al-Zumar 39:56). Wahai manusia! Pelajarilah al-Qur'an dan fahamilah ayat-ayatnya. Perhatikanlah ayat-ayat Muhkamahnya dan janganlah kalian mengikuti ayat-ayat Mutasyabihahnya. Demi Tuhan, tidak akan menerangkan kepada kalian tentang halangan-halangannya dan tidak akan menerangkan kepada kalian penafsiran-penafsirannya melainkan orang yang aku memegang tangannya sekarang.

Dan aku memberitahu kalian sesungguhnya sesiapa yang aku maulanya, maka ini `Ali adalah maulanya, iaitu `Ali bin Abi Talib A.S, saudaraku, wasiku. Dan wilayahnya adalah daripada Allah S.W.T. yang telah menurunkannya ke atasku20.


3
KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM
Wahai manusia! Sesungguhnya `Ali dan orang yang baik daripada anak cucuku merupakan thiqal al-Asghar (harta paling kecil yang bernilai) danal-Qur'an adalah thiqal al-Akbar (harta paling besar yang bernilai). Setiap orang menceritakan tentang sahabatnya dan bersatu dengannya. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga dikembalikan Haud kepadaku. Mereka itulah pemegang amanah Allah pada makhluk dan para bijak pandai di bumi-Nya. Sesungguhnya aku telah menunaikannya.

Sesungguhnya aku telah menyampaikannya dan aku memperdengarkannya kepada kalian. Sesungguhnya aku telah menerangkannya bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman dan sabdaku itu adalah daripada Allah. Sesungguhnya tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada saudaraku ini. Dan tidak seorang pun layak untuk melaksanakannya selepasku selain daripadanya. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke bahu `Ali kemudian mengangkatnya21. Wahai manusia! Ini adalah `Ali saudaraku, wasiku, penjaga ilmuku, khalifahku ke atas umatku dan di atas tafsir kitab Allah Azza Wa Jalla. Penyeru kepadanya dan beramal dengan apa yang diredaiNya, memerangi musuh-musuhNya, setia mentaatiNya dan pencegah dari mendurhakaiNya.

Beliaulah khalifah Rasulullah, Amiru l-Mukminin, Imam petunjuk, penentang Nakithin (Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al-Siffin) dan Mariqin (Ashab al-Nahrawan)22. Aku berkata: Sabdaku tidak boleh ditukar ganti kerana ia adalah perintah Tuhanku. Aku berkata: Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikan `Ali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Laknatilah orang yang mengingkarinya, murkailah orang yang mengingkari haknya. Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkaulah yang telah menurunkan ke atasku bahawa Imamah selepasku adalah untuk `Ali sebagai wali Engkau sebaik saja peneranganku mengenainya dan perlantikanku terhadapnya23.

Dengan itu Engkau telah menyempurnakan untuk hamba-hambaMu agama mereka. Dan engkau telah menyempurnakan ke atas mereka nikmatMu dan Engkau telah meredai bagi mereka Islam sebagai agama. Maka Engkau berfirman: "Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima agama itu daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Surah Ali `Imran 3:85).

Wahai Tuhanku! Aku mempersaksikan Engkau dan cukuplahEngkau sebagai saksi sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. telah menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s). Siapa yang tidak berimamkannya dan orang yang menggantikan tempatnya yang terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalan-amalan mereka dan dalam nerakalah mereka kekal 24di dalamnya. Siksaan mereka tidak akan diringankan dan mereka pula tidakakan dilayani25. Wahai manusia! Ini ialah `Ali orang yang paling kuat di kalangan kalian yang membantuku, orang yang paling berhak di kalangan kaliandenganku. Beliau adalah orang yang paling akrab di kalangan kalian kepadaku dan orang yang paling mulia di sisiku dan Allah A.W. Kami meredhainya. Tidak terdapat ayat mengenai keredhaan melainkan ia turun pada `Ali. Allah tidak berfirman dengan "Wahai orang-orang yang beriman" melainkan Dia memulakan dengan `Ali. Tidak terdapat ayat pujian di dalam al-Qur'an melainkan padanya. Dan Dia tidak memberi penyaksian syurga tentang Hal Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan untuknya. Dia tidak menurunkannya selain daripadanya. Dan Dia tidak memuji dengannya (ayat) selain daripadanya (`Ali a.s)26.

Wahai manusia! Beliau adalah pembantu agama Allah, penyokong Rasulullah. Beliau adalah seorang yang bertakwa, bersih dan petunjuk. Nabi kalianadalah sebaik-baik nabi dan wasi kalian adalah sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi. Wahai manusia! Zuriat setiap nabi adalah dari sulbinya, tetapi zuriatku dari sulbi `Ali27. Wahai manusia! Sesungguhnya Iblis telah mengeluarkan Adam dari syurga disebabkan hasad dengkinya. Lantaran itu janganlah kalian melakukan hasad dengki terhadapnya (`Ali) nescaya amalan-amalan kalian akan terbatal.

Dan kaki-kaki kalian akan tergelincir. Sesungguhnya Adam diturunkan ke dunia disebabkan "satu kesalahan" sahaja sedangkan beliau adalah pilihan Allah A.W. Bagaimana dengan kalian, sedangkan di kalangan kalian adalah musuh-musuh Allah. Sesungguhnya orang yang celaka sahaja yang memarahi `Ali. Dan orang yang bertakwa sahaja yang mewalikan `Ali. Hanya orang mukmin sahaja yang beriman dengan `Ali. Dan pada `Alilah diturunkan Surah wa l-Asr28.

Wahai manusia! Sesungguhnya aku memohon kepada Allah menjadi saksi bahawa aku telah menyampaikan risalahku kepada kalian. Rasul hanya menyampaikan risalahNya yang terang. Wahai manusia! Bertakwalah kalian kepada Allah dengan sepenuhnya. Dan janganlah kalian mati melainkan kalian muslimun. Wahai manusia! Berimanlah kalian dengan Allah, RasulNya dan al-Nur (cahaya) yang diturunkan bersamanya sebelum kebenaran dipadamkan. Justeru itu kita menolaknya ke belakang.

Wahai manusia! al-Nur (cahaya) daripada Allah A.W., adalah padaku kemudian pada `Ali kemudian pada keturunannya sehinggalah datangnya al-Qa'im al-Mahdi yang akan menuntut hak Allah dan hak kami (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah menjadikan kami hujah ke atas orang-orang yang cuai, ingkar, penentang, pengkhianat, pelaku dosa dan orang yang zalim dari sekalian alam29.

Wahai manusia! Aku memberi peringatan kepada kalian, sesungguhnya aku adalah Rasulullah sebagaimana telah berlalu para rasul sebelumku. Sekiranya aku mati atau dibunuh "kamu kembali ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur" (Surah Ali `Imran 3:144). Sesungguhnya `Alilah yang disifatkan dengan kesabaran dan kesyukuran kemudian selepasnya cucu cicitku dan zuriatnya. Wahai manusia! Janganlah kalian berangan-angan untuk menentang Allah dengan "Islam" kalian, maka Dia akan memarahi kalian dan mengenakan kalian dengan azab di sisi-Nya. Sesungguhnya Dia sedang menunggu kalian.

Wahai manusia! Akan berlaku selepasku para imam yang akan menyeru manusia ke neraka dan di hari kiamat mereka tidak akan dibantu30.. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah dan aku bersih daripada mereka. Wahai manusia! Sesungguhnya pembantu-pembantu mereka, pengikut-pengikut mereka dan penyokong-penyokong mereka akan berada di neraka yang paling terkebawah. Dan ia adalah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang takabbur. Sesungguhnya "mereka" adalah "pemilik-pemilik" mushaf. Lantaran itu hendaklah kalian melihat pada mushaf tersebut.

Beliau bersabda: Urusan mushaf hanya diambil berat oleh golongan yang sedikit sahaja. Wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkannya (Sahifah) sebagai imamah dan wirathah pada keturunanku sehingga hari kiamat. Sesungguhnya aku telah menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Engkau untuk disampaikannya sebagai hujah di atas setiap yang hadir, ghaib dan ke atas setiap orang yang menyaksikannya atau tidak, sama ada telah dilahirkan ataupun tidak. Justeru itu hendaklah orang yang hadir menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, dan bapa kepada anaknya sehingga hari kiamat kerana mereka (selain daripada Ahl al-Bait A.S) akan menjadikannya (imamah) sebagai hak milik dan barang rampasan. Sesungguhnya Allah melaknati perampas-perampasnya. "Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu wahai manusia dan jin. Maka kepada kamu dilepaskan nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)". (Surah ar-Rahman 55: 31,35)

Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. tidak akan meninggalkan kalian sebelumnya sehingga keburukan dan kebaikan dapat dibezakan. Dan Allah tidak mahu memberitahu kalian perkara-perkara yang ghaib. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada satu bandar pun melainkan Allahlah yang membinasakannya disebabkan pembohongan penduduknya. Demikianlah Dia membinasakan bandar-bandar yang zalim. Sebagaimana telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam kitabNya. Ini adalah `Ali imam kalian dan wali kalian. Beliau di antara janji-janji Allah dan Allahmembenarkan apa yang dijanjikannya31.

Wahai manusia! Sesungguhnya telah sesat sebelum kalian kebanyakan orang-orang yang terdahulu. Demi Allah, Dia telah membinasakan orang-orang yang terdahulu dan Dialah yang akan membinasakan orang-orang yang terkemudian. Allah berfirman: "Bukankah Kami telah membinasakan orang-orang yang dahulu? Lalu Kami iringi (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab) orang-orang yang datang kemudian. Demikianlah Kami berbuat terhadap orang-orang yang berdosa. Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan" (Surah al-Mursalat 77: 16-19).

Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku dan melarangku. Sesungguhnya aku telah memerintahkan `Ali dan melarangnya. Ilmu suruhan dan larangan adalah daripada Allah A.W. Justeru itu dengarlah kalian kepada larangannya, nescaya kalian terselamat. Taatlah kalian kepadanya nescaya kalian mendapat petunjuk. Berhentilah kerana larangannya, nescaya kalian akan mendapat petunjuk. Ikutilah kehendaknya dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan kalian selain dari jalannya32.

Wahai manusia! Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia memerintahkan kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku kemudian anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran dan dengannyalah mereka memperjuangkan kebenaran33. Kemudian Rasulullah s.`a.w. membaca : al-Hamdu li Llahi Rabbi l-`Alamin sehingga ke akhirnya. Dan beliau bersabda: Kepada akulah turunnya Surah al-Fatihah dan juga kepada mereka secara umum dan khusus. Mereka itulah para wali Allah, mereka tidak takut dan mereka pula tidak berdukcita. Sesungguhnya parti Allah sahajalah yang mendapat kemenangan. Sesungguhnya musuh-musuh`Ali adalah terdiri daripada orang-orang yang melakukan perpecahan, nifaq, penentang-penentang, saudara-saudara syaitan yang berkongsi penentangan dan tipu daya.Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telahdisebutkan oleh Allah di dalam kitabNya, firmanNya: "Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepadaAllah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya" (Surah al-Mujadalah 58: 22). sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telah disifatkan oleh Allah A.W. di dalam kitabNya. FirmanNya: "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan ezaliman, itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orangyangmendapat petunjuk" (Surah al-An`am 6:82). Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telah disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya. FirmanNya: "Orang-orang yang akan memasuki syurga dengan aman" disambut oleh para malaikat dengan aman. Berbahagialah kamu, makamasuklah syurga selama-lamanya34. Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telah difirmankan oleh Allah A.W., firmanNya "Mereka memasuki syurga tanpa hisab"35.

. Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang akan dibakar di neraka sa`ir36. Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang mendengar tepikan neraka jahannam dan nyalanya37. .Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telah difirmankan oleh Allah A.W. FirmanNya "Setiap umat masuk (neraka) dia mengutuk kawannya". (Surah al-A`raf 7: 38). Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telahdisebutkan oleh Allah di dalam kitabNya. FirmanNya "Setiap kali dilemparkan ke dalamnya satu kumpulan, penjaga-penjaganya bertanya kepada mereka: Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: Benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami mengatakan Allah tidak menyuruh sesuatupun. Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar" (Surah al-Mulk 67: 8-9). Sesungguhnya para wali mereka ialah "Orang-orang yang takut akan Tuhan mereka dengan perkara yang ghaib bagi mereka keampunan dan pahala yang besar" (Surah al-Mulk 67: 12). Wahai manusia! Dua perkara di antara neraka dan syurga. Musuh kita ialah orang yang telah dicela dan dilaknat oleh Allah. Wali kita ialah orang yang telah dipuji dan dikasihi oleh Allah. Wahai manusia! Sesungguhnya aku memberi peringatan dan `Ali memberi petunjuk (Hadi)38. Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah nabi dan `Ali adalah wasiku. Sesungguhnya penamat para imam ialah al-Mahdi, dan beliau dari kalangan kami39. Sesungguhnya beliaulah orang yang mempertahankan agama. Sesungguhnya beliaulah penuntut bela daripada orang-orang yang zalim. Sesungguhnya beliaulah pembuka benteng-benteng dan perosak-nya40.

Sesungguhnya beliaulah orang yang memerangi setiap kabilah yang syirik. Sesungguhnya beliaulah orang yang dapat mengesan setiap penentangpara wali Allah. Sesungguhnya beliaulah pembantu agama Allah. Sesungguhnya beliaulah pencedok di lautan yang dalam. Sesungguhnya beliau mengetahui setiap orang yang mempunyai kelebihan dan setiap orang yang jahil. Sesungguhnya beliau adalah sebaik-baik pilihan Tuhan. Sesungguhnya beliaulah pewaris setiap ilmu secara menyeluruh. Sesungguhnya beliaulah diberitahu tentang Tuhannya dan diberi peringatan tentang imannya41.

Sesungguhnya beliau adalah seorang yang bijak dan tegas.Sesungguhnya setiap sesuatu diserahkan kepadanya. Sesungguhnya beliau telah diberi khabar gembira kepada orang-orang yang terdahulu. Sesungguhnya beliaulah hujah dan tidak ada hujah selepasnya. Tidak ada kebenaran melainkan bersamanya. Tidak ada nur (cahaya) melainkan di sisinya. Tidak ada orang yang dapat mengalahkannya dan tidak akan dibantu orang yang menentangnya. Sesungguhnya beliaulah wali Allah di bumiNya, hukumNya pada makhlukNya dan orang kepercayaanNya di dalam semua keadaan. Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menerangkannya kepada kalian dan memahamkan kalian. Ini `Ali akan memahamkan kalian selepasku42.

Sesungguhnya manakala selesai ucapanku, aku menyeru kalian supaya melakukan bai`ah kepadaku sebagai tanda membai`ah `Ali dan memberi pengakuan kepadanya, kemudian memberi bai`ah kepadan selepasku. Sesungguhnya aku telah membai`ah kepada Allah, dan `Ali telah memberi bai`ah kepadaku. Aku memerintahkan kalian supaya melakukan bai`ah kepadanya daripada Allah A.W. FirmanNya "Barang siapa yang melanggar janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48: 10).Wahai manusia! Sesungguhnya Haji, Safa, Marwah dan `Umrah adalah di antara syi`ar-syi`ar Allah.

"Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya" (Surah al-Baqarah 2: 158). Wahai manusia! Tunaikan haji di Baitullah ketika mampu dan janganlah kalian meninggalkannya melainkan tanpa kemampuan. Wahai manusia! Setiap mukmin yang berdiri di Mauqif dosanya yang lalu akan diampuni Tuhan. Dan apabila selesai hajinya, amalan (baru)nya dimulakan. Wahai manusia! Orang-orang yang menunaikan haji bersifat tolong menolong. Dan perbelanjaan mereka akan digantikan kerana Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan. Wahai manusia! tunailah haji dengan sempurna dan memahami (hikmah)nya. Dan janganlahkalian pulang melainkan dengan taubat dan meninggalkan segala dosa. Wahai manusia! Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat sebagaimana Allah menyuruh kalian melakukannya.

Jika masa berpanjangan, kalian mengabaikannya atau melupai-nya maka `Ali adalah wali kalian dan orang yang dapat menjelaskannya kepada kalian kerana Allah telah melantiknya selepask Dan sesiapa yang Allah A.W. memilihnya untuk menggantikan tempaku, akan memberitahu kalian persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh kalian dan beliau akan menerangkan kepada kalian apa yang kalian tidak mengetahuinya43.

Sesungguhnya halal dan haram adalah tidak terkira banyaknya. Akulah yang menyuruh melakukan perkara-perkara yang halal dan akulah yang melarang melakukan perkara-perkara yang haram. Di satu peringkat aku diperintahkan supaya mengambil bai`ah daripadakalian. Dan bai`ahkalian adalah dengan menerima apa yang aku bawa dari sisi Allah A.W. mengenai kepemimpinan `Ali Amiru l-Mukminin dan para imamselepasnya, di mana mereka adalah daripadaku dan daripadanya. Dan di kalangan mereka itulah Imam Mahdi yang akan memenuhi dunia ini dengan kebenaran sehinggalah hari kiamat44.

Wahai manusia! Setiap yang halal aku telah menerangkannya kepada kalian. Begitu juga setiap yang haram aku telah melarang kalian dari melakukannya. Aku tidak akan bertolak ansur mengenainya dan aku tidak akan menukarkannya. Lantaran itu kalian hendaklah sentiasa mengingatinya, menjaganya, memberi nasihat dengannya. Jangan sekali-kali menukarkannya atau mengubahnya pula. Sesungguhnya aku ingin perbaharui kata-kataku: Dirilah solat, tunailah zakat, suruhlah mengerja kebaikan dan tegahlah kemungkaran. Sesungguhnya punca "menyuruh" kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah berakhir kepada kata-kataku dan kalian sampaikanlah kata-kataku ini kepada orang yang tidak hadir dan suruhlah dia menerimanya dan menegahnya dari menyalahinya. Kerana ia adalah perintah daripada Allah A.W dan daripadaku.

Tidak ada amr ma`ruf dan nahyi munkar melainkan bersama imam yang maksum. Wahai manusia! Al-Qur'an45 telah memperkenalkan kalianbahawa para imam selepas `Ali ialah anak-anaknya. Dan aku telah memperkenalkan kalian bahawa dia (`Ali) adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya sehingga Allah berfirman di dalam kitabnya46.

"Dan dia menjadikan kalimat Tauhid itu kalimat yang kekal pada keturunannya" (Surah az-Zukhruf 43: 28) Dan aku berkata: Kalian tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya47.

Wahai manusia! Bertakwalah, bertakwalah! Berwaspadalah tentang kiamat, sebagaimana firman Allah A.W. "Sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang amat besar" (Surah al-Hajj 22: 1). Ingatlah mati, hisab, mizan, dan perhitungan di hadapan Allah Tuhan sekalian alam, pahala dan siksa. Sesiapa yang melakukan kebaikan akan diberi pahala dan sesiapa yang melakukan kejahatan, tidak ada bahagian syurga baginya.

Wahai manusia! Sesungguhnya kalian yang ramai ini hendaklah memberi bai`ah kepadaku dengan tapak tangan yang satu. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya mengambil pengakuan daripada kalian tentang perlantikan `Ali sebagai imam/pemimpin mukminin. Dan para imam yang datang selepasnya adalah daripadaku dan daripadanya sebagaimana aku telah memberitahu kalian. Sesungguhnya zuriatku adalah dari sulbinya. Justeru itu katakanlah: Kami mendengar, mentaati, meridai, mematuhi apa yang telah disampaikan oleh anda daripada Tuhan kami dan Tuhan anda tentang Ali dan para imam selepasnya adalah dari sulbinya. Kami memberi bai`ah kepada anda mengenai imamah `Ali dengan hati kami, diri kami, lidah kami dan tangan kami.

Di atas pengakuan inilah kami hidup, kami mati kami dibangkitkan kembali. Kami tidak akan mengubah dan menukarnya. Kami tidak melakukan syak wasangka, kami tidak akan memungkiri janji, kami mentaati Allah, mentaati anda dan `Ali Amiru l-Mukminin dan para imam yang terdiri dari anak cucunya yang anda telah menyebutkannya daripada zuriat anda dari sulbinya. Selepasnya Hassan dan Husain di mana kedua-duanya aku telah memberitahu kalian tentang kedudukan kedua-duanya di sisiku dan kedudukan kedua-duanya di sisi Allah A.W48.

Sesungguhnya aku telah melaksanakannya kepada kalian. Sesungguhnya kedua-duanya adalah imam selepas bapa mereka berdua `Ali. Dan aku adalah bapa kedua-dua mereka sebelumnya. Katakanlah: Kami mentaati Allah tentang perkara tersebut (imamah), kami mentaati anda, `Ali, Hasan, Husain dan para imam yang disebutkan oleh anda dengan perjanjian yang kukuh dan ikhlas untuk Amiru l-Mukminin dari hati kami, jiwa kami, dan lidah kami, dengan "berjabat tangan" kami dengan orang yang melakukan kepada kedua-duanya (Nabi dan `Ali A.S) dengan tangannya dan mengakui kedua-duanya dengan lidahnya. Kami tidak akan mengubah pendirian kami selama-lamanya, Allah menjadi saksi terhadap kami. Dan cukuplah Allah menjadi saksi dan anda (Nabi s.`a.w.) juga menjadi saksi kepada kami. Malah setiap orang yang taat secara zahir danbatin, yang terdiri dari para Malaikat, bala tenteraNya, hamba-hambaNya. Dan Allah yang Maha Besar menjadi saksi49.

Wahai manusia! Apa pendapat kalian sesungguhnya Allah mengetahui setiap suara yang tersembunyi. Maka sesiapa yangmemilih petunjuk adalah untuk dirinya. Dan siapa yang sesat,sesungguh-nya dia memilih kesesatan itu. Dan siapa yang memberibai`ah kepada Allah, "tangan" Allah (kekuasaan Allah) di atas tangan-tangan mereka. Wahai manusia! Bertakwalah kalian kepada Allah dan berilah bai`ah kepada `Ali Amir al-Mukminin, Hasan, Husain dan para imam yang lain.

Mereka merupakan kalimat yang baik selama-lamanya. Allah akan membinasakan orang yang mungkir janji dan akan memberi rahmat kepada orang yang menepati janji. "Barang siapa yang melanggar janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48: 10). Wahai manusia! Katakanlah sebagaimana aku telah katakan kepada kalian dan ucaplah salam bahagia kepada `Ali bagi memimpinkaum mukminin. Katalah "Kami mendengar, kami taat, keampunan kamu wahai Tuhan dipinta dan kepada kamulah tempat kembali" (Surah al-Baqarah 2: 285). Dan katakanlah "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kamipetunjuk" (Surah al-A`raf 7: 43).

Wahai manusia! Sesungguhnya kelebihan `Ali b. Abi Talib A.S adalah di sisi Allah A.W. Sesungguhnya Dia telah menurunkan kelebihannya di dalam al-Qur'an tidak terhitung banyaknya di satu peringkat. Lantaran itu siapa di kalangan kalian yang mengetahuinya, hendaklah mereka membenarkannya. Wahai manusia! Siapa yang mentaati Allah, RasulNya, `Ali dan para imam yang aku telah menyebutkan nama-nama mereka kesemuanya, maka ia akan mendapat kejayaan yang besar50. Wahai manusia! Orang yang terdahulu memberi bai`ah kepada-nya, mematuhinya, menerimanya sebagai pemimpin mukminin, maka merekalah orang yang mendapat kejayaan di syurga. Wahai manusia! Katakanlah bahawa Allah tidak akan meridai kata-kata penentangan kalian.

Sekiranya kalian mengingkari malah jika seluruh penghuni bumi ini mengingkarinya, tidak akan sekali-kali memberi sebarang kemudaratan kepada Allah S.W.T.

Seterusnya al-Tabarsi menulis: Lalu orang ramai menyeru Rasulullah (s.`a.w.) sambil berkata: Kami mendengar dan kami mentaati perintah Allah dan RasulNya dengan hati kami, lidah kami dan tangan kami. Mereka datang berpusu-pusu kepada Rasulullah (s.`a.w.) dan `Ali a.s. Lalu mereka berjabat tangan denganRasulullah (s.`a.w.) dan `Ali a.s. Orang pertama berjabat tangan dengan Rasulullah (s.`a.w.) ialah Abu Bakr, kedua `Umar, ketiga `Uthman, keempat Talhah, kelima Zubair, orang-orang Muhajirin, Ansar dan orang ramai menurut martabat mereka sehingga solat Maghrib dan Isyak dilakukan secara jamak dan berjamaah. Mereka meneruskan bai`ah dan berjabat tangan sebanyaktiga kali. Rasulullah (s.`a.w.) bersabda, setiap kali mereka melakukan bai`ah kepadanya; Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakankelebihan kepada kami di atas sekalian alam51.

4
KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM

Ulasan
Konsep Imamah (kepemimpinan) yang ditekankan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di dalam khutbah Ghadir Khum adalah melalui nas Allah S.W.T. Danbukan melalui perlantikan atau pemilihan52. Ia memusatkan kepada dua belas imam yang didahului oleh Amir al-Mukminin `Ali bin Abi Talib dan sebelas anak cucunya di mana mereka adalah dari keturunan Rasulullah (s.`a.w.) sendiri melalui Fatimah a.s. Lantaran itu beliau (s.`a.w.) bersabda "Zuriat setiap nabi adalah dari sulbinya, tetapi zuriatku dari sulbi `Ali"53. Lantaran itu beliau bersabda "Sesungguhnya Allah telah melantik `Ali untuk kalian sebagai wali, imam yang wajib ditaati"54.

Kemudian beliau bersabda "Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia memerintahkan kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku. Kemudian anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran55.

Sebenarnya konsep dua belas imam selepas kewafatan Rasulullah (s.`a.w.) telah diriwayatkan tidak terkira banyaknya oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka di samping para ulama Syi`ah. Umpamanya al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam Sahihnya56 dengan perkataan "dua belas amir".

Al-Bukhari meriwayatkannya daripada Jabir b. Samurah bahawa Nabi (s.`a.w.) bersabda "selepasku dua belas amir". Muslim di dalam Sahih57 misalnya meriwayatkannya daripada Jabir b. Samurah sehingga dia berkata: Aku bersama bapaku berjumpa Nabi (s.`a.w.). Aku dengar Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Urusan ini tidak akan selesai hingga berlaku kepada mereka dua belas khalifah"58 . Al-Turmudhi di dalam Sunannya meriwayatkannya dengan lafaz amir bukan khalifah. Ahmad b. Hanbal di dalam Musnadnya59 meriwayatkannya daripada Sya`bi daripada Masruq berkata: Kami berada di sisi `Abd Allah b. Mas`ud yang sedang memperdengarkan bacaan al-Qur'an kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya: Wahai Abu `Abd Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah (s.`a.w.) berapakah umat ini memiliki khalifah? `Abd Allah b. Mas`ud menjawab: Tiada seorangpun bertanya kepadaku mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda. Kemudian dia berkata: Ya!

Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) mengenai-nya. Maka beliau (s.`a.w.) bersabda: "Dua belas (Khalifah) seperti bilangan naqib Bani Isra'il". Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal60 meriwayatkan bahawa Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Selepasku akan diikuti oleh dua belas khalifah". Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah61 meriwayatkan bahawa Jabir b. `Abdullah berkata: Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Jabir! Sesungguhnya para wasiku dan para imam selepasku pertamanya `Ali kemudian Hasan kemudian Husain kemudian `Ali b. Husain. Kemudian Muhammad b. `Ali al-Baqir. Anda akan menemuinya wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya, maka sampailah salamku kepadanya. Kemudian Ja`far b. Muhammad, kemudian Musa b. Ja`far, kemudian `Ali b. Musa, kemudian Muhammad b. `Ali, kemudian `Ali b. Muhammad, kemudian Hasan b. `Ali. Kemudian al-Qa'im namanya sama dengan namaku dan kunyahnya adalah kunyahku, anak Hasan b. `Ali. Dengan beliaulah Allah akan "membuka" seluruh pelusuk bumi di Timur dan di Barat,dialah yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan percaya kepada imamahnya melainkan orang yang diuji hatinya oleh Allah SWT".

Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh mengambil faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab: "Ya! Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya mereka mengambil cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya, seperti orang ramai mengambil faedah dari matahari sekalipun ianya ditutupi awan". Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah yang tersembunyi. Justeru itu rahsiakanlah mengenainya melainkan kepada orang yang ahli.

Demikianlah dikemukakan secara ringkas konsep imam dua belas menurut riwayat para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka di mana ia adalah sejajar dengan khutbah Ghadir Khum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa `Ali a.s sendiri telah mengemukakan khutbah/hadis Ghadir Khum sebagai hujah kekhilafahan beliau selepas Rasulullah (s.`a.w.). Al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya62 meriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin `Ali telah menuntut jawatan khalifah dengan mengemukakan beberapa soalan munasyadah kepada Ahli Syura pada tahun 23 H.

Beliau bertanya: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada-nya: Siapa yangmenjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya Wahai Tuhan, hormatilah orang yang mewalikannya, tentangilah orang yang bermusuhan dengannya. Tolonglah orang yang menolong-nya. Orang yang hadir hendaklah menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir selain daripadaku? Mereka menjawab: Tidak ada orang lain selain daripada anda. Sulaim b. Qais al-Hilali seorang tabi` meriwayatkan bahawa beliau melihat Amir al-Mukminin `Ali a.s di Masjid Madinah di zaman pemerintahan Khalifah `Uthman b. `Affan dan dua ratus lebih para sahabat sedang bercakap-cakap dan bermuzakarah tentang ilmu dan kezuhudan. Mereka menyebut kelebihan Quraisy tentang orang yang pertama memeluk Islam dan berhijrah dengan sabda-sabda Rasulullah (s.`a.w.) tentang mereka. `Ali hanya berdiam diri kemudian beliau bertanya kepada mereka: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui tentang sebab turunnya "Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah, taat kamu kepada Rasulullah dan Uli al-Amr daripada kamu" (Surah al-Nisa' 4:59).

Orang ramai menjawab: Wahai Rasulullah adakah ia diturunkan secara khusus untuk sebahagian mukminin? Atau ia umum kepada semua mukminin? Justeru itu Allah A.W memerintahkan nabiNya supaya memberitahu mereka tentang Uli al-Amr mereka, dan menafsirkan kepada mereka tentang al-Wilayah sebagaimana beliau menafsirkan kepada mereka solat mereka, zakat mereka dan haji mereka. Dan beliaulah yang melantik aku untuk menjadi imam/khalifah kepada mereka selepas Ghadir Khum. Kemudian beliau memberi khutbahnya dan bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku dengan satu misi yang mencemaskan kerana aku menyangka orang ramai akan membohongiku.

Justeru itu aku berjanji pada diriku sendiri supaya aku tidak menyampaikannya atau Dia menyiksaku63. Kemudian beliau memerintahku supaya solat dilakukan secara jamak dan berjamaah.Kemudian beliau berkhutbah: Wahai manusia adakah kalian mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula mukminin dan aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Dia bersabda: Berdirilah wahai `Ali, maka aku (`Ali)pun berdiri. Kemudian beliau bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikannya. Tentang orang yang bermusuhan dengannya. Maka Salman berdiri danbertanya: Wahai Rasulullah taat kepada Uli al-Amr seperti siapa? Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Ketaatan kepada Uli al-Amr sepertilah mentaatiku. Kemudian turun ayat "Hari ini aku menyempurnaka agama kamu".

Maka Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Allah akbar, dengan ini sempurnalah kenabianku dan lengkaplah agama Allah dengan wilayah `Ali selepasku. Lantas Abu Bakr dan `Umar bertanya: Adakah ayat tersebut khusus untuk `Ali `a.s? Beliau menjawab: Ya ianya untuk `Ali dan para wasiku sehinggalahhari kiamat. Abu Bakr dan `Umar meminta penjelasan lagi. Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami. `Ali adalah saudaraku, wazirku, pewarisku, wasiku, khalifahku pada umatku dan wali setiap mukmin selepasku. Kemudian anak lelakiku Hasan, kemudian Husain kemudian sembilan daripada anak lelakiku Husain satu selepas satu. Al-Qur'an bersama mereka dan mereka bersama al-Qur'an. Merekatidak akan berpisah daripadanya dan ia (al-Qur'an) tidak akan memisahkan mereka sehingga mereka dikembalikan kepadaku di Haud. Lalu para sahabat menjawab: Wahai Tuhanku sesungguhnya kami telah mendengar demikian itu dan kami naik saksi di atas apa yang diucapkan oleh anda (`Ali)64.

`Ali a.s juga telah mengulangi khutbah/hadis nabi di Ghadir Khum semasa beliau mula menjadi khalifah di Rahbah di Kufah pada tahun35 H. Ahmad b. Hanbal meriwayatkan bahawa `Ali a.s berkata: Aku menyeru kerana Allah bagi setiap orang yang mendengar Rasulullah (s.`a.w.) bersabda di hari al-Ghadir supaya berdiri dan memper saksikan apa yang telah didengarinya. Dan tidak boleh berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi s.`a.w.) dengan matanya dan mendengar dengan kedua-dua telinganya. Lantas tiga puluh sahabat berdiri termasuk dua belas orang yang telah mengambil bahagian di dalam peperangan Badar. Mereka telah menyaksikan bahawa beliau (s.`a.w.) telah memegang `Ali dengan tangannya dan bersabda kepada orang ramai, di antaranya: Tidakkah anda mengetahui bahawa sesungguhnya aku lebih aula dengan mukminin daripada mereka sendiri?

Mereka menjawab: Ya. Kemudian beliau (s.`a.w.) bersabda lagi: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya65. . adalah diriwayatkan bahawa terdapat para sahabat seperti Anas b. Malik dan lain-lain yang enggan memberi penyaksian tersebut di mana `Ali a.s berkata kepadanya: Kenapa anda tidak berdiri bersama sahabat-sahabat Rasulullah (s.`a.w.) yang lain untuk memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari daripadanya di hari itu?

Dia menjawab: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah tua dan pelupa pula. Lantas `Ali a.s berkata: Jika anda berbohong, nescaya Allah akan mengenakan anda dengan penyakit keputihan kulit yang tidak dapat ditutupi serban. Dia tetap dengan pendiriannya sehingga mukanya dihinggapi keputihan kanser. Selepas itu dia berkata: Aku ditimpa penyakit ini disebabkan berkat doa hamba yang salih66 .

Di sini diperturunkan sebahagian dari para sahabat yang melihat sendiri Rasulullah (s.`a.w.) dan mendengar khutbah beliau (s.`a.w.) di GhadirKhum. Kemudian memberi penyaksian mereka di hadapan Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib di Rahbah seperti berikut:

1. Abu Zainab b. `Auf al-Ansari.

2. Abu `Umrah b. `Amru b. Muhsin al-Ansari.

3. Abu Fadalah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperanganSiffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s dan terlibat di dalam Peperangan Badr.

4. Abu Qudamah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperangan al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.

5. Abu Laila al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperangan al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.

6. Abu Hurairah al-Dusi.

7. Abu al-Haitham Ibn al-Taihan. Beliau mati syahid di dalapeperangan al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s. dan terlibat dalam Peperangan Badr.

8. Thabit b. al-Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani.

9. Hubsyi b. Janadah al-Saluli.

10. Abu Ayyub Khalid al-Ansari. Beliau terlibat dalam peperangan Badr.

11. Khuzaimah b. Thabit al-Ansari, Dhu al-Syahadataini. Beliau mati syahid di dalam peperangan al-Siffin dan terlibat di dalam peperangan Badr.

12. Abu Syurah Khuwailid `Amru al-Khuza`i. Wafat ketika berusia 68 tahun.

13. Zaid/Yazid b. Syarahil al-Ansari.

14. Sahal b. Hanif al-Ansari al-Ausi. Wafat ketika berusia 38 tahun dan terlibat di dalam peperangan Badr.

15. Abu Sa`id Sa`d b. Malik al-Khudri al-Ansari.

16. Abu `Abbas Sahl b. Sa`d al-Ansari. Wafat ketika berusia 91 tahun.

17. Amir b. Laila al-Ghaffari.

18. `Abd al-Rahman b. Rabb al-Ansari.

19. `Abdullah b. Thabit al-Ansari. Khadam Rasulullah (s.`a.w.).

20. `Ubaid b. `Azib al-Ansari.

21. Abu Tarif `Adi b. Hatim.

22. `Uqbah b. `Amir al-Jahani. Beliau wafat ketika berusia 68 tahun. Dan di kalangan orang yang mati di pihak Mu`awiah.

23. Nahiyah b. `Amr al-Khuza`i.

24. Nu`man b. `Ajalan al-Ansari67.

`Ali juga mengulangi khutbah/hadis Ghadir Khum pada hari Peperangan Jamal tahun 36 H. Beliau bertanya Talhah: Aku menyeru anda, adakah anda mendengar Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Siapa yang menjadikan aku maula nya, maka `Ali maula nya. Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikannya dan tentangilah orang yang memusuhinya? Talhah menjawab: Ya. `Ali berkata: Kenapa anda memerangiku? Talhah menjawab: Aku tidak ingat. Beliau berkata: Talhah telah pergi darinya68

Amir al-Mukminin mengulang kembali khutbah/hadis Ghadir Khum di Kufah pada tahun 36-37 H. di mana sekumpulan lelaki mengulangi kembali hadis Ghadir al-Khum di hadapan Amir al-Mukminin `Ali69,. Begitu juga Fatimah al-Zahra, Hasan, Husain dan sembilan para imam Ahl al-Bait Rasulullah(s.`a.w.) berhujah dengan hadis al-Ghadir dan lain-lain, seperti hadis al-Thaqalain, al-Safinah,al-Manzilah, al-Tair, al-Dar, Madinah al-`Ilm dan lain-lain. Semuanya menjelaskan kekdudukan kelebihan para imam dua belas. Adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa Amir al-Mukminin `Ali mempunyai keilmuan yang tinggi dan diakui oleh Rasulullah (s.`a.w.). Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Aku adalahbandar ilmu, `Ali adalah pintunya"70.

Ketinggian ilmu dan bahasa yang diucapkan oleh Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib terserlah di dalam ucapan-ucapan beliu71di mana pada suatu hari beliau diminta oleh sebahagian para sahabatnya supaya memberitahu mereka tentang keilmuannya. Amir al-Mukminin menjawab: Sesungguhnya ucapanku sukar dan menyukarkan (Sa`bun wa Mustas`abun) di mana ia tidak akan difahami melainkan oleh orang yang alim (al-`Alimun ). Tetapi mereka mendesak beliau supaya memberi suatu ucapan kata-kata hikmah kepada mereka. Lalu beliau menjemput mereka ke rumahnya, kemudian beliau berucap: Akulah yang telah tinggi (`Alautu), maka akulah yang memaksa, (Qahartu); akulah yang menghidupkan (Uhyi) dan mematikan (Umitu), akulah yang pertama (al-Awwal) dan terakhir (al-Akhir), Zahir (al-Zahir) dan batin (al-Batin). Lantas mereka memarahi beliau dan berkata: Beliau telahkafir (kafara) lalu mereka berdiri untuk keluar dari rumahnya. `Ali a.s berkata kepada pintu: Wahai pintu, peganglah mereka. Maka pintu itu tertutup dengan sendiri. Beliau berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada kalian bahawa ucapanku sukar dan menyukarkan, di mana ia tidak dapat difahami melainkan oleh orang yang alim? Datang kemari, aku akan menjelaskannya kepada kalian.

Adapun ucapanku: Akulah yang telah tinggi (`Alautu), maka akulah yang telah memaksa (Qahartu), maka akulah yang telah meninggikan (Alautu) kalian dengan pedangku ini. Maka aku memaksa (Qahartu) kalian sehingga kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun ucapanku: Akulah yang menghidupkan (Uhyi) dan mematikan (Umitu), maka akulah yang menghidupkan (Uhyi) Sunnah dan mematikan (Umitu) bid`ah. Adapun ucapanku: Akulah yang pertama (al-Awwal), maka akulah orang yang pertama (al-Awwal) beriman kepada Allah dan memeluk Islam.

Adapun ucapanku: Akulah orang yang terakhir (al-Akhir), maka akulah orang yang terakhir (al-Akhir) mengenakan pakaian ke atas Nabi (s.`a.w.) dan mengkafankannya. Adapun ucapanku: Akulah zahir (al-Zahir) dan batin (al-Batin), maka di sisi akulah ilmu zahir dan batin. Kemudian para sahabatnya mengeluh seraya berkata: Anda telah menyelamatkan kami semoga Allah menyelamatkan anda72.

Jikalaulah sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin `Ali a.s sukar untuk memahami ucapan-ucapan beliau, orang-orang di zaman kita ini lebih sukar untuk memahaminya. Justeru itu mereka melontarkan kata-kata kafir kepada Syi`ah Amir al-Mukminin `Ali a.s pula dengan alasan Amir al-Mukminin `Ali tidak berkata demikian. Hanya Syi`ah `Ali sahaja yang mengaitkan ucapan tersebut Perbezaannya yang pertama (sebahagian para sahabat `Ali a.s) mengkafirkan `Ali sendiri kerana ucapannya. Sementara orang-orang Islam tertentu di zaman ini, menafikan kata-kata itu dikaitkan kepada `Ali a.s. Sebaliknya menyatakan bahawa ucapan tersebut hanya direka-reka oleh Syi`ah (`Ali). Lantas mereka mengkafirkan Syi`ah. Jikalaulah mereka benar-benar mengetahui bahawa ucapan tersebut datangnya daripada `Ali a.s sendiri, kemungkinan mereka akan melakukan perkara yang sama sebagaimana yang telah dilakukan oleh sebahagian para sahabat `Ali terhadap beliau sendirikerana mereka bukanlah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu yang tinggi, malah mereka hanya dapat memahami sesuatu secara mendatar. Meskipun begitu mereka adalah sahabat Amir al-Mukminin `Ali dan kemungkinan di kalangan mereka adalah sahabat Rasulullah (s.`a.w.) sendiri.


5
KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM
Di sini diperturunkan nama-nama perawi khutbah/hadis Ghadir Khum di kalangan para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) tentang perlantikan `Ali sebagai khalifah secara langsung selepas Rasulullah (s.`a.w.) sebagaimana sabdanya: "Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya". Dan nama-nama perawi tersebut telah diriwayatkan oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka seperti berikut:

1. Abu Hurairah al-Dausi (w. 57/58/59 H). Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, VII, hlm. 290. Al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 130. Ibn Hajr di dalam Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 327.

2. Abu Laila Al-Ansari (w. 37 H). Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi, di dalam Manaqibnya, hlm. 35. Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 14.

3. Abu Zainab bin `Auf al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Ibn Hajr di dalam al-Isabah, III, hlm. 408.

4. Abu Fadhalah al-Ansari, sahabat Nabi (s.`a.w.) di dalam peperangan Badr. Di antara orang yang memberi penyaksian kepada `Ali a.s dengan hadis al-Ghadir di hari Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307.

5. Abu Qudamah al-Ansari. Di antara orang yang menyahut seruan `Ali a.s di hari Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, V, hlm.276.

6. Abu `Umrah bin `Umru bin Muhsin al-Ansri. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Di antara yang menjadi saksi kepada `Ali a.s di hari Rahbah dengan hadis al-Ghadir.

7. Abu l-Haitham bin al-Taihan meninggal dunia di dalam pepe rangan al-Siffin tahun 37 H. Diriwayatkan oleh al-Qadhi d dalam Tarikh AliMuhammad, hlm. 62.

8. Abu Rafi` al-Qibti, hamba Rasulullah (s.`a.w.). Diriwayakan oleh al-Khawarizmi di dalam Maqtal dan Abu Bakr al-Ja`abi di dalam Nakhbnya.

9. Abu Dhuwaib Khuwailid atau Khalid bin Khalid bin Muhrith al-Hazali wafat di dalam pemerintahan Khalifah `Uthman. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah, al-Khawrizmi di dalam Maqtal.

10. Abu Bakr bin Abi Qahafah al-Taimi (w. 13 H). Diriwayatka oleh Ibn Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wlayah, Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-Nakhb, al-Mansur al-Razi di dalam kitabnya Hadith al-Ghadir, Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 di antaraperawi-perawi hadis al-Ghadir.

11. Usamah bin Zaid bin al-Harithah al-Kalbi (w. 54 H). Diriwayatkan di dalam Hadith al-Wilayah dan Nakhb al-Manaqib.

12. `Ubayy bin Ka`ab al-Ansari al-Khazraji (w. 30/32 H). Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`bi dengan sanad-sanadnya di dalam Nakhbal-Manaqib.

13. As`ad bin Zararah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4.

14. Asma` binti `Umais al-Khath`amiyyah. Diriwayatkan oleh Ibn`Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah5. Umm Salmah isteri Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40.

16. Umm Hani` binti Abi Talib. Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40 dan Ibn `Uqdah di dalam Hadit hal-Wilayah dengan sanad-sanadnya.

17. Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari al-Khazraji hamba Rasulullah (s.`a.w.) (w. 93 H). Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi di dalamTarikhnya, VII, hlm. 377; Ibn Qutaibah di dalam al-Ma`arif, hlm. 291; al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm.114.

18. Al-Barra' bin `Azib al-Ansari al-Ausi (w. 72 H). Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV, hlm. 281,Ibn Majah di dalam Sunan, I, hlm. 28-29.

19. Baridah bin al-Hasib Abu Sahl al-Aslami (w. 63 H). Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 110; al--Suyuti di dalam Tarikhal-Khulafa', hlm. 114.

20. Abu Sa`id Thabit bin Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307.

21. Jabir bin Samurah bin Janadah Abu Sulaiman al-Sawa`i (w. 70H). Diriwayatkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 398.

22. Jabir bin `Abdullah al-Ansari (w. 73/74/78 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam al-Isti`ab, II, hlm. 473; Ibn Hajr di dalam Tahdhibal-Tahdhib, V, hlm. 337.

23. Jabalah bin `Amru al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

24. Jubair bin Mut`am bin `Adi al-Qurasyi al-Naufali (w. 57/58/59H). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah,hlm. 31, 336.

25. Jarir bin `Abdullah bin Jabir al-Bajali (w. 51/54 H). Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id , IX,hlm. 106.

26. Abu Dhar Jundab Janadah al-Ghaffari (w. 31 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah; Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4.

27. Abu Junaidah Janda` bin `Amru bin Mazin al-Ansari. Diri-wayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm.308.

28. Hubbah bin Juwain Abu Qudamah al-`Arani (w. 76-79 H). Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX,hlm. 103; al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 276.

29. Hubsyi bin Janadah al-Jaluli. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; V, hlm. 203; Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211.

30. Habib bin Badil bin Waraqa` al-Khaza`i. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm. 304.

31. Huzaifah bin Usyad Abu Sarihah al-Ghaffari (w. 40/42 H).diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi, di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38.

32. Huzaifah bin al-Yamani (w. 36 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 40.

33. Hasan bin Thabit. Salah seorang penyair al-Ghadir pada abad pertama hijrah.

34. Imam Mujtaba Hasan bin `Ali a.s. Diriwayatkan oleh Ibn`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-Nakhb.
35. Imam Husain bin `Ali a.s. Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di
dalam Hilyah al-Auliya', IX, hlm. 9.

36. Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari (w. 50/51/52 H). Diriwayatkan oleh Muhibbuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah, I, hlm. 169;Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,V, hlm. 6 dan lain-lain.

37. Abu Sulaiman Khalid bin al-Walid al-Mughirah al-Makhzumi (w.21/22 H). Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-Nakhb.

38. Khuzaimah bin Thabit al-Ansari Dhu al-Syahadataini (w. 37H). Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,III, hlm. 307 dan lain-lain.

39. Abu Syuraih Khuwailid Ibn `Umru al-Khaza`i (w. 68 H). Di antara orang yang menyaksikan Amiru l-Mukminin dengan hadith al-Ghadir.

40. Rifalah bin `Abd al-Mundhir al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

41. Zubair bin al-`Awwam al-Qurasyi (w. 36 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 3.

42. Zaid bin Arqam al-Ansari al-Khazraji (w. 66/68 H). Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV, hlm.368 dan lain-lain.

43. Abu Sa`id Zaid bin Thabit (w. 45/48 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib,hlm. 4 dan lain-lain.

44. Zaid Yazid bin Syarahil al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, II, hlm. 233; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm. 567 dan lain-lain.

45. Zaid bin `Abdullah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

46. Abu Ishak Sa`d bin Abi Waqqas (w. 54/56/58 H). Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak , III, hlm. 116 dan lain-lain.

47. Sa`d bin Janadah al-`Aufi bapa kepada `Atiyyah al-`Aufi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah , dan lain-lain.

48. Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji (w. 14/15 H). Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam Nakhb.

49. Abu Sa`id Sa`d bin Malik al-Ansari al-Khudri (w. 63/64/65H). Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 8; Ibn Kathir di dalam Tafsirnya, II, hlm. 14 dan lain-lain.

50. Sa`id bin Zaid al-Qurasyi `Adwi (w. 50/51 H). Diriwayatkan oleh Ibn al-Maghazili di dalam Manaqibnya.

51. Sa`id bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

52. Abu `Abdullah Salman al-Farisi (w. 36/37 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.

53. Abu Muslim Salmah bin `Umru bin al-Akwa` al-Islami (w. 74H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya didalam Hadith al-Wilayah.

54. Abu Sulaiman Samurah bin Jundab al-Fazari (w. 58/59/60 H).Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.

55. Sahal bin Hanif al-Ansari al-Awsi (w. 38 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.

56. Abu `Abbas Sahal bin Sa`d al-Ansari al-Khazraji al-Sa`idi (w. 91 H). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38 dan lain-lain.

57. Abu Imamah al-Sadiq Ibn `Ajalan al-Bahili (w. 86 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

58. Dhamirah al-Asadi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

59. Talhah bin `Ubaidillah al-Tamimi wafat pada tahun 35 Hijrah di dalam Perang Jamal. Diriwayatkan oleh al-Mas`udi di dalam Muruj al-Dhahab, II, hlm. 11; al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 171 dan lain-lain.

60. `Amir bin `Umair al-Namiri. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 255.

61. `Amir bin Laila bin Dhumrah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 92 dan lain-lain.

62. `Amir bin Laila al-Ghaffari. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 257 dan lain-lain.

63. Abu Tufail `Amir bin Wathilah. Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 118; al-Turmudhi di dalam Sahihnya, II, hlm. 298 dan lain-lain.

64. `Aisyah binti Abu Bakr bin Abi Qahafah, isteri Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

65. `Abbas bin `Abdu l-Muttalib bin Hasyim bapa saudara Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

66. `Abdu al-Rahman bin `Abd Rabb al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 408 dan lain-lain.

67. Abu Muhammad bin `Abdu al-Rahman bin Auf al-Qurasyi al Zuhri (w. 31 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 dan lain-lain.

68. `Abdu al-Rahman bin Ya`mur al-Daili. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

69. `Abdullah bin Abi `Abd al-Asad al-Makhzumi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

70. `Abdullah bin Badil bin Warqa' Sayyid Khuza`ah. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

71. `Abdullah bin Basyir al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

72. `Abdullah bin Thabit al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 67.

73. `Abdullah bin Ja`far bin Abi Talib al-Hasyim (w. 80 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

74. `Abdullah bin Hantab al-Qurasyi al-Makhzumi. Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam Ihya' al-Mayyit.

75. `Abdullah bin Rabi`ah. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di dalam Maqtalnya.

76. `Abdullah bin `Abbas (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-Nasa`I di dalam al-Khasa`is, hlm. 7 dan lain-lain.

77. `Abdullah bin Ubayy Aufa `Alqamah al-Aslami (w. 86/87 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

78. Abu `Abd al-Rahman `Abdullah bin `Umar bin al-Khattab al- `Adawi (w. 72/73 H). Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 106 dan lain-lain.

79. Abu `Abdu al-Rahman `Abdullah bin Mas`ud al-Hazali (w. 32/33H). Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298 dan lain-lain.

80. `Abdullah bin Yamil. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 274; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 382 dan lain-lain.

81. `Uthman bin `Affan (w. 35 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

82. `Ubaid bin `Azib al-Ansari, saudara al-Bara' bin `Azib. Di antara orang yang membuat penyaksian kepada `Ali a.s di Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307.

83. Abu Tarif `Adi bin Hatim (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38 dan lain-lain.

84. `Atiyyah bin Basr al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

85. `Uqbah bin `Amir al-Jauhani. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68.

86. Amiru l-Mukminin `Ali bin Abi Talib a.s. Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 152; al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107; al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114; Ibn Hajr di dalam Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 337; Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211 dan lain-lain.

87. Abu Yaqzan `Ammar bin Yasir (w. 37 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib,hlm. 4 dan lain-lain.

88. `Ammarah al-Khazraji al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107 dan lain-lain.

89. `Umar bin Abi Salmah bin `Abd al-Asad al-Makhzumi (w. 83 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

90. `Umar bin al-Khattab (w. 23 H). Diriwayatkan oleh Muhibbuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 161; Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 349 dan lain-lain.

91. Abu Najid `Umran bin Hasin al-Khuza`i (w. 52 H). Diriwayatkan oleh syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.

92. `Amru bin al-Humq al-Khuza`i al-Kufi (w. 50 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

93. `Amru bin Syarhabil. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di dalam Maqtalnya.

94. `Amru bin al-`Asi. Diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah di dalam al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 93 dan lain-lain.

95. `Amru bin Murrah al-Juhani Abu Talhah atau Abu Maryam. Diri-wayatkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154 dan lain-lain.

96. Al-Siddiqah Fatimah binti Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

97. Fatimah binti Hamzah bin `Abdu l-Muttalib. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

98. Qais bin Thabit bin Syamas al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm.305 dan lain-lain.

99. Qais bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

100. Abu Muhammad Ka`ab bin `Ajrah al-Ansari al-Madani (w. 51 H).Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

101. Abu Sulaiman Malik bin al-Huwairath al-Laithi (w. 84 H). Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114 dan lain-lain.

102. Al-Miqdad bin `Amru al-Kindi al-Zuhri (w. 33 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

103. Najiah bin `Amru al-Khuza`i. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, V, hlm. 6; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, III, hlm. 542 dan lain-lain.

104. Abu Barzah Fadhlah bin `Utbah al-Aslami (w. 65 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

105. Na'mar bin `Ajalan al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68 dan lain-lain.

106. Hasyim al-Mirqal Ibn `Utbah bin Abi Waqqas al-Zuhri (w. 37H). Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 366; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm. 305.

107. Abu Wasmah Wahsyiy bin Harb al-Habsyi al-Hamsi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

108. Wahab bin Hamzah. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi pada Fasal Keempat di dalam Maqtalnya.

109. Abu Juhaifah Wahab bin `Abdullah al-Suwa'i (w. 74 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

110. Abu Murazim Ya'li bin Murrah bin Wahab al-Thaqafi. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah , II, hlm.233; Ibn Hajr di dalam al-Isabah , III, hlm. 54273.

Demikianlah dikemukakan kepada kalian 110 perawi-perawi hadis al-Ghadir di kalangan para sahabat mengenai perlantikan `Ali `a.s sebagai imam/khalifah secara langsung selepas Rasulullah (s.`a.w.), oleh ulama kita Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka. Oleh itu ianya sudah mencapai ke peringkat kemutawatirannya. Kemudian diikuti pula oleh 84 perawi-perawi dari golongan para Tabi`in yang meriwayatkan hadis al-Ghadir serta 360 perawi-perawi di kalangan para ulama Sunnah yang meriwayatkan hadis tersebut di dalam buku-buku mereka. Malah terdapat 26 pengarang dari kalangan para ulama Ahl al-Sunnah yang mengarang buku-buku tentang hadis al-Ghadi74.




6
KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM

Kesimpulan
Khutbah /Hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir Khum pada 18hb. Dhu l-Hijjah tahun 10 Hijrah telah memusatkan kepemimpinan umat kepada dua belas imam/khalifah. Kemungkinan "keadaan tertentu" tidak membenarkan ia didedahkan secara menyeluruh kepada umum dengan berbagai-bagai alasan. Meskipun begitu setiap individu "bebas" mempunyai pendapatnya yang tersendiri bagi menerima atau menolak mana-mana hadis yang kurang sesuai dengan fahamannya dengan alasan akademik yang mendalam. Meskipun begitu, dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.



Catatan kaki:
1 Lihat umpamanya al-Khatib, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950, VIII, hlm. 290; al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H, hlm. 130; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963, hlm. 114; Ibn Hajr, al-Isabah, Baghdad 1345 H, III, hlm. 408; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, 1349 H, III, hlm. 307 dan lain-lain.
2 Maksud Surah al-Saba' 34 : 13 "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang bersyukur".
3 Lihat umpamanya Surah Ali `Imran, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Munafiqin, al-Hadid, al-Mujadalah dan al-Hasyr.
4 Al-`Allamah al-Tabarsi, al-Ihtijaj, Beirut 1403 H, I, hlm. 59.
5 Ibid.
6 Al-Khawarizmi ,al-Manaqib, hlm. 1301; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290; Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 408; al- Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.
7 Untuk mengeahui konsep Imamah menurut Ahl al-Sunnah,lihat buku Konsep Imamah dan khilafah Serta implikasinya menurut Ahl al-Sunnah wa l-Jama'ah,Hizbi,Shah Alam,1993.
8 Lihat Antologi Pemikiran Islam, Hizbi, Shah Alam , 1993, hlm. 206-239.
9 Al-`Allamah al-Tabarsi, al-Ihtijaj, I, hlm. 55-56,58-67.
10 Lihat umpamanya al-Dhahabi, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1958I, hlm. 3; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958, V, hlm. 237.
11 Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957, hlm. 150; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Beirut 1960, II, hlm. 298; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Baghdad 1963, IV, hlm. 637.
12 Al-Bukhari, Sahih, Cairo 1348 H, III, hlm. 54 dalam "Kitab al-Maghazi" bab peperangan Tabuk; Muslim, Sahih, Cairo 1311 H, II ,hlm. 236 dan 237 dalam bab "Fadl al-Sahabah", bab Fadl `Ali A.S.; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 98, 118 dan 119; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, II, hlm. 507.
13 Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293.
14 Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 150; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, Cairo 1958, V, hlm. 172; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, Tehran 1385 H, hlm. 128.
15 Abu Nu`aim alAsfahani, Hilyah al-Auliya', I, hlm. 65; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 92.
16 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91.Ahmad b.Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 5.
17 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251; al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 43; Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1327 H, I, hlm. 343.
18 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 91; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 128.
19 Ahmad b Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; al-Muttaqi al-Hindi , Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159; Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, V , hlm. 379.
20 Al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298,al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H, hlm. 113.
21 Al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Khatib,Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113.
22 Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958,Hlm.143; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251; Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154. 23 Al-Tabari, Tarikh, Cairo 1956, II,hlm. 216; Abu l-Fida, Tarikh, Cairo 1957, I, hlm. 116.
24 Maksud "kekal" (al-Khulud) adalah sama dengan Surah al-Nisa' 4: 14 di mana al-Baidawi menyatakan al-Khulud adalah al-Makth al-Tawil, bukan kekal selama-lamanya, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta'wil, Cairo t.t., I, hlm. 150.
25 Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 343; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 90-93.
26 Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 17; al-Dhahabi, Mizan al-I`ti-dal, Cairo 1348 H, III,hlm. 311; Kifayah al-Talib, hlm. 139-141.
27 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 56.
28 Al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 129; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, V, hlm.379; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm.115-117.
29 Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 87; al-Qunduzi al-Hanafi,Yanabi` al-Mawaddah, hlm.10,486;al-Khawarizmi, Maqtal al- Husain, Baghdad 1343 H, hlm. 50.
30 Maksud Surah al-Qasas 28: 41
31 Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, hlm. 144;al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253.
32 Al-Tabari, Tarikh ,II, hlm. 216; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 128.
33 Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, Cairo 1971 M, hlm. 79; Abu Nu`aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya', Cairo 1956 M, I, hlm.64
34 Maksud Surah az-Zumar 39: 73.
35 Maksud Surah al-Ghafir: 40
36 Maksud Surah al-Insyiqaq 84: 12.
37 Maksud Surah al-Furqan 25: 12
38 Al-Nasa'i, al-Khasais, Damascus 1978, hlm. 70; Abu Nu`aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya' , IV, hlm. 381; al-Kanji al-Syafi`I , Kifayah al-Talib, hlm. 233.
39 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 44-444.
40 Ibn `Abd al-Birr, al-Isti`ab, Beirut 1972, II, hlm. 639 ,Ibn Sa`d, Tabaqat, IV, hlm. 305.
41 Al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 126; Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo 1959, VII, hlm. 358.
42 Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, V, hlm. 241;al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 48; Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas,Tunis 1972, hlm. 78; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm.270.
43 Al-Khatib, Tarikh Baghdad, II, hlm. 377.
44 Abu Nu`aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya', III, hlm. 201; Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 101.
45 Tafsiran al-Qur'an menurut para ulama ahl al-Sunnah dan Syi`ah terutamanya mengenai Surah al-Ahzab 33:33; Surah al-Maidah 5:55 dan lain-lain.
46 Al-Tabari, Tarikh, II, hlm. 197; al-Nasai', al-Khasa'is, hlm.77-78; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H, hlm. 274.
47 Muslim, Sahih, hlm. 238; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm.17, 26.
48 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 441-444.
49 Ibid.
50 Al-Kanji al-Syafi`I, Kifayah al-Talib, hlm. 230-266.
51 Al-Tabari, Kitab al-Wilayah, Cairo 1968, hlm. 18-20.
52 Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal , Cairo, 1960, hlm. 103.
53 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah , hlm. 56 dan lain-lain .
54 Sulaim b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim ,Beirut 1980, hlm. 120.
55 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, hlm.91. Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, 11, 102
56 Al-Bukhari, Sahih, IV,hlm. 120 "kitab al-Ahkam".
57 Muslim, Sahih, II, hlm. 79.
58 Al-Turmudhi , al-Sunan , Cairo 1959, II, hlm. 110
59 Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 598.
60 Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal , VI, hlm. 100.
61 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 441-444,bab 95.
62 Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 217.
63 Sulaim b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim , hlm.111-118.
64 Sulaim b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim , hlm.111-118.
65 Ahmad b.Hanbal, al-Musnad , IV, hlm. 370; Burhan al-Din al-Halabi, Sirah al-Halabiah , Cairo 1340 H, III, hlm. 302; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 65 dan lain-lain
66 Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma`arif , Baghdad 1959, hlm. 251; Ibn `Asakir, Tarikh, Damascus ,1949, III, hlm. 150; Syaikh Muhammad al-Mar`i al-Amiri al-Antaki, Li madha akhtartu madhhab Ahl al-Bait AS?, Syria 1402 H, hlm. 81-82.
67 `Abbas Ahmad al-Amini al-Najafi, al Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab, Beirut 1977, I, hlm. 140-145.
68 Al-Mas`udi, Muruj al-Dhahab, Cairo, 1345 H.,II, hlm. 11.
69 Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, I, hlm. 368
70 Al-Hakim, al-Mustadrak , III, hlm. 126; al-Khatib, Tarikh Baghdad, II, hlm. 377; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 37.
71 Lihat umpamanya Syarif Radi, Nahj al-Balaghah , Beirut 1973.
72 Syaikh al-Mufid, al-Ikhtisas, t.t., hlm. 163; al-Majlisi, Bihar al-Anwar, Tehran 1958, IX, hlm. 645; Lihat juga al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 292-293.
73 al-Ghadir, I, hlm.14-158.
74 Ibid.

7