TUHAN MENURUT PANDANGAN ALQUR'AN TUHAN MENURUT PANDANGAN AL QUR'AN
KARYA AS-SHAHID SAYYID MUHAMMAD HUSAYNI BEHESTI
BUKU ASAL BAHASA PARSI BERTAJUK: KHUDA DAR QURAN
PENERBIT: INTERNATIONAL PUBLISHING CO.
TEHRAN-ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN
SECOND EDITION: 1996-1416H
COPYRIGHT RESERVED
TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS OLEH: ALI NAQI BAQIRSHAHI
TERJEMAHAN BAHASA MELAYU OLEH: MUHAMMAD HUSAYN
1
TUHAN MENURUT PANDANGAN AL QUR'AN
Bab I – Pengenalan Isu metafizik dalam al-Qur..an membentuk bahagian ilmu yang terpenting dan harta yang tidak ternilai dari sumber wahyu ini dapat ditemui oleh para pencari kebenaran.
Ajaran metafizik dari al-Qur..an sebenarnya cukup untuk memahami Islam. Maka di atas alasan ini, dalam sejarah Islam dalam empat belas abad yang lalu, terdapat di kalangan ilmuan Islam telah tekun mengkaji dan mempelajari ajaran-ajaran ini dan telah meninggalkan kepada kita kitab-kitab yang amat berharga berkenaan hal ini. Malangnya tidak semua kajian-kajian yang telah dilakukan dan kitab-kitab yang ditulis, bebas dari sebarang prasangka dan kecenderungan perseorangan. Kadang-kadang kita menemui kerja-kerja ilmuan yang terbilang yang menceburi bidang ini tetapi mengandungi unsur-unsur prasangka tertentu dan telah menyempitkan pemikirannya dan ini telah memberi kesan kepada kerja-kerja mereka. Maka hal ini mengurangkan keesahan kerja-kerja mereka dan melemahkan jalan ..ketulenan dan pencarian kepada kebenaran.. yang sepatutnya menjadi mercu tanda kepada usaha-usaha para ilmuan yang tulen.
1. Satu Pendekatan Baru Yang Objektif Semua orang yang menyedari kelemahan-kelemahan dalam tulisan berkenaan dengan ajaran al-Qur..an, berada perlu untuk memahami ajaran-ajaran islam sebagaimana yang digambarkan oleh al-Qur..an dan Sunnah dalam satu kaedah yang baru iaitu bersifat kajian ilmiah, objektif dan bebas dari sebarang prasangka.
Namun demikian, usaha untuk menjalankan kajian saintifik, objektif dan tidak prejudis dalam bidang fizik nampaknya kurang-lebih merupakan tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, satu kajian yang bebas dalam bidang-bidang ini juga mengalami satu suasana yang sukar pada masa lalu tetapi pada masa ini menerima persekitarna yang agak menggalakkan. Sekarang, seseorang pengkaji yang cuba menjalankan kajian yang objektif dan menjalankan kajian dalam hal itu akan berhadapan dengan persoalan seperti: Adakah mungkin, dalam bidang agama, menggunakan keadah kaji-selidik yang lengkap dan objektif dan bebas daripada sebarang pendapat-pendapat yang subjektif atau kecenderungan perseorangan? Pra-syarat asas bagi kajian objektif ialah seorang pengkaji hendaklah bebas daripada sebarang bentuk kecenderungan sama ada bersifat peribadi, sosial atau pertimbangan politik, atau apa jua bentuk yang boleh memberi kesan kepada kefahamannya tentang perkara ini. Persoalannya adakah kebebasan seperti itu secara praktikal dapat dilakukan dalam bidang agama? Jika seorang pengkaji terdiri daripada kalangan agama tertentu, tidakkah bukti-bukti kukuh tentang sesuatu agama menarik minatnya berbanding bukti-bukti yang bertentangan dengannya? Apakah penyelesaiannya terhadap masalah ini? Patutkah kita menyerahkan tugas mengkaji agama kepada mereka yang tidak percaya kepada agama? Pendekatan seperti itu mungkin memberi hasil kepada isu kecil tertentu tetapi tidak akan memberikan hasil berhubung dengan isu besar dalam agama khususnya, persoalan utama tentang agama.
Tanpa terikat kepada salah satu pihak tersebut akan membawa kepada kecenderungan kepada arah yang lain. Jika seseorang tidak percaya tentang kewujudan Tuhan, kebenaran wahyu, dan misi para Nabi, khususnya Nabi Muhammad SAWAW,maka dia akan cenderung kepada satu arah.
Pada pandangan kita, dalam soal kajian agama, jika terdapat sebarang harapan, ia mestilah kepada individu-individu yang tidak mudah berubah kepada kecenderungan. Hanyalah mereka ini yang akan bersedia untuk mempelajari dan menukar pandangan mereka, jika mereka berhadapan dengan hujah-hujah yang membuktikan bahawa kebenaran adalah sesuatu yang bukan dia percayai selama ini. Orang-orang seperti ini percaya bahawa keyakinan yang kukuh dan tidak berubah adalah sesuatu kepercayaan yang berasaskan kepada hujah-hujah yang jelas dan tidak terbantahkan. Maka orang-orang seperti ini sentiasa meletakkan kepercayaan mereka berasaskan kepada akal, dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran selagi pandangan itu disokong dengan bukti-bukti dan sesuai dengan akal yang sejahtera.
2. Satu Langkah Ke arah Ini Buku ini, dihidangkan kepada pencari kebenaran, adalah dengan niat untuk membuka satu langkah ke arah menjawab persoalan dalam isu metafizik yang dinyatakan dalam al-Qur..an. Pengarang tidak mendakwa langkah ini merupakan langkah yang sempurna, bebas dari sebarang kesalahan atau kekurangan. Beliau percaya bahawa satu kajian dalam hal ini hendakah dijalankan ke atas agama Islam. Malahan, pengarang bersyukur kepada Allah dan beranggapan ia merupakan satu kejayaan yang besar jika usahanya membuktikan bahawa ia merupakan satu langkah ke arah satu kefahaman tentang ajaran-ajaran al-Qur'an sebenar dan membuka satu minat baru ke atas merealisasikan idealisme ini.
Saya berdoa semoga ketika dalam perjalanan menyelusuri kajian metafizik, satu jalan yang penuh dengan ranjau diperingkat permulaan atau penghujungnya, kita akan diberi rahmat dengan pentunjuk Allah dan dilindungi daripada sebarang kesesatan.
Sayyid Muhammad Husayni Behesti,
Tehran
Shariwar 27, 1352
Sha’ban 20, 1393H.
Bab II - Dari Fizik Kepada Metafizik
1. Langkah Pertama Di atas Jalan Pengetahuan Terdapat sebilangan ahli ilmuan yang berpandangan bahawa usaha manusia untuk mencapai pengetahuan bermula dengan usahanya untuk memahami alam sekitarnya. Pada mulanya, usaha ini amat terbatas dan cetek. Ia mengenal ciri-ciri seperti warna, bentuk, bau, rasa, sejuk dan panas, sifat keras dan kasar pada sesuatu benda dan makhluk yang sering berhubungan dengan manusia. Bentuk asal pengetahuan manusia ini tidak banyak berbeza daripada bentuk yang dialami oleh haiwan-haiwan lain tentang persekitaran yang menjadi latar kepada kehidupan mereka.
Kelebihan yang dimiliki oleh manusia berbanding daripada haiwanhaiwan lain ialah memandang tinggi manusia kepada ilmu pengetahuan tidak berhenti setakat peringkat asas pengetahuan ini sahaja dan dia berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuannya. Pengalaman sejarah secara meluas menunjukkan bahawa manusia amat bercita-cita untuk memiliki pengetahuan yang besar tentang dunia ini dan ia menolak untuk membataskan usahanya dalam hal ini.
Satu daripada soalan yang membingungkan tentang kewujudan manusia ialah: Apakah tujuan di sebalik perasaan yang tidak terbatas dan memandang tinggi kepada ilmu pengetahuan? Sama ada perasaan itu adalah rasa dari dalam diri manusia ataupun fitrah, satu bentuk perasaan lapar yang menuntut dipuaskan dan barangkali tidak akan dapat dipuaskan sepenuhnya? Atau adakah perasaaan memandang tinggi kepada ilmu pengetahuan dan kefahaman bukan suatu kehendak yang turun termurun manusia tetapi adalah satu alat yang mendorongnya untuk memuaskan fitrahnya dan merupakan kepada asas kepada kehendak dan keperluannya?
Bukanlah mudah untuk memberikan penjelasan dan jawapan yang tepat kepada soalan-soalan tersebut, dan kami tidak akan menyentuhnya dalam perbahasan kita pada kali ini. Tidak kira apa juga dorongan yang membawanya kepada mendapatkan ilmu pengetahuan, satu perkara yang jelas bahawa, mengambil setiap langkah, manusia sudah bersedia untuk langkah seterusnya di atas jalan ilmu pengetahun dan dia tidak pernah menghentikan usahanya dalam mencari kefahaman dan pengetahuan yang mendalam.
2. Pengetahuan Saintifik Tentang Alam Selepas mencapai pengetahuan yang asas dan mudah tentang persekitarannya, manusia mula mencari pengetahuan yang mendalam tentang alam. Dia mula berusaha mendapatkan pengetahuan tentang struktur dalaman alam persekitaranya, hubungan di antara satu dengan lain, dan sebab-sebab tentang kewujudan dan kehancurannya.
Maklumat yang amat berharga yang diperolehi oleh manusia dalam usahanya itu membuktikan ia amat berguna kepada manusia, membolehkannya memperbaiki kehidupannya. Manusia kemudian mempunyai cita-cita untuk mengembang dan meluaskan kefahamannya tentang alam persekitarannya. Kefahaman ini menjadi lebih mendalam, lebih berhasil dan lebih meluas, melahirkan berbagai cabang sains alam semulajadi.
3. Ilmu Pengetahuan “Bentuk dan Nombor” Marilah kita beranggapan manusia telah mengenal bentuk dan nombor pada peringkat awal kajiannya tentang alam. Maka pengetahuannya tentang bentuk dan nombor adalah berakar umbi dari alam. Dengan kata lain, dia menjadi terikat kepada ..bentuk konkrit.. dan ..nombor konkrit.. dan tidak dengan ..bentuk abstrak.. dan ..nombor abstrak...
Kebiasaan seperti ..bentuk konkrit dan nombor.. amatlah memberi kesan kepada manusia, sehingga dia mencapai peringkat pembangunan intelektual di mana dia mampu untuk membentuk satu keputusan yang bersifat umum daripada pengalamannya berhubung dengan bendabenda, memisahkan berbagai ciri setiap benda dan membentuk satu konsep yang tertentu bagi setiap benda-benda tersebut. Dia juga dapat membentuk konsep yang tertentu untuk bentuk dan nombor. Konsepkonsep ini adalah bersifat mandiri bagi setiap benda. Dengan kata lain, adalah abstrak. Syukur kepada kemampuan dan kekreatifan akal fikirannya, maka manusia mencipta ..nombor-nombor matematik.. dan ..bentuk-bentuk geometrik.. dalam fikirannya, yang membuka kepada persoalan baru daslam bidang intelektual yang menerokai alam, sebagai hasilnya, para pengkaji nombor begitu tertarik kepadanya dan mulai mengkajinya.
Para pengkaji ini membuat pengiraan yang sama seperti yang sering digunakan oleh orang ramai berkaitan dengan ..bentuk dan nombor matematik.. dalam kehidupan seharian mereka dan kemudian beransuransur menemui beberapa hubungan rapat antara bentuk dan nombor.
Penemuan ini membawa manusia ke arah memperolehi kefahaman yang lebih baik tentang alam, dan membangunkan minat dalam pengkajian yang lebih luas dalam perkara ini. Sebagai hasilnya, satu bidang lain muncul yang kemudian dinamakan matematik.
Ilmu Pengetahuan Tentang Prinsip-prinsip Alam
Pengkajian saintifik dalam fenomena alam dan sebab-sebab kewujudannya, beransur-ansur menarik perhatian kepada para pengkaji untuk menerokai masalah baru. Dalam kajian yang mereka lakukan, mereka telah menemui bahawa setiap fenomena alam yang wujud adalah disebabkan berbagai faktor atau penyebab. Pada masa yang sama, setiap penyebab ini adalah juga merupakan fenomena alam, maka sebab-sebab kewujudannya hendaklah juga dikaji. Jika sebab kewujudan fenomena alam ini adalah hanya merupakan fenomena alam semata-mata, maka kita hendaklah melihat juga sebab-sebab kewujudannya itu.
Para pengkaji ini akhirnya sampai kepada persoalan: Adakah rantai sebab dan akibat berlanjutan tanpa penghujung atau adakah ia sampai ke satu titik yang menjadi punca dan asas kepada kewujudan ini? Dan jika rantaian sebab dan akibat sampai kepada titik hujung, maka apakah prinsip di manakah tiitik hujung itu?
Persoalan-persoalan itu membawa kepada terbina satu cabang ilmu yang bertujuan untuk memahami prinsip alam ini.
Metafizik
Aristotle (384-322SM), merupakan ahli falsafah Yunani, telah menulis satu karya yang panjang berkaitan dengan memahami prinsip-prinsip alam. Tulisan beliau itu merupakan sebahagian daripada hasil karya falsafah dan saintifik beliau. Dalam koleksi hasil karya saintifik dan falsafah beliau ini, bahagian ini menjurus kepada bahagian sains alam.(fisik) Dalam al-Fihrist, Ibn Nadim (w.483H) menulis bahawa kandungan susunan buku tersebut adalah seperti berikut: logik, fizik, teologi [2] dan ethika.[3]
Adakah penyusunan yang dibuat oleh Aristotle sendiri atau oleh orang yang mencetak bukutnya selepas kematian beliau? Kamus Moien Persian menyatakan tentang hal ini: ..Aristotle telah meletakkan bahagian pembelajaran ini selepas sains alam (fizik) dan ia dinamakan Metafizik...[4]
Tetapi dalam Kamus Jerman, Brockhaus, menyatakan bahawa penyusunan tersebut adalah hasil usaha penerbit buku Aristotle, beliau berkata: Metafisik terdiri daripada sebab mutlak sesuatu benda yang di luar batas pemerhatian dan pengalaman. Ethimologikal Metafizik bermaksud melampaui batas fizik, maka penerbit yang menerbitkan buku Aristotle telah meletakkan bahagian ini selepas bahagian fizik (sains alam).[5]
Dalam sebarang hal, koleksi kerja falsafah yang telah ditinggalkan oleh peripatetik, golongan pengikut Aristotle, bahagian yang menyentuh ilmu pengetahuan tentang ..prinsip-prinsip alam.. mengikuti bahagian yang menyentuh tentang ..memahami alam.., iaitu sains alam semulajadi (fizik).
Dalam kitabnya, Shifa, Ibn Sina (980-1036M) berkata:..Ini adalah seni yang keenam, dalam seni yang ketujuh, kami akan mempertimbangkan tentang kehidupan tumbuh-tumbuhan dan dalam seni yang kelapan kita akan mengetengahkan tentang keadaan haiwan. Pada peringkat ini, kami akan mengakhiri kajian kami tentang sains alam. Kemudian kami akan menjelaskan tentang sains matematik dalam empat seni.
Ini akan diikuti dengan teologi. Kami akan memasukkan dalam kitab ini perbahasan tentang akhlak secara ringkas [6].
Ibn Sina telah menetapkan untuk membahaskan tentang matematik selepas sains alam (fizik). Ini diikuti dengan teologi dan selepas ini ilmu pengetahuan tentang prinsip-prinsip alam . Tetapi dalam kitab Shifa yang dicetak, susunan mengikut Aristotle telah dipatuhi dan bahagian yang membincangkan tentang teologi mengikuti bahagian sains alam (fizik). Bahagian matematik tidak dimasukan dalam teks tersebut. Bagi maklumat lanjut silalah membaca nota nombor 1 pada bahagian akhir buku ini.
Bab III – ISU-ISU METAFIZIK
1. Metafizik Aristotle
Pada bahagian Metafizik, Aristotle memulakan dengan kajian tentang prinsip-prinsip sains alam (fizik) dan sebab utamanya. Dalam bukunya bertajuk Alpha, Aristotle menggariskan bahawa bagi mencapai ilmu pengetahuan yang sebenar bukanlah satu tugas yang mudah.
Bagi mengkaji realiti adalah sesuatu pada satu sisi adalah mudah dan pada sisi yang lain adalah sukar. Bukti kenyataan ini adalah tidak ada seorang pun yang berjaya mencapai kefahaman yang lengkap tentang realiti atau realiti tersebut telah disembunyikan secara menyeluruh dari setiap orang. Apabila kami mempertimbangkan setiap orang yang telah memperkatakan tentang alam semulajadi, kami mendapati terdapat sebilangan mereka telah gagal untuk memperolehi pengetahuan tentang kebenaran manakala yang yang telah berjaya mencapai sedikit sahaja pengetahuan tentang hal tersebut. Jika, barangkali kita tambahkan semua kefahaman ini, ia akan mencapai satu jumlah yang agak besar. Maka, memperolehi pengetahuan tentang kebenaran dalam hal ini adalah mudah. Lazimnya kita berkata:
..Setiap orang mengetahui pintu rumah ini...
Sebab kesukarannya, walau bagaimanapun, adalah ketidakmungkinan untuk seluruh kebenaran untuk dikenali atau sebahagian besar daripadanya dapat difahami dengan sepenuhnya. Maka kemungkinan terdapat dua sebab [7] di belakangnya. Jika tidak kesukaran ada berasal dari dirinya sendiri [8]. Maka ia tidak ada hubungan dengan realiti dunia luar, kerana perbandingan tentang bahagian alam semulajadi adalah jelas, alasan kami umpama mata kelawar di hadapan matahari[10].
Aristotle melanjutkan kata-katanya bahawa dalam sebarang masalah, kami amat terhutang budi kepada para leluhur kami di atas pembangunan intelektual kami. Ini disebabkan mereka ada pendahulu terhadap pembelajaran dan sains atau mereka bertindak memelihara buah kajian dan usaha saintifik dan kemudian menyampaikan kepada kita. Kita hendaklah sentiasa berterima kasih kepada mereka dan memuliakan usaha-usaha mereka. Dalam bukunya Alpha Minor, Aristotle berkata: ..Rantai sebab dan akibat haruskan mempunyai titik permulaan. Pada titik permulaan ini kita hendaklah mempunyai sesuatu yang merupakan sebab tanpa menjadi akibat kepada sebab yang lain.
Dalam bukunya yang ketiga, Beta, Aristotle membahaskan pandanganpandangan yang bertentangan dengan ideanya sendiri.
Dalam buku keempatnya, Gamma, dia telah menyediakan kepada kita hujah-hujah secara logik yang diperlukan dalam perbincangan ini, khususnya membahaskan pertentangan tersebut secara terperinci.
Dalam bukunya yang kelima, Delta, beliau menerangkan istilah-istilah yang digunakan dalam perbahasan yang akan dilakukan supaya tidak wujud salah faham berhubung dengan maksud setiap istilah tersebut, dan bukan maksud yang tidak beliau inginkan.
Dalam buku Metafiziknya yang keenam, Epsilan, Aristotle membahaskan tentang wujud yang sebenar, wujud secara akal dan wujud yang secara kebetulan (accidental).
Dalam bukunya yang ketujuh dan kelapan, beliau membahaskan perkara-perkara mengenai benda, kebetulan (accidental), prinsip-prinsip dan benda yang diketahui.
Dalam bukunya yang kesembilan, Theta, beliau mempertimbangkan hal tersebut sebagai kesatuan dan keperbagaian dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Dan dalam bukunya yang kesepuluh, beliau membahaskan tentang persoalan tentang pergerakan dan membincangkan konsep keterbatasan dan tidak terbatas.
Dalam bukunya yang kesebelas, Kappa, beliau menjelaskan beberapa bahagian dalam buku-buku yang ketiga, keempat dan keenam berkaitan dengan beberapa tajuk berhubung dengan sains alam semulajadi (fizik) sebagai persediaan kepada pemikiran pembaca untuk pergi kepada perbahasan utama yang akan dilakukan pada karyanya yang seterusnya iaitu buku ke dua belas.
Dalam bukunya yang kedua belas, tumpuan perbahasan ialah prinsip pertama atau sebab kepada sebab-sebab.
Dalam bukunya yang ketiga belas dan keempat belas, beliau memeriksa dengan teliti pandangan-pandangan para pendahulunyanya berhubung dengan prinsip-prinsip alam.
Dengan rujukan yang ringkas kepada kandungan buku keempat belas, ia menjadi jelas bahawa di antara semua perkara yang dibincangkan oleh Aristotle dalam buku-bukunya, perkara yang paling asas adalah persoalan penyebab pertama kepada kewujudan ialah Tuhan. Tuhan adalah titik pertama kepada seluruh rantaian sebab dan akibat.[11]
Penyebab pertama adalah wujud yang tidak dapat dilihat dan merupakan asal-usul kepada kewujudan semua benda sama ada ia dapat dilihat atau tidak dapat dilihat. Aristotle berulang kali menyatakan bahawa nilai dan kedudukan yang tinggi pada bahagian falsafah yang bertujuan untuk menghuraikan prinsip pertama dan penyebab pertama. Pada satu peringkat, beliau menyatakannya sebagai ..yang paling suci..[12] dan merupakan kajian yang amat berharga.[13]
2. Persoalan Kepada Asal-Usul Benda dan Penyebab Mutlak Merupakan Masalah Asas Kepada Metafizik
Kami membuat kesimpulan bahawa masalah asas tentang metafizik mengikut Aristotle dan Ibn Sina adalah untuk mengetahui asal-usul alam ini. Semua masalah lain adalah cabang-cabangnya sahaja.
3. Adakah Eschatologi (kepercayaan tentang hari akhirat) Merupakan Isu Metafizik?
Tidak ada perbincangan tentang eschatologi dalam perbincangan Aristotle tentang Metafizik. Lebih lanjut lagi, dalam karya-karya ahli falsafah yang lain yang memperolehi ilham dari falsafah Aristotle, masalah asas berhubung dengan Hari Akhirat merupakan perkara dalam psikologi yang merupakan bahagian dari sains alam (fizik). Isu asas ini termasuklah masalah bukan benda dan ruh yang berkekalan. Masalah seperti itu tidak disentuh dalam bahagian Metafizik. Contohnya, dalam kitabnya al-Shifa, Ibn Sina telah membincangkan masalah-masalah ini dalam seni kelapan dan mengaitkannya dengan sains alam. Sadr ul Muta'allihien (Mulla Sadra) wafat pada 1630M) dalam pengenalan kepada bukunya al-Mabda.. wa Al-Maad (asal-usul dan akhir) secara jelas menyatakan bahawa eschtologi adalah berkait dengan fizik (iaitu sains alam):
..Saya rasa buku ini patut memuatkan dua lagi seni yang asas, dan hasil dua sains yang agung iaitu: 1. Rububiyyat dan mufraraqat yang membawa kepada falsafah umum yang dipanggil ethologia [14]. 2. Psikologi yang berkait dengan fizik. Ini adalah dua asas pembelajaran dan kebijaksanaan, dan sikap jahil terhadapnya adalah amat berbahaya kepada manusia pada Hari Kebangkitan [15]...
Lantaran itu, pada pandangan Mulla Sadra, eschatologi tidak berkait dengan metafizik. Kami akan membahaskan persoalan tentang sejauh mana pandangan ini dapat diterima. Kami akan menumpukan satu bahagian yang berasingan untuk membahaskan isu ini. Sekarang, marilah kita meneruskan perbahasan kita dan kajian kita kepada persoalan tentang asal-usul yang mutlak dan penyebab kepada kewujudan.
BAB IV- Persoalan Tentang Asal-Usul Mutlak Sesuatu Benda
Dalam kitab-kitab falsafah dan kalam, bahagian teologi lazimnya bermula dengan isu ..pembuktian kewujudan alam... Dalam naskhahnakhsah lama, bagaimana pun tidak ada perbahasan seperti itu, Dalam kitab-kitab tersebut, kita amat jarang sampai kepada perbahasan yang secara langsung berkait dengan isu kewujudan Tuhan. Nampaknya kewujudan Tuhan hanya diambil secara sambil lalu sahaja.
Dalam bukunya Reason dan Revelation in Islam, A.J Arbery berkata: ..Greek pada zaman Plato menjadi pusat perbincangan-perbincangan kepada kewujudan Tuhan bersama dengan hujah-hujah dan perbahasan mereka. Inilah kali pertama di Barat manusia mengemukakan persoalan tentang Tuhan mereka. Tidak ada seorang pengarang daripada naskhah Perjanjian Lama mengemukakan persoalan tentang kewujudan Tuhan sebagai satu masalah yang rumit di mana mungkin ada keraguan tentang semangat semitik yang ditemui dalam wahyu Tuhan itu sendiri.. Lebih-lebih lagi, apa yang dikatakan tentang naskhah Perjanjian Lama adalah sebahagian kecil perbezaan, begitu juga naskhah Perjanjian Baru.[16]..
Satu kajian dalam naskhah Avesta menunjukkan bahawa kewujudan Tuhan bukan sahaja menjadi ciri kepada golongan semitik dan kitab kitab agama mereka. Dalam kitab agama Aryan juga hal tentang kewujudan Tuhan dikisahkan tanpa memerlukan hujah atau penjelasan secara logik.
Dalam kitab Upanishad yang merupakan salah satu daripada kitab Suci agama Hindu, kita kadang-kadang menemui kenyataan-kenyataan yang kelihatannya soalan tentang kewujudan Tuhan dan ia merupakan sebab pertama. Kenyataan seperti:
..Apakah sebab? Apakah Brahma? Di mana asal-usul kita? Bagaimana kita tinggal, dan apakah asas kepada kewujudan kita? Wahai kalian yang mempelajari persekitaran ruh, adakah kita hidup dalam peringkatperingkat yang berbeza?[17]..
Walau bagaimanapun kenyataan-kenyataan yang sedemikian nampaknya hanya ditujukan kepada diri mereka sendiri lebih daripada ..Siapakah.. penyebab pertama, daripada soalan Apakah atau tentang kewujudanNya? Lebih-lebih kitab Upanishad hanya kitab tentang falsafah dan mistik yang mendapat tempat di kalangan penganut Hindu. Malahan agama Hindu mengandungi ajaran-ajaran mistik dan falsafah hampir menyamai ajaran tasawwuf Islam dan lain-lain ajaran mazhab falsafah-mistik. Agama Hindu diperkayakan pula dengan tokoh-tokoh tertentu. Maka dengan campuran daripada semua ajaran ini dan peribadatannya, wujudlah apa yang dipanggil agama Hindu. Walau bagaimanapun, dalam struktur agama ini, unsur-unsur mistik dan falsafah lebih terkemuka daripada lain-lain agama.
1. Pembuktian Kewujudan Tuhan dalam al-Qur’an
Mengikut ayat-ayat Qur..an, beberapa di antaranya akan kami petik sebagai rujukan, bahawa konsep kewujudan Tuhan telah diterima pada ketika kitab suci diturunkan. Malahan orang-orang jahiliyyah juga menerima dan tidak menafikan kewujudan Pencipta alam ini: ..Dan jika kamu tanya mereka, siapakan yang menjadikan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan berfaedah (untuk makhluk-makhlukNya), mereka akan menjawab:Allah. Maka mengapakah mereka berpaling... (Quran 29: 61)
Dan: ..Dan jika kamu tanya mereka siapakah yang mengirimkan air dari langit, kemudian menghidupkan bumi daripada kematiannya, nescaya mereka akan berkata: Allah. Katakanlah: Alhamdulillah tetapi kebanyakan daripada mereka tidak berfikir... (29: 63)
..Dan jika kamu tanya mereka, siapakah yang menjadikan langit dan bumi? Mereka akan berkata: yang menjadikannya ialah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, yang menjadikan bagi kalian bumi tempat beristirehat dan menjadikan jalan supaya kalian mendapat petunjuk dan yang menurunkan dari langit hujan mengikut ukurannya kemudian menghidupkan negeri yang yang mati seperti itu itu juga kalian akan dikembalikan dan yang menjadikan pasangan-pasangan bagi semua benda dan menjadikan bagi kalian kapal-kapal dan binatang ternak yang kalian naiki... (Al-Qur..an (43): 9-12)
Dalam beberapa ayat-ayat Qur..an juga para penyembah berhala Quraisy mengakui tentang kewujudan Tuhan, sebagai contoh dalam ayat berikut: ..Dan mereka menyembah selain daripada Allah yang tidak memberikan keburukan dan manfaat kepada mereka, dan mereka berkata: ..Ini adalah syafaat kami di sisi Allah. Katakanlah: Adakah kalian menyatakan kepada Allah apa yang Dia tidak ketahui apa yang ada di langit dan di bumi, Maha Suci bagiNya daripada yang kalian sekutukan...[Al-Qur..an (10): 18]
Adalah jelas bahawa kepercayaan para penyembah berhala bahawa berhala-berhala itu menjadi perantaraan di antara mereka dan Tuhan adalah menjadi bukti bahawa mereka percaya kepada kewujudan Tuhan yang menjadi Pencipta.
2. Mungkinkah Wujud Keraguan Dalam Kewujudan Tuhan?
Dalam ayat kesepuluh Surah Ibrahim, terdapat ayat yang menyatakan: ..Adakah ada keraguan tentang Tuhan yang menjadikan langit dan bumi?..
Dalam perbahasan agama, berulangkali diperhatikan bahawa terdapat sebilangan orang yang mentafsirkan ayat di atas bahawa al-Qur..an menolak sebarang keraguan tentang kewujudan Tuhan dan menganggap kewujudan Tuhan adalah sebagai bukti yang nyata bagi mereka yang merenung dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi. Beberapa pentafsir al-Qur..an yang terkemuka mempunyai pandangan yang bertentangan dengan tafsiran ini. Bagi menjelaskan isu yang di bawa ini, kami memetik ayat 9 hingga 12 dalam Surah ini:
..Mengapa kamu masih berdegil bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahul daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh, dan ..Aad juga Thamud serta orang-orang yang terkemudian daripada mereka? Tiada siapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah didatangi Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata:..Sesungguhnya kamu kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu .. kamu di utus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya...
Rasul-rasul mereka bertanya lagi:
..Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu?.. Mereka menjawab:..Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata...
Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka:
..Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah hendakNya orang-orang yang beriman berserah diri...
..Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah, padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah... (14 :9-12)
Orang-orang dari umat Nabi Nuh, ..Aad dan Thamud dan lain-lainnya selepas mereka berhujah dengan Nabi-nabi Allah yang datang untuk menyelamatkan mereka dan mereka ini telah mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka tidak percaya apa yang dibawa oleh Nabi-nabi ini. Adakah mereka ini menentang ajaran Nabi-nabi ini tentang kewujudan Tuhan atau adakah para penyembah berhala ini menerima kewujudan Pencipta dan menganggap para berhala mereka dapat memberikan segala permintaan mereka dan menjadi perantara di antara mereka dengan Tuhan?
Dalam al-Mizan, al-Allamah Tabatabai menyokong pendapat kedua dan menjelaskan bahawa pertentangan di antara kaum ini dan Nabi-nabi, adalah tentang Keesaan Tuhan, kenabian, dan Hari Pembalasan bukan tentang kewujudan Tuhan. Daripada Tabarsi, dalam Majma al-Bayan dan apa yang diperkatakan oleh Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Qur..an, dan daripada para pentafsir yang lain, menyatakan, seseorang akan membuat rumusan bahawa mereka percaya bahawa hujah-hujah telah dilakukan berkenaan dengan Keesaan Tuhan, KekuasaanNya terhadap dunia ini, Nabi-nabi pilihan, pembalasan pada Hari Akhirat dan sebagainya dan bukan tentang persoalan kewujudan Tuhan. Dalam sebarang kes, nas dari Nabi SAWAW:
......Adakah sebarang keraguan tentang kewujudan Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi?..
Persoalan seperti ini, akan membawa beberapa keraguan tentang kewujudan Tuhan. Hal ini benar dengan tambahan seperti ciri-ciri Pencipta langit dan bumi, yang disebut dalam al-Qur..an dengan istilah Fatir yang membawa makna ..Pencipta.. digunakan untuk menunjukkan bahawa isu yang dibahaskan adalah tentang kewujudan Tuhan lebih daripada KeEsaannya. Dalam al-Mizan, Allamah Tabatabai merujuk ayat ini sebagai bukti untuk menyokong pendapat beliau. Beliau seterusnya berkata:..Jika ayat ini berbunyi:
..Holiqi-s-sama-watil-wal-ardh.. yang bermaksud ..Menjadikan Langit dan Bumi... Ayat yang demikian menunjukkan kewujudan Tuhan tetapi disebabkan para penyembah berhala tidak menafikan Pencipta dunia ini, tetapi hanya menentang Keesaan Tuhan, maka ayat tersebut berbunyi: ..Fatir-s-sama-wati-wal-ardh.. yang bermaksud ..Pencipta langit dan bumi.. digunakan supaya ia menunjukkan hubungannya dengan masalah Tauhid dan Keesaan Tuhan...
Pada pandangan kami walau bagaimanapun, ayat:
..Fatir-s-sama-watil-wal-ardh.. adalah lebih tepat untuk membuktikan kewujudan Tuhan berbanding ayat ..Holiqi-sama-wati-wal-ardh..
Para penyembah berhala tidak menafikan kewujudan Tuhan tetapi hanya tidak beriman bahawa urusan dunia ini berada di bawah kekuasaan Tuhan dan ibadat hanyalah untukNya sahaja. Menyokong pandangan ini dapat dianggap benar jika dirujuk kepada para penyembah berhala di Semenanjung Tanah Arab pada zaman Nabi Muhammad SAWAW. Adakah ia juga benar kepada para penyembah berhala pada semua peringkat zaman seperti yang kita rujuk kepada ayat-ayat yang menyebutkan tentang kaum A'ad, Thamud dan lain-lain selepas mereka?
Lebih-lebih lagi, adakah beriman kepada Pencipta alam ini hanya menekankan tentang keesaan Tuhan bukan kepada kewujudan Tuhan? Maka kita hendaklah menerima bahawa ayat ini juga mengaitkan tentang kewujudan Tuhan. Jika tidak, idea bahawa ayat Qur'an ini mempertimbangkan tentang sebarang keraguan dalam hal kewujudan Tuhan kepada keraguan kepada sesuatu yang lain tidaklah dapat diterima. Maka ayat ini: ..Fatiris-samawati-wal-ardh..
Apa yang ditekankan dan disebutkan adalah tentang kewujudan Tuhan tidak sebagai pembuktian tentang kewujudanNya. Lebih-lebih lagi, menurut beberapa ayat Qur..an keraguan tentang kewujudan Tuhan tidak dinyatakan dengan lengkap dalam kitab suci ini Sebagai contoh, dalam Surah al-Tuur merupakan salah satu surah al-Qur..an yang diturunkan di Mekah sebelum Hijrah. Surah ini menekankan tentang persoalan Hari Pembalasan yang disebut dalam ayat-ayat 1-28. Dari ayat 29 hingga ayat 34 persoalan tentang kenabian dan kerasulan Islam telah dibangkitkan. Kemudian perbahasan diperluaskan dan kemungkinan keraguan tentang kewujudan Tuhan dibangkitkan dan ayat berikut telah diturunkan:
..Atau mereka ini dijadikan tanpa dari sesuatu atau adakah mereka itu pencipta? Atau adakah mereka menjadikan langit dan bumi? Tidak mereka tidak yakin tentang hal tersebut... (52: 35, 36)
Persoalan akan timbul dalam ayat berikut sama ada manusia mempunyai kemampuan mencapai perbendaharaan Allah atau manusia itu sendiri berkuasa? Atau adakah manusia telah mencapai sumber halhal yang ghaib? (ayat 37 hingga 46).
Kemudian dalam ayat 43 isu kewujudan Tuhan selain daripada Pencipta (Allah) telah ditimbulkan: ..Ataukah mereka mempunyai tuhan selain daripada Allah. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan... (53: 43)
Mengambil kira persoalan yang diketengahkan dalam Surah ini, menunjukkan bahawa ayat 35 dan 36 telah membangkitkan persoalan tentang penciptaan alam ini dan umat manusia, dan adakah Tuhan tidak ada kuasa dan semuanya ini wujud dengan sendirinya.
Kemudian, bagi menyelesaikan masalah ini, ia menggunakan kaedah ..Socratic.. dan dengan mengemukakan kepada manusia persoalanpersoalan yang membangkitkan kesedaran rasional dalaman manusia supaya dia boleh memperolehi jawapan-jawapannya. Urutan persoalan yang dikemukakan ialah seperti berikut:
1. Adakah manusia wujud tanpa Pencipta?
2. Adakah mereka telah menjadi pencipta bagi diri mereka sendiri?
3. Jika manusia merupakan pencipta kepada diri mereka sendiri, bagaimanakah tentang penciptaan langit dan bumi yang wujud sebelum kewujudan manusia?
Nampaknya, dengan mengemukakan persoalan-persoalan yang memerlukan manusia berfikir secara mendalam, Qur..an telah cuba membangkitkan akal fitrah manusia supaya jawapan yang diberikan oleh manusia berbunyi:
..Tidak. Jika manusia adalah makhluk, maka sudah sewajarnya ada Sang Pencipta...
Dan bagi menjawab persoalan yang kedua, mereka akan berkata:
..Dan jika mereka adalah makhluk, mereka tidak akan mampu menjadi pencipta kepada diri mereka sendiri... Justeru bukan sahaja manusia, bahkan segala makhluk yang lain juga tidak mungkin menjadi pencipta kepada diri mereka sendiri kerana wujud yang berasal dari dirinya sendiri tidak akan mungkin digelar sebagai ..makhluk... Maka kita tidak boleh berkata ia adalah makhluk dan pencipta...
Jawapan mereka kepada persoalan yang ketiga ialah seperti berikut:
..Walaupun manusia merupakan makhluk yang sangat kreatif, merupakan pembuat kepada pelbagai barang-barang yang indah, cantik, dan kompleks, umpamanya peluru berpandu, lukisan, ukiran, kereta, kapal terbang, komputer dan sebagainya, dia amat sedar bahawa dirinya tidak ada kaitan dengan penciptaan langit dan bumi... Tidaklah ia sesuatu yang lucu, ketika dia mampu menjadi manusia yang perkasa dengan kekuasaannya yang terbatas itu, tiba-tiba dia mendakwa bahawa dirnya adalah tuhan dan berkata: ..Jika ada Sang Pencipta di dunia ini, maka tidak lain dia adalah manusia?
.. Sudah tentu, terdapat teori-teori dan spekulasi lain tentang perkara yang dibincangkan ini, tetapi al-Qur..an telah memilih tidak membahaskannya. Fakta yang hendak kita jelaskan, tentang persoalan kewujudan Tuhan adalah amat jelas daripada ayat-ayat berikut.
4. Kisah Nabi Ibrahim as.
5. Adakah Kisah ini Berhubung Dengan Kewujudan Tuhan?
Dalam ayat 74 hingga 80, Surah An..am, Nabi Ibrahim digambarkan sebagai berikut:
..Dan (ingatlah) ketika di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya Azaar:
..Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata... Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan di bumi, dan (Kami perlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: ..Inilah Tuhanku.., tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: ..Saya tidak suka kepada yang tenggelam...
Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata:
..Inilah Tuhanku.., tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata: ..Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat... Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit dan berkata, dia berkata: ..Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.., maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata: ..Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan... Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia berkata: ..Apakah kamu hendak membantah tentang Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadaku. Dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari) sembahan-sembahan yang kamu persekutukan dengan Allah, kecuali di kala Tuhanku menghendaki sesuatu (dari malapetaka) itu. Pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya)?
Kisah ini tidaklah secara langsung berkait dengan isu kewujudan Tuhan, malahan ia berkait dengan isu KeEsaan Tuhan; Tauhid berhubung dengan penciptaan bumi dan Tauhid dalam Kekuasaan menetapkan peraturan dan Tauhid dalam ibadah. Di samping itu, Nabi Ibrahim, dalam penelitian dan pertimbangannya tentang benda-benda dalam dunia ini dengan tujuan untuk menilai sama ada ia mempunyai kelayakannya menjadi Tuhan ataupun tidak, telah memberikan rumusan bahawa setiap benda yang berubah dan mempunyai penamat, menunjukkan tanda bahawa terdapat suatu kewujudan lain yang bersifat Maha Berkuasa yang telah menciptakan benda-benda itu. Kesimpulan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim tentang sifat Tuhan adalah milik kepada Pencipta yang menetapkan peraturan dan bukan milik kepada makhluk yang tunduk kepada peraturan tersebut.
Sadrul-Muta..allihin (Mulla Sadra) telah mengaitkan tafsiran ini kepada dalil akal yang membuktikan kewujudan Tuhan berasaskan undangundang tabi..i, beliau berkata:
..Bagi mencapai hal ini (pembuktian tentang kewujudan Tuhan) golongan naturalis mempunyai kaedah khusus. Mereka berkata bahawa benda-benda yang berada di langit bergerak dan pergerakannya adalah suatu perkara yang menakjubkan. Pergerakan itu bukanlah sama ada berlaku secara tabi..i (iaitu pergerakan yang berasal dari dirinya sendiri dan daya graviti yang wujud di antaranya dan tempat asalnya) ataupun suatu pergerakan yang dipaksakan (pergerakan yang berlawanan dengan kehendak tabi..iI benda-benda yang bergerak dan yang menyebabkan ia berpengaruh ke atas benda-benda lain).
Hanya ada satu sahaja penjelasan, bahawa pergerakan ini pasti disebabkan oleh suatu yang suci, sesuatu yang berbeza sama sekali daripada benda-benda, yang memiliki kuasa yang tidak terbatas dan tidak menyebabkan sesuatu pergerakan untuk melengkapkan dirinya. Maka jika sebab yang suci itu bukan wujud yang wajib bagi dirinya maka ia adalah akibat daripada wujud yang wajib iaitu Tuhan. Jika tidak, kita akan mendapati suatu lingkaran pusingan yang tidak berkesudahan (daur). Argumen ini telah dirintis oleh Aristotle dalam dua bab bukunya yang pertama iaitu ..Ajaran Pertama.., satu dalam fizik dan satu lagi dalam teologi dan ia menyamai dalil yang diketengahkan oleh al-Qur..an iaitu tentang kisah Nabi Ibrahim Khalilullah a.s.
Ketika Nabi Ibrahim a.s melihat pergerakan benda-benda yang berada di langit, memberi kesan kepada benda-benda yang berada di bumi, bagaimana planet-planet ini berubah kedudukannya, perbezaan saiz dan cahaya di antara merekal, maka beliau (Nabi Ibrahim a.s) mengetahui bahawa Pencipta planet-planet ini adalah yang memberikan mereka dengan cahaya dan menyebabkan mereka bergerak. Ia bukan benda atau yang mempunyai sifat kebendaan, maka justeru itu, beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. [19]
Pada pandangan kita, dengan mengenalpasti ayat tersebut dan dengan dalil yang dikemukakan oleh Mulla Sadra dengan ciri-ciri yang telah disebutkannya nampaknya tidaklah secocok.
Sebagaimana yang difahami daripada berbagat tempat dalam ayat-ayat yang dibincangkan khususnya daripada kesimpulan yang terakhir ..Wa ma ana minal-musyrikin.., penekanan ayat ini adalah tentang Tauhid maka ia tidaklah membuktikan tentang kewujudan Tuhan. Namun demikian, ia menghubungkan secara tidak langsung kepada dalil tentang kewujudan Tuhan tetapi hanya untuk membahaskan tentang pergerakan benda-benda itu sahaja tanpa melibatkan pergerakan astronomi dan formula yang canggih.
2
TUHAN MENURUT PANDANGAN ALQUR'AN
sambungan bab IV...
3. Adakah Ilmu Pengetahuan Tentang Kewujudan Tuhan Merupakan Sesuatu Yang Fitrah?
Dalam perbahasan ilmu usuluddin, persoalan berikut sering di ulangulang iaitu: Jika ilmu pengetahuan tentang Tuhan bukan merupakan dalil kendiri, maka sekurang-kurangnya ia adalah perkara fitrah. Berhubungan dengan ini, ayat 30 Surah Ar-Rom menjadi rujukan yang menyatakan:
..Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui...
4. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Fitrah?
Dalam kitabnya, al-Mabda wa al-Maad, Sadr ul-Muta..allihin (Mulla Sadra) menyatakan tentang perkara ini:
......Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini, (penerangan tentang) Wajibal Wujud sebagai sesuatu yang fitrah kerana apabila manusia menghadapi kesulitan dan ketakutan mereka akan kembali kepada Tuhan yang menjadi sumber kepada segala sebab dan yang memudahkan segala kesulitan. Justeru, mengapa kita melihat dalil mistik membuktikan kewujudan Tuhan dan Kekuasaan terhadap dunia ini, dengan merujuk kepada keadaan fikiran dan kesedaran mereka ketika menghadapi suasana kesulitan yang amat cemas seperti ketika menghadapi keadaan lemas dalam air atau kebakaran...
Sadr ul-Muta..allihin (Mulla Sadra) membuat rujukan kepada beberapa ayat Qur..an yang berkaitan dengan perbincangan ini di mana tarikan manusia kepada Tuhan dan tarikan untuk mendapatkan perlindunganNya ketika menghadapi keadaan kesulitan seperti yang dinyata di atas. Salah satu ayat tersebut ialah:
..Maka apabila mereka naik kapal mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah)...: (Al-Ankabuut (29): 65)
Dia juga menyebut ayat 22 dan 23 dalam Surah Yunus dan ayat 32 Surah Luqman yang berkaitan dengan tajuk yang sama.
Kajian teliti tentang ayat-ayat ini membawa kepada seseorang mempercayainya walau bagaimanapun, ayat-ayat ini tidak satupun membuktikan kewujudan Tuhan melalui fitrah manusia. Perhatikan bahawa ayat di atas bertujuan untuk menarik perhatian manusia tentang kepalsuan tuhan-tuhan ciptaan mereka (politheisme) dan ketidakmampuan tuhan-tuhan ciptaan manusia menolong mereka ketika mereka menghadapi kesulitan atau bahaya. Justeru, jika ayat ini menyebut tentang sesuatu yang fitrah, ia tidak merujuk kepada ..kewujudan Tuhan Yang Maha Berkuasa.., tetapi ia berkaitan dengan Tauhid Keesaan Tuhan dan kepalsuan kepercayaan politheisme. Ayat ini menyeru kepada golongan yang menyembah politheisme yang percaya tentang Tuhan sebagai Pencipta tetapi pada masa yang sama menyembah tuhan-tuhan lain, menarik perhatian pancaindera mereka untuk menyedari kebenaran nyata ini bahawa tuhan-tuhan mereka itu tidak mempunyai kuasa samasekali. Satu tanda tentang kebenaran ini ialah tindak balas secara fitrah di mana para penyembah tuhan-tuhan ini menunjukkan bahawa apabila mereka menghadapi saat cemas seperti ancaman terhadap nyawa mereka, dalam keadaan cemas seperti itu mereka akan berdoa kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Tetapi apabila mereka selamat dari bahaya tersebut mereka dengan mudah melupakan kebenaran ini, kembali kepada kuil-kuil mereka dan menyembah dan memohon pertolongan daripada berhala-berhala mereka?
Ayat 23, 24 dan 33 Surah Luqman juga merujuk kepada sikap manusia yang lalai kepada Tuhan dan memberi amaran kepada manusia yang tidak bersyukur dan membuat dosa ketika senang kerana Tuhan boleh mengambil semua anugerah tersebut dan menghukum mereka kerana dosa-dosa mereka kerana sikap mereka yang tidak tahu bersyukur itu.
Ayat 30 Surah al-Rom, yang menjelaskan bahawa agama mempunyai kaitan dengan Tuhan Yang Maha Suci juga membincangkan tentang isu KeEsaan Tuhan (Tauhid) dan pengakuan manusia secara fitrah kepada kepalsuan kepercayaan politheisme.[20]
5. Satu Perjanjian Antara Manusia Dengan Tuhan (Alam al-Zar)
Ayat 172 dan 173 Surah al-Araaf menyebut tentang perjanjian di antara manusia dengan Tuhan di mana para ulama mengaitkannya dengan fitrah kepercayaan kepada Keesaaan Tuhan.
..Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):
..Bukanlah Aku ini Tuhanmu?.. Mereka menjawab: ..Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi... (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lalai terhadap ini (KeEsaan Tuhan)... Atau agar kamu tidak mengatakan: ..Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang sesat dahulu...
Ayat di atas menyatakan kepada kita tentang dialog yang berlaku antara semua manusia dengan Tuhan di mana mereka berkata dan bersaksi bahawa Dia adalah Pencipta dan Tuhan mereka yang berkuasa terhadap alam ini. Kesaksian ini adalah untuk menolak sebarang alasan yang akan dibuat oleh manusia pada Hari Pengadilan kelak. Mereka tidak boleh berkata bahawa mereka tidak sedar tentang perkara itu dan hanya mengikuti apa yang dilakukan oleh nenek-moyang mereka dulu.
6. Pemandangan Ketika Berlaku Perjanjian Tersebut.
Dalam kitab-kitab hadith dan tafsir, kita menemui berbagai pendapat tentang peristiwa tersebut. Dalam banyak hadith yang dikaitkan dengan Nabi SAWAW dan para sahabatnya, para pentafsir awal al-Qur..an, dan Imam-imam kita, pendapat-pendapat tersebut menekankan bahawa pada suatu ketika Tuhan telah mengumpulkan semua manusia daripada keturunan Nabi Adam dalam bentuk zarrah atau ruh, mereka telah bersaksi bahawa Dia adalah Tuhan, agar dengan kesaksian ini tidak ada lagi alasan untuk manusia pada bila-bila masa dan tempat.[21]
Pada pandangan ini, perhatian khusus telah dibuat kepada ..Dhariyyah.. (zarrah atau atom) yang diambil daripada perkataan ..Dharrih.. (atom), dan pemandangan pada alam sebelum kewujudan manusia di mana semua manusia hadir dalam bentuk zarrah dan menyaksikan bahawa Tuhan adalah Pencipta dan Yang Menguasai alam ini, di sebut sebagai ..Alam Zar.. (alam sebelum kewujudan manusia).
Bagi meluaskan lagi perbincangan kepada umum, terdapat beberapa pentafsir yang mengaitkan dengan contoh-contoh genetic [22]. Menurut pendapat para pentafsir ini, setiap manusia sama ada secara dalaman atau luaran menyedari tentang kewujudan Tuhan dan Dia adalah Tuhan Yang Esa. Mengikut pandangan ini, manusia ketika dilahirkan dengan pembawaan fitrah atau dengan istilah sains tabi..i, dengan pembawaan dari segi genetik, amat penting bagi mencapai ilmu pengetahuan sedemikian. Gen-gen dibawa dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya menyebabkan generasi yang berikutnya bersedia menerima ilmu pengetahuan tentang Tuhan. Mereka yang berpegang kepada pendapat ini juga percaya bahawa pembawaan genetik ini yang wujud dalam bentuk yang berselerak dalam semua diri manusia tetapi wujud dalam bentuk yang utuh pada manusia primitif.
Walau bagaimanapun, Hassan Basri (21-110 Hijrah) dan para pentafsir lain, khususnya golongan Mu..tazilah berhujah menyatakan mereka tidak menemui sebarang dalil dalam ayat tersebut yang menyebut tentang Alam Zar di mana manusia dalam bentuk zarrah itu berhimpun pada satu tempat untuk melakukan perjanjian dengan Pencipta mereka. Penekanan yang dibuat oleh ayat ini ialah terdapat perasaan dalaman yang wujud dalam diri manusia ketika dilahirkan yang menyedarkannya tentang kewujudan Zat Yang Maha Agung. Kefahaman asas tentang Tuhan yang merupakan kefahaman yang tidak disedari mengalir kepada kefahaman yang terang dan disedari apabila manusia mencapai tahap kematangan emosi, akal dan kesedaran, agar dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Tuhan ..Tidakkah Aku Tuhan kamu?.. Jawapan ini akan lahir dari dalam diri manusia setiap hari. ..Memang benar, Engkau adalah Tuhan kami... Justeru, ayat al-Qur..an ini tidak merujuk kepada peristiwa tertentu pada kehidupan di alam sebelum kehidupan manusia di dunia ini (Alam al-Zar). Sebaliknya ia menerangkan satu pemandangan yang tidak jauh dari kehidupan manusia sehari-hari di mana manusia mengalami tahap-tahap kesedaran tersebut. Kesedaran dan pengetahuan dalaman ini pada sejarah manusia diikuti pula dengan pengaruh alam sekeliling adakalanya boleh melemahkan kesedaran dalaman tentang Tuhan yang diwarisi oleh semua manusia.[23]
7. Pendapat Lain Tentang Alam al-Zar
Dalam tafsir al-Mizan, Juz 8, halaman 329 dan 336, Allamah Tabatabai menekankan satu pendapat lain tentang pemandangan di mana perjanjian telah dibuat antara manusia dan Tuhan. Mengikut pendapatnya, semua manusia dan makhluk-makhluk lain yang wujud secara beransur-ansur pada hakikatnya adalah berada di hadapan Tuhan yang tidak terbatas pada masa dan tempat. Perubahan masa yang beransur-ansur dan ungkapan semalam, hari ini, dan esok pada hakikatnya merupakan pengalaman kita dan makhluk-makhluk lain seperti kita yang wujud pada sesuatu masa tertentu. Pada ketika ini kita mengalami sesuatu perkara. Pada saat lain kemudian, kita berada jauh daripadanya. Pada ketika lain kemudian selepas itu, terwujud dua keadaan yang memisahkan kita dengan perkara tersebut. Esok adalah batas masa yang memisahkan kita pada satu hari dan pada tahun hadapan jaraknya adalah satu tahun. Lorong masa ini yang menambahkan jarak kita daripada masa lalu, dan memendekkan jarak kita daripada masa hadapan, adalah suatu keadaan yang tidak berlaku di hadapan Tuhan. Hari ini, kita tidak berada dekat dengan Tuhan atau jauh daripada Tuhan daripada semalam kerana kewujudan Tuhan tidak dibatasi oleh masa dan tempat. Maka meletakkan keadaan jarak tertentu di antara kita dengan Tuhan adalah ungkapan yang tidak membawa makna.
Dengan memahami kenyataan di atas maka seseorang akan menyedari bahawa semua makhluk yang wujud pada sesuatu masa tertentu pada hakikatnya berada di hadapan Tuhan pada masa yang sama. Maka semua generasi anak Adam, dari satu generasi kepada generasi yang lain, berada di hadapan Tuhan dan menyaksikan kewujudanNya. Penyaksian dan pengakuan ini menjadi bukti yang nyata bahawa Tuhan itu wujud dan menjadi Pencipta dan Pengatur alam ini.
Apa yang berlaku kepada manusia ialah mereka terjun dalam aliran masa dan peristiwa-peristiwa yang berlaku merubah dunia, mereka terlibat, dan berasa amat kagum dengan perubahan-perubahan peristiwa yang berlaku pada dunia yang sementara ini, dan dengan itu dia terlupa dengan ilmu pengetahuan langsung dan pengalaman yang dia miliki tentang Tuhan dan Penciptanya. Kelalaian ini sama dengan ..lupa pada diri sendiri.. yang telah banyak dibahaskan oleh para ahli falsafah pada masa dahulu dan sekarang termasuklah golongan Wujudiah (Existentialism), sebagai perkara yang paling buruk dideritai oleh manusia di dalam dunia ini sebagaimana kehidupan dan segala masalahnya telah merosakkan kesedaran kendiri pada sesetengah orang, demikian juga ia turut memusnahkan ..kesedaran Ketuhanan.., sehingga pada suatu ketika ia menyebabkan manusia menjadi buta dan jahil kepada Tuhan walaupun manfestasiNya berada di hadapan mata kita.
Dalam kehidupan manusia itu, Tuhan sentiasa berada di sampingnya walaupun hatinya tertutup dan gagal mencapaiNya, namun manusia itu berjalan di sekeliling dan menyeru: Oh Tuhan..Oh Tuhan..
Apa yang dinyatakan itu adalah petikan ringkas dari Tafsir al-Mizan. Allamah Tabatabai dalam tafsirnya itu membahaskan secara terperinci dan menjawab persoalan-persoalan yang mungkin timbul tentang perjanjian di antara manusia dengan Tuhan, dan kesesuaian ayat Qu..ran tentang perkara tersebut. Perbahasan beliau itu amat berhasil dan mengkagumkan.
Walau bagaimanapun di sebalik penjelasan yang dikemukakan oleh Allamah al-Tabatabai, namun kesesuaian ayat Qur..an berhubung dengan peristiwa tersebut masih berasaskan penafsiran seseorang terhadap maksud ayat tersebut. Apa yang dapat diyakini tentang ayat Qur..an ini ialah ia secara ringkas merujuk kepada satu peringkat dalam proses kewujudan manusia di mana mereka semua membuat penyaksian bahawa Tuhan adalah Pencipta mereka. Penyaksian mereka ini tidak cukup kuat untuk memelihara mereka pada setiap masa berada di jalan yang lurus menyembah Tuhan Yang Esa, tetapi ia memberi kesan kepada jiwa dan kesedaran mereka bersedia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang Tuhan supaya pada Hari Pengadilan kelak tidak ada sesiapa pun dapat mencari alasan ..bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut... Kesediaan dalaman untuk mencari Tuhan ini cukup kuat di mana ia mampu memecahkan tembok kepercayaan tahyul yang di perturunkan oleh ibubapa dan leluhur mereka dan kembali berada di jalan yang lurus. Dengan perkataan lain, seseorang itu tidak boleh berkata, ..Leluhur saya dulu telah menganuti agama berhala dan saya hanya mengikuti jejak mereka... Namun demikian, tidak terdapat ayat-ayat lain dalam al-Qur..an yang menerangkan suasana penyaksian itu secara terperinci.
8. Perasaan Ingin Tahu Manusia Tentang Tuhan – Satu Ciri Kepada Fitrah Manusia
Terdapat hubungan lain antara manusia dengan Tuhan yang dapat dianggap sebagai: ..Fitrah Allah... Hubungan ini terdiri daripada perasaan cinta kepada kemutlakan (kesempurnaan), kewujudan yang mutlak, kesempurnaan mutlak, kebaikan mutlak, dan seterusnya. Perasaan ini wujud dalam diri manusia sekurang-kurangnya timbul satu kecenderungan terhadapnya. Kecenderungan inilah yang membuat seseorang manusia mengingati Tuhan dan menariknya kepada Tuhan Kecenderungan yang sama ini juga di kalangan sesetengah orang sampai ke suatu peringkat kekuatan yang mampu merubahnya menjadi tidak mementingkan diri sendiri dan berkoban demi Yang Di cintai. Mengikut pemikiran golongan yang cinta kepada kesempurnaan dan mempunyai kecenderungan kepada kesempurnaan Mutlak, kecenderungan ini wujud juga di kalangan mereka yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan walaupun mereka ini tidak menyedarinya.
Manusia tidak menyedari terdapat banyak kuasa dan kecenderungan yang kuat yang mampu menggerakan dan telah dikenalpasti melalui kajian sains dan menjadi bahan kajian cabang ilmu sains moden tentang manusia iaitu bidang psikoanalisis. Maka adalah wajar, jika konsep yang jelas dan tepat dapat dikembangkan oleh sains dan digunakan untuk mengkaji berbagai tahap mistikal supaya dapat ditemui secara saintifik tentang prinsip-prinsip yang mengatur perkara tersebut. Hal ini dapat membebaskan kita daripada bergantung kepada penerangan yang tidak lengkap yang menerangkan perkara tersebut dan pada kebiasaannya cetek dan hanya berasaskan kecenderungan dan prasangka seseorang semata-mata.
Mengikut pandangan ahli irfan atau syuhudi jika manusia ingin mengambil lebih perhatian kepada perasaan cinta yang wujud dalam diri manusia, keinginan kepada kesempurnaan, dan menguatkannya melalui meditasi, amalan-amalan yang menyucikan jiwa, berdoa, sembahyang, mereka akhirnya akan sampai ke peringkat di mana mereka akan mengetahui tentang Tuhan melalui ilmu huduri. Peringkat ilmu huduri dan pengalaman langsung tentang Tuhan ini amat kuat hingga tidak ada ruang bagi keraguan dan ia sama dengan keyakinan mutlak. Kalangan irfani percaya bahawa jalan yang diyakini mampu memperolehi ilmu tentang Tuhan adalah jalan ini, yang bermula dengan pencarian tentang Tuhan menuju kepada matlamat akhirnya, iaitu mengenal Tuhan. Al- Qur..an menyatakan tentang Nabi-nabi a.s:
....Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu dari (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokan (kamu), (iaitu) orang-orang yang menganggap adanya Tuhan lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui (akibat-akibatnya). Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanamu dan jadikan kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat), dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)... (al-Hijr (15): 94-99)
Ilmu pengetahuan dalaman (basirah) dan keyakinan yang dicapai melalui cara-cara irfan atau syuhudi adalah sama dengan ilmu pengetahuan dan keyakinan yang dicapai melalui kaedah empirikal. Melalui kaedah empirikal cara yang paling baik untuk membebaskan kita daripada sebarang keraguan yang timbul ialah dengan mengesahkannya melalui ujikaji, sama seperti cara yang tebaik untuk menghilangkan sebarang keraguan tentang kewujudan Tuhan ialah dengan pengalaman langsung. Pengalaman langsung tentang Tuhan ini tidak dapat dicapai melalui mata kasar tetapi melalui mata hati (Basirah). Melalui basirah ini, ahli syuhudi mengenal bahawa kecintaannya adalah kebenaran nyata dan bukan khayalan daripada imaginasi yang kuat.
9. Ilmu Pengetahuan Tentang Tuhan Adalah Berasaskan Kecenderungan Yang Jelas dan Mudah
Salah satu daripada kepentingan pendekatan ini bahawa untuk mengenal Tuhan, manusia tidak perlu terbabit dalam perbahasan yang komplek. Maka dalam hal ini, apabila al-Qur..an menyatakan tentang hal ini, ia tidak melampaui perhatian dan tumpuan asas serta persepsi yang ada pada diri manusia dan meminta manusia mengiktiraf dan menerima p pengetahuan melalui pendekatan yang tidak dapat ditolak ini. Dalam banyak perkara, al-Qur..an, tidak melakukan perbahasan ini berlebih-lebihan, dan menhindarkan dari sebarang perbahasan atau kecenderungan yang tidak berasas dari pemikiran golongan yang tidak percaya kepada Tuhan. Kemudian menggalakkan manusia untuk mendalami dan mengembangkan perasaan ingin tahu dalam dirinya tentang Tuhan dan berasaskan kehendak ini ia menjadi asas yang lebih kukuh. Salah satu contoh ialah golongan Dahriyyah.
10. Penemuan Tentang Kewujudan Tuhan Melalui Pemerhatian Tentang Tanda-tandaNya
Dalam kebanyakan ayat-ayat Qur..an, ia mengajak orang-orang yang bijak, yang berfikir, dan yang memerhati untuk bermeditasi secara mendalam tentang dunia ini dan keajaibannya dan terhadap perkaraperkara yang terjadi dan sebab-sebabnya untuk memperolehi pemgetahuan tentang Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ayat-ayat ini mahu membangkitkan kesedaran manusia dan menarik perhatiannya kepada perkara yang timbul selepas mengetahui tentang kewujudan Yang Maha Pencipta seperti: tidak mempunyai sekutu, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, Maha Agung, Maha Lembut dan sifatsifat lain khususnya berkuasa untuk membangkitkan manusia selepas kematiannya, memberikan mereka kehidupan yang kekal ketika ia akan sama ada diberikan pembalasan baik atau buruk mengikut amalan mereka ketika mereka hidup di dunia.
Walau bagaimanapun, bagi mengetahui maknanya ayat-ayat Qur..an ini dari sudut metafizik, seseorang itu diminta mengambil perhatian kepada perkara-perkara yang ada kaitan dengan dunia dan membuat kesimpulan tentang tanda-tandanya melalui persepsi kesedaran dalamannya, justeru ia akan dapat mencapai pengetahuan tentang dunia melampaui deria manusia.
Dengan merujuk kepada perbahasan di atas, maka persoalan ini akan timbul: Jika keseluruhan alam ini dan setiap benda-benda yang wujud di dalamnya dari atom kepada galaksi dan dari galian-galian yang ada sampai kepada manusia, adalah kesemuanya jelas merupakan tandatanda kepada Kebijaksanaan, Keperkasaan, Kehendak, Tauhid, Maha Penyayang dan sifat-sifat lain yang dirujuk kepada Sang Pencipta alam ini, maka tidakkah ini bermakna alam ini merupakan hujah yang tidak terbantah dan sangat jelas menunjukkan kewujudan Sang Pencipta itu sendiri?
Jika jawapan kepada pertanyaan di atas menyakinkan, maka kita hendaklah membuat kesimpulan bahawa walaupun al-Qur..an tidak menjelaskan perbahasan-perbahasan langsung untuk membuktikan kewujudan Tuhan kerana latar belakang intelektual orang ramai pada masa tersebut. Ia menggunakan cara yang turut sama membuahkan hasil dalam menjejaki kewujudan Tuhan dan memperolehi pengetahuan yang jelas dan menyakinkan tentang asas-asas persoalan tentang kewujudanNya. Dalam hujah-hujahnya, al-Qur..an bergantung kepada hujah bahawa setiap benda yang dicipta (makhluk) yang kita dapati di dunia ini, memerlukan Pencipta (Khaliq) mutlak yang Maha Kaya, lagi Maha Bijaksana dan Kekuasaan yang mampu memcipta pelbagai benda yang wujud di dunia ini. Sifat memerlukan dan bergantungan yang ada pada semua makhluk ini jelas menunjukkan kehendak kepada kewujudan yang Maha Kaya dan Kewujudan Mutlak dan sifat sementara yang ada pada semua makhluk menunjukkan kehendak kepada kewujudan yang Maha Kendiri dan realiti yang tidak berubah.
Barangkali ayat ke-15 hingga ke-17 Surah al-Fatir dapat kita ambil sebagai kesimpulan bahawa manusia memang amat berkehendak kepada Tuhan:
..Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia mengehendaki nescaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah...
Dapatlah dikatakan bahawa dalam membahaskan Sifat-sifat Tuhan, al- Qur..an telah mengemukakan satu pendekatan yang turut dapat digunakan berhubung dengan persoalan-persoalan tentang kewujudan Tuhan.
11. Dalil-dalil Kewujudan Tuhan Mengikut Falsafah Aristotle
Dalam bukunya Metaphysics, Aristotle berulang-ulang menekankan hujah bahawa tujuannya adalah untuk menemukan asas-aas yang menjadi sebab kepada benda dan prinsip semulajadi melalui kaedah yang memberikan manfaat kepada ahli falsafah. Dengan kata lain, beliau mencari asal kepada sebab atau sebab pertama, dan beliau enggan mengikuti langkah yang diambil oleh orang-orang yang percaya kepada sebarang dokma tetapi kurang berasaskan logik, sebagai contoh, dalam bukunya Beta, beliau berkata:
.....Tetapi mereka yang berfikir seperti Epicurus dan lain-lainnya yang bercakap tentang benda-benda yang suci; mereka berpuas hati keyakinan mereka itu dan tidak pernah bertujuan untuk menyakinkan kita. Mereka tidak peduli untuk melakukan perkara ini kerana mereka beranggapan sebab utama ialah tuhan-tuhan itu sendiri...[30]
......Maka tidak penting untuk mengkaji pandangan-pandangan individu yang mempunyai falsafah hanya sebagai hiasan idea dan ungkapanungkapan. Apa yang betul untuk kita bincangkan dan bahaskan ialah idea individu-individu yang membuat kenyataan berasaskan logik....[31]
Permintaan Aristotle kepada asal mutlak (penyebab mutlak) kepada benda-benda adalah berasaskan kepada peraturan umum sebab, iaitu ..keperluan kepada setiap akibat kepada penyebab... Pada pandangannya, jika setiap benda dalam dunia ini adalah benda-benda semulajadi dan memiliki pergerakan, maka kewujudan satu benda yang menjadi penyebab kepada alam semulajadi dan pergerakan ini, tidak diperlukan kerana tidak ada sesuatu dalam alam ini kecuali alam semulajadi dan benda-benda bergerak. Dalam alam seperti itu, ilmu pengetahuan kita akan dibatasi kepada sains semulajadi dan tidak ada apa yang dipanggil ..metaphysics...........Jika tidak ada zat lain kecuali zat semulajadi, physic (sains semulajadi) akan menjadi falsafah Pertama....[32]
Walau bagaimananapun dalam kajiannya untuk mencapai kefahaman tentang benda-benda semuajadi dan alam semesta, Aristotle mencapai kesimpulan bahawa alam ini tidak terbatas kepada benda-benda bergerak semulajadi; justeru ini merupakan sebahagian daripada Metaphysics yang diperkatakannya tentang zat ..mortal.. dan ..immortal.. dan cuba menemukan asal-asulnya dengan bertanya,..Adakah bendabenda mortal dan immortal mempunyai asal-usul yang sama atau setiap satunya mempunyai asal-usul yang tersendiri? [33]
.. Aristotle menyambung kajiannya dan akhirnya mencapai kesimpulan bahawa semua benda berasal daripada Zat Wajibal Wujud yang Hidup, Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Zat yang tidak bergerak tetapi merupakan penyebab kepada semua pergerakan. [34]
12. Dalil-dalil Kewujudan Tuhan Mengikut Falsafah Ibn Sina
Dalam juzuk ke-4 karya Ibnu Sina yang juga merupakan karyanya terakhir, iaitu Isharat wa Tanbihat, Ibn Sina mengemukakan satu hujah baru untuk membuktikan kewujudan Pencipta. Beliau memulakan perbahasannya:
.. Namat (bahagian) empat tentang kewujudan dan sebabnya... Justeru, tanpa menyebut tentang ..prinsip-prinsip semulajadi.., beliau menyebut tentang ..kewujudan.. dan sebabnya. Berhubung dengan dalil sebab pertama dan asal-usul kewujudan, beliau menyatakan:
..Wujud ialah sama ada ia wajib atau mumkin. Mumkin wujud adalah wujud disebabkan faktor lain atau wujud yang lain.
Maka jika faktor (wujud) lain itu adalah wajibal wujud, maka ia asal-usul wujud dan Pencipta, dan jika ia mumkin wujud maka ia adalah akibat daripada wujud yang lain atau wujud bukan dari dirinya. Jika rantaian mumkin wujud bersambungan tanpa sampai kepada satu titik sebab pertama, iaitu satu titik asal-usul wujud dan ia adalah wajibal wujud, maka keseluruhan wujud dalam rantaian yang bersambungan tadi sebenarnya tidak wujud sama sekali. Hal ini kerana setiap rantai yang bersambungan itu bergantung kepada rantai yang sebelumnya untuk wujud dan jika ia terus bersambungan tanpa penghujung, ia masih tidak dapat lepas dari andaian wujud semata-mata dan tidak dapat diakui kewujudannya... [35]
Bagi menjelaskan hujah Ibn Sina, kita akan memberikan contoh berikut: Katakanlah sebiji batu besar telah jatuh di atas jalan raya dan menjadi penghalang kepada laluan orang. Sudah tentu batu besar itu tidak dapat bergerak sendiri jika tidak ada orang yang menolaknya ke tepi jalan. Maka orang pertama yang melalui jalan itu mendapati ada batu besar yang menjadi penhalang kepada perjalananya, berkata:..Jika ada orang lain yang datang ke sini, pasti kami akan menolak batu ini ke tepi jalan... Kemudian datang orang kedua tetapi apabila dia mendengar percakapan orang pertama, dia menjawab jika ada orang lain datang ke situ maka ketiga-tiga mereka akan menolak batu itu ke tepi jalan. Orang ketiga datang, tetapi berkata jika ada orang keempat datang dan menolong, maka kami akan menolak batu itu ke tepi. Orang keempat datang, dan menunggu orang kelima datang, dan seterusnya berlaku demikian tanpa ada titik keputusan. Adakah dengan cara demikian batu itu akan bergerak ke tepi jalan? Sudah tentu tidak. Batu akan bergerak apabila datang seseorang yang bertindak tanpa menunggu kedatangan orang lain. Dalam keadaan ini, sama ada dia sendiri atau mereka semua mengambil tindakan dan mengalihkan batu ke tepi jalan bagi membuka laluan yang telah terhalang akibat daripada batu tersebut.
Dalam rantaian sebab dan akibat juga, selagi kita tidak sampai kepada satu sebab yang tidak bergantung kepada benda yang lain, mempunyai kewujudan atas dirinya sendiri, maka rantaian sebab-akibat tadi tidak mempunyai kewujudan langsung. Dengan perkataan lain, kita hendaklah mencapai satu titik kewujudan yang memiliki Kewujudan sendiri atau Wajibal Wujud. Maka dengan ini kewujudan bermula dari sini, dan ia bergerak ke bawah rantaian sebab-akibat yang memberikan setiap satu mata rantai itu kewujudannya. Maka di balik bayangan kewujudanNya yang tidak terbatas itu maka setiap benda mencapai kewujudannya.
Justeru, Ibn Sina telah menemui Wajibal Wujud dan Tuhan, tidak melalui kajian prinsip-prinsip dan asal-usul semulajadi tetapi melalui kajian yang teliti tentang prinsip kewujudan sama ada yang wajib atau mumkin, dan bagaimana pergantungan wujud yang mumkin kepada wujud yang wajib.
Selepas membuktikan kewujudan Yang Maha Pencipta, Ibn Sina selanjutnya membuktikan bahawa Yang Maha Pencipta adalah Esa, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, dan sifat-sifat lain kepada Yang Maha Pencipt melalui kajian persoalan tentang wujud yang mumkin dan yang wajib. Kemudian beliau berkata:
..Perhatikan dan lihatlah dalil-dalil kami tentang kewujudan Yang Awal, Kesucian [36] dan Kesempurnaannya, tidak memerlukan permerhatian [37] lain kecuali ..kewujudan.. itu sendiri dan tidak perlu untuk memerhatikan tentang makhluk-makhlukNya. Walaupun kajian seperti itu akan membawa kita kepadaNya, tetapi pendekatan kami nampaknya lebih berharga, kerana kami telah memdahulukan dengan kajian kepada kewujudan itu sendiri supaya ia dapat menjelaskan hakikat kewujudan tersebut. Dan kemudian akan menjadi sebab kepada kewujudan bendabenda yang lahir daripadanya pada peringkat yang berikutnya. Ayat berikut menunjukkan hal ini:
..Tidak lama lagi kami akan menunjukkan ayat-ayat Kami kepada mereka di dunia dan dari kalangan mereka sendiri supaya jelas kepada mereka bahawa Dia adalah Kebenaran
... Penjelasan ini adalah untuk satu kelompok. Kemudian al-Qur..an menjelaskan:
..Tidakkah cukup kepada kamu bahawa Allah adalah hujjah kepada semua benda?.. Penjelasan ini mengaitkan kepada satu kelompok yang lain, iaitu kelompok Siddiqin yang berpendapat Allah adalah hujjah kepada benda-benda wujud yang lain (pembuktian Allah dengan Allah) dan bukan sebaliknya. [38]
Nasir al-Din al-Tusi ketika menerangkan kata-kata Ibn Sina, menyebutkan:
Ahli-ahli ilmu kalam beranggapan kewujudan benda-benda dan ciricirinya merupakan dalil bagi kewujudan Pencipta, dan melalui pengkajian dan pemerhatian terhadap makhluk-makhluk, dapatlah dicapai pengetahuan tentang sifat-sifat Tuhan
Ahli-ahli falsafah berpandangan bahawa kewujudan sesuatu pergerakan merupakan dalil bagi kewujudan penggeraknya, dan percaya oleh kerana rantaian penggerak-penggerak itu tidak boleh berbalik ke belakang maka sudah pasti akan sampai satu titik kepada satu penggerak yang tidak bergerak. Justeru, mereka menemui penyebab pertama.
Ahli metafisik, walau bagaimanapun, dengan mengkaji ..kewujudan.. itu sendiri, dan mengetahui bahawa ..kewujudan.. itu sama ada bersifat wajib atau mumkin, telah membuktikan kewujudan yang bersifat wajib (wajibal wujud). Kemudian dengan mengkaji secara akliah tentang akibat kepada kewujudan yang wajib atau mumkin, mereka menemui sifat-sifat wajibal wujud. Dan melalui pengamatan kepada sifat-sifat ini, mereka menemui proses bagaimana semua makhluk itu wujud, akibat daripada wajibal wujud.
Allah berfirman dalam al-Qur'an surat[53 :41] yang artinya :
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur..an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?
Ibn Sina telah mengambil dua aspek firman Tuhan ini dan mengaitkannnya kepada dua kaedah di atas. Dua aspek tersebut ialah:
1. Menganggap tanda-tanda kewujudan alam dan dalam lingkungan manusia sebagai dalil kewujudan Tuhan. 2. Mengambil Tuhan sebagai bukti kepada kewujudan setiap benda-benda lain. Lantaran beliau lebih cenderung kepada kaedah kedua, beliau telah menamakannya sebagai kaedah ..Siddiqin.. kerana ..Siddiq.. adalah orang yang sentiasa mencari kebenaran.[39]
Selepas Ibn Sina, hujah-hujahnya tentang wujud yang wajib dan wujud yang mumkin menjadi hujah yang paling masyhur bagi membuktikan kewujudan Tuhan, maka dalam kitab-kitab yang ringkas tentang falsafah dan ilmu kalam, hanya hujah ini sering mejadi rujukan. Dalam kitabnya yang masyhur, bab tentang dalil-dalil kewujudan Tuhan, Nasir al-Din Tusi hanya merujuk kepada dalil tersebut, berkata:
..Dalil ketiga tentang kewujudan Tuhan, Sifat-sifat dan Akibat-akibatnya terdiri dari bab-bab berikut, bab tentang kewujudan Tuhan. Setiap benda sama ada wajibal wujud yang tidak bergantung kepada mumkin wujud, jika tidak kita akan menghadapi masalah tentang daur atau tasasul di mana kedua-duanya tidak mungkin terjadi.[40]
Dalam kitabnya, Kashful Murad fi Sharh he Taajrid al-Itiqad,.. Allamah Hilli berkata[41]:
Dalil-dalil tentang kewujudan Wujud Yang Wajib seperti berikut:
Bahawa tidak diragui lagi, kewujudan merupakan sesuatu yang benar. Kewujudan ini, yang kita tidak ragui sama ada ia wujud yang wajib, yang tidak perlu lagi kepada perbahasan[43], atau ia bukan wajib yang bermakna ia merupakan mumkin wujud dan ia memerlukan sebab yang menjadi sumber kepada kewujudannya. Jika sebab itu merupakan wajib yang wujud, maka tidak perlu lagi kepada perbahasan atau jika ia mumkin wujud di mana ia memerlukan penyebab, dan ia akan berakhir dengan sama ada satu pusingan yang tidak berputar (daur) atau satu rantaian yang tidak berakhir (tasasul) sebab-akibat yang telah kita bincangkan sebelum ini dan kedua-duanya adalah tidak benar...[44]
Dalam kaedah yang digunakan oleh Ibn Sina, Nasir al-Din Tusi, Allamah Hilli dan lain-lain, terdapat penerangan tentang daur dan tasasul sebabakibat; dan jika seseorang tidak beranggapan kedua-dua pilihan itu sebagai mustahil (penterjemah: hal ini secara rasionalnya tidak boleh terjadi), maka keseluruhan dalil-dalil tersebut akan menjadi tidak berguna
13. Dalil-dalil Tentang Kewujudan Dalam Falsafah Sadr ulMuta’llihin (Mulla Sadra)
Dalam kitabnya Asfar, Sadr ul-Muta..allihin mempunyai keyakinan bahawa dalil Siddiqin ..adalah dalil terbaik tentang kewujudan Tuhan, tetapi beliau telah meletakkan hujah-hujahnya dengan cara seperti mana yang beliau katakana, tidak melibatkan daur atau tasasul sebab-akibat. Justeru, pendekatan Sadr ul-Muttallihin merupakan satu titik-tolak kepada persoalan tentang asal-usul sebab wujud sesuatu benda.
Marilah kita perhatikan:
Mengetahui bahawa terdapat banyak cara untuk mendapatkan pengetahuan tentang Tuhan kerana Dia mempunyai banyak aspek dan kebaikan yang membenarkan setiap orang mengikuti jalannya untuk sampai kepada jalanNya [45] ... Tidak dinafikan, adalah benar, bahawa sebahagian daripada pendekatan ini adalah lebih berharga, lebih kuat dan jelas berbanding dengan yang lain. Maka dalil dan hujah yang paling baik adalah dalam istilah pertengahannya [46], tidak lain daripada Wajibal Wujud itu sendiri. Dengan perkataan lain, untuk mengenalNya, maka jalan Siddiqin yang mengambil Tuhan sebagai hujah dan kesaksian kepada KewujudanNya (pembuktian kewujudan Allah dengan Allah) [48]. Seterusnya selepas membuktikan ZatNya, mereka membincangkan pula Sifat-sifatNya dan ilmu pengetahuan tentang SifatsifatNya kepada PerbuatanNya.
Golongan lain seperti Mutakallimun dan naturalis berusaha mendapatkan pengetahuan tentang Tuhan dan Sifat-sifatNya dengan mengkaji benda-benda lain seperti kemungkinan kepada keberadaan zatnya, kemunculan makhluk-makhluk dan pergerakan benda-benda. Ini merupakan dalil-dalil kepada kewujudan Tuhan dan Sifat-sifatNya tetapi kaedah pertama adalah lebih kuat.
Ayat [53 :41] menyinggung kepada semua jalan-jalan ini:
Artinya:..Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur..an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?
Ahli falsafah yang melihat kepada kewujudan itu sendiri dan mencapai kesimpulan bahawa wujud yang sebenarnya ialah tidak lain selain daripada Tuhan itu sendiri dan Dia adalah Zat yang menjadi sebab kepada kewujudan benda-benda lain. Kemudian dengan mengkaji kewujudan, disimpulkan bahawa kewujudan adalah Wajibal Wujud. Sementara Mumkin Wujud memerlukan sebab tidak boleh kaitkan dengan zat dan realiti kewujudan itu sendiri tetapi hendaklah dikaitkan dengan akibat daripada realiti kewujudan yang sebenarnya iaitu ia merupakan wujud yang berada di luar realiti wujud yang wajib. Kemudian dengan mengkaji akibat daripada wujud yang wajib dan wujud yang mumkin, mereka menemui Keesaan Zat Tuhan dan Sifat-sifatNya dan dengan mengenal Sifat-sifatNya mereka mengenal PerbuatanNya. Dan inilah jalan Nabi-nabi sebagai mana yang dinyatakan dalam al-Qur..an: ..Katakanlah, inilah jalanku, aku menyeru ke jalan Allah dengan pengetahuan (basirah).. [12: 108]
Mengikuti penerangan beliau tentang dalil-dalil Siddiqin; iaitu memperolehi pengetahuan tentang Tuhan melalui pengetahuan yang sempurna tentang kewujudan, Sadrul Mutaalihin membuka satu bab baru di mana beliau membahaskan dalil-dalil lain yang dibahaskan oleh ahli kalam dan ahli falsafah untuk membuktikan kewujudan Tuhan. Beliau telah membahaskan tentang ..wajib dan mumkin.. yang juga telah dibahaskan oleh Ibn Sina, Nasir al-Din Tusi dan Allamah Hilli. Beliau menyatakan:
.....pendekatan ini adalah pendekatan yang paling dekat kepada Siddiqin tetapi ia tidak sama dengan Siddiqin kerana apa yang ditekankan ialah keberadaan kewujudan[49] manakala pendekatan ini menekankan tentang konsep kewujudan...
Sadr ul Muttalihin mengemukakan dua asas dalam perbahasan Burhan Siddiqin dan mencapai pengetahuan tentang Pencipta melalui pemahaman sepenuhnya tentang kewujudan. Dua asas tersebut ialah:
1. Beliau bergantung kepada kewujudan sebenar itu sendiri dan ilmu pengetahuan huduri kita tentang perkara tersebut dan tidak bergantung kepada konsep kewujudan dan
2. Melalui pendekatan ini tidak ada ruang kepada lingkaran (daur) dan rantaian yang tidak berakhir (tasasul) sebab-akibat.
3
TUHAN MENURUT PANDANGAN ALQUR'AN
sambungan bab IV...
14. Keberadaan dan Konsep Kewujudan
Apakah yang kita fahami daripada perkataan ..wujud.. dan persamaannya dengan bahasa-bahasa lain? Bagaimanakah konsep ini berada dalam kotak fikiran kita? Persoalan-persoalan ini telah menjadi bahan perbincangan dalam falsafah Islam selama berabad-abad lamanya, dan isu-isu yang berkaitan dengannya telah menjadi bahagian penting dalam bidang falsafah. Mungkin seseorang akan berfikir bahawa semua perbahasan ini adalah tidak berguna kepada isu yang sudah menjadi perkara lumrah. Walau bagaimanapun seseorang akan beransur-ansur mengetahui bahawa isu keberadaan kewujudan, kesatuan wujud, kesatuan dan kepelbagaian, keberadaan dan kenyataan, dan sebagainya adalah merupakan masalah asas dalam falsafah. Walaupun ia kelihatan mudah tetapi sebenarnya ia adalah isu yang rumit dan mendalam[50].
Sebagai contoh, marilah kita mengkaji ulasan seorang tokoh akademik Iran berhubung perkara ini[51].
Dalam bukunya, Falsafah, Shariatmandari telah membuat ulasan tentang satu bahagian dalam kitab karangan Allamah Tabatabai, Asasasas Ilmu Falsafah dan Kaedah Realisme[52].
Dalam ulasannya, beliau menyebutkan bahawa perbahasan berhubung dengan pemahaman secara analitik tentang kewujudan dan kesimpulan secara falsafah, nampaknya menjadi satu permainan bahasa:
..Encik Tabatabai beranggapan kewujudan sama dengan keberadaan dan keberadaan kewujudan menjadi bukti kendiri[53]. Shariatmandari selanjutnya menyatakan dalam perbahasannya, dan berkata bahawa kini beberapa persoalan lahir dalam fikirannya berkenaan dengan kewujudan dan keberadaan seperti berikut:
Yang mana satukah menjadi bukti? Mawjud (keberadaan) atau wujud (kewujudan)? Adakah manusia beranggapan batu-batu, pokok-pokok, haiwan, dan manusia-manusia lain sebagai sesuatu keberadaan yang bersifat bukti atau kewujudan mereka menjadi bukti [54]?
Adakah idea yang mana kita tidak dapat menanggap realiti kewujudan tetapi pada masa yang sama oleh kerana kita mengetahui keadaannya maka kewujudannya itu menjadi bukti kepada kita?
Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, mengapakah tanggapan tentang kewujudan menjadi bukti kepada kewujudan? Saya mungkin beranggapan kewujudan diri saya sendiri sebagai bukti sebagaimana saya beranggapan benda-benda lain sebagai bukti, tetapi jika saya membuat analisa tentang diri saya dan memisahkan elemen kewujudan daripada bahagian lain pada diri saya, dan menukarkan mawjud dengan wujud, kemudian saya tidak boleh berkata bahawa saya telah memahami kewujudan dan pengertiannya dalam jalan bukti kendiri. Ia mungkin dikatakan apa yang menjadi bukti adalah mawjud bukan wujud. Beliau menyatakan lebih lanjut:
..Tetapi untuk duduk dan menghayati tentang konsep kewujudan dan bermain bahasa dengannya, akan hanya menghadkan kegiatan falsafah bahkan juga menghalang kita daripada mencapai perkara yang sebenarnya dan menjauhkan diri kita daripada isu-isu falsafah yang wujud pada hari ini..[55].
Dapatlah dilihat, bahawa masalah kewujudan, konsepnya, tahap-tahap kesahihannya masih merupakan masalah besar dalam bidang falsafah pada hari ini. Bagi meneruskan perbahasan kita dengan pemahaman yang jelas, kita hendaklah menjawab soalan-soalan berikut:
1. Adakah analisis dan sintesis, secara umum, satu kaedah yang betul untuk mencapai ilmu pengetahuan baru tentang alam dan realiti-realiti yang ada padanya?
2. Adakah persepsi akal, iaitu konsep-konsep yang kita ada daripada realiti kewujudan dalam alam ini, adalah pada diri mereka merupakan sesuatu kebenaran yang pasti mencerminkan realiti-realiti tersebut?
3. Adakah perkataan, sama ada merujuk kepada yang realiti atau gambaran benda, mengandungi satu set fakta atau tidak? (Ini merupakan definisi yang lebih luas menurut realiti bahkan dalam penggunaan sains pada hari ini).
4. Jika konsep akal dan perkataan yang digunakan untuk menerangkan tentang hal tersebut, dilihat dari perspektif yang lebih luas, adalah sebenarnya suatu realiti, adakah kajian ilmiah dan realiti terhadap hal itu, merupakan satu aktiviti saintifik yang akan menghasilkan manfaat? Atau adakah usaha tersebut hanya merupakan perkara yang sia-sia dan tidak lebih daripada permainan bahasa sahaja?
Dengan pemerhatian mendalam ke atas apa yang dipanggil pada hari ini sebagai sains sosial, seseorang akan menemui kebanyakan daripada tajuk-tajuk yang dibincangkan hanyalah merupakan perkataan, akal dan pengertian, hubungannya di antara satu dengan yang lain atau dengan kehidupan alam sekitar manusiaa, asal-usul dan perkembangan bahasaaaaaa dan pengertiannya, atau perkara lain berkaitan dengan manusia seperti huruf, perkataan dan pengertiannya.
Apabila kita menghargai bidang sosiologi dan kajian-kajiannya, dan mengambil hasil daripada persoalan-persoalannya untuk membantu kita memilih jalan yang terbaik dalam kehidupan kita dan beranggapan ia sebagai kaedah sains yang matang yang mendatangkan hasil, justeru, mengapakah kita terkejut jika analisis saintifik tentang satu perkataan, persepsi akal, atau fenomena lain, akan membawa kita kepada suatu hasil falsafah yang bernilai?
Apabila melalui disiplin bahasa dan linguistik dan analisa falsafah, kita mengkaji asal-usul perkembangan perkataan dan bahasa; hubungan mereka dengan biologi, faktor dalaman atau pesekitaran seperti emosi, ekonomi, politik, kelas sosial dan seterusnya, justeru menemukan beratus rahsia berhubung dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini, dan kemudian dilanjutkan untuk mencapai hasil daripada penemuanpenemuan ini bagi memperbaiki kehidupan manusia dalam pelbagai bidang, justeru, mengapakah kita tidak boleh melihat kepada kajian yang tepat dan benar yang telah dijalankan di atas nama kewujudan, pengertiannya, dan realiti luaran yang menjuruskan bagaimana konsep ini diambil.
Sekarang, marilah kita kembali kepada perbincangan tentang pengertian ..kewujudan.. dan cuba memperincikan isu ini dengan mengambil persoalan yang dikemukakan oleh Dr. Shariatmandari, dengan harapan kita akan terselamat daripada terjatuh ke dalam ilusi dan permainan bahasa.
Marilah kita menetapkan perkara yang telah kita ketahui berhubung dengan perkara ini:
1. Katakanlah, ada satu gelas minuman di atas meja di hadapan kita. Sekarang, saya ingin bertanya kepada anda: Adakah air berada di dalam gelas? Anda melihat gelas, memeriksanya, menggoncangkannya dan berkata: ..Ada air dalam gelas.., atau ..Tidak ada air dalam gelas...
2. Baiklah. Sekarang katakan ada dapur di sudut bilik anda. Saya bertanya kepada anda:..Adakah api di atas dapur..? Anda mendekati dapur dan memeriksanya dengan teliti dan berkata:..Tidak ada api di atas dapur.., atau ..Ada api di atas dapur..,
3. Sekarang dengan tanggapan kepada dua kenyataan ini: 1. Ada air di dalam gelas dan 2. Ada api di atas dapur. Dua kenyataan ini mengandungi perkataan yang berbeza di mana kedua-duanya setiap perkataan itu mempunyai makna tertentu seperti perkataan dalam, gelas, dapur, air dan sebagainya.
Tidak diragukan, dengan menggunakan setiap perkataan ini, anda dapat menjelaskan maksud sesuatu persepsi akal anda dan dengan jelas pula dapat membezakan satu persepsi akal dengan yang lain. Sebagai contoh perkataan dalam berlawanan dengan di atas atau di sisi, gelas atau dapur berlawanan dengan benda-benda ini, air atau api berlawanan dengan benda-benda lain, dan perkataan adalah berlawanan dengan bukan dan sebagainya.
4. Pesepsi akal yang anda nyatakan dengan menggunakan perkataan dengan sejelasnya dan anda secara mudah dapat membezakannya daripada, di atas dan seterusnya. Demikian juga boleh dikatakan tentang persepsi akal yang dihuraikan dengan menggunakan perkataan, atau jika selain daripada itu, anda sekurang-kurangnya tidak salah memahaminya. Ini juga merupakan persepsi akal yang mewakilkan kepada perkataan api dan air. Apabila anda dihulurkan segelas air untuk diminum, anda tidak menunjukkan ragu-ragu untuk menggunakan perkataan air untuk menerangkan kandungan gelas itu, dan jika seseorang mengetahui ada beberapa keping kayu di atas api tersebut dan mereka mula membakarnya, anda sekali lagi tidak teragak-agak untuk menyatakan ia sebagai api. Malahan ia bukan sahaja benar kepada anda tetapi juga kepada semua manusia yang biasa dan sihat.
5. Sekarang bagaimana pula tentang perkataan ..adalah..? Sudahkah anda menggunakan perkataan ini untuk menerangkan persepsi akal juga? Bagaimana tentang yang lain, perkataan yang berkaitan seperti kewujudan, atau keberadaan dalam maksud sesuatu yang wujud? Adakah ia juga saling berkaitan kepada persepsi akal yang wujud dalam fikiran anda atau tidak?
Bagi memudahkan perbahasan, marilah kita menggunakan istilah wujud dan mawjud [56]. Persoalannya ialah: Adakah perkataan kewujudan dalam dua ayat: air adalah wujud yang ada dalam gelas dan api adalah kewujudan yang pada di dapur, suatu ucapan yang tidak mengandungi makna? Atau adakah ia mempunyai pengertian sama seperti perkataan lain dalam dua ayat tersebut? Sekarang, jika istilah kewujudan mempunyai makna yang tersendiri, apakah bentuknya, dan bagaimanakah ia di gunakan untuk kedua-dua api dan air? Adakah perkataan kewujudan digunakan kepada api dan air menunjukkan kedua-duanya mempunyai ..satu perkataan yang sama.. atau kedua-duanya mempunyai ..makna yang sama
. Eloklah jika dijelaskan apakah yang kita maksudkan dengan mempunyai ..satu perkataaan yang sama.. atau ..makna yang sama.. dengan memberikan beberapa contoh dalam kehidupan kita.
Andaikan seorang bayi lelaki telah dilahirkan dalam keluarga anda dan anda memberikan nama kepadanya sebagai Parviz. Katakan juga terdapat seorang bayi lelaki lain dilahirkan oleh sebuah keluarga lain beberapa ratus batu jauhnya dari sini, di sebuah bandar lain dan mereka ini tanpa mengetahui nama anak anda, juga memberikan nama Parviz kepada anaknya itu. Dengan keadaan ini, maka terbentuklah satu ikatan antara anak anda dan budak lelaki itu, dan ikatan ini tidak lain hanyalah kerana mereka mempunyai nama yang sama.
Lebih-lebih lagi kerana mereka ini mempunyai nama yang sama, disebabkan kerana ibubapa mereka mempunyai selera yang sama dan sebagainya.
Sekarang, adakah dengan mempunyai nama yang sama membayangkan hal-hal lain yang sama? Lazimnya tidak. Ia hanya persoalan selera anda yang secara kebetulan menyukai nama Parviz dan menamakan anak anda dengan nama itu, ibubapa budak lelaki itu juga secara kebetulan menyukai nama Parviz dan memilih nama itu untuk anak mereka. Lebih-lebih lagi, anda menamakan Parviz kerana satu sebab dan ibubapa yang satu lagi itu mungkin juga disebabkan alasan yang lain. Dalam kebanyakan keadaan, mempunyai nama sama Parviz tidak menunjukkan kewujudan sifat-sifat lain antara kedua orang budak ini. Ini adalah satu contoh ..mempunyai satu perkataan yang sama.
Katakanlah di hadapan anda ada sebiji bola salji dan kapur putih. Alasan anda melabelkan kedua-dua sebagai putih adalah bukan kerana seseorang lain dengan sengaja memilih untuk memanggilnya keduaduanya ..putih..... Tetapi ia adalah kerana kedua-dua objek ini berkongsi satu sifat yang sama. Dengan perkataan lain, perkataan putih menunjukkan bahawa kedua-dua objek ini mempunyai satu ..makna yang sama.., iaitu kedua objek ini mempunyai warna yang sama dan warna ini adalah ..makna yang sama.. yang dimiliki oleh kedua objek itu. Perkongsian makna yang sama adalah menjadi sebab kepada kedua objek itu dipanggil putih.
Maka itulah sebab mengapa apabila berhadapan dengan objek yang ..mempunyai satu perkataan yang sama.., setiap satu bahan yang dimasukkan ke dalam senarai kumpulan itu mestilah memiliki ..makna yang sama.. tanpa perlu kepada proses memberikan nama baru.
Kira-kira 14 abad dahulu seorang bayi lelaki telah dilahirkan oleh sebuah keluarga Sasaniah yang diberikan nama Parviz. Jika dari tarikh tersebut, tidak ada sebuah keluarga pun yang telah memilih nama Parviz untuk anak lelaki mereka, maka nama ini akan menjadi hak mutlak kepada keluarga Sasaniah itu iaitu Kisra Parviz[57].
Jika terdapat beratus-ratus anak lelaki yang dilahirkan dan semua anak ini memiliki sifat tubuh badan dan psikologi yang sama dengan Kisra Parviz tetapi ibubapa mereka telah memilih nama lain untuk mereka, maka semua sifat-sifat yang sama yang mereka miliki tidak melayakkan mereka dipanggil Parviz. Walau bagaimanapun, hal ini tidak sama dengan perkataan putih. Dengan melabelkan salju putih kerana warnanya dan ia membalikkan seratus peratus cahaya yang terdedah kepadanya, maka kita melabelkannya sebagai putih kepada semua benda tidak kira sama ada ia memiliki sifat yang sama atau tidak tanpa perlu kepada proses memberikan nama baru. Ini disebabkan perkataan putih memwakili satu persepsi akal yang sama tentang benda-benda seperti kapur, salju dan sebagainya.
Sekarang, dengan memiliki ..perkataan yang sama.. dan memiliki ..makna yang sama.. adalah berbeza antara satu dengan lain. Maka kita boleh kembali kepada perbincangan kita tentang kewujudan dan mengulangi dua kenyataan: ..Ada api di atas dapur... Dan: ..Ada air di dalam gelas... Maka kita melihat sifat wujud atau keberadaan. Maka perkataan wujud adalah yang dikongsi oleh kedua benda itu, tidak seperti perkataan api atau air yang hanya boleh dipakai untuk salah satu daripada benda itu. Sekarang, persoalannya ialah: Adakah api dan air yang mempunyai ..keberadaan.. yang sama menunjukkan bahawa kedua benda ini mempunyai perkataan yang sama atau makna yang sama?
Jika mempunyai ..keberadaan.. yang sama bermaksud bahawa kedua benda ini mempunyai ..perkataan yang sama.., maka memanggil keduanya sebagai satu benda wujud memperlukan proses memberikan nama yang berbeza (seperti air dan api tadi).
Jika mempunyai perkataan ..ada.. antara air dalam gelas dan api di atas dapur bermaksud keduanya mempunyai ..makna yang sama.., maka memberikan nama yang berbeza tidaklah diperlukan (seperti makna pada perkataan putih pada sajli dan kapur). Walau bagaimanapun, dalam hal ini kita perlu kepada persepsi akal yang sesuai dengan perkataan ..ada.. yang secocok kepada air dalam gelas dan api di atas dapur. Persoalan yang perlu dijawab seterusnya ialah: Apakah persepsi yang sama itu dan dari manakah ia datang?
Ahli falsafah kewujudan memulakan analisis dengan berusaha untuk memahami persepsi akal ini dan sumbernya dan berpendapat bahawa melalui satu analisis konsep kewujudan dan menemui dalil kepada perkembangannya dalam akal kita, maka satu pengetahuan baru tentang alam ini terbuka kepada kita. Lantaran itu, aliran falsafah ini memulakan kata-katanya dengan mengemukakan soalan, sama ada kewujudan itu sesuatu yang sama dalam perkataan atau maknanya.
Jawapan yang diperolehi oleh ahli falsafah kewujudan itu memberi jawapan berasaskan kepada kajian dan analisis mereka, iaitu kewujudan adalah sama dalam makna yang dipertuturkan. Dalam perkataan lain, istilah kewujudan dan semuanya berkaitan dengannya dalam bahasa-bahasa lain, merujuk kepada satu persepsi akal, konsep dan maknanya yang dialami dalam memperkatakan realiti. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan itu sendiri merupakan satu persamaan realiti yang berada dengan air dan api kerana jika kewujudan itu bukan satu persamaan realiti yang dikongsi oleh api dan air, sudah pasti ia tidak akan membawa kepada satu persepsi yang diambil dari kedua api dan air.
Sadrul Muta..allihin (Mulla Sadra) bagaimanapun berpendapat tidaklah perlu kepada kita untuk sampai kepada perbahasan yang panjang dan rumit itu untuk memahami realiti kewujudan. Memadai kepada individu yang sedar untuk mempertimbangkan persepsinya tentang alam ini untuk mengenali realiti kewujudan itu sendiri. Apa yang manusia fahami ketika berhadapan dengan sesuatu fakta itu, pertama-tamanya ialah kewujudan fakta tersebut. Kemudian, barulah keberadaan benda yang dipersoalkan itu ditentukan. Dan apa yang dimaksudkan dengan keberadaan di sini ialah zat dan bilangan sifat yang digambarkan oleh manusia tentang benda tersebut tetapi gagal menemuinya sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya pada benda-benda lain. Apa yang menarik untuk ditegaskan di sini ialah, setiap kali berhadapan dengan realiti yang sebenarnya, pengetahuan manusia tentang kewujudannya, keaktualannya dan realitinya, adalah jelas dan menyakinkan kecuali seseorang itu dibendung oleh keinginan falsafah, manakala kefahaman seseorang itu tentang keberadaan sesuatu objek boleh membawa kepada ketidakpastian. Sebagai contoh, apabila anda melihat sesuatu pada jarak yang jauh beberapa kilometer, anda tidak ragu pada kewujudannya dan kefahaman anda tentang realitinya adalah jelas dan meyakinkan, manakala pengetahuan anda tentang keberadaannya masih tidak jelas dan anda perlu menunggu seketika sehingga ia mendekat, atau melihatnya dengan menggunakan teropong, sebelum memperolehi persepsi yang lebih jelas tentang keberadaannya.
15. Pengetahuan Kita Tentang Wujud Hanyalah Melalui Ilmu Huduri
Apabila kita melihat sebatang pohon kayu maka kita sebenarnya mengggambarkan kewujudannya dalam kotak fikiran kita. Berserta dengan gambaran ini, kita juga sedikit-sebanyak mengetahui identitinya. Pengetahuan tentang identiti sepohon kayu mestilah disertai sama ada secara gambaran sempurna atau tidak sempurna tentang pohon tersebut yang telah menjadi satu tanggapan dalam fikiran kita. Gambaran ini menjelaskan kepada kita tentang identiti sepohon kayu dan ia mewakili diri kita dan orang lain tentang pengetahuan tersebut. Hubungan di antara gambaran dalam fikiran kita tentang pohon kayu yang disebutkan itu umpama sekeping gambar sepohon kayu yang dirakamkan oleh sebuah kamera dan pohon kayu yang sebenarnya atau di antara pohon kayu dan sekeping gambar yang dilukis dengan sempurna. Apabila gambaran yang wujud dalam kotak fikiran anda muncul dalam fikiran anda, ia menjelaskan kepada anda identiti tentang sebuah objek yang dirujuknya tetapi ia tidak boleh menjelaskan kepada anda tentang kewujudannya dan kebenarannya melainkan ia menjalin hubungan ..kefahaman langsung.. di antara anda dan pokok kayu tersebut. Dan melalui hubungan inilah, anda akan mengingati kewujudan sepohon kayu yang anda ketahui selama ini. Jika hubungan ini tidak dijalin dan ingatan kita tentang pokok kayu itu tidak dipulihkan dalam fikiran kita, maka anda akan serta merta meragui tentang kewujudan pokok kayu tersebut dan akan menambah dengan satu pertanyaan:..Adakah pokok ini wujud?
Kita boleh membuat kesimpulan daripada hal ini bahawa gambaran yang terhasil dalam fikiran kita tidaklah secara langsung menjelaskan tentang kewujudan sesuatu objek yang ia wakili, dan pengetahuan kita tentang objek tersebut dicapai hanya melalui pengetahuan dan kefahaman secara langsung terhadap objek tersebut.
Sekarang, setelah menghuraikan fakta-fakta ini, marilah kita kembali kepada perbahasan yang telah dikemukakan oleh Sadrul Muta..alllihin. Beliau menyatakan bahawa perkara pertama yang kita fahami adalah tentang kewujudan itu sendiri, dengan syarat kita tidak membingungkan fikiran kita dengan perbahasan pseudo-falsafah.
Dengan merenungkan ilmu pengetahuan kita tentang kewujudan yang dicapai melalui pemahaman langsung, maka kita akan menemui bahawa mustahil wujud (tidak wujud) tidak mungkin mencapai wujud. Dengan lain perkataan, kewujudan sentiasa dan tidak mungkin menjadi mustahil wujud. Maka dengan ini kewujudan sentiasa wajibal wujud kerana mustahil wujud tidak mungkin mencapainya.
Fakta lain yang dapat diketengahkan di sini, ialah pencapaian pertama kita dengan realiti apa yang kita gambarkan adalah ..wajibal wujud (wujud yang wajib),.. dan kefahaman kita tentang ..munkin wujud (wujud yang munkin).. dicapai hanya selepas kita menggambarkan kewujudan tentang benda tersebut, yang muncul daripada tiada dan kemudian digarap kepada bentuk-bentuk yang dikenali, dan merupakan gambaran kepada kewujudan. Dan jika wujud ini tiada, semua benda-benda akan menjadi tidak ada. Maka perbahasan yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa dalam kaedah Sadrul Muta..allihin untuk mencari sebab mutlak, maka seseorang itu tidak perlu tenggelam dalam konsepkonsep kewujudan atau bergantung kepada argumentasi ketidakmungkinan tasalsul atau daur dalam kaedah sebab dan akibat.
Selepas perbahasan yang panjang lebar tentang munkin wujud dan hubungannya dengan wajibal wujud dan selepas menjawab semua persoalan dan masalah-masalah yang ditimbulkan tentang perkara ini, Sadrul Muta..allihin berkata:
..Maka kewujudan Wajibal Wujud dibuktikan dengan hujah ini, seperti mana juga sifat-sifatnya telah dibuktikan, kerana kewujudan itu adalah satu realiti dalam zat yang tidak ada ruang untuk sebarang kelemahan atau kecacatan. Dan ketidakterbatasan dan sifat azalinya tidak memungkinkan ia mempunyai sekutu atau bersifat banyak. Seterusnya dengan hujah yang sama maka ilmunya dan kehidupannya sebagaimana apa yang mungkin kepada dirinya, kerana ilmu dan kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan kewujudan. Seriringan dengannya, kuasa dan kehendak Wajibal Wujud juga dibuktikan kerana keduanya memerlukan kehidupan dan ilmu. Maka wujudnya yang bersifat kendiri dibuktikan dengan wujud yang keberadaannya adalah mutlak dan sempurna, sudah semestinya merupakan sumber kepada semua benda-benda yang wujud yang berada di bawahnya (makhluk). Maka Wajibal Wujud itu tidak lain adalah Allah, Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Hidup dan Khaliq; Maha Menyaksikan dan Maha Berkuasa. Dan kerana semua makhluk yang wujud tunduk kepada Wajibal Wujud menurut tahap kemampuannya, maka dengan itu, Dia Yang Maha Mencipta, Tuhan dan Pemilik, telah dibuktikan.
Maka kesimpulan yang hendak diambil adalah kaedah yang kita pilih itu lebih kuat, mudah, dan lebih baik daripada kaedah lain yang digunakan untuk mengetahui sebab mutlak. Orang yang mengikuti kaedah ini untuk mencapai pengetahuan tentang Tuhan, ZatNya, Sifat-sifatNya, PerbuatanNya, tidak perlu bergantung kepada benda-benda lain selain daripada Tuhan, atau tidak sahnya daur dan tasalsul dalam hubungan sebab dan akibat untuk membuktikan KewujudanNya. Dia akan mengetahui Allah dan Sifat-sifatNya melalui wujudNya sendiri (mengenal Allah dengan Allah):
..Allah menyaksikan bahawa tidak Tuhan melainkan Dia... [3: 18]
Dan mendapat ilmu pengetahuan tentang benda-benda lain dengan cara berikut:
..Tidak cukup dengan Tuhan kamu, sesungguhnya Dia menyaksikan ke atas segala sesuatu... [41: 53]
Jalan ini memuaskan orang-orang yang inginkan kesempurnaan dalam pencariannya terpada Kebenaran, Sifat-sifat dan Perbuatanperbuatannya. Tetapi kerana setiap orang tidak mempunyai kemampuan untuk mencapai kesimpulan-kesimpulan daripada satu prinsip, maka kita tidak ada pilihan selain daripada mengemukakan lain-lain jalan yang membawa para pencari kebenaran untuk mencapai pengetahuan tentang Kebenaran, walaupun semua kaedah ini mungkin tidak mempunyai kekuatan dan keberkesanan dalam memandu mereka kepada Tuhan [58]...
16. Adakah Hujah Siddiqin Merupakan Hujah Yang Sahih
Daripada apa yang kita nyatakan sebelum ini, hal ini menjadi jelas bahawa hujah-hujah Siddiqin telah dikemukakan dalam dua bentuk. Bentuk pertama adalah yang telah dikemukakan oleh Ibn Sina, Nasir al- Din Tusi, dan pemikir-pemikir lain, manakala bentuk yang kedua adalah yang dikemukakan oleh Sadrul Muta..allihin (Mulla Sadra). Dalam komentarnya tentang Isharat karya Ibn Sina, Nasir al-Din Tusi, beliau menamakan versi Ibn Sina sebagai Burhan al-Inni.
17. Hujah Burhan al-Inni dan Burhan al-Limmi
Walaupun istilah Burhan al-Inni amat diketahui oleh mereka yang berkecimpung dengan falsafah, namun amatlah berharga jika diterangkan di sini supaya kita dapat meneruskan perbincangan kita dengan huraian yang mencukupi.
Dalam hujah Burhan al-Inni, kita pertamanya mengetahui kewujudan sebab dan pengetahuan ini membawa kepada mengetahui kewujudan akibat. Jika sebab wujud, maka kewujudan akibat pasti mengikutinya (wujud). Dalam Burhan al-Limmi, kaedahnya adalah kebalikan daripada kaedah Burhan al-Inni. Di sini kita mengetahui kewujudan akibat dahulu dan kemudian beralih kepada kewujudan sebab, kerana akibat tidak akan ada tanpa keberadaan sebab. Marilah kita mengambil satu contoh:
Kita melihat langit terbuka dan menyaksikan awan hitam bergerak di suatu arah yang jauh. Kita kemudian berkata hujan akan turun di situ. Apa yang menyebabkan kita kenal keberadaan awan di suatu arah di langit adalah kerana penglihatan langsung kita terhadap awam tersebut. Lantaran kita menyedari hubungan sebab-akibat di antara awan dan hujan, maka kita menambahkan tanggapan kita terhadap kedua-duanya dengan yang ketiga iaitu hujan yang akan turun. Maka inilah yang kita katakan Burhan al-Limmi, iaitu tanggapan tentang keberadaan akibat melalui pengetahuan tentang keberadaan sebab.
Sekarang marilah kita mempertimbangkan contoh yang lain. Pada suatu malam di musim sejuk tatkala kita sedang duduk di sebuah bilik, menutup semua pintu dan tingkap dan menurunkan langsir, tiba-tiba kita mendengar bunyi hujan turun mengenai atap rumah kita. Tatkala kita menggambarkan hujan sedang turun mencurah-curah, kita juga menyedari awam hujan sedang berarak melintasi rumah kita. Ini adalah satu contoh Burhan al-Limmi; iaitu mengetahui keberadaan sebab melalui pengetahuan tentang keberadaan akibat.
Jika kita memperolehi pengetahuan tentang kewujudan dengan cara pertamanya mengenal tentang makhluk-makhlukNya, dan mengikuti pengetahuan ini, terhasillah satu pemikiran bahawa makhluk-makhluk ini pastilah ada Penciptanya yang juga memiliki sifat-sifat berkenaan, maka proses kognitif ini yang bergerak daripada pengetahuan tentang akibat untuk memperolehi pengetahuan tentang sebab, merupakan pemahaman dari sudut logika. Dan ini, sudah pasti merupakan Burhan al-Limmi. Namun jika kita pertamanya kita mengenali tentang Tuhan dan Sifat-sifatNya melalui pengetahuan langsung yang dirumuskan daripada pengetahuan bahawa Tuhan memiliki Sifat-sifat tersebut sudah pasti mempunyai makhluk-makhluk sedemikian, walaupun kita tidak mempunyai pengetahun langsung bahawa makhluk yang seumpama itu wujud, kemudian kita mengenali tentang kewujudan makhluk-makhluk tersebut daripada pengetahuan tentang keberadaan sebab. Ini juga satu bentuk pemahaman yang bersifat Burhan al-Inni.
Nasir al-Din Tusi berkata bahawa jalan yang diambi oleh Ibn Sina berhubung dengan pengetahuan tentang ..Asal Wujud (Penyebab Mutlak).. dalam kitabnya Isharat misalnya hujah Siddiqin ..adalah sebenarnya hujah yang bersifat Limmi seperti kata Allamah Hilli dalam kitabnya Kashf al-Murad fi Sharh al-Tajrid al-I..tighad [59], turut menjelaskan bahawa hujah Siddiqin Ibn Sina merupakan hujah al-Limmi.
Walau bagaimanapun, Sadr Muta..allihin tidak beranggapan hujah Siddiqin sebagai hujah, dan tidak membahaskan sama ada ia Inni atau Limmi.
Dalam kitabnya Asfar, selepas menjelaskan beberapa contoh dari sudut falsafah untuk membuktikan kewujudan Tuhan, berkata:
..Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini membuktikan kewujudan Wajibal Wujud, maka tidak ada hujah yang benar-benar dipanggil hujah. Dan apa sahaja yang dikemukakan tidaklah berkaitan secara langsung untuk membuktikan kewujudan Wajibal Wujud. Bagi membuktikan kewujudan Tuhan ada satu hujah[60] yang hampir sama dengan Burhan al-Limmi...
Pada nota kaki bahagian di atas dalam Asfar, Allamah Tabatabai menyatakan:
..dan di sini amat jelas bahawa keberadaan Wajibal Wujud adalah wajib dan prinsip yang tidak dapat dinafikan, dan hujah yang dikemukakan untuk membuktikan keberadaan Wajibal Wujud merupakan satu bentuk peringatan (dan bukan hujah)...[61].
Kita yakin bahawa kajian yang teliti tentang ..hujah Siddiqin.., malahan menurut Sadrul Muta..allihin menunjukkan bahawa kaedah ini sama ada bukan merupakan hujah sepenuhnya atau pun sepenuhnya bukan merupakan satu hujah. Hujah Siddiqin mempunyai tiga aspek perbahasan seperti berikut:
A. Pengetahuan tentang Asal Wujud (Tuhan) melalui kefahaman yang lebih baik tentang wujud. B. Pengetahuan tentang Sifat-sifat Asal Wujud melalui kesempurnaan kefahaman tentang wujud. C. Pengetahuan tentang tanda-tanda dan kesan-kesan Asal Wujud melalui pengetahuan yang luas tentang wujud.
Dengan aspek pertama dan kedua, akal kita akan memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang wujud tanpa membuktikan kewujudan sesuatu melalui kefahaman tentang kewujudan sesuatu yang lain.
Tetapi bagi aspek yang ketiga, akal kita akan menemui kesan pertamaNya; iaitu melalui ilmu pengetahuan yang luas dan tepat tentang Penyebab Mutlak (Tuhan), bagi memahami realiti yang sebenarnya. Kemudian dengan melanjutkan kaedah ini kepada kesanNya dan perbuatanNya yang lain, kita akan mengetahuinya satu persatu. Malahan, kita mengaplikasikan satu hujah dalam bahagian ini sama seperti hujah Burhan al-Limmi, kerana memahami kewujudan akibat melalui pemahaman yang lengkap tentang sebab. Justeru, hujah Siddiqin Sadrul Muta..allihin adalah berkaitan dengan pemahaman tentang kewujudan Penyebab mutlak dan Sifat-sifatNya, ia merupakan satu bentuk pengetahuan yang dikembangkan tentang suatu benda yang kita telah ketahui, iaitu wujud walaupun ia tidak boleh dipanggil sebagai satu hujah. Tetapi bahagian yang dikaitkan dengan pengetahuan tentang Asal Wujud, Sifat-sifat dan PerbuatanNya iaitu pembuktian tentang kewujudan melalui akal dan ruh dalam pengertian falsafah dan sesuatu yang luhur dalam istilah mistik. Justeru, tidak diragui bahawa ia merupakan satu hujah dengan cara kita memahami kewujudan akibat melalui pemahaman yang menyeluruh tentang sebab. Justeru hujah ini dipanggil Burhan al-Limmi.
18. Hujah Yang Manakah Lebih Hampir Kepada Pendekatan al-Qur’an
Kebanyak kitab-kitab ilmu kalam dan mistik Islam lebih cenderung kepada memperkenalkan pandangan umum ahli falsafah dan pandangan falsafah mereka dalam sesetengah perkara berhubung dengan ajaran-ajaran Qur..an. Hal ini disebabkan mereka mahu menguatkan pandangan-pandangan mereka atau sekurang-kurangnya untuk menyelamatkan daripada musuh-musuh mereka kerana mengambil pandangan yang bertentangan dengan agama. Tetapi cara pengesahan ini tidaklah begitu sesuai dengan maksud sebenar ayatayat Qur..an dan kebanyakan tempat ia merupakan tafsiran mereka sendiri. Di antara hujah-hujah tersebut ialah seperti yang diterangkan di atas. Namun hujah-hujah Aristotle dan hujah-hujah yang sepertinya itu adalah bersesuaian dengan ajaran Qur..an, kerana hujah-hujah ini berasaskan kepada penggantungan wujud yang memerlukan kepada wujud mutlak, pergerakan kepada yang menggerakkan, akibat daripada sebab, benda kepada Pencipta benda dan mumkin wujud kepada wajibal wujud. Jika penggunaan istilah hujah itu betul daripada pandangan ..origionology.., maka ia dipanggil Burhan al-Inni. Bagaiman pula tentang kaedah hujah Sadrul Muta..allihin? Adakah ia wajar dikatakan ia menyamai pendekatan Qur..an. Sadrul Muta..allihin menyokong hujahhujahnya dengan menyebut ayat-ayat Qur..an seperti berikut:
..Allah menyaksikan bahawa tiada tuhan selain daripada Dia. Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang berilmu (juga menyatakan demikian itu). Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana... (3: 18)
Menurut Sadrul Muta..allihin, penyaksian Tuhan kepada KeesaanNya adalah satu lagi hujah tentang ..kewujudan.. dan keperluan kepada wajibal wujud. Hal ini adalah sama dengan hujah Sadrul Muta..allihin tentang Burhan al-Siddiqin.
..Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya (iaitu) pohon zaiton yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu... (24: 35)
Lantaran itu, Tuhan menerangi alam ini. Cahaya kewujudanNya terang benderang dan dikenali dan makhluk-makhluk juga dikenal dalam cahaya di dalam cahaya yang menerangi [62].
Rumi berkata: ..Matahari muncul, dalil (kewujudnnya) ialah matahari yang sama itu. Jika anda mencari bukti, maka janganlah memalingkan wajah anda daripadanya... Maka bagaimanakah kita memahami kewujudan Tuhan? Jawapannya ialah, kita melihatNya secara objektif dan kemudian mengenalNya. Walaupun kita melihat dan mengenal wujud-wujud yang lain dalam cahaya matahari yang meneranginya.
..Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur..an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?.. (41: 53)
Ibn Sina, Nasir al-Din Tusi, Allamah Hilli, Sadrul Muta..allihin dan pemikirpemikir yang seiringan dengan mereka percaya bahawa bahagian terakhir ayat tersebut berhubung dengan ilmu pengetahuan tentang Penyebab Mutlak, dapat dicapai melalui konsentrasi terhadap makna kewujudan iaitu hujah yang sama tentang Siddiqin sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini.
Dalam ayat 3: 18 ..Allah menyaksikan bahawa tiada tuhan selain daripada Dia... Ada unsur penyaksian [63] Tuhan terhadap keEsaanNya,maka ia memerlukan pandangan tentang beberapa pengertiannya. Pengertian ini hampir sama dengan hujah Siddiqin.
..Jikalau Kami jadikan al-Qur..an itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: ..Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?.. (41: 44)
..Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Taurat lalu diperselisihkan tentang Taurat itu. Kalau tidak ada keputusan yang telah terdahulu dari Tuhanmu, tentulah orang-orang kafir itu sudah dibinasakan. Dan sesungguhnya mereka terhadap al-Qur..an benarbenar dalam keraguan yang membingungkan... (41: 45)
..Katakanlah: ..Bagaimana pendapatmu jika (al-Qur..an) itu datang dari sisi Allah, kemudian kamu mengingkarinya. Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang selalu berada dalam penyimpangan yang jauh?.. (41: 52)
..Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka bahawa al-Qur..an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu? (41: 53)
Berhubung dengan urutan daripada ayat ini maka persoalan ini mungkin timbul terhadap kata-kata ..itu.. dalam ayat ..itu adalah benar.. sama ada merujuk kepada al-Qur..an Allah atau benda-benda lain. Maka petikan daripada Qatadah dan pentafsir-pentafsir lain berkenaan ayat ini, menunjukkan bahawa ayat ini adalah tentang kebenaran al-Qur..an bukan tentang Tuhan. Selanjutnya ayat ini berkaitan dengan isu-isu ajaran Islam bukan tentang kaedah untuk mencapai pengetahuan tentang Penyebab Mutlak.
Kesimpulan:
Berhubung dengan perbahasan di atas, kami sampai kepada beberapa kesimpulan seperti di bawah: 1. Isu untuk membuktikan kewujudan Tuhan di kemukakan dalam al-Qur..an dalam bentuk yang mudah. 2. Pada ketika yang sama, al-Qur..an tidak melebih-lebihkan tentang pertanyaan-pertanyaan tentang kewujudan Tuhan. 3. Ia memusatkan hanya kepada beberapa persoalan yang boleh menyedarkan manusia supaya dapat melegakan mereka daripada pertanyaan-pertanyaan tentang kewujudan Tuhan. 4. Dalam tahap kesedaran itu, manusia mungkin dapat mencapai kefahaman tentang kewujudan Tuhan melalui konsentrasi tentang bagaimana penggantungan semua makhluk kepada Tuhan. 5. Dalam proses pengembaraan mistik, manusia mungkin bergantung kepada persepsinya yang mudah (secara fitrah) dan tidak melibatkan diri dengan argumentasi-argumentasi yang bersifat teknikal. 6. Jalan yang diambil oleh al-Qu..ran berhubung dengan tandatanda (kebesaran) Tuhan adalah menyamai pandangan yang dikemukakan oleh para pemikir di dunia ini sama ada (tafsiran) secara langsung atau tidak langsung. 7. Terdapat beberapa ayat Qur..an yang dipetik dalam kitab-kitab falsafah dan mistik berhubung dengan dalil-dalil kewujudan Tuhan sama ada tidak sesuai dengan perbahasan ilmu kalam seperti dalam Surah 41: 53 atau sebenarnya ia berkaitan dengan isu-isu lain.
Selepas Bukti Kewujudan Tuhan:
Pada akhirnya, persoalan ini akan timbul: Sama ada manusia berhubung dengan tanda-tanda kebesaran Penyebab Mutlak (Mabda..), hanya dapat mengetahui kewujudan Tuhan iaitu untuk mencapai pemahaman bahawa ada Sang Pencipta kepada alam ini atau dia mungkin melampaui peringkat ini dan mencapai satu kefahaman yang jelas tentang Tuhan?
Isu ini telah dibincangkan dengan terperinci dalam falsafah dan Ilmu Kalam dan kami akan membincangkannya lebih lanjut dalam bab-bab berikutnya dalam buku ini.
Apa yang dikatakan tentang pandangan al-Qur..an ialah manusia diperintahkan supaya mempunyai pengetahuan yang komprehensif tentang Tuhan dan isu yang besar dalam pengetahuan yang komprehensif ini adalah isu tentang Tawhid dan Sifat-sifatNya yang menjadi pegangan al-Qur..an.
BAB V. Tawhid Atau Beriman Kepada Keesaan Tuhan
1. Tawhid
Menurut al-Qur..an bahawa semua benda bergantung kepada Keesaan Tuhan (Tawhid), dan ia menjadi motto: ..Tiada Tuhan melainkan Allah... Perisytiharan ini sering diulang dalam al-Qur..an lebih daripada 60 kali dalam pebagai ungkapan. Malahan dalam ayat yang ringkas seperti berikut telah diulang dua kali: ..Allah menyaksikan bahawa tiada tuhan selain daripada Dia. Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang berilmu (juga menyatakan demikian itu). Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.. (3: 18) Ayat-ayat berikut mengandungi peristyiharan-perisytiharan seperti di atas: ..Tiada Tuhan melainkan Allah... (37: 350) ..Tiada Tuhan melainkan Dia... (2: 163) ..Tiada Tuhan melainkan Engkau... (21: 87) ..Tiada Tuhan melainkan Aku... (16: 2 ..Tidak ada Tuhan melainkan Allah... (3: 61) ..Tidak ada Tuhan melainkan Tuhan Yang Esa... (5: 73) ..Tidak ada bagi kalian Tuhan melainkanNya. ..7: 65) ..Dan Tidak ada bersamaNya Tuhan yang lain... (23: 91) ..Sesungguhnya Allah Tuhan yang Esa... (4: 171) ..Sesungguhnya Tuhan kalian Tuhan yang Esa. .. (18: 110) ..Sesungguhnya Tuhan kalian adalah Allah... (20: 98) ..Sesungguhnya Dia Tuhan yang Esa... (6: 19) ..Tuhan kalian Tuhan yang Esa... (2: 163) ..Sesungguhnya Tuhan kalian adalah Esa... (37: 4) ..Dialah Allah yang Esa... (112: 1)
2. Allah:
Terdapat dua istilah dalam Bahasa Arab tentang Tuhan yang menyamai sama dengan lain dalam maknanya. Namun pada masa yang sama berbeza. Satu ialah ..Ilah..(......) dan satu lagi ..Allah.. (....). ...Ilah..(......) dari segi bahasa adalah nama umum dan dalam Bahasa Parsi dipanggil ..Khuda..(......) dan jamaknya ialah ..Khudayan..(............), dalam Bahasa Arab jamak kepada ..Ilah..(......) adalah ..Ilahah..(........). Tetapi ..Allah.. adalah kata nama khas dan dalam Bahasa Parsi ..Khuda..(......), ..Khudawand..(............), ..Yazdan..(..........), ..Izad..(........).[1] ..Khuda..(....) dalam Bahasa Parsi digunakan dalam dua bentuk, keduanya sebagai kata nama umum dan kata nama khusus. Kata nama umum mempunyai kata jamak tetapi kata nama khas tidak mempunyai kata jamak. Dalam Bahasa Inggeris, istilah ..Khuda.. adalah ..God... Ia menyamai istilah Parsi dengan perbezaan, ..god.. dalam Bahasa Inggeris di tulis dalam dua cara: god dan God. Yang pertama dengan ...... huruf kecil sama dengan kata ..ilah.. dalam Bahasa Arab dan ..Khuda.. dalam Bahasa Parsi dalam kata nama umum. Istilah yang menggunakan ...... huruf besar (Tuhan) dalam kata nama khusus sama dengan Bahasa Arab ..Allah.. dan dalam Bahasa Parsi istilah ..Khuda.. dengan membawa maksud Allah adalah dipetik daripada puisi dan kesusasteraan Arab pada zaman sebelum Islam yang dicatat dalam sejarah dan al-Qur..an. Orang-orang Arab mengenal Allah yang menjadikan bumi ini dan dipanggil ..Allah... ..Allah.. merupakan nama pencipta kepada alam ini dan dipanggil sebagai ..Allat.., ..Allazzi.., ..Manat.., ..Yaqus... Maka kemungkinannya ..nama khas.. untuk Pencipta alam datang dalam penggunaannya sebagai hasil daripada rujukan mereka kepada Pencipta sebagai ..Allah.. iaitu bermaksud ..Tuhan.. dengan menambahkan kata sifat ..Al.. kepada ..ilah.. dalam Bahasa Arab iaitu ..Alllah .. (the god). Beransur-ansur dengan berlaluny masa ia diterima sebagai rujukan kepada Pencipta ala mini. Dan dengan berlalunya masa huruf ..hamzah.. bagi ..ilah.. di antara ..Al.. dengan ..ilah.. dibuang dan istilah ..Allah menjadi istilah baru membawa maksud nama khusus kepada Pencipta ala mini. [2] Walau bagaimanapun, kita akan menyebut kedua istilah ..Allah.. dan ..ilah.. sebagai ..Khuda.. dalam terjemahan Bahasa Parsi kepada ayat-ayat Qur..an dan petikan Bahasa Arab dan kita berharap tidak timbul kekeliruan dalam memahami istilah yang kita gunakan.
3. Tawhid
Dengan istilah ..Tawhid.. membawa makna percaya kepada realiti yang Esa dan dalam Ilmu Kalam ia merujuk kepada percaya kepada Keesaan Tuhan dan Keasalan Wujud atau Wujud Mutlak dan beriman kepada KeesaanNya dalam segala aspek misalnya dari sudut Zat, Kehendak, Kekuasaan, dan Pengaturan alam mengikut KehendakNya dan disisi lain dari sudut ibadah dan penyembahan atau doa dan sebagainya yang menjadi tanggungjawab kepada manusia.
4.Tawhid dalam al-Qur’an
Kebanyakan ayat-ayat Qur..an tentang Keesaan Tuhan bergantung kepada ..Tawhid dalam perintah dan arahan.. dan ..Tawhid dalam ibadah.. kepada Tuhan Yang Esa. Al-Qur..an pada bahagian pertama memfokuskan perhatian manusia kepada Tawhid Pencipta dan Pengaturan. Selepas menjelaskan bahawa penciptaan dan pengaturan alam ini adalah dibawah kehendak Tuhan dan kedaulatan terhadap alam milik Tuhan semata-mata, ia membuat kesimpulan bahawa doa dan penyembahan hendaklah ditujukan hanya kepada Tuhan semata-mata.
5. Tawhid dalam Penciptaan dan Perintah:
Ayat Qur..an yang pertama kepada Nabi SAWAW adalah tentang Tawhid, yang bermula dengan rujukan kepada Penciptaan dan PerintahNya...
..Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia menciptakan insan dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... (96: 1-5)
Menurut al-Qur..an, kebanyak para penyembah berhala masyarakat Arab pada ketika itu percaya tentang ..Tawhid dalam penciptaan dan perintah [3].., atau sekurang-kurangnya mereka bersedia untuk menerima kepercayaan ini.
..Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: ..Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?.. Tentu mereka akan menjawab: ..Allah.., maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)... (29: 61)
Dalam al-Qur..an Surah 31: 9-13 dan 87 adalah berkaitan dengan keyakinan yang sama. Namun, pada ketika itu terdapat sebilangan orang yang tidak sedar tentang Tawhid dalam ..penciptaan dan perintah,.. dan al-Qur..an menyoal mereka, untuk menunjukkan kepada mereka, jika ada Tuhan-Tuhan lain yang bertanggunjawab ke atas penciptaan dan pengaturan alam ini.
..Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah; Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata... (31: 10-11) .
Katakanlah: Terangkanlah kepadaKu tentang sekutu-sekutumu yang kamu seru selain Allah. Perlihatkanlah kepadaKu (bahagian) manakah dari bumi ini yang telah mereka ciptakan ataukah mereka mempunyai saham dalam (penciptaan) langit atau adakah Kami memberi kepada mereka sebuah Kitab sehingga mereka mendapat keteranganketerangan yang jelas daripadanya? Sebenarnya orang-orang yang zalim itu sebahagian dari mereka tidak menjanjikan kepada sebahagian yang lain, melainkan tipuan belaka. Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya tidak lenyap; dan sungguh jika keduanya akan lenyap tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun... (35: 40-41)
Al-Qur..an mengetengahkan kepada mereka yang ragu-ragu tentang kelemahan tuhan-tuhan ciptaan manusia dan meminta mereka berfikir tentang hal tersebut supaya mereka memahami perkara yang berikut: ..Katakanlah: Siapakah Tuhan langit dan bumi? Jawabnya: Allah. Katakanlah: Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi mereka sendiri? Katakanlah: Adakah sama orang yang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gelita dan terang benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka? Katakanlah: Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dialah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkara... (13: 16)
Al-Qur..an sekali lagi menarik perhatian orang-orang yang fikiran mereka tidak begitu tajam untuk memahami fakta yang mudah ini: ..Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenarbenarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa... (22: 73-74)
Ayat-ayat 30: 40, 25: 1-4, 35: 3, 39: 43 menitikberatkan tentang fakta bahawa kita perlu berfikir dengan betul tentang isu-isu ..Penciptaan dan Perintah.., iaitu penciptaan alam dan pengaturannya. Jika kita berfikir secara betul dan logik dalam hal ini maka kita akan dibawa kepada pemahaman bahawa segala doa dan ibadah adalah kepunyaan Allah semata-mata.
Ayat 54 dalam Surah al-A..raf menyatakan bahawa penciptaan dan pengaturan alam ini adalah tidak lain di bawah kekuasaan Allah SWT: ..Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikuti dengan cepat, dan (diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masingmasing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam... (7: 54)
6. Hujah-hujah al-Qur’an Tentang Penciptaan dan Perintah:
Menurut al-Qur..an sistem alam yang satu dan selari ini merupakan bukti yang nyata tentang Tawhid kepada Pencipta dan Pengatur alam ini. Dan kita diminta supaya merenungkan kepada sistem yang kukuh dan teratur ini bagi mengenali keesaan dalam penciptaan dan arahan:
..Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (2: 163-164)
Ayat-ayat dalai Surah 6: 94-99, 7: 58, 10: 3-6 dan 67: 68, 16: 10-20, 65- 74, 80-81, 17: 12, 36: 33-41, 45: 1-5 dan sejumlah ayat-ayat lain dalam al-Qur..an menarik perhatian manusia kea rah tanda-tanda dan buktibukti sistem alam ini yang teratur yang menunjukkan Tawhid kepada Sang Pencipta.
7. Penafian Tentang Doktrin Polytheisme:
Al-Qur..an yang suci menafikan doktrin polytheisme (Tuhan berbilang): ..Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada Tuhan (yang lain) bersertaNya, kalau ada Tuhan bersertaNya, masing-masing Tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian dari Tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu. Yang mengetahui semua yang ghaib dan semua yang nampak, maka Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka sekutukan... (23: 91-92)
Jika ada banyak pencipta, maka hubungan di antara mereka dengan alam ini akan berlaku seperti andaian berikut:
1. Pertama, setiap satu di antara pencipta memiliki sebahagian daripada alam ini yang dijadikan olehnya dan mengaturnya. Dalam hal ini akan wujud sistem yang terpisah atau sistem yang lain bagi setiap satu bahagian, iaitu bebas dari yang bahagian yang lain. Tetapi andaian ini adalah salah, kerana sistem alam ini diperintah dengan satu sistem yang teratur dan selari.
2. Kedua, salah satu daripada pencipta mungkin tamak dan lebih kuat dari yang lain dan tugasnya ialah membawa kesatuan dan keharmonian kepada pencipta-pencipta. Dalam hal ini dialah yang dianggap pencipta sebenar dan menguasai alam ini dan pencipta-pencipta yang lain merupakan wakil-wakilnya.
3. Ketiga, marilah kita membuat andaian bahawa semua pencipta mentadbir dunia dan tidak ada had atau pembahagian dalam penguasaan mereka dan mereka beroperasi di mana juga yang mereka sukai. Hasilnya, sistem yang seperti ini ialah akan berlaku konflik dan pertentangan dalam kehendak-kehendak mereka. Al-Qur..an menyatakan dalam hal ini: ..Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ..Arsy daripada apa yang mereka sifatkan... (21: 22)
Menurut pengertian ini, keesaan dan keabadian sistem alam ini menolak doktrin berbilangan tuhan dan kekuasaan mereka. Kepercayaan bahawa kesatuan pengaturan dan tujuan alam ini ditadbir oleh banyak tuhan juga ditolak. Andaian lain yang berpendapat bahawa terdapat dua atau lebih tuhan dalam alam ini yang beroperasi bersama setiap tempat hanyalah merupakan satu ilusi, kerana mengandaikan terdapat dua atau lebih tuhan, memerlukan bahawa akan terdapat sekurang-kurang beberapa perbezaan di antara mereka. Ia akan memberi kesan kepada keharmonian dan akan menimbulkan kesan huru-hara kepada sistem dan tujuan alam ini.
Sadrul Muta..allihin dalam kitabnya Asfar merujuk ayat di atas membuat satu kesimpulan:
..Kaedah lain untuk membuktikan Keesaan Tuhan adalah dengan mengaitkan KetuhananNya dan KekuasaanNya dan KesatuanNya dan keselarasan sistem alam ini dalam satu bukti hujah tentang Keesaan Tuhan. Pendekatan ini menyamai pendekatan yang dilakukan oleh Aristotle... (Asfar, Juz, 6, hlm. 94)
Pada tempat lain dalam kitab yang sama Sadr ul-Mutaallihin menjelaskan perkara ini dan berkata: ... ..Mengambil kira bahawa lingkung wujud adalah satu kesatuan dan skop dan lingkungannya disatukan antara satu dengan lain dan terdapat kesatuan dalam kepelbagaian dan terdapat bukti yang dapat disimpulkan tentang KeesaanNya, Tidak ada sesuatu yang menyamaiNya, Maha Besar, Maha Agung merupakan nama untuk Tuhan anda yang Maha Agung dan Maha Besar. Oleh kerana, wujud keseluruhan adalah satu, maka pencipta bagi semua itu tidak harus lebih dari satu. KekuasaanNya meliputi semua yang wujud itu...
..Dan Allah mengepung mereka dari belakang mereka...[4] (35: 20) Selanjutnya, Sadr ul-Mutaallihin menyatakan bahawa Kitab Suci telah mengemukan ayat-ayat yang telah dijelaskan sebelum ini.
8. Sebab-sebab: Tempat dan Peranannya dalam Dunia ini:
Kitab suci al-Qur..an menyatakan tentangn Tawhid dalam penciptaan dan perintah. Walau bagaimanapun ia tidak melihat peranan sebab secara berlebih-lebihan. Al-Qur..an menyatakan: ..Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupknNya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran)... (16: 65)
Ungkapan ..dihidupkanNya bumi.. bermaksud untuk mengingatkan peranan air sebagai alat untuk menghidupkan bumi. Apa yang ditunjukan daripada nas Qur..an berhubung dengan ..sebab dan peranannya.. bahawa Tuhan, Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui mengetahui setiap benda dan berkuasa melakukan setiap perkara. Tetapi Dia menciptakan alam ini mengikut satu bentuk tertentu dan dalam lingkungan sistemnya. Dia memberikan peranan kepada makhluk tertentu menjadikan menjadikan fenomena tertentu. Tetapi makhluk tersebut adalah sepenuhnya di bawah kekuasaan kehendak dan Tujuan Tuhan dan tindakannya adalah sebagai agen Tuhan.
Agen-agen ini menjalankan tugas mereka dengan taat. Mereka berjalan di bawah perintah Tuhan dan tidak pernah menyeleweng walaupun sedikit daripada jalan dan sentiasa berada di bawah penguasaan Tuhan: ..Dan matahari dan bulan dan bintang-bintang, tunduk dengan perintahNya.... (7: 54)
Daya graviti matahari yang kuat dan berkesan berada dalam kekuasaanNya dan di atas kehendakNya. Tenaga itu beroperasi menurut perintah Tuhan. Daya graviti bumi juga berada dalam di atas kehendak dan perintahNya. Tidakkah anda melihat bahawa jika Tuhan menghendaki, Dia boleh memberikan kemampuan kepada burung yang kecil untuk terbang menentang daya graviti bumi dan tergantung di angkasa untuk berjam-jam lamanya? ..Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman... (16: 79)
9. Allah: Pencipta dan Penghapus Sebab
Justeru, mengikut pandangan al-Qur..an, hukum ..Sebab dan Akibat.. adalah satu tenaga yang kuat dalam sistem alam ini. Ia amat bernilai. Manusia yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan berbagai fakulti, ilmu pengetahuan dan meningkatkan kuasa manipulasi dan melakukan perkara-perkara yang menakjubkan dalam dunia ini. Namun demikian, walaupun dia mempunyai usaha dan tindakan, dia hendaklah menyedari hukum sebab-akibat, dalam bidangnya itu kerana hanya dengan hukum ini dia mampu melakukan pencapaiannya tersebut. Jika tidak, semua usahanya akan menjadi sia-sia. Namun, sistem sebab dan akibat ini berada di bawah penguasaan kehendak Allah SWT. Ia bermaksud, ketika ada satu kerangka untuk manusia dan lain-lain makhluk melakukan tindakan dalam lingkungannya; tetapi tidak ada had demikian kepada Tuhan dan kerangka ini tidak memberi bekas kepada Penyebab Mutlak sistem ini kerana Dia dengan Kekuasaan dan PengetahuanNya telah mencipta semua sebab dengan kesan tertentu atau pelbagai kesan dan sifat-sifatnya. Pada bila-bila masa dengan KehendakNya, dia boleh mengeluarkan sesuatu sebab atau mencipta satu aturan sebab dan akibat-akibatnya. ..Mereka berkata: Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak. Kami berfirman: Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim. Mereka hendak membuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi... (21: 68-70)
Maka apabila Dia hendak menghapuskan kemampuan api untuk membakar, Dia berkuasa melakukan hal itu dengan perintah yang sama yang telah mencipta alam ini. Jika manusia yang bijaksana dan berkuasa pada abad ini telah mencapai kemampuan untuk menghentikan satu letupan bom, atau lombong atau alat-alat letupan yang lain yang dicipta olehnya dengan menggunakan alat kawalan radio atau pesanan elektronik, justeru mengapakah tidak kepada Tuhan yang berkuasa untuk menukarkan akibat kepada perkara yang telah diciptakanNya?
Pendekatan yang sama turut dkemukakan oleh lain-lain agama, seperti mana yang terkandung dalam Upanishad apabila Brahma menghapuskan kesan api yang membakar: Sekarang Brahma berjaya memenangi untuk tuhan-tuhan. Dengan kemenangan Brahma ini, tuhantuhan bergembira. Mereka berkata kepada diri mereka: ..kemenangan untuk kita, kepada kita kebesaran ini!.. Mereka berkata kepada Agni (Api): Jatanedas, siasat apakah makhluk yang istimewa ini. Maka dia lari keluar. Dia berkata kepadanya: ..Siapakah anda?.. ..Sesungguhnya aku adalah Agni.., dia berkata, ..Sesungguhnya, aku adalah Jatanedas... Apakah kuasa yang anda miliki? Sesungguhnya, aku boleh membakar setiap benda di sini dan apa yang ada di muka bumi ini. Maka dia meletakkan sebatang ranting kayu di hadapannya ..Bakarlah ia!.. Dia mara ke arahnya dengan pantas tetapi tidak mampu membakarnya. Kemudian dia kembali dan berkata: ..Aku tidak berupaya untuk mengetahui apakah makluk yang istimewa ini... (362/363/Upanishad)
Maka Brahma telah menghapuskan kuasa membakar Agni (tuhan api) sehingga dia tidak mampu membakar walaupun sebatang ranting kayu.
4
TUHAN MENURUT PANDANGAN ALQUR'AN
sambungan bab V...
10. Mukjizat dan Peristiwa Luar Biasa Menurut Pandangan al-Qur’an
Tidak ada pertentangan antara mukjizat dan hukum sebab-akibat yang telah kita bincangkan tadi. Menurut hukum sebab dan akibat, ..tidak ada kejadian yang wujud tanpa disebabkan oleh sesuatu sebab... Menurut pandangan al-Qur..an terdapat juga sebab daripada mukjizat dan sebab mukjizat adalah kehendak khusus bagi Allah SWT. Justeru, kejadian mukjizat tidak saja sesuai kepada prinsip umum sebab-akibat, tetapi ia juga sesuai dengan hukum saintifik, dan amalan yang dikaitkan dengan, sebab-akibat kerana manusia dalam mengamalkan hukum-hukum saintifik yang ditemui dalam lingkungan sistem sebab-akibat dalam alam fizik, tidak terkecuali daripada menemui hukum mutlak alam semulajadi dan tidak mengizinkan sebarang pengecualian kepada semua para pengkaji dalam bidang sains empirikal, mengetahui bahawa hukum saintifik yang ditemui sebagai hukum alam semulajadi adalah berada di bawah hukum relativisme. Para pakar dalam bidang sains semulajadi yang menyedari dan tidak bersikap sombong tidak percaya kepada kemutlakan dan keyakinan seratus peratus tentang hukum saintifik ini.
Kenderaan yang digunakan oleh orang-orang yang bijaksana di dunia ini untuk sesuatu perjalanan seperti kereta, keretapi, kapal laut dan kapal terbang yang dikawal oleh para ahli teknik yang mahir dan dipandu oleh para pemandu yang mahir dan mendapat cukup latihan seperti kapten, pilot kapal terbang, namun mereka ini walaupun mempunyai pengetahuan yang cukup tetapi tidak akan membuat jaminan bahawa kenderaan yang dipandu oleh mereka berada dalam keadaan 100 peratus selamat. Pada ketika yang tertentu, kemungkinan berlaku mala petaka yang tidak diundang dan masalah teknik yang akan membawa kepada kemalangan.
Ahli-ahli sains, dalam penyelidikan mereka, turut mengikuti jalan yang sama. Setiap ahli sains yang berpengalaman amat menyedari bahawa setiap ujikaji baru dan peralatan baru yang dijalankan, akan membawa kepada penemuan dan hubungan baru di antara berbagai objek yang mungkin mendorongnya untuk menolak rumusan dan menolak hukum saintifik yang terdahulu atau mungkin akan membuktikan bahawa formula terdahulu adalah tidak benar akibat daripada keadaan-keadaan tertentu atau keadaan terkecuali kerana wujudnya faktor-faktor yang tidak diketahui yang akan mengatasi formula terdahulu. Pada peringkat pertama, percubaan untuk menyemak rumusan yang diterima dan cubaan untuk memperbaikinya. Pada peringkat kedua, cubaan untuk mencapai kesahan tertinggi kepada hukum yang telah diperbaiki dengan kemungkinan peratusan yang tertinggi, sebagai contoh 999999/1000000 dan seterusnya mereka akan bergantung kepada hukum ini dalam kerjakerja mereka. Maka kebarangkalian kepada keadaan yang bersifat keajaiban dan fenomena luarbiasa yang berlaku dalam kes-kes terkecuali dengan kehendak dan perintah Allah SWT adalah amat kecil kurang daripada 1/100000 maka kita membuat kesimpulan bahawa dengan ini menerima kemungkinan berlakunya fenomena keajaiban dengan kehendak dan perintah Allah tidak akan menolak kesahan saintifik tentang prinsip umum sebab-akibat tersebut.
11. Sains Sebab; Meninggalkan Konsep-konsep Tahayul
Salah satu daripada ajaran al-Qur..an yang berharga berkenaan sebabsebab dan kesahannya diterangkan seperti berikut: Ketika mengkaji untuk mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesannya, kita hendaklah bergantung semata-mata kepada ilmu pengetahuan yang jelas, tidak kabur dan terbukti benar, iaitu kita bergantung kepada buktibukti yang konlusif yang mampu menghilangkan segala kekaburan dan tidak bergantung kepada rumusan yang tidak berasas dan tidak pasti. Percaya kepada faktor fizikal secara bayangan semata-mata, akan menyebabkan kemunduran dalam sains teknologi dan kesedaran yang kebelakang dan ketidakmampuan untuk mengekploitasi sumber-sumber semulajadi seperti mana yang berlaku dalam masyarakat zaman purba yang akan mengalami penderitaan dan penyakit tetapi tidak berusaha untuk menemui secara saintifik sebab penyakit tersebut sebalik mengambil jalan yang salah secara tahayul dan tidak berasas misalnya percaya kepada kesan bintang tertentu ke atas nasib manusia, dan hasilnya menggunakan Astrolab (jam matahari) untuk meramal kesannya ke atas nasib manusia dan mengabaikan penggunaannya untuk tujuan saintifik. Mempercayai tenaga tahayul dalam lingkungan metafizik lebih berbahaya lagi kerana ia akan melencungkan manusia daripada prinsip Tawhid dan memerangkap mereka dalam gejala syirik. Lantaran itu, al-Qur..an dengan tegas menyatakan bahawa seseorang itu hendaklah menjauhkan diri pendapat yang berasaskan kepada prasangka semata-mata.
..Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang hal itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya prasangka itu tidak berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran... (53: 28)
..Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata:..Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang (beragama) Yahudi atau Nasrani... Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: ..Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar... (2: 111)
..Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) berkata: ..Allah mempunyai anak... Maha Suci Allah; Dia Yang Maha Kaya; kepunyaanNya apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai hujah tentang ini. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?.. (10: 68)
..Katakanlah: ..Sesungguhnya aku (berada) di atas hujah yang nyata (al-Qur..an) dari Tuhanku) sedang kamu mendustakannya. Bukankah wewenangku (untuk menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk segerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik... (6: 57)
Ayat-ayat di atas menekankan ilmu pengetahuan saintifik iaitu berasaskan bukti, kesimpulan, penghujahan, keterangan bukti dan pengesahan.
12. Doa
Doa adaalah salah satu sebab yang berkesan dalam kebanyakan urusan hidup manusia, iaitu memohon kepada perhatian Tuhan dengan keseluruhan kewujudan seseorang mengharapkan pertolonganNya. Tidak ada keraguan bahawa Tuhan amat mengetahui dan sedar tentang keperluan manusia dan kehendak peribadinya. Namun, Dia telah menetapkan hukum yang mentadbir hubungan manusia dengan fitrah kehidupannya, iaitu tidak ada yang dapat dicapai melainkan dengan usaha dan tindakan dan setiap tindakan akan mendatangkan hasil. Dia menetapkan prinsip bahawa tidak ada kekayaan tanpa tungkus lumus dan tidak ada balasan yang diberikan tanpa hak yang sewajarnya begitu juga dengan hubungan langsung manusia dengan Tuhan, satu tatacara doa dan penerimaannya telah ditetapkan oleh Tuhan.
..Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran... (2: 186)
Maka tidak ada orang yang berkata:
..Adakah Tuhan akan berubah dengan doa kita, sebagaimana Dia meminta kita berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya? Adakah Tuhan boleh berubah-ubah?.. Soalan ini menyamai soalan tentang usaha pada satu sisi dan kehendak Tuhan (qada dan qadar) pada sisi yang lain, yang menimbulkan kontroversi tentang qada, qadar dan kedudukan di antara keduanya (amr bayn al-amrayn).
Dalam hubungan ini juga dikatakan: Tidakkah setiap benda sudah ditetapkan kepada manusia oleh Tuhan sejak azali lagi? Atau adakah qada atau apa juga yang telah ditetapkanNya sejak azali dapat diubah sebagaimana manusia mula berubah sebagai hasil daripada usaha dan tindakan manusia? Dalam hal ini, kita membuat kesimpulan bahawa usaha dan tindakan pada sisi manusia pada hakikatnya mendatangkan kesan. Kita cuba menyelesaikan masalah ini dengan jalan berikut: ..Tuhan memberikan kuasa kepada manusia sejak azali untuk bebas membuat pilihan dan tindakan dan mencapai tujuannya menurut kehendaknya... Dalam hal ini kita juga membuat kesimpulan yang sama tentang doa dan kedudukannya seperti berikut: Tuhan adalah Kekal, maka KehendakNya adalah kekal dan KehendakNya yang tidak berubah yang menetapkan benda-benda berada dalam keadaan ..akan bersedia berubah.. dan tidak kekal dalam keadaan ..keberadaan... Dalam hal ini benda-benda wujud pada setiap ketika, satu keadaan baru akan muncul dan dalam proses yang berkesinambungan ini faktor pendahulu memainkan peranan penting. Sebagai contoh, dalam keadaan-keadaan tertentu kerja-kerja saya, atau doa, yang juga dianggap sebagai usaha saya, berkesan dan memainkan peranan yang penting, iaitu satu peranan atau tugas yang telah ditetapkan oleh Tuhan kepada kita sejak azali lagi.
Lantaran Tuhan adalah Kekal dan IlmuNya dan KehendakNya juga Kekal dan pada masa yang sama dan pada bila-bila masa, satu keadaan baru akan muncul di dunia ini, dan perbuatan manusia, kehendak dan doa memainkan peranan yang berkesan dan penting dalam hal tersebut. ..Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam urusan... (55: 29)
Jika anda mengalami kesusahan, janganlah anda susah hati. Janganlah meninggalkan kerja anda tetapi berusaha lebih keras dan memohon pertolongan Allah, kerana anda tidak akan menjangka akan adanya jalan yang akan mengeluarkan anda dari keadaan tersebut. ..Setiap waktu Dia dalam urusan (kekuasaanNya)... Maka bagaimanakah anda menganggap diri anda dikalahkan seratus peratus. Kemungkinan keadaan akan berubah pada hari esok yang memberikan keuntungan kepada diri anda.
Terdapat banyak keadaan-keadaan baru wujud yang disebutkan dalam al-Qur..an yang berlaku tetapi bertentangan dengan jangkaan manusia. Sebagai contoh, ketika Nabi Musa AS (20: 25-26) memohon pertolongan kepada Allah SWT; Nabi Zakaria AS memohon seorang putera (19: 19) dan sebagainya. Ia merupakan sebab yang memberi kesan sebagaimana sebab-sebab lain dalam hukum sebab-akibat secara alami. Misalnya Allah menetapkan kualiti-kualiti tertentu kepada cahaya, kepanasan, tenaga elektrik, graviti dan sebagainya atau menetapkan herba tertentu dengan kandungan kimia tertentu yang memberikan kesan penyembuhan ke atas sesuatu penyakit. Demikian juga Dia menetapkan peranan dan kesan tertentu dalam doa yang dapat memenuhi kehendak manusia. Keberkesanan doa tidak hanya pada kesan psikologi semata-mata. Secara psikologi doa mempunyai kesan yang banyak sama ada kesan yang diketahui atau tidak diketahui. Sebagai contoh, doa menghidupkan harapan, kekuatan, kehendak dan mengukuhkan potensi yang tersembunyi dalam diri manusia, malahan ia menggalakkan manusia mampu memikul tugas-tugas yang tidak dijangka dari dirinya. Tetapi al-Qur..an telah menerangkan keberkesanan doa yang meliputi aspek yang lebih besar daripada apa yang kita bincangkan di atas. Penjelasan yang terbaik tentang keberkesanan doa menurut al-Qur..an adalah seperti berikut: Doa adalah satu bentuk sebab yang mendatangkan akibat atau kesan; tidak semestinya psikologi seperti menguatkan semangat dan sebagainya...
Doa dalam agama-agama lain juga dianggap memberi kesan kepada kehidupan dan urusan manusia. Pandangan ini tidak hanya dibentuk dalam kitab-kitab agama semitik tetapi juga dalam kitab-kitab agama Aryan. Kitab Avesta menyatakan dalam hal ini: ..Oh, Mazda Ahura, kepada orang-orang yang Engkau anggap bijaksana, benar dan baik dalam agama, berikanlah kejayaan, kerana aku percaya bahawa menyatakan kehendak di hadapan Engkau akan mendatangkan hasil dan kejayaan demi keselamatan seseorang... (34: 10, Avesta)
Perbezaan asas antara pandangan-pandangan al-Qur..an dan Avesta dan juga lain-lain kitab agama ialah kitab-kitab agama selain al-Qur..an tidak menujukan doa kepada Yang Maha Pencipta alam ini seperti dalam doa berikut: ..Wahai Mazda! Ahura! Aku, Oh, Urdibehisht Aku Oh, Bahman! Semoga hamba-hambaMu yang baik tidak menyebabkan sebarang perkara yang Engkau tidak sukai membolehkan kami menyampaikan hajat kami kepadaMu. Engkaulah yang lebih berkuasa daripada semua manusia di dunia ini agar dapat memberikan kejayaan kepada orang-orang yang baik dan meninggikan kedudukan mereka di alam ruh... (34: 9, Avesta)
Terdapat banyak contoh seperti itu dalam kitab Avesta, tetapi dalam al- Qur..an doa dan memohon pertolongan hanya ditujukan kepada Tuhan semata-mata. Al-Qur..an menekankan bahawa kita hendaklah mengangkat tangan berdoa kepada Allah dan menjauhkan diri daripada mendapatkan pertolongan selain daripada Allah, kerana tuhan-tuhan lain tidak akan dapat melakukan sebarang perkara secara bebas. Mereka tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada sesiapa juga dan juga tidak dapat mengambil sesuatu daripada sesiapa pun. ..Katakanlah: sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku, dan aku tidak mempersekutkan sesuatu denganNya... (72: 20)
13. Tawhid Sebagai Ibadah:
Sebagaimana yang telah dibincangkan terdahulu, Tawhid dalam al-Qur..an menjadi asas kepada kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan Tawhid sebagai ibadah. Ia merupakan satu konsekuen yang logik dengan Tawhid dalam Penciptaan dan Perintah. Adalah jelas bahawa hanya kehendak dan perintahNya yang berlaku ke atas semua urusan di dunia ini misalnya penciptaan, pentadbiran dan kekuasaan dan setiap benda dan setiap orang bertindak dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tiada satu benda yang bertindak bebas di dunia ini kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila kita mengetahui bahawa semua sumber pergerakan adalah di bawah kekuasaan dan kehendak Tuhan seperti matahari, bulan, bintang, awan, angin, hujan, kilat, petir, tanah, air, jin dan malaikat dan sebagainya, maka menyembah dan memuji makhluk tersebut tersebut adalah satu perbuatan yang sia-sia.
..Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi sebaga hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui... (2: 21-22)
..Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allahlah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong (dengan mengatakan):..Bahawasanya Allah mempunyai anak lelaki dan perempuan.., tanpa (berdasarkan) ilmu pengetahuan) Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan. Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakanm segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu... (6: 100-102)
..Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah Yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah... (41: 37)
..Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingantandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagai mana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaanNya (nescaya mereka menyesal)... (2: 165)
..Katakanlah:..Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak mendatangkan kemanfaatan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudaratan kepada kita...... (6: 71)
Jika ibadah bermaksud merendah diri, cinta dan kehendak dari makhluk yang tidak memiliki kesempurnaan terhadap kesempurnaan, kecantikan, keagungan Wujud Yang Maha Sempurna, maka ia hendaklah ditujukan kepada Tuhan semata-mata, kerana Dialah yang wajib menjadi tumpuan kepada cinta dan kehendak yang sedemikian.
..Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah....(2: 165) ..Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.... (1: 2-5)
Beriman kepada Tuhan Yang Esa Yang Maha Berkuasa, Pencipta, menjadi sumber kepada penciptaan yang mengatasi segala sesuatu, ditemui dalam kebanyakan agama, aliran-aliran falsafah dan mazhabmazhab sufi. Lebih lanjut, kebanyakan aliran fikiran dan agama, di samping percaya kepada Tuhan Yang Esa, juga berpandangan bahawa tidak ada wujud di dunia ini yang setanding dengan Tuhan, Pencipta mutlak. Seterusnya, Dia adalah Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, tetapi konsep tawhid menurut al-Qur..an tidak hanya berhenti setakat itu sahaja tetapi al-Qur..an menyatakan bahawa Pencipta mutlak bukanlah Tuhan kepada tuhan-tuhan, tetapi Dia adalah sahaja Tuhan dan tidak ada Tuhan selain Dia. Justeru itu, dalam lain-lain agama, konsep beriman kepada keEsaan Tuhan tidak selari dengan penyembahan kepada banyak tuhan dalam ibadah yang mereka lakukan iaitu memohon pertolongan dan menyembah tuhan-tuhan lain yang mereka percayai. Tetapi menurut al- Qur..an, Tawhid dan pengiktirafan kepada Keesaan Tuhan menjadi bermakna hanya apabila ia diamalkan dan diterjemahkan ke dalam Tawhid dalam ibadah, doa, puji-pujian dan Tawhid dalam ketaatan.
..Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan...Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan... (1:1-5)
Bagi memahami secara mendalam doktrin Tawhid dan ayat-ayat dalam Surah al-Hamd, kami membawa perhatian anda kepada petikan daripada kitab Avesta: ..O, Ahura Mazda! Anugerahkan kepadaku dengan rahmat Urdibehist yang memberikan manusia yang baik, kebajikan dalam dua dunia, alam fana dan baqa; aku dengan sifat yang baik mendekatinya... (Avesta, 32: 2,3)
O, Urdibehish aku memujiNya dan Bahman dan Mazda Ahura dan Sipant Armadh dalam akhlak yang baik kerana Engkau dan mereka yang telah melapangkan dan menghiaskan alam baqa kepada mereka yang baik. Dan aku memohon pertolongan dariNya apabila aku memerlukan pertolongan... O, Urdibehist limpahkan kepada kami segala rahmat, anugerah dan kurnia Goshtasp, O, Spinat Armadh, penuhilah kehendak dan keperluan kami... O, Urdibehisht, atau Tuhan anugerahkan kekuatan ke atas utusanNya.... (Avesta, 23)
Adalah benar bahawa ..Ahuramazda.. dianggap oleh Avesta sebagai Tuhan yang paling besar yang menjadi sumber kepada semua.., dan bukan Ahriman atau malaikat yang paling tinggi sama kedudukan denganNya. Tetapi dalam puji-pujian, doa dan memohon pertolongan, Ahuramazada[5], Brahman[6], Urdibehisht[7], Spinat Armadh[8], dan sebagainya juga merupakan tujuan kepada kehendak dan keperluan manusia. Tetapi al-Qur..an secara mutlak melarang segala bentuk ibadah dan doa ditujukan kepada wujud-wujud yang lain selain daripada Allah SWT.
14. Tawhid sebagai Penyerahan diri dan Ketaatan:
Ketaatan dari sudut pandangan al-Qur..an terdapat dua bentuk: 1. Ketaatan mutlak dengan penyerahan tanpa soal-jawab terhadap apa yang diperintahkan kepada manusia. 2. Ketaatan kepada mereka yang berhak untuk ditaati (wilayah) terhadap kita. Demi kepentingan kita dan umum juga dari sudut pandangan kecenderungan manusia amatlah penting untuk taat kepada wali bahawa Nabi-nabi as, Imam as dan pemimpinpemimpin yang mempimpin umat pada zaman keghaiban Imam Mahdi as menurut hadith-hadith yang sahih, ibubapa dan seterusnya. Syarat-syarat yang menyebabkan ketaatan kepada mereka wajib adalah mereka tidak menyeleweng daripada jalan keadilan dan syariah. Maka menjadi tugas dan tanggungjawab orang ramai meneliti tentang hal ini dan menjauhkan daripada mereka yang menyelewengn daripada hukum syariah dan zalim. Seterusnya ketaatan yang demikian bukanlah ketaatan mutlak. ..Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putara Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (9: 31)
Muhammad ibn Yaqub al-Kulaini (329H) dalam kitabnya al-Kafi, berkata bahawa: ..Beberapa orang sahabat-sahabat kami meriwayatkan daripada Abu Basir bahawa dia bertanya daripada Imam Sadiq as berkenaan dengan ayat-ayat Allah: ..Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.. (9: 31)
..Imam berkata: Demi Allah, mereka (rahib-rahib yahudi dan orang alim kristian) tidak pernah menyeru (pengikut) mereka menyembah diri mereka kerana jika mereka menyeru mereka (pengikut), sudah tentu mereka membalas seruan mereka itu. Sebenarnya, mereka golongan rahib dan alim ini menyampaikan yang halal sebagai haram (mengikut kehendak diri mereka sendiri) dan begitu juga di sebaliknya...
Al-Kulaini juga memetik riwayat yang sama dengan rujukan kepada sumber lain di mana Imam as telah menegaskan perkara berikut:
..Demi Allah, mereka (penganut Kristian) tidaklah berpuasa kerana rahibrahib mereka atau beribadah kerana mereka tetapi sebenarnya mereka mengikuti mereka (para rahib) dengan taqlid buta apabila rahib-rahib mereka mengeluarkan hukum yang haram sebagai halal dan yang halal sebagai haram... (2: 53)
Para mufassirin Syiah secara umum menafsirkan ayat Qur..an ini merujuk kepada hadith yang sama. Imam Fakhr al-Razi (543 atau 4-406H) juga dalam tafsirnya al-Kabir menulis: ..Ketahuilah Allah SWT menggunakan perkataan ..ittakhidzu.. (mereka telah mengambil) menerangkan bahawa golongan Kristian dan Yahudi telah melakukan perbuatan syirik. Ada beberapa isu yang dapat dipertimbangkan dalam ayat ini seperti berikut: Isu pertama.... Isu kedua: Kebanyakan mufassirin berpegang bahawa istilah ..Arbaban..(Tuhan-tuhan) yang terdapat dalam ayat ini bukan bermaksud orang alim dan rahib-rahib tetapi ia merujuk kepada pengikut yang berada di bawah mereka yang menerima secara taqlid buta apa sahaja yang mereka katakan. Ada sebuah hadith tentang dengan Adim bin Hatam [9] bahawa ketika beliau masih lagi seorang Kristian, pada suatu hari datang bertemu Nabi SAWAW dan Nabi SAWAW membacakan Surah al- Baqarah (2: 165). Apabila beliau SAWAW sampai kepada ayat ini, ..Adi Berkata.. Aku berkata kepada Nabi SAWAW bahawa kami tidak menyembah mereka. Nabi SAWAW berkata: tidakkah mereka mengiystiharkan yang halal sebagai haram dan tidakkah anda mengisytiharkan perkara yang sama? Adi berkata: ..Benar... Kemudian Nabi SAWAW berkata bahawa hal itu sama seperti menyembah mereka. Al-Razi berkata: Aku berkata kepada Abu al-Aliyyah apakah perkara yang menjadi kebiasaan rahib-rahib dan orang alim di kalangan Bani Israel sehingga mereka dianggap sedemikian rupa? Dia menjawab: Apabila mereka menemui sesuatu dalam Kitab Suci yang bertentangan dengan kata-kata yang diucapkan oleh rahib-rahib dan orang alim, mereka menerima apa yang dikatakan oleh para rahib dan orang alim dan menolak apa yang terkandung dalam Kitab Suci... 916: 36, 37,. Tafsir al-Kabir).
15. Penyerahan Terhadsap Perintah dan Wahyu dan Menjauhkan diri daripada perselisihan
Tawhid[10] dianggap sebagai penyerahan diri dan ketaatan secara langsung merupakan perkara penting kepada para penyembah Tuhan, menyerahkan diri mereka kepada perintahTuhan berkaitan dengan urusan agama. Berhubung dengan perkara ini, mereka hendaklah memeriksa kecenderungan dan sikap mereka bagi menjurus kepada jalan kesatuan dan perpaduan tawhid dan meninggalkan perselisihan dalam hal agama. Al-Qur..an menyatakan hal ini: ..Dan hendaklah orang-orang Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq. Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur..an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan ujian) terhadap kitab-kitab yang lain itu, maka putuskanlah perkara yang menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu... (5: 47-48)
Dalam ayat ini, al-Qur..an telah mengemukakan satu penyelesaian yang logik dan berasas bagi menyelamatkan para pengikut agama wahyu daripada perpecahan supaya mereka semua yang beriman kepada Allah dan Rasul menjauhkan diri daripada perselisihan yang tidak berguna [9]. Setiap individu dan kumpulan dengan pemahamannya sendiri tentang wahyu hendaklah bersegera ke arah kebaikan dan dengan jalan ini mereka berlumba-lumba berbuat kebajikan bukan melibatkan diri dengan perselisihan yang tidak memberi manfaat seperti mana yang berlaku kepada pengikut agama-agama terdahulu. Cara yang betul untuk menyelesaikan isu tersebut ialah ..Apa yang betul?.. Seseorang itu pada peringkat pertama, merujuk kepada nas al-Qur..an untuk meleraikan keraguan. Jika berlaku sebarang perselisihan tentang apakah yang benar dan siapakah yang benar. Maka penyelesaian yang muktamad hendaklah diserahkan pada suatu hari di mana semua hijab akan dibuka dan para utusan wahyu akan mendedahkan kebenaran dengan sejelas-jelasnya.
Nampaknya inilah cara untuk mencapai kesatuan kepada para pengikut agama wahyu. Jika tidak, bukan sahaja pengikut salah seorang Nabi atau kitab suci akan bersengketa dengan pengikut-pengikut Nabi-nabi yang lain dan hal ini akan menyebabkan jalan Allah yang lurus dan terang benderang akan sirna, tetapi juga akan muncul perselisihan di kalangan para pengikut Nabi yang sama dan kitab yang sama berkenaan hal ini atau ijtihad yang mana yang benar kepercayaan mana pula yang benar. Malahan para pengikut kepercayaan yang sama akan berselisih dengan yang lain iaitu sama ada hendak mengikuti Mujtahid yang ini atau Mujtahid yang itu. Hasilnya cahaya wahyu akan menjadi pudar.
Lantaran itu, al-Qur..an meletakkan beriman kepada Tawhid sebagai paksi kepada semua kepercayaan dan segala usaha dalam agama, dalam istilah yang khusus menyatakan bahawa perselisihan 72 firqah (72 firqah adalah satu istilah, dan merupakan istilah yang terkenal dalam Mathnavi oleh Rumi yang menunjukkan perbezaan banyak mazhab) tentang Tawhid di kalangan orang-orang Islam sebagai kesesatan dari jalan yang betul dan larangan kepada segala perselisihan dari segi Usuluddin kecuali kepada mereka yang mungkin mendapat hidayah dan bebas daripada prasangka dan kepentingan diri. Perselisihanperselisihan yang dilarang, adalah yang bersifat takabur di sisi Allah dan sebaliknya hendaklah mencapai kesatuan masyarakat yang berasaskan wahyu.
16. Tawhid pada ZatNya: Keesaan dan Tidak ada Sekutu bagi Allah
..Atau patutkah mereka mengambil pelindung-pelindung selain Allah? Maka Allah, Dialah Pelindung (yang sebenarnya) dan Dia menghidupkan orang-orang yang mati, dan Dia adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya (terserah) kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku kembali. (Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula) dijadikanNya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat... (42: 9-12) Ayat ini sekali lagi menekankan bahawa Allahlah pentadbir alam ini dan menambah:..Tidak ada sesuatu yang menyamaiNya... Maka dengan ini Allah adalah Wujud yang tidak ada sekutu bagiNya.
17. Keesaan (Tawhid) Allah
..Katakanlah: Allah adalah Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang menjadi sekutu denganNya... (112: 1-4)
18. Apakah yang dimaksudkan dengan Tawhid dan tidak ada sekutu bagiNya?
Para pemikir yang terkemuka berpandangan bahawa Tawhid dan tidak ada sekutu bagiNya adalah sama dengan Tawhid pada ZatNya yang menjadi perbahasan kepada ahli falsafah dan irfan. Keterangan yang paling mudah tentang Tawhid dapat dikemukakan seperti di bawah: Apabila kita katakan ..Tuhan adalah Satu.., ia membawa maksud bahawa Tuhan adalah Zat Yang Esa yang tidak boleh dikaitkan dengan berbilangan. Walaupun tidak mungkin untuk menggambarkan sebarang dua wujud atau dua jenis yang menyamaiNya, maka Keesaan hanya dikaitkan dengan Zat dan Tawhid atau KeEsaan adalah wajib kepada ZatNya. Lantaran itu, untuk memahami Keesaan Tuhan, adalah penting sekurang-kurangnya mengetahuiNya dengan betul, iaitu mempunyai konsep yang betul tentang istilah ..Tuhan.. dalam kotak fikiran kita. Jika kita memahami istilah ini dengan betul, maka secara automatik kita akan sampai kepada kesimpulan yang dimaksudkan itu. Jika Tuhan itu wujud, Dia adalah Esa dan tidak mungkin dua atau banyak, kerana ZatNya tidak sesuai dengan keduaan dan berbilangan. Bagi menjelaskan lagi perkara ini, marilah kita mengambil contoh: Lihat satu garisan yang kita anggap berkembang kepada dua hujung secara infinitif. Sekarang, kita anggap satu lagi garisan selari dengannya dan berada pada jarak satu meter dari garisan yang pertama dan ia juga berkembang secara infinitif pada kedua hujungnya. Apakah ada pertentangan pada dua garisan yang selari pada jarak tertentu itu? Adakah ia mengandungi kesukaran atau pertentangan? Tidak sama sekali, kerana pada definisi selari, dua garisan itu yang berada pada jarak yang sama dan jika ia terus berkembang pada jaraknya secara infinitif, kedua-duanya tidak akan bertemu sama sekali. Tidak kira apa juga bentuk perbahasan tentang kebenaran definisi ini sama ada ia mutlak atau tidak, adalah jelas bahawa sekurang-kurangnya kita dapat beranggapan demikian tentang garisan-garisan tersebut.
Sekarang, marila kita lihat satu tubuh di hadapan kita. Kita katakan tubuh ini tidak terbatas dari semua arah dan sisi sama ada panjang, luas dan tinggi. Sekarang soalannya ialah dapatkah kita beranggapan satu tubuh lain yang mempunyai sifat seperti itu juga? Jawapannya ialah tidak, kerana tubuh yang pertama telah memenuhi semua ruang dan tidak ada ruang kosong untuk tubuh yang kedua salam ada secara terbatas atau tidak terbatas melainkan tubuh yang kedua memasuki tubuh yang pertama tetapi tanggapan ini juga salah kerana kedua tubuh tidak boleh memenuhi ruang antara satu sama lain. Seterusnya kita tidak boleh beranggapan dua tubuh kabur memenuhi ruang. Maka apa jua tubuh yang berada pada satu ruang tidak lain adalah tubuh yang sama.
Maka dalam kenyataan ini, kita telah membincangkan satu tubuh yang tidak terbatas dan adalah jelas bahawa kenyataan tentang satu tubuh yang tidak terbatas menolak kewujudan satu tubuh yang tidak terbatas yang lain. Memanjangkan isu ini sama ada kemungkinan ia dapat dikaitkan kepada satu wujud yang tidak terbatas pada semua perkara. Adakah kemungkinan untuk beranggapan ada dua wujud atau lebih yang sedemikian? Tidak, kerana beranggapan dua wujud yang sedemikian maka setiap satu di antaranya haruslah berbeza daripada yang lain. Justeru, kewujudan salah satu daripada keduanya akan menghadkan kewujudan yang lain. Maka dengan ini tidak ada wujud yang tidak terbatas. Lantaran itu, Tuhan adalah Wujud yang tidak ada sekutu bagiNya dan Esa. Kewujudannya melampaui semua bentuk duaan atau berbilangan [11].
19. Tawhid (Bukan) Berbilangan:
Jika seseorang betul-betul memahami pengertian Tawhid dan Keesaan Tuhan, maka difahami bahawa KeesaanNya bukan Keesaan berbilangan seperti ..wujud dalam satu bahagian... Kerana wujud berbilangan merujuk bahawa wujud yang lain juga menjadi mungkin tetapi kerana sebab-sebab tertentu ia tidak dapat wujud. Tanggapan ini dapat dikaitkan kepada wujud-wujud yang mempunyai berbilangan daripadanya, iaitu kemungkinan ada dua atau lebih wujud padanya. Sadr ul-Muta..allihin dalam kitabnya Shawahid al-Rububiyyah berkata:..KeesaanNya bukan berbilangan tetapi KeesaanNya adalah Keesaan yang mutlak iaitu Dia tidak mempunyai sebarang sekutu (tidak mungkin beranggapan yang kedua atau ketiga sepertiNya). (Shawahid al-Rububiyyah, hlm. 48) Dalam kitabnya Arshiyyah, Mulla Sadra (Sadr ul-Muta..allihin) telah membahaskan isu yang menarik ini dengan mendalam di bawah tajuk Qaedah al-Mashriqyyah dan sesiapa yang berminat bolehlah merujuk kepada kitab ini.
1. Kesatuan Perseorangan
Istilah kesatuan perseorangan digunakan terhadap kesatuan yang bersifat khusus dan secara biologi (generik). Sebagai contoh, Hushang dan burung nightingale kepunyaannya berkongsi kesatuan generik kerana kedua-duanya adalah makhluk hidup (haiwan) tetapi tidak mempunyai kesatuan khusus perseorangan. Hushang dan temannya yang berkulit hitam berkongsi kesatuan generik dan khusus tetapi bukan kesatuan kelas, kerana Hushang berkulit putih dan temannya berkulit hitam. Pada masa yang sama mereka juga tidak mempunyai kesatuan perseorangan kerana mereka berdua wujud yang berbeza. Hushang dan saudaranya Ahmad berkongsi kesatuan generik dan khusus, kerana kedua-duanya daripada bangsa yang sama dan mempunyai ibubapa yang sama. Walaupun tubuh fizikal, bentuk dan kelakuan mereka mungkin berkongsi ciri-ciri yang sama seperti sebiji epal yang dibelah dua, tetapi tidak mempunyai kesatuan perseorangan kerana kedua-dua tetap merupakan dua individu yang berbeza. Kesatuan perseorangan dalam pengertian yang tersebut di atas dikaitkan dengan kesatuan berbilangan. Maka, Tuhan tidak boleh digambarkan mempunyai kesatuan perseorangan dan menjadi manusia. Tetapi daripada pandangan falsafah, kesatuan perseorangan memiliki pengertian yang mendalam, di mana Tuhan memiliki dan tidak boleh wujud tanpanya. Daripada pandangan falsafah yang mendalam, kita dapat menekankan bahawa setiap kenyataan yang objektif hendaklah mempunyai kesatuan perseorangan pada dirinya sendiri, iaitu berbeza daripada kenyataan lain sama ada secara asas bersifat dualistik dari segi fitrah atau tidak. Jika ia bukan dualistik dalam hubungan ZatNya maka kesatuan perseorangan akan menjadi wajib kepada ZatNya dan ia tidak ditentukan oleh faktor-faktor luaran. Tetapi jika ia dualistik dalam hubungan ZatNya, jika ingin ditentukan oleh faktor luaran atau faktor-faktor yang dapat membawa kepada kesatuan perseorangan. Dalam hal ini, kita mendakwa bahawaTuhan juga memiliki kesatuan perseorangan, kerana Dia adalah Wujud yang berbeza dengan wujud-wujud yang lain. Tetapi kesatuan perseorang adalah wajib kepada wujudNya. Justeru, identitiNya ialah dengan kewujudanNya manakala identiti dan kesatuan perseorangan wujud yang lain bergantung kepada yang lain. Hanya Tuhan yang menganugerahkan kepada mereka identiti dan kesatuan perseorangan. Sadrul Muta..llihin dalam kitabnya Arshiyyah berkata:
..Tidak ada kecuali wujudNya sendiri yang menentukan identitiNya...tidak ada hujah bagi kewujudanNya melainkan ZatNya. KewujudanNya adalah hujah dan kesaksian kepada KeesaanNya. Sebagaimana yang dikatakan ..Allah menyaksikan tidak ada tuhan melainkanNya.., kerana KeesaanNya bukan seperti satu nombor pada satu makhluk sebagaimana yang kita fahami dengan kesatuan perseorangan. Ia juga bukan kesatuan generik khusus atau kesatuan relatif. KesatuanNya tidak dapat diketahui. KesatuanNya menjadi asas kepada semua bentuk kesatuan. KesatuanNya adalah daripada bentuk yang berbeza pada ZatNya yang mulia sama dengan KewujudanNya pada WujudNya, yang menjadi sumber kepada semua wujud. Justeru, tidak ada yang kedua bagiNya.....(Arshiyal, hlm. 220-221)
2. Aspek lain tentang “Tawhid Pada ZatNya”: Penafian kepada pecahan-pecahan sifat Tuhan; Penafian kepada sifat-sifat melampaui ZatNya, dan Penafian kepada Berbilangan Sifat atau KeesaanNya:
Aspek lain tentang Tawhid pada ZatNya ialah Dia adalah Wujud yang Esa, Satu, ZatNya bukan terdiri daripada pelbagai bahagian atau WujudNya adalah kandungan daripada Zat dan Sifat-sifatNya yang melampaui ZatNya.[12].
Kesimpulan:
Dalam kajian falsafah dan irfan, lazimnya ada empat jenis Tawhid yang dibahaskan: Tawhid pada Zat, Tawhid pada Sifat, Tawhid pada perbuatan dan Tawhid pada ibadah.
Dariapda empat jenis Tawhid, Tawhid yang berkaitan dengan perbuatan dan ibadah adalah mudah difahami daripada ayat-ayat Qur..an, dan secara asas ajaran al-Qur..an bergantung kepada dua bentuk Tawhid ini tetapi Tawhid pada Zat dan Tawhid pada Sifat tidaklah secara mudah dapat dibuat kesimpulan daripada al-Qur..an. Jika kita mengkaji al-Qur..an tanpa terikat dengan pemikiran falsafah dan agama, seharusnya kita tidak akan menemui walau sepotong ayat Qur..an yang secara langsung dapat dihubungkan dengan dua bentuk Tawhid ini. Tetapi jika kita kembali kepada al-Qur..an dengan pandangan falsafah dan agama dan berfikir secara mendalam, maka kita akan temui beberapa ayat Qur..an yang relevan kepada dua bentuk Tawhid ini[13]. Maka di atas alasan ini, untuk memahami tentang ayat-ayat ini, seseorang memerlukan ilmu pengetahuan yang lebih besar daripada kebiasaannya. Hanya pada peringkat yang lebih tinggi, ayat-ayat yang merujuk kepada Tawhid pada Zat dan Sifat dapat ditanggap dan tidak terlihat sebagai sesuatu yang asing kepada doktrin al-Qur..an tentang Tawhid. Dengan perhatian yang lebih besar dan bijaksana, ayat-ayat sedemikian dapat difahami bersesuaian kepada Tahwid yang disebutkan tadi.
BAB VI. Nama-nama Dan Sifat-sifat Allah Menurut al-Qur’an
Dalam proses mengenal realiti secara objektif, manusia memerlukan kurang atau lebih gambaran atau konsepsi akal sama secara jelas di mana dia dapat membezakannya dari fakta-fakta lain. Kadang-kadang, manusia beranggapan sesuatu benda di dalam dunia ini, dan pada masa yang sama mengetahui bahawa benda tersebut bukanlah suatu realiti sebenar tetapi hanyalah benda yang bersifat khayalan akal sematamata. Sebagai contoh, seorang arkitek melukiskan suatu bentuk bangunan yang belum pernah dibina lagi. Beliau hanya menggambarkan satu idea sebuah bangunan yang mungkin dibina mengikut gambaran lukisan itu. Dalam hal ini manusia hendaklah dapat membezakan antara benda dalam bentuk gambaran idea dalam fikirannya dan kemungkinan ia berbeza daripada lain-lain bentuk gambaran benda yang pernah dikenalinya.
Maka konsep-konsep atau impresi benda-benda, sama ada secara gambaran idea atau benda sebenar, dapat ditunjukkan melalui namanamanya yang asli atau yang diberikan kepadanya. Perlulah diambil perhatian bahawa nama-nama ini bukanlah perkataan-perkataan atau istilah-istilah tetapi hanyalah imej-imej dan gambar-gambar, secara jelas atau kabur tentang benda tersebut dimana ia telah dibentuk dalam kotak pemikiran manusia bagi mengenal sesuatu benda tersebut. Nama-nama atau imej-imej memainkan peranan yang sama seperti yang dimainkan oleh perkataan dan istilah-istilah agar dapat mengenal sesuatu benda tersebut.
Apabila manusia berhubung dengan dirinya sahaja dan menahan diri daripada bertukar-tukar pendapat dengan orang lain, dia hanya dapat menggunakan nama-nama dan gambaran-gambaran akalnya yang bersifat peribadi sahaja. Tetapi apabila dia mula berhubung dengan orang lain dan bertukar-tukar pendapat dengan mereka, maka dia terikat menggunakan nama-nama atau tanda-tanda yang biasa digunakan (dalam perbicaraan umum) kepada pembinaan akal tentang fakta atau imej-imej benda supaya orang lain dapat memahami apa yang ada pada fikirannya. Maka perkataan-perkataan dan istilah-istilah beransur-ansur diciptakan oleh manusia. Pengertian atau makna yang terkandung dalam perkataan-perkataan yang diterima bergantung kepada penerimaan ramai. Maka simbol-simbol[1] ini, iaitu perkataan-perkataan nampaknya merupakan nama-nama yang diterima yang memberi makna kepada benda-benda yang sebenar atau andaian-andaian. Dalam pengertian yang luas, semua perkataan temasuk nama, kata sifat, kata perbuatan, kata penghubung, kata sendi, dan sebagainya adalah sebenar nama-nama [2]. Nama dalam makna yang luas bermakna simbol. Penggunaan kata nama sebagai dibezakan daripada kata kerja, ayat, kata sifat dan sebagainya kebanyakannya dikaitkan kemudian dengan pembahagian perkataan dalam perkembangan tatabahasa, dan dari situ ia menjadi penggunaan biasa dalam bidangbidang lain misalnya bidang sufisme, Ilmu Kalam dan sebagainya. Selanjutnya ia mempengaruhi ungkapan dalam bahasa percakapan harian. Dalam pembahagian ini, setiap perkataan yang digunakan merujuk kepada benda, seorang manusia, satu perbuatan, atau satu negara yang dipanggil ..nama... Dan setiap perkatan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu sifat benda wujud dipanggil ..kata sifat... Seterusnya, ..Faraidun.. adalah kata nama, kerana perkataan ini digunakan untuk menarik perhatian seorang pendengar ke arah satu benda wujud yang sebenar tanpa mengambil kira sifat-sifatnya yang tertentu. Tetapi perkataan ..gemuk.. adalah kata sifat, kerana ia menunjukkan satu bentuk sifat tertentu iaitu kegemukan kepada seseorang (benda wujud).
1. Nama-nama dan Sifat-sifat Allah
Kita menemui pelbagai nama dan sifat-sifat yang ditujukan kepada Allah dalam perbahasan Ilmu Kalam. Tetapi sebelum kita pergi lebih terperinci tentang isu ini, adalah lebih baik, pertamanya membahaskan satu isu lain yang merujuk kepada anthropomorphismse. Tema kepada perbahasan ini ialah sama ada pengetahuan kita tentang Tuhan sampai kepada asas di mana kita dapat memberikan nama-nama tertentu kepada Tuhan dan ciri atau ciri-ciri atau pengetahuan kita tentang Tuhan sehingga kita hanya dapat menyatakan bahawa ..Dia adalah Dia.. dan hanya setakat itu sahaja.
2.Ta'til
Sekelompok pemikir menekankan bahawa seorang manusia dalam usahanya untuk mengetahui asal wujud dapat mencapai pengetahuan ini hanya sekadar dapat menyatakan ada asal bagi dunia ini dan ada satu sumber kewujudan, tanpa mempunyai pengetahuan khusus tentang asal dan sumber wujud [3]. Dengan perkataan lain, pelbagai nama telah diberikan kepada ..realiti yang tidak diketahui ini.., tetapi semua perkataan ini hanyalah nama-nama suatu wujud dan ..nama khas.., iaitu ini hanyalah pentunjuk-petunjuk tentang beberapa konsep tentang kewujudanNya, iaitu asal wujud. Asal wujud yang ketika ketahui adalah wujudNya. Kita menyedari bahawa ..Dia.. dan Dia bukanlah wujud pada bayangan akal. Tetapi kita tidak mempunyai pengetahuan sedikitpun tentang ..keadaan.. diriNya. Semua nama-nama ini hanyalah memberikan petunjuk tentang kewujudanNya, tidak lebih dari itu. Maka itulah sebabnya mengapa pengucapan atau nama kepada asal wujud dalam bentuk istilah ..Dia.. dan pengucapan yang membawa makna yang sama dalam bahasabahasa lain seperti Dia ( .... ) , ( .... ) dan seterusnya, yang bukan sahaja menunjukkan kewujudanNya tetapi juga menunjukkan keadaanNya ..yang tidak diketahui... Walau bagaimanapun, kita hendaklah faham bahawa istilah-istilah seperti Khuda, Allah, God, Brahma, Ahuramazda dan sebagainya tidaklah lebih terang daripada istilah ..Dia.. dan istilah-istilah yang menyamainya.
Menurut para pemikir ini, sebarang nama atau sifat yang dibuat untuk merujuk kepada asal wujud, dengan pandangan untuk menerangkan Dia dengan lebih baik, bukan sahaja akan menjadi asing kepadaNya tetapi juga akan membawa kepada impresi yang salah tentang asal wujud. Seterusnya menurut pandangan ini, peringkat yang tertinggi kepada ilmu pengetahuan tentang asal wujud adalah untuk membuat pengakuan bahawa ..Dia Maha Besar dan mengatasi semua konsep yang manusia perakukan. ..Wahai Engkau yang yang melampaui semua imaginasi akal; dan Maha Besar daripada yang apa yang telah diperkatakan, dan apa yang pernah terdengar tentang apa yang ditulis tentangNya... Seterusnya menurut pandangan ini,..ilmu pengetahuan tentang asal wujud.., selepas beriman kepada asal wujud, berkembang pada satu arah, hanya bahawa kesucian dan kemuliaan mengatasi semua benda yang tergambar dalam fikiran manusia. Ahli-ahli falsafah dan mutakallimun menamakan doktrin ini sebagai ..doktrin ta..til.. (tergantung) kerana ia menggengam kemampuan daya kefahaman dan daya intelektual manusia mencapai sekurang-kurangnya ilmu pengetahuan tentang Dia, justeru ia tergantung. Tetapi istilah ta..til dalam tradisi shi..ah digunakan dalam makna yang lain. Dalam tradisi mereka, ta..til sebagai kepercayaan bahawa Pencipta alam ini tidak dapat ditanggap oleh akal dan istilah ..Tuhan.. tidak mempunyai sebarang sifat samasekali. Al-Kulaini dalam kitabnya al-Kafi meriwayatkan daripada Hasan ibn Sa..id: ..Abu Ja..far Kedua AS (Imam yang kesepuluh) ketika ditanya: Adakah boleh dikatakan bahawa Allah adalah..sesuatu...(syai). Beliau menjawab, boleh. Kerana konsep (Tuhan) diletakkan di antara dua ekstrim: Ekstrim ta..til dan ekstrim anthropomorphism.[4].. Dalam riwayat yang lain kata-kata ini diriwayatkan oleh Imam Ja..far al- Sadiq AS: .....Oleh kerana penafian (sifat-sifat) membawa kepada kekaburan, iaitu menafikan wujud sebenar Allah; dan arah kedua membawa kepada anthropomorphisme.[5]..
Shaykh al-Saduq dalam kitabnya Asrar al-Tawhid memetik riwayat berikut: ..Abd al-Rahman al-Qasir berkata ketika aku mengirimkan soalan-soalan kepada Abu Abd Allah (Imam A..ayan) seperti berikut: ..,,,Berkenaan wujud Tuhan Yang Maha Suci diharapkan tuan dapat menjelaskan kepada saya sama ada Dia memiliki sesuatu bentuk dan sifat-sifat? Allah menciptakan aku dan demi Allah..dapatkan tuan menulis kepada saya tentang keimanan yang sebenar Tawhid. Maka (Imam al-Sadiq AS) menjawab surat saya melalui Abd al-Malik ibn ....ayan seperti berikut: ..Semoga Allah merahmatimu. Engkau bertanya tentang keimanan yang sebenar tentang Tawhid dan keimanan agama-agama terdahulu kepada Tuhan. Tidak ada sesuatu yang menyamaiNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat. Dia lebih besar daripada apa yang diperkatakan tentang Dia oleh para penganut agama tashbih (anthropomorphisme). Mereka menjadikanNya seperti MakhlukmakhlukNya dan memberikan sifat-sifat yang tidak benar tentang Allah... Semoga Allah merahmatimu. Mengetahui keimanan yang sebenar tentang Tawhid adalah sama seperti yang diterangkan dalam al-Qur..an ketika ia menerangkan tentang sifat-sifat Allah. Oleh yang demikian jauhkan diri daripada mempercayai kepada perkara-perkara yang mustahil dan sia-sia dan begitu juga tashbih. Tidak ada penafian mutlak atau perbandingan. Dia Wujud yang Abadi. Allah Maha Berkuasa daripada apa yang mereka katakan tentang diriNya. Janganlah melampaui apa yang diterangkan dalam al-Qur..an kerana kamu mungkin akan tersesat.[6].
Maka doktrin ta..til pada peringkat tanggapan pertama akan membawa kepada yang kedua. Apabila wujud kecuali ..Dia... Sekarang soalan lain akan muncul: siapa dan apakah yang menjadi rujukan kepada ungkapan ..Dia... Kita mungkin menggunakan ..dia.. untuk menerangkan orang tertentu atau benda tertentu yang telah kita ketahui dan dapat dibezakan daripada benda-benda yang lain. Lantaran itu, jika kita katakan tidak mengetahui sesuatu tentang asal wujud kecuali ..Dia.., kita hanya menggunakan suatu nama yang tidak mempunyai rujukan atau dalam perkataan lain mempunyai rujukan dalam kotak fikiran kita dalam bentuk andaian. Kritikan seperti ini banyak dilakukan oleh para pemikir materialis zaman kini tentang doktrin teologi. Maka, jika Tuhan benarbenar wujud, sekurang-kurangnya kita mempunyai sebarang idea yang kita ketahui supaya kita tidak terkeliru tentang Dia dengan benda-benda lain.
3. Satu Kritikan Doktrin Ta’til
Asas kepada kritikan doktrin tersebut ialah seperti berikut: Jika ketidakmampuan manusia berkenaan ilmu pengetahuan tentang Tuhan sehingga dia tidak dapat mengetahui sesuatu apapun tentang Tuhan, dan hanya dapat mengingati Dia dengan ungkapan ..Dia.. yang bermaksud ..kekaburan mutlak.. tentang Tuhan. Sekarang persoalannya ialah: bagaimanakah seseorang boleh percaya kepada kewujudanNya. Ini bermakna para pemikir agung yang telah menerima doktrin ta..til telah menjadi mangsa kepada suatu bentuk salahfaham. Mereka telah terkeliru tentang ilmu pengetahuan zat (Ma..rifat be kunh) dan ilmu pengetahuan tentang tanda-tanda (Ma..rifat be wajh). Sesuatu benda mungkin memiliki banyak tanda-tanda tertentu atau apa yang dapat kita bezakannya daripada benda-benda lain. Dalam soal ini, jika kita sudah biasa dengan tanda-tanda atau aspek-aspek tertentu tentang sesuatu benda maka kita akan mengenalinya di tengah-tengah benda-benda lain tanpa perlu memeriksa semua tanda-tandanya yang membezakan dengan benda-benda lain. Bukan sahaja ini benar tentang Tuhan, tetapi juga kepada benda-benda yang lain.
Sebagai contoh, anda mempunyai dua orang anak dan anda dengan mudah dapat membezakan antara mereka berdua. Tetapi adakah anda dapat mendakwa bahawa anda mengetahui semua aspek tentang tubuh mereka dan psikologi mereka? Justeru, dalam hal kemungkinan mengenal semua pengetahuan tentang Tuhan secara lengkap, dapat diakui bahawa kemampuan manusia untuk mencapai pengetahuan seperti itu adalah tidak mungkin dan daya akalnya tidak mampu untuk mengetahui tentang Tuhan secara lengkap. Sebagaimana seorang penyair berkata: ..Akal dapat mengetahui ZatNya; Jika (secara perbandingan terhadap kemungkinan tersebut) sebiji benda jatuh dan mencecah dasar lautan. Tetapi dalam hal mengenali dan memahami tanda-tanda Tuhan, iaitu ilmu pengetahuan yang membezakanNya dengan selain daripadaNya. Seseorang hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan seperti itu. Maka tanpa memiliki ilmu pengetahuan setidak-tidaknya pada peringkat paling sedikit, maka adalah sukar dan kabur untuk bercakap tentang Tuhan. Lantaran itu, ketidakmungkinan mencapai ilmu pengetahuan menyeluruh (sempurna) tentang Zat Tuhan tidak bermakna kita tidak mungkin mencapai sebarang bentuk ilmu pengetahuan tentang Tuhan. Tetapi ada jalan tengah antara pengetahuan lengkap tentang Tuhan dan kekaburan mutlak tentang Tuhan. Ada banyak jalan tengah daripada ilmu pengetahuan relatif sehingga ilmu pengetahuan dari satu dimensi atau banyak dimensi tentang Wujud Mutlak. Jika kita mendalami masalah mengenal Tuhan, nilai dan had-hadnya, maka kita akan mengetahui bahawa ilmu pengetahuan manusia tentang alam nyata ini juga tidak mutlak iaitu kita tidak dapat mengetahui secara lengkap dan sempurna tentang zat sesuatu objek. Ilmu pengetahuan sains kontemporari juga menjurus kepada fenomena sahaja dan tidak kepada zat-zat tentang sesuatu objek. Dalam hal ilmu pengetahuan tentang asal wujud, kita dapati ilmu pengetahuan adalah terbatas, dengan perbezaan yang kita ketahui bahawa setiap benda memiliki zat yang menjadi pengenalan kepada zahir wujudnya. Tetapi ilmu pengetahuan kita tentang Tuhan dan tandatanda kebesaranNya dengan fenomena yang membawa kita kepada kesimpulan bahawa Dia adalah Pelaku kepada semua dan Pencipta kepada semua benda.
Lantaran itu, seorang yang bijaksana ketika berfikir tentang Zat Tuhan, akan membuat pengakuan ketidakmampuan dirinya dengan berkata: ..Aku tidak tahu apakah Dia; tentang wujud diriNya... Tetapi pada masa yang masa ketika seseorang melihat pada cermin (alam ini) yang mencerminkan tanda-tanda kebesaran Tuhan, dan menjadi sedar bahawa terdapat ciri-ciri tertentu tentang tanda-tanda kebesaran Tuhan, dan dengan ini dia mempunyai satu bentuk pengetahuan tentang Tuhan. Walaubagaimanapun, ilmu pengetahuan ini adalah jauh lebih baik daripada kejahilan tentang Tuhan. Kemungkinan ini memungkinkan dirinya menyatakan tentang wujudNya dengan penuh keyakinan. Maka, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa sesiapa yang percaya tentang kewujudan Tuhan, dapat mengenalNya sekurang-kurangnya melalui salah satu sifatNya. Ilmu pengetahuan tentang Tuhan ini dapat dihimpunkan dengan sifat-sifat Tuhan seperti, Wujud, Khaliq (Pencipta), Raziq (Pemberi Rezeki), Pengatur (Rubbubiyyah) Wajibal Wujud, dan sebagainya.
4. Tashbih (Anthropomorphisme)
Tashbih adalah satu pendekatan yang bertentangan kepada ta..til. Pada teori ini Tuhan disamakan dengan makhluk dalam bentuk dan rupa dan perbezaan antara Tuhan dan manusia adalah seperti mana perbezaan antara satu makhluk dengan makhluk yang lain. Dalam teks agama-agama yang kita temui terdapat berbagai penafsiran yang menunjukkan pendekatan tashbih ini[7].
5
TUHAN MENURUT PANDANGAN ALQUR'AN
sambungan bab VI...
5. Kritikan Terhadap Doktrin Anthropomorphisme (Tashbih)
Kritikan pokok tentang fahaman anthropomorphisme (tashbih) adalah ia sesuatu yang tidak benar kerana dalam pendekatan ini sifat-sifat yang ditujukan kepada Tuhan adalah tidak sesuai dengan WujudNya sebagai sumber kepada semua wujud dan Wajibal Wujud sebagai contoh, dikatakan [8]:
..Dia adalah ruh Agung dalam tubuh alam ini... Kerana jika ..Dia.. merupakan ruh dalam tubuh alam ini, bagaimanakah Dia menjadi sumber kepada kewujudan alam ini yang juga merupakan tubuhNya? Adakah ruh ini tubuh atau mempunyai tubuh yang lain sebelum ia menciptakan tubuh (alam ini)? Jika ruh ini tidak mempunyai tubuh, maka ia tidak memerlukan sebarang tubuh. Dalam soal ini alam yang telah diwujudkanNya merupakan makhlukNya dan bukan tubuh atau bentukNya. Jika Dia dalam bentuk yang lain maka adakah Dia merupakan sumber kepada bentuk tersebut atau tidak dan seterusnya. Secara umum, jika sumber alam ini adalah wujud yang tidak terbatas, maka tidakkah suatu kesalahan menganggapNya mempunyai bentuk dan sebagainya, kerana benda-benda ini menunjukkan keterbatasan sedangkan Yang Tidak Terbatas tidak boleh mempunyai had tertentu atau hal-hal yang membataskanNya.
6. Bukan Ta’til atau Tashbih Tetapi Ilmu Pengetahuan Secara Relatif
Kedudukan yang betul yang boleh kita nyatakan ialah Dia bukan Ta..til atau Tashbih. Manusia tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang sempurna tentang sumber kepada kewujudan tetapi melalui tanda-tanda kebesaran penciptaanNya yang boleh ditatapi oleh manusia dalam kehidupan yang mereka lalui, maka manusia dapati memperolehi ilmu pengetahuan yang berharga tentang Tuhan. Walau bagaimanapun contoh-contoh ilmu pengetahuan tersebut tidaklah sempurna atau mutlak. Dia memiliki semua sifat-sifat positif yang menunjukkan menggambarkan kesedaran kepada kita. Dalam masa yang sama Dia bebas daripada semua keterbatasan sifat-sifat negatif yang mengiringi semua sifat-sifat positif. Seterusnya, nama-nama dan sifat-sifat yang terbaik tidaklah cukup untuk menunjukkan sifat kewujudanNya yang tidak terbatas. Lantaran itu kita boleh menggunakan nama-nama dan sifat-sifat yang terbaik dengan syarat setelah kita membersihkannya daripada aspek-aspek negatif dan aspek-aspek keterbatasan yang wujud padanya. Jika tidak, ia akan memberikan kepada kita gambaran yang salah dan terbatas terhadap Tuhan yang tidak sesuai dengan kewujudanNya. Maka dengan pandangan ini kita katakan: Tuhan adalah lebih tinggi daripada semua nama dan sifat. Dia tidak boleh disifatkan dan ilmu pengetahuan yang tertinggi tentang diriNya adalah menganggapNya lebih tinggi daripada sebarang ilmu pengetahuan.
..............kesempurnaan beriman kepada KeesaanNya adalah menganggapNya suci dan kesempurnaan kepada kesucianNya adalah dengan tidak menyenggutukanNya dengan sifat-sifat....[9]
Maka, menurut slogan ..Dia adalah nama-nama yang terbaik... Maka kita hendak sedar supaya tidak menyimpang daripada landasan yang dinyatakan ini. ..Hanya milik Allah asma-ul-husna (nama-nama yang terbaik dan agung) maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asma-ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan... (7: 180)
Di sini bukanlah soal nama-nama apakah yang terbaik sama ada nama ini atau nama itu. Maka tidaklah bermanafaat mendebatkan tentang perkara tersebut. ..Katakanlah:..Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai asma-ul-husna........ (17: 110)
Seterusnya, fakta utama adalah untuk mengelakkan sebarang nama atau sifat Tuhan yang mempunyai gambaran yang negatif. Dan ia juga tidak selari dengan kesempurnaan dan ketidakterbatasanNya yang mutlak. Maka lantaran sebab ini, seseorang hendaklah berhati-hati dalam penggunaan kata-kata ketika menerangkan tentang perbuatanNya, dan sifat-sifatNya supaya ia tidak menjejaskan kebesaranNya di samping tidak mengkaburi kemutlakanNya dan ketidakterbatasanNya.
Apabila kita berkata Tuhan melihat dan Dia melihat segala perbuatan kita, malahan kita menggunakan perkataan ..melihat.. dengan membawa makna yang sama (seperti yang difahami oleh manusia) tetapi dengan makna yang luas daripada makna yang difahami dalam penggunaan biasa. Apabila anda berkata: Ahmad melihat perbuatan anda, anda bermaksud dia menyaksikan sepintas lalu perbuatan anda. Iaitu, satu gambaran tentang perbuatan anda telah drakamkan dengan matanya. Gambaran ini kemudian dipindahkan ke pusat penglihatan pada otak melalui urat saraf, dan melalui cara ini Ahmad dapat menanggap gambaran tentang perbuatan anda dan menyedarinya.
Sekarang, katakan Ahmad buta. Maka anda mungkin bertanya: Jika Ahmad buta, bagaimanakah dia dapat melihat perbuatan anda? Di sini anda mungkin menukar kata-kata anda dan berkata: Saya salah. Tetapi jika kaedah perubatan mampu mecipta mata palsu elektrikal bagi membolehkannya menerima gelombang penglihatan dan kemudian dapat memindahkannya ke pusat penglihatan di otak tanpa perlu melalui mata. Maka dalam hal ini, masih adakah keraguan tentang jawapan kepada soalan tadi? ..Ahmad buta. Bagaimanakah dia melihat perbuatan anda?.. Adakah anda akan menyerah dan berkata saya salah? Tidak sama sekali kerana jawapan anda adalah betul ketika belum dicipta mata elektrikal dan bukan ditujukan pada masa sekarang. ..Penglihatan.. tidak terbatas hanya untuk mata asli. Maka jika ada seseorang buta tetapi secara prinsipnya dia tidak buta kerana dia boleh melihat dengan menggunakan alat lain iaitu mata elektrikal. Dengan penciptaan mata elektrikal maka keterbatasan kita tentang ..penglihatan.. telah dicabut iaitu had yang hanya dapat dicapai melalui mata asli. Maka dengan penciptaan mata elektrikal, seseorang yang tidak mempunyai mata atau menutup kelopak matanya masih dapat melihat di sekelilingnya. Jika analisa ini diperluaskan, kita akan dapat melihat kebanyakan keterbatasan yang muncul dalam minda kita dengan istilah ..penglihatan.., sama ada ia tidak mencampuri mekanisme ..penglihatan.., atau sekiranya ia mencampurinya, ia tidak menyentuh isu asas tentang ..penglihatan.. yang kita tekankan tadi.
Isu asas berhubung dengan istilah ..penglihatan.. ialah ia dapat menyediakan kita kesedaran yang sahih dan langsung yang tidak mampu dicapai melalui jalan lain (misalnya mata elektrikal tadi). Oleh sebab itu, istilah..melihat.. dan kata terbitannya digunakan untuk membawa maksud kesedaran sebagai contoh, kita katakan: ..Apa yang orang mud melihat dalam cermin, seorang tua dapat melihat perkara yang sama dalam lumpur keras... Orang muda dapat melihat dalam cermin dengan bantuan matanya tetapi apakah yang dimaksudkan orang tua dapat melihat dalam lumpur keras? Jawapannya ialah dia dapat melihat dengan penglihatan kebijaksanaan dan pengalamannya bukan dengan mata kasarnya. Hal ini sesuai dalam hal ..pendengaran.., ..bau.., dan ..sentuhan... Tetapi dapatkah saya melihat suara singa dalam hutan? Jawapanya ialah negatif. Di sini saya katakan saya mendengar suara singa. Mengapa? Kerana suara hanya boleh ditanggap melalui deria pendengaran dan bukan melalui deria penglihatan. Deria pendengaran dan penglihatan adalah berkaitan kepada kemampuan capaian. Capaian melalui penglihatan dan pendengaran.
Maka adalah jelas bahawa terdapat prinsip yang lebih luas kepada istilah ..penglihatan... Pertama, kita mengemukakan berbagai istilah kepada maksud ..pencapaian.. dalam usaha untuk mengetahui kepelbagaiannya yang berkaitan kepada anggota fizikal iaitu perbezaan deria. Kemudian, kita meluaskan kepada perkataan yang sama. Tetapi ia membawa kepada lanjutan lain iaitu: Ilmu pengetahuan langsung yang dapat dicapai dengan mata kasar yang dipanggil ..penglihatan.. dan juga melalui telinga yang dipanggil ..pendengaran... Kedua-duanya dipanggil sedemikian sama ada ia dicapai dengan anggota yang berkaitan atau dengan cara lain. Dalam maksud yang serupa kita katakan: Tuhan melihat, Tuhan sedang melihat, Tuhan mendengar, Tuhan sedang mendengar dan sebagainya. Maka Tuhan sedang melihat bermaksud Dia menyedari apa yang dicapai melalui deria penglihatan. Tuhan sedang mendengar bermaksud Dia menyedari apa yang dicapai melalui deria pendengaran. Dalam ayat-ayat berikut: Tuhan pemurah, Tuhan menyayangi, Tuhan tidak sayang, Tuhan marah, Tuhan menghendaki, Tuhan tidak berkehendak dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam bentuk yang munasabah tetapi mengabaikan had-had yang lazimnya datang dalam akal kita ketika menggunakannya. Lantaran itu mengapa sama ada ta..til atau tashbih tidak dapat diterima mengikut pandangan Islam dan al-Qur..an.
7. Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan dalam al-Qur’an
..Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Pemerintah, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Maha Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (59: 22-24)
8. BagiNya Nama-nama Yang Paling Baik
Nama-nama dan sifat-sifat ulung Allah dalam al-Qur..an adalah sama seperti dalam ayat (.................................. ) ..Baginya adalah nama-nama yang paling baik... Justeru, jika anda memikirkan sejenak tentang apa juga manifestasi kesempurnaan maka yang tingkat yang paling tinggi ialah milik Allah. Sebagai contoh: ............................................ ..Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas segala sesuatu... (29: 20)
Ilmu pengetahuan juga merupakan kesempurnaan, dan Allah Yang Maha Mengetahui pada peringkat yang tertinggi. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nyata dan Dia mengetahui segala sesuatu. ................ .................. ..Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu... (9: 115)
.......................................... ..Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata.... (13: 9)
.......................... ..Dan Allah Maha Mengetahui lag Maha Bijaksana... (60: 10)
Sifat pemurah kepada orang lain merupakan satu kesempurnaan, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani pada peringkat tertinggi. ...................... ..Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.... (12: 64)
Maka anda bebas menyeru kepada Allah dengan nama-nama yang baik. Kataakanlah:..Serulah Allah atau serulah al-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al-Asma-ul Husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu jangalah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu... (17: 110)
..Hanya milik Allah Asma-ul Husna maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma-ul-Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut)m nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan... (7: 180)
9. Sifat Allah Maha Sempurna dan Suci
Allah memiliki setiap kesempurnaan pada peringkat tertinggi, justeru Dia bebas dari sebarang bentuk kemiskinan atau keperluan. Terdapat beberapa ayat Qur..an yang memuji Allah menekankan tentang kesucian dan kesempurnaanNya.
10. Allah: Tidak memerlukan sesuatu
Al-Qur..an menyatakan bahawa Allah bebas dari sebarang kemiskinan dan keperluan dan menekankan bahawa Dia tidak memerlukan kepada sesuatu sebagai satu prinsip dalam Usuluddin.
11. Allah: Tidak memerlukan Anak
..Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) berkata:..Allah mempunyai anak... Maha Suci Allah; Dialah Yang Maha Kaya; kepunyaanNya apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai hujjah tentang ini. Pantaskah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? (10: 68)
Para penganut agama-agama seperti Yahudi, Kristian, Zoroastrian, Hindu, berhala dan sebagainya berkata Dia mempunyai anak atau anakanak. Al-Qur..an mengemukakan masalah ini dalam dua bentuk dan menolak kedua-duanya. Bentuk pertama adalah anak secara fitrah dan kedua anak angkat.
..Dan mereka menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allahlah yang menciptakan jin-jin itu dan mereka berbohong (dengan mengatakan):..Bahawa Allah mempunyai anak lelaki dan perempuan... Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan... ..Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu dan Dia mengetahui segala sesuatu... (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu... (6: 101-102)
Ayat-ayat ini dan beberapa ayat-ayat lain dalam al-Qur..an telah menafikan sebarang hubungan bapa-anak terhadap Allah iaitu hubungan yang wujud terhadap anak yang dilahirkan kerana ia bertentangan dengan kedudukan Allah Yang Maha Suci di mana kewujudan semua makhluk dari Tuhan adalah hubungan di antara pencipta dan makhluk yang diciptakan dan bukan dalam bapa-anak yang dilahirkan. Dalam sesetengah kepercayaan agama purba, kewujudan alam ini dikatakan dalam bentuk kelahiran atau suatu potongan daripada tubuh sang pencipta.
Pengarang buku ..Konsep Tuhan Dalam Agama Hindu.. berkata: ..Nampaknya teori yang tertua tentang Tuhan berakar umbi daripada usaha untuk menjawab persoalan-persoalan di bawah: Dari manakah alam ini muncul? Lantaran itu mengapa dalam Upanishad dipenuhi dengan teori-teori tentang penciptaan seperti setiap satu darinya percaya sebab pertama ialah pencipta alam ini dan kemudian cuba untuk membuktikan mengapa dan bagaimana ia berlaku: Ada teori tua dalam Brhdaran yaka yang mengatakan bahawa: ..Alam ini pada permulaannya hanyalah satu jiwa (Atman) dalam bentuk orang (purusa); apabila dia melihat sekelilingnya, tidak ada sesuatu kecuali dia..dia berharap agar dapat seorang teman..sebenarnya dia sebesar manusia lelaki dan perempuan yang dalam berpelukan. Dia membahagikan tubuhnya kepada dua bahagian: Satu, suami (pati) dan yang satu lagi, isteri (patni). Dari keduanya lahir seorang lelaki... Maka analogi secara kasar itu di mana Tuhan dianggap seperti seorang lelaki dan penciptaan dalam bentuk kelahiran, iaitu sama seperti pembiakan makhluk yang hidup, merupakan doktrin tertua tentang penciptaan yang telah diberikan kepada kita oleh Upanishad.[10]
.. Golongan Kristian Katolik beranggapan maksud istilah kelahiran sebagai lebih tinggi daripada ..penciptaan.. dan mereka mengutuk orang-orang yang mendakwa bahawa anak Tuhan diciptakan: ..Kami beriman kepada satu Tuhan bapa, Yang Maha Berkuasa, Pencipta kepada yang zahir dan batin. Dan kepada satu Tuhan, Jesus, anak Tuhan, dilahirkan dari bapa, anak yang istimewa yang dilahirkan dari zat bapa, Tuhan dari Tuhan. Cahaya dari Cahaya, Tuhan yang sebenar dari Tuhan yang sebenar, yang dilahirkan, tidak diciptakan, dari zat yang sama dengan bapa, dariNya muncul semua kewujudan sama ada di langit dan di bumi. Dia turun ke bumi untuk menyelamatkan kami manusia. Dia menjadi seorang lelaki, menderita dan pada hari ketiga bangkit kembali dan naik ke langit. Dia akan menjadi hakim kepada yang hidup dan yang mati. Dan kami percaya tentang Holy Spirit dan gerejagereja Katholik, dan mengutuk orang-orang yang mendakwa bahawa pada suatu ketika Jesus tidak wujud atau percaya bahawa Dia tidak wujud sebelum Dia muncul wujud, atau Dia muncul wujud dari ketiadaan dan mengutuk orang-orang yang berpendapat bahawa Dia daripada zat yang lain atau anak Tuhan yang diciptakan maka Dia mengalami perubahan...(Sebahagian daripada kenyataan rasmi gereja Kristian yang disahkan pada majlis Nicean, Jun 523 M).[11]
Dalam agama Hindu, bukan sahaja ..kelahiran alam ini daripada Tuhan.. di ketengahkan tetapi juga ..kelahiran Tuhan.. juga disebutkan. ..Tuhan meliputi di langit, Dia dilahirkan dari keabadian, Dia berada dalam rahim perempuan, Dia dilahirkan dan akan dilahirkan......[12]
Penafsiran seperti itu dapat dibuat di atas asas falsafah dan agama Hindu, yang kadang-kadang membawa kepada doktrin monisme (doktrin bahawa kewujudan berasal dari satu eleman). Tetapi Penerimaan penafsiran-penafsiran seperti itu dari sudut kebenarannya tidak dapat diterima bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga kepada golongan intelektual. Lantaran itu, apabila seruan supaya orang ramai beriman kepadaNya, al-Qur..an menyeru manusia dalam bentuk yang lebih menyeluruh dan umum seperti berikut: ..Katakanlah Dialah Allah Tuhan Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia... (112).
Dengan merujuk kepada apa yang kita hubungkan daripada Upanishad, seseorang akan dapat dengan mudah memahami mengapa dalam ayat ini, al-Qur..an menyatakan tentang Tuhan ..tidak beranak.. dan ..tidak diperanakkan... Al-Qur..an berpendapat semua pemikiran ini sebagai tidak berasas dan tidak adil dan menyatakan bahawa orang-orang yang diketahui sebagai hamba-hamba Allah yang juga merupakan makhlukNya jika dianggap sebagai sebahagian daripada tubuh Tuhan yang dipisahkan daripadaNya adalah satu kesesatan yang terang. ..Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hambaNya sebagai sebahagian daripadaNya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata... (43: 15)
12. Allah: Seruan kepada Keimanan, Solat dan Ketaatan
..Nabi Musa berkata: Jika kalian dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji... (14: 8)
Maka berhubung dengan prinsip-prinsip Tuhan yang tidak memerlukan kepada sesuatu, manusia hendaklah mengetahui bahawa Dia tidak memerlukan sama ada keimanan, ibadah atau ketaatan kita. Jika Dia meminta keimanan, ibadah dan ketaatan kita tujuannya hanyalah kembali kepada kepentingan dan keperluan kita dan bukan kembali kepadaNya. Jika seluruh alam ini berpaling menjadi kufur dan tidak beriman kepadaNya, namun keagunganNya tidak dapat dicemari.
13. Allah: Tidak Memerlukan Sebarang Kebajikan
Justeru pada saat pergerakan Islam mencapai satu peringkat untuk mencapai kematangan, maka menjadi kewajiban kepada umat Islam menyumbangkan sama ada diri atau harta mereka bagi memelihara untuk menyelamatkan Islam. Dan apabila ia tidak dapat dilakukan, mereka hendaklah membuat simpanan, dan mengorbankan diri mereka kerana Allah. Dalam hal ini orang-orang kafir dan munafiq akan mengeluh mengatakan Tuhan Muhammad miskin dan memerlukan bantuan kewangan dari kita. Jika tidak tentulah Dia dapat memberikan bantuan kepada NabiNya SAWAW secara langsung: ..Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan:..Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya... Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabinabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka):..Rasakanlah olehmu azab yang membakar... (3: 181)
Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa kata-kata ini datangnya dari orang-orang Yahudi kerana jenayah besar mereka membunuh nabi-nabi telah disebutkan dalam ayat ini dan ia telah disebutkan dalam ayat-ayat yang lain dalam al-Qur..an.
Dalam ayat berikut juga menjelaskan perangai orang-orang Yahudi: ..Orang-orang Yahudi berkata: ..Tangan Allah terbelengggu, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka...... (5: 64)
Dengan menggunakan kata-kata sedemikian, mereka cuba melemahkan sokongan kewangan dari orang ramai terhadap pergerakan Islam, dan dengan itu melambatkan penyebaran Islam yang berlaku dengan begitu pesat pada ketika itu. Al-Qur..an mengingatkan orang-orang Islam bahawa Tuhan yang mereka sembah tidak memerlukan sebarang harta kekayaan dari mereka. Jika Dia meminta mereka semua membelanjakan harta benda yang mereka miliki di jalan kebenaran, maka ia adalah untuk kemuliaan diri mereka sendiri dan menghindarkan kehinaan dan kebinasaan dari diri mereka. ..Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik... (2: 195)
Jika seseorang menolak untuk taat kepada kehendak Allah dan menjauhkan diri dari membelanjakan harta benda yang mereka miliki di jalan Allah, maka seseorang itu telah sebenarnya melakukan pembelotan terhadap diri mereka sendiri sebagaimana Allah tidak memerlukan sebarang bahagian dari kekayaan yang dimiliki oleh seseorang. ..Ingatlah, kamu wahai orang-orang yang diajak untuk menafkah (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang memerlukan(Nya); dan jika kamu berpaling nescara Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)... (47: 38)
14. Allah: Maha Suci Tidak Memerlukan Sebarang Pengorbanan Kita
Pandangan umum bagi penganut agama berhala berkaitan dengan upacara korban yang mereka persembahkan kepada tuhan-tuhan adalah demi untuk mencapai hajat mereka. Kadang-kadang dengan tujuan yang sama mereka mengorbankan haiwan-haiwan dan menyerahkan bangkaibangkai haiwan tersebut kepada penjaga kuil dengan berharap mereka akan memberikan makanan kepada tuhan-tuhan. Tetapi al-Qur..an menyeru mereka supaya menyembah Allah yang tidak memerlukan dan Maha Suci dari segala keperluan makanan atau pakaian. Maka untuk apakah upacara korban dalam Islam? Al-Qur..an menjawab soalan ini: ....Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk mau supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik... (22: 36-37)
15. Allah: Tidak Memerlukan Jihad Kita
Perintah supaya berjihad di jalan Allah dan berkorban nyawa adalah bukan kerana Allah memerlukan bantuan atau tidak dapat memberikan Kebenaran dan Keadilan tanpa bantuan dari jihad kita. Tidak sama sekali, Dia Maha Berkuasa dan bebas dari sebarang kelemahan, ketidakmampuan dan keperluan. Jika Dia meminta kita supaya berjihad menentang kezaliman, kejahatan dan apa jua keburukan, ini adalah kerana dalam proses perjuangan tersebut kita akan dapat memperbaiki diri kita dan mencapai peringkat tertinggi kesempurnaan manusia. ..Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam... (29: 6)
16. Allah Tidak Memerlukan Sesuatu Secara Mutlak
Secara ringkat, andalah yang memerlukan Allah, dan Dia tidak memerlukan sesuatu dari kita. ..Wahai manusia, kalianlah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji... (35: 15)
17. Allah Mengatasi Ruang dan Masa
Bebas dari sebarang ..kemiskinan dan keperluan.., Allah melampaui batas Ruang dan Masa, iaitu Dia tidak berada dalam batas Masa atau Tempat. Dia mengatasi Masa dan Tempat. Hal ini kerana apa sahaja yang terkandung dalam batas ruang (tempat) memerlukan kepadanya (tempat) dan apa saja yang terkandung dalam batas masa, adalah wujud yang berada dalam satu keadaan yang khusus dalam jangka masa tertentu, jika tidak Dia tidak akan berada dalam batas masa tertentu, tetapi Dia akan wujud selama-lamanya, jika bukan wujud yang berada dalam kerangka masa tertentu dan kewujudannya pula bergantung kepada keadaan tertentu pada jangka masa tertentu.
18. Adakah Tuhan berada di Langit?
Apabila kita katakan Tuhan mengatasi batas Masa dan Ruang, ia merujuk kepada bumi, Langit atau apa jua ruang yang dapat dibayangkan dalam benak kita. Dia wujud sebelum penciptaan semua makhluk, maka bagaimana mungkin mengaitkan semua makhluk ini menjadi ruang atau tempat tinggalNya? Walau bagaimanapun pada pandangan kebanyakan manusia terdapat hubungan istimewa antara Tuhan dan langit. Mereka mendambakan Tuan di langit. Ketika berdoa dan solat, mereka memandang ke langit dan mengangkat tangan ke atas seolah-olah Tuhan berada di langit. Malahan golongan kafir beranggapan tempat tinggalnya ialah di langit. Al-Qur..an menyatakan kisah Fir..aun yang mencabar Nabi Musa AS dan berkata: ..Dan berkata Fir..aun: Wahai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta... (28: 28)
Firaun berfikir, bahawa Tuhan berada di langit, maka bagi mengesahkan sama ada ajaran Nabi Musa as benar atau tidak, dan bagi mengesahkan sama ada Tuhan Musa wujud atau tidak, maka dia berusaha untuk sampai ke langit. Tetapi bagaimanakah cara untuk ke langit? Maka satu cara yang terbayang dalam fikiran Firaun ialah dengan membina satu binaan yang tinggi supaya dari atas sana beliau dapat melihat langit. Dia berharap dapat melihat langit dari satu tempat yang lebih tinggi dari piramid dan kuil matahari Mesir.
..Dan berkatalah Firaun:..Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta... Demikianlah dijadikan Firaun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar) dan tipu daya Firaun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian... (40: 36-37)
19. Rekod dari Kitab-kitab Pada Zaman Sebelum Islam
21. Upanishad
Ajaran agama Hindu adalah berasaskan pantheisme di mana langit, bumi, tinggi dan rendah, manusia dan alam, segalanya menunjukkan (kesatuan dalam berbilangan dan berbilangan dalam satu kesatuan). Agama Hindu tidak memisahkan alam daripada Tuhan dalam bentuk Pencipta dan makhluk. Dalam kitab Upanishad, yang merupakan sebahagian daripada kitab ke lapan Hindu, terdapat beberapa petikan yang menerangkan tentang langit sebagai dunia Brahma dan sebagainya, dan dikatakan bahawa jiwa manusia selepas disucikan daripada kekotoran dan mencapai kesempurnaan naik ke langit dan bersatu dengan Brahma atau kemudian menjadi Brahma.
3. ..Sesungguhnya tempat bagi jiwa ialah hati..sesungguhnya sesiapa yang beransur-ansur menyedari hal ini akan mencapai ke alam yang tinggi...
4. ..Sekarang jiwa yang tenang akan meninggalkan jasad dengan pantas dan mencapai kehidupan yang luhur; justeru, ia kelihatan dalam bentuknya yang sebenar. Inilah yang dikatakan sebagai jiwa, ia bersifat kekal. Ia adalah Brahma...
5. ..Sesungguhnya ada tiga tahap Sat-ti-yam. ..Sat.. merujuk kepada kewujudan, yang kekal ..ti.. bermaksud fana; ..yam.. menyatukan kedua-duanya, justeru ia dipanggil yam dari hari ke hari, sesungguhnya barang siapa yang mengenalinya, akan mencapai alam yang tinggi...[13]
6. ....Semua kejahatan akan berpaling dari sana, kerana dunia Brahma bebas dari sebarang kejahatan...[14]
7. ..Tetapi hanya orang yang dapat mencapai alam Brahma yang hidup dengan baik; mereka akan mencapai alam yang kekal dan kebebasan mutlak... ..Sesungguhnya ada dua kehidupan di alam Brahma di langit ketiga dan ia adalah Aya, Nya, ada sebuah tasik bernama Aairamad..ya yang diberkati dan dari sana memancar air; di sini terdapat sebatang pokok berdaun lebar bernama Samasavana; di sini ada kota bernama Aparjitah; ada tempat kediaman suci daripada emas... ..Tetapi hanya mereka yang hidup dengan kebaikan dapat menemui dua sungai ini (Aya, Nya). Hanya mereka ini yang dapat memiliki alam Brahma. Mereka menikmati kebebasan yang kekal...
3. Dalam Avesta terdapat banyak rujukan tentang alamlangit (Jahan-e-Minawi). Kami dapati terdapat ciri-ciri tertentu tentang alam langit dalam Avesta yang diterangkan ayat-ayat demi ayat seperti alam langit adalah rumah Tuhan dan para malaikat. ..Wahai Ahura Aku memohon kepadamu, terangkan kepadaku: ..Adakah aku yang mensucikan orang-orang yang baik daripada dosa dan memandu mereka ke jalan yang lurus, dengan izin dari Tuhan langit dapat memberikan mereka kehidupan yang baik di mana mereka dimasukkan ke rumah sepertinya, ..Wahai Mazda, dengan Urdibehist dan Brahman dalam tidur nyenyak..[17].
Alam langit adalah bertentangan dengan alam fana dunia ini. .. W ahai Mazda Ahura! Anugerahkan kepadaku dengan rahmat Urdibehist yang membebaskan orang yang baik , membuat kebajikan dalam dua dunia; langit dan dunia; Aku dengan sifat-sifat yang baik mendekatinya[18]...
Alam langit adalah alam Ahura Mazda yang dicipta untuk memberi ganjaran kepada orang-orang yang baik. .. W ahai Mazda, ketika para pembuat dosa dan para penyembah kejahatan akan menerima hukuman, mintalah Brahman supaya dia membuka pintu alam langit kepada orang-orang yang berjuang untuk menghapuskan kejahatan dan berusaha mencapai kemenangan bagi kebenaran dan kebaikan...[19]
Alam langit adalah bersamaan dalam Bahasa Parsi Asman[20], ruh penjaga alam langit.
.. A ku memuji Asman, satu tempat yang baik untuk kemenangan (Behist), satu tempat yang menunjukkan kegembiraan; Aku memuji Asman itu[21]...
Perintah Ahuraamazda adalah dari langit, iaitu dikeluarkan dari Asman; .. Wahai ..Izad (Tuhan), Engkau tidak menolak untuk menolong dan memberikan perlindungan kepada kami, dan dengan pertolongan Urdibehist, kami akan mendapat manfaat dengan kekuasaan dan pentadbiran alam langit, aku dapat berdiri bersama para pengikutku yang patuh kepada perintah alam langit dan berjuang menentang orang-orang yang tidak beriman dan menghina peraturannya, dan berjuang untuk menghapuskan mereka.[22]
Langit memelihara bumi: .. W ahai Ahura! Aku memohon kepadanya, nyatakan kepadaku siapakah yang memelihara langit pada tempatnya dan tidak jatuh ke bawah...[23,24]
Pemeliharaan ini adalah dengan bantuan Farvahrs, yang berkuasa dan beroleh kemenangan. ..Ahuramazda menyampaikan kepada septiman Zardusht, berkata: Wahai Septiman!, sesungguhnya Aku membuatkan engkau sedar kebesaran dan kekuasaan dan pertolongan Farvahrs, dan menyatakan kepadanya bagaimana kemenangan dan kebaikan Farvahrs dengan pantas menolongku... ..Wahai Zardust kerana kuasa dan kekuatannya aku memelihara langit yang tinggi dari jatuh dan memusnahkan bumi. Langit yang dijagan oleh ruh-ruh yang mulia yang meliputi dari satu ufuk ke satu ufuk umpama logam yang cair dan kemerahan yang kelihatan di lapisan ketiga. Langit umpama kain yang ditenun dengan bintangbintang di dalamnya ada Mazda, Mehr, Shan dan Sepandarmedh. Langit pada awal dan akhirnya tidak musnah[23]...
20. Dalam Kitab Taurat (Old Testament)
Dalam kitab Taurat, juga kita dapati tafsiran-tafsiran yang menyamai tentang langit adalah tempat tinggal Tuhan seperti berikut:
Exodus:
19:18 Seluruh Gunung Sinai ditutupi asap, karena TUHAN turun ke atasnya dalam api. Asap itu mengepul seperti asap dari tempat pembakaran, dan seluruh gunung goncang dengan sangat.
19:19 Bunyi trompet menjadi semakin keras. Musa berbicara, dan Tuhan menjawabnya dengan guruh.
19:20 TUHAN turun di atas puncak Gunung Sinai, dan memanggil Musa untuk datang ke puncak gunung itu. Lalu Musa mendaki,
19:21 dan TUHAN berkata kepadanya, "Turunlah dan ingatkan orangorang itu bahwa mereka tak boleh melewati batas untuk datang melihat Aku. Kalau mereka melanggarnya juga, banyak di antara mereka akan mati.
19:22 Bahkan pendeta-pendeta yang mau mendekati Aku, harus menyucikan diri; kalau tidak, mereka akan Kuhukum."
19:23 Kata Musa kepada TUHAN, "Orang-orang itu tak dapat naik, sebab Engkau memerintahkan kami untuk menganggap gunung ini sebagai tempat yang suci dan memperhatikan batas di sekelilingnya."
19:24 Jawab TUHAN, "Turunlah, lalu kembalilah ke sini bersama Harun. Tetapi pendeta-pendeta dan rakyat tak boleh melewati batas untuk datang kepada-Ku. Kalau mereka melewatinya, mereka akan Kuhukum.".[24]...
Exodus:
24:1 Kemudian TUHAN berkata kepada Musa, "Naiklah untuk menghadap Aku, engkau bersama Harun, Nadab dan Abihu, dan tujuh puluh pemimpin bangsa, dan sujudlah menyembah Aku dari jauh.
24:2 Hanya engkau sendiri boleh datang mendekati Aku. Yang lain tak boleh datang dekat-dekat, dan rakyat malah tidak boleh mendaki gunung ini.[ 25]..
24:9 Kemudian Musa, Harun, Nadab, Abihu dan tujuh puluh pemimpin itu mendaki gunung,
24:10 dan mereka melihat Tuhan Israel berdiri di atas sesuatu seperti lantai dari batu nilam, dan biru seperti langit yang cerah.
24:11 Para pemimpin Israel itu sudah melihat Tuhan; walaupun begitu mereka tidak dibinasakan-Nya. Sesudah itu mereka makan dan minum.
24:12 Kemudian TUHAN berkata kepada Musa, "Datanglah kepada-Ku di atas gunung. Di situ akan Kuberikan kepadamu dua batu yang Kutulisi dengan semua hukum-Ku. Semua hukum itu Kuberikan untuk pengajaran bagi bangsa itu." [26]..
Dikatakan dalam banyak peristiwa apabila Tuhan mempunyai pekerjaan, Dia akan turun ke bumi dan naik semula ke langit.
Genesis:
18:20 Selanjutnya TUHAN berkata kepada Abraham, "Ada tuduhan yang berat terhadap Sodom dan Gomora, dan memang dosa mereka itu sangat besar.
18:21 Sebab itu Aku hendak turun ke sana untuk memeriksa apakah semua tuduhan yang Kudengar itu benar atau tidak."
18:22 Lalu dua di antara tamu-tamu itu berangkat menuju ke Sodom, tetapi TUHAN masih tinggal dengan Abraham.
18:23 Abraham mendekati TUHAN dan bertanya, "Benarkah TUHAN hendak membinasakan orang yang tidak bersalah bersama-sama dengan orang yang bersalah? [27]...
Kemudian selepas melakukan pekerjaan itu Dia naik ke atas. 17:22 Setelah selesai berkata begitu, Tuhan meninggalkan Abraham. [28]...
35:13 ..Setelah itu Tuhan meninggalkan Yakub [29]...
Kerana kerusinya berada di langit:
8:39 kiranya Engkau di dalam kediaman-Mu di surga mendengar serta mengampuni dan menolong mereka. Hanya Engkaulah yang mengenal isi hati manusia..[30]..
..Naik ke langit? Satu cara yang dapat dibayangkan oleh Firaun adalah membina satu menara yang tinggi supaya dia dapat melihat langit. Dia berharap dapat mencari jalan ke langit dari menara tersebut yang lebih tinggi daripada piramid dan kuil matahari orang Mesir... ....Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) (Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!" [31] [Quran: 40: 36-37]
21. Dalam Kitab Bible
Tuhan dalam Bible secara berulang-ulang dipanggil ..Bapamu yang berada di langit...
5:44 Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu.
5:45 Karena dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di sorga, yang menerbitkan matahari bagi orang yang jahat dan orang yang baik dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan orang yang tidak benar.
5:46 Apabila kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upahmu? Bukankah pemungut cukai juga berbuat demikian?
5:47 Dan apabila kamu hanya memberi salam kepada saudarasaudaramu saja, apakah lebihnya dari pada perbuatan orang lain? Bukankah orang yang tidak mengenal Allahpun berbuat demikian?
5:48 Karena itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna." [32]...
6:8 Jadi janganlah kamu seperti mereka, karena Bapamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu minta kepada- Nya
6:9 Karena itu berdoalah demikian: Bapa kami yang di syorga, Dikuduskanlah nama-Mu,
6:10 datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di syorga.
6:11 Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya [33]...
Dalam Kitab Bible ..langit.. adalah kerajaan Tuhan dan tempat di mana orang baik-baik akan ditempatkan pada akhirnya.
5:10 Berbahagialah orang yang dianiaya oleh sebab kebenaran, karena merekalah yang empunya Kerajaan Syurga[34]...
22. Tuhan dan Langit Dalam al-Qur’an
Dalam al-Qur..an, Allah disebut sebagai ..Allah yang di langit... ..Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan membalikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Atau apakah kamu berasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanKu... [67: 16-17] Kita menemui dalam al-Qur..an beberapa isu yang mempunyai hubungan rapat dengan isu ini.
23. Wahyu Turun Dari Langit
Al-Qur..an menyebut bahawa Allah menurunkan wahyu dari langit. Maka wahyu datang dari tempat tersebut: ..Dialah yang menurunkan al-Kitab (al-Qur..an) kepada kamu[3:7].. Dari manakah wahyu turun? Dari langit. Lantaran itu mengapa syaitan bersembunyi dan cuba mencuri dengar wahyu yang diturunkan itu. ..Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (beritaberitanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuba) mendengardengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). [72: 7-8)]
..Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang[35], dan memeliharanya dari setiap syaitan yang amat durjana, syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengardengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru, Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang [37: 6- 10]..
24. Naik ke langit
Malaikat dan Nabi ..naik.. ke langit: ..Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku, Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya - Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik - Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya) [70: 1-4]..
..Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu? Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha [36]"; Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya [53: 11- 18]..
Menurut riwayat hadith Nabi naik ke langit umpama satu perjalanan ke syurga.
25. Arsy
Al-Qur..an berulangkali mengingatkan kita tentang Arsy Allah: ..Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar [9: 129]..
..Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar? [23: 86."
"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar [27: 26]...
..Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia [23: 116]..
Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orangorang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya) [11: 7]...
..Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?[10: 3]...
Ayat-ayat nombor 7:45, 12: 20, 25: 29, 20: 5, 32: 4, 57: 4 adalah berkaitan dengan hal ini. ..Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka [40: 7]...
..Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu [69: 17]...
..Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam! [39: 75]."
26. Apakah Arsy Allah dan di manakah ia berada?
Selain daripada ayat-ayat di atas istilah Arsy juga digunakan dalam ayatayat lain seperti berikut: ..Dan diangkat ibubapanya di Arsy dan mereka sujud kepadaNya... "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana (Arsy) yang besar [27: 23]...
Dalam ayat-ayat ini dalam ayat-ayat yang seumpamanya seperti dalam ayat 27: 28, 38: 41, 41: 42, istilah Arsy digunakan dalam maksud yang yang biasa digunakan misalnya Arsy yang diduduki oleh raja yang memerintah yang memberikan arahan kepada orang-orang disekelilingnya agar menurut perintahnya. Adakah ayat-ayat tentang Arsy Allah menunjukkan bahawa Allah duduk di atasnya seperti raja dan mengeluarkan perintah dari sana hanya dengan perbezaan bahawa ArsyNya lebih besar dengan kebesaranNya dan kepentinganNya?
Dalam Bible ..Arsy.. Tuhan dirujuk seperti berikut: Tetapi Aku ini berkata kepadamu: Janganlah sekali-kali kamu bersumpah, baik demi langit, karena ia itu arasy Tuhan, atau demi bumi, karena ia itu alas kaki-Nya, ataupun demi Yeruzalem, karena ia itu negeri Raja yang Mahamulia [37]...
Jika akal kita cuba memberikan gambaran tentang Tuhan daripada ayat yang disebut dalam kitab Bible itu, kita melihatNya dalam bentuk seorang gergasi yang amat besar yang mempunyai kaki, apabila Dia duduk di langit, kakinya terjulur di bumi. Tetapi persoalannya ialah, jika seorang pembaca kitab Bible membaca ayat yang dipetik dari Mathew: 5: 34-35 benar-benar berfikir seperti itu, atau hanya mengambil metaphora atau perumpamaan yang menunjukkan kekuasaan Tuhan meliputi semua langit dan bumi seperti mana yang dilakukan oleh al- Qur..an:
..Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) [2: 255]...
..Kursi.. satu lagi bentuk yang menyamai ..Arsy... Jika ..Kursi.. bermaksud ..Arsy.. dan dengan ..Kursi.. (Kerusi) yang diletakkan pada takhta untuk seorang raja duduk bersemayam di atasnya, dengan menteri-menteri dan para jurutulisNya duduk atau berdiri di bawahnya dan para pembantuNya menundukkan kepala (maka Tuhan akan dilihat seperti seorang raja diktator). Maka hal ini tidak sedemikian, kerana ayat ini menunjukkan bahawa seluruh alam ini adalah berada di bawah kekuasaan Tuhan.
Lantaran itu, istilah ..Arsh.. merupakan metaphora untuk menunjukkan Kekuasaan dan Pemerintahan Mutlak milik Tuhan. Al-Qur..an menyebut dalam Surah 7: 11, Arsh Tuhan adalah di atas air sebelum penciptaan langit dan bumi... Takhta dan Kerusi tidak akan dapat berdiri di atas air kecuali ia dalam bentuk perahu atau kayu terapung. Ayat ini, menunjukkan bahawa langit dan bumi belum dicipta dan alam ini dalam bentuk air dan pemerintahannya meliputi air sebelum penciptaan alam ini [39] tetapi selepas penciptaan langit dan bumi, pusat pemerintahan Tuhan berpindah kepada langit dan bumi di mana Dia berkuasa ke atas langit dan bumi.
Maka bagi kebanyakan ayat-ayat Qur..an tentang Arsh, kita hendaklah menerima pengertian seperti yang dinyatakan ini. Tetapi dalam ayat 40: 7; ..Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.. dan 69: 17; ..Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.., mengambil pengertian ini secara langsung tidak dapat diterima, kerana kita boleh menafsirkan ayat-ayat tersebut seperti ini:
Arsh Tuhan wujud dalam bentuk nyata dan boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain, kerana pada Hari Kebangkitan ia akan dibawa ke atas kepala-kepala manusia pada hari tersebut. Maka terdapat di kalangan Muslim beranggapan ..Arsh.. Tuhan dalam bentuk takhta yang berada di pusat langit. Takhta itu diperbuat daripada batu permata nilam [40] dan pada setiap kakinya tertulis ayat-ayat. Tidak dapat diragukan bahawa para ilmu Muslim sejak dari zaman awal lagi mempercayai konsep yang agak ganjil seperti itu dan ia tidak sesuai dengan kedudukan Tuhan yang dinyatakan dalam al-Qur..an sebagai bebas dari sebarang kehendak dan keperluan, maka dengan ini Arsh hanyalah merupakan satu simbol yang menunjukkan sesuatu yang tidak terbatas. Justeru persoalan ini masih tidak terjawab: Apakah Arsh Tuhan dan di manakah ia berada?
27. Pusat Pentadbiran dan Pemerintahan Alam ini:
Satu jawapan yang jelas dan menyakinkan kepada soalan ..Apakah Arsh Tuhan dan dimanakah ia berada, bukanlah tugas yang mudah. Jawapan yang paling jelas dan tepat kepada soalan ini hendaklah dicari dari sumber wahyu tetapi sebagaimana yang telah kita nyatakan, kita tidak tidak dapat menemui sesuatu melampaui titik tersebut: ..Arsh Tuhan merupakan satu fakta yang nyata di mana Tuhan mentadbir alam ini, dan di pikul oleh sekumpulan malaikat...[41]
Bagi mengharapkan satu jawapan yang jelas dan tepat kepada persoalan tersebut dari sumber lain selain sumber wahyu adalah sesuatu yang tidak relevan. Sebarang kesedaran tentang hal ini: ..Apakah Arsh dan di manakah ia berada.. adalah sesuatu yang bukan dalam ruang lingkup empirikal sains atau falsafah spekulatif. Sekarang, falsafah empirikal daripada banyak sudut dalam kenyataannya meminta kita untuk memahami benda secara imaginatif seperti mana al-Qur..an menunjukkan kepada kita petanda Arsh.
Dalam satu atom, proton berfungsi sebagai pusat arahan. Dalam sistem solar, matahari berfungi sebagai pusat arahan dan sumber kepada cahaya, kepanasan, gas, dan pelbagai gelombang yang membolehkan makhluk lain di dalam sistem ini memenuhi keperluan masing-masing.
28. Pusat Tertinggi Pentadbiran Alam ini:
Jika di sana wujud satu sistem berpusat dalam semua sistem solar yang mengandungi galaxi dan awan,maka keseluruhan sistem cosmos berada di bawah satu pusat pemerintahan tertinggi di mana dari situ segala perintah dan arahan dikeluarkan [42]. Sebagai contoh, otak manusia merupakan pusat tertinggi yang memberikan arahan kepada manusia, dan semua arahan kedua dan seterusnya yang disalurkan kepada saraf spinal atau jantung dan sebagainya. Secara asalnya ia datang daripada otak.
Pusat arahan tertinggi, yang dijangkakan untuk keseluruhan alam ini adalah satu fakta yang konkrit yang berada di langit dan dapat bergerak, mempunyai hubungan istimewa dengan Tuhan, dan semua arahan dari Tuhan kepada alam ini disalurkan daripada pusat tersebut tanpa perlu mengandaikan sebarang ruang untuk Tuhan. Seperti mana seseorang berpendapat bahawa ruh dipisahkan dari tubuh dan ia masih ada hubungan dengan tubuh badan.
29. Pusat Tertinggi Arahan Untuk Seluruh Kewujudan
Jika kita beranggapan kosmos lebih besar daripada alam nyata ini, maka hujah tentang satu pusat arahan menjadi relevan. Maka pusat yang mentadbir alam nyata hendaklah berada di bawah pusat tertinggi. Dan tanpa memberikan maksud secara metaphora kepada Arsh iaitu menggambarkan KekuasaanNya dan bukan kepada makna yang merendahkan mertabatNya iaitu satu takhta yang berhias dengan permata nilam di mana Tuhan duduk di atasnya, kita dapat menemui bahawa tempat pusat tertinggi itu ciri-ciri Arsh yang dinyatakan dalam Qur..an.
Dalam riwayat-riwayat hadith sufi, kita juga menemui pengertian ..Arsh.. sebagai satu fakta yang kukuh. Qaisari dalam pengenalannya kepada Sharh-he Fusus-e Qaisari menyatakan bahawa: ..Arsh.. merupakan manifestasi kepada nama-nama yang mengasihani milikNya, dan ..Kursi.. merupakan manifestasi kepada nama yang penyayang..... [43,44]
Riwayat-riwayat hadith Islam juga secara umum beranggapan ..Arsh.. sebagai satu fakta yang kukuh.
30. Doa dan Langit
Merujuk kepada gambaran awal tentang ..Arsh.. iaitu menadah tangan ke langit ketika berdoa, atau memandang ke atas ketika berdoa kepada Tuhan, dapat difahami dengan mudah kerana langit merupakan satu pandangan yang indah, penuh dengan rahmat Allah dan tanda-tanda KebesaranNya, Kekuasaan, Kebijaksanaan dan IlmuNya.
..Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya [53: 18]...
Ia adalah tempat di mana segala rahmat Allah SWT seperti air, udara, gas yang bermanfaat kepada manusia, panas, cahaya dan beratus-ratus kemanfaatan yang diturunkan ke bumi dan penduduknya.
..Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu [51: 22]...
Lantaran itu, menumpukan perhatian kepada langit dan menadah tangan ke arahnya ketika berdoa, walaupun tanpa mempercayai bahawa tempat tinggal Tuhan berada di sana amatlah mustajab dalam kemakbulannya. Naiknya malaikat, atau Nabi-nabi adalah dalam bentuk naik ke langit ke pusat pentadbiran Tuhan bukan untuk melihat atau bertemu denganNya tetapi untuk melihat tanda-tanda kebesaranNya yang menunjukkan kekuasaanNya.
.................................................... ..Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya... [53: 18]
Tabarsi dalam tafsirannya kepada ayat 12 Bab 53 (al-Najm) menulis seperti berikut: ......Dan Abi al-Rayah meriwayatkan: Nabi Allah telah ditanya adakah dia melihat Tuhan pada malam Lailatul Qadr: Dia menjawab:.. Aku melihat anak sungai, kemudian tabir di belakangnya tabir itu ada satu cahaya yang terang. Aku tidak melihat apa-apapun lebih dari itu... ..Abathar dan Abi Sa..id al-Khudri juga berkata:..Nabi Allah ketika ditanya tentang wahyu - Hati melihat....dan dia menjawab:..Aku (hanya) melihat cahaya... Tetapi Sha..bi merujuk kepada Abdullah ibn Haris dan Ibn Abbas, sebagai berkata, ..Muhammad melihat Tuhan... Kemudian dia bertanya kepada Masruq yang meriwayatkan kepadanya tentang percakapanya dengan Aisyah. Dia (Masruq) bertanya kepada Aisyah tentang hal ini, ..Aisyah menyatakan kepadanya bahawa soalanya itu membuatkan bulu romanya tegak. Masruq kemudian meminta izin membaca ayat dari Surah an-Najm ..(...............)Wan-najm..... Aisyah kemudian berkata kepadanya berhenti sebentar dan tidak membenarkan fikirannya melayang. Nabi SAWAW melihat Jibril dengan bentuk wajahnya yang sebenar tetapi barang siapa yang berkata bahawa Nabi SAWAW melihat Tuhan adalah pembohong. Allah Yang Maha Agung berkata bahawa penglihatan tidak dapat mencapaiNya tetapi Dialah yang mencapai penglihatan[45]...
Sesungguhnya, Wahyu turun ke bumi dari langit kerana penerima wahyu adalah Nabi SAWAW yang merupakan makhluk bumi. Wahyu diterima dalai bentuk suara, melihat atau membaca dalam bentuk bertulis, menerima wahyu dalam hatinya. Maka wahyu dalam bentuk ini boleh diturunkan dari langit dan syaitan dalam usahanya untuk mencuri dengar dapat bersembunyi di langit. Dalai hal ini ayat Qur..an yang menerangkan hal ini dapat difahami dengan mudah dan diterima tanpa perlu penafsiran istilah ..turun......langit.. dan kisah tentang syaitan cuba mencuricuri dengar di langit. Begitu juga tentang penafsiran tentang kitab-kitab suci dari langit dapat diterima tanpa perlu kepada sebarang penafsiran lanjut.
6
TUHAN MENURUT PANDANGAN ALQUR'AN
sambungan bab VI...
31. Adakah Tuhan Maha Hadir?
Daripada ayat-ayat Quran dan perbahasan agama, kita dapat mengambil konsep bahawa Tuhan tidak berada di suatu tempat tetapi hadir di setiap tempat.
..Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan... [57:4]
Satu golongan mengaitkan ayat ini kepada rumusan berikut: ..Tuhan berada di mana-mana... Tetapi kesedaran yang mendalam terhadap ayat-ayat al-Qur..an akan menunjukkan rumusan itu tidak benar. Di sana terdapat sebahagian ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Tuhan adalah bersama dengan orang yang benar. Tuhan bersama dengan orang yang sabar, dan sebagainya. Tetapi dalam setiap ayat-ayat ini ..Tuhan bersama dengan.....digunakan untuk menunjukkan pengertian tertentu. Dalam ayat 5:12, 8: 13, 20: 46, 47: 35, 192, 16: 128, 9: 36, 40, 133, 194 menunjukkan pengertian bahawa Tuhan adalah penolong kepada orang-orang yang baik, bertawqa, sabar, dan beriman.
Dalam Surah 4: 108, 58: 7, adalah untuk memberi penekanan bahawa Tuhan mengetahui setiap sesuatu dan tidak ada sesuatu yang tersembunyi dariNya.
..Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan... [4: 108]
Pemerhatian yang mendalam terhadap Surah 57: 4 menunjukkan bahawa terdapat juga pengertian yang sedemikian. ....Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan... [57: 4]
Tetapi dalam sejarah pemikiran umat Islam, kita dapat terdapat segolongan atau kumpulan yang mengaitkan ayat ini dengan perkara lain [46]. Golongan Pantheistik cuba membenarkan pandangan mereka dengan memetik ayat berikut: ..Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja.....[57: 4]
......Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya.......[8: 24]
..Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,......[50: 6]
......maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah Allah (Wajhu-llah).....[2: 115]
Mereka mendakwa bahawa al-Qur..an juga mengesahkan kepercayaan mereka tentang Keberadaan Tuhan dengan setiap benda, dan dengan cara ini Tuhan adalah keseluruhan kepada semua yang ada di alam ini dan setiap benda adalah sebahagian daripadaNya [47]. Tetapi kajian yang mendalam kepada ayat-ayat ini dan ayat-ayat yang seterusnya mendedahkan bahawa tidak ada satupun daripada ayat-ayat ini merujuk kepada doktrin keberadaan Tuhan bersama benda.
Malahan dalam ayat 57: 4 bertujuan untuk menyakinkan setiap Muslim tentang pertolongan Tuhan dengan menyatakan: ..Dan Ia tetap bersamasama kamu di mana sahaja.....
Surah 8: 24 dan 50: 16 menekankan kepada manusia bahawa Tuhan mengetahui semua perkara dan tidak ada sesuatu yang menjadi rahsia dariNya. Surah 2: 115 pada hakikatnya menjelaskan kepada umat Islam bahawa Tuhan ..Masjid ul-Aqsa.. adalah sama dengan Tuhan Masjid ul- Haram, dan jika ..Qiblah.. orang Islam dipindahkan dari Masjid ul-Aqsa ke Masjid ul-Haram, ia semata-mata untuk menekankan tentang kebebasan Islam, Nabi SAWAW dan Kitab Suci dan menutup mulut kepada orangorang yang berkata Nabi SAWAW tidak lain hanyalah mengikut ajaran Yahudi. Maka tidak ada satupun dalam ayat-ayat ini merujuk atau mengesahkan doktrin pantheisme.
Walau bagaimanapun, perbahasan berikut tentang Tuhan akan membawa kepada rumusan bahawa Dia adalah Maha Tinggi daripada terikat kepada masa dan tempat. Justeru, ..Dia.. tidak berada di langit, bumi atau di mana jua.
32. Adakah Tuhan Boleh Di Lihat?
Surah 6: 103 dalam hal ini menyatakan: ..Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya... Allamah al-Hilli dalam kitabnya Kashf al-Murad berkata: ..Keberadaan Tuhan yang wajib juga merupakan satu penafian bahawa Dia dapat dicapai oleh penglihatan...[48]
Allamah selanjutnya menerangkan: ..Kebanyakan ahli falsafah berpandangan Tuhan tidak dapat dilihat. Tetapi mereka yang mensifatkan Tuhan mempunyai tubuh badan, percaya Tuhan dapat dicapai oleh penglihatan. Jika mereka tidak beranggapan Tuhan mempunyai tubuh, dan beranggapan Dia sebagai wujud yang berbeza dari benda, mereka juga akan berpendapat adalah mustahil Dia dapat dicapai oleh penglihatan... ..Tetapi golongan Ashari berpendapat bertentangan dengan pandangan ahli falsafah tersebut. Mereka mendakwa walaupun Tuhan tidak mempunyai tubuh dan berbeza dari benda, Dia juga dapat dicapai oleh penglihatan...[49]
Ashari dalam kitabnya ..Maqalat.. berkata: ..Sesetengah golongan beriman kepada Tuhan boleh dilihat di dunia ini. Barangkali, Tuhan menunjukkan diriNya sebagia seseorang yang kita temui di jalan-jalan. Sesetengah dari mereka percaya Tuhan boleh menyerupai pelbagai benda. Seringkali mereka melihat seorang pemuda yang kacak dan Tuhan telah masuk ke dalam tubuhnya. Sesetengah orang mendakwa bahawa seseorang mungkin dapat melihat Tuhan di dunia ini, malahan berjabat tangan denganNya, menyentuhNya atau melihatNya berulang-ulang kali [50]. Mereka selanjutnya berkata bahawa seorang yang hatinya ikhlas dapat bertemu Tuhan di dunia ini dan juga di akhirat. Kepercayaan ini telah dikaitkan dengan beberapa pengikut Misr dan Kahmas. Ia juga dikaitkan dengan pengikut Abdul Wahid bin Zaid bahawa kemampuan untuk melihat Tuhan bergantung kepada amal baiknya. Maka semakin baik amalnya maka semakin tinggi kemampuannya untuk melihat Tuhan. Sesetengah orang percaya bahawa kita dapat melihat Tuhan di dunia ini hanya dalam mimpi sahaja.
Raqabah b. Musqala pernah berkata, ..Aku melihat Tuhan dapat mimpiku yang mengisytiharkan bahawa Dia akan meninggikan maqam Sulaiman Tihi kerana dia telah menunaikan solat subuh dengan wudhu yang sama ketika dia solat Isha selama 40 tahun. Ini bermakna, dia telah berjaga malam dan meneruskan solat sehingga subuh...Terdapat ramai orang yang menolak dakwaan tersebut iaitu Tuhan boleh dilihat di dunia dan menyatakan: ..Tuhan hanya boleh dilihat di akhirat...[51]
Ashari dalam bahagian terakhir juzuk pertama kitabnya, merumuskan pemikiran ..pengikut ahlul sunnah.. seperti berikut: Para ahli hadith dan Sunnah menyatakan bahawa Tuhan boleh dilihat hanya pada hari Pengadilan umpama bulan penuh tetapi hanya dapat ditatap oleh orang-orang yang beriman sahaja dan bukan orang kafir di mana mereka akan di hijab dengan tabir antara Allah dan orang-orang kafir. Allah SWT berkata: ..Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya... [83: 15]
Nabi Musa AS memohon kepada Tuhan supaya Dia boleh dilihat di dunia ini. Tetapi Tuhan mendedahkan kebesaranNya pada bukit dan menghancurkannya supaya ia menunjukkan bahawa Dia tidak dapat dilihat di dunia ini tetapi hanya boleh dilihat pada hari Akhirat. Inilah pandangan Ashari. Tetapi Allamah Hilli munsykil apabila Tuhan tidak mempunyai tubuh menurut Ashari sendiri, lalu bagaimana Dia dapat dilihat sama ada di dunia atau di Akhirat.
33. Sebab-sebab Munculnya Perkara Ini dan Kepercayaan Yang Sama di Kalangan Orang-orang Islam
Satu kajian tentang kepercayaan mereka dan perbandingan dengan mazhab-mazhab bukan Islam menunjukkan bahawa mereka telah dipengaruhi oleh kepercayaan dan pemikiran ajaran bukan Islam lebih daripada ajaran-ajaran Islam dan Qur..an. Hal ini menjelaskan sebabsebab mengapa mereka tergelincir dari jalan yang betul. Walau bagaimanapun pemikiran Abu al-Hassan Ashari berkenaan Tuhan boleh dicapai oleh penglihatan tidak dipengaruhi oleh orang lain kerana beliau dan pengikutnya sentiasa menekankan prinsip-prinsip yang merujuk kepada kitab dan sunnah supaya mereka dapat menghalang pengaruh pemikiran yang salah daripada meresap dalam pemikiran Islama. Sekarang persoalannya timbul: Apakah yang menyebabkan mereka percaya Tuhan dapat dilihat pada hari Akhirat? Maka perkara ini dengan mudah dapat rumuskan dari tulisan-tulisan mereka iaitu apa yang menyebabkan mereka percaya hal tersebut diambil dari sesetengah ayat al-Quran sendiri. Al-Quran secara berulang-ulang menyatakan bahawa Hari Pengadilan merupakan hari pertemuan dengan Tuhan: ..Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orangorang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia... [33: 43- 44]
Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang menyebutkan pertemuan dengan Tuhan pada Hari Pengadilan misalnya 2: 46, 223, 249, 6: 31, 154, 9: 77, 10; 7, 11, 45, 11: 29, 13: 2, 18: 105, 110, 25: 21, 29: 5, 23, 30: 8, 32: 10, 23, 84: 6. Maka yang menyebabkan salah faham itu ialah penafsirannya. Walaupun ayat-ayat ini ada menyebut tentang pertemuan dengan Tuhan. Misalnya dalam ayat 6 Surah 84 al-Qur..an menyatakan: ..Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali... [46: 6]
Ashari dan para pengikutnya berpandangan bahawa istilah ..pertemuan.. itu bermaksud bertemu secara bersemuka iaitu dengan perkataan lain sebagai ..melihat... Lantaran itu Hari Pengadilan sebagai hari menyaksikan Tuhan. Secara khusus, bersandarkan dari ayat-ayat berikut mereka yakin bahawa ..pertemuan.. itu sebagai pertemuan secara penglihatan: ..Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya... [75:22, 23]
Memang tidak dinafikan bahawa jika kita menumpukan hanya kepada ayat-ayat ini, kita juga akan berfikir bahawa orang-orang beriman akan dapat melihat Tuhan secara bersemuka pada Hari Pengadilan. Tetapi al- Qur..an mengandungi ayat-ayat lain juga berkenaan ..penglihatan langsung kepada Tuhan.., mencadangkan pengertiannya yang jelas dan jauh dari penafsiran yang salah [52].
Maka sudah terbukti untuk mempelajari ajaran al-Quran tentang perkara ini, pada permulaannya ayat-ayat ini hendaklah dipertimbangkan. Dalam ayat ini, permintaan yang mustahil iaitu ..kami hendak melihat Tuhan.. telah diketengahkan dan ditolak sama sekali. Dalam hal ini kefahaman tentang perkara yang non-empirikal dan beriman dengannya sering menjadi satu perkara yang sulit kepada orang yang ragu-ragu dan tidak beriman, maka terdapat musuh Nabi-nabi yang menuntut untuk melihat Tuhan secara bersemuka bagi menghilangkan sebarang keraguan dan tidak percaya (kepada Tuhan). Sebagai contoh, Bani Israel menuntut Nabi Musa AS: ..Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya... [2: 55]
Bani Israel sangat degil dalam tuntutan mereka menyebabkan Nabi Musa AS tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa membawa isu tersebut kepada Tuhan [54].
..Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)... [7: 143]
Orang-orang Arab juga telah menuntut perkara yang sama kepada Nabi SAWAW supaya dengan ini mereka dapat beriman kepada Tuhan. ..Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya... [17: 90-92]
..Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau kita dapat melihat Tuhan kita?" Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya. (Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: "Semoga kita jauh - dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".[25: 21-22]
Berdasarkan kepada tuntutan mereka ini pada zaman Nabi SAWAW yang mahu melihat Tuhan. Maka ayat-ayat ini hanya menunjukkan kesombongan dan kedegilan mereka. Dan begitu juga mereka ini begitu mendesak untuk melihat malaikat, al-Quran menambah: ..Sungguh, mereka akan melihat malaikat pada Hari Pengadilan. Tetapi ia tidak akan membawa kebaikan kepada mereka. Malaikat-malaikat akan datang kepada mereka untuk mengerjakan mereka di atas dosadosa mereka. Dan barang siapa yang degil untuk melihat mereka pada hari ini akan menangis supaya di jauhi dari mereka... Ayat 103 Surah 6 menegaskan secara muktamad: ..Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. .. [6: 103]
Tidakkah ayat-ayat di atas membawa pemikiran kita percaya bahawa Tuhan tidak boleh dicapai oleh penglihatan di dunia atau di akhirat? Sekarang apakah pengertian pertemuan dengan Tuhan pada hari Pengadilan? Sewajarnya ia bermaksud, pada hari itu tidak akan ada keraguan langsung dalam pemikiran seseorang tentang kewujudan Tuhan. Dan umpama melihatNya secara bersemuka.
34. Tuhan Maha Mengetahui
Tuhan mengetahui semua benda. Alam ini dibahagikan kepada dua bahagian: Yang ghaib (Ghayab) dan yang nyata (Shahadat). Tetapi Allah Maha Mengetahui yang ghaib dan juga yang nyata. Pada hakikatnya tidak ada sesuatu yang tersembunyi bagi Allah. Alam ini secara keseluruhan adalah nyata bagiNya. ..Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segalagalanya). .. [13: 9]
..Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit... [3: 5]
Allah mengetahui setiap benda walau ia paling kecil di dunia termasuklah setiap perbuatan yang kita lakukan. ..Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)... [2: 215]
Pengetahuan Tuhan adalah pengetahuan hadir seperti sesuatu itu berhadapan denganNya. Ia adalah ilmu seperti seseorang saksi yang menyaksikan suatu peristiwa dengan matanya sendiri. ..Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?.. [41: 53]
Sejak zaman berzaman para ahli falsafah dan tokoh-tokoh terkemuka Islam telah memikirkan tentang ilmu Tuhan yang khusus tentang sesuatu tidak sejajar dengan ZatNya. Dan isu yang kontroversi ini misalnya tentang Inayat telah memenuhi pemikiran mereka. Menurut mereka ilmu pengetahuan Tuhan yang khusus tentang sesuatu hanya dapat dipertimbangkan melalui ilmu pengetahuanNya tentang alam ini secara keseluruhan. Pendekatan ini sebenarnya tidak sesuai dengan apa yang Al-Qur..an nyatakan tentang ilmu Tuhan. Pada akhirnya, Mulla Sadra sebagaimana yang beliau nyatakan dalam falsafahnya untuk menerangkan tentang wajib dan mumkin, tawhid dan berbilangan, membuat pendekatan untuk menerangkan bahawa ilmu Tuhan yang sempurna adalah ilmu huduri yang sejajar dengan ZatNya dan dengan cara ini beliau telah menyelesaikan masalah Inayat.
Walau bagaimanapun al-Qur..an menekankan bahawa ilmu Tuhan secara huduri ke atas semua benda di alam ini dan menerangkan tentang Tuhan sebagai ..Maha mendalam pengetahuanNya.. 6: 73... ..Maha Mengetahui.. 2: 32, dan ..Yang Maha Mengetahui.. 5: 73, ..Allah sentiasa Mengetahui (menyedari).. 4: 35, ..Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.. 2: 32. Dia mentadbir alam ini sebaik-baiknya.
35. Tuhan Maha Berkuasa
Tuhan Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu: ..Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu... [2: 20] Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, 2: 20, 6: 37. Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa,11: 66. Dia Maha Berkuasa, 6: 61, Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa, 12: 39. Dia Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Apabila Dia menghendaki sesuatu terjadi, cukuplah bagiNya berkata: Jadilah maka jadilah ia (kun-faya-kun). ..Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka jadilah ia... [36: 82]
36. Kehendak Allah; Qada dan Qadar
Lazimnya makhluk hidup yang mempunyai ..Pengetahuan.. dan ..Kuasa.. mampu mencapai apa yang dia kehendaki dan mampu berusaha untuk mencapainya. Apabila kita hendak cuba mencapai kehendak kita dengan kesedaran: ..Aku berniat untuk melakukan sesuatu perkara,.. maka: ..Kehendak adalah satu kesedaran dan kekuatan yang berkesan dalam mencapai matlamat kita... Di antara berbagai makhluk dalam dunia ini, sekurang-kurangnya haiwan yang rasional memiliki kemampuan kehendak, iaitu apabila mereka berhajat kepada sesuatu dengan kesedaran mereka maka mereka akan berusaha untuk mencapainya. Manusia mempunyai kelebihan ini lebih daripada haiwan-haiwan lain.
Kehendak manusia lebih luas daripada haiwan-haiwan lain maka lantaran itu mengapa peranan ilmu pengetahuan dan kesedaran dalam kehidupan mereka lebih kreatif daripada haiwan-haiwan lain.Namun demikian tidak semua aktiviti yang berlaku dalam diri manusia adalah kehendaknya misalnya peredaran darah dalam tubuh manusia, sistem pernafasan, sistem pencernaan, anggota dalam tubuh badan yang mengeluarkan bahan kimia tertentu untuk keperluan tubuh. Sistem ini berjalan dengan sendirinya dan bukan dengan kehendak manusia itu sendiri [55]. Walau bagaimanapun perbuatan yang mengikut kehendak manusia mempunyai batasannya sebagai contoh manusia tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada peredaran sistem solar atau boleh mempengaruhi ciri-ciri keturunan yang dilahirkan. Maka dengan ini kesan kepada ..kehendak.. manusia adalah terbatas. Lantaran itu seseorang itu gagal melakukan sesuatu kerana disebabkan faktor-faktor yang di luar batasan kekuasan dan ilmunya, telah menghalang kehendak seseorang daripada mencapai apa yang dia kehendaki. Tetapi Tuhan yang mempunyai Ilmu Pengetahuan Mutlak dan Maha Berkuasa dapat mencapai apa yang Dia kehendaki.
..Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya... [11: 107]
..Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya... [85: 16]
Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang kuasa dan kehendakNya, ......dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!.. [11: 33], ..Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa... [35: 44] dan sebagainya.
KehendakNya mentadbir keseluruhan alam ini (qada). Dan bukan kehendak yang selain dariNya [40: 20] dan apa sahaja dan ketika sesuatu benda bertindak atau bergerak maka pergerakan atau tindakannya adalah di dalam kerangka ketetapan yang telah ditentukan oleh Tuhan, kerana Dia telah menetapkan had-had tertentu pada setiap sesuatu (Qadar) [25: 2, 65: 3, 41: 10.
Manusia juga ditadbir oleh peraturan mutlak ini. Peranan kemampuannya untuk berkembang dan menyesuaikan diri dengan jalan yang benar adalah terhad, dan ditentukan oleh Qadar dan Qadar. Tuhan berkehendak agar manusia dengan kehendak dan pilihannya masingmasing menentukan masa depannya untuk kebaikan atau keburukan, cantik atau hodoh, terang atau gelap.
Malahan dalam kerangka batasan ini, tidak ada manusia atau makhluk lain yang dapat beranggapan dirinya sebagai pemerintah yang mutlak. Jika Tuhan menghendaki, Dia dapat menyebabkan manusia tidak berkuasa dan tidak dapat memberi kesan dalam hal ini. ..Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)... [89: 14]
Adalah jelas bahawa perintahNya meliputi dan menguasai segala kekuasaan individu atau kumpulan yang takbur dan mereka telah diberikan amaran dan hendaklah memahami bahawa walaupun sesuatu itu berada dalam lingkungan genggaman kekuasaan dan kemampuannya, dia hendaklah ingat bahawa kehendak Allah meliputi dan mengatasi segala sesuatu tempat. Terdapat banyak contoh dalam al-Qur..an berkenaan dengan perintah dan kekuasaan Tuhan meliputi segala sesuatu seperti ayat dalam Surah 68: 17-32 secara langsung menerangkan perkara yang sedemikian: ....Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; - Serta mereka tidak menyebut pengecualian. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur. Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain - (Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya". Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya): "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu". Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu. Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)". (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)". Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?" Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!" Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela. Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas. "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
37. Tuhan Yang Maha Hidup
Satu kewujudan yang memiliki kekuasaan bersama dengan kesedaran dan kehendak dirinya dipanggil satu benda hidup. Perkara yang sama dapat kita tentukan seseorang individu atau masyarakat yang hidup atas asas kesedaran kehendak diri dan pengetahuannya. Umat manakah yang lebih hidup? Satu umat yang menunjukkan kesedaran kehendak yang lebih tinggi dalam kehidupannya sudah tentu lebih hidup. Di antara makhluk-makhluk hidup, manusia dianugerahkan dengan perkiraan kehidupan yang sepenuhnya. Justeru, kesedaran kehendak dalam kehidupannya merupakan yang paling mendalam dan luas. Sekarang, wujud manakah yang memiliki kesedaran tertinggi dan ia lebih besar daripada semua wujud yang mempunyai kesedaran? Sudah tentu jawapanya ialah Tuhan. Maka Tuhan merupakan satu kehidupan dan memiliki tahap kehidupan yang maksima. Dia lah Yang Tetap Hidup 40: 65, Hidup yang tidak mati.
..Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya.... [25: 58] Yang Hidup yang memiliki saradiri dan tidak pernah letih terhadap pekerjaan atau tindakanNya. Dia tidak mengantuk atau tidur.
..Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur... [2: 255]
..Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran...... [3: 1-3]
..Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman... [20: 111]
Istilah ..Qayyum.. dari kata akar yang dengan sama dengan ..Qiyam.. yang bermaksud berdiri. Istilah ..Qa..im.. yang merupakan subjek bermakna seseorang yang berdiri. Maka istilah ..Qayyum.. bermakna ..Yang kekal berdiri teguh.., atau dengan perkataan yang lebih jelas ..Yang sentiasa hidup kekal berdiri teguh... Para mufassirin mempunyai pandangan yang berbeza tentang pengertian perkataan ini dalam al-Qur..an. Tabarsi dalam Majma ul- Bayan berkata: ..Istilah ..Qayyum.. bermakna seseorang yang mengekalkan penciptaan sama ada penciptaan kehidupan atau menyediakan keperluan seharihari kepada mereka. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat lain: Tidak ada satupun makhluk bergerak di atas muka bumi yang keperluannya tidak disediakan oleh Tuhan. Pandangan ini diriwayatkan dari Qatadah. Jika dikatakan ..Qayyum.. bermakna Dia Maha Bijaksana. Ia diambil dari ungkapan Bahasa Arab... Iaitu, ..orang ini mengetahui apa juga yang tertulis dalam kitab ini... Dalam tempat lain ..Qayyum.. bermakna ..wujud berkekalan.., iaitu dia yang sentiasa hidup... Pandangan ini dipetik dari Sa..id ibn Jubayr dan Dahhak. Pada tempat lain ..Qayyum.. bermaksud ..seseorang yang melihat ke atas mereka supaya dapat diberikan balasan baik atau hukuman mengikut pengetahuannya... Pandangan ini diriwayatkan daripada Hassan Basri. Istilah ..Qayyum.. adalah bersesuaian dengan semua penafsiran yang disebutkan ini.[56]
Dalam perbahasan falsafah istilah ..Qayyum.. diberikan pengertiannya sebagai القائم بالذات لغيره yang bermaksud berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada yang lain. Apa yang berdiri di atas kaki ini dan kewujudannya tidak diambil daripada luar dan memberikan kepada yang lain untuk membuatkan mereka berdiri. Kami bergantung kepada kamu kerana kamu berdiri di atas kaki sendiri (merdeka iaitu tidak bergantung kepada yang lain). Sadr ul-Muta..allihin (Mulla Sadra) juga cenderung untuk menerima pengertian ini selepas membahaskan isu ini dengan terperinci, beliau akhirnya membuat kesimpulan bahawa istilah ..Qayyum.. bermaksud Dia yang memiliki kebebasan dan kemerdekaan mutlak di mana semua yang lain bergantung kewujudan mereka kepadaNya... [57]
Sayyid Qutb dalam tafsirannya tentang ..Qayyum.. berkata:..Iaitu yang Dia bukan sahaja mencipta makhluk tetapi mengekalkan kewujudannya... [58].
Allamah Tabatabai juga dalam al-Mizan 2: 347-348 telah menafsirkan istilah ini dengan cara yang sama seperti riwayat Qatadah dalam Majma ul-Bayan. Kita berpandangan pengertian yang sama iaitu sentiasa berdiri, sentiasa kendiri, dan sentiasa memerhati dimana dalam terjemahan Bahasa Parsi bukan hanya bersesuaian dengan pengertian daripada pengertian literal daripada istilah ..Qiyam.. tetapi juga sesuai dengan penjelasan ayat dalam Surah 2: 255. Istilah ..Qayyum.. dalam pengertian ini bersesuaian dengan sifat ..Hay.. dan maknanya. Sebagaimana kita mengetahui bahawa semua benda hidup dalam dunia ini memerlukan tidur. Mereka perlu tidur untuk menyegarkan kembali diri mereka untuk kesinambungan hidup mereka. Tidur dikaitkan dengan kelemahan dan keletihan otot-otot tubuh badan dan setiap haiwan hidup tidur lazimnya dalam keadaan berbaring dan tidak boleh berdiri di atas. Ketika tidur biasanya sebahagian daripada tenaga keperluannya khususnya kemampuan untuk pergerakan dan kesempurnaan dalam keadaan separuh terhenti.
Al-Qur..an menyatakan: Tuhan ialah Yang Maha Sempurna, yang tidak mempunyai rasa lemah; Dia Wujud yang tidak berasa letih, Sentiasa Maha Mencukupi (tidak memerlukan yang lain) dan Sentiasa Sedar, tidak tidur atau ngantuk. Justeru, Dia Sentiasa Maha Mengetahui dan Sentiasa Maha Berkuasa. Sekarang, Marilah kita sekali lagi mengambil perhatian kepada urutan ayat dalam Surah 2: 255: ..Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)... Anda telah menyaksikan bahawa semua kesimpulan yang dapat diambil dari ayat ini menunjukkan kebijaksanaan dan kekuasaan mutlak Tuhan yang merupakan tanda kepada kebebasanNya daripada sebarang kelemahan berkaitan dengan sifat-sifat kehidupanNya.
38. Tuhan: Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Allah, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang (1: 1), Allah Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya [3: 29] dan Dia memberikan semua yang kamu minta daripadaNya; dan telah menganugerahkan ke atas kita nikmat yang tidak terkira banyaknya [14: 34], [16: 18]. Sesungguhnya Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya [51; 58], Allah sebaik-baik pemberi rezeki.[62: 11], Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun [4: 99], Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. [2: 235], Maha Suci [34: 41]. Jika seorang pembuat dosa kembali ke jalan Allah dengan dosa-dosa dan kekotorannya, iaitu kembali ke jalan ketaqwaan dan kebenaran (bertaubat dari dosa-dosanya), Tuhan sekali lagi akan memberikannya rahmat ke atasnya dan Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatankejahatan (yang mereka lakukan)...[42: 25] dan Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani [21: 160].
39. Tuhan: Yang Maha Memberi Balasan
Tanda-tanda kasih sayang Tuhan amat melimpah dan tidak terhitung banyaknya di seluruh alam. Manusia seperti makhluk-makhluk lain menikmati rahmat Allah yang luas ini dengan pengkhususan bahawa manusia menerima nikmat dari Tuhan dengan kemampuan untuk memperbaikinya, satu proses kesedaran kendiri dengan ilmu pengetahuan yang dapat membezakan kebaikan dan keburukan, cantik dan hodoh dan juga mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan [60]. Kesedaran untuk memperbaiki bersama dengan kemampuan untuk memilih dapat dilakukan dengan syarat bahawa sebahagian daripada perbuatan manusia akan memberikan hasil yang dikehendakinya dan terdapat sebahagian perbuatannya akan membuahkan hasil yang tidak dikehendakinya. Hasil yang dikehendakinya adalah nikmat dan balasan baik dan hasil yang tidak dikehendakinya adalah penderitaan dan kesakitan, hukuman dan kemurkaan Allah SWT. Balasan baik dan hukuman yang akan menimpanya akan memberikan dorongan kepada manusia untuk membentuk dirinya supaya menjadi manusia yang amat memerlukan pembalasan baik dan menyelamatkan dirinya daripada hukuman. Maka kewujudan balasan baik dalam diri manusia merupakan satu rahmat dari Tuhan yang akan diikuti dengan hukuman dan kemurkaan Tuhan kepada mereka yang tidak bersyukur. ..Wahai, Dia yang rahmatNya mendahului kemurkaanNya... Dalam hal ini, al-Qur..an berulangkali menyatakan tentang kemurkaan Allah menimpa orang-orang yang tidak taat. ......kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia...[20: 81] ..Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya... [8: 52] ..dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya... [73: 13]
40. Tuhan: Yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Besar dan Maha Terpuji
Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya) [2: 256], Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya). [31: 30], Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana [2: 209], Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi, [13: 9], Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan [55: 78], Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya [11: 73]. Dia Mutakabbir iaitu yang menjadikan kebesaran dan keagunganNya meliputi segala sesuatu dan segala tanda-tanda kebesaran dan keagunganNya yang tampak kelihatan pada alam ini adalah milikNya semata-mata. ..Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.. [45: 37]. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Terpuji dan luas rahmatnya. ..Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya.. [11: 73].
41. Tuhan: Yang Maha Adil
..Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu.. [50: 29] Dia sentiasa menyeru kita bertindak di atas prinsip-prinsip keadilan [16: 90], [7: 29]. Dia telah menciptakan semua makhluk di dunia ini sesuai dengan sistem kejadiannya di mana semuanya berharmoni dan saling menlengkapi di antara satu dengan lain [87: 2], [67: 3]. Tuhan telah menetapkan balasan baik kepada perbuatan baik dan hukuman kepada pembuat dosa pada Hari Akhirat dalam lingkungan sistem ..perbuatan dan tindakbalas (aksi dan reaksi)... Pada Hari Akhirat seseorang akan memetik buah yang telah diusahakannya di dunia ini. Dengan cara ini dia mendapat apa yang diusahakan sendiri untuk dirinya ketika hidup di dunia. Setiap kemanisan atau kemasaman yang diberikan kepada manusia di dunia lain adalah hasil daripada perbuatannya di dunia ini, di mana apa yang dia perolehi adalah berdasarkan prinsip keadilan yang sempurna, tanpa sedikitpun pengurangan [2: 281], [14: 51], [40: 17] dan lain-lain lagi. Setiap manusia bertanggungjawab ke atas apa yang dia kerjakan [52: 51]. Pembinaan jatidirinya, sama ada dia berada di arah yang betul atau salah, dan bagaimana dia membentuk persekitarannya supaya persekitaran sosial dan fizikal memberi manfaat kepada kebajikannya dan kebajikan orang lain, membawa kepada pembinaan jatidiri pada arah yang betul.
42. Pernyataan Terakhir
Bahagian ini berkenaan dengan Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan dalam al-Qur..an, dengan rujukan khusus kepada perbuatan Allah SWT. Seseorang akan menemui banyak Nama dan Sifat Allah yang melebihi seratus perkataan. Kami menemui banyak Nama dan Sifat dalam solatsolat dan doa-doa. Misalnya seribu Nama dan Sifat Allah terkandung dalam doa yang dipanggil Jawshan Kabir. Kebanyakan Nama dan Sifat yang digunakan untuk Tuhan adalah kata terbitan sama ada dalam istilah atau pengertiannya dan pengertian kata terbitan membawa kepada maksud yang luas. Seseorang tidak boleh berasa yakin kepada jumlah tertentu tentang Nama dan Sifat Allah. Golongan ilmu kalam dan sufi juga beranggapan bahawa Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan tidak terbilang banyaknya. [61]
Inilah rumusan kepada ajaran metafizik yang disebut dalam al-Quran yang berkaitan dengan ilmu Tuhan [62]. Ilmu jenis ini diambil daripada sumber yang sahih iaitu wahyu. Pada ketika yang sama ia juga berasaskan kepada ilmu kesedaran manusia yang dicapai melalui pemikiran yang mendalam terhadap tanda-tanda kebesaran Tuhan yang meliputi pada Nama-nama dan Sifat-sifatNya. Ini merupakan ilmu pengetahuan yang dapat menghilangkan dahaga orang yang dahaga yang ingin mengetahui kepentingan Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan dan nampaknya terdapat masalah praktikal seperti mana yang kita hadapi iaitu ketika menyesuaikan kepada kehidupan. Dalam pendekatan ini tidak ada ruang kepada perbahasan yang tidak bermanfaat dan sia-sia yang mendatangkan keburukan kepada kehidupan individu begitu juga kepada ummah. Ini merupakan satu pelajaran yang patut kita pelajari supaya dapat mengelakkan dan menjauhkan diri daripada pertentangan yang tidak berpenghujung dan tidak berfaedah dalam bidang metafizik. Maka perbahasan sedemikian dan sebarang kontroversi tidak akan membawa kita kepada sebarang kesimpulan yang tertentu, kerana kebanyakannya timbul dari kejahilan dan prejudis.
Al-Qur..an mengkritik orang-orang yang mengambil jalan ini khususnya dalam soal metafizik. ..Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya... [3: 66] Saya berdoa kepada Allah supaya kita tidak digolongkan sebagai orang yang terlibat dalam pertentangan yang sia-sia. Kata-kata kami yang terakhir adalah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Nota kaki: (Bab IV)
1. Nahjul Balaghah, 2: 241 2. Ilmu Kalam adalah bahagian daripada metafizik. 3. Ibn Nadim, al-Fehrest, hlm. 361. 4. Moien, Farhang-e Moien (Parsi). 5. Encyclopedia Brockhause. 6. Ibn Sina, Shifa, hlm. 277. 7. Sama ada ia berkaitan kepada apa yang terhasil oleh orang yang menggambarkannya atau persepsi yang diperkatakan itu. 8. Iaitu hasil yang dicapai oleh fakulti persepsi kita dalam memahami kebenaran. 9. Menurut teks tersebut, intelek manusia adalah sama dengan kemampuan intektual manusia. 10. Aristotle, Metaphysics, hlm. 3-4. 11. Aristotle telah merujuk banyak kali fakta ini. Contohnya dalam bahagian pertama dan bahagian kedua bukunya begitu juga bahagian kedua belas. 12. Ross(tran), Metaphysics, hlm. 983. 13. Berhubung dengan perkara ini, Ibn Sina telah membuat kenyataan berikut dalam bukunya as-Shifa: .....dan inilah falsafah pertama yang berkaitan dengan realiti sejagat iaitu kewujudan dan keesaan. Dan ia adalah satu kebijaksanaan yang berada dalam realiti pembelajaran tinggi tentang perkara yang amat berharga. Hal ini disebabkan ilmu pengetahuan sedemikian adalah ilmu pengetahuan yang paling berharga. Amat menyakinkan bahawa ilmu pengetahuan yang paling berharga ialah ilmu pengetahuan tentang Tuhan dan sebab-sebab kepada kewujudan Zat Yang Maha Suci. Pada realitinya, ini merupakan ilmu pengetahuan asas kepada kewujudan alam ini dan pengetahuan tentang Tuhan. Dan sains Ilahi dapat didefinisikan adalah: ilmu pengetahuan tentang realiti-realiti di mana kewujudan-kewujudan adalah bebas daripada bergantung kepada benda-benda... Shifa, Ilahiyyah, 10 dan 11). Di suatu tempat lain beliau berkata: .....sains ini juga dipanggil ..Sains Ilahi.. kerana hasil yang tidak terbatas tentang sains ini ialah ilmu pengetahuan tentang Yang Maha Berkuasa.... maka ia menunjukkan bahawa sains ini merupakan peringkat yang tertinggi dan sempurna ilmu pengetahuan dan tujuan asasnya ialah untuk mencapai pengetahuan tentang wujud yang terpisah daripada alam semulajadi (Shifa, Ilahiyyah,15 dan 16) 14. Versi Arab tentang Teologi (Ilmu Kalam) bermaksud,..Mengetahui tentang Tuhan.. atau ilmu pengetahuan yang berkait dengan Tuhan (Lahut). 15. Mulla Sadra, al-Mabda wa al-Ma..ad, hlm. 4 16. A.J. Arberry, Reason and revelation, hlm. 9 17. Upanishad, hlm. 419 18. Allamah Tabatabai, al-Mizan, hlm. 12:2,3 19. Mulla Sadra, al-Mabda wa al-Ma..ad, hlm. 16 20. Dalam kitabnya al-Mizan, Allamah Tabatabai ketika menafsirkan ayat ini tentang fitrah semulajadi dalam agama telah mengambil pandangan yang lebih luas dan menekankan pendapat bahawa semua ajaran dan agama adalah berasaskan satu sistem kepercayaan dan amalan dan semua keperluan fitrah manusia. 21. Sila rujuk Imam Fakhr Tafsir al-Kabir, Juz. 15, hlm. 40-49, Tafsir Majma..ul Bayan, Juz. 4, hlm. 497-498, dan Tafsir al-Mizan, Juz. 8, hlm. 338-346 22. Salah seorang penafsir ialah Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Qur..an, Juz. 3, hlm. 670. 23. Sila rujuk Tafsir Majma..ul Bayan, Juz.4, hlm. 498 dan Tafsir al-Kabir Imam Fakhr, Juz. 15, hlm. 46-52 24. Haqqul Yakin adalah ilmu pengetahun yang terang melampaui batas keraguan dan kekaburan. Ilmu Huduri, Ilmu Basirah adalah contoh-contoh ilmu tentang keyakinan. Cara yang paling baik untuk mencapai ilmu pengetahuan demikian adalah tindakan yang berada pada bidangnya kerana dalam keadaan itu seseorang akan berhadapan dengan realiti yang objektif dan bebas daripada subjektiviti. Subjektiviti yang jauh daripada dunia sebenar dan menjauhkan manusia daripada memahami realiti. 25. 45: 24 26. اولو الالباب 27. قوم يتفکرون 28. قوم يتذکرون 29. Dario halaman ini sehingga halaman 200, perbahasan adalah bersifat falsafah untuk menjelaskan kepada mereka yang berkecimpung dalam Ilmu Kalam. Mereka yang tidak biasa dengan falsafah, boleh meninggalkan bahagian ini. 30. Mythologi Greek tentang Tuhan-tuhan hanya merupakan anganangan dalam imajinasi manusia. Kelemahan manusia mengenai pengetahuan tentang Penyebab Mutlak adalah bertanggungjawab menukarkan Tuhan dengan dengan tuhantuhan. Dalam bidang sains fizik juga menggunakannya pada sebab-sebab dan faktor-faktor fizik alam semulajadi. Sebagai hasil yang tersasar dalam kedua-dua bidang Ilmu Kalam dan juga sains fizik. 31. Aristotle, Metaphysics, hlm. 247 32. Ibid, hlm. 713. 33. Ibid, hlm. 1000 34. Ibid. Buku Alpha (minor) dan buku Lambada. 35. Ibn Sina, Isharat wa Tanbihat, hlm. 109-115. 36. Kenyataan asli Ibn Sina dalam kitabnya Isharat berhubung perkara ini ialah seperti berikut:..Renungkan bagaimana kenyataan kami untuk menyaksikan wujud yang Pertama (Pencipta), TawhidNya, Maha Sempurna dan Bebas daripada ketidaksempurnaan dan kelemahan tidak memerlukan bendabenda lain melainkan kehendak kepada kewujudan diriNya sendiri, dan tidak memerlukan makhluk yang dijadikanNya, walaupun ia menjadi bukti kepada kesaksian tetapi kehendak yang pertama lebih bernilai dan sahih... Iaitu untuk menyatakan, jika kita meletakkan peringkat kewujudan dan ini menyaksikan kepada kewujudannya sebagai manifestasi sebenar kepada kewujudan, maka ia menjadi bukti yang kukuh dan sahih kepada semua peringkat selanjutnya tentang keseluruhan wujud dan mawjud. Al-Qur..an telah menetapkan:..Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur..an itu adalah benar. (41: 53) Saya katakan bahawa ayat ini bermaksud satu kumpulan manusia dan al-Qur..an menyambung: Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguh Dia menyaksikan segala sesuatu? (41: 53) 37. Ibid, hlm. 123 38. Ibid. 123. 39. Nasir al-Din Tusi, Tajrid al-E..tiqad, hlm. 172 40. Allamah Hilli, Kashf ul-Murad Fi Sharh Tajrid al-E..tiqad. 41. Iaitu keberadaan yang tidak memerlukan asal-usul. 42. Iaitu kewujudan dibuktikan sebagai wujud yang tidak bergantung kepada sebab. 43. Jika kita menyambung, ia tidak akan sampai kepada wujud yang tidak bergantung kepada sebab. 44. Pada pendekatan ini, melalui proses dan keraguan di antara wujud yang wajib (wajibal wujud) dan wajib yang munkin (munkin wujud), kita menemui wujud yang wajib. Iaitu mengapa argumen yang dibincangkan di sini dipanggil hujah wajib dan munkin. 45. Sebagai di nyatakan dalam Surah berkenaan, ayat 148. 46. Apa yang menghubungkan premis utama dan cabangcabangnya membolehkan kita untuk sampai kepada kesimpulan ketiga melalui pengetahuan darinya. 47. Menurut Rumi: matahari muncul sebagai bukti kepada matahari jika anda mahukan bukti, jangan memalingkan wajah anda daripadanya. 48. ..Wahai yang memberi petunjuk melalui dirinya... 49. Mulla Sadra, Asfar, hlm. 26-27. 50. Isu kewujudan, konsep dan keberadaannya telah menjadi isu yang penting dalam falsafah. Pada zaman kita, beberapa orang pengikut Hegel telah melanjutkan analisis Hegel tentang kewujudan dengan merujuk kepada konsep lain dan objektif keberadaan yand diambil daripada misalnya buku Heidegger. Bertajuk Being and Time. 51. Dr. Ali Shariatmadari seorang Professor di Universiti Isfahan. 52. Dr. Ali Shariatmadari, Falsafah, hlm. 335. 53. Ibid, hlm. 336-337. 54. Ibid, hlm. 339. 55. Ibid hlm. 339. 56. Mawjud merupakan kata kerja pasif yang diambil daripada perkataan wajada iaitu dalam Bahasa Parsi yafteh iaitu telah ada. Kemudian istilah ini memiliki maksud baru selain kata kerja pasif. 57. Jika seseorang diberi nama Parviz sebelumnya, maka nama ini akan menjadi hak miliknya mutlak. 58. Mulla Sadra, Asrar, Juz. 5, hlm. 28-26 59. Allamah Hilli Kashf ul Murad fi Sharh Tajrid al-I..tiqad, hlm. 172. 60. Mulla Sadra, Asfar, Juz. 5, hlm. 28-29. 61. Ibid, Juz. 6, hlm. 15. 62. Keterangan lanjut tentang falsfah tentang ayat ..Cahaya.. rujuk tafsir Mulla Sadra, hlm. 358, 375, Asfar 5: 349, Shawahid, hlm. 36. ..Allah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia.. (3: 18). Allah menyaksikan bahawa Dia menurunkan Qur..an: ..Tetapi Allah menyaksikan bahawa Dia menurunkannya dengan ilmuNya (4: 166). Allah menyaksikan bahawa golongan munafiq adalah pembohong: ..Allah menyaksikan bahawa orang-orang munafiq adalah pembohong..(63: 1). Allah menyaksikan kenabian NabiNya: ..Kami telah mengutuskan engkau (Wahai Nabi!) kepada manusia sebagai seorang Nabi dan cukuplah Allah sebagai saksi.. (4: 79) Dan Tuhan menyaksikan kepada segala sesuatu (5: 117) berkenaan dengan isu tentang kewujudan Tuhan kesaksianNya telah berlaku pada lain-lain agama samawi juga dalam kitab-kitab agama bukan agama Nabi Ibrahim, Zoroaster beranggapan Tuhan sebagai saksi kepada kenabian dan agama yang benar. Dia berkata:..Wahai manusia kalian tidak akan dapat mencari jalan yang benar untuk diri kalian, Mazda Ahura telah menetapkan kepadaku menjadi hakim ke atas dua kumpulan penyembah Mazda dan penyembah kejahatan, dan mengutuskanku kepada kalian supaya aku boleh memandu anda ke jalan yang benar dan kalian semua boleh hidup bersama-sama mengikut petunjuk agama yang benar. Mazda Ahura menjadi saksi ke atasku dan saksi ke atas agamaku.. (2: 41, Avesta)
Nota: (Bab V)
1. Sejauh manakah penggunaan istilah ..Izad.. dan ..Yazd.. bertepatan dengan istilah Allah dan sesuai pula dengan makna asal istilah-istilah tersebut dalam Avesta? Dr. Muin dalam A Persian Dictionary (Farhang-e, Moin, Vol. 1) berkata: ..Izad.. (Yazd) bermaksud: 1) Firishtah, Malak iaitu malaikat; (penjelasan): Dalam agama Zorastrian ia digunakan untuk malaikat di bawah ..Amishapand... Jumlah ..Izadan.. adalah banyak dan dibahagikan kepada dua: ..Minawi.. dan ..Jahani.., Ahuramazada adalah ketua Yazdan. Istilah Yazdan adalah dalam bentuk jamak dari Yazd, tetapi dalam Bahasa Pahlavi dan Parsi ia digunakan dalam bentuk mufrad untuk Tuhan (2). Khuda, Afardegar iaitu Pencipta, Allah, ia adalah jamak kepada Yazdan. 2. Berkenaan dengan asal-usul perkataan ini, terdapat banyak pandangan yang berbeza iaitu ada 20 atau 30 pandangan. Anda boleh merujuk Taj al-arus, V 1 hingga 9, perkataan ..illah.. dan pecahan-pecahannya. 3. Kebanyakan ahli falsafah dan pemikir mempunyai intepretasi istilah ciptaan (khalq) dan perintah (amr) sebagai satu bentuk yang merujuk kepada dunia fizikal dan yang kedua merujuk dunia idea atau abstrak. Untuk memahami istilah-istilah ini seseorang bolehlah membuat rujukan kepada rencana saya yang diterbitkan beberapa tahun dahulu di Maktab-eTashayy..u. 4. Ayat 85: 20 mempunyai kaitan kepada ilmu pengetahuan dan kekuasaan Allah yang meliputi semua orang orang kafir yang menafikan kebenaran Ilahi. Tetapi Sadr ul-Muta..allihin telah memberikan pengertian umum bagi meliputi perkara-perkara ini. 5. Mazda, Ahura, Mada ahura dan Ahuramazda adalah namanama Tuhan Yang Maha Pencipta menurut agama Zorastrian (Avesta, nota kaki. Hlm.32) Ahuramazda, Ahurmazda, Hurmazd, Urmazd, Hurmuzd (Pahlavi; Ohramzd). Ahuramzda Tuhan Yang Bijaksana, Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam tradisi Iran purba dan Zoroastrian adalah Pencipta kepada langit dan bumi, Amishaspand dan Izadian juga diciptakan olehNya. DiriNya kuasa dan kebijaksanaan dan menjadi sumber kepada kebaikan, kesucian dan ketaqwaan.(Kamus Parsi,..Farhang-e Mo..in,Vol, 5). 6. Malaikat pertama yang paling tinggi kedudukannya yang mewakili pemikiran, kebijaksanaan, ilmu pengetahuan Ahuramazda dan mengajar manusia ucapan yang benar. (Avesta, nota kaki, hlm. 32) 7. Malaikat kedua tertinggi mewakili Ahuramazda dalam kebenaran dan kesucian, dia bertanggungjawab kepada lingungan langit dan Tuhan api di bumi. (Avesta, nota kaki, 32) 8. Malaikat keempat tertinggi menjadi simbol kepada kesucian, kebenaran dan baik hati. Malaikat ini mewakili persahabatan dan sifat baik hati Ahuramazda di langit dan menjadi penjaga kepada dunia, kebajikan dan kemajuan dalam dunia nyata. Ia adalah perempuan yang menggalakkan orang ramai melibatkan diri mereka dalam pertanian dan mengusahakan tanah. Ia dipanggil anak perempuan Ahuramazda seperti mana Auhar dimuliakan sebagai anak lelaki Ahuramazda. (Avesta, nota kaki, hlm. 32 9. ..Adi ibn Hatam (w.68H) adalah salah seorang sahabat Nabi SAWAW yang datang dari Syria ke Madinah dan memeluk Islam. 10. Tawhid dalam penyerahan diri dan ketaatan kepada Allah merupakan salah satu aspek bernilai dalam Tawhid Islam yang memainkan peranan penting dalam sosio-ekonomi dan masyarakat. Dalam perbincangan kita, kita telah menjuruskan diri kita kepada pendedahan tentang prinsip-prinsip asas Tawhid dalam Islam sahaja, dan tidak pergi jauh kepada pelbagai aspek yang ada hubungkait dengan sistem sosial Islam, sistem ekonomi dan sistem pendidikan Islam. 11. Dalam hal yang sama sila rujuk kepada ayat-ayat berikut: 2: 120, 145, 5: 77, 13: 56, 119, 150, 37, 25: 43, 26: 29, 38: 26, 42: 9, 15, 45: 18, 23, 53: 14, 23. 12. Sadr ul-Muta..allehin dalam al-Shawahid al-Rubbubiyyah telah memberikan hujah-hujah asas tentang Keesaan Tuhan dengan hujah ini sahaja. Dalam hal ini dia berkata: ..Perkara kedua yang lahir daripada Wahdaniyyah (Keesaan) Wujud Yang Wajib: ini adalah perkara yang berharga iaitu yang paling penting pada pandangan golongan Urafa, dengan pengetahuan bahawa Allah telah menganugerahkan kepada kami, kami mempunyai hujah yang tinggi (Burhan-e Arshi) dan kuat dang tidak dapat dibantah.... 13. Penerangan yang mendalam tentang perkara ini telah diberikan dalam Bab Kesebelas dalam kitab falsafah, dan sesiapa boleh merujuk kepada al-Asfara, Vol 6, hlm. 100-105)
Nota Kaki Bab VI
1. Persidangan ini merupakan persidangan sosial yang muncul secara beransur-ansur dalam proses sosial dan tidak dibentuk melalui penerimaan yang dicapai di kalangan satu kumpulan manusia.
2. ..Ism.. (nama) diambil dari kata ..simah.. bermakna simbol.
3. Bagaimanakah kita mengenalNya? Seseorang hanya sekadar boleh berkata ..Dia... (Upanishad, 376).
4. Al-Kulayni, al-Kafi, Juz.2. hlm. 82.
5. Ibid, hlm. 84.
6. Saduq, Asrar al-Tawhid, hlm. 102.
7. Keterangan lanjut, sila rujuk Maqalat al-Islamiyyin, Juz.1, hlm. 66
8. Ia menerangkan kepada doktrin yang terkemuka bahawa ..Tuhan adalah ruh dunia ini... Doktrin ini ada dalam Upanishad.
9. Nahjul Balaghah, (1 -151).
10. Bharatan Kumarpa, The Hindu Conception of the Diety (London, 1934)
11. U.M. Miller, The History of the Ancient Church in the Empire of Rome and Iran. (Germany, 1931), hlm. 245.
12. Upanishad, hlm. 424. 13. Chandogya Upanishad, hlm. 288 14. Ibid, hlm. 288. 15. Ibid, hlm. 289. 16. Ibid, hlm. 289. 17. Avesta, 9: 69 18. Ibid, 2: 33 19. Ibid, 8: 40. 20. Asman adalah nama kepada malaikat yang menjaga langit (f.t. Avesta). 21. Avesta, 27: 346. 22. Ibid, 14: 65-66. 23. Ibid, 4: 68. Berbanding dengan al-Qur..an yang menyatakan tentang pemelihara ini: ..Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun... [35: 41] 24. Exodus 19: 18-24 25. Ibid, 24: 1-2 26. Ibid, 19: 19-12. 27. Genesis, 18: 20-23 28. Exodus, 17: 22 29. Genesis, 35: 13 30. Kings, 8: 39 31. Qur..an, 40: 36-37 32. Mathew, 5: 44-45 33. Ibid, 6: 9-11 34. Ibid, 5: 10 35. Dari ayat di atas tentang (Sama..al-Dunia) langit terdekat, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa al-Qur..an menganggap ruang antara bintang-bintang sebagai satu langit. Ia juga sebagai langit pertama, langit yang paling rendah dan dekat kepada kita. Lantaran itu ayat ..langit yang tujuh.. yang banyak digunakan dalam ayat-ayat Qur..an bukanlah satu pernyataan simbolik dan dalam maksud yang sebenar ia menunjukkan bilangan langit, iaitu ia berbeza dengan lapan langit atau sembilan langit yang dipercayai dalam ilmu astronomi terdahulu dan mengikut doktrin tersebut dari langit pertama sehingga langit ketujuh merupakan tempat planet-planet. Langit kelapan merupakan tempat bagi tubuh yang tetap, dan langit yang kesembilan sebagai Atlas, iaitu tempat yang tidak berbintang. Bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk kepada perbahasan-perbahasan dan buku-buku berkenaan perkara ini, menurut doktrin berkenaan.
36. ..Sidratul-Muntaha.. dalam ayat-ayat Qur..an mempunyai persamaan dengan pohon someh dalam Upanishad,hlm. 203. 37. Mathew, 5: 34-35 38. Penggunaan istilah secara tidak langsung adalah perkara yang biasa dalam tulisan-tulisan yang berunsur simbolik. 39. Terdapat beberapa pandangan yang sama dalam ayat-ayat kedua dan ketujuh, Genesis, Old Testament. 40. Pandangan ini berakar umbi dari kebudayaan bukan Islam. Misalnya, dalam Old Testamenet, Exodus, 24: 10. 41. Walaupun kita menemui hadith-hadith daripada Nabi SAWAW dan para Imam AS berkenaan dengan Arasy tetapi kajian tentang kesahihan hadith-hadith tersebut di luar bidang tulisan ini. 42. Teori ini lebih kurang menyamai teori sains dengan merujuk kepada buku ..Science For the Intelligents.. hlm. 27-113 43. Perbincangan lanjut tentang Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang dibincangkan dan perbahasan tentang lihat halaman 11 dan tentang rahmat Allah lihat halaman 18. 44. Qaisari, Sharheh fusus e-Qaisari, hlm. 20. 45. Tabarsi, Majma..ul-Bayan, Juz. 9. hlm. 175 46. Mulla Sadra, al-Shawahid al-Rubbubiyyah, hlm. 48. 47. Ini salah satu pengertian pantheisme yang menyebabkan sukar untuk membezakannya dengan doktrin kebendaaan tertentu berkenaan dengan dunia ini. 48. Allamah Hilli, Kashf al-Murad, hlm. 182. 49. Ibid, hlm. 182-184. 50. Besar kemungkinan perkara ini berakar umbi dari kitab Torah, kerana terdapat banyak contoh dalam Genesis dan Exodus yang menyebut Tuhan bertemu Nabi Ibrahim dan Yaakub. 51. Ash..ari, Maqalat al-Islamiyyin, Juz. 1 hlm. 263. 52. Ibid, hlm. 321-322. 53. Seperti juga dengan ayat 6: 103, 7: 143. 54. Dalam Surah 4: 153 peristiwa yang sama juga disebutkan. 55. Zoroaster juga menyebut tentang pertemuan dengan Tuhan dengan penyaksian matanya sendiri:..Ahura Mazda, apabila aku melihat Engkau dengan mataku sendiri, fikiran melayang tentang diriMu dalam hatiku bahawa Engkau wujud yang awal dan akhir dan bapa kepada Tuhan... (Avesta, 8: 43) 56. Tidak ada keraguan bahawa fungsi setiap sistem dihubungkan dengan sistem saraf tunjang. Malahan para ahli anatomi yang maju percaya dalam arahan berpusat untuk setiap sistem bertempat di otak. Tetapi setiap perbuatan yang dihubungkan dengan arahan daripada otak tidak boleh dipanggil tingkah laku voluntari. Namun demikian terdapat beberapa orang yang mengawal perbuatan mereka dengan latihan dan pertapaan. Mereka mungkin dapat mengawal sesetengah sistem tetapi kawalan seperti ini jika benar adalah terbatas dan tidak meliputi semua orang. 57. Tabarsi, Majma al-Bayan, Juz. 2, hlm. 362. 58. Mulla Sadra, Tafsir-e Mulla Sadra, hlm. 305-306. 59. Sayyid Qutb, Fi Dzillalil Qur..an, 1: 49. 60. Surah 2: 117, 3: 47, 16: 40, 19: 35, 40: 68 merujuk hal ini. Dalam sesetengah ayat lain, ia menekankan tentang perintah Tuhan yang meliputi segala sesuatu. 61. Ini merupakan satu fahaman tertentu dalam falsafah wujud iaitu kini dipanggil faham existentialisme. Kewujudan manusia mendahului zatnya, dan dan zat manusia dibentuk dan dikembangkan oleh dirinya sendiri. 62. Qaisari, Sharh Fusus-e Qaisari, hlm. 20. 63. Dalam buku ini, sesetengah isu umpamanya tentang ilmu Tuhan, keadilan Tuhan dan sebagainya dibincangkan secara ringkas, walaupun setiap tajuk ini memerlukan perbincangan terperinci yang panjang lebar mencakupi berjilid-jilid buku. Agak beruntung, pada masa ini terdapat buku-buku yang telah ditulis tentang sesetengah isu oleh para ilmuan Islam yang baik dalam penulisannya. Kami berharap buku-buku yang berkenaan dengan perkara lain dalam tajuk ini dapat di tulis dan diterbitkan.