• Mulai
  • Sebelumnya
  • 39 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 58823 / Download: 591
Ukuran Ukuran Ukuran
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

pengarang:
Indonesia
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN ) AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )


Diterjemahkan dari buku aslinya Al-Ikhtisas
Karya: Abu Abdullah Muhammad Bin Muhammad Bin al-Nu'man al-'Ukbari al-Baghdadi
dikenali dengan al-Syaikh al-Mufid
Tahqiq oleh 'Ali Akbar al-Ghaffari
Cetakan Bahasa Arab: Jama'ah al-Mudarrisin Qum, tanpa tarikh
Hak terjemahan dilindungi undang-undang
All rights reserved
Cetakan Kelima: Jun, 1995
Edisi Bahasa Arab Al-Ikhtisas
Edisi Bahasa Melayu Al-Ikhtisas
Copyright@


1
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

KANDUNGAN
KATA-KATA PILIHAN

PRAKATA DAN KOMENTAR

BAHAGIAN PERTAMA

Pendahuluan al-Ikhtisas, penghafazan empat puluh hadis, tentera elit, ulama pewaris nabi a.s, orang ramai menjadi murtad selepas Nabi s.a.w melainkan tiga dan lain-lain.

Pendahuluan al-Ikhtisas
Sesiapa yang menghafaz empat puluh hadis
Tentera elit
Ulama adalah pewaris Nabi s.a.w
Kerana mereka bertujuh kamu diberi rezeki
Orang ramai menjadi murtad selepas Nabi s.a.w Melainkan tiga
Mereka yang terawal dan akrab dengan Amir al-Mukminin a.s
Syi'ah di dalam pemerintahan al-Qaim a.s
Al-Miqdad bin al-Aswad
Salman al-Farisi
Abu Dhar al-Ghifari dan 'Ammar bin Yasir
'Umru bin al-Hamiqu al-Khaza'I
Tangkal demam
Hadis al-Ghar
Kamu lebih baik daripada para sahabat al-Qaim a.s
Di dalam al-Qur'an terdapat dua jenis imam
Para nabi dan rasul adalah empat peringkat
Al-Hujjah adalah sebelum dan bersama Kejadian
Mencari rezeki dengan berdoa
Asal kejadian para nabi dan mukminin
Mukmin dicipta dari tanah para nabi a.s
Pahala ziarah mukmin akan saudaranya kerana agama
Mukmin adalah saudara mukmin
Hak-hak mukmin ke atas mukmin
Wasiat Abu Abdullah a.s kepada hamba-hambanya
Kelebihan mukmin dan ujiannya
Perkara yang tidak keluar dari rumah ini adalah batil
Mukmin dan hak-hak persaudaraan
Beberapa persoalan Yahudi kepada Rasulullah s.a.w Dan jawapannya
Hadis Abdullah bin al-Mubarak tentang munajat lelaki yang bergantung di kelambu Ka'bah


BAHAGIAN KEDUA

Dialog Rasulullah s.a.w dengan Abdullah bin Salam, sifat Al-Qalam dan Lauh Mahfuz, Muhammad bin Muslim, Daud al-Raqiy dengan seorang Khawarij dan lain-lain.

Dialog Rasulullah s.a.w dengan Abdullah bin Salam
Sifat al-Qalam dan Lauh Mahfuz
Muhammad bin Muslim al-Thaqafi dan kezuhudannya
Hadis Daud al-Raqiy dengan seorang Khawarij
Hadis Abu al-Hasan Musa bin Ja'far dengan Harun al-Rasyid
Abu al-Hasan Musa a.s, Harun al-Rasyid, Dan Fadhl
Abu al-Hasan Musa a.s dengan Yunus
Hadis daripada Sadiq oleh Sadiq
Pembantu-pembantu Ahlu l-Bait a.s
Hadis Jabir bin Abdullah dan penyampaian salam
Salam Rasulullah s.a.w kepada Abu Ja'far al-Baqir a.s
Hadis Rasulullah s.a.w bersama para sahabat selepas turun ayat al-Mawaddah
Khuzaimah bin Thabit dhu al-Syahadatain
Kemurtadan orang ramai selepas al-Husain a.s melainkan tiga
Al-Asbagh bin Nabatah
Hadis al-Asbagh bersama Amir al-Mukminin a.s tentang pengampunan dosa Syi'ah
Zararah bin A'yan, Abu Basir, Muhammad bin Muslim, dan Barid bin Mu'awiyah penjaga agama
Isa bin A'yan
Imran bin Abdullah al-Qummi
Muhammad bin Abu Bakr
Abu Laila dan Syutair
Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib
Bilal bin Rabah


BAHAGIAN KETIGA

Sejarah Qanbar, Mitham bin Yahya , Rusyaid al-Hajari, Zaid bin Sauhan, al-Asytar al-Nakha'i, Sufyan, nama para syuhada' Karbala', Surat bin Kulaib dan lain-lain

Qanbar hamba Amir al-Mukminin a.s
Mitham bin Yahya al-Tammar
Rusyaid al-Hajari
Zaid bin Sauhan
Malik bin al-Harith bin al-Asytar al-Nakha'i
Sufyan bin Laila al-Hamdan
Nama-nama para syuhada' bersama al-Husain bin Ali a.s di Karbala'
Nama-nama Hamba Ali bin al-Husain dan Abu Ja'far a.s
Surat bin Kulaib al-Asadi
Ibrahim bin Syu'aib
Abdullah bin al-Mughirah al-Khazaz al-Kufi
Sa'id bin Abd al-Malik al-Amawi
Ismail bin Abd al-Rahman al-Ja'fi
Abu Ahmad bin 'Umair
Zakaria dan Abu Jarir Zakaria al-Qummiyyain
Al-Mirzaban bin Imran al-Qummi al-Asy'ari
Safwan bin Yahya
Ali bin 'Ubaidillah bin Ali bin al-Husain a.s
Soalan Abu Hanifah kepada Musa bin Ja'far dan Jawapannya
Sesiapa yang ada hajat dan ingin melihat imam a.s
Hadis Abu al Hasan al-Hadi a.s bersama saudaranya Musa bin Muhammad bin Ali bin Musa
Hadis al-Hisyam bin al-Hakam dan pembuktian kelebihan Ali a.s
Al-Makmun meminta nasihat Ali al-Ridha a.s
Hadis perkahwinan anak perempuan al-Makmun dengan Abu Ja'far a.s
Pujian tentang bandar Qum
Hadis Muhammad bin Ali bin Musa al-Ridha dan beberapa saudaranya Abdullah bin Musa
Sebab disunatkan mahar lima ratus dirham
Sebab pengharaman arak, bangkai, darah


BAHAGIAN KEEMPAT

Pujian terhadap syi'ah, kisah lapan keping roti, Amir al-Mukminin a.s bersama Iblis, kias, dialog mukmin al-Taq dengan Abu Hanifah tentang talak dan lain-lain.

Hadis tentang pujian terhadap Syi'ah Imamiah
Hukum ajaib Amir al-Mukminin a.s
Hadis Amir al-Mukminin a.s bersama Iblis
Bab Kias
Dialog mukmin al-Taq dengan Abu Hanifah
Riwayat sahabat kami dan orang lain
Hadis Mubahalah
Peringatan Ummu Salmah tentang 'Aisyah
Ali menghantar Sa'sa'ah kepada Khawarij
Tulisan tangan Abd al-Muttalib
Hadis Rasulullah s.a.w tentang anggur
Surat Muhammad bin Abu Bakr kepada Mu'awiyah
Pengertian pakaian indah dan pakaian takwa dan mereka yang berjihad untuk kami
Kathir al-Nuwa dan Zaid bin Ali bin al-Husain a.s
Ali adalah lebih baik daripada mereka berdua
Zuhair bin Mu'awiyah dan Makhul
Hadis Jabir al-Ja'fi dan Abu Ja'far a.s tentang Surah al-Jumu'at
Kelebihan malam Jumaat dan malamnya
Khalifah-khalifah
Wasiat-wasiat Nabi s.a.w kepada Ali a.s
Hadis tentang percakapan sebahagian burung
Penukaran bentuk manusia dan sebabnya
Surat Mu'awiyah kepada Ali bin Abu Talib a.s
Perbincangan Mu'awiyah dengan al-Tirmah
Bacaan Abu Abdullah a.s
Sembilan orang tidak diterima solat
Kejadian manusia
Mukmin adalah Hasyimi, Qurasyi, Nabati


BAHAGIAN KELIMA

Surat Ibn Di'bin tentang tujuh puluh kelebihan Amir al-Mukminin a.s, deringan telinga, alamat bencana di dalam setahun, ujian Amir al-Mukminin a.s dan lain-lain.

Surat Ibn Di'bin tentang tujuh puluh kelebihan Amir al-Mukminin a.s
Sesiapa yang berdering telinganya
Alamat-alamat bencana di dalam setahun
Surat tentang ujian Amir al-Mukminin a.s
Percakapan Jin tentang Nabi s.a.w


BAHAGIAN KEENAM

Hadis tentang Fadak, Saqifah Bani Sa'idah, balaghah Nabi s.a.w, qasidah al-Farazdaq untuk Ali bin al-Husain a.s dan lain-lain

Hadis tentang Fadak
Hadis tentang Saqifah Bani Sa'idah
Balaghah Nabi s.a.w
Mutiara kata Amir al-Mukminin a.s
Dialog Abu Hanifah dengan Abu Abdullah a.s
Hadis tentang baghal betina Abu Hanifah
Qasidah al-Farazdaq
Abdullah bin Abu Ya'fur
Isa bin Abdullah al-Qummi
Hamraan bin A'yan
Kelebihan Amir al-Mukminin a.s
Najmah ibu al-Ridha a.s
Empat perkara tabi'i
Perkara Antara dua perkara
Manaqib Amir al-Mukminin a.s
Tentang Muhammad bin Muslim
Abu Ja'far al-Ahwal, Mukmin al-Taq
Jabir bin Yazid al-Ja'fi
Hammad bin Isa al-Jahani al-Basri
Huraiz bin Abdullah dan Ibn Maskan
Pimpinan Imam Dua Belas


BAHAGIAN KETUJUH

Mashaf al-Zahra', mukjizat Amir al-Mukminin a.s, hikayat menakjubkan tentang Infak, kejadian roh-roh syi'ah, dua jenis kesabaran dan lain-lain.

Mashaf al-Zahra'
Mukjizat Amir al-Mukminin a.s
Sujud matahari kepada Allah
Hikayat menakjubkan tentang Infak
Kejadian roh-roh syi'ah
Kemampuan para imam a.s
Himpunan kebaikan dunia dan akhirat
Dua jenis kesabaran
Celaan tidur keterlaluan
Waktu-waktu makruh jimak
Doa dapat menolak apa yang ditetapkan
Mulailah sedekah dengan mereka
Mukjizat Amir al-Mukminin a.s
Sekutu syaitan
Alamat-alamat anak zina
Empat puluh perisai mukmin
Ketakjuban diri dan akibatnya
Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, dan 'Ammar
Hadis tentang doa dan waktu-waktunya
Hadis tentang para imam a.s
Ziarah mukmin kerana Allah
Kebaikan dunia dan akhirat
Kelebihan akhlak yang baik
Celaan kepada umpat-umpatan
Celaan kepada pembohongan
Empat perkara di dalam Taurat
Umpatan adalah lebih berat daripada zina
Nasihat Abu Abdullah a.s kepada Hamraan
Sebaik-baik ibadat adalah menjaga kehormatan
Wasiat Amir al-Mukminin a.s kepada Muhammad bin al-Hanafiyyah
Enam kalimat bagi Salman
Mukmin tidak akan menjadi pembohong
Kelebihan berdiam diri


BAHAGIAN KELAPAN

Para Imam selepas Nabi s.a.w, diazab enam dengan enam, khutbah Amir al-Mukminin a.s , dosa-dosa dan lain-lain.

Para Imam selepas Nabi s.a.w adalah dua belas
Diazab enam dengan enam
Khutbah Amir al-Mukminin a.s
Dosa-dosa dan kesannya
Lima orang yang tidak boleh bersahabat
Pengertian jihad akbar dan jihad asghar
Pohon hajat kepada hati yang pemurah
Mengenai kebaikan
Abu Talib seperti penghuni gua
Mimpi yang benar
Pelaksanaan amanah
Ketaatan kepada Ahlu l-Bait a.s
Hamba Allah tercinta
Ketakjuban diri
Pengabaian hak
Sebab kemustajaban doa dan sebaliknya
Sifat akal dan kejahilan
Kesempurnaan akal pada tiga perkara
Kejahilan pada tiga perkara
Kelebihan ilmu
Tiga orang yang tidak dikenali
Akulah yang telah membatalkan sihir
Riwayat Abu al-'Azim tentang al-Ridha a.s
Pendapat falsafah
Kelebihan malu, amanah dan rahmat
Kelebihan Amir al-Mukminin a.s
Pembentangan wilayah Ahlu l-Bait a.s ke atas semua perkara
Kelebihan mengenali wilayah Ahlu l-Bait a.s
Balasan mereka yang menegah mukmin
Persaudaraan ada dua jenis
Tingkatan persahabatan
Simpanlah hadis-hadis kami di benteng-benteng yang kukuh
Kelebihan kemurahan hati
Hukuman diat
Alamat-alamat kejayaan
Pemberitahuan apa yang akan berlaku


BAHAGIAN KESEMBILAN

Umpama ilmu Ahlu l-Bait a.s, hukum mengingkari imam daripada Allah, kelebihan keadilan dan beramal dengannya, bilangan para nabi a.s dan lain-lain.

Umpama ilmu Ahlu l-Bait a.s
Hukum mengingkari imam daripada Allah
Memasukkan kegembiraan kepada mukmin
Kelebihan keadilan dan beramal dengannya
Abu al-Hasan dan Harun al-Rasyid
Agama dan kuasa adalah dua saudara kembar
Rasulullah s.a.w dinamakan al-Ummiyyu
Bilangan para nabi a.s
Musa dan kaumnya yang tersesat di jalan
Para Imam dari sudut perintah adalah sama
Sesiapa yang telah mati tanpa imam
Khazanah bumi untuk para imam a.s
Mukjizat Ali bin Musa al-Ridha a.s.
Mukjizat Amir al-Mukminin a.s
Al-Kumait dan Abu Ja'far a.s
Dialog Amir al-Mukminin a.s dengan Abu Bakr
Imlak Jibrail ke atas Amir al-Mukminin a.s
Keadaan Mu'awiyah di Barzakh
Dua orang fasiq dikeluarkan secara segar
Mentaati para wasi difardukan
Semua perkara di dalam Kitab dan Sunnah Allah
Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali seribu bab
'Umru bin Huraith dan keburukannya
Kitab-kitab adalah di sisi para imam a.s
Rasulullah s.a.w mengajar Ali seribu kalimat
Keilmuan para imam a.s


BAHAGIAN KESEPULUH

Para imam mengetahui semua lisan dan bahasa, di sisi mereka kitab para nabi a.s, mereka mengetahui semua keadaan manusia ketika melihat mereka dan lain-lain.

Para imam mengetahui semua lisan dan bahasa
Di sisi mereka kitab-kitab para nabi a.s
Mereka mengetahui percakapan burung
Mereka mengetahui percakapan binatang yang lain
Jika anda menyebut 'Uthman
Mereka mengetahui keadaan manusia
Para imam a.s adalah Mutawassimin
Di sisi kami Ahlu l-Bait benteng ilmu
Penciptaan syi'ah dua ribu tahun sebelum Adam a.s.
Sekiranya ilmu mereka tidak bertambah
Bumi dilipatkan untuk mereka


BAHAGIAN KESEBELAS

Keganjilan keadaan dan perbuatan mereka, pembunuhan Mu'alla bin Khanis, jangan menjadi tawanan dengan hadis kami, Haudh al-Kauthar, mukjizat Imam Ja'far dan lain-lain.

Keganjilan keadaan dan perbuatan mereka
Pembunuhan Mu'alla bin Khanis
Jangan menjadi tawanan dengan hadis kami
Imam Ja'far a.s dan Haudh al-Kauthar
Mukjizat Abu Ja'far al-Baqir a.s
Mukjizat Imam Ja'far bersama Mu'alla bin Khanis
Mukjizat Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s
Mukjizat dan kekeramatan Amir al-Mukminin a.s
Perbezaan antara rasul, nabi dan muhaddath
Semua para imam a.s adalah Muhaddathun
Urusan keagamaan diserahkan kepada mereka
Tentang penciptaan Adam a.s dan zuriatnya
Tingkatan dalam warisan
Mengingkari hak para imam a.s
Mutiara kata dan nasihat


BAHAGIAN KEDUA BELAS

Wasiat Luqman, Salman al-Farisi, khutbah terakhir Rasulullah s.a.w, para nabi a.s menyeru kepada wilayah Ali a.s dan lain-lain

Wasiat Luqman
Kelebihan Salman al-Farisi
Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w
Kata-kata al-Sadiq a. s tentang Ama'a'aah
Semua nabi a.s menyeru kepada wilayah Ali a.s
Hadis Abdullah bin Abu Bakr al-Arjani
Kitab sifat syurga dan neraka
Bab sifat neraka
Pahala cinta kerana Allah

BIBLIOGRAFI

INDEKS

2
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

KATA-KATA PILIHAN
1."Katakanlah:Aku tidak meminta kepada mu sesuatu upah pun atas seruan ku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan (ku)"
(Allah 'a.w di dalam Surah al-Syura (42) :23)

2."Demi Yang telah mengutus aku dengan kebenaran, sekiranya seorang lelaki berjumpa dengan Allah (mati) bersama amalan tujuh puluh para nabi, kemudian beliau tidak mengakui wilayah kami Ahlu l-Bait, maka Allah tidak akan menerima amal ibadatnya itu"
(Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah s.a.w)

3"Urusan kami adalah sulit dan menyulitkan, ia hanya diketahui dan diperakui oleh tiga golongan: Malaikat Muqarrab, Nabi Mursal atau Mukmin Cerdik yang telah diuji imannya oleh Allah"
(Imam Ali a.s.)

4."Jika aku memberitahu kepada kamu apa yang aku telah mendengarnya daripada lisan Abu al-Qasim s.a.w, maka kamu akan keluar dari sisiku dan berkata: Sesungguhnya Ali adalah pendusta yang paling besar".
(Imam Ali a.s)
5."Simpanlah hadis-hadis kami pada benteng-benteng yang kukuh, dada-dada fakih dan di dalam mimpi-mimpi yang tenang"
(Imam Ja'far al-Sadiq)
6."Demi Yang telah membelah biji-bijian dan Yang telah menghidupkan jiwa, sesungguhnya bukanlah pencaci kami yang menjadi halangan dan bukanlah penentang kami yang mengisytiharkan perang terhadap kami yang lebih membahayakan kepada kami berbanding dengan penyebar hadis kami kepada orang yang tidak boleh menerimanya".
(Imam Ja'far al-Sadiq)
7."Ini adalah buku Al-Ikhtisas (kepakaran) yang telah memenatkan diriku ketika mengumpul, menyusun dan mengarang tentang ilmu Hadis, Khabar, Athar dan Hikayat dalam bentuk pengertiannya yang luas. Ianya mengandungi pujian kepada mereka tertentu, kelebihan mereka, kemampuan para ulama, martabat dan kefahaman mereka" ? (Al-Syaikh al-Mufid )???


PRAKATA DAN KOMENTAR
Bismillahi r -Rahmani r- Rahim

Al-Hamdulillahi Rabbi al-'Alamin.Amma ba'd. Adapun kemudian daripada itu, bahawa buku al-Ikhtisas ini adalah karangan Muhammad bin Muhammad bin al-Nu'man 'Ukbari al-Baghdadi yang dikenali dengan nama al-Syaikh al-Mufid dan Ibn al-Mu'allim, dilahirkan pada 11 Dhu l-Qa'idah di 'Ukbari, Iraq pada tahun 338 hijrah dan mati pada bulan Ramadhan tahun 413 Hijrah/1022 Masihi dalam usia 75 tahun. Jenazahnya diimamkan oleh al-Syarif al-Murtadha dan dihadiri oleh 80.000 orang Syi'ah. Beliau adalah di kalangan masya'ikh Syi'ah yang masyhur pada abad ke 4 hijrah. Karangannya melebihi dua ratus buah buku di dalam pelbagai bidang keagamaan. (Ibn al-Nadim , al-Fihris, hlm 266 -8 dan lain-lain). Antara karangannya:

Al-Ikhtisas, al-Irsyad fi ma'rifati hujaji l-Lah, al-Istibsar fi ma jama'a al-Syafi'i min al-Akhbar , al-Isyraf fi Ahl al-Bait a.s,Usul al-Fiqh,al-I'lam fi ma ittafaqat 'alai-hi al-Imammiyyah,Ikhtiyar al-Syu'ara', Ahkam Ahl al-Jamal, Ahkam al- Nisa', al-Iftikhar, Aqsam al-Maula fi al-Lisan, al-Ifsah fi al-Imamah, al-Iqna'fi wujub al-Da'wah, al-Amali, Awa'il al-Maqalat, al-Idhah fi al-Imamah ,Iman Abu Talib, al-Bayan 'an ghalad al-Qur'an, al-Bayan fi ta'lif al-Qur'an, Bayan wujuh al-Qur'an, al-Tawarikh al-Syar'iyyah, Tafdhil al-A'immah 'ala al-Malai'kat, Tafdhil Amir al-Mukminin a.s 'ala sairi al-Sahabah, Jawab ibn Waqid al-Sunni, al-Tamhid, Jawab Abual-Fath Muhammad bin 'Ali bin al-Nu'man,Jawab Abu Muhammad al-Hasan bin al-Husain, Jawab Ahli Jurjan fi Tahrim al-Faqqa', Jawab Ahli al-Riqqah, Jawab al-Kirmani, Jawab Masa'il Ikhtilaf al-Akhbar, al-Jawabat fi Khuruj al-Mahdi, Jawabat Ibn al-Hammami,Jawabat al-Khatib,Jawabat Abu Ja'far al-Qummi,Jawabat Abu Ja'far Muhammad bin al-Husain al-Laithi,Jaswabat Abu al-Hasan al-Naisaburi, Jawabat al-Amir Abu Abdullah,Jawabat al-Hajib Abual-Laithi,Jawabat al-Barqa'i, Jawabat Ibn 'Arqal,Jawabat al-Syarqiyyin, Jawabat 'Ali bin Nasr, al-Radd 'ala Ibn al-Akhsyid fi al-Imamah , al-Radd 'ala Ibn Rasyid fi al-Imamh , al-Radd 'ala Ibn 'Aun , al-Radd 'ala Ibn Kilab, al-Radd 'ala Abu Abdullah al-Basri , al-Radd 'ala al-Juba'i fi al-Tafsir al-Radd 'ala Ashab al-Hallaj , al-Radd 'ala Tha'lab fi Ayat al-Qur'an , al-Radd 'ala al-Jahiz al-'Uthmaniyyah , al-Radd 'ala al-Zaidiyyah, al-Radd'ala al-Saduq fi 'adadai Syahri Ramadhan,al-"Uyun wa al-Mahasin, Kitab fi Imamah Amir al-Mukminin a.s, Kitab fi al-Mut'ah, Kitab fi al-Qiyas,Kitab fi al-Ghaibah, al-Kalam fi al-Insan ,Masalah fi al-Ijma', Masalah fi al-Bulugh , Masalah fi al-Iradah,Masalah fi Tahrim Dhaba'ih Ahl al-Kitab, Masalah fi al-'Itrah, Naqdh Fadhilah al-Muktazilah, Naqdh Marwaniyyah, Masalah fi 'Azab al-Qabr, Masalah fi al-Mawarith , al-Naqdh ala al-Wasiti, Manasik al-Hajj , al-Nusrah fi Fadhl al-Qur'an , dan lain-lain.

Penterjemahan ini adalah berdasarkan kepada dua manuskrip utama oleh Sayyid Mahmud al-Zarandi al-Muharrami, dan manuskrip al-Syaikh al-Hasan al-Mutafawi al-Tabrizi bertarikh 1307 hijrah yang diedit oleh Hujjatu l-Islam Ali Akbar al-Ghifari, keluaran Jama'ah al-Mudarissin di Hauzah 'Ilmiyyah di Qum al-Muqaddasah, Tehran, tanpa tarikh. Bagi kemudahan pembaca, saya telah mengedit kembali dan menjadikannya dua belas bahagian, tanpa sebarang perubahan kepada pengertian kandungan asal.

Keistimewaan al-Ikhtisas karangan al-Syaikh al-Mufid adalah terletak kepada autoriti sanad dan matannya yang masih tidak terputus dengan para Imam Ahlu l-Bait a.s walaupun terdapat sanad yang diriwayatkan secara marfu'. Al-'Allamah Muhammad al-Baqir al-Majlisi (m.1111 Hijrah/1691 Masihi) yang datang enam abad selepasnya, banyak membuat rujukan kepada al-Ikhtisas di dalam bukunya Bihar al-Anwar.

Terjemahan buku Al-Ikhtisas yang bererti kepakaran ini adalah khusus untuk pengikut mazhab Ahlu l-Bait a.s/mazhab Ja'fari/mazhab Syi'ah Imam Dua Belas SAHAJA.

Semoga ia akan dapat mengikhtisaskan mereka tentang persejarahan, hadis dan athar Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w, amin.

Penterjemah Dan Komentar

5hb Jun, 1995


3
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN PERTAMA
Bismillahi r- Rahmani r- Rahim

Al-Ikhtisas, penghafazan empat puluh hadis, tentera elit, ulama pewaris nabi, kerana mereka bertujuh kamu diberi rezeki, orang ramai menjadi murtad selepas Nabi s.a.w melainkan tiga dan lain-lain.

Pendahuluan kepada al-Ikhtisas
Segala puji bagi Allah yang tidak boleh dicapai oleh segala penyaksian dan penglihatan, tidak boleh ditutupi oleh segala penutupan. Tinggi dengan segala kemuliaan, terserlah dengan segala kelebihan, tanpa menyerupai makhluk, menjalankan keadilan kepada makhluk-Nya, menghakimi mereka dengan bijaksana, membahagi rezeki kepada mereka dengan ihsan-Nya, tiada tuhan melainkan Dia, Satu dan Perkasa. Tidak berakhir dengan waham walaupun secara terbatas. Tidak boleh dicapai oleh pemikiran secara gambaran dan tidak boleh didapati secara kias berdasarkan akal para pemikir.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Satu tiada sekutu bagi-Nya suatu penyaksian yang aku tujukan kepada-Nya dan menyimpannya di sisi-Nya, selawat dan salam ke atas rasul-Nya Muhammad dan keluarganya yang suci.

Ini adalah buku al-Ikhtisas (kepakaran) yang aku telah memenatkan diriku ketika mengumpul, menyusun dan mengarang tentang ilmu Hadis, Khabar, Athar dan Hikayat di dalam pengertiannya yang luas. Ianya mengandungi pujian kepada mereka tertentu (rijal), kelebihan mereka, kemampuan para ulama, martabat dan kefahaman mereka.

Muhammad bin Muhammad al-Nu'man berkata: Abu Ghalib Ahmad bin Muhammad al-Zarari dan Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahuku daripada Muhammad bin Ya'qub daripada al-Husain bin al-Hasan daripada Muhammad bin Zakaria al-Ghalabi daripada Ibn 'Aisyah al-Basri secara marfu' bahawa Amir al Mukminin a.s telah berucap di dalam beberapa khutbahnya: Wahai manusia! Ketahuilah bahawa sesungguhnya seorang itu tidak cerdik apabila merasa cemas dengan kata-kata pembohongan yang dilontar kepadanya dan tidak bijak seorang yang meredai pujian dari si jahil. Manusia boleh menuntut ilmu menurut kemampuan mereka. Justeru bercakaplah tentang ilmu kerana ia akan menyerlahkan kemampuan kamu .


Sesiapa yang menghafaz empat puluh Hadis
Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami (haddathana) daripada al-Husain bin Muhammad bin 'Amir al-Asy'ari daripada al-Mua'lla bin Muhammad al-Basri daripada Muhammad bin Jamhur al-'Ammi daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran daripada sebahagian sahabatnya yang diriwayatkan secara marfu'(rafa'a-hu) kepada Abu Abdullah a.s. Beliau a.s. berkata: Sesiapa yang telah menghafaz empat puluh hadis daripada hadis-hadis kami (man hafaza min ahadithi-na arba'ina hadithan), maka Allah akan membangkitkannya pada hari Kiamat sebagai seorang yang alim dalam agama (ba'atha-hu l-Lahu yauma l-qiyamati 'aliman faqihan)".


Tentera Elit
Diriwayatkan secara marfu' kepada Abu Abdullah a.s. Beliau a.s. berkata: Tentera elit (syurtah al-Khamis) Ali a.s mengandungi enam ribu orang pembantunya(kaanuu syurtata l-khamis sitta alafi rajuli Ansari-hi).

Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin Ja'far daripada Ahmad bin Abdullah berkata: Ali bin al-Hakam berkata: Mereka adalah para sahabat Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s. berkata: Lengkapkan diri kamu di dalam tugas ketenteraan. Aku akan menjamin kamu syurga tetapi aku tidak menjamin emas dan perak kepada kamu(tasyarratu fa-ana usyaritu-kum 'ala l-jannati wa lastu usyaarita-kum 'ala dhahabin wala fidhdhatin). Nabi s.a.w bersabda kepada sebahagian sahabatnya: Lengkapkan diri kamu di dalam tugas ketenteraan. Sesungguhnya aku tidak menjamin kepada kamu kecuali daripada syurga" (tasyarratuu fa-inni lastu usyaritu-kum illa 'ala l-jannah). Mereka adalah Salman al-Farisi, al-Miqdad, Abu Dhar al-Ghifari, 'Ammar bin Yasir, Abu Sasan al-Ansari, Abu 'Umru al-Ansari, Suhail Badri, Uthman bin Hanif al-Ansari dan Jabir bin Abdullah al-Ansari.

Adapun di kalangan para sahabat Ali a.s yang terpilih: 'Umru bin al-Hamiqi al-Khaza'i 'Arabi, Mitham al-Tammar iaitu Mitham bin Yahya Maula, Rusyaid al-Hajari, Habib bin Muzahhar al-Asadi dan Muhammad bin Abu Bakr.

Adapun di kalangan para gabenornya(walinya): Al-Alam al-Azadi (Malik al-Asytar), Suwaid bin Ghaflah al-Ja'fi, al-Harith bin Abdullah al-A'war al-Hamdani, Abu Abdullah al-Jadali dan Abu Yahya Hakim bin Sa'd al-Hanafi.

Adapun di kalangan Syurtah al-Khamis: Abu Radhi Abdullah bin Yahya al-Hadhrami, Sulaim bin Qais al-Hilali dan 'Ubaidah al-Salmani al-Muradi 'Arabiyyun.

Adapun di kalangan mereka yang istimewanya (khuwasi-hi): Tamim bin Hizim al-Naji telah mati syahid bersama Ali a.s, Qanbar hamba Ali bin Abu Talib a.s, Abu Fakhitah Maula Bani Hasyim dan 'Ubaidillah bin Abu Rafi' yang bertugas sebagai setiausaha Ali a.s.


Ulama Adalah Pewaris Para Nabi A.S
Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada al-Sanadi bin Muhammad daripada Abu al-Buhturi daripada Zaid al-Syahham daripada Abu Ja'far a.s tentang maksud firman Allah s.w.t di dalam Surah 'Abasa (80):24 "Maka hendaklah manusia memperhatikan makanannya" Ziad al-Syahham bertanya: Apakah maksud makanannya (ta'ami-hi?). Beliau a.s berkata: Ilmu yang dipelajari daripada sesiapa yang mengajarkannya .

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada al-Sanadi bin Muhammad daripada Abu al-Buhturi daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi kerana mereka tidak mewarisi dirham dan dinar tetapi mewarisi hadis-hadis. Sesiapa yang menerima sesuatu daripada nabi, maka ia telah mengambil bahagian yang baik (wafir). Lantaran itu perhatikan ilmu kamu, daripada siapa kamu mengambilnya kerana pada kami Ahlu l-Bait sentiasa adil, menafikan penyelewengan, dakwaan pendusta dan takwilan si jahil "(inna l-ulama' warithatu l-anbiya' wa dhalika anna l-ulama' lam yuwarrithuu dirhaman wa la diinaran wa inna-ma warrithu ahadith min ahadithi-him fa-man akhadha bi-sya'in min-ha fa-qad akhadha hazzan wafiran, fa-unzuru 'ilma-kum hadha 'amman ta'khudhuna-hu fa-inna fiina Ahla l-Bait fi kulli khalafin 'adulan yanfauna 'an-hu tahrifa l-ghaalin wa initihala l- Mubtilin wa ta'wila l-jahilin ) .

Ja'far bin al-Husain al-Mukmin daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin 'Isa daripada al-Husain bin Sa'id daripada Safwan bin Yahya daripada Ishaq ibn 'Ammar daripada Abu Basir daripada salah seorang mereka berdua a.s tentang maksud firman Allah a.w di dalam Surah al-Zumar (39):18 "Mereka mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah yang telah diberikan Allah petunjuk dan mereka itulah mereka yang mempunyai aka l" Salah seorang dari keduanya a.s berkata: Mereka (di dalam ayat di atas) ialah mereka yang telah menyerahkan diri kepada keluarga Muhammad s.a.w. Apabila mendengar sesuatu hadis, maka mereka menyampaikannya sebagaimana mereka mendengarnya tanpa menambah atau mengurangkannya .

'Ubaid bin Nadhlah al-Khaza'i meriwayatkan daripada Ibn al-A'masy sesungguhnya beliau berkata kepada bapanya: Kepada siapakah anda membaca al-Qur'an? Beliau menjawab: Kepada Yahya bin al-Waththab dan Yahya membaca kepada Ubaid bin Nadhlah setiap hari satu ayat. Kemudian beliau telah menamatkan al-Qur'an di dalam masa empat puluh tujuh tahun. Yahya bin Waththab merupakan seorang yang cekal hati (mustaqiman).


Kerana Mereka Bertujuh Kamu Diberi Rezeki
Abu Uhaihah, namanya 'Umru bin Muhsan yang telah mati syahid di dalam peperangan Siffin dan beliaulah yang telah menyediakan satu ribu dirham kepada Amir al-Mukminin a.s di dalam perjalanannya ke Siffin. Ja'far bin al-Husain al-Mukmin telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin 'Isa daripada Ibn Fadhdhal daripada Tha'labah bin Maimun daripada Zararah daripada Abu Ja'far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Bumi dijadikan untuk tujuh orang, kerana merekalah kamu diberikan rezeki, dibantu dan diturunkan hujan. Mereka adalah Salman al-Farsi, al-Miqdad, Abu Dhar, 'Ammar, Huzaifah, Abu Sasan al-Ansari, dan Abu 'Umrah. Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s berkata: Akulah Imam mereka dan mereka itulah yang telah melakukan solat jenazah ke atas Fatimah a.s .


Orang Ramai Menjadi Murtad Selepas Nabi Melainkan Tiga
Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada bapanya daripada Muhammad bin al-Husain daripada al-Hasan bin Mahbub daripada al-Harith beliau berkata: Aku telah mendengar Abd al-Malik bin A'yan bertanya kepada Abu Abdullah a.s. Abd al-Malik bertanya kepada Abu Abdullah a.s. sehingga dia berkata: Jika begitu, maka binasalah semua manusia? (halaka al-Nasu idhan?) Maka Abu Abdullah a.s berkata: Ya! Demi Allah, wahai Ibn A'yan! semua manusia binasa (halaka al-Nasu ajma'un). Abd al-Malik berkata: Semua penduduk Timur dan Barat? Beliau a.s menjawab: Ia telah terbuka kepada kesesatan. Demi Allah, mereka telah binasa (halaku) melainkan tiga orang iaitu (illa thalathata nafarin): Salman al-Farisi, Abu Dhar dan al-Miqdad. Setelah itu diikuti oleh 'Ammar, Abu Sasan al-Ansari, Hudhaifah dan Abu Umrah. Maka bilangan mereka bertambah menjadi tujuh orang"

Beberapa orang daripada sahabat kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ayyub bin Nuh daripada Safwan bin Yahya daripada al-Muthanna bin al-Walid al-Hannat daripada Barid bin Mu'awiyah daripada Abu Ja'far a.s. Beliau a.s. berkata: Manusia telah menjadi murtad selepas Nabi s.a.w melainkan tiga orang iaitu (irtadda al-nasu ba'da al-Nabi s.a.w illa thalathata nafarin): Al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dhar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Setelah itu orang lain dikenali dan dikaitkan dengan Islam selepas mereka (thumma inna al-Nasa urifu wa luhiqu ba'du).

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin al-Husain daripada Musa bin Sa'dan daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami daripada 'Umru bin Thabit berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya selepas Nabi s.a.w wafat, maka orang ramai telah menjadi murtad melainkan tiga orang: Salman, al-Miqdad dan Abu Dhar. (Inna al-Nabi s.a.w lamma qubidha irtadda al-Nasu 'ala a'qabi-him kuffaran illa thalathan). Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w wafat, maka empat puluh orang lelaki datang kepada Ali bin Abu Talib a.s, Mereka berkata: Tidak, demi Allah! Kami tidak akan memberi ketaatan kepada sesiapapun melainkan anda. (la wallahi, la na'ti ahadan ta'atan ba'da-ka abadan). Beliau a.s berkata: Kenapa? Mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Rasulullah s.a.w mengenai hak anda di hari Ghadir Khum. Beliau a.s berkata: Kamu semua akan melakukannya?. Mereka berkata: Ya. Beliau a.s berkata: Datang kepada aku esok dalam keadaan bercukur kepala (fa'tuuni ghadan muhalliqin). 'Umru berkata: Tidak datang kepada Ali a.s. melainkan mereka bertiga. 'Umru berkata: 'Ammar bin Yasir datang kepada Ali a.s. selepas waktu Zuhur. Beliau a.s. memukul tangan ke atas dadanya dan berkata kepada Ammar: Kenapa anda tidak bangkit daripada tidur kelalaian? Kembalilah kamu, kerana aku tidak memerlukan kamu yang tidak mentaati aku di dalam pencukuran kepala. Bagaimana kamu mentaati aku untuk memerangi bukit besi!. Justeru kembalilah kamu, aku tidak memerlukan kamu (Irji'u fa-la hajata li fi-kum antum lam tuti'uni fi-halqi al-Ra'si fa-kaifa tuti'uni fi qitali jibali l-hadid) .


Mereka Yang Terawal Dan Akrab Dengan Amir Al- Mukminin A.S Di kalangan Sahabat Dan Tabi'in
Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja'far al-Muaddib bahawa di kalangan para sahabat adalah Salman al-Farisi, al-Miqdad, Abu Dhar dan 'Ammar.

Di kalangan para tabi'in adalah: Uwais bin Anis al-Qurani yang dapat memberi syafaat seperti Rabi'ah dan Mudhar , 'Umru bin al-Himaqi al-Khuza'I, Ja'far bin al-Husain menyebut bahawa kedudukan Uwais dengan Amir al-Mukminin a.s sepertilah kedudukan Salman dengan Rasulullah s.a.w. Rusyaid al-Hajari, Mitham al-Tammar, Kumail bin Ziad al-Nakha'i, Qanbar hamba Amir al-Mukminin a.s, Muhammad bin Abu Bakr, Mazra' hamba Amir al-Mukminin a.s, Abdullah bin Yahya yang Amir al-Mukminin a.s berkata dalam peperangan Jamal: Bergembiralah, wahai Ibn Yahya, kerana kamu dan bapa kamu di kalangan tentera elit(syurtah al-Khamis). Allah telah menamakan kamu dengannya di langit. Jundub bin Zuhair al-'Amiri, Banu 'Amir, Habib bin Muzahhir al-Asadi, al-Harith bin Abdullah al-A'war al-Hamdani, Malik bin al-Harith al-Asytar, Abu Abdullah al-Jadali dan Juwairiyah bin Mashar al-'Abdi .

Sahabat al-Hasan bin Ali a.s: Sufyan bin Abu Laila al-Hamdani, Huzaifah bin Asyad al-Ghifari, dan Abu Razin al-Asadi.

Sahabat al-Husain bin Ali a.s: Kesemua mereka yang telah mati syahid bersamanya dan sebahagian daripada sahabat Amir al-Mukminin a.s: Habib Muzahhar, Mitham al-Tammar, Rusyaid al-Hajari, Sulaim bin Qais al-Hilali, Abu Sadiq dan Abu Sa'id 'Aqisa.

Sahabat Ali bin al-Husain a.s: Abu Khalid al-Kabili Kankar, namanya dikenali sebagai Wirdan, Yahya bin Ummi al-Tawil, al-Mut'im, namanya Muhammad bin Jubair bin Mut'im, Sa'id bin al-Musayyab al-Makhzumi dan Hakim bin Jubair.

Sahabat Muhammad bin Ali a.s: Jabir bin Yazid al-Ja'fi, Hamraan bin A'yan, Zararah, 'Amir bin Abdullah bin Juza'ah, Hajr bin Za'idah, Abdullah bin Syarik al-'Amiri, Fudhail bin Yasar al-Basri, Salam bin al-Mustanir, Barid bin Mu'awiyah al-'Ajali, dan al-Hakam bin Abu Nu'aim.

Sahabat Abu Abdullah a.s: Abdullah bin Abu Ya'fur, Bakir bin Abu A'yan, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi al-Ta'i, dan Muhammad bin Nu'man.

Sahabat Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s: Ali bin Yaqtin, dan Ali bin Suwaid al-Sa'i.

Syi'ah Dalam Pemerintahan al-Qaim A.S Diberi Kekuatan Empat Puluh Lelaki"

Menurut satu riwayat bahawa Abu Abdullah a.s berkata: Semasa pemerintahan al-Qaim a.s, setiap lelaki daripada Syi'ah mereka diberi kekuatan empat puluh lelaki"


Al-Miqdad Bin Al-Aswad
Gelarannya adalah Abu Ma'bad. Namanya Miqdad bin 'Umru al-Bahrani. Al-aswad bin Abd Yaghuth al-Zuhri telah mengambilnya sebagai anak angkat, lalu ia dinisbahkan kepadanya.

Ja'far bin al-Husain al-Mukmin telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Walid daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dikaitkan kepada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Salman adalah pengikut setia Amir al-Mukminin a.s sehingga gelincir matahari, maka Allah membalasnya dengan menjadikan kesan bintik-bintik kemerahan di tengkuknya. Dan Abu Dhar adalah daripada pengikut setianya sehingga waktu zuhur, maka Allah membalasnya sehingga Uthman menguasainya dan membawanya di atas kuda tanpa pelana sehingga lecek daging punggungnya kemudian mengusirnya dari sekitar (makam) Rasulullah s.a.w ke Rabzah. Adapun orang yang tidak pernah berubah walaupun sekelip mata selepas kewafatan Rasulullah s.a.w sehingga meninggal dunia ialah al-Miqdad bin al-Aswad yang sentiasa bersedia dengan pedangnya dan dua matanya menumpu dua mata Amir al-Mukminin a.s menunggu perintahnya untuk dilaksanakannya .

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran daripada Safwan bin Mihran al-Jamal daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya mencintai empat orang. Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beliau s.a.w bersabda: Ali bin Abu Talib. Kemudian baginda diam lalu bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya mencintai empat orang. Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Beliau s.a.w menjawab: Ali bin Abu Talib. Kemudian baginda diam dan bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya mencintai empat orang. Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Ali bin Abu Talib, al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dhar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Daripada Ali bin al-Husain bin Yusuf daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Ismail daripada Ali bn al-Hakam daripada Saif bin Umairah daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Manusia telah menjadi murtad melainkan tiga orang (Irtadda al-Nasu illa thalathata nafarin) iaitu Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad. Al-Hadhrami berkata: Aku bertanya: Bagaimana dengan 'Ammar? Beliau a.s. menjawab: Beliau ('Ammar) telah condong tetapi kembali (raja'a). Beliau a.s berkata: Jika anda ingin tahu orang yang tidak pernah syak dan tidak dimasuki sesuatu, maka ia adalah al-Miqdad. Adapun Salman, maka hatinya telah dimasuki suatu rintangan ('aridhun). Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s mempunyai ism al-a'zam. Sekiranya beliau a.s berkata sesuatu dengannya, nescaya bumi akan mengambil mereka. Begitulah yang berlaku kepada Salman sehingga beliau didatangi bintik kemerahan pada tengkuknya.

Kemudian Amir al-Mukminin a.s berjalan di sisi Salman dan berkata: Wahai Abu Abdullah (Salman)! Ini adalah kesan daripada itu. Berilah baiah kepadaku. Maka Salman pun memberi baiah. Adapun Abu Dhar, maka Amir al-Mukminin a.s memerintahkannya supaya diam bagi mengelakkan dosa tetapi beliau enggan dan terus bercakap. Semasa 'Uthman menjadi khalifah, maka beliau telah memaksa Abu Dhar supaya bercakap. Kemudian orang ramai kembali semula (kepada Ali a.s.). Antaranya ialah: Abu Sasan al-Ansari, Abu 'Umrah dan seorang lagi (polan) sehingga tujuh orang. Dengan demikian hanya tujuh orang sahaja yang mengakui hak (imamah) Amir al-Mukminin a.s .

Daripada Ja'far bin Husain daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Abu Abdullah al-Barqiy daripada bapanya daripada Muhammad bin 'Umru daripada Kiram dan Ismail bin Jabir daripada Mufadhdhal bin 'Umar berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Apabila orang ramai memberi baiah kepada Abu Bakr maka Salman mendatangi Amir al-Mukminin a.s yang dalam keadaan terikat dan dipaksa memberi baiah kepada Abu Bakr. Maka Salman berkata: Adakah anda melakukan ini kerana itu? Demi Allah, jika aku bersumpah atas nama Allah, nescaya aku akan melakukan ini ke atas itu. Beliau a.s. berkata: Abu Dhar berkata: Al-Miqdad, demi Allah, begitulah Allah kehendaki ianya berlaku. Abu Abdullah a.s. berkata: Al-Miqdad adalah orang yang paling kuat imannya pada masa itu (tilka al-Sa'ati ) .

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku daripada Sa'd bin Abdullah daripada Muhammad bin Isa daripada al-Nadhar bin Suwaid daripada mereka yang telah memberitahunya daripada para sahabatnya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Semua orang telah berubah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kecuali al-Miqdad kerana hatinya sepertilah besi waja" (Ma baqia ahadun ba'da ma qubidha Rasulullah s.a.w illa wa qad jala jaulatan illa al-Miqdad fa-inna qalba-hu mithlu zubari l-Hadid ) .


Salman al-Farisi
Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Wahib bin Hafs daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s. berkata: Sesungguhnya Salman telah diajari al-Ism al-A'zam (nama Allah yang paling mulia) .

Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih daripada bapanya dan Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ibn Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Salman telah mendapat ilmu pertama dan ilmu akhir. Beliau adalah lautan yang tidak kering dan merupakan daripada kami Ahlu l-Bait. Keilmuan Salman terserlah ketika beliau berjalan dan terserempak dengan seorang lelaki di dalam satu kumpulan. Beliau berkata kepada lelaki itu: Wahai hamba Allah! bertaubatlah anda kepada Allah dari apa yang anda telah lakukan di dalam rumah anda kelmarin dan bertakwalah kepada Allah. Lantas lelaki tadi menjawab: Aku memohon ampun daripada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Beliau a.s berkata: Setelah Salman pergi, kumpulan lelaki itu berkata kepadanya: Sesungguhnya Salman telah melontarkan kata kepada anda dengan perkara yang anda tidak dapat mempertahankan diri anda sendiri. Lelaki itu menjawab: Salman telah memberitahu aku perkara yang tidak diketahui oleh seorang pun melainkan Allah, Tuhan sekalian alam dan aku .

Daripadanya, daripada Sa'd bin Abdullah daripada Sa'd bin Abdullah daripada Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin Aslam al-Jabali daripada Ali ibn Abu Hamzah daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w berkata kepada Salman: Wahai Salman! Sekiranya ilmu anda dibentangkan ke atas al-Miqdad, nescaya beliau mengingkarinya. Wahai Miqdad! Sekiranya kesabaran anda dibentangkan ke atas Salman, nescaya beliau mengingkarinya (Ya Salman!lau 'uridha 'ilmu-ka 'ala al-Miqdad la-kafara,ya Miqdad!lau 'uridha sabru-ka 'ala Salman la-kafara)

Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada Ahmad bin Idris daripada 'Umran bin Musa daripada Musa ibn Ja'far al-Baghdadi daripada 'Umru bin Sa'id al-Mada'ini daripada Isa bin Hamzah berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Hadis tentang empat orang? Beliau berkata: Apakah itu? Aku berkata: Empat orang di mana syurga merindu mereka. Beliau a.s berkata: Ya, mereka adalah Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan Ammar. Aku bertanya: Siapakah di kalangan mereka yang lebih baik? Beliau a.s menjawab: Salman, kemudian beliau berhenti sekejap dan berkata: Salman diajar suatu ilmu jika Abu Dhar mengetahuinya, nescaya beliau mengingkari Salman ('ulima Salman 'ilman lau 'alima-hu Abu Dhar kafara ) .

Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad ibn Isa daripada sebahagian daripada sahabat kami daripada Abbas bin Hamzah al-Syahzuri, dikaitkan (rafa'a-hu) kepada Abu Abdullah a.s berkata: Salman telah memasak di dalam satu periuk. Tiba-tiba Abu Dhar datang, lantas periuk tergelincir lalu jatuh di atas tudungnya tanpa menumpahkan isinya. Salman meletakkan semula pada tempatnya tetap ia terjatuh lagi tanpa menumpahkan isinya. Salman meletakkan kembali pada tempatnya. Justeru Abu Dhar berjumpa dengan Amir al-Mukminin a.s dengan segera kerana kurang senang hati melihat apa yang berlaku. Salman mengikutinya sehingga sampai di hadapan Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s melihat Salman dan berkata kepadanya: Wahai Abu Abdullah! berlembutlah dengan saudara anda".

Daripadanya, daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ayyub bin Nuh daripada Ahmad bin Ismail al-Farra' daripada seorang lelaki berkata: Aku bertanya Abu Abdullah a.s tentang Abu Dhar mengenai sabda Rasulullah s.a.w: Alangkah sedikitnya orang di bumi yang lebih benar daripada Abu Dhar?. Beliau a.s menjawab: Ya. Aku berkata: (kalau begitu) Bagaimana kedudukan Rasulullah, Amir al-Mukminin, al-Hasan dan al-Husain a.s?. Abu Abdullah a.s. bertanya kepadaku: Berapa bulan di dalam setahun?. Aku menjawab: Dua belas bulan. Beliau a.s. bertanya lagi: Berapakah bulan Haram? Aku menjawab: Empat bulan. Beliau a.s. bertanya: Bulan Ramadhan termasuk bulan Haram? Aku menjawab: Tidak. Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam. Beribadat pada malam itu adalah lebih baik daripada satu ribu bulan. Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait tidak seorang pun boleh dibandingkan dengan kami".


Abu Dhar al-Ghifari Dan Ammar Bin Yasir
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami daripada Sa'd bin Abdullah daripada Muhammad bin Ismail bin Isa daripada Ibn Abu Najran daripada Mufadhdhal bin Salih daripada Muhammad bin Marwan daripada seorang lelaki daripada Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada aku supaya aku mencintai empat orang iaitu: Ali, Abu Dhar, Salman dan al-Miqdad (Inna l-Laha auhaa ilayya an uhibba arba'atan) .

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Abu al-Qasim daripada Muhammad bin Ali daripada Nasr bin Ahmad daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya daripada Muhammad bin Ishaq daripada Salih bin Ibrahim daripada Abd al-Rahman bin 'Auf beliau berkata: Seorang syeikh yang telah menyaksikan peperangan Siffin bersama mereka berkata: Demi Allah, sesungguhnya orang ramai berada di khemah-khemah mereka, kami hanya mendengar suara Ammar bin Yasir ketika matahari condong atau hampir condong. Ammar berkata: Wahai manusia! Siapakah yang akan pergi ke Syurga seperti orang dahaga pergi kepada airnya? (man ra'ih ila al-jannah ka-zama'aan yurwi al-Ma')

Syurga hanya di bawah hujung lembing (ma l-Jannatu illa tahta atraafi l-'Awali). Hari ini aku akan bertemu dengan kekasih aku Muhammad dan partinya (al-Yauma alqi al-Ahibbata Muhammadan wa hizba-hu). Wahai kaum muslimin! Percayalah Allah tentang (kebatilan) pihak musuh. Demi Allah sesungguhnya anak-anak golongan Ahzab menerima agama Islam secara terpaksa takutkan pedang. Mereka keluar daripada Islam dengan sukarela apabila mereka mendapat peluang. Pada masa itu Ammar berumur sembilan puluh tahun. Ammar berkata: Demi Allah! Perkara ini mestilah dengan kuda dan kelengkapannya. 'Ammar berkata ketika melihat bendera 'Umru bin al-'As: Sesungguhnya bendera ini telah memerangi kami sebanyak tiga kali. Kali ini adalah yang paling kuat. Kemudian Ammar berkata lagi:

Kami telah memerangi kalian semasa turunnya al-
Qur'an
Hari ini kami memerangi kalian di atas takwilnya.
Peperangan yang menghilangkan kepenatan dari
tidurnya
menjauhkan sahabat daripada sahabatnya
Atau kebenaran kembali ke jalannya
Wahai Tuhanku! Aku percaya dengan firman-Mu

Kemudian 'Ammar meminta air kerana terlalu dahaga. Beliau didatangi seorang perempuan yang mempunyai dua tangan agak panjang. Tidak diketahui sama ada madu atau ubat bersamanya. Namun, dalamnya terdapat sedikit susu. 'Ammar berkata: Syurga adalah di bawah lembing, hari ini aku bertemu dengan kekasih aku Muhammad dan partinya. Demi Allah sekiranya mereka dapat mengalahkan kita sehingga mereka dapat menyampaikan kepada kita pelepah kurma yang jauh. Nescaya kita mengetahui bahawa sesungguhnya kita adalah di atas kebenaran sebaliknya mereka di atas kebatilan. Ammar ditikam dan dibunuh oleh Ibn Juwain al-Saksaki dan Abu al-'Adiyah atau al-Ghadiyah-Fazari. Abu al-'Adiyah telah menikam Ammar manakala Ibn Juwain memotong kepalanya. Laknat Allah ke atas mereka berdua.


'Umru Bin Al-Hamiqu al-Khaza'i
Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja'far al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu Abdullah al-Barqi daripada bapanya secara marfu' berkata: 'Umru bin al-Hamiqu al-Khaza'i berkata kepada Amir al-Mukminin a.s: Demi Allah, aku tidak datang kepada anda kerana harta dunia yang anda akan memberikannya kepada aku dan bukan kerana mencari pangkat yang dapat meningkatkan ingatan aku tetapi kerana anda adalah sepupu Rasulullah s.a.w, orang yang lebih istimewa (aula) daripada orang lain, suami Fatimah, penghulu wanita semesta alam a.s, bapa zuriat yang masih kekal bagi Rasulullah s.a.w dan yang paling besar saham kepada Islam daripada muhajirin dan ansar.

Demi Allah! Jika anda memerintahkan aku untuk memindahkan bukit yang tinggi dan melintasi laut yang dalam sehingga datang hariku dan pada tanganku pedangku maka aku akan menggoncang musuh anda dengannya. Aku akan menguatkan kewalian anda, Allah akan meningkatkan kemuliaan anda dan akan menguatkan hujah anda. Aku fikir aku belum lagi melaksanakan hak anda ke atas aku dengan sebenarnya. Amir al-Mukminin a.s berkata: Wahai Tuhanku! Sinarlah hatinya dengan cahaya keyakinan dan tunjuklah kepadanya jalan yang benar. Alangkah baiknya jika terdapat seratus orang seumpama anda pada syi'ahku .

Ahmad bin Harun dan Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih serta jema'ahnya telah memberitahu kami daripada Ali bin al-Husain daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairi daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Ahmad bin al-Nadhar daripada Sabah daripada al-Harith Ibn al-Husairah daripada Sakhar bin al-Hakam al-Fazari daripada mereka yang telah memberitahunya bahawa beliau telah mendengar 'Umru bin al-Hamiqu memberitahu bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda di Masjid Haram atau Masjid Madinah: Wahai 'Umru! Adakah anda mahu aku memperlihatkan kepada anda lambang syurga (ayat al-Jannah) yang memakan makanan (ya'kulu al-Ta'am), meminum minuman (yasyrabu al-Syarab), berjalan-jalan di pasar (yamsyi fi al-Aswaq), dan lambang neraka (ayat al-Nar) yang memakan makanan, meminum minuman dan berjalan-jalan di pasar?.

Maka 'Umru berkata: Ya, dengan nama bapaku, anda dan ibu aku, maka perlihatkanlah kepadaku mereka berdua (arinii-huma). Tiba-tiba Ali a.s. datang berjalan-jalan sehingga beliau memberi salam dan terus duduk. Rasulullah s.a.w bersabda : Wahai 'Umru! Inilah dia dan kaumnya adalah lambang syurga. Kemudian Mu'awiyah datang dan memberi salam, kemudian duduk. Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai 'Umru! Inilah dia dan kaumnya adalah lambang neraka.

Disebut tentang permulaan Islamnya, beliau adalah seorang penternak unta bagi keluarganya yang telah membuat perjanjian kesetiaan dengan Rasulullah s.a.w .

Sebahagian daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang diutus kepada keluarga 'Umru berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak mempunyai bekalan makanan dan kami tidak pula mengetahui jalan (bagaimana kami ke sana?). Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kamu akan bertemu dengan seorang lelaki yang berseri mukanya. Dia akan memberi kamu makanan dan minuman serta menunjukkan jalan kepada kamu. Beliau adalah di kalangan ahli syurga".

'Umru berkata: Mereka datang sehingga sampai kepadaku pada petang hari. Aku menyuruh pemuda-pemuda aku supaya menyembelih beberapa unta dan memerah susu (lembu) untuk mereka, kemudian mereka bermalam dengan memakan daging dan meminum susu sehingga pagi.

'Umru berkata: Kamu tidak boleh pulang sehingga kamu makan atau membawa makanan, lantas seorang daripada mereka berkata sambil ketawa kepada sahabatnya. 'Umru bertanya: Kenapa anda ketawa?. Dia menjawab: Bergembiralah dengan berita gembira Allah dan Rasul-Nya. 'Umru berkata: Apakah berita gembira itu?. Maka dia menjawab: Rasulullah s.a.w telah mengutus kami ke tempat yang jauh ini. Baginda s.a.w telah memberitahu kami mengenai jamuan ini. Pada waktu itu kami tidak mempunyai bekalan makanan dan tidak ada petunjuk jalan untuk ke tempat ini. Baginda s.a.w. bersabda: Kamu akan bertemu dengan seorang lelaki yang akan memberi makan dan minum kepada kamu serta akan menunjukkan jalan kepada kamu, maka dia adalah di kalangan ahli syurga". Lantaran itu kami tidak bertemu dengan orang yang telah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w selain daripadamu.

'Umru berkata: Aku menaiki (kuda) bersama mereka dan aku menunjukkan jalan kepada mereka, kemudian aku kembali kepada pemuda-pemudaku dan menasihati mereka tentang unta. Setelah itu, aku berjalan menuju Rasulullah s.a.w sehingga aku memberi baiah kepadanya dan memeluk agama Islam. Aku dan kaum aku mendapat keamanan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa diri kami, harta kami, darah kami selamat apabila kami mengucap " Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah". Kami mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan "saham Allah" dan "saham Rasul-Nya". Beliau s.a.w bersabda: Diri kamu, darah kamu dan harta kamu selamat apabila kamu menunaikan semuanya. Maka dengan dhimmah Allah dan Rasul-Nya, harta dan darah kamu tidak akan dicerobohi.

Maka aku tinggal (bermukim) bersama Rasulullah s.a.w dan kami berperang bersamanya di dalam beberapa peperangan sehingga Rasulullah s.a.w meninggal dunia .

Bapa al-Barqi berkata: 'Umru bin al-Hamiqu al-Khaza'i adalah syi'ah Ali a.s. Setelah jawatan khalifah berpindah kepada Mu'awiyah, maka 'Umru berpindah ke Syahr Zaur di Mausul. Mu'awiyah mengutus surat kepadanya:

Amma ba'd, sesungguhnya Allah telah memadamkan api, memadamkan fitnah, memberi kemenangan kepada mereka yang bertakwa. Aku bukanlah sahabat anda yang jauh cita-citanya dan bukanlah yang paling jahat perbuatannya. Semua mereka telah mentaati ku dengan gembira, malah mereka bersegera terlibat di dalam urusanku. Biar pun anda agak terlewat, masuklah sebagaimana orang ramai memasukinya, nescaya dosa-dosa anda terdahulu dimaafkan dan kebaikan anda didedahkan, mudah-mudahan aku tidak akan melayan anda sebagaimana orang yang terdahulu jika anda masih seperti dahulu. Lantaran itu, datanglah kepada aku dengan aman pada dhimmah Allah dan Rasul-Nya, terpelihara daripada perasaan hasad dengki dan mencukupilah Allah sebagai saksi.

Belum sempat 'Umru bin al-Hamiqu al-Khaza'i menjawabnya, Mu'awiyah telah mengutus seorang untuk membunuh 'Umru. Muawiyah menghantar kepala 'Umru kepada isterinya dan meletakkan pada pangkuannya (hujri-ha). Maka isteri 'Umru berkata: Kamu telah menyembunyikan 'Umru daripadaku dalam masa yang lama, kemudian menghadiahkannya kepadaku setelah dia dibunuh. Maka selamat datang (ahlan wa sahlan) daripada hadiah yang tidak diduga. Sampaikanlah, wahai utusan, daripada aku untuk Mu'awiyah apa yang aku akan ucapkan: Allah menuntut darahnya dan akan mempercepatkan bala daripada dendam-Nya. Beliau telah melakukan perkara yang durjana, membunuh seorang yang baik dan bertakwa. Maka sampaikanlah kepada Mu'awiyah apa yang aku telah ucapkan.

Maka utusan tersebut telah menyampaikan apa yang diucapkan oleh isteri 'Umru kepada Mu'awiyah, lalu Muawiyah datang kepadanya dan berkata: Andalah yang berkata sedemikian? Beliau menjawab: Ya, tanpa menyesal dan memohon maaf. Mu'awiyah berkata: Keluarlah dari negeri ku ini, maka isteri 'Umru berkata: Lakukanlah, demi Allah, ia bukan tanah air ku, aku tidak mencintainya, lama sudah aku berjaga malam menitiskan air mata ku, hutang aku semakin banyak, hidup aku tanpa ketenangan. Abdullah bin Sarah, setiausahanya berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya beliau adalah seorang wanita munafik, maka bunuhlah ia seperti suaminya.

Maka Isteri 'Umru melihat kepada Abdullah bin Sarah lalu berkata: Wahai orang antara dua janggutnya seperti tubuh katak! Kenapa anda tidak bertanya siapakah yang memberikan anda makanan dan siapakah yang memberikan anda pakaian? Sesungguhnya seorang lelaki munafik adalah seorang yang tidak bercakap benar dan mengambil hamba-hamba Allah seperti Tuhan. Lantaran itu, Dia telah menerangkan keingkaran-Nya di dalam al-Qur'an, kemudian Mu'awiyah memberi isyarat kepada penjaga pintu supaya mengeluarkannya. Maka isteri Umru berkata: Aneh anak lelaki Hindun memberi isyarat kepada aku dengan jari tangannya tanpa bercakap, demi Allah! Aku akan berhujah dengannya dengan hujah yang kuat seperti besi atau aku tidak aman seperti wanita buruan.

Abu Abdullah a.s berkata: Seorang wanita yang hilang (ghaib) suaminya hendaklah menunggu (kepulangan) suaminya selama empat tahun, jika suaminya tidak juga pulang, beliau boleh bernikah (tazawwajat). Jika suaminya pulang, isterinya boleh membuat pilihan. Jika beliau memilih suaminya yang pertama, maka beliau perlu menghabiskan idahnya dengan suami yang kedua (fa-in ikhtarat al-awwal I'taddat min al-Thani), kemudian kembali kepada suami yang pertama, dan jika beliau memilih suami yang kedua, maka beliau adalah suaminya (wa in ikhtarat al-Thani fa-huwa zauju-ha)

Daripada Ali bin al-Suwaid al-Sa'i daripada Abu al-Hasan al-Awwal a.s berkata: Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w dan Dia tidak menciptakan makhluk selepas Muhammad yang lebih baik daripada Ali a.s .

Muhammad bin Fudhail berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata: Wilayah Ali a.s termaktub di dalam semua mashaf para nabi a.s".

Daripada Jabir bin Yazid daripada Abu Ja'far a.s menjelaskan maksud firman Allah s.w.t Surah al-Isra'(18) 79 "Mudah-mudahan Tuhan kamu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji" Beliau a.s. berkata: Dia mendudukkannya di atas 'Arasy bersama-Nya .


Tangkal Demam
Al-Hasan bin Ali al-Wasya' berkata: Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata kepadaku: Aku melihat anda kekuningan (musfarran)? Aku berkata: Demam menyerang aku. Beliau a.s. berkata: Bawakan kepada aku pensel dan kertas. Beliau a.s. menulis: Bismillahi r-Rahmaani r-Rahim, Abjad Hawwaz daripada polan bin polanah. Kemudian beliau a.s. meminta benang, lalu diberi benang basah. Beliau a.s. berkata: Berikan kepada aku benang yang belum disentuhi air. Benang kering diberi kepadanya, lalu beliau a.s. mengikatkannya di tengah surat dan menyimpulkannya di sebelah kanan dengan empat simpul manakala di sebelah kiri tiga simpul. Kemudian dibaca pada setiap simpul al-Hamdu, al-Mu'awwadhatain dan ayat al-Kursi. Sesudah itu, beliau a.s. memberikannya kepadaku sambil berkata: Ikatlah ia di lengan kanan anda. Jangan mengikatkannya di lengan kiri .

Daripada Abdullah bin Sinan berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sisa atau lebihan makanan atau minuman seorang mukmin menjadi penyembuh kepada tujuh puluh jenis penyakit (su'ru l-Mu'min syifa'un min sab'in daa' ) .


Hadis al-Ghar ( Gua)
Muhammad bin Isa bin 'Ubaid daripada Ali bin Asbat daripada Hakam bin Marwan daripada Yunus bin Suhaib daripada Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah melihat kepada Abu Bakr yang berada bersamanya di gua al-Hira. Baginda s.a.w. berkata: Kenapakah anda (kelihatan cemas), tidakkah Allah bersama kita? Anda mahu aku memperlihatkan kepada anda para sahabatku dari kalangan Ansar di dalam majlis mereka sedang berlansung. Aku juga ingin memperlihatkan kepada anda Ja'far bin Abu Talib dan para sahabatnya di dalam bahtera sedang mengharungi ombak? Abu Bakr berkata: Ya, perlihatkan mereka kepada aku (na'am arini-him). Maka Rasulullah s.a.w menyapu muka Abu Bakr dan dua matanya, lantas Abu Bakr melihat apa yang dinyatakan, tetapi dia menyembunyikan tanggapan di dalam hatinya bahawa sesungguhnya baginda s.a.w adalah seorang tukang sihir (fa-masaha rasulullah s.a.w wajha-hu wa 'ainai-hi fa-nazara ilai-him fa-adhmara fi nafsi-hi anna-hu sahirun) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Sahal bin Ziad daripada Abu Yahya al-Wasiti berkata: Ali bin Bilal telah memberitahunya. Beliau berkata: Muhammad bin al-Wasiti telah memberitahu kepadaku dengan katanya: Aku berada di Baghdad bersama Muhammad bin Sama'ah Kadi dan bersamanya juga seorang lelaki. Beliau berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah memasuki Masjid Kufah, kemudian aku telah menyandar di sebahagian tiangnya (asaatini-hi) kerana ingin mengerjakan solat dua rakaat. Tiba-tiba seorang wanita Arab Badwi yang berselimut berada di belakang aku. Dia menyeru dengan kata-katanya: Wahai yang masyhur di dunia dan masyhur di akhirat.

Wahai yang masyhur di langit dan masyhur di bumi!. Mereka yang kuat (al-Jababirah) telah berusaha untuk memadamkan cahaya anda dan melenyapkan sebutan nama anda, tetapi Allah mahu cahaya anda bersinar dan sebutan nama anda menjadi tinggi sekalipun dibenci oleh kaum Musyrikin. Maka aku berkata: Wahai hamba Allah! Siapakah orang yang anda banggakan ini? Wanita itu menjawab: Itulah Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s. Sesungguhnya seorang itu tidak boleh mencapai ketauhidan (yajuzu al-Tauhid) melainkan dengannya dan dengan wilayahnya. Beliau berkata lagi: Aku telah berpaling kepadanya, maka aku tidak melihat seorang pun berada di tempat itu lagi (fa-lam araa ahadan )


4
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Kamu Adalah Lebih Baik Daripada Para Sahabat al-Qaim A.S
Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada Ahmad bin Hilal daripada Umayyah bin Ali daripada seorang lelaki berkata: Aku bertanya Abu Abdullah a.s: Siapakah yang lebih baik (afdhal) kami atau para sahabat al-Qaim a.s? Beliau a.s. berkata kepada aku: Kamu adalah lebih baik daripada para sahabat al-Qaim a.s (antum afdhal min ashab al-Qaim), kerana kamu sentiasa takut ke atas Imam kamu dan diri kamu daripada para Imam yang zalim (aimmati al-Jaur). Sekiranya kamu mengerjakan solat, maka solat kamu adalah di dalam keadaan taqiyyah (in sallai-tum fa-salatu-kum fi taqiyyatin). Sekiranya kamu berpuasa, maka puasa kamu adalah di dalam keadaan taqiyyah. Sekiranya kamu mengerjakan ibadah haji, maka haji kamu adalah di dalam keadaan taqiyyah. Sekiranya kamu memberi penyaksian, maka penyaksian kamu tidak diterima. Beliau a.s. telah menyebut banyak perkara seperti ini. Maka aku berkata: Apa faedah kita bercita-cita kepada al-Qaim jika keadaannya sedemikian? Maka beliau a.s. berkata kepada aku: Subhanallah! Tidakkah anda suka keadilan terserlah, keamanan dapat ditegakkan dan mereka yang dizalimi mendapat pembelaan?


Di Dalam Al-Qur'an Terdapat Dua Jenis Imam
Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Talhah bin Zaid, daripada Ja'far daripada bapanya a.s berkata: Di dalam al-Qur'an terdapat dua jenis imam. Allah s.w.a berfirman Surah al-Anbiya' (21): 73: "Dan kami telah menjadikan mereka itu pemimpin-pemimpin (aimmatan) yang memberi petunjuk dengan perintah kami" bukan dengan perintah manusia, mereka mengemukakan perintah Allah sebelum perintah manusia, hukum Allah sebelum hukum mereka. Allah berfirman Suran al-Qasas(28): "Dan kami telah menjadikan mereka pemimpin-pemimpin (aimmatan) yang menyeru (manusia) ke Neraka". Mereka mengemukakan perintah mereka sebelum perintah Allah, hukum mereka sebelum hukum Allah dan mereka mengutamakan hawa nafsu mereka menyalahi apa yang ada di dalam al-Qur'an .

Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Sinan daripada Mufadhdhal bin 'Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukmin a.s adalah pintu Allah (bab Allah) yang tidak boleh dimasukki melainkan melaluinya. Ianya adalah jalan-Nya (sabilu-hu). Sesiapa yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (halaka). Demikianlah berlalunya kepada para imam yang memberi petunjuk (al-Hudaat) seorang selepas seorang, Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi (arkaan al-Ardh) supaya ia tidak bergoyang dengan penghuninya dan hujah-Nya yang kuat ke atas mereka di bumi dan di bawah bintang.

Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad daripada Muhammad bin Abd al-Hamid daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Tidak sempurna iman seorang hamba melainkan dia mengetahui bahawa apa yang berlalu pada (Imam) akhir mereka juga telah berlalu pada (Imam) awal mereka iaitu tentang hujah, ketaatan, halal dan haram adalah sama. Muhammad s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s mempunyai kelebihan mereka berdua . Dengan sanad-sanad ini juga beliau a.s. berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kami semua melaksanakan ketaatan dan perintah yang satu dan sebahagian kami adalah lebih mengetahui daripada sebahagian yang lain (kullu-na najri fi al-ta'ati wa al-Amri majra wahid wa ba'dhu-na a'lamu min ba'dh)

Daripada Abu al-Husain al-Asadi daripada Abu al-Husain Salih bin Hammad al-Razi yang diriwayatkan secara marfu' berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi dan Dia mengambil Ibrahim a.s. sebagai nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang rasul. Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil (sahabat). Dan sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai khalil sebelum Dia mengambilnya sebagai imam. Apabila Dia telah mengumpulkan perkara-perkara tersebut untuk Ibrahim a.s., maka Dia berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2):124 "Sesungguhnya Aku menjadikanmu sebagai imam bagi seluruh manusia". Ibrahim a.s berkata "dari keturunanku?". Dia berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2):124 "Janjiku ini tidak mengenai mereka yang zalim". Abu Abdullah a.s berkata: Orang yang bodoh tidak boleh menjadi imam yang bertakwa .


Para Nabi Dan Para Rasul Adalah Empat Peringkat.
Abu Muhammad bin al-Hasan bin Hamzah al-Husaini daripada Muhammad bin Ya'qub dan daripada sebilangan para sahabatnya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abu Yahya al-Wasiti daripada Husyam bin Salim dan Darst bin Abu Mansur berkata: Sesungguhnya para nabi dan para rasul mempunyai empat peringkat .

Pertama: Seorang nabi yang menjadi nabi untuk dirinya sahaja bukan untuk orang lain.

Kedua: Nabi yang dapat melihat malaikat di dalam tidurnya, dapat mendengar suara malaikat tetapi tidak melihatnya semasa jaga. Dia tidak diutus kepada sesiapapun bahkan mempunyai seorang imam semasanya seperti Lut a.s. (berimamahkan) kepada Ibrahim a.s.

Ketiga: Nabi yang dapat melihat malaikat di dalam tidurnya, dapat mendengar suaranya dan serta dapat melihat malaikat ketika jaga. Dia diutus kepada bilangan kecil atau ramai sebagaimana Allah telah berfirman kepada Yunus a.s di dalam Surah al-Safat (37):147 "Kami telah mengutusnya kepada seratus ribu orang atau lebih". Beliau a.s. berkata: Perkataan "atau lebih" adalah tiga puluh ribu orang dan seorang imam bersama mereka.

Keempat: Nabi yang melihat malaikat di dalam tidurnya, mendengar suaranya dan dapat juga melihat malaikat semasa jaga. Dia merupakan seorang imam seperti Uli l-'Azm. Justeru Ibrahim a.s. adalah seorang nabi tetapi bukan seorang imam sehinggalah Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah(2): "Sesungguhnya Aku menjadikanmu sebagai imam bagi seluruh manusia ". Ibrahim a.s berkata: dari keturunanku? " Dia berfirman: Janjiku ini tidak mengenai mereka yang zalim". Siapa yang telah menyembah patung atau berhala atau seumpamanya maka tidak layak menjadi imam (man 'abada sanaman au wathanan au mithalan la yakunu imaman)

Daripada Jabir berkata: Aku mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim a.s. sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi dan sesungguhnya Dia mengambilnya sebagai seorang nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang rasul. Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil (sahabat). Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai khalil sebelum Dia mengambilnya sebagai imam. Apabila Allah s.w.t. telah mengumpulkan perkara-perkara tersebut untuk Ibrahim a.s., maka Dia berfirman di dalam Surah al-Baqarah(2):124 "Sesungguhnya Aku menjadikanmu sebagai imam bagi seluruh manusia". Ibrahim a.s berkata "dari keturunanku?" Dia berfirman: "Janji-Ku ini tidak mengenai mereka yang zalim" (Surah al-Baqarah(2):124)


Al-Hujjah Adalah Sebelum Kejadian dan Bersama Kejadian
Aban bin Taghlab berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Al-Hujjah (Imam)adalah sebelum kejadian dan bersama kejadian"

Daripadanya, daripada Ruba'i daripada Barid al-'Ajali berkata: Ada orang berkata kepada Abu Ja'far al-Baqir a.s: Sesungguhnya para sahabat kita di Kufah adalah ramai, jika anda menyuruh mereka, nescaya mereka mematuhi anda dan mengikuti anda? Maka beliau a.s. bertanya: Adakah boleh seseorang daripada mereka datang kepada dompet saudaranya, lalu beliau mengambil keperluannya dari dompet saudaranya itu? Dijawab kepadanya: Tidak. Beliau a.s. berkata: (Jika demikian) Mereka dengan darah mereka adalah lebih bakhil. Kemudian beliau a.s. berkata: Sesungguhnya semasa gencatan senjata (hudnah) maka manusia boleh bernikah sesama mereka, waris mewarisi, melaksanakan hukum hudud ke atas mereka dan menunaikan amanah mereka sehingga datangnya al-Qaim a.s. Maka pada ketika itu, berlakulah perceraian. Pada masa itu juga seseorang lelaki diizinkan untuk mendapatkan dompet saudaranya untuk mengambil keperluan tanpa halangan dari saudaranya itu .


Mencari Rezeki Dengan Berdoa
Daripadanya, daripada al-Qasim bin Barid al-'Ajali daripada bapanya berkata: Aku berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku jadikan diriku sebagai tebusan anda, sesungguhnya keadaan menjadi baik dan hari ini banyak perkara telah berubah. Beliau a.s. berkata: Apabila anda datang ke Kufah, maka mintalah sepuluh dirham. Jika anda tidak memperolehinya, maka juallah satu bantal daripada bantal-bantal anda dengan harga sepuluh dirham. Kemudian anda perlu jemput sepuluh orang daripada sahabat anda. Sediakan makanan untuk mereka. Setelah mereka makan, maka mintalah mereka berdoa kepada Allah untuk anda.

Bapa al-Anjali berkata: Aku pun datang ke Kufah tetapi aku tidak mampu mendapatkan sepuluh dirham sehinggalah aku telah menjual satu bantalku dengan harga sepuluh dirham sebagaimana beliau a.s telah katakan kepadaku. Aku juga telah menyediakan makanan untuk sepuluh orang sahabatku dan telah menjemput mereka. Setelah mereka makan maka aku meminta mereka supaya berdoa kepada Allah untuk aku. Maka tidak lama kemudian, dunia cenderung kepadaku (maalat 'alayya al-Dunya).


Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin
Daripadanya, daripada Ruba'i daripada seorang lelaki daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan para nabi dari tanah 'Illiyyiin. (syurga). Hati dan badan mereka (quluubu-hum wa abdaanu-hum) adalah daripada tanah tersebut. Dia telah menciptakan hati mereka mukmin daripada tanah itu tetapi tidak menciptakan badan mereka darinya.

Allah menciptakan mereka kafir, hati dan badan mereka daripada tanah Sijjin (neraka). Kemudian Allah s.w.t. mencampurkan kedua-dua tanah tersebut (fa-khalata al-tinatain). Maka keadaan inilah menyebabkan seorang mukmin melahirkan seorang kafir (yalidu al-Mu'min al-Kafir)dan seorang kafir melahirkan seorang mukmin (al-Kafir yalidu al-Mukmin). Keadaan ini jugalah menyebabkan seorang mukmin (boleh) ditimpa keburukan (al-Sayyiah) dan seorang kafir (boleh) mendapat kebaikan (al-Hasanah). Justeru hati mereka mukmin cenderung kepada asal ciptaan mereka manakala hati mereka kafir juga cenderung kepada asal ciptaan mereka.

Daripada Huraiz daripada Abu Abdullah a.s menjelaskan tentang firman Allah Surah Fussilat (41): 34 "Dan tidaklah sama kebaikan (al-Hasanatu) dan kejahatan (al-Sayyi'atu)". Beliau berkata: al-Hasanatu adalah al-Taqiyyatu dan al-Sayyia'atu adalah al-Idhaa'atu (penyebaran) "Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik. (Keadaan ini membolehkan) orang yang bermusuhan terhadapmu akan bertukar menjadi (seolah-olah) seorang sahabat yang baik.

Daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s. daripada bapa, datuk dan moyangnya daripada Amir al-Mukminin a.s daripada Rasulullah s.a.w daripada Allah Azzawajalla berfirman: Urusan kamu adalah dengan warak, ijtihad, menunaikan amanah, benar di dalam perkataan, lama sujud, rukuk, tahajud di waktu malam, memberi makan dan memberi salam.

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang bersumpah (halifa) dengan (nama) Allah dalam keadaan berbohong (kadhiban), maka dia akan menjadi kafir (kafara). Sesiapa yang bersumpah dengan (nama) Allah dalam keadaan benar (sadiqan), maka dia berdosa (athima) kerana Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah(2):24 " Dan janganlah kamu menjadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan ".

Al-Baqir a.s berkata: Tidak ada seorang lelaki yang memberi penyaksian palsu ke atas seorang lelaki muslim bagi melucutkan haknya melainkan Allah menulis tempatnya di dalam catatan ke neraka. Beliau a.s. berkata: Perkukuhkan harta kamu (hassinuu amwala-kum) dengan mengeluarkan zakat dan ubatilah penyakit kamu (daawuu mardhaa-kum) dengan memberi sedekah .

Al-Sadiq a.s berkata: Tidak ada seekor burung yang diburu melainkan ia meninggalkan tasbih dan tidak ada harta yang ditimpa bencana melainkan ia tidak dikeluarkan zakat .


Mukmin Diciptakan Dari Tanah Para Nabi A.S
Daripada Muhammad bin Hamraan: Aku telah bertanya kepada al-Sadiq a.s. Dari apakah Allah telah menciptakan tanah mukmin? Beliau a.s. menjawab: Dari tanah 'Illiyyin. Aku bertanya lagi: Dari apakah diciptakan seorang mukmin? Beliau menjawab: Dari tanah para nabi, lantaran itu mereka tidak boleh dikotori oleh sesuatu (fa-lan yunajjisa-hu sya'un) .


Pahala Ziarah Mukmin Akan Saudaranya Kerana Agama
Al-Sadiq a.s berkata: Menunaikan hajat seorang mukmin adalah lebih baik (qadha'u hajati al-Mu'min khairun) dari membawa seribu ekor kuda pada jalan Allah dan memerdekakan seribu orang hamba . Beliau a.s. berkata: Tidak ada seorang mukmin yang memandikan (jenazah) seorang mukmin dalam keadaan membalikkannya (wa-huwa yuqallibu-hu) dan berkata: Tuhanku! keampunan-Mu dipinta" (Rabb 'afwa-ka) melainkan Allah mengampunkan orang yang memandikan jenzah itu (al-Ghaasil )

Jabir daripada Abu Ja'far daripada Ali bin al-Husain daripada al-Husain bin Ali a.s daripada nabi s.a.w bersabda: Jibra'il telah memberitahuku sesungguhnya Allah Azzawajalla telah menurunkan malaikat ke bumi. Malaikat itu mula berjalan sehingga sampai ke pintu rumah seorang lelaki. Tiba-tiba datang seorang lelaki meminta izin di pintu rumah itu. Malaikat bertanya kepadanya: Apakah hajat anda kepada tuan rumah ini? Dia menjawab: Dia adalah saudara seagama denganku. Aku menziarahinya kerana Allah. Malaikat berkata: Demi Allah! Itu sahaja yang telah membuatkan anda datang kepadanya? Lalaki itu menjawab: Itu sahaja yang membuatkan aku datang kepadanya. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada anda. Allah s.w.t. memberi salam kepada anda dan berfirman: Anda wajib memasuki syurga (wajabat laka al-Jannah). Malaikat berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman: Seseorang muslim yang menziarahi seseorang muslim bukanlah beliau menziarahinya, tetapi beliau menziarahi-Ku dan pahalanya (ke atas-Ku) adalah syurga . Al-Sadiq a.s berkata: Seorang muslim yang berjalan untuk memenuhi hajat (keperluan) seseorang mukmin adalah lebih baik daripada tawaf tujuh puluh kali di sekeliling al-Bait al-Haram .

Dia berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Perasaan takut terhadap musuh kami di campak ke hati syi'ah (ulqia al-Ra'bu fi qulubi syi'ati-na min 'aduwwi-na). Tetapi apabila berlaku perintah kami dan keluar Mahdi kami maka seseorang daripada mereka lebih berani dari seekor singa jantan, lebih tajam dari mata tombak, menendang musuh kami dengan dua kakinya dan membunuh mereka dengan dua tapak tangannya .

Daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Bukan daripada kami mereka yang tidak melakukan muhasabah diri pada setiap hari. Jika dia melakukan kebaikan maka dia memohon kepada Allah supaya menambahkannya dan memuji Allah di atasnya. Jika dia melakukan perkara yang tidak baik maka dia memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya .


Mukmin Adalah Saudara Mukmin
Al-Sadiq a.s berkata: Mukmin itu adalah saudara mukmin, bagaikan matanya dan petunjuknya. Dia tidak mengkhianati saudaranya dan tidak pula menghinanya. Beliau a.s. berkata: Mukmin mendatangkan berkat kepada mukmin. Beliau a.s. berkata: Mukmin yang mejemput dua orang mukmin ke rumahnya, lalu memberi makan kepada mereka berdua sehingga kenyang adalah lebih baik daripada memerdekakan seorang hamba. Seorang mukmin yang memberi pinjaman kepada seorang mukmin kerana Allah, maka Allah akan menghitungkan pahala untuknya seperti pahala bersedekah. Seseorang mukmin yang berjalan kerana keperluan saudaranya maka Allah menulis kebaikan pada setiap langkahnya serta menghapuskan kejahatan pada setiap langkahnya, lalu diangkat untuknya beberapa darjat dan ditambahkan kepadanya sepuluh kebaikan, kemudian diberi syafaat pada sepuluh keperluan (hajat). Mukmin yang berdoa kepada saudaranya supaya zahirnya perkara ghaib, maka Allah akan mewakilkannya seorang malaikat yang akan berkata: Anda adalah sepertinya. Seseorang mukmin yang menyelamatkan saudaranya daripada kesusahan, maka Allah akan menyelamatkannya daripada kesusahan di akhirat. Seseorang mukmin yang membantu mukmin yang dizalimi (mu'minan mazluman) adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di Masjid Haram. Seseorang mukmin yang membantu mukmin mengikut kemampuannya, maka Allah akan membantunya di dunia dan akhirat. Beliau a.s. berkata: Mukmin yang menghina saudaranya sedangkan beliau mampu membantunya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan di akhirat .

Beliau a.s. berkata: Muslim adalah saudara muslim dan hak muslim ke atas saudaranya ialah janganlah dia merasa kenyang sedangkan saudaranya lapar. Janganlah dia minum sepuas-puasnya sedangkan saudaranya dahaga. Janganlah dia memiliki pakaian berlebihan sedangkan saudaranya bertelanjang. Alangkah besarnya hak muslim ke atas saudara yang muslim.

Beliau a.s. berkata: Cintailah saudara muslim sebagaimana anda mencintai diri anda sendiri. Apabila anda perlu, maka mintalah daripadanya. Apabila dia meminta daripada anda, maka berilah kepadanya. Jangan anda merasa jemu untuk melakukan kebaikan kepadanya begitulah sebaliknya. Jadilah anda seorang yang baik terhadapnya, jika dia tidak ada (ghaib), maka jagalah dia semasa ketiadaannya. Apabila dia pulang, maka ziarahilah dia dengan penuh penghormatan, kerana dia adalah daripada anda dan anda daripadanya. Jika anda mencelanya, maka janganlah anda berpisah daripadanya sehingga anda memohon maaf. Jika dia mendapat kebaikan, maka anda bersyukurlah kepada Allah. Jika dia ditimpa bencana, maka bantulah dia. Apabila seorang mukmin berkata kepada saudaranya uffin, maka terputuslah wilayah antara mereka berdua. Apabila berkata seseorang lelaki: Anda adalah musuh aku, maka salah seorang daripada mereka berdua menjadi kafir, jika dia menuduh saudaranya dengan sesuatu tuduhan, maka imannya mengecil sebagaimana mengecilnya garam apabila terkena air.

Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya mukmin akan terpancar cahayanya kepada penghuni langit sebagaimana terpancarnya bintang-bintang di langit kepada penghuni bumi. Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya mukmin adalah wali Allah. Dia membantu dan menolong saudaranya. Dia tidak berkata kepada saudaranya melainkan kebenaran dan dia tidak takut selain daripada-Nya .

Daripada Hamzah al-Thumali berkata: Sesiapa yang memberi makan seorang mukmin yang kelaparan, nescaya Allah akan memberi makan buah-buahan di syurga kepadanya. Sesiapa yang memberi minum seorang mukmin yang dahaga, maka Allah akan memberi minuman yang istimewa kepadanya. Sesiapa yang memberi pakaian kepada seorang mukmin, maka Allah akan memakaikannya dengan pakaian yang hijau. Di dalam hadis yang lain menyebutkan dia sentiasa di dalam jaminan Allah selama beliau melakukan sedemikian .

Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya apabila dua orang mukmin bertemu dan berjabat tangan, maka Allah berdepan dengan mereka berdua dengan muka-Nya (zat-Nya). Dosa hilang dari muka mereka berdua sehingga mereka berdua berpisah. Beliau a.s. juga berkata: Demi Allah! Allah tidak disembah dengan sesuatu yang lebih baik dari menunaikan hak mukmin. Beliau a.s. berkata: Demi Allah! Sesungguhnya hak seseorang mukmin lebih besar daripada Ka'bah (Wa l-Lahi inna l-mu'min la-a'zamu haqqan mina l-ka'bah). Beliau a.s. berkata: Doa seseorang mukmin untuk mukmin dapat menghindari bala dan mendatangkan rezeki .


Hak-Hak Mukmin Ke Atas Mukmin
Daripada Abd al-A'la daripada al-Mu'alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s. Aku berkata: Apakah hak mukmin ke atas mukmin? Beliau a.s. menjawab: Aku kasihankan anda. Aku khuatir anda mengetahui, tetapi anda tidak beramal dengannya. Anda menghilangkannya kerana anda tidak menjaganya. Al-Mu'alla berkata: Aku berkata: La haula wala quwwata illa bi-lLah. Beliau a.s. berkata: Bagi seseorang mukmin ke atas mukmin ada tujuh hak dan kewajipan. Sekiranya dia menghilangkan satu sahaja daripadanya, maka terkeluarlah dia daripada wilayah Allah (kharaja min wilayati l-lLah) dan meninggalkan ketaatan kepada-Nya serta tidak ada haknya di hari Kiamat.

Pertama: Anda mencintai untuknya sebagaimana anda mencintai untuk diri anda sendiri.

Kedua: Anda menolongnya dengan diri anda, harta anda, lidah anda, tangan anda dan kaki anda.

Ketiga: Anda menuruti keredaannya, menjauhi kemarahannya dan mentaati suruhannya.

Keempat: Anda menjadi matanya, penunjuknya dan cerminnya.

Kelima: Janganlah anda kenyang sedangkan dia lapar. Anda puas meminum air sedangkan dia dahaga. Anda berpakaian sedangkan dia bertelanjang.

Keenam: Sekiranya anda mempunyai khadam sama ada lelaki atau wanita yang berkhidmat kepada anda sedangkan beliau tidak mempunyai khadam maka hendaklah anda mengutus khadam anda membersihkan pakaiannya, memasak makanannya dan menyediakan hamparannya.

Ketujuh: Anda menerimanya, menyahut seruannya, menziarahi kesakitannya dan menghadiri jenazahnya. Sekiranya dia mempunyai hajat, maka bersegeralah melaksanakannya. Janganlah anda membebankannya sehingga dia memintanya daripada anda. Apabila anda telah melakukan kesemuanya, maka wilayah anda bersambung dengan wilayahnya .


Wasiat Abu Abdullah A.S Kepada Hamba-Hambanya
Daripada Ibrahim bin 'Umar al-Yamani daripada Abd al-A'la maula Ali Sam mendengar Abu Abdullah al-Sadiq a.s berkata kepada Khuthaimah: Wahai Khuthaimah! Sampaikan salam kami kepada hamba-hamba kami, nasihatkan mereka supaya bertakwa kepada Allah Yang Maha Besar. Orang kaya dari mereka menziarahi yang miskin. Orang yang kuat dari mereka menziarahi yang lemah. Mereka perlu menyaksikan jenazah dan perjumpaamn di rumah-rumah kerana perjumpaan sedemikian merupakan penghidupan kepada urusan kami (hayatun li-amri-na). Kemudian beliau a.s. mengangkat tangannya dan berkata: Allah menghormati mereka yang menghidupkan urusan kami (Rahima l-Lahu man ahya amra-na) .

Daripadanya, daripada Ibrahim bin 'Umar al-Yamani daripada Abd al-Malik berkata: Abu Abdullah a.s ditanya tentang seorang lelaki yang takutkan pencuri dan binatang buas. Bagaimana dia melakukan solat apabila bimbangkan luput waktu?. Beliau a.s. berkata: Hendaklah dia melakukan isyarat dengan kepalanya dan menghadap kiblat serta menghalakan binatang kenderaannya menurut arah tujunya.


Kelebihan Mukmin dan Ujiannya
Daripada Ruba'i daripada 'Umar bin Yazid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Allah tidak akan mengazab satu kampung apabila tujuh orang mukmin berada di dalamnya . Daripada sanad ini Umar bin Yazid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Setiap sesuatu ada perkara yang membuatkannya berehat. Mukmin berehat dengan saudara mukminnya sebagaimana burung berehat dengan kumpulannya. Tidakkah anda melihatnya?

Abu Ja'far a.s berkata: Sesiapa yang yakin dengan perkara yang akan datang, maka dia harus bijak di dalam perbelanjaannya . Beliau a.s. berkata: Pertolongan diturunkan dari langit ke atas hamba-Nya sekadar makanan .

Daripada Ruba'i daripada al-Fadhl berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya bilangan syaitan di atas mereka mukmin lebih banyak daripada bilangan tebuan di atas daging. Kemudian beliau a.s. menunjuk ke langit dan berkata: Melainkan Allah sahaja yang dapat mempertahankannya .

Daripada Ruba'i daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang memberi makan kepada saudaranya kerana Allah, maka baginya pahala seperti orang yang memberi makan kepada orang ramai (fi'aam min al-Nas) Ruba'i berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagai tebusan anda, apakah fiaam min al-Nas (bilangan yang ramai itu)? Beliau a.s. berkata: Seratus ribu orang .

Abu Abdullah a.s berkata: Enam perkara diangkat daripada umat ini: Kesalahan dan kelalaian, apa yang dipaksakan ke atasnya, apa yang mereka tidak tahu, apa yang mereka tidak mampu dan apa yang mereka terpaksa melakukannya.


Setiap Perkara Yang Tidak Keluar Dari Rumah Ini, Maka Ia Adalah Batil
Abu Ja'far al-Baqir a.s berkata: Setiap perkara yang tidak keluar dari rumah ini, maka ia adalah batil (kullu syai'in lam yakhruj min hadha al-Bait fa-huwa wabaalun). Beliau a.s. berkata: Wahai Fudhail! Bagi agama ini ada batasannya (had) seperti batas rumah aku ini . Al-Sadiq a. s berkata: Di antara cinta lelaki kepada agamanya adalah cintanya kepada saudaranya . Amir al-Mukminin a.s. ditanya: Apakah keutuhan iman? Beliau a.s. menjawab: Warak. Beliau a.s. ditanya lagi: Apakah yang menghilangkan keimanan? Amir al-Mukminin a.s. menjawab: Tamak . Beliau a.s. berkata: Wilayah kami tidak akan dicapai melainkan dengan kewarakan . Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang tidak mempedulikan keperluan saudara yang mukmin, maka dia sentiasa di dalam laknat Allah sehingga dia menemui ajalnya .

Al-Baqir a.s berkata: Sesungguhnya seorang hamba yang memohon keperluan duniawi, maka ia menjadi hak Allah untuk menerimanya samada cepat ataupun lambat. Jika mukmin tersebut melakukan dosa, maka Allah berkata kepada malaikat yang diwakilkan untuk memberi keperluannya: Janganlah anda laksanakan keperluannya dan tegahlah dia daripadanya, kerana dia terdedah kepada kemarahan-Ku dan dia berhak dilarang daripada-Ku .

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang telah berjumpa dengan mukminin dengan satu wajah (bi-wajhin) dan ketika ketiadaan mereka (ghaba-hum) dengan wajah yang lain, maka apabila tiba hari Kiamat, dia akan mempunyai dua lidah daripada api neraka .

Abu al-Hasan a.s berkata: Berkatalah benar sekalipun membinasakan diri anda kerana itu adalah kejayaan anda, tinggalkan kebatilan sekalipun ia kejayaan anda kerana ia pada hakikatnya adalah kebinasaan anda.

Al-Sadiq a.s berkata: Bukan di kalangan kami bagi mereka yang menyebarkan hadis kami (laisa minna man adha'a haditha-na), kerana pada hakikatnya dia telah membunuh kami dengan sengaja (qatala-na qatla 'amadin) . Beliau a.s. berkata: Sesiapa yang mengambil tahu atau mengintip tentang dosa atau kesalahan mukmin, kemudian mendedahkannya dan tidak menyembunyikannya, kemudian dia juga tidak memohon istighfar kepada Allah untuknya, maka dia di sisi Allah adalah seperti pelakunya (ka-'aamilu-ha) dengan menanggung apa yang telah didedahkannya. Sementara pelakunya pula diampunkan dosa. Dia mendapat ganjaran tentang apa yang didedahkan terhadapnya di dunia dan dosanya terlindung di akhirat (mastur 'alai-hi). Kemudian dia tidak mendapati kecuali Allah lebih mulia dari mengenakan balasan ke atasnya di akhirat .



Mukmin Dan Hak- Hak Persaudaraan
Al-Sadiq a.s berkata: Mukmin adalah saudara mukmin seperti satu tubuh. Jika dia mengadu sesuatu, maka dia mendapati kesakitan di seluruh badannya kerana roh kedua-duanya (rauha-huma) adalah daripada roh Allah. Sesungguhnya roh mukmin adalah lebih rapat hubungannya (la-asyaddu it-tisaalan) dengan roh Allah daripada rapatnya hubungan cahaya matahari dengan matahari (syi'asy al-Thams bi-ha) .

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang meriwayatkan sesuatu tentang mukmin bertujuan menghinanya atau merosakkan maruahnya supaya dipandang rendah oleh orang ramai, maka Allah akan mengeluarkan wilayahnya kepada wilayah syaitan (akhraja l-Lahu wilayata-hu ila wilayat al-Syaitan), dan ketika itu syaitan pula tidak akan menerimanya . Beliau a.s. berkata: Mukmin yang telah menjalin hubungan (ausala) dengan saudara mukminnya dengan baik (ma'rufan ), maka sesungguhnya dia telah menjalin hubungan dengan Rasulullah s.a.w .



Beberapa Persoalan Yahudi Kepada Rasulullah S.A.W Dan Jawapannya
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Beliau (al-Mufid) berkata: Abd al-Rahman bin Ibrahim telah memberitahu kami, al-Husain bin Mihran telah memberitahu kami, al-Husain bin Abdullah telah memberitahuku daripada bapanya daripada datuknya daripada Ja'far bin Muhammad a.s daripada bapanya daripada datuknya al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s berkata: Seorang lelaki Yahudi datang kepada nabi s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad! Andalah yang menyangka bahawa anda seorang Rasulullah dan diwahyukan kepada anda sebagaimana diwahyukan kepada Musa bin Imran? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, akulah penghulu manusia (ana sayyid walad Adam ) tanpa meninggikan diri, aku adalah penutup para nabi, imam para muttaqin dan Rasul Tuhan semesta alam.

Yahudi berkata: Wahai Muhammad ! Adakah anda kepada kaum Arab atau kepada bukan Arab atau kepada kami?

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah Rasulullah kepada semua manusia.

Yahudi berkata: Sesungguhnya aku akan bertanya anda tentang sepuluh kalimah yang telah dikurniakan Allah kepada Musa di tempat yang diberkati ketika dia bermunajat dengan-Nya. Tidak mengetahuinya melainkan seorang nabi yang diutus atau malaikat muqarrab.

Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Kemukakan soalan yang terlintas di hati anda.

Yahudi berkata: Wahai Muhammad ! Beritahukan kepadaku tentang kalimah yang telah dipilih oleh Allah untuk Ibrahim a.s ketika beliau membina rumah ini (Ka'bah)?

Rasulullah s.a.w bersabda: Subhana l-Lah wal-Hamdu li-Lah wa la ilaha illa llah wal-Lahu akbar.

Yahudi berkata: Wahai Muhammad! Kenapakah Ibrahim a.s. telah membina Ka'bah empat persegi?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kerana kalimah adalah empat.

Yahudi berkata: Kenapakah Ka'bah dinamakan Ka'bah?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kerana ia berada di tengah dunia.

Yahudi berkata: Beritahu aku tentang tafsir "Subhana l-Lah wa l-Hamdu li l-Lah wa la ilaha illa lla wal-Lahu akbar?

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah telah mengetahui bahawa manusia dan jin akan berbohong terhadap Allah s.w.t, maka Dia berfirman: Subhana l-Lah" iaitu Dia bersih dari apa yang mereka katakan terhadap-Nya, adapun firman-Nya "wa l-Hamdu li-Lah" Allah telah mengetahui bahawa hamba-hamba-Nya tidak berterima kasih kepada nikmat-Nya, lantaran itu Dia telah memuji diri-Nya sebelum makhluk memuji-Nya, ia adalah ucapan pembukaan, jika tidak, Allah tidak mengurniakan nikmat-Nya ke atas makhluk-Nya, adapun firman-Nya "la ilaha illa-Lah" iaitu keesaan-Nya di mana Allah tidak akan menerima amalan melainkan dengannya, tiada seorang pun yang akan memasuki syurga melainkan dengannya, ia adalah Kalimah Taqwa, ia dinamakan kalimah Taqwa kerana ia memberatkan timbangan (al-Mizan) di hari Kiamat, adapun "Allahu akbar" adalah kalimah yang tertinggi dan paling dicintai Allah iaitu tidak ada yang lebih besar daripada-Nya kerana dengannya solat dimulai dan dihormati Allah. Ia adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang besar.

Yahudi berkata: Benar kata-kata anda, apakah ganjaran mereka yang mengucap dengannya?

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba berkata: Subhana l-Lah, semua perkara selain daripada 'Arasy bertasbih bersamanya. Maka Dia memberi sepuluh kali ganda pahala kepadanya. Apabila beliau berkata: Al-Hamdulillah", maka Allah memberi nikmat dunia kepadanya sebelum dia diberi nikmat akhirat, ia adalah kalimah yang diucapkan oleh penghuni syurga apabila mereka memasukinya. Percakapan terputus di dunia selain daripada al-Hamdu. Demikianlah firman-Nya di dalam Surah Yunus (10):10 "Salam penghormatan mereka ialah salam.. Dan penutup doa mereka adalah al-Hamdulillahi Rabbi l-Alamin. Adapun pahala La ilaha illa l-Lah adalah syurga sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Rahman (55): 6 "Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). Ia adalah darjat yang paling tinggi di syurga dan yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah.

Yahudi berkata: Memang benar wahai Muhammad! Anda telah menunaikan satu soalan. Adakah anda mengizinkan aku untuk bertanya anda soalan kedua? Rasulullah s.a.w bersabda: Bertanyalah kepadaku apa yang anda mahu. Jibrail di kanan Rasulullah s.a.w dan Mikail di kirinya memberitahu.

Yahudi berkata: Kenapakah anda dinamakan Muhammad, Ahmad, Abu l-Qasim, Basyir, Nadhir dan Da'i?

Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun Muhammad kerana aku dipuji di langit, adapun Ahmad kerana aku dipuji di bumi, adapun Abu al-Qasim kerana Allah s.w.t membahagi-bahagikan neraka untuk mereka yang mengingkari aku (kafara bi) atau membohongi aku (yukadhibbuni) daripada mereka yang terdahulu dan terkemudian. Adapun Basyir kerana aku memberi berita gembira tentang syurga kepada mereka yang mentaati aku, adapun Nadhir kerana aku memberi amaran tentang neraka kepada mereka yang menderhaka kepadaku, adapun Da'i kerana aku menyeru manusia kepada agama Tuhanku; Islam.

Yahudi berkata: Memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang yang ketiga: Kenapakah Allah menetapkan masa solat yang lima kepada lima waktu kepada umat anda pada masa malam dan siang

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari ketika gelincir (al-zawal), satu bulatan memasukinya, semuanya bertasbih kepada Tuhanku selain daripada 'Arasy, maka pada masa itulah doa dilakukan kepada Tuhanku. Lantaran itu, Allah mewajibkan ke atas aku dan umat aku solat pada waktunya. Justeru Dia berfirman dalam Surah al-Isra' (17):78 "Dirikanlah solat dari sesudah matahari gelincir". Iaitu waktu neraka Jahanam didatangi pada hari Kiamat. Justeru seseorang mukmin yang mengerjakan solat pada waktu tersebut maka Allah akan mengharamkan jasadnya daripada neraka. Solat Asar adalah waktu di mana Adam a.s telah memakan bahagian pokok dan dikeluarkannya dari syurga.

Justeru Allah telah memerintahkan zuriatnya mengerjakan solat ini sehingga hari Kiamat, Dia telah memilihnya dan mewajibkannya ke atas zuriatnya, ia merupakan solat yang paling dicintai Allah s.w.t. Oleh itu, Alah s.w.t. telah berwasiat kepadaku supaya memeliharanya, Dia berfirman dalam Surah al-Baqarah (2):238 " Peliharalah segala solatmu dan (peliharalah) solat wusta " iaitu solat Asar. Solat Isyak adalah waktu Allah s.w.t telah menerima taubat Adam a.s. Jarak masa antara dia memakan buah dari pokok dan masa diterima taubatnya adalah tiga ratus tahun hari dunia dan satu hari akhirat adalah menyamai seribu tahun menurut hitungan kamu. Oleh sebab itu Adam a.s mengerjakan solat tiga rakaat, satu rakaat kerana kesalahannya.

Satu rakaat kerana kesalahan Hawa' dan satu rakaat adalah kerana taubatnya. Allah telah menerima taubatnya dan memfardukan ke atas umat aku tiga rakaat ini, iaitu waktu yang paling mustajab untuk memohon doa. Tuhanku telah berjanji kepadaku bahawa Dia tidak akan menghampakan siapa yang memohon kepada-Nya. Dia berfirman dalam Surah al-Rum (30):17 "Maka bertasbihlah kamu kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh" Adapun solat al-'Atamah, kerana kegelapan kubur dan kegelapan hari Kiamat. Lantaran itu, Allah telah memerintahkan aku dan umat aku supaya mengerjakan solat ini, tidak ada kaki yang berjalan kepada solat al-'Atamah melainkan Allah mengharamkan neraka ke atasnya, Allah akan menyinari kuburnya pada hari Kiamat dan akan memberinya cahaya yang membolehkannya melintasi titian (al-Sirat). Ia adalah solat yang Dia telah pilih untuk para rasul sebelumku. Adapun solat Subuh kerana ketika matahari naik maka ia naik dari tanduk syaitan (qarn al-Syaitan). Allah telah memerintahkan aku supaya mengerjakan solat Subuh sebelum naik matahari sebelum mereka kafir sujud kepadanya, maka umat aku sujud kepada Allah, lebih awal dilakukannya adalah lebih dicintai Allah, ia adalah solat yang disaksikan oleh malaikat malam dan siang.

Yahudi berkata: Anda memang benar. Wahai Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang perkara ke empat; Kenapakah Allah memerintahkan empat anggota dibasuh sedangkan ia adalah tempat yang paling bersih pada anggota badan?

Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika syaitan mendatangkan waswasnya, maka Adam a.s. menghampiri pokok tersebut, lantas melihat kepadanya dan hilang perasaan malu. Dia berdiri dan kaki pertama yang berjalan kepada kesalahan (al-Khati'ah). Dia mengambilnya, membelahnya dan memakannya. Apabila dia memakannya, maka terlerailah ikatan cahaya dari tubuhnya, kemudian Adam telah meletakkan tangan di atas kepala dan menangis.

Setelah Allah menerima taubat Adam, maka Allah memfardukan ke atasnya dan zuriatnya membasuh empat anggota tersebut. Allah memerintahkan supaya membasuh muka kerana Adam melihat kepada pokok tersebut. Allah memerintahkan supaya membasuh lengan sehingga ke siku kerana dia telah menghulurkan kedua tangannya kepada kesalahan. Allah memerintahkan supaya disapukan kepala kerana dia telah meletakkannya di atas ubun-ubunnya (ummu ra'si-hi). Allah memerintahkan supaya menyapu kaki kerana dia berjalan kepada kesalahan. Kemudian disunatkan ke atas umat aku berkumur (al-Madhmadhah) dan menghisap air ke dalam hidung (al-Istinsyaq). Berkumur membersihkan hati daripada perkara yang haram dan menghisap air ke hidung menegah bauan neraka.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, apakah balasan bagi mereka melakukan wuduk sebagaimana diperintahkan?

Rasulullah s.a.w bersabda: Pertama kali seseorang menyentuh air, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila dia berkumur, maka Allah akan menyinari lidah dan hatinya dengan hikmat. Apabila dia menghisap air ke dalam hidung, maka Allah menyelamatkannya daripada seksa kubur dan azab neraka. Apabila dia membasuh mukanya, maka Allah menyerikan mukanya di hari muka-muka menjadi hitam. Apabila dia membasuh dua lengannya, maka Allah mengharamkan ke atasnya ledakan neraka. Apabila dia menyapukan kepalanya, maka Allah menyapukan segala kesalahannya. Apabila dia menyapukan dua kakinya, maka Allah membolehkannya melintasi titian (al-Sirat) pada hari tergelincirnya kaki-kaki.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad. Beritahukan kepada aku tentang yang kelima; Kenapakah Allah memerintahkan mandi junub (al-Ightisal) setelah keluar air mani (al-Nutfah), tetapi Dia tidak memerintahkan "mandi" setelah kencing dan berak sedangkan air mani lebih bersih daripada kencing dan berak?

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Adam a.s. memakan (buah) pokok tersebut, maka ia berpindah kepada peluhnya, rambutnya dan kulitnya. Apabila seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan isterinya, maka air maninya keluar juga melalui setiap peluh dan rambutnya (kharajat al-Nutfah min kulli 'arqin wa sya 'rin). Lantaran itu, Allah mewajibkan ke atas zuriat Adam sehingga hari Kiamat supaya mandi junub. Kencing dan berak hanya mengeluarkan sisa makanan dan minuman manusia, maka ia memadai dengan wuduk.

Yahudi berkata: Apakah balasan bagi mereka yang telah mandi (ightisal) daripada yang halal?

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah membina untuknya setiap titik air ialah sebuah istana baginya di syurga iaitu perkara di antara Allah dan hamba-Nya daripada junub.

Yahudi berkata: Wahai Muhammad, beritahu aku soalan yang ke enam tentang lapan perkara yang tertulis di dalam Taurat bahawa Allah telah memerintahkan Bani Israel supaya menyembah-Nya selepas Musa?

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku menyeru anda kepada Allah, jika aku memberitahu anda akan mengakuinya?

Yahudi berkata: Ya, wahai Muhammad.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya perkara pertama tertulis di Taurat ialah Muhammad Rasulullah, kemudian baginda s.a.w. membaca Surah al-A'raf(7):157 "mereka dapatinya tertulis di dalam Taurat dan Injil" dan Surah al-Saf (61): 6 "memberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang sesudahku yang namanya Ahmad". Adapun tentang perkara kedua, ketiga dan ke empat, maka Ali, Fatimah; Puteri wanita syurga dan dua anak lelaki mereka berdua. Di dalam Taurat disebut sebagai Ilya, Syabra, Syubaira dan Haliyun, iaitu Fatimah,al-Hasan, al-Husain dan Ali a.s.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, beritahu aku tentang kelebihan anda ke atas para nabi dan kelebihan keluarga anda ke atas manusia

Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun kelebihan aku di atas segala para nabi kerana aku telah memilih dakwah aku sebagai syafaat aku kepada umat aku pada hari Kiamat sementara para nabi selain daripada aku melakukan sebaliknya jika dakwah mereka diingkari. Adapun kelebihan keluarga aku; Ahlu l-Bait aku dan zuriat aku seperti kelebihan air ke atas setiap sesuatu, dengan airlah sesuatu itu hidup sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-Anbiya' (21):30 " Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?". Justeru mencintai Ahlu l-Bait aku, keluarga aku dan zuriat aku melengkapkan agama (yastakmilu d-Din).

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad. Beritahu kepada aku tentang perkara yang ketujuh; apakah kelebihan lelaki ke atas wanita?

Rasulullah s.a.w bersabda: Seperti kelebihan langit ke atas bumi, seperti kelebihan air ke atas bumi. Dengan air semua dapat hidup, begitulah dengan lelaki hiduplah wanita, tanpa lelaki Allah tidak akan menciptakan wanita. Wanita tidak akan memasuki syurga melainkan dengan kelebihan lelaki. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nisa' (4):34 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita)".

Yahudi berkata: Wahai Muhammad! Kenapakah ia menjadi begitu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Adam a.s diciptakan dari tanah, dari salbinya dan dirinya diciptakan wanita, orang yang pertama mentaati wanita adalah Adam a.s. Maka Allah telah menurunkannya dari syurga. Sesungguhnya Allah telah melebihkan kaum lelaki daripada kaum wanita di dunia, tidakkah anda terfikir bahawa wanita mengalami masa haid? Justeru mereka tidak boleh beribadat kerana kekotoran tersebut, sementara kaum lelaki tidak mengalami perkara tersebut.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, beritahu aku tentang perkara yang kelapan; kenapakah Allah telah mewajibkan puasa ke atas umat anda tiga puluh hari sedangkan Dia telah mewajibkan ke atas umat yang lain lebih banyak?

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Adam a.s manakala beliau memakan bahagian pokok, maka ia tinggal di dalam perutnya selama tiga puluh hari. Oleh itu Allah s.w.t. memfardukan ke atas zuriatnya tiga puluh hari lapar dan dahaga. Adapun mereka dapat makan di waktu malam adalah suatu kurniaan Allah ke atas makhluk-Nya. Demikian juga ke atas Adam a.s adalah tiga puluh hari sebagaimana ke atas umat aku. Kemudian baginda s.a.w. membaca Surah al-Baqarah (2):183 " Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka sebelum kami agar kamu bertakwa"

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, apakah balasan mereka yang berpuasa selama tiga puluh hari?

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang pun mukmin berpuasa satu hari daripada bulan Ramadhan dengan penuh muhasabah melainkan Allah mewajibkan baginya tujuh sifat. Pertama: Perkara yang haram menjadi cair (yadhubu) dari jasadnya. Kedua: Ia menghampiri dirinya kepada rahmat Allah. Ketiga: Ia dapat menghapuskan kesalahannya, tidakkah anda mengetahui bahawa kafarah di dalam puasa itu dapat menghapuskan dosa? Keempat: Ia menyenangkan kematian. Kelima: Allah menyelamatkannya daripada lapar dan dahaga di hari Kiamat. Keenam: Pelepasan dirinya daripada neraka. Ketujuh: Allah akan memberinya makanan syurga.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, beritahu aku perkara yang ke sembilan; kenapakah Allah telah memerintahkan wuquf di 'Arafat selepas Asar?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kerana selepas Asarlah waktu Adam a.s menderhaka kepada Tuhannya. Justeru Allah memfardukan ke atas umat aku wuquf, ibadat dan doa di tempat yang paling dicintai Allah iaitu di 'Arafat. Allah s.w.t. menjamin untuk menerima doa mereka dan waktu sekembalinya dari 'Arafat itulah waktu Adam menerima kalimat (wahyu) daripada Tuhan serta menerima taubatnya. Sesungguhnya Dia Penerima taubat lagi Penyayang.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, apakah pahala bagi mereka yang melakukannya?

Rasulullah s.a.w bersabda: Dia yang telah mengutus aku dengan kebenaran sebagai pembawa berita gembira (basyiran) dan pemberi amaran (nadhiran). Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai tujuh pintu di langit: Pintu al-Taubat, pintu al-Rahmat, pintu al-Tafadhdhul, pintu al-Ihsan, pintu al-Jud, pintu al-Karam dan pintu al-'Afwu. Seseorang itu tidak berkumpul di 'Arafat melainkan dia layak memasuki pintu-pintu tersebut. Sesungguhnya Allah mempunyai seratus ribu malaikat. Setiap malaikat mempunyai seratus dua puluh ribu malaikat yang lain pula. Allah mempunyai seratus rahmat yang diturunkan kepada penghuni 'Arafat. Ketika mereka pulang, Allah mempersaksikan malaikat tersebut dengan memerdekakan penghuni 'Arafat dan apabila mereka pulang, maka Allah mempersaksikan malaikat bahawa Dia telah mewajibkan ke atas mereka syurga. Ada suara yang menyeru: Kembalilah kamu semua dalam keadaan diampuni, sesungguhnya kamu telah meredai-Ku dan Aku telah meredai kamu.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad. Beritahu aku perkara yang ke sepuluh tentang sembilan sifat yang telah dikurniakan Allah kepada anda berbanding dengan para nabi yang lain dan kepada umat anda berbanding dengan umat-umat yang lain?

Rasulullah s.a.w bersabda: Fatihah, azan, iqamah, berjemaah di Masjid-masjid, hari Jumaat, pembacaan secara nyaring (ijhar) di dalam tiga solat, rukhsah kepada umatku ketika sakit dan musafir, solat jenazah dan syafaat kepada pelaku-pelaku dosa besar dari umatku.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, apakah pahala mereka yang membaca al-Fatihah?

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca al-Fatihah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala bilangan kitab yang diturunkan dari langit termasuk pahala pembacaanya. Adapun azan, maka muazin dari umatku akan dihimpunkan bersama para nabi, para siddiqin dan para syuhada'. Adapun solat berjemaah kerana saf-saf umatku seperti saf-saf para malaikat di langit yang ke empat. Satu rakaat di dalam berjemaah ialah dua puluh empat rakaat. Setiap rakaat itu lebih dicintai Allah dari beribadat selama empat puluh tahun. Adapun hari Jumaat merupakan hari yang Allah mengumpulkan mereka yang terdahulu dan terkemudian pada hari Hisab. Tidak ada mukmin yang berjalan dengan dua kakinya untuk mengerjakan solat Jumaat melainkan Allah meringankan kesengsaraan di hari Kiamat.

Selepas imam memberi khutbah merupakan waktu Allah merahmati mukminin dan mukminat. Adapun pembacaan secara nyaring (ijhar), maka tidak ada mukmin yang memandikan jenazah melainkan api neraka menjauhinya, meluaskan Titian (al-Sirat) untuknya menurut kadar kenyaringan suaranya dan memberi cahaya kepadanya sehingga memasuki syurga. Adapun rukhsah, maka Allah akan meringankan kesengsaraan hari Kiamat ke atas umatku yang melakukan rukhsah sebagaimana Allah membenarkannya di dalam al-Qur'an. Adapun solat jenazah, maka tidak ada mukmin yang mengerjakan solat jenazah melainkan dia boleh memberi syafaat atau diberi syafaat. Adapun syafaat aku adalah untuk pelaku-pelaku dosa besar daripada umatku selain daripada syirik dan kezaliman.

Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagiNya. Sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya, sesungguhnya anda adalah penutup para nabi, imam para muttaqin dan Rasul Tuhan semesta alam.

Kemudian Yahudi itu mengeluarkan kertas putih dari tapak tangannya tertulis di atasnya semua jawapan Nabi s.a.w adalah benar, maka beliau berkata: Wahai Rasulullah! Demi Yang Mengutus anda dengan kebenaran sebagai seorang nabi bahawa aku tidak menyalinnya melainkan dari alwah (loh-loh) yang telah ditulis oleh Allah kepada Musa bin Imran. Sesungguhnya aku telah membaca di dalam Taurat seratus ribu ayat. Maka tidak ada satu ayat yang aku telah membacanya melainkan aku dapati tertulis padanya. Sesungguhnya aku telah membaca di dalam Taurat kelebihan anda sehingga aku mengesyaki nya. Wahai Muhammad! Aku telah memadamkan nama anda di dalam Taurat selama empat puluh tahun, setiap kali aku memadamkannya, aku dapati nama anda tertulis padanya. Sesungguhnya aku telah membaca di dalam Taurat masalah ini. Ia tidak boleh dijawab selain daripada anda. Pada masa anda menjawabnya Jibrail di kanan anda dan Mikail di kiri anda, Rasulullah s.a.w bersabda: Jibrail di kanan aku dan Mikail di kiri aku, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya.



Hadis Abdullah Bin al-Mubarak Tentang Munajat Lelaki Yang Bergantung di Kelambu Ka'bah
Beliau berkata: Abdullah bin al-Mubarak berkata: Aku telah melihat seorang lelaki sedang bergantung di kelambu Ka'bah seraya berkata: Sayyidi! Sekiranya Engkau menuntut aku dengan dosa-dosa aku, nescaya aku akan menuntut kepada Engkau dengan kemuliaan Engkau, sekiranya Engkau berbincang dengan aku tentang hari Hisab, nescaya aku akan menuntut kepada Engkau keampunan Engkau, sekiranya Engkau menahan aku di neraka, nescaya aku memberitahu penghuni neraka tentang cinta aku kepadaMu. Kemudian aku berjumpa dengan Fudhail bin 'Iyadh, lalu aku memberitahu kepadanya perkara tersebut. Fudhail berkata kepadaku: Wahai Aba Abd al-Rahman anda telah mengetahui lelaki itu? Aku menjawab: Tidak. Fudhail berkata: lelaki itu adalah di kalangan mereka yang berkhidmat kepada Allah, lalu mereka merendah diri.



Catatan Kaki:
1. Al-Kulaini, al-Kafi, 1, 50.
2. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, hal.725. Tentera sentiasa bersedia untuk mati syahid. Ia mempunyai lima bahagian. Bahagian hadapan, belakang, kiri, kanan dan tengah
3. Al-Kulaini, al-Kafi, 1, 50, al-Kasyi, al-Rijal, hal.3 ,al-Baraqi, al-Mahasin, hal.220
4. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 32
5. Al-Kulaini, I, 51
6. Al-Kasyi, al-Rijal, hal.4
7. Al-Kulaini, al-Raudhah, no.356, al-Kasyi, al-Rijal, hal. 5, al-Bukhari, Sahih, viii, hlm.378-385, (Bab fi al-Haudh) Muslim, Sahih, iv , him.1793-6 (Kitab al-Fadha'il).
8. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 47, 51
9. Al-Kasyi, al-Rijal, hal.5 bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabatnya: Bergembiralah dengan seorang lelaki yang bernama Uwais al-Qarani, kerana beliau akan memberi syafaat seperti Rabi'ah dan Mudhar.
10. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 725-6
11. Al-Kulaini, al-Raudhah, no.449
12. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 52
13. Al-Kasyi, al-Rijal,hal.8
14. Al-Majlisi, Buhar al-Anwar, viii ,52
15. Al-Kasyi, al-Rijal, hal.7-8
16. Ibid
17. Ibid
18. al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi, 785
19. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi, 783
20. Ibid
21. Al-Kasyi, al-Rijal, hal.16, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 324
22. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi , 83
23. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 475, 726
24. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 726
25. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiii, 130
26. Ibid, vi, 182
27. Memberi penghormatan yang sewajarnya.Ibid
28. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xix, 189
29. Ibid, xvii, 125
30. Ibid, viii, 227
31. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 382
32. Ibid
33. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 216
34. Ibid, I, 275, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 266, vi, 178
35. Al-Kulaini, al- Kafi, I,175
36. Ibid
37. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 175, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 231
38. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 177
39. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiii, 195
40. Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 61
41. Ibid, iii, 55
42. Al-Barqi, al-Mahasin, hlm.133,al-Kulaini, al-Kafi, ii, 167
43. Al-Kulaini, al-Kafi, iii ,193
44. Al-Kulaini, al-Kafi, iii, 164
45. Ibid, ii, 168, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 230, xvi, 101
46. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vxvi, 88
47. Ibid, xiii, 195
48. Al-Kulaini, al-Kafi, ii , 453
49. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 88
50. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 170, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 68
51. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 170, 179,507
52. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 201, 205
53. Ibid, ii, 170, 179, 507
54. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 169, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 61
55. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 175
56. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 247
57. Ibid, ii, 247
58. Ibid, iv, 2
59. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiii, 108
60. Ibid, xv, 63
61. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 202
62. Al-Barqi, al-Mahasin, hlm.272
63. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi ,78
64. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 320
65. Ibid, ii, 75
66. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 169
67. Ibid, xv, 158
68. Al-Saduq, al-Khisal, no.19, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 176
69. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 371
70. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 176
71. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 155
72. Ibid, ii, 358, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 176
73. Al-Kulaini, al-Kafi, iv , 27

5
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KEDUA

Dialog Rasulullah s.a.w dengan Abdullah bin Salam, sifat al-Qalam dan Lauh Mahfuz, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, hadis Daud al-Raqiy dengan seorang Khawarij dan lain-lain.

Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Abdullah Bin Salam
Daripada Ibn Abbas bahawa sesungguhnya apabila Allah mengutus Muhammad s.a.w, maka Dia telah memerintahkannya supaya menyeru makhluk kepada syahadah tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Orang ramai segera menyahut seruannya, lantas baginda s.a.w. memberi peringatan kepada mereka. Jibrail menyuruh baginda s.a.w. supaya menulis surat kepada Ahlu l-Kitab iaitu Yahudi dan Nasrani. Jibrail melakukan imlak ke atas suratnya. Penulisnya pada masa itu ialah Sa'd bin Abu Waqqas, maka baginda s.a.w. telah mengutus surat kepada Yahudi Khaibar:

Bismillahi r-Rahmani-r-Rahim daripada Muhammad bin Abdullah al-Ummiyyu, Rasulullah kepada Yahudi Khaibar.

Amma ba'd Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya bumi adalah milik Allah. Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Balasan yang baik bagi mereka yang bertakwa. Tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Beliau menghantar surat itu kepada Yahudi Khaibar. Setelah suratnya sampai kepada mereka, maka surat itu dibawa kepada ketua mereka bernama Abdullah bin Salam: Ini adalah surat Muhammad kepada kita, anda bacalah kepada kami, lalu Abdullah membacanya dan berkata kepada mereka: Apakah yang kamu dapati di dalam surat ini? Mereka berkata: Kami dapati bukti (alamat)nya di dalam Taurat. Jika inilah Muhammad yang diberitahu oleh Musa, Daud dan Isa a.s, maka dia akan membekukan Taurat, menghalalkan kepada kita apa yang telah diharamkan ke atas kita sebelumnya, sekiranya kita tetap di atas agama kita adalah lebih baik bagi kita. Abdullah bin Salam berkata: Wahai kaum! Kamu telah memilih dunia ke atas akhirat dan azab ke atas rahmat?

Mereka menjawab: Tidak. Abdullah berkata: Kenapa kamu tidak mengikuti pendakwah Allah? Mereka berkata: Wahai Ibn Salam! Kami tidak mengetahui bahawa Muhammad itu benar tentang apa yang dikatakannya. Abdullah berkata: Jika begitu, kita akan bertanya kepadanya tentang Pencipta dan makhluk-Nya, nasikh dan mansuh. Sekiranya dia seorang nabi, maka dia akan menerangkan kepada kita sebagaimana dilakukan oleh para nabi sebelumnya.

Mereka berkata: Wahai Ibn Salam! Pergilah anda kepada Muhammad sehingga anda menentang percakapannya dan anda lihat bagaimana dia memberi jawapan kepada anda. Abdullah berkata: Kamu adalah kaum yang jahil. Sekiranya inilah Muhammad yang telah diberitahu kepada kita oleh Musa, Daud dan Isa ibn Maryam, maka dia adalah penutup para nab. Jika manusia dan jin berkumpul untuk memberi jawapan walaupun satu kalimat atau satu ayat kepada Muhammad, nescaya mereka tidak mampu dengan izin Allah. Mereka berkata: Anda memang benar wahai Ibn Salam, lantaran itu apakah muslihatnya? Abdullah berkata: Aku akan mengguna Taurat, aku akan membawa Taurat kepadanya, aku akan menyalin seribu empat masalah daripadanya. Setelah itu Abdullah bin Salam berjumpa dengan Nabi s.a.w pada hari Isnin selepas solat subuh. Abdullah berkata: Salam ke atas anda wahai Muhammad!. Nabi s.a.w bersabda: Ke atas mereka yang mengikut pertunjuk, rahmat Allah dan berkat-Nya. Siapakah anda? Abdullah menjawab: Aku ialah Abdullah bin Salam daripada ketua-ketua Bani Israel di kalangan mereka yang telah membaca Taurat dan aku adalah wakil kaum Yahudi kepada anda. Bersamaku beberapa ayat daripada Taurat supaya anda menerangkan kepada kami dan kami melihat anda daripada mereka yang baik-baik.

Nabi s.a.w bersabda: Segala puji bagi Allah di atas nikmat-Nya wahai Ibn salam! Adakah anda datang kepada kami sebagai seorang yang bertanya atau sebagai seorang yang degil? Abdullah menjawab: Sebagai seorang yang bertanya wahai Muhammad!. Baginda s.a.w. bersabda: Adakah di atas kesesatan atau di atas pertunjuk? Abdullah menjawab: Malah di atas pertunjuk wahai Muhammad!. Maka Nabi s.a.w bersabda: Bertanyalah apa yang anda kehendaki. Abdullah berkata: Aku sedar wahai Muhammad! Beritahu kepada aku tentang anda, adakah anda seorang nabi atau seorang rasul? Baginda s.a.w. bersabda: Aku adalah nabi dan rasul sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Mukmin(40):78 "Di antara mereka ada yang kami ceritakan kepada mu dan di antara mereka (pula) ada yang kami tidak ceritakan kepada mu".

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu kepadaku: adakah Allah telah bercakap kepada anda sebelumnya? Baginda s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah bercakap kepadanya melainkan secara wahyu atau di sebalik tabir. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: adakah anda menyeru kepada agama anda atau kepada agama Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Malah tidak ada agama bagi aku selain daripada agama Allah.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: kepada siapakah anda dakwahkan? Baginda s.a.w. bersabda: Kepada Islam dan Iman kepada Allah. Abdullah berkata: Apakah Islam? Baginda s.a.w. bersabda: Syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya, sesungguhnya Kiamat akan berlaku tanpa syak. Sesungguhnya Allah akan membangkitkan mereka yang berada di dalam kubur. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!: Beritahu aku berapakah agama bagi Allah Tuhan semesta alam? Baginda s.a.w. bersabda: Satu agama, Allah adalah satu, tiada sekutu bagi-Nya. Abdullah berkata: Apakah agama Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Islam. Abdullah berkata: Adakah para nabi sebelum anda beragama dengannya? Baginda s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Bagaimana dengan syariat-syariat? Baginda s.a.w. bersabda: Syariat adalah bermacam-macam sebagaimana telah berlalu kepada mereka yang terdahulu. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!: Beritahu aku tentang syurga adakah mereka memasukinya dengan Islam atau Iman atau amal?

Baginda s.a.w. bersabda: Di antara mereka ada yang memasukinya dengan ketiga-tiganya iaitu bagi seorang muslim, mukmin dan beramal. maka dia memasuki syurga dengan tiga amalan atau dia seorang Nasrani atau seorang Yahudi, maka dia menjadi muslim beriman dengan Allah, membuang kekafiran daripada hatinya, lalu dia meninggal dunia di tempatnya tanpa meninggal mana-mana amalan, maka dia adalah daripada penghuni syurga itu adalah iman tanpa amalan. Bagi seseorang Yahudi atau Nasrani yang bersedekah atau melakukan infak kepada selain daripada zat Allah, maka dia adalah di atas kekafiran dan kesesatan, menjadi penyembah makhluk bukan khalik.

Jika dia meninggal dunia di atas agamanya, maka dia adalah di atas amalannya di neraka pada hari Kiamat, kerana Allah tidak akan menerima melainkan daripada mereka yang bertakwa. Abdulah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku adakah kitab diturunkan ke atas anda? Baginda s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Kitab yang mana satu? Baginda s.a.w. bersabda: Furqan. Abdullah berkata: Kenapa Tuhan anda menamakannya dengan Furqan? Baginda s.a.w. bersabda: Kerana ia mempunyai ayat-ayat dan surah-surah yang berasingan diturunkan bukan secara alwah (loh-loh) dan mashaf berbanding dengan Taurat, Injil dan Zabur yang diturunkan sebahagiannya di alwah dan kertas-kertas. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: manakah permulaan al-Qur'an? Baginda s.a.w. bersabda: Permulaan al-Qur'an adalah Bismillahi r-Rahmani r-Rahim.

Abdullah berkata: Apakah tafsir huruf Abjad Hawwaz? Baginda s.a.w. bersabda: Al-Alif adalah aalaa' Allah (nikmat Allah). Al-Ba' adalah bahaa' Allah (cahaya Allah). Al-Jim adalah jamalu l-Lah (kecantikan Allah). Al-Daal adalah dinu l-Lah (agama Allah). Al-Haa' adalah al-Hawiyah (neraka). Al-Wau adalah wailun li-ahli al-Nar (celakalah bagi penghuni neraka). Adapun al-Zai adalah zawiyah fi al-Nar (sudut neraka).

Abdullah berkata: Beritahu aku tentang empat perkara yang Allah telah menjadikan mereka dengan tangannya? Baginda s.a.w. bersabda: Allah telah menjadikan syurga Adan dengan tangan-Nya, menanam pokok Tuba di syurga dengan tangan-Nya, menjadikan Adam a.s dengan tangan-Nya dan menulis Taurat dengan tangan-Nya.

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Siapakah yang telah memberitahu anda semua ini? Baginda s.a.w. bersabda: Jibrail. Abdullah berkata: Jibrail daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Mikail. Abdullah berkata: Mikail daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Israfil. Abdullah berkata: Israfil daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Lauh Mahfuz. Abdullah berkata: Lauh daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada al-Qalam. Abdullah berkata: Al-Qalam daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada Tuhan semesta alam. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad.

Abdullah berkata: Beritahu aku tentang Jibrail: adakah ia daripada jenis wanita atau lelaki. Baginda s.a.w. bersabda: Daripada jenis lelaki, bukan daripada jenis wanita. Abdullah berkata: Apakah makanan dan minumannya? Baginda s.a.w. bersabda: Makanannya adalah tasbih dan minumannya adalah tahlil. Abdullah berkata: Anda memang benar. Abdullah berkata: Beritahu aku berapakah panjangnya? Baginda s.a.w. bersabda: Ia seperti malaikat lain. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ia mempunyai lapan puluh perwatakan. Kisah Ja'dah dan Hilal adalah di depannya, bersinar cahayanya di kalangan malaikat seperti sinaran cahaya di malam yang gelap. Ia mempunyai dua puluh empat sayap kehijauan yang disaluti permata delima dan dihiasi pula dengan mutiara serta di atasnya kalung. Lapisannya adalah rahmat, butang bajunya adalah kekeramatan, belakangnya adalah ketenangan, bulunya adalah kekuningan, dahi yang terang berhidung mancung, berjanggut, berpendirian segak, tidak makan dan minum, tidak jemu dan lupa. Dia melaksanakan perintah Allah sehingga hari Kiamat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!

Abdullah berkata: Apakah satu, apakah dua, apakah tiga, apakah empat, apakah lima, apakah enam, apakah tujuh, apakah lapan, apakah sembilan, apakah sepuluh, apakah sebelas, apakah dua belas, apakah tiga belas, apakah empat belas, apakah lima belas, apakah enam belas, apakah tujuh belas, apakah lapan belas, apakah sembilan belas, apakah dua puluh, apakah dua puluh satu, apakah dua puluh dua, apakah dua puluh tiga, apakah dua puluh empat, apakah dua puluh lima, apakah dua puluh enam, apakah dua puluh tujuh, apakah dua puluh lapan, apakah dua puluh sembilan, apakah tiga puluh, apakah empat puluh, apakah lima puluh, apakah enam puluh, apakah tujuh puluh, apakah lapan puluh, apakah sembilan puluh sembilan, dan apakah seratus?

Baginda s.a.w. bersabda: Ya, wahai Ibn Salam! Adapun satu, maka ia adalah Allah Yang Satu, Perkasa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada teman wanita dan tiada mempunyai anak, menghidupkan dan mematikan. Pada tangan-Nya kebaikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

Adapun dua, maka ia adalah Adam dan Hawa, sepasang suami isteri di syurga iaitu sebelum mereka berdua dikeluarkan daripadanya. Adapun tiga, maka ia adalah Jibrail, Mikail dan Israfil. Mereka adalah ketua-ketua malaikat dan mereka di bawah perintah Tuhan semesta alam. Adapun empat, maka ia adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan. Adapun lima, maka ia telah diturunkan ke atas aku dan umat aku lima solat yang tidak diturunkan kepada mereka sebelum aku dan tidak difardukan ke atas umat selepas aku kerana tiada nabi selepas aku. Adapun enam, adalah Allah telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari. Adapun tujuh, tujuh langit yang kukuh seperti firman-Nya Surah al-Naba' (78):12 "Dan kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh". Adapun lapan ialah firman-Nya Surah al-Haqah (69):17 "Dan pada hari itu lapan malaikat membawa Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka".

Adapun sembilan firman-Nya di dalam Surah al-Isra' (11):101 "Sesungguhnya kami telah memberi kepada Musa sembilan ayat (mukjizat) yang nyata".

Adapun sepuluh ialah firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2):196)"Itulah sepuluh (hari) yang sempurna". Adapun sebelas adalah kata-kata Yusuf kepada bapanya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Yusuf ((12):4 "(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai bapaku sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang".

Adapun dua belas, setiap tahun adalah dua belas bulan, iaitu juga kata-kata Yusuf dalam Surah Yusuf (12):4 "matahari dan bulan ku lihat semuanya sujud kepadaku"

Adapun tiga belas, maka ia adalah saudara-saudara Yusuf. Matahari dan bulan adalah ibu dan bapa. Empat belas adalah empat belas lampu daripada cahaya yang tergantung di antara 'Arasy dan Kerusi, panjang setiap lampu sama dengan perjalanan seratus tahun. Lima belas adalah al-Furqan yang diturunkan dalam masa lima belas hari secara mufassalat selain pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Qur'an sebagai pertunjuk kepada manusia.

Enam belas adalah enam belas saf malaikat berlingkar di sekeliling 'Arasy sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Zumar(39): 79 "berlingkar di sekeliling Arasy"

Tujuh belas adalah tujuh belas ialah nama-nama Allah yang tertulis di antara syurga dan neraka. Tanpanya, maka neraka membakar mereka yang berada di langit dan di bumi. Lapan belas adalah lapan belas hijab daripada cahaya yang tergantung di antara Kerusi dan hijab-hijab. Tanpanya bukit-bukit yang tinggi akan menjadi cair, manusia dan Jin akan terbakar akibat cahaya Allah.

Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad!. Baginda s.a.w. bersabda: Sembilan belas adalah Saqar sebagaimana firman-Nya Surah al-Muddathir (74):28-30 "Saqar itu tidak meninggal dan tidak membiarkan. Pembakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)"

Dua puluh adalah kerana Zabur diturunkan kepada Daud dalam masa dua puluh hari selain daripada bulan Ramadhan . Firman-Nya di dalam Surah al-Isra' (17): 55 "Dan kami berikan Zabur kepada Daud"

Dua puluh satu adalah hari kelahiran Sulaiman bin Daud. Bukit-bukit bertasbih bersamanya. Dua puluh dua adalah hari pengampunan kepada Daud, dan hari Allah melembutkan besi untuknya bagi membuat baju besi. Dua puluh tiga adalah hari kelahiran Isa bin Maryam dan hari turunnya hidangan dari langit . Dua puluh empat adalah hari Allah bercakap-cakap dengan Musa. Dua puluh lima adalah hari Allah membelah laut untuk Musa dan Bani Israel. Dua puluh enam Allah menurunkan Taurat kepada Musa. Dua puluh tujuh adalah hari ikan paus memuntahkan Yunus dari perutnya. Dua puluh lapan Allah mengembalikan penglihatan Ya'qub. Dua puluh sembilan Allah mengangkat Idris ke tempat yang tinggi. Tiga puluh adalah firman-Nya di dalam Surah al-A'raf (7):142 "dan telah kami janjikan kepada Musa tiga puluh malam dan kami sempurnakan jumlah itu dengan sepuluh,maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam"

Lima puluh adalah lima puluh hari bersamaan lima puluh ribu tahun. Enam puluh adalah kerana bumi mempunyai enam puluh jenis. Tujuh puluh adalah kerana Musa telah memilih tujuh puluh orang lelaki. Lapan puluh adalah kerana peminum arak disebat lapan puluh kali selepas ia diharamkan. Sembilan puluh sembilan adalah firman-Nya Surah al-Sad (38):23 "Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing"

Seratus adalah firman-Nya Surah al-Nur(24): 2 "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari kedua-duanya seratus sebatan"

Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Adam: bagaimana dia diciptakan dan daripada apakah diciptakannya?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya, sesungguhnya Allah s.w.t dengan segala pujian terhadap-Nya, Maha Suci nama-nama-Nya dan tiada tuhan selain daripada-Nya yang telah menciptakan Adam daripada tanah. Tanah yang berasasl daripada buih dan buih dari ombak. Manakala ombak berasal dari laut dan laut dari kegelapan. Kegelapan daripada cahaya dan cahaya daripada huruf dan huruf daripada ayat. Ayat daripada bentuk dan bentuk daripada delima dan delima dari kun dan kun dari tiada sesuatu (la syai').

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapakah malaikat bagi seorang hamba Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Setiap orang hamba mempunyai dua malaikat. Satu malaikat di kanannya dan satu malaikat di kirinya. Pada kanannya menulis kebaikan sementara pada kirinya menulis kejahatan. Abdullah berkata: Di manakah tempat duduk dua malaikat, apakah al-Qalam mereka berdua, bekas dakwat mereka berdua dan lauh mereka berdua?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tempat duduk mereka berdua adalah di atas kedua bahunya, al-Qalam mereka berdua adalah lidahnya, bekas dakwat mereka berdua adalah kerongkongnya. Dakwat mereka berdua adalah air liurnya. Lauh mereka berdua adalah hatinya. Mereka menulis amalan-amalan seseorang hamba sehingga kematiannya. Allah berfirman Surah al-Isra' (17):14 "Bacalah kitabmu dan cukuplah dirimu pada waktu itu sebagai penghisab terhadapmu".



Sifat Al-Qalam dan Lauh Mahfuz
Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu kepada aku apakah Allah menjadikan selepas itu? Baginda s.a.w. bersabda: Al-Nun dan al-Qalam . Abdullah berkata: Apakah tafsir al-Nun dan al-Qalam? Baginda s.a.w. bersabda: Al-Nun adalah Lauh Mahfuz dan al-Qalam adalah cahaya yang terang sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qalam (68):1"Al- Nun, demi al-Qalam dan apa yang mereka tulis". Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapakah panjangnya, lebarnya, apakah dakwatnya dan tempat mengalirnya?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Panjang al-Qalam adalah lima ratus tahun perjalanan dan lebarnya pula lapan puluh tahun perjalanan, ia mempunyai lapan puluh mata. Dakwat keluar di celah-celahnya pada Lauh Mahfuz dengan perintah Allah dan kekuasaan-Nya. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Lauh Mahfuz apakah ia? Baginda s.a.w. bersabda: Dari Zamrud hijau, di tepinya dilekatkan mutiara dan batangnya adalah rahmat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapa detik bagi Tuhan semesta alam di Lauh Mahfuz setiap hari dan malam? Baginda s.a.w. bersabda: Tiga ratus enam puluh detik .

Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku apakah sifat biji (habbatan) yang diturunkan bersama Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Sebesar telur ayam yang besar. Abdullah berkata: Apakah Adam buat dengan biji bersamanya? Baginda s.a.w. bersabda: Ia telah diturunkan bersama Adam dari syurga dan dipotong kepada enam ratus potongan, maka Adama a.s. telah menanamkan biji itu. Setelah itu tumbuhlah gandum dan biji-bijian yang lain. Abdullah berkata: Di manakah Adam diturunkan? Rasulullah s.a.w. bersabda: Di India. Abdullah berkata: (Dimanakah) Hawa' (diturunkan)? Baginda s.a.w. bersabda: Di Jeddah. Abdullah berkata: Iblis?. Baginda s.a.w. bersabda: Di Isfahan. Abdullah berkata: Ular? Baginda s.a.w. bersabda: Di Saqtariy.

Abdullah berkata: Apakah pakaian Adam ketika diturunkan dari syurga? Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga helai daun dari daun syurga, satu dijadikan sarung, satu diletak di tubuhnya dan satu lagi dililit di kepalanya. Abdulah berkata: Apakah pakaian Hawa'? Baginda s.a.w. bersabda: Rambutnya sehingga sampai ke tanah. Abdullah berkata: Di manakah mereka berdua bertemu? Rasulullah s.a.w. bersabda: Di 'Arafat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang rumah pertama dibina oleh Allah di bumi? Baginda s.a.w. bersabda: Rumah di Makkah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3):96 "Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah di Makkah yang diberkati dan menjadi petunjuk kepada semua manusia". Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: adakah Adam diciptakan daripada Hawa' atau hawa' diciptakan daripada Adam?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Hawa' diciptakan daripada Adam, jika Adam diciptakan daripada Hawa', nescaya talak berada di tangan wanita bukan di tangan lelaki. Abdullah berkata: Keseluruhannya atau sebahagiannya? Beliau bersabda: Sebahagiannya, jika Hawa' diciptakan keseluruhannya (berasal dari Adam a.s.), nescaya kuasa hukuman (al-Qadha') dibolehkan kepada wanita sebagaimana lelaki. Abdullah berkata: Adakah daripada zahirnya atau daripada batinnya? Baginda s.a.w. bersabda: Malah daripada batinnya. Jika ia diciptakan daripada zahirnya, nescaya wanita boleh mendedahkan (sebahagian badan) sebagaimana lelaki, justeru itu wanita perlu menutup auratnya.

Abdullah berkata: Adakah dari kanan Adam atau dari kirinya? Baginda s.a.w. bersabda: Malah dari kirinya, jika Hawa diciptakan dari kanan Adam a.s., nescaya bahagian (warisan) lelaki dan wanita adalah sama. Dalam perkara ini, lelaki berhak dua bahagian dan bagi wanita satu bahagian. Dua orang wanita menyamai seorang lelaki. Abdullah berkata: Di tempat manakah Hawa' diciptakan daripada Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada tulang rusuk kirinya.

Abdullah berkata: Siapakah yang menduduki bumi sebelum Adam? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jin. Abdullah berkata: Sebelum Jin? Baginda s.a.w. bersabda: Malaikat. Abdullah berkata: Sebelum malaikat? Rasulullah s.a.w. bersabda: Adam . Abdullah berkata: Berapakah masa di antara Jin dan malaikat? Baginda s.a.w. bersabda: Tujuh ribu tahun. Abdullah berkata: Di antara malaikat dan Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Dua juta tahun. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Adam: adakah dia telah mengerjakan haji? Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Siapakah yang telah mencukur kepala Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Jibrail. Abdullah berkata: Siapakah yang telah mengkhatankan Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Berkhatan dengan sendirinya. Abdullah berkata: Siapakah yang berkhatan selepas Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Ibrahim al-Khalil. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!.

Abdulah berkata: Beritahu aku tentang satu tempat yang telah disinari cahaya matahari sekali sahaja dan ia tidak akan menyinarinya lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Ketika Musa memukul laut dengan tongkatnya, maka laut terbelah kepada dua belas potongan. Matahari menyinari tempatnya (tanahnya). Allah menenggelamkan Fir'aun dan bala tenteranya, laut bercantum semula. Matahari tidak menyinari lagi tempat itu sehingga hari Kiamat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!

Abdullah berkata: Beritahu aku tentang rumah yang mempunyai dua belas pintu yang darinya dikeluarkan dua belas rezeki untuk dua belas orang lelaki? Baginda s.a.w. bersabda: Setelah Musa a.s. memasuki laut, dia menemui satu batu besar berwarna putih. Bentuknya empat persegi seperti rumah. Pada saat itu, Bani Israil dalam keadaan dahaga. Mereka membangkitkan keadaan itu kepada Musa a.s. Musa a.s. memukul batu itu dengan tongkatnya. Maka keluarlah daripadanya dua belas pancutan mata air daripada dua belas pintu.



Muhammad Bin Muslim al-Thaqafi, Hadisnya dan Kezuhudannya
Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu aku daripada Ja'far bin Muhammad bin Mas'ud daripada bapanya Muhammad bin Mas'ud al-'Iyasyi berkata: Aku telah bertanya kepada Abdullah bin Muhammad bin Khalid daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Muhammad bin Muslim al-Thaqafi adalah seorang lelaki yang mulia. Abu Ja'far a.s berkata kepadanya: Anda bertawaduklah wahai Muhammad!. Ketika Muhammad pulang ke Kufah, dia mengambil satu karung buah kurma bersama penimbang, lalu duduk di pintu Masjid Jamik di Kufah.

Dia memanggil orang ramai kepadanya. Mereka datang kepadanya seraya berkata: Anda telah menggemparkan kami. Muhammad berkata: Sesungguhnya maulaku telah memerintahkan aku melakukan sesuatu. Maka aku tidak akan menyalahinya, aku tidak akan berhenti sehingga aku selesai menjual apa yang ada di dalam karung ini. Orang ramai berkata kepadanya: Jika anda ingin meneruskan kerja niaga, maka duduklah bersama tukang-tukang kisar angin. Anda sediakan kisaran dan unta. Muhammadpun melakukan kerja mengisar. Abu Muhammad bin Abdullah bin Khalid al-Barqi menyebutkan bahawa Muhammad bin Muslim al-Thaqafi adalah seorang yang terkenal dengan amal ibadat pada zamannya .

Ja'far bin Muhammad telah memberitahuku daripada Ahmad bin Syadhan bin Na'im daripada Fadhl bin Syadhan, berkata: Bapa aku telah memberitahuku daripada sebilangan sahabat kita, Harun bin Musa telah memberitahu aku daripada Ali bin Muhammad bin Ya'qub daripada Ali bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Ja'far Muhammad bin Hakim daripada bapanya Muhammad bin Hakim yang menjadi sahabatnya. Abu Muhammad berkata: Namanya telah dipadamkan dari buku bapa aku. Mereka berdua berkata: Kami telah melihat Syarik berdiri di dinding polan, salah seorang daripada kami berkata kepada sahabatnya: Adakah anda menjauhkan diri daripada Syarik?

Maka kami datang kepada Syarik dan memberi salam kepadanya. Syarik membalas salam kami. Kami berkata: Wahai Abu Abdullah (Syarik), kami ada pertanyaan. Syarik berkata: Tentang apa? Kami berkata: Tentang solat. Syarik berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati kamu. Kami berkata: Kami tidak mahu anda berkata: Seseorang berkata begini dan seseorang lain berkata begitu. Apa yang kami mahu ialah anda sandarkannya kepada Nabi s.a.w. Maka Syarik berkata: Tidakkah ia tentang solat? Kami berkata: Ya. Syarik berkata: Tanyalah. Kami berkata: Berapakah jarak wajib memendekkan (qasr) solat? Syarik berkata: Ibn Mas'ud berkata: Janganlah kamu tertipu dengan orang ramai kita ini. Syarik berkata: Seseorang berkata (begini). Maka kami berkata: Kami telah mengecualikan anda supaya tidak bercakap melainkan jawapan itu datang daripada Nabi s.a.w.

Syarik berkata: Demi Allah, sesungguhnya ia adalah suatu keburukan seorang syeikh bertanya tentang persoalan tentang solat daripada Nabi s.a.w sedangkan dia tidak ada sesuatu di sisinya, lebih buruk lagi jika dia berbohong ke atas Rasulullah s.a.w. Kami berkata: Persoalan lain? Syarik berkata: Tidakkah ia tentang solat? Kami berkata: Ya. Syarik berkata: Tanyalah. Kami berkata: Di atas siapakah wajibnya Jumaat? Syarik berkata: Persoalan telah berulang kerana aku tidak ada sesuatu (jawapan yang bersandarkan) daripada Rasulullah s.a.w. Maka kami pun mahu pulang. Syarik berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan bertanya soalan seperti ini melainkan di sisi kamu seorang yang berilmu.

Kami menjawab: Ya, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada datuknya daripada Nabi s.a.w. Lalu Syarik berkata: Al-Thaqafi yang berjanggut panjang? Kami berkata: Ya. Syarik berkata: Dia adalah seorang yang beramanah tentang hadis, tetapi mereka berkata: Dia juga adalah keras orangnya. Syarik berkata: Apakah mereka telah meriwayatkan? Kami berkata: Mereka telah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya taqsir solat boleh dilakukan apabila cukup dua Barid . Apabila cukup lima orang, maka seorang daripada mereka menjadi imam solat dan mereka hendaklah menjamakkannya .

Beberapa orang sahabat kita telah memberitahu aku daripada Muhammad bin Ja'far al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu Abdullah daripada sebahagian daripada sahabat daripada Abdullah bin Abd al-Rahman al-Assam daripada Madlaj daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah keluar ke Madinah dalam keadaan sakit tenat. Ada orang berkata: Muhammad bin Muslim sakit tenat. Maka Abu Ja'far a.s. mengutus kepada aku minuman yang ditutupi dengan kain sapu tangan berserta seorang hamba lelakinya. Hamba itu telah memberikannya kepada aku.

Hamba itu berkata: Minumlah kerana aku dierintahkan supaya aku tidak pulang sehingga anda meminumnya. Aku pun mengambilnya, maka aku dapati bauan harum daripadanya. Minuman yang sedap dan sejuk. Apabila aku meminumnya, hamba itu berkata kepada ku: Abu Ja'far a.s berkata kepada aku apabila anda telah meminumnya, maka datanglah kepada aku. Aku memikir apa yang Abu Ja'far a.s. katakan kepadaku kerana aku masih tidak mampu berdiri. Apabila minuman berada di dalam perutku, aku seolah-olah terlepas daripada ikatan, maka aku pun sampai di pintu Abu Ja'far. Aku memohon izin daripadanya. Abu Ja'far a.s. berkata: Masuklah, masuklah. Aku masuk sambil menangis. Aku memberi salam serta mencium tangan dan kepalanya. Abu Ja'far a.s. berkata kepadaku: Apakah yang membuatkan anda menangis wahai Muhammad?

Aku berkata: Aku jadikan diri aku sebagai tebusan anda. Aku menangis kerana aku berjauhan dari negeri aku (Ightirabi), menghadapi kesusahan hidup dan kurang mampu berdamping dengan maqam di sisi anda dan melihat anda. Abu Ja'far a.s. berkata kepadaku: Mengenai kurang mampunya anda (qillatu l-Maqdirah), adalah kerana Allah telah menjadikan para wali-Nya dan mereka yang mencintai kami sedemikian. Dia telah menjadikan bala kepada mereka lebih cepat (sari'an). Adapun berjauhan dari negeri anda, maka bagi anda kepada Abu Abdullah a.s menjadi ikutan kerana beliau berada di negeri yang jauh daripada kita iaitu di Furat (Iraq). Mengenai kesusahan hidup yang anda sebutkan itu, adalah kerana mukmin di dunia ini sebagai gharib (perantau). Makhluk ini menjadi terbalik sehingga dia keluar dari dunia ini kepada rahmat Allah. Mengenai cinta anda berdamping dengan kami dan melihat kami, sesungguhnya anda tidak mampu melakukannya kerana Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati anda. Allah akan memberi ganjaran yang sewajarnya kepada anda mengenainya .

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku daripada Muhammad bin a-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibn Abu Umair sesungguhnya Hisyam bin Salim telah berkata kepadanya: Aku dan Zararah tidak pernah berselisih faham melainkan kami mendatangi Muhammad bin Muslim. Kami bertanya kepadanya tentang sesuatu sehingga beliau berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata tentangnya sedemikian dan Abu Abdullah a.s telah berkata tentangnya sedemikian .

Abu Abdullah a.s. di dalam hadisnya yang panjang bahawa al-Mansur telah berkata kepadanya: Beritahu aku sebuah hadis tentang kelebihan datuk anda yang tidak pernah diberitahu oleh orang ramai? Abu Abdullah a.s berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada bapanya daripada datuknya berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku dinaikkan ke langit pada waktu malam yang kadar perjalanannya satu hari, maka penglihatan aku dipertingkatkan seperti penunggang melihat sesuatu menerusi lubang jarum.

Tuhanku telah berjanji ('ahida) kepadaku dengan beberapa kalimat tentang Ali a.s. Allah berfirman di dalam hadis kudsi: Wahai Muhammad !. Maka aku bersabda: Labbai-ka ya Rabb! Dia berfirman: Sesungguhnya Ali adalah Amir al-Mukminin, Imam para muttaqin, Pemimpin kepada muka-muka yang berseri, Ya'sub (ketua) kepada mukminin. Harta adalah ya'sub bagi orang yang zalim iaitu kalimat yang aku mewajibkannya ke atas para muttaqin tentang Ali kerana mereka lebih berhak dengannya dan mereka adalah ahlinya. Justeru berilah berita gembira ini kepadanya (Ali). Abu Abdullah a.s berkata: Kemudian Nabi s.a.w menyampaikan berita itu kepada Ali a.s, lantas Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! Aku disebut juga di sana? Baginda s.a.w bersabda: Ya. Sesungguhnya anda disebut di tempat yang tinggi. Al-Mansur berkata: Demikianlah itu kelebihan Allah, Dia memberi kepada siapa yang Dia kehendaki.



Hadis Daud al-Raqiy Dengan Seorang Khawarij
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar dan al-Hasan bin Mattil daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibrahim bin Muhammad al-Hamdani daripada al-Salami daripada Daud al-Raqiy berkata: Seorang lelaki Khawarij telah bertanya kepada aku tentang firman Allah s.w.t Surah al-An'am(6):143-4 "Sepasang dari biri-biri dan sepasang dari kambing" sehingga firman-Nya " sepasang dari unta dan sepasang dari lembu".

Apakah yang telah dihalalkan Allah daripadanya? Dan apakah yang telah diharamkan Allah daripadanya? Al-Raqiy berkata: Aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Ketika aku mengerjakan haji dan bertemu dengan Abu Abdullah a.s. Aku berkata: Aku jadikan diri aku sebagai tebusan anda, sesungguhnya seorang lelaki Khawarij telah bertanya kepadaku tentang "perkara tersebut". Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghalalkan di Mina bagi biri-biri dan kambing ternakan (al-Ahliyyah) untuk dijadikan binatang korban. Allah mengharamkan biri-biri dan kambing jenis liar (al-Jabaliyyah) sebagaimana firman-Nya "sepasang dari biri-biri dan sepasang dari kambing". Dan sesungguhnya Allah s.w.t telah menghalalkan di Mina unta jenis al-'Arab untuk dijadikan binatang korban dan Allah mengharamkan padanya jenis al-Bakhati. Allah menghalalkan lembu ternakan (al-Ahliyyah), dan mengharamkan lembu liar (al-Jabaliyyah) sebagaimana firman-Nya "sepasang dari unta dan sepasang dari lembu". Al-Raqiy berkata: Maka aku pun kembali kepada sahabatku yang bertanya. Aku memberitahunya dengan jawapan tersebut. Dia berkata: Ini adalah perkara yang ditanggung oleh unta di Hijaz .



6
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Hadis Abu al-Hasan Musa Bin Ja'far A.S Dengan Harun al-Rasyid
Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada Ahmad bin Idris daripada Ahmad bin Idris daripada Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ismail al-'Alawi berkata: Muhammad bin Zaburkhan al-Damighani syeikh telah memberitahu aku bahawa dia berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s berkata: Harun al-Rasyid telah memerintahkan mereka supaya membawaku kepadanya. Maka aku berjumpa dengannya dan memberi salam kepadanya, tetapi al-Rasyid tidak menjawab salam aku. Aku melihatnya begitu marah. Al-Rasyid mencampakkan scroll kepadaku dan berkata: Bacalah. Maka aku dapati padanya mengenai firman Allah s.w.t yang menyangkut pelepasan aku (bara'ati) daripadanya sebagaimana berikut:

Sesungguhnya Musa bin Ja'far telah memungut Kharaj di seluruh negara daripada pelampau-pelampau syi'ah yang percayakan kepimpinannya sebagai kepercayaan agama. Mereka menyangka bahawa Musa a.s. telah mewajibkannya ke atas mereka sehingga Allah mewariskan bumi ini kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Mereka menyangka bahawa jika seseorang tidak menyerahkan zakat kepada para Imam, mengerjakan solat tanpa mengakui imamahnya. Mengerjakan haji bukan dengan izin imam, tidak berjihad dengan perintah imam, tidak menyerahkan harta rampasan kepada imam, bahkan tidak mengutamakan para imam di atas semua makhluk dan mewajibkan ketaatan kepada mereka seperti ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada rasul-Nya, maka dia adalah kafir. Halal darahnya. Dalam surat itu juga mengandungi perkara-perkara yang tidak sedap didengar seperti Mut'ah tanpa saksi dan penghalalan kemaluan (furuj) dengan perintahnya sekalipun dengan satu dirham, pelepasan diri daripada Salaf, melaknat mereka di dalam solat, mereka menyangka bahawa siapa yang melepaskan dirinya daripada mereka, maka tercerailah isterinya daripadanya.

Dan siapa yang melengah-lengahkan solat sehingga akhir waktunya, maka tidak ada solat baginya kerana firman Allah s.w.t Surah Maryam(19): 59 "mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan". Mereka menyangka bahawa terdapat satu lembah di neraka Jahanam...Surat itu adalah panjang, aku berdiri membacanya sedangkan beliau (Harun) diam. Kemudian Al-Rasyid mengangkat kepalanya dan berkata: Anda telah selesai membacanya. Berilah pendapat anda mengenainya. Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, demi Yang telah mengutus Muhammad s.a.w dengan kenabian sesungguhnya tiada seorang pun yang telah membawa kepada aku walaupun satu dirham atau satu dinar sebagai Kharaj.

Tetapi kami daripada keluarga Abu Talib menerima hadiah yang telah dihalalkan Allah s.w.t kepada Nabi-Nya s.a.w sebagaimana dalam sabdanya: Jika aku dihadiahkan dengan betis binatang (kura'), nescaya aku menerimanya …" Amir al-Mukminin telah mengetahui tentang kesempitan kami mengenainya, betapa ramainya musuh kami, penahanan khums kami oleh Salaf yang telah disebutkan di dalam al-Qur'an tentang hak kami. Perkara ini telah menyempitkan keadaan kami, sedangkan sedekah diharamkan ke atas kami. Justeru Allah s.w.t. telah menggantikan sedekah dengan khums kepada kami. Lantaran itu, kami terpaksa menerima hadiah. Semuanya itu telah diketahui oleh Amir al-Mukminin. Setelah hujah aku selesai, dia terdiam. Kemudian aku berkata: Jika aku fikir Amir al-Mukminin membenarkan sepupunya (ibn 'amm-hi) mengemukakan hadis daripada bapa-bapanya daripada Nabi s.a.w seolah-olah dia telah mendapat harta rampasan perang, maka dia akan melakukannya.

Al-Rasyid berkata: Anda dibenarkan dan silakan. Aku berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada datuk aku secara marfu' kepada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya rahim apabila tersentuh rahim, maka ia bergerak dan gementar. Sekiranya anda izin supaya aku memegang tangan anda. Maka Al-Rasyid memberi isyarat dengan tangannya kepada aku. Dia berkata: Tampil ke sini!. Maka aku menghampirinya. Lalu beliau berjabat tangan denganku dan menarik aku kepadanya seketika. Kemudian dia berpisah daripadaku dengan dua matanya yang berlinang. Dia berkata kepada aku: Duduklah, Musa anda tidak ada apa-apa bahawa anda memang benar dan memang benar datuk anda dan memang benar Nabi s.a.w .

Sesungguhnya darah aku bergerak dan urat saraf aku gementar dan ketahuilah bahawa sesungguhnya anda adalah daging aku dan darah aku. Sesungguhnya apa yang anda telah memberitahu kami adalah benar. Aku ingin bertanyakan anda satu soalan. Jika anda memberi jawapan kepadaku. Aku mengetahui bahawa anda telah membenarkan kata-kataku dan aku melepaskan anda. Aku akan menghubungi anda. Aku tidak akan percaya lagi apa yang dikatakan orang ramai tentang anda. Aku berkata: Apa yang aku tahu aku akan memberi jawapan kepada anda.

Beliau berkata: Kenapa anda tidak melarang syi'ah anda daripada kata-kata mereka kepada anda:Ya Ibn Rasulillah! (Wahai anak lelaki Rasulillah) sedangkan anda adalah anak lelaki Ali dan Fatimah. Sesungguhnya Fatimah adalah ibu. Anak (ldinisbahkan kepada bapa dan bukan kepada ibunya?

Aku berkata: Jika Amir al-Mukminin izin dan akan memaafkan aku bagi jawapan ini, maka aku akan menjawabnya.

Al-Rasyid berkata: Aku tidak akan melakukannya atau menyahuti jawapan itu. Aku berkata: Aku di dalam keamanan anda supaya anda tidak mengenakan sebarang tindakan kekuasaan ke atasku?. Al-Rasyid berkata: Keamanan buat anda. Aku berkata: Aku mohon perlindungan daripada Syaitan yang direjam, dengan nama Allah Yang amat Pemurah lagi Pengasih. Firman-Nya di dalam Surah al-An'am(6):84-5 "Dan kami telah menganugrahkan Ishak dan Ya'qub kepadanya.Kepada keduanya masing-masing kami telah memberi petunjuk, dan kepada Nuh sebelum itu juga kami telah memberi petunjuk dan kepada sebahagian daripada keturunannya (Nuh) iatu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik, dan Zakaria,Yahya,Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk mereka yang soleh".

Siapakah bapa Isa? Al-Rasyid berkata: Ia tidak mempunyai bapa kerana ia dijadikan daripada kalam Allah s.w.t dan Roh Kudus. Aku berkata: Sesungguhnya Isa dikaitkan dengan zuriat para nabi a.s di pihak Maryam maka kami dikaitkan dengan zuriat para nabi di pihak Fatimah a.s bukan daripada pihak Ali a.s.

Al-Rasyid berkata: Bagus wahai Musa, beritahu aku lagi perkara seumpamanya? Aku berkata: Umat sama ada yang baiknya dan yang jahatnya telah bersepakat bahawa hadis Najrani ketika Nabi s.aw menyerunya untuk bermubahalah. Pada ketika itu, tidak masuk di dalam al-Kisa' (kain) selain daripada Nabi s.a.w, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s, Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Ali Imran (3): 61 "Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu "Mari kita memanggil anak anak kami(abna-ana), wanita-wanita kami (nisaana)dan wanita-wanita kamu (nisaa-kum),diri kami (anfusa-na) dan diri kamu (anfusa-kum)". Pengertian abnaa-na adalah al-Hasan dan al-Husain, nisaa-na adalah Fatimah dan anfusa-na adalah Ali bin Abu Talib a.s.

Al-Rasyid berkata: Bagus wahai Musa. Beritahuku tentang kata-kata anda: Paman atau bapa saudara sebelah bapa (al-'Ammu) tidak menerima pusaka jika ia bersama anak lelaki sebenar( walad al-Sulbi) si mati.

Aku berkata: Aku pohon dengan hak Allah dan hak rasul-Nya supaya anda memaafkan aku dari takwilan ayat ini dan mendedahkannya kerana ia tersembunyi di sisi para ulama.

Al-Rasyid berkata: Sesungguhnya anda telah memberi jaminan kepada aku untuk menjawab soalan aku dan aku tidak akan memaafkan anda.

Aku berkata: Jamin keamanan untuk aku? Al-Rasyid berkata: Aku menjamin keamanan anda.

Aku berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan harta kepada mereka yang mampu berhijrah tetapi mereka tidak berhijrah. Bapa saudara aku ('ammi) al-Abbas telah mampu berhijrah tetapi dia tidak berhijrah. Sesungguhnya dia adalah di kalangan orang tawanan di sisi Nabi s.a.w. Dia juga telah mengingkari pembayaran wang tebusan (al-Fida') untuk dirinya. Justeru Allah telah berfirman kepada Nabi s.a.w memberitahunya tentang penyimpanan emas yang dilakukan oleh al-Abbas. Baginda s.a.w telah mengutus Ali a.s, lalu dia mengeluarkannya di sisi Ummi al-Fadhl. Baginda s.a.w. telah memberitahu al-Abbas tentang apa yang telah diberitahu Jibrail daripada Allah s.w.t.

Lantaran itu, Baginda s.a.w. telah membenarkan Ali a.s dan memberitahunya tentang tempat yang ditanamnya. Al-Abbas berkata kepada Nabi s.a.w ketika itu: Wahai anak saudaraku! Supaya aku tidak hilang lebih banyak lagi daripada anda, maka aku naik saksi bahawa anda adalah Rasulullah, Tuhan seluruh alam semesta. Ali a.s membawa emas tersebut. Al-Abbas berkata: Tidakkah anda telah membuatkan aku menjadi fakir wahai anak saudaraku? Maka Allah berfirman di dalam Surah al-Anfal (8):70 "Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu" Dan firman-Nya di dalam Surah al-Anfal (8):72 "dan mereka yang beriman,tetapi belum berhijrah,maka tidak berkewajiban sedikitpun ke atasmu melindungi mereka sebelum mereka berhijrah".

Kemudian Dia berfirman "Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan agama, maka kamu wajib memberi pertolongan", maka aku telah melihatnya berpuas hati mengenainya.

Kemudian Al-Rasyid berkata: Beritahu aku dari manakah anda berkata: Sesungguhnya manusia akan dimasuki kerosakan (yadkhulu-hu al-Fasad) dari pihak wanita jika khums tidak dibayar kepada mereka yang berhaknya?

Aku berkata: Aku akan memberitahu anda, wahai Amir al-Mukminin, dengan syarat anda tidak mendedahkan perkara ini kepada sesiapapun selama aku masih hidup sekalipun kepada orang yang terdekat. Allah telah membezakan di antara kami dan mereka yang telah menzalimi kami, perkara ini tidak pernah disoal oleh seorang pun di kalangan pemerintah selain daripada Amir al-Mukminin.

Al-Rasyid berkata: Bukan Taim , bukan 'Adi , bukan Bani Umayyah dan bukan seorang pun daripada bapa-bapa kami?

Aku berkata: Aku tidak pernah ditanya dan begitu juga dengan Abu Abdullah Ja'far bin Muhammad tidak pernah ditanya mengenainya.

Al-Rasyid berkata: Allah. Aku pun berkata: Allah.

Al-Rasyid berkata: Jika sampai kepadaku pendedahan ini sama ada daripada anda atau daripada seorang daripada keluarga anda, maka aku akan menarik balik jaminan keamanan yang aku telah berikan kepada anda.

Aku berkata: Anda boleh melakukannya kepada aku.

Maka Al-Rasyid berkata kepadaku: Aku suka jika anda menulis untuk aku kata-kata ringkas, mengandungi usul dan furu', difahami tafsirnya yang anda telah mendengarnya daripada Abu Abdullah a.s?

Aku berkata: Ya! Di atas tanggung jawab aku, wahai Amir al-Mukminin. Al-Rasyid berkata: Apabila anda selesai melakukannya, maka beritahu kami keperluan anda.

Musa a.s. berkata: Al-Rasyid telah mewakilkan kepadaku seorang lelaki yang menjaga aku dan menghantar kepada aku satu hidangan makanan pada setiap hari, maka aku menulis seperti berikut:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Semua urusan dunia terbahagi kepada dua. Pertama: Perkara yang tidak ada khilaf tentangnya, iaitu ijmak umat secara darurat. Mereka terpaksa melakukannya. Setiap syubhah dan setiap peristiwa yang berlaku hendaklah dibentangkan kepada hadis-hadis yang disepakati dan diistinbatkan daripadanya. Kedua: Perkara yang mengandungi syak dan ingkar. Caranya ialah meminta keterangan daripada pakar mengenainya. Apa yang telah tetap (thabata) bagi pengikut-pengikutnya daripada kitab yang disepakati takwilnya atau daripada Sunnah Nabi s.a.w yang tidak ada khilaf padanya, maka mereka boleh beramal dengannya. Adapun kias di mana akal mengetahui penyelewengannya, hendaklah mereka menolaknya.

Adapun perkara yang belum tetap (lam yathbut) bagi pengikut-pengikutnya sebagai hujah daripada kitab yang disepakati takwilnya atau daripada Sunnah Nabi s.a.w yang tidak ada khilaf mengenainya atau kias di mana akal mengetahui penyelewengannya, maka mereka wajib menolaknya kerana ia akan meluaskan perasaan syak dan ingkar ke atas umat secara umum dan khusus. Demikianlah dua perkara ini yang merupakan sebahagian daripada urusan Tauhid, maka apa yang selain daripadanya, buangkanlah. Adapun perkara yang telah tetap buktinya kepada anda, maka anda ambillah. Dan apa yang kabur cahayanya kepada anda, maka anda buangkanlah, La Quwwata illa bi l-Lah wa Hasbu-na l-Lah wa Ni'ma l-Wakil.

Kemudian aku telah memberitahu wakil tersebut bahawa aku telah melaksanakan keperluannya. Lantas dia memberitahu kepada Harun al-Rasyid. Maka dia berjumpa denganku. Aku membentangkan kepadanya. Dia berkata: Ahsan-ta! Anda telah melakukan perkara yang baik, ia adalah kata-kata yang ringkas dan menyeluruh, maka beritahu keperluan anda kepada kami wahai Musa. Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Keperluan aku yang pertama kepada anda adalah supaya anda membenarkan aku pulang kepada keluargaku kerana aku telah meninggalkan mereka dalam keadaan menangis berputus asa untuk melihat aku. Al-Rasyid berkata: Anda dibenarkan. Al-Rasyid berkata: Tambahkan lagi kata-kata anda. Aku berkata: Allah memanjangkan umur Amir al-Mukminin untuk kami semua. Maka Al-Rasyid berkata: Tambahkan lagi. Aku berkata: Aku mempunyai keluarga yang besar, mata kami sentiasa melihat kepada kelebihan Amir al-Mukminin. Maka dia telah memerintahkan supaya aku diberi seribu dirham dan pakaian serta membawa aku kepada keluarga aku secara hormat .



Abu al-Hasan Musa A.S, Harun al-Rasyid dan al-Fadhl Bin Rabi'
Hamdan bin al-Husain al-Nahawandi berkata: Ibrahim bin Ishaq al-Nahawandi telah memberitahu kami berkata: Ahmad bin Ismail Abu 'Umar telah memberitahu aku berkata: Abdullah bin Salih telah memberitahu aku berkata: Al-Fadhl bin al-Rabi' telah memberitahuku berkata: Aku telah berada di atas hamparanku. Aku telah berkhalwat bersama hamba perempuan aku. Tiba-tiba aku mendengar suara tapak kaki. Aku berkata: Siapakah itu? Hamba perempuan aku berkata: Angin, aku pun bergerak kepadanya, tiba-tiba seorang lelaki berbadan besar berkata: Beri jawapan kepada Amir al-Mukminin .

Maka aku keluar kepadanya dalam keadaan takut. Dia berkata kepada aku: Wahai Fadhl! Bebaskan Musa bin Ja'far sekarang juga dan berikan kepadanya lapan puluh ribu dirham, lima helai pakaian dan bawanya keluar pada waktu zuhur. Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Musa bin Ja'far? Dia berkata: Ya! Celaka anda, adakah anda mahu aku membatalkan janji aku? Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Apakah janji itu? Dia berkata: Ketika aku berada di tempat tidur aku, tiba-tiba seorang yang berbadan besar, berkulit hitam tetapi aku tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dia telah melompat ke atas dada aku dan memegang tengkukku sambil berkata: Adakah anda telah menahan Musa bin Ja'far secara zalim? Aku berkata: Aku akan membebaskannya sekarang juga. Dia membuat perjanjian dengan nama Allah supaya aku membebaskannya.

Dia bangun dari dada aku. Nyawa aku hampir keluar. Al-Fadhl berkata: Maka aku keluar di sisinya dan aku mendapati Musa bin Ja'far di Musalanya, aku telah menyampaikan kepadanya salam Amir al-Mukminin. Aku telah memberitahu kepada Musa bin Ja'far apa yang diperintahkan kepadaku mengenainya. Musa a.s. berkata: Tidak perlu kepada harta, pakaian dan bekalan jika ianya daripada hak umat. Aku berkata: Aku menyeru dengan nama Allah supaya anda tidak menolaknya kerana Amir al-Mukminin akan memarahi anda. Musa a.s. berkata: Buatlah apa yang anda mahu. Maka aku pun memegang tangannya dan mengeluarkannya dari penjara. Aku berkata kepadanya: Wahai putera Rasulullah ! Hak aku adalah wajib di atas anda kerana aku bersyarikat dengan anda. Allah melakukannya melalui tanganku. Beliau a.s. berkata: Aku telah melihat Rasulullah di dalam tidurku pada malam Rabu. Baginda s.a.w. bersabda kepada aku: Wahai Musa anda ditahan dan dizalimi?.

Aku berkata: Ya! Wahai Rasulullah, aku ditahan dan dizalimi. Baginda s.a.w telah mengulanginya kepadaku selama tiga kali. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi: Mudah-mudahan ia adalah fitnah kepada mereka dan berseronok hanya buat seketika sahaja, berpuasalah esok hari dan ikutilah dengan puasa hari Khamis dan Jumaat. Apabila masuk waktu berbuka, maka kerjalah solat dua belas rakaat. Anda perlu membaca di dalam setiap rakaat "al-Hamdu" dan "Qul Huwa l-Lahu Ahad" dua belas kali. Demikian juga bacaannya pada rakaat yang kedua. Apabila anda selesai daripada solat anda, maka katakanlah: Wahai Tuhanku! Wahai Penutup segala keaiban dan Pendengar segala suara (Allahumma Ya Saatira l-'Uyaub Ya Saami'a Kulli Sautin)



Abu al-Hasan Musa A.S Dengan Yunus bin Abd al-Rahman
Pada suatu hari Yunus bin Abd al-Rahman telah berkata kepada Musa bin Ja'far a.s: Di manakah Tuhan anda sebelum adanya langit dan sebelum ada hamparan bumi? Musa a.s. berkata: Dia adalah cahaya pada cahaya (kana nuran fi nurin) dan cahaya di atas cahaya (nuran 'ala nurin). Dijadikan daripada cahaya tersebut air yang keruh. Dan dijadikan daripada air tersebut kegelapan (zulmah). Maka 'Arasy-Nya ialah di atas kegelapan tersebut. Yunus berkata: Sesungguhnya aku bertanya anda tentang tempat (al-Makan). Musa a.s. berkata: Setiap kali anda bertanya: Di mana (aina), maka di mana (aina) mempersoalkan tempat. Yunus berkata: Aku bertanya kepada anda tentang tempat tertentu? Musa a.s. berkata: Dia berada pada ilmu-Nya kerana keilmuan-Nya. Maka ilmu para ulama menjadi terhad di sisi ilmu-Nya. Yunus berkata lagi: Sesungguhnya aku bertanya anda tentang tempat. Musa a.s. berkata: Wahai si bodoh! Tidakkah aku telah memberi jawapan kepada anda bahawa Dia berada pada ilmu-Nya kerana ilmu-Nya, maka ilmu para ulama menjadi terhad di sisi ilmu-Nya.



Hadis Sadiq Daripada Sadiq
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahuku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Abd al-Hamid daripada Abd al- Salam bin Salim daripada Muyassar bin Abd al-Aziz berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Hadis yang diambil oleh Sadiq daripada Sadiq adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abdullah bin Abdullah berkata: Musa bin Ibrahim al-Maruziy telah memberitahu aku daripada Abu al-Hasan al-Awwal a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa daripada umat aku menghafaz empat puluh hadis yang mereka perlu kepadanya tentang urusan agama mereka, maka Allah akan membangkitnya pada hari Kiamat sebagai seorang fakih dan alim.



Pembantu-Pembantu Ahlu l-Bait A.S
Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Qalid, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin Sulaiman bin Daud al-Razi telah memberitahu aku; Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami berkata: Sa'd bin Abdullah telah memberitahu aku daripada Ali bin Sulaiman daripada Ali bin Asbat bin Salim daripada bapanya Asbat bin Salim berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja'far berkata: Apabila tiba hari Kiamat, penyeru akan berkata: Di manakah pembantu (hawariy) Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w yang tidak membatalkan janjinya? Maka Salman, al-Miqdad dan Abu Dhar pun berdiri.

Musa a.s. berkata: Kemudian ada seruan lagi: Di manakah pembantu Ali bin Abu Talib a.s, wasi Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w ? 'Umru bin al-Humqu al-Khaza'i, Muhammad bin Abu Bakr, Mitham bin Yahya al-Tammar, hamba Bani Asad dan Uwais al-Qurani pun berdiri.

Musa a.s. berkata: Kemudian penyeru berkata: Di manakah pembantu al-Hasan bin Ali putera Fatimah binti Muhammad, Rasulullah s.a.w ? Sufyan bin Abu Laila al-Hamdani dan Huzaifah bin Usyad al-Ghifari pun berdiri.

Musa a.s. berkata: Kemudian penyeru berkata: Di manakah pembantu al-Husain bin Ali? Maka berdirilah setiap mereka yang telah mati syahid bersamanya tanpa tertinggal seorang pun.

Musa a.s. berkata: Kemudian penyeru berkata: Di manakah pembantu Ali bin al-Husain? Maka berdirilah Jubair bin Mut'im, Yahya bin Ummu al-Tawil, Abu Khalid al-Kabili dan Sa'id bin al-Musayyab.

Kemudian penyeru berkata: Di manakah pembantu Muhammad bin Ali dan pembantu Ja'far bin Muhammad? Maka berdirilah Abdullah bin Syarik al-'Amiri, Zararah bin A'yan, Barid bin Mu'awiyah al-'Ajali, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, Laith bin al-Bukhturi al-Muradi, Abdullah bin AbuYa'fur, Amir bin Abdullah bin Juza'ah, Hajr bin Za'idah dan Hamraan bin A'yan. Kemudian seruan kepada semua syi'ah bersama para imam mereka a.s pada hari Kiamat. Mereka adalah syi'ah pertama yang memasuki Firdaus dan golongan terawal, golongan yang paling akrab dan berpengalaman di kalangan para tabi'in .



Hadis Jabir Bin Abdullah dan Penyampaian Salam Rasulullah S.A.W Kepada Abu Ja'far al-Baqir
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa daripada Basir daripada Hisyam bin Salim berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepada aku: Bapa aku memiliki satu manaqib (kelebihan), tidak seorang pun di kalangan bapa-bapa aku memilikinya kerana bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Jabir bin Abdullah: Sesungguhnya anda akan sempat menemui Muhammad; anak lelaki aku. Maka sampaikan salam aku kepadanya. Jabir telah mendatangi Ali bin al-Husain a.s yang sedang mencarinya. Ali bin al-Husain berkata: Anda akan diutus kepadanya (Muhammad al-Baqir a.s.). Anda akan dibawa kepadanya. Beliau a.s. berkata: Pergilah kepadanya. Maka Jabir pun datang menemui Muhammad al-Baqir a.s. Jabir menyampaikan salam Rasulullah s.a.w. kepadanya. Muhammad al-Baqir a.s. mengucup kepala Jabir dan memeluknya lalu berkata: Salam ke atas datuk aku dan ke atas anda wahai Jabir!. Abu Abdullah a.s. berkata: Jabir memohon kepada Muhammad al-Baqir supaya menjamin syafaat untuknya pada hari Kiamat. Muhammad al-Baqir a.s. berkata: Lakukanlah wahai Jabir .

Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar secara marfu' daripada Huraiz daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdullah a..s berkata: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang terakhir. Dia menumpu sepenuh masa kepada kami Ahlu l-Bait a.s. Pada suatu hari Jabir duduk di Masjid Rasulullah s.a.w. Dia memakai serban hitam sambil menyeru: Wahai Baqir! Wahai Baqir! Sehingga penduduk Madinah berkata: Jabir sedang meracau (yahjuru). Jabir berkata: Tidak! Demi Allah, aku tidak meracau, tetapi aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapati seorang lelaki (Inna-ka satudriku rajulan) namanya seperti nama aku (ismu-hu ismi) sifat-sifatnya seperti sifat-sifat aku dan mempunyai keilmuan yang mantap. Inilah yang membuatkan aku berkata sedemikian.

Abu Abdullah a.s. berkata: Ketika Jabir berjalan ke sana dan ke sini di beberapa jalan di Madinah, maka dia terserempak dengan Muhammad (al-Baqir) bin Ali bin al-Husain a.s. Ketika Jabir melihat kepadanya, maka Jabir berkata: Wahai budak! datang ke sini. Maka Muhammad al-Baqir datang kepadanya. Jabir berkata kepadanya: Pusing ke belakang. Maka Muhammad al-Baqir berpusing ke belakang. Jabir berkata: Inilah sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w.

Demi diri Jabir di tangan-Nya, wahai budak! Apakah nama anda? Muhammad al-Baqir menjawab: Nama aku ialah Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib. Jabir mengucup di kepalanya sambil berkata: Demi bapa aku, anda dan ibu aku: bahawa bapa anda adalah Rasulullah s.a.w telah mengirimkan salam kepada anda. Muhammad bin Ali a.s kembali kepada bapanya Ali bin al-Husain a.s dalam ketakutan. Dia a.s. memberitahu bapanya tentang berita tersebut. Maka Ali a.s. berkata: Wahai puteraku! Tinggal saja di rumah. Jabir datang kepadanya di waktu petang. Penduduk Madinah berkata: Aneh! Jabir telah mendatangi budak ini di waktu petang sedangkan dia adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang terakhir.

Tidak lama selepas itu, datanglah Ali bin al-Husain a.s dan Muhammad bin Ali a.s kepadanya dengan hormat kerana dia telah bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. Abu Abdullah a.s. berkata: Maka duduklah Muhammad bin Ali a.s memberitahu mereka tentang Allah. Penduduk Madinah berkata: Kami tidak pernah melihat seorang pun yang lebih berani daripada lelaki ini. Abu Abdullah s.a. berkata: Apabila Muhammad al-Baqir melihat penduduk Madinah sedang bercakap-cakap, maka dia a.s. memberitahu mereka tentang Rasulullah s.a.w. Penduduk Madinah berkata: Kami belum pernah melihat seorang yang paling berdusta daripada lelaki ini kerana dia bercakap tentang mereka yang dia tidak pernah melihatnya. Setelah Muhammad al-Baqir tahu tentang apa yang penduduk Madinah katakan, maka dia a.s. memberitahu mereka tentang Jabir bin Abdullah daripada Rasulullah s.a.w, maka penduduk membenarkannya. Jabir datang kepada Muhammad al-Baqir dan mempelajari ilmu daripadanya .



Hadis Rasulullah S.A.W Bersama Para Sahabat Selepas Turun Ayat al-Mawaddah
Ja'far bin al-Husain bin Muhammad bin Abdullah bin Ja'far al-Humairi telah memberitahuku daripada bapanya daripada Harun bin Muslim daripada Abu Hasan al-Laithi daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapa-bapanya sesungguhnya beliau berkata: Ketika turun ayat ini ke atas Rasulullah s.a.w di dalam Surah al-Syura (42):23 " Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun selain mencintai dalam kekeluargaan (ku)" Rasulullah s.a.w berdiri dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memfardukan untuk aku ke atas kamu satu fardu: adakah kamu akan melaksanakannya?

Ja'far berkata: Tidak seorang pun yang menjawabnya. Maka baginda s.a.w pun kembali. Pada hari keesokannya baginda s.a.w. berdiri di kalangan mereka dan bersabda sedemikian tetapi tidak seorang pun yang menjawab. Apabila sampai hari ketiga, baginda s.a.w. berdiri di kalangan mereka dan berkata: Wahai manusia! Ia bukan emas dan perak, bukan makanan dan minuman. Mereka berkata: Beritahu kami mengenainya. Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah telah menurunkan ke atasku Surah al-Syura (42)23 "Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun selain mencintai dalam kekeluargaan(ku)". Mereka berkata: Adapun yang ini ya. Abu Abdullah a.s berkata: Demi Tuhan! Hanya tujuh orang sahaja yang melaksanakannya: Salman, Abu Dhar, Ammar, al-Miqdad, Jabir bin Abdullah, seorang hamba Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai Syabib dan Zaid bin al-Arqam .



7
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Khuzaimah bin Thabit Dhu Al-Syahadatain
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada al-Hasan bin Musa al-Khathab daripada Ghias bin Kalub daripada Ishaq bin Ammar daripada Ja'far bin Muhammad a.s bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah membeli seekor kuda daripada seorang lelaki Badwi. Baginda s.a.w. amat menyayanginya. Mereka munafik menyimpan perasaan hasad dengki terhadap Rasulullah s.a.w. dan apa yang telah dibelikan oleh Baginda s.a.w.

Lantas mereka berkata kepada orang Badwi itu: Sekiranya anda membawa kuda itu ke pasar, nescaya anda dapat menjualnya dengan harga berlipat kali ganda. Lantaran itu, lelaki Badwi merasa tamak dan berkata: Bolehkah aku menarik balik penjualan daripadanya?. Mereka berkata: Tidak, tetapi ia adalah seorang lelaki yang soleh. Apabila dia datang dengan wang anda, maka katakanlah kepadanya: Aku tidak bermaksud menjual kepada anda dengan harga sebanyak ini. Maka dia akan mengembalikan kuda kepada anda. Ketika Nabi s.a.w datang, Baginda s.a.w. mengeluarkan wang untuk membayar harga kuda kepada lelaki Badwi. Namun lelaki Badwi itu berkata: Aku tidak menjual kuda dengan harga ini.

Nabi s.a.w bersabda: Demi Yang telah mengutus aku dengan kebenaran sesungguhnya anda telah menjualnya kepada aku dengan harga ini. Khuzaimah bin Thabit berdiri dan berkata: Wahai lelaki Badwi! Aku naik saksi bahawa anda telah menjual kuda kepada Rasulullah s.a.w dengan harga ini. Lelaki Badwi berkata: Sesungguhnya aku telah menjualnya, tetapi tiada seorang pun bersama kami ketika itu. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Khuzaimah: Bagaimana anda telah naik saksi dengannya (kaifa syahadta bi-hadha)? Khuzaimah berkata: Wahai Rasulullah s.a.w ! Demi bapa aku, anda dan ibu aku, anda memberitahu kepada kami tentang Allah dan berita-berita langit, maka kami membenarkan anda dan bagaimana kami tidak membenarkan anda tentang harga ini? Rasulullah s.a.w telah menjadikan penyaksiannya sama dengan penyaksian dua saksi lelaki. Justeru beliau dinamakan Dhu al-Syahadatain.



Kemurtadan Orang Ramai Selepas al-Husain Melainkan Tiga Orang
Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa daripada Yunus daripada Jamil daripada Abu Abdullah a.s berkata: Orang ramai telah menjadi murtad selepas al-Husain melainkan tiga orang (irtadda al-Nasu ba'da al-Husain illa thalathah) iaitu: Abu Khalid al-Kabili, Yahya bin Ummi al-Tawil dan Jubir bin Mut'am. Kemudian orang ramai menyertai mereka bertiga (lahiqu wa katharu) dan menjadi ramai selepas itu. Yahya bin Ummi al-Tawil memasuki Masjid Rasulullah s.a.w dan berkata: Kami telah mengingkari kamu (kafarna bi-kum) dan telah nyata di antara kami dan kamu permusuhan dan kemarahan"

Daripadanya, daripada Muhammad bin Ja'far al-Muaddib berkata: Muhammad bin Abdullah bin Umran telah memberitahu kami daripada Abdullah bin Yazid al-Ghassani secara marfu' berkata: Beberapa delegasi Iraq datang berjumpa dengan Mu'awiyah. 'Adi bin Hatim al-Ta'i mewakili penduduk Kufah, al-Ahnaf bin Qais dan Sa'sa'ah bin Susan mewakili penduduk Basrah.

'Umru bin al-'As berkata kepada Mu'awiyah: Mereka adalah lelaki dunia (rijal al-Dunya) dan mereka adalah syi'ah Ali yang telah memerangi bersamanya pada hari Jamal dan hari al-Siffin. Hati-hatilah anda terhadap mereka. Maka Mu'awiyah telah memerintahkan setiap orang daripada mereka diadakan majlis rahsia dengan layanan istimewa. apabila rombongan itu berjumpa dengan Mu'awiyah, meka dia berkata: Selamat datang, kamu telah datang di bumi yang disucikan(ardh al-Muqaddasah), bumi para rasul dan para nabi, bumi tempat bangkit dan berkumpul, Sa'sa'ah berkata: Wahai Mu'awiyah! Adapun kata-kata anda "bumi yang disucikan" sesungguhnya bumi tidak menyucikan penduduknya, tetapi yang menyucikan mereka ialah amalan-amalan baik mereka

Adapun kata-kata anda "bumi para nabi dan para rasul" maka mereka munafik, syirik, Fir'aun dan mereka yang zalim adalah lebih ramai daripada nabi dan para rasul. Adapun kata-kata anda "bumi tempat bangkit dan berkumpul" kerana jauhnya tempat berkumpul tidak akan merosakkan mukmin dan munafik tidak akan mengambil faedah dengan berdekatannya. Mu'awiyah berkata: Jika semua manusia dilahirkan oleh Abu Sufyan, nescaya tidak ada pada mereka melainkan yang cerdik. Sa'sa'ah berkata: Manusia yang telah melahirkan mereka adalah lebih baik daripada Abu Sufyan, maka Adam bapa manusia telah melahirkan si bodoh, munafik, fasiq, tolol dan gila. Mu'awiyah menjadi malu .



Al-Asbagh bin Nabatah
Dia adalah anggota Syurtah al-Khamis (tentera elit ) dan seorang yang terhormat. Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja'far al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu Abdullah al-Barqi daripada Abual-Husain Salih bin Abu Hammad daripada Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu al-Jarud daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah berkata kepada al-Asbagh: Apakah kedudukan lelaki ini (Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib) pada anda? Al-Asbagh berkata: Aku tidak mengerti apakah yang anda perkatakan selain daripada pedang-pedang kami adalah di atas bahu-bahu kami dan siapa yang memberi isyarat kepadanya, kami memukulnya .

Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih daripada Ja'far bin Muhammad bin Mas'ud daripada bapanya berkata: Ali bin al-Husain telah memberitahu aku daripada Muruk bin 'Ubaid berkata: Ibrahim bin Abu Milad telah memberitahu aku daripada seorang lelaki daripada al-Asbagh berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bagaimana anda menamakan Syurtah al-Khamis wahai Asbagh? Asbagh berkata: Kami telah menjamin baginya penyembelihan dan ia telah menjamin pembukaan untuk kami (inna dhamin-naa la-hu al-Dhabha wa dhamina-lana al-Fath) .



Hadis al-Asbagh Bersama Amir al-Mukminin Tentang Pengampunan Dosa Syi'h
Muhammad bin al-Hasan al-Syahhadh daripada Sa'd bin Abdullah daripada Muhammad bin Ahmad daripada Muhammad bin Ismail daripada Ja'far bin al-Haitham al-Hadhrami daripada Ali bin al-Husain al-Fazari daripada Adam al-Tammar al-Hadhrami daripada Sa'd bin Tarif daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendatangi Amir al-Mukminin untuk memberi salam kepadanya. Aku mulai menunggunya, maka beliau a.s. telah keluar kepadaku, lalu aku pun berdiri di hadapannya. Aku telah memberi salam kepada Amir al-Mukminin, lantas beliau a.s. memukul tapak tanganku. Kemudian beliau a.s. memasukkan anak-anak jarinya ke dalam anak-anak jariku. Beliau a.s. berkata kepadaku: Wahai Asbagh bin Nabatah!. Aku berkata: Labbai-ka wa sa'dai-ka, wahai Amir al-Mukminin.

Maka beliau a.s. berkata: Sesungguhnya wali kami adalah wali Allah, apabila mati wali Allah, maka beliau berada di makam yang tinggi di sisi Allah dan Dia memberinya minuman daripada sungai yang lebih sejuk daripada salji, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada keju. Asbagh berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku sekalipun ia berdosa (wa inkana mudhniban)? Beliau a.s. berkata: Ya, sekalipun ia berdosa, tidakkah anda membaca al-Qur'an Surah al-Furqan (25):70 " maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan (ulaika yubaddilu l-Allahu sayyiaati-him hasanaat). Dan adalah Allah Maha Pengampun dan Penyayang". Wahai Asbagh! Sesungguhnya wali kita jika beliau berjumpa dengan Allah sedangkan dosanya seperti buih laut, atau seperti bilangan pasir, nescaya Allah mengampuninya untuknya insya Allah .



Zararah bin A'yan, Abu Basir, Muhammad bin Muslim dan Barid bin Mu'awiyah Penjaga Agama
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ya'qub bin Yazid daripada Muhammad bin Abu Umair daripada Hisyam bin Salim daripada Sulaiman bin khalid al-Aqta' berkata: Aku mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Aku tidak dapati seorang yang telah menghidupkan peringatan mengenai kami (dhikra-na) dan hadis-hadis bapaku selain daripada Zararah, Abu Basir al-Muradi, Muhammad bin Muslim dan Barid bin Mu'awiyah. Jika mereka tidak ada, nescaya tidak seorang pun mendapat petunjuk. Merekalah penjaga-penjaga agama, pemegang-pemegang amanah bapa aku a.s tentang perkara halal Allah dan haram-Nya. Mereka adalah yang terawal kepada kami di dunia dan di akhirat .

Daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibn Abu 'Umair daripada Ibrahim bin Abd al-Hamid berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Allah merahmati Zararah bin A'yan. Jika tidak ada Zararah, nescaya terhapuslah Athar al-Nubuwwah dan hadis-hadis bapaku a.s .

Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa daripada Ismail bin Mihran daripada Abu Jamilah al-Mufadhdhal bin Salih daripada Jabir bin Yazid al-Ja'fi berkata: Abu Ja'far a.s memberitahu aku bahawa tujuh puluh ribu hadis aku tidak memberitahu seorang pun mengenainya dan aku tidak akan memberitahu seorang pun mengenainya selama-lamanya. Jabir berkata: Aku berkata kepada Abu Ja'far a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda. Sesungguhnya anda telah memberi aku penghormatan yang besar kerana anda telah memberitahu aku rahsia anda. Aku tidak akan memberitahu seorang pun mengenainya. Kadangkala ia bergelora di dadaku sehingga membuatkan aku seperti gila. Beliau a.s. berkata: Wahai Jabir! Jika berlaku kepada anda sedemikian, maka keluarlah ke al-Jabban, galilah satu parit dan masukkan kepala anda di dalamnya, kemudian berkatalah: Muhammad bin Ali telah memberitahu aku begini dan begitu .

Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Barqi daripada Ahmad bin al-Nadh al-Khazaz daripada al-Nu'man bin Basyir berkata: Aku telah menemani Jabir bin Yazid al-Ja'fi bagi mengerjakan haji. Ketika kami keluar ke Madinah, Jabir datang menemui Abu Ja'far al-Baqir a.s. Jabir mengucap selamat tinggal kepadanya. Kami keluar sehingga kami bermalam di al-Ukhirijah . Kami mengerjakan solat pertama dan memulakan perjalanan, tiba-tiba seorang lelaki berbadan tinggi, hitam manis membawa surat daripada Muhammad bin Ali al-Baqir a.s kepada Jabir bin Yazid al-Ja'fi. Jabir telah mengambilnya dan mengucupnya.

Jabir berkata: Bilakah temu janji anda dengan tuanku. Sebelum solat atau selepas solat? Utusan berkata: Selepas solat. Al-Ni'man berkata: Maka Jabir membuka surat itu dengan mukanya yang berseri, tetapi dia tidak ketawa tidak tersenyum dan tidak bercakap sebagaimana sebelumnya sehinggalah kami sampai di Kufah. Jabir memasuki rumah terlambat satu jam. Kemudian Jabir keluar kepada kami sambil menggantungkan surat tadi di tengkuknya dan berpusing-pusing di lorong-lorong Kufah sambil berkata: Mansur bin Jamhur ialah Amir yang tidak diperintah". Kata-kata lain juga dikatakan olehnya. Dia telah mengelilingi lorong-lorong di Kufah. Orang ramai berkata: Jabir telah gila. Jabir telah gila.

Selepas tiga hari, Hisyam telah menghantar surat kepada Yusuf bin Uthman supaya dia mendapatkan seorang lelaki dari Ja'fi yang mengenali Jabir bin Yazid untuk dipenggal lehernya dan menghantarkan kepalanya kepada Hisyam. Yusuf bin 'Uthman membaca surat tersebut. Dia berpaling kepada mereka di sekelilingnya dan berkata: Siapakah Jabir bin Yazid? Sesungguhnya surat ini telah dihantar oleh Amir al-Mukminin kepada aku memerintahkan aku supaya memenggal lehernya dan menghantarkan kepala kepadanya? Mereka berkata: Aslaha l-Lahu al-Amir! Lelaki ini adalah pakar bahagian hadis, warak dan zuhud tetapi dia telah menjadi gila, fikirannya telah bercampur-aduk. Dia berada di halaman dan sedang bermain-main dengan kanak-kanak. Yusuf menulis surat kepada Hisyam bin Abd al-Malik: Sesungguhnya anda telah menulis kepada aku tentang lelaki al-Ja'fi. Sesungguhnya dia adalah seorang gila. Hisyam menjawabnya: Tinggalkan dia. Beberapa hari selepas itu, Mansur bin Jamhur datang, lalu dia membunuh Yusuf bin Uthman dan melakukan apa yang telah dilakukannya .



Isa bin A'yan
Beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku, berkata: Sa'd bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Abu 'Umair daripada sebahagian daripada sahabatnya berkata: Isa bin A'yan apabila mengerjakan haji, maka dia akan pergi ke al-Mauqif berdoa kepada saudara-saudaranya sehingga datang orang ramai. Ada orang berkata kepadanya: Anda membelanjakan harta anda, memenatkan badan anda sehingga anda berada di tempat ini memohon hajat kepada Allah s.w.t. Anda berdoa untuk saudara-saudara anda dan meninggalkan berdoa untuk diri anda sendiri? Isa berkata: Aku yakin tentang doa malaikat untukku, tetapi aku syak doa ku untuk diri ku sendiri .

Daripadanya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad daripada Musa bin Talhah daripada Abu Muhammad saudara lelaki Yunus bin Ya'qub daripadanya berkata: Ketika aku berada di Madinah, maka Ja'far bin Muhammad a.s telah menyambut kedatangan aku di sebuah lorong di Madinah. Beliau a.s. berkata: Wahai Yunus! Di pintu itu seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait. Yunus berkata: Aku telah pergi ke pintu tersebut, tiba-tiba Isa bin Abdullah al-Qummi sedang duduk di pintu.

Isa berkata: Aku berkata kepadanya: Siapakah anda? Dia berkata: Aku adalah seorang lelaki daripada ahli Qum. Yunus berkata: Tiba-tiba Abu Abdullah a.s sampai dengan menaiki keldai dan memasuki rumahnya. Beliau a.s. berpaling kepada kami sambil berkata: Kamu berdua masuklah. Kemudian beliau berkata: Wahai Yunus! Aku kira anda mengingkari kata-kata aku kepada anda bahawa Isa bin Abdullah daripada kami Ahlu l-Bait? Yunus berkata: Aku berkata: Ya, demi Tuhan, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda kerana Isa bin Abdullah ialah lelaki daripada Qum. Beliau a.s. berkata: Wahai Yunus bin Ya'qub! Isa bin Abdullah ialah daripada kami semasa hidup dan dia ialah daripada kami semasa mati .



'Imran bin Abdullah al-Qummi
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Musa bin Talhah daripada sebahagian penduduk Kufah berkata: Aku telah berada di Mina dan bersamanya beberapa khemah untuk lelaki dan wanita. Lalu didirikan di tempat perkhemahan Abu Abdullah a.s. Tiba-tiba Abu Abdullah a.s datang bersama beberapa wanitanya dan berkata: Apakah ini? Musa berkata: Aku telah jadikan diri aku tebusan anda, ini adalah khemah-khemah yang telah didirikan untuk anda oleh 'Imran bin Abdullah al-Qummi. Musa berkata: Maka beliau a.s telah bermalam di dalamnya.

Kemudian beliau a.s. berkata: Wahai Ghulam Imran bin Abdullah? Maka Ghulam Imran pun datang dan berkata: Aku telah jadikan diri aku tebusan anda, ini adalah khemah-khemah yang anda telah memerintahkan aku membuatkannya untuk anda. Beliau a.s. berkata: Berapakah tingginya? Ghulam Imran berkata kepada Abu Abdullah a.s.: Aku jadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya rangka adalah daripada ciptaan aku dan aku telah membuatkannya untuk anda, aku suka, aku jadikan diri aku tebusan anda, supaya anda menerimanya daripada aku sebagai hadiah, aku telah mengembalikan harta yang anda telah memberinya kepada aku. Musa berkata: Abu Abdullah telah memegang tangan Ghulam Imran sambil berkata: Aku memohon kepada Allah s.w.t supaya berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya serta melindungi anda di hari tiada bayang selain daripada bayang-Nya .

Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada Ja'far bin Muhammad bin Mas'ud daripada bapanya berkata: Ali bin Muhammad telah memberitahu aku daripada al-Husain bin Abdullah daripada Abdullah Ali daripada Ahmad bin Hamzah bin Imran al-Qummi daripada Himad al-Nab berkata: Kami dan jemaah telah berada bersama Abu Abdullah a.s di Mina. Pada masa itu Imran bin Abdullah al-Qummi datang berjumpa dengan Abu Abdulah a.s. Lantas Abu Abdullah a.s bertanya kepadanya dengan ceria. Selepas Imran meninggalkan tempat itu, aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s: Siapakah lelaki yang anda telah melayaninya dengan baik? Beliau a.s. berkata: Ini adalah daripada Ahlu l-Bait al-Nujaba'. Allah akan membinasakan mana-mana penguasa yang ingin membinasakannya .

Daripadanya, dengan sanad ini daripada Ahmad bin Hamzah daripada al-Mirzaban bin Imran daripada Abban bin Uthman berkata: Imran bin Abdullah al-Qummi telah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s telah mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaan anda, anak lelaki anda, keluarga anda, sepupu-sepupu anda dan keluarga anda? Kemudian dia bercakap dengan Abu Abdullah a.s. seketika. Apabila dia keluar, maka orang bertanya kepada Abu Abdullah a.s: Siapakah lelaki itu? Beliau a.s. menjawab: Seorang yang cerdik (najib) daripada kaum yang cerdik. Allah akan membinasakan mana-mana penguasa yang ingin membinasakannya .



Muhammad bin Abu Bakr Rahima-hu l-Lah
Ibn al-Tayyar berkata: Disebut Muhammad bin Abu Bakr di sisi Abu Abdullah a.s, maka Abu Abdullah a.s berkata: Rahmat Allah ke atasnya, pada suatu hari Muhammad berkata kepada Amir al-Mukminin a.s: Hulurkan tangan anda supaya aku memberi baiah kepada anda. Maka beliau a.s berkata: Anda akan melakukannya? Muhammad menjawab: Ya. Beliau a.s. menghulurkan tangannya. Muhammad berkata: Aku naik saksi bahawa anda adalah imam. Ketaatan kepada anda difardukan dan sesungguhnya bapa aku berada di neraka (asyhadu anna-ka imam muftaradhun ta'atu-ka wa anna Abi fi al-Nar). Abu Abdullah a.s berkata: Kecerdikannya (al-Najabah) adalah di pihak ibunya Asma' binti 'Umais, bukan di pihak bapanya .

Ahmad bin Harun al-Fami-rahima-hu l-Lah- telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ya'qub bin Yazid daripada Ibn Abu Umair daripada Umair bin Abu Udhinah daripada Zararah bin A'yan daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Muhammad bin Abu Bakr telah memberi baiah kepada Ali di atas pelepasan diri daripada bapanya (al-bara'ati min abi-hi) .

Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih daripada bapanya daripada Sa'd bin Abdullah daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid daripada Ali bin Asbat daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Lima orang Quraisy yang telah bersama Amir al-Mukminin a.s. dan tiga belas kabilah bersama Mu'awiyah.

Adapun yang lima, pertama: Muhammad bin Abu Bakr. Kecerdikan (al-Najabah) adalah di pihak ibunya Asma' binti 'Umais. Kedua: Hisyam bin AbuWaqqas al-Mirqal. Ketiga: Ja'dah bin Hubairah al-Makhzumi. Amir al-Mukminin a.s adalah bapa saudara Ja'dah di sebelah ibunya. 'Atbah bin Abu Sufyan telah berkata kepada Ja'dah: Sesungguhnya kekuatan di dalam peperangan adalah di pihak bapa saudara anda sebelah ibu anda. Ja'dah berkata: Jika anda mempunyai bapa saudara sebelah ibu anda seperti bapa saudara aku di sebelah ibu nescaya anda telah melupai bapa anda. Keempat: Muhammad bin Abu Huzaifah ibn 'Atabah bin Rabi'ah. Kelima: Ibn Abu al-'As bin Rabi'ah .



Ibn Laila dan Syutair
Ja'far bin al-Hasan al-Mu'min dan Ahmad bin Harun al-Fami serta sekumpulan syeikh kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin bin Isa daripada Hammad bin Isa daripada al-Husain bin Mukhtar al-Qalanisi daripada al-Harith bin al-Mughirah al-Nadhari berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepadaku: Apakah yang kamu katakan? Al-Harith berkata: Kami berkata: Semua orang binasa melainkan tiga (halaka al-Nasu illa thalathad). Abu Abdullah a.s berkata: Di manakah Laila dan Syutair? Maka aku pun bertanya Hammad bin Isa tentang mereka berdua. Hammad berkata: Mereka berdua adalah hamba berkulit hitam kepunyaan Ali bin Abu Talib a.s .


Abdullah bin Abbas bin Abd a l-Muttalib
Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhamad bin al-Husain daripada Safwan bin Yahya daripada Dhuraih bin Muhammad al-Muharibi daripada Abu Abdullah a.s daripada Ibn Juraih dan lain-lain daripada Thaqif bahawa Ibn Abbas ketika dia mati, maka dikeluarkan seekor burung berwarna putih di bawah kain kapannya. Mereka melihat burung itu terbang ke langit sehingga hilang daripada pandangan mereka. Abu Abdullah a.s berkata: Bapa aku telah mencintainya dengan kuat sekali. Ketika bapa aku masih kecil maka ibunya memakaika pakaian, lalu dia a.s. telah bermain-main dengan kanak-kanak daripada Bani Abd al-Muttalib. Ibn Abbas telah mendatangi bapaku dan berkata: Siapakah anda? Selepas ia menjadi buta. Maka beliau a.s berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali. Ibn Abbas berkata: Hasbu-ka, sesiapa yang sebelumnya tidak mengenali anda, maka dia tidak mengenali anda .

Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin Ismail daripada Hammad bin Isa daripada Ibrahim bin 'Umar al-Yamani daripada al-Fudhail bin Yasar daripada Abu Ja'far a.s berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan bapa aku a.s. Lelaki itu berkata: Sesungguhnya ada seorang lelaki iaitu Abdullah bin Abbas menyangka dirinya mengetahui setiap ayat yang diturunkan di dalam al-Qur'an, hari ia diturunkan dan kepada siapa ia diturunkan. Maka beliau a.s berkata kepada lelaki itu: Tanyakan kepada Ibn. Abbas: Kepada siapakah diturunkan ayat di dalam Surah al-Isra' (17):72 " Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini,nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).

Dan kepada siapakah diturunkan ayat di dalam Surah Hud (11):34 "Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu" Dan kepada siapakah diturunkan ayat di dalam Surah Ali Imran (3):200 " Wahai mereka yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap sedia"? Lelaki itu datang kepada Ibn Abbas dan mengemukakan tiga soalan tersebut kepadanya. Ibn Abbas memarahinya dan berkata: Aku mahu orang yang telah memerintahkan anda mengemukakan soalan ini supaya berdepan dengan aku. Dengan itu, aku akan bertanya kepadanya.

Walau bagaimanapun bertanyalah kepadanya: Daripada apakah 'Arasy ? Bilakah ia dijadikan? Dan bagaimanakah ia? Lelaki tadi kembali kepada bapa aku a.s dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Ibn Abbas. Beliau a.s berkata: Adakah Ibn Abbas telah memberi jawapan kepada anda tentang ayat-ayat tersebut? Lelaki itu menjawab: Tidak. Beliau a.s. berkata: Aku memberi jawapan kepada anda mengenainya dengan cahaya dan ilmu bukan sebagai dakwaan semata-mata dan bukan pula sebagai penganutnya. Adapun dua ayat yang pertama telah diturunkan kepada bapanya (Abbas). Adapun ayat yang akhir, maka ia telah diturunkan kepada bapa aku dan kepada kami. Ribat (ikatan) yang kami diperintah dengannya belum lagi terlaksana, daripada keturunan kamilah akan wujudnya al-Murabit dan daripada keturunannyalah juga akan wujudnya al-Murabit.

Adapun apa yang telah ditanyakan oleh beliau tentang 'Arasy, maka sesungguhnya Allah telah menjadikannya empat persegi. Allah s.w.t. tidak menjadikan sebelumnya selain tiga perkara: Udara, al-Qalam dan cahaya. Kemudian Allah s.w.t. menjadikannya beberapa cahaya daripada warna-warna yang bermacam-macam. Daripada salah satu cahaya tersebut terpancar cahaya hijau lagi menghijaukan, cahaya kuning telah menjadikan suasana sekitarnya kekuningan, cahaya merah memerahkan suasana di sekitarnya dan cahaya putih merupakan cahaya segala cahaya (Nur al-Anwar). Daripada cahaya puih itu terpancarnya cahaya siang. Kemudian Alah s.w.t. menjadikannya tujuh puluh ribu lapisan yang tebal.

Dan setiap lapisan seperti 'Arasy pertama sehingga ke lapisan yang terkebawah. Tidak ada satu lapis pun melainkan bertasbih dengan memuji dan menguduskan-Nya dengan suara yang bermacam-macam dan bahasa yang tidak sama. Jika satu suara daripadanya didengari oleh lapisan di bawahnya nescaya semua bukit, bandar dan benteng akan musnah. Lautan akan ditelan bumi dan binasa semuanya. Ia ('Arasy) mempunyai lapan tiang (arkan). Setiap tiang membawa malaikat yang tidak terhitung banyaknya melainkan Allah. Mereka bertasbih siang dan malam tanpa berhenti-henti. Jika satu malaikat merasai sesuatu di atas lapisannya, maka ia tidak dapat berdiri sekalipun sekejap di antaranya dan rasa keperkasaan (Jabarut), kemegahan (kibriya'), kebesaran, (al-'azamah) kekudusan dan rahmat yang tidak terungkap oleh lidah, dituntut oleh setiap yang rakus tanpa menerusi jalan yang sewajarnya.

Adapun di salbi Abbas mempunyai simpanan zuriat (wadi'ah). Maka ia telah disediakan untuk neraka Jahanam, kerana keturunannya mengeluarkan orang ramai daripada agama Allah sebagaimana mereka telah memasukinya. Bumi akan dipenuhi dengan darah generasi muda daripada keluarga Muhammad a.s yang meneruskan perjuangan mereka sepenuh masa bagi memperkuatkan ikatan (yurabitun) di kalangan mereka yang beriman dengan penuh kesabaran sehingga Allah memberi keputusan dan Allah adalah sebaik-baik hakim.



Bilal bin Rabah
Bilal adalah muazin Rasulullah s.a.w. Selepas Rasulullah s.a.w meninggal dunia, maka Bilal hanya tinggal di rumahnya. Dia tidak menjadi muazin kepada mana-mana Khalifah. Abu Abdullah Ja'far bin Muhammad a.s berkata mengenainya: Semoga Allah memberi rahmat kepada Bilal, kerana dia mencintai Ahlu l-Bait, sebaliknya Allah melaknati Suhaib (La'ana l-Lahu Suhaiban) kerana dia memusuhi kami (fa-inna-hu kaana yu'aadii-na). Di dalam riwayat yang lain: Suhaib pernah menangis kerana mencintai 'Umar .




Catatan Kaki:
74. Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 157
75. Al-Majlisi, Bihar al-Asnwar, iv, 91
76. Pengertiannya ialah kalam, pen, pena dan pensel
77. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 90
78. Wujudnya beberapa Adam sebelum Adam kita dan menurut satu riwayat bahawa Adam kita adalah Adam ketujuh, kerana Allah mempunyai sifat-sifat yang sentiasa mencipta, memberi rezeki, menghidup dan mematikan, serta kekuasaan-Nya yang tidak terhad.
79. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.110, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 223
80. Tiga puluh lima kilometer pergi dan balik
81. Ibid
82. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.112
83. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 222
84. Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 492
85. Abu Bakr
86. 'Umar
87. Al-Hasan bin 'Ali bin Syu'bah, Tuhaf al 'Uqul, hlm.406
88. Harun al-Rasyid
89. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 396
90. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.6,al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 726
91. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.28, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 64
92. Ibid
93. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi, 778
94. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm 81, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 42
95. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, x, 129
96. Ibid, viii, 728
97. Ibid, ix, 643
98. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 727
99. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.90
100. Ibid
101. Al-Kasyi, al-Rijal, 128
102. Nama tempat antara Makkah dan Madinah
103. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 396, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 81
104. Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 465
105. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.213
106. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.213, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 205
107. Ibid
108. Ibid
109. Ibid
110. Ibid
111. Ibid
112. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 423
113. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.38, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 643
114. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.26

8
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KETIGA

Sejarah Qanbar, Mitham bin Yahya, Rusyaid al-Hajari, Zaid bin Sauhan, al-Asytar al-Nakha'i, Sufyan bin Laila, nama-nama para syuhada' Karbala', Surat bin Kulaib, Ibrahim bin Syu'aib dan lain-lain

Qanbar Hamba Amir al-Mukminin
Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairi daripada Harun bin Muslim daripada Mas'dah bin Sadaqah daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya sesungguhnya Ali a.s berkata:

Apabila anda melihat perkara mungkar
Nyalakan api dan panggillah Qanbar

Di dalam riwayat umum: Qanbar telah ditanya: Siapakah anda? Beliau menjawab: Aku adalah hamba kepada orang yang telah memukul dengan dua pedang, telah menikam dengan dua lembing, telah mengerjakan solat ke arah Dua Kiblat, memberi baiah kepada dua baiah, telah berhijrah dua kali dan tidak pernah kafir dengan Allah walaupun sekelip mata.

Aku adalah hamba kepada mukmin yang paling soleh, pewaris para nabi, sebaik-baik wasi, muslim yang lebih besar (kerohaniannya) Ya'sub (ketua) mukminin, cahaya mujahidin, ketua kepada penangis-penangis, perhiasan kepada para abid, lampu kepada mereka yang terdahulu, cahaya kepada mereka yang melakukan ibadah, sebaik-baik mereka yang merendah diri, lidah Rasul Tuhan alam semesta, wasi yang pertama daripada keluarga Yasin (Muhammad s.a.w), diperkuatkan dengan Jibrail, dibantu dengan Mikail yang kuat, dipuji oleh semua penghuni langit, pemelihara Haram muslimin.

Pejuang menentang musuhnya yang menentang (Nasibiin), pemadam kepada api yang dinyalakan, yang paling "megah" di kalangan Quraisy, yang pertama mengendalikan peperangan secara bijak, Amir al-Mukminin dan wasi Nabinya di alam semesta, yang dipercayai oleh seluruh makhluk, khalifah kepada mereka yang diutus kepadanya, penghulu muslimin dan mereka yang terdahulu, memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, pemusnah musyrikin, anak panah kepada munafikin, lisan kalimah Allah dan pembantu-Nya di bumi, tempat simpan ilmu-Nya, gua agama-Nya, Imam kepada mereka yang baik diredai di sisi Yang Maha Tinggi dan Perkasa, pemaaf, pemurah, pemalu, ketawa, berjaga malam, disucikan, sempurna di dalam pengalamannya, memiliki pemerintahan, penyabar, berpuasa, penunjuk, maju ke depan, pemecah al-Ahzab, dan penguasanya, berpegang teguh kepada syariah, tabah hati, peribadi yang kuat, cekal, berani, keras, singa, sempurna akalnya, pandai berkhutbah, pandai berdialog, keturunan yang mulia, cekap di dalam memberi keputusan, mulia di dalam kabilah, keturunan yang bersih, cerdas, pelaksana amanah daripada Bani Hasyim, sepupu Nabi s.a.w, Imam penunjuk, penentang kerosakan, pemurah dan wira kepada semua sayyid .



Mitham bin Yahya al-Tammar
Mitham berkata: Demi Tuhan! Aku bukan menangis kerana kata-kata Amir al-Mukminin dan bukan kerana perbuatannya kepada aku, tetapi sesungguhnya aku telah menangis kerana perasaan syak yang telah memasuki aku pada hari di mana tuanku Ali bin Abu Talib a.s memberitahuku. Seorang bertanya kepada Mitham: Apakah yang beliau a.s. katakan kepada anda? Mitham berkata: Aku datang ke pintu, tiba-tiba seorang berkata kepada aku: Anda sedang tidur? Kemudian dia berkata: Wahai orang yang sedang tidur! Janggut anda akan dimerahi darah dari kepala anda. Beliau a.s. berkata: Anda benar, demi Allah ia akan memotong kedua-dua tangan dan kaki anda serta lidah anda. Anda juga akan disula. Aku berkata: Siapakah yang akan melakukannya wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s. berkata: Seorang anak lelaki kepada hamba perempuan; penzina bernama 'Ubaidillah bin Ziad. Dialah yang akan melakukannya. Perawi berkata: Mitham menjadi marah.

Di dalam riwayat yang lain Mitham berkata kepada 'Ubaidillah bin Ziad: Akulah al-Sadiq dan hamba al-Sadiq sebaliknya dia (Ibn Ziad) adalah pendusta yang paling jahat. Lalu Ibn Ziad berkata: Aku akan membunuh anda dengan satu pembunuhan yang tidak pernah dilakukan kepada seorang pun dalam Islam. Mitham berkata: Aku berkata: Sesungguhnya tuanku telah memberitahuku bahawa aku akan dibunuh oleh seorang anak zina. Ia akan memotong dua tangan aku dan dua kaki aku serta lidah aku. Kemudian ia akan menyula aku.

Ibn Ziad berkata: Apakah al-'Atal al-Zanim aku mendapatinya di dalam al-Qur'an? Mitham berkata: Tuanku telah memberitahuku bahawa ia adalah anak lelaki kepada perempuan penzina. Ibn Ziad berkata: Demi Allah, aku akan membohongi anda dan aku akan membohongi tuan anda. Ibn Ziad berkata kepada pengawalnya: Keluarkan Mitham, potong dua tangannya, dua kakinya dan tinggalkan dua lidahnya sehingga dia mengetahui bahawa dia adalah pembohong kepada tuanya yang juga merupakan pembohong.

Mitham berkata: Maka pengawal Ibn Ziad telah mengeluarkan aku dan melakukan perintahnya. Salih berkata: Aku datang kepada bapa aku yang sedang berlumuran darah. Kemudian dia duduk lalu beliau menyeru kepada orang ramai dengan suaranya yang tinggi: Siapa yang menghendaki hadis yang tersembunyi tentang Ali bin Abu Talib Amir al-Mukminin a.s, maka hendaklah dia mendengar. Orang ramai berkumpul beramai-ramai ramai di hadapannya. Dia (Mitham) mulai memberitahu mereka tentang keajaiban Ali a.s.

Salih berkata: Seorang yang paling celaka telah turut mengikuti situasi perkembangan tersebut. Setelah dia melihat orang ramai menulis di sekeliling Mitham, maka dia terus datang kepada Ibn Ziad dan berkata: Allah memperbaiki Amir. Anda telah meninggalkan perkara yang paling buruk padanya. Ibn Ziad berkata: Apakah itu? Dia menjawab: Lidah Mitham. Sesungguhnya Mitham telah menyebarkan perkara yang ajaib. Ibn Ziad berkata: Bersegeralah kepada Mitham dan potonglah lidahnya.

Salih berkata: Pengawal Ibn Ziad bergegas kepada Mitham dan berkata: Keluarkan lidah anda. Mitham berkata: Tidakkah Ibn Ziad menyangka bahawa dia membohongi aku dan membohongi tuanku akan dibinasakan? Kemudian Mitham mengeluarkan lidahnya, lalu lidahnya itu dipotong.

Salih bin Mitham berkata: Bapa aku dihantar ke pokok kurma, dan disula di atasnya. Ali a.s telah memberitahunya di tempat mana Mitham akan disula. Salih bin Mitham berkata: Bapa aku telah mengambil kayu dan menulis nama di atasnya. Mitham telah meletakannya pada tempat yang telah diberitahu oleh Ali a.s. tanpa pengetahuan tukang kayu. Apabila Mitham dibawa kepada kayu tersebut, maka aku telah melihat paku di bawah tapak kakinya di atasnya tertulis: Allah memberi rahmat ke atas Mitham.



Rusyaid al-Hajari
Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Abu al-Qasim daripada Muhammad bin Ali al-Sairafi daripada Ali bin Muhammad bin Abdullah al-Khayyat daripada Wahib bin Hafs al-Hariri daripada Abu al-Hasan al-'Ajali bertanyakan Qanwa binti Rusyaid al-Hajari. Al-Anjali berkata: Aku telah bertanya kepada Qanwa: Beritahu aku apakah yang anda telah mendengar daripada bapa anda? Qanwa berkata: Aku telah mendengar bapa aku berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu aku dengan katanya: Wahai Rusyaid! Bagaimana keadaan kesabaran anda apabila seorang anak zina daripada Bani Umayyah diutus kepada anda, lalu dia memotong dua tangan anda, dua kaki anda dan lidah anda? Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin akhirnya ke syurga? Beliau a.s. menjawab: Ya, wahai Rusyaid! Anda bersama aku di dunia dan di akhirat. Qanwa berkata: Demi Allah! Hari telah berlalu sehingga diutus kepadanya seorang anak zina bernama 'Ubaidillah bin Ziad. Dia telah menyeru supaya bapaku melepaskan dirinya (al-Bara'ah) daripada Amir al-Mukminin a.s, tetapi bapaku enggan melepaskan diri daripadanya.

Maka anak zina itu berkata kepada bapaku: Apakah jenis kematian yang dia telah memberitahu anda bagaimana anda akan mati? Bapaku berkata: Sahabat aku telah memberitahu aku bahawa anda akan menyeruku supaya melepaskan diriku (al-Bara'ah) daripadanya tetapi aku tidak akan melepaskan diriku daripadanya. Dengan itu, anda mendatangiku, memotong dua tanganku, kakiku dan lidahku. 'Ubaidillah berkata: Demi Allah, aku akan membohongi kata-katanya tentang anda. Mereka memotong dua tangan dan dua kaki bapaku. Mereka telah meninggalkan lidahnya. Setelah itu dihimpunkan dua tangan dan kaki yang telah dipotong. Maka aku berkata kepadanya: Wahai bapaku! Bagaimana anda mendapati kesakitan yang menimpa anda?

Bapaku menjawab: Tidak, wahai anak perempuanku! Ia sepertilah suatu kesesakan di kalangan orang ramai. Kami membawanya keluar dari istana. Orang ramai berkumpul di sekelilingnya. Bapaku berkata: Bawakan kepadaku kertas dan pensel supaya aku imlakkan kepada kamu apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat kerana sebahagian mereka belum mengambilnya daripada aku. Orang ramai membawa kertas dan pensel. Lalu bapaku mengimlakkannya kepada mereka:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Apabila orang yang dilaknati itu pergi, maka bapaku mengimlakkan kepada orang ramai apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat . Kemudian diutus seorang lelaki kepadanya, lalu dia memotong lidah bapaku. Beliau mati pada malam itu juga, Amir al-Mukminin a.s menamakannya Rusyaid al-Balaya, kerana dikurniakan kepadanya ilmu al-Balaya dan al-Manaya . Apabila bapaku bertemu dengan seseorang, dia akan berkata: Wahai polan! Anda akan mati begitu dan begini, anda akan dibunuh wahai polan dengan pembunuhan begitu dan begini. Peristiwa itu akan berlaku sebagaimana dikatakan oleh Rusyaid. Lantaran itu, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Anda adalah Rusyaid al-Balaya dan anda akan dibunuh dengan pembunuhan ini. Maka ia telah berlaku sebagaimana dikatakan oleh Amir al-Mukminin a.s .

Daripadanya daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada 'Uthman bin Isa daripada Abu Jarud berkata: Aku telah mendengar al-Qanwa binti Rusyaid al-Hajari berkata: Bapa aku telah berkata kepadaku: Wahai anak perempuanku! Matikan hadis dengan menyembunyikannya dan jadikan hati sebagai tempat amanah .

Di dalam riwayat yang lain daripada al-Qanwa binti Rusyaid berkata: Aku telah berkata kepada bapa aku: Apakah ijtihad anda yang paling penting? Bapaku berkata: Wahai anak perempuanku! Akan datang kaum selepas kita yang mempunyai kecerdikan di dalam agama adalah lebih baik daripada ijtihad kita .

Ja'far bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin al-Husain ibn Abu al-Khattab daripada al-Hasan Mahbub daripada Abd al-Karim secara marfu' kepada Rusyaid al-Hajari berkata: Ziad Abu 'Ubaidillah mencari Rusyaid al-Hajari. Maka Rusyaid telah menyembunyikan diri. Pada suatu hari Rusyaid datang kepada Abu Arakat yang sedang duduk di pintunya bersama beberapa orang sahabatnya. Rusyaid telah masuk ke rumah Abu Arakat menyebabkan Abu Arakat menjadi takut. Dia memasuki rumahnya dan berkata kepada Rusyaid: Celaka anda! Anda telah membunuhku, menjadikan anak aku yatim dan anda telah membinasakan mereka? Rusyaid berkata: Apakah itu? Abu Arakat menjawab: Anda sedang diburu. Anda memasuki rumahku. Mereka di sisiku telah melihat anda. Rusyaid menjawab: Tidak seorangpun daripada mereka telah melihat aku.

Abu Arakat berkata: Anda akan menghadapinya. Lalu dia memasukkannya ke dalam rumah dan menutup pintunya. Kemudian Abu Arakat keluar daripada rumah dan berkata kepada para sahabatnya: Aku terkhayal ada seorang lelaki tua baru sahaja memasuki rumahku. Mereka berkata: Kami tidak melihat sesiapapun. Abu Arakat menyatakan perkara yang sama tetapi sahabatnya tetap berkata: Kami tidak melihat sesiapapun. Dia terdiam kerana takut orang lain telah melihatnya. Abu Arakat telah menghadiri majlis Ziad bagi meninjau maklumat mereka tentang Rusyaid. Jika mereka masih menyebutnya, maka dia akan memberitahu mereka bahawa Rusyaid berada di rumahnya dan akan menyerahkan Rusyaid kepada mereka. Abu Arakat berkata: Dia memberi salam kepada Ziad dan duduk di sisinya. Antara mereka berdua terdapat seorang lelaki bernama Latif.

Abd Karim berkata: Tiba-tiba Rusyaid datang dengan menaiki keldai Abu Arakat menghala ke majlis Ziad. Abd Karim berkata: Ketika Abu Arakat melihat keadaan itu, maka wajahnya berubah dan barang di tangannya terjatuh kerana menyangka akan kebinasaannya. Rusyaid turun dari keldainya menuju kepada Ziad dan memberi salam kepadanya. Ziad berdiri memeluk dan mengucup Rusyaid. Kemudian Ziad mulai bertanya kepada Rusyaid: Bagaimana anda datang? Bagaimana ahli keluarga yang anda tinggalkan? Bagaimana anda di dalam perjalanan? Rusyaid memegang janggutnya, kemudian dia berdiri sekejap dan pergi. Abu Arakat berkata kepada Ziad: Aslaha l-Lahu al-Amir! Siapakah orang tua ini? Ziad berkata: Saudara daripada saudara kami daripada penduduk Syam. Dia datang menziarahi kami. Abu Arakat pulang ke rumahnya. Rusyaid ada di rumah sebagaimana beliau telah meninggalkannya, Abu Arakat berkata kepadanya: Jika anda mempunyai keilmuan semacam ini, maka lakukan apa yang anda fikir wajar dan datanglah kepada kami apabila anda mahu .



Zaid bin Sauhan
Ja'far bin al-Husain al-Mu'min dan sekumpulan syeikh kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Abdullah bin Ja'far al-Humairi daripada bapanya daripada Musa bin Ja'far al-Baghdadi daripada Ali bin Ma'bad daripada Ubaidillah bin Abdullah al-Dahaqan daripada Wasil bin Sulaiman daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ketika Zaid bin Sauhan berjuang pada Hari Jamal maka Amir al-Mukminin a.s datang kepadanya dan duduk di sisi kepala Ziad bin Sauhan sambil berkata: Semoga Allah memberi rahmat kepada anda wahai Zaid. Anda makan sedikit tetapi pertolongan anda adalah besar.

Beliau a.s. berkata: Zaid mengangkat kepalanya dan berkata: Dan anda, wahai Amir al-Mukminin. Allah akan memberi ganjaran kepada anda. Aku tidak mengetahui anda bagi Allah melaikan sebagai seorang yang alim dan pada Ummi al-Kitab melaikan sebagai seorang yang tinggi dan bijaksana. Sesungguhnya Allah di dalam dada anda adalah besar. Demi Allah! Aku tidak berperang bersama anda di atas kejahilan, tetapi aku telah mendengar Ummu Salamah; isteri Rasulullah s.a.w berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku tuannya, maka Ali juga tuannya. wahai Tuhanku! Berilah penghormatan kepada mereka yang mewalikan Ali. Musuhilah mereka yang bermusuhan dengannya. Tolonglah mereka yang menolongnya. Hinalah mereka yang menghinanya". Demi Tuhan, sesungguhnya Aku benci menghina anda kerana Allah akan menghina aku .



Malik bin al-Harith al-Asytar al-Nakha'i
Abu Abdullah al-Husain bin Ahmad al-'Alawi al-Muhammadi, dan Ahmad bin Ali bin al-Husain bin Zanjawaih telah memberitahu kami, mereka berdua berkata: Abu al-Qasim Hamzah bin al-Qasim al-'Alawi telah memberitahu kami berkata: Bakr bin Abdullah ibn Habib telah memberitahu kami daripada Samurah bin Ali daripada Abu Mu'awiyah al-Dharir daripada Mujalid daripada Sya'bi berkata: Abdullah bin Ja'far yang mempunyai dua sayap telah memberitahu kami berkata: Apabila berita pembunuhan Muhammad bin Abu Bakr oleh Mu'awiyah bin Khadij al-Sukuni di Mesir sampai kepada Ali bin Abu Talib a.s, maka beliau a.s. begitu sedih dan berkata: Aku tidak akan membiarkan Mesir begitu saja. Aku mahu jika aku dapati seorang yang sesuai untuknya, aku akan menghantarnya ke sana.

Abdullah berkata: Adakah anda mendapati orang yang sesuai? Beliau a.s berkata: Siapakah orangnya? Aku berkata: Al-Asytar. Beliau a.s. berkata: Panggilkan Malik kepada aku. Maka aku memanggilnya. Maka beliau a.s. menulis perjanjian untuk Malik:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Daripada Ali bin Abu Talib kepada sebahagian muslimin yang memarahi kerana Allah ketika maksiat dilakukan di bumi dan kezaliman berleluasa sama ada di darat atau di laut sehingga tidak ada tempat untuk berehat kerana kemungkaran masih tidak berakhir. Salam 'alaikum. Amma ba'd, sesungguhnya aku telah kemukakan kepada kamu seorang hamba daripada hamba-hamba Allah di mana beliau tidak tidur pada hari-hari ketakutan, cekal menghadapi musuh, lebih keras ke atas mereka yang jahat (al-Fujjar)dari api yang membakar. Dia adalah Malik bin al-Harith al-Asytar, saudara lelaki Madhhij. Justeru dengarlah kamu kepadanya dan patuhilah dia kerana dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah. Jika dia memerintahkan kamu supaya menyerang, maka seranglah, jika dia memerintahkan kami tinggal di satu tempat, maka lakukanlah, jika dia memerintahkan kamu supaya berbekam, maka lakukanlah kerana dia tidak melakukannya melainkan dengan perintah aku.

Sesungguhnya aku telah mengutamakannya untuk kamu di atas diri aku sendiri supaya menasihati kamu, apatah lagi ketegasannya terhadap musuh kamu. Tuhan kamu akan memelihara kamu dengan hidayat-Nya, dan menjadikan kamu cekal dengan keyakinan. Beliau a.s berkata: Jangan memandang remeh, kerana aku takut bencana ke atas anda akibat dari tindakan Mu'awiyah dan para sahabatnya. Oleh itu, ikutlah jalan yang lebih tinggi di darat sehingga anda keluar ke Ilah, Kemudian anda lalui pantai sehingga anda sampai kepadanya. Apabila sampai di Ilah, maka keluarlah Nafi'. Dia adalah hamba kepada 'Uthman bin 'Affan. Nafi' melayan dan berlembut dengan Malik sehingga mendatangkan kepercayaan Malik kepadanya. Malik bertanya kepadanya: Daripada siapakah anda?

Nafi' berkata: Aku daripada penduduk Madinah. Daripada suku manakah anda? Nafi' menjawab: Aku bekas hamba 'Umar bin al-Khattab. Malik berkata: Kemanakah anda mahu pergi? Nafi' menjawab: Mesir. Malik bertanya: Apakah hajat anda ke sana? Nafi' menjawab: Aku mahu kenyang dengan roti kerana kami tidak kenyang di Madinah. Malik berkata kepadanya: Ikutlah aku. Aku akan memberi kamu roti yang mengenyangkan kamu. Maka Nafi' mengikutinya sehingga sampai di al-Qalzam, iaitu tempat berhampiran Mesir yang jaraknya satu malam. Seorang perempuan dari suku Juhainah datang kepada Malik dan berkata: Apakah makanan yang paling enak di Iraq supaya aku masakkan untuk anda? Beliau berkata: Dua ekor ikan segar. Dia memasak untuknya. Lalu dia makan. Pada kebiasaannya Malik berpuasa pada hari panas namun dia telah memperbanyakkan minuman air sehingga tidak terasa dahaga dan perutnya menjadi buncit kerana banyak meminum air. Nafi' berkata kepadanya: Sesungguhnya makanan yang anda makan tidak akan dimasukki racunnya selain daripada madu lebah.

Maka Malik meminta supaya madu lebah diambil dari simpanannya tetapi ia tidak ada pada tempatnya. Lantas Nafi' berkata kepadanya: Ia ada di sisiku, bolehkah aku memberinya untuk anda? Malik berkata: Ya, bawalah kepada aku. Kemudian Nafi' memberikan madu yang dicampurkan dengan racun yang sedia ada bersamanya yang memang disediakan untuk Malik. Malik meminumnya kemudian beliau meninggal dunia pada masa itu juga. Nafi' sempat melarikan diri di dalam kegelapan malam. Sebelum mati, Malik memerintahkan supaya Nafi' dicari. Dia telah dicari tetapi tidak ditemui.

Abdullah bin Ja'far berkata: Mu'awiyah mempunyai pengintipnya di Mesir, yang bernama Mas'ud bin Jurjah. Dia menulis surat kepada Mu'awiyah tentang kematian Malik. Justeru Mu'awiyah memberi khutbah kepada para sahabatnya secara berdiri dan berkata: Sesungguhnya Ali mempunyai dua orang kanannya. Salah seorang telah dibunuh di Siffin iaitu Ammar dan seorang lagi di bunuh pada hari ini. Sesungguhnya Malik al-Asytar telah melalui Ilah di dalam perjalanannya ke Mesir. Nafi' hamba 'Uthman telah bersahabat dengannya, berkhidmat kepadanya dan berlembut dengannya sehingga dapat menawan hatinya. Dia (al-Asytar) pula merasa senang dengannya. Apabila dia bermalam di al-Qalzam, maka Nafi' membawa kepadanya minuman daripada madu yang dicampurkan dengan racun. Dia telah meminumnya, lalu meninggal dunia. Sesungguhnya bagi Allah bala tenteranya daripada madu .

Ahmad bin Ali telah memberitahu kami dengan katanya: Abu al-Qasim Hamzah bin al-Qasim al-'Alawi telah memberitahu kami daripada Bakr bin Abdullah bin Habib daripada Samurah bin Ali berkata: Al-Minwal bin Jubair al-Humairi telah memberitahu kami berkata: 'Awanah telah memberitahu kami berkata: Setelah sampai berita kematian Malik al-Asytar kepada Ali bin Abu Talib a.s, maka beliau a.s. terus menaiki mimbar memberi khutbah kepada orang ramai dan berkata: Sesungguhnya Malik bin al-Harith telah meninggal dunia, menunaikan janjinya dan berjumpa dengan Tuhannya. Semoga Allah memberi rahmat kepada Malik. Jika ia sebuah bukit, nescaya ia kuat, jika ia sebuah batu, nescaya ia pejal . Bagi Allah penghargaan kepada Malik. Apakah Malik? Adakah kaum wanita dapat melahirkan seorang seperti Malik? Masih wujudkah orang seperti Malik?

'Awanah berkata: Setelah beliau a.s selesai memberi khutbah, beliau memasuki kediamannya. Beberapa orang Quraisy menyambutnya dan berkata: Sebanyak mana anda berdukacita ke atas kematian Malik ? Beliau a.s. berkata: Demi Allah! Kematiannya telah memuliakan penduduk Maghrib dan menghina penduduk Masyrik.

'Awanah berkata: Amir al-Mukminin Ali a.s telah menangis dan berdukacita ke atas Malik selama beberapa hari. Beliau a.s berkata: Aku tidak akan dapati orang sepertinya selepas ini buat selama-lamanya (La ara mithla-hu ba'da-hu abadan).

Ahmad bin Harun al-Fami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad ibn Isa daripada Abu Abdullah Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Ahmad bin al-Nadhar al-Khazzaz daripada 'Umru bin Syamr daripada Jabir al-Ja'fi daripada Abu Ja'far a.s berkata: Tiga orang daripada tabi'in yang berperang bersama Ali bin Abu Talib telah mati syahid di Siffin dan dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w tanpa melihat mereka. Mereka itu adalah Uwais al-Qarani, Zaid bin Sauhan al-'Abdi dan Jundub al-Khair al-Azadi, rahmatu l-Lahi 'laihim ..



Sufyan bin Laila al-Hamdani
Ja'far bin al-Husain al-Mu'min dan sebahagian daripada syeikh kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Nu'man daripada Abdullah bin Maskan daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja'far a.s berkata: Seorang lelaki daripada sahabat Abu al-Hasan a.s datang kepadanya. Dia dikenali dengan nama Sufyan bin Laila. Dalam perjalanan ke rumahnya, dia berjumpa dengan al-Hasan a.s. Pada ketika itu beliau a.s. sedang berselimut di halaman rumahnya. Sufyan bin Laila berkata kepadanya: As-Salamu 'alai-ka ya mudhilla l-Muslimin (Wahai orang menghina muslimin)!Maka Abu al-Hasan a.s. berkata kepadanya: Turun dahulu, janganlah anda gopoh.

Lantas Sufyan turun dan mengikat binatang tunggangannya di rumah al-Hasan a.s. Kemudian dia berjalan kepadanya. Al-Hasan a.s berkata: Apakah yang anda telah katakan? Sufyan berkata: Aku berkata: Wahai orang yang menghina muslimin. Beliau a.s berkata: Apakah anda tahu mengenainya? Sufyan berkata: Anda telah berpegang kepada urusan umat tetapi anda telah menyelesaikannya dari tengkuk anda dan anda telah menyerahkannya kepada orang yang zalim ini membuat keputusan tanpa menurut hukum Allah. Abu Ja'far a.s. berkata: Al-Hasan a.s berkata: Aku akan memberitahu anda kenapa aku telah berbuat demikian. Aku telah mendengar bapa aku berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlalu malam dan siang sehingga umat ini diperintah oleh seorang lelaki yang mempunyai saluran makanan yang besar dan luas dadanya. Dia makan tetapi tidak merasa kenyang iaitu Mu'awiyah. Justeru aku telah melakukan sedemikian. Sufyan berkata: Kecintaan kepada anda? Beliau a.s. berkata: Allah. Beliau a.s. berkata: Allah.

Al-Hasan a.s berkata: Demi Allah! Seorang hamba tidak mencintai kami selama-lamanya sekalipun ia menjadi orang tawanan di Dailam melainkan Allah memberi pahala kepadanya kerana mencintai kami. Sesungguhnya cinta kepada kami dapat menjatuhkan dosa-dosa daripada manusia sebagaimana angin dapat menjatuhkan daun dari pokok ( kama yusaqitu r-Rihu al-Waraq min al-Syajari )



Nama-Nama Para Syuhada' Bersama al- Husain bin Ali A.S di Karbala',
Al-Abbas bin Ali bin Abu Talib iaitu pembawa air yang telah dibunuh oleh Hakam bin Tufail, ibu kepada al-Abbas dikenali dengan nama Umm al-Banin binti Hizam bin Khalid bin Rabi'ah bin al-Wahid bin 'Amir, Ja'far bin Ali, Abdullah bin Ali bin Abu Talib a.s, ibu mereka berdua adalah Umm al-Banin, Muhammad bin Ali dan ibunya sebagai Umm al-Walad, Abu Bakr bin Ali, ibunya Laila binti Mas'ud, Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib, ibunya Laila binti Abu Murrah bin 'Urwah bin Mas'ud, Abdullah bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib, ibunya al-Ribab binti Amru al-Qais bin 'Adi, 'Aun bin Abdullah bin Ja'far bin Abu Talib, Muhammad bin Abdullah bin Ja'far bin Abu Talib, Abdullah bin Muslim bin Aqil bin Abu Talib, Muhammad bin Abdullah bin Ja'far bin Abu Talib, Muhammad bin Abu Sa'id bin Aqil bin Abu Talib, Abdullah bin Yaqtur; saudara sesusu al-Husain bin Ali bin Abu Talib, Sulaiman hamba al-Husain, Munjih hamba al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s.

Kesemua mereka yang telah mati syahid bersama Abu Abdullah al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s di Karbala, adalah daripada anak-anak Ali, Ja'far, Aqil dan anak-anak al-Husain serta hamba-hamba mereka.



Nama-Nama Hamba Ali bin al-Husain dan Abu Ja'far A.S
Muhammad bin Ja'far al-Muaddib telah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Abu Ishaq namanya adalah 'Umru bin Abdullah al-Sabi'. Beliau telah mengerjakan solat malam selama empat puluh tahun dengan wuduk 'Atamah. Beliau berkhatam al-Qur'an pada setiap malam, tidak ada seorang pun pada zamannya yang lebih kuat beribadat selain daripadanya. Tidak ada seorang pun yang lebih thiqah di dalam hadis di sisi khas dan am selain daripadanya. Beliau adalah di kalangan mereka yang dipercayai oleh Ali bin al-Husain a.s. Beliau dilahirkan pada malam Amir al-Mukminin a.s dibunuh dan mati ketika berusia sembilan puluh tahun. Beliau berasal dari Hamadan. Namanya 'Umru bin Abdullah bin Ali bin Dhi Humair bin al-Sabi' bin Yablu' al-Hamdani, ia dinisbahkan kepada al-Sabi' kerana tinggal di rumahnya .

Ziad bin al-Mundhir al-A'ma iaitu Abu al-Jarud, Ziad bin AbuRaja' iaitu Abu Ubaidah al-Hiza', Ziyad bin Sauqah, Ziad hamba Abu Ja'far a.s, Ziad bin Abu Ziad al-Munqari, Ziad al-Ahlam daripada sahabat Abu Ja'far a.s. di kalangan para sahabatnya adalah Abu Basir Laith bin al-Bukhturi al-Muradi, Abu Basir Yahya Ibn Abu al-Qasim, Makfuf hamba Bani Asad. Nama Abu al-Qasim adalah Ishaq dan Abu Basir dipanggil Abu Muhammad.



Surat bin Kulaib al-Asadi
Daripada al-Husain bin Sa'id berkata: Ahmad bin Muhammad telah memberitahu aku daripada Muhammad bin Ali daripada Ali bin Muhammad daripada Sundal daripada Surat bin Kulaib berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepada aku: Wahai Surat! Bagaimana anda mengerjakan haji pada tahun ini?

Aku menjawab: Aku telah meminta hutang bagi haji aku. Demi Allah! Sesungguhnya aku mengetahui bahawa Allah akan melaksanakannya untuk aku, haji ku tidak menjadi lebih besar selepas keampunan selain cinta kepada anda dan kepada hadis anda. Beliau a.s berkata: Adapun haji anda, maka Allah telah melaksanakannya dari sisi ku, kemudian beliau a.s. mengangkat musalanya, lalu beliau a.s. mengeluarkan dua puluh dinar. Beliau a.s berkata: Inilah haji anda sebanyak dua puluh dinar. Beliau a.s. seterusnya berkata: Inilah bantuan untuk anda semasa hidup anda sampai anda mati. Surat berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagai tebusan anda, beritahu kepada aku tentang ajal aku adakah ia telah hampir? Beliau a.s. berkata: Wahai Surat! Tidakkah anda meredai bahawa anda akan berada bersama kami dan saudara-saudara anda polan dan polan? Surat berkata: Ya. Sundal berkata: Sembilan bulan selepas itu beliau mati .



Ibrahim bin Syu'aib
Abu al-Abbas Ahmad bin Muhammad bin al-Qasim al-Kufi al-Muharibi berkata: Ali bin Muhammad bin Ya'qub al-Kufi telah memberitahu aku dengan katanya: Ali bin al-Hasan bin Ali al-Fadhdhal telah memberitahu kepada aku daripada Ali bin Asbat daripada Ibrahim bin Abu al-Bilad-atau Abdullah bin Jundub berkata: Aku telah berada di al-Mauqif. Ketika aku melakukan Ifadhah, aku berjumpa dengan Ibrahim bin Syu'aib, lalu aku memberi salam kepadanya. Salah satu matanya dijangkiti kemerahan seolah-olah seketul darah.

Aku berkata kepadanya: Anda telah ditimpa kesakitan pada salah satu mata anda. Aku bersimpati dengan anda. Anda sepatutnya mengurangkan tangisan anda. Ibrahim berkata: Tidak, wahai Abu Muhammad! Pada hari ini aku tidak berdoa untuk diri aku sendiri. Abdullah bertanya: Kepada siapakah anda telah berdoa? Ibrahim berkata: Aku telah berdoa untuk saudara-saudara aku kerana aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya maka Allah akan mewakilkan kepadanya malaikat yang akan berkata: Dan untuk anda seumpamanya. Lantaran itu, aku mahu berdoa untuk saudara-saudaraku sementara malaikat berdoa untuk aku kerana aku di dalam keadaan syak tentang doa aku untuk diri aku dan aku tidak syak tentang doa malaikat untuk aku .



Abdullah bin al-Mughirah al-Khazaz al-Kufi
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kepada aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, berkata: Abdullah bin al-Mughirah berkata: Aku adalah seorang yang berpegang kepada fahaman al-Waqifi. Aku telah mengerjakan haji di dalam keadaan tersebut, apabila aku sampai di Makkah, satu perkara telah membuatkan aku gelisah. Maka aku pun bergantung di al-Multazam. Kemudian aku berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengetahui tuntutanku dan kemahuanku. Maka tunjuklah kepada aku sebaik-baik agama (Khair al-Adyan).

Maka terlintas di hatiku untuk menemui al-Ridha a.s. Maka aku pun datang ke Madinah, lantas aku berdiri di pintunya dan aku berkata kepada hamba lelakinya: Katakan kepada tuan anda: Seorang lelaki daripada Iraq di pintu. Maka aku mendengar seruannya: Masuklah Abdullah bin al-Mughirah. Aku pun masuk. Setelah beliau a.s. melihat kepada ku beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah telah menyahuti doa anda dan telah menunjukkan anda kepada agama anda. Aku berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah hujah Allah di bumi dan pemegang amanah-Nya di atas makhluk-Nya .

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami dengan katanya: Dibawa kepada Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil sekeping kertas daripada Abu al-Hasan al-Asadi berkata: Sahal bin Ziad al-Adami telah memberitahu aku bahawa ketika Abdullah bin al-Mughirah mengarang kitabnya, beliau telah berjanji kepada para sahabatnya bahawa beliau akan membacanya kepada mereka di salah satu sudut Masjid. Abdullah mempunyai seorang saudara yang berlainan pemikiran dengannya (mukhalif). Ketika beliau hadir untuk memperdengarkan kitabnya maka saudaranya juga datang dan terus duduk.

Sahal berkata: Abdullah berkata kepada orang ramai: Pulanglah hari ini. Saudaranya berkata: Kemanakah mereka pergi? Sesungguhnya aku datang kerana mereka datang.

Saudaranya berkata: Kenapa mereka telah datang? Abdullah menjawab: Wahai saudaraku! Aku melihat sebagaimana orang yang tidur melihat malaikat sedang turun dari langit. Sahal bertanya: Kenapakah mereka (Malaikat) turun? Seseorang daripada hadirin menjawab: Mereka turun kerana ingin mendengar kitab yang dibacakan Abdullah bin al-Mughirah. Saudaranya berkata: Aku juga datang kerana kitab ini. Sekarang aku bertaubat kepada Allah. Sahal berkata: Abdullah bin al-Mughirah telah mentafsirkan sedemikian .




9
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Sa'd bin Abd al-Malik al-Amawi
Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Kufi al-Khazzaz telah memberitahu aku dengan katanya: Ahmad bin Muhammad bin Sa'id al-Kufi telah memberitahu aku daripada Ibn Fadhdhal daripada Ismail bin Mihran daripada Abu Masruq al-Nah di daripada Malik bin 'Atiyyah daripada Abu Hamzah berkata: Sa'd bin Abd al-Malik datang berjumpa dengan Abu Ja'far a.s dalam keadaan menangis sebagaimana menangisnya perempuan. Abu Ja'far a.s menamakannya Sa'd al-Khair. Beliau adalah daripada anak Abd al-Aziz bin Marwan.

Sa'd berkata: Abu Ja'far berkata kepadanya: Apakah yang membuatkan anda menangis wahai Sa'd? Dia menjawab: Bagaimana aku tidak menangis. Aku adalah daripada pokok yang dilaknat di dalam al-Qur'an. Maka beliau a.s berkata kepadanya: Anda bukanlah daripada mereka. Anda adalah amawiyyun daripada kami Ahlu l-Bait . Tidakkah anda telah mendengar firman Allah s.w.t yang menceritakan tentang Ibrahim di dalam Surah Ibrahim (14):36 "Maka sesiapa yang mengikuti ku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan ku".



Ismail bin Abd al-Rahman al-Ja'fi
Abu Ghalib Ahmad bin Muhammad al-Zarari berkata: Muhammad bin Sa'id al-Kufi telah memberitahu aku, berkata: Muhammad ibn Fadhl bin Ibrahim telah memberitahu aku daripada bapanya daripada al-Nu'man bin 'Umru al-Ja'fi berkata: Muhammad bin Ismail bin Abd al-Rahman al-Ja'fi berkata: Aku dan bapa saudaraku sebelah bapa bernama al-Hasin bin Abd al-Rahman telah datang kepada Abu Abdullah a.s. Maka beliau a.s. pun berkata: Anak lelaki siapakah bersama anda ini?

Dia menjawab: Anak lelaki saudaraku Ismail. Maka beliau a.s berkata: Semoga Allah memberi rahmat kepada Ismail kerana telah melebihi amalan jahatnya. Bagaimana kamu meninggalkannya? Beliau berkata: Dengan sebaik-baik apa yang telah dikurniakan Allah kepada kami kerana mencintai kamu. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Hasin! Janganlah kamu mengecil-ngecilkan kecintaan kepada kami, kerana ia adalah daripada peninggalan yang baik (al-Baqiyat al-Salihat). Beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah! Aku bukanlah mengecil-ngecilkannya, tetapi aku memuji Allah di atas dasar kecintaan kepada Ahlu l-Bait a.s .



Abu Ahmad Muhammad bin Abu 'Umair
Beliau berkata: Muhammad bin al-Muhsia al-Sajjad telah memberitahu kami dengan katanya: Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu kami daripada bapanya berkata: Ibn Abu 'Umair telah ditahan selama tujuh belas tahun. Maka wangnya sudah tidak ada lagi. Beliau juga telah memberi pinjaman kepada seorang lelaki sebanyak sepuluh ribu dirham.

Beliau berkata: Lelaki itu telah menjual rumahnya dan membayar hutangnya kepada Ibn Abu Umair. Sehubungan dengan itu, Ibn Umair bertanya kepada lelaki itu: Di manakah anda mendapati harta ini; adakah anda telah menemui barang simpanan atau anda telah mewarisinya daripada seseorang? Anda mesti memberitahu aku.

Lelaki itu berkata: Aku telah menjual rumah aku dan berkata: Dhuraih al-Muharibi telah memberitahu aku daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seorang lelaki tidak boleh keluar dari tempat lahirnya sedangkan dia berhutang. Aku memerlukan wang tetapi ia bukanlah milik aku .

Nama Abu 'Umair adalah Ziad hamba kepada al-Azadi, orang yang paling dipercayai di kalangan syi'ah dan umum, paling warak, paling banyak beribadat pada zamannya. Beliau sempat bertemu Musa bin Ja'far a.s, tetapi tidak meriwayatkan sesuatu daripadanya. Namun demikian dia telah meriwayatkan hadis daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s .



Zakaria dan Abu Jarir Zakaria al-Qummiyyain.
Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kami daripada bapanya dan Sa'd bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Yas' daripada Zakaria bin Adam berkata: Aku datang menemui al-Ridha a.s pada awal malam di Hadathan. Pada masa itu Abu Jarir telah mati. Beliau a.s. bertanya kepada aku mengenai Abu Jarir dan bersimpati ke atasnya. Beliau a.s sentiasa bercakap dengan aku dan aku bercakap dengannya sehingga naik fajar. Kemudian beliau a.s. berdiri dan mengerjakan solat Subuh .

Daripadanya daripada bapanya dan Sa'd daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Hamzah daripada Zakaria bin Adam berkata: Aku berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya aku ingin keluar daripada keluarga aku kerana ramai mereka yang bodoh.

Beliau a.s berkata: Jangan anda melakukannya kerana penduduk Qum mempertahankan mereka kerana anda sebagaimana dipertahankan penduduk Baghdad kerana Abu al-Hasan a.s .

Daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ahmad bin al-Walid daripada Ali bin al-Musayyab berkata: Aku berkata kepada al-Ridha a.s: Rumah aku sangat jauh. Aku tidak boleh datang kepada anda pada setiap masa. Justeru daripada siapakah aku akan mengambil ajaran agama aku? Beliau a.s berkata: Daripada Zakaria bin Adam al-Qummi bersifat amanah terhadap agama dan dunia. Ibn al-Musayyab berkata: Apabila aku pulang, aku datang kepada Zakaria dan aku telah bertanya beliau apa yang aku perlu kepadanya .

Ahmad bin Muhammad bin Isa al-Qummi berkata: Abu Ja'far a.s telah mengutus hamba lelakinya kepada aku bersamanya surat. Beliau a.s. memerintahkan aku supaya datang kepadanya. Aku datang ke Madinah untuk berjumpa dengannya. Abu Ja'far a.s tinggal di Dar Khan Bazi'. Aku masuk dan memberi salam kepadanya. Beliau a.s. telah menyebut Safwan, Muhammad bin Sinan kepada aku dan nama orang lain. Aku telah berkata kepada diri aku: Aku akan meminta kasihan belasnya ke atas Zakaria bin Adam dengan harapan beliau a.s menerima apa yang dikatakannya tentang Zakaria. Kemudian aku menarik balik niatku dan berkata kepada diri ku: Siapakah aku untuk membentangkan perkara ini atau seumpamanya kepada tuanku sedangkan beliau a.s. lebih mengetahui apa yang dilakukannya.

Beliau a.s berkata kepada aku: Wahai Abu Ali! Ia bukan seperti Abu Yahya ingin cepat. Dia pernah berkhidmat kepada bapa aku (Al-Baqir a.s.) dan mempunyai kedudukan di sisinya dan di sisiku selepasnya. Bukanlah aku perlu kepada harta (al-Mal) yang ada di sisinya. Muhammad berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagi tebusan anda bahawa Zakaria akan menghantar wang kepada anda. Dia berpesan dengan katanya: Jika aku sampai kepada Abu Ja'far a.s. maka beritahukan kepadanya bahawa apa yang telah menghalang aku dari menghantar harta itu ialah perselisihan Maimun dan Musafir. Beliau a.s berkata: Bawalah surat aku kepadanya dan perintahkannya menghantar harta kepada aku. Maka aku telah membawa surat itu kepada Zakaria bin Adam, lantas dia mengirim harta tersebut kepada Abu Ja 'far a.s. .

Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada al-Hasan bin al-Bannan daripada Muhammad bin Isa daripada bapanya daripada Ali bin Mahziar daripada sebahagian mereka Qum daripada Muhammad bin Ishaq dan al-Hasan bin Muhammad, mereka berdua berkata: Kami telah keluar selepas kematian Zakaria bin Adam untuk mengerjakan haji. Maka kami terjumpa surat (Abu Ja'far) a.s di sebahagian jalan. Dan apa yang berlaku adalah daripada Qadha' Allah tentang seorang lelaki yang mati dengan rahmat Allah pada hari beliau dilahirkan, hari beliau dimatikan dan hari beliau akan dibangkitkan.

Zakaria hidup sebagai orang yang arif dengan kebenaran, bersabar, dan berkira untuk kebenaran, melaksanakan apa yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Beliau mati tanpa belot dan berubah. Allah akan memberi pahala di atas niatnya dan kerjanya. Aku telah menyebut lelaki yang telah diwasiatkan kepadanya tetapi aku tidak menemuinya. Kami mempunyai maklumat mengenainya lebih banyak daripada apa yang kami sebutkan. Iaitu al-Hasan bin Muhammad bin 'Imran .



Al-Mirzaban bin Imran al-Qummi al-Asy'ari
Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ahmad bin Idris daripada Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad ibn Isa daripada al-Hasan bin Ali daripada al-Mirzaban bin Imran al-Qummi al-Asy'ari berkata: Aku berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku sedang bertanya anda tentang perkara yang paling penting kepada aku: Adakah aku daripada syi'ah anda? Beliau a.s berkata: Ya. Al-Mirzaban berkata: Aku bertanya kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Adakah nama aku tertulis di sisi anda? Beliau berkata: Ya .



Safwan bin Yahya
Muhammad bin Ja'far al-Muaddib telah menyebutkan bahawa Safwan bin Yahya dipanggil Abu Muhammad adalah hamba kepada Bajilah, Bayya' al-Sabiri, orang yang paling dipercayai dan warak pada zamannya di sisi ulama Hadis. Safwan mengerjakan solat sebanyak seratus lima puluh rakaat sehari. Beliau berpuasa selama tiga bulan setahun, mengeluarkan zakat hartanya sebanyak tiga kali setahun. Dia dan Abdullah bin Jundub serta Ali bin Uthman telah membuat perjanjian di Baitu l-Lah al-Haram bahawa jika seorang daripada mereka mati, maka yang hidup akan mengerjakan solatnya, puasanya, hajinya dan zakatnya selama ia masih hidup. Dua sahabatnya itu telah mati dan tinggallah Safwan selepas mereka berdua. Maka Safwan melaksanakan apa yang dia janjikan kepada mereka berdua. Sebahagian jirannya daripada penduduk Kufah di Makkah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad! Bawalah untuk aku ke rumah dua dinar? Dia berkata kepada mereka: Unta aku sedang mengambil upah sehingga aku menyuruh unta aku melakukannya .



Ali bin 'Ubaidillah bin Ali bin al-Husain A.S
Ahmad bin Muhammad telah memberitahu aku daripada bapanya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada Sulaiman bin Ja'far berkata: Ali bin 'Ubaidillah bin al-Husain bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s telah berkata kepada aku: Aku ingin berjumpa dengan Abu al-Hasan al-Ridha a.s bagi memberi salam kepadanya.

Sulaiman berkata: Apakah yang telah menghalang anda dari melakukannya? Ali berkata: Kemuliaan dan kehibatannya. Sulaiman berkata: Abu al-Hasan a.s. telah menghidap penyakit yang ringan. Orang ramai menziarahinya termasuk diriku. Aku terserempak dengan Ali bin 'Ubaidillah lalu aku berkata: Apa yang anda kehendaki itu tepat pada masanya. Abu al-Hasan a.s. sedang sakit ringan. Orang ramai menziarahinya. Jika anda mahu berjumpa dengannya, maka inilah harinya.

Sulaiman berkata: Ali bin Abdullah telah menziarahi Abu al-Hasan a.s. Beliau a.s telah menyambutnya dengan penuh kemuliaan. Ali bin Abaidullah begitu gembira dengan sambutan tersebut. Apabila Ali bin Ubaidillah pula jatuh sakit maka Abu al-Hasan a.s menziarahinya pula. Pada ketika itu aku telah berada bersama Ali. Dia duduk bersama Abu al-Hasan a.s sehingga tetamu yang berada di dalam rumahnya keluar .

Al-Hasan bin Mahbub daripada Ali bin Hamzah berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s berkata kepada aku tanpa aku memulakannya: Besok seorang lelaki bernama Ya'qub dari Maghrib akan berjumpa dengan anda. Dia akan bertanya anda tentang aku. Maka katakan kepadanya: Beliau a.s. adalah imam yang telah diberitahu kepada kami oleh Abu Abdullah a.s. apabila lelaki itu bertanya anda tentang halal dan haram, maka beritahulah kepadanya tentang aku.

Ali bin Hamzah berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagai tebusan anda. Apakah tanda (bentuk fizikalnya)nya? Beliau a.s berkata: Tubuhnya panjang. Jika dia datang, janganlah anda menunjukkannya kepada aku tetapi jika beliau mahu anda menunjukkannya kepada aku, maka lakukanlah.

Ali bin Hamzah berkata: Demi Allah! Ketika aku mengerjakan tawaf, tiba-tiba seorang lelaki panjang tubuhnya datang kepada aku, dan berkata kepada aku: Aku mahu bertanya anda tentang sahabat anda? Aku berkata: Sahabat yang mana? Lelaki itu berkata: Tentang polan dan polan. Ali bin Hamzah berkata: Apakah nama anda? Lelaki itu berkata: Ya'qub. Ali berkata: Dari manakah anda? Dia berkata: Daripada penduduk Maghrib. Ali berkata: Dari manakah anda telah mengenali aku? Dia berkata: Seorang lelaki datang kepada aku di dalam mimpiku, maka beliau berkata kepada aku: Berjumpalah dengan Ali bin Hamzah dan bertanyalah kepadanya apa yang anda perlu kepadanya. Maka akupun telah bertanya tentang anda dan ditunjukkan kepada aku.

Ali berkata kepadanya: Duduklah di tempat ini sehingga aku menamatkan tawaf aku dan aku akan datang kepada anda insya' Allah. Aku mengerjakan tawaf, kemudian aku datang kepadanya. Sesungguhnya aku telah bercakap dengan seorang lelaki yang cerdik. Kemudian dia telah meminta aku supaya aku membawanya kepada Abu al-Hasan a.s. Ali memegang tangan lelaki itu dan membawa masuk berjumpa dengan Abu al-Hasan a.s.

Ketika beliau a.s melihatnya, beliau a.s. berkata: Wahai Ya'qub! Dia menjawab: Labbai-ka. Beliau a.s berkata: Anda telah datang kelmarin dan telah berlaku di antara anda dan saudara lelaki anda perkara yang tidak baik (syarrun) pada suatu tempat. Setelah itu berlaku caci-mencaci antara kamu berdua; ini bukan daripada agama aku dan ini bukan daripada agama bapa-bapa aku. Tiada seorang pun yang memerintahkan supaya ia dilakukannya. Kamu berdua bertakwalah kepada Allah sahaja tiada sekutu bagi-Nya.

Kamu berdua akan berpisah dengan kematian. Adapun saudara lelaki anda akan mati di dalam perjalanannya sebelum sampai kepada keluarganya. Anda akan menyesal di atas apa yang telah berlaku. Anda telah memutuskan pertalian kerabat. Maka umur kamu berdua dipendekkan. Lelaki tersebut bertanya: Bilakah ajal aku? Beliau a.s. berkata: Ajal anda akan sampai sehingga ibu saudara sebelah bapa anda sampai ke tempatnya. Allah telah memendekkan ajal anda selama dua puluh tahun. Ali berkata: Lelaki itu (Ya'qub) telah diberitahu bahawa saudara lelakinya mati sebelum sempat sampai di rumahnya. Dia disemadikan di perjalanan .



Soalan Abu Hanifah kepada Musa bin Ja'far dan jawapannya
Beliau berkata: Pada suatu hari Abu Hanifah bertanya kepada Musa bin Ja'far a.s: Beritahu aku apakah perkara yang lebih dicintai oleh bapa anda gambus atau gitar? Beliau a.s menjawab: Gambus. Beliau a.s. ditanya lagi tentang perkara tersebut. Beliau a.s. menjawab: Beliau (Ja'far) sukakan gambus dan membenci gitar .



Siapa Yang Ada Hajat Kepada Allah dan Ingin Melihat Imam A.S
Abu al-Faraj, daripada Abu Sa'id Sahl bin Ziad daripada seorang lelaki daripada Abdullah bin Jabalah daripada Abu al-Maghra' mendengar Musa bin Ja'far a.s berkata: Sesiapa yang ada hajat kepada Allah mahu melihat kami dan mahu mengetahui tempatnya daripada Allah, maka hendaklah ia mandi tiga malam bermunajat dengan kami. Maka sesungguhnya dia akan melihat kami di dalam tidurnya. Allah akan mengampuninya melalui kami dan tempatnya akan didedahkan kepadanya.

Sayyidi! Aku berkata: Jika seorang lelaki telah melihat anda di dalam tidurnya sedangkan beliau meminum arak? Beliau a.s berkata: Nabidh (arak) bukanlah merosakkan agamanya, sesungguhnya apa yang merosakkan agamanya adalah kerana beliau telah meninggalkan kami Ahlu l-Bait a.s, dan sesungguhnya orang yang paling celaka di kalangan kamu adalah orang yang membohongi kami pada batin dan membenarkan kami pada zahir. Kami adalah anak-anak Nabi Allah, anak-anak Rasulullah s.a.w, anak-anak Amir al-Mukminin a.s dan kekasih Tuhan semesta alam.

Kami adalah anak kunci Kitab, maka dengan kamilah para ulama bercakap, jika tidak, mereka menjadi bisu. Kamilah yang telah mengangkat mercu ketinggian dan kamilah yang telah memperkenalkan kiblat, kamilah Hajr al-Bait (batu Baitu l-Lah). Dengan kamilah Adam diampunkan (bina ghufira li-Adam). Dengan kamilah Ayyub diuji. Dengan kamilah Ya'qub diuji kehilangan anak-anaknya. Dengan kamilah Yusuf ditahan. Dengan kamilah ditolak bala, dengan kamilah bersinarnya matahari. Kami tertulis di 'Arasy Tuhan kami: Muhammad adalah sebaik para nabi. Ali adalah penghulu segala wasi, Fatimah adalah penghulu puteri syurga . Aku adalah penamat para wasi. Aku adalah penjaga al-Bab (pintu). Aku adalah sahabat al-Siffin, aku adalah pendendam daripada penduduk Basrah, aku adalah sahabat Karbala', siapa yang telah mencintai kami dan melepaskan diri daripada musuh kami, maka dia adalah bersama kami, daripada mereka yang dapat berteduh di bayangan yang panjang dan meminum air yang banyak. Hadis ini sangat panjang. Pada akhir riwayatnya dinyatakan: Sesungguhnya Allah telah menyatukan di antara para nabi dan para wasi pada keilmuan dan ketaatan. Dalam hadis riwayat yang lain menyebutkan: Sesungguhnya Dia telah menjadikan kami dua ribu tahun sebelum makhluk lain. Kami telah bertasbih, maka para malaikat ikut bertasbih dengan tasbih kami.



Hadis Abu al-Hasan al-Hadi A.S Bersama Saudaranya Musa bin Muhammad bin Ali bin Musa
Ia adalah hadis yang panjang diriwayatkan oleh Muhammad bin Isa bin 'Ubaid al-Baghdadi daripada Musa bin Muhammad daripada Ali bin Musa yang telah bertanya kepada Musa bin Muhammad di Baghdad di Dar al-Fatan Musa berkata: Yahya bin Aktham telah menulis kepada aku bertanya aku tentang dua belas masalah. Maka aku pun berjumpa dengan saudara ku (Ali al-Hadi a.s.) dan berkata kepadanya: Aku jadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya Yahya bin Aktham telah menulis kepada ku bertanyakan kepadaku beberapa masalah supaya aku memberi fatwa mengenainya. Maka saudaraku itu ketawa.

Kemudian dia berkata: Adakah anda telah memberi fatwa kepada Yahya? Musa menjawab: Tidak. Saudaranya berkata: Kenapa? Musa menjawab: Aku tidak mengetahuinya. Dia berkata: Apakah ia? Musa berkata: Yahya telah menulis kepada ku sebagaimana berikut:

Pertama: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Naml (27):40 "Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu di dalam al-Kitab: Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkelip". Adakah seorang nabi Allah perlu kepada ilmu Asif?

Kedua: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah Yusuf (12): 100 "Dan ia menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana dan mereka merebahkan diri seraya sujud kepadanya" Adakah Ya'qub dan anak-anaknya telah sujud kepada Yusuf sedangkan mereka adalah para nabi?

Ketiga: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah Yunus (10) :94 "Maka jika kamu (Muhammad) berada di dalam keraguan tentang apa yang kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada mereka yang membaca kitab sebelum kamu". Siapakah orang yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut? Sekiranya orang yang dimaksudkan itu adalah Rasulullah s.a.w. tidakkah beliau telah mengesyaki apa yang telah diturunkan kepadanya? Dan sekiranya orang yang dimaksudkan itu bukan Rasulullah s.a.w, maka ke atas orang lainkah ayat itu diturunkan?

Keempat: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah Luqman (31) : 27 "Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak habis-habisnya kalimat Allah". Apakah laut-laut ini? Dan di manakah ia?

Kelima: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Zukhruf (43) :71 " Di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya ". Nafsu Adam telah inginkan biji gandum, justeru itu beliau telah memakan dan merasainya, tetapi bagaimana beliau dan isterinya diberi balasan tentangnya sedangkan ia termasuk di dalam apa yang diingini oleh hati?

Keenam: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Syura (42) :50 "atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan". Adakah Allah telah menganugerahkan kepada hamba-hamba-Nya dengan lelaki sedangkan Allah memberi balasan kepada kaum yang telah melakukannya?

Ketujuh: Beritahu aku tentang keharusan penyaksian seorang perempuan sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Talaq (65):2 "Dan saksikanlah dengan dua lelaki yang adil daripada kamu".

Kelapan: Beritahu aku tentang papak (al-Khuntha ) dan kata-kata Ali mengenainya "Papak diwarisi dari kencingnya" Siapakah yang akan melihat kepada papak apabila dia kencing? Penyaksian jiran terhadap dirinya tidak boleh diterima. Kemungkinan seorang papak itu adalah seorang lelaki sedangkan perempuan melihat kepadanya. Ini adalah perkara yang tidak dihalalkannya. Maka bagaimana ini pula?

Kesembilan: Beritahu aku tentang seorang lelaki yang telah datang kepada sekumpulan kambing, maka dia terlihat seorang penternak melakukan hubungan seks ke atas seekor kambing betina. Apabila pemilik terlihat kepada kejadian itu, maka penternak itu melepaskan kambing itu pergi ke mana-mana bersama-sama kambing-kambing tersebut. Penternak tadi tidak dapat mengenali kambing betina tersebut dan pemiliknya juga tidak mengenali yang mana satu patut disembelihnya?

Kesepuluh: Beritahu aku tentang kata-kata Ali kepada Ibn Jurmuz: "Berilah berita gembira kepada pembunuh Ibn Safiyyah dengan api" Kenapakah beliau a.s. tidak membunuhnya sedangkan beliau a.s. adalah seorang Imam. Sesiapa yang telah meninggalkan satu daripada hudud Allah s.w.t, maka dia telah menjadi kafir melainkan dengan sebab?

Kesebelas: Beritahu aku kenapakah Ahli Siffin dibunuh sama ada yang berhadapan atau yang lari. Sebaliknya di dalam peperangan Jamal mereka yang terluka, mereka yang memasuki mana-mana rumah dan mereka yang telah mencampakkan pedang mereka tidak dibunuh. Mereka juga telah diberi keamanan malah tidak diperintah supaya dilakukan sedemikian. Kenapakah beliau a.s telah melakukan sedemikain? Jika yang pertama betul maka yang kedua adalah salah?

Kedua belas: Beritahu aku tentang solat subuh, kenapa dinyaringkan bacaannya sedang ia daripada solat siang. Sesungguhnya bacaan nyaring adalah di dalam solat malam?

Maka Ali al-Hadi a.s berkata: Tuliskan. aku berkata: Apakah aku akan tulis? Beliau berkata: Tuliskan:


Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Anda telah diilhamkan Allah kecerdikan dan surat anda telah sampai kepada aku. Anda telah menguji kami dengannya, ditambah kedegilan anda untuk mencari jalan bagi mengkritik kami. Walau bagaimanapun Allah akan memberi balasan di atas niat anda dan kami telah menerangkan beberapa masalah yang anda kemukakan kepada kami. Maka tumpulah pendengaran anda kepadanya dan rendahkan fahaman anda untuknya serta tumpukan hati anda sepenuhnya kepadanya. Sesungguhnya aku telah melengkapkan hujah aku wassalam.

Pertama: Anda telah bertanya tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Naml (27):40 "Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu di dalam al-Kitab: Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkelip". Jawapannya: Dia adalah Asif bin Barkhia. Dalam hal ini, Sulaiman tidak lemah untuk mengetahui apa yang diketahui oleh Asif, tetapi beliau mahu memperkenalkan kepada umatnya yang terdiri daripada Jin. Sulaiman a.s. juga mahu manusia tahu bahawa Asif adalah hujah selepasnya. Apa yang berlaku itu adalah di dalam keilmuan Sulaiman dan beliau telah memberinya kepada Asif dengan perintah Allah. Maka Allah telah memahamkannya tentang perkara tersebut supaya imamahnya tidak dipertikaikan oleh umat sebagaimana Dia telah memahamkan Sulaiman kepada umatnya pada masa hidup Daud bagi membentangkan imamahnya dan kenabiannya selepas Daud bagi menguatkan hujah ke atas makhluk.

Kedua: Mengenai sujud Ya'qub dan anak-anaknya kepada Yusuf. Jawapannya: Sujud bukanlah untuk Yusuf sebagaimana sujud malaikat kepada Adam yang bukan untuk Adam, malah sujud mereka adalah kerana taat kepada Allah dan menghormati Adam. Lantaran itu, Ya'qub dan anak-anaknya telah melakukan sujud kerana bersyukur kepada Allah kerana terkumpulnya keluarga mereka. Tidakkah beliau telah berkata di dalam kesyukurannya pada masa itu di dalam Surah Yusuf (12):101"Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takbir mimpi"

Ketiga: Adapun firman Allah s.w.t di dalam Surah Yunus (10) :94 " Maka jika kamu (Muhammad) berada di dalam keraguan tentang apa yang kami turunkan kepada mu,maka bertanyalah kepada mereka yang membaca kitab sebelum kamu". Jawapannya: Orang yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah Rasulullah s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak syak apa yang diturunkan kepadanya. Namun mereka yang jahil berkata: Kenapakah Allah tidak mengutus seorang nabi daripada malaikat atau bagaimana Dia tidak membezakan di antaranya dan makhluk-Nya tanpa makan, minum dan berjalan-jalan ke pasar-pasar? Maka Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya s.a.w "maka bertanyalah kepada mereka yang membaca kitab sebelum kamu" sebagai renungan secara langsung kepada mereka jahil. Allah tidak mengutus seorang rasul sebelummu melainkan mereka juga makan dan minum, serta berjalan-jalan di pasar-pasar. Anda menjadi ikutan kepada mereka.

Sesungguhnya Dia berfirman: "jika kamu berada di dalam keraguan" bukan untuk pembahagian kepada syak dan tidak syak sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran(3): 61"Katakanlah (kepadanya)" Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada mereka yang dusta". Jika beliau berkata: Marilah kita bermubahalah dan kami jadikan laknat Allah di atas kamu, maka ianya tidak akan berlaku mubahalah. Sesungguhnya Allah telah mengetahui bahawa Nabi-Nya adalah pelaksana risalah-Nya dan baginda s.a.w. bukanlah daripada golongan pendusta. Demikian juga Nabi s.a.w telah mengetahui bahawa beliau adalah benar apa yang beliau katakan, tetapi beliau mahu menyedarkan mereka dengan dirinya.

Keempat: Mengenai firman firman Allah s.w.t di dalam Surah Luqman (31) : 27 "Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak habis-habisnya kalimat Allah". Jawapannya: Demikianlah jika pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sehingga bumi memancarkan mata air, maka tenggelamlah Ashab Taufan, nescaya laut-laut menjadi kering sebelum keringnya kalimat Allah s.w.t.

Iaitu mata air al-Kabrit, mata air al-Yaman, mata air Barhut, mata air al-Tabariyyah, Hammatu Masbadha dipanggil al-Maniyyat, Hammatu Ifriqiyyah dipanggil Baslan, mata air Bahruan dan Bahrun Bahrun; Kamilah kalimaat yang tidak dapat dicapai dan dihitung kelebihan kami (Nahnu al-Kalimaat al-Lati la tudraku Fadha'ilu-na wa la Tustaqsa ).

Kelima: Mengenai syurga yang mengandungi makanan, minuman, tempat bermain dan pakaian yang diingini oleh hati dan dipandang sedap oleh mata, Jawapannya: Allah telah mengharuskan semuanya untuk Adam. Pohon yang dilarang oleh Allah kepada Adam dan isterinya ialah pohon hasad (Syajarat al-Hasad). Dia telah berjanji kepada mereka berdua supaya tidak melihat kepada makhluk-Nya dengan mata hasad tetapi Adam telah terlupa, lalu melihat kepada mereka dengan mata hasad tanpa azam yang mencukupi.

Keenam: Mengenai firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Syura (42) :50 "atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan ", Jawapannya: Allah s.w.t akan menganugerahkan kepada lelaki yang taat ialah perempuan bidadari. Jauh sekali Allah maksudkannya seperti yang terdapat di dalam fikiran anda bagi melakukan dosa. Firman-Nya di dalam Surah al-Furqan(25): 68-9 "Sesiapa yang melakukan sedemikian itu, nescaya dia mendapat pembalasan dosanya, akan dilipatgandakan azab untuknya pada Hari Kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu dalam keadaan terhina", sekiranya dia tidak bertaubat.

Ketujuh: Mengenai harusnya penyaksian seorang perempuan sahaja sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Talaq(65):2 "Dan saksikanlah dengan dua lelaki yang adil daripada kamu", jawapannya: Ianya harus (jaiz) dengan persetujuan. Jika ia tidak disertai persetujuan, maka ia tidak boleh kurang daripada dua orang bagi menyamai seorang lelaki dalam keadaan darurat. Kerana lelaki juga tidak boleh mengambil tempat perempuan. Jika hanya penyaksian seorang perempuan sahaja, maka penyaksiannya diterima bersama sumpahnya (yamini-ha).

Kelapan: Tentang papak (al-Khuntha) dan kata-kata Ali mengenainya "Papak diwarisi dari kencingnya", jawapannya: Iaitu sebagaimana kata Ali a.s. Kaum yang adil akan melihat kepadanya. Setiap orang daripada mereka akan mengambil cermin dan seorang papak berdiri di belakang mereka dalam keadaan bertelanjang. Kemudian mereka melihatnya di dalam cermin. Mereka akan melihat bayang atau sesuatu yang menyerupainya. Justeru mereka boleh membuat keputusan ke atasnya.

Kesembilan: Adapun seorang lelaki yang telah melihat seorang penternak melakukan hubungan seks ke atas seekor kambing betina. Jawapannya: Jika beliau mengenali kambing itu, maka hendaklah beliau menyembelihnya serta membakarkannya. Jika tidak mengenalinya, maka hendaklah bahagikan kumpulan kambing itu kepada dua bahagian. Jika pengundian itu terjatuh ke atas salah satu bahagian. Maka yang lain itu terselamat. Kemudian hendaklah dipisahkan bahagian yang terkena undian dengan undian yang lain. Bahagian yang lain terselamat. Begitulah seterusnya sehingga tinggal dua ekor kambing betina. Kemudian dibuat undian (Yuqra') ke atas salah satu daripada dua ekor kambing betina tersebut. Kambing betina yang terkena undian perlu disembelih dan dibakar. Dengan ini kambing-kambing betina yang lain terselamat.

Kesepuluh: Tentang kata-kata Ali kepada Ibn Jurmuz: "Berilah berita gembira kepada pembunuh Ibn Safiyyah dengan api". Jawapannya: Ini adalah sabda Rasulullah s.a.w sendiri, bukan hanya kata-kata Ali a.s . Ibn Jurmuz adalah di kalangan mereka yang telah terlibat di dalam peperangan di Nahrawan tetapi Amir al-Mukminin a.s tidak membunuhnya di Basrah, kerana beliau a.s. telah mengetahui bahawa Ibn Jurmuz akan dibunuh di Nahrawan.

Kesebelas: Mengenai soalan anda: kenapakah Ahli Siffin dibunuh sama ada yang berhadapan atau yang lari, sementara di dalam peperangan Jamal mereka yang terluka, mereka yang memasuki mana-mana rumah dan mereka yang telah mencampakkan pedang mereka tidak dibunuh tetapi diberi keamanan, malah tidak diperintah supaya dilakukan sedemikian.

Jawapannya: Kerana Ahli Jamal adalah ketua mereka telah dibunuh. Justeru mereka tidak mempunyai puak untuk dirujukkan. Semua orang telah kembali ke rumah-rumah mereka, tanpa semangat ingin berperang, meninggalkan pengintipan dan tidak menunjukkan penentangan, malah mereka telah meredai penentangan terhadap mereka dihentikan. Lantaran itu, hukumnya adalah hukum menyerah kalah.

Mengenai Ahli Siffin, mereka telah merujuk kepada puak yang sentiasa bersedia dan ketua mereka yang menyediakan kepada mereka berbagai senjata seperti baju besi, lembing dan pedang. Ketua mereka juga menyediakan pemberian dan gaji tertentu, mereka yang terluka dilarikan dan dirawat, kemudian mereka kembali memerangi Ali a.s dan tenteranya. Justeru dua puak; Ahli Jamal dan Ahli Siffin adalah tidak sama di dalam hukum. Jika tidak ada Ali a.s dan hukumannya ke atas Ahli Siffin dan Ahli Jamal nescaya hukuman ke atas penderhaka-penderhaka di kalangan Ahli Tauhid tidak diketahui, tetapi beliau a.s telah menerangkan kesemuanya kepada mereka. Lantaran itu, siapa yang menentangnya, maka pedang dibentangkan ke atasnya atau ia bertaubat daripada perbuatannya.

Kedua belas: Mengenai solat subuh dan kenyaringan bacaan di dalamnya. Jawapannya: Adalah kerana Nabi s.a.w telah mengerjakannya pada akhir kegelapan malam. Lantaran itu, bacaan padanya dikira bacaan pada solat malam. Sesungguhnya aku telah memberitahu anda ke semua soalan anda. Ketahuilah bahawa Allah akan sentiasa menjaga anda dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam .



10
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Hadis Hisyam bin al-Hakam dan Pembuktian Kelebihan Ali .A.S
Ahmad bin al-Hasan berkata: Abd al-'Azim bin Abdullah telah memberitahu kami berkata: Harun al-Rasyid telah berkata kepada Ja'far bin Yahya al-Barmaki: Sesungguhnya aku ingin mendengar percakapan para mutakallimin tanpa pengetahuan mereka tentang kehadiran aku. Mereka boleh berhujah tentang apa yang mereka mahu. Ja'far telah memerintahkan para mutakallimin. Lalu mereka menghadiri majlis di rumahnya. Harun berada di dalam majlis tersebut, mendengar percakapan mereka di balik tabir. Para mutakallimin dan pengerusi majlis serta ahlinya berkumpul menunggu Hisyam bin al-Hakam yang belum datang. Kemudian Hisyam pun datang memakai baju sampai ke lutut dan seluar panjang ke separuh betis. Beliau memberi salam kepada semua secara umum tanpa sesuatu yang khusus kepada Ja'far.

Seorang lelaki daripada mereka berkata: Kenapa anda mengutamakan Ali ke atas Abu Bakr sedangkan Allah berfirman dalam Surah al-Taubat (9):40 "Sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada di dalam gua di waktu dia berkata kepada temannya:Janganlah kamu berdukacita (la tahzan) kerana Allah berserta kita"? Hisyam berkata: Beritahu aku tentang dukacitanya Abu Bakr (huznu-hu) pada waktu itu, adakah Abu Bakr telah meredai Allah atau pun tidak? Lelaki yang bertanya tadi terdiam.

Hisyam berkata: Jika anda menyangka bahawa Abu Bakr telah meredai Allah di waktu itu, kenapakah Rasulullah s.a.w telah melarangnya. Baginda s.a.w. berkata kepada Abu Bakr: "Janganlah kamu berdukacita (la tahzan)". Dalam hal ini, adakah baginda a.s telah melarang Abu Bakr dari mentaati Allah dan meredai-Nya? Jika anda menyangka bahawa Abu Bakr tidak meredai Allah, kenapa anda bermegah dengan sesuatu yang Allah tidak meredainya? Sesungguhnya anda telah mengetahui apa yang telah difirmankan Allah s.w.t ketika Dia berfirman dalam Surah al-Fath(48) : 26 "Lalu Allah menurunkan ketenangan (sakinata-hu) kepada rasul-Nya dan kepada mereka mukmin".

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Syurga telah merindu kepada empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, al-Miqdad bin al-Aswad, Ammar bin Yasir dan Abu Dhar al-Ghifari. Aku berpendapat sahabat kami (Ali a.s) telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan (fadhilah) sedangkan sahabat kamu (Abu Bakr) tidak termasuk di dalam hadis tersebut. Justeru kami telah melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dalam kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Mereka yang cekal di dalam Islam adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, al-Zubair bin al- 'Awwam, Abu Dujanah al-Ansari dan Salman al-Farisi. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat anda tidak termasuk. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dengan kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Para pembaca (al-Qurra') adalah empat orang: Ali bin Abu Talib, Abdullah bin Mas'ud, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat anda tidak termasuk di dalamnya. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya mereka yang disucikan daripada langit adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dengan kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya mereka yang baik adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya para syuhada' adalah empat orang: Ali bin Abu Talib, Ja'far, Hamzah bin Abu Talib dan Ubaidah bin al-Harith bin Abd al-Muttalib. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.

Abd al-'Azim berkata: Harun telah menggerakkan tabir. Ja'far memerintahkan orang ramai supaya keluar, lantas mereka keluar di dalam keadaan ketakutan. Harun telah keluar daripada majlis seraya berkata: Siapakah lelaki ini, demi Tuhan! Aku telah berniat membunuhnya dan membakarnya dengan api .

Al-Makmun Meminta Nasihat Ali al-Ridha A.S
Beliau berkata: Al-Makmun telah menulis surat kepada al-Ridha a.s berkata: Berilah nasihat kepada aku, maka beliau a.s telah menulis kepadanya seperti berikut:

Sesungguhnya anda di dunia mempunyai masa
Diterima padanya amalan pelakunya
Tidakkah anda melihat kematian di sekelilingnya
Dirampas daripadanya harapan mereka yang mengharap
Mempercepatkan dosa dengan apa yang anda ingini
Anda mengharap taubat diterima
Kematian mendatangi ahlinya secara mengejut
Apakah amalan seorang yang cekal dan berakal?


Hadis Perkahwinan Anak Perempuan al-Makmun Dengan Abu Ja'far A.S
Ali bin Ibrahim bin Hasyim secara marfu' berkata: Al-Makmun mahu menikahkan Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin Musa a.s akan anak perempuannya Umm al-Fadhl, Ahli keluarganya yang terdekat berkumpul di sekeliling al-Makmun dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Kami menyeru anda dengan nama Allah supaya anda mengeluarkan perintah yang kami telah memilikinya dan mencabut daripada kami kemuliaan yang kami telah memakaikannya. Sesungguhnya anda telah mengetahui perkara di antara kami dan keluarga Ali semenjak dulu dan sekarang. Al-Makmun berkata: Diamlah kamu semua. Demi Tuhan! Aku tidak menerima pendapat seseorang daripada kamu dalam urusan ini. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Adakah anda akan menikahkan cahaya mata anda kepada seorang budak (sabiyyyan) yang tidak memahami agama Allah, tidak mengetahui fardu daripada sunat, tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Abu Ja'far pada masa itu berumur sepuluh atau sebelas tahun. Jika anda bersabar dengannya sehingga beliau belajar peradaban, membaca al-Qur'an, mengetahui yang mana fardu dan yang mana sunat.

Al-Makmun berkata kepada mereka: Demi Allah! Sesungguhnya beliau adalah lebih mendalami agama daripada kamu, lebih alim tentang Allah dan Rasul-Nya, sunatnya dan fardunya, halalnya dan haramnya berbanding kamu. Beliau adalah lebih mengetahui tentang kitab Allah, lebih mengetahui muhkam dan mutasyabihnya, nasikh dan mansuhnya, zahir dan batinnya, khas dan am, takwil dan tanzilnya berbanding kamu. Bertanyalah kepadanya jika perkara itu sebagaimana anda katakan, nescaya aku telah menerima pandangan kamu tentang urusan ini. Namun jika perkara sebagaimana aku katakan, anda mengetahui bahawa lelaki itu adalah lebih baik daripada kamu. Ahli keluarga al-Makmun pun keluar di sisinya dan mengutus kepada Yahya bin Aktham, kadi besar. Mereka menerangkan hajat mereka kepadanya dan berjanji akan memberi hadiah kepadanya jika Yahya bin Akhtam dapat bertanyakan Abu Ja'far tentang perkara yang beliau a.s tidak tahu untuk menjawabnya di sisi al-Makmun, apabila mereka berkumpul bagi upacara perkahwinannya.

Apabila mereka semua hadir maka Abu Ja'far a.s juga hadir. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Ini adalah Yahya bin Aktham sekiranya anda mengizinkannya, maka beliau akan bertanyakan Abu Ja'far. al-Makmun berkata: Wahai Yahya! Bertanyalah kepada Abu Ja'far tentang masalah di dalam ilmu fikah supaya kita melihat bagaimanakah kefahamannya.

Yahya berkata: Wahai Abu Ja'far! Aslaha-ka l-lahu, apakah pendapat anda tentang seorang lelaki di dalam ihram telah membunuh binatang buruan?
Abu Ja'far a.s berkata: Adakah lelaki itu membunuhnya di dalam ihram atau di luar ihram? Adakah dia seorang yang alim atau seorang yang jahil? Sengaja atau tidak? Seorang hamba atau seorang merdeka? Kecil atau besar? Pertama kali atau mengulang? Daripada jenis burung atau selain daripadanya? Daripada binatang buruan yang kecil atau yang besar? Berterusan ke atasnya atau menyesal? Di waktu malam di sangkarnya atau di siang hari bebas? Di dalam ihram umrah atau haji?

Yahya bin Aktham terpinga-pinga kehairanan dan orang ramai mulai kagum dengan jawapannya, sementara al-Makmun pula lebih bersemangat.

Abu Ja'far berkata: Wahai Amir al-Mukminin!. Kemudian beliau a.s berkata: Segala puji bagi Allah kerana mengakui akan nikmat-Nya. Tiada tuhan melainkan Allah kerana ikhlas kepada kebesaran-Nya, selawat ke atas Muhammad ketika mengingatinya, adalah kelebihan Allah ke atas manusia yang telah menjadikan mereka kaya dengan perkara yang halal daripada yang haram. Allah berfirman di dalam Surah al-Nur (24) :32 "Dan kahwinkanlah mereka yang sendirian di antara kamu dan mereka yang layak dari hamba-hamba sahyamu lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui".

Kemudian Muhammad bin Ali meminang Umm al-Fadhl binti Abdullah dan membayar sebanyak lima ratus dirham sebagai mas kahwin (al-Sadaq). Al-Makmun berkata: Aku telah menikahkan anak perempuan aku kepada anda, adakah anda menerimanya? Abu Ja'far a.s berkata: Aku menerima perkahwinan ini dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut.

Kemudian al-Makmun merayakan majlis tersebut. Orang ramai di semua peringkat menghadirinya, Tiba-tiba kami telah mendengar percakapan seperti ahli pelayaran di dalam soal jawab mereka, sementara pekerja-pekerja sedang menarik bahtera yang dibuat dari perak dengan talinya dari tenungan sutera yang mahal. Mereka merayakan mereka kenamaan dengannya, kemudian mereka menolaknya ke tempat umum, orang ramai memuji mereka.

Apabila mereka bersurai, al-Makmun berkata: Wahai Abu Ja'far? Bolehkah anda menerangkan kepada kami tentang pembunuhan binatang buruan setiap jenis yang anda telah sebutkannya ?

Abu Ja'far a.s berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya seorang lelaki yang telah membunuh binatang buruan selepas selesai melakukan kerja ihram dan jika binatang itu dari jenis burung yang besar, maka wajib di atasnya menyembelih seekor kambing betina. Jika beliau melakukannya di dalam ihram, maka dendanya berganda. Jika belum menyempurnakan kerja ihram-maka wajib ke atasnya unta. Dan jika beliau membunuh keldai liar (wahsyi) atau burung unta, maka wajib ke atasnya menyembelih unta. Sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau perlu memberi makan enam puluh orang miskin, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau berpuasa lapan belas hari, sekiranya beliau membunuh lembu, maka wajib ke atasnya lembu, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau memberi makan tiga puluh orang miskin, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau berpuasa sembilan hari.

Sekiranya beliau membunuh kijang, maka wajib ke atasnya seekor kambing betina, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau memberi makan sepuluh orang miskin, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau berpuasa tiga hari, sekiranya beliau melakukannya didalam ihram, maka dendanya berganda dan beliau wajib melakukan penyembelihan pada musim haji di Mina sebagai mana orang ramai melakukannya. Sekiranya beliau di dalam umrah, maka beliau melakukan penyembelihan di Makkah dan bersedekah menurut harga binatang yang dibunuhnya sehingga berganda.

Begitu juga sekiranya beliau membunuh arnab, maka wajib ke atasnya bersedekah seekor kambing betina, sekiranya beliau membunuh burung merpati, maka beliau bersedekah dengan satu dirham atau beliau membeli makanan untuk merpati di Makkah, untuk seekor anak ayam adalah satu dirham dan telur adalah satu perempat dirham, adapun perkara selain daripada buruan binatang yang dilakukan dengan kejahilan atau tersalah tidak dikenakan sebarang denda ke atasnya. Setiap apa yang dilakukan oleh seorang hamba, maka kafarahnya dibayar oleh pemiliknya, kerana ia seperti dilakukan oleh pemiliknya. Setiap apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum baligh maka tidak dikenakan apa-apa fidyah ke atasnya sekalipun dengan sengaja tetapi Allah akan membalasnya di akhirat.

Jika seorang itu telah membantu atau menunjuk kepada binatang buruan sedangkan beliau masih di dalam ihram, maka ia wajib memberi fidyah dan jika beliau masih berdegil melakukannya selepas membayar fidyah maka ia akan menghadapi balasan di akhirat dan penyesalannya tidak dikira. Jika beliau memburu burung di waktu malam di sarangnya secara tidak sengaja, tidak dikenakan apa-apa fidyah ke atasnya melainkan beliau melakukannya dengan sengaja. Jika beliau memburu binatang di waktu malam atau siang hari, maka wajib ke atasnya fidyah di Mina seperti orang ramai melakukan penyembelihan mereka dan jika beliau di dalam ihram umrah, maka ia melakukan penyembelihannya di Makkah.

Al-Makmun telah memerintahkan supaya dituliskan penerangan tersebut. Kemudian beliau menyeru keluarganya, lalu membacanya kepada mereka dan berkata: Adakah ada di kalangan kamu seorang yang dapat memberi jawapan seperti jawapan ini? Mereka menjawab: Tidak. Demi Tuhan, Kadi pun tidak dapat menjawabnya. Mereka berkata lagi: Wahai Amir al-Mukminin! Anda memang benar dan anda lebih mengetahui mengenainya daripada kami. Aduhai kamu, wahai keluarga aku! Buangkan perangai ini.

Tidakkah kamu mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi baiah kepada al-Hasan dan al-Husain sedangkan mereka masih kanak-kanak yang belum baligh, baginda s.a.w. tidak pernah memberi baiah kepada kanak-kanak selain daripada mereka berdua? Atau tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Ali telah beriman kepada Nabi s.a.w ketika umur sepuluh tahun? Allah dan Rasul-Nya telah menerima imannya dan tidak menerima iman kanak-kanak yang lain selain daripadanya. Nabi s.a.w tidak pernah menyeru kepada kanak-kanak kepada iman selain daripadanya? Atau tidakkah kamu mengetahui sesungguhnya ia adalah zuriat yang menuruti zuriat awal mereka?

Beliau berkata: Kemudian al-Makmun memerintahkan supaya dihidangkan tiga talam di hadapan Abu Ja'far, pertama mengandungi kunyit, bauan halus dengan air mawar di bawahnya pula lapisan yang dipenuhi dengan wang kertas. Kedua; satu bekas berisi suapan makanan bagi mereka yang ingin mengambilnya. Ketiga; satu bekas berisi dirham dan dinar. Setelah itu al-Makmun memerintahkan supaya talam yang berisi dengan wang kertas itu dibahagi-bahagikan kepada Bani Hasyim secara khusus dan bekas yang berisi suapan makanan kepada wazir-wazirnya dan bekas yang berisi dengan dirham dan dinar kepada ketua-ketua tenteranya. Al-Makmun sentiasa memuliakan Abu Ja'far semasa hidupnya sehingga melebihi anak-anaknya sendiri .




Pujian Tentang Bandar Qum
Diriwayatkan daripada Ali bin Muhammad al-Askari daripada bapanya daripada datuknya daripada Amir Al-Mukminin a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku diangkat di waktu malam ke langit yang ke empat, aku melihat kepada kubah daripada mutiara yang mempunyai empat tiang dan empat pintu. Semuanya daripada baldu hijau. Aku berkata: Wahai Jibrail! Apakah kubah ini kerana aku tidak melihatnya di langit ke tempat lebih baik daripadanya? Jibrail berkata: Wahai kekasih aku Muhammad! Inilah gambaran bandar yang dinamakan Qum. Hamba-hamba Allah yang beriman akan menunggu Muhammad dan syafaatnya pada hari Kiamat dan hari Hisab. Dukacita dan kesusahan serta perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku ke atas mereka.

Beliau berkata: Aku telah bertanya Ali bin Muhammad al-Askari a.s bilakah mereka menunggu kemenangan (al-faraj)? Beliau a.s. berkata: Apabila keluar air di atas bumi .



Hadis Muhammad bin Ali bin Musa al-Ridha A.S dan Bapa Saudaranya Abdullah bin Musa
Ali bin Ibrahim bin Hasyim berkata: Bapa aku telah memberitahu aku berkata: Selepas Abu al-Hasan al-Ridha a.s mati, kami mengerjakan haji, kami datang menemui Abu Ja'far a.s. Syi'ah dari setiap negeri sedang menunggu untuk berjumpa dengan Abu Ja'far a.s, maka bapa saudaranya ('Ammu-hu) Abdullah bin Musa datang berjumpa dengannya. Beliau adalah seorang syeikh yang agak tua lagi cerdik, sedang memakai kain yang kasar. Di antara dua matanya terdapat kesan sujud. Kemudian beliaupun duduk.

Kemudian Abu Ja'far keluar dari biliknya memakai pakaian sederhana, berkasut baru warna putih. Abdullah berdiri menyambutnya dan mengucup di antara dua matanya. Semua Syi'ah turut berdiri. Abu Ja'far a.s duduk di atas kerusi, orang ramai melihat di antara satu sama lain, mereka menjadi tercengang kerana usianya yang masih muda. Seorang lelaki di kalangan mereka segera bertanya bapa saudaranya : Aslaha-ka l-Lahu ! Apakah pendapat anda tentang seorang lelaki yang telah melakukan perkara sumbang kepada binatang (ata bahimatan)? Abdullah menjawab: Anda potong kanannya serta dilakukan hukum had ke atasnya. Jawapan itu menyebabkan Abu Ja'far a.s memarahinya dan berkata: Wahai bapa saudaraku ! Bertakwalah kepada Allah, bertakwalah kepada Allah, kerana ia adalah perkara yang besar. Bagaimana anda akan berdiri di hadapan Allah s.w.t, dan Dia akan berkata kepada anda: Bagaimana anda memberi fatwa kepada orang ramai apa yang anda tidak mengetahuinya? Bapa saudaranya berkata: Astaghfiru l-Laha, tidakkah bapa anda telah berkata sedemikian mengenainya?

Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya bapa aku ditanya tentang seorang lelaki yang telah menyelongkar kubur seorang perempuan dan mencuri kainnya (nabasya), kemudian dia menyetubuhi mayat itu. Maka bapa aku berkata: Dipotong (jari) kanannya kerana al-Nabasy dan dikenakan had zina, kerana kehormatan mayat sepertilah kehormatan seorang yang hidup. Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai sayyidi dan aku mohon taubat kepada Allah, orang ramai terpegun, lalu berkata: Wahai Sayyidana ! Adakah anda membenarkan kami bertanyakan anda? Beliau a.s. berkata: Ya. Lalu mereka bertanya kepadanya beratus soalan di dalam majlis itu. Beliau a.s. memberi jawapannya di dalam majlis tersebut kepada mereka, sedangkan umurnya ketika itu adalah sembilan tahun.


Sebab DiSunatkan Mahar Lima Ratus Dirham
Muhammd bin al-Hasan daripada Ali bin Ibrahim bin Hasyim daripada bapanya daripada Umru bin Uthman al-Khazzaz daripada al-Husain bin Khalid berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s tentang mahar. Bagaimana ia disunatkan menjadi lima ratus dirham? Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas diri-Nya bahawa jika seorang mukmin bertakbir seratus kali, bertasbih seratus kali, bertahmid seratus kali, bertahlil seratus kali, dan berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya seratus kali, kemudian dia berkata: Wahai Tuhanku! Kahwinlah aku dengan bidadari, maka Allah akan mengahwinkannya dengan bidadari. Lalu Dia menjadikannya (lima ratus) sebagai maharnya. Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya supaya menjadikan mahar mukminat (sanna mahra al-Mukminat) adalah lima ratus dirham. Rasulullah s.a.w telah melakukannya .



Sebab Pengharaman Arak, Bangkai, Darah dan Daging Khinzir
Muhammad bin Abdullah daripada sebahagian sahabatnya berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Kenapakah Allah mengharamkan arak (al-Khamr), bangkai, darah dan daging khinzir?

Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah tidak mengharamkan demikian itu ke atas hamba-hamba-Nya dan menghalalkan mereka selain daripadanya kerana menyukai apa yang diharamkan ke atas mereka dan tidak kerana menakutkan mereka mengenai apa yang Dia menghalalkan kepada mereka, tetapi Allah telah menjadikan makhluk. Allah mengetahui susunan badan mereka. Justeru apa yang mendatangkan kebaikan kepada mereka, maka Allah menghalalkannya sebagai kurniaan-Nya kepada mereka kerana kepentingan mereka. Allah juga mengetahui apa yang akan memudaratkan mereka, lalu Dia melarang mereka darinya dan mengharamkannya. Namun begitu, Allah mengharuskannya bagi orang yang terpaksa (al Mudhttarri), dan menghalalkannya waktu badan mreka tidak boleh berdiri melainkan dengan benda haram itu.

Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya mereka mengambil sekadar yang memadai dan tidak boleh lebih daripada itu. Kemudian beliau a.s. berkata: Adapun bangkai, tidak seorang pun akan mendekatinya dan tidak seorang pun yang akan memakannya melainkan tubuhnya menjadi lemah dan badannya menjadi kurus serta hilang kekuatannya. Orang yang memakan bangkai akan menyebabkan terputus keturunan dan akan mati secara mengejut. Adapun darah, maka ia akan mewarisi penyakit kuning, mulut menjadi panas, angin menjadi busuk, memburukkan akhlak, mengidap penyakit anjing gila, keras hati, kurang kasihan belas dan rahmat sehingga beliau mungkin membunuh anak lelakinya dan kedua-dua ibu bapanya.

Beliau juga boleh melakukannya terhadap saudara terdekatnya atau sahabatnya. Adapun daging khinzir, kerana Allah telah mengubah satu kaum di dalam bentuk khinzir, kera, dan beruang. Lantaran itu, Dia melarang memakan binatang seumpamanya supaya mereka tidak mengambil faedah daripadanya dan meringan-ringankan pembalasannya. Adapun arak, sesungguhnya Allah mengharamkannya kerana perbuatan dan keburukan peminum. Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya penagih arak adalah seperti penyembah berhala. Ia akan membuatkannya gementar, hilang kekuatannya dan rosakan maruah. Ia juga akan menyebabkan perbuatan perkara haram seperti menumpahkan darah, melakukan perzinaan terutaman ketika mabuk, akan melakukan perkara yang haram.



Catatan Kaki:
115. al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 48, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 629
116. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 632
117. Ibn al-Syaikh, al-Amali, hlm.103
118. Ilmu tentang bencana
119. Ilmu tentang kematian
120. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 633
121. Ibid
122. Ibid
123. Ibid
124. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.44, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 432
125. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 657-8
126. Ibid
127. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 522
128. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, x, 105
129. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 33
130. Ibid , 98
131. Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 465,al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 284
132. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.365, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 12
133. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 285
134. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 97
135. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 206
136. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 82
137. Ibid
138. Ibid
139. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.366
140. Ibid
141. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.367, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 82
142. Ibid
143. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii , 80-81
144. Ibid
145. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.365
146. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 241
147. Ibid, xi, 286
148. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 336
149. Al-Hasan bin Ali bin Syu'bah al-Harrani, Tuhaf al-'Uqul, 476
150. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iv, 160
151. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 32
152. Al-Mas'udi, Fi Ithbat al-Wasiyyah, hlm.169
153. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 337
154. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 376

11
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KEEMPAT

Pujian terhadap Syi'ah, kisah lapan keping roti, Amir al-Mukminin a.s bersama Iblis, Kias, dialog Mukmin al-Taq dengan Abu Hanifah tentang talak, riwayat sahabat kami dan orang lain, Hadis Mubahalah dan lain-lain.

Hadis Abu Basir Daripada Abu Abdullah A.S Tentang Pujian Terhadap Syi'ah Imamiah
Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Walid daripada al-Hasan bin Mattil daripada Ibrahim bin Ishaq al-Nahawandiy daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami daripada Abu Sulaim al-Dailami daripada Abu Basir berkata: Aku datang kepada Abu Abdullah a.s selepas aku menjadi tua. Beliau a.s. bertanya kepadaku tentang al-Nafs al-'Ali (keluhan hati)? Beliau a.s. berkata: Wahai Abu Muhammad! Apakah itu al-Nafs al 'Ali ? Aku berkata kepadanya: Umur aku telah tua, tulang aku telah reput, dan ajal aku telah hampir sedangkan aku tidak mengetahui apakah aku akan jadi pada akhirat.

Beliau a.s. berkata: Wahai Abu Muhammad! Anda mengucapkan kata-kata seperti ini? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda bagaimana aku tidak berkata sedemikian? Beliau a.s. berakta: Tidakkah anda mengetahui bahawa Allah memuliakan pemuda-pemuda (al-Syabab) daripada kamu dan malu kepada mereka tua (al-Kuhul)? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bagaimana Dia memuliakan pemuda-pemuda di kalangan kita dan Dia malu kepada mereka tua? Beliau a.s. berkata: Dia memuliakan pemuda-pemuda daripada kamu supaya Dia tidak menyeksa mereka dan Dia malu kepada mereka tua daripada kamu supaya Dia tidak menghisabkan mereka. Adakah aku telah menggembirakan anda? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, kerana kami telah melakukan perkara yang buruk, belakang kami telah pecah, hati kami telah mati, penguasa-penguasa telah menghalalkan darah kami di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh para ulama mereka.

Beliau a.s. berkata: al-Rafidhah? Aku berkata: Ya. Beliau a.s. berkata: Bukan mereka yang telah menamakan kamu dengannya, malah Allah yang telah menamakan kamu dengan nama tersebut. Tidakkah kamu mengetahui bahawa bersama Fir'aun adalah tujuh puluh lelaki daripada Bani Israel yang beragama dengan agamanya. Ketika ternyata bagi mereka kesesatan Fir'aun dan hidayat Musa, maka mereka Rafadhu (menolak) Fir'aun.

Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam kem Musa dan dikenali sebagai yang kuat beribadat dan berijtihad. Mereka telah menolak Fir'aun. Maka Allah telah mewahyukan kepada Musa supaya menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat. Sesungguhnya aku telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama ini sehingga Dia menamakan kamu dengannya, kerana kamu telah menolak (Rafadhattum) Fir'aun, Haman dan tentera-tentera mereka berdua. Kamu telah mengikut Muhammad dan keluarga Muhammad, wahai Abu Muhammad! Adakah aku telah menggembirakan anda?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan syi'ah, tetapi kamu telah menjadi syi'ah Ahlu l-Bait Nabimu. Maka kamu telah berpegang kepada apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah dipilihkan oleh Allah.

Kamu mencintai mereka yang telah dicintai oleh Allah, kamu telah kehendaki mereka yang telah dikehendaki oleh Allah, maka terimalah berita gembira ini. Demi Tuhan, sesungguhnya kamu dirahmati Allah (al-Marhumun), Dia menerima amalan baik kamu dan menolak amalan jahat kamu. Siapa yang tidak berjumpa dengan Allah seperti kamu, maka Allah tidak akan menerima amalan baiknya dan tidak memaafkan kejahatannya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya meluruhkan dosa-dosa daripada belakang syi'ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pohon pada masa luruhnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syura (42):5 "para malaikat bertasbih dan memuji Tuhan mereka dan memohon ampun bagi mereka yang ada di bumi" Istighfaru-hum (permohonan ampun) para malaikat adalah untuk kamu bukan untuk alam ini. Adakah aku telah menggembirakan kamu wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Ahzab (33):23 "Di antara mereka mukmin itu ada

mereka yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)"

Demi Allah, sesungguhnya Dia tidak maksudkan selain daripada kamu, kerana kamu telah menyempurnakan perjanjian kamu (mithaqa-kum) tentang wilayah kami dan kamu tidak menukarkan kami dengan orang selain daripada kami. Jika kamu berbuat sedemikian, nescaya Allah akan menghina kamu sebagaimana
Dia telah menghina orang lain selain daripada kamu di dalam kitab-Nya Surah al-A'raf (7):102 "Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji, sesungguhnya kami mendapati kebanyakan mereka mereka yang fasiq" Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Zukhruf (43): 67 "Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertakwa" Makhluk, demi Tuhan, besok menjadi musuh selain daripada kami dan syi'ah kami. Allah tidak maksudkan dengan al-Muttaqin selain daripada kami dan selain daripada syi'ah kami. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Nisa' (4): 69 "Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama dengan mereka yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqin, mereka yang mati syahid dan mereka soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya"

Muhammad s.a.w adalah al-Nabiyyin, kami adalah al-Siddiqin dan al-Syuhada', dan kamu adalah al-Salihun. Kamu dinamakan dengan al-Salihin sebagaimana Allah telah menamakan kamu. Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda. Beliau a.s berkata: Allah telah mengumpulkan kami, wali kami dan musuh kami di dalam satu ayat di dalam kitab-Nya Surah al-Zumar (39):9 "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Sad (38):62 "Dan (mereka derhaka) berkata: Mengapa kami tidak melihat mereka yang dahulu(di dunia) kami anggap sebagai mereka jahat" Kamu yang akan dicari di neraka manakala di syurga, demi Tuhan, kamu dihormati. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut dan melindungi kamu daripada syaitan yang dilaknati di dalam kitab-Nya Surah al-Hijr (15): 42 dan Surah al-Isra'(17):65 "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka"

Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kita dan selain daripada syi'ah kita (ma'anna ghaira-na wa ghaira syi'ati-na). Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya, maka Dia telah mewajibkan keampunan untuk kamu. Dia berfirman dalam Surah al-Zumar (39):53 " Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya"

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bukan begitu yang kita membacanya, sesungguhnya kita membacanya Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya"
Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad! Jika Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, maka siapakah yang diseksanya? Demi Tuhan, Dia tidak maksudkannya selain daripada kita dan selain daripada syi'ah kita. Ianya secara khusus untuk kami dan kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Demi Tuhan, Dia tidak mengecualikan seorang di kalangan para wasi dan pengikut mereka selain daripada Amir al-Mukminin a.s, dan syi'ahnya. Allah berfirman di dalam Surah al-Dukhan (44) :41-2 "Iaitu hari seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikit pun dan mereka tidak akan dapat pertolongan, kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Allah.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang"

Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan dengan "rahmat" selain daripada Amir al-Mukminin a.s dan syi'ahnya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda,tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s berkata: Tidak di atas fitrah Islam selain daripada kita dan selain daripada syi'ah kita. Sementara orang lain adalah terlepas daripadanya (fitrah Islam). Adakah aku telah meyakinkan anda wahai Abu Muhammad?


Hukuman Ajaib Amir al-Mukminin A.S Tentang Lapan Keping Roti
Abu Ahmad daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah atau Abu Ja'far a.s berkata: Dua orang lelaki berkumpul untuk makan. Salah seorangnya mempunyai tiga keping roti sementara seorang lagi mempunyai lima keping roti.

Beliau a.s. berkata: Seorang lelaki datang dan memberi salam kepda mereka berdua. Mereka berdua berkata: Wa alaika al-Salam, dijemput makan bersama. Lalu lelaki itu duduk dan makan bersama mereka berdua. Apabila selesai makan, dia berdiri dan memberi lapan dirham kepada mereka berdua sambil berkata: Ini adalah sebagai ganti kepada kamu berdua terhadap apa yang aku telah makan daripada makanan kamu berdua. Beliau a.s. berkata: Mereka berdua bertengkar mengenai bayaran itu. Lelaki yang mempunyai tiga keping roti berkata: Separuh adalah untuk aku dan separuh adalah untuk anda. Lelaki yang mempunyai lima keping roti pula berkata: Untuk aku lima dirham dengan kadar lima keping roti aku dan untuk anda tiga dirham dengan kadar tiga keping roti anda. Masalah mereka tidak selesai dan terus bertengkar sehingga mereka berjumpa dengan Amir al-Mukminin a.s dan memberitahunya mengenainya. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya perkara yang kamu berdua bertengkar ini adalah sedikit nilainya, justeru kamu berdua tidak patut membawanya ke pengadilan.

Kemudian Ali a.s berjumpa dengan lelaki yang mempunyai tiga keping roti sambil berkata: Aku fikir sahabat anda telah mencadangkan untuk memberi kepada anda tiga dirham, kerana rotinya adalah lebih banyak daripada roti anda, maka redailah cadangannya. Dia berkata: Tidak, demi Tuhan, wahai Amir al-Mukminin, aku tidak reda melainkan dengan berlalunya pengadilan. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya jika pengadilan dilakukan, maka anda berhak satu dirham. Lantaran itu, ambillah satu dirham dan berilah kepadanya tujuh dirham. Dia berkata: Subhana l-Lah! Wahai Amir al-Mukminin! dia telah mencadangkan kepada aku tiga dirham, maka aku enggan. Bagaimana aku akan mengambil satu dirham sahaja? Beliau a.s berkata: Beliau telah mencadangkan kepada anda tiga dirham adalah untuk perdamaian, tetapi anda telah bersumpah bahawa anda tidak reda melainkan dilakukan pengadilan.

Jika pengadilan dilakukan, anda berhak satu dirham. Dia berkata: Berikan penjelasan kepada aku? Beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa tiga yang anda miliki itu adalah sama dengan sembilan dibahagikan dengan tiga. Dia berkata: Ya. Beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa limanya itu adalah menyamai lima belas dibahagikan dengan tiga? Dia berkata: Ya. Jadi semuanya adalah dua puluh empat dibahagikan dengan tiga. Engkau telah memakan lapan, tetamu telah memakan lapan dan sahabat anda telah memakan lapan. Maka tinggallah daripada sembilan anda itu satu dan telah dimakan oleh tetamu. Dan tinggal daripada lima belasnya adalah tujuh, maka ia telah dimakan oleh tetamu, lantaran itu, dengan tujuhnya, ia mendapat tujuh dan anda dengan satu anda yang telah dimakan oleh tetamu maka anda mendapat satu .


Hadis Amir al-Mukminin A.S Bersama Iblis
Al-Qasim bin Muhammad al-Hamdani berkata: Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Kufi telah memberitahu aku berkata: Abu al-Husain Yahya bin Muhammad al-Farisi telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Abu Abdullah daripada bapanya a.s daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Pada suatu hari aku keluar ke luar Kufah dan di hadapan ku adalah Qanbar. Aku berkata kepadanya: Wahai Qanbar! Adakah anda melihat apa yang aku lihat?
Beliau berkata: Allah telah memberi cahaya kepada anda wahai Amir al-Mukminin sementara mata aku tidak dapat melihatnya. Beliau a.s. berkata: Wahai sahabat kami, adakah kamu melihat apa yang aku lihat? Mereka berkata: Tidak, sesungguhnya Allah telah memberi cahaya kepada anda wahai Amir al-Mukminin sementara mata kami tidak dapat melihatnya. Beliau a.s. berkata: Demi Yang telah membelah biji-bijian dan melepaskan jiwa, kamu akan melihatnya sebagaimana aku melihatnya dan kamu akan mendengar suaranya sebagaimana aku mendengarnya.

Kami telah menunggu beberapa ketika, kemudian seorang tua berpendirian tegap, mempunyai dua mata yang agak panjang ternampak di hadapan kami. Dia berkata: Salam ke atas anda wahai Amir al-Mukminin dan rahmat Allah dan berkat-Nya. Beliau a.s. berkata: Dari manakah anda datang wahai yang terkutuk? Dia berkata: Daripada manusia. Beliau a.s. berkata: Dan ke manakah anda tuju? Dia berkata: Manusia. Beliau a.s. berkata: Sejahat-jahat orang tua adalah anda. Dia berkata: Kenapakah anda berkata sedemikian wahai Amir al-Mukminin? Demi Tuhan, aku akan memberitahu anda satu hadis mengenai aku daripada Tuhan, tidak ada di antara kita orang yang ketiga. Beliau a.s. berkata: Wahai yang dilaknati tentang anda daripada Tuhan, tidak ada di antara anda berdua orang yang ketiga?

Dia berkata: Ya, sesungguhnya aku turun disebabkan kesalahan aku di langit ke empat. Aku telah menyeru Tuhanku: Aku tidak menjangka Engkau telah menciptakan makhluk yang lebih celaka daripada aku? Maka Allah telah berkata: Ya, sesungguhnya Aku telah menciptakan makhluk yang lebih celaka daripada anda, maka pergilah kepada Malik, ia akan memperlihatkannya kepada anda, aku datang kepada Malik dan berkata: Salam ke atas anda dan berkata: Anda perlihatkan kepada aku orang yang paling celaka. Malik bersama aku pergi ke neraka, maka Malik telah mengangkat tingkat pertama. Maka api berwarna hitam keluar.

Aku menyangka ia telah memakan aku dan memakan Malik tetapi Malik berkata kepadanya: Bertenanglah, maka ia menjadi tenang. Kemudian beliau pergi bersama aku ke tingkat kedua, maka api yang lebih hitam dan panas keluar daripadanya. Malik berkata kepadanya: Padam, maka ia padam sehingga Malik pergi bersama-sama aku ke tingkat tujuh. Setiap api yang keluar daripada tingkat-tingkat tersebut adalah lebih panas daripada yang pertama. Api keluar, maka aku menyangka sesungguhnya ia telah memakan aku dan memakan Malik, serta semua makhluk Allah. Aku telah meletakkan tangan aku ke atas mata aku sambil berkata: Perintahkan ia supaya padam, maka ia berkata: Sesungguhnya anda tidak akan dipadamkan sehingga waktu yang ditetapkan.

Malik memerintahkannya, maka ia padam. Aku melihat dua orang lelaki. Di atas tengkuk mereka berdua terdapat rantai daripada api (fa-raiatu rajulaini fi a'naqi-hima salasila al-Niran mua'aliqaini bi-ha ila fauq) tergantung dengannya ke atas dan di atas kepala mereka berdua. Satu kumpulan yang mempunyai tukul daripada api bersama mereka berdua (maqami' al-Niran). Kumpulan itu memukul mereka berdua dengan tukul itu. Aku berkata kepada Malik: Siapakah dua lelaki ini? Malik berkata: Tidakkah anda telah membaca di tiang 'Arasy dan anda sebelum ini telah membacanya; sebelum Allah menciptakan dunia dua ribu tahun "tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, aku telah memperkuatkannya dan menolongnya dengan Ali". Malik berkata: Dua lelaki ini adalah daripada musuh-musuh mereka atau mereka yang menzalimi mereka (Hadha ni min a'da'i ulaika au zalimi-him) .


Bab Kias
Mu'alla bin Muhammad bin Ja'far daripada sebahagian sahabat kita telah meriwayatkannya secara marfu' kepada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya orang yang pertama menggunakan kias adalah Iblis. Dia berkata: Engkau telah menciptakan aku daripada api dan Engkau telah menciptanya daripada tanah. Jika Iblis mengetahui ciptaan Allah pada Adam, nescaya dia tidak akan bermegah ke atasnya. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah mencipta malaikat daripada cahaya, Jin daripada api, sebahagia Jin daripada angin dan sebahagiannya daripada air. Dia telah mencipta Adam daripada tanah.

Kemudian Dia telah mengadunkan pada Adam cahaya (al-Nur), api, angin dan air. Maka dengan cahaya Adam dapat melihat, memikir dan memahami. Dengan api Adam dapat makan dan minum jika tidak ada api di tali perut, maka ia tidak akan melumatkan makanan. Jika tidak ada angin di dalam perut manusia yang menyalakan api di dalam tali perut, nescaya ia tidak menyala. Jika tidak ada air di dalam perut manusia memadamkan kepanasan tali perut, nescaya api akan membakar perut manusia. Justeru Allah telah menghimpunkan pada Adam lima sifat (termasuk tanah). Sementara Iblis memiliki satu sifat sahaja. Dengannya dia telah bermegah ke atas Adam .


Dialog Mukmin al-Taq Bersama Abu Hanifah Tentang Talak
Ya'qub bin Yazid al-Baghdadi daripada Muhammad bin Abu Umair berkata: Abu Hanifah telah berkata kepada Abu Ja'far Mukmin al-Taq: Apakah pendapat anda tentang talak tiga? Mukmin al-Taq berkata: Adakah di atas dasar menyalahi kita dan sunnah? Abu Hanifah berkata: Ya. Mukmin al-Taq berkata: Ianya tidak boleh (la yajuzu). Abu Hanifah berkata: Kenapa tidak boleh? Mukmin al-Taq berkata: Kerana pernikahan adalah akad yang dilakukan berdasar ketaatan. Justeru ia tidak dibolehkan dengan maksiat. Jika tidak boleh pernikahan dilakukan di pihak maksiat. Maka talak juga tidak boleh dilakukan di pihak maksiat. Jika membolehkan ianya berlaku dengan maksiat, bererti menghina Allah a.w tentang apa yang diperintahkannya dan menghina Rasul-Nya tentang apa yang telah disunatkannya, kerana melakukan perkara yang menyalahi kedua-duanya, tidak ada erti bagi kedua-duanya, kerana ternyata di dalam kata-kata kami: Siapa yang menyalahi kedua-duanya, maka ia dikembalikan kepada kedua-duanya di dalam keadaan hina (man syazza 'an-huma rudda ilai-hima wa huwa saghirun) .
Abu Hanifah berkata: Para ulama telah mengharuskannya. Mukmin al-Taq berkata: Sejahat-jahat ulama adalah ulama yang telah membolehkan bagi hamba beramal dengan maksiat dan mengamalkan sunnah syaitan di dalam agama Allah. Tidak ada yang lebih alim daripada kitab dan sunnah, kenapa kamu membolehkan bagi hamba Allah menghimpunkan apa yang telah dipisahkan Allah tentang talak tiga pada satu masa sedangkan kamu tidak membolehkan baginya menghimpunkan apa yang telah dipisahkan oleh Allah tentang solat yang lima? Pada membolehkan sedemikian, adalah suatu pembekuan terhadap kitab Allah dan merosakkan sunnah. Allah telah berfirman di dalam Surah al-Talaq (65):1 "Sesiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri"

Justeru orang yang melanggar hukum-hukum Allah adalah dengan memisahkannya.
Apakah pendapat anda, wahai Abu Hanifah, tentang seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya menurut sunnah syaitan? Adakah harus baginya talak tersebut?

Abu Hanifah berkata: Dia telah menyalahi sunnah dan isterinya tercerai secara ba'in, dan dia telah menderhaka Tuhannya.
Mukmin al-Taq berkata: Ia sebagaimana kami telah katakan bahawa apabila dia telah menyalahi sunnah Allah, maka dia telah beramal dengan sunnah syaitan, siapa yang berjalan di atas sunnahnya (syaitan), maka dia adalah di atas agamanya dan tidak ada bahagiannya lagi di dalam agama Allah.

Abu Hanifah berkata: Ini 'Umar bin al-Khattab. Dia adalah imam muslimin yang terbaik berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan bagi kamu talak berperingkat-peringkat, tetapi kamu telah meminta ia dipercepatkannya, maka kami telah membolehkannya untuk kamu menurut apa yang kamu kehendaki .
Mukmin al-Taq berkata: Sesungguhnya 'Umar tidak mengetahui hukum-hukum agama. Abu Hanifah berkata: Bagaimana begitu? Mukmin al-Taq berkata: Apa yang aku katakan mengenainya, janganlah anda mengingkarinya. Adapun pertamanya 'Umar berkata: Seorang lelaki di dalam junub tidak boleh mengerjakan solat sehingga dia mendapati air sekalipun setahun. Sedangkan umat menyalahi pendapatnya.

Abu Kaif al 'Aidi datang kepadanya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Aku telah menghilangkan diri, kemudian aku telah kembali, tetapi aku dapati isteri aku telah berkahwin? Umar berkata: Jika dia (suaminya) telah melakukan persetubuhan dengannya, maka dia lebih berhak dengannya. Dan jika dia belum melakukan persetubuhan dengannya, maka anda adalah lebih berhak dengannya. Ini adalah hukum yang dia tidak ketahui sedangkan umat menyalahinya.

Umar juga memberi hukuman tentang seorang lelaki yang telah menghilang diri daripada keluarganya (ghaba) selama empat tahun. Dalam hal ini dia mengatakan isterinya itu boleh berkahwin jika dia mahu, sedangkan umat menyalahinya dan berpegang bahawa isterinya itu tidak boleh berkahwin selama-lamanya sehingga terbukti suaminya telah mati atau telah menjadi kafir atau telah menceraikannya.

Umar juga telah membunuh tujuh orang daripada penduduk Yaman dengan seorang lelaki dan berkata: Jika penduduk San'a' tidak diambil kira, nescaya aku membunuh mereka semua dengannya sedangkan umat menyalahinya.

Dibawa kepada 'Umar seorang perempuan yang hamil. Pembawa telah memberi penyaksian bahawa perempuan itu telah melakukan zina. Umar memerintahkan supaya ia direjam. Ali a.s berkata: Jika anda ada jalan ke atasnya, maka apakah jalan anda ke atas kandungannya? Umar berkata: Jika tidak ada Ali, nescaya binasalah 'Umar.

Seorang perempuan gila telah berzina dan dibawa kepada Umar. Dia memerintahkan supaya perempuan gila itu direjam. Ali a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa al-Qalam (taklif) diangkat daripadanya sehingga ia sembuh. Maka 'Umar berkata: Jika tidak ada Ali, nescaya binasalah 'Umar.

Umar tidak mengetahui al-Kalalah, maka dia bertanya Nabi s.a.w tentangnya. Baginda s.a.w. telah memberitahunya, tetapi 'Umar tidak memahaminya. Selepas itu Umar memerintahkan anak perempuannya bertanya Nabi s.a.w mengenai al-Kalalah. Lalu anaknya bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. berkata: Bapa anda telah memerintahkan anda supaya bertanya aku? Dia menjawab: Ya. Baginda s.a.w. berkata: Bapa anda tidak akan memahaminya sehingga dia mati. Justeru siapa yang tidak mengetahui al-Kalalah, maka bagaimana dia mengetahui hukum-hukum agama?

12
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Riwayat Sahabat Kami dan Orang Lain
Diriwayatkan daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang pun Ahlu l-Bait memasuki syurga melainkan mereka semua memasukinya. Ditanya: Bagaimana boleh terjadi begitu? Baginda s.a.w. bersabda: Beliau akan memberi syafaat kepada mereka, dan mereka pula boleh memberi syafaat kepada orang lain sehingga tinggal seorang khadam. Maka baginda s.a.w. berkata: Wahai Tuhanku! Khadimahku, dia telah melindungi aku daripada kepanasan dan kesejukan, lalu baginda s.a.w. memberi syafaat kepadanya .

Diriwayatkan daripada al-Sadiq a.s berkata: Tidak ada Ahlu l-Bait melainkan terdapat pada mereka seorang yang cerdik (najib) dan yang paling cerdik adalah daripada Ahlu Bait Nabi s.a.w.

Diriwayatkan bahawa bagi mereka munafik mereka mempunyai empat alamat: Keras hati, keras mata, berterusan di atas dosa dan tamak kepada dunia .
Sahal bin Ziad al-Adami telah memberitahu aku berkata: Urwah bin Yahya telah memberitahu aku daripada Abu Sa'id al-Madai'ni berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah pengertian firman Allah a.w di dalam Surah al-Qasas (28):46 "Dan tiadalah kamu berada berhampiran gunung Tur, ketika kami menyeru(musa)" ? Beliau a.s berkata: Kitab untuk kami, Allah telah menulisnya wahai Abu Sa'id, pada satu daun (kertas) sebelum Dia mencipta makhluk dua ribu tahun ada bersamanya di Arasy atau di bawah Arasy-Nya tertulis di dalamnya: Wahai syi'ah Ali Muhammad! Aku telah memberi kepada kamu sebelum kamu memohon kepada-Ku (Ya syi'ata Ali Muhammad, a'taitu-kum qabla an tas'aluni). Aku telah mengampuni untuk kamu sebelum kamu memohon ampun daripada-Ku (wa ghafartu la-kum qabla an tastaghfiruni). Siapa yang telah mendatangi-Ku di kalangan kamu dengan wilayah ali Muhammad, maka Aku akan menempatkannya di syurga-Ku dengan rahmat-Ku (man atani min-kum bi-wilayati ali Muhammad askantu-hu jannati bi-rahmati)"

Muhammad bin Ja'far bin Abu Syakir telah memberitahuku daripada mereka yang telah memberitahunya daripada beberapa lelaki daripada Abu Abdullah a.s berkata: Allah akan membalas kebaikan (al-Ma'ruf) seseorang apabila dia tidak memulakannya dengan masalah, tetapi apabila saudara anda datang kepada anda kerana satu hajat, hampir dia melihat darahnya pada mukanya dalam keadaan bahaya, sedangkan dia masih ragu untuk memenuhi atau enggan. Maka demi Tuhan, demi Tuhan, jika dia keluarkan kesemua yang dia miliki untuk saudaranya itu selepas berlalu keperluannya, nescaya dia tidak dapat membalas (keaiban)nya .


Hadis Mubahalah
Bismillaahi r-Rahmani r-Rahim

Abu Bakr bin Muhammad bin Ibrahim al-'Allaf al-Hamdani di Hamadan telah memberitahu aku berkata: Abdullah bin Ja'far bin Muhammad bin Ja'far bin Musa bin Syazan al-Bazzaz telah memberitahu kami dengan katanya: Abu Abdullah al-Husain bin Muhammad bin Sa'id al-Bazzaz yang dikenali dengan Ibn al-Matbaqi, dan Ja'far al-Daqqaq telah memberitahu kami, mereka berdua berkata: Abu al-Hasan Muhammad bin al-Faidh bin Fayyadh al-Dimasyqi di Dimsyiq telah memberitahu kami dengan katanya: Ibrahim bin Abdullah anak saudara lelaki Abd al-Razzaq telah memberitahu kami, berkata: Abd al-Razzaq bin Hammam al-San'ani telah memberitahu kami, berkata: Mu'ammar bin Rasyid telah memberitahu kami, berkata: Muhammad bin al-Munkadir telah memberitahu kami daripada bapanya daripada datuknya berkata: Al-Sayyid dan al-'Aqib adalah dua orang paderi Najran berserta rombongannya yang terdiri tujuh puluh orang telah datang mengunjungi Nabi s.a.w. Aku telah berada bersama mereka dan di kalangan kami diadakan pengajaran Injil secara ringkas, iaitu pengajaran Injil oleh pengeluar dana mereka. Tiba-tiba seekor baghal betina terjatuh, maka paderi itu berkata: Terjatuhlah orang yang kami mendatanginya dari jauh (Rasulullah s.a.w). Lantas sahabatnya bernama al-'Aqib berkata: Andalah yang terjatuh dan terbalik. Paderi itu berkata: Kenapakah begitu?

Al-'Aqib berkata: Kerana anda telah menjatuhkan Nabi al-Ummiy Ahmad. Paderi berkata: Bagaimana anda mengetahuinya? Al-'Aqib berkata: Tidakkah anda membaca daripada al-Miftah al-Rabi' daripada wahyu kepada al-Masih: Katakanlah kepada Bani Israel: Alangkah jahilnya kamu!. Kamu melahirkan diri kami dengan hiasan dunia di sisi ahlinya dan ahli kamu. Sedangkan di dalam hati kamu di sisi aku seperti bangkai yang busuk. Wahai Bani Israel! Berimanlah dengan Rasul-Ku al-Ummiy, ia akan lahir pada akhir zaman. Mukanya seperti bulan penuh purnama, mempunyai seekor unta betina merah dihiasi dengan cahaya, mempunyai maruah yang baik dan pakaian yang kasar. Dia adalah penghulu kepada mereka terdahulu di sisi-Ku, orang terakhir yang paling mulia, akan menurut sunnah-Ku, akan memasuki syurga-Ku, pejuang dan di tangannya kaum musyrikin kerana-Ku, bergembiralah dengan berita tersebut. Wahai Bani Israel! Perintahlah Bani Israel supaya menolong dan membantunya.

Isa berkata: Quddus, quddus. Siapakah hamba yang soleh ini? Hati aku telah mencintainya sekalipun mata aku tidak pernah melihatnya? Dia berkata: Beliau adalah daripada anda dan anda adalah daripadanya, beliau adalah ipar anda daripada ibu anda, sedikit anak, berkahwin ramai, tinggal di Makkah iaitu tempat asas yang telah diletakkan Ibrahim. Keturunannya daripada zuriat yang diberkati (Mubarakah) iaitu madu ibu anda di syurga. Beliau mempunyai beberapa keadaan; matanya tidur, tetapi hatinya jaga. Beliau memakan hadiah, tetapi tidak memakan sedekah. Beliau mempunyai kolam (haudh) di pinggir Zamzam sehingga ke tempat jatuhnya matahari.

Padanya dua minuman daripada jenis Rahiq dan Tasnim. Padanya piala-piala yang banyak seperti bilangan bintang di langit. Siapa yang meminumnya maka dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Itu adalah kerana Aku telah melebihkannya ke atas semua rasul. Perbuatannya menepati perkataannya secara rahsia atau terang-terangan. Alangkah bagusnya untuk dirinya. Alangkah bagusnya untuk umatnya yang menghidupkan agamanya dan mati di atas sunnahnya dan bersama-sama Ahlu l-Baitnya. Mereka cenderung dalam keadaan beriman, tenang dan diberkati. Pada musim kemarau dan kesusahan beliau menyeru-Ku, maka langit menurunkan hujan dengan lebat sehingga dilihat kesan keberkatannya. Aku akan memberkati apa yang dilakukannya. Beliau berkata: Ilahi, namakannya. Dia berkata: Ya. Namanya Ahmad iaitu Muhammad rasul-Ku kepada semua makhluk, yang paling hampir kedudukannya dengan-Ku, yang paling banyak mendapat syafaat-Ku. Beliau tidak memerintahkan melainkan apa yang Aku suka dan beliau melarang apa yang Aku benci.

Sahabat al-'Aqib berkata kepadanya: Kenapa anda mengemukakan kepada kami orang yang sebegini sifatnya? Al-'Aqib berkata: Kita akan menyaksikan keadaannya, kita melihat akan bukti-buktinya. Jika ia benar sebagaimana yang dikatakan (yakun huwa huwa), kita akan menolongnya dengan perdamaian. Kita meneguhnya dengan harta-harta kita daripada penganut-penganut agama kita di dalam keadaan beliau tidak menyedari rancangan kita. Jika beliau seorang pendusta, maka pendustaannya ke atas Allah sudah cukup bagi kita. Paderi berkata: Kenapa apabila anda melihat tanda-tandanya anda tidak mengikutinya?

Beliau berkata: Tidakkah anda lihat bagaimana mereka menghormati kita, melayani kita dan membenarkan kita membina gereja-gereja serta meninggikan suara kita di dalamnya dan bagaimana jiwa boleh menerima agama yang menyamakan yang mulia dengan yang hina. Apabila mereka datang ke Madinah, para sahabat Rasulullah s.a.w melihat mereka dan berkata: Kami belum pernah melihat rombongan Arab yang lebih cantik daripada mereka, yang mempunyai perasaan, dan pakaian di atas mereka. Rasulullah s.a.w pada masa itu telah berada jauh dari Masjid, maka aku telah menghadiri solat rombongan itu. Mereka berdiri dan mengerjakan solat di Masjid Rasulullah s.a.w ke arah timur. Beberapa lelaki di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w memahamkan mereka dengan menghalang mereka. Rasulullah s.a.w datang sambil bersabda: Tinggalkan mereka dan apabila mereka menyelesaikan solat, mereka duduk di sisi Rasululah s.a.w. dan mengadakan dialog dengannya.

Mereka berkata: Wahai Abu al-Qasim! Berhujahlah dengan kami tentang Isa? Baginda s.a.w bersabda: Isa adalah seorang hamba Allah dan Rasul-Nya serta kalimat-Nya yang telah dicampakkan kepada Maryam dan roh daripada-Nya. Seorang daripada mereka berkata: Isa adalah anak lelaki-Nya dan orang yang kedua daripada dua. Sementara yang lain pula berkata: Isa adalah yang ketiga daripada tiga: Bapa, ibu dan roh al-Qudus. Kami telah mendengarnya di dalam al-Qur'an yang telah diturunkan kepada anda iaitu ayat: Kami telah melakukannya, kami telah menjadikannya dan kami telah menciptakannya.

Jika Ia adalah Satu, nescaya Dia akan berkata: Aku telah mencipta (khalaq-tu), aku telah menjadikannya (ja'al-tu) dan aku telah melakukannya (fa'al-tu). Pada saat itu Nabi s.a.w telahpun menerima wahyu yang diturunkan kepadanya pada permulaan Surah Ali Imran sehingga enam puluh ayat. Di antaranya Surah Ali Imran (3):61"Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu, maka katakanlah (kepadanya) Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak-kamu,wanita kami dan wanita kamu, diri kami dan diri kamu,kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada mereka yang dusta"

Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada mereka tentang kisah ini dan membaca ke atas mereka al-Qur'an, sebahagian mereka berkata kepada yang lain: Demi Tuhan, ia telah datang kepada kamu dengan lebih jelas daripada cerita sahabat kamu.

Rasulullah s.a.w berkata kepada mereka: Sesungguhnya Allah a.w telah memerintahkan aku supaya bermubahalah dengan kamu. Mereka berkata: Jika begitu, besok kami bermubahalah dengan kamu. Mereka berkata: Sehingga kita menunggu dengan apakah beliau bermubahalah besok. Adakah dengan pengikut-pengikutnya yang biasa atau dengan keluarganya daripada ahli Safwah dan Taharah? Kerana mereka adalah tunjang para nabi dan rujukan mereka. Setelah tiba keesokan harinya, Nabi s.a.w berjalan di waktu pagi di kanannya Ali, di kirinya al-Hasan dan al-Husain, dan di belakang mereka adalah Fatimah a.s. Di atas mereka kain Najran sementara di atas bahu Rasulullah s.a.w kain kasar yang sederhana tebal.

Maka baginda s.a.w. memerintahkan supaya berhenti di antara dua pohon, kemudian baginda s.a.w. membersihkan tempat di antara keduanya. Baginda s.a.w. meletakkan kain (al-Kisa') di atas kedua-dua pohon tersebut dan memasukkan ahli keluarganya di bawah kain tersebut. Kemudian baginda s.a.w. memasukkan bahunya di sebelah kiri bersama-sama mereka di bawah kain berpegang kepada panahnya, mengangkat tangan kanannya ke langit untuk bermubahalah. Orang ramai melihat dengan tekun. Warna al-Sayyid dan al-'Aqib berubah menjadi kuning, fikiran mereka berdua hampir terbantut. Seorang daripada mereka berdua berkata kepada sahabatnya: Adakah kita akan bermubahalah dengannya?

Beliau berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa tidak ada satu kaum pun yang bermubahalah dengan seorang nabi kecuali yang muda mereka akan membesar dan yang tua mereka akan tinggal. Aku fikir anda tidak akan mampu menghadapi bahayanya. Justeru berilah kepadanya harta dan senjata yang beliau kehendaki, kerana beliau adalah seorang ahli peperangan. Katakan kepadanya: Adakah dengan mereka itu anda bermubahalah dengan kami supaya beliau (Nabi s.a.w) tidak terfikir bahawa kami telah mengetahui kelebihannya dan kelebihan Ahlu l-Baitnya pada awal-awal lagi.

Apabila Nabi s.a.w mengangkat tangannya ke langit untuk bermubahalah, seorang daripada mereka berdua berkata: Rahbaniyyah yang mana satu ini?! Jika lelaki itu membuka mulutnya untuk bermubahalah, nescaya kami tidak akan kembali kepada kelurga dan harta kami. Mereka berdua berkata: Wahai Abu al-Qasim! Adakah dengan mereka itu anda akan bermubahalah dengan kami? Baginda s.a.w. berkata: Ya, mereka itu adalah orang yang paling terkemuka di atas muka bumi ini selepas aku di sisi Allah s.w.t, dan yang paling hampir kepada-Nya. Kedua-dua paderi itu menjadi cemas dan berkata kepadanya: Wahai Abu al-Qasim! Kami akan memberi kepada anda seribu pedang, seribu baju besi dan seribu perisai daripada kulit. Seribu dinar setiap tahun dengan syarat baju besi, pedang dan perisai di sisi anda diberi pinjam sehingga kaum kami datang selepas kami, maka kami akan memberitahu mereka tentang pendapat kami sama ada menerima Islam, jizyah atau memberi barang-barang yang dijanjikan (al-Muqata'ah) setiap tahun.

Nabi s.a.w berkata: Aku telah menerima perkara tersebut daripada kamu berdua. Demi Yang telah mengutus aku dengan kekeramatan, jika kamu bermubahalah dengan aku dan dengan mereka di bawah kain, nescaya Allah akan membakar kamu dengan api dan mereka di sekelilingnya lebih cepat dari kelipan mata. Maka Jibrail turun ke atasnya dan berkata: Wahai Muhammad, Allah memberi salam kepadamu dan berfirman: Demi kekuatan-Ku, Kemuliaan-Ku dan ketinggian tempat-Ku, jika penghuni langit dan penghuni bumi bermubahalah dengan mereka di bawah kain (al-Kisa'), nescaya langit akan runtuh dan bumi akan terputus-putus. Tidak ada sesuatu pun yang dapat berdiri di atasnya lagi. Maka Nabi s.a.w. mengangkat tangannya sehingga dapat dilihat keputihan ketiaknya. Baginda s.a.w. bersabda: Bagi mereka yang telah menzalimi kamu akan hak kamu dan tidak mengambil berat tentang upah yang telah difardukannya oleh Allah pada kamu, maka laknat Allah mengikuti mereka sehingga hari Kiamat.


Peringatan Ummu Salmah R.A Terhadap 'Aisyah
Muhammad bin Ali bin Syazan telah memberitahu aku dan berkata: Ahmad bin Yahya al-Nahwi Abu al-Abbas Tha'lab memberitahu kami berkata: Ahmad bin Sahal Abu Abd al-Rahman memberitahu kami berkata: Yahya bin Muhammad bin Ishaq bin Musa memberitahu kami berkata: Ahmad bin Qutaibah Abu Bakr telah memberitahu kami daripada Abd al-Hakim al-Qutaibi daripada Abu Kisah dan Yazid bin Ruman mereka berdua berkata: Ketika 'Aisyah berkumpul untuk keluar ke Basrah, maka Ummu Salmah r.a datang kepadanya dari Makkah. 'Aisyah berkata kepadanya: Wahai Anak perempuan Abu Umayyah! Anda adalah Ummahat al-Mukminat yang tertua. Rasulullah s.a.w telah makan dan minum di rumah anda. Baginda s.a.w. telah memberi bahagian kami di rumah anda, wahyu telah turun di rumah anda.

Ummu Salmah r.a berkata: Wahai anak perempuan Abu Bakr! Adakah dengan darah Uthman anda tuntut? Sedangkan anda adalah orang yang paling kuat menentangnya dan telah melepaskan diri anda daripadanya atau pemerintahan Ali bin Abu Talib yang anda tentang sedangkan mereka muhajirin dan ansar telah mengikutinya? Sesungguhnya anda adalah penyandar atau pintu di antara Rasulullah s.a.w dan umatnya, dinding contoh di atas kehormatannya. Al-Qur'an dikumpulkan ekoran anda. Justeru janganlah bermegah dengannya. Bawa bertenang kedudukan anda. Janganlah mensia-siakannya. Allah adalah di belakang umat ini. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengetahui kedudukan anda jika baginda s.a.w. mahu membuat perjanjian dengan anda, nescaya baginda s.a.w. telah melakukannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang anda dari merayau-rayau di seluruh negeri. Sesungguhnya tiang Islam tidak boleh dibaiki oleh wanita jika ia pecah. Kepujian seorang wanita adalah apabila dia tidak banyak bercakap dan merendahkan penglihatannya. Aku bukanlah orang yang berkata jika Rasulullah s.a.w membentangkan kepada anda sebahagian padang pasir, anda akan segera menjelajah dari kawasan berpaya ke kawasan yang lain. Sesungguhnya Allah melihat perjalanan dan pergerakan anda.

Dan kepada Rasulullah s.a.w anda akan datang pada hari Kiamat. Sesungguhnya anda telah menghadapi kegelapannya dan anda telah meninggalkan janjinya. Aku bersumpah dengan nama Allah, jika aku berjalan dengan perjalanan anda ini, kemudian ada orang berkata kepada aku: Masuklah syurga Firdaus, nescaya aku menjadi malu berjumpa dengan Muhammad s.a.w dalam keadaan mengoyakkan hijab yang dilakukan Ali. Jadikan rumah anda sebagai benteng, kubur anda dirahsiakan sehingga anda menemuinya, kerana itu adalah baik.

Kemudian Ummu Salmah berkata: Jika aku mengingatkan anda lima perkara tentang kelebihan Ali a.s daripada Rasulullah s.a.w, nescaya anda akan mematuk aku seperti seekor ular yang bisa. Adakah anda masih ingat ketika Rasulullah s.a.w membuat undian di antara isteri-isterinya (yaqra' baina nisa'i-hi) apabila baginda s.a.w. ingin musafir, maka bahagian aku dan bahagian anda telah keluar di kala itu kita bersamanya. Baginda s.a.w. pada masa itu sedang turun dari Qudaid dan bersamanya Ali a.s bercakap-cakap dengannya. Lantas anda telah pergi untuk menyerangnya.

Aku berkata kepada anda: Rasulullah s.a.w bersama sepupunya. Kemungkinan baginda s.a.w. memerlukannya tetapi anda menderhaka aku dan kembali dalam keadaan menangis. Maka aku pun bertanya kepada anda, lalu anda berkata: Anda telah menyerangnya (Ali a.s) dan anda berkata kepadanya: Wahai Ali! Aku berhak bersama Rasulullah s.a.w satu hari daripada sembilan hari. Sesungguhnya anda telah menyibukkannya daripada aku. Anda juga telah memberitahu aku bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata kepada anda: Anda memarahinya (Ali). Tiada seorang pun daripada keluarga aku dan umat aku yang memarahi Ali melainkan terkeluar imannya? Aisyah menjawab: Ya.

Pada hari Rasulullah s.a.w mahu musafir, aku telah menyediakan makanan untuknya, maka baginda s.a.w. bersabda kepada aku: Seorang di kalangan isteri-isteri aku akan menjadi pemilik unta betina dan akan disalak oleh anjing-anjing di Hau'ab. Maka aku mengangkat tangan aku dari menyediakan makanannya dan aku berkata: Aku memohon perlindungan Allah supaya ia tidak berlaku kepada aku. Maka baginda s.a.w. bersabda: Demi Tuhan, salah seorang daripada kamu berdua akan melakukannya, bertakwalah kepada Allah wahai Humaira' supaya anda tidak melakukannya. Adakah anda masih mengingatinya wahai 'Aisyah? Aisyah menjawab: Ya.

Pada hari kita bersiar-siar di hadapan Rasulullah s.a.w, anda telah memakai pakaian aku dan aku telah memakai pakaian anda. Maka Rasulullah s.a.w datang, lalu duduk di sisi anda dan bersabda: Adakah anda menyangka wahai Humaira' bahawa aku tidak mengenali anda? Sesungguhnya umat aku akan menghadapi anda pada suatu hari yang pahit atau pada hari yang berdarah. Adakah anda masih mengingatinya wahai 'Aisyah?

Pada hari aku dan anda berserta Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datang bapa anda dan sahabatnya meminta izin. Maka aku pun memasuki bilik aku. Kemudian mereka berdua berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak mengetahui kadar kedudukan anda tentang kami, adalah lebih baik,jika anda jadikan untuk kami seorang yang boleh kami mendatanginya selepas anda (fa-lau ja'al-ta lana insanan na'ti-hi ba'da-ka). Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku mengenali kedudukannya dan aku mengetahui tempatnya, jika aku memberitahu kamu mengenainya, nescaya kamu akan berpecah sebagaimana berpecahnya Bani Israel daripada Isa bin Maryam (Lau akhbartu-kum bi-hi la-tafarraqt-um 'an-hu ka-ma tafarraqat Bani Israel). Apabila mereka berdua keluar, maka aku dan anda keluar kepadanya dan anda berdukacita ke atasnya sambil berkata: Siapakah yang anda akan melantiknya untuk mereka? Baginda s.a.w. bersabda: Tukang kasut(khasif al-Na'al). Ali bin Abu Talib membaiki kasut Rasulullah s.a.w apabila ia rosak, membasuh kainnya apabila ia kotor. Maka aku berkata: Aku tidak melihat melainkan Ali, maka baginda s.a.w bersabda: Beliaulah orangnya, adakah anda masih mengingatinya wahai 'Aisyah? Aisyah menjawab: Ya.

Pada hari Rasulullah s.a.w mengumpulkan kita di rumah Maimunah dan bersabda: Wahai isteri-isteri aku! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah seorang pun daripada kamu musafir. Adakah anda masih mengingatinya wahai 'Aisyah? Aisyah menjawab: Ya.

Kemudian aku pun keluar dan utusannya juga keluar dan menyeru kepada orang ramai: Siapa yang ingin keluar, maka hendaklah dia keluar kerana Umm al-Mukminin akan keluar. Lantas Abdullah bin al-Zubair memasukinya dan membisikkan pada telinganya dan hatinya yang belum membuat keputusan. Utusannya keluar dan menyeru: Siapa yang ingin berjalan, maka hendaklah beliau berjalan, kerana Ummu al-Mukminin akan keluar. Apabila 'Aisyah menyesal, maka Ummu Salmah mengeluarkan bait-bait syair berikut:

Jika seorang yang berpegang masih tergelincir
Maka 'Aisyah adalah seorang daripada mereka
Berapa tahun sahaja dia meninggalkan Rasulullah
Membaca ayat-ayat al-Qur'an dan mengkajinya
Kadang-kadang Allah mencabut akal manusia
Sehingga dengannya ia menghukum ke atas manusia
Allah merahmati Ummu al-Mukminin sesungguhnya
Dia telah bertukar dari keriuhan kepada ketenangan


13
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Ali A.S Menghantar Sa'sa'ah bin Sauhan Kepada Khawarij
Muhammad bin Ali telah memberitahu kami berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami berkata: Al-'Akliy al-Hirmari telah memberitahu aku daripada Salih bin Aswad bin San'an al-Ghanawi berkata: Masma' bin Abdullah al-Basri telah memberitahu aku daripada seorang lelaki berkata: Ali bin Abu Talib a.s mengutus Sa'sa'ah bin Sauhan kepada Khawarij. Mereka berkata kepadanya: Bagaimana pendapat anda sekiranya Ali bersama kami di tempat kami. Adakah anda akan bersamanya? Sa'sa'ah menjawab: Ya. Mereka berkata: Jika begitu keadaannya, maka anda bertaklid kepada Ali sebagai agama anda? Kembalilah anda, kerana anda tidak ada agama. Sa'sa'ah berkata kepada mereka: Celakalah anda! Tidakkah aku bertaklid kepada orang yang bertaklid kepada Allah, Ali sentiasa benar di dalam menjalankan urusan Allah.

Tidakkah Rasulullah s.a.w telah mengemukakannya di dalam peperangan sehingga beliau dapat mengalahkan musuh, memadamkan api peperangan dengan tegas dan berjuang kerana zat Allah s.w.t. Itulah gambaran Rasulullah s.a.w dan muslimin terhadapnya. Di manakah kamu akan pergi? Siapakah yang kamu mahu? Dari bulan yang terang, lampu yang cerah, jalan Allah yang lurus? Allah akan membunuh kamu di mana kamu berada. Adakah pada al-Siddiq al-Akbar dan al-Gharadh al-Aqsa (Ali a.s) kamu lontarkan? Akal kamu telah pudar ingatannya, muka kamu manjadi hudoh, kamu telah menaiki bukit yang kecil dan menjauhkan tempat yang mengandungi air. Adakah kamu menyasarkan Amir al-Mukminin dan wasi Rasulullah s.a.w? Kamu akan mendapat kerugian yang besar dan ia lebih jauh lagi bagi mereka kafir yang zalim. Syaitanlah yang telah memesongkan kamu daripada petunjuk. Penentangan kamu telah membutakan kamu daripada hujah yang terang.

Abdullah bin Wahab al-Rasibi berkata kepadanya: Kamu telah bercakap wahai anak lelaki Sauhan seperti suara seekor unta yang tersesak nafasnya. Beritahukan sahabat anda bahawa kami akan memeranginya di atas dasar hukum Allah dan al-Qur'an. Kemudian Abdullah bin Wahab telah mengeluarkan beberapa bait syair. Al-'Akli al-Hirmariy berkata: Aku tidak mengetahui sama ada bait-bait itu kepunyaannya atau pun tidak:

Kami memerangi kamu bagi melaksanakan kebenaran
Kami menentang kamu demi mencapai kemenangan
Jika kamu mencari hukum Allah,kami berpihak kepada
kamu
Apabila kami mendapati kebenaran, keamanan dan
keamanan
Jika tidak, al-Masyrafiyyah akan berada
Di tangan lelaki yang beragama dan berilmu

Sa'sa'ah berkata: Wahai saudara Rasib! Seolah-olah aku sedang melihat kepada anda berlumuran dengan darah anda dan burung akan singgah di atas anggota anda. Seruan anda tidak dijawab kerana Imam yang mendapat hidayah menguasai anda.

Al-Rasibi berkata:

Singa akan diketahui apabila kita bertarung
Peranannya ke atasnya atau ke atas kami

Beritahu sahabat anda bahawa kami tidak mengundur diri daripadanya atau dia mengakui kekafirannya kepada Allah atau Dia mengampunkan daripada dosanya. Sesungguhnya Allah menerima taubat, kuat balasan-Nya, mengampuni taubat. Apabila dia melakukan semua ini maka kami akan mempertimbangkannya.

Sa'sa'ah berkata: " Di waktu pagi mereka memuji berjalan di waktu malam". Kemudian Sa'sa'ah kembali kepada Ali a.s dan memberitahunya apa yang telah berlaku di antaranya dengan golongan Khawarij. Ali a.s berkata:

Dua utusan aku mahu berhenti Kemudian Mereka memegang
tangan dengan tangan bersama mengambil bahagian untuk aku

Kecelakaan bagi mereka wahai Ibn Sauhan! Sesungguhnya aku telah dijanjikan untuk mereka dan akulah sahabat mereka. Aku tidak berbohong dan tidak dibohongi. Sesungguhnya hari peperangan akan berlaku di antara mukminin dan penderhaka. Alangkah jauhnya mereka daripada Roh Allah! Kemudian beliau a.s berkata:

Apabila kuda berjalan pada pemuda dan terdedah
Kebengisan dia tidak meminta selain dari tikaman
Pemuda hanya bertemu lawannya berdepan
Apabila ia gementar menakutkan pengecut

Kemudian beliau a.s. mengangkat kepalanya dan dua tangannya ke langit dan berkata: Wahai Tuhanku, saksikanlah (beliau a.s. mengulanginya sebanyak tiga kali) Sesungguhnya keuzuran telah diberikan kepada mereka yang telah diberi peringatan. Dengan Engkau aku pohon pertolongan, kepada Engkau aku merayu, di atas Engkau aku bertawakal. Kepada Engkau kami menolak pembunuhan mereka, mereka terus angkuh di dalam kebatilan, Allah hanya menerima kebenaran. Kemudian beliau a.s. memberi isyarat kepada para sahabatnya dan berkata: Bersiaplah untuk menghadapi musuh kamu. Sesungguhnya kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah. Kemudian beliau a.s. membaca akhir Surah Ali Imran.


Tulisan Tangan Abd al-Muttalib
Muhammad bin Ali telah memberitahu kami berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami berkata: Abd al-Rahman anak saudara lelaki al-Asma'i telah memberitahu kami daripada bapa saudaranya ('ammu-hu) berkata: Sebahagian sahabat kami telah memberitahuku daripada Abd al-Rahman bin al-Khalid bin Abu al-Hasan Jumhur, hamba al-Mansur berkata: Sebahagian daripada anak lelaki Sulaiman bin Ali telah mengeluarkan kepada aku satu surat dengan khat Abd al-Muttalib iaitu seakan-akan khat perempuan: Dengan nama Engkau, wahai Tuhanku (ini) adalah peringatan tentang hak Abd al-Muttalib bin Hasyim daripada ahli Makkah ke atas polan bin polan al-Humairi daripada ahli Zul San'a'. Di atasnya seribu dirham perak yang baik mengikut timbangan yang baru. Apabila beliau berdoa dengannya, maka Allah akan menerima doanya. Allah telah menyaksikannya dan dua malaikat-Nya .


Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Anggur
Abu al-Hasan Ali bin Zanjawaih al-Dainuwari telah memberitahu kami berkata: Abu Uthman Sa'id bin Ziad telah memberitahu kami di Qaryah Ram berkata: Abu Ziad bin Qaid telah memberitahuku daripada bapanya Qaid bin Ziad daripada datuknya Ziad bin Abu Hindun daripada Abu Hindun al-Dari berkata: Rasulullah s.a.w telah dihadiahkan dengan satu talam hidangan yang ditutup. Lalu baginda s.a.w. membukanya dan bersabda: Makanlah kamu semua dengan nama Allah, sebaik-baik makanan adalah anggur, kerana ia menguatkan saraf, menghilangkan rasa sakit, memadamkan kemarahan, meredai Tuhan, menghilangkan kahak, menyedapkan bauan nafas dan melicinkan kulit" .

Ali bin Zanjawaih telah memberitahu kami berkata: Salmah bin Musayyab telah memberitahu kami berkata: Abd al-Razak telah memberitahu kami daripada Mu'ammar daripada Ibn Tawus daripada bapanya daripada Abu Hurairah bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Siapa yang bersumpah (halafa) dan berkata: Insya' Allah, maka dia telah mengecualikannya (istathna). Dan bersabda:

Wahai gharib yang berjalan di antara bukit-bukit
Wahai bukit-bukit temanlah al-Gharib
Wahai gharib daripada ahlinya dan malam-malam
Allah akan mengembalikan anda dalam keadaan
Selamat wahai gharib!


Surat Muhammad bin Abu Bakr Kepada Mu'awiyah
Daripada Muhammad bin Abu Bakr r.a. kepada Mu'awiyah bin Abu Sufyan: Salam ke atas ahli taat kepada Allah daripada ahli wilayat Allah.

Amma ba'du. Adapun kemudian daripada itu bahawa sesungguhnya Allah dengan segala ketinggian, kebesaran dan kekuasaan-Nya telah mencipta makhluk-Nya tanpa sia-sia, tanpa kelemahan kepada kekuatan-Nya, tanpa memerlukannya tetapi Dia telah menciptakan mereka sebagai hamba. Kemudian Dia telah mencipta di kalangan mereka yang bodoh terdapat yang cerdik dan yang celaka terdapat yang bahagia. Kemudian Dia memilih Muhammad s.a.w sebagai Rasul di atas keilmuan-Nya. Orang yang pertama yang menyahuti seruan Muhammad s.a.w. serta membenarkannya, beriman dan menerima Islam adalah saudaranya yang juga sepupunya iaitu Ali bin Abu Talib. Ali telah membenarkannya dalam keghaiban yang masih tersembunyi. Baginda s.a.w telah mencintai Ali dberbanding dengan semua sahabat yang lain, menjaganya, menyamakan dirinya dengannya dalam setiap ketakutan.

Memerangi mereka yang memeranginya, berdamai dengan mereka yang berdamai dengannya (Ali). Beliau s.a.w sentiasa menjaga dirinya di masa ketakutan, kelaparan dan kesusahan sehingga Allah memenangkan hujahnya. Sesungguhnya aku melihat anda, wahai orang yang sesat, menjemukannya (Ali). Anda adalah tetap anda dan beliau adalah tetap beliau. Orang yang terkemuka pada setiap masa, orang yang pertama Islam, paling benar niatnya, orang yang paling mulia zuriatnya, orang yang paling baik isterinya, orang yang paling baik persaudaraannya, sepupunya, wasinya, pilihannya, saudaranya yang menggadaikan dirinya di dalam peperangan Mu'tah. Bapa saudaranya ('ammu-hu) penghulu para syahid dalam peperangan Uhud dan bapanya seakan-akan muka Rasulullah s.a.w.

Anda adalah al-La'in (terkutuk) anak lelaki al-La'in. Anda dan bapa anda sentiasa menzalimi Rasulullah s.a.w, berusaha memadamkan cahaya-nya, berkumpul menentangnya secara umum, menghasut kabilah-kabilah menentangnya, membelanjakan harta bagi menentangnya. Bapa anda telah mati di dalam keadaan sedemikain dan anda mengikutinya di dalam penentangan. Perkara yang menjadi saksi ke atas anda adalah perbuatan anda sendiri di mana saki baki golongan al-Ahzab, kepala-kepala munafik, ahli perpecahan dan penentangan terhadap Rasulullah s.a.w dan Ahlu l-Baitnya berlindung kepada anda. Mereka yang menjadi saksi kepada Ali bin Abu Talib a.s adalah penolong-penolongnya yang bersama-samanya. Kelebihan mereka telah disebut di dalam al-Qur'an. Allah telah memuji ke atas mereka yang terdiri di kalangan muhajirin dan ansar, maka mereka adalah bersama-samanya dengan beberapa pasukan tentera di sekelilingnya mengangkat pedang-pedang mereka, mengalirkan darah mereka tanpanya, mereka melihat kebenaran di dalam mengikutinya dan kecelakaan di dalam menyalahinya. Bagaimana anda, neraka untuk anda. Bgaimana anda menyamai diri anda dengan Ali.

Sedangkan Ali adalah saudara Rasulullah, wasinya, bapa kepada anak-anaknya. Orang yang pertama menjadi pengikutnya, orang paling terakhir membuat perjanjian dengannya, beliau s.a.w telah memberitahu kepadanya rahsianya dan berkongsi di dalam urusannya sedangkan anda adalah musuhnya dan anak lelaki musuhnya. Oleh itu, bergembiralah sekejap-apa yang anda mampu- dengan kebatilan anda, dan 'Umru bin al-'As membantu anda di dalam kesesatan anda. Ajal anda seolah-olah telah berakhir, dan penipuan anda telah lemah. Kemudian anda meminta penjelasan daripada orang yang akan mendapat kedudukan yang tinggi. Dan ketahuilah bahawa anda sedang menipu Tuhan anda(tukayidu rabba-ka), anda telah menyelamatkan '"tipudaya-Nya" pada diri anda, anda telah berputus asa daripada roh-Nya, Dia sedang menunggu anda, anda di dalam kesangsian daripada-Nya, Allah, Rasul-Nya, dan keluarganya tidak memerlukan anda. Salam kepada mereka yang mengikut petunjuk.

Muhammad bin Abu Bakr telah menulis beberapa bait syair kepada Mu'awiyah seperti berikut:

Mu'awi nafsu ku tidak akan membawa ku
Kepada anda,aku tidak menyembunyikan
Perkara yang aku tidak iklankan
Dan aku juga tidak terbawa kepada anda apabila
Aku menyaksikan pecahan anak panah dan tidak takut
Di dalam peperangan
Anda menyelesaikan peperangan secara pengecut
Sebagai angan-angan pengecut dan anak pengecut
Aku kira anda salah satu daripada tiga anda telah
Melihatnya dengan mata anda atau perkara yang
anda tidak melihatnya
Anda menunggang peperangan selepas keamanan
Dengan angkuh
Sesungguhnya kuku bintang telah berdarah dan
Hujung pedang terpatah
Api yang terkeluar daripada dua tapak tangan
Menyembunyikan nyala api
Kejahilan dikemukakan kepada anda oleh tukang
Tenung
Sentuhan anda kepada kunci kuda liar membawa
anda kepada sarang burung merpati
Anda menentang kerana maruah akan ahlinya
Di dada anda terdapat penyakit yang tersembunyi

Apabila Mu'awiyah membaca surat Muhammad, maka beliau terus menjawabnya:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan kepada Muhammad bin Abu Bakr yang menghina bapanya. Amma ba'd, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya surat anda telah sampai kepada aku. Anda telah menyebut tentang kekuasaan Allah dan pemilihan Rasul-Nya serta percakapan yang anda ciptakannya. Pendapat anda adalah lemah dan mengenai bapa anda adalah keras. Anda telah menyebut kelebihan Ali bin Abu Talib, pemeluk agama Islam yang terawal, kerabat Rasulullah s.a.w yang terdekat, pertolongannya untuknya dan temannya pada setiap ketakutan.

Hujah anda ke atasku dan penghinaan anda terhadap ku adalah dengan kelebihan orang lain bukan kelebihan anda sendiri. Justeru itu aku memuji Allah kerana memalingkan kelebihan tersebut daripada anda dan telah menjadikannya untuk orang lain. Sesungguhnya kami dan bapa anda telah bersama kami pada masa hidup Nabi s.a.w. Kami melihat hak Ali bin Abu Talib adalah untuk kami dan kelebihannya adalah terserlah ke atas kami sehingga Allah memilih Nabi-Nya dan menyempurnakan janji-Nya.

Kemudian Allah mematikan Nabi-Nya. Orang pertama yang menentang Ali adalah bapa anda dan faruqnya ('Umar). Mereka berdua telah menentang Ali di dalam urusannya. Lantaran itu mereka berdua bersatu, kemudian mereka berdua memaksa Ali supaya memberi baiah kepadanya. Tetapi Ali sengaja melambat-lambatkannya dan memberi sebab kelambatannya kepada mereka berdua. Mereka berdua memahami kesedihannya. Kemudian dia memberi baiah kepada mereka berdua dan memberi salam. Mereka berdua tidak berkongsi dengannya di dalam urusan mereka berdua. Tidak juga memberitahu rahsia mereka berdua kepada Ali sehinggalah mereka berdua mati. Kemudian datang orang ketiga selepas mereka berdua 'Uthman bin 'Affan yang mengikut jejak langkah mereka berdua. Namun anda dan sahabat anda telah menghina Uthman sehingga ahli maksiat tamak kepadanya. Kemudian kamu berdua telah melahirkan permusuhan ke atasnya sehingga kamu berdua mencapai tujuannya.

Berwaspadalah wahai Anak lelaki Abu Bakr. Kiaslah jengkal anda dengan telunjuk anda. Bagaimana anda menentang mereka yang mempunyai cita-cita sebesar gunung tetapi tidak sepenat bapa anda yang telah menyediakan tempat untuknya. Jika kami benar di dalam perkara ini, maka bapa anda adalah orang pertamanya, kami hanya pengikutnya. Jika ianya zalim, maka bapa anda adalah orang yang pertama yang mengasaskan binaannya. Kami hanya telah mengikutinya. Jika bapa anda tidak melakukannya pada awal lagi, nescaya kami tidak menentang Ali dan kami telah menyerahkan diri kami kepadanya. Walau bagaimanapun hinalah bapa anda sebanyak mana yang anda mahu atau membiarkannya sahaja. Salam kepada mereka yang telah bertaubat dan kembali daripada kesesatannya.


Pengertian Pakaian Indah, Pakaian Takwa dan Mereka Yang berjihad Untuk Kami
Diriwayatkan daripada Zaid bin Ali bahawa beliau berkata tentang firman-Nya Surah al-A'raf (6):26 "Pakaian indah dan pakaian takwa" Pedang (al-Saif).
Diriwayatkan daripada Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s tentang firman-Nya di dalam Surah al-Ankabut (29):69 "Dan mereka yang berjihad (jahadu fi-na) untuk kami, nescaya kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah berserta mereka berbuat baik" Beliau a.s berkata: Ayat ini diturunkan pada kami Ahlu l-Bait.


Kathir al-Nuwa dan Zaid bin Ali bin al-Husain A.S
Diriwayatkan daripada Abu Mu'ammar berkata: Kathir bin al-Nuwa datang, lalu beliau memberi baiah kepada Zaid bin Ali, kemudian beliau menarik balik baiahnya dan berkata:

Bagi peperangan kaum yang dijadikan untuk mereka
Bagi perniagaan dan sultan ada beberapa kaum


Ali A.S Lebih Baik Daripada Mereka Berdua
Diriwayatkan daripada Hakam bin Jubair berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far bin Muhammad bin Ali a.s: Sesungguhnya Sya'bi meriwayatkan di sisi kami di Kufah bahwa Ali berkata: Sebaik umat ini selepas Nabi-Nya ialah Abu Bakr dan 'Umar. Maka beliau berkata: Lelaki tersebut melebihkan ke atas dirinya orang yang tidak sepertinya kerana mencintainya dan memuliakannya. Kemudian aku datang berjumpa dengan Ali bin al-Husain a.s memberitahunya tentang perkara tersebut. Beliau a.s. telah memukul paha aku dan berkata: Beliau a.s. (Ali) adalah lebih baik daripada mereka berdua.


Zuhair bin Mu'awiyah dan Makhul
Diriwayatkan daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abdullah bin Muhammad bin 'Umar bin Ali bin Abu Talib a.s berkata: Aku telah berkata kepada Abu Nu'aim al-Fadhl bin al-Dakin: Zuhair bin Mu'awiyah bin Khadij bin al-Rahil telah menjaga pos kawalan Zaid bin Ali? Beliau berkata: Ya, beliau adalah lebih jahat daripada itu, datuknya yang bernama al-Rahil adalah di kalangan mereka yang telah membunuh al-Husain a.s .

Diriwayatkan daripada Sa'id bin Abd al-'Aziz berkata: Biasanya Makhul apabila disebut Ali, beliau tidak mahu menamakannya dengan nama Ali, beliau hanya berkata: Abu Zainab. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas berkata: Sesungguhnya Bani Umayyah telah memijak lubang telinga agama Islam dan mereka menyembelihnya dengan pisau besar dan panjang.

Diriwayatkan daripada Ibn Kudainah al-Audi berkata: Seorang lelaki berdiri di hadapan Amir al-Mukminin a.s dan bertanya kepadanya tentang firman-Nya Surah al-Hujarat (49):1 "Wahai mereka yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya" kepada siapakah ayat ini di turunkan? Beliau a.s. menjawab: Pada dua orang lelaki Quraisy .

14
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Hadis Jabir al-Ja'fi dan Abu Ja'far A.S Tentang Surah al-Jumu'at
Diriwayatkan daripada Jabir al-Ja'fi berkata: Pada suatu malam aku berada di sisi Abu Ja'far a.s. Aku membaca ayat dalam Surah al-Jumu'at (62) :9-10 "Wahai mereka yang beriman,apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu (fa-s'au) kepada mengingati Allah (zikri l-Lahi)". Beliau a.s. berkata: Bagaimana anda membacanya wahai Jabir? Aku berkata: "Wahai mereka yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu (fa-s'au) kepada mengingati Allah. Beliau a.s berkata: Ini adalah tahrif wahai Jabir.

Aku berkata: Bagaimana aku membacanya-Allah telah menjadikan diri aku tebusan anda-? Beliau a.s berkata: fa mdhau ila zikri l-Lahi, bukan fa-s'au ila zikri l-Lahi, begitulah ia diturunkan. Jika ia adalah Sa'yan seperti di dalam ayat, maka ia bererti 'adwan (berlari dengan cepat) sedangkan Rasulullah s.a.w tidak menyukainya. Baginda s.a.w. membenci lelaki yang berlari dengan cepat bagi menunaikan solat.

Wahai Jabir! Kenapakah hari Jumaat dinamakan Jumaat? Aku berkata: Anda beritahu aku, Allah telah menjadikan diri aku tebusan anda. Beliau a.s. berkata: Wahai Jabir, Allah menamakan hari Jumaat sebagai Jumaat kerana pada hari itu dikumpulkan mereka yang terdahulu (al-Awwalin), mereka yang terkemudian (al-Akhirin). Kesemua makhluk Allah yang terdiri daripada Jin, manusia dan segala yang telah dijadikan oleh Tuhan kita terdiri daripada langit, bumi, laut, syurga, neraka. Segala yang dijadikan Allah di dalam al-Mithaq. Dia telah mengambil al-Mithaq daripada mereka untuk-Nya dengan ketuhanan-Nya (al-Rububiyyah). Untuk Muhammad s.a.w dengan kenabiannya (al-Nubuwwah). Untuk Ali a.s dengan kewaliannya (al-Wilayah).

Pada hari itu Allah berfirman kepada langit dan bumi dalam Surah Fussilat (41 ) :11 "Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa. Mereka berdua menjawab: Kami datang dengan suka hati " Justeru itu Allah menamakannya Jumaat kerana Dia telah mengumpulkan pada hari tersebut mereka yang terdahulu dan mereka yang terkemudian. Kemudian Dia berfirman: Wahai mereka yang beriman,apabila diseru untuk menunaikan solat (al-Salat) pada hari Jumaat" iaitu hari Dia telah mengumpulkan kamu padanya. Al-Salat adalah Amir al-Mukminin a.s. Yang dimaksudkan dengan al-Salat ialah al-Wilayah iaitu al-Wilayah al-Kubra. Pada hari itu para nabi, para rasul dan para malaikat, malah setiap suatu yang dijadikan Tuhan; manusia dan Jin, langit, bumi dan mukminun mengucap talbiah kepada Allah a.w (fa mdhau ila zikri l-Lahi).

Zikri l-Lahi adalah Amir al-Mukminin a.s wa dharu l-Bai'a (tinggalkanlah jual beli). Apa yang dimaksudkan dengan al-Bai'a adalah yang pertama (Abu Bakr). Dhali-kum (yang demikian itu) iaitu baiah Amir al-Mukminin a.s dan wilayahnya. Khairun la-kum (lebih baik bagi kamu) dari baiah yang pertama (Abu Bakr) dan wilayahnya sekiranya kamu mengetahui (in kuntum ta'lamun). Fa-idha qudiati s-Salatu (apabila selesai menunaikan solat) iaitu baiah Amir al-Mukminin a.s, fa ntasyiru fi l-Ardh (bertebaranlah kamu di bumi). Apa yang dimaksudkan dengan al-Ardh (bumi) adalah para wasi (al-Ausiya'). Allah memerintahkan supaya mentaati mereka dan mewalikan mereka sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya mentaati Rasul dan mentaati Amir al-Mukminin a.s. Allah menggantikan nama mereka dengan nama al-Ardh sebagai kinayah. Wa- btaghu fadhla l-Lahi. Maka Jabir berkata: wa- btaghu min fdhli l-Lahi. Abu Ja'far a.s berkata: Ini juga tahrif, tidak sebagaimana ia diturunkan iaitu carilah kelebihan Allah ke atas para wasi "Dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung"

Kemudian Allah a.w berfirman: Wahai Muhammad, idha raau (apabila mereka yang syak atau menentang melihat) tijaratan (perniagaan) iaitu yang pertama (Abu Bakr) atau lahwan (permainan) iaitu yang kedua ('Umar) mereka kembali kepadanya (insarafu ilai-ha). Aku berkata: Infadhdhu ilai-ha. Beliau a.s berkata: Ini juga tahrif .Apa yang diturunkan ialah insarafu ilaiha di tempat infadhdhu ilai-ha. Wa taraku-ka (mereka telah meninggalkan kamu) bersama Ali sedang berdiri. Katakanlah wahai Muhammad ma inda-l-Lahi (apa yang ada di sisi Allah) iaitu wilayah Ali dan para wasi yang lain khairun mina l-Lahwi wa t-Tijarati (lebih baik daripada perniagaan dan permainan) iaitu lebih baik daripada baiah kepada yang pertama dan yang kedua bagi mereka yang bertakwa. Allah adalah sebaik baik pemberi rezeki.


Kelebihan Hari Jumaat dan Malamnya
Diriwayatkan daripada Jabir bin Yazid daripada Abu Ja'far a.s bahawa beliau a.s. ditanya tentang hari Jumaat dan malamnya. Beliau a.s. berkata: Malamnya bercahaya, harinya berseri, tiada satu hari di bumi di mana matahari condong lebih bebas daripada neraka selain pada hari Jumaat. Sesiapa mati pada hari Jumaat di dalam keadaan mengetahui hak Ahlu l-Bait a.s akan ditulis untuknya terlepas (bara'ah), daripada neraka dan terlepas daripada azab kubur. Sesiapa yang mati pada malam Jumaat, dia akan dibebaskan ('utiqa)daripada neraka .

Ali bin Mihziyar meriwayatkan secara marfu' kepada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa mati pada malam Jumaat di dalam keadaan mengetahui hak kami, dia dibebaskan daripada neraka dan ditulis untuknya terlepas daripada azab kubur.


Khalifah-khalifah
Israfil telah berada (qarana) bersama Rasulullah s.a.w selama tiga tahun. Baginda s.a.w mendengar suaranya, tetapi tidak melihatnya. Kemudian Jibrail a.s berada bersamanya selama dua puluh tahun menyampaikan wahyu kepadanya. Baginda s.a.w. berada di Makkah selama sepuluh tahun. Kemudian berhijrah ke Madinah dan menetap di sana selama sepuluh tahun. Baginda s.a.w mati pada usia enam puluh tiga tahun .
Abu Bakr mati ketika usia enam puluh tiga tahun dan memerintahkan selama dua tahun enam bulan .
'Umar dibunuh ketika usia enam puluh tiga tahun dan memerintahkan selama sepuluh tahun enam bulan.
'Uthman dibunuh ketika usia lapan puluh satu tahun dan memerintahkan selama dua belas tahun .
Amir al-Mukminin a.s dibunuh ketika usia enam puluh tiga tahun, tetapi orang ramai menyangka umurnya ketika itu lima puluh tujuh tahun. Beliau a.s telah memerintahkan selama lima tahun .

Mu'awiyah bin Abu Sufyan la'ana-hu l-Lahu mati ketika usia tujuh puluh lapan tahun dan memerintahkan selama dua puluh tahun .
Anaknya Yazid la'anahu l-Lahu mati ketika usia tiga puluh tiga tahun dan memerintahkan selama empat tahun.
Mu'awiyah bin Yazid mati ketika usianya dua puluh satu tahun dan memerintahkan selama empat puluh malam .

Marwan bin al-Hakam, Abd al-Malik bin Marwan, al-Walid bin Abd al-Malik, Sulaiman bin Abd al-Malik, 'Umar bin Abd al-Aziz bin Marwan, Yazid bin Abd al-Malik, al-Walid bin Yazid bin Abd al-Malik, Yazid bin al-Walid bin Abd al-Malik, Ibrahim bin al-Walid bin Abd al-Malik, dan Marwan bin Muhammad al-Hammar.


Wasiat-Wasiat Nabi S.A.W Kepada Ali A.S
Bismillahi r-Rahmanir Rahim

Ahmad berkata: 'Umru bin Hafs dan Abu Nasr telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Haitham daripada Ishaq bin Najih daripada Husaib daripada Mujahid daripada al-Khudri berkata: Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Ali a.s dan bersabda: Wahai Ali, apabila pengantin perempuan memasuki rumah anda, maka cabutlah kasutnya ketika beliau duduk dan basuhlah dua kakinya. Curahkan air dari pintu rumah anda ke pintu yang paling jauh, kerana apabila anda melakukannya, Allah akan mengeluarkan dari rumah anda tujuh puluh bahagian kefakiran dan memasukkan tujuh puluh bahagian keberkatan dan menurunkan ke atas anda tujuh puluh rahmat dibentangkan ke atas pengantin perempuan sehingga dia mendapati keberkatannya di setiap penjuru rumah anda. Ia juga aman daripada penyakit gila, penyakit kusta dan balar selama berada di rumah tersebut. Tegahlah pengantin perempuan di dalam minggu pertamanya daripada empat perkara: Susu, cuka, ketumbar dan buah epal yang masam.

Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sebab utama empat perkara tersebut ditegah? Baginda s.a.w bersabda: Kerana rahim menjadi mandul dan sejuk daripada anak dengan perkara-perkara tersebut. Tikar di sudut rumah itu adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak beranak.

Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! kenapakah cuka ditegah? Baginda s.a.w bersabda: Apabila perempuan datang haid selepas memakan cuka, maka haidnya tidak akan bersih dengan sempurna. Ketumbar akan membinasakan haid di perutnya dan menyukarkannya bersalin. Epal yang masam pula akan memutuskan haidnya dan akan menimbulkan penyakit kepadanya.

Kemudian Baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri (la tujami' imra'ata-ka ) pada awal bulan, pada pertengahan bulan dan pada akhir bulan kerana akan menyebabkan gila, kusta dan balar cepat menghidapinya dan anaknya

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda selepas zuhur, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, maka matanya akan menjadi juling (ahwalu). Syaitan akan bergembira dengan orang yang bermata juling.

Wahai Ali, janganlah anda bercakap-cakap ketika bersetubuh, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi bisu, dan janganlah anda melihat kepada kemaluan perempuan anda, pejamkan mata anda ketika bersetubuh, kerana ia akan mewarisi buta kepada anak anda.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda dengan syahwat perempuan, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi khunsa yang hina.

Wahai Ali, jika anda di dalam keadaan berjunub di atas tempat tidur anda, maka janganlah anda membaca al-Qur'an, kerana aku takut api akan turun dari langit dan membakar kamu berdua.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda melainkan anda mempunyai kain (khirqah) dan isteri anda mempunyai kain yang lain, janganlah kamu berdua menyapunya dengan satu kain. Apabila syahwat akan bertemu syahwat maka ia akan membawa kepada perpisahan dan perceraian.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di dalam keadaan berdiri, kerana itu adalah perbuatan keldai, jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan kencing di atas tilam seperti keldai yang kencing di setiap tempat.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam raya puasa, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan mungkir janji dan dia kelak akan mendapat anak pada usia yang tua.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Raya Korban, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, aku takut ia akan mempunyai enam atau empat jari.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di tengah kepanasan matahari melainkan anda membentangkan tabir, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, maka ia akan berada di dalam kesengsaraan dan kefakiran sepanjang hidup.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di bawah pokok yang berbuah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi keras kepala dan pembunuh.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di antara azan dan iqamah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan mengalirkan darah.

Wahai Ali, jika isteri anda hamil, maka janganlah anda bersetubuh dengannya melainkan anda berwuduk, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi buta hati dan tidak mahu memberi pertolongan kepada orang lain.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada pertengahan bulan Sya'ban (nisf al-Sya'ban), kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi lebam di mukanya.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada akhir bulan (iaitu dua hari dipenghujung bulan) kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi papa kedana.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda dengan syahwat saudara perempuan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi perompak, penolong kepada orang yang zalim atau pembinasa manusia yang ramai.

Wahai Ali, apabila anda bersetubuh dengan isteri anda, maka bacalah: Wahai Tuhanku! Jauhilah aku daripada syaitan dan jauhilah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada aku" jika kamu berdua mendapat anak kelak, syaitan tidak dapat memudaratkannya.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di bawah bumbung binaan (bukan rumah), kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi munafik, mahu menunjuk-nunjuk dan melakukan bid'ah.

Wahai Ali, jika anda keluar musafir, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam itu, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan membelanjakan hartanya tidak pada tempatnya. Rasulullah s.a.w membaca Surah al-Isra' (17):27 " Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan."

Wahai Ali, jika anda keluar musafir tiga hari dan tiga malam, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia kan membantu kepada orang yang zalim.

Wahai Ali, bersetubuhlah dengan isteri anda pada malam Isnin, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjaga kitab Allah dan reda dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya.

Wahai Ali, jika anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Selasa dan kamu berdua mendapat anak, ia akan mati syahid selepas syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh-Nya. Dia tidak akan diseksa oleh Allah bersama-sama musyrikin. Bau mulutnya menjadi harum bersih lidahnya daripada mengumpat dan pembohongan.

Wahai Ali, jika anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Khamis dan jika kamu berdua mendapat anak, ia akan menjadi bijak atau alim dan jika anda bersetubuh dengan isteri anda ketika matahari condong dan mendapat anak, syaitan tidak akan mendekatinya sehingga dia beruban. Dia akan menjadi seorang fakih. Allah akan mengurniakan kepadanya keselamatan dunia dan akhirat.

Jika anda bersetubuh dengannya pada malam Jumaat dan mendapat anak, ia akan menjadi seorang khatib dan pandai berbicara. Jika anda bersetubuh dengannya pada hari Jumaat selepas asar dan kamu berdua mendapat anak, ia akan menjadi seorang yang terkenal dan alim. Jika anda bersetubuh dengannya pada malam Jumaat selepas Isya' akhir, adalah diharapkan anak anda kelak menjadi salah seorang abdal Insya' Allah.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada awal jam malam, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi tukang tenung dan tukang sihir, cinta kepada dunia daripada akhirat. Wahai Ali, hafazlah wasiat aku ini sebagaimana aku telah menghafaznya daripada Jibrail a.s.


Hadis Tentang Percakapan Sebahagian Binatang
Beliau berkata: Ibn Abbas berkata: Kami telah menyaksikan satu majlis Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s bersama-sama kami beberapa orang asing, mereka memberi salam kepadanya dan berkata: Kami datang kepada anda kerana mahu bertanya enam perkara, jika anda dapat memberitahu kami, kami akan beriman dan kami membenarkannya. Jika tidak, kami akan membohongi dan mengingkari anda.

Ali a.s berkata: Kemukakan soalan-soalan kamu kerana ingin tahu dan bukan kerana kedegilan kamu. Mereka berkata: Beritahu kami apakah yang dikatakan oleh kuda, keldai, landak, burung jambul, ayam jantan dan katak-katak ketika mengeluarkan suara atau bunyi mereka?

Ali a.s berkata: Apabila bertembung dua kumpulan dan lelaki berjalan kepada lelaki dengan pedang, maka kuda akan mengangkat kepalanya dan berkata: Subhana l-Maliki l-Quddusi (Maha suci Raja yang Kudus) Keldai berkata: Allahumma il'an al-'asysyarin (wahai Tuhanku, laknatilah mereka yang zalim). Ayam jantan berkata di waktu sahur: Uzkuru l-Laha ya Ghafilin (Ingatlah kepada Tuhan wahai mereka yang lalai). Katak-katak berkata: Subhana l-Ma'bud fi lujaji l-Bihar (Maha Suci Yang disembah di lautan yang dalam). Landak berkata: Al-Rahmanu 'ala l-'Arsy I-stawa (Yang Maha Pemurah menduduki singgahsana). Burung jambul pula berkata: Allahumma il'an mubghidhi ali Muhammad (wahai Tuhanku, laknatilah orang yang memusuhi ali Muhammad).

Ibn Abbas menyatakan: Mereka berkata: Kami telah percaya dan kami telah membenarkannya. Tidak ada sesiapapun di atas muka bumi ini yang lebih alim daripada anda. Ali a.s berkata: Tidakkah aku memberi faedah kepada kamu? Mereka berkata: Ya. Wahai Amir al-Mukminin. Beliau a.s berkata:

Sesungguhnya kuda setiap hari mempunyai tiga doa yang mustajab, ia berkata pada awal siangnya: Allahumma wassi' 'ala sayyidi al-Rizqa (Wahai Tuhanku, kurnialah ke atas tuanku rezekinya) Ia berkata di pertengahan harinya: Allahumma j'alni ahabba ila sayyidi min ahli-hi wa mali-hi (Wahai Tuhanku, jadikan diri aku lebih dikasihi oleh tuanku daripada keluarganya dan hartanya, ia berkata pada akhir siangnya: Allahumma r- zuq sayyidi 'ala zahri al-Syahadah (Wahai Tuhanku, kurniakanlah tuanku di atas belakang aku kesyahidan .


Penukaran Bentuk Manusia dan Sebabnya
Bismillahi r Rahmanir Rahim

Muhammad bin Abu 'Atikah al-Dimasqi berkata: Al-Walid bin Salmah al-Azadi telah memberitahu aku daripada Abd al-Rahman al-Qurasyi daripada Huzaifah bin al-Yaman berkata: Kami berada bersama-sama Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t telah menukar (masakha) bentuk manusia kepada dua belas bahagian, Dia telah menukar sebahagian mereka kepada bentuk kera (al-Qirdat), khinzir, Suhail, Zuhrah, kala jengking (al-'Aqrab), gajah (al-Fail), belut (al-Jaryu) iaitu jenis ikan yang tidak boleh dimakan, ulat-ulat jentik dan seumpamanya (al-Du'mus), beruang(al-Dubb), labah-labah (al- 'Ankabut ) dan landak (al-Qunfudh) .

Huzaifah berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku wahai Rasulullah s.a.w, perjelaskan kepada kami bagaimana mereka telah ditukarkan bentuk mereka (kaifa musikhu)? Baginda s.a.w bersabda: Ya. Adapun bentuk kera, kerana mereka telah memburu ikan paus pada hari sabtu pada masa Nabi Daud a.s. Mengenai bentuk khinzir, kerana mereka telah mengingkari hidangan yang turun dari langit kepada Isa bin Maryam a.s. Mengenai Suhail, kerana dia adalah seorang yang zalim. Pada suatu ketika seorang lelaki ahli ibadat pada zamannya melalui di hadapannya, lalu dia berkata: Tunjukkan kepada aku nama Allah yang membolehkan aku berjalan di atas air dan menaiki langit. Maka ahli ibadat itu menunjukkannya. Kemudian beliau berkata: Sepatutnya orang yang mengetahui nama ini tidak tinggal di bumi, malah dia naik ke langit. Kemudian Allah telah menukarkan bentuknya (masakha) dan menaikkannya ke langit. Allah telah menjadikannya bukti kepada alam semesta.

Adapun Zuhra asalnya seorang perempuan yang telah memfitnahkan dua malaikat bernama Harut dan Marut. Adapun bentuk kala jengking telah ditukarkan daripada bentuk manusia, kerana dia asalnya seorang lelaki pengumpat yang berjalan di kalangan orang ramai dan menggalakkan permusuhan di kalangan mereka. Mengenai gajah pada asalnya seorang lelaki yang kacak, kemudian ditukarkan (musikha)kepada gajah, kerana bersetubuh dengan binatang ternakan seperti lembu dan kambing. Dia tidak mempunyai syahwat terhadap perempuan.

Mengenai belut (al-Jaryu) asalnya seorang peniaga yang telah ditukar bentuknya (musikha ) kerana telah mengurangkan timbangan di dalam perniagaannya . Adapun ulat-ulat jentik (al-Du'mus) asalnya seorang lelaki yang telah ditukarkan bentuknya (musikha), kerana apabila melakukan persetubuhan dengan isterinya tanpa mandi junub, lalu meninggalkan solat. Justeru Allah menjadikan tempatnya di air sehingga hari Kiamat, kerana dia takutkan kesejukan.

Mengenai beruang (al-Dubb) asalnya seorang lelaki yang telah ditukarkan bentuknya (musikha), kerana melakukan rompakan di jalan. Dia tidak mengira mangsanya sama ada kaya atau miskin semuanya dirompaknya.

Mengenai biawak (al-Dabb) asalnya seorang lelaki Badwi yang telah ditukar bentuknya, kerana tidak memberi arah perjalanan yang betul. Dia mendirikan khemahnya di tengah jalan, apabila kafilah melalui di hadapannya dia telah memberi jawapan yang bertentangan dengan yang sebenar. Jika mereka mahu pergi ke timur maka dia akan menunjukkan mereka arah ke barat sehingga mereka menjadi sesat. Dia tidak menunjukkan mereka ke jalan yang baik.

Mengenai labah-labah (al-'Ankabut) asalnya seorang perempuan yang telah ditukar bentuknya (musikhat), kerana mengkhianati suaminya; menyerah kemaluannya kepada orang lain. Adapun landak (al-Qunfudh) asalnya seorang lelaki Arab yang berani, kemudian ia ditukarkan bentuknya (musikha), kerana apabila tetamu bermalam di rumahnya, dia menutup pintu di hadapannya dan berkata kepada hamba perempuannya: Keluarlah anda menemui tetamu dan katakan kepadanya: Sesungguhnya tuanku tidak ada di rumah, lantaran itu, tetamu tadi bermalam di pintu rumah di dalam keadaan lapar sedangkan isi rumah bermalam di dalam keadaan kenyang .


15
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Surat Mu'awiyah Kepada Ali Bin Abu Talib A.S dan Jawapan Ali A.S Melalui al-Tirmah
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Amma ba'du. Adapun kemudian daripada itu. Wahai Ali, aku akan memukul anda dengan cahaya api yang menjadi pemutus. Tidak dapat dikurangkan oleh angin dan tidak dapat dipadamkan oleh air. Apabila ia digegarkan akan mengenakan sasarannya dengan tepat, wassalam.

Apabila Ali a.s membacanya. Beliau a.s. menyeru supaya dibawakan pensel dan kertas. Kemudian beliau a.s. menulis:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Amma ba'du adapun kemudian daripada itu. Wahai Mu'awiyah, sesungguhnya anda telah berbohong, aku adalah Ali bin Abu Talib dan aku adalah bapa kepada al-Hasan dan al-Husain, pembunuh datuk anda, bapa saudara anda ('ammu-ka), bapa saudara anda (khalu-ka) dan bapa anda. Akulah yang telah memusnahkan kaum anda di Hari Badr, Hari Pembukaan dan Hari Uhud. Pedang itu berada di tangan aku sekarang dibawa oleh lengan aku dengan keberanian hati aku seperti ia ditinggalkan oleh Nabi s.a.w di tapak tangan wasinya. Aku tidak akan meminta tukarkan Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai seorang nabi, pedang sebagai ganti, dan salam bagi mereka yang mengikut petunjuk.

Kemudian beliau a.s. melipatkan surat dan menyeru al-Tirmah bin 'Adi. Dia adalah seorang lelaki yang pandai bercakap. Beliau a.s. berkata kepadanya: Ambillah surat aku ini dan pergi kepada Mu'awiyah dan kembalikan jawapannya. Al-Tirmah mengambil surat tersebut dan menyeru supaya diberikan kain ('amamah), lalu dia memakainya di atas songkoknya. Kemudian beliau menunggang unta dengan laju di udara. Dia berjalan sehingga sampai di bandar Dimasyq, lalu bertanya pengawal-pengawal Mu'awiyah. Seorang daripada mereka bertanya: Siapakah yang anda mahu berjumpa? Al-Tirmah menjawab: Seorang yang berhati keras, berbadan besar, bermuka bulat, mempunyai dada yang lebar dan bersifat kedekut Abu al-Munaya, Abu al-Hatuf, Abu al-A'war al-Silmi, 'Umru bin al-'As, Syamar bin Dhi al-Jausyan, dan al-Huda bin Muhammad bin al-Asy'ath al-Kindi.

Seorang pengawal berkata: Mereka sedang berkumpul di Bab al-Khadhra'. Al-Tirmah turun dari untanya dan menambatnya. Beliau menunggu sehingga mereka selesai bermesyuarat, kemudian menuju kepada mereka. Apabila terserempak dengannya, mereka berdiri dan menghina al-Tirmah. Salah seorang daripada mereka berkata: Wahai Badwi! Adakah anda mempunyai berita dari langit? Al-Tirmah menjawab: Ya. Jibrail di langit, malaikat maut di udara dan Ali di dalam pemerintahan. Mereka bertanya: Wahai Badwi, dari manakah anda datang? Beliau menjawab: Daripada seorang yang bertakwa dan bersih kepada seorang munafik yang kotor. Mereka berkata kepadanya: Wahai Badwi, kenapa anda tidak mendekati kami sehingga kami berbincang dengan anda? Beliau menjawab: Demi Tuhan, tidak ada keberkatan berbincang dengan kamu dan orang seperti aku tidak akan berbincang dengan orang seperti kamu. Mereka berkata: Wahai Badwi, kami akan menulis kepada Yazid tentang berita anda, pada masa itu Yazid adalah bakal pemimpin mereka, lalu mereka menulis kepadanya:

Amma ba'du, wahai Yazid, seorang Badwi datang di pihak Ali bin Abu Talib, mempunyai lidah yang bercakap apa yang ia mahu wa ssalam.

Apabila Yazid membaca surat tersebut, beliau memerintahkan supaya pengawalnya membuat halangan di pintu. Di tangan mereka tiang daripada besi. Ketika al-Tirmah berhadapan dengan mereka, dia berkata: Siapakah mereka itu seolah-olah mereka adalah malaikat Zabaniah berada di tempat yang sempit? Mereka berkata: Diam, mereka itu sedang membuat persediaan untuk Yazid. Selepas itu Yazid pun keluar. Apabila dia melihat kepada al-Tirmah, lalu Yazid berkata: Salam ke atas anda wahai Badwi. Al-Tirmah menjawab: Allah al-Salam al-Mu'min al-Muhaimin ke atas anak Amir al-Mukminin. Yazid berkata: Amir al-Mukminin memberi salam kepada anda, beliau berkata: Salamnya bersama aku di Kufah, Yazid berkata: Sesungguhnya beliau membentangkan ke atas anda beberapa hajat. Al-Tirmah berkata: Hajat aku yang pertama adalah mencabut rohnya di hadapannya dan kedua ia meninggalkan kedudukannya sehingga orang yang lebih berhak dan aula menduduki tempatnya. Yazid berkata kepadanya: Wahai Badwi, kami akan menguasainya. Maka tidak ada helah dan peluang bagimu.


Berbincangan Mu'awiyah Dengan al-Tirmah
Al-Tirmah berkata: Salam ke atas anda, wahai al-malik (raja). Mu'awiyah berkata: Apakah yang menghalang anda berkata: Amir al-Mukminin? Al-Tirmah menjawab: Kami adalah mukminum. Siapakah yang melantik anda menjadi amir ke atas kami? Mu'awiyah berkata: Berikan surat anda kepada aku. Al-Tirmah menjawab: Aku tidak suka mencemarkan hamparan anda, Mu'awiyah berkata: Wazir aku akan mengambilnya. Al-Tirmah berkata: Wazir adalah pengkhianat dan amir adalah seorang yang zalim. Mu'awiyah berkata: Hamba aku akan mengambilnya. Al-Tirmah berkata: Hamba yang jahat telah dibeli oleh tuannya dengan wang yang tidak halal dan menggunakannya bukan untuk mentaati Allah.

Mu'awiyah berkata: Apakah helah anda lagi wahai Badwi? Tidak ada helah bagi seorang mukmin seperti aku dengan seorang munafik seperti anda. Berdirilah dengan rendah diri dan ambillah surat ini. Kemudian Mu'awiyah berdiri dengan rendah diri, lalu mengambilnya, membukanya dan membacanya sambil berkata: Wahai Badwi! Bagaimanakah keadaan Ali ketika anda meninggalkannya? Beliau berkata: Ketika aku meninggalkannya, demi Tuhan, di dalam keadaan keras, merdeka, cekal, mulia, berani, pemurah, beliau tidak bertemu seorang tentera melainkan beliau mengalahkannya, begitu juga dengan istana melainkan beliau memusnahkannya. Mu'awiyah berkata: Bagaimana keadaan al-Hasan dan al-Husain? Al-Tirmah berkata: Mereka berdua di dalam keadaan sihat, fasih, mulia, berani, pemurah, muda, pendamai untuk dunia dan akhirat.

Mu'awiyah berkata: Bagaimana keadaan para sahabat Ali? Al-Tirmah berkata: Mereka dan Ali bersama-sama mereka seperti bulan dan mereka seperti bintang-bintang, jika Ali a.s. memerintahkan, mereka memulakannya, dan jika beliau melarang, mereka akan berhenti. Mu'awiyah berkata kepada Badwi: Aku tidak fikir ada orang yang lebih alim daripada anda mengenai Ali. Al-Tirmah berkata: Celaka anda! Pohonlah istighfar daripada Tuhan anda, berpuasa setahun sebagai kafarah kepada apa yang anda katakan, bagaimana jika anda dapati mereka yang fasih di dalam percakapan mereka (udaba'), anda akan terjatuh di dalam lautan ilmu mereka dan akan tenggelam, wahai orang yang celaka!. Mu'awiyah berkata: Celaka ibu anda!.

Al-Tirmah berkata: Malah bagus bagi ibu aku kerana melahirkan seorang mukmin menentang seorang munafik seperti anda. Mu'awiyah berkata kepadanya: Wahai Badwi! Adakah anda fikir bahawa anda akan mendapat hadiah daripada aku? Al-Tirmah berkata: Aku berfikir untuk mengurangkan umur anda dan aku tidak berfikir untuk mengurangkan harta anda. Mu'awiyah memerintahkan supaya diberikan kepadanya seribu dirham. Kemudian dia berkata: Adakah aku akan menambahnya lagi wahai Badwi? Berikan nikmat, anda menjadi tuan selama-lamanya, Mu'awiyah memerintahkan supaya diberikan kepadanya seratus ribu dirham lagi. Al-Tirmah berkata: Jadikannya satu pertiga, kerana Allah adalah tunggal. Kemudian beliau memberinya satu pertiga dan berkata: Sekarang apa anda akan kata selepas ini. Al-Tirmah berkata: Aku memuji Allah dan mencela anda. Mu'awiyah berkata: Kenapa anda wahai celaka? Al-Tirmah menjawab: Kerana tidak ada bagi anda dan bapa anda pusaka. Sesungguhnya ia adalah daripada Baitulmal muslimin, anda telah memberikannya kepada aku.

Kemudian Mu'awiyah berpaling kepada penulisnya dan berkata: Tuliskan jawapan kepada Badwi, kita tidak terdaya berbicara dengannya. Maka beliau menulis:

Amma ba'du Adapun kemudian daripada itu, wahai Ali, aku akan kemukakan kepada anda empat puluh pasukan tentera (khardal), setiap pasukan (khardalah) mempunyai seribu pejuang. Mereka akan minum Dajlah dan mereka akan mengambil air dari al-Furat. Ketika al-Tirmah melihat apa yang ditulis penulis tersebut, dia terus berjumpa dengan Mu'awiyah dan berkata: Jika penulis menulis bukan dari perintah anda, maka dia telah melemahkan anda di dalam kekuasaan anda dan jika penulis menulisnya dengan perintah anda, maka aku menjadi malu kepada anda kerana pembohongannya. Dari yang mana satu anda memohon keuzuran atau dari mana satu yang anda mengambil teladan?

Adapun Ali a.s mempunyai ayam jantan bernama Asytar dari keturunan yang baik. Dia akan memungut khardal (biji sawi) untuk tentera Ali a.s. dan tentera-tenteranya. Dia akan mengumpulkannya di dalam dompet kulitnya. Mu'awiyah bertanya: Siapakah itu wahai Badwi? Al-Tirmah menjawab: Beliau adalah Malik bin al-Harith al-Asytar. Kemudian al-Tirmah mengambil surat dan hadiah, lalu pulang kepada Ali bin Abu Talib a.s. Setelah itu Mu'awiyah berhadapan dengan para sahabatnya dan berkata: Kami berpendapat jika aku kemukakan kamu semua sebagaimana dikemukakan oleh sahabatnya, nescaya kamu tidak akan melaksanakannya untuk aku sekalipun satu per sepuluh .


Bacaan Abu Abdullah A.S Selepas Membaca al-Qur'an
Diriwayatkan daripada Abu Abdullah a.s sesungguhnya apabila beliau a.s. membaca al-Qur'an, beliau a.s. berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah membaca apa yang Engkau telah laksanakan untuk aku daripada kitab Engkau yang Engkau telah menurunkannya ke atas Nabi Engkau yang benar, maka bagi Engkau segala kepujian wahai Tuhan kami. Wahai Tuhanku, jadilah aku daripada mereka yang telah menghalalkan halalnya, mengharamkan haramnya dan mempercayai muhkamnya dan mutasyabihnya.

Jadikan al-Qur'an untuk aku sebagai teman di dalam kubur aku, teman di dalam kebangkitan aku. Jadilah aku daripada mereka yang meningkat darjatnya bagi setiap ayat yang aku membacanya setinggi-tinggi makam 'illiyyin amin ya Rabb al- 'Alamin. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya. Bismillah wahai Tuhanku, sesungguhnya aku naik saksi sesungguhnya ini adalah kitab Engkau yang diturunkan dari sisi Engkau ke atas Rasul Engkau Muhammad yang mengandungi di dalamnya hukumnya dan syariat agama Engkau yang Engkau telah menurunkannya ke atas Nabi Engkau. Engkau menjadikannya sebagai perjanjian daripada Engkau kepada makhluk Engkau, sebagai tali penghubung di antara Engkau dan hamba-hamba Engkau; wahai Tuhanku, aku telah menyebarkan janji ('ahda-ka) Engkau dan kitab Engkau: Wahai Tuhanku! Jadilah penglihatan aku kepadanya sebagai ibadat, bacaan aku padanya sebagai bahan pemikiran dan pemikiran aku sebagai teladan (Allahumma fa-j'al nazari fi-hi 'ibadatan wa qiraati fi-hi fikran wa fikri i'tibaran).

Dan jadilah aku daripada mereka yang mengambil nasihat daripada penerangan nasihat Engkau tentangnya dan menjauhi kemaksiatan Engkau. Janganlah Engkau "melekatkan" ketika bacaan aku akan kitab Engkau ke atas hati aku dan pendengaran aku dan janganlah Engkau menjadikan penutup ke atas penglihatan aku. Janganlah Engkau menjadikan bacaan aku bacaan yang tidak dapat direnungkannya, malah jadilah aku seorang yang berfikir akan ayat-ayat-nya dan hukum-hukumnya, melaksanakan syariat agama Engkau. Janganlah Engkau jadikan pandangan aku mengenainya di dalam kelalaian dan bacaan aku daripadanya sia-sia. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengasih .


Sembilan Orang Allah Tidak Menerima Solat Mereka
Sembilan orang Allah tidak menerima solat mereka: Pemimpin yang zalim (al-Imam al-Ja'ir). Imam yang mengerjakan solat dengan kaumnya, tetapi mereka membencinya. Orang yang tidak mengeluarkan zakat (mani' al-zakat). Orang yang meninggalkan wuduk (tarik al wadhu'). Orang yang menahan kencing dan berak (al-zabin). Perempuan yang bermalam dan suaminya memarahinya (wa zauju-ha 'alai-ha sakhitun) dan perempuan yang merdeka (al-Hurrat) mengerjakan solat tanpa qana'ah.

Diriwayatkan daripada al-'Alim a.s (Khidir a.s) sesungguhnya beliau a.s. berkata: Orang yang merahsiakan kebaikan yang dilakukannya baginya pahala tujuh puluh kali ganda dan orang yang menceritakannya mendapat satu pahala. Orang yang merahsiakan kejahatan yang dilakukannya akan diampunkan dosanya dan orang yang menceritakannya akan dihina. Orang yang mengakui dengan dosanya adalah seperti orang tiada dosa baginya. Apabila seorang lelaki pada pertengahan malam di dalam solatnya mengakui kepada Allah tentang dosa-dosanya dan memohon taubat dan di dalam hatinya dia tidak akan mengulanginya lagi, maka Allah akan mengampuni untuknya.

Beliau berkata: Seorang lelaki telah mengemukakan surat (yang mengandungi fitnah) kepada Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s. kemudian Amir al-Mukminin melihat kepadanya dan berkata: Jika anda benar, kami lepaskan anda. Jika anda pembohong, kami akan mengenakan tindakkan ke atas anda. Jika anda sukakan pembatalannya, maka kami akan membatalkannya, lelaki itu berkata: Anda batalkannya untuk aku.

Dan firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 200 "Wahai mereka yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran mu dan tetaplah ikatan mu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung"

Iaitu bersabarlah di atas musibat yang menimpa kamu dan bersabarlah di atas agama kamu, dan tetaplah ikatan untuk imam kamu.


Kejadian Manusia
Al-'Alim a.s berkata: Allah mencipta dua alam yang saling berhubungan di antara satu sama lain; alam tinggi ('alawiyyun) dan alam bawahan (safaliyyun) Kemudian Dia menyusun dua alam kesemuanya pada manusia, dan menciptakannya seperti benda bulat yang berpusing. Allah menciptakan kepala manusia seperti kubah planet, rambutnya seperti bintang-bintang, dua matanya seperti matahari dan bulan, dua lubang hidungnya seperti utara dan selatan, dua telinganya seperti timur dan barat. Allah s.w.t. menjadikan kelipan matanya seperti kilat, percakapannya seperti guruh, perjalanannya seperti perjalanan planet, duduknya sepertilah rehatnya, tidurnya sepertilah penurunannya, matinya sepertilah kebakarannya.

Alah s.w.t. telah menciptakan pada belakangnya dua puluh empat rangkaian tulang belakang seperti bilangan jam malam dan siang. Dia telah menciptakan untuk manusia tiga puluh tali perut seperti bilangan bulan tiga puluh hari. Allah s.w.t. mencipta bagi manusia dua belas anggota iaitu kadar masa janin tinggal di dalam perut ibunya. Allah s.w.t. melumatkannya daripada empat air. Dia menciptakan kemasinan pada dua matanya, justeru itu kedua-duanya tidak menjadi cair pada masa panas dan tidak pula beku pada masa sejuk. Allah s.w.t. menciptakan kepahitan pada dua telinganya supaya ia tidak didekati binatang-binatang yang merayap. Allah s.w.t. menciptakan air mani di belakang manusia supaya ia tidak dilanda kerosakan.

Allah s.w.t. menciptakan kemanisan di lidahnya, lantaran itu Adam telah naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dia telah menciptakannya dengan nafsu, jasad dan roh. Maka rohnya tidak akan terpisah dengan Adam melainkan dengan terpisahnya dari dunia. Dengan nafsunya dia melihat angan-angan dan makam-makam. Sementara jasadnya akan reput dan kembali kepada tanah .


Mukmin Adalah Hasyimi, Qurasyi, Nabati…
Diriwayatkan daripada al-Sadiq a.s bahawa beliau a.s. berkata: Mukmin adalah seorang hasyimi kerana dia memusnahkan kesesatan (hasyama al-dhalal), kekafiran dan kemunafikan. Mukmin adalah seorang qurasyi kerana dia mengakui dirinya untuk sesuatu (aqarra li-al-sya') dan kamilah sesuatu itu. Dia juga mengingkari bukan sesuatu(alla sya') yang munafik serta pengikut-pengikutnya. Mukmin adalah nabati kerana dia membuat kesimpulan (istanbata) di dalam sesuatu perkara, lalu dia dapat mengetahui perkara yang buruk daripada perkara yang baik.

Mukmin adalah seorang 'Arabi, kerana dia menjelaskan (a'raba 'anna)tentang kami Ahlu l-Bait. Mukmin adalah seorang a'jami kerana dia menentang kemunafikan dan tidak menyebutnya sebagai baik. Mukmin adalah seorang farisi kerana dia menjadi wira di dalam keimanan (yafrusu fi al-Iman). Sekiranya iman berada di bintang Surayya, nescaya akan dicapai oleh anak-anak farisi iaitu dari sudut keperwiraannya, lalu dia memilih dan berpegang apa yang terbaik daripadanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Berhati-hatilah dengan firasat mukmin kerana dia melihat dengan cahaya Allah .



Catatan kaki:
1. Al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, hlm. 33
2. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxiv, 15
3. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix , 388, Abu Bakr dan Umar
4. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 477
5. Muslim, Sahih, I, 574, Ibn Hanbal, al-Musnad, I, 31, al-Hakim, al-Mustadrak, ii, 196, al-Qurtubi, al-Tafsir, iii, 130
6. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iv, 144
7. Ibid, iii, 307
8. Ibid, xv, 23
9. Ibid, 119
10. Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 23
11. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi, 36
12. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 845
13. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 50
14. Ibid
15. Abu Bakr dan 'Umar
16. Perubahan atau pertukaran
17. Al-Kulaini, al-Kafi, iii, 415
18. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xviii, 474
19. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi, 553
20. Al-Majlis, Bihar al-Anwar, vii, 272-5
21. Ibid
2. Al-Kulaini, al-Kafi, I , 452
23. Al-Majlisi, Bihar al, nwar, vii, 562
24. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 34
25. Pembantu-pembantu para Imam a.s
26. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 660
27. Mereka menyerupai bentuk binatang binatang tersebut
28. Terdapat riwayat menyatakan bahawa mereka juga, pada masa silam, tidak mengakui wilayah Amir al-Mukminin Ali a.s, lalu ditukarkan kepada belut dan spesiesnya
29. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 786
30. Al-Tirmah adalah saudara lelaki Hajr bin 'Adi di kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s
31. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 587
32. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xix, 52
33. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 461
34. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xv , 17

16
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KELIMA

Surat Ibn Di'bin tentang tujuh puluh kelebihan Amir al-Mukminin a.s, deringan telinga, alamat bencana di dalam setahun, ujian Amir al-Mukminin a.s, kisah keislaman Jin dan lain-lain.

Surat Ibn Di'bin Tentang Tujuh Puluh Kelebihan Amir al-Mukminin A.S
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Abdullah-Rahimahu l-Lah- telah memberitahu kami, berkata: Ahmad bin Ali bin al-Hasan bin Syazan telah memberitahu kami, berkata: Abu al-Husain Muhammad bin Ali bin al-Fadhl bin 'Amir al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, berkata: Abu Abdullah al-Husain bin al-Farazdaq al-Fazari al-Bazzaz telah memberitahu kami, berkata: Abu Isa Muhammad bin Ali bin 'Umaraih al-Tahan iaitu al-Qarraq telah memberitahu kami, berkata: Abu Muhammad al-Hasan bin Musa telah memberitahu kami, berkata: Ali bin Asbat telah memberitahu kami daripada beberapa orang sahabat daripada Ibn Di'bin berkata: Aku telah berjumpa dengan orang ramai sedang bercakap-cakap tentang sifat-sifat keistimewaan Arab.

Mereka berkata: Jika Allah mengutus kepada kita seorang nabi, nescaya sebahagian para sahabatnya mempunyai tujuh puluh sifat terpuji, dunia dan akhirat. Maka mereka memikir dan mencari-cari adakah akan terkumpul sepuluh sifat yang terpuji pada seorang lelaki, apatah lagi tujuh puluh sifat. Mereka tidak dapat mencari sifat-sifat yang terkumpul untuk dunia dan akhirat. Mereka hanya dapat mencari sepuluh sifat yang terkumpul untuk dunia sahaja dan bukan untuk akhirat. Mereka telah mendapati Zuhair bin Hubab al-Kalbi, mereka mendapatinya sebagai penyair, doktor di dalam perubatan, pahlawan, ahli nujum, seorang yang dihormati (syarif), perkasa, tukang tilik, orang yang arif tentang nasab, tukang tenung nasib dengan menggunakan burung dan penghalang (zajir). Mereka telah menyebut bahawa Zuhair telah hidup selama tiga ratus tahun.

Ibn Di'bin berkata: Kemudian mereka telah memikir dan mencari-cari di kalangan orang Arab yang mengetahui ilmu pemikiran (ahli al-Nazar), maka sifat-sifat tersebut tidak juga terkumpul pada seorang untuk agama dan dunia melainkan pada Ali bin Abu Talib a.s sama ada mereka suka ataupun tidak. Lantaran itu, mereka dengki kepada Ali a.s. sehingga merosakkan hati dan amalan mereka. Ali a.s. adalah orang yang lebih berhak dan lebih aula daripada mereka, kerana Allah a.w. memusnahkan rumah-rumah musyrikin dengan tangan Ali a.s. menolong Rasul s.a.w. Agama telah menjadi kuat dengan pembunuhan ke atas musyrikin oleh Ali a.s. di dalam peperangan bersama Nabi s.a.w.

Ibn Di'bin berkata: Kami bertanya kepada mereka: Apakah sifat-sifat tersebut (al-Khisal )? Mereka menjawab: keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya (al-Mu'asat li-al-Rasul), mengorbankan diri kerananya, menjaga kehormatannya (al-Hafizah), menolak kesusahan daripadanya, membenarkan Rasul s.a.w dengan janji, zuhud dan meninggalkan angan-angan, pemalu, murah hati, kefasihan bercakap, kepimpinan, lemah lembut, keilmuan, keputusan yang tepat, keberanian, meninggalkan kegembiraan ketika menang, tidak melahirkan kesukaan, meninggalkan penipuan dan kelicikan. Tidak mengudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah) sedangkan dia mampu melakukannya. Kecintaan yang ikhlas kepada Allah s.w.t, memberi makan kepada orang miskin kerana mencintai-Nya. Memandang rendah kemenangan yang dicapai di dunia, tidak melebihkan dirinya dan anak-anaknya di atas seorang pun rakyatnya.

Makanannya adalah yang paling rendah yang dimakan oleh rakyatnya, pakaiannya adalah yang paling murah yang dipakai oleh seorang Islam, pembahagiannya adalah saksama, keadilannya pada semua rakyat, maju di dalam peperangannya, orang ramai pernah menghinanya, tetapi dia menganggap hinaan itu sebagai ujian bagi mentaati Allah, mempunyai kekuatan menghafaz. orang Arab menamakannya sebagai akal sehingga dinamakan dengan telinga yang jaga (uzunun wa'iyah), bersifat pemaaf, menyebarkan hikmat, mengeluarkan kalimat, menyampaikan nasihat, keperluan orang ramai apabila dia berada di hadapan mereka.

Percakapannya diambil, menjelaskan kesamaran kepada orang ramai, mempertahankan mereka yang dizalimi, menolong mereka di dalam kecemasan, mempunyai maruah, menjaga kehormatan perut dan kemaluan, menjaga hartanya dengan baik supaya dia tidak mengguna harta orang lain, tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah), tidak mengadu kesakitan kerana luka-luka yang dialaminya, menyembunyikan kelukaannya dari kepala hingga ke kakinya hampir seribu luka pada jalan Allah, menyuruh melakukan kebaikan.

Melarang melakukan keburukan, melaksanakan hukuman sekalipun ke atas dirinya sendiri, tidak menyembunyikan keredaan Allah ke atas anak-anaknya, memberi pengakuan kepada orang ramai tentang kelebihannya yang diturunkan di dalam al-Qur'an dan manaqibnya yang diceritakan oleh orang ramai mengenainya daripada Rasulullah s.a.w. Dia tidak pernah membantah Rasulullah s.a.w walaupun satu perkataan, tidak pernah meninggalkan sebarang fardu, penyaksian orang ramai bahawa dia melaksanakan tugasnya untuk mereka dan menahan dirinya daripada dunia mereka. Dia tidak menerima rasuah di dalam penghukuman, mempunyai hati yang cerdik, cekal menghadapi tentangan Khawarij ke atasnya. Dia tinggal seorang diri di atas mimbar masjid sedangkan orang ramai melarikan diri.

Orang ramai bercakap-cakap bahawa burung telah menangis kerana Ali a.s. Riwayat Ibn Syihab al-Zuhri mengatakan bahawa batu Bait al-Maqdis bertukar tempat ketika pembunuhan Ali a.s. dan mendapati darah di bawahnya. Perkara ini adalah besar sehingga paderi-paderi bercakap-cakap mengenainya, penyeruannya kepada orang ramai supaya bertanya kepadanya tentang fitnah yang menyesatkan seratus orang dan memberi hidayat kepada seratus orang. Riwayat orang ramai tentang keajaibannya menceritakan tentang Khawarij dan pembunuhan mereka, tidak melahirkan kemampuannya yang luar biasa, malah melahirkan tangisan, menunjukkan kelemahan diri kepada Allah s.w.t sehingga Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah tangisan ini wahai Ali? Beliau a.s. menjawab: Aku menangis kerana keredaan Rasulullah terhadap aku.

Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan Rasul-Nya telah meredai anda. Beliau a.s. tidak merasai kesejukan pada hari sejuk, tidak merasai kepanasan pada hari panas, tidak merasai panas dan sejuk, menghunus pedang pada jalan Allah, memberi penerangan kepada orang ramai tentang hukum Allah ke atas makhluk-Nya, mempunyai bonggol seperti lembu jantan yang jauh dari dua bahunya, mempunyai dua lengannya yang kuat. Tidak seorang pun dapat menghadapi Ali a.s. melainkan beliau a.s. menahannya atau membunuhnya.

Ibn Di'bin berkata: Kami berkata: Apakah pengertian al-Mu'asat li-al-Rasul (keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya)? Mereka berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Quraisy telah bersepakat untuk membunuh aku, maka anda tidurlah di atas hamparan aku, Ali a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, aku mendengar dan mentaati Allah dan Rasul-Nya. Lalu beliau a.s tidur di atas hamparan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. meninggalkan tempatnya dengan perlahan-lahan. Ali a.s tidur di atas hamparannya dan Quraisy mengawalnya.

Kemudian mereka menangkapnya dan berkata: Andalah yang telah menipu kami sejak awal malam; mereka memotong sebatang kayu, lalu memukulnya hampir membinasakannya. Kemudian beliau a.s. melepaskan dirinya daripada tangan mereka dan Rasulullah s.a.w mengutus kepadanya ketika berada di dalam gua supaya beliau a.s. menghantarkan kepadanya tiga ekor unta: "Seekor untuk aku, seekor untuk Abu Bakr dan seekor untuk pemandu jalan. Anda bawalah anak-anak perempuan aku sehingga anda datang kepada aku". Maka Ali a.s telah melaksanakan apa yang diperintahkannya.

Ibn Di'bin berkata: Apakah maksud menjaga kehormatan(al-Hafizah)? Mereka berkata: Beliau a.s berjalan kaki dan membawa anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w di atas belakangnya. Ali a.s. menyembunyikan dirinya pada siang hari dan berjalan kaki dengan mereka sehingga sampai ke tempat Rasulullah s.a.w. Dua kakinya berdarah beberapa ketika, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda mengetahui apakah yang telah diturunkan kepada anda? Maka baginda s.a.w memberitahu kepada Ali a.s. tentang apa yang tidak boleh ditukar ganti sekiranya beliau a.s. kekal di dunia, tetapi dunia tidaklah kekal.

Baginda s.a.w. bersabda: Telah turun kepada anda Surah Ali Imran (3):195 "Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya: Sesungguhnya aku tidak akan menghilangkan amal di antara kamu, baik lelaki (min zakarin) atau perempuan (untha) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian lain. Maka mereka yang berhijrah dari kampung halamannya dan diseksa pada jalanKu yang berperang dan dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah aku akan memasukkan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik"

Zakarin (lelaki) di dalam ayat tersebut adalah anda sendiri dan untha (perempuan) adalah anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w. Ibn Di'bin berkata: Apakah maksud menolak kesusahan daripadanya (daf' al-Dhaim)? Mereka berkata: Apabila Rasulullah s.a.w dikepong di lorong bukit, maka Abu Talib membelanjakan hartanya dan menghalangnya daripada beberapa kabilah Quraisy. Abu Talib berkata sedemikian kepada Ali yang berada bersama-sama Rasulullah s.a.w di dalam urusannya, khidmatnya, membantunya dan menjaganya.

Ibn Di'bin berkata: Apakah maksud "membenarkannya dengan janjinya" (al-Tasdiq bi l-Wa'di) Mereka berkata: Rasulullah s.a.w. sendiri berkata kepada Ali a.s sedemikian. Baginda s.a.w. memberitahu kepada Ali a.s. tentang pahala yang banyak bagi mereka yang berjihad dengan baik dengan harta, diri dan niat yang baik. Maka beliau a.s. tidak cepat untuk mendapatkan sesuatu daripada pahala dunia sebagai ganti kepada pahala di akhirat. Beliau a.s. tidak melebihkan dirinya ke atas seseorang di sisinya. Beliau a.s. meninggalkan pahalanya di dunia bagi mengambil sepenuhnya di akhirat. Beliau a.s. berjanji kepada Allah bahawa beliau tidak akan mendapati dunia melainkan kadar yang paling minimum. Beliau a.s. tidak melebihkan dirinya di atas kepenatan badannya dan keringatnya melainkan beliau a.s. kemukakannya untuk Allah. Maka Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2) : 110 "Dan kebaikan apa saja yang kamu lakukan, kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah "

Ibn Di'bin berkata: Ada orang telah bertanya kepada mereka: Apakah maksud zuhud di dunia (al-Zuhdu fi al-Dunia)? Mereka berkata: Beliau a.s memakai kain daripada kapas dan memotong lengan baju yang melebihi anak jarinya. Beliau a.s. memendekkan lengan baju yang panjang dan menyempitkan behagian bawahnya. Panjang lengan baju ialah tiga jengkal. Panjang bahagian bawah pula ialah dua belas jengkal. Panjang bahagian badan ialah enam jengkal. Ibn Di'bin berkata: Kami bertanya: Apakah maksud "meninggalkan angan-angan" (tark al-Amal )?

Mereka menjawab: Ada orang bertanya kepada Ali a.s.: (Tangan baju) ini engkau telah memetong lebih singkat daripada jarimu. Kenapakah engkau tidak melipat lengan bajumu?. Beliau a.s. berkata: Perkara ini (potong) lebih cepat daripada itu (melipatnya). Bani Hasyim berkumpul dan meminta kepadanya. Mereka mendesak supaya beliau a.s. memberi pakaiannya kepada mereka. Beliau a.s. memakai pakaian orang ramai. Maka berpindahlah miliknya dengan sebab tuntutan itu. Maka beliau a.s. pun memberikan reaksi sedih dan hiba kepada mereka. Beliau a.s. berkata: Dengan nama bapa aku dan ibu aku, sesiapapun tidak akan kenyang dengan roti gandum sehingga dia berjumpa dengan Allah. Beliau a.s. berkata: Ini adalah pakaian sederhana yang memuaskan orang miskin dan orang mukmin pula boleh menutup dengannya.

Ibn Di'bin berkata: Apakah yang di maksudkan dengan pemalu (al-Haya')? Mereka berkata: Beliau a.s. tidak pernah menyerang sesiapapun yang mahu membunuhnya dalam keadaan mendedahkan auratnya melainkan beliau a.s meninggalkan penyerang itu kerana malu.

Ibn Di'bin berkata: Apakah maksud al-Karam (kemuliaan) ? Mereka berkata: Sa'd bin Abu Waqqas berkata kepada Ali a.s ketika dia bermalam bersamanya di al-'Azzab pada permulaan hijrah: Apakah yang telah menghalang anda untuk meminang anak perempuan Rasulullah s.a.w? Beliau a.s berkata: Aku berani untuk meminang anak perempuan Rasulullah s.a.w? Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w mempunyai hamba perempuan pun aku tidak berani. Sa'd menceritakan kata-kata Ali kepada Rasulullah s.a.w. Maka Baginda s.a.w berkata kepadanya: Katakan kepada Ali a.s. bahawa beliau a.s. akan melakukannya. Sesungguhnya aku akan melakukannya. Apabila Sa'd memberitahunya, beliau a.s. menangis. Kemudian beliau berkata: Aku bergembira kerana Allah telah mengumpulkan menantunya bersama kerabatnya.

Justeru itu, al-karam adalah orang yang merendahkan dirinya dan meninggalkan kemuliaan ke atas orang lain. Kemuliaan Abu Talib telah diketahui umum, Ali a.s adalah sepupu Rasulullah s.a.w di sebelah bapanya dan sebelah ibunya. Bapanya adalah Abu Talib bin Abd al-Muttalib bin Hasyim dan ibunya adalah Fatimah binti Asad bin Hasyim yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w pada liang kuburnya. Baginda s.a.w telah mengapankan Fatimah binti Asad dengan bajunya dan membalut dengan kainnya. Baginda s.a.w. memohon kepada Tuhan supaya tidak luntur kapannya dan tidak mendedahkan auratnya. Malaikat kubur tidak menyiksanya. Baginda s.a.w. memujinya ketika kematiannya, menyebut kebaikannya dan pendidikannya untuknya iaitu di sisi bapa saudaranya Abu Talib dan bersabda: Seorang pun tidak boleh memberi manfaat kepada aku selain daripadanya.

Kemudian tentang kefasihan bercakap (al-Balaghah). Orang ramai datang kepada Ali a.s. ketika beliau a.s. turun daripada mimbar dan berkata: Kami tidak pernah mendengar seorang pun wahai Amir al-Mukminin, yang lebih fasih daripada anda. Maka beliau a.s. tersenyum dan berkata: Apa yang menghalang aku? Aku adalah kelahiran Makkah, dan beliau tidak menambahkan mereka selain dua perkataan tersebut.

Kemudian tentang khutbahnya, tidak terdapat daripada mereka terdahulu dan mereka terkemudian yang pernah mendengar khutbah dan percakapannya seumpamanya. Sebahagian ahli dewan menyangka bahawa jika tidak ada percakapan Ali bin Abu Talib a.s dan khutbahnya, serta balaghahnya, nescaya seorang pun tidak dapat menulis surat kepada panglima tentera atau kepada rakyat dengan baik.

Kemudian tentang kepimpinan (al-Ri'asah ), maka semua mereka yang telah memerangi dan menentangnya adalah di atas kejahilan dan kesesatan. Mereka berkata: Kami menuntut darah Uthman. Tidak ada pada diri mereka keupayaan untuk menuntut kepimpinannya menentangnya. Beliau a.s berkata: Aku menyeru kamu kepada Allah, kepada Rasul-Nya supaya melaksanakan ikrar kamu dengan Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan ketaatan dan menyahuti Rasulullah s.a.w kepada ikrar dengan kitab dan Sunnah.

Kemudian tentang lemah lembut (al-Hilmu). Safiyyah binti Abdullah bin Khalaf al-Khaza'i pernah berkata kepada Ali a.s.: Semoga Allah menjadikan perempuan-perempuan anda yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan perempuan-perempuan kami yatim. Semoga Allah menjadikan anak-anak lelaki anda yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan anak-anak lelaki kami yatim daripada bapa-bapa mereka. Maka orang ramai datang kepadanya dengan cepat. Ali a.s berkata: Tahankan diri kamu daripada perempuan itu, lalu mereka menahan diri mereka daripadanya. Lantas perempuan itu berkata kepada keluarganya: Celakalah kamu yang telah berkata sedemikian; mereka telah mendengar percakapan Ali a.s dengan kagum kerana lemah lembutnya (hilmu-hu) terhadapnya.

Kemudian tentang ilmu (al-'Ilm). Berapa banyak perkataan yang telah dikatakan 'Umar kepadanya: Jika tidak ada Ali, nescaya binasalah 'Umar (Laula 'Ali la-halaka 'Umar).

Kemudian tentang mesyuarat (al-Musywarah) pada setiap perkara yang telah berlaku di antara mereka sehingga beliau a.s. menunjukkan jalan keluar kepada mereka.

Kemudian tentang penghakiman (al-Qadha'). Beliau a.s. tidak pernah berkata kepada seorang pun yang datang kepadanya: Datanglah besok atau menolaknya. Sesungguhnya beliau a.s. akan menyelesaikan penghakiman pada tempat itu juga. Kemudian apabila lelaki itu datang kembali, maka beliaulah yang memulakannya.

Kemudian tentang keberanian (al-Syaja'ah). Tidak terdapat mereka terdahulu atau mereka yang terkemudian yang mempunyai keberanian seperti Ali a.s. Beliau a.s. tidak pernah berpaling belakang kepada musuhnya, membunuh sesiapa yang bertarung (yabruzu ilai-hi) dengannya, tidak pernah menjadi pengecut kepada sesiapa yang mencabarnya (da'a-hu ila mubarazati-hi). Beliau a.s. tidak memukul atau menikam seseorang secara panjang, malah beliau a.s. mengeratnya (qudda-hu). Beliau a.s. tidak memukul atau menikam seseorang secara melintang melainkan beliau a.s. memotongnya kepada dua bahagian (qata'a-hu bi-nisfaini). Mereka telah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah membawanya di atas kuda. Maka beliau a.s. berkata: Demi bapa aku, anda dan ibu aku, apakah perlu aku kepada kuda, aku tidak mengikut sesiapapun. Aku tidak lari daripada seseorang pun (wa-la afirru). Apabila aku menghunus pedang, aku tidak akan meletakkannya melainkan (wa idha artadai-tu saifi lam adha'-hu illa li l-Ladhi artadi la-hu)kepada orang yang aku hunus untuknya.

Kemudian beliau a.s. meninggalkan kegembiraan (tark al-Farah) dan meninggalkan kesukaannya (tark al-Marah) ketika sampai berita gembira kepada Rasulullah s.a.w tentang pembunuhan mereka yang terbunuh di Uhud daripada tentera musuh tetapi beliau a.s tidak bergembira dan bermegah dengannya. Sebaliknya Abu Dujanah bermegah dan berjalan di antara dua saf dalam keadaan bermegah diri. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya perjalanan anda sedemikian dimurkai Allah melainkan pada tempat ini.

Kemudian apabila beliau a.s. melakukan di Khaibar apa yang telah dilakukan sebelumnya. Maka larilah mereka yang pernah lari dalam peperangan sebelumnya. Rasulullah s.a w bersabda: Aku akan memberi bendera kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya (la a'tiyanna al-Rayata rajulan yuhibbu l-Laha wa rasula-hu). Sementara Allah dan Rasul-Nya mencintainya pula dan bukan lari (wa yuhibbu-hu l-Lahu wa rassulu-hu laisa bi-farrar) di dalam peperangan.

Sabdanya bahawa 'beliau tidak lari" adalah sebagai satu sindiran kepada mereka yang telah lari di dalam peperangan sebelumnya. Beliau a.s. membukanya dan membunuh musuhnya, membawa pintu kota Khaibar seorang diri. Ianya tidak mampu dibawa oleh empat puluh orang lelaki. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka baginda s.a.w. bangun di dalam keadaan gembira. Apabila sampai berita kepada Ali a.s bahawa Rasulullah s.a.w datang kepadanya, beliau a.s pergi kepadanya. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Telah sampai kepada aku ujian anda, maka aku meredai anda. Lantas Ali a.s menangis pada masa itu juga.

Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tahankan diri anda, apakah yang membuatkan anda menangis? Beliau a.s. berkata: Kenapa aku tidak menangis sedangkan Rasulullah s.a.w meredai aku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan Rasul-Nya meredai anda. Baginda s.a.w. bersabda lagi: Jika aku tidak takut sebahagian umat aku akan berkata sebagaimana telah berkata mereka Kristian tentang Isa bin Maryam, nescaya aku akan berkata kepada anda pada hari ini mengenai perkataan yang mereka Islam sama ada sedikit ataupun ramai, akan mengambil tanah di bawah dua tapak kaki anda kerana mendapatkan berkat.

Kemudian beliau a.s. meninggalkan penipuan, tipu helah dan kelicikan. Orang ramai berkumpul, lalu mereka berkata kepadanya: Tuliskan, wahai Amir al-Mukminin, kepada orang yang menyalahi anda tentang wilayahnya, kemudian pecatlah dia. Lantas beliau a.s. berkata: Penipuan, tipu helah dan kelicikan adalah di neraka.

Kemudian beliau a.s. meninggalkan perbuatan mengkudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah). Beliau a.s. berkata kepada anak lelakinya al-Hasan a.s: Wahai anak lelakiku, bunuhlah pembunuh aku, dan jauhilah dari mengkudungkan anggota badannya kerana Rasulullah s.a.w membencinya sekalipun terhadap anjing yang ganas.

Kemudian cinta mendekatkan diri kepada Allah dengan bersedekah. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Apakah anda telah lakukan pada malam anda? Beliau a.s. berkata: Kenapa wahai Rasulullah s.a.w? Baginda s.a.w. bersabda: Telah diturunkan kepada anda empat ayat. Beliau a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, bahawa bersama aku empat dirham, aku telah bersedekah satu dirham pada waktu malam, satu dirham pada siang hari, satu dirham secara rahsia dan satu dirham secara terang-terangan. Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada anda Surah al-Baqarah (2):274 "Mereka yang menafkahkan hartanya pada waktu malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka.Tidak ada ketakutan kepada mereka dan mereka tidak (pula) bersedih"

Kemudian baginda s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda telah melakukan sesuatu selain daripada ini? Sesungguhnya Allah telah menurunkan ke atas anda tujuh belas ayat; Surah al-Insan (76) :5-22 " Sesungguhnya mereka yang membuat kebaikan minum dari gelas yang campurannya adalah air kafur" sehingga firman-Nya " Sesungguhnya ini adalah balasan untukmudan usahamu adalah disyukuri " Dan firman-Nya "Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin anak yatim dan orang yang ditawan"

Al-'Alim berkata: Walaupun Ali tidak menyebut "kerana Allah" di dalam ayat di atas, tetapi di dalam ayat berikutnya perkataan " kerana Allah" di sebut. "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharap Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak (pula) terima kasih" kerana Allah telah mengetahui di hati Ali a.s bahawa beliau a.s telah memberi makanan kerana Allah. Lantaran itu, Dia telah memberitahunya apa yang Dia mengetahui daripada hatinya tanpa memperkatakannya.

Kemudian tentang hinanya habuan dunia yang didapatinya. Beliau a.s. mengumpul harta kemudian memasukinya dan berkata:

Inilah jenayah ku dan pilihannya padanya
Kerana setiap buah,tangannya ke mulut jua

Beliau berkata: Aku adalah ketua mukminin, harta adalah ketua mereka yang zalim. Beliau a.s. tidak menunjukkan kelebihan dirinya (taraka al-Tafdhil), dan anak-anaknya ke atas seorang pun ahli Islam. Adik perempuannya bernama Ummu Hani' bin Abu Talib datang kepadanya, lalu beliau a.s memberi kepadanya dua puluh dirham. Ummu Hani' bertanya hamba perempuannya yang bukan Arab berkata: Berapakah Amir al-Mukminin a.s memberi kepada anda? Dia berakta: Dua puluh dirham. Maka Ummi Hani' kembali ke rumah di dalam keadaan marah. Beliau a.s berkata kepadanya: Pulanglah anda, semoga dirahmati Allah, kami tidak dapati di dalam kitab Allah kelebihan Ismail ke atas Ishaq.

Diutus kepadanya anak-anak perempuan Kaisar. Beliau a.s. berkata kepada mereka: Aku akan mengahwini kamu? Mereka berkata kepadanya: Kami tidak berhajat untuk berkahwin dengan anda, kerana tiada kufu bagi kami melainkan anak-anak lelaki anda jika anda mengahwinkan kami dengan mereka, maka kami reda.

Beliau a.s tidak suka mengutamakan anak-anaknya daripada orang lain. Diutus kepadanya dari Basrah hadiah dari kapal karam yang tidak diketahui nilainya, anak perempuannya Umm Kalthum berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Bolehkah aku memakainya? Ia akan berada di leher aku? Beliau a.s berkata: Wahai Abu Rafi', Masukkannya ke dalam Baitulmal.

Setelah dilantik (sebagai khalifah), beliau a.s. berdiri memberi khutbah di Madinah: Wahai kaum muhajirin dan ansar! Wahai kaum Quraisy! Ketahuilah, demi Tuhan, aku tidak membezakan di kalangan kamu selama aku ada kaitan di Yathrib. Adakah kamu melihat aku menegah dengan diriku dan anak-anak aku dan memberi kepada kamu. Aku akan menyamakan di antara si hitam dan si merah? 'Aqil bin Abu Talib berdiri dan berkata: Anda akan menjadikan aku dan si hitam di bandar Sudan itu sama? Beliau a.s berkata kepadanya: Duduklah anda, semoga dirahmati Allah, adakah orang lain akan bercakap? Tidak ada kelebihan anda ke atas mereka melainkan orang pertama memeluk Islam (sabiqah) atau takwa.

Kemudian tentang pakaian (al-Libas) Ziad bin Siddad al-Harithi sahabat Rasulullah s.a.w. meminta tolong ke atas saudaranya Ubaidillah bin Siddad dan berkata: Wahai Amir al-Muminin! Saudaraku telah pergi beribadat. Dia enggan tinggal bersama aku di rumahku. Dia memakai pakaian yang paling murah. Ubaidillah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah menghiaskan diri aku dengan hiasan anda dan aku telah memakai pakaian anda. Amir al-Mukminin a.s berkata: Anda janganlah berbuat demikian, kerana imam muslimin apabila mengendalikan urusan mereka, memakai pakaian yang paling murah yang pernah dipakai oleh mereka fakir mereka supaya orang fakir tidak memberontak dengan kefakirannya, lalu membunuhnya. Justeru aku memberitahu anda bahawa anda pakailah pakaian kaum anda yang paling baik. Surah al-Dhuha (93):11"Dan terhadap nikmat Tuhanmu,maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya" Beramal dengan nikmat adalah lebih aku sukai dari bercakap mengenainya.

Kemudian tentang pembahagian sama rata (al-Qasm) dan keadilan kepada rakyat. Beliau a.s. melantik Ammar bin Yasir dan Abu al-Haitham al-Taihan menjaga Baitulmal. Beliau a.s. menulis: Arab, Quraisy, Ansar dan bukan Arab, malah setiap orang Islam yang terdiri daripada kabilah Arab atau bukan Arab adalah sama di dalam pembahagian. Sahal bin Hanif dan hambanya yang berkulit hitam datang kepada Ali a.s. dan bertanya: Berapakah anda akan memberi kepada hamba ini? Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Berapakah anda akan mengambilnya untuk anda? Sahal berkata: Tiga dinar, orang ramai telah mengambil tiga dinar.

Beliau berkata: Mereka telah memberi kepada hambanya jumlah yang telah diambil olehnya iaitu sebanyak tiga dinar. Apabila orang ramai mengetahui bahawa tidak ada kelebihan sesama mereka melainkan dengan takwa kepada Allah, maka Talhah dan al-Zubair mendatangi Ammar bin Yasir dan Abu al-Haitham bin al-Taihan. Lalu mereka berdua berkata: Wahai Abu Yaqzan, benarkan kami berjumpa dengan sahabat anda. Beliau berkata: Sahabat aku telah membenarkannya. Beliau a.s mengambil bakulnya dan peralatannya, lalu pergi bekerja di kebun kurma di Bi'r al-Malik untuk menanam pokok kurma. Ini sebahagian keadilannya terhadap rakyat dan pembahagiannya yang sama rata.

Ibn Di'bin berkata: Kami bertanya: Apakah makanan rakyat yang paling rendah? Beliau berkata: Orang ramai bercakap-cakap bahawa makanannya adalah roti dan daging. beliau memakan gandum dan minyak zaitun. Beliau cepat menamatkan makanannya supaya tidak ditambah pada makanannya. Suatu ketika beliau a.s. mendengar kuali di rumahnya, lantas beliau a.s. bangun sambil berkata: Pada zimmah Ali bin Abu Talib kuali yang menggerodak. Orang memberitahunya tentang keadaan itu lalu keluarganya menjadi takut. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya beliau adalah isteri anda telah menyembelih unta di kampungnya, lalu diambil sebahagian daripadanya untuknya. Keluarganya telah menghadiahkannya kepadanya. Beliau a.s berkata: Makanlah dengan baik.

Ada orang berkata: Amir al-Mukminin a.s tidak pernah mengadu kesakitannya melainkan ketika saat kematiannya. Beliau a.s. takut menerima hadiah daripada rakyat kerana penerimaan hadiah oleh pemerintah adalah suatu pengkhianatan kepada kaum muslimin.

Ada orang berkata: Apakah ketahanan (al-Saramah)? Dia menjawab: Beliau a.s telah pulang daripada peperangannya. Maka beliau a.s. berkhemah di kebun kurma, orang ramai kembali ke rumah mereka dan meminta kebenarannya. Mereka berkata: Pedang-pedang kami telah menjadi tumpul dan mata lembing kami telah hilang kesannya, lantaran itu, izinlah kami pulang. Kami akan kembali lagi dengan semangat baru, tetapi beliau tetap di kemnya di kebun kurma dan berkata: Sesungguhnya panglima perang berjaga malam, dahaga air pada siangnya, tidak bersama-sama perempuan-perempuannya dan anak-anaknya, beliau bukanlah pulang ke rumah dan kembali kepadanya.

Beliau bukanlah orang yang bermukim, kemudian tinggal di kemnya, apabila beliau melihat semuanya ini, beliau memasuki Kufah dan menaiki mimbar, lantas berkata: Kamu adalah singa yang garang ketika kelaparan dan serigala yang pantas, tetapi kamu bukanlah menentang musuh dengan kekuatan kamu. Wahai mereka yang mempunyai badan yang satu, tetapi nafsu yang berbeza, tiada kekuatan dakwah mereka bagi menyeru kamu, tiada rehat bagi hati mereka yang menentang kamu bersama mana-mana imam selepas aku. Di negeri manakah selepas ini kamu mengelak dari berperang? Beliau a.s pada peperangannya yang terakhir amat berdukacita dan marah sehingga orang ramai menghinanya.

Ibn Di'bin berkata: Apakah itu penghafazan (al-Hifz)? Dia berkata: Orang Arab menamakannya al-'Aql, apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepadanya beliau a.s. menghafaznya. Beliau a.s. menyedari apa yang diturunkan kepada Nabi-Nya, tidak sesuatu yang pelik turun dari langit melainkan beliau a.s. bertanya kepada nabi tentang ayat itu sehingga turun ayat dalam Surah al-Haqah (69):12 "agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar" Beliau a.s. merupakan telinga yang mendengar. Pada suatu hari beliau a.s datang ke pintu Rasulullah s.a.w. Para malaikat memberi salam kepada rasul. Beliau a.s. berdiri sehingga mereka selesai memberi salam kepadanya. Kemudian beliau a.s. memasuki rumah Rasulullah s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Rasulullah! Lebih empat ratus malaikat telah memberi salam kepada anda, beliau s.a.w bersabda: Apakah yang membuatkan anda mengetahuinya? Ali a.s berkata: Aku telah menghafaz bahasa-bahasa mereka (hafaztu lughaata-hum). Setiap Malaikat telah memberi salam kepada rasul dengan bahasa yang berbeza daripada yang lain.


17
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )
Al-Sayyid Ismail al-Humairi berkata:

Beliau terus memasukkan dua tapak tangannya mendengar
Seolah-olah beliau menghitungnya dari ahli kampung kami
Membawa kepadanya barang berharga
Bahtera India membawa nakhoda di kalangan kami

Ibn Di'bin berkata: Ahli kampung kami adalah orang dari negeri Syam. Ahlinya adalah sebaik-baik kaum.

Ibn Di'bin berkata: Aku mendapati orang ramai memandang rendah mana-mana percakapan yang tidak dapat menyerupai percakapannya. Mereka berkata: Ali a.s berdiri dan bercakap dari gelincir matahari sehingga jatuh matahari. Mereka mendengarnya dan berkata: Demi Tuhan, aku tidak datang kepada kamu secara sukarela, tetapi aku telah mendatangi kamu kerana cintakan kamu….

Kemudian tentang hikmat, dan pengeluaran kalimat dengan bijaksana. Mereka tidak pernah mendengarnya daripada orang lain seumpamanya. Beliau a.s berkata kepada seorang lelaki: Kamu dilarang, tetapi tidak berhenti, menyuruh manusia apa yang tidak memberi faedah, menuntut lebihan apa yang ada dan menghilangkan apa yang diberikan, kamu mencintai mereka yang soleh, tetapi tidak beramal dengan amalan mereka, kamu memarahi mereka yang jahat, tetapi kamu adalah seorang daripada mereka, menyegerakan perkara dunia yang binasa, meninggalkan perkara akhirat yang kekal, membenci kematian kerana dosa-dosanya dan tidak meninggalkan dosa-dosanya di dalam hidupnya.

Kemudian orang lain berhajat kepadanya sedangkan beliau a.s. tidak berhajat kepada mereka. Beliau a.s. sentiasa mempunyai tempat di kalangan manusia seperti kedatangan Yahudi bertanyakan kepadanya secara degil, kemudian beliau a.s. memberitahu mereka apa yang ada di Taurat tentang mereka. Ramai orang Yahudi memeluk Islam kerananya!. Adapun tidak berhajatnya beliau a.s. kepada orang ramai, kerana beliau a.s. tidak pernah berada di pintu seorang daripada mereka bertanyakan kepadanya walaupun satu kalimat dan beliau a.s. tidak mengambil faedah sekalipun satu huruf daripadanya.

Kemudian mempertahankan orang yang dizalimi dan menolong orang di dalam kesusahan. Mereka Kufah mengatakan bahawa pada suatu hari Sa'id bin al-Qais al-Hamdani melihatnya dalam keadaan cuaca panas terik di suatu kawasan. Lalu Sa'id berkata: Wahai Amir al-Mukminin, di saat ini anda berada di sini? Beliau a.s berkata: Aku keluar kerana ingin menolong orang yang dizalimi atau menolong orang di dalam kesusahan. Tiba-tiba seorang perempuan datang kepadanya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Suami aku telah menzalimi aku dengan menyerang aku. Dia bersumpah untuk memukul aku. Datanglah kepadanya bersama-sama aku. Beliau a.s menundukkan kepalanya, kemudian mengangkatnya sambil berkata: Tidak, demi Tuhan, sehingga diambil daripada orang yang dizalimi akan haknya tanpa teragak-agak lagi. Di manakah rumah anda?

Perempuan itu berkata: Di tempat itu dan itu. Beliau a.s. menuju bersama-samanya sehingga sampai di rumahnya. Perempuan itu berkata: Inilah rumah aku. Beliau a.s memberi salam. Kemudian seorang pemuda keluar dengan memakai kain yang berwarna-warni. Beliau a.s berkata: Bertakwalah anda kepada Allah. Sesungguhnya anda telah menakut-nakutkan isteri anda. Pemuda itu menjawab: Apakah kaitan anda di dalam perkara ini? Demi Tuhan, aku akan membakarnya dengan api kerana kata-kata anda. Beliau a.s berkata: Aku memerintahkan anda perkara yang baik dan melarang anda perkara yang mungkar. Sekarang anda menolak perkara yang baik, maka bertaubatlah anda. Jika tidak, aku akan membunuh anda. Orang ramai datang untuk bertanya Amir al-Mukminin a.s tentang apa yang berlaku. Kemudian pemuda itu menyesal di atas perbuatannya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, maafkan kami, semoga Allah memaafkan anda.

Demi Tuhan, aku akan menjadikan bumi tempat anda berpijak sebagai ingatan, lantas beliau menyuruh isterinya masuk ke dalam rumah. Beliau membaca "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia " Segala puji bagi Allah yang telah membaiki aku dan isteri aku, Allah berfirman Surah al-Nisa' (4):114 "Tidak ada kebaikan pada kebanyaakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia.Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keridhaan Allah, maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar"

Kemudian tentang maruah, menjaga perut, kemaluan dan pembaikan harta. Adakah kamu melihat seorang yang memukul bukit dengan tukul. Kemudian keluar darinya longgokan emas seperti tengkuk unta yang disembelih. Setiap kali ia keluar, beliau a.s. berkata: Beritahu berita gembira kepada pewaris. Kemudian beliau a.s. menjadikan ketulan itu sebagai sedekah sehingga Allah mewariskan bumi ini kepada siapa di atasnya bagi memalingkan neraka dari mukanya dan memalingkan mukanya dari neraka.

Ibn Di'bin berkata: Beliau a.s telah membawa karung yang mengandungi tiga ratus ribu biji kurma. Ada orang bertanya beliau mengenainya, beliau telah menanam semua biji tersebut dan kesemuanya telah tumbuh.

Kemudian beliau tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah). Beliau a.s. kembali dari peperangan Uhud dengan lapan puluh luka-luka. Beliau memasukkan pembalut di satu tempat dan mengeluarkannya dari tempat yang lain. Maka Rasulullah s.a.w. datang melawatnya. Beliau a.s pada masa itu sepertilah seketul daging di atas hamparan. Apabila Rasulullah s.a.w melihatnya, baginda s.a.w terus menangis dan bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki yang ditimpa begini kerana Allah, maka berhak bagi Allah melakukan sesuatu untuknya dan beliau juga melakukan sesuatu untuk Allah.

Maka Ali a.s berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, segala puji bagi Allah yang tidak melihat aku lari daripada anda dan aku tidak melarikan diri aku. Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku kenapakah aku telah dihalang untuk menjadi syahid? Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya ia akan berlaku kepada anda Insya' Allah. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abu Sufyan menghantar perjanjian di antara kita dan kamu "singa merah". Beliau a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, demi Allah, jika aku dibawa oleh beberapa orang lelaki berhadapan musuh, nescaya aku tidak akan lari daripada anda.

Kemudian turun ayat di dalam Surah Ali Imran (3):146 " Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana menimpa mereka di jalan Allah, tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Allah menyukai mereka yang sabar " dan turun ayat sebelumnya kepadanya a.s Surah Ali Imran (3) : 145 "Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktuny. Sesiapa yang menghendaki pahala dunia, nescaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki pahala akhirat, maka kami berikan kepadanya pahala akhirat.Dan kami akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur"

Kemudian beliau a.s. tidak mengadu (al-Syikayah) tentang kesakitan lukanya. Dua orang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengenai kesakitan lukanya dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w ! Kami khuatir tentang bahaya lukanya dan kesakitan yang dialaminya. Kesan lukanya ketika beliau a.s. mati adalah seribu luka dari kepala sehingga kepada kakinya.

Kemudian tentang menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Beliau a.s berkhutbah: Wahai manusia! Perintahkan manusia supaya melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran, kerana kedua-duanya tidak akan mendekatkan ajal dan tidak melewatkan rezeki.

Mereka menyebutkan bahawa beliau a.s mengambil wuduk bersama-sama orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghimpitkannya. Lalu beliau memukulnya dengan cemeti sambil berkata: Ini bukan caranya anda melakukan kepada aku. Jika orang yang lebih lemah daripada aku datang dan anda melakukan kepadanya perkara yang sama, maka anda bertanggung jawab. Pada suatu hari beliau a.s. berteduh di sebuah kedai daripada hujan. Lalu beliau a.s. diusir oleh tuan kedai tersebut yang tidak mengenalinya. Kemudian beliau a.s. menjalankan hudud sekalipun ke atas dirinya dan anak-anaknya. Sementara orang ramai tidak menjalankannya ke atas mereka kenamaan. Adakah seseorang pernah mendengar bahawa seorang kenamaan telah dijalankan had ke atasnya oleh seseorang selain daripadanya? Di antaranya adalah 'Ubaidillah bin 'Umar bin al-Khattab, Qudamah bin Maz'un dan al-Walid bin 'Uqbah bin Abu Mu'it telah meminum arak. Orang ramai menahan diri mereka dari menjalankan had ke atas mereka dan terus pulang ke rumah mereka. Tetapi beliau a.s memukul mereka dengan tangannya, kerana khuatir hukum hudud dibekukan.

Beliau a.s. tidak menyembunyikan apa yang telah berlaku terhadap anak perempuannya Ummi Kalthum. Ketika seorang gabenor menghadiahkan minyak wangi kepadanya. Beliau a.s menaiki mimbar dan berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya Ummi Kalthum binti Ali telah mengkhianati kamu dengan minyak wangi. Demi Tuhan, jika beliau mencurinya, nescaya aku akan memotong tangannya sebagaimana aku memotong tangan perempuan-perempuan kamu.

Kemudian tentang ayat-ayat al-Qur'an yang diturunkan tentang kelebihannya adalah tidak terkira banyaknya. Kemudian mereka bersepakat bahawa beliau a.s tidak pernah membantah Rasulullah s.a w sekalipun satu kalimah. Tidak pernah berganjak dari tempat yang diutusnya. Beliau a.s. memberi khidmat kepada Rasulullah s.a.w pada masa musafirnya, memenuhi bekas airnya, mengupas kulit gandum, mengawal di hadapannya dengan pedang sehingga baginda s.a.w memerintahkannya supaya duduk atau pulang.

Beliau a.s. diutus beberapa kali untuk mendapat air dari Juhfah. Orang lain tidak membawa air pulang kerana kesukaran mendapatkannya. Kemudian beliau a.s. datang dan membawa air pulang dengan banyak sehingga dialu-alukan oleh para malaikat. Rasulullah s.a.w. memberitahunya tentang perkara tersebut dan bersabda: Itulah Jibrail dengan seribu malaikat, Mikail dengan seribu malaikat, dan Israfil dengan seribu malaikat.

Sayyid Ismail al-Humairi berkata:

Itulah dia orang yang telah diberi salam pada suatu malam
Ke atasnya Mikaildan Jibrail
Mikail dengan seribu dan Jibrail dengan
Seribu kemudian diikuti Israfil

Orang ramai memasuki rumahnya satu hari sebelum kesyahidannya. Mereka memberi penyaksian sesungguhnya beliau a.s. telah melaksanakan tugasnya terhadap mereka dengan saksama. Tidak menerima rasuah di dalam penghakiman mereka, tidak mengambil harta dari Baitulmal walaupun seberat tali unta. Beliau a.s. tidak makan melainkan sekadar mencukupi dirinya. Mereka juga memberi penyaksian bahawa sesungguhnya mereka yang paling jauh kedudukannya adalah mereka yang paling hampir kepadanya .


Sesiapa Yang Berdering Telinganya, Maka Hendaklah Dia Berselawat Kepadaku
Al-Fazari berkata: Abu Isa telah memberitahu kami, berkata: Abu Muhammad al-Hasan bin Musa telah memberitahu kamu, berkata: Muhammad bin 'Umar al-Ansari telah memberitahu kami daripada Mu'ammar daripada bapanya daripada datuknya berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang berdering telinganya (tannat udhunu-hu), maka hendaklah beliau berselawat kepada aku. Sesiapa yang menyebut namaku dengan baik, maka Allah akan menyebutnya dengan baik. Dengan sanad yang sama beliau berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mengambil wuduk untuk mengerjakan solat, baginda s.a.w. menggerakkan cincinnya sebanyak tiga kali.


Alamat-Alamat Bencana Di Dalam Setahun
Ketahuilah apabila bintang Zuhrah seiring dengan bintang Marikh pada satu buruj, maka binasalah raja Rom atau bencana yang besar menimpa negara Rom.

Apabila Zuhrah seiring dengan Zuhal, maka pada tahun itu akan berlaku kesusahan dan kesempitan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan al-Musytari, maka orang ramai akan mendapat kesenangan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan 'Atarid, maka akan berlaku pertumpahan darah dan pembukaan yang besar.
Apabila Bahram seiring Zuhal pada satu buruj, maka raja yang buminya bertepatan dengan buruj akan binasa.
Apabila Bahram dan al-Musytari berhimpun pada satu buruj, seorang raja yang besar akan binasa.
Apabila Zuhal dan 'Atarid berhimpun, akan berlaku ketakutan dan kesusahan kepada pedagang-pedagang. Demikian juga akan berlaku kepada ahli sastera.

Apabila berhimpun Zuhal dan al-Musytari pada satu buruj, dunia akan berubah di dalam semua keadaan dan urusan manusia juga akan mengalami perkara yang sama. Khawarij akan keluar di segenap penjuru terutamanya di Jilan dan dari Dailam akan keluar kaum Kurdi. Mereka akan membunuh orang ramai dengan kejam, melahirkan ketakutan dan kesusahan, tabiat orang ramai akan berubah; akan hilang sifat malu dan sifat kemanusiaan daripada mereka. Sifat tamak menguasai mereka. Akan bertambah kerosakan, terutamanya pada perempuan sehingga mereka menggugurkan anak-anak mereka, melahirkan anak-anak haram, menumpahkan darah, pembunuhan dan kelaparan.

Apabila berhimpun al-Musytari dan 'Atarid, dunia akan ditimpa penyakit taun dan berlaku permusuhan di kalangan manusia.
Apabila bulan menaiki di atas Zuhal, raja segala raja akan mati.
Apabila berhimpun Bahram dan 'Atarid pada Scorpio, maka itu adalah bukti pembunuhan raja Babylon.
Apabila al-Musytari dan Zuhrah berhimpun pada Scorpio, itu adalah bukti ketakutan dan penyakit di Babylon.
Apabila berhimpun matahari ke arah Scorpio, itu adalah bukti perpecahan Rom dan pembunuhan raja mereka.
Apabila berhimpun Marikh dan 'Atarid ke arah Scorpio, itu adalah bukti kemusnahan istana raja Babylon dan Farsi.
Apabila berhimpun matahari dan bulan ke arah Scorpio dan Bahram pada Saratan, maka jika anda mampu untuk memasuki mana-mana lubang di bumi, maka anda boleh melakukannya.

Apabila Zuhrah dan al-Musytari berhimpun, maka perempuan-perempuan menjadi takut kepada suami-suami mereka secara permusuhan.
Apabila turunnya Kiyawan al-Tarfah, maka akan berlakulah taun di Iraq dan orang ramai akan mati.
Apabila turunnya al-Tarfah ke atas yang lain, maka akan berlaku di bumi Iraq pembunuhan dan fitnah.
Apabila turunnya al-Nathbarah, akan bertukar propensi di Iraq dan orang ramai akan menghadapi bala yang besar.
Apabila turunnya Kiyawan al-Ghafar, maka akan berlaku di Iraq peperangan dan fitnah dan apabila turunnya Kiyawan Jubhah, akan berlaku kematian kepada lembu, binatang buas dan ganas.

Apabila turunnya Kiyawan dan al-Musytari ke arah al-Iklil dan al-Qalb, akan berlaku di timur dan barat taun yang kuat. Ramai orang akan mati, akan berlaku kerosakan dan bencana di bumi dan kebanyakannya berlaku kepada manusia. Raja-raja dan para ulama dibunuh sebaliknya orang bawahan akan memerintahkan.

Ketahuilah bahawa bersama-sama matahari planet-planet yang lain yang mempunyai pengikut-pengikutnya. Apabila planet timbul pada satu buruj, maka bumi yang terkena buruj tersebut akan berlaku bala, kejahatan dan fitnah.

Apabila anda melihat planet merah di mana anda tidak dapat mengenalinya, dan ia tidak berjalan menurut perjalanan bintang-bintang, berpindah dari satu tempat kepada tempat yang lain bentuknya seperti tiang, maka itu adalah bukti peperangan, bala, pembunuhan pembesar-pembesar, banyak kejahatan dan kesusahan pada manusia .


Surat Tentang Ujian Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib A.S
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Diriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s sedang duduk di masjid dan di sisinya sekumpulan orang ramai. Mereka berkata kepadanya: Beritahukan kami sesuatu, wahai Amir al-Mukminin. Maka beliau a.s. berkata: Aduhai kamu, sesungguhnya percakapan aku sulit dan menyulitkan (inna kalami sa'bun wa mustas'abun), tidak dapat difahami melainkan oleh mereka yang alim. Mereka berkata: Anda mesti memberitahu kami sesuatu. Beliau a.s. berkata: Datanglah bersama kami, lantas beliau memasuki rumah dan berkata: Akulah yang telah tinggi dan perkasa('alau-tu fa-qahar-tu).

Akulah yang menghidupkan dan mematikan (uhyi wa umitu). Akulah yang pertama dan yang akhir, yang zahir dan batin. Lantas mereka memarahinya dan berkata: Beliau a.s. telah menjadi kafir (kafara) dan mereka terus berdiri. Maka Ali a.s berkata kepada pintu: wahai pintu, tutup dan berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada kamu: Sesungguhnya percakapan aku sulit dan menyulitkan, tidak boleh difahami melainkan oleh mereka yang alim? Datang, aku akan menerangkannya kepada kamu.

Adapun kata-kata aku: Akulah yang telah tinggi dan perkasa, maka akulah yang telah meninggikan kamu dengan pedang ini, maka aku telah menguasai kamu sehingga kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun kata-kata aku, aku menghidupkan dan mematikan, maka akulah yang menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan akulah yang mematikan bid'ah. Adapun kata-kata aku: Akulah yang pertama, maka akulah yang pertama beriman dengan Allah dan menerima Islam. Adapun kata-kata aku, akulah yang akhir, maka akulah yang terakhir meletakkan kain ke atas Nabi s.a.w dan mengapankannya. Adapun kata-kata aku, akulah yang zahir dan yang batin, maka di sisi aku ilmu zahir dan batin. Mereka berkata: Anda telah menyelamatkan kami dan Allah telah menyelamatkan anda .

Ja'far bin Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Ja'far bin Abu Talib daripada Ya'qub al-Kufi berkata: Musa bin Ubaid telah memberitahu kami daripada Umru bin Abu al-Miqdam daripada Abu Ishaq daripada al-Harith daripada Jabir daripada Abu Ja'far daripada Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Ketua Yahudi datang kepada Ali bin Abu Talib a.s selepas beliau a.s. kembali daripada peperangan Nahrawan. Beliau sedang duduk di masjid Kufah, berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya aku ingin bertanyakan anda tentang perkara-perkara yang tidak diketahui akannya melainkan oleh seorang nabi atau wasi nabi.

Beliau a.s berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati anda, wahai saudara Yahudi. Yahudi berkata: Sesungguhnya kami dapati di dalam kitab bahawa sesungguhnya Allah a.w apabila mengutus seorang nabi, Dia memerintahkan supaya nabi itu mengambil daripada ahli baitnya orang yang akan melaksanakan perintah Tuhannya pada umatnya selepasnya serta membuat perjanjian kepadanya tentang mereka supaya beliau mematuhinya dan beramal dengannya pada umatnya selepasnya. Sesungguhnya Allah s.w.t menguji para wasi pada masa hidup para nabi dan menguji mereka selepas kematian para nabi. Beritahu kepada aku berapa kali Allah menguji para wasi pada masa hidup para nabi? Berapa kali Dia menguji mereka selepas kematian para nabi? Dan apakah kesudahan perintah para wasi apabila Allah meredai ujian mereka?

Ali a.s berkata kepadanya: Demi Yang telah membelah laut untuk Bani Israel, dan Yang telah menurunkan Taurat ke atas Musa. Jika aku memberitahu anda dengan benar apa yang anda akan kemukakannya adakah anda akan memperakuinya? Ketua Yahudi berkata: Ya. Beliau a.s berkata: Demi Yang tiada tuhan selain daripada-Nya, jika aku membenarkan anda, adakah anda akan menerima Islam? Ketua Yahudi berkata: Ya. Ali a.s berkata: Sesungguhnya Allah menguji para wasi pada masa hidup para nabi pada tujuh tempat bagi menguji ketaatan mereka.

Apabila Allah telah meredai mereka dengan ujian itu, maka Dia memerintahkan para nabi supaya mengambil mereka sebagai para wali pada masa hidup mereka dan para wasi selepas kematian mereka. Justeru Allah menjadikan ketaatan kepada para wasi di tengkuk umat sebagai sambungan kepada ketaatan kepada para nabi a.s. Kemudian Allah menguji para wasi selepas kematian para nabi pada tujuh tempat bagi menguji kesabaran mereka. Apabila Allah telah meredai mereka dengan ujian itu, maka Dia akan mengakhiri mereka dengan kesyahidan bagi menghubungi mereka dengan para nabi. Justeru Allah telah menyempurnakan kebahagiaan untuk mereka.

Ketua Yahudi berkata kepadanya: Anda memang benar wahai Amir al-Mukminin. Beritahu kepada kami berapa kali Allah a.w telah menguji anda pada masa hidup Muhammad s.a.w? Dan berapa kali Dia telah menguji anda selepas kematiannya? Dan bagaimanakah kesudahan perintah anda? Lantas Ali a.s memegang tangannya dan berkata: Bangun bersama kami, aku akan memberitahu anda mengenainya wahai saudara Yahudi. Sebahagian daripada para sahabatnya berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahu kepada kami mengenainya bersamanya. Beliau a.s berkata: Aku khuatir hati kamu tidak boleh menanggungnya. Mereka berkata: Kenapa begitu, wahai Amir al-Mukminin?

Beliau a.s. berkata: Kerana beberapa perkara yang telah jelas kepada aku tentang beberapa orang daripada kamu. Al-Asytar terus berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahulah kepada kami perkara tersebut, demi Allah, sesungguhnya kami mengetahui bahawa sesungguhnya tiada di atas bumi ini seorang wasi nabi selain daripada anda dan kami mengetahui bahawa Allah tidak akan mengutus seorang nabi selepas nabi kita, dan sesungguhnya ketaatan kepada anda adalah di atas tengkuk kami bersambung dengan ketaatan kepada nabi kita. Maka Ali a.s pun duduk berhadapan ketua Yahudi dan berkata: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah a.w telah mengujiku pada masa hidup Nabi kami s.a.w pada tujuh tempat. Maka Dia telah mendapati aku mengenainya -tanpa membersihkan diri aku dengan nikmat Allah- mentaati-Nya (muti'an la-hu).

Ketua Yahudi berkata: Tentang apa, tentang apa wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s berkata: Pertamanya Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi kami tentang kenabian, kemudian kerasulan. Aku adalah yang termuda di dalam keluarga aku. Aku telah memberi perkhidmatan aku kepadanya di rumahnya dan aku melaksanakan
suruhannya di hadapannya. Maka baginda s.a.w menyeru yang muda dan yang tua mereka kepada syahadah "tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya beliau adalah pesuruh-Nya". Lantas mereka menentangnya, menjauhinya dan menyisihkannya, kerana semua orang menentangnya.

Mereka membesar-besarkan apa yang telah dibentangkan kepada mereka kerana hati mereka tidak dapat menanggungnya dan akal mereka tidak dapat memahaminya. Aku telah menyahut seruan Rasulullah s.a.w seorang diri di dalam keadaan segera, taat dan yakin, tanpa menimbulkan sesuatu di hati aku. Kami tinggal di dalam keadaan sedemikian selama tiga musim, pada masa itu tidak ada makhluk di muka bumi mengerjakan solat dan memperakui apa yang dikurniakan Allah kepada Rasul-Nya selain daripada aku dan anak perempuan Khuwailid-rahima-ha l-Lah- Kemudian baliau s.a. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ianya begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Kedua: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Quraisy sentiasa berfikir dan bekerja keras untuk membunuh Nabi s.a.w sehingga ke akhir hari mereka berkumpul bersama-sama Iblis laknatu l-Lah yang telah hadir di dalam majlis tersebut di dalam bentuk seorang lelaki Thaqif yang buta sebelah matanya. Iblis telah berusaha keras sehingga mereka bersepakat untuk melantik seorang lelaki dari setiap kabilah. Kemudian setiap lelaki daripada mereka mengambil pedangnya. Kemudian mereka akan mendatangi Nabi s.a.w yang sedang tidur di atas hamparannya, lalu mereka membunuhnya dengan pedang-pedang mereka semua dengan satu pukulan seorang lelaki. Lantaran itu, mereka membunuhnya dan apabila mereka membunuhnya, Quraisy tidak akan menyerahkan lelaki mereka untuk diadili. Justeru darahnya akan menjadi sia-sia, maka Jibrail a.s telah turun ke atas Nabi s.a.w, lalu memberitahu kepadanya mengenai hal itu dan menceritakan malam yang mereka akan berkumpul untuk membunuh nabi s.a.w. dan waktu mereka akan mendatangi rumahnya.

Lalu Jibrail memerintahkan nabi s.a.w. supaya keluar untuk ke gua Hira'. Rasulullah s.a.w memberitahu aku tentang berita tersebut dan memerintahkan aku supaya aku tidur di tempat tidurnya bagi mempertahankan dirinya dengan diri aku. Aku telah mempercepatkan diri aku kerana mentaatinya dan bergembira dengannya dan diri aku. Aku tidur di atas hamparannya. Beberapa orang lelaki Quraisy di dalam diri mereka untuk pembunuhan Nabi s.a.w. Apabila mereka memasuki rumah yang aku tidur di dalamnya maka aku bangkit dengan pedangku, lalu aku mempertahankan diri aku daripada mereka sebagaimana telah diketahui oleh orang ramai. Kemudian beliau a.s. berhadapan dengan para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Ketiga: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya dua anak lelaki Rabi'ah dan anak lelaki 'Utabah adalah pahlawan Quraisy telah menyeru untuk bertarung di hari Badr. Tidak ada makhluk yang telah menyahuti cabarannya. Rasulullah s.a.w telah membangkitkan semangat aku bagi menentang mereka sedangkan aku adalah sahabat yang paling muda dan kurang pengalaman di dalam peperangan. Maka Allah telah membunuh Walid dan Syaibah dengan tangan aku di samping mereka kenamaan Quraisy yang aku telah membunuh mereka pada hari itu. Ini tidak termasuk mereka yang telah dijadikan sebagai tawanan aku, sepupu aku telah mati syahid pada hari itu-rahimahu l-Lah-Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Keempat: Wahai saudara Yahudi, Quraisy dan Arab telah berkumpul dan mengadakan perjanjian di kalangan mereka bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang sehingga mereka membunuh Rasulullah s.a.w, dan membunuh kami bersamanya Bani 'Abd al-Muttalib. Mereka melengkapkan diri mereka dengan peralatan perang sehingga mereka bertapak di Madinah di dalam keadaan masih percaya kepada perancangan mereka. Maka Jibrail telah turun ke atas Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya tentang perkara tersebut. Rasulullah s.a.w telah mempersiapkan dirinya bersama-sama Muhajirin dan Ansar. Quraisy datang dan berkhemah di al-Khandaq (parit), menyangka bahawa mereka kuat sedangkan kami lemah. Rasulullah s.a.w. menyeru mereka dengan kekerabatan dan silaturahim, tetapi mereka menolaknya. Malah mereka lebih sombong lagi. Pahlawan mereka pada masa itu adalah 'Umru bin 'Abd Wuddin menjerit seperti unta ganas menyeru untuk bertarung memegang lembingnya pada satu masa dan memegang pedangnya pada masa yang lain pula.


18
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )
Tiada seorang pun berani tampil menentangnya. Rasulullah s.a.w telah membangkitkan semangat aku dan memakaikan aku kainnya dengan tangannya, serta memberikan kepada aku pedangnya Dhu l-Fiqar. Maka aku keluar menuju kepadanya sementara perempuan-perempuan Madinah menangis kerana kasihan kepada aku bagi menentang Ibn 'Abd Wuddin al-'Amiri, maka Allah telah membunuhnya dengan tangan aku. Arab tidak mengakui orang lain sebagai pahlawan selain daripadanya. Al-'Amiri memukul aku dengan pukulan ini -Beliau a.s. telah memberi isyarat kepada tubuhnya. Allah telah mengalahkan Quraisy dan Arab dengan pukulan aku terhadap mereka. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Kelima: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya penduduk Makkah datang kepada kami semenjak awal lagi telah mengumpul kabilah-kabilah Arab dan Quraisy bagi menuntut bela di atas kematian kaum musyrikin Quraisy pada hari Badr dan al-Khandaq. Maka Jibrail a.s turun ke atas Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya tentang perkara tersebut. Lantas Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya membuat persiapan di Uhud. Musyrikin menentang kami secara serentak. Beberapa kaum muslimin mati syahid dan yang lain menerima kekalahan.

Semoga Allah memaafkan mereka. Aku telah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w sementara Muhajirin dan Ansar pulang ke rumah mereka di Madinah. Semua berkata: Nabi s.a.w telah dibunuh dan para sahabatnya juga telah dibunuh. Allah telah menghina kaum musyrikin, aku telah mengalami luka di hadapan Nabi s.a.w melebihi tujuh puluh luka di antaranya di sini dan di antaranya di sini. Kemudian beliau a.s. telah menunjukkannya dengan tangannya. Semoga Allah memberi pahala-Nya kepada aku pada hari itu, Insya' Allah. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Keenam: Wahai saudara Yahudi, kami telah datang bersama Rasulullah s.a.w. di bandar sahabat anda Khaibar yang dikawal oleh lelaki Yahudi dan pahlawan-pahlawan daripada Quraisy. Kami bertembung dengan mereka seperti bukit yang terdiri daripada kuda, senjata, dan tentera yang ramai. Semuanya menyeru untuk bertarung dan memulakan peperangan tiada seorang pun di kalangan sahabat kami bertarung melainkan mereka membunuhnya sehingga aku diseru untuk bertarung. Setiap orang telah mementingkan dirinya, sebahagian daripada sahabat aku berkata kepada yang lain: Hentam mereka, wahai Abu al-Hasan, bangun. Maka Rasulullah s.a.w telah mendorong aku bagi menentang mereka.

Maka tidak seorang pun daripada mereka bertarung dengan aku melainkan aku telah membunuhnya. Tidak berdiri seorang panglima berkuda di hadapan aku melainkan aku menikamnya, aku telah menerkam kepada mereka seperti terkaman seekor singa jantan kepada mangsanya sehingga aku telah memasuki bandar mereka seorang diri. Aku telah membunuh siapa saja daripada lelaki mereka padanya dan aku telah menawan perempuan-perempuan mereka sehingga aku telah membuka Khaibar seorang diri, tiada seorang pun yang telah menolong aku selain daripada Allah. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Ketujuh: Wahi saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila mengarahkan bagi pembukaan Makkah, baginda s.a.w. suka memaafkan mereka dan menyeru mereka kepada Allah a.w pada kali terakhir sebagaimana baginda s.a.w. menyeru mereka kepada-Nya pada permulaannya. Baginda s.a.w. menulis kepada mereka memberi peringatan kepada mereka tentang azab Tuhan mereka, mengharap mereka mendapat pengampunan daripada Tuhan mereka dan baginda s.a.w. membentangkan kepada mereka akhir Surah al-Bara'ah. Semua para sahabatnya menjadi keberatan untuk membawa Surah al-Bara'ah kepada penduduk Makkah.

Apabila baginda s.a.w. melihat keadaan sedemikian, maka baginda s.a.w. melantik seorang lelaki untuk membawanya kepada penduduk Mekah. Maka Jibrail datang kepadanya dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya tidak boleh menunaikan tugasan daripada anda melainkan seorang lelaki daripada keluarga anda. Lantas Rasulullah s.a.w. memberitahu perkara tersebut kepada aku dan mengarah aku supaya membawanya kepada penduduk Makkah. Lantaran itu, aku mendatangi Makkah dan penduduknya sebagaimana kamu telah mengetahui sikap mereka terhadap aku. Maka aku menyampaikan perutusan Nabi s.a.w dan aku telah membaca suratnya kepada mereka. Semuanya telah menemui aku dengan ugutan dan kecaman, melahirkan kemarahan dan kebencian daripada lelaki dan perempuan mereka. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Beliau a.s. berkata: Wahai saudara Yahudi, ini tujuh tempat di mana aku berserta Rasulullah s.a.w telah diuji oleh Allah. Maka Dia telah mendapati aku mengenainya, dengan kurniaan-Nya, taat kepada-Nya, tiada seorang pun yang menghadapi ujian seperti aku. Jika aku berkata sedemikian, nescaya kata-kata aku akan menggemparkan mereka, kerana Allah telah melarang mengangkat diri sendiri. Mereka berkata: Anda memang benar wahai Amir al-Mukminin. Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah memberi kelebihan kepada anda dengan kekerabatan anda dengan Nabi kita s.a.w, dan Dia telah membahagiakan anda dengan menjadikan anda sebagai saudaranya (akha-hu), kedudukan anda dengannya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.

Dia telah melebihkan anda di beberapa tempat di mana anda telah menyertainya, saat-saat kesusahan yang anda telah mengalaminya, simpanan pengalaman anda yang anda sebutkan dan lebih banyak daripada itu anda tidak menyebutnya di mana tiada seorang muslim setanding dengan anda, orang yang berkata sedemikian adalah orang yang telah menyaksikan anda di kalangan kami bersama Rasulullah s.a.w dan orang yang telah menyaksikan anda di kalangan kami selepasnya.

Lantaran itu, beritahu kepada kami, wahai Amir al-Mukminin, tentang ujian Allah terhadap anda selepas Nabi kita s.a.w di mana anda telah menghadapinya dan anda telah bersabar ke atasnya. Jika kami mahu, kami boleh memberitahu anda perkara yang kami mengetahuinya, tetapi kami suka mendengar daripada anda perkara tersebut sebagaimana kami telah mendengarnya daripada anda tentang ujian Allah terhadap anda pada masa hidupnya, maka anda telah mentaati-Nya mengenainya.

Beliau a.s. berkata: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah telah menguji aku selepas kematian Nabi-Nya pada tujuh tempat. Maka Dia telah mendapati aku padanya, tanpa meninggi diri aku, dengan kurniaan-Nya dan nikmat-Nya, seorang yang sabar.

Pertama: Tiada terdapat untuk aku secara khusus dan bagi muslimin secara umum seorang yang aku telah menemaninya. Aku berpegang kepadanya, aku meminta tidur kepadanya secara pura-pura. Aku mendekati diri kepada Allah dengan mentaatinya, aku bergembira ketika senang, berehat ketika susah selain daripada Rasulullah s.a.w.

Baginda s.a.w. yang telah mendidik aku ketika kecil, menolong aku, ketika besar, memaksa aku daripada keyatiman, dan membebaskan aku dari meminta-minta, menjaga aku dari pencarian aku, menanggung diri aku, keluarga aku dan anak-anak. Ini adalah pengurusan dunia. Baginda s.a.w. telah mengkhususkan aku dengan darjat-darjat yang membawa aku kepada tempat yang tinggi di sisi Allah. Telah berlaku kepada aku dengan kematian Rasulullah s.a.w perkara yang aku tidak pernah menduganya bahawa jika bukit dibawa secara paksa, nescaya ia akan berlaku. Aku melihat orang ramai di kalangan keluarga aku di antara kesedihan dan tidak dapat mengawal diri serta tidak tahan menanggung kesusahan. Aku telah membawa diri aku bersabar selepas kematiannya.

Aku terus berdiam diri dan melakukan perkara yang telah diperintahkan Allah kepada aku; menyempurnakan jenazah dan mengerjakan solat ke atasnya, meletaknya di liang kubur, menghimpunkan amanah Allah, kitab-Nya, janji-Nya yang kami telah menanggungnya untuk makhluk-Nya. Kami telah meletaknya kepada mereka. Air mata, kecaman nafas, penderitaan dan musibat yang besar tidak melalaikan aku dari melakukan hak yang wajib bagi Allah dan Rasul-Nya ke atas aku. Aku telah menunaikan apa yang diperintahkan kepada aku. Maka aku telah menghadapinya dengan penuh kesabaran dan perhitungan. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Kedua: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melantik aku menjadi amir pada masa hidupnya ke atas semua umatnya (ammara-ni fi hayati-hi 'ala jami'i ummati-hi) dan telah mengambil baiah daripada mereka yang telah menghadirinya di kalangan mereka dengan ketaatan kepada perintah aku. Baginda s.a.w. telah memerintahkan penyaksi (al-Syahid) menyampaikannya kepada yang ghaib (al-Ghaib) tentang perkara tersebut. Maka akulah penyampai perintah Rasulullah s.a.w kepada mereka apabila aku telah menghadirinya dan aku menjadi Amir ke atas mereka yang telah berada bersama-sama aku di kalangan mereka apabila aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Tiada sebarang pertengkaran daripada seorang makhluk yang meresahkan jiwa aku di dalam suatu perkara pada masa hidup Nabi s.a.w dan selepas kematiannya.

Kemudian Allah telah memerintahkan Rasul-Nya supaya mengarahkan tentera yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid bergerak ke sasarannya pada saat baginda s.a.w. sakit yang membawa kepada kewafatannya. Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan seorang pun daripada kabilah-kabilah Arab, Quraisy, Aus, Khazraj dan orang lain yang baginda s.a.w. khuatir akan menentang aku.

Begitu juga baginda s.a.w. tidak meninggalkan seorang pun di kalangan mereka yang melihat aku dengan mata kemarahan ('Ain al-Baghdha') yang terdiri daripada mereka yang aku terpaksa membunuh bapa, saudara atau kerabat mereka melainkan baginda s.a.w telah mengarahkan mereka supaya berada di dalam tentera tersebut. Begitu juga beliau tidak meninggalkan Muhajirin, Ansar, muslimin dan orang lain yang terdiri daripada mualaf dan munafikin supaya menyertai tenteranya bagi membersihkan hati mereka yang tinggal bersama-sama aku di Madinah dengan kehadirannya s.a.w. Dan supaya tiada seorang pun yang akan berkata sesuatu yang aku tidak suka di sisi Rasulullah s.a.w. Dan tiada seorang pun yang menentang al-Wilayah dan pelaksanaan urusan rakyat selepasnya. Kemudian perintah akhirnya mengenai urusan umatnya adalah penerusan tentera Usamah; supaya tidak seorang pun daripada mereka tersebut meninggalkannya.

Aku tidak menyedari selepas kematian Rasulullah s.a.w melainkan beberapa lelaki yang telah diutus bersama-sama Usamah dan tenteranya telah meninggalkan pusat tentera mereka. Kumpulan itu telah menuju ke tempat lain dan menyalahi perintah Rasulullah s.a.w. Mereka bersegera untuk membatalkan perjanjian yang telah di meterai oleh Allah kepada aku dan Rasul-Nya di tengkuk mereka. Maka mereka telah membatalkannya, sebaliknya mereka telah menjadikan perjanjian untuk mereka dengan suara yang bising, tanpa berbicara dengan seorang pun daripada kami Bani 'Abd al-Muttalib.

Atau meneruskan istiqamah baiah aku di tengkuk mereka. Mereka telah melakukan semua ini ketika aku sibuk dengan urusan penyempurnaan jenazah Rasulullah s.a.w, kerana ia adalah yang terpenting dan lebih berhak untuk dimulai dengannya. Semuanya wahai saudara Yahudi, menjadikan hati aku berat dan bencana menimpa aku adalah besar. Maka aku telah bersabar ke atasnya, kerana ia (khilafah) berlaku sebaik saja peristiwa kematian rasul. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Ketiga: Wahai saudara Yahudi, al-Qaim selepas Nabi s.a.w. pernah berjumpa dengan aku memohon maaf pada setiap hari pemerintahannya. Beliau juga berjumpa dengan orang lain mengenai apa yang telah dilakukannya tentang hak aku dan penolakan baiah aku. Beliau telah meminta penyelesaian aku, maka aku berkata: Hari-harinya akan berlalu, hak aku akan kembali kepada aku di mana Allah telah menjadikannya untuk aku sebagai perkara yang mudah tanpa aku melakukan sesuatu pada Islam seperti apa yang dilakukan olehnya. Kerana hampir masanya dengan jahiliah di dalam tuntutan hak aku secara pertelingkahan, kemungkinan ada orang berkata mengenainya: Ya dan ada pula orang berkata: Tidak. Maka ia bertukar daripada kata-kata kepada perbuatan, sebahagian daripada para sahabat Rasulullah s.a.w yang istimewa, yang lebih terkenal dengan nasihat kerana Allah, Rasul-Nya s.a.w, kitab-Nya dan agama-Nya Islam telah datang kepada aku baik secara rahsia atau terang-terangan menyeru aku supaya mengambil balik hak aku. Mereka akan mengorbankan diri mereka untuk menolong aku agar mereka dapat mengembalikan hak baiah aku di tengkuk mereka. Maka aku berkata: Sabar sedikit, mudah-mudahan Allah mengembalikan perkara tersebut dengan mudah, tanpa pertengkaran dan penumpahan darah.

Orang ramai menjadi tidak menentu selepas kematian Rasulullah s.a.w. Mereka yang tidak layak telah berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan khalifah selepas kematiannya. Sebahagian mereka berkata: Amir hendaklah daripada golongan kami, orang yang berkata sedemikian adalah mereka yang mahu jawatan khalifah diambil oleh orang lain selain daripada aku. Manakala hampir kematian al-Qaim (Abu Bakr) dan telah berlalu hari-harinya, jawatan khalifah telah berpindah kepada sahabatnya ('Umar) selepasnya. Perkara ini merupakan saudara kembar kepada perkara yang lalu dan kedudukan aku adalah sama sahaja.

Beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. berkumpul dan berkata kepada aku sebagaimana mereka telah berkata kepada aku pada kali pertama. Kata-kata aku yang kedua dan pertama adalah sama; aku terus bersabar, yakin dan kasihanbelas terhadap kumpulan yang telah dijinakkan oleh Rasulullah s.a.w dengan kelembutan dan kekuatan, dengan pengorbanan dan pedang sehingga mereka dapat tinggal dengan aman, kenyang, gembira, pakaian, tempat tinggal dan kain selimut sedangkan kami Ahlu Bait Muhammad s.a.w tidak mempunyai rumah yang beratap.

Tidak berpintu dan tidak pula berpagar selain daripada pelepah kurma dan seumpamanya dan tidak mempunyai halaman dan kain selimut. Kebanyakan kami hanya mempunyai satu kain untuk mengerjakan solat dan menghabiskan siang dan malam dengan kelaparan. Kadangkala Allah telah mengurniakan kepada kami al-Fai' dan menjadikan hak kami secara khusus, tanpa menjadikannya hak orang lain. Demikianlah keadaan kami sebagaimana aku telah katakan. Rasulullah s.a.w dapat mempengaruhi pemilik-pemilik harta kerana menjinakkan mereka.

Maka aku adalah orang yang lebih berhak untuk tidak memecah-belah kumpulan yang telah dijinakkan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak membawanya kepada rancangan yang tidak sampai kepada matlamatnya atau kehabisan ajalnya. Jika aku melantik diri aku (nasab-tu nafsi) dan aku menyeru mereka supaya menolong aku nescaya mereka di sisi aku. Dalam keadaan ini urusan aku akan berada di atas salah satu kedudukan sama ada menjadi pengikut yang berjuang (mutbi'un muqatil) atau akan dibunuh (maqtul ). Jika ia tidak mengikut orang ramai atau ia menjadi hina dan menjadi kafir dengan kehinaannya jika ia tidak menolong aku atau tidak mentaati aku. Sesungguhnya telah diketahui umum bahawa kedudukan aku di sisinya s.a.w sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Ini bererti sebarang penentangan terhadap aku atau tidak mentaati aku adalah menepati penentangan kaum Musa terhadap Harun dan tidak mentaatinya.

Aku telah melihat orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkannya, menolak nafas panjang dan terus bersabar sehingga Allah membukanya atau melaksanakan apa yang disukai-Nya. Bagi menambah habuan aku daripada Allah aku terus mengiringi kumpulan yang aku telah katakan kepada kamu. Urusan Allah adalah kadar yang telah ditetapkan, jika aku tidak mempertahankan diri aku di dalam keadaan ini, wahai saudara Yahudi, kemudian aku menuntut hak aku, nescaya aku adalah orang yang paling layak di kalangan mereka yang telah menuntutnya, kerana keilmuan para sahabat Rasulullah s.a.w tentang hak aku termasuk para sahabat yang berada di hadapan anda.

Aku pernah mempunyai ramai pengikut, mempunyai keluarga yang mulia, mentaati perintah, mempunyai hujah yang paling terang, mempunyai manaqib dan athar yang banyak, Islam awal, kekerabatan aku, lebih-lebih lagi hak aku dengan wasiat yang tidak ada jalan keluar bagi sesiapapun daripadanya dan baiah yang terdahulu di tengkuk mereka bagi mereka yang telah memberi baiah kepadanya. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah mati dan sesungguhnya wilayah umat adalah di tangannya dan di rumahnya, bukan di tangan mereka yang telah merampasnya dan bukan di rumah mereka, malah di rumah Ahlu Baitnya yang telah disucikan Allah daripada kotoran dosa merupakan Uli al-Amri selepasnya. Bukan orang lain di dalam semua keadaan. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Keempat: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Umar selepas sahabatnya pernah bermesyuarat dengan aku di dalam beberapa perkara yang sukar, lalu beliau melaksanakannya menurut pendapat aku. Aku dan sahabat aku tidak mengetahui seorang pun yang telah berbincang dengannya selain daripada aku dan tiada seorang pun yang ingin menjadi khalifah selepasnya selain daripada aku. Apabila datang angan-angannya tanpa kesakitan sebelumnya dan tanpa perintah yang dikeluarkan ketika kesihatannya, maka aku tidak syak lagi bahawa aku akan mengembalikan hak aku dengan mudah dan itulah yang aku tuntut.

Sesungguhnya Allah akan melakukan perkara itu di atas sebaik-baik yang aku harapkan. Di antara perbuatannya ialah, dia telah mengakhiri urusannya dengan melantik enam orang dan akulah yang keenam mereka. Umar telah menyamakan aku dengan mereka. Dia tidak menyebut tentang waris aku dengan Rasulullah s.a.w sebagaimana dia tidak menyebut tentang kekerabatan aku, menantu dan nasab, tiada seorang daripada mereka telah memeluk Islam lebih awal daripada aku, dan tidak mempunyai athar seperti athar-atharku, malah dia telah menjadikan syura di kalangan kami, dia telah menjadikan anak lelakinya hakim ke atas kami dan memerintahkannya supaya memenggal leher kami berenam jika kami tidak melaksanakan perintahnya. Cukuplah dengan kesabaran ini wahai saudara Yahudi.

Mereka telah menghabiskan hari-hari mereka semuanya, setiap orang bercakap untuk dirinya, dan aku telah menahan diriku daripadanya. Hanya apabila mereka bertanya kepada aku tentang urusanku, maka aku berbincang dengan mereka pada hari-hari aku dan hari-hari mereka mengenai athar-atharku dan athar-athar mereka. Aku menerangkan kepada mereka apa yang mereka tidak mengetahuinya tentang hak aku ke atasnya dan bukan hak mereka. Aku telah menyebut kepada mereka tentang janji Rasulullah s.a.w untuk aku ke atas mereka dan sokongannya terhadap baiah aku di tengkuk mereka, cinta kepada pemerintahan dengan menggunakan kekuatan tangan dan lidah di dalam suruhan dan larangan, cenderung kepada dunia dengan menuruti mereka sebelum mereka bagi merampas apa yang tidak dijadikan Allah untuk mereka.

Aku telah memberi ingatan kepada setiap orang daripada mereka tentang hari-hari Allah dan apa yang akan terjadi kepada setiap orang daripada mereka. Apabila mereka tidak mendapati aku selain daripada hujah yang terang berpandukan al-Kitab dan wasiat Rasulullah s.a.w untuk memberi setiap orang daripada mereka apa yang telah dijadikan Allah untuknya dan menegahnya apa yang tidak dijadikan Allah untuknya. Maka makin bertambah kedegilan mereka, lantas mereka memindahkannya daripada aku kepada Ibn 'Affan kerana tamak dunia. Ibn 'Affan tidak layak jika dibandingkan dengan mereka yang berada di dalam majlis itu. Kemudian aku tidak mengetahui ke manakah mereka telah menghabiskan "waktu petang" mereka sehingga mereka telah melahirkan kesesalan mereka dan berpatah-balik menentangnya.

Setiap orang mencela dirinya dan mencela para sahabatnya. Kemudian hari-hari tidak lama berlalu dengan Ibn 'Affan sehingga mereka telah mengkafirkannya (akfaru-hu), melepaskan diri mereka daripadanya (tabarra'u min-hu). Kemudian Ibn 'Affan telah mendatangi para sahabatnya secara khusus dan semua para sahabat Rasulullah s.a.w secara umum meminta mereka supaya menarik balik baiah mereka kepadanya dan dia akan bertaubat kepada Allah daripada kesalahannya. Ini adalah lebih besar daripada peristiwa yang lalu, tetapi aku terus bersabar di atas penderitaan ini . Ahli majlis syura dahulu telah datang kepada aku, setiap orang telah meminta aku supaya membuang Ibn 'Affan dan mengambil hak aku daripadanya. Setiap orang telah memberi sokongannya dan baiahnya sehingga mati di bawah bendera aku atau Allah mengembalikan kepada aku hak aku.

Kemudian selepas itu sekali lagi mereka diuji mengenainya dengan bermacam-macam ujian, sekali dengan mencukur kepala, sekali dengan janji-janji pengasingan diri dan sekali dengan menepati tempat-tempat tertentu, semuanya janji-janji kosong yang tidak ditepati. Demi Tuhan, wahai saudara Yahudi, aku tidak bertindak kali ini sebagaimana aku tidak bertindak di masa-masa yang lalu, kerana aku melihat pengekalan jawatan mereka lebih baik daripada memusnahkannya. Aku telah mengetahui sesungguhnya jika aku menanggungnya di atas panggilan maut, aku dapat melakukannya, adapun tentang diri aku semuanya telah mengetahui bahawa kematian di sisi aku sepertilah kedudukan minuman air sejuk pada hari panas terik bagi mereka yang amat dahagakan air (inna l-Mauta 'indi bi-manzilati al-Syurbati al-Baridati fi l-Yaumi al-Syadidi l-Harri min dhi al- 'atasyi al-Sada).


19
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )
Sesungguhnya aku telah berjanji kepada Allah dan Rasul-Nya apabila bapa saudara aku ('ammi) Hamzah, saudara aku Ja'far dan sepupu aku 'Ubaidah di dalam suatu urusan kerana Allah dan Rasul-Nya, maka mereka telah mendahului aku, dan aku telah tinggal selepas mereka. Maka Allah telah menurunkan ayat Surah al-Ahzab (33):23 "Di antara mereka mukmin itu ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur.Dan di antara mereka ada(pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah"

Adapun mereka yang telah gugur adalah Hamzah, 'Ubaidah dan Ja'far, sementara aku sedang menunggu. Wahai saudara Yahudi, aku tidak akan merubah. Apa yang telah membuatkan aku menahan diri aku daripada Ibn 'Affan adalah kerana aku telah mengetahui tentang akhlaknya bahawa dia akan menyeru keluarganya sama ada yang jauh mahu pun yang dekat untuk membunuhnya atau memecatnya. Lantaran itu aku berada di dalam keadaan 'uzlah. Maka aku telah bersabar dan aku tidak bercakap mengenainya walaupun satu huruf selain daripada "Tidak" dan bukan "Ya". Kemudian satu kumpulan datang kepada aku. Aku -Allah telah mengetahui- benci kerana aku tahu ketamakan mereka mengumpul harta dan bersuka ria di bumi. Mereka menyedari bahawa perkara sedemikian tidak ada di sisi aku. Apabila mereka tidak mendapatinya di sisi aku, mereka telah mencari alasan yang lain. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Kelima: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya mereka yang telah memberi baiah kepada aku, apabila mereka menarik baiah daripada aku, mereka mengajak seorang perempuan untuk menentangku sekalipun aku pemimpin perempuan itu dan wasi ke atasnya. Mereka membawa perempuan itu di atas unta betina dan memaksanya supaya bermusafir melintasi padang pasir dan daratan. Anjing al-Hauab telah menyalaknya. Alamat penyesalan terserlah pada mereka setiap detik dan keadaan. Satu kumpulan telah memberi baiah kepada aku kali kedua selepas baiah pertama pada masa hidup Nabi s.a.w sehingga mereka datang kepada penduduk setempat, tangan mereka pendek, janggut mereka panjang, akal mereka kecil, pendapat mereka adalah ganjil, jiran Badwi yang mengharungi lautan!.

Maka 'Aisyah membawa mereka untuk menentang aku dengan pedang-pedang mereka tanpa ilmu, melontar anak-anak panah mereka tanpa fahaman. Aku berdiri di atas dua perkara. Kedua-duanya aku tidak menyukainya. Jika aku menegah diri aku, nescaya mereka tidak akan kembali dan jika aku meneruskannya, nescaya aku akan sampai kepada perkara yang aku tidak menyukainya. Lantaran itu, aku telah mengemukakan hujah di dalam bentuk amaran dan peringatan; aku menyeru perempuan itu supaya kembali ke rumahnya dan mereka yang telah membawanya supaya setia dengan baiah mereka terhadap aku dan tidak membatalkan janji Allah pada aku yang telah memberi kepada mereka setiap perkara yang aku mampu melakukannya.

Aku berbincang dengan mereka. Maka ada yang kembali. Aku memberi peringatan kepada mereka, maka ada yang menerimanya. Kemudian aku berhadapan dengan orang ramai dan mengemukakan perkara yang sama. Namun mereka menjadi lebih bertambah jahil dan melampau. Apabila mereka enggan melainkan 'Aisyah untuk memimpin mereka, maka ke atas merekalah kekalahan dan penyesalan. Pada merekalah kehancuran dan pembunuhan. Aku telah membawa diri aku pada perkara yang aku tidak dapat mengelakkannya.

Aku berusaha sehingga ke akhirnya sebagaimana aku telah berusaha pada peringkat awalnya; menahan diri dari melakukannya. Kamu melihat aku, jika aku menahan diri aku, sebagai seorang yang menolong mereka melakukan kerosakan dan pembunuhan, menjadikan perempuan yang kurang akal sebagai hakim dalam semua perkara seperti yang dilakukan oleh bangsa Rom, raja Saba' dan umat yang terdahulu. Maka aku terjebak dengan perkara yang aku tidak menyukainya dan aku membiarkan perempuan dan tenteranya melakukan apa yang mereka kehendaki sebagaimana aku telah perjelaskan kedudukan dua golongan ini. Aku tidak gopoh di dalam perkara ini melainkan selepas aku melakukan apa yang sepatutnya; aku telah menangguhkannya, membuat penelitian, menghantar utusan, bercakap secara lisan, memberi peringatan, memberi amaran dan memberi kepada mereka apa yang sepatutnya, tetapi mereka enggan melainkan peperangan. Maka Allah "menyampaikan" (balagha) kepada aku dan kepada mereka apa yang Dia kehendaki dan Dia menjadi saksi di atas perkara tersebut. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Keenam: Wahai saudara Yahudi, Tahkim dua orang hakim dan memerangi anak lelaki kepada perempuan yang memakan hati (akilati al-Akbad) iaitu seorang taliq yang menentang Allah, Rasul-Nya dan mukminin semenjak pembukaan Makkah secara kekerasan. Aku telah mengambil baiahnya dan baiah bapanya untuk aku bersamanya pada hari itu dan pada tiga tempat selepasnya. Sebelum itu bapanya adalah orang yang pertama yang memberi salam kepada aku sebagai wali mukminin dan mendesak aku supaya bangkit menentang mereka yang telah merampas hak aku sebelum aku. Dia memperbaharui baiahnya kepada aku pada setiap kali beliau datang kepada aku. Dia menguap di hadapan aku hasil daripada pemakanan harta muslimin dan menguasai mereka bagi mendapatkan sedikit perkara yang akan binasa dan meluputkan banyak perkara yang kekal.

Apa yang paling pelik sekali adalah apabila dia melihat Tuhanku mengembalikan hak aku kepada aku dan meletakkannya (hak) kepada tempatnya. Terputus harapannya untuk menjadi orang keempat pada agama Allah dan pada amanahnya yang kami telah membawanya sebagai hakim. 'Umru bin al-'As telah lari daripada aku, lalu dipujuk oleh Mu'awiyah supaya menyokongnya. Kemudian dia telah bersama Mu'awiyah selepas ditawarkan kepadanya untuk menjadi gabenor Mesir. Lantaran itu, adalah haram ke atasnya mengambil al-Fai' di atas pembahagiannya walaupun satu dirham.

Dan haram ke atas mereka yang bertanggung-jawab di dalam harta mereka menyampaikan dirham kepadanya di atas haknya dan mengampuninya di atas apa yang diambilnya. Dia mulai memerintahkan negeri dengan zalim. Siapa yang memberi baiah kepadanya, maka dia meredainya. Dan siapa yang menyalahinya, maka dia akan menentangnya. Kemudian dia menghadapi aku dengan menarik balik baiahnya kepada aku, mengubah suasana negara timur dan barat, utara dan selatan. Berita itu sampai kepada aku mengenai perkara tersebut. Maka seorang lelaki yang mempunyai mata sebelah dari Thaqif telah mendatangi aku, memberi isyarat kepada aku supaya aku melantik Mu'awiyah pada tempatnya. Dengan ini aku senang memecatnya selepas itu. Aku telah bermesyuarat dengan orang yang aku percayai nasihatnya untuk Allah, Rasul-Nya, untuk aku dan mukminin. Maka nasihatnya tentang Mu'awiyah adalah seperti pendapat aku. Dia telah melarang aku untuk melantiknya dan memberi peringatan kepadaku supaya tidak melibatkan Mu'awiyah dengan urusan muslimin supaya menyaksikan bahawa aku tidak mengambil mereka yang sesat sebagai pembantu. Aku telah mengarah seorang saudara di Jilah satu kali dan saudara al-Asy'ariyyin satu kali supaya tidak menyokongnya.

Kedua-dua orang tersebut cenderung kepada dunia mereka dan menurut hawa nafsunya. Apabila aku melihatnya melampaui hukum-hukum Allah dengan angkuh, maka aku telah bermesyuarat dengan para sahabat Muhammad di kalangan ahli Badr di mana Allah telah meredai mereka dan mereka pula telah meredai-Nya ketika mereka memberi baiah dan lain-lain. Semua pendapat mereka selari dengan pendapat aku di dalam memerangi Mu'awiyah. Maka aku telah bertindak bersama para sahabat aku bagi menentangnya dengan menghantar surat-surat aku pada setiap tempat menyerunya supaya kembali kepada hakikatnya; mematuhi aku.

Sebaliknya dia telah bertindak menentang aku dan bercita-cita ke atas ku dan mengenakan syarat-syarat kepada aku yang tidak diredai Allah, Rasul-Nya dan muslimin. Di antara syaratnya dia meminta aku supaya menyerahkan para sahabat Muhammad s.a.w yang terpilih kepadanya. Antaranya; 'Ammar bin Yasir. Orang seperti Ammar, demi Tuhan, sewaktu kami telah datang bersama Nabi s.a.w. Maka baginda s.a.w tidak menghitung kami berlima melainkan Ammar keenam mereka, dan tidak menghitung kami berempat melainkan Ammar adalah kelima mereka. Mu'awiyah telah mensyaratkan supaya mereka dikembalikan kepadanya supaya dia dapat membunuh dan menyulakan mereka.

Darah Uthman telah mengalir, demi Tuhan, Mu'awiyah tidak berkumpul untuk mempertahankan Uthman dan tidak pula mengumpulkan orang ramai bagi membunuhnya melainkan dia dan para sahabatnya daripada pokok yang dilaknati di dalam al-Qur'an. Setelah aku tidak menyahuti syaratnya, dia meneruskan keangkuhannya dan kezalimannya, memerintahkan mereka yang tidak berfikiran jauh, lalu mereka mematuhinya. Dia telah memberi kepada mereka apa yang mereka kehendaki. Aku membentangkan mereka kepada Allah selepas memberi peringatan dan keuzuran.

Setelah aku mendapatinya lebih bertambah keangkuhan dan kezaliman, maka kami telah menghadapinya dengan peperangan sehingga Allah memberikan kami kemenangan ke atas musuh-musuh-Nya dan musuh kami, bendera Rasulullah s.a.w berada di tangan kami. Allah sentiasa memburu parti syaitan dengannya sehingga dia (Mu'awiyah) mati. Dia adalah pembawa bendera bapanya. Aku telah memeranginya bersama-sama Rasulullah s.a.w pada semua tempat, lantaran itu dia tidak dapat menyelamatkan dirinya melainkan melarikan diri. Lantas dia menunggang kudanya dan membalikkan benderanya tanpa mengetahui bagaimana dia akan bertindak. Lalu dia meminta pertolongan dengan pendapat 'Umru bin al-'As supaya mashaf-mashaf diangkat di hadapan orang ramai dan berkata: Sesungguhnya anak lelaki Abu Talib dan partinya adalah ahli yang berwawasan dan rahmat.

Sesungguhnya mereka telah menyeru anda kepada kitab Allah pada peringkat pertama dan akan menyahuti anda pada peringkat kedua. Maka Mu'awiyah menerima pendapatnya, kerana tidak ada jalan lain bagi mengelakkan dirinya daripada pembunuhan selain daripadanya. Justeru itu dia mengangkat beberapa mashaf dan menyeru orang ramai kepada apa yang ditulisnya. Maka beberapa orang sahabat aku telah cenderung kepada mashaf-mashaf tersebut selepas kehilangan pilihan mereka dan kegigihan mereka di dalam memerangi musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka di atas kesedaran mereka. Mereka menyangka bahawa Mu'awiyah setia kepada seruannya. Justeru mereka telah menerima seruannya dan datang kepada aku. Maka aku berkata kepada mereka: Itu adalah tipu muslihat daripadanya dan 'Umru bin al-'As bersama-samanya. Sesungguhnya tipu muslihat adalah lebih hampir kepada mereka berdua daripada kesetiaan kepada seruan mereka. Tetapi mereka dipihakku tidak menerima kata-kata aku. Mereka juga tidak mematuhi perintah aku.

Malah mereka enggan kecuali dari menerima seruan Mu'wiyah. Aku suka atau tidak dan aku mahu atau tidak sehingga sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Sekiranya beliau (Ali a.s) tidak melakukannya, maka kaitlah beliau dengan anak lelaki 'Affan atau tolakkannya kepada anak lelaki Hindun sekali gus. Maka aku berusaha dengan keras -Allah telah mengetahui usaha aku- Aku tidak meninggalkan satu tujuan pun di dalam diri aku melainkan aku telah menyampaikannya supaya mereka menerima aku dan pendapat aku tetapi mereka tidak melakukannya sehingga aku meminta mereka supaya bersabar seketika. Namun mereka juga tidak mahu melakukannya selain daripada syeikh ini- Beliau a.s. memberi isyarat dengan tangannya kepada Asytar- dan sekumpulan keluarga aku.

Demi Allah, tidak ada yang telah menghalang aku dari meneruskan wawasan aku melainkan aku khuatir dua orang ini akan dibunuh- Beliau a.s. telah memberi isyarat dengan tangannya kepada al-Hasan dan al-Husain a.s- Maka dengan ini akan terputuslah keturunan Rasulullah s.a.w dan zuriatnya bagi umatnya. Aku juga khuatir dua orang ini akan dibunuh -Beliau a.s. telah memberi isyarat dengan tangannya kepada Abdullah bin Ja'far dan Muhammad bin al-Hanafiyyah r.a. Sesungguhnya aku mengetahui jika aku tidak mempunyai kedudukan ini, nescaya mereka berdua tidak akan mengambil sikap sedemikian. Justeru aku telah bersabar di atas apa yang dikehendaki oleh mereka serta apa yang telah diketahui oleh Allah mengenainya terlebih dahulu.

Apabila kami meletakkan pedang-pedang kami dari menentang mereka, maka mereka meminta supaya diadakan penghakiman (tahkim ) di dalam perkara tersebut; mereka telah memilih pendapat-pendapat dan meninggalkan mashaf-mashaf dan hukum al-Qur'an. Maka aku enggan dihakimi sedemikian pada agama Allah Yang Esa, kerana penghakiman sedemikian adalah salah. Tanpa syak lagi, setelah mereka juga enggan, maka aku mahu seorang daripada keluarga aku menjadi hakim atau orang yang aku meredai pendapatnya dan akalnya. Orang yang aku percaya dengan nasihatnya, kasih sayangnya dan agamanya. Aku telah mengemukakannya tanpa menamakan sesiapapun daripada keluarga aku. Tetapi anak lelaki Hindun menghalangnya.

Aku telah menyeru kebenaran kepadanya, tetapi dia telah membelakanginya, malah dia telah memaksa kezalimannya ke atas kami. Semuanya kerana para sahabat aku mematuhinya di dalam perkara tersebut. Mereka juga enggan kecuali mengalahkan aku secara tahkim, maka aku telah melepaskan diri aku kepada Allah daripada mereka dan aku telah menyerahkan perkara tersebut kepada mereka. Maka mereka telah memilih seorang yang kurang ilmu untuk mewakili mereka. Kemudian wakil tersebut telah ditipu oleh 'Umru bin al-'As. Penipuan itu terserlah di timur dan di barat. Orang terkena tipu pula melahirkan penyesalan yang tidak terhingga. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Ketujuh: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berjanji kepada aku supaya aku berperang pada saat hari-hari akhir aku ke atas sekumpulan daripada para sahabat aku. Mereka itu berpuasa di siang hari dan bangkit mengerjakan solat di waktu malam, membaca kitab Allah. Mereka terkeluar daripada agama kerana perselisihan mereka dengan aku. Peperangan mereka (muharabati-him )terhadapku seperti keluarnya anak panah dari lontaran. Di kalangan mereka adalah Dhu al-Thadyah yang telah mengakhiri aku dengan pembunuhan mereka dengan kebahagiaan. Setelah aku kembali ke tempat aku ini -selepas majlis tahkim- sebahagian daripada mereka mengeluarkan kata-kata cacian sesama mereka kerana telah menyokong tahkim dua lelaki dan mereka tidak mendapati jalan keluar selain berkata: Amir kita sepatutnya tidak memberi baiah kepada mereka yang telah bersalah di kalangan kita.

Dan beliau sepatutnya meneruskan pendapatnya untuk membunuh dirinya dan mereka yang telah menyalahinya di kalangan kita. Sesungguhnya beliau telah menjadi kafir kerana mengikuti kita. ketaatannya kepada kita adalah di dalam kesalahan. Justeru pembunuhannya adalah halal bagi kita. Lantas mereka bersepakat di dalam keadaan tersebut dan keluar dengan angkuh dan menyeru dengan suara yang tinggi: La hukma illa li-l-Lah (tiada penghakiman melainkan untuk Allah). Kemudian mereka telah berpecah kepada tiga golongan, satu golongan di Nakhilah dan golongan kedua di Haraura' dan golongan yang ketiga melintasi ke arah timur sehingga menyeberangi Dajlah. Golongan ini telah menguji setiap muslim yang telah dijumpainya.

Sesiapa yang telah memberi baiah kepada mereka, maka mereka membiarkannya hidup. Sesiapa yang telah menyalahi mereka akan dibunuh. Maka aku keluar kepada golongan pertama dan kedua satu demi satu menyeru mereka kepada ketaatan kepada Allah, mengikuti kebenaran dan kembali kepada-Nya. Kedua-dua golongan ini enggan melainkan pedang. Maka aku pun menyerahkan penghakiman mereka kepada Allah. Allah telah membunuh mereka. Jika mereka tidak menentang aku, nescaya aku telah mendapat sokongan yang kuat. Tetapi Allah telah kehendaki sedemikian. Kemudian aku telah menulis kepada golongan ketiga. Aku mengarahkan utusan aku kepada mereka.

Mereka terdiri daripada para sahabat yang mulia, ahli ibadat dan zuhud di dunia, tetapi mereka enggan melainkan mengikut dua golongan yang terdahulu. Lantas aku mempercepatkan pembunuhan mereka, aku keluar sehingga aku telah memotong Dajlah daripada mereka. Aku mengutus al-Asytar, al-Ahnaf bin Qais al-Kindi dan Sa'id bin Qais al-Kindi kepada mereka. Setelah mereka enggan melainkan pedang maka aku memerangi mereka. Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah telah membunuh mereka sehingga individu yang terakhir. Pada ketika itu mereka berjumlah empat ribu orang atau lebih. Tetapi tidak ada seorang pun yang terlepas dariku. Aku mengeluarkan Dhu al-Thadyah yang telah terbunuh ke hadapan. Mereka melihatnya. Dia mempunyai payu dara seperti payu dara seorang wanita. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.

Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya aku telah melaksanakan tujuh dan tujuh perkara, wahai saudara Yahudi dan masih tinggal yang lain di mana aku telah menghampirinya. Maka para sahabat Ali a.s. menangis dan begitu juga ketua Yahudi. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahu kepada kami tentang perkara yang lain itu? Beliau a.s. berkata: Perkara yang lain itu adalah akan menjadi merah di tempat ini -Beliau a.s. memberi isyarat dengan tangannya kepada janggutnya-daripada tempat ini -Beliau a.s. memberi isyarat kepada pangkal lehernya.

Beliau a.s. berkata: Maka telah berlakulah riuh-rendah dengan tangisan di masjid Jamik sehingga semua orang di dalam rumah di Kufah keluar dalam keadaan takut dan ketua Yahudi telah memeluk Islam di tangan Amir al-Mukminin a.s serta merta. Beliau terus menetap di Kufah sehingga terbunuhnya Amir al-Mukminin a.s. Setelah beliau a.s. dibunuh maka Ibn Muljam -la'ana-hu l-Lah- ditangkap. Ketua Yahudi tersebut datang dan berdiri di hadapan al-Hasan a.s. Orang ramai di sekelilingnya sementara Ibn Muljam di hadapannya. Dia berkata: Wahai Abu Muhammad, bunuhlah dia, nescaya Allah membunuhnya. Sesungguhnya aku telah membaca di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas Musa bin Imran; ini adalah jenayah yang paling besar di sisi Allah daripada jenayah anak lelaki Adam yang telah membunuh saudaranya dan pembunuh unta betina kaum Thamud .


Percakapan Jin Tentang Kenabian Nabi S.A W
Abu Muhammad daripada Sabah al-Mazni daripada al-Harith bin al-Hasirah daripada al-Asbagh bin Nabatah sesungguhnya beliau berkata: Kami berada bersama-sama Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s pada hari Jumaat di Masjid selepas solat Asar. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tinggi, kelihatan seperti seorang Badwi. Lalu memberi salam kepadanya.

Ali a.s berkata kepadanya: Apakah yang dilakukan oleh Jin sahabat anda yang datang kepada anda? Lelaki itu berkata: Sesungguhnya dia masih mendatangiku sehingga aku berdiri di hadapan anda wahai Amir al-Mukminin. Ali a.s berkata: Dia (jin) telah menceritakan kepada aku tentang kaumnya. Maka lelaki itupun pun duduk dan kami telah mendengar katan-katanya. Dia berkata: Sesungguhnya aku tinggal di Yaman sebelum Allah mengutus Nabinya s.a.w. Tiba-tiba seorang Jin telah datang kepada aku pada pertengahan malam. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan berkata: Duduk, maka aku pun duduk di dalam keadaan ketakutan. Jin itu berkata: Dengarlah. Aku berkata: Apakah yang akan aku dengar? Dia berkata:

Aku telah menjadi hairan kepada jin dan kesamarannya
Dinaiki oleh unta cantik pakaiannya
Datang ke Makkah mencari petunjuk
Jin yang bersih tidak sama dengan yang kotornya
Datanglah kepada yang terpilih daripada Bani Hasyim
Lontarlah dengan dua mata anda kepada ketuanya

Lelaki itu berkata: Demi Allah, Jin itu menceritakan kepada aku sesuatu tentang anak lelaki Hasyim. Aku berharap agar dia menerangkannya kepada aku. Sesungguhnya aku telah menghabiskan malam aku di dalam keadaan dukacita. Tiba-tiba Jin itu datang lagi kepada aku pada pertengahan malam ketika aku sedang duduk. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan berkata: Duduklah. Maka aku pun duduk di dalam ketakutan. Jin itu berkata: Dengarlah. Aku berkata: Apakah yang akan aku dengar? Dia berkata:

Aku telah menjadi hairan dengan jin dan berita-berita
Dinaiki oleh unta cantik warna dengan pakaian
kelengkapannya
Datang ke Makkah mencari petunjuk
Jin mukmin tidak sama dengan jin kafirnya
Datanglah kepada yang terpilih daripada Bani Hasyim
Di antara bukit-bukit dan batu-batunya

Aku berkata: Dia telah bercakap sesuatu tentang Bani Hasyim dan aku berharap dia dapat menerangkannya kepada aku. Aku menghabiskan malam aku di dalam keadaan dukacita. Tiba-tiba dia datang lagi kepada aku pada pertengahan malam dan aku duduk. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan berkata: Duduklah. Maka aku pun duduk di dalam ketakutan. Dia berkata: Dengarlah. Maka aku berkata: Apakah yang akan aku dengar? Dia berkata:

Aku telah menjadi hairan dengan jin dan fikirannya
Dinaiki oleh unta cantik warna dengan
bonggolnya
Datang ke Makkah mencari petunjuk
Tidak sama jin yang benar dengan pembohongnya
Datanglah kepada yang terpilih daripada Bani
Hasyim
Ahmad adalah sebaik-baik tuannya

Aku berkata: Demi Tuhan, aku telah faham. Maka di manakah beliau? Jin berkata: Beliau telah lahir di Makkah sedang menyeru kepada syahadah tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah. Maka unta akupun memulakan perjalanannya pada waktu pagi menuju ke arah Makkah.

Orang yang pertama aku jumpa ketika aku memasuki Makkah adalah Abu Sufyan- beliau adalah seorang syeikh yang sesat- Aku telah memberi salam kepadanya dan bertanya tentang Bani Hasyim. Maka Abu Sufyan berkata: Mereka hidup mewah melainkan anak yatim Abu Talib telah merosakkan agama kami. Aku bertanya: Apakah namanya? Muhammad atau Ahmad. Aku berkata: Di manakah beliau? Abu Sufyan berkata: Beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid dan tinggal bersama-samanya. Kemudian aku menaiki unta aku sehingga aku berakhir ke pintu rumahnya.

Maka aku pun mengikat unta aku kemudian aku mengetukkan pintunya. Khadijah bertanya kepada aku: Siapakah ini? Aku berkata: Aku mahu Muhammad. Khadijah berkata: Pergilah anda kepada pekerjaan anda. Anda tidak Mahu Muhammad berehat di bayang rumahnya. Kamu mengusir dan mengepungnya. Pergilah kepada pekerjaan anda. Aku berkata: Rahima-ki l-Lah- Aku adalah seorang lelaki datang dari Yaman. Mudah-mudahan Allah melimpahkan kurniaan-Nya ke atas aku dengan Muhammad dan janganlah anda menghalang aku berjumpa dengannya. Maka aku telah mendengar beliau berkata: Wahai Khadijah, bukalah pintu itu. Lalu Khadijah membukanya. Maka aku memasukinya. Aku melihat cahaya di mukanya. Kemudian aku berpusing di belakangnya. Maka ia tertulis : Aku adalah nabi yang terakhir" di sebelah bahu kanannya. Maka aku pun mengucupnya. Kemudian aku telah berdiri di hadapannya dan aku berkata:

Jin mendatangi aku selepas ketenangan dan
ketiduran
Tidak mungkin apa yang aku telah membacanya
pembohong
Tiga malam kata-katanya setiap malam
Telah datang kepada anda rasul daripada Lu'i bin
Ghalib
Aku telah menunggang unta yang kuat antara bumi
yang jauh
Kami telah percaya wahyu Engkau, wahai Yang Maha
Kuasa
Walaupun menghadapi berbagai-bagai kesulitan
Aku naik saksi tiada tuhan selain daripada-Nya
Sesungguhnya andalah diperintahkan ke atas setiap
yang ghaib
Sesungguhnya anda adalah rasul mursal sebagai
wasilah
Kepada Allah wahai anak lelaki yang paling mulia
Jadilah aku sebagai pemberi syafaat di hari yang
tiada syafaat
Kepada Allah tanpa memerlukan Sawad bin Qarib.

Nama lelaki itu adalah Sawad bin Qarib. Maka aku pun kembali dan demi Tuhan, telah beriman kepadanya s.a.w. Kemudian dia menyertai perang di Siffin bersama-sama Amir al-Mukminin a.s dan mati syahid .


Catatan Kaki:
35. Namanya Abu al-Walid Isa bin Yazid bin Bakr ibn Di'bin, tinggal di Hijaz semasa pemerintahan Musa al-Hadi al-'Abasi.Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 450
36. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 450-454
37. Al-Majlis, Bihar al-Anwar, xiv, 173
38. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 645
39 . Abu Bakr
40. Abu Bakr dan 'Umar serta kumpulan mereka
41. Abu Musa al-Asy'ari
42. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 300-305
43. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi, 320, xiv, 592

20