MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS? 0%

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS? pengarang:
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Kajian

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

pengarang: (http://abatasya.net)
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Pengunjung: 27685
Download: 5881

Komentar:

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?
Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 13 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 27685 / Download: 5881
Ukuran Ukuran Ukuran
MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

BAB KETIGA: SYI'AH DAN SUNNAH NABAWIYAH

Syi'ah adalah mereka yang mengambil sunnah nabawiyyah yang dibawa oleh penghulu para Nabi AS. Mereka tidak berganjak sedikitpun dari landasannya semenjak hari pengisytiharan dakwah sehingga hari ini dan selepas hari ini. Mereka terus berpegang kepada al-'Urwah al-Wuthqa berjalan di atas landasannya yang benar. Mereka mengambilnya dari para imam yang suci dari segala kesalahan. Mereka mengikut sunnah tanpa syak padanya. Oleh itu mereka tidak mengambil riwayat selain daripada para imam dengan sanad mereka yang dipercayai; imam maksum daripada imam maksum seumpamanya, daripada Rasulullah daripada Jibra'il daripada Allah Rabu l-jalil. Di dalam ertikata yang lain, mereka mengambil hukum-hukum daripada hadith-hadith Nabi SAWAW dan para imam AS, perbuatan dan taqrir mereka sebagaimana tertulis di dalam al-Usul.

Lantaran itu penulis-penulis sirah dan sejarah tidak memberitahukan kita bahawa sesungguhnya seorang imam daripada para imam dua belas telah mengambil hadith daripada seorang sahabat, tabi'in atau orang lain. Sebaliknya orang ramai mengambilnya daripada mereka tetapi mereka tidak mengambilnya daripada orang lain.

Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:"Aneh sekali mereka berkata: Mereka mengambil ilmu mereka semuanya daripada Rasulullah SAWAW. Lantas mereka mengetahui dan mendapat petunjuk daripadanya. Mereka fikir kami Ahlu l-Bait tidak mengambil ilmunya dan kami tidak mendapat petunjuk daripadanya. Sedangkan kami keluarganya dan zuriatnya. Di rumah kamilah turunnya wahyu. Dan dari kamilah ia mengalir kepada orang ramai. Adakah anda fikir merekalah yang mengetahui dan mendapat petunjuk sementara kami jahil dan sesat?

Imam Baqir AS berkata:"Sekiranya kami memberitahukan kepada orang ramai menurut pendapat dan hawa nafsu kami, nescaya kami binasa. Tetapi kami memberitahukan mereka dengan hadith-hadith yang kami kumpulkannya daripada Rasulullah SAWAW sebagaimana mereka mengumpulkan emas dan perak."Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:"Hadithku adalah hadith bapaku. Hadith bapaku adalah hadith datukku. Hadith datukku adalah hadith Husain. Hadith Husain adalah Hadith Hasan. Hadith Hasan adalah hadith Amiru l-Mukminin. Hadith Amiru l-Mukminin adalah hadith Rasulullah SAWAW. Dan hadith-hadith Rasulullah SAWAW adalah firman Allah SWT.1

Dan beliau AS berkata:"Siapa yang meriwayatkan hadith tentang kami, maka kami akan bertanya kepadanya mengenainya di suatu hari. Sekiranya dia meriwayatkan kebenaran terhadap kami, seolah-olah dia meriwayatkan kebenaran terhadap Allah dan RasulNya. Dan sekiranya ia berbohong terhadap kami, seolah-olah dia berbohong terhadap Allah dan RasulNya, kerana kami apabila meriwayatkan hadith, kami tidak berkata: Fulan bin Fulan telah berkata, tetapi apa yang kami katakan: Allah berfirman dan RasulNya bersabda."

Kemudian Syi'ah tidak mengamalkan mana-mana hadith yang datang daripada seorang muhaddith, atau riwayat yang datang daripada seorang perawi melainkan ianya sejajar dengan riwayat-riwayat yang datang daripada para imam yang suci AS, dan akan diperakukan oleh al-Qur'an ketika pembentangan dilakukan ke atasnya. Kerana mereka mengetahui dengan jelas apa yang telah berlaku ada masa Bani Umayyah, terutamanya pada masa thagut Muawiyah. Di mana hadith pada masa itu diperniagakan, perawi diberi upah mengikut kadar keberkesanan hadith (palsu)nya ke atas orang ramai sama ada dalam bentuk pujian atau cacian sebagaimana satu riwayat yang telah diriwayatkan oleh orang kepercayaan Muawiyah,"Tiga orang yang diamanahkan di dalam agama: Aku, Jibra'il, dan Muawiyah," sebagaimana juga riwayat yang menjadikannya penulis wahyu dan Khal al-Mukmin, dan hadith pembukaan Makkah:"Siapa yang memasuki rumah Abu Sufyan adalah aman" seolah-olah dia menjadikannya "haram" sebagaimana Baitu l-Haram. Dan khutbah-khutbah yang menakutkan dan riwayat-riwayat yang mencela Imam Ali Amiru l-Mukminin dan keluarganya sehingga 'Ali AS dicela di atas tujuh puluh ribu mimbar masjid.

Justeru itu Syi'ah tidak menerima riwayat-riwayat daripada perawi-perawi yang memalsukan hadith seperti mereka itu. Muawiyah telah menamakan dirinya dan orang yang menyokongnya dengan nama Ahlu l-Sunnah wa l-Jama'ah pada masa itu sebagai penipuan (kaidan) kepada Syi'ah 'Ali AS. Oleh itu Syi'ah pada hakikatnya merekalah Ahlu s-Sunnah (Sunniyyun). Kerana mereka mengambil sunnah dari sumbernya yang asli, yang telah ditapis oleh orang-orang yang baik dan perawi-perawi yang terpilih. Mereka mengambil hadith dan sunnah nabawiyyah daripada imam-imam, penghulu-penghulu mereka sebagaimana mereka menerimanya daripada penghulu para Nabi AS kerana mereka percaya bahawa hadith-hadith mereka adalah daripada Rasulullah SAWAW tanpa ijithad daripada mereka. Lantaran itu mereka mengambil(nya) daripada mereka dengan penuh keyakinan tanpa syak dan penentangan. Mereka bertanya kepada mereka di dalam semua hal yang mereka perlu. Oleh itu hadith-hadith riwayat mereka meliputi segala aspek.

Justeru itu tidak hairanlah jika Imam Ja'far al-Sadiq AS di datangi oleh beribu-ribu cerdik pandai sehingga Abu l-Hasan al-Wasya berkata kepada penduduk Kufah: Aku dapati masjid Kufah ini lebih daripada empat ribu syaikh yang warak. Semuanya berkata: Haddathani Ja'far bin Muhammad (Ja'far bin Muhammad telah meriwayatkan hadith kepadaku).

Di sinilah aku akan kemukakan sebahagian daripada hadith-hadith dan sunnah nabawiyyah yang menyokong dakwaan Syi'ah dan kebenaran mereka menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW dan imam-imam yang suci AS seperti berikut:

1. Hadith al-Dar atau al-Indhar (Hadith jemputan di rumah atau hadith peringatan)

Sabda Nabi SAWAW:"Ini 'Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan khalifahku selepasku."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh para penghafal, para ulama hadith, sirah, dan sejarah dari golongan Sunnah dan Syi'ah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka. Mereka mengakui kesahihan dan kemuliaannya serta perawinya yang ramai. Lantaran itu tidak hairanlah jika ianya diterima oleh sejarawan-sejarawan umat Islam kerana ianya adalah jelas dan nyata, tidak ada kesamaran lagi bahawa hadith ini datangnya daripada Rasulullah SAWAW pada permulaan dakwahnya.

Al-Tabari telah menyebutkannya di dalam Tarikhnya2 daripada Abu Hamid bahawa dia berkata:"Salmah telah memberitahukan kami dan dia berkata: Muhammad b. Ishak telah memberitahukan kepadaku daripada 'Abdu l-Ghaffar b. al-Qasim daripada al-Minhal daripada 'Umar daripada 'Abdullah b. al-Harith b. Naufal b. al-Harith b. 'Abdu l-Muttalib daripada 'Abdullah b. 'Abbas daripada 'Ali bin Abu Talib AS berkata:Manakala ayat al-Indhar (al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" diturunkan ke atas Rasulullah SAWAW, beliau memanggilku dan berkata: Wahai 'Ali! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya memberi peringatan kepada keluarga anda yang terdekat. Maka akupun merasa cemas, kerana aku mengetahui bahawa apabila aku kemukakan kepada mereka perkara ini, aku akan lihat apa yang aku tidak meyukainya. Maka beliau terus berdiam diri mengenainya sehingga datang Jibra'il dan berkata: Wahai Muhammad! Sekiranya anda masih tidak melaksanakan apa yang diperintahkan kepada anda, nescaya anda akan disiksa oleh Tuhan anda.

Justeru itu sedialah (wahai 'Ali) untuk kami segantang makanan dan letakkan di atasnya satu kaki kambing serta isikan untuk kami satu bekas yang berisi susu. Kemudian kumpulkan untukku Bani Abdu -Muttalib sehingga aku sendiri bercakap kepada mereka dan menyampaikan apa yang diperintahkan kepadaku. Maka aku melakukan apa yang diperintahkannya. Kemudian aku menjemputkan mereka untuknya. Bilangan mereka pada hari itu lebih kurang empat puluh orang lelaki. Di antaranya bapa-bapa saudaranya Abu Talib, Hamzah, al-'Abbas dan Abu Lahab. Apabila sahaja mereka berkumpul di tempatnya, beliau memanggilku supaya membawa makanan yang aku sediakan untuk mereka. Manakala aku meletakkanya, Rasulullah SAWAW mengambil sepotong daging dan memecahkannya dengan giginya. Kemudian mencampakkannya di tepi hidangan itu, kemudian beliau bersabda: Ambillah kalian dengan nama Allah.

Orang ramai memakannya sehingga kenyang. Aku tidak melihat melainkan tempat tangan mereka. Demi Allah di mana jiwa 'Ali di tanganNya. Sekiranya seorang daripada mereka memakannya, nescaya aku tidak dapat mengemukakannya kepada yang lain. Kemudian beliau bersabda:"Berikan minuman kepada mereka semua," maka aku membawa kepada mereka bekas itu. Mereka meminumnya sehingga puas. Demi Tuhan sekiranya seorang daripada mereka meminumnya nescaya ianya tidak akan mencukupi untuk orang lain.

Apabila Rasulullah SAWAW ingin bercakap kepada mereka, Abu Lahab mendahuluinya dan berkata:"Sahabat kalian telah menyihirkan kalian. Maka orang ramaipun bersurai tanpa memberikan kesempatan kepada Rasulullah SAWAW untuk memperkatakan sesuatu kepada mereka. Maka beliau bersabda:"Besok wahai 'Ali sesungguhnya lelaki ini telah mendahuluiku sebagaimana anda telah mendengarnya. Maka orang ramaipun bersurai sebelum sempat aku memperkatakan kepada mereka. Justeru tiu sedialah makanan untuk kami sebagaimana anda telah menyediakannya kelmarin. Kemudian kumpulkan mereka untukku. Maka akupun melakukannya. Kemudian aku mengumpulkan mereka. Kemudian beliau memanggilku supaya aku membawa makanan itu. Maka akupun membawanya kepada mereka. Beliau melakukannya sebagaimana beliau telah melakukannya kelmarin.

Mereka makan sehingga kenyang. Kemudian beliau bersabda:"Berikan mereka minuman," maka akupun membawa minuman campuran susu itu. Lalu mereka meminumnya dengan sepuas-puasnya. Kemudian Rasulullah SAWAW bercakap dan bersabda:"Wahai Bani ABdu l-Muttalib! Sesungguhnya demi Tuhan aku tidak mengetahui seorang pemuda Arab yang datang kepada kaumnya dapat mengemukakan apa yang lebih baik daripada apa yang aku kemukankan untuk kalian. Sesungguhnya aku akan membawa kepada kalian kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya menyeru kalian kepadaNya. Maka siapakah di kalangan kalian yang akan membantuku di dalam urusan ini dan dialah yang akan menjadi saudaraku, wasiku, dan khalifahku pada kalian? Dia ('Ali) berkata: Orang ramai mulai merasa cemas mengenainya. Maka akupun berkata: Sesungguhnya aku adalah orang yang paling muda di kalangan mereka, orang yang paling mengidap sakit mata di kalangan mereka, orang yang paling besar perut di kalangan mereka, dan orang yang paling kecil betisnya di kalangan mereka. Aku, wahai Nabi Allah, akan menjadi wazir anda di dalam perkara itu, maka beliaupun memegang tengkukku. Kemudian dia bersabda:"Sesungguhnya ini adalah saudaraku, wasiku dan khalifahku pada kalian. Maka dengarlah kalian kepadanya, dan patuhilah."

Beliau berkata: Orang ramai bangun dan ketawa sambil berkata kepada Abu Talib, sesungguhnya beliau telah memerintahkan anda supaya mendengar anak anda dan mematuhinya.

Al-Allamah al-Amini di dalam bukunya al-Ghadir3berkata: Abu Ja'far al-Iskafi al-Mu'tazili al-Baghdadi di dalam bukunya Naqd al-'Uthmaniyyah4 telah meriwayatkannya dengan lafaz yang sama dan berkata:"Ianya telah diriwayatkan di dalam hadith yang sahih.

"Burhanuddin telah meriwayatkannya di dalam Anba' Nujaba' al-Anba'.5 Ibn al-Athir di dalam al-Kamil6, Abu l-Fida 'Imaduddin al-Dimasyqi di dalam Tarikh7nya. Syahabuddin al-Khafaji di dalam Syarh al-Syifa'8 karangan al-Qadhi al-'Ayadh berkata:"Ianya telah disebutkan di dalam Dala'il al-Baihaqi dan lain-lain dengan sanad yang sahih."

Al-Khazin 'Alauddin al-Baghdadi di dalam Tafsir9nya, Al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami' yang dinukilkan daripada al-Tabari dan para penghafal yang enam10 Abu Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Abu Hatim, Ibn Mardawaih, Abu Nu'aim, al-Baihaqi dan Ibn Abu l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah.11Ianya telah disebutkan juga oleh Jurji Zaidan di dalam Tarikh al-Tamaddun al-Islami.12 Muhammad Husain Haikal di dalam Hayat Muhammad.13 Perawi-perawi sanadnya thiqah selain daripada Abu Maryam 'Abd al-Ghaffar bin al-Qasim yang dianggap lemah oleh Ahlu s-Sunnah kerana dia adalah seorang Syi'ah. Tetapi Ibn 'Uqdah memujinya sebagaimana di dalam Lisan al-Mizan.14 Hadith ini telah diriwayatkan oleh para penghafal dan mereka adalah pakar-pakar di dalam hadith dan tidak seorangpun daripada mereka menganggap hadith ini sebagai lemah dan cacat disebabkan Abu Maryam di dalam sanad-sanadnya. Malah mereka berhujah dengannya tentang dalil-dalil kenabian dan keistimewaannya. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad15nya menyatakan bahawa semua sanad perawi-perawinya adalah thiqah, mereka ialah Syarik al-A'masy, al-Minhal dan 'Ubbad.

Justeru itu tidaklah hairan jika Ibn Taimiyyah menyatakan ianya adalah hadith yang lemah kerana dia adalah seorang yang fanatik, degil dan sudah menjadi kebiasaan baginya menentang perkara-perkara yang boleh diterima akal dan menolak perkara-perkara yang dharuriyyat. Pendapat-pendapatnya memang sudah dikenali kerana tidak sahnya hadih di sisinya ialah apabila ianya mengandungi unsur-unsur kelebihan keluarga Rasulullah SAWAW.

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam bentuk kedua). Sila buat rujukan kepada bukunya al-Ghadir. Dia berkata:"Ahmad bin Hanbal telah menyatakan di dalam Musnad16nya daripada 'Affan bin Muslim, daripada Abi 'Awanah, daripada 'Uthman bin al-Mughirah, daripada Abi Sadiq, daripada Rabi'ah bin Najidh, daripada Ali Amiru l-Mukminin. Dengan sanad dan teks inilah al-Tabari telah menerangkannya di dalam Tarikh17nya, al-Nisa'i di dalam Khasa'is18, al-Kanji al-Syafi'i di dalam al-Kifayah19, Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah20, al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami'.21

(al-Allamah al-Amini telah menyebutkannya di dalam bentuknya yang ketiga). Daripada Amiru l-Mukminin AS berkata:"Manakala turun ayat al-Indhar (Surah al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" beliau menyeru Bani 'Abdul Muttalib." Kemudian dia (al-Amini) berkata:"Hadith ini telah dicatat oleh Ibn Mardawaih dengan sanadnya-sanadnya dan dinukilkannya oleh al-Suyuti di dalam Jami' al-Jawami'22, sebagaimana di lakukan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam al-Kanz al-Ummal.23

(al-'Allamah al-Amini telah menyebutkannya di dalam bentuknya yang keempat). Selepas menyebutkannya permulaan hadith, kemudian Rasulullah SAWAW bersabda:"Wahai Bani Abdu l-Muttalib! Sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada semua makhluk dan kepada kalian semua. Maka beliau membaca ayat al-Indhar (al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."Aku menyeru kalian kepada dua kalimah yang ringan di lidah tetapi berat di neraca. Tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya. Sesiapa yang menyahuti seruanku di dalam perkara ini dan membantuku, dia akan menjadi saudaraku, wazirku,wasiku, pewarisku, dan khalifahku selepasku."Tidak ada seorang pun daripada mereka menjawabnya. Maka 'Alipun berdiri dan berkata:"Aku wahai Rasulullah."Beliau berkata:"Duduklah wahai 'Ali."Kemudian beliau mengulanginya kepada mereka kali kedua. Mereka terus berdiam. 'Alipun berdiri dan berkata:"Akulah wahai Rasulullah." Maka beliau berkata:"Duduklah."

Kemudian beliau mengulanginya kepada mereka kali ketiga. Maka tidak seorangpun daripada mereka menjawabnya.'Ali terus bangun dan berkata:"Akulah wahai Rasulullah."Maka Beliau berkata:"Duduklah, maka anda adalah saudaraku, wazirku, wasiku,pewarisku dan khalifah selepasku." Ibn Abi Hatim dan al-Ya'qubi telah meriwayatkannya dan dinukilkannya daripada mereka berdua oleh Ibn Taimiyah di dalam Minhaj al-Sunnah.24 Al-Halabi meriwayatkannya daripadanya di dalam Sirah25nya. (Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam bentuk kelima), tentang hadith Qais dan Muawiyah menurut apa yang diriwayatkan oleh Sadiq al-Hilali di dalam bukunya daripada Qais. (Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam bentuk yang keenam). Ianya telah dicatat oleh Abu Ishak al-Tha'labi (w.427H.) di dalam tafsirnya al-Kasyf wa l-Bayan.26 Hadith ini juga telah disebutkan oleh al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.27

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam bentuk ketujuh). Abu Ishak al-Tha'labi telah mengeluarkannya dai dalam al-Kasyf wa l-Bayan daripada Abu Rafi' sebahagian daripada kata-katanya. Hadith ini juga disebutkan oleh seorang Kristian Mesir di dalam al-Ta'liq 'Ala al-'Alawiyyah al-Mubarakah28 dengan lafaz di akhir hadith: Sesiapa yang menyahuti seruanku untuk melakukan perkara ini. Dia telah menyebutkan hadith ini dengan begitu teratur.

Buatlah rujukan kepada al-Ghadir.29 Sayyid 'abd al-Husayn Syarafuddin RH berkata di dalam bukunya al-Muruja'at30 (Dialog Sunnah dan Syi'ah). Hadith ini iaitu hadith al-Dar telah diriwayatkan oleh Muhammad Husain Haikal di dalam cetakan pertama bukunya Hayat Muhammad. Tetapi dia tidak menyebutkannya di dalam cetakan kedua dan ketiga.

Aku berkata:"Telah berlaku keriuhan tentang penetapan hadith ini. Ianya menerangkan kekhalifahan Amiru l-Mukminin 'Ali AS. Ketika berlakunya keriuhan ini, Muhammad Husain Haikal telah menyiarkan rujukan-rujukan hadith ini di dalam akhbar politiknya di Mesir pada bilangan 2751 yang dikeluarkan pada 12 Dhul Qai'dah 1350H. Sekiranya anda membuat rujukan kepada bilangan 2985, anda akan mendapatinya merujuk hadith ini kepada Muslim di dalam Sahihnya, Ahmad di dalam Musnadnya, 'Abdullah bin Ahmad di dalam Ziyadat al-Musnad, Ibn Hajr al-Haithami di dalam Jami' al-Fawa'id, Ibn Qutaibah di dalam 'Uyun al-Akhbar, Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Aqd al-Farid, al-Jahiz di dalam risalahnya daripada Bani Hasyim dan al-Tha'labi di dalam Tafsirnya."

Aku berkata:"Hadith yang mulia ini adalah satu dalil yang terang dan hujah yang pemutus bahawa khalifah selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali bin Abu Talib AS. Kerana Nabi SAWAW telah mengeluarkan perintah ini pada permulaan dakwahnya dan telah menjadikan 'Ali wazirnya kerana tidak ada seorangpun dikalangan orang-orang yang menghadiri masjlis itu setelah tiga kali dilakukannya menyahut seruannya. Malah pada setiap kali 'Ali berdiri sambil berkata: Aku wahai Rasulullah dan pada akhirnya Rasulullah SAWAW bersabda kepadanya:"Andalah saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku selepasku. Oleh itu kalian dengar dan patuhilah beliau."

Demi Tuhan anda wahai pembaca yang budiman. Adakah di sana nas yang lebih terang daripada ini tentang khalifah Ali AS selepas Rasulullah SAWAW secara langsung? Wahai Muslimun! Kenapa fanatik terus berlaku sedangkan wujudnya nas yang terang di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah sendiri bahawa kekhalifahan 'Ali adalah secara langsung. Dan penangguhannya memerlukan dalil dan tidak ada di sana sebarang dalil.

2. Hadith Thaqalain (Hadith dua perkara yang berharga)

Sabda Nabi SAWAW:"Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan itrah Ahlu l-Baitku. Sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya nescaya kalian tidak akan sesat selepasku selama-lamanya." Hadith ini telah mencapai kemuncak kemasyhurannya sehingga sumber-sumber rujukannya tidak dapat dipertikaikan lagi. Hadith ini telah diriwayatkan oleh Sunnah dan Syi'ah serta mereka mengakui kesahihannya. Malah ianya diketahui oleh segenap lapisan masyarakat dan dihafal oleh orang yang tua dan muda, alim dan jahil. Lantaran itu ianya hampir sampai had kemutawatirannya.

Meskipun perawi-perawinya tidak sepakat mengenai nas hadith ini, tetapi perselisihan pendapat itu tidak akan menambahkan matlamatnya sehingga ia tidak akan menjadi alasan bagi penakwilannya dan tidak akan menjadi sebab bagi melepaskan diri dari beban pengertiannya.

Tetapi perselisihan menyaksikan apa yang diperkatakan bahawa Rasulullah SAWAW telah bercakap mengenai pengertian hadith yang mulia ini di beberapa tempat dengan menjaga menyatuan makna serta matlamatnya.

Sebagaimana bilangan perawi-perawi di dalam hadith ini dan berbagai cara periwayatannya menggambarkan kepada kita bahawa ianya telah berlaku di beberapa tempat. Di antaranya berlaku di Haji Wida', di Hari Wida', di Hari Arafah ketika perhimpunan orang ramai, di Hari Ghadir Khum sebagaimana di dalam khutbahnya. Ianya berlaku ketika Nabi SAWAW sedang gering dan ketika berwasiat kepada ummatnya.

Di sini aku kemukakan kepada anda wahai pembaca yang budiman sebahagian daripada nama-nama pemuka Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan hadith thaqalain di dalam sahih-sahih, musnad-musnad, sunan-sunan, tafsir-tafsir, sirah-sirah, tarikh-tarikh mereka seperti berikut:

Muslim di dalam Sahih31nya mengutip sabda Nabi SAWAW: Aku tinggalkan kepada kalian Thaqalain (dua perkara yang berharga) pertamanya Kitab Allah padanya petunjuk dan cahaya. Oleh itu ambillah kalian dengan Kitab Allah dan peganglah kepadanya. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahlu l-Baitku ini.

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad32nya daripada Sa'id al-Khudri daripada Nabi SAWAW bersabda: Aku hampir dipanggil (oleh Tuhanku) dan aku segera menyahutinya. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-Thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan 'Itrahku. Kitab Allah adalah tali yang terbentang daripada langit ke bumi dan 'Itrahku Ahlu l-Baitku. Sesungguhnya Allah SWT memberitahuku tentang kedua-duanya. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga dikembali kepadaku di Haudh. Maka kalian jagalah baik-baik kedua peninggalanku itu.

Al-Muttaqi al-Hindi meriwayatkan hadith ini di dalam Kanz al-Ummal.33 Sementara al-Turmudhi di dalam Sahih34nya daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari dia berkata: Aku melihat Rasulullah SAWAW di Haji Wida' hari Arafah ketika beliau berada di atas unta dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kalian, jika kalian mengambilnya nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan 'Itrah Ahlu l-Baitku. Al-Turmudhi berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dhar, Abu Sa'id, Zaid bin Arqam dan Huzaifah bin Usayd.

Al-Turmudhi juga meriwayatkannya daripada Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAWAW bersabda: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian selama kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan sesat selepasku. Salah satunya lebih besar daripada yang lain: Kitab Allah merupakan tali yang terbentang daripada langit dan bumi dan 'Itrah Ahlu l-Baitku. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Haudh. Kalian jagalah baik-baik dan bagaimana kalian memperlakukan kedua-dua peninggalanku. Al-Turmudhi selepas mengeluarkan hadith ini menyatakan bahwa hadith ini adalah hadith Hasan.

Al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,35 al-Hakim di dalam al-Mustadrak36 daripada Zaid bin Arqam, sesungguhnya Nabi SAWAW bersabda semasa Haji Wida': Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian Thaqalain (dua perkara yang berharga) salah satunya lebih besar dari yang lain; Kitab Allah dan Itrahku. Oleh itu jagalah kedua-duanya peninggalanku itu. Sesungguhnya kedua-duanya itu tidak akan berpisah sehingga dikembalikan di Haudh. Al-Hakim37 selepas mengemukakan hadith ini menyatakan bahawa hadith ini adalah sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim. Juga al-Dhahabi di dalam Talkhis38nya.

Al-Qunduzi al-Hanafi dalam Yanabi' al-Mawaddah39 meriwayatkan daripada Imam al-Ridha AS bahawa beliau berkata tentang itrah: Mereka disabdakan Rasulullah SAWAW: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga: Kitab Allah dan 'itrah Ahlu l-Baitku. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Haudh. Dan jagalah baik-baik kedua-dua peninggalanku itu. Wahai manusia, janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian. Ibn Kathir telah meriwayatkan hadith ini di dalam Tafsir40nya.

Ibn Hajr di dalam Sawa'iqnya bab kesebelas menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan dengan banyak. Ketahuilah bahawa hadith Thaqalain telah diriwayatkan oleh lebih daripada dua puluh sahabat. Ada yang menyatakan ianya berlaku di Haji Wida' di Arafah, ada yang menyatakan di Madinah ketika Rasulullah SAWAW sedang gering di mana biliknya dipenuhi oleh para sahabat. Ada yang menyatakan ianya berlaku selepas beliau pulang dari Taif. Walau bagaimanapun ianya tidak menjadi halangan jika beliau mengulangi hadith tersebut di tempat-tempat yang berlainan kerana penekanan beliau yang serius terhadap Kitab Allah dan 'itrahnya yang suci.

Al-Ya'qubi di dalam Tarikh41nya menyatakan bahawa Nabi SAWAW bersabda: Aku melintasi kalian ketika kalian dibentangkan di hadapan Haudh. Sesungguhnya aku akan bertanya kepada kalian ketika kalian dikembalikan kepadaku tentang Thaqalain. Dan lihatlah bagaimana kalian memperlakukan kedua-dua peninggalanku. Mereka bertanya: Apakah Thaqalain (dua perkara yang berharga) wahai Rasulullah SAWAW? Beliau menjawab: Yang pertama adalah yang paling besar iaitu Kitab Allah (berada) 'di tangan' Allah dan di tangan kalian. Justeru itu kalian berpeganglah dengannya. Janganlah kalian menjadi sesat, dan janganlah kalian menukarnya dan kedua 'itrah Ahlu l-Baitku.

Al-Darimi telah menyebutkannya di dalam al-Sunan42, al-Nasa'i di dalam al-Khasa'is43 dan al-Khanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib44. Abu Nua'im al-Isfahani di dalam al-Hilyah45, Ibn al-Kathir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah46, Ibn Abd Rabbih di dalam al-Iqd al-Farid47, Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas48, al-Halabi al-Syafi'i di dalam Insan al-'Uyun49, Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib50, al-Nisaburi di dalam Tafsirnya51, al-Khazin di dalam Tafsir52nya, Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah53, Syablanji di dalam Nur al-Absar54, Ibn Sibaqh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah55, dan al-Baghawi al-Syafi'i di dalam Masabih al-Sunnah.56

Sayyid Syarafuddin RH menyatakan di dalam bukunya al-Muraja'at57 (Dialog Sunnah - Syi'ah) bahawa buku-buku sahih yang mewajibkan berpegang kepada Thaqalain (dua perkara berharga) adalah Mutawatir, dan ianya telah diriwayatkan oleh lebih dua puluh sahabat. Di mana Rasulullah SAWAW telah bersabda di tempat yang banyak, di hari Ghadir Khum, hari Arafah di Haji Wida', selepas kembalinya dari Taif, di atas mimbar masjidnya di Madinah dan akhirnya di dalam biliknya semasa sakitnya. Bilik di waktu itu dipenuhi oleh para sahabat. Beliau bersabda: Wahai manusia! Hampir nyawaku diambil dengan cepat, dia (Izra'il) sedang datang kepadaku. Dan sesungguhnya aku telah mengemukakan kepada kalian kitab Allah 'Azza Wa Jalla dan 'Itrah Ahlul Baitku.

Kemudian beliau mengambil tangan 'Ali lalu mengangkatnya sambil bersabda: Ini 'Ali bersama al-Qur'an, dan al-Qur'an bersama 'Ali kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya kembali kepadaku di Haudh.

Anda mengetahui perkataan khutbah SAWAW di hari itu tidaklah berhenti dengan perkataan ini sahaja, tetapi sayangnya politik telah membelenggukan lidah-lidah pakar-pakar hadith, dan menahan pena penulis-penulis. Meskipun titisan yang sedikit (ini) dari lautan itu dan serpihan yang kecil dari keseluruhannya adalah memcukupi. al-Hamdulillah.

Sayyid Hasyim al-Bahrani dalam Ghayat al-Muram58 menyatakan bahawa hadith Thaqalain telah diriwayatkan dengan tiga puluh sembilan cara menurut Ahlu l-Sunnah dan lapan puluh dua cara menurut Syi'ah daripada Ahlu l-Bait AS.

Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mir Hamid Husain al-Nisaburi telah menyebutkan hadith Thaqalain di dalam bukunya 'Abaqat. Dia telah meriwayatkannya daripada hampir dua ratus para ulama yang besara daripada berbagai mazhab bermula tahun 102 Hijrah berakhir tahun 113 Hijrah, daripada para sahabat lelaki dan perempuan meriwayatkan hadith yang mulia ini daripada Nabi SAWAW.

Aku berkata: Seorang yang insaf akan membuat kesimpulan bahawa hadith Thaqalain jelas menunjukkan kekhalifahan Amiru l-Mukminin dan anak-anak lelakinya semua sebelas orang imam maksum AS kerana Nabi SAWAW telah menyamakan mereka dengan Kitab al-Qur'an. Al-Qur'an adalah rujukan yang pertama bagi ummat Islam, tanpa dipertikaikan lagi sejak permulaan dakwah sehingga akhir dunia. Demikian juga 'Ali dan kesebelas orang anak-anaknya AS akan mengakhiri dunia ini sepertilah al-Qur'an kerana beliau telah menjadikan dua khalifahnya di dunia ini. Dan kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadanya di Haudh di hari kiamat. Dan beliau telah menjadikan berpegang kepada kedua-duanya sebagai syarat untuk tidak menjadi sesat. Dan sesiapa yang berpaling daripada kedua-duanya akan binasa kerana beliau menyamakan Ahlu -Baitnya dengan kitab Allah dan memerintahkan umatnya supaya berpegang kepada kedua-duanya sekali. Lantaran itu seorang itu tidak harus berpegang kepada salah satu daripada keduanya.

Justeru itu setiap mukallaf mesti berpegang kepada Thaqalain. Bukan hanya kepada Kitab Allah sahaja tanpa 'itrah dan bukan al-'itrah sahaja tanpa Kitab Allah. Oleh itu berpegang kepada kedua-dua sekali kerana ianya merupakan satu ikatan yang tidak dapat dipisahkan kerana 'itrah adalah lisan yang bercakap untuk kitab yang membisu. Justeru itu kita tidak dinilai sekiranya kita berpegang kepada Kitab Allah tanpa menurut cara mereka. Kerana mengetahui ayat-ayat muhkam, mutasyabih, nasikh dan mansukh dan lain-lain, tidak tepat selain daripada penerangan dan penjelasan mereka. Lantaran itu berpegang kepada kedua-duanya akan menjamin kejayaan seseorang. Dan penentang terhadap kedua-duanya atau salah satu daripadanya akan membawa kepada kebinasaan dan kerugian. Kerana Allah SWT telah memerintahkan orang ramai supaya berpegang kepada kedua-duanya. Rasulullah SAWAW tidak menyuruh orang ramai untuk melakukan sesuatu dengan sia-sia dan tidak menegah sesuatu dengan sia-sia. Kerana beliau tidak bercakap dengan hawa nafsunya malah dengan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Oleh itu berpegang kepada Kitab Allah dan 'itrah yang suci adalah satu kewajipan bagi menjamin kejayaan manusia seluruhnya dengan nikmat yang abadi.

Sayyid Syarafuddin al-Musawi di dalam Muraja'at59nya menegaskan bahawa mafhum sabda Nabi SAWAW: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian sekiranya kalian berpegang kepadanya, kalian tidak akan sesat selamanya; Kitab Allah dan 'itrahku. Iaitu orang yang tidak berpegang kepada kedua-duanya adalah berada di dalam kesesatan. Sebagaimana diperkuatkan oleh Hadith Nabi SAWAW: Janganlah kalian mendahului kedua-duanya nescaya kalian akan binasa dan janganlah kalian mengabaikan kedua-duanya nescaya kalian juga akan binasa. Dan janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka itu lebih mengetahui daripada kalian.

Ibn Hajr berkata tentang sabdanya SAWAW di dalam al-Sawa'iqnya:"Janganlah kalian mendahului kedua-duanya, maka kalian akan binasa atau janganlah kalian mengabaikan kedua-duanya, nescaya kalian akan binasa. Dan janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian,60 adalah dalil ke atas orang yang layak di kalangan mereka untuk memegang jawatan yang tinggi di dalam agama. Dan mereka diutamakan daripada orang lain. Aku berpendapat: Rasulullah SAWAW menamakan Thaqalain kerana kedua-duanya mempunyai nilai yang tinggi. Lantaran itu pakar-pakar bahasa mengatakan setiap yang bernilai tinggi itu thiqal. Kerana berpegang kepada kedua-duanya bukanlah perkara yang mudah. Atau kerana beramal dengan kedua-duanya adalah berat sebagaimana telah dinyatakan oleh Ibn Hajr dalam al-Sawa'iq Muhriqah bab wasiat Nabi SAWAW. Ini menunjukkan bahawa khilafah dan imamah adalah untuk mereka Ahlu l-Bait AS. Sebagaimana kata seorang penyair:

Mereka menyamai Kitab Allah yang bisu, sedangkan mereka adalah kitab yang bercakap.

Dari hadith Thaqalain ini menunjukkan kemaksuman Ahlu l-Bait AS sepertilah kemaksuman al-Qur'an yang tidak syak pada kemaksumannya kerana perintah Nabi SAWAW kepada ummatnya supaya merujuk kepada mereka selepasnya. Oleh itu segala urusan tidak akan diselesaikan melainkan oleh orang yang telah dipelihara dari kesalahan dan dosa. Dan dalil kemaksuman mereka ialah sabitnya kekhalifahan dan imamah untuk mereka. Justeru itu kemaksuman adalah menjadi syarat di dalam Khilafah dan Imamah. Dan orang yang selain daripada mereka tidaklah maksum secara ijmak.

3. Hadith al-Manzilah (Hadith mengenai kedudukan 'Ali dan Harun)

Sabdanya SAWAW:"Tidakkah anda meridhai wahai 'Ali, anda di sisiku seperti Manzilah (kedudukan) Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku."

Kaum Muslimin bersepakat tentang kesahihan hadith yang mulia ini dan mencatatnya di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka yang muktabar. Sebab berlakunya hadith ini menurut pakar-pakar sejarah Hadih dan Sirah bahawa manakala Nabi SAWAW keluar untuk peperangan Tabuk, beliau melantik 'Ali AS sebagai penggantinya di Madinah ke atas keluarganya. Maka 'Ali AS berkata: Aku tidak suka jika anda keluar tanpa aku bersama anda. Maka beliau bersabda:"Tidakkah anda meredhai bahawa kedudukan anda di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya tiada nabi selepasku."

Aku tidak mampu untuk menyebutkan kesemua nama-nama orang yang meriwayatkan hadith ini disebabkan perawi-perawinya terlalu ramai dan rujukan-rujukan yang banyak. Walau bagaimanapun aku akan kemukakan sebahagian daripada perawi-perawi yang masyhur di kalangan ulama Ahlu l-Sunnah bagi mengukuhkan rujukanku dan menyempurnakan tujuanku:

al-Bukhari di dalam Sahihnya, III, hlm. 54 di dalam 'kitab al-Maghazi,' bab 'Peperangan Tabuk.' Dan di dalam jilid keduanya, hlm. 185, bab 'Bad' al-Khalq' tentang keistimewaan Ali bin Abu Talib AS.

Muslim di dalam Sahihnya, II, hlm. 236 dan 237 di dalam kitab 'Fadhl al-Sahabah, 'bab fadhl Ali AS.'

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 98, 118 & 119.

Al-Hakim di dalam al-Mustadraknya, III, hlm. 109, telah memperakui kesahihan hadith ini menurut syarat Bukhari dan Muslim.

Ibn 'Abd al-Birr di dalam al-'Isti'ab, II, hlm. 437, riwayat hidup 'Ali AS.

Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal, VI, hlm. 152-153.

Ibn Hajr al-Asqalani di dalam al-Isabah, II, hlm. 507, riwayat hidup 'Ali AS.

Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 30 dan 74.

Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar, hlm. 68.

Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 65.

Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Iqd al-Farid, II, hlm. 194.

Al-Nasa'i di dalam al-Khasa'is, hlm. 7.

Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', VII, hlm. 196.

Ibn Hisyam di dalam al-Sirah, II, hlm. 520.

Abu l-Fida' di dalam Bidayah wa n-Nihayah, VII, hlm. 339.

Al-Muhibb al-Tabari di dalam dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 63.

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 204.

Al-Khawarizmi di dalam al-Manaqib, hlm. 79.

Ibn 'Asakir di dalam Tarikhnya, IV, hlm. 196.

Ibn al-'Athir di dalam Usd al-Ghabah, IV, hlm. 26.

Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj Balaghah, II, hlm. 495.

Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib, hlm. 148.

Abu Bakr al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, II, hlm. 432.

Ibn al-Jauzi di dalam Safwah al-Safwah, I, hlm. 120.

Al-Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 22.

Ibn Sa'd di dalam al-Tabaqat al-Kubra, III, hlm. 24.

Dan ianya dikutip oleh semua penulis-penulis riwayat hidup Imam Amiru l-Mukminin AS dahulu dan sekarang. Dan ianya juga dikutip oleh setiap orang yang menulis tentang kelebihan Ahlu l-Bait dan kelebihan sahabat, iaitu hadith yang diterima oleh orang dahulu dan sekarang.

Aku berkata: Hadith ini menunjukkan keutamaan Amiru l-Mukminin Ali AS menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung tanpa memberi peluang bagi orang yang mengingkarinya untuk menentang Syi'ah al-Abrar, Syi'ah Ahlu l-Bayt AS. Sayyid Syarafuddin RH di dalam al-Muraja'at61 berkata: Hadith ini mempunyai hujjah yang kuat bahawa 'Ali AS adalah penggantinya dan khalifahnya selepasnya. Lihatlah bagaimana Nabi SAWAW menjadikannya walinya di dunia dan di akhirat. Dan beliau mengasihinya daripada semua keluarganya. Bagaimana beliau menjadikan kedudukannya seperti kedudukan Harun di sisi Musa. Beliau tidak mengecualikannya selain daripada Nubuwwah. Dan pengecualiannya adalah bukti umum. Dan anda mengetahui bahawa kedudukan yang paling ketara bagi Harun di sisi Musa ialah menjadi wazir ke atas semua ummatnya. Sebagaimana firmanNya di dalam Surah Taha(20):29-32:"Dan jadilah untukku seorang pembantu dari keluargaku iaitu Harun saudaraku, teguhlah dengan dia kekuatanku, dan jadilah dia sekutu dalam urusanku." dan firmanNya di dalam Surah al-A'raf(7): 142:"Gantilah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang membuat kerosakan," dan firmanNya di dalam Surah Taha(20):36:"Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa." Lantaran itu 'Ali, menurut ayat ini, adalah khalifah Rasulullah pada kaumnya, wazirnya pada keluarganya dan rakan kongsinya di dalam urusannya sebagai penggantinya dan bukan sebagai nabi. Beliau adalah orang yang paling layak pada ummatnya semasa hidup dan mati. Oleh itu mereka wajib mentaatinya semasa beliau menjadi pembantunya seperti Harun kepada ummat Musa di zaman Musa.

Ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAWAW di dalam sabdanya:'Ali tidak boleh pergi tanpa anda menjadi khalifahku.' Ini adalah nas yang terang bahawa 'ali adalah khalifahnya. Malah ianya menunjukkan bahawa sekiranya Nabi SAWAW pergi tanpa melantik 'Ali sebagai penggantinya, nescaya beliau telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya beliau lakukan. Ini adalah disebabkan beliau telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya melantik 'Ali AS sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Ma'idah (5):67:"Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanahNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."

Kemudian perhatikanlah sabda Nabi SAWAW:"Sepatutnya aku tidak pergi tanpa anda menjadi khalifahku,' nescaya anda dapati kedua-duanya menuju kepada satu tujuan sebagaimana juga sabdanya:'Andalah wali bagi setiap mukmin selepasku.' Maka ia adalah nas bahawa beliau adalah wali al-Amr dan menduduki tempatnya mengenainya sebagaimana al-Kumait RH berkata:

Sebaik-baik wali al-Amr selepas walinya dan tempat datangnya taqwa dan sebaik-baik pendidik .

Al-Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir62 berkata: Sabdanya:'Tidakkah anda meredhai bahawa anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.....' mensabitkan setiap sifat yang ada pada Nabi SAWAW dari segi martabat, amal, maqam, kebangkitan, hukum, pemerintahan dan ketuanan pada Amiru l-Mukminin selain daripada kenabian sebagaimana Harun di sisi Musa. Justeru itu beliaulah khalifahnya SAWAW, pengurniaan kedudukan Ali seperti kedudukan dirinya bukanlah dikurniakan begitu sahaja sebagaimana yang telah disangkakan oleh semua orang. Beliau telah melantik sebelum ini orang-orang tertentu di seluruh negara, dan beliau juga telah melantik beberapa orang dalam ekspedisi tentera, tetapi beliau tidak pernah bersabda sesuatu sebagaimana beliau bersabda kepada Ali AS. Justeru itu ianya suatu keistimewaan yang dikurniakan kepada Amiru l-Mukminin Ali AS.

Aku berkata: Ini menunjukkan bahawa khalifah selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali AS secara terus dasn kemaksuman Ali AS sebagaimana maksumnya Harun AS selain daripada kenabian sebagaimana anda telah mengetahuinya.

4. Hadith al-Safinah (Hadith Bahtera)

Sabda Nabi SAWAW:"Umpama Ahlu l-Baitku samalah seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya. Dan siapa yang enggan atau terlambat akan tenggelam."

Para ulama Islam telah bersepakat tentang kesahihan hadith ini. Ianya telah diriwayatkan oleh para ulama Sunnah dan Syi'ah di mana lebih seratus daripada para penghafal, ahli Hadith,Sirah, Sejarah telah mencatatnya di dalam buku-buku mereka, mengakui kepentingannya kerana kepatuhan kepada kebesaran Allah SWT. Mereka menerimanya dengan senang hati.

Nas Hadith

Di sini diperturunkan sebahagian daripada nama-nama ulama Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan hadith ini seperti berikut: Al-Hakim di dalam al-Mustadrak63 dengan sanadnya daripada Hunsy al-Kinani berkata: Aku mendengar Abu Dhar yang sedang berpegang di pintu Ka'bah berkata: Siapa yang mengenaliku, maka akulah orang yang kalian kenali dan siapa yang tidak mengenaliku, maka akulah Abu Dhar. Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda: Umpama Ahlu l-Baitku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang enggan atau terlambat akan tenggelam. Hadith ini adalah sahih menurut pensyaratan Muslim.

Al-Tabrani telah mencatatkan di dalam al-Ausat64 daripada Abu Sa'id, Nabi SAWAW bersabda: Umpama Ahlu l-Baitku pada kalian sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang enggan atau terlambat akan tenggelam. Dan umpama Ahlu l-Baitku pada kalian sepertilah pintu pengampunan bagi Bani Isra'il. Siapa yang memasukinya akan diampun. Ibn Hajr dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah mengemukakan beberapa riwayat yang menyokong satu sama lain bahawa Nabi SAWAW bersabda: Sesungguhnya umpama Ahlu l-Baitku pada kalian sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya. Di dalam riwayat Muslim:'Dan siapa yang membelakanginya akan tenggelam. Sesungguhnya umpama Ahlu l-Baitku pada kalian sepertilah pintu pengampunan bagi Bani Isra'il. Siapa yang memasukinya akan diampun.' Dan dalam riwayat yang lain:'Dosa-dosanya akan diampun.'

(Kemudian dia berkata) selepas mengemukakan hadith ini dan hadith-hadith yang seumpamanya dan membentangkan perumpamaan mereka dengan bahtera bahawa sesungguhnya orang yang mencintai mereka, dan menghormati mereka kerana mensyukuri nikmat yang dikurniakan dan berjaya daripada kegelapan perselisihan. Dan sesiapa yang membelakanginya, nescaya akan tenggelam di lautan kekufuran nikmat dan binasa di dalam arus kezaliman. Sehingga dia berkata: Cinta kepada Ahlu l-Bait adalah menjadi sebab ummat ini dijadikan.

Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin dengan membuang sanad-sanadnya daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas, dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda kepada 'Ali AS: Wahai 'Ali, aku adalah bandar hikmat, dan anda adalah pintunya, dan tidak akan memasuki bandar melainkan melalui pintunya. Dan berbohonglah orang yang menyatakan bahawa dia mencintaiku sedangkan dia memarahi anda, kerana anda adalah daripadaku, dan aku adalah daripada anda. Daging anda adalah dagingku. Darah anda adalah darahku. Jiwa anda adalah jiwaku. Batin anda adalah batinku. Zahir anda adalah zahirku. Anda adalah imam umatku dan khalifahku ke atasnya selepasku. Berbahagialah orang yang mentaati anda. Celakalah orang yang menderhakai anda. Beruntunglah orang yang mewalikan anda. Rugilah orang yang memusuhi anda. Beroleh kemenanganlah orang yang berada di samping anda. Dan binasalah orang yang menjauhi anda. Anda samalah seperti para imam daripada anak-anak lelaki anda selepasku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya akan tenggelam. Dan kalian sepertilah bintang-bintang setiap kali satu bintang tidak kelihatan, timbul pula bintang yang lain sehingga ke hari kiamat.

Ibn al-Maghazili al-Syafi'i meriwayatkan tentang kelebihan-kelebihan Ahlu l-Bait AS dengan sanadnya daripada Harun al-Rasyid daripada al-Mahdi daripada al-Mansur daripada bapanya daripada datuknya daripada Ibn 'Abbas RD berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Umpama Ahlu l-Baitku sepertilah bahtera Nuh, siapa yang menaikinya berjaya. Dan siapa yang enggan atau terlambat akan binasa. Tetapi apa yang menghairankan ialah tindakan kekerasan mereka terhadap Ahlu l-Bait AS meskipun mereka mempercayai kelebihan 'mereka.'

Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar meriwayatkan bahawa sekumpulan pengarang-pengarang Sunan telah meriwayatkan daripada para sahabat bahawa Nabi SAWAW bersabda: Umpama Ahlu l-Baitku pada kalian samalah seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya binasa.

Di dalam riwayat yang lain 'tenggelam.' Hadith ini bukan sahaja mutawatir di kalangan Ahlu l-Sunnah malah ianya menjadi mutawatir di kalangan Syi'ah. Aku berkata: Ini adalah ringkasan tentang hadith al-Safinah yang banyak. Walau bagaimanapun aku kemukakan sebahagian daripada nama-nama ulama Ahlu l-Sunnah yang meriwayatkan hadith al-Safinah di dalam buku-buku mereka:

Muslim di dalam Sahihnya, Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, al-Tabari di dalam Tarikhnya, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, Muhibuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, Abu Nua'im al-Asfahani di dalam al-Hilyah dan Dala'il al-Nubuwwah, Ibn 'Abd Birr di dalam al-Isti'ab, al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah, Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib, Ibn Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul, Muhibb al-Tabari di dalam Riyadh al-Nadhirah, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam al-Tadhkirah, Ibn al-Sabagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah, al-Suyuti di dalam al-Jami' al-Saghir, Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq, al-Syblanji di dalam Nur al-Absar, al-Siban di dalam al-Is'af, al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah, al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib, dan lain-lain.

Di antara orang yang mengakui kesahihannya ialah Imam al-Syafi'i sendiri. Al-Ujaili telah mengaitkan kata-kata Syafi'i di dalam Dhakhirah al-Mal:

Manakala aku melihat manusia telah berpegang kepada mazhab yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan kejahilan Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan mereka itulah Ahlu l-Bait al-Mustafa dan penamat segala Rasul.

Wahai pembaca yang budiman, sesungguhnya hadith yang mulia ini datangnya daripada Nabi SAWAW. Beliau telah menutup jalan-jalan yang banyak. Justeru itu beliau tidak meninggalkan selain daripada jalan Ahlu l-Bait yang terang seperti matahari di siang hari. Beliau telah memimpin mereka ke jalan yang benar dengan hujah yang terang yang akan membawa mereka ke syurga.

Dan perumpamaan Ahlu l-Baitnya dengan bahtera Nuh adalah jelas menunjukkan bahawa mengikuti mereka, mematuhi kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka adalah wajib. Dan untuk mendapat kejayaan adalah dengan menaiki bahtera, nescaya mereka berjaya daripada tenggelam kerana bahtera itu terselamat daripada keaiban. Sekiranya terdapat kecacatan, nescaya binasalah orang yang berada di dalamnya tanpa syak lagi. Kerana ombak-ombak taufan begitu kuat memukul seperti bukit sebagaimana diceritakan oleh al-Qur'an tentang kesengsaraan yang menakutkan. Nuh menyeru anak lelakinya dari jauh:"Wahai anakku! Naiklah bersama kami dan janganlah anda berada bersama orang yang kafir. Anaknya berdegil tidak mahu menaikinya sambil berkata: Aku akan berlindung di bukit yang dapat memeliharaku daripada air. Maka Nuh menjawab:

Tidak ada pemeliharaan di hari ini (sesuatupun) dari suruhan Allah (selama-lamanya) selain daripada orang yang dirahmati Allah (dengan menaiki bahtera). Lantas orang yang ingkar tetap berkeras dengan penuh penentangannya. Maka ombak telah memisahkan di antara keduanya, maka termasuklah dia dari golongan orang yang tenggelam yang berdegil di atas kekufuran mereka. Maka ombak-ombak tadi memukul mereka, lalu mereka pun binasa. Wa l-Hamdulillah 'Ala Halaki Ahli l-Kufr.

Demikianlah para imam Ahlu l-Bait AS dengan ummat ini. Siapa yang berlindung kepada mereka dan berjalan menurut jalan mereka yang lurus, berpegang kepada ikatan kukuh yang tidak akan berpisah buat selama-lamanya, mengambil daripada mereka asas-asas agamanya serta cabang-cabangnya, berakhlak dengan akhlak mereka yang mulia, berpegang kepada kewalian mereka, benar-benar mencintai mereka di dalam ertikata orang lain tidak mendahului mereka, nescaya dia akan berjaya dari tenggelam dan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya. Selamat daripada siksaan Allah di hari akhirat dan akan mendapat ganjaran daripada Allah dan Nabi SAWAW.

Dan sesiapa yang membelakangi mereka adalah seperti orang yang berlindung di hari Taufan kepada bukit untuk menyelamatkannya daripada urusan Allah. Maka dia disambar oleh ombak lalu tenggelam dan binasa. Demikian juga ombak-ombak fitnah telah melanda (mereka) bertubi-tubi samalah seperti ombak-ombak Taufan Nuh. Tidak ada beza di antara kedua-duanya menurut nas hadith. Ombak mengambilnya dan menenggelamkannya kemudian dia tinggal di neraka. Perbezaan yang pertama tenggelam di air sementara yang kedua tenggelam di neraka jahannam (Wa l-'Iyadhubillah).

Begitu juga hadith ini mewajibkan mukmin berpegang kepada Ahlu l-Bait AS bagi mendapat kejayaan yang abadi dan menjauhi siksaan di hari hisab.

Al-Sayyid al-Muhsin al-Amin al-'Amili65 berkata: Manakah kata-kata yang lebih jelas daripada sabdanya:"Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya binasa atau tenggelam" sebagaimana orang yang menaiki bahtera Nuh berjaya daripada tenggelam. Dan siapa yang tidak menaikinya tenggelam dan binasa. Begitu juga dengan orang yang mengikuti Ahlu l-Bait AS berada di dalam kebenaran dan selamat daripada kemurkaan Allah SWT serta mendapat kemenangan dengan keridhaanNya. Dan siapa yang menyalahi mereka akan binasa dan jatuh ke dalam kemurkaan Allah dan siksaanNya. Ini menunjukkan kemaksuman mereka. Jikalau tidak, bagaimana orang yang mengikuti mereka berjaya dan orang yang menyalahi mereka binasa.

Ini adalah secara umum dan khusus sebagaimana telah diterangkan di dalam hadith Thaqalain. Apa yang dimaksudkan di dalam hadith itu ialah para imam Ahlu l-Bait yang telah disepakati kelebihan mereka. Dikenali dengan keilmuan, kezuhudan dan kewarakan mereka. Dan ummat juga bersepakat selain daripada mereka tidaklah maksum. Orang yang tidak maksum tidak menjamin kejayaan pengikutnya, dan penentangnya pula tidaklah binasa dalam setiap keadaan.

Justeru itu memadailah mereka dinamakan pintu pengampunan kerana kejayaan terletak pada mengikuti mereka dan pelepasan dosa serta kemaksiatan, adalah dengan mengambil jalan mereka.

Aku berkata: Hadith ini yang mulia ini merupakan hujah yang pemutus dan dalil yang kuat terhadap dakwaan Syi'ah al-Abrar dan pengikut-pengikut Ahlu l-Bait AS bahawa khalifah adalah untuk 'Ali Amirul Mukminin AS. Selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dan selepasnya adalah zuriatnya yang terpilih berdasarkan kepada nas hadith bahawa orang-orang yang berpegang kepada 'itrah yang suci akan berjaya. Dan orang yang membelakangi mereka akan binasa. Lantaran itu tidak ada ruang bagi seseorang untuk menentang hujah mereka dan mengambil selain daripada mereka serta mendakwa kejayaan bagi dirinya. Aku memohon kepada Allah supaya menunjukkan Muslimin kepada jalan yang benar dan menyatukan pemikiran mereka bagi mengikuti kebenaran dan mengilhamkan mereka percakapan yang benar.

5. Hadith Madinah al-'Ilm (Hadith Bandar Ilmu)

Sabda Nabi SAW:"Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya." Hadith ini adalah di antara hadith-hadith yang sabit di sisi para ulama Islam secara langsung daripada para penghafal hadith, pakar-pakar sejarah dan sirah. Dan pemindahannya adalah secara mutawatir daripada para ulama Islam dari berbagai-bagai pihak di setiap masa.

Adapun para sahabat yang meriwayatkan hadith ini adalah ramai di antaranya: Imam Amiru l-Mukminin Ali AS, Imam Hasan AS, Abdullah bin Abbas, Jabir bin Abdullah al-Ansari, Abdullah bin Mas'ud al-Hazali, Huzaifah bin al-Yaman, Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Amru bin al-'As dan lain-lain.

Adapun para perawi hadith ini di peringkat Tabi'in ialah:

Imam Zain al-'Abidin bin 'Ali bin al-Husain AS. Anaknya Imam Muhammad al-Baqir AS, Asbagh bin Nubatah, Jarir al-Dhubi, Haris bin Abdullah al-Hamdani al-Kufi, Sa'd bin Tarif al-Hamzali al-Kufi, Sa'id bin Jubair al-Asadi al-Kufi, Salmah bin Kuhail al-Hadhrami al-Kufi, Sulaiman bin Mihran al-Asadi al-Kufi, 'Asim bin Hamzah al-Saluli al-Kufi, 'Abdullah bin Uthman bin Khaitham al-Qari' al-Makki, Abdul Rahman bin Uthman, Abdullah bin Usailah al-Muradi Abu Abdullah al-Sinaiji, Mujahid bin Jubair Abu al-Hajjaj al-Makhzumi al-Makki.

Adapun para ulama yang menghukum kesahihannya adalah ramai di antaranya: al-Tabari di dalam Tahdhib al-Athar, al-Hakim di dalam Mustadrak66, al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami', al-Biruni di dalam Asna al-Matalib, al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal, Fadhulullah bin Ruzabhan al-Syirazi di dalam Abtal al-Abatil, al-Fairuz Abadi di dalam Naqd al-Sahih, Ibn Hajr al-Asqalani di dalam beberapa fatwanya yang diceritakan oleh al-Suyuti di dalam al-Li'ali al-Masnu'ah dan Jam' al-Jawami', al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah, Muhammad bin Yusuf al-Syammi di dalam Subul al-Huda wa-Rasyad fi Asma' al-'Ibad, Ibn Hajr di dalam Sawa'iq al-Muhriqah, al-Muhawi di dalam Faidh al-Qadir Syarh al-Jami' al-Saghir, 'Abd al-Haq al-Dahlawi di dalam al-Luma'at, al-Siban al-Misri di dalam Is'af al-Raghibin dan lain-lain.

Adapun para ulama yang mencatat hadith ini di dalam buku-buku dan musnad-musnad mereka adalah ramai di antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak, dia berkata: Abu al-Abbas Muhammad bin Ya'qub telah memberitahukan kami, Muhammad bin Abd al-Rahim al-Harwi telah memberitahukan kami di Ramlah, Abu al-Salt Abd al-Salam bin Salih telah memberitahukan kami, Abu Muawiyah telah memberitahukan kami daripada al-'Amasy daripada Mujahid daripada Ibn Abbas RD dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya. Sanad hadith ini adalah sahih tetapi Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya di dalam sahih-sahih mereka.

Al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad67 berkata: Yahya bin 'Ali al-Daskari Bahlawan telah memberitahukan kami. Begitu juga Abu Bakr Muhammad bin al-Muqri, Abu Tayyib Muhammad bin Abd al-Samad al-Daqqaq al-Baghdadi, Ahmad bin Abdullah Abu Ja'far al-Maktab. Abd al-Razzaq. Sufyan al-Thauri telah memberitahukan kami daripada Abdullah bin Uthman, dia berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah RD berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda di dalam keadaan memegang lengan Ali bin Abu Talib AS:'Inilah amir orang-orang yang baik,pembunuh orang-orang yang jahat, menolong orang yang menolongnya, menghina orang yang menghinanya. Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya.'

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah68, hlm. 183 berkata: Ibn 'Udayy dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada Jabir, dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Dan sesiapa yang ingin datang kepada bandar ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya.'

Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah69 menerangkan bahawa hadith ini telah diriwayatkan melalui al-'Uqaili dan Ibn 'Udayy daripada Ibn Umar dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya.' Di dalam riwayat yang lain pula 'Sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.'

Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah70 berkata:'Hadith ini telah diriwayatkan oleh Suwaid bin Sa'id daripada Syarik daripada Salmah daripada al-Sinaiji daripada 'Ali secara marfu':'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.'

Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal71 menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan daripada Ali sebagaimana telah disebutkan oleh Ibn Kathir.

Ibn 'Abd al-Birr di dalam al-Isti'ab72 berkata: Hadith ini telah diriwayatkan daripada Nabi SAWAW, beliau bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah melalui pintunya.'

Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah73 menerangkan bahawa hadith ini telah diriwayatkan melalui Abu 'Umar sebagaimana telah diterangkan di dalam al-Isti'ab dan Dhakha'ir al-'Uqba74.

Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah75 berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah bandar ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.' Hadith ini juga telah dicatat oleh Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah76, al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib77, al-Dhahabi di dalam al-Talkhis78, Ibn Hajr al-'Asqalani di dalam Lisan al-Mizan79 dan Tahdhib al-Tahdhib80, al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah, al-Nabhani di dalam al-Fath al-Kabir al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa' dan al-Jami' al-Saghir, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas dan lain-lain.

Sayyid Najafi' al-Mar'asyi telah menyebutkan hadith ini di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq karangan Ayatullah 'Uzma Sayyid Qadhi Nurullah al-Tastari RH. Kemudian dia menyebutkan nama-nama ulama Ahlu l-Sunnah yang menyokong hadith ini di dalam Jilid, V, hlm. 469-514.

Aku berkata: Sekiranya Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan hadith ini telah membohongi Rasulullah SAWAW sebagaimana telah disangkakan oleh dajal-dajal yang menjadi kebiasaan mereka melakukan keaiban-keaiban dan berusaha untuk kerosakan dan menentang darurat, maka mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap agama di hadapan Allah SWT. Ya! Kita dapati ramai daripada orang yang memalsukan hadith ke atas Rasulullah SAWAW mengenai 'kelebihan sahabat' telah menerima upah yang lumayan dan ada yang melakukannya secara sukarela.

Apabila mereka dapati tidak ada kecacatan pada hadith ini, kerana ia diakui oleh Sunnah dan Syi'ah, lalu mereka menambahkan beberapa rangkaian padanya bagi mengalihkannya daripada apa yang sepatutnya. Maka mereka memindahkannya seperti: Aku adalah bandar ilmu, Abu Bakr asasnya, 'Umar dindingnya, 'Uthman bumbungnya dan 'Ali pintunya.

Para ulama Ahlu s-Sunnah mencela sesama mereka. Kerana mereka menjadikan 'Uthman bumbungnya lalu berkata: Bandar tidak ada bumbung. Sekiranya mereka berfikir sejenak nescaya mereka mengetahui bahawa madinah al-ilm (Bandar ilmu) adalah 'suasananya.' Bagaimana Abu Bakr menjadi asasnya sedangkan dia tidak mengetahui perkataan Abba. Sebagaimana diriwayatkan oleh para ahli Tafsir dari golongan Sunah dan Syi'ah bahawa dia pernah ditanya tentang firmanNya di dalam Surah 'Abbasa(80):31:"Fakihatan wa abba (buah-buah dan rumput-rumputan).'"Fakihatan kami mengetahui maknanya adapun Abba kami tidak mengetahuinya. Bumi manakah yang aku akan pijak dan langit manakah yang aku akan junjung, apabila aku berkata sesuatu tentang kitab Allah dengan fikiranku sedangkan aku tidak mengetahuinya."Dia juga berkata:"Sesungguhnya syaitan selalu menggodaku dan apabila aku melakukan kesalahan, maka perbetulkanlah (kesalahan)ku."

Begitu juga halnya dengan 'Umar. Bagaimana dia boleh menjadi dindingnya sedangkan dia berkata:"Orang ramai lebih mengetahui daripada Umar sehingga gadis-gadis sunti di dalam khemah." Dia berkata:"Sekiranya 'Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar." Dia juga berkata:"Semoga Allah tidak meninggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abu l-Hasan tidak ada." Dan banyak lagi contoh-contoh seumpama itu dari pengakuannya sendiri tentang kejahilannya di dalam beberapa perkara termasuk hukum-hukum dan lain-lain. Demi Tuhan Ka'bah, Ahlu s-Sunnah tidak boleh mengatakan bahawa kata-kata Umar itu sebagai tawadhuk (merendah diri).

Keuzuran yang sejuk ini tidak mempunyai kemuliaan lagi kerana dia tidak ada jalan keluar bagi sifat tawadhuk yang disangkakan. Kerana maqam yang kita bincangkan sekarang adalah maqam khilafah daripada Nabi SAWAW yang maksum yang membawa syariat yang kuat sehingga berakhirnya dunia ini. Sebagai menunaikan kewajipan tersebut maka tawadhuk tidak menjadi alasan lagi. Dan sesungguhnya dakwah tawadhuk memerlukan dalil dan tidak ada dalil bagi Ahlu s-Sunnah. Kemudian kata-kata 'Umar itu menunjukkan kelebihan 'Ali AS di setiap keadaan. Dan cukuplah itu menjadi dalil bagi Syi'ah al-Abrar.

Dengan nama Tuhan anda, katakanlah kepadaku wahai Muslim yang budiman! Adakah layak orang seperti Umar yang mengakui kejahilannya sendiri menjadi khalifah kepada ummat yang baru Islam sedangkan ada orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAWAW:"Anda wahai 'Ali! Pewaris ilmuku, suami anak perempuanku, pelaksana agamaku dan khalifahku selepasku." Justeru itu Amirul Mukminin telah menunjuk kepada dadanya di suatu hari di atas mimbar Masjid di Kufah sebanyak tiga kali sambil berkata:"Disinilah sifat ilmu. Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilanganku. Demi Allah sekiranya kalian bertanya kepadaku tentang jalan-jalan langit dan bumi, nescaya aku akan memberitahukan kalian mengenainya. Maka sesungguhnya aku lebih mengetahui jalan-jalan langit dan bumi." Hadith-hadith seumpama ini memanglah banyak, maka di manakah nilainya wahai Muslimun!

Mereka juga telah menjadikan Uthman sebagai bumbung, ianya ditertawakan oleh ibu yang kehilangan anaknya. Mereka menjadi Abu Bakr sebagai asas dan Umar sebagai dindingnya. Aku tidak mengerti syaitan, jin dan manusia mana yang membuat tambahan kepada hadith ini? Kerana apa yang terdapat di dalam musnad-musnad Ahlu s-Sunnah menyalahinya. Malah terdapat sanadnya yang tidak boleh dipercayai. Mudah-mudahan mereka akan sedar dari kelalaian mereka dan memerhatikan hadith yang mulia ini dari segi balaghah dan fasahah nya.

Malah penambahan kepada hadith tersebut, telah menurunkan darjat ketiga-tiga khalifah dan menghia mereka. Kerana orang yang menuju ke bandar ilmu tidak akan memasuki melalui asasnya, dindingnya dan bumbungnya, malah melalui pintunya.

Hadith (tambahan) seperti ini telah dilakukan di zaman Tahgut Mu'awiyah yang telah mengambil hadith sebagai bahan perniagaan sebagaimana kami telah kemukakannya sebelum ini. Dia telah memerintahkan gabenor-gabenornya supaya memalsukan hadith tentang kelebihan sahabat dan mencela Ahlu l-Bait AS. Apatah lagi tentang hak Amiru l-Mukminin AS.

Kesimpulan: Tertegaknya khalifah Amiru l-Mukminin Ali AS selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dengan hadith: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya di samping dalil-dalil akal dan naqliyyah kerana Rasulullah SAWAW telah menjadikan Ali sebagai pintu bandar ilmu yang didatangi oleh penuntut-penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia. Dan Nabi SAWAW tidak pernah mewakilkan urusan ini selain daripada Ali, kerana orang lain tidak mempunyai kelayakan untuk memikul bebanan yang berat dan besar di mana kejayaan ummat terletak di atasnya.

Atau kebinasaan jika ia menyalahi dan mendurhakai perintah orang yang memerintah. Sebagaimana sabdanya:'Siapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya dan siapa yang datang bukan melalui pintunya dikira pencuri dan dia adalah dari parti 'iblis.'

Sayyid Mir Hamid Husain al-Nisaburi di dalam bukunya al-'Abaqat telah menyebutkan hadith 'Aku adalah bandar ilmu, maka 'Ali adalah pintunya.' Kemudian dia mengatakan bahawa 'Ali berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dan mengemukakan dalil yang kuat mengenainya.

Ringkasnya, aku telah mengemukakan di sini lima hadith ma'thurah daripada Rasulullah SAWAW yang sabit di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah. Dan yang dipersetujui oleh mereka bagi menunjukkan betapa benarnya dakwaan Syi'ah tentang keutamaan Amiru l-Mukminin 'Ali AS menjadi khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW:

1. Hadith al-Dar atau al-Indhar.

2. Hadith al-Thaqalain.

3. Hadith al-Manzilah.

4. Hadith al-Safinah.

5. Hadith al-Madinah.

Aku telah mengemukakannya kepada anda wahai pembaca yang budiman, setelah aku memaparkan enam ayat al-Qur'an:

1. Ayat al-Wilayah [al-Mai'dah(5):55)].

2. Ayat al-Tathir [al-Ahzab (33):33].

3. Ayat al-Mubahalah ['Ali Imran(3):61].

4. Ayat al-Mawaddah [al-Syura'(42):20].

5. Ayat al-Salawat [al-Ahzab(33):56].

6. Ayat al-Tabligh [al-Mai'dah(5):67]

Lantaran itu enam ayat al-Qur'an dan lima hadith ma'thurah, maka jumlahnya sebelas yang saling lengkap-melengkapi dan diakui oleh Ahlu s-Sunnah dan Syi'ah. Justeru itu tidak seorangpun akan menentangnya kecuali orang yang dikuasai oleh hawa nafsunya. Lantaran itu dia akan dibawa ke jurang yang amat dalam, yang tidak ada batasan dan penentuan baginya. Oleh itu urusan khalifah terserlah secara langsung kepada 'Ali AS.

Sebelas dalil yang sempurna ini telah dicatat oleh para ulama Islam dan telah disahkan oleh pemuka-pemuka ulama Sunnah di samping ulama Syi'ah al-Abrar. Justeru itu tidak ada jalan (tipudaya) untuk memisahkan Ali AS dari menjadi khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW.

Apa yang diharap-harapkan ialah supaya saudara-saudaraku Ahlu s-Sunnah mematuhi kebenaran dan meninggalkan celaan ke atas saudara-saudara mereka Syi'ah. Kerana mereka berjalan menurut jalan Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW. Mereka tidak berganjak sedikitpun daripada mereka (Ahlu l-Bait AS). Oleh itu janganlah mengaitkan mereka dengan pembohongan-pembohongan yang keji dan rekaan-rekaan yang hina serta perkataan yang dibuat-buat. Dan tidak menghubungkaitkan mereka dengan tohmahan-tohmahan yang batil sebagaimana dilakukan oleh sebahagian Ahlu s-Sunnah seperti Ibn Taimiyah, Ibn Hazm, Ibn Hajr, Ahmad Amin Mesir, Musa Jarullah, Muhammad Thabit al-Misri, al-Hafnawi dan al-Jubhan. Seperti Syaikh Nuh yang telah mengeluarkan fatwa tentang kekafiran Syi'ah al-Abrar, dan membunuh mereka.....sama ada mereka bertaubat ataupun tidak. Dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka yang jahat. Mereka menjadi kuncu-kuncu Bani Umaiyyah. Aku memoho perlindungan kepada Tuhan Arasy daripada golongan yang melakukan kezaliman dan permusuhan ke atas kami, sama ada secara jahil atau berpura-pura jahil, mengambil upah atau secara sukarela.

Aku juga berharap dari saudara-saudaraku Ahlu s-Sunnah supaya mengkaji kebenaran yang terdapat di dalam buku-buku mereka sendiri tentang Syi'ah dan meninggalkan celaan ke atas mereka dan apa yang tidak diredhai Allah SWT. Dan janganlah mereka menulis di dalam buku-buku mereka apa yang tidak terdapat di dalam buku-buku Syi'ah. Apatah lagi jika ianya telah menjadi asas mazhab mereka kerana zaman sekarang adalah zaman cahaya. Hakikat kebenaran Syi'ah telah terserlah kepada kebanyakan orang. Dan orang ramai mulai berpegang kepada mazhab Tasyayu' secara beramai-ramai.

Sesungguhnya aku memberi nasihatku yang berguna ini kerana aku mengetahui celaan-celaan dan cacian-cacian yang menggerunkan jiwa-jiwa yang sejahtera terdapat di dalam buku-buku karangan Ahlu s-Sunnah. Allah menjadi saksi sesungguhnya aku sebelum berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS, sentiasa menasihati sahabat-sahabatku dan ulama-ulama yang besar di Qahirah, Damsyiq, Halah, Makkah, Madinah dan lain-lainnya terutamanya penulis-penulis supaya tidak mencela golongan yang berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS sambil berkata: Sebaik-baik bagi kalian menentang Syi'ah dengan cara yang lebih baik iaitu dengan dalil akal atau naql bukan dengan cacian dan tohmahan kerana ianya tidak sesuai dengan peradaban Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW.

Kalian perhatikanlah buku-buku karangan Syi'ah, pasti mempunyai hujah-hujah yang mengukuhkan dakwaan mereka dan mereka menahan daripada cacian dan tohmahan yang batil. Malah mereka menyeru kalian (Ahlu s-Sunnah) dengan kata-kata yang sopan: Mudah-mudahan Allah memperbaiki saudara-saudara kami Ahlu s-Sunnah. Inilah akhlak mereka yang diambil daripada imam-imam mereka dan buku-buku mereka berada di merata-rata tempat. Justeru itu hendaklah kalian mengkajinya atau menjawabnya jika kalian mampu.

Aku mengkaji banyak buku-buku karangan Syi'ah, maka aku dapati ianya menyalahi apa yang dikatakan kepada mereka. Demi Allah! Mereka adalah golongan Mukminin kepada hukum lima yang yang datang daripada Allah dan RasulNya dan akan terus beramal dengannya dari hari beliau diutuskan sehingga hari beliau dibangkitkan. Aku tidak mendapati dosa mereka selain dari tidak mengutamakan selain daripada Ahlu l-Bait ke atas Ahlu l-Bait AS. Dan adakah ini dikira dosa wahai Muslimin?