Perspektif Sahabat dalam Islam Perspektif Sahabat dalam Islam
Diterjemahkan dari buku aslinya Al-Syiah wa al- Sahabah
Karya Syeikh Asad Haidar
Cetakan Bahasa Arab: Beirut, 1980
Hak terjemahan dilindungi undang-undang
All rights reserved
Cetakan Pertama: June, 1993
1
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
DAFTAR ISI SHIAH DAN SAHABAT
Syiah Dan Sahabat
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya
Definisi Dan Titik Perbezaannya
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah
Qudamah bin Mad'un (Maz'un)
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat
Riwayat Sahabat
Hadith Abu Hurairah
Hadith Ummahat al-Mu'minin
Tuduhan Mencaci Sahabat
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum
2
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
SHIAH DAN SAHABAT (Petikan dari Buku Al-Sahabat Menurut Perspektif Islam oleh Syaikh Asad Haidar terjemahan oleh Haji Khalid Kasban Penerbitan Pustaka Ikhwan,1987, hlm. 9-22)
Syiah Dan Sahabat Kita berada di hadapan permasalahan yang besar di mana sejarah berdiri di hadapannya di dalam keadaaan terbelenggu. Kebenarannya tersembunyi di sebalik dakwaan-dakwaan yang palsu. Dan perkataan-perkataan yang kosong telah menutupi jalan-jalan yang membawanya kepada kebenaran. Sebagaimana di sekitarnya pula diukir dengan berbagai-bagai permasalahan dan kesamaran. Ianya tidak dikaji secara ilmiah supaya pokok persoalan menjadi terang dan kebenaran itu akan lahir dengan sewajarnya.
Walau bagaimanapun, sebahagian para sejarahwan mencela Syiah. Dan mengaitkan perkara-perkara tertenty kepada mereka tanpa penelitian. Mereka menulis tanpa ikatan dan syarat; menuduh Syiah tanpa perasaan keagamaan atau pendinding sentimen. Tuduhan yang terpenting ialah mengenai persoalan sahabat dan mentakfirkan mereka (mengkafirkan mereka) - semoga dijauhi Allah Ta'ala - yang mewajibkan hukuman kafir ke atas mereka dan menghukum mereka terkeluar daripada agama Islam sebagaimana berikut: Berkata al-Sayyid Syarafuddin al-Musawi:"Sesungguhnya sesiapa yang mengkaji pendapat kami mengenai sahabat, nescaya dia akan mengetahui sesungguhnya pendapat kami adalah yang paling sederhana. Kerana kami tidak melampaui mengenainya sebagaimana yang dilakukan oleh pelampau-pelampau yang mengkafirkan semua sahabat. Begitu juga kami tidak melampaui jumhur yang mempercayai semua sahabat."Ahlul Sunnah berkata:"Setiap Muslim yang mendengar Nabi atau melihatnya adalah adil secara mutlak."
Kami berpendapat sekalipun sahabat mempunyai kelebihan tetapi ianya bukanlah maksum. Lantaran itu sahabat seperti orang lain ada yang adil, ada yang durhaka, ada yang melakukan jenayah. Dan malah terdapat sahabat yang tidak dikenalpasti latar belakang mereka. Oleh itu kami berhujah berdasarkan keadilan mereka. Kami menghormati mereka di dunia dan di akhirat. Adapun penderhaka-penderhaka dan penjenayah-penjenayah seperti Ibn Hind, Ibn Nabighah, Ibn al-Zirqa', Ibn Uqbah, Ibn Arta't, dan orang seumpama mereka, tentu sekali tidak ada penghormatan bagi mereka, tidak ada penilaian terhadap Hadith-Hadith mereka. Adapun yang tidak diketahui latar belakang mereka, kami berdiam diri sehingga kami dapat meneliti keadaan mereka yang sebenar.
Ini adalah pendapat kami mengenai pembawa-pembawa Hadith (yang terdiri daripada sahabat), al-Kitab, dan Sunnah, kami berpandukan kepada pendapat ini sebagaimana diterangkan dengan terperinci di dalam Usul al-Fiqh. Tetapi jumhur melampaui di dalam mentakdiskan (mensucikan) setiap orang yang mereka namakan sahabat sehingga mereka terkeluar daripada kesederhanaan. Mereka mengikut setiap Muslim yang mendengar daripada Nabi SAWA atau melihatnya dengan ikutan buta lantas mereka menentang orang yang tidak sehaluan dengan pendapat mereka dalam soal ini. Lihatlah betapa kuatnya penentangan mereka terhadap kami manakala mereka mengatakan kami menolak Hadith (sebahagian) sahabat dengan menerangkan "kecacatan" mereka (al-jarh) atau latara belakang mereka yang tidak diketahui. Tetapi apa yang kami lakukan adalah semata-mata mengikut amalan syarak di dalam penyelidikan mengenai "hakikat-hakikat keagamaan" dan kajian di dalam penentuan Hadith-Hadith yang sahih.
Justeru itu mereka (jumhur) telah melakukan syak wasangka terhadap kami, Mereka menuduh kami perkara yang bukan-bukan lalu mereka meraba-raba di dalam kejahilan. Andainya mereka kembali kepada "kaedah-kaedah ilmu" nescaya mereka akan mengetahui bahawa penetapan keadilan kepada sahabat adalah tidak berasas. Sekiranya mereka mengkaji al-al-Qur'an nescaya mereka dapati bahawa orang munafiq itu dikira sahabat. Perhatilah Surah al-Taubah dan Surah al-Ahzab.
Persoalan Sahabat Walau bagaimanapun pokok permasalahan terbahagi kepada tiga:
1. Sahabat semuanya adil, dan mereka adalah para mutjahid. Ini adalah pendapat jumhur Ahlul Sunnah.
2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil, dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Oleh itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat Syiah.
3. Semua sahabat adalah kafir - semoga dijauhi Allah Ta'ala - ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam. Ianya tidak akan dilupakan selain daripada orang yang kafir.
Tiga pokok kepada persoalan sahabat itu hendaklah dikaji secara mendalam. Adapun pendapat yang ketiga adalah terbatal secara ijmak, kerana ianya hanya diucapkan oleh musuh-musuh islam. Pendapat pertama (seakan-akan) mendakwa ismah terhadap sahabat atau jatuhnya takalif daripada mereka. Ini adalah perkara yang tidak diakui oleh Islam dan tidak termasuk di dalam ajaran-ajarannya.
Pendapat kedua ialah pendapat yang dipegang oleh Syiah iaitu menilai darjat sahabat berdasarkan amalan dan darjat keimanan mereka. Kerana sahabat adalah umum bagi setiap orang yang bersahabat dengan Nabi SAWA atau melihatnya, atau mendengar (Hadith) daripadanya. Oleh itu ianya mengandungi Mukmin dan munafiq, yang adil dan yang fasiq, yang baik dan yang jahat. Sebagaimana sabda Nabi SAWA di dalam peperangan Tabuk apabila beliau diberitahu oleh Jibra'il mengenai apa yang diucapkan oleh munafiqin:"Sesungguhnya Muhammad boleh menceritakan berita-berita di langit. Sedangkan beliau tidak mengetahui "jalan" untuk mendapatkan air." Rasulullah SAWA memberitahu kata-kata itu kepada Sa'ad bin Ubadah.
Maka Sa'ad berkata kepadanya:"Jika anda mahu nescaya aku akan pancung tengkuk mereka. Rasulullah SAWA bersabda:"Supaya orang ramai tidak akan berkata:Sesungguhnya Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya tetapi sebaliknya kita bergaul dengan mereka secara baik selama mereka (berada) bersama kita [1]".
Oleh itu sahabat semata-mata bukanlah maksum, yang boleh memakai tuannya dengan pakaian keadilan (al-Adalah). Sebaliknya kedudukan mereka berbeza dan darjat mereka berlainan berdasarkan amalan mereka.
Kami mempunyai dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur'an dan Hadith-Hadith Rasulullah SAWA bagi menyokong pendapat kami. Tetapi ianya tidak dinafikan terdapat di kalangan mereka yang bersifat adil yang terdiri daripada orang yang menepati apa yang mereka telah janjikan kepada Allah, mempunyai aqidah yang kuat dan ikhlas kepada Allah. Oleh itu mereka mempunyai setinggi-tinggi darjat kesempurnaan. Mereka disifatkan oleh Allah di dalam firmanNya,"….keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka: kami lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dan bekas sujud.Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunas itu menjadikan tanamannya itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya: tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar."
"Dan mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar [2]."
Sesungguhnya Allah menyuruh mengikut mereka di dalam firmanNya:"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar [3]."
Dan firmanNya yang bermaksud:"Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikut mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar [4]."
Mereka itu adalah sahabat Muhammad SAWA. Siapakah yang berani mengatakan kepada mereka apa yang tidak diredhai Allah [5] dan menyalahi firmanNya!
Catatan Kaki: 1.Al-Fath(48):29.
2.Al-Hujurat(49):15.
3.Al-Taubah(9):119.
4.Al-Taubah(9):100.
5.Pujian atau keredhaan Allah SWT kepada seseorang atau sahabat tertentu adalah berkait rapat dengan perbuatan mereka itu sendiri. Dan sekiranya perbuatan mereka itu pada masa yang lain menyalahi nas, maka pujian atau keredhaanNya tidak akan dikaitkan dengan mereka (berasaskan nas) kerana pujian keredhaan di dalam ayat-ayat tersebut adalah daripada Sifat Fi'liyyah yang terhenti di atas perbuatan makhluk dan ianya bukan daripada Sifat Dhatiyyah yang memberi pengertian "kekal" tanpa berdasarkan kepada perbuatan mereka sama ada ianya bercanggah dengan nas atau pun tidak. Dan jikalau ianya memberi pengertian keredhaan yang "kekal" atau selama-lamanya, maka semua orang yang tidak termasuk di dalam firmanNya"Wahai orang yang beriman" tidak seorang pun daripada mereka akan menjadi murtad.
Begitu juga kemurkaanNya kepada orang kafir di dalam firmanNya"Wahai orang kafir" tidak seorang pun daripada mereka akan menjadi Muslim.
3
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
Umumnya Sahabat Dan Keistimewaannya (Petikan dari Buku Al-Sahabat Menurut Perspektif Islam oleh Syaikh Asad Haidar terjemahan oleh Haji Khalid Kasban Penerbitan Pustaka Ikhwan,1987, hlm. 9-22)
Sahabat termasuk orang munafiq, orang yang melakukan fitnah dan orang yang menukarkan perkara-perkara tertentu bagi Rasulullah . Mereka melakukan penipuan sehingga datangnya kebenaran, dan perintah Allah, lalu mereka membencinya.
Terdapat di kalangan mereka yang menyakiti Rasulullah dan disifatkan oleh Allah di dalam firmanNya yang bermaksud:"Di antara mereka ada yang menyakiti Nabi dan mengatakan:Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya."[1]Dan firmanNya:"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya seksa yang menghinakan."[2]
"Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu bagi mereka azab yang pedih."[3].
Terdapat di kalangan mereka penipu-penipu dan orang yang menzahirkan keimanan. Allah menyifatkan mereka di dalam firmanNya:
Artinya:"Di antara manusia ada yang mengatakan:Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian; padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman; padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar."[4]
Artinya:"Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan "kami telah beriman." Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka mereka mengatakan: Sesungguhnya kami berpendirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok."[5]
Artinya:"Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran). Maka Allah menimbulkan kemunafiqan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang mereka telah ikrarkan kepadaNya dan juga kerana mereka selalu berdusta."[6]
Wal-hal sahabat mempunyai kedudukan yang tinggi. Secara umumnya iannya mengandungi orang yang telah diuji hatinya dengan keimanan, keikhlasan terhadap Allah, berjuang dengan gigih dan telah mencapai darjat kesempurnaan diri. Maka mereka itu menjadi contoh bagi kemuliaan akhlak iaitu mereka yang takut kepada Allah dan mematuhi segala suruhanNya. Sebagaimana firmanNya:
Artinya:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (iaitu) orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka."[7]
Sebagaimana juga sahabat tidak termasuk orang yang imannya tidak memasuki hatinya. FirmanNya:
Artinya:"Mereka mengucapkan dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya."[8]
Oleh itu sahabat tidak maksum (terpelihara daripada dosa) sama ada pada masa hayat Nabi SAWA atau selepasnya. Terdapat sebuah Hadith dengan sanadnya diriwayatkan oleh Abu Abdullah al-Ansari daripada Abu Darda'. Dia berkata: Aku bertanya wahai Rasulullah sesungguhnya telah sampai kepadaku Hadith anda yang berbunyi:
Artinya:"Akan murtad beberapa golongan selepas mereka beriman? Rasulullah SAWA menjawab: Ya! Tetapi anda bukanlah daripada mereka."[9]
Apa yang aneh ialah terdapat setengah orang memberikan alasan bahawa maksud dengan orang yang murtad itu ialah oang yang telah membunuh Uthman. Sedangkan Abu Darda' telah meninggal dunia sebelum pembunuhan Uthman. Ini memberikan implikasi "pengutukan" terhadap kebanyakan sahabat.
Kerana mereka terlibat dengan pembunuhan Uthman. Hanya sebilangan kecil sahaja yang tidak terlibat.
Di antara bukti-bukti penafian "keadilan" (al-Adalah) sahabat pada masa Nabi SAWA ialah seperti berikut:
1. Seorang lelaki menulis untuk Nabi SAWA. Dia membaca Surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran: Nabi SAWA menyuruh dia menulis "ghafuran rahima" tetapi dia menulis ''aliman hakima". Maka Nabi SAWA berkata kepadanya: Tulislah….(apa yang disuruh). Lelaki itu berkata: Aku akan tulis apa yang aku mahu. Nabi SAWA menyuruh dia menulis "aliman hakima" maka lelaki itu menulis "sami'an basira". Dia berkata: Saya lebih mengetahui daripada kalian tentang Muhammad. Nabi SAWA bersabda: Bumi tidak akan menerimanya. Anas berkata: Abu Talhah memberitahuku bahawa dia telah pergi ke tempat lelaki itu ditanam, dan didapatinya tidak diterima oleh bumi. Lalu Abu Talhah bertanya: Apakah dengan keadaan lelaki itu? Mereka menjawab: Kami telah mengkebumikannya beberapa kali tetapi bumi tidak menerimanya. Ibn Kathir berkata: Hadith ini adalah mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi kedua-duanya tidak mencatatkannya di dalam Sahih-Sahih mereka.[10]
2. Al-Walid bin Uqbah bin Abi Mu'it[11] yang telah dinamakan oleh Allah sebagai fasiq ketika diutuskan oleh Nabi SAWA untuk memungut zakat daripada Bani Mustalaq. Dia pulang dan memberi tahu Nabi SAWA bahawa Bani Mustalaq telah keluar untuk memeranginya. Lalu Nabi SAWA bersiap sedia dengan tentera untuk memerangi mereka.Maka Allah berfirman:
Artinya:"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atau perbuatanmu itu."[12]
Dia adalah di kalangan sahabat, dan di manakah keadilan daripada seorang yang fasiqa?
3. Al-Jadd bin Qais daripada Bani Salmah telah diturunkan ayat mengenaiNya. FirmanNya:
Artinya:"Di antara mereka ada orang yang berkata:"Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah." Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang kafir."[13]
4. Masjid Dirar. Tahukah anda bahawa masjid Dirar telah dibina oleh golongan yang "mereka" panggil sahabat yang berpura-pura menunaikan sembahyang di dalam beberapa waktu kemudian Allah mendedahkan rahsia mereka dan ternyatalah perbuatan mereka. Sesungguhnya mereka adalah orang munafiq. Allah berfirman:
Artinya:"Dan orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan dan (kerana) kekafiran(nya), dan untuk memecah-belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta."[14]
Mereka terdiri daripada dua belas orang Munafiqin iaitu Khuzam bin Khalid bin Ubaid, Mu'tab bin Qusyair, Abu Habibah bin Abi Az'ar dan lain-lain.[15]
5. Tha'labah bin Hatib bin Umar bin Umayyah di antara orang yang turut berperang di dalam peperangan Badar dan Uhud. Dia tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya. Lalu Allah berfirman: Dia tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya. Lalu Allah berfirman:
Artinya:"Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah:"Sesungguhnya jika Allah memberi sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang yang saleh."[16]
Tha'labah adalah sahabat yang sentiasa mengerjakan salat. Dia asalnya seorang yang miskin. Dia meminta rasululullah SAWA memohon kepada Allah untuknya. Dia berkata:"Pohonkanlah kepada Allah untukku supaya Dia mengurniakan harta yang banyak." Lalu Rasulullah SAWA bersabda:"Wahai Tha'labah harta yang sedikit yang kamu bersyukur lebih baik daripada harta yang banyak." Maka Tha'labah berkata:"Demi orang yang telah mengutuskan kamu dengan kebenaran sebagai seorang Nabi supaya kamu menyeru Allah supaya Dia mengurniakan rezeki yang banyak.
Demi Allah aku akan memberi hak kepada orangnya." Lalu Rasulullah SAWA bersabda:"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah Tha'labah harta, kemudian hartanya bertambah, tetapi dia tetap tidak mahu memberi zakat. Dan dia adalah termasuk orang yang berbohong."[17]
6. Dhu al-Thadyah. Adalah seorang sahabat yang disegani kerana kuat beribadat. Tetapi Nabi SAWA mengarahkan supaya dia dibunuh. Nabi SAWA bersabda:
Artinya:"Dia adalah seorang lelaki dimukanya terdapat tompok daripada syaitan. Beliau menghantar Abu Bakar untuk membunuhnya, manakala dia (Abu Bakar) melihatnya sedang sembahyang, dia kembali (tidak membunuhnya), lalu Nabi menghantar Umar, tetapi dia tidak membunuhnya. Kemudian beliau menghantar Ali AS tetapi dia tidak mendapatinya (dia telah pergi).[18]
7. Golongan yang mereka namakan sahabat juga telah berkumpul di rumah Suwailam. Lalu mereka menegah orang ramai datang kepada Rasulullah SAWA. Maka Rasulullah SAWA menyuruh supaya rumah tersebut dibakar.[19]
8. Qazman bin al-Harith telah ikut serta berperang di dalam Peperangan Uhud, bersama Nabi SAWA. Sahabat-sahabat yang lain berkata:"Tidak seorang pun daripada kami diberi pahala seperti yang diberikan kepadanya."Nabi SAWA menjawab:"Sesungguhnya dia daripada ahli neraka."Manakala beliau terluka, lalu jatuh, seorang berkata kepadanya:"Tahniah kepada anda ke syurga."Dia menjawab kepadanya:"Syurga daripada kutu. Demi Allah kami tidak berperang selain daripada mendapat ganjaran duniawi."[20]
9. Al-Hakim bin Abil-As bin Umaiyyah bin Abd Syams diusir dari Madinah dan dilaknati oleh Rasulullah SAWA. Dia adalah bapa kepada Marwan dan bapa saudara kepada Uthman bin Affan.
Al-Fakihi telah memberitahu dengan sanad daripada az-Zuhri dan Ata' al-Khurasani bahawa sahabat-sahabat menziarahi Rasulullah SAWA ketika itu beliau sedang melaknati al-Hakam. Mereka bertanya:"Wahai Rasulullah ! Apakah dengannya? Rasulullah menjawab:"Dia memasuki (rumahku) melalui dinding yang pecah sedangkan aku bersama isteriku……"
Nabi SAWA berjalan di hadapan al-Hakam, lantas al-Hakam mencuitkan Nabi SAWA dengan anak jarinya (iaitu mempersendakannya). Lalu Nabi SAWA berpaling dan melihatnya dan berkata:"Wahai tuhanku jadikannya seorang yang tidak berguna." Kemudian dia (al-Hakam) segera lari dari tempatnya. Dia dinamakan Khait al-Batil "Benang Palsu." Rasulullah SAWA berkata kepadanya:"Celakalah umatku daripada keturunan lelaki ini."[21]
10. Apabila Rasulullah SAWA melawat Ka'ab pada masa sakitnya. Maka ibu Ka'ab pun berkata:"Tahniah ke syurga wahai Ka'ab." Rasulullah SAWA menjawab:"Apa sebab yang anda berpendapat sedemikian wahai ibu Ka'ab? Mana tahu Ka'ab telah mengucap apa yang tidak harus diucapkan."[22]
11. Al-Wahidi telah mencatatkan sebuah Hadith daripada Ibn Abbas mengenai firman Tuhan:
Artinya:"Dan sesungguhnya kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu daripadamu dan sesungguhnya kami mengetahui pula orang-orang yang terkemudian."[23]
Beliau berkata;"Seseorang wanita cantik sedang sembahyang di belakang Rasulullah SAWA. Sebahagian sahabat berada di barisan depan supaya mereka tidak melihatnya. Dan sebahagian sahabat berada di barisan akhir, apabila mereka rukuk, mereka dapat melihat wanita tersebut menerusi ketiak mereka.[24] Lalu Allah berfirman:(al-Hijr:24).
12. Ibn Hanbal telah menulis di dalam Musnadnya daripada Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAWA bersabda:
Artinya:"Akulah yang mendahului kamu di Haud dan aku menentang mereka (aqwaman) kemudian aku akan mendapat kemenangan ke atas mereka dan aku akan berkata: Wahai Tuhanku! Sahabat-sahabatku! Dia akan berkata:"Kamu tidak mengetahui apa yang mereka telah lakukan (bid'ah) selepas kamu."[25]
Al-Turmidhi pula mencatatkan sebuah Hadith Nabi SAWA berbunyi:
Artinya:"……Aku berkata: Wahai Tuhanku sahabat-sahabatku. Maka ia dijawab:Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang mereka telah lakukan (bid'ah) selepas kamu. Sesungguhnya sebahagian mereka sentiasa murtad semenjak kamu meninggalkan mereka….."[26]
Semoga bukti-bukti yang dikemukakan itu tidaklah begitu panjang sehingga menjemukan pula. Oleh itu memadailah kamu menerangkan sebahagian kecil daripada bukti-bukti yang menafikan keadilan sahabat secara umum dan mutlak.
Sebenarnya persahabatan (dengan Nabi SAWA) adalah suatu keistimewaan tetapi ianya bukanlah suatu kemaksuman kerana terdapat di kalangan mereka (sahabat) yang adil, wali-wali dan siddiqun. Mereka merupakan ulama ummah dan pembawa Hadith Nabi SAWA sebagaimana juga terdapat di kalangan sahabat yang majhul al-hal tidak diketahui latar belakang mereka.[27]Malah terdapat sahabat munafiq dan penjenayah-penjenayah sebagaimana firman Allah Ta'ala:
Artinya:"Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu ada orang-orang munafiq, dan (juga) ada di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafiqannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar."[28]
Di kalangan sahabat ada yang menyakiti hati Rasulullah SAWA. FirmanNya:
Artinya:"Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu bagi mereka azab yang pedih."[29]
Kepada Allah kita melepaskan diri kita daripada mereka dan daripada orang yang di dalam firmanNya:
Artinya:"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka halangi (manusia) dari jalan Allah kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan."[30]
Dan orang yang menipu sebagaimana firmanNya;
Artinya:"Sesungguhnya orang-orang "munafiq" itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. Mereka di dalam keadaaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir); tidak masuk keadaan golongan ini (orang-orang kafir). Barang siapa yang disesatkan Allah maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya."[31]
Al-Qur'an menerangkan dengan jelas tentang wujudnya golongan yang mendengar dakwah Rasulullah SAWA tetapi Allah mengunci hati mereka kerana mereka menurut hawa nafsu mereka. Dia berfirman:
Artinya:"Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan:Apakah yang dikatakan tadi? Mereka itulah orang-orang yang dikunci hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka."[32]
Sebagaimana juga Allah melaknati golongan yang terdapat di hati mereka "penyakit", dan mereka merosak di bumi dan memutuskan silatur-rahim. FirmanNya:
Artinya:"Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan dituliskanNya telinga mereka dan dibutakanNya penglihatan mereka. Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Qur'an ataukah hati mereka terkunci?[33]
Ya! Di manakah mereka itu selepas Rasulullah SAWA? Merekalah yang telah membuat Nabi SAWA menanggung penderitaan dan kesusahan di dalan hidupnya.[34] Adakah keadaan mereka berubah selepas kewafatannya daripada nifaq kepada iman? Daripada kerosakan kepada kebaikan, daripada syak kepada yakin sehingga mereka termasuk ke dalam golongan sahabat yang adil, warak, taqwa, mulia diri, mempunyai keilmuan yang tinggi, lemah-lembut, berkorban di jalan Allah sebagaimana firmanNya:
Artinya:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.[35]
Kami tidak syak kepada agama kami dan kami tidak menentang perkataaan yang benar di dalam menilai perbezaan kedudukan sahabat dan darjatmereka. Kerana kami akan mengikut sahabat yang benar sahaja. Dan kami akan mematuhi mereka yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia, sebagaimana diterangkan oleh Allah dan RasulNya. Begitu juga kami tidak mempercayai sahabat yang menjadi pengkhianat kepada Allah dan RasulNya. Kerana itu merupakan suatu penjenayahan dan suatu pengkhianatan terhadap Islam. Dan kami tidak cenderung kepada orang yang zalimdaripada mereka.[36]
Dan kami menentang orang yang menentang Allah dan RasulNya. Inilah perkataan yang benar, dan perkataan yang benar itu lebih berhak diikuti.
Catatan Kaki: 1. Al-Taubah (9):61
2. Al-Ahzab (33):57
3. Al-Taubah (9):61
4. Al-Baqarah (2):8-9
5. Al-Baqarah (2):14
6. Al-Taubah (9):75-7
7. Al-Anfal (8):2-3
8. Al-Fath (48):11
9. Ibn Kathir, Tarikh, VI, hlm.170
10.Ibid.
11. Adik Khalifah Uthman dari sebelah ibunya. Semasa pemerintahannya, Khalifah Uthman melantik beliau sebagai gabenor di Kufah, al-Baladhuri, al-Ansab l-Asyraf, V, hlm.22; Ibn Abd al-Barr, al-Isti'ab, III, hlm.594 menceritakan bahawa al-Walid bin Uqbah adalah seorang peminum arak. Beliau pernah sembahyang Subuh dalam keadaan mabuk. Ibn Qutaibah di dalam al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo, 1957, I, hlm.32, menyatakan al-Walid bin Uqbah sembahyang Subuh empat rakaat kerana mabuk.
12. Al-Hujurat (49):6
13. Al-Taubah (9):49
14. Al-Taubah (49):107
15. Ibn Hisyam, Sirah, I, hlm.341; Ibn Kathir, Tafsir, II hlm.338
16. Al-Taubah (9):75-76
17. Ibn Abd al-Barr, al-Isti'ab, I, hlm. 201, al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm.25
18. Ibn Hajar, al-Isabah, I, hlm. 429
19. Ibn Hisyam, Sirah, I, hlm. 332
20. Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 235
21. Al-Isabah, I, hlm. 346. Di masa pemerintahannya, Khalifah Uthman memanggilnya pulang ke Madinah dari Tai'f. Lihat umpamanya al-Tabari, Tarikh V, hlm.60, dan seterusnya. Sepatutnya beliau tidak memanggilnya pulang kerana ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA. Oleh itu Sunnah Khalifah bertentangan dengan Sunnah Rasul SAWA mestilah diketepikan.
22. Tarikh Baghdad, IV, hlm. 273
23. Al-Hijr (15): 24
24. Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 158
25. Ahmad bin Hanbal, Musnad, V, hlm. 231
26. Al-Turmidhi, Sahih IV, hlm. 68. Lihat juga al-Bukhari, Sahih, mengenai sahabat yang berubah akhlak, pendirian dan kepercayaan selepas Nabi SAWA meninggal dunia dalam "Bab al-Haudh", VIII, hlm. 368-386
27. Lihat umpamanya, Murtadha al-Askari, Seratus Lima Puluh Sahabat Khayalan, Beirut. 1968.
28. Al-Taubah (9): 101
29. Al-Taubah (9):6130. Al-Mujadalah(58):16
31. An-Nisa'(4):142-3
32. Muhammad (47):1633. Muhammad (47):23-4
34. Sekiranya mereka berubah kepada kebaikan selepas saja wafatnya Nabi SAWA, ianya memberi implikasi bahwa Nabi SAWA sendiri adalah di antara penghalang utama (untuk mereka menjadi baik). Dan ini adalah bertentangan dengan akal dan syarak.
35. al-Hujurat (49):15
36. Kerana firmanNya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim nescaya kamu akan disentuh api neraka." (Hud:113).
4
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
Definisi Dan Titik Perbezaannya Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat[1] telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan:
Artinya:"Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAWA atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah (tergolong) daripada sahabat-sahabatnya."
Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya.[2] Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Terjemahan:"Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAWA atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya."
Definisi ini meliputi orang yang murtad pada masa hidup Nabi SAWA, dan selepasnya. Walau bagaimanapun setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri, sekalipun ianya tidak masuk akal. Kerana al-Riddah (kemurtadan) itu menghapuskan amal. Lantaran itu "nama sahabat" tidak ada tempat baginya. Pendapat ini disokong oleh al-Syafi'i di dalam al-Umm.[3]
Manakala al-Zain al-Iraqi berkata:
Artinya:"Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam."
Said bin Musayyab berpendapat:
Artinya:"Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan."
Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi SAWA dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.
Ibn Hajar berkata:"Definisi (sahabat) tersebut tidak boleh diterima."[4]
Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi dalam maa yang lama dan "mengambil (hadith) daripadanya.[5]
Ada juga pendapat yang mengatakan:"Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi SAWA dalam masa yang pendek.
Walau bagaimanapun definisi-definisi tersebut menegaskan bahawa sesiapa yang mendengar daripada Nabi SAWA atau melihatnya daripada orang Islam secara mutlak mereka semuanya adil - mengikut pendapat mereka - dan mereka pula adalah Mujtahidin.
Inilah titik perbezaan pendapat mengenai sahabat. Justeru itu Syi'ah tidak menetapkan keadilan (al-Adalah) kepada sahabat melainkan kepada mereka yang benar-benar berhaknya: tidak ada dalil atau bukti bahawa setiap sahabat itu adil dan mujtahid. Lantaran itu ianya tidak boleh dipastikan.
Syi'ah mengkaji perbuatan-perbuatan mereka dengan fikiran terbuka, dan menilai setiap sahabat, dengan berdasarkan perbuatan-perbuatannya. Syi'ah tidak menyalahi Kitab Allah, Sunnah RasulNya dan amal Salaf al-Salih di dalam menilai mereka mengenai perbezaan darjat sahabat dan orang yang benar-benar berhak nama sahabat. Lantaran itu tidak hairanlah jika Syi'ah dikecam dengan berbagai kecaman dan tuduhan yang direncanakan oleh musuh-musuh mereka. Jikalaulah di sana datangnya keinsafan, terbukanya fikiran, berdasarkan hakikat, nescaya tuduhan-tuduhan itu tidak berlaku dan permasalahan-permasalahan dapat diselesaikan.
Apa yang anehnya ialah menuduh Syi'ah mencaci sahabat dan melaknat semua sahabat. Sedangkan mereka dikenali sebagai orang yang patuh kepada Ali AS, membantunya di dalam peperangan menentang penderhaka-penderhakanya, mereka adalah sebaik-baik umat.
Catatan Kaki: 1. Perkataan sahih atau ashab (membawa maksud sahabat atau teman) di dalam al-Qur'an adalah umum.Ianya digunakan untuk Muslim dan kafir. Umpamanya firman Allah SWT: Terjemahan:"Ia (kafir) kepada sahabatnya (Mukmin) ketika dia bercakap-cakap dengan dia - Fa qala li-sohibihi...."(Al-Kahfi:37).
"Sahabatnya (yang Mukmin) berkata kepadanya (kafir) sedang dia bercakap-cakap dengannya." (Al-Kahfi:34). Begitu juga perkataan ashab dikaitkan dengan bermacam-macam perkara umpamanya Ashab al-jannah:Penghuni syurga, al-Hasyr:20, dan Ashab an-Nar:Penghuni Neraka, al-Hasyr:20.
2. Al-Bukhari, al-Sahih, V, hlm.1
3. Al-Shafi'i, al-Umm, Cairo, 1961, IV, hlm. 215-216
Penghormatan Syi'ah Terhadap Sahabat Syi'ah menghormati sahabat-sahabat Muhammad SAWA yang diuji dengan ujian yang baik di dalam membantu agama Islam, yang berjuang dengan jiwa raga dan harta mereka.
Sesungguhnya doa yang dibaca oleh Syi'ah untuk sahabat-sahabat Muhammad SAWA adalah bukti yang nyataa menunjukkan penghormatan dan kasih sayang mereka yang ikhlas.
Ya! Sesungguhnya Syi'ah berdoa kepada Allah untuk pengikut-pengikut para rasul secara umum dan sahabat-sahabat Muhammad SAWA secara khusus mengikut apa yang mereka warisi daripada imam-imam mereka yang al-Tahirin. Di antara doa yang paling masyhur ialah doa Imam Ali Zainal al-Abidin AS sebagaimana tertulis di dalam Sahifah[1]nya yang dikenali dengan Zabur Muhammad:
Artinya:"....Wahai Tuhanku cucurilah rahmatmu ke atas sahabat-sahabat Muhammad secara khusus, yang baik persahabatannya, yang telah diuji dengan ujian yang baik di dalam pertolongannya. Dan yang telah membantunya. Dan bersegera untuk menyambutkan, berlumba-lumba kepada seruannya.Dan yang menyahut seruannya sebaik sahaja dia memperdengarkan mereka hujah perutusannya. Dan yang telah ditinggalkan oleh suku keluarga kerana mereka berpegang dengan ikatannya, sehingga terlepas daripada mereka hak kerabat, kerana mereka berada di bayangan kekerabatannya (Muhammad SAWA).
Wahai Tuhanku! Mereka tidak tinggal apa lagi untukMu dan padaMu, REDHAILAH mereka kerana KEREDHAANMU dan dengan apa yang mereka telah mempertahankan kebenaran ke atasMu. Mereka melakukan semua itu adalah untukMu dan kepadaMu. Dan aku berterima kasih kepada mereka kerana penghijrahan rumahtangga mereka kepadaMu dan keluarnya mereka daripada kesenangan hidup kepada kesusahannya...."
Mereka itu adalah sahabat-sahabat Muhammad SAWA yang dihormati oleh Syi'ah. Keluarga Muhammad SAWA terhutang budi kepada mereka. Mereka mengambil pengajaran Islam daripada sumber yang betul datangnya dari mereka (Ahlul Bayt).
Tetapi permainan politik dan api permusuhan di kalangan puak-puak telah melahirkan banyak permasalahan di masa lalu, di mana puak-puak tertentu bangkit untuk menyibarkan fitnah kerana cintakan kuasa dan tamak kepada pengaruh secara devide and rule (pecah dan perintah).
Ringkasnya zaman permainan politik sedemikian rupa, tidak begitu ketara lagi. Kerana kita sekarang berada di zaman kebebasan pemikiran dan kemajuan. Adakah wajar bagi kita meneruskan kefanatikan tersebut? Dan bergembira dengan rancak kepuakan? Sedangkan kita jauh dari kenyataan dengan mengabaikan tanggungjawab kita bersama untuk menentang musuh-musuh Islam. Mereka menghalakan kepada kita segala bentuk pemikiran dan prinsip yang rosak.
Alangkah baiknya kata-kata kesat tanpa kebenaran yang digunakan oleh orang-orang yang lemah akal dan mempunyai pandangan yang sempit Ahl al-Jumud dikikiskan terutamanya apabila mereka menulis tentang Syi'ah. Tidakkah ianya suatu kebenaran jika mereka mengkaji dakwaan mereka dengan teliti?
Sesungguhnya menuduh Syi'ah mencaci sahabat dan mengkafirkan mereka secara umum adalah tuduhan yang palsu, patuh kepada asabiyyah kepuakan yang berasaskan waham dan kebatilan.
Catatan Kaki: 1. Ali Zainal al-Abidin AS, Sahifah Sajaddiyyah, dikeluarkan oleh Husayniyyah Irsyad, Tehran, 1968, hlm.445.
6
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
Sahabat Mengikut Batas Kitab Dan Sunnah Adakah Syi'ah melampaui batas al-Qur'an dan Sunnah apabila mereka mengkritik perbuatan-perbuatan sebahagian sahabat yang terang-terang bertentangan dengan nas, tidak ada ruang untuk ditakwil dn dikompromikan? Kerana pada umumnya sahabat tidak diberikan "kekuasaan pengurusan" di dalam hukum-hukum. Dan mereka pula tidak boleh menyalahi batas-batas hukum. Kerana ijtihad yang menyalahi nas (al-Qur'an dan Sunnah)[1] adalah suatu penolakan terhadap hukum. Dan membelakangi al-Qur'an itu sendiri.
Disebabkan kebanyakan sahabat baru memeluk Islam, adalah menjadi lumrah mereka dijinakkan dengan perkara-perkara tertentu. Dan tabiat itu sukar diatasi dengan cepat. Mereka itu tidak semuanya setanding, kerana terdapat di kalangan mereka yang menerima Islam lebih awal. Dan sesiapa yang kuat imannya akan menyibarkan Islam dan membawa "bendera keadilan", dengan niat yang betul. Dan berhijrah dengan iman yang suci.
Nabi SAWA bersabda:
Artinya:"Sesungguhnya amal perbuatan itu (dikira) dengan niat(niyat)nya, sesungguhnya setiap orang itu (dikira) apa yang ia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berhijrah untuk dunia yang ditujukan kepada wanita yang ia akan mengahwininya, maka hijrahnya itu kembali kepada niat hijrahnya.[2]
Nabi SAWA ditanya tentang sahabatnya:
Artinya:Mereka bertanya:"Wahai Rasulullah! Adakah kami akan diambilkira dengan apa yang kami lakukannya di (masa) jahiliyyah?" Maka Rasulullah SAWA menjawab:"Adapun sesiapa yang telah melakukan kebaikan daripada kamu di dalam (masa) Islam maka ia tidak akan diambilkira dengannya (amalannya di masa jahiliyyah) dan sesiapa yang melakukannya (di masa Islam) akan diambilkira (amalannya) di masa jahiliyyah dan Islam."[3]
Riwayat daripada Sahib berbunyi:
Artinya:"Tidak beriman dengan al-Qur'an orang yang menghalalkan apa yang diharamkanNya."[4]
Ibn Umar berkata: Rasulullah SAWA menaiki mimbar masjid, lalu beliau menyeru dengan suara yang lembut:
Artinya:"Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya, imannya tidak sampai ke hatinya, janganlah anda menyakiti Muslimin, memalukan mereka, mencari keaiban mereka. Sesiapa mencari keaiban saudara Muslimnya, nescaya Allah akan mendedahkan keaibannya. Dia akan mendedahkan sekalipun dia berada di dalam "perjalanannya" yang jauh."[5]
Demikian betapa jelasnya kepada kita hadith-hadith Nabi SAWA dan ayat-ayat al-Qur'an yang menunjukkan bahawa manusia adalah sama di hadapan hukum-hukum Allah SWT sama ada sahabat atau tidak. Dan untuk menentukan keadilan adalah bergantung kepada perbuatan individu. Tidak ada ertinya keadilan tanpa amal.
Sahabat sepatutnya melakukan keadilan lebih ketara lagi. Pendapat yang mengatakan ijtihad mereka adalah mutlak, menghadapi kesukaran di dalam menentukan keadilan. Hasilnya menjadi beku dan tidak memberi erti banyak faedah. Kerana melakukan ta'wil ketika wujudnya nas bermakna menolak hukum (yang ditetapkan oleh nas). Oleh itu tidaklah sah mereka menakwilkannya kerana ianya bercanggah dengan zahirnya. Kemudian mereka pula mengharuskan (bagi mereka) menyalahi zahirnya. Kerana hukum adalah sama bagi manusia untuk menentukan keadilan mereka. Justeru itu tiada siapa pun yang boleh untuk tidak mematuhinya atau tidak melaksanakannya.
Bagi kami politik Imam Ali bin Abi Talib dan sirahnya pada masa khalifah-khalifah yang terdahulu daripadanya dan masa pemerintahannya adalah menjadi bukti yang kuat kepada apa yang kami perkatakan. Beliau melaksanakan hukum had ke atas orang yang melampaui hudud Allah dan menilai seseorang pengikut perbuatannya. Jika seseorang itu besar kedudukannya di sisi Allah, maka besarlah kedudukannya di sisinya. Berapa banyakkah beliau menyeru orang yang mereka namakan sahabat, telah menyalahi Kitab Allah dan Sunnah RasulNya dan memeranginya pula?
Beliau mengisytiharkan dirinya bersih daripada mereka malah mengisytiharkan cacian beliau ke atas sebahagian mereka di atas mimbarnya kerana mereka menyalahi Kitab Allah dan Sunnah NabiNya SAWA.
Sesiapa yang mengkaji perjanjian-perjanjian Imam Ali AS dengan pegawai-pegawainya, wasiat-wasiatnya kepada pemerintah-pemerintah angkatan tenteranya, dan surat-suratnya kepada gabenor-gabenornya,[6] nescaya dia akan dapati betapa tidak betulnya kata-kata bahawa semua sahabat adalah adil, sekalipun mereka melakukan apa yang telah diharamkan Allah SWT.
Kita tidak berpeluang untuk membicarakan tentang sirah Imam Ali AS dengan panjang lebar ketika kita membicarakan sahabat. Walau bagaimanapun sahabat-sahabat Muhammad SAWA mestilah menjauhi apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala, berhidayah dengan hidayah RasulNya, dan tidak membuka peluang kepada sesiapapun untuk menakwil bagi menentang nas. Kerana ijtihad mempunyai syarat-syarat. Semoga kisah Qadamah sebaik-baik bukti bagi menjelaskan perkara ini.
Catatan Kaki: 1. Sunnah Nabi SAWA tidak boleh berlawanan dengan al-Qur'an.
2. Muslim, Sahih, IV, hlm.48
3. Muslim, Sahih, I, hlm.77. Hadith di atas adalah lebih umum daripada apa yang dikatakan hadith (terjemahan):"Islam memotong apa yang sebelumnya." Iaitu Islam tidak mengambil kira perbuatan (jahat) yang dilakukan oleh seseorang sebelum ia menerima Islam secara khusus, tetapi hadith di atas memberi penjelasan yang lebih jauh iaitu sekiranya orang yang sama melakukan "perbuatan" yang sama semasa Islam,
Qudamah bin Mad'un (Maz'un) Qudamah bin Mad'un bin Habib wafat pada tahun 36H. Beliau adalah di kalangan sahabat yang terawal dan telah berhijrah sebanyak dua kali. Khalifah Umar bin al-Khattab menghantarnya ke Bahrain untuk urusan tertentu. Al-Jarud Sayyid 'Abd al-Qais datang berjumpa Umar bin al-Khattab daripada Bahrain dan beliau telah menyaksikan bahawa Qadamah telah meminum arak lalu mabuk.
Umar berkata:Siapakah yang menjadi saksi bersama anda? Jarud menjawab:Abu Hurairah. Lalu Umar pun berkata kepada Abu Hurairah:Dengan apakah anda menyaksikannya? Dia menjawab:Aku tidak melihatnya (minum) tetapi aku melihatnya mabuk dan muntah-muntah. Umar berkata:Anda telah menukar cara penyaksian. Kemudian beliau (Umar) menulis surat kepada Qadamah supaya dia datang dari Bahrain untuk menemuinya. Lalu dia datang.
Al-Jarud berkata:Laksanakanlah had Allah ke atas (lelaki) ini. Umar berkata:Adakah anda bermusuhan (dengannya) atau sebagai saksi? Dia menjawab: sebagai saksi. Dia berkata:Sesungguhnya anda telah melakukan penyaksian anda.
Kemudian al-Jarud mendesak Umar agar melaksanakan had ke atasnya. Umar berkata: Aku fikir anda bermusuhan (dengannya), hanya seorang sahaja yang menyaksikannya bersama anda. Al-Jarud berkata:Semoga Tuhan memberi penjelasan kepada anda. Umar berkata:Anda mestilah menjaga lidah anda atau aku akan menyakiti anda. Maka dia berkata:Wahai Umar, adakah itu kebenaran, sepupu anda yang meminum arak kemudian anda menyakiti aku. Abu Hurairah berkata:Wahai Amir al-Mukminin jika anda mengesyaki pada penyaksian kami pergilah kepada anak perempuan Al-Walid dan bertanyalah kepadanya iaitu isteri Qadamah - maka Umar pun berjumpa Hind binti al-Walid dan meminta penjelasannya. Lantas dia memberipenyaksiannya ke atas suaminya.Kemudian Umar berkata kepada Qadamah:Aku akan melaksanakan had ke atas anda.Qadamah berkata:Jikaakumeminum (arak) sebagaimana anda kata, anda tidak boleh menjalankan had ke atasku. Umar berkata:Kenapa? Qadamah menjawab:Kerana Allah berfirman:
Artinya:"Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh."[1]
Umar berkata:Anda telah tersalah takwil. Jika anda bertaqwa kepada Allah, nescaya anda menjauhi apa yang diharamkan oleh Allah. Kemudian Umar bertanya kepada orang ramai dengan berkata: Apakah pendapat anda tentang sebat ke atas Qadamah? Mereka menjawab:Kami berpendapat anda tidak boleh menyebatnya selagi dia sakit. Kemudian Umar berdiam diri beberapa hari. Dia masih berazam untuk menyebatnya. Dia bertanya:Apakah pendapat kalian tentang sebat ke atas Qadamah? Mereka berkata:Kami berpendapat anda tidak boleh menyebatnya selagi dia masih menderita kesakitan. Umar menjawab: Dia berjumpa dengan Allah setelah disebat lebih aku suka dari aku berjumpa denganNya sedangkan dia (Qadamah) berada "ditengkuk" ku.....Bawa datang satu tongkat kepadaku. Maka dia perintahkan supaya Qadamah disebat.[2]
Inilah kisah Qadamah dan perlaksanaan hukum had ke atasnya serta penakwilannya ke atas apa yang dilakukannya. Kami menyebutnya bukanlah untuk menurunkan kemuliaannya atau mencacinya tentang agamanya. Kerana beliau mempunyai kemuliaan hijrah dan termasuk di kalangan orang yang terdahulu (memeluk Islam). Tetapi kami menyebutnya untuk menerangkan bahawa tidaklah betul apa yang mereka dakwa bahawa "penakwil" tidak dikira bersalah jika ia menyalahi ijma'. Sebagaimana juga kes Abul al-Ghadiyah yang membunuh Ammar bin Yasir, meskipun dia sendiri mengaku apa yang dilakukannya adalah satu jenayah yang akan memasukkannya ke neraka.[3]
Terdapat juga sekumpulan sahabat yang telah melakukan takwil tetapi mereka sebenarnya telah melakukan kesalahan. Oleh itu takwil mereka tidak dapat melepaskan mereka daripada had. Mereka itu ialah: Abu Jundal, Dirar bin al-Khattab, dan Abu al-Azwar. Abu Ubaidah mendapati mereka minum arak. Lantas beliau menentang mereka. Lalu Abu Jundal membaca firman Allah:
Artinya:"Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh memakan makanan yang mereka telah makan....."[4]
Tetapi dia tidak menerima hujah mereka, dan mengenaka had ke atas mereka. Di manakah keadilan untuk melaksanakan hukum had ke atas mereka jika mereka semuanya adil?
Begitu juga 'Abd al-Rahman bin Umar bin al-Khattab telah meminum arak di Mesir, lalu Umar bin al-As melaksanakan hukum had ke atasnya.[5]
Catatan Kaki: 1. Al-Maidah (5):93
2. Al-Isabah, III, hlm.228
3. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm.267
4. Al-Maidah (5):93
5. Al-Isabah, II, hlm.405
8
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
Siasah Umar Terhadap Sebahagian Sahabat Umar bin al-Khattab tidak mensabitkan keadilan Abu Hurairah; manakala beliau mengutusnya ke Bahrain, dia membawa pulang bersamanya sepuluh ribu dinar.Adakah anda mengumpul kekayaan dengan harta ini wahai musuh Allah dan musuh KitabNya? Abu Hurairah menjawab:"Aku bukan musuh Allah dan bukan musuh KitabNya, tetapi aku adalah musuh sesiapa yang memusuhi kedua-duanya." Umar berkata:"Dari manakah anda mendapatkan harta-harta itu?"Dia menjawab:"Kuda membiak, hasil tanaman yang subur, seorang hamba untukku dan hadiah-hadiah diberikan (untukku)."[1]
Mengikut Ibn Abd Rabbih, Umar telah menjemput Abu Hurairah dan berkata kepadanya:"Aku tahu aku menghantar anda bertugas di Bahrain, anda tidak berkasut, kemudian telah sampai kepadaku (berita) anda telah menjual kuda-kuda dengan harga seribu enam ratus dinar."Abu Hurairah menjawab:"Aku mempunyai beberapa ekor kuda yang membiak, dan hadiah-hadiah yang berterusan."Umar berkata:"Aku telah memberi sara hidup dan pertolongan yang lain kepada anda, ini adalah lebihan (daripada pendapatan)."Abu Hurairah menjawab:"Ini bukan untuk anda."Umar berkata:"Ya! Demi Tuhan aku akan memukul belakang anda, kemudian beliau mengambi tongkat dan memukulnya sehingga berdarah, kemudian dia berkata:"Berikannya kepadaku."Abu Hurairah menjawab:"Aku akan meminta supaya ia dihisab di sisi Allah."Umar berkata:"Jika anda memdapatinya secara halal, anda akan menunainya secara taat. Adakah anda datang dari pelusuk Bahrain, anda mengenakan cukai ke atas orang ramai untuk diri anda, bukan untuk Allah dan bukan untuk orang-orang Islam?"[2]
Demikianlah kami dapati Umar menghadapi Abu Hurairah dengan begitu tegas dan menuduhnya telah mengkhianati harta Muslimin. Dan juga mengaitkannya dengan musuh Allah dan musuh KitabNya dan tidak mempercayai apa yang diperkatakannya.
Sekiranya Abu Hurairah seorang yang adil mengikut pandangan 'Umar nescaya beliau mempercayai kata-katanya.[3]Dan beliau akan berkata:Anda adalah seorang yang adil atau seorang mujtahid yang tersalah. Demikian juga pendirian Umar terhadap Khalid bin al-Walid mengenai jenayahnya yang besar terhadap Malik bin Nuwairah, isterinya dan kaumnya.[4]
Al-Baladhuri menerangkan kepada kita bagaimana Abu-l-Mukhtar Yazid bin Qais mengadu kepada Umar bin al-Khattab mengenai pegawai-pegawai di al-Anwaz yang telah mengumpul harta kekayaan, lalu Umar menghukum mereka dan menuduh mereka sebagai pengkhianat.[5]Oleh itu "pengkhianatan" tidak selaras dengan keadilan.
Terjemahan:"Beginilah kamu, kamu sekalian, adalah orang-orang yang berdebat untuk (membela) mereka dalam kehidupan dunia ini. Maka siapakah yang akan mendebat Allah untuk (membela) mereka pada hari Kiamat? Atau siapakah yang jadi pelindung mereka (terhadap seksa Allah)?" (Surah 4:109).
Catatan Kaki: 1. Ibn Kathir, Tarikh, VIII, hlm.113
2. Al-Aqd al-Farid, I, hlm.26
3. Jikalau begitu keadaannya, ulamak yang mempercayai Abu Hurairah, adalah lebih alim daripada Khalifah Umar bin al-Khattab tentang Abu Hurairah.
4. Umar bin Khattab dan Ali meminta Khalifah Abu Bakar supaya mengenakan hukum hudud ke atas Khalid bin al-Walid kerana jenayahnya. Tetapi beliau enggan berbuat demikian. Lihat umpamanya, Ibn Hajar, al-Isabah, III, hlm.336
Abu Bakar telah menghentikan pemberian Khums kepada keluarga Rasulullah SAWA. Tindakan beliau itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal(18):41, dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang memberi Khums kepada keluarganya menurut ayat tersebut. Lihat umpamanya al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm.127. Khalifah Abu Bakar juga mengambil kembali Fadak daripada Fatimah selepas wafatnya Rasulullah SAWA. Abu Bakar memberi alasan "Kami para nabi tidak meninggalkan pusaka, tetapi apa yang kami tinggalkan ialah sadaqah." Hujah yang diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan Ali AS kerana ianya bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti berikut:
1. FirmanNya yang bermaksud,"Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) untuk anak-anakmu" - Surah an-Nisa(4):11. Apa yang dimaksudkan dengan "anak-anak" ialah termasuk anak-anak Nabi SAWA.
2. FirmanNya yang bermaksud,"Dan Sulaiman mewarisi Daud" - Surah an-Naml(27):16. Maksudnya: Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan Nabi Daud dan menggantikan kenabiannya.
3. FirmanNya yang bermaksud"Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putra yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub, dan jadikanlah ia, ya Tuhanku seorang yang diredhai" - Surah Maryam(19):5-6.
Ketiga-tiga ayat tadi bertentangan dengan dakwaan Abu Bakar yang berpegang dengan hadith tersebut. Dan apabila hadith bertentangan dengan al-Qur'an, maka ianya (hadith) mestilah diketepikan.
4. Kalaulah hadith tersebut adalah benar, ini bermakna, Nabi SAWA sendiri telah cuai untuk memberitahu keluarganya mengenai Fadak dan ianya bercanggah dengan firmanNya yang bermaksud,"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" - Surah al-Syu'ara(26):214.
5. Hadith tersebut hanya diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ianya tidak boleh menjadi hujah kerana Fatimah dan Ali AS menentangnya. Fatimah AS berkata:Adakah kamu sekarang menyangka bahawa aku tidak boleh menerima pusaka, adakah kamu menuntut hukum jahiliyyah? Tidakkah hukum Allah lebih baik bagi orang-orang yang yakin....Adakah kamu wahai anak Abi Qahafah mewarisi bapa kamu sedangkan aku tidak mewarisi bapaku? Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang keji. Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghat al-Nisa, II, hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa, II, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92.
6. Fatimah dan Ali AS adalah di antara orang yang disucikan Tuhan di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 dikenali dengan nama ashab al-Kisa'. Dan termasuk orang yang dimubahalahkan bagi menentang orang Nasrani di dalam ayat al-Mubahalah atau Surah Ali Imran (3):61.
Adakah wajar orang yang disucikan Tuhan, dan dimubahalahkan itu menjadi pembohong, penuntut harta Muslimin yang bukan menjadi haknya?
7. Jikalau dakwaan Abu Bakar itu betul ianya bermakna Rasulullah SAWA sendiri tidak mempunyai perasaan kasihan belas sebagai bapa terhadap anaknya. Kerana anak-anak para Nabi yang terdahulu, menerima harta pusaka dari bapa-bapa mereka. Kajian mendalam terhadap Sirah Nabi SAWA dengan keluarganya menunjukkan betapa kasihnya beliau terhadap mereka khususnya Fatimah AS sebagai ibu dari nenek kepada sebelas Imam. Beliau bersabda:Sesungguhnya Allah marah kerana kemarahanmu (Fatimah AS) dan redha dengan keredhaanmu(al-Hakim,al-Mustadrak, III, hlm. 153, Ibn Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 522, al-Muttaqi al-Hindi, Kunz al-Ummal, IV, hlm.219. Mahyuddin al-Syafi'i al-Tabari, Zakha'ir al-Uqba, hlm.39. Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah di antara orang dimarahi Fatimah AS. Beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya (Ibn Qutaibah, al-Imamah, Wal-Siyasah, I, hlm.14).
Beliau berwasiat supaya beliau ditanamkan di waktu malam dan tidak membenarkan seorang pun daripada "mereka" sembahnyang jenazahnya (Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V. hlm.524; al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.177; Ibn Abd al-Barr, al-Isti'ab, II, hlm.751).
Sebenarnya Fatimah AS menuntut tiga perkara:
1. Jawatan khalifah untuk suaminya Ali kerana dia adalah dari Ahl Bayt yang disucikan dan perlantikan nya di Ghadir Khum yang disaksikan oleh 120,000 orang dan ianya diriwayatkan oleh 110 sahabat.
2 .Fadak.
3. A-Khums, saham kerabat Rasulullah SAWA. Tetapi kesemuanya ditolak oleh Khalifah Abu Bakar. (Ib Abi al-Hadid, Syarah Nahj al-Balaghah, V, hlm.86, al-Baladhuri, Futuh al-Buldan, hlm.44).
Satu lagi perkara yang menyedihkan ialah peristiwa untuk membakar rumah Fatimah AS oleh Abu Bakar, Umar, dan sahabat-sahabat yang lain yang menentang Fatimah dan Ali AS. Al-Tabari menyatakan bahawa Umar datang ke rumah Ali AS dan berkata: Demi Tuhan aku akan membakar kamu semua atau kamu semua keluar untuk memba'ah (Abu Bakar)."(Al-Tabari, Tarikh, III. hlm. 198). Fatimah berkata: Kamu semua membakar anakku juga? Maka Umar menjawab: Ya. Sekiranya kamu semua tidak keluar membai'ah. (Abu l-Fida. Tarikh, I, hlm. 159); Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, II, hlm.354; al-Yaqubi, Tarikh, II, hlm. 105; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm. 12).
Manalkala Nabi SAWA di dalam keadaan tenat beliau meminta pensel dan kertas supaya beliau dapat menulis perkara yang mereka tidak akan berselisih faham mengenainya selepasnya iaitu dia akan melantik Ali bin Abi Talib sebagai khalifah. Maka Umar menegah mereka daripada brebuat demikian dan berkata:Sesungguhnya Rasulullah SAWA sedang sakit tenat. Cukuplah bagi kita Kitab Allah sahaja (Muslim, Sahih, III, hlm.69; al-Bukhari, Sahih, I hlm. 36).
Kata-kata Umar adalah bertentangan dengan sabda Rasulullah SAWA yang meminta supaya dibawa kepadanya pensel dan kertas supaya beliau dapat menulis suatu perkara yang dapat menyelamatkan perpecahan umat Muslimin. Sepatutnya Umar mematuhi perintah Rasulullah SAWA yang terpenting supaya kamu tidak akan berselisih faham selepasnya. Di dalam riwayat yang lain pula dengan lafaz: Kamu tidak akan sesat selepasku.
Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm, 136, menyatakan bahawa Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengurangkan takbir sembahyang jenazah daripada lima kepada empat takbir, orang pertama mengharamkan nikah Mut'ah, yang pertama yang memindahkan makam Ibrahim ke tempat sekarang. Pada masa Rasulullah SAWA ianya diletak dengan Ka'bah, orang pertama mengenakan 'aul di dalam ilmu pusaka, orang yang pertama yang memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah, orang pertama yang mendahulukan khutbah Sembahyang Hari Raya daripada sembahyangnya.
Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah. Tindakan beliau ini (sunnah beliau ini) ialah disebabkan Abu Dhar mengkritik beliau kerana menggunakan harta Baitul Mal untuk keluarganya (Ibn Abd al-Birri), al-Is'tiab, I, hlm. 114; Yaqubi, Tarikh, II, hlm.162;al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm.26). Abu Dhar berkata:Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Demi Tuhan, aku melihat kebenaran dipadamkan, kebatilan dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketaqwaan (al-Yaqubi, Tarikh, II, hlm.161).
Khalifah Uthman juga tidak menjalankan hukum had ke atas Ubaidillah bin Umar bin al-Khattab kerana membunuh al-Hurmuzan dan Jufainah. Sebaliknya memrbawanya ke Kufah dan menetap di sana. Orang Muslimin menentang sunnahnya itu. Imam Ali AS meminta supaya ianya dibunuh. Lantaran itu tidak hairanlah jika Ubaidillah bin Umar menentang Ali AS di dalam Peperangan al-Siffin (al-Isabah, I. hlm. 619: Ibn Sa'ad, Tabaqat, V, hlm. 8-10).
Pengumuman:Sepanjang kajian saya, saya tidak dapati sebarang hukum atau perbuatan Ali AS yang bertentangan dengan al-Qur'an atau Sunnah. Jumhur Ahlul Sunnah tidak mencatat satu perkara pun yang dilakukan oleh Imam Ali AS yang berlawanan dengan al-Qur'an dan Sunnah.Oleh itu saya berkeyakinan bahawa beliaulah yang paling layak untuk dicontohi selepas Rasulullah SAWA. Jikalau Jumhur Ahlul Sunnah benar di dalam riwayat mereka mengenai perkara tersebut, kenapa masih mengikut hukum atau perbuatan mereka (sahabat dan khalifah) yang bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA itu. Dan sekiranya mereka (Jumhur Ahlul Sunnah) berbohong mengenainya,maka dosanya ditanggung oleh mereka sendiri dan orang yang mengikuti mereka kerana mereka mengetahui pembohongan mereka. Malah mereka mengatakan riwayat mereka adalah sahih. Lalu mereka jadikannya perantaraan di antara mereka dan Allah SWT.
5. Futuh al-Buldan, hlm.337
9
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
Riwayat Sahabat Di dalam perbincangan tadi ternyata bahawa Syi'ah tidak berpendapat semua sahabat adalah adil, dan untuk menentukan "keadilan" ianya mestilah dinilai berdasarkan perbuatan yang dilakuan oleh sahabat selaras dengan syarat-syarat keadilan yang ditetapkan oleh al-Qur'an dan Sunnah. Kerana semata-mata menetapkan keadilan sebagai hak istimewa sahabat adalah tidak berasas samasekali.
Adapun Ahlul Sunnah, mereka menetapkan keadilan kepada sahabat dengan dalil-dalil yang kami telah sebutkan tadi. Meskipun begitu, mereka berselisih pendapat, sebahagian daripada mereka berpendapat semua sahabat adalah adil. Sebahagian yang lain berpendapat sahabat yang adil adalah sahabat yang tidak terlibat di dalam 'fitnah' (pembunuhan Uthman). Sementara Mu'tazilah pula berpendapat bahawa semua sahabat yang memerangi Ali AS adalah fasiq. Ibn al-Silah mengatakan bahawa semua sahabat yang tidak dilanda oleh kesamaraan fitnah adalah adil. Sementara Ibn al-Amidi dan Ibn al-Hajib pula berpendapat bahawa sahabat seperti juga orang lain,oleh itu "keadilan" mereka mesti dikaji.[1]
Syi'ah berpendapat sahabat bukan semuanya adil. Mereka begitu teliti tentang penerimaan riwayat. Lantaran itu mereka menerima riwayat yang thiqah yang mencukupi syarat-syarat tertentu. Kerana hadith adalah "perlembagaan Islam" dan minhaj kehidupan Muslimin mengenai keagamaan dan kemasyarakatan. Oleh itu Muslimin bersungguh-sungguh mengkaji sanad dan dalilnya.
Kami telah mendengar dan setiap orang telah mendengar tuduhan-tuduhan terhadap Syi'ah. Syi'ah menolak hadith-hadith sahabat. Ini adalah satu kutukan terhadap sahabat-sahabat Muhammad SAWA. Sebahagian mereka mengatakan Syi'ah tidak berpegang kepada syari'at Muslimin kerana mereka menolak hadith-hadith sahabat, dan lain-lain tuduhan terhadap mereka.
Apa yang jelas kata-kata tersebut mempunyai tujuan tertentu yang menyalahi kenyataan. Ianya berlaku kerana keadaan tertentu yang menimpa umat Islam. Apakah salahnya Syi'ah meneliti penerimaan riwayat hadith? Adakah mereka membawa perkara yang keji, apabila mereka tidak menerima riwayat orang yang ternyata jahat perbuatannya, dan ternyata mengikut hawa nafsunya? Di samping itu terdapat beberapa perkara yang menegah penerimaan beberapa hadith dari segi sanad, dan dalil, Kerana ianya tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera.
Meskipun begitu, riwayat sahabat dan penerimaannya mengikut Syi'ah tidaklah seperti apa yang didakwakan ke atas mereka; menolak semua riwayat sahabat. Adakah wajar dikatakan orang yang menjaga agamanya dan meneliti di dalam pengambilan hukumnya sebagai pencaci sahabat-sahabat Muhammad SAWA?[2]
Apabila kita ingin mengkjai dengan mendalam tentang (penerimaan) riwayat Abu Hurairah umpamanya, bertujuan mendedahkan kedudukannya, mereka akan mengatakan: Ini adalah cacian kepada sahabat. Adakah ia suatu kebenaran jika kita menolak hadith-hadithnya yang begitu banyak. Dan bertanya pengkhususannya di mana tidak seorang pun sahabat yang dapat menandinginya, sedangkan beliau baru menerima Islam, selepas peperangan Khaibar dalam tahun ketujuh Hijrah. Dan pergi ke Bahrain pada tahun ke lapan Hijrah. Dan menetap di sana sehingga Rasulullah SAWA wafat.
Oleh itu "persahabatan"nya dengan Nabi adalah kurang daripada dua tahun. Bagaimanakah dia mempunyai "keistimewaan" yang tidak diperolehi oleh orang yang lebih awal Islam daripadanya, lebih banyak bergaul daripadanya dengan Nabi SAWA, dan mempunyai hati yang lebih terbuka untuk menerima apa yang didengari?
Abu Hurairah bekerja keras untuk menutup perutnya. Dia berjumpa dengan orang ramai bertanyakan masalah-masalah mereka bertujuan supaya mereka merasa kasihan kepadanya dan memberinya makan. Kenapakah "hadith-hadith" berada begitu banyak pada Abu Hurairah, tidak pula sahabat-sahabat Muhammad SAWA yang lain? Banyaknya hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau menimbulkan keingkaran dan tanda tanya. Dia telah meriwayatkan 5374 hadith. Sahabat-sahabat lain menentangnya dan membohonginya. Tetapi Abu Hurairah memberi alasan bahawa sahabat-sahabat lain sibuk dengan perniagaan mereka.
Al-'Iraj meriwayatkan daripada Abu Hurairah dia berkata:"Anda bertanya kenapakah orang Muhajirin tidak meriwayatkan hadith-hadith daripada Rasulullah SAWA? Sesungguhnya sahabat-sahabatku daripada orang Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka di pasar-pasar. Sementara sahabat-sahabatku daripada orang Ansar pula, sibuk dengan pengurusan tanah-tanah mereka. Sesungguhnya aku seorang yang sentiasa berada di majlis-majlis Rasulullah SAWA, aku hadir apabila mereka tidak hadir, dan aku menghafal apabila mereka lupa.[3]
Penjelasan itu tidak boleh diterima kerana ianya ditolak oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAWA yang lain. Aisyah dan Abdullah bin Umar menentangnya. Sementara Umar pula menegahnya daripada meriwayatkan hadith Nabi SAWA.
Abu Hurairah mendakwa beliau mempunyai masa lapang untuk menghafal hadith-hadith kerana beliau daripada Ahlul Suffah yang berusaha hanya untuk menutup perutnya daripada kelaparan. Kami ingin bertanya kepadanya tentang pengkhususannya kenapa orang lain yang mempunyai masa lapang (Ahlul Suffah) yang lebih dahulu Islam daripadanya tidak mempunyai pengkhususan ini?
Di sini diperturunkan sebahagian hadith Ahlul Suffah sebagai contoh:
Hadith Ahlul Suffah 1. Hajjaj bin Umar al-Mazini al-Ansari turut berperang bersama Ali AS meriwayatkan 1 hadith di dalam Sihah.
2. Hazim bin Harmalah al-Aslami meriwayatkan 1 hadith. Ianya diriwayatkan pula oleh Ibn Majah daripada Abi Zainab.
3. Zaid bin al-Khattab al-Adawi wafat di hari Yamamah, mempunyai 1hadith kemudian ianya diriwayatkan oleh Ibn Umar.
4. Safinah hamba Rasulullah SAWA mempunyai 14 hadith Muslim meriwayatkan hanya 1 hadith daripadanya.
5. Syaqran hamba Rasulullah SAWA mempunyai 1 hadith diriwayatkan olehal-Turmidhi.
6. Tinkhafah Ibn Qais al-Ghaffari mempunyai 1 hadith dan telah diriwayatkan oleh penulis-penulis al-Sihah.
7. Abdullah bin Anis Abu Yahya wafat tahun 80 Hijrah di Syam mempunyai 24 hadith. Muslim meriwayatkan 1 hadith sahaja.
8. Abdullah bin al-Harath bin Jaza'iz al-Zubaidi, wafat di Mesir pada tahun 80 Hijrah. Beliau merupakan sahabat yang terakhir meninggal dunia di sana. Dia mempunyai beberapa hadith, di keluarkan oleh Abu Daud, al-Turmidhi dan Ibn Majah.
9. Abdullah bin Qart ath-Thimali, wafat pada tahun 56 Hijrah. Beliau mempunyai 1 hadith diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasa'i.
10. Uqbah bin Amir al-Juhani, wafat pada tahun 58 Hijrah. Beliau mempunyai 55 hadith, tetapi al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan 9 hadith daripadanya, beliau adalah di antara orang yang turut berperang bersama Muawiyah di dalam peperangan Siffin.
11. Umar bin Taghlab al-Abdi, mempunyai 2 hadith. Kedua-duanya telah diriwayatkan oleh al-Bukhari.
12. Umar bin Anbasah as-Sulami, mempunyai 48 hadith. Muslim meriwayatkan 1 hadith daripadanya.
13. Utbah bin Abd as-Sulami wafat pada tahun 87 Hijrah, mempunyai 28 hadith.
14. Utbah bin an-Nudar, mempunyai 2 hadith. Kedua-duanya diriwayatkan oleh Ibn Majah.
15. Iyad bin Hammad al-Majasya al-Basri, mempunyai 30 hadith, tetapi Muslim meriwayatkan 1 hadith sahaja daripadanya.
16. Fadalah bin Ubaid al-Ansari wafat tahun 53 Hijrah. Turut berperang Uhud menyertai Bai'ah al-Ridhwan. Beliau mempunyai 50 hadith tetapi Muslim meriwayatkan 2 hadith sahaja.
17. Furat bin Hayyan al-Ajali. Abu Daud meriwayatkan 1 hadith daripadanya. Beliau merupakan orang kuat Abu Sufyan. Rasulullah SAWA memerintahkan supaya beliau dibunuh.
18. As-Sa'ib bin Khalad bin Suwaid bin Tha'labah bin Umar al-Khazraji, wafat dalam tahun 71 Hijrah. Beliau mempunyai 5 hadith.[4]
2. Tidakkah Ammar bin Yasir, Miqdad, Abu Dhar, Salman, Huzaifah adalah sahabat? Mereka menjawab: Ya. Adakah Syi'ah mencaci mereka? Mereka menjawab: Tidak.
3. Al-Futuhat al-Wahabiyyah, hlm.36, Ahmad bin Hanbal, Musnad, XII, hlm.272.
4. Jumlah hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Suffah tidak termasuk riwayat Abdullah bin al-Harth yang disebut "hanya beberapa hadith" ialah 265 hadith. Manakala Abu Hurairah yang juga Ahlul Suffah meriwayatkan sebanyak 5374 hadith. Perbezaaanya ialah 5109. Sementara Abu Bakar meriwayatkan sebanyak 142 hadith. Umar 537 hadith, Uthman 146 hadith, dan Ali AS sebanyak 586 hadith. Jumlah hadith yang diriwayatkan oleh mereka berempat ialah 1411 hadith. Ini bermakna Abu Hurairah telah meriwayatkan hadith melebihi mereka sebanyak 3963 hadith. Lihat Syarafuddin al-Musawi, Abu Hurairah, Karachi, 1979 (cetakan ketiga) hlm.20.
10
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
Hadith Abu Hurairah Mereka bersetuju dengan Abu Hurairah dan keistimewaannya mengatasi sahabat-sahabat Nabi SAWA yang lain. Beliau adalah seorang yang paling banyak meriwayatkan hadith Rasulullah SAWA sedangkan beliau tidak tahu membaca dan menulis. Sebagaimana beliau sendiri menyatakannya. Dan kenyataannya itu dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya:"Aku menghadiri satu majlis Rasulullah SAWA....."Beliau bersabda:"Sesiapa yang membentangkan kainnya sehingga aku melaksanakan bacaanku (doaku), kemudian ia memegangnya kembali, nescaya dia tidak akan melupai sesuatu yang ia dengarnya daripadaku, oleh itu aku membentangkan kainku (burdah) ke atasku sehingga beliau melaksanakan bacaannya (doanya), kemudian aku memegangnya kembali. Demi orang yang diriku ditanganNya. Aku tidak melupai sesuatu yang aku dengar daripadanya."[1]
Persoalan yang timbul, di manakah tawaran ini dibuat oleh Rasulullah SAWA dan kenapa sahabat-sahabat lain tidak berlumba-lumba bagi mendapatkan keistimewaan ini? Adakah mereka mengesyaki dengan apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAWA? Tentu tidak sekali! Atau mereka tidak mempunyai kain untuk dibentangkan (di hadapan Rasulullah SAWA) sebagaimana ianya telah dibentangkan oleh Abu Hurairah? Bolehkah kita mengemukakan soalan-soalan sedemikian rupa? Atau ianya tidak diizinkan? Atau kita kembali ke zaman-zaman yang silam, dengan mendiamkan diri kerana takut jatuh di dalam kezindiqan atau tidak ada di sebaliknya (zindiq) selain daripada pedang, seksaan atau sebagainya!
Al-Khatib al-Baghdadi menceritakan satu peristiwa di mana hadith Abu Hurairah disebut di hadapan Harun al-Rasyid:"Sesungguhnya Musa berjumpa Adam dan bertanya:"Adakah anda Adam yang telah mengeluarkan kami dari syurga? Seorang lelaki Quraisy bertanya:"Di manakah Adam berjumpa denga Musa?" Lalu Harun al-Rasyid memarahinya dan berkata:"Seksaan atau pedang (pembunuhan). Ini adalah seorang kafir zindiq sedang mencaci hadith Rasulullah SAWA."[2]
Dari sini kita dapati betapa besar dan bahayanya perkara ini. Lelaki tadi bertanya tentang tempat berjumpa Musa dengan Adam supaya ianya menjadi lebih jelas kepadanya. Mungkin dia tidak tahu akibatnya, lalu dia dituduh dengan zindiq. Kerana dia meminta penjelasan tentang kesulitan yang terdapat di dalam hadith Abu Hurairah, kemudian dia dituduh pula mencaci hadith Rasulullah SAWA.
Bagaimana pula jika dia meminta penjelasan tentang hadith Abu Hurairah yang telah dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari dan Muslim:
Artinya:"Sesungguhnya Neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kakiNya, maka Neraka Jahannam berkata:"cukup, cukup."[3]
Sekiranya begitu, adalah menjadi satu kesalahan bagi setiap Muslim yang membersihkan Allah Ta'ala daripada sifat tersebut dengan mempersoalkan hadith tersebut, kerana ianya mengikut mereka, adalah mencaci Abu Hurairah, dan mencaci Abu Hurairah adalah mencaci Rasulullah SAWA.
Bagaimana pula jika dia ingin meminta penjelasan mengenai tempat di mana Allah turun di langit dunia ketika tinggal 1/3 (akhir) malam. Abu Hurairah meriwayatkan hadith tersebut kemudian ianya dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal.[4]
Tujuan kami ialah mengemukakan hadith-hadith Abu Hurairah yang meragukan kerana bilangan hadithnya terlalu banyak sehingga mendatangkan syak tentang kebenarannya. Sedangkan beliau adalah seorang yang buta huruf, tidak boleh membaca dan menulis. Beliau baru masuk Islam, dan sahabat yang paling sedikit bersama Rasulullah SAWA. Beliau menceritakan peristiwa-peristiwa yang dia sendiri tidak berada di tempatnya.
Di antaranya beliau menceritakan bahawa Nabi SAWA terlupa di dalam sembahyangnya (sedangkan beliau bersih daripada itu).[5] Abu Hurairah berkata:"Rasulullah sembahyang Zuhr atas Asr bersama kami dalam dua raka'at, maka Dzul Yadain bertanya adakah anda mengurangkan sembahyang atau anda terlupa?
Muslim mengeluarkan hadith tersebut dengan lafaz:"Manakala aku (Abu Hurairah) sembahyang bersama Rasulullah SAWA....."
Hadith tersebut menunjukkan Abu Hurairah bersama di dalam peristiwa tersebut. Apa yang tidak syak lagi bahawa Abu Hurairah masuk Islam selepas peperangan Khaibar dalam tahun 7 Hijrah. Dan kewafatan Dzul Yadain di dalam peperangan Badr di dalam tahun kedua Hijrah. Mereka (penyokong Abu Hurairah) cuba mencari titik persamaan di dalam hadith tersebut, tetapi mereka tidak dapat jawapan yang memuaskan.[6]
Abu Hurairah juga menceritakan tentang Ruqaiyah binti Rasulullah SAWA di mana beliau berjumpa dengannya dan bertanyakan kepadanya mengenai kelebihan Uthman.[7]
Ruqaiyah meninggal dunia sebelum Islam Abu Hurairah pada tahun ketiga Hijrah. Begitu juga beliau tidak hadir di Madinah dan beliau bercakap perkara-perkara yang beliau dakwa, beliau telah menyertainya sebagaimana katanya:"Aku bersama Ali AS, ketika Nabi SAWA mengutusnya dengan Surah al-Bara'ah."[8]
Di mana di tempat yang lain pula beliau berkata:"Aku bersama Abu Bakr,"sedangkan sejarah memberi penyaksian bahawa beliau tidak pernah hadir di Madinah, kerana beliau menjadi bilal di Bahrain."
Kami telah kemukakan beberapa contoh percanggahan yang di dapati di dalam riwayat-riwayat Abu Hurairah.
Apabila kami meneliti dan menolak riwayat yang tidak betul, maka itulah yang diwajibkan oleh Islam dan diakui oleh akal.
Walau bagaimanapun Abu Hurairah menduduki tempat pertama orang yang terbanyak meriwayatkan hadith. Oleh itu menilai kembali hadith-hadith yang begitu banyak, tidaklah bermakna mencaci hadith Rasulullah SAWA. Lantaran itu ianya pula tidak boleh sama sekali dikatakan bahawa Syi'ah tidak langsung berpegang kepada hadith-hadith sahabat.
Di sini kami tidak mahu membincangkan hadith Abdullah bin Umar dan pengkhususannya yang membuatkannya menduduki tempat kedua selepas Abu Hurairah. Abdullah bin Umar meriwayatkan 2630 hadith [9] di mana orang yang paling tua, dan paling rapat bergaul dengan Nabi tidak dapat berbuat demikian.
Beliau berumur 20 tahun manakala Nabi SAWA meninggal dunia. Banyaknya hadith yang diriwayatkan oleh beliau telah melahirkan tandatanya sebagaimana di sana terdapat beberapa perkara yang menegah kami dari menerima kebanyakan riwayat-riwayatnya.[10] Dan tawaqquf (tidak menerima dan menolak) terhadap riwayatnya, tidak membawa cacian kepada sahabat. Kami tidak mahu meminta maaf kerana menolak hadith-hadith beliau, apabila kami dapati hakikatnya yang sebenar. Tetapi rekod-rekod mengenai perbuatan beliau, adalah cukup untuk mendedahkan hakikat tersebut.[11] Kami akan tutup perbincangan dengan panjang lebar mengenainya (di sini) kerana ingin meringkaskannya. Kami akan membincangkan secara terperinci mengenainya di tempat yang lain.
Adapun Umm al-Mu'mimin Aisyah, kami tidak ingin membincangkan kehidupan dari awal hingga akhir, kerana ianya akan terkeluar daripada tajuk buku ini.[12] Tetapi apa yang kami mahu ialah perbincangan mengenai hadithnya secara ringkas, kerana personalitinya mempunyai kedudukan di dalam masyarakat dan kesan kepada Tasyri' Islami. Beliau mengatasi isteri-isteri Nabi SAWA yang lain di dalam meriwayatkan hadith.
Catatan Kaki: 1. Ahmad bin Hanbal, XII, hlm.72; Ibn Qutaibah menceritakan di dalam bukunya Ta'wil Fil Mukhtalaf al-Hadith, hlm.27, bahawa Nizam berkata:"Umar, Uthman, Ali AS, dan Aisyah menolak riwayat Abu Hurairah; Ibn Kathir, Tarikh, XIII, hlm.105
2. Tarikh Baghdad, XIV, hlm.7
3. Ahmad bin Hanbal, Musnad, III, hlm.314; al-Bukhari, Sahih, III, hlm, 127; Muslim, Sahih, II, hlm.482
4. Al-Bukhari, Sahih, IV, hlm.68, I, hlm.136; Muslim, Sahih, I, hlm, 283; Ahmad bin Hanbal, Musnad, II, hlm.258
5. Jika sekiranya Nabi SAWA terlupa, ini bermakna beliau mungkin tidak melaksanakan sebahagian yang diperintahkan kepadanya. Oleh itu perutusannya tidak mencapai maksud dan ianya akan menjauhkan orang ramai dari mendekatinya. Dan ianya bertentangan dengan Surah 107:4-5.
6. Hasyiah Ibn Abidin 'Ala al-Dur al-Mukhtar, I, hlm. 643; al-Bukhari, Sahih, II, hlm.163; Muslim, Sahih, II, 309, telah mencatatkan hadith Abu Hurairah yang menceritakan bagaimana Nabi Musa AS telah menampar Izrail, lalu mencederakan sebiji matanya. Tindakan itu adalah disebabkan Izrail ingin mengambil nyawanya dan tidak disetujui oleh Nabi Musa AS pada ketika itu.
7. Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm.48
8. Nasai, Sahih, Bab al-Hajj, IV, hlm.150. Lihat Bukhari, Sahih 3, hlm.48 tentang dakwaan beliau berada di Khaibar tetapi dia tidak ada.
9. Ini bermakna Abdullah bin Umar telah meriwayatkan hadith lebih banyak daripada Khalifah empat sebanyak 1219 hadith kerana mereka hanya meriwayatkan sebanyak 1411 hadith. Dan beliau meriwayat lebih daripada bapanya sebanyak 2093 hadith kerana bapanya hanya meriwayatkan 537 hadith sahaja.
10. Al-Bukhari telah mencatatkan sebuah hadith riwayat Abdullah bin Umar mengenai cara Nabi SAWA "membuang air"(kecil atau besar). Abdullah bin Umar berkata: Aku memanjat artaqaitu di atas rumah Hafsah, maka aku melihat Nabi SAWA sedang membuang air dalam keadaan membelakangi Qiblat, menghadap ke arah Syam, al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 117. Ini adalah bertentangan daripada apa yang dipersetujui umum bahawa Nabi SAWA melarang membuang air mengadap atau membelakangi Qiblat.
Oleh itu ianya pasti tidak dilakukan oleh Nabi SAWA kerana terbukti betapa bertentangannya larangan Nabi dan perbuatannya. Demi menjaga Abdullah bin Umar, sebahagian ulamak berpendapat bahawa ianya adalah khusus untuk Nabi SAWA. Mereka tidak berani mengatakan bahawa riwayat Abdullah bin Umar itu adalah palsu kerana mereka mahu menjaga sahabat iaitu Abdullah bin Umar dan tidak mahu menjaga Nabi SAWA.
11. Ibn Athir, al-Kamil, I, hlm.199, menyatakan bahawa manakala Muawiyah berazam supaya Yazid dibai'ahkan, dia memberi 100 ribu dirham kepada Abdullah bin Umar, dan dia menerimanya. Manakala Muawiyah menyebut sahaja tentang bai'ah Yazid,"Abdullah bin Umar berkata: Inilah yang aku kehendaki....Apa yang anehnya ialah Abdullah bin Umar mengetahui tentang kefasikan dan kejahatan Yazid. Tetapi dia masih meminta keluarganya supaya memberi bai'ah kepada Yazid sekalipun ia (Yazid) adalah seorang pemabuk, pembunuh Husayn AS, dan lain-lain.
12. Asad Haidar, Aisyah Wa al-Tasyri', Beirut, 1968.
11
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
Hadith Ummahat al-Mu'minin 1. Zainab binti Jahsy wafat pada tahun 20 Hijrah, mempunyai 20 hadith.
2. Safiyyah bin Hayy bin Akhtab wafat tahun 50 Hijrah, mempunyai 1hadith dan ianya diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
3. Saudah bin Zum'ah wafat dalam masa pemerintahan Umar mempunyai 1 hadith. Ianya kemudian diriwayatkan oleh al-Bukhari.
4. Hind binti Umayyah al-Makhzumiyyah iaitu isteri Nabi yang terakhir meninggal dunia, mempunyai 378 hadith.
5. Hafsah binti Umar bin al-Khattab wafat pada tahun 41 Hijrah mempunyai 60 hadith.
6. Juwairiyyah binti al-Harith wafat pada tahun 56 Hijrah mempunyai beberapa hadith, tetapi al-Bukhari menyebut 2 hadith sahaja.
7. Ramlah bin Abi Sufyan wafat pada tahun 44 Hijrah, mempunyai 65 hadith.
8. Maimunah bin al-Harith al-Hilaliyyah wafat pada tahun 51 Hijrah mempunyai 40 hadith.
9. Aisyah bin Abu Bakr al-Siddiq wafat pada tahun 57 Hijrah, mempunyai 2210 hadith.[1]
Banyaknya bilangan hadith tersebut memerlukan penelitian yang rapi dan tidak boleh menerimanya secara terburu-buru. Dan tidak menjadi sukar bagi seorang ahli fikir, jika dia memberi pandangan yang bebas serta mendapati sesuatu yang menguatkan pemikiran ini. Seperti Umm-Aisyah yang masih muda, kesibukannya sebagai suri rumah an lain-lain.
Berdiri sejenak untuk mendapatkan penjelasan, tidak bermakna mencaci Ummahat al-Mu'minin yang boleh membawa kepada kekafiran dan terkeluar daripada agama. Apa yang memerlukan penelitian ialah mengenai perawi-perawi hadithnya, kerana mereka mengambil hadith (riwayat) daripadanya sebagai alasan untuk mendampingkan diri mereka dengan Bani Umaiyyah, dengan memalsukan hadith-hadith dari Aisyah untuk kepentingan diri mereka.
Kami tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai hadith-hadith yang datang daripadanya yang akan mengurangkan maqam Nabi SAWA. Segala-galanya kami terpaksa mendiamkan diri mengenainya kerana takut dikatakan mencaci apa yang diriwayatkan oleh Aisyah. Dan mencacinya terkeluar daripada agama Muslimin sebagaimana mereka dakwakan! Tetapi masa tidak mengizinkan untuk membincangkannya dengan lebih lanjut.
Adakah kita tidak berhak meneliti apa yang diriwayatkan oleh Aisyah? Seorang bertanya Rasulullah SAWA mengenai seorang lelaki yang "bersetubuh."
Kemudian dia menjadi malas, adakah mereka berdua diwajibkan mandi janabah? Aisyah berada di samping Nabi SAWA. Maka Nabi SAWA bersabda:
Artinya:"Sesungguhnya aku dan ini (Aisyah) melakukan perkara seperti itu kemudian kami mandi janabah.[2]
Bagaimana ianya boleh berlaku? Rasulullah SAWA menjadi contoh ghairah, tempat berhimpunnya segala kelebihan, dan beliau adalah manusia yang sempurna. Akal tidak dapat menerimanya kerana menghormati maqam Rasul SAWA sekalipun - di sebalik tidak menerimanya - akan dituduh kafir dan zindiq.
Sebagaimana juga kita berhak untuk membincangkan apa yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya tentang Hisyan bin Urwah [3] daripada bapanya daripada Aisyah berbunyi:
Artinya:"Sesungguhnya Nabi SAWA terkena sihir, beliau mengkhayal melakukan sesuatu tetapi dia tidak melakukannya."[4]
Tanyalah Sahih Muslim tentang kesahihannya, tanyalah Urwah dan anaknya sekiranya anda seorang yang tidak takut dituduh zindiq. Jika tidak, biarlah tanggungjawab membuat perbincangan ini terhenti kepada orang yang tidak terikat dengan waham - imiginasi, dan orang yang tidak patuh kepada kuasa emosi yang buta, dan tidak memperdulikan tuduhan-tuduhan selama menjaga karamah Nabi SAWA, sekalipun kita mencaci seribu sahabat dan kita membohongi seribu Sahih.[5] Jauh sekali bagi Nabi SAWA sebagai penyelamat manusia, sempurna pada setiap sifatnya, contoh akhlak yang paling tinggi, diliputi kekurangan, terkhayal melakukan sesuatu tetapi beliau tidak melakukannya.
Bagaimana beliau dapat memperbaiki sistem alam ini jika beliau bersifat dengan sifat tersebut? Tentu sekali firmanNya:
Artinya:"Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Qur'an) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."[6]
Di sini kami tidak akan membincangkan hadith-hadith dengan lebih banyak lagi, kerana ianya memadai dengan menyebut apa yang perlu bagi memberi gambaran tentang tuduhan-tuduhan yang ditujukan terhadap Syi'ah: bahawa mereka tidak mengambil riwayat sahabat. Ya! Syi'ah orang yang Siddiqin di dalam perkataan mereka, dan mereka sangat teliti untuk menerima periwayatan hadith daripada orang lain.
Catatan Kaki: 1. Hadith yang diriwayatkan oleh isteri-isteri Rasulullah SAWA selain daripada Aisyah berjumlah 567 hadith, sementara hadith Aisyah berjumlah 2210 hadith, perbezaannya ialah sebanyak 1643 hadith.Jumlah hadith yang diriwayatkan oleh keempat-empat Khalifah ialah sebanyak 1411 hadith. Ini bermakna Aisyah telah meriwayatkan hadith lebih banyak daripada mereka berempat sebanyak 799 hadith. Dan ia melebihi riwayat bapanya sebanyak 2068 hadith, kerana bapanya hanya meriwayatkan sebanyak 142 hadith sahaja.
2. Al-Bukhari, Sahih, hlm. 161, Muslim, Sahih. I, hlm. 187; al-Baihaqi, al-Sunan, I, hlm.164
3. Urwah dan Abdullah kedua-duanya adalah anak hasil daripada nikah Mut'ah di antara bapanya al-Zubair bin al-Awwam dan ibunya Asma' binti Abu Bakar.
4. Muslim, Sahih, IV, hlm.24
5. Sahih adalah nama (buku) yang diberikan oleh pengarangnya. Umpamanya Muslim menamakan buku hadithnya Sahih iaitu Sahih menurut penilaian kacamatanya. Al-Bukhari menamakan hadithnya juga Sahih iaitu menurut penilaiannya. Dan mungkin ianya tidak Sahih mengikut penilaian orang lain. Lantaran itulah nama buku Sahih pada hakikatnya tidaklah terhad dan mempastikan segala isinya juga Sahih. Dan buku yang dinamakan Sahih itu masih boleh dikaji kebenarannya sama ada masih terdapat di dalamnya perawi Pembohong atau hadith itu sendiri bertentangan dengan al-Qur'an atau tidak. Jika terdapat di dalamnya beberapa hadith yang tidak masuk akal atau ianya bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an, maka hadith-hadith tersebut hendaklah diketepikan.
Kerana ianya belum tentu datangnya daripada Rasulullah SAWA sendiri. Dan jikalau ianya datang daripada Rasulullah SAWA maka ianya tidak akan bertentangan dengan al-Qur'an, dan akal. Al-Suyuti di dalam Tadrih al-Rawi, Kaherah, tanpa tarikh, hlm.35, menyatakan bahawa al-Bukhari telah mengambil lebih daripada 480 perawi yang tidak disebut atau diambil oleh Muslim dan ianya mengandungi 80 perawi yang lemah disebabkan pembohongan dan sebagainya. Sementara Muslim pula mengambil 620 perawi yang tidak disebut atau diambil oleh al-Bukhari dan terdapat di dalamnya 160 perawi yang lemah.
6. An-Najm (53):3-4
12
PENYELEWENGAN AJARAN AHLU S-SUNNAH WA L- JAMA'AH
Tuduhan Mencaci Sahabat Sesungguhnya tuduhan mencaci sahabat telah menular penyakitnya di dalam masyarakat sehingga mengubatinya adalah suatu kemuliaan. Hukumnya telah dilaksanakan tetapi percanggahannya amatlah besar. Dakyah tersebut telah pun merebak dalam masyarakatnya yang berajakan emosi buta dan asabiyyah melulu.
Tinggallah "hakikat itu" di hadapan situasi yang menyedihkan dengan keadaan tangannya terikat. Lalu diturunkan tanpanya tirai kepalsuan. Di kelilingi dengan bermacam-macam rintangan. Dan didirikan beribu-ribu halangan untuk sampai kepadanya, dan senjata kekerasan adalah segala-galanya. Kerana pemerintah telah menetapkan hukum kafir dan zindiq ke atas penentang-penentang kepada politiknya. Mereka tidak boleh melakukan sesuatu selain daripada tuduhan mencaci sahabat atau mencaci Abu Bakr dan Umar secara khusus.
Dan apabila ahli fikir cuba mengkaji perkara tersebut, tuduhan itu pula dikenakan kepada mereka oleh pemerintah yang zalim itu.
Apabila pemerintah hendak menghukum seorang Syi'ah kerana mazhabnya, ia tidak akan menyebut nama Ali,[1] malah dijadikan sebab penyeksaan tersebut ialah kerana dia mencela Abu Bakr dan Umar. Hakikat ini telah diterangkan oleh Ibn al-Jauzi di dalam bukunya al-Muntazam[2] dan Ibn al-Athir di dalam al-Kamil[3] bahawa di dalam peristiwa tahun 407 Hijrah, Syi'ah dibunuh di seluruh negara Afrika dan dijadikan sebab pembunuhan tersebut ialah kerana mereka dituduh mencaci Abu Bakr dan Umar.[4]
Alangkah banyaknya kekejian hitam dan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku, sealiran dengan politik pemerintah yang tidak ada kaitan dengan pemerintahan Islam; menghukum Syi'ah terkeluar daripada agama Islam.
Masalah ini telah terbongkar dan ianya tidak memerlukan penerangan yang lebih lanjut untuk menerangkan sebab-sebab yang membawa berlakunya peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, dan berlakunya jenayah-jenayah yang ngeri dan layanan terhadap Syi'ah Ahlul Bayt dengan layanan yang keras.
Tidak syak lagi, sesungguhnya kebebasan Syi'ah dari segi spiritual yang tidak mengiktiraf pemerintah yang tidak menghormati ajaran-ajaran agama, dan tidak iltizam dengan perintah-perintah syarak, membuatkan mereka menjadi musuh kepada pemerintah.
Syi'ah menghadapi banyak kebuntuan di dalam gerakan dakwah mereka disebabkan permusuhan mereka terhadap negara dan penentangan mereka kepada pemimpin-pemimpin yang zalim. Sebagaimana juga Syi'ah telah bertembung dengan kemenangan-kemenangan jika tidak wujudnya kebuntuan-kebuntuan yang membuatkan mereka terkebelakang, tetapi aqidah mereka yang kuat akan menolong mereka mengembalikan kedudukan mereka.
Perbincangan Akhir Sesungguhnya fikrah menuduh Syi'ah mencaci sahabat dan mengkafirkan mereka, telah dibentuk oleh kuasa politik yang kejam. Dan usaha pengukuhannya dibuat oleh ulama upahan. Mereka menjual diri mereka dengan harga yang murah. Mereka tidak mengkritik orang yang melakukan kezaliman, malah mereka berdamping dengan mereka dengan mencaci sahabat.
Musuh-musuh agama mengambil peluang ini untuk meluaskan lagi perpecahan bagi mencapai matlamat mereka. Mereka begitu bersemangat menaburkan fitnah, menyalakan api permusuhan di kalangan Muslimin tanpa penelitian dan berfikiran jauh dan membuatkan hati mereka penuh dengan kemarahan.
Dengan hukuman siasah atau politik negara, Syi'ah diserang dengan serangan yang kuat. Dan mulalah orang yang berkepentingan menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Ianya telah menjadi sebahagian daripada mentaliti kehidupan masyarakat. Mereka menipu diri mereka sendiri.
Mereka tidak membuka perbincangan ilmiah.[1] Mereka melarang kebebasan berfikir, dan memaksa orang ramai supaya mengakui kekufuran Syi'ah dan menjauhkan daripada mazhab Ahlul Bayt AS. Sekiranya ditanya tentang hakikat tersebut dan meminta supaya mereka membuat penjelasan, jawapannya tidak diberikan, selain daripada mengenakan hukuman taubat. Kami bertanya kepada mereka:
1. Di manakah umat (ini) yang mengkafirkan semua sahabat dan membersihkan diri daripada mereka?
2. Di manakah umat (ini) yang mendakwa para Imam Ahlul Bayt AS mempunyai "kedudukan ketuhanan"?
3. Di manakah umat (ini) yang telah mengambil pengajarannya daripada Majusi kemudian mencampurkannya dengan aqidahnya?
4. Di manakah umat (ini) yang telah mengubah al-Qur'an dan mendakwa kurang?
5. Di manakah umat (ini) yang telah mereka-reka mazhab-mazhab yang terkeluar daripada Islam?
Sesungguhnya mereka tidak menjawabnya, kerana pemerintah telah menetapkan tuduhan-tuduhan tadi. Lantaran itu mereka tidak boleh menyalahinya, kerana ianya tidak boleh menyakinkan mereka dengan bahasa ilmu. Alangkah hampirnya jalan untuk mengetahui hakikat sekiranya seseorang itu mempunyai fikiran yang luas, suka mengkaji, takut kepada Allah dan menjaga agama.
Tidakkah tasyayu' satu pengajaran yang mengandungi sebilangan besar daripada sahabat-sahabat Muhammad SAWA. Mereka adalah orang yang telah ikut serta di dalam peperangan Badar dan Ahlul Bai'ah Ridhwan? Terdiri daripada orang yang mengakui Ali AS sebagai wali dan berpendapat beliaulah yang lebih berhak kepada khalifah.
Tidakkah di kalangan Syi'ah ulama yang diakui oleh semua disebabkan tingginya keilmuan mereka dan orang ramai memerlukan mereka. Mereka itu terdiri daripada guru-guru ulama besar daripada Abu Hanifah, Syafi'i, Ahmad dan lain-lain lagi. Penulis-penulis Sihah telah menulis perawi-perawi daripada Syi'ah yang mana bilangan mereka lebih daripada 300 orang.[2] Di sini tidak sesuai untuk menyebutkan nama-nama mereka. Kami akan membincangkannya di tempat lain.
Tidaklah di kalangan Syi'ah pembawa-pembawa risalah Islam, mereka menanggung segala kesusahan untuk menjalankannya. Di kalangan mereka pembawa fiqh. Jika mereka tidak ada, nescaya hilanglah fiqh keseluruhannya dan hilanglah pengajian-pengajian Islam? Syi'ah mempunyai "kekuatan" untuk menjaga warisan Islam dan menjaganya daripada permainan politik duniawi.
Catatan Kaki: 1. Perbuatan baik dan buruk seseorang sahabat itu telah dicatatkan oleh para ulama di zaman silam. Lihat umpamanya, al-Tabari, Tarikh dan Tafsirnya, al-Waqidi, Kitab al-Maghazi, Ibn Hisham, Sirah, al-Yaqubi, Tarikh, Ibn Athir, Tarikh dan Usd al-Ghabah, Ibn Qutaibah, al-Imamah Wal-Siasah, dan Kitab al-Ma'arif, Ibn Kathir, Tarikh dan Tafsirnya, al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, al-Baidawi, Tafsir, Ibn Hajr al-Asqalani, al-Isabah, dan Fath al-Bari, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa' dan Tafsirnya, al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Ahmad bin Hanbal, Musnad, al-Bukhari, Sahih dan Tarikhnya, Muslim, Sahih, al-Nasai, Sunan, Fakhru al-Din al-Razi, Tafsirnya, al-Muttaqi al-Hind, Kunz al-Ummal, Ibn Abd al-Birr, al-Istiab Fi Isma al-Sahabah, dan lain-lain lagi. Sebagai langkah-langkah permulaan kajilah buku-buku tersebut dengan fikiran yang bebas dan insaf. Dan nilailah perbuatan mereka dengan al-Qur'an. Dan bertanyalah kepada diri sendiri, kenapa "mereka" melakukannya dan kenapa mereka pula mencatatkan perkara-perkara yang tidak kita menyetujui? Sekiranya jumhur Ahlul Sunnah benar di dalam riwayat mereka kenapa kita masih mengikut bid'ah mereka? Tentu sekali ianya bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah yang sebenarnya. Sekiranya mereka berbohong, maka dosa akan ditanggung oleh mereka, dan orang yang mengikut mereka. Kerana mereka mengatakan riwayat mereka adalah Sahih. Oleh itu perbuatan atau hukum yang dilakukan oleh sahabat yang bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah yang sebenarnya, hendaklah diketepikan kerana menjaga kesucian al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA yang sebenar itu adalah segala-galanya.
2. Al-Amini, al-Ghadir, III, hlm.40-60.
13
Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
Penelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum Kami tidak akan memanjangkan untuk menerangkan topik ini secara sia-sia. Dan kami tidak pula berniat untuk membincangkan perkara yang tidak ada kaitan dengannya. Sebenarnya tajuk ini adalah tajuk yang terpenting yang wajib kami membentangkannya untuk menerangkan kedudukan mazhab Ahlul Bayt AS.
Sesungguhnya masalah yang berdiri di hadapan pengkaji ialah menuduh Syi'ah mencaci sahabat [1] atau mengkafirkan mereka. Kami telah menjelaskan beberapa kali bahawa segala-galanya lembali kepada faktor-faktor political yang tidak ada kaitan dengan kedudukan yang sebenarnya, kerana nama Syi'ah berkait rapat dengan keluarga Muhammad AS. Dan Syi'ah adalah pembantu-pembantu mereka. Dan keluarga Muhammad (Ali Muhammad) AS merupakan penentang utama kepada pemerintah-pemerintah yang zalim. Maka di atas dorongan politiklah hati orang ramai dicapkan dengan cap permusuhan bagi pihak yang menandingi mereka atau memandang mereka atau pihak yang berkecuali, tetapi mengambil sikap penentangan terhadap perbuatan mereka.
Tidak syak lagi tentang penentangan Syi'ah dan penolakan bekerjasama mereka dengan pemerintah, mereka tidak mengakui kesahihannyanya pada zaman tersebut. Kerana mereka tidak bertolak ansur tentang hak Ahlul Bayt AS terhadap jawatan khalifah, kerana Ahlul Bayt telah dibiasakan dengan kebersihan jiwa, pengorbanan untuk kemaslahatan umum. Mereka adalah yang paling layak memerintah dan yang paling adil.Lantaran itu kita dapati undang-undang atau fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pemerintah ke atas mereka yang dituduh mencaci sahabat adalah bertujuan untuk menghukum Syi'ah.[2] semata-mata. Adapun orang lain tidak dikenakan hukuman tersebut sekalipun dia mengingkari Allah SWT.
Dan bagi mereka yang cepat tertipu, akan mengakui (hukum atau fatwa). Lalu mereka melaksanakannya. Mereka menghukum Syi'ah dengan kefasiqan atau kekufuran. Semoga mereka memberi garis sempadan kepada orang ramai sehingga mereka mengetahui bagaimana mereka memberi hukuman atau fatwa sedemikian. Tetapi sebaliknya mereka tidak memberi jawapan yang dikehendaki.
Malah mereka membuat ketetapan tidak menerima taubat seorang yang dituduh mencaci sahabat atau Syaikhain secara khusus. Lalu mereka menetapkan pendapat individu kepada semua umat, tanpa membuat penelitian kepada hukum dan kajian yang mendalam di dalam topik tersebut.
Lantaran itu, ulama-ulama upahan - terdiri daripada ulama yang menjadi sumber bagi fatwa tersebut - telah memikul tanggungjawab menyesatkan orang ramai dan membawa mereka menentang kebenaran. Oleh itu merekalah pendakwah-pendakwah perpecahan dan imam-imam yang sesat. Kerana merekalah yang telah menghukum Syi'ah - tanpa menerangkan tempat hukum itu diambil, mereka befatwa - sesungguhnya memerangi (mereka) Syi'ah adalah jihad akbar. Dan sesiapa yang terbunuh di dalam memeranginya adalah syahid.Dan yang lain pula berkata di akhir fatwanya: Al-Rafidi apabila ia mencaci Syaikhain dan mengutuk mereka, maka ia adalah kafir. Dan sekiranya ia mengutamakan Ali daripada kedua-duanya ia adalah seorang yang bid'ah.[3]
Demikianlah mereka memperlihatkan kepada orang ramai kasih sayang sesama mereka, tetapi mereka mengharuskan pembunuhan Muslim di tangan saudara Muslimnya, tanpa berhati-hati di dalam menjatuhkan hukuman. Tujuan mereka adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan pemerintah, sekalipun ia dimurkai oleh Allah SWT.
Kami begitu keberatan untuk memberi contoh-contoh yang boleh memberi gambaran mentaliti orang yang berkata mengenainya, dan sejauh manakah mereka memahami perkara yang sebenar. Oleh itu kami tidak akan memanjangkan pendirian kami di atas khurafat dan kebatilan. Maka kami tutup tirai daripada mereka dengan mengemukakan dua perkara:
1. Adakah cacian ke atas sekumpulan sahabat membawa kepada hukuman yang keras? Atau adakah di sana diskriminasi di dalam hukuman? Sekiranya hukuman itu dikenakan ke atas setiap orang yang mencaci sahabat atau menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya, kenapa mereka tidak menghukum orang yang mencaci sebahagian sahabat yang melakukan perkara tersebut? Sedangkan mereka adalah sahabat yang besar.[4] Mereka menentang Uthman kerana mementingkan keluarganya Bani Umayyah.
Tidakkah ianya suatu cacian apabila mereka menyifatkan sahabat sebagai perosak di bumi dan pemberontakan terhadap Imam (Ali AS).[5] Ibn Taimiyyah berkata:"Mereka adalah Khawarij, perosak bumi," sehingga dia berkata:"Tidak membunuh Uthman selain daripada penderhaka, dan zalim. Adapun orang yang berusaha untuk membunuhnya, adalah bersalah, malah zalim, penderhaka dan pelampau."[6]
Mereka membuat ketetapan mengenai keadilan bahawa sahabat adalah adil sehingga berlakunya fitnah (pembunuhan Uthman). Adapun selepas itu latar belakang mereka yang tidak jelas mestilah dikaji semula.[7]
Kami tidaklah ingin membentangkan kesemua kata-kata yang ditujukan kepada sahabat yang terlibat menentang Uthman, dan yang memberi perangsang kepada orang ramai supaya menentangnya.
Kedua: Sesungguhnya Syi'ah tidak merahsiakan kemarahan mereka kepada orang yang bermusuh dengan Ali AS kerana orang yang memarahi Ali adalah munafiq mengikut hadith:
Artinya:"Wahai Ali! Tidak mengasihi anda melainkan orang Mukmin dan tidak membencikan anda melainkan orang munafiq."[8]
Sesungguhnya orang munafiq itu akan berada di neraka. Dan sesungguhnya sebahagian orang yang dikatakan sahabat itu membenci Ali dan mencacinya.
Tanpa syak lagi sesungguhnya Muawiyah dan kumpulannya membenci Ali, melahirkan permusuhan dan mengiystiharkan peperangan ke atasnya. Sebagaimana juga Muawiyah mengisytiharkan cacian terhadap Ali AS [9] dan menjadikannya Sunnah.[10]Dan dikuti oleh pembantu-pembantunya yang terdiri daripada sahabat dan juga Tabi'in. Dia mengenakan bermacam-macam azab dan penyeksaan yang tidak perlu diterangkan secara terperinci di sini.
Perbuatan-perbuatan Muawiyah yang bertentangan dengan Islam tidak dapat diselindungi lagi. Tidak ada jalan untuk mengatakan ianya betul. Dan memang tidak tepat jika dikatakan: Muawiyah adalah seorang Mujtahid yang menggunakan takwil, kerana dia telah membekukan hukum hudud, membatalkan saksi-saksi, membunuh orang yang tidak berdosa, mencabul kehormatan wanita di pasar-pasar dan lain-lain lagi.[11]
Abu al-Ghadiyah al-Juhani adalah sahabat yang mendengar daripada Nabi SAWA dan meriwayatkan hadith daripadanya, dan dia adalah seorang daripada perawi hadith:
Artinya:"Wahai Ammar, sesungguhnya golongan pemberontak (zalim) akan membunuh anda."
Dialah yang membunuh Ammar bin Yasir. Orang ramai (sahabat) menentang perbuatan jenayahnya. Dia sendiri mengakui sesungguhnya sesungguhnya beliau adalah ahli neraka. Dia berkata:"Demi Allah, sekiranya Ammar dibunuh oleh seluruh penduduk bumi nescaya mereka akan memasuki neraka."[12]
Bagaimana pula orang yang membersihkan dirinya daripada sahabat yang melakukan jenayah ini dituduh terkeluar daripada agama? Sedangkan dia sendiri mengakui dirinya adalah musuh Allah SWT. Tetapi sebahagian para Muhaddithin, membuat takwilan untuknya (Abu al-Ghadiyah) bahawa dia adalah seorang Mujtahid yang bersalah, dan berpendapat "menyangka baik" terhadap sahabat adalah wajib.[13]
Kami tidak faham logik yang mengenepikan hukum-hukum syarak, dan meninggalkan al-Kitab kerana ingin melakukan "baik sangka" terhadap sahabat dan mendiamkan diri daripada sebarang jenayah yang "mereka lakukan!
Adakah kita boleh mendiamkan diri tentang perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Busir bin Arta'at? Dia juga adalah sahabat, dan dialah ketua turus tentera Muawiyah. Dia telah melakukan jenayah yang belum disaksikan oleh sejarah seumpamanya sehingga dia ditentang oleh wanita-wanita apabila dia masuk ke Yaman. Dia membunuh orang-orang tua, kanak-kanak dan memperkosa wanita-wanita. Seorang wanita daripada Kandah berkata:"Wahai anak Arta'at! Sesungguhnya pemerintah tidak boleh berdiri tanpa melakukan pembunuhan ke atas kanak-kanak, orang-orang tua, hilang belas kasihan dan menentang keluarga sendiri. Sesungguhnya ia adalah pemerintah yang zalim.[14]
Adakah kita boleh mendiamkan diri daripada perbuatan-perbuatan Busir? Kita memekakkan telinga kita daripada suara ibu yang merintih mencari gelombang kebenaran dan mengangkat kegelapan masa depannya kepada lelaki yang adil dan menyerunya dengan penuh harapan? Suara itu adalah daripada ibu yang malang, iaitu isteri Ubaidillah bin 'Abbas.
Dia telah kehilangan kedua-dua orang anaknya iaitu Qutham dan Abdur Rahman. Kedua-duanya telah disembelih oleh Busir bin Arta'at di hadapan ibu mereka.[15]
Adakah wajar bagi seorang Muslim yang menjadi marah apabila mendengar suara ibu tersebut, lalu mensabitkan kezaliman ke atas pembunuh kedua-dua kanak-kanak tersebut dituduh zindiq dan kafir dengan alasan ianya mencaci Muawiyah? Kerana pembunuhan itu adalah atas perintahnya dan dialah seorang sahabat. Dia mempunyai ijtihadnya tersendiri, dan takwilnya yang betul? Lantaran itu Muawiyah boleh melakukan apa yang dia mahu kerana sebutan "sahabat" ke atasnya adalah satu benteng yang membuat beliau terselamat daripada bahaya. Beliau boleh mengalirkan darah muslim, membunuh berdasarkan sangkaan dan tohmah. Maka hilanglah segala rintangan di wajahnya dan pecahlah segala halangan di hadapannya.
Lantaran itu dia tidak diliputi oleh hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, yang menjamin kebahagiaan manusia, mempunyai sistem-sistem kehidupan, kerana dia adalah seorang sahabat, dan dia mempunyai kebebasan di dalam pengendalian hukum-hukum.
Jikalau dia mempunyai kebebasan sedemikian, nescaya sahabat-sahabat lain tidak akan menentang perbuatannya. Di antaranya Abu Dhar al-Ghiffari yang telah mengisytiharkan kepada orang ramai (sahabat-sahabat) tentang penyelewengan perjalanan Muawiyah dan penentangannya terhadap hukum-hukum agama.
'Aisyah menentang Muawiyah kerana membunuh Hujr bin Adi dan sahabat-sahabatnya.[16] Beliau memarahinya dan tidak membenarkan Muawiyah berjumpa dengannya dan tidak menerima alasannya. Muawiyah berkata:
Artinya:"Sesungguhnya membunuh mereka adalah untuk kebaikan umat, dan "wujudnya" mereka merosakkan umat."
Lalu 'Aisyah berkata:
Artinya:Aku mendengar Rasulullah SAWA bersabda:"Sekumpulan manusia akan membunuh di 'Azra' di mana Allah dan seluruh penghuni langit akan memarahi mereka."[17]
Kami berharap daripada penulis-penulis yang berkhidmat untuk kebenaran supaya mengkaji secara mendalam sebelum melakukan segala tuduhan yang ditujukan kepada Syi'ah, agar mereka menggunakan "bahasa logik" dan tidak patuh kepada taqlid.
Kami mempunyai harapan yang besar agar apa yang kami perbincangkan akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam. Dan dengan ini dapatlah mereka mengenepikan perasaan marah, dan membuangkan pendapat-pendapat yang tidak berasaskan keilmuan dan kebenaran. Dan kita memohon kepada Allah SWT supaya melaksanakan harapan tersebut dan kepadaNya kita bertawakkal. Dan kita memohon kepada Allah SWT supaya memberi pertolongan kepada Muslimin dan menyatukan perkataan mereka sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir.
Dan segala puji bagi Allah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benara sekalipun oleh orang-orang Musyrikin.
Selawat dan Salam ke atas Muhammad, Itrahnya dan sahabat-sahabatnya al-Muntajabin.
Catatan Kaki: 1. Sebenarnya Nabi SAWA telah melaknati sebahagian sahabatnya yang telah mengundurkan diri dari menyertai tentera Usamah bin Zaid. Sebelum ini mereka mencaci ta'anu Usamah kerana beliau dilantik oleh Nabi SAWA sebagai pemimpin tentera ketika beliau berumur 18 tahun. Nabi SAWA bersabda, maksudnya:"Jika kamu mengkritik atau mencaci perlantikannya, maka sesungguhnya kamu telah mencaci sebelum ini bapanya. Sekalipun dia adalah orang yang layak untuk jawatannya, kedua-dua adalah orang yang layak untuk perlantikan tersebut. Sesungguhnya dia (Usamah) adalah orang yang paling aku kasihi...."Lihat Ahmad bin Hanbal, Musnad, 6, hlm.139; Ibn Asakir, Tarikh Dismasyq, I, 424; Ibn Saad, Tabaqat, II, hlm.249;Ibn al-Athir, al-Kamil, II, hlm.129; Al-Syarastani, al-Milal, I, hlm.21 menerangkan hadith Nabi dengan lafaz laknat:"Allah melaknati orang yang mengundurkan diri dari menyertai tentera Usamah." Berdasarkan kepada rujukan-rujukan tersebut maka tetaplah bahawa sahabat yang telah dicaci oleh Nabi SAWA adalah berhak dicaci.
Adapun riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:"Janganlah kamu semua mencaci sahabat-sahabatku...."adalah bertentangan dengan hadith pertama yang Nabi SAWA menentang sahabatnya yang mencaci Usamah dan mengundurkan diri dari tenteranya. Kerana ianya tidak mungkin bagi Nabi SAWA yang melarang supaya sahabatnya tidak dicaci, beliau sendiri mencacinya pula. Dan orang yang dkhitabkan di dalam hadith tersebut ialah orang yang berada di majlis Nabi SAWA yang terdiri sama ada daripada orang kafir atau orang Islam. Ini bermakna Nabi SAWA melarang orang kafir mencaci sahabatnya.
Walaupun beliau sendiri dicaci oleh mereka. Dan jikalau ianya ditujukan untuk orang Islam, maka ianya mempunyai dua pengertian. Pertama: orang Islam pada masa hayat Nabi SAWA yang berada bersama beliau adalah sahabatnya. Dengan itu khitab Nabi SAWA bermaksud:"janganlah kamu (wahai sahabatku) mencaci sahabatku...."Ini bermakna sahabat yang dikhitabkan itu adalah sahabat yang jahat. Di dalam ertikata yang lain"Wahai sahabatku yang jahat janganlah mencaci sahabatku yang baik." Justeru itu sahabat ada yang baik dan ada yang jahat. Dan jikalaulah "orang Islam" itu hanya dimaksudkan kepada orang selain daripada sahabat, ini bermakna orang Islam tidak boleh mencaci orang Islam (sahabat) yang telah dicaci oleh Rasulullah SAWA! Begitu juga apa yang dikatakan hadith"sahabat-sahabatku adalah seperti bintang-bintang" adalah bertentangan dengan hadith pertama dan lain-lain. Oleh itu tidak hairanlah jika Qadhi Iyadh di dalam bukunya Syarh al-Syifa', II, hlm 91-94 menerangkan bahawa di dalam sanad hadith tersebut terdapat seorang pembohong bernama Hamzah bin Abi Hamzah Nusairi. Justeru itu hadith tersebut adalah lemah di samping itu ianya adalah bertentangan dengan perbuatan sebahagian sahabat.
2. Buku-buku dan rencana-rencana menentang Syi'ah digalakkan dan sebaliknya buku-buku atau rencana-rencana yang bersimpati terhadap Syi'ah atau rencana-rencana ilmiah dengan rujukan Sunni yang lengkap, ditentang, malah penulis-penulisnya diugut atau diletakkan di dalam kandang orang salah dan sebagainya dengan berbagai alasan yang diciptakan oleh ulama jahat.
3. Rasa'il Ibn Abidin, II, 169. Jika mengutamakan Ali AS adalah bid'ah, ini bermakna ia juga akan memasuki neraka! Dari manakah mereka mengambil hukum ini? Sedangkan Nabi SAWA bersabda:"Wahai Ali, anda dikasihi oleh Mukmin dan dibencikan oleh munafiq."
4. Umpamanya 'Aisyah telah mencaci Uthman dan pernah menyuruh supaya dia dibunuh. Dan apabila Uthman dibunuh oleh sekumpulan sahabat, beliau turut bergembira, kerana berpendapat Talhah orang yang layak menduduki jawatan khalifah. Pembelaan beliau ke atas kematian Uthman adalah loga politiknya sahaja. Dan ianya menjadi alasan yang kuat untuk memerangi (membunuh) Ali AS sebagai khalifah. Di dalam peperangan Jamal lebih daripada enam belas ribu terbunuh kebanyakan mereka adalah sahabat.
Lihat Ibn al-Jauzi, Tazkirah al-Khawwas, hlm.36, Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj Al-Balaghah, II, hlm.77; al-Masudi, Kitab Akhir al-Zaman, hlm.80-82; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siasah, I, hlm.525. Ibn Kathir, Tarikh, I, hlm.176
6. Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm.191-192
7. Syarh, al-Fiyah al-Iraqi, IV, hlm.26
8. Ahmad bin Hanbal, Musnad, I,hlm.84,95,127; Muslim, Sahih,I,hlm.39;al-Turmidhi,Sahih,II,hlm.301;al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm.170;al-Nasa'i,Sunan,II,hl,.271
9. Muawiyah mencaci Ali AS selama 20 tahun dari mimbar masjid. Sekurang-kurangnya 75,000 mimbar masjid telah digunakan untuk mencaci Ali AS di seluruh pelusuk negara pada tiap-tiap Juma'at. Kemudian cacian dan kutukan itu diteruskan selama 60 tahun lagi oleh pemerintah-pemerintah Bani Umaiyyah kecuali 2 tahun di masa pemerintahan Umar Abd Aziz. Oleh itu, siapakah yang mula mencaci sahabat di atas mimbar masjid? Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,III, 15-20, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',hlm.243.
Sekiranya orang yang dikatakan mencaci sahabat itu adalah fasiq atau kafir, kenapa mereka tidak pula mengkafirkan atau memfasiqkan Muawiyah dan orang yang seumpamanya?
10. Jika Sunnah Muawiyah dijadikan sunnah sahabat, maka ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA yang mengasini Ali AS dan ianya juga bertentangan dengan Sunnah Allah (al-Qur'an).Lantaran itu apa yang dikatakan "Sunnah Sahabat" itu belum pasti ianya betul sebelum ianya dinilai dengan neraca al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA yang tidak bercanggah dengan al-Qur'an. Oleh itu jika ianya bercanggah dengan al-Qur'an, maka ianya mestilah diketepikan, dan tidak ada ruang untuk melakukan takwil.
11. Al-Isti'ab, I,hlm.157
12. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm.267
13. Al-Isabah,IV,hlm.151
14. Al-Kamil,III,hlm.195
15. Ibid
16. Hujr bin Adi dan tujuh sahabat Rasulullah SAWA telah dibunuh oleh Muawiyah kerana mereka tidak melaknati Ali AS. Lihat umpamanya, Ibn al-Athir, Tarikh,I,hlm.18-55;al-Muttaqi al-Hind, Kunz al-Ummal, VII,hlm.88