Imam al Mahdi: Khabar Gembira Dalam Al Qur'an

Imam al Mahdi: Khabar Gembira Dalam Al Qur'an   	0%

Imam al Mahdi: Khabar Gembira Dalam Al Qur'an   	pengarang:
Kategori: Imam Mahdi ajf
Halaman: 7

Imam al Mahdi: Khabar Gembira Dalam Al Qur'an

pengarang: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori:

Halaman: 7
Pengunjung: 7390
Download: 576

Komentar:

Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 7 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 7390 / Download: 576
Ukuran Ukuran Ukuran
Imam al Mahdi: Khabar Gembira Dalam Al Qur'an

Imam al Mahdi: Khabar Gembira Dalam Al Qur'an

pengarang:
Indonesia
IMAM AL-MAHDI: KHABAR GEMBIRA DALAM AL-QUR'AN Imam al Mahdi: Khabar Gembira Dalam Al Qur'an



1
Imam Mahdî As; Sang Pemimpin Keadilan

Daftar Isi

IMAM AL-MAHDI: KHABAR GEMBIRA DALAM AL-QUR'AN

Daftar Isi

Mukaddimah

KELAHIRAN YANG MULIA

GHAIB SUGHRA

Zaman Ghaib Kubra

Syi’ah Pada Zaman Ghaibah

Catatan Kaki:

2
Imam Mahdî As; Sang Pemimpin Keadilan

Mukaddimah
Tidak diragukan bahawa al-Qur'an adalah Kitab Allah, dan setiap Muslim di dunia menerima dan patuh kepada ajaran dan perintahnya. Apabila seseorang membuka kitab ini dan memerhatikan ayat-ayatnya, dia akan penjelasan tentang perkara-perkara yang luar biasa, dan masa depan yang gemilang dan pada suatu masa alam ini akan sampai ke penghujungnya.

Kitab suci al-Qur'an menyatakan tujuan penting Nabi Islam yang mulia itu adalah untuk meletakkan agama suci ini mengatasi semua agama-agama lain di dunia, dan pada suatu hari aspirasi suci ini akan mencapai kejayaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab Suci al-Qur'an:

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai."(9:33)1

Kitab Suci dari Rasul yang terakhir memberikan isyarat gembira bahawa pada suatu hari kelak pemerintahan di dunia ini akan menjadi milik hamba Allah yang baik dan bertaqwa:

"Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (7: 128)2

Bumi ini yang dipenuhi dengan kerosakan, kejahilan dan kebejatan umpama batang tubuh yang tidak bernyawa, akan dihidupkan dengan cahaya keadilan sebagaimana yang dimaksud dalam ayat Qur'an yang suci.3

Kita juga membaca dalam al-Qur'an:

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku." (24: 55)4

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Mereka ingin hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci." (61: 8)5

Demikian itu adalah beberapa contoh ayat-ayat Qur'an yang menyebutkan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin. Dengan mengkaji perkara ini dan sepuluh dalil lagi, ia akan menjadi jelas bahawa dakwah Islam akan mencapai peringkat kesempurnaan nya apabila aspirasi dan kehendak suci ini terlaksana.

Semua kepalsuan dan objektif yang sesat akan sirna dan hanya Islam, agama yang benar, akan menjadi pegangan kepada manusia di barat dan di timur bumi ini. Ketidakadilan dan kezaliman akan sirna dan digantikan dengan keadilan yang merupakan peraturan alam ini akan ditegakkan di mana juga di muka bumi ini. Pemerintahan khalifah akan ditegakkan di mana juga di muka bumi ini. Cahaya petunjuk Allah akan bersinar dan bumi ini adalah milik orang yang bertaqwa.

Al-Qur'an telah memberikan khabar gembira bahawa akan tiba nanti suatu hari yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang Islam di muka bumi ini. Hadith-hadith Nabi SAWAW dan para Imam AS adalah sumber yang amat berharga dalam pengajian Islam. Setiap Muslim adalah bertanggungjawab untuk mengikuti dan mentaati hadith Nabi SAWA dan para Imam AS kerana mentaati perintah mereka adalah suatu perkara yang disebutkan dalam Kitab Allah SWT:

"Taatilah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu."(4: 49)6

Dalam lautan pemata hadith-hadith, banyak terdapat khabar gembira tentang Kerajaan Adil tersebut. Tambahan lagi, terdapat hadith-hadith khusus yang menyatakan khabar tentang "Revolusi Suci" dan "Pemimpin Suci" yang akan memenuhi aspirasi suci itu.

Rasulullah SAWAW bersabda:

"Seandainya bumi ini tinggal satu hari sahaja, maka Allah akan memanjangkan hari itu sehingga dibangkitkan seorang lelaki dari kalangan umatku dari kalangan Ahlul Baitku, namanya sama dengan namaku, akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana bumi ini telah dipenuhi dengan kezaliman."7

Maksud hadith suci in mendedahkan secara khusus khabar gembira itu dan mejelaskan umat bagi Kerajaan Adil tersebut, Kejayaan dan Janji-janji Allah SWT sebagaimana yang disebutkan dalam sumber-sumber Syi'ah dan Sunnah.

Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAWAW berkata kepada Amirul Mu'minin Ali AS:

"A'immah selepasku dua belas orang, yang awal ialah anda wahai Ali, dan yang akhir dari kalangan mereka ialah al-Qa'im yang akan mencapai kejayaan melalui tangannya dengan kehendak Allah SWT di sebelah barat dan timur bumi ini."8

A'immah yang suci mengingatkan umat dalam beberapa hadith tentang peri pentingnya Janji Allah SWT dan Kerajaan Imam Kedua Belas dan memberitahu kepada mereka bahawa menantikan Penyelamat Agung itu adalah amal yang berharga, dan pengikut-pengikutnya adalah umat yang terbaik dan dikasihi.

Memadai dinyatakan di sini contoh-contoh hadith-hadith tersebut:

1.Apabila Imam Hasan al-Mujtaba AS menduduki jabatan khalifah. Beliau menentang Muawiyah yang penipu itu dengan pertolongan orang kanannya yang juga penipu, beransur-ansur menyogok sahabat-sahabat Imam Hasan AS yang akhirnya meninggalkan Imam AS bersendirian.

Akhirnya Imam AS terpaksa menerima perdamaian dengan Muawiyah di mana Muawiyah dipertanggungjawabkan untuk mematuhi syarat-syaratnya dan mengelakan daripada melantik penggantinya dan melakukan peperangan.Pada peristiwa yang lain, Imam as mengambil peluang untuk mendedahkan kesalahan-kesalahan dan ketidakadilan Muawiayah kepada orang ramai. Sementara itu orang yang jahil mula mengkritik tindakan Imam as yang menerima perjanjian damai dengan Muawiyah. Imam Hasan as menjelaskan kepada orang ramai pengertian Imam dan kepimpinan dan kewajiban untuk mentaati arahan Imam tanpa perlu bertanya mengapa dan bagaimana. Kemudian beliau menerangkan kepada mereka tentang kerajaan Imam Kedua Belas: "Tidakkah anda ketahui bahawa setiap seorang daripada kami (Imam) mempunyai tanggungjawab untuk mengambil bai'ah daripada pemerintah yang zalim pada zamannya kecuali al-Qa'im di mana Ruhullah Isa as akan bersembahyang di belakangnya dan Allah SWT akan merahsiakan kelahirannya dan menyembunyikannya (ghaib). Apabila dia muncul nanti, ia tidak akan mengambil bai'ah daripada sesiapapun. Dia adalah keturunan yang kesembilan daripada saudaraku Husayn, putera daripada Puteri yang ditawan. Allah SWT akan memanjangkan usianya pada ketika ghaibnya, dan dengan KuasaNya yang Maha Sempurna, dia akan muncul kembali sebagai orang muda kurang daripada 40 tahun supaya orang ramai mengetahui bahawa Allah SWT Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu."9

2.Imam Ja'far al-Sadiq AS ketika menjawab soalan daripada salah seorang pengikutnya tentang penggantinya, berkata: "Imam yang bakal menggantikanku ialah puteraku Musa, dan al-Qa'im Imam Muhammad ibn Hasan ibn Ali ibn Muhammad ibn Ali ibn Musa."10Imam al-Sadiq AS juga berkata:

"Bagi setiap manusia menanti kepada sebuah kerajaan, dan kita menunggu kerajaan kita akan ditegakkan pada akhir zaman."11

3.Imam Ketujuh Imam Musa al-Kazim ibn Ja'far AS ketika menjawab soalan salah seorang daripada sahabat-sahabatnya yang bertanya sama ada beliau AS adalah al-Qa'im bi l-Haqq, (beliau AS) berkata:

"Aku adalah al-Qa'im bi l-Haqq tetapi al-Qaim yang akan menghapuskan musuh-musuh Allah daripada muka bumi ini dan akan memenuhi muka bumi ini dengan keadilan adalah keturunanku yang kelima. Justeru beliau bimbang akan keselamatan dirinya, beliau akan ghaib untuk jangka masa yang panjang di mana pada jangka masa itu ada kaum yang murtad tetapi ada juga yang akan berpegang teguh kepada (aqidah) mereka."

Beliau AS menambah:

"Kebaikan kepada syiah kami yang berpegang teguh kepada wilayah kami dan menjauhi musuh-musuh kami. Mereka adalah daripada kami dan kami daripada mereka dan mereka redha kepada kepimpinan kami dan kami redha kepada mereka sebagai syiah kami. Maka kebaikan kepada mereka,, mereka demi Allah bersama-sama kami dalam darajat pada hari Qiamat."12

4.Akhir sekali, Imam Kesebelas Imam Hasan al-Askari AS berkata:

"Seakan-akan aku melihat selepasku akan berlaku ikhtilaf di kalangan kalian tentang Imam selepasku. Barang siapa yang menerima Imam selepas Rasululah SAWAW tetapi menolak puteraku adalah seperti seseorang yang yang menerima semua para anbiya' tetapi menolak Nubuwwah Muhammad SAWAW, Rasulullah SAWAW. Dan barang siapa yang menolak (Muhammad SAWAW) sebagai Rasulullah adalah umpama engkar kepada seluruh anbiya' Allah kerana ketaatan kepada yang terakhir daripada kami adalah umpama taat kepada yang awal daripada kami dan engkar kepada yang akhir daripada kami umpama engkar kepada yang awal daripada kami. Bahawa sesungguhnya puteraku akan ghaib di mana pada ketika itu akan ada di kalangan manusia yang jatuh ke dalam keraguan kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah SWT."13

Riwayat-riwayat tersebut daripada Nabi SAWAW dan para Imam AS adalah banyak bilangannya untuk memberikan kepada kita keterangan tentang aqidah yang penting ini dan ia merupakan riwayat-riwayat yang paling banyak dalam hal Imamah dalam kitab-kitab hadith Syi'ah.

Perkara tentang kepimpinan Imam ke Dua Belas, kerajaannya, dan hal-hal yang berkaitan dengannya merupakan nombor dua selepas perkara Imamah Imam Ali Amirul Mu'minin AS. Terdapat beratus-ratus hadith yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Syi'ah dan Sunni.14 Begitu juga ramai ulama dalam pelbagai mazhab Islam telah membukukan hadith-hadith berhubung dengan perkara ini15

Zaman para Imam AS berlalu silih berganti bersama-sama dengan kekejaman pemerintah pada zaman mereka itu sehinggalah pada zaman kepimpinan Imam Hasan al-Askari AS. Imam yang suci ini hidup dalam suasana yang sukar dan kurang muncul dalam majlis-majlis di khalayak ramai. Puteranya yang dikasihi yang merupakan Hujah Allah disembunyikan daripada khalayak ramai sehinggalah tahun 260H dan kemudian ia Ghaib Sughra sehingga tahun 329H dan selepas itu mengalami peristiwa Ghaib Kubra sehinggalah pada suatu ketika nanti yang ditunggu-tunggu yang ditentukan oleh Allah SWT di akhir zaman.

3
Imam Mahdî As; Sang Pemimpin Keadilan

KELAHIRAN YANG MULIA
Pada suatu subuh 15 Sha'ban 255H, cahaya penyuluh dunia ini menyinar terang ke dalam tubuh manusia yang nanti akan menjadi sumber kepada kewujudan alam ini.

Akhirnya saat-saat yang dtunggu-tunggu tiba. Allah SWT tidak memungkiri janjiNya, dan Imam Mahdi AS dilahirkan disebalik ada pihak-pihak yang menafikan kelahirannya.

Ia merupakan satu daripada mukjizat sejarah dimana Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan musuh-musuh Imam yang mulia ini berusaha untuk memadamkan cahaya suci ini tetapi ternyata mereka semuanya gagal.

Khalifah-khalifah Bani Abbasiyyah yang zalim dan kejam telah mendengar berita bahawa Imam Kedua Belas akan menegakkan kerajaan yang adil dan akan memerintah bumi ini dari timur ke barat, dan akan memusnahkan segala bentuk ketidakadilan dan kezaliman. Justeru, untuk menentang perkara ini daripada berlaku, mereka menyiksa dan menyumpahkan darah pengikut-pengikut Ahlul Bait as seberapa ramai yang mereka mampu lakukan. Peristiwa pembunuhan para syuhada itu dapat dibaca dalam kitab-kitab yang dikarang khusus untuk tujuan tersebut.16

Pada tahun 235H, Mutawakkil, khalifah Bani Abbasiyyah memerintahkan Imam Kesepuluh Muhammad al-Hadi AS dan keluarganya berpindah dari Madinah ke Samarra' supaya beliau boleh memantau pergerakan Imam AS.17

Demikian juga, Mu'tamid, khalifah Bani Abbasiyyah yang terkenal dengan jolokan Fir'aun pada zamannya, amat takut kepada putera Imam Hasan al-Askari AS. Beliau menubuhkan satu kumpulan unit perisik dan bidan untuk bertugas meninjau setiap rumah golongan Alawiyyin, khususnya rumah Hasan al-Askari supaya jika mereka mendapati lahir seorang bayi lelaki maka bayi ini hendaklah dibunuh serta merta.18

Pencarian mereka untuk membunuh Imam al-Mahdi AS kemudian dilakukan secara besar-besaran apabila Imam Hasan al-Askari AS wafat. Ini disebabkan setiap orang tahu bahawa pada hari kewafatan beliau AS itu adalah hari di mana Imamah diserahkan kepada Imam Kedua Belas dan bumi ini akan berada di bawah wilayahnya.

Shaykh al-Saduq, ulama terkemuka Syi'ah menulis dalam kitabnya Kamalu 'ddin:

"Apabila jenazah Imam Hasan al-Askari AS dikebumikan dan orang ramai telah pergi, khalifah dan para tenteranya mulai mengelidah rumah beliau AS untuk mencari puteranya dan mengarahkan supaya mereka mengawasi rumah tersebut."19

Shaykh al-Mufid, seorang ulama terkemuka Syi'ah juga menulis dalam kitab al- Irshad:

"Apabila Imam Hasan al-Askari AS wafat, khalifah pada ketika itu, berusaha mencari puteranya kerana para Syi'ah pada ketika itu percaya dan kepercayaan itu tersebar luas di kalangan Syi'ah Imamiyyah bahawa para Syi'ah ketika itu sedang menunggu-nunggu kedatangan Imam mereka."20

Mu'tadid salah seorang daripada khalifah Abbasiyyah yang zalim yang memerintah di antara tahun 279H hingga 289H berhasrat untuk menghapuskan sama sekali keluarga Hasan al-Askari AS apabila beliau mendengar berita bahawa Imam Hasan al-Askari AS yang telah wafat dua puluh tahun lalu meninggalkan seorang putera dan ia masih hidup walaupun khalifah-khalifah terdahulu berusaha untuk membunuhnya.

Salah seorang pegawai Mu'tadid berkata:

"Mu'tadid telah memerintahkan saya dan dua orang lagi, setiap seorang daripada kami menunggang kuda dan berangkat menuju ke Samarra' dengan tergesagesa tanpa berhenti walau seketika untuk solat. Beliau memberikan kepada kami alamat tempat tinggal Imam al-Askari AS dan mengarahkan kami masuk ke rumahnya tanpa perlu meminta izin dan membawa kepala sesiapa sahaja yang ada di dalam rumah itu."21

Pada hakikatnya mereka terlupa bahawa ada satu kuasa yang Maha Besar yang melindungi Imam AS daripada keganasan khalifah-khalifah yang lalu seperti mana yang ditegaskan dalam al-Qur'an:

"Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orangorang kafir tidak menyukainya." (At-Taubah: 32)

Sesungguhnya apa yang mereka cuba lakukan itu adalah satu tindakan yang bodoh! Jika kehendak Allah SWT terhadap sesuatu perkara, apakah ada seseorang yang mampu menentangnya? Adakah mungkin janji Allah tidak dapat ditunaikanNya? Atau adakah mungkin kuasa pemerintah zalim yang menentang kehendak Allah SWT tidak dapat dikalahkan?

Tidakkah menakjubkan Allah SWT yang Esa telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaanNya sebelum ini supaya manusia kemudian mengambil iktibar bahawa jika Dia menghendaki memberikan manusia pilihanNya kerajaan dan kekuasaan dan menghapuskan kekufuran melaluinya, sudah pasti tidak ada sesorangpun yang mampun mengugat perintahNya.

Dan kisah tersebut disebutkan dalam al-Qur'an.

Firaun, seorang raja Mesir yang zalim, yang mempunyai kuasa dan kemegahan mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Dia berhasrat untuk membunuh semua kanak-kanak lelaki Bani Israil kerana dia mendengar akan lahir seorang kanakkanak lelaki yang pada kemudian hari akan menghancurkan kerajaan dan kekuasaannya.

Dia menumpahkan darah orang-orang yang tidak berdosa, membuang negeri mereka ini ke daerah-daerah yang tidak dikenali, tetapi lihatlah bagaimana Allah Yang Maha Besar memelihara NabiNya dan bagaimana kehendakNya melindungi Nabi Musa AS dan pada akhirnya menghancurkan Firaun.

"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkan dia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.

Maka dipungutlah ia oleh keluarga Firaun yang akibatnya dia menjadi musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Firaun dan Hamman beserta tenteranya adalah orang-orang yang bersalah.

Dan berkatalah isteri Firaun: "(Ia) cahaya mata bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfa'at kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak," sedang mereka tiada menyedari. Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahsia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah).

Dan berkata ibu Musa kepada saudara Musa yang perempuan:"Ikutilah dia." Maka kelihatanlah olehnya Musa dari jauh, sedang mereka tidak mengetahuinya, Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusukannya sebelum itu; maka berkatalah saudara Musa:"Mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?"

Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya supaya senang hatinya dan tidak berdukacita dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (Al-Qashash (28): 7-13)22

Sesungguhnya Allah akan memelihara HujahNya dan akan memenuhi JanjiNya dan khabar gembira walaupun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Apakah mungkin Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa AS yang hanya menjadi Rasul kepada kaum tertentu, sebaliknya menyerahkan Imam Zaman ke tangan Mu'tamid dan Mu'tadid?

Adakah mungkin Allah SWT melindungi nyawa Nabi Musa AS ketika ia berada di di tengah-tengah sungai (Nil) di antara dua ombak laut yang mengganas, sebaliknya tidak memperdulikan keselamatan Imam Zaman ketika berada di rumah ayahandanya Imam Hasan al-Askari AS?

Adakah mungkin Allah SWT yang memelihara Nabi Ibrahim AS di tengah-tengah api yang membakar23, tetapi membiarkan permata terakhir itrah Nabi SAWAW menjadi mangsa nafsu amarah khalifah-khalifah Abbasiyyah?

Justeru, bagaimana orang-orang yang sesat dan korup pemikirannya menilai perkara ini?

Pada subuh hari pada bulan Sha'ban pada tahun 255H, Imam Hasan al-Askari AS mengusap wajah puteranya yang berseri-seri yang akan pada suatu hari nanti memenuhi dunia ini dengan janji-janji Allah SWT dan membawa khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.

Pada hari ketiga selepas kelahiran puteranya Imam Kesebelas Imam Hasan al-Askari menunjukkan puteranya itu kepada sahabat-sahabatnya dan berkata: "Selepasku nanti, puteraku ini akan menjadi imam kalian dan khalifah selepasku. Dialah al-Qaim yang dinanti-nantikan oleh orang ramai; apabila bumi ini telah dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman, beliau akan memenuhinya dengan keadilan dan kesaksamaan."24

Pada hari wiladah puteranya itu, Imam Kesebelas memberitahukan kepada sahabat-sahabatnya:

"Para peguasa yang zalim berusaha untuk membunuhku agar nanti puteraku tidak akan dilahirkan tetapi sekarang saksikanlah kebesaran Kuasa Yang Maha Berkuasa."25

Imam Hasan al-Askari AS memerintahkan 10,000 ribu paun roti dan daging untuk dibahagi-bahagikan di kalangan Bani Hashim untuk meraikan kegembiraan dan tanda bersyukur pada hari kelahiran tersebut. Uthman ibn Sa’id ditugaskan untuk melaksanakannya dan beliau telah melaksanakan perintah Imam as tersebut dengan cara yang paling baik.26

Sejak dari mula lagi, Imam Hasan al-Askari AS menyembunyikan puteranya itu dari orang-orang asing atau yang yang tidak dikenali. Silalah baca petikan katakata Shaykh Mufid seperti berikut:

“Imam Hasan al-Askari AS telah menyediakan asas sebuah daulah untuk puteranya itu. Beliau AS merahsiakan kelahiran puteranya dan perkara-perkara lain yang berkaitan, kerana Imam AS hidup pada suatu zaman di mana khalifahkhalifah sedang berusaha mencari puteranya dan sentiasa mengawasi Imam Al-Askari AS. Hal ini disebabkan kepercayaan tentang Imam al-Mahdi AS sudah diketahui umum menjadi kepercayaan para syi’ah Imamiyyah pada ketika itu.

Mereka sentiasa menunggu-nunggu kedatangan pemimpin agung mereka itu. Justeru, Imam Hasan al-Askari AS tidak mendedahkan identity puteranya itu, maka musuh-musuh Ahlul Bait AS tidak dapat mengenali identity Imam al-Mahdi AS selepas kewafatan Imam Hasan al-Askari AS.27

Walaupun hal-hal yang berkaitan dengan Imam al-Mahdi AS tidak diketahui oleh para musuhnya, namun para syi’ah yang mukhlis telah mengumpulkan berita perisitwa agung ini. Sebahagian daripada mereka telah diberitahu oleh Imam al-Askari AS melalui surat. Salah seorang syiah yang mukhlis ini ialah Ahmad bin Is’haq telah menerima surat dari Imam yang ditulis dengan tulisan tangannya sendiri, berbunyi:

“Seorang putera telah dilahirkan untukku. Maka rahsiakanlah berita ini daripada orang ramai dan khabarkan hanya kepada kerabat terdekat dan sahabat-sahabat.”28

Di kalangan syiah yang lazimnya menziarahi Imam al-Askari AS telah dibawa melihat puteranya Imam Kedua Belas al-Mahdi AS yang kelak akan memimpin mereka. Abu Umari dan Ahwazi meriwayatkan: “Abu Muhammad (Imam Hasan al-Askari AS telah menunjukkan kepadaku puteranya (Imam Kedua Belas) dan menyatakan kepadaku,”Inilah pemimpin (sahib) anda.”29

Sebahagian syiah sering melawat Imam al-Askari AS secara berkumpulan, dan jika Imam mempercayai mereka akan merahsiakan perkara ini, beliau AS akan menunjukkan kepada mereka putera kesayangannya itu.

Muawiyah ibn Hakim, Muhammad ibn Ayyub dan Muhammad ibn Uthman Umari telah meriwayat seperti berikut:

“Kami seramai empat orang berkumpul di rumah Imam Hasan, kemudian Imam menunjukkan kepada kami puteranya dan berkata kepada kami,”Ini adalah Imam kalian dan khalifah selepasku. Kalian hendaklah taat kepadanya selepasku dan tidak menentangnya yang akan menyebabkan kalian binasa.”30

Walau bagaimanapun sejak dari masa kelahiran “Bulan” Kedua Belas sehingga Imamah beliau AS, para syi’ah sering mengunjungi Imam Kesebelas dan mengucapkan tahniah kepadanya. Hasan ibn Hasan al-Alawi berkata:

“Aku pergi menemui Imam Hasan (al-Askari) di Samarra dan mengucapkan tahniah kepadanya di atas kelahiran puteranya itu.”31

Dan Abdullah ibn Abbas al-Alawi juga berkata:

“Aku melawat Imam al-Askari AS di Samarra dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteranya.”32

Maka dalam keadaan ini kelahiran Imam Zaman telah dirahsiakan daripada orang-orang yang dicurigai. Dalam beberapa peristiwa hanya para syi’ah yang jujur di benarkan melihatnya, sehingga tahun 260H, apabila Imam Kesebelas wafat dan dengan kehendak Allah, jabatan Imamah diberikan kepada Sahibu l- Amr.

4
Imam Mahdî As; Sang Pemimpin Keadilan

GHAIB SUGHRA
Apabila Imam Hasan al-Askari AS wafat, jabatan Imamah telah diserahkan kepada permata terakhir daripada Ahlul Bait Nabi iaitu Imam al-Mahdi AS. Walaupun Imam Mahdi tidak muncul di khalayak ramai, terdapat di kalangan mereka yang dipercayai mendapat izin menemuinya dan menyerahkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh para syi’ah. Mereka yang dipercayai inilah yang berhubung kepada orang ramai dengan petujuk dan arahan daripada Imam al-Mahdi AS.

Dari sudut pandangan keimanan, keyakinan, dan kebenaran, mereka yang menjadi perantara di antara orang ramai dan Imam al-Mahdi AS ini adalah orang-orang yang terpilih di kalangan orang-orang Islam. Mereka inilah yang menyampaikan perintah-perintah Imam al-Mahdi AS kepada orang ramai.

Dengan mengkaji, keperibadian, ketaqwaan dan kepercayaan tokoh-tokoh ini, bukan sahaja mereka ini terserlah mempunyai keperibadian yang besar, tetapi kita juga dapat mengenali Imam Zaman AS dengan lebih dekat, kerana di dalam kata-kata mereka ini yang menjadi sahabat Imam Mahdi AS, terserlah tandatanda kebesaran Imam al-Mahdi AS.

Di antara sahabat Imam Zaman AS, empat orang daripada mereka amat terkenal dan dipercayai yang bertindak sebagai perantara di antara Imam dan orang ramai, dan mereka ini di kenali sebagai Nawwab al-Arba’ah.33 Kami perjelaskan di sini secara ringkas latar belakang mereka ini:

1. Uthman ibn Sa’id ‘Umari: Tokoh mulia ini bukan sahaja menjadi naib Imam Zaman AS tetapi juga menjadi wakil Imam Hasan al-Askari AS dan Imam Ali an- Naqi AS. Beliau telah banyak menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan syi’ah ketika hidupnya. Imam Kesepuluh (Imam al-Hadi AS) berkata kepada pengikutpengikutnya tentang Uthman ibn Sa’id ‘Umari: “Abu ‘Umari ini adalah orang yang amat dipercayai (tsiqatul amin). Apa yang beliau katakana kepada kalian , maka ia telah berkata bagi pihakku, dan apa sahaja yang beliau lakukan, dia lakukan hal ini bagi pihakku.”34

Kedudukannya itu berkekalan sehingga tahun 254H apabila Imam al-Hadi wafat. Kemudian Imam Kesebelas dilaporkan telah memuji keperibadian Abu ‘Umari sebagai mempunyai keperibadian yang mulia ketika berucap di kalangan syi’ah: “Abu ‘Umari adalah peribadi yang amat dipercayai (tsiqat al-amin). Beliau dipercayai oleh Imam yang sebelumnya dan juga kepercayaanku dan selepas kematianku. Apa yang sahaja yang beliau katakana kepada kalian, maka dia telah berkata bagi pihakku, dan apa sahaja yang beliau lakukan, maka beliau telah lakukannya bagi pihakku.”35

Maka dengan kepercayaan ini, beliau menjadi wakil (Naib l-Imam) Kedua Belas selepas kewafatan Imam Hasan al-Askari AS. Pada hari wafat Abu ‘Umari, Sahibul Zaman (Imam al-Mahdi AS) telah mengirimkan ucapan ta’ziah kepada puteranya, Muhammad ibn Uthman dengan berkata:

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Kami berserah kepada kehendakNya dan ridha kepada qadaNya. Ayahmu telah hidup dengan kemuliaan dan wafat dengan kemuliaan. Semoga rahmat Allah ke atasnya, beliau telah menyertai sahabat-sahabat dan maulanya, ke atas mereka kesejahteraan. Beliau telah berusaha melakukan perkara-perkara yang mendekatkan dirinya kepada Allah dan sahabat-sahabatNya. Semoga Allah menyerikan wajahnya.

2. Abu Ja’far Muhammad ibn Uthman: Peribadi ini menjadi naib kedua kepada Imam Zaman AS. Beliau juga menjadi naib kepada Imam Kesebelas, yang telah berkata:”Ketokohan dan kemuliaan peribadinya di kalangan syi’ah amatlah terkenal dan tidak perlu untuk diperjelaskan lagi atau dipersoalkan lagi.”37

Berkenaan beliau dan ayahnya, Uthman ibn Said, Imam Hasan al-Askari AS berkata kepada salah seorang sahabatnya: “Umar dan anaknya, mereka berdua adalah tsiqah. Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka lakukan bagi pihakku, dan apa sahaja yang mereka katakana, mereka berkata bagi pihakku. Justeru, dengarlah kata-kata mereka dan taatlah kepada mereka, kerana mereka berdua adalah tsiqah kepada kami.”38

Dan Imam Zaman AS berkata tentang mereka:

“Beliau adalah kepercayaanku dan tulisannya adalah sama seperti tulisanku sendiri.”39

3. Abu l-Qasim Husayn ibn Ruh Nawbakhti: Abu Ja’far Muhammad ibn Uthman, naib ketiga Imam Zaman AS berkata tentang beliau: Husayn ibn Ruh ibn Abu Bahr Nawbakhti adalah penggantiku. Beliau adalah wakil yang tsiqah dan menjadi perantaraan di antara kalian dengan Sahibul Zaman. Oleh itu segala urusan kalian hendaklah dirujuk kepada beliau. Aku telah diberikan tanggungjawab ini, dan aku telah mengumumkan kepada kalian.”40

Shaykh Tusi (semoga rahmat Allah ke atasnya), berkata tentang beliau:”Abu l-Qasim Husayn ibn Ruh dianggap di kalangan sahabat-sahabat dan musuhmusuh sebagai orang yang amat terpelajar di kalangan orang ramai.”41

Ketulusan Husayn ibn Ruh sebagai naib Imam sudah dikenal malah oleh musuhmusuhnya juga. Shalmaghani, yang mendakwa menjadi naib Imam pada ketika itu telah terpaksa mengaku kepalsuannya apabila Imam Zaman memerintahkan Husayn ibn Ruh mendedahkan pembohongan dakwaannya itu. Shalmaghani berkata:

“Adalah tidak benar di antaraku dan Allah untuk menyatakan sesuatu perkara dalam hal Husayn ibn Ruh selain daripada kebenaran. Walaupun jenayahnya (penentangannya) terhadapku amatlah besar, namun orang ini telah dilantik oleh Imam Zaman dalam tugasnya. Para syi’ah hendaklah tidak menjauhikan diri daripadanya.”42

4. Abu l-Hasan ‘Ali ibn Muhammad Simmari: Tokoh mulia ini adalah naib terakhir (Naibu l-Khass) Imam Zaman. Kewafatannya bertepatan pada 15 Sha’ban 329H. Husayn ibn Ruh memperkenalkan beliau sebagai naib Imam. Surat terakhir Imam Zaman AS telah ditujukan kepada tokoh mulia ini. Dalam keadaan ini Imam AS telah mengumumkan kewafatan Ali ibn Muhammad dan berakhirnya zaman tersebut:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Anda akan meninggal dunia dalam tempoh enam hari. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada saudara-saudara anda dalam keimanan di atas kewafatan anda. Maka bersedialah tetapi janganlah anda melantik sesiapa bagi menggantikan tempat anda sebagai naib kerana sejak dari hari kewafatan anda maka zaman Ghaybatul Kubra akan bermula. Tidak ada sesiapa yang akan melihatku sehinggalah Allah SWT menghendaki kemunculanku. Kemunculanku akan berlaku dalam tempoh yang amat panjang ketika hati orang-orang berasa letih menunggu kemunculanku dan mereka yang lemah imannya berkata:”Apa?

Adakah dia masih hidup?” Apabila manusia menjadi ganas dan tidak ada pertimbangan, dan bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan. Ada orang-orang yang akan mendakwa telah melihatku. Awas! Sesiapa yang mendakwa hal tersebut sebelum kemunculan Sufyani dan suara dari langit mengisytiharkan kemunculanku, maka ia adalah suatu pembohongan. Tidak ada kekuatan kecuali Allah Yang Maha Besar.”43

Sebagaimana dapat dilihat dari surat ini, ia adalah surat perintah yang terakhir, di mana pintu bagi jabatan naib khas telah ditutup dengan kewafatan Ali ibn Muhammad, maka sesiapa yang mendakwa menjadi naib Imam atau mendakwa sebagai perantara kepada Imam atau Imam dapat dilihat adalah satu pembohongan. Pada zaman Ghaib Kubra tidak ada sesiapa yang mendakwa telah pergi menemui Imam Zaman AS.

Orang ramai sudah pasti tidak mudah menerima empat orang naib Imam tersebut melainkan mereka telah ditunjukkan bukti-bukti luarbiasa Sahibu l-Amr untuk mengesahkan bahawa mereka itu adalah dipercayai dan betul, walaupun mereka menerima empat tokoh ini sebagai peribadi yang tsiqah dan tidak meragui mereka dalam iman, ketaqwaan dan ilmu pengetahuan.44

Wakil khas ini hadir menemui Imam Zaman AS bagi menyerahkan soalan-soalan atau masalah-masalah yang dihadapi oleh ilmuan syi’ah dan beliau AS telah menjawab soalan yang dianggap penting dalam bentuk surat dan dikirimkan melalui wakil tersebut.

Dalam surat-surat ini perkara yang penting dan masalah yang sukar yang dihadapi oleh syi’ah telah dijawab oleh Imam AS. Salah satu daripada masalah-masalah tersebut adalah pertanyaan tentang tanggungjawab syi’ah pada zaman Ghaibah tersebut dan apakah yang perlu mereka lakukan ketika menghadapinya? Dalam surat jawapan yang dikeluarkan oleh Imam Zaman AS untuk meraikan seorng tokoh syi’ah yang bernama Ishaq bin Yaqub, beliau AS telah mengariskan tugas-tugas, kaedah dan panduan untuk para syi’ah pada zaman Ghaibah. Panduan ini telah diikuti untuk berabad-abad lamanya dan ia menjadi satu hujah betapa luas dan lengkapnya syariat Islam.

Dalam salah satu daripada surat-surat kepada Imam Zaman AS ang dikirimkan melalui naib kedua, Ishaq bin Yaqub bertanya kepada Imam Zaman AS beberapa soalan, di antaranya ialah perkara yang menyentuh tajuk yang sedang kita bahaskan. Imam berkata dalam urusan tersebut seseorang hendaklah merujuk kepada mereka yang benar-benar memahami kata-kata Imam dan telah meriwayatkan dengan sahih kepada mereka:

“Namun kepada masalah-masalah yang akan dihadapi pada masa akan dating, kamu hendaklah kepada periwayat-periwayat hadith daripada kami kerana fatwa mereka adalah seperti hujah kami ke atas kamu, dan aku adalah Hujah Allah kepada mereka.”45

Surat-surat lain Imam Mahdi AS telah dikeluarkan pada zaman Ghaib Sughra, setiap satu daripadanya menyelesaikan persoalan dan memberikan arahan dengan bijaksana. Semua surat-surat ini telah dikirimkan melalui naib khas Imam kepada para syiah yang inginkan jawapannya.

Ya, benar, empat naib Imam mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi keimanan dan tsiqah, adalah perantara yang diberkati di antara Imam dan orang ramai sehingga tahun 329H. Apabila pintu jabatan ini ditutup, dan di atas kehendak Allah maka zaman Ghaib Kubra pun bermula. Peristiwa zaman ini telah dinyatakan sejak zaman Nabi SAWAW dan para Imam syi’ah sebelumnya dan umat Islam bersabar dalam tempoh ujian ini sehingga dengan kehendak Allah SWT, Imam Mahdi AS akan muncul dan matlamat Ilahi akan dipenuhi.

5
Imam Mahdî As; Sang Pemimpin Keadilan

Zaman Ghaib Kubra
Selepas tahun 329H, maka bermulalah zaman Ghaib Kubra dan pada ketika ini tamatlah peranan naib khas Imam. Jika ada sesiapa yang mendakwa sebagai wakil atau naib Imam, maka mengikut pengisytiharan Imam Mahdi AS sendiri, dakwaan tersebut adalah palsu. Dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam-imam AS, tujuan Ghaib Khubra adalah umpama matahari yang terlindung di balik awam, ia tetap menjadi sumber kepada kehidupan makhluk di dunia ini. Demikian juga Imam AS yang terlindung dari tabir ghaibah, ia masih menjadi sumber kewujudan dan kehidupan dunia ini.46

Pada zaman Ghaib Kubra, ramai orang telah menemui Imam al-Mahdi AS, tetapi telah tidak ada seorangpun di antara mereka yand mendakwa dapat bertemu atau melihatnya atau mewakilinya kerana hanya empat orang Nawwab al-Khas Imam AS mempunyai kemuliaan menemuinya pada masa yang dikehendaki.

Ada beberapa orang daripada mereka ini yang beruntung dapat bertemu Imam Zaman AS dan nama-nama mereka telah disebutkan dalam kitab-kitab yang sahih.47 Di antara peribadi-peribadi merupakan tokoh-tokoh yang masyhur dalam dunia Islam; Muqaddas Ardibili – merupakan peribadi yang amat bertaqwa dan tokoh marja pada zamannya; Sayyid ibn Tawus – peribadi yang terkenal kerana ketaqwaannya dan periwayat yang adil; Sayyid Bahru l-‘Ulum – seorang ulama yang terkenal; dan lain-lain tokoh besar dalam Islam.

Memang benar, mereka telah melihat “matahari” (Imam AS) dengan saksi mata dan hati-hati mereka dipenuhi dengan iman kepad Imamu l-Asr (Imam Zaman AS) dan dengan penjelasan yang penuh hormat mereka memberitahu kepada orang-orang lain tentang pertemuan mereka dengan Imam Zaman AS.

Sebagai contoh, kami kemukakan sebahagian daripada wasiat Sayyid Tawus yang ditulis untuk anaknya pada tahun 650H. Beliau menerangkan kepada anaknya, merujuk kepada pertemuan tersebut tanpa mendakwa telah melihatnya:

“Wahai anakku! Jika kejayaan mendapatkan kebenaran dan misteri telah dianugerahkan kepadamu, maka aku akan menyatakan kepadamu berhubung dengan Imam al-Mahdi AS supaya dengan demikian kamu tidak akan lagi berasa ragu dan kamu tidak akan lagi memerlukan dalil-dalil ilmiah dan hadith-hadith; kerana Imam al-Mahdi AS memang benar-benar hidup dan kewujudannya adalah benar, selagi Allah SWT belum mengizinkannya melakukan sesuatu perkara, maka beliau AS dielakkan daripada mendedahkan dan mengisytiharkan kerja-kerja beliau AS. Dan perkara ini bukanlah khusus untuk beliau AS sematamata, tetapi adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan Nabi-nabi dan wasiwasi mereka. Maka kamu hendaklah mengetahui dengan yakin dan menganggapnya sebagai iman dan aqidah kamu. Dan ketahuilah keyakinan hati ayahmu terhadap Imam al-Mahdi AS adalah terang benderang daripada pengetahuannya tentang dunia ini.48

Kemuliaan melihat Imam Zaman AS bukan sahaja di kalangan ulama syi’ah tetapi juga dirasakan di kalangan orang-orang biasa yang taat. Kami rasa kagum apabila kami mendapati orang-orang yang pada suatu ketika dahulu terjebak dalam kemaksiatan dalam hidupnya tetapi selepas benar-benar bertaubat, dan selepas hati mereka terpaut kepada cinta terhadap Imam Zaman AS, juga mendapat peluang menemuinya dan di antara peribadi-peribadi ini juga terdapat di kalangan saudara kita Ahlul Sunnah.

Salah seorang daripada mereka ialah Hasan Iraqi yang pada suatu ketika hidup dalam moral yang rendah pada masa mudanya. Pada suatu hari, beliau tiba-tiba tersedar daripada kehidupan buruknya itu dan bertanya kepada dirinya,”Adakah aku dijadikan untuk melakukan amalan-amalan jahat itu? Kemudian beliau meninggalkan perbuatan buruknya itu dan pergi ke masjid. Pada ketika itu seorang alim sedang menyampaikan kisah Imam al-Mahdi AS. Iraqi berasa amat terharu dan hatinya amat cinta kepada Imam Mahdi. Justeru, dia berdoa kepada Allah selepas setiap solat lima waktu supaya diberikan peluang menemui Baqiyatullah (Imam Mahdi AS). Akhirnya doanya terjawab dan selama tujuh hari dan malam beliau mempelajari jalan kebenaran dengan kehadiran Imam Mahdi AS.

Maka, semenjak hari itu, orang ini menjadi salah seorang daripada ulama yang terkenal. Abdul Wahab Sharani, salah seorang ulama Sunni yang terkenal, dan periwayat asal kisah ini menggelarkan orang itu sebagai,”Guruku yang agung Shaykh Iraqi.”49

Pada zaman Ghaib Kubra, surat-surat telah dikirimkan oleh Imam Mahdi AS kepada individu-individu dan ulama Islam terkenal. Dalam surat-surat tersebut, masalah-masalah baru yang sukar telah diselesaikan, dan panduan yang perlu telah diberikan. Di antara surat-surat ini ialah yang dikeluarkan pada tahun 410H yang memuji ulama Islamyang terkenal, Muhammad ibn Muhammad Nu’man ataupun Shaykh Mufid.

Shaykh Mufid merupakan ulama yang tinggi kedudukannya dari segi ilmu dan ketaqwaannya dan surat tersebut adalah satu pengiktirafan di atas usahanya yang berkhidmat untuk Islam. Walaupun selepas berlalunya beberapa abad, orang ramai masih lagi menghormati dan memuliakannya. Kepentingan surat ini menunjukkan kesedaran Imam AS tentang sikap salahlaku dan moral di kalangan sebilangan syi’ah, dan pada masa yang sama ia memberikan harapan kepada tujuan kehadirannya: “Kami amat mengetahui urusan kalian dan tidak ada satupun yang tersembunyi dari kami. Kami mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anda dari saat anda suka kepada keseronokan dan melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk yang selama ini dijauhi oleh orang-orang sebelum kamu.Kami menyedari saat-saat ketika orang-orang sebelum kamu mengingkari janji yang telah dimeterai oleh mereka, umpama mereka tidak mengetahui perkara itu. Kami tidak akan mengabaikan atau lupa segala kesusahan yang menimpa kamu, dan musuh-musuh kamu mempunyai peluang untuk mengalahkan kamu. Oleh itu, ingatkan akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya.”50

Tulisan yang amat bernilai oleh Imam Mahdi AS pada zaman Ghaib Kubra ini adalah satu panduan yang amat penting bagi para syi’ah. Surat-surat ini boleh dikaji atau dirujuk dalam kitab-kitab sahih syi’ah.51 Walau bagaimanapun, kita kini sedang melalui zaman yang mutakhir dalam era Ghaib Kubra.

Dalam tradisi Islam apabila tajuk ghaibah Imam Kedua Belas dibahaskan, rujukan dibuat ke atas ujian Allah ini. Para syi’ah yang benar-benar beriman dan ikhlas di bezakan dengan orang-orang lain “dan menjadi setulen emas tulen.”52 Dalam tradisi Islam, perbandingan di buat di antara para syi’ah yang ikhlas dan beriman dengan para pengikut Nabi Nuh AS yang tetap kekal dengan keimanan mereka walaupun menghadapi ujian yang berat dan mereka yang bersama Nabi Nuh AS dalam bahtera terselamat daripada malapetaka yang besar itu. Justeru, rahmat kepada golongan yang lulus ujian Ilahi ini; dan kami berharap dapat bersama-sama mereka dalam kedudukan tersebut.

6
Imam Mahdî As; Sang Pemimpin Keadilan

Syi’ah Pada Zaman Ghaibah
Maka apakah peranan dan tanggungjawab para syi’ah pada masa kini? Maka sesungguhnya, adakah kita mendakwa sebagai para syi’ah Imam al-Mahdi AS?
Jika kita mengkaji kehidupan para syi’ah Imam-imam yang suci AS sebelum Imam Kedua Belas, dan menyaksikan pengorbanan mereka tanpa sebarang keraguan, kita akan menyedari bahawa kita masih lagi tergolong daripada orangorang yang lalai dan lemah.

Tidakkah Salman al-Farisi, Abu Dharr al-Ghifari, ‘Ammar ibn Yasir dan Malik al- Ashtar menjadi syi’ah Imam Ali Amirul Mu’minin AS dan adakah kita juga tergolong kepada para syi’ah Imam Zaman AS? Tidakkah Maytham al-Tammar, yang tidak henti-henti memuji Ali, Amirul Mu’minin, merupakan seorang syi’ah Imam Ali AS, dan kita juga yang melalui zaman Imam Zaman AS, merupakan syi’ah Imam Mahdi AS? Tidakkah para syuhuda’ Karbala’, yang dengan cinta yang kuat berjihad mempertahankan Imam pada ketika itu, Husayn AS, dan mereka ini kemudian mati syahid, merupakan para syi’ah Imam Husayn AS, dan kita, yang keberatan memberikan harta benda, kehidupan dan lain-lain perkara di jalan Imam pada zaman kita kita, adalah para syi’ah Imam Mahdi AS? Adakah peribadi seperti Hisham ibn Hakam, yang mempunyai kemampuan berbahas yang luar biasa telah menghancurkan hujah-hujah musuh-musuh Imamah sehingga beliau digelar,”Penolong Imam” oleh Imam al-Sadiq AS, merupakan seorang Syi’ah? Dan adakah kita juga, yang bermalas-malas menunaikan kewajiban kita untuk mengenali Imam pada zaman ini, merupakan para syi’ah?

Daripada apa yang kita telah pelajari tentang berita gembira dalam Qur’an dan hadith-hadith Nabi SAWAW dan para Imam AS, bahawa Imam Zaman AS mempunyai tanggungjawab yang khusus yang tidak dilaksanakan oleh Imamimam sebelumnya. Imam Zaman AS akan mendirikan Daulah Islamiyyah di muka bumi ini. Beliau akan memenuhi bumi ini dengan kebenaran dan keadilan.

Beliau akan menggunakan sumber-sumber bumi dan alam sekitar kita ini. Beliau akan memperbaiki dan membangunkan bumi ini, dan dengan cara ini kesedaran dan kefahaman umat akan meningkat.53

Justeru, tidakkah para syi’ah Imam Mahdi AS mempunyai tugas dan tanggungjawab yang khusus juga? Tidakkah para syi’ah berusaha untuk mencapai kelayakan dan satu piawai untuk menjadi para sahabat Imam Mahdi AS apabila beliau muncul kelak dengan kehendak Ilahi? Maka, marilah kita meneliti tugas dan tanggungjawab kita, dan bagaimanakah kita akan memenuhinya. Tidak ragu-ragu lagi, tugas pertama kita ialah menyakini kehadirannya.

Mengenal Imam Zaman AS amatlah penting dan asas seperti mana yang dinyatakan dalam hadith Nabi SAWAW:

“Barang siapa yang mati, tetapi tidak mengenal Imam Zamannya maka, mati ia dalam keadaan jahiliyyah.”54

Mati dalam keadaan jahiliyyah bermakna mati dalam keadaan sesat dari daripada agama Islam dan menyeleweng dari keimanan. Dan amatlah nyata orang yang mati tanpa mengenal Imam zamannya keimanannya tidak dikira. Dalam riwayat yang lain, Imam Muhammad al-Baqir AS dipetik berkata: “Seseorang yang mati tanpa mempunyai Imam, maka mati ia dalam keadaan jahiliyyah, dan orang ramai tidak dikecualikan sehingga mereka mengenal Imam mereka.”

Maka, kita hendaklah berusaha mengenal Imam Zaman AS demi keimanan dan keislaman kita, dan supaya kita akan diiktiraf di kalangan orang-orang yang memperolehi keselamatan dan di kalangan orang-orang yang beriman. Tugas lain para syi’ah pada zaman Ghaibah Kubra, yang telah diterangkan oleh Imam AS ialah bersiap sedia menunggu kedatangan Penyelamat, maka langkah pertama untuk menjamin keselamatan adalah mengenal Imam zamannya; dan langkah kedua adalah bersiap sedia untuk mendirikan Daulah Yang Adil oleh Imam Mahdi AS.

Sesiapa yang menunggu (muntazir) dan menyiapkan dirinya menanti kedatangan Imam AS hendaklah mempunyai peribadi dan kelayakan menjadi para sahabat Imam al-Mahdi AS dan sanggup mengorbankan diri dan harta benda di jalannya. Berdasarkan dalil ini, Imam as-Sadiq AS berkata:

“Barang siapa yang menanti perintah kami adalah umpama orang yang berkorban darahnya di jalan Allah.”55 Memang benar, barang siapa yang benar-benar bersedia menanti kedatangan Imamul ‘Asr umpama mati syahid di jalan Allah. Dalam riwayat yang lain, Imam yang sama menyatakan kepada sebilangan pengikutnya tentang peribadi yang merupakan Imam Zaman AS: “Barang siapa yang mati ketika menanti kerajaan al-Qaim adalah umpama orang yang berada pada zaman kehadiran al-Qaim (Imam Mahdi AS).” Kemudian beliau AS menambah: “Tetapi dia umpama orang yang ditetak dengan pedang ketika bersamanya.” Kemudian, beliau AS menjelaskan lebih lanjut: “Demi Allah! Dia adalah umpama orang yang mati syahid ketika hadir bersama Rasulullah SAWAW.”56

Adakah kita dianggap di kalangan orang-orang yang menanti kehadiran Imam Mahdi AS? Tidakkah kita sekurang-kurangnya menanti Wali Allah yang telah dijanjikanNya seperti mana penantian kita kepada kepulangan orang yang tersayang daripada sesuatu perjalanan?

Dalam hadith yang lain, Imam Sadiq AS meriwayatkan kelayakan-kelayakan para sahabat Imam al-Mahdi AS:

“Jika seseorang ingin menjadi salah seorang sahabat al-Qaim, maka beliau hendaklah menanti kehadirannya dan hendaklah ia beramal dengan warak dan akhlak yang baik. Maka jika ia mati dan al-Qaim hadir selepas kematiannya, ia mendapat balasan umpama orang yang mengikutinya. Maka beramallah dengan bersungguh-sungguh dan tunggulah, bahawa usaha dan penantian itu akan memberikan kamu nikmat, wahai orang yang telah mendapat keselamatan.”56 Maka orang yang sedang menanti kehadiran dan tidak henti daripada usaha yang baik hendaklah berusaha untuk mencapai kedudukan yang akan membawa rahmat Allah SWT.

Maka kita hendaklah berdoa kepada Allah semoga kita termasuk orang-orang yang sedang menanti kehadiran Imam Zaman AS dan amalan kita menjadi suatu tanda kebenaran dakwaan kita itu. Pertama, kita hendaklah menyiapkan diri kita dengan rasa cinta kepada Imam Mahdi AS, dan kemudian kita hendaklah mengajak orang-orang lain ke jalannya, juga para musuh-musuhnya. Kita hendaklah mencapai tahap keperibadian para sahabat Imam Mahdi AS dan hendaklah sentiasa dalam keadaan mengharapkan kemunculannya. Para Syi’ah hendaklah mempunyai rasa cinta yang kukuh dengan Imam Mahdi AS pada ketika Ghaibah. Hati-hati dan jiwa mereka hendaklah dipenuhi dengan cinta kepadanya.

Fikiran mereka hendaklah taat untuk berkhidmat kepadanya dan kehendak diri mereka hendaklah sesuai dengan kehendaknya. Doa-doa mereka hendaklah ke arah mendapatkan rahmat Allah SWT agar dicurahkan ke atas Imam Mahdi AS, dan doa-doa mereka hendaklah membawa kepada keselamatan. Kehidupan mereka hendaklah dicerna dan dinyalakan dengan cinta kepadanya.


Catatan Kaki:
1. At-Taubah: 33

2. Al-A'raf: 128

3. Al-Qur'an 57: 17

4. An-Nur: 55

5. As-Saff: 8

6. An-Nisa: 49

7. Muthakhabul Athar, Lutfullah Safi Galpayagani, Bahagian 3, Bab 1

8. Muthakhabul Athar, Lutfullah Safi Galpayagani, Bahagian 1 Bab 4

9. Ibid, Bahagian II, Bab 4

10. Ibid, Bahagian II, Bab, 21

11. Al-Amali. As-Shaykh as-Saduq, hlm. 489

12. Ithbatu l-Hudat, as-Shaykh Hurr al-Amili, Jilid VI, hlm. 417

13. Ibid, hlm. 427

14. Sila lihat Mutkhabul Athar fil Imam ath-Thani Ashar Alayhisalam oleh Lutfullah Safi Gulpayagani.

15. Indek ringkas kitab-kitab ini boleh diperolehi dalam kitab al-Najm ath-Thaqib oleh Hajj Mirza Husayn Tabarsi.

16. Sila rujuk Maqatil Talibin oleh Abul Faraj Isfahani yang mendedahkan nama-nama para syuhuda dari kalangan keturunan Ali bin Abi Talib sehingga tahun 313H.

17. Ihtbatul Wasiyyah, oleh Abu l-Hasan Ali ibn al-Husayn al-Mas'udi, hlm. 435.

18. al-Kafi - Kitab al-Hujjah, Bab Kelahiran Abi Muhammad al-Hasan ibn Ali AS oleh Muhammad ibn Yaqub al-Kulayni.

19. Kamal d-din oleh Shaykh as-Saduq, Jilid, I, hlm. 101.

20. Irshad, oleh as-Shaykh al-Mufid, Bab Kewafatan Abi Muhammad al-Hasan ibn Ali AS.

21. al-Ghaybah, oleh Shaykh at-Tusi, hlm .160; Shawahidu n-nubuwwah oleh Abdul Rahman al-Jami al- Hanafi.

22. Al-Qasas: 7-13

23. Al-Qur'an 21: 69

24. Yanabi al-Mawaddah, Sulaiman ibn Ibrahim al-Qunduzi al-Hanafi, hlm. 60.

25. as-Sayyid ibn Tawus memetik kata-kata Imam Hasan al-Askari AS.

26. Kamalu ‘d-din, oleh ash-Shaykh as-Saduq, Juz, II, hlm. 104.

27. al-Irshad, oleh Shaykh al-Mufid, oleh as-Shaykh al-Mufid, Bab Kewafatan Abi Muhammad al-Hasan ibn Ali AS.

28. Kamalu ‘d-din, oleh Shaykh as-Saduq, Juz II, hlm. 109

29. al-Irshad, oleh as-Shaykh Mufid, Bab Tentang Imam Kedua Belas.

30. Kamalu-‘d-din oleh ash-Shaykh as-Saduq, Juz, II, hlm. 109.

31. Ihtbatu l-Hudat, oleh ash-Shaykh Hurr al-Amili, Juz, VI, hlm. 433

32. Ibid, Juz, VII, hlm. 20

33. Nama-nama dan bukti-bukti wakil-wakil Imam Zaman AS yang lain dapat dirujuk dalam kitab-kitab al-Rijal (biografi) di antaranya ialah kitab Taqihu ‘l-maqal,
Juz I, hlm. 220

34. al-Ghaybah, oleh Shaykhu ‘t-Taifah Abi Ja’far Muhammad ibn al-Hasan at-Tusi, hlm. 215.

35. Ibid, hlm. 215

37. Tanqihul Maqal, oleh Mamaqani, Juz III, hlm. 149

38. al-Ghaybah, oleh as-Shaykh at-Tusi, hlm. 219.

39. Ibid, hlm. 220

40. Tarikh l-Ghaybatul s-Sughra, oleh Muhammad as-Sadr, hlm. 407.

41. al-Ghaybah, oleh as-Shaykh at-Tusi, hlm. 236.

42. Biharul Anwar, oleh Allamah al-Majlisi, Kitab Tentang Ghaybah, Bab 21 yang memetik daripada kitab Ghaybah karangan Shalmaghani.

43. al-Ghaybah, oleh ash-Shaykh at-Tusi, hlm. 242 dan 243

44. al-Kharayij oleh Qutbu’ d-Din Rawandi memetik daripada Bihar Anwar karya Allamah al-Majlisi Bab 13 dan 21.

45. Kashfu l-Ghummah, Juz III; al-Manaqib, Bahagian III, hlm. 456

46. Muntakhabu l-Athar oleh Lutfullah Safi Gulpayagani, Bahagian II, bab 29

47. Rujuk an-Najm ath-Thaqib, oleh Hajj Mirza Husayn at-Tabrasi an-Nuri, Bab 7.

48. Kashfu l-hujjah atau Barnam-e sa’adat, as-Sayyid ibn Tawus, Bahagian.IXXV, hlm. 74

49. Kashfu ‘l-astar, oleh Haji Mirza Husayn at-Tabrasi al-Nursi, Bahagian I, hlm. 18

50. Bihar ‘l-Anwar oleh Allamah al-Majlisi, Juz. iii, .hlm. 175

51. Kamalu’d-din, oleh ash-Shaykh as-Saduq, Bab 49; Biharul Anwar, oleh al-Allamah al-Majlisi, Juz XIII, Bab 36; Ihtijaj, oleh at-Tabrasi, Juz II.

52. al-Ghaybah, oleh Nu’mani, hlm. 107.

53. Muntakhbu l-Athar, oleh Lutfullah Safi Gulpayagani

54. Ilzam an-Nasib fi ithbat al-Hujjah al-Ghaib, oleh as-Shaykh Ali al-Yazdi al-Hairi, hlm. 5

55. Kamalud-din, oleh as-Shaykh as-Saduq, hlm. 336.

56. Bihar l-Anwar, oleh al-Allamah al-Majlisi, Juz, III, hlm. 126

57. al-Ghaybah, oleh Muhammad ibn Ibrahim ibn Ja’far an-Nu’mani, hlm. 106.

7