Sifat-sifat Khabariah bermaksud: Sifat-sifat yang menurut Ulama Kalam hanya tsabit dengan nas-nas wahyu tetapi tidak dapat dicapai oleh akal bersendirian seperti: Istiwa', Nuzul (turun ke langit dunia), Datang ke Padang Mahsyar, Tangan ALLAH, Mata ALLAH, Kaki ALLAH, Wajah ALLAH dan lainnya yang warid dalam ayatayat al-Quran dan Hadis-hadis Sahih.
Al-Asya'irah dan al-Maturidiah dalam menghadapi Sifat-sifat ini mempunyai dua pandangan:
1. Takwil Mujmal (yang mereka namakan Tafwid)
2. Takwil Mufassal (yang mereka sebut "Takwil")
Takwil Mujmal bermaksud; hendaklah diisbatkan lafaz-lafaz ini yakni jika ditanya: Adakah ALLAH bersifat dengan ada dua tangan? Maka dijawab: Ya, tetapi maksud Tangan di sini hanya ALLAH mengetahui dan bukanlah bermaksud tangan seperti yang dimaklumi dalam bahasa.
Secara ringkas; Isbatkan Lafaz tetapi nafikan makna
Atau menurut penjelasan lebih ringkas dan terang: Yakini bahawa Zahir maksud nasnas ini tidak dikehendaki tetapi maksud yang dikehendaki adalah maksud yang lain namun maksud yang lain itu tidak diketahui.
Adapun Takwil Mufassal pula, mereka menentukan makna yang dikehendaki, jika ditanya: ALLAH ada Tangan? Jawab: Ya dan maksud Tangan adalah Qudrat [13]
Apa yang dipegang oleh kedua-dua golongan ini jelas berlawanan dengan apa yang dipegang Ulama Salaf al-Soleh ridwanullahi 'alaihim kerana mereka menetapkan bagi ALLAH makna Sifat tetapi menafikan Kaif (bagaimana) yakni mereka tidak mencaricari bagaimana sifat ALLAH itu.
Al-Asya'irah dan al-Maturidiah seringkali menyandarkan pendapat mereka yang pertama yakni al-Tafwid (takwil Mujmal) kepada Ulama Salaf dan ini berlawanan dengan zahir perkataan Ulama Salaf.
Pertama: Ulama Salaf mentafsirkan makna nas-nas Sifat sesuai dengan makna bahasa seperti mana dalam masalah Sifat al-Istiwa'. Kata Imam Abul 'Aliyah alRayyahi r.h:
Maksudnya: "Daripada Abul'Aliyah berkenaan firman ALLAH (maksudnya): kemudian Dia beristiwa' (bersemayam); kata beliau: Irtafa'a (meninggi)". [Tafsir Ibn Abi Hatim, 6/1925]
Berkata Imam Mujahid r.h:
Maksudnya: "Istawa: 'Ala (meninggi) atas Arasy". [Sahih al-Bukhari, 9/124].
Demikian juga kata mereka berkenaan al-Istiwa':
Kata al-Imam Ibn Battah al-'Akbari r.h:
Maksudnya: "dan telah bersepakat kaum muslimin daripada para Sahabat dan Tabiin dan seluruh Ahli Ilmu daripada kaum mukminin bahawa ALLAH Tabaraka wa Ta'ala di atas 'Arasy, di atas langit-langitNya, terpisah daripada makhlukNya sedangkan Ilmu-Nya meliputi semua makhluk-Nya". [Al-Ibanah alKubra, 7/136].
Jelas menunjukkan bahawa Ulama Salaf r.hum mentafsirkan makna Istiwa' sesuai dengan makna bahasa Arab dan memahami maknanya tanpa tasybih dan takyif.
Kedua: Ulama Salaf menafikan kita mengetahui Kaifiat Sifat ALLAH, dan ini menunjukkan mereka menetapkan makna, adapun jika mereka tidak menetapkan makna tentulah mereka akan berkata: "ALLAH lebih mengetahui akan maksudnya" seperti mana yang sebahagian mereka lakukan dalam tafsiran Huruf Muqatta'ah di awal Surah.
Ketiga: Rasulullah s.a.w mengisyaratkan dengan anggota baginda ketika menyebut beberapa Sifat ALLAH dan tindakan ini menurut Ulama adalah untuk menetapkan hakikat Sifat sebagai missal:
Maksudnya: "Daripada Abdullah bin Umar r.huma bahawa beliau berkata: Aku mendegar Rasulullah s.a.w sedang baginda berada atas Minbar berkata: "AlJabbar (ALLAH) mengambil langit-langit dan bumi-Nya dengan tangan-Nya dan Dia menggenggam dengan tangan-Nya", maka baginda mula menggenggam tangan baginda dan membukanya, kemudian Dia berkata: "Aku lah al-Jabbar,
di mana Jabbarun (yang meninggi diri dalam kalangan makhluk)? Di manakah mereka yang sombong? Kata Ibn Umar: Dan Rasulullah sa.w bergerak ke kana dan kiri sehingga aku melihat minbar turut bergerak hingga ke bawahnya sehingga aku berkata: Adakah minbar ini akan jatuh bersama dengan Rasulullah?" [Ibn Majah, Hadis Sahih, dan asalnya dalam al-Bukhari dan Muslim].
Kata Al-Imam Ibn al-Qayyim r.h:
Maksudnya: "dan apabila Rasulullah s.a.w memberitahu kepada mereka baginda menggenggam tangannya dan membukanya untuk mentahqiqkan (makna) sifat bukan untuk mentasybih". [Mukhtasar al-Sawa'iq, m.s 391, Darul Hadis].
Keempat: Rasulullah s.a.w menyifatkan sifat-sifat ALLAH dengan lazim sifat tersebut yang menunjukkan ianya sifat hakiki bukan majazi seperti dalam hadis berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya ALLAH mencipta tiga benda dengan tanganNya (secara langsung): Dia mencipta Adam dengan tangan-Nya, menulis Taurat dengan tangan-Nya, menanam Al-Firdaus dengan tangan-Nya kemudian Dia berkata: "Tidak akan masuk ke dalamnya (Al-Firdaus) demi Kemuliaan-Ku penagih arak dan dayus". [Masawi' al-Akhlak oleh al-Kharaiti].
Nabi s.a.w juga bersabda:
Maksudnya: "Bumi pada hari Kiamat menjadi seperti sekeping roti di mana AlJabbar akan mencanainya dengan tangan-Nya seperti mana salah seorang kamu mencanai rotinya semasa musafir sebagai hidangan bagi Ahli Syurga". [Sahih alBukhari, no. 6520].
Kelima: Rasulullah s.a.w mengiqrarkan kefahaman Sahabat secara makna zahir daripada nas-nas sifat.
Daripada Abu Razin al-'Uqaili r.a Rasulullah s,a,w bersabda
Maksudnya: "Tuhan kita ketawa kerana putus asa hamba-Nya sedangkan perubahan nasibnya sudah dekat. Kata Abu Razin: Aku berkata: Wahai Rasulullah adalah Tuhan ketawa? Kata baginda: Ya. Kata aku (Abu Razin): Kita pasti tidak akan putus mendapat kebaikan dari Tuhan yang ketawa" [Ibn Majah].
Hadis-hadis ini semuanya menafikan Takwil dan Tafwid Ahli Kalam kerana jelas Rasulullah s.a.w mentafsirkan makna-makna sifat dan memberikan isyarat yang kuat bahawa sifat-sifat ALLAH adalah hakikat bukan majaz, dan tindakan Rasulullah s.a.w memberikan isyarat sudah tentu bukan bermaksud Tasybih atau Tamtsil tetapi adalah untuk mentahqiqkan makna sifat.[14]