DIALOG SUNNI-SHIA
SESSI KE 6
Selasa malam, 28 Rejab 1345 Hijrah.
Mr. Ghulam Imamain, seorang pedagang sunni yang dihormati, datang ketempat perjumpaan ini sebelum matahari terbenam. Dia menyatakan sebab kehadirannya. Dia berkata bahawa dia dan beberapa orang yang lain sangat tertarik dengan penerangan Shirazi. Dia berkata bahawa dia telah mendengarkan fakta yang tidak didengarinya sebelum ini. Dia dan beberapa orang sunni yang lain telah mengadakan perbincangan yang tidak begitu menyenangkan dengan ulama mereka, yang setelah tidak dapat mematahkan hujah-hujah Shirazi tetapi tetap keras berpegang kepada kedudukannya. Apabila waktu solat Magrib tiba, Mr Ghulam Imamain mendirikan kedua solat Magrib dan Isyak dengan dipimpin oleh Shirazi. Apabila perwakilan semuanya tiba, perbincangan bermula dengan ulasan dari Nawab Sahib.
Nawab: Sila sambong tajuk semalam. Penterjemahan pada ayat tersebut belum selesai.
Shirazi: [melihat kepada ulama sunni] Jika kamu mengizinkan.
Hafiz: [sedikit marah] Tidak ada apa salahnya. Jika ada sesuatu yang perlu diperkatakan, kami sedia mendengarnya.
Shirazi: Semalam saya buktikan, dari sudut pandangan nahu [grammer], bahawa kenyataan dari sebahagian pengulas bahawa ayat ini merujuk kepada cara untuk menentukan khalifa tidak dapat diterima. Sekarang saya akan berhujah dari sudut pandangan yang lain pula.
Sheikh Abdus-Salam Sahib berkata semalam bahawa terdapat empat kualiti disebutkan dalam ayat ini. Kualiti ini, dia kata, menunjukkan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam merujukkan kepada khalifa pertama dari yang empat, dan bahawa ayat ini menunjukkan susunan para khalifa. Jawapan saya pada hujah ini adalah, pertama sekali pengulas yang dipercayai tidak pernah membuat kenyataan yang sedemikian mengenai pengertian ayat tersebut. Kedua, kamu semua tahu bahawa apabila sesuatu kualiti dikatakan kepada sesaorang ianya berkait rapat dengan ciri-ciri kerekternya, maka barulah wajar untuk dipertimbangkan. Jika kita melihat kepada fakta secara objektif, kita akan dapati hanya Ali yang memiliki kemuliaan yang diterangkan di dalam ayat ini. Kualiti-kualiti ini tidak dapat di katakan kepada mereka yang telah dinamakan oleh Sheikh Sahib.
Hafiz: Tidakkah semua ayat-ayat yang telah kamu ucapkan mengenai Ali mencukupi? Adakah sekarang ini kamu berhasrat, dengan kepandaian kamu didalam berbahasa [rhetorical], untuk membuktikan bahawa ayat ini juga diwahyukan pada memuji Ali? Jika begitu, sila maklumkan kepada kami bagaimana ianya tidak sesuai kepada khalifa pertama dari empat khalifa.
300 AYAT AL-QURAN PADA MEMUJI ALI.
Shirazi: Saya tidak berdusta dengan mengatakan ayat-ayat al-Quran pada memuji Ali. Kamu telah keliru. Bolehkah kamu mengabaikan fakta bahawa pengulas dan pengarang buku yang boleh dipercayai dari ulama kamu telah menyebut banyak ayat-ayat pada memuji Ali? Bagaimana kamu boleh menganggapnya sebagai satu tindakkan khas bagi pihak saya sahaja? Adakah Hafiz Abu Naim Ispahani, pengarang buku ‘Ma Nazala minal-Quran Fi Ali’ dan Hafiz Abu Bakr Shirazi, pengarang buku ‘Nuzulul-Quran Fi Ali’, shia? Adakah pengulas agung, seperti Imam Thalabi, Jalalud-Din Suyuti, Tabari, Imam Fakhrud-Din Razi, serta ulama termashur yang lain seperti Ibn Kathir, Muslim, Hakim, Tirmidhi, Nisai, Ibn Maja, Abu Dawud, Ahmad bin Hanbal dan juga yang bias [anti] Ibn Hajar, yang telah mengumpulkan di dalam Sawaiq, ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan pada memuji Ali, shia? Sebahagian dari ulama seperti Tabari dan Muhammad Yusuf Ghanji shafii, pada permulaan bahagian 62, menyebut dari pengesahan Ibn Abbas, dan Muhaddith dari Syria di dalam bukunya Tarikh-e-Kabir, dan yang lain telah merakamkan sebanyak 300 ayat al-Quran pada memuji Ali. Adakah mereka ini semua shia atau ulama kamu yang terkenal? Kami tidak perlu berdusta untuk mengatakan terdapatnya banyak ayat-ayat al-Quran pada membuktikan kedudukan Amirul Mukminin, Ali.
Musuh Beliau [Amawis, Nawasib, Khawarij] menyembunyikan kemuliaan beliau dan para sahabat pula keberatan untuk menyampaikan kemuliaannya kerana khuatir akan akibatnya. Namun buku-buku masih penuh dengan kemuliaan beliau, dan mereka telah menunjukkan pada setiap aspek kemuliaan yang beliau milikinya. Sejauh mengenai dengan ayat-ayat ini, saya tidak menggunakan kepandaian dalam ilmu ‘rhetorical’ [asal bahasa arab]. Saya hanya perlu nyatakan yang benar, dengan berhujah menggunakan buku rujukan kamu. Kamu telah lihat sejauh ini bahawa saya belum berhujah menggunakan dari laporan pihak shia. Walaupun dengan mengenepikan buku shia, saya akan terus membuktikan keunikkan keutamaan Ali.
Apa yang saya katakan mengenai ayat ini adalah bertepatan dengan pandangan ulama kamu Muhammad bin Yusuf Ghanji shafii, dia menyebutkan pada ‘Hadith Persamaan’ di dalam bukunya kifayatut-Talib, Bab 23, dari Nabi yang mempunyai maksud bahawa, Ali adalah sama dengan nabi. Dia mengatakan sebab mengapa Ali digelar sama dengan Nuh, di dalam kebijaksanaan adalah bahawa Ali ‘keras terhadap yang kafir dan baik terhadap yang beriman’. Allah telah menyatakannya di dalam al-Quran. Ali, yang selalu bersama dengan nabi, ‘adalah keras terhadap yang kafir dan berkasih sayang kepada yang beriman.’
Dan jika kita katakanlah, sebagaimana Sheikh Sahib katakan, bahawa rangkap pada, ‘dan dia yang berada bersamanya,’ merujuk kepada Abu Bakr kerana dia tinggal beberapa hari dengan nabi di dalam gua.
Maka bolehkah orang yang sedemikian [Abu Bakr]; sama dengan beliau [Ali]; yang telah kekal bersama dengan nabi semenjak kanak-kanak dan menerima arahan dari baginda nabi?
ALI YANG PERTAMA MENGISTIHARKAN KEPERCAYAAN KEPADA NABI ALLAH.
Lebih-lebih lagi, pada ketika yang genting dikala pengistiharan kerasulannya, tiada siapa menyokong Muhammad melainkan Ali. Ulama terkenal kamu, seperti Bukhari dan Muslin, di dalam ‘sahih’ mereka, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam musnad, dan banyak yang lain, seperti Ibn Abdil-Birr di dalam Istiab, jilid III, ms 32, Imam Abu Abdur-Rahman Nisai di dalam Khasaisu-Alawi, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 63, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 12, pada pengesahan dari Tirmidhi dan Muslim, Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, sub-bahagian I, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 258, Tirmidhi di dalam Jam’-e-Tirmidhi, jilid II, ms 314, Hamwaini di dalam Fara’id, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, dan bahkan Ibn Hajar yang fanatik di dalam Sawaiq-e-Muhriqa, dan para ilmuan yang lain dengan sedikit perbezaan pada perkataan yang dikatakan dari Anas bin Malik dan lainnya bahawa ‘Nabi dijadikan Rasul Allah pada hari Isnin dan Ali mengistiharkan kepercayaannya kepada baginda pada hari Selasa.’ Ianya juga telah disebutkan bahawa, ‘Rasul Allah telah diistiharkan pada hari Isnin dan Ali mengerjakan solat dengan Nabi pada hari selasa.’ Dan lagi, ‘Ali adalah lelaki pertama mengistiharkan kepercayaannya kepada nabi.’ Dan juga dari Tabari, Ibn Abil-Hadid, Tirmidhi, dan lainnya menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa: ‘Ali adalah yang pertama mengerjakan solat.’
NABI MELATIH ALI DARI KANAK-KANAK.
Saya meminta kamu untuk mempertimbangkan apa yang telah diucapkan oleh ilmuan kamu, Nurud-Din bin Sabbagh di dalam bukunya Fusulul Muhimma, Bab ‘Tarbiatun-Nabi,’ ms 18, Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibus-Suul’ Bab I, ms 11, dan yang lain juga telah sampaikan.
Semasa kelaparan berlaku di Makah, Nabi memberitahu bapa saudaranya, Abbas, yang saudaranya, Abu Talib, mempunyai ramai anak dan mata pencariannya tidaklah lumayan. Muhammad mengutarakan bahawa setiap mereka meminta Abu Talib memberikan seorang dari anaknya untuk dipelihara supaya bebannya dapat diringankan. Abbas bersetuju. Mereka bertemu dengan Abu Talib dengan tawaran mereka, dan dia menerimanya. Abbas mengambil Jafar-e-Tayyar dibawah jagaannya, dan nabi mengambil Ali.
Maliki menyambung, ‘Ali tinggal berterusan bersama nabi sehingga baginda secara rasmi mengistiharkan kerasulannya. Ali menyatakan kepercayaan kepadanya, dan mengikuti baginda sebagai Rasul Allah semenjak berusia 13 tahun. Beliau adalah lelaki pertama menerima Islam. Isteri Nabi, khadijah adalah satu-satunya orang yang telah menerima Nabi sebelum Ali.
Didalam Bab yang sama Maliki menyampaikan bahawa Ibn Abbas, Jabir Ibn Abdullah Ansari, Zaid Ibn Arqam, Muhammad Ibn Munkadar dan Rabiatul-Marai telah berkata bahawa orang yang pertama setelah Khadijah yang mempercayai kepada nabi adalah Ali. Dia mengatakan bahawa Ali, setelah merujuk kepada fakta, yang telah disampaikan oleh ulama kamu. Dia berkata: ‘Muhammad, rasul Allah, adalah saudara saya, dan anak bapa saudara saya; Hamza ketua syuhada, adalah bapa saudara saya; Fatima, anak perempuan nabi, adalah isteri saya; dan kedua anak kepada anak perempuannya, adalah anak saya dari Fatima. Siapa dari kamu yang telah berkongsi kecemerlangan yang sedemikian seperti saya?
Saya adalah yang pertama menerima Islam apabila saya masih lagi kecil. Nabi mengistiharkan pada hari Ghadir-e-Khum bahawa adalah wajib untuk menerima saya sebagai petunjuk. [Kemudian dia berkata tiga kali] ‘Malang bagi dia yang akan menemui Allah esok [pada hari pengadilan], jika dia telah menzalimi saya.’ Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibus-Suul’ Bahagian I, Bab 1, ms 11, dan banyak lagi dari kalangan ilmuan kamu, telah mengatakan bahawa kenyataan itu adalah jawapan pada surat Muawiya kepada Ali, yang mana Muawiya telah berbangga bahawa bapanya adalah ketua kaum, masa jahiliah dan bahawa semasa Islam dia [Muawiya] adalah raja. Muawiya juga berkata bahawa dia adalah ‘bapa saudara sebelah ibu pada yang beriman,’ ‘penulis wahyu’ dan ‘orang yang dimuliakan’ Setelah membaca suratnya, Ali berkata: ‘Manusia kerekter seperti dia – anak dari wanita yang mengunyah hati manusia – menyombong dihadapan ku [di dalam merujuk kepada ibu Muawiya, Hind, setelah peperangan Uhud, dengan perasaan marah, mengoyakkan badan Hamza, merentap hatinya dan terus mengunyah] Muawiya walaupun amat sangat menentang Ali, tetap tidak dapat menafikan kemuliaan beliau.
Lebih-lebih lagi, Hakim Abul-Qasim Haskani, seorang ulama kamu, menyebutkan dari Abdur-Rahman bin Auf, mengenai ayat yang diatas dari sepuluh Quraish yang menerima Islam, bahawa Ali adalah yang mula-mula diantara mereka. Ahmad bin Hanbal, Khatib Khawarizmi, dan Sulayman Balkhi Hanafi menyebutkan dari Anas bin Malik bahawa Nabi telah berkata: ‘Malaikat merahmati saya dan Ali untuk selama tujuh hari, kerana pada masa itu tidak ada suara yang menyatakan ke Esaan Allah melainkan saya dan Ali,’ Ibn Abil-Hadid Mutazali, di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, jilid I, ms 373 – 5, merakamkan beberapa hadith yang disampaikan melalui ulama kamu yang membawa pengertian bahawa Ali adalah yang mula-mula dari yang lainnya di dalam perkara Islam. Setelah merakamkan berbagai versi dan sebutan, dia menyambung, ‘maka jumlah kesemuanya dari apa yang kami telah sebutkan, adalah Ali lelaki pertama mengenai Islam. Pandangan yang bertentangan dengannya adalah sedikit dan tiada nilai pada memikirkannya.’
Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, seorang dari pengarang enam buku hadith yang sahih, telah merakamkan di dalam ‘Khasaisul-Alawi’ hadith enam yang pertama pada tajuk ini, dan telah mengesahkan bahawa orang yang pertama dalam Islam dan yang pertama mendirikan solat dengan Nabi adalah Ali. Sebagai tambahan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 12, merakamkan 31 hadith dari Tirmidhi, Hamwaini, Ibn Maja, Ahmad bin Hanbal, Hafiz Abu Nu’aim, Imam Tha’labi, Ibn Maghazili, Abu’l-Muwayyid Khawarizmi, dan Dailami, telah merumuskan yang mana Ali adalah yang pertama di dalam ummah ini pada menerima Islam. Bahkan yang anti Ibn Hajar Makki ada di dalam Sawaiq Muhriqa, Bab 2, merakamkan hadith pada isu yang sama, sebahagian darinya telah diterima oleh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda. Lebih lagi di dalam Yanabiul-Mawadda pada penghujung Bab 12, dia menyampaikan dari Ibn Zubair, Makki dan dia dari Jabir Ibn Abdullah Ansari, hadith mengenai kemuliaan Ali, yang mana saya suka untuk menyampaikannya disini dengan izin kamu supaya dapat menutup hujah saya. Nabi berkata: ‘Allah maha Besar memilih saya sebagai Rasul dan mewahyukan kitab yang suci kepadaku. Saya berkata kepadaNya, ‘Wahai Allah, Tuan ku, Kamu menghantar Musa kepada Firaun, Musa meminta Kamu menjadikan adiknya, Harun, wazirnya untuk memperkuatkan tangannya, supaya perkataannya dapat disaksikan. Sekarang aku meminta kepada Mu, wahai Allah, bahawa Engkau melantik untuk ku dari diantara keluarga ku seorang wazir yang akan memperkuatkan tanganku. Jadikan Ali wazir dan adikku, tanamkan keberanian dalam hatinya, dan berikan dia kuasa diatas musuh. Ali adalah orang yang pertama percaya kepada ku dan menyaksikan kerasulan ku dan orang yang pertama untuk mengistiharkan ke Esaan Allah bersama dengan ku.’ Selepas itu dia meneruskan berdoa kepada Allah.
‘Dari itu Ali adalah ketua bagi pengganti. Untuk mengikutinya adalah rahmat; untuk mati pada taat kepada beliau adalah syahid. Nama beliau ada di dalam taurat bersama dengan nama ku; isterinya adalah manusia yang paling benar, adalah anak perempuan ku; kedua anak-anaknya, ketua remaja di dalam syurga, adalah anakku. Selepas mereka kesemua Imam adalah wazir kepada Allah keatas makhlukNya selepas nabi; dan mereka adalah pintu pengetahuan diantara ummah ku. Siapa yang mengikuti mereka akan terselamat dari api neraka; siapa yang mengikuti mereka mendapat petunjuk kejalan yang benar; siapa yang diberikan oleh Allah pada mencintai mereka sudah pasti akan dimasukkan kesyurga. Maka sedarlah manusia, ambillah pengajaran.’
Saya boleh sebutkan hadith yang sama sepanjang malam, kesemuanya telah dirakamkan oleh ulama kamu. Tetapi saya fikir ini telah mencukupi. Ali sahaja yang bersama dengan nabi dari kecil, dan makanya amatlah sesuai bahawa kita menganggap beliaulah orangnya yang dirujuk dalam perkataan ‘dia yang bersamanya’ dan bukan orang yang bersama nabi untuk beberapa hari dalam perjalanan.
KEIMANAN ALI SEDANG DIA HANYA KANAK-KANAK.
Hafiz: Kamu telah membuktikan maksud kamu, dan tiada siapa pernah menafikan bahawa Ali adalah yang mula-mula di dalam menerima Islam. Tetapi fakta ini tidak melayakkan dia sebagai cemerlang di dalam perbandingan dengan para sahabat lain. Benar, khalifa yang tinggi mengatakan kepercayaan kepada Islam bertahun-tahun selepas Ali, tetapi keimanan mereka berbeza dengan dia dan lebih baik. Sebabnya adalah, Ali hanya kanak-kanak, dan mereka ini dewasa. Pastinya keimanan orang yang lebih dewasa adalah lebih utama dari yang kanak-kanak. Sebagai tambahan, keiman Ali adalah ikutan yang membuta tuli, dan keimanan orang ini adalah berasas pada hujah. Kepercayaan yang didapati dari keterangan adalah lebih baik dari keimanan ikutan. Oleh kerana kanak-kanak, yang tidak lagi dituntut oleh agama untuk melakukan amalan, tidak mempunyai keimanan melainkan ikutan yang buta sahaja, maka Ali, kanak-kanak yang berusia 13 tahun, menyatakan keimanannya melalui ikutan yang membuta tuli.
Shirazi: Ucapan yang begitu sungguh memeranjatkan datang dari seorang yang terpelajar seperti kamu. Saya tidak tahu bagaimana hendak membantah hujah yang sedemikian. Jika saya katakan bahawa kamu mengambil kedudukan itu dari perasaan benci, ianya adalah bertentangan dengan naluri saya untuk menyatakan motif yang sedemikian pada seorang yang terpelajar. Biarlah saya bertanyakan soalan kepada kamu: adakah penerimaan Ali kepada Islam berasaskan pada kehendak peribadinya atau pada ajakan dari Nabi?
Hafiz: Mengapa kamu mengambil pandangan yang begitu teruk pada cara kami bercakap, oleh kerana kami mempunyai keraguan, kita perlu membincangkannya. Sebagai jawapan kepada soalan kamu, saya setuju bahawa Ali menerima Islam pada ajakan nabi yang suci.
Shirazi: Apabila nabi mengajak Ali pada menerima Islam, adakah nabi tahu bahawa kanak-kanak tidak dituntut oleh komitmen agama? Jika kamu katakan nabi tidak tahu, kamu telah mengatakan kebodohan terhadap nabi, dan jika nabi memang tahu dan mengajak Ali juga, maka tidakannya adalah janggal [pelik]. Untuk mengatakan kepelikkan perbuatan ini kepada nabi adalah kafir, kerana nabi adalah ma’sum. Allah berkata mengenai nabi di dalam al-Quran: ‘Tidaklah dia berkata-kata dari kehendaknya. Ini tidak lain dari wahyu yang telah diwahyukan.’ [53:3 – 4]
Nabi menganggap Ali seorang yang bernilai untuk diajak menerima islam. Selain dari itu, remaja tidak semesti tidak mempunyai kebijaksanaan. Kedewasaan diambil kira mengenai menjalankan tugas-tugas amalan beragama, tetapi tidak kepada perkara berkaitan dengan kebijaksanaan. Keimanan adalah mengenai perkara yang berkaitan dengan kebijaksanaan dan bukannya perundangan agama. Maka keimanan Ali semasa kanak-kanak adalah kemuliaan bagi dirinya sebagaimana Allah memberitahu kita di dalam al-Quran mengenai Isa dengan perkataan ini: ‘Dia berkata: ‘Sesungguhnya saya adalah hamba Allah; Dia telah memberikan kepada ku kitab dan menjadikan aku seorang nabi.’ [19:30] Juga di dalam surah ini Dia berkata mengenai nabi Yahya: ‘……… dan Kami berikan kepadanya kebijaksanaan sedang dia masih kanak-kanak.’ [19:12]
Seyyed Ali Humairi Yamani [mati 179 Hijrah] menunjukkan kepada fakta yang sama di dalam syairnya. Dia berkata: ‘Sebagaimana Yahya sampai kedarjah nabi dimasa kecilnya, Ali, pengganti nabi dan bapa kepada anak-anaknya, dan telah diberikan wazir Allah dan penjaga manusia sedang dia masih kanak-kanak.’ Kemuliaan dan kehormatan dianugerahkan oleh Allah tidak bergantung kepada usia. Kebijaksanaan dan kecerdikkan bergantung kepada kecenderungan semula jadi. Saya amat terkejut dengan komen kamu kerana hujah yang sebegitu selalunya dibuat oleh Nasibi dan khariji diatas arahan Umayya. Mereka merendahkan keimanan Ali sebagai pengikut membuta tuli kepada apa yang telah diajarinya.
Bahkan ulama kamu mengakui kemuliaan Ali dalam kedudukan ini. Muhammad bin Talha Shafii, Ibn Sabbagh Maliki, Ibn Abil-Hadid dan lainnya telah menyebutkan rangkap dari Ali. Di dalam satu dari rangkapnya dia berkata: ‘Saya adalah yang mula dan terahulu diantara kamu di dalam memelok Islam apabila saya masih kecil.’ Jika keimanan Ali pada usia yang begitu muda bukannya satu kemuliaan, Nabi tentu tidak mengatakan yang sedemikian. Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 55, ms 202, menyebut dari Ahmad bin Abdullah Shafii, menyebut dari khalifa kedua, Umar bin Khattab, yang berkata: ‘Abu Bakr, Abu Ubaida Jarra dan sebilangan manusia hadir di dalam kumpulan nabi Allah apabila baginda menepuk Ali pada bahunya dan berkata: ‘wahai Ali! Kamu adalah yang pertama dan mula-mula diantara semua yang beriman dan Muslim di dalam memeluk Islam. Engkau adalah kepada ku seperti Harun kepada Musa.’
Juga Imam Ahmad bin Hanbal menyampaikan dari Ibn Abbas, yang mengatakan bahawa dia, Abu Bakar, Abu Ubaida bin Jarra dan lainnya ada bersama nabi, apabila baginda meletakkan tangannya di bahu Ali dan berkata: ‘Kamu adalah yang mula-mula dalam beriman, dan Islam diantara semua Muslim, dan engkau kepada ku seperti Harun kepada Musa, Wahai Ali! Dia yang memikirkan, yang dia adalah sahabat ku sedangkan dia adalah musuh kamu, adalah seorang pendusta.’
Ibn Sabbagh Maliki merakamkan hadith yang sama di dalam Fusulul-Muhimma, ms 125, dari Khasaisul-Alawi sebagaimana yang disampaikan oleh Abdullah bin Abbas, dan Imam Abu Abdur-Rahman Nisai melaporkan di dalam Khasaisul-Alawi bahawa dia berkata: ‘Saya mendengar Umar bin Khattab berkata [Menyebut nama Ali dengan hormat], Saya mendengar nabi berkata bahawa Ali mempunyai tiga kualiti. Saya [Umar] harap saya mempunyai satu darinya kerana setiap dari satu kualiti itu adalah amat berharga kepada saya dari apa-apa didunia ini.
Ibn Sabbagh telah menyampaikan hadith yang berikut sebagai tambahan kepada apa yang lainnya telah rakamkan. Nabi berkata mengenai Ali: ‘Sesiapa yang mencintai kamu, mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, Allah mencintai dia, dan sesiapa yang Allah cintai, Dia membawanya kesyurga. Tetapi sesiapa yang bermusuh dengan kamu, adalah bermusuh dengan ku, dan dia yang bermusuh dengan ku, Allah bermusuh dengannya dan mengutuknya kedalam neraka.’
Ali mengistiharkan dirinya sebagai Muslim semasa masih kanak-kanak lagi telah menunjukkan kecemerlangan kebijaksanaan dan kemuliaan, yang mana tidak ada Muslim lain milikinya. Tabari di dalam ‘Tarikh’ nya menyebutkan dari Muhammad bin Saad bin Abi Waqqas yang berkata: ‘Saya bertanya kepada bapa saya sama ada Abu Bakr adalah Muslim yang pertama. Dia berkata: ‘Tidak, lebih dari 50 orang telah memeluk Islam sebelum Abu Bakr; tetapi dia adalah yang lebih utama dari kami Muslim lainnya.’ Dia juga menulis bahawa Umar bin Khattab memeluk Islam selepas 45 lelaki dan 21 wanita. ‘Sebagai yang pertama sekali di dalam perkara Islam dan iman, ianya adalah Ali Ibn Abi Talib.’
KEIMANAN ALI ADALAH SEBAGIAN DARI SEMULAJADI DIRINYA.
Selain dari fakta bahawa Ali adalah yang pertama di dalam memeluk Islam, beliau memeliki kemuliaan lain yang khas untuknya, dan lebih penting dari kemuliaannya yang lain: Islamnya Ali timbul dari semulajadi dirinya, sedangkan bagi yang lain terjadi setelah kefir sebelumnya. Tidak seperti Muslim yang lain dan juga sahabat nabi, Ali tidak pernah kafir. Hafiz Abu Nuaim Ispahani di dalam Ma Nazalul-Quran Fi Ali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatul-Qurba menyebutkan bahawa Ibn Abbas berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa tidak ada sesiapa yang tidak menyembah berhala sebelum Islam melainkan Ali. Dia menerima Islam dengan tidak pernah menyembah berhala.’
Muhammad Yusuf Ghanji Shafii di dalam Kifayatut-Talib, Bab 24, menyebutkan nabi sebagai berkata: ‘Mereka yang mula-mula menerima keimanan pada ke Esaan Allah diantara pengikut nabi-nabi adalah tiga orang yang tidak pernah kafir: Ali Ibn Abi Talib, orang yang di dalam surah Yasin, dan orang yang beriman dari golongan Firaun. Yang benar adalah Habib-e-Najjar, diantara keturunan Yasin, Ezekiel diantara orang Firaun dan Ali Ibn Abi Talib yang tertinggi dari mereka semua.’ Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatul-Qurba, Mawadda 7, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, dan Imam Thalabi di dalam Tafsir nya, menyebut dari khalifa kedua, Umar bin Khattab: ‘Saya menjadi saksi bahawa saya mendengar nabi berkata: ‘Jika ketujuh-tujuh langit diletakkan diatas timbangan dan Ali disebelahnya. Keimanan Ali pasti akan mengalahkannya.’
Maksud yang sama telah dimasukkan di dalam syair yang digubah oleh Sufyan bin Musab sebagai berikut: ‘Demi Allah, saya menjadi saksi bahawa nabi telah berkata kepada kami: Ia tidak seharusnya tidak diketahui oleh sesiapa bahawa jika iman segala ummah didunia ini diletakkan diatas timbangan dan imannya Ali diatas yang lain, iman Ali akan mengalahkan yang lainnya.’
ALI MELEBIHI SEMUA SAHABAT YANG LAIN DAN SEMUA UMMAH DALAM KEMULIAAN.
Mir Seyyed Ali Hamadani Shafii telah merakamkan banyak hadith di dalam Mawaddatul-Qurba, yang menyokong kecemerlangan Ali. Di dalam Mawadda ke 7, dia menyebut dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata: ‘Lelaki terbaik pada era saya adalah Ali.’
Kebanyakkan ulama kamu yang berfikiran terbuka telah menerima keutamaan Ali. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid II, ms 40, berkata bahawa Abu Jafar Iskafi, ketua golongan Mutazili, mengistiharkan bahawa Bashr bin Mutamar, Abu Musa, Jafar bin Mubashshir dan ulama lain dari Baghdad percaya bahawa, ‘Manusia yang paling cemerlang diantara semua Muslim adalah Ali Ibn Abi Talib, dan selepasnya anak beliau Hasan, kemudian anaknya Husain, selepas dia Hamza, dan selepasnya Jafar Ibn Abi Talib.’ Dia terus menyatakan ketuanya Abu Abdullah Basri, Sheikh Abul-Qasim Balkhi, dan Sheikh Abul-Hasan Khayyat mempunyai kepercayaan yang sama seperti Abu Jafar Iskafi mengenai keutamaan Ali. Dia menerangkan kepercayaan golongan Mutazili berkata: ‘Lelaki terbaik selepas nabi Allah, adalah pengganti nabi, suami Fatima, Ali, selepas dia, kedua anaknya, Hasan dan Husain, setelah mereka Hamza, dan selepas dia, Jafar [Tayyar].
Sheikh: Jika kamu ketahui kenyataan para ulama pada menyokong keutamaan Abu Bakr, kamu tidak akan membuat kenyataan serupa itu.
KEIMANAN ALI LEBIH UTAMA DARI ABU BAKR.
Shirazi: Semua sunni ulama yang dipercayai telah mengesahkan keutamaan Ali. Sebagai contoh, kamu boleh merujuk Ibn Abil-Hadid Mutazali sharhe Nahjul Balagha, jilid III, ms 264, yang mana kenyataan yang sama telah disebut dari Jahiz bahawa keimanan Abu Bakr lebih utama dari Ali. Bagaimana pun, Abu Jafar Iskafi, seorang ulama Mutazili yang terkenal, menolak tuntutan ini, dengan berkata, keimanan Ali lebih utama dari Abu Bakr dan juga dari para sahabat yang lain. Abu Jafar berkata: ‘Kita tidak menafikan kecemerlangan sahabat, tetapi pastinya kami tidak menganggap mana-mana mereka lebih utama dari Ali.’ Ali berkedudukan yang begitu tinggi jika pada menyebutkan nama dia bersama dengan sahabat yang lain adalah tidak wajar. Yang sebenarnya, kemuliaan para sahabat tidak dapat dibandingkan dengan kesucian kemuliaan Ali. Mir Seyyed Ali Hamadani menyebutkan di dalam Mawadda VII, dari Ahmad bin Muhammadul-Karzi Baghdadi, yang mengatakan bahawa dia mendengar dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, yang bertanya pada bapanya Ahmad bin Hanbal mengenai kedudukan para sahabat nabi. Dia menamakan Abu Bakr, Umar dan Uthman dan berhenti. Abdullah kemudian bertanya bapanya: ‘Dimana nama Ali Ibn Abi Talib?’ Bapanya menjawab, ‘Dia tergolong di dalam keturunan suci nabi. Kita tidak boleh menyebut namanya [dengan kemuliaannya] bersama dengan mereka itu.’
Kita lihat dalam al-Quran bahawa di dalam ayat Mubahila, Ali dirujuk sebagai ‘diri’ bagi nabi. Terdapat hadith yang menyokong pandangan ini, yang dirakamkan di dalam Mawadda VII, disebutkan dari Abdullah bin Umar bin Khattab. Dia mengatakan satu hari sedang dia mengira nama-nama sahabat, dia menamakan Abu Bakr, Umar dan Uthman. Seorang berkata: ‘Wahai Abu Abdur-Rahman! Mengapa kamu meninggalkan nama Ali?’ Dia menjawab: ‘Ali adalah seorang dari keturunan nabi. Dia tidak boleh dijumlahkan dengan sesiapa. Dia di dalam kategori yang sama dengan nabi Allah.’
Biar saya nyatakan satu lagi hadith dari Mawadda yang sama. Ianya telah disebutkan dari Jabir bin Abdullah Ansari bahawa satu hari di dalam kehadiran muhajir, dan Ansar nabi berkata kepada Ali: ‘Wahai Ali! Jika sesaorang mengerjakan solat yang sempurna kepada Allah, dan kemudian meragukan bahawa kamu dan keluarga mu adalah yang lebih utama diatas segala kejadian, tempat kediamannya adalah neraka.’
[Setelah mendengarkan hadith ini, semua yang hadir, terutama Mr. Hafiz, menunjukkan telah bertaubat, sekurang-kurangnya mereka di dalam kumpulan yang meragukan]. Saya telah merujuk kepada beberapa hadith sahaja. Pilihan kamu sama ada menolak kesemua hadith yang sahih, yang telah dirakamkan di dalam buku-buku kamu atau mengakui bahawa keimanan Ali lebih utama dari semua para sahabat, termasuk Abu Bakr dan Umar. Saya juga harap kamu pertimbangankan hadith yang telah diterima oleh kedua golongan yang mana nabi berkata pada peristiwa Ghazawa-e-Ahzab [juga dikenali dengan peperangan parit], apabila Ali membunuh Amru Ibn Abd-e-Wudd dengan satu pukulan dari pedangnya: ‘Satu hayunan Ali di dalam peperangan Khandaq, telah mendapatkannya lebih kemuliaan dari segala amalan baik dari keseluruh ummah [jin dan manusia] sehingga kehari Pengadilan.’ Jika satu hayunan pedangnya adalah yang terbaik dari segi kemuliaan daripada segala solat oleh jin dan manusia yang disatukan, tentu sahaja kemuliaannya tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa melaikan fanatik yang jahat.
ALI SEBAGAI DIRI KEPADA NABI.
Jika tidak terdapat apa-apa bukti tentang keutamaan Ali dari segala para sahabat dan ummah amnya, ayat Mubahila telah mencukupi untuk membuktikan keutamaannya. Ia merujuk kepada Ali sebagai ‘diri’ nabi. Nabi telah diterima sebagai yang paling utama kepada semua makhluk dari mula hingga keakhir. Maka perkatan ‘anfusana’ [diri kami] di dalam ayat itu merujuk kepada Ali, ini membuktikan dia lebih utama dari semua makhluk dari mula hingga akhir. Mungkin sekarang kamu akan mengaku bahawa di dalam rangkap ‘dan mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada Ali. Beliau telah bersama dengan nabi sebelum sesiapa pun dari permulaan Islam
Kenapa Ali tidak bersama nabi pada malam baginda hijrah dari Makah, adalah jelas bahawa nabi telah mengamanahkan kepada Ali dengan tugas yang penting. Tiada siapa yang paling amanah dari Ali. Dia telah ditinggalkan untuk memulangkan kepada tuannya segala harta yang telah diamanahkan kepada nabi. [Tugas Ali yang kedua adalah untuk mengantar ahli keluarga nabi dan Muslim yang lain ke Madina. Dan walaupun Ali tidak bersama nabi di dalam gua pada malam itu, beliau melaksanakan tugas yang terpenting ketika beliau baring diatas tempat tidur nabi]
AYAT QURAN MEMUJI ALI KERANA TIDUR DIATAS KATIL NABI PADA MALAM HIJRAH.
Ulama kamu telah menyebutkan kemuliaan Ali di dalam ulasan mereka. Contohnya Ibn Sab’i Maghribi di dalam Shifa’u’s-Sudur, Tibrani di dalam Ausat dan Kabir, Ibn Athir in Usudu’l-Ghaiba, jilid IV, ms 25, Nuru’d-Din Sabbagh Maliki di dalam Fusuli’l-Muhimma Fi Ma’rifati’l-‘aimma, ms 33, Abu Ishaq Tha’labi Fazil Nishapuri, Fakhru’d-Din Razi dan Jalalu’d-Din Suyuti, masing-masing di dalam Tafsir, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, ahli hadith shafii yang terkenal di dalam Ma Nazala’l-Qur’an fi Ali, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikhu’l-Islam Ibrahim bin Muhammad Hamwaini di dalam Fara’id, Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 62, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, Muhammad bin Jarir melalui beberapa punca, Ibn Hisham di dalam Siratu’n-Nabi, Hafiz Muhaddith dari Damascus di dalam Arba’in Tiwal, Imam Ghazali di dalam Ihya’u’l-Ulum, jilid III, ms 223, Abu’s-Sa’adat di dalam Faza’ilu’l-Itrati’t-Tahira, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, Sibt Ibn Jauzi in Tadhkira dan lainnya dari ulama kamu yang terkenal, menyatakan bahawa apabila nabi berhasrat, dengan arahan Tuhan, untuk meninggalkan Makah ke Madina, baginda menyuruh Ali memakai selimut baginda berwarna hijau dan tidur dikatil baginda. Dengan patuh Ali tidur ditempat nabi. Kemudian Allah memberitahu malaikat Jibril dan Mikail bahawa Dia telah menjadikan mereka berdua bersaudara, dan bahawa seorang dari mereka akan hidup lama dari yang lain. Dia bertanya kepada mereka berdua siapakah yang bersedia untuk memberikan saudaranya umur dia yang lebih, kelebihan umur itu tiada siapa dari mereka yang tahu. Mereka bertanya kepada Dia [Allah] sama ada pilihan itu perlu [wajib]. Mereka diberitahu ianya tidak dipaksakan. Tiada siapa dari mereka yang bersedia untuk berpisah dari kelebihan umur yang telah diberikan oleh Allah. Maka ikutilah kata-kata Tuhan: ‘Saya telah jadikan persaudaraan diantara wazir Ku Ali dengan Rasul Ku Muhammad. Ali telah menawarkan untuk mengorbankan nyawanya demi untuk menyelamatkan nyawa nabi. Dengan tidur diatas katil nabi, dia telah menyelamatkan nyawa nabi. Sekarang kedua kamu diarahkan turun kedunia dan menyelamatkan dia dari tipu daya dan perancangan musuh.’
Dengan patuh, kedua mereka turun kedunia. Jibril duduk dibahagian kepala Ali dan Mikail di bahagian kaki. Jibril berkata: ‘Tahniah, Wahai anak Abu Talib yang mana Allah maha Tinggi telah berbangga dihadapan para malaikat.’ Sesudah ini, ayat yang berikut telah diwahyukan kepada nabi: ‘Dan terdapat manusia yang memberikan nyawanya untuk mendapatkan keridhaan Allah; dan Allah maha pengasih terhadap hambaNya.’ [2:207]
Sekarang saya serahkan kepada kamu, tuan-tuan terhormat, untuk mempertimbangkan ayat ini baik-baik, apabila kamu pulang kerumah pada malam ini dan cuba mendapatkan keputusan kamu sendiri. Adakah keutamaan benar-benar kepunyaan mereka yang bersama nabi untuk beberapa hari dalam perjalanan, menunjukkan ketakutan dan kesedihan, atau dia yang mempetarungkan nyawanya pada malam yang sama dengan berani dan berbesar hati, demi untuk keselamatan nabinya. Imam Jafar Iskafi, seorang ulama terkenal dan ketua golongan Mutazili membuktikan sebagaimana dirakamkan di dalam ulasan Abil-Hadid Nahjul Balagha, jilid III, ms 269-281 bahawa tidurnya Ali diatas katil nabi adalah lebih utama dari bersamanya Abu Bakr dengan nabi pada jangka waktu yang pendek. Dia berkata: ‘Ummah Muslim semuanya percaya, dengan sebenarnya, kemuliaan Ali pada malam itu sungguh tinggi yang mana tiada manusia yang dapat mencapainya melainkan Ishak dan Ibrahim, apabila mereka bersedia untuk mengorbankan diri mereka di dalam ketaatan kepada kehendak Allah. [Kebanyakkan pengulas, ulama, ahli sejarah, semuanya percaya bahawa Ismail yang menawarkan untuk dikorbankan dan bukan Ishak]
Pada ms 271 dari sharh Nahjul-Balagha kenyataan Abu Jafar Iskafi di dalam menjawab kepada Abu Uthman Jahiz Nasibi telah dirakamkan. Dia berkata: ‘Saya telah pun buktikan terdahulu bahawa tidurnya Ali diatas katil nabi pada malam hijrah adalah lebih utama dari bersamanya Abu Bakr dengan nabi di dalam gua. Di dalam menekankan maksud saya, saya akan buktikan dari dua sudut pandangan.
Pertama, nabi Allah yang begitu lama dan terlalu rapat dengan Ali, amat mencintai beliau. Maka dia merasakan kehilangan orang yang dicintai apabila mereka berpisah. Sebaliknya, Abu Bakr menikmati keutamaan berjalan berpergian dengan nabi. Oleh kerana Ali menderita dari kepedihan berpisah, ganjarannya bertambah, kerana lebih besar penderitaan yang ditanggongnya maka lebih banyaklah ganjaran yang diterima untuknya.
Keduanya, oleh kerana Abu Bakar hendak meninggalkan Makah, dan dia pernah meninggalkan Makah dengan sendirian, situasinya sebagai waraga Makah telah bertambah susah. Maka apabila dia meninggalkan Makah bersama dengan nabi, idamannya untuk meninggalkan Makah tercapai. Makanya tidak ada kecemerlangan moral yang perlu baginya jika dibandingkan dengan Ali, yang telah menanggong tekanan di dalam mempertaruhkan nyawanya dihadapan pedang yang tidak bersarong ditangan musuh.
Ibn Sab’a Maghribi berkata di dalam Shifaus-Sudur mengenai keberanian Ali: ‘Terdapat sebulat suara diantara ulama Arab bahawa pada malam hijrah, Ali tidur diatas katil nabi adalah lebih utama dari berpergian dengannya Ali menjadikan dirinya wakil nabi dan mempertarungkan nyawanya kerana nabi. Tujuan ini amat jelas yang tiada siapa boleh menafikannya melainkan mereka yang dihinggapi penyakit gila atau fanatik.’
Saya berhenti disini dan kembali kepada tujuan utama saya. Kamu mengatakan bahawa ayat al-Quran ‘keras terhadap orang kafir’ [48:29] merujuk kepada khalifa kedua, Umar bin Khattab. Tetapi tuntutan ini tidak boleh diterima hanya kerana kamu yang mengatakannya. Kita hendaklah menentukan sifat ini tertakluk kepada dirinya atau tidak. Jika ianya benar, saya besedia untuk menerimanya. Yang pastinya ‘keras’ boleh ditunjukkan dengan dua cara: di dalam perbincangan agama yang mana melalui kekuatan penghujahan, ulama dari pihak lawan akan terdiam. Kedua, ianya boleh ditunjukan dimedan perang.
Sejauh ini mengenai perbincangan ilmiah, tidak terdapat satu ketika di dalam sejarah yang Umar menunjukkan sebarang kekuatan penghujahannya. Tidak, setahu saya. Saya tidak pernah melihat mana-mana rakaman sejarah menunjukkan kerasnya Umar pada perbincangan agama. Saya amat menghargai jika kamu boleh menyatakannya.
Yang sebenarnya, ulama kamu telah bersetuju bahawa adalah Ali yang menyelesaikan masalah perundangan dan agama yang susah semasa era tiga khalifa. Walaupun Umayya dan pengikut Abu Bakar yang membuta tuli telah memalsukan hadith bagi pihak mereka, tetap mereka tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa apabila seorang yang beriman datang bertemu Abu Bakr, Umar atau Uthman, untuk menyelesaikan masalah yang susah, khalifa akan merujuk masalah itu kepada Ali. Ali memberikan kepada mereka jawapan yang meyakinkan sehingga ramai yang bukan Islam memeluk Islam. Sebenarnya bahawa Abu Bakr, Umar dan Uthman telah mengesahkan keutamaan Ali adalah mencukupi untuk membutikan maksud saya. Ulama kamu telah menulis bahawa khalifa Abu Bakr berkata: ‘Gantikan saya, gantikan saya, oleh kerana saya tidak mempunyai kelebihan apa-apa daripada kamu, selagi Ali ada bersama kamu.’ Paling kurang tujuh puluh kali khalifa Umar mengaku: ‘Jika Ali tidak ada, Umar pasti akan binasa.’ Kebanyakkan situasi itu melibatkan bahaya telah disebutkan di dalam buku-buku tersebut, tetapi saya tidak mahu memperkatakan pada maksud itu. Mungkin ada tajuk yang lebih mustahak untuk dibincangkan.
Nawab: Tajuk mana yang lebih penting dari ini? Adakah perkara ini disebutkan di dalam buku kami? Jika ada, sila beritahu kepada kami?
Shirazi: Ulama kamu yang adil bersetuju bahawa Umar kerap mengatakan bahawa Ali selalu datang untuk menyelamatkannya.