50%
DIALOG SUNNI-SHIA

ALI DENGAN SENGAJA TIDAK DIBERITAHU MENGENAI PERJUMPAAN DISAQIFA.
Jika kamu katakan bahawa tentera Usama juga jauh dari kota dan masa bertambah pendek, adakah kamu juga akan mengatakan jarak dari saqifa dan masjid tempat penginapan nabi juga jauh? Mengapa mereka tidak memberitahu Ali, atau Abbas bapa saudara nabi yang dihormati? Megapa mereka tidak merujuk kepada Bani Hashim, keturunan nabi?

Hafiz: Di dalam semua kemungkinan, situasi dikala itu amat tegang sehingga mereka tidak boleh cuai dan meninggalkan saqifa.

Shirazi: Maafkan saya, mereka punya masa. Mereka dengan sengaja mengelak dari memberitahu Ali, Bani Hashim dan para sahabat yang benar-benar rapat.

Hafiz: Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa mereka [kumpulan saqifa] dengan sengaja tidak mahu memberitahu mereka [kumpulan Ali]?

Shirazi: Satu petunjuk yang nyata bahawa Umar datang kepintu rumah nabi tetapi tidak memasukinya?

Hafiz: Pastinya cerita ini telah dipalsukan oleh Rafizi

Shirazi: Lihat pada ms 456 di dalam buku Tarikh, jilid II, oleh Muhammad bin Jarir Tabari, seorang ulama terkanal kamu. Dia menulis bahawa Umar datang kepintu rumah nabi tetapi tidak masuk. Dia mengirim berita kepada Abu Bakr: ‘Datang segera; saya ada urusan yang mustahak dengan kamu.’ Abu Bakr menghantar berita kepadanya bahawa dia tidak punya masa. Umar menghantar berita sekali lagi: ‘Kita sedang berdepan dengan krisis. Kehadiran kamu sangat penting.’ Abu Bakr keluar dan Umar memberitahunya secara rahsia mengenai perhimpunan Ansar di saqifa dan berkata bahawa mereka hendaklah bersegera kesana. Kedua mereka pergi, dan di dalam perjalanan mereka bertemu Abu Ubaida, dan membawa dia bersama.

Demi Allah berlaku adillah. Jika mereka tidak mempunyai niat pada konpirasi, mengapa Umar pergi kepintu rumah nabi tetapi tidak masuk? Mereka boleh meminta pertolongan. Adakah disana diantara semua ummah hanya Abu Bakr, yang penuh dengan bijaksana, dan adakah para sahabat yang lain dan juga keturunan nabi manusia asing yang tidak berhak untuk diberitahu mengenai perkara ini? Adakah ijma kamu ini sebenarnya mengandungi tiga orang? Dimanakan tempat di dalam dunia ini yang peraturan sedemikian diterima? Katakan bahawa tiga orang atau mana-mana kumpulan manusia, berhimpun di dalam kota dan menubuhkan sebuah ijma dan melantik ketua negara. Adakah perlu pada ulama dan intelek dari kota-kota lain atau bandar patuh kepada mereka? Atau katakan seorang yang intelek yang bijak yang belum dipilih oleh yang lain memberi pendapat, adakah perlu bahawa para intelek yang lain mengikuti mereka? Adakah wajar untuk menekan perasaan seluruh ummah melalui tindakkan menakutkan oleh sekumpulan manusia? Jika sebaliknya, di dalam perbincangan ilmiah, sekumpulan manusia mendedahkan bahawa khalifa tidak yang seperti ditunjukki oleh perundangan agama atau undang-undang alam, adakah wajar mereka dipanggil Rafizi?

Kamu mengatakan nabi meninggalkan isu khalifa kepada ummah atau ahli intelek dari ummah, sebagaimana yang kamu namakan. Adakah para intelek ummah terdiri dari Abu Bakr, Umar dan Abu Ubaida Jarra. Setiap mereka mencalonkan nama mereka yang lain, dan kemudian dua dari mereka menerima yang ketiga. Itu sajalah. Adakah wajib bagi semua muslim untuk mengikuti mereka? ‘Minoriti’ ‘majoriti’ dan ‘ijma’ bereti perkara yang berlainan. Jika perhimpunan perundingan dibuat untuk mempertimbangkan masalah tertentu, dan kumpulan yang kecil jumlah orangnya memberikan satu pendapat, sedangkan kumpulan yang besar memberikan pendapat yang lain pula. Maka pendapat kumpulan yang kurang dikatakan pendapat minoriti. Pendapat kumpulan yang besar dikatakan pendapat majoriti, dan jika kesemua mereka [tanpa pengecualian seorang pun] memberikan pendapat yang sama, ia dikatakan ijma.

Adakah ijma sepakat di saqifa atau kemudian di masjid atau kemudiannya di dalam kota Madina?

Jika, bagaimana pun, di dalam perbezaan dengan kehendak kamu, kita ketepikan hak ummah yang umum dan katakan pendapat dari golongan intelektual dan para sahabat nabi adalah mencukupi untuk ijma, saya tanya sama ada terdapat ijma dimana semua intelektual dan para sahabat mengambil bahagian?

Adakah kumpulan yang kecil di saqifa bersetuju sebulat suara di dalam pendapat mereka? Jawapannya adalah negetif. Pengarang Mawaqif dengan sendiri telah mengaku bahawa tidak ada ijma semasa khalifa Abu Bakr, dan pasti tidak terdapat pendapat sebulat suara diantara para terpelajar di Madina, sama ada dari Sa’d bin Ubaida Ansari, dan keturunannya, para sahabat nabi yang dekat, kesemua Bani Hashim, kawan-kawan mereka, dan Ali Ibn Abi Talib, - semuanya menentang Abu Bakr untuk enam bulan. Mereka ini tidak pernah memberikan bai’ah kepadanya. Di Madina, tempat nabi, tiada ijma yang dicapai yang mana para intelektual dan sahabat nabi menyokong Abu Bakr sebagai khalifa. Ahli sejarah kamu yang terkenal, seperti Fakhrud-Din Razi, Jalalud-Din Suyuti, Ibn Abil-Hadid Mutazali, Tabari, Bukhari dan Muslim, merakamkan bahawa ijma tidak pernah berlaku di Madina.

Bani Hashim, Bani Umayya, dan para sahabat secara umum – melainkan tiga orang yang disebutkan diatas – tidak hadir di Saqifa untuk membuang undi. Lebih-lebih lagi ramai yang menentang keputusan itu. Malah sebahagian dari para sahabat yang terkenal, yang menolak bai’ah di saqifa, pergi kemasjid dan membantah kepada Abu Bakr: Dari pihak muhajir adalah Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Miqdad Bin Aswad Kindi, Ammar-e-Yasir, Buraida Aslami, dan Khalid Bin Sa’id Bin As Amawi. Dari Ansar Abu’l-Hathama bin Tihan, Khuzaima Bin Thabit Dhu’sh-Shahadatain, Abu Ayyub Ansari, Ubai Bin Ka’b, Sahl Bin Hunaif, Uthman Bin Hunaif, yang menentang Abu Bakr di dalam masjid. Saya telah berikan secara ringkas garis luar kejadian. Tidak ada ijma dalam bentuk apa pun yang dicapai. Ijma dari para intelektual dan para sahabat terkenal Madina adalah penipuan yang terang.

Berdasarkan dari punca kamu sendiri, saya akan berikan lis nama mereka yang menentang khalifa. Ibn Hajar Asqalani dan Baladhuri, masing-masing di dalam Ta’rikh, Muhammad Bin Khawind Shah di dalam Rauzatu’s-Safa, Ibn Abdu’l-Birr di dalam Isti’ab, dan lainnya berkata bahawa Sa’d bin Ubaida dan sebahagian dari Khazraji dan sekumpulan Quraish tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Lebih-lebih lagi 18 orang adalah sahabat nabi yang rapat dan terkenal yang tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Mereka adalah shia Ali Ibn Abi Talib. Nama-nama mereka yang 18 adalah seperti berikut:

1. Salman Farsi

2. Abu Dharr Ghifari

3. Miqdad Bin Aswad-e-Kindi

4. Ammar-e-Yasir

5. Khalid Bin Sa’id bin al-As

6. Buraida Aslami

7. Ubai Bin Ka’b

8. Khuzaima Bin Thabit Dhu’sh-Shahadatain

9. Abu’l-Hathama Bin Tihan

10. Sahl Bin Hunaif

11. Uthman Bin Hunaif Dhu’sh-Shahadatain

12. Abu Ayub Ansari

13. Jabir Ibn Abdullah Ansari

14. Hudhaifa bin Yaman

15. Sa’d Bin Ubaida

16. Qais Bin Sa’d

17. Abdullah Bin Abbas

18. Zaid Bin Arqam

Dan Yaqubi menulis di dalam Tarikh: ‘Sekumpulan Muhajir dan Ansar menjauhkan diri mereka dari memberikan bai’ah kepada Abu Bakr dan mereka adalah pengikut Ali. Diantara mereka adalah Abbas bin Abdu’l-Muttalib, Fazl Bin Abbas, Zubair Ibnu’l-‘Awwam Bin As, Khalid Bin Sa’id, Miqdad Bin Umar, Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Ammar Yasin, Bara’a Bin Azib, and Ubai Bin Ka’b.”

Tidakkah orang-orang ini para intelektual ummah? Ali, Abbas, bapa saudara nabi dan yang lainnya dari Bani Hashim yang terkenal – tidakkah orang-orang ini bijak dan dipercayai? Jenis apa ijma ini, yang telah diadakan tanpa perundingan dengan manusia-manusia ini? Apabila Abu Bakr dilantik secara rahsia dan para sahabat yang terkenal tidak diberitahu, adakah ini menunjukkan ijma atau konpirasi politik?

HADITH-E-THAQALAIN DAN HADITH-E-SAFINA.
Lebih-lebih lagi Bani Hashim, keluarga nabi, tidak hadir di saqifa. Pertimbangan dan pandangan mereka yang sangat berharga tidak boleh dinafikan dari sudut pandangan hadith yang telah saya sebutkan pada malam-malam yang awal dahulu, dan telah dipersetujui oleh kedua golongan. Nabi berkata: ‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: Kitab Allah dan ahli bayt ku [Ahli keluarga yang suci, Ali, Fatima, Hasan dan Husain]. Jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selepas aku.’ Manusia ini tidak menyokong khalifanya Abu Bakr. Sebagai tambahan, terdapat satu lagi hadith yang terkenal yang dinamakan hadith-e-safina, yang saya telah nyatakan pada malam yang lalu. Nabi berkata: ‘Ahli bayt ku seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikkinya terselamat, dan sesiapa yang berpaling akan karam.’ Hadith ini menunjukkan bahawa, sebagaimana kommuniti [ummah] Nuh terselamat dari banjir besar, ummah nabi akan terselamat dari bencana dengan mengikuti keturunan nabi yang suci. Ibn Hajar di dalam Sawaiq-e-Muhriqa, ms 50, mengulas pada ayat IV, menyebutkan dua hadith dari Sa’d mengenai perlunya [wajib] pada mengikuti ahli bayt nabi. Di dalam satu hadith nabi berkata: ‘Saya dan ahli bayt ku adalah satu pohon di syurga, yang mana dahan-dahannya didunia; maka sesiapa yang mencari jalan menuju ke Allah hendaklah berpaut kepada mereka.’

Di dalam hadith yang kedua nabi berkata: ‘Diantara ummah ku, di dalam setiap era terdapat mereka yang benar dari ahli bayt ku yang akan menapis segala kotoran yang telah dibawa masuk kedalam agama oleh mereka yang berbuat dosa dan menbersihkannya dari segala kenyataan yang melampaui batasan dan juga ulasan dari mereka yang jahil. Hendaklah kamu mengetahui bahawa Imam kamu pastinya mereka yang memimpin kamu kejalan Allah; maka kamu hendaklah berwaspada [berjaga-jaga] mengenai mereka yang kamu ambil menjadi pemandu kamu.’ Matlamat hadith yang sebegini adalah bahawa nabi mengatakan kepada ummahnya: ‘Melainkan kamu mengikuti ahli bayt ku, musuh akan membawa menyimpang.’ Manusia yang boleh mempengaruhi ijma, sumpah setia [bai’ah], dan perlantikkan kepada khalifa; telah ditentang oleh prosidur yang kamu telah terangkan. Maka ijma jenis apakah ini? Para sahabat terkenal, para intelek, dan juga keturunan nabi ada di Madina pada masa saqifa. Maka tidak ada keraguan bahawa perkara ini telah dibuat tanpa sokongan majoriti, tidak perlulah hendak disebut ijma. Ibn Abdul-Barr Qartabi seorang ilmuan dari golongan kamu di dalam Istiab, Ibn Hajar di dalam Isaba, dan ulama lainnya menulis Sa’d bin Ubaida, seorang pencabar [menuntut] kedudukan khalifa, telah enggan untuk bai’ah kepada Abu Bakr dan Umar. Dia tidak hendak memulakan kekacauan, maka pergi ke Syria. Menurut dari laporan di dalam Rauzatus-Safa, diatas hasutan orang yang terkenal dia telah dibunuh. Menurut dari ahli sejarah, orang yang melakukan jenayah itu adalah Khalid bin Walid. Setelah membunuh Malik bin Buwaira dan mengahwini isterinya, dimasa awal pemerintahan khalifa Abu Bakr, dia telah menjadi objek kemarahan Umar. Apabila Umar menjadi khalifa, Khalid, cuba untuk memenangi perhatiannya, membunuh Sa’d bin Ubaida.

Hafiz: Oleh kerana terdapatnya bahaya akan jadinya kekacauan, dan mereka tidak dapat menghubungi seluruh ummah, maka mereka terpasa bergantung kepada beberapa orang yang berada di saqifa dimana bai’ah telah diambil. Kemudian ummah mengikutnya.

Shirazi: Ya, jika mereka tidak punya cara untuk mendapatkan para sahabat nabi yang terkenal, dan para intelek dari ummah yang diluar Madina, sila katakan dengan ikhlas: jika tidak ada komplot di dalam hal ini, mengapa mereka tidak mempelawa mereka yang ada di dalam Madina keperhimpunan di saqifa? Tidakkah ianya perlu untuk meminta pandangan Abbas, Ali Ibn Abi Talib dan juga Bani Hashim? Adakah pendapat Umar dan Abu Ubaida bin Jarra mencukupi untuk semua dunia islam?

Hujah kamu bergantung kepada ijma, sama ada ianya umum atau khusus, tidak dapat diterima. Para intelek dan para sahabat yang terkenal tidak mengambil bahagian di dalamnya, mereka menentangnya. Sebagaimana yang saya katakan ijma bererti tidak seorang pun yang menentang. Di dalam ijma ini, kamu telah mengaku para intelek secara umum tidak mengambil bahagian. Imam Fakhrud-Din Razi di dalam Nihayatul-Usul berkata bahawa tidak terdapat ijma atau persetujuan ramai di dalam khalifanya Abu Bakr dan Umar sehingga selepas Sa’d bin Ubaida dibunuh.

Saya tidak dapat memahami bagaimana kamu dapat mengatakan ijma khayalan ini sebagai bukti kepada sahnya kedudukan khalifa. Tuntutan kamu kedua bahawa Abu Bakr lebih tua dari Ali dan makanya lebih layak kepada kedudukan khalifa, adalah lebih lemah dari hujah kamu yang pertama. Jika umur adalah syarat untuk khalifa, terdapat ramai orang yang berumur lebih dari Abu Bakr dan Umar. Tentunya Abu Qahafa, Bapa Abu Bakr lebih tua dari anaknya, dan masih hidup pada masa itu. Mengapa dia tidak dilantik khalifa?

Hafiz: Umur Abu Bakr digandingkan dengan kebolehannya, telah menjadikan dia pilihan yang wajar. Apabila terdapat yang tua, berpengalaman dan dicintai oleh nabi berada di dalam ummah, remaja yang tidak berpengalaman tidak boleh diberikan dengan kepimpinan.

Shirazi: Jika itu adalah benar, maka tujuan bantahan kamu adalah kepada nabi sendiri. Apabila nabi hendak berangkat ke ekpedisi Tabuk, para munafik [hipokrit] secara rahsia hendak memberontak di Madina dimasa ketiadaan baginda. Maka baginda melantik seorang yang berpengalaman ditempatnya supaya dapat mengawal situasi di Madina dan menggagalkan rancangan munafik. Saya meminta kamu memberitahu kami siapakah yang nabi tinggalkan ditempatnya di Madina sebagai pengganti dan khalifa.

Hafiz: Itu semua orang tahu bahawa baginada menjadikan Ali khalifa dan penggantinya.

Shirazi: Tidakkah Abu Bakr, Umar dan sahabat yang tua lainnya di Madina pada masa itu? Ya; dan bahkan nabi melantik seorang muda, Ali, khalifa dan penggantinya. Pada membacakan beberapa ayat al-Quran dari surah Baraa’ kepada penduduk Makah, kita tentu memikirkan, seorang yang berpengalaman adalah lebih wajar. Tetapi nabi memanggil pulang orang yang tua Abu Bakr dari separuh perjalanannya dan mengarahkan yang muda Ali untuk melakukan tugas yang penting ini. Nabi mengatakan bahawa Allah telah memberitahunya bahawa ‘orang’ yang hendak menyampaikan al-Quran seharusnya dia [diri nabi] atau sesaorang yang darinya. Begitu juga, bagi petunjuk terhadap penduduk Yaman, mengapa nabi menghantar Amirul Mukminin Ali, sepatutnya yang lebih berpengalaman Abu Bakr, Umar atau lainnya yang hadir pada masa itu? Pada banyak lagi peristiwa yang sama nabi, di dalam kehadiran Abu Bakr, Umar dan lainnya, memilih Ali untuk melaksanakan tugas yang penting. Dari itu penegasan kamu pada peraturan kedewasaan tidak berasas. Syarat yang penting untuk khalifa adalah kemuliaan. Saya baru sahaja teringat bahawa bukti yang paling kuat pada menolak kedudukan khalifa mereka, adalah yang bertentangan dengan apa yang mereka namakan ijma, oleh Ali, yang menurut nabi pembeza diantara benar dan salah. Ulama terkenal kamu telah menyebutkan beberapa hadith dengan tujuan ini. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 16 menyebutnya dari Kitabu’s-Sabi’in Fi Faza’il-e-Amiru’l-Mu’minin, Imamu’l-Haram Abu Ja’far Ahmad Bin Abdullah Shafi’i, di dalam hadith XII dikatakan dari Firdaus dari Dailami dari 70 hadith, Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda - VI, Hafiz di dalam Amali, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 44, menyatakan dengan sedikit perbezaan di dalam perkataan, dengan pengesahan dari Ibn Abbas, Abi Laila Ghifari dan Abu Dharr Ghifari bahawa nabi berkata [rangkap yang akhir adalah sama di dalam setiap sebutan]: ‘Tidak lama selepas saya pergi dari dunia ini, maka akan ada pertelingkahan. Apabila ianya berlaku, kamu hendaklah mengikuti Ali Ibn Abi Talib, kerana dia adalah orang yang pertama akan bertemu dengan saya dan memegang tangan dengan saya dihari pengadilan. Kedudukannya tinggi dan dia adalah pembeza diantara benar dan salah.’

Apabila nabi wafat kekacauan berlaku. Para Muhajir dan Ansar mehukan khalifa dari golongan mereka. Menurut dari arahan nabi, ummah sepatutnya membawa Ali supaya dia dapat memisahkan yang benar dari yang salah.

Hafiz: Hadith itu mempunyai satu rantaian penyampai, dan makanya tidak boleh dipercayai.

Shirazi: Saya telah pun menjawab terhadap bantahan mengenai rantaian yang satu penyampai. Ulama sunni menganggap hadith yang demikian sebagai sah, maka kamu tidak boleh membantah atas dasar itu. Selain dari itu, ianya bukanlah satu-satunya hadith mengenai tujuan itu. Terdapat banyak rakaman yang disampaikan oleh ulama kamu yang menunjukkan maksud yang sama, sebahagian darinya saya telah rujuk pada malam semalam. Memandangkan masa yang suntuk, saya akan menghadkan diri saya pada menyatakan disini hanya nama sebahagian dari pengarangnya. Satu dari rakaman telah dinyatakan oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i idi dalam Matalibu’s-Su’ul, Tabari di dalam Kabir, Baihaqi di dalam Sunan, Nuru’d-Din Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Hakim di dalam Mustadrak, Hafiz Abu Na’im di dalam Hilya, Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, Tabrani di dalam Ausat, Muhibu’d-Din di dalam Riyaz, Hamwaini di dalam Fara’id, Suyuti di dalam Durr-e-Mansur, dari Ibn Abbas, Salman, Abu Dharr dan Hudhaifa – semua mengatakan bahawa nabi, menunjuk dengan tangannya kepada Ali Ibn Abi Talib, berkata: ‘Sesungguhnya, Ali ini adalah yang pertama mengistiharkan keimanannya kepada saya dan yang pertama akan bersalaman dengan saya pada hari pengadilan. Dia adalah Siddiq-e-Akhbar [orang yang paling benar] dan Faruq kepada ummah [yang paling pintar]. Dia akan membezakan diantara benar dan salah.’

HADITH ALI BERSAMA KEBENARAN DAN KEBENARAN BERSAMA ALI.
Muhammad Bin Yusuf Ganji di dalam Bab 44 dari bukunya Kifayatu’t-Talib menyampaikan hadith yang sama dengan tambahan pada perkataan ini: ‘Dan dia adalah pemerintah kepada yang beriman dan dia adalah pintu bagi yang beriman untuk melaluinya; dan dia adalah khalifa selepas saya.’ Ghanji Shafii berkata bahawa Muhaddith-e-Sham [ahli hadith dari Syria] mempunyai 300 hadith di dalam memuji Ali. Ianya juga telah dirakamkan oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sam’ani di dalam Faza’ilu’s-Sahaba, Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Khatib Baghdadi di dalam Ta’rikh-e-Baghdad, jilid XIV, ms 21, Hafiz Mardawaih di dalam Manaqib, Dailami di dalam Firdaus, Ibn Qutayba di dalam Imamate wa’s-Siyasa, jilid I, ms 111, Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Imam Ahmad di dalam Musnad dan banyak lagi ahli dari ulama kamu telah menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Ali bersama dengan kebenaran dan kebenaran bersama dengan Ali, walau kemana dia berpaling.’ Di dalam buku yang sama, terdapat satu lagi hadith yang disampaikan oleh Sheikh Sulayman Qandusi Hanafi, di dalam Bab 20 dari Yanabiul-Mawadda, dari Hamwaini bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali.’

Hafiz Abi Nu’aim Ahmad Ibn Abdullah Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 63, menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Wahai kumpulan Ansar! Haruskan saya menunjukkan kamu kepada sesaorang yang jika kamu patuh kepadanya, kamu tidak akan sesat? Kesemua mereka berkata: ‘Ya, Wahai nabi Allah,’ Nabi berkata: ‘Orang itu adalah Ali. Cintailah dia sebagaimana kamu mencintai saya; dan hormatilah dia sebagaimana kamu menghormati saya; apa yang saya telah katakan kepada kamu adalah perintah Allah yang disampaikan oleh Jibril.’

Objektif umum hadith ini untuk menunjukkan nabi merujuk mengenai penggantinya. Nabi mengarahkan ummahnya untuk berpaling kepada Ali selepas baginda. Dari keterangan hadith yang sedemikian, beritahulah kepada kami, apakah pengertian penentangan Abu Bakr kepada Ali bagi kamu; tentunya amat sedih dan memeranjatkan bahawa segalanya amat pantas telah dibuat di saqifa. Setiap mereka yang waras yang tahu apa yang telah terjadi pada hari itu merasa sangat keciwa. Jika tidak terdapat komplot, mengapa mereka tidak menunggu [sekurangnya hanya beberapa jam] supaya Ali Ibn Abi Talib, Bani Hashim dan Ibn Abbas dapat menerangkan pandangan mereka pada kedudukan khalifa?

Hafiz: Tidak ada konpirasi. Kerana mereka takutkan kekacauan, mereka bertindak cepat di dalam membuat keputusan untuk keselamatan islam.

Shirazi: Adakah kamu bermaksud bahawa Abu Ubaida Jarra, bekas pengali kubur di Makah, dan lainnya lebih mengambil berat tentang keselamatan islam dari Abbas, bapa saudara nabi dan Ali Ibn Abi Talib? Adakah kamu bermaksud bahawa jika mereka menunggu sekejap, atau Abu Bakr dan Umar, membuat orang-orang itu sibuk, telah menghantar Abu Ubaida untuk memberitahu Abbas dan Ali tentang siriusnya keadaan, islam akan hancur? Berlaku adillah. Jika mereka telah membawa orang-orang yang berkenaan dan tertentu di saqifa, kedudukan mereka akan lebih terselamat. Tidak akan terdapat banyaknya perbezaan di dalam islam sebagaimana ianya dihari ini. Selepas 1335 tahun, kita saudara islam tidak akan menentang sesama sendiri sebagaimana kita pada malam ini tetapi kita bersatu di dalam menentang musuh kita yang sama. Terlalu banyak kecacatan yang besar di dalam islam telah diasaskan pada hari tersebut. Itu disebabkan tindakkan pantas mereka bertiga bagi menjayakan perencanaan rahsia mereka.

Nawab: Tuan yang dihormati, sila beritahu kami mengapa mereka terburu-buru melakukannya. Mengapa mereka tidak memberitahu orang yang berada di dalam masjid atau di dalam rumah nabi?

Shirazi: Alasannya tidak jauh untuk dicari. Mereka bergegas meneruskan segala yang perlu kerana mereka tahu jika menunggu sehingga ramai muslim yang datang, atau sekurang-kurangnya mereka yang ternama dari tentera Usama bin Zaid, para sahabat nabi yang terkenal di Madina, atau Bani Hashim bahawa nama Ali diantara yang lain akan dicalunkan. Jika nama Ali dan Abbas telah dicadangkan, kemungkinan polotik untuk Abu Bakr dan Umar makin bertambah merosot. Maka mereka terpaksa mempercepatkan perancangan, sedang Bani Hashim dan para sahabat nabi yang terkemuka sibuk menguruskan jenazah nabi, mereka berjaya melantik Abu Bakr sebagai khalifa berasaskan pengundian dari dua orang! Mereka telah berjaya memainkan peranan mereka, dan dimalam ini kamu orang-orang yang mulia telah memberikan nama ‘ijma’. Walaupun ulama kamu yang terkemuka seperti Tabari, Ibn Abil-Hadid dan lainnya telah menulis bahawa Umar berkata: ‘Khalifa Abu Bakr telah diadakan dengan cara mengejut. Semoga Allah menolong kita!!!’

Pada tuntutan kamu yang lain, yang mana kamu katakan dengan pegesahan khalifa Umar, bahawa nabi dan pemerintah tidak boleh disatukan dalam satu keluarga, juga ditolak, menurut al-Quran: ‘Atau adakah mereka dengki pada orang, yang mana Allah telah berikan rahmatNya. Sesungguhnya Kami telah berikan anak-anak Ibrahim kitab dan kebijaksanaan, dan Kami berikan mereka kerajaan yang sempurna.’ [4:54]

Hadith ini yang dikatakan dari khalifa Umar, adalah palsu. Nabi tidak pernah mengatakan perkataan yang bertentangan kepada arahan al-Quran. Lebih lagi, khalifa tidak boleh dipisahkan dari kenabian kerana khalifa yang sebenar menguatkuasakan undang-undang tuhan didunia ini. Untuk mengaggap khalifa hanyalah kedudukan politik dipisahkan dari kenabian adalah kesalahan terbesar yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Umar. Jika saudara Musa, Harun boleh diketepikan dari khalifa Musa, Ali boleh juga dinafikan khalifa nabi. Dan oleh kerana nabi dan khalifa, menurut al-Quran telah disatukan pada Musa dan Harun, tidak dapat dinafikan bahawa ianya disatukan juga pada Muhammad dan Ali. Hadith kamu telah dipalsukan oleh Umayya. Jika kenabian dan khalifa tidak boleh disatukan di dalam satu keluarga, jadi mengapa Majlis-e-shura [persatuan perundingan]; ada tidak khalifa Umar menamakan Ali sebagai khalifa? Lagi pun kamu semua menerimanya sebagai khalifa keempat!!! Ini adalah satu pertentangan yang menarik, bahawa berdasarkah hadith Umar, kamu menolak penyatuan kanabian dengan khalifa, tetapi apabila Umar sendiri membolehkan keadaan ini beberapa tahun kemudian, kamu menyokongnya! Bolehkah kamu menentang dan menyokong usul yang sama? Kamu katakan kenabian dan kepimpinan tidak boleh disatukan dalam satu keluarga, walaupun nabi menjadikannya wajib pada ummahnya untuk mengikuti keturunannya. Dia berkata bahawa untuk bermusuhan dengan mereka adalah sesat. Dia mengatakan dibeberapa kejadian: ‘‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: Kitab Allah dan ahli bayt ku. Jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selepas aku.’ Hadith yang sahih ini telah diakui oleh kedua golongan. Saya telah nyatakan pada malam dahulu dengan puncanya.

HADITH BAHTERA – HADITH SAQIFA.
Semasa banjir besar sesiapa berselindung di dalam bahtera Nuh terselamat. Sesiapa yang berpaling darinya akan karam, termasuk anak Nuh. Nabi juga memperumpamakan keturunannya dengan bahtera Nuh, bererti bahawa manusia dari ummahnya di dalam masa percubaan terhadap mereka hendaklah bersama dengan keturunannya. Maka menurut dari kenyataan yang jelas ini, ummah, di dalam segala perbezaan mereka, harus mencari kemanfaatan dari ahli bayt nabi. Ali Ibn Abi Talib, menurut nabi, adalah yang paling terpelajar dan paling mulia diantara mereka. Mengapa mereka tidak memberitahu dia, supaya mereka dapat berunding dengannya? Tetapi tidak. Ahli politik merebut kuasa dan menafikan Ali akan haknya yang mutlak.

Sheikh: Atas dasar apa yang kamu katakan bahawa mereka harus mengikut Ali dan bahawa pendapat dan ijma dari sahabat harus diabaikan?

Shirazi: Saya tidak pernah mengatakan pendapat sahabat dan ijma mereka tidak perlu dihormati. Satu perbezaan diantara kamu dengan saya adalah bahawa sebaik sahaja kamu dengar nama sahabat, walaupun dianya munafik [hipokrit], seperti Abu Huraira, yang mana khalifa Umar pukul dan memanggilnya pendusta, kamu tunduk kepadanya dengan penuh hormat. Saya menghormati pada sahabat yang patuh dengan syarat-syarat persahabatan dengan nabi. Lebih lagi, Saya telah menunjukkan bahawa tidak terdapat ijma di saqifa. Jika kamu boleh mematahkan hujah saya, inilah masanya untuk melakukan. Saya akan tunduk pada persetujuan ramai di dalam perhimpunan ini. Jika kamu boleh menunjukkan dari buku-buku kamu bahawa di saqifa, kesemua ummah, atau para-para intelek dari ummah telah berkumpul dan bersetuju bahawa Abu Bakr harus menjadi khalifa, kami sedia menerimanya. Dan jika, dengan pengecualian dua orang itu [Umar dan Abu Ubaida] dan beberapa orang dari kaum Aus, tidak ada orang lain memberikan bai’ah, kamu hendaklah mengakui bahawa kami shia adalah benar pada petunjuk. Kami tinggalkan kepada mereka yang telah tahu kini untuk membuat keputusan sama ada tiga orang sahabat dibolehkan pada memegang teraju bagi seluruh ummah. Dua memberikan bai’ah kepada yang ketiga, dan kemudian mereka mengancam yang lainnya dengan pedang, api, dan penghinaan, serta memaksa manusia pada menerima kehendak mereka.

HARUSKAN IJMA DITERIMA KERANA MENGIKUT PADA YANG TERDAHULU?.
Sheikh: Kita tidak tahu sama ada terdapat kecuaian pada pihak mereka, kerana kita tidak ada disana pada hari itu. Pada masa yang sejauh ini kita tidak dapat merasakan tekanan yang mereka alami. Pada hari ini, dengan situasi dan fakta yang jelas, sudah tidak menjadi isu [tidak penting lagi] sama ada ijma telah dipenuhi atau berperingkat-peringkat. Kita tidak perlu bantah. Kita seharusnya tunduk dan menghormati mereka serta mencontohi cara yang mereka telah tunjukkan.

Shirazi: Hujah yang sungguh menarik! Adakah kamu mahu kami fikirkan bahawa islam ini tidak mempunyai asas? Jika dua atau tiga orang merangka sesuatu pelan dan mendapat sokongan yang lain, dan ini dengan sendirinya telah menjadi tugas semua muslim pada mengikuti mereka? Adakah itu pengertian pada agama nabi Muhammad? AL-Quran berkata: ‘Maka sampaikanlah berita baik kepada hambaKu, mereka yang mendengar kepada perkataan dan mengikuti yang terbaik padanya.’ [39:17-18]

Islam diasaskan pada fakta dan penjelasan, bukan ikutan secara buta, pastinya tidak mengikuti Abu Ubaida, penggali kubur. Nabi telah menunjukkan kepada kita jalannya. Dia berkata bahawa apabila ummah ini telah terbahagi, kita hendaklah mengikuti orang yang mendapat pertunjuk. Kamu bertanya mengapa wajib untuk kita mengikut Ali. Kami menjawab bahawa wajibnya telah diasaskan diatas ayat al-Quran dan hadith yang dirakamkan di dalam buku-buku kamu.

HADITH NABI MENYURUH YANG BERIMAN PADA MENGIKUTI ALI.
Terdapat banyak hadith yang menyuruh ummah pada mengikuti Ali. Satu darinya disampaikan oleh Ammar-e-Yasir, yang mana ulama kamu telam merakamkan di dalam buku-buku mereka: Hafiz Abi Nu’aim Ispahani di dalam Hilya; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Baladhuri di dalam Ta’rikh; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 43, dari Hamwaini; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V; Dailami di dalam Firdaus. Mereka menyampaikan dengan panjang, Secara khusus tidak dapatlah disebutkan disini dengan sepenuhnya. Ianya boleh dinyata secara ringkas bahawa apabila manusia bertanya Abu Ayyub mengapa dia telah pergi kepada Ali dan tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, dia menjawab bahawa satu hari dia sedang duduk dengan nabi apabila Ammar-e-Yasir masuk kedalam dan bertanya kepada nabi satu soalan. Di dalam masa perbualan ini, nabi berkata: ‘wahai Ammar! Jika semua manusia pergi kesatu arah dan Ali seorang sahaja diarah yang lain, kamu hendaklah mengikut Ali. Wahai Ammar! Ali tidak akan membenarkan kamu menyimpang dari jalan petunjuk dan tidak akan memimpin kamu kepada kemusnahan; Wahai Ammar! Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya, dan patuh kepada saya adalah patuh kepada Allah.’

Dengan keterangan dari petunjuk ini, dan dari penentangan Ali kepada Abu Bakr, tidak patut manusia mengikut Ali? Bahkan jika Bani Hashim, Bani Umayya, para sahabat terkenal, para intelek ummah, Muhajir dan Ansar tidak bersama dengannya [mereka semua bersama dengannya], manusia seharusnya mengikuti dia.

Hafiz: Semasa perbincangan kita, kamu telah mengata dua perkara yang aneh. Pertama kamu kerap mengulangi memanggil Abu Ubaida penggali kubur. Boleh kah kamu buktikan itu adalah perkerjaannya? Kedua kamu katakan Ali, Bani Hashim dan para sahabat tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, mereka menentangnya. Tetapi semua ahli sejarah dan ahli hadith telah menulis bahawa Ali, Bani Hashim dan para sahabat nabi ada memberikan bai’ah kepada Abu Bakr.

Shirazi: Bukan saya sahaja yang mengatakan Abu Ubaida seorang penggali kubur. Ianya di dalam buku kamu. Kamu boleh merujuk kepada Al-Bidayya wa’n-Nihaya, jilid V, ms 266-267 disusun oleh Ibn Kathir Shami, yang mengatakan bahawa Abu Ubaida biasa menggali kubur di Makah, Ibn Abbas menghantar seorang mencari Abu Talha, penggali kubur di Madina, dan seorang lagi Abu Ubaida, supaya mereka berdua boleh menggali kubur nabi.

BAI’AH PAKSAAN OLEH ALI DAN BANI HASHIM SELEPAS ENAM BULAN.
Kamu kata bahawa Ali, Bani Hashim dan sahabat nabi memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Kamu telah membaca perkataan ‘paid allegiance’ [membayar bai’ah], tetapi kamu tidak faham kepada siapa dan bagaimana mereka membayar bai’ah. Semua ahli hadith kamu dan juga ahli sejarah telah menulis bahawa Ali dan Bani Hashim manbayar bai’ah secara zahir, tetapi itu pun telah dilakukan selepas enam bulan dan dibawah tekanan yang hebat.

Hafiz: Adalah tidak wajar orang terhormat seperti kamu untuk menggunakan perkataan yang digunakan oleh orang shia umum: bahawa Ali diseret keluar dari rumahnya dan diancam dengan kematian jika dia tidak memberikan bai’ahnya. Yang sebenarnya bahawa di dalam beberapa hari yang pertama khalifa, dia dengan rela dan gembira menerima khalifanya Abu Bakr.

Shirazi: Ali dan Bani Hashim tidak memberikan bai’ah pada ketika itu. Ahli sejarah kamu telah menulis bahawa Ali menawarkan bai’ah selepas pemergian Hazrat Fatima. Bukhari di dalam Sahih, jilid III, Bab pada Ghazawa Khaibar, ms 37, dan Muslim Bin Hujjaj, di dalam Sahih, jilid V, ms 154, melaporkan bahawa Ali menawarkan bai’ahnya selepas pemergian [meninggal] Fatima. Sebahagian dari ulama kamu percaya bahawa Fatima meninggal dunia 75 hari selepas wafatnya nabi. Ibn Qutayba juga mempunyai pandangan yang sama, tetapi kebanyakkan ahli sejarah mengatakan beliau meninggal selepas enam bulan wafatnya nabi. Dari itu maka bai’ah Ali datang selepas 3 hingga ke 6 bulan selepas wafatnya nabi. Mas’udi di dalam Murujus-sahab, jilid I, ms 44, berkata ‘Tidak ada dari Bani Hashim memberikan bai’ah kepada Abu Bakr sehingga meninggalnya Bibi Fatima. Ibrahim bin Sa’d Saqafi menyatakan dari Zuhri bahawa Ali tidak memberikan bai’ah sehingga enam bulan selepas wafatnya nabi, dan manusia tidak mempunyai keberanian untuk memaksanya melainkan setelah meninggalnya Bibi Fatima. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha menyampaikan fakta yang sama. Walau bagaimana pun, ulama kamu yang menekankan bahawa bai’ah Ali tidak serta merta tetapi datang setelah beberapa lama telah berlalu dan kemudian keadaan memaksanya untuk melakukan yang sedemikian. Ibn Abi’l-Hadid, di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 18, menyampaikan dari Zuhri, dari A’yesha, yang berkata: ‘Ali tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr untuk enam bulan, dan tidak ada orang dari Bani Hashim yang memberikan bai’ah sehingga Ali melakukannya.’ Ahmad Bin A’sam-e-Kufi Shafi’i di alam Futuh, dan Abu Nasr Hamidi, di dalam Jam’a Bainu’s-Sahihain mengatakan dari Nafiy, menyebutkan dari Zuhri, yang berkata: ‘Ali tidak memberi sumpah ketaatan sehingga enam bulan selepas wafatnya nabi.’

ALI DISERET DARI RUMAHNYA DAN RUMAHNYA DIBAKAR.
Hafiz: Dimana ada ulama kami yang mengatakan bahawa Ali telah diseret keluar dari rumahnya dan rumahnya dibakar, sebagaimana yang dipercayai secara umum oleh shia? Mereka menyampaikan dengan penuh emosi di dalam perhimpunan agama mereka. Mereka juga membangkitkan emosi manusia dengan mengatakan bahawa Fatima telah didera dan disebabkan itu telah keguguran.

Shirazi: Hadirin yang dihormati: Kamu bencikan shia, percubaan telah dibuat untuk menutup perbuatan kesalahan orang yang terdahulu. Kamu katakan hadith itu telah diada-adakan oleh shia. Yang sebenarnya adalah bahawa atas arahan Abu Bakr, Umar dan lainnya pergi kerumah Ali, mengancamnya dengan pedang, menyeretnya hingga kemasjid dan memaksa dia memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Fakta ini telah dirakamkan oleh ulama kamu. Jika kamu kehendakki saya akan nyatakan kepada kamu. Kami tidak katakan sesuatau diatas rujukan dan pengesahan kami. Kami hanya katakan, apa yang kamu katakan.

Hafiz: Ya; sila. Kami sedia mendengar.

DUA BELAS HUJAH DI DALAM MENYOKONG FAKTA BAHAWA ALI TELAH DIBAWA KEMASJID DENGAN MATA PEDANG.
Shirazi:
1] Abu Ja’far Baladhuri Ahmad Bin Yahya Bin Jabir Baghdadi, seorang ahli hadith dan sejarah kamu yang boleh dipercayai, menulis di dalam buku sejarahnya bahawa Abu Bakr memanggil Ali untuk memberikan bai’ah, Ali menolak. Abu Bakr menghantar Umar, yang pergi dengan andang apai untuk membakar rumah Ali. Fatima pergi kepintu dan berkata: ‘Wahai anak Khattab! Adakah engkau datang hendak membakar rumah aku?’ Dia berkata : ‘Ya! Ini lebih berkesan dari apa-apa yang bapa kamu lakukan.’

2] Izzu’d-Din Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, dan Muhammad Bin Jarir Tabari, menyampaikan bahawa Umar pergi kepintu rumah Ali dengan Usayd bin Khuzai, Salama bin Aslam dan sekumpulan lelaki. Umar memanggil: ‘Keluar! Jika tidak aku bakar rumah ini!’

3] Ibn Khaziba melaporkan di dalam Kitab-e-Gharrar dari Zaid bin Aslam, yang berkata: ‘Saya adalah salah seorang dari mereka yang pergi bersama Umar dengan andang api kepintu rumah Fatima. Apabila Ali dan orang-orangnya enggan memberikan bai’ah, Umar berkata kepada Fatima, ‘Biarkan sesiapa yang ada di dalam keluar. Jika tidak rumah ini akan dibakar dengan sesiapa yang ada di dalamnya.’ Ali, Hasan, Husain, Fatima dan sekumpulan para sahabat nabi dan Bani Hashim ada di dalam. Fatima berkata: ‘Adakah kamu akan membakar rumahku bersama aku dan anak-anakku? Dia berkata: ‘Ya, demi Allah, jika mereka tidak keluar dan memberikan bai’ah kepada khalifa nabi.’

4] Ibn Abd Rabbih, seorang ulema kamu yang terkenal, menulis di dalam Iqdu’l-Farid, bahagian III, ms 63, bahawa Ali dan Abbas sedang duduk dirumah Fatima. Abu Bakr memberitahu Umar: ‘Pergi dan bawakan orang-orang ini. Jika mereka enggan. Perangi mereka.’ Maka Umar datang kerumah Fatima dengan andang api. Fatima pergi kepintu rumahnya dan berkata: ‘Adakah kamu datang hendak membakar rumahku? Dia berkata: ‘Ya.’

5] Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Shahre Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 134, menyebutnya dari Jauhari’s Kitab-e-Saqifa, yang telah menulis dengan mendalam mengenai kejadian di saqifa Bani Saad. ‘Bani Hashim dan Ali berkumpul dirumah Ali. Zubair juga bersama dengan mereka oleh kerana dia menganggap dirinya seorang dari Bani Hashim. Ali pernah berkata: ‘Zubair selalu bersama kami, sehinggalah anaknya dewasa. Mereka telah memalingkan dia dari kami.’ Umar pergi kerumah Fatima dengan sekumpulan lelaki. Usayd dan Salma juga bersama dengannya. Umar menyuruh mereka keluar dan memberikan bai’ah. Mereka menolak. Zubair mencabut pedangnya dan keluar. Umar berkata: ‘Tangkap anjing itu.’ Salma bin Aslam merampas pedangnya dan membalingkan kedinding. Kemudian mereka menyeret Ali kepada Abu Bakr. Bani Hashim yang lain mengikut mereka dan menunggu untuk melihat apa Ali akan lakukan. Ali mengatakan bahawa dia adalah hamba Allah dan adik kepada nabi. Tiada siapa yang mendengarkannya. Dia dibawa kepada Abu Bakr, yang menyuruh beliau memberikan bai’ah kepadanya. Ali berkata: ‘Saya yang lebih berhak pada kedudukan ini, dan saya tidak akan memberikan bai’ah kepada kamu. Sebaliknya telah dijadi tanggong jawab keatas kamu untuk memberikan bai’ah kepada saya. Kamu mengambil hak ini dari Ansar berdasarkan perhubungan kamu dengan nabi. Saya juga atas dasar yang sama memprotes terhadap engkau. Maka berlaku adillah. Jika engkau takut kepada Allah, terimalah hak aku, sebagaimana Ansar telah lakukan kepada engkau. Jika tidak ketahuilah bahawa engkau dengan sengaja telah menzalimi aku.’ Umar berkata: ‘Kami tidak akan meninggalkan kamu sehingga kamu memberikan bai’ah.’

Ali berkata: ‘Kamu telah bersubahat bersamanya. Hari ini engkau [umar] menyokong dia [Abu Bakr], supaya esok dia akan pulangkan khalifa ini kepada engkau. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak akan turutkan permintaan kamu dan tidak akan memberikan bai’ah [kepada Abu Bakr]. Dia yang seharusnya memberikan bai’ah kepada saya.’ Kemudian dia menolehkan mukanya kepada manusia: ‘Wahai Muhajir, takutlah kepada Allah. Janganlah mencabut hak penguasaan dari keluarga Muhammad. Hak itu telah diberkan oleh Allah. Janganlah menolak orang yang punya hak dari tempatnya. Demi Allah, kami ahli bayt mempunyai lebih kuasa di dalam perkara ini dari yang kamu ada. Adakah sesiapa diantara kamu yang punya pengetahuan kitab Allah, sunnah nabiNya, dan juga perundangan agama kita. Saya bersumpah dengan Allah bahawa kami memilikki semua ini. Maka janganlah mengikuti diri kamu kerana kamu akan menyimpang dari kebenaran.’ Ali pulang kerumah dengan tidak memberikan bai’ah dan terus menyepikan dirinya dirumah sehingga pemergian Fatima. Kemudiannya, dia terpaksa memberikan bai’ah.

6] Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Bin Umar Al-Bahili Dinawari, adalah seorang dari ulama kamu dan juga Kadi bagi kota Dinawar, menulis di dalam bukunya yang terkenal Ta’rikhu’l-Khulafate Raghibin wa Daulate Bani Umayya, yang dikenali dengan nama Al-Imama wa’s-Siyasa, jilid I, ms 13: ‘Apabila Abu Bakr mengetahui sekumpulan yang memusuhinya telah berkumpul dirumah Ali, dia menghantar Umar kepada mereka. Apabila Umar memanggil kepada Ali supaya keluar dan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, mereka semua tidak mahu keluar. Umar mengumpulkan kayu dan berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang mempunyai nyawaku di dalam kawalanNya, sama ada kamu keluar atau aku akan bakar rumah ini dengan segala isi di dalamnya.’ Orang ramai berkata: ‘O Abu Hafsa! Fatima juga ada di dalam rumah itu.’ Dia berkata: ‘Biarkan dia disitu. Saya akan membakar rumah itu.’ Maka kesemuanya keluar dan memberikan bai’ah, melainkan Ali, yang berkata: ‘Saya telah bersumpah bahawa sehingga saya siap menyusun al-Quran, saya tidak akan keluar dari rumah dan tidak juga memakai pakaian lengkap.’ Umar tidak menerima alasan ini, tetapi penerangan yang rayuan dari Fatima dan desakkan dari yang lainnya, telah memaksa dia kembali kepada Abu Bakr. Umar mendesak dia untuk memaksa Ali memberikan bai’ahnya. Abu Bakr menghantar Qanfaz beberapa kali untuk memanggil Ali, tetapi dia selalu keciwa. Akhirnya Umar dengan sekumpulan manusia pergi kepintu rumah Fatima. Apabila Fatima mendengar suara mereka, dia berkata: ‘Wahai bapaku, nabi Allah, apakah jenis siksaan yang kami alami dari anak Khattab dan anak Quhafa!’

Apabila manusia mendengar rayuan Fatima, sebahagian dari mereka pulang dengan hati yang sedih, tetapi Umar tinggal disitu dengan beberapa orang, sehingga akhirnya mereka mengheret Ali keluar dari rumahnya. Mereka membawa Ali kepada Abu Bakr, dan menyuruh dia memberikan bai’ah kepadanya. Ali berkata: ‘Jika saya tidak memberikan ba’ah, apa yang akan kamu lakukan?’ Mereka berkata: ‘Kami bersumpah dengan Allah bahawa kami akan patahkan tengkok engkau.’ Ali berkata: ‘Adakah kamu akan membunuh hamba Allah, dan adik kepada nabi?’ Umar bekata: ‘Kamu bukan adik kepada nabi Allah.’ Sedang ini semua berlaku, Abu Bakr mendiamkan diri. Umar kemudian bertanya kepada Abu Bakr, sama ada dia tidak melaksanakan arahan Abu Bakr dalam perkara ini. Abu Bakr berkata selagi Fatima masih hidup dia tidak akan memaksa Ali untuk memberikan bai’ah kepadanya. Ali kemudian pergi kepusara nabi, dengan sedih dan menangis, dia memberitahu nabi apa yang Harun telah beritahukan abangnya Musa, sebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran: ‘Anak kepada ibu saya! Sesungguhnya manusia menganggap saya ini lemah dan hampir sahaja membunuh saya.’ [7:150]