DIALOG SUNNI-SHIA
FATIMA MEMBERITAHU ABU BAKR DAN UMAR BAHAWA DIA MENGUTUK MEREKA BERDUA DISETIAP DOA.
Setelah menyebutkan segala kejadian itu dengan khusus, Abu Muhammad Abdullah Bin Qutayba berkata bahawa Ali tidak memberikan bai’ahnya dan pulang kerumah. Kemudian Abu Bakr dan Umar pergi kerumah Fatima untuk memujuknya dan meminta keampunan darinya. Dia berkata: ‘Allah menjadi saksi saya bahawa kamu berdua telah bersalah kepada saya. Di dalam setiap doa, saya mengutuk kamu dan akan terus mengutuk kamu sehingga saya bertemu dengan bapa saya dan mengadukan mengenai kamu.’
7] Ahmad Bin Abdu’l-Aziz adalah seorang dari ulama kamu. Ibn Abi’l-Hadid menulis mengenainya dengan perkataan yang berikut: ‘Dia adalah seorang ilmuan, seorang ahli hadith dan juga sasterawan.’ Dia menulis di dalam Kitab-e-saqifa dan Ibn Abil-Hadid Mutazali juga menyebut darinya di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 9, pada pengesahan Abil-Aswad, yang berkata: ‘Sekumpulan para sahabat dan Muhajirin menyatakan tidak puas hati mereka pada kedudukan khalifa Abu Bakr dan bertanya mengapa mereka tidak diajak berunding. Ali dan Zubair juga menunjukkan marah mereka, enggan memberikan bai’ah, dan kembali kerumah Fatima. Fatima menangis dan dengan serius telah merayu, tetapi tidak memberi kesan. Mereka mengambil pedang Ali dan Zubair dan membalingnya kedinding, sehingga merosakkannya. Mereka kemudian diheret kemasjid dan dipaksa memberikan bai’ah.’
8] Jauhari menyampaikan dari Salma bin Abdur-Rahman bahawa apabila Abu Bakr mendengar bahawa Ali, Zubair dan sekumpulan Bani Hashim telah berkumpul dirumah Fatima, dia menghantar Umar kepada mereka. Umar pergi kepintu rumah Fatima dan memanggil dengan kuat, ‘Keluarlah, jika tidak, saya bersumpah saya akan membakar rumah ini!’
9] Jauhari, menurut dari Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 19, menyebut dengan pengesahan dari Shabi: ‘Apabila Abu Bakr mendengar mengenai perhimpunan Bani Hashim dirumah Ali, dia berkata kepada Umar: ‘Berdua, kamu dan Khalid pergi dan bawa Ali dan Zubair kepada ku supaya mereka boleh memberikan bai’ah kepada aku.’ Maka Umar masuk kerumah Fatima dan Khalid menunggu diluar. Umar berkata kepada Zubair: ‘Apa dengan pedang ini?’ Dia menjawab, ‘Saya telah membawanya untuk bai’ah kepada Ali.’ Umar merampas pedang itu dan membalingnya pada batu di dalam rumah dan merosakkannya. Kemudian dia membawanya keluar kepada Khalid. Umar masuk semula kedalam rumah, dimana terdapat ramai orang, termasuk Miqdad, dan semua Bani hashim. Kepada Ali dia berkata: ‘Bangun! Saya hendak membawa kamu kepada Abu Bakr. Kamu mesti memberi bai’ah kepadanya.’ Ali enggan. Umar mengheret dia kepada Khalid. Khalida dan Umar memaksa dia disepanjang jalan yang penuh sesak dengan manusia, yang memerhatikan trajidi ini. Apabila Fatima melihat gelagat Umar, dia bersama dengan beberapa wanita dari Bani Hashim [yang datang untuk menenteramkan dia] keluar. Mereka merayu dan menangis. Fatima pergi kemasjid dimana dia berkata dengan Abu Bakr: ‘Berapa cepatnya kamu telah mengenepikan ahli bayt nabi Allah. Saya bersumpah dengan Allah, saya tidak akan berkata-kata dengan engkau dan Umar sehingga saya bertemu dengan Allah.’ Fatima menunjukkan tidak setujunya yang amat sangat kepada Abu Bakr dan tidak berkata-kata dengannya disepanjang baki hidupnya.’ [Lihat sahih Bukhari, bahagian V dan VII]
10] Abu Walid Muhibu’d-Din Muhammad Bin Muhammad Bin Ash-Shahna Al-Hanafi (mati 815 H.), seorang dari ulama terkenal kamu, menulis di dalam bukunya Rauzatu’l-Manazir Fi Khabaru’l-Awa’il wa’l-Awakhir, berkaitan dengan peristiwa saqifa: ‘Umar datang kerumah Ali bersedia untuk membakarnya dengan segala isi yang ada di dalamnya. Umar berkata: ‘Masuklah kepada apa yang ummah telah masuk.’
11] Tabari di dalam Tarikh nya, jilid II, ms 443, menyatakan dari Ziyad bin Kalbi bahawa: ‘Talha, Zubair dan sebahagian dari Muhajirin ada di rumah Ali. Umar bin Khattab pergi kesana dan mendesak supaya mereka keluar. Jika mereka tidak keluar, dia kata, dia akan membakar rumah itu.’
12] Ibn Shahna, di dalam Hashiyya-e-Kamil of Ibn Athir, jilid XI, ms 112, menulis yang berkaitan dengan saqifa, bahawa: ‘Sebahagian dari para sahabat nabi danBani Hashim, Zubair, Atba bin Abi Lahab bin Sa’id bin As, Miqdad Bin Aswad Kindi, Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Ammar Bin Yasir, Bara’a Bin Azib, and Ubai Bin Ka’b, enggan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Mereka berkumpul dirumah Ali. Umar bin Khattab pergi kesana bermaksud untuk membakarnya. Fatima membanyah kepadanya. Umar berkata: ‘Masuklah dimana semuanya telah masuk.’
Ini tidak lain adalah contoh dari banyak lagi fakta sejarah yang dirakamkanoleh ahli sejarah kamu. Kejadian ini telah diketahui umum sehingga penyair-penyair lain telah menyebutnya. Seorang dari penyair itu, Hafiz Ibrahim dari Mesir, berkata di dalam syairnya di dalam memuji Umar: ‘Tidak ada manusia lain tetapi Abu Hafsa [Bapa Umar] yang mempunyai keberanian pada mengatakan kepada ketua Adnan [Ali] dan rakan-rakannya dengan berkata: ‘Jika kamu gagal untuk memberi bai’ah, saya akan membakar rumah kamu dan tidak akan meninggalkan walau seorang dari isi rumah yang hidup, walaupun Fatima.’
Hafiz: Kenyataan ini hanya menunjukkan bahawa mereka membawa andang api sekadar untuk menakutkan pihak yang menentang khalifa. Hanya cerita yang ditambahkan dari shia yang mengatakan rumah Ali dibakar, dan Fatima akhirnya mengalami keguguran.
KENYATAAN MENGENAI KEGUGURAN FATIMA.
Shirazi: Kamu hendaklah menbaca Kitab-e-Isbatu’l-Wasiyya, yang disusun oleh Abi’l-Hasan Ali Bin Husain Mas’udi, pengarang buku Muruju’dh-Dhahab. Dia menulis dengan mendalam mengenai kejadian pada hari itu: ‘Mereka mengepong Ali dan membakar pintu rumahnya. Mereka mengheret dia keluar dari rumah dan menekan wanita yang terutama, Fatima, diantara pintu dan dinding dengan kuatnya sehingga Muhsin, anak di dalam kandungannya mati keguguran.’
Shia tidak mengada-adakan perkara ini. Apa yang berlaku telah disimpan di dalam lembaran buku sejarah. Keguguran ini adalah satu fakta. Kamu boleh juga merujuk kepada Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 351. Ibn Abi’l-Hadid menulis bahawa dia memberitahu gurunya, Abu Jafar Naqib, bahawa apabila nabi telah diberitahu bahawa Hubbar bin Aswad telah menyerang anak perempuannya Zainab dengan batang tombak, dan dengan sebab itu dia telah mengalami keguguran, nabi telah membenarkan dia dijatuhkan hukuman mati. Abu Jafar berkata: ‘Jika nabi Allah masih hidup, dia pastinya akan menjatuhkan hukuman mati kepada dia yang telah menakutkan Fatima sehinggakan anaknya Muhsin mati di dalam keguguran.’
Hafiz: Saya tidak faham apakah ada baiknya untuk menyampaikan cerita yang sedemikian ini. Perkara yang seperti ini hanya membawa kepada perpecahan.
Shirazi: Kamu membantah kepada saya kerana menyampaikan fakta ini. Tetapi saya tidak membantah serangan dari penulis hasad yang telah menyimpangkan saudara kita yang tidak berpengetahuan, memanggil shia kafir dan mengatakan bahawa fakta ini adalah bikinan shia. Kami tidak mengatakan sesuatu mengenai Ali melebihi dari apa yang nabi telah katakan. Kami telah katakan kepada kamu semua pada malam yang lalu bahawa kami menganggap bahawa Ali adalah hamba Allah yang taat, yang dilantik Allah sebagai wazir dan juga pengganti kepada nabi. Kamu mengatakan tidak ada gunanya pada menyatakan fakta ini. Jika kamu tidak menimbulkan perkara ini, kita tidak akan membincangkannya. Jika kamu tidak mengatakan pada malam ini bahawa itu semua adalah kepercayaan shia dengan tidak ada apa yang tersembunyi padanya, maka saya dengan tiada keberatan akan memberitahu para pendengar bahawa ini adalah kepecayaan ulama sunni yang matang [tidak berat sebelah].
Nawab: Tuan yang dihormati, kami percaya bahawa Husain, yang syahid, adalah yang benar dan bahawa dia telah dibunuh secara kejam oleh pegawai Bani Umayya. Tetapi terdapat sebilangan manusia, terutama dari generasi yang muda, yang mengatakan bahawa peperangan Karbala adalah khusus ketenteraan, dan bukan peristiwa keagamaan. Telah dikatakan bahawa Husain bin Ali menuju ke Kufa di dalam mencari kekuasaan, dan adalah tanggong jawab setiap kerajaan pada membendong sebarang bahaya. Makanya Yazid menentang ancaman ini. Mereka telah meminta Imam yang mulia ini untuk memberikan bai’ahnya yang tidak berbelah bagi kepada khalifa Yazid, yang mana ketaatan kepadanya adalah wajib. Mereka menghendakkinya pergi ke Syria untuk tinggal di sana bersama khalifa secara terhormat atau pulang ketempat asalnya. Tetapi dia tidak mengikuti nasihat mereka maka akhirnya dia terbunuh. Mereka merumuskan bahawa sebarang peringatan untuk orang yang mementingkan dunia, yang telah terbunuh kerana mencintai kuasa, bukan sahaja tidak bermakna, tetapi sebagai satu bid’ah. Adakah kamu mempunyai jawapan pada maksud ini? Bagaimana kamu menyangkal tanggapan [ide] bahawa peperangan Karbala bukannya pergelutan politik?
IMAM HUSAIN TIDAK PERNAH MENGINGINKAN KUASA POLITIK.
Shirazi: Setiap tindakan yang baik atau jahat berasaskan pada pengetahuan kita mengenai Allah. Tujuan utama adalah pada mengenali Allah; dan kemudian mereka hendaklah menerima kitab tuhan. Dari penerimaan itu diikuti pula dengan mengiktiraf apa yang ada di dalam buku itu adalah yang terpuji. Sesiapa yang mempercayai bahawa Husain ibn Ali telah digerakkan oleh matlamat kepentingan keduniaan telah menolak kebenaran al-Quran. Allah maha besar telah memberikan bukti pada sucinya Husain di dalam al-Quran. Dia berkata: ‘Allah menghendakki hanya untuk menjauhkan kekotoran dari kami, Wahai ahli rumah! Dan untuk mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya.’ [33:33]
Kebanyakkan dari ulama kamu seperti Muslim, Tirmidhi Tha’labi, Sijistani, Abu Nu’aim Isfahani, Abu Bakr Shirazi, Suyuti, Hamwaini, Ahmad Bin Hanbal, Zamakhshari, Baidhawi, Ibn Athir, dan lainnya telah menegaskan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam memuji lima yang suci, ahli bayt [ahli rumah]
Muhammad, Ali, Fatima, Hasan, Husain. Ayat ini adalah bukti yang besar terhadap ma’sum dan sucinya mereka ini. Kotoran yang paling utama adalah cinta pada kuasa dunia. Terdapat banyak hadith dari nabi dan para Imam yang mengutuk keinginan kepada kuasa dunia dan memenuhi keinginan nafsu. Nabi berkata: ‘Cinta dan bersahabat kepada dunia adalah punca segala kejahatan.’ Abu Abdullah Husain tidak mencintai kekuasaan dunia. Dia tentunya tidak mengorbankan nyawanya dan juga nyawa keluarganya hanya untuk dapat memerintah sementara didunia.
Jika penentangan Imam Husain terhadap Yazid hanya untuk berkuasa didunia, nabi tentu tidak memerintahkan manusia untuk menolongnya. Ulama kamu sendiri mengesahkan maksud ini. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda dari sejarah oleh Bukhari, Baghawi, dan Ibnu’s-Sikkin dari Zakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Shafi’i, dan Sirat-e-Mulla disebutkan dari Anas Bin Harith Bin Bayya, yang mengatakan dia mendengar nabi berkata: ‘Sesungguhnya, anak saya husain akan dibunuh pada tanah Karbala. Setiap kamu yang hadir pada masa itu hendaklah menolongnya.’
Laporannya bersambong: ‘Anas bin Harith sampai di Karbala dan kerana patuh pada arahan nabi telah syahid bersama dengan Imam Husain.’ Dari itu, di Karbala Imam Husain berdiri menegakkan kebenaran dan bukan kerana cinta kepada dunia. Imam Husain membuat perjalanan dengan kumpulan yang kecil, termasuk wanita-wanitanya dan kanak-kanak kecil, adalah satu petunjuk lagi yang dia tinggalkan rumah bukan untuk menjadi pemerintah. Jika itulah maksud tujuannya, dia boleh pergi ke Yaman, dimana dia mempunyai sokongan yang ramai. Yaman boleh menjadi tapak yang logik bagi dia melancarkan operasi tentera. Bahkan para sahabatnya berulang kali menyuruhnya pergi ke Yaman, tetapi mereka tidak menyedari tujuan matlamatnya. Tetapi Imam Husain tahu bahawa tidak ada gunanya pada mendapat kejayaan sementara. Perjalanannya bermula dengan 84 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak; bermatlamat pada asas yang baik. Pokok suci - la ilaha ill’allah [tidak ada tuhan melainkan Allah] – telah ditanam oleh datuknya, disirami dengan darahnya, dan darah syuhadah Badr, Uhud dan Hunain. Pokok ini telah diamanahkan kepada pekebun utama, Ali Ibn Abi Talib, yang telah diketepikan dengan ancaman bunuh dan bakar. Akhirnya perkembangan tawhid [ke Esaan Allah] dan kenabian telah mengambil zaman perubahan. Secara beransur pentadbiran kebun berpindah tangan kepada yang khianat Bani Umayya.
Semenjak khalifa Uthman bin Affan, Bani Umayya menguasai pentadbiran empair. Abu Sufyan tua dan buta, tetapi nafsunya pada kuasa masih subur seperti biasa, menyatakan didalam istana Umayya: ‘Wahai Bani Umayya! Kekalkan kedudukan khalifa di dalam keluarga kamu. Syurga adalah satu dongengan. Peganglah kedudukan khalifa seperti bola. Saya bersumpah dengan apa yang saya sumpah, bahawa saya selalu berhasrat pemerintahan begini untuk kamu. Peliharalah dia supaya keturunan kamu menjadi pewarisnya.’
Yang kafir ini telah mengeluarkan pekebun yang sah dari tamannya. Siraman air padanya telah diberhentikan dan pokok yang suci ini mengecil kurus sehinggalah sampai ke era Yazid, apabila pokok ini kelihatan akan mati; Imam Husain membuat perjalanan ke Karbala untuk mengairi taman nabi dan menguatkan semua pokok yang suci itu. Sebahagian manusia bertanya mengapa Imam Husain tidak menegakkan bendera penentangan di Madina. Mereka tidak faham jika dia kekal di Madina, objektifnya tinggal tidak jelas. Imam Husain pergi ke Makah di dalam bulan Rejab dan berucap kepada ribuan manusia, memberitahu mereka bahawa Yazid sedang mencabut pokok tawhid. Ketagih kepada arak dan judi. Yazid berhibur dengan anjing dan monyet. Imam Husain menganggap pengorbanan dirinya perlu pada menyelamatkan islam.
IMAM HUSAIN MENOLAK NASIHAT PADA MENINGGALKAN MISINYA.
Imam Husain, sahabat dan keluarga cuba untuk memujuknya dari pergi ke Kufa, dengan mengatakan bahawa penduduk Kufa yang telah menyuruhnya supaya datang adalah terkenal jahat dan tidak boleh dipercayai. Maka menurut dari ramai penyokongnya, Imam Husain tidak mempunyai peluang pada mengalahkan mereka. Mereka memintanya supaya meninggal perjalanannya. Mereka memintanya supaya pergi ke Yaman, dimana dia mempunyai ramai pengikut, dan disana dia boleh hidup dengan aman. Tetapi Imam Husain tidak dapat menerangkan realiti kebenaran situasi kedudukannya. Bagaimana pun dia memberikan kepuasan kepada setiap mereka dengan jawapan yang ringkas. Dia memberitahu sahabat akrab dan keluarga, seperti adiknya, Muhammad bin Hanafiah: ‘Kamu telah katakan yang benar. Saya juga tahu saya tidak akan mencapai apa-apa kuasa, tetapi saya pergi bukan untuk penkaklukkan dunia. Saya pergi hanya untuk dibunuh.’
Saya harap bahawa melalui penderitaan yang saya tanggong dari penindasan ini, saya dapat mencabut keluar asas bagi segala kekejaman dan kezaliman. Saya berjumpa datuk saya, nabi Allah, di dalam mimpi memberitahu saya: ‘Buatlah perjalanan ke Iraq, Allah yang maha besar mahu melihat kamu dibunuh.’
Muhammad bin Hanifiyya dan Ibn Abbas berkata: ‘Jika begitu mengapa membawa wanita bersama kamu? Dia menjawab: ‘Datuk saya mengatakan bahawa Allah mahu melihat mereka ditawan. Maka, menurut arahan nabi saya membawa mereka bersama.’ Penawanan para wanita adalah bahagian penutup syahidnya. Mereka akan menunjukkan kepada dunia betapa kejamnya Umayya terhadap keturunan nabi. Bibi Zainab, anak perempuan Ali dan Fatima, membuat bantahan yang terang di dalam istana Yazid yang penuh dengan manusia, dimana ratusan manusia hadir, termasuk orang kenamaan, orang-orang besar Bani Umayya, kedutaan asing yang datang untuk meraikan kemenangan mereka. Imam keempat, Zainul-Abidin Ali ibn Husain, juga membuat penjelasan rayuan terhadap keadilan dari mimbar masjid Umayya di dalam kehadiran Yazid. Setelah meninggikan kemuliaan dan sifat-sifat Allah, Zainul-Abidin berkata: ‘Wahai manusia! Kami, keturunan nabi Muhammad, yang telah diberikan oleh Allah dengan enam kualiti dan yang telah dijadikan lebih utama dari semua kejadian dengan penganugerahan tujuh kemuliaan. Kami telah diberikan pengetahuan, sabar, gagah, tampan, fasih, berani, dan dicintai oleh mereka yang beriman. Kami lebih utama dari semua manusia bahawa nabi Muhammad adalah dari kami; yang Siddiq Ali Ibn Abi Talib adalah dari kami; Jafar-e-Tayyar dari kami; Hamza dari kami; dua cucu nabi Hasan dan Husain dari kami; dan Mahdi [yang mendapat pentunjuk] dari ummah ini [Imam-e-Hujjat bin Hasan] dari kami. Sesiapa yang tidak mengenali saya, harus tahu mengenai keluarga saya dan juga kedudukan keluarga saya; saya adalah anak nabi Allah yang paling tinggi lagi mulia, Muhammad Mustafa.’
Kemudian dari mimbar yang sama, dimana Muawiya dan Yazid telah gunakan untuk mengutuk Ali, Imam memuji datuknya yang mulia; Ali dihadapan Yazid dan ketua-ketua Bani Umayya. Ramai orang Syria sebelum ini tidak pernah mendengar kualiti dan kemuliaan Ali. Imam berkata: ‘Saya adalah anak seorang yang yang berjuang bersama dengan nabi; yang memerangi kafir di Badr dan Hunain; yang tidak pernah, walau sesaat hilang kepercayaan-nya kepada Allah. Saya adalah anak orang yang paling wara’ dari semua mereka yang beriman, pewaris nabi, pembunuh yang kafir, pemerintah muslim, rahmat bagi yang tunduk patuh, sanjungan bagi mereka yang menangis dan takut kepada Allah, yang paling sabar dari yang sabar, yang terbaik dari yang melakukan sembahyang. Saya adalah anak orang yang telah dibantu oleh Jibril dan Mikail. Saya adalah anak orang yang menjaga kehormatan muslim dan pembunuh kepada yang kafir. Saya adalah anak orang yang berjihad berperang menentang musuh, yang menjadi kebanggaan Quraish, yang pertama pada menerima pengkhabaran Allah dan RasulNya, yang pertama pada memeluk islam, lidah kebijaksanaan dari Allah, penolong bagi agama Allah, penjaga perintah Allah, taman bagi kebijaksanaan Allah, tempat simpanan ilmu pengetahuan. Saya adalah anak ketua orang yang sabar, pemecah rintangan, yang hatinya tetap, berpendirian teguh, pembahagi yang amat adil dari yang lain. Dia adalah singa yang ganas di dalam pertemporan, dia memotong musuhnya dengan pedang dan menebarkannya seperti ribut menebarkan jerami. Dialah yang paling berani diantara semua orang di Hijaz, yang paling gagah diantara orang Iraq, muslim yang paling suci, dia yang memberikan bai’ah di Aqaba; wira Badr dan Hunain, orang yang paling tabah diperistiwa bai’ah dibawah pokok, pengorbanan yang unik semasa penghijrahan nabi, ketua bagi dunia Arab, penjaga Kabah yang suci, bapa kepada dua cucu nabi. Ini adalah kemuliaan datuk saya, Ali Ibn Abi Talib. Saya adalah anak Khadija-e-Kubra; saya adalah anak Fatima Zahra; saya adalah anak orang yang telah dibunuh dengan pukulan dibelakang kepala; saya adalah anak seorang yang telah meninggalkan dunia ini kehausan; saya adalah anak kepada seorang yang tidak diberikan air sedang air diberikan kepada makhluk yang lain. Saya adalah seorang yang tubuhnya tidak dimandikan atau dikafankan; saya adalah anak seorang yang kepalanya telah dinaikkan dihujung mata pedang; saya adalah anak seorang yang wanitanya telah diserang pada tanah Karbala dan bawa sebagai tawanan. Saya adalah anak seorang yang wanitanya telah dibawa ke Syria sebagai tawanan.’ Kemudian Imam yang suci menangis dan dengan suara yang kuat, menyambung: ‘Sayalah…., sayalah…’ itulah dia, dia meneruskan menyebut kemuliaan keturunan dia yang terdahulu, dan penyiksaan terhadap bapanya dan ahli bayt. Sebagai keputusan dari ucapan ini manusia mula menangis. Selepas syahidnya Imam Husain, majlis yang pertama [perhimpunan bersedih pada mengingati] terhadap penderitaan yang kejam ditanggong Imam Husain telah diadakan pada masjid pusat Umayya. Imam Zainul-Abidin, setelah menyebutkan kemuliaan Ali dihadapan para musuhnya, memberikan gambaran yang menyayat hati terhadap penderitaan yang ditanggong oleh bapanya yang suci, ini telah menyebabkan tangisan timbul dari penduduk Syria dihadapan Yazid. Dia menjadi takut dan meninggalkan masjid.
Dari masjid ini, disebabkan ucapan Imam, manusia telah bangun menentang Yazid. Disebabkan oleh rintihan yang popular, Yazid terpaksa mengutuk Ubaidullah bin Marjana dari kekejaman perbuatannya. Akhirnya, istana Bani Umayya yang kejam hancur. Sekarang kita tidak boleh jumpa di seluruh Syria walau satu pun kuburan Bani Umayya.
Untuk kembali kepada soalan kamu, Imam Husain selalu menyatakan tentang kesyahidannya. Dia satu ketika berucap di Makah pada hari Tarwiya [8 Dhul-Hijja 60 Hijrah] katanya: ‘Kematian melekat kepada setiap ahli dari keturunan Adam sebagai rantai melekat kepada wanita muda, saya tidak sabar untuk bertemu dengan keturunan saya seperti Yaqub hendak bertemu dengan Yusuf. Tempat dimana saya akan jatuh telahpun dipilihkan untuk saya, dan saya mesti pergi ketempat itu. Saya melihat harimau kumbang liar membunuh saya, mengoyakkan tubuh saya, diantara Nawawi dan Karbala.’
Imam Husain tahu bahawa dia tidak akan sampai ke Kufa, ibu negara Iraq. Dia tahu bahawa dia akan dibunuh oleh orang yang kejam seperti binatang, memotong-motong badannya hingga hancur. Dia membuat perjalanan hanya untuk tujuan syahid dan bukan tujuan politik. Disepanjang perjalanan dia memberitahu pengikutnya akan kematiannya. Dia memberitahu para sahabat dan keluarga bahawa satu ketika itu sudah cukup untuk membuktikan tidak bernilainya dunia ini. Dia berkata bahawa selepas kepala nabi John dipenggal ianya telah diserahkan kepada seorang penzina. Dia kata bahawa kepala dia akan dibawa kepada si pemabuk Yazid.
Pertimbangkan perkara ini buat seketika. Hurr bin Yazid Riyahi dengan tentera berkuda 1 000 orang menahan perjalanan Husain. Kufa hanya 30 batu jaraknya. Hur telah dilantik oleh Ubaidullah Ibn Ziyad untuk menahan Imam Husain. Hur tidak membenarkan Imam meneruskan perjalanan ke Kufa, dan tidak juga melepaskannya dari iringan tanpa arahan tambahan. Mengapa Imam menyerahkan dirinya kepada Hur? Jika Imam Husain mengejar kuasa politik, dia pastinya tidak diberhentikan oleh Hur, yang memiliki tidak lebih dari 1 000 tentera. Imam mempunyai 1 300 orang. Setelah mengalahkan mereka, Imam telah boleh sampai ke Kufa, dimana dia mempunyai ramai penyokong. Dari sana setelah diperkuatkan, dia mungkin boleh menentang musuh dan berjaya. Tetapi dia menerima arahan Hur, berhenti dipadang pasir dikelilingi oleh musuh. Selepas empat hari pasukan tambahan musuh tiba, dan anak nabi telah dipaksa menahan penderitaan yang tidak terkata.
Bukti yang terbaik untuk menyokong pandangan saya adalah ucapan Imam pada malam sebelum hari Ashura. Sehingga kemalam itu 1 300 tentera bersedia untuk berperang dengannya. Husain mengumpulkan mereka semua dan berkata kepada mereka: ‘Mereka yang datang kesini untuk kepentingan dunia hendaklah tahu bahawa esok sesiapa yang tinggal pada tanah ini akan dibunuh. Musuh hanya menghendakki aku seorang sahaja; aku melepaskan kuasa ikatan sumpah setia [bai’ah] dari leher kamu. Kini hari malam, kamu boleh beredar di dalam gelap.’ Ramai yang menerima cadangannya dan berlalu. Hanya 42 orang yang tinggal, 18 Bani Hashim dan 24 para sahabat. Selepas tengah malam, 30 tentera musuh bergerak ke khemah Imam untuk serangan diwaktu malam, tetapi apabila mereka mendengar Imam Husain membaca al-Quran, mereka telah dipenuhi oleh perasaan dan berpihak dengan Imam. Ini adalah 72 orang yang telah mengorbankan nyawa mereka pada hari Ashura. Kebanyakkan dari mereka adalah orang yang wara’, dan ahli pembaca al-quran.
Pengorbanan Husain yang suci telah diakui kehari ini oleh rakan dan musuh. Walau pun dari mereka yang asing dengan agama kita telah terpikat dengan keperwiraannya. Di Perancis [Dairatul-Maarif], terdapat artikal yang panjang bertajuk ‘Tiga Syuhadah’ ditulis oleh seorang ilmuan wanita British. Temanya adalah, di dalam semua sejarah terdapat tiga syuhadah yang dengan mengorbankan diri mereka, telah dapat menyebarkan kebenaran dengan lebih berpengaruh [berkesan]. Yang pertama adalah Socrates, dan yang kedua adalah Isa [penulisnya adalah kristian]. Kita muslim percaya bahawa Isa tidak disalib. Al-Quran dengan jelas berkata: ‘Dan mereka tidak membunuhnya dan tidak juga mensalibnya, tetapi kelihatan kepada mereka demikian [seperti Isa] dan sesungguhnya mereka yang bertentangan dengannya hanyalah di dalam keraguan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, tetapi hanya dugaan. Mereka dengan pasti tidak membunuhnya. Tidak! Allah mengambil dia kepada diriNya.’ [4:157-158]
Syuhadah yang ketiga adalah Husain, cucu nabi Muhammad. Dia menulis: ‘Apabila kami menyelidik kejadian sejarah dan menilai kedudukannya, dimana ketiga-tiga orang mengorbankan nyawanya, kami akui bahawa pengorbanan Husain mengatasi keduanya. Yang sebenarnya Socrates dan Isa hanya mengorbankan diri mereka sahaja untuk jalan tuhan, tetapi Husain meninggalkan rumah menuju kepadang pasir yang jauh untuk dikepongi oleh musuh. Dia dan keseluruh keluarganya telah syahid demi untuk kebenaran. Dia menghantar sahabat dan juga kerabat untuk menentang musuh dan mengorbankan nyawa mereka untuk agama Allah. Ini adalah lebih susah dari hanya mengorbankan diri sendiri.’
Contoh yang paling jelas penderitaan kejam yang ditanggong oleh Husain adalah pembunuhan secara zalim terhadap anaknya yang berusia enam bulan. Dia membawa bayi itu di dalam tangannya, meminta sedikit air [yang banyak ada], untuk bayi tersebut , tetapi musuh yang kejam, dari memberinya air telah membunuh bayi itu dengan anak panah. Kekejaman musuh menunjukkan bahawa Imam Husain adalah mangsa kekejaman. Kesabarannya yang tidak terkata itu telah memusnahkan kekuasaan Bani Umayya dan terkutuknya mereka dihadapan dunia. Disebabkan dari pengorbanannya dan juga ahli bayt maka agama Muhammad mendapat kehidupan yang baru.
Nawab Sahib: Kami betul-betul terhutang budi kepada kamu. Kami amat tertarik dengan penjelasan kamu mengenai fakta terhadap Imam Husain. Sehingga kini, kami telah mengikuti orang lain dan telah tidak berpeluang pada menziarah pusara yang mulia. Kami telah diberitahu bahawa menziarah pusara Imam Husain adalah bida’ah [yang diada-adakan]. Ya tentunya bida’ah yang baik, kerana ia dapat memberikan semangat kepada manusia untuk memahami kebenaran mengenai keturunan nabi.
MAKSUD SEBENAR BIDA’AH.
Shirazi: Perkataan bida’ah, pembaruan, adalah asalnya dari golongan ulama Sunni, Nasibi dan Khariji, yang memang sah musuh Ali. Mereka telah mengatakan ziarah adalah bida’ah, tanpa memikirkan bahawa yang sebenarnya bida’ah itu adalah sesuatu yang berkaitan dengan nabi atau ahli bayt, yang tidak diarahkan oleh Allah. Bagaimana pun, mengenai soalan menziarah pusara Husain, terdapat banyak hadith di dalam buku ulama kamu. Saya menghadkan diri saya pada satu hadith terkenal yang telah dirakamkan dikebanyakkan buku maqatil dan himpunan hadith.
‘Satu hari nabi berada dirumah Aisha apabila Husain masuk. Nabi memeluk dan menciumnya. Aisha bertanya: ‘Semoga nyawa bapa dan ibuku dikorbankan untuk kamu! Betapakah cinta kamu kepada Husain!’ Nabi berkata: ‘Tidakkah kau tahu anak ini adalah sebahagian dari hati ku dan kembang [bunga] ku?’ Selepas itu nabi mula menangis. Aisha bertanya sebab mengapa menangis. Nabi menjawab bahawa dia mencium tempat-tempat dimana Bani Umayya akan melukakan Husain. Aisha bertanya adakah mereka akan membunuhnya. Nabi menjawab: ‘Ya, dia akan dibunuh. Mereka tidak akan dapat sokongan ku diakhirat. Rahmat bagi mereka yang menziarah ke pusara dia setelah syahidnya. Aisha bertanya apakah ganjaran bagi ziarah itu. Nabi menjawab, ‘Ianya adalah sama seperti satu haji saya.’ Aisha berkata, ‘Satu haji kamu!’ Nabi berkata: ‘Tidak dua,’ Apabila Aisha sekali lagi menunjukkan kejengkelannya [hairan], nabi berkata: ‘Tidak empat haji saya.’ Lagi lebih meluat Aisha, lagi tinggi ganjarannya, sehingga akhirnya nabi berkata, ‘Aisha, jika sesiapa yang pergi menziarah pusara Husain, Allah akan memberikan dia ganjaran 90 haji dan 90 umrah yang dilakukan oleh saya.’ Kemudian Aisha terdiam.
Sekarang saya tanya kamu adakah ziarah yang sedemikian bida’ah?
KESAN DARI MENZIARAHI PUSARA IMAM YANG SUCI.
Terdapat faedah lain yang bermanfaat dari ziarah pusara Imam. Kawasan dalam pusara yang dipanggil haram, sentiasa dibuka untuk pelawat siang dan malam. Kawasan haram dan masjid berhampirannya akan didapati sentiasa penuh dengan penggunjung. Mereka yang biasanya melakukan solat wajib sahaja, kerap melakukan yang digalakkan ketika ziarah pada pusara suci. Mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas dan membaca Quran. Adakah kecintaan begini bida’ah?
Nawab: Ya, pastinya kami tidak mempunyai sesiapa yang hendak disalahkan melainkan diri kami, jika kami tidak meneliti parkara ini dengan cermat. Beberapa tahun lepas saya pergi ke Iraq dan melawat pusara Imam Azam Abu Hanifa dan Abdul-Qadir Jilani. Satu hari saya pergi melawat tempat berhampiran Kazimain [tempat pusara Imam ketujuh, Musa Ibn Jafar Al-Kazim dan Imam kesembilan, Muhammad Ibn Ali At-Taqi]. Apabila saya pulang, sahabat saya amat kasar pada mengkritik saya. Saya amat terperanjat bahawa melawat pusara Imam A’zam di Mu’azam, Sheikh Abdu’l-Qadir Jilani di Baghdad, Khwaja Nizamu’d-Din di India, Sheikh Akbar Muhyi’d-din Ibn Arabi di Egypt boleh dianggap sebagai bernilai dan berfaedah. Setiap tahun ramai manusia dari golongan sunni melawat tempat-tempat ini walaupun nabi tidak menyuruhnya. Bagaimana boleh terjadi sedemikian, bahawa melawat pusara syuhadah agung, cucu nabi, yang disuruh oleh nabi, dianggap bida’ah? Saya bertekad bersungguh-sungguh, dengan izin Allah, saya akan pergi tahun ini untuk menziarah pusara cucu kesayangan nabi, Husain. Saya akan meminta Allah untuk mengampunkan saya dari kesalahan yang lalu.