DIALOG SUNNI-SHIA

NABI TIDAK PERNAH MENYURUH KITA MENGIKUTI PENIPU.
Saya telah merujuk dimalam-malam yang lalu kepada kerekter Abu Huraira, memberitahu kamu bahawa khlifa Umar telah menyebatnya kerana dia biasa menyebut hadith yang palsu dari nabi. Tidakkah dia dari kalangan sahabat? Tidakkah dia secara dusta telah menyampaikan hadith dengan banyaknya? Begitu juga, sahabat yang lain seperti Sumra bin Junda, termasuk diantara mereka? Bolehkan nabi menyuruh ummahnya mengikut pendusta dan pemalsu? Jika hadith ini betul, iaitu, bahawa kita mengikuti mana-mana satu dari sahabat, kita akan dapat petunjuk, maka beritahulah kepada kami siapa yang perlu kita ikuti, jika dua sahabat pergi diarah yang bertentangan. Atau jika dua kumpulan dari mereka, masing-masing memerangi satu sama lain, atau setiap satu bertentangan dengan yang lain, siapakah yang perlu kita sokong?

Hafiz: Pertama; para sahabat nabi yang terkemuka tidak pernah bermusuhan sesama mereka. Dan jika seorang menentang yang lain; kita hendaklah meneliti faktanya dengan betul. Mereka yang lebih tulus dan kenyataannya yang lebih logik hendaklah diikuti.

Shirazi: Jika dari kenyataan kamu, kita buat pertanyan dengan teliti dan dapati seorang dari mereka lebih tulus dan dipihak yang benar, jadi sahabat dipihak yang lain pastinya tidak tulus dan dipihak yang salah. Maka hadith ini pada asasnya telah hilang kepercayaannya, kerana adalah mustahil bahawa sahabat yang bertentangan boleh kedua-duanya menjadi punca bagi petunjuk.

PENENTANGAN SAHABAT DI SAQIFA.
Jika hadith ini sahih, mengapa kamu bantah terhadap shia kerana mereka mengikuti sekumpulan sahabat seperti Salman, Abu Dharr, Miqdad, Ammar-e-Yasir, Abu Ayyub Ansari, Hudhaifa Nakha’i dan Khuzaima Dhu’sh-Shahadatain, etc, yang mana saya telah rujukkan pada malam yang lalu? Orang-orang ini pastinya tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Maka dari para sahabat yang bertentangan satu sama lain, siapakah dipihak yang benar? Pastinya satu mesti dipihak yang bersalah, melalui hadith yang kamu telah sebutkan kepada kami bahawa kita boleh mengikuti mana-mana sahabat dan mendapat petunjuk.

SA’D BIN UBAIDA MENENTANG ABU BAKR DAN UMAR.
Tidakkah Sa’d bin Ubaida adalah seorang sahabat yang tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr dan Umar? Kesemua ahli sejarah sunni dan shia sebulat suara mengatakan bahawa dia pergi ke Syria dan tinggal disana sehingga kepertengahan khalifa Umar, dimana dia dibunuh. Maka mengikuti dia dan menentang Abu Bakr dan Umar, menurut dari hadith itu adalah laluan petunjuk.

TALHA DAN ZUBAIR MENENTANG ALI DI BASRA.
Tidakkah Talha dan Zubair diantara para sahabat yang memberikan bai’ah dibawah pokok. Tidakkah mereka menentang pengganti yang sah nabi, khalifa keempat yang diakui menurut dari kepercayaan kamu. Tidakkah sahabat ini yang bertanggong jawab terhadap pertumpahan darah ribuan manusia? Tolong beritahu kepada saya sekarang yang mana satu dari kedua pihak sahabat ini yang memerangi sesama sendiri, dipihak yang benar dan mendapat pertunjuk. Jika kamu katakan bahawa, oleh kerana keduanya adalah taat, maka keduanya adalah dipihak yang betul, maka kamu adalah salah. Adalah mustahil pada mengatakan bahawa kedua pihak yang bertentangan keduanya adalah betul mendapat petunjuk.

Makanya para sahabat yang mengikut Ali adalah yang pasti betul. Kumpulan dipihak lawan adalah salah; dan ini adalah satu lagi kenyataan pada menyangkal kenyataan kamu bahawa semua sahabat yang hadir di Bai’ah-e-Ridwan, dibawah pokok, adalah yang mendapat petunjuk. Diantara mereka yang memberikan bai’ah dibawah pokok adalah yang bedua ini Talha dan Zubair; dan yang juga telah memerangi khalifa keempat. Mereka sebenarnya memerangi dia yang nabi katakan: ‘Wahai Ali, memerangi kamu adalah memerangi aku.’ Tidakkah ini bererti memerangi nabi Allah? Jadi bagaimana kamu katakan bahawa perkataan Ashab atau yang hadir dibawah pokok untuk berbai’ah adalah dijamin keselamatan mereka?

MUAWIYA DAN AMR AS BIASA MENGUTUK DAN MENGHINA ALI.
Muawiya dan Amr As adalah para sahabat dan bahkan mereka menentang pengganti nabi, serta mengutuk dan menghina Ali ditempat-tempat umum dan juga dikhutbah Jumaat. Mereka melakukannya walaupun pada hakikatnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama terkenal dari golongan kamu dan juga buku-buku hadith yang sahih, bahawa nabi selalu berkata: ‘Sesiapa yang mengutuk dan menghina Ali, menghina aku. Dia yang menghina aku telah menghina Allah.’

Seorang ilmuan Taftazani telah menghuraikan tajuk ini di dalam bukunya Sharh Maqasid. Dia menulis bahawa sebahagian sahabat telah bermusuhan diantara satu dengan lain, maka sebahagiannya telah menyimpang dari jalan yang benar. Sebahagian mereka disebabkan cemburu dan kebanggaan dunia telah melakukan berbagai kezaliman. Telah terbukti bahawa kebanyakkan sahabat yang tidak ma’sum telah melakukan amalan yang hina. Tetapi sebahagian ulama kerana mencintai mereka telah cuba untuk melindungi kesalahan mereka.

Terdapat banyak hujah yang jelas pada menolak hadith yang dibincangkan.Tidak dapat dinafikan bahawa hadith ini adalah dipalsukan. Banyak dari ulama kamu telah menyatakan keraguan mereka terhadap hadith ini.

PUNCA HADITH ‘SAHABAT AKU ADALAH UMPAMA BINTANG’ ADALAH LEMAH.
Setelah menyebutkan hadith ini di dalam Sharhu’sh-Shifa, jilid II, ms 91, Qazi Ayaz berkata bahawa Darqutni di dalam Faza’il dan Ibn Abdu’l-Birr berkata bahawa hadith ini tidak sahih.

Ianya juga disebutkan dari Abd Bin Hamid di dalam Musnad yang menyatakan dari Abdullah Ibn Umar bahawa Bazar enggan mengakui kesahihan hadith ini. Juga dia mengatakan bahawa Ibn Adi menyatakan di dalam Kamil dengan rujukkannya sendiri dari Nafi, dan dia dari Abdullah bin Umar, bahawa punca hadith ini adalah lemah. Baihaqi juga dinyatakan telah menulis bahawa hadith ini diketahui secara umum tetapi puncanya adalah lemah.

Diantara punca hadith ini adalah Harith bin Ghazin [Qazwin], yang mana kerekternya tidak diketahui [seorang yang jahil], dan Hamza Ibn Abi Hamza Nussairi [Nasibi], yang telah dituduh sebagai penipu. Lemahnya hadith ini telah terbukti. Ibn Hazm juga berkata bahawa hadith ini telah dipalsukan dan hendaklah ditolak.

Maka di dalam hujah kamu kita tidak boleh bergantung pada hadith yang lemah rantaian penyampainya. Walaupun jika kita anggap hadith ini betul, pengertiannya tidak boleh digunakan secara umum; ianya hanya merujuk kepada sahabat yang taat dan wara yang mengikut arahan nabi dan juga kitab Allah dan juga keturunan nabi yang suci.

PARA SAHABAT TIDAK MA’SUM.
Setelah menyatakan ini, jika saya mengkritik sahabat, kamu jangan menganggap saya zalim. Mereka semuanya adalah manusia biasa dan besar kemungkinan tersalah.

Hafiz: Kami juga percaya bahawa sahabat tidaklah ma’sum, tetapi pada masa yang sama telah diterima pada fakta bahawa mereka adalah orang-orang yang benar. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Shirazi: Kamu telah melampau jika kamu terus menekan pada mengkatakan mereka itu adil dan bebas dari kesalahan, oleh kerana di dalam buku sahih yang ditulis oleh ulama kamu, mereka berhujah yang disebaliknya. Mereka memberitahu kita bahaya sebahagian dari sahabat terkenal terkadang kala melakukan kesalahan.

Hafiz: Kami tidak mengetahui rakaman yang sedemikian. Sial terangkan kepada kami juka kamu tahu

Shirazi: Kita ketepikan apa yang mereka lakukan dimasa jahiliah, mereka telah lakukan banyak kesalahan selepas mereka memeluk islam. Adalah mencukupi pada menyatakan satu contoh kejadian sahaja.

Ulama kamu yang terkenal menulis di dalam buku sahih bahawa pada tahun penaklukkan Makah [8 Hijrah] beberapa sahabat terkenal terlibat di dalam perta bersuka ria dan secara rahsia minum arak.

Hafiz: Ini pastinya cerita rekaan. Apabila arak diistiharkan sebagai haram, para sahabat yang dihormati tidak pernah hadir kepesta sedemikian, jangan disebut minum arak.

Shirazi: Ianya bukan direka oleh musuh. Jika ianya direka, maka rekaan ini datangnya dari ulama kamu.

Nawab: Jika terdapat pesta yang sedemikian, nama tuan rumah dan tetamunya tentu telah dinyatakan. Bolehkan kamu jelaskannya?

Shirazi: Ya, ulama kamu telah menerangkannya.

MINUM ARAK OLEH 10 SAHABAT DI DALAM PERJUMPAAN RAHSIA.
Ibn Hajar menulis di dalam Fathu’l-Bari, jilid X, ms 30, bahawa Abu Talha Zaid Bin Sahl telah menyediakan pesta minum arak dirumahnya dan mempelawa 10 orang. Kesemua mereka minum arak dan Abu Bakr membacakan syair memperingati beberapa orang musyrik yang telah terbunuh dipeperangan Badr.

Hafiz: Adakah nama tetamu-tetamu juga dinyatakan? Jika ia, sila beritahu kami.

Shirazi: (1) Abu Bakr Bin Abi Qahafa, (2) Umar Ibn Khattab, (3) Abu Ubaida Jarra, (4) Ubai Bin Ka’b, (5) Sahl Bin Baiza, (6) Abu Ayyub Ansari, (7) Abu Talha (the host), (8) Abu Dajjana Samak Bin Kharsa, (9) Abu Bakr Bin Shaghuls, (10) Anas Bin Malik, yang berusia 18 tahun pada masa itu dan yang mensajikan arak. Baihaqi di dalam, jilid VIII, ms 29, telah juga sampaikan dari Anas sendiri bahawa dia mengatakan yang dia termuda dari mereka pada masa itu dan yang mensajikan arak. [Dengan ini tedapat sedikit kekecohan dari para hadirin]

Sheikh: Saya bersumpah dengan Allah bahawa ini telah diadakan oleh pihak musuh!!

Shirazi: Kamu terlalu ghairah, dan kamu telah membuat sumpah yang keji!! Tetapi ini bukanlah salah kamu secara keseluruhan. Pengajian kamu terhad. Jika kamu banyak membaca, kamu akan dapati ulama kamu telah menulis semua ini. Sekarang kamu perlulah meminta ampun kepada Allah.

Sekarang saya terpaksa menjelaskan fakta mengikut kenyataan ulama kamu. Muhammad Bin Isma’il Bukhari di dalam Sahih (mengulas pada Ayat-e-Khamr, “ayat mengenai arak”, di dalam surah Ma’ida al-Quran ); Muslim Ibn Hajar di dalam Sahih (Kitab-e-Ashraba Bab-e-Tahrimu’l-Khamr); Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, jilid XXX, ms 181 dan 227; Ibn Kathir di dalam Tafsir, jilid XI, ms 93; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid II, ms 321; Tabari di dalam Tafsir, jilid VII, ms 24; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid IV, ms 22 dan Fathu’l-Bari, jilid X, ms 30; Badru’d-din Hanafi di dalam Umdatu’l-Qari, jilid X, ms 84; Baihaqi di dalam Sunan, ms 286 dan 290; dan yang lainnya telah merakankan fakta ini dengan penjelasan mendalam.

Sheikh: Mungkin perkara ini terjadi sebelum arak diharamkan.

Shirazi: Apa yang kami kumpulkan dari ulasan dan sejarah menunjukkan bahawa walaupun setelah ayat pada pengharaman arak wahyukan, sebahagian muslim dan sahabat masih terus meminumnya.

Muhammad Bin Jarir Tabari menyatakan di dalam Tafsir-e-Kabir, v.II, p.203, pada pengesahan Abil Qamus Zaid Bin Ali, yang mengatakan Allah telah mewahyukan tiga kali ayat pada pengharaman minum arak. Di dalam ayatnya yang pertama Dia berkata: ‘Mereka tanya kamu mengenai yang memabukkan dan judi. Katakan: ‘Di dalam keduanya terdapat dosa besar dan cara keuntungan bagi manusia, dan dosanya lebih besar dari keuntungannya……’ [2:219]

Tetapi muslim tidak meninggalkan arak sepenuhnya. Apabila dua orang, sedang mabuk, mendirikan solat dan bercakap yang bukan-bukan, satu lagi ayat telah diwahyukan, yang berbunyi: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah mendekati solat apabila kamu mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan.’ [4:43]

Walaupun selepas ini, minum arak masih berterusan, tetapi manusia tidak mendirikan solat ketika mabuk. Satu hari sesaorang minum arak [menurut dari kenyataan Bazar, Ibn Hajar, dan Ibn Mardawiyya bahawa orang itu adalah Abu Bakr] telah mengarangkan syair untuk orang jahiliah yang terbunuh dipeperangan Badr. Apabila nabi mendengar mengenainya, baginda menjadi marah. Baginda pergi kepesta itu dan hendak memukulnya. Orang itu berkata: ‘Saya berlindung dengan Allah, dari kemarahan Allah dan nabiNya. Allah menjadi saksi saya, saya tidak akan minum arak lagi.’ Kemudian ayat yang berikutnya diwahyukan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Arak, judi, berhala dan bertenung adalah perbuatan keji, perkerjaan syaitan, tinggalkanlah semoga kamu berjaya.’ [5:90]

Diantara sahabat nabi ada yang baik dan ada yang jahat, sebagaimana terdapatnya juga diantara orang beriman dan muslim yang lain. Terdapat diantara mereka yang bersungguh pada mentaati Allah dan nabiNya maka mereka telah mencapai darjat yang tinggi. Mereka yang mengikuti kehendak dunianya pula telah dipandang rendah oleh yang lainnya. Maka mereka yang menyalahkan sahabat yang pentingkan dunia melakukan dengan bersebab. Amalan keji yang dilakukan oleh sebahagian sahabat telah dirakamkan di dalam buku sahih dari ulama kamu adalah juga dikutuk menurut keterangan al-Quran. Shia mengutuk mereka mengikut asas ini. Jika terdapat hujah yang logik pada keterangan ini, kami sedia menerimanya.

PARA SAHABAT MELANGGAR SUMPAH SETIA MEREKA.
Shirazi: Amatlah aneh bahawa baru sahaja mendengarkan kualiti mereka yang keji [Saya hanya menyatakan sedikit dari jumlahnya yang besar] kamu masih menayakan apakah dia mengenai salahlaku mereka! Sekarang saya akan menyampaikan satu lagi contoh dari amalan mereka yang busuk; yang telah dirakamkan di dalam buku kedua-dua golongan; melanggar sumpah mereka. Allah telah menjadikan wajib bagi sesaorang supaya menyimpan janji mereka. Dia berkata: ‘Dan jayakan janji Allah apabila kamu telah membuat perjanjian; dan janganlah melanggar sumpah setelah ianya diikrarkan.’ [16:91]

Dan lagi Allah memanggil mereka yang melanggar sumpah sebagai yang terkutuk. Dia berkata: ‘Dan mereka yang melanggar perjanjian Allah setelah dipersaksikan, dan memutuskan pertalian dengan yang Allah suruh eratkan, dan membuat kerosakkan dibumi; dan keatas mereka kutukan, dan mereka mendapat tempat yang kejam sebagai tempat tinggal.’ [13:25]

Maka nyatalah dari keduanya al-Quran dan terdapat jumlah yang banyak di dalam hadith bahawa melanggar sumpah adalah dosa yang besar, terutama sumpah yang dibuat kepada Allah dan nabinya. Seriusnya kesalahan ini bagi para sahabat berlipat kali ganda lagi.

Hafiz: Apakah sumpah dengan Muhammad yang para sahabat telah langgar? Bagaimana ianya boleh menjadi tumpuan bagi ayat al-Quran? Saya fikir jika kamu menelitinya dengan cermat, kamu akan mengaku bahawa semua perkara ini adalah bikinan shia sahaja. Para sahabat nabi adalah bebas dari itu semua.

DI DALAM AYAT AL-QURAN ‘YANG BENAR’ MERUJUK KEPADA MUHAMMAD DAN ALI.
Shirazi: Saya telah berulang kali menyatakan kepada kamu bahawa shia telah berikrar untuk mengikuti ketua mereka.

Jika tidak mereka tidak boleh menjadi shia. Al-Quran telah memberikan bukti terhadap kebenaran ketua mereka. Sebagai contoh ulama terkenal kamu, Imam Tha’labi dan Jalalu’d-Din Suyuti di dalam Tafsir, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Ma Nazal mina’l-Qur’an fi Ali, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 39, menyebutkan dari Khawarizmi, Hafiz Abu Nu’aim dan Hamwaini dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 62 – kesemua mereka telah mengatakan dari sejarah seorang ilmuan Muhaddith-e-Sham bahawa di dalam ayat al-Quran, ‘Wahai orang yang beriman! Berwaspadalah [terhadap tugas kamu kepada] Allah; dan bersamalah mereka yang benar.’ [9:119]

‘Yang benar’ merujuk kepada Muhammad dan Ali. Maka pengikut bagi keluarga yang mulia ini bukanlah penipu atau pemalsu kerana orang itu sendiri yang menipu dan memalsukan cerita yang tidak punya sebarang kebenaran atau asas yang kuat akan jatuh semula menimpa diri dan matlamatnya. Apa yang shia katakan telah ditulis oleh ulama kamu sendiri. Pertama kenalah kamu membuat bantahan kepada ulama kamu yang menulis semua ini. Jika ulama kamu tidak menulisnya mengenai melanggar sumpah setia oleh para sahabat di dalam buku mereka yang sahih, saya tidak akan menyebutnya di dalam perjumpaan ini.

Hafiz: Siapakah ulama sunni yang menulis bahawa para sahabat telah melanggar sumpah setia mereka. Hanya cakap-cakap kosong tidak memadai.

Shirazi: Saya bukan hanya bercakap kosong. Hujah saya penuh dengan logik. Para sahabat telah melanggar sumpah beberapa kali. Mereka melanggar janji yang mana nabi Allah telah mengarahkan mereka, and yang paling penting adalah perjanjian taat setia di Ghadir-e-Khum.

GHADIR, HADITH DAN CARANYA.
Kesemua shia dan sunni ulama telah mengesahkan bahawa pada tahun ke 10 Hijrah, nabi Allah pulang dari haji terakhir, mengumpulkan semua para sahabat di Ghadir-e-Khum pada 18 Dhil-Hijja. Sebahagian dari mereka yang terdahulu telah dipanggil semula dengan arahan dari nabi dan mereka yang tertinggal dibelakang telah ditunggui. Kebanyakkan dari ulama dan ahli sejarah kamu dan juga punca dari shia memberikan jumlah 70 000 orang disana, dan sebahagian lagi dari ulama kamu, sebagai contoh, Tha’labi di dalam Tafsir, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkirat’u- Khasa’isi’l-Umma fi Ma’rifati’l-A’imma dan yang lain telah menulis bahawa disana terdapat 120 000 orang berkumpul. Nabi mengarahkan mimbar didirikan. Dia naik keatas mimbar dan memberikan syarahan yang panjang, sebahagian besarnya mengandungi kehormatan dan kemuliaan Amirul Mukminin. Dia membacakan kebanyakkan dari ayat-ayat al-Quran yang memuji kepada Ali, dan mengingatkan manusia pada kedudukan Amirul Mukminin sebagai wazir. Kemudian nabi berkata: ‘Wahai Ummah! Tidakkah aku mempunyai tuntutan yang lebih besar dari kamu terhadap nyawa kamu?’ Rujukan di dalam ayat al-Quran, ‘Nabi mempunyai tuntutan yang lebih besar pada diri yang beriman dari mereka pada diri mereka sendiri.’ [33:6]

Kumpulan manusia menjawab dengan satu suara, menyahut, ‘Sesungguhnya, Ya Rasul Allah!,’ Kemudian nabi mengistiharkan: ‘Barang siapa saya maulanya, Ali ini adalah maulanya.’ Sesudah itu baginda mengangkat tangannya kelangit sambil berdoa kepada Allah, ‘Wahai Allah, jadilah Kamu kawan kepadanya bagi sesiapa yang berkawan dengan dia, dan jadilah musuh kepadanya, yang memusuhi dia [Ali]. Tolonglah mereka yang menolongnya dan abaikanlah mereka yang mengabaikannya.’

Kemudian khemah didirikan dengan arahan nabi, yang menyuruh Amirul Mukminin Ali duduk di dalamnya. Keseluruh ummah diarahkan untuk memberikan bai’ah kepada Ali. Nabi mengatakan, dia memberikan arahan ini dengan mengikuti perintah dari Allah. Orang pertama yang memberikan taat setianya pada hari itu adalah Umar. Kemudian Abu Bakr, Uthman, Talha dan Zubair mengikut kemudiannya, dan kesemuanya manusia kemudiannya memberikan sumpah setia mereka selama tiga hari [sedang nabi berada disitu]

Hafiz: Bolehkah kamu percaya, peristiwa yang begitu penting ini berlaku sebagaimana yang kamu katakan dan tiada siapa dari ulama yang terkenal menyatakannya?

Shirazi: Saya tidak menduga kenyataan yang sedemikian dari kamu. Peristiwa Ghadir-e-Khum adalah jelas, sejelas siangnya hari dan tiada siapa melainkan mereka yang berfikiran sempit dan amat degil sahaja yang akan meragui dan menafikan kejadian yang sedemikian. Peristiwa yang penting ini telah dirakamkan oleh semua ulama yang wara’ di dalam buku sahih mereka. Saya ingin menyatakan disini hanya sebahagian dari nama pengarang dan buku-buku mereka supaya kamu boleh mengetahui bahawa kesemua ulama kamu yang ulung telah mengatakan hadith ini:

1. Imam Fakhru’d-Din Razi - Tafsir-e-Kabir Mafatihu’l-Ghaib.

2. Imam Ahmad Tha’labi - Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan.

3. Jalalu’d-Din Suyuti - Tafsir-e-Durru’l-Manthur.

4. Abu’l-Hasan Ali Bin Ahmad Wahidi Nishapuri - Asbabu’n- Nuzul.

5. Muhammad Bin Jarir Tabari - Tafsiru’l-Kabir.

6. Hafiz Abu Nu’aim Ispahani - Ma Nazal Mina’l-Qur’an fi Ali dan Hilyatu’l-Auliya.

7. Muhammad Bin Isma’il Bukhari - Ta’rikh, jilid 1, ms 375.

8. Muslim Bin Hajjaj Nishapuri - Sahih, jilid 2, ms 325.

9. Abu Dawud Sijistani - Sunan.

11.Hafiz Ibnu’l-Iqda - Kitabu’l-Wilaya.

12.Ibn Kathir Shafi’i Damishqi - Ta’rikh.

13.Imam Ahmad Ibn Hanbal – jilid 4, ms 281&371.

14.Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali - Sirru’l-Alamin.

15.Ibn Abdu’l-Birr - Isti’ab.

16.Muhammad Bin Talha Shafi’i - Matalibu’s-Su’ul, ms 16.

17. Ibn Maghazili Faqih Shafi’i - Manaqib.

18.Nuru’-d-Din Bin Sabbagh Maliki - Fusulu’l-Muhimma.

19.Husain Bin Mas’ud Baghawi - Masabihu’s-Sunna.

20.Abu’l-Mu’ayyid Muwafiq Bin Ahmad Khatib Khawarizmi - Manaqib.

21.Majdu’d-Din Bin Athir Muhammad Bin Muhammad Shaibani -am’u’l-Usul.

22.Hafiz Abu Abdu’r-Rahman Ahmad Bin Ali Nisa’i - Khasa’isu’l-Alawi and Sunan.

23.Sulayman Balkhi Hanafi - Yanabiu’l-Mawadda, bahagian IV.

24. Shahabu’d-din Ahmad Bin Hajar Makki - Sawa’iq Muhriqa dan Kitabu’l-Manhu’l-Malakiyya, terutama Sawa’iq, bahagian 1, ms 25. Walaupun dia begitu fanatik, dia berkata: “Hadith ini adalah benar, dimana kesahihannya tidak boleh diragukan. Sesungguhnya ia telah disampaikan oleh Tirmidhi, Nisa’i dan Ahmad, dan jika dikaji puncanya, bolehlah diterima.”

25.Muhammad Bin Yazid Hafiz Ibn Maja Qazwini - Sunan.

26.Hafiz Abu Abdullah Muhammad Bin Abdullah Hakim Nishapuri-Mustadrak.

27.Hafiz Sulayman Ibn Ahmad Tabrani - Ausat.

28.Ibn Athir Jazari - Usudu’l-Ghaiba.

29.Yusuf Sibt Ibn Jauzi - Tadhkiratu’l-Khasa’isu’l-Umma, ms 17.

30. Abu Umar Ahmad Bin Abd Rabbih - Iqdu’l-Farid.

31.Allama Samhudi - Jawahiru’l-Iqdain.

32.Ibn Taimiyya Ahmad Bin Abdu’l-Halim - Minhaju’s-Sunna.

33.Ibn Hajar Asqalani - Fathu’l-Bari and Tahdhibu’t-Tahdhib.

34.Abdu’l-Qasim Muhammad Bin Umar Jarullah Zamakhshari - Rabiu’l-Abrar.

35.Abu Sa’id Sijistani - Kitabu’d-Darayab Fi hadithi’l-Wilaya.

36.Ubaidullah Bin Abdullah Haskani - Du’atu’l-Huda Ila Ada Haqqi’l-Muwala.

37.Razin Bin Mu’awiya Al-Abdari - Jam Bainu’s-Sahihi’s-Sitta.

38.Imam Fakhru’d-din Razi berkata di dalam Kitabu’l-Arba’in bahawa seluruh ummah sebulat suara mengesahkan hadith ini.

39.Muqibili - hadithu’l-Mutawatira.

40.Suyuti - Ta’rikhu’l-Khulafa.

41. Mir Seyyed Ali Hamadani - Mawaddatu’l-Qurba.

42. Abul Fath Nazari - Khasa’es’u’l-Alavi

43. Khwaja Parsa Bukhari - Faslu’l-Khitab

44. Jamaluddin Shirazi - Kitabu’l-Araba’in

45. Abdul Ra’ufu’l-Manavi - Faizu’l-Qadir fi Sharh-i-Jame’u’s-Saghir

46. Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i - Kifayatu’t-Talib, bahagian 1

47. Yahya Bin Sharaf-Nauvi - Tehzibu’l-Asma wa’l-Lughat

48.Ibrahim bin Muhammad Hamwaini - Fara’adu’s-Simtoun

49.Qazi Fazlullah bin Ruzhahan - Ibtalu’l-Batil

50.Shamsuddin Muhammad bin Ahmad Sharbini - Siraju’l-Munir

51.Abul Fath Shahristani Shafi’i - Milal wa’n-Nihal

52.Hafiz Abu Bakr Khatib Baghdadi - Tarikh

53.Hafiz Ibn Asakir abul Qasim Damishqi - Tarikh-i-Kabir

54.Ibn Abi’l-Hadid Mutazali - Sharhe Nahju’l-Balagha

55.Ala’uddin Samnani -Urwatu’l-Wuthqah

56.Ibn Khaldun - Muqaddima

57.Molvi Ali Muttaqi Hindi - Kanzu’l-Ummal

58.Shamsuddin Abul Khair Damishqi - Asnu Matalib

59.Syed Sharif Hanafi Jurjani - Sharh-i-Mawaqit

60.Nizamuddin Nishapuri - Tafsir-i-Ghara’ibu’l-Qur’an

HADITH GHADIR DISAMPAIKAN OLEH TABARI, IBN IQDA DAN IBN HADDID.
Saya telah nyatakan puncanya yang saya boleh ingat. Tetapi lebih dari 300 ulama kamu yang terkenal telah menyatakan hadith Ghadir, Ayat Baligh [mengajar], Kamalud-Din [kesempurnaan agama], dan percakapan dikawasan masjid, dengan pengesahan lebih dari 100 orang sahabat nabi. Jika saya menyatakan kesemua nama mereka yang menyampaikannya, ia akan memenuhi sebuah buku. Setakat ini saya rasa telah mencukupi untuk membuktikan bahawa hadith ini diterima sebagai benar.

Sebahagian dari ulama kamu telah menulis buku pada tajuk ini. Sebagai contoh, pengulas dan ahli sejarah yang termashor pada abad keempat Hijarah, Abu Jafar bin Jarir Tabari [mati 310 Hijrah], memberikan dengan mendalam hadith Ghadir di dalam bukunya Kitabul-Wilaya dan telah menyampaikan melalui 75 rantaian penyampai.

Hafiz Abu’l-Abbas Ahmad Bin Sa’id Abdu’r-Rahman Al-Kufi, terkenal sebagai Ibn Iqba [mati 333 Hijrah] telah menyampaikan hadith ini di dalam bukunya Kitabul-Wilaya melalui 125 rantaian dengan disahkan oleh 125 orang para sahabat nabi.

Ibn Haddad Hafiz Abu’l-Qasim Haskani [mati 492 Hijrah] di dalam bukunya Kitabul-Wilaya, telah menyampaikan dengan mendalam kejadian Ghadir bersama dengan ayat al-Quran yang diwahyukan. Secara ringkas semua ulama dan ilmuan yang berkedudukan tinggi [melainkan sebilangan kecil fanatik] telah menyebutkan hadith ini dari nabi, yang telah mengistiharkan Ali sebagai wazirnya pada 18 Dhul-Hijja pada tahun Haji terakhir. Ianya juga adalah satu fakta bahawa khalifa Umar adalah diantara sahabat yang pertama untuk menyatakan kegembiraannya pada peristiwa ini. Mengambil tangan Ali, dia berkata: ‘Tahniah kepada mu Ali! Pagi ini telah membawa rahmat yang besar pada mu. Kamu telah menjadi maula ku dan maula bagi semua yang beriman lelaki dan wanita.’

NASIHAT JIBRIL KEPADA UMAR.
Ahli fiqah Shafii, Mir Seyyed Ali Hamadani, dari abad ke 8 Hijrah, seorang ilmuan yang boleh dipercayai dari golongan kamu, menulis di dalam bukunya Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V, behawa sebilangan besar sahabat telah menyebutnya dari khalifa Umar di berbagai tempat, sebagai telah berkata: ‘Nabi telah menjadikan Ali ketua, Ketua dan pemimpin bagi ummah. Dia mengistiharkan di dalam perhimpunan umum bahawa Ali adalah maula kita. Setelah mendoakan untuk kawannya dan mengutuk musuhnya, dia berkata Wahai Allah! [Iaitu, saya telah selesaikan tugas sebagai nabi] Pada peristiwa ini seorang muda yang kacak dan harum baunya sedang duduk disebelahku. Dia berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya, Nabi Allah telah mengikatkan dengan perjanjian yang mana tiada siapa melainkan si hipokrit yang akan melanggarnya. Maka Umar! Jagalah dari melanggarnya.'’ Saya memberitahu nabi Allah bahawa apabila dia sedang berucap pada orang ramai, seorang muda yang kacak, dan harum yang duduk disebelah saya telah mengatakan yang sedemikian kepada saya. Nabi berkata: ‘Dia bukan dari keturunan Adam, dia adalah Jibril [yang menyerupai] Dia hendak menekankan pada maksud yang saya telah hebahkan mengenai Ali.’

Sekarang saya ingin mencari keadilan dari kamu, adakah wajar bagi mereka untuk melanggar perjanjian yang utuh dengan nabi Allah dalam tempuh dua bulan, iaitu melanggar perjanjian yang telah diberkan kapada Ali, membakar rumahnya, menghunuskan pedang kepadanya, memalukannya, mengheretnya kemasjid dan memaksakan bai’ah keatannya?

Hafiz: Saya tidak menjangkakan orang yang dihormati dan seorang Seyyed seperti kamu akan menyifatkan sahabat nabi bagi keduniaan. Nabi mengistiharkan mereka sebagai petunjuk kepada ummah apabila dia mengatakan: ‘Sahabat saya adalah umpama bintang; jika kamu mengikuti mana-mana satu dari mereka, kamu akam mendapat petunjuk.’

HADITH PADA ‘MENGIKUTI SAHABAT’ TIDAK SAHIH.
Shirazi: Pertama saya lebih suka jika kamu tidak mengulang-ulangi perkara yang sama. Kamu baru saja berhujah dari hadith yang sama dan saya telah memberikan jawapannya. Para sahabat, adalah seperti mereka yang lainnya, tidak ma’sum. Jika telah terbukti bahawa mereka tidak ma’sum, mengapa hendak dihairankan, dengan adanya bukti yang nyata, keduniaan itu disifatkan kepada mereka?

Kedua; supaya dapat membersihkan fikiran kamu, saya sekali lagi akan menjawabnya, supaya kamu tidak akan bergantung pada hadith yang sedemikian lagi dimasa yang akan datang. Menurut dari penyelidikkan ulama kamu yang terkenal bahawa hadith ini tidak boleh dipercayai, sebagaimana saya nyatakan terdahulu. Qazi Ayaz Maliki menyebut dari ulama kamu yang terkenal bahawa penyampai hadith ini termasuk nama orang yang jahil seperti Harith bin Qazwin dan Hamza bin Abi Hamza Nasibi, yang telah didapati sebagai pendusta, hadith ini tiada nilai pada menyebutnya.

Juga Qazi Ayaz di dalam Sharh-e-Shifa dan Baihaqi di dalam Kitab, telah mengistiharkan hadith ini sebagai palsu dan telah menganggap puncanya sebagai tidak boleh dipercayai.