DIALOG SUNNI-SHIA
SESSI 2
Jumaat malam, 24hb Rejab 1345 H
Hafiz: Saya sungguh tertarik dengan perbualan yang penuh pengajaran berkenaan dengan keturunan kamu. Saya mengaku bahawa kamu adalah keturunan Nabi, tetapi saya merasa hairan bagaimana seorang yang terpelajar seperti kamu boleh dikuasai pengaruh musuh yang sungguh menghinakan. Setelah kamu tinggalkan laluan keturunan kamu yang gemilang, kini kamu menerima jalan mereka yang kafir dari Iran. Apa yang saya maksudkan adalah ikutan musuh yang bodoh, iaitu bidaa’ yang telah masuk kedalam Islam melalui Israel.
Shirazi: Dengan hormatnya, sila terangkan apa maksud kamu?
PENGERTIAN YANG SALAH MENGENAI ASALNYA GOLONGAN SHIA
Hafiz: Kesemua sejarah Israel telah dicemari dengan kepalsuan. Abdullah bin Saba San’a’i, Ka’abul-Akhbar, Wahhab Ibn Munabba, dan lainnya yang dikatakan telah memelok Islam dan berpura-pura menerima hadith Nabi dan kemudiannya telah menimbulkan banyak keraguan diantara Muslim.
Khalifa yang ketiga, Uthman bin Affan, telah memburu mereka, dan mereka lari ke Mesir, disana mereka menubuhkan satu mazhab yang dipanggil shia. Mereka menyebarkan laporan yang salah mengenai khalifa Uthman dan memalsukan hadith, sehinggakan kepada bahawa Nabi telah melantik Ali sebagai khalifa dan juga Imam. Dengan tertubuhnya mazhab ini, maka berlakulah kekejaman dengan meluas, yang membawa kepada terbunuhnya khalifa Uthman dan penerimaan [dengan cara seumpama rampasan] kedudukan khalifa oleh Ali. Kumpulan yang memusuhi Uthman dipandang tinggi oleh Ali. Semasa khalifa Umayyad, apabila ahli keluarga Ali dan pengikutnya dibunuh***, kumpulan ini telah menyembunyikan diri. Masih ada, sebilangan kecil dari mereka seperti Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari dan Ammar Yasir, yang menyokong perjuangan Ali. Perjuangan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Harun ar-Rashid, dan terutama sekali anaknya, Ma’mun ar-Rashid Abbasi, yang mengalahkan abangnya dengan pertolongan orang Iran, dan kemudiannya mereka menyebarkan pendapat bahawa Ali lah yang lebih utama dari lain-lain khalifa. Orang-orang Iran bermusuhan dengan orang-orang Arab yang telah menakluki mereka, kini telah mendapat peluang untuk mencabar orang-orang Arab atas dasar agama. Puak shia menjadi kuat semasa pemerintahan Dailamit dan akhirnya kesultanan Safavid mendapat restu. Maka dari sinilah mereka secara rasmi dikenali sebagai kumpulan shia. Penyembah api Iran juga memanggil diri mereka shia.
Secara ringkas, golongan shia telah diasaskan oleh Yahudi, Abdullah bin Saba. Jika tidak, tiada perkataan seperti ‘shia’ didalam Islam. Datuk kamu, Nabi Allah, benci terhadap perkataan itu. Bahkan golongan shia adalah sebahagian dari kepercayaan Yahudi.
Saya hairan mengapa kamu meninggalkan jalan yang benar dari keturunan kamu dan mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu yang mengamalkan cara Yahudi. Kamu harus mengikuti al-Quran yang suci dan juga contoh datuk kamu Nabi Allah.
ADALAH MUSTAHIL MENGKAITKAN ABDULLAH BIN SABA DENGAN SHIA.
Shirazi: Adalah pelik ulama seperti kamu telah mengasaskan hujahnya diatas landasan yang palsu. Tidak ada makna langsung bagi kamu untuk mengaitkan nama Abdullah bin Saba dengan shia. Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi, dan menurut dari punca shia, dia adalah seorang munafik yang dikutuk dengan kerasnya. Jika terdapat dibeberapa ketika dia kelihatan seperti sahabat kepada Ali, jadi apakah hubungan yang dia ada dengan shia? Jika seorang pencuri memakai baju seorang ulama, naik keatas mimbar bersyarah dan merosakkan ajaran Islam, adakah kamu akan meninggalkan untuk belajar dan memanggil semua ulama pencuri?
Yang sebenarnya Islam shia bukanlah sekadar sebuah parti politik. Ianya adalah kumpulan agama, yang bukan diasaskan sebagaimana yang kamu kata dimasa khalifa Uthman, tetapi telah disebarkan melalui perkataan dan juga arahan dari Nabi dimasa hayatnya. Sedang kamu berhujah dengan mengunakan asas keterangan yang telah dipalsukan oleh pihak musuh, maka saya akan membacakan untuk kamu ayat-ayat dari al-Quran yang suci dan rekod-rekod dari pengarang-pengarang kamu untuk membuktikan kedudukan shia yang sebenar.
PENGERTIAN SHIA.
Shirazi: Shia sebagaimana yang kamu tahu, bererti ‘pengikut.’ Seorang dari ulama kamu yang ter ulung, Firuzabadi, didalam kamusnya ‘Qamusul-Lughat’ berkata: ‘Nama ‘Shia’ umumnya bererti setiap orang yang bersahabat dengan Ali dan ahli baytnya. Nama ini khusus bagi mereka. Maksud yang sama juga telah diberikan oleh Ibn Athir di dalam ‘Nihayatul-Lughat.’ Menurut dari komentar kamu [sunni] sendiri, perkataan ‘Shia’ bererti ‘pengikut Ali Ibn Abi Talib’ dan telah digunakan dengan maksud ini semasa hayat Nabi. Malahan Nabi sendiri yang memperkenalkan perkataan shia sebagai bermaksud ‘pengikut bagi Ali Ibn Abi Talib.’ Dan perkataan ini telah digunakan oleh Nabi yang mana Allah telah mengatakan: ‘Tidaklah dia berbicara dari kehendaknya. Itu tidak lain dari wahyu yang disampaikan.’ [53: 3 – 4]. Nabi memanggil pengikut Ali, ‘Shia’, ‘Yang Sampai’ dan ‘Yang Terselamat.’
Hafiz: Mana ada ini semua? Kami tidak pernah melihatnya.
Shirazi: Kami ada melihatnya, dan kami fikir adalah tidak wajar untuk menyembunyikan fakta. Allah mengutuk mereka yang menyembunyikan, dan memanggil mereka ahli neraka. Allah berkata: ‘Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan bukti yang nyata, dan petunjuk yang Kami wahyukan, dan Kami telah menjelaskannya di dalam kitab untuk manusia, itulah mereka yang Allah kutuk, dan yang mengutuk akan mengutuk mereka [juga].’ [2:159] ‘Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan mana-mana bahagian dari kitab yang Allah telah wahyukan dan mengambil untuk itu harga yang sedikit, mereka tidak memakan apa-apa melainkan api kedalam perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Pembalasan, tidak juga mensucikan mereka, dan mereka akan mendapat azab yang pedih.’ [2:174]
Hafiz: Jika kami tahu dan menyembunyikannya, saya setuju kami berhak dikutuk sebagaimana yang diwahyukan oleh ayat-ayat yang suci itu.
Shirazi: Saya harap kamu simpankan kedua-dua ayat ini di dalam ingatan kamu supaya ianya tidak akan membiarkan tabiat sebegitu menguasai kamu.
Hafiz Abu Nu’aim Ispahani seorang penyampai hadith yang sangat terkenal dari golongan kamu. Ibn Khallikan telah memujinya didalam ‘Wafayatul-A’ayan’ sebagai ilmuan yang ulung, dan penyampai hadith yang paling arif. Dia juga mengatakan bahawa 10 jilid dari ‘Hilyatul-Auliya’ nya adalah diantara yang penuh pengajaran. Salahud-din Khalil bin Aibak Safdi menulis di dalam ‘Wafiy bil-Wafiyat’ mengenai dia, ‘Raja bagi penyampai-penyampai hadith, Hafiz Abu Nu’aim, adalah yang paling berilmu, wara’ dan jujur. Dia mendapat kedudukan yang tinggi di dalam menyampai dan memahami hadith. Kerja-kerjanya yang terulung adalah ‘Hilyatul-Auliya’ di dalam 10 jilid, mengandungi terbitan yang asal dari dua sahih.’ Muhammad bin Abdullah al-Khatib memujinya di dalam ‘Rijalil-Mishkatil-Masabih, dengan mengatakan bahawa dia adalah diantara penyampai hadith yang terulung dan apa yang disampaikan boleh dipercayai.
Secara ringkas, ulama dan penyampai hadith yang terkenal ini, yang menjadi kebanggaan ulama-ulama kamu; telah menyatakan dari Abdullah bin Abbas melalui rangkaian penyampai-penyampainya didalam buku ‘Hilyatul-Auliya’ telah berkata: ‘Apabila ayat al-Quran yang berikut ini diwahyukan: ‘Bagi mereka yang beriman dan beramal salih, pastinya mereka adalah makhluk yang terbaik. Balasan mereka disisi Allah adalah taman-taman yang mengalir air sungai dibawahnya, tinggal disana selama-lamanya. Allah ridha kepada mereka, dan mereka ridha kepadaNya, itu adalah untuk mereka yang takut kepada TuhanNya.’ [98:7 – 8], Nabi kepada Ali, telah berkata: ‘O Ali, makhluk yang terbaik [Khairul-bariyya] di dalam ayat yang suci ini merujuk kepada kamu dan pengikut-pengikut kamu [shia]. Pada hari dibangkitkan semula, kamu dan pengikut kamu [shia] akan diberikan suatu kedudukan yang mana Allah ridha dengan kamu, dan kamu akan ridha denganNya.’
KEMULIAAN-KEMULIAAN SHIA.
Begitu juga, Abul-Muwayyid Muwafiq bin Ahmad Khawarizmi di dalam Bab 17 di ‘Manaqib’ nya; Hakim Abul-Qasim Abdullah bin Abdullahil-Haskani di ‘Shawahidut-tanzil’; Muhammad bin Yusof Ganji Shafii di ‘Kifayatut-Talib’ muka surat 119, Sibt Ibn Jauzi di ‘Tadhkira’ muka surat 31, Munzir bin Muhammad bin Munzir dan khususnya Hakim, telah menyatakan bahawa Hakim Abu Abdullah Hafiz [seorang ulama kamu yang termashor] berkata: Berdasarkan pada pengakuan dari penyampai yang sampaikan kepada Yazid bin Sharafil-Ansari, penulis bagi Amirul Mukminin, Ali Ibn Abi Talib, bahawa Ali berkata pada saat Nabi akan wafat, Nabi menyandarkan kepalanya kedada Ali dan berkata: ‘Telah kamu dengar ayat suci: ‘Bagi mereka yang beriman dan beramal salih, pastinya mereka adalah makhluk yang terbaik.’ [98:7] Mereka adalah shia kamu. Tempat perjumpaan aku dan juga engkau adalah dipancutan Khuthar [di syurga]. Apabila semua makhluk berkumpul untuk diadili, wajah kamu akan bercahaya, dan kamu akan dikenali sebagai ketua bagi orang-orang yang wajahnya bercahaya.’
Jalalud-din Suyuti di dalam bukunya ‘Durrul-Mansur menyebutkan Abul-Qasim Ali bin Hasan [yang dikenal umum sebagai Ibn Asakir Damishqi] yang menyebutkan Jabir bin Abdullah, seorang sahabat Nabi sebagai berkata bahawa beliau dan yang lainnya duduk bersama Nabi apabila Ali Ibn Abi Talib masuk. Nabi berkata: ‘Saya bersumpah denganNya yang menguasai nyawa saya bahawa orang ini [Ali] dan shianya akan selamat pada hari yang dibangkitkan.’ Pada masa itu ayat yang diatas diwahyukan. Di dalam komentar yang sama, Ibn Adi menyebut Ibn Abbas sebagai berkata bahawa apabila ayat yang diatas diwahyukan, Nabi Berkata kepada Amirul Mukminin, Ali, ‘Kamu dan pengikut mu [shia] akan datang pada hari dibangkitkan dalam keadaan dimana kesemua kamu akan merasa ridha dengan Allah, dan Allah akan ridha dengan kamu.’
Di dalam Manaqib oleh Khawarizmi, yang berikut ini dinyatakan dari Jabir bin Abdullah Ansari: ‘Saya ada bersama Nabi apabila Ali masuk untuk bersama kami, diketika itu Nabi berkata: ‘Adik saya telah datang kepada kamu.’ Kemudian baginda berpaling ke Qibla, Nabi mengambil tangan Ali dan berkata: ‘Demi Dia yang menguasai nyawa saya, Ali ini dan shianya akan terselamat pada Hari Pengadilan.’
Kemudian baginda berkata lagi: ‘Ali adalah yang mula-mula diantara kamu di dalam beriman, yang amat berhati-hati terhadap sumpah Allah, yang paling adil diantara kamu semua ketika membuat keputusan di dalam perkara manusia, yang paling saksama di dalam pengagihan bantuan diantara sesama kamu, dan berkedudukan yang tertinggi diantara kamu disisi Allah.’ Pada peristiwa itu ayat yang diatas diwahyukan. Di dalam Bab II, ‘Sawaiq’ nya, Ibn Hajar menyebutkan Hafiz Jamalud-Din Muhammad bin Yusof Zarandi Madani [seorang ulama agung sunni] sebagai berkata bahawa apabila ayat diatas diwahyukan, Nabi berkata: ‘O Ali, kamu dan shia mu adalah makhluk terbaik yang dijadikan. Kamu dan shia mu akan datang pada Hari Pembalasan dalam keadaan kesemuanya ridha kepada Allah, dan Allah ridha dengan kamu. Musuh kamu akan marah, dan tangan mereka akan terikat dileher.’ Kemudian Ali bertanya, siapakah musuhnya. Rasul menjawab, ‘Mereka yang bermusuh dengan kamu dan membenci mu.’
Allama Samhudi di dalam ‘Jawahirul-Iqdain, dengan pengesahan Hafiz Jamalud-Din Zarandi Madani dan Nurud-Din Ali bin Muhammad bin Ahmad Maliki Makki, dikenali sebagai Ibn Sabbagh, yang dikatakan sebagai ulama yang ter ulung dan theologi yang terkenal, di dalam bukunya ‘Fusulul-Muhimma menyatakan dari Abdullah bin Abbas bahawa apabila ayat yang diatas diwahyukan, Nabi berkata kepada Ali: ‘Ianya adalah kamu dan shia mu. Kamu dan mereka akan datang pada Hari Pembalasan benar-benar bahagia dan ridha, sedangkan musuh kamu akan datang dengan keciwa dan tangan terikat.’
Mir Seyyed Ali Hamadani Shafii, seorang ulama kamu, di dalam bukunya Mawaddatul-Qurba, dan ulama terkenal yang anti shia, Ibn Hajar di dalam bukunya Sawaiq-e-Muhriqa menyatakan dari Ummul-Mukminin Umme Salma, isteri Nabi, bahawa Nabi telah berkata: ‘O Ali, kamu dan shia mu akan tinggal disyurga, kamu dan shia mu akan tinggal disyurga.’ Ulama yang terkenal dari Khawarizm, Muwaffaq bin Ahmad, di dalam ‘Manaqib’ nya, Bab 19, menyatakan dari pihak yang boleh dipercayai bahawa Nabi berkata kepada Ali: ‘Di dalam ummah saya kamu adalah seperti Masehi, Isa anak Mariam.’ Kenyataan ini menunjukkan bahawa sebagai pengikut Nabi Isa, ianya terbahagi kepada tiga kumpulan: Yang benar-benar beriman, digelar sebagai Hawari’in, Yang Yahudi, dan yang berlebih-lebihan, yang menyamakannya dengan Allah. Dengan cara yang sama, Muslim akan terbahagi kepada tiga kumpulan. Satu darinya adalah shia, yang benar-benar beriman. Kumpulan kedua adalah musuh Ali, dan kumpulan ketiga adalah yang melampaui terhadap kedudukannya.
KEMULIAAN SHIA DIBUKTIKAN DARI BUKU-BUKU SUNNI.
Manusia kemudian bersurai kerana menyahut panggilan azan Isyak. Setelah solat, Mulla Abdul-Hayy kembali dengan buku-buku dan komentar oleh Suyuti, Mawaddatul-Qurba, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, dan Manaqib oleh Khawarizmi. Dia membaca darinya hadith-hadith yang telah disebutkan oleh Shirazi dalam perbincangan, sekadar untuk mengesahkan. Oleh kerana rujukan beliau tepat, ekspresi [gambaran] wajah mereka-mereka yang di kem bertentangan berubah. Dalam pada itu, di dalam Mawaddatul-Qurba, mereka temui sebuah hadith lagi. Nabi berkata: ‘O Ali, pada Hari Pengadilan, kamu dan shia mu akan datang kepada Allah benar-benar puas dan bergembira, sedangkan musuh kamu didalam kesedihan dan tangan terikat.
Shirazi: Ini adalah hujah-hujah yang terang, disokong oleh Kitab Allah, oleh hadith-hadith yang sahih dan juga oleh sejarah. Sokongan dari hujah saya datang dari buku-buku ulama kamu yang terkenal. Ini adalah sebagai tambahan kepada penyampaian yang banyak terdapat di dalam buku-buku komentari shia. Menggunakan buku-buku yang ada dihadapan kamu saya boleh membentang terus hujah-hujah yang dapat menyokong pada tajuk yang sedang diperbincangkan sehingga pagi esok, insya Allah; tetapi saya fikir apa yang telah dinyatakan sudah memadai untuk menghapuskan sebarang keraguan terhadap shia.
Hadirin yang dihormati, kami shia bukanlah Yahudi. Kami adalah pengikut Nabi Muhammad. Permulaan perkataan ‘shia’ sebagai bermaksud ‘pengikut Ali’, bukanlah dari yang terkutuk Abdullah bin Saba, tetapi dari Nabi sendiri. Kami tidak pernah mengikut mana-mana individu tanpa hujah-hujah pengesahan yang amat meyakinkan bagi diri mereka. Kamu katakan bahawa selepas Uthman yang perkataan ‘shia’ mula digunakan untuk menunjukkan pengikut Ali. Bahkan, yang sebenarnya, dimasa hayat Nabi, sebahagian para sahabat yang terkemuka telah dipanggil shia. Hafiz Abu Hatim Razi di dalam bukunya Az-Zainat, yang dia kumpulkan untuk menjelaskan maksud perkataan yang tertentu dan rangkap-rangkap yang biasa dikalangan ulama, berkata bahawa perkataan baru yang pertama datang dan diterima umum di dalam Islam dimasa hayat Nabi adalah ‘shia’. Perkataan ini digunakan keatas empat sahabat yang terkenal: Abu Dharr Ghifari, Salman Farsi, Miqdad bin Aswad Kindi dan Ammar Yasir. Banyak hadith lagi yang disebutkan menyokong pandangan ini. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memikirkan bagaimana, pada masa hayat Nabi, empat dari sahabatnya telah digelar shia. Jika Nabi tahu ianya adalah suatu bidaa’, mengapa baginda tidak melarang manusia dari menggunakannya? Yang sebenarnya manusia telah mendengar dari Nabi sendiri bahawa pengikut [shia] Ali adalah penghuni syurga. Mereka berbangga dengannya dan dengan terang-terangan mengatakan diri mereka shia.
DARJAT SALMAN, ABU DHARR, MIQDAD DAN AMMAR.
Kamu mengatakan satu hadith dari kata-kata Nabi: ‘Sesungguhnya, para sahabat ku adalah umpama bintang; siapa saja dari mereka yang kamu ikuti, kamu akan dipandu dengan betul.’ Abul-Fida menulis di dalam sejarahnya bahawa keempat-empat lelaki ini, iaitu para sahabat Nabi, menahan, bersama dengan Ali, dari memberikan bai’ah [taat setia] kepada Abu Bakr, pada hari Saqifa. Mengapa kamu tidak menganggap keengganan mereka untuk bai’ah sebagai yang perlu dicontohi? Ulama kamu sendiri telah menulis bahawa mereka dicintai oleh Allah dan Rasulnya. Kami mengikuti mereka, sebagaimana mereka mengikuti Ali. Makanya mengikut dari hadith kamu, kami adalah dijalan yang benar.
Dengan keizinan kamu, dan memandangkan kesuntukkan masa, saya berikan kamu beberapa penyampaian di dalam menyokong apa yang saya katakan terhadap mereka ini yang dicintai oleh Allah dan Nabinya. Kedua mereka Abu Nu’aim Isfahani di dalam ‘Hilyatul-Auliya, jilid 1 muka surat 172, dan Ibn Hajar Makki di dalam hadith kelima dari empat puluh hadith yang disampaikan di dalam ‘Sawaiq-e-Muhriqa di dalam memuji Ali yang disampaikan dari Tirmidhi, dan Hakim dari Buraida, bahawa Rasul berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku untuk mencintai empat orang, dan telah memberitahu aku yang Dia mencintai mereka.’ Apabila manusia bertanya siapakah keempat mereka, baginda berkata: ‘Ali Ibn Abi Talib, Abu Dharr, Miqdad dan Salman.’ Lagi, Ibn Hajar di dalam hadith no 39 telah menyatakan dari Tirmidhi dan Hakim dari Anas bin Malik bahawa Nabi berkata: ‘Syurga sedang menanti tiga individu ini iaitu Ali, Ammar dan Salman,’ Tidakkah tindakkan sahabat Nabi yang terkenal ini model [contoh] bagi Muslim lainnya. Tidakkah ianya memalukan pada pandangan kamu, bahawa para sahabat hanya terhad pada mereka yang memegang peranan dipermaian Saqifa sahaja, atau yang bershubahat dengannya, sedangkan yang lain, yang menentang strategi dibelakang Saqifa telah dilihat sebagai yang tidak boleh dipercayai? Dan jika ianya begitu, maka hadith yang baru kamu sebutkan harus berbunyi: ‘Sesungguhnya, sebahagian dari sahabat saya adalah seumpama bintang……..’
SEBAB-SEBAB IRAN MENERIMA SHIA.
Tidak sepatutnya kamu mengatakan shia adalah agama politik, dan bahawa penyembah api Iran menerimanya supaya dapat menyelamatkan diri mereka dari penguasaan Arab. Kamu telah mengatakannya, kerana ikutan secara membuta tuli terhadap orang-orang yang sebelum kamu. Saya telah pun membuktikan bahawa ianya adalah agama Islam, satu-satunya yang telah diperintahkan oleh Nabi terhadap ummatnya, bahkan, mereka, tanpa arahan dari Nabi, telah mendirikan asas bagi Saqifa, mereka inilah ahli politik dan bukannya pengikut keluarga suci Rasul Allah.
Telah menjadi kerekter terhadap Iran untuk meneliti sesuatu perkara. Apabila mereka telah yakin kebenarannya, mereka menerimanya, sebagaimana mereka menerima Islam ketika mereka ditakluki Arab. Mereka tidak dipaksa untuk melakukannya. Mereka melepaskan sembahan api dan memelok Islam dengan ikhlas. Begitu juga, apabila mereka diyakinkan dengan logik dan dengan khidmat-khidmat Ali yang berharga, mereka menerima shia. Berlawanan dengan apa yang disampaikan oleh ramai penulis-penulis kamu, Iran tidak menerima Ali pada pemerintahan Harun ar-Rashid. Mereka menerima Ali pada masa hayat Nabi. Salman Farsi adalah seorang dari pengikut Ali yang ikhlas. Dia sampai kedarjah iman yang tertinggi. Ulama dari kedua golongan semuanya telah menulis bahawa Nabi telah berkata: ‘Salman adalah dari ahli bayt kami.’ Atas sebab ini dia dipanggil; Salman Muhammad’ dan dia adalah pengikut Ali yang taat, dan musuh ketat Saqifa. Jika, menurut dari buku kamu, kita mencontohi beliau, kita akan berada dijalan yang lurus. Beliau mendengar ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Nabi mengenai Ali dan memahaminya dengan jelas bahawa taat kepada Ali adalah taat kepada Nabi dan kepada Allah. Beliau berulang kali mendengar Nabi berkata: ‘Sesiapa patuh kepada Ali, patuh kepada saya, dan yang patuh kepada saya patuh kepada Allah, sesiapa yang bermusuh dengan Ali bermusuh dengan saya, dan yang bermusuh dengan saya bermusuh dengan Allah.’
Setiap orang Iran, yang pergi ke Madina dan memelok Islam sama ada dimasa hayat Nabi atau selepasnya, patuh kepada perintah Nabi. Kerana sebab ini, khalifa kedua [Umar bin Khattab] menjadi tidak tahan dengan tindakkan mereka, dan mengenakan beberapa sekatan terhadap orang Iran. Kesusahan dan penderitaan inilah yang membibitkan kebencian di dalam hati mereka. Mereka mempersoalkan mengapa khalifa menafikan kepada mereka hak-hak sebagai seorang Islam terhadap perintah yang telah ditetapkan oleh Nabi.
ORANG IRAN BERTERIMA KASIH TERHADAP SIMPATI ALI.
Selain dari keadaan ini, orang Iran berterima kasih kepada Ali terhadap simpatinya mengenai layanan terhadap puteri-puteri Iran yang ditawan Arab. Apabila orang tawanan Mada’in [Taisfun] dibawa ke Madina, khalifa kedua memerintahkan kesemua tawanan wanita dijadikan hamba Muslim. Ali melarangnya dan berkata bahawa puteri-puteri dikecualikan dan perlu dihormati. Dua dari tawanan tersebut adalah anak perempuan Raja Yazdigerd, Iran dan tidak boleh dijadikan hamba. Khalifa bertanya apa yang perlu dilakukan. Ali berkata setiap mereka diperbolehkan memilih suami dari orang Islam. Dari itu, Shahzanan memilih Muhammad bin Abu Bakr [yang telah dibesar oleh Ali], puteri yang seorang lagi, Shahbahu, memilih Imam Husain, cucu Nabi. Keduanya pergi kerumah suami mereka setelah dinikahi dengan sah. Shahzanan melahirkan seorang anak lelaki, Qasim Faqih, bapa kepada Umme Farwa, ibu kepada Imam keenam Imam Jafar as-Sadiq. Imam Zain’ul-Abidin, Imam kami keempat, adalah anak Shahbanu. Maka ujudnya shia tiada ada kena mengena dengan masa Harun dan Ma’mun atau dengan pemerintahan Dinasti Safavid di Iran sebagaimana kamu katakan terdahulu. Ianya secara terbuka telah disebarkan pada kurun ke 7 sebelum kerajaan Safavid [ i.e. di kurun ke 4 H] apabila Dalamites [Buwayyid] memerintah. Dalam tahun 694 H kerajaan Iran diperintah oleh Ghazan Khan Mughul [yang nama Islamnya adalah Muhammad]. Semenjak masa itu, kepercayaan ahlul bayt Nabi diucapkan secara bebas, shia mula berkembang. Setelah kematian Ghazan Khan Mughul di tahun 707 H, saudaranya Muhammad Shah Khuda Bandeh menjadi pemerintah Iran. Dia mengadakan perbincangan diantara Allama Hilli seorang ulama shia, dengan Khwaja Nizamud-Din Abdul-Malik Maraghe’i, ketua mufti Shafii dan ulama sunni yang ter ulung diketika itu.
PERBINCANGAN ANTARA ALLAMA HILLI DENGAN KETUA MUFTI MENGENAI IMAMAH.
Tajuk perbincangan adalah Imamah. Allama telah menengahkan hujah yang bernas bahawa Ali adalah pengganti selepas Nabi, dan dengan meyakinkan telah mematahkan tuntutan pihak lawan, sehinggakan semua yang hadir benar-benar berpuas hati dengan penjelasan Allama. Khwaja Nizamud-Din mengakui bahawa hujah Allama tidak dapat dibantah. Tetapi dia mengatakan bahawa, oleh kerana dia telah mengikuti langkah-langkah mereka yang terdahulu, adalah tidak wajar untuk dia meninggalkannya sekarang. Dia rasakan adalah mustahak untuk mengekalkan perpaduan diantara muslim.
RAJA IRAN MENERIMA KEPERCAYAAN SHIA.
Raja mendengarkan kesemua hujah-hujah dengan penuh minat, menerima kedudukan shia itu sendiri, dan mengistiharkan shia di Iran. Dia kemudiannya mengarahkan kepada gabenor daerah bahawa pada setiap khutbah mingguan [syarahan dimasjid-masjid] hendaklah menyatakan hak Ali sebagai pengganti Nabi. Dia juga mengarah supaya kalimah dicetak pada dinar [wang emas] dengan cara sebegini: ‘La ilaha il’allah; Muhammadan Rasulullah; Aliyyan Waliullah,’ bermaksud, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasul Allah dan Ali adalah Wali Allah. Dengan cara ini akar shia telah berdiri dengan kukuhnya. Tujuh abad kemudian, apabila Raja Safavid berkuasa, awan-awan kekeliruan dan kefanatikan terus dibasmikan. Shia berkembang dimana-mana sahaja di Iran. Ya, masih terdapat penyembah api di Iran, dan juga, mereka yang memperbesarkan kedudukan Ali, dan menganggapnya tuhan. Tetapi mereka tidak boleh disamakan dengan kebanyakkan orang-orang Iran, yang beriman dengan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul yang terakhir. Mereka ini yang mengikut Ali dan sebelas dari keturunannya sebagaimana yang diperintah oleh Nabi.
Hafiz: Pelik sungguh walaupun kamu asalnya datang dari Hijaz, dan telah tinggal di Iran dalam waktu yang pendek, kamu masih menyokong Iran, dan mengatakan mereka pengikut Ali, seorang yang amat patuh kepada Allah. Tetapi shia Iran, setiap orang, menganggap Ali sebagai tuhan. Nah ini ada beberapa baris ayat dari hasil kerja penyair Iran yang menunjukkan pandangan mereka, sedang Ali sendiri kondem kepercayaan sebegitu. Diakhir ayat ini menunjukkan kata-kata Ali: ‘Siapa yang menolong dimasa kesusahan? Itu adalah saya, yang juga Allah! Itu adalah saya.’ Kata-kata seorang lagi penyair: ‘Menurut dari kepercayaan mereka yang berpengetahuan dan mengenali Allah, Allah adalah Ali, dan Ali adalah Allah.’
Shirazi: Mengapa sampai begini jadinya, dengan tidak membuat sebarang siasatan, kamu telah menuduh kesemua Iran menganggap Ali sebagai tuhan. Ulama kamu yang mengatakan kefanatikan yang sedemikian rupa. Mereka yang mengatakan bahawa shia adalah penyembah Ali dan dengan demikian mereka adalah kafir. Maka membunuh mereka adalah wajib. Akhirnya Muslim di Uzbekistan dan Turkestan dengan sewenang-wenangnya telah membunuh Muslim di Iran. Orang awam sunni kerap diseleweng oleh sebahagian dari ulama kamu, dan mereka menganggap orang-orang Iran kafir. Sejarah yang lalu, orang-orang kamu, Turkoman, telah menyerang kafila Iran berdekatan Khorasan, merampas dan membunuh orangnya, dan mereka telah mengatakan bahawa sesiapa membunuh tujuh Rafizi [shia], mereka akan masuk syurga. Kamu harus ingat bahawa tanggongan diatas setiap pembunuhan terletak juga diatas bahu setiap pemimpin kamu, yang memberitahu orang-orang sunni yang jahil bahawa shia menyembah Ali.
ISLAM MELARANG SOMBONG MENGENAI KETURUNAN.
Merujuk kepada perkara yang pertama, asal saya mempunyai petalian dengan Arab, Mekah dan Madina, mengapa saya perlu menyokong Iran, saya katakan kepada kamu bahawa saya tidak punya perasaan berpihak. Nabi kita ada berkata: ‘Arab tidak harus berbangga bahawa mereka lebih utama dari yang bukan Arab dan begitu juga sebaliknya, dan yang putih tidak harus berbangga terhadap keutamaan mereka diatas yang hitam, dan begitu juga yang sebaliknya. Keutamaan letaknya pada pengetahuan dan ketaqwaan. Di dalam al-Quran Allah berkata: ‘O Manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu berpuak-puak dan berkeluarga supaya kamu dapat mengenali diantara satu dengan lain, sesungguhnya yang paling utama daripada kamu disisi Allah adalah mereka yang diantara kamu yang paling berhati-hati [terhadap tugasnya].’ [49:13]
Juga pada Bab yang sama di dalam al-Quran, Dia berkata: ‘Yang beriman adalah bersaudara, maka berdamailah diantara saudara-saudara kamu dan berhati-hatilah [di dalam melaksakan tugasmu] pada Allah semoga rahmatnya diatas kamu.’ [49:10]
Makanya semua bangsa Asia, Afrika, Eropa, Amarika, yang putih, hitam, merah, kuning jika mereka Muslim maka mereka adalah bersaudara, dan tiada siapa yang boleh mengatakan dia lebih utama dari yang lain. Pemimpin Islam yang teragung, Rasul yang akhir telah bertindak diatas prinsip ini. Baginda telah menunjukkan kasih sayangnya kepada Salman Farsi dari Iran, Suhaib dari benua Asia kecil, Bilal dari Abyssinia. Sebaliknya baginda telah menolak Abu Lahab [yang namanya bererti bapa bagi api] bapa saudaranya sendiri yang telah dikutuk oleh surah al-Quran. [111:1]
ISLAM JUGA MENGHALANG PERKAUMAN.
Dunia telah melihat kekacauan yang paling dahsyat di negara barat, yang mana telah disebabkan oleh penindasan kaum. Dinegara tersebut orang berkulit hitam tidak dibenarkan di hotel, restaurant, gereja, dan ditempat perjumpaan orang kulit putih. Islam telah menghapuskan amalan tersebut 1 300 tahun dahulu, dan menyatakan bahawa semua Muslim tidak kira apa bangsanya, warna kulitnya, dan warganegara mana sekalipun ianya adalah bersaudara. Maka jika Arab telah menyeleweng, saya akan kutuk mereka, dan saya bersaudara dengan shia Iran yang lurus jalannya.
Kedua kamu telah menyamakan pelampau Iran dengan shia, yang berpegang kepada Tuhan yang Esa, dan telah mengikut Ali menurut yang diperintahkan oleh Nabi. Kami menganggap Ali sebagai seorang hamba Allah yang taat, dan yang telah dilantik oleh Allah sebagai pengganti Nabi.
KUTUKAN TERHADAP PELAMPAU.
Lebih-lebih lagi kami menolak mereka yang berkepercayaan yang bertentangan dengan kami, seperti Sabaiyya, Khitabiyya, Gharabiyya, Alawiyya, Mukhammasa, Bazighiyya, Nussairiyya, yang betaburan di dalam Iran, Mosul dan Syria. Kami shia berbeza dengan mereka, dan kami menganggap mereka kafir. Di dalam semua buku-buku yang ditulis oleh ulama shia dan juga ulama fiqh, puak Ghalis [pelampau] termasuk diantara mereka yang kafir, oleh kerana kepercayaan mereka bertentangan dengan shia. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa penyerapan roh kedalam jasad sesaorang adalah berkemungkinan [sebagaimana Jibril berada dihadapan Nabi dalam bentuk Dahiyya-e-kalbi], dan adalah kehendak Allah yang dia menjelma dalam bentuk manusia di dalam badan Ali. Atas sebab ini, mereka menganggap kedudukan Ali lebih tinggi dari Rasul. Khayalan yang sedemikian telah belaku dimasa hayat Ali. Sebahagian penduduk India dan Sudan datang kepada beliau dan mengatakan bahawa beliau adalah Allah.
Ali berulangkali melarang mereka dari pandangan tersebut, tetapi tidak berkesan. Akhirnya, sebagaimana telah tercatit di dalam sejarah, Ali telah mengarahkan mereka dibunuh didalam perigi yang penuh dengan asap. Peristiwa ini secara terperinci telah dinyatakan di dalam Baharul-Anwar, jilid VII, oleh seorang alim yang ulung, Agha Muhammad Baqir Majlisi. Amirul Mukminin dan Imam-Imam yang lain mengutuk keras manusia yang sedemikian. Ali berkata: ‘O Allah, saya amat membenci puak Ghullat [pelampau], sebagaimana Isa amat benci kepada kristian. Semoga Engkau mengabaikan mereka selamanya.’ Dilain ketika beliau berkata: ‘Terdapat dua golongan yang akan menderita kematian yang memalukan, dan saya tidak bertanggong jawab keatas mereka [kerana saya benci perbuatan mereka]; mereka yang melampaui batasan cintanya kepada saya, dan mereka adalah Ghullat [pelampau], dan mereka yang tanpa sebab apa juga telah bermusuhan dengan saya. Saya amat benci mereka yang telah melebih-lebihkan kedudukan saya dengan melampaui segala batasan, sebagaimana Isa membenci kristian.’
Beliau juga berkata: ‘Terdapat dua kumpulan berkaitan dengan saya yang akan menderitai kematian yang hina, satu terdiri dari mereka yang mengatakan sahabat tetapi telah memuji saya melampaui dari batasan yang diperbolehkan; dan yang satu lagi terdiri dari musuh-musuh yang menghina dan merendahkan kedudukan saya
Shia mengutuk mereka yang memuji Ali dan ahlul bayt melampaui dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya. Ulama kami sebulat suara mengatakan mereka semuanya kafir. Tidak dibenarkan untuk mengurus kematian mereka atau mengahwini mereka. Mereka juga dihalang dari mewarisi harta Muslim; sedekah, zakat tidak akan diberikan kepada mereka. Al-Quran mengutuk mereka dengan ayat ini:
‘Katakan, wahai ahli kitab, janganlah melampau di dalam beragama, dan janganlah mengikuti kemahuan yang rendah dari orang dahulu yang telah menyimpang dan menyesatkan orang ramai dan kini terus menyimpang dari jalan yang lurus.’ [5:80]
Allama Majlisi, di dalam Baharul-Anwar, jilid III, iaitu Ensiklopedia bagi kepercayaan shia, telah merakamkan banyak hadith mengutuk Ghullat [pelampau], Imam Jafar Sadiq disebutkan sebagai berkata: ‘Kami adalah hamba Allah, yang telah menjadikan kami dan meninggikan kami lebih dari makhluk-makhluk lain yang dijadikanNya. Pasti kami akan mati, dan akan mengadap kepada Allah untuk di adili. Sesiapa yang menjadi sahabat kepada Ghalis adalah musuh kami, dan sesiapa yang memusuhi mereka adalah sahabat kami. Ghalis adalah kafir dan musyrik, kutukan keatas mereka.’ Seorang ketua agama shia telah juga menyebutkan bahawa Imam yang sama telah berkata: ‘Kutukan Allah keatas mereka yang mengatakan Ke Esaan dan KeTuhanan untuk Ali. Demi Allah, Ali adalah seorang hamba Allah yang taat. Kutukan keatas mereka yang telah menghina kami; sebahagian manusia mengatakan sesuatu mengenai kami yang kami sendiri tidak ada menyebutnya. Kami mengistiharkan bahawa kami tidak punya hubungan dengan mereka.
Sheikh Saduq [Abu Jafar Muhammad bin Ali] seorang ahli fiqh shia yang dihormati, menyebut dari Zarara bin A’yun, seorang penilis shia yang dipercayai, juga seorang hafiz dan sahabat Imam Muhammad Baqir dan imam Jafar Sadiq, sebagai berkata: ‘Saya memberitahu Imam Jafar Sadiq bahawa seorang dari mereka yang beliau kenali mempercayai dalam Tufwiz [delegasi bagi penguasaan ilahi]. Imam berkata: ‘Apa yang dimaksudkan dengan Tufwiz?’ saya menjawab: ‘Orang itu berkata bahawa Allah menjadikan Muhammad dan Ali dan kemudian memberikan kepada mereka kuasaNya diatas segala urusan manusia. Maka mereka adalah yang menjadikan, yang memberi makanan, mereka yang mengerakkan dan mereka yang mematikan.’ Imam yang suci berkata: ‘Musuh Allah itu berdusta. Apabila kamu pergi semula kepadanya, bacakan kepadanya ayat ini dari al-Quran yang suci: ‘……atau adakah mereka telah adakan bagi Allah sekutu yang telah menjadikan kejadian ini sebagaimana Dia [telah jadikan], supaya apa yang telah dijadikan menjadi kekeliruan kepada mereka? Katakanlah: ‘Allah lah yang menjadikan segala sesuatu, dan Dia yang Esa, yang Agung.’ [13:16]
SHIA TERPISAH DARI GHALIS.
Kami shia terpisah dari Ghalis. Biarlah mereka mengatakan diri mereka shia. Allah, Nabi yang suci, Ali dan keturunan beliau bencikan mereka. Ali telah memenjarakan ketua kumpulan Ghullat selama tiga hari, dan memerintahkannya supaya bertaubat dari kezalimannya. Apabila dia menolak, Ali telah menyuruhnya dibakar sampai mati. Jika kamu tidak dapat mengadakan sebuah bukupun yang menyanjung Ghulat, maka kamu paling tidaknya mengutuk ulama yang tidak bertanggong jawab pada memesongkan tanggapan sunni mengenai shia.
PENJELASAN MENGENAI SANJUNGAN TERHADAP IMAM-IMAM.
Hafiz: Nasihat dari saudara berhak dipertimbangkan. Tetapi bolehkah kamu jelaskan beberapa perkara yang lain? Kamu selama ini telah mengatakan bahawa kamu tidak menyanjung sangat Imam-imam kamu. Kamu menganggap Ghullat sebagai hina dan hanya layak untuk neraka, tetapi kamu menggunakan ekspresi [ucapan] yang tidak bersesuaian mengenai Imam kamu. Kamu telah mengatakan: ‘Rahmat Allah keatas mereka,’ walaupun kamu mengetahui bahawa menurut al-Quran, ekspresi [sebutan] ini hanya diperuntukkan pada Nabi. Al-Quran berkata: ‘Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya dengan selawat yang sempurna.’ [33:56] Amalan kamu dengan jelas menyalahi perintah al-Quran. Ucapan kamu adalah suatu bidaa’.
Shirazi: Ayat ini tidak menghalang kita dari mensejahterakan mana-mana orang. Kita disuruh berselawat kepada Nabi. Di dalam ayat al-Quran yang lain Allah berkata: ‘Kesejahteraan keatas orang-orang Yasin [ahli Yasin],’ rujukan kepada keturunan Muhammad. Kepada nabi-nabi yang lain, kesejahteraan tidak diberikan kepada keturunan mereka dimana-mana ayat di dalam al-Quran. Kesejahteraan hanya diberikan kepada nabi-nabi Allah, ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Nuh diantara ummah-ummahnya.’ [37:79]; ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Ibrahim.’ [37:109]; ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Musa dan Harun.’ [37:120]
ORANG-ORANG YASIN DIRUJUK KEPADA ORANG-ORANG MUHAMMAD.
Kesemua pengulas dan ulama dari golongan kamu mengaku bahawa Allah telah memanggil nabi sebagai YaSin. Maka, ahli Yasin bererti ahli Muhammad. Diantara mereka yang menyebutnya, Ibn Hajar Makki ulama sunni yang membenci shia, berkata di dalam buku Sawaiq Muhriqa, dibawah ayat-ayat yang menyebutkan tentang kepujian terhadap ahli bayt, kumpulan pengulas itu menyebutkan dari Ibn Abbas sebagai berkata ahli Yasin bererti ahli Muhammad. Makanya salam, dan ucapan keamanan untuk ahli Yasin bererti salam untuk ahli Muhammad. Imam Fakhrud-Din Razi menulis: ‘Ahli Bayt Nabi adalah sama setaraf dengan baginda pada lima perkara:
1) Salam; salam untuk Nabi dan salam untuk ahli Yasin [ahli Muhammad] adalah perkara yang sama.
2) Selawat di dalam solat fardu untuk Nabi dan ahli baytnya adalah wajib.
3) Kesucian; Allah berkata di dalam surah ‘Ta Ha’ [20:1] ‘[Wahai Nabi] Bersih dan suci,’ ayat kesucian telah diwahyukan di dalam meninggikan ahli bayt
4) Diharamkan sedekah; Sedekah tidak boleh diterima sama ada oleh Nabi atau ahli baytnya.
5) Kecintaan; Kecintaan kepada Nabi bererti kecintaan kepada ahli baytnya. Allah yang Maha berkuasa telah berkata: ‘Katakan: jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, Allah akan mencintai kamu….’ [3:31] dan mengenai ahli bayt Allah berkata: ‘..Katakan: aku tidak meminta sebarang ganjaran untuknya tetapi kecintaan kepada kerabatku yang terdekat…’ [42:23]
SELAWAT KEPADA MUHAMNMAD DAN AHLI MUHAMMAD ADALAH SUNNAH DAN DI DALAM SOLAT IANYA ADALAH WAJIB.
Ramai mereka yang menyampaikan Hadith, terutama Bukhari di dalam sahihnya, jilid III, dan Muslim di dalam sahihnya, jilid I, Sulayman Balkhi di dalam buku ‘Yanabiul Mawadda, dan bahkan Hajar di dalam Sawaiq menyebutkan dari Ka’b bin Ajza sebagai berkata: ‘Apabila ayat: Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi…. [33:56] diwahyukan, kami bertanya kepada Nabi, ‘Bagaimana kami mendoakan kesejahteraan kami untuk kamu, ya Rasul Allah? Nabi menjawab, ‘Doakanlah kesejahteraan kamu begini: ‘Wahai Allah, sejahterakan Muhammad dan ahli Muhammad.’
Imam Fakhrud-Din Razi, di dalam jilid VI dari Tafsir-e-Kabir nya, juga telah menyebutkan hadith yang sama. Ibn Hajar, mengulas dari hadith itu, menunjukkan bahawa adalah jelas yang ucapan selawat untuk Nabi adalah sama dengan ucapan selawat kepada keturunannya juga. Dia juga menyebutkan yang Nabi sebagai berkata: ‘Janganlah selawat untuk ku dengan yang tidak sempurna,’ Apabila ditanya apa yang dimaksudkan dengan selawat yang ‘tidak sempurna’, baginda berkata: ‘Janganlah katakan, Wahai Allah sejahterakan Muhammad,' ’tetapi katakan: ‘Wahai Allah, sejahterakan Muhammad dan keturunannya.’
Dailami menulis bahawa Nabi berkata: ‘Doa kamu tinggal terhalang sehingga kita doakan kesejahteraan kepada Nabi dan ahlinya.’ Shafii berkata, ‘Wahai ahli bayt! Di dalam al-Quran Allah telah menjadikan kecintaan kepada kamu sebagai wajib kepada kita. Mengenai kemuliaan dan ketinggian kedudukan kamu, adalah memadai untuk mengetahui bahawa jika sesaorang tidak mendoakan kepada ilahi untuk kesejateraan kamu, solatnya tidak akan diterima.’ Jika doa untuk mensejahterakan Nabi dan keturunannya dengan sengaja ditinggalkan di dalam solat, maka solat itu ditolak. Dan Nabi telah berkata: ‘Solat itu adalah tiang bagi keimanan; jika solat itu diterima, kesemua amalan lain akan diterima, jika ianya ditolak, maka semua amalan lain akan ditolak.
Untuk mendoakan kepada Allah akan kesejahteraan ahli bayt adalah sunnah dan adalah bentuk doa yang dilaksanakan oleh Nabi sendiri. Kami merasa bangga untuk melakukan apa yang disuruh oleh al-Quran dan juga Nabi.