50%
DIALOG SUNNI-SHIA

HADITH MEMBAIKI KASUT ADALAH BUKTI YANG AMAT JELAS TERHADAP IMAMI DAN KHALIFANYA ALI.
Hadith membaiki kasut adalah bukti yang amat jelas terhadap Imam dan khalifanya Ali.

Shia membuat carian dan pertanyan kepada peristiwa yang telah lalu 1 400 tahun dahulu. Dengan pengetahuan ayat-ayat al-Quran dan buku-buku sahih dari kedua golongan ulama, mereka telah membuat rumusan yang adil. Kami percaya bahawa, walaupun pada sejarah Ali telah diberikan kedudukan keempat, satu kedudukan yang kelihatan rendah, tetapi ianya tidak memberi kesan kepada kecemerlangannya tidak juga memperkecilkan pentingnya hadith yang membuktikan hak dia yang sebenar sebagai pengganti nabi.

Kami juga mengakui bahawa fakta yang telah dirakamkan oleh sejarah bahawa Abu Bakr [melalui cara politik] telah dilantik khalifa di Saqifa dengan ketiadaan Ali, Bani Hashim dan sahabat nabi yang terkenal lainnya, walaupun dengan bantahan kaum Ansar Khazraj. Selepas itu adalah melalui diktator perseorangan maka Umar dan Uthman memenuhi kerusi khalifa. Tetapi terdapat perbezaan. Mereka ini adalah khalifa ummah; penyokong mereka telah menjadikan mereka khalifa. Sebaliknya Amirul-Mukminin Ali adalah khalifa nabi dan telah dilantik oleh Allah dan nabi untuk menjadi wazir.

Sheikh: Ini sesuatu tidak baik dari kamu. Tidak ada perbezaan diantara mereka. Manusia sama yang telah membuat keputusan untuk memberikan kedudukan khalifa kepada tiga orang khalifa: Abu Bakr, Umar, Uthman juga menyerahkannya kepada Ali.

CARA PERLANTIKKAN YANG BERBEZA DARI TIGA KHALIFA PERTAMA ADALAH BUKTI KEPADA TIDAK SAHNYA KHALIFA MEREKA.
Shirazi: Terdapat banyak perbezaan yang jelas dalam cara melantik khalifa. Pertama, kamu merujuk kepada ijma. Adalah perlu untuk mengulangi tujuan maksud saya. Saya telah buktikan pada malam yang terdahulu isu ijma tidak berasas. Tidak terdapat keputusan sebulat suara mengenai kedudukan khalifa setiap mereka.

BUKTI YANG LAIN PADA TIDAK SAHNYA IJMA.
Kedua, jika kamu bergantung kepada ijma sebagai asas kepada khalifa dan menganggapnya dibolehkan dari pihak Allah dan juga nabi maka apabila khalifa mati, ummah hendaklah berkumpul semula untuk melantik khalifa lagi. Sesiapa yang dilantik dengan sebulat suara boleh menjadi khalifa ummah [ya bukannya khalifa nabi Allah] Dan prosedur ini hendaklah diikuti sepanjang zaman.

Kamu hendaklah mengakui bahawa ijma yang sedemikian tidak pernah diadakan. Walaupun ijma yang tidak sempurna, yang mana Bani Hashim dan Ansar tidak hadir, tidak diadakan untuk sesiapa melainkan [katakanlah] Abu Bakr bin Abi Qahafa. Khalifa Umar, menurut pendapat ahli sejarah islam, telah diasaskan pada keputusan seorang Abu Bakr bin Qahafa. Jika ijma diperlukan kepada perlantikan khalifa, mengapa ianya tidak diadakan masa melantik khalifa Umar, dan kenapa pendapat ijma tidak didapatkan selepas itu?

Sheikh: Telah nyata bahawa apabila Abu Bakr telah dijadikan khalifa melalui ijma, keputusan bagi khalifa untuk melantik penggantinya adalah sah. Tidak ada perlunya pada memanggil ijma. Bahkan keputusan khalifa pada melantik khalifa selepasnya adalah pada asasnya telah mencukupi. Hak ini telah diberikan kepada khalifa bahawa dia hendaklah melantik khalifa selepasnya supaya manusia tidak dijadikan di dalam kekacauan dan kebingungan. Apabila khalifa yang diterima Abu Bakr melantik melalui persetujuan umum Umar sebagai khalifa selepasnya, dia menjadi khalifa nabi yang sah.

NABI MELANTIK ALI DIKETEPIKAN DAN ABU BAKR MELANTIK UMAR DISOKONG.
Shirazi: Kami percaya bahawa khalifa yang diterima mempunyai hak melantik penggantinya. Adalah tanggong jawabnya tidak meninggalkan ummah binggung dan tanpa petunjuk, dan keputusannya mencukupi kepada perlantikkan khalifa. Tetapi jika kamu percayakan ini, mengapa kamu menafikan nabi akan haknya? Dan mengapa kamu mengabaikan semua petunjuk yang jelas yang nabi telah tekankan berkali-kali dan menyampaikan diberbagai keadaan, menamakan Ali sebagai penggantinya, dan semuanya ada tertulis di dalam buku-buku sahih kamu. Kamu hanya melincung ketepi apabila isu ini ditimbulkan dan ketengahkan penterjemahan yang tidak berkaitan sebagaimana yang dilakukan Ibn Abil-Hadid apabila menolak hadith dari Umme Salma diatas dasar yang tidak munasabah.

Lebih lagi atas dasar apa kamu katakan bahawa khalifa pertama yang dilantik oleh ijma, mempunyai hak untuk melantik penggantinya. Adakah nabi meninggalkan sebarang arahan untuk itu? Tidak. Kamu juga mengatakan apabila khalifa pertama memantapkan kedudukannya melalui ijma, tidak ada perlunya melantik lain khalifa melalui ijma. Khalifa yang sama mempunyai kuasa dari ummah untuk melantik khalifa selepasnya.

BANTAHAN TERHADAP BADAN PERUNDINGAN.
Jika begitu, mengapa prisip itu digunakan untuk khalifa Umar sahaja? Untuk khalifa Uthman prinsip ini telah tidak diikuti. Sepatutnya dia melantik khalifa selepasnya, Umar kini telah meninggalkan persoalan yang perlu diputuskan oleh badan perundingan yang mengandungi enam ahli. Saya tidak tahu apakah yang kamu anggap sebagai prinsip dimana pemilihan khalifa telah diasaskan. Kamu sedia maklum jika ada perbezaan asas di dalam penghujahan, isu yang sebenar menjadi batal.

Jika pendirian kamu bahawa asas khalifa adalah ijma maka keseluruh ummah hendaklah membuat keputusan [tidak perlulah disebut fakta sebenar bahawa ijma tidak pernah diadakan untuk khalifa Abu Bakr] jadi mengapa ijma yang sedemikian tidak diadakan untuk khalifa Umar? Jika kamu menganggap ijma adalah perlu hanya kepada khalifa pertama, dan pada perlantikkan khalifa seterusnya keputusan khalifa yang ada telah mencukupi, jadi mengapa prinsip ini tidak diikuti di dalam kes Uthman? Mengapa khalifa Umar meninggalkan prinsip yang diadakah oleh Abu Bakr? Mengapa dia meninggalkan pemilihan khalifa kepada Majlis-e-Shura? Khalifa Umar sesuka hati memilih kommiti yang dengannya perlu ada badan perwakilan bagi ummah [supaya dengannya ada sedikit perwakilan dan pandangan dari yang ramai]

BANTAHAN TERHADAP ABDUR-RAHMAN BIN AUF SEBAGAI PEMUTUSKATA.
Perkara yang paling aneh adalah bahawa kesemua hak ahli kommiti telah dijadikan dibawah Abdur-Rahman bin Auf. Kami tidak tahu atas dasar apa Abdur-Rahman bin Auf dipilih. Adakah atas agama, reputasi, pengetahuan atau kejayaan? Yang kami pasti dia adalah kerabat terdekat Uthman dan tidak akan menyokong sesiapa melainkan dia. Ianya telah diputuskan bahawa Abdur-Rahman adalah benar, dan apabila dia memberikan bai’ah kepada sesiapa yang lain hendaklah ikut.

MENURUT NABI, ALI HENDAKLAH DIIKUTI DI DALAM MERUJUK KEPADA SEMUA YANG LAIN.
Apabila kita pertimbangkan perkara ini dengan tiliti, kami dapati ini adalah arahan diktator yang menyamar dengan nama shura. Bahkan hari ini kita lihat bahawa prinsip demokrasi sepenuhnya bertentangan dengan prinsip itu. Tetapi nabi berulang kali berkata: ‘Ali berputar sekeliling kebenaran dan kebenaran berputar keliling Ali.’ Nabi juga berkata: ‘Ali adalah ‘Faruq’ pemisah bagi ummah yang membahagikan diantara benar dan salah.’ Hakim di dalam Mustadrak, Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilya; Tabrani di dalam Ausat; Ibn Asakir di dalam Ta’rikh; Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra; Hamwaini di dalam Fara’id; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Suyuti di dalam Durru’l-Mansur menyampaikan dari Ibn Abbas, Salman, Abu Dharr dan Hudhaifa bahawa nabi berkata: ‘Sejurus selepas saya, kekacauan akan berlaku. Pada ketika itu adalah perlu untuk kamu berdamping dengan Ali Ibn Abi Talib, oleh kerana dia adalah orang pertama yang berjabat tangan dengan saya dihari pengadilan. Dia adalah yang paling benar dan ‘Faruq’ bagi ummah; dia membahagikan diantara yang benar dengan yang salah, dia adalah ketua bagi yang beriman.

Menurut hadith dari Ammar Yasir [yang mana saya telah rujuk dahulu dengan mendalam puncanya] nabi telah berkata: ‘Jika semua orang pergi kesatu arah dan Ali pergi kearah berlainan, kamu hendaklah mengikut Ali dan tinggalkan yang lain. Wahai Ammar! Ali tidak akan menyesatkan kamu dan tidak akan membawa kamu kepada kemusnahan. Wahai Ammar! Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya, dan patuh kepada saya adalah patuh kepada Allah.’

KEKEJAMAN YANG AMAT SANGAT TELAH DILAKUKAN OLEH UMAR KEPADA AMIRUL-MUKMININ.
Walaupun begitu, khalifa Umar, telah melanggar arahan nabi, menjadikan Ali dibawah Abdur-Rahman bin Auf di dalam shura. Adakah penguasaan itu betul dengan merendahkan sahabat yang terkenal? Tuan yang dihormati! Berlaku adillah! Selidiklah kejadian sejarah di era ini seperti Isti’ab, Isaba dan Hilyatu’l-Auliya. Kemudian bandingkan Ali dengan Abdur-Rahman, dan lihatlah siapa yang lebih berhak kepada undian veto dia atau Amirul-Mukminin. Kamu akan dapati melalui komplot politik hak Ali telah dirampas.

Lebih-lebih lagi, jika cara pemilihan yang diguna pakai khalifa Umar adalah wajar diikuti, iaitu Majlis-e-Shura adalah perlu untuk melantik khalifa, mengapa ianya tidak dilakukan apabila Amirul-Mukminin dijadi khalifa?

Adalah pelik bahawa untuk kedudukan bagi keempat khalifa [Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali] empat cara yang belainan telah diguna pakai.Sekarang cara yang mana pada asasnya adalah betul dan cara mana yang salah? Jika kamu kata kesemuanya adalah betul, maka kamu kena akui kamu tidak punya prinsip asas pada perlantikkan kedudukan khalifa.

Sheikh: Mungkin kenyataan kamu betul. Kamu katakan kami perlu selidikki persoalan ini. Kami dapati bahawa kedudukan khalifa Ali juga meragukan keadaannya, oleh kerana ijma yang sama yang melantik khalifa terdahulu Abu Bakr, Umar dan Uthman, ijma itu juga yang melantik Ali.

Shirazi: Apa yang kamu katakan mungkin boleh dipertikaikan jika ianya bukan dari kenyataan nabi. Yang sebenarnya khalifa Ali tidak bergantung kepada ijma ummah. Ianya adalah perlantikkan Allah.

KHALIFA ALI ADALAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH.
Imam yang suci mengambil kedudukan khalifa adalah umpama mengambil haknya yang sah. Jika hak sesaorang telah dirampas, dia boleh mengambilnya kembali pada bila-bila masa yang dia berkesempatan melakukannya. Begitulah, apabila tidak ada rintangan dan keadaan menghendakkinya, Imam yang suci mengambil haknya.

Jika kamu telah lupa maksud yang saya telah sampaikan dahulu, kamu boleh merujuk surat khabar yang melaporkan maklumat yang saya telah bentangkan mengenai isu ini. Kami telah buktikan bahawa Ali menduduki kedudukan khalifa berasaskan ayat al-Quran dan juga hadith nabi.

Kamu tidak dapat menyebutkan satu hadith yang diterima oleh kedua golongan yang mana nabi berkata bahawa Abu Bakr, Umar atau Uthman adalah penggantinya. Sudah tentu selain dari hadith dari buku shia, terdapat juga hadith yang banyak dari nabi yang telah dirakamkan oleh buku sahih kamu, yang menunjukkan bahawa nabi secara khusus melantik Ali sebagai penggantinya.

Sheikh: Terdapat juga hadith yang menunjukkan bahawa nabi berkata Abu Bakr adalah juga khalifanya

Shirazi: Nampaknya kamu telah terlupa pada hujah saya terdahulu yang menolak penerimaan hadith tersebut. Saya akan, bagaimana pun menjawab sekali lagi malam ini. Sheikh Mujaddidu’din Firuzabadi, pengarang Qamusu’l-Lughat berkata di dalam Kitab-e-Safaru’s-Sa’adat: ‘Apa sahaja yang telah dikatakan pada memuji Abu Bakr adalah berasaskan pada cerita rekaan dimana minda yang waras tidak dapat menerimannya sebagai benar,’

Jika kamu teliti masalah kedudukan khalifa, kamu akan dapati bahawa tidak terdapat ijma yang sebenar untuk mana-mana khalifa empat yang pertama [Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali] atau untuk mana-mana khalifa Umayya dan Abbasid. Ummah tidak pernah berkumpul dan tidak juga diwakil berkumpul yang memberikan undian mereka.Tetapi jika dikatakan secara perbandingan, kita dapati khalifa Ali telah disokong oleh apa yang dikatakan hampir kepada ijma.

Ahli sejarah dan ulama kamu menulis bahawa untuk khalifa Abu Bakr pada mulanya hanya Umar dan Abu Ubaida Jarra, penggali kubur, yang hadir. Kemudian beberapa orang dari kaum Aus memberikan bai’ah kepadanya oleh sebab mereka ditentang oleh kaum Khazraj yang telah melantik Sa’d bin Ubaida sebagai calon. Kemudian yang lain melalui kekerasan, [sebagaimana saya telah nyatakan secara mendalam dahulu] ada kumpulan yang digerakkan oleh pertimbangan politik telah memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Pihak Ansar yang mengikuti Sa’d bin Ubaida tidak mengiktiraf khalifa sehingga saat terakhir.

Kemudian khalifa Umar yang telah dilantik hanya dengan cadangan Abu Bakr, dan tidak ada kena mengena dengan ijma. Uthman yang berikutnya menjadi khalifa melalui keputusan Majlis-e-shura yang telah ditubuhkan secara paksa oleh khalifa Umar.

Pada masa khalifa Ali kebanyakkan perwakilan dari kebanyakan negeri islam, dengan tidak secara langsung berada di Madina kerana hendak mencari penyelesian terhadap masalah mereka, telah mendesak Ali supaya menjadi khalifa.

Nawab: Adakah perwakilan dari negara islam berkumpul di Madina untuk tujuan malantik khalifa mereka?

Shirazi: Tidak, khalifa Uthman masih khalifa. Perwakilah dari kebanyakkan negara islam, suku kaum dan puak berkumpul di Madina untuk mengadu mengenai orang kenama Umayya, gabenor, pegawai kerajaan, orang kenamaan istana seperti Marwan dan lainnya. Keputusan dari ijma ini bahawa Uthman yang berkeras dengan polisi penindasannya telah dibunuh.

Selepas kejadian ini bahawa penduduk Madina bertemu dengan Ali dan dengan desakan membawa dia ke masjid, dimana manusia memberikan bai’ah kepadanya. Ijam yang begini terbuka telah tidak berlaku pada mana-mana khalifa yang tiga terdahulu. Penduduk Madina dan ketua negara telah memberikan bai’ah kepada orang perseorangan dan mengiktirafnya sebagai khalifa mereka.

ASAS SEBENAR KHALIFA ALI BUKAN IJMA TETAPI PENGISTIHARAN NABI.
Walaupun ijma telah diadakan untuk Amirul-Mukminin, kami tidak menganggap itu sebagai asas khalifanya. Untuk mengesahkan kedudukan khalifanya kami bergantung pada al-Quran dan juga perintah nabi. Itu adalah amalan para nabi bahawa mereka sendiri, dengan mematuhi perintah Allah, telah melantik pengganti mereka dan juga khalifa.

Kamu katakan tidak ada perbezaan diantara Amirul-Mukminin, dan khalifa yang lain. Dan bahkan terdapat banyak petunjuk bahawa adanya perbezaan yang besar diantara Ali dengan khalifa yang lain.

ALI LEBIH CEMERLANG DARI KHALIFA YANG LAIN.
Ciri pertama yang menjadikan Amirul-Mukminin lebih berwibawa dari khalifa yang lainnya adalah dia dilantik sebagai pengganti nabi oleh Allah dan rasulNya. Yang lainnya dilantik oleh sekumpulan kecil manusia. Sudah pasti khalifa yang dilantik oleh Allah dan rasulNya adalah lebih cemerlang dari mereka yang telah dilantik oleh manusia. Sifat Amirul-Mukminin yang terpuji adalah paling berpengetahuan, mulia dan wara’. Semua ulama dari ummah [melainkan sebilangan kecil Khariji dan Nasibi, dan pengikut Abu bakr] semuanya sependapat di dalam pandangan mereka bahawa selepas nabi, Ali mendahului semua yang lain di dalam pengetahuan, kemuliaan, keadilan, kebangsawanan dan kewara’an.

Di dalam menyokong fakta ini, saya telah menyebutkan dahulu beberapa hadith dan ayat al-Quran. Sekarang saya teringat beberapa hadith lagi dengan maksud ini.

HADITH NABI MENGENAI KECEMERLANGAN ALI.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Abu’l-Mu’ayyid Muwaffaq Ibn Ahmad Khawarizmi di dalam bab keempat Manaqib; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Hafiz Abu Bakr Baihaqi Shafi’i di dalam Sunan, dan ramai lagi telah menyampaikan dari nabi dengan perbezaan perkataan dan versinya sedikit, bahawa dia berlata: ‘Ali diantara kamu adalah yang paling terpelajar, yang paling mulia dan yang pengadil yang terbaik. Sesiapa yang menolak kenyataannya, amalannya atau pendapatnya, sebenarnya telah menolak saya. Sesiapa yang menolak saya, telah menolak Allah, dan dia di dalam lingkungan yang kafir.’ Labih lagi, Ibn Abil-Hadid ulama kamu yang terkenal telah menulis dibeberapa tempat di dalam Sharh-Nahjul-Balagha bahawa cemerlangnya Amirul-Mukminin Ali telah diakui oleh ramai para sahabat dan pengikut. Sheikh dari Baghdada juga mengakuinya.

Sila beritahu kami apa yang kamu pertimbangkan di dalam kemuliaan sesaorang yang menjadikan dia lebih cemerlang dari yang lain?

Sheikh: Sebenarnya terdapat banyak kemuliaan dan kualiti yang terpuji yang boleh dikatakan cemerlang dari yang lain, tetapi pendapat saya kualiti yang paling menyinar selepas percaya kepada Allah dan nabiNya adalah [1] keturunan yang suci [2] pengetahuan [3] wara’

Shirazi: Allah merahmati kamu! Saya akan hadkan perbincangan pada tiga tujuan ini.

Sebenarnya setiap sahabat, sama ada dia khalifa atau tidak, mempunyai kualiti baik tertentu. Tetapi mereka yang memilikki semua kemuliaan ini sudah pastinya lebih cemerlang dari yang lain semua. Jika saya buktikan ketiga ciri-ciri ini terdapat pada Amirul-Mukminin yang melebihi dari yang lain, maka kamu hendaklah mengakui orang yang suci ini adalah lebih berhak kepada tuntutan khalifa. Dan jika dia dihalang dari kedudukan tersebut, itu adalah disebabkan oleh helah politik.

KETURUNAN ALI YANG SUCI.
Di dalam perkara keturunan dengan pengecualian nabi, tiada siapa yang boleh dibandingkan dengan Ali. Bahkan sebahagian dari ulama yang fanatik seperti Ala’u’d-din Mulla Ali Bin Muhammad Ushji, Abu Uthman Amr Bin Bahr Jahiz Nasibi, dan Sa’idu’d-din Mas’ud Bin Umar Taftazani telah berkata: ‘Kami amat kagum pada perkataan Ali yang mengatakan, ‘Kami adalah ahli bayt nabi. Tiada siapa dapat dibandingkan dengan kami.’

Juga di dalam syarahan kedua Nahjul-Balagha Imam yang suci selepas menerima kedudukan khalifa berkata: ‘Tiada siapa dari ummah ini boleh dibandingkan dengan kelurga Muhammad. Bagaimana mungkin mereka [ummah] yang menerima rahmat, pengetahuan dan kebajikan dari mereka [ahli bayt] sama dengan mereka [ahli bayt]? Mereka adalah pengasas bagi agama dan tiang bagi keimanan. Mereka [ummah] yang menyimpang dari jalan yang benar berpaling kepada mereka [ahli bayt], dan mereka [ummah] yang tertinggal dibelakang, cepatlah maju untuk berdampingan dengan mereka [ahli bayt] Hanya mereka sahaja yang mempunyai hak yang khusus pada Imami dan wazir. Hanya untuk mereka sahaja yang nabi membuat wasiat. Mereka adalah pewaris nabi yang sebenar. Sekarang hak sebenar telah dipulangkan kepada penuntut hak yang sah dan telah sampai ditempat yang dimana ianya telah dipindahkan.’

Kenyataan Amirul-Mukminin mengenai tuntutannya pada kedudukan khalifa adalah bukti yang terbaik menunjukkan haknya pada kedudukan itu.

Tetapi kata-kata ini tidak dinyatakan oleh Amirul-Mukminin sahaja. Bahkan penentangnya juga telah mengakui perkara yang sama. Saya telah tunjukkan pada malam yang lalu bahawa Mir Seyyed Ali Hamdani mengatakan di dalam Mawaddatu’l-Qurba Mawadda 7, dari Abi Wa’il, yang mengatakan bahawa Abdullah Bin Umar berkata, ‘Di dalam menunjukkan para sahabat nabi, kami sebutkan nama Abu Bakr, Umar dan Uthman. Seorang bertanya dimana nama Ali. Kami katakan, ‘Ali tergolong di dalam ahli bayt nabi, dan tiada siapa yang boleh dibandingkan dengan dia; dia adalah bersama dengan nabi Allah pada kedudukan.’

Juga dia mengatakan dari Ahmad Bin Muhammad Kurgi Baghdadi, yang berkata bahawa Abdullah Bin Ahmad Hanbal berkata mengenai sahabat yang layak dipuji, dia namakan Abu Bakr, Umar dan Uthman. Dia kemudian ditanya apakah pendapatnya mengenai Ali Ibn Abi Talib. Ahmad bin Hanbal berkata, ‘Dia tergolong di dalam ahli bayt. Yang lain tidak boleh dibandingkan dengan dia.’

Mengenai keturuan Ali, ianya mempunyai dua aspek, satu dari cahaya dan satu lagi bagi jasad. Maka dalam aspek ini Ali mempunyai kedudukan yang unik selepas nabi Allah.

KEJADIAN ALI DARI CAHAYA DAN PENYATUANNYA DENGAN NABI.
Dari sudut pandangan cahaya, Amirul-Mukminin menduduki tempat yang pertama, sebagaimana banyak dari ulama kamu telah katakan. Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Mir Seyyed Ali Hamdani Faqih Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba; Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib dan Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul Fi Manaqib-e-alu’r-Rasul menyampaikan dai nabi yang berkata, ‘Saya dan Ali Ibn Abi Talib adalah dari cahaya yang sama di hadrat Allah 14 000 tahun sebelum kajadian Adam. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia meletakkan cahaya ini pada tempat peranakkan Adam. Kami tinggal kekal bersama sebagai satu cahaya sehingga kami dipisahkan ditempat peranakan Abul-Muttalib. Kemudian saya dianugerahkan dengan kenabian dan Ali dengan khalifa.’

Mir Seyyed Ali Hamdani Faqih Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda VII, menyebutkan perkara ini. ‘Ali dan nabi adalah dari cahaya yang sama. Ali telah dianugerahkan dengan kualiti yang mana tidak diberikan kepada semua manusia yang lain di dalam dunia ini.’

Diantara hadith yang telah dirakamkan di dalam Mawadda ini, terdapat kenyataan dari khalifa ketiga Uthman bin Affan, yang berkata bahawa nabi telah berkata, ‘Saya dan Ali telah dijadikan dari satu cahaya 4 000 tahun sebelum di jadikan Adam. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia memasukkan cahaya ini ditempat peranakan Adam. Kami tinggal sebagai satu cahaya sehingga kami dipisahkan ditempat peranakan Abdul-Muttalib. Kemudian saya dianugerahkan dengan kenabian dan Ali dengan wazir.’

Di dalam hadith yang lain dia menulis bahawa nabi, kepada Ali dia berkata, ‘Maka kenabian dan kerasulan datang kepada saya. Wazir dan Imami datang kepada kamu, Ali.’

Hadith yang sama telah disampaikan oleh Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 450 (dicetak di Egypt) dari pengarang buku Kitab-e-Firdaus. Juga Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bahagian I, menyatakan dari Jam’u’l-Fawa’id, Manaqib oleh Ibn Maghazili Shafi’i, Firdaus oleh Dailami, Fara’idu’s-Simtain oleh Hamwaini dan Manaqib oleh Khawarizmi, dengan sedikit perbezaan pada perkataan tetapi tidak pada maksud, bahawa nabi Muhammad dan Ali telah dijadikan dari cahaya ribuan tahun sebelum kejadian cakrawala dan kedua mereka adalah dari satu cahaya sehingga mereka dipisahkan dari satu sama lain pada tempat peranakan Abdul-Muttalib. Satu bahagian pada tempat peranakan Abdullah dan melaluinya nabi telah dilahirkan. Yang satu lagi telah ditempatkan ditempat peranakan Abu Talib dan melaluinya Ali dilahirkan. Muhammad telah dipilih sebagai nabi dan Ali sebagai wazir, sebagaimana telah dinyatakan oleh nabi sendiri.

Abu’l-Mu’ayyid Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi dan ramai yang lain lagi telah nyatakan dari punca yang dipercayai bahawa nabi telah berkata, ‘Saya dan Ali telah dilahirkan dari satu cahaya,. Kami tinggal bersama sehingga kami sampai ketempat peranakan Abdul-Muttalib dimana kami berpisah.’

KETURUNAN ALI SECARA FISIKAL.
Dari segi keturunan Ali secara fisikal, bukti yang jelas keturunan dia yang paling tinggi dan suci dari segi kedudukan dari sebelah bapa dan juga dipihak ibu. Kesemua mereka yang terdahulu sehingga ke Adam adalah penyembah tuhan yang satu Cahaya ini tidak pernah sampai kepada mana-mana tempat peranakan yang tidak suci. Tidak ada dari sahabat yang lain dapat mengatakan yang sedemikian. Jalinan keturunan Ali adalah seperti berikut: (1) Ali Bin (2) Abu Talib Bin (3) Abdu’l-Muttalib (4) Hashim (5) Abd-e-Manaf (6) Qusai (7) Kilab (8) Murra (9) Ka’b (10) Luwai (11) Ghalib (12) Fehr (13) Malik (14) Nazr (15) Kinana (16) Khazima (17) Madreka (18) Ilyas (19) Muzar (20) Nizar (21) Ma’d (22) Adnan (23) Awwad (24) Al-Yasa’ (25) Al-Hamis (26) Bunt (27) Sulayman (28) Haml (29) Qidar (30) Isma’il (31) Ibrahim Khalil-Ullah (32) Ta’rikh (33) Tahur (34) Sharu (35) Abraghu (36) Taligh (37) Abir (38) Shale’ (39) Arfakhad (40) Sam (41) Noah (42) Lumuk (43) Mutu Shalkh (44) Akhnukh (45) Yarad (46) Mahla’il (47) Qinan (48) Anush (49) Seth (50) Adam Abu’l-Bashir.

Melainkan nabi, tiada yang lain mempunyai keturunan yang begitu mulia.

AZAR BUKAN BAPA IBRAHIM.
Sheikh: Kamu telah katakan bahawa kesemua keturunan Ali adalah penyembah tuhan yang satu, saya fikir awak sudah salah. Sebahagian dari keturunannya adalah penyembah berhala. Sebagai contoh bapa Ibrahim Khalillulah, Azar, penyembah berhala. Al-Quran dengan jelas berkata: ‘Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar: Adakah kamu mengambil berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya saya lihat kamu dan orang-orang kamu di dalam kesesatan yang nyata.’

Shirazi: Kamu hanya mengulangi apa orang yang terdahulu dari kamu telah katakan, walaupun kamu tahu bahawa pakar dari segi sains keturunan semuanya bersetuju bahawa bapa Ibrahim adalah Tarukh, bukannya Azar.

Sheikh: Tetapi itu adalah ijtihad [hujah berasaskan pertimbangan minda sendiri] berhadapan dengan kenyataan tuhan. Kamu mengemukakan pandangan pakar kaji keturunan di dalam menentang al-Quran, yang dengan jelas telah mengatakan bahawa bapa Ibrahim adalah Azar, penyembah berhala.

Shirazi: Saya tidak pernah berhujah menentang perundangan tuhan. Tujuan saya untuk mengetahui penterjemahan al-Quran yang sebenarnya. Untuk mencapai kepada maksud tujuan itu saya mencari petunjuk dari mereka yang sama dengan al-Quran sebagai punca petunjuk; ahli bayt nabi. Perkataan yang digunakan di dalam al-Quran mempunyai maksud umum, kerana di dalam pengertian umum walaupun bapa saudara dan saudara sebelah ibu juga dipanggil ‘bapa’.

Terdapat dua pandangan mengenai Azar. Pertama bahawa dia adalah bapa saudara Ibrahim dan kedua adalah, selain dari bapa saudara, setelah bapa Ibrahim, Tarukh, meninggal dunia dia telah mengahwini ibu Ibrahim. Maka Ibrahim biasa memanggilnya bapa, kerana dia telah menjadi suami kepada ibunya.

Sheikh: kita tidak boleh mengenepikan maksud al-Quran yang jelas, melainkan kita jumpa maksud yang lain di dalam al-Quran itu sendiri, yang menunjukkan dengan jelas bahawa bapa saudara atau suami ibu dipanggil juga ‘bapa’. Jika kamu gagal untuk membukti keterangan yang begitu [dan pastinya kamu akan gagal] maka kenyataan kamu tidak boleh diterima.

Shirazi: Terdapat ada ketika di dalam al-Quran dimana perkataan telah digunakan yang tujuan maksudnya adalah umum. Sebagai contoh, ayat 133 Surah 2, Baqara, dari al-Quran telah menyokong maksud saya. Ianya merakamkan soal jawab nabi Yaqub dengan anak-anaknya, pada saat kematiannya. Ianya berbunyi, 'Apabila dia berkata kepada anaknya: Siapa yang akan kamu patuhi selepas aku? Mereka berkata: Kami akan patuh kepada tuhan kamu dan tuhan bapa kamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, tuhan yang esa, dan kepada Dia kami menyerah.’ [2:133]

Di dalam ayat ini pembutian pada kenyataan saya adalah perkataan Ismail. Menurut al-Quran, bapa nabi Yaqub adalah Ishak dan Ismail adalah bapa saudaranya, tetapi, menurut amalan umum, dia biasa memanggilnya bapa. Oleh kerana anak Yaqub juga menurut amalan biasa, memanggil bapa saudara mereka bapa, maka mereka menggunakan perkataan yang sama ketika menjawab kepada bapanya. Tuhan menyampaikan soal jawab mereka seperti mana ianya berlaku. Begitu juga Ibrahim biasa memanggil bapa saudaranya dan juga suami ibunya ‘bapa’, walaupun, menurut bukti yang kukuh dari sejarah dan pakar keturunan, telah diakui sebagai fakta bahawa bapa Ibrahim bukan Azar tetapi Tarukh.

BAPA DAN IBU NABI BUKANLAH MUSYIRIK TETAPI MEREKA ADALAH YANG BERIMAN.
Bukti kedua pada fakta bahawa keturunan nabi bukanlah musyirik dan kafir adalah ayat 219 dari surah 26 as-Shu’ara yang berbunyi, ‘dan kamu berpusing semula dan berpusing semula diantara mereka yang sujudkan diri mereka kepada Allah.’ [26:219]

Mengenai maksud pengertian ayat suci ini Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, dan banyak yang lain lagi dari ulama kamu, telah menyampaikan dari ibn Abbas, yang berkata: ‘Allah pindahkan benih kejadian nabi yang suci dari Adam kepada para nabi berikutnya, dari satu kepada yang lain, kesemuanya adalah yang beriman, sehingga dia dijadikan dari bapanya melalui pernikahan yang halal dan bukannya haram.’

Terdapat juga hadith yang diketahui ramai yang mana semua ulama kamu telah sebutkan. Bahkan Imam Thalabi, yang dikenali sebagai Imam hadith, menulis di dalam ulasannya dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, jilid II, disampaikan dari Ibn Abbas, bahawa nabi telah berkata, ‘Allah menhantar saya kedunia melalui Adam dan dipindahkan kepada Ibrahim. Dia terus memindahkan saya dari tempat peranakan yang mulia dan yang suci sehinggalah dia menjadikan saya dari bapa dan ibu saya, yang tidak pernah berjumpa secara haram.’

Di dalam hadith yang lain dia dikatakan telah berkata, ‘Allah tidak pernah mencampurkan kepada saya sebarang benih yang jahil.’

Di dalam bab yang sama Sulayman Balkhi menyampaikan dari Ibkaru’l-Afkar oleh Sheikh Salahu’d-din Bin Zainu’d-din Bin Ahmad yang di kenali sebagai Ibnu’s-Sala Halbi dan dari Sharh-e-Kibrit-e-Ahmar oleh Sheikh Abdu’l-Qadir telah menyampaikan dari Ala’u’d-Dowlat Semnani, hadith yang mendalam dari Jabir Ibn Abdullah bahawa nabi telah ditanya apa yang Allah jadikan dahulu [yang mula-mula]. Nabi menjawab soalan itu dengan khusus, yang mana saya tidak dapat mengatakannya pada ketika ini. Pada penghujung hadith itu nabi berkata: ‘Begitulah Allah berterusan memindahkan cahaya saya dari yang suci kepada yang suci sehingga dia meletakkan saya kepada bapa saya, Abdullah bin Abdul-Muttalib. Dari sana Dia membawa saya kepada tempat peranakan ibu saya, Amina. Kemudian Dia menjadikan saya hadir didunia ini dan menganugerahkan kepada saya gelaran Sayidul-Mursalin [ketua para rasul] dan Khatamu’n-Nabiyyin [penutup para nabi]

Kenyataan nabi bahawa dia berterusan dipindahkan dari yang suci kepada yang suci, membuktikan bahawa tiada dari datuknya yang terdahulu dari kalangan yang kafir. Menurut dari al-Quran yang mengatakan, ‘Sesungguhnya kafir adalah yang kotor.’ [9:28] setiap musyirik dan kafir adalah kotor. Dia mengatakan bahawa dia telah dipindahkan dari tempat peranakan yang suci ketempat peranakan yang suci, oleh kerana penyembah berhala kotor, maka tidak ada dari keturunannya yang menyembah berhala.

Di dalam bab yang sama dari Yanabiu’l-Mawadda satu hadith dari Ibn Abbas telah disampaikan melalui Kabir bahawa nabi berkata, ‘Saya tidak dilahir melalui cara perkahwinan yang tidak sah pada zaman jahiliah. Saya telah dilahirkan melalui cara islam dengan ada pernikahan.’

Tiidakkah kamu membaca syarahan 105 Nahjul-Balagha? Amirul-Mukminin berkata mengenai datuk-datuk nabi yang terdahulu, ‘Allah menyediakan untuk mereka [para nabi] tempat yang terbaik [tempat peranakan ibu mereka yang suci]. Dia memindahkan mereka dari tempat yang terhormat dan suci ketempat terhormat dan suci. Apabila bapa dari salah seorang mereka meninggal dunia anak dia mengambila alih dengan agama Allah, sehingga Allah maha besar menjadikan Muhammad nabi dan rasulNya. Maka Dia telah menjadikan punca kejadian nabi tempat yang paling tinggidan suci. Jalinan keturunan nabi termasuk mereka yang berkedudukan tinggi.’

Secara ringkas keturunan nabi, semenjak dari nabi Adam, kesemuanya adalah yang beriman dan menyembah tuhan yang Esa. Bolehlah dikatakan bahawa mereka dari ahli bayt nabi lebih mengetahui status kedudukan keluarga mereka dari orang lain.

DATUK-DATUK ALI YANG TERDAHULU SAMA BEBAS DARI KAFIR.
Apabila telah terbukti bahawa keturunan nabi adalah yang beriman dan penyembah tuhan yang satu, maka sama jugalah dengan keturunan Ali yang juga menyembah Allah. Saya telah buktikan melalui buku kamu bahawa Muhammad dan Ali adalah dari satu cahaya, dan selalu tinggal bersama di dalam tempat yang suci sehinggalah mereka dipisahkan di dalam tubuh Abdul-Muttalib. Setiap orang yang waras akan mengakui bahawa manusia yang terbilang personalitinya adalah penuntut kedudukan khalifa yang sebenar.

SALAH FAHAM MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB DAN PENJELASANNYA.
Sheikh: Saya terima fakta bahawa Tarukh adalah bapa Ibrahim, dan kamu telah buktikan kesucian keturunan nabi. Tetapi tidak mungkin untuk mencari keterangan yang sedemikian di dalam kes Ali. Walaupun jika kita mengakui bahawa semua dari keturunannya sehingga Abdul-Muttalib adalah yang beriman, bapanya Abu Talib, pastinya telah meninggalkan dunia ini sebagai kafir.

Shirazi: Saya mengaku terdapat perbezaan pendapat diantara ummah mengenai keimanan Abu Talib. Tetapi kami hendak kaatakan, ‘Wahai Allah! Kutuklah sizalim pertama yang menunjukkan kekejaman kepada nabi dan kutuklah keturunannya. Semoga kutukan Allah diatas dia yang memalsukan hadith yang akhirnya Nasibi dan Khariji mula mengatakan bahawa Abu Talib meninggalkan dunia sebagai orang kafir.’

Ulama shia secara umum dan semua ahli keluarga nabi percaya di dalam keimanan Abu Talib. Juga ramai dari ilmuan dan ulama kamu yang berfikiran saksama, seperti Ibn Abi’l-Hadid, Jalalu’d-din Suyuti, Abu’l-Qasim Balkhi, Abu Ja’far Askafi, guru mereka dari golongan Mu’tazali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’I – semuanya bersetuju bahawa Abu Talib adalah muslim.

IJMA SHIA MENGENAI KEIMANAN ABU TALIB.
Shia yakin bahawa Abu Talib, semenjak dari mula lagi percaya kepada nabi Allah. Shia mengikuti ahli bayt yang suci, mengakui dengan satu kepercayaan ‘Abu Talib tidak pernah menyembah berhala; dia adalah salah seorang dari keturunan Ibrahim.’ Pandangan yang sama juga telah dinyatakan di dalam buku sahih ulama kamu.

Sebagai contoh, Ibn Athir berkata di dalam Jam’u’l-usul:, ‘Menurut dari ahli bayt, diantara semua bapa saudara nabi, hanya Hamza, Abbas dan Abu Talib menerima islam.

Persetujuan umum ahli bayt mengenai sesuatu maksud hendaklah dianggap muktamad. Hadith-e-Thalaqain dan hadith yang lain yang telah saya rujuk pada malam yang lalu dengan jelas membuktikan bahawa nabi telah membuat kenyataan yang jelas mengenai ma’sumnya keluarga baginda. Mereka adalah seiring dengan al-Quran dan satu dari Thaqalain [perkara yang berat] yang nabi telah tinggalkan sebagai punca petunjuk kebenaran untuk manusia. Adalah perlu bagi setiap muslim untuk patuh kepada mereka supaya mereka tidak akan tersesat.

Kedua, menurut dari kata-kata ‘Ahli sesabuah rumah lebih mengetahui mengenai ahli keluarga mereka,’ keluarga yang suci ini, lebih mengetahui mengenai keimanan datuk mereka dari Mughira bin Sha’ba, seorang Bani Umayya, Khariji dan Nasibi atau manusia jahil yang lainnya.

Adalah amat memeranjatkan bahawa ulama kamu tidak menerima kenyataan dari ahli bayt nabi, termasuk pemimpin bagi yang wara’, Amirul-Mukminin, yang mana keikhlasan dan kebenarannya telah diakui oleh Allah dan nabiNya. Kesemuanya mengatakan bahawa Abu Talib meninggal sebagai seorang yang beriman. Kamu tidak mempercayainya, tetapi kamu menerima perkataan dari seorang yang telah disahkan pendusta dan keji, Mughira, sebahagian Amawi, Khariji dan Nasibi.

Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, seorang dari ulama kamu yang terkenal, berkata di dalam Shahr-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 310: ‘Terdapat berbagai pendapat mengenai islamnya Abu Talib. Golongan Imamiya dan kebanyakkan dari Zaidiyya berkata bahawa dia meninggalkan dunia ini sebagai muslim. Selain dari semua ulama shia, sebahagian dari ulama kita yang utama, seperti Abu’l-Qasim Balkhi dan Abu Ja’far Askafi berpegang pada pendapat bahawa Abu Talib memeluk islam, tetapi dia tidak nyatakan kepercayaannya, supaya dia dapat memberikan sepenuh sokongan kepada nabi dan disebabkan oleh pengaruhnya, pihak penentang mungkin tidak menyekat usaha nabi.’

SALAH PENGERTIAN MENGENAI PEMALSUAN HADITH ZUHZAH DIPERJELASKAN.
Sheikh : Nampaknya kamu tidak tahu dengan ‘Hadith Zuhzah’ yang mengatakan, ‘Abu Talib di dalam api neraka’

Shirazi: Itu adalah hadith palsu yang direka pada masa Muawiya bin Abi Sufyan oleh musuh nabi. Kemudian Bani Umayya dan pengikutnya telah meneruskan usaha itu untuk memalsukan hadith menentang Ali Ibn Abi Talib dan menyebarkannya kepada manusia. Mereka tidak mahu menjadikan keimanan Abu Talib menjadi terserlah seperti Hamza dan juga Abbas. Pamalsu hadith Zuhzah adalah juga Mughira, seorang yang keji dan juga musuh Amirul-Mukminin.

Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 159-163; Mas’udi di dalam Muruju’z-Dhahab, dan ulama lain menulis bahawa Mughira telah melakukan penzinaan di Basra. Apabila saksi dibawakan kehadapan khalifa Umar, 3 dari mereka mengaku terhadapnya, tetapi yang keempat telah diajari untuk mengatakan sehingga kesaksiannya diragukan. Makanya yang 3 orang telah dijatuhkan hukuman dan Mughira telah dibebaskan.

Pengarang hadith itu adalah seorang penzina dan pemabuk, yang mana perundangan agama hampir dijatuhkan keatasnya. Dia telah menciptakan hadith itu kerana bencinya dia kepada Amirul-Mukminin dan untuk mengambil hati Muawiya. Kemudian Muawiya dan pengikutnya telah memperkukuhkan hadith palsu ini dengan pengakuan bahawa ‘Abu Talib di dalam neraka.’

Lebih-lebih lagi mereka yang ada kaitan dengan penyampaian hadith itu seperti Abdu’l-Malik Bin Umar, Abdu’l-Aziz Rawandi dan Sufyan Thawri, adalah penyampai yang lemah dan tidak boleh diterima. Fakta ini telah disahkan oleh ilmuan dan pengulas kamu yang mashur, Zahl, yang telah menyatakan di dalam bukunya Mizanu’l-I’tidal, jilid II. Jadi bagaimana sesaorang boleh bergantung kepada hadith yang sebegini, yang telah disampaikan oleh seorang yang terkenal pemalsu dan pemyampai yang lemah?