DIALOG SUNNI-SHIA
MEMBASUH KAKI DI DALAM WUDU ADALAH BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN AL-QURAN.
Selain dari menerima perundangan wudu yang dinyatakan diatas, selepas membasuh muka dan tangan, sebahagian kepala dan kaki sampai kebuku lali hendaklah disapu. Ayat al-Quran dengan jelas mengatakan, ‘Dan sapulah sebahagian dari kepala dan sebahagian dari kaki hingga kebuku lali.’ Tetapi semua ahli fiqh kamu menekankan bahawa kaki hendaklah dibasuh, bertentangan dengan arahan al-Quran. Terdapat perbezaan diantara basuh dan sapu.
Sheikh: Terdapat beberapa hadith yang menunjukkan bahawa kaki dibasuh.
Shrazi: Pertama, hanya hadith yang selaras dengan al-Quran sahaja diterima.
Yang pasti, membatalkan ayat al-Quran yang jelas dengan penyampai solo hadith tidak boleh diterima. Ayat yang suci itu dengan jelas mengarahkan sapu bukan basuh pada kaki. Jika kamu fikirkan dengan lebih teliti kamu akan dapati bahawa keseluruh ayat membawa kepada tujuan yang sama. Ia bermula dengan arahan ‘Basuh muka dan tangan’ Kata penghubung ‘dan’ menunjukkan bahawa selepas membasuh muka, kita juga hendaklah membasuh tangan. Begitu juga, di dalam arahan yang kedua: ‘dan sapulah sebahagian kepala dan sebahagian kaki,’ sapu kepala dan sapu kaki telah disambung oleh penghubung kata ‘dan’ Ini dengan jelas menunjukkan selepas menyapu kepala, kaki hendaklah juga disapu. Tidak perlulah diterangkan bahawa basuh tidak boleh digantikan dengan sapu. Maka samalah seperti membasuh muka dan tangan adalah perlu [wajib], sapu kepala dan kaki juga wajib. Tidak boleh diterima satu sapu dan satu lagi basuh. Jika tidak, kata penghubung 'dan’ tidak mempunyai sebarang erti.
Lebih-lebih lagi, selain dari maksud yang jelas, perundangan islam tidak mengandungi arahan yang kasar dan keras. Membasuh kaki lebih rumit dari menyapunya. Arahan agama bertujuan untuk membuat perbuatan wudu mudah, sebagaimana bunyi ayat yang mengatakannya.
Imam Fakhru’d-din Razi, pengulas sunni yang terkenal, telah membuat huraian secara mendalam mengenai WAJIBNYA pada menyapu kaki di dalam wudu. Kamu akan mendapat faedah dari mempelajarinya.
MENYAPU DIATAS SETOKIN MELANGGAR ARAHAN YANG JELAS AL-QURAN.
Bahkan lebih pelik dari membasuh adalah menyapu pada setokin. Terdapat perbezaan diantara ahli fiqh sunni, sama ada ianya boleh dilakukan dimasa perjalanan atau dirumah. Arahan ini bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh al-Quran bahawa kita hendaklah menyapu kaki dan bukanya setokin. Arahan ini juga menentang pada arahan yang lalu, iaitu basuh kaki. Jika menyapu kaki haram, mengapa menyapu pada setokin dibolehkan?
Sheikh: Terdapat banyak hadith yang menunjukkan bahawa nabi menyapu setokin. Dengan sebab itu ahli fiqh menganggapnya sebagai bukti sahnya dilakukan begitu.
Shirazi: Saya telah berulang kali mengatakan bahawa, menurut dari perintah nabi, hadith yang dikatakan datang dari dirinya yang tidak selaras dengan al-Quran hendaklah ditolak sama sekali. Pemalsu dan pemain politik telah memalsukan banyak hadith. Dengan sebab itu ulama kamu yang terkenal telah menolak hadith tersebut.
Selain dari fakta bahawa hadith ini bertentangan dengan arahan al-Quran yang terang, ianya juga bertentangan sesamanya. Ulama terkenal kamu telah menerima fakta ini. Sebagai contoh, yang agung, Ibn Rushd Andalusi, di dalam Badayatu’l-Mujtahid wa Nihayatu’l-Muqtasid, jilid I, ms 15 dan 16, mengatakan mengenai perbezaan ini, ‘Sebab mengapa ia berbeza adalah laporan mengenainya bertentangan sesama sendiri.’ Di tempat yang lain dia berkata, ‘Sebab mengapa ia berbeza adalah laporan mengenainya tidak selaras.’
(pertama dikatakan basuh, tidak boleh sapu; kemudian dibolehkan sapu tetapi diatas setokin; tidakkah ini bertentangan)
Maka untuk mengasaskan hujah pada kenyataan yang dengan sendirinya bertentangan dan dengan jelas juga menentang arahan al-Quran adalah tidak logik. Kamu tahu bahawa diantara hadith yang bertentangan sesama sendiri, hanyalah hadith yang selaras dengan al-Quran sahaja yang diterima. Jika mana-mana hadith menentang al-Quran ianya hendaklah ditolak terus.
MENYAPU DIATAS SERBAN ADALAH MENENTANG ARAHAN AL-QURAN.
Ayat itu dengan jelas mengatakan, ‘Dan sapu sebahagian kepala’ [setelah basuh muka dan tangan]. Berdasarkan kepada perintah al-Quran, ahli fiqh shia, mengikut Imam mereka, menekankan bahawa kepala itu sendiri yang hendak disapu ketika melakukan wudu. Ahli fiqh Shafii, Maliki dan Hanafi juga bersetuju. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq, Thawri, dan Quza’I telah berkata bahawa menyapu serban adalah dibolehkan. Ini telah disampaikan oleh Imam Fakhru’d-din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir. Semua manusia yang waras tahu sapu serban dan sapu kepala adalah berbeza.
SHIA SAHAJA YANG DIPERSALAHKAN DIATAS SEGALA PERBEZAAN.
Terdapat perbezaan yang lebih serius diantara ahli fiqh kamu dari empat mazhab. Walaupun kebanyakkan darinya dengan jelas tidak selaras dengan perintah al-Quran, kamu tidak mencari kesalahan yang lain. Setiap mereka boleh berpegang pada pandangan masing-masing.
Kamu tidak mengelar Abu Hanifa dan pengikutnya Hanafi musyirik, apabila mereka membolehkan wudu dilakukan dengan nabiz, tidak juga kamu kutuk perundangan yang diciptakan sendiri yang bertentangan al-Quran. Tetapi kamu membantah shia, yang mengikut keturunan nabi. Bahkan kamu mengelar pengikut keturunan yang paling mulia ini sebagai Rafizi dan musyirik. Kamu telah berulangkali mengatakan pada malam yang lalu amalan shia membuktikan mereka adalah kafir.
Kamu bertanya mengapa kami mendirikan solat seperti muslim lain. Kami mendirikan solat yang sama seperti kamu dan muslim lain lakukan: 2 rakaat subuh, 4 rakaat zuhur, 4 rakaat asar, 3 rakaat maghrib dan 4 rakaat isyak.
Kepada perbezaan pada perkara amalan terdapat dengan banyaknya diantara semua golongan di dalam islam. Sebagai contoh, terdapat perbezaan yang jelas diantara Abu’l-Hasan Ash’ari dan Wasil Bin Ata di dalam asas dan perkara amalan. Juga keempat Imam kamu (Abu Hanifa, Malik, Shafi’i, and Ahmad Hanbal) dan ahli fiqh agung yang lain seperti Hasan, Dawud, Kathir, Abu Sur, Quza’i, Sufyan Thawri, Hasan Basri dan Qasim Bin Salam, dsb mempunyai perbezaan diantara mereka. Dengan cara yang sama, arahan dari Imam yang suci dan ahli bayt berbeza dengan ahli fiqh kamu. Jika penterjemahan ahli fiqh dan perbezaan pendapat boleh dikritik, mengapa kritikkan yang serupa tidak boleh dilakukan kepada mazhab yang berbeza diantara sunni?
MENURUT ULAMA SUNNI SUJUD PADA NAJIS DAN KOTORAN YANG KERING DIBOLEHKAN.
Ramai ulama sunni menerima penterjemahan perundangan yang bertentangan dengan arahan yang jelas dari al-Quran, dan bahkan mereka berikan terjemahan yang lemah pada perundangan yang jelas. Ahli perundangan kami berikan pendapat yang sebaliknya. Kamu masih tidak mengatakan amalan mereka sebagai kafir. Tetapi pada amalan kami pada sujud, kami melaungkan bantahan, dengan mengatakan shia menyembah berhala, sedang kamu abaikan kenyataan ulama kamu bahawa sujud pada najis yang kering dibolehkan.
SUJUD PADA ALAS LANTAI SELAIN DARI BUMI ADALAH MENYALAHI ARAHAN AL-QURAN.
Keputusan dari ahli fiqh shia, mengikuti Imam yang suci, adalah dengan jelas mematuhi arahan al-Quran. Sebagai contoh, ulama kamu menganggap bulu, kapas, sutera dan alas lantai yang lain sama dengan bumi. Tetapi dengan jelas benda itu bukan bumi. Tetapi shia, di dalam mematuhi Imam mereka dari ahli bayt nabi yang berkata, ‘Sujud adalah haram diatas yang lain, selain bumi atau apa-apa yang tumbuh dari bumi dan tidak digunakan untuk makan atau pakai.’ Atas sebab ini kamu katakan mereka kafir. Sebaliknya kamu tidak mengatakan sujud pada najis kering kafir. Dan amat jelas sujud pada bumi [sebagaimana diarahkan oleh Allah] dan sujud pada alas lantai adalah berbeza.
Sheikh: Kamu melakukan sujud pada sekeping tanah yang diambil dari Karbala. Kamu menyimpan tanah kecil itu. Ianya adalah seripa berhala, dan kamu menganggap sujud diatasnya wajib. Yang pastinya amalan yang sedimian adalah bertentangan dengan amalan muslim lainnya.
Shirazi: Telah menjadi tabiat kamu yang kedua mengikuti mereka yang terdahulu dengan secara buta, walaupun ianya tidak sesuai bagi manusia yang adil seperti kamu untuk mengatakan tanah suci dari karbala adalah seperti berhala.
Tuan yang dihormati! Kritikan terhadap mana-mana kepercayaan hendaklah berdasarkan pada pembuktian. Jika kamu merujuk pada buku-buku perundangan agama shia, kamu akan dapat jawapan dari kritikan kamu, dan kamu tidak akan diselewengkan oleh saudara sunni dengan bantahan palsu.
SHIA TIDAK MENGANGGAP SUJUD PADA TANAH KARBALA SEBAGAI WAJIB.
Jika kamu boleh menunjukkan kepada kami satu ulasan hadith atau kenyataan yang menunjukkan sujud pada tanah Karbala adalah wajib, kami kan terima semua kenyataan kamu sebagai betul. Yang sebenarnya, di dalam semua buku amalan agama kami, terdapat petunjuk yang jelas, menurut pada arahan al-Quran, sujud hendaklah dilakukan pada bumi yang bersih. Ini termasuk tanah, batu, pasir, rumput, pastikan ianya bukan mineral. Lebih lagi sujud boleh dilakukan pada benda yang tumbuh dari bumi, melainkan ianya tidak digunakan sebagai makanan atau pakaian.
Sheikh: Jadi mengapa kamu setiasa menyimpan seketul tanah dari Karbala bersama kamu dan melakukan sujud diatasnya pada waktu solat?
SHIA MENYIMPAN SEKEPING TANAH UNTUK SUJUD DIWAKTU SOLAT.
Shirazi: Sujud pada bumi yang bersih adalah wajib. Solat wajib biasanya dilakukan di dalam rumah yang telah dihiasi dengan perabot dan karpet. Walaupun jika karpet dialihkan, simen dibawahnya mengandung bahan galian yang mana sujud diatasnya tidak dibolehkan.
Sheikh: Apa yang kami nampak adalah semua shia mempunyai sekeping tanah dari karbala dan menganggap sujud diatasnya sebagai wajib.
MENGAPA KAMI SUJUD DIATAS TANAH KARBALA.
Shirazi: Adalah benar kami sujud diatas tanah karbala, tetapi kami tidak menganggapnya sebagai wajib. Menurut dari arahan yang terdapat di dalam buku kami, kami menganggap sujud perlu pada bumi yang bersih. Bagaimana pun menurut dari ahli bayt, sujud pada tanah karbala yang suci adalah digalakkan.
Adalah amat sedih sebahagian menusia secara keji mengatakan shia menyembah Husain. Mereka menyokong pandangan mereka dengan mununjukkan bahawa shia sujud pada tanah karbala. Yang sebenarnya kami tidak pernah menyembah Husain, Ali atau Muhammad. Kami menyembah Allah, dan dengan mengikut perintah Allah kami sujud pada bumi yang bersih. Sujud kami bukan untuk Husain. Tetapi mengikut dari arahan Imam yang ma’sum dari keturunan nabi, sujud pada tanah suci karbala mendapat ganjaran yang lebih, tetapi ianya bukanlah wajib.
Sheikh: Bagaimana kamu boleh mengatakan tanah karbala mempunyai kualiti berbeza yang mana ia dapat keutamaan dari tanah yang lain.
CIRI-CIRI TANAH KARBALA.
Shirazi: Pertama, fakta sebenar bahawa lain kawasan mempunyai ciri-ciri tanah yang berlainan. Setiap bahagian bumi mempunyai kualitinya tersendiri yang hanya diketahui oleh pakar tanah. Bukan ahli tidak tahu perkara ini.
Kedua, ciri utama tanah karbala telah diketahui sebelum masa para Imam. Ianya adalah satu objek yang menarik perhatian pada masa hayat nabi, sebagaimana telah dirakamkan di dalam buku sahih ulama kamu.
Di dalam Khasa’isu’l-Kubra, oleh Jalalu’d-din Suyuti, beberapa hadith dari Ummu’l-Mu’minin Ummi Salma, Ummu’l-Mu’minin A’yesha, Ummu’l-Fazl, Ibn Abbas, dan Anas Bin Malik dsb mengenai tanah karbala telah disampaikan oleh ulama danj uga penyampai kamu yang terkenal dan dipercayai, seperti Abu Nu’aim Ispahani, Baihaqi, dan Hakim.
Satu laporan mengatakan: Saya melihat Husain dipangkuan nabi, datuknya, yang mempunyai sekeping tanah merah ditangannya. Nabi sedang mencium tanah itu dan menangis. Saya tanyakan apakah tanah itu. Nabi berkata: Jibril telah memberitahu saya bahawa anak saya, Husain ini akan dibunuh di Iraq. Dia telah bawakan tanah ini padaku dari tempatnya. Saya sedang tangisi penderitaan yang akan ditanggong oleh Husain
Kemudian nabi menyerahkan tanah itu kepada Umme Salma dan berkata kepadanya, ‘Apabila kamu lihat tanah ini bertukar menjadi darah, kamu tahu bahawa Husain saya ini telah dibunuh.’
Umme Salma menyimpan tanah itu di dalam botol dan selalu melihat padanya, sehingga pada hari Ashura, 61 Hijrah, ianya telah bertukar menjadi darah. Maka tahulah dia bahawa Husain bin Ali telah syahid.
Telah dirakamkan oleh ulama kamu dan juga shia bahawa nabi dan para Imam memberikan pandangan yang khusus pada tanah karbala. Setelah syahidnya Imam Husain, Imam Seyyedu’s-Sajidin Zainu’l-Abidin Ali Bin Husain menggambil sebahagiannya, dan mengistiharkan ianya adalah tanah yang suci, dan menyimpannya di dalam bag. Imam yang suci melakukan sujud padanya dam membuat tasbih darinya dan menyebut nama Allah dengannya.
Selepas beliau, semua Imam yang berikutnya menganggap tanah karbala sebagai suci dan membuat tasbih darinya dan sekeping kecil untuk sujud diatasnya. Mereka mempelawa shia untuk sujud padanya, dengan kefahaman bahawa ianya bukanlah wajib, tetapi dengan pandangan untuk mendapat ganjaran yang lebih. Imam yang suci menekankan bahawa sujud kepada Allah hanyalah diatas tanah yang suci, dan lebih digalakkan jika ianya tanah karbala.
Seorang ulama, Abu Ja’far Muhammad Bin Hasan Tusi, mengatakan di dalam Misbahu’l-Mutahajjid bahawa Imam Ja’far as-Sadiq menyimpan sekeping tanah dari pusara Imam Husain di dalam kain kuning yang dibukanya pada wahtu solat dan melakukan sujud diatasnya.
Shia telah sekian lama menyimpan tanah ini bersama mereka. Kemudian ditakuti ianya akan bertaburan telah menjadikannya di dalam kepingan, yang dipanggil kini Mohr. Kami menganggap ianya adalah tanah yang suci, maka waktu solat kami sujud diatasnya tetapi bukanlah sebagai amalan yang wajib. Jika tidak mempunyai tanah yang suci bersama kami, kami sujud diatas tanah yang bersih, atau batu yang bersih. Dengan cara ini amalan yang wajib telah dilaksanakan.
Kami amat terperanjat pada tabiat ulama kamu, yang tidak mencari kesalahan pada keputusan yang dibuat dari empat mazhab perundangan. Iaitu, jika Imam Azam berkata, jika tidak ada air wudu hendaklah dilakukan dengan nabiz, Shafii, Maliki dan Hanbali tidak membantah. Jika Imam Ahmad bin Hanbal percaya Allah dapat dilihat dan dibolehkan untuk menyapu air pada serban diwaktu wudu, ulama dari mazhab yang lain tidak mengkritik dia. Begitu juga mereka tidak mengutuk keputusan perundangan unik yang lain, seperti menyatakan perkahwin kanak-kanak lelaki yang di dalam perjalanan, sujud diatas najis [tahi] yang kering atau benda najis yang lain atau bersetubuh dengan ibu dengan menggunakan sarongan kain.
Tetapi apabila kami katakan bahawa keturunan nabi telah mengatakan sujud pada tanah karbala adalah lebih baik, kamu menjerit mengatakan shia adalah kafir.
UMUR YANG TUA BUKANLAH KRITERIA UNTUK KHALIFA.
Sekarang saya akan menjawab maksud kamu, yang mengatakan umur yang lebih dan ijma. Kamu katakan, kerana umur Abu Bakr berhak pada keutamaan. Walaupun setelah 10 malam saya telah patahkan hujah kamu mengenai ijma dan keutamaan pada umur, kamu masih menimbulkannya lagi seolah-olah ianya tidak pernah diperkatakan. Walau bagaimana saya tidak akan meninggalkannya tanpa dijawab.
ALI DILANTIK UNTUK MENYAMPAIKAN SURAH BARA’A AL-QURAN.
Kamu telah berhujah bahawa Abu Bakr berhak keutamaan kerana umur dan tajam politiknya. Tetapi bagaimana sebahagian manusia boleh berpendirian bahawa untuk tujuan yang mulia dan berkebajikan adalah perlu pada orang yang tua dan tajam politiknya, tetapi Allah dan nabi tidak memahami perkara ini. Untuk menyampaikan 40 ayat pertama dari surah Bara’a kepada manusia, nabi memberhentikan Abu Bakr dan menghantarkan Ali yang muda mengantikan tempatnya.
Nawab: Tuan yang dihormati! Tolong jangan tinggalkan maksud perkara ini dalam keadaan yang kurang jelas. Berilah kami tahu atas sebab apa Abu Bakr ditolak dan Ali dilantik pada tempatnya. Apabila saya tanyakan mereka ini [menunjuk pada para ulama] mengenainya, mereka berikan jawapan yang tidak jelas, dengan mengatakan yang perkata itu tidak mustahak. Harap tolong jelaskan perkara itu.
Shirazi: Ummah muslim, termasuk ulama dan ahli sejarah dari kedua golongan [shia dan sunni] mengesahkan fakta bahawa pada permulaan surah Bara’a diwahyukan, pada mengutuk penyembah berhala, nabi memanggil Abu Bakr dan berikan kepadanya ayat-ayat itu, mengarahkannya untuk membawa ke Makah dan membacanya kepada menusia di Makah semasa musim haji.
Abu Bakr baru sahaja memulakan perjalanan apabila Jibril timbul dan berkata: ‘Nabi Allah! Allah sampaikan kesejahteraanNya kepada kamu dan berkata bahawa perkara berkaitan al-Quran hendaklah disampaikan oleh nabi sendiri atau oleh sesaorang yang darinya.’
Dengan sebab itu, nabi memanggil Ali dan berkata kepadanya: ‘Kejar Abu Bakr dan ambil ayat Bara’a dari dia dan bacakannya kepada penyembah berhala di Makah.’
Ali terus berangkat. Dia bertemu dengan Abu Bakr di Dhu’l-Halifa dan menyampaikan pengkhabaran nabi. Dia mengambil Ayat itu dari Abu Bakr dan ketika sampai di Makah, membacakannya diperhimpunan manusia.
Nawab: dakah kejadian ini dirakamkan di dalam buku Sahih kami?
Shirazi: Saya baru sahaja katakan bahawa seluruh ummah sebulat suara pada maksud ini. Saya akan berikan sebahagian rujukan supaya apabila kamu memikirkan perkara ini, kamu akan tahu bahawa ini adalah satu kejadian yang sangat bererti.
Berikut ini adalah penulis terkenal yang telah merakamkan perkara ini dalam buku mereka dan secara umum telah mengesahkan kebenarannya.
Bukhari in Sahih, bahagian IV dan V; Abdi di dalam Jam’-e-Bainu’s-Sihahi’s-Sitta, bahagian II; Baihaqi di dalam Sunan, ms 9 dan 224; Tirmidhi di dalam Jam’i, jilid II, ms 135; Abu Dawud di dalam Sunan; Khawarizmi di dalam Manaqib; Shukani di dalam Tafsir, jilid II, ms 319; Ibn Maghazili di dalam Faqih-e-Shafi’i pada Faza’il; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 17; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 18; Muhibu’d-din Tabari di dalam Riyazu’n-Nazara, ms 147 dan Dhakha’iru’l-Uquba, ms 69; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma, ms 22, Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i (seorang dari para Imam Siha Sitta ) di dalam Khasa’isu’l-Alawi, ms 14 (telah menyampaikan enam hadith bagi tujuan maksud ini ); Ibn Kathir di dalam Ta’rikh-e-Kabir, jilid V, ms 38 dan jilid VII, ms 357; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isanaba, jilid II, ms 509; Jalalu’d-din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid III, ms 208 (di dalam ulasan pada ayat pertama surah Bara’a); Tabari di dalam Jam’u’l-Bayan, jilid X, ms 41, (di dalam ulasan surah Bara’a); Imam Tha’labi di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-bayan; Ibn Kathir di dalam Tafsir, jild II, ms 333; Alusi di dalam Ruha’l-Ma’ani, jilid III, ms 268; yang fanatik, Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq, ms.19; Haithami di dalam Majma’u’z-Zawa’id, jilid VII, ms 29; Muhammad Bin Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ms 125, bab 62 (menyampaikan dari Abi Bakr dan Hafiz Abi Nu’aim dan dari Musnad oleh Hafiz Damishqi sebagaimana disampaikan oleh Abi Nu’aim di dalam cara yang lain); Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, jilid I, ms 3 dan 151, jilid III, ms 283, dan jilid IV, ms 164-165; Hakim di dalam Mustadrak, jilid II, Kitab Maghazi, ms 51 dan di dalam jilid II pada buku yang sama, ms 331; Mulla Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-‘Ummal, jilid I, ms 246 sampai 249 dan Faza’il-i-Ali jilid VI, ms 154.
SEBAB PADA PERLANTIKKAN ALI.
Seyyed Abdul-Hayy: Mengapa nabi, yang tindakkannya adalah dari Allah, tidak menberikan kepada Ali dari mula lagi?
Shirazi: Oleh kerana tidak ada sebab pada fakta itu telah dirakamkan, kami tidak tahu. Tetapi pada pendapat saya adalah, petukaran tersebut bertujuan untuk menunjukkan betapa utamanya Ali. Jika umur Abu Bakr dan kebolehannya di dalam politik telah membuktikan keutamaannya, dia tidak akan dipanggil balik dari missi tersebut. Tetapi fakta telah menunjukkan bahawa untuk menyampaikan pengkhabaran nabi adalah kerja nabi atau khalifanya.
IKUT BERSAMA MELAPORKAN DENGAN ABU BAKR.
Seyyed: Menurut dari sebahagian laporan, Abu Huraira berkata bahawa Ali telah diarahkan untuk pergi ke Makah bersama dengan Abu Bakr untu mengajar manusia cara mengerjakan haji. Ali yang akan membacakan ayat Bara’a kepada manusia. Menyampaikan pengkhabaran nabi dengan cara ini menunjukkan mereka dikedudukan yang sama.
Shirazi: Pertama itu adalah laporan palsu yang disampaikan oleh pengikut Abu Bakr. Yang lain tidak ada yang menyampaikannya. Kedua, seluruh ummah bersetuju bahawa Abu Bakr dipanggil balik dan digantikkan dengan Ali. Fakta ini telah disampaikan secara turutan di dalam buku sahih dari kedua golongan.
Pastinya, ijma dari seluruh ummah adalah kita patut bergantung pada yang kerap disampaikan, dan hadith yang sahih. Jika terdapat berlain langsung dari dari hadith yang sahih, kita hendaklah menolaknya. Pandangan ini dipersetujui oleh mereka yang berprinsip dan juga ahli penyampai hadith. Perlantikkan Ali, kepulangan Abu Bakr adalah suatu keadaan yang memilukan, nabi menenteramkannya dan memuaskannya dengan menyatakan itu adalah kehendak Allah – ini semua adalah fakta yang diperakui umum.
BUKTI LAIN YANG MENUNJUKKAN UMUR BUKANLAH KRITERIA UNTUK KHALIFA.
Terdapat satu lagi bukti bahawa hak dan keutamaan tidak punya kaitan pada umur. Hak pada keutamaan didapati dari kebijaksanaan dan wara’. Sesiapa yang utama di dalam pengetahuan dan wara berhak pada keutamaan. Nabi berkata, ‘Semua manusia adalah mati, tetapi manusia belajar adalah yang hidup.’
Dengan sebab itu nabi memberikan Ali tempat pertama diantara para sahabat dan berkata, ‘Ali adalah pintu pengetahuan.’ Dengan itu pintu pengetahuan nabi pastinya jauh melebihi dari yang lain.
Yang pastinya para sahabat nabi yang lain, yang tinggal kekal taat kepadanya adalah semuanya mulia. Kami tidak pernah menafikan kemuliaan para sahabat, tetapi kemuliaan mereka tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan pintu pengetahuan nabi.
NABI MENGHANTAR ALI KE YAMAN.
Ulama kamu telah menulis dengan mendalam mengenai Ali dihantar ke Yaman untuk memberikan petunjuk kepada manusia.
Imam Abdu’r-Rahman Nisa’I telah merakamkan enam hadith mengenai maksud ini di dalam bukunya Khasa’isu’l-Alawi. Juga Abu’l-Qasim Husain Bin Muhammad Raghib Ispahani, di dalam Mahadhiratu’l-Udaba, jilid II, ms 212 dan lainnya, telah mengatakan bahawa apabila nabi menghantar Ali ke Yaman, Ali merayu bahawa dia muda dan merasa keberatan ditempatkan pada kedudukan diatas mereka yang lebih berumur dari suku kaum semua. Nabi menjawab: ‘Pasti Allah akan memandu hati kamu dan memberikan kekuatan pada lidah kamu.’
Jika umur adalah keperluan untuk keutamaan, mengapa nabi dengan terdapat ramainya para sahabat terkemuka yang lebih tua seperti Abu Bakr, telah menghantar Ali ke Yaman untuk memandu manusai disana?
SELEPAS NABI ALI ADALAH PETUNJUK BAGI UMMAH.
Berkata kepada nabi Muhammad, Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Kamu hanyalah yang memberikan peringatan [terdapat] seorang petunjuk bagi setiap manusia.’ [13:7]
Imam Tha’labi, di dalam Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan; Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir; Muhammad Bin Yusuf f GanJi Shafi’i, di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, dari Ta’rikh-e-Ibn Asakir; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda pada penghujung bab 26 dari Tha’labi, Hamwaini, Hakim, Abu’l-Qasim Haskani, Ibn Sabbagh Maliki, Mir Seyyed Ali Hamdani dan Manaqib oleh Khawarizmi, mengatakan dari pengesahan Ibn Abbas, Amiru’l-Mu’minin dan Abu Buraid Aslami di dalam lain perkataa, telah menyampaikan 11 hadith yang maksud utamanya adalah, apabila ayat yang diatas telah diwahyukan, nabi meletakkan tangannya didada, berkata, ‘Saya adalah yang memberikan peringatan.’ Kemudian meletakkan tangannya pada dada Ali, dia berkata, ‘Selepas saya kamu adalah petunjuk bagi ummah. Mereka yang mendapat pimpinan dari kamu adalah yang terpimpin.’
KONSPIRASI PIHAK MUSUH.
Kamu juga mengatakan bahawa walaupun selepas 25 tahun, apabila dia menjadi khalifa, disebabkan oleh kurang pengalaman di dalam politik bahawa kekacauan dan pertumpahan darah berlaku. Saya tidak begitu pasti apa yang kamu maksudkan dengan politik. Jika politik bererti penipuan, berkomplot dan mencampuradukkan benar dengan yang salah [sebagaimana yang dilakukan oleh manusia di dalam setiap zaman untuk mendapatkan kuasa] saya mengakui Ali boleh dikeluarkan dari politik yang sedemikian. Kepada saya politik bererti keadilan dan melaksanakan hak bagi yang berkuasa.
ALI BENCI PADA POLITIK YANG KEJI.
Ali yang mana telah dipenuhi dengan keadilan, telah menjauhkan dirinya dari politik yang keji. Sebagaimana yang saya katakan dahulu apabila Amiul-Mukminin menduduki kedudukan khalifa, dia serta merta menggantikan semua pegawai yang terdahulu. Abdullah Ibn Abbas [sepupunya] dan juga yang lain berkata: ‘Adalah lebih baik jika kamu menangguhkan arahan itu untuk beberapa hari, supaya pegawai dan gabenor dagi daerah menerima khalifa kamu. Kemudian bolehlah kamu menggantikan mereka.’
Imam yang suci berkata: ‘Kamu telah memberikan kepada saya nasihat mengenai politik dalam perkara ini. Tetapi kamu tidak faham jika saya ikut dengan apa yang kamu katakan ‘politk’ dan membenarkan pemimpin yang kejam pada tempatnya, walaupun hanya untuk waktu yang singkat, saya akan dipertanggong jawabkan oleh Allah pada jangka waktu tersebut. Pada masa disoal, saya kena bertanggong jawab untuk itu. Ini tidak boleh didapati dari Ali.’
Di dalam untuk mengembalikan keadilan Ali serta merta menggantaikan pemerintah yang zalim. Tindakkan ini telah membawa kepada penentangan Muawiya, Talha, Zubair dan lainnya yang mengadakan pemberontakkan dan menyebabkan kekacauan dan pertumpahan darah di dalam negara.
Tuan yang dihormati, kamu telah tersalah faham kepada isu sebenar. Oleh kerana kamu tidak menyelidikki kedalam perkara sebenar, kamu telah dipesongkan oleh propaganda yang mengatakan bahawa pemberontakkan semasa khalifa Ali adalah disebabkan kurang pengetahuannya di dalam politik. Sebenarnya terdapat faktor lain dalam dalam peristiwa itu.
PEMBERONTAKKAN SEMASA KHALIFA AMIRUL-MUKMININ DISEBABKAN PERMUSUHAN TERHADAP DIRINYA.
Pertama, selama 25 tahun manusia telah digalakkan pada menentang Ali. Dengan itu telah terdapat kesukaran untuk mereka pada menerima wazirnya atau khalifanya atau mengakui kedudukan kemuliaannya yang tinggi. Sebagai contoh terhadap penentangan ini yang berlaku pada hari pertama khalifanya. Seorang kenamaan memasukki pintu masjid dan melihat Imam diatas mimbar, telah melaungkan, ‘Semoga mata itu menjadi buta yang melihat Ali diatas mimbar selain dari Umar!’
Kedua, tidak mungkin bagi manusia [mencintai] dunia untuk menerima keadilan Ali, terutama mereka yang telah terlibat di dalam kebebasan melakukan apa sahaja dimasa pemerintahan Uthman. Maka mereka bangun menentangnya, supaya sesaorang yang boleh memuaskan kehendak mereka mendapat kekuasaan. Kemahuan mereka telah dipuaskan semasa khalifa Muawiya. Dengan sebab itu, Talha dan Zubair yang pada mulanya memberikan bai’ah kepada Ali, tetapi apabila pemintaan mereka kepada kuasa telah ditolak, mereka memutuskan bai’ah dan secara terang menentang Imam di dalam peperangan unta.
AISHA YANG BERTANGGONG JAWAB SEPENUHNYA TERHADAP PEMBERONTAKKAN MENENTANG ALI
Ketiga, sejarah telah memberitahu kita siapa penghasut sebenar yang menyebabkan kekacauan berlaku dari permulaan khalifa. Adakah dia selain dari Ummul-Mukminin Aisha? Tidakkah Aisha yang, menurut kenyataan hadith dari kedua golongan sunni dan shia, menunggang unta [menentang perintah Allah dan nabi, supaya tinggal di dalam rumah] sampai ke Basra dan menghasut kepada peperangan yang besar?
Kamu mengatakan bahawa peperangan yang membawa padah kepada kedua-dua pihak adalah disebabkan oleh kurang pengalaman politik. Itu adalah kenyataan yang benar-benar telah terpesong. Jika Aisha tidak memberontak menentang Ali tiada siapa yang berani bangun menentang Ali, lagi pun nabi telah berkata: “Menentang Ali adalah sama seperti menentang saya.’ Aisha menghasut manusia menentang Ali.
PEPERANGAN ALI DI DALAM PEPERANGAN JAMAL, SIFFIN DAN NAHRWAN ADALAH UMPAMA PEPERANGAN NABI MENENTANG KAFIR.
Peperangan Ali menentang musuh dan hipokrit di Basra, Siffin dan Nahrwan adalah umpama peperangan nabi menentang orang kafir.
Sheikh: Bagaimana peperangan menentang muslim sama seperti peperngan dengan orang kafir?
Shirazi: Ulama kamu yang terkenal, seperti Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira; Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Muhammad Bin Talha Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 37, dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 67, telah mengatakan bahawa nabi meramalkan peperangan Ali menentang ‘Nakisin’ ‘Qasitin’ dan ‘Mariqin’ diantara mereka yang mana ‘Nakisin’ bererti Talha, Zubair dan sahabat meeka; ‘Qasitin’ bererti Muawiya dan pengikutnya; dan ‘Mariqin’ bererti khariji [puak] dari Nahrwan. Kesemua mereka adalah pemberontak yang pembunuhan terhadap mereka dibolehkan dan nabi arahkan hukuman yang sama untuk mereka apabila baginda meramalkan peperangan tersebut.
Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 37, telah menyampaikan satu hadith dari Sa’id Bin Jabir, yang menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata kepada Umm Salma: ‘Ini adalah Ali Ibn Abi Talib. Dagingnya adalah daging saya, darahnya adalah darah saya, dan dia pada saya adalah umpama Harun kepada Musa melainkan tidak ada nabi selepas saya. Umm Salma, Ali ini adalah ketua bagi yang beriman, ketua bagi muslim, dan tempat menyimpan pengetahuan saya, pengganti saya dan pintu pengetahuan. Dia adalah adik saya didunia dan juga diakhirat, dia bersama dengan saya ditempat yang tertinggi; dia akan berperang dengan ‘Nakisin’, ‘Qasitin’ dan ‘Mariqin’.’
Selepas menyatakan hadith itu, Muhammad Yusuf berkata bahawa hadith itu membuktikan bahawa nabi telah memberitahu Ali mengenai peperangan terhadap tiga kumpulan tersebut dan bahawa baginda telah mengarahkan Ali untuk berperang menentang mereka.
Makhnaf Bin Salim telah dikatakan sebagai berkata bahawa apabila Abu Ayyub Ansari [seorang sahabat nabi yang terkenal] hendak pergi bersama tentera untuk berperang, dia berkata: ‘Abu Ayyub! Betapa anehnya kamu! Kamu adalah orang yang sama berperang menentang musyirik disebelah pihak nabi, tetapi sekarang kamu telah cenderung untuk memerangi muslim!’ Kemudian Abu Ayyub berkata: ‘Nabi telah mengarahkan saya untuk memerangi tiga kumpulan itu: mereka adalah Nakisin, Qasitin dan Mariqin.’
Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, Hadith 155, mengatakan dari Abu Sa’id Khadiri dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabi, ms 59,(bab II) dari Jam’u’l-Fawa’id berkata bahawa Abu Sa’id berkata: ‘Kami sedang duduk bersama para sahabat, menunggu kedatangan nabi. Apabila nabi datang kepada kami, kami lihat bahawa pengikat kasutnya telah pecah. Dia berikan kasutnya kepada Ali, yang mula membaikkinya. Kemudian nabi berkata: ‘Sesungguhnya terdapat seorang dari kamu yang akan berperang pada mempertahankan penterjemahan al-Quran sebagaimana saya telah berperang [terhadap yang kafir].’
Kemudian Abu Bakr berkata: ‘Sayalah orangnya?’
Nabi berkata: ‘Tidak!’
Kemudian Umar berkata: ‘Adakah saya?’
Nabi berkata: ‘Tidak! Orang itu adalah dia yang sedang membaiki kasut saya.’
Hadith ini menunjukkan bahawa peperangan Ali adalah untuk penterjemahan al-Quran dengan betul. Maka dari itu, kekecuhan umum yang berlaku pada khalifa Ali bukan disebabkan lemahnya politik Amirul-Mukminin tetapi disebabkan permusuhan dan dendam musuh.
SELEPAS NABI ALI ADALAH NEGARAWAN YANG ULUNG.
Tuan-tuan tentuan akan dapat penjelasan dari menyelidikki arahan yang dihantar Ali kepada gabenor, pegawai tentera dan pegawai awamnya. Sebagai contoh, arahan dan pesanan yang dihantarnya kepada Malik Ashtar dan Muhammad bin Abu Bakr untuk pentadbiran Mesir, kepada Uthman bin Hunaif dan Abdullah bin Abbas untuk Basra dan Quthan bin Abbas untuk pentadbiran Makah, adalah satu contoh pentadbiran awam dan juga keadilan sosial yang cemerlang. Dokumen itu adalah sebahagian dari Nahjul-Balagha.
ALI MEMPUNYAI PENGETAHUAN PADA DUNIA GHAIB.
Ini adalah fakta yang telah diperakui oleh keduanya, pengikut dan juga musuh Ali. Imam yang suci adalah Imamu’l-Muttaqin [ketua bagi yang zuhud]. Dia mempunyai pengetahuan sepenuhnya mengenai pengertian al-Quran. Lebih-lebih lagi dia mempunyai pengetahuan dunia ghaib.
Sheikh: Saya tidak berapa faham dengan kenyataan kamu yang pelik mengenai Ali mempunyai pengetahuan dunia ghaib. Sila jelaskan.
Shirazi: Tidak ada apa yang pelik mengenainya. Untuk memahami dunia yang ghaib adalah pada memahami rahsia alam ini, yang mana telah diketahui melalui anugerah ilahi oleh semua nabi dan wazirnya. Setiap mereka diberikan sebanyak mungkin pengetahuan alam ghaib yang Allah anggap perlu bagi mereka untuk menyampaikan pengkhabarannya. Selepas nabi, Amirul-Mukminin telah dianugerahkan dengan pengetahuan itu.
Sheikh: Saya tidak menyangka kamu akan berpegang pada pandangan shia yang fanatik. Pujian itu terlalu melampau sehingga yang dipuji itu sendiri tidak mahu menerimanya. Untuk mempunyai pengetahuan pada yang ghaib; itu adalah sifat khusus bagi Allah sahaja, tidak ada makhlukNya yang boleh mempunyai apa-apa kaitan dengannya.
Shirazi: Mempercayai bahawa para nabi yang agung, wazir mereka, dan hamba-hamba Allah yang mulia mempunyai pengetahuan dunia ghaib tidak ada kena mengena dengan kefanatikan. Bahkan itu adalah salah satu dari kemuliaan mereka, yang menunjukkan penyerahan mereka kepada Allah. Kami punya bukti yang jelas dari hadith dan juga al-Quran.
ADAKAH PENGETAHUAN PADA YANG GHAIB TERHAD KEPADA ALLAH?
Sheikh: Al-Quran bertentangan dengan kenyataan kamu.
Shirazi: Boleh kamu bacakan ayat yang bertentangan dengan kenyataan saya?
Sheikh: Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyokong pandangan saya. Sebagai contoh, al-Quran berkata: ‘Dan bersamaNya adalah kunci khazanah ghaib – tiada siapa yang tahu melainkan Dia; dan Dia mengetahui apa yang ada dibumi dan dilaut; dan tidak jatuh sehelai daun melainkan Dia mengetahuinya, dan begitu juga bijian didalam gelap perut bumi, tidak juga yang hijau dan yang kering tetapi [semuanya terdapat] di dalam buku yang jelas.’ [6:59]
Ini adalah bukti yang paling jelas bahawa tidak ada siapa melainkan Allah sahaja yang mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Jika sesiapa percaya pada sesaorang yang mempunyai pengetahuan pada yang ghaib, dia telah menjadikan makhlukNya sekutu di dalam sifat Allah.
Kamu mengatakan bahawa Ali tahu akan yang ghaib. Ini bererti, selain dari kamu menjadikan dia sekutu di dalam sifat Allah, kamu telah membuat kedudukan dia lebih tinggi dari nabi sendiri. Nabi berulang kali mengatakan: ‘Saya adalah manusia seperti kamu. Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib.’ Nabi dengan jelas menerangkan kurang pengetahuannya pada yang ghaib.
Adakah kamu baca ayat al-Quran, yang berkata: ‘Katakan: Saya hanyalah manusia seperti kamu; telah diwahyukan kepada saya bahawa tuhan kamu adalah tuhan yang satu.’ [18:110]
Iaitu, perbezaannya diantara kamu dan saya adalah wahyu disampaikan dari Allah kepada saya.
Ditempat yang lain Allah berkata: ‘Katakan, Saya tidak mengawal sebarang faedah atau melarat untuk jiwa saya melainkan sebagaimana yang Allah ridhai; dan jika saya tahu yang ghaib saya akan mendapati banyak kebaikkan dan tidak ada kejahatan yang dapat menyentuh saya; saya tidak lain hanya memberi peringatan dan pembawa berita baik kepada mereka yang beriman.’ [7:188]
Dan lagi: ‘Dan saya tidak katakan kepada kamu bahawa bersama saya ada khazanah Allah dan saya tidak tahu pada yang ghaib.’ [11:31]
Dan Allah berkata lagi: ‘Katakan ‘Tidak ada siapa yang dilangit atau yang dibumi mengetahui yang ghaib melainkan Allah: Dan mereka tidak tahu bila mereka akan dibangkitkan.’ [2:65]
Nabi sendiri mengaku bahawa dia tidak tahu yang ghaib dan bahawa pengetahuan itu khusus untuk Allah. Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa Ali mempunyai pengetahuan yang sedemikian?
Kepercayaan kamu adalah cuba untuk meninggikan keutamaan Ali dari nabi. Tidakkah al-Quran telah berkata: ‘Tidak juga Allah akan menjadikan kamu tahu pada yang ghaib…’ [3:179] Atas dasar apa yang kamu percaya bahawa sesaorang selain Allah punyai pengetahuan pada yang ghaib?
Shirazi: Pendahuluan bagi kenyataan kamu adalah betul. Tetapi rumusan yang kamu dapati daripadanya adalah salah. Kamu telah katakan bahawa yang mengetahui pada perkara yang ghaib adalah Allah, bahawa kunci pada yang ghaib adalah bersama Allah; dan menurut dari ayat terakhir surah al-Kahfi, nabi terakhir, semua para nabi yang lain, para wazir, dan para Imam yang suci adalah sama dengan manusia yang lain. Di dalam bentuk fisikal, mereka telah dijadikan sama seperti yang lain. Kesemua perkara itu adalah benar, dan golongan shia menerima semuanya. Dan juga ayat yang kamu telah bacakan adalah benar dalam kontek yang asal.
Tetapi perkataan ‘nabi’ dari surah Hud merujuk kepada nabi Nuh. Ayat 50 surah al-An’am merujuk kepada nabi kita yang mulia. Apabila musyirik bertanya kepada baginda mengapa tidak terdapat tanda yang dia memilikki harta ilahi atau pengetahuan yang ghaib, ayat itu telah diwahyukan: ‘Katakan, ‘saya tidak mengatakan kepada kamu ‘Saya ada mempunyai khazanah tuhan tidak juga pengetahuan yang ghaib, tidak juga saya mengatakan saya adalah malaikat; saya tidak mengikuti selain dari apa yang diwahyukan kepada saya.’ [6:50]
Ayat ini adalah jawapan terhadap anggapan yang jahil bahawa tindakkan nabi telah dipengaruhi oleh pertimbangan keduniaan. Bagi pengetahuan pada yang ghaib, kami percaya bahawa para nabi dan wazir mereka mempunyai pengetahuan itu. Saya tidak sekutukan mereka dengan sifat ketuhanan. Tetapi pemberian itu adalah sebahagian dari wahyu dan ilham yang akan menghilangkan tirai kejahilan dari pandangan mereka dan menampakkan kepada mereka kebenaran yang sebenar. Saya akan terangkan ini dengan lebih jelas lagi.