DIALOG SUNNI-SHIA
SESSI 4
Ahad malam, 26 Rejab 1345 Hijrah
PERBINCANGAN MENGENAI PARA IMAM.
Shirazi: Kamu orang yang dihormati tentu sedar akan perkataan ‘Imam’ mempunyai banyak pengertian. Secara lisan ianya bermana ‘ketua’ Imam-e-Jamaat’ bererti ‘orang yang menjadi ketua di dalam solat berjamaah’ Dia boleh juga menjadi ketua bagi manusia di dalam politik atau perkara agama. Imam-e-Jum’a bererti ketua solat jumaat. Maka, sunni, pengikut keempat mazhab, memanggil ketua mereka ‘Imam’, seperti Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Shafii, Imam Hanbal. Ahli agama dan perundangan ini adalah pemimpin mereka dalam perkara agama, dan mereka-mereka ini telah membentangkan undang-undang agama berasaskan dari penyelidikan atau dari penghuraian mereka sendiri mengenai yang diperbolehkan bagi segala amalan. Begitu juga, apabila kami mempelajari buku-buku perundangan keempat-empat Imam ini, kami dapati banyak perbezaan diantara mereka mengenai asas keimanan dan cara-cara amalan terhadap agama.
Begitu juga, segala golongan mempunyai peminpin mereka sendiri, dan dikalangan shia ulama dan pakar perundangan memegang kedudukan yang sama. Dengan ghaibnya Imam yang hidup dimasa kini, mereka mujtahid mengeluarkan perundangan berasaskan pengetahuan mereka dari al-Quran, kata-kata sahih dari nabi, dan para Imam yang pilihan. Tetapi kami tidak memanggil mereka Imam kerana Imami kepunyaan secara ekslusif kepada 12 orang keturunan nabi. Ada satu lagi perbezaan. Sunni kemudiannya telah menutupkan pintu ijtihad [berusaha pada menterjemahkan perundangan]. Dari abad kelima Hijrah, apabila dengan perintah raja [khalifa], pendapat yang digubal oleh ulama dan semua perundangan telah dikumpul, maka apa yang dikatakan sebagai ‘Imam’ telah dihadkan kepada ‘empat Imam’, dan maka empat mazhab [Hanafi, Maliki, Shafii, dan Hanbali] telah diasaskan. Manusia telah dipaksa mengikuti satu daripadanya, sebagaimana yang kamu amalkan sekarang. Tidak diketahui atas dasar apa mengikuti satu Imam itu lebih digalakkan. Apakah ciri-ciri yang ada pada Imam Hanafi yang tidak dimiliki oleh Imam Malikki? Apakah ciri-ciri yang ada pada Imam Shafii yang tidak dimiliki oleh Imam Hanbali? Dan jika dunia Islam dipaksa untuk menghadkan pada mengikuti satu dari empat mazhab, maka kemajuan bagi umma [komuniti] Islam akan terhalang sepenuhnya, walaupun Islam mengajarkan kepada kita supaya kita terus maju bersama masa. Untuk melakukan ini kita perlu kepada petunjuk dari para ulama [ilmuan]. Terdapat banyak perkara yang mana kita tidak seharusnya mengikuti keputusan hukuman mujtahid yang telah mati [dari jihad, ke berusaha, yang bermaksud dalam kontek ini, seorang yang berusaha untuk menterjemah dan mengubal amalan agama dan perundangan sebagaimana ijtihad merujuk kepada proses berusaha] maka kita harus mengadap kepada mujtahid yang hidup untuk petunjuk. Banyak para mujtahid yang dilahirkan diantara kamu kemudiannya, yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dari mereka yang berempat ‘Imam’ Saya tidak tahu mengapa keutamaan diberi kepada yang empat, makanya tidak ada yang lain, hanya mereka saja perlu diikuti, dan kebenaran bagi orang yang lain diabaikan. Di dalam perundangan shia, terdapat mujtahid disetiap masa sehinggalah keluarnya Imam yang suci dizaman kita. Pada permasalahan yang baru timbul, kita tidak boleh ikut keputusan mujtahid yang telah tiada.
MENGHADKAN KEPADA EMPAT MAZHAB TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG ASAS.
Adalah aneh bahawa kamu mengelar shia pembuat bidaa’ dan penyembah orang mati. Kami mengikuti arahan 12 Imam, keturunan nabi. Bagaimana pun, tidaklah diketahui atas dasar apa kamu cuba untuk memaksa Muslim untuk mengikuti Asharis atau Mutazalis mengenai asas usul [tawhid] dan salah satu dari empat Imam di dalam perkara amalan agama [furu’]. Sesiapa yang tidak mengenali mereka dikatakan Rafizi. Oleh kerana Abul-Hasan Ashari, Abu Hanifa, Maliki bin Anas, Muhammad bin Idris Shafii dan Ahmad bin Hanbal adalah sama seperti ulama dan perundangan Muslim yang lain dan oleh kerana tidak ada arahan dari nabi untuk kita mengikuti mereka, pengkhususan untuk mengikuti mereka adalah bidaa’, apa yang akan kamu katakan sebagai jawapan?
Hafiz: Oleh kerana keempat Imam ini memiliki tahap ketaqwaan yang tinggi kepada Allah, wara’, adil dan berwibawa bersama dengan pengetahuan perundangan yang luas, makanya telah menjadi wajib bagi kita untuk mengikuti mereka.
Shirazi: Secara logik kami tidak menghad kan diri kami kepada mengikuti mereka sahaja. Banyak lagi dari ulama kamu yang mempunyai kualiti yang sama ini. Menghadkan pada mengikuti mereka sahaja adalah satu penghinaan terhadap ulama lain yang sama meritnya. Kita tidak boleh dipaksa pada mengikuti sesaorang atau sesiapa saja tanpa kuasa arahan dari nabi. Tidak ada arahan yang sedemikian mengenai Imam yang berempat kamu. Maka bagaimana kamu boleh menghad agama kepada mazhab yang empat ini?
SHIA DIBANDINGKAN KEPADA MAZHAB YANG EMPAT.
Hanya beberapa malam yang lalu kamu memanggil golongan shia ‘politik’, dan mengatakan yang ianya tidak ujud dimasa hayat nabi – bahawa ia muncul masa khalifa Uthman – adalah haram untuk mengikuti mereka. Pada malam selepas semalam, kami telah buktikan yang shia telah ujud dimasa hayat nabi dan juga atas arahan baginda. Ketua bagi shia, Amirul Mukminin, Ali, telah dibesarkan dan diajar oleh nabi semenjak dari kecil dan menerima pengetahuan agamanya dari nabi sendiri. Menurut dari rekod di dalam buku kamu yang sahih, nabi memanggil beliau pintu kota ilmu. Baginda dengan jelas mengatakan: ‘Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya, dan patuh kepada saya adalah patuh kepada Allah.’ Di dalam kumpulan 70 000 manusia, baginda melantik beliau sebagai Amir dan khalifa dan mengarahkan semua Muslim, termasuk Umar dan Abu Bakr, untuk memberikan baiaa’ kepada beliau.
Tetapi sebaliknya telah tidak diketahui bagaimana mazhab yang empat kamu telah diujudkan, ataupun yang mana satu dari keempat Imam kamu yang pernah bertemu dengan nabi, ataupun sama ada terdapat pengesahan yang telah dilaporkan dari nabi mengenai mereka yang akan menerangkan mengapa umma Islam harus dipaksa pada mengikuti mereka.
Tanpa sebarang alasan yang nyata kamu telah mengikuti orang-orang kamu yang terdahulu, yang tidak pernah memberikan apa-apa alasan terhadap ‘Imamnya’ mereka, melainkan bahawa mereka adalah mujtahid, orang yang berpengetahuan dan wara’. Tetapi, tidakkah semua kualiti tersebut ada pada tahap yang TERTINGGI di dalam diri keturunan nabi, maka tidakkah ianya wajib bagi kita pada mengikuti mereka? Adakah mazhab [perundangan] ini yang tidak mempunyai pertalian dengan nabi, bidaa’, atau kumpulan perundangan yang diasaskan oleh nabi dan dipimpin oleh keturunannya bidaa’? Dalam cara yang sama, terdapat sebelas lagi Imam yang mengenai mereka terdapat hadith yang lain yang menunjukkan bahawa mereka adalah sama setaraf al-Quran. Di dalam Hadith-e-thaqalain dengan jelas telah diperkatakan: ‘sesiapa yang berpegang teguh pada kedua ini akan selamat, dan sesiapa menjauhkan diri dari mereka akan sesat.’ Di dalam hadith-e-safina nabi berkata: ‘Sesiapa yang menjauhkan diri dari mereka akan lemas dan binasa.’ Ibn Hajar di dalam ‘Sawaiq [Bab-e-Wasiyyatun-Nabi, ms 135] menyebutkan hadith dari nabi yang berbunyi: ‘Al-Quran dan keturunan ku adalak amanah ku, jika kamu berpegang kepada mereka kamu tidak akan sesat.’
Di dalam menyokong ini, ibn Hajar menyebutkan hadith yang lain dari nabi mengenai al-Quran dan keturunannya yang suci: ‘Janganlah melampaui batasan al-Quran dan keturunan ku; janganlah mengabaikan mereka. Jika tidak kamu akan binasa. Dan janganlah mengajar keturunan ku kerana mereka lebih mengetahui dari kamu.’
Selepas itu, Ibn Hajar mengulas bahawa hadith yang diatas membuktikan bahawa keturunan nabi adalah lebih utama dari semua yang lain dalam pengetahuan dan menyampaikan tanggong jawab agama.
KEEMPAT-EMPAT IMAM TELAH MENGISTIHARKAN DIANTARA SATU SAMA LAIN SEBAGAI KAFIR.
Adalah amat menakjubkan bahawa, keturunan nabi adalah yang paling unggul dari segala manusia yang lain, sunni masih mengikuti Abul-Hasan Ashari di dalam asas tawhid Islam dan keempat Imam di dalam amalan agama bahagian furu’. Pada mengikuti jalan sebegini, tidak lain hanyalah disebabkan oleh kesombongan dan kefanatikkan. Dan walaupun jika kita katakan apa yang awak nyatakan itu benar, bahawa keempat Imam kamu berhak terhadap kesetiaan kamu kerana mereka terpelajar dan wara’, jadi mengapa setiap mereka menuduh diantara satu sama lain sebagai kafir?
Hafiz: Kamu amat kejam. Kamu sebut apa saja yang datang kefikiran kamu. Kamu menghina Imam kami. Kenyataan itu adalah dusta. Jika ada apa-apa yang telah diperkatakan terhadap mereka, ianya adalah dari ulama shia. Dari pihak kami tidak ada apa yang diperkatakan terhadap mereka. Kami telah menunjukkan tanda hormat terhadap mereka.
Shirazi: Kelihatan seperti kamu tidak membaca buku ulama kamu. Ulama kamu yang terkenal telah menulis buku mengenai penolakkan mereka. Bahkan keempat-empat Imam saling menuduh satu sama lain sebagai melanggar perundangan Tuhan.
Hafiz: Siapakah ulama itu? Apakah kenyataan mereka?
Shirazi: Sahabat Abu Hanifa , Ibn Hajar [Ali bin Ahmad Andalusi, mati dalam tahun 456 Hijrah] dan yang lainnya telah selalu mencela Imam Malik dan Muhammad bin Idris Shafii. Begitu juga sahabat Imam Shafii, seperti Imamul-Haramain, Imam Ghazali dan lainnya telah kondem Abu Hanifa dan Malik. Biar saya tanya kepada kamu sesuatu: apakah jenis manusia Imam Shafii tu, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Ghazali dan Jarullah Zamakhshari?
Hafiz: Mereka adalah ahli perundangan, ulama, orang yang wara’ dan Imam Kami.
ULAMA SUNNI KONDEM ABU HANIFA.
Shirazi: Iman Shafii berkata: ‘Tidak ada yang dilahirkan, orang paling terkutuk di dalam Islam dari Abu Hanifa.’ Dia juga berkata: ‘Saya lihat dalam buku sahabat Abu Hanifa, dan saya dapati di dalam nya 130 ms mengandungi perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan juga hadith.’
Abu Hamid Ghazali di dalam bukunya ‘Manqul fi ilmil-Usul’ telah berkata: ‘Yang sebenarnya Abu Hanifa merubah etika agama, menjadikannya meragukan, merobah susunannya, dan mencapur-adukkan perundangannya dengan suatu cara dimana etika yang disebutkan oleh nabi telah berubah keseluruhannya. Seorang yang melakukannya dengan sengaja dan menganggaplah dibolehkan adalah kafir. Seorang yang melakukannya dengan pengetahuan bahawa ianya adalah haram maka berdosa.’ Menurut ilmuan yang terkenal ini [Imam Ghazali], Abu Hanifa sama ada kafir atau pembuat dosa. Banyak bukunya yang lain kondem Abu Hanifa. Jarullah Zamakhshari, pengarang ‘Tafsir-e-Kashshaf dan juga seorang ulama yang wara’, telah menulis di dalam ‘Rabiul-Abrar’ bahawa Yusuf bin Asbat berkata: ‘Abu Hanifa menolak paling kurang 400 hadith nabi Islam.’ Ulasan Yusuf adalah: Abu Hanifa berkata: ‘Jika rasul Islam mengenali saya, dia pasti akan menerima kebanyakkan dari kata-kata saya.’
Ulama kamu telah membuat kritikan yang sama kepada Abu Hanifa dan ketiga-tiga Imam yang lain. Ianya boleh dijumpai di dalam Ghazali ‘Mutahawwal’; Shafii ‘Nuqtush-Sharifa’; Zamakhshari ‘Rabiul-Abrar’; dan Ibn Jauzi ‘Muntazim.
Imam Ghazali berkata di dalam buku Mutahawwal: ‘Terdapat banyak kesalahan didalam kerja-kerja Abu Hanifa. Dia tidak punya pengetahuan di dalam ilmu etimologi [ilmu asal usul perkataan], nahu ataupun hadith.’ Dia juga menulis: ‘Oleh kerana dia tidak punya ilmu hadith, dia banyak bergantung kepada kias nya sendiri. Yang pertama bertindak diatas kias adalah syaitan.’
Ibn Jauzi menulis di dalam ‘Muntazim’, ‘Semua ulama bersatu di dalam mengutuk Abu Hanifa. Terdapat tiga kategori pada kritikan yang sedemikian; satu kumpulan berpendapat bahawa kepercayaannya di dalam asas-asas Islam tidak kukuh; yang lain berkata bahawa dia tidak punya daya ingatan yang kuat dan tidak boleh mengingati hadith; dan yang ketiga percaya bahawa dia bertindak mengikut kias dan pendapatnya selalu bertentangan dengan hadith yang benar.’
Ulama kamu sendiri telah mengkritik imam kamu. Ulama shia tidak mengatakan apa-apa mengenai mereka, melainkan apa yang ulama kamu telah katakan.
Dan sebaliknya, tidak ada perbezaan pendapat diantara ulama shia mengenai kedudukan 12 Imam. Kami menganggap para Imam yang suci adalah murid pada pengajian yang sama. Imam-Imam ini – kesemua mereka – bertindak mengikut perundangan Tuhan yang mana Rasul terakhir telah berikan kepada mereka. Mereka tidak pernah bertindak diatas kias atau penbaharuan yang dibolehkan. Apa yang mereka kata atau laksanakan sealiran dengan apa yang dikatakan oleh nabi. Makanya tidak ada sebarang perbezaan diantara mereka.
IMAM MENURUT SHIA BERERTI WALI [WAZIR] KEPADA ALLAH.
Menurut dari difinasi yang telah diberikan oleh ulama, Imam atau wali kepada Allah, adalah satu dari asas-asas Islam. Kami percaya bahawa Imam adalah wali bagi Allah terhadap segala makhluk dan khalifat-e-Rasul [pengganti bagi Rasul] untuk dunia ini dan juga akhirat. Maka adalah wajib bagi semua manusia untuk mengikuti prinsipnya di dalam semua perkara, keduniaan dan juga kerohanian.
Sheikh: Adalah lebih baik jika kamu tidak mengistiharkan secara mutlak bahawa Imam termasuk di dalam asas kepada keimanan, oleh kerana ulama Islam yang termashor telah menafikan. Ia hanya termasuk di dalam bahagian cabang amalan pada iman. Ulama kamu yang telah memasukkannya kedalam asas.
Shirazi: Kenyataan saya tidak tertakluk kepada Imami shia sahaja. Bahkan ulama kamu yang ulung mempunyai kepercayaan yang sama. Seorang daripadanya adalah pengulas yang termashor, Kadi Baidhawi, yang telah berkata di dalam bukunya ‘Minhajul-Usul’ berhubung dengan perbincangan pada sebutan hadith: ‘Imam adalah satu dari asas prinsip Iman, yang mana penafian dan penentangan terhadapnya akan membawa kepada bidaa’ dan kafir.’
Mulla Ali Qushachi berkata di dalam ‘Sharh-e-Tajrid, ‘Imami adalah wali Allah yang umum bagi urusan dunia dan agama, serperti juga khalifa Rasul.’ Dan Kadi Ruzbahan, seorang ulama kamu yang amat fanatik, menunjukan kepada erti yang sama. Dia berkata: ‘Imami, menurut pengikut Abul-Hasan Ashari, adalah wali [wazir] nabi pada mengasaskan keimanan dan memelihara kepentingan Umma Muslim. Adalah menjadi tugas semua pengikut untuk memetuhi apa yang dikata.’ Jika Imami bukanlah sebahagian dari rukun Iman, nabi tidak akan berkata bahawa: ‘Sesiapa yang mati, dengan tidak mengetahui siapakah Imamnya dimasa itu, matinya sebagai seorang jahiliah.’
Ini telah disebutkan oleh ulama kamu yang terkenal, seperti Hamidi di dalam ‘Jami-Bainus-Sahihain’ dan Mulla Asad Taftazani di dalam ‘Sharhe Aqaid-e-Nasafi.’ Dengan tidak mengetahui satu cabang dari amalan keimanan, tidaklah sama seperti yang jahil, sebagaimana yang telah dikata oleh Baidhawi mengenai tidak mengetahui pada asas Iman, umum kejahilan terhadapnya [asas-asas iman] boleh membawa kepada kekafiran
Maka, Imami adalah satu dari asas Iman dan yang melengkapi peringkat tugas nabi [yang menyampaikan]. Makanya terdapat perbezaan yang besar pada konsep Imami kami dan yang difahami [diterjemahkan] oleh kamu. Kamu memanggil ulama kamu Imam, seperti Imam Azam dan Imam Malik. Tetapi ini hanya secara pengertian lisan. Kami juga menggunakan istilah Imam-e-Jama’a, Imam-e-Jamaat. Maka akan ada ratusan Imam dalam satu masa, tetapi pengertian teknikalnya dimana kami gunakan perkataan ‘Imam’ ianya bererti wali Allah. Dalam pengertian ini hanya terdapat seorang sahaja Imam pada satu masa. Kualiti pengetahuannya yang mulia, keberanian, ketaqwaan kepada Allah, dan wara’, semuanya telah di sempurnakan di dalam diri mereka. Dia melebihi dari semua makhluk di dalam semua kemuliaan dan menduduki tempat kema’suman [tidak membuat sebarang dosa]. Dunia tidak boleh berada tanpa Imam yang sedemikian sehingga ke Hari Pengadilan. Imam yang sedemikan unggul mempunyai kedudukan kerohanian yang paling tinggi. Imam yang begini telah ditauliahkan oleh Allah dan dilantik oleh nabi. Kedudukannya lebih tinggi dari segala makhluk, termasuk para rasul yang terdahulu.
Hafiz: Satu ketika kamu mengutuk Ghalis, dan pada masa yang sama kamu sendiri telah melampui meninggikan para Imam dan menganggap kedudukan mereka lebih tinggi dari para nabi. Akal yang waras telah menolaknya dan al-Quran juga mengatakan bahawa nabi telah didudukkan ditempat tertinggi. Kedudukan mereka letaknya diantara dikehadirat ilahi dan yang dijadikan. Oleh kerana kenyataan kamu tidak disokong oleh mana-mana hujah maka ianya tidak boleh diterima.
KEDUDUKAN IMAMI ADALAH LEBIH TINGGI DARI KEDUDUKAN NABI YANG UMUM.
Shirazi: Kamu belum pun bertanya atas dasar apa saya membuat kenyataan tersebut, dan kamu telah katakan dengan tanpa sebarang hujah. Bukti yang terbaik untuk kenyataan saya adalah al-Quran, yang menyebutkan kisah hidup Nabi Ibrahim, telah mengatakan bahawa, setelah diberikan tiga percubaan [nyawa, harta dan anak], Allah bermaksud untuk meninggikan lagi kedudukannya. Oleh kerana nabi dan panggilan kalil [rakan] tidaklah mengambarkan kedudukan yang tinggi, maka kedudukan Imami lah sahaja satunya kedudukan yang lebih tinggi yang mana nabi juga boleh dianugerahkan dengannya. Al-Quran berkata: ‘Dan apabila Tuhannya mencuba Ibrahim dengan perkataan tertentu, dia telah melaksanakannya, Dia berkata: ‘Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu Imam atas manusia.’ Ibrahim berkata: ‘Dan keturunan ku? ‘Janji Ku tidak termasuk mereka yang zalim.’ [2:124]
Ayat ini yang menunjukkan kedudukan Imami, juga telah membuktikan darjat Imami lebih utama dari nabi, kerana kedudukan Nabi Ibrahim telah dinaikkan dari nabi kepada Imam.
Hafiz: Ini bermakna dari hujah kamu kedudukan Ali adalah lebih utama dari kedudukan nabi yang akhir. Ini adalah apa yang dipercayai oleh Ghalis, sebagaimana yang kamu sendiri telah katakan.
NABI UMUM DAN KHUSUS.
Shirazi: Bukanlah itu maksud saya apa yang kamu rumuskan. Sebagaimana yang kamu ketahui, terdapat perbezaan yang besar diantara nabi yang umum dengan nabi yang khusus. Darjat Imami lebih tinggi dari kedudukan nabi yang umum tetapi rendah kepada nabi yang khusus. Nabi yang akhir adalah yang tertinggi dari nabi-nabi yang khusus.
Nawab: Maaf kan saya kerana memotong percakapan. Tidakkah semua nabi telah dikirimkan oleh Allah? Pastinya mereka berkedudukan yang sama: al-Quran berkata: ‘Kami tidak membezakan diantara mana-mana rasul,’ [2:285] Jadi mengapa kamu membezakan diantara mereka dan membahagi nabi-nabi pada 2 kategori, umum dan khusus?
Shirazi: Ya, ayat itu benar pada kontek [hal] yang tertentu. Iaitu, mengenai pada mencapai matlamat kerasulan [yang bermaksud mengajari manusia tentang adanya Allah, Hari Pengadilan, dan latihan terhadap minda] kesemua nabi dari Adam sehingga kepada nabi yang akhir, adalah sama. Tetapi mereka berbeza di dalam kualiti mereka, pencapaian dan kedudukan.
PERBEZAAN DI DALAM DARJAT KERASULAN.
Adakah nabi yang dikirimkan untuk memandu 1 000 manusia sama dengan nabi yang dihantar untuk memandu 30 000 manusia, atau yang dihantar untuk memandu seluruh makhluk? Kita ambil sebagai contoh, adakah guru darjah satu sama dengan guru darjah empat? Adakah guru kelas atasan sama dengan profesor atau guru universiti? Kesemua tergolong pada pentadbiran yang sama, dan berkerja dibawah program umum yang sama, tujuan mereka untuk mendidik pelajar. Tetapi dilihat pada pengetahuan guru, ianya tidaklah sama. Setiap satu berbeza dengan yang lain menurut dari pembelajaran mereka, kemampuan dan pencapaian. Tetapi dari sudut pandangan tujuan kerasulan, semua nabi Allah adalah sama. Bagaimana pun kerana perbezaan kedudukan dan pengetahuan, mereka adalah berbeza. Al-Quran berkata: ‘Kami telah jadikan sebahagian dari rasul itu melebihi yang lain; diantara mereka ada kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian mereka Allah tinggikan dengan darjah yang banyak.’ [2:253]
Dari kamu Jarullah Zamakhshari berkata di dalam bukunya ‘Tafsir-e-Kushshaf’ bahawa ayat diatas bererti yang nabi kita lebih utama kedudukannya dari semua yang lain disebabkan penghargaan khasus yang diterimanya,
Yang terpenting beliau adalah rasul yang terakhir.
Nawab: Saya gembira kamu telah selesaikan masalah ini, tetapi saya ada satu lagi soalan, walaupun ianya tidak berkaitan. Sila beritahu kepada kami apakah karekteristik [ciri-ciri] utama nabi yang khusus.
Shirazi: Banyak kualiti tertentu pada nabi yang khusus, dan terdapat banyak hujah pada pembuktian bagaimana satu nabi daripada mereka semua, adalah nabi yang khas kepada Allah. Bahkan kedudukan itu menamatkan putaran bagi kerasulan. Tetapi sessi ini tidak diatur untuk membuktikan nabi Allah kepada Muslim. Jika kita hendak bincangkan tajuk ini sepenuhnya, kita akan menyimpang dari tajuk asal, Imami. Bagaimana pun saya akan bincangkan dengan ringkas.
KAREKTERISTIK [CIRI-CIRI] RASUL KHUSUS.
Kesempurnaan manusia bergantung kepada kesempurnaan jiwa. Kesempurnaan moral dan juga kerohanian tidak akan tercapai tanpa kesuci jiwa. Kesucian sebegini adalah mustahil melainkan jika ianya dipimpin oleh kekuatan kebijaksanaan. Maka dia akan dapat meningkat tinggi dan lebih tinggi dengan kuasa pengetahuan dan amalan yang betul sehinggalah dia sampai kekemuncak kemanusiaan. Jika ucapan diikuti oleh pengetahuan dan amalan, ini meyerupai pada kejadian dialam ruh, yang mana adalah tempat asal pada kejadian manusia. Apabila ucapannya mencapai ketahap kesederhanaan dan bebas dari segala benda fizikal [bebas dari pengaruh dunia], ia telah menjadi satu dengan alam ruh. Maka dia akan meninggalkan alam binatang [dunia] dan sampai kekedudukan kemanusiaan yang tertinggi .’
Kuasa pertuturan manusia telah menjadikan dia lebih utama dari semua makhluk yang ada. Tetapi terdapat satu syarat tertakluk padanya, iaitu dia membersihkan jiwa dari segala kekotoran dengan pengetahuan dan amalan yang betul. Dua faktor ini di dalam diri manusia adalah seperti sayap kepada burung. Begitu juga darjah kemanusiaan manusia, akan meningkat menurut pengetahuan dan amalannya yang betul. Untuk melepasi kawasan kebinatangan dan untuk sampai kelingkungan kemanusiaan bergantung kepada kesempurnaan jiwanya. Seorang yang menyatukan di dalam dirinya kemantapan pengetahuan dan amalan yang betul dan sampai ketempat yang ketiga dari peringkat manusia [manusia awam, manusia elit, dan yang ter elit] telah sampai ketahap terendah nabi. Apabila orang itu menjadi perhatian khusus Allah, dia menjadi nabi. Ya, nabi juga mempunyai beberapa peringkat. Seorang nabi boleh sampai kepuncak tertinggi, dikedudukan yang tertinggi dari tiga perinkat itu. Kedudukan ini adalah yang paling tinggi dilingkungan yang mungkin [dibolehkan]; yang mana kedudukan itu dinamakan Kebijaksanaan Pertama; dan ianya adalah Kesan Pertama atau Konsekuen [keselarasan] Pertama. Tidak ada kedudukan yang lebih tinggi dari ini dialam nyata. Tempat ini diduduki oleh nabi yang terakhir, yang kedua pada tiada, melainkan Penyebab Pertama. Apabila nabi dinaikkan ketahap tertinggi, kerasulan telah tammat.
Imami adalah satu kedudukan yang rendah dari kedudukan nabi yang tertinggi, tetapi lebih tinggi dari kedudukan nabi yang lainnya. Oleh kerana Ali telah dinaikkan kekedudukan yang lebih tinggi dari nabi dan yang sama dalam keruhanian dengan nabi Muhammad, dia telah dianugerahkan kedudukan Imam dan makanya lebih utama dari segala nabi yang terdahulu.
Hafiz: Bahagian akhir dari kenyataan kamu membingungkan. Pertama kamu katakan Ali lebih tinggi dari tahap nabi; kedua, dia adalah satu dalam keruhanian dengan nabi Muhammad; ketiga bahawa dia lebih utama dari segala nabi. Apakah hujah kamu pada membuktikan kebenaran kata-kata kamu?
HUJAH PADA DARJAH RASUL UNTUK ALI DARI HADITH MANZILA.
Shirazi: Bahawa Ali sampai kedarjah kenabian boleh dibuktikan dengan merujuk kepada hadith manzila [hadith mengenai darjah] yang telah diterima semua, disampaikan dengan lebih kurang perkataan yang sama. Rasul yang akhir telah mengulangi beberapa kali diperbagai pertemuan: ‘Tidakkah kamu merasa puas bahawa kamu kepada ku adalah Harun kepada musa, melainkan bahawa tidak akan ada rasul selepas saya? Dikala yang lain baginda berkata kepada pengikutnya: ‘Ali kepada saya seperti Harun kepada Musa.’
Hafiz: Kesahihan hadith ini telah tidak dibuktikan. Walaupun jika ia dibuktikan sebagai benar, ianya adalah dari satu penyampai dan makanya tidak dapat diterima.
KESAHIHAN HADITH MANZILA DARI PUNCA YANG BIASA.
Shirazi: Di dalam memberikan keterangan mengenai tulennya hadith ini, saya akan merujuk buku kamu. Ianya bukan dari satu penyampai. Ianya telah disahkan oleh ulama kamu yang terkenal, seperti Suyuti, Hakim Nishapuri dan lainnya, yang telah membuktikan sebagai yang boleh dipercayai dari punca yang banyak. Sebahagian darinya adalah seperti berikut:
(1) Abu Abdullah Bukhari di dalam ‘Sahih’, jilid III, Bahagian Ghazawa, Qazwa Tabuk, ms. 54, dan di dalam bukunya ‘Bida’u’l-Khalq’, ms. 180; (2) Muslim bin Hajjaj di dalam ‘Sahih’, diterbitkan di Egypt, 1290 H., jilid II, di bawah tajuk “Kemuliaan Ali;” ms 236-7; (3) Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’, jilid I, “Asas pada Menamakan Husain,” ms 98, 118, 119; and notakaki pada buku yang sama, Bahgian 5, ms 31; (4) Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isi’l-Alawiyya, ms 19; (5) Muhammad bin Sura Tirmidhi di dalam Jami’; (6) Hafiz Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid II, ms 507; (7) Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq Muhriqa, Bab 9, ms 30 dan 34, (8) Hakim Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid III, ms 109; (9) Jalalu’d-Din Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 65; (10) Ibn Abd Rabbih di dalam Iqdu’l-Farid, jilid II, ms 194; (11) Ibn Abdu’l-Birr di dalam Isti’ab, jilid 2, ms 473; (12) Muhammad bin Sa’d Katib Waqidi di dalam Tabaqatu’l-Kubra; (13) Imam Fakhru’d-Din Razi di dalam Tafsir Mafatihu’l-Ghaib; (14) Muhammad bin Jarir Tabari di dalam Tafsir; begitu juga di dalam Ta’rikh; (15) Seyyed Mu’min Shablanji di dalam Nuru’l-Absar, ms 68; (16) Kamalu’d-Din Abu Salim Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 17; (17) Mir Seyyed Ali bin Shahabu’d-Din Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, pada bahagian akhir pada dari Mawadda 7; (18) Nuru’d-Din Ali bin Muhammad Maliki Makki, dikenali sebagai Ibn Sabbagh Maliki, di dalam Fusulu’l-Muhimma, ms 23 dan 125; (19) Ali bin Burhanu’d-Din Shafi’i di dalam Siratu’l-Halabiyya, jilid II, ms 49; (21) Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, (22) Mulla Ali Muttaqi in Kanzu’l-Ummal, jilid VI ms 152-153; (23) Ahmad bin Ali Khatib di dalam Ta’rikh Baghdad; (24) Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib; (25) Muwaffaq bin Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib; (26) Ibn Athir Jazari Ali bin Muhammad di dalam Usudu’l-Ghaiba; (27) Ibn Kathir Damishqi di dalam Ta’rikh; (28) Ala’u’d-Daula Ahmad bin Muhammad di dalam Urwatu’l-Wuthqa; (29) Ibn Athir Mubarak bin Muhammad Shaibani di dalam Jami’u’l-Usul; (30) Ibn Hajar Asqalani di dalam Tahdhibu’t-Tahdhib; (31) Abu’l Qasim Husain bin Muhammad Raghib Isfahani di dalam Muhadhiratu’l-Udaba’, jilid II ms 212. Banyak ulama terkenal kamu telah menyampaikan hadith yang mashur ini dengan sedikit perbezaan di dalam perkataan dari ramai para sahabat nabi seperti: (1) Umar bin Khattab, (2) Sa’d bin Abi Waqqas, (3) Abdullah bin Abbas, (4) Abdullah bin Mas’ud, (5) Jabir bin Abdullah Ansari, (6) Abu Huraira, (7) Abu Sa’id Khudri, (8) Jabir bin Sumra, (9) Malik bin Huwairi’s, (10) Bara’a bin ‘Azib, (11) Zaid bin Arqam, (12) Abu Rafi’, (13) Abdullah bin Ubai, (14) Abu Suraiha, (15) Hudhaifa bin Assad, (16) Anas bin Malik, (17) Abu Huraira Aslami, (18) Abu Ayyub Ansari, (19) Sa’id bin Musayyab, (20) Habib bin Abi Thabit, (21) Sharhbil bin Sa’d, (22) Umme Salma (wife of the holy Prophet), (23) Asma bint Umais (wife of Abu Bakr), (24) Aqil bin Abi Talib, (25) Mu’awiya bin Abu Sufyan, dan ramai lagi sahabat yang lain. Secara ringkas, kesemua mereka telah menyatakan dengan sedikit perbezaan pada perkataan bahawa nabi berkata: ‘Wahai Ali, kamu kepada ku adalah sebagai Harun kepada Musa, melainkan tidak ada rasul selepas aku.’
Adakah semua ulama yang mashor – dan banyak lagi yang saya tidak nyatakan – tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa hadith ini telah diterima semua sebagai benar? Adakah kamu mengaku sekarang bahawa kamu telah tersalah faham? Oleh kerana kamu menunjukkan atitiut keraguan mengenai hadith ini, kamu haruslah merujuk kepada Kifayatut-Talib fi Manaqib-e-Ali Ibn Abi Talib, Bab 7, disusun oleh Muhammad Yusuf Ganji Shafii, adalah seorang ulama yang paling terkenal dari golongan kamu. Setelah menyebut enam hadith di dalam memuji Ali, pengarang ini mengulas ms 149 pada hadith ini sebagai berikut:
‘Ini adalah hadith yang kesahihannya telah diterima oleh semua. Ianya telah disampaikan oleh kebanyakkan Imam dan hafiz al-Quran yang terpelajar, seperti Abu Abdullah Bukhari di dalam Sahih, Muslim bin Hujjaj di dalam Sahih, Abu Dawud di dalam Sunan, Abu Isa Tirmidhi di dalam Jami’, Abu Abdu’r-Rahman di dalam Sunan, Ibn Maja Qazwini di dalam Sunan. Kesemua mereka telah mengesahkan kesahihannya. Hakim Nishapuri telah berkata bahawa hadith ini masuk ketahap kesimanbungan.
Saya harap bahawa saya tidak perlu menambah bukti untuk menunjukkan bahawa hadith ini tulen.
Hafiz: Saya bukanlah orang yang tidak beragama, maka saya tidak akan menolak hujah kamu yang munasabah, tetapi saya ingin mengambil perhatian kamu kepada kenyataan dari seorang ulama yang ilmuan, Abul-Hasan Amadi, yang telah menolak hadith ini.
Shirazi: Saya hairan mengapa seorang terpelajar seperti kamu, setelah mendengar pandangan dari ulama kamu yang terkenal, masih memberikan pertimbangan terhadap keterangan dari seorang yang jahat, yang tidak melakukan solat wajib.
Sheikh: Manusia adalah bebas untuk menyatakan apa yang dia percaya. Jika sesaorang menyatakan pandangannya, kita tidak seharusnya menghina dia. Adalah tidak wajar bagi kamu untuk menghina dia, selain daripada memberikan jawapan yang logik dari kenyataannya.
Shirazi: Kamu salah faham terhadap diri saya. Saya tidaklah mengkritik sesaorang sacara kejam. Saya belumpun dilahirkan semasa hayat Amadi. Ulama kamu yang telah merakamkan bahawa dia adalah orang yang tidak beragama.
Sheikh: Dimana ada ulama kami mengatakan dia tidak beragama?