DIALOG SUNNI-SHIA
AMADI TIDAK DIPERCAYAI SEBAGAI PENYAMPAI HADITH.
Shirazi: Ibn Hajar Asqalani telah menulis di dalam ‘Lisanul-Mizan’: ‘Saif Amadi Mutakallim Ali bin Abi Ali, seorang pengarang, telah diusir dari Damascus kerana pandangan dia yang tidak beragama, dan adalah benar bahawa dia tidak mendirikan solat.’ Dan Dhahabi, yang juga ulama kamu yang terkenal, menyatakan perkara yang sama di dalam bukunya ‘Mizanul-Itldal’. Dia mengatakan bahawa Amadi seorang pembuat bidaa’. Jika Amadi bukan seorang jahat dan pembuat bidaa’ yang tidak beragama, dia tentu tidak membuat catatan yang menghinakan mengenai semua para sahabat nabi, termasuk khalifa kamu, Umar bin Khattab [seorang daripada penyampai hadith tersebut]
Adalah tidak adil kamu menyalahkan shia kerana tidak menerima hadith yang dirakamkan di dalam Siha. Jika hadith datang dari punca yang sahih, ianya diterima, walaupun ianya dirakamkan di dalam Siha [enam koleksi hadith dari sunni]. Tetapi jika hadith yang telah diterima, yang telah dirakamkan oleh Bukhari, Muslim dan pengarang Siha yang lain, telah ditolak oleh Amadi, kamu tidak menjumpai sebarang kesalahan dengannya.
Jika kamu berhajat untuk mengetahui hujah sepenuhnya berkaitan dengan kesahihan dan punca hadith ini dari ulama kamu sendiri, dan jika kamu bersedia untuk mengutuk manusia seperti Amadi, kamu bolehlah merujuk jilid-jilid ‘Abaqatul-Anwar’, telah ditulis oleh ulama dan pengulas yang ulung, Allama Mir Seyyed Hamid Husain Dihlawi. Terutama, kamu hendaklah mempertimbangkan hadith Manzila, supaya kamu akan tahu bagaimana Allama shia ini telah mengumpulkan punca-punca dari ulama perundangan kamu dan menyediakan pembuktian kesahihan terhadap hadith-hadith tersebut.
Hafiz: Kamu katakan bahawa seorang dari penyampai hadith itu adalah Umar bin Khattab. Saya suka hendak mengetahui lebih mengenainya.
PENGESAHAN HADITH MANZILA OLEH UMAR BIN KHATTAB.
Shirazi: Abu Bakr Muhammad bin Jaafarul-Mutiri dan Abul-Laith Nasr bin Muhammad Samarqandi Hanafi, di dalam buku mereka ‘Majalis’; Muhammad bin Abdur-Rahman Dhahabi di dalam ‘Riadhun-Nazara; Mulla Ali Muttaqi di dalam ‘Kanzul-Ummal’, dan yang lainnya telah menyatakan dari Ibn Abbas sebagai berkata bahawa satu hari Umar bin Khattab berkata: ‘Tinggalkan nama Ali [iaitu, jangan terlalu banyak menghina Ali] kerana saya telah mendengar nabi berkata, bahawa Ali mempunyai tiga kualiti. Jika saya mempunyai satu dari kualiti itu, saya akan menghargainya lebih dari apa yang disinari oleh matahari.
Suatu ketika saya, Abu Bakr, Abu Ubaida, Jarra dan beberapa para sahabat yang lain hadir, dan nabi sedang berihat pada Ali Ibn Abi Talib. Baginda menepok bahu Ali dan berkata, ‘Ali! Apa sahaja yang berkaitan dengan keimanan, kamu adalah yang pertama dari semua yang beriman, dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, kamu telah berada dihadapan.’ Kemudian baginda berkata: ‘Ali kamu kepada ku sebagaimana Harun kepada Musa. Dan seorang itu adalah pendusta yang memikirkan dia adalah sahabat saya jika dia bermusuh dengan kamu.’
Adakah diperbolehkan di dalam kepercayaan kamu untuk menolak kenyataan dari khalifa Umar? Jika tidak, mengapa kamu memberi perhatian kepada kenyataan yang bodoh dari seorang seperti Amadi?
KEDUDUKAN SEORANG PENYAMPAI DI DALAM GOLONGAN SUNNI.
Saya belum lagi menjawab kepada satu dari kenyataan kamu. Kamu katakan bahawa hadith ini adalah yang mempunyai satu penyampai, maka ianya tidak boleh diterima. Jika kita katakan yang sedemikian menurut kedudukan orang yang ada dalam pandangan kami, pasti kami merasa wajar. Tetapi ia amat menakjubkan saya untuk mendengarkan perkara sedemikian dari kamu kerana di dalam golongan kamu walaupun seorang penyampai telah mencukupi untuk menunjukkan kebenaran perkara tersebut. Jika sesaorang enggan untuk menerima kesahihan seorang penyampai, dia, menurut ulama kamu adalah kafir. Malikul-Ulema Shahabud-Din Daulatabadi berkata di dalam ‘Hidayatus-Sa’da’: ‘Jika seorang enggan menerima laporan atau kenyataan dari satu penyampai dan mengatakan bahawa ianya tidak boleh diterima, dia adalah kafir. Jika dia mengatakan penyampai yang seorang itu tidak betul, dia telah berdosa, tidak kafir.'
Hafiz: Kita telah menyimpang dari tajuk utama. Sila beritahu kami bagaimana kamu buktikan melalui hadith Manzila ini bahawa Ali menduduki darjat nabi.
SIFAT-SIFAT ALI.
Shirazi: Hadith ini membuktikan bahawa Ali mempunyai tiga ciri (1) Darjah nabi; (2) Kedudukan pengganti kepada nabi dan (3) Kedudukannya lebih utama dari kesemua para sahabat nabi. Seperti nabi, pengikut Ali samakan beliau seperti Harun, seorang nabi, telah dianugerahkan dengan kekhalifaan Musa [pengganti Musa], dan lebih utama dari semua Bani Israel.
Nawab: Adakah Harun seorang nabi?
Shirazi: Ya
Nawab: Bolehkah kamu nyata satu ayat dari al-Quran di dalam menyokong maksud ini?
Shirazi: Allah menyebutkan kerasulannya di dalam banyak ayat. Dia berkata: ‘Sesungguhnya Kami akan mengwahyukan kepada kamu sebagaimana Kami wahyukan kepada Nuh, dan kepada rasul selepas dia. Kami wahyukan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, dan Yakob dan kaumnya [anaknya], dan kepada Isa, Ayub, Yunus, harun dan Sulaiman; dan Kami berikan Daud, Zabur.’ [4:163]
Dan lagi Dia berkata: ‘Dan disebutkan Musa di dalam kitab; sesungguhnya dia seorang yang disucikan, dan dia adalah rasul dan nabi. Dan kami panggil dia kesebelah bukit, dan Kami meninggikan dia, berkata-kata dengan Kami. Dan Kami berikan kepada dia dari rahmat kami saudaranya Harun, seorang nabi.’ [19: 51 – 53]
Hafiz: Maka menurut dari hujah kamu, Muhammad dan Ali keduanya adalah nabi.
Shirazi: Saya tidak menyatakannya sebagaimana yang kamu sampaikan. Ya, kamu sendiri tahu bahawa terdapat perbezaan pendapat yang besar mengenai berapa ramaikah nabi yang ada. Sebahagian mengatakan bahawa terdapat 120 000 – atau lebih. Tetapi kesemua mereka di dalam jangka masa mereka telah terbahagi kepada kumpulan dan pengikut kepada nabi yang utama, yang kepada merekalah kitab Allah telah diwahyukan mengandungi perundangan agama baru. Lima dari mereka adalah Rasul yang utama: Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi yang terakhir Muhammad yang kedudukannya paling tertinggi.
Harun adalah seorang dari nabi yang tidak kekal atau tersendiri. Dia dibawah syariah [etika agama] abangnya Musa. Ali sampai ketahap nabi tetapi tidak dinaikkan kepangkat rasul oleh kerana dia dibawah syariah Muhammad. Di dalam hadith Manzila, tujuan nabi adalah untuk memberitahu manusia bahawa, sebagaimana Harun yang sampai ketahap nabi tetapi dia adalah dibawah Musa, sebegitulah Ali sampai ketahap nabi. Imami telah dianugerahkan kepada beliau, tetapi beliau dibawah Muhammad.
PENTINGNYA KEDUDUKAN ALI.
Di dalam ulasannya pada Nahjul-Balagha, Ibn Abil-Hadid berkata di dalam hubungan dengan hadith ini bahawa dengan menyebutkah darjat Harun di dalam perbandingan dengan Musa, nabi menunjukkan bahawa Ali Ibn Abi Talib menduduki darjat tersebut. Begitu juga, Muhammad bin Talha Shafii, di dalam ‘Matalibus-Su’ul’, ms 19, setelah menjelaskan darjat dan kedudukan Harun, telah berkata: ‘Intipati perkara ini adalah kedudukan Harun dalam pertalian dengan Musa, iaitu Harun adalah adiknya, wakilnya, rakan dalam kenabian, dan penggantinya atau wazir apabila Musa di dalam perjalanan. Nabi Allah juga dalam hadith ini telah menunjukkan bahawa Ali memegang kedudukan yang sama seperti yang dipegang Harun, melainkan kerasulan, yang mana telah dikeluarkan dalam ucapannya: ‘Tidak akan ada rasul selepas aku.’
Makanya, telah terbukti bahawa Ali adalah adik Rasul, wazir, wakil, dan pengganti baginda sebagaimana yang diistiharkan oleh Nabi di dalam perjalanannya ke Tabuk. Hadith ini telah diterima semua sebagai benar. Pandangan yang sama telah disebutkan oleh Sabbagh Maliki di dalam ‘Fusulul-Muhimma’, ms 29, dan oleh banyak yang lain dari ulama kamu.
Hafiz: Saya fikir kamu menyatakan jika Rasul kita bukanlah rasul yang akhir, Ali akan dapat kedudukan itu, ini khusus bagi kamu saja. Tiada siapa ada mengatakannya.
Shirazi: Kenyataan ini tindak tertakluk kepada saya dan ulama shia sahaja. Ulama kamu juga mempunyai pandangan yang sama. Seorang dari ulama terkenal kamu Mulla Ali bin Sultan Muhammad Harawi Qari. Di dalam bukunya ‘Mirqat-e-Sharh bar Mishkat’, dia berkata, mengulas pada hadith Manzila, ‘Terdapat petunjuk dari hadith ini bahawa jika terdapat Rasul Allah selepas rasul yang akhir, ianya adalah Ali.’ Seorang ulama kamu yang lain yang telah menghuraikan hadith ini dengan maksud yang sama adalah ulama yang terkenal, Jalalud-Din Suyuti. Dia menulis dipenghujung bukunya ‘Baghiatul-Wu’az Fi Tabaqatul-Huffaz’ memberikan rantaian penyampai sehingga Jabir Abdullah Ansari, bahawa Rasul memberitahu Amirul Mukminin Ali: ‘Jika ada Rasul Allah selepas saya, ianya adalah kamu!’
Sebagai tambahan, Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafii berkata di dalam nombor dua dari enam Mawadda di dalam bukunya ‘Mawaddatul-Qurba’, menyebut kenyataan dari Anas bin Malik, bahawa Rasul berkata: ‘Sesunggunya, Allah menjadikan aku paling utama dari semua rasul, memilih aku bagi kesempurnaan, dan menjadikan untuk ku seorang pengganti, sepupu ku Ali. Melaluinya, Dia memperkuatkan bahu ku, sebagaimana bahu Musa diperkuatkan oleh Harun. dia [Ali] adalah wazir dan penolong. Jika ada terdapat rasul selepas ku, ianya adalah Ali, tetapi tidak ada rasul selepas ku.’
Jadi kamu lihat saya tidak sendirian di dalam mengatakan darjat nabi kepada Ali. Rasul dan juga ulama kamu telah mengesahkannya. Oleh kerana dia mempunyai darjat Harun dan oleh kerana era kerasulan telah berakhir, Ali adalah yang paling layak untuk kedudukan khalifa [wazir]. Satu petunjuk bagi darjat Ali yang tinggi adalah nabi membenarkan pintu rumah Ali kekal dibuka menghala ke masjid.
Komen ini telah menyebabkan kekecuhan dan kekeliruan diantara sunni. Shirazi bertanya mengapa terjadinya begini.
Nawab: Jumaat lepas kami pergi ke Masjid untuk bersolat. Hafiz Sahib memberitahu kami mengenai keutamaan khalifa Abu Bakr. Dia berkata bahawa Abu Bakr telah diizinkan untuk membiarkan pintu rumahnya dibuka menghala ke Masjid. Kami agak terkejut mendengar kamu mengatakan bahawa kebenaran ini khas untuk Ali. Sila jelas perkara ini.
Shirazi: [Berpaling mengadap Hafiz Sahib] Adakah anda membuat kenyataan itu?
Hafiz: Ya, ianya telah dirakamkan di dalam hadith kami yang sahih, sebagaimana yang telah disampaikan oleh sahabat nabi yang wara’ Abu Huraira. Nabi mengarahkan: ‘Bahawa semua pintu yang menghala ke Masjid hendaklah ditutup melainkan pintu rumah Abu Bakr, kerana Abu Bakar adalah daripada saya dan saya adalah daripada Abu Bakr.’
Shirazi: Pastinya kamu tahu bahawa, oleh kerana kemuliaan-kemuliaan Amirul Mukminin, Ali; Bani Umayyad telah berusaha dengan tanpa hentinya secara rahsia, dan terutama sekali melalui pengampu Muawiya, seperti Abu Huraira dan Mughira, untuk memalsukan hadith-hadith yang sedemikian. Lebih-lebih lagi, apabila pengikut Abu Bakr, memberikan sokongan mereka terhadapnya, ini telah memperkukuhkan lagi kedudukan hadith yang dipalsukan itu. Ibn Abil-Hadid, di dalam ulasannya kepada Nahjul-Balagha, jilid I dan lagi di dalam jilid 3 ms 17, telah membincangkan secara mendalam bahawa diantara banyak hadith-hadith yang dipalsukan, ini adalah satu daripadanya, mengenai menutup pintu semua rumah yang menghala ke masjid, melainkan rumah Abu Bakr. Bertentangan dengan hadith palsu ini, terdapat banyak hadith, yang telah dirakamkan bukan sahaja buku-buku sahih shia tetapi juga di dalam buku yang boleh dipercayai oleh ulama kamu, seperti sahih.
Nawab: Oleh kerana ini adalah isu yang kontroversi, dengan kenyataan Hafiz ianya adalah khas kepada Abu Bakr, dan dengan kata kamu ianya khas kepada Ali, maka kami amat hargai jika kamu dapat sebutkan dari buku kami, supaya dengannya kami dapat membezakan rujukan kamu dengan rujukan Hafiz Sahib.
HADITH DENGAN ARAHAN NABI PINTU-PINTU MENGHADAP KEPADA MASJID HENDAKLAH DITUTUP MELAINKAN PINTU RUMAH ALI.
Shirazi: Berikut ini adalah punca yang disampaikan, bahawa nabi mengarah semua pintu-pintu rumah yang menghadap ke masjid hendaklah ditutup melainkan pintu rumah Ali. Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ jilid I, ms 175, jilid II, ms 26 and jilid IV, ms 369; Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam ‘Sunan’ dan di dalam ‘Khasa’isi’l-Alawi’, ms 13-14; Hakim Nishapuri di dalam ‘Mustadrak’, jilid III, ms 117-125 and Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’, ms 24-25 telah mengesakkan bahawa hadith ini boleh dipercayai dengan mengasaskan kepada rantaian penyampai dari Tirmidhi dan Ahmad. Dan lagi, Ibn Athir Jazri di dalam ‘Athna’l-Matalib’, ms 12, Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawa’iq Muhriqa’, ms 76, Ibn Hajar Asqalani di dalam ‘Fathu’l-Bari’, jilid VII, ms 12, Tibrani di dalam ‘Ausat’, Khatib Baghdadi di dalam ‘Ta’rikh (Sejarah)’, jilid VII, ms 205, Ibn Kathir di dalam ‘Ta’rikh’, jilid 7, ms 342, Muttaqi Hindi di dalam ‘Kanzu’l-Ummal’, jilid VI, ms 408, Haithami di dalam ‘Majma’u’z-Zawa’id’, jilid IX; ,ms 65, Muhibu’d-Din Tabari di dalam ‘Riyadh’, jilid II, ms 451, Hafiz Abu Nu’aim di dalam ‘Faza’ilu’s-Sahaba’ dan di dalam ‘Hilyatu’l-Auliya’, jilid IV, ms 183, Jalalu’d-Din Suyuti di dalam ‘Ta’rikhu’l-Khulafa’, ms 116, di dalam ‘Jamu’l-Jawami’, di dalam ‘Khasa’isu’l-Kubra’, dan di dalam ‘La’aliu’l-Masnu’a’, jilid I, ms 181, Khatib Khawarizmi di dalam ‘Manaqib’, Hamwaini di dalam ‘Fara’id’, Ibn Maghazili di dalam ‘Manaqib’, Munawi Misri di dalam ‘Kunuzu’d-Daqa’iq’, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiu’l-Mawadda’, ms 87, mengkhususkan kesemua bahagian 17 kepada isu ini, Shahabu’d-Din Qastalani di dalam ‘Irshad-e-Bari’, jilid VI, ms 81, Halabi di dalam ‘Siratu’l-Halabiyya’, jilid III, ms 374 and Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam ‘Matalibu’s-Su’ul’ dan banyak lagi yang lain, terutama dari sahabat Rasul yang terkenal, yang telah menyampaikan perkara yang sama. Sebagai contoh, khalifa Umar bin Khattab, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar, Zaid bin Arqam dan Jabir bin Abdullah Ansari telah mengesahkan bahawa hadith ini boleh dipercayai. Sebahagian dari ulama kamu yang terkenal, demi untuk menyelamatkan manusia dari diselewengkan oleh Bani Umayyad, telah menekankan akan kebenaran hadith ini. Muhammad bin Yusuf Ganji Shafii, di dalam bukunya ‘Kifayatul-Talib’, Bab 50, telah menyatakan hadith ini dibawah tajuk yang khusus. Menyebutkan dari punca yang sahih, dia berkata bahawa beberapa pintu rumah para sahabat nabi terbuka menghala ke Masjid, dan oleh kerana nabi telah melarang semua manusia dari memasukki masjid dalam keadaan berhadath besar atau haid [keadaan yang memerlukan kepada mandi], baginda mengarahkan semua pintu-pintu rumah tersebut hendaklah ditutup melainkan pintu rumah Hadrat Ali. Baginda berkata: ‘Tutuplah kesemua pintu-pintu tetapi biarlah pintu rumah Ali tinggal terbuka.’ Muhammad bin Yusuf Shafii berkata bahawa ini adalah khusus kepada Ali dan beliau dibenarkan untuk masuk dan tinggal di masjid dalam keadaan janaba. Dia terus mengatakan lagi: ‘Secara ringkas, nabi mengurniakan keutamaan ini khusus untuk Ali adalah satu tanda penghormatan yang besar. Ini menunjukkan bahawa nabi mengetahui bahawa Ali, Fatima dan keturunannya adalah bebas dari segala kekotoran, sebagaimana dengan jelasnya telah ditunjukkan oleh ‘ayat kebersihan’ dari al-Quran. Kenyataan dari ulama shafii ini bolehlah dibandingkan dengan hadith yang disebutkan oleh Hafiz Sahib. Kita boleh ketepikan semua punca sahih lain yang telah saya sebutkan, dan jika kamu punya sebarang bukti mengenai kesucian Abu Bakr, sila nyatakan. Bahkan Bukhari dan Muslim di dalam koleksi hadith mereka telah menunjukkan kepada fakta bahawa manusia yang di dalam hadath besar tidak boleh masuk ke masjid. Nabi berkata: ‘Tidak dibolehkan untuk sesiapa yang berhadath besar untuk tinggal di dalam masjid, melainkan saya dan Ali.’ Mungkin saya boleh diizinkan disini untuk menyebutkan satu hadith dari khalifa kedua, Umar bin Khattab, yang telah disampaikan oleh Hakim di dalam ‘Mustadrak’ ms 125, oleh Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda Bab 56 ms 210, dan yang lain seperti Ahmad bin Hanbal, Khatib Khawarizmi, Ibn Hajar, Suyuti dan Ibn Athir Jazri. Dia berkata: ‘Sesungguhnya, Ali Ibn Abi Talib mempunyai tiga kemuliaan yang utama. Jika saya mempunyai salah satu daripadanya, adalah lebih utama dari memiliki unta berbulu merah: (1) Nabi memberikan anaknya untuk dikahwini kepada beliau; (2) Nabi mengarahkan semua pintu rumah yang menghadap ke Masjid ditutup melainkan pintu rumah beliau; (3) Nabi memberikan kepada beliau panji-panji Islam pada hari penaklukan Khaibar.’
Dari kenyataan-kenyataan ini, adalah jelas bahawa Ali adalah sama dengan nabi di dalam banyak aspek, sebagaimana juga Harun kepada Musa. Maka apabila Musa mendapati Harun layak untuk kedudukan itu, dia meminta kepada Allah untuk menjadikan dia sekutu di dalam misinya, dan juga menjadi wazirnya. Begitu juga , apabila nabi melihat bahawa tidak terdapat sesiapa dari pengikutnya yang lebih berhak dan layak dari Ali, baginda meminta kepada Allah untuk menjadikan Ali menteri dan sekutunya.
Nawab: Adakah hadith yang lain mengenai isu ini?
Shirazi: Ya, banyak terdapat mengenai isu ini di dalam buku kamu.
Nawab: Saya bersedia untuk mendengarkannya, jika kamu semua begitu, [menunjukkan kepada para ulama disebelahnya] suka untuk mendengarkannya.
Hafiz: Tidak ada salahnya. Mendengarkan kepada hadith adalah amalan yang baik sebagaimana yang telah disampaikan.
SEDANG RUKUK DIDALAM SOLAT, ALI MEMBERIKAN CINCINNYA KEPADA PEMINTA SEDEKAH.
Shirazi: Ibn Maghazili seorang faqih shafii di dalam ‘Manaqid’ nya, Jalalud-Din Suyuti di dalam ‘Durr-e-Mansur’, seorang ulama terkenal Ahmad Thalabi di dalam ‘Kashful-Bayan’; Sabt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkiratul-Khawasul-Umma’, yang berkaitan dengan ayat Wilaya, menyebutkan dari Abu Dharr Ghifari dan Asma bint Umais [isteri Abu Bakr] bahawa mereka telah berkata, pada hari itu mereka melakukan solat zohor di dalam masjid dan nabi juga hadir. Seorang peminta sedekah mula meminta-minta. Tiada siapa memberikan kepadanya apa-apa. Ali sedang rukuk [di dalam solat]. Apabila beliau menunjukkan kejarinya, peminta sedekah itu mengeluarkan cincin dari jari beliau.
Nabi melihat kejaadian tersebut, dan mengangkat kepalanya kelangit, berkata: ‘Wahai Allah, saudaraku Musa berdoa kepada Mu: ‘Wahai Allah, lapangkanlah dada ku, dan permudahkan urusan ku. Lantiklah untuk ku seorang penolong dari keluarga ku, Harun saudaraku.’ Ayat telah diturunkan memberitahu Musa yang doanya telah dikabulkan. Allah telah melantikkan baginya seorang penolong, dan memperkuatkan tangannya dan memberikan kepada mereka kekuatan dan penguasaan yang tiada siapa dapat mengalahkan mereka.’ ‘…Dan Musa berkata kepada saudaranya Harun: ‘Ambillah kedudukan ku diantara umma ku, dan bertindaklah dengan baik dan janganlah mengikuti jalan mereka yang membuat kerosakkan,’ [7:142]
KEDUDUKAN HARUN SEBAGAI NABI DAN JUGA KHALIFA.
Hafiz: Kamu katakan bahawa Harun adalah sekutu Musa di dalam kenabian. Bagaimana dia [Musa] menjadi dia [Harun ] khalifa? Sekutu dalam kenabian menduduki kedudukan yang tinggi dari khalifa atau pengganti. Jika rakan itu nabi dan dia dijadikan khalifa, ini bererti telah diturunankan kedudukannya.
Shirazi: Rasul yang utama adalah Musa, dan Harun adalah sebagai pengikut kepada Musa. Tetapi mengenai peri hal penyampaian dia adalah sekutu Musa, sebagaimana telah dibuktikan dari permintaan Musa, yang tertulis di dalam al-Quran: ‘Dia [Musa] berkata: ‘Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku, dan permudahkan urusan ku, dan lepaskanlah ikatkan pada lidahku, semoga mereka dapat memahami dari keluargaku; Harun, saudaraku, perkuatkanlah belakangku dengannya, dan dampingilah dia [dengan ku] di dalam urusan ku.’ [20:25-32]
Begitu juga Ali, selain dari mempunyai kedudukan nabi, adalah sekutu bagi rasul di dalam semua arena dan kualiti-kualiti yang khusus.
Hafiz: Saya amat terkejut mendengar kamu melebih-lebihkan kedudukan Ali. Kami semua terperanjat. Kamu baru saja mengatakan Ali mempunyai semua ciri-ciri Rasul.
Shirazi: Kenyataan ini tidaklah diperbesar-besarkan. Semuanya adalah benar. Pengganti Rasul seharusnya, menurut hukum akal, menjadi model kepada Rasul. Bahkan ulama yang ulung dari kamu telah menyatakan kepercayaan yang sama. Imam Thalabi di dalam ulasannya, mengesahkan tujuan ini. Dan ulama sunni yang terkenal, Alim Fazil Seyyed Ahmad Shahabud-Din di dalam ‘Tauzihud-Dalail’ telah merujuk perkara ini sebagai berikut: ‘Ianya bukanlah rahsia bahawa Amirul Mukminin meyerupai nabi Allah di dalam kebanyakkan kualitinya yang baik, amalan yang tidak mementingkan diri, tabii, beramal dan berdoa kepada Allah, dan juga kesemua ciri-ciri yang mulia dalam hidup. Ini telah dibuktikan oleh laporan yang sahih dan punca yang boleh dipercayai dan tidak memerlukan kepada bukti dan hujah. Sebahagian ulama telah mengira kualiti-kualiti ini yang dimiliki oleh Ali dan rasul sama setanding.’
Diantara kualiti yang dikongsi bersama adalah jalinan keturunan. Dan berhujah dari ayat kesucian, kita dapat melihat bahawa Ali adalah sama seperti Rasul di dalam kesucian mereka. [Ayat itu diturunkan di dalam merujuk kepada lima manusia: Muhammad, Ali, Fatima, Hasan dan Husain] Ali seperti juga Rasul adalah wazir Allah. Menurut dari kedua golongan, ayat yang berikut telah diwahyukan di dalam merujuk kepada Ali: ‘Hanya Allah sahabat kamu, dan NabiNya, dan Mereka yang beriman, mereka yang mendirikan solat dan membayar zakat sedang mereka rukuk.’ [5:55]
Ali adalah sama dengan nabi di dalam melaksanakan tugas-tugas kerasulan dan menyampaikan, sebagaimana urusan surah Bara’a telah menunjukkan. Rasul telah memberikan ayat tertentu kepada Abu Bakr dan mengarahkan dia untuk mengucapkannya kepada Manusia pada musim haji. Malaikat Jibril turun kepada Rasul dan mengatakan bahawa ‘Adalah kehendak Allah, perkara yang berkaitan dengan al-Quran hanya boleh disampaikan oleh Rasul sendiri, atau seorang yang sama seperti dia. Ali adalah sama dengan Rasul dalam peranannya sebagai wazir Allah.
Rasul sendiri telah berkata: ‘Saya telah diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan ini kepada kamu.’ Kemudian baginda mengambil tangan Ali dan berkata: ‘Ketahuilah oleh kamu sekelian, sesiapa saya maulanya, Ali adalah juga maulanya.’
Lebih-lebih lagi diri Ali telah dinyatakan sebagai diri Rasul. Ayat Mubahila berkata: ‘Tetapi sesiapa yang menentang dengan kamu setelah apa yang sampai kepada kamu dengan pengetahuan, maka katakanlah: ‘Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan kami dan perempuan kamu, dan diri kami dan diri kamu; kemudian kita berdoa bersungguh-sungguh supaya kutukan Allah kepada mereka yang berdusta.’ [3:61]
Untuk kembali ke dalam masjid apabila Ali memberikan cin-cinnya kepada peminta sedekah dan Rasul berdoa kepada Allah, memintaNya untuk menjadikan Ali sekutunya di dalam kerasulan. Maka nabi berdoa: ‘Wahai Allah! Aku adalah Muhammad, pilihan Mu dan rasul mu. Lapangkanlah dadaku. Dan jadikanlah urusan ku mudah bagi ku, dan lantikkanlah bagi diriku seorang pembantu dari keluarga ku, Ali. Perkuatkanlah belakangku melaluinya.’
Abu Dharr menyampaikan: ‘Demi Allah! Doa Rasul belum pun selesai apabila malaikat Jibril muncul dan menyampaikan ayat ini kepada baginda: ‘ Hanya Allah sahabat kamu, dan nabiNya, dan mereka yang beriman, mereka yang mendirikan solat dan membayar zakat sedang ia rukuk.’ [5:55]
Doa Rasul telah dikabulkan, dan Ali telah dilantik sebagai wazir. Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibus-Su’ul’, ms 19, telah memperkatakan isu ini dengan khusus. Lebih lagi, Hafiz Abu Nuaim Isfahani di dalam ‘Manaqatul-Mutaharin’, Sheikh Ali Jafar di dalam ‘Kanzul-Barahin’, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’, Seyyed Shahabud-Din di dalam ‘Tauzihud-Dalail’, Jalalud-Din Suyuti di dalam ‘Durr-e-Mansur’, dan ulama lain yang terkenal dari kalangan kamu telah menyatakan ini di dalam penulisan mereka. Sebahagian dari mereka telah menyebutnya dari Asma bint Umais [isteri Abu Bakr] dan sebahagian lagi dari para sahabat yang lain. Yang berikut ini disebutkan dari Abdullah bin Abbas: ‘Rasul mencapai kepada aku dan Ali dengan tangan baginda. Baginda mengerjakan empat rakaat solat, dan mengangkat tangannya kelangit, berkata: ‘Wahai Allah! Musa anak Imran memohon kepada Mu untuk melantik baginya seorang pembantu dan untuk mempermudahkan tugasnya. Saya adalah Muhammad, saya bermohon kepada Engkau untuk melapangkan dadaku dan permudahkan tugasku. Jadikan lidahku fasih supaya manusia boleh memahami ucapanku. Lantiklah bagiku penolong dari keluargaku, Ali. Perkuatkanlah belakangku melaluinya, dan jadikan dia rakan di dalam urusan ku.’ Saya mendengar suatu suara, ‘Wahai Ahmad! Aku telah kabulkan permintaan kamu.’ Kemudian Rasul mengambil tangan Ali dan berkata: ‘Angkatlah tangan kamu kelangit dan berdoalah kepada Allah supaya Dia menganugerahkan sesuatu kepada kamu.’ Kemudian Ali mengangkat tangannya dan berkata: ‘Wahai Allah, berjanjilah dari pihak Kamu, bahawa Kamu akan sentiasa merasa senang kepadaku.’ Dikala itu juga malaikat Jibril muncul dan membawa ayat ini dari surah Mariam: ‘Sesungguhnya bagi mereka yang beriman dan beramal solih, diatas mereka Allah adakan kecintaan.’ [19:96]
Apabila para sahabat nabi tercenggang pada kejadian itu, Rasul berkata, ‘Mengapa kamu kehairanan? Al-Quran mengandongi empat bahagian; satu per-empat mengenai kami ahlul bayt; satu per-empat lagi mengenai perkara yang diperbolehkan; satu per-empat lagi mengenai perkara yang dilarang; dan satu per-empat lagi mengenai ordinan dan perundangan. Saya bersumpah dengan Allah bahawa terdapat banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang telah diwahyukan pada memuji Ali.’
Sheikh: Walaupun jika hadith itu diambil sebagai sahih, ianya tidak menunjukkan kedudukan yang khas untuk Ali. Hadith yang sama telah disebutkan mengenai khalifa Abu Bakr dan Umar. Qaz’a bin Suwaid telah menyebutkan dari Ibn Abi Malika yang telah menyebutkan dari Ibn Abbas sebagai berkata bahawa Rasul berkata, ‘Abu Bakr dan Umar kepada ku adalah umpama Harun kepada Musa.’
Shirazi: Kamu seharusnya mempertimbangkan kerekter sebahagian dari penyampai-penyampai kamu. Ada kalanya kamu berhujah dari rakaman Amadi dan ada kalanya dari mereka yang terkenal jahat dan pemalsu hadith, Qaz’a bin Suwaid, malah ulama kamu yang terkenal telah menolak dia. Allama Dhahabi di dalam ‘Mizanul-Itidal’, di dalam menerangkan peristiwa Qaz’a bin Suwaid dan Ammar bin Harun, telah menolak hadith ini dan dengan hanya berkata, ‘Ianya suatu penipuan’. Apabila ulama kamu sendiri menolak Qaz’a, hadith yang dia sampaikan hendaklah ditolak juga. Bandingkanlah hadith Qaz’a dengan rantaian penyampai hadith yang saya telah sebutkan dari ulama kamu yang telah terkenal dan buatlah keputusan sendiri hadith mana yang kamu hendak terima.