SALMAN AL-FARISI DAN BANGSA PARSI DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM: ANALISIS DARI ASPEK MODAL INSAN SALMAN AL-FARISI DAN BANGSA PARSI DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM: ANALISIS DARI ASPEK MODAL INSAN
Introduksi:
Artikel ini bertujuan membincangkan persoalan dan isu bangsa Salman al-Farisi yang berpaksikan Islam dan kedudukannya dari perspektif Pemikiran Islam dengan perhatian ditumpukan kepada Salman al-Farisi yang berjaya mencapai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan dalam sejarah Islam kerana ciri-ciri keunggulan dan keunikannya yang tersendiri. Dalam dunia globalisasi dan tanpa sempadan, kelihatan bangsa Salman al-Farisi memperlihatkan dominasi pemikiran dan penghayatan keislaman yang agak luarbiasa bagi menghadapi cabaran semasa daripada kuasa-kuasa non-muslim. Kajian ini cuba melihat aspek-aspek keunikan bangsa Salman al-Farisi hingga membolehkan bangsa tersebut berada pada kedudukannya hari ini.