AHL AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM DAN HADITS
AHL AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM
Al-Qur’an al-Karim merupakan sumber pemikiran, syariah dan nilai. Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan undang-undangnya. Setiap muslim mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya. Al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dengan menggunakan uslub berikut:
1. Dengan terus terang menyebut nama mereka dengan menggunakan istilah yang digunakan al-Qur’an, adakala al-Qur'an menyebut mereka dengar nama Ahl a1-Bayt, sebagaimana dalam ayat “at-Tathir”[1] dan kadang-kadang disebut dengan “al-Qurba” sepertimana dalam ayat “al-Mawaddah”.[2] Dengan sebab itu turunnya beberapa ayat al-Qur’an yang dijelaskan oleh Sunnah Nabi dan diuraikan untuk umat pada ketika itu, serta diriwayatkan oleh ahli-ahli tafsir, perawi-perawi hadis dan ahli-ahli sejarah dalam kitab-kitab dan ensiklopedia mereka.
2. Dengan merekodkan peristiwa dan kejadian yang berlaku khusus mengenai Ahl al-Bayt, dengan turunnya beberapa ayat yang menceritakan kelebihan dan maqam Ahl al-Bayt, dengan memuji-muji mereka dan perhatian umat terhadap mereka sama ada secara berkelompok seperti dalam ayat “al-Mubahalah”,[3] dan ayat “at-Ta’am” dalam surah “ad-Dahr” dan lain-lain atau secara berasingan seperti dalam ayat al-Wilayah iaitu:
إِنَّما وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذينَ آمَنُوا الَّذينَ يُقيمُونَ الصَّلاةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكاةَ وَ هُمْ راكِعُون
Maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan rasul-Nya dan orang-orang yang beriman iaitu mereka yang mendirikan al-solah dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan rukuk.”
Kami akan kemukakan sebahagian daripada ayat-ayat yang banyak menjelaskan keutamaan dan kedudukan Ahl al-Bayt as dengan secara terperinci dan terang.
PERTAMA: AYAT AT-TATHIR
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُْ تَطْهِيرًا
Kebanyakan kitab al-tafsir dan hadis menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahl at-Bayt as ialah keluarga Nabi Muhammad saw, mereka ialah Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn. Tersebut dalam kitab al-Dur- al-Manthur karangan al-Suyuti, hadis dikeluarkan oleh al-Tabr ni daripada Umm Salamah bahawa Rasululluah saw bersabda kepada Fatimah, maksudnya; “Datanglah kepadaku suamimu dan kedua-dua anaknya, kemudian Fatimah datang bersama-sama mereka, kemudian RasulIullah saw menutupi mereka dengan kain penutup daripada negeri Fadak, lalu meletakkkan tangannya saw ke atas mereka dengan bersabda, maksudnya: Ya Allah sesungguhnya mereka ini adalah Ali Muhammad.
Dalam setengah riwayat menggunakan lafaz (Al Muhammad) – maka jadikanlah salawat dan keberkatan kamu ke atas keluarga Muhammad sebagaimana telah kami jadikannya ke atas keluarga Ibrahim sesungguhnya kamu Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. Berkata Umm Salamah: Aku bukakan kain penutup supaya aku dapat masuk ke dalam bersama-sama mereka tetapi Rasullullah merentap kain penutup itu daripada tanganku dan bersabda sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan.”[4]
Diriwayatkan daripada Umm Salamah, isteri Nabi, bahawa ketika Rasullullah saw berada di rumahnya sedang tidur dengan (memakai) kain selimut dan Khaibar tiba-tiba Fatimah datang membawa satu mangkuk berisi Khazirah.[5] Rasulullah saw berkata kepada Fatimah: Panggil suamimu dan kedua-dua anakmu Hasan dan Husayn, maka Fatimab pun memanggil mereka itu tatkala mereka tengah makan tiba-tiba turun ayat 33 Surah 33 kepada Rasulullah saw Kemudian Rasullullah memegang tepi kainnya dan menutupi mereka itu dengan kain itu, seterusnya Nabi saw mengeluarkan tangannya daripada kain selimut dan menadahkan tangannya ke langit dengan berdoa:
اللهم هؤلاء اهل ب?ت? و خاصت? فاذهب عنهم الرجس و طهرهم تطه?را
“Ya Allah mereka itu adalah Ahl Baytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya.” Nabi saw mengulangi (doa ini) 3 kali. Berkata Umm Salamah: Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu dan aku berkata: Wahai Rasullullah adakah aku (boleh) bersama kamu? Jawab Nabi saw:[6] “انک عل? خ?ر” Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan (diulangi sebanyak) dua kali.”
Begitulah seterusnya Rasullullah menerangkan kepada umatnya mengenai makna ayat suci al-Qur’an dan bersungguh-sungguh untuk memahamkannya supaya umatnya dapat petunjuk daripadanya dan berjalan mengikut petunjuk al-Qur'an dengan sabdanya yang bermaksud: “Diturunkan ayat ini kepada lima orang, kepadaku, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn:
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[7] Sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah dalam menai sirkan ayat itu dan mengukuhkan mengenai orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat ini dengan katanya:
Nabi telah keluar pada suatu pagi dengan memakai mard marhal daripada bulu hitam kemudian datang Hasan bin Ali lalu dimasukkan ke dalarnnya, lepas itu datang pula Husayn dan dimasukkan ke dalamnya, kemudian datang Fatimah dan dimasukkan dia ke dalamnya dan akhir sekali Ali datang dan dimasukkan ke dalamnya, lalu membaca ayat (33 Surah 33).
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[8]
Terdapat dalam riwayat yang lain. pula bahawa Rasullullah saw pernah lalu (di depan) pintu rumah F timah ketika baginda hendak pergi solah subuh dan bersabda maksudnya: “Salat, salat wahai Ali al-Bayt sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghapuskan dosa daripada kamu Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu dengan penuh kebersihan.” Begitulah al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dan menetapkan peribadi mereka yang suci daripada kekotoran, maksiat dan dosa, dan mengikut hawa nafsu Oleh itu akhlak dan peribadi mereka menjadi contoh teladan. Al-Qur’an tidak memperkenalkan mereka dengan takrif itu melainkan untuk mengukuhkan kedudukan dan maqam mereka dan menumpukan perhatian umat supaya mencontohi mereka dan merujukkan kepada mereka dalam memahami. syariah dan hukum-hakamnya, juga untuk menentukan timbangan dan neraca umat apabila timbul perbezaan pendapat dan percanggahan pemikiran dan dalam hal. ini memang jelas penekanan al-Qur’an dalam beberapa ayat dengan Ahl al-Bayt sebagai contoh teladan bagi orang-orang Islam sesudah Rasullulah saw
Apa juga yang biasa dilakukan Rasullullah seperti berhenti di depan pintu rumah Ali dan Fatimah dan memanggil-manggil mereka di waktu fajar serta mengajak mereka sembahyang dan memberikan gelaran Ahl al-Bayt, semuanya itu tidak lain kecuali untuk mengenalkan keperibadian Ahl al-Bayt dan dengan mentafsirkan ayat at-Tathir untuk menberitahu umat maqam Ahl al-Bayt, menumpukan perhatian umat kepada mereka, kewajipan mengasihi dan mentaati serta memberi kepemimpinan kepada mereka.
Al-Tabari telah meriwayatkan daripada Ibn al-Hamra’ dengan katanya “Aku melihat Rasullullah mendatangi pintu Ali dan Fatimah selama enam bulan lalu menyebutkan,
"الصلاة اهل الب?ت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُْ تَطْهِيرًا
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[9]
Al-Fakhr al-Razi menyebutkan dalam Tafsir al-Kabir bahawa Rasulullah saw selepas turunya ayat:
"وَ أْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَوةِ وَ اصْطَبرِْ عَلَيهَْا"
“Dan suruhlah ahli kamu sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” Rasulullah saw pergi ke rumah Ali dan Fatimah pada setiap pagi dan berkata, “as-solah” – baginda berbuat demikian berbulan-bulan lamanya.
Dalam hadith riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas bahawa Nabi saw berjalan melalui rumah Fatimah selama 6 bulan setiap kali baginda keluar hendak solat dan bersabda:
"الصلاة اهل الب?ت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُْ تَطْهِيرًا
Hal yang demikian adalah satu penjelasan dan bukti bagaimana pengamatan Rasulullah dengan keluarganya Ahl Bayt dan memperkuatkan lagi kepada orang-orang Islam bahawa mereka akan dibersihkannya dengan sebersih-bersihnya. Selepas Allah menujukan firmanNya yang Bermaksud: “Dan perintahkah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”
Jelas dengan ayat: “إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ” dan menggunakan perkataan muzakkar dan tidak perempuan (عَنكُمُ) dan (وَ يُطَهِّرَكمُ) adalah menunjukkan bahawa mereka yang dimaksudkan ialah lima oang dan telah disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahawa jika yang dimaksudkan itu isteri-isteri nabi nescaya menggunakan (وَ يُطَهِّرَكن) dan (عَنكُن) dan menujukan ucapannya kepada wanita.
Sesungguhnya ayat-ayat di atas menggariskan satu jalan yang mengandungi makna yang luas dan dalam dan menumpukan perhatian kita kepada matlamat-matlamat yang asas dalam kehidupan umat Islam supaya fahaman kita tidak bercanggah dan mensia-siakan maksud sebenar dalam kitab Allah, yang bertujuan untuk pembinaan umat di atas asas kesucian dan jauh daripada kekotoran dan kehinaan, dan menjadikan Ahl Bayt sebagai pusat dan mercu bagi pembinaan ini. Tiada siapa di antara orang-orang Islam yang persaksikan oleh al-Qur’an dengan sifat-sifat ini dan tiada di antara kita yang ditujukan ucapan oleh Rasulullah dengan sifat-sifat yang mutlaq dan dijauhkan daripada dosa-dosa dan maksiat.
KEDUA: AYAT AL-MAWADDAH
قُل لَّا أَسَْلُكمُْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْبى
“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruank
Sesungguhnya Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa orang-orang yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang-orang yang wajib dikasihi dan ditaati serta diikuti perjalanan hidup mereka.
Ahli-ahli tafsir hadith dan ahli-ahli sirah telah meriwayatkan bahawa yang dimaksudkan dengan qarabat nabi di dalam ayat ini ialah Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.
Al-Zamahkshari dalam Tafsir al-Kashshaf menyatakan: “Telah diriwayatkan bahawa sekumpulan orang-orang musyirikin telah berhimpun dalam satu perhimpunan dan berkata-kata sesama mereka: Tahukah kamu bahawa Muhammad ada meminta upah buat sesuatu yang dilakukannya. Kemudian turun ayat ini:[10] “Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kerabat(ku).”(as-Syura: 23) Seterusnya al-Zamakhshari menyatakan; Telah diriwayatkan bahawa selepas turun ayat di atas ada seseorang berkata; “Wahai Rasulullah saw siapakah qarabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka, Rasulullah saw menjawab: “Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak mereka.”[11]
Al-Allamah al-Bahrain meriwayatkan daripada Musnad Ahmad bin Hanbal dengan sanadnya seperti yang disebutkan di atas daripada Ibn Jubair daripada Ibn Abbas (ra) berkata: Apabila turun ayat: “Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kerabat(ku).” (as-Syura: 23)
Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah saw siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka.” Rasulullah menjawab; Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.”
Al-Fakhr al-Razi dalam Tafsir al-Kabir setelah menyebutkan kata-kata al-Zamakhshari mengenai Al Muhammad saw mengatakan mereka orang yang dihubungkan urusan mereka kepadanya (nabi). Maka setiap orang yang pertalian mereka lebih rapat dan dekat dengan (Muhammad) ialah keluarga nabi dan tidak syak lagi bahawa Fatimah, Ali, Hasan dan Husayn adalah orang yang paling rapat hubungannya dengan Rasulullah saw dan keadaan ini telah diketahui dengan dalil aqli dan naqli yang mutawatir. Oleh itu sabitlah bahawa mereka ialah Al Muhammad.
Begitu juga telah timbul perselisihan mengenal (الآل) “al-Al” ada yang mengatakan mereka itu ialah kaum kerabat dan ada yang mengatakan mereka ialah umatnya. Jika kita anggapkan al-Al itu sebagai kerabat maka mereka itu ialah al-Al dan jika kita anggapkan al-Al itu adalah Ummah yan telah menerima seruan Nabi Muhammad saw maka mereka juga sebagai al-Al, oleh itu kalau mengikut semua andaian itu mereka tetap al-Al – maka perbezaan itu berdasarkan kepada perbezaan dari segi dalil naqli dan aqli seperti telah kami jelaskan.
Pengarang Tafsir al-Kashshaf telah meriwayatkan bahawa ketika diturunkan ayat al-Mawaddah ini, Rasulullah di tanya; “Wahai Rasulullah: siapakah kerabat kamu yang kami diwajibkan untuk memberi kasih sayang kepada mereka. Baginda saw: “Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.” Oleh itu jelaslah bahawa mereka berempat adalah kerabat Nabi saw dan jika demikian mereka berempat itulah yang dikhususkan dengan beberapa kelebihan dan kebesaran, dibuktikan dengan dalil-dalil di bawah ini:
Dalil pertama: firman Allah: “إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْبى” Dan cara pengambilan dalil dengan ayat ini (telah dihuraikan) seperti yang terdahulu.
Dalil kedua: Tidak syak lagi bahawa Nabi saw mengasihi Fatimah as dengan sabdanya yang bermaksud: “Fatimah adalah sebahagian dariku, apa-apa yang menyakiti Fatimah adalah menyakitiku.” Sebagaimana telah sabit dengan hadith mutawatir daripada Nabi Muhammad s. ‘a.w bahawa baginda s. ‘a.w mengasihi Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn. Jika demikian maka wajiblah ke atas umatnya (mengasihi mereka) seperti Nabi saw (mengasihi mereka) kerana firman Allah swt: “Katakanlah (Muhammad) jika kalian mencintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” (Ali Imran: 31)
Firman Allah Ta’ala: “Dan ikutilah dia (Muhammad) mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.” (Al-I’Iraf: 158)
Firman Allah Ta’ala: “Maka hendaklah berwaspada orang-orang yang menyalahi perintahnya (Rasul) akan ditimpa fitnah atau azab yang pedih.” (an-Nur:67)
Firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya telah ada bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu ikutan yang baik.” (al-Ahzab: 21)
Dalil ketiga: Bahawa doa kepada keluarga (Nabi) adalah satu kedudukan yang tinggi, sebab itu dijadikan doa ini sebagai penutup tasyahhud dalam solat iaitu dengan lafaz: “اللهم صل عل? محمد و آل محمد و ارحم محمدا و آل محمد”
Keagungan ini tidak ada pada hak selain daripada Ahl Bayt, dan semua itu termasuk dalam ertikata bahawa kasih sayang kepada Al Muhammad adalah wajib.
Imam al-Syafi’i (ra) bermadah dalam kata-katanya: “Wahai pengunjung Muhassab dari Mina berhentilah seketika, Bergemalah takbir oleh penghuni Masjid al-Khaif terletak dipinggirnya, Merupakan daya tarikan ketika mana para hujjat melimpah di Mina laksana limpahnya sungai Furat, Jika sekiranya menolak kecintaan kepada keluarga nabi, Persaksikanlah dua perkara yang sangat berharga (al-Qur’an dan keluarga) bahawa aku adalah rafidi (Syi’i).”[12]
Al-Tabari memetik daripada Ibn Abbas, dia berkata ketika turun ayat (al-Syura: 23). Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah: siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka: Rasulullah menjawab: “Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak mereka.” Dikeluarkan oleh Ahmad dalam al-Manaqib.[13]
Diriwayatkan oleh Ibn Munazir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawih dan al-Tabari dalam al-Mu’jam al-Kabir daripada Ibn Abbas berkata: ketika turun ayat ini (ayat al-mawaddah), Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah kerabat kamu yang kami diwajibkan mengasihi mereka itu.” Jawab Rasulullah s. ‘aw (mereka ialah): Ali, Fatimah dan kedua-dua anak lelaki mereka.[14]
Terdapat satu riwayat yang sah daripada Hasan bin Ali as bahawa beliau berkhutbah di hadapan orang ramai dengan katanya, yang bermaksud: “Aku daripada Ahl Bayt yang Allah memfardhukan kepada setiap muslim untuk mengasihi mereka”, kemudian dia membaca: “قُل لَّا أَسَْلُكمُْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْبى”
Dalam ayat at-Tathir, al-Qur’an menegaskan kesucian dan kebersihan Ahl Bayt, merekalah orang yang paling mengetahui tentang keutamaaan dan peranan mereka dalam kehidupan.
Dengan sebab itu, mereka berhak menerima kasih sayang dan ikhlas yang dituntut oleh al-Qur’an dalam ayat tadi. Saranan al-Qur’an mengenai kasih sayang bukan setakat hubungan perasaan dan cinta di hati sahaja, kerana tidak ada nilai kasih sayang dan kemesraan yang termetri di dalam jiwa kalau tidak ada keteguhan dan keikhlasan.
Kasih sayang yang sebenar kepada keluarga Nabi saw ialah dengan mencontohi mereka, berjalan mengikut manhaj mereka, patuh dengan madrasah mereka dan apa juga yang dating dari mereka serta meletakkan mereka sebagai contoh teladan dan ikutan umat.
Al-Qur’an ketika turun ayat itu menerusi lisan Nabi Muhammad saw menyuruh baginda saw memberitahu umatnya dan sekelian manusia bahawa Nabi Muhammad saw tidak mahu upah atau bayaran kerana menyampaikan risalah dan berdakwah di jalan Allah melainkan dengan mengasihi kerabatnya saw dan ikhlas kepada mereka dan berjalan mengikut perjalanan mereka. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kasih sayang kepada keluarga Nabi saw ialah semata-mata untuk memelihara asas perjalanan umat mengikut batas-batas perjalanan mereka dari segi aqidah dan syariah supaya manusia dapat memusatkan perhatian kepada Nabi saw setelah al-Qur’an meminta umat manusia berbuat demikian.
Kalaulah tidak kerana adanya jaminan sifat istiqamah, pada Ahl Bayt dan keupayaan untuk memimpin umat kepada jalan yang betul nescaya al-Qur’an tidak diturunkan dengan membawa jaminan itu dan nescaya Rasulullah tidak menyuruh umatnya untuk memberikan kasih kepada Ahl Bayt.
Sebenarnya nas al-Qur’an memberitahu kita tentang perlunya ada pertalian yang erat dengan keluarga nabi dan mencontohi mereka kerana adanya jaminan kesucian dan istiqamah dalam keperibadian mereka. Apa yang dimaksudkan oleh al-Qur’an dalam perkara ini ialah kita akan dapat ketenangan jiwa jika kita erat mengasihi Ahl Bayt dan iltizam dengan cara perjalanan mereka dengan mengambil Islam dari jalan mereka, kerana merekalah jalan yang aman, yang dijamin ketahanan dan kelurusan mereka.
Jaminan-jaminan yang kita kemukakan adalah daripada pendapat ahli-ahli tafsir, perawi-perawi, dan pengarang-pengarang hadith yang sampai kepada kita daripada tafsiran Rasulullah kepada ayat yang diberkati. Dengan meletakkan kasih sayang Ahl Bayt dalam hati dan menjadikan kasih sayang kepada mereka itu benar-benar hidup dalam hati sanubari setiap muslim, tergambar dalam kelakuan dan tingkahlaku mereka dan dilahirkan dalam perasaan hatinya, juga dapat menjelaskan pendirian mereka, siapakah musuh-musuh mereka, kawan-kawan mereka dan manhaj mereka, dan apa juga yang telah dating daripada mereka seperti hadith, feqah, tafsir, pemikiran, pandangan dan penjelasan mengenai aqidah dan syariah, dan metodologi untuk bertindak dalam kepimpinan dan pentadbiran.
Anugerah kebesaran dan kemuliaan ini mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri, yang perlu disedari dan diketahui secara mendalam oleh orang-orang Islam.