Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
MUKADIMAH
Bismillahir Rahmanir rahim.
Penentangan terhadap pengikut pengikut Ahlul Bait a.s makin meningkat dimasa ini berikutan penguasaan kaum Wahabi di dalam urusan pemerintah. Justeru itu mereka mengguna pemerintah bagi menentang pengikut mazhab Syiah di atas alasan penyelewengan, kesesatan malah kekafiran. Lantaran itu, mereka mengadakan undang-undang khusus bagi membenteras Syiah dari semua peringkat. Mereka menghidupkan sunnah orang-orang yang terdahulu bagi menentang ajaran kebenaran Ahlu -Bait a.s.
Hukuman kesesatan dan kekafiran itu dikeluarkan oleh penguasa agama sehingga mereka menulis buku khas berjodol:Penyelewengan Ajaran Syiah. Ianya diedar diseluruh negara di dalam berbagai bahasa. Kemudian mereka melaku tindakan susulan dengan bermacam macam tekanan keatas pencinta keluarga Rasulullah s.a.w.
Justeru itu, buku ini adalah sebahagian jawapan kepada buku tersebut terutamanya mengenai sahabat. Syiah tidak mengafirkan sahabat, tetapi yang mengafirkan sebahagian sahabat adalah Rasulullah s.a.w sendiri. Ini adalah disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri yang mengubah hukum Allah, dan sunnah RasulNya, serta melakukan kezaliman kepada keluarga Rasulullahs.a.w.
Para Imam a.s amat tegas di dalam ketetapan mereka terhadap pelaku kezaliman tanpa mengira keadaan walaupun ia amat menyedihkan sekali. Islam asal (Din Muhammadi Asil) tidak dapat dinilai kembali atau diubah oleh sesiapapun sama ada dia bernama sahabat besar atau sahabat kecil, tabi'i besar atau tabi'i kecil dengan alasan Masalih al-Mursalah, kepentingan semasa, dan sebagainya jika penilain tersebut bertentangan dengan perintah Allah dan sunnah RasulNya.
Definisi kesesatan dan penyelewengan mestilah berdasarkan kepada al Qur'an dan sunnah NabiNya, bukan berdasarkan kepada kehendak pemerintah. Justeru itu, ia mestilah bersifat menyeluruh dan taat kepada keseluruhan ayat ayat al Quran. Buku ini khusus untuk penganut mazhab Ahlu lBait a.s, atau syiah Ja'fari sahaja dan bacalah dengan hati yang tawaduk.Sekian.
21Disember,1996.