• Mulai
  • Sebelumnya
  • 15 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 17665 / Download: 749
Ukuran Ukuran Ukuran
PERANAN AHLUL BAIT AS DALAM MEMELIHARA KESUCIAN AJARAN ISLAM

PERANAN AHLUL BAIT AS DALAM MEMELIHARA KESUCIAN AJARAN ISLAM

pengarang:
Indonesia
PERANAN AHLUL BAIT AS MEMELIHARA KESUCIAN AJARAN ISLAM PERANAN AHLUL BAIT AS DALAM MEMELIHARA KESUCIAN AJARAN ISLAM


Oleh: Allamah Syed Murtadha Askari

Penerbit Asal: The World Federation Of Khoja Shia Ithna-Asheri Muslim Communities, 1991

Penterjemah: Muhammad Husayn (Al-Mawaddah Fil-Qurba, 7 Dzul Qai'dah 1421H bersamaan 3 Mac, 2001)

1
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

DAFTAR ISI
Pengenalan I: Pengaruh Kepercayaan Yahudi dan Kristian Ke Atas (Aqidah) Umat Islam - halaman 2

Pengenalan II: Pengertian Sebenar Istilah Yang Samar (mutasyabihat) Dalam al-Qur'an

Bab 1: Tentang "Bentuk" Allah

Bab 2: 'Wajah' Allah

Bab 3: 'Mata' Allah

Bab 4: 'Tangan' Allah

Bab 5: 'Kaki Allah Dan 'Betis'Nya

Bab 6: 'Arasy' Allah

Bab 7: 'Kediaman' Allah

Bab 8: Allah Di Belakang Tabir

Bab 9: Melihat Allah

Bab 10: Bertemu Allah Di Syurga

Kesimpulan

2
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

PENGENALAN (I)

Pengaruh Kepercayaan Yahudi dan Kristian Ke Atas (Aqidah) Umat Islam
Kepercayaan Kristian dan Yahudi telah meresap ke dalam pemikiran masyarakat Islam melalui dua cara:

a. Melalui usaha-usaha pihak Kristian dan Yahudi.

b. Melalui setengah daripada umat Islam sendiri.

Marilah kita sama-sama mengkaji dua aspek ini dengan lebih terperinci:

a. Meresapnya Pengaruh Kepercayaan Kristian dan Yahudi di Kalangan Umat Islam Melalui Usaha Yang di lakukan oleh Orang-orang Kristian dan Yahudi:

Dalam perbincangan kita yang lalu, kami telah menerangkan peranan golongan terpelajar Kristian dan Yahudi mencipta hadith-hadith palsu. Kita tahu bahawa pada ketika Khalifah tidak membenarkan penyebaran hadith-hadith Nabi SAWAW, sebaliknya mereka dengan senang hati membenarkan golongan rahib-rahib Kristian dan Yahudi yang telah memeluk Islam menyebarkan cerita-cerita dari sumber mereka di kalangan umat Islam.

Sebagai contoh, Tamim al-Dari seorang rahib Kristian sebelum memeluk Islam telah diterima olah Khalifah Umar untuk membaca khutbah pada Hari Juma'at di Masjid Nabi SAWAW. Pada zaman Khalifah Usman, dia telah dilantik membaca khutbah dua kali seminggu.

Demikian juga Ka'b al-Ahbar (nama asalnya Mati') sangat terkenal sebagai Rabbi Yahudi sebelum memeluk Islam. Kemudian dikenali sebagai Ka'b al-Habr atau Ka'b al-Ahbar, kerana "Habr" dalam bahasa Arab bermaksud orang yang terpelajar dan benar. Pada zaman Khalifah Umar, Ka'b al-Ahbar telah bertugas menjadi penasihat Umar, dan Khalifah Uthman. Umat Islam telah banyak merujuk kepadanya dalam soal-soal asas dan tafsir al-Qur'an. Ka'b telah berusaha bersungguh-sungguh menyebarkan kepercayaan Israilliyat dari Kitab Taurat yang telah diselewengkan, dan juga dari sumber-sumber Yahudi yang lain kepada umat Islam. Di kalangan umat Islam yang mengikut mazhab Ahlul Bait as telah menyedari hal tersebut, sebagaimana yang dicatat oleh al-Tabari seperti berikut:

"Ibn Abbas diriwayatkan berkata: Ka'b berkata pada suatu Hari Akhirat nanti, matahari dan bulan akan dibawa he hadapan seperti dua ekor lembu dan dihumban ke dalam neraka."

Mendengar perkara ini, Ibn Abbas naik marah dan berkata tiga kali:

Ka'b pembohong! Ka'b pembohong! Ka'b pembohong!

"Itu adalah cerita Yahudi, dan Ka'b mahu menyerapkan ke dalam ajaran Islam. Maha Suci Allah SWT daripada perkara itu. Dia tidak akan menghukum sesiapa yang taat kepadaNya.

"Dan Dia telah menundukkan bagi kamu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang."
(Surah Ibrahim:33)

Ibn Abbas berkata:

"Perkataan 'Daibain' dalam ayat ini jelas menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT.

Kemudian beliau meneruskan kata-katanya:

"Bagaimanakah Dia (Allah) menghukum dua makhluk langit ini yang telah dipujiNya kerana ketaatan mereka itu? Allah melaknat rahib Yahudi ini dan ajarannya! Sesuatu yang hina menyandarkan sifat buruk itu kepada Allah, dan meletakkan kesalahan kepada dua makhluk yang taat itu!"

Kemudian Ibn Abbas mengulangi tiga kali:

"Inna-lllahi-wa-inna-ilaihi-raji'un."

Kemudian Ibn Abbas meriwayatkan hadith yang sebenarnya tentang matahari dan bulan dari Rasulullah SAWAW:

"Allah mencipta dua sumber cahaya. Yang dinamakan matahari seperti bumi, di antara ufuk terbit dan terbenam. Dan diperintahkannya supaya sejajar dengan masa. Dan Dia namakan bulan dan menciptanya lebih kecil daripada matahari. Dan kedua-dua mereka kelihatan kecil kerana kedudukan yang tinggi di langit dan jarak yang jauh dari bumi."

Kajian Tentang Dua Riwayat:

Daripada dua riwayat, satu daripada Ka'b dan satu lagi daripada Ibn Abbas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa:

1. Ibn Abbas menolak riwayat Ka'b dan memetik ayat Qur'an:

"Dan Dia telah menundukkan bagi kamu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang" bahawa kedua-duanya taat kepada Allah dan Dia tidak menghukum mereka yang taat kepadaNya.

2. Dalam keterangan lanjutnya, Ibn Abbas menolak kias Ka'b, iaitu Ibn Abbas menyatakan bahwa matahari dan bulan adalah dua objek besar seperti bumi, dan dia memetik hadith Nabi SAWAW:

"Dan kedua-duanya itu kelihatan kecil kerana kedudukan mereka yang tinggi di langit dan jarak yang jauh dari bumi."

Jelasnya ini adalah hujah yang terbaik yang dinyatakan oleh Ibn Abbas. Namun pada zaman ini kita mampu menggambarkan lebih lanjut daripada hadith Nabi SAWAW itu:

1. Keterangan tentang ufuk terbit dan terbenam bagi matahari dalam hubungannya dengan bumi memberi satu petunjuk tentang putaran dan peredaran objek langit tersebut.

2. Ia juga menunjukkan bahawa objek-objek tersebut berbentuk bulatan dan mempunyai ufuk terbit dan terbenam. Hal ini tidak mungkin jika ia objek rata.

3. Ia juga satu bukti daripada cara Ibn Abbas memeriksa riwayat dari Ka'b bahawa ia tidak terpengaruh dan menerima autoriti Ka'b sebagai periwayat hadith.

Justeru, semua hadith yang seperti demikian yang diambil daripada kepercayaan Yahudi dan dikaitkan dengan Ibn Abbas seperti mana yang diriwayatkan daripada Ka'b adalah tidak berasas sama sekali dan palsu. Hadith-hadith ini telah direka pada zaman Bani Abbasiyyah kerana Bani Abbasiyyah amat memberikan sanjungan kepada leluhur mereka Ibn Abbas. Orang ramai mencipta kisah-kisah atas nama Ibn Abbas untuk mendapatkan populariti di istana Bani Abbasiyyah. Sudah menjadi satu kaedah untuk mengaitkan hadith-hadith palsu kepada Ibn Abbas, yang kemudian menjadi sumbangan besar kepada propaganda ajaran Yahudi dan Kristian.

Ibn Abbas telah dapat menggambarkan satu kesimpulan daripada hadith Nabi SAWAW. Kita juga mampu menambahkan kesimpulan berdasarkan kajian kita pada hari ini berpandukan ajaran sains. Tidak mustahil pada zaman akan datang, apabila sains telah membuat kajian lanjut, para ahli ilmuan akan dapat membuat rumusan yang lain daripada hadith-hadith Nabi SAWAW. Tetapi riwayat Ka'b sememangnya cerita tidak berasas daripada sumber Yahudi dan kemudian berkembang menjadi semakin tidak bermakna pada zaman moden ini.

Pada perbincangan lanjut, kita akan melihat peranan Ka'b secara lebih luas lagi untuk membuktikan bagaimana beliau berjaya dalam usahanya itu.

Malang sekali, dalam riwayat Ka'b tentang matahari dan bulan yang muncul pada hari Pembalasan nanti seperti lembu jantan, masuk ke dalam sumber-sumber Islam dari sahabat seperti Abu Hurairah dan lain-lainya. Ini telah berlaku walaupun ia telah ditolak dengan keras oleh Ibn Abbas.

Dalam Tafsir Ibn Katsir dan Kanz al-Ummal, telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

"Pada hari Pembalasan nanti, matahari dan bulan akan berada di neraka dalam bentuk dua ekor lembu jantan."

Seseorang bertanya:

"Tetapi dosa apakah yang telah mereka lakukan?"

Abu Hurairah menjawab:

"Aku hanya menyampaikan kepada kamu apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAWAW, dan kalian bertanya kepada aku tentang dosa mereka?"

Dalam riwayat lain daripada Anas, Ibn Kathir memetik:

"Matahari dan bulan akan berada di neraka dalam bentuk dua ekor lembu jantan yang kebingungan."

Kajian Ke atas Riwayat Di atas:

Hadith-hadith daripada Abu Hurairah dan Anas adalah sama yang asalnya diriwayatkan oleh Ka'b al-Ahbar. Mereka telah mengaitkannya secara palsu kepada Nabi SAWAW.

Jika kita mengkaji daripada ayat Qur'an, dan daripada hadith-hadith yang sahih daripada Nabi SAWAW, kita akan dapati bahawa riwayat daripada Ka'b itu adalah khayalan daripada imiginasinya berasaskan dongeng Yahudi.

Berasaskan daripada hadith sahih daripada Nabi SAWAW dan disokong pula oleh Ibn Abbas yang mengutuk riwayat tersebut kerana ia jelas sisipan Yahudi, maka tidak diragukan lagi bahawa sumber riwayat tersebut ialah diri Ka'b al-Ahbar sendiri dan bukan daripada sahabat-sahabat Nabi SAWAW.

Bahaya ini telah dikesan oleh sahabat-sahabat Nabi SAWAW. Ibn Abbas adalah di antara sahabat yang mula-mula sekali menentang sisipan cerita Yahudi ini, dan Imam Ali AS turut memberi amaran kepada Khalifah Umar tentang perkara tersebut.

Oleh kerana Ka'b bukan termasuk daripada salah seorang sahabat Nabi SAWAW, beliau tidak dapat mengaitkan terus riwayat tersebut kepada Nabi SAWAW. Maka cara yang paling mudah baginya ialah dengan mencipta jalan dengan mengaitkannya dengan salah seorang sahabat Nabi SAWAW seperti Abu Hurairah dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun riwayat daripada Anas telah dikelaskan sebagai daif, dan riwayat lain daripada Abu Hurairah pada tajuk yang sama dianggap sahih, ini menguatkan lagi pemalsuan Ka'b. Kemudian dengan masa berlalu, ditambah pula dengan pertolongan sesetengah ilmuan yang mempunyai kepentingan, riwayat hadith seperti itu diterima tanpa dipertikaikan lagi. Melalui tulisan oleh pemeluk Islam dari kalangan Kristian dan Yahudi yang berniat jahat, sahabat-sahabat dan dari kalangan tabi'in, riwayat-riwayat tersebut akhirnya diterima oleh masyarakat seterusnya.

b) Penyebaran Kepercayaan Kristian dan Yahudi di Kalangan Umat Islam Melalui Usaha Mereka Sendiri.

Bagi menjelaskan perkara ini, kami berikan contoh latarbelakang dua orang sahabat Nabi SAWAW dan juga memetik daripada sebuah Tafsir al-Qur'an:

1. Abu Hurairah, salah seorang sahabat Nabi SAWAW.

Sejarah telah merekodkan bahawa tiga nama yang berbeza sahabat Nabi SAWAW ini. Namun beliau terkenal dengan panggilan Kunyahnya - Abu Hurairah. Beliau dari keturunan kabilah Dus yang berasal dari Yaman. Abu Hurairah menetap di Yaman selama 30 tahun, dan tiba di Madinah selepas Perang Khaybar. Menurut Bukhari, Ibn Sa'd dan lain-lain, beliau hanya bersama Nabi SAWAW pada tiga tahun terakhir. Namun berasaskan fakta sejarah, beliau telah pergi ke Bahrain dengan pasukan tentera yang diketuai oleh Ala' Hadhrami pada tahun 8 Hijrah, maka ini bermakna jangka masa ia hidup bersama Nabi SAWAW tidaklah lama. Di Madinah beliau sering tinggal bersama-sama orang miskin di Suffah di Masjid Nabawi.

Apabila Muawiyah mengirimkan pasukan tenteranya yang diketuai Busr yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang-orang Islam seramai 30,000 orang di antara Syria dan Yaman, Abu Hurairah telah dilantik menjadi gabenor Madinah dengan restu daripada Busr. Beliau menikmati kedudukan tersebut untuk beberapa lama pada zaman Muawiyah berkuasa.

Pada ketika inilah beliau berpeluang menyebarkan hadith-hadithnya. Abu Hurairah bukanlah dari kalangan sahabat yang fasih membaca dan menulis. Bukhari meriwayatkan Abu Hurairah berkata:"Abdullah bin Amru Aas tahu membaca dan menulis tetapi aku tidak." Di antara orang-orang yang beliau banyak mendapat manfa'at ialah Ka'b al-Ahbar yang memberikan kenyataan berikut:

"Di antara orang-orang yang tidak pernah membaca Taurat tetapi amat fasih tentangnya, ternyata Abu Hurairahlah yang terbaik."

Ini menunjukkan bahawa selain daripada rabbi Yahudi yang membaca Taurat, Abu Hurairahlah yang terkemuka melebihi yang lain dalam pengetahuannya tentang kitab Taurat."

Amat menarik, Ibn Kathir dalam catatannya menjelaskan:

"Abu Hurairah telah memalsukan hadith, mencampurkan apa yang telah ia dengar daripada Ka'b dan apa yang ia dengar daripada Nabi SAWAW tidak membezakan antara keduanya."

Beliau menambah lagi:

"Sahabat-sahabat kita telah mengabaikan riwayat-riwayat daripada Abu Hurairah."

Beliau juga menyatakan:

"Mereka tidak akan menerima setiap riwayat yang dilaporkan oleh Abu Hurairah."

Perkara yang paling menyakitkan tentang Abu Hurairah ialah beliau meriwayatkan dua hadith Nabi SAWAW yang saling bertentangan:

Bukhari meriwayatkan dalam Kitab al-Tib daripada Abu Hurairah:

"Nabi SAWAW bersabda:

"Penyakit tidak akan berjangkit atau merebak."

Kemudian seorang Arab berdiri dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, kami mempunyai unta yang cantik di padang pasir. Tetapi salah seekor daripadanya mengidap sakit kudis dan yang lain turut berjangkit."

Nabi SAWAW kemudian menyoal Arab tersebut dengan bersabda:

"Bagaimanakah unta yang pertama itu kena jangkitan?"

Selepas meriwayatkan hadith ini, Bukhari meriwayatkan hadith yang lain:

"Abu Hurairah berkata:

"Nabi SAWAW memerintahkan orang yang sakit (kena jangkitan) tidak menziarahi orang yang sihat."

Abu Salmah, sepupu Abu Hurairah bertanya kepadanya:

"Wahai Abu Hurairah, tidakkah anda telah meriwayatkan bahawa Nabi SAWAW tidak percaya kepada merebaknya penyakit kerana jangkitan?"

Dalam jawapannya, Abu Hurairah menghuraikan dalam bahasa orang Habshah! Kemudian sepupu Abu Hurairah berdiri untuk mempertahankan Abu Hurairah dengan berkata:

"Aku tidak pernah mendapati Abu Hurairah lupa kecuali dalam hal ini."

Agak ganjil, Abu Salmah cuba mencari justifikasi tentang kontradiksi hadith Abu Hurairah tersebut. Walau bagaimanapun, satu ungkapan yang masyhur menyebutkan:"Apabila seseorang itu menyukai Abu Hurairah, maka ia akan cenderung menjadi lupa."

Pengakuan Abu Hurairah:

Amat aneh sekali apabila Abu Hurairah sendiri membuat pengakuan bahawa beliau telah meriwayatkan sebilangan hadith daripada Nabi SAWAW tanpa mendengar sendiri daripada Nabi SAWAW. Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan satu peristiwa dalam Musnadnya:

"……….dan Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadith dan orang yang mendengarnya bertanya kepada beliau:

"Adakah ini daripada Nabi SAWAW atau daripada kantung kamu sendiri?"

Abu Hurairah berkata:

"Ini adalah daripada kantungku sendiri."

Bukhari meriwayatkan peristiwa tersebut seperti berikut:

"Abu Hurairah ditanya:

"Adakah kamu mendengar sendiri daripada Nabi SAWAW?"

Dia berkata:

"Tidak, ini daripada kantungku sendiri."

Dalam riwayat yang lain daripada Ahmad Hanbal, kami dapati:

"Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadith seolah-olah beliau sendiri mendengar daripada Nabi SAWAW tetapi pada akhirnya beliau mengaku bahawa itu adalah dari kantungnya sendiri."

2) Abdullah bin Amru al-As, Tokoh Terkemuka Periwayat Hadith Israiliyyat:

Abdullah bin Amru al-As (meninggal pada tahun 65 Hijrah) dianggap sebagai salah seorang sahabat Nabi SAWAW dan disebabkan beliau mewarisi harta yang banyak dalam bentuk emas dari Mesir daripada bapanya (Amu al-As), beliau dikenali sebagai salah seorang putera hartawan di kalangan sahabat-sahabat. Beliau memahami bahasa Suryani (Syriac) iaitu bahasa asal Kitab Taurat.

Dalam Peperangan Yarmuk, beliau mengetuai bala tentera bapanya sebagai pemegang panji-panji dan dia telah memenuhkan belakang dua ekor unta dengan buku-buku Yahudi dan Kristian (kitab-kitab tersebut diambil sebagai harta rampasan perang).

Dhahabi berkata:

"Abdullah telah meriwayatkan daripada ahli kitab. Beliau telah mempelajari buku-buku tersebut dan menunjukkan minat yang mendalam terhadapnya."

Ibn Hajar dalam syarahnya tentang Sahih Bukhari berkata:

"Abdullah, dalam penaklukan Damsyik, telah memenuhkan belakang unta dengan buku-buku Yahudi dan Kristian sebagai rampasan perang. Beliau membacanya dengan sungguh-sungguh dan meriwayatkan hadith-hadith berasaskan daripada kitab tersebut. Lantaran itu tokoh-tokoh terkemuka daripada kalangan Tabi'in mengelakkan diri daripada mengambil hadith-hadith yang diriwayatkan olehnya."

Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal kami dapati:

"Seorang lelaki datang menemui Abdullah dan berkata:

"beritahukan kepadaku apa yang telah engkau dengar daripada Nabi SAWAW dan jangan riwayatkan kepadaku cerita-cerita daripada Taurat dan Injil."

Dalam riwayat yang lain, kami dapati:

"Abdullah diberikan amaran:

"Beritahukan kepadaku apa yang engkau dengar daripada Nabi SAWAW dan jangan riwayatkan daripada apa yang kamu dapati dari timbunan (kitab yang kamu isikan) di belakang unta di Yarmuk."

Para ahli hadith telah mengkelaskan riwayat-riwayat tersebut sebagai "Israiliyyat" kerana ia berasal-usul daripada kitab Taurat atau sumber-sumber Yahudi.

Dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh mazhab selain daripada Ahlul Bait AS, terdapat banyak riwayat hadith yang menyebutkan Allah SWT mempunyai tubuh (bentuk). Riwayat-riwayat ini jelas menunjukkan ia datang daripada sumber Yahudi dan kami banyak menemuinya daripada riwayat Ka'b al-Ahbar atau Abu Hurairah. Kami akan membincangkan perkara itu pada bab yang akan datang dengan lebih terperinci.

3) Maqatil b. Sulayman Balkhi:

Beliau berasal dari Balkh. Beliau telah dibebaskan daripada kabilah Azd dan kemudian mengambil nama Kunyah Abul Hassan. Ketika menetap di Basra dan Baghdad, beliau telah meriwayatkan beberapa hadith daripada Nabi SAWAW dan terkenal sebagai salah seorang tokoh terkemuka dalam bidang al-Qur'an di kalangan bukan Mazhab Ahlul Bait AS.

Di antara kitab-kitab hasil karya beliau ialah:

1. Tafsir al-Kabir - salinan kitab tulisan tangan ada di Mesir.

2. Nawadir Tafsir.

3. Al-Ayat al-Mutashabehat.

4. Al-Nasikh wal-Mansukh.

5. Al-Qira'at.

6. Al-Ashbah wal-Nazair fil Qur'an al-Karim.

7. Al-Jawabat fil-Qur'an.

Ibn Khaldun dalam biografinya tentang Maqatil, meriwayatkan daripada Ibn Hibban bahawa:"Beliau sering menerima huraian tentang al-Qur'an daripada Yahudi dan Kristian yang menafsirkanya mengikut kitab-kitab mereka."

Dan Ibn Khaldun menyatakan lagi:

"Maqatil adalah di antara yang menyatakan sifat-sifat manusia kepada Zat Allah dan ia juga sering berbohong ketika meriwayatkan hadith-hadith."

Khateeb Baghdadi dalam Tarikh Baghdad berkata:

"Pada suatu hari, Muhammad bin Said Kalbi (wafat 156H) ketika dalam perjalanannya telah terserempak Maqatil dan mendengar beliau meriwayatkan hadith yang sanadnya sampai kepada al-Kalbi sendiri. Maka dia berkata:

"Wahai Maqatil! Aku adalah Muhammad bin Said Kalbi, dan aku tidak pernah meriwayatkan hadith-hadith seperti mana yang engkau sebutkan itu!"

Maqatil menjawab:

"Kami menghiaskan hadith-hadith kami dengan nama-nama periwayat hadith yang masyhur."

Maqatil bermaksud, beliau mengambil nama-nama tokoh hadith yang masyhur kepada hadith ciptaannya sendiri supaya ia diterima kesahihannya!

Muhamad bin Said Kalbi juga dilaporkan berkata:

"Maqatil telah dengan sengaja menyandarkan sanad hadith kepada saya secara palsu sedangkan saya tidak pernah menyebutkannya, dan beliau telah memasukkannya ke dalam Tafsirnya."

Khateeb Baghdadi dalam perbahasannya tentang Maqatil telah meriwayatkan satu peristiwa yang dilaporkan oleh dua orang:

"Kami bertanya kepada Maqatil tentang sanad sesuatu hadith, dan dia berkata:

"Aku mendengarnya daripada Dhahhak."

Selepas beberapa hari berlalu, apabila kami bertanya kepadanya tentang sanad hadith yang sama beliau berkata:

"Aku mendengarnya daripada Ata."

Pada peristiwa yang lain, beliau mengaitkan sanad hadith itu kepada Isa.

Selepas menyebutkan peristiwa ini, Khateeb Baghdadi melaporkan bahawa seseorang telah bertanya kepada Maqatil sama ada beliau pernah menemui Dhahhak yang didakwanya sumber hadith tersebut.

Maqatil menjawab:"Benar!", ada pintu tertutup di antara aku dan dia!"

Baghdadi menerangkan bahawa maksud "pintu tertutup," yang dinyatakan oleh Maqatil itu adalah pintu kota Madinah tempat Dhahhak tinggal, dan Maqatil tidak pernah sampai ke sana.

Ibn Khallikan berkata:

"Dhahhak bin Mazahim yang dinyatakan oleh Maqatil dalam riwayat-riwayatnya telah meninggal dunia empat tahun sebelum Maqatil dilahirkan, dan telah dimakamkan di perkuburan Madinah!"

Kemudian beliau menambah:

"Maqatil meriwayatkan daripada Mujahid sedangkan beliau tidak pernah menemuinya!"

Khateeb Baghdadi telah merakamkan satu anekdot tentang Maqatil. Beliau menulis:

"Seseorang telah datang bertanya Maqatil:

"Sahabatku ingin tahu warna bulu anjing Ashab al-Kahfi tetapi aku tidak ada jawapannya."

Maqatil lantas berkata:

"Beritahu kepadanya anjing itu mempunyai warna berbintik-bintik. Pasti tidak ada orang yang akan mempertikaikannya!"

Beliau kemudian melaporkan daripada khalifah Mansur dan Mahdi Bani Abbasiyyah bahawa Maqatil pada suatu hari telah menawarkan kepada mereka untuk mencipta beberapa hadith yang memuji-muji lelehur mereka. Namun kedua-dua mereka itu menolaknya.

Setelah meneliti secara ringkas beberapa buah kitab yang menggambarkan kehidupan Maqatil, kami dapati begitu banyak contoh-contoh pemalsuan dan penipuan. Maka kesimpulannya dapat kita buat terhadap Maqatil ialah dia seorang tokoh yang percaya kepada Zat Allah SWT mempunyai bentuk tubuh manusia. Beliau mempelajari tafsir al-Qur'an daripada guru-guru Yahudi dan Kristian dan meriwayatkan kepercayaan mereka dalam Tafsirnya. Namun demikian amat menakjubkan ulama daripada kalangan mazhab bukan Ahlul Bait AS telah menunjukkan sanjungan yang tinggi kepada Tafsirnya.

Ibn Khaldun berkata:

"Dalam disiplin ilmu Tafsir, semua orang tunduk kepada Maqatil bin Sulayman!"

Contoh-contoh kisah-kisah yang ditulis oleh Maqatil dalam dokongannya kepada khalifah:

Khateeb Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, melaporkan melalui sanad perawi yang sambung-menyambung:

"Maqatil berkata:

"Dhahhak telah meriwayatkan kepadaku daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAWAW telah dinasihatkan oleh salah seorang sahabatnya untuk melantik seorang khalifah supaya ia diketahui umum, dan orang ramai akan merujuk urusan mereka kepadanya,"Kami tidak tahu apa yang akan berlaku selepas kamu wafat,"kata mereka.

Nabi SAWAW menjawab:

"Jika aku melantik seorang yang akan memimpin kalian untuk taat kepada Allah, dan kalian engkar kepadanya, maka kalian telah engkar perintahku dan perintah Allah. Sebaliknya jika orang yang dilantik itu memerintahkan kalian untuk melakukan dosa-dosa dan kalian taat kepadanya, maka kalian akan menuding kepadanya sebagai pemimpin Pada Hari Pembalasan. Tidak, aku tidak akan melakukan perkara itu - Aku akan menyerahkan perkara itu kepada Allah!"

Penilaian Tentang Hadith Di atas:

Hadith di atas telah dicipta oleh Maqatil untuk meyokong khalifah-khalifah yang mendakwa bahawa Nabi SAWAW tidak melantik penggantinya, sebaliknya umah Islam mempunyai hak untuk melantik khalifah.

Amat menarik sekali Khateeb telah memetik hadith tersebut dalam biografi Maqatil untuk membuktikan beliau tidak boleh dipercayai dan penipu. Khateeb berhujah bahawa Maqatil dengan beraninya telah mendakwa meriwayatkan hadith daripada Dhahhak walaupun beliau tidak pernah bertemu dengannya. Dhahhak tinggal di Madinah, sedangkan Maqatil tidak pernah berpergian dari Khurasan ke Madinah. Pada kenyataannya Dhahhak telah meninggal dunia empat tahun sebelum Maqatil dilahirkan!

Selepas contoh di atas yang menunjukkan penyerapan pengaruh Yahudi dan Kristian ke dalam aqidah Muslim, kami rasa amatlah secocok mengambil dua contoh kisah daripada kitab Taurat. Kisah-kisah ini akan dapat memperjelaskan lagi kepada kita untuk menilai aqidah yang bertentangan dengan Ahlul Bait AS khususnya yang berkait dengan Sifat-sifat Allah Yang Maha Suci.

1. Penciptaan Adam:

Dalam Genesis, Bab I, ayat 27, digambarkan seperti berikut:

"27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

Kisah ini berlanjutan menceritakan bahawa Nabi Adam as dan Hawwa di tempatkan di taman Eden. Kemudian Allah telah 'menyesatkan' mereka:

"Tetapi pohon ilmu yang mengandungi kebaikan dan kejahatan, janganlah kalian memakannya; kerana pada hari kalian memakannya, kalian akan mati."

1. Adapun ular ialah yang paling cerdik dari segala binatang di

darat yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu berkata

kepada perempuan itu: "Tentulah Allah berfirman: Semua

pohon dalam taman ini jangan kamu makan buahnya, bukan?"

2 Lalu sahut perempuan itu kepada ular itu: "Buah

pohon-pohonan dalam taman ini boleh kami makan,

3 tetapi -tentang buah pohon yang ada di tengah-tengah taman,

Allah berfirman: Jangan kamu makan ataupun raba buah itu,

nanti kamu mati."

4 Tetapi ular itu berkata kepada perempuan itu: "Sekali-kali

kamu tidak akan mati,

5 tetapi Allah mengetahui, bahwa pada waktu kamu

memakannya matamu akan terbuka, dan kamu akan menjadi

seperti Allah, tahu tentang yang baik dan yang jahat."

6 Perempuan itu melihat, bahwa buah pohon itu baik untuk

dimakan dan sedap kelihatannya, lagipula pohon itu menarik

hati karena memberi pengertian. Lalu ia mengambil dari

buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga kepada

suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan suaminya pun

memakannya.

7 Maka terbukalah mata mereka berdua dan mereka tahu,

bahwa mereka telanjang; lalu mereka menyemat daun pohon

ara dan membuat cawat.

8 Ketika mereka mendengar bunyi langkah TUHAN Allah, yang

berjalan-jalan dalam taman itu pada waktu hari sejuk,

bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap TUHAN

Allah di antara pohon-pohonan dalam taman.

9 Tetapi TUHAN Allah memanggil manusia itu dan berfirman

kepadanya: "Di manakah engkau?"

10 la menjawab: "Ketika aku mendengar, bahwa Engkau ada

dalam taman ini, aku menjadi takut, karena aku telanjang;

sebab itu aku bersembunyi."

11 firman-Nya: "Siapakah yang memberitahukan kepadamu,

bahwa engkau telanjang? Apakah engkau makan dari buah

pohon, yang Ku-larang engkau makan itu?"

12 Manusia itu menjawab: "Perempuan yang Kau-tempatkan di

sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku,

maka kumakan."

13 Kemudian berfirmanlah TUHAN Allah kepada perempuan itu:

"Apakah yang telah kauperbuat ini?" Jawab perempuan itu:

"Ular itu yang memperdayakan aku, maka kumakan."

14 Lalu berfirmanlah TUHAN Allah kepada ular itu: "Karena

engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala

ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah

engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kaumakan

seumur hidupmu.

15 Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan

perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya;

keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan

meremukkan tumitnya."

16 Firman-Nya kepada perempuan itu: "Susah payahmu waktu

mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan

engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi

kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu."

17 Lalu firman-Nya kepada manusia itu: "Karena engkau

mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah

pohon, yang telah Ku-perintahkan kepadamu: Jangan makan

dari padanya, maka terkutuklah tanah karena engkau; dengan

bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah

seumur hidupmu:

18 semak duri dan rumput duri yang akan dihasilkannya bagimu,

dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi makananmu;

19 dengan berpeluh engkau akan mencari makananmu, sampai

engkau kembali lagi menjadi tanah, karena dari situlah engkau

diambil; sebab engkau debu dan engkau akan kembali menjadi

debu."

20 Manusia itu memberi nama Hawa kepada isterinya, sebab

dialah yang menjadi ibu semua yang hidup.

21 Dan TUHAN Allah membuat pakaian dari kulit binatang untuk

manusia dan untuk isterinya itu, lalu mengenakannya kepada

mereka.

22 Berfirmanlah TUHAN Allah: "Sesungguhnya manusia itu telah

menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan

yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan

tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu

dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya."

23 Lalu TUHAN Allah mengusir dia dari taman Eden supaya ia

mengusahakan tanah dari mana ia diambil.

24 la menghalau manusia itu dan di sebelah timur taman Eden

ditempatkan-Nyalah beberapa kerub dengan pedang yang

bernyala-nyala dan menyambar-nyambar, untuk menjaga jalan

ke pohon kehidupan. "

2. Ya'qub Bergusti Dengan Tuhan:

Pada suatu malam, Ya'qub bergusti dengan Tuhan sehingga terbit fajar, tetapi Tuhan tidak dapat mengalahkannya!

Yakub Bergusti dengan Allah (32:22-32)

22 Pada malam itu Yakub bangun dan ia membawa kedua

isterinya, kedua budaknya perempuan dan kesebelas anaknya,

dan menyeberang di tempat penyeberangan sungai Yabok.

23 Sesudah ia menyeberangkan mereka, ia menyeberangkan juga

segala miliknya.

24 Lalu tinggallah Yakub seorang diri. Dan seorang laki-laki

bergulat dengan dia sampai fajar menyingsing.

25 Ketika orang itu melihat, bahwa ia tidak dapat

mengalahkannya, ia memukul sendi pangkal paha Yakub,

sehingga sendi pangkal paha itu, terpelecok, ketika ia bergulat

dengan orang itu.

26 Lalu kata orang itu: "Biarkanlah aku pergi, karena fajar telah

menyingsing." Sahut Yakub: "Aku tidak akan membiarkan

engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku."

27 Bertanyalah orang itu kepadanya: "Siapakah namamu?"

Sahutnya: "Yakub."

28 Lalu kata orang itu: "Namamu tidak akan disebutkan lagi

Yakub, tetapi Israel, sebab engkau telah bergumul melawan

Allah dan manusia, dan engkau menang."

29 Bertanyalah Yakub: "Katakanlah juga namamu." Tetapi

sahutnya: "Mengapa engkau menanyakan namaku?" Lalu

diberkatinyalah Yakub di situ.

30 Yakub menamai tempat itu Peniel, sebab katanya: "Aku telah

melihat Allah berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong!"

31 Lalu tampaklah kepadanya matahari terbit, ketika ia telah

melewati Peniel; dan Yakub pincang karena pangkal pahanya. ."

Pengertian bagi kisah-kisah ini:

Terbukti bahwa Tuhan bagi golongan Yahudi adalah bersifat main-main dan cetek. Dia (Tuhan) menipu dan seperti manusia, dia menipu dan berbohong!

Dia berbohong kepada Nabi Adam AS apabila dia memberi amaran kepadanya supaya tidak memakan buah dari pohon larangan yang boleh menyebabkan kematiannya; dan seekor ular telah membuka rahsia pembohongan Tuhan itu kepada Nabi Adam AS, dan memujuknya supaya makan buah daripada pohon larangan itu. Kemudian Nabi Adam AS menjadi seperti Tuhan yang mengetahui kebaikan dan kejahatan, kemudian apabila dia menyedari bahawa dia berada dalam keadaan telanjang, maka dia bersembunyi dari Tuhan!

Kisah-kisah ini adalah sesuatu yang tidak berasas di dalam kitab Taurat (yang telah diselewengkan itu).

a) Yahudi:

Mereka bertanggungjawab melakukan penyelewengan dan sisipan kepada Taurat dan penyelewengan itu digambarkan dalam pandangan mereka tentang kehidupan dan budaya mereka. Mereka mendidik anak-anak mereka menggunakan cara-cara penipuan, pembohongan dan helah yang sama. Mereka beranggapan diri mereka anak-anak Bani Israel pernah menang gusti dengan Allah sebagai yang termaktub dalam ajaran Taurat yang turut mempengaruhi orang-orang Kristian mempercayai bahawa Tuhan umpama bapa yang mempunyai anak. Lebih penting lagi, mereka mendakwa diri mereka sebagai bangsa pilihan, maka mempunyai lesen untuk mencapai matlamat mereka dengan apa juga cara termasuklah penipuan, dan pembunuhan. Seterusnya disebabkan mereka percayai bahawa Nabi-nabi yang mengganas seperti yang dicatatkan dalam Bible," Semua makhluk yang ada di dalamnya dibunuhnya dengan mata pedang, sambil menumpas orang-orang itu. Tidak ada yang tinggal hidup dari semua yang bernafas dan Hazor dibakarnya."

b) Kristian

Justeru, satu rumusan dapat dibuat bahawa kepercayaaan anthromorphisme (banyak tuhan) sebagaimana dalam ajaran Taurat mempengaruhi penganut Kristian bahawa Tuhan-tuhan umpama bapa yang mempunyai anak. Di Eropah, di mana agama Kristian dianuti oleh majoriti masyarakat dan kitab Perjanjian Lama (Old Testament) dipakai sebagai kitab pertama dalam Bible, kelahiran dan penyebaran fahaman materialisme turut disebabkan oleh cerita-cerita yang tidak dapat diterima oleh golongan intelektual.

c) Umat Islam:

Di kalangan umat Islam terdapat dua mazhab pemikiran yang besar. Satu mazhab bergantung kepada Ahlul Bait AS dan yang satu lagi bercanggah dengan mereka. Mazhab tersebut bolehlah disebutkan sebagai mazhab pemerintah atau khalifah. Mazhab pemerintah atau khalifah ini mempunyai aqidah tentang zat Allah dalam bentuk fizikal, seperti bentuk manusia. Ketara sekali idea ini diperolehi daripada ajaran Yahudi dan kami akan membahaskannya dalam bab-bab yang akan datang. Insya Allah.


Catatan kaki:

Lihat Tafsir Ibn Kathir, hlm 4-17
Al-Tabari (Edisi Eropah) - Jilid I/62/63
Lihat al-Gharaat oleh Thaqafi dan juga Syarh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abil Hadid
Lihat Musnad Ahmad bin Hanbal.
Tadkhiratul Huffaz oleh Dhahabi
Tarikh Ibn Kathir - 8/109

Usud al-Ghabah -3/234 dan Fathul Bari -1/166
Musnad Ahmad Hanbal -2/195,202,,203,209
Lihat Wafayat al-Ay'an.
Lihat Tarikh Baghdad.
Genesis 2, Ayat 17
Petikan daripada Genesis 3.
Genesis 33.
Yoshua 11: 11
Baca kisah tersebut seperti di bawah:
11:1. Setelah hal itu terdengar kepada Yabin, raja Hazor, diutusnyalah orang kepada Yobab, raja Madon, dan kepada raja negeri Simron, kepada raja negeri Akhsaf,
11:2 serta kepada raja-raja yang di sebelah utara, di Pegunungan, di Araba-Yordan di sebelah selatan Kinerot, di Daerah Bukit dan di tanah bukit Dor di sebelah barat,
11:3 yakni raja-raja orang Kanaan di sebelah timur dan di sebelah barat, orang Amori, orang Het, orang Feris, orang Yebus di pegunungan dan orang Hewi di kaki gunung Hermon, di tanah Mizpa.
11:4 Kemudian keluarlah raja-raja ini bersama-sama semua tentaranya, amat banyak rakyat, seperti pasir di tepi laut banyaknya, beserta sangat banyak kuda dan kereta.
11:5 Raja-raja ini bersekutu dan datang berkemah bersama-sama dekat mata air Merom untuk memerangi orang Israel.
11:6 Lalu TUHAN berkata kepada Yosua: "Janganlah takut menghadapi mereka, sebab besok kira-kira waktu ini Aku menyerahkan mereka mati terbunuh semuanya kepada orang Israel. Kuda mereka haruslah kamu lumpuhkan dan kereta mereka haruslah kamu bakar dengan api."
11:7 Lalu Yosua dengan seluruh tentaranya mendatangi mereka dengan tiba-tiba dekat mata air Merom, dan menyerbu mereka.
11:8 Dan TUHAN menyerahkan mereka kepada orang Israel. Mereka dikalahkan dan dikejar sampai Sidon-Besar dan sampai Misrefot-Maim, dan sampai lembah Mizpa yang di sebelah timur. Demikianlah mereka dihancurkan, sehingga tidak seorangpun dari mereka yang dibiarkan lolos.
11:9 Yosua melakukan terhadap mereka seperti yang difirmankan TUHAN kepadanya: kuda mereka dilumpuhkan dan kereta mereka dibakar dengan api.
11:10. Pada waktu itu Yosua kembali, direbutnya Hazor, dan rajanya dibunuhnya dengan mata pedang. Sebab Hazor pada waktu dahulu adalah yang terutama di antara segala kerajaan itu.
11:11 Semua makhluk yang ada di dalamnya dibunuhnya dengan mata pedang, sambil menumpas orang-orang itu. Tidak ada yang tinggal hidup dari semua yang bernafas dan Hazor dibakarnya.
11:12 Selanjutnya segala kota kepunyaan raja-raja itu dan semua rajanya dikalahkan Yosua dan dibunuhnya dengan mata pedang. Mereka ditumpasnya seperti yang diperintahkan Musa, hamba TUHAN itu.
11:13 Tetapi kota-kota yang letaknya di atas bukit-bukit puing tidaklah dibakar oleh orang Israel, hanya Hazor saja yang dibakar oleh Yosua.
11:14 Segala barang dari kota-kota itu serta ternaknya telah dijarah orang Israel. Tetapi manusia semuanya dibunuh mereka dengan mata pedang, sehingga orang-orang itu dipunahkan mereka. Tidak ada yang ditinggalkan hidup dari semua yang bernafas.
11:15. Seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, hamba-Nya itu, demikianlah diperintahkan Musa kepada Yosua dan seperti itulah dilakukan Yosua: tidak ada sesuatu yang diabaikannya dari segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
11:16 Demikianlah Yosua merebut seluruh negeri itu, pegunungan, seluruh Tanah Negeb, seluruh tanah Gosyen, Daerah Bukit, serta Araba-Yordan, dan Pegunungan Israel dengan tanah rendahnya;
11:17 mulai dari Pegunungan Gundul, yang mendaki ke arah Seir, sampai ke Baal-Gad di lembah gunung Libanon, di kaki gunung Hermon. Semua rajanya ditangkapnya, dan dibunuhnya.
11:18 Lama Yosua melakukan perang melawan semua raja itu.
11:19 Tidak ada satu kotapun yang mengadakan ikatan persahabatan dengan orang Israel, selain dari pada orang Hewi yang diam di Gibeon itu, semuanya telah direbut mereka dengan berperang.
11:20 Karena TUHAN yang menyebabkan hati orang-orang itu menjadi keras, sehingga mereka berperang melawan orang Israel, supaya mereka ditumpas, dan jangan dikasihani, tetapi dipunahkan, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
11:21 Pada waktu itu Yosua datang dan melenyapkan orang Enak dari pegunungan, dari Hebron, Debir dan Anab, dari seluruh pegunungan Yehuda dan dari seluruh pegunungan Israel. Mereka dan kota-kota mereka ditumpas oleh Yosua.
11:22 Tidak ada lagi orang Enak ditinggalkan hidup di negeri orang Israel; hanya di Gaza, di Gat dan di Asdod masih ada yang tertinggal.
11:23 Demikianlah Yosua merebut seluruh negeri itu sesuai dengan segala yang difirmankan TUHAN kepada Musa. Dan Yosuapun memberikan negeri itu kepada orang Israel menjadi milik pusaka mereka, menurut pembagian suku mereka. Lalu amanlah negeri itu, berhenti dari berperang.


3
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

PENGENALAN (II)

Pengertian Sebenar Istilah Yang Samar (mutasyabihat) Dalam al-Qur'an:
Dalam Bahasa Arab dan Parsi, seperti juga bahasa-bahasa lain, apabila satu perkataan digunakan untuk membawa makna tentang sesuatu yang asal, maka penggunaan perkataan itu bersifat aktual. Contohnya apabila kita berkata:"Tangan pencuri itu telah dipotong," maka istilah "tangan" dalam contoh ini digunakan untuk maksud sebenarnya iaitu tangan sipencuri itu. Tetapi apabila satu perkataan digunakan sebagai bentuk ucapan yang membawa maksud yang lain yang bukan makna sebenar perkataan itu, ia dipanggil perkataan figuratif atau metapora. Sebagai contoh, apabila perkataan "tangan" digunakan untuk membawa makna "kuasa," "pihak berkuasa" dan seterusnnya.

Kadang kala dikatakan:

"Ada tangan yang lebih tinggi daripada tangan-tangan lain."

Dalam contoh ini, maksudnya ialah adalah satu kuasa yang lebih tinggi daripada kuasa-kuasa yang lain di bawahnya. Penggunaan istilah demikian sering dipakai dalam karya sastera dengan tujuan untuk menambahkan lagi keindahan gaya bahasa dalam karya tersebut.

Al-Qur'an dalam gaya bahasanya yang tidak dapat ditiru dan amat indah dan tinggi nilainya, turut menggunakan gaya bahasa tersebut dalam pelbagai tempat. Contohnya:

"Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal." (Al-Isra': 29)

Namun amat jelas terbukti bahawa perkataan-perkataan dalam ayat tersebur tidak dapat disimpulkan secara literal. Makna dalam ayat di atas adalah:

"Janganlah kamu kedekut dan berbelanja boros…."

Contoh lain ialah perkataan "Siraat" dalam Bahasa Arab bermakna "jalan" atau 'lorong". Dalam Surah al-Fatihah, jika kita mengambil makna secara literal "Siraat", maka ayat itu bermaksud:

"Tunjukkan kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat."

Ayat di atas bukan bermaksud jalan-jalan yang dilalui oleh orang-orang Arab ketika itu. Ayat itu bermaksud cara hidup yang dibawa Nabi Muhammad SAWAW yang memandu kepada cara hidup yang diredhai Allah SWT iaitu jalan atau cara hidup Islam. Kami memohon supaya ditunjukkan kepada kami jalan yang benar dan diredhai dan bukan jalan atau cara hidup yang sesat yang dimurkaiNya.

Kesimpulannya:

Para ahli Bahasa Arab pasti akan mengesahkan bahawa perkataan "tangan terbuka" dalam ayat Qur'an tidak bermaksud tangan fizikal seperti manusia. Ia bermaksud anugerah yang berlimpah-ruah. Begitu juga maksud Siraat tidak merujuk kepada jalan raya yang berdebu tetapi merujuk kepada cara hidup yang benar iaitu Islam.

Walaupun para ahli tafsir daripada kalangan yang bertentangan dengan Ahlul Bait AS membuat kesimpulan demikian namun masih amat memeranjatkan apabila perkataan yang merujuk kepada anggota tubuh manusia seperti "tangan", "mata" dan "betis" dalam Qur'an telah disalahtafsirkan oleh mereka dengan mengambil makna secara literal yang merujuk kepada anggota tubuh manusia. Mazhab Ahlul Bait AS sebaliknya menafsirkan makna perkataan-perkataan tersebut secara metapora.

Justeru, amatlah penting untuk membandingkan kekuatan hujah di antara dua mazhab tersebut, dan mengkaji bagaimana hujah-hujah kedua mazhab itu disokong oleh nas-nas dari al-Qur'an dan hadith-hadith. Dengan cara ini akan membuatkan kita memahami sifat-sifat Yang Maha Suci yang sebenarnya dalam Islam.]

Memilih satu buku Tawhid daripada setiap mazhab:

Kami telah memilih satu buku daripada mazhab khalifah dan satu buku daripada mazhab Ahlul Bait AS untuk mewakili pandangan kedua-dua mazhab tentang Tawhid. Kitab Tawhid karya Ibn Khuzaimah mewakili mazhab khalifah dan kitab Tawhid oleh Syaikh Sadooq mewakili mazhab Ahlul Bait AS. Sebelum kami meneruskan memetik daripada setiap mazhab, kami rasa amatlah baik untuk memperkenalkan kedua-dua pengarang tersebut supaya kedudukan mereka dapat difahami oleh pembaca.


Ibn Khuzaimah dalam pandangan mazhab khalifah:

Ulama mazhab khalifah telah menggambarkan Ibn Khuzaimah sebagai:
- Imamul Aimmah

- Al-Hafidh al-Kabeer

- Al-Mujtahid al-Mutlaq

- Bahrul Ulum

- Rai'sul Muhaddithin

- Habrul Ulama al-Amilin

- Ka'bahtul Ulama


Biografi Muhammad bin Isyaq Khuzaimah Nisaburi:

Beliau dilahirkan pada tahun 213 Hijrah dan wafat pada tahun 311 Hijrah. Para ulama telah meriwayatkan hadith daripada beliau termasuklah pengarang kitab hadith Bukhari dan Muslim. Di katakan Ibn Khuzaimah menerima hadith-hadith yang diriwayatkan oleh mereka berdua itu.

Selain daripada karya-karya pendek yang menjawab pelbagai soalan-soalan, Ibn Khuzaimah telah menulis 140 karya besar termasuklah kitabnya berjudul Sahih Ibn Khuzaimah. Terdapat ulama yang berpendapat Sahih lebih besar daripada Sahih Bukhari dan Muslim.

Dalam perbahasan yang ringkas ini, kami bergantung kepada kitabnya berjudul Tawhid yang disyarahkan oleh Muhammad Khaleel Haras al-Azhar, Mesir dan dicetak oleh al-Azhar Universiti Press, tahun 1378H.

Shaikh Saduq pada pandangan mazhab Ahlul Bait AS:

Shaikh Saduq adalah nama gelaran kepada Abu Muhammad bin Ali bin Husayn bin Babawayh Qummi. Beliau wafat pada tahun 381H. Beliau adalah ulama yang masyhur dan rasanya tidaklah perlu untuk diperkenalkan lebih lanjut. Hampir 200 karya besar telah ditulis oleh beliau.

Dalam perbahasan ini, kami bergantung kepada kitabnya Tawhid yang dicetak di Tehran, pada tahun 1381H, dan syarah oleh Syed Hashim Husayni Tehrani.

Kedua-dua kitab tersebut akan menjadi asas dalam perbahasan kita. Sebagai tambahan, kami juga merujuk kepada karya-karya masyhur seperti kitabul Tawhid, Sahih Bukhari, kitabul Imam, Sahih Muslim. Sumber-sumber dari mazhab Ahlul Bait AS pula kami merujuk kepada Kitab Tawhid, Bihar al-Anwar karya Majlisi (wafat 1111H).


4
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 1: Tentang "Bentuk" Allah
a) Daripada Mazhab Khalifah:

Marilah kita mengkaji dua hadith berikut:

1. Ibn Khuzaimah dalam kitabnya Tawhid, bersama dengan Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAWAW:

"Allah mencipta Adam dari bentuknya, tinggi 60 kaki. Kemudian Dia memerintahkannya pergi ke sekumpulan malaikat dan mengucapkan salam kepada mereka."

Allah berfirman lagi,"Dengarlah kepada mereka berhati-hati, apabila mereka menjawab salam, kerana itu adalah salam kamu dan keturunan kamu akan mengikutinya."

Maka Nabi Adam AS patuh kepada perintah itu dan mengucapkan salam kepada mereka:"As-salamu-'alaikum". Malaikat menjawab:"As-salamu-'alaika Wa Rahmatullah." Dan menambah:"Wa Rahmatullah."

Maka setiap orang yang memasuki syurga akan dalam bentuk rupa Nabi Adam AS. Manusia akhirnya menjadi lebih rendah dari segi ketinggiannya apabila masa berlalu sehinggalah manusia menjadi rupa yang seperti ini pada hari ini.

2. Abu Hurairah meriwayatkan Nabi Muhammad SAWAW berkata:

"Apabila seseorang bergaduh dengan seseorang yang lain, janganlah memukul wajahnya. Ini kerana Allah mencipta Adam dari bentukNya."

Hadith-hadith ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Marilah kita membandingkan hadith-hadith ini dengan hadith-hadith yang diriwayatkan dalam mazhab Ahlul Bait AS agar gambaran permasalahan akan menjadi jelas.

b) Ahlul Bait AS menerangkan fakta sebenar:

1. Husayn bin Khalid meriwayatkan:

"Aku bertanya Imam Ridha AS tentang hadith Nabi SAWAW yang masyhur di kalangan orang ramai iaitu Allah SWT menjadikan Nabi Adam AS dari bentuknya. Beliau berkata:

"Laknat ke atas pemalsu hadith tersebut yang meninggalkan bahagian yang lain dari hadith di atas." Kemudian beliau AS menerangkan:

"Pada suatu hari Nabi SAWAW melalui satu tempat apabila beliau SAWAW mendengar dua orang lelaki sedang saling mengutuk sesama mereka. Beliau SAWAW mendengar salah seorang berkata:"Semoga Allah menghinakan wajah kamu, dan wajah yang menyamai rupa kamu."

Pada ketika itu Nabi SAWAW mencelah dan berkata kepadanya:"Janganlah berkata seperti itu kepada saudara kamu kerana Allah (juga) menjadikan Adam seperti rupanya." (Maksudnya Nabi Adam AS mempunyai rupa bentuk seperti lelaki yang dicercanya itu).

2. Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Abul Ward kepada Thamamah daripada Amirul Mu'minin Ali bin Abi Talib AS:

"Nabi SAWAW mendengar seseorang mencerca seseorang yang lain:

Semoga Allah menghinakan wajah kamu dan wajah yang seperti kamu."

Nabi SAWAW berkata:

"Tutup mulut kamu! Jangan berkata demikian! Kerana Allah menjadikan Adam dalam bentuknya (lelaki itu).

3. Selain daripada dua hadith di atas, marilah kita mengkaji satu lagi hadith yang akan memberikan gambaran yang betul bagaimana Imam-imam Ahlul Bait AS memberikan pandangannya tentang kepercayaan anthropomophisme (kepercayaan banyak tuhan).

Al-Saduq dalam kitabnya Tawhid berkata:

"Imam Musa bin Ja'far AS menerima sepucuk surat dari seseorang yang memintanya memberikan penjelasan tentang aqidah yang mempercayai bentuk tubuh dan wajah pada Zat Allah."

Imam AS menjawab:

"Segala puji bagi Allah! Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Dia - tidak ada bentuk dan rupa."

c) Pemerhatian dan Perbandingan:

Apabila kita meneliti dua riwayat di atas dan membuat perbandingan, maka kita dapati Abu Hurairah dalam dua riwayat di atas telah membuat dua penambahan dan satu pengurangan.

I.. Pengurangan:

Apabila Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi SAWAW, dia telah meninggalkan peristiwa ketika Nabi SAWAW melarang dua orang yang sedang bertengkar daripada menggunakan bahasa kesat dan dua melarang salah seorang daripadanya agar tidak bercakap perkara yang buruk tentang wajah manusia kerana ia mencerminkan bentuk wajah Nabi Adam AS. Ini adalah satu pengurangan kerana versi Abu Hurairah memberikan makna perkataan "nya" merujuk kepada Allah sedangkan maksud yang sebenar ialah diri orang itu sendiri.

Abu Hurairah telah meninggalkan bahagian penting dalam hadith disebabkan:

a) Beliau menggunakan kaedah hafalan untuk mengingati hadith kerana beliau tidak tahu menulis dan membaca. Dan jika dia boleh membaca dan menulis, beliau pasti tidak diizinkan oleh khalifah yang melarang orang ramai meriwayatkan hadith-hadith daripada Nabi SAWAW, sehinggalah berakhirnya abad pertama Hijrah.

b) Abu Hurairah telah banyak dipengaruhi oleh Ka'b al-Ahbar yang menyebarkan cerita-cerita yang telah diselewengkan daripada Taurat di kalangan Muslim.

Nampaknya, gambaran apa yang telah Ka'b riwayatkan ada dalam kotak pemikiran Abu Hurairah, kerana ia muncul kira-kira 20 tahun selepas didengar daripada Nabi SAWAW.

c) Kemungkinan kesalahan itu adalah riwayat daripada ahli-ahli hadith yang terkemudian yang meriwayatkan daripada Ka'b yang secara palsu menyandarkan hadith tersebut daripda Abu Hurairah.

3. Dua Tambahan:

a) Dalam hadith pertama, Abu Hurairah menyandarkan kenyataan berikut kepada Nabi SAWAW:

"Apabila seseorang terlibat dalam pergaduhan dengan saudaranya, maka ia hendaklah mengelakkan daripada memukul wajahnya…."

Ini berkemungkinan satu rekaan daripada Abu Hurairah menggantikan seperti apa yang telah kita rujuk di atas.

b) Dalam riwayat yang lain, Abu Hurairah bercakap tentang ketinggian Nabi Adam AS:

"Allah menjadikan Nabi Adam AS dalam bentuknya, tingginya 60 kaki…."

Ternyata kenyataan-kenyataan tersebut bukanlah fakta yang benar dan tidak juga sesuai dengan kajian saintifik.

Seseorang dapat dengan mudah melihat cerita-cerita yang dipetik daripada Abu Hurairah menyamai dengan cerita-cerita daripada bab Kejadian (Genesis) dalam Kitab Perjanjian Lama (Old Testaments). Dengan memasukkan cerita-cerita demikian dalam hadith Nabi SAWAW, menyisipkan dan memotong di sana-sini, Abu Hurairah dan orang-orang yang sepertinya telah berjaya memberikan kredibiliti kepada cerita-cerita yang terdapat dalam Taurat. Cerita-cerita ini adalah cerita-cerita "Israiliyyat" yang telah mencemarkan hadith-hadith dan aqidah Islam.

Mazhab khalifah telah mengambil bulat-bulat hadith-hadith tersebut kerana nama seperti Abu Hurairah sudah sebati dengan mereka. Hasilnya apabila perkataan seperti 'wajah' dikaitkan dengan al-Qur'an, mereka mengambilnya dengan makna yang literal. Kepada mereka, semua sifat-sifat, perlakuan dan bentuk manusia dapat disesuaikan dengan Allah! Kami akan membahaskan perkara ini dalam bab-bab yang akan datang. Insya Allah.


catatan kaki:

Sahih Muslim - hlm. 2016, 2017.

Tawhid al-Sadooq


5
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 2: 'Wajah' Allah
1. 'Wajah' Allah Sebagaimana Yang Difahami oleh Mazhab Khalifah:

Ibn Khuzaiman dalam karyanya bertajuk "Tawhid" menulis pada halaman 10:

"Bab mengenai wajah Allah, yang Dia telah menerangkan dalam kitabNya seperti ayat berikut:

"Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."(Al-Rahman: 27)

"Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Wajah Allah." (al-Qasas: 88)

Oleh yang demikian, Ibn Khuzaimah mencari keterangan lain dalam al-Qur'an dan berkata:

"Maka Allah telah menjelaskan bahawa Dia mempunyai wajah, telah menerangkan Ia mempunyai kebesaran dan kemuliaan, dan telah menyatakan bahawa wajahNya akan kekal selama-lamanya dan tidak akan binasa….."

Dalam kesimpulannya beliau menambah:

"Apabila Allah telah mengesahkan diriNya (mempunyai wajah) , maka kami juga mengesahkannya, tetapi WajahNya tidak sama seperti wajah makhluk-makhlukNya."


Dalam bab kesebelas kitab yang sama, Ibn Khuzaimah memetik 14 hadith daripada Nabi SAWAW di mana perkataan 'wajah' telah disebutkan, dan beliau telah membuat dakwaan tersebut berasaskan hadith-hadith itu. Sebagai contoh, apabila Nabi SAWAW berdoa dan berkata:

"Aku memohon perlindungan dengan WajahMu yang Mulia…."

Ibn Khuzaimah mendakwa perkataan wajah yang dimaksudkan oleh Nabi SAWAW merujuk kepada wajah dalam maknanya yang literal. Dalam perkataan lain, beliau mendakwa 'wajah' adalah sebahagian daripada anggota yang ada pada tubuh Tuhan sama seperti manusia atau juga haiwan.

Sekarang, marilah kita mengkaji apa yang Ahlul Bait AS maksudkan dalam hadith-hadtih mereka:

2. 'Wajah' - menurut penjelasan Ahlul Bait AS:

Sebagai satu penjelasan, marilah kita mengkaji satu hadith daripada Amirul Mu'minin Ali bin Abi Talib AS, di mana beliau AS telah menunjukkan kaedah untuk memahami ayat-ayat Qur'an khususnya yang berkaitan dengan sifat-sifat Tuhan.

Seseorang merujuk kepada Ali bin Abi Talib AS dengan memetik beberapa ayat Qur'an bagi mengemukakan kemusykilan-kemusykilannya. Di antaranya ialah kami memilih dua ayat berikut:

Maksud secara literal dua ayat berikut:

a) "(Dan pada Hari Pembalasan) Tuhanmu akan datang, dan malaikat berbaris-baris…" (Al-Fajr: 22)

b) "Yang mereka nanti-nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu.."(Al-An'am: 158)

Kemusykilan yang dikemukakan sama ada Allah SWT akan muncul pada Hari Pembalasan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat-ayat ini. Imam Ali AS menerangkan:

"Apabila Allah Yang Maha Mulia mewahyukan ayat-ayat ini, maka ia adalah sesuatu yang benar kecuali kedatanganNya tidaklah sama dengan makhluk-makhlukNya. Aku telah menasihatkan kamu sebelum ini bahawa sebahagian daripada ayat-ayat Qur'an tidak dapat diambil maknanya secara literal sebaliknya kamu hendaklah memahaminya secara metapora.

"Kata-kata Allah tidak sama dengan kata-kata manusia, dan perbuatanNya tidak sama dengan perbuatan manusia.

Bagi menjelaskan perkara ini, saya akan memberikan kamu contoh-contoh daripada Qur'an supaya Insya Allah, kamu akan memahami Qur'an dengan cara yang betul. Qur'an menjelaskan Nabi Ibrahim AS berkata:

"Aku akan pergi menghadapTuhanku. Sesungguhnya Dia akan memberi petunjuk kepadaku." (al-Saffat: 99).

"Di sini, 'pergi menghadap Tuhanku' tidak bermaksud berjalan dan kemudian bertemu Dia. Tetapi ia bermaksud pasrah kepadaNya dengan bersungguh-sungguh dengan cara beribadat untuk mendekatkan diri kepadaNya. Tidaklah kita dapat melihat perbezaannya antara makna literal dan makna sebenar yang disampaikan secara metapora? Sekali lagi, (kami) kemukakan lagi contoh-contoh ayat yang mengandungi ayat-ayat seperti gaya bahasa di atas dan perhatikan maksud sebenarnya:

a) "Dia menurunkan kamu lapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak." (al-Zumar: 6)

b) " Dan turunkan kepada kamu besi, yang mempunyai daya kekuatan yang hebat…"(al-Hadid: 25)

Nah, jika kita bergantung kepada makna literal, adakah anda akan mengatakan bahawa lapan ekor haiwan dan besi itu diturunkan oleh Allah SWT dari langit tetapi makna demikian bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat-ayat tersebut. Perkataan-perkataan tersebut sebenarnya bermaksud 'Kami (Allah SWT) ciptakan' atau 'Dia jadikan.' (Sila lihat Tawhid oleh S. Saduq, hlm. 265)

Ali bin Abi Talib AS telah mengajarkan kepada kita dua kaedah asas untuk memahami Sifat-Sifat Allah SWT:

Pertama, perbuatan Allah SWT tidak boleh disamakan dengan perbuatan manusia. Apabila Allah SWT menerangkan dalam al-Qur'an dengan firmanNya:

"Allah telah mendengar…"(Mujadilah: 1) Maka ia tidak boleh disamakan dengan pendengaran manusia, binatang atau makhluk-makhluk lain. Kita (manusia) mendengar dengan bantuan alat pendengaran (telinga). Pendengaran oleh Allah SWT tidak membawa maksud sedemikian.

Allah dalam al-Qur'an menerangkan:

"….."Aku menjadikan dengan tanganKu" (Sad: 75)

Manusia mungkin juga mampu membuat benda-benda dengan tangannya. Tetapi kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Allah SWT tidak mempunyai alat anggota malahan tidak memerlukan alat anggota tubuh badan untuk menjadikan sesuatu. Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Musa AS:

"Janganlah kamu berdua khuwatir! Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan Aku melihat" (Taha: 46)

Bersama-sama berada dengan seseorang mempunyai maksud yang berbeza dengan apa yang lazim kita fahami dalam kenyataan kita sebagai manusia. Apabila Allah SWT 'dekat' dengan seseorang, ia tidak merujuk kepada dekat secara fizikal atau dalam jarak yang hampir di antara yang mendekat dan didekati.

Kedua, Amirul Mu'minin Ali bin Abi Talib AS, berkata, amatlah mustahak memahami makna literal dan metapora dalam penggunaan bahasa al-Qur'an sebelum seseorang itu melakukan penafsiran atau huraian tentang al-Qur'an. Beliau AS mengambil dua contoh ayat al-Qur'an untuk menjelaskan perkara itu.

Hakikatnya, apabila kita duduk dan membaca sastera atau karya klasik dalam bahasa apa pun, kita dikehendaki untuk benar-benar fasih dalam bahasa tersebut, penggunaan perkataan dan sebagainya. Berasaskan prinsip asas tersebut, marilah kita mengkaji bagaimana mazhab Ahlul Bait AS menjelaskan maksud perkataan 'wajah' Allah SWT.

Abu Hamzah berkata:

"Aku bertanya Imam Muhammad al-Baqir AS tentang maksud ayat berikut:

"Setiap sesuatu akan binasa kecuali Wajh Allah."

Imam AS menjawab:

"Adakah mereka menyangka Allah mempunyai rupa wajah dan setiap orang akan binasa kecuali rupa WajahNya? Maha Suci Allah daripada mempunyai rupa wajah! Maksud sebenar ayat tersebut ialah setiap sesuatu akan binasa kecuali agama Allah, iaitu arah dan jalan yang menuju Allah."

Dalam riwayat yang lain daripada Imam Ja'far al-Sadiq AS, ayat ini dihuraikan lebih lanjut:

"Setiap sesuatu akan binasa kecuali anutan jalan yang lurus."

Kedua-dua huraian itu membawa makna yang sama, iaitu jalan yang lurus atau agama Allah SWT (Islam). Inilah maksud sebenar istilah "Wajah Allah" yang telah diterangkan oleh Ahlul Bait AS.

Marilah kita melihat makna 'Wajh' dalam Bahasa Arab selain daripada makna literal yang sering digunakan dalam percakapan harian.

1. Wajh bermakna "permulaan" atau "bahagian paling awal" sebagaimana yang digunakan dalam frasa "Wajhun-Nahar" iaitu permulaan pagi.

2. Wajh bermakna "kebenaran hakiki atau hakikat sebenar sesuatu perkara itu" sebagaimana mereka berkata dalam Bahasa Arab; Asaba Wajhal Masa'lah yang bermaksud Dia datang dengan hakiki sebenar perkara itu.

3. Wajh bermakna "arah, tujuan" seperti: Ittajahat Tijarah" bermaksud dia datang dengan tujuan untuk berniaga.

Makna-makna ini telah disahihkan oleh tokoh-tokoh ilmuan moden seperti pengarang kitab 'Mu'jamu Al-Faazil Quran al-Karim", yang dicetak di Mesir pada tahun 1390H.

Walaupun istilah 'Wajh' mempunyai makna yang lebih luas, namun mazhab khalifah tidak mempunyai alasan yang kuat untuk memilih makna bahawa Allah mempunyai anggota seperti manusia. Amatlah jelas mereka ini telah dipengaruhi oleh cerita-cerita Israiliyyat sesat Yahudi dan riwayat-riwayat yang diambil daripada sahabat-sahabat seperti Abu Hurairah.

Dalam perbincangan yang ringkas tadi, kita menyedari bahawa kedua-dua mazhab itu mempunyai pandangan yang berbeza tentang Allah. Mazhab yang pertama (mazhab khalifah) percaya kepada doktrin anthropomorphisme, yang membayangkan Allah seperti kita manusia atau makhluk lain yang mempunyai anggota tangan, kaki dan sendi-sendi. Mazhab yang satu lagi (mazhab Ahlul Bait AS) percaya kepada wujud Allah SWT tidak menyamai makhlukNya.

Terdapat ayat-ayat Qur'an yang memerlukan pedoman suci untuk memahaminya dan pedoman itu datangnya daripada Nabi SAWAW dan Ahlul Baitnya yang suci. Allah berfirman:

"Di antara (isi)Nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok isi al-Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya padahal tidak ada orang yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah…" (Ali Imran: 7)

Allah SWT telah mengamanahkan NabiNya SAWAW dengan tugas untuk menyampaikan maksud al-Qur'an:

"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan." (Al-Nahl: 44)

Dan Nabi SAWAW telah mengajarkan ilmunya kepada Ali bin Abi Talib AS yang mencatatkan dan menghafalnya dengan penuh keimanan. Selepas kewafatan Nabi SAWAW, umat Islam merujuk kepada Ali AS apabila ditimpa masalah dalam hal memahami al-Qur'an dan beliau AS sering memberikan jawapan yang memuaskan. Ilmu pengetahuan Ahlul Bait AS adalah anugerah daripada Allah SWT. Ia tidak bergantung kepada pendapat peribadi atau tafsiran ulama yang dipengaruhi oleh aliran pemikiran bukan Islam.

Bab beriktutnya akan membahaskan perbezaan ini dengan lebih terperinci.

Catatan Kaki:

Tawhid al-Sadooq.

Tiga makna ini telah diambil daripada Mufradul Quran oleh Raghib.


6
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

BAB 3: "Mata" Allah
1. "Mata" Allah Dari Pandangan Mazhab Khalifah

Dalam kitab-kitab tafsir dan hadith, ulama dari mazhab di atas meriwayatkan dari Abu Hurairah, berkata:

"Apabila Nabi SAWAW membaca ayat berikut:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (An-Nisa: 58)

"Aku melihat Nabi SAWAW menggambarkan sifat mendengar dan melihat Allah dengan meletakkan ibu jari di telinga dan jari tunjuk di matanya."

Apabila Abu Hurairah meriwayatkan hadith di atas, beliau sering mengulangi bagaimana yang ditunjukkan itu dengan meletakkan jari-jarinya sendiri pada mata dan telinga. Beliau melakukan ini untuk menunjukkan Allah mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata.

"Jahmiyyah" adalah satu mazhab yang menolak pengertian seperti itu. Abu Daud ketika menolak aqidah puak Jahmiyyah itu menyatakan:

"Hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan itu dengan jelas menolak aqidah Jahmiyyah (yang percaya Allah tidak mempunyai anggota atau tubuh badan.)"

Penjelasan Abu Hurairah itu menyebabkan mazhab khalifah percaya perkataan "Ayn" dalam al-Qur'an yang dikaitkan dengan Allah, hendaklah difahami bahawa maksudnya ialah mata sebenar iaitu sebahagian daripada anggota pada tubuh yang menjadi alat untuk melihat. Justeru, kita dapati Ibn Khuzaimah yang menjadi imam kepada imam-imam seperti mana yang didakwa oleh mazhab mereka, menulis satu bab dalam kitabnya Tawhid,"untuk membuktikan Allah SWT mempunyai mata." Beliau menulis:

"Kami menjelaskan apa yang Allah berkata tentang diriNya dalam kitabNya dan apa yang telah dikatakan oleh Nabi SAWAW memperkuatkan dalil bahawa Allah mempunyai mata."

Beliau meneruskan hujah-hujahnya dengan memetik ayat-ayat berikut:

1. (Allah SWT berfirman kepada Nabi Nuh AS)"Dan buatlah bahtera itu dengan (di bawah) mata Kami." (Hud: 37).

2. "Yang belajar dengan (di bawah) mata Kami (tajri-bi-'aiyunina)."(al-Qamar: 14).

3. "Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang daripadaKu dan supaya kamu diasuh di bawah mataKu (wa-li-tus-na-'a ala-'aini)." (Taha: 39)

4. "Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami." (at-Tur: 48)

Ibn Khuzaimah berkata:

"Berdasarkan ayat-ayat ini, maka adalah wajib bagi setiap mukmin untuk menyakini aqidah bahawa Allah mempunyai mata, dan Dia telah mengesahkan untuk diriNya."

"Dan barang siapa yang tidak mempercayai Allah telah mewahyukan dalam KitabNya dan apa yang Ia nyatakan tentang DiriNya, maka orang itu bukan seorang muslim. Maksud ayat Qur'an telah menunjukkan bukti yang terang yang telah digambarkan oleh Nabi SAWAW sendiri, sebagaimana Allah telah memerintahkannya dalam Qur'an:

"Kami turunkan kepadamu al-Qur'an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan."(An-Nahl: 44)

"Nabi SAWAW dalam tafsirannya telah menjelaskan dengan terang-benderang bahawa Allah mempunyai sepasang mata! Penjelasan Nabi itu selaras dengan teks al-Qur'an, Qur'an yang sama yang dalam bentuk kitab di antara dua kulit kitab, dan dibaca di masjid-masjid dan di pusat-pusat pengajian."

Tidak puas dengan hujah di atas, beliau memetik hadith-hadith, di antaranya dari riwayat Abu Hurairah. Akhirnya, beliau meriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Umar:

"Nabi SAWAW bersabda:

"Allah tidak buta satu mata seperti Dajjal yang tidak mempunyai mata kanan. Ia terapung seperti buah anggur."

2. "Mata" Menurut Pandangan Ahlul Bait AS:

Imam-imam Ahlul Bait AS telah menerangkan maksud sebenar dalam ayat-ayat tersebut. Walau bagaimanapun, kita akan membahaskan perkara tersebut dengan terperinci seperti berikut:

Ibn Khuzaimah telah mengambil perkataaan "Ayn" atau " 'ayunina" secara literal, untuk menbuktikan hujahnya bahawa Allah SWT mempunyai mata. Pada hakikatnya perkataan "Ayn" dan kata terbitannya mempunyai banyak makna dalam Bahasa Arab. Rujukan lanjut bolehlah dibuat dengan mengkaji kitab-kitab bahasa arab seperti,"Lisanul Arab." Dalam Mu'jamul Udaba (2/11) kami dapati seorang ahli gaya bahasa Arab Ibn Faris Ahmed b. Zakariyya (w.369H) telah mengumpulkan setiap bait (rangkap) perkataan yang berakhir dengan kata"Ayn", setiap satu mempunyai makna yang berbeza. Syed Muhsin al-Ameen telah menuliskan enam puluh bait.

Al-Qur'an telah menggunakan perkataan tersebut dengan dua kaedah dan makna iaitu secara literal dan metapora. Pada dua puluh satu tempat, al-Qur'an menggunakan "Ayn" untuk menunjukkan mata air atau air sungai.

Tetapi yang lebih penting adalah ayat yang dipetik oleh Ibn Khuzaimah untuk mengukuhkan aqidahnya pada hakikatnya mempunyai makna figuratif. Dalam Bahasa Inggeris kita katakan:"to keep an eye on" bermaksud untuk mengawasi;"in the eyes of law", bermaksud "dari segi undang-undang";"the eye of a dome", bermaksud bahagian tengah dan seterusnya. Amat jelas bahawa penggunaan kata-kata itu tidak membawa maknanya secara literal. Begitu juga kata-kata ini telah digunakan untuk maksud secara metapora (kiasan).

Dalam Majma al-Lughat al-Arabiyyah yang dicetak di Mesir, kami dapati:

"Dalam al-Qur'an perkataan "Ayn" telah digunakan dalam dua bentuk sama ada secara aktual atau metapora (kiasan). Sebagai contoh:

i) "Dan berkatalah isteri Fir'aun:"(Ia) biji mata bagiku dan bagimu." (al-Qasas: 9)

ii) "Maka makan, minum dan sejukkan matamu…"(Fa kuli was-rabi wa-qarri 'aina). (Maryam: 26)

Dengan ini terbukti bahawa ayat-ayat yang menggunakan perkataan "Ayna" dan "Aynin" menggambarkan kegembiraan dan kepuasan hati (bukan maknanya secara literal seperti 'ia biji mataku' atau 'sejukkan matamu').

Sejarah menjelaskan kepada kita bahawa Allah memerintahkan ibu Nabi Musa AS mencampakkannya ke dalam sungai. Ketika itu Nabi Musa AS masih lagi bayi kemudian dibawa arus sungai tersebut dan sampai ke istana Fir'aun. Nabi Musa AS kemudian dipelihara oleh Fir'aun sebagai anak angkat. Kisah lengkap tersebut diceritakan dalam al-Qur'an seperti berikut:

" Dan berkatalah isteri Fir'aun:"(Ia) biji mata bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfa'at kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak," sedang mereka tidak menyedari." (al-Qasas: 9)

Pada contoh kedua, ayat tersebut mengaitkan dengan kisah Maryam, ibu kepada Nabi Isa AS. Ketika ia melahirkan Nabi Isa AS, beliau mengeluh kerana beliau tahu orang ramai tidak akan percaya beliau seorang wanita suci, dan Nabi Isa AS dilahirkan tanpa bapa dengan perintah Allah SWT. Maka Allah berfirman:

"Maka makan, minum dan sejukkan matamu (bersenang hatilah) kamu. Jika kamu melihat seseorang manusia, maka katakanlah:"Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seseorang manusiapun pada hari ini." (Maryam: 26)

Sekarang ayat-ayat yang dipetik oleh Ibn Khuzaimah memerlukan analisa lanjut. Ayat pertama, ditujukan kepada Nabi Nuh AS. Maksud sebenarnya ialah:

"Dan buatlah bahtera itu dengan dibawah mata (pengawasan) Kami."

Ayat kedua juga bermaksud bahtera Nabi Nuh AS belayar di bawah pemeliharaan dan pengawasan Allah SWT.

Pada ayat ketiga, Allah mewahyukan kepada Nabi Musa AS: Pengertian sebenar ayat ini ialah:

"Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang daripadaKu dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan dan perlindunganKu."

Pada ayat terakhir, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhamamd SAWAW: Maksud ayat tersebut ialah:

"(Wahai Nabi) - Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan (pengawasan) Kami."

Akhir sekali, hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Omar menekankan bahawa Allah SWT tidak buta seperti Dajjal. Nampaknya ia memberikan petanda kepada kita bahawa dia mahukan kita mempercayai Allah mempunyai sepasang mata yang sihat dan tidak rosak (buta)! Namun berdasarkan penjelasan kami yang terang benderang di atas, maka dapatkan kita nilaikan tentang kesahihan hadith tersebut! Kami telah pun menekankan tentang kepalsuan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan teman-teman sealiran dengannya, dan bagaimana mereka kekal dipengaruhi oleh ajaran Yahudi dan Kristian. Ajaran Islam yang murni telah dicemarkan oleh riwayat-riwayat yang menerima sisipan cerita-cerita dalam Taurat yang tercemar dan lain-lain sumber bukan Islam.

Catatan Kaki:

Tawhid Ibn Khuzaimah


7
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 4: "Tangan" Allah

1."Tangan" Allah Mengikut Riwayat Mazhab Khalifah

Mazhab khalifah telah meriwayatkan dalam kitab-kitab mereka daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAWAW seperti berikut:

"Nabi Adam dan Musa telah bertengkar dalam satu perbualan:

Nabi Musa berkata:

"Wahai Adam! Allah telah menjadikan kamu dengan kedua belah TanganNya…..tetapi kamu telah membawa semua manusia turun daripada taman syurga disebabkan dosa kamu."

Adam menjawab:

"Wahai Musa, Allah telah memuliakan kamu dengan menulis Taurat dengan kedua belah TanganNya."

Dalam riwayat yang lain diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

"Allah turun ke langit dunia, dan membuka kedua belah tanganNya dan berkata…."

Tentang "Jari-Jari" Allah

Tidak ada ayat Qur'an yang menyebutkan perkataan jari-jari Allah, justeru Ibn Khuzaimah telah bersandarkan kepada hadith untuk menguatkan dakwaannya tentang Allah SWT mempunyai jari-jari seperti manusia. Hadith-hadith tersebut dapat dibaca dalam kitab Tawheed Ibn Khuzaimah, dan dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmudzi, Sunan Ibn Majah, Tafsir Tabari, Ibn Kathir, dan Suyuti. Salah satu daripda hadith tersebut ialah:

"Abdullah meriwayatkan bahawa seorang rabbi Yahudi datang kepada Nabi SAWAW dab berkata:

"Wahai Muhammad! Kami membaca dalam Taurat bahawa Allah memelihara langit dengan satu jari, pohon-pohon dengan satu jari, air dengan satu jari, bumi dengan satu jari, dan makhluk dengan satu jari! Dan Dia berfirman:"Akulah Raja!"

"Nabi SAWAW tersenyum untuk mengesahkan kata-kata rabbi Yahudi itu, dan bagi menguatkan kenyataannya itu, membacakan ayat berikut:

"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya…" (Al-Zumar: 67)

Riwayat-riwayat ini adalah daripada Abu Hurairah dan lain-lainnya yang mengajak golongan ulama daripada mazhab yang bertentangan dengan Ahlul Bait AS memilih makna literal daripada perkataan "Yadullah" (tangan Allah) apabila mentafsirkannya daripada ayat-ayat Qu'ran yang mempunyai perkataan tersebut. Ibn Khuzaimah telah menulis satu bab dalam kitabnya Tawhid yang menyatakan:

"Hujah bahawa Allah Maha Pencipta, Maha Tinggi mempunyai tangan; sesungguhnya Allah SWT mempunyai sepasang tangan sebagaimana yang telah kita pelajari dalam ayat-ayat Qur'an yang menyatakan perkara tersebut."

Kemudian beliau menghuraikan selanjutnya dengan memetik ayat-ayat berikut bagi menyokong dakwaannya itu:

1."Orang-orang Yahudi berkata:"Tangan Allah terbelenggu," sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki…." (Al-Maidah: 64)

2."Maka Maha Suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan." (Yaasin: 83)

3."Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali-Imran: 26).

Izinkan kami menghuraikan apa yang telah diterangkan oleh mazhab Ahlul Bait AS:

Jawapan-jawapan Daripada Ahlul Bait AS

a) Muhammad bin Muslim bertanya kepada Imam Muhammad Baqir AS tentang ayat berikut:

"Allah berfirman:"Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tanganKu…." (Sad: 75)

Imam Baqir AS menjawab:

"Yad (tangan) dalam Bahasa Arab bermaksud kuasa dan anugerah."

Kemudian beliau AS menghuraikan lanjut dengan contoh-contoh daripada ayat Qur'an dan Bahasa Arab untuk menjelaskan maksud ucapan tersebut. Kami memetik sebahagian daripada contoh-contoh itu:

1."(Wahai Nabi SAWAW) bersabarlah atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai tangan (dhal-aidi) ; sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya). (Sad: 17)

Imam AS menjelaskan bahawa istilah tangan dalam ayat ini menunjukan maksud kiasan (kepada makna kekuatan). Apa yang Allah mahu sampaikan adalah Dia telah menganugerahkan Nabi Daud AS dengan kekuatan. Kemudian Imam AS menghuraikan beberapa lagi contoh kekuatan yang telah dianugerahkan kepada Nabi Daud AS.

2. "Dan langit itu Kami bangun dengan tangan (Kami) sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa." (Adz-Dzariyyat: 47)

Imam AS berkata:"Dalam ayat ini, tangan bermaksud kuasa."

3."Mereka itulah orang-orang yang Allah telah memberikan mereka tangan dengan ruh daripadaNya…"(Al-Mujaadilah: 22)

Dalam ayat ini "tangan" bermaksud kekuatan atau kekuasaan.

Imam AS memetik daripada sastera Arab:

i) Mereka berkata:

"Si-polan dan si-polan mempunyai banyak tangan dengan saya."

Ini bermakna saya mempunyai hutang budi kepadanya.

ii) Sekali lagi, orang-orang Arab berkata:

"Dia ada tangan putih ke atas saya!"

Ini bermakna "Dia ada tanggungjawab kepada saya".Tangan dalam ayat ini bermaksud sifat murah hati.

b) Muhammad bin Ubaidah merujuk ayat yang sama dari Surah Sad kepada Imam Ridha AS. Jawapan Imam AS seperti berikut:

"Dengan tangan-tangan Kami" dalam ayat ini bermaksud "dengan Kekuasaan dan Kekuatan".

c) Suleiman bin Mahran berkata beliau bertanya kepada Imam Ja'far al-Sadiq AS makna firman Allah dalam ayat al-Qur'an:

"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya…… " (Al-Zumar: 67)

Imam AS berkata:

"Ia bermaksud kekuasaan mutlak - tidak ada sekutu dengan yang lain."

Muhammad bin Ubaidah bertanya tentang makna selanjutnya selepas ayat itu:

"…..dan langit digulungkan dengan (Yameen) kananNya…."

Imam AS menerangkan:

"Allah menggunakan istilah "Yameen" (kanan) yang membawa erti 'tangan' dan 'tangan' bererti Maha KekuasaanNya. Langit akan digulungkan dengan KekuasaanNya.

Perkataan "tangan" atau "KananNya" tidak membawa makna genggaman tangan kanan. Ia tidak merujuk kepada sebarang anggota tubuh badan seperti yang difahami oleh mazhab khalifah.

Membayang sifat anggota tubuh wujud pada Zat Allah SWT akan membawa seseorang kepada syirik - justeru Imam Ja'far al-Sadiq AS selepas mengemukakan hujah-hujahnya yang menjawab persoalan itu telah membacakan keseluruhan ayat tersebut secara lengkap. Beliau AS membacakan baris terakhir ayat tersebut:

"Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan."

Pemerhatian:

Mazhab Ahlul Bait AS mengemukakan hujah berasaskan makna sebenar Tawhid, pada masa yang sama bersandarkan kepada penggunaan umum istilah berkenaan di kalangan orang Arab dan juga kesusasteraan mereka.

Raghib Isfahani dalam kitabnya yang masyhur Mufradatul Qur'an berkata:

"Yad bermakna 'tangan', iaitu anggota tubuh manusia. Tetapi ia juga mempunyai makna yang lain seperti menguasai, kuasa dan arah."

Para ilmuan Mesir telah menyenaraikan sembilan makna berlainan untuk perkataan "Yad', selain daripada makna tangan. Sebagai contoh, ayat berikut:

"Maka Maha Suci (Allah) yang di tangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan." (Yaasin: 83).

Ayat di atas diterjemahkan seperti berikut:

"Maka Maha Suci (Allah) yang di tangannya (Yang Maha Menguasai) segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan."

Perkara yang paling ganjil ialah apabila para ilmuan yang memilih makna literal tangan dan lain-lain anggota kepada Allah SWT mengambil pula makna yang lain apabila perkataan yang sama ditujukan oleh Nabi SAWAW.

Dalam ayat berikut, yang ditujukan kepada Nabi SAWAW, para penterjemah dan ahli tafsir bersepakat bahawa makna 'Yad' bukan bererti 'tangan' secara literal:

"Dan janganlah jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal." (Al-Isra': 29).

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang memilih makna 'tangan' secara literal tetapi apabila perkataan yang sama ditujukan kepada Allah, mereka memilih pula makna secara literal dan menolak maknanya secara metapora.

Hal ini jelas menunjukkan pengaruh atau penyisipan ajaran-ajaran Yahudi dan Kristian yang telah tercemar dan kemudian ia diperkuatkan pula oleh sebahagian daripada sahabat-sahabat yang tidak berhati-hati. Namun kisah ini tidak berakhir di sini. Masih ada lagi perbahasan yang menarik selepas ini.

Catatan Kaki:

Tawhid Ibn Khuzaimah, hlm.53

Tawhid al-Sadooq, hlm. 153

Tawhid al-Sadooq, hlm. 153-154.

Tawhid al-Sadooq, hlm. 160-161.


8
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 5: "Kaki Allah" dan "BetisNya"
Dalam kitab Tawhid Ibn Khuzaimah, beberapa hadith 'kaki' Allah telah telah disebutkan yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Hadith-hadith ini juga boleh didapati dalam kitab Hadith Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmudzi, Musnad Ahmad, dan kitab-kitab tafsir seperti al-Tabari, Ibn Katsir dan Suyuti.

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi SAWAW:

"Syurga dan neraka bertengkar, masing-masing ingin membuktikan siapakan yang lebih hebat daripada yang lain.

"Neraka berkata:

"Aku mempunyai keistimewaan dengan masuknya orang-orang yang sombong dan berkuasa."

"Syurga berkata:

"Aku tidak tahu mengapa hanya orang yang lemah dimasukkan ke dalamku."

"Maka Tuhan berfirman kepada syurga:

"Engkau adalah rahmatKu, dan melalui engkau Aku menunjukkan rahmat kasih-sayangku terhadap hamba-hambaKu."

"Dan kemudian Dia berfirman kepada neraka:

"Engkau adalah kemarahanKu, dan melalui engkau Aku menghukum orang-orang yang akan Aku kenakan hukuman. Setiap daripada kalian akan dipenuhi."

"Tetapi neraka tidak akan penuh, maka Allah memasukkan kakiNya ke dalamnya (neraka).

"Kemudian neraka berkata:

"Cukup! Cukup!

"Maka dengan cara ini neraka akan penuh, kerana Allah tidak menyalahkan sesiapapun.

"Maka kepada syurga pula, Dia akan masukan makhluk yang baru untuk memenuhkannya."

"Betis" Allah

Dalam Sahih Bukhari, Mustadrak oleh al-Hakim, Tafsir Tabari, Ibn Kathir dan Suyuti, kami dapati hadith-hadith yang menyentuh tentang "betis" Allah. Dalam ayat berikut:

"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, maka mereka tidak kuasa." (Al-Qalam: 42)

"Abu Saeed, salah seorang sahabat Nabi SAWAW berkata beliau mendengar Nabi SAWAW berkata:

"Tuhan Kami akan menyingkapkan betisNya, kemudian setiap orang Mukmin dan mukminah akan berlutut di hadapanNya, kecuali mereka yang menyembahNya di muka bumi hanya untuk menunjuk-nunjuk atau untuk menarik minat orang lain supaya suka kepadanya maka mereka ini tidak akan dapat melutut dan akan kekal dalam keadaan tegak berdiri."

Hadith ini telah diriwayatkan secara terperinci oleh Bukhari dalam Bab Tawhid; kami kutip secara ringkas di sini:

"Akan diseru pada Hari Pembalasan:"Setiap orang akan berbaris di belakang sembahan-sembahan mereka. Maka orang ramai akan berkumpul di belakang tuhan-tuhan mereka kecuali penyembah-penyembah Allah akan tetap teguh berdiri menungguNya.

"Kemudian Allah akan muncul dan bertanya kepada mereka:

"Adakah anda mempunyai satu tanda pengenalan di antara kamu dengan Allah yang akan membolehkan kamu mengenaliNya?"

"Ya, mereka akan berkata:"Betis".

"Kemudian Allah akan menyingkapkan betisNya, apabila melihat hal ini orang-orang Mukmin akan sujud dan akan mengikutNya ke syurga."

Maka sudah pasti banyak persoalan akan timbul dalam fikiran kita selepas membaca hadith di atas:

a) Apakah tanda pengenalan itu betis Allah?

b) Bilakah pula para ulama mazhab khalifah pertama kali melihat betis itu supaya dengan ini mereka berharap dapat mengenalinya pada Hari Pembalasan sebagai tanda pengenalan?

c) Jika mereka telah pernah melihatnya di dunia, maka bagaimanakah bentuknya?

d) Bagaimanakah pula saiznya?

Penjelasan Daripada Mazhab Ahlul Bait AS:

Marilah kita memetik ayat berikut:

"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, maka mereka tidak kuasa." (Al-Qalam: 42)

Obaidah bin Zararah berkata:

"Aku bertanya kepada imam Ja'far al-Sadiq AS tentang maksud ayat ini. Beliau AS meletakkan tangan pada betisnya, menyingkapkan kain yang menutupinya, meletakkan tangannya pada kepala dan berkata:

"Segala puji bagi Allah Yang Maha Tinggi."

Syaikh Sadooq berkata tujuan Imam AS melakukan perkara itu adalah untuk menyampaikan maksud bahawa Allah SWT adalah Maha Suci dan jauh daripada mempunyai kaki atau betis.

Seorang daripada sahabat Imam AS bernama Muhammad bin Ali Halabi bertanya tentang makna betis disingkap. Kali ini Imam AS memberikan jawapan terperinci. Beliau AS berkata:

"Segala Puji bagi Allah Yang Maha Berkuasa!"

Kemudian Imam AS membacakan ayat tersebut dengan lengkap:

"….dan mereka dipanggil untuk bersujud maka mereka tidak berkuasa; (di dalam keadaan) berpandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) di seru untuk bersujud, dan mereka (ketika itu) dalam keadaan sejahtera. (al-Qalam:42 - 43)

Imam AS berkata:

"Ayat ini bersifat mutasyabihaat (metapora) menunjukkan satu keadaan yang paling sukar. Ia menjelaskan bagaimana pada Hari Pembalasan manusia akan diselubungi dengan malu dan kehinaan, tidak mempunyai alasan lagi untuk diperkatakan. Ayat-ayat ini apabila dibaca keseluruhan akan menjelaskan makna mutasyabihaat yang sebenarnya (bagi frasa betis disingkapkan)."

Shaykh Sadooq dalam kitabnya Tawhid mejelaskan lebih lanjut:

"Apabila Imam AS berkata:"Maha Suci Yang Maha Berkuasa (Allah)", dan kemudian mengangkat kain yang menutupi betisnya, ia menunjukkan bahawa Allah adalah Maha Suci daripada mempunyai sebarang anggota! Perkataan 'betis disingkap' tidak boleh diambil maknanya secara literal."

Pengertian "Betis disingkap' Dalam Sastera Arab:

Abdullah bin Abbas, sepupu Nabi SAWAW:

"Apabila kamu tidak dapat memahami al-Qur'an, carilah penjelasannya daripada sastera Arab. Penggunaannya dalam sastera akan menjelaskan makna ayat tersebut. Tidakkah anda mendengar penyair Arab berkata:"QAMATIL HARBU BINA ALA SAQIN".

"Perang telah bermula dengan segala kesulitan dan kesusahan…"

Maka maksud 'betis disingkapkan' dalam ayat tersebut menunjukkan kesulitan yang teramat sangat, malu, dan tekanan perasaan yang keterlaluan akan terdedah pada hari itu.

Raghib Isfahani dalam kitabnya Mufradatul Qur'an telah memberikan makna yang sama untuk ayat tersebut, sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Abbas. Demikian juga ilmuan Mesir telah menyokong tafsiran berkenaan dalam kitabnya "Mu'jam Al-Fadh al-Qur'an al-Karim."

Maksud seperti itu telah difahami di kalangan orang-orang Arab dan para ulama mereka sepanjang abad ke-14. Malangnya amat sedih sekali mazhab khalifah telah memilih riwayat dari Abu Hurairah dan orang-orang yang sepertinya untuk mendakwa Allah SWT mempunyai anggota kaki dan tangan.

Kata kerja dalam ayat tersebut adalah dalam bentuk pasif yang bermakna 'betis akan disingkap'…Namun kita dapati para ulama mereka memilih kata kerja dalam ayat tersebut dalam bentuk aktif. Maka ayat itu berbunyi:"Allah akan menyingkap betisNya."

Kesimpulannya dapat kita katakan:

1. Mazhab ini yang jauh daripada Ahlul Bait AS telah menyalahtafsirkan al-Qur'an.

2. Mereka telah mengaitkan hadith palsu kepada Nabi SAWAW.

3. Mereka telah memperkenalkan fahaman anthromorphisme kepada umat Islam.

Kita amat terhutang budi kepada Ahlul Bait AS yang telah berusaha bersungguh-sungguh memelihara ajaran Islam yang tulen dan juga memelihara makna sebenar ayat-ayat Qur'an dan Hadith.

Segala pujian bagi Allah SWT! Kini kita mengetahui Allah SWT tidak berbentuk, tidak mempunyai tubuh, tidak mempunyai anggota. Kerana apabila Dia mempunyai tubuh badan, maka wajarlah Dia mempunyai tempat tinggal! Marilah kita mengkaji lebih lanjut bahaya yang timbul akibat daripada ajaran mazhab khalifah tersebut!

Catatan Kaki:

Tafsir al-Suyuti, hlm. 6/25.


9
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 6: "Arasy" dan "Krusi"
1. "Arasy" dan "Krusi" Pada Pandangan Mazhab Khalifah

Berdasarkan hujah di atas, maka mengikut mazhab khalifah Allah SWT mempunyai tempat tinggal! Apabila mereka membayangkanNya sebagai 'seorang' yang mempunyai bentuk tubuh dan anggota, maka mereka akan menempatkanNya pada satu tempat yang menempatkan tubuhNya. Maka kami dapati pemimpin fahaman anthromorphisme iaitu Muhamamad bin Uthman Darimi (wafat 280H) menulis satu kitab bertajuk,"al-Radd ala Jahmiyyah" bahawa:

"Sesungguhnya Allah mempunyai Krusi di atas langit yang ketujuh, dipikul oleh para malaikat. Allah sebagaimana yang Dia sendiri nyatakan tentang diriNya tidak menyamai makhlukNya."

Kemudian beliau melanjutkan keterangan tersebut pada bab yang ketiga belas daslam buku yang sama di bawah tajuk:

"Kedudukan Allah di atas Krusi, terletak di atas langit, dan wujudnya yang tidak menyamai makhlukNya."

Ibn Khuzaimah pula menulis perkara yang sama dalam kitabnya Tawhid di bawah tajuk:

"Kedudukan Pencipta kita Yang Maha Tinggi, dan di atas KrusiNya, di atas segala sesuatu."

Dalam hujah-hujah yang dikemukakan oleh Darimi, beliau menolak dakwaan mereka yang berpegang kepada aqidah Allah wujud di mana-mana. Beliau memetik sepotong hadith daripada Nabi SAWAW yang bermaksud :

"Air mani berada di dalam peranakan wanita selama empat puluh malam, dan kemudian malaikat yang bertanggungjawab kepada ruh manusia membawa air mani itu naik ke atas bertemu Tuhan dan bertanya:"Wahai Tuhan, adakah hambamu ini ditakdirkan menjadi lelaki atau perempuan…..?"

Kemudian Darimi berkata:

"Jika yang sebenarnya sebagaimana yang kamu yakini, tentulah Allah berada dalam peranakan wanita bersama dengan air mani. Jika demikian mengapakah malaikat diperlukan untuk membawa naik air mani itu (untuk bertanya kepada Tuhan)?

Selanjutnya dia menambah:

"Allah wujud dan hidup berasingan daripda makhlukNya. Mengapa Dia menempatkan diriNya pada suatu tempat yang kotor, pada saluran keluar manusia, burung atau haiwan? Mengapa pula pada setiap sudut dan tempat terdapat wujudNya?"

Darimi, Ibn Khuzaimah dan lain-lain ulama daripada mazhab khalifah meletakkan aqidah mereka kepada makna literal "Arash" dan "Krusi" Allah daripada ayat-ayat Qur'an dan hadith-hadith. Di sini diberikan beberapa contoh:

"Arsh" dan "Kursiyy" sebagaimana yang difahami oleh mazhab khalifah:

Bukhari, Tirmudzi, Ibn Majah, Ahmad bin Hanbal, Tabari, Ibn Katsir, dan Suyuti telah meriwayatkan hadith-hadith di bawah di dalam kitab-kitab mereka:

"Nabi SAWAW ketika ditanya:

"Di manakah Allah berada sebelum Dia mencipta alam ini?"

Beliau menjawab:

"Dia adalah diantara kegelapan, awan yang pekat - tanpa ada angin di bawahnya atau di atasnya. Dan tidak ada makhluk lain. "Krusi'Nya berada di atas air."

Para ulama itu memetik ayat berikut:

"Dan KrusiNya berada di atas air…." (Hud: 7)

Seperti benda-benda lain, Krusi berada di atas air. Dalam huraian selanjutnya, mereka memetik hadith di bawah:

"Jarak di antara langit dan bumi adalah 71, 72 atau 73 tahun. Dan seperti itu juga jarak di antara langit kedua dan ketiga sehinggalah langit ke tujuh. Dan di atas langit ke tujuh adalah lautan yang dalamnya di ukur daripada jarak antara dua langit. Di atas lautan adalah lapan kambing sebesar gunung, tapak kaki dan lututnya adalah seluas jarak di antara dua langit. Di belakang mereka adalah Krusi Allah yang tingginya sama dengan jarak di antara dua langit. Di situlah Allah SWT bersemayam. "

Bunyi Gemerincing "Krusi" Allah

Sila baca riwayat berikut daripada Ibn Khuzaimah, Abu Daud, Ibn Athir dan Alusi dan semoga anda tersenyum!

Riwayat tersebut menyatakan pada suatu hari Nabi SAWAW merapatkan jarinya untuk membentuk kubah kecil dan bersabda:

"Arasy Allah di atas langit seperti ini. Dan ia berbunyi gemerincing seperti pelana unta ketika seseorang menunggangnya."

Abu Daud dalam Sunannya, meriwayatkan daripada Ibn Basshar, hadith berikut:

"Allah SWT bersemayam di atas ArasyNya dan 'ArasyNya berada di atas langit. Dan Arasy bergemerincing di bawahNya, seperti pelana unta yang berbunyi apabila seseorang menunggangnya."

Tabari, Ibn Kathir dan Suyuti meriwayatkan dalam kitab Tafsir masing-masing daripada khalifah Umar:

"Seorang wanita datang bertemu Nabi SAWAW dan mengemuka satu permintaan:

"Doakan aku supaya aku berada di kalangan orang-orang yang masuk syurga."

Nabi SAWAW kemudian memohon dengan nama Allah dan bersabda:

"Krusi Allah sangat luas seperti langit dan bumi dan ia bergemerincing di bawah beban seperti pelana unta yang menanggung beban berat seorang penunggang. Dan Dia melampaui Krusi daripada setiap sudut dengan empat jari!"

Maka, di sini Allah, yang bertubuh gemuk sehingga tidak muat KerusiNya. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada kepercayaan yang menyakitkan hati itu. Sekarang marilah kita mengkaji sumber riwayat tersebut.

Riwayat Ka'b al-Ahbar:

Dia berkata:

"Allah menjadikan tujuh langit dan bumi dan jarak di antara langit-langit itu adalah sama dengan jarak antara bumi dan langit dan menjadikannya berat. Kemudian Dia mengangkat "ArasyNya di atas kedua-duanya dan bersemayam diriNya di atasnya. Maka setiap langit bergemerincing disebabkan berat Allah Yang Maha Berkuasa, seperti pelana baru unta bergemerincing apabila ada penunggang menunggang buat pertama kalinya."

Inilah sumbernya. Ia adalah dari Ka'b al-Ahbar, yang asalnya seorang rabbi Yahudi yang memasukkan cerita tidak masuk akal ini ke dalam hadith-hadith yang dikaitkan kepada Nabi SAWAW.

Apakah "Kursiyy" dan siapakah penjaga pintu?

Dalam tafsirnya, Maqatil membahaskan ayat Qur'an berikut:

"KursiNya luas meliputi langit dan bumi…." (al-Baqarah: 255)

Dia berkata:

"Arasy" (atau "Kursi") di dipikul oleh empat malaikat:

"Satu seperti wajah manusia dan dia berdoa untuk rezeki manusia.

"Satu malaikat lagi mempunyai wajah haiwan seperti lembu jantan. Dia memohon rezeki haiwan daripada Allah.

"Malaikat ketiga seperti seekor helang, mewakili burung. Dia berdoa untuk burung-burung.

"Malaikat keempat seperti seekor singa, mewakili binatang liar dan dia berdoa untuk rezeki mereka.

Riwayat-riwayat daripada mazhab khalifah itu adalah palsu kerana mempunyai sisipan cerita-cerita dongeng. Kami akan membincangkannya pada tajuk tentang hadirnya Allah pada Hari Pembalasan.

Ibn Khuzaimah menulis dalam kitabnya Tawhid memetik daripada ayat-ayat Qur'an untuk membuktikan Allah sendiri telah mendedahkan kepada kita tentang tempat Ia menetap!

a)"Allah Yang Maha Pemurah, bersemayam di atas 'Arasy"….(Taha: 5)

b)"Kemudian Ia bersemayam di atas "Arasy"…..(al-Furqan: 59)

c)"Dan Dia adalah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari dan "Arasy"Nya berada di atas air…" (Hud: 7)

Ibn Khuzaimah percaya ayat-ayat ini merujuk kepada sejenis alat perabut yang Allah gunakan untuk bersemayam! Dan Dia tidak bersendirian. Kebanyakan ulama telah mengikuti pendapat ini, dan melupakan bahawa istilah tersebut digunakan dalam al-Qur'an secara metafora untuk membawa maksud kepada kerajaan dan kekuasaanNya.

2. Pandangan Mazhab Ahlul Bait AS:

Imam Ja'far al-Sadiq AS ketika ditanya tentang maksud ayat berikut:

"Kursiyy"Nya meliputi langit dan bumi."( Al-Baqarah: 225)

Beliau berkata:

"Kursiyy" membawa pengertian ilmuNya dan ayat tersebut membawa pengertian:"IlmuNya meliputi langit dan bumi."

Dalam riwayat lain daripada Imam Ja'far al-Sadiq AS, kami dapati pengertian berikut:

"Langit dan bumi adalah dalam "Kursiyy "Nya iaitu ilmuNya."

Seorang lelaki lain datang menemui Imam Ja'far al-Sadiq AS bertanya kepada beliau tentang pengertian "Arsh" di atas air."

Imam AS bertanya:

"Apakah yang mereka katakan?"

Orang itu menjawab:

"Mereka berkata Arsh Allah berada di atas air dan Dia bersemayam di atasnya."

Imam AS berkata:

"Itu adalah satu pembohongan! Sesiapa yang percaya Allah di tempat di suatu tempat dan diusung, telah menyamaikanNya dengan makhlukNya! Dan sudah tentu benda yang menyokongNya atau memikulNya lebih kuat daripadaNya."

Orang itu bingung mendengar jawapan Imam AS itu dan berdiam diri sebentar, dan kemudian bertanya lagi:

"Semoga aku menjadi tebusanmu! Ajarkan aku pengertian sebenarnya."

Imam AS berkata:

"Pada banyak tempat ayat-ayat Qur'an, kata Arsh telah digunakan dalam pelbagai dengan pengertian-pengertian yang tertentu. Pengertiannya dalam setiap ayat itu sama ada "kerajaan", kekuasaan" atau ilmuNya."

Allah berfirman:

"…dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung." (Al-Taubah: 129)

Di sini maksud keagungan Allah SWT digambarkan dengan kata "Arasy" yang membawa pengertian kerajaanNya.

Dalam ayat yang lain:

"(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Bersemayam (istawa) di atas Arasy." (Taha: 5)

Pengertian ayat ini ialah KekuasaanNya meliputi kerajaanNya."

Dan ketika Allah berfirman:

"ArasyNya di atas air, Pada hakikatnya Allah SWT menerangkan tentang air dijadikan sebelum langit dan bumi, dan ia adalah makhluk yang pertama yang menyerah diri kepada Allah."

Pada hakikatnya, Ibn Khuzaimah dan orang-orang yang sepertinya telah tersalah faham maksud perkataan "istawa" yang dibaca bersama perkataan 'Arsh" dalam ayat Qur'an. Mereka telah mengambil pengertiannya secara literal iaitu bermaksud bersemayam dan menetap. Dalam al-Qur'an, kita dapati ada enam ayat yang menggunakan perkataan tersebut (istawa).

Raghib Isfahani berkata dalam syarahnya:

"Apabila perkataan istawa ditukarkan kepada kata transitif dengan kata penghubung 'ala',maka ia membawa pengertian 'isteela - iaitu menguasai, mengambil dan menggunakan, menakluki, kuasa seperti dalam ayat:" Tuhan Yang Maha Pemurah, istawa (menguasai) di atas Arasy."

Begitu juga, kita dapati perkataan tersebut digunakan dalam kesusasteraan Arab dengan maksud yang sama. Seorang penyair Bushr bin Marwan, iaitu abang kepada khalifah Abdul Malik Bani Umaiyyah menyatakan dalam rangkap berikut:

"Bushr telah menakluki Iraq tanpa menggunakan pedang atau menumpahkan darah.."(Qad istawa alal-Iraq…)

Perkataan lain yang telah menimbulkan fahaman anthromophisme kepada mazhab khalifah ialah Kursiyy. Mereka telah mengambil pengertiannya secara literal, bermaksud sebagai kerusi atau tempat duduk. Tabari dalam Tafsirnya berkata Kursiyy bermaksud juga ilmu pengetahuan, dan lantaran itu buku-buku ilmu pengetahuan dipanggil Kurrasah, dan orang yang terpelajar digelar "Kurasiyy." Kitab suci al-Qur'an telah menggunakan perkataan tersebut dengan tujuan membawa pengertian kepada 'ilmuNya dalam beberapa ayat, sebagai contoh:

i)"Tuhanku meliputi segala sesuatu." (Al-Anam: 80)

ii)"Tuhan kami meliputi segala sesuatu." (Al-Araf: 89)

iii)"Ya Tuhan kami!Rahmat dan ilmuMu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala (Rabbana wasi'at kulli syai'in-rahmatan-wa-'ilman..)." (Al-Ghafir (al-Mu'min): 7)

iv)"Tetapi Tuhan kamu adalah Tuhan yang Esa, tidak tuhan melainkan Dia, segala sesuatu meliputi dalam ilmuNya."(Taha: 98)

Dalam ayat-ayat yang disebutkan tadi, kata-kata "wasi'a" digunakan bersama dengan "Ilm." Walaupun dalam ayat yang menggunakan kata-kata "Kursiyy", kata-kata berikutnya menyatakan tentang ilmu Allah yang luas meliputi segala sesuatu. Marilah kita mengkaji ayat tersebut:

"Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi." (Al-Baqarah: 255).

Kesimpulan:

Menurut mazhab Ahlul Bait AS, pengertian "Arsh" dan "Kursiyy" adalah kerajaan, kekuasaan dan ilmuNya. Penggunaan perkataan itu adalah secara metapora (kiasan). Maka pengertian ini adalah bertentangan dengan mazhab yang bertentangan dengan mazhab Ahlul Bait AS yang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan Yahudi.

Catatan Kaki:

Sunan Abu Daud - 4/231; Sunan Ibn Majah - 1/69; Musnad Ahmad bin Hanbal - 1/207

Tafsir Maqatil - 1/122

Tawhid Sadooq - hlm. 327-328.


10
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 7 'kediaman' Allah
Anthromophisme Di kalangan Umat Islam

Kepercayaan ini mempunyai akar yang kuat di kalangan umat Islam masa lalu khususnya puak Wahabi. Maka amatlah penting melakukan kajian ringkas tentang kepercayaan mereka dan membandingkan dengan aqidah yang diajarkan oleh Ahlul Bait AS.

Oleh kerana mereka memberikan sifat manusia kepada Allah, mereka akhirnya telah meletakkan suatu tempat untukNya. Dan kemudian mereka menimbulkan konsep pergerakan, berpindahnya Allah dari satu tempat ke tempat lain.

i) Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAWAW:

"Pada satu bahagian malam, atau pada dua pertiga malam, Allah turun ke langit dunia dan menyeru:"Ada sesiapakah yang menyeru kepadaKu agar Aku dapat menyambut doanya, berdoa kepadaKu supaya aku akan memberi? Siapakah yang akan memberikan Yang Maha Memiliki dan Maha Adil?"

ii) Dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah, Haroon bin Said menambah:

"Kemudian Allah membuka tanganNya dan berkata:"Siapakah yang ingin memberikan pinjaman kepada Yang Tidak Memerlukan dan bukan Penzalim."

Bukhari turut meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah dalam bab Tawhid, Da'awwat dan Tahajjud. Sekali lagi ia tidak bersendirian. Riwayat-riwayat seperti ini turut juga dilaporkan oleh Ibn Majah, Tirmidhi, dan Abu Daud yang telah memetik riwayat untuk membuktikan Allah turun dan naik dari langit!

iii) Ibn Khuzaimah meriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Nabi Muhammad SAWAW bersabda:

"Malaikat berhimpun pada waktu solat subuh dan maghrib. Malaikat yang bertugas pada waktu malam naik ke atas dan yang bertugas untuk waktu siang hari turun ke bawah untuk menjalankan tugas mereka. Dan kemudian malaikat yang bertugas pada waktu malam akan ditanya oleh Allah:"Dalam keadaan apa hamba-hambaKu ketika kalian tinggalkan mereka? Malaikat menjawab:"Kami datang kepada mereka ketika mereka sedang melakukan solat dan kami meninggalkan mereka ketika mereka sedang melakukan solat."

Ketika memberikan pandangannya Ibn Khuzaimah menambah:

"Hadith ini dengan jelas membayangkan bahawa Allah bersemayam di langit dan malaikat-malaikat terbang dari bumi ke langit untuk sampai kepadaNya. Golongan (Jahmiyyah) percaya sesiapa yang percaya Allah bersemayam di langit dan di bumi adalah pembohong kerana jika ia benar, malaikat-malaikat akan pergi kepadaNya di bumi atau di suatu tempat yang rendah di bumi. Semoga Allah melaknat golongan Jahmiyyah selama-lamanya!"

Darimi menyokong pendapat ini, dengan berasaskan dalil daripada perkataan 'nazala' (secara literal membawa pengertian turun) yang digunakan dalam ayat Qur'an. Beliau berkata:

"Ayat-ayat seperti ini boleh dijumpai dalam al-Qur'an dalam banyak tempat. Semuanya dengan jelas menunjukkan Allah menurunkan al-Qur'an dari langit. Jika mereka percaya Allah berada di mana-mana, di bumi dan di bawahnya, maka Dia akan berfirman:"Kami membawakan al-Qur'an" atau "Kami mengeluarkan al-Qur'an." Ayat-ayat ini secara jelas menekankan kedudukan Allah yang tinggi dan dengan ini tidak memerlukan penjelasan lain lagi."

Darami nampaknya sudah dihantui oleh kepercayaannya bahawa Allah bersemayam pada tempatNya di langit. Membincangkan Mi'raj Nabi SAWAW ke langit, beliau berkata:

"Nabi SAWAW menceritakan pengalamannya kepada orang-orang Islam ketika Mi'raj, bagaimana beliau SAWAW naik dari satu langit ke langit yang lebih tinggi sehingga sampai ke Sidratul Muntaha. Jika pendapat lawan kita betul iaitu Allah berada di mana-mana mengapa ia memerlukan Buraq dan Mi'raj? Mengapa Nabi SAWAW di bawa ke langit dan kepada siapa ia dibawa itu? Kamu katakan bahawa Allah di mana-mana, walaupun di rumah Nabi SAWAW tanpa tirai di antaranya. Maka mengapakah perlu keluar?"

Penjelasan Mazhab Ahlul Bait AS

Persoalan-persoalan tentang tempat, berpindah tempat, bertukar tempat atau turun-naik yang dikaitkan kepada Allah pada hakikatnya tidaklah munasabah. Mazhab Ahlul Bait AS menyatakan bahawa sifat-sifat tersebut adalah sifat-sifat makhluk yang diciptakan bukan sifat Yang Maha Pencipta, Yang Maha Berkuasa.

Imam Ridha AS dengan jelas menyatakan hal tersebut ketika ditanya tentang ayat berikut:

"Dan Tuhan kamu akan datang, dan malaikat berbaris-baris…" (Al-Fajr: 22)

Beliau AS berkata:

"Allah tidak boleh dikaitkan dengan pergerakan, datang, pergi, hadir atau tidak hadir. Dia di atas segalanya itu. Ayat yang ditanya ini sebenarnya menunjukkan perintah Allah yang akan diperlihatkan (pada Hari Pembalasan)."

Sayyid Abdul Azeem al-Hasani meriwayatkan daripada Abu Ibrahim bin Abi Mahmood bahawa dia bertanya Imam Ridha AS tentang hadith yang masyhur di kalangan orang ramai tentang Allah turun ke langit dunia. Imam AS berkata:

"Semoga Allah melaknat orang yang menyalahtafsirkan ayat-ayat suci daripada tempatnya yang sebenar! Demi Allah! Nabi SAWAW tidak berkata seperti riwayat tersebut. Apa yang dia katakan ialah:"Allah Yang Maha Tinggi, memerintahkan malaikat turun ke langit dunia pada dua pertiga malam, dan pada malam Juma'at pada satu pertiga malam. Dia (Allah) memerintahkan malaikat mengumumkan:

"Adakah sesiapa yang memohon supaya aku kabulkan?

Adakah sesiapa yang bertaubat supaya aku ampunkan?

Adakah sesiapa yang memohon keampunan maka aku akan maafkan?

Wahai! Sesiapa yang memohon kebaikan, dipersilakan,

Wahai Sesiapa yang memohon keburukan, menghentikannya.

"Malaikat berterusan menyeru sehinggalah terbit fajar, dan apabila masuk waktu subuh, dia kembali naik ke langit."

"Ini adalah hadith sahih yang diriwayatkan daripada datuk-datukku yang meriwayatkan daripada Nabi SAWAW."

Mi'raj Nabi SAWAW

Yunus bin Abd al-Rahman berkata bahawa dia bertanya kepada Imam Musa bin Ja'far al-Kadhim AS:

"Mengapakah Allah mengangkat Nabi SAWAW ke langit dan dari sana sehingga ke Sidratul Muntaha, dan kemudian sehingga sampai ke tirai nur, apabila Dia berfirman dan berkata-kata kepadanya, maka bagaimanakah pengertiannya Allah tidak dapat disamakan dengan tempat bersemayam atau tempat?"

Imam AS menjawab:

"Sesungguhnya tidak ada tempat yang dapat dikaitkan dengan Allah atau Dia tertakluk di bawah masa! Dia mengangkat NabiNya ke langit untuk memberi penghormatan kepada malaikat dan kepada makhluk yang tinggal di langit dan untuk memuliakan mereka dengan kehadirannya (Nabi SAWAW). Juga untuk menunjukkan kepadanya kebesaran ciptaanNya supaya dia boleh berhujah kepada manusia di bumi apabila pulang nanti. Apa yang mereka sifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia itu amatlah tidak benar sama sekali! Maha Suci Allah daripada apa yang mereka cakapkan!"

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Baseer, Imam Sadiq AS memberikan penjelasan lengkap tentang pegangan mazhab Ahlul Bait AS dalam permasalahan Tawhid:

"Allah Yang Maha Tinggi, tidak boleh dikaitkan dengan tempat tinggal. Tidak ada pergerakan, diam, melampaui tempat, berpindah dari satu tempat ke tempat lain dapat dikaitkan kepadaNya, kerana Ia adalah Pencipta kepada masa, ruang, pergerakan, atau diam - tidak bergerak. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka katakan kepadaNya."

Imam Zayn al-Abidin AS dalam jawapannya yang panjang kepada anaknya Zaid telah memberikan pengertian yang sebenar kepada beberapa ayat yang jika dibaca maknanya secara literal akan membawa maksud Allah bertempat atau mempunyai tempat kediaman. Marilah kita mengkaji ayat-ayat tersebut:

i) Nabi Musa AS berkata:

"Itulah mereka sedang menyusuli aku dan aku bersegera kepadaMu (Wa'ajiltu-ilaika-Rabbi). Ya Tuhanku, agar supaya Engkau ridha (kepadaku)." (Taha: 84)

ii)"Maka segeralah kembali kepada Allah." (Adz-Dzaariyaat: 50)

Imam AS berkata:

"Ayat-ayat ini tidak menunjukkan sebarang tempat di mana Nabi Musa AS bertemu Allah, atau tempat di mana kita di minta untuk pergi. Ini adalah bentuk gaya bahasa yang bermaksud menuju kepada keridhaan Allah dan petunjukNya."

Kemudian beliau AS memberikan contoh-contoh berikut:

i)"Malaikat-malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun." (Al-Maarij: 4)

ii)"KepadaNya naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya." (Al-Faatir: 10)

"Dalam contoh-contoh di atas, Allah SWT menyatakan tentang beberapa tahap kedudukan di langit. Dengan sampainya mereka ke tahap-tahap tersebut, bermakna mereka telah berjalan di atas jalan Allah (mara ke hadapan di atas jalan yang Allah SWT ridhai)."

Dalam kitab suci al-Qur'an, terdapat banyak contoh-contoh di mana kata nama susulan tidak disebutkan dalam sesuatu ayat. Dalam Al-Burhan fi Uloom Al-Qur'an, Zarkashi berkata:

"Mereka berkata terdapat kira-kira seribu contoh dalam al-Qur'an yang tidak menyebutkan kata nama susulan. Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan ulama."

Sebagai contoh, kami kemukakan ayat berikut:

"Dan bertanyalah kepada negeri itu di mana kami berada di situ (Was-alil-qaryatal-lati kunna-fiha)……"(Yusuf: 82)

Perkataan yang tidak disebutkan ialah "Ahl" - membawa pengertian penduduk. Maka apa yang Allah firmankan adalah:

"Dan bertanyalah kepada (penduduk) negeri itu……"

Walau bagaimanpun perkara ini amat difahami oleh para pembaca yang prihatin kepada gaya bahasa yang dituturkan itu.

Berdasarkan cara pertuturan ini, Imam Ridha AS menerangkan ayat berikut:

"Dan Tuhan kamu akan datang…(Wa-ja-a-rabbuka…)"

Kata nama yang tersembunyi atau perkataan yang menyusul sebelumnya ialah 'Amr' yang membawa maksud "perintah" atau "ketetapan", maka ayat ini berbunyi seperti berikut:

"Dan (perintah) Tuhan kamu akan datang….."

Jelas sekali Imam AS membuat penerangan tu berdasarkan ayat Qur'an yang meletakkan kata 'Amr' (perintah atau ketetapan) bersama 'kedatangan Tuhan."

i)"Wahai Ibrahim, tinggalkan soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, (Innahu-qad-ja-a-amru-rabbika…) dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak." (Hud: 76)

ii)"Dan Kami tidaklah menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri, kerana itu tiadalah bermanfaat sedikitpun kepada mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah di waktu datangnya ketetapan Tuhanmu (lamma-ja-a-amru-rabbika). Dan sembahan-sembahan itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka." (Hud: 101)

Pada kedua-dua contoh di atas, kata kerja "datang" di sertakan bersama kata susulan sebelumnya iaitu "Amru-Rabbika," (ketetapan Tuhan kamu). Ini dengan jelas menyampaikan maksud "kedatangan Tuhan", di bumi atau pada Hari Pembalasan.

Para ulama daripada mazhab khalifah berpegang kepada pengertian bahawa ada kerusi atau takhta untuk Allah, dan kemudian mencari alasan dengan menyatakan terdapat tabir yang memisahkanNya dengan kehidupan makhlukNya. Kami akan membahaskan perkara ini dalam bab-bab yang akan datang.

Catatan Kaki:

Memberi bentuk dan perwatakan manusia kepada Tuhan - penterjemah.

Sahih Muslim - hlm. 522.

Sahih Muslim - hlm. 522.

Darami, al-Radd ala al-Jahmiyyah - hlm.24,25 dan 26.

Tawhid Sadooq - hlm. 162.

Tawhid Sadooq - hlm. 162.

Tawhid Sadooq - hlm. 175

Tawhid Sadooq - hlm. 183-184

Tawhid Sadooq.


11
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 8: Allah Di Belakang Tabir
Darami, ketika menolak fahaman Jahmiyyah, menulis satu bab bertajuk "Al-Ihtijab", dan memetik hadith-hadith berikut yang dikaitkan dengan Nabi SAWAW:

i) Jabir Ansari berkata:

"Nabi SAWAW berkata Allah tidak pernah berfirman kepada sesiapapun kecuali di balik tabir."

Jelas sekali hadith ini merujuk kepada ayat Qur'an berikut:

"Dan tidak mungkin bagi seseorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir…" (Al-Syura: 51)

Mereka mengambil pengertian perkataan "tabir" umpama tabir kain, iaitu tabir yang memisahkan Allah daripada manusia, dan melanjutkan dengan cerita-cerita yang tidak masuk akal. Di sini diberikan contoh cerita tersebut:

ii) Abu Musa Ashari meriwayatkan daripada Nabi SAWAW:

"Tabir Allah diperbuat daripada "api"!

iii) Zurarah bin Awfa meriwayatkan:

"Nabi SAWAW bertanya Jibril sekiranya dia telah melihat Tuhannya. Jibril menjawab:"Wahai Muhammad! Di antara Dia dengan diriku ada tujuh puluh tabir cahaya, dan jika aku cuba mendekati tabir yang paling dekat, nescaya aku akan terbakar."

Di samping tiga hadith ini, ada lagi hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Omar, yang berkata:

"Allah tersembunyi daripada hamba-hambaNya oleh tabir-tabir yang diperbuat daripada Api, Kegelapan dan Cahaya."

Pada akhirnya, Darami membuat kesimpulan:

"Hadith Jibril ini dengan jelas menerangkan Allah berada di belakang tabir, maka ini telah memisahkanNya daripda makhlukNya. Maka jika Dia Maha Berkuasa, berada di mana-mana, maka kewujudan tabir sudah tidak bermakna lagi!"

Ulama dari mazhab khalifah bergantung kepada pengertian literal perkataan Hijab, yang digunakan dalam beberapa ayat Qur'an.

Sebagai contoh, dalam Surah al-Shura: 51, rangkaikata "di belakang tabir" sebenarnya bersifat metapora (mutasyabihat) yang membawa pengertian Allah berkata-kata kepada seseorang manusia (Allah mencipta suara) yang menjadi alat untuk didengar oleh manusia tanpa melihat yang bercakap. Tidak ada tabir bersifat kebendaan yang memisahkan Allah daripada Nabi-nabi, kerana jika hal ini terjadi, maka Allah akan disudutkan kepada satu tempat - ini merupakan satu pemikiran asing yang mencemar konsep Tuhan dalam Islam.

Ayat lain:

"Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari Tuhan mereka(Kalla-inna-hum-un-rabbi-him-yauma-dhin-l-la-mahjubun)."(Al-Muthaffifin: 15)

Imam Fakhruddin Razi dalam kitab Tafsirnya (31/96, Cetakan Mesir) berkata:

"Amatlah penting kami mentafsirkan ayat ini untuk membawa pengertian orang-orang kafir dihalang daripada melihat Allah dengan tabir."

Kemudian dia menambah keterangannya dengan memetik daripada Maqatil yang berkata:

"Tabir itu menerangkan bahawa selepas kebangkitan dan hisab, orang-orang kafir tidak akan dapat melihat Allah. Sudah tentu orang-orang beriman akan melihatNya."

Imam mazhab Maliki, Malik bin Anas berkata:

"Lantaran Allah berada di belakang tabir, tersembunyi daripada musuh-musuhnya, Dia akan menunjukkan rahmatnya kepada 'teman-teman'nya (orang-orang beriman) supaya mereka dapat melihatNya."

Dan Muhammad bin Idris Shafie menerangkan ayat berikut:

"Lantaran Allah akan menghijab diriNya daripada musuh-musuhNya untuk menunjukkan murkaNya, maka Dia akan menunjukkan DiriNya kepada mereka yang menjadi teman-temanNya sebagai tanda kepada rahmatNya."

Ibn Kathir dalam Tafsirnya telah mengambil tafsiran Imam Shafie!

Kini, marilah kita beralih kepada tafsiran oleh Ahlul Bait AS:

Adakah Tabir (Hijab) Bagi Allah?

1. Sadooq dalam kitabnya Tawhid mengaitkan satu kisah yang menarik daripada Haarith al-Aawar. Dia berkata pada suatu hari Ali bin Abi Talib AS masuk ke pasar, dia mendengar seorang lelaki yang berdiri di belakangnya bersumpah dengan mengucapkan kata-kata berikut:

"Demi Dia yang berada di belakang tabir tujuh langit!"

Ali bin Abi Talib AS memukul orang itu dan bertanya:

"Dan siapakah yang dihijab dengan tujuh langit?"

Orang itu berkata:

"Wahai Amirul Mukminin, maksudku Allah di belakang tabir-tabir itu.

Ali AS berkata:

"Kata-kata kamu itu merupakan kesalahan yang besar. Tidak ada hijab yang memisahkan Allah daripada makhluk-makhlukNya. Dia berada di mana-mana!"

Lelaki itu bertanya Ali bin Abi Talib AS adakah beliau perlu melakukan sesuatu untuk kaffarah dosa yang telah ia lakukan itu.

Ali AS berkata:

"Kaffarahnya ialah dengan memahami dengan jelas bahawa Dia ada bersama kamu di mana sahaja kamu berada!"

Lelaki itu bertanya lagi:

"Adakah aku perlu memberi makan kepada orang miskin?"

Ali AS berkata:

"Itu juga tidak sesuai di sini, kerana kamu telah bersumpah dengan nama yang bukan Tuhan kamu."

Pemerhatian:

i) Dalam kisah di atas, kita dapati seorang lelaki telah bersumpah dengan perkara bida'ah. Imam Ali AS mengajarnya untuk membayar kiffarahnya dengan memahami hakikat Tawhid yang sebenar. Dia juga menekankan bahawa tidak ada hijab, atau sesuatu yang menghalang - Allah Yang Maha Berkuasa.

ii) Apabila orang yang sama bertanya jika dia perlu membayar kiffarah kerana sumpahnya itu, Imam AS menjelaskan bahawa sumpahnya itu tidak ditujukan kepada Allah - maka ia tidak sah.

2. Sadooq dalam Tawhidnya meriwayatkan:

"Imam Ridha AS ketika ditanya untuk menerangkan ayat berikut:

"Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari Tuhan mereka(Kalla-inna-hum-un-rabbi-him-yauma-dhin-l-la-mahjubun)."(Al-Muthaffifin: 15)

Dia AS berkata:

"Tidak ada sesuatu tempat khusus boleh di kaitkan dengan Allah yang memenuhinya, dan menganggap hijab yang memisahkan DiriNya dengan makhluk-makhlukNya. Pengertian sebenar ayat tersebut ialah:

"………………mereka akan di halang daripada rahmat Tuhan mereka."

Kemudian dia ditanya lagi tentang ayat berikut:

"Tiada yang mereka nanti-nantikan (pada Hari Kiamat) melainkan datangnya Allah dalam naungan awan dan malaikat-malaikat dan diputuskan perkaranya…" (Al-Baqarah: 210)


Imam AS berkata:

"Ayat ini tidak boleh difahami secarai literal. Apa yang akan datang dalam naungan awan adalah perintahNya, ketetapanNya. Ia adalah kata kiasan di mana perkataan yang sebelumnya telah ditinggalkan."

Ulama-ulama daripada mazhab yang bertentangan dengan Ahlul Bait AS telah menjadi mangsa sisipan ajaran Yahudi dan Kristian yang dengan jelas sekali mengabaikan ajaran-ajaran al-Qur'an yang sebenarnya.

Dalam Surah al-Nisa, ayat 108, Allah berfirman:

"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah berserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai."

Ada ayat lain dalam Surah al-Mujadilah, ayat 7:

"Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tiada lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tiada pembicaraan antara yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Maka di manakan hijab itu? Di manakan idea yang memisahkan daripada makhluk-makhlukNya? Malangnya ia akhirnya membawa mereka percaya Allah akan dapat di lihat secara fizikal oleh orang-orang beriman pada Hari Pembalasan!


12
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 9:Melihat Allah!
Mazhab khalifah telah membahaskan melihat Allah SWT:

i) Nabi SAWAW melihat Allah semasa hidupnya;

ii) Orang-orang mukmin melihat Allah pada Hari Pembalasan, sebelum mereka masuk ke syurga;

iii) Orang-orang mukmin melihat Allah ketika mereka berada di syurga.

Ibn Khuzaimah dalam kitab Tawhidnya meriwayatkan hadith daripada Ibn Abbas, Abu Dzar dan Anas yang menyokong kepercayaan bahawa Nabi SAWAW melihat Allah. Sebagai contoh, daripada Ibn Abbas telah diriwayatkan hadith bahawa Allah merahmati Nabi Ibrahim AS dengan mengambilnya sebagai khalil, Nabi Musa AS dengan berkata-kata dengannya, dan Nabi Muhammad SAWAW dengan menunjukkan DiriNya kepadanya. Dalam riwayat-riwayat tersebut nama Ikramah, hamba yang telah dibebaskan oleh Ibn Abbas telah disebutkan. Ikramah sangat terkenal kerana meriwayatkan hadith-hadith palsu yang dikaitkan dengan Ibn Abbas.

Di sudut yang lain pula, kita tahu bahawa Ibn Abbas adalah di antara sahabat-sahabat yang rapat dan menjadi murid kepada Imam Ali AS. Amatlah tidak masuk akal jika Ibn Abbas akan menyatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Ahlul Bait AS. Pada hakikatnya Ibn Khuzaimah telah dipengaruhi oleh pemikiran Ka'b al-Ahbar sebagaimana dalam riwayat yang dipetiknya berikut:

"Allah telah membahagikan dua anugerah istimewaNya di antara Musa dan Muhammad - anugerah berkata-kata secara langsung dan anugerah melihat Allah. Maka Muhammad SAWAW melihatNya dua kali, dan Musa berkata-kata denganNya dua kali."

Amat wajar disebutkan di sini bahawa ada di kalangan ulama dan sahabat yang bertentangan dengan mazhab Ahlul Bait AS secara tegas menolak kepercayaan Nabi SAWAW melihat Allah. Di antara mereka ialah Aisyah, isteri Nabi SAWAW. Tetapi Ibn Khuzaimah mengambil hadith yang dianggapnya sahih daripada riwayat Ka'b al-Ahbar sebaliknya menolak hadith Aisyah.

Dalam hadith yang panjang daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah, Tirmidhi, Ahmad bin Hanbal dan Suyuti, kita akan dapat menyaksikan satu gambaran yang aneh Pada Hari Pembalasan kelak.

"Abu Hurairah berkata:

"Di kalangan orang ramai berkata:

'Wahai Rasulullah, adakah kami akan dapat melihat Tuhan kami Pada Hari Pembalasan kelak?'

"Nabi SAWAW menjawab:

'Adakah kalian berasa sangsi melihat matahari pada hari yang cerah?'

"Mereka berkata:

'Tidak sekali-kali wahai Nabi.'

"Nabi berkata:

'Adakah kalian berasa sangsi melihat bulan penuh pada malam yang cerah?'

"Mereka berkata:

'Tidak sekali-kali wahai Nabi.'

"Nabi berkata:

'Maka kalian akan melihatNya pada Hari Pembalasan! Allah akan mengumpulkan semua manusia dan kemudian akan menyeru:"Setiap orang mengikut sembahan-sembahan mereka."Maka ada yang mengikut matahari dan ada yang mengikut bulan. Ada di kalangan mereka yang mengikut syaitan. Kemudian manusia dari kalangan umatku, bersama dengan golongan munafik tidak bergerak di tempat mereka berdiri. Allah kemudian akan menunjukkan DiriNya dan wajah yang asing bagi mereka dan berkata:"Akulah Tuhan kamu!"

"Mereka menyeru:

"Kami memohon perlindungan daripada Tuhan kami daripada kamu. Kami akan tetap di sini sehinggalah Tuhan kami datang. Dan apabila Dia datang, kami akan mengenaliNya.'

"Kemudian Allah datang dengan wajah yang mereka kenali dan berkata:

"Akulah Tuhan kamu!"

"Mereka akan berkata:

"Benar, Engkau adalah Tuhan kami."

Kemudian mereka akan mengikutiNya, dan Allah akan meletakkan titian sirat di atas neraka."

Kemudian Abu Hurairah meneruskan ceritanya tentang api neraka dan menerangkan bagaimana orang-orang beriman akan akhirnya selamat daripada siksaan. Kemudian dia berkata:

'Seorang lelaki akan tertinggal di belakang dengan wajahnya menghadap api neraka. Dia akan berkata:

'Wahai Tuhan! Bau yang tidak menyenangkan telah meracun diriku, dan apinya telah melecurkanku. Jauhkan wajahku daripada neraka."

"Dia terus mengulangi rayuannya itu beberapa kali sehinggalah Allah akan berkata:

"Jika Aku mengikut kehendakmu, kamu akan meminta lebih dari itu."

"Orang itu akan berkata:

'Demi kemuliaanMu, aku tidak akan meminta lebih dari itu.'

"Kemudian Allah memusingkan wajahnya daripada api neraka. Tiba-tiba orang itu berkata:

'Wahai Tuhan, bawakan aku dekat pintu syurga.'

"Allah akan berkata:

'Tidakkah kamu berjanji tadi bahawa kamu tidak meminta yang lain? Celakalah kamu wahai anak Adam! Kamu berbohong."

"Tetapi orang itu terus meminta. Maka Allah akan berkata:

"Adakah kamu akan meminta yang lain selepas Aku berikan apa yang kamu minta?"

"Orang itu berkata:

'Tidak, demi kemuliaanMu, aku tidak akan meminta yang lain.'

'Dan dia akan membuat janji yang bersungguh-sungguh; dan Allah akan membawanya ke pintu syurga. Apabila dia melihat rahmatNya yang melimpah di Syurga, dia mendiamkan dirinya dan berdiri dalam keadaan takut sebentar, dan kemudian merayu:

'Wahai Tuhan, izinkan aku masuk ke syurgaMu.'

Allah akan berkata:

'Tidakkah engkau telah berjanji tidak akan meminta lebih lagi daripada apa yang engkau minta sebelum ini? Celaka bagi kamu wahai anak Adam! Kamu berbohong." Tetapi orang ini terus merayu dan berdoa sehinggalah Allah tertawa melihatnya - dan akhirnya memberikan keizinanNya. Apabila orang itu masuk ke syurga, dia akan diberikan segala kehendaknya, sehinggalah tiada lagi permintaannya.

"Semua ini, dan berganda-ganda adalah untukmu."

Abu Hurairah menambah:

"Orang itu merupakan yang terakhir masuk ke Syurga."

Ini adalah contoh daripada sumber yang di anggap sahih daripada mazhab khalifah. Marilah kita mengkaji penjelasan Ahlul Bait AS.

Allah SWT Tidak Boleh Di Lihat Dengan Mata (Penglihatan Tidak Boleh MencapaiNya)

Imam-imam Ahlul Bait AS telah mengajar bahawa penglihatan tidak boleh dikaitkan dengan Allah. Dia tidak dapat dilihat pada Hari Pembalasan, dan Dia juga tidak dapat dilihat di dunia.

1. Imam Ja'far al-Sadiq berkata:

"Salah seorang yang terpelajar daripada ahlul kitab datang bertemu Imam Ali AS dan mengemukakan soalan:

'Wahai Ali, pernahkah engkau melihat Tuhanmu ketika kamu menyembahNya?

Imam berkata:

"Aku tidak akan menyembah Tuhan yang tidak dapat aku lihat!"

Orang itu bertanya lagi:

"Dan bagaimanakah kamu melihatNya?"

Imam berkata:

"Ingat, mata tidak dapat melihatNya. Namun hati orang yang beriman yang dapat melihatNya."

2. Safwan bin Yahya berkata, Abu Qurrah, salah seorang periwayat hadith mazhab khalifah, memohon izin untuk bertemu Imam Ridha AS. Dalam pertemuan itu, dia mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan hukum-hukum Islam. Kemudian dia berkata:

"Kami mempunyai satu hadith yang menyatakan Allah membahagikan rahmatNya di antara Musa AS dan Muhammad SAWAW. Dengan Musa Dia berkata-kata dan dengan Muhammad SAWAW, dia menunjukkan DiriNya."

Apabila mendengar hal itu, Imam Ridha AS berkata:

"Jika itu benar, siapakah yang menyampaikan ayat-ayat ini daripada Allah:

a)"Mata-mata tidak dapat melihatNya, tetapi Dia mencapai segala penglihatan." (Al-Anam: 103)

b)"Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya." (Taha: 110)

c)"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia." (Al-Shura: 11)

"Adakah bukan Muhammad SAWAW yang menyampaikan wahyu ini?"

Abu Qurrah berkata:

"Benar, Muhammad SAWAW yang menyampaikan wahyu itu."

Imam Ridha AS berkata:

"Bagaimanakah seseorang yang mengajar manusia bahawa Allah tidak dapat dilihat, tidak dapat dicapai, tiba-tiba pusing ke belakang dan berkata:"Aku telah melihat Dia, mencapaiNya, dan Dia mempunyai bentuk seperti manusia?"Tidak kamu berasa malu atau rasa bersalah mengaitkan Nabi SAWAW dengan perkara-perkara yang tidak pun dilakukan oleh golongan yang tidak beriman (tetapi kamu melakukannya)?"

Abu Qurrah berkata:

"Tetapi Qur'an menyatakan pada malam Mi'raj, Nabi SAWAW melihatNya."

Kemudian dia membacakan ayat berikut:

"Dan sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada waktu yang lain." (Walaqad-ra-aa-hu naz-latan uhra) (An-Najm: 13)

Abu Qurrah berpendapat gantinama 'nya(hu)' itu bermaksud 'Dia'(Allah).

Imam Ridha AS berkata:

"Kamu sepatutnya membaca ayat seterusnya yang menjelaskan apa yang Nabi SAWAW lihat. Dalam ayat 18, surah yang sama, kamu akan dapati:

"Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar." (An-Najm: 18)

"Tanda-tanda kekuasaan Allah bukanlah Allah. Allah tidak dapat dilihat - kerana penglihatan tidak dapat mencapaiNya dan pengetahuan tidak dapat meliputiNya."

Abu Qurrah berkata:

"Adakah anda berpendapat bahawa hadith-hadith yang kami riwayatkan adalah bohong belaka?"

Imam Ridha AS berkata:

"Sebarang hadith yang bertentangan dengan al-Qur'an adalah palsu dan telah secara tidak benar dikaitkan dengan Nabi SAWAW. Aku tidak akan menerimanya."

Penelitian Riwayat Daripada Abu Hurairah

a) Bahawa Allah akan dilihat di Akhirat seperti matahari dan bulan di langit yang cerah;

b) Bahawa Allah akan kelihatan pertama kali dengan wajah yang tidak dikenal, sehingga orang-orang Islam tidak dapat mengenaliNya. Dia akan muncul kembali dengan wajah yang dikenal dan mendapat pengiktirafan di kalangan orang-orang yang beriman;

c) Bahawa seorang lelaki yang menghadap neraka akan berterusan membohongi Allah (dengan janji-janjinya) sebanyak tiga kali;

d) Bahawa Allah akan tertawa seperti mana kita tertawa.

Abu Hurairah nampaknya cenderung untuk menerangkan bahawa Allah seperti pelawak yang bertukar wajah untuk menghiburkan penonton. Seseorang itu akan berfikir dan membayangkan bagaimanakah rupaNya yang dikenali oleh orang-orang Islam? Pernahkah mereka melihatNya suatu ketika dulu (kerana wajah yang dikenali adalah wajah yang pernah dilihat dulu) Jika benar demikian, bilakah mereka melihatNya? Adakah ketika Dia masih Muda, Tua atau wajah yang dimakan usia?!

Malahan Kitab Perjanjian Lama dan Baru tidak ada cerita-cerita yang sedemikian. Nampaknya ia seperti cerita dongeng seorang wanita tua kepada anak-anaknya untuk menidurkan mereka! Tetapi kesan kepada cerita-cerita ini amatlah besar. Kaum Wahabi dan lain-lain mazhab khalifah masih berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa Allah akan dapat dilihat dengan mata pada Hari Akhirat.

Penelitian Daripada Penjelasan Ahlul Bait AS:

a) Bahawa penglihatan hanya dapat mencapai benda-benda yang mempunyai tubuh (jisim) atau jirim.

b) Sebarang kewujudan yang tidak mempunyai tubuh umpamanya ruh, cahaya, tenaga letrik dan sebagainya tidak dapat dilihat. Malahan persoalan untuk melihat kewujudan demikian adalah tidak relevan.

c) Allah bukan tubuh (jisim) atau jirim. Dia adalah Pencipta kepada jirim. Seseorang hanya boleh 'melihat'Nya melalui penciptaanNya.

d) Tidak ada sesuatupun yang menyerupaiNya, maka Dia tidak boleh disamakan dengan sebarang bentuk kewujudan makhluk-makhlukNya.

e) Sebarang riwayat yang bertentangan dengan al-Qur'an yang suci adalah palsu dan hendaklah diabaikan.

Catatan Kaki:

Tawhid Ibn Khuzaimah - hlm. 202

Tawhid Sadooq - hlm. 109.

Tawhid Sadooq - hlm. 110-112.


13
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Bab 10: Bertemu Allah Di Syurga
Amatlah menyedihkan apabila kita mendapati mazhab-mazhab khalifah mempunyai gambaran yang liar tentang pertemuan dengan Allah di pasar-pasar di Syurga!

1. Ibn Majah dan Tirmidhi telah memetik perbualan berikut dalam Sunan-sunan mereka:

Abu Hurairah pada suatu ketika berkata kepada Said bin Musayyab:

"Aku berdoa semoga kita berdua dapat saling bertemu di pasar di Syurga!"

Said bertanya:

"Adakah di Syurga mempunyai pasar?"

Abu Hurairah berkata:

"Sudah tentu, ada! Nabi SAWAW memberitahu kepadaku apabila manusia di Syurga mahu memasukinya, mereka akan di tempatkan di suatu tempat mengikut tahap kebaikan mereka. Kemudian mereka akan diizinkan untuk bertemu Allah untuk suatu jangka masa yang menyamai satu hari Juma'at di dunia. Maka mereka akan menemuiNya, dan Dia akan menunjukkan kepada mereka KerusiNya, dan menunjukkan DiriNya pada satu taman di antara taman-taman di Syurga.

"Kemudian Dia akan menetapkan untuk mereka anak tangga daripada cahaya, permata, nilam, dan emas. Paling bawah sekali di kalangan mereka akan di tempatkan pada timbunan wangi-wangian, mereka semua berasa di tempatkan pada kedudukan yang lebih baik!"

Abu Hurairah menyambung:

"Kemudian Aku bertanya kepada Nabi SAWAW:

"Wahai Rasulullah! Akan kita akan melihat Allah?

Dia berkata:

"Adakah kamu berasa sangsi melihat matahari atau bulan penuh?"

Kami berkata:

"Tidak, kami tidak sangsi."

Dia berkata:

"Maka begitu juga kalian tidak akan berasa sangsi melihat Tuhan kalian, Yang Maha Tinggi.

Setiap orang akan di dizinkan menemuiNya, dan kepada seseorang Dia akan berkata:

"Wahai sipolan! Adakah kamu masih ingat pada suatu hari kamu melakukan perlakuan (dosa) seperti itu?

Dia akan berkata:

"Wahai Tuhan, tidak Engkau mengampunkanku?"

Allah akan berkata:

"Sudah tentu, Aku mengampunkan kamu. Lantaran rahmatKu yang telah membawa kamu kepada kedudukan ini!"

"Kemudian mereka akan diliputi oleh awan yang tebal, dan kemudian turun hujan wangi, bau yang mereka tidak pernah alami sebelum ini.

Allah akan berkata:

"Bersenang-lenanglah menikmati rahmatKu dan ambillah apa sahaja yang kalian kehendaki."

"Kemudian kami akan pergi ke pasar bersama dengan malaikat. Di pasar tersebut dipenuhi dengan benda-benda yang kami tidak pernah lihat atau dengar atau bayangkan. Kami akan mengambil apa sahaja yang kamu inginkan tanpa perlu berjual-beli! Orang ramai akan menziarahi sesama mereka, yang berada pada kedudukan yang tinggi akan menziarahi mereka pada kedudukan yang rendah, dan pada hakikatnya tidak ada orang yang berkedudukan rendah kerana masing-masing berada pada aturan kedudukan yang paling baik. Tidak ada nada penyesalan.

"Kemudian kami akan kembali ke tempat masing-masing, di mana kami akan menemui pasangan masing-masing. Mereka akan berkata:

"Marhaban, kalian telah kembali dengan wajah yang lebih tampan sejak kalian meninggalkan kami!"

"Kami akan berkata:

"Kami kembali dengan rahmat kerana kami tadi telah bertemu Tuhan kami."

Cerita asal kisah dongeng ini boleh ditemui dalam riwayat daripada Ka'b al-Ahbar yang dipetik oleh Darami dalam kitabnya yang menentang mazhab Jahmiyyah:

Ka'b berkata:

"Allah tidak akan melawat Syurga kecuali untuk berkata:"Berwangilah kepada penghunimu." Kemudian bau wangi akan meningkat di semua tempat. Dan pada suatu jangka waktu yang menyamai kepada Hari Eid ketika di dunia, mereka akan bersiar-siar di taman-taman Syurga. Allah akan kelihatan, mereka akan melihatNya. Angin kencang bertiup dengan bau semerbak wangi, dan permintaan mereka akan dikabulkan oleh Tuhan mereka. Kemudian mereka akan kembali menemui keluarga mereka, dengan wajah tampan telah bertambah tujuh puluh kali."

Abu Hurairah nampaknya menokok-tambah kisah ini supaya ia lebih sedap di dengar. Di samping riwayat tersebut, di kalangan ulama daripada mazhab khalifah telah berusaha menafsirkan ayat-ayat Qur'an supaya ia sejalan dengan kisah di atas.

2. Al-Qur'an menyatakan:

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik dan tambahannya. Dan muka mereka tidak di tutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." (Yunus: 26)

Dalam ayat ini, frasa "dan tambahannya" disebutkan selepas ganjaran pahala, ditafsirkan maksudnya sebagai dapat melihat Allah! Tabari memetik daripada sahabat-sahabat Nabi SAWAW, manakala Suyuti memetik daripada sembilan, bahawa Nabi SAWAW berkata:

"Maksud tambahannya yang dijanjikan Allah dalam ayat ini ialah Allah akan menunjukan DiriNya kepada mereka."

Selanjutnya Abu Musa Ash'ari meriwayatkan daripada Nabi SAWAW:

"Pada Hari Akhirat, Allah akan mengirimkan utusan kepada penghuni Syurga, mengumumkan dalam suara yang kuat sehingga di dengar oleh seluruh penghuni Syurga:"Allah telah berjanji kalian dengan kebaikan dan tambahannya. Kebaikannya ialah Syurga yang kamu menetap - dan tambahannya ialah melihat Wajah Yang Maha Pemurah."

Tayalasi, Ahmad Hanbal, Muslim, Tirmidhi, Ibn Majah, Tabari, Suyuti, dan lain-lain penafsir al-Qur'an dan periwayat hadith telah memetik riwayat berikut dari Shuayb:

"Nabi SAWAW membacakan ayat berikut:

" Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik dan tambahannya…"

Kemudian berkata:

"Apabila penghuni-penghuni Syurga telah ditempatkan di taman-taman Syurga dan penghuni-penghuni Neraka telah di tempatkan dalam api Neraka, satu utusan akan membuat pengumuman:"Wahai penghuni Syurga, ada satu lagi janji Allah yang akan dipenuhi sekarang!"

Penghuni Syurga akan bertanya:"Dan apakah lagi janji yang belum dipenuhi? Tidakkah Allah telah memberatkan timbangan kami dan menceriakan wajah-wajah kami? Tidak Dia telah menjauhkan kami daripada api Neraka?"

"Apabila mendengar hal ini, Allah akan membuka hijab, dan mereka akan melihatNya. Demi Allah! Dari segala rahmat yang telah diberikan Allah, tidak ada sesuatu yang dapat menandingi nikmat melihat WajahNya."

Ibn Kathir dalam kitab Tafsir tentang ayat yang sama menyatakan:

"Di samping pahala yang diberikan kepada orang yang baik, mereka akan diberikan anugerah melihat WajahNya. Dan hal ini telah disokong pernyataan Abu Bakar, dan lain-lain…."

Beliau telah memberikan senarai 15 orang di kalangan sahabat Nabi SAWAW dan lain-lain.

Malahan Fakhruddin Razi cenderung untuk menerima pengertian tersebut apabila membincangkan ayat ini. Dia berkata:

"Kami telah menjelaskan bahawa maksud perkataan "dan tambahannya" dalam ayat ini merujuk kepada melihat Allah."

3. Ada riwayat dari Nabi SAWAW berkaitan dengan ayat berikut:

"Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri,

Kepada Tuhannya mereka melihat." (Al-Qiyamah: 22-23)

Anas bin Malik meriwayatkan daripada Nabi SAWAW:

"Pada Hari Akhirat, golongan lelaki beriman akan melihat Allah setiap Hari Juma'at, dan golongan wanita mukminah akan melihatNya pada Hari Eid Fitr dan Adha."

Pada riwayat lain yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, kami dapati beliau berkata:

"Nabi membaca ayat ini kemudian menerangkan:

"Demi Allah! Ayat ini tidak dimansuhkan. Mereka akan sesungguhnya melihat Allah. Mereka diberikan nikmat makanan dan minuman, wangi-wangian dan perhiasan. Dan apabila hijab di antara mereka dan Tuhan mereka dibuka, mereka akan melihat Tuhan mereka dan Tuhan mereka melihat mereka. Inilah maksud pengertian Allah dalam firmanNya:

"Bagi mereka rezekinya di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Maryam: 62)

Suyuti telah meriwayatkan daripada Jabir:

"Nabi SAWAW berkata:

"Allah akan memberikan anugerah melihatNya kepada semua orang, tetapi untuk Abu Bakr Siddiq akan diberikan yang lebih istimewa."

Abdullah bin Umar mengaitkan hadith berikut kepada Nabi SAWAW:

"Maqam yang paling rendah di Syurga ialah orang-orang beriman menerima rahmat Allah dari jarak seribu tahun. Dan maqam yang paling tinggi ialah mereka dapat melihat Wajah Allah pada pagi dan petang."

Tabari telah memetik kepercayaan yang sama dalam Tafsirnya dan Fakhruddin Razi dalam Tafsir al-Kabir:

"Tidak ada pengertian yang lain daripada ayat tersebut kecuali pengertian melihat dengan mata."

Malahan para ahli tafsir moden daripada mazhab khalifah seperti Sayyid Qutb (w.1386H) membuat kenyataan yang serupa dalam tafsirnya Fi-Zilal al-Qur'an bahawa pada Hari Akhirat, ada pertemuan fizikal dengan Allah, dan penghuni Syurga akan merasai pengalaman yang hebat itu. Beliau menulis:

"Ayat ini menyatakan suatu pengalaman ringkas di mana kata-kata tidak dapat diucapkan, dan akal tidak dapat menjelaskan. Pengalaman itu berlaku apabila seseorang itu masuk kepada suatu keadaan maknawi ruhiah di syurga dengan segala rahmat dan nikmat yang sangat melimpah. Wajah-wajah yang terang benderang akan mendongak ket atas menyaksikan Wajah Allah! Sungguh ia suatu nikmat yang tidak terhingga. Sungguh ia suatu kedudukan yang agung!

"Apabila seseorang melihat keindahan makhluk di sekelilingnya; cahaya bulan di malam hari atau pada kegelapan, atau fajar di waktu subuh, dia akan berasakan suatu nikmat keindahan dan inspirasi! Apakah keadaannya pada suatu ketika apabila ia dapat melihat bukan ciptaan Allah tetapi keindahan Allah sendiri? Bagaimanakah wajah tidak bercahaya apabila melihatNya?"

"Manusia tidak akan dapat mencapai keadaan itu melainkan dia membersihkan dirinya daripada segala halangan, satu keadaan yang amat luhur di mana ia mengikis segala keraguan tanpa tujuan-tujuan lain melainkan ingin melihat Allah SWT."

"Mengapa ada setengah orang yang menafikan cahaya yang melimpah dan nikmat ini? Mengapa mereka membatasi diri mereka dengan menghabiskan masa dengan perbahasan akademik dan akal sedangkan hal ini di luar batas akal manusia?

"Marilah kita bangkit untuk menerima nikmat atas rahmat yang besar ini dan membenarkan imiginasi kita melewati keadaan itu. Harapan ini sebenarnya adalah satu rahmat yang agung daripada perkara-perkara lain iaitu melihat dengan pandangan yang sebenar Wajah Allah Yang Maha Agung."

Kami akan membawakan kepada anda ajaran-ajaran Ahlul Bait AS berkenaan perkara di atas.

Mazhab Ahlul Bait AS

1. Abdus Salam bin Swaleh meriwayatkan daripada Abu al-Swalt al-Hirawi daripada Imam Ridha AS. Beliau berkata:

"Aku bertanya Ali bin Musa al-Ridha AS:

"Apakah pendapat anda tentang pemikiran yang disebarkan oleh sesetengah ahli hadith bahawa orang-orang beriman akan menziarahi Tuhan mereka di Syurga kelak?"

Imam AS berkata:

"Wahai Aba al-Swalt, Allah merahmati NabiNya SAWAW dengan segala kelebihan daripada makhluk-makhlukNya, termasuklah Nabi-nabi dan malaikat dan telah meletakkan ketaatan kepada Nabi SAWAW seperti ketaatan kepada DiriNya, dan melihat Nabi SAWAW di dunia dan di akhirat seperti melihatNya."

Allah berfirman dalam Qur'an:

"Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah…"(Al-Nisa: 80)

Dan Dia berfirman lagi:

"Sesungguhnya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka…."(Al-Fath: 10)

"Dan Nabi SAWAW berkata:

"Barang siapa melawatku pada masa hidup dan selepas kematianku, akan mendapat pahala seperti melawat Allah."

"Kedudukan Nabi SAWAW di Syurga amatlah tinggi. Lantaran itu melihatnya atau melawatnya diumpamakan seperti melawat Allah SWT."

Abu Swalt berkata:

"Wahai cucu Nabi SAWAW, bagaimanakah kami akan memahami hadith yang menyatakan:"Barang siapa yang bersaksi tidak Tuhan melainkan Allah akan dapat melihat Wajah Allah."

Imam AS berkata:

"Wahai Aba Swalt, barang siapa mengatakan Allah mempunyai wajah (seperti manusia) telah melakukan penghinaan (kepada Allah). Wajah tersebut bererti Rasul dan NabiNya AS, kerana mereka memandu manusia ke jalan Allah, beriman kepadaNya, jalanNya dan keredhaanNya.

Inilah pengertiannya dalam firman Allah:

i) "Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan kekallah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (al-Rahman: 27)

ii) "Segala sesuatun akan binasa kecuali WajahNya." (Al-Qasas: 88)

"Balasan yang paling besar sekali kepada orang-orang beriman di Akhirat kelak ialah dapat bertemu para Nabi dan Rasul-rasul Allah. Nabi SAWAW berkata:

"Mereka yang membenci Ahlul Baitku dan keturunanku tidak akan dapat menemuiku atau aku pergi berjumpa dengan mereka Pada Hari Akhirat."

Beliau juga berkata kepada sahabat-sahabatnya:

"Ada di kalangan kalian yang tidak akan dapat berjumpa denganku selepas mereka memisahkan diri mereka daripadaku di dunia."

"Wahai Aba Swalt! Allah SWT tidak boleh dikaitkan dengan tempat atau ruang. Dia tidak boleh dicapai oleh penglihatan atau imaginasi!"

2. Ibrahim bin Abu Mahmood meriwayatkan daripada Imam Ridha AS ketika ditanya tentang ayat berikut:

"Dan wajah-wajah pada hari ini berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat." (Al-Qiyamah: 22-23)

Beliau AS berkata:

"Pengertiannya wajah-wajah mereka akan berseri-seri dalam mengharapkan balasan daripada Tuhan."

3. Berkenaan ayat berikut:

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik dan tambahannya."(Yunus: 26)

Kami ada tiga hadith daripada Imam-imam Ahlul Bait AS yang menerangkan pengertian yang sebenarnya.

a) Amirul Mukminin Imam Ali berkata:

"Pahala yang terbaik dalam ayat ini merujuk kepada balasan di Syurga dan 'Tambahannya' merujuk kepada balasan tambahan yang diberikan di dunia."

b) Imam Baqir AS berkata:

"Ayat ini menyatakan tentang balasan tambahan, bermaksud Allah akan memberikannya pada ketika hidupnya di dunia bukan pada Hari Akhirat."

c) Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:

"Tambahannya" akan diberikan di dunia ini, iaitu Allah memberikan rahmatNya kepada orang-orang beriman ketika hidupnya dan ia tidak ditolak daripada balasan yang akan diperolehinya pada Hari Akhirat. Maka Allah memberikan kepada mereka kedua-dua balasan kerana amal baik yang mereka lakukan."

Amatlah memeranjatkan apabila ulama dari mazhab khalifah selalu memilih pengertian ayat-ayat Qur'an tentang Tuhan mengikut pandangan Yahudi dan Kristian. Marilah kita mengambil contoh maksud perkataan "Nadhirah" yang bermaksud 'melihat' secara literal.

Raghib dalam Mufradat al-Qu'ran berkata "Nadhirah" mempunyai dua makna:

i) Orang yang melihat

ii) Orang yang mengharapkan atau menunggu sesuatu dengan penuh harapan

Al-Qur'an sendiri menggunakan perkataan tersebut untuk membawa pengertian " menunggu sesuatu dengan penuh harapan". Dalam Surah al-Naml, ayat 35 berbunyi:

"Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu (fa-nadhirah) apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu." (Al-Naml: 35)

Ahlul Bait AS telah menerangkan dengan jelas bahawa ayat tersebut tidak membawa pengertian melihat Allah dengan mata. Ia hanya menjelaskan bagaimana orang-orang beriman akan menunggu dengan penuh harapan balasan yang akan mereka terima pada Hari Akhirat.

Begitu juga apabila mereka menafsirkan perkataan "Ziyadah" yang bermaksud "tambahannya" yang digunakan oleh Allah dalam al-Qur'an dengan mengikut tafsiran al-Qur'an sendiri.

Allah berfirman:

"Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa." (Al-Nahl: 30)

Mentafsirkan 'tambahannya' sebagai melihat Allah adalah jauh sekali dari maksud pengertian sebenar. Pada bab berikut yang merupakan bab yang terakhir dan kesimpulan, kami akan menjelaskan secara ringkas perbandingan di antara dua mazhab tersebut, dan membuktikan bahawa ajaran tulen Islam yang jauh dari sebarang sisipan dan pencemaran sesungguhnya datang dari Ahlul Bait AS yang berasal dari ajaran Rasulullah SAWAW.

Catatan Kaki:

Darami, al-Radd ala al-Jahmiyyah - hlm. 53

Tabari, Tafsir - 11/73 dan Suyuti, Tafsir - 3/305, 306.

Sahih Muslim - hlm. 163; Sunah Ibn Majah - 1/67; Musnad Ahmad - 4/333; Tafsir Tabari -11/75; Tafsir Suyuti - 3/305.

Tafsir al-Kabir - 17/78, 79.

Al-Durr al-Manthur - 6/292.

Fi Zilal al-Qur'an, Syed Qutb - Edisi Pertama, Cairo - 29/208 - 210.

Tawhid al-Sadooq - hlm. 117 -118.

Tawhid al-Sadooq - hlm. 116.


14
KISAH PERNIKAHAN PARA MA'SHUM

Kesimpulan
Tawhid - Asas Ajaran Islam

Allah sebagaimana difahami oleh mazhab khalifah:

i) Dia mempunyai wajah, kaki dan tangan dan organ

ii) Dia bersemayam di Arasy, dan tubuhnya melebihi tempat dudukNya sebanyak empat jari di semua sudut (lebih besar daripada tempat dudukNya)

iii) ArasyNya di atas lapan ekor kambing

iv) ArasyNya berbunyi bergemerincing di bawah berat tubuh Allah seperti kekang kuda yang bergemerincing ketika diduduki oleh sipenunggang!

v) Pada suatu ketika, Dia turun ke langit dunia dan menyeru makhluk-makhlukNya supaya berdoa memohon keampunan!

vi) Dia akan hadir pada Hari Akhirat, kali pertama dengan wajah yang tidak dikenal dan kemudian dengan wajah yang dikenal!

vii) Ada di kalangan orang-orang beriman akan mengenal Tuhan mereka apabila mereka melihat betisNya

viii) Allah akan melawat orang-orang beriman secara individu, dan bercakap dengan mereka di Syurga

Mereka Menamakannya Tawhid:

Ibn Khuzaimah, salah seorang tokoh terkemuka mazhab ini telah menyusun hadith-hadith yang menyokong aqidah di atas dan menamakan kitabnya dengan nama "Kitab Tawhid"!

Bukhari dalam "Sahih" juga mempunyai satu bab yang meriwayatkan hadith-hadith di atas dan menamakannya dengan "Kitab al-Tawhid."

Begitu juga Muslim dalam "Sahih" juga mempunyai "Kitabul Iman!"

Hadith-hadith ini kebanyakannya datang dari Abu Hurairah dan gurunya Ka'b al-Ahbar yang menyisipkan pemikiran Yahudi tentang Tuhan. Lantaran itu, kami mengkelaskan hadith-hadith tersebut sebagai hadith sisipan Israiliyyat. Sebagai kesannya, mazhab khalifah telah mengambil fahaman anthropomorphic (memberikan bentuk dan perwatakan manusia kepada Tuhan), dan memberikan pengertian literal kepada ayat-ayat Qur'an yang bersifat mutasyabihaat.

Mazhab Ahlul Bait AS

Mazhab Ahlul Bait AS telah mengajar kita bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai Allah. Dia Esa, tidak ada anggota, tangan dan kaki, tidak ada ruang atau had batasan boleh di kaitkan kepadaNya. Ahlul Bait AS telah menerangkan pengertian yang sebenar ayat-ayat Qur'an dan Hadith Nabi SAWAW dan membersihkan segala pengertian yang salah dari sebarang pengaruh ajaran Yahudi dan Kristian.

Ulama dari mazhab Ahlul Bait AS telah mengambil riwayat-riwayat daripada Ahlul Bait AS dalam karya-karya mereka seperti kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab hadith. Hasilnya ajaran asli Islam sentiasa terpelihara.

Kini, amatlah jelas sekiranya usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak pernah jemu tidak dilakukan oleh Imam-imam Ahlul Bait AS dan para pengikut mereka, maka aqidah Tawhid yang asli pasti akan hilang. Secara bertentangan maka segolongan ulama Muslim akan terperangkap kepada ajaran-ajaran Tawhid yang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Amat beruntung sekali, kita menjadi para pengikut Ahlul Bait AS. Mereka telah menyelamatkan kita daripada ajaran yang bertentangan dengan konsep tawhid yang sebenar. Maka kami mengucapkan terima kasih kepada mereka dengan memetik beberapa ayat dari Ziarah Jami'ah:

"Salam ke atas kalian, Wahai Ahlul Bait Nabi, pemegang khazanah ilmu pengetahuan!

"Salam ke atas para pemimpin jalan kebenaran, dan penyuluh ketika dalam kegelapan,

"Salam ke atas kalian yang menyeru kepada Allah, dan kepada kalian yang berpegang kepada Tawhid yang asli,

"Allah memilih kalian sebagai pembantu ke jalanNya, penafsir wahyuNya, dan tiang-tiang kepada TawhidNya,

"Kalian mengajak orang ramai kepada jalanNya dengan bijaksana dan dakwah yang indah,

"Semoga Allah akan menguatkan imanku, selagi aku hidup, di atas walimu, cinta, dan agamamu,

"Dan meletakkan diriku di kalangan mereka yang mengikuti bimbinganmu, jalanmu dan mendapat manfaat daripada petunjukmu."


15