• Mulai
  • Sebelumnya
  • 4 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 6127 / Download: 2439
Ukuran Ukuran Ukuran
Fadak

Fadak

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

 


Tanah FADAK

(Satu memori luka, satu kezaliman nyata)

Oleh: Ayatullah al-‘Uzma al-Mirza Jawad al-Tibrizi.

Bismillah al-Rahman al-Rahim.

Dengan haqnya Muhammad, dan Engkau ya Allah adalah al-Mahmud (Maha terpuji), dengan haqnya ‘Ali dan Engkau ya Allah adalah al-A’la (Maha tinggi), dengan haqnya Fatimah dan Engkau ya Allah adalah Fatir al-samawat wa al-ard (Pencipta langit dan bumi), dengan haqnya al-Hasan dan Engkau ya Allah adalah al-Muhsin, dan dengan haqnya al-Husain, Engkaulah ya Allah yang qadim Ihsan-Nya.

Daripada Imam Kazim, tentang neneknya Fatimah al-Zahra’ a.s.:

Innaha siddiqah syahidah (Sungguhnya ia adalah orang yang benar serta mati syahid).[1]

katanya lagi, apabila diturunkan ayat berikut:

وءات ذالقربی حقه

 “Dan berikanlah kepada kerabatmu haknya…” (Surah al-Isra’ ayat 26).

Rasulullah s.a.w. pun memanggil Fatimah a.s. dan memberinya tanah Fadak.[2]

Sya’ir Fatimah al-Zahra

Fatimah as masuk ke masjid dan berjalan mengelilingi pusara ayahnya sambil melantunkan sya’ir:

“Kami kehilanganmu seperti kehilangan bumi pada hujan yang menyiramnya,

Kaummu telah mejadi huru hara dan saksikanlah mereka,

Sepeninggalanmu ada berita ada peristiwa,

Kalau bapa menyaksikannya nescaya tertanya mengapa begitu banyak bencana,

Dulunya Jibrail menemani kita dengan ayat yang diturunkan,

Tapi sekarang tiada lagi dan setiap kebaikan tiada kelihatan,

Kau adalah purnama dan cahaya yang menerangi kami,

Padamu turun dari tempat mulia, sebuah kitab suci,

Kini kami diserang dan dihina oleh beberapa lelaki,

Apabila kau hilang dari kami, kami lalu dimusuhi,

Kami akan menangisimu, selagi hidup di dunia ini,

Selagi ada air mata yang mengalir di mata kami.”

Fatimah as bersabar dan berserah kepada Allah.

Selepas kembali dari masjid dan selepas memberikan ucapan yang hebat serta hujjah-hujjah yang tepat kepada lawannya, ia pun kembali ke rumah dan mendapati Abu al-Hasan (‘Ali) duduk di rumah, lalu Fatimah berkata kepadanya, “Wahai Ibnu Abi Talib, anda telah bersifat seperti kanak-kanak dalam kandungan (janin) dan berdiam diri seperti orang syak dan tidak yakin…lihatlah Ibnu Abi Qahafah itu, ia telah merampas pemberian ayahku dan sumber makanan dua anakku, ia telah memusuhiku dan aku telah membalas dengan memberi dalil yang kuat dalam ucapanku…” hingga akhir katanya.

Lalu ‘Ali menjawab, “Usahlah mengikut perasaan wahai puteri Nabi pilihan dan bakinya nubuwwah! Aku tidaklah mencuaikan urusan agamaku dan tidak pula tersalah dalam menilai kudratku, jika anda mahukan sumber makanan, maka rezekimu dan kehidupanmu adalah terjamin. Apa yang aku dapat sediakan adalah lebih banyak dan baik daripada apa yang telah diberikan kepadamu, oleh itu berserahlah kepada Allah.”

Fatimah pun berkata, “Aku berserah kepada Allah.” Lalu ia mendiamkan diri.[3]

‘Ali telah mengorbankan haknya dan hak isterinya Fatimah a.s. dan berdiam diri terhadap orang yang merampas hak mereka demi menjaga agama dan syari’at Saiyid al-mursalin daripada hilang dan rosak kerana perselisihan umat.

Ayatullah al-‘Uzma al-Syaikh al-Tibrizi telah membentangkan masalah Fadak ini dalam akhir perbahasannnya tentang Qa’idah al-yad (kaedah memegang kuasa hak milik). Oleh karena pentingnya perbahasan ini dan perlunya untuk umat mengetahui tentang persoalan ini, maka Markas penyelidikan Aqidah (Dar al-Siddiqah al-Syahidah) telah meminta daripada Samahah Ayatullah menulis dengan lebih terperinci mengenai tajuk ini untuk dicetak yang dengannya mudahlah bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya.