Dialog Majlis Syura

Dialog Majlis Syura0%

Dialog Majlis Syura pengarang:
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Imam Ali as

Dialog Majlis Syura

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

pengarang: (http://abatasya.net)
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Pengunjung: 3567
Download: 1933

Komentar:

Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 6 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 3567 / Download: 1933
Ukuran Ukuran Ukuran
Dialog Majlis Syura

Dialog Majlis Syura

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

DIALOG MAJLIS SYURA

Dialog Imam Ali as dengan Dewan Syuro di Saqifah

DIALOG AMIR AL-MUKMININ ALI BIN ABI TALIB DENGAN MAJLIS

SYURA

Pengenalan

Tujuan rencana ini adalah untuk mendedahkan secara langsung

dialog atau munasyadah Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib dengan

lima orang Ahli majlis Syura mengenai haknya menduduki

jawatan khilafah terutamanya selepas kewafatan khalifah yang kedua

`Umar b. al-Khattab. Justeru itu ia bersifat akademik semata-mata.

Semoga ia dapat meluaskan wawasan berfikir di kalangan intelek

muslim khususnya para mahasiswa dan mahasiswi jurusan Pemikiran

Islam di Nusantara.

Kebiasaannya, orang ramai menerima keputusan majlis syura

tersebut kerana ia, menurut mereka, merupakan majlis permesyuaratan

yang berasaskan keikhlasan dan muafakat. Walaubagaimanapun kajian

mendalam mendapati ianya telah dirancang begitu rapi supaya

jawatan khalifah itu kelak dipegang oleh `Uthman. Justeru itu ia

merupakan saudara kembar Saqifah di mana Khalifah `Umar menjadi

perencana utama.

Ahli majlis Syura yang dilantik mengandungi `Uthman b. `Affan,

al-Zubair b. `Awwam, Talhah b. `Ubaidillah, `Abd al-Rahman b. `Auf,

Sa`d b. Abi Waqqas dan `Ali b. Abi Talib A.S di mana pengerusinya ialah

`Abd Allah b. `Umar Mereka dikenali sebagai Ahl al-Hill wa al-‘Aqd.

Terjemahan Teks

Di sini akan dikemukakan dialog atau munasyadah Amir al-

Mukminin `Ali b. Abi Talib khususnya mengenai Imamah atau Khilafah

terhadap lima orang Ahli Majlis Syura tersebut berdasarkan teks al-

`Allamah al-Tabarsi dalam bukunya al-Ihtijaj[1] , Riwayat ini telah diambil

daripada Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin.

seorang ulama Mazhab Ja`fari abad keenam hijrah. Untuk

mengukuhkan kesahihan hadis-hadis di dalam munasyadah tersebut,

penulis membuat rujukan kepada buku-buku karangan para ulama

Ahl al-Sunnah kita yang muktabar untuk kajian bersama.Dengan ini

perasaan iri hati dan prejudis dapat dikurangkan, Insya' Allah.

"Manakala Amir al-Mukminin `Ali A.S melihat keghairahan

"mereka" untuk memberi bai`ah kepada `Uthman, beliau terus berdiri di hadapan mereka bagi memberi hujah-hujah penentangan beliau terhadap mereka. Beliau berkata: Dengarlah ucapanku, jikalaulah apa yang aku ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan jikalau ia adalah batil, maka kalian ingkarilah. Kemudian beliau berkata:

1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah yang mengetahui kebenaran

kalian jika kalian orang yang benar. Dan Dia mengetahui pembohongan

kalian jika kalian berbohong. Adakah di kalangan kalian

seorang yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain

daripadaku?

Mereka (berlima) menjawab: Tidak.[2]

2. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah; Bai`ah al-

Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[3]

3. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana saudaranya dihiasi dengan dua

sayap di syurga selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[4]

4. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian bapa saudaranya (di sebelah bapa) menjadi penghulu para syahid selain daripadaku? Mereka menjawab: Tidak.[5]

5. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian seorang di mana isterinya penghulu wanita alam sejagat selain daripadaku? Mereka menjawab: Tidak.[6]

6. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana kedua-dua anak lelakinya adalah anak-anak Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu pemuda syurga selain daripadaku? Mereka menjawab: Tidak.[7]

7. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah mengetahui nasikh dan mansukh

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[8]

8. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Allah menghilangkan kekotoran

dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sebenar-benarnya selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[9]

9. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah melihat Jibra'il di dalam bentuk

seorang lelaki yang tempang selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[10]

10. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang menunaikan zakat di dalam keadaan

rukuk selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[11]

11. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menyapu kedua-dua matanya dan memberikan bendera di hari peperangan Khaibar selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[12]

12. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dilantik oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari Ghadir Khum dengan perintah Allah S.W.T. dan berkata: "Siapa yang aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya.

Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[13]

13. Beliau berkata: aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang menjadi saudara Rasulullah di masa

bermukim dan temannya semasa musafir selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[14]

14. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah bertarung dengan `Amru bin `Abd

Wuddin di peperangan Khandaq dan membunuhnya selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[15]

15. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di

sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[16]

16. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah dinamakan mukmin di dalam

sepuluh ayat al-Qur'an selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[17]

17. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi

segenggam tanah kepadanya kemudian dia melemparkannya ke atas

muka orang-orang kafir, selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[18]

18. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana para malaikat berdiri bersamanya di dalam peperangan Uhud sehingga orang lain meninggalkan tempat itu

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[19]

19. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah menjelaskan hutang Rasulullah

(s.`a.w.) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[20]

20. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah menyaksikan kewafatan

Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[21]

21. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah memandikan jenazah Rasulullah

(s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di liang lahad selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[22]

22. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah mewarisi senjata Rasulullah

(s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[23]

23. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menjadikan

talaq isteri-isterinya di tangannya selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[24]

24. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) menanggungnya

di atas belakangnya sehingga dia memecahkan berhala di pintu Ka`bah

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[25]

25. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana namanya diseru di langit di hari

peperangan Badr: "Tidak ada pedang melainkan Dhu al-Fiqar dan

tidak ada pemuda melainkan `Ali" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[26]

26. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah makan bersama Rasulullah

(s.`a.w.) seekor burung panggang yang dihadiahkan kepadanya selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[27]

27. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah disabdakan oleh Rasulullah

(s.`a.w.): "Andalah pemilik benderaku di dunia dan akhirat" selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[28]

28. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah mengadakan perbincangan khusus

dengan Rasulullah s.`a.w, kemudian mengeluarkan sedekah (kepada

orang-orang miskin) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[29]

29. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah memperbaiki kasut Rasulullah

(s.`a.w.) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[30]

30. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Aku adalah saudara anda dan anda adalah saudaraku"

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[31]

31. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda

kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik makhluk kepadaku dan orang

yang paling benar percakapannya" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[32]

32. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang mendapati Rasulullah (s.`a.w.) sedang

lapar lalu dia meminta seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah (s.`a.w.) memberikannya makan,

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[33]

33. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana malaikat Jibra'il, Mika'il dan Israfil

memberi salam kepadanya dengan tiga ribu para malaikat yang lain di

peperangan Badr selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[34]

34. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah menutup mata Rasulullah (s.`a.w.)

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[35]

35. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah mentauhidkan Allah sebelumku

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[36]

36. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang pertama memasuki bilik Rasulullah

(s.`a.w.)dan orang yang terakhir keluar dari sisinya selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[37]

37. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah berjalan-jalan bersama

Rasullullah (s.`a.w.) kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun

berkata: Alangkah cantiknya taman ini. Maka beliau bersabda: " Taman

anda di syurga lebih cantik daripada taman ini". Sehingga dia melalui

tiga taman pada setiap taman Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Taman

anda di syurga lebih cantik daripada taman ini" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[38]

38. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda

kepadanya: "Anda adalah orang pertama yang beriman denganku,

membenarkanku dan orang pertama akan dikembalikan

Haud kepadaku di hari kiamat" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[39]

39. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Orang pertama yang datang kepada kalian dari pintu ini

wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu Muslimin dan

orang yang paling utama di kalangan manusia".Lalu Anas berkata:

Wahai Tuhanku jadikan "nya" seorang lelaki dari kalangan Ansar. Maka dia pun datang, lalu Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada Anas: "Anda bukanlah orang pertama yang mencintai kaumnya" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[40]

40. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah diturunkan mengenainya firman-Nya: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya dan orangorang yang beriman, yang mendirikan solat, memberi zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5: 55) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[41]

41. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan padanya dan

anak-anaknya, firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang baik akan

minum daripada gelas di mana campurannya mengandungi kafur"

(Surah al-Insan 76: 5) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[42]

42. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan ayat

mengenai "Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orangorang

yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid al-Haram, kamu

samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari

kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidaklah sama di sisi

Allah" (Surah al-Taubah 9: 19) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[43]

43. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah diajar oleh Rasulullah (s.`a.w.)

seribu kalimah dan setiap kalimah berpecah kepada seribu kalimah selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[44]

44. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah dimunajat oleh Rasulullah (s.`a.w.)

di hari Taif, lalu Abu Bakr dan `Umar berkata: Wahai

Rasulullah! Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan bukan

kepada kami. Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Aku bukanlah ingin bermunajat

untuknya tetapi Allah telah memerintahkan aku supaya melakukannya"

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[45]

45. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah disuapkan oleh Rasulullah (s.`a.w.)

dengan tepung manis selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[46]

46. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Anda adalah makhluk yang paling akrab kepadaku di

hari kiamat akan memasuki syurga dengan syafa`at anda, lebih

ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[47]

47. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai

Ali! Sesungguhnya anda dikenakan pakaian ketika aku dikenakan

pakaian" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[48]

48. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Anda

dan Syi`ah anda akan mendapat kemenangan di hari kiamat?" selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[49]

49. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "

Berbohonglah orang yang mengatakan bahawa dia mencintaiku sedangkan

dia membenci `Ali" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[50]

50. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Siapa

yang mencintai bahagian-bahagianku (syatrati) ini, maka sesungguhnya

dia telah mencintaiku dan siapa yang mencintaiku, maka

sesungguhnya

dia mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka? Beliau

(s.`a.w.) menjawab: `Ali, Hasan, Husain dan Fatimah" selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[51]

51. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda

kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik manusia selepas para nabi"

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[52]

52. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Andalah al-Faruq yang membezakan di antara kebenaran

dan kebatilan" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[53]

53. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas

para nabi" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[54]

54. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) menutup dengan

pakaiannya ke atasnya, isterinya dan dua anak lelakinya kemudian

beliau bersabda: "Wahai Tuhanku aku dan Ahlu l-Baitku kepada anda

dan bukan kepada neraka" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[55]

55. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku daripada keluargaku"

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[56]

56. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Anda adalah orang yang paling awal memeluk Islam,

paling alim dan paling perihatin" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[57]

57. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana dia telah membunuh seorang

panglima perang Yahudi secara berdepan selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[58]

58. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Nabi (s.`a.w.) membentangkan Islam

kepadanya lalu beliau menjawab: Tunggulah sehingga aku berjumpa

bapaku. Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Ini adalah satu

amanah di sisi anda". Maka dia menjawab: Sekiranya ia adalah satu

amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga selain”

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[59]

59. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana dia telah mengangkat pintu kota

Khaibar di masa pembukaannya dan membawanya sejauh seratus

hasta kemudian empat puluh lelaki cuba mengangkatnya tetapi

mereka tidak mampu selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[60]

60. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana ayat ini diturunkan kepadanya "

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan perbicaraan

khusus dengan Rasul hendaklah

kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin)" (Surah al-

Mujadalah 50: 12). Maka akulah yang mengeluarkan sedekah dan

adakah di kalangan kalian seorang yang melakukannya selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[61]

61. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia mencaciku

dan siapa yang mencaciku maka sesungguhnya dia mencaci Allah"

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[62]

62. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Rumahku menghadapi rumah anda di syurga" selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[63]

63. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda

kepadanya: "Allah memerangi orang yang memerangi anda dan Allah

memusuhi orang yang memusuhi anda" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[64]

64. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang yang telah tidur di atas tempat tidur

Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin berjalan ke Madinah dan

mempertahankannya dengan dirinya ketika mereka hendak

membunuhnya selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[65]

65. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Anda adalah orang yang utama dalam umatku" selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[66]

66. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan Allah akan

memakaikan anda dua helai kain; satu berwarna biru dan satu

berwarna merah" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[67]

67. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana dia telah mengerjakan solat sebelum

orang ramai tujuh tahun dan beberapa bulan selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[68]

68. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah (kedudukan

istimewa) kurniaan Tuhanku daripada cahaya sedangkan anda akan

mengambil hajzahku dan keluargaku akan mengambil hajzah anda"

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[69]

69. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan

kemarahan anda adalah kemarahanku" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[70]

70. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu janji yang telah

dijanjikan oleh Allah kepadaku dan Dia memerintahkanku supaya

menyampaikannya kepada anda" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[71]

71. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Wahai Tuhanku jadikanlah beliau (`Ali) pembantu dan

penolongku" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[72]

72. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Harta adalah madu(tumpuan) orang-orang yang

zalim dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin" selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[73]

73. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Aku akan mengutus kepada kalian seorang lelaki di mana

Allah telah menguji hatinya untuk keimanan" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[74]

74. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) memberi

kepadanya sebiji buah delima dan bersabda: "Ini adalah buah delima

daripada syurga. Hanya seorang nabi atau wasinya sahaja yang

memakannya" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[75]

75. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang lelaki di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Aku tidak memohon sesuatu dari Tuhanku melainkan

Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon sesuatu

daripada Tuhanku melainkan aku memohon untuk anda" selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[76]

76. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Anda adalah orang yang paling cekal di kalangan

mereka bagi menjalankan perintah Allah, paling setia di kalangan

mereka bagi menunaikan janji Allah, paling arif di kalangan

mereka tentang segala permasalahan, orang yang paling adil di

dalam pembahagian hak dan orang yang paling mulia di sisi Allah

S.W.T." selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[77]

77. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Kelebihan anda ke atas umat ini sepertilah kelebihan

matahari ke atas bulan dan sepertilah kelebihan bulan ke atas

bintang-bintang" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[78]

78. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Allah akan memasukkan wali anda ke syurga dan musuh

anda ke neraka" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[79]

79. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Manusia dari pokok yang bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok" selain dari padaku?

Mereka menjawab: Tidak.[80]

80. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghulu Arab dan bukan Arab tanpa kemegahan" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[81]

81. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah meridainya di dalam dua

ayat al-Qur'an selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[82]

82. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah anda di Haud;

apabila semua umat merasa takut dan neraca-neraca mula

menjalankan tugasnya" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[83]

83. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Wahai Tuhanku

sesungguhnya aku mencintainya maka cintailah beliau. Wahai

Tuhanku sesungguhnya aku ucapkan selamat tinggal kepada Engkau

untuknya" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[84]

84. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Andalah yang berhujah dengan orang ramai supaya

mereka mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara

yang baik dan melarang perkara yang mungkar, melaksanakan hudud

dan membahagikan hak yang sama" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[85]

85. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) memegang

tangannya di hari Badr, lalu mengangkatnya sehingga orang ramai

melihat keputihan kedua ketiaknya sambil bersabda: "Sesungguhnya ini

adalah sepupuku, wazirku. Oleh itu jadikanlah beliau wazir, mintalah

nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau adalah wali kalian"

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[86]

86. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana ayat ini turun mengenainya: "Mereka

mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri sekalipun mereka

dalam kesusahan" (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[87]

87. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Jibrail seorang daripada para

tetamunya selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[88]

88. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi

kepadanya kapur barus dari syurga kemudian dia membahagikannya

tiga bahagian, " Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk anak

perempuanku dan satu bahagian untuk anda " selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[89]

89. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: " Di mana apabila dia berdepan dengan Rasulullah

(s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan

berseri-seri mukanya"selaindaripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[90]

90. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah

melepaskannya dengan Surah al-Bara'ah kepada Musyrikin Makkah

selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[91]

91. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila para

nabi bermegah dengan para wasi mereka" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak[92]

92. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari

hasad dengki orang ramai di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak

menzahirkannya sehinggalah ketiadaanku. Dan apabila mereka

kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[93]

93. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Apabila Allah melaksanakan amanah anda, Allah akan

menyempurnakan dhimmah anda" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[94]

94. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda

kepadanya: "Andalah pembahagi neraka, andalah yang mengeluarkan

daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di dalamnya

setiap kafir" selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[95]

95. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana dia telah membuka benteng Khaibar

dan menawan anak perempuan Rahib kemudian dia membawanya

kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[96]

96. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di

kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda

kepadanya: "Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda dan

Syi`ah anda berseri muka-muka mereka. Dan dibentang ke atasku

musuh anda dalam keadaan dahaga dan

terbelenggu dalam keadaan muka mereka kehitaman" selain

daripadaku?

Mereka menjawab: Tidak.[97]

Kemudian Amir al-Mukminin A.S berkata kepada mereka: Adapun

apabila kalian telah memperakui kebenarannya, dan telah jelas sabdasabda

Nabi kalian, maka hendaklah kalian bertakwa kepada Allah

sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang aku melarang kalian dari

kemaraha-Nya dan janganlah kalian mendurhakai-Nya. Kembalikanlah

kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah Nabi kalian, kerana

sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya, maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah. Oleh itu kembalikanlah hak itu kepada

ahlinya dan sememangnyalah ia adalah untuknya.

Beliau berkata: Mereka pun mengelipkan mata di kalangan mereka

dan bermesyuarat kemudian berkata: "Sesungguhnya kami telah

mengetahui kelebihannya, dan kami telah mengetahui sesungguhnya

beliau adalah orang yang paling berhak dengannya, tetapi beliau adalah

seorang yang tidak melebihkan seorang ke atas seorang. Oleh itu

sekiranya kalian melantiknya untuk jawatan Khalifah, nescaya beliau

akan menjadikan kalian dan orang ramai dari segi hak sama sahaja.

Tetapi sekiranya kalian melantik `Uthman beliau akan menurut apa

yang kalian hajati". Lantaran itu mereka melantik Uthman sebagai

Khalifah.