Ahlul Bait Nabi Saw dalam Sunnah

Ahlul Bait Nabi Saw dalam Sunnah0%

Ahlul Bait Nabi Saw dalam Sunnah pengarang:
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Rasulullah & Ahlulbait

Ahlul Bait Nabi Saw dalam Sunnah

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

pengarang: (http://abatasya.net)
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Pengunjung: 2980
Download: 1976

Komentar:

Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 9 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 2980 / Download: 1976
Ukuran Ukuran Ukuran
Ahlul Bait Nabi Saw dalam Sunnah

Ahlul Bait Nabi Saw dalam Sunnah

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

AHL AL-BAYT DALAM SUNNAH NABI SAW

Ahl Al-bayt dalam sunnah Nabi SAW

Sesiapa yang mengkaji sunnah Rasulullah dan perjalanan hidupnya yang praktikal serta hubungannya dengan Ahl al-Baytnya yang telah dinaskan oleh al-Qur’an dan diperkenalkan oleh Nabi s. ‘a.w (‘Ali, Fatimah dan kedua anak-anaknya)[1] akan mengetahui bahawa ahli keluarga nabi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab risalah dan tamadun sejarah umat ini yang tersendiri, yang mana Rasulullah yang merancang dan menyediakan kepada umatnya supaya menerimanya dengan perintah daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sesungguhnya telah bermula peringkat pertama daripada perancangan Nabi apabila Allah Ta’ala memerintah kepada RasulNya (Muhammad) untuk mengahwinkan anaknya Fatimah kepada Imam ‘Ali bin Abi Talib dan lahirlah dari keturunan yang berkat ini, anak cucunya yang berterusan di sepanjang zaman.

Nabi s. ‘a.w berkata kepada ‘Ali ketika baginda mengahwinkannya dengan Fatimah :

ان الله امرنی ان ازوجک فاطمه علی اربعمائة مثقال فضة إن رضیت بذلک فقال قد رضیت بذلک یا رسول الله

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah menyuruh aku mengahwinkanmu dengan Fatimah dengan maskahwin sebanyak 400 (empat ratus) mithqal daripda perak, jika kamu ridha dengan yang demikian, maka ‘Ali menjawab; “Sesungguhnya aku telah ridha dengan itu wahai Rasulullah.”

Anas bin Malik berkata: lalu Rasulullah bersabda; “Mudah-mudahan Allah menghimpunkan ikatanmu, memberi kebahagiaan dan memberkati serta mengurniakan kepada kamu berdua (rezeki) yang baik lagi banyak.” Anas berkata: “Demi Allah sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada keduanya (rezeki yang banyak lagi baik.”[2]

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi mengahwinkan Fatimah dengan ‘Ali, baginda masuk (ke bilik) Fatimah dan mendoakan kepadanya, kemudian Umm Aiman membawa mangkuk berisi air kemudian dicurahkan, lalu renjiskan kepada Fatimah dan di antara buah dadanya lalu bersabda:

اللهم إنی أعیذها بک و ذریتها من الشیطان الرجیم

“Ya Allah! Aku minta Engkau melindunginya dan keturunannya dari syaitan yang direjanm. Nabi s. ‘a.w bersabda kepada ‘Ali, “bawakan air kepadaku.” ‘Ali pun bawakan air itu kepada nabi, lalu nabi s. ‘a.w merenjiskan ke atas kepada ‘Ali dan di antara dua bahunya dan berkata, ertinya:

اللهم إنی اعیذه بک وذریته من الشیطان الرجیم

“Ya Allah aku bermohon, lindungilah ‘Ali dan keturunannya daripada syaitan yang direjam.”

Dalam satu riwayat lain pula Nabi s. ‘a.w meminta dibawakan air, lalu baginda berwuduk dan mencurahkannya ke atas ‘Ali dan Fatimah dan berdoa:

اللهم بارک لهما فی نسلهما

Ertinya:

“Ya Allah berkatilah kepada keduanya dan keturunannya.”[3]

Ketika Fatimah hendak dilamar oleh salah seorang sahabat nabi, baginda memberi alasan dengan sabdanya: “Belum lagi diturunkan ketentuan (Allah).”[4]

Ini adalah inayah Allah dan Nabi s. ‘.a.w mengenai perkahwinan Fatimah dengan ‘Ali. Tidak sempurna perkahwinan itu kecuali dengan perintah Allah Ta’ala adalah satu bukti yang jelas tentang kedudukan Ahl al-Bayt.

Tidak ada tujuan di sebalik hubungan Nabi s. ‘a.w dengan Ahlul Bayt melainkan untuk kebaikan umat, kerana kedudukan (mereka yang telah dihuraikan oleh al-Qur’an alKarim melalui ayat-ayat yang berkaitan dengan mereka dan sunnah Nabi (yang akan dihuraikan) nanti.

Mudah-mudahan apa yang hendak kita petik dan kemukakan daripada riwayat dan hadith-hadith Rasulullah s. ‘a.w yang banyak mengenai Ahlul Bayt, akan membawa penemuan yang mendalam dan tujuan daripada penjagaan Allah dan nabinya dalam pembinaan keturunan ini dan kasih saying serta berkat yang menyeluruh, supaya ahli keluarga ini menjadi petunjuk kepada umat yang berada dalam keadaan kebingungan dan menjadi punca kejayaannya dalam dugaan hidup mereka serta menjadi system dan pusat penggerak yang terpenting untuk perpaduan mereka sebagaimana yang dinaskan oleh beberapa riwayat hadith mengenainya.

Rasulullah menyandarkan keturunan ‘Ali dan Fatimah kepada dirinya sendiri dengan mengatakan sesungguhnya mereka itu adalah keturunanku dan anak-anakku sebagaimana yang diterangkan al-Qur’an dengan firmannya:

فمن حآجک فیه من بعد ما جائک من العلم فقل تعالوا ندع أبنائنا و أبنائکم و نساءنا و نسائکم و أنفسنا و أنفسکم

Ertinya:

“Maka siapa yang membantah tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang menyakinkan kamu) maka katakanlah kepadanya, marilah kita memanggil anak-anak kami dan anakanak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri-diri kami dan diri kamu.”

Maka anak-anak nabi yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah al-Hasan dan al-Husayn seperti yang kita ketahui daripada ahli-ahli tafsir dan ahli-ahli sejarah.

Rasulullah s. ‘.a.w telah berulang kali menguatkan makna di atas kepada umatnya, antaranya ialah sabdanya:

إن الله جعل ذریة کل نبی فی صلبه و جعل ذریتی فی صلب هذا یعنی علیا

Ertinya:

“Sesungguhnya Allah telah menjadikan sekalian nabi daripada sulbinya dan Allah menjadikan keturunanku dari sulbi yang ini, maksudnya ialah ‘Ali.”[5]

Begitu juga ketika Nabi s. ‘a.w mendukung al-Hasan dan al-Husayn, baginda s. ‘a.w bersabda:

کل ولد أب فإن عصبتهم لابیهم ما خلا ولد فاطمة فأنی أنا أبوهم وعصیتهم أخرجه أحمد فی المناقب

Ertinya:

“Tiap-tiap anak ada bapanya, sesungguhnya asabah (keturunan) mereka mengikut bapa mereka kecuali anak Fatimah bahawa sesungguhnya akulah bapa mereka dan asabah mereka.”[6]

Sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w dalam setiap peristiwa mengukuhkan maqam Ahl alBayt supaya umatnya merujuk kepadanya, iltizam dengan manhajnya dan berpegang teguh mencintainya, dan dalam beberapa riwayat daripada Rasulullah s. ‘a.w kita dapati bahawa Ahl al-Bayt adalah sebagai penyelamat umat dan Rasulullah s. ‘a.w menyertakan Ahl al-Bayt dengan kitab Allah dan menjadikan peranan mereka dari segi aqidah dan risalah kepada umat ini sentiasa selari dengan kitab Allah dan tidak terpisah dari padanya supaya umat (islam menumpukan pandangan mereka kepada Ahl al-Bayt untuk memahami al-Qur’an al-Karim, mengeluarkan makna dan hokum hakamnya.

Terdapat banyak kitab hadith dan sirah yang menyebutkan nas-nas dari nabi yang dinamakan hadith (al-Tsaqalain), dan orang-orang Islam dari berbagai mazhab siasah dan fiqah meriwayatkan hadith Thaqalaini ini. Di bawah ini, kita sebutkan berserta dengan sebahagian sanadnya seperti yang dipetik oleh perawi dan ahli-ahli hadith.

PERTAMA: HADITH AL-THAQALAIN

إنی أوشک ان ادعی فاجیب و إنی تارک فیکم الثقالین کتاب الله عز و جل و عترتی کتاب الله حبل ممدود من السماء إلی الارض و عترتی أهل بیتی و أن اللطیف أخبرنی إنهما لم یفترقا حتی یردا علی الحوض فانظروا بما تخلفونی فیهما

Ertinya:

“Sesungguhnya aku hampir-hampir dipanggil lalu aku menerimanya dan sesungguhnya aku meninggalkan kepadamu dua perkara yang sangat berharga, Kitab Allah ‘Azza wa Jalla dan Itrahku; satu ikatan yang bersambung daripada langit ke bumi dan ‘Itrahku ialah Ahl Baytku, dan bahawa Allah yang Maha Penyayang memberitahu aku bahawa keduadua perkara tidak akan berpisah sehingga keduanya dikembalikan kepada aku di Telaga Haud. Maka tunggulah (balasan Allah) dengan sebab kamu menyalahi aku pada keduaduanya.”[7]

Al-Shabrawi telah memetik dalam kitabnya al-Athaf bi Hubb al-Ashraf (dikeluarkan oleh Muslim dan al-Tirmizi dan menerima sebagai hadith hasan dan al-Hakim dan lafaz Muslim daripada Zaid bin Arqam r.d. berkata maksudnya: Rasulullah telah berdiri berkhutbah di hadapan kami. Setelah memuji Allah, Rasulullah s. ‘a. w bersabda:

اما بعد آیها الناس إنما انا بشر یوشک أن یأتی رسول ربی فاجیب و انا تارکم الثقلین أولهما کتاب الله فیه الهدی و النور فخذوا بکتاب الله و استمسکوا به ثم قال و أهل بیتی اذکرکم الله فی اهل بیتی

Ertinya:

“Wahai manusia sesungguhnya aku adalah manusia sudah hampir tiba utusan Tuhanku maka aku akan memenuhi permintaannya dan aku tinggalkan padamu dua perkara yang berharga. Pertamanya Kitab Allah di dalamnya ada petunjuk dan cahaya maka ambillah Kitab Allah dan berpegang teguh dengannya.” Seterusnya Nabi bersabda maksudnya: “dan Ahli Baytku, akan mengingatkan kamu tentang Allah dalam (mengingati) Ali Baytku.”[8]

Kemudian disebut lagi dalam riwayat lain;

إنی تارک فیکم امرین لن تضلوا إن اتبعتموها کتاب الله و اهل بیتی

Ertinya:

“Aku tinggalkan dua perkara, kamu tidak akan sesat jika kamu mengikutnya, Kitab Allah dan Ahli Baytku,” dan dalam riwayat yang lain;

لن یفترقا حتی یردا علی الحوض فانظروا بما تخلفونی فیهما

Ertinya:

“Tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dipulangkan kepadaku di Haud, maka tunggulah bagaimana jika kamu menyalahi kami dalam keduanya.”[9]

Kemudiannya al-Shabrawi menyebutkan juga; berkata Ibn Hajar dalam al-Sawa’iq, Nabi s. ‘a.w menamakan al-Qur;an dan keluarganya (al-Itrah) sebagai al-Thaqalain kerana alThaqal adalah tiap-tiap suatu yang penting dan sangat berharga dan keduanya memanglah sangat berharga kerana kedua-duanya tempat perbendaharaan ilmu agama dan rahsia hukum-hukum syarak. Sebab itulah digalakkan untuk mengikutinya, dan ada yang mengatakan bahawa dinamakan al-Thaqalain kerana diwajibkan memelihara hak keduanya, kemudian digalakkan untuk menteladaninya ialah orang-orang yang arif dengan Kitab Allah dan yang berpegang teguh dengan sunnah rasulnya kerana merekalah yang tidak terpisah dengan al-Qur’an sehingga ke telaga al-Haud.[10]

Al-Allamah al-Shaikh Muhammad Jawwad al-Balaghi menyebutkan dalam Ala alRahman fi tafsir al-Qur’an seperti berikut, yang demikian itu adalah seperti Hadith alThaqalain yang mutawatir secara pasti yang disebutkan oleh saudara kita daripada Ahl alSunnah dalam kitab-kitab mereka dan dipetik riwayatnya daripada sahabat-sahabat yang mendengarnya daripada ‘Rasulullah s. ‘.a.w:[11]

انی تارکم الثقلین او الخلفین کتاب الله و اهل بیتی ما إن تمسکتم بهما لن تضلوا ابدا فإنهما لن یفترقا حتی بردا علی الحوض

Di bawah ini senarai nama-nama sahabat yang mendengar hadith ini daripada Rasulullah s. ‘a.w:

1. ‘Ali bin Abi Talib

2. Abdullah bin ‘Abbas.

3. Abu Dzar al-Ghiffari

4. Jabir al-Ansari

5. Abdullah bin Umar

6. Huzaifah bin Usaid

7. Zaid bin Arqam

8. Abdul Rahman bin ‘Auf

9. Dumairah al-Aslami

10. Asim bin Laili

11. Abu Rafi’

12. Abu Hurairah

13. Abdullah bin Hantab

14. Zaid bin Tsabit

15. Umi Salamah

16. Umi Hani, saudara perempuan Saidina ‘Ali

17. Khuzaimah bin Tsabit

18. Sahl bin Saad

19. Adi bin Hatim

20. Uqbah bin Amir

21. Abu Ayub al-Ansari

22. Abu Said al-Khudri

23. Abu Shuraih al-Khuza’I

24. Abu Qudamah al-Ansari

25. Abu Laili

26. Abu al-Haitham al-Thaihan

Mereka yang disebutkan namanya di atas selepas Umi Hani, telah meriwayatkan hadith di atas secara bersendirian dan mereka pergi ke Kufah berserta dengan tujuh orang Quraisy kemudian mereka mengaku bahawa mereka semua mendengar hadith tersebut di atas daripada Rasulullah s. ‘a.w maka mereka semuanya berjumlah seramai 33.

Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Abu Naim al-Asfahani dalam kitab al-Munaqib al-Muthahhirin, sanadnya daripada Jubair bin Mat’am juga daripada Anas bin Malik dan daripada al-Barra’ bin ‘Azib. Muwaffaq bin Ahmad Akhtab Khawarizm meriwayatkan daripada ‘Umru bin al-As, dan sedikit sahaja yang tidak meriwayatkan hadith di atas sama ada dalam kitab-kitab sanad, jami’ atau kitab mengenai fadilat-fadilat oleh ahli sunnah dari mula dikeluarkan hadith ini daripada hafalan atau penghafal-penghafal hadith itu sehinggalah kitab-kitab hadith, dan terus menerus diriwayatkan daripada seorang sahabi atau lebih, dan boleh jadi juga diriwayatkan dalam salah satu riwayat oleh lebih daripada 20 orang sahabi. Ada pun secara ringkas seperti yang terdapat dalam al-Sawa’iq manakala musnad yang terperinci seperti yang tersebut dalam kitab-kitab karangan alSakhawi, al-Suyuti, al-Samhudi dan lain-lain.

Seterusnya Muhammad al-Jawwad al-Balaghi berkata: al-Imamiyah meriwayatkan dalam kitab-kitab mereka dengan beberapa isnad yang berulang-ulang daripada al-Baqir .a.s, alRida ‘a.s, al-Kazim ‘a.s, al-Sadiq ‘a.s daripada bapa-bapa mereka daripada Rasulullah s. ‘a.w dan melalui isnad yang lain daripada Amir al-Mu’minin ‘Ali, ‘Umar, Ubay, Jabir, Abi Said, Zaid bin Arqam, Zaid bin Tsabit, Huzaifah bin Usaid, Abi Hurairah, dan lainlain daripada Rasulullah s. ‘a.w.[12]

Al-Allamah Fairuzabadi memetik hadith a-Thaqalain yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya (j.4.h.266), al-Baihaqi dalam Sunannya (j.2, h.148 dan j.7, h. 30), al-Darimi dalam Sunannya (j.2, h. 431), al-Muttaqi dan Kanz al-Ummal (j.1, h.45 dan j.7, h.102), al-Sahawi dalam Mushkil al-Athar (j.4,h.368), al-Tirmizi dalam Sahihnya (j.2, h.308), Ibn al-Athar al_Jazari dalam Asad alGhaya (j.2, h.12), al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur (hujung tafsir ayat al-mawaddah dalam surah al-Syura) diriwayatkan dalam Mustadrak al-Sahihain (j.3, h. 109), al-Nasai dalam Khasa’isnya (h.21) dalam Mustadrak al-Sahihain (j.3, h.148) dan dalam Musnad Ahmad bin Hanbal (j.3, h.17) dan diriwayatkan dengan sanadnya daripada Abi Said alKhudri daripada Nabi s. ‘a.w:

إنی أوشک ان ادعی فاجیب و إنی تارک فیکم الثقالین کتاب الله عز و جل و عترتی کتاب الله حبل ممدود من السماء إلی الارض و عترتی أهل بیتی و أن اللطیف أخبرنی إنهما لم یفترقا حتی یردا علی الحوض فانظروا بما تخلفونی فیهما

Ertinya:

“Sesungguhnya aku hampir dipanggil lalu aku menunaikan (panggilannya) dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang berharga, kitab Allah ‘Azza wa Jalla dan keluargaku. Kitab Allah tali yang memanjang daripada langit sampai ke bumi dan Itrah aku ialah ahli baitku, dan bahawa Allah yang bersifat Latif memberitahu aku bahawa keduanya tidak akan terpisah sehingga kembali keduanya kepadaku di Haud , maka tunggulah (balasan) kerana menyalahi aku dalam kedua-duanya.”

Diriwayatkan (hadith di atas) oleh Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya (j.4, h.371 dan dalam j.5, h.181), Abu Naim dalam Hilyah al-Awliya’ (k.1,h.355), al-Muttaqi dalam Kanz al-Ummal (j.1,h 96), al-Haithami dalam Majmu’nya (j.9, h. 64) dan 163) dan dalam al-Sawa’iq al-Muhriqah oleh Ibn Hajar (h. 75).[13]

Begitulah kita dapati dalam menyatakan hadith di atas begitu mutawatir sama ada dari segi lafaz dan maknanya yang menyebutkan Ahi al-Bayt dengan kitab Allah. Dan situ umat Islam memahami bahawa Ahi-al-Bayt adalah sumber rujukan selepas kitab Allah dan mereka itu adalah pemegang amanah kepada al-Qur’an sehingga keduanya dikembalikan ke pangkuan Rasulullah di Telaga Haud.

KEDUA: HADIS AL-SAFINAH

Kalau hadith al-Thaqalain telah meletakkan Ahi al-Bayt di sam-ping al-Qur’an kerana mempunyai tugas untuk menerangkan a!Qur’an dan menyingkap rahsia-rahsianya, kandungannya dan memelihara al-Qur’an, maka hadith al-Safinah menjelaskan kepada umat bahawa Ahi al-Bayt adalah ibarat sebuah kapal penyelamat dan sumber keselamatan bagi umat sesudah Rasulullah s. ‘a.w. Oleh itujika ada orang yang tidak mengikuti dan tidak manaik kapal ini sudah tentu akan tenggelam dan binasa. Sesungguhnya tertinggal danpada Ahl al-Bayt bererti tertinggal daripada para pemimpin yang akan membawa ke pantai hidayah dan keselamatan.

Al-Syabrawi aI-Syãfi’i meriwayatkan daripada Rãfi’ Mawla Abi Zar berkata: Abu Zar r.d. naik ke atas tangga pintu Ka’abah dan berdin dekat pintu dan bersandar kepadanya lalu berkata: “Wahai manusia siapa yang mengenali aku sesungguhnya dia kenal aku dan siapa ingkar kepada aku maka akulah Abü Zar, aku telah mendengar Rasulullah s. ‘a.w. bersabda”:

أهل بیتی مثل سفینة نوح من رکبها نجا و من تخلف عنها زج فی النار

Maksudnya:

“Ahli baitku adalah umpama kapal Nabi Nuh, siapa yang menaikinya selamat dan siapa yang tertinggal daripadanya dicampakkan (ke dalam) api neraka.” Aku mendengar Rasulullah bersabda:

اجعلوا آل بیتی منکم مکان الرأس من الجسد و مکان العینین من الرأس فإن الجسد لا یهتدی الا بالرأس ولا یهتدی الرأس إلا بالعینین

Ertinya:

“Jadikanlah Ahl baitku daripada kamu seperti kedudukan kepala daripada jasad dan seperti kedudukan dua mata daripada kepala, maka sesungguhnya tubuh badan itu tidak dapat menuju ke arah yang betul melainkan dengan kepala dan kepala itu tidak dapat menuju ke arah’ yang betul melainkan dengan dua mata.”[14]

Diriwayatkan oleh Abu Na’im dengan sanadnya danpada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbas berkata bahawa Rasulullah telah bersabda:

مثل أهل بیتی فیکم مثل سفینة نوح من رکبها نجا و من تخلف عنها غرق

Ertinya:

“Perbandingan Ahli baitku di kalangan kamu adalah seperti kapal Nabi Nüh a.s. ‘siapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang meninggalkannya akan tenggelam.”[15]

Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak al-Sahihain (j.2.h 343) dan berkata bahawa hadith ini sahih mengikut syarat Muslim, al-Muttaqi meriwayatkan dalam Kanz al-Ummal (j.6,h.212), al-Haithami dalam Majma’ (j.9,h.168), Muhibb al-Din al-Tabari dalam Zakha’ir (h.20) dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh (j.12,h.19).[16]

Diriwayatkan melalui sanad daripada Anas bin Malik berkata setelah berkata Rasulullah s. ‘a.w:

إنما مثلی و مثل أهل بیتی کسفینة نوح من رکبها نجا و من تخلف عنها زج فی النار

Ertinya:

“Sesungguhnya aku dan Ahl al-Baytku adalah diumpamakannya seperti kapal Nabi Nuh, barang siapa yang menaikinya selamat dan siapa yang meninggalkannya tenggelam.”[17]

Al-Suyuti meriwayatkan dalam al-Durr al-Manthür di hujung tafsir firman Allah:

و إذا قلنا ادخلوا هذه القریة فکلوا منها حیث شئتم رغدا و ادخلوا الباب سجدا و قولوا حطة نغفرلکم خطایاکم

Al-Suyuti berkata: Ibn Abi Shaibah meriwayatkan daripada ‘All bin Abi Talib ‘a.s. bahawa ia berkata:

انما مثلنا فی هذه الأمة کسفینة نوح و کباب حطة

Ertinya:

“Sesungguhnya perumpamaan kami dalam umat itu adalah seperti kapal Nuh dan seperti Pintu Kebebasan.”[18]

Al-Muttaqi meriwayatkan dalam Kanz al-’Ummãl (j. 6, h. 216) dengan lafaz:[19]

مثل أهل بیتی فیکم کمثل سفینة نوح من رکبها نجا و من تخلف عنها هلک و مثل باب حطة فی بنی إسرائیل و قال أخرجه الطبرانی عن أبی ذر

Umpama Ahli baitku padamu adalah seperti kapal Nub (‘a.s.) sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang tertinggal daripada (menaikinya) binasa, dan umpama Pintu Kebebasan bani Israel.”

Al-Muttaqi berkata bahawa hadith itu dikeluarkan oleh al-Tabrani dari pada Abi Dzar.

KETIGA: HADITH AMAN DARIPADA PERSELISIHAN

Dalam hadith ini Rasulullah s. ‘a.w menjelaskan peranan Ahl al-Bayt dari segi aqidah dan siasah. Sesungguhnya perkara yang paling bahaya yang menimpa umat ialah perpecahan dan perbalahan dalam pemikiran, aqidah dan arah politik. Sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w begitu bimbang terhadap umatnya mengenai fitnah di atas, Rasulullah s. ‘a.w telah merancang kesatuan dan perpaduan umat dari segi pemikiran dan politik. Oleh sebab itu baginda s. ‘a.w mengarahkan umatnya supaya patuh dan berpegang teguh kepada ahl al-baytnya serta merujuk kepada mereka, sebab itu Rasulullah s.’a.w mensifatkan mereka sebagai orang yang sentiasa bersama-sama dengan al-Qur’an dan dakwahnya, dan mereka tidak terpisah dengan al-Qur’an sehingga ke hari qiamat dan mereka itu sebagai penyelamat dan pintu kebebasan, dan dalam hadith ini juga Rasulullah mensifatkan mereka sebagai pusat yang menyatukan umat.Oleh itu berpegang teguh kepada mereka dan berjalan mengikut perjalanan mereka, di jamin keselamatan daripada perpecahan dan perselisihan.

Al-Tabrani meriwayatkan (hadith) daripada Ibn ‘Abbas r.d. bahawa Nabi s. ‘a.w bersabda:

النجوم أمان لأهل الأرض من الغرق و أهل بیتی أمان لأهل الأرض من الاختلاف

Maksudnya:

“Bintang-bintang adalah keamanan bagi penghuni bumi daripada tenggelam dan ahli baitku adalah keamanan bagi penghuni bumi danpada perselisihan.”[20]

Muhibb al-Din al-Tabari meriwayatkan daripada ‘All yang berkata: telah bersabda Rasulullah s.’a.w

النجوم أمان لأهل السماء فإذا ذهبت النجوم ذهب أهل السماء و أهل بیتی أمان لأهل الأرض فإذا ذهب أهل بیتی ذهب أهل الأرض

Ertinya:

“Bintang itu (symbol) keamanan bagi penghuni langit dan apabila hilang bintang-bintang itu maka hilanglah penghuni-penghuni langit, dn ahli baitku ialah (simbol) keamanan bagi penghuni bumi dan apabila telah pergi ahli baitku maka lenyaplah penghuni bumi.”

Ia berkata, hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Manaqib.[21]

KEEMPAT: HADITH AL-KISA (SELIMUT)

Hadith ini bersumber dari Rasulullah mengenai ‘Ali, Fatimah, Hasan, dan Husayn ketika turunnya ayat al-Tathir.Perkara ini telah kita jelaskan di ruangan yang lalu tetapi kini kita kemukakan pula pandangan setengah ahli tafsir dan riwayat-riwayat yang berkaitan dengan mereka yang disucikan dalam bahasan (Ahl al-Bayt dalam al-Qur’an) dan kita ulangi kembali dengan mengemukakan riwayat-riwayat yang lain untuk mengukuhkan pemikiran dan mendalamkan tujuan yang diarahkan Rasulullah secara tidak langsung.

Jalan dan Isnad hadith di atas banyak terkandung di dalam kitab-kitab hadith, riwayat dan tafsir. Kitab sebutkan sebahagian daripadanya:

Ada pun hadith yang diriwayatkan daripada Umi Salamah isteri Nabi s. ‘a.w Radiya Allah ‘anha, al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam Musnadnya yang di rafa’kan kepada Umi Salamah yang berkata: ketika Rasulullah s. ‘a.w berada di dalam rumahku pada suatu hari tiba-tiba seorang khadam berkata bahawasanya ‘Ali dan Fatimah berada di depan pintu, berkata (Umi Salamah): Nabi s. ‘a.w telah bersabda kepada aku: bangunlah dan beri laluan kepada ahli baitku. Berkata (Umi Salamah): aku bangun dan berpindah ke sebelah rumah yang berdekatan, kemudian masuklah ‘Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn, kedua-duanya kanak-kanak yang masih kecil, lalu Nabi pun mengambil Hasan dan Husayn, dan diletakkan keduanya di bilik Nabi s. ‘a.w dan diciumnya dan baginda memegang ‘Ali dengan salah satu tangannya, sedang tangannya yang satu lagi memegang Fatimah lalu menutupi mereka itu dengan kain selimut berwarna hitam, kemudian baginda berdoa:

اللهم الیک لا إلی النار أنا و أهل بیتی. قالت أم سلمه و أنا یا رسول الله فقال (ص) و أنت

“Allahuma, Ya Allah kepadamu, aku dan Ahl al-Baitku tidak ke neraka.” Berkata Umi Salamah dan bagaimana aku yan Rasulullah. Rasulullah berkata: “Dan Engkau.”[22]

A1-Wãhidi meriwayatkan dalam kitabnya yang berjudul (Asbãb al-Nuzül) yang dirafa’kan kepada Umi Salamah bahawa beliau berkata: Nabi s. ‘a.w. berada di rumahnya pada suatu hari, kemudian Fatimah datang membawa periuk berisi bubur dan masuk ke rumah Rasul Allah s. ‘a.w., baginda s. ‘a.w. bersabda kepada Fãtimah: panggilkan suamimu dan kedua anakmu, kemudian datang ‘All, Hasan dan Husain. Mereka semua masuk, duduk dan makan, sedangkan nabi duduk di atas bangku dan di bawahnya ada selimut dari Khaibar. Berkata Umi Salamah, aku berada di bilik yang berhampiran dengan mereka, lalu Nabi Muhammad s. ‘a.w. mengambil selimut dan menutupi mereka itu lalu berdoa:

اللهم أهل بیتی و خاصتی فاذهب عنهم الرجس و طهّرهم تطهیر ا

Ertinya:

“Sesungguhnya Allah menghendaki supaya dihapuskan daripada kamu ahi al-bayt kekotoran dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”[23]

KELIMA: HADIS AL-MAWADDAH

Hadith ini telah kita huraikan ketika mentafsirkan ayat almawaddah dan telah kami sebutkan sebahagian daripada perawi-perawi dan sanad-sanadnya, di sini kita sebutkan sekali lagi dan lebih berfaedah kiranya kita sebutkan sebahagian dariapda apa yang datang daripada Nabi s. ‘a.w mengenai kasih sayang dan kemesraan baginda kepada ahli baitnya iaitu berdasarkan kepada beberapa riwayat dan hadith-hadith lain.

Imam Ahmad al-Tabrani dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.d berkata, ketika turun ayat

انما یرید الله لیذهب عنکم الرجس أهل البیت و یطهرکم تطهیرا

Sahabat-sahabat bertanya: ya Rasulullah siapakah kerabat kamu yang wajib ke atas kami memberikan kasih sayang kepada mereka, Rasul Allah s. ‘a.w. menjawab; ‘All, Fãtimah dan kedua-dua anaknya.

Al-Bazzãr dan al-Tabrani meriwayatkan bahawa al-Hasan bin ‘All r.d. pada suatu hari berkhutbah:

من عرفتی فقد عرفنی و من لم یعرفنی فأنا الحسن بن محمد (ص) أنا ابن البشیر أنا ابن المنذر أنا ابن البیت الذین افترض الله مودتهم علی کل مسلم و انزل فیهم قل لا اسألکم علیه آجرا إلا المودة فی القربی و من یفترق حسنة نزدله فیها حسنا فاقتراف الحسنات مودتنا اهل البیت

Ertinya: “Barangsiapa yang kenal aku sesungguhnya telah mengenali aku dan sesiapa yang tidak kenal aku maka akulah al-Hasan bin Muhammad s. ‘a.w, aku anak orang yang membawa khabar gembira (al-basyir) dan aku juga anak kepada yang memberi amaran (an-nadhir), aku adalah anak Ahl al-Bayt yang Allah fardhukan kasih sayang kepada mereka ke atas tiap-tiap muslimin dan (Allah) menurunkan kepada mereka.”[24]

قل لا اسألکم علیه آجرا إلا المودة فی القربی و من یفترق حسنة نزدله فیها

Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak meminta kepada kamu suatu upah melainkan kasih sayang kepada kaum keluarga dan siapa yang melakukan kebaikan akan kami tambahkan baginya kebaikan.” Oleh itu melakukan kebajikan-kebajikan ialah dengan berkasih mesra kepada keluarga nabi.

Al-Imam Abu Hasan al-Baghawi meriwayatkan dalam tafsirnya yang dihubungkan dengan sanadnya kepada Ibn ‘Abbas r.a. dia berkata: ketika Allah turunkan ayat:

قل لا اسألکم علیه آجرا إلا المودة فی القربی

Mereka bertanya: wahai Rasulullah, siapakah mereka yang Allah perintahkan kami untuk memberikan kasih sayangnya, Muhammad, s. ‘a.w menjawab: “Ali, Fatimah dan keduadua anaknya.”

Al-Sadi meriwayatkan daripada Abi Malik daripada Ibn ‘Abbas mengenai firman Allah Ta’ala:

من یفترق حسنة نزدله فیها

Berkata (al-mawaddah) kasih sayang ialah kepada al-Muhammad s. ‘a.w.[25]

Hadis-hadis mengenai kemesraan dan kasih sayang serta ketaatan dan iltizam kepada Ahi al-Bayt tidak boleh dimuatkan kesemuanya dalam kitab ini, kami hanya piih sebahagian daripadanya dan semua hadis itu bagaikan matahari yang terang (terdapat) dalam kitab-kitab hadis dan riwayat.

Bagi tujuan menambah perbendaharaan pembaca dan memperkukuh pengetahuan tentang Ahl al-Bayt dan menguatkan hubungan antara pembaca dan Ahl al-Bayt, dan menjadikannya bergantung dan berjalan mengikut manhãj mereka serta mengharapkan syafaat mereka, kami sebutkan di sini sebahagian daripada hadis mengenai mereka.

Al-Tabrani menyebutkan dalam al-Awsat daripada Ibn Hajar berkata: perkataan terakhir yang diucapkan Rasulullah s.’a.w[26]

اخلفونی فی أهل بیتی

Ertinya, “jadikanlah pengganti sesudahku pada ahl al-baytku.”

Al-Tabrani menyebutkan dalam al-Aswat daripada Jabir bin Abdullah r.d. berkata; aku mendengar Rasulullah s. ‘a.w berkhutbah dengan sabdanya.”[27]

ایها الناس من ابغضنا أهل البت حشره الله تعالی یوم القیامه یهودیا

Ertinya:

“Wahai manusia sesiapa yang bencikan kami Ahl al-Bayt, Allah himpunkannya pada hari kiamat sebagai seorang Yahudi.”

Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasa’i meriwayatkan daripada Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s. ‘a.w:

اذکر کم الله فی أهل بیتی

Ertinya:

“Aku ingatkan kamu mengenai Allah dalam ahli baitku.” Al-Khatib dalam tarikhnya menyebutkan daripada ‘Ali Radiya Allah ‘Anhu berkata, telah bersabda Rasulullah s. ‘a.w:[28]

شفاعتی لأمتی من أحب أهل بیتی

Ertinya:

“Syafa’atku adalah kepada umatku yang mencintai ahli baitku.”[29]

Begitulah banyaknya riwayat dan hadith mengenai kasih sayang kepada ahl al-bayt dan kewajipan mematuhi mereka dan mengikut petunjuk mereka dan berpegang teguh kepada kecintaan terhadap mereka.

Beberapa riwayat lain, sebagaimana yang telah kami jelaskan bahawa hadith-hadith dan riwayat-riwayat yang datang dari Rasulullah mengenai ahl al-baitnya adalah banyak dan tidak dapat menyebutkannya satu persatu di sini. Ulama dan ahli al-hadith telah menyebutkannya dalam beberapa kitab atau fasal-fasal dalam kitab-kitab hadith atau menyebutkan dalam manaqib-manaqib yang tertentu dalam tafsir dan kitab-kitab riwayat, kita sebutkan di sini antaranya:

نحن أهل البیت لا یقاس بنا أحد

Ertinya:

“Kami adalah Ahl al-Bayt yang tidak boleh seorang pun menandingi kami.”[30]

Hadith ini menjelaskan kedudukan Ahl al-Bayt yang tinggi dan sikap mereka yang tidak ada tolok bandingnya supaya umat dapat mengetahui kedudukan mereka dan seterusnya berpegang teguh dan iltizam dengan metodologi mereka sereta untuk membandingkan mereka dengan orang lain.

Dalam hadith yang lain, Rasulullah s. ‘a.w menceritakan ahli baitnya dengan sabdanya:

أنا اهل بیت اختار الله لنا الآخرة علی الدنیا و أن أهل بیتی سیلقون بعدی اثرة وشدة و تطریدا فی البلاد حتی یأتی قوم من هاهتا – و اشار بیده نحو المشرق – أصحاب رایات سود فیسألون الحق فلا یعطونه فیقاتلون فینتصرون، و یعطون ما شاوؤا فلا یقبلونه حتی یدفعوها إلی رجل من أهل بیتی یملؤها عدلا کما ملئت ظلما فمن ادرک ذلک فلیأتهم و لو حبوا علی الثلج

Ertinya:

“Aku adalah Ahl al-Bayt yang telah Allah pilihkan akhirat bagi kami mengatasi dunia dan bahawa ahli baitku akan menghadapi egoism, kesempitan dan dibuang daripada negerinya, sesudahku sehinggalah datang satu kaum dari sini (menudingkan jarinya ke arah timur) yang mempunyai bendera-bendera hitam lalu mereka meminta hak tetapi tidak diberikannya, mereka berperang lalu dapat kemenangan, mereka diberi apa-apa sahaja yang dikehendaki tetapi mereka tidak menerimanya sehingga diserahkan kepada seorang daripada keluargaku yang memenuhkan (dunia) dengan keadilan sepertimana penuhnya kezaliman (sebelumnya), dan barangsiapa yang menemui (masa itu) maka hendaklah mereka temui walaupun dengan merangkak atas salji.”[31]

Al-Dailami meriwayatkan daripada Abi Sa’id r. ‘a dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s. ‘a.w.

اشد غضب الله علی من اذانی فی عترتی

Ertinya:

“Bersangatan kemurkaan Allah kepada orang yang menyakiti aku mengenai keluargaku.” Daripada ‘Ali r.d berkata: Telah bersabda Rasulullah s. ‘a.w.[32]

ادبوا اولادکم علی ثلاث خصال. حب نبیکم و حب اهل بیته و علی قرأة القرآن فإن حملة القرآن فی ظل الله یوم لا ظل إلا ظله مع انبیائه و أصفیائه

Ertinya:

“Didiklah anak-anak kamu dalam tiga perkara: kasihkan nabi kamu, kasihkan ahli baitnya dan membaca al-Qur’an. Sesungguhnya menanggung al-Qur’an itu mendapat perlindungan Allah di hari-hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah bersamasama dengan para nabi dan orang-orang pilihannya.”[33]

A1-Tabrãni meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbãs berkata: bersabda Rasulullah s. a.w:

لا تزول قدما عبد حتی یسأل عن اربع عمره فیما افناه و عن جسده فیما ابلاه و عن ماله فیم انفقه و من این اکتسبه و عن محبتنا أهل البیت

Ertinya:

“Tidak tergelincir kedua kaki seorang sehinggalah ditanya mengenai empat perkara iaitu, umurnya ke mana dihabiskan, mengenai tubuh badannya ke mana dikerjakan, hartanya ke mana dibelanjakan dan dari mana diperolehi dan mengenai kasih sayang kami kepada Ahi a!Bayt.”[34]

Dalam satu riwayat, Rasulullah s. ‘a.w. menunjukkan umatnya kepada ahli baitnya dengan menjelaskan maqam mereka dan mengarahkan mereka supaya menumpukm pandangan kepada mereka, apabila fitnah bertambah-tambah dan pendapat bertentangan.

Ahil al-Bayt disebut berdampingan dengan kitab Allah kerana mereka itu adalah para ulama yang mahir tentang kandungan al-Qur’an dan yang mengetahui hakikat dan kandungannya.

Al-Tabrani mcngeluarkan daripada al-Muttaãlib bin Abdullah bin Hantab daripada bapanya, ia berkata; Rasullullah s. ‘a.w. telah mula berkhutbah di Juhfah dengan sabdanya: Tidakkah aku lebih muli3 daripada din kamu sendiri, mereka menjawab, betul ya Rasulullab, make sesungguhnya aku meminta dua perkara; mengenai a!Qur’an dan ahli baitku.[35]

Daftar Isi :

AHL AL-BAYT DALAM SUNNAH NABI SAW 1

Ahl Al-bayt dalam sunnah Nabi SAW 2

PERTAMA: HADITH AL-THAQALAIN 8

KEDUA: HADIS AL-SAFINAH 15

KETIGA: HADITH AMAN DARIPADA PERSELISIHAN 19

KEEMPAT: HADITH AL-KISA (SELIMUT) 21

KELIMA: HADIS AL-MAWADDAH 24

Daftar Isi : 32


[1] al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Musnad al-Imam Hasan, jld.1.h.125, manuskrip di Maktabah alZahiriyyah di Damsyik, direkodkan dengan nas asal oleh al-Tabrani, al-Haithami dalam Majma’ alZawa’id, jld. 9.h.168; al-Tabrani, al-Zakha’ir, h.25; Ahmad fi al-Manaqib al-Suyuti fi Ihya’ al-Mayyit selepas tafsir surah al-Syura: 23, mereka bertanya wahai Rasulullah: “Siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka.” Rasulullah s. ‘a.w: “Ali, Fatimah dan kedua anak mereka.”

[2] Muhibuddin al-Tabari, Zakha’ir al-Uqba, h.30

[3] al-Syabrawi al-Syafi’i, al-Ithaf bi Hubb all-Ashraf, h.21

[4] Muhibuddin al-Tabari, Zakha’ir al-Uqba, h. 30

[5] al-Tabari, Zakha’ir al-Uqba, h.67

[6] Hadith ini telah disebutkan dengan perbezaan oleh al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld.1,h.24 manuskrip. Juga oleh al-Muttaqi dalam kanz al-‘Ummal, jld.6, h.22; al-Muhibb al-Tabari dalam Zakha’ir al-Uqba, h.121; al-Suyuti dalam Ihya al-Mayyit, h, 26, dengan lafaz berikut: diriwayatkan oleh al-Tabrani daripada Umar bersabda Rasulullah:

Ertinya: “Tiap-tiap anak perempuan maka keturunannya adalah daripada bapanya kecuali anakku Fatimah maka akulah keturunan mereka dan akulah bapa mereka.”

[7] Diriwayatkan olah al-Tirmizi dalam Sahihnya Manaqib Ahlul Bayt, jld.2.h.360 dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam. Di akhir hadith ini al-Tirmizi berkata hadith ini baik (hasan) tetapi Gharib. Al-Hakim mengeluarkan hadith ini dalam Mustadrak, jld.3, h.109 dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam juga; Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, hadith marfu’ daripada Abu Said al-Khudri, jld.3 h.17; al-Tabari dalam Mu’jam al-Kabir, jld.1.h.129 dalam manuskrip; Muhibb al-Tabari memetik daripada Ahmad dalam Zakha’ir, h.16.

[8] al-Shabrawi al-Syafi’e, al-Athaf bi Hubb al-Ashraf, h.22

[9] Ibid.

[10] al-Balaghi, ‘Ala al-Rahman, h.44

[11] Ibid.

[12] al-Balaghi, Ala al-Rahman, j.2.h.43

[13] al-Fairuzabadi, Fadail al-Khamsh Min al-Sihah al-Sunnah, j2.h.61

[14] Syabrawi al-Syafi’i, al-Ithaf bi Hubb al-Asyraf, h.26

[15] Abu Nuaim, Hilyah al-Awliya’, j.4.h.306 memetik daripada Fairuzabadi, Fadail al-Khamsah Min alSihah al-Sittah, j.2.h.64; Ibn Hajar dalam Zawaid, Musnad al-Bazzar, bab Ahlul Bayt wal-Azwaj, h. 277, al-Haithami memetik daripada Ibn Bazaaar dalam Majma’ al-Zawa’id, j.9.h.163; al-Tabrani dalam alMu’jam al-Kabir, j.1.h.125; Musnad al-Imam Hasan dalam manuskrip di Zahiriyah, Damsyik; al-Muhibb al-Tabari dalam Zakha’ir, h. 20; al-Hakim dalam al-Mustadrak, j.2.h.343; al-Muttaqi dalam Kanz alUmmal, j.6.h.216.

[16] Ibid.

[17] Ibid.

[18] Ibid.

[19] Ibid.

[20] al-Syabrawi al-Syafi’I, al-Ithaf bi Hubb al-Ashraf, h.20; al-Hakim dalam al-Mustadrak al-Sahihain, j3. h.143, dan berkata bahawa hadith ini sahih sanadnya tetapi tidak dikeluarkan seperti yang dikemukakan oleh al-Muttaqi dalam Kanz al-Ummal, j.6.h.217; Ibn Hajar dalam al-Sawa’iq dan menganggapnya sebagai hadith sahih, h.140.

[21] al-Fairuzabadi, op.cit., h.68

[22] Maksud sabda Nabi s. ‘a.w “dan engkau” maknanya kamu (Umi Salamah) tidak ke neraka.

[23] Ibn al-Sibagh al-Maliki, al-Fusul al-Muhimmah Fi Ahwal al-A’immah, h, 25/26.

[24] al-Syabrawi al-Syafi’I, al-Ithaf bi Hubb al-Ashraf, h. 17-18.

[25] Ibn al-Sibagh al-Maliki, al-Fusul al-Muhimmah Fi Ahwal al-A’immah, h.29

[26] al-Suyuti dalam Ihya al-Mayyit memetik daripada al-Tabrani melalui sanadnya dari Ibn Umar, h. 20; alHaithami dalam Majma’ al-Zawa’id, j.9.h.163; Ibn Hajar dalam al-Sawa’iq al-Muhriqah, h.90.

[27] al-Suyuti dalam Ihya al-Mayyit memetik daripada al-Tabrani dengan sanadnya daripada Jabir bin Abdullah, h.22; al-Haithami dalam Majmu al-Zawa’id, j.9.h.172

[28] Muslim dalam Kitab Fada’il al-Sahabat, bab Fada’il Ali bin Abi Talib, j.4.h.1873; Ahmad bin Hanbal, Musnad, j.4h. 366-7; al-Muttaqi , Kanz al-Ummal, vol.1, h.158 dan vol.7, h. 102; al-Suyuti, al-Durr alManthur, j.6, h.7

[29] al-Khatib, Tarikh, j.2.h.146; al-Muttaqi, Kanz al-Ummal, j.6.h.217; al-Suyuti, Ihya al-Mayyit bi Fada’il Ahl al-Bayt, h.37

[30] al-Tabari, Zakhir al-Uqba, h.17.

[31] Ibid.

[32] Ibid.

[33] al-Suyuti, Ihya’ al-Mayyit, hlm. 40-41, al-Dailami mengeluarkan daripada ‘Ali seperti disebutkan oleh al-Muttaqi dalam Kanz al-‘Ummal, Jilid, 8, hlm. 278 dan disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Sawa’iq alMuhriqah, hlm. 103.

[34] al-Suyuti, Ihya al-Mayyit, hlm .39 dipetik daripada al-Tabrani dengan sanad daripada Ibn Abbas, alMuttaqi menyebutkan dalam Kanz al-Ummal, Jilid, 8. hlm. 212, dipetik oleh al-Tabrani, al-Haithami, alMajma’ al-Zawa’id, Jilid 10, hlm. 346, diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Kanz wa al-Awsat.

[35] al-Suyuti, Ihya al-Mayyit, mengutip daripada al-Tabrani dengan sanadnya dari Abd al-Muttalib bin Abdullah, hlm. 38; al-Haithami dalam Majma’ al-Zawa’id, Jilid 5, hlm. 195; Ibn al-Athir dalam Usd alGhabah, Jilid 3, hlm. 37; Ibn Nu’aim, Hilyah al-Awliya’; Jilid 9, hlm. 64 dengan sanadnya daripada Ali bin Abi Talib.