Khulafa Rasyidin(2)

Khulafa Rasyidin(2)0%

Khulafa Rasyidin(2) pengarang:
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Sejarah & Biografi

Khulafa Rasyidin(2)

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

pengarang: (http://abatasya.net)
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Pengunjung: 1176
Download: 1558

Komentar:

Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 9 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 1176 / Download: 1558
Ukuran Ukuran Ukuran
Khulafa Rasyidin(2)

Khulafa Rasyidin(2)

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

KHULAFA’ RASYIDIN DI ANTARA NAS DAN IJTIHAD

Pendahuluan:

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat saya menyiapkan sebuah buku berjodol Khulafa' Rasyidin Di antara Nas dan Ijtihad: satu kajian ilmiah yang sering dibincangkan di antara dua aliran pemikiran Islam; Syiah dan Ahlul Sunnah.

Metode kajian ini dilakukan berdasarkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW kemudian catatan para ulama kita Ahlul Sunnah walJamaah di dalam buku-buku mereka mengenai hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang agak bertentangan atau berbeza dengan nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah.

Oleh itu sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan melemparkan tuduhan itu kepada orang lain pula?

Buku ini sekali-kali tidak boleh dilihat sebagai merendah atau memandang kecil jasa baik yang dilakukan oleh mereka. Demi Tuhan saya menghormati mereka semua, tetapi penghormatan saya kepada Allah dan RasulNya adalah mengatasi mereka semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik hakim dan RasulNya pula sebaik-baik rasul yang diutuskan.

Lantaran itu perbandingan di antara nas dan ijtihad hendaklah dilihat dari perspektif Allah SWT sebagai al-Khaliq dan Nabi Muhammad SAWA sebagai Nabi yang sempurna al-kamil kemudian hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang bertentangan dengan alQur'an dan Sunnah Nabawiyyah.

Dengan ini tuduhan mencaci sahabat tidak boleh ditimbulkan lagi sekiranya kita akur kepada nas. Dan segala hukum dan perbuatan mereka bertentangan dengan nas pula dianggap ijtihad. Dan ijtihad tersebut hendaklah tidak dipaksa ke atas sesiapa pun. Dan sebarang penghinaan atau tindakan hendaklah tidak dilakukan kepada sesiapa yang ingin mengikuti nas secara keseluruhannya. Dan bagi orang yang mengikuti nas secara keseluruhannya tidak pula melakukan perkara yang sama terhadap orang yang mengamalkan ijtihad tersebut.

Walau bagaimanapun ijtihad secara umum patut diteruskan kerana apa yang telah berlaku di zaman Khulafa' Rasyidin tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman kita ini. Malah Islam menggalakkan umatnya supaya berijtihad di setiap masa bagi menyahut seruan dan keperluan umat. Lantaran buku ini bertujuan akademik semata-mata semoga ianya akan memperluaskan wawasan berfikir di kalangan umat Islam di rantau ini.

Saya juga ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu berpindah kepada mazhab lain. Tetapi apa yang perlu ialah memperluaskan wawasan berfikir dan tidak pula menyalahkan mereka yang mengikuti nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah di dalam erti kata yang sebenar. Apatah lagi menganggap mereka sebagai sesat atau terkeluar dari agama Islam, begitulah sebaliknya.

Kepada saudara-saudara yang masih fanatik, saya ingin kemukakan kepada mereka kata-kata Khalifah Ali AS:"Manusia akan menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya," dan kata-kata Imam Baqir Sadr"Jikalau saudara-saudara kami Ahlul Sunnah membaca apa yang ada di dalam buku-buku mereka, nescaya mereka sependapat dengan kami, dan perselisihan tidak berlaku di antara kami sejak awal lagi." Saya berkata,"Apa salahnya kalian tahu sedangkan kalian bukan semestinya mengamalkan apa yang kalian tahu."

Akhir sekali saya memohon jutaan maaf dari pembaca yang budiman jika terkasar atau sebagainya kerana ia bukanlah yang dimaksudkannya kerana mesej yang sebenar ialah nas dan ijtihad. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurgaNya bersama Khulafa' Rasyidin dengan mendapat syufaat mereka, dan saya bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

BAB II

Ijtihad Khalifah Umar

Hukum-hukum dan perbuatan khalifah Umar yang bertentangan dengan nas tetapi dianggap sebagai ijtihad melebihi 107 perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama Ahlul Sunnah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:

Ke-1

1. Khalifah Umar melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar, sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkan sembahyang dua rakaat sunat selepas sembahyang 'Asar.'Urwah bin al-Zubair daripada bapanya, daripada 'Aisyah dia berkata:"Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan dua rakaat sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar.[Muslim, Sahih,I, hlm.50]

Ke-2

2. Khalifah Umar juga melarang dan mengharamkan seorang itu "menangis" ke atas mayat, sedangkan ia adalah harus dan dilakukan oleh Rasulullah SAW ke atas Hamzah RA. Oleh itu hadith Umar yang menyatakan "mayat diazab dengan tangisan orang yang hidup" adalah bertentangan dengan hadith Rasulullah SAW yang melarang Umar dari menegah wanita-wanita menangis ke atas mayat. Rasulullah SAW bersabda:"Wahai Umar biarkan mereka menangis, kerana jiwa berdukacita, mata mengalirkan air mata......"[Ibn Majah, alSunan,I,hlm. 481; al-Hakim, al-Mustadrak, I,hlm. 381; Ibn Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 408] Dan ianya juga bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah anAn'am (6): 164:"Dan seseorang yang membuat dosa tidak akan memikul dosa orang lain." Lantaran itu kenapa simati disiksa kerana tangisan orang yang hidup?

Ke-3

3. Khalifah Umar mengatakan tidak wajib sembahyang bagi orang yang berjunub ketika tidak ada air.[Ibn Majah, al-Sunan,I,hlm. 200; al-Nasai, al-Sunan,I,hlm. 59] Oleh itu ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Maidah (5):6...."maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah...."

Ke-4

4. Khalifah Umar memberi hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus. Sedangkan talak pada masa Rasulullah SAW dan khalifah Abu Bakar ialah tiga kali sebagaimana terdapat di dalam al-Qur'an.[Ahmad bin Hanbal, alMusnad,I,hlm. 314; Muslim, Sahih,I,hlm. 574] Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW dan firman Tuhan di dalam Surah al-Baqarah (2): 229:"Talak (yang dapat dirujuk) dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang baik atau menceraikan dengan cara yang baik."

Ke-5

5. Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengenakan 'Aul di dalam ilmu Faraidh.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Ijtihadnya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW yang tidak mengenakan 'Aul.

Ke-6

6. Khalifah Umar adalah orang yang pertama memindahkan maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan oleh Nabi SAW iaitu dekat dengan Ka'bah, ke tempat yang ada sekarang iaitu tempat di masa jahiliyyah.[al-Suyuti, Tarikh, al-Khulafa, hlm. 137]

Ke-7

7. Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengurangkan takbir solat jenazah kepada empat takbir.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 137] Memang tidak dinafikan bahawa terdapat riwayat yang lemah yang menyatakan Nabi SAW melakukan empat takbir bagi sembahyang jenazah, tetapi apa yang anehnya khalifah Umar telah memerintahkan supaya melakukan empat takbir sahaja. [AbuYusuf, Kitab al-Athar, hlm. 39] Ini bererti dia memansuhkan riwayat yang mencatatkan bahwa Nabi SAW melakukan sembahyang jenazah dengan lima takbir. Apa yang menghairankan ialah mengapa para sahabat berselisih pendapat tentang bilangan takbir ini. Mengikut Imam Ja'far al-Sadiq AS daripada bapa dan datuknya bahawa Nabi SAW melakukan sembahyang jenazah dengan lima takbir.[al-Tusi, Tahdhib al-Ahkam, III, hlm. 3-5] Daripada Abu al-A'la, ia berkata:"Aku telah sembahyang di belakang Zaid bin al-Arqam (sembahyang jenazah) maka ia melakukan lima takbir, maka Abu Isa Abdul Rahman bin Abi Laila berkata kepadanya sambil memegang tangannya: Adakah anda lupa? Dia menjawab: Tidak, tetapi aku sembahyang di belakang Nabi SAWA dan beliau mentakbirkan lima takbir dan aku tidak meninggalkannya selama-lamanya."[Ibn Hanbal, Musnad,I, hlm. 370]

Al-Tahawi meriwayatkan daripada Yahya bin Abdullah al-Taimi, ia berkata:"Aku sembahyang bersama Isa, hamba Huzaifah bin al-Yaman, maka ia melakukan takbir lima kali, kemudian dia berpaling kepada kami dan berkata: Aku tidak keliru dan tidak lupa tetapi aku telah mentakbirkan mengikut cara tuan aku Huzaifah al-Yaman, dia sembahyang jenazah dengan lima takbir: Kemudian dia berpaling kepada kami dan berkata: Aku tidak keliru dan tidak lupa tetapi aku telah takbir lima takbir sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW."[Umadah al-Qari,IV,hlm. 129]

Berdasarkan hadith-hadith tersebut dan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para Imam Ahlul Bayt, maka tetaplah bahawa Nabi SAW melakukan lima takbir bagi sembahyang jenazah. Oleh itu perintah Umar mengurangkan kepada empat takbir adalah bertentangan dengan kebiasaan perbuatan Rasulullah SAW.

Ke-8

8. Khalifah Umar adalah perencana utama dalam cubaan membakar rumah Fatimah AS kerana memaksa Ali AS supaya memberi membai'ah kepada Abu Bakar. Tindakannya itu adalah membelakangi firman Tuhan (Surah al-Ahzab (33):33:"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." Fatimah adalah di kalangan Ashab al-Kisa' yang disucikan oleh Allah SWT. Umar berkata:"Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida, Tarikh, I, hlm. 156]

Ke-9

9. Khalifah Umar mengatakan Rasulullah SAW "sedang meracau." Oleh itu permintaan beliau supaya dibawa pensil dan kertas supaya beliau menulis perkara-perkara yang tidak akan menyesatkan ummatnya selama-lamanya tidak perlu dilayani lagi.[Muslim, Sahih, III, hlm. 69; al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36]

Ijtihadnya adalah bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah al-Najm (53):3-4:"Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya."

Ke-10

10. Khalifah Umar adalah orang yang pertama menambahkan hukum sebat bagi peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 kali sebatan.[al-Suyuti, Tarikh alKhulafa', hlm. 137]

Ke-11

11. Khalifah Umar adalah orang yang pertama menciptakan solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Ianya tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136]

Ke-12

12. Khalifah Umar adalah orang yang pertama membuangkan perkataan "Hayya 'ala Khairul 'Amal" di dalam azan dan iqamah. Sedangkan ianya adalah sebahagian daripada azan Rasulullah SAW.[al-Halabi, al-Sirah, II, hlm. 110]

Ke-13

13. Khalifah Umar adalah orang yang pertama yang menambahkan perkataan "al-Solah Khairun mina n-Naum." Ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW.[al-Halabi, al-Sirah, hlm.110]

Ke-14

14. Khalifah Umar telah melakukan kesalahan dalam masalah pusaka "datuk" dengan "saudara lelaki." Umar telah bertanya Rasulullah SAW mengenainya, maka Rasulullah SAW menjawab:"Aku fikir sampai matipun kamu tidak akan memahaminya." Ubaidah al-Salmani berkata:"Aku telah menghafal untuk Umar mengenai "datuk" lebih dari 100 masalah."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz alUmmal,VI, hlm. 15]

Ke-15

15. Khalifah Umar juga tidak dapat menyelesaikan masalah al-Kalalah yang diakuinya sendiri, dia berkata:"Jika aku mengetahui al-Kalalah, adalah lebih baik bagiku dari istana-istana di Syam."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 20]

Ke-16

16. Khalifah Umar melarang orang ramai dari meriwayatkan dan menulis Sunnah Rasulullah SAW, dia berkata:"Hasbuna Kitabullah (Kitab Allah adalah cukup bagi kita)."[Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36] Ijtihadnya adalah bertentangan dengan hadith yang dipopularkan oleh Ahlul Sunnah:"Aku tinggalkan pada kalian dua perkara selama kalian berpegang kepada kedua-duanya Kitab Allah dan Sunnahku."

Ibn Sa'd dalam Tabaqatnya, V hlm. 140 meriwayatkan bahawa apabila hadith atau Sunnah Rasulullah SAW banyak diriwayatkan dan dituliskan pada masa Umar bin al-Khattab, maka dia menyeru orang ramai supaya membawa kepadanya semua hadith-hadith yang ditulis, kemudian dia memerintahkan supaya ianya dibakar.

Oleh itu tidaklah hairan jika khalifah Umar menahan tiga orang sahabat di Madinah sehingga mati, kerana meriwayatkan banyak hadith Rasulullah SAW. Mereka ialah Ibn Mas'ud, Abu Darda' dan Abu Mas'ud al-Ansari.[al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I,hlm. 8; al-Haithami, Majma al-Zawaid,I,hlm. 149; al-Hakim, al-Mustadrak,I,hlm. 110] Khalifah Umar berkata kepada Abu Darda:"Apa hadith daripada Rasulullah?"Abu Salmah bertanya kepada Abu Hurairah:"Adakah anda meriwayatkan hadith semacam ini pada masa Umar?"Abu Hurairah menjawab:"Sekiranya aku meriwayatkan hadith (semacam ini) pada masa Umar nescaya dia memukulku dengan cemetinya>"[al-Dhahabi, Tadhkirah alHuffaz,I,hlm. 7]

Ke-17

17. Khalifah Umar mengesyaki Nabi SAW dan kaum Muslimin sama ada berada di dalam kebenaran ataupun kebatilan. Ia bertanya Rasulullah SAW :"Adakah kita berada di dalam kebenaran dan mereka (kafir) berada dai dalam kebatilan? Adakah orang yang terbunuh di pihak kita akan memasuki syurga? Dan orang yang terbunuh di pihak mereka ke neraka? Rasulullah menjawab:"Ya dan akhirnya Rasulullah SAW menegaskan kepadanya:"Wahai Ibn al-Khattab, sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah dan Allah tidak akan mengabaikan aku."Umar beredar dari Rasulullah SAW dengan marah (muthaghayyizan), kemudian dia berjumpa Abu Bakar lalu ia mengemukakan persoalan yang sama, lantas Abu Bakar menyakinkan dia bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah dan Allah tidak akan mengabaikannya.[Muslim, Sahih,IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111]

Ke-18

18. Khalifah Umar telah menyamakan bayaran jizyah. Ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW bahawa satu dinar adalah jizyah bagi setiap (zimmi) yang akil baligh sahaja.[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, II,hlm. 460;Ibn Abil Hadid, Syarh, Nahj al-Balaghah,III,hlm. 178]

Ke-19

19. Khalifah Umar telah memberikan harta dari Baitul Mal melebihi apa yang sepatutnya. Dia telah memberikan 'Aisyah dan Hafsah sepuluh ribu dirham setiap tahun.[Ibn al-Athir, al-Kamil, II, hlm. 35] Sedang dia menahan khums Ahlul Bayt AS [al-Jassas, Ahkam al-Qur'an,III, hlm. 61] Dia juga telah menarik balik Fadak dari Fatimah AS yang telah diberikan kepadanya oleh ayahandanya Rasulullah SAW.

Ke-20

20. Khalifah Umar telah mengingkari kematian Nabi SAWA. Dia tidak mengetahui bahawa kematian adalah harus bagi Nabi SAW. Dia berkata:"Siapa yang mengatakan bahawa Nabi telah mati, aku akan membunuhnya dengan pedangku." Abu Bakar datang dan berkata kepadanya:"Tidakkah anda mendengar firman Allah SWT (di dalam Surah al-Zumar (39):30,"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)" dan firmanNya (di dalam Surah Ali Imran (3):144),"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?" Maka Umar pun berkata:"Aku yakin dengan kematiannya seolah-olah aku tidak mendengar ayat-ayat tersebut."[al-Syarastani, al-Milal,I,hlm. 23; al-Bukhari, Sahih,VII, hlm.17]

Bagaimana khalifah Umar berkata:"Kitab Allah adalah cukup bagi kita" ketika dia menegah Nabi SAW dari menulis wasiatnya di mana ummat tidak akan sesat selama-lamanya, sedangkan dia tidak mengetahui ayat-ayat tersebut sehingga Abu Bakar datang dan membacakan kepadanya? Dan tindakan Umar yang tidak mempercayai kewafatan Nabi SAW tidak boleh difahami sebagai kasihnya yang teramat sangat kepada Nabi SAW. Kerana dia telah berkata bahawa Nabi SAW sedang meracau dan Kitab Allah adalah cukup bagi kita. Lalu dia menegah Nabi SAW dari melaksanakan apa yang dikehendakinya.[al-Bukhari, Sahih,I, hlm. 36; Muslim, Sahih, II, hlm. 69]

Dan kata-kata Abu Bakar pula menyokong pendapat Umar. Dia berkata:"Siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati." Ini bererti wahai orang yang bermegah ke atas kami dengan Muhammad, habislah mereka kerana peranannya sudah selesai. Kitab Allah adalah cukup bagi kita kerana ianya hidup. Persoalan yang timbul "Adakah kaum Muslimin pada masa itu menyembah Muhammad?" Tidak. Mungkin ini adalah satu sindiran kepada Bani Hashim secara umum dan Ali bin Abi Talib secara khusus. Kerana mereka bermegah dengan Muhammad. Rasulullah SAW, dari kalangan mereka. Dan merekalah keluarganya, dan orang yang paling berhak daripada orang lain, kerana mereka lebih mengetahui kedudukan Nabi SAW.

Atau adakah tindakan Umar yang ingin membunuh siapa sahaja yang berkata Muhammad telah mati itu merupakan tindakan politik sehingga dia dapat melambat-lambatkan kepercayaan kaum Muslimin bahawa Nabi SAW telah mati. Dan dengan ini perancanaannya dapat dilaksanakan sehingga segalagalanya diatur dengan baik. Sejurus kemudian dia diberitahu secara sulit bahawa perdebatan di Saqifah sedang berlaku. Lantas dia, Abu Bakar dan Abu Ubaidah meninggalkan jenazah Nabi SAW menuju Saqifah tanpa diketahui oleh Bani Hasyim.

Ke-21

21. Khalifah Umar telah melarang mahr (mas kahwin) yang tinggi. Dia berkata:"Sesiapa yang menaikkan mahr anak perempuannya, aku akan mengambilnya dan menjadikannya milik Baitul Mal." Ijtihad Umar telah ditentang oleh seorang wanita lalu dia membaca firman Tuhan di dalam Surah al-Nisa' (4):20"Sekiranya kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambilnya kembali barang sedikitpun."Umar menjawab:"Orang ramai lebih alim daripada Umar sehingga gadis-gadis sunti di rumah-rumah."[Fakhruddin alRazi, Mafatih al-Ghaib,II, hlm. 175; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,II, hlm. 133; Kata-kata Umar itu tidak boleh difahami sebagai tawadhuk, kerana ia melibatkan hukum Allah SWT.

Ke-22

22. Khalifah Umar telah mengharamkan haji tamattu'. Ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW yang tidak pernah mengharamkannya [Ibn Kathir, Tafsir,I,hlm. 233; al-Bukhari, Sahih, VII, hlm. 33]

Ke-23

23. Khalifah Umar tidak melaksanakan hukum had ke atas Mughirah bin Syu'bah yang dituduh berzina dengan Umm Jamil isteri kepada Hajaj bin Atiq bin al-Harith bin Wahab al-Jusyami dengan berkata:"Aku sedang melihat muka seorang lelaki di mana Allah tidak akan mencemarkan lelaki Muslim dengannya." Maka saksi tersebut tidak memberikan penyaksiannya yang tepat kerana mengikut kehendak Umar.

Di dalam riwayat yang lain Umar memberi isyarat kepada saksi yang keempat supaya tidak memberika keterangan yang tepat. Keempat orang saksi tersebut telah memberi penyaksian yang tepat semasa mereka di Basrah. Tetapi Umar mengadakan pengadilan yang kedua di Madinah. Apabila saja saksi yang keempat tidak memberikan penyaksian yang tepat sebagaimana diberikannya di Basrah, maka Umar pun melakukan had ke atas tiga saksi tersebut. Seorang saksi bernama Abu Bakar berkata:"Demi Allah, Mughirah telah melakukannya. Umar ingin mengenakan had ke atasnya kali kedua."Ali AS berkata:"Jika anda melakukannya maka rejamlah al-Mughirah bin Syu'bah tetapi dia enggan melakukannya."[Al-Hakim, Mustadrak, III, hlm. 448; Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 452; Ibn Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 407; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 88]

Ke-24

24. Khalifah Umar mengintai satu kumpulan rumah mereka di waktu malam dengan memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam. Kelakuannya itu adalah menyalahi firmanNya di dalam Surah al-Hujurat (49):12:"Dan janganlah kamu mengintai-intai atau mencari-cari kesalahan orang lain."Dan firmanNya di dalam Surah al-Baqarah (2):189:"Dan masukilah rumah-rumah itu melalui pintupintunya." Dan firmanNya di dalam Surah al-Nur (24):27:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya." Lantaran itu tindakannya adalah bertentangan dengan ayat-ayat tersebut.[al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,VI, hlm.93; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm. 334]

Ke-25

25. Khalifah Umar telah memerintahkan supaya di rejam seorang wanita gila (yang berzina). Maka Ali AS memperingatkannya dan berkata:"Qalam diangkat daripada orang gila sehingga dia sembuh."Umar pun berkata:"Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar."[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, III, hlm. 39; alTabari, Dhakhair al-Uqba, hlm. 80]

Ke-26

26. Khalifah Umar tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab.[Malik, alMuwatta,II, hlm.12] Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW yang tidak membezakan seseorang melainkan dengan taqwa dan ianya juga mengandungi sifat asabiyah sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Hujurat (49):10:"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara." Dan Nabi SAW bersabda:"Tidak ada kelebihan orang Arab ke atas bukan Arab melainkan dengan taqwa."[Al-Haithami, Majma' al-Zawa'id, III, hlm. 226]

Ke-27

27. Khalifah Umar tidak pernah mengadakan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum Muslimin akan menganggapnya wajib.[al-Baihaqi, al-Sunan alKubra,IX, hlm. 265; Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 189] Tindakannya adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkan amalan tersebut. Dan kaum Muslimin sehingga hari ini mengetahui ianya adalah sunat.

Ke-28

28. Khalifah Umar mengakui bahawa dia tidak mengetahui tentang al-Qur'an, hukum halal-haram dan masalah pusaka. Dia berkata:"Siapa yang ingin bertanya tentang al-Qur'an, maka hendaklah dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab. Sesiapa yang ingin mengetahui halal dan haram, maka hendakah dia bertanya kepada Muadh bin Jabal. Sesiapa yang ingin mengetahui tentang ilmu faraidh, hendaklah dia bertanya kepada Zaid bin Thabit. Dan siapa yang ingin meminta harta maka hendaklah dia datang kepadaku kerana akulah penjaganya.[alHakim, al-Mustadrak, III, hlm. 271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223; alBaihaqi, al-Sunan, VI, hlm. 210] Ketiga-tiga ilmu tersebut dikuasai oleh orang lain. Dia hanya penjaga harta.

Ke-29

29. Khalifah Umar melarang kaum Muslimin memakan daging dua hari berturutturut. Dan dia telah memukul seorang lelaki yang melakukannya dengan cemeti. [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 161; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 68] Tindakan khalifah Umar adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-A'raf (7):32;"Katakanlah:Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapakah pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?"

Ke-30

30. Khalifah Umar menakut-nakutkan dan menggertak seorang wanita supaya membuat pengakuan tentang perzinaannya. Lalu wanita tersebut membuat pengakuannya. Maka khalifah Umar memerintahkan supaya ia direjam. Lalu Ali AS bertanya kepadanya:"Tidakkah anda mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidak dikenakan hukum had ke atas orang yang membuat pengakuan selepas ujian (bala') sama ada ia diikat, ditahan atau diugut? Oleh itu lepaskanlah dia."Maka Umar berkata:"Wanita-wanita tidak terdaya untuk melahirkan seorang seperti Ali. Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah Umar."[Fakhruddin al-Razi, al-Araba'ain, hlm. 466; al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 48; al-Tabari Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 80]

Ke-31

31. Khalifah Umar tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah. Kemudian dia berkata:"Tanyalah Ali."[al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 89; alMuhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 195]

Ke-32

32. Khalifah Umar telah memerintahkan supaya perpustakaan-perpustakaan di Iran dan Iskandariah dibakar atau dicampakkan buku-bukunya ke laut. Ditanya kenapa dia memerintahkannya. Dia menjawab:"Allah telah memberikan kepada kita hidayah yang lebih baik daripada itu."

Perpustakaan-perpustakaan tersebut mengandungi banyak buku-buku ilmiah di dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu hisab, falak, hikmah, kedoktoran, dan lain-lain. Tetapi khalifah Umar tidak menghargainya.[Ibn alNadim, al-Fihrist, hlm. 334; Ibn Khaldun, Tarikh, I, hlm. 32; Ibn al-Jauzi, Sirah alUmar, hlm. 107]

Ke-33

33. Khalifah Umar memerintahkan supaya dipotong pokok bai'ah Ridhwan, kerana kaum Muslimin mengerjakan solat di bawah pokok tersebut bagi mengambil berkat. Apabila berita ini sampai kepada Umar dia memerintahkan supaya ianya dipotong.[Ibn Sa'd, Tabaqat al-Kubra, hlm.608; Ibn Jauzi, Sirah Umar, hlm. 107]Sepatutnya khalifah Umar menjaga pokok tersebut dengan baik sebagai satu peninggalan sejarah yang berharga.

Ke-34

34. Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengenakan zakat kuda. Ijtihadnya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW : "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba." [al-Baladhuri, Ansab alAsyraf,V,hlm.26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal; al-Musnad, I, hlm. 62; al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa', I, hlm. 137]

Ke-35

35. Khalifah Umar tidak mengetahui hukum orang yang syak tentang rakaat solatnya bagaimana hendak dilakukannya. Dia bertanya kepada seorang budak: "Apabila seorang itu syak bilangan solatnya, apakah ia harus lakukan?" Sepatutnya dia telah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenainya. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190; al-Baihaqi, Sunan, II, hlm. 332]

Ke-36

36. Khalifah Umar mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi orang yang mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah. Ijtihadnya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW di mana Aisyah berkata: "Aku meletakkan bauan ke atas Rasulullah SAW sebelum beliau mengerjakan tawaf ifadhah". [Malik, al-Muwatta', I, hlm. 285; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 173; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 58; Muslim, Sahih, I, hlm. 330]

Ke-37

37. Khalifah Umar tidak mengetahui faedah Hajr al-Aswad. Dia berkata: "Hajr alAswad tidak memberi sebarang faedah dan kemudharatan." Sekiranya dia tidak melihat Rasulullah SAW mengucupnya, nescaya dia tidak mengucupnya. Katakata Khalifah Umar tersebut adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW, beliau bersabda: "Hajr al-Aswad diturunkan dari Syurga warnanya putih seperti susu. Tetapi ianya bertukar menjadi hitam disebabkan dosa manusia." Dan sabdanya lagi: "Demi Allah. Dia akan membangkitkannya di Hari Kiamat, ianya mempunyai dua mata dan satu lidah yang akan bercakap dan memberi penyaksian kepada orang yang telah mengucupnya". [al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 180; al-Nasa'i, Sahih, II, hlm. 37; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 3]

Ke-38

38. Khalifah Umar tidak memberi khums kepada kerabat Rasulullah SAW. Ijtihad beliau adalah menyalahi firmanNya dalam Surah al-Anfal 18:4 dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah SAW. [al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 127; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 248]

Ke-39

39. Khalifah Umar berkata bahawa memukul isteri tidak akan dikenakan dosa. Dia mengaitkan kata-kata ini dengan Rasulullah SAW. [Ahmad bin Hanbal, alMusnad, I, hlm. 20], sebenarnya ianya bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah an-Nahl 16:90: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan".

Ke-40

40. Khalifah Umar melarang hadis "khabar gembira" bahawa setiap orang yang mengucapkan dua kalimah syahadat dengan yakin, akan masuk syurga. Kerana dia khuatir kaum Muslim hanya mengucap dua kalimah syahadat kemudian meninggalkan amalan lain. Dia berkata kepada Rasulullah SAW , "Adakah anda mengutuskan Abu Hurairah dengan khabar tersebut?" Rasulullah menjawab:"Ya". Umar berkata kepada Rasulullah SAW : "Janganlah anda melakukannya". [Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 38; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 108]. Sepatutnya dia tidak melarang Rasulullah SAW untuk melakukannya.

Ke-41

41. Khalifah Umar tidak mengetahui apakah bacaan Rasulullah SAW di dalam solat Hari Raya. [Muslim, Sahih, I, hlm, 242; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 180; Malik, al-Muwatta', I, hlm. 147; Ibn Majah, Sunan, I, hlm. 388; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 106; al-Nisa'i, Sahih, III, hlm. 184]. Sepatutnya dia mengetahui surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah SAW di dalam solat Hari Raya.

Ke-42

42. Khalifah Umar melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rajab. Dia berkata: "Apa itu bulan Rajab? Bulan Rajab hanya bulan yang dimuliakan oleh orang-orang Jahiliyah. Dan apabila datang agama Islam, ianya ditinggalkan. Sebenarnya Khalifah Umar tidak mengetahui kelebihan bulan Rajab. Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulllah SAW yang menggalakkan setiap Muslim supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, termasuk bulan Rajab. [al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 215; Muslim, Sahih, I, hlm. 318; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 326; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 381]

Ke-43

43. Khalifah Umar tidak membunuh Dzu al-Thadyah (ketua Khawarij) sedangkan Rasulullah SAW telah memerintahkannya supaya membunuhnya. Dia berkata:"Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang sujud?" Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi:"Siapa lagi yang akan membunuhnya?"Ali menjawab:"Aku."Rasulullah SAW bersabda:"Sekiranya anda mendapatinya."Ali pun pergi tetapi tidak mendapatinya. Rasulullah SAW bersabda:"Sekiranya lelaki itu dibunuh, tidak akan ada dua lelaki yang berselisih faham."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,III, hlm. 15]Sepatutnya Khalifah Umar membunuhnya tanpa mengambil kira keadaannya kerana Rasulullah SAW telah memerintahkannya. Tetapi dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.

Ke-44

44. Khalifah Umar tidak boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi. Dia bertanya kepada seorang lelaki:"Bagaimana keadaan anda?"Lelaki itu menjawab:"Aku adalah di kalangan orang yang mencintai fitnah, membenci alHaqq dan memberi penyaksian kepada orang yang tidak dilihat."Lalu dia memerintahkan supaya lelaki itu ditahan. Maka Ali AS menyuruh supaya ianya dilepaskan seraya berkata:"Apa yang diucapkan oleh lelaki itu adalah benar."Umar berkata:"Bagaimana anda dapat mengatakan ianya benar?"Ali AS menjawab:"Dia mencintai harta dan anak sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Anfal(8):28:"Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai fitnah."Dan dia membenci kematian maka ia adalah al-haqq. Dan dia memberi penyaksian bahawa Muhammad adalah Rasulullah sekalipun dia tidak melihatnya."Kemudian Umar memerintahkan supaya ia dilepaskan.[Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, hlm. 46]

Ke-45

45. Khalifah Umar telah menjatuhkan airmuka Rasulullah SAWA di hadapan Musyrikin yang datang berjumpa Rasulullah SAW supaya mengembalikan hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikin berkata:"Hamba-hamba kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama, tetapi mereka lari dari menjadi milik kami dan harta kami. Justeru itu kembalilah mereka kepada kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang membuat perjanjian damai dengan anda."Walau bagaimanapun Rasulullah SAW tidak mahu menyerahkan hamba-hamba tersebut kepada mereka kerana khuatir mereka akan menyiksa hamba-hamba tersebut. Tetapi beliau tidak mahu mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar.Maka Umar menjawab:"Benar kata-kata mereka itu wahai Rasulullah. Mereka itu adalah jiran kita dan mereka telah membuat perjanjian damai dengan kita."Maka muka Rasulullah SAW berubah kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW.[Ahmad bin Hanbal, alMusnad, I, hlm. 155;al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 11]

Ke-47

46. Khalifah Umar menjadikan mahr wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk Baitul Mal. Kemudian dia memisahkan pasangan tersebut dan berkata""Nikah adalah haram, mahr adalah haram dan kedua-duanya tidak boleh berkahwin lagi."Ali berkata:"Sekiranya lelaki itu tidak mengetahuinya, wanita tersebut berhak mengambil mahrnya dan dipisahkan pasangan tersebut. Dan apabila tamat iddahnya dia menjadi peminangnya. Didalam ertikata yang lain dia hendaklah menyempurnakan iddahnya yang pertama kemudian menyempurnakan pula iddahnya yang kedua."Lalu Umar berkata:"Kembalikan" "kejahilan" kepada Sunnah.[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 441; alTabari, Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 81] Persoalan yang timbul ialah kenapakah dia menjadikan mahr hal Baitul Mal dan bukan hak wanita tersebut dan kenapakah dia mengharamkan wanita tersebut ke atas lelaki tersebut? Manakah ayat atau Sunnah yang membolehkan khalifah Umar melakukan sedemikian? Oleh itu ijtihadnya adalah menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Ke-47

47. Khalifah Umar mempelajari Surah al-Baqarah selama dua belas tahun. Dan apabila dia selesai mempelajarinya (khatam), dia menyembelih beberapa ekor unta.[al-Qurtubi, Ahkam al-Qur'an, I, hlm. 34; al-Durr al-Manthur, I, hlm. 21] Oleh itu untuk mempelajari kesemua al-Qur'an dia memerlukan kepada masa yang lebih lama. Ini sebelum khalifah Umar menjadi seorang yang pelupa, kadangkala dia melupai bilangan raka'at sembahyang, lalu dia menyuruh seorang lelaki berdiri di hadapannya bagi memberikan isyarat kepadanya supaya dia berdiri ataupun rukuk, kemudian dia melakukannya.[Ibn Jauzi, Sirah Umar b. Khattab, hlm. 135; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 110]

Ke-48

48. Khalifah Umar telah menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh. Dia berkata:"Sekiranya kalian mendapati budak lelaki yang mencuri itu setinggi enam jengkal (sittah asyar) genap, maka kalian potonglah tangannnya. Jika tidak tinggallah dia."

Di riwayatkan daripada Sulaiman bin Yasar,"Sesungguhnya Umar mendatangi seorang budak lelaki yang telah mencuri, lalu dia mengukur budak tersebut, tetapi ianya tidak mencukupi enam jengkal tepat lalu ditinggalkannya."[al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-Ummal,I, hlm. 116]

Oleh itu ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW yang menetapkan baligh melalui ihtilam (mimpi) dan tumbuh bulu di kemaluan.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, V, hlm. 54-55]

Ke-49

49. Khalifah Umar menyesali menjadi seorang manusia. Dia berkata:"Alangkah beruntungnya jika aku menjadi seekor kambing keluargaku. Mereka menggemukkan aku seperti yang mereka suka. Kemudian aku menjadi makanan kepada orang yang menyukainya. Mereka menghiris sebahagian dariku dan memanggang sebahagian yang lain. Kemudian mereka memakan aku dan mereka mengeluarkan aku sebagai najis dan aku tidak menjadi manusia lagi."[alMuttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 345; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm. 131; Abu Nu'im, Hilyah al-Auliya', I, hlm. 52]

Sepatutnya khalifah Umar tidak mengeluarkan kata-kata tersebut kerana ianya bertentangan dengan Surah al-Tin (95):4:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika dia benar seorang wali Allah kenapa dia menyesal menjadi manusia, sedangkan Allah telah memberi jaminan di dalam Surah Yunus (10):62:"Ingatlah, sesungguhnya walil-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."

Ke-50

50. Khalifah Umar telah menhentikan pemberian zakat kepada muallaf.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 137 dan lain-lain] Tindakan ini adalah bertentangan dengan al-Qur'an Surah al-Taubah (4):60,"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang faqir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya...."

Ke-51

51. Khalifah Umar memohon keizinan 'Aisyah supaya ianya disemadikan di sisi Rasulullah SAW, lalu 'Aisyah menyetujui permohonannya.[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 266] Persoalannya kenapakah dia memohon izin daripada 'Aisyah? Adakah 'Aisyah menerima pusaka Rasulullah SAW? Dimana kata-kata "Kami para Nabi tidak meninggalkan pusaka?" Jika beliau meninggalkan pusakanya tidakkah pewaris-pewaris anak perempuannya lebih berhak daripada 'Aisyah kerana saham 'Aisyah hanya sepersembilan daripada seperlapan? Nampaknya khalifah Umar sudah tidak mempercayai kata-kata"Kami para Nabi tidak meninggalkan pusaka." Lantas dia memohon izin daripada 'Aisyah. Sepatutnya dia memohon izin dari pewaris-pewaris Fatimah AS yang mempunyai hak yang lebih banyak daripadanya.

Ke-52

52. Khalifah Umar mengakui kegelisahan dan ketakutannya bagi menghadapi Allah SWT. Ibn Abbas berkata kepadanya selepas dia ditikam"Wahai Amirul Mukminin tidakkah anda telah bersahabat dengan RAsulullah dan persahabatan anda dengannya adalah baik. Kemudian beliau meninggalkan anda di dalam keadaan redha terhadap anda. Kemudian anda bersabahat pula dengan Abu Bakar, maka persahabatan anda dengannya adalah baik, dia meninggalkan anda di dalam keadaan redha terhadap anda. Kemudian anda bersahabat dengan sahabat-sahabat mereka, maka persahabatan anda adalah baik dan sekiranya anda meninggalkan mereka, maka mereka meredhai anda."Umar menjawab:"Adapun apa yang anda sebutkan tadi tentang persahabatan dengan Rasulullah dan keredhaannya, ianya merupakan satu kurniaan daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku. Adapun apa yang anda sebutkan tentang persahabatan dengan Abu Bakar dan keredhaannya, maka ianya juga satu kurniaan daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku. Tetapi apa yang anda lihat tentang kegelisahan dan ketakutanku adalah kerana anda dan para sahabat anda.Demi Allah sekiranya aku mempunyai segunung emas, nescaya aku menebus diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku menemuiNya." [al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 201] Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam Surah Yunus (10):54:"Dan kalau setiap diri yang zalim itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu..."

Dan sekiranya dia seorang wali Allah, dia tidak perlu khuatir dengan azab Allah SWT. Kerana Dia berfirman di dalam Surah Yunus (10):62:"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan selalu bertaqwa bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."

Pengakuan sedemikian telah dilakukan juga oleh khalifah Abu Bakar, al-Barra bin 'Azib, 'Aisyah dan Anas bin Malik. Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 74 meriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata:'Tidak ada suatupun yang aku ketahui di zaman Nabi SAW lebih baik dari sembahyang (solat). Dia berkata:"Tidakkah kalian telah menghilangkan sesuatu padanya?"Dan al-Zuhri berkata:"Aku berjumpa Anas bin Malik di Damsyik ketika itu dia sedang menangis. Abu bertanya kepadanya:Apakah yang menyebabkan anda menangis?Dia menjawab:Aku tidak mengetahui sesuatupun selain dari sembahyang (solat) itupun telah dihilangkan."

Al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 154 dan Muslim, Sahih, I, hlm. 260, meriwayatkan bahawa khalifah Uthman dan 'Aisyah telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW mengenai sembahyang. Kerana mereka mengerjakan sembahyang empat rakaat (itmam) di Mina sedangkan Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang dua rakaat (qasr) di Mina.

Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya, I, hlm. 122 meriwayatkan daripada Abi Sa'id al-Khudri,dia berkata:"Rasulullah SAW keluar sembahyang di hari 'Aid al-Fitr dan 'Aid al-Adha ke masjid, kemudian beliau berjumpa dengan orang-orang di barisan depan. Kemudian beliau mulai berkhutbah menasihati mereka, menyuruh mereka atau menyelesaikan isu-isu semasa. Dan selepas itu beliaupun pergi."Abu Sa'id berkata:"Cara demikian berterusan sehingga pada suatu hari aku keluar bersama Marwan gabenor Madinah pada masa itu, ke masjid yang mempunyai mimbar yang dibina oleh Kathir bin al-Salt. Marwan terus menuju ke mimbar tersebut sebelum bersembahyang. Kemudian aku menarik kainnya. Tetapi dia menolakku dan terus ke mimbar dan memberi khutbah kepada orang ramai sebelum dia bersembahyang. Maka akupun berkata kepadanya:Demi Allah, kalian telah mengubah Sunnah Rasulullah.Dia menjawab:Wahai Abu Sa'id, apa yang anda ketahui telah hilang begitu sahaja.Aku menjawab:Apa yang aku ketahui adalah lebih baik, demi Allah, daripada apa yang aku tidak mengetahuinya.Marwan berkata:Orang ramai tidak akan duduk mendengar khutbah kita selepas sembahyang. Justeru itu aku jadikannya (khutbah) sebelum sembahyang."

Oleh itu pengakuan-pengakuan tersebut membuktikan bahawa sahabat bukan semuanya adil. Malah ada yang mengubah Sunnah Rasulullah SAW. Dan mungkin inilah yang membuatkan mereka merasa khuatir terhadap azab Allah SWT.Dan mereka mengakui bahawa tidak ada keistimewaan menjadi sahabat Rasulullah SAW jika mereka mengubah Sunnahnya pula.

Ke-53

53. Khalifah Umar berhasrat untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah menjadi khalifah sekiranya ia masih hidup. Oleh itu kata-katanya adalah bertentangan dengan kata-katanya yang menyokong Abu Bakar di Saqifah. Para imam mestilah daripada Quraisy kerana Salim adalah seorang hamba dan dia bukanlah daripada Quraisy.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 19]

Ke-54

54. Khalifah Umar menghukum rejam ke atas wanita yang mengandung selama enam bulan kemudian melahirkan anak.Lalu Ali AS membantahnya dan membacakan firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahqaf (46):15:"Ibunya mengandungkannya sampai menyusunya adalah tiga puluh bulan" dan firmanNya di dalam Surah Luqman (31):14:"Penyusuannya selama dua tahun."

Oleh itu "mengandung" sekurang-kurangnya ialah enam bulan dan penyusuannya ialah selama dua tahun.Kemudian Umar menarik balik hukumannya dan berkata:"Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar."[alSuyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 96;al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 82, dan lain-lain]

Ke-55

55. Khalifah Umar telah mengenakan hukum had ke atas Ja'dah dari Bani Sulaim tanpa saksi yang mencukupi. Dia memadai dengan sepucuk surat yang mengandungi syair mengenai perzinaannya yang dihantar oleh Buraid.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 205]Lantaran itu ijtihadnya adalah bertentangan dengan alQur'an dan Sunnah Rasulullah SAW yang memerlukan empat orang saksi atau pengakuan secara sukarela.

Ke-56

56. Khalifah Umar telah lari di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar.[alBukhari, Sahih, III, hlm. 46; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.37; al-Dhahabi, alTalkhis, III, hlm. 37 dan lain-lain]

Ke-57

57. Khalifah Umar telah mengambil separuh dari harta kekayaan gabenorgabenornya kerana dia mengesyaki mereka melakukan pecah amanah terhadap Baitul Mal. Persoalan yang timbul, sekiranya harta tersebut adalah hasil dari kecurian dari Baitul Mal, maka ianya wajib dikembalikan kesemuanya, dan bukan dengan cara membahagi dua. Dan mereka pula wajib dipecat daripada jawatan tersebut kerana mereka telah melakukan pecah amanah. Tetapi khalifah Umar tidak memecat kesemua mereka. Dan sekiranya harta tersebut diusahakan oleh mereka melalui jalan yang halal seperti perniagaan atau seumpamanya, maka dia tidak harus mengambil daripada mereka. Kerana tidak halal mengambil harta seorang Muslim melainkan dengan keredhaannya. Malah dia telah mengambilnya daripada mereka secara paksaan.[Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj alBalaghah, III, hlm. 163]

Ke-58

58. Khalifah Umar telah memaafkan gabenornya Muawiyah di Syam dari membahagi dua hartanya. Sedangkan Muawiyah dikenali sebagai seorang yang mengambil harta Baitul Mal Muslimin. Tetapi sebaliknya mempertahankan kedudukannya dengan mengatakan bahawa dia adalah kisra Arab. Sedangkan Nabi SAW telah memarahinya dan bapanya. Sepatutnya dia tidak melantiknya sebagai gabenor di Syam kerana orang lain lebih layak daripadanya.[al-Tabari, Tarikh, XI, hlm. 357]

Ke-59

59. Khalifah Umar telah memerintahkan rejam wantia yang sedang hamil kerana melakukan zina. Ali AS membantahnya dan berkata:"Sekiranya anda mempunyai kuasa ke atasnya tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya."Kemudian Umar berkata:"Setiap orang adalah lebih alim daripadaku."[al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 81]

Ke-60

60. Khalifah Umar telah menjalankan hukum had ke atas Abdul Rahman pada kali kedua kerana meminum arak. Sebenarnya Umru bin al-'As telah menjalankan hukum had keatasnya di Mesir dan disaksikan oleh anaknya, Abdullah bin Umar. Tetapi khalifah Umar tidak mengindahkannya. Kemudian dia memukulnya pada kali kedua:"Abdul Rahman melaung meminta tolong sambil berkata:"Aku sedang sakit, demi Tuhan, anda (Umar) adalah pembunuhku." Dan selepas dia menjalankan had keatasnya dia menahannya pula selama sebulan, kemudian dia meninggal dunia. Sepatutnya dia tidak mengenakan had keatasnya pada kali kedua dan menunggu sehingga dia sembuh dari sakitnya serta tidak menahannya pula.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, III, hlm. 470; alKhatib, Tarikh Baghdad, VI, hlm. 450; Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 127]