Khulafa Rasyidin 3

Khulafa Rasyidin 30%

Khulafa Rasyidin 3 pengarang:
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Sejarah & Biografi

Khulafa Rasyidin 3

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

pengarang: (http://abatasya.net)
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Pengunjung: 1315
Download: 1573

Komentar:

Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 4 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 1315 / Download: 1573
Ukuran Ukuran Ukuran
Khulafa Rasyidin 3

Khulafa Rasyidin 3

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

KHULAFA’ RASYIDIN DI ANTARA NAS DAN IJTIHAD

Pendahuluan:

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat saya menyiapkan sebuah buku berjodol Khulafa' Rasyidin Di antara Nas dan Ijtihad: satu kajian ilmiah yang sering dibincangkan di antara dua aliran pemikiran Islam; Syiah dan Ahlul Sunnah.

Metode kajian ini dilakukan berdasarkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW kemudian catatan para ulama kita Ahlul Sunnah walJamaah di dalam buku-buku mereka mengenai hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang agak bertentangan atau berbeza dengan nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah.

Oleh itu sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan melemparkan tuduhan itu kepada orang lain pula?

Buku ini sekali-kali tidak boleh dilihat sebagai merendah atau memandang kecil jasa baik yang dilakukan oleh mereka. Demi Tuhan saya menghormati mereka semua, tetapi penghormatan saya kepada Allah dan RasulNya adalah mengatasi mereka semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik hakim dan RasulNya pula sebaik-baik rasul yang diutuskan.

Lantaran itu perbandingan di antara nas dan ijtihad hendaklah dilihat dari perspektif Allah SWT sebagai al-Khaliq dan Nabi Muhammad SAWA sebagai Nabi yang sempurna al-kamil kemudian hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang bertentangan dengan alQur'an dan Sunnah Nabawiyyah.

Dengan ini tuduhan mencaci sahabat tidak boleh ditimbulkan lagi sekiranya kita akur kepada nas. Dan segala hukum dan perbuatan mereka bertentangan dengan nas pula dianggap ijtihad. Dan ijtihad tersebut hendaklah tidak dipaksa ke atas sesiapa pun. Dan sebarang penghinaan atau tindakan hendaklah tidak dilakukan kepada sesiapa yang ingin mengikuti nas secara keseluruhannya. Dan bagi orang yang mengikuti nas secara keseluruhannya tidak pula melakukan perkara yang sama terhadap orang yang mengamalkan ijtihad tersebut.

Walau bagaimanapun ijtihad secara umum patut diteruskan kerana apa yang telah berlaku di zaman Khulafa' Rasyidin tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman kita ini. Malah Islam menggalakkan umatnya supaya berijtihad di setiap masa bagi menyahut seruan dan keperluan umat. Lantaran buku ini bertujuan akademik semata-mata semoga ianya akan memperluaskan wawasan berfikir di kalangan umat Islam di rantau ini.

Saya juga ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu berpindah kepada mazhab lain. Tetapi apa yang perlu ialah memperluaskan wawasan berfikir dan tidak pula menyalahkan mereka yang mengikuti nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah di dalam erti kata yang sebenar. Apatah lagi menganggap mereka sebagai sesat atau terkeluar dari agama Islam, begitulah sebaliknya.

Kepada saudara-saudara yang masih fanatik, saya ingin kemukakan kepada mereka kata-kata Khalifah Ali AS:"Manusia akan menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya," dan kata-kata Imam Baqir Sadr"Jikalau saudara-saudara kami Ahlul Sunnah membaca apa yang ada di dalam buku-buku mereka, nescaya mereka sependapat dengan kami, dan perselisihan tidak berlaku di antara kami sejak awal lagi." Saya berkata,"Apa salahnya kalian tahu sedangkan kalian bukan semestinya mengamalkan apa yang kalian tahu."

Akhir sekali saya memohon jutaan maaf dari pembaca yang budiman jika terkasar atau sebagainya kerana ia bukanlah yang dimaksudkannya kerana mesej yang sebenar ialah nas dan ijtihad. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurgaNya bersama Khulafa' Rasyidin dengan mendapat syufaat mereka, dan saya bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Ke-65

65. Khalifah Umar masih meminum minuman keras (arak) pada masa Rasulullah SAW sehingga turunnya ayat di dalam Surah al-Maidah (5):91,"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."

Di dalam keseronokan mabuknya dia membaca beberapa bait syair antaranya: Katakan kepada Allah, adakah Dia menegahku dari minumanku? Katakan kepada Allah, adakah Dia akan menegahku dari makananku?

Apabila sampai berita ini kepada Rasulullah SAW, beliau keluar di dalam keadaan marah lalu memukul Umar. Dan Umar berkata:"Aku mohon dengan Allah dari kemurkaanNya dan kemurkaan RasulNya." Kemudian turunlah ayat di dalam Surah al-Maidah (5):91,"Umar berkata:"Kami telah menghentikannya, kami telah menghentikannya."

Sepatutnya dia telah menghentikan amalan tersebut apabila ayat kedua dalam Surah al-Baqarah (2):219 tentang khamar (arak) diturunkan. Kerana ianya sudah cukup sebagai peringatan kepadanya sekalipun ianya bukanlah pengharaman sepenuhnya. Riwayat yang lain pula mengatakan bahawa Umar masih berada di dalam majlis arak, tiba-tiba seorang lelaki memberitahukan kepadanya bahawa ayat pengharaman arak secara Qat'i telah diturunkan. Lalu dia berkata:"Kami telah menghentikannya. kami telah menghentikannya!" Sebenarnya majlis arak itu berlaku di kelab Abu Talhah. Ibn Hajr di dalam Fath al-Bari, X, hlm. 30, telah menyenaraikan nama-nama para sahabat yang terlibat di dalam majlis arak di kelab Abu Talhah seperti berikut:

1. Abu Bakar bin Abi Qahafah pada masa itu berumur 58 tahun.

2. Umar bin al-Khattab pada masa itu berumur 45 tahun.

3. Abu Ubaidah al-Jarrah pada masa itu berumur 48 tahun.

4. Abu Talhah Zaid bin Sahal, tuan kelab pada masa itu berumur 44 tahun.

5. Suhail bin Baidha', wafat setahun selepas peristiwa tersebut,kerana sakit tua.

6. Ubayy bin Ka'ab.

7. Abu Dujanah Samak bin Kharsyah.

8. Abu Ayyub al-Ansari.

9. Abu Bakar bin Syaghub.

10. Anas bin Malik sebagai pelayan mereka (di saqi al-Qaum) pada masa itu berumur 18 tahun.[al-Tabari, Tafsir, II, hlm. 203; Abu Daud,al-Sunan, II, hlm. 128; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 53; al-Nasa'i, al-Sunan, VIII, hlm. 287; al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 245; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 278; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I. hlm. 252; Ibn Hajr, fath al-Bari, X, hlm.30 dan lain-lain]

Ke-66

66. Khalifah Umar telah mengenakan had tanpa menurut hukum syarak. Seorang peminum arak dibawa kepadanya, lalu dia memerintahkan Muti' bin alAswad supaya melakukan hukuman had ke atasnya. Kemudian dia melihatnya memukulnya dengan pukulan yang kuat lalu dia berkata kepadanya:"Anda telah membunuh lelaki itu. Berapa kalikah anda telah memukulnya?"Dia menjawab:"Enam puluh kali."Lalu Umar berkata:"Jadikan dua puluh pukulan yang belum dilaksanakan itu sebagai menepati pukulan anda "yang kuat," maka jumlahnya cukup 80."Kedua-dua hukumannya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW yang menghukum peminum arak sebanyak 40 kali sebat.[alBaihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm. 317; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]

Ke-67

67. Khalifah Umar berkata:"Sesiapa berkata aku seorang yang alim, maka dia adalah jahil dan sesiapa yang mengatakan dia mukmin maka dia adalah kafir."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 103]

Kata-katanya yang pertama bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-Zumar (39): 9:"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orangorang yang tidak mengetahui (orang-orang jahil)?" Dan kedua, ianya bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah Ali Imran (3): 52:"Hawariyyun berkata: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman (ammana) kepada Allah."

Ke-68

68. Khalifah Umar tidak menggalakkan kaum Muslimin menziarahi Baitul Maqdis kerana khuatir mereka akan membuat Haji seperti di Mekah. Beliau memukul dua lelaki yang melintasi Baitul Maqdis.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm. 157] Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkan kaum Muslimin menziarahi atau beribadat pada tiga masjid. Rasulullah SAWA bersabda:"Pengembaraan diharuskan pada tiga masjid, Masjid Haram, Masjid aku ini dan Masjid al-Aqsa'.[Ahmad bin Hanbal, asl-Musnad, II, hlm. 234; Muslim, Sahih, I, hlm. 392; al-Nasai, al-Sunan, II, hlm. 37]

Ke-69

69. Khalifah Umar telah membentuk majlis syura yang aneh dan menakutkan. Dan ianya mesti ditamatkan dalam masa tiga hari dan dikawal oleh 50 orang tentera yang lengkap dengan senjata. Dia melantik enam orang; Sa'd bin Abu Waqas, Abdul Rahman bun Auf, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, al-Zubair bin al-Awwam dan Uthman bin Affan. Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian-cacian yang tidak melayakkan mereka menjadi khalifah. Kemudian dia berkata:"Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju maka bunuhlah keduaduanya. Dan jika tiga menentang dan tiga tiga bersetuju maka pilihlah pihak yang ada Abdul Rahman bin Auf.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 24]

Perhatikanlah bagaimana Khalifah Umar menghalalkan darah Muslimin di dalam keadaan tersebut? Ini bererti jika Ali menentang, dia akan dibunuh. Oleh itu hukumannya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW. Tidak halal darah Muslim melainkan tiga perkara: Lelaki kafir selepas Islamnya, lelaki berzina selepas Ihsannya, membunuh tanpa hak.[Ibn Majah, al-Sunan, II, hlm. 110]

Sistem syura yang diciptakan oleh Umar itu adalah untuk menjauhkan Ali AS daripada menjadi khalifah seperti berikut:

1. Syura ini telah melahirkan permusuhan terhadap Ali AS. Talhah al-Tamimi adalah dari keluarga Abu Bakar yang telah memindahkan khalifah dari Ali AS. Abdul Rahman bin Auf adalah ipar Uthman, adalah di antara orang yang menentang Ali AS. Dan dia di antara orang yang cuba membakar rumah Ali AS kerana keengganannya memberi bai'ah kepada Abu Bakar.Sa'd bin Abu Waqas adalah di antara orang yang dendam terhadap Ali AS kerana ramai daripada bapa-bapa saudaranya telah dibunuh oleh Ali AS kerana penyibaran Islam. Lantaran itu dia lewat memberi bai'ah kepada Ali AS. Dan Uthman ketua Bani Umaiyyah yang dikenali dengan permusuhan dan penentangan terhadap Bani Hasyim dan keluarga Rasulnya. Justeru itu syura telah diciptakan begitu rupa adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali daripada jawatan khalifah.

2. Syura ini menjaukhkan Ali dari anasir-anasir yang membantunya di dalam pemilihan, kerana tidak seorang pun orang Ansar dipilih di dalam majlis syura tersebut. Perhatikanlah bagaimana khalifah Umar menjalankan politiknya yang halus supaya Ali tidak terpilih di dalam syura tersebut.

3. Syura menjadikan Abdul Rahman sebagai penentu apabila tiga bersetuju dan tiga lagi menentang. Apakah kelebihan Abdul Rahman bin Auf? Tidakkah dia berkata kepadanya:"Ada adalah firaun ummat ini?"[Ibn Qutaibah, al-Imamah walSiyasah, I, hlm. 24]

4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan anggotaanggotanya. Sa'ad bin Abu Waqas dan Abdul Rahman patuh kepada Uthman. Dan berlakulah sebagaimana yang berlaku.

Ke-70

70. Khalifah Umar berhasrat untuk melantik Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai khalifah. Dia berkata:"Sekiranya Abu Ubaidah bin al-Jarrah masih hidup, nescaya aku melantiknya menjadi khalifah."[Ibn Qutaibah, al-Imamah walSiyasah, I, hlm. 23] Kata-kata Khalifah Umar itu adalah bertentangan dengan hadith-hadith Rasulullah SAW, di antaranya,"Ini Ali saudaraku, khalifahku, pewaris ilmuku."[al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Duriyy, hlm. 134] Perhatikanlah bagaimana khalifah Umar tidak pernah terlintas di hatinya untuk melantik Ali AS sebagai khalifah. Malah majlis syura yang dibentuk olehnya adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali AS dari jawatan tersebut dengan cara yang paling halus.

Ke-71

71. Khalifah Umar telah mengubah nama kinayah "Abu Isa" (bapa Isa) yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada al-Mughirah bin Syu'bah. Dan dia memanggilnya Abu Abdillah (bapa hamba Allah). Dia berkata:"Adakah Isa mempunyai bapa? Cukup anda dipanggil Abu "Abdillah." Sebahagian sahabatnya berkata:"Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memanggilnya Abu Isa."Dia menjawab:"Rasulullah SAW telah diampuni dosanya. Tetapi kita tidak mengetahui apakah akan dilakukan kita." Umar telah memanggilnya Abu Abdillah sehingga dia mati.[Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 413; al-Baihaqi, al-Sunan, IX, hlm. 310; Abu Daud, al-Sunan, II, hlm. 309]

Sepatutnya khalifah Umar tidak mengubah panggilan tersebug. Tetapi dia telah mengubahnya kerana Isa tidak mempunyai bapa. Lantaran itu nama Abu Isa (bapa Isa) tidak boleh dipanggil dan ianya suatu dosa sekalipun iannya dipanggil oleh Rasulullah SAW sendiri. Tetapi perbezaannya dosa beliau diampuni dan dosanya belum tentu diampuni atau tidak.

Ke-72

72. Khalifah Umar telah menulis surat kepada penduduk Kufah supaya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Nabi. Dan memerintahkan sebahagian penduduk Madinah supaya mengubah nama-nama mereka yang dinamakan dengan nama Muhammad. Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW yang mengizinkannya. Di antaranya Rasulullah SAW bersabda:"Siapa yang mempunyai tiga orang anak lelaki dan dia tidak menamakan seorang daripada mereka dengan nama Muhammad, maka dia adalah orang seorang jahil."[al-Haithami, Majma' al-Zawaid, VIII, hlm. 49] Dan apabila sebahagian sahabat memberitahukan kepadanya bahawa Rasulullah SAW membenarkannya, lalu dia menarik balik perintahnya.[Umdah al-Qari, VII, 143]

Ke-73

73. Khalifah Umar telah mengenakan had ke atas seorang yang berpuasa yang berada di dalam majlis minuman arak. Mereka berkata:"Dia itu berpuasa." Umar menjawab:"Kenapa dia berada bersama mereka."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz alUmmar, III, hlm. 101] Sepatutnya dia menyelidik kenapa lelaki itu berada di tempat itu. Dan kenapa dia tidak mengenakan hukum ta'zir ke atasnya?

Ke-74

74. Khalifah Umar telah melarang kaum Muslimin menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama malaikat. Dia mendengar seorang lelaki memanggil kawanya bernama Dhu l-Qarnain. Umar berkata:"Kalian sudah selesai menggunakan nama-nama para Nabi maka sekarang kalian mengguna namanama malaikat pula?[Ibn Hajr, Fath al-Bari, VI, hlm. 295] Persoalannya apakah yang menghalang seseorang itu menamakan anak-anak mereka dengan namanama malaikat seperti al-Jibra'il, Mika'il, dan Israfil? Kerana terjemahan namanama tersebut di dalam bahasa Arab ialah Abdullah, Ubaidillah dan Abdul Rahman.

Ke-75

75. Khalifah tidak mengetahui tentang hukum seorang yang telah menceraikan isterinya dengan talak dua di masa Jahiliyah dan satu talak pada masa Islam. Dia hanya berkata:"Aku tidak menyuruh anda dan aku tidak pula melarang anda." Tetapi Abdul Rahman menjawab:"Aku menyuruh anda bahawa talak anda pada masa Jahiliyah tidak dikira."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 161]

Ke-76

76. Khalifah Umar telah mengharamkan perkahwinan selama-lamanya ke atas seorang perempuan yang melakukan hubungan jenis dengan hamba lelakinya kerana penakwilannya terhadap Surah al-Mukminun (23):6,".....atau hambahamba yang mereka miliki." Umar bermesyuarat dengan beberapa orang sahabatnya mengenainya. Mereka berkata:"Ianya tidak boleh direjam kerana dia telah menakwilkan ayat tersebut." Umar berkata:"Tidak mengapa! Demi Allah aku mengharamkan ke atas anda perkahwinan selama-lamanya, sebagai gantian kepada hukum had."Dan dia memerintahkan hamba lelaki tersebut supaya "tidak menghampirinya." Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan dengan hukum Allah dan Sunnah RasulNya.[al-Tabari, Tafsir, VI, hlm. 68; alBaihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 127; Ibn Kathir, Tafsir, III, hlm.239]

Ke-77

77. Khalifah Umar telah memukul seorang anak lelakinya yang memakai pakaian yang cantik dengan cemeti sehingga dia menangis. Hafsah bertanya:"Kenapa anda memukulnya?"Dia menjawab:"Aku melihat dia bermegah dengan pakaiannya, lalu aku memukulnya kerana aku suka membuatkan merasa rendah diri kepadaNya."[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 96]

Jikalau itulah tujuan khalifah Umar kenapa dia menyalahi banyak hukum-hukum Allah dan Sunnah-sunnah RasulNya dengan menggunakan ijtihadnya? Dan adakah penggunaan ijtihadnya itu bagi menambahkan perasaan rendah dirinya terhadap Allah dan RasulNya?

Ke-78

78. Khalifah Umar telah memukul al-Jarud al-Amiri dengan cemeti apabila seorang daripada sahabatnya berkata kepada al-Jarud:"Ini adalah penghulu kabilah Rabi'ah." Al-Jarud berkata,"Kenapa anda memukulku wahai Amirul Mukminin?"Dia menjawab:"Aku mendengar mereka berkata:Anda adalah penghulu kabilah Rabi'ah. Aku khuatir ianya membuatkan anda merasa megah."[Ibn al-Jauzi, Sirah al-Umar, hlm. 178; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz, alUmmal, hlm. 167]

Ke-79

79. Khalifah Umat tidak mengambil jizyah daripada orang-orang Majusi kerana dia tidak mengetahui bahawa mereka daripada Ahlul Kitab sehingga dia diberitahu oleh Abdul Rahman bin Auf bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Laksanakanlah hukum ke atas "mereka" sebagaimana hukum Ahlul Kitab." Kemudian dia melaksanakannya setahun sebelum dia wafat. Sepatutnya dia telah mengetahuinya dan mengambil jizyah daripada mereka.[al-Khatib alTabrizi, Misykat-al-Masabih, hlm. 334; Malik, al-Muwatta', hlm. 207; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190; al-Baihaqi, al-Sunan, VIII, hlm. 234; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 32]

Ke-80

80. Khalifah Umar tidak memahami doa seorang lelaki "Allahumma Ij'alni mina lQalil (Wahai Tuhanku jadikanlah aku di kalangan orang yang sedikit)." Umar bertanya kepada lelaki itu:"Apakah doa ini?" Lelaki itu menjawab:"Aku mendengar Allah berfirman di dalam Surah al-Saba'(34):12,"Dan sedikit sekali (qalilun) dari hamba-hambaku yang berterima kasih." Maka kau berdoa agar Dia menjadikan aku di kalangan yang sedikit itu." Umar berkata:"Semua orang lebih alim daripada Umar."[al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 229; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 445 dan lain-lain]

Ke-81

81. Khalifah Umar berhasrat melantik Muadh bin Jabal sebagai khalifah. Dia berkata:"Sekiranya Muadh bin Jabal masih hidup, nescaya aku melantiknya menjadi khalifah."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 23] Kata-katanya itu adalah bertentangan dengan ucapanya di hari Saqifah, bahawa Quraisy tidak akan meredhai selain dari Quraisy. Muadh bin Jabal bukanlah Quraisy dan dia adalah orang Ansar. Dan ianya bertentangan dengan 'hadith' para Imam adalah dari Quraisy.

Ke-82

82. Khalifah Umar telah meludah surat persetujuan khalifah Abu Bakar tentang penanaman tanah terbiar oleh Uyainah bin Hasin dan al-Aqra' bin Habis kerana tidak bersetuju dengan rancangan tersebut. Kemudian memadamkannya pula. Akhirnya khalifah Abu Bakar mengakui bahawa kuasa yang sebenar berada di tangan Umar.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajr, alIsabah, V, hlm. 56]

Ke-83

83. Khalifah Umar mengatakan bahawa menjadi kerabat Rasulullah SAW tidak ada guna dan tidak terlepas dari Allah SWT. Lalu Rasulullah SAW memarahinya. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa apabila wafatnya anak lelaki Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW menangis dengan suara yang kuat. Maka Nabi SAW pun datang dan bertanya:"Wahai ibu saudaraku! Apakah yang membuatkan anda menangis? Dia menjawab:"Anak lelakiku telah mati."Rasulullah SAW bersabda:"Wahai ibu saudaraku! Sesiapa yang mati walaupun seorang anak di dalam Islam, dan dia bersabar, Allah akan membina sebuah rumah di syurga." Kemudian dia keluar dan berjumpa Umar. Maka Umar berkata kepadanya:"Kekerabatan anda dengan Rasulullah SAW tidak akan terlepas dari Allah SWT." Lalu Safiyyah menangis lagi. Dan ianya didengari oleh Nabi SAW. Nabi SAW memarahinya (Umar). Kemudian Nabi SAW memerintahkan supaya dilakukan azan dan Nabi SAW lalu berkhutbah:"Apakah gerangan orang-orang yang menyangkakan bahawa kerabatku tidak ada guna?" Beliau bersabda lagi,"Setiap nasab terputus pada hari Kiamat melainkan nasab keturunanku kerana ianya terjalin di dunia dan di akhirat."[al-Haithami, Majma' alZawa'id] Lantaran itu ijtihad Umar itu menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.

Ke-84

84. Khalifah Umar menyanyi dan sahabatnya menyuruhnya menyanyi. Harith bin Abdullah bin Abbas daripada bapanya berkata bahawa dia berjalan bersama Umar di suatu jalan di Makkah di dalam masa pemerintahannya, bersamanya Muhajirin dan Ansar. Umar menyanyikan satu nyanyian, lalu seorang lelaki dari Iraq berkata kepadanya:"Teruskan nyanyian itu wahai Amirul Mukminin."Maka Umarpun menjadi malu kemudian memecutkan untanya dengan laju.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VII, hlm. 336; al-Baihaqi, al-Sunan,V, hlm. 69]

Ke-85

85. Khalifah Umar pada masa jahiliyyah dikenali dengan Umair,"penternak kambing". Khalid bin Du'laj meriwayatkan daripada Qatadah bahawa dia berkata suatu hari Umar keluar bersama al-Jarud al-Abdi dari masjid, tiba-tiba dia terserempak dengan seorang wanita di tengah jalan. Lalu Umar memberi salam kepadanya. Maka dia pun menjawab salamnya dan berkata:"Wahai Umar! Pada masa dahulu anda dinamakan Umair di pasar Ukkaz menternak kambing dengan tongkat anda. Kemudian beberapa hari sahaja berlalu anda menamakan Umar pula kemudian beberapa hari sahaja berlalu sehingga anda menamakan Amirul Mukminin. Lantaran itu bertaqwalah kepada Allah wahai Umar."[Ibn Abd Birr, alIsti'ab, II, hlm. 723; Ibn Hajr, al-Isabah, VIII (1), hlm. 69]

Ke-86

86. Khalifah Umar dan Abu Bakar telah bertengkar sehingga meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah SAW. Abu Bakar berkata:"Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra' bin Habis bagi mengetuai kaumnya." Umar berkata:"Wahai Rasulullah! Janganlah anda melantiknya sehingga mereka menengking dan meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah SAW." Lalu diturunkan ayat di dalam Surah al-Hujurat (49):2, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada Rasulullah SAW mengenai.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 6; al-Tahawi, Musykil al-Athar, I, hlm. 14-42]

Ke-87

87. Khalifah Umar telah memukul dengan cemeti seorang lelaki bernama Sabigh sehingga berdarah di belakangnya kerana dia bertanya tentang huruf-huruf alQur'an (Mutasyabih al-Qur'an). Beberapa hari kemudian dia berkata kepada khalifah Umar:"Jika anda mahu membunuhku, bunuhlah dengan baik. Dan jika anda mahu mengubatiku, aku sekarang sudah sembuh." Kemudian Umar menulis surat kepada Abu Musa al-Asy'ari supaya tidak membenarkan orang ramai bergaul dengannya. Tindakan itu menyulitkan kehidupannya. Lalu Abu Musa al-Asy'ari menulis surat kepada khalifah Umar supaya membenarkan orang ramai bergaul dengannya kerana dia sudah bertaubat. Kemudian khalifah Umar membenarkannya.[al-Darimi,al-Sunan, I, hlm. 54; Ibn Asakir, Tarikh, VI, hlm. 384; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 109]

Ke-88

88. Khalifah Umar tidak mengetahui ilmu Qira'at al-Qur'an. Diriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia berkata:"Ubayy meriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia berkata:"Ubayy membaca ayat 107 di dalam Surah al-Maidah,"Mani Iladhina Istahaqqa 'Alaihim al-Aulayyan." Umar berkata kepada Ubayy:"Anda telah berbohong."Ubayy menjawab:"Anda lebih banyak berbohong."Seorang lelaki berkata kepada Ubayy:"Anda membohongi Amirul Mukminin?"Dia menjawab:"Aku lebih memuliakan Amirul Mukminin daripada anda. tetapi aku membohonginya kerana membenarkan Kitab Allah dan aku tidak membenarkan Amirul Mukminin untuk membohongi Kitab Allah. Umar menjawab:"Ya, betul."[alMuttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm, 285; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 344]

Ke-89

89. Khalifah Umar pernah tidak membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama. Manakala rakaat kedua dia membaca Surah al-Fatihah dua kali. Apabila dia selesai sembahyang dan salam dia sujud dua sujud sahwi.[Ibn Hajar, Fath alBari, III, hlm. 69;al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, II,hlm. 382] Ibrahim al-Nakh'i berkata:"Umar bin al-Khattab sembahyang Maghrib tanpa membaca sesuatupun sehingga dia memberi salam. Apabila selesai dia bertanya:Adakah anda tidak membaca sesuatupun? Umar menjawab:Aku menyediakan tentera ke Syam....Maka Umarpun mengulangi sembayangnya dan orang lainpun mengulanginya."Daripada Sya'bi bahawa Abu Musa al-Asy'ari berkata kepada Umar,"Wahai Amirul Mukminin! Adakah anda membaca di dalam hati anda sesuatu."Dia menjawab:"Tidak."Maka dia menyuruh diazan dan diiqamatkan, lalu Umar mengulangi sembahyang dan merekapun mengulanginya.[al-Muttaqi alHindi, Kanz al-Ummal, IV, hlm. 213; al-Baihaqi,al-Sunan, II, hlm. 342]

Ke-90

90. Khalifah Umar telah menyetubuhi seorang hamba (nya) pada siang hari bulan Ramadhan. Al-Daral-Qutni di dalam Sunannya Kitab al-Siyam, bab alQublah Li s-Siam (Perbahasan Mengenai Puasa dan Bab Kucupan Bagi Orang yang Berpuasa) telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Sa'id bin alMusayyab bahawa Umar telah datang kepada para sahabatnya dan berkata:"Apakah pendapat kalian tentang perkara yang aku telah melakukannya hari ini? Pada mulanya aku berpuasa, tiba-tiba seorang hamba wanita melintasiku, dia mempersonakanku, maka aku pun menyetubuhinya."Orang ramai menjadi riuh dengan kelakuannya itu sedangkan Ali AS berdiam sahaja. Lalu Umar bertanya kepada Ali AS:"Apa pendapat anda?" Beliau menjawab:"Anda telah melakukan perkara yang halal tetapi pada siang hari Ramadhan."Lalu Umar berkata:"Fatwa anda adalah lebih baik dari fatwa mereka."[Ibn Sa'd, Tabaqat, II, Bhg.II, hlm. 102]

Persoalannya:"Sekiranya khalifah Umar mengetahui hukumnya, apakah yang mendorongnya bertanya kepada para sahabatnya dan kemudian kepada Ali AS? Sekiranya dia tidak mengetahuinya, apakah yang menyebabkan dia berani melakukannya sebelum dia mengetahui halalnya dengan bertanyakan hukumnya?"

Ke-91

91. Khalifah Umar ketika sembahyang bersama Nabi SAWA telah menyeru Badwi penjual susu supaya berhenti di tempatnya. Al-Haithami di dalam Majma' al-Zawa'id, II, hlm. 62, meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW sedang sembahyang tiba-tiba seorang Badwi datang dengan susunya. Kemudian Nabi SAW memberikan isyarat kepadanya, tetapi dia (Badwi) tidak memahaminya.Lalu Umar memanggilnya:"Wahai Badwi! Berhentilah di situ." Apabila Nabi SAW memberi salam, beliau bertanya:"Siapakah yang bercakap tadi?" Orang ramai menjawab:"Umar." Lalu Nabi SAW bersabda:"Ilmu fiqh mana yang diikutinya! (sehingga dia boleh bercakap di dalam sembahyang)."

Ke-92

92. Khalifah Umar tidak mengetahui pengertian al-Abb di dalam Surah Abasa (80):32...."dan buah-buahan serta rumput-rumputan (Abban)." Sepatutnya dia mengetahui pengertian tersebut.[al-Hakim,al-Mustadrak, II, hlm. 514]

Ke-90

93. Khalifah Umar tidak dapat memahami pengertian al-Haraj di dalam Surah alHajj (22): 78,"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan."Lalu dia bertanya kepada seorang lelaki dari Bani.

Madlaj:"Apakah pengertian al-Haraj (suatu kesempitan)?Lelaki itu menjawab:"alDhaiq (kesempitan)."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 257]

Ke-94

94. Khalifah Umar telah menyiram satu pokok kurma tetapi ianya tidak berbuah sementara Nabi SAW menyiram pokok-pokok kurma yang banyak, kesemuanya berbuah. al-Baihaqi di dalam Sunannya,IX, hlm. 321 telah meriwayatkan sanadnya daripada Abdullah bin Baridah daripada bapanya bahawa Salman al-Farisi berkata:"Rasulullah SAW menyiram pokok-pokok kurma selain satu pokok yang disiramkan oleh Umar. Kesemua pokok yang disiramkan oleh Nabi SAW pada tahun itu berbuah, hanya satu pokok yang disiramkan oleh Umar yang tidak berbuah. Maka Rasulullah SAW bertanya:"Siapakah yang menyiramkan pokok kurma yang tidak berbuah itu?Mereka menjawab:"Umar."Lalu Rasulullah SAW menyiramkan pokok tersebut dan mengeluarkan buah pada akhir tahunnya."

Ke-95

95. Khalifah Umar kurang mampu memahami ungkapan seorang wanita yang merayu kepada Umar mengenai suaminya. Dia berkata:"Sesungguhnya suamiku berpuasa di siang hari dan beribadat di waktu malam." Umar tidak memahami ungkapan tersebut, malah dia berkata:"Anda mempunyai suami yang baik."Lalu seorang lelaki di majlis itu memberitahukan kepadanya maksud ungkapannya,"Dia merayu mengenai suaminya yang tidak menidurinya."Kemudian Umar meminta lelaki tersebut supaya memberi hukuman di antara mereka berdua.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 96 dan lain-lain]

Ke-96

96. Khalifah Umar tidak memahami pengertian "kezaliman" di dalam Surah alAn'am (6):82,"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman."Dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab tentang pengertian tersebut. Ubayy bin Ka'ab berkata:"Maksud kezaliman di dalam ayat tersebut ialah Syirk. Tidakkah anda pernah mendengar ucapan Luqman kepada anak lelakinya di dalam firmanNya Surah Luqman (31):13,"Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya Syirk itu adalah benar-benar kezaliman yang besar."[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 305]

Ke-97

97. Khalifah Umar memukul seorang lelaki sehingga terjatuh serbannya kerana bertanya kepadanya tentang al-Jiwar al-Kannas (Surah al-Takwir (81):16:"(Bintang) yang beredar dan terbenam".) Sebenarnya lelaki tersebut ingin mengetahui maksud al-Jiwar al-Kannas, tetapi khalifah Umar sendiri tidak memahaminya lalu memukulnya sehingga terjatuh serbannya.

Sepatutnya khalifah Umar bertanya pula kepada Ali AS nescaya dia akan memberi jawapan yang memuaskan.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 229]

Ke-98

98. Khalifah Umar telah menjalankan pemerintahannya agak kasar dan aggresif dan menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang sedang hamil, gugur kandungannya kerana takutkan Umar. Tetapi aneh sekali di dalam peperangan dia merupakan seorang yang selalu melarikan diri.[alBukhari, Sahih, III, hlm. 46; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 37] Talhah berkata kepada Abu Bakar:"Kenapa anda melantik ke atas kami seorang yang kasar?[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 26] Tindakannya itu telah menambahkan kemarahan orang ramai. Lantaran itu ianya bertentangan dengan Rasulullah SAW yang telah menjalankan pemerintahannya dengan lembut dan berbudi pekerti yang tinggi dan bersifat defensif.

Ke-99

99. Khalifah Umar telah membantah Nabi SAW supaya tidak melakukan sembahyang ke atas jenazah Abdullah bin Ubayy dan menarik beliau dengan kuat. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, bab al-Jana'iz, bab al-Kafbn Fi al-Qamis telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abdullah bin Umar bahawa apabila Abdullah bin Ubayy meninggal dunia, anak lelakinya berjumpa Nabi SAW dan meminta baju Rasulullah SAW untuk dikapankan bersama bapanya. Lantas Rasulullah SAW memberikan kepadanya. Apabila Rasulullah SAW mahu mengerjakan sembahyang ke atasnya, "Umarpun menariknya dengan kuat dan berkata:"Tidakkah Allah telah melarang anda dari mengerjakan sembahyang ke atas Munafiqin?" Beliau menjawab:"Aku diberi pilihan di antara dua perkara tersebut."Maka Nabi SAW meneruskan sembahyangnya.[alTurmudhi Sahih, II, hlm. 185]

Ke-100

100. Khalifah Umar telah meninggikan suaranya terhadap Rasulullah SAW. Muslim di dalam Sahihnya, Bab Waqt al-Isya' wa ta'khiruha meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ibn Syihab daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah berkata:"Pada suatu malam Rasulullah SAW telah melambatkan sembahyang 'Isya'(atmah), lalu beliau tidak keluar dari rumahnya sehingga Umar melaung:Wanita-wanita dan kanak-kanak telah tidur! Lantas Rasulullah SAW bersabda kepada orang-orang di masjid ketika beliau keluar.....Sehingga Ibn Syihab memberitahukan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Janganlah kalian mendesak Rasul supaya menyegerakan sembahyang."Ini berlaku apabila Umar melaungkan kepada beliau supaya mengerjakan sembahyang dengan segera."

Ke-101

101. Khalifah Umar membelakangi perintah Rasulullah SAW sebaliknya mematuhi permintaan ketua Musyrikin, Abu Sufian. Rasulullah SAW melarang para sahabatnya menjawab pertanyaan Abu Sufyan di dalam Perang Uhud kerana khuatir kaum Musyrikin mengetahui bahawa beliau masih hidup dan menyerang balas dengan cepat. Abu Sufyan ingin mendapatkan kepastian tersebut. Lalu dia bertanya:"Adakah Muhammad masih hidup?"Rasulullah SAW bersabda:"Janganlah kalian menjawab pertanyaannya."Kemudian dia bertanya kepada Umar secara khusus:"Wahai Umar, aku merayu kepada anda supaya anda memberitahukan kepadaku, adakah kami telah membunuh Muhammad?"Lantas Umar menjawab:"Tidak! Beliau sedang mendengar percakapan anda."[Ibn Jarir, Ibn al-Athir di dalam Tarikh-tarikh mereka bab "Peperangan Uhud"]

Sepatutnya khalifah Umar mematuhi perintah Rasulullah SAW dengan tidak membocorkan maklumat tersebut. Lantaran itu ijtihadnya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.

Ke-102

102. Khalifah Umar telah memanggil seorang wanita yang hamil kerana ingin bertanya kepadanya sesuatu. Tetapi disebabkan ketakutannya kepada khalifah Umar kandungannya menjadi gugur. Dia meminta fatwa para sahabat mengenainya. Mereka berkata:"Anda tidak wajib membayar apa-apapun kepadanya."Lalu Ali berkata:"Sekiranya mereka ingin menjaga hati anda, bererti mereka telah menipu anda. Dan sekiranya ini adalah ijtihad mereka, maka mereka telah bersalah. Oleh itu anda bersalah dan wajib memerdekakan seorang hamba."[Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 58]

Ke-103

103. Khalifah Umar mencaci Abu Hurairah kemudian memukulnya sehingga berdarah dan berkata:"Semasa aku melantik anda ke Bahrain anda tidak mempunyai apa-apapun, meskipun sepasang kasut. Kini anda mempunyai ternakan kuda dan dinar yang banyak."Umar berkata lagi,"Wahai musuh Allah dan musuh kitabNya! Anda telah mencuri harta Allah! [Ibn Abd Rabbih, al-Aqd alFariq, I, hlm. 26] Khalifah Umar memandang Abu Hurairah sebagai seorang yang tidak boleh diharapkan, dan tidak mempunyai amanah lalu memukulnya sehingga berdarah.

Perhatikanlah bagaimana sikap khalifah Umar terhadap Abu Hurairah. Kenapa kita Ahlul Sunnah memarahi Syi'ah kerana menolak Abu Hurairah? Sepatutnya kita lebih memarahi khalifah Umar kerana sikap dan perbuatannya terhadap Abu Hurairah.

Ke-103

104. Khalifah Umar mengkritik (lamiza) Nabi SAW dan cara beliau membahagibahagikan harta sadaqah. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 20 meriwayatkan daripada Salman bin Rabi'ah, dia berkata:"Aku mendengar Umar berkata:Rasulullah SAW membahagi-bahagikan sesuatu, maka aku berkata:Wahai Rasulullah, Ahlul s-Suffah adalah lebih berhak daripada mereka. Dia berkata:Rasulullah SAW bersabda:"Anda bertanya kepadaku tentang perkara-perkara yang keji dan anda menyangka aku seorang yang bakhil sedangkan aku bukanlah seorang yang bakhil."Aku berkata:Beliau meneruskan pembahagian tersebut menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya."Diriwayatkan daripada Abu Musa bahawa Umar telah bertanya kepada Rasulullah perkara-perkara yang dibenci oleh Rasulullah, lantas beliau marah sehingga Umar melihat mukanya berubah. Al-Bukhari juga telah meriwayatkannya di dalam Sahihnya, I, hlm. 19, bab al-'Ilm, dan bab al-Ghadhab fi al-Mau'izah wa al-Ta'lim idha Ra'a ma yakrahu.

Ke-105

105. Khalifah Umar telah memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat dirinya sendiri atau membiarkan dirinya diikat kerana dia telah menampar seorang lelaki dari Zararah yang telah memijak kainnya ketika dia sedang melakukan tawaf. Apabila tiba waktu malam, Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang keluar dari Makkah menuju Istanbul. Kemudian mengisytiharkan menganuti ugama Kristian kerana menentang tindakan Umar. Walau bagaimanpun Jabalah berdukacita di atas apa yang berlaku kerana perasaan kasih kepada Islam masih wujud di hatinya tetapi kemarahan kepada tindakan Umar tetap membara.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, I, hlm. 187] Lantaran itu tindakan Umar yang terburu-buru tanpa kebijaksanaan telah membuat Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang meninggalkan ugama Islam dan memeluk ugama Kristian.

Ke-106

106.Khalifah Umar mengakui kekurangan ilmunya terutamannya jika dibandingkan dengan Ali AS. Pengakuan-pengakuannya telah dicatat di dalam buku-buku Ahlul Sunnah. Di antaranya Umar berkata:

a)"Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."

b)"Wahai Tuhanku! Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abul-Hassan tidak ada."

c)"Wanita telah lemah melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."

d)"Anak lelaki al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi Talib."

e)"Kembalikan percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."

f)"Aku memohon perlindungan dengan Allah dari sebarang permasalahan di mana Abu l-Hassan tidak ada."[Lihat umpamanya al-Tabari, Dhakai'r al-Uqba, hlm. 81; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288]

Pengakuan-pengakuan Umar di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Ali adalah lebih alim dan lebih mulia daripada Umar. Dan pengakuannya tidak boleh difahami sebagai tawadhuknya. Kerana pengakuan tersebut dilakukan selepas permasalahan hukum tidak dapat diselesaikan olehnya. Malah Umar juga mengakui bahawa orang ramai lebih alim daripadanya:

a)"Setiap orang itu lebih alim daripada Umar."

b)"Orang ramai lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar ."

c)"Setiap orang lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di khemah-khemah."

d)"Setiap orang lebih mengetahui daripada anda wahai Umar."

e)"Setiap orang lebih mengetahui daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di rumah-rumah."

Ke-107

107. Khalifah Umar tidak dapat menjawab soalan-solana yang dikemukakan kepadanya oleh Raja Rome. Kemudian dia meminta Ali AS supaya menjawabnya. Ibn Musayyab berkata:"Raja Rome menulis surat kepada khalifah Umar supaya memberikan jawapan kepada beberapa soalan yang dikemukakannya. Amma Ba'd.Sesungguhnya aku bertanya kepada anda beberapa soalan, oleh itu beritahukan kepadaku jawapannya:

1. Apakah perkara yang tidak dijadikan Allah?

2. Apakah perkara yang tidak diketahui Allah?

3. Apakah perkara yang tidak ada di sisi Allah?

4. Apakah perkara yang semuanya mulut?

5. Apakah perkara yang semuanya kaki?

6. Apakah perkara yang semuanya mata?

7. Apakah perkara yang semuanya sayap?

8. Siapakah lelaki yang tida ada keluarga?

9. Apakah perkara yang tidak dikandung oleh rahim?

10. Apakah perkara yang bernafas tetapi tidak ada roh?

11. Apakah yang dikatakan oleh suara loceng gereja?

12. Apakah perkara yang terangkat sekali sahaja?

13. Apakah pokok di mana orang yang berjalan dibayangannya selama seratus tahun belum dapat melintasinya dan apakah seumpamannya di dunia ini?

14. Apakah tempat yang tidak pernah terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja?

15. Apakah pokok yang tumbuh tanpa air?

16. Beritahukan kepadaku tentang Ahli Syurga; mereka makan, minum tanpa kencing dan berak dan apakah seumpama mereka di dunia ini?

17. Di antara hiasan di syurga ialah mangkuk-mangkuk yang cantik dan setiap mangkuk mempunyai berbagai-bagai warna yang tidak bercampur di antara satu sama lain, apakah seumpamannya di dunia ini?

18. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita yang keluar dari buah epal di syurga tanpa sebarang kekurangan?

19. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita di dunia untuk dua orang lelaki dan di akhirat hanya untuk seorang lelaki sahaja?

20. Beritahukan kepadaku tentang anak-anak kunci syurga apakah ia?

Ali AS membaca surat tersebut dan menjawabnya serta merta.'Bismi llahi rRahman r-Rahim. Amma ba'd. Sesungguhnya aku telah membaca surat andaa wahai Raja Rome dan aku menyeru anda dengan pertolongan Allah, keberkatanNya dan keberkatan Nabi kami Muhammad SAW.

1. Adapun perkara yang tidak "dijadikan" Allah ialah al-Qur'an kerana ia adalah kalamNya dan sifatNya begitu juga kitab-kitabNya yang lain. Allah SWT adalah qadim dan "sifat-sifat"Nya juga qadim.

2. Adapun perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda,"Dia mempunyai anak lelaki, teman wanita dan rakan kongsi."Allah tidak sekali-kali mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertaNya."[Surah al-Mukminun (23):91] dan "Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan."[Surah al-Ikhlas(112):3]

3. Adapun perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hambaNya."[Surah Fussilat(41):46]

4. Adapun perkara yang semuanya mulut ialah api. Api menjilat apa yang dicampakkan kepadanya.

5. Adapun perkara yang semuanya kaki ialah air.

6. Adapun perkara yang semuanya mata ialah matahari.

7. Adapun perkara yang semuanya sayap ialah angin.

8. Adapun lelaki yang tidak ada keluarga ialah Adam AS.

9. Adapun perkara yang tidak dikandung oleh rahim ialah tongkat Musa, berbiri Ibrahim, Adam dan Hawa.

10. Adapun perkara yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh ialah "Subuh apabila fajarnya mulai menyingsing [Surah al-Takwir(81):18]

11. Adapun apa yang dikatakan oleh loceng gereja:Taqqan, taqqan, haqqan, haqqan, mahlan, mahlan, 'adlan, 'adlan, sidqan,sidqan, sesungguhnya dunia telah memperdaya dan mempesonakan kita. Dunia berlalu abad demi abad. Setiap hari yang berlalu, melemahkan kedudukan kita. Sesungguhnya kematian memberitahukan kita bahawa sesungguhnya kita sedang berada di dalam suatu perjalanan. Lantaran itu tempatkanlah kami di mana-mana.

12. Adapun perkara yang terangkat sekali sahaja ialah bukit Tursina manakala Banu Isra'il menderhaka kepada Tuhan. Jarak di antaranya dengan Baitul Maqdis adalah beberapa hari perjalanan. Allah SWT telah mencabutkan satu bahagian kecil darinya dan dijadikannya dua sayap dari cahaya. Lalu Dia mengangkatnya di atas mereka sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-'Araf (7): 171:"Dan (ingatlah) ketika kami mengangkat bukit ke atas mereka, seakanakan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka."Dan Dia berfirman kepada Bani Isra'il sekiranya mereka tidak beriman Dia akan menjatuhkannya ke atas mereka dan manakala mereka beriman, Dia kembalikannya di tempatnya yang asal.

13. Adapun pokok di mana orang yang berjalan di bayangannya selama seratus tahun belum dapat melintasinya ialah Pokok Tuba iaitu di Sidrah al-Muntaha di langit yang ketujuh. Di situlah berakhirnya amalan manusia, ianya dari pokokpokok syurga. Tidak ada istana atau rumah di syurga melainkan ianya ditutupi oleh dahan-dahannya, seumpamanya di dunia ini ialah matahari, puncanya satu dan cahayanya di setiap tempat.

14. Adapun tempat yang tidak terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja ialah tanah laut di mana Allah membelahkan laut untuk Nabi Musa AS. Lalu air melambung tinggi seperti bukit dan tanah itu menjadi kering kerana terkena cahaya matahari ke atasnya kemudian air laut kembali ke tempatnya.

15. Adapun pokok yang tumbuh tanpa air ialah Pokok Yunus. Ianya merupakan satu mukjizat baginya sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Saffat (37): 146:"Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok dari jenis labu."

16. Adapun makanan ahli syurga seumpama mereka di dunia ini ialah janin di perut ibunya, menghisap makanan dari pusat ibunya, tanpa kencing dan berak.

17. Adapun warna-warna yang bermacam-macam di satu mangkuk seumpamanya di dunia ini ialah sebiji telur yang mempunyai dua warna; putih dan kuning dan kedua-duanya tidak akan bercampur.

18. Adapun hamba wanita yang keluar dari epal seumpamanya di dunia ini ialah ulat yang keluar dari epal dan tidak berubah.

19. Adapun hamba wanita yang dimiliki oleh dua lelaki ialah seperti satu pokok kurma yang dimiliki di dunia ini oleh Mukmin sepertiku dan oleh orang kafir seperti anda. Dan ianya menjadi milikku sahaja di akhirat kerana ia berada di syurga sedangkan anda tidak memasukinya.

20. Adapun anak-anak kunci syurga ialah Lailaha illa llah Muhammadan Rasulullah.

Ibn al-Musayyab berkata:"Apabila raja Rome membacanya dia berkata:"Percakapan seperti ini tidak dapat diucapkan melainkan oleh seorang yang datang dari "rumah kenabian."[al-Hafiz al-'Asimi di dalam Zain al-Fata, di dalam penerangannya mengenai Surah Hal Ata, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 87]