Khulafa Rasyidin 4

Khulafa Rasyidin 40%

Khulafa Rasyidin 4 pengarang:
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Sejarah & Biografi

Khulafa Rasyidin 4

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

pengarang: (http://abatasya.net)
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Pengunjung: 1149
Download: 1579

Komentar:

Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 5 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 1149 / Download: 1579
Ukuran Ukuran Ukuran
Khulafa Rasyidin 4

Khulafa Rasyidin 4

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

KHULAFA’ RASYIDIN DI ANTARA NAS DAN IJTIHAD

Pendahuluan:

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat saya menyiapkan sebuah buku berjodol Khulafa' Rasyidin Di antara Nas dan Ijtihad: satu kajian ilmiah yang sering dibincangkan di antara dua aliran pemikiran Islam; Syiah dan Ahlul Sunnah.

Metode kajian ini dilakukan berdasarkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW kemudian catatan para ulama kita Ahlul Sunnah walJamaah di dalam buku-buku mereka mengenai hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang agak bertentangan atau berbeza dengan nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah.

Oleh itu sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan melemparkan tuduhan itu kepada orang lain pula?

Buku ini sekali-kali tidak boleh dilihat sebagai merendah atau memandang kecil jasa baik yang dilakukan oleh mereka. Demi Tuhan saya menghormati mereka semua, tetapi penghormatan saya kepada Allah dan RasulNya adalah mengatasi mereka semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik hakim dan RasulNya pula sebaik-baik rasul yang diutuskan.

Lantaran itu perbandingan di antara nas dan ijtihad hendaklah dilihat dari perspektif Allah SWT sebagai al-Khaliq dan Nabi Muhammad SAWA sebagai Nabi yang sempurna al-kamil kemudian hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang bertentangan dengan alQur'an dan Sunnah Nabawiyyah.

Dengan ini tuduhan mencaci sahabat tidak boleh ditimbulkan lagi sekiranya kita akur kepada nas. Dan segala hukum dan perbuatan mereka bertentangan dengan nas pula dianggap ijtihad. Dan ijtihad tersebut hendaklah tidak dipaksa ke atas sesiapa pun. Dan sebarang penghinaan atau tindakan hendaklah tidak dilakukan kepada sesiapa yang ingin mengikuti nas secara keseluruhannya. Dan bagi orang yang mengikuti nas secara keseluruhannya tidak pula melakukan perkara yang sama terhadap orang yang mengamalkan ijtihad tersebut.

Walau bagaimanapun ijtihad secara umum patut diteruskan kerana apa yang telah berlaku di zaman Khulafa' Rasyidin tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman kita ini. Malah Islam menggalakkan umatnya supaya berijtihad di setiap masa bagi menyahut seruan dan keperluan umat. Lantaran buku ini bertujuan akademik semata-mata semoga ianya akan memperluaskan wawasan berfikir di kalangan umat Islam di rantau ini.

Saya juga ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu berpindah kepada mazhab lain. Tetapi apa yang perlu ialah memperluaskan wawasan berfikir dan tidak pula menyalahkan mereka yang mengikuti nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah di dalam erti kata yang sebenar. Apatah lagi menganggap mereka sebagai sesat atau terkeluar dari agama Islam, begitulah sebaliknya.

Kepada saudara-saudara yang masih fanatik, saya ingin kemukakan kepada mereka kata-kata Khalifah Ali AS:"Manusia akan menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya," dan kata-kata Imam Baqir Sadr"Jikalau saudara-saudara kami Ahlul Sunnah membaca apa yang ada di dalam buku-buku mereka, nescaya mereka sependapat dengan kami, dan perselisihan tidak berlaku di antara kami sejak awal lagi." Saya berkata,"Apa salahnya kalian tahu sedangkan kalian bukan semestinya mengamalkan apa yang kalian tahu."

Akhir sekali saya memohon jutaan maaf dari pembaca yang budiman jika terkasar atau sebagainya kerana ia bukanlah yang dimaksudkannya kerana mesej yang sebenar ialah nas dan ijtihad. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurgaNya bersama Khulafa' Rasyidin dengan mendapat syufaat mereka, dan saya bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Ijtihad Khalifah Uthman

Hukum-hukum dan perbuatna-perbuatan khalifah Uthman yang bertentangan dengan nas tetapi di anggap sebagai ijtihad melebihi 41 perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama kita Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:

Ke-1

1. Khalifah Uthman adalah orang yang pertama memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136]

Ke-2

2. Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]

Ke-3

3. Khalifah Uthman tidak menjalankan hukum Qisas ke atas Ubaidullah bin Umar al-Khattab kerana membunuh Hurmuzan dan Jufainah. Sebaliknya membawanya ke Kufah dan membenarkannya menetap di sana. Kaum Muslimin menentang Sunnahnya.[Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm. 619; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 8-10]

Oleh itu pembekuan khalifah Uthman terhadap hukum bunuh Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah satu perbuatan yang menyalahi nas seperti berikut:

a). Pembunuhan yang dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang kepada katakata Abdur Rahman bin Abu Bakar yang berkata:"Aku lalu di hadapan Abu Lu'luah petang semalam bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini bererti Abdur Rahman bin Abu Bakar tidak benar-benar menyaksikan peristiwa itu, dan ini bererti dia bukanlah seorang saksi yang melihat peristiwa tersebut, sedangkan pembunuhan memerlukan dua saksi.

b) Khalifah Uthman berkata:"Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh itu walinya ialah orang-orang Islam, aku adalah khalifah kamu dan aku telah mengampunkannya."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10]

c) Ali berkata:"Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Muslim tanpa kesalahan," lalu dia berkata kepada Ubaidullah,"Wahai si fasiq, jika aku menang dengan kamu pada suatu hari, aku mesti membunuh kamu kerana kamu telah membunuh Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan beliau mempercayai bahawa Ubaidullah telah melakukan pembunuhan yang tidak patut dilakukan terhadap Hurmuzan dan Jufainah (Ibid).

d) Mengemukakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan adalah bertentangan dengan kenyataan khalifah Uthman sendiri bahawa Hurmuzan tidak mempunyai wali dan beliau sendiri mengakui bahawa beliaulah yang mengampunkan Ubaidullah dan bukan Qamazaban. Oleh itu riwayat yang mengatakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan dan mengampunkan Ubaidullah adalah riwayat maudhuk (palsu), kerana ia telah diriwayatkan oleh al-Surriy yang meriwayatkan daripada Syu'aib daripada Saif bin Umar daripada Abi al-Mansur. Saif bin Umar adalah "seorang khayalan" yang menciptakan seorang khayalan lain bernama Abdullah bin Saba' di mana kedua-dua orang tersebut tidak pernah wujud dan ianya ditulis oleh penulis yang tidak diketahui bagi membenarkan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat tertentu seperti Uthman dan lain-lain, lantaran itu riwayat tersebut mesti ditolak.

e) Hurmuzan dan Jufainah keduanya adalah Muslim, berasal dari Farsi. Ali sendiri menyatakan bahawa Hurmuzan adalah seorang Muslim,"Bunuhlah fasiq itu (Ubaidullah) kerana ia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Islam tanpa dosa."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10] Dengan itu alasan bahawa Hurmuzan dan Jufainah adalah kafir adalah bertentangan dengan kata-kata Ali AS dan pembunuh mereka mestilah dibunuh balas.

f) Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam:"Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, buatlah penelitian apabila aku mati dan dapatkan saksi yang menyatakan Hurmuzan adalah pembunuhku, jika ada saksi, maka darahnya adalah menepati darahku dan sekiranya tidak ada saksi maka bunuhlah Ubaidullah kerana dia telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah." Oleh itu saksi dalam kes pembunuhan tersebut adalah tidak jelas dan tidak mencukupi dua orang saksi lantaran itu tidak hairanlah apabila Ali AS menjadi khalifah ia menuntut Ubaidullah supaya ia dibalas bunuh, lalu Ubaidullah berlindung di bawah jagaan Muawiyah di Syam dan akhirnya ia terbunuh di Siffin. Oleh itu pembekuan hukum qisas oleh khalifah Uthman terhadap Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah menyalahi nas.

Ke-4

4. Khalifah Uthman telah memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam kemudian Marwan membelanjakannya untuk membina istana. Justeru itu perbuatannya adalah bertentangan dengan nas.[Surah al-Anfal (18): 41] sebagaimana juga ia telah dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih:"Di antara kebencian orang ramai terhadap Uthman ialah memberi fadak kepada Marwan, dan apabila dia membuka Afrika Utara ia mengambil khums dan memberikannya kepada Marwan."[Ibn Abd Rabbih, al-Iqd al-Farid, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Oleh itu terbukti bahawa ijtihad Uthman memberi fadak dan khums Afrika kepada Marwan adalah bertentangan dengan nas.

Ke-5

5. Khalifah Uthman mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Ali AS menentang ijtihadnya itu kerana ia menyalahi nas.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 69; Muslim, Sahih, I, hlm. 349]

Ke-6

6. Khalifah Uthman memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan. Apabila Ali AS mengetahuinya, beliau menentang hukum tersebut kerana ia bertentangan dengan Surah al-Ahqaf (46): 15 dan Surah al-Baqarah (2): 233. Kedua-dua ayat tersebut bererti masa penyusuan ialah 24 bulan dan masa mengandung yang paling kurang ialah 6 bulan. Sepatutnya khalifah Uthman menangguhkan hukuman tersebut dan menyelamatkan kandungan yang tidak berdosa itu.[Malik, al-Muwatta', II, hlm. 176; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 42]

Ke-7

7. Khalifah Uthman melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah SAW melakukan solat di Mina 2 rakaat. Daripada Abdullah bin Umar berkata:"Rasulullah SAW melakukan solat dengan kami di Mina 2 rakaat begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman di masa awal pemerintahannya. Kemudian Uthman sembahyang 4 rakaat."Abdullah bin Umar apabila melakukan solat bersama khalifah Uthman di Mina beliau melakukan solat 4 rakaat, tetapi apabila melakukan solat seorang diri, dia melakukan 2rakaat. [al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 154; Muslim, Sahih, II, hlm. 260] Sepatutnya khalifah Uthman mengikut Sunnah Nabi SAW yang melakukan 2 rakaat Qasar Zuhr, Asar dan Isyak di Mina.

Ke-8

8. Khalifah Uthman telah lari di dalam Perang Uhud kemudian kembali ke rumahnya selepas tiga hari. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan prinsip jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.[Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 190]

Ke-9

9. Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah. Tindakannya itu ialah disebabkan Abu Dhar mengkritiknya kerana menggunakan harta Baitul Mal untuk keluarganya.[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, I, hlm. 114; alYa'qubi, Tarikh, II, hlm. 162; al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm. 26] Abu Dhar berkata:Sesungguhnya anda telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Demi Tuhan, aku melihat kebenaran dipadamkan,kebatilan dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketakwaan.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 16]

Ke-10

10. Khalifah Uthman memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, sedangkan al-Hakam adalah seorang yang dilaknati dan diusir oleh Rasulullah SAW. Oleh itu tindakannya itu adalah bertentangan dengan nas.[al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60]

Ke-11

11. Khalifah Uthman tidak melaksanakan hukum hudud ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak. Dia mengerjakan solat Subuh empat rakaat di dalam keadaan mabuk dan bertanya:"Adakah aku perlu menambah lagi rakaatnya?"Mereka menjawab:"Tidak, kami telah mengerjakan solat kami."Mereka memberitahu khalifah Uthman mengenainya, lantas khalifah Uthman memarahi mereka, lalu memukul saksi-saksi tersebut. Kemudian mereka memberitahu Aisyah mengenainya. Aisyah berkata:"Uthman telah membatalkan hudud dan memukul saksi-saksi."[Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 638; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 91-92; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 144]

Ke-12

12. Khalifah Uthman berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani.[Muslim, Sahih, I, hlm. 142. Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW,"Apabila bertemu dua khatan, maka wajiblah mandi janabah."[Ahmad bin Hanbal, alMusnad, VI, hlm. 47; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 16]

Ke-13

13. Khalifah Uthman mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah SAW tidak mewajibkannya. Rasulullah SAW bersabda,"Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba."[al-Buladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 62; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 22; Muslim, Sahih, I, hlm. 136]

Ke-14

14. Khalifah Uthman mengenakan hukuman kepada gabenor-gabenor supaya tidak mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 312; alBaihaqi, Sunan, III, hlm. 137; Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 163] Tindakannya itu adalah bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah al-Nisa' (4):10:"Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan solat(mu)." Sebagaimana ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW yang mutlak.

Ke-15

15. Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin Mas'ud sehingga patah tulang rusuknya. Abdullah bin Mas'ud memberitahu kepada Ammar supaya Uthman tidak melakukan solat jenazah ke atasnya nanti. Uthman meminta maaf, tetapi Abdullah bin Mas'ud berkata:"Aku memohon kepada Allah supaya mengambil hak aku ke atas anda."[Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, III, hlm. 259; Ibn Kathir, Tarikh, VII, hlm. 163; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 157]

Ke-16

16. Khalifah Uthman tidak melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahannya, dan tidak bermesyuarat dengan mereka pula. Malah melantik kerabat-kerabatnya dari Banu Umaiyyah.[alImamah wal-Siyasah, I, hlm. 32], sedangkan mereka terdiri daripada orang-orang yang layak untuk memegang jawatan penting seperti gabenor-gabenor dan lainlain. Tetapi Uthman melantik keluarganya al-Walid bin Uqbah sebagai gabenor di Basrah yang terkenal dengan pemabuk.[al-Tabari, Tarikh, V, hm. 60]

Ke-17

17. Khalifah Uthman telah mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabatkerabatnya. Dia melarang kaum Muslimin menggunakan tempat-tempat tersebut yang mengandungi rumput-rumput dan lain-lain, sedangkan Rasulullah SAW menjadikan tempat-tempat tersebut milik bebas kaum Muslimin iaitu mereka bebas memiliki air, rumput, dan api secara saksama. Rasulullah SAW bersabda:"Kaum Muslimin berkongsi di dalam tiga perkara, rumput-rumputan, air dan api."[al-Halabi, Sirah Nabawiyyah, II, hlm. 78; Ibn Qutaibah, al-Imamah walSiyasah, I, hlm. 32]

Ke-18

18. Khalifah Uthman telah membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitul Mal.Oleh itu perbuatannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW, dan tidak hairanlah jika kaum Muslimin mengkritiknya.[Ibn Qutaibah, al-Imamah walSiyasah, I, hlm. 32]

Ke-19

19. Khalifah Uthman telah memberikan pungutan zakat Qadha'ah (di Yaman) kepada al-Hakam bin al-As sebanyak 300,000 Dirham.[al-Baladhuri, Ansab alAsyraf, V, hlm. 28]. Sedangkan al-Hakam adalah orang yang telah diusir dan dilaknati oleh Rasulullah SAW.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 145]

Ke-20

20. Khalifah Uthman telah memberikan wang Baitul Mal kepada Sa'id bin al-As bin Umaiyyah sebanyak 100,000 Dirham. Lantaran itu Ali, al-Zubair, Talhah, dan Abdur Rahman bin Auf menentangnya.[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28]

Ke-21

21. Khalifah Uthman mengambil hukum Allah daripada Ubayy bin Ka'ab. Dia bertanya Ubayy tentang seorang lelaki mencerai isterinya kemudian merujukkan isterinya di dalam haidh ketiga. Ubayy berkata:"Aku berpendapat dia lebih berhak ke atas isterinya selama isterinya belum "mandi" daripada haidh ketiga." Lalu khalifah Uthman mengambil pendapatnya.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 417] Riwayat ini menunjukkan bahawa khalifah Uthman tidak mengetahui hukum tersebut sehingga dia belajar daripada Ubayy dan mengambil fatwanya. Dan tidak syak lagi bahawa orang yang mengajarnya adalah lebih baik daripadanya.

Ke-22

22. Khalifah Uthman menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan dengan firman Tuhan Surah al-Nisa' (4): 23,"Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan....dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara."Ali AS mengatakan pengumpulan dua perempuan yang bersaudara sama ada di dalam perkahwinan atau perhambaan adalah haram. Kerana di dalam Surah al-Mukminun (23):6,"Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba (perempuan) yang mereka miliki" tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan "pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara" untuk disetubuhi kerana pengharaman mereka berdua di dalam perkahwinan dan perhambaan adalah sama. Oleh itu semua imam-imam mazhab empat mengharamkannya.[Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 193; alZamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 359; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 72; al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, I, hlm. 269; Muslim, Sahih, I, hlm. 416]

Ke-23

23. Khalifah Uthman membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya (simati) kerana dia memahami dua saudara lelaki (akhwan) bukanlah saudara-saudara (ikhwah). Tindakannya adalah bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah al-Nisa'(4): 11:"Jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara (ikhwah), maka ibunya mendapat seperenam." Apabila khalifah Uthman ditanya:"Tidakkah (akhawan) dua saudara termasuk ikhwah (saudara-saudara)?"Dia menjawab:"Apakah aku mampu menentang perkara yang telah berlaku?"Ini bermaksud dia tidak mampu mengubahnya kerana dua orang khalifah sebelumnya telah menetapkan hukuman itu walaupun ianya bertentangan dengan al-Qur'an.[al-Hakim, alMustadrak, IV, hlm. 335; al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 227; al-Durr al-Manthur, II, hlm. 126;Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 459]

Ke-24

24. Khalifah Uthman telah memberikan kepada Abdullah bin Khalid bin Usyad bin Abi l-As sebanyak 300,000 Dirham dan setiap orang dari kaumnya sebanyak 1,000 Dirham daripada harta Baitul Mal kaum Muslimin.[Ibn Abd Rabbih, Iqd alFariq, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma'arif, hlm. 84; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 66] Dia memberikan kepada Abdullah 400,000 Dirham. Persoalan yang timbul: Kenapakah khalifah Uthman tidak memberikan wang Baitul Mal kepada orang-orang seperti Abdullah bin Mas'ud, Abu Dhar, Ammar dan lain-lain?

Ke-25

25.Khalifah Uthman mengambil Sunnah daripada seorang wanita. Seorang wanita datang berjumpa Rasulullah SAW tentang iddahnya kerana suaminya telah mati dibunuh di dalam misi khas. Dia bertanya Rasulullah SAW sama ada dia kembali kepada keluarganya Bani Khudrah walaupun suaminya tidak meninggalkan rumah untuknya? Dia berkata:"Rasulullah SAW bersabda:"Ya." Aku pun kembali dan apabila aku sampai di masjid beliau memanggilku lantas aku menyahuti panggilannya. Dia bertanya:"Bagaimana anda berkata?"Akupun menerangkan kisah suamiku kepadanya. Maka beliaupun bersabda:"Tinggallah di rumah anda sehingga tamat "iddah." Dia berkata:"Akupun menangguhkan iddahku selama empat bulan sepuluh hari."Khalifah Uthman datang kepadaku dan bertanya mengenainya. Lalu dia mengambilnya dan melaksanakan hukuman tersebut ke atas orang ramai.[Syafi'i, al-Umm, V, hlm. 208; al-Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 434; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm. 346; Malik, al-Muwatta', II, hlm. 86]

Ke-26

26. Khalifah Uthman mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh itupun kerana khuatir ianya hamil.[Ibn Majah, alSunan, I, hlm. 634;Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 276; Muttaqi al-Hindi, Kanz alUmmal, III, hlm. 223] Tindakan khalifah Uthman itu adalah bertentangan dengan Surah al-Baqarah (2): 228,"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Kerana bercerai secara khal' termasuk di dalam alMuttalaqat (wanita-wanita yang ditalak).

Ke-27

27. Khalifah Uthman melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi SAW dengan sepenuhnya. Dia berkata:"Tidak boleh bagi seseorang meriwayatkan hadith yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Bakar dan Umar."[Mutakhab al-Kanz fi Hamisy Musnad Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi, al-Sunan, I, hlm. 132; Ibn Sa'd, Tabaqat, II, hlm. 354]

Persoalannya:"Jika Sunnah Rasulullah SAW pada masa khalifah Abu Bakar dan Umar telah dilarang dari diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada masa khalifah Uthman? Malah khalifah Uthman hanya menuruti Sunnah dua khalifah yang terdahulu. Justeru itu ketiga-tiga khalifah tersebut telah melarang atau sekurang-kurangnya tidak memberi kebebasan kepada kaum Muslimin untuk meriwayat atau menulis Sunnah Rasulullah SAW mereka, yang menjadi sumber kedua pentingnya selepas al-Qur'an.

Oleh itu ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW,"Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadithku. Kemudian dia menjaganya dan menyebarkannya pula. Kadangkala pembawa ilmu (hadith) membawanya kepada orang yang lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (hadith) bukanlah seorang yang alim."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 78]. Dan sabdanya,"Siapa yang ditanya tentang ilmu, maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Lantaran itu tidak hairanlah jika hadith atau Sunnah Rasulullah SAW mulai ditulis secara resminya pada masa pemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz."