• Mulai
  • Sebelumnya
  • 39 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Pengunjung: 53884 / Download: 591
Ukuran Ukuran Ukuran
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

pengarang:
Indonesia
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KEENAM

Hadis tentang Fadak, Saqifah Bani Sa'idah, balaghah Nabi s.a.w, mutiara kata Amir al-Mukminin a.s, dialog Abu Hanifah dengan Abu Abdullah a.s, qasidah al-Farazdaq untuk Ali bin al-Husain a.s dan lain-lain

Hadis Tentang Fadak
Abu Muhammad, daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Adillah a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, Abu Bakr telah menduduki tempatnya, beliau telah mengutus kepada wakil Fatimah a.s,lalu mengeluarkannya dari Fadak, kemudian Fatimah a.s telah mendatanginya dan berkata: Wahai Abu Bakr! Anda telah mendakwa bahawa anda adalah pengganti bapa aku, menduduki tempatnya, mengutus kepada wakil aku dan mengeluarkannya dari Fadak sedangkan anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah menghadiahkannya kepada aku dan sesungguhnya aku mempunyai beberapa saksi.

Maka Abu Bakr berkata kepadanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak meninggalkan pusaka, maka beliau kembali kepada Ali a.s, lalu memberitahunya, Ali a.s berkata kepadanya: Kembalilah anda kepadanya dan berkata: Anda telah menyangka bahawa Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya sedangkan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan Yahya telah mewarisi Zakaria dan bagaimana aku tidak mewarisi bapa aku? 'Umar berkata: Anda mahu mengajar kami? Beliau a.s berkata: Sekiranya aku adalah seorang yang mengajar anda, maka sepupu aku, dan suami akulah yang telah mengajar aku.

Abu Bakr berkata: 'Aisyah dan 'Umar menjadi saksi sesungguhnya mereka berdua telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya. Fatimah a.s berkata: Ini adalah penyaksian bohong pertama di dalam Islam yang dilakukan oleh mereka berdua. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Fadak adalah pemberian Rasulullah s.a.w kepada aku dan aku mempunyai beberapa orang saksi, beliau berkata kepadanya: Panggil saksi-saksi anda ke mari, maka Fatimah a.s datang bersama Ummu Aiman dan Ali a.s, Abu Bakr berkata kepada Ummu Aiman: Wahai Ummi Aiman sesungguhnya anda telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w bersabda tentang Fatimah?

Maka mereka berdua berkata: Kami telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah penghulu wanita syurga, kemudian Ummu Aiman berkata: Penghulu wanita syurga mendakwa perkara yang bukan haknya? Dan aku adalah wanita syurga selama aku menjadi saksi apa yang aku telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.'Umar berkata: Tinggalkan kami dengan kisah-kisah ini wahai Ummu Aiman, dengan apakah kamu berdua menjadi saksi? Ummu Aiman berkata: Aku duduk di rumah Fatimah a.s dan Rasulullah s.a.w juga duduk sehingga turun Jibrail ke atasnya, dan berkata:Wahai Muhammad! Berdirilah sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku supaya menggariskan Fadak untuk anda dengan sayap aku, maka Rasulullah s.a.w berdiri bersama Jibrail.

Kemudian beliau kembali. Maka Fatimah a.s berkata: Wahai bapaku di manakah anda telah pergi? Maka beliau bersabda: Jibrail telah membuat garisan Fadak untuk aku dengan sayapnya dan menetapkan sempadannya untuk aku, Fatimah a.s berkata: Wahai bapa aku, sesungguhnya aku khuatir tanggungan dan keperluan selepas anda, maka berilah ia kepada aku, maka beliau bersabda:Ia adalah pemberian kepada anda. Beliau berkata: Ya, Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ummu Aiman, saksikanlah, wahai Ali, saksikanlah. Umar berkata: Anda adalah seorang perempuan dan kami tidak mengharuskan penyaksian seorang perempuan seorang sahaja, adapun Ali, maka beliau akan melakukannya untuk dirinya sendiri.

Fatimah berdiri di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka berdua telah menzalimi hak anak perempuan Nabi Engkau, maka kuatkanlah tekanan Engkau ke Atas mereka berdua. Kemudian beliau keluar dan dibawa oleh Ali a.s mengelilingi rumah kaum muhajirin dan ansar, al-Hasan dan al-Husain bersama mereka berdua, Fatimah a.s berkata: Wahai, kaum muhajirin dan ansar, tolonglah Allah, kerana aku adalah anak perempuan Nabi kamu, kamu telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w pada hari itu kamu telah memberi baiah kepadanya untuk melindunginya dan zuriatnya daripada sebarang ancaman sebagaimana kamu melindungi diri kamu, dan zuriat kamu.

Beliau berkata: Tetapi tiada seorang pun yang telah menolongnya. Kemudian beliau datang kepada Mu'adh bin Jabal dan berkata: Wahai Mu'adh, sesungguhnya aku datang bagi meminta bantuan anda, anda telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w agar anda menolongnya dan zuriatnya, menghalangnya sebagaimana anda menghalang diri anda dan zuriat anda. Sesungguhnya Abu Bakr telah merampas Fadak daripada aku, dan mengeluarkan wakil aku daripadanya. Beliau berkata: Adakah orang lain selain daripada aku? Beliau a.s berkata: Tiada seorang pun yang telah menyahuti seruan aku. Beliau berkata:Di manakah aku akan mendapatkan pertolongan untuk anda? Maka Fatimah a.s keluar dari sisinya, dan anak lelakinya datang kepadanya dan berkata: Apakah yang membuatkan anak perempuan Muhammad datang kepada anda?

Beliau berkata: Beliau datang untuk mendapatkan pertolongan aku menentang Abu Bakr, kerana beliau telah mengambil Fadak daripadanya, beliau bertanya lagi: Anda tidak menyahut seruannya? Beliau berkata: Aku seorang tidak boleh melakukannya. Beliau berkata: Anda telah enggan menolongnya? Beliau menjawab: Ya, beliau berkata:Apakah yang telah dikatakan kepada anda? Beliau berkata kepada aku: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w.

Maka anak lelakinya berkata: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w jika anda tidak menyahuti seruan anak perempuan Muhammad s.a.w, beliau berkata: Fatimah a.s keluar dari sisinya dan berkata: Demi Allah,aku tidak akan bercakap dengan anda sehingga aku dan anda berkumpul di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian beliau pulang. Maka Ali a.s berkata kepadanya: Pergi kepada Abu Bakr, kerana beliau adalah lebih lembut daripada sahabatnya dan katakan kepadanya: Anda telah mendakwa tempat bapa aku dan anda khalifahnya.

Anda telah menduduki tempatnya, jika Fadak milik anda kemudian aku meminta anda supaya anda memberinya kepada aku, maka ia wajib diberikan kepada aku. Manakala beliau mendatanginya, beliau berkata kepadanya sedemikian, Abu Bakr berkata: Anda memang benar. Lalu beliau menulis surat tentang pemberian balik Fadak, lantas beliau a.s keluar dan surat telah berada bersamanya, kemudian beliau terserempak dengan 'Umar, maka beliau berkata: Wahai anak perempuan Muhammad, apakah surat bersama anda? Beliau berkata: Surat yang telah ditulis Oleh Abu Bakr tentang pemberian balik Fadak kepada aku, beliau berkata: Berikan kepada aku.

Fatimah a.s enggan untuk memberikannya kepadanya, lalu 'Umar menendangnya dengan kakinya pada masa itu beliau sedang mengandung anak lelakinya al-Muhsin. Maka Muhsin telah tergugur dari kandungannya, kemudian beliau telah memukulnya seolah-olah aku sedang melihat kepada subang di telinganya jatuh bertaburan. Kemudian 'Umar telah mengambil surat tersebut, lalu mengoyaknya. Fatimah a.s pergi dan tinggal tujuh puluh hari di dalam keadaan sakit kerana pukulan 'Umar, apabila hampir mati, beliau telah menyeru Ali a.s dan berkata: Anda memberi jaminan atau aku wasiatkannya kepada anak lelaki al-Zubair.

Maka Ali a.s berkata: Aku menjamin wasiat anda wahai anak perempuan Muhammad, Fatimah a.s berkata: Aku meminta anda dengan hak Rasulullah s.a.w apabila aku mati, dua lelaki itu tidak akan menyaksikan aku dan tidak akan mengerjakan solat jenazah untuk ku, Ali a.s berkata: Maka bagi anda hak sedemikian, apabila beliau mati, maka Ali a.s telah mengapankannya pada waktu malam. Penduduk Madinah datang pada waktu pagi untuk menghadiri jenazahnya, begitu juga Abu Bakr dan 'Umar. Ali a.s keluar dari rumahnya kepada Abu Bakr dan 'Umar, mereka berdua berkata kepadanya: Apakah anda telah lakukan kepada anak perempuan Muhammad, anda telah menyempurnakannya, wahai Abu al-Hasan? Ali a.s berkata: Demi Allah, aku telah menyempurnakannya pada waktu malam.

Mereka berdua berkata: Apakah yang telah membawa anda melakukan sedemikian tanpa memberitahukan kami? Beliau a.s berkata: Fatimah a.s telah memerintahkan aku sedemikian. 'Umar berkata: Demi Allah, aku bercadang untuk menggalinya dan mengerjakan solat ke atasnya. Ali a.s berkata: Demi Allah, selama hati aku masih berfungsi, dan pedang Dhu l-Fiqar masih di tangan aku, anda tidak akan dapat menggali kuburnya, dan anda lebih mengetahuinya. Abu Bakr berkata kepada 'Umar: Pergilah kerana beliau (Ali) adalah lebih berhak dengannya daripada kita, orang ramai pun bersurai .


Hadis Tentang Saqifah Bani Sa'idah
Abu Muhammad daripada 'Umru bin Abu al-Miqdam daripada bapanya daripada datuknya berkata: Tiada hari yang lebih besar dialami oleh Ali a.s daripada dua hari, pertama adalah hari kematian Rasulullah s.a.w . Kedua adalah hari Saqifah Bani Sa'idah, demi Allah, aku sedang duduk di Saqifah Bani Sa'idah di kanan Abu Bakr dan orang ramai sedang memberi baiah kepadanya apabila 'Umar berkata kepada Abu Bakr: Kenapa anda tidak berbuat sesuatu kepada Ali yang belum memberi baiah kepada anda, utus kepadanya sehingga beliau datang kepada anda untuk memberi baiah?

Beliau berkata: Beliau telah mengutus Qunfudh, dan berkata kepada Ali a.s: Sahutlah seruan khalifah Rasulullah s.a.w? Ali a.s berkata: Alangkah cepatnya anda telah berbohong ke atas Rasulullah s.a.w sedangkan Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang pun penggantinya selain daripada aku, Qunfudh kembali dan memberitahu Abu Bakr tentang kata-kata Ali a.s, Abu Bakr berkata: Pergi kepadanya dan katakan kepadanya: Abu Bakr menyeru anda dan datanglah kepadanya sehingga anda memberi baiah, kerana anda seorang lelaki di kalangan muslimin, Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan aku supaya aku tidak keluar sehingga aku menyusun al-kitab (al-Qur'an), kerana ia masih berada di pelepah kurma dan di kulit unta.

Qunfudh kembali lagi kepada Abu Bakr dan memberitahunya tentang kata-kata Ali a.s, lantas 'Umar berkata kepada Abu Bakr:Berdiri lah anda kepada lelaki itu, maka Abu Bakr, Umar, Uthman, Khalid bin al-Walid, al-Mughirah bin Syu'bah, Abu 'Ubaidah, Salim hamba Abu Hudhaifah, dan aku telah berdiri bersama-sama mereka, Fatimah a.s telah menyangka bahawa tiada seorang pun akan memasuki rumahnya melainkan dengan izinnya, maka beliau telah menutup pintunya. Manakala mereka sampai di pintunya, maka 'Umar telah menendangnya dengan kakinya dan memecahkannya-Ia diperbuat dari pelepah kurma-lalu mereka memasukinya dan mengeluarkan Ali a.s di dalam keadaan terikat.

Fatimah a.s keluar dan berkata: Wahai Abu Bakr dan 'Umar! Kamu berdua mahu menjadikan aku ibu tunggal daripada suami aku, demi Tuhan, sekiranya kamu berdua tidak berhenti dari melakukannya terhadapnya, nescaya aku akan menguraikan rambut aku, aku akan mengoyakkan poket baju aku, dan aku akan mendatangi kubur bapa kudan aku akan mengadu kepada Tuhanku, maka beliau pun keluar dan memegang tangan al-Hasan dan al-Husain menuju ke arah kubur Rasulullah s.a.w. Ali a.s berkata kepada Salman: Wahai Salman, dapatkan anak perempuan Muhammad, kerana aku sedang melihat dua kawasan Madinah sedang bergerak, demi Tuhan,jika beliau melakukan apa yang dikatakannya, nescaya Madinah dan penduduknya akan ditelan bumi, beliau berkata: Salman dapat memintasnya dan berkata: Wahai anak perempuan Muhammad,sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus bapa anda sebagai rahmat,maka kembalilah, Fatimah a.s berkata: Wahai Salman, aku tidak sabar lagi, lantaran itu, tinggallah aku sehingga aku mendatangi kubur bapa aku,maka aku dapat mengadu kepada Tuhanku, Salman berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah mengutus aku kepada anda supaya pulang, beliau berkata: Aku mentaatinya, maka beliau pulang, mereka telah mengeluarkan Ali dari rumahnya di dalam keadaan terikat.

Beliau berkata: Al-Zubair datang di dalam keadaan pedang terhunus seraya berkata: Wahai Bani Abd al-Muttalib! Adakah dilakukan sebegini kepada Ali sedangkan kamu masih hidup? Kemudian beliau telah menerkam kepada 'Umar untuk memukulnya dengan pedangnya, lantas Khalid bin al-Walid melontar batu ke tangannya, dan ia mengenainya, lalu terjatuh pedang di tangannya. Lantas 'Umar mengambil pedangnya dan memukulnya ke atas batu, lalu ia pecah.

Ali a.s telah melalui di atas kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai anak lelaki ibu aku, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan mereka hampir membunuh aku". Kemudian Ali a.s dibawa ke Saqifah untuk majlis Abu Bakr, kemudian 'Umar berkata kepadanya: Baiahlah anda kepada Abu Bakr, maka Ali a.s berkata: Jika aku tidak melakukannya? 'Umar berkata: Demi Tuhan, kami akan memukul tengkuk anda, Ali a.s berkata: Jika begitu, aku akan menjadi hamba Allah dan saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka jawapannya: Ya, dan adapun saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh, maka jawapannya: Tidak.-Beliau telah berkata sebanyak tiga kali, 'Abbas berkata: Berlembutlah kamu semua terhadap anak saudara aku, maka baiahnya kepada anda adalah terletak di atas aku.

Kemudian Abbas telah mengambil tangan Ali a.s dan menyapukannya di atas tangan Abu Bakr, dan mereka telah membiarkan Ali a.s di dalam keadaan marah, lalu beliau mengangkat kepalanya ke langit, kemudian berkata: Wahai Tuhanku, Engkau mengetahui sesungguhnya Nabi Ummiyyi telah bersabda kepada aku: Jika mereka genap dua puluh, maka perangilah mereka iaitu firman Engkau di dalam kitab Engkau Surah al-Anfal (8): 65 "Jika kamu mempunyai dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, mereka akan mengalahkan dua ratus orang", wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak sampai dua puluh orang-sehingga beliau telah berkata sebanyak tiga kali-kemudian beliau pulang .


Balaghah Nabi S.A.W
Diriwayatkan oleh sebahagian Bani Hasyim tentang sebuah hadis yang dikaitkan kepada Rasulullah s.a.w secara marfu' bahawa seorang lelaki Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah boleh seorang lelaki menangguhkan mahar isterinya? Beliau bersabda: Ya, apabila ia seorang fakir, kemudian beliau bertanya : Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengajar anda?

Beliau bersabda: Allah yang telah mengajar aku, dan aku adalah seorang Arab yang paling fasih walaupun aku daripada Quraisy, dan dididik di rumah Hawazin Bani Sa'd bin Bakr. Aku telah membesar bagaikan awan, mereka berkata: Inilah awan yang telah meneduhkan kami. Maka beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat bawahannya yang meliputi ufuk langit? Mereka berkata: Alangkah cantik dan kukuh kedudukannya! Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat keseluruhannya? Mereka berkata: Alangkah cantiknya ia di dalam bentuk bulatnya. Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat sinaran dan keputihannya atau jaluran cabangnya yang panjang? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya telah datang hujan kepada kamu? Mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Kami tidak dapati orang yang lebih fasih daripada anda. Beliau bersabda: Apakah yang menghalang aku, sedangkan aku adalah seorang Arab yang paling fasih. Allah telah menurunkan al-Qur'an dengan bahasa aku, sebaik-baik bahasa sekalipun aku dibesarkan di kalangan Bani Sa'd .


Mutiara Kata Amir al-Mukminin A.S
Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau berkata: Orang yang bermegah dengan dirinya sendiri adalah lebih mulia daripada orang yang bermegah dengan bapanya, kerana aku adalah lebih mulia daripada bapa aku, dan Nabi s.a.w adalah lebih mulia daripada bapanya, Ibrahim adalah lebih mulia daripada Tarikh.

Ada orang bertanya kepadanya: Dengan apakah kemegahan itu? Beliau berkata: Dengan salah satu daripada tiga perkara:Harta lahir, adab yang baik, dan pertukangan di mana seorang tidak malu dengannya.

Ada orang bertanya Amir al-Mukminin a.s: Bagaimana anda menyambut waktu pagi wahai Amir al-Mukminin? Beliau berkata:Aku menyambut waktu pagi aku dengan memakan rezeki aku, dan menunggu ajal aku, ada orang bertanya kepadanya: Apa pendapat anda tentang dunia? Beliau berkata: Apa aku akan berkata kepada dunia pada awalnya dukacita, dan akhirnya kematian, sesiapa yang menjadi kaya padanya, hakikatnya ia adalah seorang fakir, dan sesiapa yang menjadi fakir padanya, maka ia berdukacita, halalnya dihisab, dan haramnya ke neraka.

Ada orang bertanya kepadanya: Siapakah orang yang paling bergembira? Beliau berkata: Orang yang selamat dari balasandan mengharap pahala ketika jasad di bawah tanah.

Beliau berkata: Sesiapa yang telah mengunjungi saudaranya muslim kerana Allah, maka Allah akan menyerunya:Wahai pengunjung! Anda telah melakukan perkara yang baik dan syurga pun baik kepada anda.

Beliau berkata: Apabila seorang muslim menunaikan hajat seorang muslim, maka Allah akan menyerunya: Di atasKu pahala anda, dan aku tidak reda kepada anda tanpa syurga.

Beliau berkata: Tiga orang yang akan diketawakan Allah kepada mereka pada hari Kiamat: Seorang lelaki berada di atas hamparannya bersama-samanya isterinya yang dicintai, lalu ia mengambil wuduk, memasuki masjid, mengerjakan solat dan bermunajat kepada Tuhannya, seorang lelaki yang berjunub, kemudian tiada air, lantas ia pergi kepada salji dan memecahkannya, kemudian ia memasukinya dan mandi junub, dan seorang lelaki bertembung musuhnya bersama-sama para sahabatnya, tiba-tiba mereka diserang, maka ia ikut berperang sehingga ia terbunuh.

Beliau berkata: Ucapan takziah akan mewarisi syurga, beliau berkata: Apabila anda membawa keranda mayat, nescaya anda keluar daripada dosa sebagaimana anda dilahirkan ibu anda.

Beliau berkata: Siapa yang telah membeli daging kepada keluarganya dengan satu dirham seolah-olah beliau telah memerdekakan hamba daripada anak Ismail.

Beliau berkata: Siapa yang telah meminum lebihan minuman saudaranya kerana mengambil keberkatannya, nescaya Allah menjadikan di antara mereka berdua malaikat yang akan memohon ampun untuk mereka berdua sehingga berlakunya Kiamat. Beliau berkata: Lebihan makanan atau minuman mukmin adalah penyembuhan kepada tujuh puluh penyakit .


Dialog Abu Hanifah Dengan Abu Abdullah
Muhammad bin 'Ubaid daripada Hammad daripada Muhammad bin muslim berkata: Abu Hanifah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s dan berkata: Aku telah melihat anak lelaki anda Musa sedang mengerjakan solat dan orang ramai melalui di hadapannya, tetapi beliau tidak melarang mereka dan itulah apa yang telah berlaku, Abu Abdullah a.s berkata: Panggilkan Musa untukku, manakala beliau datang kepadanya, beliau berkata kepadanya: Wahai anak lelaki aku, sesungguhnya Abu Hanifah menyebut bahawa anda sedang mengerjakan solat, dan orang ramai melalui di hadapan anda, tetapi anda tidak melarang mereka, beliau berkata: Ya, wahai bapaku, sesungguhnya yang aku mengerjakan solat kepada-Nya adalah lebih hampir kepadaku daripada mereka, Allah berfirman di dalam Surah al-Qaf (50):16 "Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya". Lantas Abu Abdullah mendakapnya dan berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, wahai Yang menyimpan segala rahsia!

Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, adakah pembunuhan di sisi kamu lebih berat daripada zina? Beliau berkata: Pembunuhan lebih berat daripada zina, beliau berkata: Bagaimana Allah telah memerintahkan di dalam pembunuhan dua saksi sementara di dalam zina empat saksi? Bagaimana ini boleh didapati dengan kias? Wahai Abu Hanifah, adakah meninggalkan solat lebih berat atau meninggalkan puasa? Beliau berkata: Meninggalkan puasa lebih berat, beliau berkata: Bagaimana seorang perempuan menggantikan puasanya, dan tidak menggantikan solatnya; bagaimana ini boleh didapati dengan kias?

Aduhai anda wahai Abu Hanifah, adakah perempuan lebih lemah di dalam pendapatnya atau lelaki? Beliau berkata: Malah perempuan, beliau berkata: Bagaimana Allah telah menjadikan satu saham untuk perempuan dan dua saham untuk lelaki? Bagaimana perkara ini dapat dilakukan kias? Wahai Abu Hanifah, berak lebih kotor atau air mani? Beliau berkata: Malah berak lebih kotor, bagaimana boleh dilakukan istinja' daripada berak dan dimandikan junub daripada air mani? Bagaimanakah perkara ini dapat dilakukan dengan kias? Aduhai anda wahai Abu Hanifah, anda berkata aku berkata: Aku akan turun sebagaimana Allah turun? Beliau berkata: Aku minta pertolongan Tuhan dari mengatakannya, beliau a.s berkata: Ya, anda dan para sahabat anda berkata sedemikian tanpa mengetahuinya.

Abu Hanifah berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku sebuah hadis yang kami akan memberitahu kepada orang ramai tentang anda? Beliau a.s berkata: Abu Muhammad bin Ali telah memberitahu aku daripada bapanya Ali bin al-Husain a.s daripada bapanya al-Husain bin Ali a.s daripada bapanya Ali in Abu Talib a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) Ahlu l-Bait daripada setinggi-tinggi tanah 'illiyyin dan Dia telah mengambil tanah syi'ah kita daripada kami. Jika seluruh penduduk langit dan penduduk bumi bekerja keras untuk mengubah sesuatu daripadanya, nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Beliau berkata: Abu Hanifah telah menangis, begitu juga para sahabatnya. Kemudian Abu Hanifah keluar, kemudian diikuti oleh para sahabatnya .


Hadis Tentang Baghal Betina Abu Hanifah
Daripadanya, daripada Sama'ah berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepada Abu Hanifah tentang (al-Syai') sesuatu tertentu dan tentang la syai' (tanpa sesuatu), lalu beliau memberitahunya tentang al-syai' dan tidak dapat menjawab kepadanya tentang la syai', lantaran itu beliau berkata kepada lelaki tersebut: Pergilah dengan baghal betina ini kepada imam orang al-Rafidhah (Abu Abdullah) dan juallah kepadanya bi-la syai' dan terimalah harganya, kemudian lelaki tersebut telah datang bersama baghal tersebut menemui Abu Abdullah a.s, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Aku telah meminta Abu Hanifah supaya menjual baghal betina ini. Beliau berkata: Beliaulah yang telah memerintahkan aku supaya menjualkannya. Beliau a.s berkata: Berapakah harganya? Beliau berkata: Bi-la syai', beliau berkata kepadanya: Apakah yang anda katakan? Beliau berkata: Kebenaran yang aku katakan, maka beliau a.s berkata: Sesunguhnya aku telah membelinya daripada anda bi-la syai'.

Beliau berkata: Abu Abdullah telah menyuruh hambanya memasukkan baghal betina tersebut di dalam kandangnya.

Beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah menunggu bayaran selama satu jam, manakala beliau a.s melambatkan pembayarannya, Muhammad bin al-Hasan berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda tentang bayaran? Beliau berkata: Perjanjian adalah pada keesokannya, lantas beliau kembali kepada Abu Hanifah, maka beliau telah memberitahunya tentang perkara tersebut dan meredainya, pada keesokannya, Abu Hanaifah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Anda telah datang untuk menerima bayaran baghal betina la syai'?

Beliau berkata: Ya, dan la syai' adalah bayarannya? Beliau berkata: Ya, maka Abu Abdullah menaiki baghal tersebut sementara Abu Hanifah menaiki binatang lain melintasi padang pasir, apabila hari siang, Abu Abdullah telah melihat kepada maya sedang meninggi seolah-olah seperti air yang sedang mengalir, Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, apakah di lurahnya seolah-olah ia sedang mengalir? Beliau berkata: Itulah air wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, manakala mereka berdua sampai ke tempat tersebut,maka ianya semakin jauh, lantas Abu Abdullah berkata: Terimalah bayaran baghal betina itu, Allah berfirman Surah al-Nur ( 24) :39 "laksana maya di tanah datar, yang di sangka air oleh orang yang dahaga, tetapi apabila didatanginya air itu, maka dia tidak mendapatinya sesuatupun"

Beliau berkata: Abu Hanifah keluar kepada para sahabatnya di dalam keadaan dukacita, lalu mereka bertanya kepadanya: Apakah gerangan anda wahai Abu Hanifah? Beliau menjawab: Baghal betina aku telah pergi tanpa bayaran sedangkan harga baghal betina itu adalah sepuluh ribu dirham.

21
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Hadis Qasidah Al-Farazdaq Untuk Ali Bin al-Husain A.S
Ja'far bin al-Husain al-Mu'min - rahimahu llahu- telah memberitahu kami daripada Haidar bin Muhammad bin Nu'aim yang dikenali dengan Abu Ahmad al-Samarqandi, murid Abu al-Nadhar Muhammad bin Mas'ud daripada Muhammad bin Mas'ud berkata: Muhammad bin Ja'far telah memberitahu kami berkata: Abu al-Fadhl Muhammad bin Ahmad bin Mujahid telah memberitahu kami, berkata: Al-'Alaa' bin Muhammad bin Zakaria di Basrah telah memberitahu kami berkata: 'Ubaidillah bin Muhammad bin 'Aisyah telah memberitahu kami, lalu berkata: Bapa aku telah memberitahu aku bahawa Hisyam bin Abd al-Malik telah menunaikan fardu haji pada masa pemerintahan Abd al-Malik dan al-Walid, beliau telah melakukan tawaf di Ka'bah, dan mahu mengucup Hajr al-Aswad, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kesesakan, maka disediakan untuknya mimbar, lalu beliau duduk di atasnya.

Penduduk Syam telah melakukan tawaf bersama-samanya, tiba-tiba Ali bin al-Husain datang memakai pakaian ihram, mempunyai muka yang bersih, memakai bauan, dan di antara dua matanya kesan sujud, beliau mulai melakukan tawaf di Ka'bah. Apabila beliau sampai di Hajr al-Aswad, orang ramai memberi ruang kepadanya sehingga beliau mengucup Hajr al-Aswad, kerana kehebatan, dan kemuliaannya, maka Hisyam telah menjadi marah, seorang lelaki daripada Syam berkata kepada Hisyam: Siapakah lelaki yang dihormati oleh orang ramai sebegitu rupa sehingga mereka mengosongkan ruang untuknya bagi mengucup Hajr al-Aswad? Hisyam berkata: Aku tidak mengenalinya,aku harap mereka Syam tidak mencintainya, maka al-Farazdaq berkata bahawa beliau telah hadir bersama, dan mengenalinya. Lelaki Syam berkata: Siapakah dia wahai Abu Faris? Beliau menjawab:

Inilah orang yang dikenali jejaknya oleh ahlinya
Baitullah mengenalinya dan syiarnya-syiarnya
Ini adalah anak lelaki sebaik-baik hamba Allah
Inilah seorang bertakwa, bersih, suci ilmunya
Ini adalah Ali Rasulullah s.a.w bapanya

Cahaya petunjuknya menerangi kegelapan
Apabila Quraisy melihatnya dan berkata:
Kepada kemuliaan lelaki ini berakhirnya kemuliaan
Meningkat kemuncak kemuliaan yang tidak

Dicapai oleh Arab Islam dan A'jam
Hampir dipegang oleh Hajr apabila beliau
mengucupnya

Diam kerana malu diam kerana kehebatannya
Ia tidak bercakap melainkan ketika ia senyum
Berpecah cahaya kegelapan daripada cahaya
sinarannya

Seperti matahari yang memecahkan cahaya
kegelapan
Di tapak tangannya bauan harum telah melekat
Bauannya dari tapak tangan sehingga ke hidungnya
Bertanggung jawab terhadap kaumnya di dalam
kesusahan

Lemah lembut dan mempunyai daya tarik
menggembirakan
Inilah anak lelaki Fatimah jika anda tidak
mengenalinya

Dengan datuknya segala para nabi berakhir
Inilah anak lelaki Fatimah yang dinisbahkan
Di syurga yang kekal namanya ditulis dengan Qalam
Allah telah memuliakannya dan menghormatinya pada awal
lagi

Telah berlaku sedemikian untuknya pada awal Lauh
Daripada datuknya kelebihan para nabi terserlah
kerananya
Dan kelebihan umat terdahulu terserlah kerana
umatnya
memecahkan

Segala kefakiran dan kezaliman
Dua tangannya sebagai pembantu untuk manfaat
umum
Dua tapak tangannya adalah sama dan tidak pernah
menolak
Tingkah lakunya amat menyenangkan tidak takut
dengan cabaran
Dihiaskan dengan dua perkara: Akhlak yang baik dan
mulia

Melaksanakan ihsan dengan saksama, dan
Tidak mungkir janji, baik jagaannya
Lapang dada menghadapi kesusahan dengan cekal
hati
Mencintai mereka adalah perintah agamadan
membenci mereka

Kekafirandan mendekati mereka adalah kejayaan
dan pegangan
Menolak kejahatan dan bala dengan mencintai
mereka
Bertambah ihsan dengannya dan nikmat

Diutamakan selepas menyebut Allah adalah
menyebutkan mereka
Pada permulaan kalam dan selepasnya
Jika dikira ahli takwa kesemuanya merekalah para
imam mereka

Ditanya sebaik-baik penduduk bumi?Jawapannya
adalah mereka
Tidak mampu menandingi mereka dengan
kemurahan mereka
Merekalah bagaikan hujan memberi rahmat
Bagaikan singa yang mengawas dan api yang
Membakar

Celaan enggan memasuki halaman mereka
Akhlak mulia diikuti sifat mulia yang berterusan
Kesusahan hidup tidak mengurangkan
perkhidmatan mereka
Apatah lagi jika mereka kaya atau tidak mempunyai
sesuatu

Mana-mana makhluk tidak di dalam jagaan mereka
Tidak memiliki keistimewaannya, kerana ia adalah
nikmat
Siapa yang mengenali Allah akan mengenali
Keistimewaan ini
Agama dari keluarga rumah inilah dianuti oleh umat

Beliau berkata: Hisyam telah pergi dan memerintahkan supaya Farazdaq ditahan, lalu beliau ditahan di 'Asfan di antara Makkah dan Madinah. Berita penahanannya telah sampai kepada Ali bin al-Husain a.s, maka beliau mengutus kepadanya dua belas ribu dirham, dan berkata: Kami memohon izin wahai Abu Firas, jika kami mempunyai lebih banyak daripada ini, nescaya kami akan memberikannya kepada anda, tetapi beliau telah menolaknya, dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, anda tidak berkata melainkan kemarahan untuk Allah dan Rasul-Nya s.a.w, dan aku tidak bergantung kepadanya sedikitpun, lalu beliau menolaknya kepadanya dan akhirnya beliau telah menerimanya, al-Farazdaq telah menghina Hisyam ketika di dalam tahanan, antaranya:

Adakah anda menahanku di antara Madinah
Di mana hati manusia cenderung kepadanya
Menukar kepala bukan kepala sayyid
Mata juling telah hilang keaibannya

Ali bin al-Hasan bin Yusuf telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja'far al-'Alawi daripada al-Husain bin Muhammad bin Jumhur al-'Ammi berkata: Far'an, perawi al-Farazdaq, telah memberitahuku, berkata: Aku telah mengerjakan haji bersama-sama Abd al-Malik bin Marwan, maka beliau telah melihat kepada Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s, lalu menghinanya dengan berkata: Siapakah lelaki ini? Al-Farazdaq berkata:

Inilah anak lelaki sebaik-baik hamba Allah
Inilah yang takwa, bersih, suci ilmunya

Sehingga beliau menyempurnakan qasidahnya, beliau berkata: Abd al-Malik memberi kepadanya seribu dinar setiap tahun, tetapi beliau tidak memberinya pada tahun itu, lalu al-Farazdaq mengadu kepada Ali bin al-Husain a.s dan memintanya supaya menghubunginya, maka beliau a.s berkata: Aku akan memberi kepada anda harta aku sebagaimana Abd al-Malik telah memberinya kepada anda, beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku tidak mahu membebankan anda sedikit pun, aku mahu pahala daripada Allah pada masa akan datang daripada pahala dunia yang cepat, lantaran itu, beliau telah menghubungi Mu'awiyah bin Abdullah bin Ja'far al-Tayyar salah seorang pemuka Bani Hasyim, beliau berkata : Wahai Abu Firas, berapa tahun lagi anda menganggar umur anda? Beliau berkata: Dua puluh tahun, beliau berkata: Ini dua puluh ribu dinar aku memberi kepada anda daripada harta aku, dan maafkan wahai Abu Muhammad, semoga Allah memuliakan anda di dalam urusan anda tanpa sebarang masalah, beliau berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Muhammad. Beliau telah membelanjakan hartanya kepada aku, aku telah memberitahu kepadanya bahawa aku telah mengakhirkan pahalanya di dunia kepada pahala akhirat .


Abdullah Bin Abu Ya'fur
Beberapa orang syeikh kami, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ibn Abu Najran daripada Muhammad bin Abu Yahya daripada Hammad bin 'Uthman berkata: Aku mahu keluar ke Makkah, maka aku telah mendatangi Ibn Abu Ya'fur, mengucap selamat tinggal kepadanya, aku berkata: Adakah anda mempunyai hajat kepada sesuatu? Beliau berkata: Ya, anda sampaikan salam aku kepada Abu Abdullah a.s.

Beliau berkata: Apabila aku telah sampai ke Madinah, maka aku telah masuk berjumpa dengan Abu Abdullah a.s. Beliau bertanya kepada aku, kemudian berkata: Apakah Ibn Ya'fur buat sekarang? Aku berkata: Beliau berada di dalam keadaan baik, aku telah datang mengucap selamat tinggal kepadanya, lalu beliau telah meminta aku menyampaikan salamnya kepada anda. Beliau berkata: wa 'alai-hi s-Salam, dan sampaikan salam aku kembali dan katakan kepadanya: Peganglah apa yang aku telah janjikan kepada anda .

Ja'far bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibn Abu 'Umair berkata: Salman al-Farra' telah memberitahuku daripada Abdullah bin Abu Ya'fur berkata: Para sahabat kami telah membayar zakat kepadanya,maka beliau membahagi-bahagikannya di kalangan para sahabatnya di dalam keadaan menangis, Salman berkata: Apakah yang membuatkan anda menangis? Beliau berkata: Aku khuatir mereka melihat pembayaran zakat dari pihak aku .


Isa Bin Abdullah al-Qummi
Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahuku daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairi daripada Muhammad bin al-Walid al-Khazzaz daripada Yunus bin Ya'qub berkata: Isa bin Abdullah al-Qummi telah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s.Apabila beliau ingin pulang, Abu Abdullah a.s berkata kepada khadamnya: Panggil beliau supaya datang, lalu beliau datang kembali, lantas beliau berwasiat kepadanya beberapa perkara, kemudian beliau berkata: Wahai Isa bin Abdullah, sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Taha (20):132 " Dan perintahlah kepada keluarga mendirikan solat ", dan sesungguhnya anda adalah di kalangan kami Ahlu l-Bait. Apabila matahari dari sini jaraknya dan dari sini pada waktu asar, maka kerjalah solat enam rakaat.

Beliau berkata: Kemudian beliau mengucap selamat tinggal kepada Abu Abdullah a.s, lalu beliau a.s mengucup di antara dua mata Isa dan pulang, Yunus bin Ya'qub berkata: Aku tidak pernah meninggalkan solat enam rakaat semenjak aku mendengar Abu Abdullah a.s memberitahu kepada Isa bin Abdullah.

Dan para sahabat Abu Abdullah dan Abu Ja'far a.s yang masih tidak dapat dikesan adalah Muhammad bin Maskan, Yusuf al-Tatari 'Umar al-Kardi-diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal-Hisyam bin al-Muthanna al-Razi .


Hamraan bin A'yan
Daripada Ibn Abu 'Umair daripada Hisyam bin al-Hakam daripada Hajr bin Zaidah daripada Hamraan bin A'yan berkata: Aku berkata kepada Abu Ja'far a.s: Aku telah berjanji dengan Allah bahawa aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga anda memberitahu aku apa yang aku akan bertanya kepada anda tentangnya, beliau berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada aku: Tanyalah. Beliau berkata: Aku berkata: Adakah aku daripada syi'ah anda? Beliau berkata: Ya, di dunia dan di akhirat .

Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kami daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ya'qub bin Yazid daripada Marwak bin Ubaid daripada Hisyam bin al-Hakam daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sebaik-baik orang yang memberi syafaat adalah aku, dan bapa aku untuk Hamraan bin A'yan pada hari Kiamat, kami mengambil tangannya sehingga kami memasuki syurga, Muhammad bin Isa bin 'Ubaid telah meriwayatkan daripada Ziad bin Marwan al-Qandi daripada Abu Abdullah a.s: Beliau a.s berkata tentang Hamraan: Sesungguhnya beliau adalah lelaki di kalangan ahli syurga .


Kelebihan Amir al-Mukminin A.S
Tamim bin Abdullah bin Tamim al-Qurasyi-radhia l-Lahu- telah memberitahu kami berkata: Bapaku telah memberitahuku daripada Ali bin Ahmad bin Ali al-Ansari berkata: Ali bin Mitham telah memberitahuku daripada bapanya berkata: Manakala dibelikan untuk Hamidah ibu Musa bin Ja'far a.s akan ibu al-Ridha Najmah, Hamidah telah menyebut bahawa beliau telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w di dalam tidurnya bersabda kepadanya: Wahai Hamidah, berikan Najmah kepada anak lelaki anda Musa, kerana beliau akan melahirkan daripadanya sebaik-baik anak di bumi, lantaran itu, beliau telah memberinya kepada Musa a.s.


Najmah Ibu al-Ridha A.S
Manakala beliau melahirkan al-Ridha a.s, beliau dinamakan al-Tahirah, di samping itu beliau mempunyai beberapa nama, antaranya: Najmah, Arwa, Sakan, Samanah, dan Tukattum iaitu namanya yang terakhir, Mitham berkata: Aku telah mendengar bapa aku berkata: Najmah adalah seorang yang masih dara ketika Hamidah membelinya.

Bapaku telah memberitahu kepada kami, berkata: Sa'd bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin al-Mahbub daripada Ya'qub bin Ishaq daripada Abu Zakaria al-Wasiti daripada Hisyam bin Ahmar berkata: Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Adakah anda telah mengetahui bahawa seorang ahli al-Maghrib telah datang? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Ya, datanglah bersama-sama kami, kami telah datang bersama-samanya sehingga kami berjumpa dengan seorang lelaki dari al-Maghrib bersama-samanya hamba-hamba, beliau berkata kepadanya: Bentangkan kepada kami, maka beliau pun membentangkan kepada kami sembilan hamba perempuan.

Abu al-Hasan a.s berkata: Kami tidak perlu kepada mereka semua, kemudian beliau berkata : Bentangkan lagi kepada kami. Beliau berkata: Tidak ada hamba perempuan lagi, beliau berkata: Bentangkan kepada kami. Beliau berkata: Demi Allah, kami tidak mempunyai hamba perempuan lagi selain daripada seorang hamba perempuan yang sedang sakit. Beliau berkata: Kenapa anda tidak mahu membentangkannya kepada kami? Lelaki itu enggan melakukannya, kemudian beliau a.s pulang, pada keesokannya, beliau telah mengutus aku kepadanya dan berkata: Katakan kepadanya: Berapakah harga terakhir anda mengenainya, dan apabila beliau berkata: Sekian dan sekian, maka katakan: Aku telah mengambilnya.

Akupun mendatanginya dan berkata: Aku tidak mahu mengurangkan harganya, aku berkata: Aku telah mengambilnya dan ia adalah untuk anda, beliau berkata: Ia adalah untuk anda, tetapi siapakah lelaki bersama-sama anda kelmarin? Aku berkata: Seorang lelaki Bani Hasyim, beliau berkata: Bani Hasyim yang mana satu? Aku berkata: Daripada ketua-ketua mereka, beliau berkata: Aku mahu lebih daripada itu, aku berkata: Aku tidak ada lebih daripada itu, beliau berkata: Aku akan memberitahu kepada anda tentang hamba perempuan ini, aku telah membelinya di pedalaman al-Maghrib.

Tiba-tiba seorang perempuan ahlu l-Kitab telah berjumpa dengan aku dan berkata: Apakah hamba perempuan ini berada bersama-sama anda? Aku berkata: Aku sendiri yang telah membelinya, beliau berkata: Tidak patut hamba perempuan ini berada di sisi anda, sepatutnya ia berada di sisi sebaik-baik orang di bumi, kemudian Najmah telah melahirkan seorang hamba di mana timur dan barat terhutang budi kepadanya, beliau berkata: Aku telah mendatangi Abu al-Hasan Musa a.s dengan Najmah, tidak lama kemudian beliau telah melahirkan Ali al-Ridha a.s.


Empat Perkara Tabi'i
Abu Ahmad Hani' bin Muhammad bin Mahmud al-'Abdi telah memberitahu kami-radhia l-lahu-berkata: Bapa aku telah memberitahu aku dengan sanad-sanadnya secara marfu' bahawa Musa bin Ja'far a.s telah berjumpa dengan al-Rasyid, dan al-Rasyid berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w: Beritahu kepada aku tentang empat perkara tabi'i, Musa a.s berkata: Adapun angin, maka malaikat yang memusingkannya. Adapun darah, maka ia adalah hamba; kadangkala menyerang tuannya, adapun kahak, maka ia tidak dapat dirawatnya dengan mudah. Jika ia disekat ia akan meledak. Adapun hempedu, maka ia sepertilah bumi jika ia bergegar, maka akan bergegarlah organ-organ di atasnya, Harun berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, anda telah membelanjakan barang simpanan Allah dan Rasul-Nya kepada orang ramai .


Perkara Di Antara Dua Perkara
Seorang lelaki berkata: Disebut di sisi al-Ridha a.s tentang al-Jabr dan al-Tafwidh, maka beliau berkata: Aku akan memberi kepada kamu asas perkara ini, kamu tidak akan bertengkar mengenainya melainkan kamu memusnahkannya, kami bertanya: Apakah pendapat anda mengenainya? Beliau berkata: Sesungguhnya Allah tidak ditaati dengan paksaan, dan tidak ditentang dengan kekuatan, Dia tidak mengabaikan hamba-hamba-Nya di dalam kerajaan-Nya, Dialah Pemilik manakala Dia memberi mereka hak milik.

Dan Dialah Penguasa manakala Dia memberi kepada mereka kuasa ke atas sesuatu. Apabila hamba-hamba-Nya mahu melakukan ketaatan, maka Allah tidak menjadi penghalang kepadanya (ketaatan), dan penentangnya. Jika mereka mahu melakukan maksiatdan jika Allah mahu menghalang mereka, maka Dia boleh melakukannya, dan jika Dia tidak mahu (syaa), dan mereka melakukannya, maka Dia bukanlah yang membuatkan mereka melakukannya, kemudian beliau berkata: Sesiapa yang memahami garis sempadan percakapan ini, maka beliau telah menentang mereka yang menyalahinya .


Manaqib Amir al-Mukminin A.S
Daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Sinan, daripada mereka yang telah memberitahunya, daripada Abd al-Rahim bin al-Qasir berkata: Abu Ja'far a.s telah memulakan percakapannya dengan aku, dan berkata: Adapun Dhu l-Qurnain telah diberi pilihan dua awan (al-sahabatain). Maka beliau telah memilih awan yang bernama Dhdhalul, dan menyimpan kepada sahabat kamu awan yang bernama al-Sa'ab, aku bertanya kepadanya apakah itu al-Sa'ab? Beliau berkata: Awan yang mengandungi guruh, dan petir, maka sahabat kamu menaikinya. Beliau akan menaiki awan, dan melepasi rintangan-rintangan kepada tujuh langit dan tujuh bumi; lima yang membangun dan dua yang rosak .

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa'id daripada Uthman bin 'Uthman, daripada Sima'ah bin Mihran daripada Abu Basir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah memiliki apa yang ada di atas bumi dan di bawahnya, kemudian dibentangkan kepadanya dua awan; al-Sa'bah dan al-Dhdhalul. Adapun al-Sa'bah adalah pemilikan apa yang terdapat di bawah bumi dan al-Dhdhalul adalah pemilikan di atas bumi,lalu beliau telah memilih al Sa'bah di atas al-Dhadhalul, maka ia telah berpusing dengan Ali a.s sebanyak tujuh bumi, beliau mendapati tiga bumi telah rosak dan empat masih membangun.

Daripadanya, daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu Khalid al-Qamat, dan Abu Salam al-Hanat daripada Surat bin Kulaib daripada Abu Ja'far a.s berkata: Adapun Dhu l-Qurnain telah diberi pilih dua awan, maka beliau telah memilih al-Dhdhalul, dan telah menyimpan al-Sa'ab kepada sahabat kamu, aku berkata: Apakah itu al-Sa'ab? Beliau berkata: Awan yang mengandungi guruh, dan petir, maka sahabat kamu menaikinya. Beliau akan menaiki awan, dan melepasi rintangan-rintangan kepada tujuh langit dan tujuh bumi; lima yang membangun dan dua yang rosak .

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Husain bin Sa'id daripada Safwan bin Yahya daripada Mu'awiyah Ibn 'Ammar daripada Abu al-Zubair daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Di dalam peperangan Taif beliau telah menyeru Ali a.s, maka Ali a.s bermunajat dengannya, Abu Bakr dan 'Umar serta orang ramai berkata: Beliau telah bermunajat dengan Ali a.s, tidak dengan kami, Nabi s.a.w berdiri di hadapan orang ramai memberi khutbah, memuji Allah kemudian bersabda: Wahai manusia, kamu berkata: Aku telah bermunajat dengan Ali a.s, sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak bermunajat dengannya, tetapi Allah telah bermunajat dengannya. Mu'awiyah berkata: Aku telah membentangkannya kepada Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Itulah apa yang dikatakannya.

Ali bin Muhammad bin Sa'd, daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi berkata: Abdullah bin Muhammad al-Yamani telah memberitahu aku daripada Mani' daripada Yunus daripada Ali bin A'yan daripada bapanya daripada datuknya daripada Abu Rafi' berkata: Manakala Rasulullah s.a.w mengutus Surah al-Bara'ah kepada Abu Bakr, maka Allah telah menurunkan ke atasnya supaya mengambil Surah al-Bara'ah daripada Abu Bakr, lalu Abu Bakr memberinya kepada Ali a.s.,Ali a.s berkata kepada Rasulullah s.a.w: Berilah wasiat kepada aku, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Allah akan memberi wasiat kepada anda dan bermunajat dengan anda. Justeru Dia telah bermunajat dengan Ali a.s di hari al-Bara'ah sebelum solat pertama sehingga solat Asar.

Dan diriwayatkan dengan sanad-sanad ini daripada Abu Rafi' sesungguhnya Allah telah bermunajat dengan Ali a.s pada hari Rasulullah s.a.w dikapankan.

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid daripada al-Qasim bin 'Urwah daripada 'Asim bin Hamid daripada Mu'awiyah bin 'Ammar daripada Abu al-Zubair daripada Jabir bin Abdullah, berkata: Pada hari Taif Rasulullah s.a.w telah bermunajat dengan Ali a.s. Abu Bakr dan 'Umar berkata: Anda telah bermunajat dengannya, tanpa kami, beliau bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, malah Allah telah bermunajat dengannya.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Ja'far bin al-Basyir, dan al-Hasan Ibn Ali bin Fadhdhal daripada al-Muthanna Ibn al-Walid al-Hannat daripada al-Mansur bin Hazim daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bermunajat dengan Ali a.s pada hari Taif, maka para sahabatnya berkata: Wahai Rasulullah, anda telah bermunajat dengan Ali a.s sedangkan beliau yang termuda di kalangan kami, beliau bersabda:Aku bukan bermunajat dengannya, malah Allah bermunajat dengannya.

Daripadanya, dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepada ahli Taif: Wahai ahli Taif! Aku akan mengutus kepada kamu seorang lelaki seperti diri aku sendiri (rajulan ka-nafsi) Allah akan membuka dengannya kebaikan pedangnya dan cemetinya, lantaran itu orang ramai akan menghormatinya. Apabila tiba waktu pagi, beliau telah menyeru Ali a.s, dan bersabda: Pergilah anda ke Taif, kemudian Allah telah memerintahkan Nabi-Nya s.a.w supaya datang kepadanya selepas kedatangan Ali a.s. Apabila beliau s.a.w tiba, Ali a.s telah sampai di kemuncak bukit, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Cekalkan pendirian anda, maka Ali menjadi cekal, kami telah mendengar suara seperti suara guruh . Maka beliau bertanya: Apakah ini wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah a.w sedang bermunajat dengan Ali a.s .

22
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Tentang Muhammad Bin Muslim
Beliau berasal daripada Taif, al-Thaqafi, menetap di Kufah berbangsa Arab, mati pada tahun seratus lima puluh hijrah.

Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin a-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Yasin al-Dharir al-Basri, daripada Huraiz daripada Muhammad bin Muslim berkata: Tidak bertelagah di hatiku oleh sesuatu pun melainkan aku telah bertanya Abu Ja'far a.s sehingga aku telah bertanya kepadanya tiga puluh ribu hadis, dan aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s enam belas ribu hadis .

Ja'far bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ali bin Hassan daripada Ali bin 'Atiyyah al-Zayyat yang digelar dengan al-Bawwab, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku tentang pembekuan matahari dari fungsinya (rukud)? Beliau berkata: Aduhai anda wahai Muhammad, alangkah kecilnya bangkai anda dan sukarnya masalah anda! Kemudian beliau telah diam selama tiga hari tanpa bercakap dengan aku. Apabila masuk hari keempat, beliau berkata kepada aku: Anda layak untuk menjawabnya.

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, dan Sa'd bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-'Ala' bin Razin daripada Abdullah bin Abu Ya'fur berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya aku bukan setiap masa dapat bertemu anda, aku tidak dapat datang dan seorang lelaki di kalangan sahabat kami datang, lalu bertanya aku,tetapi beliau tidak ada di sisiku setiap kali beliau bertanya aku tentangnya, berkata: Apakah yang menghalang anda daripada Muhammad bin Muslim al-Thaqafi kerana beliau telah mendengar daripada bapa aku, dan beliau di sisinya diredai dan dihormati .

Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairi daripada Ahmad bin Hilal al- 'Abdi daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir daripada Zararah berkata: Abu Karibah al-Azadidan Muhammad bin Muslim telah menjadi saksi di sisi Syarik dengan satu penyaksian di mana beliau sebagai kadi, maka beliau telah melihat pada muka mereka berdua sejenak, kemudian berkata: Dua orang ja'fari dan fatimi, lantas mereka berdua menangis.

Beliau berkata kepada mereka berdua: Apakah yang membuatkan kamu berdua menangis? Mereka berkata: Anda telah mengaitkan kami dengan kaum yang tidak meredai orang seperti kami untuk menjadi saudara-saudara mereka manakala mereka melihat kewarakan kami yang sedikit, dan anda telah mengaitkan kami kepada seorang lelaki yang tidak meredai orang seperti kami menjadi syi'ahnya, jika beliau menerima kami, kami menerima, maka baginya sebagai kurniaan ke atas kami, Syarik tersenyum, kemudian beliau berkata: Jika mahu menjadi lelaki, maka jadilah lelaki seperti kamu berdua, wahai Walid, lepaskan mereka berdua pada kali ini, dan jangan mereka berdua mengulanginya pada kali kedua, beliau berkata: Kami telah mengerjakan haji, maka kami telah memberitahu Abu Abdullah a.s tentang kisah tersebut, beliau berkata: Allah akan memakaikan Syarik pada hari Kiamat dua kasut dari api neraka .

Ahmad bin Harun dan Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, dan Sa'd bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Fadhdhal daripada Ali bin 'Aqabah daripada Abu Kahmasy berkata: Aku telah bertemu dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata kepada aku:Muhammad bin Muslim telah memberi penyaksian di sisi Ibn Abu Laila, tetapi beliau telah menolak penyaksiannya? Aku berkata: Ya, beliau berkata: Apabila anda pulang ke Kufah nanti, maka berjumpalah dengan Ibn Abu Laila, dan katakan kepadanya: Aku akan bertanya kepada anda tiga soalan, dan janganlah anda memberi fatwa kepada aku dengan menggunakan kias.

Dan janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, pertama: Tanyakan kepadanya tentang lelaki yang mengesyaki pada dua rakaat pertama daripada solat fardu. Kedua: Tentang lelaki yang terkena air kencing pada tubuhnya atau kainnya bagaimana beliau membasuhnya. Ketiga: Tentang lelaki yang melontar dengan tujuh batu kecil, dan satu daripadanya terjatuh bagaimana beliau akan melakukannya? Apabila tidak ada di sisinya jawapan, maka katakan kepadanya: Ja'far bin Muhammad berkata kepada anda: Apakah yang telah membawa anda menolak penyaksian seorang lelaki yang lebih arif tentang hukum Allah daripada anda, dan lebih alim tentang Sunnah Rasulullah s.a.w daripada anda?

Abu Kahmasy berkata: Manakala aku sampai di Kufah, aku mendatangi Ibn Abu Laila sebelum aku sampai ke rumahku, aku berkata kepadanya:Aku akan bertanya kepada anda tiga soalan, dan janganlah anda memberi fatwa kepada aku mengenainya dengan menggunakan kias, dan janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Bertanyalah, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang lelaki yang mengesyaki dua rakaat pertama di dalam solat fardu? Beliau diam seketika, kemudian mengangkat kepalanya kepada ku, dan berkata: Sahabat kami berkata, maka aku berkata kepadanya: Ini adalah syaratku kepada anda, janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya, aku berkata kepadanya: Apakah pendapat anda tentang lelaki yang terkena air kencing pada tubuhnya atau kainnya bagaimana beliau membasuhnya?

Beliau diam seketika, kemudian mengangkat kepalanya dan berkata: Sahabat kami berkata, maka aku berkata:Ini adalah syarat aku ke atas anda. Beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya. Aku berkata: Lelaki yang melontar dengan tujuh batu kecil, maka satu batu terjatuh daripadanya bagaimana beliau melakukannya? Beliau telah menggerakkan kepalanya kemudian mengangkatnya, dan berkata: Sahabat kami berkata, aku berkata:Ini adalah syarat ku ke atas anda, beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya, aku berkata: Ja'far bin Muhammad berkata kepada anda: Apakah yang membuatkan anda menolak penyaksian seorang lelaki yang lebih arif tentang hukum Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w daripada anda? Beliau berkata: Siapakah dia? Aku berkata: Muhammad bin Muslim, maka beliau berkata: Ja'far bin Muhammad telah berkata kepada anda sedemikian? Aku berkata: Allah, Ja'far bin Muhammad telah berkata kepada aku sedemikian. Beliau berkata: Beliau telah mengutus kepada Muhammad bin Muslim, dan menyerunya, lalu beliau memberi penyaksian di sisinya, maka beliau telah menerima penyaksiannya .

Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ya'qub bin Yazid daripada Ibn Abu 'Umair daripada Hisyam bin Salim berkata: Muhammad bin Muslim telah tinggal di Madinah selama empat tahun. Beliau telah berjumpa dengan Abu Ja'far a.s bertanya tentang agama, kemudian beliau telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s selepasnya bertanya kepadanya tentang agama. Ibn Abu 'Umair berkata: Aku telah mendengar Abd al-Rahman bin al-Hajjaj dan Hammad bin 'Uthman berkata: Tiada seorang syi'ah yang lebih alim daripada Muhammad bin Muslim .

Daripadanya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Sesungguhnya aku pada suatu malam sedang tidur di tingkat atas,tiba-tiba seorang telah mengetuk pintu. Aku berkata: Siapakah itu? Beliau berkata: Lihatlah dulu -rahima-ka l-Lahu-, maka aku telah melihat seorang perempuan, beliau berkata: Aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru kahwin, mengalami kesakitan melahirkan anak. Beliau sentiasa di dalam kesakitannya sehingga beliau mati sedangkan anaknya sedang bergerak di dalam perutnya, maka apakah yang aku perlu melakukannya? Aku berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Muhammad al-Baqir a.s telah ditanya tentang perkara yang sama, maka beliau a.s berkata: Perut si mati hendaklah dipecahkan, dan anaknya dikeluarkan.

Wahai hamba Allah, lakukanlah perkara tersebut. Wahai hamba Allah, aku adalah seorang lelaki di dalam persembunyian, siapakah yang telah mengarahkan anda datang kepada aku? Beliau berkata kepadaku: Rahima-ka l-Lahu, aku telah datang kepada Abu Hanifah, maka beliau berkata kepada aku: Aku tidak ada jawapan di sisiku, tetapi anda hendaklah datang kepada Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, kerana beliau akan memberitahu anda mengenainya, dan apa yang telah difatwakannya kepada anda, maka anda kembali kepada aku memberitahu aku mengenainya, maka aku berkata kepadanya:Pergilah dengan selamat, pada keesokannya, aku telah keluar ke masjid, tiba-tiba Abu Hanifah sedang bertanya para sahabatnya tentang perempuan tersebut, lantas perempuan itu mengeluarkan suara perlinya, maka Abu Hanifah berkata: Wahai Tuhanku, sembunyilah aku, tinggalkan kami, kerana kami mahu hidup .


Abu Ja'far al-Ahwal Muhammad Bin al-Nu'man Mu'min al-Taq
Muhammad bin al-Nu'man bin Abu Tariqah Abu Ja'far al-Ahwal adalah hamba kepada Bajilah, beliau pernah bekerja sebagai pengurup wang, orang ramai telah memanggilnya syaitan al-Taq, kerana mereka telah mengesyaki pada dirham, lalu mereka membentangkannya kepadanya, beliau berkata kepada mereka: Dirham palsu bersalut perak, mereka berkata: Beliau adalah syaitan al-Taq,tetapi para sahabat kami memanggilnya mukmin al-Taq, beliau adalah di kalangan para mutakallimin syi'ah, Abu Abdullah a.s telah memujinya tentang perkara tersebut .


Jabir Bin Yazid al-Ja'fi Pengarang Tafsir
Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Ismail daripada Ali bin al-Hakam daripada Ziad bin Abu al-Halal berkata: Para sahabat kami telah berselisih faham tentang hadis-hadis Jabir al-Ja'fi, maka aku berkata: Aku akan bertanya Abu Abdullah a.s. Manakala aku memasuki rumahnya, beliau telah mula berkata kepadaku: Rahima l-Lahu Jabir al-Ja'fi, kerana beliau telah membenarkan kami. Allah melaknati al-Mughirah bin Sa'id, kerana beliau telah membohongi kami .

Ja'far bin al-Husan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad Ibn Isa daripada Yunus daripada Jamil daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manusia telah menjadi murtad (irtadda al-Nasu) selepas al-Husain melainkan tiga orang: Abu Khalid al-Kabili, Yahya bin Ummu al-Tawil, dan Jubair bin Mut'im, kemudian orang ramai telah memasuki Islam kembali .

Daripadanya daripada Ahmad bin Syazan daripada al-Fadhl bin Syazan daripada Ibn Abu Umair daripada Hisyam bin Salim daripada Abu Abdullah a.s bahawa Jubair bin Sa'id telah menjadi pengikut kepada Ali bin al-Husain a.s. Ali bin al-Husain telah memujinya dan inilah sebab beliau dibunuh oleh al-Hajjaj, beliau adalah seorang yang cekal hati. Diriwayatkan bahawa apabila beliau dibawa di hadapan al-Hajjaj bin Yusuf, maka beliau berkata kepadanya: Anda adalah Syaqiyyun bin Kusair? Beliau berkata: Ibu aku adalah lebih arif dengan nama aku. Beliau telah menamakan aku dengan Sa'id bin Jubair.

Beliau berkata: Apakah pendapat anda tentang Abu Bakr dan 'Umar adakah mereka berdua di syurga atau di neraka? Beliau berkata: Jika aku telah memasuki neraka dan aku telah melihat kepada penghuninya, nescaya aku telah mengetahui mereka di dalamnya.Jika aku telah memasuki syurga, dan aku telah melihat kepada penghuninya, nescaya aku telah mengetahui mereka di dalamnya, beliau berkata: Apakah pendapat anda tentang khalifah-khalifah? Beliau berkata: Aku tidak menjadi wakil mereka, beliau berkata: Siapakah di kalangan mereka yang anda paling mencintainya? Beliau berkata: Orang paling diredai oleh Pencipta aku, siapakah di kalangan mereka yang paling diredai oleh Pencipta? Beliau berkata: Orang yang mengetahui rahsia mereka. Beliau berkata: Anda telah enggan membenarkan aku? Beliau berkata: Ya, aku tidak suka membohongi anda .


Hammad Bin Isa al-Jahani al-Basri
Beliau adalah berasal dari Kufah, telah tinggal di Basrah, hidup selama sembilan puluh tahun lebih, berkecimpung dengan Abu Abdullah a.s, dan mati di Wadi Qanat di Madinah iaitu wadi yang mengalir dari Syajarah ke Madinah. Beliau telah mati pada tahun dua ratus sembilan hijrah. Ja'far bin al-Husain al-Mu'mi-rahima-hul-Lahu-telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid daripada Hammad bin Isa berkata: Kami telah memasuki rumah Abu al-Hasan yang pertama a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, doakan untuk aku supaya Allah memberi rezeki kepada aku sebuah rumah, isteri, anak, khadam, dan haji setiap tahun, maka beliau berkata: Wahai Tuhanku, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, kurniakan kepadanya sebuah rumah, seorang isteri, anak, khadam, dan haji selama lima puluh tahun.

Hammad berkata: Apabila beliau telah mensyaratkan lima puluh tahun, maka aku telah mengetahui bahawa aku tidak boleh mengerjakan haji lebih dari lima puluh tahun, Hammad berkata: Aku telah mengerjakan haji sebanyak empat puluh lapan kali, ini adalah rumahku. Ini ialah isteri aku di balik dinding sedang mendengar percakapanku. Ini adalah anak lelakiku. Ini adalah khadam aku. Maka beliau telah mengerjakan haji selepas percakapan ini dua kali haji, genap lima puluh kali haji, kemudian beliau telah keluar selepas lima puluh kali haji bertemankan Abu al-Abbas al-Naufali al-Qasir. Apabila beliau telah sampai di tempat ihram, beliau telah masuk mandi di wadi, lalu ditenggelami air-rahmatu l-Lahi 'alai-hi - beliau telah mendatanginya selepas beliau mengerjakan haji lebih daripada lima puluh kali. Beliau telah hidup sehingga di zaman al-Ridha a.s, dan telah mati pada tahun dua ratus sembilan hijrah, beliau adalah dari Juhainah di bahagian Kufah .


Huraiz Bin Abdullah Dan Ibn Maskan
Daripadanya daripada Haidar bin Muhammad bin Nu'aim, Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada Ja'far bin Muhammad bin Mas'ud, daripada Muhammad bin Mas'ud al-'Ayasyi, berkata: Ja'far bin Ahmad bin Ayyub telah memberitahu aku daripada al-'Umarki berkata: Ahmad bin Syaibah telah memberitahu aku daripada Yahya bin al-Muthanna daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat daripada Huraiz berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Abu Hanifah di sisinya buku-buku yang hampir menghalang di antaranya dan aku, beliau berkata kepada aku: Buku-buku ini semuanya tentang talak dan sumpah (al-Yamin). Beliau mulai membalikkannya dengan dua tangannya, aku berkata: Kami membuat kesimpulan di dalam satu perkataan. Beliau berkata: Apakah dia? Aku berkata: Firman-Nya Surah al-Talaq (65):1 "Hai nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat iddahnyadan hitunglah waktu iddah itu "

Beliau berkata kepada aku: Anda tidak mengamalkan suatu perkara melainkan dengan riwayat? Aku berkata: Ya, beliau berkata kepada aku: Apa pendapat anda tentang hamba mukatib dengan harga seribu dirham, tetapi beliau telah membayar hanya sembilan ratus sembilan puluh sembilan dirham, kemudian beliau telah melakukan perkara yang besar iaitu zina bagaimana anda melakukan had ke atasnya? Aku berkata: Di sisiku mengenainya hadis yang telah diberitahu kepada aku oleh Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja'far a.s bahawa Ali a.s telah memukul dengan tongkat, satu pertiganya, separuhnya, dan setengahnya menurut kadar selayaknya, beliau berkata kepada aku: Sesungguhnya aku akan bertanya anda tentang unta betina yang telah dikeluarkan dari laut? Aku berkata: Jika ia mahu, ia boleh jadi unta betina, dan jika ia mahu, ia boleh menjadi lembu betina, dan jika ia mempunyai sisik, kami memakannya, dan jika tidak, kami tidak memakannya .

Abu al-Nadhar Muhammad bin Mas'ud telah menyebut bahawa Ibn Maskan tidak memasuki rumah Abu Abdullah a.s, kerana khuatir beliau tidak dapat memberi penghormatan sepenuhnya kepada Abu Abdullah a.s. Beliau hanya mendengar daripada para sahabatnya, dan enggan berjumpa dengannya, kerana menghormatinya, Yunus bin Abd al-Rahman telah menyebut bahawa Ibn Maskan seorang lelaki mukmin. Beliau telah menyambut para sahabatnya apabila mereka datang kepadanya, dan mengambil apa (ilmu) yang ada di sisi mereka .

Huraiz bin Abdullah telah berpindah ke Sajistan dan dibunuh di sana. Dan sebab pembunuhannya, kerana beliau mempunyai sahabat yang sependapat dengannya, kebanyakan penduduk di Sajistan adalah Khawarij. Para sahabat Huraiz telah mendengar daripada mereka cacian terhadap Amir al-Mukminin a.s, lalu mereka memberitahu Huraiz dan mereka meminta beliau membunuh mereka yang mencaci Amir al-Mukminin a.s, maka beliau telah memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukannya.

Justeru Khawarij mendapati pembunuhan selepas pembunuhan berlaku terhadap mereka. Walaupun begitu mereka tidak mengesyaki syi'ah melakukannya disebabkan sedikit bilangan mereka. Mereka mencari kaum Murjiah dan memerangi mereka. Keadaan sedemikian berterusan sehingga mereka dapat mengesan Huraiz, lalu mereka menentang syi'ah. Lantaran itu, para sahabat Huraiz telah berkumpul kepada Huraiz di masjid, dan mereka telah menipu khawarij di masjid, dan menukarkan buminya-rahima-humu l-Lahu- .


Pimpinan Imam Dua Belas A.S
Abu Ja'far Muhammad bin Ahmad al-'Alawi berkata: Ahmad bin Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu aku daripada bapanya daripada datuknya Ibrahim bin Hasyim daripada Hammad bin Isa daripada bapanya daripada al-Sadiq a.s berkata: Salman al-Farisi-rahmatu l-Lahi 'alai-hi-berkata: Aku telah melihat al-Husain bin Ali a.s di bilik Nabi s.a.w di dalam keadaan beliau s.a.w sedang mengucup dua matanya, dan dua bibir mulutnya sambil bersabda: Anda adalah sayyid bin sayyid bapa kepada sayyid-sayyid, anda adalah Hujjah bin hujjah bapa kepada hujjah-hujjah, anda adalah imam bin imam, dan bapa kepada sembilan imam daripada keturunan anda, dan yang kesembilan mereka adalah qaim mereka (anta sayyid bin sayyid abu sadah, anta hujjah ibn hujjah abu hujajin, anta al-Imam ibn al-Imam abu al-Aimmah al-Tis'ah min salbi-ka, tasi 'u-hum qaimu-hum )

Beliau berkata: Abu al-Hasan Muhammad bin Ma'qal al-Qarmisini telah memberitahu kami, berkata: Muhammad bin Abdullah al-Misri telah memberitahu kami, berkata: Ibrahim bin Mahzam telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s daripada bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua belas orang daripada keluarga aku adalah mereka yang telah dikurniakan Allah kefahamanku, dan ilmuku, mereka telah diciptakan daripada tanahku (tinat-i). Maka neraka wail bagi mereka yang mengingkari hak mereka selepasku, mereka yang memutuskan pada mereka perhubungan aku (silat-i), Allah tidak akan memberi mereka syafaat aku .

Abu al-Hasan Muhammad bin Ma'qal telah memberitahu kami berkata: Muhammad bin 'Asim telah memberitahu kami, berkata: Ali bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Marzuq daripada 'Amir al-Sarraj daripada Sufyan al-Thauri daripada Qais bin Muslim daripada Tariq bin Syihab berkata: Aku telah mendengar Huzaifah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika keluarnya al-Qaim seorang penyeru dari langit menyeru: Wahai manusia, diputuskan daripada kamu masa penguasa-penguasa zalim, dan urusan pemerintahan akan dipimpin oleh sebaik-baik umat Muhammad s.a.w. Justeru sertailah beliau di Makkah, kemudian al-Nujaba' (mereka cerdik) dari Mesir, dan al-Abdal (perkasa) dari Syamdan al- 'Asaib (cekal) dari Iraq.

Di waktu malam seperti rahib, dan di waktu siang seperti singa jantan. Hati mereka seperti besi. Maka mereka akan memberi baiah kepadanya di antara Rukn dan Maqam, Umar bin al-Hasin berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, beritahukan kami tentang lelaki ini? Beliau s.a.w bersabda: Beliau adalah seorang lelaki daripada anak al-Husain seolah-olah beliau di kalangan lelaki Syanwah di Yaman, memakai dua kain daripada kapas, namanya sepertilah nama aku, dan pada masa itu, burung-burung akan menetas di sangkar-sangkarnya, dan ikan-ikan paus di laut-lautnya, sungai-sungai akan mengalirkan air yang banyak, mengeluarkan mata air, bumi akan menjadi subur, pendapatan yang berganda, kemudian Jibrail akan berjalan di hadapannya, dan di belakangnya Israfil. Bumi akan dipenuhi keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman .

Beliau berkata: Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami berkata: Sa'd bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalasi daripada al-Mundhir bin Muhammad daripada al-Nasr bin al-Sanadi daripada Abu Daud Sulaiman bin Sufyan al-Mustariq daripada Tha'labah bin Maimun daripada Malik bin al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah. Sa'd bin Abdullah berkata: Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab al-Kufi telah memberitahu kami, berkata: Al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal telah memberitahu kami daripada Tha'labah bin Maimun daripada Malik al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapati beliau sedang mengetukkan tanah dengan kayu (yankutu).

Aku berkata : Wahai Amir al-Mukminin, aku melihat anda sedang berfikir mengetukkan tanah, adakah kehendak anda sendiri melakukannya? Beliau berkata: Tidak, demi Tuhan, aku tidak menghendakinya, mahu pun dunia ini walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang maulud (anak kelahiran) daripada zuriat kesebelas daripada anak lelaki aku iaitu al-Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman, akan dipenuhi kehairanan dan ghaib, akan sesat sebahagian kaum dan akan mendapat hidayat sebahagian yang lain, aku berkata: Adakah ini akan terjadi? Beliau berkata: Ya, sebagaimana ia dijadikan. Maka di manakah kedudukan anda di dalam perkara ini wahai Asbagh? Mereka itu adalah pilihan umat ini bersama-sama pilihan terbaik keluarga ini, aku berkata: Apakah akan berlaku selepas itu? Beliau berkata: Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, kerana bagi Allah iradat, permulaan dan matlamat yang banyak .


Catatan Kaki:
44. Menendang pintu rumahnya di mana pada masa itu Fatimah sedang berada di balik pintu tersebut.Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxx, 296
45. Abu Bakr dan 'Umar
46. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 103
47. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 44
48. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi , 230
49. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvii, 125
50. Al-Kulaini, al-Kafi, iii, 297
51. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 176
52. Al-Isfahani, al-Aghani, xiv, 75
53. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 37
54. Ibid, 21
55. Ibid
56. Ibid, 209
57. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 117
58. Ibid
59. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv , 474
60. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 6
61. Ibid, xiii, 183
62. Ibid
63. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 380
64. Ibid
65. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 109, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 14
66. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.108
67. Ibid
68. Ibid
69. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 224
70. Ibid, 230
71. Ibid, 224
72. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.126
73. Ibid, 82
74. Ibid
75. Ibid, hlm. 204
76. Ibid, hlm.244
77. Ibid
78. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi , 224
79. Ibid, ix, 158
80. Al-Saduq, Kamal al-Din, hlm.164
81. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiii, 179
82. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 337

23
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KETUJUH

Mashaf al-Zahra', mukjizat Amir al-Mukminin a.s, hikayat menakjubkan tentang Infak, kejadian roh-roh syi'ah, kemampuan para Imam a.s, himpunan kebaikan dunia dan akhirat dan lain-lain.

Mashaf al-Zahra' A.S
Muhammad bin Ma'qal telah memberitahu kami berkata: Bapa aku telah memberitahu kepada aku daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairi di sisi kubur al-Husain a.s di al-Ha'ir pada tahun dua ratus sembilan puluh lapan hijrah berkata: al-Hasan bin Zarif bin Nasih telah memberitahu kami daripada Bakr bin Salih daripada Abd al-Rahman bin Salim daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Bapa aku Muhammad telah berkata kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari: Sesungguhnya aku ada hajat dengan anda, apabila anda ada masa aku akan bersama-sama anda dan aku akan bertanya kepada anda mengenainya? Jabir berkata kepadanya: Pada bila-bila masa anda kehendaki wahai sayyidi, bapa aku telah berada beberapa hari bersama-samanya. Beliau berkata kepada Jabir: Beritahu kepada aku tentang Lauh yang anda telah melihatnya pada tangan ibu aku Fatimah a.s, dan apa yang telah diberitahu kepada anda oleh ibu aku dan apa yang tertulis di Lauh ini? Jabir berkata: Aku naik saksi dengan Allah bahawa aku telah memasuki rumah Fatimah a.s pada masa hidup Rasulullah s.a.w, aku telah memberi tahniah kepadanya di atas kelahiran al-Husain a.s, aku telah melihat di tangannya Lauh berwarna hijau. Aku telah menyangkanya zamrud. Aku telah melihat padanya surat berwarna putih seperti cahaya matahari, maka aku telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku apakah Lauh ini? Beliau berkata: Ini adalah Lauh di mana Allah telah menghadiahkannya kepada Rasulullah s.a.w.

Di dalamnya terdapat nama bapa aku, nama aku, nama Ali, nama dua anak lelaki aku dan nama-nama para wasi daripada anak-anak aku. Maka bapa aku telah memberikannya kepada aku untuk menggembirakan aku dengannya, Jabir berkata: Ibu anda telah memberikannya kepada aku, maka aku telah membacanya dan membuat salinannya, bapa aku a.s berkata: Adakah anda, wahai Jabir, akan membentangkannya kepada aku? Beliau berkata: Ya. Lalu bapa aku berjalan bersama-samanya menuju ke rumah Jabir, kemudian bapa aku mengeluarkan dari genggamnya mashaf dari kulit nipis sambil berkata: Wahai Jabir, lihatlah pada surat (kitab) anda supaya aku membacanya kepada anda, lantas beliau melihat kepada suratnya,lalu bapa aku membaca kepadanya, ia tidak menyalahi walaupun satu huruf, Jabir berkata: Aku naik saksi dengan Allah sesungguhnya aku telah melihatnya seperti di Lauh tertulis:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Surat (kitab) ini adalah daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui untuk Muhammad Nabi-Nya, Duta-Nya, Hijab-Nya,Penunjuk-Nya. Diturunkan oleh al-Ruh al-Amin dari sisi Tuhan semesta alam, hormatilah, wahai Muhammad, akan nama-nama-Ku, bersyukurlah kepada nikmat-nikmat-Ku, dan janganlah Engkau mengingkarinya, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, pemusnah para penguasa, pembantu mereka yang dizalimi.

Pemilik hari Kiamat, sesungguhnya Aku adalah Allah,tiada tuhan melainkan Aku, sesiapa yang telah berharap selain dari kelebihan-Ku, atau beliau takut selain dari keadilan-Ku, nescaya Aku akan menyeksanya dengan penyeksaan yang belum pernah Aku melakukannya kepada sesiapapun di seluruh semesta. Maka kepada-Kulah engkau sembah, dan kepada Akulah engkau bertawakal. Aku tidak mengutus seorang nabi melainkan aku menyempurnakan hari-harinya, dan tamat masanya melainkan Aku menjadikan untuknya seorang wasi. Sesungguhnya Aku telah melebihkan engkau ke atas para nabi, dan Aku telah melebihkan wasi engkau ke atas para wasi. Aku menghormati engkau dengan dua orang anak lelaki anda selepasnya; al-Hasan dan al-Husain, Aku telah menjadikan al-Hasan galian ilmu-Ku selepas tamat masa bapanya. Aku telah menjadikan al-Husain penyimpan wahyu-Ku, Aku memuliakannya dengan kesyahidan. Dan Aku menamatkannya dengan kebahagiaan. Justeru beliau adalah sebaik-baik mereka yang telah mati syahid, dan yang paling tinggi darjat di kalangan para syahid di sisi-Ku. Aku telah menjadikan kalimat-Ku yang sempurna bersama-nya, dan hujah aku yang kukuh di sisinya.

Dengan 'itrahnya, Aku memberi pahala dan menyeksa, awal mereka adalah Ali sayyid al-'Abidin, dan perhiasan kepada para wali-Ku yang lalu, dan anak lelakinya seperti datuknya yang terpuji Muhammad al-Baqir kerana ilmu-Ku, dan galian hikmah-Ku, dan akan binasa mereka yang tidak mempunyai pendirian tentang Ja'far; penentang kepadanya adalah seperti penentang kepada-Ku. Kata-kata yang tepat bagi-Ku bahawa Aku akan menghormati kedudukan Ja'far. Aku akan menggembirakannya di kalangan penyokong-penyokong dan pembantu-pembantunya dan para walinya.

Dan selepasnya adalah Musa. Fitnah yang buta dan halus akan berlaku, kerana rancangan jahat tidak terputus, dan hujah-Ku tidak juga tersembunyi. Sesungguhnya para wali-Ku akan meminum gelas yang sempurna. Sesiapa yang telah menentang seorang daripada mereka, maka sesungguhnya beliau telah mengingkari nikmat-Ku, dan telah mengubah ayat daripada kitab-Ku, dan telah berbohong ke atas-Ku, neraka wail bagi pembohong-pembohong yang menentang selepas Musa, hamba-Ku, kekasih-Ku, dan pilihan-Ku, kerana pembohong kepada salah seorang daripada mereka adalah pembohong kepada semua para wali-Ku. Ali adalah wali-Ku, dan pembantu-Ku.

Siapa yang Aku meletakkan ke atasnya tanggungan kenabian atau Aku mengujinya dengan kekuatan tersebut, akan dibunuh oleh jin yang sombong, di kapankan di bandar yang telah dibina oleh hamba yang soleh (Dhu l-Qurnain) di sisi sejahat-jahat makhluk-Ku. Aku akan menggembirakannya dengan Muhammad anak lelakinya, khalifahnya selepasnya, dan pewaris ilmu-nya. Lantaran itu, beliau adalah galian ilmu-Ku, dan tempat simpan ilmu-Ku, dan hujah-Ku di atas makhluk-Ku. Aku telah menjadikan syurga tempat tinggalnya.

Aku telah memberi syafaat kepadanya bagi membolehkannya menyelamatkan tujuh puluh ribu keluarganya yang layak untuk ke neraka. Aku telah menamatkan kebahagiaan anak lelakinya Ali, wali-Ku dan penolong-Ku, dan saksi kepada makhluk-Ku, pemegang amanah wahyu-Ku. Aku akan mengeluarkan daripadanya seorang pendakwah kepada jalan-Ku dan penyimpan kepada ilmu-Ku al-Hasan, kemudian Aku menyempurnakannya selepasnya anak lelakinya (al-Mahdi) sebagai rahmat kepada alam semesta.

Di atasnya kesempurnaan Musa, kehebatan Isa dan kesabaran Ayyub. Para wali-Ku akan dihina pada zamannya, kepala-kepala mereka menunduk sebagaimana dilakukan oleh orang- orang Turki dan Dailam, mereka akan dibunuh, dibakar, mereka menjadi takut, bumi dimerahi dengan darah-darah mereka, penderitaan dan tangisan berlaku kepada perempuan-perempuan mereka, mereka itu adalah para wali-Ku yang sebenar, dengan mereka Aku menolak segala bala, dan fitnah yang buta, dengan mereka Aku menahan gegeran, dan dengan mereka Aku menolak bencana, ke atas mereka itu adalah selawat dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka adalah mereka yang mendapat hidayat.

Abd al-Rahman bin Salim berkata: Abu Basir berkata: Sekiranya anda tidak mendengar hadis selain daripada hadis ini, nescaya ia memadai bagi anda, lantaran itu, jagalah hadis ini melainkan kepada ahlinya .


Mukjizat Amir al-Mukminin A.S
Muhammad bin Ali telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ali bin Ibrahim bin Hasyim daripada bapanya daripada Ibn Abu Umair daripada Abban Ahmar berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Wahai Abban, bagaimana orang ramai mengingkari kata-kata Amir al-Mukminin a.s manakala beliau berkata: Jika aku mahu, nescaya aku mengangkat kaki aku ini bagi memukul dada Mu'awiyah bin Abu Sufyan di Syam, justeru aku membalikkannya dari katilnya" tetapi mereka tidak mengingkari pengambilan Asif ; wasi Sulaiman, akan singgahsana Balqis dan membawanya kepada Sulaiman sebelum berkelip matanya, tidakkah Nabi kita sebaik-baik para nabi dan wasi kita sebaik-baik wasi? Kenapakah mereka tidak menjadikannya (Ali a.s) seperti wasi Sulaiman? Allah telah menghukum di antara kita dan mereka yang mengingkari hak kami, dan mengingkari kelebihan kami .

Ahmad bin Abdullah daripada Abdullah bin Muhammad al-'Abasi berkata:Ahmad bin Salmah telah memberitahu aku daripada al-A'masy daripada Ziad bin Wahab daripada Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku telah mendatangi Fatimah a.s, maka aku berkata kepadanya: Di manakah suami anda? Beliau berkata: Jibrail a.s telah naik ke langit bersama-samanya. Aku berkata: Kenapa? Beliau berkata: Beberapa malaikat telah berselisih faham tentang sesuatu, maka mereka telah bertanya hukum daripada manusia, maka Allah telah mewahyukan kepada mereka supaya membuat pilihan. Lantas mereka memilih Ali bin Abu Talib a.s .

Muhammad bin Ali berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada Sa'd bin Abdullah daripada al-Hasan bin Musa daripada Ismail bin Mihran daripada Ali bin Uthman daripada Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya para nabi, anak-anak para nabi, dan pengikut-pengikut para nabi dikhususkan dengan tiga sifat: Kesakitan di badan, takut kepada pemerintah, dan kefakiran.


Sujud Matahari Kepada Allah
Muhammad bin Ahmad al-'Alawi berkata: Ahmad bin Ziad telah memberitahu kami daripada Ali bin Ibrahim daripada Muhammad ibn Isa bin Ubaid daripada Yunus bin Abd al-Rahman daripada Abu al-Sabah al-Kinani berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah tentang firman-Nya Surah al-Hajj (22):18 "Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah sujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia?

Beliau a.s berkata: Sesungguhnya bagi matahari tiga sujud setiap hari dan malam, beliau berkata: Sujud pertama apabila falak keluar dari bumi apabila anda melihat warna putih bersinar memanjang sebelum naik fajar, aku berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Itulah fajar al-Kadhib, kerana matahari keluar di dalam keadaan sujud berada berdekatan bumi, dan apabila ia naik dari sujudnya, fajar naik dan masuklah waktu solat. Adapun sujud kedua apabila ia berada berdekatan Arasy, ia menjadi tidak berfungsi (rakadat), kerana melakukan sujud. Apabila ia naik dari sujudnya, maka masuklah waktu gelincir. Adapun sujud ketiga apabila ia ghaib dari ufuknya di dalam keadaan sujud. Apabila ia naik dari sujudnya, maka datanglah malam .


Hikayat Menakjubkan Tentang Infak
Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada Muhammad bin Abual-Qasim daripada Muhammad bin Ali al-Kufi daripada Muhammad bin Sinan daripada Ali bin Jamil al-Ghanawi daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Seorang lelaki daripada anak-anak para nabi yang mempunyai harta telah membelanjakan hartanya kepada mereka yang lemah, miskin dan berhajat. Kemudian tidak lama selepas itu, beliau mati, isterinya telah mengambil alih di dalam pengurusan hartanya sebagaimana dilakukan olehnya. Kemudian harta telah kehabisan. Seorang anak lelakinya semakin membesar. Beliau selalu berdoa untuk kebaikan bapanya. Pada suatu hari, beliau datang kepada ibunya dan berkata: Apakah keadaan bapa aku? Sesungguhnya aku tidak melalui seorang melainkan aku memintanya supaya beliau berdoa kepada bapa aku, ibunya berkata: Sesungguhnya bapa anda adalah seorang lelaki yang soleh.

Beliau telah mempunyai harta yang banyak, beliau telah membelanjakan hartanya kepada mereka yang lemah, miskin dan yang berhajat, apabila beliau mati, aku telah mengambil-alih pengurusan hartanya dan akhirnya hartanya telah kehabisan. Anak lelakinya berkata: Bapa aku akan diberi pahala apa yang beliau belanjakan sedangkan anda adalah seorang yang berdosa, ibunya berkata: Kenapakah begitu wahai anak lelakiku? Beliau berkata: Bapa aku telah membelanjakan hartanya sementara anda membelanjakan harta orang lain. Beliau berkata: Anda memang benar wahai anak lelakiku, dan aku tidak terfikir anda menyusahkan aku. Beliau berkata: Anda di dalam lapangan yang luas. Adakah anda mempunyai sesuatu di mana kita boleh mendapatkan pahala di sisi-Nya? Lantas ibunya memberikan kepadanya seratus dirham, lalu beliau mengambilnya, kemudian beliau keluar bagi mendapatkan pahala di sisi Allah.

Beliau telah melalui seorang mayat lelaki di tengah jalan di dalam keadaan baik dan berkata: Aku tidak mahu perniagaan selepas ini, aku mengambilnya, memandikannya, mengapannya dan mengerjakan solat ke atasnya, serta meletaknya di dalam kubur, maka beliau telah melakukannya dan membelanjakan sebanyak lapan puluh dirham, dan masih berada di sisinya sebanyak dua puluh dirham. Maka beliau keluar untuk mendapat pahala dengan wang tersebut tiba-tiba seorang lelaki berhadapan dengannya dan berkata: Ke manakah tujuan anda wahai Abdullah? Beliau berkata: Aku mahu mencari pahala, beliau berkata:Apakah perkara yang anda miliki bagi mencari pahala?

Beliau berkata: Bersama aku ada dua puluh dirham, beliau berkata: Apa yang anda dapat lakukan dengan dua puluh dirham itu? Beliau berkata: Apabila Allah mahu memberi keberkatan di dalam sesuatu perkara, maka Dia memberkatinya, beliau berkata: Anda memanglah benar, beliau berkata: Aku akan menunjukkan caranya dan adakah anda akan bersepakat dengan aku? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Penghuni rumah ini menghendaki anda menjadi tetamunya selam tiga hari, maka terimalah kehendaknya.

Dan setiap kali khadamnya datang kepada anda, beliau akan membawa bersama-samanya seekor kucing jantan berwarna hitam, maka anda katakan kepadanya: Anda juallah kucing ini dengan bersungguh-sungguh, maka anda seolah-olah memaksanya dan beliau akan berkata: Aku menjualnya kepada anda dengan dua puluh dirham, dan apabila beliau menjualnya kepada anda, maka berilah kepadanya dua puluh dirham, anda ambillah, dan sembelihlah, kemudian ambil kepalanya, dan bakarnya, kemudian ambillah otaknya (dimagh), dan pergilah ke bandar berjumpa dengan seorang raja, kerana raja mereka adalah seorang yang buta, anda beritahu mereka bahawa anda akan mengubatinya (tu'aliju-hu), dan janganlah anda terasa takut apabila anda melihat mereka yang telah dibunuh dan ditahan olehnya kerana kegagalan mereka mengubatinya.

Sebaliknya beritahu kepadanya bahawa anda akan mengubatinya dan mengenakan syarat rawatannya. Jangan merawatnya lebih daripada satu kali, kerana beliau akan berkata kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku. Justeru janganlah anda melakukannya. Kemudian ubatilah beliau pada keesokannya, anda akan melihat apa yang anda suka, maka beliau akan berkata kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku, maka anda jangan melakukannya. Apabila datang hari ke tiga, maka anda akan melihat perkara yang anda sukai, beliau akan berkata lagi kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku, maka janganlah anda melakukannya. Apabila beliau telah melakukan apa yang disuruhnya, maka raja itu sembuh, dapat melihat, dan berkata: Anda telah mengembalikan penglihatan aku dan aku akan mengahwini anda dengan anak perempuan aku.

Beliau berkata: Aku masih mempunyai ibu, beliau berkata: Tinggallah bersama aku, dan apabila anda mahu keluar, maka keluarlah. Beliau telah tinggal di dalam pemerintahannya selama setahun melaksanakan pentadbirannya dengan baik. Apabila genap setahun, beliau berkata kepadanya: Aku mahu pulang ke kampungku, lalu disediakan kepadanya baju besi, unta betina, kambing, dan bermacam-macam peralatan. Kemudian beliau keluar sehingga sampai di tempat lelaki yang telah dijumpainya dahulu. Tiba-tiba lelaki tersebut masih di dalam keadaan seperti dahulu lagi, lalu beliau berkata: Adakah anda telah menyempurnakannya?

Lelaki itu berkata: Jadilah aku di dalam penyelesaian dahulu (tanpa penyelesaian). Beliau berkata: Kemudian beliau telah mengumpulkan beberapa perkara, dan membahagikannya kepada dua bahagian. Kemudian beliau berkata: Pilihlah, maka beliau telah diberi pilihan satu bahagian daripadanya, kemudian beliau berkata: Adakah anda telah menyempurnakannya? Beliau berkata: Tidak. Beliau berkata: Kenapa? Perempuan yang aku telah mendapatinya. Beliau berkata: Anda memang benar.

Ambillah apa yang ada di tangan aku untuk anda sebagai mengganti tempat perempuan itu, beliau berkata: Tidak, aku tidak akan mengambil apa yang tidak menjadi hak aku, dan aku tidak mahu menjadi kaya dengannya, beliau berkata: Beliau telah meletakkan gergaji di atas kepala perempuan itu, kemudian beliau berkata: potonglah, maka beliau berkata: Anda telah menyempurnakannya, Dan setiap apa yang ada bersama anda adalah untuk anda. Sesungguhnya aku diutus oleh Allah bagi memberi ganjaran kepada anda tentang mayat di atas jalan yang anda telah menyempurnakannya tempoh hari dan inilah sebagai ganjaran perbuatan anda ke atasnya .


Hadis al-Mufadhdhal Dan Kejadian Roh-Roh Syi'ah
Muhammad bin Ali berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu kepada aku berkata: Ali bin Ibrahim telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada Abu Ahmad al-Azadi daripada Abdullah bin al-Fadhl al-Hasyimi berkata: Aku telah berada di sisi Ja'far al-Sadiq a.s, tiba-tiba al-Mufadhdhal bin 'Umar datang, apabila beliau melihat kepadanya,beliau ketawa kepadanya, lalu berkata: Datang kepada aku wahai Mufadhdhal.

Demi Tuhanku, sesungguhnya aku benar-benar mencintai anda dan aku mencintai mereka yang mencintai anda, wahai Mufadhdhal, jika semua para sahabat aku mengetahui apa yang anda mengetahui, nescaya dua orang tidak akan berselisih faham, al-Mufadhdhal berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, sesungguhnya aku kira ramai yang telah mendapat kedudukan yang lebih daripada kedudukanku.

Beliau berkata: Malah, Allah telah mengurniakan kedudukan (al-Manzila) kepada anda, beliau berkata: Apakah kedudukan Jabir bin Yazid daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan Salman daripada Rasulullah s.a.w, apakah kedudukan Daud bin Kathir daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan al-Miqdad daripada Rasulullah s.a.w.

Beliau berkata: Kemudian beliau datang kepada aku sambil berkata: Wahai Abdullah bin al-Fadhl, sesungguhnya Allah a.w telah menciptakan kami daripada cahaya kebesaran-Nya, menjadikan kami dengan rahmat-Nya, dan Dia telah menjadikan roh-roh kamu daripada kami, lantaran itu, kami terasa kasih kepada kamu, dan kamu terasa kasih kepada kami, demi Tuhan, sekiranya penghuni timur dan barat bekerja keras untuk menambah pada syi'ah kami seorang lelaki atau mengurangkan seorang lelaki daripada mereka, nescaya mereka tidak mampu melakukannya, kerana mereka tertulis di sisi kami dengan nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka, kabilah mereka dan keturunan mereka, wahai Abdullah bin al-Fadhl, jika anda mahu, nescaya aku memperlihatkan anda nama anda pada mashaf kami.

Beliau berkata: Kemudian beliau telah menyeru supaya dibawa mashaf kepadanya, lalu dibukakannya, maka aku telah mendapatinya putih, tanpa kesan tulisan, aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku tidak melihat kesan tulisan, beliau berkata: Beliau a.s telah menyapu tangannya ke atasnya, maka aku telah mendapatinya tertulis di bawahnya nama aku, lantas aku terus sujud kepada Allah kesyukuran .


Kemampuan Para Imam A.S
Ali bin Ismail bin Isa daripada Musa bin Talhah daripada Hamzah ibn Abdullah al-Ja'fi berkata: Aku telah memasuki rumah Abu al-Hasan

al-Ridha a.s bersama mashaf atau surat daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya dunia pada seorang imam bagaikan pecahan buah pala (inna al-Dunya tamathathala li-sahib hadha al-Amri fi mithli filqati al-Jauz) Beliau berkata: Wahai Hamzah, ini demi Tuhan, adalah benar, pindahlah ia ke dalam bekas kulit .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Musa bin Sa'dan daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami daripada Sama'ah bin Mihran berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya dunia bagi seorang imam bagaikan pecahan buah pala, tiada yang pelik baginya, beliau boleh mengambilnya dari berbagai-bagai sudut sebagaimana seorang daripada kamu boleh mengambil di atas hidangannya apa yang ia mahu.

Daripadanya, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada mereka yang telah memberitahunya, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Hamzah bin Abdullah al-Ja'fari berkata: Aku telah menulis di belakang kertas bahawa dunia bagi seorang imam bagaikan sebiji buah pala yang dipecahkan. Maka aku telah mengutusnya kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, aku berkata kepadanya: Sesungguhnya para sahabat kita telah meriwayatkan sebuah hadis di mana aku tidak mengingkarinya, tetapi aku suka mendengarnya daripada anda. Beliau berkata: Beliau a.s telah melihat kepada kertasnya, kemudian melipatkannya sehingga aku menyangka ia telah terkoyak, kemudian beliau berkata: Ia adalah benar, lalu beliau memindahkannya ke dalam bekas kulit, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


Himpunan Kebaikan Dunia Dan Akhirat
Amir al-Mukminin a.s berkata: Himpunan kebaikan dunia dan akhirat adalah di dalam penyembunyian rahsia, dan persahabatan dengan mereka yang terpilih.
Himpunan kejahatan adalah di dalam pendedahan rahsia, dan persahabatan dengan mereka yang jahat .


Dua Jenis Kesabaran
Beliau a.s berkata: Kesabaran ada dua: Kesabaran ketika musibah adalah kesabaran yang baik, dan yang lebih besar daripada itu adalah mengingati Allah ketika berdepan dengan apa yang telah diharamkan Allah, maka ia akan menjadi pendinding .


Celaan Tidur Keterlaluan
Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah kamu dari tidur yang keterlaluan, kerana keterlaluan tidur akan menjadikan seorang itu fakir pada hari Kiamat .


Hadis Tentang Waktu-Waktu Makruh Jimak
Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Muhammad bin Aslam al-Jili daripada Abd al-Rahman bin Salim al-Asyall daripada bapanya daripada Abu Ja'far a.s berkata: Aku berkata kepadanya: Adakah waktu tertentu yang menjadikan jimak makruh sekalipun ia adalah halal? Beliau berkata: Ya, di antara naik fajar sehingga naik matahari, daripada lenyapnya matahari kepada lenyapnya syafak, pada hari gerhana matahari, pada malam gerhana bulan, di siang dan malam ketika wujudnya angin hitam atau angin merah atau angin kuning.

Di hari dan malam yang berlakunya gegaran bumi, Rasulullah s.a.w telah bermalam bersama salah seorang isterinya di malam berlakunya gerhana bulan tanpa melakukan jimak sehingga pagi, isterinya berkata: Wahai Rasulullah, kemarahan berlaku pada anda pada malam ini? Beliau bersabda: Tidak, tetapi gerhana bulan telah terserlah pada malam ini, maka aku tidak suka persetubuhan pada malam ini, sesungguhnya Allah telah menghina beberapa kaum terdahulu, Dia berfirman di dalam Surah al-Tur(52):44 " Jika mereka melihat sebahagian dari langit gugur, mereka akan mengatakan:Itu adalah awan yang bertindih-tindih. Maka biarlah mereka sehingga mereka menemui hari mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan"

Kemudian Abu Ja'far a.s berkata: Demi Tuhan, seorang tidak akan menjimak isterinya pada waktu-waktu tersebut sehingga beliau dikurniakan anak yang dicintainya .


Doa Dapat Menolak Apa Yang Ditetapkan
Daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran daripada Hisyam bin Salim daripada 'Umar bin Yazid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Doa dapat menolak apa yang telah ditetapkan, dan apa yang belum ditetapkan(al-Du'a yaruddu ma quddira wa ma lam yuqaddar). Beliau berkata: Adapun apa yang telah ditetapkan anda telah mengetahuinya, bagaimana dengan apa yang belum ditetapkan? Beliau berkata: Sehingga ia tidak akan terjadi .


Mulailah Sedekah Dengan Mereka Dibawah Tanggungan Anda
Daripadanya, daripada Hisyam bin Salim daripada Hasan bin Ali al-Jalal berkata: Datuk aku telah memberitahu kepada aku berkata: Aku telah mendengar al-Husain bin Ali a.s berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mulailah sedekah dengan mereka di bawah tanggungan anda (ibda' bi-man ta'ul); ibu mu, bapa mu, saudara perempuannya, dan saudara lelaki mu, kemudian mereka yang lebih rendah dan seterusnya, dan beliau s.a.w bersabda lagi: Tidak ada sedekah selama kerabat terdekat masih berhajat (La sadaqata wa dhu rahimi muhtajun)


Mukjizat Amir al-Mukminin A.S
Safwan, daripada Abu al-Sabah al-Kinani telah menyangka bahawa beliau seorang penjalin rambut telah memberitahunya bahawa beliau telah berjalan bersama-sama Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s menuju Karbala' dan telah mengalami dahaga yang amat sangat. Sesungguhnya Ali a.s telah berhenti di suatu tempat, lalu menggali tanah dengan tangannya sehingga terserlah batu berwarna putih, lantas beliau membawanya, dan meletakkannya di suatu sudut, tiba-tiba di bawahnya terpancar mata air berwarna putih, maka beliau meminumnya, dan kami pun ikut meminumnya, kemudian kami memberi minum binatang-binatang ternakan kami, kemudian beliau meratakan tanahnya. Beliau telah meneruskan perjalanannya beberapa ketika kemudian beliau berdiri sambil berkata: Aku berazam ke atas kamu apabila kamu pulang nanti, kamu mencarinya (batu putih).Orang ramai telah mencarinya sehingga mereka menjadi jemu, tetapi mereka tidak mampu mendapatinya, lantas mereka kembali kepada Amir al-Mukminin a.s, dan berkata: Kami tidak mampu mendapatinya .


Sekutu Syaitan
Abu Ja'far daripada bapanya daripada al-Husain bin Muhammad bin 'Amir daripada bapa saudaranya Abdullah bin 'Amir daripada Muhammad bin Ziad daripada Saif bin 'Umairah berkata: Ja'far bin Muhammad a.s berkata: Sesiapa yang tidak peduli apa yang beliau katakan dan apa yang dikatakan kepadanya, maka beliau adalah sekutu syaitan dan sesiapa cintakan perkara haram dan syahwat zina, maka beliau adalah sekutu syaitan .


Alamat-Alamat Anak Zina
Kemudian beliau a.s berkata: Alamat-alamat anak zina. Pertama: Membenci kami Ahlu l-Bait. Kedua: Cinta kepada perkara yang haram di mana beliau dijadikan daripadanya. Ketiga: Meringan-ringankan agama. Keempat: Buruk pada pandangan orang ramai, tetapi tidak buruk pada saudara-saudaranya melainkan mereka yang dilahirkan bukan daripada hamparan bapanya atau mereka yang telah dikandungkan oleh ibunya di dalam haidnya .


Empat Puluh Perisai Ke Atas Hamba Mukmin
Dengan sanad-sanad ini beliau berkata: al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t ke atas hamba-Nya yang mukmin empat puluh perisai, apabila beliau melakukan dosa besar, maka diangkatkan daripadanya satu perisai, apabila beliau mengumpat terhadap saudaranya mukmin dengan suatu perkara yang beliau mengetahuinya daripadanya, maka terbukalah perisai-perisai tersebut daripadanya, dan terdedah penghormatannya di langit di lidah para malaikat, dan di bumi di lidah manusia, apabila beliau melakukan dosa, mereka menyebutnya, dan para malaikat akan berkata: Wahai Tuhanku, hamba Engkau masih melanggar batas sedangkan Engkau telah memerintahkan kami menjaganya, Allah akan berfirman: Wahai malaikat-Ku, jika aku mahu hamba ini kebaikan, nescaya Aku tidak mendedahkan keburukannya. Justeru angkatlah sayap-sayap kamu daripadanya, maka dengan kemuliaan-Ku, dia tidak akan melakukan selepasnya kebaikan selama-lamanya.


24
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Ketakjuban Diri Dan Akibatnya
Abu Ja'far berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu aku, berkata: Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr al-Bazantiy daripada Abd al-Karim bin Umru daripada Abu al-Rabi' al-Syamiy berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang takjub dengan dirinya, akan binasa (man a'jaba bi-nafsi-hi halaka), dan sesiapa yang takjub dengan pendapatnya, akan binasa (man a'jaba bi-ra'yihi halaka).

Sesungguhnya Isa bin Maryam berkata: Aku telah mengubati pesakit, maka aku telah menyembuhkan mereka dengan izin Allah, aku telah menyembuhkan orang buta, dan orang yang berpenyakit sopak, dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Aku telah mengubati orang yang mati, maka aku telah menghidupkan mereka dengan izin Allah, dan aku telah mengubati al-Ahmaq (si bodoh), tetapi aku tidak mampu memperbaikinya, ada orang bertanya: Wahai Roh Allah, apakah al-Ahmaq? Beliau berkata: Orang takjub dengan dirinya dan pendapatnya yang melihat kelebihan semuanya untuknya, dan bukan ke atasnya, mewajibkan kebenaran untuk dirinya, dan tidak mewajibkan kebenaran ke atas dirinya, maka itu adalah al-Ahmaq yang tidak ada cara untuk mengubatinya.

Muhammad bin Ali berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahuku, berkata: Abdullah bin Ja'far telah memberitahuku, berkata: Ahmad bin Muhammad telah memberitahuku daripada bapanya berkata: Abu Ahmad al-Azadi telah memberitahuku daripada Abban bin Taghlab berkata: Sa'd al-Khaffaf telah memberitahuku daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah bertanya Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s tentang Salman al-Farisi-rahmatullah-Aku berkata: Apa pendapat anda tentangnya? Aku tidak memberi pendapat tentang seorang lelaki yang telah diciptakan dari tanah kami (tinati-na), rohnya disertai dengan roh kami.

Allah telah mengkhususkan ilmu kepadanya pada awalnya dan akhirnya, zahirnya dan batinnya, rahsianya dan terangnya, aku telah hadir di hadapan Rasulullah s.a.w sedangkan Salman di hadapannya. Tiba-tiba seorang lelaki Badwi telah masuk dan mengusirnya dari tempatnya, lalu duduk di tempatnya, lantas Rasulullah s.a.w telah menjadi marah sehingga peluhnya mengalir dari dua matanya, kemudian kedua-dua matanya menjadi merah, beliau bersabda: Wahai Badwi, adakah anda mengusir seorang lelaki yang dicintai Allah di langit, dan dicintai oleh Rasul-Nya di bumi? Wahai Badwi, adakah anda mengusir seorang lelaki di mana Jibrail tidak datang kepada aku melainkan beliau memerintahkan aku daripada Tuhanku menyampaikan salam kepadanya. Wahai Badwi, sesungguhnya Salman adalah daripada aku. Sesiapa yang tidak melayaninya, maka beliau tidak melayani aku. Sesiapa yang telah menyakitinya, maka beliau telah menyakiti aku. Sesiapa yang telah menjauhkannya, maka beliau telah menjauhkan aku. Sesiapa yang telah mendekatinya, maka beliau telah mendekati aku. Wahai Badwi, janganlah anda mengasari Salman, kerana Allah telah memerintahkan aku supaya aku memperlihatkannya ilmu masa depan, ilmu tentang bala, keturunan, dan percakapan.

Beliau berkata: Badwi berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, aku tidak menyangka perbuatan Salman sampai kepada peringkat yang anda sebutkan, tidakkah beliau seorang majusi kemudian memasuki Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Badwi, aku sedang bercakap kepada anda sekarang daripada Tuhanku, dan anda bercakap kepadaku. Sesungguhnya Salman bukanlah seorang majusi, tetapi beliau adalah seorang yang melahirkan syirik, tetapi merahsiakan imannya. Wahai Badwi, tidakkah anda mendengar Allah berfirman di dalam Surah al-Nisa' (4 ) :65 "maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan. Kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya".

Tidakkah anda mendengar firman-Nya Surah al-Hasyr (59 ) :7 "Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggallah"

Wahai Badwi, ambillah apa yang aku telah berikan kepada anda, nescaya anda di kalangan mereka yang bersyukur, janganlah anda mengingkari, nescaya anda di kalangan mereka yang akan diseksa, terimalah Rasulullah s.a.w dan sabdanya, nescaya anda di kalangan mereka yang aman sejahtera.


Tentang Salman, Abu Dhar, al-Miqdad Dan Ammar
Daripadanya berkata: Muhammad bin Ali telah memberitahu kami daripada bapa saudaranya Muhammad bin Abu al-Qasim berkata: Ahmad bin Muhammad bin Khalid telah memberitahu aku, berkata: Ibn Abu Najran telah memberitahu aku daripada al-'Ala' daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja'far Muhammad bin Ali al-Baqir a.s berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w tentang Salman al-Farisi, beliau bersabda: Salman adalah lautan ilmu yang tidak mampu diharungi, Salman dikhususkan dengan ilmu awal dan akhir. Allah memarahi mereka yang memarahi Salman, mencintai mereka yang mencintainya.

Aku berkata: Apakah pendapat anda tentang Abu Dhar? Beliau bersabda:Itu adalah daripada kami. Allah memarahi mereka yang memarahinya, Allah mencintai mereka yang mencintainya, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang al-Miqdad? Beliau berkata: Itu adalah daripada kami. Allah memarahi mereka yang memarahinya, Allah mencintai mereka yang mencintainya, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang 'Ammar? Beliau bersabda: Itu adalah daripada kami, Allah memarahi mereka yang memarahinya, Allah mencintai mereka yang mencintainya, Jabir berkata: Aku keluar bagi memberitahu berita gembira kepada mereka. Apabila aku berpaling, beliau s.a.w bersabda: Datang kepada aku wahai Jabir, anda adalah daripada kami. Allah memarahi mereka yang memarahi anda, Allah mencintai mereka yang mencintai anda.

Beliau berkata: Aku berkata: Apakah pendapat anda tentang Ali bin Abu Talib a.s? Beliau bersabda: Beliau adalah diri aku, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang al-Hasan dan al-Husain a.s. Beliau bersabda: Mereka berdua adalah roh aku, dan Fatimah adalah ibu mereka berdua adalah anak perempuan aku, ia akan menyakiti aku apa yang telah menyakitinya, menggembirakan aku apa yang menggembirakannya, aku naik saksi, sesungguhnya aku berperang dengan mereka yang memerangi mereka, berdamai dengan mereka yang berdamai dengan mereka. Wahai Jabir, apabila anda ingin berdoa kepada Allah, dan doa anda dimakbulkan, maka serulah dengan nama-nama mereka, kerana nama-nama mereka adalah paling dicintai oleh Allah a.w .


Hadis Tentang Doa Dan Waktu-Waktunya
Daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Abdullah a.s berkata:Datuk aku s.a.w bersabda: Sila berdoa kerana seorang hamba apabila berdoa, kemudian turun bala, lalu dikatakan kepadanya: Suara yang lembut. Apabila beliau tidak berdoa, kemudian turun bala, lalu dikatakan kepadanya: Di manakah anda sebelum hari ini (dengan suara nyaring)?

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang tidak memohon kepada Allah daripada kelebihan-Nya, beliau akan menjadi fakir.

Dan beliau a.s berkata: Doa dimakbulkan pada empat tempat: Di dalam solat witir, selepas naik matahari, selepas zuhur dan selepas maghrib .


Hadis Tentang Para Imam A.S
Daripadanya, berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Abu Abdullah al-Kufi daripada Musa bin Imran daripada bapa saudaranya ('amm-hu) al-Husain bin Yazid daripada Ali bin Salim daripada bapanya daripada Sa'd bin Tarif daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendengar Ibn Abbas berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Menyebut Allah s.w.t adalah ibadat, menyebut aku adalah ibadat, menyebut ke atasku adalah ibadat, menyebut para imam daripada anak-anaknya adalah ibadat.

Demi Yang telah mengutus aku dengan kenabian, dan telah menjadikan aku sebaik-baik manusia sesungguhnya wasi aku adalah sebaik-baik wasi, sesungguhnya beliau adalah hujah Allah ke atas hamba-Nya, khalifah-Nya ke atas makhluk-Nya, dan daripada anak-anaknya para imam yang memberi petunjuk selepas aku, dengan merekalah Allah menahan azab daripada penduduk bumi, dengan merekalah Allah memegang langit dari jatuh ke atas bumi dengan izin-Nya, dengan merekalah Dia memegang bukit dari condong, dengan merekalah Dia menurunkan hujan ke atas makhluk-Nya, dengan merekalah Dia mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.

Merekalah para wali Allah yang sebenardan khalifah-khalifah aku yang sebenar. Bilangan mereka adalah seperti bilangan bulan-bulan iaitu dua belas bulan. Bilangan mereka adalah seperti bilangan para naqib Musa bin Imran, kemudian beliau s.a.w membaca Surah al-Buruj (85):1 "Demi langit yang mempunyai gugusan bintang" Kemudian beliau bersabda: Adakah anda wahai Ibn Abbas menetapkan bahawa Allah telah bersumpah dengan langit yang mempunyai gugusan bintang? Aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w apakah itu? Beliau s.a.w bersabda:Adapun al-Sama' (langit) adalah aku. Adapun al-Buruj (gugusan bintang) adalah para imam selepas aku, yang awal mereka adalah Ali dan yang akhir mereka adalah al-Mahdi a.s .


Hadis Tentang Ziarah Mukmin Kerana Allah
Daripada 'Umru bin Syamar daripada Jabir daripada Abu Abdullah al-Sadiq a.s berkata: Malaikat telah memohon izin Tuhannya untuk turun ke bumi di dalam bentuk seorang manusia, lalu Dia telah mengizinkannya. Kemudian beliau melalui seorang lelaki di pintu rumahnya bertanyakan tentang seorang lelaki daripada penghuni rumah, malaikat berkata: Wahai hamba Allah, apakah yang anda mahu daripada lelaki yang anda sedang mencarinya? Beliau berkata: Beliau adalah saudara aku di dalam Islam, aku telah mencintainya kerana Allah, aku datang kerana ingin mengucapkan salam kepadanya, beliau berkata: Tiada pertalian darah di antara anda dan beliau, dan bukan pula kerana sesuatu hajat? Beliau berkata: Tidak, melainkan cinta kerana Allah, aku datang kerana ingin mengucapkan salam kepadanya, beliau berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada anda dan Dia berfirman: Aku telah mengampuni kamu kerana cinta kamu kepadanya kerana-Ku."

Daripadanya beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami, berkata: Sa'd bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Ahmad bin Muhammad daripada al-Hasan bin al-Mahbub daripada Salih bin Sahal al-Hamdani berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Seseorang muslim yang telah ditanya tentang muslim, lalu beliau membenarkannya, dan akibatnya muslim itu mendapat kemudaratan, maka beliau ditulis di sisi Allah di kalangan pendusta, dan siapa yang telah bertanya tentang muslim, lalu beliau berbohong mengenainya, akibatnya muslim itu mendapat manfaat, maka beliau ditulis di sisi Allah di kalangan mereka yang benar.
Kebaikan

Dan al-Sadiq a.s berkata: Bapa aku telah memberitahuku daripada bapanya a.s berkata: Seorang lelaki dari Kufah telah menulis surat kepada Abu al-Husain bin Ali a.s wahai sayyidi, beritahuku kebaikan dunia dan akhirat, maka beliau a.s menulis: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim.Amma ba'du, adapun kemudian daripada itu sesiapa yang menuntut keredaan Allah dengan kemarahan manusia, Allah akan memadainya dengan urusan manusia. Sesiapa yang menuntut keredaan manusia dengan kemarahan Allah, maka Allah mewakilkannya kepada manusia, wassalam.

Amir al-Mukminin a.s berkata tentang firman-Nya di dalam Surah al-Rahman (55) : 60 "Tidak ada balasan kebaikan melainkan kebaikan" Beliau berkata: Kami telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t bermaksud: Tidak ada balasan bagi mereka yang Aku telah mencucuri nikmat tauhid ke atasnya melainkan syurga.


Kelebihan Akhlak Yang Baik
Rasulullah s.a.w bersabda: Jika kamu tidak dapat berkhidmat kepada orang ramai dengan harta kamu, maka berkhidmatlah kepada mereka dengan akhlak kamu.

Rasulullah s.a.w bersabda: Akhlak adalah pemberian daripada Allah a.w. Apabila Dia mencintai seorang hamba, maka Dia mengurniakannya akhlak yang baik, dan apabila Dia memarahi seorang hamba, maka Dia akan mengurniakannya akhlak yang buruk.


Celaan Kepada umpat-umpatan Dan Pendedahan Aurat Muslimin
Beliau berkata: Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepada seorang lelaki yang sedang mencela seorang lelaki di sisi al-Hasan a.s, lalu beliau a.s berkata: Wahai anak lelaki aku, bersihkan pendengaran anda daripada perkara seumpama ini, kerana beliau telah melihat kepada seburuk-buruk perkara di dalam bekasnya, lantaran itu kosongkan ia daripada bekas anda .

Beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai orang yang memasuki Islam dengan lidahnya, tetapi imannya tidak sampai ke hatinya, janganlah kamu mencela mukminin dan mendedahkan aurat mereka, kerana orang yang mendedahkan aurat mukminin, Allah akan mendedahkan auratnya pula.


Celaan Kepada Pembohongan, Mungkir Janji Dan Khianat
Daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja'far al-Baqir a.s berkata: Sesiapa yang telah mengetahui seorang hamba daripada hamba Allah berbohong apabila beliau bercakap, mungkir janji apabila beliau berjanji, khianat apabila beliau diamanahkannya. Kemudian beliau menyampaikan amanah kepadanya pula, maka adalah berhak ke atas Allah mengujinya dengan bala mengenainya, kemudian Dia tidak meninggalkannya di atas perbuatannya, dan tidak memberi pahala kepadanya.


Empat perkara Di Dalam Taurat
Daripada Rifa'ah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Empat perkara besar, dan empat perkara kecil ditulis di dalam Taurat. Pertama: Sesiapa menyambut waktu pagi di dalam keadaan dukacita (hazinan), bererti beliau menyambut Allah di dalam keadaan marah (sakhitan). Kedua: Sesiapa mengadu musibat yang telah menimpanya, maka sesungguhnya beliau mengadu kepada Tuhannya. Ketiga: Sesiapa mendatangi seorang kaya, lalu beliau memperkecilkan sesuatu perkara bagi mendapatkan ganjaran daripadanya, nescaya hilang dua pertiga agamanya. Keempat: Sesiapa memasuki neraka daripada umat ini yang membaca al-Qur'an, maka beliau adalah daripada mereka yang mengambil ayat-ayat Allah secara olok-olok. Empat perkara yang kecil: Anda akan dilakukan sebagaimana anda melakukannya.

Sesiapa memiliki sesuatu, maka beliau tidak akan terasa cukup. Sesiapa tidak pernah bermesyuarat, akan menyesal. Kefakiran adalah kematian yang paling besar . Daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Sinan daripada sebahagian para sahabatnya daripada Abu Jarud secara marfu' berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesiapa yang meletakkan dirinya di tempat tohmah, maka beliau tidak boleh mencela mereka yang menyangka jahat terhadapnya. Sesiapa menyembunyikan rahsianya, maka kebaikan berada di tangannya, dan setiap percakapan melebihi dua orang akan tersebar. Letakkanlah urusan saudara anda di tempat yang paling baik sehingga datang kepada anda perkara yang dapat memenangkan anda.

Janganlah anda menyangka apa yang keluar daripada saudara anda itu jahat semata-mata sedangkan anda akan mendapati kebaikan di dalamnya. Bersahabatlah dengan mereka yang benar,maka berusahalah untuk mendapatkan mereka. Bersedia ketika senang, dan menjadi cekal ketika susah. Bermesyuaratlah dengan mereka yang takutkan Allah. Cintailah saudara-saudara mengikut kadar ketakwaannya. Hati-hati dengan perempuan-perempuan jahat, walaupun yang terbaik di kalangan mereka. Jika mereka menyuruh kamu melakukan kebaikan, maka hadapi mereka sehingga mereka tidak tamak di dalam kemungkaran .


Umpatan Adalah Lebih Berat Daripada Zina
Rasulullah s.a.w bersabda:al-Ghaibah (mengumpat) adalah lebih berat daripada zina, ada orang bertanya: Kenapakah begitu wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Orang yang berzina bertaubat, maka Allah akan mengampuninya. Adapun orang yang mengumpat bertaubat, Allah tidak menerima taubatnya sehingga orang yang diumpat itu memaafinya.

Al-Sadiq atau al-Baqir a.s berkata: Seorang hamba itu lebih hampir kepada kekafiran apabila beliau mempersaudarakan seorang lelaki di atas dasar keagamaan, kemudian beliau menghitung kesilapan, dan kesalahannya bagi tujuan mendedahkannya pada suatu hari kelak .


Nasihat Abu Abdullah A.S Kepada Hamraan
Daripada Hisyam bin Salim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata kepada Hamraan bin A'yan: Wahai Hamraan, lihatlah kepada mereka yang rendah daripada anda dari segi kemampuan, dan janganlah anda melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada anda dari segi kemampuan, kerana itu adalah lebih memanfaatkan anda dari kurniaan Allah kepada anda, dan lebih layak untuk anda mendapat kurniaan tambahan daripada Tuhan anda, dan ketahuilah bahawa amalan sedikit yang berterusan di atas keyakinan itu adalah lebih baik di sisi Allah dari amalan yang banyak tanpa keyakinan.

Ketahuilah bahawa tiada kewarakan yang lebih baik dari menjauhi apa yang diharamkan Allah a.w, dan menahan diri dari menyakiti mukminin, dan berbicara keburukan mereka. Tiada kehidupan yang lebih senang dari akhlak yang baik. Tiada harta yang lebih baik dari memadai apa yang dimiliki. Dan tiada kejahilan yang lebih parah dari ketakjuban diri.

Daripada al-Baqir a.s berkata: Kami telah mendapati di dalam kitab Ali bahawa Rasulullah s.a.w berkata kepada Ali a.s di atas mimbar: Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia bahawa mukmin tidak pernah dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat melainkan mengikut sangkaan baiknya terhadap Allah a.w, dan menahan diri dari memburukkan mukmin. Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia bahawa Allah tidak akan menyeksa mukmin dengan seksaan selepas taubat dan istighfar kepada-Nya melainkan dengan sangkaan jahatnya terhadap Allah a.w, dan umpatannya kepada mukminin .

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang telah berkata tentang mukmin apa yang dilihat dua matanya, dan apa yang didengari dua telinganya, maka beliau adalah di kalangan mereka yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Nur (24) :19 "Sesungguhnya mereka yang ingin agar perbuatan yang keji itu tersiar di kalangan mereka yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat "
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang memakan harta saudaranya mukmin atau meminumnya, atau memakainya (secara haram), maka Allah akan memberi makanan kepadanya makanan dari neraka Jahanam, minuman dari neraka Hamim, dan memakaikannya pakaian dari pakaian neraka.

Sesiapa yang telah meletakkan saudaranya mukmin di tempat yang hina, maka Allah akan meletakkannya di makam angkuh dan riak. Sesiapa yang telah memperbaharui persaudaraan di dalam Islam, maka Allah akan membina baginya mahligai di syurga dari permata .

Rasulullah s.a.w bersabda: Sejahat-jahat manusia pada hari Kiamat adalah al-Muthallath. Ada orang bertanya kepadanya: Apakah itu al-Muthallath, wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Lelaki berjalan dengan saudaranya kepada imamnya, lalu membunuhnya, lantaran itu beliau membinasakan dirinya, saudaranya, dan imamnya .

Beliau s.a.w bersabda: Al-Ghaibah (mengumpat) adalah lebih cepat kepada jasad mukmin daripada pemakan dagingnya .

Beliau berkata: Rasulullah s.a.w apabila memberi khutbah, beliau bersabda pada akhirnya: Beruntunglah mereka yang baik akhlaknya, dan bersih tabiatnya, baik dalamannya, dan baik luarannya, berbelanja lebihan hartanya, menahan diri berlebihan di dalam percakapannya, dan memberi kesedaran kepada orang ramai melalui amalan dirinya.


Sebaik-Baik Ibadat Menjaga Kehormatan Perut Dan Kemaluan
Daripada Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja'far al-Baqir, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sebaik-baik ibadat adalah menjaga kehormatan perut dan kemaluan, dan tidak ada perkara yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada doa, kerana doa dapat menolak penetapan yang telah ditetapkan (abrama). Kebaikan yang paling cepat adalah membuat baik, kejahatan yang paling cepat adalah balasan orang yang zalim. Cukuplah seorang itu menjadi malu ('aib) apabila beliau melihat keaiban orang lain tanpa melihat keaiban dirinya atau beliau menyakiti sahabatnya dengan perkara yang tiada kaitan dengannya atau beliau melarang manusia apa yang beliau sendiri tidak mampu meninggalkannya .

Rasulullah s.a.w bersabda: Umat aku yang paling ramai memasuki neraka adalah kerana perut dan kemaluan (al-Farj). Umat aku yang paling ramai memasuki syurga adalah kerana ketakwaan kepada Allah dan akhlak yang mulia.

Al-Sadiq a.s berkata: Empat alamat nifak: Keras hati, keras mata, berterusan melakukan dosa, tamak kepada dunia.

Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu melihat kepada banyaknya solat mereka, puasa mereka, banyaknya haji dan zakat mereka, banyak melakukan perkara yang baik, berjaga malam, tetapi lihatlah kepada percakapan yang benar, dan pelaksanaan amanah.


Wasiat Amir al-Mukminin A.S Kepada Muhammad Bin al-Hanafiyyah
Daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata di dalam wasiatnya kepada Muhammad bin al-Hanafiyyah: Ketahuilah bahawa lidah adalah anjing yang liar, jika anda membiarkannya, ia akan menggonggong, kadangkala satu kalimat yang diucapkan dapat menghilangkan nikmat, simpanlah lidah anda sebagaimana anda menyimpan emas dan wang anda. Sesiapa yang tidak mempunyai sifat malu akan membawanya kepada perkara yang tidak diingini. Rasulullah s.a.w bersabda: Allah mencucuri rahmat ke atas seorang hamba yang benar-benar malu kepada-Nya, beliau menjaga kepalanya dan sekelilingnya, perut dan apa yang disimpannya, menyebut kubur dan bala, serta menyebut baginya Ma'ad di akhirat

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang meriwayatkan kepada saudaranya satu riwayat bagi tujuan menghinanya, dan merosakkan maruahnya, maka Allah akan meletakkannya di tanah Khubal (neraka) sehingga beliau meninggalkan apa yang dikatakannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah menyebarkan fahisyatan (kejahatan) adalah seperti pelakunya. Sesiapa yang telah menghina seorang mukmin dengan sesuatu, maka beliau tidak akan mati sehingga beliau melakukannya .

al-Sadiq a.s berkata: Apabila berlaku di antara anda dan saudara anda ketegangan, maka janganlah anda menghinanya dengan dosa.

Al-Baqir a.s berkata: Sesiapa yang menahan dirinya dari kehormatan orang lain, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya pada hari Kiamat. Sesiapa menahan kemarahannya daripada orang ramai, maka Allah akan menahan dirinya daripada azab pada hari Kiamat.

Daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya lidah manusia mengawasi anggota-anggotanya setiap hari dan berkata: Bagaimana kamu menyambut waktu pagi? Mereka akan berkata: Dengan baik jika anda meninggalkan kami. Dan mereka akan berkata kepada kami: Allah, Allah, pada kami, dan mereka berkata lagi: Kami diberi pahala dengan anda dan kami diseksa dengan anda.

Mu'awiyah bin Wahab berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Bertindaklah kerana kebenaran, janganlah anda bentangkan apa yang tidak perlu, dan jauhilah apa yang tiada kaitan dengan anda. Jauhilah musuh anda, hati-hatilah tentang sahabat anda di kalangan mereka melainkan beliau seorang yang boleh dipercayai yang bertakwa kepada Allah. Janganlah anda bersahabat dengan orang yang jahat (fajir), dan janganlah anda membiarkannya melihat rahsia anda.

Al-Sadiq a.s berkata: Jauhilah anda bermusuhan dengan seseorang, kerana ia akan mewarisi malu, dan pendedahan aurat.

Al-Sadiq a.s berkata: Banyak bergurau akan menghilangkan air muka, dan banyak ketawa akan menyapu keimanan .


Enam Kalimat Bagi Salman
Daripada Abu Abdullah a.s berkata: Salman al-Farisi berkata: Aku menjadi hairan dengan enam perkara. Tiga perkara yang mentertawakan aku, dan tiga perkara yang membuatkan aku menangis. Adapun perkara yang membuatkan aku menangis adalah perpisahan dengan kekasih Muhammad s.a.w, penderitaan pada hari Kiamat, dan berdiri di hadapan Allah s.w.t. Adapun tiga perkara yang mentertawakan aku: Orang yang mengejar dunia sedangkan mati sedang mengejarnya. Orang lalai (ghafil), tetapi ia tidak dilupai, dan orang yang ketawa besar tidak mengetahui adakah Allah telah meredainya atau memarahinya.

Al-Sadiq a.s berkata kepada Ishaq bin Ammar: Wahai Ishaq, layanilah munafik dengan lidah anda, lakukanlah keikhlasan anda kepada mukmin. Jika seorang Yahudi duduk di sisi anda, maka duduklah anda dengan baik bersama-samanya .

Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada anak lelakinya Muhammad bin al-Hanafiyyah: Janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu, dan janganlah anda berkata semua yang anda tahu.

Al-Sadiq a.s berkata: Janganlah anda tertipu oleh orang ramai tentang diri anda, kerana ia akan sampai kepada anda bukan mereka. Janganlah anda menghabiskan siang hari anda dengan itu dan ini, kerana bersama anda ada orang yang menjaga anda. Janganlah anda memperkecilkan kebaikan yang sedikit, kerana anda melihatnya besok boleh menggembirakan anda,janganlah anda memperkecilkan kejahatan yang sedikit, kerana anda akan melihatnya besok boleh mendukacitakan anda. Berbuat baiklah, kerana aku tidak melihat sesuatu yang lebih dituntut, dan lebih cepat didapati dari kebaikan bagi dosa yang lalu. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Hud (11):114 " Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu dapat menghapuskan perbuatan-perbuatan yang jahat. Itulah peringatan bagi mereka yang ingat "

al-Sadiq a.s berkata: Dengarlah kamu semua percakapan daripada aku yang lebih baik daripada dirham-dirham yang mahal. Janganlah anda bercakap melainkan apa yang ada kaitan dengan anda. Tinggalkan percakapan yang banyak tentang anda sehingga anda mendapati tempat yang sewajarnya. Kadangkala seorang itu bercakap benar tetapi tidak pada tempatnya (fa-rubba mutakallimin bi haqqin fi ghairi maudhi'i-hi). Janganlah anda berhujah dengan orang yang bodoh, dan orang yang lemah lembut, kerana yang lemah lembut akan mengalahkan anda. Sementara yang bodoh akan memburukkan anda. Sebutlah saudara anda apabila beliau tidak berada di hadapan anda dengan sebaik-baik perkataan yang anda paling sukai disebut tentang anda sendiri apabila anda tidak berada di hadapannya. Ketahuilah inilah amalannya, dan beramallah amalan orang yang mengetahui bahawa beliau akan dibalas dengan kebaikan dan akan diambil tindakan dengan jenayah (mujza bi l-Ihsan ma'khudhun bi l-Ajram).


Mukmin Tidak Akan Menjadi Pembohong
Al-Hasan bin Mahbub berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah: Adakah mukmin menjadi seorang yang bakhil? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Aku berkata: Adakah beliau menjadi seorang pengecut (jabbanan)? Beliau berkata: Ya, aku berkata: Adakah beliau menjadi seorang pembohong (kadhiban)? Beliau berkata: Tidak, dan tidak pula bersifat dingin, kemudian beliau berkata: Seorang mukmin dari segi tabiatnya (seperti orang lain) boleh melakukan semua perkara selain dari pengkhianatan dan pembohongan .


Kelebihan Berdiam Diri
Daripada Abu Ja'far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Kebaikan terkumpul pada tiga sifat: Perbincangan(al-Nazar), diam (al-Sukut), dan percakapan (al-Kalam). Semua perbincangan yang tidak mengandungi iktibar adalah suatu kelalaian (sahwun). Semua diam yang tidak mengandungi pemikiran adalah suatu kelupaan (ghaflatin). Dan semua percakapan yang tidak mengandungi peringatan adalah percakapan yang bodoh (laghwun). Maka beruntunglah orang yang perbincangannya menjadi iktibar, diamnya menjadi pemikiran, percakapannya menjadi peringatan. Beliau menangis di atas kesalahannya, dan orang ramai terselamat daripada kejahatannya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Pembohong tidak berbohong melainkan menghina dirinya sendiri, dan asal ejekan (sukhriyyah) adalah memberi ketenangan kepada pembohong. Daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya a.s berkata: Beruntunglah orang yang diamnya menjadi pemikiran, perbincangannya menjadi iktibar, daya usahanya menjadi rumahnya, menangis di atas kesalahannya dan orang ramai terselamat daripada tangan dan lidahnya.

Al-Ridha a.s berkata: Alangkah baiknya diam (al-Samt) yang bukan kerana kurang keupayaan atau kelemahan diri. Daud al-Raqiy berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Diam adalah harta yang berharga, perhiasan bagi orang yang lemah lembut dan penutup kejahilan.

Al-Ridha a.s berkata: Diam adalah satu pintu daripada pintu-pintu hikmat. Sesungguhnya diam akan mendapat kasih sayang dan petanda kebaikan.

Beliau a.s berkata: Alamat kefahaman itu adalah lemah lembut, keilmuan dan diam.

Furat bin Ahnaf berkata: Amir al-Mukminn a.s berkata: Berkorbanlah, tetapi janganlah untuk mendapat publisiti. Sembunyikan diri anda supaya tidak disebut. Belajarlah dan sembunyikanlah. Diamlah, nescaya anda terselamat.

Beliau berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada dadanya sambil berkata: Mereka yang baik bergembira dan mereka yang jahat meradang.

Al-Sadiq a.s berkata: Seorang mukmin ditulis baik selama beliau berdiam (sakitan). Apabila beliau bercakap, beliau ditulis baik atau jahat.

Beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang lelaki yang baik akan membawa khabar yang baik dan seorang lelaki yang jahat akan membawa khabar yang jahat.

Daripada Daud al-Raqiy, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Wahai Daud, anda memasukkan tangan anda di mulut ikan paus sehingga ke pangkal lengan adalah lebih baik bagi anda dari memohon hajat anda kepada orang yang tidak menghargainya.

Daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Beruntunglah orang yang telah meninggalkan syahwat semasa kepada masa yang beliau tidak melihatnya .

Daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Fatimah binti al-Husain a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:Tiga sifat orang yang sempurna imannya: Apabila beliau reda, maka redanya tidak akan memasukkannya dalam kebatilan. Apabila beliau marah, maka kemarahannya tidak akan mengeluarkannya daripada kebenaran dan apabila beliau berkuasa, maka beliau tidak akan memberi perkara yang bukan miliknya .



Catatan Kaki:
237. Al-Saduq, Kamal al-Din, hlm. 178
238. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 360
239. Ibid, ix, 379
240. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 129
241. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 117
242. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 224
243. Ibid, vii, 269
244. Ibid, xvi, 137
245. Ibid, xv, 15
246. Ibid
247. Al-Kulaini, al-Kafi, v, 198
248. Al-Kulaini, al-Kafi, v, 498
249. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix , 575
250. Al-Saduq, Ma'ani al-Akhbar, hlm.113
251. Ibid
252. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi , 784
253. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 472
254. Ibid, 477
255. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 161
256. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 189
257. Ibid, xvii, 170
258. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvii , 125
259. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 354
260. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi , 189
261. Ibid
262. Ibid, 191
263. Ibid
264. Al-Kulaini, al-Kafi, ii ,7
265. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 356
266. Ibid, 665
267. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 43
268. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 168
269. Al-Hasan bin Ali bin Syu'bah al-Harani, Tuhaf al-'Uqul, hlm. 49
270. Al-Majlisi, Buhar al-Anwar, xvi, 125

25
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KELAPAN

Para Imam selepas Nabi s.a.w, diazab enam dengan enam, khutbah Amir al-Mukminin a.s, dosa-dosa dan kesan-kesannya dan lain-lain.

Para Imam Selepas Nabi Kita Dua Belas Orang Cerdik
Daripada Abd al-Azia al-Qaratisi berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Para Imam selepas Nabi kita s.a.w adalah dua belas orang cerdik yang dikurniakan pengetahuan (nujaba' mufhamun). Sesiapa yang mengurang atau menambah seorang daripada mereka, nescaya beliau terkeluar daripada agama Allah (kharaja min dini-l-Lahi) dan beliau bukanlah daripada wilayah kami.

Daripada al-Naufaliy daripada al-Sukuniy daripada Ja'far daripada bapanya daripada bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah meratakan wuduknya, memperelok solatnya, menunaikan zakat hartanya, menahan marahnya, memenjarakan lidahnya, memohon ampun akan dosanya, menunaikan nasihat Ahlu l-Bait Nabi-nya, maka beliau telah menyempurnakan hakikat keimanan dan pintu-pintu syurga terbuka untuknya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tuntutlah kebaikan di sisi mereka yang mempunyai muka yang baik .

Daripada al-Harith daripada Ali bin Abu Talib a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Bagi seorang muslim ke atas seorang muslim enam perkara: Memberi salam apabila berjumpa, menggembirakannya apabila beliau bersin, menziarahinya apabila beliau sakit, menjawabnya apabila beliau memanggilnya, menyaksikannya apabila beliau mati, mencintainya sebagaimana beliau mencintai dirinya dan menasihatinya tentang perkara yang ghaib.


Diazab Enam Dengan Enam
Daripada Abu Abdullah daripada bapa-bapanya daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya Allah mengazab enam dengan enam: Arab dengan 'asabiah, pembesar-pembesar dengan keangkuhan, para pemerintah dengan kezaliman, ahli fiqh dengan hasad, peniaga-peniaga dengan khianat dan ahli Rasatiq dengan kejahilan.

Al-Sadiq a.s berkata: Orang yang bakhil disebabkan kebakhilannya dikira jahat sangka dengan Tuhannya dan sesiapa yang yakin dengan masa depannya (aiqana bi l-Khalaf ), akan bermurah hati dengan pemberian (jada bi l- 'Atiyyah).

Abu Hamzah al-Thumali daripada Ali bin al-Husain daripada bapanya al-Husain bin Ali daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Demi Allah, tidak ada manusia yang lebih baik daripada Muhammad, daripada aku dan Ahlu l-Baitku dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut-penuntut ilmu di kalangan syi'ah kami.

Beliau berkata: Ditanya Amir al-Mukminin a.s: Manakah dosa yang menyegerakan balasan kepada pelakunya? Beliau berkata: Sesiapa yang telah menzalimi orang yang tidak ada penolong selain daripada Allah, mengabaikan nikmat yang dikurniakan kepadanya dan melanjutkan kezaliman ke atas orang yang fakir.

Al-Sadiq a.s berkata: Apabila jatuhnya matahari, Allah mewakilkan malaikat yang menyeru: Wahai manusia, datanglah kepada Tuhan kamu, kerana apa yang sedikit dan memadai itu adalah lebih baik daripada yang banyak dan melalaikan. Dan malaikat yang diwakilkan ketika naiknya matahari menyeru: Wahai anak Adam, lahirlah untuk mati, binalah untuk kemusnahan dan berkumpullah untuk kebinasaan .

Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang berpuasa adalah di dalam ibadat walaupun beliau tidur di atas hamparannya selama beliau tidak mengumpat muslim.

Daripada al-Sadiq daripada bapanya daripada bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah menzalimi seseorang, kemudian tidak sempat memohon maaf daripadanya, maka hendaklah beliau memohon istighfar kepada Allah sebagai kafarah untuknya.

Al-Sadiq a.s berkata: Allah telah menurunkan wahyu kepada Musa bin Imran a.s: Katakan kepada sebahagian daripada Bani Israel: Jauhilah kamu dari membunuh diri yang diharamkan tanpa kebenaran, kerana orang yang telah membunuh seorang di dunia, Aku akan membunuhnya di neraka seribu kali pembunuhan seperti pembunuhan sahabatnya .


Khutbah Amir al-Mukminin A.S
Ali bin Muhammad al-Sya'rani daripada al-Hasan bin Ali bin Syu'aib daripada Isa bin Muhammad al-'Alawi daripada Muhammad bin al-'Abbas bin Bassam daripada Muhammad bin Abual-Sarriy daripada Ahmad bin Abu Abdullah daripada Yunus daripada Sa'd al-Kinani daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata:Manakala Amir al-Mukminin a.s menduduki jawatan khalifah dan orang ramai memberi baiah kepadanya, maka beliau keluar kepada Masjid memakai serban, burdah dan kasut Rasulullah s.a.w, menghunus pedang Rasulullah s.a.w kemudian menaiki mimbar dan mendudukinya dengan keadaan bertongkat, kemudian beliau memasukkan anak-anak jari tangannya, lalu diletakkan di bawah perutnya.

Kemudian beliau berkata: Wahai manusia, bertanyalah kepada aku sebelum ketiadaan aku, inilah bakul ilmu (saft al-'ilm), inilah air liur (lu'ab) Rasulullah s.a.w. Ini adalah apa yang telah dikurniakan kepada aku oleh Rasulullah s.a.w. Bertanyalah kepada aku, kerana di sisi aku ilmu mereka yang terdahulu dan ilmu mereka yang terakhir, demi Allah, jika aku diberi kuasa pemerintahan, nescaya aku memberi fatwa ke atas ahli Taurat dengan Taurat mereka sehingga Taurat akan bercakap: Ali memang benar, beliau tidak bohong. Sesungguhnya beliau telah memberi fatwa kepada kamu menurut apa yang diturunkan Allah pada aku.

Dan aku akan memberi fatwa ke atas ahli Injil dengan Injil mereka sehingga Injil akan bercakap: Ali memang benar, beliau tidak bohong. Sesungguhnya beliau telah memberi fatwa kepada kamu menurut apa yang diturunkan Allah pada aku dan aku akan memberi fatwa ke atas ahli al-Qur'an dengan Qur'an mereka sehingga al-Qur'an bercakap: Ali memang benar, beliau tidak bohong. Sesungguhnya beliau telah memberi fatwa kepada kamu menurut apa yang diturunkan Allah pada aku, kamu membaca al-Qur'an siang dan malam adakah pada kamu seorang yang mengetahui apa yang telah diturunkan tentangnya? Jika tidak ada satu ayat di dalam kitab Allah a.w, nescaya aku memberitahu kamu apa yang telah berlaku, apa yang akan berlaku dan apa yang akan terjadi sehingga hari Kiamat iaitu ayat di dalam Surah al-Ra'd (13) : 39 "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki). Dan di sisi-Nyalah terdapat Ummu al-Kitab".

Kemudian beliau a.s berkata: Kamu bertanyalah kepada aku sebelum ketiadaan aku. Demi Yang telah membelah biji-bijian dan menghidupkan jiwa, jika kamu bertanya kepada aku tentang ayat mana pada waktu siang diturun atau pada waktu malam diturunkan, Makkahnya atau Madinahnya, di pantainya atau di daratannya, nasikhnya atau mansuhnya, mahkamahnya atau mutasyabihnya, takwilnya atau tanzilnya, nescaya aku akan memberitahu kamu tentangnya.

Lantas seorang lelaki berdiri, ia dikenali dengan Dha'lab seorang yang fasih bercakap dan berani hatinya sambil berkata: Sesungguhnya anak lelaki Abu Talib telah mendapat kedudukannya dengan susah, maka aku akan memalukannya hari ini di hadapan kamu tentang masalah aku kepadanya sambil berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah anda telah melihat Tuhan anda? Beliau berkata: Celaka anda wahai Dha'lab, aku tidak pernah menyembah Tuhan yang aku tidak melihatnya, beliau berkata: Bagaimana anda telah melihatnya, ceritalah kepada kami? Beliau a.s berkata: Celaka anda, mata tidak melihatnya dengan penyaksian penglihatan, tetapi hati melihatnya dengan hakikat keimanan (lam tara-hu al-'Uyuun bi-musyahadati al-Absar wa-lakin ra'at-hu al-Qulub bi-haqaiq al-Iman).

Celaka anda wahai Dha'lab, sesungguhnya Tuhanku tidak boleh disifatkan dengan berjauhan, tidak dengan pergerakan, tidak dengan pendirian dan tidak dengan kedatangan? Dan tidak dengan pemergian, halus dengan sehalus-halusnya, tetapi tidak boleh disifatkan dengan halus, besar ('azim), tetapi tidak boleh disifatkan dengan kebesaran jasad. Ketua keangkuhan, tetapi tidak boleh disifatkan dengan keangkuhan (al-Kibr), ketua kemuliaan, tetapi tidak boleh disifatkan dengan kekasaran, lembut rahmat, tetapi tidak boleh disifatkan dengan lembut (riqqah), mukmin tetapi bukan dengan ibadat, mencapai sesuatu, tetapi bukan dengan rasa (majassah), berfirman, tetapi bukan dengan lafaz.

Dia di dalam perkara-perkara (al-Asyya'), tetapi bukan dengan percampuran, keluar daripadanya bukan dengan perbezaan, di atas setiap sesuatu, tetapi tidak boleh dikatakan: Sesuatu di atas-Nya, di hadapan setiap sesuatu, tetapi tidak boleh dikatakan: Bagi-Nya hadapan (amam), di dalam semua perkara (sesuatu), tetapi Dia bukanlah memasuki seperti sesuatu di dalam sesuatu, keluar daripada sesuatu bukanlah sesuatu keluar daripada sesuatu, maka Dha'lab telah menunduk kepadanya dan berkata: Dengan nama Allah, aku tidak pernah mendengar jawapan seperti ini, demi Allah, aku tidak akan mengulanginya seperti ini selama-lamanya.

Kemudian beliau berkata: Kamu bertanyalah aku sebelum ketiadaan aku, lalu al-Asy'ath bin Qais berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, bagaimana diambil jizyah daripada majusi sedangkan kitab tidak diturunkan ke atas mereka dan nabi tidak diutus kepada mereka? Beliau berkata: Ya, wahai Asy'ath, sesungguhnya Allah telah menurunkan kitab ke atas mereka dan telah mengutus seorang nabi kepada mereka. Mereka mempunyai seorang raja yang telah mabuk pada suatu malam, lalu beliau menyeru anak perempuannya kepada hamparannya dan terus melakukan persetubuhan (irtakaba-ha). Pada keesokannya, rakyatnya mendapat tahu berita tersebut, lalu mereka berkumpul di pintu istana dan berkata: Wahai raja, anda telah mencemarkan di atas kami agama kami, maka anda telah memusnahkannya. Justeru keluarlah supaya kami membersihkan anda, kami akan melaksanakan hukuman had ke atas anda.

Maka beliau berkata kepada mereka: Kamu berkumpullah dan dengarlah percakapan aku sekiranya ada jalan keluar daripada apa yang telah aku lakukan, jika tidak, maka ini adalah hal kamu. Lantas mereka berkumpul, lalu beliau berkata kepada mereka: Adakah kamu telah mengetahui bahawa Allah tidak mencipta makhluk yang lebih mulia daripada bapa kita Adam dan ibu kita Hawa'? Mereka berkata: Anda memang benar wahai raja.

Beliau berkata: Tidakkah beliau telah mengahwinkan anak-anak lelakinya akan anak-anak perempuannya dan anak-anak perempuannya daripada anak -anak lelakinya? Mereka berkata: Anda memang benar, maka ini adalah agama, kemudian mereka telah mengadakan perjanjian di atas perkara tersebut. Lalu Allah menyapu ilmu di dada mereka dan diangkat kitab daripada mereka, maka mereka adalah kafir, akan memasuki neraka tanpa hisab, tetapi munafikin adalah lebih parah keadaan mereka daripada majusi, maka al-Asy'ath berkata: Demi Allah, aku tidak mendengar jawapan seperti ini dan aku tidak akan mengulanginya seperti ini selama-lamanya.

Kemudian beliau berkata: Kamu bertanyalah aku sebelum ketiadaan aku, lalu seorang lelaki datang kepadanya dari penjuru Masjid berjalan menggunakan tongkatnya dicelah-celah orang ramai sehingga beliau menghampirinya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, tunjuklah kepada aku amalan jika aku melakukannya, nescaya Allah akan melepaskan aku dari api neraka, maka beliau berkata kepadanya: Dengarlah dan fahamilah, kemudian yakinilah bahawa dunia telah berdiri di atas tiga perkara: Seorang alim yang bercakap dan beramal dengan ilmunya, seorang kaya yang tidak bakhil dengan hartanya terhadap ahli agamanya dan seorang fakir yang bersabar. Apabila seorang yang alim menyembunyikan ilmunya, orang kaya menjadi bakhil dan orang fakir tidak lagi bersabar, maka dunia akan menjadi huru-hara dan di sisinya diketahui mereka yang arif dengan Allah dan dunia telah kembali kepada permulaannya-iaitu kepada kekafiran selepas keimanan.

Wahai orang yang bertanya, janganlah anda terpedaya dengan banyaknya masjid dan perkumpulan yang ramai. Jasad mereka berkumpul sedangkan hati mereka bermacam-macam. Sesungguhnya manusia tiga jenis: Zahid, pencinta dunia (raghib) dan penyabar (sabir). Adapun orang zahid, maka beliau tidak bergembira walaupun sedikit dengan dunia yang datang kepadanya dan tidak berdukacita di atas perkara yang terlepas daripadanya. Adapun penyabar, beliau berangan-angan tentang dunia di dalam hatinya. Jika beliau mendapatinya, beliau dapat mengendalikan dirinya dari akibatnya yang buruk. Adapun pencinta dunia (raghib ), maka beliau tidak peduli apa yang didapatinya sama ada halal atau haram.

Beliau berkata: Wahai Amir al-Mukminin, apakah alamat-alamat mukmin pada zaman itu? Beliau berkata: Mukmin melihat kepada kebenaran yang diwajibkan Allah ke atasnya, lalu beliau mentaatinya, beliau melihat kepada apa yang menyalahinya, lalu beliau membebaskan diri daripadanya sekalipun ia seorang kekasih yang rapat, beliau berkata: Anda memang benar wahai Amir al-Mukminin. Kemudian lelaki itu telah menghilangkan diri, kami tidak dapat melihatnya lagi. Lalu orang ramai mencarinya,tetapi mereka tidak mendapatinya, kemudian beliau a.s tersenyum di atas mimbar dan berkata: Apakah gerangan kamu, ini adalah saudara aku Khidir a.s.

Kemudian beliau berkata: Kamu bertanyalah kepada aku sebelum ketiadaan aku, maka tiada seorang pun berdiri kepadanya,lalu beliau mengucap kesyukuran kepada Allah dan memuji-Nya serta berselawat ke atas Nabinya s.a.w, kemudian beliau berkata kepada al-Hasan a.s: Wahai Hasan, berdirilah, naiklah mimbar dan bercakaplah dengan percakapan di mana Quraisy tidak akan melupai anda selepasku, mereka berkata: Al-Hasan tidak dapat memberi ucapan yang baik, beliau berkata: Wahai abah, bagaimana aku menaiki mimbar dan aku bercakap sedangkan anda mendengar dan melihat aku di kalangan orang ramai? Beliau berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, aku akan menyembunyikan diri aku daripada anda, aku akan mendengar dan melihat, tetapi anda tidak melihat aku.

Al-Hasan a.s menaiki mimbar, lantas memuji Allah dengan pujian-pujian yang mendalam dan berselawat kepada Nabi s.a.w dengan selawat yang ringkas, kemudian beliau berkata: Wahai manusia, aku telah mendengar datuk aku Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya (ana madinatu l-Ilmi wa 'Ali babu-ha). Seorang tidak dapat memasuki bandar melainkan dari pintunya, kemudian beliau turun, lantas Ali a.s melompat ke atasnya dan menolaknya ke dadanya, kemudian beliau berkata kepada al-Husain a.s:
Wahai anak lelakiku, berdirilah dan naiklah mimbar, bercakaplah dengan percakapan di mana Quraisy tidak akan melupai anda selepas aku, mereka berkata: Al-Husain tidak mempunyai pandangan yang jauh, percakapan anda hendaklah sejajar dengan percakapan saudara lelaki anda.

Al-Husain menaiki mimbar, memuji Allah dan berselawat ke atas Nabinya s.a.w dengan ringkas, kemudian beliau berkata: Wahai manusia, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali adalah bandar petunjuk (madinatu huda), sesiapa yang memasukinya berjaya dan sesiapa yang tidak memasukinya binasa, lantas Ali melompat ke arahnya dan mendakapnya ke dadanya, lalu mengucupnya, kemudian beliau berkata: Mereka berdua adalah anak-anak Rasulullah s.a.w dan simpanannya yang beliau telah meminta aku menyimpannya. Lantaran itu, aku meminta kamu supaya menyimpannya, wahai manusia, Rasulullah s.a.w meminta kamu supaya melaksanakannya .


Dosa-Dosa Dan Kesannya
Daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Abdullah a.s berkata: Dosa yang mengubah nikmat adalah perlanggaran hak. Adapun dosa yang mewarisi penyesalan adalah pembunuhan, dosa yang menurunkan dendam adalah kezaliman. Dosa yang mencemarkan kehormatan adalah minum arak. Dosa yang menahan rezeki adalah zina. Dosa yang menyegerakan kebinasaan adalah memutuskan pertalian keluarga. Dan dosa yang menghalang doa adalah menderhaka ibu bapa ('uquq al-Walidain) .

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang telah menakut-nakutkan seorang mukmin dengan kuasa bagi mendapatkan daripadanya perkara yang dibenci agama (makruhan), tetapi tidak mendapatinya, maka beliau akan ke neraka. Sesiapa menakut-nakutkan seorang mukmin dengan kuasa bagi mendapatkan perkara yang dibenci agama, kemudian beliau mendapatinya, maka beliau adalah bersama-sama Fir'aun dan keluarga Fir'aun di neraka .

Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesiapa yang keterlaluan di dalam perbalahan, maka beliau telah melakukan kezaliman. Sesiapa yang telah mengabaikannya, maka beliau telah melakukan kezaliman dan tidak mampu menentang orang yang menyalahi Allah .


Lima Orang Yang Tidak Boleh Bersahabat
Daripada Muhammad bin muslim daripada al-Sadiq daripada bapanya a.s berkata: Bapa aku Ali bin al-Husain a.s berkata: Wahai anakku, lihatlah kepada lima orang dan janganlah anda bersahabat dan membuat cakap dengan mereka,jangan anda mengiringi mereka di jalan, beliau berkata: Wahai abah, siapakah mereka? Perkenalkan mereka kepada aku, beliau berkata: Jauhilah anda bersahabat dengan pembohong, kerana ia sepertilah kedudukan kilauan(al-sarab), beliau akan mendekatkan anda yang jauh dan akan menjauhkan bagi anda yang dekat. Jauhilah anda bersahabat dengan orang yang fasiq, kerana ia akan menjual anda dengan satu kali makan atau lebih sedikit daripada itu.

Jauhilah anda bersahabat dengan orang bakhil, kerana beliau akan menghina anda pada hartanya apabila anda lebih berhajat kepadanya. Jauhilah anda bersahabat dengan ahmaq (si bodoh), kerana beliau mahu memberi manfaat kepada anda, tetapi ia memudaratkan anda. Jauhilah bersahabat dengan orang yang memutuskan pertalian keluarganya, kerana aku telah mendapatinya dilaknat di dalam kitab Allah a.w pada tiga tempat. Allah berfirman di dalam Surah Muhammad (47) : 22-23 "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah mereka yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka"

Dan firman-Nya di dalam Surah al-Ra'd (13):25 "Mereka yang merosak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerosakan di bumi, mereka itulah dilaknati Allah, dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk "

Dan firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2) :27 "Mereka yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi, mereka itulah mereka yang rugi"

Ammar bin Musa berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Cinta mereka yang baik (al-Abrar) kepada mereka yang baik, adalah pahala kepada mereka yang baik. Cinta mereka yang jahat (al-Fujjar) kepada mereka yang baik adalah kelebihan bagi mereka yang baik, kemarahan mereka jahat kepada mereka baik adalah perhiasan bagi mereka yang baik dan kemarahan mereka yang baik kepada mereka yang jahat adalah penghinaan (khizyun) kepada mereka yang jahat.
Al-Sadiq a.s berkata: Saudara-saudara aku yang paling aku cintai adalah mereka yang menunjukkan keaiban aku kepada aku.


Pengertian Jihad Akbar Dan Asghar
Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan kecil, apabila mereka kembali, maka beliau bersabda: Selamat datang dengan kaum yang telah melaksanakan jihad yang kecil (jihad asghar) dan masih tinggal bersama mereka jihad yang lebih besar (jihad akbar). Ada orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah jihad yang lebih besar itu ? Beliau bersabda: Jihad di dalam diri sendiri (jihad al-Nafs).

26
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Pohon Hajat Kepada Hati Yang Pemurah
Daripada al-Sadiq Ja'far bin Muhammad a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan rahmat pada hati makhluk-Nya yang pemurah (qulubu-ruhama'). Justeru pohonlah hajat daripada mereka dan janganlah memohon hajat daripada mereka yang keras hati (al-Qasiyatu qulubu-hum), kerana Allah telah memasukkan kemarahan-Nya pada mereka (ahalla ghadhaba-hu bi-him ).
Beliau a.s berkata: Sesiapa yang telah mengaibkan saudaranya dengan satu keaiban, maka beliau adalah daripada ahli neraka.


Mengenai Kebaikan
Daripadanya a.s berkata: Lakukanlah kebaikan (al-Ma'ruf) kepada ahlinya dan kepada yang bukan ahlinya, kerana jika ia bukan ahlinya, maka anda adalah ahlinya.

Rasulullah s.a w bersabda: Setiap kebaikan (ma'ruf )itu adalah sedekah, penunjuk kepada kebaikan itu adalah seperti pelakunya. Dan Allah suka menolong mereka di dalam kesusahan.

Al-Baqir a.s berkata: Membuat baik menolak kejadian buruk.

Al-Sadiq a.s berkata: Ahli kebaikan di dunia adalah ahli kebaikan di akhirat. Ada orang berkata kepada mereka: Dosa-dosa telah diampuni, maka berilah kebaikan kamu kepada siapa yang kamu kehendakidan kebaikan adalah wajib di atas setiap orang dengan hatinya, lidahnya, dan tangannya. Lantaran itu, siapa yang tidak mampu membuat kebaikan dengan tangannya, maka dengan hati dan lidahnya dan jika beliau tidak mampu dengan ladahnya , maka dengan hatinya.

Al-Sadiq a.s berkata: Allah melaknati orang yang memutus jalan kebaikan, iaitu seorang lelaki yang dilakukan kebaikan kepadanya, lalu beliau menutupinya, kemudian menegah sahabatnya melakukan kebaikan kepada orang lain .


Abu Talib Seperti Penghuni-Penghuni Gua
Al-Sadiq a.s berkata: Umpama Abu Talib seperti penghuni-penghuni gua (ashab al-Kahfi), mereka telah menyembunyikan keimanan dan melahirkan syirik, maka Allah memberi pahala kepada mereka dua kali .


Mimpi Yang Benar
Beliau a.s berkata: Apabila seorang di dalam kemaksiatan kepada Allah s.w.t dan Allah menghendaki kebaikan baginya, maka Allah memperlihatkan di dalam mimpinya perkara yang menakutkannya, lalu beliau meninggalkan maksiat itu dan sesungguhnya mimpi yang benar itu adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian daripada kenabian .


Pelaksanaan Amanah
Al-Sadiq a.s berkata: Laksanakan amanah kepada yang baik dan yang jahat, jika pembunuh Ali a.s memberi amanah kepada aku, nescaya aku menunaikannya dan beliau berkata: Laksanakan amanah sekalipun kepada pembunuh al-Husain bin Ali a.s .


Ketaatan Kepada Ahlu l-Bait A.S
Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kamu kecintaan dan kepatuhan(muwalati-na) kepada kami dan memfardukan ke atas kamu ketaatan kepada kami. Sesiapa yang daripada kami, maka hendaklah ia mengikuti kami. Sesungguhnya keadaan kami adalah warak, ijtihad, menunaikan amanah kepada yang baik dan jahat, silaturahim, menghormati tetamu, memaafi orang yang jahat kepadanya. Sesiapa yang tidak mengikuti kami, maka beliau bukanlah daripada kamidan beliau berkata: Janganlah kamu bertindak bodoh, kerana para imam kamu bukanlah mereka yang bodoh .


Hamba Allah Tercinta
Al-Husain bin Abu al-'Ala' berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Hamba yang paling dicintai Allah adalah hamba yang benar di dalam percakapannya, menjaga solatnya dan menunaikan amanah Allah ke atasnya, kemudian beliau berkata: Sesiapa yang telah diamanahkan kepadanya, kemudian beliau menunaikannya, maka beliau telah menyelesaikan seribu simpulan dari tengkuknya daripada simpulan-simpulan api neraka. Justeru bersegeralah kamu menunaikan amanah, kerana setiap orang yang menyimpan amanah, iblis akan mewakilkan seratus syaitan di kalangan pembantu-pembantunya bagi menyesatkannya dan membuatkannya menjadi waswas sehingga mereka membinasakannya melainkan mereka yang dipelihara Allah .


Ketakjuban Diri
Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengetahui bahawa dosa itu adalah lebih baik bagi mukmin daripada ketakjuban diri. Jika ianya tidak sedemikian, Allah tidak akan menguji mukmin dengan dosa selama-lamanya .


Pengabaian Hak
Ismail bin Jabir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Tiada seorang mukmin yang telah mengabaikan satu hak yang wajib ke atasnya, melainkan beliau akan diberikan kepadanya kebatilan dua kali ganda seumpamanya. Tiada seorang mukmin yang menegah dari menolong saudaranya muslim atau tidak berusaha untuk mendapatkan hajatnya yang terlaksana atau akan dilaksanakan, melainkan Allah mengujinya dengan menunaikan hajat orang yang menderhaka-Nya dan tidak akan diberi pahala kepadanya dan tiada seorang hamba yang bakhil membelanjakan hartanya pada keredaan Allah melainkan beliau diuji membelanjakannya berlipat ganda pada jalan kemurkaan Allah .

Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hikam daripada Hisyam bin Salim berkata: Aku telah berkata kepada al-Sadiq a.s: Wahai anak lelaki Rasulullah, apakah gerangan mukmin apabila beliau berdoa kadangkala dimakbulkan doanya dan kadangkala tidak dimakbulkan doanya sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Mukmin (40): 60 "Dan Tuhan kamu berfirman" Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu"


Sebab Kemustajaban Doa Dan Sebaliknya
Beliau a.s berkata: Sesungguhnya seorang hamba apabila beliau berdoa kepada Allah a.w dengan niat yang benar dan hati yang ikhlas, akan dimakbulkan baginya selepas kesetiaannya dengan janji Allah a.w, dan apabila beliau berdoa kepada Allah tanpa niat ikhlas, maka doanya tidak akan dimakbulkan untuknya, tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2) :40 " dan penuhilah janjimu kepadaKu, nescaya Aku penuhi janjiKu". Lantaran itu siapa yang memenuhi janjinya, akan dipenuhi janjinya .

Al-Ridha a.s berkata: Sesiapa yang mencampakkan baju kemaluan, maka tiada umpatan baginya .

Beliau a.s berkata: Sesiapa yang mempertarungkan Allah dengan sumpah yang bohong, maka Allah terlepas daripadanya .

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang telah melaksanakan hak orang yang tidak melaksanakan hak-Nya seolah-olah beliau telah menyembahnya selain daripada Allah .

Beliau a.s bersabda: Berkhidmatlah untuk saudara anda, jika beliau meminta anda berkhidmat kepadanya, jika tidak, tiada karamah bagi anda. Ada orang bertanya: Adakah aku memperkenalkan diri aku kepada orang yang tidak mengenali aku? Beliau berkata: Tiada karamah .

Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik manusia adalah orang ramai dapat mengambil faedah daripadanya. Sejahat-jahat manusia adalah orang ramai terseksa dengannya dan yang lebih jahat daripada itu adalah orang yang dihormati oleh orang ramai kerana takutkan kejahatannya dan yang paling jahat daripada itu adalah orang yang telah menjual agamanya dengan dunia orang lain .

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang telah bertambah keilmuannya tentang Allah dan bertambah cinta kepada dunia, akan bertambah jauh daripada Allah dan Allah pula menambahkan kemarahan ke atasnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Jika dunia ini di sisi Allah disamakan dengan sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak berpeluang meminum airnya.

Al-Sadiq a.s berkata: Bapa aku a.s berkata:Manakah suatu yang lebih buruk dari kemarahan (al-Ghadhab)! Sesungguhnya seorang lelaki apabila beliau marah, akan membunuh orang lain dan menuduh muhsanah.

Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s berkata: Bukan daripada kami orang yang tidak menghisab dirinya pada setiap hari, jika beliau melakukan kebaikan, maka beliau memohon Allah menambahkan kebaikan kepadanya dan memuji-Nya. Jika beliau melakukan kejahatan, maka beliau memohon ampun kepada Allah dan bertaubat.

Daripada Abu Ja'far al-Baqir a.s: Tiada seorang hamba mukmin melainkan pada hatinya titik putih. Jika beliau melakukan dosa, maka warna hitam akan keluar dari titik itu. Jika beliau berterusan di dalam dosa, titik hitam akan meluas sehingga ia menutupi titik putihdan pelakunya tidak akan kembali kepada kebaikan selama-lamanya iaitu firman Allah di dalam Surah al-Mutaffifin (83):14 "Sekali-kali tidak (sedemikian),sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka".

Amir al-Mukminin a.s berkata: Tiada kebaikan pada perkataan melainkan dengan amal, tiada kebaikan pada pemandangan melainkan dengan kemampuan menggambarkannya. Tiada kebaikan pada harta melainkan bersama dermawan. Tiada kebaikan pada kebenaran melainkan bersama kesetiaan. Tiada kebaikan pada fahaman (al-Fiqh ) melainkan bersama warak. Tiada kebaikan pada sedekah melainkan bersama niat. Tiada kebaikan pada kehidupan melainkan bersama kesihatan. Tiada kebaikan pada negara melainkan bersama keamanan, dan kemudahan.


Sifat Akal Dan Kejahilan
Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia mencipta akal, Dia berfirman kepadanya: Datang ke sini, maka ia datang. Dia berfirman kepadanya: Undur ke belakang, maka ia berundur. Kemudian Dia berfirman: Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, Aku tidak mencipta makhluk yang lebih mulia daripada kamu dan Aku menyokong orang yang Aku mencintainya dengan kamu" .

Beliau a.s berkata: Empat sifat yang membolehkan seorang itu menjadi ketua: Kehormatan diri ('iffah), adab, dermawan dan akal.

Beliau a.s berkata: Empat tabiat yang paling istimewa: Akal yang beribadat, percakapan yang paling dipercayai adalah ilmu, habuan yang paling mulia adalah hikmat dan simpanan yang paling baik adalah kebaikan.

Beliau a.s berkata: Akal menyelam di dalam percakapan, kemudian ia mengeluarkannya dari rahsia dada sebagaimana seorang penyelam menyelami lautan yang dalam bagi mendapatkan mutiara .


Kesempurnaan Akal Pada Tiga Perkara
Beliau a.s berkata: Kesempurnaan akal pada tiga perkara: Tawaduk kepada Allah, keyakinan yang bertepatan dan diam untuk kebaikan.


Kejahilan Pada Tiga Perkara
Beliau a.s berkata: Kejahilan pada tiga perkara: Takbur, kemegahan dan kejahilan dengan Allah, maka mereka itu adalah mereka yang rugi .

Beliau a.s berkata: Allah telah mencipta akal dari empat perkara:Ilmu, kekuasaan, cahaya dan kehendak dengan perintah. Maka Allah telah menjadikannya sentiasa berdiri dengan ilmu di alam malakut.

Beliau a.s berkata: Akal seorang lelaki akan bertambah selepas empat puluh tahun kepada lima puluh dan enam puluh tahun. Kemudian akalnya akan berkurangan selepas itu.

Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus kepada Adam a.s tiga perkara supaya beliau memilih satu daripadanya: Akal, malu (al-Haya') dan kemurahan hati (al-Sakha'), lalu beliau memilih akal, maka Jibrail a.s berkata kepada malu dan kemurahan hati: Naiklah kamu berdua, lalu mereka berdua berkata: Kami diperintahkan supaya tidak berpisah dengan akal.

Al-Sadiq a.s berkata: Apabila anda ingin menguji akal seseorang lelaki di dalam satu majlis, maka bercakaplah kepadanya di celah-celah percakapan anda dengan perkara yang tidak akan berlaku, jika beliau mengingkarinya, maka beliau adalah seorang yang berakal. Jika beliau membenarkannya, maka beliau adalah seorang yang bodoh (ahmaq ) .

Beliau a.s berkata: Apabila Allah mahu menghilangkan daripada seorang hamba nikmat, maka perkara pertama yang Dia akan mengubahkannya adalah akalnya .

Al-Sadiq a.s berkata: Orang yang berakal tidak digigit dua kali pada satu tempat.

Amir al-Mukminin a.s berkata: Manusia adalah musuh kepada apa yang dia tidak tahu .

Al-Baqir a.s berkata: Roh adalah tiang agama ('imad al-Din), ilmu adalah tiang roh dan keterangan (al-Bayan)adalah tiang ilmu.


Kelebihan Ilmu
Amir al-Mukminin a.s berkata: Seorang yang beribadat tanpa memahaminya adalah seperti keldai memusingkan kisaran angin. Dua rakaat daripada seorang yang alim adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat daripada seorang yang jahil, kerana orang yang alim didatangi fitnah, lalu beliau keluar dari fitnah dengan ilmunya. Sementara fitnah mendatangi orang yang jahil, lalu membinasakannya. Sedikit amalan bersama ilmu yang banyak adalah lebih baik dari banyak amalan bersama ilmu yang sedikit, syak dan syubhah.

Al-Baqir a.s berkata: Perbincangan ilmu (tadhakur)satu jam itu adalah lebih baik dari Qiyam al-Lail .

Beliau a.s berkata: Jika anda duduk di sisi seorang yang alim, maka hendaklah anda mendengar dengan lebih berhati-hati dan berkata: Belajarlah pendengaran yang baik sebagaimana anda mempelajari percakapan yang baik dan janganlah anda memotong percakapan seorang .

Al-Ridha a.s berkata: Janganlah anda menguji ulama, nescaya mereka akan menolak anda, janganlah anda menguji mereka yang jahil, kerana mereka tidak mengetahui anda.

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang sabar ke atas apa yang mendatanginya, maka beliau adalah seorang yang lemah lembut, Luqman berkata: Musuh yang halim (lemah lembut) adalah lebih baik daripada sahabat yang bodoh.

Al-Sadiq a.s berkata: Tiada harta yang lebih berharga dari akal, tiada musibah yang lebih besar dari kejahilan, tiada demonstrasi yang lebih dipercayai dari mesyuarat, tiada warak yang lebih dari menahan diri, tiada ibadat seperti tafakur. Tiada pemimpin yang lebih baik dari taufik, tiada sahabat yang lebih baik dari akhlak yang mulia dan tiada warisan yang lebih baik dari adab .


Tiga Orang Tidak Dikenali
Luqman berkata: Tiga orang tidak dikenali melainkan pada tiga tempat: Seorang yang lemah lembut (al-Halim ) tidak dikenali melainkan ketika marah, tidak dikenali seorang yang berani melainkan di dalam peperangan dan anda tidak mengenali saudara anda melainkan ketika anda memerlukannya .


Akulah Yang Telah Membatalkan Sihir
Abu Ja'far al-Mansur telah berkata kepada pengawalnya: Utuskan kepada Abu Abdullah, lalu beliau mengutus kepadanya. Beliau berdiri sehingga Abu Abdullah a.s masuk. Apabila beliau a.s melihat Abu Ja'far al-Mansur dan pengawal-pengawalnya telah bersedia untuknya, lantas beliau mengangkat tangannya ke langit, kemudian beliau telah bercakap dengan percakapan sebahagiannya nyaring dan sebahagiannya perlahan. Beliau berkata: Celaka kamu! Akulah yang telah membatalkan sihir bapa-bapa kamu pada masa Musa dan akulah yang membatalkan sihir kamu, kemudian beliau menyeru dengan suaranya yang nyaring: Qiswarah! Lantas beberapa ekor singa telah melompat ke arah Abu Ja'far al-Mansur dan mengepung tempatnya. Lantas beliau terjatuh dari singgahsananya sambil berkata: Maafkan aku, demi Allah, aku tidak akan mengulanginya lagi, beliau a.s berkata: Aku telah memaafkan anda.
Beliau berkata: Singa-singa itu telah kembali ke tempatnya. Beliau berkata: Jika tongkat Musa dikembalikan, maka singa-singa itu akan kembali lagi.


Riwayat Abd al-'Azim Tentang Abu al-Hasan al-Ridha A.S
Diriwayatkan daripada Abd al-'Azim daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata: Wahai Abd al-'Azim, sampaikan salam aku kepada para wali aku dan katakan kepada mereka: Janganlah mereka menjadikan jalan bagi syaitan menguasai mereka. Perintahkan mereka dengan kebenaran di dalam percakapan dan pelaksanaan amanah. Perintahkan mereka supaya diam dan meninggalkan pertengkaran yang tidak ada kaitan dengan mereka.

Bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan mereka adalah lebih dekat kepada aku. Jangan menyibukkan diri mereka untuk perpecahan. Aku bersumpah bahawa sesiapa yang melakukannya dan memarahi salah seorang wali aku, maka aku akan menyeru Allah supaya mengazabkannya di dunia dan di akhirat termasuk mereka yang rugi. Beritahukan mereka bahawa Allah telah mengampuni orang yang baik di kalangan mereka dan akan mengampuni yang jahat mereka melainkan orang yang syirik dengan-Nya atau menyakiti seorang daripada wakil-wakil aku atau menyembunyikan kejahatan terhadapnya. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuninya sehingga beliau bertaubat. Jika tidak, roh imannya akan dicabut dari hatinya, dan terkeluar dari wilayah aku, tiada baginya habuan di dalam wilayah kami dan aku berlindung dengan Allah dari demikian itu .


Pendapat Falsafah
Sa'd bin Abdullah daripada sebahagian sahabatnya berkata: Seorang falsafah telah mengikuti seorang falsafah yang lain sejauh tujuh ratus farsakh . Manakala beliau bertemu dengannya, berkata: Tiada yang lebih tinggi dari langit? Tiada yang lebih luas dari bumi? Tiada yang lebih kaya dari laut? Tiada yang lebih keras dari batu? Tiada yang lebih panas dari api? Tiada yang lebih sejuk dari Zamharir? Tiada yang lebih berat dari bukit? Beliau berkata: Kebenaran adalah lebih tinggi dari langit. Keadilan adalah lebih luas dari bumi, kekayaan jiwa adalah lebih kaya dari kekayaan laut, hati orang kafir adalah lebih keras dari batu. Orang yang tamak adalah lebih panas dari api, putus asa daripada orang yang terdekat itu adalah lebih sejuk dari Zamharir. Pembohongan ke atas orang yang bersih adalah lebih berat dari bukit .


Kelebihan Malu, Amanah Dan Rahmat
Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Perkara yang pertama yang dicabut daripada seorang hamba adalah perasaan malu. Lantaran itu beliau akan menjadi pemarah, kemudian Allah mencabut daripadanya amanah. Lantaran itu beliau menjadi seorang pengkhianat, kemudian Allah mencabutkan daripadanya rahmat, lantaran itu beliau menjadi seorang yang kasar, kemudian Dia mencabut agama Islam dari tengkuknya. Lantaran itu, beliau menjadi syaitan yang dilaknati


Kelebihan Amir al-Mukminin A.S
Ali bin Abbas daripada Salih bin Hamzah daripada Hasan bin Abdullah daripada al-Sadiq a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkhutbah dan berkata: Wahai manusia, bertanyalah kepada aku sebelum kamu ketiadaan aku, wahai manusia, akulah hati Allah yang sedar (al-Wa'i), lidah-Nya yang bercakap (lisanu-hu al-Natiq), penjaga amanah kepada rahsia-Nya, hujah-Nya ke atas makhluk-Nya, khalifah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya, mata-Nya yang melihat kepada makhluk-Nya, tangan-Nya yang terbuka dengan kasihan belasdan rahmat, agama-Nya di mana tidak akan membenarkan aku melainkan keimanan semata-mata dan tidak membohongi aku melainkan kekafiran semata-mata .

Daripada al-Husain bin al-Hasan, daripada Bakr bin Salih daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Aku adalah penunjuk dan pemberi petunjuk, bapa anak-anak yatim, suami kepada ibu-ibu tunggal dan mereka miskin, aku adalah tempat berlindung setiap orang yang lemah, tempat keamanan bagi setiap yang takut, aku adalah pemimpin mukminin ke syurga.

Aku adalah tali Allah yang kukuh. Akulah ikatan Allah yang kukuh, aku adalah mata Allah, lidah-Nya yang benar dan tangan-Nya, akulah junbu Allah di mana jiwa akan berkata: Alangkah dukacitanya aku di atas apa yang aku melakukannya pada junbu Allah, akulah tangan Allah yang terbuka ke atas hamba-Nya dengan rahmat dan keampunan

Akulah pintu taubat. Sesiapa yang telah mengenali aku dan mengetahui hak aku, maka sesungguhnya beliau telah mengenali Tuhannya, kerana aku adalah wasi nabi-Nya di bumi-Nya dan hujah-Nya ke atas hamba-Nya. Tiada seorang pun yang boleh mengingkarinya selain daripada orang yang menolak Allah dan Rasul-Nya .

Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan daripada kami orang yang menghina amanah-iaitu orang yang memakannya apabila beliau menyimpannya dan bukanlah daripada kami orang yang telah mengkhianati seorang muslim pada keluarganya dan hartanya .

Beliau s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah mentaati Allah, maka sesungguhnya beliau telah mengingati Allah sekalipun solatnya, puasanya dan tilawah al-Qur'annya berkurangan. Sesiapa yang telah menderhaka kepada Allah, maka sesungguhnya beliau telah melupai Allah sekalipun solatnya, puasanya, tilawah al-Qur'annya bertambah banyak.

Beliau s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah meninggalkan maksiat, kerana takutkan Allah, maka Allah meredainya pada hari Kiamat.

Beliau s.a.w bersabda: Sekiranya ramalan jahat pada sesuatu, maka ianya di lidah.

Beliau s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah berusaha mencari harta tidak halal, maka tempat kembalikannya di neraka.

Beliau s.a.w bersabda:Allah berfirman: Sesiapa yang tidak pedulikan dari pintu manakah beliau mendapatkan dinar dan dirham, maka Aku tidak pedulikannya pada hari Kiamat nanti dari pintu manakah Aku akan memasukkannya ke neraka.


27
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Pembentangan Wilayah Ahlu l-Bait Ke Atas Semua Perkara
Daripada Imran bin Yasar al-Yasykariy, daripada Abu Hafs al-Madlaji daripada Syarif bin Rabi'ah, daripada Qanbar maula Amir al-Mukminin a.s berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s, tiba-tiba seorang lelaki masuk dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, Aku suka buah tembikai. Qanbar berkata: Amir al-Mukminin a.s. memerintahkan aku supaya membeli sebiji buah tembikai. Maka aku membayar satu dirham, lalu mereka membawa kepada kami tiga biji buah tembikai. Aku memotong sebiji tembikai, maka aku mendapatinya pahit. Aku berkata: Pahit, wahai Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka kepada neraka.

Qanbar berkata: Aku memotong buah tembikai yang kedua, maka ia adalah masam. Aku berkata: Masam, wahai Amir al-Mukminin a.s, beliau berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka kepada neraka. beliau berkata: Aku telah memotong buah tembikai yang ketiga. Maka aku mendapatinya berulat. Aku berkata: Berulat, wahai Amir al-Mukminin, beliau a.s. berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka ke neraka. Kemudian aku membayarnya dengan satu dirham yang lain, lalu mereka datang kepada kami dengan tiga biji tembikai diletaknya di kaki aku. Lalu aku berkata: Maafkan aku, wahai Amir al-Mukminin a.s untuk memotongnya.

Amir al-Mukminin a.s berkata kepadaku: Silakan duduk wahai Qanbar, ini adalah perintah. Aku pun duduk dan memotong satu biji tembikai. Aku telah mendapatinya manis, aku berkata: Manis, wahai Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s berkata: Makanlah dan berilah makan kepada kami. Lalu aku telah makan sebahagian dan aku memberi makan kepadanya sebahagian. Kemudian aku memberi makan satu bahagian kepada lelaki yang duduk di sisi aku. Aku telah berpaling kepada Amir al-Mukminin a.s. Maka beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah telah membentangkan wilayah kami ke atas penghuni langit dan penghuni bumi daripada Jin, manusia, buah-buahan dan lain-lain. Sesiapa yang telah menerima wilayah kami, maka ia adalah baik, bersih dan manis. Sesiapa yang tidak menerimanya, maka ia adalah jahat, buruk dan busuk .

Daripada Abban bin Taghlab al-Kindi berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya roh iman adalah satu, keluar di sisi Yang Satu, kemudian berpisah pada tubuh yang berlainan, maka di atas-Nya ia bertaut dan berkasih sayang, ia akan keluar dari bermacam-macam, dan kembali di dalam keadaan yang satu di sisi Yang Satu.


Kelebihan Mengenali Wilayah Ahlu l-Bait A.S
Ibn Sinan daripada al-Mufadhdhal bin 'Umar berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Satu, lalu Dia memperkenalkan kepada hamba-Nya akan diri-Nya, kemudian Dia telah menyerahkan kepada mereka urusan-Nya dan mengharuskan mereka syurga-Nya. Sesiapa Allah mahu membersihkan hati-nya (an yutahhira qalba-hu) di kalangan Jin dan manusia, maka Dia memperkenalkan kepadanya wilayah kami (wilayati-na). Dan sesiapa yang Dia mahu memadamkan hatinya, maka Dia menahannya dari mengenali kami.

Kemudian beliau berkata: Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan dengan khudhu' kepada Ali a.s, kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak "melihat" Allah melainkan dengan mentaati kami .


Balasan Mereka Yang Menegah Mukmin Dari Hajatnya
Daripada Ali bin Ja'far daripada saudaranya Musa bin Ja'far a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesiapa yang telah didatangi saudaranya muslim di dalam sesuatu hajat, maka sesungguhnya ia adalah suatu rahmat daripada Allah kepadanya. Jika beliau menerimanya, maka sesungguhnya beliau telah menyambungkannya dengan wilayah kami iaitu sambungan dengan wilayah Allah Jika beliau menolaknya dari menunaikan hajatnya sedangkan beliau mampu melaksanakannya, maka Allah akan menguasai ke atasnya dengan api neraka yang membakarnya di dalam kuburnya sehingga hari Kiamat sama ada beliau diampuni ataupun diseksa, kerana keuzurannya kepada yang berhajat adalah lebih buruk keadaannya .

Abu Abdullah a.s berkata: Seorang yang telah bercakap dengan satu percakapan petunjuk, lalu orang lain mengamalkannya, maka beliau akan mendapat pahala sebagaimana pelakunya. Begitu juga jika beliau bercakap dengan perkataan sesat, maka baginya dosa sebagaimana pelakunya .

Daripada al-'Alim: Sesiapa yang telah melakukan sunnah yang baik, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang melakukannya tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit. Sesiapa yang melakukan sunnah yang jahat, maka beliau akan menanggung dosanya dan dosa pelakunya tanpa sedikit pun mengurangi dosa mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah mempelajari suatu ilmu bagi berhujah dengan mereka yang bodoh atau menguji para ulama dan menarik orang ramai kepadanya sambil berkata: Akulah ketua kamu, maka beliau akan menduduki tempatnya di neraka. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya kepimpinan tidak layak melainkan kepada ahlinya. Sesiapa yang telah menyeru orang ramai kepada dirinya sedangkan di kalangan mereka terdapat orang yang lebih alim daripadanya, maka Allah tidak akan melihat kepadanya di hari Kiamat .

Daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Abu Abdullah a.s telah berjumpa dengan aku di bahagian jalan ke Madinah secara berhadapan, berkata kepada aku: Harith! Aku berkata: Ya, maka beliau berkata: Aku akan membawa dosa mereka bodoh di kalangan kamu ke atas mereka yang lemah lembut kamu (hulama'i-kum). Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, kenapa? Beliau berkata: Apakah yang menghalang kamu dari mendatangi lelaki yang telah menimbulkan keaiban kepada kami di sisi orang ramai, menasihatinya dengan kata-kata yang baik? Aku berkata: Jika beliau tidak menerima kami dan mematuhi kami? Beliau berkata: Jika begitu, maka kamu tinggalkan dia dan jauhilah daripadanya.


Persaudaraan Ada Dua Jenis
Daripada Yunus bin Abd al-Rahman daripada Abu Maryam daripada Abu Ja'far a.s berkata: Seorang lelaki telah berdiri kepada Amir al-Mukminin a.s di Basrah dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin a.s, beritahu kepada aku tentang saudara-saudara (al-Ikhwan). Beliau berkata: Saudara-saudara ada dua jenis: Saudara yang dipercayai (thiqah) dan saudara ketika ketawa (mukasyarah). Adapun saudara-saudara yang dipercayai, maka mereka sepertilah tapak tangan, sayap, ahli, dan harta. Jika anda mempercayai saudara anda, maka berbelanjalah harta anda, badan anda, bersahabat dengan orang yang bersahabat dengannya, bermusuhan dengan orang yang bermusuhan dengannya. Sembunyikan rahsianya, keaibannya dan perlihatkan kebaikannya. Ketahuilah, wahai orang yang bertanya, bahawa mereka adalah lebih mulia daripada permata merah. Adapun saudara-saudara ketika ketawa, anda akan mendapat kelazatan daripada mereka, anda janganlah memutuskan perhubungan dengan mereka dan janganlah anda meminta lebih daripada itu. Berbelanjalah kepadanya sebagaimana beliau membelanjakan kepada anda dengan muka yang baik dan lidah yang manis .


Tingkatan Persahabatan
Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya mereka yang anda menganggap sebagai sahabat tetapi apabila anda menguji mereka, maka anda akan mendapati mereka terbahagi kepada beberapa peringkat: Pertama: Mereka adalah seperti singa pada membesar-besarkan makan. Kedua: Mereka seperti serigala di dalam kemudaratan. Ketiga: Mereka seperti anjing di dalam mengerak-gerakan ekornya. Keempat: Mereka seperti musang di dalam tipu muslihat dan pencurian. Bentuk mereka bermacam-macam, tetapi pekerjaan mereka adalah satu. Apakah anda akan lakukan jika anda ditinggalkan keseorangan, tanpa ahli dan anak melainkan Tuhan semesta alam?

Al-Sadiq a.s berkata: Sahabat musuh Ali a.s adalah musuh Ali a.s.

Al-Ridha a.s berkata: Apabila anda di dalam kesusahan, maka kamu pohonlah pertolongan melalui kami kepada Allah iaitu firman-Nya Surah al-A'raf (7): 180 "Hanya milik Allah asma' al-Husna maka pohonlah kepada-Nya dengannya"

Beliau berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Janganlah anda menampakkan gigi anda sedangkan keburukan telah dilakukan, anda tidak dapat mengelakkan azab dari amalan yang jahat .


Simpanlah Hadis Kami Di Benteng-Benteng yang kukuh
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Salmah bin al-Khattab daripada Ahmad bin Musa daripada Abu Sa'id al-Zanjani daripada Muhammad bin Isa daripada Abu Sa'id al-Mada'ini berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sampaikan salam aku kepada mawali kita dan beritahu kepada mereka supaya mereka menyimpan hadis kami di dalam benteng-benteng yang kukuh (husun hasinah ), di dada-dada fakih (sudur faqihah) dan di dalam mimpi-mimpi yang tenang, demi Yang telah membelah biji-bijian dan Yang telah menghidupkan jiwa, bahawa bukanlah pencaci kami (al-Syatimu la-na 'ardhan) yang menjadi halangan dan bukanlah penentang kami (al-Nasibu la-na harban) yang mengisytiharkan peperangan terhadap kami yang lebih membahayakan kami daripada penyebar (al-mudhi') hadis kami kepada orang yang tidak boleh menerimanya (man la yahtimilu-hu) .


Kelebihan Kemurahan Hati
Diriwayatkan daripada seorang yang alim sesungguhnya beliau berkata: Kemurahan hati (al-Sakha') adalah satu pohon di syurga dan dahan-dahannya adalah di dunia. Sesiapa yang telah bergantung di salah satu dahannya, maka ia akan membawanya ke syurga. Kebakhilan (al-Bakhl) adalah satu pohon di neraka dan dahan-dahannya adalah di dunia. Sesiapa yang telah bergantung di salah satu dahannya, maka ia akan membawanya ke neraka.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada 'Adi bin Hatim: Sesungguhnya Allah telah menolak azab yang kuat daripada bapa anda kerana kemurahan hatinya.

Diriwayatkan bahawa sekumpulan tawanan telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau telah memerintahkan Amir al-Mukminin a.s supaya memenggal leher mereka, kemudian beliau telah memerintahkannya supaya mengasingkan seorang daripada mereka dan tidak dibunuh, lelaki itu berkata: Kenapa anda telah mengasingkan aku daripada para sahabat aku sedangkan jenayah adalah satu, beliau s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada aku bahawa anda adalah seorang yang pemurah di kalangan kaum anda dan aku tidak akan membunuh anda, lantas lelaki itu berkata: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya anda adalah pesuruh Allah. Beliau berkata: Kemurahan hatinya telah membawanya ke syurga.

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang pemurah yang melakukan dosa itu adalah lebih dicintai Allah daripada seorang tua (syeikh) yang kuat beribadat, tetapi bakhil.

Diriwayatkan bahawa tiada suatu perkara yang hampir kepada Allah dan lebih dicintai-Nya dari memberi makan dan pengaliran darah (sembelihan binatang atau syahadah).

Diriwayatkan: Kamu duduklah di hadapan hidangan di dalam waktu yang agak lama, kerana ia adalah waktu yang tidak dikira umur kamu.

Diriwayatkan bahawa jika seorang membelanjakan makanan dengan harga seratus ribu dirham, kemudian seorang mukmin sahaja memakannya, maka ia tidak dikira seorang pemboros(musrifan).

Diriwayatkan daripada seorang yang alim bahawa beliau berkata: Beri makanlah makanan, berilah salam, kerjalah solat ketika orang ramai sedang tidur, maka masuklah syurga dengan sejahtera.

Diriwayatkan: Hanya kepada kamulah pahala, wahai pemurah hati (al-Sakhiyyu), kerana Allah a.w menyambut dengan tangan-Nya.

Diriwayatkan bahawa Allah menyambut di ubun-ubun bayi apabila ia terantuk.

Beliau berkata: Allah berfirman di dalam hadis kudsi: Redailah apa yang Aku telah kurniakan kepada kamu, nescaya kamu menjadi orang yang paling kaya.

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Ali bin Abu Hamzah daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far berkata: Rahsia Allah di mana Dia telah menyimpan rahsia-Nya kepada Jibrail dan Jibrail telah menyimpan rahsianya kepada Muhammad s.a.w dan Muhammad telah menyimpan rahsianya kepada Ali a.s dan Ali a.s telah menyimpannya kepada orang yang ia kehendaki seorang selepas seorang.


Hukum-Hukum Diat
Al-Hasan bin Mahbub daripada Hisyam bin Salim daripada Ziad bin Sauqah daripada al-Hakam bin Utaibah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Aslaha-ka l-Lahu, sesungguhnya sebahagian orang mempunyai tiga puluh dua gigi di mulutnya dan sebahagian orang mempunyai dua puluh lapan gigi, lantaran itu, berapakah dibahagikan diat gigi? Maka beliau berkata: Asal kejadian adalah dua puluh lapan gigi; dua belas di hadapan mulut dan enam belas gigi di belakang, maka di atas asas inilah dibahagikan diat gigi. Fidyah setiap gigi hadapan apabila ia pecah dan hilang adalah lima ratus dirham. Bagi dua belas gigi, maka fidyahnya adalah enam ribu dirham. Fidyah setiap gigi gusi sehingga ia hilang adalah separuh fidyah gigi hadapan. Lantaran itu fidyah setiap gigi yang telah pecah sehingga ia hilang adalah dua ratus lima puluh dirham. Oleh itu enam belas gigi gusi, maka fidyahnya adalah empat ribu dirham. Semua diat gigi hadapan dan belakang adalah sepuluh ribu dirham dan gigi yang melebihi dua puluh lapan tiada diat baginya, begitu juga gigi yang kurang, maka tiada diat baginya. Demikianlah kami telah mendapatinya di dalam kitab Ali.

Al-Hakam berkata: Maka aku berkata kepadanya: Sesungguhnya diat diambil sebelum hari ini dari unta dan kambing, beliau berkata: Itu telah berlaku di perkampungan sebelum Islam. Apabila datang Islam dan kertas (al-waraq ) telah menjadi banyak di kalangan orang ramai, maka Amir al-Mukminin a.s telah membahagikannya di atas wang kertas. Al-Hakam berkata: Aku telah berkata kepadanya: Apakah pendapat anda jika ia berlaku kepada penduduk kampung,adakah diambil daripadanya unta atau wang kertas? Beliau berkata: Unta pada hari ini sepertilah wang kertas, tetapi ia adalah lebih baik dari wang kertas di dalam diat. Diambil daripada mereka diat kesalahan (al-Khata') adalah seratus ekor unta, setiap ekor unta dinilai sebayak seratus dirham, maka jumlah kesemuanya adalah sepuluh ribu dirham, aku berkata kepadanya: Berapakah umur seratus ekor unta? Beliau berkata: Apabila cukup setahun .

al-Hakam berkata: Aku telah bertanya kepadanya:Apakah pendapat anda tentang sengaja (al-'Amd) dan secara tidak sengaja (al-Khata' ) di dalam pembunuhan dan kecederaan? Beliau berkata: Al-Khata' (secara tidak sengaja) tidak sama dengan sengaja (al-'Amd). Sengaja di dalam pembunuhan dan kecederaan adalah dikenakan kisas, sementara pembunuhan dan kecederaan secara tersalah dikenakan diat, kemudian beliau berkata: Wahai Hakam, apabila kesalahan daripada pembunuh atau orang yang melakukan kecederaan itu seorang Badwi, maka fidyah yang dilakukan oleh Badwi secara tidak sengaja itu, adalah di atas wali-wali Badwinya. Dan jika pembunuh atau orang yang melakukan kecederaan itu terdiri daripada orang kampung, maka diat kesalahannya adalah di atas wali-wali kampungnya .

Daripadanya, daripada al-Hakam berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang anak-anak jari tangan (asabi' al-Yadain) dan anak-anak jari kaki yang melebihi sepuluh jari atau yang berkurangan daripadanya, adakah dikenakan diat? Beliau berkata: Maka beliau berkata kepada ku: Wahai Hakam, asal kejadian adalah sepuluh anak-jari bagi dua tangan dan sepuluh anak jari kaki bagi dua kaki dan apa yang terlebih dan berkurangan, maka tiada diat baginya, setiap anak jari tangan, maka diatnya adalah seribu dirham dan diat bagi setiap anak jari kaki adalah seribu dirham dan setiap anak jari yang lumpuh, maka diatnya adalah satu pertiga dari anak jari yang sihat .

Hisyam bin Salim daripada Ammar bin al-Sabiti daripada Abu Ubaidah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang seorang yang buta yang telah mencungkil mata seorang lelaki yang sempurna dengan sengaja, maka beliau berkata: Wahai Abu Ubaidah, sesungguhnya kesengajaan seorang yang buta sepertilah seorang yang melakukannya dengan tidak sengaja, lantaran itu, beliau wajib mengeluarkan diat dari hartanya. Jika beliau tidak mempunyai harta, maka diatnya adalah di atas imam dan ia tidak membatalkan hak seorang muslim.


Alamat-Alamat Kejayaan
'Umru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir al-Ja'fi berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepada aku: Wahai Jabir, sentiasalah berada di tanah, janganlah anda menggerakkan tangan dan kaki sehingga anda melihat alamat-alamat di mana aku akan menyebutnya kepada anda jika anda mendapatinya: Perselisihan anak lelaki si polan, tetapi aku tidak fikir anda akan mendapatinya. Ia akan berlaku selepas aku. Penyeru akan menyeru dari langit dan suara akan mendatangi kamu dari arah Dimasyq, akan menelan sebuah kampung di Syam dinamakan al- Jabiyah, satu kumpulan akan terjatuh dari Masjid Dimasyq di sebelah kanan, pemberontak akan keluar di sebelah Turki dan dikuti di sebelah Rom.

Dialu-alukan saudara-saudara sehingga mereka berkumpul di al-Jazirah. Begitu juga pemberontak Rom dialu-alukan sehingga mereka berkumpul di al-Ramlah. Pada tahun itu, wahai Jabir, terdapat perbezaan yang banyak pada setiap tanah di sebelah al-Maghrib. Maka bumi al-Maghrib akan merosakkan bumi Syam, kemudian mereka bertengkar di atas tiga bendera: Bendera al-Ashab, bendera al-Abqa' dan bendera al-Sufyani. Kumpulan al-Sufyani akan bertemu dengan kumpulan al-Abqa', lalu mereka berperang. Al-Abqa' dan tenteranya terbunuh begitu juga al-Ashab dibunuh.

Kemudian matlamatnya adalah mara ke Iraq dan tenteranya akan melalui Qirqisa di mana mereka akan membunuh seratus ribu orang tentera yang kuat. Kemudian al-Sufyani akan menghantar tentera ke Kufah dan bilangan mereka adalah tujuh puluh ribu. Mereka akan membunuh penduduk Kufah, menyula dan menjadikan mereka hamba. Di dalam keadaan mereka sedemikian, tiba-tiba bendera-bendera di sebelah Khurasan memenuhi rumah-rumah dan bersama-sama mereka adalah beberapa orang sahabat al-Qaim a.s. Seorang daripada mawali penduduk Kufah keluar, lalu dibunuh oleh pemerintah tentera al-Sufyani di antara al-Hirah dan Kufah, kemudian al-Sufyani akan menghantar delegasi ke Madinah, lalu al-Mahdi melarikan diri ke Makkah. Maka berita telah sampai kepada pemerintah tentera al-Sufyani bahawa al-Mahdi telah keluar dari Madinah.

Lantas beliau mengutus tentera untuk menjejakinya, tetapi tidak mendapatinya sehingga beliau a.s memasuki Makkah di dalam keadaan takut menunggu mengikut sunnah Musa bin Imran a.s; pemerintah tentera al-Sufyani berkumpul di al-Baida', lalu penyeru menyeru dari langit: Wahai Baida', adakah di sisi al-Baida' kumpulan yang akan ditelan bumi di al-Baida' dan tidak akan terlepas daripada mereka melainkan tiga orang, Allah akan menukar muka-muka mereka ke belakang. Dan pada merekalah Surah al-Nisa, (4): 47 diturunkan " wahai mereka yang telah diberi al-Kitab, berimanlah kamu kepada apa yang telah kami turunkan (al-Qur'an) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu sebelum kami merubah muka(mu)".

Beliau berkata: Al-Qaim a.s pada masa itu berada di Makkah, menyandar belakangnya di Ka'bah sambil berdoa: Wahai manusia: Sesungguhnya kami memohon pertolongan Allah dan siapa yang menyahuti seruan kami di kalangan manusia, kerana kami adalah Ahlu l-Bait Nabi kamu. Kami adalah orang yang paling aula dengan Allah dan Muhammad s.a.w. Sesiapa yang berhujah dengan aku tentang Adam, maka aku adalah orang yang paling aula dengan Adam. Sesiapa yang berhujah dengan aku tentang Nuh, maka aku adalah orang yang paling aula dengan Nuh.

Sesiapa yang berhujah dengan aku tentang Ibrahim, maka aku adalah orang yang paling aula tentang Ibrahim. Sesiapa yang berhujah denganku tentang Muhammad s.a.w, maka aku adalah orang yang paling aula tentang Muhammad s.a.w. Sesiapa yang berhujah dengan aku tentang para nabi, maka aku adalah orang yang paling aula tentang para nabi, tidakkah Allah berfirman di dalam kitabnya Surah Ali Imran (3) : 34 "Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahi, dan keluarga Imran melebihi segala umat sebagai satu keturunan yang sebahagiannya dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".

Maka aku adalah baqiyyatun (peninggalan) daripada Adam, simpanan daripada Nuh, tapisan daripada Ibrahim dan pilihan daripada Muhammad s.a.w. Sesiapa yang berhujah dengan aku tentang kitab Allah, maka aku adalah orang yang aling aula tentang kitab Allah. Sesiapa yang berhujah dengan aku tentang sunnah Rasulullah s.a.w, maka aku adalah orang yang paling aula tentang sunnah Rasulullah s.a.w dan sirahnya.

Aku menyeru Allah akan orang yang telah mendengar percakapan ku hari ini manakala orang yang menyaksikan di kalangan kamu telah menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, aku meminta kamu dengan hak Allah, hak Rasul-Nya dan hak aku, sesungguhnya bagiku di atas kamu hak kerabat dengan Rasulullah s.a.w, kamu telah menentang kami dan menghalang kami daripada mereka yang menzalimi kami. Sesungguhnya kami telah diugut, dizalimi, diusir dari rumah-rumah kami dan anak-anak kami. Kami ditindas, dipinggirkan dari hak kami dan ahli batil menentang kami. Allah, Allah jika mereka telah mengambil kami dan telah menolong kami, Allah akan menolong kamu; maka Allah akan mengumpulkan untuknya para sahabatnya sebanyak tiga ratus tiga belas orang lelaki, Allah akan mengumpulkan untuknya tanpa menetapkan hari tertentu, iaitu sebagaimana ayat, wahai Jabir, yang telah disebutkan di dalam Surah al-Baqarah (2) : 148 "Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

Maka mereka akan memberi baiah kepadanya di antara Ka'bah dan Makam Ibrahim bersama-samanya janji dari Rasulullah s.a.w yang diwarisi para nabi daripada bapa-bapa mereka dan al-Qaim, wahai Jabir, adalah seorang lelaki daripada anak lelaki al-Husain bin Ali a.s. Allah akan memperbaiki urusannya untuknya di dalam satu malam. Beliau tidak akan menyusahkan orang ramai tentang perkara itu, wahai Jabir dan kelahirannya daripada Rasulullah s.a.w juga tidak akan menyusahkan keadaan dan pewarisannya akan para ulama seorang selepas seorang tidak akan menimbulkan masalah ke atas mereka. Jika kemusykilan berlaku, maka suara dari langit akan menyeru dengan namanya, nama bapanya dan nama ibunya .


Pemberitahuan Apa Yang Akan Berlaku
'Umar bin Thabit daripada Jabir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Demi Allah, seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait selepas kematiannya tiga ratus sembilan tahun, beliau berkata: Maka aku berkata: Bilakah ia akan berlaku? Beliau berkata: Maka beliau berkata: Selepas kematian al-Qaim. Aku telah berkata kepadanya: Berapa lama al-Qaim akan berada di dunianya sehingga beliau mati? Beliau berkata: Maka beliau berkata: Sembilan belas tahun dari hari pertamanya sehingga hari kematiannya, aku berkata: Adakah selepas kematiannya akan berlaku huru-hara? Beliau berkata: Ya, selama lima puluh tahun.

Kemudian al-Muntasir akan keluar ke dunia menuntut darahnya dan darah para sahabatnya, maka beliau membunuh dan mengambil tawanan sehingga dikatakan kepadanya: Jika inilah dari zuriat para nabi, nescaya beliau tidak membunuh orang ramai seperti pembunuhan ini, orang ramai sama ada yang putih atau yang hitam mereka akan berkumpul kepadanya sehingga mereka membuatnya berlindung kepada Ka'bah dan apabila bala berlaku kepadanya, maka al-Muntasir dibunuh, kemudian al-Saffah keluar ke dunia di dalam keadaan marah, kerana pembunuhan al-Muntasir, maka beliau akan membunuh setiap musuh kami, adakah anda mengetahui siapakah al-Muntasir dan al-Saffah wahai Jabir? Al-Muntasir adalah al-Husain bin Ali dan al-Saffah adalah Ali bin Abu Talib a.s
.
'Ala' bin Razin daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Tiada agama bagi orang yang telah mentaati orang menderhaka kepada Allah, tiada agama bagi orang yang telah mempercayai kebatilan dan tiada agama bagi orang yang telah menentang sesuatu dari ayat-ayat Allah.



Catatan Kaki:
271. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxiii, 23
272. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 25
273. Ibid, xvi, 186
274. Ibid, xxiv, 38
275. Al-Saduq, al-Tauhid, hlm. 319
276. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 448
277. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 157
278. Ibid
279. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 641
280. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 130
281. Ibid
282. Al-Majlisi, Bihar al-Anwarn, xvi, 148
283. Ibid
284. Al-Saduq, al-Amali, hlm.149
285. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 149
286. al-Kulaini, al-Kafi, ii, 313
287. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 164
288. Ibid, xix, 58
289. Ibid, xvi, 189
290. Ibid, xxiv, 11
291. Ibid, xvi, 49
292. Ibid
293. Ibid, 164
294. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 33-4
295. Ibid
296. Ibid
297. Ibid, 43
298. Ibid, 32
299. Ibid
300. Ibid, 64
301. Ibid, 68
302. Ibid, 32
303. Ibid, xvi , 49
304. al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 63
305. Farsakh:Ukuran panjang yang sama dengan tiga batu atau 4.8 kilometer
306. Ibid, xvii, 248
307. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 336
308. Ibid, 131
309. Ibid, xvi, 164
310. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 419
311. Ibid, 344
312. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 196
313. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvii, 188
314. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 47
315. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 248
316. Ibid, xvi, 49
317. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 53
318. Ibid, ix, 68
319. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 66
320. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 89
321. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxiv, 50
322. Ibid
323. Ibid
324. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiii, 164
325. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiii, 225

28
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KESEMBILAN

Umpama ilmu Ahlu l-Bait a.s, hukum mengingkari imam daripada Allah, kegembiraan kepada mukmin, kelebihan keadilan dan beramal dengannya, bilangan para nabi a.s, Musa dan kaumnya yang tersesat di jalan dan lain-lain.

Umpama Ilmu Ahlu l-Bait A.S
Ishaq bin 'Ammar daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya umpama Ali bin Abu Talib a.s dan umpama kami selepasnya pada umat ini sepertilah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s, Nabi Musa a.s telah memohon untuk bercakap dengan Nabi Khidir a.s dan meminta persahabatan dengannya, kisah mereka berdua telah diceritakan oleh Allah di dalam Surah al-A'raf (7) :144 "bahawa Allah telah berkata kepada Musa wahai Musa sesungguhnya Aku telah memilih kamu dari manusia yang lain untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku telah berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk mereka yang bersyukur"

Kemudian Dia berfirman di dalam Surah yang sama: 145 "Dan telah kami tuliskan untuk Musa pada Lauh-lauh segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu"

Nabi Khidir a.s telah memiliki ilmu yang tidak ditulis di lauh-lauh (alwah) Musa, tetapi Musa a.s telah menyangka bahawa semua perkara yang beliau perlukan di dalam kenabiannya dan semua ilmu telah ditulis untuknya di lauh-lauh sebagaimana mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah ulama dan fuqaha', diberi semua kefahaman, dan ilmu di dalam agama yang diperlukan umat kepadanya.

Mereka mengesahkan bahawa ia adalah daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka mempelajari dan menghafaznya. Sebenarnya bukan semua ilmu Rasulullah s.a.w mereka telah mempelajarinya dan bukan semuanya daripada Rasulullah s.a.w, malah mereka tidak mengetahuinya. Suatu perkara sama ada yang halal atau yang haram ditanya kepada mereka, tetapi mereka tidak mempunyai hadis Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut dan mereka pula menjadi malu apabila kejahilan dikaitkan kepada mereka, mereka tidak suka mereka ditanya, kerana mereka tidak dapat menjawabnya, lantas orang ramai menuntut ilmu dari galiannya. Justeru mereka telah mengguna pendapat (al-Ra'yu) dan kias di dalam agama Allah dan meninggalkan hadis Rasulullah s.a.w.

Mereka mendekati Allah dengan berbagai bid'ah, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap bid'ah adalah sesat. Jika mereka bertanya sesuatu tentang agama Allah dan mereka tidak mengetahui hadis Rasulullah s.a.w, maka hendaklah mereka kembalikan kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w dan kepada Uli l-Amri daripada mereka, nescaya ali Muhammad akan memberitahu kepada mereka, tetapi permusuhan (al-'adawah) dan hasad telah menghalang mereka dari menuntut ilmu daripada kami, tetapi Nabi Musa a.s tidak pernah mempunyai perasaan hasad kepada Nabi Khidir a.s, beliau telah mengetahui keilmuan Nabi Khidir a.s, lalu beliau telah mengakuinya dan tidak berhasad dengki kepadanya sebagaimana umat ini telah berhasad dengki kepada kami selepas Rasulullah s.a.w akan keilmuan kami dan apa yang telah kami warisi daripada Rasulullah s.a.w. Mereka tidak gemar kepada keilmuan kami, tidak sebagaimana Musa a.s yang telah gemar kepada Khidir a.s,lalu menjalinkan persahabatan dengannya, mempelajari keilmuannya, manakala beliau telah bertanya Nabi Khidir a.s, maka beliau mengetahui bahawa Musa tidak mampu untuk meneruskan persahabatan dengannya dan tidak boleh menanggung keilmuannya, serta tidak boleh bersabar dengannya pada masa itu, Nabi Khidir a.s berkata kepadanya: Sesungguhnya anda tidak mampu bersabar bersama aku. Musa berkata kepadanya: Kenapa aku tidak bersabar? Maka Khidir berkata: Bagaimana anda boleh bersabar di atas perkara yang anda tidak mengetahui beritanya, Musa berkata kepadanya dengan rendah diri supaya Khidir menerimanya: Anda akan mendapati aku seorang yang bersabar dan aku tidak akan menderhaka anda walau sedikit.

Khidir telah mengetahui bahawa Musa tidak bersabar di atas keilmuannya, begitulah, demi Tuhan, wahai Ishaq, keadaan kadi-kadi mereka, fuqaha' mereka dan kumpulan mereka hari ini, mereka tidak mampu menanggung, demi Tuhan, keilmuan kami, mereka tidak boleh menerimanya, mereka tidak mampu dan mereka tidak akan menerimanya, mereka tidak akan bersabar sebagaimana Musa tidak bersabar di atas keilmuan Khidir ketika beliau bersahabat dengannya dan melihat apa yang beliau telah melihat tentang keilmuannya. Demikianlah ia di sisi Musa merupakan perkara yang dibencinya (makruhan) dan ia di sisi Allah adalah suatu keredaan iaitu kebenaran, begitulah keadaan ilmu kami di sisi mereka jahil merupakan ilmu yang dibenci (makruhan) dan tidak diambil-kira sedangkan ia di sisi Allah adalah kebenaran .

Abu Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja'far a.s berkata: Aurat mukmin ke atas mukmin itu adalah haramdan berkata: Sesiapa yang telah mengintai mukmin di rumahnya, maka dua matanya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu. Sesiapa yang memasuki rumah mukmin tanpa izinnya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu. Sesiapa yang telah mengingkari seorang nabi yang diutus akan kenabiannya dan membohonginya, maka darahnya adalah mubah.


Hukum Mengingkari Imam Daripada Allah
Beliau berkata: Maka aku berkata:Apa pendapat anda bagi mereka yang telah mengingkari seorang imam daripada kamu apakah keadaannya? Beliau berkata: Sesiapa yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah, membebaskan diri daripadanya dan daripada agamanya, maka beliau adalah seorang kafir, terkeluar dari Islam, kerana imamah adalah daripada Allah, agamanya adalah agama Allah. Sesiapa yang telah bebas daripada agama Allah, maka beliau adalah seorang yang kafir, darahnya adalah mubah pada masa itu melainkan beliau kembali bertaubat kepada Allah dari apa yang dikatakannya, beliau berkata: Sesiapa yang telah memusnahkan seorang mukmin kerana mahukan hartanya dan dirinya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu.

Muhammad bin al-Husain daripada Ibn Mahbub daripada Hisyam bin Salim daripada Habib al-Sajistani daripada Abu Ja'far a.s berkata: Allah berfirman: Aku akan mengazabkan setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang bukan daripada Allah sekalipun rakyat baik dan bertakwa dan Aku akan mengampuni setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat itu zalim dan jahat.


Memasukkan Kegembiraan Kepada Mukminin
Al-Sayyari, daripada Muhammad bin Jumhur berkata: Al-Najjasyi adalah seorang lelaki di kalangan peniaga, menjadi gabenor di al-Ahwaz dan Faris, berkata: Maka sebahagian pekerja-pekerjanya berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya di dewan al-Najjasyi, kharaj untuk aku, beliau adalah seorang yang mentaati anda, tidakkah anda fikir untuk menulis surat kepadanya? Beliau berkata:Maka beliau telah menulis surat kepadanya: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, buatlah saudara anda gembira, nescaya Allah akan menggembirakan anda.

Beliau berkata: Apabila beliau telah mendapatkan surat itu, beliau memasuki majlisnya, kemudian beliau telah menyerahkannya kepadanya dan berkata: Ini adalah surat Abu Abdullah a.s, lalu beliau mengucupnya dan meletakkannya di hadapannya, beliau berkata kepadanya: Apakah hajat anda? Beliau berkata: Kharaj untuk aku di dewan anda, beliau berkata kepadanya: Berapa dirham? Beliau berkata: Sepuluh ribu dirham.

Beliau berkata: Lalu beliau menyeru penulisnyadan memerintahkannya supaya menunaikannya, kemudian beliau mengeluarkan namanya dari dewan. Kemudian beliau telah memerintahkannya supaya diberikan kepadanya sebagai penerima, kemudian beliau berkata: Adakah aku telah menggembirakan anda? Maka beliau berkata: Ya.

Beliau berkata: Maka beliau telah memerintahkan untuknya sepuluh ribu dirham lagi, beliau berkata kepadanya: Adakah aku telah menggembirakan anda (sarartu-ka)? Maka beliau berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Kemudian beliau telah memerintahkan untuknya seekor binatang tunggangan, seorang hamba perempuan dan seorang hamba lelaki, kemudian beliau telah memerintahkan untuknya satu bekas pakaian. Dan setiap kali beliau berkata kepadanya: Adakah aku telah menggembirakan anda? Setiap kali beliau berkata kepadanya: Ya, beliau menambahkan lagi untuknya sehingga selesai, kemudian beliau berkata: Bawalah hamparan rumah ini di mana aku telah duduk di atasnya ketika anda memberi surat maulaku kepada aku dan kemukakanlah kepada aku segala hajat anda.

Beliau berkata: Beliau telah melaksanakan kesemuanya. Kemudian lelaki itu keluar dan datang kepada Abu Abdullah a.s. Lalu beliau menceritakan kepadanya segala-galanya. Beliau a.s telah bergembira apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Maka lelaki itu berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, seolah-olah beliau telah menggembirakan anda dengan apa yang beliau telah berikan kepada aku, beliau berkata: Ya, demi Allah, sesungguhnya beliau telah menggembirakan Allah dan Rasul-Nya(la-qad sarra l-Laha wa Rasula-hu) .

Ibrahim bin Ishaq daripada Abdullah bin Hammad daripada Sudair daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya aku akan menggembirakan anda? Aku berkata: Ya, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, beliau berkata: Tiada penguasa yang zalim pada masa dahulu dan pada masa akan datang melainkan bersamanya seorang yang kuat daripada Allah yang akan mempertahankan para wali-Nya dari kejahatan mereka .

Muhammad bin al-Husain daripada Isa bin Hisyam daripada Abd al-Karim daripada al-Halb daripada Abu Abdullah a.s berkata: Keadilan itu adalah lebih manis daripada air yang mengenai orang yang dahaga (al-'Adl ahla min al-Ma' yusibu-hu al-zam'an). Alangkah luasnya keadilan jika keadilan dilaksanakan sekalipun sedikit.

Daripada Muhammad bin Isa daripada saudaranya Ja'far bin Isa daripada Ishaq bin 'Ammar berkata: Seorang lelaki telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang keterlibatannya dengan kerja penguasa? Beliau berkata: Mereka melibatkan diri kamu atau kamu melibatkan diri kamu dengan mereka? Beliau berkata: Tidak, mereka yang melibatkan kami, beliau berkata: Tidak mengapa .

Ali bin Ibrahim al-Ja'fari daripada Muslim maula Abu al-Hasan a.s berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepadanya: Turki itu lebih baik atau mereka itu? Beliau berkata: Apabila kamu datang ke Turki mereka akan memisahkan di antara kamu dan agama kamu? Beliau berkata: Aku berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Mereka akan memisahkan di antara kamu dan agama kamu? Beliau berkata: Aku berkata: Tidak, malah mereka akan bekerja keras untuk membunuh kita, beliau berkata: Jika mereka memulakan peperangan ke atas mereka, maka perangilah mereka dengan mereka atau menolong menentang mereka.


Kelebihan Keadilan Dan Beramal Dengannya
Ibrahim bin Ishaq daripada Abdullah bin Hammad daripada 'Umru bin Syamr daripada Jabir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesiapa yang telah berjalan kepada penguasa yang zalim, lalu beliau telah memerintahkannya supaya bertakwa kepada Allah, menasihatinya dan menakut-nakutkannya, maka pahalanya adalah seperti pahala ibadat jin dan manusia dan seperti amalan mereka .

Daripada Ibn Mahbub daripada Mu'awiyah bin Wahab daripada Abu Abdullah a.s berkata: Keadilan itu adalah lebih manis dari madu (al-'Adl ahla min al-Syhadi), lebih lembut dari keju (al-Yanu min al-Zabadi) dan lebih sedap baunya dari minyak wangi (atyabu rihan min al-Miski).

Ahmad daripada bapanya daripada Abdullah bin al-Mughirah daripada Muhammad bin Sinan daripada Talhah bin Zaid daripada Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya bapanya berkata: Sesiapa yang telah mendatangi seorang imam yang zalim, lalu beliau membaca al-Qur'an ke atasnya bertujuan untuk mendapat habuan dunia, maka pembaca itu akan dilaknati (lu'ina al-Qari'u ) setiap huruf sepuluh laknat sementara pendengarnya pula dilaknati (lu'ina al-Mustami') setiap huruf dengan satu laknat.


Abu al-Hasan Dengan Harun al-Rasyid
Abdullah bin Muhammad al-Sa'i daripada al-Hasan bin Musa daripada Abdullah bin Muhammad al-Nahiki daripada Muhammad bin Sabiq bin Talhah al-Ansari berkata: Di antara apa yang telah dikatakan oleh Harun ketika Abu al-Hasan dibawa kepadanya: Apakah rumah ini? Maka beliau berkata: Ini adalah rumah mereka fasiq, beliau membaca Surah al-A'raf (7): 146 "Aku akan memalingkan mereka yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dan tanda-tanda kekuasan-Ku .Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa mereka kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka selalu lalai daripadanya"

Harun berkata kepadanya: Rumah siapakah ini? Beliau berkata: Ia adalah untuk syi'ah kami beberapa ketika dan selain daripada mereka adalah (rumah) fitnah, beliau berkata: Apakah gerangan tuan rumah ini yang tidak mengambilnya (teladan)? Beliau berkata: Diambil daripadanya di dalam keadaan membangun dan beliau tidak mengambil daripadanya melainkan ia telah dibangunkan, beliau berkata: Di manakah syi'ah anda? Lalu Abu al-Hasan a.s membaca Surah al-Bayyinah (98 ):1 "Mereka kafir iaitu Ahli kitab dan mereka musyrik tidak akan meninggalkan agama mereka sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata"

Beliau berkata: Harun berkata kepadanya:Jika begitu kami ini mereka kafir? Beliau berkata: Tidak, tetapi sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14) :28 " Mereka yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan ", lantas beliau memarahinya ketika itu dan mengasarinya.

Abu al-Hasan telah berhadapan dengannya dengan kata-kata seumpama ini dan ia tidak menakutkannya. Ini adalah bertentangan dengan pendapat yang mengatakan bahawa beliau telah melarikan diri daripada Harun kerana takut .


Agama Dan Kuasa Adalah Dua Saudara Kembar
Sebahagian mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata:Agama dan kuasa adalah dua saudara kembar (ikhwani tauamani) yang tidak dapat dipisahkan, agama adalah asas sementara kuasa (al-Sultan) adalah pengawal. Apa yang tidak ada asas akan musnah dan apa yang tidak ada pengawal akan hilang .


Kenapakah Rasulullah S.A.W Dinamakan al-Ummiyyu
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Barqi daripada Ja'far bin Muhammad al-Sufi berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin al-Ridha a.s, aku telah berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, kenapa di namakan Rasulullah s.a w dengan al-Ummiyyu? Beliau berkata: Apakah orang ramai berkata? Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, mereka berkata: Sesungguhnya beliau dinamakan al-Ummiyyu kerana beliau tidak pernah menulis. Beliau berkata: Mereka telah berbohong, maka laknat Allah adalah ke atas mereka.

Bagaimana ia boleh terjadi begitu sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Jumu'at (62):2 "Dialah yang mengutus kepada kaum Makkah seorang rasul di antara mereka yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmat", bagaimana beliau mengajar mereka perkara yang beliau sendiri tidak mengetahuinya, demi Allah, bahawa Rasulullah s.a.w membaca dan menulis dengan tujuh puluh dua atau tujuh puluh tiga bahasa, beliau dinamakan al-Ummiyyu kerana beliau adalah daripada ahli Makkah dan Makkah adalah ibu segala kampung (Ummu al-Qura) sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-An'am (6): 92 "agar kamu memberi peringatan kepada penduduk Ummu al-Qura (Makkah)"


Bilangan Para Nabi A.S
Sekumpulan daripada para sahabat kami, daripada Muhammad bin Ja'far al-Muaddib berkata: Sebilangan para sahabat kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Husain daripada Abu al-Khattab daripada Ali bin Asbat daripada al-Hasan bin Ziad daripada Safwan bin Mihran al-Jamal daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata kepada aku: Wahai Safwan, adakah anda mengetahui berapakah Allah telah mengutus nabi? Beliau berkata: Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, beliau berkata: Allah telah mengutus seratus empat puluh empat ribu nabi, begitu juga bilangan para wasi dengan kebenaran di dalam percakapan, menunaikan amanah, zuhud di dunia. Allah tidak mengutus seorang nabi yang lebih baik daripada Muhammad dan Allah tidak mengutus seorang wasi yang lebih baik daripada wasinya .

Beliau berkata: Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada bapanya daripada al-Husain bin al-Hasan bin Abban daripada Muhammad bin Urmah daripada Ali bin Muzahhar daripada al-Hasan al-Mithami daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Dhar berkata: Wahai Rasulullah, berapa orang Allah telah mengutus nabi? Beliau bersabda: Tiga ratus dua puluh ribu nabi, beliau berkata: Wahai Rasulullah, berapa orang kah bilangan para rasul? Tiga ratus dan belasan orang, beliau berkata: Berapakah kitab yang telah diturunkan Allah? Beliau bersabda: Seratus dua puluh kitab, Dia telah menurunkan ke atas Idris lima puluh mashaf iaitu Ukhnukh; orang pertama yang telah mengguna khat di dalam tulisan, Dia telah menurunkan ke atas Nuh sepuluh mashaf, Dia telah menurunkan ke atas Ibrahim sepuluh mashaf. Dia telah menurunkan Taurat ke atas Musa, Zabur ke atas Daud, Injil ke atas Isa dan al-Qur'an ke atas Muhammad s.a.w.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa beliau berkata: Rasul pertama yang diutus adalah Adam a.s dan yang paling akhir adalah Muhammad s.a.w. Bilangan para nabi adalah seratus dua puluh empat ribu dan para rasul di kalangan mereka adalah tiga ratus lima orang. Lima di kalangan mereka adalah Ulu al-'Azm: Nuh Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. Lima adalah di kalangan Arab: Hud, Salih, Syu'aib, Ismail dan Muhammad s.a.w. Lima di kalangan mereka adalah Hebrew: Adam, Thith, Idris, Nuh dan Ibrahim a.s. Nabi pertama di kalangan Bani Israel adalah Musa dan yang akhir mereka adalah Isa. Dan kitab yang diturunkan ke atas para nabi seratus empat kitab. Di antaranya diturunkan ke atas Adam lima puluh mashaf, ke atas Idris tiga puluh, ke atas Ibrahim dua puluh, ke atas Musa Taurat, ke atas Isa Injil dan ke atas Muhammad s.a.w adalah al-Furqan .

Muhammad bin Ja'far al-Muaddib, daripada Ahmad bin Abu Abdullah daripada bapanya daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada 'Umar bin Abban daripada sebahagian daripada mereka berkata: Lima di kalangan para nabi adalah Siriyaniyyun: Adam, Thith, Idris, Nuh dan Ibrahim. Lisan Adam adalah berbahasa Arab iaitu bahasa ahli syurga. Apabila beliau menderhaka Tuhannya, lisannya berbahasa Arab Siriyaniyyah.

Beliau berkata: Lima di kalangan mereka adalah berbangsa Hebrew: Ishaq, Ya'qub, Musa, Daud dan Isa. Di kalangan Arab: Hud, Salih, Syu'aib, Ismail dan Muhammad s.a.w. Lima di kalangan mereka diutus pada zaman yang sama: Ibrahim, Ishaq, Ismail, Ya'qub, dan Lut a.s. Allah telah mengutus Ibrahim, dan Ishaq di bumi al-Muqaddasah. Ya'qub diutus ke Mesir, Ismail ke bumi Jurhum yang tinggal di sekitar Ka'bah selepas 'Amlaq bin Ludin bin Sam bin Nuh. Lut diutus kepada empat bandar: Sodom, 'Amur, San'an, dan Daruma. Tiga di kalangan para nabi terdiri daripada raja: Yusuf, Daud, dan Sulaiman a.s. Dan raja dunia adalah dua mukmin dan dua kafir: Adapun dua orang mukmin adalah Dhu l-Qurnain, dan Sulaiman a.s. Adapun dua orang kafir adalah Nimrud bin Kusy bin Kan'an dan Bakht Nasr .


Musa Dan Kaumnya Yang Tersesat Jalan
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr daripada Abban daripada Abu Hamzah daripada Abu Ja'far a.s berkata: Apabila Musa telah sampai ke tanah al-Muqaddasah, beliau berkata kepada mereka: Masuklah ke tanah al-Muqaddasah yang telah difardukan Allah kepada kamu, janganlah kamu berpaling belakang, nescaya kamu akan rugi, mereka berkata: Sesungguhnya di dalamnya terdapat kaum yang perkasa. Kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya.

Jika mereka keluar darinya, maka kami akan memasukinya. Dua orang daripada mereka yang takut di mana Allah telah kurniakan nikmat ke atas keduanya berkata: Masuklah kepada mereka melalui pintu, dan apabila kamu memasukinya, maka kamulah yang menang. Mereka berkata: Pergilah kamu, dan Tuhan kamu, serta kamu berdua berperanglah, sesungguhnya kami di sini duduk sahaja.

Beliau berkata: Wahai Tuhanku, aku tidak memiliki selain diriku, dan saudaraku, maka pisahlah di antara kami dan kaum yang fasiq. Manakala mereka enggan memasukinya, maka Allah mengharamkannya ke atas mereka, lalu mereka tersesat pada empat farsakh selama empat puluh tahun di bumi, maka janganlah kamu berputus asa ke atas kaum yang fasiq.

Abu Abdullah a.s berkata: Apabila waktu petang tiba, seorang daripada mereka berkata: Kamu telah menyambut waktu petang untuk musafir, lalu mereka memulai perjalanan mereka di dalam keadaan yang tidak stabil; mereka hanya berpusing-pusing di sekitar rumah mereka sahaja, mereka berkata: Kamu telah tersalah jalan, mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian selama empat puluh tahun, dan diturunkan ke atas mereka Manna dan Salwa sehingga mereka binasa melainkan dua orang lelaki: Yusyu' bin Nun, dan Kalib bin Yufna serta anak-anak mereka yang telah tersesat di kawasan sekitar empat farsakh, apabila mereka mahu memulakan perjalanan,pakaian mereka menjadi terapung-apung.

Beliau berkata: Bersama-sama mereka batu dan apabila mereka bermalam, Musa memukulnya dengan tongkatnya, lalu terpancar dua belas pancutan air, setiap kabilah mempunyai satu pancaran air. Apabila mereka berjalan, air itu kembali memasuki batu itu. Dan batu itu di letakkan di atas binatang kenderaan .

Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Bani Israel supaya memasuki tanah al-Muqaddasah yang Allah memfardukan ke atas mereka, tetapi telah ternyata bahawa anak-anak para nabi telah memasukinya.

Al-Sadiq a.s berkata tentang firman-Nya di dalam Surah Yunus (10): 89 "Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua". Beliau berkata: Ia telah mengambil masa selama empat puluh tahun .

Daripada Abu Basir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Jibrail berkata: Aku telah berkata kepada Tuhanku tentang Fir'aun, maka aku berkata: Wahai Tuhanku, Engkau membiarkannya sedangkan beliau berkata: Aku adalah tuhan kamu yang paling tinggi, maka Allah berfirman: Yang berkata sedemikian adalah orang seperti kamu (innama yaqulu hadha mithlu-ka).

Daripada Abdullah bin Jundab daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata: Apabila Musa sampai di laut, maka Fir'aun dan tenteranya telah mengikutinya. Beliau berkata: Kuda Fir'aun telah takut untuk memasuki laut, lantas Jibrail telah menjelma untuknya di atas kereta kuda. Apabila kuda Fir'aun telah melihat kereta kuda, lalu ia mengikutinya, Fir'aun dan para sahabatnya telah memasuki laut, dan mereka tenggelam .


Para Imam Di Sudut Perintah Dan Larangan Adalah Sama
Daripada Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ziad mereka berdua berkata: Adakah para imam sebahagian mereka lebih alim daripada sebahagian yang lain? Beliau berkata: Ya, ilmu mereka tentang halal , haram, dan tafsir al-Qur'an adalah satu ('ilmu-hum bi l-Halali wa l-Harami wa tafsiri l-Qur'an wahidun) .

Daripada Muhammad bin Isa daripada Yunus daripada beberapa lelakinya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada sesuatu yang keluar dari sisi Allah melainkan dimulai dengan Rasulullah, kemudian dengan Amir al-Mukminin, kemudian dengan mereka selepasnya supaya ilmu yang akhir mereka di sisi yang pertama mereka (li-yakuna 'ilmu akhiri-him min 'inda awwali-him), dan yang akhir mereka tidaklah lebih alim daripada yang pertama mereka.

Daripadanya, daripada bapanya daripada Muhammad bin al-Husain daripada Abu Daud al-Mustariq daripada Tha'labah daripada sebahagian daripada para sahabatnya daripada Abu Abdullah atau Abu Ja'far a.s berkata: Yang pertama kami adalah bukti di atas yang akhir kami (awwalu-na dalilun 'ala akhiru-na). Dan yang akhir kami membenarkan yang pertama kami(wa akhiru-na musaddiqun li-awwali-na). Sunnah pada kami adalah sama (wa al-Sunnah fi-na s.a.wa'). Kerana Allah apabila telah menetapkan satu hukum, maka Dia melaksanakannya.

Daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w dan kami tentang perintah, larangan, halal, dan haram kami menjalankan perkara yang sama (najri majra wahidan). Adapun Rasulullah, dan Ali a.s mempunyai kelebihan mereka berdua.

Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada al-Humairi daripada Muhammad bin al-Walid, dan Muhammad bin Abd al-Hamid daripada Yunus bin Ya'qub daripada Abd al-A'la bin A'yan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Yang pertama kami adalah bukti ke atas yang akhir kami, dan yang akhir kami membenarkan yang pertama kami, dan Sunnah pada kami adalah sama, sesungguhnya Allah apabila Dia menetapkan hukuman, maka Dia melaksanakannya.

Daripada Ali bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin al-Sanadi, daripada Muhammad bin 'Umru daripada Abu al-Sabah maula Ali Sam, berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, aku dan Abu al-Maghra, tiba-tiba seorang lelaki daripada keluarga kulit hitam telah masuk dan berkata: Salam ke atas kamu wahai Amir al-Mukminin rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas anda, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Salam di atas anda dan rahmat Allah ke atas anda.

Kemudian beliau telah menariknya dan mendudukkannya di sisinya; maka aku telah berkata kepada Abu al-Maghra atau Abu al-Maghra berkata kepadaku: Sesungguhnya aku tidak melihat seorang pun yang memberi salam dengan perkataan Amir al-Mukminin melainkan ke atas Amir al-Mukminin Ali a.s. Maka Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Wahai Abu al-Sabah, sesungguhnya seorang hamba tidak akan mendapat hakikat iman sehingga beliau mengetahui bahawa apa yang ada pada yang akhir kami adalah apa yang ada pada yang pertama kami.

Daripada Malik bin 'Atiyyah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Adakah para imam berbeza tentang kelebihan mereka? Beliau berkata: Adapun tentang halal, dan haram, maka ilmu mereka adalah sama, tetapi kelebihan mereka berbeza selain daripada itu .

Daripada Ahmad bin 'Umar berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Tidak sempurna iman seorang hamba sehingga beliau mengetahui bahawa apa yang berlaku pada yang akhir kami adalah apa yang berlaku kepada yang pertama kami, mereka dari segi ketaatan, hujah, halal, dan haram adalah sama, dan bagi Muhammad dan Amir al-Mukminin a.s kelebihan mereka sendiri.

Daripada Ahmad bin 'Umar daripada Abu al-Hasan berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri ke atas makhluk-Nya melainkan dengan imam hidup yang dikenali (imam hayyin yu'rafu).

Daripada al-Ridha a.s berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri melainkan dengan imam hidup yang dikenali (inna al-Hujjata la taqumu li-l-Lahi 'ala khalqi-hi illa bi-imam hayyin yu'rafu) .


29
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Sesiapa Yang Telah Mati Tanpa Imam, Maka Beliau Telah Mati Sebagai Seorang Jahiliah
Daripada 'Umar bin Yazid, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesiapa yang telah mati tanpa imam, maka beliau telah mati sebagai seorang jahiliah; imam hidup yang beliau mengetahuinya. Maka aku berkata: Aku tidak mendengar bapa anda menyebutnya, iaitu imam yang hidup. Beliau berkata: Demi Allah, Rasulullah s.a.w telah bersabda sedemikian. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah(man mata wa-laisa la-hu imam yasma'u la-hu wa yuti'u mata maitatan jahiliyyatan) .

Daripada Abu Jarud berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah . Beliau berkata: Aku berkata: Imam yang hidup, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau berkata: Imam yang hidup (imam hayyun).

Daripada Daud al-Raqiy daripada hamba yang soleh(Khidir a.s) berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri bagi Allah ke atas makhluk-Nya melainkan dengan imam hidup yang dikenali .


Khazanah Bumi Dan Anak Kuncinya Untuk Para Imam
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada 'Umar bin Abd al-Aziz daripada seorang lelaki daripada al-Husain bin Ahmad al-Khaibari daripada Yunus bin Zabyan, Mufadhdhal bin 'Umar, Abu Salmah al-Sarraj, dan al-Husain bin Thaubar bin Abu Fakhitah mereka berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s berkata: Bagi kami khazanah bumi dan segala anak kuncinya, jika aku mahu, nescaya aku akan menendang dengan salah satu kaki aku ke tanah supaya bumi mengeluarkan emas, kemudian beliau telah menendang dengan salah satu kakinya, maka beliau telah menggariskannya di tanah satu garisan (khattan), maka tanah itu terbuka.

Kemudian beliau memukul dengan tangannya, lalu terkeluar jongkong emas, lalu beliau telah mengambilnya. Beliau berkata: Lihatlah padanya dengan baik sehingga kamu tidak mengesyakinya, kemudian beliau berkata: Lihatlah ke dalam tanah, tiba-tiba jongkong emas bertimbun-timbun banyaknya bersinar-sinar, sebahagian daripada kami berkata kepadanya: Kamu telah dikurniakan dengan apa yang telah dikurniakan kepada kamu sedangkan syi'ah kamu masih berhajat? Beliau berkata: Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan syi'ah kita dunia dan akhirat, dan akan memasukkan mereka syurga-syurga-Nya (wa yudkhilu-hum jannati al-Na'im), dan memasukkan musuh kita neraka Jahim (wa yudkhilu 'aduwwa-na nar al-Jahim ) .

Ahmad bin Muhammad bin Yahya al-'Atar daripada bapanya daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi, berkata: Abdullah bin Muhammad al-Yamani telah memberitahu kami daripada Muni', daripada Mujasyi' daripada al-Mu'alla daripada Muhammad bin al-Faidh daripada Muhammad bin Ali as. Berkata: Tongkat Musa pada asalnya adalah milik Adam, kemudian telah jatuh kepada Syu'aib. Kemudian kepada Musa, dan sesungguhnya tongkat itu di sisi kami sekarang, ia berwarna hijau seperti dahulu ketika ia dicabut dari pohonnya, ia akan bercakap, jika diminta berbuat demikian. Ia disediakan untuk al-Qaim kita, beliau akan melakukannya sebagaimana dilakukan oleh Musa, ia adalah menakutkan, dan akan menelan apa saja yang diperintahkan kepadanya, ia membuka dua bibir mulutnya; salah satunya di bumi, dan yang satu lagi ke atas dengan jarak empat puluh hasta, ia akan mematuk mangsanya dengan lidahnya .

Ahmad bin Muhammad, dan Fidhalah daripada Abu Basir, dan Zararah daripada Abu Ja'far a.s: Asif hanya melihat di belakang dan di hadapannya sekelip mata sahaja, kemudian beliau melihat kepada Sulaiman, kemudian beliau menghulurkan tangannya, maka beliau mendapatinya di hadapannya.

Ali bin Mihziyar menyebutnya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Hammad bin 'Uthman daripada Zararah, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sahabat Sulaiman tidak lebih dari menggerakkan anak jari tangannya begini, maka beliau dapat membawa singgahsana ratu Saba'. Hamraan berkata kepadanya: Bagaimana ini -aslaha-ka l-Lahu- Beliau berkata: Sesungguhnya bapa aku berkata: Sesungguhnya bumi ini dilipatkan untuknya apabila beliau mahu melipatkannya (Inna al-Ardh tuwiyat lahu idha aradha tawa-ha).


Mukjizat Ali Bin Musa al-Ridha A.S
Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim berkata: Ibrahim bin Musa telah memberitahu kepada aku, berkata: Aku telah berkali-kali meminta sesuatu daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s dan beliau menjanjikannya kepada aku. Pada suatu hari beliau telah keluar menyambut gabenor Madinah, dan aku telah berada bersama-samanya.

Lalu beliau datang berdekatan kota polan, dan turun di bawah pohon-pohon, dan aku telah turun bersama-samanya serta tiada orang yang ketiga bersama-sama kami. Aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda di dalam perayaan ini yang telah merahmati kita, aku tidak memiliki walaupun satu dirham, lantas beliau memecahkan tanah dengan tongkatnya dengan kuat, kemudian beliau memukulnya dengan tangannya, kemudian beliau telah mengambil darinya satu jongkong emas sambil berkata: Gunalah untuk faedah anda, dan sembunyikan apa yang anda telah melihatnya (Fa-tanawala-ha sabikata dhahabin fa-qala:Istanfi' bi-ha wa- ktum ma ra'ai-ta)


Mukjizat Amir al-Mukminin A.S
'Umru bin Ali bin 'Umar bin Yazid daripada Ali bin Mitham al-Tammar, daripada mereka yang telah memberitahunya daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau bersama-sama para sahabatnya di Masjid Kufah, maka seorang lelaki telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku, sesungguhnya aku hairan dengan dunia ini di tangan mereka itu, dan tidak di tangan anda? Beliau berkata: Wahai polan, anda fikir kami mahu dunia, tetapi kami tidak diberikannya? Kemudian beliau memegang segenggam anak batu, maka tiba-tiba ia bertukar menjadi permata, lalu beliau berkata: Apakah ini? Aku berkata: Ini adalah permata yang bermutu. Beliau berkata: Jika kami menghendakinya, nescaya kami dapat, tetapi kami tidak menghendakinya. Kemudian beliau melontarnya, maka ia kembali menjadi anak batu .

Ali bin Ibrahim al-Ja'fari telah memberitahu kepada aku berkata:Abu al-Abbas telah memberitahu kepada aku daripada Muhammad bin Sulaiman al-Hadha' al-Basri daripada seorang lelaki daripada al-Hasan bin Abu al-Hasan al-Basri berkata: Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada kami dan aku pada masa itu adalah seorang kanak-kanak yang sudah baligh, maka beliau telah memasuki rumahnya-Hadis adalah panjang-Kemudian beliau keluar dan diikuti oleh orang ramai, apabila sampai di al-Jabanah, beliau telah turun lalu dikelilingi oleh orang ramai, kemudian beliau telah menggaris dengan tongkatnya satu garisan, maka beliau telah mengeluarkan satu dinar.

Kemudian beliau telah menggariskan satu garisan yang lain, lalu beliau mengeluarkan satu dinar sehingga beliau telah mengeluarkan tiga dinar, kemudian beliau telah membalikkannya dengan tangannya sehingga orang ramai telah melihatnya. Kemudian beliau mengembalikannya, dan menanamnya semula dengan ibu jarinya, dan beliau berkata: Ia akan menguji orang yang baik dan jahat selepas aku. Kemudian beliau telah menaiki baghal betina Rasulullah s.a.w, dan kembali ke rumahnya, lalu kami telah mengambil alamat dan kami kembali ke tempat tadi, kami telah menggalinya sehingga kami sampai ke tempat yang keras, tetapi kami tidak mendapatinya, ada orang berkata kepada al-Hasan: Wahai Abu Sa'id, apakah anda melihat sedemikian daripada Amir al-Mukminin? Beliau berkata: Adapun aku, maka aku tidak mengetahuinya bahawa perbendaharaan bumi tersembunyi melainkan kepada orang sepertinya.


Al-Kumait Dan Abu Ja'far A.S
Daripadanya berkata: Al-Husain bin Ahmad bin Muslimah al-Lu'-lu' telah memberitahu kami daripada Muhammad al-Muthanna daripada bapanya daripada Uthman bin Yazid daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s: Aku telah datang kepadanya, lalu aku telah mengadu kepadanya hajat aku, beliau berkata: Wahai Jabir, kami tidak memiliki walaupun satu dirham.

Beliau berkata: Aku tidak menunggu lama sehingga al-Kumait datang kepadanya, dan berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku mengemukakan qasidah untuk anda? Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, maka beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham, dan bayarkan kepada al-Kumait, kemudian beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan ku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang lain pula?

Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan kepadanya qasidah yang lain pula. Beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada al-Kumait, lalu budak itu telah membayarnya kepada al-Kumait. Kemudian beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang ketiga? Beliau berkata kepadanya: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, beliau a.s berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada al-Kumait, maka al-Kumait berkata kepadanya: Demi Allah, aku bukanlah memuji kamu kerana dunia yang aku menuntut daripada kamu. Aku tidak kehendaki demikian itu selain mahukan perhubungan dengan Rasulullah s.a.w, dan apa yang Allah telah mewajibkannya bagi kamu ke atasku tentang kebenaran.

Beliau berkata: Abu Ja'far a.s telah menyerunya dan berkata: Wahai budak, kembalikannya kepada tempatnya. Jabir berkata: Aku telah mendapati sesuatu pada diri aku, dan aku berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Aku tidak memiliki walaupun satu dirham sedangkan beliau telah memerintahkan untuk al-Kumait tiga puluh ribu dirham? Beliau berkata: Wahai Jabir, berdirilah, maka masuklah rumah itu.

Beliau berkata: Aku pun berdiri dan memasuki rumah itu, maka aku tidak mendapati di dalamnya sesuatu, lalu aku keluar kepadanya, maka beliau berkata kepada aku: Kami tidak menyembunyikan sesuatu daripada kamu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, lalu beliau memasukkan aku di dalam rumah itu, kemudian beliau telah menendang dengan kakinya, tiba-tiba emas seperti tengkuk unta telah keluar, maka beliau berkata kepada aku: Wahai Jabir, lihatlah kepada ini, dan janganlah anda memberitahu kepada sesiapapun melainkan kepada orang yang anda percaya di kalangan saudara-saudara anda. Sesungguhnya Allah telah memberikan kami kemampuan untuk melakukan apa yang kami kehendaki (Inna l-Laha qad aqdara-na 'ala ma nuridu). Jika kami kehendaki, nescaya kami menerajui bumi keseluruhannya .


Dialog Amir al-Mukminin A.S Dengan Abu Bakr
Sa'd berkata: 'Ubbad bin Sulaiman telah memberitahu kepada kami daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya Sulaiman daripada 'Uthaim bin Aslam daripada Mu'awiyah bin 'Ammar al-Duhni daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Bakr telah mendatangi Ali a.s, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah memberitahu kepada kami tentang urusan anda selepas hari wilayah, aku naik saksi bahawa anda adalah maulaku mengakui wilayah anda.

Aku telah memberi salam kepada anda pada masa Rasulullah sebagai pemimpin mukminin (bi-imrati l-Mu'minin), dan Rasulullah s.a.w telah memberitahu kami sesungguhnya anda adalah wasinya, pewarisnya dan khalifahnya pada ahlinya dan perempuan-perempuannya (akhbara-na rasulullah anna-ka wasiyyu-hu wa warisu-hu wa khalifatu-hu fi-ahli-hi wa nisa'i-hi), tetapi beliau tidak memberitahu kami bahwa anda khalifahnya selepasnya (wa lam yukhbir-na bi-anna-ka khalifatu-hu min ba'di-hi).

Justeru tiada apa-apa di antara kami dan anda, dan tiada dosa di antara kami dan Allah a.w (la dhanba baina-na wa baina l-Lahi a.w), maka Ali a.s berkata kepadanya: Jika aku memperlihatkan Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu anda bahawa aku adalah lebih berhak (aula) dengan jawatan khalifah (araiatu-ka rasulallah hatta yukhbira-ka bi-anni aula) dan anda jika tidak menjauhinya, nescaya anda kafir (wa anna-ka in lam tanahha 'an-hu kafar-ta) apakah pendapat anda? Beliau berkata : Jika aku melihat Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu sebahagian daripadanya, maka aku memadai dengannya (in raaitu rasulallah hatta yukhbira-ni bi-ba'dhin hadha aktafai-tu bi-hi).

Beliau berkata: Beliau telah berjanji dengan aku selepas aku menunaikan solat maghrib, beliau berkata: Beliau telah kembali selepas solat maghrib, lalu beliau memegang tangannya, dan mengeluarkannya ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang duduk ke arah kiblat, lantas beliau bersabda: Wahai 'Atiq , anda telah merampas hak Ali, dan anda telah menduduki majlis kenabian (wathab-ta 'ala 'Ali wa jalas-ta majlisa al-Nubuwwati). Aku telah memberitahu kepada anda perkara ini, justeru itu cabutlah pakaian yang anda memakainya, berilah ia kepada Ali, jika tidak, maka janji anda adalah neraka (fa-khalli-hi li- 'Ali wa illa fa-mau'idu-ka al-Nar)

Beliau berkata: Kemudian beliau telah memegang tangannya, dan mengeluarkannya, kemudian Nabi s.a.w berdiri meninggalkan mereka berdua, Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada Salman dan berkata kepadanya: Wahai Salman, tidakkah anda telah mengetahui bahawa perkara itu telah berlaku sedemikian? Salman berkata: Beliau akan mengisytiharkannya dan akan mendedahkannya kepada sahabatnya, serta akan memberitahu kepadanya tentang berita itu, lalu Amir al-Mukminin a.s tersenyum dan berkata: Sama ada beliau akan memberitahu sahabatnya, maka ia akan melakukannya, kemudian beliau berkata: Tidak, mereka berdua tidak akan menyebutnya sehingga hari Kiamat, mereka berdua lebih melihat kepada diri mereka berdua tentang perkara itu.

Maka Abu Bakr telah berjumpa dengan 'Umar, beliau berkata: Sesungguhnya Ali telah mendatangkan perkara sedemikian, telah melakukan sedemikian dan berkata kepada Rasulullah sedemikian, maka 'Umar berkata kepadanya: Celaka anda, alangkah ceteknya akal anda, demi Tuhan, anda berada di sana pada masa itu adalah sebahagian sihir Ibn Abu Kabsyah (Waila-ka ma aqalla 'aqla-ka fa wa-l-Lahi ma anta fi-hi al-Sa'at illa min ba'dhi sihri ibni Abu kabsyah) Anda telah melupai sihir Bani Hasyim, dan di mana boleh Muhammad kembali (qad nasai-ta sihra Bani Hasyim wa min aina yarji'u Muhammad wa la yarji'u man mata), kerana orang yang telah mati tidak akan kembali lagi. Sesungguhnya anda padanya adalah sebesar-besar sihir Bani Hasyim (inna ma anta fi-hi a'zamu min sihri Bani Hasyim), maka pakailah pakaian ini dan teruskanlah .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Hakam bin Miskin daripada Abu Sa'id al-Makari daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr dan berkata kepadanya: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, jika beliau telah memerintahkan aku, nescaya aku telah melakukannya, beliau berkata: Datanglah dengan kami kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau datang ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang solat, manakala beliau selesai solat, maka Ali a.s berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berkata kepada Abu Bakr: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah memerintahkan anda, maka taatlah kepadanya (qad amartu-ka fa-ati'-hu).

Beliau berkata: Abu Bakr keluar dan bertemu dengan 'Umar di dalam keadaan ketakutan (dha'run), lalu 'Umar berdiri seraya berkata kepadanya: Apakah gerangan anda? Beliau berkata kepadanya: Rasulullah bersabda sedemikian, 'Umar berkata kepadanya: Celakalah umat yang telah melantik anda untuk urusan mereka! Tidakkah anda mengetahui sihir Bani Hasyim?

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada khalid bin Madi al-Qalanisi daripada Muhammad bin Hammad daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalisi daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Setelah Abu Bakr dilantik menjadi khalifah, 'Umar datang kepada Ali a.s dan berkata kepadanya: Tidakkah anda mengetahui bahawa Abu Bakr telah dilantik khalifah? Ali a.s berkata kepadanya: Siapakah yang telah menjadikannya khalifah? 'Umar berkata: Muslimun telah meredai dengan perkara tersebut.

Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, alangkah cepatnya mereka menyalahi Rasulullah s.a.w, dan membatalkan janjinya, dan mereka telah menamakannya bukan dengan namanya. Demi Allah, Rasulullah s.a.w tidak melantiknya. 'Umar berkata kepadanya: Anda sentiasa berbohong ke atas Rasulullah pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Lantas Ali a.s berkata kepadanya: Datang bersama kami, wahai Umar bagi mengetahui siapakah di kalangan kita pembohong ke atas Rasulullah s.a.w pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Umar telah datang bersama-samanya ke kubur, tiba-tiba tertulis padanya "Adakah anda telah mengingkari (kafar-ta), wahai 'Umar, dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian Dia telah menjadikan anda seorang lelaki". Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, Allah telah mendedahkan keburukan anda pada masa hidup rasul dan selepas kematiannya .

Daripadanya, daripada Muhammad bin Hammad daripada Abu Ali daripada Ahmad bin Musa daripada Ziad bin al-Mundhir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr di sebahagian jalan di Madinah, dan berkata kepadanya: Anda telah melakukan kezaliman (zalam-ta wa fa'al-ta). Abu Bakr berkata: Siapakah yang mengetahuinya? Beliau a.s. berkata: Rasulullah s.a.w mengetahuinya. Abu Bakr berkata: Apakah hubunganku dengan rasul sehingga dia mengetahui keadaanku sedemikian. Jika beliau s.a.w. mendatangi aku di dalam tidurku dan memberitahuku keadaan itu, maka aku boleh mengakuinya. Beliau a.s. berkata: Aku akan membawa anda (udkhilu-ka) kepada Rasulullah s.a.w. Maka beliau membawanya ke dalam masjid Quba', tiba-tiba Rasulullah s.a.w berada di masjid Quba', dan berkata kepadanya: Jauhilah dari menzalimi Amir al-Mukminin.

Beliau berkata: Maka beliau telah keluar dari sisinya, lalu 'Umar bertemu dengannya (Abu Bakr) dan memberitahu kepadanya perkara tersebut. Maka 'Umar berkata kepada Abu Bakr: Diam, tidakkah anda telah mengetahui sejak lama dahulu tentang sihir Bani Hasyim bin Abd al-Muttalib?

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Rabi' bin Muhammad al-Musalli daripada Abdullah bin Sulaiman daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila Ali a.s dikeluarkan di dalam keadaan dua tangannya terikat, beliau telah berhenti di kubur Nabi s.a.w, dan berkata: Wahai Ibn Umm, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan hampir mereka membunuh aku.

Beliau berkata: Satu tangan telah keluar dari kubur Rasulullah s.a.w, mereka mengetahui bahawa itulah tangan Rasulullah s.a.w, dan suaranya terhadap Abu Bakr: Wahai ini Adakah anda telah kafir dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian menjadikan anda seorang lelaki"


Imlak Jibrail Ke Atas Amir al-Mukminin A.S.
Ali bin Ismail bin Isa daripada Safwan bin Yahya daripada Rifa'ah bin Musa daripada Abu Abdullah a.s sesungguhnya Rasulullah s.a w telah mengimlakkan mashaf ke atas Ali a.s. Setelah sampai separuhnya, Rasulullah s.a.w telah meletakkan kepalanya di pangkuan Ali, kemudian Ali a.s telah menulis sehingga memenuhi mashaf (imtala'at). Apabila Rasulullah s.a.w mengangkat kepalanya, beliau bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkannya ke atas anda wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah, beliau bersabda: Malah Jibrail telah mengimlakkannya ke atas anda .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, Ahmad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub daripada Hanan bin Sudair daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s, dan menyeru dengan daftar, lalu beliau mengimlakkan ke atasnya di bahagian dalamnya, kemudian beliau tertidur, lantas Jibrail mengimlakkan pada bahagian luarnya, kemudian Rasulullah s.a.w terjaga, dan bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkan ini wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah s.a.w, maka beliau berkata: Aku telah mengimlakkannya ke atas anda bahagian dalamnya sementara Jibrail telah mengimlakkan ke atas anda bahagian luarnya .
Keadaan Mu'awiyah di Barzakh

Ayyub bin Nuh dan al-Hasan bin Ali bin Abdullah bin al-Mughirah daripada al-Abbas bin 'Amir al-Qasbani daripada Abban bin Uthman daripada Basyir bin al-Nabal daripada Abu Ja'far a.s: Aku telah berada di belakang bapa aku a.s di atas baghalnya, tiba-tiba aku telah melihat seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan seorang lelaki sedang mengikutinya, maka beliau berkata: Wahai Ali bin al-Husain, berilah aku air, maka lelaki yang mengikutinya berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberinya air, beliau adalah Mu'wiyah la'ana-hu l-Lahu.

Ali bin Muhammad al-Hijjal daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu' daripada Muhammad bin Sinan daripada Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi daripada saudaranya Idris bin Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Manakala aku dan bapa aku sedang menuju ke Makkah, bapa aku telah mendahului aku pada satu tempat bernama Dhajanan, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai yang ditariknya, datang kepada aku dan berkata: Berilah aku air, berilah aku air (isqini) lalu bapa aku telah melaung kepada aku: Janganlah anda memberi air kepadanya, tidak, Allah tidak akan memberi air kepadanya.

Beliau berkata: Di dalam keadaan mencari air, seorang lelaki mengikutinya, menarik rantainya dengan tarikan yang kuat, lalu menolaknya ke neraka .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Abban bin Uthman daripada Basyir al-Nabbal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berada bersama-sama bapa aku di 'Asfan atau di Dhajanan, lantas baghalnya telah melarikan diri, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan sebahagiannya di tangannya menariknya, maka beliau berkata: Berikan aku air, seorang lelaki berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberi air kepadanya (la saqahul-Lahu). Aku telah berkata kepada bapa aku: Siapakah ini? Beliau berkata: Ini adalah Mu'awiyah.

Daripadanya daripada al-Husain bin Sa'id daripada Ibrahim bin Abu al-Bilad daripada Ali bin al-Mughirah berkata: Abu Ja'far telah berada di Dhajanan, maka beliau telah berkata sebanyak tiga kali: Allah tidak akan mengampuni anda, apabila beliau berkata: Adakah kamu tahu kepada siapakah kamu berkata? Atau sebahagian daripada para sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Mu'awiyah bin Abu Sufyan telah melalui di hadapan aku di dalam keadaan menarik rantai besinya sehingga lidahnya terkeluar meminta aku supaya aku memohon ampun untuknya, kemudian beliau berkata: Ia adalah satu lembah dari lembah-lembah Jahanam.

Daripadanya, daripada Ali bin al-Hakam daripada Malik bin 'Atiyyah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah menjadi tawanan bersama-sama bapa aku di dalam perjalanan ke Makkah dan kami telah menaiki dua unta, manakala kami sampai di lembah Dhajanan, seorang lelaki telah keluar di tengkuknya rantai besi yang sedang ditariknya, maka beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, berilah aku air, maka Allah akan memberi air kepada kamu, lantas seorang lelaki lain mengikutinya, lalu beliau menarik rantai besi, dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberinya air, maka bapa aku telah berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Ja'far, adakah anda telah mengenalinya? Ini adalah Mu'awiyah la'ana-hu l-Lahu.


Dua Orang Fasiq DiKeluarkan Secara Segar, Lalu Disula
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya' daripada Abu Saghar Ahmad bin Abd al-Rahim daripada al-Hasan bin Ali; seorang lelaki yang bekerja sebagai pemungut zakat khalifah Makmun berkata: Aku dan seorang lelaki daripada sahabat kami telah bertemu dengan Abu Tahir bin Isa bin Abdullah al-'Alawi, Abu Sakhar berkata: Aku telah menyangkanya daripada anak lelaki 'Umar bin Ali. Beliau telah tinggal di Dar al-Saidiyyin. Kami telah bertemu dengannya pada waktu Asar di tangannya bekas air yang beliau menyapu dengannya, kami telah memberi salam kepadanya, maka beliau menjawab salam kami.

Kemudian beliau telah memulakan percakapan dengan kami, dan berkata: Adakah orang lain bersama-sama kamu berdua? Kami berkata: Tidak. Kemudian beliau telah berpaling ke kiri dan ke kanan adakah beliau sedang melihat kepada seseorang? Kemudian beliau berkata: Abu Jundi telah memberitahu aku sesungguhnya beliau telah berada bersama-sama Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s di Mina sedang melontar jamrat dan Abu Ja'far a.s telah melontar beberapa batu kecil (al-Jamrat), lalu beliau telah menyempurnakannya. Dan masih tertinggal di tangannya beberapa batu kecil, maka beliau telah menghitungnya lima batu kecil. Kemudian beliau telah melontar dua biji batu kecil ke satu sudut dan tiga biji batu kecil ke satu sudut yang lain.

Maka aku berkata kepadanya: Beritahu aku, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apakah ini, aku telah melihat anda telah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh seorang pun sebelum ini (sana'ta syai'an ma sana'a-hu ahadun qat). Sesungguhnya anda telah melontar dengan lima batu kecil selepas itu, tiga di satu sudut dan dua di satu sudut yang lain (thintaini fi nahiyatin wa thalathata fi nahiyatin)? Beliau berkata: Ya, sesungguhnya pada setiap musim haji dua orang yang fasiq dikeluarkan (idha kana kullu mausimin ukhrija al-Fasiqani) secara segar, lalu disula di sini (fa-sulibaa ha-huna). Tidak dapat melihat kepada mereka berdua melainkan oleh imam yang adil (la yara-huma illa imam 'adil). Justeru aku telah melontar kepada yang pertama dua batu kecil dan yang akhir dengan tiga batu kecil kerana yang akhir itu lebih jahat daripada yang pertama (li-anna al-Akhara akhbathu min al-Awwali) .


30
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Mentaati Para Wasi Adalah Difardukan
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada al-Qasim bin al-Jauhari daripada al-Husain bin Abual-'Ala' berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s : Adakah mentaati para wasi difardukan? Beliau berkata: Mereka itulah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Nisa' (4):59 "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, Rasul-Nya, dan Uli l-Amri di kalangan kamu"

Dan merekalah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Ma'idah (4):55 "sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan mereka yang mendirikan solat, dan memberi zakat di dalam keadaan rukuk"

Daripadanya, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Seorang lelaki farsi telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka beliau berkata: Mentaati kamu satu fardu (ta'atu-kum muftaradhah)? Beliau berkata: Ya, maka beliau berkata: Seperti mentaati Ali bin Abu Talib a.s? Beliau berkata: Ya .

Ahmad bin Ahmad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Umru bin Maimun, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya kami pasti mengetahui lelaki apabila kami telah melihatnya dengan hakikat iman dan hakikat nifak (Inna la-na'rifu al-Rajula bi-haqiqati al-Iman wa bi-haqiqati al-Nifaq)

Muhammaad bin Hammad al-Kufi, daripada saudaranya Ahmad bin Hammad, daripada Nasr bin Muzahim, daripada Umru bin Syamr daripada Jabir bin Yazid daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (mithaq) syi'ah kita dari salbi Adam, lantaran itu, kami mengetahui cinta pencinta (hubba al-Muhibb) sekalipun beliau melahirkan sebaliknya dengan lidahnya. Kami mengetahui kemarahan pemarah (bughdha al-Mubghidh) sekalipun beliau melahirkan kecintaan kepada kami Ahlu l-Bait .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan daripada 'Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal bin Jamil, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s berkata tentang firman Allah a.w di dalam Surah al-Nur (24) : 35 "Allah adalah cahaya langit dan bumi umpama cahaya-Nya" adalah Muhammad s.a.w " di dalamnya ada pelita besar" adalah ilmu " pelita itu di dalam kaca". Kaca adalah Amir al-Mukminin a.s dan ilmu Nabi Allah adalah di sisinya .

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa'id daripada Fadhalah bin Ayyub daripada 'Umar bin Abban al-Kalbi daripada Adam bin al-Hasan, daripada Hamraan bin A'yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Telah sampai berita kepada aku bahawa Allah a.w telah bercakap secara rahsia dengan Ali a.s (naja)? Maka beliau a.s berkata: Ya, munajat telah berlaku di antara Allah a.w dan Ali a.s di Taif, Jibrail telah turun dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mengajar Rasul-Nya haram, halal, dan takwil, maka Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali semuanya .

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin Bakir al-Hajari, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah hibatullah (pemberian Allah) kepada Muhammad s.a.w, beliau telah mewarisi ilmu para wasi, dan ilmu para nabi dan rasul sebelum Muhammad s.a.w .

Muhammad bin Abd al-Hamid al-'Attar daripada Mansur bin Yunus, daripada 'Umar bin Udhinah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dengan dua biji buah delima (rummanataini) dari syurga, lantas Ali a.s bertemu dengannya, maka beliau berkata: Apakah dua biji buah delima di tangan anda? Beliau berkata: Adapun ini adalah untuk kenabian (al-Nubuwwah) di mana anda tidak ada bahagian dan ini adalah ilmu, kemudian Rasulullah s.a.w telah membelahnya, lalu memberi separuhnya kepada Ali a.s, dan Rasulullah s.a.w telah mengambil separuhnya, kemudian beliau bersabda: Anda adalah bersyarikat dengan aku (anta syariki) dan aku adalah bersyarikat dengan anda (wa ana syariku-ka fi-hi). Tiada satu huruf yang telah diajar oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melainkan beliau s.a.w telah mengajarnya kepada Ali a.s (illa 'allama-hu 'aliyyan). Kemudian ilmu itu telah berakhir kepada kami (thumma intaha al-'ilmu ilai-na), dan beliau telah meletakkan tangannya di atas dadanya .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi', daripada Muhammad bin 'Adhafir, daripada Abu Ya'qub al-Ahwal berkata: Kami beberapa orang telah keluar bersama-sama Abu Basir, lalu kami datang ke rumah Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya ilmu Ali bin Abu Talib a.s adalah daripada ilmu Rasulullah s.a.w, maka beliau telah mengajarnya kepada kami, oleh itu sembahlah Allah, kerana dengan-Nyalah kejayaan .

Ahmad dan Abdullah kedua-duanya adalah anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada Mu'ammar bin Khallad, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait akan mewarisi yang kecil kami (yatawarathu asaghiru-na)daripada yang besar kami perkara yang sama.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-khattab, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada 'Anbasah bin Bijad al-'Abid, daripada al-Mughirah al-Hawari maula Abd al-Mu'min al-Ansari, daripada Sa'd bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata di atas mimbar: Kamu bertanyalah kepada aku sebelum kamu ketiadaan aku (saluni qabla an tufqiduni). Demi Allah, tiada bumi yang subur dan yang gersang, dan tiada kumpulan yang menyesatkan seratus atau kumpulan yang memberi hidayat kepada seratus melainkan aku telah mengetahui pemimpinnya dan penariknya. Aku telah memberitahunya kepada seorang lelaki daripada keluargaku di mana yang besar mereka akan memberitahunya kepada yang kecil mereka sehingga hari Kiamat.

Ahmad dan Abdullah, kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin al-Husain bin al-Khattab daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Suwaid bin Ghuflah berkata: Aku telah berada di sisi Amir al-Mukminin a.s, tiba-tiba seorang lelaki telah mendatanginya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah datang dari Wadi al-Qura, dan Khalid bin 'Urfatah telah mati, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya beliau belum mati, lalu lelaki itu telah mengulanginya. Maka beliau a.s berkata: Beliau belum mati, beliau telah menentang dengan mukanya, lelaki itu telah mengulanginya pada kali yang ketiga, maka beliau berkata: Subhanallah! Aku telah memberitahu kepada anda bahawa sesungguhnya beliau telah mati dan anda masih berkata bahawa beliau belum mati? Ali a.s berkata: Demi Yang diri aku di tangan-Nya bahawa beliau tidak akan mati sehingga beliau mengetuai tentera yang sesat di mana pembawa benderanya adalah Habib bin Jammaz .

Beliau berkata: Habib bin Jammaz telah mendengar kata-kata tersebut, lalu beliau telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s, dan berkata kepadanya: Aku menyeru anda dengan nama Allah tentang diri aku bahawa aku adalah syi'ah anda. Anda telah menyebut aku dengan satu perkara, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya tentang diri aku, Ali a.s berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah Habib bin Jammaz. Maka Ali a.s berkata kepadanya: Jika anda adalah Habib bin Jammaz, maka andalah yang akan membawa benderanya, lantas Habib meninggalkannya. Abu Hamzah berkata:Demi Allah, Khalid bin 'Urfatah tidak mati sehingga 'Umar bin Sa'id mengutus kepada al-Husain bin Ali a.s, dan menjadikan Khalid bin 'Urfatah di hadapannya dan Habib bin Jammaz pembawa benderanya (sahib rayati-hi)

Hamzah bin Ya'la, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada 'Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Beliau berkata: Wahai Jabir, Sesungguhnya kami jika kami memberitahu kepada kamu dengan pendapat kami dan hawa nafsu kami (lau kunna nuhaddithu-kum bi-ra'yi-na wa hawana), nescaya kami daripada mereka yang binasa, tetapi kami memberitahu kepada kamu hadis-hadis yang kami menyimpannya daripada Rasulullah s.a.w (nuhaddithu-kum bi ahadith naknidhu-ha 'an rasulillah) sebagaimana mereka itu menyimpan emas mereka dan wang mereka (kama yaknidhu haula' dhahaba-hum wa waraqa-hum).

Ahmad bin Muhammadd bin Isa, daripada al-Husain bin sa'id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Jamil bin Darraj daripada Fudhail bin Yasar, daripada Abu Ja'far a.s bahawa beliau berkata: Sesungguhnya kami adalah di atas keterangan Tuhan kami (inna 'ala bayyinatin min rabbi-na). Dia telah menerangkannya kepada Nabi-Nya. Maka Nabi-Nya telah menerangkannya kepada kami, jika tidak, nescaya kami sama seperti mereka saja (laula dhalika la-kunna ka-ha'ula' al-Nas) .


Semua Perkara Dalam Kitab Allah Dan Sunnah-Nya
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin khalid al-Barqi, daripada Ismail bin Mihran, daripada Yusuf bin 'Umairah, daripada Abu al-Maghra Hamid bin al-Muthanna al-'Ajali, daripada Sama'ah bin Mihran, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s, berkata: Aku telah berkata: Adakah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan sunnah-Nya atau apakah pendapat anda mengenainya? Beliau berkata: Malah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan sunnah-Nya (bal kullu syai'in fi kitab Allah wa sunnati-hi) .

Daripadanya, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Safwan bin Yahya daripada Sa'id bin Abdullah al-A'raj berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Terdapat di sisi kami bahawa mereka yang memahami agama berkata: Perkara yang kami tidak mengetahuinya apabila dibentangkan kepada kami, lalu kami berkata dengan pendapat kami (bi-ra'yi-na), maka beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, semua perkara ada di dalam al-Kitab, dan al-Sunnah. Daripadanya, daripada al-Hasan bin Fadhdhal, daripada Abu al-Maghra, daripada Sama'ah, daripada al-'Abd al-Salih berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabat kita telah bertemu dengan bapa anda dan datuk anda, dan mereka telah mendengar hadis daripada mereka berdua. Kemungkinan ada perkara yang menguji mereka di mana mereka tidak mendapati sesuatu yang membolehkan mereka memberi fatwa atau mereka mempunyai perkara yang hampir sama, adakah boleh mereka mengamalkan kias? Beliau berkata: Tidak, sesungguhnya telah binasa mereka sebelum kamu dengan kias, maka aku telah berkata kepadanya: Kenapa kias tidak diterima? Beliau berkata: Kerana tiada perkara melainkan ada di dalam Kitab dan Sunnah.

Al-Sanadi bin Muhammad al-Bazzaz, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Hakim, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya: Kami telah mempelajari agama daripada kamu dan kami telah meriwayatkan hadis daripada kamu, kemungkinan seorang lelaki datang kepada kami dan beliau diuji dengan perkara kecil di mana kami tidak mengetahui untuk memberi fatwa tentangnya, tetapi kami mempunyai perkara seumpamanya atau menyerupainya. Adakah boleh kami menggunakan kias akan perkara yang menyerupainya? Beliau berkata: Tidak, kenapa kamu menggunakan kias? Dengan kiaslah telah binasa mereka sebelum kamu, aku berkata: Adakah Rasulullah s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu? Beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu pada masa hidupnya dan mereka akan memadai dengannya sehingga hari Kiamat. Aku berkata: Adakah sesuatu telah hilang daripadanya (fa-dha'a min-hu syai'un)? Beliau berkata: Tidak, ia berada di sisi ahlinya (huwa 'inda ahli-hi ) .


Rasulullah S.A.W Telah Mengajar Ali A.S Seribu Bab
Ya'qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu'Umair, daripada Murazim bin Hakim al-Azadi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap satu bab akan membuka seribu bab('allma rasulullah s.a.w 'aliyyan alfa bab yaftahu kullu bab alfa bab) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada sebahagian daripada para sahabatnya, daripada Ahmad bin 'Umar al-Halabi, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya syi'ah bercakap-cakap bahawa Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang dapat membuka seribu bab. Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain, aku telah berkata kepadanya: Adakah ini ilmu? Beliau berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu .

Daripadanyadan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Abdullah bin Hilal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya seribu bab yang lain, setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain pula.

Daripadanya, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya seribu bab, dan setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain pula .

Ya'qub bin Yazid, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Abu 'Umair daripada Ibrahim bin Abd al-Hamid, daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja'far a.s berkata: Ali telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab, setiap bab akan membuka seribu bab yang lain.

Muhammad bin Isa, dan Ibrahim bin Ishaq, daripada Abdullah bin Hammad al-Ansari, daripada Sabah al-Mazni, daripada al-Harith bin al-Hasirah, daripada al-Asbagh bin Nabatah, daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab daripada halal dan haram daripada apa yang telah berlaku, dan akan berlaku sehingga hari Kiamat. Setiap bab daripadanya akan membuka seribu bab yang lain. Lantaran itu, ia telah menjadi seratus ribu bab sehingga aku telah diajar ilmu al-Munaya, al-Balaya dan Fasl al-Khitab (kefasihan bercakap).

Ahmad dan Abdullah kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada bapanya, daripada Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ishaq al-Sabi'i berkata: Aku telah mendengar sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin a.s yang dipercayai berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata: Sesungguhnya di dalam dadaku ini ilmu yang banyak di mana Rasulullah s.a.w telah mengajarnya kepadaku (inna fi sadri hadha la- 'ilman jamman 'allamani-hi rasulullah s.a.w lau ijidu la-hu hafazah yar'auna-hu haqqa ri'ayati-hi wa yarwauna-hu 'anni ka-ma yasma'una-hu 'anni idhan la-auda'tu-hum ba'dha-hu). Jika aku mendapati untuknya para penghafaz yang menjaganya dengan baik dan meriwayatkannya kepada aku sebagaimana mereka mendengarnya daripadaku, nescaya aku telah menyimpan sebahagiannya kepada mereka. Lantaran itu, banyak ilmu yang diketahuinya, sesungguhnya ilmu adalah pembuka kepada setiap bab dan setiap bab akan membuka seribu bab.


'Umru Bin Huraith Dan Keburukannya
Al-Mu'alla bin Muhammad al-Basri, daripada Bustam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Hasan al-'Abdi, daripada Sa'd bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memerintahkan kami berjalan ke al-Mada'in dari Kufah. Lalu kami telah berjalan pada hari Ahad, dan 'Umru bin Huraith serta tujuh orang yang lain tertinggal ke belakang. Lalu mereka telah keluar ke satu tempat di al-Hirah dinamakan al-Khauranaq, mereka berkata: Kita berkelah, dan apabila tiba hari Rabu, kita keluar dan akan bersama Ali a.s sebelum beliau berhimpun, manakala mereka berehat, tiba-tiba seekor biawak (dhabb)keluar kepada mereka, lantas mereka memburunya, dan ditangkap oleh 'Umru bin Huraith sambil berkata: Kamu Baiahlah kepada biawak ini, kerana ia adalah Amir al-Mukminin (bayi'u hadha Amir al-Mu'minin), lalu tujuh orang sahabatnya, dan 'Umru bin Huraih adalah orang yang kelapan mereka, telah memberi baiah kepadanya.

Mereka telah berjalan pada malam Rabu, dan mereka telah sampai di al-Mada'in pada hari Jumaat di mana Amir al-Mukminin a.s sedang berkhutbah, mereka berlapan tidak berpisah di antara mereka sehingga mereka turun di pintu masjid, manakala memasukinya, Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepada mereka, dan berkata:Wahai manusia, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah merahsiakan kepada aku seribu hadis pada setiap hadis seribu bab, dan setiap bab seribu anak kunci dan aku telah mendengar Allah berfirman di dalam Surah Al-Isra' (17) 71 "Hari kami menyeru setiap manusia dengan imam mereka", sesungguhnya aku bersumpah dengan Allah untuk kamu bahawa Dia akan membangkitkan pada hari Kiamat lapan orang dengan imam mereka iaitu biawak dan jika aku mahu menamakan mereka, nescaya aku boleh melakukannya.


Kitab-Kitab Di Sisi Para Imam A.S
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada Ali bin Hamzah, daripada Imran bin Ali al-Halabi, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdullah a.s telah memberitahu aku bahawa sesungguhnya di hulu pedang Ali a.s terdapat mashaf di mana Ali a.s telah menyeru al-Hasan kepadanya, lalu beliau telah mengangkatnya kepadanya, dan memberi pisau kepadanya, kemudian berkata kepadanya: Bukalah, maka al-Hasan tidak mampu membukanya, lalu Ali a.s telah membukakannya untuknya.

Kemudian beliau berkata kepadanya: Bacalah, lalu al-Hasan a.s membaca al-Alif, al-Ba', al-Sin, al-Lam, dan seterusnya, kemudian beliau telah melipatkannya, lalu memberikannya kepada saudaranya al-Husain, maka beliau tidak mampu membukanya, lalu beliau membukakannya untuknya, kemudian beliau berkata kepadanya: Bacalah, lalu beliau membacanya sebagaimana telah dibaca oleh al-Hasan, kemudian beliau telah melipatkannya, dan memberikannya kepada Muhammad bin al-Hanafiyyah, tetapi beliau tidak mampu membukakannya, maka Ali a.s telah membukakannya untuknya dan berkata kepadanya: Bacalah, maka beliau tidak dapat mengeluarkan sesuatu daripadanya, lalu beliau telah mengambilnya dan melipatkannya. Kemudian beliau telah menggantungkannya di hulu pedangnya, maka Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah perkara yang terdapat di dalam mashaf itu? Beliau berkata: Iaitu huruf-huruf yang dapat membuka setiap huruf seribu huruf yang lain, Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Dua huruf pun tidak akan keluar kepada orang ramai sehingga hari Kiamat .


Rasulullah S.A.W Mengajar Ali A.S Seribu Kalimah
Daripadanya, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi', daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu huruf yang dapat membuka seratus ribu huruf dan setiap huruf daripadanya dapat membuka seribu huruf.

Daripadanya, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Uthman bin Isa, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu huruf yang dapat membuka seribu huruf, dan setiap huruf daripadanya dapat membuka seribu huruf (yaftahu alfa harfin)

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi', daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu kalimah yang dapat membuka seratus ribu kalimah dan setiap kalimah dapat membuka seribu kalimah.

Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu'i daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir, dan Abd al-Karim bin Abu Dailam, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Ali a.s dengan seribu kalimah(ausa Rasulullah s.a.w ila Ali bi-alfi kalimatin), dan setiap kalimah dapat membuka seribu kalimah (yaftahu kullu kilimatin alfa kalimatin).

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada maulanya Hamzah bin Rafi', daripada Ummu Salmah; isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika sakit yang telah membawa kepada kematiannya: Serukan kepadaku khalilku. Maka 'Aisyah menghantar utusan untuk menjemput bapanya. Apabila Abu Bakr datang maka Rasulullah s.a.w. menutup mukanya. Maka Abu Bakr pulang. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Panggilkan kepadaku khalilku. Hafsah menghantar utusan kepada bapanya. Justeru 'Umar datang. Rasulullah s.a.w terus menutup mukanya (ghatta rasulullah s.a.w wajha-hu) dan bersabda: Serukan khalilku. Maka Umarpun kembali. Setelah itu, Fatimah memanggil Ali a.s. Apabila Ali a.s datang, maka Rasulullah s.a.w berdiri, lalu beliau a.s. masuk. Kemudian beliau s.a.w. memuliakan Ali a.s dengan kainnya. Fatimah a.s berkata: Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis sehingga aku telah berpeluh dan Rasulullah s.a.w turut berpeluh (fa-haddathani bi-alfi hadith hatta 'araqtu wa 'araqa rasulullah s.a.w). Peluhnya telah mengalir ke atasku, dan peluhku telah mengalir ke atasnya (fa-sala 'alayya 'araqu-hu wa sala 'alai-hi 'araqi ) .


Keilmuan Para Imam A.S
Ahamad al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada 'Umru bin Sa'id al-Mada'ini, daripada Musaddiq bin Sadaqah al-Mada'ini, daripada 'Ammar bin Musa al-Sabiti, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s tentang imam adakah beliau mengetahui perkara ghaib (ya'lamu al-Ghaib)? Beliau berkata: Tidak, tetapi apabila beliau mahu mengetahui sesuatu, maka Allah akan memberitahu kepadanya perkara tersebut (idha arada an ya'lama al-Sya' a'lama-hu l-Lahu dhalika) .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Ali bin Yaqtin berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan Musa a.s: Ilmu alim kamu secara pendengaran atau ilham? Beliau berkata: Kadang-kala secara pendengaran dan kadang-kala secara ilham atau kedua-duanya sekali (qad yakunu samma'an wa yakunu ilhaman wa yakunani ma'an).

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Abu Nasr, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah ilmu alim kamu (ma 'ilmu 'alimu-kum), adakah sebahagiannya dicampak dihatinya (a jumlatun yuqdhafu fi qalbi-hi) atau diperdengarkan di telinganya (au yunkatu fi udhuni-hu)? Beliau berkata: Seperti wahyu ibu Isa.

Ya'qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Muhammad bin Hamraan daripada Sufyan bin al-Samt, daripada Abdullah bin al-Najjasyi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Di kalangan kami, demi Allah, ada yang dibisikkan di telinganya (fi-na, wa l-Lahi, man yunqaru fi udhuni-hi ) dan ada yang diberitahu di hatinya (yunkatu fi qalbi-hi), dan ada yang telah berjabat tangan dengan malaikat (tusafihu-hu al-Malaikatu). Aku berkata: Di masa yang lalu, atau hari ini? Beliau berkata: Malah hari ini (bal al-Yaum), wahai Ibn al-Najjasyi- Beliau telah berkata sedemikian sehingga tiga kali.

Al-Hasan bin Ali bin Abdullah bin al-Mughirah, daripada 'Abis bin Hisyam al-Asadi, daripada Kiram bin 'Umru al-Khusy'ami, daripada Abdullah bin Abu Ya'fur, berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami berkata: Sesungguhnya Ali a.s dibisikkan di telinganya (kana yunkatu fi udhuni-hi) dan diberitahu di dadanya (wa yuqaru fi sadri-hi), maka beliau berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang Muhaddathan (boleh bercakap dengan malaikat). Manakala beliau telah melihat aku bahawa kata-katanya telah menjadi berat ke atasku, maka beliau berkata: Sesungguhnya Ali a.s pada hari Bani Quraizah, dan al-Nadhir telah diapit oleh Jibrail di kanannya, dan Mikail di kirinya, mereka berdua sedang bercakap-cakap dengannya (yuhaddithana-hu) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar al-Qalanisi, daripada al-Harith bin al-Mughirah bin al-Nadhari, daripada Hamraan berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Ali a.s adalah Muhaddathan, maka aku pun telah datang kepada para sahabatku, lalu aku berkata: Aku datang kepada kamu dengan berita yang pelik, mereka berkata: Apakah ia? Aku berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Ali adalah seorang Muhaddathan, mereka berkata: Anda jangan melakukan sesuatu melainkan anda bertanya kepadanya siapakah yang bercakap dengannya.

Lalu aku kembali kepadanya dan aku berkata: Sesungguhnya aku telah memberitahu para sahabatku tentang perkara yang anda telah memberitahu aku, maka mereka berkata: Anda jangan melakukan sesuatu melainkan anda bertanya kepadanya siapakah yang bercakap dengannya, maka beliau berkata kepadaku: Malaikat yang bercakap dengannya (yuhaddithu-hu malakun), aku berkata: Anda berkata bahawa beliau seorang nabi? Lantas beliau menggerakkan tangannya begini, beliau berkata: Atau seperti sahabat Sulaiman atau seperti sahabat Musa atau seperti Dhu al-Qarnain atau tidakkah telah sampai berita kepada kamu bahawa beliau berkata: Di kalangan kamu ada orang seumpamanya (wa fi-kum mithlu-hu) .

Musa bin Ja'far bin Wahab al-Baghdadi, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku dan al-Mughirah bin Sa'id sedang duduk di Masjid, lalu al-Hakam bin 'Utbah datang kepada kami, dan berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Abu Ja'far a.s satu hadis di mana aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini, maka kami telah bertanya kepadanya tentangnya, tetapi beliau telah enggan memberitahu kami mengenainya, beliau berkata: Ya, kami telah mendapati ilmu Ali a.s di dalam satu ayat pada kitab Allah a.w; Surah al-Hajj (22):52 "Dan kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, dan tidak pula seorang nabi, (dan tidak pula seorang muhaddathin), melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu"

Maka kami berkata: Ayatnya bukan begitu, maka beliau berkata: Ayat itu terdapat di dalam kitab Ali, aku berkata: Bagaimana muhaddath terjadi? Beliau berkata: Dibisikkan di telinganya (yunkatu fi udhuni-hi), lalu beliau mendengar deringan atau gema (tanin ) seperti deringan atau gema sesuatu terjatuh di dalam mangkuk (ka-tanin al-Tist) atau diketuk di hatinya (yuqra'u 'ala qalbi-hi), lalu beliau mendengar ketukan seperti ketukan rantai besi yang terjatuh di dalam mangkuk (fa-yasma'u waq'an ka waq'i al-silsilati yaqa'u fi al-Tist). Aku berkata: Beliau seorang nabi? Beliau berkata: Tidak, seperti Khidir dan Dhu al-Qarnain .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Nadhar bin Syu'aib, daripada 'Abd al-Ghaffar al-Jazi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku bercakap tujuh puluh cara (wajhan) untukku; semuanya ada jalan keluar .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi', daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-A'la bin A'yan berkata: Aku dan Ali bin Hanzalah telah datang kepada Abu Abdullah a.s, maka Ali bin Hanzalah telah bertanya kepadanya tentang satu masalah, maka beliau telah menjawabnya, Ali berkata kepadanya: Jika ia begitu, maka ia adalah begitu, maka beliau telah menjawabnya dengan jawapan yang lain pula, beliau berkata kepadanya: Jika ia begitu, maka ia adalah begitu, maka beliau telah menjawab dengan jawapan yang lain pula sehingga beliau telah menjawab dengan empat jawapan.

Ali bin Hanzalah telah berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya kami telah menguasainya (ahkamna-ha), lantas Abu Abdullah a.s telah menegahnya dan berkata: Janganlah anda berkata sedemikian wahai Abu al-Hasan, kerana anda adalah seorang lelaki yang warak, sesungguhnya di antara perkara-perkara itu ada perkara-perkara yang sempit waktunya (dhayyiqah), maka ia tidak berlaku melainkan di atas satu cara, di antaranya Jumaat yang hanya mempunyai satu waktu ketika tergelincirnya matahari. Dan di antara perkara-perkara itu terdapat perkara-perkara yang luas waktunya (muwassa'ah) yang berlaku di atas beberapa cara dan ini adalah di antaranya, demi Allah, di sisiku tujuh puluh cara .

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid dan Ya'qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Muhammad bin Hamraan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya kami bercakap dengan satu kalimah yang mempunyai tujuh puluh cara untuk aku semuanya ada jalan keluar.

Ahmad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu'man al-Ahwal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kamu adalah orang yang paling alim selama kamu memahami pengertian percakapan kami. Sesungguhnya percakapan kami bertukar kepada tujuh puluh cara (yansarifu ila sab'in wajhan) .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Abd al-Karim bin 'Umru, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Aku bercakap dengan satu kalimah yang mempunyai tujuh puluh cara, jika aku kehendaki, aku akan melakukannya menurut caranya yang tersendiri.

Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin al-Husain al-Khattab dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Muhammad bin Sinan dan Ali bin al-Nu'man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah a.w tidak akan meninggalkan bumi melainkan padanya seorang alim yang mengetahui pertambahan dan kekurangan (fi-ha 'alim ya'lamu al-Ziyadah wa al-Nuqsan) di bumi. Apabila mereka mukmin telah menambahkan sesuatu, maka Dia kembalikannya kepada mereka dan apabila mereka mengurangkan sesuatu, maka Dia menyempurnakannya untuk mereka, maka beliau berkata: Kamu ambillah ia dengan sempurna (khudhu-hu kamilan). Jika tidak, nescaya urusan mereka akan menjadi kesamaran kepada mereka mukmin, lantaran itu, mereka tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.

Al-Hasan bin Ali bin al-Nu'man, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Bumi tidak akan sunyi melainkan padanya seorang lelaki daripada kami mengetahui kebenaran (lan takhlu al-Ardhu illa wa fi-ha rajulun minna ya'rifu al-Haqqa). Apabila orang ramai telah menambahkan sesuatu padanya, beliau berkata: Sesungguhnya mereka telah menambahkannya dan apabila mereka menguranginya, beliau berkata: Mereka telah menguranginya dan apabila mereka mengakui kekurangannya, maka beliau membenarkan mereka, jika tidak, kebenaran tidak akan dikenali daripada kebatilan.


Catatan Kaki:
326. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 134
327. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 190
328. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 220
329. Ibid
330. Ibid, xxi, 98
331. Ibid, xvi, 230
332. Ibid, 220
333. Ibid, xi, 279
334. Ibid, xvi, 214
335. Al-Saduq, Ma'ani al-Akhbar, hlm 20
336. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 16
337. Ibid
338. Ibid, v , 12
339. Ibid
340. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 264
341. Ibid, v, 2
342. Ibid
343. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 267
344. Ibid, vii, 267
345. Ibid
346. Ibid
347. Al-Kulaini, al-Kafi, I , 177
348. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 20
349. Ibid
350. Al-Kulaini, al-Kafi, I , 177
351. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 128
352. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 328
353. Ibid, xii, 14
354. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 570
355. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 68
356. Abu Bakr
357. Rasulullah s.a.w
358. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 81
359. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 87
360. Ibid, ix, 563
361. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 81
362. Ibid, viii, 44
363. Ibid, ix, 379
364. Ibid
365. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 161
366. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 80
367. Abu Bakr
368. Umar
369. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii , 214
370. Ibid, vii, 62
371. Ibid, vii, 306
372. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 306
373. Ibid, vii, 64
374. Ibid, ix, 474
375. Ibid, vii, 318
376. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar vii, 317
377. Ibid
378. al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 578
379. Ibid
380. Ibid, vii, 281
381. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 62
382. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 163
383. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 281
384. Ibid
385. Ibid
386. Ibid
387. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 615
388. Ibid, vii, 288
389. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 282
390. Ibid, ix, 475
391. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 288
392. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 292
393. Ibid
394. Ibid
395. Ibid
396. Ibid
397. Ibid

31
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KESEPULUH

Para imam mengetahui semua lisan dan bahasa, di sisi mereka kitab-kitab para nabi a.s, mereka mengetahui percakapan binatang, mereka mengetahui semua keadaan manusia ketika melihat mereka, para imam a.s adalah Mutawassimin dan lain-lain.

Para Imam Mengetahui Semua Lisan Dan Bahasa
Muhammad bin Isa bin 'Ubaid dan Ibrahim bin Mihziyar berkata: Aku telah menghantar hamba aku yang berbangsa Slav kepada Abu al-Hasan ketiga a.s, maka hamba aku telah kembali kepadaku dengan pelik, aku berkata kepadanya: Apakah dengan anda wahai anak lelakiku? Beliau berkata: Bagaimana aku tidak merasa pelik, beliau a.s sentiasa bercakap dengan aku di dalam bahasa Slav seolah-olah beliau adalah seorang daripada kami, aku telah menyangka bahawa beliau telah mengguna bahasa ini supaya hamba-hamba lain tidak mendengar apa yang berlaku di kalangan mereka.

Ahmad bin Muhammad, daripada Abu al-Qasim Abd al-Rahman bin Hammad al-Kufi dan Abdullah bin 'Imran, daripada Muhammad bin Basyir, daripada seorang lelaki, daripada 'Ammar bin Musa al-Sabiti berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepada aku: Wahai 'Ammar, lalu beliau meletakkan kain ke atas aku, aku berkata: Aku tidak pernah melihat seorang nabati yang lebih fasih daripada anda di dalam bahasa Nabatiyyah, beliau berkata: Wahai 'Ammar, di dalam semua bahasa.

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin 'Imran al-Halabi, daripada saudara Malih berkata: Abu Yazid Furqad telah memberitahu aku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s. Beliau telah mengutus hambanya berbangsa a'jam di dalam satu hajat, maka hambanya telah kembali kepadanya. Lalu beliau mulai mengubah perutusannya, tetapi ia tidak menghairankannya sehingga aku telah menyangka bahawa beliau a. s akan memarahinya. Beliau berkata: Bercakaplah di dalam bahasa mana yang anda kehendaki, sesungguhnya aku memahami tentang kamu. Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada seorang lelaki namanya Masma' bin Abd al-Malik, laqabnya adalah Kardin, daripada Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Aku telah datang kepadanya dan di sisinya anak lelakinya Ismail.

Kami pada masa itu akan berimamkannya selepas bapanya, maka beliau telah menyebut kepada aku hadis yang panjang bahawa beliau telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata tentangnya menyalahi apa yang kami telah menyangkanya. Aku telah mendatangi dua lelaki daripada ahli Kufah yang berkata mengenainya. Lalu aku telah memberitahu mereka berdua, maka seorang daripada mereka berdua berkata: Aku telah mendengar, aku telah mentaati dan aku telah meredai.

Sementara yang lain pula berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mendengar, aku tidak reda dan aku tidak mentaati sehingga aku mendengarnya daripadanya. Kemudian beliau telah keluar menuju Abu Abdullah a.s, lalu aku telah mengikutinya. Apabila kami berada di pintu, maka mereka berdua telah meminta kebenaran masuk, maka beliau telah membenarkan aku masuk sebelumnya, kemudian beliau telah membenarkannya masuk, manakala beliau masuk, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai polan, adakah setiap seorang daripada kamu dibawa datang dengan kitab yang berterbangan? Sesungguhnya apa yang telah diberitahu kepada anda oleh polan itu adalah benar.

Maka beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya aku suka mendengarnya daripada anda sendiri, lantas beliau berkata: Sesungguhnya polan itu adalah imam anda, dan sahabat anda selepas aku, iaitu Abu al-Hasan Musa a.s-tidak akan menuntutnya di antara aku dan beliau (Musa a.s) melainkan pembohong, maka beliau telah berpaling kepada seorang lelaki dari Kufah yang pandai berbicara di dalam bahasa Nabatiyyah, maka beliau berkata kepadanya: Dirqihi (ambillah?), lalu Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Dirqihi di dalam bahasa Nabatiyyah, kamu ambillah.

Muhammad bin Jazak, daripada Yasir al-Khadim berkata: Hamba-hamba Abu al-Hasan a.s di rumahnya terdiri daripada bangsa Slav dan Rom. Abu al-Hasan a.s adalah rapat dengan mereka. Beliau telah mendengar mereka di waktu malam merepek dengan bahasa Slav dan Roman, mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mengeluarkan darah kami di negara kami pada setiap tahun, kemudian kita tidak melakukannya di sini. Pada keesokannya, Abu al-Hasan a.s telah bertemu dengan seorang doktor, lalu beliau berkata kepadanya: Keluarkan darah polan. Kemudian beliau berkata: Wahai Yasir, janganlah anda mengeluarkan darah anda.

Yasir berkata: Darah aku telah dikeluarkan, lalu tanganku menjadi kehijauan. Maka beliau a.s berkata: Wahai Yasir, apakah telah terjadi kepada anda? Maka aku telah memberitahunya, lalu beliau berkata: Tidakkah aku telah melarang anda dari melakukannya, hulurkan tangan anda, lalu beliau menyapukan tangannya ke atas tanganku dan meludahnya (wa tafila fi-ha). Kemudian beliau telah berwasiat kepada aku supaya aku tidak makan malam. Selepas itu aku telah terlupa, lalu aku makan malam, lantas beliau memukul aku .

Ya'qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada sebahagian lelakinya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Al-Hasan bin Ali a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah dua bandar; satu di timur dan satu lagi di barat, di atasnya dinding dari besi dan di atas setiap bandar seratus ribu daun dari emas, di dalamnya seratus ribu bahasa, setiap bahasa bercakap berlainan dengan bahasa sahabatnya dan aku mengetahui semua bahasa (ana a'rifu jami' al-Lughat), apa yang ada pada kedua-duanya, di antara kedua-duanya dan hujah di atas kedua-duanya selain daripada aku dan saudaraku al-Husain .

Musa bin 'Umar bin Yazid al-Saiqal, daripada Ali bin Ismail al-Maithami, daripada Sama'ah bin Mihran daripada seorang syeikh di kalangan sahabat kita, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Kami telah datang kerana ingin bertemu dengannya. Apabila kami sampai di Dahliz, kami telah mendengar bacaan di dalam bahasa Siryaniyyah dengan suara yang baik, dibaca dan ditangisi sehingga sebahagian kami turut menangis.


Di Sisi Mereka Kitab-kitab Para Nabi
Ibrahim bin Hasyim, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus, daripada Hisyam bin al-Hakam di dalam satu hadis tentang Barihah; seorang Nasrani yang telah datang bersama Hisyam sehingga beliau bertemu dengan Abu al-Hasan a.s, maka beliau berkata: Wahai Barihah, bagaimana keilmuan anda tentang kitab anda? Beliau berkata: Aku mengetahui dengannya (an bi-hi alimun). Beliau berkata: Bagaimana kepercayaan anda dengan takwilnya? Aku tidak yakin keilmuanku tentangnya. Lalu Musa a.s mula membaca Injil, Barihah berkata:Al-Masih telah membaca sedemikian dan bacaan ini tidak dibaca melainkan oleh al-Masih a.s. Kemudian Barihah berkata: Aku telah mencarinya selama lima puluh tahun, lalu beliau menerima Islam di tangannya .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Abban bin Uthman al-Fazari, daripada Musa bin Akil al-Namiri, berkata: Kami telah datang di pintu Abu Ja'far a.s, lalu kami meminta kebenarannya, tiba-tiba kami telah mendengar suara dibaca di dalam bahasa Ibrani, lantas kami menangis apabila kami mendengar suaranya, kami telah menyangka bahawa beliau telah mengutus kepada seorang lelaki ahlu l-Kitab untuk membaca ke atasnya. Maka kami telah masuk, tetapi kami tidak melihat seorang pun di sisinya, kami berkata: Aslaha-ka l-Lahu, kami telah mendengar di dalam bahasa Ibrani, kami telah menyangka bahawa anda telah mengutus kepada seorang lelaki di kalangan ahlu l-Kitab supaya membacanya untuk anda.

Beliau berkata: Tidak, tetapi aku telah menyebut munajatnya, maka aku telah menangis kerananya, kami berkata: Apakah munajatnya? Beliau berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan mengazabkan aku selepas segala ibadat aku yang berpanjangan kepada Engkau (ya rabb a tura-ka mu'adhdhibi ba'da tuli qiyami la-ka wa 'ibadati iyya-ka), Engkau akan menyeksa aku selepas solatku kepada-Mu(wa mu'adhdhibi ba'da salati la-ka), beliau mulai menghitung amalan-amalannya, maka Allah telah mewahyukan kepadanya bahawa Aku tidak akan mengazabkan kamu, lalu beliau berkata: Wahai Tuhanku, apakah yang menghalang Engkau berfirman: Tidak, selepas ya, sedangkan aku adalah hamba Engkau (ana 'abdu-ka) dan di dalam genggaman Engkau. Maka Allah telah mewahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya Aku apabila Aku berfirman sesuatu, maka Aku menunaikannya (inni idha qultu qaulan wafai-tu) .


Mereka Mengetahui Percakapan Burung
Ya'qub bin Yazid, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya', daripada mereka yang meriwayatkannya, daripada Ali bin Ismail al-Maithami, daripada Mansur bin Yunus, daripada Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah berada bersama-sama Ali bin al-Husain a.s di rumahnya. Dan di rumahnya terdapat pohon di mana di atasnya burung-burung sedang berkicau, beliau berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan mereka? Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, beliau berkata: Mereka sedang bertasbih kepada Tuhan mereka dan sedang mencari rezeki mereka (yusabbihna rabba-hunna wa yatlubna rizqqa-hunna) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Ismail bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Malik bin 'Atiyyah, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah berada bersama-sama Ali bin al-Husain a.s. Apabila burung-burung berterbangan dan berkicauan, maka beliau berkata: Wahai Abu Hamzah, adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh mereka? Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya. Beliau berkata: Mereka sedang mentakdiskan Tuhan mereka dan memohon kepada-Nya makanan harian mereka(quta yaumi-hinna). Kemudian beliau berkata: Wahai Abu Hamzah, kami telah diajar percakapan burung dan dikurniakan kepada kami setiap sesuatu ('Ullamna mantiqa al-Tairi wa uti-na min kulli syai'in) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Khalid bin Muhammad al-Barqi, daripada sebahagian daripada lelakinya secara marfu' daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Seorang lelaki telah membaca ayat di dalam Surah al-Naml (27 : 16 "Kami diajar percakapan burung dan kami diberi segala sesuatu". Abu Abdullah a.s berkata: Tidak ada padanya "min", tetapi ia adalah "uti-na kulla syai'in".

Daripadanya, daripada Ahmad bin Yusuf, daripada Ali bin Daud al-Haddad, daripada Fudhail bin Yassar, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah berada di sisinya, tiba-tiba aku melihat kepada sepasang burung merpati di sisinya; yang jantan telah mengeluarkan kata dengan manja dan lembut kepada yang betina (hadala al-Dhakaru 'ala al-Untha). Maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh merpati jantan itu? Ia berkata: Wahai sayangku, dan isteriku, Allah tidak mencipta makhluk yang paling aku cintai daripada anda melainkan maulaku Ja'far bin Muhammad a.s .

Ali bin Ismail bin Isa, daripada Muhammad bin 'Umru bin Sa'id al-Zayyat, daripada bapanya, daripada al-Faidh bin al-Mukhtar, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Sulaiman bin Daud a.s berkata: "kami diajar percakapan burung, dan kami dikurniakan daripada setiap sesuatu (min kulli syai'in)". Demi Allah, kami diajar percakapan burung dan kami dikurniakan setiap sesuatu (kulla syai'in)

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Nadhar bin Syu'aib, daripada 'Umar bin Khalifah, daripada Syaibah, daripada al-Faidh, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung dan kami dikurniakan setiap sesuatu, sesungguhnya ini adalah kelebihan yang besar.

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada sebahagian daripada sahabatnya berkata:Abu Abdullah a.s telah dihadiahkan dengan tiga ekor burung; fakhitah, wirsyan dan ra'ibi, burung yang pertama berkata: Aku telah kehilangan kamu, aku telah kehilangan kamu, maka jauhilah ia sebelum ia meninggalkan kamu, Abu Ja'far a.s telah memerintahkan supaya ia disembelih. Adapun burung yang kedua berkata: Kamu telah disucikan, kamu telah disucikan, lantas beliau telah memberikannya kepada seorang sahabatnya. Adapun burung yang ketiga, maka ia berada di sisiku, aku menemaninya.


Mereka Mengetahui Percakapan Binatang-Binatang Yang Lain
Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Ahamad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Seekor unta milik seorang lelaki Madinah, apabila ia lanjut usia, seorang daripada mereka berkata: Bagaimana jika kita menyembelihnya? Unta itu kemudian datang kepada Rasulullah s.a.w. dan mulai mengeluarkan suaranya. Lantas Rasulullah s.a.w mengutus kepada pemiliknya. Apabila beliau datang, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Unta ini telah menyangka bahawa ia pada usia muda sehingga lanjut usianya telah bekerja keras untuk kamu, kemudian kamu mahu menyembelihnya pula, pemiliknya berkata:Ia benar, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu menyembelihnya, maka tinggalkannya dan tinggalkannya .

Daripadanya, daripada al-'Abbas bin Ma'ruf, daripada Abu al-Qasim Abd al-Rahman bin Hammad al-Kufi, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Abu Khalid, berkata: Aku telah keluar bersama Ali bin al-Husain a.s ke Makkah. Apabila kami telah memasuki al-Abwa', beliau masih di atas kenderaannya dan aku terus berjalan. Beliau a.s telah terserempak dengan seekor kambing jantan, tiba-tiba seekor kambing betina telah tertinggal dari kumpulan kambing jantan, ia telah mengembek dan berpaling, tiba-tiba seekor anak kambing betina telah mengembek untuk mendapatinya, manakala anak kambing betina berdiri, maka kambing betina mengembek, lalu diikuti oleh anak kambing betina itu, maka Ali bin al-Husain a.s berkata: Wahai Abd al-Aziz, apakah yang telah dikatakan oleh kambing betina (al-Na'jatu) itu? Beliau berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya Beliau berkata: Sesungguhnya ia berkata: Pergilah bersama-sama kambing jantan itu, kerana saudara betinanya pada tahun pertamanya telah tertinggal pada tempat ini, lalu ia telah dimakan oleh serigala (fa-akala-ha al-Dhi'bu) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Ahmad bin al-Hasan bin Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Sesungguhnya beberapa ekor serigala telah datang kepada Rasulullah s.a.w kerana menuntut rezekinya (makanannya). Maka beliau s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: Jika kamu setuju maka aku akan menyelesaikan hal ini dengan cara kamu menyempurnakan tuntutan serigala ini. Dengan itu, ia tidak akan memusnahkan harta kamu walaupun sedikit. Tetapi jika kamu enggan memenuhinya maka ia akan menggangu kamu. Oleh itu, kamu hendaklah mengawal harta kamu? Sahabat berkata: Malah kami enggan sekalipun ia akan menggangu kami sebagaimana yang ia telah lakukan. Kami akan mengawalnya menurut apa yang kami mampu .

Ali bin Muhammad bin al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu', daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abu al-Jarud, daripada Ali bin Thabit, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Apabila kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba seekor unta datang berlutut di hadapannya dan mengeluarkan suaranya, serta berlinang air matanya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Siapakah yang memiliki unta ini? Ada orang berkata: Ia adalah milik seorang Ansar, maka beliau berkata: Ia milik aku, lalu ia diberikan kepadanya.

Beliau s.a.w bersabda: Unta anda mengadu dan berkata sesuatu, pemiliknya berkata: Apakah yang dikatakannya? Ia berkata: Anda sentiasa menekannya supaya bekerja keras dan membuatnya lapar, beliau berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, kami akan meringankannya dari kerjanya dan akan mengenyangkannya. Ia benar, wahai Rasulullah s.a.w, kami tidak memiliki unta yang lain selain daripadanya dan aku adalah seorang lelaki yang banyak tanggungan. Beliau s.a.w bersabda: Ia berkata kepada anda: Perintahlah aku supaya bekerja keras dan kenyangkanlah aku, pemiliknya berkata: Ya, wahai Rasulullah s.a.w, kami akan meringankannya dari kerjanya dan akan mengenyangkannya (nukhaffifu 'an-hu wa nusybi'-hu), maka unta itu pun berdiri dan pergi.

Dengan sanad-sanad ini, daripada Jabir bin Abdullah berkata: Pada suatu hari kami telah berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba seekor unta datang sehingga berlutut di hadapan Rasulullah s.a.w, mengeluarkan suaranya dan air matanya mengalir. Beliau bersabda: Siapakah pemilik unta ini? Mereka berkata: Milik polan. Beliau bersabda: Bawa ia datang ke sini, lalu ia datang, beliau bersabda kepadanya: Unta kamu menyangka bahawa kamu memeliharanya pada masa kecil, kemudian pada masa besar, kamu memaksanya bekerja, kemudian kamu mahu menyembelihnya pula, maka beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya kami ada walimah, maka kami mahu menyembelihnya pada walimah tersebut. Beliau bersabda: Tinggalkannya untuk aku, tinggalkannya untuk aku, lalu Rasulullah s.a.w melepaskannya (i'taqa-hu). Kemudian ia digemukkan sehingga kulitnya tidak mempunyai ruang lagi.

Al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w pada suatu hari duduk di kalangan para sahabatnya, tiba-tiba seekor unta telah mendatanginya sehingga ia telah memukul bahagian depan tengkuknya (jirani-hi) ke bumi dan mengeluarkan suara, maka seorang lelaki di kalangan sahabat berkata: Wahai Rasulullah, adakah unta ini sujud kepada anda? Jika ia sujud kepada anda, maka kami adalah berhak untuk melakukannya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak, malah sujudlah kepada Allah.

Sesungguhnya unta ini telah datang kerana ia mengadu tentang pemilik-pemiliknya; mereka telah memeliharanya di masa kecil dan menggunakannya apabila ia besar dan apabila umurnya meningkat, mereka mahu menyembelihnya pula, lantaran itu, ia telah mengadu perkara tersebut. Maka seorang lelaki di kalangan sahabat telah mengingkari kata-kata Rasulullah s.a.w, lalu Abu Basir berkata: Adakah lelaki itu 'Umar? Beliau berkata: Anda yang berkata sedemikian. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Jika aku telah memerintahkan sesuatu supaya ia sujud kepada sesuatu, nescaya aku telah memerintahkan seorang isteri supaya sujud kepada suaminya, kemudian Abu Abdullah a.s mulai berkata: Tiga binatang yang telah bercakap pada masa Rasulullah s.a.w: Unta, serigala dan lembu betina. Adapun unta, maka percakapannya anda telah mendengarnya. Adapun serigala, maka ia telah datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu mengadu tentang kelaparannya.

Lantaran itu, beliau telah menyeru para sahabatnya. Beliau s.a.w. telah bercakap kepada mereka mengenai keperluan serigala itu, tetapi sahabat kedekut memenuhi keperluannya(fa-syahhu). Kemudian serigala itu datang pada kali kedua. Lalu ia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w. menyeru sahabatanya. Mereka juga kedekut memenuhi keperluan serigala itu. Kemudian ia telah datang pada kali ketiga, lalu mengadu. Maka beliau s.a.w. menyeru sahabatnya. Tetapi mereka kedekut untuk memenuhi keperluannya. Kemudian Rasulullah s.a.w menyeru pemilik-pemilik kambing dan bersabda sebanyak tiga kali: Berilah sesuatu kepada serigala. Tetapi mereka juga kedekut memenuhi tuntutan itu. Maka beliau s.a.w. bersabda kepada serigala: Ambillah. Adapun lembu betina, kerana ia telah berkata kepada Nabi s.a.w di kebun kurma Bani Salim, maka ia berkata: Wahai ali Dhuraih, amalan yang berjaya, di dalam bahasa Arab yang fasih; tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan semesta alam dan Muhammad adalah Rasulullah, serta Ali adalah penghulu para wasi, selawat Allah ke atas mereka berdua.

Ya'qub bin Yazid, daripada Abd al-Hamid bin Salim al-'Attar, daripada Harun bin Kharijah atau orang yang selain daripadanya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seekor unta betina telah berkata: Mereka telah mengejar Nabi s.a.w (nafaru bi-al-Nabi) pada suatu malam: Tidak, demi Allah, aku sentiasa stabil jika aku dipotong kepada beberapa keratan.

Abdullah bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ibrahim berkata: Basyir dan Ibrahim bin Muhammad telah memberitahuku, daripada bapa mereka berdua, daripada Hamraan bin A'yan, daripada Abu Muhammad Ali bin al-Husain a.s berkata: Beliau telah duduk bersama-sama sekumpulan para sahabatnya, tiba-tiba seekor kijang betina telah datang kepadanya, lalu ia telah menggerakkan ekornya dan telah memukul dengan dua tangannya, maka Abu Muhammad a.s berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang betina ini? Mereka berkata: Tidak, beliau berkata: Kijang betina ini menyangka bahawa polan bin polan adalah seorang lelaki daripada Quraisy yang telah memburu anaknya yang baru berjalan pada hari ini.

Sesungguhnya ia telah datang pada hari ini supaya aku meminta pemburu meletakkan anak kecilnya (al-Khasyfu) di hadapannya bagi menyusukannya. Kemudian Abu Muhammad berkata kepada para sahabatnya: Berdirilah bersama kami, lalu mereka berdiri. Kemudian mereka membawa pemburu itu datang, lalu berkata kepada Abu Muhammad: Bapa aku dan ibu aku menjadi tebusan anda, apakah yang telah membuat anda datang ke mari? Beliau berkata: Aku meminta dengan hak aku ke atas anda melainkan anda mengeluarkan kepada aku anak kijang yang anda telah memburunya pada hari ini, lalu beliau mengeluarkannya dan meletakkannya di hadapan ibunya, lantas ia menyusukannya.

Ali bin al-Husain a.s berkata: Aku memohon anda supaya memberi anak kijang itu kepada kami, beliau berkata: Aku telah melakukannya, lalu beliau telah menghantar anak kijang itu bersama ibunya, kemudian kijang betina itu pergi sambil menggerakkan ekornya, Ali bin al-Husain berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang betina itu? Mereka berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Ia berkata:Allah akan kembalikan ke atas kamu setiap yang hilang daripada kamu dan Dia mengampuni Ali bin al-Husain sebagaimana beliau telah mengembalikan kepadaku anakku .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada Abu Sulaiman Salim bin Mukarram al-Jamal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s bersama-sama para sahabatnya di dalam perjalanan ke Makkah, tiba-tiba seekor serigala telah melalui di hadapannya, dan para sahabatnya sedang makan, Ali bin al-Husain a.s berkata kepada mereka: Adakah kamu akan memberi janji kepada Allah bahawa kamu tidak akan mengancam serigala ini sehingga aku menyerunya datang kepada kita? Mereka telah berjanji kepadanya, maka beliau berkata: Wahai serigala, datanglah, lantas serigala itu datang berlutut di hadapannya

Kemudian beliau mencampakkan makanan kepadanya, lalu ia berpaling untuk memakannya, lantas beliau berkata kepada mereka: Adakah kamu akan memberi kepada aku janji daripada Allah bahawa kamu tidak mengancamnya dan aku akan menyerunya supaya ia datang lagi, mereka telah memberi janji kepadanya, lalu beliau telah menyerunya, kemudian ia datang, seorang daripada para sahabatnya telah bermasam muka, lalu Ali bin al-Husain a.s berkata: Siapakah di kalangan kamu yang telah menyalahi janji aku? Maka seorang lelaki di kalangan mereka berkata: Wahai anak Rasulullah s.a.w, akulah yang telah bermasam muka, tetapi aku tidak memahaminya aku memohon keampunan Allah, lalu beliau a.s diam .

Ahmad bin al-Hasan, daripada Ahmad bin Ibrahim, daripada Abdullah bin Bakir, daripada 'Umar bin Taubat, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Manakala Abu Abdullah al-Balkhi bersama-sama Abu Abdullah a.s, kami telah berada di sisinya, tiba-tiba seekor kijang jantan telah menggerakkan ekornya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Lakukanlah jika Allah kehendaki, kemudian datanglah kepada kami (if'al in sya' Allah thumma iqbal 'alai-na) Maka Abu Abdullah a.s berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang jantan itu? Allah, Rasul-Nya dan anak lelaki Rasul-Nya yang lebih mengetahui.

Beliau berkata: Sesungguhnya ia telah datang kepada aku dan memberitahu aku bahawa sebahagian penduduk Madinah telah mengenakan perangkap kepada kijang betinanya, lalu beliau telah mengambilnya sedangkan ia mempunyai dua ekor anak kecil yang masih tidak dapat berdiri dan tidak mampu mencari makan sendiri. Maka ia telah meminta aku supaya mereka melepaskan kedua-duanya, dan ia telah berjanji kepada aku bahawa apabila ia menyusu kedua-duanya sehingga boleh berdiri dan kuat, maka ia akan memulangkan kedua-duanya kepada mereka, beliau a.s berkata: Aku telah memintanya bersumpah di atas perkara tersebut. Maka kijang jantan itu berkata: Aku bebaskan diri aku daripada wilayah kamu Ahlu l-Bait jika aku tidak melaksanakannya (bari'-tu min wilayati-kum in lam ufi) dan aku akan melakukannya jika Allah kehendaki (wa ana fa'ilu dhalika in sya' Allah). Al-Balkhi berkata kepadanya: Inilah sunnah kepada kamu seperti sunnah Sulaiman a.s.

Al-Hasan bin Muhammad al-Qasyani, daripada Abu al-Ahwas Daud bin asad al-Misri, daripada Muhammad bin Jamil berkata: Ahmad bin Harun bin Muwaffaq maula Abu al-Hasan a.s telah memberitahu aku, berkata: Aku telah mendatangi Abu al-Hasan a.s untuk memberi salam kepadanya, maka beliau telah berkata kepada aku: Naiklah(irkab), kami berjalan-jalan mengelilingi harta-hartanya.

Beliau berkata: Aku telah menaiki binatang tunggangan, lalu aku telah sampai ke tempat simpanan hartanya, aku telah sampai ke tempat pengaliran air dan di sisinya tanaman yang menghijau. Aku telah duduk sehingga beliau datang dengan menaiki seekor kuda, aku pun berdiri, lalu aku mengucup pahanya dan apabila beliau turun daripada kudanya, aku telah cuba mengambil tali kudanya, tetapi beliau enggan, beliau sendiri yang telah melakukannya. Kemudian beliau telah duduk, dan bertanya kepada aku tentang kedatangan aku pada masa itu waktu maghrib, maka aku telah memberitahu kepadanya bahawa aku telah datang pada waktu asar, kemudian Abu al-Hasan a.s berkata: Tidak dikurniakan kepada Daud dan keluarganya sesuatu melainkan dikurniakan kepada Muhammad, malah keluarga Muhammad lebih banyak (lam yu'ta Daud wa ali Daud syai'un illa wa qad u'tia Muhammad wa ali Muhammad aktharu) .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ali bin Muhammad al-Hannat, daripada Muhammad bin Sakin, daripada 'Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Manakala Ali bin al-Husain a.s bersama-sama para sahabatnya, tiba-tiba seekor kijang betina datang dari padang pasir sehingga ia berdiri dan mengeluarkan suaranya. Seorang daripada sahabatnya berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, apakah yang dikatakan oleh kijang betina ini? Beliau berkata: Seorang Quraisy telah mengambil anak kecilnya (khasyfa-ha) kelmarin dan ia tidak menyusunya semenjak kelmarin. Ali bin al-Husain a.s telah mengutus kepada lelaki tersebut supaya menghantarkannya kepadanya, lalu lelaki itu menghantarkannya kepadanya. Apabila ia melihat anak kecilnya, ia mengeluarkan suaranya dan memukul dengan tangannya, lalu dilepaskannya bersama-sama anak kecilnya. Mereka berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, apakah yang dikatakan olehnya? Beliau berkata: Ia telah menyeru kepada Allah untuk kamu, dan membalas kepada kamu kebaikan .

Al-Sanadi bin Muhammad al-Bazzaz, daripada Abban bin 'Uthman, daripada 'Umru bin Sahban, daripada Abdullah bin al-Fadhl, daripada Jabir bin Abdullah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w pulang daripada peperangan Bani Tha'labah bin Ghatafan, tiba-tiba seekor unta datang kepada Rasulullah s.a.w dari celah-celah rumah, lalu meletakkan bahagian tengkuknya ke tanah, kemudian mengeluarkan suaranya. Rasulullah s.a.w bersabda: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh unta ini? Mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, beliau bersabda: Sesungguhnya ia telah memberitahu aku bahawa pemiliknya telah menggunakannya sehingga lanjut usia. Sekarang mahu menyembelihnya, dan menjual dagingnya pula.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Jabir, pergi bersama-samanya kepada pemiliknya, dan datang bersama-samanya, aku berkata: Aku tidak mengetahui pemiliknya, beliau bersabda: Ia akan menunjukkannya kepada anda, beliau berkata: Aku telah keluar bersama-samanya sehingga aku berakhir di perkampungan Bani Waqif. Lalu ia memasuki di celah-celah lorong, tiba-tiba aku dapati aku berada di dalam satu majlis, mereka berkata: Wahai Jabir, kenapakah anda telah meninggalkan Rasulullah s.a.w, dan bagaimana anda telah meninggalkan Muslimin? Aku berkata: Mereka berada di dalam keadaan baik, tetapi siapakah di kalangan kamu pemilik unta ini?

Seorang daripada mereka berkata: Aku, maka aku berkata: Sahutlah seruan Rasulullah s.a.w Beliau berkata: Kenapa dengan aku? Unta anda telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w, maka aku, unta dan pemiliknya datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau bersabda kepadanya: Sesungguhnya unta anda telah memberitahu aku bahawa anda telah menggunakannya di dalam pekerjaan anda sehingga lanjut usianya, dan sekarang anda mahu menyembelihnya dan menjual dagingnya pula, lelaki itu berkata: Ia benar, wahai Rasulullah, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Juallah ia kepada aku, lelaki itu berkata: Ia adalah untuk anda wahai Rasulullah, beliau berkata: Malah juallah ia kepada aku, maka Rasulullah s.a.w telah membelinya daripadanya. Kemudian beliau telah memukul di bahagian mukanya, kemudian beliau meninggalkannya hidup di luar Madinah.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami, daripada Hisyam bin Salim al-Jawaliqi, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berada bersama-sama Abu Ja'far a.s di antara Makkah dan Madinah. Aku menjadi tawanan di atas keldai aku sementara beliau di atas baghal betinanya, tiba-tiba seekor serigala datang dari puncak bukit sehingga berakhir kepada Abu Ja'far a.s, lalu beliau menghentikan baghalnya, kemudian serigala telah menghampirinya sehingga beliau telah meletakkan tangannya di atas pelana keldainya, dan memanjangkan tengkuknya kepada telinganya, lalu beliau telah mendekatkan telinganya beberapa ketika.

Kemudian beliau berkata kepadanya: Pergilah, aku telah melakukannya. Aku berkata kepadanya: Aku telah melihat perkara yang pelik, beliau berkata: Anda mengetahui apakah yang dikatakan olehnya? Aku berkata: Allah, Rasul-Nya, dan anak lelaki Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau berkata: Serigala berkata: Sesungguhnya isteriku di atas bukit itu menghadapi kesukaran beranak, lantaran itu berdoalah kepada Allah supaya membebaskannya dan janganlah Dia membiarkan keturunan aku menguasai ke atas seorang pun di kalangan syi'ah kamu, maka aku berkata: Aku telah melakukannya .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s telah memiliki unta betina di mana beliau telah menaikinya di dalam mengerjakan haji sebanyak dua puluh dua kali haji, ia tidak pernah menyerang sesiapa. Beliau berkata: Ia tidak datang kepadaku selepas kematiannya melainkan sebahagian Mawali telah mendatangi aku. Mereka berkata: Sesungguhnya unta betina telah keluar, lalu mendatangi kubur Ali bin al-Husain a.s, kemudian ia berlutut di atasnya, dan memasukkan bahagian tengkuknya sambil mengeluarkan suaranya, aku berkata: Dapatkannya, dapatkannya, bawakan ia kepada aku sebelum mereka mengetahuinya atau melihatnya. Kemudian Abu Ja'far a.s berkata: Unta betina itu tidak pernah melihat kuburnya sebelumnya .

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa'id dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Muhammad bin abu 'Umair daripada Hafs bin al-Bukhturi daripada mereka yang telah menyebutnya, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Manakala Ali bin al-Husan a.s telah mati, seekor unta betina miliknya telah datang dari tempat ternakannya ke kuburnya, lalu memukul kuburnya dengan bahagian tengkuknya, dan berguling di atasnya. Sesungguhnya bapa aku telah pergi haji dan umrah dengan menaikinya, dan ia tidak pernah menyerang sesiapa .


32
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Jika Anda Menyebut Uthman, Maka Aku Akan Mencaci Ali
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya', daripada Kiram bin 'Umru bin al-Khasy'ami, daripada Abdullah bin Talhah, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang cicak (al-wazagh), beliau berkata: Ia adalah najis dan maskhun (asalnya manusia). Apabila anda membunuhnya, maka mandilah (fa-ghtasil). Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya bapa aku telah duduk di dalam bilik dan bersama-samanya seorang lelaki yang sedang bercakap dengannya, tiba-tiba seekor cicak mengeluarkan lidahnya, lalu bapa aku berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh cicak ini? Lelaki itu berkata: Aku tidak mengetahui apa yang dikatakan olehnya, beliau berkata: Ia berkata: Demi Allah, jika anda menyebut Uthman, nescaya aku akan mencaci Ali sehingga kamu berdiri dari sini (lain zakarta Uthman la-asubanna 'aliyyan hatta taquma min ha-huna) .

Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu', daripada Muhammad bin Sinan, daripada Fudhail bin al-A'war berkata: Seorang daripada sahabat kami telah memberitahuku, berkata: Di sisi Abu Ja'far a.s adalah seorang lelaki di kalangan sahabatnya sedang bercakap dengannya mengenai Uthman, tiba-tiba seekor cicak telah mengeluarkan suaranya di atas dinding, maka Abu Ja'far a.s berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh cicak ini? Beliau berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Cicak berkata: Anda hendaklah berhenti dari menyebut Uthman atau aku akan mencaci Ali .


Mereka Mengetahui Semu Keadaan Manusia Ketika Melihat Mereka
Al-Sanadi bin al-Rabi' al-Baghdadi, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Ali bin Gharab, daripada Abu Bakr bin Muhammad al-Hadhrami, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya tiada makhluk melainkan tertulis di antara dua matanya mukmin atau kafir (inna-hu laisa min makhluq illa baina-'ainai-hi maktubun mu'min au kafir), ia adalah terlindung daripada kamu (mahjub 'an-kum), tetapi tidak terlindung daripada para imam daripada ali Muhammad s.a.w, kemudian tiada seorang pun yang berjumpa dengan mereka melainkan mereka mengenalinya sama ada mukmin atau kafir. Kemudian beliau membaca ayat di dalam Surah al-Hijr (15):75 "Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memperhatikan tanda-tanda" Maka merekalah al-Mutawassimin.
Para Imam Adalah al-Mutawassimin

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada 'Umru bin Uthman al-Khazzaz, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada 'Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Manakala kami bersama-sama Amir al-Mukminin a.s telah berada di Masjid Kufah, tiba-tiba seorang perempuan telah datang kepadanya memusuhi suaminya, lalu beliau a.s telah menetapkan hukuman ke atasnya bagi pihak suaminya,tetapi beliau memarahinya, dan berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak dapat menerima hukuman anda. Anda tidak menghukum dengan saksama, anda tidak berlaku adil terhadap rakyat, dan hukuman anda di sisi Allah tidak diredai, maka beliau telah melihat kepadanya dengan penuh perhatian, kemudian berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ti) wahai perempuan yang berani melulu (jari'ah), wahai perempuan yang buruk akhlak (badhiyyah), wahai perempuan yang suka membuat bising (al-Sakhabah), wahai perempuan yang datang Haid dari duburnya (salaqlaqiyyah), wahai perempuan yang mandul.

Beliau berkata: Perempuan itu telah berpaling di dalam keadaan lari, dan berkata: Celakalah aku, celakalah aku, celakalah aku. Anda wahai anak lelaki Abu Talib, telah mendedahkan tabir yang dirahsiakan (hatak-ta sitran kana masturan ). Beliau berkata: 'Umru bin Huraith telah datang kepadanya, dan berkata: Wahai hamba Allah, anda telah mengemukakan ke atas kami percakapan di mana anda telah merahsiakannya, kemudian Ali telah menyebut percakapannya kepada anda, lantaran itu, anda telah melarikan diri ke belakang? Beliau berkata: Sesungguhnya Ali, demi Allah, telah memberitahu aku perkara yang benar yang aku telah merahsiakannya kepada suami aku semenjak berkahwin dan juga kepada ibu bapa aku. 'Umru telah kembali kepada Amir al-Mukminin a.s memberitahunya apa yang telah dikatakan oleh perempuan itu, dan berkata kepadanya: Aku tidak mengenali anda dengan ilmu ramalan (al-Kahanah)? Ali a.s berkata kepadanya: Aduhai anda, ia bukanlah suatu ramalan daripada aku, tetapi Allah telah mencipta roh-roh sebelum Dia mencipta badan-badan selama dua ribu tahun, manakala Dia telah menyusunkan roh-roh pada badan-badannya, maka Dia telah menulis di antara mata mereka kafir dan mukmin dan apa yang diuji ke atas mereka; amalan baik dan buruk mereka adalah sekadar ujian semata-mata, kemudian Dia telah menurunkan al-Qur'an ke atas Nabi-Nya s.a.w, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Hijr (15 ): 75 "Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memperhatikan tanda-tanda".

Maka Rasulullah s.a.w adalah al-Mutawassim, kemudian aku selepasnya dan para imam daripada zuriat aku, merekalah al-Mutawassimun, manakala aku memerhatikannya, aku mengetahui apa yang ada padanya melalui tanda-tandanya .

Al-Hasan bin Musa al-Khasyab, daripada Ali bin al-Hassan, dan Ahmad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Ibrahim, dan al-Hasan bin al-Barra', daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah mengerjakan haji bersama-sama Abu Abdullah a.s. Sesungguhnya aku telah bersamanya di beberapa jalan, tiba-tiba beliau menaiki bukit, dan melihat kepada orang ramai, kemudian berkata: Alangkah banyaknya bising (ma akthara al-Dhajij)? Daud bin Kathir al-Raqiy berkata kepadanya: Wahai Anak lelaki Rasulullah, adakah Allah akan menerima doa orang ramai yang aku sedang melihat kepada mereka sekarang?

Beliau berkata: Aduhai Abu Sulaiman, sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang yang mensyirikkan-Nya. Sesungguhnya penentang wilayah Ali adalah seperti penyembah berhala (inna al-Jahida li-wilayati Ali a.s ka-'abidi wathanin), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadi tebusan kamu, adakah kamu mengetahui pencinta-pencinta kamu di kalangan pembenci-pembenci kamu? Beliau berkata: Aduhai Abu Sulaiman, sesungguhnya tiada seorang hamba yang dilahirkan melainkan ditulis di antara dua matanya mukmin atau kafir (inna-hu laisa min 'abdin yuladu illa kutiba baina 'ainai-hi mu'min au kafir). Dan seorang lelaki akan datang kepada kami mewalikan kami, dan membebaskan dirinya daripada musuh kami, maka ia dilihat tertulis di antara dua matanya mu'min (inna al-Rajula la-yadkhalu ilai-na wa yatabarra'u min 'aduwwi-na fa-yura maktuban baina 'ainai-hi mu'min) Allah berfirman di dalam Surah al-Hijr (15):75 "Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memperhatikan tanda-tanda". Justeru kami mengetahui musuh kami daripda wali kami .

Ya'qub bin Yaid, daripada Muhammad bin Abu'Umair, daripada Asbat bin Salim Bayya' al-Zatti berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, seorang lelaki dari Hiyati telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w di dalam Surah al-Hijr (15):75-76 "Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memperhatikan tanda-tanda.Dan sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus". Beliau berkata: Kamilah al-Mutawassimun dan al-Sabil (jalan) kepada kami adalah lurus (muqim).

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Umar bin Abd al-'Aziz, daripada seorang lelaki, dan daripada beberapa orang di kalangan sahabat kami seperti Bakkar bin Kardam, Isa bin Sulaiman, daripada Abu Abdullah a.s, mereka berkata: Kami telah mendengarnya berkata: Seorang perempuan yang kasar telah datang, dan Amir al-Mukminin a.s berada di atas mimbar. Beliau telah membunuh saudara lelakinya dan bapanya, lalu berkata kepadanya: Ini adalah pembunuh mereka yang aku cintai (qatil al-Ahibbah). Maka Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepadanya, dan berkata: Wahai perempuan yang suka membuat bising, wahai perempuan yang berani melulu, wahai perempuan yang buruk akhlak, wahai perempuan yang ingkar, wahai perempuan yang tidak datang haid seperti perempuan lain. Lantas perempuan itu melarikan diri.

Kemudian diikuti oleh 'Umru bin Huraith-penyokong Uthman-maka beliau berkata: Wahai perempuan, kami sentiasa mendengar perkara-perkara yang pelik, kami belum mengetahui kebenarannya atau kebatilannya. Ini adalah rumah aku, maka masuklah, aku mempunyai hamba-hamba perempuan, maka mereka akan melihat kepada perkara-perkara tersebut sama ada benar atau batil kata-katanya. Aku akan memberi kepada anda sesuatu, beliau memasuki rumahnya,lantas beliau memerintahkan hamba perempuannya melihat kepadanya, tiba-tiba sesuatu terlekat di lututnya, perempuan itu berkata: Wahai celakalah baginya, Ali telah melihat sesuatu yang tidak dilihat selain daripada ibu aku dan bidan aku, beliau berkata: 'Umru bin Huraith telah memberi sesuatu kepadanya .

Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya Sulaiman al-Dailami, daripada Mu'awiyah bin 'Ammar al-Duhani, daripada Abu Abdullah a.s tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Rahman (55): 41 " Mereka yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka"

Beliau berkata: Wahai Mu'awiyah, apakah pendapat mereka tentang ayat ini? Aku berkata: Mereka berkata: Sesungguhnya Allah mengenali mereka yang berdosa dengan tanda-tanda mereka pada hari Kiamat, lalu diperintahkan mereka diambil di ubun-ubun dan kaki mereka, kemudian mereka akan dicampak ke neraka, beliau berkata kepada aku: Bagaimana Allah Yang Maha Perkasa perlu untuk mengenali makhluk dengan tanda-tanda mereka sedangkan Dialah yang telah menciptakan mereka? Aku berkata: Apakah itu, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda? Beliau berkata: Iaitu jika Qaim kita datang, maka Allah akan kurniakan kepadanya tanda-tanda, lalu dipegang ubun-ubun, dan kaki-kaki orang kafir, kemudian beliau akan memukul mereka dengan pedang (yakhbitu bi-al-Saifi khabtan).

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid dan Ibrahim bin Ishaq bin Ibrahim, daripada Abdullah bin Hammad al-Ansari, daripada al-Harith bin Hasirah, daripada al-Asbagh bin Nabatah, berkata: Kami telah bersama-sama Amir al-Mukminin a.s di Kufah, dan beliau pada masa itu sedang memberi al-'Ata' (pemberian) di Masjid, tiba-tiba seorang perempuan datang, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, anda telah memberi al 'Ata' kepada semua yang hidup selain daripada suku Murad, anda tidak memberi sesuatu kepada mereka, beliau berkata: Anda diam, wahai perempuan yang berani melulu, wahai perempuan yang buruk akhlak, wahai perempuan yang suka membuat bising, wahai perempuan yang haidnya keluar melalui duburnya.

Beliau berkata: Perempuan itu telah melarikan diri, dan keluar dari Masjid, lalu diikuti oleh 'Umru bin Huraith sambil berkata kepadanya: Wahai perempuan, Ali telah berkata sesuatu kepada anda, adakah benar kata-katanya? Beliau berkata: Demi Allah, beliau tidak berbohong, dan apa yang beliau telah katakan kepada aku terdapat pada diri aku. Seorang pun tidak dapat mengetahuinya melainkan Allah yang telah menciptakan aku, dan ibu aku yang telah melahirkan aku. Kemudian 'Umru bin Huraith kembali dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah mengikuti perempuan itu, lalu aku telah bertanya kepadanya apa yang anda telah katakan kepadanya pada tubuhnya, maka beliau telah mengakui kesemuanya (aqarrat bi-dhalika kulli-hi), maka dari manakah anda telah mengetahui semuanya? Beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajarnya seribu bab halal, dan haram, dan setiap bab akan membuka seribu bab sehingga aku mengetahui ilmu al-Munaya, al-Wasaya, dan Fasl al-Khitab sehingga aku telah mengetahui perempuan-perempuan yang bersifat lelaki dan lelaki yang bersifat perempuan (hatta 'alim-tu al-Mudhakkarat min al-Nisa' wa al-Muannathin min al-Rijal) .

Al-Husain bin Ali al-Dinuwari, daripada Muhammad bin al-Hasan berkata: Ibrahim bin Ghiyath telah memberitahuku daripada 'Umru bin Thabit, daripada Ibn Abu Habib, daripada al-Harith al-A'war berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s di dalam majlis kehakiman, tiba-tiba seorang perempuan yang memusuhi suaminya telah bercakap dengan hujahnya sementara suami telah bercakap dengan hujahnya, lalu beliau mengeluarkan hukum ke atas perempuan itu, lantas beliau menjadi marah, kemudian beliau berkata: Demi Allah, wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya anda telah menghukum aku dengan zalim, apakah ini Allah telah memerintahkan anda (wa ma bi-hadha amara-ka Allah)?.

Lantas beliau berkata kepadanya: Ya salfa muhayya', ya ', ya qarda', malah aku telah menghukum anda dengan kebenaran yang aku telah mengetahuinya. Apabila beliau telah mendengar kata-kata itu, lantas beliau melarikan diri, tanpa memberi apa-apa jawapan, lalu 'Umru bin Huraith mengikutinya dan berkata: Demi Allah, wahai hamba Allah, aku telah mendengar daripada anda perkara yang pelik dan aku telah mendengar Amir al-Mukminin berkata kepada anda perkataan yang membuat anda lari dari sisinya tanpa anda menjawabnya, beliau berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya beliau telah memberitahuku perkara yang tidak diketahui oleh seorang pun melainkan Allah dan aku.

Tentang sebab aku telah lari dari sisinya adalah kerana aku khuatir bahawa beliau akan memberitahu kepada aku perkara yang lebih besar daripada itu (makhafatan an yukhbiruni bi-a'zam mimma raman-ni bi-hi). Kesabaran aku di atas satu perkara itu adalah lebih elok daripada aku bersabar di atas satu perkara selepas satu perkara yang lain pula datang. 'Umru berkata: Beritahu aku, mudah-mudahan Allah memaafi anda-Apakah yang telah dikatakan oleh beliau kepada anda? Beliau berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku tidak akan memberitahunya kepada anda, kerana apa yang beliau telah katakan kepada aku adalah perkara yang aku benci, selain daripada itu, ia adalah buruk (qabih) jika lelaki mengetahui keaiban ('uyub) yang terdapat pada perempuan.

Beliau berkata kepadanya: Demi Allah, anda tidak mengetahui aku dan aku pula tidak mengetahui anda, kemungkinan anda tidak melihat aku lagi selepas ini, dan aku pula tidak melihat anda selepas hari ini. 'Umru berkata: Manakala beliau melihat aku seakan-akan merayu kepadanya, maka beliau berkata: Tentang kata-katanya ya salfa', maka demi Allah, beliau tidak berbohong kepada aku, sesungguhnya aku tidak datang haid seperti perempuan biasa. Adapun kata-katanya Ya muhayya', sesungguhnya aku, demi Allah, adalah teman kepada wanita (sahibatu al-Nisa') dan aku bukanlah teman kepada lelaki, tentang kata-katanya ya qarda', kerana aku adalah perosak rumah suami aku, dan aku tidak tinggal di dalamnya, beliau berkata kepada perempuan itu: Aduhai, siapakah yang telah mengajarnya perkara ini? Adakah anda melihatnya seorang ahli sihir, seorang tukang tenung atau seorang yang mengguna khadam? Beliau telah memberitahu anda apa yang terdapat pada anda? Ini adalah ilmu yang banyak.

Beliau berkata kepadanya: Sejahat-jahat apa yang anda telah katakan, wahai Abdullah, sesungguhnya beliau bukanlah seorang ahli sihir, bukan seorang tukang tenung, dan bukan seorang yang mengguna khadam, tetapi beliau adalah ahlu bait kenabian (ahli bait al-Nubuwwah), wasi Rasulullah s.a.w, dan pewarisnya, beliau memberitahu kepada orang ramai apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Rasulullah s.a.w, dan beliau s.a.w telah mengajarnya, kerana beliau adalah hujah Allah di atas makhluk ini selepas Nabi-Nya s.a.w. Kemudian 'Umru bin Huraith telah datang ke majlisnya, maka Amir al-Mukminin a.s. berkata kepadanya: Wahai 'Umru, dengan apakah anda menghalalkan kata-kata anda kepada aku? Demi Allah, perempuan itu mempunyai kata-kata yang lebih baik tentang aku daripada anda. Aku dan anda akan berdiri di hadapan Allah, kemudian anda akan melihat bagaimana anda dapat melepaskan diri anda (tatakhallasu) daripada Allah.

Beliau berkata: Aku bertaubat kepada Allah (ana taibun ila Allah)dan kepada anda di atas apa yang telah berlaku, maka pohonlah keampunan-Nya untuk aku, nescaya Allah akan mengampuni anda, beliau berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak akan memaafkan anda tentang dosa ini selama-lamanya (la aghfiru la-ka hadha al-Dhanbu abadan) sehingga aku dan anda berdiri di hadapan orang yang tidak akan menzalimi anda walaupun sedikit(hatta aqifu ana wa anta baina yadayya man la yazlimu-ka syai'an) .

Al-Hasan bin Ali bin al-Mughirah, daripada 'Abis bin Hisyam, daripada Abd al-Samad bin Basyir, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang imam, adakah Allah telah menyerahkan kepadanya (a fawadha l-Lahu ilai-hi) sebagaimana Dia telah menyerahkannya kepada Sulaiman? Beliau berkata: Ya, itu berlaku apabila seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, maka beliau telah menjawabnya, dan orang lain bertanya kepadanya tentang perkara yang sama, lalu beliau menjawabnya bukan seperti jawapannya yang pertama.

Kemudian orang lain pula telah bertanya kepadanya, lalu beliau menjawabnya tidak seperti jawapannya yang pertama dan kedua. Kemudian beliau berkata: Inilah pemberian kami, maka peganglah atau berilah tanpa hisab. Demikianlah bacaan di dalam mashaf Ali a.s, aku berkata: Aslaha-ka l-Lahu, ketika beliau menjawab kepada mereka dengan jawapan ini, imam mengetahui mereka? Beliau berkata: Maha Suci Tuhan, tidakkah anda mendengar Allah berfirman di dalam Surah al-Hijr (15):75-76 "Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memperhatikan tanda-tanda" Mereka adalah para imam.Dan sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus" tidak akan terkeluar daripada mereka selama-lamanya, kemudian beliau berkata kepadaku: Ya, sesungguhnya seorang imam apabila beliau melihat kepada seorang lelaki, beliau akan mengetahuinya dan mengetahui apa yang ada padanya, beliau mengetahui warnanya dan jika beliau mendengar percakapannya di balik dinding, nescaya beliau mengetahuinya.

Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Rum (30 ) :22 " Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi, dan berlain-lainan bahasa mu, dan warna kulit mu. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mengetahui". Maka merekalah para ulama. Beliau tidak mendengar sesuatu daripada bahasa yang bercakap melainkan beliau telah mengetahuinya, sama ada ia seorang yang berjaya atau seorang yang binasa. Justeru beliau memberi jawapan yang sesuai dengan mereka .

Al-'Abbas bin Ma'ruf, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba'i bin Abdullah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah di dalam Surah al-Hijr (15):75 "Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memperhatikan tanda-tanda", beliau berkata: Mereka adalah para imam, Rasulullah s.a.w bersabda: Takutlah firasat mukmin, kerana beliau melihat dengan cahaya Allah.

Ali bin Ismail bin Isa, daripada Muhammad bin 'Umru bin Sa'id al-Zayyat, daripada Muhammad bin Hamzah bin Abyadh, berkata: Ali bin 'Atiyyah telah memberitahu kami, berkata: Manakala kami berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami, lalu beliau telah mengelipkan matanya kepada beberapa orang syi'ah. Maka Abu Abdullah a.s telah menentangnya dengan mukanya, kemudian Abu Abdullah a.s telah melihatnya secara berdepan, maka lelaki itu terfikir bahawa Abu Abdullah a.s belum memahaminya, lalu beliau mengulangi percakapannya. Lantas Abu Abdullah a.s memegang janggutnya dengan tangan kirinya, kemudian beliau menggerakkannya sehingga aku menyangka bahawa ia akan terus berada di tangannya, kemudian beliau berkata: Jika aku mewalikan lelaki, dan aku membebaskan diri aku daripada mereka menurut apa yang sampai kepada aku tentang mereka, nescaya sejahat-jahat uban, adalah uban aku ini .

Al-Hasan bin Ali al-Zaituni, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Dharis al-Kinasi, berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki yang aku mengenalinya datang kepadanya, lalu beliau telah menyebut seorang lelaki daripada para sahabat kami, dan menghinanya di sisi Abu Abdullah a.s, tetapi beliau tidak menjawabnya, lelaki itu menyangka bahawa Abu Abdullah a.s tidak mendengarnya, lalu beliau mengulanginya, Abu Abdullah a.s tidak berpaling kepadanya, lelaki itu menyangka bahawa Abu Abdullah a.s tidak mendengarnya, lalu beliau mengulanginya pada kali ketiga. Lantas Abu Abdullah a.s menghulur tangannya kepada janggut lelaki itu, lalu memegangnya, kemudian beliau menggerakkannya sebanyak tiga kali sehingga aku menyangka bahawa janggutnya masih berada di dalam tangannya, kemudian beliau berkata: Jika aku tidak mengetahui lelaki melainkan menurut apa yang di disampaikan kepada aku tentang mereka, maka sejahat-jahat uban, adalah uban aku, kemudian beliau menghembuskan sisa janggut yang terlekat di tapak tangannya.


Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah
Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Hasan bin Ali bin al-Nu'man, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi faedah kepada orang ramai dan kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pintu hikmah dan pencerahan urusan (dhiya' al-Amr) manusia .

Ya'qub bin Yazid dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Hisyam bin ibn Salim, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Di sisi orang ramai (al-'Ammah) hadis-hadis Rasulullah perlu disahkan? Beliau berkata: Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai dan di sisi kami benteng ilmu (ma'aqil al-'ilmi) dan pemutus di antara manusia (wa faslun ma baina al-Nas) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Ali bin Hammad, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai dan di sisi kami Ahlu l-Bait asas ilmu, keasliannya, cahayanya dan tunjangnya (usul al-'ilmi wa 'ura-hu wa dhiyau-hu wa awakhi-hi).

Ya'qub bin Yazid, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami mendapati sesuatu dari hadis-hadis kami di tangan orang ramai, maka beliau berkata: Mudah-mudahan anda tidak terfikir bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai- Beliau telah memberi isyarat dengan tangannya di kanannya, kirinya, di hadapannya, dan di belakangnya- Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pencerahan urusan, dan pemutus di antara orang ramai .

Ibrahim bin Hasyim, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Hisyam bin Salim, daripada al-Hasan bin Yahya, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya kami Ahlu al-Bait di sisi kami benteng ilmu, peninggalan kenabian, ilmu al-Kitab, dan pemutus di antara orang ramai.

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Abu Abdullah Zakaria bin Muhammad al-Mu'min, daripada Abdullah bin Maskan, dan Abu Khalid al-Qammat, dan Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami keaslian ilmu, pintu hikmah, benteng ilmu, pencerahan urusan, dan tunjangnya. Sesiapa yang telah mengenali kami, maka makrifatnya akan memberi manfaat kepadanya (fa-man'arafa-na nafa'at-hu ma 'rifatu-hu), dan diterima daripadanya amalannya. Sesiapa yang tidak mengenali kami, maka makrifatnya tidak memberi faedah kepadanya dan amalannya tidak akan diterima .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abu Khalid bin al-Qammat, daripada Hamraan bin A'yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah kedudukan para ulama? Beliau berkata: Sepertilah Dhu l-Qurnain, sahabat Sulaiman, dan sahabat Musa .

Ya'qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Muhammad bin 'Ammar, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s bagaimana Amir al-Mukminin a.s mengenakan hukuman ke atas peminum arak (syarib al-Khamr)? Beliau berkata: Beliau telah mengenakan hukum hudud ke atasnya. Aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau mengenakan hukum hudud, aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau akan membunuhnya. Aku berkata: Bagaimana beliau mengenakan peminum minuman yang memabukkan (al-Muskir)? Beliau berkata: Hukumannya adalah sama. Aku berkata: Sesiapa yang meminum minuman yang memabukkan seperti orang yang meminum minuman khamr? Beliau berkata: Ia adalah sama. Maka aku telah memperbesarkan perkara itu. Beliau berkata kepada aku: Wahai Fudhail, janganlah anda memperbesarkan perkara tersebut, sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad sebagai rahmat kepada alam semesta. Dan sesungguhnya Allah telah mendidik Nabi-Nya, maka beliau telah memperbaiki adabnya.

Manakala beliau telah mempelajari segala adab, Dia telah menyerahnya kepadanya. Lantaran itu, Allah telah mengharamkan al-Khamr, dan Rasulullah s.a.w telah mengharamkan segala yang memabukkan, maka Allah telah mengharuskannya untuknya pula. Allah telah menjadikan Makkah sebagai tanah haram sementara Rasulullah s.a.w telah menjadikan Madinah sebagai tanah haram, maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Allah telah mewajibkan pusaka daripada keturunan salbi sementara Rasulullah s.a.w telah memberi bahagian datuk (al-Jadd), maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Kemudian beliau berkata: Wahai Fudhail, sesiapa yang mentaati Rasul, maka beliau telah mentaati Allah .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Muhammad bin Yahya al-Khasy'ami, daripada Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak diturunkan kitab (lam yanzil bi-hi kitab) dan sunnah, beliau mengambil bahagian (rajama) mengenainya, lalu menepati sasarannya (fa-asaba). Abu Ja'far a.s berkata: Ia adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan(al-Mu'dilat ) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Isa bin Imran al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-Rahim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak didatangi (lam yaji') oleh kitab dan sunnah, beliau mengambil bahagian mengenainya, lalu menepati sasarannya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abd al-Rahim, itu adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan.


33
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Penciptaan Syi'ah Dua Ribu Tahun Sebelum Adam
Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Khalaf bin Hammad, daripada Sa'd bin Tarif al-Iskaf, daripada al-Asbagh bin Nabatah bahawa Amir al-Mukminin a.s telah menaiki mimbar, lalu beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, kemudian berkata: Sesungguhnya syi'ah kita adalah dari tanah yang tersimpan(tinah makhdhunah) sebelum Allah mencipta Adam dua ribu tahun (qabla an yakhluqa Adam bi-alfai 'am), ia tidak dipisahkan oleh perkara yang ganjil (la yasyudhdh min-ha syadhdhun), dan tidak dimasuki padanya oleh sesuatu (wala yadkhulu fi-ha dakhilun), sesungguhnya aku mengenali mereka ketika aku melihat mereka (wa inni la-a'rifu-hum hina anzuru ilai-him), kerana Rasulullah s.a.w telah meludahkan pada mataku ketika aku menghidapi penyakit mata (lamma tafila fi 'aini wa kuntu armadu), dan beliau bersabda: Wahai Tuhanku, hilangkanlah daripadanya kepanasan dan kesejukan, perlihatkanlah kepadanya sahabatnya daripada musuhnya". Justeru aku tidak lagi menghidapi penyakit mata, kepanasan, dan kesejukan. Aku mengetahui sahabat aku daripada musuh aku (a'rifu sadiqi min 'aduwwi).

Lantas seorang lelaki berdiri di kalangan orang ramai, kemudian berkata: Demi Allah, wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda (bi-wilayati-ka), dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta). Demi Allah, aku tidak mengetahui nama anda di kalangan nama-nama syi'ah (fa-wallah ma a'rifu isma-ka fi al-Asma') dan muka anda di kalangan muka-muka syi'ah (wa la wajha-ka fi al-Wujuh), tanah anda bukan dari tanah syi'ah (wa inna tinata-ka la-min ghairi tilka al-Tinati).

Kemudian lelaki itu terus duduk, sesungguhnya Allah telah mendedahkan keburukannya dan menampakkannya kepada orang ramai, kemudian seorang lelaki yang lain berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), tanah anda adalah dari tanah tersebut, dan di atas wilayah kami diambil perjanjian anda (wa 'ala wilayati-na ukhidha mithaqu-ka). Sesungguhnya roh anda adalah dari Roh-roh mukminin, maka ambillah pakaian untuk kefakiran (fa-itakhidh li-al-Faqri jilbaban). Demi Yang diri aku di tangan-Nya sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kefakiran itu adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir dari puncak lembah ke bawahnya (al-Faqru asra'u ila muhibbi-na min al-Saili min a'la al-Wadi ila asfali-hi) .

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Husain bin 'Alwan al-Kalbi, daripada Sa'd bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s, maka seorang lelaki telah datang kepadanya, dan terus memberi salam kepadanya, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku, demi Allah, benar-benar mencintai anda kerana Allah, aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan, dan aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada wilayah anda secara terang-terangan.

Di tangan Amir al-Mukminin sebatang kayu ('ud). Beliau telah menundukkan kepalanya (ta'taa ra'sa-hu), kemudian beliau menggariskan di tanah dengan kayu tersebut beberapa ketika, kemudian beliau mengangkat kepalanya kepadanya sambil berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis, dan setiap hadis seribu bab, dan sesungguhnya roh-roh mukminin bertemu di udara (taltaqi fi al-Hawa'), lalu roh-roh tadi membaui (fa-tasyammu) dan mengenali di antara satu sama lain, dan apa yang ia kenali, akan bertaut, dan apa yang ia mengingkarinya, maka ia akan bertentangan (fa-ma ta'arafa min-ha i'talafa wa ma tanakara min-ha ikhtalafa).

Demi Allah, anda telah berbohong (kadhab-ta), aku tidak mengenali muka anda di kalangan muka-muka syi'ah, dan nama anda di kalangan nama-nama syi'ah, kemudian seorang lelaki lain telah datang kepadanya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan. Beliau berkata: Beliau telah menggaris pada tanah kali kedua dengan sebatang kayu, kemudian beliau mengangkat kepalanya (rafa'a ra'sa-hu) dan berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), sesungguhnya tanah kita tanah yang tersimpan (inna tinata-na tinatun makhdhunatun) di mana Allah telah mengambil perjanjiannya (mithaqa-ha ) dari salbi Adam yang tidak dipisahkan oleh sesuatu yang ganjil, dan tidak dimasuki oleh sesuatu selain daripadanya, pergilah, dan ambillah pakaian untuk kefakiran. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali bin Abu Talib, demi Allah, kefakiran adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir kepada perut lembah (butnu al-Wadi) .

'Ubad bin Sulaiman, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya Sulaiman al-Dailami, daripada Harun bin al-Jaham, daripada Sa'd bin Tarif al-Khaffaf, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s pada suatu hari duduk di Masjid, dan para sahabatnya di sekelilingnya, seorang lelaki di kalangan syi'ahnya telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya Allah mengetahui bahawa aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai anda secara terang-terangan, aku mewalikan anda secara rahsia sebagaimana aku mewalikan anda secara terang-terangan. Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), maka ambillah pakaian untuk kefakiran, kerana kefakiran adalah lebih cepat kepada syi'ah kami daripada banjir kepada perut wadi.

Beliau berkata: Lelaki itu pulang di dalam keadaan menangis gembira kerana kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Anda memang benar, beliau berkata: Di sana seorang lelaki di kalangan khawarij, dan seorang sahabatnya yang dekat dengan Amir al-Mukminin a.s, maka salah seorang daripada mereka berdua berkata: Demi Allah, aku tidak melihat seperti hari ini bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya aku mencintai anda, maka beliau berkata: Anda memang benar (sadaq-ta).

Sahabatnya pula berkata kepadanya: Aku tidak mengingkarinya, tetapi adakah di sana peluang apabila dikatakan kepadanya: Aku mencintai anda bahawa beliau akan berkata: Anda memang benar? Adakah anda mengetahui bahawa aku mencintainya? Beliau berkata: Tidak, beliau berkata: Aku akan berdiri, dan berkata kepadanya sebagaimana telah dikatakan oleh lelaki itu, maka beliau akan menjawab kepada aku sebagaimana beliau telah menjawab kepadanya. Beliau berkata: Ya, maka lelaki itu berdiri, maka beliau telah berkata kepadanya sebagaimana dikatakan oleh lelaki yang pertama. Beliau telah melihat kepadanya dengan penuh perhatian, kemudian beliau berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta), tidak, demi Allah, anda tidak mencintai aku, dan aku pula tidak mencintai anda (la wallahi, ma tuhibbuni wala uhibbu-ka) .

Beliau berkata: Lelaki khawarij itu telah menangis, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, anda telah memalukan aku dengan perkara ini sedangkan Allah telah mengetahui sebaliknya. Lantaran itu, hulurkan tangan anda, nescaya aku memberi baiah kepada anda. Ali berkata: Di atas apa? Beliau berkata: Di atas apa yang telah dilakukan oleh Zuraiq , dan Habtar . Maka beliau berkata kepadanya: Aku tampar anda, Allah telah melaknati mereka berdua (la'ana l-Lahu al-Ithnaini), demi Allah, seolah-olah aku melihat anda telah dibunuh di atas kesesatan, dan anda dipijak oleh binatang-binatang Iraq, dan kaum anda tidak akan mengenali anda, beliau berkata: Tidak lama selepas itu, ahli Nahrawan keluar bagi menentangnya, dan lelaki itu telah keluar bersama-sama mereka dan dibunuh.


Sekiranya Ilmu Mereka Tidak Bertambah, Nescaya Mereka telah kehabisan Ilmu
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sekiranya ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu (Laula anna nazdadu la-anfad-na) Aku berkata: Kamu bertambah sesuatu (ilmu) yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w? Beliau berkata: Sesungguhnya apabila berlaku sedemikian, ia dibentangkan ke atas Rasulullah s.a.w, kemudian ke atas para imam a.s .

Daripadanya, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Muhammad bin Rabi', daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, aku berkata: Kamu bertambah sesuatu (ilmu) yang tidak ada di sisi Rasulullah s.a.w (tazdadun syai'an laisa 'anda rasulillah)? Beliau berkata: Apabila begitu, ia telah mendatangi(ata) Rasulullah s.a.w, lalu memberitahunya, kemudian mendatangi Ali, lalu ia memberitahunya (fa-akhbara-hu), kemudian mendatangi seorang selepas seorang sehingga berakhir kepada Sahib al-Amr .

Musa bin Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya Ja'far bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa bin Abdullah al-Asy'ari, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami hamba Abu Abdullah a.s, daripada bapanya Sulaiman, berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah mendengar anda berkata bukan sekali: Jika ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, beliau berkata: Adapun tentang halal dan haram, maka sesungguhnya Allah telah menerangkannya kepada Nabi-Nya dengan sempurna. Justeru seorang imam tidak ditambah ilmunya tentang halal, dan haram.

Aku berkata kepadanya: Apakah tambahan itu? Beliau berkata: Semua perkara selain daripada halal dan haram, aku berkata: Kamu menambah sesuatu yang tersembunyi ke atas Rasulullah s.a.w. dan beliau tidak mengetahuinya (tazdadun syai'an yukhfa 'ala rasulillah s.a.w wa la ya'lamu-hu)? Beliau berkata: Tidak, sesungguhnya ilmu keluar dari sisi Allah, maka malaikat membawanya kepada Rasulullah s.a.w, dan berkata: Wahai Muhammad, Tuhan anda memerintahkan anda dengan perkara tertentu, maka beliau berkata: Pergilah kepada Ali, lalu malaikat membawanya kepada Ali a.s, Ali a.s berkata: Pergilah kepada al-Hasan, demikianlah malaikat membawanya kepada seorang selepas seorang sehingga ia datang kepada kami. Mustahil imam mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w dan imam sebelumnya (wa muhal an ya'lama al-Imamu syaian lam ya'lam-hu rasulullah s.aw wa al-Imam min qabli-hi).

Muhammad bin Isa bin Ubaid, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada sebahagian para sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Tiada sesuatu yang keluar dari sisi Allah a.w sehingga ia bermula dengan Rasulullah s.a.w, kemudian dengan Ali a.s, kemudian dengan seorang selepas seorang supaya yang akhir kami tidaklah lebih mengetahui daripada yang pertama kami (laisa syai'un yakhruju min 'indi l-Lahi a.w hatta yabda'u bi-rasulillah s.a.w thumma bi- ali a.s thumma bi-wahidin wahidin li-kaila yakuna akhiru-na a'lamu min awwali-na).

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Uthman bin Isa, daripada Sama'ah bin Mihran, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua ilmu; ilmu yang Dia telah memberitahu kepada para malaikat-Nya ('ilman azhara 'alai-hi malaikata-hu), para rasul-Nya, dan para nabi-Nya. Semua itu kami telah mengetahuinya (qad 'alimna-hu), dan ilmu yang Dia tidak memberitahu kepada sesiapa ('ilman ista'thara bi-hi), tetapi apabila terserlah bagi-Nya sesuatu daripadanya(bada la-hu fi syai'in min-hu), maka Dia memberitahu kami perkara tersebut (a'lamana dhalika), dan Dia membentangkannya ke atas para imam sebelum kami (wa 'arada 'ala al-A'immati al-ladhina kanu qabli-na).

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Hisyam bin Salim, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Percakapan yang aku telah mendengarnya daripada Abu al-Khattab, maka beliau berkata: Bentangkannya kepada aku, maka aku berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya kamu mengetahui halal dan haram, dan kata pemutus di antara orang ramai, maka beliau diam. Apabila aku mahu berdiri, beliau mengambil tanganku, dan berkata: Wahai Muhammad, demikianlah ilmu al-Qur'an, halal dan haram menjadi sebahagian ilmu yang berlaku pada malam dan siang (yahduthu fi al-Laili wa al-Nahar) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada 'Umar bin Abd al- 'Aziz, daripada seorang lelaki, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Ali bin al-Husain a.s, berkata: Aku berkata kepadanya: Setiap apa yang berada di sisi Rasulullah s.a.w, maka sesungguhnya ia telah diberikan kepada Amir al-Mukminin a.s (kullu ma kana 'anda rasulillah s.a.w fa-qad u'ti-hi amir al-Mu'minin a.s), kemudian al-Hasan a.s selepas Amir al-Mukminin, kemudian al-Husain a.s selepasnya.Kemudian setiap imam sehingga berlakunya Kiamat berserta pertambahan (al-Ziyadah) yang berlaku pada setiap tahun, dan pada setiap bulan? Maka beliau berkata: Ya, demi Allah, pada setiap masa .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin Imran al-Halab, daripada al-Harith bin al-Mughirah al-Nasri, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kamu berhati-hatilah di dalam percakapan, kerana kami mengetahuinya .

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Abu Abdullah Zakaria bin Muhammad al-Mu'min, daripada al-Hakam bin Aiman, daripada al-Harith bin al-Mughirah, dan Abu Bakr Muhammad al-Hadhrami, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Beliau berkata: Tidak berlaku (sesuatu) sebelum kamu melainkan kami telah mengetahui mengenainya (ma yahduthu qabla-kum illa 'alim-na bi-hi). Aku berkata: Bagaimana begitu? Beliau berkata: "Seorang penunggang" datang memberitahu kami mengenainya (ya'ti-na bi-hi rakibun yadhribu).

Abu al-Hasan Musa bin Ja'far bin Wahab al-Baghdadi, daripada Ali bin Ma'bad, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ali bin 'Abd al-'Aziz, daripada bapanya, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Abd al-Malik bin Marwan dilantik menjadi khalifah dengan aman, beliau menulis surat kepada al-Hajjaj dengan tulisannya. Beliau menulis padanya: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, daripada Abdullah: Abd al-Malik bin Marwan kepada al-Hajjaj bin Yusuf: Amma ba'd. Adapun kemudian daripada itu, cukuplah darah Bani Abd al-Muttalib, kerana aku telah melihat keluarga Abu Sufyan manakala mereka terjebak di dalamnya, mereka tidak dapat bertahan lama, wassalam.

Beliau telah menulis surat ini secara rahsia, tidak diketahui oleh seorang pun. Beliau mengirimnya melalui pos, berita ini telah sampai kepada Ali bin al-Husain a.s pada masa itu juga, lalu beliau memberitahu kepada Abd al-Malik bahawa masa kerajaannya ditambah sedikit, kerana beliau telah menghentikan kezaliman terhadap Bani Hasyim, beliau telah memerintahkan supaya ditulis kepada Abd al-Malik, dan memberitahunya bahawa Rasulullah s.a.w telah datang kepadanya di dalam tidurnya memberitahunya akan perkara tersebut, Ali bin al-Husain a.s telah menulis kepada Abd al-Malik tentang perkara tersebut .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Ismail bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada 'Urwah ibn Musa al-Ja'fi, berkata: Pada suatu hari Abu Abdullah a.s telah berkata kepada kami, dan kami sedang bercakap-cakap di sisinya: Pada hari ini mata Hisyam bin Abd al-Malik telah pecah di dalam kuburnya, kami berkata: Bilakah beliau mati? Beliau berkata: Pada hari yang ketiga, maka cukuplah bagi kami kematiannya (fa-hasbu-na mautu-hu). Kami telah meminta perkara itu, maka ia telah berlaku.


Bumi Dilipatkan Untuk Mereka A.S
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Yusuf bin 'Umairah, daripada Daud bin Furqad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan kami telah mengerjakan solat 'atamah (satu pertiga malam) di Madinah dan beliau telah datang kepada kaum Musa di dalam satu urusan di mana mereka telah bertengkar mengenainya di kalangan mereka. Dan beliau kembali pada malamnya, lalu mengerjakan solat al-Ghadat (pagi)di Madinah (Inna rajulan minna salla al-'Atamata bi al-Madinati wa ata qauma musa fi amrin fa-tasyajaru fi-hi fi-ma baina-hum wa 'ada min lailati-hi fa-salla al-Ghadata bi al-Madinati ) .

Ali bin Ismail bin Isa daripada Muhammad bin 'Umru bin Sa'id al-Zayyat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Jabir bin Yazid, berkata: Pada suatu hari aku telah duduk di sisi Abu Ja'far a.s, lalu beliau berpaling kepadaku, dan berkata: Wahai Jabir, adakah anda mempunyai keldai untuk anda naiki, anda dapat berjalan di antara timur dan barat di dalam satu malam? Aku berkata: Tidak, maka beliau berkata: Aku benar-benar mengetahui seorang lelaki di Madinah yang mempunyai keldai yang beliau naiki, lalu beliau datang ke timur dan barat di dalam satu malam (Inni la-a'rifu rajulan bi al-Madinati la-hu himarun yarkabu-hu fa-ya'ti al-Masyriqa wa al-Maghriba fi lailatin ) .

Abdullah bin 'Amir bin Sa'id, daripada al-Rabi', daripada Ja'far bin Basyir al-'Ajali, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada kami telah datang kepada kaum Musa di dalam suatu perkara di kalangan mereka, lalu beliau mendamaikan di antara mereka dan kembali (inna rajulan minna ata qauma musa fi syai'in kana baina-hum fa-aslaha baina-hum wa raja'a)

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya di Madinah seorang lelaki telah datang di tempat anak Adam, maka beliau telah melihatnya terpasung (ma'qulan) bersama-samanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya. Pada musim panas mereka menghadapi matahari bersama-samanya, dan menyalakan api di sekelilingnya (wa yuqidun haula-hu al-Nar). Dan pada musim sejuk mereka mencurahkan air sejuk ke atasnya (fa-idha kana al-Syita' sabbau 'alai-hi al-Ma' al-Barid). Setiap kali seorang lelaki daripada sepuluh itu mati, penduduk kampung akan mengeluarkan seorang lelaki bagi menggantikan tempatnya, maka beliau berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, apakah cerita anda, kenapakah anda diuji sebegini? Maka beliau berkata: Anda telah bertanya kepada aku tentang satu masalah yang tidak seorang pun bertanya kepada aku sebelum anda, sesungguhnya anda adalah seorang yang paling bodoh (la-ahmaq) atau anda seorang yang paling cerdik (la-akyasu). Maka Aku berkata kepada Abu Ja'far a.s: Adakah beliau akan diazabkan di akhirat? Beliau berkata: Beliau berkata: Allah akan mengumpulkan ke atasnya azab dunia dan akhirat .

Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama'ah, dan Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim ibn al-Harith, daripada Abu Basir, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesunggunya para wasi dilipatkan bumi untuk mereka dan mereka mengetahui apa yang ada di sisi para sahabat mereka (inna al-Ausiya' la-tutwa lahum al-Ard wa ya'lamuna ma 'anda ashabi-him ) .

Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu', daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-'Ala bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah telah diambil dari bahagian bukit kepada golongan yang difirmankan Allah a.w di dalam kitab-Nya Surah al-A'raf (7 ) :159 "Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan", kerana pertengkaran yang telah berlaku di antara mereka, kemudian beliau kembali .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abu Abdullah Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada sebahagian para sahabat kami, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada kami telah mendatangi kaum Musa di dalam suatu perkara di antara mereka, lalu beliau telah mendamaikan di antara mereka, kemudian beliau telah melalui seorang lelaki yang dipasung (bi-rajulin ma'qul) di atasnya pakaian yang bersih bersertanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya di mana pada musim sejuk,mereka mencurahkan air sejuk ke atasnya, dan pada musim panas, mereka menyalakan api di sekelilingnya.

Apabila seorang daripada sepuluh mati, maka penduduk kampung akan menggantikannya dengan lelaki yang lain, lantaran itu, orang ramai akan mati, dan sepuluh tidak akan berkurangan, maka beliau berkata kepadanya: Apakah urusan anda? Beliau berkata: Jika anda seorang yang alim, maka aku tidak akan memperkenalkan diri aku, al-'Ala' berkata: Muhammad bin Muslim berkata: Mereka berpendapat bahawa ia adalah anak lelaki Adam, dan mereka juga berpendapat bahawa ia adalah Abu Ja'far a.s Sahib hadha al-Amr.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal ibn Jamil, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Wahai Jabir, adakah anda memiliki keldai yang akan membawa anda dari timur ke barat di dalam masa satu hari? Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan, wahai Abu Ja'far, bagaimanakah untuk aku semua ini? Abu Ja'far a.s berkata: Itulah Amir al-Mukminin a.s, tidakkah anda mendengar sabda Rasulullah s.a.w tentang Ali a.s: Demi Allah, anda akan sampai kepada sebab-sebab-nya, dan demi Allah, anda akan menaiki awan (la-tablughanna al-Asbab wa-l-Lahi la-tarkabanna al-Sahab).

Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu', daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Wahai Abu al-Fadhl, sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah diambil sebelum terbitnya matahari, dan sebelum tenggelamnya matahari kepada golongan yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-A'raf (7) :159 " Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan ", kerana pertengkaran yang berlaku di antara mereka. Lalu beliau telah mendamaikan di kalangan mereka (fa-aslaha baina-hum), dan kembali tanpa duduk (wa raja'a wa lam yaq'ud). Lantas beliau melalui air kamu, kemudian meminumnya(fa-marra bi-nutfi-kum fa-syariba min-hu), dan terus melalui di pintu anda, lalu mengetuk lingkaran pintu anda (wa marra 'ala babi-ka fa-daqqa 'alaika halqata babi-ka), kemudian beliau kembali ke rumahnya tanpa duduk (thumma raja'a ila manzili-hi wa lam yaq'ud) .

Ali bin Ismail bin Isa, daripada 'Umru Sa'id al-Zayyat, daripada bapanya, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah yang telah diambil dari bahagian bukit bumi kepada golongan yang difirmankan Allah a.w di dalam kitab-Nya Surah al-A'raf (7) :159 " Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan", kerana pertengkaran yang telah berlaku di antara mereka, kemudian beliau kembali tanpa duduk, kemudian beliau melalui air kamu, lalu meminumnya-Iaitu air Furat- Kemudian datang kepada anda, wahai Abu al-Fadhl, lalu mengetuk pintu anda, dan beliau juga telah melalui seorang lelaki yang dipasung kerana pembunuhan(ma'qul), di atasnya kain yang bersih bersama-samanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya.

Pada musim panas mereka menyalakan api di sekelilingnya, dan memusingkannya menurut pergerakan matahari. Setiap seorang daripada sepuluh itu mati, penduduk kampung akan menggantikannya dengan seorang yang lain. Lantaran itu, orang ramai akan mati, dan sepuluh orang tidak akan berkurangan, maka seorang lelaki tertentu telah melalui di hadapannya dan berkata kepadanya: Apakah cerita anda? Lelaki yang dipasung itu berkata: Jika anda seorang yang alim, maka aku tidak akan memperkenalkan diriku, dan urusanku. Dikatakan bahawa beliaulah anak lelaki Adam yang menjadi pembunuh (inna-hu ibn adama al-qatilu). Muhammad bin Muslim berkata: Lelaki seorang lagi itu adalah Abu Ja'far a.s (wa kana al-Rajulu aba Ja'far a.s.)

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami, daripada 'Umar bin Abban al-Kalbi, daripda Abban bin Taghlab berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka seorang lelaki daripada ulama ahli Yaman telah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Yamani! Adakah pada kamu para ulama? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Sesungguhnya beliau berjalan pada satu malam kadar perjalanan sebulan (inna-hu yasiru fi lailatin wihidatin masirata syahrin), menahan burung terbang dan menjejaki segala kesan.

Beliau berkata kepadanya: Orang alim di Madinah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim Madinah ('ilmu 'alim al-Madinah)? Beliau berkata: Beliau berjalan satu pagi kadar perjalanan setahun (inna-hu yasiru fi sabahin wahidin masirarata sanatin) seperti matahari apabila diperintah, sesungguhnya matahari pada hari ini tidak diperintah, tetapi apabila diperintah, ia akan melintasi dua belas maghrib (idha umirat taqta' ithna 'asyara maghriban), dua belas masyrik, dua belas matahari, dua belas bulan, dua belas daratan, dan dua belas alam, beliau berkata:Apa yang ada lagi pada tangan orang Yaman itu, aku sendiri tidak mengerti apa yang dikatakan olehnya, lalu Abu Abdullah a.s telah menahan dirinya dari bercakap .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Abu Ayyub Ibrahim bin Uthman al-Khazzaz, daripada Abban bin Taghlab berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki daripada penduduk Yaman telah datang kepadanya, maka beliau berkata kepadanya: Wahai saudara Yaman, adakah di sisi kamu para ulama? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Beliau berjalan satu malam kadar perjalanan satu bulan, beliau dapat menahan burung terbang dan menjejaki segala kesan.

Maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Orang alim Madinah adalah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim Madinah? Beliau berkata: Beliau berjalan satu jam di siang hari kadar perjalanan matahari satu tahun (yasiru fi sa'atin min al-Nahar masirata al-Thamsyi sanatan) sehingga beliau melintasi dua belas alam seperti alam kamu ini, mereka tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah telah mencipta Adam dan Iblis, beliau berkata: Maka mereka mengetahui kamu (fa-ya'rifuna-kum )? Beliau berkata: Ya, Allah tidak mewajibkan ke atas mereka selain daripada wilayah kami (wilayata-na) dan pembebasan daripada musuh kami (wa al-Bara'ata min 'aduwwi-na) .

Ahmad bin al-Husain berkata: Al-Hasan bin al-Barra' , daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki daripada penduduk Yaman telah memberi salam, maka beliau telah menjawab salamnya, kemudian beliau berkata kepadanya: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Beliau dapat menahan burung terbang, dan menjejaki segala kesan di dalam satu jam kadar perjalanan satu bulan bagi penunggang yang cergas.

Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya orang alim Madinah adalah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Orang alim Madinah bukan sahaja dapat menjejaki segala kesan, dan menahan burung terbang, malah mengetahui di dalam satu detik kadar perjalanan matahari, melintasi dua belas planet, dua belas daratan, dua belas lautan, dan dua belas alam, maka orang Yaman itu berkata kepadanya: Aku jadikan diri aku tebusan anda, aku tidak fikir orang lain mengetahui perkara ini dan aku tidak mengerti apakah itu semua, lalu beliau keluar .



Catatan Kaki:

1. Selain daripada bahasa atau bangsa Arab
2. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 321
3. Ibid
4. Ibid
5. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 319
6. Ibid
7. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 415
8. Ibid
9. Ibid
10. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 660
11. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 8
12. Ibid
13. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 9
14. Ibid, xiv, 749
15. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 415
16. Ibid
17. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 9
18. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 67
19. Ibid, vii, 416
20. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 14
21. Ibid
22. Ibid
23. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 117
24. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii , 117
25. Ibid
26. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 580
27. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 459
28. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 579
29. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 116
30. Ibid, vii, 307
31. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, i , 136
32. Ibid
33. Ibid
34. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 136
35. Ibid, vii, 393
36. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 262
37. Ibid
38. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 304
39. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 426
40. Abu Bakr
41. 'Umar
42. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 580
43. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 298
44. Ibid, vii, 296
45. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 318
46. Ibid, 297
47. Ibid, xi, 34
48. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 147
49. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 270
50. Ibid
51. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 68
52. Ibid, vii, 270
53. Ibid
54. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 68
55. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 68
56. Ibid, vii , 270
57. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 20
58. Ibid, vii, 368

34
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KESEBELAS

Keganjilan keadaan dan perbuatan mereka, pembunuhan Mu'alla bin Khanis, Jangan menjadi tawanan dengan hadis kami, Haudh al-Kauthar, malakut al-Ardh, mukjizat Imam Ja'far bersama Mu'alla bin Khanis dan lain-lain.

Keganjilan Keadaan Dan Perbuatan Mereka A.S
Muhammad bin Abdullah al-Razi al-Jamurani, daripada Ismail bin Musa, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abd al-Samad bin Ali berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Ali bin al-Husain, maka Ali bin al-Husain berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah seorang ahli nujum yang mahir, beliau berkata: Maka beliau melihat kepadanya, kemudian berkata: Bolehkah aku menunjukkan kepada anda seorang lelaki yang telah melalui semenjak anda datang kepada kami empat belas alam, dan setiap alam adalah lebih besar daripada dunia tiga kali tanpa bergerak daripada tempatnya (lam yataharak min makani-hi )? Beliau berkata: Siapakah lelaki itu? Beliau berkata: Aku, jika anda mahu, aku akan memberitahu anda apa yang anda telah makan dan apa yang anda telah simpan di rumah anda .

Muhammad bin Hassan al-Razi telah memberitahu aku, berkata: Ali bin Khalid, seorang Zaidi- telah memberitahu aku, berkata: Aku telah berada di al-Askar, tiba-tiba berita sampai kepada aku bahawa di sana seorang lelaki yang ditahan, telah dibawa dari Syam di dalam keadaan digari(makbulan). Mereka berkata: Beliau telah membuat ramalan (tanabba'a). Ali bin Khalid berkata: Aku telah datang di pintu penjara. Aku telah melintasi beberapa penjaga pintu sehingga aku sampai kepadanya, tiba-tiba aku mendapatinya seorang lelaki yang mempunyai kefahaman (la-hu fahmun), maka beliau berkata: Aku telah berada di sisi kubur kepala al-Husain bin Ali a.s, ketika aku di dalam ibadatku, tiba-tiba seorang lelaki datang kepada aku, dan berkata: Berdirilah dengan kami, maka akupun berdiri bersamanya.

Manakala aku bersama-samanya (fa-baina ana ma'a-hu), tiba-tiba aku bersama-samanya di Masjid Kufah (idh ana ma'a-hu fi masjid kufah), beliau berkata: Beliau mengerjakan solat dan akupun mengerjakan solat bersamanya (fa-salla fa-sallai-tu ma'a-hu). Manakala aku bersamanya, tiba-tiba kami di masjid Madinah. Beliau mengerjakan solat, maka aku mengerjakan solat bersamanya, beliau berselawat kepada Rasulullah s.a.w dan berdoa untuknya. Manakala aku bersamanya, tiba-tiba kami di Makkah, aku sentiasa bersamanya sehingga beliau menunaikan manasiknya dan aku menunaikan manasikku bersama-nya.

Manakala aku bersamanya, tiba-tiba aku berada di tempat yang aku telah melakukan ibadat kepada Allah di Syam (fa-baina ana ma'a-hu idh ana bi-maudi'i al-ladhi kuntu a'budu l-Laha fi-hi bi al-Syam), dan lelaki itupun meninggalkan tempat itu. Manakala pada tahun berikutnya, pada musim haji, tiba-tiba aku bersamanya, lalu beliau melakukan kepada aku seperti perbuatannya yang pertama, manakala kami selesai dari mengerjakan manasik kami, beliau menghantar aku (warada-ni) ke Syam, dan beliau berdukacita kerana meninggalkan aku (wa hamma bi-mufaraqati), aku berkata kepadanya: Aku bertanya kepada anda dengan hak Yang memberi kuasa kepada anda (sa'al-tu-ka bi haqqi al-Ladhi aqdara-ka) menurut apa yang aku lihat melainkan anda memberitahu aku siapakah anda?

Beliau berkata: Beliau telah menundukkan kepalanya beberapa ketika, kemudian melihat kepada aku sambil berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin Musa. Beliau berkata: Berita ini tersebar sehingga berakhir kepada Muhammad bin Abd al-Malik al-Zayyat, maka beliau telah mengutus kepada aku, lalu mengambil aku, menggari aku (kabbala-ni) dengan besi, membawa aku ke Iraq dan menahan aku (habasa-ni). Beliau berkata: Aku berkata kepadanya: Bawalah cerita anda ini kepada Muhammad bin Abd al-Malik? Beliau berkata: Siapakah aku untuk mendatanginya dengan cerita ini? Beliau berkata: Maka aku membawanya pensel dan kertas, lalu beliau menulis ceritanya kepada Muhammad bin Abd al-Malik dan menyebut di dalam ceritanya apa yang telah berlaku.

Kemudian beliau menandakan tangan ceritanya, katalah: Kepada Yang telah mengeluarkan anda pada suatu malam dari Syam ke Kufah, dari Kufah ke Madinah, dari Madinah ke Makkah, dan telah mengembalikan anda dari Makkah kepada tempat yang anda telah berada padanya supaya mengeluarkan anda dari tahanan anda, Ali bin Khalid berkata: Urusannya telah mendukacitakan aku, aku berlembut untuknya, dan aku telah menyuruhnya supaya bersabar, kemudian pada suatu hari aku telah kembali kepadanya, tiba-tiba seorang tentera, ketua pengawal, penjaga penjara dan orang ramai telah berhimpun, maka aku berkata: Apakah ini? Maka seorang daripada mereka berkata: Orang yang dibawa (al-Mahmul) dari Syam yang telah membuat ramalan, telah hilang kelmarin dan kami tidak mengetahui sama ada beliau ditelan oleh bumi (khusifat bi-hi al-Ardh) atau disambar oleh burung di udara (ikhtafat-hu al-Tairu) .


Pemberitahuan Imam Ja'far A.S Tentang pembunuhan al-Mu'alla/Mu'alli Bin Khanis
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Hafs al-Abyadh al-Tammar, berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah a.s pada hari pembunuhan al-Mu'alla bin Khanis, dan sulaannya -rahima-hu l-Lahu-, beliau berkata kepadaku: Wahai Hafs, sesungguhnya aku telah memerintahkan al-Mu'alla bin Khanis dengan satu perintah, tetapi beliau telah menyalahi aku, kemudian beliau diuji dengan besi. Aku telah melihat kepadanya pada suatu hari berada di dalam keadaan yang mendukacitakan, aku berkata: Apakah yang telah terjadi kepada anda wahai Mu'alla seolah-olah anda telah mengingati keluarga anda harta anda dan tanggungan anda? Beliau berkata: Ya, maka aku berkata: Datanglah berhampiran aku, lalu beliau menghampiri aku, lantas aku menyapu mukanya, maka aku berkata: Di manakah anda melihat anda berada?

Beliau berkata: Aku diperlihatkan di rumah aku, ini adalah isteri aku dan mereka adalah anak-anak aku, lantas aku meninggalkannya bersama mereka dan aku telah bersembunyi daripada mereka sehingga beliau telah mengambil apa yang diambil oleh seorang lelaki daripada keluarganya, kemudian aku berkata kepadanya: Datanglah berhampiran aku, maka beliau datang berhampiran aku, lantas aku menyapu mukanya (masah-tu wajha-hu). Aku berkata kepadanya: Di mana anda melihat anda sekarang? Beliau berkata: Aku melihat aku bersama anda di Madinah dan ini adalah rumah anda, aku berkata kepadanya: Wahai Mu'alla, sesungguhnya bagi kami hadis (inna la-na hadithan), siapa yang menjaganya kerana kami, nescaya Allah menjaga ke atasnya agamanya, dan dunianya (man hafaza-hu 'alai-na hafaza-hu l-Lahu 'alai-hi dina-hu wa dunya-hu).


Jangan Menjadi Tawanan Dengan Hadis Kami
Wahai Mu'alla, janganlah kamu semua menjadi orang tawanan di tangan orang ramai dengan hadis kami (la takunu usara' fi aidi al-Nasi bi-hadithi-na). Jika mereka mahu, nescaya mereka beriman kepada kamu (in sya'u amanu 'alai-kum) dan jika mereka mahu, mereka membunuh kamu (in sya'u qatalu-kum) Wahai Mu'alla, sesungguhnya sesiapa yang menyembunyikan hadis kami yang sulit (man katama al-Sa'ba min hadithi-na), nescaya Allah menjadikannya cahaya di antara dua matanya dan Allah memberikannya kemuliaan pada mata orang ramai. Sesiapa yang menyebarkan hadis kami yang sulit (wa man adha'a al-Sa'ba min hadithi-na), beliau tidak akan mati sehingga senjata akan menikamnya (lam yamut hatta ya'udhdh-hu al-Silahu) atau beliau akan mati digari (au yamutu kablan), wahai Mu'alla, anda akan dibunuh (wa anta maqtul), maka bersedialah (fa-ista'id ).


Imam Ja'far A.S Dan Haudh al-Kauthar
Al-Hasan bin Ahmad bin Salmah al-Lu'lu', daripada al-Hasan bin Ali bin Baqqah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s tentang al-Haudh, maka beliau berkata kepadaku: Ia adalah Haudh di antara penglihatanku kepada San'a' (haudh ma baina basari ila San'a'), adakah anda suka melihatnya? Aku berkata kepadanya: Ya, beliau berkata: Maka beliau telah mengambil tangan aku dan mengeluarkan aku di luar Madinah, kemudian beliau menendang tanah dengan kakinya (fa-dharaba bi-rijli-hi), maka aku telah melihat kepada sungai yang sedang berlari di sudutnya air putih, dan susu daripada salji.

Di tengahnya khamr (arak) yang lebih baik daripada permata nilam, aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripada khamr di antara susu dan air, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah ia keluar dan di manakah tempat berlarinya air? Beliau berkata: Mata-mata air ini telah disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah sungai-sungai di Syurga, mata air daripada air, mata air daripada susu, mata air daripada khamr mengalir di sungai ini dan aku telah melihat di kedua-dua tepinya pohon-pohon padanya hamba-hamba perempuan (jawar) yang berjuntai dengan kepala-kepala mereka.

Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripadanya, di tangan-tangan mereka bejana-bejana yang aku tidak pernah melihat secantik itu, bukan daripada bejana-bejana dunia. Maka beliau telah menghampiri salah seorang daripada mereka dan memberi isyarat kepadanya dengan tangannya supaya ia memberikan air kepadanya, maka aku melihat kepadanya, lalu ia condong ke hadapan untuk mencedok air dari sungai. Maka pohon itu condong ke hadapan, lalu ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (nawalat-hu fa-nawala-ni fa-syarab-tu), kemudian beliau memberinya kepadaku, lalu aku meminumnya. Kemudian beliau mengambilnya dan memberi isyarat kepadanya, maka pohon itu condong bersamanya (fa-malat al-Syajaratu ma'a-ha), lantas ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (Abu Abdullah a.s) dan beliau pula memberikannya kepada aku, maka aku meminumnya.

Aku tidak pernah melihat minuman yang lebih lembut, dan lebih lazat daripadanya. Bauannya adalah mewangikan. Aku telah melihat kepada gelasnya, maka aku mendapati tiga warna di dalam minuman itu, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tidak pernah melihat perkara sebegini, maka beliau berkata: Ini adalah perkara yang paling sedikit yang disediakan oleh Allah kepada syi'ah kita (hadha min aqalli ma a'ada-hu l-Lahu li-syi'ati-na). Sesungguhnya mukmin apabila mati, maka rohnya akan sampai ke sungai ini, berehat di taman-tamannya, meminum airnya. Sementara musuh kita apabila mati, maka rohnya akan sampai ke lembah Barhut (wa inna 'aduwwana idha tuwaffia sarat ruhu-hu ila wadi barhut) dan dikekalkan azabnya, diberi makan zaqum, diberi minum air api neraka (hamim), maka pohonlah perlindungan dengan Allah dari dihantar ke lembah tersebut .


Mukjizat Abu Ja'far al-Baqir A.S Memperlihatkan Malakut al-Ardh Kepada Jabir Bin Yazid
Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Muthanna,daripada bapanya, daripada 'Uthman bin Zaid, daripada Jabir bin Zaid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-An'am (6): 75 "Dan demikainlah kami perlihatkan kepada Ibrahim keagungan langit dan bumi (malakutta al-Samawati wa-al-Ardh) agar Ibrahim termasuk mereka yang yakin". Beliau berkata: Aku telah menundukkan kepalaku ke tanah, lalu beliau mengangkat tangannya ke atas, kemudian berkata: Angkatkan kepala anda, maka aku mengangkat kepala aku dan aku melihat kepada atap telah tembus sehingga mata aku dapat melihat Kepada cahaya yang terang, lantas mata aku menjadi tercengang tanpanya, kemudian beliau berkata kepada aku: Ibrahim telah melihat keagungan langit dan bumi di dalam keadaan ini.

Kemudian beliau berkata kepada aku: Tunduk, maka aku pun tunduk, kemudian beliau berkata: Angkatkan kepala anda, lantas aku mengangkatkan kepala aku, maka aku mendapati atap masih di dalam keadaan yang terdahulu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, dan berdiri, lalu mengeluarkan aku dari rumah yang aku berada di dalamnya dan memasukkan aku ke rumah yang lain, lalu beliau menukarkan pakaian yang dipakainya dan memakai pakaian lain, kemudian beliau berkata kepadaku: Pejamkan mata anda, maka aku pun memejamkan mataku. Beliau berkata: Janganlah anda membuka mata anda (la taftah 'ainai-ka), maka aku tunggu beberapa ketika, kemudian beliau berkata kepada aku: Anda mengetahui di manakah anda sekarang?

Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Anda di dalam kegelapan yang telah dilalui oleh Dhu al-Qar'nain (anta fi al-Zulmati al-Lati salaka-ha Dhu al-Qur'nain), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku membuka mata aku, maka aku dapat melihat anda? Beliau berkata kepada aku: Bukalah, sesungguhnya anda tidak akan melihat sesuatu, maka aku pun membuka mataku, tiba-tiba aku mendapati diri aku di dalam kegelapan, aku tidak dapat melihat tempat tapak kakiku berpijak. Kemudian beliau berjalan sedikit, lalu berdiri, maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui di manakah anda sekarang?

Maka aku berkata: Aku tidak mengetahui, maka beliau berkata: Anda sedang berdiri di atas 'Ain al-Hayat (mata kehidupan) yang diminum oleh Khidir a.s, kami berjalan, maka kami pun keluar daripada alam itu kepada alam lain, lalu kami berjalan padanya. Maka kami telah melihatnya seperti keadaan alam kita ini dari segi binaannya, rumah-rumahnya, dan penghuni-penghuninya, kemudian kami keluar kepada alam ketiga, maka ia adalah seperti keadaan alam pertama, dan kedua sehingga kami sampai kepada lima alam (khamsati 'awalim), beliau berkata: Kemudian beliau berkata kepada aku: Ini adalah malakut al-Ardh yang tidak dilihat oleh Ibrahim a.s.

Sesungguhnya beliau telah melihat malakut al-Samawat iaitu dua belas alam dan setiap alam adalah seperti keadaan yang anda telah melihatnya dan setiap kali berlalunya seorang imam (kullama madha minna imammun), maka beliau tinggal di salah satu alam-alam ini sehingga yang akhir mereka adalah al-Qaim pada alam kita di mana kita menjadi penghuninya. Kemudian beliau berkata kepada aku: Pejamkan mata anda, kemudian beliau mengambil tangan aku, maka tiba-tiba kami berada di rumah yang kami telah keluar darinya. Lalu beliau telah mencabutkan pakaian yang sedang dipakainya dan memakai pakaian sebelumnya dan kami kembali kepada majlisnya, maka aku berkata kepadanya:Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, berapa lama waktu telah berlalu? Maka beliau berkata: Tiga jam .


Mukjizat Imam Ja'far A.S Bersama Mu'alla Bin Khanis
Ahmad bin al-Husain bin Sa'id, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Mu'alla bin Khanis berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s di dalam sebahagian keperluannya, maka beliau berkata kepadaku: Kenapa aku melihat anda di dalam keadaan dukacita? Maka aku berkata:Berita yang telah sampai kepada aku mengenai Iraq dan penyakit di sana, maka aku telah teringat kepada keluarga aku, maka beliau berkata kepadaku: Adakah anda akan gembira melihat mereka?

Aku berkata: Aku mahu jika boleh, demi Allah, beliau berkata: Palingkan muka anda, maka aku pun memalingkan muka aku (fa-saraf-tu waj-hi), kemudian beliau berkata: Hadapkan muka anda ke hadapan, maka tiba-tiba rumah aku tergambar di mata aku, maka beliau berkata kepada aku: Masuklah rumah anda, maka aku pun memasukinya, maka aku mendapati semua keluarga aku; kecil, dan besar berada di rumahku, lalu aku menunaikan kemahuanku (fa-qadhai-tu watri), kemudian aku keluar, beliau berkata: Palingkan muka anda, maka aku memalingkannya, kemudian aku tidak melihat sesuatu (fa-saraf-tu-hu fa-lam ara syai'an ) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Muhammad bin Hamraan, daripada al-Aswad bin Sa'id, berkata: Abu Ja'far a.s berkata kepada aku: Wahai Aswad bin Sa'id, sesungguhnya di antara kami dan setiap bumi penyekat (tarran) seperti anda melihat binaan (mathala tarri al-Bana'). Apabila kami diperintah di bumi dengan sesuatu perintah, maka kami menarik penyekat tersebut (fa-jadhab-na dhalika al-Tarr), lalu bumi datang kepada kami dengan segala yang ada padanya sehingga kami melaksanakan padanya apa yang diperintahkan kepada kami daripada perintah Allah s.w.t .

Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi, daripada 'Umru bin Sa'id al-Thaqafi, daripada Yahya bin al-Hasan bin Furat, daripada Yahya bin al-Musawir, daripada Abu al-Jarud al-Mundhir bin al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah menaiki gua (al-Ghar), maka Ali bin Abu Talib a.s telah mencarinya, kerana khuatir kaum musyrikin membunuhnya, Rasulullah s.a.w berada di gua Hira', dan Ali berada di Thabir, maka Rasulullah s.a.w telah melihat Ali , dan berkata: Apakah dengan anda wahai Ali? Maka Ali a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, aku khuatir kaum musyrikin akan membunuh anda, justeru aku mencari anda. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Hulurkan tangan anda kepada aku wahai Ali, lantas bukit bergegar (fa-rajafa al-Jabalu) sehingga beliau melangkah dengan kakinya kepada bukit yang lain, kemudian bukit itu kembali kepada tempatnya yang asal (raja'a al-Jabalu ila qarari-hi ) .


Mukjizat Abu al-Hasan Musa Bin Ja'far A.S
Al-Mu'alla bin Muhammad al-Basri, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Salih ibn Sa'id berkata: Aku datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, dalam setiap perkara mereka mahu memadamkan cahaya anda dan mengabaikan anda sehingga mereka menjatuhkan anda, ini adalah suatu pengkhianatan yang jahat dan bangsat, maka beliau berkata: Di sini anda wahai Ibn Sa'id?! Kemudian beliau memberi isyarat dengan tangannya dan berkata: Lihatlah, maka aku pun melihat, maka tiba-tiba aku berada di taman-taman yang cantik, dan berseri, padanya perempuan-perempuan yang baik dan kanak-kanak seolah-olah seperti mutiara yang tersembunyi, burung-burung, kijang-kijang dan sungai-sungai yang segar mengalir, maka mata aku menjadi lemah, lalu beliau berkata kepada aku: Ini adalah disediakan untuk kami, dan kami bukanlah pengkhianat bangsat .

Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ishaq al-Jallab berkata: Aku telah membeli kambing yang banyak untuk Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s, maka beliau telah menyeru aku dan memasukkan aku dari lorong rumahnya kepada tempat yang luas yang aku tidak mengetahuinya. Maka aku mulai memisahkan kambing-kambing itu kepada mereka di mana beliau telah perintahkan kepada aku. Lalu beliau telah mengutus kepada Abu Ja'far a.s, kepada ibunya, serta kepada mereka yang beliau telah perintahkan kepada aku, kemudian aku telah meminta izin daripadanya untuk pulang ke Baghdad menemui bapa aku, iaitu pada hari al-Tarwiyah .

Beliau telah menulis kepada aku: Supaya anda bermalam besok di sisi kami, kemudian anda pulang". Beliau berkata: Maka aku telah bermalam dan apabila datang hari 'Arafah aku telah bermalam di sisinya. Aku telah bermalam pada malam Hari Raya Korban di khemahnya, manakala di waktu sahur, beliau telah datang kepada aku, dan berkata: Wahai Ishaq, berdirilah, beliau berkata: Aku pun berdiri, dan aku membuka mataku (wa fatah-tu 'aini), tiba-tiba aku berada di pintu (rumah)ku di Baghdad (fa-idha ana 'ala bAbubi-Baghdad). Lantas aku memasukinya bertemu dengan bapaku dan para sahabatku datang kepadaku, aku berkata kepada mereka: Aku telah berada di 'Arafah di kawasan al-'Askar dan kini aku telah berada di Baghdad untuk mengerjakan solat Aidiladha.

Ja'far bin Muhammad bin Malik al-Kufi, daripada Muhammad bin al-Muaddib, daripada anak lelaki al-Asytar, daripada Muhammad bin 'Ammar al-Sya'rani, daripada bapanya, daripada Abu Basir, berkata:Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, dan di sisinya seorang lelaki daripada penduduk Khurasan sedang bercakap dengannya dengan bahasa yang aku tidak memahaminya, kemudian beliau telah kembali kepada sesuatu yang aku telah memahaminya. Maka aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Tekankan tanah itu dengan kaki anda, tiba-tiba tanah itu bertukar menjadi sungai dan di tepi kedua-duanya panglima-panglima berkuda yang telah menyandarkan tengkuk-tengkuk mereka di atas pemegang-pemegang pelana kuda mereka, maka Abu Abdullah a.s berkata: Mereka itu adalah para sahabat al-Qaim a.s (ashab al-Qaim a.s ) .

Al-Hasan bin Ali al-Zaituni dan Muhammad bin Ahmad bin Abu Qatadah, daripada Ahmad bin Hilal, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada al-Hasan bin 'Atiyyah berkata: Abu Abdullah a.s telah berdiri di al-Safa, maka 'Ubad al-Basri telah berkata kepadanya: Satu hadis yang diriwayatkan daripada anda, beliau berkata: Apakah ia? Beliau berkata: Aku berkata: Kehormatan mukmin itu adalah lebih besar daripada Ka'bah (hurmatu al-Mu'min a'zamu min hurmati hadhi-hi al-Bunyah). Beliau berkata: Aku telah berkata sedemikian. Sesungguhnya mukmin jika beliau berkata kepada bukit ini: Datang, maka ia datang, beliau berkata: Aku telah melihat kepada bukit itu telah datang, maka beliau berkata:'Ala rusuli-ka, sesungguhnya aku tidak akan mengembalikan anda.

Al-Husain bin al-Hasan bin Abban berkata: Al-Husain bin Sa'id telah memberitahu aku dan menulisnya kepadaku dengan khatnya di hadapan Abu al-Hasan bin Abban berkata: Muhammad bin Sinan telah memberitahu aku, daripada Hammad al-Batahi, daripada sahabatnya-beliau adalah di kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s-berkata: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabatnya berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya wasi Musa telah memperlihatkan mereka alamat-alamat (kana uri-him al-'Alamat), dan sesungguhnya wasi Isa telah memperlihatkan mereka alamat-alamat selepas Isa, maka kenapakah anda tidak memperlihatkannya kepada kami?

Maka beliau berkata: Kamu tidak percaya, maka mereka telah mendesaknya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, lantas beliau telah mengambil tangan sembilan daripada mereka dan keluar dengan mereka sebelum Abyat al-Hijriyyin berhampiran al-Sibkhah, maka beliau telah bercakap dengan percakapan yang perlahan, kemudian beliau menggali dengan tangannya: Dedahkan penutupan anda, maka tiba-tiba setiap apa yang telah diceritakan Allah tentang syurga berada di depan mata mereka bersama-sama rohnya dan bunga-bunganya, lantas empat daripada mereka telah kembali, dan berkata: Sihir, sihir dan seorang daripada mereka masih cekal masya Allah.

Kemudian beliau telah menduduki satu majlis, kemudian dipindah daripadanya sesuatu percakapan tentang perkara tersebut. Maka mereka berpegang kepadanya, lalu mereka datang dengannya kepada Amir al-Mukminin a.s dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, bunuhlah ia, dan janganlah anda mencemarkan agama Allah, beliau berkata: Apakah yang dilakukannya? Mereka berkata: Kami telah mendengarnya berkata: Begitu dan begini, beliau berkata: Daripada siapakah anda telah mendengar percakapan ini? Beliau berkata: Aku telah mendengarnya daripada polan bin polan, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Seorang lelaki telah mendengar daripada orang lain sesuatu, lalu beliau telah melaksanakannya, tidak ada jalan untuk diambil tindakan di atas perkara ini. Maka mereka berkata: Anda telah mencemarkan agama Allah, demi Allah, kami akan membunuhnya. Beliau berkata: Demi Allah, seorang lelaki daripada kamu tidak akan membunuhnya melainkan keluarganya dibebaskan.

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi berkata: Saudaraku Idris bin Abdullah telah memberitahu aku, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya dunia di sisi kami Ahlu l-Bait adalah seperti perkara atau benda di hujung jari.

Muhammad bin Harun, daripada Abu Yahya Suhail bin Ziyad al-Wasiti, daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi pilihan kepada Dhu al-Qarnain dua awan (al-Sahabataini ):al-Dhalul dan al-Sa'ab, lalu beliau memilih al-Dhalul iaitu awan yang tidak mempunyai guruh dan petir (huwa laisa fi-hi barqun wala ra'dun). Sekiranya beliau memilih al-Sa'ab, nescaya beliau tidak akan mendapatkannya, kerana Allah telah menyimpannya untuk al-Qaim a.s.


35
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Mukjizat Dan Kekeramatan Amir al-Mukminin Ali A.S
Ibrahim bin Hasyim, daripada Uthman bin Isa, daripada Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s ketika diberi pilihan memiliki apa yang ada di atas bumi dan di bawahnya, dibentangkan kepadanya dua awan: Sa'bah, dan Dhalul. Sa'bah adalah memiliki apa yang ada di bawah bumi dan Dhalul adalah memiliki apa yang ada di atas bumi, lalu beliau memilih al-Sa'bah di atas Dhalul, maka beliau menaikinya (fa-rakiba-ha), dan berpusing dengannya tujuh bumi, maka beliau telah mendapati padanya tiga yang telah rosak (thalathata kharaban) dan empat yang sedang membangun (arba'an 'awamir).

Al-Mu'alla bin Muhammad al-Basri, daripada Sulaiman bin Sama'ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Sama'ah bin Mihran berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka langit telah mengeluarkan petir dan guruh (fa-ar'adat al-Sama'u wa abraqat), lalu Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya petir dan guruh ini adalah daripada perintah sahabat kamu (ma kana min hadha al-Ra'di wa min hadha al-Barqi fa-inna-hu min amri sahibi-kum), aku berkata: Siapakah sahabat kita itu? Beliau berkata: Amir al-Mukminin a.s.

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada 'Umar bin Abban al-Kalbi, daripada Adim bin al-Hurr, daripada Hamraan bin A'yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Berita telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan tabaraka wa ta'ala telah bermunajat dengan Ali a.s (naja 'aliyyan), Maka beliau berkata: Ya, munajat telah berlaku di Taif di mana Jibrail telah turun di antara kedua (Kanat baina-huma munajat bi al-Taif nazala baina-huma Jibrail) .

Ibrahim bin Hasyim, daripada Yahya bin Abu Imran, daripada Yunus, daripada Hammad bin Uthman, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sessungguhnya Salamah bin Kuhail meriwayatkan tentang Ali perkara yang banyak, beliau berkata: Apakah ia? Aku berkata: Beliau telah memberitahu kepada aku bahawa Rasulullah s.a.w telah mengepung ahli Taif, dan sesungguhnya beliau telah bersendirian dengan Ali pada satu hari, maka seorang lelaki daripada para sahabatnya berkata: Aneh, apa yang berlaku kepada kami mengenainya, beliau s.a.w bermunajat dengan kanak-kanak ini semenjak hari ini (yunaji hadha al-Ghulama mundh al-Yaum), maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, sesungguhnya beliau sedang bermunajat dengan Tuhannya (ma ana bi- munaji-hi inna-ma yunaji rabba-hu). Maka Abu Abdullah a.s berkata: Ya, sesungguhnya ini adalah perkara-perkara (asyya') diketahui sebahagiannya akan sebahagian yang lain .

Ali bin Muhammad bin Ali bin Sa'd, daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisyaburi berkata: Abdullah ibn Muhammad al-Yamani telah memberitahu aku, daripada Muni', daripada Yunus, daripada Ali bin A'yan, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Rafi' berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s pada hari Khaibar, maka beliau telah meludah pada kedua-dua matanya (fa-tafala fi 'ainai-hi) seraya bersabda: Apabila anda membukanya, maka berdirilah di kalangan orang ramai, kerana Allah telah memerintahkan aku sedemikian, Abu Rafi' berkata: Maka Ali pun telah pergi dan aku bersamanya.

Manakala beliau sampai di waktu pagi di Khaibar, maka beliau telah membukanya (iftata-ha) dan berdiri di kalangan orang ramai, lalu beliau telah memanjangkan wuquf di sana. Maka orang ramai berkata: Sesungguhnya Ali sedang bermunajat dengan Tuhannya (inna 'aliyyan yunaji rabba-hu). Manakala beliau tinggal selama satu jam, lalu diperintahkan supaya merampas bandar yang beliau telah membukanya. Maka aku telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Ali telah berdiri di kalangan orang ramai sebagaimana anda telah perintahkannya. Aku telah mendengar sebahagian daripada mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah bermunajat dengannya (inna Allah naja-hu), maka beliau bersabda: Sesungguhnya Allah telah bermunajat dengannya pada hari Taif, hari 'Aqabah Tabuk, dan hari Khaibar.


Perbezaan Antara Rasul, Nabi Dan Muhaddath
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, dan al-'Abbas bin Ma'ruf, daripada al-Qasim bin 'Urwah, daripada Barid bin Mu'awiyah al-'Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang rasul, nabi dan muhddath, maka beliau berkata: Rasul adalah yang didatangi oleh malaikat, dan berdepan dengan mereka, serta menyampaikannya daripada Allah (al-ladhi ta'ti-hi m al-Malaikatu wa yu'ayinu-hum wa tablughu-hu 'ani l-Lahi). Nabi adalah yang melihat di dalam tidurnya (al-Ladhi yara fi manami-hi). Maka apa yang beliau telah melihat di dalam tidurnya adalah sebagaimana beliau melihat ketika jaga, dan al-Muhaddath adalah yang mendengar percakapan malaikat (al-Ladhi yasma'u kalama al-Malaikati)sama ada ia membisikkannya di telinganya (yanquru fi udhunai-hi) atau menerangkannya di hatinya (yankutu fi qalbi-hi ) .

Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Zararah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w di dalam Surah Maryam (19): 54 "dia adalah seorang rasul, dan nabi". Kami telah mengetahui seorang rasul dan siapakah nabi? Maka beliau berkata: Nabi adalah orang yang melihat malaikat di dalam tidurnya, mendengar suara malaikat, tetapi tidak berdepan dengannya. Adapun rasul, maka ia berdepan dengan malaikat, dan bercakap kepadanya, aku berkata: Apakah kedudukan imam? Beliau berkata: Imam mendengar suara malaikat, tetapi tidak melihatnya dan tidak berdepan dengannya. Kemudian beliau telah membaca ayat ini "Aku tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi (dan tidak seorang muhaddath ) .

Al-Haitham bin Abu Masruq al-Nahdi, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Ismail bin Mihran berkata: Al-Hasan bin al-'Abbas al-Ma'rufi telah menulis kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku apakah perbezaan di antara rasul, nabi, dan imam? Maka beliau telah menulis kepadanya: Perbezaan di antara rasul, nabi dan imam. Rasul adalah yang diturunkan Jibrail ke atasnya, maka beliau dapat melihatnya, bercakap kepadanya, dan mendengar percakapannya dan diturunkan ke atasnya wahyu. Kemungkinan wahyu diberikan di dalam tidurnya seperti Ibrahim. Adapun nabi, kemungkinan beliau telah mendengar percakapan malaikat, kemungkinan beliau dapat melihatnya dan tidak mendengar percakapannya. Adapun imam mendengar percakapan malaikat, tetapi tidak melihatnya.

Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi berkata: Ismail bin Yasar telah memberitahu aku, daripada Ali bin Ja'far al-Hadhrami, daripada Zararah bin A'yan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang firman-Nya "kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi, (dan tidak seorang muhaddath) maka beliau berkata: Rasul adalah yang didatangi Jibrail secara berdepan, maka ia bercakap kepadanya, dan beliau pula melihatnya sebagaimana seorang lelaki melihat sahabatnya. Nabi adalah yang didatangi wahyu di dalam tidurnya seperti mimpi Ibrahim dan Muhammad s.a.w. Di kalangan mereka ada yang terkumpul kerasulan dan kenabian, maka Muhammad s.a.w adalah di antara mereka yang terkumpul kerasulan dan kenabian. Muhaddath mendengar percakapan malaikat, tetapi tidak melihatnya dan ia tidak mendatanginya di dalam tidurnya .


Semua Para Imam Muhaddathun
Daripadanya, Ismail bin Yasar telah memberitahuku, berkata: Ali bin Ja'far al-Hadhrami telah memberitahu aku, daripada Sulaim bin Qais sesungguhnya beliau telah mendengar Ali a.s berkata: Sesungguhnya aku, dan para wasi aku daripada anak-anak lelaki aku adalah para imam yang mendapat hidayat semua kami adalah muhaddathun, aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, siapakah mereka? Beliau berkata: al-Hasan dan al-Husain, kemudian anak lelaki aku Ali bin al-Husain-beliau berkata: Ali pada masa itu masih menyusu-kemudian lapan orang selepasnya seorang selepas seorang, merekalah Allah telah bersumpah di dalam Surah al-Balad (90): 3 "dan demi bapa, dan anak-anaknya" (wa walidin wa ma walada). Adapun walid (bapa) adalah Rasulullah s.a.w dan wa ma walada (anak-anaknya) iaitu para wasi.

Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah dua imam berkumpul? Maka beliau berkata: Tidak, melainkan salah satu daripadanya diam tidak bercakap sehingga berlalunya yang pertama. Sulaim berkata: Aku telah bertanya Muhammad bin Abu Bakr, maka aku berkata: Adakah Ali a.s Muhaddath? Beliau berkata: Ya, aku berkata: Malaikat bercakap kepada para imam (yuhaddithu al-Malaikatu al-Aimmata)? Maka beliau berkata: Tidakkah anda membaca "dan kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi, dan (tidak seorang muhaddath). Aku berkata: Adakah Amir al-Mukminin muhaddath? Maka beliau berkata: Ya, dan Fatimah adalah muhaddathah walaupun beliau bukan seorang nabi perempuan (wa lam takun nabiyyatan).


Urusan Keagamaan Diserahkan Kepada Mereka
Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan saudaranya Abdullah bin Muhammad, daripada bapa mereka berdua Muhammad bin Isa, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Musa bin Asyim berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah a.s, maka aku telah bertanya kepadanya tentang satu masalah, maka beliau telah memberi jawapan kepadaku mengenainya dengan satu jawapan. Maka aku duduk, tiba-tiba seorang lelaki datang, maka beliau bertanya kepadanya masalah yang sama, maka beliau telah memberi jawapan kepadanya menyalahi dengan apa yang beliau berikan kepadaku (bi-khilafi ma ajaba-ni). Seorang lelaki yang lain datang, lalu bertanya kepadanya tentang masalah yang sama, maka beliau telah memberi jawapan kepadanya menyalahi apa yang beliau berikan kepadaku dan sahabatku.

Justeru aku takut tentang perkara tersebut, dan ia menjadi besar kepadaku ('azuma 'alayya). Manakala mereka keluar, maka beliau telah melihat kepada aku, dan berkata: Wahai Ibn Asyim, seolah-olah anda takut, maka aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya Allah telah menyerahkan (fawwadha) kepada Daud urusan kerajaannya, dan berfirman di dalam Surah al-Sad (38):39 " inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungan jawab". Dan Dia telah menyerahkan kepada Muhammad s.a.w urusan agama-Nya dan berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 " Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah". Dan sesungguhnya Allah telah menyerahkan urusan keagamaan kepada para imam daripada kami (inna l-Laha fawwadha ila al-Aimmati minna) dan kepada kamilah (kembali) apa yang Dia telah serahkan kepada Muhammad s.a.w (wa ilai-na ma fawwadha ila Muhammad s.a.w). Lantaran itu, janganlah anda berdukacita.

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Hamzah al-Thumali, dan Muhammad bin Khalid al-Tayalasi telah memberitahuku, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sesiapa yang kami telah menghalalkan untuknya sesuatu di mana beliau telah mendapatinya (asaba-hu) daripada mereka yang zalim, maka ia adalah halal baginya (fa-huwa la-hu halalun), kerana para imam daripada kami diserahkan urusan keagamaan kepada mereka (mufawwadhun 'alai-him). Lantaran itu, apa yang dihalalkan oleh mereka, maka ia adalah halal, dan apa yang diharamkan oleh mereka, maka ia adalah haram .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran, daripada 'Asim bin Hamid, daripada Abu Ishaq al-Nahwi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengajar Nabi-Nya di atas kecintaan kepada-Nya (inna l-Laha addaba nabiyya-hu 'ala mahabbati-hi), maka Dia berfirman di dalam Surah al-Qalam (68):4 " Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung", kemudian Dia telah memberi kuasa kepadanya (fawwadha ilai-hi).

Dan berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 "Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah". Dan Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa' (4):80 "Sesiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah", sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyerahkan urusan keagamaan (fawwadh) kepada Ali a.s, dan mengamanahkannya kepadanya, maka kamu telah menerimanya sedangkan orang ramai telah mengingkarinya. Lantaran itu, kami adalah antara kamu dan Allah. Allah tidak akan menjadikan kebaikan bagi seorang yang menyalahi perintah kami (ma ja'ala i-Lahu li-ahadin min khairin fi khilafi amri-na, kerana urusan kami adalah urusan Allah (fa-inna amra-na amru l-Lahi).

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Ali bin Samit, daripada Adim bin al-Hurr berkata: Musa bin Asyim telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang ayat dari kitab Allah, dan aku hadir, maka beliau telah memberitahu ayat tersebut kepadanya. Kemudian seorang lelaki datang, lalu beliau bertanya Abu Abdullah a.s tentang ayat yang sama, maka beliau telah memberitahunya kepadanya, tetapi ia menyalahi apa yang beliau telah memberitahu Musa bin Asyim, kemudian Musa bin Asyim berkata: Maka perasaan tidak puas hati telah timbul seolah-olah hatiku dihiris dengan pisau, dan aku berkata: Kami telah meninggalkan Abu Qatadah di Syam, beliau tidak menyalahi walaupun satu huruf. Sementara Abu Abdullah a.s telah menyalahi semua.

Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, seorang lelaki yang lain datang kepadanya, lalu beliau bertanya kepadanya tentang ayat yang sama, lantas beliau telah memberitahu ayat tersebut kepadanya, tetapi ia menyalahi apa yang beliau telah memberitahu aku mengenainya, dan juga menyalahi apa yang beliau telah memberitahu kepada orang yang bertanya kepadanya selepas aku. Apa yang jelas kepada aku bahawa ia adalah suatu yang sengaja dilakukan olehnya (ta'ammudan).

Maka aku berkata kepada diri aku sesuatu, lalu Abu Abdullah a.s berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Ibn Abu Asyim, janganlah anda melakukan begitu dan begini, maka ia jelas datang daripada percakapan diriku, kemudian beliau berkata: Wahai Ibn Asyim, sesungguhnya Allah telah memberi kuasa (fawwadha) kepada Sulaiman bin Daud, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Sad (38):39 " inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungan jawab". Dan Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 " Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah".

Apa yang Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah memberi kuasa (tafwidh ) kepada kami. Wahai Ibn Asyim, Allah berfirman di dalam Surah al-An'am (6):125 " Sesiapa yang Allah kehendaki memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam. Dan sesiapa yang Dikehendaki Allah kesesatannya Dia akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit " Adakah anda mengetahui apakah al-Haraj (sempit)? Aku berkata: Tidak, lalu beliau telah memasukkan anak-anak jari tangannya dengan kuat di mana sesuatu tidak akan keluar atau memasukinya .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan berkata:Abu Abdullah a.s berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak memberi kuasa (fawwadha) kepada seorang daripada makhluk-Nya melainkan kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada para imam, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa' (4):105 " Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu " Iaitu berlaku kepada para wasi .

Muhammad bin Khalid al-Tayalasi, daripada al-Saif bin'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Rafid hamba Ibn Hubairah, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Apabila anda melihat al-Qaim memberi kepada seorang lelaki seribu dirham, dan beliau memberi kepada anda satu dirham, maka perkara tersebut janganlah membesar di dada anda, kerana urusan itu diberi kuasa kepadanya (fa-inna al-Amra mufawwadhun ilai-hi).

Muhammad bin Khalid al-Tayalasi, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada al-Makhal bin Jamil, daripada Jabir bin yazid, berkata: Aku telah membaca ke atas Abu Ja'far a.s satu ayat di dalam Surah Ali Imran (3):128 "Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka " Beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berhasrat bahawa Ali menjadi wali al-Amri selepasnya. Lantaran itu, Allah maksudkan "Tidak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka " Maka bagaimana beliau tidak boleh campur tangan sedikit pun di dalam urusan wali al-Amr sedangkan Allah telah memberi kuasa kepadanya? Maka beliau berkata: Apa yang telah dihalalkan oleh Nabi s.a.w, maka ia adalah halal, dan apa yang telah diharamkan oleh Nabi s.a.w, maka ia adalah haram.

Diriwayatkan bahawa Allah a.w mempunyai beberapa hamba-Nya yang istimewa. Dia menghidupkan mereka di dalam kesenangan, Dia mematikan mereka di dalam kesenangan dan Dia memasukkan mereka syurga di dalam kesenangan.

Di dalam satu doa: Wahai Tuhanku, Janganlah Engkau menjadikan kami mereka yang pertama, kemudian keluar agama, dan mereka yang terakhir, kemudian menjadi perosak. Dan jadilah kami di kalangan mereka yang sederhana.


Tentang Penciptaan Adam A.S Dan Zuriatnya Serta Perbezaan Kefakiran Dan Kekayaan
Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia mengeluarkan zuriat Adam a.s dari belakangnya untuk mengambil al-Mithaq (perjanjian) tentang ketuhanan-Nya, dan kenabian setiap nabi, maka orang pertama yang mengambil al-Mithaq tentang kenabian adalah Nabi Muhammad s.a.w, kemudian Allah berfirman kepada Adam a.s: Lihatlah, (unzur) beliau berkata: Maka Adam telah melihat kepada zuriatnya di dalam keadaan dharrun (atom?) telah memenuhi langit (mala'u al-sama'). Adam berkata: Wahai Tuhanku, alangkah banyaknya zuriatku! (ma akthara dhuriyyati) Kerana urusan tertentu Engkau telah menciptakan mereka (wa li-amrin ma khalaq-ta-hum), apakah yang Engkau mahu daripada mereka dengan mengambil al-Mithaq ke atas mereka? Allah berfirman: "Mereka akan menyembah-Ku, mereka tidak akan mensyirikkan Aku dengan sesuatu, mereka beriman dengan para rasul-Ku dan mengikuti mereka".

Adam berkata: Wahai Tuhanku, kenapa aku melihat sebahagian dharr lebih besar daripada sebahagian yang lain, dan sebahagian mereka mempunyai cahaya yang banyak, dan sebahagian mereka mempunyai cahaya yang sedikit, dan sebahagian mereka tidak mempunyai cahaya? Allah berfirman: " Demikianlah Aku telah mencipta mereka bagi menguji mereka di dalam setiap keadaan (li-abluwa-hum fi kulli halati-him). Adam berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau membenarkan aku bercakap, maka aku akan bercakap? Allah berfirman kepadanya: " Bercakaplah, kerana roh kamu adalah daripada roh-Ku, dan tabiat kamu adalah berlainan dengan kewujudan-Ku (kainunati). Adam berkata: Wahai Tuhanku, jika Engkau telah mencipta mereka di atas perkara yang sama, umur yang sama, dan rezeki yang sama, nescaya sebahagian mereka tidak akan menzalimi sebahagian yang lain, dan tidak ada di antara mereka perasaan hasad, kebencian dan pertengkaran di dalam sesuatu perkara.

Maka Allah berfirman: " Wahai Adam, dengan wahyu-Ku, Aku bercakap, dan dengan kelemahan tabiat kamu, maka aku mengenakan taklif apa yang kamu tidak mengetahuinya. Akulah Allah, Pencipta Yang Maha Mengetahui. Dengan keilmuan-Ku, Aku membezakan antara penciptaan mereka. Dengan kehendak-Ku, urusan-Ku berlalu kepada mereka, dan kepada takdir-Ku, dan tadbir-Ku mereka akan berakhir, tidak ada penukaran (la tabdila) bagi penciptaan-Ku. Sesungguhnya Aku telah menciptakan Jin dan manusia untuk menyembah-Ku. Aku telah menciptakan syurga bagi mereka yang telah menyembah-Ku, dan yang telah mentaati-Ku daripada mereka, dan mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli (wa la ubali).

Aku telah menciptakan neraka bagi mereka yang telah menderhaka kepada-Ku (wa khalq-tu al-Nara li-man 'asa-ni), tidak mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli. Aku telah menciptakan kamu, dan zuriat kamu tanpa keperluan-Ku kepada kamu, dan kepada mereka (min ghairi faqati bi ilai-ka wa ilai-him). Sesungguhnya Aku telah menciptakan kamu, dan Aku telah menciptakan mereka kerana menguji kamu, dan menguji mereka siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalan di dunia pada masa hidup kamu dan pada masa kematian kamu, demikianlah Aku telah menciptakan dunia dan akhirat, kehidupan dan kematian, ketaatan dan kemaksiatan, syurga dan neraka.

Demikianlah Aku kehendaki di dalam takdir-Ku dan tadbir-Ku Dan dengan keilmuan-Ku yang menyeluruh pada mereka, maka aku membezakan antara bentuk-bentuk mereka, jasad-jasad mereka, umur-umur mereka, rezeki-rezeki mereka, ketaatan mereka dan kemaksiatan mereka, maka Aku telah menjadikan daripada mereka yang bahagia, dan yang celaka, yang celik dan yang buta, yang pendek dan yang panjang, yang cantik dan yang hodoh, yang alim dan yang jahil, yang kaya dan fakir, yang taat dan yang derhaka, yang sihat dan yang sakit termasuk yang lumpuh dan yang tidak ada sebab kesakitannya, Justeru yang sihat melihat kepada yang berpenyakit, maka ia memuji-Ku di atas kesihatannya. Sementara yang berpenyakit melihat kepada yang sihat, maka ia menyeru-Ku, dan memohon kepada-Ku kesihatannya atau ia bersabar di atas ujian-Ku.

Maka Aku akan memberinya ganjaran yang banyak (jazila 'ata'i). Dan yang kaya melihat kepada yang fakir, lalu ia memuji-Ku, dan bersyukur kepada-Ku. Sementara yang fakir melihat kepada yang kaya, lalu ia menyeru-Ku dan memohon kepada-Ku rezekinya, mukmin melihat kepada kafir, maka ia memuji-Ku di atas petunjuk-Ku, lantaran itu, Aku telah menciptakan mereka untuk menguji mereka di dalam kesenangan, kesusahan, kesihatan, pemberian, dan halangan. Aku adalah Allah, Raja dan Penguasa. Aku akan meneruskan segala kekuasaan-Ku menurut pentadbiran-Ku, Aku berhak untuk mengubah segala-galanya menurut kehendak-Ku, Aku mendahulukan apa yang Aku melewatkannya, dan sebaliknya Aku melewatkan apa yang Aku telah mendahulukannya. Aku adalah Allah, Pelaku kepada apa yang Aku kehendaki, Aku tidak akan ditanya apa yang aku buat, dan Aku akan bertanya kepada makhluk-Ku daripada apa yang mereka buat .


Tingkatan Dalam Warisan
Hisyam, daripada Yazid al-Kinasi, berkata: Abu Ja'far a.s berkata: Anak lelaki anda adalah lebih aula dengan anda daripada cucu lelaki anda, dan cucu lelaki anda adalah lebih aula daripada saudara lelaki anda, beliau berkata: Saudara lelaki anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada saudara lelaki anda sebapa. Beliau berkata: Saudara lelaki anda sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada saudara lelaki anda seibu (min ummu-ka). Beliau berkata: Anak saudara lelaki anda daripada bapa anda, dan ibu anda adalah lebih aula dengan anda daripada anak saudara lelaki anda daripada bapa anda.

Beliau berkata: Anak saudara lelaki anda daripada bapa anda adalah lebih aula dengan anda daripada bapa saudara anda ('ammi-ka). Beliau berkata: Bapa saudara anda ('ammu-ka) daripada bapanya dan ibunya adalah lebih aula dengan anda daripada bapa saudara anda saudara bapa anda daripada bapanya. Beliau berkata: Bapa saudara anda ('ammu-ka) saudara lelaki bapa anda daripada bapanya adalah lebih aula dengan anda daripada sepupu anda (bani 'ammi-ka). Beliau berkata: Anak lelaki bapa saudara anda (sepupu); saudara lelaki bapa anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada anak lelaki bapa saudara (sepupu) anda; saudara lelaki bapa anda sebapa (min abi-hi). Beliau berkata: Anak lelaki bapa saudara anda (sepupu); saudara lelaki bapa anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada anak lelaki bapa saudara (sepupu)anda; saudara lelaki bapa anda seibu (li-ummi-hi ) .


Sesiapa Yang Mengingkari Hak Para Imam A.S Maka Kedudukannya seperti Iblis
'Umru bin Thabit berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah s.w.t Surah al-Baqarah (2): 165 "Dan di antara manusia ada mereka yang menyembah tandingan-tandingan (andadan) selain daripada Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah " Beliau berkata: Maka beliau berkata: Mereka, demi Allah, adalah pemimpin-pemimpin; polan dan polan dan polan (Abu Bakr, Umar dan Uthman). Mereka telah mengambil mereka bertiga sebagai para imam, tetapi bukan imam yang telah dijadikan oleh Allah untuk manusia sebagai imam. Justeru Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 165-167 "Dan jika seandainya mereka yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa, bahawa kekuatan itu adalah kepunyaan Allah semuanya bahawa Allah amat berat seksa-Nya.Iaitu ketika mereka yang diikuti itu berlepas diri dari mereka yang mengikutinya; dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah mereka yang mengikuti:" Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka". Kemudian Abu Ja'far a.s berkata: Mereka, demi Allah, wahai Jabir, para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka.

Abu al-Qasim al-Sya'rani secara marfu', daripada Yunus bin Zabyan, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajjaj, daripada al-Sadiq a.s berkata: Apabila al-Qaim menjalankan tugasnya, beliau akan datang ke dataran Kufah dan memberi isyarat dengan tangannya kepada suatu tempat, kemudian berkata: Kamu gali dari sini, lalu mereka menggali, dan mengeluarkan dua belas ribu baju besi, dua belas ribu pedang dan dua belas ribu topi besi. Setiap topi besi mempunyai dua muka. Kemudian beliau menyeru dua belas ribu lelaki daripada hamba-hamba Arab dan bukan Arab, lalu beliau memakaikan mereka pakaian seragam. Kemudian berkata: Sesiapa yang tidak mempunyai pakaian seragam seperti kamu, maka bunuhlah ia (man lam yakun 'alai-hi mithlu ma 'alai-kum fa-qtulu-hu).

Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan kami hujah-hujah-Nya di atas makhluk-Nya, dan penyimpan amanah ilmu-Nya, maka sesiapa yang mengingkari kami, maka kedudukannya seperti kedudukan Iblis (fa-man jahada-na kana bi-manzilati Iblis) di dalam kedegilannya kepada Allah ketika Dia telah memerintahkannya supaya sujud kepada Adam, dan sesiapa yang mengenali kami, dan mengikuti kami, maka kedudukannya seperti kedudukan para malaikat (wa man 'arafa-na wa ittaba'a-na kana bi-manzilati al-Malaikati) yang diperintahkan oleh Allah supaya sujud kepada Adam, maka mereka telah mentaati-Nya.


Mutiara Kata Dan Nasihat
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu duduk di sisi setiap orang alim yang menyeru kamu melainkan orang alim yang menyeru kamu daripada lima kepada lima: Daripada syak kepada yakin, daripada sombong kepada tawaduk, daripada riyak kepada ikhlas, daripada permusuhan kepada nasihat, dan daripada keinginan hawa nafsu kepada zuhud.

Musa bin Ja'far a.s berkata: Bercakap dengan seorang yang alim di atas timbunan tahi binatang di kawasan ternakan (al-Mazbalah) itu adalah lebih baik daripada bercakap dengan orang jahil di atas permaidani (al-Zarabi).

Seorang ahli falsafah berkata: Sesiapa yang tidak memanfaatkan hikmat yang sedikit, maka hikmat yang banyak akan merosakkannya. Sesungguhnya kedudukan orang yang mendengar dengan dua telinganya apa yang tidak disedari oleh hatinya seperti kedudukan orang yang mencampakkan api di dalam air, lantaran itu, ia tidak akan mendapat hajatnya daripadanya.

Dan beliau berkata: Penyuburan jasad adalah makanan, dan penyuburan akal adalah kata-kata hikmat, apabila akal tidak ada penyuburnya, maka ia binasa seperti binasanya jasad ketika tidak ada makanan.

Beliau s.a.w bersabda: Perkukuhkan harta kamu dengan zakat, ubatilah kesakitan kamu dengan sedekah, hadapilah bala dengan doa, kerana harta tidak akan rosak sama ada di darat atau di laut melainkan dengan tidak mengeluarkan zakat.

Sebahagian para falsafah berkata: Sesungguhnya badan apabila ia sakit, maka makanan, minuman dan kerehatan tidak berguna lagi, demikian juga hati apabila cinta kepada dunia dikaitkan dengannya, maka sebarang nasihat tidak berguna lagi.

Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud, berwaspadalah dengan hati yang terpauk dengan syahwat dunia, akalnya terlindung daripada-Ku.

Salman r.a berkata: Sesungguhnya aku khuatir di atas kamu tiga perkara: Tergelincirnya seorang alim, perbahasan seorang munafik, dan dunia yang zalim.

Sebahagian para falsafah berkata: Di antara akhlak ahli syurga adalah empat: Muka yang tersenyum, lidah yang lembut, hati yang pemurah dan tangan yang memberi.




Catatan Kaki:
59. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 9
60. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 492
61. Al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 240, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 272
62. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 272
63. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 129
64. Ibid
65. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 269
66. Ibid
67. Al-Kulaini, al-Kafi, I, 498
68. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 130
69. Ibid
70. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 380
71. Ibid
72. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii , 293
73. Al-Kulaini, al-Kafi, 176
74. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 294
75. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 260
76. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 260
77. Ibid
78. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 62
79. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxiv , 24

36
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

BAHAGIAN KEDUA BELAS

Wasiat Luqman, Salman al-Farisi, khutbah Rasulullah s.a.w, para nabi a.s menyeru kepada wilayah Ali a.s, kata-kata al- Sadiq a.s, hadis Abu Bakr al-Arjani, syurga dan lain-lain

Wasiat Luqman al-Hakim Kepada Anak Lelaki-nya
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Daripada al-Auza'i bahawa Luqman al-Hakim-rahima-hu l-Lahu-apabila keluar daripada negerinya, beliau tinggal di sebuah kampung di al-Mausil dikenali sebagai Kumlis. Beliau berkata: Manakala beliau telah berada di dalam kesusahan dan dukacita, dan tiada seorang pun yang membantunya di atas urusannya, beliau menutup pintu, dan memasukkan anak lelakinya memberi nasihat kepadanya, maka beliau berkata:

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya dunia adalah lautan yang dalam, telah binasa padanya manusia yang ramai.Bersedialah daripada amalannya, dan ambillah bahtera, pakaiannya takwa kepada Allah, kemudian naikilah gelombang bahtera, anda akan selamat dan sesungguhnya aku khuatir anda tidak akan selamat.

Wahai anak lelakiku, bahtera adalah iman, layarnya adalah tawakal. Penghuninya adalah kesabaran, pengayuhnya adalah puasa, solat, dan zakat.

Wahai anak lelakiku, sesiapa yang menaiki laut tanpa bahtera, maka beliau akan tenggelam.

Kurangkan bercakap, ingatlah kepada Allah a.w pada setiap tempat, kerana Dia telah memberi amaran, dan peringatan kepada anda, membuat anda melihat dan mengajar anda.

Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat orang ramai sebelum mereka mengambil nasihat anda.

Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat dengan yang kecil sebelum yang besar mengambil nasihat anda.

Wahai anak lelakiku, kuasailah diri anda ketika marah sehingga anda tidak menjadikan Jahanam sebagai kayu api.

Wahai anak lelakiku, kefakiran itu adalah lebih baik daripada anda melakukan kezaliman.

Wahai anak lelakiku, jauhilah anda dari meminta berhutang, maka anda akan mengkhianati agama.

Wahai anak lelakiku, jauhilah dari meminta dihina, maka anda akan dihina.

Wahai anak lelakiku, jauhilah anda keluar dari dunia sebagai seorang fakir, anda meninggalkan urusan anda, dan harta anda di sisi orang lain untuk menilainya, kerana anda menjadikannya sebagai tuannya (amir ).

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya Allah telah menggadaikan manusia dengan amalan mereka, maka neraka wail untuk mereka lantaran apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka dan hati-hati mereka.

Wahai anak lelakiku, dunia tidak menjadi aman selama dosa-dosa dan syaitan berada padanya.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya mereka yang baik di kalangan mereka yang terdahulu telah diuji, maka bagaimana mereka yang terakhir akan selamat daripadanya?

Wahai anak lelakiku, jadikan dunia penjara anda, maka akhirat akan menjadi syurga anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda tidak dibebankan untuk mengangkat gunung, anda tidak dibebankan apa yang anda tidak mampu, janganlah anda membawa bala di atas bahu anda, dan janganlah anda membunuh diri anda dengan tangan anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda sebagaimana anda menanam anda akan mengetam, dan sebagaimana anda beramal anda akan dapat sesuatu.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjiran dengan raja-raja, maka mereka akan membunuh anda, dan janganlah anda mentaati mereka, maka anda akan menjadi kafir.

Wahai anak lelakiku, berjiranlah dengan mereka miskin, khususnya mereka fakir di kalangan muslimin.

Wahai anak lelakiku, jadilah kepada anak yatim sebagai bapa yang penuh kasihan belas, dan bagi ibu tunggal sebagai suami yang penyayang.

Wahai anak lelakiku, bukan setiap orang yang berkata: Wahai Tuhanku, ampunilah aku diampuni, sesungguhnya Dia tidak akan mengampuni melainkan orang yang beramal kerana mentaati Tuhannya.

Wahai anak lelakiku, jiran dahulu kemudian rumah. Wahai anak lelakiku, teman sebelum berjalan.

Wahai anak lelakiku, sekiranya rumah tidak didirikan dengan gopoh, nescaya seorang lelaki itu tidak akan berjiran dengan jiran yang jahat.

Wahai anak lelakiku, berseorangan itu lebih baik daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah lebih baik dari berseorangan.

Wahai anak lelakiku, memindahkan batu dan besi itu adalah lebih baik daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, aku telah memindahkan batu dan besi, maka aku tidak dapati sesuatu yang lebih berat daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat tidak akan selamat. Dan sesiapa yang memasuki tempat-tempat jahat akan dituduh.

Wahai anak lelakiku, sesiapa yang tidak menahan lidahnya akan menyesal.

Wahai anak lelakiku, orang yang membuat baik akan dibalas dengan ihsannya, dan orang yang jahat akan mencukupi anda dengan keaibannya, jika anda berusaha keras untuk melakukan lebih banyak daripada apa yang dilakukannya dengan dirinya, maka anda tidak mampu melakukannya ke atasnya.

Wahai anak lelakiku, siapakah yang menyembah Allah, maka Dia menghinanya, dan siapakah yang mencari-Nya, maka beliau tidak mendapati-Nya?

Wahai anak lelakiku, siapakah yang telah menyebut-Nya, maka Dia tidak menyebutnya, dan siapakah yang telah bertawakal kepada Allah, maka Dia telah menyerahkannya kepada orang lain, dan siapakah yang telah merendah diri kepada-Nya, maka Dia tidak memberi rahmat-Nya?

Wahai anak lelakiku, bermesyuaratlah dengan orang tua, dan janganlah pula terasa malu bermesyuarat dengan orang muda.

Wahai anak lelakiku, jauhilah bersahabat dengan mereka yang fasiq, mereka sepertilah anjing-anjing, kerana jika mereka mendapati sesuatu di sisi anda, mereka akan memakannya jika tidak mereka akan mencela anda dan menghina anda. Sesungguhnya cinta di kalangan mereka adalah sejenak.

Wahai anak lelakiku, bermusuhan dengan mukminin itu adalah lebih baik daripada bersahabat dengan orang yang fasiq.

Wahai anak lelakiku, jika anda menzalimi mukmin, maka beliau tidak akan menzalimi anda, anda menuntut ke atasnya, maka beliau meredai anda, sementara orang fasiq Allah tidak menjaganya, maka bagaimana beliau akan menjaga anda.

Wahai anak lelakiku, jika banyak berkawan, maka anda tidak aman daripada musuh, kerana dengki di dada mereka seperti air di bawah abu.

Wahai anak lelakiku, mulailah salam kepada orang ramai, dan berjabat tangan sebelum bercakap.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berebut-rebut dengan orang ramai, maka mereka akan memarahi anda, janganlah anda menguasai mereka, nescaya mereka akan menghina anda. Jangan jadi manis, maka mereka akan memakan anda dan janganlah jadi pahit, nescaya mereka akan membuang anda.

Wahai anak lelakiku, takutkan Allah sehingga anda tidak berputus asa daripada nikmat-Nya dan berharaplah kepada-Nya sehingga anda tidak aman daripada "helah-Nya."

Wahai anak lelakiku, tegahlah diri anda daripada hawa nafsu, kerana jika anda tidak menegah nafsu anda daripada hawanya, anda tidak akan memasuki syurga.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya semenjak anda turun daripada perut ibu anda, anda telah berdepan dengan akhirat dan membelakangi dunia, kerana anda jika anda mendapati masa depannya adalah lebih baik dari membelakanginya.

Wahai anak lelakiku, tinggallah tabiat suka memaksa dan sombong, serta kemegahan diri, maka anda akan berjiran dengan Iblis di rumahnya.

Wahai anak lelakiku, ketahuilah sesungguhnya sesiapa yang berjiran dengan Iblis, akan terjatuh di rumah kehinaan, beliau tidak mati dan hidup padanya.

Wahai anak lelakiku, celakalah bagi orang bersifat ingin berkuasa, dan sombong, bagaimana seorang yang dijadikan daripada tanah membesar diri dan kepada tanah beliau kembali, kemudian beliau tidak mengetahui kepada syurga beliau masuk, maka beliau mendapat kemenangan atau kepada neraka beliau masuk, maka beliau telah rugi besar. Bagaimana merasa sombong orang yang datang dari lubang kencing dua kali.

Wahai anak lelakiku, bagaimana anak Adam tidur sedangkan mati menuntutnya, bagaimana beliau lupa sedangkan beliau tidak dilupai.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang pilihan Allah, kekasih-Nya, dan para nabi-Nya a.s telah mati dan orang yang jauh daripada mereka di kekalkan,, kemudian ditinggalkan.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda bersetubuh dengan hamba perempuan anda sekalipun ia menakjubkan anda, tegahlah nafsu anda daripadanya dan bernikahlah dengannya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda mendedahkan rahsia anda kepada isteri anda dan janganlah anda jadikan majlis anda di pintu rumah anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya perempuan dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkuk. Jika anda membetulkannya, nescaya ia akan pecah dan jika anda tinggalkannya, maka ia akan terus bengkuk. Lantaran itu, biarlah mereka tinggal di rumah. Jika mereka melakukan kebaikan, maka terimalah kebaikan mereka. Dan jika mereka melakukan kejahatan, maka bersabarlah kerana itu adalah suatu yang perlu kepada kecekalan.

Wahai anak lelakiku, perempuan ada empat jenis: Dua baik dan dua dilaknati. Adapun salah satu daripada yang baik itu adalah yang mulia pada kaumnya, tetapi hina pada dirinya; apabila diberi, beliau berterima kasih, dan jika diuji, maka ia bersabar, sedikit di tangannya adalah banyak, dan baik di dalam rumahnya. Kedua: Yang penyayang, dan beranak (al-Wadud al-walud), ia merujukkan kebaikan kepada suaminya. Beliau adalah seperti ibu yang penyayang, mengasihi yang besar mereka, dan penyayang kepada yang kecil mereka, mencintai anak suaminya sekalipun mereka bukan daripadanya, kebaikan yang menyeluruh, meredai suaminya, baik pada dirinya, keluarga , harta dan anak. Beliau adalah seperti emas merah, maka beruntunglah bagi orang yang dikurniakannya.

Jika beliau berada bersama suaminya, beliau membantunya, dan jika suaminya tidak ada, beliau menjaganya. Adapun salah satu daripada yang dilaknati adalah yang merasa besar pada dirinya, hina pada kaumnya; apabila diberi, beliau memarahi, dan apabila ditegah, maka beliau mencaci, dan memarahi. Suaminya tidak senang dengannya sedangkan jirannya senang dengannya, maka beliau adalah seperti singa, jika anda berjiran dengannya, maka beliau akan memakan anda, dan jika anda melarikan diri daripadanya, maka beliau akan membunuh anda, dan yang kedua dilaknati adalah apabila beliau berada di sisi suaminya, beliau cenderung kepada jirannya, cepat marah, dan cepat menangis, jika berada bersama suaminya, maka beliau tidak dapat manfaatkannya. Dan jika suaminya tidak ada di rumah, maka beliau mengejinya, beliau adalah seperti tanah yang kering apabila dicucuri air, ia akan melimpah dan tenggelam, dan jika ia ditinggalkan, maka ia akan kering kembali, dan jika beliau mendapat anak, maka beliau tidak akan manfaatkannya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berkahwin dengan hamba perempuan anda, nanti anak anda dijual di hadapan anda sedangkan ia adalah perbuatan anda sendiri.

Wahai anak lelakiku, sekiranya perempuan dirasai seperti arak, nescaya lelaki tidak akan mengahwini perempuan jahat selama-lamanya.

Wahai anak lelaki ku, berbuat baik kepada orang yang telah berbuat jahat kepada anda, dan janganlah anda mengejar dunia, kerana anda di dalam kelalaian kepadanya, sebaliknya lihatlah ke mana anda akan pergi.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda memakan harta anak yatim, pada hari Kiamat anda akan didedahkan keburukan anda dan dibebankan supaya mengembalikannya kepadanya.

Wahai anak lelakiku, jika seorang dapat mengelakkan dirinya daripada orang lain, nescaya anak dapat mengelakkan dirinya daripada bapanya.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya neraka meliputi alam sejagat, lantaran itu, seorang itu tidak dapat melepaskan dirinya daripadanya melainkan orang yang dirahmati Allah dan hampir dirinya kepada-Nya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda terpedaya dengan lidah yang jahat, kerana ia tertulis di hatinya di mana anggota badanya akan bercakap dan menjadi saksi terhadapnya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda mencaci orang ramai, justeru itu anda akan mencaci kedua ibu bapa anda.

Wahai anak lelakiku, janganlah kebaikan anda menakjubkan anda, dan janganlah anda membesar-besarkan perbuatan baik anda, nescaya anda binasa.

Wahai anak lelakiku, dirilah solat, perintahlah keluarga anda melakukan kebaikan, melarang kemungkaran dan bersabarlah di atas apa yang telah menimpa anda, kerana itu adalah daripada perkara yang perlu kepada kecekalan.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda melakukan syirik kepada Allah, kerana syirik adalah kezaliman yang besar.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjalan di bumi dengan angkuh, kerana anda tidak dapat mencarikan bumi dan tidak dapat mengatasi bukit yang panjang.

Wahai anak lelakiku, setiap hari anda akan didatangi hari baru. Ia akan menyaksikan anda di sisi Tuhan Yang Mulia.

Wahai anak lelakiku, anda akan dimasukkan ke dalam kapan anda, di kubur anda dan amalan anda akan menjadi penentu anda.

Wahai anak lelakiku, bagaimana anda menduduki rumah orang yang anda memarahinya? Atau bagaimana anda berjiran dengan orang yang anda menderhakanya?

Wahai anak lelakiku, tinggalkan apa yang tiada kaitan dengan anda, dan teruskan apa yang ada kaitan dengan anda, kerana yang sedikit daripadanya akan mencukupi anda. Sementara yang banyak daripadanya tiada kaitan dengan anda.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda benarkan diri anda dipengaruhi oleh orang lain dan janganlah anda mewariskan harta anda kepada musuh anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya halal yang sedikit dikira, bagaimana dengan haram yang banyak?

Wahai anak lelakiku, elakkan melihat kepada apa yang anda tidak memilikinya, dan panjangkan tafakur anda pada malakut langit dan malakut bumi, gunung, dan segala ciptaan Allah, maka ia adalah cukup untuk menjadi penasihat hati anda.

Wahai anak lelaki ku, terimalah nasihat bapa yang penuh kasih sayang.

Wahai anak lelakiku, beramallah dengan ilmu anda sebelum datang ajal anda, sebelum bukit dipaksa berjalan dan dihimpunkan matahari dan bulan.

Wahai anak lelaki, sesungguhnya hari Kiamat adalah hari langit dan bumi dilipat, malaikat turun bersaf-saf takut kepada Tuhan, sementara anda dibebankan supaya melintasi titian, amalan anda menjadi penentu, dan diletakkan di atas timbangan dan disebarkan keputusannya.

Wahai anak lelaki, anda telah mempelajari tujuh ribu ilmu hikmat, maka jagalah empat daripadanya, nescaya anda akan bersama aku di syurga:

Kuasailah bahtera anda, kerana lautan adalah dalam, ringankan muatan anda, kerana rintangan adalah banyak, gandalah bekalan, kerana perjalanan adalah jauh, dan ikhlaslah di dalam amalan anda, kerana pengkritik sedang memerhatikan anda .


Kelebihan Salman al-Farisi
Berita telah sampai kepada aku bahawa Salman-r.a-telah memasuki majlis Rasulullah s.a.w pada suatu hari, lalu mereka telah menghormatinya, dan mengutamakannya kerana haknya, usianya, dan keistimewaannya dengan Rasulullah s.a.w dan keluarganya, maka Umar telah datang, dan melihat kepadanya sambil berkata: Siapakah orang asing ini yang terserlah di hadapan Arab? Maka Rasulullah s.a.w menaiki mimbar dan bersabda: Sesungguhnya manusia semenjak Adam kepada hari kita ini seperti gigi sisir (asnan al-Musyti), tiada kelebihan di antara Arab dan bukan Arab, tiada kelebihan bagi yang merah di atas yang hitam melainkan dengan takwa, Salman adalah lautan yang tidak akan kering, simpanan yang tidak akan habis, Salman adalah di kalangan kami Ahlu l-Bait, Salman dikurniakan hikmat, dan hujah.

Beliau berkata: Salman dan Ja'far al-Tayyar telah disebut di hadapan Ja'far al-Sadiq a.s ketika itu beliau sedang bertongkat. Sebahagian mereka telah melebihkan Ja'far al-Tayyar ke atas Salman, dan Abu Basir berada di sana, sebahagian mereka berkata: Salman dahulu adalah seorang beragama majusi, kemudian memeluk Islam, maka Abu Abdullah a.s terus duduk di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Abu Basir, sesungguhnya Allah telah menjadikannya seorang 'alawi selepas beliau pada lahirnya seorang majusi, dan Dia telah menjadikannya seorang Quraisy selepas beliau menjadi seorang farsi, maka selawat Allah ke atas Salman. Adapun Ja'far al-Tayyar baginya keadaan tertentu di sisi Allah, beliau berterbang bersama malaikat di syurga.

Abu Abdullah al-Barqi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ghaith al-Isfahani, dan beliau adalah di kalangan sahabat Dhirar, maka aku berkata kepadanya: Apakah hujah anda ke atas orang yang menyalahi anda? Beliau berkata: Ijmak, maka aku berkata: Beliau tidak memahami masalah, maka aku telah mengulanginya selama tiga kali, dan setiap kali beliau berkata: Ijmak, maka aku berkata kepadanya: Kenapa anda tidak faham? Beliau berkata kepadaku: Bagaimana begitu? Aku berkata: Aku telah bertanya kepada anda tentang hujah bagi orang yang menyalahi anda, aku berkata: Jika ijmak maka seorang pun tidak akan menyalahi anda, beliau berkata: Aku akan kembalikan kepada anda. Maka aku berkata: Tambah lagi, maka beliau berkata: Apakah hujah anda ke atas orang yang menyalahi anda?

Maka aku berkata: Seorang lelaki amanah yang disucikan, seorang yang alim, tidak sesat dan menyesatkan, tidak bersalah, dan tidak jahil, orang ramai memerlukan kepadanya sedangkan beliau tidak memerlukan mereka kerana Allah telah menjadikan di sisinya ilmu, dan kelebihan. Beliau berkata: Ini tidak ada pada umat, maka aku berkata: Tidakkah jika beliau ada pada umat ini lebih baik? Beliau berkata: Ya, tetapi ia tidak ada pada umat ini. Aku berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda berkata sedemikian bahawa ia tidak ada pada umat ini, atau Allah tidak menciptakan seumpamanya untuk kebaikan makhluk-Nya sedangkan anda tidak pernah memeriksa semua makhluk. Anda tidak pernah melintasi daratan, lautan, pantai, gunung, dan anda tidak mengetahui pilihan kebaikan daripada kejahatan, maka daripada manakah hujah anda sedangkan anda jahil dengan makhluk-Nya?

Beliau berkata: Abu al-Hasan al-Basri berkata: Kasihan manusia, tersembunyi ajalnya, menjadi tawanan kelaparan, menjadi gadaian kenyang, sesungguhnya orang yang boleh disakiti pepijat, dibusukkan oleh peluh, dan dibunuh oleh lubang, adalah lemah.

Beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Ali bin al-Husain a.s mengadu keadaannya, maka beliau berkata: Kasihan manusia, setiap hari menghadapi tiga musibat, jika dikira satu musibat sahaja, nescaya perkara dunia menjadi kecil, adapun musibat yang pertama: Pada setiap hari umurnya berkurangan, dan beliau berkata: Jika beliau mendapati hartanya berkurangan, maka beliau berdukacita tentangnya, dirham meninggalkannya dan umur pula ia tidak dapat mengembalikannya. Musibat kedua: Beliau menerima rezekinya, dan jika rezekinya halal, maka ia akan dihisab, dan jika ia haram, maka ia akan diseksa, beliau berkata: Musibat yang ke tiga adalah lebih besar lagi, ada orang bertanya: Apakah ia? Tiada satu hari yang berlalu melainkan ia mendekati akhirat, pengembaraan yang beliau tidak mengetahui sama ada ke syurga atau ke neraka.

Beliau berkata: Hari yang paling besar kepada manusia adalah hari beliau dilahirkan daripada ibunya.


Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W
Beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah berkhutbah manakala beliau mahu keluar ke Tabuk dan bersabda: Selepas beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, wahai manusia sesungguhnya percakapan yang paling benar adalah kitab Allah, dan ikatan yang paling kuat adalah kalimah takwa, sebaik-baik agama adalah agama Ibrahim a.s, dan sebaik-baik sunnah adalah sunnah Muhammad. Dan percakapan yang paling mulia adalah menyebutkan Allah (dhikr Allah), dan sebaik-baik cerita adalah al-Qur'an, sebaik-baik perkara adalah yang asli (benar), dan sejahat-jahat perkara adalah yang bid'ah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk para nabi dan sebaik-baik pembunuhan adalah pembunuhan syahadah.

Dan yang paling buta adalah kesesatan selepas petunjuk, sebaik-baik amalan adalah apa yang manfaatkannya, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti (dan diredai Allah). Dan sejahat-jahat buta adalah buta hati. Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Apa yang sedikit dan mencukupi itu adalah lebih baik daripada perkara yang banyak, tetapi melalaikan. Sejahat-jahat keuzuran adalah ketika mati datang, sejahat-jahat penyesalan adalah pada hari Kiamat. Sebahagian manusia tidak datang Jumaat melainkan setelah diberi peringatan. Di kalangan mereka menyebut Allah sepintas lalu. Kesalahan yang paling besar adalah lidah pembohong. Sebaik kekayaan adalah kekayaan diri, sebaik-baik bekalan adalah takwa, punca hikmat adalah takutkan Allah, sebaik-baik apa yang dicampak ke hati adalah keyakinan, dan syak akan membawa kepada kekafiran.

Ratapan yang melampau adalah daripada amalan jahiliah. Khianat adalah daripada api neraka Jahanam atau kemabukan adalah daripada api neraka, syair adalah daripada Iblis, arak adalah pengumpul segala dosa, perempuan adalah daripada kesamaran Iblis, perasaan muda adalah cabang daripada kegilaan, sejahat-jahat pendapatan adalah pendapatan riba, sejahat-jahat makanan adalah memakan harta anak yatim, orang yang bahagia adalah orang yang menerima nasihat orang lain, orang yang celaka adalah orang yang celaka di dalam perut ibunya, sesungguhnya seorang daripada kamu akan sampai ke tempat empat hasta, dan urusan terakhirnya.

Pemilik amalan adalah dikira akhirnya, pembohongan adalah riba yang paling meningkat, setiap yang datang adalah dekat, celaan mukmin adalah fasiq, pembunuhan mukmin adalah kafir, memakan dagingnya adalah maksiat, kehormatan hartanya adalah seperti kehormatan darahnya, sesiapa yang menentang Allah, akan membohonginya, sesiapa yang memaafinya, Allah akan memaafinya. Sesiapa yang memendamkan kemarahan, akan diberi ganjaran oleh Allah, sesiapa yang bersabar di atas bala, akan digantikan oleh Allah. Sesiapa yang mencari nama, akan "didengari" Allah. Sesiapa yang buta, maka Dia akan memperlihatkannya. Sesiapa yang menderhaka Allah, akan diseksa oleh Allah, wahai Tuhanku, ampunilah aku dan umat aku, wahai Tuhanku, ampunilah aku dan umat aku, dan aku memohon istighfar untuk aku dan kamu.


Kata-Kata al-Sadiq A.S: Janganlah Anda Berkata: Ama'a'aah
Ibn Mahbub daripada al-Fadhl bin Yunus al-Katib: Beliau berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja'far bin Muhammad a.s telah berkata kepadaku: Sampaikanlah kebaikan, katalah kebaikan, dan janganlah anda menjadi ama'a'aah, aku berkata : Apakah itu ama'a'aah? Beliau berkata: Anda berkata: Aku bersama orang ramai, dan aku adalah seperti seorang daripada orang ramai sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya di sana terdapat dua perkara: Perkara yang baik dan perkara yang jahat. Apakah gerangan perkara yang jahat kamu lebih mencintai daripada perkara yang baik?


Para Nabi Menyeru Kepada Wilayah Ali Bin Abu Talib
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-'Abbas bin Ma'ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah al-Khzzaz, daripada Abu Hafs al- 'Abdi, daripada Abu Harun al-'Abdi, daripada Abu Sa'id al-Khudri berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w, dan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan Dia menyerunya kepada wilayah anda sama ada secara sukarela atau paksaan (ma ba'atha l-Lahu nabiyyan illa wa qad da'a-hu ila wilayati-ka ta'i'an au karihan).


Hadis Abdullah bin Abu Bakr al-Arjani Bersama Abu Abdullah A.S
Daripadanya, daripada bapanya, dan al-'Abbas bin Ma'ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah berkata: Abdullah bin Abd al-Rahman bin al-Assam telah memberitahuku, daripada Abdullah bin Bakr al-Arjani berkata: Aku telah menemani Abu Abdullah a.s di perjalanan Makkah ke Madinah, maka beliau telah bermalam di di satu tempat bernama 'Asfan, kemudian kami telah melalui di Jabl Aswad ke arah kanan yang menakutkan (wahsyun).

Maka aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, alangkah bukit ini menakutkan! Aku tidak pernah melihat di dalam perjalanan aku sebuah bukit yang lebih menakutkan? Maka beliau berkata: Wahai Ibn Bakr, adakah anda mengetahui bukit manakah ini? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Bukit ini bernama al-Kamd iaitu terletak di atas salah satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam, di dalamnya pembunuh-pembunuh bapa aku al-Husain bin Ali a.s, berlari di bawahnya air neraka Jahanam yang panas, mereka tidak akan keluar daripada Jahanam, daripada tempatnya, daripada dosa-dosa, daripada tanah Khubal, daripada Ladha, daripada al-Hatamah, daripada Saqar, daripada Jahim, daripada al-Hawiyah, daripada Sa'ir. Aku tidak melalui bukit ini melainkan aku melihat mereka berdua sedang memohon pertolongan daripada aku, dan merendah diri kepada aku, dan sesungguhnya aku sedang melihat kepada pembunuh-pembunuh bapa aku, maka aku berkata kepada mereka berdua: Sesungguhnya mereka itu telah melakukan kepada kami apa yang mereka telah melakukannya.

Sementara kamu berdua telah meletakkan asas tersebut tanpa kasihan belas kepada kami (assastu-ma wa lam tarhamu-na) manakala kamu memerintahkan, kamu telah membunuh kami, menghalang kami, merampas hak kami, kamu telah mengguna kekerasan terhadap kami. Maka Allah tidak akan memberi rahmat-Nya kepada orang yang mengasihani kamu berdua apa yang kamu telah melakukannya. Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, dan yang paling merendah diri kepada aku adalah yang kedua. Kemungkinan aku berdiri kerana ingin menyenangkan apa yang terlintas di hatiku, kemungkinan aku melipatkan bukit al-Kamd di mana mereka berdua berada di dalamnya aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apabila anda melipatkan bukit itu apakah yang anda akan mendengarnya? Beliau berkata: Aku mendengar suara mereka sedang menyeru: Datang kepada kami, kami akan berbicara dengan anda, kami sedang bertaubat, tiba-tiba aku mendengar laungan dari bukit berkata:Janganlah anda bercakap dengan mereka, dan berkatalah kepada mereka: Diamlah padanya, dan janganlah kamu bercakap.

Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, siapakah bersama mereka berdua? Beliau berkata: Setiap Fir'aun yang menentang Allah sebagaimana diceritakan oleh Allah. Setiap orang yang telah mengajari hamba-hamba-Nya kekufuran, aku berkata: Siapakah mereka? Beliau berkata: Seperti Qurus yang telah mengajar mereka Yahudi bahawa 'Uzair adalah anak lelaki Tuhan, seperti Nustur yang telah mengajar mereka Nasrani bahawa al-Masih adalah anak lelaki Tuhan, dan berkata kepada mereka: Mereka adalah tiga, seperti Fir'aun Musa yang berkata: Aku adalah Tuhan Yang Maha Tinggi. Seperti al-Nimrud yang berkata: Akulah yang telah memaksa penghuni bumi dan aku telah membunuh mereka yang di langit, pembunuh Amir al-Mukminin a.s, pembunuh Fatimah a.s, pembunuh al-Muhsin, pembunuh al-Hasan dan al-Husain a.s.

Adapun Mu'awiyah dan 'Umru bin al 'As mereka berdua tidak tamak untuk dibebaskan. Dan bersama mereka adalah setiap orang yang melakukan permusuhan terhadap kami (kullu man nasaba la-na al-'Adawata), menentang kami dengan lidahnya, dan tangannya, maka aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah penghabisan bukit ini? Beliau berkata Kepada bumi yang ke enam dan padanya Jahanam iaitu di atas satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam. Dan di atasnya para malaikat yang menjaganya di mana bilangannya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit, titisan hujan, dan bilangan air laut. Allah telah mewakilkan setiap malaikat dengan tugasnya, lalu mereka menjaganya, tanpa mengabaikannya


37
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Kitab Sifat Syurga Dan Neraka
Bismillahi r- Rahmani r- Rahim

Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad bin Isa telah memberitahuku, berkata: Sa'id bin Jinah telah memberitahuku, daripada 'Auf bin Abdullah al-Azadi, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah t.w.t mahu mencabut roh mukmin, maka Dia berfirman: Wahai malaikat maut! Pergilah kamu dan pembantu-pembantu kamu kepada hamba-Ku, sudah lama dia telah memenatkan dirinya kerana-Ku, maka bawalah ke sini rohnya supaya ia berehat di sisi-Ku, lantas malaikat maut mendatanginya dengan muka yang baik, pakaian yang baik, dan bauan yang wangi. Dia berdiri di pintu tanpa meminta izin penjaga pintu, tidak melintasi hijab, tidak memecahkan pintu, bersamanya lima ratus pembantu, dan bersama mereka bauan yang mewangikan seraya berkata: As Salamu alaika ya waliyya l-Lah, bergembiralah kerana Tuhan anda memberi salam kepada anda, dan sesungguhnya Dia meredai anda tanpa sebarang kemarahan, dan bergembiralah dengan roh dan raihan dan syurga Na'im.

Beliau berkata: Adapun roh, maka ia berehat dari dunia dan balanya, dan raihan adalah daripada segala bauan syurga, lalu diletaknya di dagunya, maka bauannya akan sampai kepada rohnya, lantaran itu, dia di dalam keadaan rehat sehingga Dia mengeluarkan dirinya, kemudian Ridhwan penjaga syurga akan mendatanginya, lalu dia memberi minuman dari syurga di mana dia tidak akan terasa dahaga di kuburnya, dan pada hari Kiamat, akan memasuki syurga di dalam keadaan gembira (rayyanan), dan dia akan berkata: Wahai malaikat maut, kembalikan rohku sehingga ia mengimbangi jasadku dan jasadku mengimbangi rohku. Beliau berkata: Malaikat maut berkata: Setiap satu daripada kamu akan mengimbangi di antara satu sama lain, maka roh berkata: Allah memberi ganjaran kepada anda daripada jasad sebaik-baik ganjaran. Aku telah bersegera di dalam mentaati-Nya dan melambatkan di dalam melakukan kemaksiatan kepada-Nya, maka Allah telah memberi ganjaran kepadaku daripada kebaikan jasadku sebaik-baik ganjaran, maka ke atas anda sebaik-baik salam sehingga hari Kiamat dan jasad pula akan berkata kepada roh perkara yang sama.

Beliau berkata: Malaikat maut akan melaung kepada roh yang baik, wahai roh ang baik, keluarlah anda dari dunia dalam keadaan beriman, dirahmati dan senang hati. Beliau berkata: Malaikat telah berlembut dengannya, segala kesusahannya di atasi dan dipermudahkan segala-galanya untuknya, maka jadilah dia seekor " binatang " yang kekal (sara la-hayawan al-Khuld). Beliau berkata: Kemudian Allah mengutus untuknya beberapa barisan para malaikat yang tidak mengambil nyawanya, maka mereka berdiri di dalam barisan yang teratur di antara rumahnya dan kuburnya, mengucap istighfar untuknya dan memberi syafaat untuknya. Beliau berkata: Malaikat maut menyambutnya, dan memberi khabar gembira di pihak Allah dengan penuh kehormatan, dan kebaikan sebagaimana seorang bayi bergurau dengan ibunya, kemudian dia mencucurinya dengan minyak dan bauan yang menyenangkan jiwa.

Beliau berkata: Apabila nyawanya sampai di halkum, maka dua malaikat yang menjaganya berkata: Wahai malaikat maut, berlembutlah dengan sahabat kami, maka dia adalah sebaik-baik saudara lelaki, dan sebaik-baik orang yang duduk, dia tidak melakukan apa yang dimurkai Allah. Apabila rohnya keluar, maka ia akan keluar dengan gembira dan diikuti dengan bauan di syurga, dinaikkan ke langit dunia, beliau berkata: Pintu-pintu langit dibuka untuknya dan penjaga-penjaga pintu berkata: Allah telah menghidupkannya dengan jasadnya, amalannya yang soleh melalui kami dan kami mendengar kemerduan suaranya dengan al-Qur'an.

Beliau berkata: Pintu-pintu langit dan penjaga-penjaganya menangis kerana kehilangannya, dan berkata: Wahai Tuhanku, hamba Engkau ini mempunyai amalan yang soleh, kami mendengar kemerduan suaranya membaca al-Qur'an, lalu mereka berkata: Utuslah kepada kami seorang hamba mengganti tempatnya membaca al-Qur'an supaya dia memperdengarkannya kepada kami, maka Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, maka para malaikat langit akan menyambutnya, memohon syafaat, dan beristighfar untuknya, maka Allah akan berfirman: Rahmat-Ku ke atasnya melalui roh, lalu roh-roh mukminin berjumpa dengannya seperti seorang yang hilang berjumpa dengan sahabatnya. Lalu sebahagian mereka berkata: Tinggalkan roh ini sehingga ia sedar, kerana ia telah keluar daripada dukacita yang besar, sekarang ia berehat. Mereka menyambutnya, dan bertanya kepadanya, dan berkata: Apakah yang telah dilakukan oleh polan dan polan? Jika dia telah mati, mereka menangis dan meminta supaya ia dikembalikan, dan mereka berkata: Kami daripada Allah dan kepada-Nya kami kembali.

Beliau berkata: Beliau berkata: Allah berfirman: Kembalikannya kepadanya, maka daripadanyalah Aku telah menciptakan mereka, dan padanyalah Aku mengembalikan mereka, dan daripadanya Aku mengeluarkan mereka pada kali yang lain pula, beliau berkata: Apabila dibawa di atas kerandanya, maka malaikat menyegarkannya kembali, dan mempertahankannya daripada syaitan yang sedang melihat kepadanya dari jauh, tetapi syaitan tiada kuasa ke atasnya. Apabila mereka membawanya ke kubur, setiap tanah perkuburan bertukar menjadi hijau untuknya, dan berkata: Wahai Tuhanku, jadilah ia di perut aku.

Beliau berkata: Maka ia akan dibawa pada tempat di mana Allah telah menetapkannya untuknya, dan apabila ia diletakkan di lubang lahadnya, maka dijelmakan kepadanya bapanya, ibunya, isterinya, anaknya, dan saudara-saudaranya, beliau berkata: Dia akan berkata kepada isterinya: Apakah yang membuat anda menangis? Beliau berkata: Isterinya akan berkata: Kerana ketiadaan anda dan anda telah membebankan kehidupan kami.

Beliau berkata: Dia akan didatangi gambaran yang cantik, beliau berkata: Dia akan berkata: Siapakah anda? Maka dia berkata: Akulah amalan anda yang baik. Aku adalah benteng anda, dan senjata anda dengan perintah Allah, Dia berkata: Demi Allah, jika aku telah mengetahui sesungguhnya anda pada tempat ini, nescaya aku akan melantik diri aku untuk anda dan harta aku dan anak aku tidak akan memperdayakan aku, Dia berkata: Wahai wali Allah, bergembiralah dengan kebaikan, demi Allah, sesungguhnya ia mendengar bunyi kasut mereka apabila mereka pulang, dan apabila mereka membersihkan tangan mereka dari tanah, dan apabila mereka selesai kerja mereka, maka rohnya dikembalikan kepadanya, tetapi mereka tidak mengetahuinya.

Beliau berkata: Bumi akan berkata kepadanya: Selamat datang wahai wali Allah, sesungguhnya aku telah mencintai anda semasa anda berada di atasku, dan sekarang aku lebih mencintai anda apabila anda berada di dalam perut aku, tentang kemuliaan Tuhanku, maka aku akan melakukan sifat kejiranan yang baik terhadap anda, aku akan menyejukkan tempat tidur anda, aku akan memperluaskan tempat masuk anda. Sesungguhnya aku adalah satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka.

Beliau berkata: kemudian Allah akan mengutus kepadanya seorang malaikat, maka ia akan memukul dengan sayapnya di kanan, di kiri, di hadapan, dan di belakangnya, lalu ia meluaskan untuknya setiap jalan empat puluh cahaya, lalu kuburnya di kelilingi cahaya.

Beliau berkata: Kemudian Munkar dan Nakir mendatanginya iaitu dua malaikat yang hitam mencari kubur dengan taring mereka berdua, suara mereka berdua seperti petir yang memanah, mata mereka berdua seperti kilat yang terang, lalu mereka berdua menakut-nakutkannya, melaung terhadapnya sambil berkata: Siapakah Tuhan anda? Siapakah nabi anda? Apakah agama anda? Dan siapakah imam anda? Jika dia menjawab dengan betul, maka mereka berdua berkata: Anda memang benar, Allah telah memberi hidayah kepada anda, lihatlah di sisi dua kaki anda, tiba-tiba dia berada di pintu neraka, lalu dia berkata: Sesungguhnya kami daripada Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali, ini bukanlah sangkaan aku terhadap Tuhanku, Tuhan segala alam semesta.

Beliau berkata: Mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, janganlah anda berdukacita, janganlah anda takut, bergembiralah, maka ini bukanlah untuk anda, dan anda bukanlah untuknya. Sesungguhnya Allah mahu memperlihatkannya kepada anda dari sudut manakah Dia telah menjayakan anda, dan dari sudut manakah Dia telah merasakan anda dengan menarik balik keampunan-Nya. Sesungguhnya Dia telah menutup pintu ini daripada anda, dan anda tidak akan memasuki neraka selama-lamanya, lihatlah di sisi kepala anda, tiba-tiba dia berada di syurga bersama isteri-isterinya daripada bidadari-bidadari syurga.

Beliau berkata: Dia melompat untuk memeluk seorang isteri bidadarinya, lalu mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, sesungguhnya anda mempunyai saudara-saudara lelaki dan perempuan yang belum datang, maka tidurlah dengan senang hati seperti seorang kekasih di dalam keasyikannya sehingga hari Kiamat.

Beliau berkata: Dibuka hamparan untuknya, dan dilebarkannya. Beliau berkata: Demi Allah, dia tidur lebih aman daripada seorang kanak-kanak yang tidur di hadapan ibu, dan bapanya, beliau berkata: Apabila tiba hari Kiamat, lalu dibawa kepadanya sebahagian api neraka, maka dia dapat menepiskannya jika dia sentiasa membaca Surah al-Sajdah (30), dan Surah al-Mulk (67). Surah al-Mulk (67) berdiri di sisinya sementara Surah al-Sajdah (30) datang sambil berkata: Aku datang dengan syafaat Tuhan semesta alam.

Beliau berkata: Kemudian sebahagian azab datang di sebelah kanannya, maka solat berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, maka anda tiada jalan sebelum aku, lalu azab datang di sebelah kirinya, maka zakat berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, anda tiada jalan sebelum aku, kemudian azab datang di sebelah kepalanya, maka al-Qur'an berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, anda tiada jalan sebelum aku, kerana dia telah menyimpan aku di hatinya, dan di lidahnya di mana dia mentauhidkan Tuhanku dengannya, lantaran itu, anda tiada jalan sebelum aku, kemudian sebahagian daripada api neraka keluar di dalam keadaan marah, maka beliau berkata: Dia bukan wali Allah, malah wali kamu berdua (dua Surah). Beliau berkata: Sabar pula berkata di satu sudut kubur: Demi Allah, tiada halangan kepada aku untuk mewalikan wali Allah pada hari ini melainkan aku melihat apa yang ada pada sisi kamu, manakala kamu dapat mengatasi azab kubur, dan rintangannya, maka aku bagi wali Allah adalah simpanan, benteng di sisi neraca, jambatan Jahanam, dan 'Aradh di sisi Allah.
Amir al-Mukminin Ali a.s berkata: Akan dibuka untuk wali Allah dari tempat tinggalnya di syurga ke kuburnya sembilan puluh sembilan pintu. Rohnya, bauannya, kelazatannya, dan cahayanya akan memasukinya sehingga hari Kiamat, tiada suatu pun yang lebih dicintainya selain daripada berjumpa dengan Allah, beliau berkata: Dia berkata: Wahai Tuhanku, segeralah ke atas aku berlakunya Kiamat sehingga aku kembali kepada keluargaku dan hartaku. Apabila berlaku laungan Kiamat, maka dia akan keluar daripada kuburnya di dalam keadaan menuntut aurat, diberikan ketenangan dan keamanan, diberi berita gembira dengan keampunan, kesenangan, dan kebaikan yang tidak terkira banyaknya.

Lantas dua malaikat yang pernah bersamanya di dalam kehidupan di dunia, menyambutnya, kemudian mereka berdua membersihkan tanah daripada mukanya, dan kepalanya, dan tidak akan berpisah daripadanya, menggembirakannya, dan menyelamatkannya dari setiap ketakutan pada hari Kiamat, mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, tiada ketakutan dan dukacita ke atas anda pada hari ini, kamilah yang mengurus amalan anda di dalam kehidupan anda di dunia, kamilah para wali anda hari ini di akhirat. Lihatlah kepada syurga-syurga yang kamu mewarisinya berdasarkan apa yang kamu lakukannya.

Beliau berkata: Lalu dia berdiri di bayang 'Arasy, kemudian Tuhan mendekatinya sehingga berlaku di antaranya dan di antara Tuhannya hijab daripada cahaya, maka malaikat berkata kepadanya: Selamat datang, di antaranya diserikan mukanya, digembirakan hatinya, dan dia menjadi panjang tujuh puluh hasta daripada kegembiraannya, mukanya seperti bulan, panjangnya seperti panjangnya Adam. Betuknya seperti bentuk Yusuf, lidahnya seperti lidah Muhammad s.a.w, hatinya seperti hati Ayyub. Setiap kali dosanya diampuni, dia sujud, maka Dia berfirman: Wahai hamba-Ku, bacalah kitab anda, dan janganlah kamu takut.

Beliau berkata: Yang Maha Perkasa akan berfirman: Adakah kami telah menambahkan kejahatan anda, dan kami mengurangkan ke atas kamu kebaikan kamu? Beliau berkata: Dia berkata: Wahai Tuan-Ku, Engkaulah yang melakukan keadilan dan Engkaulah sebaik-baik orang yang membuat keputusan.

Beliau berkata: Hamba-Ku, tidakkah kamu terasa malu, tanpa melakukan muraqabah kepada-Ku, dan tidak pula takut kepada-Ku? Dia berkata: Sayyidi, sesungguhnya aku telah melakukan kejahatan, tetapi Engkau tidak mendedahkan diri aku mengenainya, sesungguhnya semua makhluk sedang melihat kepada aku, beliau berkata: Yang Maha Perkasa berfirman: Demi kemuliaan-Ku, wahai pelaku kejahatan, aku tidak akan mendedahkan keburukan kamu pada hari ini.

Beliau berkata: Kejahatan di antaranya dan Allah adalah tersembunyi sementara kebaikan menjadi terserlah kepada orang ramai. Beliau berkata: Setiap kali Dia mengaibkannya dengan dosa, dia berkata: Sayyidi, Engkau mengutus aku ke neraka adalah lebih baik daripada Engkau memalukan aku, beliau berkata: Lantas Yang Maha Perkasa meredainya.

Beliau berkata: Dia berfirman: Adakah kamu teringat pada hari tertentu kamu telah memberi makan seorang yang lapar, dan kamu telah menyambungkan ikatan persaudaraan dengan saudara mukmin, kamu telah memberi pakaian pada suatu hari, kamu telah melakukan amalan haji menyeru-Ku di dalam ihram, kamu telah berjaga malam, kamu telah menunduk pandangan kamu kepada-Ku. Adapun kebaikan yang kamu lakukan, maka ia adalah disyukuri. Adapun kejahatan yang kamu lakukan, maka ia diampuni. Lantaran itu, palingkan muka kamu, apabila dia berpaling, tiba-tiba dia "melihat" kepada Yang Maha Perkasa, maka pada masa itu, mukanya berseri, hatinya bergembira, lalu diletakkan mahkota di atas kepalanya, dan di tangannya perhiasan yang bermacam-macam.

Kemudian Dia berfirman: Wahai Jibrail, pergilah bersama hamba-Ku, perlihatkan kepadanya kemuliaan-Ku, lalu dia keluar dari sisi Tuhan dan mengambil kitabnya dengan tangan kanannya, lalu dia membentangkannya kepada mukminin, dan mukminat sambil menyeru "Ambillah, bacalah kitabku ini. Sesungguhnya aku yakin bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku maka orang itu berada di dalam kehidupan yang diredai " Surah al-Haqah (67 ):19 . Dan apabila sampai ke pintu syurga, dikatakan kepadanya: Ambillah pasport, dia berkata: Inilah pasport aku tertulis di dalamnya:

Bismillahi r -Rahmani r -Rahim

Ini adalah pasport laluan daripada Allah Yang Maha Mulia Lagi Bijaksana untuk polan bin polan daripada Tuhan alam semesta,maka seorang penyeru menyeru orang ramai : Sesungguhnya polan bin polan telah bahagia dengan kebahagiaan yang tidak akan membawa kecelakaan selama-lamanya.

Beliau berkata: Maka dia pun masuk, tiba-tiba dia berada di sebatang pokok yang mempunyai bayang yang panjang, air yang dicurahkan, buah yang tersedia diberi nama Ridhwan. Keluar daripada betisnya dua air mata yang sedang mengalir, lalu dia pergi kepada salah satu daripadanya dan setiap kali dia melaluinya, maka dia mandi dan keluar, dan di atasnya nikmat yang banyak, kemudian dia meminum daripada yang satu lagi, maka tidak terdapat sebarang kesakitan, dan penyakit pada perutnya sebagaimana firman-Nya Surah al-Insan (76 ): 21 "dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih". Kemudian malaikat menyambutnya dan berkata kepadanya: Anda telah baik, maka masuklah bersama mereka yang masuk, maka dia pun masuk, tiba-tiba dia berada di sebatang pokok di mana dahan-dahannya adalah mutiara, dan cabang-cabangnya adalah daripada perhiasan yang bermacam-macam. Dan buah seperti payudara hamba-hamba perempuan yang masih dara, malaikat menyambutnya dengan unta-unta dan segala perhiasan, mereka berkata: Wahai wali Allah, naikilah apa yang anda kehendaki, pakailah apa yang anda kehendaki.

Beliau berkata: Lantas dia menaiki apa yang dia kehendaki, dan memakai apa yang dia ingini ketika berada di atas unta daripada cahaya, pakaiannya dan perhiasannya daripada cahaya berjalan di rumah cahaya bersamanya malaikat, budak-budak daripada cahaya, semuanya daripada cahaya sehingga malaikat terasa takut dan berkata: Ketepikan kamu semua, maka sesungguhnya rombongan Yang Maha Pengampun telah datang.

Beliau berkata: Lalu dia melihat kepada istananya yang pertama daripada perak diserikan dengan permata yaqut, isteri-isterinya menjaganya. Mereka berkata: Selamat datang, selamat datang, bermalamlah dengan kami. Beliau berkata: Malaikat berkata: Bergembiralah, wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda, sehingga berakhir kepada istana yang dihiasi dengan permata nilam, maka malaikat berkata: Bergembiralah wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda dan orang lain juga.

Beliau berkata: Kemudian dia mendatangi istana daripada permata nilam yang berwarna merah, maka malaikat berkata kepadanya: Bergembiralah, wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda dan orang lain.

Beliau berkata: Dia berjalan sehingga sampai kepada seribu istana, semuanya dapat ditembusi oleh penglihatannya, dan dia dapat berjalan pada miliknya lebih cepat daripada kelipan mata, dan apabila dia sampai ke istananya yang paling jauh, dia memalingkan kepalanya, maka malaikat berkata: Apakah terjadi dengan anda, wahai wali Allah? Beliau berkata: Dia berkata: Hampir penglihatan aku hilang, mereka berkata: Wahai wali Allah, bergembiralah, kerana di syurga tiada orang yang buta, dan pekak, kemudian dia mendatangi sebuah istana, lalu dia melihat batinnya daripada zahirnya, dan melihat zahirnya daripada batinnya di mana batu batanya daripada perak, emas, permata nilam, dan mutiara yang diharumi dengan bauan dan diserikan dengan cahaya yang bersinar-sinar. Lelaki melihat mukanya di dinding dan berkata: Akhirnya adalah minuman.

Kemudian Nabi s.a.w telah menyebut bidadari, lalu Umm Salmah berkata: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku, wahai Rasulullah, tidakkah bagi kami kelebihan ke atas mereka? Beliau berkata: Ya, dengan solat anda, puasa anda, dan ibadat anda kepada Allah seperti kedudukan yang zahir ke atas yang batin, beliau telah memberitahu bahawa bidadari telah diciptakan oleh Allah di syurga bersama pokoknya, dan Dia telah menahan mereka untuk suami-suami mereka di dunia, setiap orang daripada mereka mempunyai tujuh puluh pakaian. Keputihan betis-betis mereka dapat dilihat dicelah-celah tujuh puluh pakaian sebagaimana anda melihat minuman merah di gelas yang putih atau seperti tali yang putih di permata nilam yang merah. Dia menyetubuhinya (yujami'u-ha) kadar kekuatan seratus orang lelaki muda di dalam keadaan nafsu berahi selama empat puluh tahun, mereka adalah di dalam keadaan dara sunti. Apabila dia berkahwin, dia masih dara "Tidak disentuhi oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh Jin" Surah al-Rahman (55 ):56 dan 74 "Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik" Surah al-Rahman (55):70, iaitu akhlak yang mulia, dan muka yang cantik. Surah al-Rahman (55) :58 " Seakan-akan bidadari itu seperti yaqut dan marjan "

Beliau berkata: Sesungguhnya di syurga sebuah sungai di kedua tepinya hamba-hamba perempuan, beliau berkata: Allah mewahyukan kepada mereka: Dengarlah hamba-hamba-Ku, pujian-Ku, tasbih-Ku, maka mereka mengangkat suara-suara mereka dengan nada yang bermacam-macam di mana orang ramai tidak pernah mendengarnya sebelumnya. Dialah yang menggembirakan ahli syurga, dan seorang wali Allah diselia oleh seorang perempuan yang bukan daripada perempuan-perempuannya di sebalik tabir, mereka memenuhi istana-istananya dengan berbagai-bagai cahaya. Seorang wali Allah menyangka bahawa dia diselia oleh Allah atau malaikat-Nya, lalu dia mengangkat kepalanya, tiba-tiba dia berada di sisi isterinya yang hampir cahaya isterinya menghilangkan cahaya dua matanya.

Beliau berkata: Lalu bidadari menyerunya bahawa sesungguhnya telah hampir waktu kami, anda menjadikan giliran untuk kami, beliau berkata: Dia berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah di kalangan mereka yang telah disebutkan Allah di dalam al-Qur'an Surah Qaf (50): 35 " Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki, dan pada sisi Kami ada tambahannya", maka dia menyetubuhinya kadar kekuatan seratus pemuda, dan dia memeluknya selama tujuh puluh tahun mengikut umur mereka yang terdahulu.

Dan dia tidak mengetahui sama ada dia melihat kepada mukanya atau kepada belakangnya atau kepada betisnya. Setiap kali dia melihat kepada sesuatu daripadanya, maka dia hanya melihat mukanya sendiri disebabkan cahayanya dan kebersihannya. Kemudian perempuan lain yang lebih cantik daripada yang pertama menyelianya dan berkata: Sesungguhnya telah hampir waktu bagi kami, anda menjadikan giliran bagi kami, beliau berkata: Maka dia berkata kepadanya: Siapakah anda? Dia berkata: Aku adalah di kalangan orang yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Qur'an Surah al-Sajdah (32):17 "Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan di atas apa yang mereka kerjakan" .

Beliau berkata: Tidak seorang pun yang akan memasuki syurga melainkan mempunyai lima ratus pasangan daripada bidadari, dan setiap bidadari itu tujuh puluh hamba lelaki, dan tujuh puluh hamba perempuan. Mereka sepertilah permata nilam dan mutiara yang belum disentuhi oleh tangan, dan dilihat oleh mata. Baginya tujuh puluh istana dan setiap istana tujuh puluh bilik.

Dan setiap bilik tujuh puluh katil, dan setiap katil tujuh puluh tilam di atasnya seorang bidadari "yang berlari di bawahnya sungai-sungai" Surah al-Talaq (65 ):11, yang terdiri daripada air yang bersih. "Dan sungai-sungai pula adalah daripada susu yang tidak akan berubah rasanya" Surah Muhammad (47):15 "Dan sungai-sungai daripada madu yang ditapis" yang tidak keluar daripada binatang ternakan, dan yang tidak keluar daripada perut lebah " dan sungai-sungai daripada arak, lazat bagi peminum-peminum", tidak dipijak oleh mana-mana lelaki dengan kaki-kaki mereka. Apabila mereka inginkan makanan, maka burung-burung putih akan membawanya, mengangkat sayap-sayap mereka. Mereka makan daripada warna apa yang mereka ingini sama ada di dalam keadaan duduk atau bersandar.

Jika mereka inginkan buah-buahan, maka dahan-dahan pokok akan memanjangkan kepada mereka, lalu mereka makan apa yang mereka ingini. Dia berfirman di dalam Surah al-Ra'd (13):23-4 " malaikat-malaikat memasuki tempat-tempat mereka dari segala pintu : Salam ke atas kamu di atas kesabaran kamu, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu". Sementara mereka berada di dalam keadaan sedemikian, mereka mendengar suara di bawah Arasy: Wahai ahli syurga, bagaimana kamu melihat masa depan kamu? Mereka berkata : Sebaik-baik masa depan adalah masa depan kami, dan sebaik-baik pahala adalah pahala kami. Sesungguhnya kami telah mendengar suara, tetapi kami ingin melihat kepada cahaya kebesaran Engkau iaitu sebesar-besar pahala kami, sesungguhnya Engkau telah berjanji, dan Engkau tidak akan mungkir janji.

Lantas Allah memerintahkan hijab-hijab, maka berdirilah tujuh puluh ribu hijab, lalu mereka menaiki unta dan keldai di atas mereka segala perhiasan, lalu mereka berjalan pada bayang pokok sehingga mereka berakhir di Dar al-Salam iaitu Dar Allah, Dar al-Baha' dan al-Nur, dan Dar al-Karamah, maka mereka mendengar suara, lalu mereka berkata: Ya sayyidi, Kami telah mendengar kelazatan percakapan Engkau, lantaran itu, perlihatkanlah kepada kami cahaya zat Engkau, lantas Allah melakukan tajalli sehingga mereka melihat kepada cahaya zat-Nya yang tersembunyi daripada setiap orang yang melihat. Mereka tidak dapat mengimbangi diri mereka, sehingga mereka sujud, mereka berkata: Maha Suci Engkau, kami tidak menyembah Engkau dengan sewajarnya, wahai Yang Maha Besar.

Beliau berkata: Dia berfirman wahai hamba-hamba-Ku, angkatlah muka kamu, kerana ini bukan tempat bekerja. Ini adalah tempat kemuliaan dan nikmat. Segala kepenatan telah hilang daripada kamu. Apabila mereka mengangkat kepala mereka, maka muka mereka berseri-seri daripada cahaya zat-Nya sebanyak tujuh puluh kali ganda, kemudian Allah berfirman: Wahai Para malaikat-Ku, berikan kepada mereka makan dan minum, lalu mereka membawa makanan yang bermacam-macam di mana mereka tidak pernah melihatnya sebelumnya dari segi kelazatan madu, keputihan salji, dan kelembutan keju, beliau berkata: Allah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, berikan mereka minuman, beliau berkata: Mereka membawa minuman, lalu wali Allah mengambilnya dan meminumnya.

Beliau berkata: Allah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, berikan mereka bauan, lalu angin datang kepada mereka dengan bauan yang lebih putih daripada salji yang dapat mengubah muka-muka mereka, dan dahi-dahi mereka ia dinamakan al-Muthirah, justeru ia membolehkan mereka melihat kepada cahaya zat-Nya. Mereka berkata: Ya sayyidu-na, cukuplah bagi kami menikmati kelazatan percakapan Engkau, dan melihat cahaya zat Engkau, kami tidak mahu menukarkannya lagi.

Allah Berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui bahawa kamu mencintai isteri-isteri kamu, dan isteri-isteri kamu pula mencintai kamu, maka mereka berkata: Apakah yang Engkau paling mengetahui pada jiwa hamba-hamba Engkau? Maka Dia berfirman: Bagaimana Aku tidak mengetahui sedangkan Aku telah menciptakan kamu, dan Aku telah menetapkan roh-roh kamu pada badan-badan kamu, kemudian Aku mengembalikannya ke atas kamu selepas mati, maka Aku berkata: Sediakan kepada hamba-hamba-Ku sebaik-baik tempat tinggal, kembalilah kepada isteri-isteri kamu, beliau berkata: Mereka berkata: Wahai sayyidu-na, jadikanlah syarat bagi kami, Dia berfirman: Sesungguhnya kamu pada setiap Jumaat satu lawatan (zaurah )di antara Jumaat kepada Jumaat yang lain adalah tujuh ribu tahun menurut kiraan kamu.

Beliau berkata: Maka mereka pun pulang, lalu diberi setiap seorang lelaki daripada mereka sebiji delima hijau, dan pada setiap biji delima itu tujuh puluh pakaian yang tidak pernah dilihat oleh makhluk. Mereka berjalan didahului oleh kanak-kanak sehingga mereka memberitahu berita gembira kepada isteri-isteri mereka yang sedang berdiri di pintu-pintu syurga, beliau berkata: Apabila dia menghampiri isterinya, lalu dia melihat pada muka suaminya, lalu dia mengingkarinya tanpa sebarang sangkaan jahat, dia berkata: Wahai kekasih aku (habibi), anda telah keluar dari sisi aku, anda bukanlah semacam ini, beliau berkata: Dia berkata: Wahai kekasihku (habibati), anda mencela aku kerana kau menjadi begini?

Sesungguhnya aku telah melihat kepada cahaya zat Tuhan-Ku, lalu mukaku berseri daripada cahaya zat-Nya, kemudian dibentangkan kepadanya, lalu dia melihat kepadanya satu kali lihat, maka dia berkata: Wahai kekasihku (habibati) sesungguhnya aku telah keluar dari sisi anda dan aku bukanlah begini? Maka dia berkata: Wahai kekasihku (habibi) anda mencela aku kerana aku menjadi begini sesungguhnya aku telah melihat kepada muka orang telah melihat (wajhi al-Nazir ) cahaya zat Tuhanku, lalu muka aku berseri-seri daripada muka orang yang telah melihat kepada cahaya zat Tuhanku tujuh puluh kali ganda, lalu dia berpaut kepadanya, maka Allah "ketawa" kepada mereka, maka mereka menyeru dengan suara mereka "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita daripada kami sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun.

Beliau berkata: Kemudian Tuhan mengizinkan kepada para nabi, lalu seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan, lalu para malaikat berbaris, dan cahaya di hadapan mereka, kemudian ahli syurga melihat kepadanya, lantas mereka memanjangkan tengkuk mereka kepadanya, mereka berkata: Siapakah ini, sesungguhnya ia begitu mulia di sisi Allah? Beliau berkata: Malaikat berkata: Makhluk ini diciptakan dengan tangan-Nya, dan ditiupkan padanya dengan roh-Nya, dan diajari dengan nama-nama, maka ini adalah Adam yang telah diizinkan oleh Allah.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah al-Khalil Ibrahim yang telah diizinkan oleh Allah.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah Musa bin Imran di mana Allah telah bercakap dengannya dengan satu percakapan, dan ia telah diizinkan oleh Allah.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini yang telah diizinkan oleh Allah? Malaikat berkata: Ini adalah roh Allah dan kalimat-Nya, ini adalah Isa bin Maryam.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini yang telah diizinkan oleh Allah? Malaikat berkata: Ini adalah seorang yang telah dipilih dengan wahyu, yang diamanahkan ke atas risalah-Nya, penghulu anak Adam, ini adalah Nabi Muhammad s.a.w, dan ia telah diizinkan oleh Allah.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah saudara lelaki Rasulullah di dunia dan di akhirat.

Beliau berkata: Kemudian diberi keizinan kepada para nabi, para siddiqin, para syahid, lalu diletakkan ke atas para nabi mimbar-mimbar daripada cahaya, bagi para siddiqin katil-katil daripada cahaya, dan bagi para syahid kerusi daripada cahaya, kemudian Allah berfirman: Selamat datang dengan rombongan-Ku, pelawat-pelawat-Ku, dan jiran-jiran-Ku, wahai para malaikat-Ku, berikan mereka makan, lalu diberikan kepada mereka makanan yang tidak pernah dilihat oleh mereka sebelumnya perasa madu, kelembutan keju, dan keputihan salji, kemudian Dia berfirman: Wahai para malaikat-Ku berikan mereka buah-buahan yang bermacam-macam yang mereka tidak pernah melihatnya sebelumnya; yang segar manis, keputihan salji, dan kelembutan keju.

Beliau berkata: Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Jika satu biji daripada sebiji buah delima itu terjatuh, maka ia akan menutupi semua muka lelaki. Kemudian Dia berfirman: Wahai para malaikat-Ku, Pakaikan mereka, beliau berkata: Lalu mereka pergi kepada pokok-pokok di syurga yang dikilatkan dengan cahaya Yang Maha Pemurah, lalu mereka tertarik kepadanya. Kemudian Dia berfirman: Berikan mereka bauan, lalu angin di bawah Arasy mendatangi mereka, dan angin itu dinamakan al-Muthirah. Ianya lebih putih daripada salji, akan mengubah muka-muka mereka, dahi-dahi mereka, dan lambung mereka, kemudian Allah s.w.t akan melakukan tajalli sehingga mereka dapat melihat kepada cahaya zat-Nya yang tersembunyi daripada mata yang melihat.

Mereka berkata: Maha Suci Tuhan, Kami tidak menyembah Engkau dengan sewajarnya, wahai Yang Maha Besar. Kemudian Tuhan berfirman: Bagi kamu setiap Jumaat satu lawatan di antara Jumaat dan Jumaat tujuh ribu tahun menurut kiraan anda Daripadanya, daripada 'Auf bin Abdullah, daripada Jabir bin Yazid al-Ja'fi daripada Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Syurga adalah ditegah atau diharamkan ke atas para nabi sehingga aku memasukinya (al-Jannatu muharramatun 'ala al-Anbiya' hatta adkhula-ha), dan ditegah atau diharamkan ke atas semua umat sehingga syi'ah kami Ahlu l-Bait memasukinya (wa muharramatun 'ala al-Umam hatta yadkhula-ha syi'atu-na Ahl al-Bait ) .

Daripadanya, daripada 'Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Tuhan berfirman: Kamu masuklah syurga dengan rahmat-Ku, selamatkan daripada neraka dengan keampunan-Ku, bahagikan syurga dengan amalan kamu, maka dengan kemuliaan-Ku, Aku akan meletakkan kamu di tempat yang kekal, dan mulia, apabila mereka memasukinya, mereka akan menjadi sepanjang Adam enam puluh hasta, dan semuda umur Isa tiga puluh tiga tahun, di atas bahasa Arab Muhammad serta di atas bentuk Yusuf dari segi kecantikan, kemudian muka mereka disinari cahaya, dan di atas hati Ayyub dari segi keselamatan daripada kedengkian .

Daripadanya, daripada 'Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya syurga itu adalah empat sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Rahman (55 ):46 " Dan bagi orang yang takut saat maqam Tuhannya ada dua syurga" iaitu seorang lelaki menentang syahwat dunia iaitu maksiat, lalu dia mengingati makam Tuhannya, lantas dia meninggalkan maksiatnya itu, kerana takut kepada-Nya, maka ini adalah ayatnya mengenainya. Justeru dua syurga ini adalah bagi mukminin, dan mereka yang terdahulu.

Adapun firman-Nya Surah al-Rahman (55): 62 " dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi", beliau berkata: Selain dari dua syurga itu dari segi kelebihan, bukan dari segi keakraban, kedua-duanya untuk Ashab al-Yamin iaitu syurga al-Na'im, dan syurga al-Ma'wa. Dan pada empat syurga ini terdapat buah-buahan yang banyak seperti daun kayu, dan bintang-bintang. Di atas empat syurga ini ada dinding yang mengelilinginya, panjangnya lima ratus tahun perjalanan, batu bata daripada perak, emas, mutiara, dan yaqut dilekatkan dengan warna kuning, dan di atasnya cahaya yang bersinar-sinar, seorang lelaki dapat melihat mukanya di dinding, dan satu dinding mempunyai lapan pintu dan setiap pintu mempunyai dua daun.

Daripadanya, daripada 'Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Tanah syurga batu marmarnya adalah perak, debunya adalah kekuningan, bauannya adalah wangi, dan anak batunya daripada mutiara dan yaqut.

Daripadanya, daripada 'Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Katil-katilnya daripada mutiara, dan yaqut sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Waqi'ah (56): 15, 34 " Mereka berada di atas katil-katil yang bersalutkan emas dan mutiara", dan " dan hamparan yang tebal lagi empok" , dan Surah al-Mutaffifin (83) :23 " di atas bangku panjang yang rendah mereka melihat"

Daripadanya, daripada 'Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Rasulullah s.w.a bersabda: Sesungguhnya sungai-sungai syurga berlari tanpa alur lebih putih daripada salji, lebih manis daripada madu, lebih lembut daripada keju, anak batu sungainya adalah daripada mutiara dan yaqut. Sungai-sungainya berlari di atas kehendak wali Allah, tanpa mengurangkan sesuatu jika semua penghuni dunia menikmatinya.

Daripadanya, daripada 'Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kurma syurga, dan pelepahnya adalah daripada emas merah, buah kecilnya seperti permata jed hijau, pelepahnya daripada mutiara putih, buahnya yang segar adalah lebih segar daripada perak, lebih manis daripada madu, lebih lembut daripada keju, tandannya dua belas hasta, tiada sesuatu pun yang dapat menguranginya dan apabila dipetik, maka Allah mengembalikannya sebagaimana sebelumnya, Surah al-Waqi'ah (56 )33 "yang tidak berhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya"

Daripadanya, daripada 'Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s, daripada Nabi s.a.w tentang firman-Nya di dalam Surah al-Ra'd (13):29 " bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik" iaitu sebaik-baik tempat kembali. Adapun Tuba adalah pokok di syurga di mana pokoknya di dalam rumah Muhammad s.a.w. Jika seekor burung terbang dari batangnya ke cabangnya, maka ia tidak akan sampai kepadanya sehingga ia mati tua, dan di atas setiap daunnya ada malaikat yang berzikir kepada Allah, tiada satu rumah pun di syurga melainkan ada dahan pokok Tuba di tepi pagar syurga, ia akan membawa untuk mereka apa yang mereka kehendaki daripada segala perhiasannyadan buah-buahnya tanpa mengurangi sesuatu sebelumnya.

Daripadanya, daripada 'Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Sesungguhnya ahli syurga adalah seorang yang senang, dan dihormati, seorang ahli syurga dikurniakan kekuatan seratus orang lelaki di dalam makanan, minuman, syahwat dan jimak, kekuatan makanannya adalah kekuatan seratus lelaki, dan ia akan menikmati kelazatan makanannya selama empat puluh tahun. Allah telah memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya, dan badan-badan mereka dengan sutera putih, perhiasan kuning, dan pakaian yang hijau.

Daripadanya, daripada 'Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Sesungguhnya ahli syurga terus hidup tanpa mati, sedar tidak pernah tidur, kaya tidak pernah miskin, bergembira tanpa dukacita, ketawa tanpa menangis, dihormati tanpa dihina, sentiasa gembira tanpa merana, makan tanpa lapar, minum tanpa dahaga, memakai pakaian tanpa bertelanjang, selalu ziarah, kanak-kanak memberi salam kepada mereka, di tangan-tangan mereka cerek-cerek daripada emas dan perak, berehat di atas katil-katil panjang sedang melihat sesuatu, kehormatan daripada Allah mendatangi mereka secara berterusan, kami memohon kepada Allah syurga dengan rahmat-Nya, sesungguhnya Dia adalah berkuasa di atas setiap sesuatu .

38
AL-IKHTISAS ( KEPAKARAN )

Bab Sifat Neraka
Sa'id bin Junah, berkata: 'Auf bin Abdullah al-Azadi telah memberitahuku, daripada Jabir bin Yazid al-Ja'fi, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Apabila Allah menghendaki mengambil roh orang kafir, Dia berfirman: Wahai malaikat maut, pergilah anda, dan pembantu-pembantu anda kepada musuh-Ku, sesungguhnya Aku telah mengujinya, maka Aku telah memperbaiki ujiannya, dan Aku telah menyerunya kepada Dar al-Salam, maka dia telah enggan selain dari mencela-Ku, mengingkari-Ku, dan nikmat-Ku, dan dia telah mencela-Ku di atas Arasy-Ku, lantaran itu, maka cabutlah rohnya sehingga kamu mencampakkannya di neraka.

Beliau berkata: Malaikat maut akan mendatanginya dengan muka yang membenci, dua matanya seperti guruh, dan suaranya seperti petir, warnanya seperti malam yang gelap, jiwanya seperti percikan api neraka, kepalanya di langit dunia, satu kaki di timur, dan satu kaki di barat, dua tapak kakinya di udara bersama-samanya besi yang banyak cabang, dan bersamanya lima ratus para malaikat yang mempunyai cambuk daripada Jahanam, kemudian malaikat Sahqata'il, penjaga Jahanam memasukinya, lalu memberinya minuman daripada neraka, tetapi dia masih dahaga sehingga dia memasuki Jahanam, apabila seorang melihat kepada malaikat maut, maka akalnya melayang (tara 'aqlu-hu), dia berkata: Wahai malaikat maut, kembalikan aku, beliau berkata: Malaikat maut berkata: Tidak, ini adalah kalimat yang telah diperkatakannya, beliau berkata: Dia berkata: Wahai malaikat maut, kepada siapakah aku akan meninggalkan hartaku, keluargaku, anakku di dunia? Dia berkata: Tinggalkan mereka selain daripada anda, dan keluarlah anda ke neraka.

Beliau berkata: Lalu dia memukulnya dengan cambuk besi dengan pukulan yang menepati segala urat dan ikatan tulang, kemudian dia menariknya, lalu rohnya di tarik melalui dua tapak kakinya. Dan apabila ia sampai ke dua lututnya, dia memerintahkan pembantu-pembantunya supaya memukulnya dengan cambuk, kemudian dia mengangkatnya, dan membiarkan ia merasa kesakitannya sebelum ia keluar daripada tubuhnya seolah-olah dia dipukul dengan seribu pedang, jika dia mempunyai kekuatan Jin dan manusia, nescaya dia mengadu kesakitan pukulan cambuk tersebut, demikianlah keluarnya roh orang kafir daripada segala urat, anggota, sambungan tulang, dan rambut. Apabila ia sampai di halkum, maka malaikat memukul mukanya, dan duburnya. Firman-Nya di dalam Surah al-Ahqaf (46):20 " Dan pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kamu telah fasiq", dan firman-Nya di dalam Surah al-Furqan (25):22 " Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi mereka yang berdosa, dan mereka berkata:Hijran mahjura", maka mereka berkata: Syurga diharamkan ke atas kamu.

Beliau berkata: Rohnya keluar, lalu malaikat maut meletakkannya di antara tukul dan besi landasan, lalu tepi-tepi anak-anak jarinya dipecahkan, dan dicungkil dua matanya, kemudian bau busuknya naik ke atas di mana penghuni langit menderita daripadanya, lalu mereka berkata: Laknat Allah ke atas roh kafir yang busuk telah keluar daripada dunia, lantas Allah melaknatinya dan dilaknati oleh orang yang melaknatinya, dan apabila dibawa rohnya ke langit dunia, maka pintu-pintu langit dunia ditutup sebagaimana firman-Nya Surah al-A'raf (7):40 " sekali-kali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu-pintu langit, dan tidak pula mereka masuk syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka yang berbuat jahat", Allah berfirman: Kembalikannya kepadanya, maka di antaranya Aku telah menciptakan mereka, dan padanya, Aku akan kembalikan mereka, dan daripadanya Aku mengeluarkan mereka pada kali yang lain pula.

Dan apabila katilnya dibawa, maka syaitan juga akan membawanya, dan apabila sampai ke kuburnya, maka bumi berkata: Wahai Tuhanku, janganlah menjadikannya di perut aku sehingga diletakkan pada tempat yang telah ditetapkan Allah, dan apabila diletakkan di lahadnya, maka bumi berkata: Bukan selamat datang untuk anda wahai musuh Allah, demi Allah aku telah membenci anda ketika anda berada di atasku, dan aku pada hari ini lebih membenci anda ketika anda berada di perut aku, demi kemuliaan Tuhanku, aku akan menyakiti kejiranan anda, aku akan menyempitkan tempat masuk anda, aku akan menakutkan tempat tidur anda, dan aku akan menukarkan makanan anda, sesungguhnya aku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka.

Kemudian Mungkar dan Nakir datang kepadanya, mereka adalah dua malaikat yang berwarna hitam, dan biru, mencari kubur dengan taring mereka berdua, percakapan mereka seperti petir, dan penglihatan mereka seperti kilat, mereka berdua menakut-nakutkannya, dan melaung-laungkan kepadanya serta berkata: Siapakah Tuhan kamu, apakah agama kamu, siapakah nabi kamu, dan siapakah imam kamu? Dia berkata: Aku tidak mengerti, beliau berkata: Mereka berdua berkata: Seorang yang syak di dunia, maka dia juga syak pada hari ini, kamu tidak mengerti dan tidak dapat petunjuk.

Beliau berkata: Mereka berdua memukulnya, dan semuanya mendengar pukulannya di timur dan di barat melainkan Jin dan manusia, beliau berkata: Kekuatan laungannya membuatkan ular berlindung di dalam tanah, dan binatang liar berlindung di hutan, tetapi kamu tidak mengetahuinya, beliau berkata: Kemudian dua ekor ular hitam dan biru mengazabkannya lima jam di siang hari, dan enam jam di waktu malam, kerana ia bersembunyi daripada orang ramai, tetapi tidak bersembunyi dengan Allah, maka jauhlah bagi mereka yang tidak beriman.

Beliau berkata: Kemudian Allah menguasainya dengan dua malaikat yang buta, dan pekak bersama mereka berdua dua tukul besi daripada api neraka memukulnya dengan tepat, lalu dia melaung, tetapi mereka berdua tidak mendengarnya sehingga hari Kiamat.

Apabila laungan hari Kiamat, maka kuburnya menyala, Dia berkata: Neraka bagi aku, apabila kubur aku menyalakan api, lalu seorang penyeru berkata: Sesungguhnya neraka, dan kehinaan sudah hampir kepada anda, berdirilah daripada api kubur kepada api yang tidak akan padam, kemudian dia keluar dari kuburnya di dalam keadaan dukacita, dan dua matanya menjadi biru, hidungnya menjadi panjang, hatinya gerhana, menunduk kepalanya, lalu amalannya yang buruk datang, dan berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui anda melainkan anda melengah-lengahkan ketaatan kepada Allah, tetapi bersegera kepada kemaksiatan-Nya, anda telah menaiki aku di dunia, maka aku akan menaiki anda pada hari ini sebagaimana anda telah menaiki aku, dan aku akan memandu anda ke neraka.

Beliau berkata: Kemudian dia menduduki di atas dua bahunya, lalu menendang tengkuknya hingga berakhir ke neraka Jahanam. Apabila dia melihat kepada malaikat telah bersedia rantai besi dan belenggu untuknya, dan terserlah kemarahan mereka, lalu dia berkata: Neraka Wail untuk aku, mudah-mudahan aku tidak diberi kitab, lalu Allah berfirman: Bawakan dia ke neraka, maka bumi di bawahnya menjadi api, dan matahari di atasnya juga menjadi api, lalu api datang mengelilingi tengkuknya, kemudian dia menangis panjang, api berkata kepadanya: Allah telah menyeksa anda kerana anda menderhaka-Nya.

Beliau berkata: Kemudian mashaf atau kitab datang berterbangan di belakangnya, lalu terjatuh di sebelah kirinya, kemudian malaikat datang, lalu menebuk dadanya ke belakangnya, kemudian tangan kanannya diikat ke belakang.

Kemudian dikatakan kepadanya: Bacalah kitab anda, beliau berkata: Dia berkata: Wahai malaikat, bagaimana aku akan membacanya sedangkan Jahanam di hadapan aku? Beliau berkata: Allah berfirman: Ketukkan tengkuknya, pecahkan kepalanya sehingga kepada dua kakinya, kemudian Dia berfirman: Ambillah dia, dan seksalah dia, beliau berkata: Tujuh puluh ribu malaikat yang ganas segera datang untuk menghormati firman-Nya. Di kalangan mereka ada yang menarik janggutnya, dan ada yang memecahkan tulang-tulangnya.

Beliau berkata: Dia berkata: Kenapa kamu semua tidak kasihanilah aku? Beliau berkata: Mereka berkata: Wahai si celaka (syaqiyyun), bagaimana kami mengasihani anda sedangkan anda tidak dikasihi oleh Yang Paling Mengasihani, adakah ini menyakitkan anda? Beliau berkata: Dia berkata: Ia sangat menyakitkan aku, beliau berkata: Mereka berkata: Wahai si celaka, bagaimana jika kami mencampakkan anda ke neraka? Beliau berkata: Lantas malaikat menolaknya di dadanya, maka dia jatuh ke neraka (yahwi) selama tujuh puluh ribu tahun, beliau berkata: Mereka berkata: Sepatutnya kami telah mentaati Allah dan Rasul-Nya, beliau berkata: Maka kekal bersamanya batu di kanannya dan syaitan di kirinya, batu daripada api neraka, membakar mukanya, Allah menciptakan untuknya tujuh puluh kulit, dan setiap kulit tebalnya empat puluh hasta mengikut hasta malaikat yang mengazabkannya, dan di antara satu kulit kepada kulit yang lain adalah empat puluh hasta.

Dan di antara kulit ke kulit yang lain pula ular-ular, cengking-cengking daripada neraka, dan ulat-ulat daripada neraka di mana kepalanya seperti bukit besarnya, dua pahanya seperti bukit Warqan iaitu bukit di Madinah, belalainya adalah lebih panjang daripada belalai gajah yang dapat menariknya dengan kuat, dua telinganya merupakan telaga yang dalam, dan di antaranya api yang menyala,api menyelar dari duburnya kepada hatinya, diikat dengan tujuh puluh rantai, dan setiap rantai itu tujuh puluh hasta, jika diletakkan satu rantai kecil ke atas bumi, nescaya ia menjadi cair.

Beliau berkata: Di atasnya tujuh puluh pakaian daripada neraka menutupi muka-muka mereka dengan api neraka, di atasnya songkok daripada api neraka, tidak ada pada tubuhnya tempat kosong melainkan terkena api neraka, di atas kepalanya mahkota enam puluh hasta daripada api neraka. Kepalanya ditebok sebayak tiga ratus enam puluh lubang, dan setiap lubang akan mengeluarkan asap pada setiap penjuru, otaknya cair sehingga mengalir ke arah dua bahunya, dan seterusnya akan mengalirkan tiga ratus enam puluh sungai daripada nanah, tempat tinggalnya sempit seperti anak panah pada lubangnya.Ini membuatkan muka-muka mereka menjadi hitam. Badan mereka menjadi besar,kuku-kuku mereka tumbuh seperti kuku kucing, dan helang yang memakan dagingnya, menyakiti tulangnya, meminum darahnya di mana ia tiada makanan dan minuman selain daripadanya.

Kemudian dia menolak d dadanya dengan satu kali tolak, lalu dia terjatuh menjunam ke neraka al-Hatamah selama tujuh puluh tahun, dan apabila ia jatuh, lalu diketuk ke atasnya dan syaitannya, kemudian syaitannya menariknya dengan rantai besi, setiap kali ia terjatuh, dia melihat kepada mukanya yang buruk, beliau berkata' dia berkata: Mudah-mudahan di antara aku dan anda sejauh dua masyrik, maka anda adakah sejahat-jahat sahabat, aduhai anda! Anda telah menggoda aku sehingga aku menanggung azab Allah, lalu dia berkata: Wahai si celaka, bagaimana aku membuatkan anda menanggung azab Allah sedang aku dan anda pada hari ini bersyarikat di dalam azab Allah.

Kemudian dia memukul di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh tahun sehingga ke neraka 'Ain dipanggil Aniyah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ghasyiah (88):5 "diberi minum dari sumber air yang sangat panas (aniyah )" Iaitu sumber air yang paling panas semenjak Allah menciptakan Jahanam, setiap lembah neraka tidur, tetapi mata Air itu tidak pernah tidur dari kepanasannya, malaikat berkata: Wahai golongan yang celaka, dekatilah, dan minumlah daripadanya, dan apabila mereka menentangnya, maka malaikat memukul mereka dengan tukul besi, dan dikatakan kepada mereka Rasailah azab yang membakar disebabkan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan kamu dan sesungguhnya Allah tidaklah zalim kepada hamba-hamba-Nya.

Beliau berkata: Kemudian mereka dibawa datang dengan gelas daripada besi yang mengandungi minuman dari mata Air Aniyah, dan apabila ia didekatkan kepada mereka, lantas mulut-mulut mereka hangus, dan bertaburan daging muka mereka, dan apabila mereka meminumnya pula, maka perut dan kulit mereka terseksa.

Kemudian dia memukul di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh ribu tahun sehingga sampai ke neraka al-Sa'ir. Dan apabila ia sampai ke neraka al-Sa'ir, maka ia menyelar muka-muka mereka dan ketika itu mata mereka menjadi buta

Kemudian dia memukulnya di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh tahun sehingga berakhir ke pokok al-Zaqum iaitu pokok yang keluar dari neraka Jahim seperti kepala syaitan, di atasnya seribu dahan daripada api neraka, dan setiap dahan mempunyai tujuh puluh ribu buah daripada api, dan setiap buah seperti kepala syaitan dari segi keburukan, dan kebusukannya, terjuntai di atas batu yang licin seperti cermin, di antara tunjang batu dan pokok al-Zaqum adalah tujuh puluh tahun, dahan-dahannya meminum air daripada api, buah-buahnya daripada api dan cabang-cabangnya daripada api, lalu dikatakan kepadanya: Wahai si celaka, naiklah, dan setiap kali dia menaikinya, dia tergelincir, dan setiap kali dia tergelincir, dia menaikinya pula, maka keadaannya sedemikian selama tujuh puluh ribu tahun di dalam azab.

Dan apabila dia memakan buahnya, dia mendapatinya lebih pahit daripada kesabaran, lebih busuk daripada bangkai, lebih keras daripada besi, dan apabila jatuh ke dalam perutnya, maka ia akan menggelegak di dalam perutnya seperti menggelegaknya neraka Hamim, mereka mengingati makanan yang baik yang mereka telah makan di dunia, di dalam keadaan sedemikian, malaikat menarik mereka, lalu mereka berada di dalam kegelapan. Apabila mereka menetap di neraka, lalu diperdengarkan kepada mereka jeritan ikan di dalam kuali.

Kemudian dia mencampakkan dirinya dari pokok ke lembah api cair yang lebih panas, lalu mencampakkannya di pantainya, ia mempunyai pantai-pantai seperti pantai-pantai kamu ini, kemudian dibawa kepada mereka jenis binatang-binatang seperti ular, jengking, dan baghal hitam, setiap jengking mempunyai enam puluh sengatan, dan setiap sengatan mempunyai racun. Ada pun ular, maka ia berwarna hitam dan biru, tujuh puluh ribu ular, dan tujuh puluh ribu jengking bergantungan kepada seorang lelaki, kemudian dicampak ke neraka selama tujuh puluh ribu tahun, tidak membakarnya, kerana ia memadai dengan racunnya, kemudian tujuh puluh ribu lelaki bergantungan di dahan-dahan pokok al-Zaqum, tanpa cenderung ke bawah dan tidak pula pecah Badan-badan mereka dijilat api ke hati, lalu kulit menjadi masak dan daging menjadi cair.

Yang Maha Perkasa, dan Maha Hidup memarahi dan berfirman: Wahai Malik, katakan kepada mereka: Kamu rasailah, kami tidak menambah selain daripada azab, wahai Malik, seksa mereka, seksa mereka, kemarahan-Ku bertambah ke atas orang yang telah mencela-Ku di atas Arasy-Ku, dan meringan-ringankan tentang hak-Ku, Aku adalah Raja Yang Perkasa, lalu Malik menyeru: Wahai orang yang sesat, angkuh, menentang nikmat di dunia, bagaimana kamu dapati sentuhan Saqar?

Beliau berkata: Mereka berkata: Hati-hati kami telah masak, dan daging-daging kami telah dimakan, dan tulang-tulang kami telah dipecahkan, maka tiada bagi kami orang yang kami boleh meminta pertolongan, dan membantu kami, beliau berkata: Malik berkata: Demi kemuliaan Tuhan-Ku, aku tidak akan menambahkan kamu selain daripada azab, lalu mereka berkata: Jika Tuhan kami mengazabkan kami, maka Dia tidak menzalimi kami sedikit pun, beliau berkata: Malik berkata:"Mereka mengakui dengan dosa-dosa mereka,maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala" Surah al-Mulk (67):11.

Kemudian Yang Maha Perkasa marah dan berfirman: Wahai Malik, seksalah, seksalah, lalu Malik mengutus ke atas mereka awan hitam yang meneduhi penghuni-penghuni neraka, kemudian menyeru mereka, lalu yang pertama mereka, yang akhir mereka, yang lebih baik mereka dan yang lebih buruk mereka mendengarnya, Malik berkata: Apakah yang kamu mahu jika aku menurunkan hujan ke atas kamu? Mereka berkata: Air sejuk, alangkah dahaganya! Alangkah lamanya kehinaan! Kemudian dia menurunkan hujan batu, besi ke atas mereka.

Lantas muka, dan dahi mereka menjadi masak, dan mata mereka buta serta tulang-tulang mereka pecah, mereka menyeru pada masa itu, celakalah kami! Apabila tulang-tulang tercerai daripada daging, Allah bertambah marah, dan berfirman: Wahai Malik, tambahkan kepanasan ke atas mereka seperti kayu api di neraka, kemudian pukulkan gelombang roh-roh mereka selama tujuh puluh musim panas di neraka, kemudian ditutup ke atas mereka beberapa pintu, dari pintu ke pintu jaraknya lima ratus tahun perjalanan,tebalnya pintu adalah lima ratus tahun perjalanan, kemudian setiap lelaki daripada mereka adalah di dalam tiga tabut (kotak besi) daripada besi neraka.

Mereka tidak mendengar sebarang percakapan selama-lamanya selain daripada tepikan baghal, jeritan keldai, dan salakan anjing, pekak, bisu, tiada percakapan bagi mereka selain daripada suara penderitaan, kemudian ditutup ke atas mereka beberapa pintu di mana roh tidak dapat memasuki mereka, dan penderitaan tidak akan keluar daripada mereka selama-lamanya, tiada bagi mereka malaikat yang memberi syafaat kepada mereka, dan juga mereka tidak mempunyai sahabat yang setia. Allah melupai mereka, dan memadamkan ingatan mereka daripada hati hamba-hamba-Nya, dan mereka tidak mengingati mereka selama-lamanya, maka kami memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Pengampun, dan Maha Pemurah daripada neraka dan apa yang ada di dalamnya, dan daripada amalan yang mendekati diri ke neraka, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Pemurah.

Apa pendapat anda tentang seorang lelaki yang telah memerdekakan seorang hambanya di waktu isyak di 'Arafah? Beliau berkata: Memadai bagi hamba tersebut haji Islam, dan diberikan kepada tuannya dua pahala: Pahala kemerdekaannya dan pahala haji.


Pahala Cinta Kerana Allah
Diriwayatkan daripada al-Barra' bin 'Azib berkata: Aku telah berada bersama Rasulullah s.a.w pada suatu hari, maka beliau bersabda: Adakah kamu mengetahui manakah iman yang lebih kukuh? Kami berkata: Solat, beliau bersabda: Sesungguhnya solat adalah kebaikan, tetapi ia bukanlah solat, kami berkata: Zakat, maka beliau bersabda: Zakat adalah kebaikan, tetapi ia bukan zakat, lalu kami telah menyebutkan semua syariah Islam, maka beliau s.a.w bersabda: Iman yang paling kukuh adalah bahawa anda mencintai seorang lelaki kerana Allah dan memarahinya kerana Allah .

Diriwayatkan daripada sebahagian mereka dengan sanad-sanad yang dikaitkan kepadanya, berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di syurga beberapa tiang daripada emas di atasnya beberapa bandar daripada jed hijau yang menyinari penghuni-penghuni syurga seperti planet menyinari di ufuk langit, kami berkata: Bagi siapakah ini wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Bagi mereka yang bercinta kerana Allah (al-Mutahabbin fi l-Lahi).

Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Lidah kebenaran itu lebih baik bagi seseorang itu daripada harta yang beliau makan dan mewariskannya. Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w bersabda: Periksalah manusia, kerana seorang lelaki akan tertarik kepada orang yang dikaguminya, seorang ahli syair berkata:

Ikhlaskan kasih sayang anda yang mulia sesungguhnya
Setiap yang mulia akan menjaga ihsannya
Bersaudaralah dengan lelaki yang mempunyai maruah
Kematian adalah lebih baik daripada saudara yang hina.



BIBLIOGRAFI
Abu al-Fida', Tarikh, Cairo, 1364
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________,Mizan al-I'tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma'al-Zawa'id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Hasan bin 'Ali bin al-Husain bin Syu'bah, Tuhaf al-'Uqul
'an Ali al-Rasul, al-Najaf , 1380 H.
Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.
Ibn 'Abd al-Birr, al-Isti'ab fi Ma'rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn 'Abd Rabbih, 'Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abual-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi'i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Kulaini, Usul al-Kafi, Beirut 1413 H
__________ , al-Raudhah min al-Kafi, Beirut, 1412
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.
Ibn al-Nadim, al-Fihris , Baghdad, 1391H.
Ibn 'Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-'Asqalani, al-Isabah fi Ma'rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________,Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________,Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa'iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1412 H
Malik bin Anas, al-Muwatta', Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir al-'Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-'Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa'i, al-Khasa'is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.
al-Saduq , al-Amali ,al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar, al-Najaf , 1391 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi'i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa', Cairo, 1368
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 H.
al-Ya'qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.
al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1957.




INDEKS
A D

Abban,74,79, 233, 242, 304, 317, 322,330 dhalul,160
Abdullah bin 'Abbas,84 dhimmah,28
Abdullah bin Abu Ya'fur, 315 Dimasyq,155,280
33, 41,74, 88, 98, 100, 112,119,132, 156, Daud al-Raqiy,59,64,65,254
299, 213, 256, 389, 390, 397, 409, 432
Abu Bakr, 22 ,30 ,33, 82,83,93,148,202
Abu Basir,18, 23, 24,79,97,121,219,233 F
Abu Ja'far al-Baqir, 34, 80, 247,250,267
Abu Hamzah al-Thumali,308,3311,313, al-Fadhl bin Ibrahim,100
314.316, 318, 322, 323,347,349, 368 al-Fadhl bin Rabi',70
Abu Hanifah,105,121,128,129,153,209 al-Fadhl bin Syadhan,409
Abu al-Hasan Musa, 21 ,38, 65,70,71,72, al-Fadhl bin Yunus,384
104,218, 234, 267,315,320,348,361, 384 al-Farazdaq,162,202,211
Abu al-Hasan al-Ridha, 30,32,36,101, farsi,18,178, 295, 306, 382
103,104,118, 238, 297,306,36 Fadak,202,203,211
Ahlu l-Bait,17, 23, 25,48,72, 81,82,100,
106,122,130,142,147,160,210256,265,
281,283,285 G
Ali bin Abu Talib,9,17,22,31,44,68,73,7
88, 93, 95, 96,113,138,142,154,179,241 gabenor,17,176,193,286,297
Al-Asbagh bin Nabatah,308,311,312,335,
342, 343

B H

Baiah, 22, 28, 82 , 87,117,166,199,200,207,
214,218 Habtar,345
Baligh,117,298 Hamraan bin A'yan,216,249
Bani Hasyim,17,88,117,166,199,200,207, 297,307,315,327,341,360
214,218 Harun al-Rasyid,65,70,112
al-Hasan bin Ali,304,311,321
C al-Husain bin Ali,103,210,228,
240,246,256,282,309,336,354
Celaan,213,239,247,384 385
Cinta,306,307,323,334,334,343,368,385 Hudhaifah,19

I N

Ibn Di'bin,162,163,163,171,174 Najmah,217,218
Imamah,109,286,295

J P

Jabir bin Abdullah,16,73,74,220,231 penyelewengan,17,70
244,330
Jammaz, 309 Q

K al-Qaim,21,31,35,187,188,229
281,282,296,359,362,370,373
Khalid bin al-Walid,205,206
Karbala',87,96,196,241 R
Kathir al-Nuwa,144,238,326
334,353 Rusyaid al-Hajari,17,20,87,91
Khidir,159,261,284,285,296
317,359 S
Kufah,221,222,227,246,281
297,312,333,335,355,373 Salman al-Farisi,16,17,21,23,25
Khuzaimah bin Thabit,75,76 73,75,113,206,215,228,237,244

L T

Luqman,107,110,270,375,385 taqiyyah,32
Laknat,42,66,86,90,100,109,123, Turki,233,280,288
134
U
M
Umar bin al-Khattab,94,129,176
Madinah,27,63,74,81,94,99,102, Ummu Salamah,130,135,136
183,206,281 Uthman bin 'Affan,144
Makkah,60,99,103,116,117,132,
135,140,198,290,304,324,355 W
Malik bin al-Harith bin al-Asytar al-Nakh'i,
93,95,157 wasiat,40,46,102,149,190,321
al-Makmun,114,115,116,117
mashaf,30,55,195,196,231,238,291,303,313 Z
al-Miqdad bin al-Aswad,16,17,18,21,23,25,
113,238,244 Zaid bin Sauhan, 87,92,95
al-Mirzaban bin Imran,82,103 Zakaria bin Adam,101,103
Mitham bin Yahya al-Tammar,17,73,87,88 Zararah bin A'yan,83,222,297
Muhammad bin Abu Bakr,17,20,73,82,83,93, 324,331,345,349
Muhammad bin Muslim al-Thaqafi,21,53,61, Zuraiq, 345
62,63, 73, 222, 224



Catatan Kaki:
80. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 325
81. Abu Bakr dan Umar
82. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 353
83. Ibid
84. Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 353
85. Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 125

39