MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS? 0%

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS? pengarang:
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Kajian

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

pengarang: (http://abatasya.net)
: Muhamad Taufik Ali Yahya
: Muhamad Taufik Ali Yahya
Kategori: Pengunjung: 26182
Download: 4761

Komentar:

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?
Pencarian dalam buku
  • Mulai
  • Sebelumnya
  • 13 /
  • Selanjutnya
  • Selesai
  •  
  • Download HTML
  • Download Word
  • Download PDF
  • Pengunjung: 26182 / Download: 4761
Ukuran Ukuran Ukuran
MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?

MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL-BAIT AS?

pengarang:
Indonesia

Buku Ini di Buat dan di teliti di Yayasan Alhasanain as dan sudah disesuaikan dengan buku aslinya

BAB KEENAM: PUJIAN NABI SAWW KEPADA SYI'AH ALI AS DAN AHLULBAIT-NYA AS

Orang yang pertama menggunakan nama Syi'ah bagi pengikut-pengikut 'Ali Amiru l-Mukminin AS ialah Rasulullah SAWAW. Beliaulah orang yang meletakkan batu asas dan menyemaikan benihnya yang pertama. Dan orang yang memperkuatkannya ialah Imam Amiru l-Mukminin 'Ali AS. Pada masa itu Syi'ah dikenali dengan Syi'ah 'Ali AS.

Ibn Khaldun berkata di dalam Muqaddimahnya bahawa Syi'ah dari segi bahasa bererti sahabat dan pengikut. Dan dari segi istilah Fuquha' dan Mutakallimun dahulu dan sekarang ialah pengikut 'Ali dan anak-anaknya.

Muhammad Kurdi 'Ali di dalam Khutatal-Syam berkata:"Tidak perlu bagi kita mencari dalil bahawa sebahagian sahabat dikenali dengan Syi'ah Ali. Dan dia berkata lagi:'Adapun sebahagian penulis mengatakan bahawa mazhab Syi'ah adalah daripada bid'ah 'Abdullah bin Saba' yang dikenali dengan Ibn Sauda' adalah tidak dikenali di dalam mazhab mereka.' Muhammad Kurdi 'Ali bukanlah seorang Syi'ah malah seorang yang menentang Syi'ah. Tetapi 'kebenaran membuatkan orang yang insaf atau degil bercakap.'

Hadith-hadith yang menyokong hujahku daripada pakar-pakar bahasa Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah lebih-lebih lagi hadith menurut Ahlu s-Sunnah sebagai penerangan kepada hujahku seperti berikut:

Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah1 meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahwa dia berkata: Manakala Allah SWT menurunkan (Surah al-Bayyinah (98): 7):"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk." Rasulullah SAWAW bersabda kepada 'Ali:'Mereka itulah anda dan Syi'ah anda. Dan Syi'ah anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan ridha dan diridhai dan musuh anda datang dengan marah dan dibelenggu.' Beliau berkata, siapakah musuhku? Nabi SAWAW bersabda:'Orang yang membersihkan diri mereka daripada anda dan melaknati anda.'

Al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id al-Simtin2, dengan sanadnya daripada Jabir bahawa dia berkata:"Kami berada di sisi Nabi SAWAW maka 'Ali AS pun datang. Rasulullah SAWAW bersabda:'Saudaraku telah datang kepada kalian.' Kemudian beliau bersabda:'Demi diriku di tanganNya. Sesungguhnya ini ('Ali AS) dan Syi'ahnya, mereka itulah orang yang menang (al-Fa'izun) pada hari kiamat. Sesungguhnya beliaulah orang yang pertama di kalangan kalian beriman bersamaku, orang yang paling setia di kalangan kalian dengan janji Allah SWT, orang yang paling teguh di kalangan kalian dengan suruhan Allah SWT, orang yang paling adil di kalangan kalian tentang orang di bawah jagaannya, orang yang paling adil di kalangan kalian di dalam pembahagian dan orang yang paling tinggi martabatnya di kalangan kalian di sisi Allah SWT.'

Dan dia berkata:(Surah al-Bayyinah(98): 7) diturunkan kepada 'Ali AS. Dia berkata lagi: Sahabat-sahabat Muhammad SAWAW apabila 'Ali AS datang kepada mereka, mereka berkata: Sebaik-baik makhluk telah datang.

Al-Khawarizmi al-Hanafi di dalam Manaqib3nya telah meriwayatkannya daripada Jabir daripada Nabi SAWAW. Dia juga meriwayatkannya daripada al-Mansur al-Dawaniqi di dalam hadith yang panjang daripada Nabi SAWAW mengenainya. Nabi SAWAW bersabda:'Sesungguhnya 'Ali dan Syi'ahnya besok merekalah yang mendapat kemenangan di hari kiamat, memasuki syurga.'

Dia juga meriwayatkan daripada Nabi SAWAW, sesungguhnya Nabi SAWAW bersabda:'Wahai 'Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampuni untuk anda, keluarga anda, Syi'ah anda dan pencinta-pencinta Syi'ah anda.' Di dalam riwayat yang lain Nabi SAWAW bersabda:'Ali adalah orang yang paling alim, paling awal Islam.' Sesungguhnya Syi'ah beliaulah mendapat kemenangan di hari esok.'

Di dalam riwayat yang lain pula Nabi SAWAW bersabda:'Sekiranya tidak ada golongan yang akan berkata kepada anda sebagaimana diperkatakan oleh Nasara tentang 'Isa AS, nescaya aku akan berkata sesuatu mengenai anda dan mereka akan mengambil tanah di bawah kedua tapak kaki anda, dan dari 'lebihan air basuhan' anda untuk bersyafa'at dengannya. Tetapi cukuplah kedudukan anda di sisiku sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa. Aku adalah daripada anda, anda mewarisiku dan aku mewarisi anda melainkan tidak ada nabi selepasku. Andalah yang membersihkan dhimmahku. Syi'ah anda akan berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya. Dan sesungguhnya kebenaran berada di atas lidah anda, di hati dan di dahi anda.'

Aku berpendapat: Hadith yang mengandungi pengertian ini juga telah diriwayatkan di dalam Kifayah al-Talib, Tarikh Baghdad, Majma' al-Zawa'id, Wasilah al-Muta'abbidin dan lain-lain buku Ahlu s-Sunnah Wa l-Jama'ah.

Al-Khawarizimi al-Hanafi juga meriwayatkan di dalam Manaqib4nya hadith yang panjang dengan sanadnya daripada Ibn 'Abbas marfu':'Sesungguhnya Jibra'il memberitahu bahawa 'Ali dan Syi'ahnya bergembira bersama Muhammad di syurga.'

Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah5 meriwayatkan daripada 'Ali AS. Sesungguhnya beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAWAW bersabda:'Wahai Ali! Anda akan mendatangi Allah dan Syi'ah anda di dalam keadaan redha dan diredhai. Musuh anda akan mendatangi kemarahanku di dalam keadaan terbelenggu. Kemudian diikat kedua-dua tangannya di tengkuknya. Dan memperlihatkan kepada mereka belenggu-belenggu tersebut.' Ibn Hajr berpendapat bahawa Syi'ah di dalam hadith-hadith tersebut dimaksudkan dengan Ahlu s-Sunnah. Kerana Syi'ah menurutnya dilaknati Allah kerana bid'ah mereka6.

Al-Qunduzi al-Hanafi meriwayatkan di dalam Yanabi' al-Mawaddah7 daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i di dalam al-Mawaddah al-Thaniah daripada Abu Dhar daripada Nabi SAWAW sesungguhnya beliau bersabda:'Sesungguhnya Allah melihat ke bumi daripada 'ArasyNya lalu memilihku, memilih 'Ali untukku sebagai menantuku, memberikan kepadanya Fatimah dan Dia tidak memberikan kelebihan kepada seorangpun daripada anak-anak lelakinya. Dia memberikan kelebihan kepada Hasan dan Husain dan Dia tidak memberikannya kepada seorangpun seumpamanya. Dia telah memberikan kepadanya mertuanya seumpamanya. Dia telah memberikan kepadaku al-Haudh. Dia juga telah menjadikannya ('Ali) sebagai pembahagi syurga dan neraka di mana Dia tidak memberikannya seumpamanya kepada para malaikat. Dia telah menjadikan Syi'ahnya di syurga. Dia memberikan kepadaku saudaraku seumpama aku dan tidak ada seorangpun 'saudara lelaki' seumpamaku.'

Wahai saudaraku! Sesiapa yang ingin memadamkan kemarahan Tuhan, dan ingin supaya Allah menerima amalannya, maka hendaklah dia mencintai 'Ali bin Abu Talib kerana mencintainya menambahkan keimanan. Dan mencintainya dapat mencairkan segala kejahatan sebagaimana api dapat mencairkan logam.

Dia juga meriwayatkannya di dalam Yanabi' al-Mawaddah8 bahawa Anas bin Malik berkata: Nabi SAWAW bersabda:'Jibra'il memberitahuku bahawa sesungguhnya Allah mencintai 'Ali. Dia tidak mencintai para malaikat sebagaimana Dia mencintai 'Ali. Setiap kali Allah bertasbih. Dia menjadikan beberapa Malaikat yang mengucap istighfar kepada orang yang mencintainya ('Ali) dan Syi'ahnya sehingga hari kiamat.'

Dan di dalam riwayat yang lain Nabi SAWAW ditanya tentang 'Siapakah yang berteduh di bawah bendera anda? Nabi SAWAW bersabda:'Mukminun para wali Allah, Syi'ah yang benar, Syi'ahku dan Syi'ah Ali, pencinta-pencintanya, penolong-penolongnya. Alangkah beruntungnya mereka dan sebaik-baik darjat. Dan neraka wail bagi orang yang membohongi aku tentang 'Ali atau membohongi 'Ali keranaku, atau mempertikaikannya mengenai maqamnya yang dikurniakan Allah SWT9.

Ibn al-Maghazali al-Syafi'i di dalam Manaqib10nya dengan sanadnya daripada Nabi SAWAW bahawa dia berkata: Nabi SAWAW bersabda:'Ummat aku yang akan memasuki syurga sebanyak tujuh puluh ribu orang tanpa hisab.' Kemudian beliau berpaling kepada 'Ali AS dan bersabda:'Mereka itu adalah Syi'ah anda dan anda adalah imam mereka.'

Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah11, al-Syablanji di dalam Nur al-Absar12 meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahawa dia berkata: Manakala turunnya ayat (Surah al-Bayyinah(98): 7), Nabi SAWAW bersabda kepada 'Ali:'Anda dan Syi'ah anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan redha dan meredhai, sementara musuh-musuh anda datang di dalam keadaan marah dan terbelenggu.'

Ibn al-Maghazali al-Maliki di dalam Manaqib13nya meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa dia berkata: Aku bertanya Rasulullah SAWAW tentang firmanNya (Surah al-Wiqi'ah (56):10-11)'Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah).' Beliau menjawab: Jibra'il telah memberitahu kepadaku bahawa maksud ayat itu ialah 'Ali dan Syi'ahnya yang mendahului ke syurga, dan hampir kepada Allah kerana kekeramatannya.'

Ahmad bin Hanbal di dalam Manaqib14nya menerangkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAWAW bersabda kepada Ali AS:'Wahai 'Ali! Tidakkah anda redha, sesungguhnya anda bersamaku di syurga, Hasan dan Husain, zuriat kita di belakang kita, isteri-isteri kita di belakang zuriat-zuriat kita dan syi'ah kita yang mempercayai kita mempunyai akhlak yang terpuji.

Dan banyak lagi hadith-hadith Nabi SAWAW mengenai pujian beliau terhadap Syi'ah 'Ali dan Ahlu l-Baitnya telah diriwayatkan oleh para ulama Ahlu s-Sunnah di dalam Sahih-sahih, Musnad-musnad, dan karangan-karangan mereka. Al-'Allamah Sayyid al-'Abbas al-Husaini al-Kasyani telah mencatat lebih daripada seratus hadith yang muktabar semuanya menurut Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah di dalam bukunya berjodol al-Syi'ah wa l-'Itrah al-Tahirah.

Aku berdoa ke hadrat Allah SWT supaya memberkati Sayyid al-Kasyani dan semua ulama kami yang Abrar agar semua karya mereka dapat dicetak bagi faedah kaum Muslimin.

BAB KETUJUH: BENCANA SAQIFAH

Saqifah: Tahukah anda apakah Saqifah itu?

Setiap orang yang membuka lipatan sejarah mengkaji hal ehwal ummat-ummat yang lampau di abad yang silam akan menemui peristiwa Saqifah yang menyedihkan.

Tetapi sedikit sahaja yang terselamat daripada memihak kepada salah satu dari dua golongan yang bertentangan mulai hari tersebut sehingga hari ini dan selepasnya.

Ramai pakar-pakar sejarah telah mengubati peristiwa ini pada setiap abad dengan harapan dapat menghilangkan kekusutan dan halangan yang tidak dapat ditembusi melainkan dengan kecemasan jiwa.

Apatah lagi untuk mendedahkan hakikat yang telah dipalsukan di abad pertama, kedua dan seterusnya. Kerana mereka melakukannya supaya hakikat sebenar tidak dapat dibongkar. Lantaran itu adalah menjadi sukar kepada pengkaji-pengkaji sekalipun mereka berusaha untuk mengkaji hakikat tersebut pada masa itu.

Tetapi Allah SWT Yang Maha Berkuasa tidak membiarkan di setiap zaman orang yang memutarbelitkan kebatilan dengan kebenaran dominan sehingga kebatilan akan hilang juga. Wa l-Hamdulillah.

Lantaran itu penulisan tentang hari Saqifah dan apa yang berlaku serta kajian di sebalik kesukarannya bukanlah suatu perkara yang senang, kerana ianya menjadi sebab utama yang membawa kepada pembahagian ummat kepada dua golongan pada hari itu.

Kemudian kepada 73 golongan tetapi yang berjaya hanya satu, inilah perkara yang besar yang wajib diberi perhatian. Ummah yang besar begini tidak akan berjaya kecuali satu golongan sahaja. Justeru itu adalah wajar bagi seseorang itu berusaha dengan gigih untuk menyelamatkan dirinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya, malah semua umat jika dia mampu, tetapi aku fikir dia tidak akan mampu.

Golongan yang berjaya

Aku berkata:"Sesungguhnya Nabi SAWAW adalah orang yang mempunyai kasihan belas kepada ummatnya. Beliau meriwayatkan kepada kita satu hadith yang amat penting; menggembirakan dan menakutkan. Tetapi ianya mempunyai kesukaran di mana ahli fikir yang masyhur tidak mampu mendedahkan kesukarannya kecuali dia adalah seorang yang maksum. Dia akan membiarkannya begitu sahaja tanpa membuat sebarang komen mengenainya. Justeru itu ummatnya berada di dalam keadaan tidak menentu di mana tempatnya yang akan ditujui sepertilah berjalan di tengah kegelapan malam. Apatah lagi jika dia menyulitkan perkara yang akan menentukan masa depan ummatnya sama ada kejayaan atau kebinasaan."

Maka aku berpendapat bahawa golongan yang berjaya ialah golongan yang berpegang kepada wila' Allah SWT, wila' kepada RasulNya dan wila' kepada imam-imam suci yang telah disucikan oleh Allah daripada segala kekotoran dosa. Dan membersihkan dirinya daripada orang yang memusuhi mereka dengan beramal dengan hadith yang disepakati oleh Sunnah dan Syi'ah. Sabdanya:'Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka inilah 'Ali maulanya wahai Tuhanku, tolonglah orang yang mewalikannya, dan musuhilah orang yang memusuhinya. Tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya.

Adapun kata-kata yang menyatakan bahawa Nabi SAWAW apabila ditanya tentang golongan manakah yang berjaya? Maka beliau bersabda:"Apa yang aku dan sahabatku di atasnya," tidak boleh diterima kerana bukan semua sahabat berpegang kepada semua sahabat. Malah terdapat di kalangan mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai seperti Marwan bin al-Hakam. Mu'awiyah bin Abu Sufian, 'Umru bin al-'As yang masyhur dengan penipuan dan kelicikan, penjenayah Mughirah bin Syu'bah dan lain-lain.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Taubah (9): 101:"Di antara orang-orang Arab Badwi yang disekelilingmu itu, ada orang-orang munafik dan (juga) di antara penduduk Madinah mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka tetapi kamilah yang mengetahui mereka."

Aku berpendapat firmanNya 'Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka' bahawa Nabi SAWAW pada hakikatnya telah mengetahui mereka dengan sebenarnya. Tetapi ayat tersebut bertujuan menakut-nakutkan mereka kerana keterlaluan mereka di dalam amalan nifak sebagaimana anda berkata mengenai seorang yang paling jahat di dalam semua segi kepada seorang yang mengetahui keadaan lelaki itu. Anda 'tidak mengetahui' apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu, sedangkan 'dia' juga mengetahui keadaan lelaki tersebut. Kata-kata ini adalah masyhur di kalangan orang awam dan diketahui oleh orang yang mempunyai ilmu di dalam bidang Balaghah.

Jikalaulah sabdanya:"Apa yang aku dan sahabatku di atasnya" itu betul (tetapi aku tidak fikir ianya betul) maka apa yang dimaksudkan dengan sahabat di dalam hadith tersebut mestilah Ahlu l-Bait AS yang telah dijadikan Allah SWT dan RasulNya sebagai ikutan bagi orang-orang yang mempunyai mata hati. Rasulullah SAWAW telah memerintahkan ummahnya supaya berpegang kepada mereka dan melarang dari tidak 'berpegang' kepada mereka.

Sebenarnya aku telah kemukakan kepada anda hadis-hadis yang banyak di dalam buku ini mengenai Ahlu-Bait A.S. Buatlah rujukan danperhatikanlah serta janganlah asabiah menguasai anda. Di sini aku akan mengemukakan kepada anda satu dalil selain daripada dalil ini iaitu sabda Nabi SAWAW:'Siapa yang berkata tiada tuhan melainkan Allah, akan masuk syurga.' Aku menjawab: Ya! Tetapi dengan syarat-syaratnya. Ummah semua mengucap: Tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah sama ada Syi'ah atau bukan Syi'ah. Sekalipun wujudnya hadith ini tetapi Rasulullah SAWAW menegaskan hanya satu golongan sahaja yang berjaya.

Oleh itu pendapat yang menyatakan ummah semuanya berjaya adalah tertolak oleh hadith yang disetujui kesahihannya. Dan pendapat yang menyatakan ummah semuanya binasa juga tertolak. Justeru itu golongan yang berjaya mestilah mempunyai keistimewaan dari golongan-golongan yang lain dengan sesuatu yang tidak dipegangi oleh golongan-golongan lain.

Keistimewaan Syi'ah daripada yang lain ialah kepercayaan mereka tentang kemaksuman imam-imam dan pengkhususan khalifah untuk mereka dengan dalil-dalil yang dapat mematikan hujah musuh. Lantaran itu khalifah tidak layak selain daripada mereka dan tidak sempurna perlantikan khalifah selain daripada mereka. Sekiranya sahabat-sahabat telah mengambil ajaran-ajaran Nabi mereka, nescaya caci-caci, rompakan, pembunuhan dan sebagainya tidak berlaku. Tetapi sebaliknya mereka keluar dari menta'ati Allah dan RasulNya. Ianya suatu hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Apa yang telah dikemukakan adalah sudah cukup bagi orang yang mempunyai hati atau mendengar dengan penuh pemerhatian.

Aku mengakhiri kalimah dengan menyatakan bahawa sesungguhnya Syi'ah adalah golongan mukmin yang telah mengambil semua yang telah dibawa oleh Rasulullah SAWAW daripada Tuhannya. Maka Syi'ahlah tuan kepada kebenaran yang didakwakannya. Tetapi Ahlu l-Fasad (orang yang melakukan kerosakan) melekatkan celaan kepada Syi'ah tetapi mereka bersih daripada celaan-celaan tersebut seperti bersihnya serigala Yusuf daripada Yusuf. Buatlah rujukan kepada buku-buku mereka dengan ikhlas nescaya anda akan mengetahui kebenaran kami.

Aku berkata:"Sesungguhnya perkataan Syi'ah adalah satu kemuliaan yang besar kerana al-Qur'an memujinya di beberapa tempat sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Qasas (28): 15:'Maka orang yang dari golongannya (Syi'ati-hi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya lalu Musa meninjunya, dan matilah musuhnya itu,' dan firmanNya di dalam Surah al-Safat (37): 83:"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (syi'ati-hi)" iaitu Ibrahim adalah daripada Syi'ah Nuh.

Dan banyak hadith-hadith Rasulullah SAWAW memuji Syi'ah Ali seperti:'Anda dan Syi'ah anda akan mendapat kemenangan.' Justeru itu Syi'ah adalah Hizbullah (Parti Allah), hizb para Nabi dan hizb para wasi AS. Wa l-Hamdulillah.

Malapetaka Syura

Aku berulangkali mengatakan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan Muhammad dan telah mensyariatkan untuknya agama yang lurus, melalui lidah Jibra'il dan menurunkan ke atasnya al-Qur'an yang dijaga, tidak di datangi oleh kebatilan di hadapan mahupun di belakang.

Allah dan RasulNya telah melantik (nassa) 'Ali AS sebagai wasinya semenjak hari pertama RAsulullah SAWAW mengiklankan dakwahnya. Allah SWT memerintahkannya supaya memberi peringatan kepada keluarganya yang terdekat dan melantik 'Ali AS sebagai wazir. Beliau sentiasa mengangkat Ali di dalam urusan khalifah mengikut kebijaksanaannya sehinggalah tiba hari yang dikehendaki Allah mewafatkan RasulNya. Di kala itu 'Ali dan orang yang bersamanya sibuk dengan pengurusan jenazah Rasulullah SAWAW, orang-orang Ansar mula berhimpun di Saqifah. Mereka mencalonkan Sa'd bin Ubadah untuk menjadi khalifah1. Di tengah-tengah mereka sibuk bertukar-tukar pendapat, tiba-tiba tiga orang daripada Muhajirin, Abu Bakr, Umar dan Abu 'Ubaidah memasuki perhimpunan secara mengejut. Lantas dialog berlaku di antara Muhajirin dan Ansar. Perdebatan dan pertengkaran berlaku dengan hebat sehingga hampir berlaku fitnah di antara mereka. Abu Bakr berdiri lalu memberikan ucapan politik dengan gaya bahasa yang menarik yang menyentuh emosi orang-orang Ansar, sehingga dapat mempengaruhi mereka.

Di dalam ucapan tersebut dia menyebutkan kelebihan-kelebihan Muhajirin, pemeluk Islam lebih awal, orang pertama yang menyembah Allah di bumi, beriman dengan Allah dan RasulNya. Mereka itulah wali-walinya, dan keluarganya dan orang yang paling berhak jawatan khalifah selepas Nabi SAWAW. Dan orang-orang Arab terhutang budi kepada kabilah Quraisy. Tidak akan mempertikaikan mereka selain daripada orang yang zalim.

Kemudian dia memberi ucapan kepada orang Ansar tanpa menghina hak mereka, masuk Islamnya mereka dan jihad mereka. Tetapi mereka tidak berhak jawatan khalifah. Dan jikalaulah mereka berhak sesuatu maka ia adalah wazarah (pembantu), selain daripada mereka ialah al-Imarah (khalifah). Dia berkata:"Kamu kalian wahai wahai kaum Ansar! Tiada seorangpun yang dapat mengingkari kelebihan kalian di dalam agama dan penerimaan Islam kalian. Allah telah meredhai kalian sebagai pembantu-pembantu (Ansar) kepada agama dan RasulNya. Beliau telah menjadikan hijrahnya kepada kalian dan di kalangan kalian, isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Justeru itu tidak ada selepas Muhajirin pertama di sisi kami akan menyamai kedudukan kalian. Maka kamilah umara' (pemerintah-pemerintah) dan kalian adalah wuzara' (pembantu-pembantu).2

Ucapan Abu Bakr dapat memadamkan emosi mereka yang sedang memuncak menentang Muhajirin, dan dapat memuaskan jiwa mereka, pertolongan mereka dan hampirnya kelebihan mereka dengan Muhajirin.

Ucapannya tidak lebih dari menenangkan emosi mereka dari penentangan. Maka dia memberikan kepada mereka apa yang mereka minta dengan mengakui kelebihan mereka, jihad mereka dan setiap kelebihan yang mereka miliki.

Memang benar mereka mempunyai kelebihan yang tidak dapat dinafikan, tetapi mereka tetap bersalah dengan sangkaan mereka bahawa mereka mempunyai hak al-Imarah (hak menjadi khalifah).

Di sini kita dapati Abu Bakr ingin menukarkan sangkaan mereka dengan berhati-hati agar tidak melukai emosi mereka atau mengurangkan kedudukan mereka tanpa mengatakan secara terang-terang bahawa mereka bersalah, tetapi sebaliknya dia memberi ucapan yang halus "tidak ada selepas Muhajirin pertama di sisi kami akan menyamai kedudukan kalian." Oleh itu kamilah umara' dan kalianlah wuzara.'

Perbincangan Muhajirin dan Ansar

Selepas Abu Bakr mengakhirnya ucapannya, Hubab bin Mundhir menentangnya dengan berkata:"Seorang Amir mestilah daripada kami dan seorang lagi daripada kalian." Di sini tibalah giliran Umar bin al-Khattab bahawa dia berkata:"Dua orang ketua tidak boleh berlaku dalam satu pemerintahan. Demi Allah 'Arab tidak akan meredhai kalian menjadi ketua mereka sedangkan Nabi mereka bukan daripada kalian, tetapi mereka tidak akan menentang orang yang mengendalikan urusan mereka jika mereka daripada kelompok di mana "kenabian" datang daripada mereka. Dan kami mempunyai hujah ke atas Arab yang enggan menerimanya."

Hubab bangun dan berucap:"Wahai kaum Ansar, milikilah urusan kalian, dan janganlah kalian mendengar ucapannya dan sahabatnya, kerana mereka akan menghilangkan hak kalian. Sekiranya mereka enggan apa yang kalian minta, maka usirlah sahaja mereka dari negeri ini dan kalian mestilah memerintah mereka. Kerana kalian lebih berhak menguasai perkara ini kerana agama Islam berkembang dengan pedang-pedang kalian.3

Khalifah Abu Bakar

Selepas selesai perlantikan khalifah di Saqifah scara paksaan (jabran)4 dan kebencian (karahah) orang-orang Ansar dan kebanyakan Muslimin terhadap Abu Bakr, orang-orang Ansar telah rugi dan berpecah sesama sendiri. Abu Bakr menjadi khalifah selama dua tahun dua bulan dan beberapa hari, sekalipun bai'ahnya adalah secara tergesa-gesa menurut kata-kata 'Umar sendiri. Dia berkata:"Bai'ah Abu Bakr adalah secara tergesa-gesa (faltah) tetapi Allah telah menjaga kejahatannya.5

Tetapi aku berpendapat:"Tidak! Allah tidak menjaga kejahatannya malah kejahatannya terus menyala, dan kemudharatannya berterusan selama-lamanya sepertilah saudara kembarnya Syura6 kerana ianya berasal dari Saqifah.

Peranan Umar

Kemudian datang peranan Umar apabila Abu Bakr sakit dan kelihatan petanda-petanda kematian menguasai dirinya, dia berkata kepada penulis ('Uthman bin 'Affan):"Tulislah, ini adalah perjanjian 'Abdullah bin Abi Qahafah (Abu Bakr) perjanjian yang terakhir di dunia ini dan janjinya yang pertama di akhirat pada ketika orang fajir (jahat) menjadi baik dan orang kafir menjadi Islam."

Kemudian dia jatuh pengsan. Lalu penulis tadi menulis 'Umar bin al-Khattab. Kemudian dia sembuh dan berkata:"Bacalah apa yang anda telah tuliskan." Maka dia membaca dan menyebutkan nama Umar. Dia berkata:"Kenapa anda menulis begini? Aku tidak menyuruh anda menulis (namanya)." Kemudian dia berkata:"Tak mengapalah. Apa yang anda lakukan adalah betul." Kemudian dia berkata:"Sempurnakan tulisan anda itu." Dia (penulis) menjawab:"Aku tidak mahu menulis lagi." Dia berkata:"Tulislah...."Manakala selesai menulis, sekumpulan sahabatnya masuk. Talhah berkata kepadanya:"Apakah anda akan berkata kepada Tuhan anda besok kerana anda telah melantik ke atas kami seorang yang sangat kasar, mencemaskan jiwa dan meliarkan hati?"7

'Umar dan khalifah

Kemudian 'Umar menjadi khalifah selama lebih sepuluh tahun. Di dalam pemerintahannya, dia banyak melakukan pembaharuan dan ijtihad yang menyalahi nas. Lantaran itu tidak hairanlah jika pakar-pakar sejarah telah mencatat apa yang telah berlaku semasa pemerintahannya dengan terperinci.8

Walau bagaimanapun tujuan utamaku di sini ialah untuk menerangkan penyerahan urusan khalifah kepada enam orang. Salah seorang daripada mereka ialah 'Ali bin Abu Talib AS.

Apa yang harus kita perhatikan ialah adakah Umar betul di dalam masalah ini ataupun tidak. Manakala Abu Lu'Lu' menikamnya di masjid, mereka membawanya ke rumahnya. Orang ramai berkumpul di rumahnya lalu dia bermesyuarat dengan para hadirin tentang siapakah yang mereka akan lantik bagi mengendalikan urusan selepasnya.

Mereka bermesyuarat dengan anaknya 'Abdullah dengan izin 'Umar. Dia berkata:"Sesungguhnya Rasulullah SAWAW wafat dalam keadaan redha kepada enam orang Quraisy; 'Ali, 'Uthman, Talhah, Zubair, Abdu r-Rahman dan Sa'd. Sesungguhnya aku fikir untuk mengadakan syura di kalangan mereka supaya mereka memilih untuk mereka sendiri." Kemudian dia berkata:"Sekiranya aku melantik (seseorang) maka sesungguhnya telah melantik orang yang lebih baik daripadaku iaitu Abu Bakr9. Dan sekiranya aku meninggalkannya (perlantikan) maka sesungguhnya orang yang lebih baik daripadaku telah meninggalkannya10 iaitu Nabi SAWAW."

Kemudian dia berkata:"Jemputlah mereka." Lalu mereka dijemput. Merekapun masuk berjumpa dengan 'Umar yang sedang terbaring di atas hamparannya, bermegah dengan dirinya. Dia melihat kepada mereka dan dia berkata:"Adakah kalian semua tamak kepada khalifah selepasku?" Mereka semua diam kerana protes. Dia berkata kepada mereka kali kedua. Lalu Zubair menjawab:"Apakah yang menghalang kami dari menjadi khalifah? Sesungguhnya anda telah melakukannya. Dan kami tidak kurang dari anda dari segi suku Quraisy serta di kalangan pemeluk-pemeluk Islam yang terawal."

'Umar berkata:"Demi Allah, tidak ada halangan bagiku untuk melantik anda menjadi khalifah wahai Sa'd, hanya anda adalah seorang yang kasar (ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan. Abdu r-Rahman, hanya anda adalah Fir'aun ummat ini (fir'aun hadhihi -Ummah), al-Zubair hanya anda adalah seorang mukmin pada waktu redha dan kafir pada waktu marah (kafr 'inda -Ghadab), Talhah, hanya seorang yang angkuh dan Rasulullah memarahi anda kerana kata-kata anda ketika turun ayat Hijab (Surah al-Ahzab (33): 53) (kata-kata Talhah: Muhammad tidak boleh membuat apa-apa sekalipun mengenakan hijab ke atas isteri-isterinya. apabila beliau wafat, kami akan mengahwini isteri-isterinya) dan anda jika dilantik, akan menyarungkan cincin mohornya ke jari isteri anda, begitu juga Uthman, anda adalah seorang yang asabiyyah cinta kepada kaum dan keluarga anda. Justeru itu sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ianya berlaku, ingatlah kata-kataku ini. Dan anda wahai 'Ali, sekiranya anda bukan seorang yang suka 'berkelakar'11 nescaya aku melantik anda, dan anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan hujah yang bersih.12

Kemudian Umar berkata:"Jemputlah untukku Abu Talhah al-Ansari", maka merekapun menjemputnya. Dia berkata kepadanya:"Perhatikanlah wahai Abu Talhah apabila anda kembali dari pengkebumianku anda kumpulkan lima puluh orang lelaki Ansar lengkap dengan senjata. Kemudian ambillah mereka untuk melakukan perlantikan dan kumpulkan mereka di dalam satu rumah. Anda dan sahabat-sahabat anda berdiri di pintu rumah supaya mereka bermesyuarat dan memilih. Sekiranya lima bersepakat dan satu menentang maka potong tengkuknya. Dan sekiranya empat orang bersepakat dua menentang, maka potonglah tengkuk mereka berdua. Dan sekiranya tiga bersepakat, dan tiga menentang maka perhatikanlah kepada tiga yang ada 'Abdu r-Rahman. Dan rujuklah kepada apa yang disepakati oleh tiga orang tersebut. Dan sekiranya tiga lagi terus menentang, maka potonglah tengkuk mereka. Dan sekiranya berlaku tiga hari dan mereka masih tidak bersepakat (di atas perlantikan khalifah) maka potonglah tengkuk keenam-enam tersebut. Dan biarlah kaum muslimin memilih (khalifah) untuk mereka.13

Aku berkata:"Kami memohon pertolongan dengan Allah daripada hukum yang zalim ini yang keluar daripada khalifah yang "adil", dia meredhai mereka lantar dia menjemput mereka dan berkata: Jemputlah mereka untukku. Maka mereka dijemput. Manakala mereka semua hadir, dia menyebutkan setiap orang daripada mereka dengan keaiban-keaiban yang tidak melayakkan mereka menjadi khalifah. Maka syahadah (penyaksian) merekapun mestilah ditolak apatah lagi untuk menjadi khalifah. Meskipun mereka mempunyai keaiban-keaiban tersebut mereka dimasukkan oleh Umar di dalam Syura."

Sekiranya mereka tidak bersepakat dalam masa tiga hari, nescaya Abu Talhah al-Ansari akan memotong tengkuk-tengkuk mereka. Sedangkan mereka, menurut sangkaan mereka, di kalangan sepuluh orang yang diberikan khabar gembira dengan syurga. Ya Allah manakah justifikasi bagi Umar mengharuskan darah enam orang dari sahabat-sahabat yang besar sedangkan di sana terdapat nas-nas yang terang di tempat yang bermacam-macam tentang khalifah 'Ali Amiru l-Mukminin AS? Kenapakah dia tidak mengembalikan terus jawatan khalifah kepada 'Ali AS dan dengan ini dia dapat menyelamatkan kaum Muslimin daripada masalah ini?

Perhatikanlah kepada hukumnya dengan penuh keinsafan. Adakah hukum ini keluar daripada lelaki yang takutkan Allah dan RasulNya? Tentu sekali tidak! Sayang sekali, tidakkah lebih baik jika dia meninggalkan ummat ini memilih sendiri tanpa mengadakan syuranya, jika difardhukan mereka tidak bersepakat?

Dan perhatikan kata-katanya: Sekiranya tiga bertentangan dengan tiga, maka rujuklah perlantikan di pihak Abdu -Rahman bin 'Auf. Kata-kata ini jelas menunjukkan permusuhannya yang terang terhadap 'Ali AS? Kenapa dia tidak merujuk kepada 'Ali secara langsung? Tetapi perkara ini telah diatur dengan rapi selepas kembalinya mereka di hari al-Ghadir (perisytiharan perlantikan 'Ali AS). Kerana mereka membuat perjanjian untuk mengeluarkan 'Ali dari khalifah. Dan sekiranya anda ingin mengkaji dengan lebih mendalam tentang hakikat ini, sila rujuk kepada buku Ihqaq al-Haq dan al-Sawarim al-Muhriqah karangan Imam Qadhi Nurullah al-Tastari, Tasyyid al-Mata'in, Aqabat al-Anwar, Ghayah al-Maram, al-Ghadir, karangan Imam Syarifuddin al-Musawi dan lain-lain.

Kemudian datang peranan 'Uthman

Aku telah mengemukakan kepada anda sebentar tadi bahawa 'Umar telah menjadikan urusan khalifah pada enam orang dan menyampaikannya kepada 'Uthman secara halus. Dia berkata kepada 'Uthman bahawa dia akan membawa Bani Umayyah dan Bani Mu'it menguasai orang ramai, dan akan datang satu kumpulan dari serigala Arab menyembelihnya. Dia berkata lagi:"Sekiranya ianya berlaku14. Maka ingatlah kata-kataku ini, dan memang benar firasat 'Umar terhadap 'Uthman."

Pada hari dia mengambil alih jawatan khalifah, Bani Umayyah berkumpul di rumah 'Uthman, Abu Sufyan juga ikut sama. Dia berkata:"Adakah pengintip ke atas kita?" Mereka menjawab:"Tidak." Dia berkata:"Jagalah jawatan khalifah sebagaimana kalian menjaga kanak-kanak yang buas. Demi Allah! Tidak ada syurga dan tidak ada neraka." Kemudian dia pergi ke kubur Hamzah dan menendangnya dengan kakinya seraya berkata:"Wahai Abu 'Ammarah (Hamzah)! Sesungguhnya perkara yang kita telah bertengkar kerananya dahulu telah jatuh ke tangan kami15. Ini adalah ucapan yang pertama yang diluahkan oleh ketua al-Ahzab, Abu Sufyan.

Sekarang kita perhatikan pula bid'ah-bid'ah16 yang dilakukan oleh khalifah ketiga 'Uthman. Dia mengembalikan Marwan bin Hakam yang telah diusir oleh Rasulullah SAWAW. Pada masa pemerintahan Abu Bakr dan 'Umar, 'Uthman telah cuba untuk membawa dia pulang ke Madinah tetapi kedua-duanya membantah. Tetapi apabila dia menjadi khalifah, dia mengembalikannya dengan mengatakan bahawa aku memaafinya kerana dia adalah darah dagingku.

Dia mulai memecat orang-orang yang telah dilantik oleh 'Umar dan menggantikan mereka dengan Bani Umayyah. Kemudian berlakulah perkara-perkara lain yang menyebabkan pembunuhannya.

Dia membelanjakan harta Baitu l-Mal kepada Bani Umayyah. Dia memberi kepada Abdullah bin Khalid 4,000 dirham, Abu Sufyan 1,000 dirham dari harta Baitu l-Mal. Hari pembebasan Marwan 100,000 dirham kemudian mengahwinkan anak perempuannya dengan Marwan dan menjadikannya wazir. Zaid bin Arqam penjaga Baitu l-Mal membawa anak-anak kunci Baitu l-Mal di hadapan 'Uthman sambil menangis.'Uthman berkata kepadanya:"Adakah anda menangis kerana aku menyambungkan silatu r-Rahimku?" Dia menjawab:"Tidak. Tetapi aku menangis kerana aku menyangka anda mengambil harta Baitu l-Mal sebagai ganti dari apa yang anda belanjakan fisabillah pada masa Rasulullah SAWAW. Jika anda memberi 100 dirham pun sudah banyak."

'Uthman menjadi marah dan berkata:"Campakkan anak-anak kunci itu. Wahai Ibn al-Arqam kerana kami akan dapatkan orang lain daripada anda." Dia telah membahagi-bahagikan harta yang banyak yang dibawa oleh Abu Musa dari Iraq di kalangan Bani Umayyah. Dia telah memberi 100,000 dirham kepada Harith bin Hakam kemudian mengahwinkan anak perempuannya dengan Harith. Dia telah memukul sehingga patah tulang rusuk 'Abdullah bin Mas'ud kerana tidak mahu menyerahkan mushafnya kepadanya ('Uthman). Dia juga mengusir Abu Dhar ke Rabzah kerana mengkritik kesalahan-kesalahannya yang menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWAW17. Dan banyak lagi perkara-perkara bid'ah yang telah dilakukan oleh 'Uthman. Semuanya tercatat di dalam buku-buku sejarah yang ditulis oleh ulama-ulama besar Ahlu s-Sunnah.

Aku berkata:"Adakah begini gerangan khalifah Muslimin, Khalifah 'Uthman dan orang yang mengikuti jejak langkahnya akibat peristiwa Saqifah sebagai natijah mereka tidak mahu menerima ayat-ayat al-Qur'an dan menyalahi suruhan-suruhan Rasulullah SAWAW. Jikalaulah mereka mendengar dan mentaati Allah dan RasulNya, nescaya mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak layak dengan syariat Nabi SAWAW. Sedangkan Nabi SAWAW telah menerangkan segala sesuatu sama ada yang mendekatkan mereka ke syurga ataupun yang menjauhkan mereka dari neraka. Tetapi jiwa yang kotor tidak akan menerima kebenaran."

Pemberontakan rakyat terhadap khalifah

Rakyat telah memberontak terhadap khalifah 'Uthman kerana mereka melihat 'Uthman telah melampaui hukum-hukum Allah. Mereka mengepung rumahnya dan menuntut supaya dia meletakkan jawatan atau menyerahkan Marwan.

Pemberontakan ini berlaku kerana gabenornya 'Abdullah bin Abu Sarah telah menindas rakyatnya di Mesir. 'Ali menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perkara ini. 'Uthman bersetuju memecat gabenornya dan menggantikannya dengan Muhammad bin Abu Bakr. Dia mengutus surat kepada gabenornya 'Abdullah bin Sarah:"Apabila sampai sahaja suratku, maka letaklah jawatan anda." Muhammad bin Abu Bakr dan rombongannya berjalan menuju ke Mesir selepas tiga hari perjalanan, tiba-tiba mereka ternampak seorang penunggang unta sedang menuju ke satu jalan dari jarah jauh. Lalu mereka melintasinya dan mendapati lelaki itu adalah hamba 'Uthman dan untanya. Mereka bertanya:"Kemana arah anda?" Dia menjawab:"Mesir." Lalu mereka memaksanya dan mendapati surat padanya yang mengatakan:"Apabila Muhammad bin Abu Bakr datang kepada anda, maka bunuhlah dia."

Oleh itu mereka terus pulang ke Madinah dan membentangkan surat itu kepada orang yang sedang mengepung rumah 'Uthman. Manakala 'Ali mengambil surat itu dan membacanya, beliau menjadi marah dan terus berjumpa 'Uthman. Beliau bertanya:"Apakah ini arahan 'Uthman?" Dia mengingkarinya dan bersumpah bahawa dia tidak tahu tentang surat itu. Mereka berkata:"Tulisan adalah tulisan anda, cop adalah cop anda dan unta adalah unta anda18." Dia tetap mengingkari perkara itu. Mereka berkata:"Letakkanlah jawatan anda." Dia enggan dan menolak untuk menyerahkan Marwan. Di sinilah serigala Arab memberontak sebagaimana telah diramalkan oleh 'Umar.

Walaupun keadaan masih genting, 'Uthman datang ke masjid dan memberitahu kepada orang ramai untuk memberi penyaksian tentang penukaran gabenor-gabenornya. Justeru itu semua orang berazam untuk pulang ke rumahnya, tiba-tiba Marwan sedang menunggunya dan berkata:"Apakah mesyuarat tadi?" Dia menceritakannya kepadanya. Lalu Marwan berkata kepadanya:"Mati lebih baik dari kehinaan. Anda adalah khalifah dan kami adalah kaum anda. Hantarlah surat kepada sepupu anda Muawiyah dan mintalah pertolongannya." Maka khalifah membatalkan taubatnya, lalu mengambil pendapat Marwan, menantunya dan wazirnya. Pada masa itu isteri 'Uthman, Na'ilah, mendengar apa yang diperkatakan oleh 'Uthman dan sikap yang akan diambil olehnya untuk membatalkan janjinya kepada rakyatnya. Dia (Na'ilah) berjumpa Marwan dan berkata:"Tanpa syak lagi sesungguhnya andalah pembunuhnya ('Uthman) dan membuatkan anak-anaknya yatim." Marwan menjawab:"Diam sahajalah, sesungguhnya bapa anda tidak pandai mengambil wudhuk." dia menjawab kepada Marwan dengan jawapan yang tidak menyenangkannya, kemudian berpaling kepada suaminya sambil berkata:"Sekiranya anda masih lagi mengambil Marwan, maka ketahuilah anda bahawa sesungguhnya anda tidak mustahil akan dibunuh."

Pemberontak-pemberontak di kalangan sahabat-sahabat dan tabi'in menunggunya begitu lama, maka mereka mendapatinya tidak menunaikan janji-janjinya. Malah dia mengutus surat kepada Muawiyah supaya menolongnya menentang pemberontak-pemberontak. Justeru itu Muawiyah menghantar bala tenteranya dan memerintahkan pemimpinnya supaya jangan memasuki Madinah dan berkata:"Jangan sekali-kali menyalahi apa yang aku perintahkan kepada anda19."

Aku berkata:"Inilah tindak tanduk seorang khalifah, dan beginilah kelakuan seorang wazir. Begitu juga sikap "kerjasama" keturunan Umayyah sesama mereka sendiri."

Tujuan perintah Muawiyah kepada pemimpin tenteranya ialah untuk memberitahu kepada pemberontak-pemberontak tentang kedatangan bala tenteranya adalah untuk menolong Khalifah 'Uthman. Justeru itu mereka akan mempercepatkan pembunuhannya. Pemberontak-pemberontak berkumpul dan mengepung rumahnya dengan memutuskan bekalan air. Dia mengutus Abu l-Hasan ('Ali) supaya masuk campur di dalam soal air. Maka beliau menguruskan pengangkutan air kepada khalifah, tetapi beliau tidak datang sendiri kerana khalifah 'Uthman tidak mendengar nasihatnya.

Ahli-ahli sejarah telah mencatat bahawa Amiru l-Mukminin AS telah menghantar Hasan, Husain, dan Qanbar supaya tidak membenarkan seorangpun memasuki rumah 'Uthman. Manakala keadaan demikian berlarutan, pemberontak-pemberontak mendapat tahu bahawa bantuan ketenteraan dari pihak Muawiyah telah datang, mereka memanjat dinding dan memasuki rumah 'Uthman lalu membunuhnya. Isterinya merebahkan diri di atasnya, lantas dipotong anak-anak jarinya, maka khalifahpun dibunuh. Dan tentera Muawiyah tanpa memasuki Madinah kembali menurut perintah.20

Fitnah pembunuhannya

Pemberontakan Muawiyah tercetus. Dia mulai menghasut penduduk-penduduk Syam supaya memberontak dan meminta 'Ali supaya menyerahkan pembunuh-pembunuh Khalifah 'Uthman. Muawiyah membawa baju 'Uthman dan isterinya, lalu mereka mengangkatkan baju yang berlumuran darah di masjid supaya dilihat oleh orang yang datang ke masjid.

Adapun jenazah Khalifah 'Uthman tinggal tiga hari tanpa dikafan sehingga anjing memakan pahanya. Dan mereka menanamnya di waktu malam di kubur orang yahudi bernama Hasy Kawkab.21

Penentangan 'Aisyah Terhadap 'Uthman

Aku telah menyebutkan bahawa 'Aisyah telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh 'Uthman. Dia berkata:"Bunuhlah na'thalan ('Uthman) kerana dia telah kafir (kafara)." Dia berkata lagi:"Sekiranya aku mampu nescaya aku akan campakkan Marwan dan 'Uthman ke laut22." Tetapi apabila 'Uthman dibunuh, 'Aisyah berpura-pura membela 'Uthman bagi menentang 'Ali AS.

Khalifah yang hak adalah Imam Amiru l-Mukminin 'Ali AS

Manakala 'Uthman dibunuh maka selesailah peranannya. Dan dikembalikan khalifah kepada Imam Amiru l-Mukminin 'Ali bin Abi Talib AS, saudara Rasulullah dan menantunya, pewaris ilmunya dan bapa kepada zuriatnya, pelaksana agamanya, dan khalifah selepasnya yang telah dinaskan oleh Allah dan RasulNya ke atasnya beberapa kali di tempat yang banyak. Maka orang ramai membai'ahnya. Dan Talhah adalah orang yang pertama membai'ahnya kemudian dikuti oleh Zubair kemudian orang ramai.23

Imam 'Ali AS mengisytiharkan supaya setiap orang tidak dipaksa bai'ah kepadanya. Ini adalah tepat kerana beliau adalah imam sekalipun tidak dibai'ah oleh seorangpun. Kerana wasi adalah seperti Rasul menjalankan tugasnya kecuali kenabian. Justeru itu beliau adalah dinaskan oleh Allah dan RasulNya ke atasnya dan maksum. Lantaran itu khalifah tidak terbentuk melalui persetujuan Ahlu l-Hill wa l-'Aqd kerana mereka tidak tahu siapakah yang layak untuk menjadi khalifah dan mereka tidak mempunyai pertimbangan yang tepat meskipun melalui syura atau pemilihan.

Jika kita perhatikan zaman kita sekarang, banyak perkara-perkara yang berlalu menunjukkan manusia adalah manusia dan zaman adalah zaman juga, sama ada zaman dahulu atau zaman sekarang. Kerana kita dapati ramai daripada sahabat-sahabat yang anda mengenali mereka telah melakukan sesuatu yang sebaik sahaja kewafatan Rasulullah SAWAW. Mereka telah meninggalkan jenazah Nabi SAWAW terbujur di atas hamparannya, kerana merebut jawatan khalifah seolah-olah ianya brang yang dapat dimiliki oleh sesiapa yang cepat, dialah yang dapat sedangkan mereka mengetahui, meriwayat dan mendengar nas-nas perlantikan 'Ali Amirul l-Mukminin AS.

Ini adalah dalil tidak sahnya dakwaan Ahlu l-Sunnah yang mengatakan semua sahabat adalah adil. Kami berpendapat sahabat ada yang adil dan ada yang tidak adil.

Ringkasnya apabila 'Ali AS telah dilantik menjadi khalifah,maka beliau ingin melaksanakan keadilan di kalangan rakyatnya. Beliau jadikan yang lemah menyamai yang kuat di dalam keadilan. Melaksanakan hudud yang telah diturunkan Allah di dalam kitabNya. Tetapi sayangnya Bani Umayyah dan Marwaniyyah telah menyalakan api Perang Jamal, kemudian Perang Siffin dan Perang Khawarij demikianlah seterusnya. Amiru l-Mukminin bekerja keras untuk melaksanakan hukum-hukum a-Qur'an di dalam masyarakat, menegakkan kebenaran, menentang kebatilan dan menghidupkan hukum-hukum yang telah dimatikan oleh orang-orang sebelumnya. Tetapi beliau tidak berdaya melaksanakan semua yang beliau kehendaki sehinggalah beliau dibunuh oleh orang yang paling celaka.24